Saturday 17 October 2015

Share sikit

Assalamualaikum....hai...

First of all terima la maaf saya ya semua... SAYA MINTA MAAF SANGAT2 sebab saya tak dapat nak spend masa nak menulis sekarang. Saya pun baru je dapat tahu a few days ago yang saya ada exam. TIDAK!!! So, untuk bulan oktober maybe tak ada cerpen lagi kut. Padahal this month genap la blog Alzai Sanara ni setahun. Blog ni tak dapat nak celebrate birthday dia pun...saya pun sedih.

Apapun, exam ni penting jadi saya memang kena fokus. Maaf kepada sesiapa yang menunggu dan ada yang check if ada update citer baru. Maaf sangat2 sebab tak dapat nak publish apa2 buat masa sekarang.

Terima kasih for those yang sudi lepak and singgah blog tak seberapa ni dengan baca apa yang saya mengarut kat sini. In sha Allah, bulan nov ada la citer baru kut. Sekali lagi, maaf sangat2.

Pada yang nak bagi suggestion or ada yang nak saya sambung mana2 cerita tu, mungkin saya akan timbal balik atau sebagainya la ya. Maaf sangat2.

P/s

1. Saya sayang semua yang sudi lepak sini and baca apa yang saya tulis.
2. Moga kita semua have a nice life.
3. Moga dapat bagi yg terbaik untuk exam ni. Hehehe...
4. Aha! Sebelum lupa, pada komen yg double or triple or sama tu, saya delete ye. Thanks tau sudi isi kotak komen saya...
5. Have a good and nice weekend!!!

Love,
Alzai Sanara

Thursday 8 October 2015

Cerpen : C.I.N.T.A

#sorry...maybe cerita ni a little bit boring. Mungkin bukan a little bit but a lot. Lain saya nak buat cerita ni, tapi, lain pulak yang jadi! Huhuhu. Apa yang saya fikir masa buat cerita ni, asal punya. Lain sangat dan alih2 keluar cerita yang jadi ni. Tajuk pun tak fikir lagi...dah habis tulis pun tak tahu lagi apa tajuk yang sesuai. Bila saya baca balik, saya bagi senang je la, tajuknya... CINTA. heh, mungkin tak ada kaitan pun kut. Tapi, entah! Tak tahu nak campak tajuk apa. Typo and mistakes tu sorry la yer...hehehe. saya tak sure mana saya dengar quote ni tapi, heh, best jugak...kikiki. sedaya upaya saya nak selitkan dalam cerita ni dan mungkin tak fit pun tapi!!! Tapi!!! Tapi!!! Nak selit jugak!!! Kikiki

《Love is pain but you are my pain killer》

Berkongsi rumah yang sama, bilik yang sama, katil yang sama, bilik air yang sama tapi perasaan yang berbeza. Itulah perumpaan kehidupan Natasha Bt Ihsan bersama suaminya Adam Ziqri. Mereka bukannya musuh dan bukan juga ada salah faham, mereka cuma tidak saling kenal dan berkahwin di atas permintaan Puan Asma.
"Mama nak kita balik rumah dia hujung minggu ni" Adam bersuara di meja makan ketika mereka bersarapan bersama sama. Mereka jarang berbual dan tak suka berbual, mungkin. Apa yang mereka tahu hanyalah jalankan tanggungjawab masing2 dah memadai. CINTA? jawapannya kosong! Hubungan tanpa perasaan.
"Saya tak boleh balik, ada kursus" Tasha pula membuka mulut respon pada apa yang Adam katakan.
"Ok" itu pula balasan Adam. Bayangkan, kehidupan macam ni dah berjalan selama dua bulan. Istilah bosan tak pernah muncul dalam benak mereka. Pelik tapi benar.

Haluan mereka sama tapi masing2 berangkat sendiri ke tempat kerja dan tiada kata selamat tinggal pun. Manusia ke mereka ni? Entah. Tasha memandu kereta myvinya dan terus ke kolej, dia dah mula mengajar di sini dua minggu lepas jadi dia terpaksa hadiri banyak kursus sebelum menjadi pensyarah tetap. Cita citanya telah tercapai jadi dia akan kerja dengan sebaik mungkin.
"Tasha!" Seorang perempuan menjerit memanggil Tasha yang sedang berjalan ke biliknya, Tasha berpaling dan ukir senyum pada si pemanggil. Dhuha, kawan baiknya.
"Apa?" Soal Tasha dan menjeling kawannya itu sekilas. Kelam kabut betul Dhuha ni.
"Saja, kursus tu kau ikut?"
"Ikut. Kau?"
"Ikut la. Yang minggu lepas aku tak ikut dah. Macam mana la kau boleh handle masa bila dah kawin ni, suami aku ni kalau boleh dia nak aku ada depan mata dia je" Tasha tersengih bila dengar Dhuha merungut. Perkara biasa sangat la ni di telinga Tasha. Dhuha juga baru sahaja berkahwin cuma lebih lama sikit dari Tasha. Apa yang Tasha pasti, Dhuha ni bertambah kelam kabut sekarang.
"Laki kau sayang kau la tu" Tasha bagi jawapan sama setiap hari. Setiap kali Dhuha merungut, itu lah ayat ruji yang Tasha akan berikan sampai Dhuha pun dah malas nak dengar.
"Tu je la kau. Laki kau bagi ke?" Soal Dhuha beralih topik. Tasha hanya anggukkan kepalanya dan Dhuha mengeluh lagi. Berapa kali nak mengeluh pun tak tahu la. Tasha terus tersenyum dan masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja sampai. Dhuha perlu berjalan lagi sikit untuk sampai dibiliknya sendiri.
Tasha letakkan beg kerjanya dan tas tangannya di bawah meja. Dia mengemas beberapa kertas yang ada di atas meja sebelum duduk. Seperti biasa Tasha akan termenung lebih kurang dua minit sebelum mula kerja, bukan termenung, lebih kepada berdoa kut.

Adam seperti biasa masuk ke dalam pejabatnya dengan wajah serius. Adam bukanlah seorang yang gemar bergaul dan lebih kepada suka bersendiri. Wajahnya yang serius membuatkan pekerjanya agak takut dengannya. Tapi, dia bukanlah jenis yang cepat naik angin dan jenis yang suka marah2. Dia cuma tak banyak bercakap dan tak suka bergaul.
"Boss, meeting dengan Encik Zainal dibatalkan" maklum Zita, sebagai setiausaha Adam. Adam ucapkan terima kasih dan Zita terus keluar. Adam bersandar pada kerusinya dan dia buang pandang ke tingkap. Syarikatnya bukanlah syarikat besar dan dia hanya ada beberapa orang pekerja sahaja. Lebih kurang 15 orang pekerja sahaja, tapi perniagaanya agak menguntungkan. Adam membuka dokumen yang berada di atas meja dan dia membeleknya malas. Hari ini dia rasa sangat malas nak lakukan apa2 kerja.
"Zita, hari ni saya half day je. Jadi, apa2 meeting selepas pukul dua boleh awak batalkan?"
"Ok. Good!" Adam letakkan telefon dan dia membuka laptopnya pula. Dia mengemaskini beberapa lakaran dalaman rumah yang dia perlu siapkan dengan segera. Setelah berpuas hati dia keluar dari biliknya dan memberitahu kepada Zita yang dia akan keluar berjumpa client.

Tak disangka Adam dan Tasha bertembung di sebuah restoren untuk lunch tapi masing2 tayang wajah selamba dan saling tak kenal. Adam seorang diri dan Tasha juga sendiri.
'Aku nak makan dengan dia ke?' Soal hati Tasha sendiri bila melihat Adam sudah duduk di satu meja. Tasha telan liur dan mendekati meja Adam.
"Awak sorang?" Soal Tasha dan senyum sedikit. Adam masih lagi dengan wajah selamba dan dia anggukkan kepala.
"Boleh saya duduk sini?" Soal Tasha pula dan Adam angguk lagi. Ok! Suasana awkward gila. Tasha terus duduk dan keluarkan telefon dia. Entah nak buat apa dia sendiri tak pasti.
"Nak makan apa?" Soal Adam pada Tasha bila pelayan datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan.
"Nasi ayam" jawab Tasha ringkas.
"Nasi ayam dua, air?" Soal Adam lagi.
"Jus mangga"
"Nasi ayam dua, jus mangga dua" pesan Adam dan Tasha senyum lagi.
"Kenapa sama?" Soal Tasha pada Adam.
" memang itu je yang saya pesan" jawab Adam tanpa memandang Tasha. Tasha senyum bertambah lebar pula kali ini.
"Kebetulan! Saya pun sama" ceria betul suara Tasha dan Adam angkat muka pandang Tasha yang sedang tersengih sehingga menampakkan setiap baris giginya.
"Sorry, over excited" pinta Tasha segan dengan keterujaan dia yang terlebih tadi.
"Ok" hanya itu yang Adam balas dan kembali memandang telefonnya. Tasha hilang kata2 bila melihat Adam langsung tak berminat untuk lanjutkan perbualan mereka. Tasha ikut sama memandang telefonnya dan membalas beberapa mesej yang ada.
"Your order" seorang pelayan bawa makanan mereka berdua.
"Thanks!" Ucap Tasha mesra kepada pelayan lelaki itu sehingga pelayan itu blushing sendiri. Mungkin tak biasa tengok orang yang suka bagi senyuman terlajak ikhlas macam Tasha ni.
Tasha baca doa sendiri dan dia mula makan tanpa menunggu Adam. Dia mula menyuap perlahan lahan dan senyuman dia masih tak lekang dibibir.
"Awak selalu datang sini?" Soal Tasha pada Adam yang mula makan.
"Kalau ada masa je" jawab Adam tenang.
"Sama la, saya setiap selasa dan khamis je sempat. Hari lain jadual pack" ujar Tasha tanpa disoal lagi. Suka betul bagi jawapan tanpa soalan. Tasha terus tersenyum dan makan dengan berselera.
Masa berlalu lima minit dan suasana tenang dan senyap je.
"Awak tak makan sos nasi ayam ke?" Soal Tasha pelik bila melihat Adam langsung tak sentuh bekas sos itu. Adam pandang Tasha dan gelengkan kepala ringkas.
"Saya tak makan pedas" jawab Adam pula dan mulut Tasha membentuk huruf O.
"Patutlah, saya masak asam pedas, awak tak makan pun. Sorry, awak sepatutnya cakap awal2 lagi" Tasha mula rasa bersalah bila tak ambil berat mengenai Adam.
" saya tak kisah pun" jawab Adam pula dan Tasha terdiam lagi. Tasha teruskan makan dan dia berfikir menu apa yang boleh dia masak tak perlu guna lada. Dia suka makan pedas. Tasha selesai makan lebih cepat daripada Adam dan dia sudah bersedia untuk buat bayaran.
"Saya bayarkan" ujar Adam dan Tasha senyum sambil anggukkan kepala. Tasha minta diri dan keluar dari restoren itu. Dia perlu kembali ke kolej sebab tak nak terlewat untuk masuk ke kelas.

Adam terus ke rumah mamanya dari pejabat lagi. Dia malas nak balik rumah sebab dia tahu tak ada siapa pun dalam rumah itu nanti sebab Tasha pergi kursus dua hari. Adam memarkir kereta dan masuk ke dalam rumah.
"Mama" sapa Adam lembut dan memeluk mamanya dari belakang. Puan Asma senyum dan biarkan je Adam peluk dia.
"Tasha mana?" Soal mamanya dan Adam bagi jawapan biasa.
"Kakak balik hari ni" Puan Asma maklumkan anak lelakinya lagi dan Adam angguk je.
"Adam dengan Tasha ok?" Soal Puan Asma lagi. Dia kenal sangat mereka berdua. Tasha adalah anak yatim yang dia taja pelajarannya dan Adam adalah anak manjanya. Adam memang jenis anti sosial tapi Tasha agak ramah dengan orang.
"Ok" jawab Adam ringkas. Memang hubungan mereka di paras ok je.
"Really?" Soal mamanya lagi dan Adam angguk.
"Kami lunch sama2 tadi" ujar Adam dan keluar dari ruang dapur. Puan Asma pula teruja bila dengar berita itu. Perkembangan yang baik padanya. Adam menonton tv dan dia hanya pandang skrin itu tanpa tujuan atau fokus.
"Tasha pandai masak?" Soal mamanya lagi dan Adam angguk je.
"Adam suka masakan dia?" Puan Asma cuba untuk memancing Adam supaya buka mulut dan bercakap lebih banyak daripada 10 patah perkataan.
"Pedas" jawab Adam selamba dan Puan Asma ukir senyum sikit. Dia kenal sangat Adam yang tak suka dan tak boleh makan makanan pedas walaupun sikit. Tasha pula tak berselera kalau makan makanan tak pedas langsung.

Tasha dan beberapa pensyarah lain sudah bersedia di kerusi masing2 untuk mendengar taklimat dan ceramah sesi pertama. Semua orang berikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah.
Selesai sesi pertama ada majlis makan sedikit dan semua orang sertai majlis itu. Dhuha dan Tasha juga ikut sama.
"Hai, saya Mazlan, boleh panggil Lan je" seorang lelaki memperkenalkan dirinya kepada Tasha yang sedang seronok berbual dengan Dhuha.
"Saya Tasha" Tasha tetap membalas teguran itu dengan ramah serta senyumannya yang terbaik.
"Saya Dhuha" giliran Dhuha pula memperkenalkan dirinya.
"Mengajar apa?" Soal Mazlan lagi.
"Sains komunikasi" jawab Tasha ramah.
"Oh, saya mengajar sejarah" jawab lelaki itu tanpa soalan. Dhuha dan Tasha angguk faham dan teruskan tersenyum.
Mereka masih lagi cuba untuk berbual sebelum saling kenal lebih rapat. Tasha dah biasa sangat keadaan macam ni dan dia memang jenis tak kisah untuk berbual dengan sesiapa sahaja.
Dhuha minta diri sebab perlu menjawab panggilan telefon dan Tasha teruskan berbual dengan Mazlan. Tasha suka peribadi Mazlan yang sangat memahami dan agak kelakar pada masa yang sama.

Tasha balik ke rumah setelah dua hari penuh dia asyik dengar ceramah je. Telinga dia pun dah nak keluar bulu rasanya. Tasha hilangkan penat di sofa sebelum ke biliknya.
"Mazlan?" Tasha pelik bila satu panggilan telefon masuk dan panggilan itu daripada Mazlan. Tasha terus menjawab dengan ceria dan setelah berbual ringkas dia matikan telefon. Dia bangun dari sofa dan terus ke bilik. Dia mandi dan kemaskan bagasinya.
"Adam!" Tasha tepuk dahinya sebab dah terlupa untuk maklumkan pada Adam yang dia dah sampai rumah. Padahal dia dah berjanji pada Adam untuk maklumkan.
Tasha capai telefonnya dan menaip sesuatu. Setelah butang send ditekan Tasha kembali sibuk mengemas pakaian kotor untuk dibasuh. Tasha ke bilik basuhan dan masukkan pakaian kotornya ke dalam washer. Dia menunggu selama setengah jam dan dia terus jemur diampaian. Masih ada sisa satu hari lagi sebelum dia masuk kerja balik. Tasha buat keputusan untuk berehat di ruang tamu je.

Adam yang mendapat mesej Tasha terus balik ke rumahnya. Dia masuk ke dalan rumah dan melihat Tasha sedang lena di atas sofa. Adam tak hiraukan Tasha dan masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Adam turun semula ke ruang tamu dan dia duduk di sofa lain. Dia pandang Tasha lama sebelum dia tersedar yang ada panggilan masuk ke telefon Tasha. Dia menunggu untuk Tasha sedar sendiri tapi Tasha langsung tak bergerak. Adam capai telefon itu dan menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Tasha" sapaan di sebelah sana kedengaran ceria. Adam betulkan anak tekaknya sebelum menjawab.
"Maaf, saya suami dia" ujar Adam tenang.
"Su...suami?"
"Ya. Ada apa ya?" Soal Adam pula.
"Tak apa, bye" suara itu langsung terputus. Adam hanya diam je, dia melihat nama yang tertera di skrin.
"Oh, awak dah balik?" Soal Tasha bila tersedar dari tidur. Dia menggenyeh matanya dan memandang Adam yang kelihatan tenang seperti biasa.
'Mamat ni tak ada eksperesi lain agaknya' gumam Tasha sendiri, dah banyak kali dia mengutuk Adam dalam hatinya. Hahaha.
"Ada call masuk" Adam tak menjawab soalan Tasha malah berikan telefon Tasha kepadanya. Tasha masih lagi dalam mode mengantuk tapi dia capai telefon itu dan termenung pandang skrin.
"Siapa?" Soal Tasha lambat.
"Mazlan" jawab Adam selamba dan naik ke bilik mereka. Tasha mengeluh dan letakkan semula telefonnya ke atas meja. Dia ke dapur untuk siapkan makan malam untuk mereka berdua nanti. Dia keluarkan ayam dan termenung seketika.
"Nak masak apa ni?" Soal Tasha pada dirinya sendiri dan mula mengupas bawang.

Adam solat asar setelah selesai mandi. Dia keringkan rambutnya dan memandang dirinya di dalam cermin. Dia mula menyikat rambut dan kemaskan rambutnya. Adam turun semula ke ruang tamu dan menapak ke dapur. Adam membuka peti sejuk dan mengeluarkan jus mangga.
"Awak nak apa2?" Soal Tasha pada Adam.
"Saya ok. Awak tak penat?" Soal Adam, dan Tasha ukir senyum ceria sambil anggukkan kepala. Adam pula berkerut bila ada orang boleh cakap dia penat dengan wajah seceria itu.
"Penat sangat" jawab Tasha masih lagi dalam nada ceria habis. Adam garu dahinya sekejap dan memandang kuali yang sedang Tasha pegang.
"Kita boleh makan luar" Adam beri cadangan pula dan Tasha dengan mesra menolak. Dia dah masak ni, nanti siapa yang nak makan.
"Saya dah masak"
"Ok" balas Adam akhirnya. Dia sendiri tak pasti apa yang dia boleh borak dengan Tasha. Mereka memang tak banyak bercakap pun.
"Mama!" Tasha yang tiba2 menjerit membuatkan Adam bangun dari kerusi dan dia mendekati Tasha.
"Kenapa?" Soal Adam resah.
"Terpercik minyak panas" jawab Tasha sambil tergelak kecil. Kali ini memang jelas sangat yang Adam keliru. Keliru dengan perempuan yang ada di depannya kini. Penat, senyum. Sakit, gelak.
"Sikit je ni" Tasha teruskan memasak dan Adam hanya mampu pandang.
"Saya buat" Adam capai sudip ditangan Tasha dan dia menyambung kerja Tasha. Tasha tersenyum lagi dan dia siapkan kerja lain. Takkan nak makan ayam goreng je malam nanti. Sayur macam mana pulak?
"Awak nak makan sayur apa?" Soal Tasha dan buka peti sejuk. Tasha pandang Adam yang hanya diamkan diri.
"Kenapa?" Soal Tasha bila Adam hanya gelengkan kepalanya.
"Saya tak makan sayur" jawapan Adam buatkan Tasha yang mencangkung terduduk. Tasha nak gelak tapi dia cuba untuk tahan. Ada jugak orang dewasa tak makan sayur rupanya.
"Buah?" Soal Tasha lagi dan Adam gelengkan kepala. Tasha jadi tertanya tanya mana khasiat yang Adam dapat. Tasha mendekati Adam dan dia memegang lengan Adam. Dia perhatikan lengan putih itu lama dan dia memandang Adam. Adam pula pelik bila dia dilihat sebegitu sekali.
"Mana awak dapat zat eh?" Soal Tasha betul2 nak tahu.
"Saya minum jus." Jawab Adam pula dan Tasha faham sikit.
"Tapi, sama je kut rasa dia. Kan?" Soal Tasha lagi.
"Entah" jawapan Adam buat Tasha pelik lagi. Minum jus buah tapi tak makan buah. How can?
"Kalau saya buat jus sayur awak makan tak?" Soal Tasha pula. Adam gelengkan kepala. Dia sangat bencikan jus sayur.
"Carrot?" Soal Tasha lagi dan Adam masih lagi dengan jawapan tidak dia. Tasha ukir senyum dan tergelak sikit. Dia meninggalkan Adam dan termenung depan peti sejuk. Apa yang dia boleh buat untuk bantu Adam makan makanan yang sihat. Tapi, dia pun bukannya jenis yang makan makanan sihat sangat pun. Tapi! Mesti makan sayur dan buah buahan.
"Dah" Adam hidangkan ayam goreng atas meja dan Tasha tersenyum senang.
"Ni je ke? Awak nak makan apa lagi?" Soal Tasha pada Adam. Adam angkat bahu dan Tasha lagi sekali terpaksa berfikir sendiri.
"Kita makan nasi goreng dengan ayam goreng la ya?" Tasha meminta pendapat Adam pula dan Adam hanya angguk.
"Nak saya tolong?" Adam bertanya dan Tasha segera mengangguk. Beberapa ulas bawang diberikan kepada Adam supaya mengupasnya. Adam ambil pisau dan berdiri disebelah Tasha. Tasha pula fokus kepada nasi yang telah ditanak. Dua minit kemudian Tasha terdengar esakan dan dia berpaling memandang Adam. Dia terpaksa mendongak untuk melihat Adam yang jauh lagi tinggi daripada dia. Dia terdiam bila melihat air mata Adam yang mengalir di pipi dan mata serta hidung Adam dah merah habis. Adam membalas pandangan Tasha dan mata mereka bertaut.
Dup! Dup! Dup!
Jantung mereka berdegup senada dan tatapan mereka begitu lama. Tasha tersedar dan dia mengambil tisu. Tasha gelak sedikit dan dia mengesat air mata Adam.
"Ala, dah menangis pun" Tasha bersuara dalam nada bergurau dan Adam pandang tempat lain. Dia segan.
"Sorry" pinta Adam pula dan Tasha tergelak lagi. Tasha ambil pisau di tangan Adam dan dia mengupas bawang dalam masa seminit je. Adam garu belakang kepalanya dan dia ke sinki untuk membasuh muka.
"Sorry" ujar Adam lagi sekali dan Tasha angguk sambil senyum. Adam hanya mampu melihat tangan lincah Tasha bermain dengan pisau.
Dia tak membantu langsung sebenarnya tapi Tasha langsung tak marahkan dia.

