Wednesday 16 September 2015

Cerpen : Isteri yang dibenci

#yezza!!! Ok, pada semua yang menunggu, ni janji saya. Maaf atas semua mistakes and hero dalam cerita ni, pada saya agak jahat sikit. Tapi, saya tak sure sebab saya tak pandai sangat nak tunjukkan kekerasan. Hahaha. Jadi, saya harap semua akan suka, yay.
Selamat Hari Malaysia!!!

Percayalah dalam hidup ini tiada siapa yang pohon untuk dibenci, apatah lagi seorang isteri. Azra Qalisha terpaksa menanggung rasa dibenci suami sendiri bukan atas kesalahannya. Mengahwini Irwan Hafizi bukanlah satu impiannya malah dia tak pernah terfikir untuk membina masjid bersama lelaki itu. Dia mencintai abang kepada lelaki itu, Irfan Haziq. Namun, apakan daya, bukan jodoh mereka malah Allah dah tentukan semua jalan yang perlu dilalui Azra. Perkahwinan yang berlangsung memang gilang gemilang, pengantin perempuan dah tepat tetapi penganti lelaki yang berbeza. Irfan kemalangan dan terus meninggal ditempat kejadian. Fizi membenci isterinya bukanlah kerana terpaksa menjadi galang ganti abangnya tapi terpaksa berkahwin dengan kekasih abangnya dan kekasihnya sendiri memuja abangnya. Bencinya pada abangnya menyebabkan dia membenci orang yang mencintai abangnya. Bukan salah Irfan kerana dicintai Adila, kekasih Fizi, tapi Fizi tak berfikir sebegitu. Dia bencikan Irfan sejak kecil lagi kerana mendapat sepenuh kasih sayang daripada semua orang. Dia pula dipandang jelik tanpa sebab yang dia tak tahu kenapa. Terasa dirinya disisihkan dan dia tak berpeluang merasai apa yang abangnya rasai. Dia hanya dibesarkan dengan kemewahan, bukan kasih sayang. Walau sehebat mana dia mencuba untuk meraih cinta tapi tak berhasil. Dia mula bencikan orang disekelilingnya dan dia mula membenci dirinya sendiri kerana ada dalam keluarga itu.

Azra sedaya upaya menahan tangis bila dia diherdik kasar oleh Fizi tapi dia cuba untuk kuatkan dirinya. Kenapa mesti dia berkahwin dengan pengganti arwah Irfan, dia sendiri tak pasti tapi dia yakin itu semua kehendak Allah.
"Aku benci kau! Baik kau mampus je senang!" Pekik Fizi dan menolak Azra sehingga jatuh terjelopok di atas lantai. Habis sengal badannya bila ditolak dengan begitu kuat. Bilik hotel yang luas itu seakan terasa kecil dan menghimpit dirinya sehingga rasa sakit disegenap tubuhnya.
"Dengar sini!" Rambut Azra ditarik kuat sehingga air matanya mengalir tanpa dipinta.
"Kau tidur luar!" Dengan kasar Fizi menarik Azra untuk keluar. Bila pintu dibuka tubuh itu ditolak kasar supaya keluar.
"Fizi..." rayu Azra lemah bila dia tak berdaya lagi nak menghalang.
"Fizi...tolong berikan saya...tudung tu..." pinta Azra simpati dan Fizi pandang tudung itu. Dia bergegas mengambil tudung dan membaling tepat atas muka Azra.
"Blah!" Jerit Fizi kuat dan menutup pintu dengan kuat. Azra menyarung tudung itu dan tangannya menggeletar. Sepatutnya ini bulan madu mereka berdua, tapi, nampaknya ini adalah neraka bagi Azra. Azra bangun dari duduk dan berdiri dengan susah payah. Masih lagi dengan busana pengantin dia melangkah pergi dari hotel itu. Air mata yang mengalir menghapuskan semua mekapnya. Apa yang jelas diwajahnya kini hanyalah hiba dan sakit.
Azra berjalan ditempat yang asing baginya, dia berjalan keluar dari hotel walaupun hujan tengah turun dengan lebat . Azra terfikir mana dia perlu pergi malam sebegini tanpa satu sen pun. Boleh ke dia menyewa satu bilik hotel dalam keadaan poket kosong macam ni. Azra melintas jalan raya yang agak lengang itu dan mencari surau atau masjid sebagai tempat dia berlindung untuk sementara waktu.

Fizi termenung di beranda dan dia menghirup udara segar di Bukit Fraser itu. Walaupun udara segar itu meresap masuk ke dalam badan Fizi, rasa bencinya tak pernah pudar bila dia mula mengerti satu perkataan. Iaitu perasaan. Perasaan yang mengajar dia membenci dan sepanjang dia hidup hanya benci yang dia kenal kecuali bila hadirnya Adila. Tapi, bila dia mula mencintai, dia dikhianati kerana orang yang paling dia cintai mencintai orang yang dia paling benci.

Azra menahan dingin kerana dibasahi hujan tapi dia tetap kuatkan kaki untuk melangkah. Sebaik dia tiba di sebuah masjid, dia segera berhenti dan duduk di situ. Kepalanya pening dan dia pasti badan dia terasa sangat panas. Dia bersandar lemah pada dinding dan air mata menuruni pipinya lagi.

*****
"Abang akan buat Azra jadi isteri paling bahagia di dunia ni" lafaz Irfan ceria bila mereka sama2 mencuba pakaian pengantin dibutik. Azra tersenyum senang dan anggukkan kepala, dulu, dia sangat menentang couple ni sebab dia tahu yang seseorang lelaki tak akan pernah ikhlas pada seseorang perempuan tapi, bila kenal Irfan semuanya mula berubah. Irfan dan dia sudah mula bercinta sejak di sekolah menengah lagi.
"Abang cintakan Azra" ucapan sayang itu selalu buatkan hati Azra lemah segenap saraf dan dia percaya pada cinta yang dilafaz itu. Azra senyum lagi dan dia memandang Irfan dalam2.
"Abang nak sangat jadi suami Azra" sambung Irfan lagi dan dia duduk di depan Azra. Azra senyum lagi dan dia duduk disebelah Irfan.
"Azra nak sangat kahwin dengan abang. Azra nak jadi yang halal dan selamanya hak abang" Azra turut membalas ikhlas dan Irfan tersenyum.
"Kalau abang tak mampu jadi suami Azra, Azra tetap kena kawin tau. Cari suami yang lebih baik dari abang"
"Abang mengarut apa ni? Kalau bukan abang, Azra tak nak kawin!" Azra bangkit dari duduk dan dia ingin berlalu dari situ. Tak suka dengar apa yang keluar dari mulut Irfan.
"Azra, abang cakap kalau je, Azra ingat abang nak bagi Azra senang2 je kat orang lain?" Irfan memujuk dan Azra ukir senyum.
"Jom kita ambil gambar kawin" ajak Irfan ceria.
"Mana boleh! Tak kawin lagi" bangkang Azra pula.
"Jomlah! One shot je. Please?"
"Ok."
"Yes! Abang panggil photographer" Irfan ceria betul dan bila dia kembali bersama jurugambar mereka mengambil sekeping gambar sebagai kenangan. Irfan menatap gambar itu lama dan dia merenung mata bundar tunangnya.
"Abang dah puas hati sangat" luah Irfan dengan nada sebak.
"Jiwang la abang. Dah la, jom ganti baju" ajak Azra pula, malas nak melayan angin pelik Irfan ni.
"Please, stay with me like this. For a few more hours"
"Ha? Talking like crazy lagi. Abang ingat kita tak ada kerja lain ke nak buat?"
"Abang nak sangat. Please" pujuk Irfan lagi dan Azra terpaksa bersetuju dengan permintaan Irfan. Untung je butik ni milik kawan baik Azra jadi, boleh la mereka buat macam butik sendiri. Bukan sekeping gambar je, berkeping keping gambar yang mereka ambil bersama dan pelbagai jenis baju pengantin mereka cuba. Hampir habis satu butik ni. Dah rasa macam model pulak mereka berdua ni.
"I like this one. Akad nanti pakai ya" pinta Irfan pula bila Azra memakai satu busana pengantin yang sangat ringkas tapi cantik, hanya mainan sutera dan pearl. Sudah cukup cantik.
"Ya. Anything for you" balas Azra lembut dan Irfan senyum pula. Dia rasa sangat gembira sekarang ini. Senyuman lelaki itu buatkan Azra tersenyum bahagia.

"Anak, nak..." satu suara mengejutkan Azra yang sudah terlena di tangga masjid. Azra buka matanya luas dan berdiri di sebelah wanita tua itu.
"Kenapa tidur kat sini? Kenapa tak masuk?" Soal wanita itu dan Azra ukir senyum sedikit.
"Baju saya basah" jawab Azra dengan suara serak. Dia bersihkan tekak dan ukir senyum lagi.
"Anak dari mana ni? Dengan baju pengantin lagi"
"Saya...saya..."
"Sesat?"
"Ya!" Jawab Azra laju.
"Kalau macam tu balik rumah aunty dulu la. Jom" ajak wanita itu ramah dan Azra serba salah nak mengikut.
"Marilah, anak dah demam ni" ajaknya lagi lembut dan Azra mengangguk. Niat dia memang tak nak susahkan sesiapa tapi, ada baiknya jugak kalau dia ikut. Lagipun dia dah rasa sejuk segenap saraf ni.

Tiba di rumah wanita itu Azra seakan terpaku dengan kemewahan dan kecantikan rumah itu. Azra melangkah masuk perlahan lahan mengekori langkah wanita itu.
"Nita!" Wanita itu memanggil satu nama dan seorang perempuan datang kepadanya dengan cepat.
"Ni tetamu saya, tunjukkan dia bilik tetamu dan berikan dia pakaian bersih" arah wanita itu.
"Baik dato" balas orang yang bernama Nita itu dan Azra seakan terkejut lagi, orang yang menolongnya sangat berpengaruh. Dia mengikut Nita ke bilik tetamu yang tersangat besar dan mewah. Azra masuk ke dalam bilik itu dan dia memandang Nita dalam mode terkejut lagi.
"Cik tunggu sekejap, saya ambilkan pakaian" ujar Nita sopan dan Azra mengangguk sambil tersenyum. Azra berdiri macam tunggul di dalam bilik itu dan dia memang rasa seperti sesat di dalam istana.
"Cik perlukan air mandian? Perlu saya sediakan?"
"Tak apa. Saya ok je. Terima kasih" ucap Azra dan Nita angguk. Nita keluar dari bilik itu dan biarkan Azra seorang diri. Azra mengambil tuala yang disediakan dan dia masuk ke dalam bilik air. Lama benar dia berada dalam bilik air, sebab terkejut saja dah makan masa beberapa minit. Azra mandi dan dia tahu dia perlu solat. Setelah dia mandi dan mengganti baju dia mencari telekung untuk solat tapi tak jumpa. Dia menyarung tudung dan keluar dari bilik, dia terkejut bila ada seorang lelaki yang tinggi dan tegap melintasinya. Mereka berdua berpandangan lama dan Azra jauhkan tangannya yang berpaut pada lengan lelaki itu kerana refleksi daripada hampir jatuh tadi. Lelaki itu pandang Azra dalam2 dan dia rasa pelik dengan orang asing itu.
"Aqmal, bila sampai?" Satu suara memecahkan suasana kekok itu.
"Bonda, baru je. Maid baru?" Soal Aqmal pada bondanya dan bondanya tergelak kecil.
"Tetamu bonda, Azra. Azra, ni anak aunty, Aqmal" wanita yang bergelar Dato Raja Fatma itu memperkenalkan mereka berdua.
"Guest? Btw, saya Aqmal" dengan senyuman manis Aqmal perkenalkan dirinya dan Azra ukir senyum ringkas yang pelik.
"Aunty, Azra nak solat tapi tak ada telekung" maklum Azra dan berkalih memandang Dato Raja Fatma. Dia tak betah nak membalas pandangan dan senyuman lelaki itu.
"Nanti aunty minta maid bawakan. Azra dah makan?"
"Azra tak lapar aunty, Azra nak solat lepas tu rehat je" sopan Azra berbicara dan berikan senyuman manis.
"Azra masuk dulu aunty" Azra berikan senyuman ringkas pada Aqmal sebelum masuk ke dalam bilik. Aqmal pandang bondanya dengan senyuman dan memeluk bahu wanita itu lembut.
"Who is she?" Soal Aqmal mesra.
"I dont know her either. I met her just now, she slept at the mosque with wet cloth"
"Really? Ingat calon menantu bonda tadi" jawab Aqmal sambil tersengih dan bondanya buat muka pelik. Tak sangka yang anaknya akan bercakap soal itu. Selalunya berat betul nak cakap soal jodoh ni.
"I hope so. But, she wore wedding dress tadi and she lost"
"What? Weird ni bonda. Betul ke orang tu bonda?"
"Aqmal! Mula la tu nak mengarut" marah Dato dan Aqmal ketawa pula. Dato ikut sama senyum dan dia gembira dengan adanya Aqmal dia rasa sangat lapang dan tenang. Tapi, dia masih mencari anak lelakinya. Anak lelakinya yang dibawa pergi suaminya sejak lahir lagi . sampai hari ini tiada jejak anaknya itu.

Fizi bangun dari tidur bila jam dah berganjak ke 11 pagi. Dia memerhatikan sekeliling dan tiada sesiapa di situ. Dia masuk ke dalam bilik air dan mandi.
"Baguslah! Tak kena tengok muka bodoh tu!" Bentak Fizi tanpa sebab dan dia mengenakan pakaian untuk keluar makan. Fizi mengenakan jeans dan baju t ringkas, sudah cukup untuk membuatnya kelihatan kacak. Jika dibandingkan dengan Irfan rupa paras memang menang Fizi. Tapi, dari segi budiman, budi pekerti jauh lebih baik Irfan.

Azra sudah bersedia untuk kembali ke hotel dan dia menunggu dato di ruang tamu. Aqmal yang baru sahaja keluar dari biliknya turun ke ruang tamu bila dia melihat Azra ada di situ. Aqmal dengan selamba duduk di sofa dan Azra mula rasa tak senang. Dia rasa sangat kekok bila berdekatan dengan Aqmal.
"Hai" sapa Aqmal ramah dan Azra pandang Aqmal sebagai tanda dia membalas sapaan mesra itu.
"Saya Aqmal" Aqmal perkenalkan dirinya lagi sekali dan Azra mengangguk. Berapa kali nak perkenalkan diri pun tak tahu la.
"Bonda cakap dia jumpa awak kat masjid, pakai baju kawin. Awak sesat for real or larikan diri dari majlis ni?" Soal Aqmal dan mulut Azra terbuka lama.
"Awak, tutup mulut" tegur Aqmal bila nampak Azra ternganga je sejak tadi. Azra segera tutup mulutnya dan Aqmal tergelak kelucuan. Gadis di hadapan dia ni terlalu polos dan lurus. Azra palingkan wajahnya yang sudah mula membahang dan dia tak pedulikan semua soalan Aqmal. Siapa Aqmal untuk dia ceritakan semuanya.
"Azra, jom" Azra lega banyak bila Dato turun ke ruang tamu menyertai suasana senyap dan kekok itu.
"Pergi mana bonda?" Soal Aqmal bila melihat dua wanita itu sudah bersedia untuk pergi.
"Bonda nak hantar Azra balik hotel lepas tu bonda nak pergi office jap."
"Ok. Take care" Aqmal mencium pipi bondanya sebelum mereka pergi. Aqmal memang anak yang manja dan baik, sifatnya persis Irfan. Sangat penyayang.

Setelah Dato Raja Fatma beredar dari situ Azra berkira untuk masuk ke dalam biliknya ataupun tidak. Dia takut dimarahi lagi tapi dia perlu ambil barangnya. Kalau tak, dia terpaksa tidur merempat lagi. Bila Azra melangkah ke arah biliknya dia bertembung dengan Fizi di dalam lif dan dia rasa umurnya memendek dengan cepat. Dia telan liur dan cuba untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
"Kau pergi mana?" Soal Fizi kasar dan lengan Azra dicengkam kuat. Mata Azra tertutup menahan sakit tapi tak ada apa yang dia boleh buat sekarang ni.
"Aku tanya ni" semakin kuat cengkaman Fizi dan Azra menggigit bibir menahan sakit.
"Saya...saya tumpang rumah orang" jawab Azra perlahan.
"Tumpang?" Berpisat Fizi memandang Azra dan renungan tajam itu buatkan Azra gerun.
"Esok aku nak balik KL. Pandai2 la kau cari jalan ke rumah aku. Dengar sini! Aku tak nak sesiapa tahu pasal kita!" Keras amaran itu diberikan dan cengkaman dilepaskan. Azra rasa lega dan dia anggukkan kepala bila dengar amaran itu. Dia tak tahu mana rumah Fizi tapi dia tetap perlu ikut Fizi ke rumah itu. Kenapa Fizi begitu membencinya? Jenuh Azra fikir soal itu tapi dia buntu.
"Aku tak nak tengok muka kau dalam bilik ni. Lantak kau la nak tidur mana malam ni" pintu bilik ditutup kuat dan Azra terkedu. Azra menuju ke hujung bangunan hotel dan dia menaiki lif semula untuk ke lobi. Bila dia duduk di situ dia mula rasa mengantuk. Akhirnya dia terlelap di sofa lobi.

