Raja Aryan Zhaqiff. Fuyyooo!!!! Dengar nama pum dah tahu hensem ni. Jodohkah ini Ya Allah?? Hihihi, gatal semacam la pulak. Tengah aku duk syok melayan perasaan ada orang datang rumah aku macam aku dah culik anak dara dia. Pehal pulak ni? Aku sarungkan tudung dan keluar, Imie dan mak su pun dah ada sama.
"Sebulan dah nak habis ni, duit satu sen pun aku tak dapat lagi!" Pak meon dan anaknya ke? Haish! Bengang pulak aku rasa sekarang ni.
"Mana kami nak cari 30 ribu pak meon?" Imie bersuara.
"Kalau tak bayar ,tanah tu jadi aku punya kalau tak nak bayar tapi nak tanah, kawinkan si Riya tu dengan anak aku Muiz ni" muiz dah senyum sengih gila dia. Ingat aku tak waras ke apa nak terima dia. Say no kuat2 ok!
"Kau ingat anak kau tu layak nak kawin dengan anak buah aku?. Dia nak bagi Riya makan apa? Makan asap ekzos motor pergi merempit?!" Wah! Mak su backing aku. Betul sangat la tu mak su.
"Sedapnya suara mak Kinah, lancang dan merdu pulak telinga saya dengar"
"Memang merdu pun! Aku ni penyanyi dulu kau tahu apa?!" Aik! Macam nak perang mulut je mak su ni. Betul ke mak su penyanyi dulu.
"Betul ke mak?" Soal Imie separuh berbisik dan aku nak tergelak dengar soalan tu. Tengah gawat macam ni pun smpat kau cari kebenaran Imie?
"Baliklah Muiz, pak meon. Saya ni kalau rasa nak kawin dengan si Muiz dah lama sqya ngorat dia awal2. Masalahnya muiz ni terlalu 'baik' untuk saya. Rasa rendah diri dan tak padan pulak. Baliklah,nanti saya bawak 30 ribu seketul tu rumah pak meon ya?"
"Mak, Imie, meh masuk" aku terus masuk ke dalam rumah dan tunggu Imie dan mak su masuk sama.
"Jangan lupa bayar!" Sempat lagi si Muiz ni nak melolong.
"Mana kau nak cari duit tu Riya?. Pandai2 je berjanji"
"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana ada masalah,di mana2 ada Allah!" Aku bercakap ala2 dalam parlimen dan mak su buat muka geram habis. Imie pandang aku sambil tersengih nakal.
"Aku nak tengok je duit seketul tu ada ke tak?" Mak su terus melangkah ke dapur dan Imie menepuk bahu aku lembut.
"Mana nak cekaw? Dua hari je lagi nak habis sebulan"
"In sha Allah... ada jalannya"
Dalam kelas kena maintain fokus sebab nak dapat 4.00 kan? Hahahaha. Sir Amar pun dah tak buat kelas tambahan lagi, katanya aku dah kembali ke jalqn yang benar. Kurang asam kan bunyi dia?
"Mama sibuk duk runsingkan abang saya tu" abang dia? Abang kepada Pian, means Hero aku la tu! Hihihi.
"Kenapa?" Soal Fara lembut. Dengan aku nak cakap lembut macam ni? Alamatnya tunggu beruban dulu la.
"Abang saya tu, playboy dia semakin teruk. Mama runsing" aku yang tengah minum terus tersembur. Pedia??? Playboy? My hero is a playboy?!!!
"Kau pehal Riya?" Soal Pian pelik.
Fara yang faham perasan aku terus usap belakang badan aku.
"Dia frust la Pian, dia ni dah syok habis kat abang awak"
"Kau kenal abang aku?!"
"Pernah jumpa. Riya ni dah jatuh cinta pandang pertama lagi. Lelaki yang dia panggil hero tu abang awak la" ok! Triple shock untuk Pian. Aku sengih sikit dan pandang Fara yang jadi tukang translate. Translate ayat dalam otak aku kepada suara. Rajin benar nak tolong jawabnya.
"Wow! Jodoh ni Riya!" Eh! Teruja pulak si Pian ni.
"Nak ke aku jadi sis in law kau?"
"Nak la! Walaupun kau ganas skit, tapi kau baik! Lgipun kau kawan baik aku" ujarnya dan masih lagi mampu senyum walaupun dah kutuk aku ganas.
"Mengarut la tu!" Aku malas nak layan otak kartun si Pian ni. Aku tunggu Imie sebab nak balik sama dan kami sekeluarga dah redha tanah tu bukan rezeki kami lagi. Mak su pun tak nak aku kawin dengan Muiz. Mak su ni bukan mak tiri sebenarnya,tapi dia kasar sikit denagn aku, sebab terpaksa kot. Aku je feeling lebih2.
"Riya, kau sedih ya? Pasal tanah arwah ayqh kau tu?" Soal Fara tiba2. Aku angguk dan senyum sikit.
"Aku nak bagi duit kau tak nak"
"Sokay la Fara. Aku tak nak hutang budi"
"Kau bayar la slow2 kalau kau tak nak ambik pun"
"Ya la Riya, kau tak mampu tapi kami mampu. Dan Allah pun suka orang yang suka membantu organ dalam kesusahan ni"
"Hutang ni kalau aku bayqr ansur pun tak tqhu bila nak habisnya."
"Nanti kau kerja kau ada duit,kau bayar la!"
"Kalau kerja"
"Weh! Imie tu bijak kot. Dia boleh bayarkan nanti."
"Tak nak la weh. Dia dah susah banyak sebab aku" akhirnya semua orang diam.
"Macam ni! Aku akqn bayar kau! Anggap ni macam loan and kerja la. Aku upah kau ubah abang aku! Aku nak kau buat abang aku berhenti jadi playboy. Kalau dia jatuh cinta dengan kau terus pun ok jugak. Amacam?"
"Kau ni mengarut apa lagi?" Soal aku pelik. Mengarut benar ni ha!
"Betul jugak tu Riya,kau tak nak terima seketul, jadi ni la caranya. Bukan main ambik dan pinjam je. Give and take!"
"Terima ya?" Pinta Pian bersungguh. Aku pun dah tersepit habis ni tak tahu nak cakap apa lagi dah. Adakah patut aku cakap ya? Akhirnya aku angguk lemah. Baik macam ni je senang.
"Yes! Jap!" Pian keluarkan sesuatu dari beg dia dan? Cek? 30 ribu on spot! Gila bapak kaya dia ni main tulis je 30 ribu macam 30 ringgit. Kalau aku, ketar setahun nak tulis angka tu.
"Done! Deal is done!"
"Kalau abang kau tak berubah jugak?"
"In sha Allah, aku yakin dengan kau."
