Sunday 26 April 2015

Cerpen : He is not my type!

Bila mengatakan soal Mr or Mrs Right, mestilah dia seorang yg tepat utk kita, datang tepat pada waktunya dan dia adalah yg terbaik utk kita, tu semua kalau kita dah jumpa orang yg right la. Tapi, pada Nur Awina bukan itu yg dia perlukan dalam seorang lelaki, cukuplah sekadar lelaki itu tiada ciri2 yg boleh menyebabkan dia menolak lelaki itu dgn satu sebab je.
"Kenapa kau buat mcm tu? Kesian si Naim tu" Faqira merangkap kawan baiknya bersuara dan mcm biasa hanya senyuman jahat yg terbit di bibirnya.
"He is not my type la" jawabnya mcm biasa dan Ira mengeluh malas. Dah bosan dgn ayat sama Awin tu.
"Naim tu, beratur perempuan nak kat dia, boleh kau reject dia mcm tu je?"
"Sebab tu la aku reject dia! Lelaki type aku bukanlah yg jadi kegilaan ramai" sekali lagi Ira mengeluh dan akhirnya dia mengalah dgn apa yg Awin cakap. Kalau orang lain nak pak we popular tapi lain pulak dgn taste Awin. Entahlah.
"Lagipun, zaman sekolah pun dah gedik nak bercinta. Tak layan la aku" sambung Awin lagi dan Ira tergelak sedikit. Ada betulnya jugak apa yg Awin cakapkan tu. Belum masanya utk bercinta sekarang ni. Lainlah kalau dah mampu nak hidup dgn duit sendiri ke apa. Kalau masih lagi guna duit mak bapak better dont.

Dek kerana ayat berbisanya, He is not my type sampai sekarang pun dia masih lagi tak berpunya. Dah ramai yg try tapi semuanya tak penuhi type yg dia nak. Apa dia nak jenis alien pun tak ada orang tahu kot.
"Awin, jom pergi tengok wayang" ajak Ira dan Awin termenung sekejap.
"Cerita apa?" Soalnya malas.
"Cerita baru tu"
"Cerita apa?"
"Cerita melayu"
"Ya la! Cerita apa?" Awin dah naik bengang dgn sikap Ira. Ira sengih bila dia dah terbuat Awin naik angin.
"Prince Charming, hero dia hensem gila kau!"
"Kau belanja aku on!" Tersengih Awin pandang Ira dan dia senyum.
"No hal! Dia bawah syarikat kau kerja kan? Penyanyi dan pelakon baru ni. Mesti kau happy gila kan?"
"Haah, under syrikat aku kerja.tak kuasa aku nak happy sebab dia. Jumpa pun tak pernah"
"Ruginya! Kau sampai bila nak kerja lain dari bidang ni? Penat2 belajar business pergi kerja situ kenapa?"
"Aku tak ready lagi, biarlah abang aku kerja keras dulu sorang2. Aku nak enjoy dulu sebelum masuk lembah busy tu"
"Lantaklah, yg penting kau happy"
"Yes! Thats the point dar"
"Geli la bii" balas Ira balik dan mereka sama2 gelak.

Kalau ada lagi orang yg tak kenal dgn penyanyi dan pelakon baru ni memang luar biasa sangat. Adam Raphael Bin Ahmad Stephane. Nama yg sering meniti di bibir2 terutama sekali pada bibir wanita yg tertawan dgn lunak suaranya malah wajah tampannya. Maklumlah anak kacukan Jerman dan Malaysia, dari rambutnya yg agak perang, hidung mancung cantik terletak dan sebelah kanan dihiasi dgn lesung pipit kecil. Kalau sekali pandang boleh jatuh cinta la katakan.
"Adam, you duduk dulu, I panggilkan manager baru you" Adam hanya senyum dan ikut je apa yg diarahkan. Beberapa perkerja yg melintas dihadapannya pasti tak akan berkedip dan dia pula sentiasa dgn senyuman yg manis.
"Kak Aida,Awin tak nak la jadi manager dia" Awin protes habis habisan utk jadi manager melayu celup tu. Pada dia, Adam lengkap dan sempurna dalam senarai bukan jenis yg dia nak. Memang tak akan tercalon langsung dalam list pilihan hati dia.
"Tolonglah Awin, hanya Awin je yg terbaik utk jadi manager dia skrg ni"
"Kenapa? Ramai yg berminat kan?" Runsing Awin dibuatnya. Dah la mereka sebaya je.
"Sebab tu la, sebab hanya Awin je yg tak obses dgn dia. Akak rasa dia selamat kalau Awin yg jdi PA dia. Please"
"Tadi kata manager, skrg PA pulak?"
"Sama la tu. Please" rayu Aida lagi dan Awin buat muka bengang. Memang tak la dia nak lawan cakap senior tapi dia memang tak nak.
"Apa kata cari lelaki, senang"
"Tak ada! Tolonglah, Adam needs PA now. His schedule is pack" rayu Aida lagi.
"I will do it! But, by my own way"
"Yes! Thanks bii, now can I bring him here?" Soal Aida bahagia habis dan Awin angguk dgn perasaan sebal. Nampak sangat tak kisah langsung dapat jadi PA orang femes.
"Adam, ikut I" Adam angkat punggung dan ikut Aida utk berjumpa dgn PA baru dia dan lebih tepat PA tanpa rela. Habislah Adam lepas ni, mesti mcm kena tahan dgn tentera je. Habislah zaman kebebasan kau Adam.
"Adam, this is Nur Awina, your new PA" senyuman manis dihulurkan sebagai salam perkenalan dan Awin pandang Adam mcm nak telan. Aida dah tersengih sedikit. Bukan dia tak kenal Awin ni bila dia kata tak suka sampai kiamat la dia tak suka kot.
"Selamat bekerjasama" Aida terus berlalu dari kawasan dingin itu. Yg penting dah dapat PA baru utk Adam. Selesai satu masalahnya. Adam telan liur risau bila tengok mula bengang Awin. Langsung tak tunjuk yg mereka akan jadi mesra.
"Saya Adam Raphael" Adam perkenalkan dirinya dgn sopan dan Awin masih lagi dgn lagak nak bertinju dia tu la.
"Satu syarikat ni sibuk cerita pasal kau. Kau ingat aku tak tahu ke nama kau?" Soal Awin dingin dan Adam terus memandang lantai. Rasa gerun nak pandang mata garang Awin.
"Bagi nombor fon kau!" Arahnya tegas dan Adam pandang pelik.
"No worry la, aku tak berminat langsung pun dgn kau ni."
"Ya" Adam pulak yg jadi tergagap gagap bila nak bercakap dgn Awin.
"Mana satu nombor private kau?" Soal Awin lagi dan Adam tunjukkan telefonnya.
"For now on, aku akan belikan lagi satu fon utk kau. Nombor yg guna utk kerja kau. Nombor private kau lantak kau la nak buat apa, tapi aku perlukan nombor tu. Kau kisah tak aku ada nombor tu?" Soal Awin lagi.
"Tak kisah" jawab Adam cuba bertenang walaupun dia dah rasa berpeluh satu badan sekarang ni.
"Good, ni nombor aku. Lantak kau la nak simpan ke tak" Awin serahkan business card dia dan Adam sambutnya dgn baik. Awin pandang Adam yg kelihatan resah dan kekok.
"Ada a few syarat yg kau kena obey nanti, tapi tu lain cerita. Mulai skrg, aku yg akan ambil kau dan drive kau mana je kau nak pergi. Boleh?"
"Boleh"
"Good, kau ada apa2 aktiviti tak hari ni?" Soal Awin pada Adam dan dia terus keluarkan jadualnya.
"Ada, interview sikit."
"Ok! Aku Awin, panggil aku Awin je dan aku harap kau tak buat hal sepanjang aku jdi PA kau ni. Kalau rasa taj suka cara aku, adu cepat2. Aku tak peduli kau suka aku ke tak" keras je Awin bercakap dan Adam hanya angguk faham. Siapa yg tak takut bila pertemuan pertama pun dah macam nak ajak perang.
"Guna kereta pejabat je, dan bila bab kerja je kau perlukan aku. Bab lain, aku tak peduli" Awin bersuara lagi dan Adam dah mcm burung belatuk asyik angguk je kerjanya.

Adam balik kondonya dgn muka masam habis. Tak ceria mcm biasa langsung. Iman yg jadi kawan serumah dia selama beberapa tahun ni tak pernah tengok Adam kusut sampai macam tu sekali.
"Pehal ni bro?" Soal Man lalu duduk di sebelah Adam yg dah mcm lepas break dgn awek je gayanya. Baring tak berdaya pada sofa mcm puasa tak berbuka sampai sudah.
"Dah dapat PA baru" lain benar suara Adam kali ni.
"La, baguslah! Tak ada la kau sibuk sangat nanti"
"Tak bagus Man" mcm nak menangis je suara Adam skrg ni.
"Kenapa pulak? Lelaki ke perempuan?"
"Perempuan"
"Ha! Ni mesti obses dgn kau sampai buat kau pening kan?" Man meneka dan tersengih. Dia tahu tak ada perempuan yg akan tolak kawan baiknya ni.
"No man, i think she hates me"
"Ha? Takkanlah! Biar betul?"
"Betul Man, aku takutlah dgn dia"
"Kenapa? Dia buat kau mcm askar ke?"
"Mungkin. Strict habis!"
"La, kau jugak nak yg mcm tu kan?"
"Bukan mcm tu Man, at least she can gimme a smile"
"Dia tak senyum langsung ke?"
"Nope! Not even once." Man tergelak kecil bila terbayang ada perempuan yg tak suka dgn Adam ni. Nampaknya ada jugak yg tak berminat dgn lelaki sehensem Adam ni.
"Sabar la bro! Heran aku, ada jugak yg tak suka kau eh"
"Aku pun manusia jugak Man" Adam senyum sekilas lalu beransur ke biliknya utk mandi dan solat isyak. Penat betul badan dia sepetang di studio di bual bicara tu.

Begitu jugaklah masamnya muka Awin bila balik ke rumah. Langsung tak nampak ceria dan bahagia mcm biasa. Abangnya, Arwish pelik dgn tingkah adiknya itu.
"Peliknya Awin tu" tegur isterinya, Fathia bila lihat adik iparnya balik terus menonong ke bilik.
"Tu la pasal, ada benda tak kena kat ofis la tu"
"Agaknya la kot. Jom tidur bang" ajak isterinya manja dan Arwish tak tunggu lama terus tutup surat khabar dan berpimpin tangan ke bilik bersama isterinya.
"Abg nak Tia cakap dgn Awin?" Soal Tia bila mereka melewati bilik Awin.
"Tak yah la, kalau dia ada masalah dah lama dia cari awak kan?" Tia senyum sedikit bila suaminya memerli hubungannya yg terlalu rapat dgn Awin. Awin sangat mesra dan baik dgn Tia dari hari pertama mereka berkenalan lagi.
Awin solat isyak dan kemudian dia periksa jadual utk hari esok. Yg dia malas sangat ialah, dia pun akan ikut sama sibuk mcm Adam nanti.
"Photoshoot, shooting, recording"
"Banyak gila nak kena gerak esok ni. Malasnya" rungut Awin terus terbaring atas katilnya lemah. Dia tutup laptop dan letakkan di tepi lalu terus tidur.

"Saya sayangkan awak" ucap Adam penuh syahdu.
"Saya pun sayangkan awak Adam" balas Awin pula dan bila mereka hampir berpelukan Awin terus tersedar bila dia dah selamat berada atas lantai.
"Adoi!" Aduhnya kuat dan dia buat muka bengang.
"Mcm tak ada mimpi lain je! Geli aku!" Berang betul Awin lalu terus masuk ke dalam air utk mandi dan solat. Dia masih lagi rasa yg mimpi tadi adalah mimpi paling buruk yg pernah dia alami.
"Woi! Geli aku! Dah2 la ingat!"  Awin tampar pipinya agak kuat dan dia dah sedar sepenuhnya.
"Ok! Lupakan hal mimpi tu, jom trun breakfast!" Awin seru balik semangat dia dan turun ke dapur. Wah! Makan besar nampaknya hari ni bila pelbagai jenis kuih ada atas meja.
"Kak, nak buat parti ke?" Soalan Awin kalau tak pakej dgn perli memang tak sah la.
"Taj lah, abg awak la, nak bawak pergi ofis "
"Abang saya? Baiknya CEO muda ni" Awin pandang abangnya yg baru sahaja turun ke dapur.
"Sayang, Awin" tegur Arwish lalu ciuman singgah di kepala Awin dan isterinya.
"Kak, Awin nak bungkus sikit, taj sempat nak pergi ofis ni"
"Kejap akak bungkus"
"Nak pergi mana?" Soal Arwish pada Awin.
"Kena pergi Ampang. Skrg ni Awin dapat job baru dan busy sikit"
"Job baru?"
"Haah! Awin dah jdi PA kpda orang femes habis! Adam Raphael"
"Really? That handsome boy?" Awin buat muka bosan bila dengar kakak iparnya ikut sama puji lelaki yg dia tak suka tu.
"Beruntunglah Awin, dapat jadi..."
"Tak untung mana pun! Kak, thanks kuih ni. Bye abg, kak" Awin segera ambil bekas kuihnya dan berlari keluar dari rumah. Dah agak lambat nak jemput tuan femes tu! Bosan la rutin kerja aku lepas ni! Gumam Awin.
Awin memandu selaju mungkin utk sampai awal di tempat tinggal Adam dan seperti biasa dan dia dah agak Adam dah tercongok tunggu dia kat situ.
"Masuk!" Arah Awin kasar dan Adam segerakan langkah masuk ke dalam kereta.
"Kau ada temu bual dgn press, aku tak nak involve" langsung Awin bersuara bila Adam duduk disebelahnya. Tak berkedip mata Adam pandang Awin yg terus bersuara bila nampak mukanya. Langsung tak ada ucap selamat pagi atau apa2 je la. Apa yg keluar dari mulut Awin terus bab kerja. Adam dapat agak yg hari dia akan teruk habis hari ni.
"Ok, tapi kalau ada wartawan tanya pasal awak?"
"Just tell them the truth, i'm your new PA"
"Ok" Adam angguk faham dan dia perhatikan ke luar kereta. Dalam hatinya agak sedih bila dia tak dapat bekerjasama dgn seorang yg dia harapkan. Bukannya seorang yg melayannya sebagai putera raja, at least sebagai kawan. Awin ni pun teruk jugak, ada pulak dia layan Adam mcm musuh.

