Monday 28 March 2016

Cerpen : Kerana kita sepupu?

* piiit piiitt... tumpang lalu... ni story baru. Maaf la lama betul nak publish ni, baru je siap tulis. For those yg nak cerita yg lain mcm skit sabar yee... sya tgh usaha. Crita ni pasal life sikit and sya ad trdgr ksah lebih kurang mcm ni, soooo sya try tulis cerita.   . Warn, cerita ni ada jalan cerita yg agak sedih... kalau tak best cakap je ye.. kalau best, sya happy! Tq so much 4 those yg tunggu... ni cerpen utk bulan mac la eh... enjoy...

Amreez terpaksa berlari mengejar seorang budak perempuan yang sedang menuju ke jalan raya. Langkahnya semakin laju kerana risaukan keselamatan budak kecil itu. Bila dia berjaya menangkap budak kecil berumur tiga tahun itu dia terus mendukungnya erat supaya budak itu tidak dapat melarikan diri lagi.
"Am, bawak Chiqa datang sini!" Laung seorang wanita yang bergelar ibu kepadanya.
"Jom Chiqa, kita pergi" dengan mesra pipi gebu itu dicium dan dia berlari anak ke pangkin rumah.
"Kuat berlari sungguh anak kau ni Siah" ujar ibu kepada Amreez seraya mengambil Chiqa yang sedang tersenyum bahagia bila dia di dukung oleh ibu saudaranya itu.
"Entah la kak, jenuh nak mengejarnya sorang" ujar Mak Siah menjawab apa yang telah dibahaskan oleh kakak iparnya.
"Amreez, pergi panggil Fiq turun, apa yang dia buat dalam bilik air lama sangat tu"
"Dia sakit perut mak su."
"Macam mana boleh sakit perut?"
"Sebab dia curi mangga pak seman pagi tadi" Amreez sengih bila dia bocorkan rahsia Fiq, sepupunya yang sebaya dengannya tetapi agak nakal sedikit. Mak Siah terus naik angin bila dengar kes anaknya mencuri dan dia terus masuk ke dalam rumah untuk mencari Fiq. Amreez mula tergelak kecil begitu juga ibunya.
"Am tak sakit perut ke?" Soal ibunya pula. Amreez sengih dan buat tak endah soalan itu dengan bermain dengan Chiqa.

Amreez dan Fiq terus bertelagah lepas ingat balik benda yang mereka buat masa dulu2. Fiq akan terkam Amreez dan belasah dia cukup2 sebab  bocorkan rahsia dia masa kecik2 dulu.
"Nah air!" Chiqa yang dah besar sikit, umur dah 13 sekarang ni. Form 1.
"Terima kasih Chiqa" ucap Amreez dan berikan senyuman manisnya seperti biasa.
"Erm" balas Chiqa dan ukir senyum sedikit sebelum cubit kuat bahu Fiq sehingga Fiq mengaduh kuat.
"Adik! Apesal ni?" Soal Fiq sambil usap bahunya yang sakit.
"Janji nak hantar adik pergi kedai buku" Chiqa jegilkan matanya sebagai tanda amaran.
"Ah, lupa sebab Am ada kat sini" Fiq garu kepalanya beberapa kali dan pandang Amreez.
"Kenapa tak cakap Fiq? Jom la kita pergi sama2. Abang pun ada nak beli buku ni" ujar Amreez memudahkan keadaan. Chiqa dah tersengih bahagia bila Amreez dah offer nak pergi sama2. Pada Chiqa, Amreez jauh lagi baik dari abangnya tapi dia tetap sayang dua2 lelaki itu.