"Aku tak janji boleh tapi aku akan cuba sebaik mungkin!"
"Ya! Sama2 usaha! Aku tak memaksa dan aku buat semua ni ikhlas. 90 percent adalah nak tolong kau. No pressure key? 10 percent selamatkan abang aku." Pian gelak ringkas. Aku dan Fara ikut sama gelak dengan dia.
"Jangan cakap dengan Imie pasal kerja gila ni. Nanti aku pandailah jawab dengan dia"
"Beres!!!" Alhamdulillah. Moga ini petunjuk dariMu ya Allah.
"Mana kau dapat duit Riya?! Pak meon kata kau dah byar!" Eh mak su ni, dah dapat balik tanah tu pun tanya aku macam aku tertimbus bawah tanah je gayanya.
"Pinjam" jawab aku tenang.
"Kau pinjam along ke?!" Terasa sangat kuat suara mak su sekarang ni. Aku telan liur sikit dan undur beberapa langkah.
"Bukan mak, kawan Riya yang nak tolong. Riya pun serba salah tapi tanah tu kita sayang kan? Mak jugak yang cakap tanah untuk keturunan kita nanti" hehehe. CP ayat mak su aku sikit.
"Dah tu kau nak bayar pakai apa?"
"Kawan Riya tu baik mak, bila Riya dah kerja nanti Riya bayar la"
"Jangan sampai masalah ni selesai masalah lain pulak yang timbul nanti"
"Ya mak! In sha Allah tak ada apa2"
"Kau jangan buat kerja pelik untuk dapat duit ni! Ayah kau dah bagi didikan agama cukup2"
"Mak fikir apa ni?. Betul mak,kawan Riya tu kawan Imie jugak"
"Ikut suka hati kau la Riya, nanti mintak Imie tolong bayarkan sekali. Aku tak suka kita hutang budi dengan orang ni!"
"Ya mak! Faham!" Aku buat gaya ala2 askar dan mak su terus ke dapur. Mesti malas nak melayan kerenah aku yang entah pape ni.
Imie pun dah tahu pasal duit tu,bukan main lagi dia janji dengan Pian nak byar cepat2. Yang penting aku kena selesaikan benda yang aku janji nak buat.
"Cerita pasal abang kau?" Soal aku pada Pian dan buku catatan khas pasal dia aku keluarkan. Cover pun nama my hero ok! Huhuhu.
"Dia, suka perempuan,sebab tu dia jadi playboy" aku rasa nak je hentam kawan aku ni.
"Dah tu kau suka lelaki ke?" Soal aku malas dan dia sengih.
"Aku suka perempuan, aku suka Fara" jawab Pian sambil pandang Fara yang sedang tersenyum bangga. Tak bestnya lepak dengan pasangan bertunang ni!
"Kau nak bercinta ke nak tolong aku ni?" Soal aku lagi. Pian dan Fara sengih.
"Abang suka kereta, setakat ni dah 3 kereta dia" 3 kereta? Masha Allah, siapa yang nak naik kereta banyak2 tu? Pening! Tak mampu aku nak belikan dia kereta, yang control tu masih dalam kadar berkemampuan la.
"Dia suka shopping" erk! Lelaki suka shopping? Aku pulak suka pergi pasar malam. Ikut kemampuan kalau nak berbelanja pun.
"Sukan lasak? Tak suka sangat,tapi gym? Wajib!" Kaki gym la pulak. Hadoi! Macam mana ni? Semua aktiviti dia aku tak mampu nak join pun.
"Pakaian dia, mesti ada brand,cerewet bab pakaian ni" matilah.
"Kemas dan bersih! Priority!" Ok la ni.
"Suka tempat sejuk!" Eh? Sama la kau! Yay! Hihihi. Yang lain setentang je tapi yang ni sama. Good!
"Makanan tak kisah sangat yang penting bersih dan sedap, tapi tempat makan penting, tak boleh panas, makanan stall boleh makan tapi makan situ? Nope!" Hailah,masalah.
"Tak makan pedas, benci makanan pedas" what?! Lelaki tak makan pedas? Ok!
"Tak suka makan ubat dan hospital" manja! Sah anak mak ni!
"Apa yang dia suka pada perempuan?" "Yang ni, aku tak pernah discuss dengan dia. Yang aku tahu, dia nak cari seorang perempuan yang boleh buat dia jatuh cinta. Tu je" ok! Susah la jugak kalau macam ni. Means kena jadi diri sendiri la kan? Good!
"Aku tak nampak kejayaan dalam plan ni. Abang kau dengan aku macam langit dengan bumi, macam hitam dengan putih, macam utara dengan selatan, macam burung dan ikan, macam mini cooper dengan kancil, macam raja dengan hamba, macam2 lagi!" Serentak Fara dan Pian ketwa bila dengar aku berleter sampai macam tu sekali. Aku tengah serius ni! Boleh dorang main2 pulak!
"Dahsyat perumpaan kau tu! Tak pernah jumpa dalam mana2 buku"
"Fara! Aku serius ni!" Aku angkat beg dan berlalu pergi. Dah nak gelak sangat kan? Gelak la sampai tahun depan , tak pun sampai masuk liang lahad aku ok je.
"Ya Allah!" Jalan tengah panas hati ni habis aku langgar orang ni ha.
"Sorry" pinta aku pada yang tak bernasib baik ni.
"Adria Johana, kenapa ni?"
"Sir Amar? Sorry sir"
"Kenapa muka macam tu?" Soalnya pada aku baik macam biasa.
"Macam apa?"
"Nak marah"
"Hurm, sebab panas."
"Panas? Nak ke mana ni?"
"Library"
"Kalau panas hati baik ke surau" ujarnya dan aku diam sekejap. Haah la! Astaghfirullahalazim.
"Tak lah, dah sejuk pun."
"Alhamdulillah, jom! Saya belanja awak cool blog"
"Sure?"
"Yup! Jom?"
"Jom!" Untungnya ada lecturer sebaik dia ni kan? Bahagia hidup tenang hati,perut pun kenyang.
Misi 1 : buat2 bertembung dengan hero.
"Tu abang aku,pandai la kau settle eh. Aku ngan Fara tunggu sini" aku angguk faham dan mulakan larian perlahan, dah nama pun jogging, dah lama tak jogging ni habis la kau lemak tepu dan tak tepu. Dah kurus keding pun nak kena jogging jugak. Lari punya lari bila la nak dapat kejar dia yang ada kat depan tu dah la laju semacam je. Erm? Kalau macam ni baik aku ikut je dia dulu. Dah satu round dah ni tapi satu hapa pun tak buat lagi, dia pun yang semakin laju tu kenapa? Sepatutmya semakin perlahan,yang semakin slow ni aku. Fara pulak tak habis2 mintak aku berusaha. Tukang sorak takpelah,aku yang nak menanggung ni sakit hati. Akhirnya aku berhenti sebab penat sangat. Dek geram yang teramat aku sepak batu yang ada di tepi jalan. Dan begitu nasib tak baik terkena orang la pulak. Erk! Lari!!!