Press conference bermula dgn baik dan Adam memang terkenal dgn sikap ramah mesranya dgn orang lain. Awin hanya berdiri agak jauh darinya tapi setiap butir bicara mereka Awin dpt dengar dgn baik.
"Alhamdulillah, saya dah ada PA baru skrg. Cik Awina" dia perkenalkan Awin dan Awin tersenyum kpd beberapa wartawan yg pandang ke arahnya.
"Boleh kami iv cik?" Adam kelihatan serba salah dan pandang Awin dgn wajah risau. Awin mengeluh sedikit lalu datang dan duduk di sebelah Adam.
"Ya?" Soal Awin agak ramah dan para wartawan mula bertanya itu dan ini.
"Adakah cik salah seorang peminat Adam?" Soalan itu buatkan Awin rasa nak tergelak.
"Maafkan saya, saya sokong career dia sebab saya PA dia. Itu sahaja"
"Cik ada perancangan khas ke utk Adam?"
"Khas? Tak ada. Saya hanya uruskan dia bab kerja sahaja. Peribadi dia, saya tak akan terlibat langsung melainkan dia memerlukan saya. Luar waktu kerja, kami tak akan berhubung. Saya hanya pembantu dia, dan saya rasa itu semua tak lama"
"Apa maksud cik?"
"Selama ini Adam diuruskan oleh seorang yg profesional dan dia sedang cuti bersalin, mungkin selepas dia kembali ke ofis, saya tak akan jdi PA dia lagi"
"Oh, maknanya cik ni pengganti sahaja?"
"Ya" jawab Awin yakin dan Adam hanya mampu berdiam diri.
"Boleh kami ambil gambar kamu berdua?" Adam pandang Awin yg kelihatan berat hati tapi dia tetap bersetuju. Setelah selesai bergambar mereka menuju ke syarikat rakaman utk single terbaru Adam.

Awin hanya duduk dan perhatikan Adam yg berada dalam studio rakaman. Suara Adam memang sedap dan pasti cair bila dengar lunak suaranya.
"Ok?" Soal Adam pada komposer lagu berunya.
"Ok, tapi ada a few notes yg tak sampai"
"Oh, sorry" pinta Adam ramah dan Zack tersenyum. Zack senang dgn perangai rendah diri yg ada pada Adam.
"Chill dulu, Alif, kau ajar Adam" setelah Zack arahkan pembantunya, terus Alif masuk ke dalam studio bersama dgn Adam.
"Hai! PA Adam?" Sapa Zack mesra pada Awin dan Awin senyum sedikit.
"He is easy going" Awin hanya mampu tersenyum.
"Apa nama u?"
"I? Awin"
"Hai Awin, I zack" mereka berkenalan dan berbual agak mesra. Adam yg perhatikan semuanya dari dalam rasa sedih. Rasa sedih bila Awin tak mampu melayannya semesra itu.
"Adam, this note tinggi tau. Try" Alif pandang Adam yg tengah pandang ke luar.
"Adam" tangan Alif menepuk bahu Adam dan Adam tersedar.
"Ya? Apa?"
"Kau penat ke? Rest la dulu, nanti kita sambung"
"No, ok je. Apa kau cakap tadi?"
"Part ni, note dia tinggi"
"Ok! Get it."
"Ok! Jom try habis baik dan balik" Alif beri kata2 semangat dan Adam tersenyum senang.
"Bang, jom" Alif memaklumkan Zack dan Zack ikut sama bersedia. Bila Adam mula menyanyi semua orang fokus pada nyanyiannya dan Awin juga terpaku pada nyanyian itu. Sangat menusuk jiwa rasanya.
"Perfect!" Zack kali ini berpuas hati dgn nyayian Adam. Adam keluar dari studio dan tersengih bahagia.
"Thanks bro, senang kerja abg kalau semua penyanyi mcm kau ni" Zack memuji Adam dan Adam hanya tersenyum je.
"Deep tau, kau baru lepas frust ke?"
"Mana ada bang. Lagu abg yg best"
"Pandailah kau! Dah, pergi makan"
"Pergi dulu abang, Alif" Adam berjalan keluar setelah pamit dan berjalan lebih hadapan drpd Awin.
"Kau nak makan kat mna?" Soal Awin bila Adam hanya menonong pergi tanpa bersuara.
"Saya tak nak lunch"
"Kau jgn nak mengada! Dah, jom pergi makan. Nanti kau nak shooting pulak" Awin terus masuk ke dalam kereta dan membawa Adam ke sebuah restoren yg agak mewah. Adam hanya mampu menurut dan melangkah masuk ke dalam restoren dgn malas.
"Nak makan apa?" Soal pelayan itu ramah.
"Set lunch"
"Saya nak jus honey dew"
"Kau kena makan"
"Tak nak, perut saya tak selesa" Awin buat muka geram tapi bila Adam langsung tak pandangnya dia mengalah.
"Encik ni Adam Raphael kan?" Soal pelayan itu teruja dan Adam terus tersenyum manis dan mengangguk.
"Wah,hensemnya!" Puji waiter itu secara terangan dan Adam cover mukanya yg mula blushing.
"Kami nak cepat dik, sorry" Awin bersuara bila waiter itu dah ada gaya lupa ingatan.
"Ya, maafkan saya." Terus pelayan itu berlalu pergi dgn cepat dan Awin pandang Adam yg kelihatan tenang sahaja.
Sebaik makanan sampai ke meja makan Adam hanya berdiam diri dan minum jusnya. Awin pandang Adam dan dia agak geram dgn sikap Adam. Pelik sungguh si Awin ni.
"Makan ni, kau nak shoot sampai petang" makanan yg di order Awin diberikan kepada Adam. Adam angkat muka dan pandang Awin tapi dia menggelengkan kepala.
"Makan!" Tegas sekali Awin bersuara dan Adam hanya mampu menurut dalam keadaan terpaksa.

Sebulan dah berlalu dan tiada yg baik dalam hubungan mereka berdua. Adam masih lagi mencuba utk membaiki hubungan mereka tetapi  Awin terlalu berkeras.
"Saya nak makan pizza" Adam bersuara dan Awin jelingnya sekilas.
"No"
"No?" Soal Adam kecewa.
"Jgn nak manja sangat boleh tak?"
"Ok" lemah je Adam jawab dan dia terus berlalu dari situ. Semua mata di meja makan pandang Awin.
"Awin, kesian Adam" tegur Jep dan Awin mengeluh.
"Biarlah dia makan, dia bukannya ada masalah kesihatan ke apa pun" Mia pulak yg back up Jep.
"Dia kena makan benda lain. Malam ni konsert dia" Awin bersuara dan terus berlalu pergi. Dia mengeluh dan masuk ke biliknya lalu dduk di sofa.

Malamnya Adam perform sehabis baik dan semua orang gembira dgn konsert dia. Awin hanya mampu jadi tukang pandang je la. Setelah selesai semuanya Adam masuk ke dalam bilik persediaan dan dia tukarkan pakaian. Hadiah dan bunga dari peminatnya kali ini langsung tak buat dia bahagia mcm biasa. Rasanya life dia juga dah kurang fun skrg sejak Awin yg jadi PA dia.
"Jom balik, esok kena pergi PD" Awin mengajak Adam dan Adam hanya menurut apa yg Awin nak. Banyak yg Awin say no bila Adam mintak sesuatu.
"Saya nak tidur kejap" Adam terus rendahkan kerusi dan tutup mata rapat2.
'Apa kau dah buat ni Awin?' Soal hati Awin sendiri sebab dia pun sedar perubahan Adam. Kurang bercakap skrg dan banyak berdiam je. Senyuman Adam juga tak seikhlas mcm dulu walaupun dia selalu baik dgn semua orqng.
"Adam, dah sampai rumah kau" Awin kejutkan Adam yg nyenyak lena.
"Ya? Terima kasih" Adam ambil barangnya dan turun dari kereta. Awin ikut turun dari kereta dan memanggil Adam.
"Adam!" Adam berhenti berjalan dan pandang ke belakang.
"Nah!" Satu kotak pizza disuakan kepada Adam dan dia hanya mampu terdiam sebab terkejut.
"Jumpa esok" Awin terus berjalan ke kereta dan memecut pergi tanpa toleh ke belakang lagi.
Adam tersenyum sedikit bila kereta itu hilang dari pandangannya. Dia tersengih senang lalu berjalan naik ke rumahnya.
Setelah salam diberi dia terus masuk ke dalam rumah dan Iman yg baru sahaja selesai mandi pelik tengok Adam yg terlebih ceria malam ni.
"Pelik, selalunya balik je muka mcm lepas kena hempap, hari ni bahagia je. PA kau tak buat sistem pemerintahan tentera ke?"
"Man! Guess what? Dia belanja aku pizza" teruja habis muka si Adam tapi Iman mcm biasa je.
"So?"
"Fisrt dia tak bagi aku makan tau, then dia belanja aku lepas konsert" cerita Adam secara ringkas dan Iman tersengih sedikit.
"Kau ni Dam, kesian aku tengok"
"Pehal?"
"Dapat queen control"
"No la, she wants the best for me"
"Hailah, dulu kau jugak duk mengadu domba pasal dia, skrg dah sayang ya?"
"Mana ada! Dah la, aku nak mandi" Adam tinggalkan pizza atas meja dan terus berlalu ke biliknya.

Esoknya sahlah berita penuh pasal konsert semalan dan berduyun ucapan tahniah pada Adam. Awin hanya diamkan diri dan berlalu pergi dari situ. Langsung tak ada niat untuk join parti ringkas itu.
"Kesian Adam, tak boleh makan pizza semalam" Mia bersuara dan yg lain menyokong kenyataannya. Adam tersengih sedikit sebelum masukkan kek ke dalam mulutnya.
"Tak patut Awin layan Adam mcm tu" Lina pulak yg menambah skrg ni.
"Jgn salah faham. Awin tak nak saya sakit perut je masa konsert tu. Habis je konsert dia belanja saya pizza. Saya nak bawak kek ni utk dia" Adam bersuara ceria dan berlalu pergi. Mereka yg dengar apa yg keluar dari mulut Adam tadi hanya mampu ternganga.

Pintu bilik Awin diketuk dan Awin hanya perhatikan sahaja langkah Adam yg masuk ke dalam biliknya.
"Kek" Adam letakkan piring kek di atas meja Awin dan dia senyum sedikit.
"Aku puasa" ujar Awin lalu menolak piring kek itu kepada Adam. Adam tersentak namun dia cuba untuk tersenyum. Dia sendiri hilang kata2 bila Awin menolak kek yg dia bawakan khas utk Awin.
'Adam! Dia puasa la' bisik hati Adam supaya tak fikir yg bukan2.
'Bukan dia tak nak, tapi dia puasa' pujuk hati Adam lagi dan dia ambil piring tersebut keluar dari bilik Awin. Awin hanya berlagak mcm tak ada apa yg berlaku.
"Kak Aida, saya bawakan kek" Adam sua piring kek kepada Aida dan Aida ambilnya dgn gembira.
"Utk Awin kan?" Soal Aida pada Adam dan Adam senyum sedikit.
"Setiap khamis Awin puasa Adam, u tak perasan ya selama ni?" Soal Aida dan Adam tersenyum sdikit.
"Oh, dia memang selalu puasa ya?"
"Haah, kalau tak ada apa2 sebab dia selalunya puasa"
"Thanks kak, enjoy the sweetness of the cake" Adam berlalu dgn ceria dan join parti itu lagi. Pelik sungguh perangai si Adam ni.

Awin menguis pasir pantai dgn kakinya tanpa bersuara sejak tadi. Ira yg hairan dgn sikap pendiam Awin hari ni, selalunya pantai la yg paling dia suka sekali.
"Kau kenapa ni?" Ira cuit kaki Awin dan Awin memandang kawan baiknya itu lalu tersenyum.
"Aku rasa Adam tak suka aku jadi PA dia"
"Ya ke? Ok je aku tengok"
"Kau yg tak hadap dia hari2. Aku ni yg duk hadap dia"
"Why do u care?"
"Aku tak care, tapi aku malas nak menjawab dgn boss aku tu. Katanya Adam dah tak ceria mcm dulu. Mana la aku nak tahu kenapa kan?"
"Oh, aku rasa sebab..."
"Kau ni! Cakap kasi habislah"
"Kau jgn marah"
"Tak adanya!"
"Kau bertegas sangat dgn dia kot. Ya, aku tahu he is not your type, tapi kau tak patut layan dia dgn muka bengang semua. Bukannya dia pernah lamar kau ke apa kan? Type yg kau cari tu utk pasangan hidup kan, bukannya kawan. Betul tak?" Panjang ayat yg keluar dari mulut Ira buat Awin terfikir sejenak. Ada benarnya apa yg Ira cakap, sekalipun Adam bukan type yg Awin cari, tak ada masalah jika mereka berkawan.
"Betul jugak! Kenapalah aku tak fikir pasal benda ni kan?"
"Kau rasa aku betul? Alhamdulillah" Ira tersengih bila buat ulung kalinya Awin dengar cakap dia dan terima idea dia tanpa bantahan.
"Betul la tu, bukannya aku nak kawin dgn dia pun. Kan? Alahai...tak matang sungguh aku ni" Ira tepuk bahu Awin lembut. Awin tersengih dan fikirkan apa yg dia perlu buat esok.

Pagi2 lagi Awin dah sampai utk menjemput Adam. Berkobar kobar semangat dia nak berubah hari ni. Bukannya dia nak jadi kamceng ke apa, cukuplah sekadar mereka boleh bekerjasama dgn baik dan agak mesra. Dia tahu yg ramai mulut2 kata dia agak kejam terhadap Adam. Memang agak kejam bila tolak semua yg Adam nak buat dan langsung tak pedulikan Adam.
"Teruknya aku jadi manager!" Awin marah dirinya sendiri dan bila Adam masuk ke dalam kereta dgn wajah selamba habis senyuman Awin mula menghilang.
'Dia memang tak suka kau la' Awin meletakkan kepala atas steremg kereta dan mengeluh. Adam pandang Awin yg kelihatan agak pelik berbanding biasa. Selalunya Awin terus pergi tanpa banyak hal.
"Awak ok?" Soal Adam ringkas walaupun dia dapat agak yg Awin tak akan jawab soalan dia tu.
"Aku nak singgah beli coffee jap" Awin memandu keluar dari perkarangan kondo dan memandu ke sebuah cafe kegemarannya.
"Tunggu jap" Awin turun dari kereta dan masuk ke dalam cafe.
"Mal, coffee dua"
"Black?"
"Both"
"Really? Kau suka white ke?"
"No la, kawan"
"Ok!" Kamal menyediakan apa yg Awin mintak. Setelah membuat bayaran Awin tarik nafas sebelum masuk ke dalam kereta. Adam pandang apa yg ada di tangan Awin.
"Tolong pegang jap" Adam ambil bekas itu dan hanya berdiam diri. Setelah mereka berdua sampai di set shooting, masih terlalu awal dan Awin serba salah nak ajak Adam join dia breakfast. Dulu Adam selalu dah breakfast dan cekap malah bersedia dgn sempurna. Sejak Awin jadi PA nya dia mula malas nak buat semua tu. Hanya jadi robot dan ikut je apa yg Awin nak.
"Adam!" Panggil Awin agak kuat kerana Adam berada jauh darinya.
"Ya?" Soal Adam sambil berjalan ke arah Awin.
"Dah breakfast?" Soalan yg tak pernah Awin tanya selama ini.
"Be...belum" Adam memang rasa sangat yg Awin berperangai pelik.
"Jom! Join aku breakfast" ajak Awin dan cuba create situasi biasa.
"Really?"
"Yes! Sit."
"Ok"
"Kenapa tak breakfast?. Sepatutnya kau tak tinggal breakfast. Btw, your coffee" satu hot cup diserahkan pada Adam dan Adam masih lagi teragak agak nak terima. Siapa tak terkejut bila Awin berubah 360 darjah, langsung tak sama mcm semalam. Pelik la Adam rasa skrg ni.
"Kakak ipar aku buat donut, jom makan" ajak Awin mesra. Walaupun dalam hatinya tahu yg dia berlagak pelik dia terpaksa jugak, sebab dia tak pandai nak minta maaf macam mana dgn si Adam tu. Adam pandang Awin yg hanya khusyuk pandang meja.
"Makan cepat, nanti dah nak start shooting" Awin menyuakan donut kepada Adam dan Adam ambilnya lalu disuapkan ke dalam mulut. Dia minum coffee dan kemudian dia terbatuk.
"Kenapa?" Soal Awin pelik.
"Pahit, black coffee eh?" Soalnya pada Awin dan Awin tersengih sedikit.
"Sorry, this one white coffee" Awin tolak yg dia punya kepada Adam. Tersilap cawan rupanya.
"Thanks" ucap Adam ikhlas dan Awin hanya senyum sedikit lalu pandang ke tempat lain. Terasa masa berjalan dgn sangat lambat.
"Alhamdulillah, saya dah kenyang. Terima kasih" ucap Adam lagi dan Awin hanya tersenyum ringkas. Langsung wajah Adam tak dipandang.