Fizi yang kebetulan turun ke lobi memandang Azra setelah seorang pekerja hotel memaklumkannya. Fizi tayang muka bodoh dan tak cakap apa2. Fizi keluar dari hotel dengan keretanya.
Azra membuka mata bila dia terdengar suara seseorang dan dia ternampak Fizi sudah beredar dari situ. Cepat2 Azra bangun dan berlari ke kaunter.
"Saya nak kunci lagi satu untuk bilik 507" pinta Azra cepat dan dia memandang bimbang Fizi berpatah balik.
"Tapi, bilik itu dibawah nama En. Hafizi"
"Ya, saya isterinya. Saya call tadi, dia cakap dia bawa kunci. So, saya tak dapat nak masuk ni. Dia minta saya guna kunci lain" Azra bohong makruh ni, bukan bohong sunat. Untung sahaja ada pekerja yang ingat mereka pernah datang bersama jadi dia dapat kunci lain. Azra segera ke bilik itu dan dia kemaskan semua barangnya dan mengambil beg tangannya. Azra segera pulangkan kunci ke kaunter dan keluar dari hotel. Dia berharap dapat cari hotel lain yang lebih jauh dari tempatnya sekarang. At least tempat dia boleh tidur. Azra menaiki teksi untuk ke hotel lain dan untung sahaja dia jumpa.

Setelah check in Azra masuk ke dalam bilik itu, walaupun tak semewah hotel dulu dia dah cukup berpuas hati. Azra buka tingkap dan dia rasa sedikit lega dan tenang.
"Kau tak boleh relax Azra! Kau kena cari tahu alamat rumah dia" Azra kalut pula bila dia tak tahu macam mana nak ke rumah Fizi nanti.
"Hello, mama. Mama tahu tak alamat rumah Fizi?" Soal Azra semasa menghubungi ibu mertuanya.
"Tak tahu? Ok" Azra mematikan telefon dan dia termenung lagi.
"Matilah aku" Azra mengeluh berat dan dia duduk di atas katil.

Fizi rasa ego dia tercabar bila Azra melarikan diri darinya. Dia rasa yang Azra tak cukup takut pada dirinya jadi sekarang ni dia berdiri di depan pintu rumahnya menunggu Azra muncul. Dah terlalu lama dia menanti dan amarahnya sudah sampai kemuncak.
"Mana pulak perempuan ni?" Soal Fizi geram dan dia hempaskan tubuh atas sofa. Telefon diambil dan nombor Azra didail. Tak sampai 10 saat panggilan itu sudah bersahut.
"Kalau kau tak sampai dalam masa 10 minit, kau tidur luar rumah!" Tengking Fizi setelah dia memberi alamat rumahnya dan dia berpeluk tubuh memandang pintu. 10 minit berlalu dan Azra belum muncul.
Hampir satu jam menunggu akhirnya Azra sampai dan tika itu Fizi sedang bercekak pinggang di depan pintu. Azra rasa dia memang kena tidur luar malam ni.
"Bila ada orang dah masuk kawasan aku, hanya dengan izin aku dia boleh keluar! Jadi, kau tak boleh keluar dari pagar rumah ni bila kau dah berani masuk. Aku cakap 10 minit,tapi kau ambil masa berpuluh minit. Tidur luar!" Pintu utama rumah ditutup kasar dan Azra tersentak. Azra hanya mampu mendengar dan dia mengeluh lagi. Azra masuk ke dalam keretanya sendiri dan berniat untuk tidur di situ.

Pagi2 lagi banglo Fizi mula bising bila Fizi membuat bising dengan bunyi hon keretanya. Azra terus tersedar dari tidur dan dia keluar dari kereta dengan cepat. Fizi yang masih lagi berbaju tidur tutup pintu keretanya dan bergerak ke hadapan Azra.
"Iron baju! Masak breakfast! Aku nak pergi kerja" arah Fizi kuat dan Azra angguk faham. Azra berlari masuk ke dalam rumah besar itu dan dia keliru dengan bilik Fizi. Rumah itu terlalu besar dan bilik terlalu banyak.
"Mana satu ni?" Soal Azra pada dirinya sendiri dan dia ikut Fizi dari jauh. Bila Fizi masuk ke satu bilik Azra berkira untuk ikut sama masuk. Azra ketuk pintu dan bila ada jawapan Azra buka pintu dan dia rasa nak pengsan bila Fizi dengan selamba sedang membuka baju dan hanya bertuala sahaja.
"Ba...ba...baju...kat mana?" Tergagap gagap Azra nak bertanya dan dia mula rasa segan.
"Tu bilik pakaian" Fizi jawab selamba dan terus masuk ke dalam bilik air. Azra telan liur dan segera mengambil sehelai kemeja untuk digosok. Bila dah selesai gosokkan baju dia tinggalkan di atas katil dan berdiri di luar bilik.
"Azra!!!" Lima minit lepas tu berdentum suara Fizi dan Azra cepat2 masuk semula. Dia dah bersedia sekalipun diherdik dan dikasari.
"Aku nak kemeja kuning!" Jerkahnya dan Azra seakan rasa gegendang telinganya bergetar beberapa kali. Kuat sungguh.
"Ya!" Azra terus berlari untuk mencari kemeja kuning. Bagai nak gila Azra bila mencari baju kemeja di dalam bilik besar itu. Jenuh dia membuka pintu almari tapi tak jumpa. Fizi mula naik darah bila melihat Azra yang masih lagi tak jumpa kemeja yang dia nak. Dinding kaca itu tak membataskan penglihatannya.
"Cepat sikit! Lembab!"
Azra mencapai kemeja kuning dan mula menggosoknya. Selesai je terus dia berikan kepada Fizi. Fizi memakai kemeja itu tanpa riak dan kemudian dia buangkan kemeja itu dengan kasar ke lantai.
"Kau pandai gosok baju tak?" Soal Fizi kasar dan tudung Azra direntap kasar sehingga kerongsang tercabut.
"Aku nak kau gosok dari dalam dan ke luar. Aku nak every jahitan digosok. Kau gosok balik!" Tengking Fizi dan cepat2 Azra ambil baju dilantai dan dia menggosoknya.
Sekali lagi baju itu dibuang ke lantai. "Kau ingat aku pengemis? Pakai baju yang dah buang. Baju lain!" Arah Fizi kasar dan menolak Azra sehingga jatuh ke lantai. Sengal siku Azra bila terhentak kuat pada lantai. Azra cuba untuk bangun dan dia kembali mampu berdiri. Dia mencari kemeja kuning lain dan mula menggosoknya. Air mata yang mula bergenang dia seka dengan cepat.

Begitulah kerja harian Azra. Walaupun kerja dia sudah sempurna tetap nampak macam sampah pada Fizi.
"Saya...saya...nak minta izin" kecut jugak Azra nak cakap dengan Fizi. Fizi yang sedang makan angkat muka pandang Azra tajam.
"Saya nak keluar" laju Azra membuka mulutnya.
"Mana?" Soal Fizi malas.
"Kerja" jawab Azra perlahan dan Fizi berhenti masukkan makanan ke dalam mulutnya. Dia memandang Azra yang hanya tunduk memandang lantai dan meletakkan sudu dan garfu dengan kasar.
"Kau ingat aku tak mampu ke nak bayar kau?" Soal Fizi bengang.
"Bu...bukan. saya...nak...kerja" jawab Azra takut. Serta merta bunyi pinggan pecah bertaburan kedengaran. Fizi menepis pinggan di atas meja sehingga semuanya jatuh ke lantai. Dia bangun dari kerusi dan tenung Azra dalam.
"Aku nak kau berhenti kerja! Fakskan notis berhenti kau hari ni jugak! Jangan berani nak melangkah keluar dari pagar rumah ni!" Selesai memberi amaran keras Fizi keluar dari dapur dan ke biliknya.
Fizi tersenyum puas setiap kali dia berjaya lempiaskan rasa bencinnya yang menggunung. Peduli apa dia dengan perasaan Azra. Yang penting dia rasa puas.
Azra mengutip kaca yang bertaburan di lantai dengan air mata yang tak jemu nak mengalir. Beberapa kali jarinya terluka bila terkena kaca tapi sakit dalaman dia lebih parah. Azra segerakan kerjanya dan dia perlu siapkan sesuatu. Surat berhenti kerja tanpa kerelaannya. Azra mengemop lantai dan dia kembali ke biliknya. Seminggu sahaja sudah cukup untuk dia kenal setiap sudut rumah banglo mewah ini. Azra menyiapkan surat berhenti kerja dan dia fakskan ke pejabatnya. Setelah itu dia membuat panggilan telefon untuk mengesahkan surat itu.
"Thanks a lot Aida. Sampaikan salam aku dan cakap kat mereka semua aku sayang dorang." Sebak Azra bersuara dan dia segera matikan telefon. Azra peluk lututnya rapat dan dia menangis lagi.

Badan Azra ditolak masuk ke dalam stor hanya kerana dia masak agak masin. Fizi memang tak tunjuk belas langsung pada Azra. Entah apa yang dia anggap pada Azra, manusia atau robot.
"Kau tidur sini malam ni!" Fizi tutup pintu rapat dan dia menguncinya.
"Awak...maafkan saya...saya takut..." rayu Azra agar Fizi lepaskan dia. Fizi rasa bangga pula mendengar rayuan itu bukan belas.
"Kalau kau tak nak bergelap, baik kau diam. Kalau aku dengar satu bunyi pun, kau akan tidur dalam gelap!" Ugut Fizi kejam dan Azra menutup mulutnya dengan tangan. Dia terlalu takut untuk keluarkan sebarang bunyi. Fizi berpuas hati dan meninggalkan stor itu terus ke biliknya.
"Kau dah mati Irfan. Sekarang orang yang kau cinta terseksa. Padan muka kau! Kan elok kalau kau hidup lagi dan dapat tengok penderitaan awek kau ni. Puas hati aku! Irfan Haziq, this is just a start" Fizi gelak jahat dan dia baring atas katil. Hatinya terasa sangat puas diatas penderitaan orang lain. Dia tak peduli apa Azra rasa, yang pasti dia puas.

Azra menangis ditikar sejadah kerana dia tak kuat lagi. Bila dia selesai berdoa dia buka telekung dan dia mengambil tuala untuk mandi. Bila dia membuka baju dia terkejut bila nampak banyak kesan lebam pada badannya. Bila dia menyentuh tempat lebam itu dia rasa kesakitan yang teramat. Kesakitan yang dia tak pernah rasa sepanjang 26 tahun hidup. Bila badannya terkena air juga dia turut rasakan pedih dan perit. Air mata mengalir bersama air pancut yang jatuh diatas kepalanya. Dia menangis lagi dan dia meratapi keadaan diri sendiri.
"Abang..." bibirnya bergetar menyebut nama itu. Dia rindu.

******
"Abang, Azra sakit sikit je" ujar Azra minta Irfan bertenang bila dia jatuh semasa bermain ice skate.
"Tapi, bengkak ni" Irfan tetap tak berpuas hati walaupun Azra bertegas yang dia ok.
"Abang, sikit je ni. Azra ok" ujar Azra lalu tergelak kecil.
"Ok. Kalau Azra dah jadi isteri abang nanti, abang akan jaga Azra elok2. Semut pun tak boleh gigit" tegas Irfan dan Azra terus tergelak. Kelakar betul dengan perangai Irfan ni.
"Ni yang buatkan Azra tak sabar nak kawin ni" Azra membalas ceria dan Irfan tersenyum puas.
"Abang takkan izinkan apa2 pun sakiti Azra" ucap Irfan ikhlas.
"Janji?"
"Janji!" Jawab Irfan yakin.

"Abang, Azra sakit sangat sekarang ni..." adu Azra lemah dan dia melurut jatuh ke atas lantai. Dia menangis lagi kerana dia memang tak kuat.

Fizi mengamuk lagi bila Azra sediakan kemeja yang salah. Nasib baik Azra dah gosokkan kebanyakan baju Fizi jadi tak ada masalah sangat. Fizi merenung Azra yang hanya diam tanpa memandangnya. Wajah Azra dah lesu dan pucat. Dia rasa semakin benci pada Azra. Kali pertama dia melihat Azra dia memuji kecantikan Azra tapi kini, Azra hanya macam mayat hidup je. Fizi maju dan mencengkam kuat pipi Azra.
"Aku nak kau senyum kat aku! Senyum macam mana kau senyum pada abang aku! Faham tak?!" Pipi Azra dilepas dengan kasar. Azra rasa rahangnya hampir tercabut kerana dicengkam kuat sangat.
"Aku tanya ni! Kau faham tak?!" Melengking suara Fizi kali ini dan Azra mengangguk dalam gerun.
"Sekarang ni senyum" mendatar suara Fizi dan Azra ukir senyum terpaksa. Fizi tersenyum sinis dan menarik rambut Azra kuat.
"Selagi kau tak senyum betul2, kau berdiri kat sini!" Fizi lepaskan Azra dan dia keluar dari bilik itu. Azra menahan tangis dan pedih. Masakan dia tersenyum sedangkan dia terluka.
"Abang..." lemah Azra bersuara dan dia pasti dia takkan mampu tersenyum lagi.

Fizi enjoy dengan kawan2 nya dan dia memang berlagak, angkuh, sombong kerana mampu berjaya walaupun masih muda. Hidupnya memang penuh dengan maksiat dan tak ada satu pun perbuatan yang dilarang Allah tak dibuatnya kecuali dadah, membunuh dan beberapa hal lain lagi. Kalau setakat mabuk dan perempuan, biasa!
"Bro, bini kau tak power ke? Cari minah lain" soal Zakri dalam keadaan mabuk dan Fizi tersengih. Rangkulannya pada pinggang GRO itu semakin erat.
"Tak selera langsung!" Jawab Fizi dan gelak jahat.
"Bila kau nak kenalkan kat kami?" Soal Mirza pula dan Fizi gelak lagi.
"Pergi mampus la perempuan tu." Jawab Fizi malas dan dia terus layan rasa mabuknya. Fikiran dia pada Azra langsung tiada.

Azra menunggu Fizi dengan sabar, semuanya kerana arahan Fizi. Fizi nak dia tunggu kepulangan Fizi selalu. Sama ada dia balik atau tak dia tak peduli, apa yang dia tahu, setiap kali dia melangkah masuk, muka pertama yang dia nak tengok ialah Azra. Dia nak Azra layan dia macam raja dan Azra hanyalah hamba.
Azra pernah disuruh tidur di dalam kolam renang kerana masuk tidur sebelum Fizi balik. Azra kalau boleh tak nak menaikkan darah Fizi lagi dah. Badan dia dah tak ada tempat untuk merasai mana2 luka atau lebam lagi dah. Penungguan Azra sia2 sahaja bila Fizi tak balik semalaman dan dia tertidur dalam keadaan terduduk dan bersandar pada pintu.
Badannya tersembam ke depan bila pintu ditolak dengan kasar dari luar. Berpisat Azra bangun dalam keadaan mamai dan Fizi sudah balik. Fizi tersengih sinis melihat keadaan Azra yang tak cukup tidur kerana menunggunya balik.
"Aku nak air suam. Dalam bilik" Fizi memberi arahan seperti biasa dan Azra mengangguk faham. Dia lega walaupun dia tersedar lewat, dia tak boleh solat jadi dia tak kesiangan. Dia segera menyediakan apa yang Fizi minta dan ke kamar Fizi. Saat itu Fizi sudah bertuala dan bersedia untuk mandi. Azra hulurkan air suam dan Fizi meneguknya sampai habis. Kelihatan dahaga betul.
"Sediakan baju" arah Fizi dan masuk ke dalam bilik air. Azra mengambil kemeja yang sesuai, paling tak, dia kena tukar kemeja lain je nanti. Dia tahu yang Fizi sengaja tapi dia tak tahu kenapa.
Bila Fizi keluar dari bilik air Azra masih lagi di dalam biliknya. Fizi pandang Azra dan dia tahu Azra sedang perhatikan sesuatu pada badannya. Fizi rasa teringin pula nak menguji Azra jadi dia mendekati Azra dengan sangat rapat sehingga bauan mandiannya dapat dihidu Azra. Walaupun dia dah kalis tengok Fizi tak berbaju, tapi dia rasa kekok bila berdiri sedekat ini dengan Fizi. Air rambut Fizi membasahkan hidung mancung Azra dan Azra semakin tak keruan.
"Apa yang kau tengok?" Soal Fizi berbisik ditelinga Azra. Azra dapat rasa hangat nafas Fizi dan jiwanya bergelodak hebat. Azra terkebil kebil memikirkan jawapan yang sesuai. Terasa kerongkongnya terlekat tulang buaya untuk keluarkan suara.
"Apa?" Soal Fizi lagi dan semakin mendekat dengan Azra. Azra undurkan dua langkah dan dia tunjukkan tepat pada dada dan leher Fizi.
"Awak...awak...kena gigit semut ke?" Soal Azra tergagap gagap bila melihat banyak kesan merah pada badan putih itu. Fizi memandang badannya dan dia terdiam. Azra bukannya tak tahu apa maksud kesan merah itu tapi dia tak pasti nak cakap macam mana dan satu saat dia rasa cemburu. Kenapa? Hanya Allah yang tahu.
"Keluar!" Arah Fizi tegas dan Azra segera tinggalkan bilik itu. Fizi pandang badannya depan cermin dan dia lepaskan keluhan berat.
"Tak guna punya GRO!" marah Fizi dan menumbuk dinding kuat sehingga tangannya luka sedikit.