"Aww!" Erk! Tak elok macam ni. Aku pandang ke depan orang yang malang sangat tu ialah Hero! Aku pandang Fara dan Pian yang dah gelak mewah sambil suruh aku ke sana. Kalau kena herdik kena sembur macam mana? Pergi je la,macam tak biasa kena marah je aku ni. Berdebar jantung aku ni ha.
"Sorry encik! Saya tak sengaja" pinta aku dengan rasa bersalah habis. Memang bersalah pun. Dia pandang aku dengan sepasang mata coklat dia tu buat aku terpaku seketika. Dan dia boleh senyum? Wah! Tak garang kalau macam ni punya orang.
"Kenapa sepak batu tu kuat sangat?" Soalnya lalu tergelak, hailah comelnya dan aku mencair lagi.
"Sorry" pinta aku lagi dan dia senyum.
"Saya ok je,sikit je pun."
"Sorry sangat! Sepatutnya batu ni kena kawan saya yang janji nak jogging sama2" reka je la cerita apa pun.
"Oh! Patutlah awak jogging slow je belakang saya" erk! Dia perasan la kau! Undercover di ambang kemusnahan.
" Saya tak perasan pulak encik yang ada kat depan saya" tak perasan la sangat! Bukan kau sengaja ke? Eleh.
"Ya, saya perasan. Ingatkan awak stalk saya" erk! Bukan! Super alamak! Kantoi di hujung tanduk, bukan telur di hujung tanduk.
"Saya gurau je la" ujarnya dan dia gelak kecil. Dia ni! Saja je buat aku rasa cuak habis.
"Sorry sangat encik ya? Perlu ke klinik ke? Nak saya bayar ganti rugi?" Soal aku tiga sekaligus. Barulah nampak real rasa bersalah tu.
"It's ok. I'm fine. Just join saya jogging, boleh?" Sah! Dasar playboy! Hahaha. Nasiblah, hero aku ni playboy. Sudi sudikan diri anda. Bagai orang lapar dihulur roti!
"Boleh, tapi bukan hari ni. Saya dah nak tercabut kaki ni. Dah lama tak jogging. Lagipun hatrik saya tadi makan banyak tenaga" aku cuba bergurau dan dia tergelak senang.
"Hatrik ha? Patutlah tak pernah nampak awak kat area sini" heh! Mana nak nampak kat mana2 je la. Aku ni jogging dalam mimpi je kot.
"First time turun sini,saya selalunya tak suka sangat benda yang kena berlari ni"
"Oh ya? Awak suka apa?"
"Suka rock climbing, kayak, and something like that la" ni real ok!
"Oh! Tough girl la ni?" Soalnya dengan senyuman tangkap moment.
"I have to be a tough one. Nak survive kan?"
"Yup! I like that. Independent girl! Btw saya Aryan Zhaqiff, dah banyak borak, nama pun tak tahu kan?" Dia senyum lagi.
"Saya nak panggil apa ni? Aryan Zhaqiff ke?"
"Depend pada awak."
"Saya panggil Qiff je la,ok? Tak suka panggil panjang2" aku sengih padanya. Dah nama pun pemalas semuanya malas je la.
"Ok je,selalunya orang nak panggil saya Aryan. Family je panggil saya Qiff"
"Ya? So,saya panggil Aryan je la"
"Sokay, panggil Qiff je" ujarnya dan aku senyum.
"Awak?"
"Kenapa dengan saya?"
"Nama?"
"Oh, Riya."
"Nice to meet you Riya"
"Me too"
"A cup of coffee?" Heh! Dah nak belanja aku minum la kau! Nampak tak bijaknya ayat buaya ni. Hailah, kenapa kau jadi buaya, tak kan aku nak jadi daging pulak. Ke jadi penangkap buaya? Hahaha. Macam best je kan?
"Tak kot. Saya nak balik la,saya kena masuk kerja ni. Bye!" Aku melangkah pergi tapi dia panggil aku balik.
"My card!" Hulurnya dan aku sambut dengan senyuman dan berlalu pergi. Jual mahal skit barulah tak nampak macam desperate sangat kan? Bijak! Minum susu apa ni? Susu ibu saudara daa... hahaha...
Aku rasa lebih bersemangat nak kerja sejak aku jumpa dia masa jogging hari tu. Hailah! Kenapa mesti aku boleh jatuh suka dekat orang yang memang tak sesuai dengan aku. Sedih!
"Riya! Order meja 8" laung staff lain dan aku terus ambil dulang dan berjalan pergi tapi Imie halang aku pulak.
"Biar aku ambil yang tu, perempuan yang cari pasal dengan kau dulu, kau pergi serve meja 11" aku senyum pada Imie dan peluk lengannya erat, memang dia sayang aku lebih ni.
"Sayang kau ketat2!" Aku bersuara ceria dan dia tunjal kepala aku lembut. Dia senyum dan melangkah pergi dan aku bergerak ke meja 11.
'Super alamak!' Alamak! Qiff la pulak, macam mana ni? Tak masuk dalam misi pun nak jumpa kat sini, tapi baik buat selamba je dan buat tak ingat dia langsung lagipun dia sorang je. Macam tengah busy je dengan fon dia.
"Selamat datang, encik nak makan apa?"soal aku ramah dan hulurkan menu di atas meja. Aku hanya diam dan tunggu dia respon balik pada aku. Bila dia angkat muka terus aku rasa nak pengsan! Kenapa dia hensem sangat?!
"Eh, awak!" Dia tegur aku pula,aku buat2 blur dan pandang belakang mana tahu dia tegur orang lain ke. Takkan dia ingat aku kot. Baru je sekali jumpa ni. Tu pun minggu lepas punya cerita daa.
"Awak la" dia gelak sopan dan aku senyum sedikit. Buat2 tak ingat kat dia la, orang panggil jual mahal sikit.
"Saya?"
"Yes! Riya right?" Wah! Blooming hati aku ni ha. Dia tahu nama aku la! Bukan ke kau yang bgitahu nama kau ke? Aku pandang nametag aku sebelah kanan bahu. Oh!
"Riya, saya Aryan Zhaqiff, yang kita jumpa kat taman" dia ingat kau lagi la Riya!
"Sorry, silap orang kot" aku jawab lebih kurang dan dia gelak lagi.
"Apa ni Riya? Short term memories ya?" Pedia???
"Yang awak jogging, then sepak hatrik batu terkena saya" dia cerita balik kisah yang aku duk khayal pagi petang siang malam dan aku buat2 teringat balik.