Kalau di sekolah semua orang kenal dengan Amreez dan Fiq. Secara tak langsung Chiqa ikut sama naik nama sekali.
"Chiqa, ada akak senior nak mintak tolong kau" Fina tersengih pada Chiqa.
"Nak mintak tolong bagi surat ke bagi hadiah ni?" Soal Chiqa malas. Malas sebab dia secara tak langsung dah jadi postman tak berbayar. Bukannya postman biasa tapi postman express! Jelas Chiqa bengang sebab dia bersekolah kat sini.
"Dik, tolong bagi coklat ni kat Amreez eh" belum setuju lagi dah ada orang buat keputusan sendiri. Chiqa dalam tak hendak ukir senyum dan anggukkan kepala dua kali serta ambil bungkusan itu.
"Terima kasih" ujar senior itu sebelum berjalan pergi dengan senyuman manis. Fina tahu yang Chiqa bukan je tak suka malah menyampah habis!
"Jom balik, aku dah siap kerja sekolah ni" ajak Chiqa sambil kemas2 barangnya masuk ke dalam beg sekolah.
"Qaa, senior tu ada hantar surat kat kau lagi tak?"
"Senior? Farhan?" Soal Chiqa sekadar inginkan kepastian.
"Ya la! Berapa juta senior yang suka kau ni?" Balas Fina jelas bengang dengan otak slow Chiqa. Chiqa sengih sedikit sebelum anggukkan kepala dan keluarkan sekeping kertas dari poket baju sekolahnya.
"Wah! Sweet!" Lompat Fina dan membuka lipatan kertas berbunga itu. Fina tersengih sendiri membaca bait2 ayat yang ditulis. Memang jiwang habis.
"Cair la weh!"
"Cair tak cair, setakat ni je la kami. Aku tak nak abang aku dengan Abang Am tahu semua ni. Mati siot"
"Tu la kan. Payah jugak ada abang2 satu sekolah ni"
"Kan? Tapi, tahun depan dua orang tu dah keluar dah." Chiqa senyum semedeng dan Fina angkat kening tanda setuju dengan apa yang ada dalam otak Chiqa.
"So, Farhan ada can lagi la kan?" Soal Fina sambil tersenyum.
"Entah!" Jawab Chiqa sambil menggigit bibir dan berjalan lebih laju daripada tadi tinggalkan Fina seorang diri.

Amreez dan Fiq sama2 bermain futsal sementara menunggu Chiqa untuk balik ke rumah dan pada masa yang sama Farhan turut berada di situ.
"Kau tak rasa budak tu pelik?" Soal Amreez kepada Fiq. Fiq berhenti menyepak bola dan melihat ke arah Amreez tunjukkan.
"Tak" jawab Fiq selamba dan sambung menggelecek bola di kakinya.
"Kau tak rasa budak tu cuba nak impress kan kita?" Soal Amreez lagi.
"Nope! He is good" jawab Fiq tak ambil berat.
"He is good, very good actually" puji Amreez pula dan matanya masih menala ke arah Farhan. Farhan memang dikenali kerana kepandaiannya dan keaktifannya di sekolah. Farhan boleh dikatakan seperti king of school sebab dia ada rupa yang kacak, anak orang berada, pandai dan aktif sukan. Semua orang belum dapat detect apa kekurangan Farhan.
"Kenapa?" Soal Fiq mula berminat untuk tahu apa yang Amreez fikirkan soal lelaki itu.
"Entah. Aku just rasa dia cuba untuk buat kita impress"
"Mana ada bro. Biasa je aku tengok" bila Fiq cakap macam tu Amreez hanya mampu angguk setuju dan saat itu juga Farhan menoleh ke arah mereka dan anggukkan kepala sebagai tanda menyapa dengan hormat.
"Dia respect kau la tu Am. Kau kan head prefect"
"Mungkin. Aku nak serap dia jadi pengawas tapi dia tak pernah isi borang and datang interview" sambung Amreez lagi.
"Sebab dia isi nak jadi PRS bro"
"Really?" Soal Amreez seperti terkejut.
"Yup! Aku presiden kot" Fiq buat muka berlagak dan hasil daripada muka berlagak tu kena baling bola dengan Amreez.
"Abang!!!" Jerit Chiqa sambil berlari ke arah mereka berdua dengan senang. Disebabkan Chiqa berlari, Fina yang paling anti berlari pun ikut sama berlari.
"Jom balik!" Ajak Chiqa bahagia dan dua lelaki itu angguk setuju. Fina pandang sebelah kanannya dan dia tersenyum sebelum menbisikkan sesuatu di telinga Chiqa. Chiqa ukir senyum segaris dan buat2 pandang ke tempat lain.
"Jom!" Ajak Fiq dan memeluk bahu adiknya. Chiqa yang tak tahan dengan bau peluh Fiq terus tolak badan Fiq menjauhinya sejauh yang mungkin.
"Busuk!!!" Jerit Chiqa sambil berlari bagai nak rak ke pagar sekolah. Amreez tergelak senang melihat gelagat Chiqa yang masih lagi jauh daripada perkataan matang.