Iman pelik tengok reaksi Adam kali ini, macam pandang tv tapi dahi berkerut. Nak kata Adam tengok cerita aksi ke apa tak jugak, berita je pun.
"Woi, kau ni selalunya balik dgn muka masam, tak pun senyum sampai telinga. Kali ni muka confuse habis kenapa? Aku tahu la kau ni pelakon tapi tak payah la bawak balik ekspresi pelik2 kau ni kat rumah" tegur Iman panjang lebar dan Adam pandang Iman dgn muka yg masih sama dgn tadi.
"Man, aku memang tengah confuse ni."
"Confuse apa pulak? PA kau buat apa pulak hari ni?" Iman ni pun dah boleh agak kenapa emosi dan reaksi Adam berubah ubah. Teringin pulak Iman jumpa dan kenal dgn PA Adam.
"Hari ni dia belanja aku breakfast"
"Biasa la tu, kan? Hari tu dia belanja kau pizza sampai tidur pun tersengih je"
"Bukan Man! Dia tahu aku suka white coffee"
"Ya la, dia tengok kau minum setiap hari kan? Sama mcm kau tahu dia suka black coffee"
"Betul jugak, tapi hari ni dia ajak aku breakfast sama2 dgn dia, makan bekal yg dia prepare dari rumah" kali ini Iman diam bila dgr kata2 Adam.
"Dia senyum dan ucap selmat pagi lagi hari ni. Kau tahu tak, memang bukan dia la. Dia banyak tolak ansur dan tanya aku nak makan apa utk lunch. Aku just rasa tu bukan dia" Adam terus cerita lagi tentang Awin dan Iman rasa ada yg pelik dari cerita Adam kalau nak dibandingkan selama ini.
"Pelik"
"Kan?"
"Dia dah....jatuh cinta dgn kau kot" Idea yg Iman beri langsung tak masuk akal pada Adam.
"Mustahil la, semalam baru je dia jadi singa, hari ni baik pulak. Takkan jatuh cinta terkejut kut."
"Betul jugak, ha! Entah2 dia sengaja buat baik dgn kau, lepas tu dia culik kau dan ugut nak dapat duit banyak" lagi sekali idea tak berapa nak bernas Iman berikan dan Adam rasa nak tergelak.
"Otak kau ni seni dan dramatik jugak kan. Dia nak ugut siapa? Nak call parent aku yg dia tak kenal tu?"
"Haah! Betul jugak. Habis tu kenapa?"
"Kalau aku tahu aku tak bawak balik ekspresi mcm ni" Adam dah nak naik angin bila soalannya di tanya balik.
"Sorry bro, maybe dia dah rasa bersalah sebab layan kau mcm anak tiri kut."
"Tapi, kenapa pulak tiba2?"
"Kau kan selalu tak ada mood je kan? Kau sendiri cakap dah rasa tak ada life dan tak bahagia mcm selalu. Mungkin ada orang tegur dia yg dia terlalu anak tirikan kau" Adam berfikir sejenak apa yg keluar dari mulut Iman dan dia rasa ada betulnya apa yg Iman cakap tu. Lagipun Awin ada kena panggil dgn head team semalam.
"Dia ada kena panggil dgn head team semalam. Dia kena marah ke?" Kali ini Adam dah bertukar ke mode risau pulak. Mungkin perubahan mood dia dah buat Awin susah.
"Tak kut, maybe nasihat sikit. Kalau dia kena marah aku rasa dia bagi kau makan racun sebab sakit hati" seloroh Iman dan Adam sepertinya terkejut lalu memegang perutnya. Teringat donut yg dia makan bersama Awin tadi. Tapi bila dia fikir balik mcm mustahil je, sebab Awin pun makan donut tu.
"Dah la tu Dam, kau ni orang dah layan kau elok. Sepatutnya bersyukur" tegur Iman dan Adam tersenyum sedikit. Terasa geli hati bila dia turut ada otak dramatik sama mcm Iman tadi.
"Alhamdulillah, bersyukur Ya Allah" Adam tergelak kecil dan Iman ikut sama gelak.
"Aku rasa dalam dua bulan ni, asyik duk cerita pasal PA kau je kan?"
"Haah! Sorry la bro, aku terlalu ikutkan hati. Kau pulak yg kena dengar luahan hati aku ni" Adam buat2 sedih dan Iman baling bantal tepat atas muka Adam dan akhirnya mereka berdua gelak mcm orang tak waras.
"Cerita2, apa nama PA kau tu? Teringin aku nak kenal"
"Ada la nama dia, nak kenal dia? Nantilah"
"Eleh, kedekut la sangat. Aku nak tidur dulu. Esok nak pergi butik pengantin. Tak sabar nak kawin" Iman berlalu pergi sambil ketawa kecil. Saja dia buat muka miang mcm tu dan Adam rasa mcm dia nak tendang orang je malam tu.

"Allah je tahu aku dah mcm orang keras kejung weh!" Seronok Ira gelakkan Awin.
"Tahniah la weh! Mesti Adam balik dan blur habis kenapa kau boleh jadi baik mcm tu sekali"
"Agaknyalah kut. Dia pun mcm takut je tadi"
"Gila tak takut? Dari harimau lepas tu jadi kucing. Mestilah dia terkejut"
"Sedap mulut kau ya, aku ni dah jadi kucing ya?"
"Sorry fren, aku nak tidur dah ni"
"Ok. Bye" terus Awin matikan telefon dan campaknya atas katil. Dia berjalan mundar mandir dalam biliknya dan sesekali dia mengeluh.
"Lantak la dia nak fikir apa pun, yg penting aku tak kena marah lagi dan lepas ni tak ada lagi masalah" Awin sedapkan hatinya dan terus lompat ke atas katil. Tidur lagi baik.

Begitulah hari2 seterusnya dan hubungan mereka semakin erat, Adam pun dah jadi mcm dulu balik, walaupun dia dan Awin tak kamceng sangat tapi Awin dah boleh beralah dan berbual dengannya secara normal. Perubahan itu juga membuatkan satu ofis ni pelik dgn perangai Awin.
"Saya tahu yg saya ni teruk layan Adam tu kan, I just want to be a good manager. Help me please, dan jgn duk buat muka pelik sangat bila saya buat baik dgn dia. Korang jugak yg nak layan dia baik2 kan?"
"Yes! Good!"
"Yes, bagus!"
"Ni barulah Awin"
"Abg pun pelik, kenapa kau tak suka dia sangat dulu"
"Bila masa saya cakap tak suka dia? Saya tak pandai la nak jadi PA orang ni dan dia sebaya dgn saya, kekok skit" Awin pertahankan dirinya dan yg lain hanya angguk faham.
"Skrg dah tak kekok la ya?"
"Kekok jugak, tapi dah kena on head dgn head team" Awin tersengih dan berjalan keluar dari pantry. Yg lain dah ketawa bila Awin cakap mcm tu. Memang lumrah lepas kena panggil dgn head team lepas tu memang insaf terus. Selalunya tak kena marah pun tapi kata2 head team mereka memang menginsafkan.

Awin resah gelisah bila lagi sekali dia dipanggil ke bilik head team. Habis doa dan istighfar yg dia baca dan memang tak akan dipanggil masuk ke bilik head team kalau bukan sebab serius.
"Kau buat apa pulak kali ni?" Soal Min dan Awin hanya mampu angkat bahu risau.
"Pray for me, jgn lupa buat #" sempat lagi Awin buat lawak dan Min tergelak kecil dgn sikap Awin. Pintu bilik diketuk dan setelah dapat arahan Awin terus masuk ke dalam bilik head team mereka.
"Awina, duduk" pelawa head team mereka dgn nada tegas mcm biasa, tegas tu tak jugak tapi lebih kepada man la. Tak mesra dan tak garang, in the middle gitu. Setiap kali Awin bersua muka dgn head team dia mesti rasa berdebar tak tahu sama ada sebab takut atau sebab lain. Yg penting banyak yg ada pada diri head team ni type Awin. Macho, strict, man tu ada.
"Saya ada buat salah lagi ke chief?" Soal Awin risau habis, langsung tak dipandang wajah tegas didepannya itu.
"Awak terasa ke saya marah awak?" Awin agak terkejut dgn soalan yg ditanya head teamnya.
"Mana ada, chief tanya apa ni?" Soal Awin terkejut.
"Saya dengar apa yg awak dan staff lain borak dalam pantry" terus straight to the point dan jelas air muka Awin berubah.
'Matilah aku' hanya itu yg terlintas dalam benak Awin sekarang ni.
"Chief dengar?" Soal Awin lagi.
"Ya, everything" adoi! Awin rasa mcm dah tamat riwayat dia hari tu jugak.
"Saya bukan terasa chief"
"Awak marah saya?"
"Mana ada marah. Maksud saya on head tu, betul la. Kena atas batang hidung saya. Saya ni memang kejam sikit layan Adam. Padahal dia tak salah apa2 pun. Tapi, skrg ni kami dah elok sikit. Adam pun dah balik mcm dulu. Nasib baik chief sedarkan saya" bukan main lagi ayat panjang tu keluar dari mulut Awin dan head team itu tersenyum sedikit. Saat itu memang Awin dah tangkap moment habis, tak pernah dia dapat tengok senyuman seikhlas ni dari wajah head teamnya.
"Saya minta maaf kalau saya terlalu bertegas dgn awak, saya..."
"Tak pe chief! Tegur menegur tak salah. Lagipun memang salah saya" laju je si Awin ni potong apa yg chief dia nak cakap.
"Ok, awak boleh pergi" ujarnya dan Awin senyum segaris sebelum melangkah pergi. Kali pertama rasa bahagia habis lepas keluar dari bilik head team.
"Awak kena marah ke?" Tak sangka yg Adam sedang menunggu Awin di depan pintu. Awin senyum dan gelengkan kepalanya, entah kenapa dia rasa bahagia sangat sekarang ni. Terlalu bahagia apabila melihat senyuman manis chiefnya.
"Adam, my day will perfect today"
"Ha? Why?" Soal Adam pelik. Pelik sungguh perangai Awin ni.
"Jom! Kita nak pergi Klang kan? Kau ada charity kat sana"
"Jom" Awin berjalan ke biliknya utk ambil beg sandangnya dan bila dia pergi Min dan Lina tanyakan pada Adam knapa Awin bahagia sangat. Jelas sangat di wajah Awin dah macam keluar bunga api agaknya bersinar tu.
"Naik pangkat ke?" Soal Min lagi dan Adam hanya angkat bahu tanda taky tahu.
"Awin, pesal?" Soal Min bila Awin melintas hadapannya. Awin tersengih.
"Chief senyum kau hari ni, hensem!" Awin buat simbol like dan yg lain ikut sama tersenyum.
"Serius? Chief senyum?"
"Haah! Cair weh!" Ujar Awin lagi.
"Tak aci!"
"Pergi la jumpa dia, mana tahu dia senyum kat kau pulak" saran Awin dan berlalu pergi dgn bahagia. Min dan Lina ketawa sakan. Tapi memang agak bertuah kalau dapat tengok senyuman head team mereka. Memang heaven la boleh katakan.

Adam pulak yg naik rimas bila Awin asyik senyum je sepanjang hari dan ceria terlajak luar biasa hari ni. Adam hampir label yg Awin ni tak waras bila asyik senyum je aejak tadi.
"Power betul senyuman chief tu" tegur Adam bila mereka dalam perjalanan balik setelah semua urusan selesai.
"Power?" Soal Awin sambil tersenyum senang.
"Ya la, awak senyum sampai ke telinga sepanjang hari"
"Ya ke?" Soal Awin ceria. Adam dah malas nak jawab soalan tu.
"Itu la bezanya bila kita dapat tengok senyuman yg mahal. Chief tu mana pernah senyum, serius je memanjang. Tapi bila dia senyum, kita yg bahagia dapat tengok senyuman mahal dia tu"Adam tersengih bila dengar apa yg keluar dari mulut Awin. Mungkin padanya agak pelik kut tapi Awin tak kisah pun.
"Senyuman orang yg suka senyum tu murah la ya?" Soal Adam pada Awin pula.
"Bukan murah, kalau orang yg selalu senyum mcm kau ni, mesti ramai yg suka. Bagi peminat kau memang bahagia habis bila tengok kau senyum. Lagipun kau suka ke tak memang kena selalu senyum. Maklumlah kau yg orang nak tengok depan tv. Lainlah chief tu, senyum jarang2 pun dah ok. "
"Pelik la Awin, entah2 awak suka chief kot" tebak Adam dan Awin hanya tersenyum manis.

"Apa pulak masalah kau kali ni? Berapa jenis ekspresi yg kau nak ajar aku ni?" Soal Iman lalu membuka tv. Pelik sungguh reaksi Adam hari ni dan Iman sendiri dah tak dapat nak tafsir apa maksud muka Adam kali ini.
"Man, kalau diam betul ke maksudnya ya?"
"Kau ni ada je soalan yg pelik2"
"Jawablah Man!" Gesa Adam lagi.
"Bergantunglah jugak, ada la soalan yg kalau diam tu maknanya ya"
"Kalau dia diam dan senyum sampai telinga?" Soal Adam lagi.
"Ya la tu!"
"Ya?" Soal Adam perlahan. Iman garu kepalanya yg terasa gatal dan dia memang pelik sungguh dgn Adam ni.
"Kau knapa ni?" Giliran Iman utk bertanya kpd Adam. Dah pening kepala Iman nak fikir apa yg Adam maksudkan.
"Tak ada apa la."
"Kau ni pelik2 la Dam"
"Tak pelik mana pun kalau sekadar bertanya"
"Kau ok ke ni?"
"Ok je, aku masuk tidur dulu" Iman hanya perhatikan langkah Adam yg berlalu pergi. Dia yakin yg ada sesuatu yg telah jadi hari ni.