"Ingat! Ya la, encik yang not lucky one kan?" Soal aku lalu gelak dan dia ikut sama gelak.
"Lucky ok? Saya jumpa awak" ok! Ayat buaya lagi. Kalau dari mulut buaya memang ayat buaya la yang keluar.
"Lucky ke?" Soal aku pula.
"Tak lucky mana la, awak tak ingat saya pun." Dia buat2 sedih dan aku gelak lagi, comel betul dia ni.
"Banyak lagi yang saya nak kena ingat" aku mengenyitkan mata dan dia tersenyum senang.
"Ya la,orang dah ada buah hati. Mana nak ingat lelaki lain" ok! Entah statement dari mana dia rembat ni. Aku senyum dan menggelengkan kepala.
"Encik nak makan apa ni?"
"Panggil Qiff je la, friend"
"Ya la, nak makan apa? Saya nak belanja tanda minta maaf pasal hari tu"
"Kalau awak nak belanja bukan kat sini. Nanti kita jumpa lagi ya?"
"Ha?"
"Nak no awak, saya bagi card kat awak berharap awak call saya. Tapi,tinggal angan je"
"Oh! Kad awak tu hilang. By the way, ni no saya....." aku maklumkan nombor aku dan dia simpan.
"Saya akan call awak"
"Ok! Tapi, jangan la tempat yang saya tak mampu ya?"
"No worries!" Ujarnya lalu tersenyun manis. Kenapalah dia ni jadi playboy kan?
Bila aku dan Fara tengah sibuk discuss sebab dah nak final exam ni. Nak result gempak tercabut ekor kan? Bila kami sibuk berbincang entah siapa yang datang buatkan cafe krik krik sikit. Ada artis datang ke apa?
"Riya!" Eh! Nama aku naik tu! Aku dan Fara mencari empunya suara dan bila aku nampak muka dia tu terus mulut ternganga. Dia buat apa kat sini?
"Fara! Blah cepat! Abang ipar kau datang! Jangan pndang belakang weh! Cepat pergi" kalut Fara kemas buku dan angkat punggung terus blah dari sini. Jangan la sampai dia tahu connection kami nanti jadi haru sikit. One day nanti dia akan tahu jugak.
"Riya! Kenapa kawan awak tu?" Soal Qiff sebaik duduk di kerusi yang Fara duduk tadi.
"Urgent! Awak buat apa kat sini?" Soal aku kalut habis. Dah la semua orang tengah pandang ni.
"Awak cakap dah hbis kelas kan? Jom teman saya?" Ajaknya ceria. Nak ke mana pulak mamat ni!
"Mana?" Soal aku keliru.
"Shopping!" Ok! Aku dah rasa yang kena hempap dengan bekas 100 kg macam mana. Pian tu selalu cerita betapa cerewet dan rimas kalau shopping dengan abang dia ni.
"Sekarang ke?" Soal aku dengan muka tak tahu la macam mana. Muka tak nak canggitu.
"Yup! Kenapa buat muka macam tu?"
"Tak ada apa, tapi petang ni saya kerja"
"Sekejap je" pujuknya lagi. Sekejap la sangat dengar cerita Pian pun dah boleh rasa seram sejuk aku dibuatnya.
"Sekejap je?"
"Ya!"
"Ok" redha je la. Dia kemaskan barang aku dan siap tolong bawak beg lagi. Hish! Ingat aku ni spesis perempuan yang lemah ke? Tapi aku malas la nak berlawan mulut dengan dia ni. Lupa pulak cerita si Pian yang abang dia ni punya tahap kedegilan luar biasa degil!
Kami terus ke mall dan entah apa yang dia nak aku sendiri tak tahu. Yang aku tahu tak ada satu benda pun yang aku rasa mampu milik kat sini.
"Awak nak beli apa?" Soal aku padanya dan dia senyum je. Mereng ke apa pulak dia ni.
"Kalau setakat nak jalan2. Weekend la awak. Saya nak kena fokus ke study ni"
"Weekend tu lain. Yang ni lain" hailah, dia ni memang jenis orang tak ada kerja nak buat ke apa? Dah jumpa hari ni takkan nak jumpa lagi weekend. Tapi! Nanti kau jugak yang rindu dia Riya!
"Apa yang lain?" Soal aku padanya. Macam takde awek lain je dia nak ajak keluar ni. Kalau setakat pusing2 tempat ni baik tak payah, penat!
"Saya nak beli kasut untuk rock climbing!"
"Ha? Bukan awak takut tinggi dan tak minat ke?" Pelik ni.
"Saya pun nak cuba benda baru jugak. Awak pun dah start jogging kan?" Erk! Mana dia tahu ni? Semua benda yang dia suka aku dah mula buat dan suka sikit. Tapi berenang? Memang aku tak pandai dan aku ni dalam golongngan tak pandai berenang tahap kritikal.
"Kalau tak suka jangan paksa diri"
"Saya tak buat apa yang saya tak suka" kalau bab menjawab pun terel jugak dia ni. Aku senyum dan pada masa yang sama aku rasa dihargai sangat sebab dia sanggup kau! Tapi, gayat dia teruk kot.
"Tapi, awak gayat. Bahaya"
"Practice makes perfect!"
"Bahaya la awak,risiko tinggi tau"
"Awak risau ya?"
"Mestilah risau!" Erk! Silap mengaku la pulak. Ha! Kan dah kena tayang sengih. Malu la pulak aku rasa sekarang ni. Aku start care pasal dia, kenapa aku jadi macam ni?
"Thanks"
"Kenapa?"
"Bcause you care"
"Nama pun kawan. Mestilah care!" Huh! Jwapan selamba badak habis la tu kiranya. Kawan!
"Weekend ni saya dah janji dengan orabg lain nak keluar sama."
"Ya? Ok" la. Dah nampak macam kecewa ni kenapa pulak? Tak kisahlah yang penting aku dan Imie dah janji nak keluar sama2. Katanya nak bagi hadiah kat aku sebab mid sem punya exam aku dah dapat
4.00 kau! Hehehe. Bagus betul dapat sepupu macam Imie ni.
"Fon? Aku tak perlu la Imie" kenapa pulak dia nak belikan aku telefon ni?
"Pilihlah, aku nak hadiahkan kat kau. Sampai bila nak guna telefon tu?"
"Tapi, baik guna duit ni untuk beli buku"
"Tak payah nak tunjuk baik sangat!" Dia ni! Kalau aku hentak baru tahu. Aku rasa serba salah la pulak ni.
"Baik beli something untuk mak. Dapat pahala kau!" Aku berseloroh dan Imie gelak sakan.
"Aku dah beli untuk mak. Untuk kau je belum"
"Imie..." dia usap kepala aku dan senyum lagi.