Chiqa juga seorang PRS dan kali ini mereka akan aturkan satu program motivasi dan sukaneka antara pelajar. Chiqa diberikan tugas untuk menyediakan peralatan dan diketuai oleh Farhan.
"Fina!!! Aku tak tahu nak act macam mana" bisik Chiqa bila ternampak Farhan dan beberapa AJK peralatan lain sedang berkumpul.
"Jangan act la weh, tak ada camera pun. Aku nak pergi urus kerja aku ni. Jumpa nanti makan. Bye!" Fina terus blah setelah bagi statement mintak pelempang dengan Chiqa. Chiqa pandang Fina yang melangkah laju dengan geram.
"AJK peralatan?" Sapa seseorang dan Chiqa terpaksa dongakkan kepala untuk melihat orang tersebut. Bila mata bertemu terus Chiqa rasa saraf dia berhenti berfungsi.
"Ya" jawab Chiqa perlahan dan angkatkan name tag nya yang tertulis AJK peralatan.
"Ada a few barang tak cukup so, kena beli lagi. But, semua orang busy and saya rasa awak je free."
"Memang saya free!!!" Balas Chiqa bersemangat habis.
"So, boleh awak ikut saya pergi beli barang?" Bila dia disaol macam tu, dia seakan hilang sekejap di dunia sebab terkejut dan gabra tiba2. Lelaki yang selama ini hanya menitipkan bait2 ayat yang indah kepadanya sedang berborak dengannya secara gentle habis!
"Syafiqa?" Panggil Farhan lembut dan Fiqa rasa nyawa dia terhenti kat situ je. Hahaha.
"Ya?" Soal Chiqa balik dengan senyuman malu.
"Boleh?" Soalnya pula dan Chiqa angguk sambil tersengih sedikit.
"Saya pergi cakap kat cikgu. Jom" ajak Farhan sambil tersenyum ramah. Chiqa berjalan lambat sedikit dari Farhan dan hanya mampu ukir senyum bahagia yang teramat. Chiqa terus berjalan di belakang tanpa dia sedar sepasang mata sedang memerhatikannya.

"Am!" Panggil Fiq seraya berlari ke arah Anreez.
"Yup?"
"Kau nampak apa yang aku nampak?"
"Nampak"
"Chiqa suka budak tu ke?" Soal Fiq seakan bingung dengan apa yang dia nampak.
"Entah."
"Ke budak tu suka adik?" Soal Fiq lagi.
"Entah" jawab Amreez selamba dan Fiq rasa bengang tiba2.
"Malas aku nak cakap dengan kau ni!" Fiq terus meninggalkan Amreez seorang diri menyebabkan Amreez rasa geli hati kerana Fiq marahkan dia.
"Sorry ok!" Pinta Amreez sambil berlari dan memeluk bahu Fiq yang sedang berjalan tanpa hiraukannya.
"Serius kau rasa ada orang nak try Chiqa?" Soal Amreez kepada Fiq. Fiq berhenti berjalan dan memandang Amreez lama.
"Entah" jawab Fiq tanpa riak dan berjalan pergi dari Amreez. Dalam hati dia tersengih lebar sebab berjaya buat Amreez naik angin.
"Tak guna punya sepupu" gumam Amreez perlahan dan berjalan pergi dari situ. Amreez gelengkan kepala beberapa kali sebelum kembali ke kelasnya.