Adam sedang shooting dan Awin ambil kesempatan itu utk berjalan jalan di tepi pantai. Seronok Awin berjalan di gigi air dan dia seronok setiap kali ombak melanggar kakinya.
"Awin!" Laung Adam dari jauh dan berlari anak mendekati Awin bila Awin berpaling kepadanya. Awin senyum sedikit sebelum kembali berjalan tanpa pedulikan Adam yg sedang berlari kepadanya.
"Nak pergi mana?" Dgn termengah Adam bertanya kepada Awin.
"Jalan2 jap. Dah siap ke?" Soal Awin pada Adam dan Adam angguk sambil tersenyum.
"Kesian awak, terpaksa ikut datang PD ni"
"Tak kisah pun. Aku PA kau kan"
"Malam ni director belanja makan besar. Awak join tak?"
"Join la, director ajak aku ok" Adam tersengih lalu ikut berjalan bersama Awin.
"Kau tak takut ke jalan dgn aku ni?" Adam berhenti berjalan dan pandang Awin pelik.
"Kenapa nak takut? Ni bukan Awin ke? Dah maghrib ni" Adam buat muka cuak, dan Awin sepak air pantai sehingga memercik ke muka Adam. Setelah itu Adam lari sambil ketawa bila berjaya kenakan Awin. Seronok pulak si Awin kejar dan mereka berdua berkejaran hingga ke resort.
"Jaga kau! Panggil aku hantu ya?"
"Gurau je, jumpa malam nanti" Adam tersenyum pada Awin. Awin tutup pintu bilik hotel dan tak hiraukan Adam. Adam tersenyum senang dan menutup pintu biliknya rapat.

Malamnya banyak pulak Awin dan Adam borak sehingga abaikan orang lain kot. Adam dan Awin sama2 seronok berbual lebih2 lagi bila mereka baru je sedar yg mereka satu sekolah dulu. Cuma kelas yg berbeza dan memang tak kenal satu sama lain pun.
"Aku ingat kau! Kau la mamat jerman yg sopan gila tu kan?" Tebak Awin cuba ingat balik apa yg pernah jadi zaman sekolah dulu. Adam tak cakap banyak hanya mampu angguk je. Memang dirinya digelar sebegitu krana sikap ramahnya. Maklumlah ketua pengawas la katakan.
"Kelas awak, kelas sukan. Kan?"
"Haah! Tapi kelas aku terkenal dgn rekod buruk. Kelas kau kan budak akedemik"
"Tapi, Hafiz, ingat tak?"
"Ingat! Gila bijak mamat tu! Terel sukan lagi. Beratur budak kelas aku minat dia"
"Bukan kelas awak je, kelas saya pun sama"
"Ya? Tapi, lagi ramai budak kelas aku suka kau, budak kelas kau. Budak laki pun usha awek kelas kau" Adam tergelak bila dengar Awin cakap mcm tu.
"Ya la kot, tapi budak sukan hot kan? Tapi, saya tak ingat sangat pasal awak"
"Mana nak ingat. Aku bukan budak femes pun. Tapi aku kawan dgn budak femes, Faqira. Ira" Awin tersengih bila cerita pasal kawan baiknya itu.
"Faqira, kenal. Hot couple dgn Iman. Satu sekolah heboh pasal dia"
"Kau pun tahu? Dah nak kawin pun dorang. Alhamdulillah, sampai jugak jodoh dorang"
"Awak tahu? Awak masih berhubung dgn Ira ke?"
"Mestilah! BFF!"
"Ya Allah, Iman satu rumah dgn saya. Saya kenal sangat Ira tu tapi Ira tak tahu pun saya serumah dgn Iman"
"Ya ke? Ya Allah! Adam! Kita ni sebenarnya dekat je kan?" Mereka berdua ketawa lagi dan suasana di meja itu riuh dgn tawa mereka berdua. Kelakar bila korek2 cerita rupanya mereka berdua ni tak jauh mana pun.
"Hai, sakan borak" mereka berdua berhenti ketawa bila ada satu suara garau menegur mereka. Adam dan Awin sama2 diam dan pandang gerangan itu dgn muka terkejut habis.
"Chief!" Serentak Awin dan Adam bersuara.
"Boleh saya duduk?" Soal head team mereka dan mereka angguk.
"Apa chief buat kat sini?" Soal Adam langsung.
"Saya ada meeting sikit. Baguslah awak berdua ada kat sini. Saya nak discuss sikit"
"Apa?" Soal Adam dan Awin serentak lagi sekali.
"My sis nak guna u as model baju baru dia utk showcase kat sini nanti. Boleh?" Adam agak terkejut dan dia pandang Awin.
"Saya ok je kalau Awin kata ok"
"Awina?" Soalan kembali kepada Awin.
"Let me check your schedule. Bila?" "17 ogos"
"17 ogos, kau free Adam. Tapi, kau baru je balik dari Hong Kong 16 tu, kau ok ke? Tak penat?" Soal Awin pada Adam.
"Ok je, saya rasa ok je"
"Kau tak penat ke? Aku risau kau tak larat je"
"Ok je. Dah biasa saya buat"
"Kau sure ok?" Soal Awin lagi sekali. Head team mereka hanya mampu berdiam diri dan memerhati dua orang ini berbincang. Jelas yg Awin agak risaukan kesihatan Adam.
"Kalau tak boleh it is ok" dia menyampuk dan dua orang itu berhenti berbincang dan buat dia taj wujud kat situ.
"Sehari je kan?" Soal Awin.
"Yup! Just one night only"
"Kau nak ni?" Soal Awin pada Adam pula dan Adam angguk sambil tersenyum.
"Ok! Tapi, kena ajak sis chief jumpa kami dulu. Boleh discuss"
"Yes, isnin nanti dia datang ofis. Adam free tak?"
"Petang free, pukul 3 to 4. Pagi till lunch pack" jawab Awin seperti gaya PA profesional.
"Good." Balas head team mereka dan Adam dan Awin tersenyum senang.
"Saya ambilkan minuman utk chief" Adam beredar dari meja itu dan Awin mula rasakan suasana pelik. Tapi dalam hati agak bahagia sebenarnya. Hahaha.
"Ta salah lagi saya pilih awak jadi PA Adam"
"Ha? Chief yg pilih?" Ternyata Awin terkejut dgn berita yg baru je sampai ditelinga dia.
"Yes. Because Aida said that u are the only one girl in the office that do not obsessed with him" Awin tergelak kecil dgn kenyataan itu.
"Yes. But, he is very good chief. Saya tak kena susah payah mana pun. He is nice and i feel happy to cooperate with him" Awin senyum bahagia dan pandang Adam yg sedang berbual dgn beberapa orang krew penggambaran. Mata Aiman, head team mereka pula jatuh tepat pada wajah Awin yg sedang tersenyum itu.
"I think, u like him now"
"Mestilah, lepas kena basuh dgn Chief. Takutlah saya" seloroh Awin lalu tergelak senang dan Aiman hanya mampu tersenyum sedkit dgn telatah Awin. Adam yg perhatikan saat bahagia itu takut utk melangkah lebih dekat. Cawan ditangannya dipandang lalu dia tetap bawakan cawan itu ke meja.
"Seronok borak" tegur Adam sambil tersenyum lalu letakkan cawan di atas meja.
"Your juice" sua Adam dan Aiman ambilnya dgn ucapan terima kasih.
"Sorry chief, Awin. Saya nak masuk bilik nak rehat. Esok ada lagi sehari nak shoot"
"Yes! Dah pukul 11 malam ni. Saya pun nak naik jugak chief. Penat. Kami mintak diri dulu" Awin dgn sopan mintak diri dan berlalu bersama Adam. Mereka berjalan beriringan sepanjang pantai sebelum sampai ke hotel. Tak ada perbualan di antara mereka hanya senyuman Awin dan bunyi angin pantai yg menemani mereka. Tak sangka jugak saat itu juga hujan nak turun.
"Hujan!" Jerit Awin dan berlari anak.
"Adam! Cepatlah! Hujan ni, nanti demam"
"Kejap! Jom berteduh bawah jaket saya dan kita marathon sama2" ajak Adam dan melindungi kepala Awin dgn jaket kulitnya. Mereka berdua ketawa sambil berlari laju ke lobi hotel. Agak basah tapi tak teruk sangat. Mereka masih lagi dgn sisa ketawa bila naik lif ke bilik masing2.
"Saya masuk dulu" ujar Adam dan tutup pintu biliknya yg hanya dihadapan bilik Awin.
"Adam!"panggil Awin.
"Apa?" Soal Adam dan buka semula pintu biliknya.
"Terus mandi dgn air panas. Jgn sampai jatuh sakit. Aku karate kau esok" apa jenis nasihat yg Awin beri pun tak ada orang tahu. Gangster habis. Adam tersenyum dan angguk faham. Awin masuk ke dalam biliknya dan terus mandi dgn air panas. Heaven katanya. Setelah seleaai mandi Awin bancuh dua cawan susu dan dia ke bilik Adam. Dia ketuk pintu bilik Adam dan Adam yg dah selesai mandi keluar dgn pakaian tidurnya. Awin tergelak tengok pakaian tidur Adam. Ada kartun apa bagai lagi.
"Susu" sua Awin dan Adam tersenyum bahagia lalu mengambilnya.
"Adam, matang sikit lepas ni" tegur Awin sambil analisa pakaian tidur Adam dari atas sampai bawah.
"This symbol nothing" Adam bertegas dgn baju tidurnya dan Awin hanya mampu tersengih.
"Schoolmate, lets be friend. No more saya, awak. Geli" Awin bersuara pula dan Adam tersengih sedikit lalu angguk setuju. Dah memang jenis Adam bercakap secara sopan mcm tu tapi bila Awin yg mintak dia terpaksa ikut jugak.
"Genite" Awin tolak Adam masuk dalam biliknya dan tutup pintu rapat. Awin tersengih di depan pintu bilik Adam dan berjalan ke biliknya, tapi langkahnya terhenti bila ternampak Aiman yg sedang memandangnya tak jauh dari situ.
"Chief, tidur sini?" Soal Awin teruja lalu berjalan ke arah Aiman. Aiman yg kelihatan tenang dan bersahaja turut berjalan ke arah Awin.
"Bilik saya nombor 181" ujar Aiman.
"Oh, selang dua bilik dari saya, jom saya tunjukkan bilik tuan" Awin ceria berlakon sebagai pekerja hotel dan Aiman sembunyi senyum lalu ikut langkah Awin. Ralit dia perhatikan wajah yg ceria itu berjalan ke biliknya.
"Tadaa! Enjoy your stay." Awin berkata lagi dan kali ini Aiman berikan senyuman ikhlas pada Awin. Mulalah Awin rasa nak pengsan sebaik dia tengok senyuman tu.
"Thank u, awak borak dgn siapa tadi?"
"Oh, Adam. Tadi dia kena hujan, jadi saya bagi susu panas"
"Ya? Awak pun kena hujan ke?" Soal Aiman risau dan Awin tergelak sikit.
"Chief risau ke? Kalau pasal saya tak payah risau. Saya kuat. Adam tu yg chief kena risau" Awin sepertinya seronok bercerita tentang Adam pada Aiman dan pada Aiman dia tak rasa menarik langsung cerita pasal Adam. Mungkinkah dia sukakan Awin?

Adam pelik bila dia ketuk pintu bilik Awin tiada jawapan, kemudian dia keluarkan fon dan call Awin tapi tak ada jawapan. Tak lama kemudian dia terdengar suara yg sedang bergelak ketawa berjalan ke arahnya, dia berpaling dan terkejut bila Awin dan Aiman sedang berjalan bersama dan berborak senang.
"Oh! Adam!" Awin berlari mendapatkan Adam yg sedang berdiri memandang mereka berdua dgn muka selamba habis.
"Dari mana?" Soal Adam ringkas tanpa ucapan selamat pagi pun.
"Tengok sunrise! Lawa gila kot. Aku kejut kau tapi tak bangun. Lepas tu aku nak pergi sorang, kebetulan chief kaluar dari bilik" ceria sungguh suara Awin dan Adam senyum sedikit.
"Chief" Adam menegur Aiman dgn ramah dan Aiman angguk je.
"Jom breakfast!" Ajak Awin ceria dan Aiman angguk setuju. Adam pulak yg berat hati sekarang ni.
"Awin, aku nak pergi set ni. Skrip tak ingat lagi. Kau pergi dgn chief je la" Adam maklumkan dgn ramah dan Awin angguk faham.
"Ok, elok jugak suasana pagi utk hafal ni" Awin beri semangat pada Adam dan Adam tersenyum sikit.
"Saya pergi dulu chief, jumpa kat set" Adam berlalu pergi dan Awin melambai mesra lalu berjalan ikut belakang Adam.
"Kita turun sama2 Adam! Jom chief!" Awin mengejar langkah Adam dan masuk ke dalam lif bersama sama. Mereka berborak ringkas sementara menunggu Aiman masuk ke dalam lif.

"White and black coffee dalam hot cup dua. Sandwich telur Satu, sadwich sayur satu. Bungkus"  pesan Awin di kaunter cafe dan Aiman hanya perhatikan gelagat Awin yg kalut.
"Saya tak minum coffee" ujar Aiman pada Awin.
"Oh, sorry chief. Chief nak apa?" Soal Awin kalut.
"Orange juice"  Aiman order sendiri minumannya.
"Chief, saya pergi set dulu. Adam kena ambil breakfast nanti dia sakit perut. Kita lunch sama2 je la ya kalau sempat. Bye!" Awin berlari ke set tanpa menoleh lagi. Aiman mengeluh melihat Awin berlalu begitu sahaja tanpa hiraukan dia di situ.
"Adam" sepatah nama itu keluar dari mulut Aiman tanpa perasaan.