"Untuk adik aku!"
"Ok! Tapi under 100 je!" Ujar aku dan dia senyum lalu tergelak.
"Under 500, aku dah lama niat nak hadiahkan kau"
"Kau pilihla." Banyak tu 500. Boleh buat makan berapa hari tu dengan jumlah macam tu.
"Ok. Yang ni" setelah dipilih aku hanya mampu pandang tempat lain sebab aku tak mampu nak tengok duit dia berhabis untuk aku. Tapi! Saat ni jugak mata aku terpandang Qiff dan seorang perempuan. Haish! Mesti one of the awek dia kan? Aku kecewa ke apa ni? Aku pandang Imie dan dia hulurkan plastik fon pada aku. Aku senyum dan peluk lengannya lagi. Dia hanya mampu tergelak dan kami beriringan keluar dari kedai itu. Aku lepaskan pelukan dan berjalan sambil pandang apa yang ada dalam plastik ni. Bila aku hampir terlanggar orang terasa badan aku ditarik ke tepi.
"Riya, hati2" eh! Aku angkat muka dan pandang orang yang tarik aku. Eh? Bila masa pula si hero ni dah sampai sini?
"Riya ok?" Soal Imie pula. Ok! Dah jadi apa pulak ni?
"Ok je, terima kasih" aku ucap pada Qiff dan tak tahu mana nak pergi sekarang ni. Imie dan Qiff berpandangan lama. Imie hulurkan salam perkenalan dan Qiff sambutnya dengan senyuman la kot. Aku pun tak boleh nak tafsir ni.
"Imie,sepupu Riya" ramah Imie perkenalkan diri. Aku dan awek Qiff hanya mampu diam dan pandang.
"Aryan Zhaqiff"
"Kawan"aku beritahu status Qiff dan Imie angguk faham. Qiff pandang aku macam nak telan kenapa pulak?
"Bie,jom?" Ok! Berdarah hati aku bila dengar ada perempuan panggil Qiff macam tu. Walaupun aku tahu dia playboy tapi kenapa aku sakit hati!
"Bie?" Soal aku simple. Qiff buka mulut untuk bersuara tapi minah tu lebih laju dia buka mulut.
"Boyfriend I, btw I Lina"
"Hai! Riya, kawan Qiff" aku perkenalkan diri dengan ramah.
"Saya ingat dia tukar nama" aku cuba bergurau dan riak Qiff berubah terus. Hambik kau sebijik.
"Kami minta diri dulu. Jom Imie"aku tarik tangan Imie dan berjalan pergi dari situ cepat2. Huwarghhhh!!!!! Geramnya aku rasa. Kau ni pehal Riya!
Dah kali ke sepuluh dia call aku hari ni dan aku biarkan ia jadi miss called. Hahahaha.. mana tahu boleh cecah ratusan misscall ke? Kan?
"Macam mana? Ada progress?" Soal Fara tentang misi aku kali ni.
"Tak kot, semalam aku jumpa dia dengan awek mana entah"
"Oh! Jeles la ni?"
"Tak kuasa aku!"
"Ya la tu"
"Diamlah kau!" Ei! Minah ni pun suka sangat cari pasal dengan aku, sekali aku hentam selamat terus ni.
"Dah juta kali fon kau bunyi, kenapa tak angkat? Siapa call ni?" Telefon baru aku dah bertukar tangan. Hadoi! Telefon baru kau!
"My Hero? Kenapa tak angkat?"
"Tak ada mood!"
"Angkat la, kesian"
"Esok2 la, jom pergi library?" aku angkat beg dan Fara hanya mampu ikut langkah aku, bila aku dah jalan ke depan sikit aku rasa badan aku di tolak sehingga jatuh terduduk.
"Awww" aduh aku sakit,sakit gila jatuh terhentak macam ni. Aku angkat muka dan pandang empunya badan yang cari nahas tolak aku ni.
"Kau ni dasar perempuan murah! Kenapa kau rapat sangat dengan Imie?! Dia kekasih aku la bodoh!"
"Kau ni memang kan?! Dah ada jantan pun nak jugak kat sepupu kau tu!"
"Betul la kot cerita yang kau ni murah kan?!"
"Perempuan murahan!" Aku rasa macam kena tikam dan tembus. Apa Nani cakap ni?
"Nani, apa kau cakap ni?" Soal aku terkedu, Fara tolong aku bangun.
"Kau mintak Imie belikan fon baru kan? Ha? Ni dia! Kau ni memang kaki kikis! Murah!"
"Kau pehal Nani?!" Fara dah mula naik angin.
"Bak balik fon tu! Kau sape nak pertikaikan hubungan Imie dengan Riya?!" Jerit Fara dan mereka mula berperang mulut.
"Kau sayang kan? Tengok ni" terbuntang mata aku bila fon yang Imie hadiahkan dah bersepai atas lantai. Air mata aku mula bergenang, kenapa dia buat macam tu.
"Kau ni...."bergetar suara aku tahan sebak dan nak marah.
"Marah?" Soalnya lalu tergelak dengan kawan2 dia. Aku tolak sikit badannya sebab nak kutip balik fon tu tapi dia halang aku dan angkat tangan untuk lempang aku kot.
"Nani!!!" Belum sempat tangan tu singgah dekat pipi aku Imie dah datang dengan perasaan marah. Sudah!
"Apa awak buat ni?!" Marah Imie lalu menarik aku ke belakangnya dan mereka bertekak,air mata aku mula mengalir perlahan lahan. Kenapa semua ni jadi pada aku? Serpihan telefon itu aku kutip dengan perasaan hiba,Fara ikut tolong aku sama dan dia tenangkan aku. Mana pernah aku menangis selama ni?
"Kita putus! Kalau awak tak boleh terima Riya! Saya lagi tak boleh terima awak!" Terasa tangan aku ditarik dan dibawa pergi dari situ dengan kadar segera. Terasa laju kaki yang aku hayun ikut rentak Imie.
"Maafkan aku" pinta Imie dengan muka bersalah habis,macam dia pulak yang nak lempang aku tadi. Terasa air mata aku diseka.
"Maafkan aku" aku tunjukkan fon yang dah berderai dan dia mengambilnya.
"Takpe"
"Aku tak pandai nak jaga pun hadiah yang kau bagi"
"Takpelah, benda boleh beli. Sepupu aku sorang ni je"
"Kenapa break? Kau suka gila kat Nani kan?"
"Gila tu! Tak pe lah,bukan jodoh kot"
"Kau ni!"
"Jom balik, nanti mak risau pulak" helmet dipakaikan pada aku dan dia terus menghidupkan motor. Aku boleh nampak la Imie yang kau kecewa. Kenapa pulak nak break sebab aku? Apa aku dah buat ni?