Chiqa bertambah segan bila dia diminta berjalan disisi Farhan. Farhan dalam hati tersenyum bahagia kerana mampu berbual dengan perempuan yang paling comel padanya. Dia tahu, masih banyak lagi perempuan lain yang cantik tapi dia hanya sukakan Chiqa kenapa? Semuanya kerana dia adalah Chiqa. Tolong jangan minta penjelasan sebab kita sendiri tak sedar dan tak pasti kenapa kita sukakan seseorang itu.
"Syafiqa tak kisah saya hantarkan surat2 tu?" Soal Farhan setelah mereka selesai berbelanja dan menunggu van sekolah untuk datang dan ambil mereka.
Soalan itu langsung tak disangka oleh Chiqa tapi Chiqa balasnya dengan gelengan perlahan.
"Sorry kalau awak tak suka" sambung Farhan pula. Chiqa tersenyum dan pandang Farhan yang jauh lagi tinggi darinya.
"Saya...suka tapi, abang2 saya tak suka. Lagipun saya baru je...14 tahun. Kan?" Soal Chiqa dan hanya pandang Farhan sekilas, segan nak bertatapan mata lama dengan lelaki kacak itu. Farhan tersenyum senang dan angguk setuju.
"Sebab tu saya tak ajak awak couple. Saya cuma nak awak tahu yang saya suka awak" jawab Farhan terlalu jujur sehingga muka Chiqa membahang serta merta. Malu dan tersentuh pada masa yang sama.
"Su...suka saya?" Soal Chiqa teragak agak.
"Ya. Sebab tu saya selalu bagi surat yang ada bait2 ayat macam tu."
"Erm. Saya pun...suka" jawab Chiqa dan gigit bibirnya sendiri. Mata Farhan meluas bila Chiqa cakap macam tu tapi belum sempat Farhan nak bagi respon van sekolah nereka dah sampai dan Chiqa terus masuk ke dalam van itu.
'Dia suka apa?' Soal Farhan dalam hatinya dan jelas dia sedikit kecewa kerana tak dapat pastikan apa yang Chiqa sukakan. Dia atau bait2 ayat yang dia tulis?

Tapi, itu semua kenangan. Kenangan yang terjadi itu sudah berlalu lapan tahun yang lalu. Kini, Chiqa sudah dewasa dan berumur 23 tahun.
Air mata Chiqa gugur sendiri bila menutup yasin yang berada di tangannya dan dia melihat cincin yang tersemat pada jari manisnya.
"Saya rindukan awak" ucap Chiqa perlahan dan ukir senyum hiba. Dia tahu, menangisi orang yang telah pergi adalah tidak elok tapi, dia tak kuat untuk mulakan harinya seperti biasa lagi.
"Kau buat apa kat sini?!" Tiba2 ada satu suara melengking tinggi dan lengan Chiqa dipaut kasar sehingga Chiqa berdiri dalam keadaan tidak stabil.
"Perempuan malang! Sebab kau la anak aku mati" badan Chiqa ditolak dan dipukul beberapa kali membuatkan air mata Chiqa terus mengalir tapi, dia rela dan redha diperlalukan sebegitu.
"Perempuan tak guna!" Tengking suara tua itu lagi.
"Aku haramkan kau datang kubur arwah lagi! Pergi!" Chiqa ditolak sehingga terjatuh dan air mata Chiqa mengalir semakin laju.
"Mama..."
"Jangan panggil aku mama! Kau dah bunuh anak aku! Pergi!" Chiqa terus menangis tanpa berganjak walau sedikit sebelum dirinya tiba2 di angkat oleh sepasang tangan sasa. Mata Chiqa terbuka luas sedikit dan memandang wajah bengang abangnya.
"Jom balik!" Ajak Fiq tegas. Chiqa ditarik keluar dari kawasan perkuburan dan dimasukkan ke dalam kereta. Fiq turut sama masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.
"Berbaloi ke?" Soal Fiq sambil menahan sabar.
"Berbaloi kena hina?!" Soal Fiq dengan suara tinggi menyebabkan Chiqa menikus takut.
"Abang tak nak Chiqa pergi kubur arwah lagi" pesan Fiq dengan tegas dan Chiqa memandang Fiq dengan mata merah yang berair.
"Tapi..."
"Tak boleh. Chiqa, arwah dah pergi dua minggu. Tolonglah jangan buat mak dan abang risau. Boleh tak?" Pinta Fiq seakan terdesak agar Chiqa berkata ya dan faham apa yang terbaik dalam situasi ini.
"Abang tak faham..."
"Tak faham apa? Kehilangan? Kematian?" Soal Fiq tegas dan Chiqa tundukkan kepala kerana terlepas cakap.
"Isteri dan anak abang meninggal pada masa yang sama, hari yang sama. Allah ambil dua insan yang abang sayang pada masa yang sama. Abang tak cakap abang kuat, tapi abang bertahan untuk Aqiff, anak abang yang masih ada. Untuk mak yang dah banyak susah payah untuk kita." Lirih Fiq bersuara dan Chiqa kembali menangis. Sebaik kereta berhenti Fiq terus turun dari kereta meninggalkan Chiqa yang sedang menangis sendiri.