"Dah ingat skrip?" Soal Awin sebaik duduk di sebelah Adam di atas batang pokok kelapa yg tumbang. Adam agak terkejut dgn kehadiran Awin di situ tapi dia senang.
"Nah, white coffee and sandwich sayur" hulur Awin dan Adam ambilnya sambil tersenyum bahagia.
"Mana aci, kau punya sandwich telur" ujar Adam geram.
"Tak sihat ni, kau kan kena makan makanan yg sihat"
"Mana boleh, tak balance. Dalam telur ada protein" jawab Adam balik.
"Susah ada budak akademik ni. Nah, half" sua Awin geram dan Adam tergelak kecil. Pasal sandwich pun nak ajak gaduh dua orang ni.
"Mcm dalam movie pulak, breakfast di tepi pantai mcm ni"
"Tak payah nak jiwang movie dgn aku. Taj minat" Awin segera hapuskan angan dan awan2 Adam. Adam mencemik sebelum tersenyum lagi.
"Kau pernah tengok cerita lakonan aku?" Dah lama Adam berniat nak tanya soalan tu hari ni dia dapat keberanian sikit nak tanya.
"Tengok, kat rumah Kak Tia gilakan kau, bila lepak dgn Ira, dia pun gilakan kau"
"Ya? Alhamdulillah" Adam tahu walaupun Awin tak berminat nak tengok dia at least Awin tengok jugak.
"Thanks for the breakfast. Tapi, chief breakfast dgn siapa?" Soal Adam pada Awin dan Awin tepuk dahinya sendiri. Baru tersedar yg dia tinggalkan chief mcm tu je tadi.
"Adam, good luck utk shoot nanti. Aku nak pergi cari chief jap" Awin bangun dari duduk dan ingin berlalu pergi.
"Tak perlu cari saya, saya jumpa awak dulu" Awin tersengih risau bila nampak Aiman betul2 dibelakangnya.
"Chief dah makan?" Soal Adam dan Aiman hanya mengangguk.
"Adam, dah nak start tu. Pergilah. Good luck!"
"Ok! Saya pergi dulu chief" Adam melangkah pergi ke set di mana semua orang telah bersedia. Awin pula kekok dgn situasi sekarang ni dan dia tak tahu nak buat apa bila berdua dgn Aiman. Aiman punya karakter memang memenuhi apa yg Awin cari dalam lelaki idamannya tapi Awin rasa agak mustahil jika orangnya adalah Aiman sendiri.
"Sorry chief, chief makan apa je tadi?" Soal Awin buat2 selamba habis walaupun tak menjadi. Dia bukanlah pelakon mcm Adam.
"Omelette"
"Lagi?"
"Roti bakar"
"Lagi?"
"Tu je?"
"Haah, awak makan apa?"
"Half sandwich telur."
"Half lagi?"
"Adam yg bedal. Geram betul saya" Awin tergelak sedikit dan dia mengemas tempat makannya sambil tersenyum.
"Betul ke awak tak obses dgn Adam mcm yg Aida cakap?" Soalan yg keluar dari mulut Aiman kali ini agak pelik dan Awin berhenti dari mengemas dan memandang Aiman.
"Maksud chief?" Soal Awin pelik.
"Maksud saya, awak mcm tahu semuanya pasal Adam" setelah ayat itu keluar dari mulut Adam, Awin terus tergelak kecil.
"Chief, saya dan Adam dah 4 months. Takkan saya tak kenal dia lagi. Saya ikut dia ke hulu ke hilir tau" Awin masih lagi dgn sisa tawanya dan dia dapat rasakan kelakar betul soalan Aiman. Mcm soalan yg boleh menimbulkan kontroversi.

Awin dan Aiman berjalan di pantai bersama sama dan Awin rasa sangat kekok malah dia nak tahu sangat apa yg Aiman lakukan di PD.
"Awina, awak nak aiskrim?"
"Nak, ada ke?"
"Ada, kejap" Aiman berlari anak ke arah seorang pak cik yg menjaja aiskrim. Awin tersenyum melihat Aiman.
'Kau suka dia ke Awin?' Bisik hati Awin lalu dia sendiri tersenyum senang.
"Wah! Jellyfish la" teruja Awin bila melihat seekor obor2 yg tersadai ditepi pantai. Pada anggapannya Obor2 itu masih hidup dan ingin kembali ke laut. Tanpa berfikir panjang Awin terus menolong obor2 itu dgn menolaknya masuk ke dalam air dgn tangan tanpa dia tahu yg obor2 itu bahaya dan berbisa.
"Ah!!!" Jerit Awin kuat bila tangannya terkena sengat dan dia terus terduduk kerana kesakitan yg teramat. Aiman yg terkejut terus buang aiskrim ditangannya dan berlari mendapatkan Awin.
"Awina, kenapa ni?" Soal Aiman risau habis dan kemudian ada beberapa orang yg mendekati mereka.
"Kena sengat dgn obor2 kot. Baik bawa pergi hospital. Bahaya bisa dia tu" maklum seorang pak cik yg turut berada di situ. Tanpa fkir banyak terus Aiman angkat badan Awin dan berlari ke keretanya, Adam yg melihat Aiman berlari ke kereta tinggalkan set yg masih lagi berjalan dan ke kereta Aiman.
"Chief, kenapa?" Soal Adam kalut.
"Awina injured" maklum Aiman kalut.
"Ya Allah, Awin, kenapa ni?" Soal Adam risau bila tengok tangan Awin dah bengkak habis.
"Adam, u stay here. Finish your shoot. Saya bawa Awin ke hospital" sebaik ayat itu keluar terus Aiman memecut pergi. Adam mengeluh dan dia rasa risau dgn keadaan Awin.
Adam kembali ke set,walaupun dia dah tak ada mood nak shooting tapi dia terpaksa habiskan dgn segera, kalau tak dia tak boleh susul Awin ke hospital.
"Kenapa Adam?" Soal director kpd Adam.
"PA saya injured. Lets finish it fast. Saya nak susul dia" Adam maklumkan hasratnya dan pengarah itu bersetuju.

"Tak perlu risau, dia ok je. Nasib baik bisa itu tak melarat. Petang nanti dia dah boleh balik. Tunggu bengkak dan merah2 pada tangan dia hilang sedikit"maklum doktor yg merawat dan Aiman boleh rasa lega sedikit. Aiman ucapkan terima kasih kepada doktor itu dan duduk di sebelah katil Awin. Awin tersenyum sedikit dan memandang Aiman yg kelihatan kusut.
"Why u touch it?" Soal Aiman dgn nada serius.
"Saya tak tahu dia bahaya, saya just nak selamatkan dia dan masukkan dia dalam laut balik" Awin cerita niat baiknya dan Aiman mengeluh lagi lalu kuak rambutnya ke belakang.
"Terima kasih" ucap Awin sambil tersenyum manis dan kedut di dahi Aiman berkurang sedikit.
"Over tau, chief angkat saya" maklum Awin, sebenarnya dia malu bila teringat peristiwa tadi.
"Kalau perlu saya rela kendong awak sampai hospital" kali ini Awin ketawa bila dengar Aiman cakap mcm tu. Rasa kekakar ke? Aiman hanya mampu diam dgn gelagat Awin yg tak ambil serius dgn apa yg dia cakap.
Adam yg berada di luar wad Awin hanya mampu berdiri di situ. Serba salah dia nak masuk tapi, dia dah berada di situ dan akhirnya dia menolak pintu dan memberi salam.
"Awin, Chief" sapa Adam sambil tersenyum.
"Adam! Dah habis kerja?" Soal Awin dgn teruja bila nampak muka Adam. Adam angguk dan berjalan ke katil.
"Wah! Donut" itu yg buat Awin teruja sebenarnya. Makanan kegemarannya yg Adam bawa. Adam tersenyum senang lalu duduk di sebelah Awin. Bekas donut itu dihulurkan kepada Awin. Ceria sungguh muka Awin menerimanya.
"Thank u" ucap Awin ikhlas dan Adam angguk sambil tersenyum lagi.
"Makanlah dgn chief" maklum Adam bila Awin hanya ingatkan dirinya dan lupakan orang sekeliling. Bila jumpa donut je mcm ni la jadinya.
"Chief nak?" Soal Awin pada Aiman.
"Makanlah, saya tak nak" Aiman dgn tenang menolak . Memang bukan jenis Aiman makan makanan yg manis.
"Kau nak?" Soal Awin pada Adam pula dan Adam turut menolak. Senang dan kenyang perutnya bila tengok Awin bahagia habis dapat makan donut.
"Dah call abg kau?" Soal Adam pada Awin dan Awin angguk.
"Dia datang ambil bila discharge nanti".
"oh, so, aku drive balik KL sorang la ni?"
"Haah! Nak aku ikut ke?" Soal Awin balik.
"No la, rest ok." Awin senyum dan angguk senang. Mcm mana nak drive tangan pun dah besar mcm batang pokok kelapa.

Semasa Arwish dan Tia tiba utk menjemput Awin, merke berdua terkejut bila ada dua orang lelaki segak berdiri di sebelah Awin. Adam semestinya dikenali tetapi kewujudan Aiman tu yg jadi misteri.
"Arwish, abg kpd Awin" Adam dan Aiman bersalam dgn Arwish.
"Abg, kak, ni chief Awin, Aiman. And this is Adam"
"Siapa tak kanal Adam ni?" Arwish bersuara lalu tergelak.
"Saya Adam" sopan Adam memperkenalkan dirinya.
"Mesti kak Tia kan?" Soal Adam pada Tia dan Tia teruja habis bila Adam kenal dirinya.
"Thank u for the breakfast." Ujar Adam lagi sambil tersenyum.
"Oh, sebab tu Awin selalu bawa bekal lebih. Sedap ke?"
"Sedap" Adam menjawab dgn ceria dan yg lain hanya mampu pandang dgn krik krik. Adam memang terkenal dgn sikap ramahnya jadi tak ada orang yg tak selesa bila bersama Adam.

Pagi itu kecoh satu ofis dgn berita yg tak disangka.
'Adam bersama kekasihnya di PD' satu tajuk yg berat dan membuatkan kontroversi yg besar. Semua orang tertanya tanya dgn kesahihan berita itu. Banyak call yg masuk dan Adam sendiri tak larat nak melayannya. Awin pula hanya tenang kerana tak tahu apa2 pasal berita itu. Awin masih lagi berehat setelah balik dari PD. Tangannya masih lagi sakit.
"Adam, in my office now!" Tegas dan garang sekali Aiman memanggil Adam ke biliknya. Adam pandang orang lain yg turut sama risau.
"Chief" sapa Adam bila melihat muka bengang Aiman.
"Berapa kali saya nak cakap. Jaga attitude! Skrg ni dah ada kontroversi! Siapa pulak yg jadi kekasih awak ni?!" Tinggi sungguh suara Aiman memarahi Adam. Adam hanya mampu diam menikus. Dia sendiri tak pasti siapa sebarkan gambar itu dan entah siapa perempuan yg dianggap jadi kekasihnya.

"Awin! Adam ada kekasih ke?" Soal Tia kalut, sanggup dia berlari dari dapur ke ruang tamu. Awin yg seronok tengok kartun pelik dgn soalan itu.
"Apa akak mengarut ni?"
"Tengok ni" majalah hiburan ditunjukkan pada Awin dan Awin teliti dan baca artikel itu sepenuhnya.
"Ya Allah, Awin ni kak. Masa tu kami jalan2 sama2 bila Adam habis shooting" Awin rasa bersalah dgn apa yg jadi. Dia berlari naik ke bilik dan bersiap utk ke ofis.
"Kak, mesti Adam kena teruk ni. Awin pergi ofis jap" Awin ambil kunci kereta dan terus pergi ke ofis. Telefon utk kerja Adam ada dgn Adam sebab tu tak ada call masuk. Dia cuba call Adam berkali kali tapi tak ada orabg angkat.
Sebaik dia sampai ke pejabat dia terus mencari Adam.
"Awin, baguslah kau datang. Adam kena teruk kat dalam tu dgn chief" maklum Min dan Awin terus menuju ke pejabat Aiman. Tanpa ketukan dia terus terjah masuk mcm tu je. Sah la dua orang tu terkejut dgn kehadiran Awin. Bukan dua orang, tiga sekali dgn Aida pun ada sama.
"Awin!" Aida dan Adam bersuara bila Awin ada disitu.
"Tu semua salah faham je. That girl in the pic is me." Semua orang terkejut dgn kenyataan Awin.
"Adam, ingat tak yg kita jalan2 lepas kau habis shooting tu?. Siapa punya kerja la reka cerita mcm ni" Awin kelihatan geram dan kesal dgn kejadian itu.
"Oh, jadi tu Awin la?"
"Ya kak Aida. Sorry Adam"
"Its ok. At least skrg ni dah jelas"
"It is clear for us! How about the public? I dont want to know how. Both of u must fix it!" Tegas Aiman bersuara dan yg lain kecut. Awin tiba2 je rasa geram dgn tindakan Aiman. Dia dah terangkan hal sebenar dan memang bukan salah Adam pun.
"Kami akan fix it. Jom Adam" ajak Awin segera dan Adam hanya mampu ikut langkah laju Awin. Semua mata pandang mereka berdua dan jelas raut wajah Awin bengang habis.
"How?" Soal Min bila Awin minum habis air yg dia bancuh tadi.
"Panasnya air, Min" sempat lagi Awin merungut.
"Dah kau main minum je. Aku tak sempat nak minum pun lagi. Mcm mana?" Soal Min lagi sekali.
"Adam single lagi la. Kau ada can lagi" seloroh Awin dan Min tersengih lalu menampar bahu Awin. Adam hanya mampu tersenyum bila tengok Awin. Tadi muka bukan main bengang lagi skrg ni dah sejuk lepas pekena air panas.
"Adam, jom kita settle benda ni sebelum orang tu keluar api" Awin terus berjalan pergi dan Adam ikut langkah laju Awin.
"First sekali, kita settle kat social network. Twitter, fb kau dulu" maklum Awin dan Adam hanya ikut. Mereka perlu atasinya dgn tenang dan mereka kelihatan tenang.
"Teruk ke kau kena marah?" Soal Awin pada Adam dan Adam sengih sedikit.
"Biasalah tu"
"Aku tak suka dia marah2 mcm tu. Dah terang lagi bersuluh yg kau tak salah"
"Takpe la. Aku yg tak alert dan tak berhati hati"
"Tapi, kau taj salah"
"Ala, biasa la tu. Kena marah dgn boss"
"Dia taj patut tinggi suara mcm tu" Awin tetap nak tegaskan yg Aiman salah. Adam tergelak bila Awin bertegas dgn pendiriannya.
"He just want the best. He is our boss u know"
"Kau ni duk backing dia pulak!" Marah Awin dan Adam terus gelak mewah. Terasa kelakar dgn sikap Awin ni.
"Call masuk" Adam hulurkan fon pada Awin dan Awin jawab dgn tenang.
"Baiklah, kami akan ke sana." Maklum Awin sebelum matikan telefon.
"Kenapa?" Soal Adam.
"Ada orang nk buat PC mini. Jom" ajak Awin dan Adam hanya ikut je. Mereka ke suatu tempat di mana ramai press ada kat situ. Adam pulak yg cuak habis sekarang ni.
"Ready?" Soal Awin pada Adam. Adam tarik nafas dalam2 dan dia angguk.
"I am here" maklum Awin lalu turun dari kereta bersama Adam. Setelah mereka berada di tempat disediakan Awin dan Adam mulakan dgn membuat ucapan ringkas. Bila soalan mula dibuka satu persatu soalan keluar.
"Betul ke kenyataan dalam majalah itu?"
"Tak betul"
"Jadi, gambar itu bukan gmbar Adam?"
"Gambar itu memang gambar saya"
"Dan perempuan itu juga wujud?"
"Wujud, dia ada di sebelah saya skrg ni" semua orang agak terkejut dan suasana gamat sedikit. Adam dan Awin biarkan mereka bersuara dan hanya diamkan diri sehingga suasana reda.
"Boleh kami tanya cik awin?"
"Boleh" jawab Awin yakin.
"Betulkah cik perempuan dalam gambar tu?"
"Ya, saya"
"Jadi, cik adalah kekasih Adam, bukan PA dia sahaja?" Awin dan Adam sempat tergelak kecil dgn soalan itu.
"Saya hanya PA Adam, bukan kekasihnya"
"Mcm mana gambar itu boleh diambil?"
"Saya tak pasti, tapi mungkin ada yg ikut kami ke PD utk shooting drama terbaru Adam yg baru je selesai semalam. Pada hari gambar diambil, memang kami berdua berjalan di tepi pantai. Itu pun sebaik sahaja Adam selesai shoot. Dan kami berjalan utk balik ke hotel. Itu sahaja" terang Awin ringkas.
"Kami nampak mesra sebab, kami baru je tahu yg kami ni sebenarnya satu sekolah dulu. Hal itu dah jadikan kami sebagai status kwan. Saya tahu yg mcm2 anggapan boleh keluar nanti. Yg penting, kami memang kawan" Adam menyambung dan para wartawan kelihatan tenang dan faham dgn cerita sebenar.
"Jadi, berita itu hanyalah satu gosip?"
"Ya, gosip semata mata" Adam dan Awin tersenyum senang bila masalah mereka hampir selesai.
"Status Adam sekarang ni?" Sempat Adam tergelak kecil bila soalan itu ditanya.
"Masih lagi sendiri." Adam senyum sehabis manis menjawab soalan itu. Kemudian soalan mula bertukar kepada kerja Adam. Masalah kontroversi itu telah selesai akhirnya.