"Abang! Buat apa kat sini?" Soal Pian pelik bila terserempak dengan abangnya di kolej. Seorang diri pulak tu. Fara pun ikut sama pelik dengan kehadiran Qiff.
"Saja, apa kecoh tadi tu?" Soal Qiff buat2 tak tahu padahal dari tadi dia tengok kejadian tadi, tapi bila dia nak melangkah untuk menolang Imie dah terlebih dahulu sampai di situ.
"Kes jeles la tu"
"Siapa prempuan tu?"soal Qiff selamba macam sekadar bertanya sahaja.
"Kawan baik Fara" jawab Fara laju dan dua2 mereka terkejut. Pian pandang Fara yang dah terlepas cakap.
"Kenapa? Abang kenal ke?" Soal Pian pula, tak nak situasi bocor rahsia berlaku.
"Ha? Mana ada..." jawab Qiff turut buat2 tak tahu, elok la tu bila dua2 buat tak tahu tak ada la yang bocor rahsia nanti.
"Couple ke?" Soal Qiff lagi dan masih lagi buat bodoh sedangkan dua orang ni dah tahu sangat. Dalam keadaan agak kalut mereka masih lagi mampu tersenyum pelik, kenapa nak tahu? Kan?
"Mana ada, yang tolak kawqn Fara tu awek lelaki tu, awek dia jeles dengan kawan Fara. Padahal mereka tu sepupu"
"Sepupu pun boleh kawin la Fara" ujar Pian sengaja dan Qiff yang terkejut terus ternganga sedikit. Kenapa ni? Fara pandang Pian sambil berkerut dan Pian buat muka lain pulak.
"Haah! Boleh kawin, dah la sepupu kawan Fara tu protective gila" sambung Fara sengaja buat Qiff cuak.
"Korang tak masuk kelas ke?" Soal Qiff pada mereka berdua.
"Kelas cancel"
"Dah habis"
"Abang buat apa kat sini? Macam tak je nak lepak, tak ada awek eh?" Soal Pian sengaja cari pasal dan Qiff buat bodoh je lalu angkat punggung untuk beredar dari situ tanpa sepatah kata.
Terpaksalah guna fon lama balik, bukan aku berkira sangat tapi aku kesian dekat Imie, dah susah payah dia belikan aku tak pasal2 pulak dah besepai,pecah kot skrin fon ni, kalau baiki mungkin makan ratus jugak ni tapi aku nak jugak baiki!
"La,Hero ni tak bosan ke duk call aku?"
"Angkat je la" Imie bersuara dan aku pandang dia yang baru je balik dari surau. Aku sengih sikit dan angkat punggung untuk ke laman rumah.
"Hello" aku terlebih dahulu menegur sebaik sahaja aku jawab call. Aku duduk di pangkin rumah sambil pandang ke langit,besar betul bulan malam ni.
"Riya! Awak pergi mana? Dah banyak kali saya call"
"Malaysia lagi, kenapa?" Soal aku selamba sebab sngaja nak cari pasal dengan dia. Geram sebab dia dengan perempuan tu semalam ke? Ugh!!!
"Awak ni" aku tersengih, lemah je suara dia ni ha.
"Ya En. Aryan Zhaqiff, ada apa?"
"Saja, nak borak dengan awak"
"Awek tak marah ke?" Soal aku langsung.
"Dia bukan awek saya la,bukan taste saya pun"
"Amboi! Dah dia mengaku tu kenapa?"
"Dia yang rasa macam tu" senang betul jawapan yang dia bagi kan?
"Kalau awak tak bagi hint kat dia tak kan dia rasa macam tu"
"We are friends"
"Lelaki yang baik tak kan sentuh hati mana2 wanita yang tak ingin dimiliki. Lagipun siapa suka dimainkan dan siapa suka ada kekasih playboy?" aku bagi statement kejam dalam diam dan aku pasti dia diam je kat hujung talian sana. Ha! Ambik kau sebijik!
"Saya tak nak kena attack dengan awek awak nanti, tadi pun saya dah kena" aku gelak sikit sebab dia diam je,tengah analisa diri sendiri la kot. Kan?
"Awak kena attack?"
"Haah! Dahsyat kuasa cemburu ni kan? Takutlah saya"
"Awek siapa?"
"Imie,sepupu saya tu"
"Macam mana boleh jeles?"
"Entah, kami memang rapat"
"Sebab tu kot,or, sebab sepupu boleh kawin" aku rasa nak gelak bila dengar dia cakap macam tu. Aku dengan Imie mana boleh kawin tapi sepupu memang boleh kawin.
"Pasal tu la kot, kawin dengan sepupu, not a bad idea right?"
"No!" Eh? No?
"No?"
"I means... Rasulullah pun tak suka sangat kan? Fact said so too. Right?"
"Ya? Kalau dah jodoh tak kemana"
"Ok Riya! Saya jemput awak dekat kolej esok. Goodnight" aik? Terus matikan fon dia?amboi! Aku tak habis cakap lagi ni. Hailah tak faham sungguh perangai tak matang Qiff ni. Ke dia jeles? Comel la pulak kalau dia jeles tapi jeles tandanya sayang, dia sayang aku ke? Perasan la ni....
Kalut aku nak habiskan kelas awal hari ni sebab Qiff nak datang sini la pulak. Kenapalah dia ni suka sangat cari aku sekarang ni, tapi kau dah janji nak ubah dia supaya tak jadi playboy lagi. Lepas dia berubah kau nak buat apa pulak Riya? Tinggalkan dia macam tu je ke atau pergi jauh2 dari hidup dia?
"Adria, awak dah sampai mana ni?" Soal Puan Lisa dan aku pandang wajah ayunya. Aku sengih sedikit dan Fara jeling aku dengan senyuman peliknya. Ada la tu benda yang dia nak buat bagi aku geram.
"Orang ada date puan" maklum Fara,kan aku dah cakap yang dia ni tak boleh tengok aku senang sikit mesti jeles habis. Aku jeling dia yang sedang tersengih dan pandang puan Lisa.
"Percayalah cakap Fara ni puan. Siapalah yang nak kat saya ni?" Cewah! Ayat rendah diri cecah tanah ni. Tapi ada ke orang yang suka kau Riya? Ok! Kisah duka kalau tak ada.
"Ok, kelas dismiss. Patutlah ceria je sekarang" adess! Kan dah kena gossip liar. Fara ni jaga la kau!
"Mana ada puan, saya ceria girl always. Fara ni ha, tak sabar nak habis belajar,dah nak kawin" balas aku selamba dan Fara jeling aku pula. Padan muka asyik nak kenakan aku je kan? Aku salam tangan puan dan terus angkat beg untuk beredar, padan muka Fara dah nak bergossip sangat kan? Silakanlah bergosip. Pandai aku teka yang Qiff dah tercongok kat sini dengan baju pejabat lagi, satu je! Hensem habis!