Azra sudah kehabisan idea untuk lakukan apa2 kerja setelah dia selesaikan semuanya. Rumah Fizi sangat besar dan cantik tapi kenapa mama dan papanya tak tahu di mana Fizi tinggal. Azra rasa pelik dengan keluarga ini tapi dia tak pernah ambil pusing. Azra membuka ikatan rambutnya dan baring di sofa. Kerja di waktu lapang Azra adalah. Tidur! Jadi, dia akan ambil kesempatan sementara Fizi sedang bekerja.

Fizi yang kepenatan setelah balik dari kerja terus buka pintu dengan kasar kerana Azra tidak menyambutnya pulang seperti biasa. Fizi berjalan dengan marah masuk ke dalam rumah dan dia perhatikan keadaan rumahnya.
"Mana pulak perempuan ni?" Bengang betul Fizi dengan Azra. Dia berjalan ke arah sofa dan melihat Azra sedang lena disitu. Dia pandang wajah itu geram dan dia berhasrat untuk mengejutkan Azra tapi, bila dia lihat wajah polos itu dia batalkan hasratnya. Dia duduk di sofa dan perhatikan ciptaan Allah itu lama.
"Abang..." dalam tidur Azra memanggil nama itu dan Fizi rasa darahnya kembali menggelegak. Bantal di capai dan dibaling kuat ke atas muka Azra sehingga Azra jatuh dari sofa. Berpisat Azra bangun dan terus bersiri tegak. Rambutnya yang tak terurus buatkan wajahnya kelihatan agak lucu. Tapi, bukan itu yang menarik minat Fizi. Bauan dari rambut Azra yang buatkan dia rasa senang. Tanpa dia sedar tangannya membaiki rambut Azra sehingga Azra hilang kata2. Pada masa yang sama dia takut Fizi akan merentap rambut panjangnya itu.
"A...awak...nak makan?" Soal Azra gagap bila Fizi buat kali pertamanya menyentuhnya dengan lembut. Fizi tersedar akan tingkahnya dan dia melarikan tangannya. Dia memandang ke tempat lain sebelum kembali memandang Azra.
"Aku dah pesan banyak kali, aku makan atau tak tetap masak! Tu pun susah nak faham ke?" Soal Fizi kasar dan Azra mula menunduk memandang lantai.
"Angkat beg aku, masuk bilik!" Fizi meninggalkan Azra dan Azra segera melakukan perkara yang diminta Fizi. Azra masuk ke dalam bilik itu dan melihat Fizi sedang bersusah payah membuka butang bajunya. Dah mula berkerut muka Fizi bila dia tak mampu nak membuka butang bajunya sendiri. Azra berkira untuk menolong tapi dia bimbang dimarahi jadi dia hanya diam dan pandang.
"Bodoh betul la butang ni!" Kasar betul Fizi merentap baju itu tapi tetap tak berjaya. Azra segera mendekatkan diri pada Fizi dan mengambil alih kerja tangan Fizi ketika itu. Azra dengan tenang membuka butang kemeja itu.
"Benang dia sangkut ni" mulut Azra berbunyi perlahan dan dia segerakan membuka butang kemeja itu sehingga selesai. Dia tersenyum senang bila semua butang dah berjaya dibuka. Fizi pula terpaku di situ seketika dan dia hayati moment awkward itu sekilas.
"Nanti saya betulkan butang tu" Azra tersenyum lagi dan Fizi memandangnya lama. Azra telan liur bila mata mereka bertatapan dan dia terkebil kebil sebelum memandang lantai.
"Mulai hari ini! Aku nak kau bukakan butang baju aku dan aku nak kau butangkan baju aku setiap pagi!" Satu lagi arahan tegas yang keluar dari mulut Fizi. Azra rasa pelik tapi arahan Fizi yang lain pun macam pelik jugak.
"Ya" jawab Azra patuh. Fizi tayang muka berpuas hati dan dia pandang tuala. Azra segera mengambil tuala itu dan hulurkan pada Fizi. Setelah Fizi masuk ke dalam bilik air dia terus berlari turun ke dapur dan menyediakan makanan. Dia menyediakan semuanya di atas meja dan menunggu Fizi untuk turun makan.
Minit berganti kepada jam tapi Fizi masih lagi belum turun makan. Azra duduk di kerusi setelah jenuh dia berdiri. Dia duduk dan menopang dagu menunggu Fizi. Sampai ke sudah Fizi tak turun juga ke dapur dan Azra terlena di meja makan.

Azra terus berlari ke bilik Fizi setelah mendengar namanya di panggil dan dia terjatuh bila tersepak kaki meja. Siku dia berdarah dan terasa pedih tapi dia tak hiraukan rasa sakitnya dan berlari ke dalam bilik Fizi. Seperti yang diarahkan Azra menolong Fizi mengenakan pakaian dan dia membutangkan kemeja itu dengan cekap. Azra mengambil tie dan terus diikat rapi pada kolar kemeja Fizi. Kot disarungkan dan satu senyuman Azra berikan.

*****
"Bila kita dah kawin nanti abang nak Azra yang butangkan kemeja abang, ikatkan tie, pakaikan kot dan berjalan disisi abang" lembut sekali Irfan bertutur membuatkan Azra tersenyum senang.
"Apa aje untuk suami Azra" balas Azra pula dan mereka berbalas senyum.

"Aku nak kau berhenti ingat abang aku" dengan mendatar Fizi bersuara dan Azra telah kembali semula ke alam nyata. Bukannya kenangan. Azra ternganga dan dia rasa gerun pula bila Fizi tahu yang dia fikirkan arwah. Azra hanya angguk seperti biasa dan dia membawa beg kerja Fizi ke bawah. Azra menghantar Fizi ke depan pintu utama dan dia melihat Fizi pergi dari rumah itu. Azra tutup pintu dan dia masuk ke dalam rumah semula. Dia perlu siapkan semua kerja rumah dan masak.

Fizi fokus pada kerjanya dan bila dia sedang khusyuk bekerja seorang perempuan merempuh masuk ke dalam pejabatnya. Pada Fizi, memang pantang betul bila ada yang tak hormati privasinya dan perkara itu seakan tak boleh dimaafkan.
"Kau siapa?" Soal Fizi kasar dan perempuan yang macam dah hilang arah itu memandangnya tajam.
"Sorry boss, saya tak sempat halang" pinta Hafid, PA nya.
"Sokay. Kau boleh keluar" ujar Fizi dan PA nya angguk dan keluar dari situ. Perempuan yang mengamuk itu mendekati Fizi dengan renungan tajam tapi Fizi hanya diam tak berganjak. Mukanya langsung tak beriak apa2.
"I pregnant!" Jerit perempuan itu kuat dan Fizi menaikkan keningnya.
"Aku bukan doc untuk gugurkan kandungan" jawab Fizi selamba.
"Tak guna! I mengandung anak you!" Tempik perempuan itu lagi dan Fizi tergelak sinis.
"Anak aku?" Soal Fizi dan ketawa lagi.
"Berapa jantan yang kau tidur? Kenapa cari aku je?" Soal Fizi sambil berpeluk tubuh di depan perempuan itu.
"I pasti! Ni anak you!" Fizi tergelak besar dan dia membuka laci mejanya. Dia menulis satu jumlah yang agak besar pada sekeping cek dan hulurkan pada perempuan tu.
"Aku rasa nilai ni cukup untuk kau mengaku yang tu bukan anak aku" tenang Fizi berkata dan perempuan itu terdiam bila melihat jumlah 50K di atas cek.
"So?" Soal Fizi lagi.
"Bye!" Perempuan itu keluar dan mengambil cek itu pergi bersamanya. Fizi tergelak sinis dan dia bangga dengan duit dia boleh selesaikan semua masalah.
"Girls and money. Murah!" Riak sekali Fizi berkata dan dia sambung semula kerjanya. Kejadian tadi bukannya berlaku sekali tapi dah berkali kali dan dia dah alah sangat. Bagi duit, mulut bising tu terus akan senyap. Walaupun dia pasti yang bukan dia mengandungkan mereka semua. Dia sangat pasti! Sebab dia tak pernah ambil ringan  sebelum bersama mana2 perempuan.

"Suami kau tak bagi kerja ke?" Soal Aida bila menghubungi Azra.
"Tak ada la. Aku lebih suka duk rumah" jawab Azra bohong.
"Sejak kau kawin, aku tak pernah jumpa kau lagi dah. Laki kau kurung kau ke apa?" Soal Aida dalam nada bergurau dan Azra rasa sendu dengan soalan sedemikian. Dia menahan tangis dan tergelak kecil.
"Nantilah. Macam mana kerja?" Soal Azra cepat sengaja nak mengelak bincangkan soal hidupnya.
"Ok je. Kami semua rindukan kau"balas Aida dan Azra tersenyum senang. Dia juga rindukan mereka semua.
"Aku pun rindu. Rindu sangat" jawab Azra sebak dan air matanya mengalir.
"Lain kali aku call kau lagi ya. Ada kerja ni chow!" Aida terpaksa meletakkan panggilan dan Azra bertambah sedih.
"Wah! Wah! Wah! Hebat kau ya" Fizi yang muncul entah dari mana sambil bertepuk tangan menyebabkan Azra terkedu.
"Rindu? Kenapa? Rumah ni macam neraka ke?" Soal Fizi sinis dan Azra telan liur.
"Ke kau ada jantan lain kat luar? Lebih baik dari aku?" Soal Fizi lagi dan Azra rasa perutnya kecut sebab terlalu takut. Rambut Azra dipegang kemas dan Azra menahan sakit.
"Siapa yang kau rindu?!" Soal Fizi kasar dan menolak badan Azra hingga terjatuh ke lantai. Telefon Azra diambil dan digenggam kemas.
"Siapa?!" Soal Fizi keras.
"Ka...kawan...se...se...sekerja" jawab Azra takut.
"Bukan dah berjuta kali aku pesan. Jangan libatkan diri kau dengan orang luar!" Tengking Fizi sehingga Azra menikus terkejut.
"Bodohnya kau ni!" Kepala Azra ditunjal kuat sehingga dia rebah lagi.
"Apa lagi yang ada dalam telefon ni?" Soal Fizi sinis dan dia duduk di atas katil di bilik Azra. Dia mula mencari cari sesuatu.
"Oh, Irfan?" Soal Fizi dan gelak jahat.
"Kau ingat orang dalam kubur boleh angkat call ke?" Soal Fizi lagi dan dia terus gelak jahat.
"Banyaknya gambar. Gambar Irfan pun banyak ni. Kau rindu dia ke?" Soal Fizi dengan suara dibuat buat kesian. Azra hanya mampu memandang Fizi takut.
"Hebat! Ada folder lagi. Abang ya?" Soal Fizi jahat dan dia menekan sesuatu.
"Meh sini!" Panggil Fizi dan Azra dengan takut mendekati Fizi.
"Jari kau?" Pinta Fizi dan Azra hanya mampu menurut.
"Option, delete, yes!" Fizi tersenyum puas bila Azra sendiri yang memadamkan gambarnya dan Irfan. Air mata Azra mulai gugur bila gambar itu mula terpadam. Fizi bangun dari katil dan dia berdiri di beranda.
"Rasa macam ada dalam drama sedih je." Fizi berkata sinis dan dia memegang telefon Azra tinggi.
"See this!" Saat itu juga telefon Azra dibaling jatuh ke atas tanah dan pastinya berderai. Azra berlari ke beranda dan dia hanya mampu menangis bila hadiah yang dibelikan Irfan sudah musnah sepenuhnya.
"Aku tahu, telefon tu Irfan yang hadiahkan. Kan?"
"So! My pleasure to destroy it!" Fizi gelak jahat dan berjalan keluar dari bilik Azra.
"Lupa! Laptop kau mana?" Soal Fizi setelah kembali semula ke bilik Azra. Azra memandang mejanya dan Fizi segera melangkah ke meja itu. Dia mengambil laptop itu dan berlalu pergi. Azra terus menangis hiba dan dia berlari turun ke laman untuk melihat telefon itu. Dari jauh dia sudah nampak setiap cebisan telefon itu dan dia terduduk lemah di atas rumput. Air matanya mengalir laju dan dia biarkan sahaja rasa sedih dan sakit itu.

Azra melihat Fizi yang baru sahaja balik dari kerja. Azra dengan langkah lemah mengambil beg di tangan Fizi tanpa senyuman. Fizi angkat kasar dagu Azra supaya memandannya kerana dia sakit hati betul bila Azra tak berikan senyuman dan layan dia seperti biasa lagi sejak hari dia buang telefon milik Azra itu.
"Kau nak protes ke ni?!" Soal Fizi kasar dan Azra menahan sakitnya yang melampau. Cengkaman Fizi dipipinya sangat kuat.
"Ta...tak..." jawab Azra lemah dan air mata mula menuruni pipinya. Kali ini Fizi terdiam bila melihat wajah sedih itu. Fizi menolak Azra sehingga terjatuh dan dia berlalu ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kasar dan dia membuka bajunya dengan kasar. Dia tumbuk cermin sehingga pecah dan tangannya luka dan berdarah. Dia biarkan darah mengalir dari tangannya kerana dia rasa lebih tenang begitu. Dia terduduk dan memarahi dirinya sendiri.
Bunyi benda pecah menyebabkan Azra berhenti menangis serta merta dan berlari ke bilik Fizi. Dia terkejut bila melihat cermin bertaburan di lantai dan matanya jatuh pada tangan Fizi yang luka. Azra berlari mendapatkan Fizi dan dia duduk disebelah lelaki itu. Dia tak faham kenapa dia perlu risau sangat tapi dia memang tak boleh tengok Fizi cedera.
"Ya Allah, Fizi..." hanya itu yang mampu keluar dari mulut Azra kerana terlalu risau. Kotak tisu di atas meja diambil untuk lap darah tapi tak berjaya kerana darah keluar terlalu banyak. Dalam keadaan darurat macam tu Azra mengoyak skirtnya kerana dia tak rasa selamat untuk tinggalkan Fizi seorang diri sementara dia mencari kain balutan. Fizi hanya memerhatikan wajah cuak itu tanpa sebarang bantahan. Azra membalut luka Fizi dengan berhati hati dan matanya mula bergenang.
"Saya tak kisah awak marah saya, jangan cederakan diri awak" rintih Azra sayu dan memandang anak mata Fizi. Fizi ingin memeluk tubuh itu tapi egonya membataskan.
"Aku ok" Fizi bersuara serius dan bangun dari situ.
"Kemas!" Arahnya tegas dan Azra hanya mampu menurut. Azra mengambil penyapu dan mula menyapu. Dia membersihkan semua serpihan dan Fizi duduk di birai katil sambil memerhatikannya.
"Saya ambilkan ubat" Azra pamit dan membawa first aid kit kepada Fizi. Dia bersimpuh di lantai dan tangan Fizi diraih dengan lembut. Dia bersihkan luka itu dan meletakkan ubat sebelum membalutnya. Fizi hanya mampu diam dan biarkan Azra merawatnya.
"Aku nak mandi" Fizi membuka mulut dan satu senyuman terbit di bibir Azra. Senyuman manis yang ikhlas.
"Saya sediakan" Azra masuk ke bilik air dan sediakan air mandian. Susah untuk Fizi gunakan shower dalam keadaan macam ni.
"Dah" Azra senyum lagi dan hulurkan tuala kepada Fizi. Fizi ambil tuala itu kasar dan berlalu ke dalam bilik air. Dia termenung bila melihat tangannya yang berbalut.
'Macam mana nak mandi?' Fikirnya dan dia membuka semula pintu bilik airnya. Azra kembali berpaling bila terdengar bunyi pintu bilik air.
"Aku nak mandi macam mana?" Soal Fizi mendatar dan Azra terus berjalan ke arah bilik air dan masuk. Terkebil kebil Fizi bila Azra masuk macam tu je. Fizi didudukkan di atas tab mandi dan Azra mengambil bekas untuk mencedok air.
"Saya mandikan" ujar Azra senang dan Fizi seakan terlopong dengan kata2 itu tapi dia tak pula membantah.
"Awak...nak bertuala ke?" Soal Azra takut dan Fizi anggukkan kepala je. Tak pernah tengok Fizi setenang ini selama ini.
"Bismillah" Azra mula menjirus badan Fizi dan menggosok perlahan badan tegap itu. Dia ambilkan sabun pula dan memang Fizi betul2 dimandikan oleh Azra.
"Dah, saya ambik tuala lain" Azra senyum dan keluar dari bilik air. Dia mengambil tuala kering dan berikan pada Fizi.
"Saya keluar dulu" Azra keluar dari bilik air dan sediakan pakaian Fizi. Fizi pulak macam tunggul je dalam bilik air. Fizi menyentuh badannya yang disentuh Azra tadi, kali pertama dia rasa senang dengan sentuhan Azra dan dia mula sukakannya.