Suasana meja makan senyap seperti biasa dan masing2 fokus pada makanan masing2. Tasha puas hati dapat masak bersama sama Adam hari ini. Walaupun hakikatnya Adam hanya tengok je yang lebih. Tasha tersenyum bila teringat wajah Adam yang kemerahan tadi, padanya dia rasa Adam sangat comel. Dia nak tengok Adam yang lebih pandai bagi ekspresi muka yang berbeza. Bukan hanya pandai tayang wajah serius dan tenang.
Adam pelik bila Tasha masih lagi tersenyum walaupun sedang makan. Dia memang tak faham kenapa Tasha suka sangat tersenyum dan ceria je. Selama ini dia tak perasan akan semua ini tapi sehari dua ini ada yang berubah sedikit.
"Saya nak pergi rumah mama esok, awak nak ikut?" Soal Tasha pada Adam.
"Ok" jawab Adam sepatah dan Tasha tersenyum lagi.
'Apa yang boleh buat dia cakap lebih daripada sepatah? Nama aku pun dia tak pernah panggil rasanya' gumam Tasha sendiri dan dia segera habiskan makanan di dalam pinggan. Tasha ke sinki dan membasuh pinggannya sendiri. Seperti biasa Adam akan basuh pinggan dia sendiri.

Tasha dan Adam berkongsi kereta ke rumah Puan Asma. Bila Puan Asma melihat kemajuan dalam hubungan itu dia tersenyum bahagia.
"Mama!" Sapa Tasha teruja dan terus memeluk Puan Asma erat.
"Tasha. Kenapa mata macam tak cukup tidur je ni?" Soal Puan Asma khuatir. Adam ikut sama pandang mata kuyu Tasha.
"Penat sikit" jawab Tasha dan masih lagi tersenyum.
"Tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Puan Asma lagi dan Tasha sengih.
"Pukul 3 je ma. Kena siapkan kerja sikit." Jawab Tasha sambil tersenyum dan menarik tangan Puan Asma ke ruang tamu. Adam pula habis idea nak fikir bila Tasha tidur begitu lewat. Setahu dia Tasha memang penat sangat tapi sempat dia siapkan kerja lain.

Tasha terkejut bila melihat ada tiga kanak2 lebih kurang sebaya sedang main game di ruang tamu. Matanya seakan bersinar bila melihat wajah tiga budak lelaki yang comel itu. Dah la iras mat saleh je.
"Siapa ni ma?" Soal Tasha teruja habis dan dia segera mendekati tiga budak itu.
"Ian, Joe, Mika" jawab Puan Asma dan senyum lagi.
"Ni aunty Tasha, salam sayang" mereka bertiga terus datang dan menyalami tangan Tasha. Tasha ceria betul dan dia usap kepala tiga beradik itu.
"Kembar ma?" Soal Tasha lagi.
"Ya, anak buah kamu la ni. Anak  Misha"
"Oh, mama. Suami Kak Misha mat saleh ke?"
"Mix" jawab Puan Asma lagi dan Tasha terus duduk diantara tiga kembar itu. Senyuman dia malah bertambah lebar je.

Sejak hari itu Tasha makin kerap ke rumah Puan Asma. Kembar itu juga senang dan gembira dengan kehadiran Tasha. Adam secara tak langsung ikut sama bermain dengan budak2. Adam jenis tak pandai bergaul dan tak pandai melayan kanak2 tapi dengan melihat Tasha dia belajar sedikit demi sedikit.
"Uncle Adam pulak!" Jerit Tasha dan mereka berempat terus menyerang Adam dengan menggeletek Adam. Malangnya, macam geletek tiang elektrik je. Adam langsung tak rasa geli malah dia pelik. Tasha betulkan rambutnya yang dah serabai dan berhenti menggeletek Adam. Kembar itu ikut sama berhenti dan pandang Tasha sambil berkedip mata tak berdosa. Tasha senyum dan bisikkan sesuatu di telinga Adam.
"Act je la geli" bisik Tasha mengharap tapi Adam gelengkan kepala.
"Saya tak pandai" jawab Adam senang dan Tasha tepuk dahi.
"Kita serang...Mika!!!" Jerit Tasha pula dan kembar itu mula menggeletek Mika. Akhirnya mereka berempat mula tergolek sebab penat sangat. Adam tanpa dia sedari satu senyuman ringkas terbit di wajahnya bila melihat empat orang yang dah kehabisan tenaga.
"Dah pukul 10 malam. Tidur" Adam bersuara dan kembar itu buat wajah sedih.
"Jom! Bedtime story" ajak Tasha pula dan kembar itu segera bangun da  berlari masuk ke dalam bilik mereka. Tasha pandang Adam dan menarik tangan Adam.
"Saya nak awak yang bacakan cerita hari ini" Adam tak mampu nak menolak dan hanya mampu berjalan mengikut langkah Tasha. Puan Asma tersenyum lagi bila melihat semua itu.
"Tasha memang untuk Adam" Puan Asma masuk ke biliknya sendiri setelah ruang tamu kembali sepi.

Tasha pelik bila Adam kembali tidur setelah solat subuh. Tak pernah selama ni Adam tidur selepas subuh. Tasha malas nak ganggu Adam dan dia turun ke dapur untuk sediakan sarapan.
"Dia tak sihat ke?" Tasha menyoal dirinya sendiri tapi dia tak fikir pulak jawapannya apa. Tasha sediakan sarapan ringkas sebelum kembali ke bilik untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja. Setelah Tasha selesai memakai tudung dia melihat Adam yang masih lagi tidur.
"Tak kerja ke?" Soal Tasha perlahan dan berjalan ke sisi katil.
"Adam" panggil Tasha lembut dan bahu Adam disentuh. Adam menggeliat sikit dan membuka matanya perlahan lahan. Tasha terkejut bila melihat wajah Adam yang merah, dan matanya yang berair.
"Awak ok?" Soal Tasha pada Adam dan dia duduk di sisi katil.
"Ah, demam ni" Tasha buat kesimpulan sendiri bila dia menyentuh dahi Adam. Panas betul.
"Kita pergi klinik ya?" Ujar Tasha lagi dan kali ini Adam menggeleng laju. Tasha berkerut dan gigit bibir bawahnya. Apa yang dia boleh buat?
"Awak ok ke?" Soal Tasha lagi tapi Adam tetap berdiam diri.
"Jangan pergi" tangan Adam memegang kemas lengan Tasha bila Tasha bangun dari katil. Tasha terkejut sikit dan dia kembali duduk.
"Please..." pinta Adam lemah dan dia kembali menutup matanya.
"Saya nak buat call kejap." Tasha cuba bangun lagi tapi Adam berkeras menghalang.
"Saya kena call, saya tak masuk kerja hari ni. Kejap je" pujuk Tasha pula tapi Adam tetap menggelengkan kepalanya. Tasha jadi hilang kata2 dan dia cuba meraih beg tangannya yang berada jauh dari situ.
"Kejap je!" Tasha lepaskan pegangan Adam dan dia berlari selaju mungkin untuk mengambil telefonnya. Sebaik dia mencapai telefon itu dia kembali ke sisi Adam. Tangan Adam meraih tangan Tasha semula dan dia genggam erat. Tasha pelik betul dengan perubahan Adam ni.
"Hello, Dhuha, aku tak masuk kerja hari ni."
"Ok. Boleh tolong berikan untuk aku tak?"
"Ok. Thanks." Tasha matikan telefon dan dia memandang Adam yang sedang menutup matanya rapat.
"Awak kena makan, nak makan ubat" maklum Tasha lagi dan Adam hanya diam. Tasha tersenyum lagi bila dia mendengar dengkuran halus Adam.
"Comel awak ni!" Pipi Adam dicubit lembut dan dia senyum lagi. Bila Tasha dah pasti yang Adam kembali lena dia lepaskan genggaman Adam dan menukar pakaian dengan segera. Dia ke dapur untuk memasak bubur.

Bila dia kembali ke bilik dia terkejut melihat Adam yang tengah memeluk lutut di atas lantai. Tasha letakkan dulang makanan dan berlari mendapatkan Adam.
"Kenapa ni?" Soal Tasha risau bila wajah Adam kembali pucat dan menggeletar seperti orang kesejukan dan ketakutan. Adam terus meraih Tasha ke dalam pelukannya.
"Jangan pergi" pinta Adam seakan merayu dan Tasha jadi pelik. Pelik dengan perangai Adam sekarang ni. Tasha usap lembut belakang Adam sehingga badan Adam hilang geletar sedikit. Tasha pandang Adam yang pucat tak berdarah itu dan memegang kedua pipi Adam.
"Saya tak pergi mana pun" Tasha senyum dan dia usap lembut pipi Adam. Adam kembali memeluk Tasha dan meminta Tasha jangan pergi lagi. Tasha angguk untuk meyakinkan Adam yang dia tak akan ke mana2.
"Saya nak ambil makanan tu, kejap je" ujar Tasha dan tunjukkan dulang makanan atas meja. Adam dengan wajah risau dan takut gelengkan kepalanya. Tasha menarik tangan Adam supaya ikutnya berdiri dan berjalan ke arah dulang itu. Tasha membawa dulang itu ke katil bersama Adam. Adam didudukkan di atas katil dan disandarkan pada katil.
"Kita makan ya" Tasha cuba untuk melepaskan genggaman Adam tapi tak berjaya. Macam mana dia nak menyuap Adam kalau macam ni.
"Awak pegang baju saya ok. Saya nak suap awak ni" Tasha letakkan tangan Adam pada sisi bajunya dan Adam genggam kuat. Tasha senyum dan mula menyuap Adam perlahan lahan. Adam tak banyak cakap dan hanya pandang Tasha dalam2.
"Ubat" Tasha suapkan ubat pula dan Adam telannya dengan segera.
"Bagus" puji Tasha dan menyentuh pipi Adam yang panas dan pucat itu.
"Tidur" arah Tasha sambil menepuk bantal dan Adam hanya menurut.

Tasha terpaksa meminta Puan Asma ke rumah mereka sebab dia sendiri tak mampu nak bergerak ke mana2. Adam kelihatan terlalu takut untuk bersendirian. Puan Asma dan kembar itu datang dan terus naik ke bilik.
"Mama" sapa Tasha perlahan dan Puan Asma membalas sapaan itu dengan senyuman. Adam masih lagi tidur selepas mandi dan solat zuhur tadi.
"Adam ada kena hujan ke?" Soal Puan Asma sambil mengusap kepala Adam. Tasha berfikir sejenak dan dia angguk bila teringat Adam ada terkena hujan semalam.
"Adam tak boleh kena hujan dan tak boleh berpanas lama sangat. Dia mudah jatuh sakit" maklum Puan Asma sambil tersenyum dan Tasha angguk faham. Dia tak tahu yang Adam tak boleh kena hujan dan tak boleh berpanas.
"Dah makan?" Soal Puan Asma lagi.
"Dah ma, dah makan ubat pun" jawab Tasha sambil senyum.
"Bukan Adam, Tasha?" Tasha tergelak sikit bila salah faham soalan itu.
"Belum. Tengok ni" Tasha dengan sengihan lebar menunjukkan tangan Adam yang berlingkar pada pinggangnya. Puan Asma senyum lagi dan turun ke dapur.
"Uncle demam ke?" Soal Mika sambil pandang Adam.
"Ya sayang, badan uncle  panas" jawab Tasha mesra dan Mika menyentuh dahi Adam pula.
"Panasnya" ujar Mika dan segera melarikan tangannya dari dahi Adam.
"Panas" ujar Ian pula. Tasha senyum lagi dan anggukkan kepala mengiakan apa yang kembar itu cakapkan.
"Pergi tengok nenek dan Joe buat apa" ujar Tasha dan usap lembut dua kepala itu. Kembar itu faham dan bergerak turun dari katil dan berlari ke dapur.
"Hmmm..." Adam bersuara manja dan Tasha alihkan wajahnya memandang Adam. Dia tersenyum lagi dan mengusap lembut pipi Adam.
"Macam baby je" puji Tasha lagi dan dia terus mengusap pipi lembut Adam.

Tasha terpaksa kembali kerja walaupun Adam belum sihat lagi. Puan Asma yang menjaga Adam sekarang ni. Setiap satu jam Tasha akan menelefon mamanya untuk mengetahui keadaan Adam. Dah masuk hari ke empat dan demam Adam belum lagi kebah.
"Dia tak makan sayur dan buah, sebab tu cepat jatuh sakit" gumam Tasha perlahan.
"Apa miss?" Soal pelajar Tasha bila mendengar suara Tasha. Tasha sengih sendiri dan gelengkan kepala. Adam dah buatkan Tasha jadi tak tentu arah sekarang ni.
"Ok, class dismiss. Email pada saya assignment awak semua. Selewatnya minggu depan. Boleh?"
"Boleh!"
"Bagus! Saya keluar dulu" Tasha segera keluar dari kelasnya dan dia menuju ke biliknya.
"Tasha" sapa seorang pensyarah yang mengenali Tasha. Tasha berpaling dan tersenyum.
"Doktor Wardah"
"Ada kelas lagi ke?" Soal Dr. Wardah pada Tasha.
"Tak. Kenapa?"soal Tasha pula.
"Saya pun free ni. Kita pergi minum dulu"
"Ok. Saya pun ada benda nak tanya doktor ni" Tasha masih dengan senyuman manisnya berjalan bersama Dr. Wardah ke cafe kolej. Mereka mencari meja kosong dan duduk dengan selesa.
"Doktor kan major dalam bidang sains makanan. Saya nak tanya sikit"
"Apa Tasha? Kalau boleh saya tolong, saya tolong"
"Doktor, apa yang boleh saya buat untuk bagi makan orang yang tak makan sayur dan buah?"
"Oh, awak boleh bagi vitamin"
"Ada tak cara untuk bagi dia makan sayur?" Soal Tasha lagi.
"Awak boleh beli buku resepi yang melibatkan masakan. Contohnya kita masak sayur bersama lauk tapi, tak perlu ada wajah sayur pun."
"Oh,ada?"
"Ada. Awak boleh beli resepi macam tu kat kedai buku. Internet pun ada"
"Oh. Terima kasih doktor." Ujar Tasha lega sedikit.
"Siapa yang tak makan sayur?" Soal Dr. Wardah agak berminat. Tasha senyum sedikit dan menjawab soalan itu lambat.
"Oh, awak dah kawin?" Soal Dr. Wardah terkejut.
"Ya. Kenapa?"
"Sebab student awak panggil awak miss"
"Oh, mereka yang nak panggil macam tu" jawab Tasha sopan dan Dr. Wardah ikut sama tersenyum.

Tasha sudah terlewat untuk balik ke rumah sebab dia terlalu lama di kedai buku. Adam masih lagi di rumah mamanya jadi Tasha terus ke sana tanpa singgah ke rumah mereka. Puan Asma yang minta Adam dan Tasha tinggal di rumah sendiri kerana jarak tempat mereka kerja terlalu jauh dengan rumah Puan Asma. Tasha segera turun dari kereta sebaik dia sampai dan berlari masuk ke dalam rumah.
"Aunty!!!" Tiga kembar itu terus berlari mendapatkan Tasha yang baru sahaja balik. Tasha tergelak bila dia diserbu seperti artis je.
"Wow! Anak2 I sambut you lagi baik dari mereka sambut I" inilah dia, Misha, kakak Adam yang tak pernah sukakan Tasha walau sekali pun. Tasha tetap ukir senyum dan hulurkan tangan untuk bersalam tapi tiada balasan langsung. Tasha senyum lagi dan cuba untuk berlagak seperti dia dialu alukan disitu.
"Takziah atas kehilangan Kak Misha" Tasha cuba untuk berkongsi rasa simpati tapi tak disambut baik oleh Misha.
"Dengar sini! Aku tak akan doakan perkahwinan kau dan adik aku kekal lama" bahu Tasha ditunjal agak kuat sehingga Tasha tergerak ke belakang. Tasha senyum lagi dan dia minta diri untuk masuk ke bilik. Dia tak perlu layan rasa benci kakak iparnya yang tiada sebab itu.

"Mama, Adam demam lagi?" Soal Tasha bila melihat Adam sedang lena di sebelah mamanya. Puan Asma beralih dari katil dan menyambut kepulangan Tasha dengan mesra seperti biasa.
"Dah ok sikit." Puan Asma jawab soalan itu dan dia kembali duduk di sisi Adam.
"Sorry ma, Tasha ada hal sikit" pinta Tasha dan letakkan barangnya di atas sofa.
"Pergilah mandi, mama nak turun bawah" Tasha hanya angguk dan masuk ke dalam bilik air. Dia bersihkan diri dan selesai mandi dengan cepat. Bila dia keluar dari bilik air Adam sudah duduk di atas katil dan kelihatan sangat letih. Dengan rambut yang masih lagi basah dia mendekati Adam dan menyentuh bahu Adam. Badan Adam yang menggeletar buatkan dia risau.
"Dia datang lagi" Adam pegang tangan Tasha erat dan wajahnya sangat ketakutan.
"Siapa datang?" Soal Tasha dan membalas pegangan Adam.
"Jangan pergi" rayu Adam pula dan Tasha jadi keliru. Tasha dekatkan diri pada Adam dan dia usap lembut belakang Adam.
"Adam, awak nak keluar jalan2?" Soal Tasha pada Adam sambil tersenyum dan Adam pandang Tasha.
"Saya janji saya akan jaga awak" Tasha cuba yakinkan Adam dan akhirnya Adam angguk. Tasha tersenyum lega dan minta Adam untuk bersiap ala kadar je.

Adam dan Tasha ke puncak bukit dan mereka hanya berdiri di situ sambil hirup udara segar. Adam kelihatan tenang sedikit dan suhu badannya juga sudah turun banyak.
"Awak ok?" Soal Tasha prihatin. Adam angguk kepala dan terus pandang permandangan hijau. Dia rasa sangat tenang dan lega. Tasha pasti yang Adam dah bertambah ok sekarang tapi dia pasti ada seauatu yang mengganggu Adam sebenarnya. Untuk bertanya lanjut dia tak ada keyakinan.
"Jom balik, dah nak maghrib" Tasha terus masuk ke dalam kereta dan beberapa saat kemudian Adam ikut sama masuk. Tasha hidupkan kereta dan turun dari bukit itu.
"Terima kasih" ucap Adam bila suasana dalam kereta mulai senyap. Tasha senyum dan angguk perlahan.