"Riya" sapanya mesra dan aku berlari anak ke keretanya yang sudah dibukakan pintu untuk aku. Aku senyum dan terus masuk ke dalam kereta, panas sangat sekarang ni.
"Hai" sapanya lagi bila dah berada di sebelah aku dan aku balas senyumannya dengan senyuman sama manis.
"Riya" sebutnya bila dah 5 minit perjalanan dan kami diam je.
"Apa nama penuh awak?" Soalnya dan aku tersengih sikit. Aku tak pernah cakap ke eh?
"Adria, Adria Johana Bt Johan" dia senyum semedeng dan aku yang naik bendera pelik kat sini? Apesal pulak dia ni? Nama aku ada lawak ke apa?
"Kenapa senyum macam tu?"
"Jom! Kita dah sampai" eh? Aku pandang luar, rumah sape pulak yang besar tahap maksima ni? Dah macam istana aku tengok ni ha. Tak penat ke kalau tinggal dalam rumah besar macam ni? Ke ni tempat bersejarah. Tak kan nak dating tempat bersejarah kot? Nak tinggalkan banyak kenangan ke apa?
"Jom turun,termenung je tahu" mulut aku ternganga skit dan aku keluar bila pintu kereta dah dibuka.
"Mana ni?" Soal aku blur habis. Dia senyum dan ajak aku masuk ke dalam rumah besar itu,aku pun tak cakap banyak terus je ikut langkah dia dan setelah dia beri salam semua orang pandang kami. Erk! Siapa pulak ni? Pian?! Sah! Rumah dia ni.
"Jom" ajaknya lagi dan aku lagsung tak bergerak ke depan. Tak nak pergi! Kenapa pulak bawak aku datang rumah dia ni?
"Jom la" ajaknya lagi dan aku menggeleng laju, takkanlah kan? Mengarut apa pulak dia ni sampai kena jumpa family bagai.
"Adria Johana,jom?" Aku gelengkan kepala dan dia boleh tergelak kecil, dia ni geram sungguh! Aku dah la rasa cuak sampai nak pengsan. Satu patah pun tak cakap nak bawak aku datang sini.
"Jom la awak, semua orang tengah tunggu tu" aku melangkah perlahan dan mendekati orang tua Qiff la kot. Pian pun duk sengih je kenapa? Ada photoshoot ke apa? Aku salami tangan milik mama Qiff la kot.
"Datin" aku senyum senget,aku pandang dato dan tunduk sdikit lalu di pelawa duduk oleh Qiff. Aku duduk pun rasa macam ada bisul je kat punggung ni ha.
"Riya ya?" Soal datin ramah dan aku angguk dalam takut.
"Relax la,my parent baik la" ujarnya dan Pian gelak. Kurang ajar kau Pian! Tunggulah aku tembak kau nanti. Awek dengan dia sama naik je.
"Tak sangka, Riya la perempuan yang malang sangkut dengan Abang Qiff ni ma" seloroh Pian dan dia gelak mewah. Qiff hadiahkan jelingan maut habis tapi Pian macam tak kisah langsung. Dato dan datin pun ikut sama gelak dengan lawak tak lawak Pian.
"Diamlah!" Marah Qiff dan aku tersenyum sikit.
"Arfi pun kenal Riya?" Soal mamanya lembut dan aku rasa macam nak pengsan je. Arfi kau? Baik bak hang!
"Kawan Fie la ni ma, kawan baik Fara" terang Pian dan sengih pada mamanya.
"Riya takut ke?" Soalan dato terus buat aku angguk tanpa sedar dan akhirnya jadi bahan gelak seisi rumah ni. Qiff pun ikut gelak sama tak boleh blah betul dia ni.
"Pure sangat Riya ni. Nanti makan sini ya?" Ha?adoi! Aku pandang Qiff dan dia angguk,aku pulak angguk selepas dia.
"Riya pndai masak tak?"
"Masak? Kalau simple2 tu boleh la" aku jawab benda betul ok! Nasib baik mak su train aku macam mak tiri kalau tak alamatnya memang tak bersapa la dapur kat rumah aku tu.
"Riya dah lama kenal Qiff?" Erk! Kenapa soal siasat aku pulak ni? Dah la time takde orang lain.
"Tak lama,3 bulan lebih kot"
"Lama la tu" aku tersengih,lama la kot aku pun tak pasti kalau tiga tahun confirm aku kata lama.
"Terima kasih Riya"terasa tangan aku diraih lembut dan aku dibawa kepelukan hangatnya. Kenapa pulak ni? Kenapa rasa sangat hangat dan tenang ni?
"Kenpa ni aunty? Riya tolong kupas bawang je pun" terdengar gelakan kecil dari datin yang buatkan aku rasa tenang sedikit. Alangkah indahnya mempunyai seorang ibu yang sudi membelai kita kan?
"Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup Qiff" aku senyum. Aku yang menghadirkan diri bukan tak sengaja hadir,kalau aunty tahu yang aku dapat duit atas semua ni mesti dia kecewa kan?
"Takdir la aunty. Qiff lelaki yang baik"
"Anak aunty tak sempurna Riya"
"Semua manusia tak sempurna aunty, sebab kita semua diciptakan oleh Nya dan,kita hambaNya yang lemah"
"Riya buatkan aunty teringin sangat nak anak perempuan. Dua je anak, lelaki pulak tu" aku tergelak sedikit.
"Aunty tunggu je la Fara tu jadi menantu, riuh satu rumah ni dibuatnya"
"Ya? Kalau Fara dengan Riya mesti lagi meriah rumah ni kan? Dengan anak2 lagi nanti" ha??? Pedia??? Anak2? Dah pehal pulak ni? Blank habis aku dibuatnya.
"Saya nak lamar awak depan family saya" mulut aku terbuka luas bila Qiff buka mulut macam tu. Prank ke apa benda ni? Birthday aku dah lepas ni. Pian pun macam terkejut habis bila aku pandang dia mintak penjelasan.
"Bila kami boleh jumpa keluarga Riya?" Soalan uncle ahmad memang buat aku blank sepenuhnya. Ke otak aku dah blackout?!
"Apa ni Qiff? Awak mngarut apa ni?" Soal aku padanya dengan nada perlahan dan Qiff senyum je pandang aku.
"Aunty,uncle,Riya rasa awal lagi nak sampai situ. Lagipun Riya study lagi" aku jawab kalut,tak tenang mana dah pun.
"Ya la ma,discuss lagi lepas ni. Sebulan je lagi nak habis" Pian sambung dan semua orang angguk faham kecuali Qiff. Dia ni tak ada ribut tak ada angin nak lamar aku pulak. Kenapa dia nak lamar aku? Sebab dia suka aku ke? Setelah discussion tu fail aku dihantar balik oleh Qiff dan dia senyap je. Nak marah aku ke apa?