Bukan je mandikan, pakai baju, makan pun Azra yang uruskan. Azra naik ke bilik Fizi dengan dulang makanan, kebetulan Fizi sedang bersusah payah memakai baju. Segera Azra letakkan dulang makanan dan membantu Fizi.
"Aku boleh turun makan kat dapur. Tak payah nak layan aku macam aku ni lumpuh" tegas Fizi dan air muka Azra mula berubah. Azra angkat semula dulang itu dan dia pergi. Fizi berkira untuk memanggil Azra semula tapi dia tak buat pun. Dia mengeluh dan keluar dari bilik. Azra sedang menunggunya di dapur tanpa senyuman langsung.
"Malam ni aku buat parti. Sediakan makanan ringan je" Fizi memaklumkan dan Azra angguk faham. Azra duduk di depan Fizi dan menyuapkan makanan seperti biasa. Fizi juga tak menolak malah dia senang.
"Berapa orang?" Soal Azra tanpa memandang Fizi sebab dia tak betah nak memandang wajah Fizi lama.
"10" jawab Fizi mendatar. Suasana menjadi senyap dan hanya aktiviti suap menyuap je ada sekarang ni.

Juadah ringan sahaja yang Azra sediakan seperti yang Fizi minta . Azra masuk ke dalam biliknya kerana Fizi yang suruh dia jangan keluar langsung sepanjang parti nanti.
Suasana rumah besar itu mula bising dengan kehadiran tetamu dan Azra pula sendirian di bilik. Azra peluk lutut dan duduk di tepi beranda biliknya. Dia sukakan suasana malam di sudut itu, sama sepertinya. Sunyi.

"Mana bini kau?!" Zakri menyoal Fizi kuat sebab suasana bising dengan muzik keras. Fizi sengih sinis dan tak menjawab soalan kawannya itu.
"Aku nak jumpa dia!" Mirza pula bersuara dan Fizi gelengkan kepala.
"Kedekut!" Balas Zakri dan Fizi tergelak.
"Bukan taste korang pun!" Balas Fizi balik dan Kawannya buat muka meluat.
"Kenapa tak ada air keras? Bosan la parti minum coke je" Mirza pula buka mulut.
"Haram air tu masuk dalam rumah aku!" Balas Fizi dan tergelak. Dia tak pernah mabuk di dalam rumahnya sendiri dan dia tak benarkan dirinya buat semua itu.
"Kau telan tak apa" protes Mirza.
"My house! My law!" Senang Fizi menjawab dan dua kawannya mencebik.
"Awek?" Soal Zakri lagi.
"Haram jugak dalam rumah ni!"
"Bosan la kau ni Fizi!"
"Relax ar. Just enjoy my clean party"
"Boring! Bro, aku ada awek baru. Model kaki panjang. Nak try?" Pelawa Zakri dan Fizi tersenyum sikit.
"Dianne?" Soal Fizi pada Zakri dan ternyata Zakri agak terkejut.
"Mana kau tahu?" Soal Zakri.
"Dia dah melutut kat aku dulu! Kayu!" Komen Fizi dan Mirza tergelak bebas. Kelakar rasanya melihat muka Zakri yang frust menonggeng.
"Aku pun tak try lagi!" Bentak Zakri dan Fizi ikut sama gelak dengan Mirza.
"No worries, aku just ringan2 je. Tak selera" jawab Fizi sambil tersenyum bangga. Zakri tepuk bahu Fizi dan ikut sama senyum.
"Aku pergi tandas jap" Mirza minta diri dan berlalu dari situ setelah membuat isyarat mata pelik pada Zakri tanpa Fizi sedar apa2.
"Aku pun bro. Pergi la join orang lain dulu" saran Zakri sambil bangun. Fizi angguk dan dia menari bersama beberapa kawannya yang lain.
"Jom!" Ajak Zakri pada Mirza yang sedang menunggunya di kaki tangga.
"Jom! Aku bet bini dia lawa gila. Sebab tu kedekut tak ingat" ujar Mirza dengan gelak jahat.
"Aku pun rasa macam tu" Zakri ikut sama tergelak jahat. Mereka membuka pintu bilik satu persatu dan ada satu pintu yang buatkan mereka ukir senyum.

Azra terkejut bila biliknya dimasuki dua lelaki yang dia tak kenali. Dia mencapai tuala untuk menutup kepalanya dan dia menjauhkan dirinya.
"Encik berdua cari apa?" Soal Azra takut.
Zakri dan Mirza tersenyum puas hati melihat Azra. Terlalu cantik jika nak dibandingkan dengan perempuan yang mereka pernah try selama ni.
"Cari perempuan Fizi. Patutlah dia sorokkan you. Cantik rupanya you ni" tangan Zakri mula untuk menyentuh wajah Azra. Azra dengan kasar menepis tangan itu dan dua lelaki itu tergelak kuat dengan respon Azra.
"Sombong. I like" Mirza semakin mendekat begitu juga Zakri sehingga tiada ruang lagi yang tinggal kecuali dinding. Mirza memegang kemas tangan Azra dan menolak Azra jatuh ke atas katil. Azra meronta untuk dilepaskan apakan daya yang dia ada, dua lelaki kuat menjadi lawannya. Azra cuba untuk bangun dan melarikan diri, baru saja tangannya memegang tombol pintu, dia dipeluk dari belakang dan badannya di campak ke atas katil dengan kasar. Azra ditindih Zakri dan tangannya di pegang kuat.
"Aku dulu?" Pinta Zakri dengan wajah jahat dan Mirza mengalah juga. Sebab semua ni idea Zakri dan dia pun nak try bini Fizi.
"Weh, kalau dia dara lagi, rugi la aku" Mirza menghalang Zakri dari mencium wajah Azra yang sedang meronta.
"Come on man! Dia hidup dengan Fizi berbulan dah. Kau rasa awek cantik macam ni lepas? Muka entah apa2 pun dia tak lepas" Zakri membuat andaian dan Mirza tersenyum senget.
"Beres bro!" Mirza setuju dan dia membantu Zakri untuk hentikan Azra yang sedang berusaha lepaskan diri.
"Diam la perempuan!" Jerkah Zakri bila dia langsung tak berpeluang nak buat apa2.
"Weh! Jangan sampai pukul. Mati kalau Fizi tahu" Mirza halang tangan Zakri yang mahu menampar wajah tak bersalah Azra. Zakri batalkan niatnya pula.
"Lepaskan aku..." rayu Azra lemah dan Zakri gelak semakin kuat. Mirza pandang wajah lemah Azra dan dia rasa cuak tiba2.
"Zak,kau sure ke ni?" Soalan Mirza buatkan Zakri tergendala.
"Kalau kau nak insaf kat tangga tadi lagi. Sekarang barang dah ada depan mata!" Marah Zakri pada Mirza dan Mirza anggukkan kepalanya perlahan.
"Hafizi..." Azra memanggil nama itu perlahan dan air matanya terus mengalir.

Jantung Fizi berdegup dengan laju tiba2 dan dia ternampak seperti kelibat abangnya yang memanjat anak tangga. Fizi berlari mengikut bayang itu dengan laju dan tinggalkan parti.
"Lepaslah!"
"Tolonglah!" Jeritan dari Azra buatkan langkah Fizi semakin laju mendekati bilik Azra. Pintu bilik itu berkunci dan tanpa fikir banyak Fizi menendang pintu itu hingga terbuka luas. Dia terkejut bila melihat Zakri berada di atas Azra dan Mirza ada disebelahnya. Fizi yang bagaikan dirasuk menarik Zakri sehingga terjatuh dari katil. Dia terus memukul Zakri dengan kuat dan tanpa belas. Mirza yang cuba untuk leraikan pergaduhan turut sama dipukul Fizi.
"Binatang! Setan!" Marah betul Fizi dan terus menumbuk Mirza dan Zakri. Tangannya yang sudah luka  kembali berdarah langsung tak dihiraukan. Setelah lemau badan dua lelaki itu Fizi berhenti dan menarik kolar baju mereka berdua dan menolak mereka ke tangga. Untung tak mati sahaja dua kawannya dikerjakan.
"All of you! Get lost from here!" Tempik Fizi dan semua yang sedang enjoy berhenti. Keadaan Zakri dan Mirza yang teruk buatkan semua orang cuak. Semua orang mula beredar dari rumah itu dengan segera.
"Kau dengar sini! Mulai hari ni kau jangan sebut walau sekali pun nama aku! Dan jangan tunjuk muka kau depan aku lagi! " Amaran keras diberikan dan Zakri serta Mirza segera pergi dari banglo mewah Fizi. Fizi tak pernah mengamuk sampai macam ni sekali.
Fizi marahkan dirinya sendiri dan dia buang semua barang di atas meja. Dia meraup mukanya dan mengeluh berat. Dia berlari naik ke bilik Azra dan Azra sedang menangis serta trauma.
"Azra..." Fizi melangkah mendekati Azra tapi Azra tiba2 mengamuk dan hilang arah serta menghalang Fizi dekat dengannya.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Azra menjerit jerit kerana terlalu takut. Fizi memeluk erat Azra yang sedang memukulnya dan biarkan Azra begitu.
"Aku Fizi. Hafizi" Fizi bersuara perlahan dan bila Azra mendengar nama itu dia terus menangis lagi. Dia membalas pelukan erat Fizi dalam keadaan menggigil.
"Fizi..." dia terus memeluk erat Fizi dan menangis semahunya. Rasa takutnya semakin hilang sedikit demi sedikit.
"Fizi..." hanya itu yang mampu keluar dari mulut Azra dan Fizi mengusap lembut belakang Azra.
"Demi nyawa aku, aku takkan biarkan setan tu semua dekat lagi dengan kau" bisik Fizi dan Azra kembali tenang tapi dia masih lagi menangis sehingga dia tertidur di dalam pelukam erat Fizi. Fizi pandang keadaan bilik itu yang bersepah dan dia rasa sakit hatinya datang balik. Dia mengangkat badan Azra yang lemah dan bawa Azra ke dalam biliknya. Kali pertama seorang perempuan berpeluang baring di atas katil milik Fizi.
Azra diletakkan dengan berhati hati dan badan itu diselimutkan. Fizi duduk di birai katil dan dia tak dapat bayangkan apa yang dilalui Azra tadi. Dia melihat kesan biratan pada lengan Azra dan rasa marahnya semakin menggunung.

Azra tersedar dari tidur dan badannya rasa sakit2 tapi dia masih lagi larat untuk bangun dan solat subuh. Kenangan ngeri semalam buatkan dia rasa takut tapi saat dia terpandang wajah Fizi yang lena disofa dia rasa tenang. Wajah Fizi direnung lama dan dia masih lagi mampu rasakan pelukan hangat Fizi.
Azra turun dari katil dan dia terkejut bila dia berada di dalam bilik Fizi. Dia keluar dari bilik itu perlahan lahan dan masuk ke biliknya. Dia sendiri masih trauma tapi dia tetap perlu solat. Dia ambilkan telekung dan keluar dari bilik itu dengan segera. Dia ambil wudhuk dan solat di luar bilik je. Selesai solat dia masuk semula ke dalam bilik Fizi dan Fizi masih lagi lena. Azra melihat ada kesan darah pada balutan tangan Fizi dan dia segera mendapatkan Fizi. balutan itu dirungkaikan dan Fizi tersedar bila dia rasa sakit. Wajah Azra yang sedang tersenyum memandangnya buat dia rasa tenang.
"Ok?" Soal Fizi lembut dan Azra senyum sambil anggukkan kepala. Fizi lega betul dan tangannya menyentuh kepala Azra.
"Luka awak berdarah balik" Azra bersuara perlahan dan membersihkan luka itu.
"Aku ok" jawab Fizi dan Azra senyum lagi.
"Aku nak mandi. Nak pergi kerja" ujar Fizi selamba dan  Azra rasa cuak nak bersendirian dalam rumah itu tapi dia tak cakap apa2 selain mengangguk.

Azra rasa berat untuk biarkan Fizi pergi sebab dia rasa sangat takut. Saat dia hulurkan beg kepada Fizi dia seakan tak nak lepaskan beg itu je. Fizi pelik dengan perangai Azra tapi dia tak rasa nak naik angin pula. Bila dia tatap wajah kesian Azra dia seakan dapat rasakan yang Azra harap dia tak pergi.
"Fine! Aku tak pergi" Fizi buat keputusan dan Azra tersenyum bahagia. Fizi masuk semula ke dalam rumah dan hempaskan badan pada sofa. Azra gembira sangat tapi dia tak cakap apa2.

Fizi meminta Hafid menghantar orang untuk datang ke rumahnya. Semua barangan dalam bilik Azra dikeluarkan dan diganti yang baru. Kecuali pakaian Azra sahaja. Dari katil, almari dan warna bilik juga diubah. Fizi tak nak Azra rasa terganggu bila menggunakan bilik itu dan dia tak benarkan Azra gunakan bilik lain. Azra pelik dengan perangai Fizi tapi tak ada apa yang dia boleh buat.

Fizi ke pejabat setelah empat hari berada dirumah. Kadang2 dia pelik bila dia sanggup berkorban demi Azra.
"Aku dah gila!" Marah Fizi pada dirinya sendiri kerana sudah mula berlembut dengan Azra.
"Hafid!" Laung Fizi dan Hafid berlari masuk ke dalam bilik itu.
"Ada apa2 jawapan?" Soal Fizi.
"Blur boss."
"Ok. Keluar"  malas pulak Fizi nak meninggikan suara dan naik angin hari ni jadi dia biarkan je masalah itu. Dia lagi berminat nak fikirkan soal Azra Qalisha sekarang ni. Perempuan yang kelihatan biasa tapi luar biasa sebenarnya. Fizi cuba bayangkan hubungan dia dan Adila, sudah dua kali mereka berdua terlanjur, kenapa terlanjur? Atas dasar cinta. Tapi, Adila lebih memilih Irfan yang jauh lebih baik daripada Fizi. Kerana benci dia menghukum Azra. Pantaskah Azra dibencinya?.
"Mama, papa. Kenapa tak sayangkan Fizi sama seperti abang?" Soal Fizi lirih, dia tahu dia anak angkat dalam keluarga itu tetapi kenapa dia mesti
dilayan dengan dingin?

Beberapa tahun lepas, Fizi selalu dimasukkan ke dalam hospital kerana paru parunya dijangkiti kuman tapi tak ada siapa yang sudi menjaganya. Setelah arwah atuknya meninggal tiada lagi orang yang menyayanginya. Dia bukan berniat untuk menjadi liar tapi dia sendiri tidak dididik dan di asuh sebaik Irfan. Dia membesar di asrama sejak sekolah rendah lagi, tapi, Irfan dibesarkan di samping keluarga.
Dia mula rasa dicintai bila bersama dengan Adila. Mereka bercinta sejak zaman universiti lagi. Bila mereka serius Adila dibawa berjumpa dengan keluarganya dan Adila jatuh hati pada sikap ramah dan budiman Irfan.  Kerana tak dapat terima hakikat Irfan bakal berkahwin dengan Azra, Adila rancang untuk mati bersama Irfan. Kini, hanya Fizi yang tersakiti ada. Dendam lama dan baru buatkan dia tegar untuk menyakiti Azra hanya kerana Azra orang yang paling dicintai Irfan.

"Boss!" Hafid terpaksa tinggikan suaranya bila Fizi mengelamun jauh betul.
"Yes?" Soal Fizi bila tersedar.
"Raja Aqmal Hafizi dah sampai" ujar Hafid dan Fizi betulkan duduknya.
"Suruh dia masuk" ujar Fizi dan Hafid menjemput Raja Aqmal, Aqmal masuk. Mereka bersalaman dan Fizi menjemput Aqmal duduk.
"Besar betul syarikat encik"
"Syarikat arwah datuk saya bukan saya punya. Btw, thanks sudi bekerjasama dengan kami"
"Kami yang kena berterima kasih. Semua orang berebut nak kerja dengan syarikat ni"
"Melambung sangat" balas Fizi terhadap pujian itu dan Aqmal tergelak.
Sekali lagi ketukan pintu dan Hafid muncul lagi.
"Puan Azra bawakan dokumen yang boss nak" maklum Hafid.
"Dia datang dengan apa?" Soal Fizi pula.
"Teksi" jawab Hafid.
"Hantar dia balik rumah, jangan bagi dia naik teksi" arah Fizi pula dan Hafid terima arahan dengan baik.
"Isteri?" Soal Aqmal berminat. Fizi hanya angguk dan senyum.
"Boleh saya kenal?"
"Excuse me?" Soal Fizi balik. Pelik.
"Ya la, orang cakap tulang belakang seorang suami ialah isterinya. Saya nak jugak kenal isteri orang yang berjaya depan saya ni" jawapan dari Aqmal buatkan Fizi serba salah. Tapi, dia memang nak jaga hubungan baik dengan client pentingnya ini.
"Why not, Fid panggil Puan" arah Fizi dan Hafid hanya menurut.
Seminit kemudian Azra masuk ke dalam pejabat Fizi buat pertama kali. Aqmal dan Azra berpandangan lama seakan cuba untuk mengingat sesuatu. Mereka pernah berjumpa!
"Azra? Azra...Bukit Fraser right?" Soal Aqmal pada Azra dan Azra telan liur yang terasa pahit. Azra pandang Fizi yang melihat mereka pelik.
"Yes! You are. Tak ingat saya? Aqmal anak aunty Fatma" Aqmal perkenalkan dirinya dah gaya macam orang bodoh je. Azra dalam senyum nipis anggukkan kepala. Dia risau dengan pandangan tajam Fizi menikam wajahnya.
"Kenal?"soal Fizi bingung.
"Not really, dia pernah tumpang rumah kami masa sesat dekat Bukit Fraser dulu" terang Aqmal ringkas dan tergelak sikit. Azra hanya mampu ukir senyum dan pandang lantai. Tak tahu mata dia harus mengarah pada siapa.
"Tergurlah" Fizi bersuara dan Azra pandang Fizi.
"Aunty sihat?" Soal Azra sopan dan Aqmal ukir senyum bahagia.
"Sihat. Dia cakap lupa nak ambil nombor awak. So, why not sekarang?" Soal Aqmal dan Azra rasa serba salah. Telefon tak ada, macam mana nak bagi nombor.
"Telefon Azra rosak. Jadi, bagi nombor rumah je la" Fizi utarakan cadangan bila Azra diam je. Azra pandang Fizi seakan tak percaya tapi dia dengar jugak cakap Fizi itu. Perbualan mereka habis di situ saja dan Fizi mula bincangkan soal kerja.