Akhirnya mereka kembali ke rumah mereka bila Adam dah sembuh sepenuhnya. Tasha menyiapkan beberapa kerja di ruang tamu sementara Adam sudah masuk tidur. Tasha topang dagu dan teringat apa yang dibualkan dengannya bersama Puan Asma.

****

"Mama, kenapa Adam macam takut sangat?" Soal Tasha bingung. Puan Asma memegang tangan Tasha dan bersedia untuk beritahu hal sebenar.
"Adam trauma, dulu masa dia 5 tahun dia diculik sindeket penjualam organ.  Dia hilang selama dua minggu dan semua orang cari dia. Mama tak pasti apa yang mereka dah buat pada Adam dan Adam sendiri tak pernah cerita. Bila pihak polis dapat berkas sindiket tu, Adam dan beberapa budak lagi selamat. Adam asalnya seorang budak yang ceria tapi semuanya berubah sejak hari itu. Adam jadi takut, trauma, dan dia selalu dapat mimpi buruk. Adam takut dengan gelap, doktor, hospital dan suara orang menjerit. Adam sangat takut dan selalu jatuh sakit. Setiap kali dia sakit dia akan meracau racau. Mama tak tahu apa yang mama boleh buat selain selalu ada disisi Adam. Adam membesar tanpa ayah dan mama tak pandai nak jadi seorang ayah padanya. Bila Adam dah bersedia untuk ke sekolah, mama ingatkan itu petanda baik tapi dia jadi takut dengan orang luar dan ramai yang tak nak berkawan dengan Adam. Sejak itu Adam dah tak bergaul dengan orang ramai dan hanya ada di rumah. Sampai sekarang" cerita Puan Asma sebak dan Tasha faham kenapa Adam sangat suka bersendirian dan tak pandai bergaul.
***

Tasha terkejut dari lamunannya bila pen di tangannya jatuh. Dia kembali sedar dan teruskan kerjanya semula. Apa yang dia mampu buat untuk tolong Adam? Dia buntu.

Tasha tersenyum bila di atas mejanya ada bunga dan coklat seperti biasa. Entah siapa yang suka sangat bagi dia semua ni dia tak pasti. Tasha ambil bunga itu dan letakkan ditepi.
"Tasha!" Sergah Dhuha dan Tasha terkejut sedikit. Tasha pandang Dhuha geram dan duduk dikerusinya dengan wajah tenang.
"Problem?" Soal Dhuha prihatin dan duduk di depan Tasha.
"Coklat" sua Tasha tanpa menjawab soalan itu.
"Kau kenal mana2 doktor psikologi tak?" Soal Tasha pula dan Dhuha berkerut.
"Kau ada masalah ke?" Soal Dhuha balik dan Tasha senyum.
"Nope. Aku just nak tanya something" jawab Tasha tenang. Dhuha garu dagunya dan memandang Tasha.
"Susah ke soalan aku ni?" Soal Tasha bila dah bosan tunggu jawapan Dhuha.
"Dr. Sufian. Dia lecturer kat sini dan doktor psikologi."
"Really? Kau kenal dia?" Soal Tasha teruja.
"Dia pak saudara aku" jawab Dhuha sambil tersengih dan Tasha segera mendapatkan Dhuha.
"Aku nak jumpa dia, please" rayu Tasha bersungguh dan Dhuha bertambah pelik.
"Ok. Ni nombor dia, kau call la" Dhuha tulis sesuatu di atas kertas.
"Aku nak jumpa dia terus, please" pinta Tasha pula dan Dhuha mengeluh sekejap.
"Ok. Nanti aku call dia tanya lepas tu aku roger kau balik!" Dhuha bersetuju je dengan permintaan Tasha.
"Yay! Aku sayang kau lebih daripada suami kau sayang kau!" Tasha bersorak riang tapi Dhuha tayang muka pelik.
"Suami aku sayang aku lebih ok!" Protes Dhuha pula dan Tasha tergelak senang. Dia menepuk bahu Dhuha dan membuka pintu biliknya.
"Jasa kau dah tak diperlukan buat masa sekarang" Dhuha ditolak lembut keluar dari biliknya dan dia gelak lagi. Dhuha ni memang kerjanya nak borak dan kacau Tasha je, jadi Tasha terpaksa guna cara terbaik untuk buat Dhuha pergi. Hahaha.

Tasha terkejut bila bunyi hon kuat daripada kereta dibelakangnya. Tasha segera masukkan gear dan pergi dari situ. Dia terlalu berfikir apa yang dia bercakap dengan Dr. Sufian tadi sampai tak perasan lampu dah hijau. Tasha segera menuju ke rumahnya dan dia memarkir kereta. Dia bersandar pada kerusi dan berfikir lagi.
"Macam mana aku nak tolong dia? Bercakap dengan dia pun aku tak pandai" Tasha terus berfikir dan dia keluar dari kereta setelah bosan berfikir cara terbaik nak tolong Adam tapi masih lagi buntu.
Tasha pasti yang Adam belum lagi balik sebab kereta Adam tak ada di laman rumah.
Tasha terus ke bilik dan bersihkan diri, dia perlu siapkan makan malam. Bila dia tengok barang dalam peti langsung tak ada apa. Dah lewat sangat untuk beli barang dapur waktu macam ni. Dia mengeluh pula.
"Adam!" Tasha terjerit ceria bila melihat Adam masuk ke dapur. Adam pula memang selalu tayang wajahnya yang selamba.
"Kita makan luar ya malam ni?" Soal Tasha dan Adam angguk setuju. Senyuman Tasha terus melebar bila Adam bersetuju dengan ideanya.

Tasha hanya mengenakan skirt labuh dan blaus biasa je. Adam pula tetap dengan baju kemeja. Tasha tergelak kecil dan menarik Adam ke dalam bilik semula. Tasha mencari baju t yang sesuai dan dia hulurkan pada Adam.
"Kita nak dinner biasa2 je." Ujar Tasha masih lagi tersenyum dan Adam hanya menurut dan menukar bajunya. Setelah itu dia ikut sama keluar dengan Tasha.
Mereka ke sebuah restoren yang berdekatan dengan rumah mereka. Adam kelihatan agak tak selesa sebab memang Adam tak pernah makan kat sini selama ini. Tasha buat pesanan untuk Adam sama dan dia pandang Adam yang hanya memandang meja.
"Saya suka band yang nyanyi kat sini" Tasha cuba untuk bercakap dan Adam pandang pentas yang masih lagi kosong.
"Awak suka lagu apa?" Soal Tasha pada Adam lagi dan Adam garu dagunya sedikit. Dia gelengkan kepala dan teruskan berdiam diri. Tasha hampir putus asa untuk bercakap tapi dia tetap nak Adam bercakap dengan dia. Nak sangat Adam boleh bercakap secara natural dengannya.
"Awak suka tengok wayang?" Soal Tasha masih lagi mencuba dan Adam masih lagi menggelengkan kepalanya. Akhirnya Tasha mengalah dan dia ikut sama diam sama seperti Adam. Tasha pandang pentas yang mula diisi dan band yang dia suka sudah sampai. Bila mereka mula menyanyi Tasha rasa masa dia dah kembali terisi semula.
Adam pandang wajah Tasha yang kelihatan senang dan ceria bila mendengar nyanyian kumpulan itu. Adam tak sedar yang dia dah pandang Tasha lebih dua minit. Adam terus memandang Tasha dan dia kemudian berkalih pada band yang sedang menyanyi.
"Mudanya" perkataan itu keluar sendiri dari mulut Adam menyebabkan Tasha berkalih memandangnya.
"Apa?" Soal Tasha.
"Muda" jawab Adam dan tunjukkan band lelaki yang sedang menyanyi itu. Tasha tersenyum senang dan angguk.
"Comel, kan?" Soal Tasha minta pendapat Adam dan Adam diam sebab dia tak tahu nak cakap apa. Tasha tergelak pula dan pandang Adam.
"Awak pun comel" puji Tasha pula dan dia kembali pandang band itu. Mata Adam terbuka sikit bila mendengar pujian yang tak sangka keluar dari mulut Tasha itu.

Adam kemaskan mejanya dan dia dah bersedia untuk balik rumah. Dia sengaja nak balik awal sebab dia tahu yang Tasha sudah berada di rumah.
"Boss, dah nak balik?" Soal Zita bila melihat Adam keluar dari biliknya. Jam baru je pukul 4 petang.
"Ya" jawab Adam ringkas dan terus keluar dari pejabat. Dia ke keretanya dan memandu terus ke rumah.
Seperti yang dia sangka, Tasha sudah berada di rumah. Dia buka pintu dan terus masuk ke dalam rumah. Dia tak cari Tasha pun dan terus menonong masuk ke dalam bilik. Dia tahu yang Tasha tiada di dalam bilik. Dia ke beranda rumah dan melihat Tasha sedang sidai kain. Adam masuk ke dalam bilik air dan mandi.
Dia turun ke ruang tamu bila dah selesai berpakaian dan ke ruangan laman pula. Tasha yang agak terkejut dengan kehadiran Adam ukir senyum.
"Tak dengar bunyi kereta pun" Tasha bersuara dan Adam masih lagi dengan lagak selamba.
"Nak saya tolong?" Soal Adam pada Tasha. Tasha senyum dan angguk, perkara yang baik sangat ni. Dia dan Adam terus sidai kain tanpa sebarang suara dan menghayati suasasa berangin itu dengan senang.

Tasha dan Adam berehat setelah selesai menyidai kain dan mereka menatap skrin tv yang kosong.
"Kita makan pizza malam ni ok?" Soal Tasha pada Adam dan Adam hanya angguk. Tasha senyum lagi dan bila dengar azan asar dia segera naik ke bilik.
Adam pelik bila ada dua sejadah yang terhampar dan dia pandang Tasha yang sedang memandangnya sambil tersenyum.
"Kita jemaah ya? Awak pernah jadi imam?" Soal Tasha pada Adam dan Adam angguk. Dia belajar agama bersama ustaz khas di rumahnya dulu.

Pizza yang sudah sampai buatkan Tasha kelihatan sangat berselera dan dia tak tunggu Adam lagi dah. Dia makan terlebih dahulu sebab Adam ambil masa lama sangat untuk turun ke ruang tamu. Adam turun dan dia duduk di depan Tasha.
"Makan la" pelawa Tasha dan Adam ambil satu bahagian dan mula makan. Tapi dia terus berhenti mengunyah dan memandang Tasha. Wajahnya mula memerah. Tasha pandang Adam dan dia pandang pizza yang diambil Adam. Tasha berlari ke dapur dan ambilkan air.
"Minum!" Arah Tasha gelisah dan Adam terus meneguk air itu rakus. Tasha terlupa nak beritahu Adam yang pizza itu untuknya. Pedas.
"Sorry, yang ni awak punya" Tasha hulurkan pizza milik Adam. Wajah Adam masih lagi merah tapi Tasha pula seakan terpaku melihat wajah itu.
"Comelnya..." puji Tasha tanpa dia sedar dan Adam terus berhenti dari meneguk air. Terasa air tersangkut dikerongkongnya dan dia pandang Tasha yang sedang memandangnya seakan terpegun. Adam letakkan gelas ke atas meja dan Tasha tersedar. Tasha meraup mukanya dan beristighfar sekali.
"Ok?" Soal Tasha pada Adam. Adam angguk dan dia kembali minum air semula.
"Malunya..." gumam Tasha perlahan dan teruskan makan tanpa hiraukan Adam didepannya. 

Tasha bersiap ala kadar untuk pergi ke supermarket. Dia perlu beli barang dapur.
"Nak ajak Adam macam mana ni?" Gumam Tasha sendiri sambil memandang jam di tangannya.
"Ajak saya?" Soal Adam yang terdendar apa yang Tasha cakapkan tadi. Tasha berpaling dan tersengih.
"Nak beli barang dapur. Awak nak ikut?" Soal Tasha berharap sangat. Adam diam sekejap sebelum mengangguk.
"Yay! Pergi tukar baju" ujar Tasha ceria dan Adam hanya menurut.
"Adam, pakai jeans dan baju t ok?" Pesan Tasha pula sebab dia khuatir yang Adam pakai baju formal pulak nanti. Adam membuka almari dan mengambil bajunya.
Tasha tersenyum bahagia bila melihat Adam yang segak dengan jeans hitam dan baju t polo. Banyak jugak baju t Adam ni tapi selalunya tak pakai.
"Saya tak pernah tengok baju ni" ujar Tasha teruja dengan penampilan Adam.
"Mama belikan"
"Oh. Awak ada banyak kemeja, baju t awak banyak jugak?" Soal Tasha berminat.
"5 helai" jawab Adam tenang. Tasha angguk lagi. Kalau baju t tak berkolar memang Adam ada banyak yamg jenis kasual untuk keluar tak banyak pulak.
"Malam ni kita pergi shopping nak?" Saran Tasha dengan harapan Adam berminat tapi Adam kelihatan serba salah. Dia tak biasa keluar ke tempat orang ramai.
"Saya akan sentiasa ada sebelah awak" Tasha yakinkan Adam lagi dan akhirnya Adam angguk lemah. Tasha tersengih dan dia menarik Adam ke kereta.

Apa yang Adam buat hanyalah menolak troli dan semua barang Tasha yang pilih. Adam rasa kelakar sikit bila Tasha bergaduh dengan dirinya sendiri mengenai barang yang dibeli.
"Adam, yang ni ke yang ni?" Soal Tasha bila dia dah pening nak pilih. Adam ambil di tangan kanan Tasha dan letakkan dalam troli. Tasha terhelak bila Adam terpaksa buat keputusan macam tu. Tasha ni memang susah sikit nak buat keputusan. Selesai membeli semua barang Adam yang membayarnya dan Tasha terus tersengih tanpa sebab. Dia dan Adam ke kereta dan letakkan barang.
"Sekarang kita ke pasar basah. Nak beli barang basah pulak" ajak Tasha senang dan Adam hanya menurut. Semua jalan Tasha yang tunjukkan dan Adam hanya menurut. Dia tak pernah explore jalan selama ini. Dia hanya tahu jalan2 yang berguna untuknya sahaja.

Masuk sahaja ke dalam pasar jelas raut wajah Adam berubah dan dia nampak sangat tak selesa. Mungkin sebab bau pasar ni kut. Tasha serba salah nak paksa Adam ikut dia masuk ke dalam bersama.
"Awak boleh tunggu kat sini, saya masuk sorang je"
"Saya nak masuk" Adam bertegas pula dan Tasha hanya setuju. Mereka berdua masuk ke dalam pasar yang agak sesak dengan orang ramai. Pagi minggu macam ni memang ramai yang datang nak beli barang segar. Beberapa minit kemudian Adam kehilangan jejak Tasha dan dia mula risau.
"Saya nak bayam satu" Tasha pula sedang ralit membeli.
"Adam?" Tasha panggil Adam yang hilang di sebelahnya. Tasha juga mulai risau dan dia cepat2 buat bayaran kepada penjual itu.
"Anak hilang ke?" Soal mak cik penjual itu kepada Tasha.
"Bukan, suami" Tasha jawab lhuatir dan dia melilau mencari Adam di celah2 orang ramai. Dia terkejut bila ada orang menyentuh bahunya.
"Adam" Tasha lega bila nampak Adam ada depan matanya sekarang ni dan dia terus memeluk Adam risau. Adam pula kaku dengan tindakan drastik Tasha tapi dia tak pula menghalang.
"Awak cedera? Luka?" Soal Tasha jelas sangat dia risau dan takut.
"Saya ok" jawab Adam tenang dan Tasha mampu bernafas lega.
"Pegang tangan saya ok!" Arah Tasha dan genggam erat tangan Adam. Adam membalas genggaman Tasha dan mereka berjalan bersama sambil berpegangan tangan.
"Kita beli ikan merah ya. Mama suka sangat kari kepala ikan" Tasha bersuara ceria dan Adam hanya menurut.
"Nak yang kecil sikit dari ni" minta Tasha kepada penjual ikan itu.
"Ok. Yang ni!" Tasha terus teruja bila melihat ikan merah yang segar dan saiz yang sesuai.
"Berapa encik?" Soal Adam formal gila dan Tasha pandang Adam lalu tergelak sikit. Penjual ikan pun rasa semacam je dengan gelaran itu.
"Abang, panggil abang" ajar Tasha kepada Adam dan Adam berkerut.
"Berapa bang?" Soal Tasha kembali dan penjual ikan itu jawab dengan segera. Adam keluarkan dompetnya dan membayar ikan itu.
"Kenapa kena panggil abang?" Soalan itu berjaya buatkan Tasha tergelak senang.
"Lebih mesra." Jawab Tasha yang masih lagi rasa kelakar.
Mereka membeli udang,ketam,sotong, ayam dan banyak lagi. Entah stok berapa hari tu pun tak tahu la. Adam pula hanya keluarkan duit hari ini.

Tasha kemaskan peti sejuk untuk letakkan barang basah yang dibelinya tadi. Adam tak tahu sama ada dia perlu tolong Tasha ataupun tidak. Tapi, dia sangat kagum dengan kesungguhan dan kekuatan Tasha. Bari sahaja balik dari pasar terus buat kerja lain. Entah bila Tasha berehat dia sendiri tak pasti.
"Awak tak penat ke?" Soal Adam kepada Tasha yang masih lagi bertenaga dan mampu tersenyum bahagia.
"Sikit" jawab Tasha masih dengan senyuman.
"Rehat la dulu" ujar Adam dan Tasha senyum.
"Sikit je lagi ni" Tasha teruskan kerjanya dan Adam hanya mampu memerhati.
Selesai di dapur Tasha uruskan pakaian kotor pula dan mengemas rumah. Adam cuba untuk menolong tapi dia tak tahu apa yang dia perlu buat. Tasha siapkan semuanya dan duduk di ruang tamu dengan dua bakul pakaian yang diangkat dari jemuran. Adam duduk di sebelah Tasha bersila di lantai dan bertanya jika dia perlu menolong.
"Awak nak pakai kemeja apa seminggu nanti?" Soal Tasha kepada Adam dan Adam tak menjawab.
"Awak pilih sekarang dan bawak turun. Saya nak iron" pinta Tasha dan Adam hanya menurut. Dia kemvali bangun dan mengambil kemeja yang dia ingin pakai nanti. Dia berikan pada Tasha dan Tasha tersenyum.
"Terima kasih" ucap Tasha pada Adam. Adam tak pasti kenapa Tasha beeterima kasih padanya.
"Boleh saya tolong?" Pinta Adam dan Tasha senyum.
"Boleh" Tasha serahkan iron kepada Adam dan Adam memang kekok gila. Tasha memegang tangan Adam dan membantu Adam menyeterika dengan betul. Adam senang dengan apa yang Tasha ajarkan padanya. Mereka berdua terus menggosok baju dengan suasana tenang dan diam.
"Dah. Awak boleh tolong saya?" Soal Tasha pada Adam. Adam rasa gembira dengan pertanyaan itu.
"Boleh"
"Bawa baju saya dan awak masuk dalam bilik dan letak dalam almari. Ok?"
"Ok" Adam terus ke bilik nereka untuk letakkan pakaian mereka yang telah selesai digosok. Tasha senang bila Adam berminat nak bergaul dan menolongnya.
"Sekarang ni kita lipat baju pulak" Tasha dengan ceria keluarkan baju dalam bakul dan mula melipatnya. Adam perhatikan apa yang Tasha ajarkan padanya dan dia memang cepat belajar. Sekejap je dia dah pandai.
"Wah! Adam, awak lagi cepat dari saya"puji Tasha bila Adam dah melipat lebih banyak baju darinya. Adam tersenyum sedikit dan Tasha terpaku melihat senyuman yang buat kali pertamanya dia tengok. Tasha terlalu gembira sampai air matanya mengalir. Adam terkejut bila mata Tasha berair dan dia begitu risau.
"Kenapa?" Soal Adam resah.
"Tak, habuk" jawapan cliche sangat dan Adam letakkan baju dan maju ke depan Tasha. Dia membuka mata Tasha dan meniupnya perlahan. Tasha pula ukir senyum bahagia dengan tindakan Adam.
"Ok?" Soal Adam dan Tasha angguk.
"Ok!" Jawab Tasha ceria. Adam samhung semula kerjanya dan kembali khusyuk. Tasha pandang Adam lama dan dia rasa dia mula sukakan Adam yang tak pandai bergaul ni.

