Monday 29 January 2018

Cerpen : Bukan Cinta Pertama

#Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hai semua, maaf la ambil masa lama sangat nak update. Saya ni dah cuti sem, tak busy tapi malas tu yang tinggi bergunung. Lagipun bila cuti kat rumah ni memang malas nak pegang laptop dan phone. Yang ni part 1 dulu sebab setakat ni saya stuck. Lagipun part 1 ni mungkin bosan sikit sebab tak ada konflik lagi. In sha Allah saya akan cuba siapkan dalam part 2. Saya tengah berusaha ni. Hehe. Maaf kalau cerita ni bosan dan banyak silap. Saya harap semua orang enjoy ya. Selamat tahun baru, 2018 walaupun dah nak habis bulan 1. Hahaha. Tq semua...

-alzai sanara, LoL-



Afina ralit mencari maklumat untuk tugasan yang baru sahaja diberikan oleh pensyarahnya. Afina atau lebih dikenali sebagai Fina akan melakukan kerja seawal yang mungkin. Dia memang bukan jenis orang last minute. Dia suka prepare dan pastikan kerja dia sempurna habis dan boleh dikatakan agak cerewet tetapi tak sampai tahap menyusahkan orang lain.

Zaid yang baru sahaja menapak ke dalam library yang dingin kerana air cond menyebabkan dia tersenyum tetapi senyumannya bertambah lebar bila ternampak Fina di meja yang selalu Fina guna bila masuk ke dalam library.

Dengan senyuman senget dia menghampiri Fina dengan berhati hati. Zaid memang jenis ceria sepanjang masa dan suka kenakan orang jadi, dia bercadang untuk kejutkan Fina.

"Fina!" Panggil Zaid separa menjerit menyebabkan Fina terkejut dan beberapa barang Fina jatuh ke lantai menyebabkan bunyi yang kuat. Banyak mata yang memandang mereka kerana bunyi bising itu.

Fina jegilkan mata kepada Zaid tetapi Zaid hanya sengih dan mengutip barang Fina tanpa ada rasa bersalah langsung. Kenakan Fina juga salah satu hobi Zaid sebenarnya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Fina dengan nada geram tetapi perlahan sahaja suaranya.

Zaid tarik kerusi dari meja sebelah dan duduk berhadapan dengan Fina. Dagu ditopang sambil memandang Fina yang kembali dengan kerjanya.

"Jom keluar lepak petang ni?" Ajak Zaid tanpa putus asa. Memang nak jugak sembang dengan Fina walaupun Fina buat tak tahu je.

Mereka berdua dah kenal lama, lama sangat sehingga mereka rapat umpama adik beradik. Tetapi sebatas itu saja ke perasaan mereka antara satu sama lain? Atau lebih. Hanya Fina dan Zaid yang tahu isi hati mereka berdua.

"Tak boleh, ada meeting MPP" jawab Fina, dia merupakan setiausaha kanan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Memang boleh dikatakan orang kuat universiti ni.

Zaid buat muka kecewa tapi dia dah kenal sangat Fina ni. Fina tak akan lepaskan amanah atau kerja dia macam tu je. Mereka selalunya bersama tapi bila mengambil ijazah, masing2 bawa diri sendiri. Fina sebagai peguam dan Zaid sebagai ahli perniagaan.

"Tak sempat ke keluar dengan aku? Aku nak ajak usha awek ni" Zaid cuba lagi. Fina diam seketika mendengar ayat itu. Zaid memang dikenali ramai kerana rupa dan wataknya yang ceria dan peramah.

"Kau ajak member kau la. Aku busy." Tolak Fina dengan sedikit dingin.

Dia tahu apa yang dia rasa pada Zaid dan dia harap dia tak ada perasaan itu kerana dia tahu Zaid tak simpan perasaan yang sama seperti dia. Dia rasa kecewa setiap kali Zaid ceritakan tentang kekasih2 yang dia ada.

"Kau member terbaik aku" pujuk Zaid lagi.

'Aku tak nak jadi member terbaik kau je!' Hati Fina memberontak sebelum dia sengih pada sahabatnya itu.

"Sorry bro, aku sibuk"

"Fine! Tapi aku nak kau datang rumah hujung minggu ni" Zaid tukar topik dan tegas dia pinta kali ini.

Fina pandang Zaid lama, atas sebab apa dia nak kena pergi rumah Zaid.

"Kau nak trap aku macam dalam drama tu ke? Aku tak nak kahwin free dengan kau!" Fina usik Zaid sakan, dalam usikan dia ada selit sedikit kebenaran. Dia memang berharap perasaan mereka sama tetapi hakikatnya hanyalah unrequited love.

"Tak nak aku! Kau tak payah nak mengarut. Datang tau! Bawak umi dan mak su sama." Fina kehilangan abahnya sejak kecil lagi dan dia anak sulung daripada dua beradik.

"Okay. Mama buat makan ke?" Soal Fina berminat. Mesti ada buat makan2 ni.

"Yup! Mama dan Papa nak celebrate abang balik"

Fina hanya anggukkan kepala. Dia tahu Zaid ada abang tapi dia tak pernah jumpa abang Zaid kerana abangnya tinggal bersama ibu saudaranya di Perancis. Ibu saudaranya seorang baker yang popular di Perancis.

"Ok" Fina hanya setuju. Dia tak pernah lebihkan minat untuk ambil tahu tentang abang Zaid. Dia cuma kenal Zafira atau Fira adik kepada Zaid.

"Aku ada surprise hari tu. Make sure kau datang! Aku chow dulu. Bye!" Dia dengan ceria melambai dan berlari keluar library.

Librarian beri amaran kepadanya dan dia balas dengan flying kiss menyebabkan ramai yang ketawa kecil. Termasuk Fina sendiri. Memang kurang waras sikit
Si Zaid ni. Tapi sebab tu la dia femes sangat di kampus.




Fina mengenakan baju yang baru sahaja dia beli untuk ke majlis rumah Zaid malam ini. Fina tak pasti kenapa dia perlu bekerja keras untuk melihat menarik sedangkan dia tahu yang Zaid tak pernah pandang dia lebih dari tu.

Senyuman Fina yang tadi mekar kini pudar bila dia ingat balik status hubungan mereka. Well, mereka adalah childhood and best friend. Fina tarik nafas dan tanam ayat itu dalam kepala dan hatinya.

"Long jom! Umi dan mak su dah siap" ajak Aniq, adik kepada Fina.

"Dik, Long over tak?" Afina soal adik lelakinya dan Aniq gelengkan kepala.

"Elok dah. Long melawa macam mana pun tak jadi Mira Filzah" balas Aniq tanpa rasa bersalah. Fina capai bantal dan baling tepat kena wajah Aniq. Memang suka betul sakitkan hati orang si Aniq ni. Aniq ketawa dan berlari keluar rumah.

Fina ambil barangnya dan keluar dari bilik. Semua orang sedang menunggunya di dalam kereta. Dia masuk ke tempat driver dan mula memandu pergi. Memang dia yang perku drive sebab orang lain tak ada lesen.

Aniq pula baru sahaja 17 tahun. Tak boleh drive lagi tapi dah pandai bawa kereta sebenarnya.
Diam2 mereka berdua selalu bertukar memandu tanpa pengetahuan uminya. Mohon jangan ikut perbuatan salah dan merbahaya ini!

"Wow, meriah betul malam ni" ujar Aniq yang berjalan di sisi Fina bila mereka tiba di kediaman keluarga Zaid. Banyak kereta dan orang yang mereka tidak kenal ketika ini.

Bila mama dan papa Zaid melihat keluarga Fina sampai, mereka segera menyambut ahli keluarga itu.

"Hey Kak Fin, Vampy!" Sapa Fira ceria sebaik melihat dua beradik itu.

Fira panggil Aniq Vampy kerana katanya kulit wajah Aniq pucat sangat dah macam Vampire. Mereka berdua mula bertekak dengan nama gelaran itu dan Fina buat tak tahu je. Dah terbiasa sangat.

"Fina! Adik!" Zaid muncul dengan wajah cerianya. Sambil memeluk dan meluku kepada Aniq. Aniq buat muka bengang. Tak suka orang panggil dia adik tapi kebanyakan orang panggil dia adik. Especially family dekat.

"Jangan panggil adik la!" Marah Aniq dan mereka mula berperang mulut pula. Fina hanya pandang mereka sambil tersengih dan gelengkan kepala. Tak ada guna nak melarang mereka ni.

Semua berjalan ke ruang tamu tetapi Fina meminta diri untuk ke tandas pula. Tiba2 dia rasa sakit perut pulak. Bilik tidur Fira dah tak asing kepada Fina. Mereka selalu berkongsi bilik bila Fina bermalam di sana.

Sebaik selesai ke tandas Fina berjalan ke ruang tamu dan langkahnya mati bila mendengar pengumuman dari Zaid.

"Zaid dan Sarah dah decide akan bertunang bila habis final exam nanti. Semua orang dah setuju kan?" Suara ceria Zaid menusuk tajam ke dalam jantung Fina. Fina bersembunyi di sebalik dinding sebelum melurut jatuh ke lantai. Air matanya gugur tanpa dia pinta.

Sepasang mata yang ikut sama ingin menuju ke ruang tamu berhenti bila melihat ada seorang perempuan yang mencuri perhatiannya. Tapi dia terkejut bila melihat perempuan itu melurut jatuh ke lantai dan menangis. Mulanya dia tak tahu kenapa tapi bila dia padankan situasi, dia sedar. Perempuan itu kecewa dengan berita dari Zaid.

Dari jauh mata itu terus memerhati dan dia ikut sama rasa sedih untuk perempuan malang itu. Perempuan yang tekun mengesat air matanya yang seakan tidak akan berhenti itu menyebabkan pemilik mata itu ingin menenangkan gadis itu.

Setelah beberapa minit memerhati, gadis itu masuk ke dalam bilik dan dia putuskan untuk ke ruang tamu. Biarkan situasi tadi bermain di dalam benaknya sahaja.



Zaid kini sah bergelar tunangan orang dan Fina masih dalam keadaan untuk terima apa yang sedang berlaku. Dia tak boleh pandang wajah Zaid tanpa rasa sedih tapi dia abaikan rasa sedih itu dan fokus kepada praktikal yang bakal dijalaninya tak lama lagi.

Hari ini keluarga Zaid dan Fina berkelah bersama di tepi tasik seperti biasa. Fina sebaik mungkin mengelak daripada berdua dengan Zaid. Dia tak mampu nak jadi kuat walaupun dah beberapa minggu berlalu.

Cinta pertama memang sukar dilupakan dan lagi pahit bila cinta pertamanya gagal!.

"Fina!" Fina tersentak bila namanya di panggil tapi dia cuba buat tak layan je.

"Tergamak kau buat derk je." Ujar Zaid tak puas hati kerana Fina tidak memberi sebarang respon. Zaid duduk di sebelah Fina dengan sengih lebar.

Zaid rasa yang Fina berubah sedikit tetapi dia tak pernah fikir banyak, dia cuma syak yang Fina sedikit stress dengan belajar atau hal lain.

"Aku rasa macam dah hilang bestie" kata2 Zaid berbaur kesedihan tetapi Fina sengih je.

"Tak payah drama la! Kau kan dah ada tunang kau, jadilah bestie dia" Fina sekadar bergurau tetapi Zaid ambil serius.

"Dia tunang aku, kau bestie aku! Fina, kau lain sekarang ni"

"Apa yang lain Zaid? Sama je"

"No, kau berubah. Kau...tak suka aku bertunang ke?" Soal Zaid kali ini betul2 sedih. Fina diam dan pandang kakinya sebelum pandang Zaid.

"No. Bukan aku tak suka, aku shock je. Kau tak pernah cerita yang kau ada awek, kau selalu je main2 cakap nak cari awek semua. Kenapa kau tak cakap apa pun kat aku?" Soal Fina ikut sama serius. Betul tu. Kalau Zaid lebih awal cakap yang dia dah berpunya mungkin Fina akan mengalah dengan lebih awal. Mungkin sekarang dia dah move on.