Azra agak dia akan kena marah nanti jadi dia dah ready sangat.
"Siapa Raja Aqmal tu?" Ha! Baru je sebut dah jadi. Azra telan liur dan letakkan mangkuk sup atas meja.
"Saya...tumpang rumah dia. Malam tu" jawan Azra cuak.
"Bila?" Soal Fizi tegas.
"Malam kita pergi Bukit Fraser" jawab Azra lagi.
"Kau tumpang rumah lelaki? Perempuan apa kau ni?!" Soal Fizi kasar dan dia menepis mangkuk sup panas itu sehingga terkena kaki Azra.
"Awww..." adu Azra sehingga terduduk bila sup panas itu tertumpah atas kakinya. Pedih rasa kaki dia sekarang ni, untung tak melecur je. Fizi terkedu dengan tindakannya tapi dia tak endahkan Azra malah keluar dari dapur. Azra meniup kakinya yang sakit dan membersihkan dengan air.

Fizi semakin dingin lebih2 lagi bila Aqmal dan Azra kembali berhubung. Pada suatu malam Fizi terdengar perbualan Azra dan Aqmal menyebabkan dia rasa sangat marah. "Saya ingatkan aunty yang call" jawab Azra takut bila dijerkah Fizi. Lengan Azra dipegang kasar dan Azra tergerak ke depan beberapa langkah.
"Pergi mampuslah! Kau ingat aku bodoh?!" Tempik Fizi dan Azra rasa tersangat takut dan sakit.
"Betul...dia cuma nak tanya khabar je" penerangan Azra hanyalah sia sia dan tak bermakna langsung pada Fizi.
"Masuk!" Arah Fizi tegas dan Azra masuk ke dalam kolam renang yang dingin itu. Rasa sejuk menjengah segenap tulangnya.
"Kau tidur dalam ni!" Fizi berlalu setelah menghukum Azra. Dia naik ke biliknya dan baring atas katil. Dia rasa sangat kusut bila keadaan dah jadi macam ni. Perasaan dia bercelaru dan dia rasa sangat serabut dengan rentak perasaannya.
Dia cuba lelapkan mata tapi tak berdaya, dia kerling jam di dinding, sudah tiga pagi. Dia bangun dari baring dan ke beranda untuk melihat Azra. Dia perhatikan Azra yang lemah, letih, pucat dan mengantuk itu. Sesekali Azra melurut masuk ke dalam air kerana terlelap dan Fizi khuatir juga jika Azra terlelap dan lemas.
"Naiklah..." gumam Fizi perlahan dengan harapan Azra akan ingkar arahannya dan keluar dari kolam renang.
"Bodoh...keluarlah..." Fizi bersuara lagi. Bila Azra betul2 terlelap dan melurut masuk ke dalam air dan tak timbul lagi menyebabkan Fizi risau.
"Azra!!!"
"Azra!!!" Panggilan yang tak bersahut itu menyebabkan Fizi berlari turun ke kolam dan terus terjun bila melihat Azra sudah hampir ke dasar. Dia menarik Azra naik ke tepi kolam dan menepuk pipi Azra lembut. Sejuk badan Azra seakan mayat je.
"Azra! Buka mata!" Arah Fizi tegas tapi Azra langsung tak bergerak. Fizi letakkan kepala Azra dan dia lakukan pernafasan mulut ke mulut. Beberapa kali barulah Azra terbatuk batuk dan air keluar dari mulutnya. Fizi angkat badan itu dan berlari  naik ke biliknya. Azra diletakkan dalam keadaan basah kuyup di atas katil dan dia selimutkan badan Azra.
"Baju dia!" Kalut betul Fizi sekarang ni dan dia tanggalkan baju Azra cepat2. Dia terdiam bila melihat tubuh itu dan matanya terasa hangat. Bukan kerana malu tapi kerana kasihan. Terlalu banyak kesam lebam dan biratan merah pada kulit putih itu. Terlalu banyak dia mendera Azra selama ini. Setiap luka dibadan Azra seakan hukuman kepada Fizi dengan rasa bersalah yang teramat.
"Allah..." sudah lama mulut Fizi tidak menyebut kalimah itu. Dia terduduk di lantai setelah menutup badan Azra. Fizi mengambil baju ganti dan dia kenakan pakaian ke atas tubuh itu. Badan Azra betul2 panas. Fizi kemaskan katil yang basah dan dia letakkan Azra dibiliknya sendiri. Bibir merah Azra bertukar biru kerana terlalu sejuk. Fizi panjat katil dan masuk ke dalam selimut bersama Azra. Dia peluk badan yang sudah lemah itu untuk berkongsi haba.
"Maafkan aku..." buat kali pertama juga Fizi rasa bersalah kerana menghukum Azra. Dia membenci Azra kerana orang lain.

Paginya Azra belum sedarkan diri dan atas nasihat doktor Azra dihantar ke hospital. Tahap kepanasan badan Azra mencecah 40 darjah celsius dan keadaan itu sangat merisaukan.
"Kau ni manusia ke Fizi?" Soal Dr. Kamal, kawan kepada Irfan. Dia dapat agak yang Azra didera jika melihat kesan lebam di badan Azra dan dia juga tahu betapa dendamnya Fizi pada Irfan.
"How is she?" Soal Fizi tanpa hiraukan soalan Dr. Kamal kawan baik abangnya.
"Dia boleh mati tahu tak. Suami apa kau ni? Kau benci Irfan tapi kau dera kekasih dia. Kau rasa puas ke?"soal Dr. Kamal geram.
"Kau siapa? Dia wife aku! So what?" Bengang betul Fizi.
"Aku tak benarkan kau melawat dia! Blah atau aku failkan kes kau dera dia"
Bukkkk! Satu tumbukan kena tepat pada pipi kiri Dr. Kamal sehingga terjatuh. Keadaan hospital gamat seketika bila Fizi mengamuk dan security terpaksa ambil tindakan.
"Make sure dia tak dapat masuk hospital" arah Dr. Kamal dan pihak security faham. Fizi menjerit minta dilepaskan tetapi tak berhasil. Akhirnya Fizi dilarang untuk masuk ke kawasan hospital dan dia tak dapat nak melawat Azra. Dia terduduk di tepi jalan dan dia sangat kusut sehinggalah dia mendengar azan dari masjid berdekatan. Dia rasa tenang dan sangat damai. Dia berjalan kaki ke arah masjid itu dan dia berhenti betul2 di depan pintu besar masjid.
"Nak, masuklah" pelawa seorang pak cik dan Fizi angguk. Fizi bukakan kasut dan masuk ke dalam masjid itu. Dia hanya menjejakkan kaki ke masjid untuk solat jumaat. Itu pun boleh dikira berapa kali. Fizi ke ruangan wudhuk dan dia termenung lagi. Berwudhuk pun dia tak pandai. Dia hulurkan tangan supaya mengenai air dan dia berpaling ke sebelah kanan. Ada poster yang ditampal menunjukkan cara2 berwudhuk. Dia mengikut guide itu dan dia rasa sangat susah.
"Abang, kena basuh kepala dulu barulah telinga" tegur seorang budak lebih kurang enam tahun. Fizi rasa segan bila dia ditegur oleh kanak2. Tapi dia tetap ikut apa yang budak itu tegur.
"Terima kasih" ucap Fizi dan usap kepala kecil itu lembut. Budak itu anggukkan kepala dan mengambil wudhuk pula.
"Abang, mari sini saya tunjukkan" tangan Fizi dipegang dan Fizi berpaling. Fizi melihat budak itu mengambil wudhuk dengan sempurna dan rasa malu menjengah lagi.
"Sekarang, abang ambil" Fizi mendengar sahaja mulut kecil itu dan dia mula berwudhuk.
"Sampai siku abang"  tegur budak itu lagi. Bila selesai semuanya budak itu menadah tangan dan Fizi ikut sama menadah. Doa selepas berwudhuk dibaca dengan lancar. Fizi memeluk badan kecil itu erat dan air matanya mengalir. Budak itu mengesat air mata Fizi dan memegang kedua pipi Fizi.
" Allah sayangkan abang" kata2 budak itu meresap ke dalam hati Fizi dan dia tenang. Fizi cium dahi itu lama dan memeluknya lagi sebelum masuk ke dalam ruangan solat. Nak solat pun tak pandai ni.

Selesai solat Fizi mencari budak itu semula dan dia jumpa budak itu bersama lelaki yang menegurnya awal tadi.
"Pak cik, saya Fizi, Hafizi" Fizi perkenalkan dirinya dan pak cik itu membalas huluran tangan itu.
"Pak Man, ni Hafiz. Nama nak sama je" Pak Man ketawa ringkas dan Fizi angguk setuju.
"Hafiz, terima kasih" ucap Hafizi dan memeluk badan Hafiz.
"Tadi saya jumpa dia tempat wudhuk. Dia lebih berilmu dari saya" Fizi merendah diri.
"Hafiz ni yatim piatu, pak man jumpa dia depan masjid ni. Pak man jaga dia, pak man pun sorang je" maklum Pak Man dan Fizi faham.
"Pak Man, saya nak belajar. Boleh Pak Man tolong?" Pinta Fizi.
"Alhamdulillah, in sha Allah dengan izin Allah. Sekarang pun boleh"
"Betul?" Soal Fizi teruja .
"Ya"
"Terima kasih. Tapi, ada baiknya kalau kita berbual dulu. Banyak yang pak man nak tanya"
"Ya. Kita borak dekat kedai sana" pelawa Fizi dan mereka bertiga berkunjung ke restoren berdekatan. Fizi duduk di sebelah Hafiz.
"Macam mana kehidupan Fizi?" Soal Pak Man dan dengan rasa segan Fizi cerita semuanya, walau satu pun tak tertinggal.
"Kamu dah mandi wajib?" Soal Pak Man bila dengar keseluruhan cerita Fizi. Fizi pula seakan blur tahap maksima. Mungkin dia fikir mandi sunat pun ada ke.
"Mandi wajib? Mandi apa tu pak man?" Soal Fizi lurus dan Pak Man tergelak sedikit.
"Mandi hadas besar. Contohnya selepas bersetubuh, haid, nifas." Jawapan ringkas itu buatkan Fizi garukan kepalanya.
"Kalau kita tak mandi, ibadat kita macam solat tak sah" sambung Pak Man lagi. Fizi tersenyum sedikit dan dia gelengkan kepala.
"Kalau macam tu Fizi kena balik dan mandi dulu, ya nak?"
"Ya. Tapi, macam mana pak man?"  Pak Man terangkan caranya dengan teliti kepada Fizi dan untung Fizi jenis cepat belajar.
"Faham?" Soal Pak Man dan Fizi angguk faham. Dia tersengih sedikit dan memandang Hafiz.

Sudah hari kedua Fizi belajar dan dia memang tekun. Pelbagai jenis buku dibelinya sehingga ada yang bertanya jika dia cikgu mengajar sekolah agama. Hahaha. Kelakar pulak bila ada orang boleh label Fizi ni jadi ustaz.
"Pak Man, saya nak jumpa isteri saya" ujar Fizi bila bersembang dengan Pak Man.
"Pergi je la"
"Tak mudah pak man. Saya diharamkan masuk ke kawasan hospital"
"Ya ke? Habis tu?"
"Tak apa, pandailah saya ikhtiar" jawab Fizi lalu tersenyum. Fizi tinggalkan rumah Pak Man dan dia ke hospital. Dia perhatikan cermin keretanya dan dia telan liur sekali. Dia menumbuk kuat cermin sisi keretanya sehingga pecah dan tangannya berdarah. Sakit? Gila tak sakit. Dengan cara itu je dia dapat masuk ke dalam hospital dengan bersebab. Dia dibawa untuk diberikan rawatan. Akhirnya! Dia berjaya masuk ke dalam hospital. Dia membalut sendiri lukanya dan berlari keluar dari bilik rawatan. Dia menuju ke wad Azra ditempatkan dan bila dia ingin membuka pintu dia tergamam.
"Ramai lelaki yang sudi jadi suami awak selain Fizi. He is too much!" Suara Dr. Kamal meninggi memarahi Azra.
"Saya tak perlukan semua tu."
"Arwah yang minta saya jaga awak"
"Listen, I have a husband and I can take care of myself!" Marah Azra balik. Tak pernah walau sekali Fizi rasa Azra naik angin.
"Dia dera awak. I know that!"
"He is my husband."
"What kind of husband is he? He is hurting you!"
"So what? Saya yang sakit, saya yang cedera, awak susah apa?"
"Azra, mintak cerai dan awak akan bebas."
"Dia suami saya, saya isteri dia. Awak jangan masuk campur urusan rumah tangga saya!" Suara Azra dah sampai tahap tertinggi.
"Awak cakap lagi, setakat ni je kita kenal" perlahan Azra bertutur dan Dr. Kamal terpaksa mengalah dengan cakap Azra. Dia pasrah.
Fizi seakan terkedu bila Azra begitu kuat pertahankan hubungan mereka walaupun dia layan Azra macam hamba. Rumah tangga atau neraka? Nak sahaja Fizi tanyakan hal itu. Fizi bersembunyi bila Dr. Kamal keluar dan dia masuk selepas itu.
"Awak nak apa lagi?!" Soal Azra geram dan bila dia berpaling dia terkejut.
"Fi...Fizi..." rasa marah terus bertukar takut bila wajah Fizi yang muncul. Fizi mendekati Azra yang sudah turun dari katil bila dia muncul. Dia terus berjalan dan Azra mengundur beberapa tapak ke belakang sebab takut. Fizi mempercepatkan langkah dan kini dia sudah berada betul2 di depan Azra. Azra hanya mampu menunduk memandang lantai dan menunggu apa yang bakal Fizi lakukan. Dahi Azra disentuh dan Fizi melepaskan nafas lega.
"Dah tak panas" Fizi bersuara dan Azra ukir senyum nipis.
"Dah dua hari" Azra pula membuka mulut dan Fizi hanya menatap senyuman ringkas Azra. Azra melihat tangan Fizi yang berbalut dan dia meraih tangan itu lembut.
Azra pandang Fizi dengan mata bundarnya seperti bertanya kenapa.
"Awak tumbuk apa?" Soal Azra perlahan.
"Side mirror" jawab Fizi tenang dan Azra terngadah.
"Aku tak boleh masuk hospital sebab tumbuk doktor, jadi..." Fizi hentikan percakapannya dan dia berpaling. Dia tak berhasrat untuk ceritakan perbuatan bodohnya itu.
"Jadi awak cederakan diri awak sendiri?" Soal Azra menyambung ayat Fizi yang separuh jalan itu. Fizi tak menjawab dan tak hiraukan apa yang Azra sedang fikir.
"Awak kena bersihkan luka ni" Azra menarik tangan Fizi ke dalam bilik air dan membersihkan luka itu. Fizi hanya diam dan langsung tak respon apa2.
"Dah." Ujar Azra dan dia keluar dari bilik air bersama Fizi. Luka dikesat sehingga kering tapi belum dibalut.
"Kena letak ubat ni" maklum Azra tapi Fizi tak endahkan pun. Kemudian Dr. Kamal masuk ke dalam wad itu.
"Kau buat apa kat sini? Nurse, call security" arah Dr. Kamal dan Azra berkerut.
"Dr. Kamal! You are too much!" Bentak Azra geram dan selepas itu dua orang guard masuk ke dalam wad itu.
"Suami saya tak buat apa2 pun" Azra berdiri di hadapan Fizi bila guard itu muncul.
"Guard!" Arah Dr. Kamal lagi dan Azra tetap tak berganjak dari depan Fizi. Fizi jadi kelu bila seorang wanita yang selalu dipukulnya, yang lemah, pertahankan dia hari ini. Matanya mula bergenang tapi dia seka dengan cepat.
"Aku pergi dulu. Nanti aku jemput kau balik" Fizi putuskan untuk pergi tapi Azra pula tak benarkan. Azra tanggalkan semua jarum yang ada pada tangannya dan dia pegang erat jemari Fizi.
"Saya ikut awak balik" Azra berkata yakin dan Fizi seakan hilang sekejap di dunia. Azra sanggup pertahankan dia sampai macam tu sekali.
Dr. Kamal sendiri tak mampu nak halang apa yang Azra buat akhirnya dua orang itu meninggalkan hospital.