Semua masalah telah selesai dan hari Adam berlalu seperti biasa. Awin dan Adam jadi semakin rapat setelah kejadian itu dan Awin cuba mengelak sehabis baik utk berjumpa dgn Aiman. Dia tak suka cara Aiman selesaikan masalah.
"Adam, Awin. Kak Aida ada something nak discuss sikit"
"Apa kak?" Soal Adam dan Awin serentak lalu mereka ketawa senang. Jelas riak muka Aida akan bawa berita buruk dan Aida serba salah nak cakap berita itu bila lihat kemesraan Awin dan Adam.
"Serius je muka kak ni" Awin bersuara dan Adam menyokong.
"Chief nak Awin kembali ke posisi awal. Shima dah sihat, dia akan jadi PA Adam balik" maklum Aida dgn nada perlahan dan Adam dan Awin terdiam terus. Mulut mereka terkunci rapat.
"Akak minta maaf, akak dah try utk pujuk chief tapi tak dapat. Lagipun, Shima dah ready nak kerja balik. Shima tak kisah kalau Awin nak terus jadi PA Adam tapi chief nak Awin kembali ke main line utk cari bakat baru mcm dulu." Terang Aida lagi dan Awin pandang Adam yg turut sama terkedu dgn berita ini.
"Tak pe la Adam. Kita boleh jumpa lagi. Kak Shima floor ni jugak."
"Betul jugak! No hal la. Kita kan kawan, bukan just PA dgn artis je" Adam dan Awin sedapkan hati masing2 dan mereka berdua tersenyum. Aida lega sedikit bila melihat mereka berdua dapat terima berita itu.

Bukan mudah utk Adam dan Awin bersua lagi bila dah kembali seperti asal dan Adam dan Shima berada di floor lain di mana bukan barisan utama tapi floor pelakon dan penyanyi lain stay. Kalau ikut logik betul la apa yg jadi tu tapi entah kenapa Awin tak fikir semuanya kebetulan . Dulu boleh je Shima duk floor sama dgn Awin.
"Tak payah la kak, black coffee dgn donut utk seorang je" ujar Awin bila Tia bungkus bekal utk dia seperti biasa.
"Kenapa?"
"Dah dua minggu Awin tak breakfast dgn Adam. Dia dah ada PA lain. PA lama dia yg Awin ganti" Awin senyum sedikit dan buat2 tak ada apa yg berlaku. Tia tersenyum sdikit bila melihat riak Awin. Patutlah Awin kurang ceria skrg ni. Ada benda dah jdi rupanya.
"Tak apa la, boleh Awin share dgn orang lain"
"Betul jugak. Awin pergi dulu kak. Say bye kat abg" Awin ambil bekasnya dan terus pergi. Sempat dia call Ira utk breakfast sama2.
Sebaik dia sampai bukan hanya Ira je , Adam dan Iman pun ada sama. Senyuman Awin mula merekah ke telinga dan dia berlari anak utk berjumpa dgn kawan kawannya itu.
"Hai!" Sapa Awin ceria dan Adam drpd duduk terus berdiri bila Awin ada sama pagi itu.
"Tak payah nak buat reunion sangat. Duduk" arah Iman,  Awin dan Adam terus tergelak.
"Donut" teruja Adam bila nampak donut kegemaran dia dibawa oleh Awin.
"Mana white coffee aku?" Soal Adam lagi.
"Dalam dua minggu ni, first time aku jumpa kau hari ni. Aku tak bajet yg kita akan jumpa"
"Ya lah, best tak kerja aku tak ada?"
"Sama je, aku buat je la kerja aku tu"
"Oh, aku bosan la kau tak de"
"Tak yah nak poyo! Kak Shima ok apa"
"Ok je, tapi dia dah ada anak kan. Aku ada je kena handle kerja aku sendiri. Kesian kat Kak Shima"
"Ya ke? Kau mintaklah PA back up. Aku rasa ada sorang"
"Kalau PA lain aku tak nak. Kau boleh la"
"Tak nak la aku. Skrg ni busy habis. Aku nak kena cari penyanyi kanak2 pulak"
Ira dan Iman pandang dua orang yg tengah bercakap tanpa hiraukan orang lain lagi. Naik geram pulak mereka tengok gelagat dua orang kawannya yg baru sahaja berbaik ni.
"Dah la pasal kerja korang. Kata nak breakfast dalam peace and frens" tegur Ira dan Iman menyokongnya.
"Sorry frens, jom dinner sama2. Adam nak belanja" Awin kemukan cadangan dan pastinya Iman dan Ira setuju habis. Makan free.
"Woi! Kau bukan PA aku lagi ok. Tak yah nak managering aku"
"Alah, kedekut"
"Mana ada. Malam ni jom datang rumah aku. Parent aku dah balik Malaysia dan nak menetap kat sini. Ada majlis doa selamat sikit"
"Ya ke? Jadi fully malaysian la kau lepas ni. Dah lama aku tak jumpa uncle dgn aunty. Rumah yg kau bawa aku pergi dulu kan?" Soal Iman yg memang kenal rapat dgn Adam.
"Yup."
"Jap, baik betul korang dua ni kan? Pelik" Awin bersuara dan Ira pun mcm agak pelik sikit. Mungkin mereka memang bestie till jannah kot.
"Mesti la baik. We are cousin!" Adam dan Iman terus ketawa dan yg sakit hatinya kat sini adalah Awin dan Ira. Patutlah rapat semacam rupanya sepupu. Kurang asam punya kawan.

Berkenalan dgn keluarga Adam buat Awin dan Ira senang. Keluarga Adam walaupun kaya sangat baik dan ramah. Patutlah Adam seramah itu dgn orang lain. Keluarganya juga begitu. Awin tak sangka yg Adam anak orang kaya lagipun Awin tak pernah nak ambil tahu pasal keluarga Adam selama ni yg dia tahu parent dia ada di Jerman.
"Kau suka Adam kan?" Soal Ira bila mereka berdua dah bersedia utk balik dan tunggu Iman di kereta. Awin tergelak bila dengar soalan itu.
"Mestilah suka, dia kawan aku. Mcm kau la" jawab Awin selamba dan Ira menggelengkan kepalanya.
"Bukan suka mcm tu. Suka jenis cinta"
"Kau mengarut apa ni?" Soal Awin balik.
"Aku tak mengarut la. Aku tanya serius ni"
"Kau tahu kan yg Adam tu.."
"He is not your type?" Potong Ira laju. Awin mengangguk lemah dan dia tersenyum hambar.
"He is not my type" Awin sebut lagi sekali ayat yg dah lama dia tak sebut.
"Kau nampak happy dgn dia"
"Aku pun happy dgn kau, lagipun kau sendiri cakap, kalau nak cari kawan tak semestinya ada ciri2 lelaki idaman aku"
"Ya, aku tahu tu. Apa kurangnya Adam. Lagipun perasaan boleh bertukar"
"Ya, tapi aku dgn dia mustahil la Ira. Dia tu artis dan kau sendiri tahu aku eak suka orang yg terlalu femes ni. Seorang yg jadi perhatian ramai. Aku just nak lelaki biasa je"
"Jadi, type lain tu kau boleh consider la?" Soal Ira lagi.
"Hurm, type lain mcm suka apa yg aku suka tu semua tak penting sangat pun. Yg penting agama dia dan, aku tak nak orang terlalu berbeza life dia dgn aku. Tak perlu la nak macho tu semua."
"Jadi, bukan Adam?" Awin gelengkan kepalanya dan Ira mengeluh.
"Kalau Adam dah tak jadi artis?" Soal Ira pula. Awin tergelak dan biarkan soalan itu berlalu mcm tu je.

Adam membelek telefonnya dan dia berkalih bila mama dan papanya duduk di hadapannya.
"Ma, pa. I think i want to further my study" terus Adam sarankan hasratnya setelah sebulan berfikir. Itu pun dia dah fikir masak2 setelah selesaikan semua kerjanya. Hanya tinggal satu dua kerja lagi yg lain semuanya dah settle dan dia dah minta Shima kurangkan sikit kerja dia.
"Really? Adam nak berhenti berlakon dan menyanyi?" Soal mamanya yg agak terkejut dgn keputusan Adam.
"Erm. Adam dah fikir masak2. Sampai bila Adam nak jadi artis. Iman pun dah nak kawin dah ada kerja tetap pun. Lagipun, Adam terfikir jugak pasal kawin ni" Adam diam kerana segan nak sambung ayatnya yg seterusnya.
"At last, my son getting married. Son, who is she?" Bersuara jugak Ahmad akhirnya dan isterinya Maria turut tersenyum.
"No pa, Adam terfikir je. After two years i will kawin"
"Two years?"
"Yes, after i have a stable career."
"U should work with me"
"Yes! I want to. Adam dah fikir masak2 pun. Adam nak bila Adam kawin nanti isteri Adam selesa dan dia kawin dgn lelaki biasa"
"Adam, my son. I think u have someone in your mind and your heart" yes! The instinct of father. Adam tersenyum segaris dan pipinya dah jadi agak kemerahan. Akhirnya mama dan papanya ketawa sakan.
"Tell us, is it your ex PA. Awin?" Teruja sama suara Maria dan Adam tersengih lebih lebar.
"But ma, Adam is not her type"
"Means?"
"He want an ordinary man. Tak nak lelaki yg jadi tumpuan ramai. Artis? Memang tak la"
"I knew it. So, u want to further your study because of that?"
"One of the la pa, but, i have think about it for long. Adam dah 25 dan Adam dah jumpa apa yg Adan want to do in my life. I have my goal"
"Great! Papa always behind u son. I will support u whatever u choose"
"Papa, thats why people said like father like son."
"Yes! But my son. Two years? What will u do if she is married"
"Adam redha je la. Dah tak ada jodoh. Tapi, Adam ada keyakinan papa"
"Yes! Doa son."
"Yes papa!"
"Yes son! I cant wait to have daughter"
"Yes papa! I cant wait too"
"Stop your yes son, papa. Mama nak masuk tidur." Adam dan Ahamd terus ketawa bila melihat Maria berlalu pergi dgn wajah masam mencuka.
"I think i should follow your mom."
"Yes papa. Genite"
"Good night" Adam senyum menghantar papanya pergi.

Berita tentang Adam nak tinggalkan industri seni dah tersebar dan pastinya mengejutkan orang ramai. Tapi, setelah Adam terangkan sebabnya ramai yg dapat terima dgn baik. Awin sendiri tak pasti apa yg dia rasakan sekarang ini tapi sebagai kawan dia menyokong semua tindakan yg Adam lakukan.
"Jaga diri kat sana" pesan Awin buat kali terakhir sebelum Adam melangkah masuk ke balai berlepas. "Aunty, uncle, Awin balik dulu. Ada kerja sikit" setelah meminta diri Awin terus pulang ke rumahnya.
"Awin" panggil abangnya sebaik melihat kelibat adiknya masuk ke dalam rumah.
"Yes der?"
"Elok sangat la tu, meh sini"
"Yes der?" Sengaja Awin nak cari pasal dgn abangnya kali ini. Tia hamya mampu tersenyum melihat gelagat Awin.
"Guess what?"
"What?"
"Kak Tia pregnant 5 weeks"
"What?! Alhamdulillah!!" Terjerit Awin sebab gembira sangat dan segera dipeluknya Tia. Bahagia tak ingat orabg la tu.
"Ya Allah, alhamdulillah. Tahniah papa and mama to be"
"Thanks" ucap Arwish dan Tia serentak.
"Tak tahu nak cakap apa. Speechless habis. Btw, kena buat majlis kesyukuran ni"
"Weekend nanti"
"Ok. Boleh buat tahlil utk abah dan umi sekali"
"Ok jugak tu."
"Ok! Ya Allah,bahagia sangat sampai tak tahu nak buat apa"
"Relax la Awin. Abg yg nak jadi papa ni pun tak excited lebih2 mcm Awin"
"Haish, abg ni. Biarlah Awin over excited pun. Anak buah sulung Awin ni"
"Ya la. Cakap pun tak menang abg"
"Good. Abg, lepas ni kita pergi beli barang utk ibu mengandung dulu. Bila dah 8 bulan, kita dah boleh cari barang baby. Ya Allah. Tak sabarnya!"
"Tengoklah adik ipar awak tu"
"Biarlah, Tia pun excited ni"
"Ya! Nanti kita shopping sama2" bersorak riang Awin dan Tia bila Arwish buat keputusan. Alhamdulillah, setelah 3 tahun berkahwin akhirnya rezeki mereka berdua dah sampai.

Sembilan bulan berlalu dan Awin rasakan dia dah penat akan sesuatu.
"Aiman, i think us cant go anywhere"
"What do u mean?"
"Aiman, i have my own way and i want to have my life before"
"But, u are my girlfren" Awin terasa pahit bila dengar statusnya dan dia mula rasa tak selesa setelah 3 bulan bergelar kekasih pada lelaki yg padanya dah hampir memenuhi semua ciri2 yg dia nak.
"So what? Awak tak boleh nak atur hidup saya."
"Ni mesti pasal Adam kan?" Aiman sudah meninggikan suara dan Aiman juga selalu mengongkong hidup Awin. Kini Awin sedar, apa yg kita nak tak semestinya bagus.
"Adam? Apa kena mengena Adam dgn semua ni?"
"Awak cintakan Adam, kan?!"
"Awak mengarut apa ni? Saya dan Adam just fren. Saya dah penat dgn awak"
"So, apa yg u nak skrg ni? Break?" Awin tersentak bila Aiman mengjerkahnya dan tanya soalan mcm tu. Tak pernah terlintas di benak Awin sampai ke situ.
"I just hope u can change a bit. Saya nak awak respect my life."
"Whatever!" Aiman terus berlalu dari situ dgn bengang. Awin jadi kelu dan dia tak tahu apa yg dia perlu buat sekarang ni. Panas baran Aiman memang luar jangkaan dia. Awin mengeluh dan berjalan ke keretanya, setiap kali berjumpa mesti bergaduh dan setiap kali bergaduh pasti Aiman akan memujuknya semula. Bila mereka kata nak berbincang pergaduhan juga yg tercetus. Antara mereka memang tiada persefahaman langsung.