Zaid diam seketika sambil menganggukkan kepala dengan rasa bersalah. Memang dia dah lama bercinta dengan Sarah dan dia tak tahu kenapa dia tak cakap kepada Fina.

"Sorry aku rahsiakan semua tu."

"Sokay la Zaid. Benda dah lepas pun, kau pun dah bertunang. Siap bercadang nak further study oversea sama2 kan. Lepas ni tinggal aku sorang diri la kat sini" Fina lega sebenarnya. Lega yang Zaid akan pergi jauh daripadanya. Mungkin jarak jauh akan jauhkan hati Fina kepada Zaid.



"Zaif pandang apa?" Zaif pandang mamanya yang menepuk bahu dia agak kuat. Buat dia terkejut je.

"Nothing. That girl..."

"Fina nama dia dan dia anak angkat mama" laju Puan Zahrah memotong anak lelaki sulungnya itu. Tak pernah Zaif dan Fina berbual, mungkin nama pun tak kenal.

"Zaif ingatkan Fina yang jadi tunang Zaid sebab banyak gambar Zaid dan Fina" ujar Zaif sekadar mengosongkan apa yang bermain dalam benaknya.

"Mama pun harap macam tu. Nak buat macam mana Fina bukan pilihan Zaid. Mama pun ingatkan mereka bercinta." Mamanya agak kecewa tetapi dia cuma doakan kebahagiaan anaknya.

"Zaif dah pernah sembang dengan Fina?"

"Tak pernah. Dia macam ignore je Zaif ada kat sini"

"Fina memang macam tu. Dia tak ada banyak kawan dan tak suka bising2. Sebab tu mama pelik bila dia boleh berkawan dengan Zaid yang bising teramat tu. Agaknya sebab tu la mereka sesuai" terang mamanya dan dia hanya anggukkan kepala setuju.



Fina kembali tinggalkan Zaid dan ke tempat makanan terletak. Dia pun dah rasa lapar sebab banyak sangat sembang dengan Zaid tadi. Fina duduk tanpa perhatikan sekeliling, memang dia tak nampak Zaif di situ.

"Hi" sapa Zaif ramah, mata Fina memandang lelaki yang ada di atas alas sama dengannya. Hanya mereka berdua.

"Hi" sapa Zaif lagi bila Fina diam dan pandang dia dengan mata bulat.

"FYI, saya Zaif. Abang kepada Zaid dan Zafira" Zaif perkenalkan dirinya dengan senyuman lebar.

Fina anggukkan kepala dan mengambil donut sebelum menyuap donut masuk ke dalam mulutnya. Tak beri respon yang menarik kepada Zaif. Zaif gelak perlahan dan ikut sama makan. Mendengar Zaif ketawa, Fina pandang wajah Zaif sambil berkerut.

"Apa yang kelakar?" Soal Fina tajam, dia memang pantang orang mainkan dia. Tegas betul anak dara Rahman ni.

"Mama told me about you earlier"

"Apa?" Soal Fina garang. Zaif ketawa lagi. Seronok dengan respon yang Fina bagi.

"How serious you are"

"So?"

"Nothing. It just amusing"

"Nope. Saya tak rasa amuse langsung. Btw, kenapa awak..."

"Fina, serius macam mana pun awak, awak tak dapat tutup rasa sedih dan kecewa pada wajah awak" kali ini Fina pandang tajam wajah Zaif.

"Apa maksud awak?"

"Saya tak tahu sama ada Zaid buta or just plain stu..."

"Apa maksud awak?!"

"Fine. You love him but he didnt. You are hurting but he didnt know. You should stop hurting yourself"

Fina diamkan diri mendengar apa yang Zaif cakap. Dia rasa dia dah buat yang terbaik untuk sembunyi rasa sakit dan kecewa dia. Zaif dapat baca semuanya dengan sekali pandang je. Air matanya bergenang bila rasa sakitnya dibuka semula.

"You...you know nothing" gumam Fina dengan suara bergetar.

"Its fine to hurt but to let you hurt yourself is wrong. I ve been there once and I know how hard it is" kali ini wajah Zaif bertukar sedih. Fina pandang muka Zaif yang menekur rumput. Entah kenapa dia rasa lebih tenang tapi ego dia membatas semuanya.

"You! Know nothing!" Fina beredar dengan segera. Tiba2 dia rasa marah kerana dia benarkan orang lain membaca wajah dan hatinya.


Zaif membelek beberapa fail yang ada di atasnya sebelum matanya tertacap pada satu fail resume pelajar praktikal. Dia garu dahinya sebelum keluar ke bilik kawan merangkap bossnya di firma dia bekerja.

"Dafi, what is this?" Soal Zaif serius dan hulurkan fail di tangannya ke atas meja Dafi.

"Resume praktikal. Why?" Soal Dafi acah2 tak tahu. Dia kenal betul Zaif yang tak suka diberi kerja macam ni.
"Aku tak nak" tolak Zaif serius dan memeluk diri sendiri.

"Zaif, I'm your boss and I will give the order"

"Fine. Berapa orang?"

"Tiga. Dua perempuan, satu lelaki. Kau take care satu je."

"Aku nak lelaki" balas Zaif cepat. Dia tak nak ada masalah lain nanti.

"No cant do. Nadia dah choose that boy sebab cute and handsome" Dafi ketawa bila melihat wajah Zaif yang hampir muntah. Zaif buka pintu pejabat Dafi dan menjerit kepada Nadia.

"Nad, I want that boy!" Bunyi tawa Nadia menyebabkan rasa bengang Zaif meningkat.

"No way! Aku pilih dulu" balas Nadia sambil ketawa senang. Zaif mengeluh sebelum berputus asa.

"So, siapa?"

"I will take this one because she is not good like this one. Aku tahu kau tak nak orang lag kau punya kerja kan? So, take this honor student"

"Alright. Bila dorang masuk?"

"Next week"

"Okay. Bye" Zaif dengan segera keluar dari bilik Dafi. Lagi dipandang wajah Dafi lagi rasa nak pelangkung orang.



Zaif bersihkan keretanya sambil dibantu oleh Aniq. Setiap hujung minggu memang mereka akan bersama. Kali ini tanpa Zaid kerana dia telah melanjutkan pelajaran di Perancis. Kini Zaif di Malaysia manakala Zaid di Perancis, bersama tunangnya. Sarah.

Aniq senang bersama dengan Zaif kerana padanya, Zaid seperti kawan tapi dari Zaif dia dapat rasa ada seorang abang. Abang yang baik pulak tu.

"Adik, abang Zaif, mama ajak minum" panggil Fina sambil berdiri di depan pintu. Fina panggil gelaran Zaif sebagai abang setelah dimarahi oleh uminya kerana pernah memanggil Zaif tanpa hormat.

Zaif memang seronok tengok muka tak puas hati Fina. Entah kenapa dia rasa comel je. Aniq pandang Zaif yang tersengih macam kerang sebelum pandang Fina yang tayang wajah garang.

"Abang sengih kenapa? Long pandang macam nak tembak je" Aniq keliru dengan situasi sekarang ni.

"Long tu garang betul kan?" Soal Zaif kepada Aniq. Aniq fikir sejenak sebelum menjawab.

"Tak ada la garang sangat, serius lebih tu boleh la"

"Hurm...jom masuk minum dulu" ajak Zaif pula. Lagipun kereta dia dah berkilat dibasuh oleh Aniq. Memang ada bakat betul nak buat servis cuci kereta.


Fina masuk kerja untuk hari pertama dan dia boleh dikatakan agak nervous. Dia mulanya berjumpa dengan boss firma, En. Dafi sebelum diberitahu untuk mengikut mentor yang telah diberikan.

"Afina, ni bilik Zaif Imran. Mentor awak, jom saya kenalkan awak" Dafi mengetuk pintu bilik itu dan bila mendapat sahutan mereka berdua masuk.

Wajah serius Zaif di pandang mereka berdua dan mulut Fina ternganga sikit bila melihat empunya wajah. Memang dia rasa nak melarikan diri je sekarang ni. Dah la dia nak mengelak dari jumpa Zaif, sekarang ni siap kena bekerja bersama lagi. Nasiblah Fina.

Zaif pula tayang sengih, mulanya dia memang menolak tapi bila melihat siapa yang jadi menteenya dia rasa gembira pula. Sekarang pun dah puas hati boleh tengok wajah bengang Fina.

"Well, Zaif ni Afina. Afina ni En. Zaif. Hope both of you will be good together" ujar Dafi. Dia pelik bila melihat respon Zaif yang sengih seronok.

"Of course. Thanks En. Dafi" ucap Zaif masih lagi dalam mood seronok.

'Ya Allah, dugaan apa pulak ni?' Fina bermenolog sendiri sebelum ukir senyum paksa kepada Dafi bila Dafi nak keluar dari bilik itu. Tiba2 je rasa bilik tu kecil je untuk mereka berdua.

Zaif pandang Fina tetapi Fina tatap dinding di sebelah kanan kepala Zaif. Tapi dia tahu yang Zaif pandang dia.

"Fina duduk dulu, nanti ada orang akan sediakan meja Fina" terang Zaif ringkas dan kembali kepada kerjanya yang tergendala. Memang kalau ikutkan hati dia nak terus menyakat Fina tapi dia ada kerja yang perlu di selesaikan.

Fina duduk di depan meja Zaif tanpa memandang Zaif langsung. Dia ralit dengan angannya sendiri. Dia baralih pandang kepada Zaif yang serius dengan kerja.

'Bila dia serius macam ni tak ada la menyakitkan hati sangat' luah hati Fina dan terus memandang Zaif.

'Kenapa dia tak sama dengan Zaid dan Fira?'

"Saya tahu saya handsome, so awak tak perlu tenung saya macam tu" ujar Zaif dengan sengih lebar tetapi dia tetap fokus pada kerjanya.

Fina menjuihkan bibir dan kembali fokus kepada berangan. Tapi dia memang nak tahu kenapa Zaif kembali ke Malaysia dan tinggalkan ibu saudaranya di perancis.

"Zaid dan Sarah ke teman ibu saudara abang kat sana?" Soal Fina dengan nada perlahan.

"Yup. Mummy yang minta mereka stay sana. Dia sunyi nanti"

"Dia dah kahwin?"

"Dah. Suami dia dah meninggal dunia"

"Tak apa ke abang balik sini?"

"Mummy yang suruh balik. Lagipun tanggungjawab saya untuk papa dan mama macam mana?" Terang Zaif ala kadar. Fina angguk kepala faham dan kemudian dia terlintas yang mereka boleh sebenarnya berbual macam orang biasa.

"Awak nak mummy suruh saya balik sana ke?" Soal Zaif bila rasa aneh kenapa Fina minat sangat nak tahu pasal ibu saudaranya.

"Mana ada! Tanya je. Dah lama ke abang balik sini?"

"Balik bila Zaid kenalkan tunang dia tu la, tapi dah kerja dengan firma ni dah lama. Dulu branch di France"

"Wow, hebatnya"

"Biasa je, selalunya client kat sana Malaysian je. Tolong orang sendiri gitu. Bukan senang nak bertapak negara orang ni" tambah Zaif lagi dan Fina bertambah faham.

Firma yang Zaif kerja bukanlah besar dan mewah macam firma lain. Mereka juga tidak mengambil kes2 yang berat seperti jenayah berat. Selalunya mereka handle kes seleweng duit, perebutan hak dan hal berkaitan duit dan harta sahaja. Jenayah mereka tak ambil sebab bimbang terbela yang salah.



Fina terpaksa ikut Zaif ke hulu ke hilir untuk siapkan tugasan dan Fina hanya dibenarkan mulut dia untuk bertanya sahaja. Memang Fina tak ada hati nak bercakap hal biasa dengan Zaif pun. Tak kuasa katanya.

"En. Zaif, kalau saya cari rekod lama deal mereka macam mana?" Soal Fina sekadar meminta pendapat.

"Boleh but how?"