Dalam kereta Fizi dan Azra masing2 diamkan diri sejak tadi. Azra pandang Fizi yang sedang memandu dengan tenang dan perlahan lahan dia terukir senyum. Dia rasa sangat gembira melihat Fizi hari ini. Semakin lama dia rasakan Allah sangat adil dan cinta itu datang selepas jodoh. Bila kita berjodoh dengan seseorang cinta akan datang secara semula jadi. Azra pandang Fizi lama sehingga Fizi rasa tak selesa. Fizi rasa tak selesa dan tak keruan bila dua mata itu sedang memerhatikannya.
"Kau nak apa?" Soal Fizi serius dan Azra tersentak. Azra pandang ke luar tingkap dan gelengkan kepalanya beberapa kali.
"Kalau kau sakit lagi aku tak peduli" tiba2 je Fizi cakap macam tu buatkan kening Azra bertaut rapat.
"Kau lari dari hospital, jadi kalau sakit jangan nak mengadu" Fizi menyambung dan Azra tergelak kecil. Fizi pelik pula bila Azra tak ambil serius apa yang dia cakapkan.
"Saya yang ambil risiko, saya akan tanggung sendiri" jawab Azra tenang dan dia pandang Fizi yang sedang merenungnya tajam. Erk!
"Maaf" pinta Azra laju bila dia terbuat aksi mesra dengan Fizi.
'Dia bukan Irfan' Azra menegur dirinya sendiri dan dia memandang ke luar tingkap semula. Kecut perut dia bila ditenung tajam macam tu.

Azra pelik bila Fizi sudah tak naik angin dan marah2 lagi. Fizi seakan melarikan diri daripadanya dan langsung tak menghiraukannya. Azra lebih suka Fizi memarahinya daripada dia berdiam diri macam ni.
"Awak nak makan?" Soal Azra takut dan bukakan butang baju Fizi seperti biasa.
"Erm" itu sahaja jawapan yang Fizi berikan. Azra senyum dan keluar dari bilik Fizi untuk menyediakan makan malam. Azra berfikir lama mengenai perubahan Fizi dan dia sendiri tak pasti kenapa Fizi berubah menjadi pendiam.
"Dah mandi?" Soal Azra pula bila Fizi turun ke dapur. Fizi tak membuka mulut langsung dan mula makan macam tu je. Azra berdiri di sebelah Fizi seperti biasa menanti Fizi untuk selesai makan.
Fizi tahu yang Azra canggung dengan dirinya sekarang tapi dia takut untuk membuka mulut dan dia takut untuk berlagak seperti biasa. Takut Azra akan meninggalkannya.
Selesai makan Fizi keluar dari dapur dan ke ruang tamu. Azra kemaskan meja dan sediakan kopi untuk Fizi.
"Kopi" Azra letakkan cawan kopi di atas meja dan Fizi betulkan duduknya.
"Aw...awak...penat?" Soal Azra berani dan Fizi memandangnya tanpa riak.
"Nak...saya...urut?" Soal Azra lagi dan Fizi kerutkan dahinya pula.
"Saya urut ya!" Ujar Azra ceria dan tangannya mengurut bahu Fizi yang tegang. Jelas sangat yang Fizi stress dan dia lega bila tangan itu mengurutnya. Fizi rasa tenang segenap hatinya merasai sentuhan ikhlas itu.
"Duduk" arah Fizi serius bila dia rasa berdebar dengan sentuhan lembut itu. Azra tak tunggu lama terus mengambil tempat duduk agak jauh dari Fizi.
"Aku izinkan kau kerja" tenang Fizi bertutur.
"Kau boleh keluar dari rumah ni bila2 masa je" sambung Fizi lagi.
"Kau tak perlu buat semua kerja ni lagi, tak perlu dengar arahan aku lagi" Fizi habiskan katanya dan dia tinggalkan Azra yang termangu di situ. Fizi berjalan ke biliknya dengan lemah dan dia duduk di katilnya.

Azra langsung tak keluar dari rumah itu walaupun dah dapat kebenaran dan dia tetap lakukan hal sama seperti sebelumnya. Pagi itu Azra masuk ke dalam bilik Fizi untuk siapkan Fizi ke tempat kerja.
"Berapa kali kau nak aku cakap?" Marah Fizi bila Azra berdegil untuk melakukan perkara yang dia sudah biasa lakukan. Azra terdiam dan langkahnya mati di situ je. Azra menunduk dan dia berpaling ke belakang, dia mahu beredar dari situ sebelum Fizi betul2 naik angin. Fizi telan liur bila Azra berlalu pergi dan dia segera mencapai lengan Azra menyebankan Azra berhenti melangkah.
"Kalau kau masuk lagi bilik aku, aku takkan biarkan kau pergi macam tu je" ugut Fizi serius dan Azra kelihatan bingung.
"Maksudnya?..." soal Azra polos dan Fizi hampir tergelak dengan soalan lurus itu.
"Maksudnya macam ni" Fizi merangkul pinggang Azra dan menariknya rapat ke badan dan Azra rasa tak keruan. Matanya terbuka luas dan Fizi tersenyum senget.
"Ma...macam...ni je?" Soal Azra perlahan dan Fizi berkerut. Nampaknya Azra masih lagi berani.
"Kalau macam ni?" Soal Fizi dan menolak lembut badan Azra ke dinding dan dia mengepung Azra sepenuhnya.
"Ok" Azra menambah lagi dan Fizi rasa Azra cukup berani. Fizi mengangkat tubuh kecil Azra dan dibaringkan di atas katil pula. Azra kecut tapi dia tetap mempamerkan keberanian.
"Aku boleh cancel pergi kerja untuk semua ni" mata Fizi memandang tubuh Azra dengan galak tapi Azra tetap berkeras. Fizi pula rasa buntu dan tak tahu apa yang dia perlu buat untuk buat Azra mengalah.
"Saya milik awak" bisik Azra ditelinga Fizi dan dia bangun dari katil dan keluar dari bilik. Mukanya rasa panas sebab cakap macam tu pada Fizi tapi dia puas hati. Fizi pula terduduk di katil dan dia ukir senyum ringkas. Dia baring di atas katilnya dan mendepakan tangan seluasnya.
"Azra Qalisha" nama itu bertutur di bibir Fizi menyebabkan dia tersenyum senang.

Azra senyum pandang Fizi yang baru sahaja turun ke dapur untuk makan pagi. Agaknya Fizi tidur je sepanjang pagi hujung minggu macam ni. Selalunya Fizi akan keluar tapi hari ini dia tak keluar pula. Azra pandang jam yang sudah menunjukkan jam sebelas pagi.
"Tak payah nak perli aku" Fizi terus bersuara bila Azra tersengih sambil melihat jam di dinding.
"Morning!" Sapa Azra ceria dan Fizi mencebikkan bibir. Azra ni semakin berani bila Fizi sudah tak pandai nak naik angin.
"Ei!" Fizi mencubit pipi Azra sebab dia geram sangat. Azra tergelak senang bila Fizi mencubit pipinya.
"Gelak la, nanti aku geletek kau sampai pengsan" ugut Fizi pula dan Azra tayang muka mencabar. Fizi yang sudah duduk kembali bangun dan menggeletek Azra tapi Azra kelihatan tenang.
"Saya tak geli. Awak kut yang geli" Azra memandang Fizi dan menggeletek perut Fizi sehingga Fizi tergelak. Fizi memang tak tahan betul kalau kena geletek.
"Stop it!" Arah Fizi dan Azra segera hentikan. Dia tak nak Fizi naik angin pulak nanti. Azra jauhkan diri daripada Fizi dan dia meletakkan jem pada roti bakar. Fizi tersenyum bila dia dan Azra sempat bergurau sebentar tadi. Dia kembali duduk dan makan roti itu dengan senyuman.
"Aqmal ada call tadi" Azra buka mulut sebab dia tak nak rahsiakan apa2 pada Fizi. Fizi hilang selera makannya dan dia letakkan semula roti ke atas pinggan.
"Dia nak apa?" Soal Fizi kasar.
"Dia cari awak. Dia cakap dia call awak tak dapat, sebab tu call rumah"  terang Azra dan Fizi kembali tenang sedikit. Fizi pandang Azra pula.
"Dia nak apa?" Soalan sama lagi.
"Dia nak awak call dia balik" ujar Azra pula dan Fizi angguk faham.
"Azra" panggil Fizi lembut dan Azra pandang Fizi dengan rasa sayang. Fizi jadi lemah bila dia membalas tatapan itu.
"Tak ada apa" Fizi mengelak untuk cakap apa yang terbuku dalam hatinya.
'Mampu ke kau nak tengok dia pergi?' Hati Fizi berbicara sendiri.

Fizi tahu yang siaran tv langsung tak menarik minatnya . Azra yang sibuk mengemas juga menjadi santapan matanya.
"Azra, duduk" arah Fizi dan Azra menghentikan kerjanya. Dia duduk di depan Fizi dan memandang wajah serius itu lama.
"Aku betul2 maksudkan yang kau boleh keluar dari rumah ni" Fizi bertutur serius dan Azra rasa debaran dalam hatinya. Adakah Fizi sudah mahu melepaskannya? Itulah yang menjengah otaknya.
"Saya... tak ada nak pergi mana pun" jawab Azra lembut.
"Apa yang Dr. Kamal cakap tu betul. Kau boleh minta cerai" Fizi terus nyatakan apa yang bermain dalam otaknya. Azra seakan hilang kata2 bila Fizi cakap macam tu.
"Saya...saya..."
"Aku serius. Kau boleh pergi. Aku dah bosan dera kau" ujar Fizi tanpa memandang Azra.
"Kalau betul...awak dah bosan tengok muka saya...pandang saya. Pandang saya dan cakap awak bencikan saya" mata Azra bergenang dan suaranya bergetar menahan sebak. Fizi pandang Azra yang sudah mengalirkan air mata. Fizi rasa sebak bila melihat air mata itu mengalir.
"Aku...benci..." Fizi tak mampu habiskan ayatnya bila terdengar esakan Azra.
"Aku benci..." Fizi pandang Azra yang memegang tangannya.
"Sebelum awak lafaz benci awak. Saya nak awak tahu sesuatu." Ujar Azra dan Fizi bersedia untuk mendengar.

*****
"Abang tak boleh tinggalkan Azra" pinta Azra lemah bila melihat wajah Irfan yang berlumuran darah di hospital.
"Azra, abang nak Azra kahwin dengan Fizi. Cintai dia dan raih cinta dia" pinta Irfan perlahan.
" abang cakap apa ni? Azra akan kawin dengan abang je"
"Abang tak sempat Azra. Abang nak Azra bersama dengan Fizi. Abang nak Fizi tahu yang cinta ikhlas wujud dalam dunia ni. Papa, mama dan abang banyak salah pada Fizi. Walaupun dia anak angkat, mama dan papa selalu lebihkan abang. Dia jadi macam tu sebab kami. Kesian Fizi. Dia dihukum bukan kerana salahnya. Abang nak orang yang abang cinta jaga dia, cinta Azra paling ikhlas yang abang pernah jumpa. Boleh Azra tunaikan permintaan abang?" Panjang lebar Irfan berbicara sehingga Azra rasa berat untuk menolak.
"Azra cintakan abang"
"Abang cintakan Azra, abang sayangkan Fizi. Boleh cinta abang jaga sayang abang?" Pinta Irfan semakin lemah.
"Boleh" jawab Azra lemah dan air matanya mengalir.

Sejak itu dia mula tanamkan cinta untuk Fizi dan rasa itu semakin mendalam bila dia diakad menjadi isteri. Dulu dia tak percaya yang dia mampu mencintai lelaki lain tapi Allah maha adil.

Azra meraih tangan Fizi dan menggenggamnya erat. Fizi kembali memandang Azra dan dia tundukkan wajah. Air hangat mengalir di pipinya menyebabkan rasa egonya sebagai lelaki jatuh merudum. Azra merapatkan diri pada Fizi dan memeluk tubuh tegap itu erat.
"Aku tak pernah rasa disayangi" luah Fizi sebak dan Azra semakin eratkan pelukannya. Belakang Fizi diusap lembut dan Fizi membiarkan dirinya ditenangkan Azra.
"Irfan sayang awak. Dia menyesal sangat tak sempat nak tunjukkan sayang tu." Ujar Azra lagi dan Fizi melepaskan pelukan Azra.
"Aku tak tahu" Fizi bangkit dan tinggalkan Azra sendirian di sofa. Azra rasakan dengan ceritakan hal yang sebenar pada Fizi keadaan membaik tapi keadaan menjadi sepi dan tiada jawapan yang pasti. Azra mengesat air matanya dan dia ikut sama kembali ke bilik.

"Kau benci orang yang salah!" Marah Fizi pada dirinya sendiri dan dia terus meringkuk di sebelah katil. Dia terlalu memaksa diri untuk membenci sehingga tubuh Azra dikasari. Dia tak berhak memiliki wanita itu. Dia hanya layak untuk orang yang sama jahatnya seperti dia. Rasa benci pada diri sendiri bila tak mampu nak merasai cinta dari orang yang layak.
"Kau penzina! Pemabuk! Tak layak untuk Azra Qalisha!" Marah Fizi lagi dan saat itu pintu biliknya terbuka. Azra melangkah perlahan dan dia melutut di sebelah Fizi. Fizi angkat muka pandang Azra dan dia rasakan perpisahan memang perlu. Dia perlu benarkan Azra memiliki cinta yang tulus, suami yang baik, bukannya setan bertopengkan manusia seperti dia.
"Azra!dont touch me! Dont even you dare to stay close with me" marah Fizi dan jauhkan dirinya. Dia membuka pintu bilik dan meminta Azra supaya pergi. Azra menggelengkan kepalanya dan Fizi dengan kasar menarik tangan Azra supaya keluar. Bila sampai di muka pintu dia menolak tubuh itu sehingga terjatuh. Sekarang masanya untuk benci balik. Itulah yang Fizi harapkan. Dia tak perlu kata maaf, dia cuma nak Azra benci dia. Esakan Azra di luar pintu dapat didengari Fizi dengan jelas dan dia rasa ingin menikam dirinya sendiri.

Setelah seminggu melayan Azra dengan dingin dia dah putuskan untuk melepaskan Azra.
"Aku akan lepaskan kau kalau kau yang mintak" ujar Fizi mendatar dan cawan di tangan Azra jatuh dan pecah. Azra cepat2 mengutip kaca yang pecah itu dan tangannya yang berdarah dia tak pedulikan. Fizi hanya tayang muka bodoh tanpa memandang Azra.
Azra membuang kaca itu ke dalam tong sampah dan membasuh tangannya, luka masih lagi berdarah tapi dia tak hiraukan langsung.
"Saya takkan terima awak lagi selepas awak tinggalkan saya" ujar Azra dan mengesat air matanya. Fizi terkejut bila Azra cakap macam tu dan dia seakan terpana. Tangan Azra yang berdarah buatkan dia terbangun dari kerusi dan tangan Azra digenggam.
"Tiada lagi peluang kedua" sambung Azra dan menarik tangannya pergi serta tinggalkan Fizi termangu di situ. Fizi rasa ada baiknya kalau dia hentak kepalanya di situ dan ingatannya hilang. Ingatan yang dia telah menyiksa Azra selama berbulan bulan ini.
Fizi mengambil first aid kit dan naik ke bilik Azra dengan tergesa gesa. Dia perlu rawat luka Azra yang disebabkan dirinya. Sampai bila dia nak mendera Azra?
Pintu bilik yang terbuka luas buatkan Azra diam sejenak. Dia pandang Fizi yang masuk ke biliknya tanpa ketukan. Fizi terus ke katil dan tangan Azra dibelek sekilas. Dia segera meletakkan ubat tapi Azra menghalangnya.
"Awak tak perlu pedulikan saya, awak benci saya, awak nak buang saya." Lirih Azra bersuara dan Fizi pegun seketika. Azra bangun dari katil dan berdiri membelakangkan Fizi. Fizi ikut sama berdiri dan memalingkan badan Azra supaya menghadapnya.
"Kau tak nak pergi dari rumah ni?" Soal Fizi serius dan Azra gelengkan kepala.
"Baiklah! Kau kena dengar semua arahan aku. Sanggup?" Fizi memberi syarat pada Azra sangat mudah.
"Sanggup!" Jawab Azra yakin dan Fizi rasa hatinya tenang.
"Now, let me cure you" pinta Fizi dan Azra dengan senyuman menghulurkan tangannya. Fizi jadi lemah setiap kali melihat senyuman bahagia itu.
"Kau kena ready setiap kali aku nak 'guna' kau" ujar Fizi tegas dan Azra pelik.
"Nak guna saya?" Soal Azra perlahan. Fizi pandang Azra sekilas dan angguk.
"Nak guna jadi apa?" Soal Azra lurus dan Fizi hampir tergelak dengan soalan polos itu.
"Guna untuk ni" Fizi bangun dari katil dan membuka bajunya dan Azra ternganga sikit. Azra terkebil kebil memandang Fizi yang hanya berseluar pendek di depannya tanpa baju.
"Urut?" Soal Azra lagi dan giliran Fizi untuk ternganga.
"Kalau nak saya urut kejap, saya ambilkan ubat" Azra bangun dari katil tapi Fizi segera menolak tubuh kecil itu sehingga jatuh ke atas katil. Dia menindih Azra dan memegang kedua tangan Azra. Azra dah mula berdebar dan rasa gerun mula menguasai diri. Tapi dia biarkan sahaja. Azra dah faham dari perkataan 'guna' lagi tapi dia sengaja berlagak bodoh.
Tangan Fizi membelai rambut Azra dan jarinya mula bermain di wajah Azra. Azra telan liur dan dia biarkan je apa yang Fizi lakukan. Dia redha dan dia suka la kut.
"Awak" Azra menolak dada Fizi bila Fizi semakin mendekat dengannya. Fizi angkat kening sebelah sebab dia yakin yang Azra akan mengalah. Dia tak pernah berniat untuk lakukan apa2 pada Azra pun sebenarnya. Saja nak uji kesanggupan Azra.
"Saya uzur, jadi... ringan2 je ya?" Pinta Azra segan dan giliran Fizi pula hilang kata2. Fizi rasakan muka dia panas dan dia bangun dari katil Azra. Dia ambil baju di lantai dan menyarungnya semula serta cepat2 tinggalkan bilik itu.
"Kenapa aku jadi malu?" Gumam Fizi dan segera masuk ke dalam biliknya.