"How is she?" Soal Adam semasa menelefon Iman. Setelah dia mengetahui Awin bercinta dgn Aiman, dia tak berhubung lagi dgn Awin. Dia kecewa tapi dia doakan yg terbaik utk orang yg dia cinta. Hanya dari Iman dan Ira dia tahu berita tentang Awin. Awin juga berharap yg Ira tak ceritakan perihal hubungannya dgn Aiman kepada sesiapa.
"She is fine."
"Good" lemah je suara Adam.
"Kau tak contact dia ke?"
"Tak"
"Habis tu, kau nak keep asking about her from me?"
"Yes. Why my cousin. Burden u?"
"Nope, but it hurts u to know that she is doing fine"
"I'm fine. Ada setahun je lagi."
"Mcm mana kalau dia dah kawin? Dulu aku suruh kau pinang dia siap2 kau tak nak"
"Kalau dia dah kawin aku doakan yg terbaik utk dia. Aku bukan taste dia la Man"
"Dah tu, kau duk tunggu dia kenapa? Baik kau cari orang lain je"
"Susah la Man. Because she is the only one that being my type"
"Susah la korang ni!" Marah Iman dan Adam hanya mampu tergelak.
"Aku chow dulu dude. Sampaikan salam rindu kat Ira" gurau Adam senang.
"Salam pelempang aku bagi" balas Iman balik dan Adam terus ketawa sakan.

"Siapa?" Soal Ira sebaik duduk di sebelah Iman, suaminya.
"Adam la"
"Oh, kenapa sampai nak bagi salam pelempang?"
"Dia kirim salam rindu kat awak" Ira tergelak bila dengar Iman cakap mcm tu.
"Walaikumussalam. Dia nak apa?"
"Tanya pasal Awin la, apa lagi"
"kesian Adam"
"Tu la pasal. Tak tahu mcm mana Adam akan lalui kalau Awin kawin dgn chief dia tu"
"Tak kot. Saya tak stuju dorang kawin"
"Amboi. Awak wali dia ke?"
"Tak la, saya lagi suka kalau Adam dgn Awin"
"Saya pun sama. Apa nak buat, jodoh ajal ni semua Allah yg tentukan"
"Betul jugak." Ira hanya mampu mengiyakan apa yg benar.

"Apa maksud awak dgn surat ni?" Soal Aiman serius.
"Saya nak berhenti kerja."
"What?! Awina, u cant do this!"
"I can! I want to. Aiman, I think we should stop lying to ourself. I dont want to do that anymore. I cant love u. I have tried but i cant. I hope u can understand that. Just let me go and end this. I cant stand it anymore. Saya dah cuba sehabis baik Aiman, tapi hubungan kita memang tak boleh dan tak mampu nak pergi jauh lagi. Saya minta maaf. Sebaik saya melangkah pergi dari pejabat ni, kita memang dah tak ada apa2. Saya nak awak faham dan terima semua ni. Saya minta maaf Aiman. Saya pergi dulu dan saya harap sangat, awak terima semua ni. Saya tak boleh nak terima awak lebih dari seorang kawan, tolong jgn paksa saya lagi atau awak dan sya memang tak pernah kenal pun. Tolong jgn buat saya tak nak tgok muka awak lagi Aiman. Saya bukan yg terbaik utk awak. Saya minta maaf sangat2" Awin terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi dan dia tak hiraukan panggilan Aiman langsung. Awin dah tekad yg dia akan mulakan hidup baru dan hidup dgn cara yg dia nak. Dia juga dah ada azam dan goal dia sendiri dalam hidupnya.

"Awin, jumpa la Ikram ni dulu, mana tahu Awin suka ke" Arwish masih lagi cuba utk carikan jodoh utk Awin dan Awin dah lama sangat rimas dgn kerenah abangnya.
"Tak nak la abg."
"Ala, try la. Dia ni arkitek tau"
"kalau abg tak nak Awin mandikan dia dgn air longkang, jgn paksa Awin lagi!" Awin berhenti cari barang yg dia nak dan pandang abgnya dgn garang.
"Ok, tapi Awin dah 27 tahun. Awin sepatutnya dah kawin"
"Says who? Awin tak nak la abg. Jgn paksa Awin" bentak Awin lagi. Tia yg pandang dari jauh dah beri amaran pada Arwish supaya berhenti memujuk Awin.
"Ok, Awin nak ke mana ni?" Soal Arwish cuba tenangkan keadaan yg gawat tadi. Awin bila marah memang lain mcm sikit.
"Nak pergi main squash. Bye Danny" Awin cium pipi anak buahnya dan salami tangan Arwish. Dia bergerak ke dapur dan salami tgn Tia.
"Maafkan abg ya, jgn keluar dgn marah2" pinta Tia bagi pihak suaminya. Awin tersengih bila Tia risaukan keadannya dan Arwish tadi.
"Saja je gertak abg tadi. Suka sangat buat kputusan sendiri. Biar dia takut sikit" bisik Awin dan Tia tergelak lalu mengusap bahu Awin lembut. Awin minta diri dan terus berlalu pergi.

Hampir tembus dinding2 yg dalam gelanggang yg Awin guna bila dia pukul bola sekuat hati. Memang boleh nampak tahap stress dia tu luar biasa.
"Awin, kau ada bawak duit banyak ke hari ni?" Soal Ira bila Awin berehat seketika. Ira pun takut nak bagi anak lelaki dia tengok betapa dahsyatnya Awin belasah bola tu semua. Boleh tercabut lengan rasanya kalau main sampai dua tiga jam.
"Apa kau tanya ni? Nak rompak aku ke? Ke ada orang yg mencurigakan?"
"Tak payah drama sangat. Kau hentam bola tu nak pecah dinding kaca ni tau. Mana tahu pecah ke, ada la duit kau nak bayar ganti rugi"
"Kau lagi la drama. Dah la, aku nak sambung main. Zaqish nak main dgn umi?" Soal Awin pada anak lelaki Ira dan budak yg baru sahaja setahun itu hanya gelak. Entah apa yg kelakar.
"Tak payah nak ajar anak aku keganasan bersukan. Pergi main sorang" Awin tergelak bila dia dikata begitu. Awin masuk semula ke dalam gelanggang dan bila dia nak mula main ada seorang lelaki masuk ke  dalam gelanggang yg sama tanpa izin.
"Sorry, ni saya punya" maklum Awin tanpa perasaan dan lelaki itu tersenyum senang pula.
"I know" jawapan yg memang buat darah Awin naik.
"So, u should leave"
"Sorry, but, can i play with u?. Saya perhatikan awak dari atas sana, gaya nak pecahkan semua dinding je. Mana tahu better kalau ada pesaing"
"Ok." Jawab Awin tenang dan lelaki itu tersenyum puas. Awin mulakan permainan dan memang jelas Awin tunjukkan keganasan dalam bersukan, untung tak kena kepala pesaing dia je. Akhirnya Awin kalah dgn lelaki yg main dgn baik gila dah gaya profesional walaupun hampir terbunuh dgn keganasan bersukan Awin. Hahaha.
"Ok, nice game. Congrats" ucap Awin sambil senyum sedikit dan lelaki itu membalas senyuman itu jauh lebih manis dari Awin punya.
"Awak boleh main dgn baik kalau awak tak push too hard and play it cool"
"Thanks for the free advice. Tam ada niat nak wakil negara pun. Time stress tak boleh pukul orang, pukul dinding la. Btw, thanks again for the game. Saya minta diri dulu" Awin keluar dari gelanggang dan kemas semua barangnya. Dia tarik tangan Ira supaya cepat2 keluar dari situ.
"Siapa tu?"
"Entah, tak tanya pulak nama apa"
"La, hensem kan?"
"Entah, aku fokus kat bola je tadi"
"Ish kau ni! Dia nak try kau kot"
"Entah, tak minat aku nak tahu niat dia"
"Kau ni! Heartless"
"Lantaklah. Bye Zaqish."
"Esok lunch sama?"
"No dar, PD is calling"
"Untuk?"
"Meeting. Abg aku risau nak tinggalkan kak Tia yg baru je sihat demam denggi tu"
"Oh, ok la. Lama ke?"
"4 days"
"Lama gak. Rindu la Zaqish kat umi dia nanti"
"Mama dia ke dia yg rindu?"
"Pui! Tapi kan Awin. Aku rasa aku pregnant la"
"Ya ke? Kau tak check ke?"
"Belum, period aku dah lewat seminggu too early kan?"
"Check la cepat2. Nanti aku bawak kau naik gunung ke apa bahaya. Check up ok, then cakap kat aku. Mana tahu bertambah anak aku nanti"
"Susah payah aku mengandung dan beranak, jadi anak kau ya" Awin ketawa bila dengar apa yg keluar dari mulut Ira. Berkira tak ingat.
"Ok la mama zaqish, Zaqish, umi balik dulu" Awin masuk ke perut kereta dan memandu pergi dgn ceria.

Awin sengaja datang awal ke restoren supaya client penting abangnya takkan tertunggu tunggu dan dia sendiri tak pasti siapa yg akan dia jumpa nanti. Awin keluarkan dokumen penting dan dia dah ready sepenuhnya utk jumpa dgn client abgnya.
"Hai" sapa satu suara dan Awin alih pandangannya kepada gerangan yg menegur dan dia pegun di situ seketika. Begitu juga gerangan yg menegurnya.
"Awin" lembut saja suara itu menutur namanya. Awin pula tergagap gagap nak sebut nama orang yg dia dah lama tak jumpa itu. Dua tahun, memang tempoh yg agak lama.
"What are u doing here?" Soal Adam teruja sangat bila dapat jumpa dgn pemilik hatinya itu. Awin meraup mukanya beberapa kali sebelum berikan senyuman kpd Adam.
"Adam! Ya Allah, dah dua tahun tak jumpa. Kau sihat?" Soal Awin laju tanpa nafas dan Adam tergelak kecil.
"Sihat, alhamdulillah. Kau?"
"Alhamdulillah, mcm ni la"
"Tapi dah kurus banyak ni. Betul ke sihat?"
"Kurus? Sihat je. Kau pun dah kurus. Tak ada orang jaga kau ke kat sana?" Gurau Awin dan senyum lagi.
"Tak. Nak cari orang sini jaga aku selamanya"
"Ya? Dah ada calon la ya?" Soal Awin tenang dan Adam tersenyum penuh makna.
"Dah ada, nak tunggu pinang je" Awin terkedu bila dengar ayat itu keluar dari mulut Adam. Kecewakah dia?
"Oh, great! Boleh la aku makan nasi minyak nanti"
"boleh! Kau orang wajib ada nanti. Kalau boleh nak ada atas pelamin sekali" seloroh Adam dan Awin ketawa pula.
"Jadi pengapit ke?" Soal Awin ceria dan Adam hanya menjawabnya dgn senyumam manis.
"Aku ada meeting dgn client jap lagi. Nanti kita borak lagi. Kau lama ke kat sini?"
"4 hari. Ada urusan business sikit."
"Ya ke? Sama la, kau dah jadi businessman la ni?" Awin bertanya sambil angkatkan kening dan Adam hanya senyum.
"Kau? Dah tukar kerjaya jugak ke?"
"Dah, aku kerja dgn abg aku skrg ni"
"Oh, businesswoman ke apa?"
"Boleh la" Awin gelak lagi.
"Wait, Siaras Product?" Soal Adam pada Awin dan pastinya Awin terkejut dgn soalan itu.
"Yes! No way! Exprodem Transport?"soal Awin pada Adam pula dan bila Adam angguk mereka berdua terus ketawa sakan. Awin tepuk dahinya sendiri dan Adam terus duduk tanpa dipelawa.
"Ya Allah, tak sangka betul. Senang la kerja kalau mcm ni" 
"Ya la, tak sangka betul. Kebetulan ke takdir?"
"Takdir! Kuat jodoh kita ni kan?" Seloroh Awin lalu tergelak lagi.
'Amin, perkenankanlah Ya Allah' doa Adam dalam hatinya.
"Ok, lets settle this." Awin tak cakap banyak terus buka file dan mulakan kerjanya. Adam memang kagum habis dgn sikap serius Awin bila bab kerja. Segenap sudut Awin terangkan kpda Adam dgn baik dan Adam dapat faham dan jelas tentang semuanya.
"Kenapa nak guna kapal, why not aero?"
"Aero save more"
"Yes, i know that. Tapi, kalau guna ship terus sampai ke kilang di China tu. Tak perlu nak buat double transport. Tak nak product rosak" terang Awin ringkas dan Adam faham semuanya. Adam memang salute dgn cara Awin bekerja, cekap dan pandai.
"Right! Awin, i miss u" ucap Adam tiba2 dan Awin berkerut sebab tak faham apa maksud Adam. Tapi dia ambil pen dan pukul tangan Adam.
"Serius la Adam, jap lagi kita berdrama" Awin bersuara dan Adam tergelak lagi. Mereka teruskan perbincangan yg berjalan dgn baik itu.
"Nanti aku bawak kau pergi tengok kapal"
"Esok2 la eh. Dah malam ni. Satu benda pun tak nampak"
"Aku cakap pasal esok la ni"
"Ya? Sorry. Ok, jumpa esok" Awin kemaskan semua file ke dalam begnya dan skrg dia fokus pada makanannya. Adam perhatikan setiap satu pergerakan Awin. Dia tak percaya yg Awin akn berada di depan matanya secepat ini. Dia tak menyangka perjumpaan yg mcm ni.

Adam bangun awal dan dah text Awin utk breakfast sama2 di cafe bawah. Adam tunggu Awin yg belum jugak turun. Hampir sejam menunggu akhirnya Awin turun dan terus duduk di hadapannya.
"Sorry, aku pergi tengok sunrise tadi" maklum Awin dan Adam angguk faham.
"Your black coffee" sua Adam dan Awin senyum lalu meminta satu lagi cawan dari pelayan. Setelah mndapat cawannya, Awin ambil white coffee Adam dan campurkan dgn black coffeenya.
"Rasa, sedap gila" pelawa Awin dan Adam yg agak risau minum seteguk.
"Good right?"
"Yes! Love it. Kalau ada kacang cincang mesti perfect kan?"
"Entah, ya ke?"
"Yup! Aku selalu minum black coffee dgn kacang cincang. Kurang sikit pahit dia"
"Betul ke kau ni?"
"Entah, aku main hentam je sebenarnya. Tapi rasa dia heaven" Awin tergelak lagi dgn tips tak boleh dipercayai Adam tu.
"Kacang apa?"
"Hazel is good. Mana2 kacang je la"
"Kalau mati mcm mana?"
"Dah ajal, aku nak cakap apa"
"Aish! Kau ni" geram pulak Awin dgn jawapan selamba badak Adam.