"Kawan saya kerja kat sana"

"Ok. Boleh but make sure that person knows what they are doing"

"Okay! Saya akan report pada encik nanti" Fina jelas gembira bila dia dapat membantu walaupun sedikit. Kerana selama ini dia hanya menjadi ekor sahaja.

Zaif hanya tersenyum dengan gelagat Fina. Dia yakin Fina akan menjadi seorang yang berjaya nanti kerana sifat kesungguhan dia. Bukannya Zaif tak percayakan Fina untuk buat kerja tapi dia tak nak bebankan Fina dengan kerja yang berat. Dia nak Fina belajar bekerja dengan rasa seronok tanpa rasa tertekan kerana bila Fina mula ambil kes nanti, masa tu boleh rasa betapa penatnya kerja sebagai lawyer ni.



Fina meraup mukanya buat kali kedua dan minum habis kopi keduanya pada malam itu. Dia masih tak dapat nak tangkap maksud di sebalik perjanjian antara dua bisnes itu. Pada dia kes kali ini agak berat untuk diselesaikan tapi bila dia teringat betapa tenangnya Zaif dia hairan.

'Mamat tu dah ada info ke? Relax je" gumam Fina sendiri. Kalau dia fikirkan tentang Zaif memang tak habis kerja dia hari ini.

Fina tutup laptop dan buku sebelum ke bilik air. Dia putuskan untuk tidur dan sambung pada esok hari. Otak dia dah semak sangat sampai tak mampu nak fikir lagi dah.



Zaif kemaskan segala laporan dan maklumat untuk dibicarakan lima hari lagi. Dia masih kosongkan ruang untuk maklumat tambahan dari Fina. Dia tahu Fina akan hadapi masalah tapi dia tak nak Fina putus harapan bila kerjanya dan lelahnya disia siakan.

Zaif kemas buku miliknya dari zaman dia mula2 kerja dan asingkan ke dalam sebuh kotak yang lain. Dia selitkan juga beberapa rekod kes2 lama yang dia handle sebagai kajian. Walaupun kes lama masih dapat membantu Fina nanti.

"Bang, buat apa?" Soal Fira yang kebetulan belum lagi tidur ketika itu.

"Kemas buku" jawab Zaif ringkas.

"Nak sambung belajar ke? Tak cukup lagi?" Soal Fira pelik, Zaif ketawa perlahan dan gelengkan kepalanya.

"Untuk mentee abang"

"Kak Fina?"

"Yup"

"Untung kak fina dapat abang as mentor" Zaif ketawa lagi sambil gelengkan kepala. Bukan Fira tahu betapa Fina menyampah dengan Zaif.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Drama korea tak habis tengok lagi. Esok cuti" sengih Fira selamba. Zaif hanya senyum dan teruskan mengemas.

Dia tak rapat sangat dengan adik beradiknya kerana jarak yang jauh dan dia juga tak kenal rapat dengan mereka semua. Tapi dia tahu yang dia sayang adik2 dia. Zaif dulu sedih terpaksa berpisah dengan keluarga tapi bila dia fikirkan balik ada baiknya. Keluarga mereka tak senang macam sekarang. Kalau ibu saudaranya tidak menjaganya, belum tentu adik2 dia dapat hidup dalam keadaan senang macam sekarang. Keluarga mereka bukan kaya, cuma senang dan ada sedikit harta. Itu pun dah lebih dari cukup. Lain pula ibu saudaranya yang kaya dengan kerjaya mewah dan mengahwini jutawan luar negara. Walaubagaimanapun harta dan duit bukan segalanya, bukan apa yang Zaif pinta.

"Fira tidur dulu. Genite"

"Genite." Balas Zaif balik dan senyum manis pada adik bongsunya.

Wajah mereka tak iras langsung. Fira dan Zaid iras tapi tak dengan Zaif. Kadang2 bila ada orang kata mereka bukan adik beradik kerana tidak iras langsung. Tapi mereka memang adik beradik kandung yang sah. Wajah iras bukan segalanya.


Fina terdiam bila melihat kotak berisi buku yang diberikan oleh Zaif. Dia tak sangka yang Zaif sangat prihatin sampai sanggup berikan buku kepada dirinya.

"Kalau Fina rasa menyemak je, boleh buang atau bagi orang lain. All of this is what I read once I start as a lawyer" maklum Zaif.

Fina melutut di hadapan kotak itu dan mula mengeluarkan buku satu persatu, memang dia teruja dapat buku2 itu. Kebanyakannya mahal, tak dapat dibeli di Malaysia dan limited edition.

"Yang ni?" Soal Fina sambil tayangkan fail.

"Thats past cases. But it just roughly because it predential. I gave a few notes too. Feel free to read"

"Thank you" ucap Fina betul2 ikhlas dan senyuman Fina juga ikhlas kali ini. Zaif lega bila Fina gembira dengan apa yang dia beri.

"Bro, kenapa tak masuk. Tercegat depan rumah je" Aniq yang baru saja pulang bermain menegur Zaif.

Zaif sengih dan usap kepala Aniq dengan agak kasar.

"Uish! Peluh macam mandi" kutuk Zaif pula. Siapa suruh sentuh kepala orang. Terima je la.

"Siapa suruh pegang. Jom la masuk rumah. Tunggu Long ajak memang tak la" Aniq tarik lengan Zaif untuk masuk ke dalam rumah bersamanya.

Fina jelir lidah pada adiknya dan kemaskan semula buku ke dalam kotak. Bila dia cuba angkat kotak itu dia terduduk semula. Berat sangat.

Fina terdengar suara gelak dibelakangnya dan dia dah dapat agak Zaif yang gelakkan dia. Zaif gelengkan kepala dan bantu untuk angkat kotak masuk ke dalam rumah. Dia memang lupa betul pasal kotak tu tadi.

"Luka tak jatuh tadi?" Soal Zaif dalam nada mengusik.

"Sikit je pun, acah la kalau sakit"

"Mana tahu kot2 manja. Ingatkan kuat tadi" usik Zaif lagi. Fina ketap bibir geram dan jeling Zaif setajam mungkin. Zaif hanya ketawa dan berlalu ke dalam rumah bersama kotak.



Zaif makan malam bersama keluarga Fina kerana dipaksa oleh umi dan mak su Fina. Dia juga tak berat nak menolak kerana dia memang tengah lapar. Sibuk sangat kerja sampai tak senpat nak makan sampai kenyang.

"Terima kasih umi, mak su. Kenyang betul Zaif hari ni" ucap Zaif mesra.

"Tak apa, lain kali datang lagi. Boleh jadi imam lagi, sedap betul suara Zaif" puji Pn. Rahmah, mak su Fina.

Zaif hanya ketawa perlahan dan memakai kasut miliknya. Dia senyum melihat Fina yang hanya masamkan mukanya.

"Fina sedih ke saya nak balik? Masam betul muka" sempat lagi Zaif mengusik menyebankan Fina sebal dan berlalu masuk ke dalam rumah. Zaif ketawa lagi bersama keluarga Fina.

"Maaf la, Fina tu memang macam tu" pinta Umi pula.

Zaif gelengkan kepalanya.

"Zaif yang suka menyakat dia. Zaif minta diri dulu, in sha Allah Zaif datang lagi" Zaif sengih lebar tanpa rasa segan. Memang muka tebal si Zaif ni.



Hari ini perbicaraan kes pertama Fina dan Zaif. Fina rasa gugup dan dia tak boleh duduk diam di dalam kereta. Zaif yang berada di sebelah pemandu hanya mampu tersengih.

"Jangan nervous, saya yakin kita akan menang kes ni" ujar Zaif memberi kata2 semangat.

Fina pandang Zaif dengan harapan dan dia ada rasa lega sikit. Tapi masih lagi gemuruh kerana ini adalah perkara sebenar bukan lagi latihan atau praktikal yang dia buat dalam kelas.

"You will get 5% from the pay, you should be happy"

"Saya nervous je"

"Saya pun macam tu juga. But I'm here so dont worry"

Walaupun bunyi macam berlagak tapi Fina tenang. Tenang yang Zaif akan berada di sisi dia. Sepatutnya dia tak gabra sangat sebab dia hanya peguam pembantu, bukanlah orang yang akan membuka hujah dan mendakwa sesiapa.

"Yang take lead encik, tapi saya pulak yang over"

Kali ini Zaif ketawa lepas, betul2 kuat sehingga Fina ikut sama ketawa. Tak pasti sebab apa.

"No its fine. I'm nervous too but I think we will be fine together"

Kata2 Zaif betul2 sampai ke hati Fina. Fina mengungkap perkataan together sekali lagi, walaupun perlahan tapi Zaif mendengarnya dan tersenyum lebar.




"Penyelewengan sebanyak RM50k dari En. Hadi telah sah terbukti bila di dalam akaun En. Hadi meningkat sebanyak RM10k setiap minggu"

"Bantahan!"

"Bantahan ditolak, sila teruskan"

"Bukti transaksi duit dari syarikat Megah Jaya ke akaun peribadi En. Hadi ada di sini, sila periksa"

Fina kalut bahagikan kertas bukti kepada semua orang tapi dia berjaya atasinya bila melihat senyuman semangat Zaif.

"Selain itu, ada transaksi dari beberapa tahun yang lepas kepada akaun En. Hadi tapi bukan yang akaun yang sama. Semua bukti ada di kertas itu. Dan, En. Hadi tak bersendirian dalam kes penyelewengan ini. Itu bukan hak saya untuk bongkarkan semua. Saya hanya buktikan yang En. Hadi jelas bersalah dalam hal ini."

Zaif duduk dan senyum kepada clientnya. Memang jelas kes ini ada di pihak mereka dan bila hakim memutuskan Hadi bersalah. Mahkamah bersurai.

"Terima kasih Zaif" ucap Tan Sri Aman.

"Sama2 tan sri, terima kasih juga pada pembantu saya ni, sebab dia saya tak terlepas pandang kes yang lama" Zaif puji Fina secara tak langsung.

Fina terkejut menerima pujian tetapi dia hanya tersenyum bila tan sri ucap terima kasih kepadanya juga.

"So, jom kita pergi lunch. Saya belanja" ajak Zaif bersungguh. Fina pandang wajah teruja Zaif sebelum setuju dan anggukkan kepala sahaja. Dah nama pun orang nak belanja.

Mereka berhenti di sebuah restoren, mengikut pendapat Fina memang restoren yang bernama kerana suasananya sangat tenang dan nyaman. Well, dah nama pun lawyer yang ada nama dan duit.

"Encik belanja saya kan? Saya tak ada duit nak bayar ni" Fina cepat2 memberitahu Zaif bila mereka berjalan masuk ke dalam restoren. Zaif gelak perlahan dan berkata ya.

Mereka duduk di sebuah meja untuk dua orang, untung tak ramai orang sangat sekarang sebab dah lepas lunch hour sikit. Mereka duduk dengan selesa dan Zaif membelek menu yang sudah tersedia di atas meja.

Fina membuka menu dan dia cuba dapatkan menu yang mengenyangkan dan murah pada masa yang sama. Bila dia perhatikan semua harga lebih kurang dengan kedai lain sahaja dan dia rasa seronok. Seronok sebab kalau dia pesan makanan yang dia nak masih lagi mampu dia bayar.

"Dah decide?" Soal Zaif.

"Saya nak set b ni" ujar Fina sambil tunjukkan set b kepada Zaif. Zaif senyum sebelum tutup menunya.

"Sure? Saya belanja so feel free to order anything" Zaif bernada ramah, dia memang tak kisah apa yang Fina pesan sekalipun, setakat ini dia mampu.

"Saya memang nak makan sup ayam tu"

"Fine, air?"

"Jus epal"

"Side dish? Dessert?"

"Ayam goreng spicy. Dessert...apa yang best kat sini?"

"Saya suka puding dia, puding nenas"

"Puding nenas?" Fina tayang muka pelik, sebab dia tak pernah makan sebelum ini.

"Nak cheese tart" Fina lari terus dari puding. Zaif tergelak dan mencapai kertas di sisi meja sebelum menulis pesan mereka.