Fizi perhatikan Azra yang seronok bermain air di tepi kolam. Hasratnya nak bermain air bersama Azra dibatalkan dan dia menolak badan Azra sehingga jatuh ke dalam kolam. Azra mula terkapai kapai tapi Fizi hanya memandang. Tapi, bila Azra seakan tenggelam dia segera terjun dari kolam dan menyelamatkan Azra.
"Azra!" Panggil Fizi keras bila Azra tak sedarkan diri lagi dah. Fizi menggosok kasar belakang Azra dan air keluar dari mulut Azra. Azra terbatuk batuk dan Fizi memegang pipi Azra.
"Ok?" Soal Fizi risau dan Azra angguk.
"Kalau ok senyum" pinta Fizi mengarut tapi yang tak boleh blahnya, Azra senyum. Nak je Fizi peluk cium insan yang begitu polos ini. Azra rapatkan badannya dan dia merangkul erat leher Fizi.
"Sejuk" ujarnya perlahan dan Fizi merapatkan badannya juga dan memeluk Azra erat.
"Tak pandai berenang" ujar Azra dan Fizi angguk faham. Kejam betul jadi orang, tolak isteri sendiri dalam kolam.

Sejak tahu Azra tak pandai berenang bukannya nak jauhkan Azra dari kolam malah sengaja nak Azra belajar berenang.
"Fizi..." rayu Azra bila Fizi meminta dia turun ke dalam kolam renang.
"Bunyi hebat sangat 'sanggup' kau tu" itulah bahan yang Fizi gunakan untuk memaksa Azra. Azra turun ke dalam kolam perlahan lahan dan Fizi ukir senyum gembira. Dia terjun ke dalam kolam sengaja percikkan air di wajah Azra.
"Come!" Panggil Fizi supaya Azra datang kepadanya, Azra gelengkan kepala dan mula memanjat tangga untuk naik semula tapi Fizi sudah berada di belakangnya.
"Now" bisik Fizi ditelinga Azra dan memeluk pinggang itu supaya turun dari tangga. Azra mula terkapai kapai bila kakinya tak mencecah lantai lagi dan dia segera memeluk erat badan Fizi yang tak berbaju itu. Fizi tergelak besar bila Azra seakan anak kecil yang begitu takutkan air.
"Tak nak..." rayu Azra takut dan masih lagi erat memeluk leher Fizi.
"Aku nak kau pandai berenang jugak." Ujar Fizi tak pedulikan perasaan Azra langsung. Fizi leraikan pautan Azra dan biarkan Azra di tempat dalam itu sendiri. Bila Azra dah lemas dia dapatkan Azra balik. Terbatuk batuk Azra bila air masuk ke dalam mulutnya. Dasar diktator kejam!
"Tak nak dah..." Azra gelengkan kepala beberapa kali dan Fizi lagi seronok nak kenakan Azra.
'Lets play the game' Azra bercakap gaya setan dalam hatinya dan bila Fizi lepaskan dia di dalam air dia sengaja tenggelamkan diri sebab dia tahu, dia tak pandai berenang tapi nafas dia agak panjang. Dia bertenang dan biarkan dirinya tenggelam.

"Azra!" Panggil Fizi kuat bila Azra tak muncul dipermukaan air. Dia berenang ke dasar dan Azra ada di sana. Cepat2 dia selamatkan Azra dan menarik Azra ke permukaan dan meletakkan Azra di tepi kolam. Dia menepuk pipi Azra beberapa kali tapi Azra tetap juga kaku. Bila dia letakkan jari dihidung Azra sudah tiada hembusan lagi. Fizi mula khuatir dan dia gelabah.
"Azra Qalisha! Aku arahkan kau sedar sekarang jugak!" Jerit Fizi tapi Azra masih lagi diamkan diri. Fizi letakkan telinganya di dada Azra untuk dengar heartbeat. Masih lagi berdenyut.
"Azra!" Panggilan Fizi hanyalah sia2. Fizi telan liur dan dia buat CPR. jalan terakhir untuk selamatkan Azra tapi Azra tetap juga tak beri apa2 respon.
"Azra..." panggil Fizi lemah dan memeluk badan kaku Azra lemah. Dia angkat Azra ke dalam kereta dan bila dia memandang Azra semula mata Azra mula terbuka perlahan lahan. Fizi pegang kedua pipi Azra dan dia ukir senyum lega.
"Aku ingatkan kau dah mati!" Bentak Fizi dan Azra sembunyi senyum. Dia larikan tangan Fizi dari pipinya dan keluar dari kereta.
"Biarlah, kalau saya mati pun kenapa? Awak nak tinggalkan saya kan? Awak dah buang saya" Azra terus menonong masuk ke dalam rumah dengan senyuman melebar. Azra gembira sebab dia tahu yang Fizi ambil berat tentangnya. Merajuk tadi? Taktik!
Fizi mengeluh dan melihat tubuh itu pergi tinggalkannya. Dia salahkan diri sendiri lagi. Sebab dia nyawa Azra hampir melayang dan dia akan kehilangan Azra buat selamanya.

Azra gembira betul bila Fizi belikan dia baju baru dan ajak dia keluar  makan malam bersama sama.
"Mulai esok kau kerja di office aku" ujar Fizi bila berada di dalam kereta bersama Azra. Azra tayang wajah tak suka, dia lebih suka duduk di rumah dan tunggu Fizi balik daripada kena kerja. Dia tak nak bahagikan masa untuk Fizi dan kerja. Dia nak sepenuh masanya bersama Fizi je.
"Tapi...saya suka duk rumah" bantah Azra secara halus.
"Kau nak jadi penganggur terhormat ke? Siapa nak bagi kau makan?" Soal Fizi kasar dan Azra berdiam diri kerana terasa hati. Fizi telan liur dan dia rasa bersalah bila buatkan Azra diam.
"Saya sudi jadi maid awak. Sampai mati pun" jawab Azra perlahan dan Fizi terkejut dengan jawapan sebegitu. Dia tak menyangka yang Azra sanggup berkorban untuknya sedemikian rupa.
"Aku nak kau kerja dengan aku dan kau kena dinner dengan kawan aku malam ni" Fizi terusan memberi arahan dan Azra hanya mampu diam menurut. Dua malam lepas Fizi temukan dia dengan seorang lelaki, entah apa maksud Fizi lakukan hal sedemikian. Aturkan blind date untuk isteri sendiri. Out of mind barang kali.
"That guy. Turun" arah Fizi dan menunjukkan seorang lelaki yang kemas berkemeja ungu. Dengan berat Azra buka pintu kereta dan keluar. Dia memandang Fizi dengan harapan Fizi akan tarik balik benda yang dia sedang buat ni. Fizi memaksa Azra untuk masuk ke dalam restoren itu.
"Sekalipun awak tak suka saya, awak tak perlu carikan orang lain untuk saya" lemah Azra bertutur tapi dia tetap melangkah masuk ke dalam restoren itu. Kalau ikutkan hati nak je dia hempuk Fizi dan lelaki itu dengan kayu besbol.
"Aku nak yang terbaik untuk kau" gumam Fizi perlahan bila Azra berjalan perlahan masuk ke dalam restoren.
"Irfan, kau paksa cinta kau kawin dengan orang yang salah" Fizi memandang langit dan seakan menyampaikan ayat itu khas kepada Irfan.

Lelaki yang bernama Azim ini tersenyum gembira melihat Azra didepannya walaupun wajah itu murung sahaja.
"I'm married" selamba je Azra beritahu statusnya dan lelaki itu tergelak halus.
"I knew it." Jawapan selamba itu buatkan otak waras Azra tak berfungsi dengan baik.
"So, awak tak perlu taruh apa2 intention pada saya" serius suara Azra dan lelaki itu senyum.
"I like you and I want you"
"Kau ingat aku barbie doll ke? Lelaki ni memang mudah je kan? Awek orang, tunang orang, isteri orang pun berani nak rembat!" Marah betul Azra sekarang ni.
"Because I know you deserve better. I lagi baik daripada suami you"
"Silly! I dont want you. Bye!" Azra tinggalkan Azim dan berjalan dengan sebal. Kalau tak fikirkan rasa takutnya pada Fizi, dia takkan bagi muka lagi pada Fizi. Kalau boleh nak je dia hempuk kepala Fizi tu.

"Azra!" Panggilan Fizi ,Azra buat bodoh je dan dia terus berjalan dengan langkah laju. Fizi terpaksa berlari untuk mengejar langkah itu dan dia berjaya memaut lengan Azra.
"Kenapa kau lari?" Soal Fizi dengan wajah garang.
"Because I dont want him!" Tempik Azra kuat dan dia merentap tangannya dari Fizi. Dia meneruskan berjalan dan Fizi ikut melangkah di belakang Azra.
"Aku nak kau cari lelaki lain!" Jerit Fizi dan Azra berhenti melangkah. Dia memandang Fizi geram.
"Kalau bukan awak, saya nak Irfan je. Kalau awak hebat sangat bawak dia untuk saya!" Balas Azra kuat dan Fizi terdiam.
"He is dead!"
"So, just you!" Balas Azra tegas dan Fizi merapatinya.
"Lelaki lain" ujarnya lemah dan Azra mula rasa sebak.
"Sebenci itu ke awak pada saya? Sampai awak nak buang saya dan bagi saya pada orang lain?" Fizi diam lagi dengan soalan meruntun jiwa itu.
"Just choose one!" Fizi terus bertegas dan Azra ketap bibir geram.
"Fine! Raja Aqmal Hafizi! I want him!" Tegas dan serius Azra menuturkan nama itu dan Fizi terngadah.
Aqmal selalu menghubungi Azra dan Azra senang dengan perkenalan mereka. Hampir semua masalah Azra Aqmal tahu dan Aqmal yang merancang untuk berlakon bersama Azra. Fizi terlalu keras untuk dilembutkan dengan air. Perlu guna api dan batu jugak.
"Any man except him!" Ujarnya tegas dan Azra pelik.
"I dont care, you, Irfan or Aqmal" Azra teruskan berjalan sehingga dia berjaya menahan sebuah teksi dan balik le banglo mewah Fizi.

Azra mula bekerja dan Aqmal selalu datang melawatnya. Fizi tak senang tapi dia tak boleh buat apa2. Azra hanya kelihatan selesa bersama lelaki pilihannya sendiri. Sekarang dia pulak yang makan hati dengan kemesraan mereka berdua.
"Azra, I think he is someone with me" ujar Aqmal dan Azra terjongket kening.
"Ha? Takkanlah..."
"Ish, bukan tu. I mean like brothers blood gitu"
"Lawak ke ni?"
"No. You know what, his name is Raja Irwan Hafizi Bin Raja Izman and my name is, Raja Aqmal Hafizi Bin Raja Izman" jawapan serius Aqmal buatkan mulutnya ternganga sedikit. Aqmal tergelak setiap kali mulut Azra ternganga macam tu, tak kurang jugak kali ini.
"I know you look cute but, dont open your mouth like that" usik Aqmal dan Azra segera tutup mulutnya.
"Logik?" Soal Azra pula.
"Bonda selalu cerita yang dia ada seorang lagi son. My dad brought him away from us when he is baby. I have a strong feeling that was him"
"Aunty dah jumpa Fizi?"
"Dah. Kami bertiga dah gather tapi Fizi bertegas yang dia bukan anak bonda. Dia refuse untuk buat DNA test."
"Dia memang degil. Saya pun pelik dengan tahap degil dalam diri dia tu. Saya pun tak sure kenapa dia marah sangat kita rapat"
"Dia jeles la tu Azra"
"No way la. Dia just..."
"Azra! Kewangan syarikat minggu ni mana?" Suara tegas itu menghentikan perbualan Azra dan Aqmal. Azra bangun dari duduk dan memandang wajah bengang Fizi.
"Saya dah letak atas meja boss" Azra bersuara formal dan Fizi berkerut. Aqmal tersenyum dan memandang pasangan pelik itu.
"Azra, abang balik dulu. Nanti abang call sayang" Aqmal kenyitkan mata dan berlalu dari  situ dengan sengihan melebar. Fizi rasa otaknya berasap dan lengan Azra dipegang kejap. Geram! Azra pandang Fizi dengan wajah kesian bila lengannya sakit.
"I hate it!" Suaranya meninggi dan Azra tayang muka selamba pula. Fizi meninggalkan Azra disitu dan dia rasa marah pada dirinya sendiri.

Azra pandang wajah tegang Fizi yang sedang menonton tv. Nak tembus tv tu ditenungnya. Azra duduk di depan Fizi dan Azra senyum.
"Aqmal cakap pasal DNA test" Azra buka mulut dan Fizi tak rasa pelik pun. Kalau dah bercinta pasti semuanya kongsi bersama.
"Kalau aku anak dia pun kenapa? Dia buang aku"
"Fizi, awak sepatutnya bagi aunty peluang."
"Peluang? Dalam hidup ni tak ada yang namanya peluang. Aku tak nak discuss soal ni"
Jeda.
"Kau dengan Aqmal..." Fizi berhenti bercakap dan tenung lantai.
"Dia tu macam abang saya je" Azra berterus terang dan Fizi pandang Azra.
"Abang? Sayang tu untuk adik ke?" Soal Fizi dalam nada cemburu dan Azra ukir senyum senang.
"Saya tak nak Aqmal, saya nak awak je. Boleh?" Pinta Azra dengan wajah comel.
"Kenapa kau desperate sangat?" Soal Fizi selamba dan Azra berkerut. Dia dilabel desperate.
"desperate..." Azra berdiri dan tinggalkan Fizi di ruang tamu. Azra masuk ke dalam bilik dan Fizi ketuk kepala dia sendiri.
Fizi masuk sama ke dalam bilik Azra dan dia tak cakap banyak terus duduk di atas katil empuk Azra. Azra kekok dengan situasi itu dan dia berjalan ke pintu bilik dan membukanya.
"Halau aku?" Soal Fizi pelik.
"Tak. Just bersedia"
"Untuk?"
"Larikan diri"
"Why?"
"Nanti awak bunuh saya dan tanam saya dalam konkrit" jawab Azra takut. Fizi hamburkan tawa mewah dan dia mendekati Azra serapat mungkin. Pintu ditutup rapat dan Azra melekap pada pintu biliknya sendiri.
"Kau tak suka Aqmal?" Soal Fizi di telinga Azra.
"Suka. Just like a brother" jawab Azra cuba untuk bertenang.
"Suka aku?" Soal Fizi lagi dan Azra jongket bahu.
"Kau betul nak aku?" Soal Fizi lagi dan Azra pandang Fizi dengan wajah teruja.
"Kalau kau betul nak aku, aku nak kau belajar berenang" Fizi ukir senyum jahat sebab dia tahu yang Azra akan mengalah kali ini. Azra takutkan air sangat2. Azra berkerut dan dia tahu Fizi sengaja.
"Takut?" Soal Fizi mengugut.
"Seminggu. And I will be your mermaid" Azra yakin pada dirinya sendiri dan Fizi sengih.
"Lets see" jawabnya dan keluar dari bilik Azra. Azra kalut sendiri bila dia tak tau nak buat macam mana. Siapa nak ajar dia berenang? Kalau dia lemas siapa nak selamtkan dia? Susah!

Azra tarik nafas dalam2 bila dia dah ready nak masuk ke dalam kolam renang. Dia cuak tapi dia betul2 nak pandai berenang dan dia tak nak Fizi buang dia.
"Kalau aku lemas macam mana?" Soal Azra pada dirinya sendiri.
"Avoid negative thought Azra!" Azra mula jadi seorang yang paling positif di atas muka bumi ini. Dia boleh mati kalau lemas.
"Aqmal cakap kerja bodoh ni macam bunuh diri je" Azra mulakan suara menakutkan dalam dirinya lagi. Azra turun dari kolam dan berjalan perlahan lahan. Air mula melewati paras dadanya dan dia mula kalut.
"First! Over your fear!" Takluki rasa takutnya sendiri dengan bersorak pada dirinya sendiri.
Air mula berada di paras hidungnya dan dia mula panik terus air masuk ke dalam hidungnya dan dia hilang keseimbangan bila kakinya tak mencecah lantai kolam lagi. Azra terkapai kapai dan akhirnya dia tenggelam ke dasar kolam.