Sepanjang mereka berjalan di pelabuhan Adam terangkan cara produk yg syarikat Awin keluarkan akan di transport dan Awin angguk faham. Mereka bercakap soal business dgn serius dan mendapat cara kerjasama yg baik.
"Thats all. Yakin dgn kami?" Soal Adam pada Awin.
"Yakin! In sha Allah semuanya berjalan dgn baik."
"In sha Allah. Jom lepak?"
"Mana?"
"Tepi pantai."
"Ok. Aku nak makan jagung bakar dan aiskrim"
"Ok! Aku belanja"
"Yes! Aku tunggu kau kat batang kelapa tu. Cepat sikit tau"
"Yes madam. Tunggu sana kejap" Adam terus berlari ke gerai jagung bakar.
"Abg, jagung bakar 4." Pesan Adam dan dari jauh dia boleh nampak Awin yg sedang termenung. Adam belikan pula aiskrm dan berjalan ke arah Awin. Setelah dia duduk di sebelah Awin, Awin ambil jagung bakar itu dan duduk bersila di atas pasir pula. Adam ikut apa yg Awin buat dan mereka jadikan batang kelapa itu tempat bersandar.
"Awin, aku tanya sikit boleh?"
"Apa?"
"Aku ada dengar kau bercinta eh dgn chief?" Adam risau nak tanya soalam itu tapi dia dah tekad. Dia nak tahu apa perasaan sebenar Awin pada Aiman.
Awin berhenti dari makan jagung itu dan dia mengeluh seketika.
"Kalau kau tak nak jawab takpe. Sorry" pinta Adam bila Awin mengeluh.
"Bercinta ke kalau aku tak cintakan dia pun. Aku ingat cinta ni boleh pupuk atau tanam mcm anggur tapi tak boleh la. Cinta ni mcm tornado yg datang dan porak perandakan hidup seseorang" dahsyat falsafah cinta Awin ni rupanya dan Adam rasa nak ketawa bila dengar maksud cinta daripada Awin.
"Jadi, kau break sebab tu?"
"Yes! Sebab kami tak boleh la bersama. Memang dia ada ciri2 yg aku nak tapi entah la. Aku tak rasa yg apa yg aku nak tu bagus utk aku kot. Allah pasti akan beri aku benda yg jauh lebih baik daripada benda yg aku nak"
"Mungkin. Tak berjodoh kot"
"Agaknyalah, aku break dan berhenti kerja hari yg sama. Dua bulan lepas tu aku dengar dia kawin. Nampak dia happy. Aku frust jugak sikit tapi aku bahagia utk dia"
"Kenapa nak frust?"
"Sebab aku tak kawin lagi" seloroh Awin pula dan dia ketawa bahagia. Adam hanya menikmati permandangam petang dan aiskrim yg dia beli tadi.

Dah sebulan mereka kembali menjadi kawan dan Adam takut utk ucapkan hasrat hatinya pada Awjn yg kelihatan seperti biasa. Bimbang persahabatan mereka terganggu bila tersilap ungkap cinta. Tapi, dia bertekad yg dia nak ucapkan cintanya kali ini.
"Awin, habiskan donut ni tau. Aku buat sendiri" Awin terkejut bila Adam hadiahkan satu bekas yg berbentuk piramid dan katanya ada donut.
"Nanti kau call aku. Komen. Makan sampai habis tau! Bye!" Adam terus berlari masuk ke dalam keretanya dan terus pergi. Awin pelik dgn perangai Adam tapi dia tetap terima bekas donut yg terlajak besar dan tinggi itu. Awin bawa masuk ke dalam rumah dan Arwish serta Tia ikut terkejut dgn bekas yg disangka kek berbentuk piramid. Awin buka bekas itu dan memang susunan donut 10 layer itu buatkan semua orang terkejut dan ketawa serentak.
"Siapa bagi?"
"Adam"
"Oh, bila nak habis ni?"
"Entah, setahun gamaknya. Dia buat sendiri katanya dan minta Awin makan sampai habis"
"Makanlah"
"Tak habis kak hari ni. Jom kosongkan ruang firidge yg besar dan tinggi. Awin nak simpan ni. Makan hari2 nanti habis la kot. Abg, kak dan Danny kena makan sama" pesan Awin sambil bersihkan fridge.

Dah sehari berlalu dan donut Adam masih lagi banyak. Tak sabar dia nak tunggu panggilan daripada Awin.
"Adam, yg nenas tu masam sangat"
"Baru yg nenas. Layer 4 je?"
"Yes! Its too much for me to finish it in one day"
"Ok, take your time"

Hari kedua dan layer ke 6 berjaya dihabiskan, itupun dgn jasa bawa ke pejabat. Pandai Adam buat donut sampai ramai yg puji walaupun yg berada dalam peti sejuk.
"Adam, i like this one. Strawberry dia manis gila"
"Memang la manis, aku panjat cameron tau!"

Hari ke tiga dan semuanya habis tinggal layer last je. Semua orang tertumpu pada donut berbentuk hati yg berada di tengah2. Semua kawan dipejabatnya mula makan dari tepi dan satu persatu donut mula hilang. Awin ambil donut yg berbentuk hati itu dan setelah dia angkat, satu bentuk cincin berada di bawah donut itu. Semua mulut ternganga melihat cincin itu dan tulisan di papan lapik itu mula jadi perhatian. Dua orang staff ambilkan tisu dan lap papan itu sampai bersih. Mereka baca bersama2.

"Awin,
I dont know how to confess and im afraid to do it in front of u. If u want to call me a coward then i dont mind at all. I admit that. Im afraid but i want to. Someone told me that, love is not about we brave or not but it is about we want it or not. I baked all doughnut with love and i hope every bite u can feel it. If u finish it by own, it is a lie. Please, for those who eat my doughnut please tell Awin that my love is only for her. Will u marry me Nur Awina? Please, because i love u!

Adam Raphael.

Suasana mula gamat dengan sorakan dan teruja sama dgn lamaran kali ini. Tak tahu la jenis apa lamaran itu tapi memang menyentuh banyak hati yg semuanga perempuan ini. Awin masih lagi terkelu dan dia hanya dia dengan senyuman.
"Adam Raphael yg actor dan singer tu kan?" Soal seseorang dan mereka bersorak dgn jawapan masing2. Awin yg dilamar diam je, yg lain pulak terlajak ceria dgn lamaran itu.
"Terima la cik Awin!!!" Rayu semua staffnya dan Awin tersengih. Dia keluarkan telefon dan mula menaip sesuatu.
'See my bro and bring your parent. If u can do that, i will wear that ring and the answer will be yes. Hopefully u brave enough to do that' butang send ditekandan yg lain menjerit bahagia lagi. Sempat mereka semua menyanyikan lagu pengantin baru sambil mnari bahagia dalam pantry. Awin hanya duduk dan senyum bahagia.

"Mama! Papa!" Berlari Adam masuk ke dalam rumah dan mendapatkan mama dan papanya segera. Berita gembira itu harus disampaikan dgn segera.
"Apa yg kamu terjerit jerit ni?" Soal mamanya pelik dgn gelagat Adam.
"Ma, pa. She say yes!" Ujar Adam bahagia dan pastinya berita bahagia itu membuatkan orang tuanya ikut sama gembira dan teruja.
"Alhamdulillah! When we can hand in marriage her?"
"As soon as possible pa. Please do it fast" rayu Adam dan mamanya ketawa perlahan.
"Ingat taj kena siapkan apa2 ke? Mama nak cari cincin dan sedikit barang. Lepas tu barulah boleh pinang anak orang"
"Ok ma. Do whatever u need and have to. Thanks!" Adam berlari naik ke bilik dan dia tak sabar nak maklumkan berita bahagia itu pada Iman.

Selesai akad nikah semalam semua orang bersedia utk majlis resepsi malam nanti. Semua orang sibuk mencari busana masing2 dan yg masih lagi bertenang hanyalah Awin. Adam yg memang jenis cerewet sedikit bab pakaian dah sediakan semuanya awal2 lagi dan orang paling sibuk la kot. Awin pula masih seronok tengok tv tanpa hiraukan orang lain.
"Danny, meh kat Asu" Awin menarik si kecil itu supaya duduk bersamanya dan tengok kartun sama2.
Tak sampai satu jam mereka berdua dah lena dan tertidur di sofa. Arwish yg kebetulan lalu di ruang tamu berhenti sekejap dan tersenyum melihat adiknya dan anaknya yg lena. Arwish alihkan tangan Awin dari badan Danny dan angkat Danny utk ditidurkan di dalam bilik.
"Adam, Awin dah tertidur kat ruang tamu tu" maklum Arwish kepada Adam dan Adam segera berlari anak ke ruang tamu. Dia senyum lalu mendekati sofa itu dan duduk di atas lantai. Rambut Awin diusap lembut dan kemudian pipi itu pula diciumnya.
"Jom tidur dalam bilik" Adam angkat Awin dan letakkan di dalam bilik mereka. Adam baring di sebelah Awin dan tersenyum senang melihat isterinya itu. Akhirnya tercapai juga hasratnya nak memiliki Awin.

Lembut tangan Awin membutangkan kemeja Adam dan bibirnya mengukirkan senyum sejak tadi lagi. Masing2 hanya tersenyum bahagia tanpa mengeluarkan sebarang suara. Awin membetulkan kemeja Adam dan dia ambilkan tie utk Adam pakai. Setelah tie itu diikat dgn kemas  pada kemeja Adam, Awin sarungkan kot pada Adam dan Awin tersenyum puas hati dgn hasil kerjanya. Satu sapu tangan kelabu diselitkan di kot Adam. Lama tangan Awin berada di dada Adam dan matanya mula bergenang dgn air mata. Adam yg terkejut dgn reaksi Awin terus angkat muka Awin supaya memandangnya dan kesat air mata Awin yg mula mengalir.
"Ini kali pertama saya tengok awak menangis. Kenapa?"
"Saya bersyukur sangat dapat menjadi isteri awak" Awin menjawab dalam sendu dan Adam senyum lagi.
"Pastikan ini kali terakhir, please" pinta Adam lalu mencium ubun2 Awin. Awin pula tersenyum dan mengangguk.
"Maafkan saya, sebab saya is not your type" ucap Adam dan Awin terkejut.
"Awak tahu?"
"Erm. Saya dengar awak cakap dgn Ira. Saya minta maaf"
"Adam, awak jgn salah faham. Apa pun , apa yg Allah beri itu jauh lebih baik dari apa yg saya nak. Saya suka awak, saya sayang awak, saya cintakan awak" Awin ucap penuh syahdu dan dia nak Adam yakin dgn apa yg dia cakap.
"Saya suka, sayang , cinta awak sangat2. Kalau awak nak, saya boleh jadi cool, macho dan penuhi type yg awak nak slow2" Awin tergelak kecil.
"Kalau awak nak berubah jadi type yg saya nak, saya tak kan suka, sayang dan cinta awak lagi"
"Kenapa? Saya nak awak cakap yg saya ni 'he is my type!'"
"Sebab, saya suka, sayang dan cinta awak seadanya. Adam Raphael seadanya bukan Adam yg menjadi orang lain. Saya nak Adam yg selalu susahkan hidup saya, Adam yg suka buat saya ambil tahu pasal dia. Just u, the same Adam Raphael"
"Tapi, dulu awak cakap saya bukan type awak"
"Sebab dulu awak artis, awak tahu kan. Artis milik peminat. Saya nak awak jadi milik saya je. Saya rasa saya tak kuat mcm isteri artis lain utk sabar dan tahan diri drpd cemburu. Saya tak boleh bayangkan kalau awak berlakon dan ucapkan cinta pada orang lain. Maafkan saya, saya tak boleh" Awin berkata serius dan Adam tergelak.
"Alhamdulillah, saya dah ada career lain" ucap Adam ceria.
"Kan? Tapi, masa saya jdi PA awak. Saya anggap awak mcm adik saya tau. Thats why i care so much"
"What? Adik? No!"
"But it yes! I start to think u as a fren when i know that we are ex schoolmate."
"Then, when u start to like me?"
"When u are a businessman"
"Love me?"
"When u say the akad"
"I love u since the first time we met at that company"
"Really? That long?"
"Yes!" Awin rasa nak tergelak pulak. Tak pernah dia sangka yg Adam dah lama ada perasaan padanya.
"Adam, means u care about me because u love?"
"Yes! Dan saya jeles gila bila awak baik dgn chief. Saya frust habis bila tahu awak couple dgn dia. Rasa mcm tak nak balik Malaysia lagi dah" Awin terus gelak sakan. Tak sangka tanpa pengetahuannya mcm2 Adam dah rasai.
"Adam, tapi bila awak pergi oversea, i know what is lost? I think i start to like u since that"
"Really? Two years ago? Thanks!" Ceria pula suara Adam kini.
"Habis tu, kenapa couple dgn chief?" Tak habis lagi bab tu rupanya.
"Because he is my type"
"Nur Awina! Can u change your type? Saya tak rasa saya dalam zon selamat kalau saya tak jadi type yg awak nak"
"Yes! I will change it. U dont have to change at all. Besides, I love u now. Dont worry"
"How can im not worry, Awin. Please?" Pinta Adam lagi dan Awin rasa nak gelak je malam ni. Adam genggam erat tangan Awin dan memintanya lagi. Awin angguk dan senyum manis.
"Pandang saya je lepas ni" Adam bersuara lagi.
"Kalau awak tak ada depan mata, kena tutup mata la ya? Habislah saya" Awin gelak lalu keluar dari bilik hotel dan bersama yg lain.
"Awin!" Panggil Adam kuat, dia masih lagi dalam mode risau habis. Apa2 je la si Adam ni. Perangai mcm budak2.
"Iman, pergi ajak kawan kau keluar. Aku tunggu kat depan dewan" maklum Awin dan berjalan bersama orang lain yg dah bersedia.

Pasangan bahagia itu berjalan masuk ke dalam dewan dan semua mata memandang mereka. Mereka berjalan sehingga sampai ke singgahsana dan majlis dimulakan. Segala adat istiadat dilakukan dan semua orang tersenyum bahagia melihat pasangan malam ini. Selesai acara potong kek, Adam dah bersedia utk nyanyikan lagu utk Awin. Awin hanya mampu tersenyum melihat suaminya ,raja dalam hatinya kini.
Suasana gamat dgn tepukan dan ucapan tahniah datang bertalu talu kpd mereka berdua. Pelbagai jenis ucapan ada, ada yg doa dapat anak kembar, anak ramai dan mcm2 lagi. Penat Awin nak gelak dgn ucapan yg kelakar dan pelik.
"Sayang, welcome to our family and be my daughter forever" Awin senyum dan salami tangan tua Ahmad lalu menciumnya lama.
"Be my father forever, love me like your daughter" ucap Awin pula dan Ahmad usap lembut kepala menantunya.
"Terima kasih sanggup jagakan putera mama" Awin tergelak kecil dan memeluk mamanya erat.
"Mama jgn marah Awin, kalau nanti Adam yg jaga Awin" mereka bertiga ketawa bila Awin cakap mcm tu.
"Kalau dia tak jaga Awin, mama piat telinga dia" mereka ketawa lagi dan Awin dah tak pedulikan mana pergi Adam. Hahaha.

"Thanks abang, bagi adik abg kat Adam"
"Bukan bagi free, janjikan kebahagiann dia. Itu yg penting"
"In sha Allah, bahagia Adam ada pada dia. Dia bahagia, Adam akan bahagia"
"In sha Allah. Pedulikan apa type yg Awin nak. Sebab dia pernah cakap kat abg yg,  Adam is not her type but, you as a person makes her love u just the way u are" kata2 Arwish buatkan Adam tersenyum bangga dan dari jauh dia pandang wajah ceria isterinya melayan orang tuanya.
'Nur Awina, saya cintakan awak sangat2.' Hati Adam bersuara dan saat itu juga Awin memandangnya dan tersenyum bahagia.
'Adam Raphael, tak terucap rasanya rasa cinta saya pada awak' hati Awin turut sama bersuara dan seketika suasana syahdu, izinkan hati mereka berbicara. Adam senyum dan Awin balas senyuman itu. Begitu ikhlas juga Awin membalas cintanya pada Adam.