Fina hanya perhatikan perbuatan Zaif yang mulanya menulis pesan mereka sendiri dan menghantarnya ke kaunter. Memang rasa pelik dengan keadaan di dalam kedai ini tetapi dia biarkan saja dulu.

"Mesti awak pelik, but itu la spesialnya kedai ni. Kita order sendiri dan bayar dekat kaunter selepas makan."

"Oh, selalu ke datang sini? Boleh tahan jauh jugak dengan firm"

"Selalu jugak. Mostly dengan member lelaki, saya tak pasti kenapa perempuan tak ramai datang kedai ni, kawan perempuan saya pun tak suka sangat. Awak suka tak?"

"Okay je. Tak makan lagi, nanti saya komen" Fina sengih tayang giginya yang cantik tersusun. Zaif ikut sama senyum.


Selesai makan mereka berdua terus balik ke rumah kerana sudah tamat waktu bekerja. Fina dihantar oleh Zaif hari ini.

"Abang nak masuk minum dulu?" Pelawa Fina sebaik tiba di depan rumahnya.

Zaif memang kagum dengan Fina yang boleh ubah perkataan encik kepada abang sekelip mata je. Sehabis waktu kerja memang abang gelaran untuk Zaif.

"Not today, saya ada match soccer petang ni"

"Oh, okay" jawab Fina sebelum keluar dari kereta dan ucapkan terima kasih.



Zaif mengikat tali kasutnya dengan kemas sebelum masuk ke dalam court. Dia panaskan badan secara ringkas sebelum mulakan permainan. Sebab Dafi la dia terjebak dalam match hari ini. Padahal dia penat mental dan fizikal, tapi sebab dipaksa Dafi dia mengalah dan ambil part petang ini.

Sepanjang permainan suasana elok je. Tapi bila saat genting, Zaif ditolak sehingga jatuh menyebabkan permainan terpaksa dihentikan. Nampak macam parah juga kecederaan Zaif.

"Kau okay?" Soal Dafi kalut. Wajah Zaif berkerut menahan kesakitan.

"Okay, tapi sakit kat sini" Zaif tunjuk pergelangan tangan kanan dia. Memang dia rasa sakit sangat.

"Pergi klinik jom. Dah nak bengkak tu" Dafi papah Zaif untuk berdiri.

Semua pandang mereka risau. Zaif senyum pada pasukannya dan meminta maaf sebelum beredar bersama Dafi untuk ke klinik.

"Sorry bro" pinta Dafi rasa bersalah habis.

"No hal la. Sikit je ni" ujar Zaif pula dan mereka diam sepanjang perjalanan.


Keputusan X-ray menunjukkan tulang pergelangan tangan Zaif retak sedikit. Tak serius tapi ambil masa untuk sembuh sepenuhnua. Doktor tak sarankan Zaif kerja berat sangat bimbang patah.

Zaif hanya berserah dan terima tangan dia yang berbalut kini. Walaupun sakit tapi dia rasa dah okay sikit. Kadang2 berdenyut bila dia bergerak.

"Zaif, kenapa ni?" Soal pn. Zahrah risau bila melihat terunanya balik rumah dalam keadaan cedera. Ibu mana tak risau.

"Aunty, Zaif jatuh tadi masa main" Dafi terang secara ringkas. Zaif hanya senyum dan anggukkan kepala. Malas dia nak menjawab dalam keadaan sakit macam ni.

"Main macam mana sampai jatuh?" Marah Pn. Zahrah pula. Risau betul.

"Sikit je ma, dont worry. Tapi doktor tak bagi banyak gerak sangat tangan ni. Nanti mama kena suap Zaif makan la" usik Zaif ceria, dah sakit macam ni pun sempat nak bergurau.

Pn. Zahrah tepuk bahu anaknya geram. Tapi dia senyum dan sentuh tangan Zaif dengan berhati hati. Dia rindu nak rawat Zaif sebab Zaif tinggalkan dia bila umur 18 tahun. Sekarang dah 28 tahun. Dah 10 tahun dia tak manjakan Zaif.

"Terima kasih Dafi dah hantar Zaif" ucap mama Zaif pula dan Dafi senyum ringkas.

"Mama! Kereta siapa kat luar? Oh, abang kenapa?" Fira yang baru pulang dari kelas memang selalu bising. Tak pernah nak masuk rumah senyap2. Kalau boleh satu rumah dia nak maklum yang dia dah balik.

Dafi pandang pemilik suara itu dan segera tersenyum. Zaif pandang Dafi tajam dan sepak betis Dafi agak kuat sehingga Dafi terduduk di atas sofa. Kuat juga tu.

"Dah cedera pun ganas" adu Dafi geram.

"Tangan je luka, kaki kuat lagi ni. Setakat nak high kick low kick no hal"

"Diam ah"

"Abang kenapa?" Soal Fira sambil duduk di sofa. Senyuman manis diberikan untuk Dafi. Khas gitu!

"Jatuh main bola. Tapi doktor kata tak parah" jawab Dafi wakil Zaif. Zaif tayang muka loya dan angguk kepala pada Fira.

"Balik la Fie. Nanti kereta aku kau hantar rumah ni eh. Thanks" Zaif tarik lengan Dafi supaya bangun dan beredar dari rumahnya. Tak suka betul tengok adik dia dan Dafi berbalas senyum.

"Kau pehal?" Soal Dafi tak puas hati.

"Kau dah ada Natasha so, stop flirting with my sis"

"Mana ada flirt. Senyum je"

"I dont care. Balik la, nanti hantar kereta aku" Zaif sengih tak berdosa. Dafi hanya senyum dan tepuk bahu Zaif sebelum minta diri.

"Bye!" Laung Fira teruja, entah dari mana tiba2 muncul. Untung tak pekak telinga Zaif je.

"Siapa tu bang? Handsome"

"Natasha's boyfriend. Faham?"

Fira buat muka tak kisah dan jelir lidah pada abangnya. Serius betul Zaif tak bagi Fira kenal si Dafi. Nama pun tak beritahu.


Fina ke kerja seperti biasa tetapi dia pelik bila melihat bilik Zaif masih kosong. Selalunya Zaif salah sorang yang paling awal datang ke tempat kerja.

"En. Zaif tak masuk lagi? Pelik" Irfan duduk di kerusi sambil pandang bilik Zaif.

"Ada hal kot" jawab Fina ringkas. Fina membuka komputernya dan membuka berita terlebih dahulu. Penting untuk tahu apa yang berlaku dalam dan luar negara sekarang ni.

"Kau dah breakfast?" Soal Irfan lagi. Sunyi firma mereka pagi ini, selalunya dah ramai yang datang. Dafi pun belum tiba lagi.

"Dah kat rumah. Aku dengar kau masuk court untuk kes projek perumahan tu. Macam mana?" Soal Fina berminat. Memang kes itu dibicarakan ramai tetapi masih belum dapat kata akhir.

"50-50 la aku rasa. Sama2 kuat dan tak ada bukti kukuh. Kena tangguh lagi dua minggu" jawab Irfan dengan wajah serabut. Boleh tahan juga dugaan Irfan sebab kes pertama ialah kes susah. Lain la Fina yang dapat kes senang dan confirm menang.

"Kalau aku free aku tolong" Fina senyum memberi semangat.

"Good" kata2 itu mengejutkan mereka berdua. Mereka terus berdiri dan menyapa Dafi yang entah bila muncul.

"Fina, mulai hari ini awak akan ikut under Pn. Nadia. She needs help and you are free" ujar Dafi ringkas.

"Tapi, En. Zaif..."

"Dont worry. Zaif is on leave for a few days."

"Kenapa?" Soal Fina laju, terkejut pulak Dafi bila Fina begitu ambil tahu mengenai Zaif.

"Dia sakit" jawab Dafi dengan nada serius. Fina bertambah resah.

"Sakit apa? Dia ada kat hospital ke?"

Dafi sengih sendiri dalam diam. Kenapa dia rasa nak sangat usik Fina sekarang ni. Mungkin sebab respon menarik dari Fina kut.

"Kenapa? Awak nak tolong jaga dia ke?" Usik Dafi sakan, tapi nada masih serius.

"Tak. Saya...nak melawat je. Kan Irfan?"

"Eh, ah...ya la tu" Irfan hanya bersetuju dalam terkejut.

"Dia ada dekat rumah family dia. Kalau awak nak melawat dia tolong masakkan sup ayam kat dia. Mengidam katanya, mana tahu permintaan terakhir ke" Dafi buat2 sedih dan Fina bertambah risau. Irfan turut sama bersimpati dengan keadaan Zaif.

Fina terima untuk bekerja di bawah Nadia tapi otak dia masih fikirkan keadaan Zaif. Bila dia teringat Dafi kata yang Zaif tak dapat nak makan tanpa bantuan buat dia bertambah risau.

"Kenapa aku risau sangat? Ish!" Fina marahkan diri dia sendiri. Rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding pun ada.

"Kau cakap apa? Risau apa?" Soal Irfan, pelik bila Fina bercakap seorang diri.

"Tak ada apa"

"Kalau kau risau pasal Pn. Nadia, tak payah risau. Dia chill je." Irfan cuba untuk menenangkan Fina. Tapi masalahnya bukan Fina risaukan hal itu. Fina hanya angguk dan senyum kepada Irfan. Malas dia nak bahas soal risau itu lagi dah.


Zaif tergelak sebab geli, dia ni memang jenis sensitif sikit dengan sentuhan jadi dia rasa geli di banyak tempat.

"Diam la Zaif. Susah papa nak sabunkan ni" ujar En. Uthman. Geram dengan perangai teruna dia yang tergeliat sana sini. Nak mandikan pun susah, lagi susah daripada mandikan budak kecil.

"Geli la pa. Cepat sikit pa"

"Macam mana nak cepat, Zaif tak duduk diam"

"Dah geli pa. Nanti kita beli sponge tu, tak payah guna tangan dah"

"Ya la. Angkat tangan tu, papa nak siram air ni. Nanti basah pulak"

"Baik Laftenan Uthman!" Zaif salute pada papanya dan mengaduh sakit bila terguna tangan kanan dengan kuat. Sempat lagi dia gelak masalahnya.

Selesai mandi, semua pakaian Zaif sudah tersedia di atas katil dan mamanya sedang menunggu untuk membantu Zaif memakai baju. Zaif pula yang malu sekarang ni.

"Zaif boleh pakai sendiri ma. Dont worry eh" Zaif sengih malu, wajahnya yang cerah sudah kemerahan sedikit. Mama dan papanya hanya menurut dan keluar dari bilik itu.


Keluarga Fina sedang bersembang dengan keluarga Zaif di ruang tamu. Fina tak fokus pada perbualan mereka, hanya fokus untuk melihat keadaan Zaif.

Zaif turun dari tangga dengan senyuman lebar, muka berseri tak nampak macam orang sakit pun. Muka bahagia juga. Siap boleh lompat2 lagi untuk turun tangga. Fina mula confuse dan rasa dia dah terkena dengan Dafi.

"Aunty, mak su." Sapa Zaif mesra dan duduk di tepi mamanya. Tangan berbalut di letakkan di atas peha.

"Aniq, Fina" sapa Zaif pula. Zaif pelik bila tengok muka confuse Fina tapi dia tak nak pandang Fina lama2 nanti dia yang confuse.

"Teruk ke jatuh?" Soal Pn. Ramlah, umi kepada Fina dan Aniq.

"Sikit je umi. Retak tulang je" balas Zaif ringkas.

"Ya la je, kalut nak jaga dia tu banyak la. Nak mandi la, nak menggaru la. Nak makan kena bersuap" cerita Pn. Zahrah pula, walaupun nadanya begitu semua orang tahu itu adalah gurauan. Mereka hanya gelakkan Zaif yang muncungkan mulut acah2 merajuk.

"Nah abang, sup ayam kalut" Aniq tolak bekas sup ayam kepada Zaif. Muka Zaif boleh dikatakan bercahaya tiba2. Seronok betul dapat sup ayam, tapi dah kenapa ada kalut pulak kat belakang.