Fizi yang baru sahaja balik dari kerja terkejut melihat tangan yang terkapai kapai di kolam renang. Dia campak semua benda di tangannya dan terus terjun ke dalam kolam. Dia mencapai Azra dan bawa Azra naik ke permukaan. Azra terbatuk batuk mengeluarkan air dari paru parunya dan dia memeluk erat leher Fizi. Fizi membawa Azra ke tepian kolam dan dudukkan Azra.
"Kau dah puas hidup ke?!" Soal Fizi garang dan Azra tundukkan pandangan.
"Kalau mati jadi kes bunuh diri pulak dalam rumah ni" sambungnya garang dan Azra buat muka kesal.
"Saya nak...belajar berenang" luah Azra lirih dan Fizi menumbuk permukaan air. Dia geram betul bila Azra bertekad untuk dapatkannya.
"Kau boleh mati!" Tempiknya kuat dan Azra tersentak. Azra berdiri dan dia memandang tepat ke dalam kolam itu.
"Awak jangan selamatkan saya" Azra tekad terjun dan Azra terus tenggelam. Mata Fizi membulat dengan tindakan gila Azra jadi dia menyelam kembali dan selamatkan Azra lagi sekali. Azra tolak badan Fizi dan dia memanjat naik ke tepi kolam. Fizi menghalang Azra daripada pergi dan mereka berdua jatuh terduduk di tepi kolam. Azra menarik tangannya dari tangan Fizi tapi Fizi tak benarkan. Dia mendekati Azra sedekat mungkin sehingga Azra terbaring di tepi kolam untuk elak wajah mereka bertemu. Fizi semakin galak dan terus merapatkan wajahnya. Dia berikan satu ciuman ringkas yang berjaya buatkan Azra terkejut dan menolaknya jatuh ke dalam kolam.
"Kau dah dapat aku" ujar Fizi dan Azra pandang Fizi terkejut. Jarinya masih lagi melekap pada bibirnya. Dia ukir senyum bermakna dan gigit bibir bawahnya.
"Tapi saya tak pandai berenang"
"Sokay, aku boleh ajar" ujarnya tenang dan Azra ukir senyum lagi.
"Awak betul2 nak saya?" Soal Azra balik.
"Bukan kau ke desperate nak aku?" Soal Fizi sinis. Azra lompat terjun kolam lagi sekali dan memeluk erat Fizi.
"Saya desperate sangat!" jawab Azra yakin dan bibir Fizi ukir senyum. Walaupun ringkas tapi ikhlas. Fizi tak membalas pelukan itu tapi dia menghargainya. Pelik betul dia dengan perangai Azra ni.
'Betul ke dia sayang aku?' Soal batinnya sendiri. Azra terlalu beri perhatian pada dia sampaikan dia rasa yang Azra sayangkan dia tapi, dia juga takut dengan bayangan Irfan. Mereka terlalu secocok berdua dan bersama.
"Kalau Irfan masih hidup. Antara aku dan dia? Siapa kau pilih?" Soalan Fizi yang tak dijangka itu buatkan Azra lepaskan pelukan dan dia memegang tangga kolam. Dia memanjatnya naik dan berdiri.
"Kalau Irfan hidup, saat itu saya isteri awak. Saya akan pilih awak" jawab Azra yakin dan berlau pergi. Fizi rasa sebak dan hampir menangis bila Azra cakap sedemikian. Dia tahu, dalam bicara Azra selalu sahaja ikhlas. Andai Irfan tak meninggal, Fizi tak akan dapat merasa cinta sebenar.
"Abang Irfan. Kau dah dapat perempuan terbaik" Fizi mengguman sendiri dan dia ikut sama naik. Apa jadah jugak dalam baju kerja lagi dah berenang sakan. Dia keluar dari kolam dan melihat barangnya yang dicampak tadi.
"Ah! Telefon pun aku campak sebab nak selamatkan kau" Fizi mengambil telefon dan begnya. Dia senyum lagi dan masuk ke dalam rumah. Azra sudah datang bersama dengan sehelai tuala kering dan dia berikan kepada Fizi. Barang di tangan Fizi dia ambil dan hantar ke bilik Fizi.
Fizi malas nak menukar pakaian di bilik air jadi dia melucutkan pakaian basah disitu sahaja dan memakai tuala je. Untung tak jatuh tergolek atas tangga dengan aksi Fizi ni. Azra patah balik daripada turun tangga dan masuk ke biliknya. Fizi ukir senyum lagi dan masuk ke biliknya pula. Pakaian kering dia dah tersedia atas katil. Fizi masuk ke dalam bilik air dan dia terus mandi. Setelah selesai mandi dan berwudhuk dia keluar semula dan memakai baju. Songkok dicapai dan sejadah dihamparkan.

Azra rasa air matanya hampir menitis bila melihat Fizi masih lagi di tikar sejadah. Memohon keampunan kepada Allah.
'Apa dah jadi dengan Fizi?' Soal hati Azra sendiri tapi dia suka. Terlalu suka.
"Azra" panggilan itu buatkan Azra tersentak dan berkalih memandang Fizi.
"Aku lapar" ujarnya dan Azra segera membantu Fizi melipat sejadah.
"Dah sedia. Jom" ajak Azra senang tapi Azra pelik bila Fizi hulurkan tangannya. Terkebil kebil Azra tengok tangan itu dan dia menggaru telinga yang gatal. Fizi menarik tangan Azra dan mereka ke dapur serta merta. Azra tersengih bila Fizi menariknya untuk ke dapur. Kerusi di tarik dan Azra didudukkan dengan agak kasar. Azra bangun semula untuk meletakkan nasi ke dalam pinggan Fizi.

Usai membersih pinggan Azra tahu, pasti Fizi berada di laman untuk hisap rokok. Fizi tak pernah hisap rokok di dalam rumah. Azra duduk disebelah Fizi tanpa pelawaan dan dia mencapai kotak rokok Fizi. Sebatang rokok di tarik keluar dan pemetik api dicapai. Baru sahaja Azra mula menyalakan api, rokok di mulut Azra ditarik kasar dan di campak ke tanah.
"No! Kau tak boleh merokok" Fizi bertegas dan Azra ambil lagi sebatang rokok dan diletakkan dibibirnya. Sekali lagi juga rokok itu diambil dan dicampak ke tanah.
"Tak faham bahasa ke?" Soalnya kasar dan Azra buat bodoh malah mencapai lagi sebatang rokok. Rokok terakhir Fizi dalam kotak itu. Fizi membuang semua rokok termasuk di mulutnya yang baru sahaja dihisap satu suku.
"Good" ujar Azra bila selamat rokok Fizi dicampak ke tanah. Azra mengutipnya dan membuang ke dalam tong sampah.
"Kau sengaja kan?" Soal Fizi geram dan Azra anggukkan kepala. Dulu Irfan pun seorang yang suka hisap rokok jugak. Tak semua orang hisap rokok tu jahat or nakal, but, it looks like that. Hihihi. Tak semua orang jahat dan nakal hisap rokok jugak. Kan?
"Ni dah jadi habit aku" ujar Fizi lagi.
"Kalau macam tu, saya akan jadikan habit jugak. Jangan lupa, saya desperate nak awak" sempat Azra kenyitkan mata sebelum naik ke biliknya. Fizi hilang kata seketika bila Azra cakap macam tu. Azra dah jadi pelik dan cukup berani sekarang. Malah, nakal dan sedikit kejam pun dah ada tapi, Fizi suka. Suka semuanya yang ada pada Azra.

Di pejabat juga Fizi akan berada di bilik stor untuk hisap rokok dan Azra kenal sangat Fizi ni. Dulu dia tak berani nak menegur tapi sekarang Fizi dah tak gunakan kekerasan padanya dan dia jadi suka. Azra ikut masuk ke dalam stor dan menutup pintu rapat, malah menguncinya pula.
"Saya nak satu" pinta Azra pada Fizi.
"Ni je ada!" Tungkas Fizi pula. Bohong sangat. Tapi memang dalam tangannya kini hanya ada sebatang.
DIA TERPAKSA SOROK ROKOK SEBAB AZRA AKAN BUANG SERTA MERTA KALAU TERNAMPAK. ha! Sign board la tu.
"Ok. Share" Azra mengambil rokok itu dan dia matikan apinya dengan segera. Dia tinggalkan Fizi keseorangan di  situ.
"Azra!" Panggil Fizi tapi Azra just buat bodoh dan pergi. Fizi tersenyum sinis dan keluarkan sekotak rokok di dalam poket seluarnya.
"You cant win over me" Fizi buka kotak itu dan dia terlopong. Kosong!
"Azra Qalisha!" Geram betul dia bila menyebut segaris nama itu.

Fizi rasa nak gila je bila ada banyak board dilarang merokok atas mejanya. Bukan je dipejabat, di rumah pun sama. Azra dah melampau sangat. Wallpaper telefon dan laptop dia juga ditukar kepada 'DI LARANG MEROKOK'. Sticker bola di keretanya juga ditukar. Memang kempen besar besaran nampaknya.
"Azra, rokok dah jadi brother aku since highschool. Faham?" Soal Fizi sambil mengetap bibir geram.
"Kalau awak rasa gian sangat nak merokok. Panggil saya" ujar Azra pula.
"Nak buat apa? Merokok berjemaah?" Soal Fizi geram.
"No. Saya akan hilangkan habit tu dalam diri awak. Tapi, awak pun kena ada azam. Jadi, setiap kali awak rasa nak merokok. Panggil saya" pesan Azra lagi dan Fizi seakan kelu. Apa yang Azra nak buat? Nak mandrem ke apa.

Fizi ke stor pejabat bila ada waktu senggang dan dia memang berhasrat nak merokok la. Dah tak pedulikan apa yang Azra pesan. Hampir dua hari dia tak merokok disebabkan Azra. Kalau ikutkan Fizi boleh je kunci pintu  dan merokok diam2 tapi dia tak buat semua tu,kenapa? Sebab dia suka bila Azra cuba halangnya. Heh. Pintu stor dibuka dan Fizi ukir senyum. Azra is here. Fizi letakkan rokok ke atas bibirnya dan mencabar Azra untuk menghalangnya. Sengaja. Azra maju dan dia memegang tie Fizi erat. Dia menjongket dan mencium bibir Fizi sekilas sebelum berlalu pergi. Rokok dibibir Fizi jatuh ke tanah serta merta dan Fizi rasakan otak dia berhenti berfungsi.

Azra memang hebat sebab dah banyak kali cara dia 'merawat' menyebabkan Fizi gagal untuk menghisap walau sepuntung rokok. Kejayaan besar untuk Azra. Fizi pandang Azra yang sedang membuat sesuatu dengan balang kaca.
"Buat apa?" Soal Fizi dan berdiri betul2 di belakang Azra. Azra berkalih dan senyum senang.
"Setiap kali awak berniat untuk beli rokok awak yang mahal tahap dewa tu, saya nak awak fikir tentang orang susah yang tak boleh beli makanan murah pun. So, saya nak awak letakkan dalam bekas ni duit tu. Boleh?" Soal Azra ceria dan Fizi ukir senyum sebelum mengangguk. Ada eloknya jugak daripada dia membazir beli rokok dan akhirnya tong sampah yang hisapnya.
"Good. Saya sayang awak!" Ujar Azra ceria dan memeluk Fizi erat. Saat macam ni la Fizi akan rasa dia kena panah petir. Sentuhan, belaian, pelukan, ciuman dari Azra buatkan dia hilang waras seketika. Bukannya dia tak biasa dengan perempuan, dulu, setiap minggu pasti ada sekurang kurangnya seorang perempuan yang akan melayannya. Tak ada satu pun yang boleh buat dia hilang waras. Adila pun tak mampu.
"Azra, sebagai lelaki...aku..." Fizi serba salah nak membuka mulut. Dia memandang Azra dalam2 dan merapatkan bibirnya pada dahi Azra. Dari dahi turun ke hidung dan ke bibir. Lama. Azra memaut leher Fizi dan dia ukir senyum. Fizi angkat Azra dan terus menonong ke bilik tidurnya. Azra cuak jugak tapi dia rela.
Azra dibaringkan di atas katil dan Fizi berada di sebelahnya. Azra dah bersedia dengan apa2 kemungkinan tapi Fizi melarikan diri pula. Azra terkejut.
"Aku tak layak untuk kau" ujar Fizi lirih dan Azra turun dari katil.
"Apa awak cakap ni" Azra menyentuh lembut lengan Fizi.
"Aku pasti! Mesti pertama kali buat kau kan? Bukan untuk aku! Aku jahil! Kotor! Hina! Kau bukan perempuan pertama yang ada sekatil dengan aku" sebak Fizi membuka mulut. Azra tahu dan dia tak kisah. Lagipun, Fizi dah berubah.
"Bukan bed ni kan?" Soal Azra dan Fizi angguk. Dia tak pernah buat semua tu dalam rumahnya sendiri. Tak pernah!
"Fizi, saya tak kisah masa lalu awak" ujar Azra dan memeluk erat tubuh Fizi.
"Tapi, aku malu"
"Shhh... nak malu apa? Awak pakai baju kut. Kalau awak tak pakai baju pun awak tak malu apa" usik Azra dan Fizi tergelak sikit. Dia memandang Azra dan mencium dahi itu lama.
'Aku sayang kau' bisik hati Fizi dan mereka berpelukan lama.
"Tidur sini. Ya?" Pinta Fizi dan Azra angguk. Azra dibawa ke katil dan mereka berbaring bersama.

Azra pelik bila Fizi memintanya memakai baju kawin mereka dan mereka menuju ke bukit fraser. Azra pelik tapi dia tak membantah apa yang Fizi nak. Baju kawin yang sama, hotel yang sama, bilik yang sama. Honeymoon suite. Azra masuk ke bilik itu dan dia kagum dengan dekorasi. Bunga mawar putih berada di serata bilik. Warna merah mawar juga ada dibeberapa tempat.
"Lets start again. Anggap je aku ada kuasa untuk kembalikan masa" ujar Fizi tersengih dan Azra tergelak. Superpower la pulak! Azra senyum pula dan merapatkan badannya pada Fizi. Hurm. Honestly, peluk Fizi adalah perkara yang paling dia suka sangat. Hobi!
"Kita mula balik dari sini. Apa yang sepatutnya jadi malam tu, kita tunaikan hari ni. Boleh?"
"Boleh. Tapi, apa yang sepatutnya jadi?" Soal Azra sambil tersenyum ringkas. Fizi senyum lebar dan bisikkan sesuatu di telinga Azra sehingga muka Azra memerah serta merta.
"Boleh?" Soal Fizi dengan senyuman nakal.
"Yes" jawab Azra perlahan dan menunduk malu.

"Kita nak pergi mana ni awak?" Soal Azra bila Fizi membawanya ke suatu tempat.
"Hubby. kan dah pesan banyak kali" tegur Fizi geram bila Azra masih lagi panggilnya awak. Dia dah ketagih sangat dengan Azra dan dia nak Azra panggil dia dengan gelaran istimewa.
"Ya. Hubby. Hubby nak bawak hunny pergi mana ni?" Soal Azra balik. Betulkan ayat secara total. Fizi ukir senyum senang.
"Rumah bonda"
"Really? Bonda?" Soal Azra terkejut.
"Yes. She is my mom. Kami dah jumpa, dah settle semua. Ayahanda yang bawa hubby pergi since baby lagi. Then dia meninggal, hubby stay dengan atuk. Bila atuk meninggal, atuk minta mama dan papa jaga hubby. Yep. Hubby anak angkat je sebab tu tak dapat perhatian penuh. But, i dont mind now. I have you. Mama dan papa pun dah minta maaf. Hubby dah maafkan dan semuanya dah ok. Hubby kesal, tak sempat nak minta maaf dengan arwah. Tu je" cerita Fizi panjang lebar dan Azra angguk je. Dia senyum dan sentuh lengan Fizi.
"I love you. Ok?" Ujar Azra dan Fizi senyum.
"I know. Because I love you too." Balas Fizi dan genggam erat tangan Azra.
"Abang Aqmal kawin esok. So, kita stay sana join persiapan. Ready?"
"Ya I know. Hunny dah dapat call awal2 lagi. And you know what, hunny tahu hubby buat DNA test tu. I know everything."
"Really? Kenapa hunny tak cakap?"
"Dah orang tu tak tanya. Tak kisah la. Yang penting, you still have bonda."
"Yes." Fizi bersetuju sangat dengan Azra. Bila dia berhenti di satu simpang, dia mendekati Azra dan mencium Azra lama. Kebetulan sangat ada kereta di sebelah kereta mereka dan menjerit melihat adegan mesra itu. Azra tolak Fizi lembut dan menyorokkan badannya.
"I love you" ujar Fizi dan tersenyum sambil memandu semula. Azra dah blush habis ni.
"I love you too" balas Azra dan mencium pipi Fizi yang sedang memandu.
"Hunny, jangan buat hubby berhenti kat sini" pesan Fizi sambil tersenyum. Azra lagi berani dan sengaja dia menciun pipi Fizi lagi. Bila Fizi betul2 berhentikan kereta Azra menjerit kecil dan tergelak ceria. Bila nak sampai pun tak tahu la. Bawak dah 40KM/j je Hahaha.