"Kenapa awak terburu buru sangat?"
"Terburu buru? Kita dah kenal 3 bulan"
"Kalau 3 tahun sekalipun belum tentu saya setuju dengan apa yang awak buat. Kita tak kenal each other pun"
"Saya dah cukup kenal awak Riya"
"Macam mana dengan saya? Baru je beberapa hari lepas saya jumpa awak dengan seorang perempuan yang mengaku kekasih awak, hari ni awak nak lamar saya. Pelik"
"Saya tak suka pun dia!"
"Qiff"
"Awak cakap jangan sentuh hati perempuan jika tak ingin memiliki. Saya nak awak dalam hidup saya" aku terdiam terus! Apa maksud dia cakap macam tu?
"Apa pulak hukummnya jika seorang perempuan itu menyentuh hati lelaki yang tak ingin dinikahinya?" Aku diam. Erk! Aku pun tak tahu apa hukumnya. Aku diam dan dia ikut sama diam tapi aku tahu dia pandang aku sekilas.
"Saya tak pernah sentuh hati mana2 lelaki" aku jawab selamba. Memang aku tak ada niat pun selama ni kalau kawan dengan budak laki untuk kawin dan aku kawan dengan Qiff sebab aku suka dia dan sebab nak tolong kawan. Tu je.
"Awak bukan je dah sentuh hati saya. Awak dah buat jenayah berat!" Amboi! Bila pulak aku jadi penjenayah ni?
"Awak mengarut apa ni Qiff?" Soal aku sambil tergelak kecil. Rasa nakal sangat statement dia. Dia pun dah boleh senyum bila dengar aku gelak. Tak ada la tegang sangat sekarang ni.
"Awak dah curi hati saya Riya" jawabnya perlahan dan aku diam terus. Apa maksud dia cakap macam tu? Aku tak berani nak pandang dia dan buang pandang ke luar tingkap. Kenapa rasa mcm sedih je ni? Bukan ke sepatutnya aku happy ke? Dia pun ada hati kat aku macam aku ada hati kat dia. Dia Mr. Hero yang kau cari selama ni kan? Tapi, my hero is a playboy!
Dah habis sebulan dan exam pun dah habis. Serabutnya kepala otak ni dengan lamaran Qiff. Rasa macam nak menari tepi jalan je biar nampak macam orang gila sikit. Hihihi, nak sangat ke Riya?
"Adria!" Aku pandang belakang bila nama aku disebut.
"Sir, apa?"
"4.00?" Soalnya sambil tersengih. Baru je habis exam la sir! Apa la dia ni.
"In sha Allah, kenapa?"
"Tak sabar nak ambik awak kerja dengan saya" dia mengenyitkan mata dan aku tergelak senang,rasa macam hilang masalah yang sedang menggunung tinggi tadi.
"Kalau tak dapat?"
"Saya nak jugak awak kerja dengan saya"
"Aik? Tak aci la kat orang lain sir. Orang yang lebih layak"
"Saya yakin dengan awak"
"Ok! Tapi, gaji saya mestilah..." aku buat2 mengira menggunakan jari gaya macam banyak betul yang nak kena beri ni. Sir menanti dalan sabar dan akhirnya aku gelak bila tengok muka bersungguh dia.
"Saya akan beri sebanyak yang awak nak"
"Wah! Untung ni mcm ni"
"Mestilah, saya kan boss yang baik" aku dan dia sama2 gelak dengan benda yang rasanya tak kelakar pun tapi bolehlah tahan. Sir Amar ni memang menyenangkan hati betul!
"Riya!" Aku pandang belakang lagi sekali, nama aku disebut ok. Qiff??? Apa dia buat kat sini hari ni?
"Siapa tu?" Soal Sir sambil pandang Qiff yang sedang merapati kami.
"Riya, puas saya tunggu kat cafe" ujarnya dan aku berkerut,bila pulak aku cakap nak jumpa dia?
"Cafe?" Soal aku pelik.
"Saya dah mesej awak"
"Ya?"kalut aku keluarkan fon yang Imie bagi tapi dah dibaiki. Alhamdulillah.
"Sorry Qiff, off la" aku tersengih rasa bersalah dan Qiff ikut sama senyum.
"Sokay" balas Qiff ceria dan aku senyum lagi. Pandang dia pun boleh hilang masalah dan masalah angau yang datang lepas tu.
"Ha! Qiff,ni sir saya. Sir Amar" aku perkenalkan sir kepada Qiff dan mereka bersalaman sambil tersenyum.
"Saya Aryan Zhaqiff, tunang Riya" heh! Memang aku tunang dia pun sekarang. Dua minggu lepas kami tunang. Sir Amar punyalah terkejut sangat tu kenapa?
"Tunang?"
"Ya sir" jawab aku sambil tersengih.
"Tak jemput saya pun"
"Tak sempat nak jemput sir, luar plan tu".
"Oh, kawin jangan tak ajak pulak" aku terus ketawa senang,dah la aku sorang je yang gelak entah mana yang kelakar aku sendiri tak tahu.
"In sha Allah, kami ada urusan ni tuan. Jadi,boleh kami pergi dulu?" Pinta Qiff sopan. Sir angguk faham dan kami berdua berlalu pergi. Kata macam ada masalah tapi macam suka je kan? Hihihi.
"Jangan menggatal lagi" aik? Tetiba je?
"Tang mana pulak saya menggatal ni?"
"Tadi, gelak sakan bagai"
"Wah! Aryan Zhaqiff jeles la"
"Mana ada, tak manis dipandang"
"Dia tu sir saya la!"
"Sir pun lelaki jugak!"
"Jeles! Awak ni lawak la"
"Mana ada jeles! Mama nak awak jumpa dia"
"Huhuhu...mengelat."
"Serius la, mama nak kita kawin awal sikit"
"Pedia???"
"Mama cakap,kalau nak tunggu awak dapat kerja, tak tahu bila. Mama pun tak nak awak kerja kat restoren lagi. Mama cakap, nak saya jaga awak"
"Semuanya sebab Mama yang nak, bukan awak yang nak"
"Saya nak la!"
"Nak apa?"
"Nak awk!" Dia mengenyitkan mata dan aku hentak dia dengan beg di tangan. Poyo tak menghabis walaupun playboy tu dah habis. Nasib baik kalau tak makan nasi berulam jantung la aku.
#tq baca... ermm....ada lagi satu. Last punyer....
Hihi...thanks sebab tulis cerpen camni...hehe...boleh minta id we chat tak?
ReplyDeleteBest!!
ReplyDeleteSimple tp best..love sngt
ReplyDelete