"Kalut?"

"Ya la, Long balik kerja tak sempat tukar baju lagi dah masuk dapur, kalut mak masakkan sup ayam ni." Ujar Aniq ceria, dia gelak bila bahunya ditampar kuat oleh Fina. Segan la Fina bila dia diusik macam tu.

Keluarga Fina bertukar pandang dengan ibubapa Zaif. Sepertinya mereka berkomunikasi dalam diam, hanya menggunakan isyarat mata.

"Fina ambilkan mangkuk" Fina berlalu ke dapur kerana segan dan pada masa yang sama dia tak tahu nak tengok mata Zaif macam mana.

Fina keluar dengan sebiji mangkuk dan satu sudu. Dia letak di hadapan Zaif, bahkan siap hidangkan Zaif untuk makan. Dah kenapa Fina baik semacam je ni?

Orang lain teruskan berbual, Zaif pandang mangkuk yang berisi itu tapi dia tak makan. Zaif pandang mamanya yang masih lagi asyik berbual. Dia nak makan tapi dia tak boleh guna tangan kanan.

Zaif angkat mangkuk ke meja tepi kolam dan minta Aniq ikutnya keluar. Dia turut sama bagi isyarat mata kepada Fina supaya ikut. Tak perlu mereka nak join perbualan orang2 tua itu.

"Aniq, suap abang" pinta Zaif seakan merengek sedikit dan Aniq hanya ketawa sebelum mula menyuap Zaif. Nampak je matang Zaif ni tapi manja boleh tahan tinggi jugak.

Fina senyum melihat gelagat Aniq dan Zaif. Zaif makan dengan berselera buatkan Fina rasa senang hati dan bangga dengan hasil masakannya.

"Abang nak makan dengan nasi ke?" Soal Fina bila sedar yang Zaif makan sup ayam semata mata. Zaif gelengkan kepalanya laju. Dia dah makan bubur tadi.

"Macam mana kerja hari ni?" Soal Zaif kepada Fina.

"Okay je. Pn. Nadia pun baik. Kes dia dapat macam berat je"

"Pasal perumahan tu ke?"

"Ya"

"Memang susah sikit bila involve orang kenamaan. Tapi saya yakin dengan adanya awak tolong mereka, kes ni dapat selesai cepat" Zaif memang ikhlas sebab dia tahu betapa tekun dan efisiennya Fina bekerja. Fina tertunduk, malu agaknya tapi dia gembira pada masa yang sama.

"Abang bila boleh masuk kerja balik?"

"Tak pasti. Kena tanya doktor dulu. Saya akan datang firm tapi tak boleh nak buat kerja sangat la. Pantau boleh la. Kes pun Dafi dah bagi kat orang lain" jawapan Zaif buat Fina rasa sedih sikit.

"Maybe saya akan kerja dalam pejabat je." Tambah Zaif lagi.

Aniq perhati Zaif dan long dia bersembang. Dan dia perhati raut wajah Fina yang berubah ubah seperti menunjukkan perasaan dia pada masa kini. Aniq senyum sendiri, dia yakin yang Zaif dah berjaya ketuk dan buka pintu hati Fina sekali lagi. Dia tahu Fina kecewa dengan Zaid tapi kini dia lega Zaif ada di sini.

"Habis dah bang. Aniq hantar dapur dulu. Abang sembang la hal kerja dengan long" Aniq meminta diri dan membawa bersama mangkuk kosong.

"Niq, abang nak air sejuk"

"Nope! Air masak je boleh. Niq tahu kalau injury macam abang ni tak boleh minun sejuk"

Zaif mencebikkan bibir protes. Dia memang nak minum benda sejuk sangat sekarang ni. Dia pandang tangannya dan mengutuk tangan dia sendiri kerana cedera. Fina simpan gelak dengan perangai tak matang Zaif.



Fina terkejut bila Zaif masuk kerja hari ini, sepatutnya cuti Zaif lagi seminggu. Dia memang nak pergi tanya Zaif terus tapi bila nampak Zaif dan Dafi sedang bincangkan sesuatu dia batalkan niatnya. Irfan pandang Fina yang kembali duduk dengan keluhan.

"Fina, kau suka En. Zaif ke?" Soalan yang tidak ada pangkal hujung tu buat Fina kaget. Kenapa Irfan tanya soalan macam tu dekat dia.

"Soalan apa ni?" Soal Fina balik, riak wajahnya tidak senang dengan soalan itu sebab dia tahu hati dia milik siapa dan sekalipun dia dah lepaskan Zaid, belum pasti dia dah lupakan Zaid sepenuhnya.

"Sorry, aku tanya je" jawab Irfan takut, bila Fina tayang muka serius memang tak akan ada orang berani lagi nak pandang atau bercakap dengan dia.

"Apa yang buat kau tanya macam tu?" Soal Fina sambil pandang Irfan tajam. Irfan telan liur dan menjilat bibir sendiri kerana gentar. Menakutkan betul Fina ni!

"Pada pendapat aku la, pendapat je ni! Kau risau gila bila dia sakit, kau macam lost sikit bila kerja and, bila kau nampak dia tadi kau terus bangun. Muka kau macam..."

"Macam apa?"

"Risau dan suka?" Jawab Irfan takut2. Buatnya Fina belasah dia macam mana?

Fina diamkan diri dan memandang gambar mereka sekeluarga di atas meja kerjanya. Selalunya mata dia akan jatuh last sekali di wajah Zaid tapi kali ini kosong je. Dia tak terlintas pun nak pandang atau tenung wajah Zaid.

"Sorry kalau buat kau tak senang" Irfan risau bila Fina diamkan diri je.

"Boleh jadi jugak kau anggap dia idola kau, so normal la kut" tambah Irfan lagi. Fina angguk kepala setuju, tapi lemah je anggukan dia.

'Mungkin dia keluarga?' Fina jawab persoalan dalam benak dia sendiri. Irfan juga mula diam dan kembali dengan kerjanya. Wajah serba salah Irfan dia pandang sekilas sebelum mengeluh lagi.

"Fina, Irfan" sapa Zaif dengan ceria. Tangan masih lagi berbalut jadi Fina tahu yang Zaif belum sembuh sepenuhnya. Fina ada perasaan nak berleter pada Zaif tapi dia tahan je.

"En. Zaif dah sihat ke? Berbalut lagi tu" sapa Irfan semula bila Fina memilih untuk diamkan diri.

"Saja datang hari ni, bosan kat rumah. Lagipun saya kena pantau anak buah saya ni" Zaif dengan ceria berkata, wajah Fina dipandang dengan senyuman

"Tak payah risau encik, Fina ni rajin orangnya" ujar Irfan pula. Fina hanya buat tak dengar perbualan Irfan dan Zaif.

"Jom lunch sama2. Dafi nak belanja. Jom Fina, Irfan" ajak Zaif teruja. Fina dan Irfan hanya menurut bila Dafi ikut sama mengajak mereka.

"Mila mana?" Soal Zaif pula, Mila ialah mentee Dafi.

"Dia demam campak"

"Uish. Habis tu kau tak ada helper la ni?"

"Okay je, lagipun Fina tolong aku jugak. Fina dan Irfan ni senang nak ajak buat kerja" puji Dafi sakan, kembang la dua orang ini bila dipuji oleh majikan mereka.


Mereka tiba di sebuah restoren yang agak mewah. Sebab Dafi memang agak cerewet dengan tempat makannya. Jadi Dafi akan pilih tempat yang selesa dan sesuai dengan selera dia.

"Mahalnya makanan kat sini boss" komen Irfan bila melihat menu. Memang bukan tempat makan pilihan pelajar praktikal macam dia la.

"Mahal sikit je. Saya belanja hari ni. No worries"

"Order yang mahal2. Dafi banyak duit" Zaif tersengih lebar dan mula membuat pesanan. Fina perhati apa yang Zaif pesan dan dia rasa tak sesuai kerana Zaif masih lagi sakit.

"Encik sure ke boleh makan semua tu?" Soal Fina serius. Zaif tayang wajah sedih dan angguk sambil geleng kepala. Rasa serba salah la tu.

"Mama tahu tak?" Fina bertambah serius.

"Please. Hari ni je, kalau sakit saya tanggung sendiri. Bosan dah makan berpantang. Please" rayu Zaif manja, Dafi dan Irfan yang pandang nak tergelak pun ada.

"Fina, please" rayu Zaif lagi dan Fina hanya mengalah. Zaif tersengih lebar bila dia dapat makan apa yang dia nak.

Makanan mereka tiba di atas meja, memang banyak sangat sampai penuh meja. Zaif ni dah melampau betul order sampai banyak macam ni. Dafi hanya mampu gelengkan kepala dengan semua ni. Dia memang tahu Zaif jenis makan banyak, kadang2 dia rasa macam Zaif ni bukan manusia.

"Banyaknya. Siapa nak makan semua ni?" Soal Irfan terkejut. Dia tengok pun dah penat fikir nak habiskan macam mana.

"Jangan risau Irfan, Zaif perut kapal ni ada. Mesti habis ni" ujar Dafi dan mereka mula makan sambil berbual mengenai hal kerja dan beberapa kes yang telah selesai.

"Dafi, kau kena suap aku! Tangan aku sakit ni" komplain Zaif bila dia tak dapat makan macam orang lain.

"Guna la tangan kiri tu"

"Tak nak! Tak elok. Cepat la suap aku, aku nak ketam tu" rungut Zaif lagi.

Dafi ketap bibir geram dan mengalah untuk menyuap Zaif. Boleh tahan segan sebab dia lelaki dan menyuap Zaif, seorang lelaki. Orang pandang dia ramai pulak tu. Irfan dan Fina hanya ketawa kecil kelucuan. Macam2 hal la si Zaif ni.

"Fina, awak suap la Zaif ni. Segan la saya macam ni" Dafi mengalah dan berikan tugas menyuap kepada Fina pula. Memang tak la Fina nak terima macam tu je.

"Saya lapar ni Fina, takkan saya tak boleh makan?" Zaif buat ayat sedih, bukan ayat je sedih, muka pun bukan main sedih lagi

Fina mengalah dan dia mula menyuap Zaif dengan perlahan lahan. Zaif tak fikir apa orang lain fikir bila tengok mereka. Yang dia tahu perut dia kenyang dan dia senang. Fina redha je sebab bukan suap pakai tangan tapi guna sudu. Hati Fina tercuit juga dengan perangai Zaif ini.


Fina ternampak Dafi dan Zaif sedang bertekak di parking kereta. Bertekak sebab Zaif paksa Dafi bukakan pintu kereta untuk dia. Dafi pula malas sebab tahu Zaif boleh buka guna tangan kiri. Ya Allah mengadanya si Zaif ni.

Fina hanya gelengkan kepala dan melangkah pergi dari situ. Dia pun nak balik kerja jugak dan dia terpaksa balik guna pengangkutan awam. Dia tak kisah pun sebenarnya sebab lebih jimat dan cepat kalau dibandingkan dengan memandu. Memandu kena hadap traffic jammed lagi.

Fina memberi salam dan masuk ke dalam rumahnya. Pelik bila rumah dia sunyi je hari ini, selalunya bising bukan main lagi. Dia cari umi dan mak sunya tetapi tidak ada bayang mereka berdua langsung.

"Long! Cari umi ke?" Soal Aniq yang muncul dari dapur.

"Ya la. Mana umi dan mak su?"

"Rumah mama. Katanya Abang Zaid balik" jawab Aniq tak acuh dan duduk di depan tv sambil makan jajan.

"Zaid tak cakap pun nak balik." Fina gumam sendiri dan ambil tempat di sisi Aniq.

"Kenapa tak pergi sama?"

"Malam sikit, umi suruh pergi dengan long." Fina anggukkan kepala sebelum angkat punggung dan berlalu. Kalau dia nak kena pergi sana malam ni, baik dia mandi dulu.