Adam dah mula penat bila banyak berjalan dan dia dah boleh labelkan Tasha sebagai hyperactive. Tasha masih lagi belum penat untuk mencari baju yang sesuai untuk Adam. Apa yang Adam tahu dia selesa berjalan disisi Tasha dan dia sukakan kehangatan genggaman Tasha. Dia tak pasti kenapa tapi dia rasa selamat bila Tasha ada bersama dengannya. Dia tak pernah rasa seselesa ini bersama orang lain. Lebih tepat, dia sendiri tak pernah mencuba untuk bergaul pun.
" saya suka awak pakai baju warna pink" ujar Tasha dan Adam berkerut sikit. Dia tak pernah ada baju warna pink sebelum ini.
"Saya tak ada baju warna tu" ujar Adam dan tiba2 mata Tasha terbuka luas. Tasha tutup mulutnya kalut dan dia pura2 tergelak.
"Apa saya cakap tadi?" Soal Tasha seperti orang bingung.
"Baju pink"
"Maksud saya, saya nak awak beli" Tasha segera betulkan ayatnya dan dia sengih sikit. Adam angguk dan memilih beberapa helai baju warna pink. Tasha jentik dahinya sendiri dan dia memandang Adam.
"Tasha, forget it!" Tasha tarik nafas dan kembali kepada Adam. Dia memeluk lengan Adam mesra dan membantu Adam memilih. Setelah dua helai baju dibeli Adam bayarnya tanpa mencuba terlebih dahulu.
Dalam perjalanan balik Tasha hanya diam dan termenung. Fikirannya menerawang jauh. Adam pandang Tasha sekilas, sangat pelik baginya kalau Tasha tak banyak cakap dan termenung. Adam kembali fokus pada pemanduannya dan dia rasa sedikit kecewa. Adam parkir kereta dan Tasha terus turun dan membuka pintu rumah. Adam ambil barangnya dan ikut sama masuk ke dalam rumah. Adam letakkan beg kertas di atas sofa dan dia duduk disebelahnya. Adam meraup wajahnya dan mengurut dahinya. Dia penat, tapi, dia lebih fikirkan kenapa Tasha tiba2 berdiam diri.

Tasha turun ke ruang tamu setelah selesai bersihkan diri dan dia tengok Adam sedang berehat di sofa. Tasha senyum dan ke dapur. Dia membancuh kopi dan bawa kepada Adam. Dia tahu yang Adam sangat sukakan kopi.
"Kopi" sua Tasha sambil tersenyum manis dan Adam membuka matanya memandang Tasha.
"Sorry, kesian awak penat" Tasha beralih ke sebelah Adam dan mengurut lengan Adam mesra. Adam lega bila Tasha yang dia kenal dah kembali. Adam meneguk kopi yang dibuat Tasha dengan tenang dan dia nikmati urutan yang Tasha berikan.
"Saya nak mandi" Adam buka mulut dan Tasha angguk sambil pandang Adam. Adam naik ke bilik dan Tasha mengambil semua beg kertas di atas sofa. Dia keluarkan semua barang di dalamnya dan baju2 yang baru sahaja dibeli diletakkan di dalam bakul. Bakul dibawa ke washer untuk membasuh semua baju baru dibeli itu. Tasha kembali ke ruang tamu dan membuka tv.

Adam mengejutkan Tasha yang sudah lena disofa. Tasha buka mata dengan segera dan tengok jam dah pukul satu pagi.
"Tidur atas" ujar Adam dan Tasha gelengkan kepala.
"Saya nak sidai baju" Tasha segera bamgun dari sofa dan ke bilik basuhan. Adam terkelu bila Tasha cakap dia nak sidai baju. Adam ikut Tasha ke bilik basuhan dan melihat Tasha menggantung baju yang baru sahaja dibeli mereka tadi. Tasha sangkutkan di penyidai dan dia tersenyum pandang Adam.
"Baju tadi?" Soal Adam.
"Haah. Esok kita jemur bawah matahari pulak." Balas Tasha mesra.
"Kenapa tak esok je?" Soal Adam lagi.
"nanti baju berkedut banyak. Kenapa tam tidur lagi?" Soal Tasha pada Adam.
"Ah, mimpi" jawab Adam sambil memandang lantai. Mimpi ngeri yang sama lagi. Tasha mendekati Adam dan dia memegang kedua pipi Adam.
"Saya teman awak tidur" Tasha bersuara ceria dan dia menarik Adam masuk ke dalam bilik. Adam hanya menurut dan masuk ke dalam selimut. Tasha baring di sebelah Adam dan tangannya masih lagi menggenggam erat tangan Adam. Adam kembali tenang dan dia mula pejamkan mata lagi sekali.

Hari yang sangat panjang untuk Tasha sebab kelasnya penuh. Tapi, dia tak sangka yang dia akan berjumpa Adam disini. Dia pelik sangat tapi dia tak cuba untuk menegur Adam pun. Hanya dia yang nampak Adam, Adam langsung tak perasan kehadirannya.
"Handsome gila!" Pujian daripada kebanyakan perempuan yang melihat Adam. Tasha tergelak kecil bila mendengar pujian itu.
"Aku tak sangka ada lelaki melayu yang putih macam artis korea" Dhuha keluarkan statement pelik dia dah. Tasha sengih lagi dan menarik Dhuha pergi dari situ.
"Comel kan dia? Walaupun dengan muka tegas macam tu. Aku rasa dia tu baik je sebenarnya. Macam hero korea, bajet cool gitu" luah Dhuha lagi dan Tasha bosan bila kawannya sibuk dengan artis korea dia. Tasha teruskan berjalan tanpa hiraukan Dhuha lagi dah.

Tasha lagi sekali rasa kerjanya takkan selesai bila semua pelajar perempuan kelasnya sibuk bahaskan soal sesuatu.
"Apa?" Soal Tasha ringkas dan terus wajah teruja habis mereka tayang pada Tasha.
"Pejabat pentadbiran nak buat ubah suai" jawab salah seorang daripada mereka dengan wajah teruja habis. Tasha angguk dan tayang muka keliru.
"Handsome gila ID tu!" Ah, barulah Tasha faham maksud mereka semua dan dia tergelak.
"ID? Interior designer?" Soal Tasha pula dan mereka tersenyum bahagia.
"Well, malangnya awak semua ambil science communication. Boleh kita proceed?" Soal Tasha tenang dan mereka semua terus mengeluh. Tasha tergelak lagi dan menulis sesuatu di whiteboard. Tasha membebel seorang diri bila kebetulan sangat orang yang jadi bualan hangat hari ini sedang berdiri diluar kelas mereka. Tasha berpaling melihat pelajarnya dan dia jadi kelu melihat semua pelajarnya dah hilang fokus.
"Kenapalah semua kelas pakai dinding kaca" rungut Tasha sendiri dan dia berjalan untuk menutup langsir. Saat itu mata dia dan Adam bertaut seketika dan Tasha hadiahkan senyuman sebelum menutup sepenuhnya langsir.
"Miss..." pelajar perempuan dah protes dengan tindakan Tasha. Tasha tergelak senang dan kembali ke mejanya.
"Awak nak tahu satu cerita?" Soal Tasha mesra dan mereka semua pandang Tasha senang.
"Ok. Dengar ya..."

****

Beberapa tahun yang lalu, saat bergelar siswi Tasha sangat bahagia.  Dia sangat sukakan suasana dan tempat belajar barunya. Tapi, lebih tepat dia sukakan seorang lelaki yang bergelar senior kepadanya. Seorang lelaki yang sangat menarik, dan sangat charming. Setiap hari selasa dia akan berada betul2 di tepi dinding, sebabnya, senior itu akan melewati laluan itu untuk ke kelasnya sendiri. Hampir berbulan hanya itu yang menarik bagi Tasha setiap hari selasa.
Tepat jam 10 pagi, Tasha akan pandang ke tepi dan menunggu senior pujaan hatinya muncul. Tasha betulkan cermin matanya dan dia akan tersenyum bahagia bila melihat senior itu walaupun tak pernah sekali senior itu berpaling memandangnya dan membalas senyumannya.

***

"Tu la apa yang saya buat dan pensyarah saya akan tutup langsir setiap kali saya yang ada di tepi kelas" Tasha tergelak bila teringat semua kisah itu semula dan pelajarnya lagi kelihatan frust.
"Apa jadi lepas tu?" Soal seorang pelajar lelaki yang begitu tertarik dengan cerita Tasha.
"Ok, sambung pelajaran kita esok. Dah habis masa pun" Tasha dengan senang dan senyumannya ceria keluar dari kelas manakala pelajarnya tak puas hati dengan ceritanya. Dia tergelak sendiri dan terus berlalu pergi.

Adam tak sangka yang dia akan bertembung dengan Tasha. Tapi, dia kecewa sikit bila Tasha langsung tak menegurnya. Adam terus balik ke rumah dan dia tahu Tasha masih lagi belum balik. Kereta Tasha ada lagi di kolej. Adam masuk ke dalam rumah dan dia terus mandi untuk solat asar. Selesai solat dia membaca mesej yang Tasha hantarkan padanya.

Natasha : saya balik lewat sikit, maybe malam. Kalau awak nak stay rumah mama pun ok.

Adam telefon Puan Asma. Mamanya ke luar negeri dengan kembar tiga itu jadi tak ada orang di rumah mamanya. Adam mula rasa cuak sebab dia tak pernah bersendirian di rumah waktu malam. Adam pandang jam dah pukul 9 malam dan dia rasa tangan dia mula berpeluh. Kemudian lampu mula berkelip kelip. Jantung Adam berdegup semakin laju dan peluh mula bermanik di dahi. Dia mencapai telefon dan mendail nombor yang sendiri tak pasti. Bila lampu tiba2 padam Adam terjatuh dari katil dan dia mula rasa sesak nafas.

Tasha menjawab panggilan Adam senyap2 sebab dia masih lagi dalam bilik mesyuarat.
"Adam, saya tengah meeting ni" Tasha bersuara perlahan.
"To...long..." mata Tasha terbuka luas bila mendengar suara Adam yang kedengaran seperti orang sakit. Tasha mencapai tasnya dan dia terus bangun dan berlari keluar dari bilik mensyuarat. Dia dah tak pedulikan semua mata yang memandangnya. Dia terus berlari ke kereta dan segera memandu dengan laju. Akhirnya dia sampai dirumah dan dia terkejut bila rumanya gelap. Dia pandang kereta Adam dan sah Adam ada di rumah. Tasha berlari masuk ke dalam rumah dan sebab gelap dia langgar semua yang ada dilantai. Dia terjatuh beberapa kali tapi dia tetap berlari dalam gelap.
"Adam!" Jerit Tasha kuat dan dia mencapai telefon di dalam poketnya. Dengan cahaya itu dia ke bilik tidur mereka.
"Adam!" Panggil Tasha lagi dan bila dia dengar bunyi hembusan nafas yang berat dia ternampak Adam yang terbaring di atas lantai. Tasha terus berlari mendapatkan Adam.
"Adam, saya kat sini" suara yang hampir menangis Tasha keluarkan. Dia memegang bahu Adam dan memeluk badan Adam erat.
"Adam, awak ok?" Soal Tasha risau dan hanya nafas Adam yang mampu Tasha dengar.
"Tolonglah nyala" doa Tasha tapi sia2 je. Tasha paut Adam dan bantu Adam untuk bangun. Dia membantu Adam turun tangga dan mereka berdua sudah berada di laman. Tasha hidupkan kereta dan dia pasangkan lampu dan menyuluh ke arah Adam yang sedang terbaring lemah di atas rumput.
"Adam, awak ok?" Soal Tasha bertambah risau. Bila Adam mampu melihat wajah Tasha dengan jelas nafasnya kembali teratur. Dia memegang erat lengan Tasha dan dekatkan badannya pada Tasha.
"Jangan...pergi..." rayu Adam dengan sisa tenaga yang dia ada. Tasha menangis juga akhirnya dan dia mengeratkan pelukan.
"Saya tak akan ke mana" jawapan Tasha mampu menenangkan Adam. Badan Adam yang berpeluh Tasha lap dengan lengan bajunya. Dia menatap Adam yang cuba mencari udara untuk bernafas.
"Maafkan saya" pinta Tasha menyesal dan Adam gelengkan kepala.
"Maafkan saya" pinta Tasha lagi dan Adam perlahan lahan ukir senyum. Tasha memegang pipi Adam bila dia melihat senyuman itu. Buat kali kedua dalam hidupnya, walaupun lemah tapi sangat bermakna.
"Mata awak tak masuk habuk kan?" Soal Adam lemah dan kesat air mata yang mengalir di pipi Tasha. Tasha tergelak pula dan gelengkan kepala.
"Sejak bila awak belajar buat lawak ni?" Soal Tasha sebak dan Adam senyum lagi.
"Terima kasih" ucap Adam ikhlas dan Tasha senyum.

Bukan Adam yang demam tapi Tasha yang selesema sebab mereka tidur di laman sampai pagi. Elektrik terputus sebab ada kebakaran kabel dan seluruh perumahan itu tiada elektrik semalaman. Adam rasa bersalah bila melihat Tasha yang langsunh tak larat nak bergerak dan hidung serta mata Tasha merah semacam je.
"Saya nak pergi klinik. Saya perlu ambil MC" Tasha ukir senyum lemah dan Adam kelu. Dia trauma dengan doktor tapi keadaan ini menyebabkan dia rasa teruk jika biarkan Tasha pergi sendiri.
"Saya call Pak Mat." Adam membuat panggilan telefon dan meminta driver mamanya datang untuk membawa Tasha ke klinik.

"Pak Mat, hati2 ya" pesan Adam risau dan Pak Mat anggukkan kepala. Tasha senyum dan sempat dia melambai pada Adam. Adam balas lambaian itu dan dia duduk di laman rumah.
Tasha meminta maaf pada Pak Mat kerana terpaksa menyusahkan Pak Mat kali ini.
"Memang kerja Pak Mat pun"
"Tasha nak drive je tadi, tapi Adam tak bagi" maklum Tasha sambil tersengih.
"Tasha kan tak sihat. Kali pertama Pak Mat tengok Adam risaukan orang lain selain daripada mamanya. Misha pun dia tak pernah risau selama ini" cerita Pak Mat buatkan Tasha tersenyum bahagia. Seakan demamnya dah hilang pun.
"Adam macam mana masa kecik2 ya?" Soal Tasha pada Pak Mat.
"Sangat suka berkurung dalam bilik. Sebelum dia kena culik dia sangat suka bergurau dan suka ketawa, penculik tu dah rampas semuanya dari Adam. Dulu Adam sangat aktif dan nakal, Pak Mat rindu nak dengar dia ketawa lagi." Luah Pak Mat dan Tasha ikut sama rasa sebak. Penculi yamg kejam tu tak ada sebab untuk hidup di dunia ni lagi dah!

Adam masuk ke pejabatnya dan kali ini dia dah tayang wajah serius tapi wajah tenang tanpa senyuman. Kalau ikutkan logik, Adam boleh dilabel sebagai lelaki yang cantik. Mungkin! Bila Adam berjalan di depan pekerjanya semua pekerjanya hormatkan dia seperti biasa.
"Kumpulkan lima designer dan masuk dalam bilik saya" arah Adam kepada Zita. Zita angguk faham dan dia segera siapkan kerjanya. Lima designer masuk ke dalam bilik Adam.
"Ada tujuh ruang untuk dibaik pulih." Adam bentangkan plan di atas meja.
"Setiap orang ambil satu ruang" arah Adam lagi dan semua orang menurut.
"Lagi dua, saya take over. Seminggu?" Soal Adam simple dan pekerjanya angguk setuju.
"Sebelum submit, bagi saya check dulu" tambah Adam lagi dan mereka semua berkata ya.
"Boleh mula kerja" hanya lima minit dan perbincangan mereka selesai. Cara Adam kerja memang cepat dan tak perlu nak bercakap banyak.

Tasha masakkan banyak lauk hari ini sebab mama dan kembar tu nak datang ke rumah mereka untuk makan malam. Adam turun ke dapur dengan niat untuk menolong Tasha.
"Banyaknya lauk"
"Oh, Adam. Mama nak datang kan?"
"Tapi, banyak sangat ni"
"Tak apa la, saya happy sangat ni" balas Tasha senang dan Adam hanya mampu anggukkan kepalanya.
"Ha! Tu dah sampai" ujar Tasha ceria dan terus berlari ke pintu setelah mendengar bunyi loceng. Adam berjalan di belakang Tasha dengan perlahan.
"Mama! Babies!" Ceria betul Tasha bila nampak orang yang rindukan sangat. Dah puas berpelukan Tasha bawa mereka ke ruang tamu.
"Mama duduk dulu, Tasha nak buat air" Tasha segera kembali ke dapur.
"Adam tengok Tasha jap" Adam ikut sama ke dapur.
"Awak buat apa kat sini? Pergi la layan mama"
"Saya nak tolong" ujar Adam dan Tasha tersenyum senang. Dia biarkan Adam membancuh teh dan dia siapkan susu untuk kembar tiga itu.
"Buka la apron tu" tegur Adam pula bila melihat Tasha masih lagi lengkap berapron. Tasha sengih dan dia segera tanggalkan apron. Mereka berdua kembali ke ruang tamu semula. Puan Asma tak mampu nak sorokkan wajahnya yang terlalu gembira melihat Adam yang mula berubah sedikit.
"Terima kasih aunty"
"Sama2. Mana mummy?" Soal Tasha pada mereka bertiga.
"Tak tahu" jawab mereka dan terus minum susu.
"Dah dua minggu Misha tak balik" jawab Puan Asma mendatar dan Tasha angguk je. Adam melayan kembar itu makan biskut dengan agak baik. Dah tak kekok macam hari pertama dulu.
"Tasha nak naik mandi dulu ma. Macam2 bau dah ni" Tasha bersuara dan angkat kaki ke biliknya. Puan Asma melihat Tasha pergi dan dia sentuh bahu Adam sehingga Adam berkalih memandangnya.
"Adam happy?" Soal mamanya. Adam diam sekejap dan kemudian dia angguk sambil tersenyum nipis. Puan Asma hampir menitiskan air mata bila Adam mengaku sendiri di depannya yang dia bahagia.
"Tasha layan Adam ok?" Soal Puan Asma lagi.
"Ma, dia sangat baik" jawab Adam jujur dan ikhlas. Sekali lagi Puan Asma ucapkan rasa syukur yang menggunung di dalam hatinya.
"Sedap?" Soal Adam pada kembar itu.
"Sedap. Uncle buat?" Soal Mika.
"Beli" jawab Adam tenang dan mereka bertiga tergelak pula.
"Ian belajar buat biskut, nanti kita buat ya" ajak Ian ceria.
"Nanti kita ajak aunty" balas Adam senang dan mereka bertiga bersorak riang.

Semasa makan malam semua orang berselera sangat makan. Rasanya seperti Adam seorang je yang tak makan sayur kat situ. Kembar tiga tu pun makan je.
"Tasha, Adam. Khamis ni mama kena pergi Kedah jadi mama nak tinggalkan kembar ni pada kamu berdua. Boleh?" Soal Puan Asma.
"Boleh ma!" Jawab Tasha bersemangat Adam pula anggukkan kepala.
"Yay!" Jerit mereka bertiga ceria.
"Lama ke ma?" Soal Adam pula.
"Entah, kawan baik mama sakit jadi, mama nak temankan dia. Isnin mama balik la kut"
"Ok ma. Nak Tasha jaga sampai sebulan pun Tasha sanggup!" Jawab Tasha gembira dan Puan Asma tersenyum senang.
"Bestnya, tak pernah tidur rumah uncle" ucap Joe senang.
"Datang je selalu, aunty dan uncle tak kisah" jawab Tasha ceria. Adam pandang wajah Tasha yang terlalu gembira itu kemudian dia pandang mamanya yang sedang tersenyum melihat Tasha. Apa yang Adam tahu, keputusan mama dia untuk kahwinkan Tasha dengannya adalah tepat. Awal2 perkahwinan Tasha tak banyak cakap tapi bila Tasha mula bercakap, susah dia nak berhenti. Adam tetap suka Tasha walaupun dia tahu Tasha ni jenis aktif sangat.