"Abang dah jadi anak kesayangan mama ke apa? Siap bersuap lagi" rungut Zaid manja bila Zaif mendapat perhatian lebih dari mamanya. Zaif gelak dan jelirkan lidah pada adiknya, tak tahu siapa adik dan siapa Abang sekarang ni.

"Abang sakit ni" balas Pn. Zahrah pula, menangkan Zaif.

"Tiga minggu je pun. Lagi beberapa hari je lagi nak bermanja. Kau tu dah nak kahwin nanti bermanja dengan bini kau la"

Kuih di tangan Fina jatuh ke lantai kerana terkejut. Dia tak tahu atas sebab apa Zaid balik dan bila dia dengar tentang kahwin dia memang terkejut sangat. Rasa macam dia sakit tapi tak pasti kat mana.

Zaif pandang Fina dengan rasa kasihan dan dia senyum pada Fina seikhlas mungkin untuk memberi kekuatan bila Fina terpandang matanya. Fina tundukkan kepala dan kutip kuihnya yang jatuh sebelum berlalu ke dapur. Tak ada seorang pun yang sedar, hanya Zaif yang sedar soal hatinya dan dia tak nak Zaif tahu.

Fina minum air sambil bersandar pada peti ais. Air yang sejuk berjaya buat dia rasa tenang sikit. Zaif muncul dan berdiri di depan Fina.

"Awak tak tahu kenapa Zaid balik?" Soal Zaif lembut, berhati hati dalam percakapannya. Fina hanya gelengkan kepala, matanya memandang lantai.

"Sorry about that. Saya tak bermaksud..."

"Sokay abang. Saya dah menyerah, dah redha. Cuma hati saya belum ready sepenuhnya untuk lepaskan perasaan yang saya simpan bertahun tu"

"Awak nak confess? Saya rasa belum terlambat" cadang Zaif memberi semangat. Fina tergelak dan gelengkan kepala.

"No way. Sebab, sekalipun dia terima saya, saya dah tak simpan perasaan sama pada dia. Dah separuh daripada rasa tu pergi." Jawapan Fina buat Zaif senyum.

"Mungkin bila awak open pada orang lain, semua rasa tu akan pergi?" Zaif sengih sendiri. Fina balas dengan senyuman sebelum berlalu pergi macam tu je. Dia malas nak layan Zaif dan dia kalau boleh tak nak bahas soal hati dengan Zaif. Sebab rasa pelik!


Fina tak tunjuk minat sangat untuk membantu persiapan kahwin Zaid tapi dia juga tidak mengelak. Dia memang tak ada bakat dalam bab membuat barang hantaran jadi dia hanya tunjukkan muka sahaja di rumah keluarga Zaid.

"Kak Fina, saya nak cakap sikit"  Sarah yang tiba2 muncul meminta untuk berbual. Fina agak cuak tapi dia sedapkan hati dengan berfikiran positif.

"Ada apa?" Soal Fina bila mereka berdua berada di laman rumah.

"Akak tak suka saya kahwin dengan Zaid?" Soalan Sarah berjaya buat Fina terkedu, perkataan tak suka tak pernah terlintas dalam benak dia.

"Kenapa pulak? Saya okay je" jawab Fina setenang yang dia mampu.

"Akak boleh terus terang dengan saya, akak suka Zaid?" Kali ini Fina diam dan pandang ke tempat lain. Dia tak tahu apa yang dia perlu jawab sekarang ini.

"Untuk pengetahuan akak, saya tak akan lepaskan Zaid. Saya cintakan dia sangat2" Suara sarah bergetar sikit, mungkin tahan rasa marah dan takut. Fina senyum dan gelengkan kepala, kalau Sarah seberani ini untuk berdepan dengan Fina, sangat berani untuk pertahankan cinta dia. Fina dah kalah dengan Sarah.

"Tak pernah terlintas saya nakkan Zaid. Sarah, kalau awak cintakan dia dan dia cintakan awak, tak ada orang lain yang boleh putuskan hubungan tu" Fina cuba untuk redakan keadaan antara mereka tapi Sarah tetap nampak tak puas hati dengan jawapan Fina.

"Jadi akak suka Zaid?" Tegas Sarah lagi. Fina memang tak sangka dia akan berdepan dengan situasi macam ni dan dia sendiri tak tahu macam mana nak hadapi semua ni.

"Saya tak suka Zaid, orang yang saya suka...Zaif" jawab Fina yakin, dia sendiri tak pasti kenapa nama Zaif yang keluar dari mulut dia. Sarah tergamam dan pada masa yang sama dia terima dan percaya jawapan Fina. Sarah lega tahu yang dia tak perlu berebut Zaid dengan Fina.

"Saya minta maaf dah salah faham. Zaid selalu cerita pasal akak kat saya"

"Saya kawan baik dia sejak kecik. Dia dah macam adik beradik saya. Saya gembira dia jumpa awak Sarah"

Mereka berdua berbual beberapa perkara sebelum Sarah pergi. Fina peluk tubuh dan tenangkan otak dia yang bercelaru sikit. Dia resah andai perasaan dia pada Zaid terbongkar. Banyak masalah yang akan berlaku nanti.

"Well, saya tak sangka yang saya akan dengar confession hari ini" Zaif datang dengan sengih lebar. Sah dia dengar apa yang Fina dan Sarah bualkan. Fina cuba cari idea supaya dia tak diusik oleh Zaif.

"Well, apa yang kita dengar belum pasti betul" jawab Fina tenang. Zaif tergelak kecil dan angguk kepala tanda setuju.

"Saya tak pasti kenapa Zaid buta sangat nak nampak perasaan awak"

"Sebab perasaan dia pada saya lebih banyak. Perasaan sayang sebagai kawan. Hati dia tak tipu perasaan dia"

"Saya harap awak jumpa orang yang boleh beri hati dia pada awak sepenuhnya" Zaif berkata ikhlas. Dia sendiri ambil masa untuk lupakan cinta pertama.

Fina senyum dan pandang wajah keruh Zaif. Dia tahu Zaif ada sembunyikan rasa kecewa yang mendalam sebab Zaif dapat baca dia senang sangat. Dia tak dapat baca perasaan Zaif sebab dia tak pasti sama ada Zaif masih terluka atau tidak.


Zaid ternampak Fina dan Zaif sedang berbual sakan dan dia rasa terpinggir sikit. Fina bukan jenis yang open dengan stranger sangat tapi bila dia tengok serasinya Fina dan Zaif dia rasa dia di tinggalkan.

"Secocok kan abang Zaif dan Kak Fina?" Soal Sarah kepada Zaid. Dia rasa insecure sebab dia tahu betapa bernilainya Fina di dalam hidup Zaid. Perasaan boleh bertukar, dari sayang jadi benci dan dari sayang jadi cinta.

"But both of them have different personality"

"Similarity cant be perfect too"

"Yeah"

"Jom masuk dalam rumah. Kita bincang hal baju kahwin dengan mama. Saya dah nak balik kampung esok untuk persediaan kat sana"

"Okay sayang!" Balas Zaid ceria dan mereka masuk ke dalam rumah beriringan.



"Bro, cakap sikit" panggil Zaid bila melihat Zaif ingin segera beransur ke dapur untuk makan. Memang kuat makan betul si Zaif ni, padahal baru je makan beberapa jam yang lalu.

"Apa?" Soal Zaif acuh tak acuh. Dia memang tak sabar nak makan nasi gulai ayam kampung ni. Memang dia tak pernah makan dan teringin sangat nak rasa.

"Abang ada something ke dengan Fina?" Soalan itu berjaya buat Zaif hilang fokus pada gulai ayam kampung dan memandang Zaid.

"Biasa je, dia keluarga kita jugak kan? Lagipun dia intern dekat firm aku" jawab Zaif tenang.

"Bro, jaga dia elok2 tau" pesan Zaid pula, kini wajahnya seakan merayu. Bila lihat cara Zaid, Zaif persoalkan sejauh mana perasaan sayang Zaid pada Fina. Kawan je ke?

"No worry la. Fina pandai jaga diri dia sendiri. Kau tu fikir bini kau je la, jangan fikir pasal perempuan lain. Jealous pulak bakal isteri nanti" usik Zaif pula, Zaid sengih dan berlalu bersama Zaif ke dapur. Zaid kenal Sarah dan dia tahu Sarah memang kaki cemburu. Tapi cemburu tandanya sayang, so what?




Fina mengumpat sendiri bila dia terpaksa berdua di dalam kereta Zaid untuk ke kampung Sarah. Kalau ikutkan hati dia nak naik bas je.

"Awak nak ngumpat saya tunggu la belakang2" ujar Zaif sambil tersengih. Matanya fokus pada jalan raya.

"Sebab saya tak nak dosa mengumpat. Saya cakap la depan2. Abang yang dengar kenapa?"

"Eh, dah telinga abang tak pekak. Macam mana?"

"Tutup la telinga tu!" Balas Fina balik tak nak mengaku kalah. Ya Allah tetiba je nak bergaduh dua ketul ni.

"Kenapa tak nak naik dengan saya?"

"Sebab nanti abang usik saya."

"Kenapa nak usik awak? Tak ada kerja la saya"

"Ya la tu, nanti sibuk tanya saya sedih ke tak tengok Zaid dan Sarah" kali ini Zaif ketawa sakan. Memang sakan sangat la sampai ketuk2 stereng.

"Ya Allah Fina. Saya ni dah cukup matang untuk tahu beza mana gurau mana serius. Saya tak akan permainkan hati awak. Kalau saya tanya pun bukan sebab nak usik tapi sebab concern"

"Kenapa nak concern pasal saya?"

"Ada la. Ish, tutup mulut tu dan duduk diam2. Awak ni bila mula buka mulut, pot pet pot pet"

"Abang! Ish geram betul la!" Bentak Fina geram. Kalau ikutkan hati nak je dia tendang dan pijak kaki Zaif. Zaif pula semakin sakan ketawa sekarang ni. Apa yang lucu entah.



Zaif la hamba Allah yang paling bersemangat makan. Memang dia tak pernah makan nasi minyak yang macam ni. Masak dalam kawah dan kuantiti yang banyak.

"Kamu ni orang mana?" Sapa seorang lelaki tua kepada Zaif. Dah makan tak pandang kiri kanan, main suap je dalam mulut dia.

"Orang KL pak cik. Abang pengantin lelaki" jawab Zaif seramah yang dia mampu.

"Mana orang rumah?"

"Ha?"

"Isteri kamu, yang bagi air tadi" terang pak cik itu pula. Zaif ketawa kecil sebelum iakan je andaian pak cik itu. Nasib kau la Fina jadi isteri Zaif hari ini.

"Bukan isteri pak cik, bakal kut. In sha Allah" Zaif sengih tayang gigi. Memamg dasar tak malu betul la Zaif ni. Entah siapa yang nak kat dia.

"Belum kahwin? Tapi dah berkenan kan?" Soal Pak cik itu lagi, berminat sungguh. Zaif tak balas apa, hanya sengih je.

"Baru niat nak jodohkan dengan anak pak cik" pak cik itu bergurau dan ketawa, Zaif ikut sama ketawa sebab tak tahu nak bagi respon apa.

"Saya asal pandai masak je pak cik. Mana2 pun boleh" Zaif tak tolak malah ikut serta dalam usikan ini. Dibuatnya betul2 jodoh memang nasib la ni.

"Ya la nak. Makan la. Pak cik nak pergi tengok lauk"

"Ya pak cik" Zaif teruskan makan lagi, apa yang dia bualkan tadi dia dah lupa sebab fokus dia hanya pada makanan. Banyak lagi makanan yang dia nak cuba sekarang ni.

"Ya Allah abang! Dari balik masjid masa akad, abang tak gerak2 dari kerusi tu. Orang dah habis bersanding pun!" Marah Fira sebab geram betul dengan Zaif. Semua orang cari dia untuk ambil gambar keluarga tapi boleh dia ada kat sini sambil makan tak ingat dunia.

Fira ambil pinggan Zaif dan letak tempat pinggan kotor. Muka Zaif dah bertukar kelat bila masa makan dia diganggu.