Bermulalah episod mereka menjadi penjaga kepada triplets ni dan mereka berdua sangat senang. Tasha lebih tahu banyak mengenai Adam, Adam tak suka keadaan gelap dan tak suka tengok tv dalam gelap, tapi, triplets tu nak jugak tengok tv dalam gelap. Adam mula berpeluh resah dan Tasha beradu jauh darinya ketika itu. Saat nafas dia mula memberat terasa ada sentuhan lembut di bahu Adam. Adam palingkan wajahnya dan melihat Tasha sedang menyentuh bahunya. Dia pasti Tasha sedang tersenyum untuk menenangkan. Tasha tarik tangan Adam untuk duduk dibalik sofa bersama dan Tasha keluarkan telefonnya dengan kecerahan seratus peratus. Dia letakkan di depan Adam dan mengelus lembut tangan Adam. Adam rasa lebih nyaman dan nafasnya kembali teratur. Adam ingin berikan senyuman terbaik yang dia ada tapi bibirnya tak mampu untuk merekah sebaik mungkin. Trauma, menyebabkan dia hilang rasa gembira dan lupa macam mana sedang tersenyum.
Tasha pasti yang Adam sedang memandangnya tapi dia tak nak berkalih untuk memandang Adam. Sebabnya? Dia takut jadi seperti dalam drama, bila saling bertatapan boleh menyebabkan...urm...kiss. maybe? Drama korea Dhuha dah eksploitasi otak Tasha akhirnya. Adam pasti yang Tasha sedang berfikir sesuatu, Adam rendahkan kepalanya dan singgah dibahu Tasha. Perbuatannya itu membuatkan Tasha berkalih laju.
Tasha jadi tak keruan bila dia berpaling rambut Adam menyentuh pipinya dan haruman wangi rambut Adam memenuhi rongga hidungnya. Tasha menyentuh rambut Adam kerana dah jatuh hati dengan kehalusan dan wangian rambut itu. Rambut Adam tak sekasar imaginasinya tentang rambut lelaki yang mana seperti duri landak.
"Aunty" panggilan Ian membuatkan Tasha jatuh dari awan2 dia sendiri. Tasha mendongak melihat Ian yang sedang memandangnya.
"Nak bobok" pinta Ian merengek manja dan Tasha tergelak sikit. Tasha pasti Adam dengar apa yang Ian cakapkan tapi Adam langsung tak bergerak.
"Saya nak tidur sini" perlahan suara Adam kedengaran dan Tasha mula pening sendiri. Dia minta Adam jauhkan kepala dan dia naik ke bilik. Dia mencapai comforter dan hamparkannya di depan tv, satu lampu suluh diambil dan diberikan kepada Adam.
"Tidur atas ni" ujar Tasha sambil tersenyum senang dan keempat lelaki dalam rumah itu terus mengambil tempat masing2. Tasha mengambil selimut yang bersaiz super besar dan lebar dan selimutkan mereka berempat.
"Aunty, peluk Mika" pinta Mika yang paling kecil. Tasha angguk dan ikut sama baring bersama mereka. Akhirnya, malam yang sempurna datang kepada mereka.

Adam tersedar bila ada sesuatu diatas dadanya dan sangat berat. Bila dia buka mata bibirnya merekah sedikit melihat Joe betul2 sedang alaskan dia sebagai tilam.
"Oh, dah bangun?" Soal Tasha dalam suara serak dan masih lagi menahan kantuk. Adam pandang Tasha yang sedang menggenyeh matanya sambil merapikan rambut.
"Dahsyatnya tidur" Tasha bercakap sendiri dengan senang dan dia membantu meletakkan Joe dibawah. Adam ikut sama bersila seperti Tasha.
"Tengok apa Joe dah buat ni" Tasha berdiri dengan lutut untuk mencapai kepala Adam. Rambut Adam yang messy habis Tasha perbetulkan dengan rasa sayang.
"Jom solat" ajak Tasha senang dan terus berdiri.

Tasha pelik bila Adam asyik betulkan belakangnya dan dia kelihatan sedang menahan kesakitan. Tasha maju menapak pada Adam yang sedang bersandar lemah pada sofa.
"Kenapa?" Soal Tasha ambil berat. Bila anak mata Adam membalas renungan manis itu Adam rasa sakitnya hilang tiba2.
"Kenapa?" Tasha terpaksa ulang soalannya bila Adam seakan tidak mendengar.
"Saya tak biasa tidur atas comforter" jawab Adam perlahan. Dia mula segan dirinya yang terlalu lemah dan banyak kekurangan. Dia penakut, tak makan sayur, tak pandai bersosial, tak pernah tengok wayang, tak pernah sertai aktiviti luar rumah. Apa yang Adam tahu hanyalah berada di rumah dan dia pandai berenang. Mungkin sebab selalu berenang otot badannya agak kuat sedikit.
"Sorry" pinta Tasha rasa bersalah dah sebabkan Adam kesakitan. Adam terkejut bila Tasha yang meminta maaf.
"Bukan salah awak" Adam cuba betulkan tapi Tasha segera memintas percakapan Adam.
"Pusing, saya urut" ujar Tasha lembut dan Adam hanya menurut. Jari runcing Tasha mula mengurut belakang Adam dan Adam rasa sangat lega dan badannya kembali ringan.
"Terima kasih" ucap Adam ikhlas dan dalam senyum Tasha angguk.

Masa berjalan dengan pantas bila Adam dan Tasha mula rasakan ikatan antara mereka tapi, Adam masih lagi kekok dengan pergaulan. Sudah lima bulan dan sangat lama waktu itu.
"Bila kau nak kenalkan laki kau?" Soal Dhuha dan jenuh sebenarnya. Hari perkahwinan Tasha dia tak dapat hadir sebab ada urusan. Tasha berikan senyuman malas dan teruskan kerjanya tanpa menghiraukan Dhuha.
"Tasha!" Bentak Dhuha geram dan Tasha mengeluh malas.
"Aku nak sangat kenalkan kau dengan dia tapi, kau tahu kan kisah dia" jawab Tasha malas. Dia sangat rasa simpati dengan hidup Adam.
"Aku tahu, sorry ok." Pinta Dhuha serba salah. Dia tahu semuanya tapi dia tetap jugak mendesak. Tangan Tasha diraih memohon maaf dan Tasha segera ukirkan senyuman.
"Nanti aku tanya Adam. Ok?" Soal Tasha pula dan cuba untuk kembalikan suasana asal.
"Ok. Aku pergi dulu" Dhuha sengih manja dan keluar dari bilik Tasha.
Tasha mendapat panggilan mengenai mesyuarat yang tiba2 nyusul dan dia terpaksa tinggalkan kerjanya dan bergegas ke bilik mesyuarat di fakulti. Tasha terpaksa mengejar masa dan beberapa pelajar yang menegurnya dia balas dengan senyuman dan lambaian sahaja. Bila Tasha dah masuk ke dalam bilik meeting dia lega banyak bila dia yang jadi orang terakhir sampai.
"Kenapa?" Soal Tasha pada rakan seejabatnya.
"Ketua kepada ketua unit kita" jawab kawannya berbisik sebab suasana dalam bilik itu sangat senyap.
"Kenapa?" Soal Tasha lagi, pelik bila semua orang seakan takut dan cuak.
"New one" balas seorang lagi berbisik dan suasana kembali diam bila pintu dibuka luas. Semua mata memandamg gerangan yang masuk dan semua mata terus terpaku pada wajah lelaki berkarisma dan berkaca mata itu.
'Adi' nama itu keluar secara sendiri daripada benak Tasha dan hanya Tasha yang kelihatan hilang kata2 bukannya terpaku.
"Saya ketua unit yang baru, Dr. Adi Arfian" semua orang berikan fokus sepenuhnya kepada Dr. Adi yang sedang memberi ucapan ringkas. Tasha pasti yang dia sekarang ni dalam mode bisu dan blur tahap maksima. Tasha bersandar lemah pada kerusinya dan dia hanya memandang meja besar itu.
Adi pasti semua orang mengaguminya tapi dia juga perasan akan sekujur tubuh yang langsung tidak memandangnya dan hanya menunduk. Sains komikasi dah terapkan nilai berkomunikasi dengan baik.
"You!" Adi menghalakan jarinya pada tubuh itu dan semua orang agak terkejut. Tasha yang disentuh kawannya mengangkat muka dan membuang pandang pada Adi. Bila mata mereka bertemu Adi terus menjatuhkan jarinya yang sedang menala pada Tasha dan dia berdiri tegak dengan tiba2. Suasana kembali tenang dan Adi mula bercakap semula.

Tasha pasti yang hidup dia akan jadi lebih sulit selepas ini. Tasha termenung di sofa sementara Adam masih juga belum balik kerja.
Adam buka pintu rumahnya dan dia ternampak Tasha yang sedang memandangnya dengan wajah yang bermasalah dan tanpa senyuman. Buat kali pertamanya Tasha tidak tersenyum bila menyambutnya pulang. Adam juga tidak berkira untuk menegur Tasha dan dia terus langsung masuk ke dalam bilik. Seketika kemudian Tasha juga ikut sama berada di dalam bilik itu. Masing2 hanya simpan suara dan wajah masing2.

Sudah hampir 24 jam Adam dan Tasha tak bertegur sapa. Mereka berdua rasa asing dan sunyi tapi terlalu kelu untuk mencari topik perbualan.
"Family day nanti, awak pergi?" Soal Adam pada Tasha. Tasha pandang Adam dan dia angguk sambil tersenyum lemah.
"Awak ok?" Soal Adam lagi dan Tasha ukir senyum lebih lebar. Adam jarang sangat tanya soalan pada Tasha.
"Awak pergi?" Soal Tasha semula pada Adam. Dia tahu Adam tak pernah pergi.
"Tak" jawab Adam ringkas dan kembali melihat tv. Tasha mendekati Adam dan duduk sebelahnya.
"Saya nak awak pergi, boleh?" Pinta Tasha seakan merayu dan memegang erat lengan Adam. Memujuk.
"Tapi..."
"Pergi ya?" Pinta Tasha seakan memaksa dan akhirnya Adam angguk lemah. Tasha tayang gigi putihnya yang tersusun rapi kepada Adam. Berterima kasih kerana Adam sudi ikut sama.

Tak sangka yang pantai jadi pilihan keluarga Adam untuk bersama tahun ini. Tasha yang asalnya orang luar lebih mesra bermain bersama yang lain, lain pula Adam. Adam hanya banyak terperap dalam bilik.
"Mana abang adam?" Soal salah seorang dari sepupu Adam kepada Tasha. Tasha dah ajak Adam ikut sama tapi Adam menolak untuk keluar petang ini main bersama.
"Akak pergi panggil jap" Tasha terus berlari ke arah chalet untuk mendapatkan putera raja yang susah sangat nak keluar ni.
"Adam! Ad..." belum sempat habis menjerit Tasha dah selamat jadi askar meniarap atas tilam sebab tersadung karpet.
"Ah!" Satu erangan agak kuat kedengaran dan mata Tasha terbuka luas bila dia dan Adam bertatapan. Jadi, dia jatuh atas Adam!
"Sorry!" Pinta Tasha dan terus berdiri tegak. Adam keluar dari selimut dan berdiri sama tegak dengan Tasha.
"Sorry Adam" pinta Tasha risau dan dia menunduk memandang lantai. Malu pun ada lagi.
"Ok" jawab Adam dan Tasha lega.
"Kenapa berselimut?" Soal Tasha pada Adam. Adam gelengkan kepala dan tak menjawab soalan itu.
"Jom keluar" Tasha tak mengajak tapi memaksa Adam ikutnya dengan menarik tangan Adam untuk ikutnya. Adam hanya ikut apa yang Tasha buat dan melangkah dengan malas.
Semua mata memandang Adam dan Tasha yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan ke arah mereka. Mereka ternganga dan bersorak riang pada masa yang sama. Buat kali pertamanya melihat Adam berada diluar dan mesra dengan orang lain.
"Yay! Abang team Amir" Amir bersorak bila ahli kumpulannya dah cukup. Adam gelengkan kepala dengan wajah selamba sebab dia tahu yang volley ball bukan sport untuk dia.
"Abang, tak cukup orang ni" rayu Adam tapi Adam masih lagi tayang wajah selamba.
"Akak in!" Tasha kesian dengan Amir jadi dia gantikan Adam. Tasha tahu yang dia dah buat keputusan salah seba dia memang tak pandai main.
"Jom!" Ajak Amir dan terus mula bermain.
Adam mengukir senyum sendiri bila melihat Tasha bukannya bermain bola tapi melarikan diri dari bola. Game terus dan Tasha terus juga melarikan diri. Semuanya berubah bila Misha ikut sama main dan berada pada team lawan. Misha memang seorang yang atletik dan dia boleh bermain dengan baik. Misha, Zara dan Dianne seakan berpakat dan menyerang Tasha seorang diri. Hanya Adam yang sedar permainan kotor itu dan Adam pasti mereka semua sengaja nak kenakan Tasha. Bila satu bola laju yang ditampar tepat kepada Tasha Adam bangun dengan laju dan berdiri di depan Tasha. Bola laju itu menghentam kepala Adam dengan kuat dan melantun ke dalam laut. Semua mata terkejut bila Adam masuk macam tu dan bola terkena kepalanya. Adam pandang Misha dengan pandangan yang tajam.
Tasha dalam keadaan masih terkejut dan segera meraih Adam supaya memandangnya. Bola itu tepat pada sebelah kanan mata Adam. Di bahagian atas dan ada kesan merah di situ. Tasha menahan sebal melihat kulit putih Adam bertukar merah dan kebiruan sedikit. Tasha menyentuh kesan merah itu dan Adam meringis sedikit. Air mata Tasha mengalir sendiri bila melihat Adam kesakitan.
"Saya ok" Adam memegang tangan Tasha dengan lembut dan sebuah senyuman dia berikan khas kepada Tasha. Saat itu semua orang mula perasan yang Adam mampu tersenyum kini. Tetapi hanya kerana Tasha dan mereka gembira melihat semua itu.

Tasha memerhatikan wajah Adam yang lebam. Adam sedang lena dan Tasha tahu Adam kesakitan. Tasha mengusap lembut lebam itu dan Adam bergerak sedikit bila rasa sedikit sakit dengan sentuhan Tasha.
"Saya tak boleh tengok awak sakit macam ni" Tasha bersuara perlahan dan tanpa dia sedari bibirnya mendarat tepat di pipi kanan Adam. Bila Tasha melepaskan ciuman ikhlas itu matanya terbuka luas. Adam! Adam sedang memandangnya dengan wajah terkejut. Tasha kehilangan kata2 dan dia mula gelabah sendiri.
"Sorry" pinta Tasha segan dan rasa bersalah habis tapi dia hairan bila Adam langsung tak cakap apa2. Bila Tasha pandang Adam, Adam dah kembali lena. Tasha tersengih sendiri bila melihat Adam yang kembali lena.
"Comel!" Puji Tasha serta laju tangannya mencuit lembut hidung mancung Adam.

Pada malam kedua mereka bercuti saudara Adam telah sediakan satu game yang biasa mereka main. Truth or dare. Adam duduk di sebelah Tasha dan kedudukan mereka sangat rapat. Adam yang merapatkan jarak mereka bila Tasha kesejukan disapu angin pantai.
"Ok! Lets spin the bottle!" Teriak salah seorang sepupu Adam dengan ceria. Permainan dimulakan dan botol menala kepada Qaish.
"Ok! T or D?" Soal Hakim, lead kepada game kali ini.
"D!" Jawab Qaish yakin. Hakim ambil kertas di dalam bekas dan membukanya. Sengihan lebar mula muncul dibibir Hakim.
"Cium bola dan confess!" Baca Hakim kuat dan ada yang tergelak besar, pastinya orang paling kuat gelak itulah yang tulis arahan itu. Qaish nak tak nak terpaksa la cium dan confess pada bola. Kalau tak nak, alamatnya memang kena minum sos cili. Permainan diteruskan dan memang banyak betul arahan yang mengarut.
"Yay! Akhirnya the nerd Naim dah kena!" Sorak Iwan ceria. Entah apa yang dia suka sangat kenakan si Naim tu pun tak tahu la.
"T or D?" Soal Hakim.
"Truth" jawab Naim sopan dan Hakim mengambil kertas di dalam bekas.
"Siapa yang paling cantik kat sini?" Soalan itu memang tepat untuk Naim dan tak sabar nak dengar apa yang bakal keluar dari mulut Naim. Semua perempuan yang ada kat sini mulai nervous dan curious nak tahu siapa kelihatan cantik pada Naim.
"Erm... Kak Tasha" jawab Naim perlahan dan semua mata terbuka luas termasuk Adam. Perempuan lain dah frust menonggeng dan ada yang ketawa juga.
"Akak?" Soal Tasha seakan terkejut tapi dia masih mampu untuk tersenyum.
"Ya, sorry abang" pinta Naim pada Adam. Adam anggukkan kepala tanda tidak perlu risaukan dia. Game diteruskan lagi dan kali ini kembali kepada Adam.
"Dare" pilih Adam dan Hakim bacakan arahannya.
"Ucap I Love You pada orang sebelah anda" semua orang dah tersengih bila Hakim bacakan arahannya. Tasha pula dah membuka mata seluas lautan. Adam pandang Tasha dan Tasha senyum pelik.
"Sokay, awak tak perlu cakap. Saya akan makan sos cili tu ok?" Tasha beri cadangan dan dia mengambil bekas yang berisi sos cili itu. Adam secara automatik memegang tangan Tasha dan dia memandang Tasha dalam.
"Saya...sayangkan awak" ucap Adam ikhlas dan bibirnya mendarat di dahi Tasha. Suasana terus freeze dan semua orang macam gembira habis melihat sesi itu. Tasha menunduk dan mukanya membahang serta merta.
'Part of game'
'Just game'
'GAME!' Tasha seperti ingatkan dirinya sendiri. Dia tak nak dia terlalu mengharap.
"Ok! Proceed" Tasha membuka mulut dan mereka terus bermain. Setelah beberapa pusingan akhirnya terkena pada Tasha.
"Ha! Cantik soalan ni. Pernah bercinta?" Soalan Hakim ringkas je tapi berat untuk Tasha menjawabnya. Tasha anggukkan kepala dan semua orang ikut sama terkejut dengan jawapan itu.
"Abang Adam?" Soal orang lain pula dan Tasha tak beri apa2 respon kecuali matanya membesar.
"Sambung!" Jerit Fina sambil tersengih dan yang lain teruskan permainan. Tasha takut untuk pandang Adam sebab dia tahu bukan Adam orangnya dan Adam juga tahu bukan dia.

Adam rasa sesuatu tak kena dengan hatinya. Dia rasa sakit bila dapat tahu yang Tasha pernah cintakan seseorang. Dia tak pernah rasa macam ni dan dia tak tahu apa yang perlu dia buat.
Tasha perasan yang Adam kembali tak banyak bercakap sejak mereka balik dari family day hari itu. Adam selalu berdiam diri dan suka mengelak untuk berjumpa dengan Tasha. Tambahan pula Tasha serabut dengan kemunculan semula Adi. Dia tak suka Adi muncul semula dalam hidupnya.
"Saya pergi dulu" Tasha meminta diri untuk pergi ke tempat kerja dan Adam tak respon apa2 pun. Tasha sedih semua ini jadi pada hubungan mereka yang baru sahaja membaik. Dia juga masih lagi mendengar luahan Adam itu walaupun hanya sebagai game. Dia percaya dan dia ikhlas dan dia sangat harapkan Adam betul2 sayangkan dia.
Tasha ke kolej dan dia cuba untuk ceria seperti biasa. Tasha tarik nafas dalam2 dan keluar dari kereta dengan senyuman.
"Tasha" seseorang memanggil nama Tasha menyebabkan dia berpaling dan dia kembali menoleh bila tahu siapa yang memanggilnya.
"Tasha, saya tahu awak dengar" sambung Adi lagi dan Tasha tayang muka bodoh.
"Ada apa yang boleh saya bantu Dr. Adi?" Soal Tasha formal habis dan dia berikan senyuman tak ikhlas kepada Adi.
"Tasha, we need to talk" Tasha tergelak bila dengar Adam cakap macam tu dan dia pandang Adi dengan gelak sinis.
"Really? Nak cakap yang awak break dengan saya, kahwin dengan anak dato dan berjaya sampai hari ni? Atau, nak cakap tentang betapa gembiranya hidup awak sekarang?" Soal Tasha sinis dan terus melangkah pergi tapi tangan Adi sempat memaut lengan Tasha membuatkan Tasha berpaling memandangnya semula.
"Saya dah bercerai, tolonglah Tasha" pinta Adi seakan merayu dan Tasha menepis kasar tangan Adi.
"Takziah atas penceraian doktor. Saya bersimpati sangat! Jangan sentuh saya! Saya ada suami dan saya sayangkan suami saya" Tasha terus pergi dari situ dengan langkah laju. Dia benci dirinya sendiri bila air matanya mengalir. Dia tahu yang dia takkan mampu lupakan Adi. Adi cinta pertama dia dan dia gembira saat dia dan Adi bersama. Tasha kesat air matanya dan masuk ke dalam biliknya. Dia terus menangis teresak eaak dan meletakkan kepala di atas meja beralaskan tangan. Dia terus menangis dan tak pedulikan siapa yang masuk ke dalam biliknya. Terasa bahunya diusap lembut.
"Aku dengar semuanya Tasha. Sabar ok" Dhuha. Dhuha yang selalu ada bersamanya saat senang dan susah. Tasha berpaling memandang Dhuha dan dia memeluk Dhuha yang sedang mengandung itu.
"Kenapa aku cintakan dia dulu?" Soal Tasha menyesal dengan apa yang dia lakukan dulu. Dhuha terus menenangkan Tasha dan dia faham sangat perasaan Tasha. Dia menyukai Adi sejak zaman uni lagi dan bila Adi balas perasaannya, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya Tasha saat itu.