"Abang, pergi basuh tangan. Cepat!" Gesa Fira garang. Zaif mencebik tetapi tetap dengar cakap Fira.

"Kat mana nak ambil gambar ni?" Soal Zaif malas. Dia dah kenyang, mata pun mengantuk.

"Kat bendang la. Kat atas pelamin dah selesai."

"Okay. Jom!" Zaif tarik tangan Fira supaya laju. Sebab dia nak makan lagi sebelum balik nanti.


Sesi fotografi memang menarik dan seronok. Zaif ikut sama teruja ambil gambar, dah macam kalah pengantin macam ni. Fina di paksa supaya ikut sama bergambar bersama dia.

"Dah ke?" Soal Zaif pada jurugambar. Setelah mendapat ya, laju je Zaif melangkah ke arah khemah hidangan.

"Mak cik" panggil Zaif lembut. Dia mendekati emak kepada Sarah dan bisikkan sesuatu. Kelakar la kut sebab Pn. Leha tergelak bila dengar.

"Ya la Zaif. Nanti mak cik bungkuskan"

"Terima kasih. Gracias!" Zaif kembali ke khemah untuk makan kuih muih dan minum air. Dia penat posing tadi.

Zaif ternampak benda menarik dan dia segera mendekati tempat itu. Dia perhati pelbagai benda di atas meja dan menyentuhnya lembut.

"Abang nak ni" pinta Zaif kepada budak belasan tahun yang menjaga meja edaran goodies bag itu.

"Tu untuk budak. Yang ni untuk abang" budak itu sua yang lain, sesuai dengan umur Zaif.

"Abang nak jugak yang ni. Comel" pinta Zaif bertegas dan angkat bag itu siap. Dah memang gaya tak nak bagi lagi dah. Budak itu tergelak dan biarkan je apa yang Zaif nak. Akhirnya Zaif senyum kemenangan.


Fina tercium bau gulai dan dia melilaukan mata mencari dari mana datangnya bau itu. Dia ternampak satu bekas tupperwear dan dia dapat agak bau gulai itu datang dari mana.

"Abang dapat gulai ke?"

"Yup! Mak Sarah bagi tadi" orang bagi ke dia yang beria minta?

"Oh. Siap ada goodies bag lagi."

"Saya dapat dua, Fina ambil la satu" pelawa Zaif dan Fina tak cakap banyak dan capai satu untuknya. Bila dia buka beg itu dia pelik, pelik sebab isinya gula2.

"Kenapa umi dan mak su dapat bunga telur?"

"Saya minta yang ni sebab comel. Tak nak yang tu" jawapan Zaif memang berjaya hiburkan Fina. Fina rasa tak salah kalau dia kategorikan Zaif sebagai seorang yang pelik.

"So, macam mana hari ni? Rasa tu dah hilang sepenuhnya ke?"

"Entah la abang. Saya malas nak fikir sangat. Rasa sakit tu dah tak ada"

"Good for you"

"Hmm."



Firma Dafi buat majlis perpisahan untuk pelajar intern mereka. Fina, Irfan dan Mila diraikan pada hari ini.

"Terima kasih dah terima kami" Irfan dengan ikhlas mengucapkan terima kasih. Mereka tahu untuk mereka kerja di situ bukan senang. Mereka juga ada plan untuk diri sendiri selepas ini.

"Kalau kami ada kerja kosong and you all free, we will contact you guys" ujar Dafi memberi semangat. Mereka semua gembira dengan tawaran itu walaupun tak seberapa.

"Saya nak sambung belajar lagi" Mila bersuara tentang hajatnya dan Zaif segera menyokong dan bersetuju. Well, belajar dan timba ilmu tu penting.

"Saya nak kerja je, tak larat dah nak pandang buku" ujar Irfan pula.

"Awak Fina? Macam mana?"

"Kerja dulu ambil pengelaman, kalau dah stabil baru sambung lagi"

"Well, all the best untuk semua. Kalau ada apa2 boleh contact saya. Okay?" Zaif tersenyum kepada mereka bertiga. Dia yang mulanya tak nak terlibat dengan pelajar intern ini tak menyesal bila Dafi paksa dia. Dia sendiri banyak belajar dari mereka bertiga.




Zaif gembira melihat Zaid gembira tapi dia akan teringat tentang Fina setiap kali Zaid post gambar bahagia dia bersama Sarah di laman instagram. Telefon di tangan hampir tercampak bila ada panggilan telefon masuk.

"Si Aniq ni buat terkejut aku je la" gumam Zaif sambil menjawab panggilan Aniq.

"Apa dia Niq?"

"Okay. Abang gerak sekarang. Tunggu dekat rumah"

Zaif segera bersiap ala kadar dan mencapai dompet bersama kunci kereta. Dia perlu segera ke rumah Aniq sekarang ni.

Laju je dia sampai dan Aniq sedang tunggu dia di depan pintu dengan wajah risau. Aniq pun nampak macam sakit je. Zaif tak kalut nak periksa Fina yang Aniq telefon mengatakan Fina sakit. Tapi dia periksa Aniq terlebih dahulu. Wajah Aniq pun boleh tahan pucat jugak sekarang ni.

"Badan Aniq panas ni. Macam mana boleh keracunan makanan?" Soal Zaif serius. Dia tarik Aniq supaya duduk di atas sofa.

"Aniq okay dah sikit. Long tu dari tadi muntah dan buang air" ujar Aniq lemah.

"Abang naik kejap ya. Aniq pergi bersiap. Kita pergi klinik"

"Okay" Aniq hanya setuju dia pun ada sikit je kudrat nak bergerak sekarang ni.

Zaif berada di depan pintu bilik Fina. Dia tak boleh masuk macam tu je jadi dia kena ketuk pintu dulu.

"Fina, saya Zaif. Awak okay?"

Senyap. Tiada balasan. Pintu diketuk semakin kuat supaya Fina dapat dengar.

"Apa Aniq?" Soal Fina lemah, bunyi tapak kaki bergerak ke pintu dan pintu dibuka dari dalam tapi Zaif tahan pintu daripada terbuka.

"Saya Zaif. Bukan Aniq"

"Ha? Abang buat apa kat sini?" Soal Fina kalut dan pintu ditutup rapat dengan cepat. Tak nak Zaif nampak keadaan dia sekarang ni.

"Aniq call cakap both of you sick. Lets go to clinic"

"Tak nak. Tak larat"

"Bersiap sekarang atau saya yang akan paksa awak bersiap" ugut Zaif serius dan Fina merengus sebelum menjawab ya.

Aniq yang melihat perbualan Fina dan  Zaif membuatnya tersengih lucu. Memang lucu sangat bila melihat mereka berdua berbual di sebalik pintu macam tu.

Pintu terbuka dan keluar la Fina dengan seluar track dan t shirt. Tudung pun pakai lebih kurang je. Wajah pucat Fina buatkan Zaif rasa risau dan simpati pada masa yang sama.

"Dah pucat lesi macam ni pun ada hati tak nak pergi klinik" marah Zaif pula. Fina hanya buat tak dengar dan berjalan keluar dari rumah.

"Saya takut dengan jarum. Tu je" gumam dan rungut Fina pada masa yang sama. Zaif tergelak kecil dengan telatah Fina. Dah sakit pun ada hati nak merungut.



Fina disahkan keracunan makanan dan perlu berada di hospital hari ini. Aniq pula dibenarkan pulang setelah mengambil ubat. Zaif lega bila lihat Fina terbaring di katil hospital, wajahnya tak pucat macam tadi lagi dah.

"Abang jangan call umi tau. Nanti risau umi kat France tu"

"Ya la. Saya pun tak nak umi dan mak su tak seronok bercuti kat sana. Awak rest dulu"

"Okay. Abang, bagi makanan sihat untuk adik. Kesian dia"

"Ya la. Kesiankan diri awak dulu. Okay la, saya pergi dulu. Jaga diri" pesan Zaif dan Fina anggukkan kepala sambil tersenyum.

"Suami ke?" Soal nurse yang sedang membantu Fina untuk makan ubat. Fina tergelak sehingga dia rasa sakit bila ada tekanan pada bahagian perut.

"Bukan"

"Handsome. Abang?" Soal nurse itu lagi. Fina gelengkan kepala dan malan ubat yang diberikan.

"Sampaikan salam saya ya" nurse itu bergurau pula dan Fina hanya anggukkan kepala.



Aniq di bawa pulang ke rumah Zaif dan Zaif masakkan Aniq sesuatu yang ringan untuk alas perut sebelum makan makanan berat. Aniq pula teruja dengan makanan yang dihidangkan untuk dia. Tak sangka Zaif pandai masak.

"Bang, sedap gila!" Puji Aniq bila bubur ayam masuk ke dalam mulutnya. Zaif hanya tersengih dan teruskan memasak sup ayam untuk Aniq dan Fina.

"Abang nak pergi hospital balik nanti. Aniq okay ke sorang2 kat rumah?"

"Eh, biar la Aniq yang jaga Long. Abang tak perlu susah2. Esok abang kerja kan?"

"Nope. Aniq yang kena rest cukup2. Dah nak exam spm kan?"

"Okay. Tapi Aniq kena tidur sini ke?"

"Ya la. Kenapa?"

"Jauh dari sekolah. Abang hantar Aniq balik dulu la. Lepas tu abang boleh gerak ke hospital dekat sikit. Bawa baju untuk kerja sama"

"Okay. Makan dulu. Abang kemaskan baju. Lepas makan bekalkan untuk Long sikit. Bekas ada dalam kabinet bawah yang ke dua tu"

"Alright!"


Zaif tinggalkan Aniq di rumahnya dan terus ke hospital untuk melawat Fina. Hospital pasti dah sediakan makanan untuk Fina tapi dia nak Fina dapat makan makanan yang betul2 sihat dari rumah.

"Fina" sapa Zaif sambil duduk di kerusi di sebelah katil Fina. Fina senyum je kepada Zaif. Ikutkan hati dia nak lambai sama tapi bila ingat rasa sakit pada tangan dia bila bergerak dia senyum je.

"Dah makan?"

"Sikit. Tak sedap" bisik Fina perlahan. Zaif tahan gelak dan keluarkan bekal yang dibawa dari rumah. Wajah Fina seakan bercahaya bila melihat bekal itu.

"Abang tak beli tepi jalan kan?" Soal Fina khuatir. Sebab makanan tepi jalan la mereka terlantar sakit macam ni.

#Tak semua kedai tepi jalan kotor tapi periksalah keadaan sekitar sebelum makan di tempat sedemikian.
(Kempen ni, sebab pernah terkena)

"Nope. Saya masak. Cepat makan sebelum nurse datang"

"Okay" Fina makan dengan berselera. Zaif yang tengok pun boleh rasa kenyang setakat ini. Senyuman Zaif melebar bila Fina kembalikan mangkuk yang kosong kepadanya.

"Abang sepatutnya jadi chef" amboi, kemain tu pujian untuk Zaif.

"Why? Saya tak jadi lawyer yang bagus ke?"

"Abang elok jadi semua. You are good at what you are doing"

"Thank you! Fina, saya tak boleh stay sebab bukan family so, I will come back tomorrow. Lagipun Aniq sorang kat rumah"

"Ya. Terima kasih dah masak untuk saya. Tolong jaga adik"

"Ok. Take care. If anything call me directly"

"Ya abang. Terima kasih"

"Sama2. Bye" ujar Zaif dan berdiri di hujung katil Fina. Masih lagi tidak berganjak walaupun dah beberapa saat berlalu.

"Pergi la abang." Fina tergelak kelucuan. Zaif melambai dan segera beredar.

"Ah, lupa! Salam akak nurse tu" gumam Fina pula. Telefon dikeluarkan dan mesej di taip.

Fina > abg, ada akak nurse kirim    salam

Zaif > ok. Kirim balik salam sy.

"Amboi laju. Tapi, perlu ke kirim balik? Eh! Aku ni dah kenapa?" Fina marahkan dirinya dan segera baring. Mata ditutup rapat, baik dia tidur je.