Adam perasan yang hari ini Tasha hanya bermurung dan tak ceria seperti biasa. Adam juga perasan yang ada air mata mengalir di mata Tasha. Adam rasa sakit bila melihat air mata itu, Tasha tak pernah menangis selama ini.
Bila dah pagi, Tasha kembali tidur selepas solat subuh dan Adam pelik. Dia bersiap untuk ke tempat kerja tapi dia risaukan keadaan Tasha. Dia berjalan ke katil dan menyentuh dahi Tasha. Sah! Tasha demam.
"Awak demam ni" Adam melutut di sebelah Tasha dan mengusap lembut pipi Tasha yang panas dan sedikit kemerahan.
"Adam..." serak suara Tasha menyebut nama itu dan Adam senyum sedikit. Adam duduk di katil dan meletakkan tangannya di pipi Tasha sambil mengelus dengan lembut. Tasha gagahkan diri untuk bangun dan memeluk Adam erat.
"Maafkan saya, menangis tentang lelaki lain" pinta Tasha sebak dan dia kembali teresak. Adam mengusap lembut belakang badan Tasha dan Tasha mengeratkan pelukan.
"Saya cintakan dia tapi dia tinggalkan saya untuk perempuan lain. Saya dah putus asa tapi kenapa dia kembali. Kenapa dia nak saya balik? Saya dah tak nak dia" luah Tasha lagi dan Adam rasa sakit sikit dengan pengakuan Tasha. Tasha cintakan lelaki itu dan lelaki itu cinta pertama Tasha.
"Saya tak kisah kalau awak nak bersama dia balik" balas Adam melawan kehendak hatinya sendiri. Dia sakit bila sebut hal itu tapi dia tak sanggup nak tengok Tasha menangis dan sedih. Tasha pandang Adam tak percaya dan air matanya berhenti mengalir.
"Awak nak tinggalkan saya jugak?" Soal Tasha sebak dan masih lagi terkejut.
"Saya tak nak. Kalau awak nak..." belum sempat Adam habiskan ayat Tasha kembali memeluk Adam dengan erat dan kini dia berada di atas ribaan Adam pula. Adam sendiri terkejut dengan tindakan Tasha yang lain macam ni.
"Saya dah tak cintakan dia, saya cuma sedih. Saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan saya" luah Tasha dan pelukannya semakin erat. Adam tersenyum senang dan dia membalas pelukan erat Tasha. Adam freeze bila dia rasa pipinya hangat seperti ada sesuatu yang menyentuh pipinya dengan sesuatu yang lembut. Adam telan liur bila dia dapat rasakan hidung mancung Tasha bergerak ke telinganya dan turun ke batang lehernya.
"Awak wangi" puji Tasha dan kembali memeluk Adam erat. Hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya Adam dan dia rasakan jantung dia pecut laju. Tasha kembali lena dan Adam lega banyak.
Adam mencapai telefon Tasha dan mendail satu nombor.
"Tasha! Mana kau? Kata mengidam nak makan nasi lemak la, penat aku tunggu tepi jalan ni" Adam terkejut bila dia kena sembur macam tu. Dia berdehem sekali dan suara yang sedang marah2 itu terus diam.
"Maaf, saya Adam. Suami Tasha. Dia demam" maklum Adam sopan dan Dhuha disebelah sana rasa nak hantuk kepala dia di bucu meja.
"Maaf. Tasha demam?" Soal Dhuha kembali kepada mode manusia dan bukan monster lagi dah.
"Ya" jawab Adam ringkas.
"Encik Adam"
"Adam je" dengan sopan Adam membalas
"Ya. Adam, saya Dhuha. Maaf la ya."
"Tak apa"
"Adam, saya rasa ni first time Tasha demam selepas kahwin kan? Dan awak pasti pelik dengan Tasha. Dia  bila deman memang suka merapu dan merengek sikit. Manja pun overdose  jadi, awak bertahan la sikit dengan dia. Selalunya lepas makan ubat dan tidur, dia akan kembali asal balik. Dah hilang perangai pelik dia tu" terang Dhuha lebar dan Adam hampir tergelak bila dengar Dhuha membebel macam tu sekali. Apa yang dia pasti, dia tahu Dhuha kawan terbaik Tasha dan dia dah faham kenapa Tasha tiba2 je berperangai pelik.

Adam rasa gembira walaupun dia tahu dia tak patut gembira melihat Tasha sedang sakit. Dia gembira akhirnya dia dapat menjaga Tasha ketika sakit.
"Makan ubat" adam suakan ubat dan air kepada Tasha tapi Tasha tayang wajah sedih dan dia tak nak makan ubat. Adam tergelak sedikit dan dia menyuap ubat itu ke dalam mulut Tasha. Tasha segera mengambil air dan minum laju. Rasa pahit ubat memenuhi ruang mulutnya.
"Sorry" pinta Adam dan lap air yang mengalir di hujung bibir Tasha. Tasha memandang Adam dan dia memeluk Adam erat sebelum terlelap. Adam mengeluh ringkas dan dia tersenyum senang. Tasha kelihatan comel dalam keadaan sakit dan Adam tak mampu nak mengalihkan matanya daripada merenung Tasha.

Adam lebih suka melihat Tasha demam daripada sihat. Sebab, bila Tasha sihat dia langsung tak duduk diam dan mampu buat pelbagai kerja dalam satu masa dan Adam kembali dijaga dengan rapi oleh Tasha.
"Adam, sarapan" Tasha tersenyum pada Adam. Adam mengeluh lagi dan dia tetap ikut duduk di meja.
"Thanks jaga saya demam semalam. Maaflah dah menyusahkan awak" pinta Tasha bersalah.
"Saya lebih suka awak demam" gumam Adam perlahan dan Tasha tak dapat dengarnya dengan jelas.
"Apa?" Soal Tasha tak pasti apa yang Adam cakapkan.
"Tak ada apa. Siapa Adi?" Soal Adam mengalihkan topik sebab banyak kali Tasha meracau memanggil nama itu dan dia rasa, dia cemburu.
"A...Adi?" Soal Tasha cuak dan dia meneguk liur yang pahit.
"Hmm" hanya itu yang Adam balas. Tasha tarik nafas dalam2 dan memandang Adam.
"Dia senior saya masa belajar dulu. Well, dia bekas kekasih saya jugak. Dia tinggalkan saya untuk perempuan lain dan saya belajar lupakan dia. Dia muncul balik dalam hidup saya dan saya tak suka" Tasha tetap beritahu hal sebenar walaupun dia rasa perit.
"Awak pasti dah tak cintakan dia?" Soal Adam kedengaran selamba walaupun dia takut dengan jawapan Tasha nanti.
"Saya pasti! Saya dah tak cintakan dia, tapi saya masih tak dapat lupakan apa yang dia buat"
"Saya tak rasa awak dah tak cintakan dia" Adam bersuara tenang.
"Adam" Tasha kelu bila Adam cakap macam tu dan Adam bangun dari kerusi untuk pergi. Tasha menggenggam tangan Adam menghalang Adam pergi.
"Malam tu, bila awak...cakap yang...awak sayangkan saya...awak maksudkannya?" Soal Tasha dan memandang lantai.
"Apa maksud awak?" Soal Adam gugup.
"Saya harap awak ikhlas dan bukan hanya satu game" jawab Tasha perlahan. Adam melepaskan nafas berat dan dia mendekati Tasha dan mengangkat dagu Tasha supaya memandangnya.
"Saya sayangkan awak" luah Adam pula dan Tasha terus tersenyum lebar. Dia memeluk Adam erat.
"Saya sayangkan awak. Saya dah tak cintakan Adi."
"Ok. Nak pergi kerja sama2?" Soal Adam dan ukir senyum. Tasha angguk dan memegang tangan Adam erat.
Mereka pergi kerja bersama sama dan Adam hantar Tasha ke kolej. Adam ikut sama keluar dan berdiri disebelah Tasha yang tersenyum bahagia.
"Saya pergi dulu" Tasha meminta izin dan hulurkan tangan untuk bersalam. Adam hulurkan tangannya semula dan bila Tasha mencium tangannya Adam mencium pipi Tasha membuatkan Tasha freeze.
"Eh"
"Sorry, saya..." pinta Adam segan dan rasa bersalah. Tasha senyum pula dan gelengkan kepala.
"Bukan saya tak suka, terkejut je" balas Tasha dengan wajah merona merah. Adam ikut sama senyum dan mengusap lembut kepala Tasha.
"Call saya bila dah habis kelas" pesan Adam dan masuk ke dalam kereta semula.
"Bye!" Tasha dengan wajah ceria habis menunggu kereta Adam lesap dari matanya kemudian Dhuha datang dan menyerang Tasha.
"Tasha! That guy!" Dhuha masih lagi dalam mode terkejut. Tasha hanya tergelak dan mulakan berjalan.
"Kenapa kau tak cakap?!" Soal Dhuha bengang dan Tasha ketawa lagi. Mereka berdua terus berjalan dan berbual mengenai Adam sehinggalah Adi muncul di depan mereka.
"Siapa lelaki tu?" Soal Adi dingin. Tasha memandang Adi dengan muka bosan dan malas.
"Suami dia! So, back off!" Dhuha dengan berani melawan dan meninggikan suara kepada ketua unit. Tasha menarik tangan Dhuha dan mereka segera beredar dari situ tinggalkan Adi psiko sorang2.
"Gila ke? Ketua unit tu"
"Ah! Ketua unit kau, bukan aku" senang dan selamba je Dhuha cakap dan Tasha tergelak lagi.
"Sweet la korang." Puji Dhuha tiba2 dan Tasha senyum senang.
"Sweet? Aku sayang dia Dhuha"
"Yes! Akhirnya"
"Aku tak rasa macam ni bila bersama dengan Adi. Dulu Adi layan aku lain, selalu beri bunga, hadiah, dan macam2 lagi. tapi, Adam. Dia buat aku sayang dia tanpa dia buat apa2. Aku just jatuh sayang kat dia macam tu je" Tasha tersenyum je bila ceritakan perasaanya kepada Dhuha dan Dhuha mengerti.
"Love is love" balas Dhuha dan Tasha angguk setuju. Sayang bukannya bila kita dilayan dengan baik dan bukannya melalui date yang romantik. Tapi, dari orang yang kita sayangi seikhlas hati. Adam tak pernah mengurat Tasha, tak pernah bermulut manis, tak pernah ajak Tasha dating, tak pernah beromantik tapi, Tasha tetap sayangkan Adam. Itulah yang dinamakan cinta.

Adam dan Tasha berjalan bersama sama di tepi tasik dan masing ada senyuman di bibir masing2. Adam memandang Tasha yang sedang tersenyum sekilas dan dia mendekatkan dirinya kepada Tasha sehingga tangan mereka bersentuhan. Tasha pandang ke bawah bila kulit mereka bersentuhan dan dia memandang Adam yang hanya selamba dan pandang ke depan. Tasha sengih sedikit dan dia memaut satu jari Adam dengan jarinya. Adam ukir senyum dan dia memegang erat jari Tasha. Mereka terus berjalan sambil berpimpin tangan dengan senyuman mekar.

Pada malamnya, Adam dah tekad untuk teman Tasha tengok wayang walaupun dia takut tempat gelap. Dia nak sangat teman Tasha jadi dia ikutkan je apa yang Tasha nak tengok. Tasha pandang Adam yang sudah mula berpeluh di dahi saat mereka duduk di dalam panggung.
"Kita keluar ya?" Soal Tasha kepada Adam dan Adam segera gelengkan kepalanya.
"Saya nak tengok" jawab Adam dengan suara yang gugup. Tasha senyum dan dia tahu Adam buat semua ni untuk dia. Dia marahkan dirinya sendiri kerana suka sangat tengok wayang dan ajak Adam sama. Tasha genggam tangan Adam dan Adam balas genggaman itu erat. Cerita mula dimainkan dan suasana mula senyap dan tenang.
Pada awalnya tiada apa yang jadi tapi tiba2 Tasha rasakan tangannya digenggam tersangat kuat. Tasha pandang wajah Adam yang sudah berpeluh. Tasha segera tarik tangan Adam untuk keluar dari situ. Bila mereka berjaya keluar Adam teruduk ditepi dinding dengan nafas yang berat.
"Adam" Tasha memandang Adam risau. Adam menarik dan memeluk Tasha sangat erat sehingga tiada seinci pun jarak memisahkan mereka.
"Saya takut..."
"Pistol..."
"Kuat..." Adam bersuara dalam nafas yang tercungap cungap.
"Adam, saya minta maaf" pinta Tasha sebak dan dia mengusap lembut rambut Adam. Hampir sepuluh minit mereka berpelukan dan nafas Adam kembali normal. Adam pandang Tasha dan senyuman lemah dia berikan.
"Sorry Adam..." pinta Tasha lagi dan air matanya terus mengalir sebak. Adam kesat air mata itu dan memegang kedua pipi Tasha.
"Saya sayangkan awak" ucap Adam dalam keadaan macam tu dan Tasha tergelak sikit.
"Sekarang bukan masanya untuk confess" Tasha kesat sisa air matanya dan dia tersenyum pandang Adam.
"Oh, nak confess pun ada masanya ke?" Soal Adam jujur dan Tasha tergelak lagi lalu dia memeluk Adam semula.
"Saya sayang awak jugak" balas Tasha sambil tersenyum dan Adam kembali senyum dan dia usap belakang Tasha lembut.
"Jom balik" ajak Tasha dan menarik tangan Adam.

Adam duduk di ruang tamu bersama sepupu2 nya yang lain dan kebanyakannya muda darinya. Dia hanya duduk dan dengar apa yang mereka bualkan
"Kau dah baca novel tu?" Soal Fina pada yang lain.
"Dah, sweet gila husband dia!"
"Ya la! Aku nak suami macam tu"
"Siapa tak nak? Suami terbaik di dunia kut"
"Aku paling suka part dorang kat dapur tu"
"Haah! Yang husband dia peluk dia dari belakang dan ikut sama masak!"
"Kyaaa!!!"
"Part angkat dia bridal style pun best!"
"Sumpah! Morning kiss, night kiss. Oh, aku jatuh cinta dengan dia" mereka berempat terus buat muka melting dan Adam telan liur. Dia tak pernah lakukan semua tu pada Tasha dan dia terfikir jika Tasha akan suka kalau dia buat semua tu.
"Kau ingat ada lelaki macam tu?" Celah Hakim dan dua lagi lelaki bersetuju.
"Well, romantik tu sunnah kut. Rasulullah pun romantik" balas Hana tegas.
"Angkat apa? Bridal style? Berangan la korang" selar Iman pula.
"Kalau korang nak laki korang angkat bridal style, baik jaga pemakanan. Kalau tak ada yang kena tolak jatuh tangga" mereka bertiga terus ketawa senang dan Adam tersenyum sedikit. Protes la sepupu2 perempuannya bila dicakap macam tu.
"Apa salahnya, abang rasa ok je" Adam mencelah dalam perbalahan mereka dan mereka semua membuka mata seluas mungkin.
"Abang pernah buat?" Soal Hakim tak percaya pada Adam. Adam gelengkan kepala dan senyum sedikit.
"But, why not?" Soal Adam balik dan mereka semua menjerit dalam keturajaan. Kalau mereka cerita pada orang lain mesti tak ada yang percaya punya yang Adam ada niat nak buat semua tu. Perlu dengar dengan telinga sendiri, baru boleh percaya.
"Abang! Sweet sangat!" Teriak sepupu perempuanya dan dia senyum ringkas.
"Kak Tasha selalu ikat tie abang?" Soal Zura berminat sangat. Adam angguk sebagai jawapan.
"Tapi, kak rendah dari abang" balas Nadia sambil membayangkan keadaan itu.
"Abang duduk atas kerusi atau katil" balas Adam pula dan mereka jerit lagi. Perempuan, memang hobi agaknya menjerit ni.
"Abang dan akak selalunya siapa yang tidur dulu?" Soal Fina lagi.
"Akak tak tidur selagi abang tak tidur" jawab Adam selamba dan sekali lagi mereka terjerit. Hakim yang geram tunjal kepala Hanim, adiknya sendiri.
"Apa yang abang suka sangat pada akak?"
"Semua" jawapan Adam buatkan mereka seakan mencair dari dalam.
"Abang paling suka pegang tangan dia, rasa tenang" Adam sambung jawapannya lagi dan mereka semua dah taksub dengan cerita Adam.
"Nak kawin" gumam Iman dan Reza tunjal kepala sepupunya kuat.
"Kau tu baru je 19!"
"Ish!" Marah Iman pada Reza pula dan mereka semua ketawa lagi bila Reza dan Iman bertekak.

Bila makan malam selesai dan masing2 buat hal sendiri. Kebanyakan orang muda duduk di ruang tamu kecuali Adam dan Tasha. Hanya mereka berdua yang tak terlibat dengan perbualan mengenai business yang sedang berlaku di sudut lain rumah. Adam dan Tasha hanya berbual ringkas dan kadang2 mereka ketawa kecil dan saling berbisik. Tangan mereka yang bertaut pada asalnya tak kelihatan tapi bila Adam angkat dan letakkan atas pahanya barulah semua orang perasan. Lebih2 lagi peminat couple baru ini. Mereka menatap tangan yang bertaut itu dan mereka tersenyum seperti sedang tengok cerita dalam tv. Tasha yang sedang tergelak dipandang. Adam membetulkan tudung Tasha dan mereka berbual lagi sambil berpandangan. Apa yang dibualkan tak menarik pada penonton tak berbayar ni tapi tingkah mereka berdua. Tiba2 tangan Tasha menyentuh kening Adam dan Adam tersenyum malu. Atas sebab apa Tasha buat semua tu tak ada orang peduli pun.
Puan Asma ingin ke dapur tapi dia pelik bila ruang tamu yang asalnya bising bagai nak rak tadi menjadi senyap tiba2. Mata Puan Asma jatuh kepada anak lelakinya dan menantunya dan dia tergelak kecil dan terus tersenyum. Bukan pasangan itu yang buat dia tercuit tapi penonton di situ. Puan Asma berhenti tepat di depan mereka dan menepuk tangan dengan kuat tiba2. Semua mata memandangnya dengan wajah terkejut dan mengurut dada masing2.
"Mak ngah!" Protes Fina sebab terkejut sangat.
"Apa? Mak ngah bersorak sebab dah gol." Puan Asma menala pada skrin tv dan semua mata kembali menatap tv dan ada yang menggumam geram. Puan Asma ketawa lagi dan dia segera berlalu dari situ untuk ke dapur.

Kini senyuman bukanlah sesuatu yang mahal dari Adam malah dia selalu tersenyum sehingga semua orang mula senang dengannya. Malah businessnya semakin mengembang dengan baik dan masalah komunikasinya dengan orang lain dah membaik.
Tapi, Tasha rasa ada jurang antara dia dan Adam. Masa mereka bersama juga semakin terhad dan Adam sibuk dengan kerjanya. Adam juga sudah ada kawan2 sendiri. Tasha tahu yang dia sepatutnya bersyukur bila Adam dah banyak berubah tapi jauh di sudut hatinya dia sukakan Adam yang hanya mesra dengannya.
"Jangan selfish!" Tasha memarahi dirinya sendiri bila dia berfikir yang bukan2. Bila dia berfikir yang Adam hanya untuknya.
"Adam!" Tasha memanggil nama Adam bila melihat Adam melintas ruang tamu.
"Jom pergi ice skating. Awak nak pergi sangat kan?" Soal Tasha mesra dan berharap sangat Adam kata ya.
"Oh, hari ni ke?" Soal Adam balik.
"Yup!" Jawab Tasha ceria.
"Hari ni saya dah janji nak keluar main golf dengan kawan2 saya. Lain kali?" Soal Adam balik. Senyuman Tasha segera mati tapi dia cuba untuk tayang wajah ceria.
"Ok" balas Tasha ringkas dan senyum. Adam minta diri dan terus keluar dari rumah. Bukan kali pertama Adam menolak ajakannya tapi dah banyak kali. Tasha ceriakan dirinya sendiri dan naik ke bilik. Dia nak ajak Dhuha ke mall sama2.

Dhuha memang suka membebel walaupun dah nak jadi ibu tapi Tasha tak kisah. Bebelan Dhuha la yang mampu buatkan dia tersenyum saat ini.
"Jom kita makan dulu" ajak Dhuha dan Tasha terus ikut apa yang ibu mengandung ni nak. Mereka duduk di sebuah meja dan buat pesanan. Tak lama kemudian pesanan mereka sampai dan Dhuha mula makan macam tak pernah makan setahun. Mungkin ibu mengandung ni cepat lapar kut. Tasha tergelak melihat Dhuha yang sedang seronok makan. Tasha minta diri untuk ke tandas dan bila dia berjalan keluar dari tandas dia terlanggar seorang lelaki sehingga telefon lelaki itu jatuh ke lantai. Tasha mula cuak dan cepat2 dia mengambil telefon itu dan saat itu tangan pemilik telefon itu berada di atas tangannya kerana ingin mengambil telefon itu juga. Tasha jauhkan tangan dan dia rasa berdebar tiba2 je.
"Sorry, rosak tak?" Soal Tasha kalut tetapi lelaki itu tersenyum senang dan gelengkan kepalanya.
"Sorry sangat2" pinta Tasha resah dan lelaki itu masih lagi tersenyum.
'Comel' puji lelaki itu di dalam hatinya dan matanya tetap jatuh pada wajah Tasha yang sedang kalut.
"Cik ok?" Soal lelaki itu semula dan Tasha angguk lalu berikan senyuman rasa bersalah.
"Maafkan saya lagi sekali" pinta Tasha lagi.
"Ya. Saya maafkan" balas lelaki itu supaya Tasha berhenti meminta maaf darinya.
"Saya Hafid" dia perkenalkan diri dan Tasha tersenyum senang.
"Saya Tasha. Saya minta diri dulu" pinta Tasha pula dan dia melangkah pergi. Mata Hafid masih lagi melekat pada susuk tubuh Tasha dan dia rasa bahagia walaupun skrin telefon dia dah terbelah dua.
Tasha ceritakan apa yang jadi dan Dhuha gelakkan Tasha sungguh2.
"Dah la!" Marah Tasha dan Dhuha berhenti gelak.
"Ok. Ha, kau cakap laki kau pergi main golf kan?" Soal Dhuha senangat. Tiba2 je melencong tak tentu hala dia ni.
"Ya. Dah kenapa sampai Jepun ni?"
"Tak ada la, tadi aku nampak suami kau dengan kawan2 dia la kut. Lintas betul2 depan aku"
"Ya ke? Kau pasti dia?" Soal Tasha tak percaya.
"Betul! Sumpah!" Dhuha ni suka betul main sumpah. Tasha malas nak fikir banyak dan dia terus habiskan makananya. Setelah itu mereka berdua keluar dari restoren dan berjalan ke kereta. Saat itu la apa yang Dhuha cakapkan betul. Adam bukakan pintu kepada seorang perempuan untuk masuk ke dalam keretanya dan terus pergi dari situ. Dhuha telan liur bila Tasha nampak apa yang tak patut.
"Tadi ramai Tasha, mungkin kereta perempuan tu rosak dan dia terpaksa hantar perempuan tu!" Dhuha segera buat spekulasi sendiri dan Tasha ukir senyum. Dia masuk ke dalam kereta dan terus berlalu dari situ.

Bila Tasha sampai di rumah kereta Adam sudah ada diparkir dan Tasha segera masuk ke dalam rumah. Adam nampak bahagia dan asyik dengan telefonnya.
"Adam" sapa Tasha dan duduk di sofa.
"Pergi mana?" Soal Adam pada Tasha dan senyum ringkas.
"Makan, saya naik dulu" ujar Tasha dan segera memanjat tangga naik ke bilik mereka. Selesai mandi dan solat Tasha melihat Adam masuk ke bilik untuk mandi dan solat.
Bila Adam bersedia untuk tidur sama seperti Tasha, Tasha cuba untuk bertanya.
"Penat main golf?" Soal Tasha sopan dan ukir senyum. Adam berkalih dari skrin telefonnya dan memandang Tasha.
"Penat jugak. Panas hari ni" jawapan Adam buatkan Tasha rasa seperti ditikam tapi dia cuba fikirkan hal yang positif.
"Awak main golf je ke?" Soal Tasha lagi.
"erm. Main golf je" jawapan Adam kali ini lagi menyakitkan Tasha. Adam tipu Tasha!
"Boleh saya nak ikut sama lain kali?" Soal Tasha lagi dan Adam diam.
"Boleh? Teringin jugak saya nak main" jawab Tasha teruja.
"Lelaki je kawan saya. Nanti awak bosan" Adam bagi alasan dan Tasha senyum pahit. Tasha ucap selamat malam dan dia menarik selinut untuk tidur. Dia rasa penat sangat dengan penipuan yang Adam lakukan. Selama sepuluh bulan mereka berkahwin, Adam menipunya secara terang terangan hari ini. Patutlah Adam berubah, mungkin bukan ini je yang Adam pernah bohong selama ini. Tasha kesat air matanya yang mengalir dan dia cuba untuk berfikiran positif.

"Dia tipu aku Dhuha" luah Tasha dan air matanya mengalir laju.
"Dia tipu aku Dhuha!" Tasha menegaskan hal yang sama.
"Dia tipu aku Dhuha..." dengan esakan Tasha ulang ayat yang sama. Dhuha mendekatkan dirinya pada Tasha dan memeluk erat sahabat baiknya dunia akhirat itu.
"Aku yang ada dengan dia saat dia takut, aku yang jaga dia bila dia sakit, aku yang teman dia bila dia sunyi, aku yang bawa dia keluar dari sunyi. Kenapa dia tipu aku Dhuha?" Soal Tasha sebak dan terus menangis tanpa pedulikan baju Dhuha yang sudah basah dengan air matanya.
"Kenapa mesti dia tipu aku Dhuha? Kenapa Adam Ziqri?" Sebak Tasha menangis dan Dhuha mengesat air matanya yang mengalir. Dhuha menepuk bahu lembut tapi Tasha tetap juga menangis.

Tasha berhenti menangis dan dia masuk ke dalam kelas untuk mengajar seperti biasa. Tasha tersenyum kepada pelajarnya dan wajahnya dimaniskan sebaik mungkin.
"Miss nak dengar gossip hangat?" Soal pelajarnya dan Tasha tergelak lalu anggukkan kepalanya.
"Seorang CEO muda yang hensem, kacak bergaya akan ada kat kolej kita!"
"Untuk?"
"Untuk bantu siswa yang diperlukan. Dia baik gila kut!"
"Really? Ok, tak masuk exam pun. Jom sambung belajar" Tasha tergelak lagi bila pelajarnya protes dan teruskan mengajar. Bila dia dah selesai mengajar dia segera tinggalkan kelas dan ke mejanya. Ada hal yang dia perlu selesaikan.
Bila dia dalam keadaan tergesa gesa itulah dia terlanggar seseorang sehingga telefonnya jatuh dan skrin pecah. Bukan je jatuh, terpelanting sebenarnya.
"Sorry" pinta satu suara dan Tasha mengutip telefonnya serta memandang lelaki itu.
"Tasha!" Suara ceria itu buatkan Tasha membuka matanya dengan luas.
"Erm. Encik Hafid!" Telefon yang dah terbelah skrin dah dilupakan.
"Hafid je, please and sorry bout that" Hafid tunjukkan telefon Tasha.
"Well, what can i say? What goes around comes around" balas Tasha bergurau dan dia ketawa kecil. Hafid ikut sama ketawa.
"But, mine is fine. Yours is..."
"Yang awak pun teruk. Saya tahu sebab saya dengar bunyi 'crack'" jawab Tasha dan Hafid tergelak lagi. Kantoi!
"Kantoi ni, apa pun, saya minta maaf"
"Ok je" jawab Tasha pula.
"Oh, i have to go"
"Wait! Apa kata lepas awak habis kerja kita jumpa. Saya nak bayar ganti rugi"
"Tapi..."
"Ok, saya tunggu awak di pintu pagar utama"

Tasha terpaksa ikut apa yang Hafid nak dia tak nak Hafid menunggu dia dengan sia2. Bila dia dah sampai di pagar utama Hafid sudah menunggunya.
"Masuklah" ajak Tasha supaya Hafid masuk ke dalam keretanya.
"Lama tunggu?" Soal Tasha sambil memandu keluar dari kawasan kolej.
"Baru je"
"Sorry, saya call suami saya tadi" maklum Tasha dan berikan senyuman manis. Hafid ikut sama senyum dan angguk tanda mengerti.
"Apa awak buat kat kolej ni?" Soal Tasha sekadar membuka tajuk perbualan.
"Kerja sikit" balas Hafid dan tersenyum bahagia.

Tasha dan Hafid sama2 memilih telefon untuk diri sendiri dan membuat bayaran.
"Terima kasih" ucap Tasha pada Hafid kerana membelikan telefon baru untuknya.
"Terima kasih jugak" balas Hafid balik dan mereka sama2 tergelak. Tasha dan Hafid berjalan ke sebuah restoren untuk makan dan pada masa yang sama Adam juga ada di dalam sana bersama dengan perempuan yang sama. Tasha mengalihkan pandangannya dan dia berlari keluar dari restoren tanpa pedulikan Hafid lagi dah. Apa yang dia pasti dia kecewa sangat dengan segala penipuan demi penipuan yang Adam berikan. Air matanya terus mengalir dan dia penat untuk tahu dia ditipu. Dia tak pernah menipu Adam jadi, kenapa dia ditipu? Adil?

Adam masuk ke dalam bilik mereka dan dia tersenyum melihat Tasha sedang lena. Dia mendekati Tasha dan usap lembut pipi Tasha dengan jarinya.
"Adam" Tasha mula sedar dan dia bangun dari tidurnya. Adam tersenyum bila melihat Tasha yang sudah membuka matanya dengan sederhana luas.
"Jangan sentuh saya Adam" Tasha menepis tangan Adam dan dia bangun dari katil. Dia segera keluar dari bilik itu dan ke ruang tamu. Adam terkedu dengan tindakan Tasha dan dia rasa sedih. Sangat sedih.

Seminggu, cukup untuk buatkan Adam rasa sedih dan emosinya terganggu. Tasha terus menjauhkan diri dan Adam rasa kehilangan. Adam berjumpa dengan Puan Asma dan memeluk erat tubuh tua itu.
"Tasha dah tak nak kat Adam ma" Adam bersuara sebak dan Puan Asma tak percaya dengan apa yang Adam cakapkan.
"Adam, jangan cakap macam tu" Puan Asma cuba untuk tenangkan tapi Adam langsung tak nak dengar. Adam berjalan keluar dari rumah mamanya untuk mencari ketenangan. Tapi, lain pula yang dia dapat bila melihat Tasha sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki. Tanpa fikir panjang dia terus menuju ke arah Tasha dan menarik tangan Tasha supaya menjauhi lelaki yang masih kelihatan terkejut dengan kehadirannya.
"Adam!" Tasha terjerit bila dia terdorong ke dalam pelukan Adam.
"Encik, apa ni?" Soal Hafid untuk menenangkan keadaan.
"She is my wife! Back off!" Dengan penuh amaran Adam bersuara dan Hafid mengangkat tangannya ke udara sambil mengundur beberapa langkah ke belakang sebelum beredar.
"Adam" Tasha memandang Adam tajam dan Adam balas dengan pandangan lebih kurang sama. Tajam.
"Siapa?" Soal Adam sambil mengetap bibir bengang.
"Kawan" tenang Tasha menjawab dan dia malas nak menjawab sebenarnya.
"Kenapa jadi macam ni? Kenapa awak dah berubah?" Soal Adam sebak dan matanya mula berkaca. Tasha ikut sama sebak tapi dia keraskan hati untuk terima semua tu dengan senang.
"Kenapa saya berubah? Sebab awak yang berubah! Awak tipu saya! Pergi main golf dekat restoren? No girls? Awak bukakan pintu kereta untuk dia! Kenapa tipu saya?!" Tasha betul2 dah keluarkan semua amarahnya dan Adam terkejut.
"Suraya?" Soal Adam pada Tasha.
"I dont care who is she!" Bentak Tasha dan berlalu pergi dari situ tapi Adam memaut lengannya supaya kembali kepada Adam.
"She is my theraphist!" Balas Adam kuat dan Tasha berhenti daripada cuba untuk merungkaikan pegangan Adam.
"Theraphist?" Soal Tasha perlahan.
"Ya. Saya nak keluar dari ketakutan dan kegelapan yang saya ada. Saya nak jadi lelaki yang normal kepada awak. Saya nak jadi suami yang terbaik untuk awak. Mereka semua ada masalah trauma yang hampir sama dengan saya. Saya nak dibantu untuk bersama awak." Jelas Adam seakan merayu supaya Tasha faham dan maafkannya.
"Kenapa awak tipu saya?" Soal Tasha dan air matanya menitis.
"Saya tak nak awak nampak saya lemah. Saya tak nak awak tahu semua ni. Saya nak jadi kuat untuk awak banggakan. Saya nak jadi lelaki normal"
"Adam, saya sayangkan awak seadanya"
"Adi ada datang jumpa saya dan dia ceritakan pada saya saat awak berdua bersama. Macam mana awak jatuh cinta padanya. Saya tak rasa yang saya boleh lawan dia"
"Adam, saya minta maaf. Saya sedih dan kecewa awak tipu saya" Tasha memegang kemas kemeja Adam dan dia meletakkan kepala pada dada bidang itu. Dia memeluk erat Adam dan terus menangis. Adam balas pelukan itu dan dia merasai kehangatan pelukan itu.
"Saya sayangkan awak" ucap Tasha ikhlas dan memandang Adam.
"Saya sayangkan awak" ucap Adam semula dan dia mencium dahi Tasha lama.

Kali ini Tasha ikut Adam berjumpa dengan therapist Adam yang bernama Suraya atau Dr. Suraya. Tasha bersalaman dengan Suraya dan dia meraih tangan Adam dan me yatukan jari mereka berdua. Adam senyum dan menarik kerusi untuk Tasha duduk di sebelahnya.
"Saya tak tahu yang awak ada isteri Adam" Suraya bersuara dan ukir senyum tak berapa nak ikhlas. Tasha sedar yang pada Suraya, Adam bukan hanya seorang pesakit sebab Suraya kelihatan terluka bila Adam perkenalkan Tasha sebagai isterinya.
"Saya buat terapi ni untuk bersama dengan dia" jawab Adam sambil tersenyum dan matanya tepat memandang Tasha. Tangan Tasha dicium sekilas dan Adam kembali memandang Suraya.
"Well, semuanya semakin ok dan perkembangan awak semakin membaik. Kenapa minggu lepas awak missed appointment?"
"Ah, saya ada masalah sikit" jawab Adam dan garu belakang kepalanya.
"Saya rasa awak dah ok Adam. Tapi, kalau awak dapat lagi mimpi buruk tu awak boleh datang jumpa saya"
"Ok. Terima kasih Suraya. Kami minta diri dulu" pinta Adam dan dia bangun dari kerusi bersama Tasha. Tasha berikan senyuman kepada Suraya dan berjalan keluar bersama Adam.
"dia sukakan awak" gumam Tasha perlahan tapi cukup jelas ditelinga Adam. Adam berhenti melangkah dan memandang Tasha yang masih lagi membebel sesuatu sambil memandang lantai.
"Mestilah" jawab Adam jelas dan Tasha angkat muka pandang Adam terkejut.
"Saya pesakit dia, dia perlu sukakan saya" sambung Adam balik dan dia sengih sedikit. Tasha buat muka sedih dan memeluk lengan Adam.
"Tapi, saya cemburu" ujar Tasha lagi dan Adam sepertinya terkejut dengan pengakuan ikhlas Tasha.
"Cemburu?" Soal Adam lagi dan Tasha rasa muka dia mulai panas. Dia lepaskan pelukan di lengan Adam dan berjalan ke kereta dengan segera. Adam tersenyum lagi dan dia ikut langkah Tasha ke kereta. Tasha sedang berdiri di sisi kereta yang masih lagi terkunci. Adam maju dan bukakan pintu kereta untuk Tasha. Dia bergerak ke tempat pemandu dan memakai seat belt. Dia pandang Tasha dan menghidupkan enjin kereta.
"Saya pun cemburu"
"Ha? Kenapa awak nak cemburu?" Soal Tasha pelik. Padanya, Adam tak ada sebab langsung nak cemburu.
"Ramai sangat lelaki dalam hidup awak"
"Apa? Adam, awak dengar gosip dari dunia mana ni?" Soal Tasha kalut.
"Mazlan, Hafid, Adi" jawab Adam dan menjeling Tasha sekilas.
"Mazlan? Tu kisah zaman dinasti ming tau, Hafid? Kami kawan je pun. Adi! Ex!!!" Terang Tasha geram atas cemburu Adam yang padanya tak jelas.
"Suraya tu therapist saya"
"Tapi, dia macam sukakan awak" Tasha bersuara perlahan dalam nada sedih. Adam ketawa kecil dan memegang jemari Tasha.
"Saya boleh cari theraphist lelaki" balas Adam tanpa di duga dan Tasha rasa nak menari kat situ jugak. Tasha tersengih lebar dan kembali memeluk lengan Adam.
"Saya hargai tu tapi, awak ada berapa sesi lagi dengan dia?" Soal Tasha malas nak menyebut nama orang yang dianggap menjadi saingannya. Hahaha.
"Dah habis, tapi, saya masih lagi perlukan guide."
"Ok. Saya profesional" Tasha dengan selamba berkata yakin dan Adam gelengkan kepalanya.
"Saya akan cari therapist lelaki" Adam tetap bertegas dan dalam keadaan tenang bibir Tasha merekah hampir ke hujung telinga sebab happy sangat.
"Tapi, saya tak kisah pun sebenarnya" ujar Tasha lagi dan dia senyum sendiri. Tak kisah la sangat.
"Ya? Kalau macam tu tak payah tukar la" Adam bersuara pula dan Tasha terus berkerut. Dia mula protes dalam diam dan naik geram. Kemudian Adam tergelak kecil dan memeluk bahu Tasha erat.
"Gurau je" ujar Adam lagi dan Tasha tergelak lalu menampar lembut bahu Adam.