Fina dibebel kaw2 oleh umi dan mak su nya kerana rahsiakan tentang kemasukan dia ke dalam hospital. Dia juga dimarah teruk sebab makan makanan beli sampai boleh leracunan makanan.

"Umi, mak su. Abang Zaif ada masa kami sakit tu. Dia yang jaga kami. Dah nak keracunan, nak buat macam mana?" Fina beralasan dengan cepat. Tak larat dah nak tadah telinga dengan dua orang emak ni.

Sepertinya bila mendengar nama Zaif marah mereka berdua reda sikit. Tenang bila anak mereka dijaga oleh seseorang.

"Betul ke?"

"Ya mak su. Abang Zaif yang bawa kami pergi hospital, lepas tu masak untuk kami. Alhamdulillah baik dah lepas tu. Satu malam je kena stay hospital. Lain kali long tak beli makanan lat situ dah. Kebetulan la tu nak sakit"

"Nanti jemput Zaif datang sini, umi nak masak nak ucap terima kasih kat dia."

"Baik umi."

"Macam mana dengan job hunting kamu?" Mak su beralih topik pula. Topik ni pun Fina malas nak bincamg sebenarnya.

"Tak dapat jawapan lagi"

"Tak apa, in sha Allah ada nanti"

"Hm. Long nak pergi lipat baju dulu"

"Jangan lupa telefon Zaif tu"

"Hari ni jugak ke?"

"Esok malam"

"Okay"




Fina menjadi ekor kepada Aniq dan Zaif. Sepatutnya mereka keluar berdua je hari ini tapi disebabkan Aniq yang suka sangat ajak abang kesayangan dia tu, mereka bertiga keluar bersama.

"Fina nak rest dulu pergi la. Saya dan Aniq nak cari kasut bola"

"Kasut bola? Tak boleh!"

"Kenapa?" Soal Zaif dan Aniq serentak, wajah tak puas hati pun lebih kurang je.

"First, Adik dah nak spm, tak perlu nak main bola lagi dah. Second, abang dah pernah berbalut tangan so, tak payah main bola lagi dah" ayat dan alasan lengkap buat Zaif dan Aniq diam je. Memang tak ada jawapan nak balas lagi dah.

"Jom makan, lepas tu boleh beli barang yang umi pesan. Jom!" Paksa Fina dan tarik tangan Aniq supaya berjalan bersamanya.

"Tarik tangan abang" arah Fina seriua, Aniq hanya mampu menurut dan tarik tangan Zaif supaya bergerak bersama. Mereka berjalan umpama rantai yang panjang.

"Nak makan apa?" Soal Fina kepada dua lelaki yang berwajah masam di depannya. Sengih Fina terukir sebab rasa lucu dengan perangai dua orang ni. Memang sesuai sangat kalau Aniq dan Zaif ni jadi adik beradik.

"Sama la dengan Long" jawab Aniq lebih kurang, kononnya merajuk.

"Abang?" Soal Fina kepada Zaif pula. Zaif balas jawapan yang sama dan Fina bangun untuk membeli pesanan mereka berdua. Nama pun makan di kedai makanan segera, memang kena layan diri la.

"Kita beli lain kali la Niq. Nanti kita keluar berdua je" cadang Zaif pada Aniq dan wajah Aniq bertukar ceria semula. Zaif ni memang terbaik betul!

"Cantik bang. Lepas exam eh?"

"Cun! Nanti kita pergi tengok mana2 game yang ada bersama. Sabah dan serawak ke. Boleh bercuti"

"Yay! Cun abang!" Aniq kembali ceria, begitu juga Zaif. Nampaknya mood mereka dah berubah cerah semula.

Fina tahu yang Zaif dan Aniq dah merancang sesuatu di belakang dia tapi dia tak nak berkeras dan membuatkan mereka down balik. Fina membawa makanan mereka ke meja dengan wajah serius.

"Abang dan adik tak plan apa2 kan?" Soal Fina acah2 serius.

"Nope!" Jawab Zaif pantas dan ambil makanannya di atas dulang. Aniq segera menyusul dan mula menyuap makanan ke dalam mulut. Wajah Fina tak dipandang langsung sebab takut kantoi.



Zaif duduk di sisi mamanya dan sedang bermanja seperti biasa. Memang dia dah dapat balik rasa bond mother and son tu, lebih2 lagi sejak dia sakit hari tu. Memang setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

"Zaif, papa dan mama nak jodohkan Zaif" ujar En. Z.... pada terunanya. Terkejut la Zaif bila dengar berita tu.

"Abang! Main cakap je macam tu. Cuba la berkias sikit" marah mamanya pula. Orang lelaki ni memang straight to the point agaknya.

"Zaif, mama dan papa ada calon yang kami berkenan tapi kalau Zaif dah ada orang lain kami terima je." Pn. Zahrah cuba untuk tenangkan Zaif.

"Zaif tak ada sesiapa mama, tapi kenapa tiba2 je?"

"Dah lama kami fikir Zaif. Hari ni je kami rasa nak bincang dengan Zaif."

"Siapa?"

"Erm. Anak umi"

"Aniq?" Soal Zaif lurus dan bahunya dipukul kuat. Dah merapu apa si Zaif ni!

"Dah kenapa Aniq? Anak umi bukan sorang je. Afina, Fina!" Marah betul Pn. Zahrah bila tengok Zaif sengih nakal sebab dah berjaya kenakan dia.

"Ya la ma. Zaif gurau je" Zaif gelak kelucuan. Tak patut betul bergurau bila orang tengah serius macam ni.

"Macam mana?" Soal papanya pula, macam tak sabar je nak tahu jawapan.

"Mama, papa. Zaif suka Fina dan Zaif rasa Zaif boleh sayang Fina. Tapi, keputusan Zaif terletak pada penerimaan Fina. Kalau Fina sudi terima Zaif, Zaif terima dengan hati dan tangan terbuka"

"Baguslah. Kami gembira sangat. Nanti kami pergi merisik. Tak sabar betul ni"

"Mama, papa. Jangan happy sangat sebab tak pasti lagi dengan jawapan Fina. Ni soal hati ma jadi jangan paksa Fina terima Zaif. Jangan guna hubungan keluarga kita atau sebagainya. Kalau Fina tolak. Cukup sampai situ je, jangan tanya apa2 lagi dah. Tu hak dia sepenuhnya dan Zaif nak mama sendiri pastikan dia jawan tanpa rasa ragu. Mama, papa. Zaif gembira kalau Fina terima Zaif tapi kalau dia terpaksa atau ragu, Zaif tak akan bahagia" Zaif tekun menerangkan kepada orang tuanya. Mereka sepertinya faham maksud Zaif dan Zaif rasa lega kerana difahami. Dia tahu hati Fina milik siapa jadi dia tak harapkan lebih dari Fina. Dia cuma harap tak ada yang berubah dengan hubungan mereka setelah ditolak Fina nanti.



Fina ditarik dengan gembira oleh mak sunya sehingga dia terpinga pinga adas sebab apa dia di tarik sedemikian rupa. Wajah ibunya serta mak sunya juga sangat ceria.

"Fina, apa pendapat kamu dengan Zaif?" Soal Uminya langsung, memang tak ada belok langsung. Terus ke point yang sebenarnya. Fina diam seketika dan fikir sejenak.

"Okay je, kadang2 menyakitkan hati jugak. Biasa je, kenapa umi?" Soal Fina kembali, jelas rasa tidak senang dengan perbualan mereka ini dan dia dapat agak arah tujuan perbualan ini.

"Fina suka Zaif tak?" Soal mak sunya pula.

"Tak ada la benci dia. Biasa2 je la mak su. Nak suka sampai tahap mana?"

"Maksud mak su, kamu nak tak jadi isteri Zaif? Suka tak?"

Fina diam dan pandang dua insan yang dia sayang di depan matanya. Dia berfikir keras jawapan yang sesuai agar tidak menyakitkan hati mana2 pihak. Ini semua bergantung pada jawapan yang Fina berikan.

"Tak nak, tak suka!"


'Gedebuk!' Bunyi benda jatuh dari twmpat lebih tinggi kedengaran. Bunyi suara mengaduh pula akibat terjatuh.

Zaif termenung di atas lantai kerana terjatuh dari katil. Jantungnya berdegup laju kerana takut. Dia cuba bangun tapi terasa sakit satu badan akibat jatuh. Mahu tak sakit, dah tua bangka pun boleh jatuh katil lagi. Jam di dinding di tenung tajam.

"Dah pukul 6 pagi. Subuh" Zaif menggumam sendiri dan masukke dalam bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk. Hatinya tidak tenang dan dia harap selepas solat subuh nanti dia lebih tenang.


Fikiran Zaif masih lagi penuh dengan rasa curiga dan tidak gembira. Memang dia rasa tak sedap hati sangat2 sekarang ni. Nasi goreng di dalam pinggan ditenung lama.

"Kenapa dengan teruna kamu tu?" Soal En. Zmmm kepada isterinya. Wajah kusut Zaif memang membuatkan selera semua orang mati.

"Abang dah kenapa?" Soal Fira turut tidak senang dengan wajah kusut Zaif. Selalunya pagi2 lagi dah segak walaupun hari cuti. Hari ni nampak kusut je, muka macam orang tak mandi.

"Fina dah beri jawapan Zaif" Pn. Zahrah bersuara tenang. Wajah Zaif dipandang dengan rasa sayang. Zaif pula hanya pandang wajah mamanya sekilas seakan tidak berminat untuk berbual.

"Zaif dah tahu" jawab Zaif selamba. Pinggan di tolak ke tengah kerana seleranya dah betul2 mati sekarang ni.

"Eh, Fina call sendiri ke?"

"Tak. Dah mimpi tadi apa jawapan Fina" jawapan Zaif menghairankan semua orang yang ada di meja makan. Zaif ni nujum ke apa sempat ada mimpi2 bagai.

"Zaif istikharah ke?" Soal papanya pula.

"Ya"

"Zaif tak suka ke? Hari tu cakap setuju"

"Nak suka macam mana mama? Zaif kena reject mentah2 kut. Tak ada part yang happy pun" rajuk Zaif lagi.

"Melalut apa ni Zaif? Siapa yang reject siapa ni?"

"Fina la reject Zaif. Dalam mimpi tu sebijik dia cakap tak nak. Dah la sakit hati, jatuh pulak katil, habis sakit badan ni ha" rajuk Zaif meleret siap dengan panjang muncungnya yang sedepa.

Semua orang ketawa gelakkan Zaif bila faham sepenuhnya yang Zaif mimpikan Fina menolaknya sehingga dia terjatuh dari katil.

"Mungkin tu mimpi dari syaitan, bukan mimpi petunjuk dari Allah. Fina dah beri kata putus Zaif. Dia terima kamu dan kami sekeluarga dah bincang nak jodohkan kami bila Adik habis spm nanti"

Zaif terkedu dengan berita yang tidak disangka ini. Seolah tidak dapat dipercayai juga. Zaif mencubit pipinya sensiri dengan kuat sehingga mengaduh sakit. Sah la dia tak mimpi sekarang ini

"Betul ke ma?" Soal Zaif ceria.

"Betul la. Dah ada tarikh untuk tunang ni"

"Cepatnya kalau lepas Aniq SPM"

"Lagi cepat lagi bagus. Ikutkan nak kahwinkan je terus tapi rasanya elok kamu berdua kenal dengan hubungan yang special pulak" amboi kemain lagi Pn. Zahrah kali ini. Akhirnya menantu pilihan dia dah dapat.

"Fina betul2 setuju ke ma?"

"Iya! Bila dia cakap 'ya' mama pandang mata dia. Dia ikhlas"

"Okay mama, papa. Thank you so much!" Zaif ni gembira sangat sampai dia sanggup tinggalkan meja makan dengan perut kosong. Terus naik ke biliknya untuk meraikan rasa gembira seorang diri. Lompat2 sampai cecah atap agaknya. Sebenarnya Zaif naik ke biliknya untuk sujud syukur. Syukur sebab mimpi hanya tinggal mimpi dan doa dia dimakbul Allah.