Tasha terasa pijar pipinya bila ditampar kuat oleh Misha. Semua orang terkejut dengan tindakan Misha yang mendadak dan tiada sebab. Adam bangun dari kerusi dan mendapatkan Tasha yang sedang menahan perit.
"Apa kakak buat ni?!" Suara Adam meninggi dan Misha pandang Adam geram.
"Tampar dia. Kenapa?" Soal Misha seakan mencabar Adam. Adam tahan marah dan mengepal tangannya kuat. Tasha raih jemari Adam dan selitkan jarinya supaya Adam melepaskan buku lima itu. Adam pandang Tasha mohon Tasha melepaskannya.
"Misha! You are too much!" Jerkah Puan Asma dan berdiri di sebelah Tasha sambil memandang Misha dengan aura marah.
"Fine! mama loves her, my kids love her, Adam yang heartless ni pun loves her and now! Hafid loves her. Apa yang hebat sangat dia ni?!" Suara Misha melengking sama. Apa kaitan Hafid dan Misha? Mereka semua seakan kelu dan tak faham apa yang sedang terjadi sebenarnya.
"Kak, Tasha tak ada apa2 hubungan dengan Hafid" Tasha dengan lemah cuba untuk jelaskan hal yang sebenar tapi Misha melangkah ke depan dan menolak bahu Tasha. Untung Adam sempat menyelamatkan Tasha dan dia pandang Misha dengan pandangan tajam.
"Not.even.a.finger!" Adam memberi amaran dengan jelas dan Misha telan liur. Dia tak pernah melihat Adam mempunyai banyak perasaan selama ini. Adam yang dia kenal hanyalah manusia yang tiada perasaan.
"Kenapa semua orang sayangkan Tasha? Sebab dia baik! Layan orang dengan respect! Sayangkan orang lain! Ikhlas! Apa yang ada pada kakak? SELFISH?!" soal Adam garang dan Misha seakan hilang kata2.
"Where are you when mama needs you? Kahwin dengan entah mamat mana, where are you when I need you? Sibuk dengan urusan sendiri! Where are you when Abang Danny needs you? Busy kerja! Where are you when your kids need you? Hilang entah mana2, cari lelaki lain pulak." Adam tak pernah cakap selebar ini selama ini dan semua mata diam memandang Adam yang masih lagi mahu berkata kata.
"Where is Tasha all that time? She is here! She is here with us! Mama get a daughter! I get a sister! Kids get a mother!" Luah Adam kesal dan Misha menunduk memandang lantai. Adam berjalan pergi tinggalkan mereka semua di situ dan air mata Tasha menitis. Adam tak pernah luahkan apa yang ada dalam hatinya selama ini. Puan Asma maju ke depan dan menarik Misha ke dalam pelukan hangat. Dia membisikkan kata sayang kepada Misha berkali kali.
"Misha minta maaf" dengan linangan air mata Misha memohon maaf dan Tasha tersenyum senang bila mendengar ungkapan itu walaupun bukan untuknya.
"Misha terlalu cemburukan Tasha" sambung Misha lagi dan dia memandang Tasha yang seakan terkejut dengan apa yang dia nyatakan.
"Kakak minta maaf Tasha" pinta Misha dan beralih untuk memeluk Tasha. Tasha dengan senyuman membalas pelukan itu erat.
"Tasha pun nak minta maaf" pinta Tasha pula.
"Terima kasih jugak, Adam tak pernah cakap panjang2 selama ni, hari ni dia bagi satu essay" gurau Tasha dan yang lain tergelak kecil. Air mata yang mengalir dikesat sendiri.
"Akak pun terkejut." Balas Misha dan mereka semua ketawa lagi.

Sepertinya semua masalah telah hampir selesai. Semua hubungan mula membaik walaupun masih ada sepupu Adam yang tak berpuas hati dengan kewujudan Tasha, kerana cemburukan Tasha memiliki hati Adam. Dulu Adam paling digeruni tapi sekarang dengan semua perubahan Adam, semua mata mula jatuh pada sikap batunya. Umpama baru sahaja keluar hutan.
Adi juga sudah berhenti mengacau Tasha dan dengarnya dia kembali bersama bekas isterinya. Baguslah. Hafid? Dia cuma berminat  kepada Tasha, dia tak pernah menyimpan apa2 perasaan kepada Tasha jadi, Misha masih lagi boleh berusaha untuk memikat Hafid.

Semuanya kembali baik dan Adam semakin ceria dan suka bercakap sampai Tasha rasa malas nak mendengar. Sudah setahun mereka berkahwin dan banyak yang mereka lalui bersama tapi ada satu perkara yang Adam belum lepaskan, masa silamnya yang membuatkan dia terus mendapat mimpi ngeri. Dr. Ilman, therapist Adam sendiri yang maklumkan pada Tasha tentang Adam. Selagi Adam berniat untuk simpan trauma yang berlaku padanya, masalah Adam tak akan dapat selesai untuk selamanya. Tasha renung wajah Adam yang sedang lena dan dia dekatkan bibirnya pada dahi Adam.
"Tasha..." Adam bergerak perlahan dan membuka matanya. Dia ukir senyum bila melihat Tasha merenung ke dalam matanya dengan penuh kasih sayang. Tasha maju lagi dan mencium dahi Adam lagi sekali sebelum menyuruh Adam kembali tidur. Adam bangkit dan memandang Tasha yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
"Masalah?" Soal Adam dan menyentuh pipi Tasha lembut. Tasha senyum dan gelengkan kepalanya.
"Awak tahu awak tak pandai bohong kan?" Soal Adam lagi dan Tasha tergelak kecil. Tasha memegang tangan Adam dan menciumnya sekilas.
"Saya terlalu sayangkan awak Adam" ujar Tasha ikhlas dari sudut hatinya yang dalam.
"Saya sayangkan awak" balas Adam balik dan mencium dahi Tasha lama. Tasha senyum dengan kehangatan ciuman itu dan dia memeluk erat Adam.
"Adam, kalau awak dah sedia nak lepaskan kisah hitam awak, saya ada di sisi awak" ujar Tasha masih dalam pelukan Adam. Adam agak terkejut tapi dia faham, dia yang menyebabkan Tasha risau dan dia yang merunsingkan Tasha selama ini. Dia tidak berhasrat untuk menyimpan kisah hitam itu tetapi dia terlalu takut untuk membukanya. Seakan kisah itu akan bermula semula bila dia ingat balik.
"Saya ok. Awak tak perlu fikir semua tu" maklum Adam seperti biasa dan Tasha gelengkan kepalanya. Dia merehatkan kepalanya pada dada Adam dan mula bercerita sesuatu.
"Adam, saya anak yatim dan tengok depan mata saya sendiri orang tua saya mati dibunuh" Tasha mula bercerita dengan keyakinan yang dia ada. Cerita yang dia simpan 17 tahun lamanya. Adam terkejut bila dia mendengar apa yang Tasha cakapkan.
"Bukan mati dibunuh je Adam, secara kejam!" Tasha menahan rasa sakitnya dan Adam mengeratkan pelukan.
"Mereka merayu untuk saya, mereka merayu supaya lepaskan saya" sambung Tasha. Walaupun suaranya bergetar tapi dia tak menangis. Dia cuma rasa sakit.
"Mama menangis, dipukul, disepak, dipijak, ditolak tapi, mama tak minta mereka lepaskan mama tapi lepaskan saya"
"Papa ditembak beberapa kali, walaupun dah tak sedarkan diri mereka tetap tembak papa berkali kali."
"Saya tak pasti apa yang mereka nak dan apa yang mereka buat entah atas tujuan apa. Saya tak pernah tahu dan tak berminat untuk ambil tahu."
"Saya hanya sepuluh tahun, apa yang saya boleh buat? Menangis. Saya menangis je Adam. Mereka bukan bunuh papa dan mama je, baby dalam perut mama jugak. Adik saya Adam"
"Saya hanya mampu berserah dan bila saya dah berputus asa untuk hidup berdas das bunyi tembakan. Mama dan papa dalam keadaan sakit minta untuk saya hidup dengan elok dan bahagia. Apa erti bahagia pada saya lagi Adam? Semuanya dah pergi. Bila saya menangis lagi, satu benda tembus pada bahagian kiri bahu saya. Saya rasa sakit sangat. Sangat sakit tapi saya gembira, saya boleh ikut mama dan papa pergi"
"Then, saya buka mata. Saya masih lagi di dunia, tanpa papa dan mama hanya luka ni yang tinggal" Tasha selak sedikit bajunya di bahagian bahu dan tunjukkan pada Adam kesan peluru itu. Adam terkejut dan matanya terbuka luas.
"rasa sakit tu masih ada Adam, masih sama. selagi parut ni masih ada, saya takkan hilang dari rasa sakit itu"
"Tapi, mama dan papa nak saya hidup dengan baik dan bahagia. Jadi, dalam sakit saya cuba. Akhirnya saya ada mama, awak, Dhuha, triplets, kak Misha. Saya bahagia, ada orang sayang saya balik" ujar Tasha sebak dan dia berpaling memandang Adam dan memeluk Adam erat. Adam tanpa sedar mengalirkan air mata dan Tasha mengesatnya dengan jari runcingnya. Tasha senyum sedikit dan mencium hujung jari Adam.
"Saya bahagia sekarang, saya bahagia jadi isteri awak." Ujar Tasha lagi dan Adam merapatkan badannya pada Tasha.
"Saya cintakan awak" bisik Adam dan Tasha kaku. Cinta? Ahirnya ada cinta untuknya? Adam selalu melafaz sayang tapi, cinta. CINTA, seakan perkataan terindah yang Tasha pernah dengar diungkapkan kepadanya selama ini.
"Adam, awak pasti apa maksud cinta?" Soal Tasha perlahan dan Adam anggukkan kepalanya.
"Love is double" ujar Adam dan Tasha pelik. Pertama kali dia dengar.
"Double?" Soal Tasha pelik.
"Ya. Sebab, bila tengok Tasha bahagia, saya double bahagia, bila awak sedih, saya rasa double sedih. Means, saya memang cintakan awak dan sangat sayangkan awak" terang Adam dan senyuman mekar di bibir Tasha.
"Saya suka bila awak cakap panjang lebar macam ni"
"Ke...kenapa?"
"Sebab, saya dapat dengar suara awak lebih lama" jawapan Tasha buatkan Adam tergelak senang.
"Saya tengah confess ni" maklum Adam dan masih lagi tersenyum. Tasha anggukkan kepala dan memeluk Adam semula.
"Adam, kalau awak dah sedia nak share nanti, saya akan ada disisi awak" Tasha senyum meyakinkan Adam dan Adam membalas senyuma itu lalu mencium dahi Tasha. Satu hari nanti. Pasti!

Adam agak penat setelah bekerja seharian dan dia pelik bila suasana rumahnya dah malap dan Tasha tiada di mana2. Adam risau dan takut pada masa yang sama dan dia memanggil Tasha beberapa kali, tapi, Tasha langsung tak menyahut. Dia melihat jam di telefonnya dah pukul 10 malam.
"Tasha!" Panggilnya lagi dan dia tersenyum bila terdengar bunyi pintu dibuka. Tasha keluar dari bilik mereka dan berjalan perlahan lahan ke arah tangga. Adam terpaku berdiri di situ bila Tasha maju kepadanya. Adam telan liur dan terkebil kebil pada masa yang sama. Tapi, matanya tak lepas daripada memandang Tasha.
"Ke...kenapa...kenapa pakai...macam...macam ni?" Soal Adam gelisah melihat Tasha yang kelihatan jauh berbeza seperti biasa. Bukan dalam pakaian tidurnya seperti biasa. Adam lucutkan kotnya dan letakkan pada pada badan Tasha yang terdedah.
"Hujan lebat ni, awak kena la pakai baju tebal sikit, nanti kesejukan" Adam memeluk bahu Tasha dan mengusap sedikit untuk berikan haba. Tasha hampir tergelak besar dengan layanan Adam. Punyalah susah dia nak cover malu pakai semua tu tapi Adam boleh risaukan dia kesejukan pula. Suami yang baik! Tasha memeluk pinggang Adam dan berjalan ke bilik mereka. Memang Tasha sangat kesejukan sebab dia dah pakai baju tu dari pukul 8 malam lagi.
"Saya mandi kejap" Adam senyum dan mengambil tuala serta baju ganti dan masuk ke dalam bilik air. Tasha tergelak sendiri  dan menyangkut kot Adam di tempat biasa sebelum mengambil baju sejuknya. Sumpah dia kesejukan sangat.
"Dhuha, kenapa la aku ikut cakap kau" Tasha cakap pada dirinya sendiri dan bila Adam keluar dari bilik air Tasha berikan senyuman. Malu kut. Adam sikat rambut dan masuk ke dalam selimut sebab kesejukan teramat. Adam ikut sama selimutkan Tasha dan dekatkan badan Tasha padanya sehingga Tasha bersandar pada dada bidang Adam.
"Kenapa pakai macam ni?" Soal Adam tenang dan Tasha rasa macam nak sembunyi dalam perut buaya.
"Entah, saja" jawab Tasha cuba untuk berlagak tenang.
"Tak cantik?" Soal Tasha bila Adam diam je.
"C...can...cantik" balas Adam gugup dan Tasha tergelak kecil. Adam ni memang pure dan comel betul!
"Awak pun handsome" puji Tasha balik dan Adam dapat rasakan muka dia membahang sebab malu.
"Seksi tak Adam?"soal Tasha lagi dan Adam terngadah dengan soalan yang tak disangka dan tak diduga itu.
"Tasha, saya...saya segan la" jawab Adam seperti berbisik dan Tasha terus tergelak senang. Adam sangat pure and plain la kut.
"Adam, awak ni comel betul" puji Tasha sakan dan mencuit hujung hidung Adam.
"sorry Adam, saya takutkan awak"
"No. Saya tak takut, cuma tak biasa." jawab Adam gugup.
"oh, kalau macam tu, saya kena pakai selalu la baju macam ni. Lama2 nanti awak terbiasa la"  kepala Adam terus menegak dan keras bila Tasha cakap macam tu.
"Ha...awak pakai...pakai baju mickey mouse tu pun dah cantik. Saya suka" jawab Adam pula dan Tasha hampir tergelak lagi tapi dia cuba untuk tahan.
"Oh, awak tak suka la ya saya pakai macam ni?" Soal Tasha buat2 sedih dan Adam diserang rasa bersalah yang teramat.
"bukan! Tapi, awak boleh kesejukan, nanti awak jatuh sakit" jawab Adam resah dan Tasha rasa sayangnya pada Adam dah melimpah keluar. Tasha mencium pipi Adam lama dan memeluk Adam erat.
"Saya sayangkan awak banyak2 Adam" luah Tasha ikhlas dan Adam ukir senyum.
"kenapa pakai macam ni?" Soal Adam bila mereka dah lama sangat berdiam diri dan berkongsi haba.
"Dhuha yang suggest, saya ikut je" jawapan selamba Tasha buatkan Adam tergelak sikit. Bukan je Adam yang pure kat sini, Tasha pun sama.
"Walau apa pun yang awak pakai, mata saya hanya pandang awak je" ujar Adam yakin dan Tasha terharu. Mukanya mula membahang sebab malu tapi dia suka.
"Sah kajian tepat!"
"Kajian?" Soal Adam pelik.
"yup! Kajian mengatakan 80% lelaki atas dunia ni, sweet talker" Tasha buat kajian sendiri sebenarnya dan Adam mula berkerut.
"Saya bukan sweet talker. I mean it. You always look beautiful" Adam tegaskan apa yang dia rasa dan Tasha senyum lagi.
"darah sweet talker tu ada dalam diri awak" Tasha masih tak nak mengalah.
"Natasha Binti Ihsan, saya maksudkan apa yang saya cakapkan" Adam ikut sama bertegas dan dia tak suka bila Tasha tak percayakannya dan anggap dia sekadar bermulut manis. Memang pada Adam, Tasha perempuan yang cantik. kenapa? Tanyalah Adam sendiri.
"Adam, suara awak serius sangat" Tasha buat muka manja dan Adam lepaskan keluhan sebelum tersenyum
"Sebab saya ikhlas, awak memang cantik" puji Adam lagi dan Tasha senyum senang.
"saya tahu awak ikhlas, saya segan bila awak puji saya. Lagipun, takkan la saya nak respon macam ni, 'ya saya tahu saya cantik' berlagak la macam tu" balas Tasha balik dan Adam ukir senyum senang. Dia mencium kepala Tasha dan rasa senang dengan bauan daripada rambut Tasha.
"Saya dah ready" tiba2 Adam bersuara dan Tasha kecut sendiri. Perut dia rasa macam kena tebuk je.
"Re...ready?" Soal Tasha cuak.
"ya. Dah masanya saya lepaskan semua. Saya tak nak mimpi ngeri tu lagi dah" Adam bersuara perlahan dan Tasha rasa dia nak tembak dirinya sendiri bila dah terfikir benda mengarut.
"saya ready nak dengar" ujar Tasha dan mendongak memandang Adam.
"ok. Masa tu, saya lima tahun. Sepatutnya usia macam tu tak tinggalkan kesan yang banyak pada saa dan sepatutnya saya tak dapat ingat semua tu secara detail. Tapi, saya terlalu takut sampai semua tu menghantui saya sampai hari ni." Tasha genggam tangan Adam dan memberitahu Adam dia tak perlu sambung jika dia tak nak tapi Adam tetap tegas untuk bercerita.
"saya dibawa lari dari hospital. Doktor yang merawat saya sebenarnya agent penjualan organ. Dia culik saya dan letakkan saya dan budak2 lain dalam sangkar"
"kami dibawa naik truck, entah ke mana saya sendiri tak pasti. Ramai, sangat ramai. Mereka kurung saya dalam sangkar di tempat gelap" Adam tutup mata rapat bila ingat kembali setiap sudut dalam rumah itu.
"Banyak anjing yang liar dilepaskan didalam tempat kurungan itu. Tak ada yang berani nak bergerak pun. Rasa takut tu buat saya tak menangis"
"kami hanya dapat cahaya dari lubang kecil di celah dinding. Hanya banyak cahaya bila kami akan dibedah" Adam telan liur dan rasa sangat takut.
"Saya dan beberapa orang dibawa masuk dengan kasar. Leher kami dirantai seperti binatang. Kami sekali lagi dikurung di dalam sangkar betul2 di depan meja bedah. Alatan bedah lengkap."
"ada kanak2 yang mati sebab terlalu takut. Ada jugak yang mati dipukul. Ada yang mati dirogol" air mata Adam mengalir laju dan Tasha rasa bersalah buat Adam cerita semua ni. Apa yang Adam lihat dan rasai sangat kelam.
"saya...tengok. depan mata saya sendiri..." bibir Adam bergetar menahan sebak dan takut pada masa yang sama.
"mereka rogol kanak2 lain. Kecil lagi Tasha" Adam meramas erat selimut dan Tasha terus menenangkan Adam.
"Awak...kita boleh sambung lain kali" pujuk Tasha bila Adam seakan tak dapat untuk sambung ceritanya lagi. Adam gelengkan kepalanya dan dia kembali bercerita.
"mereka kejam Tasha. Kejam. Bila nak bedah...bius tak digunakan pun. Mereka bedah macam tu je! Kerat badan budak perempuan tu macam tu je!" Jerit Adam tiba2 dan Tasha mulai resah melihat keadaan Adam.
"jeritan, tangisan...satu pun mereka tak hiraukan. Mereka gelak Tasha. Saya tak pasti...mereka manusia atau syaitan" sambung Adam kembali tenang sedikit.
"Bila...bila tiba giliran saya...kereta polis kedengaran. Bunyi tembak menembak, keadaan sangat menakutkan. Akhirnya semua selesai dan saya dapat rasakan sesuatu pada dada saya. Darah, kesan keratan tapi tak dalam. Sebab, polis lebih cepat."
"Lepas tu, saya tak rasa saya selamat dan saya tak suka bergaul dengan orang. Saya takut. Akhirnya, awak datang. Saya kenal dunia lagi sekali. Terima kasih Tasha" ucap Adam dan wajahnya basah dengan air mata. Tasha kesat air mata Adam dan memeluk Adam erat. Apa yang mereka lalui tak perlu dilalui orang lain. Sakit. Pedih.
"Adam..." Tasha perlahan lahan buka butang baju Adam dan satu garisan panjang jelas pada dada Adam. Tasha pernah terlihat selama ini dan dia tak sangka parut daripada kejadian lama itu. Adam ambil tangan Tasha yang melekap pada dadanya dan dia mencium tangan itu lama.
"Parut ni takkan hilang, tapi, rasa takut tu dah hilang" ujar Adam dan Tasha kembali senyum kepada Adam. Adam selak baju Tasha dan dedahkan sedikit parut peluru di bahu Tasha. Dia mencium parut itu lama dan memandang Tasha.
"masih rasa sakit?" Soal Adam pada Tasha. Tasha senyum dan gelengkan kepalanya. Dia memeluk Adam erat dan rasa sakit itu telah pergi sepenuhnya.
"Saya cintakan awak" bisik Tasha dan Adam balas dengan ucapan yang sama.
"love is double" gumam Tasha masih dalam pelukan Adam dan Adam tergelak kecil.
"Sorry, dah doublekan rasa sakit Tasha" pinta Adam dengan pandangan sayu.
"Well, thats hurt. Love is pain but you are my pain killer" bisik Tasha dan kembali memeluk Adam. Adam membalas pelukan Tasha dan mereka berbalas senyum sesama sendiri.