Pintu kereta dibuka dengan perlahan dan satu kujur tubuh yang segak sedang berdiri di hadapan Chiqa dengan senyuman terbaik yang dia ada.
"Fiq marah lagi?" Soal suara itu lembut dan Chiqa gelengkan kepalanya.
"Jangan sedih, abang dah luku kepala dia sebab marahkah Chiqa" ujar suara itu lagi dan Chiqa tersenyum sesikit. Chiqa keluar dari kereta dan mengesat air mata yang jatuh di pipinya.
"Terima kasih abang" ucap Chiqa dengan senyuman yang paling nipis. Senyuman yang lebar dan manis telah hilang. Hilang pada wajah Chiqa.
"Pergi masuk dalam. Mak su demam"
"Mak demam?"
"Ya. Abang dah bawak pergi klinik. Dia nak Chiqa jumpa dia" ujar Amreez dengan senyuman dan Chiqa membalasnya perlahan sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

Amreez mencari kelibat Fiq bila Chiqa masuk ke dalam bilik maknya. Amreez tahu Fiq tertekan dengan keadaan yang melanda keluarganya sekarang ini.
"Fiq" panggil Amreez dan Fiq hanya membalas dengan memandang Amreez kosong. Tangan Amreez jatuh di bahu Fiq dan mengusapnya beberapa kali.
"Kau kena faham keadaan Chiqa" ujar Amreez, berniat untuk berbincang mengenai hal ini.
"Faham! Aku faham erti kehilangan Am tapi dia kena faham keadaan orang lain jugak" serius suara Fiq.
"Kau tahu kan, Farhan meninggal hari pertama perkahwinan mereka" Amreez bersuara selemah mungkin supaya dia dapat buatkan Fiq faham.
"Aku tahu, aku sedar semua tu. Apa bezanya dengan aku Am? Aku kehilangan isteri dan anak aku hari yang sama. Hari di mana aku sangat teruja untuk dapat anak kedua" suara Fiq bertukar serak dan Fiq segera palingkan wajahnya dari melihat Amreez. Amreez telan liur pahit bila dia telah membuka kisah silam Fiq secara tak sengaja.
"Fiq..."
"Aku tak mintak dia bergembira Am. Aku just nak dia tahu yang aku perlukan dia, kami perlukan dia. Dia perlukan kami sama macam kami perlukan dia" luah Fiq berat dan Amreez diam sambil memandang belakang badan Fiq. Fiq tak pernah menitiskan air mata tapi Amreez boleh teka yang Fiq menangis kali ini. Amreez hanya mendiamkan diri dan sedikit terkejut bila melihat Chiqa berada di belakangnya dan menangis. Chiqa berjalan perlahan ke arah Fiq dan memeluk erat tubuh sasa yang menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh selama ini.
"Adik minta maaf. Adik sayangkan abang" luah Chiqa sambil menangis dan masih lagi memeluk kemas badan Fiq. Fiq agak terejut tetapi dia kembali tenang dan memalingkan badan. Fiq membalas pelukan Chiqa erat dan mengusap lembut kepala adiknya. Amreez tersenyum senang melihat situasi itu dan dia mula beredar perlahan lahan dari situ untuk bagi ruang kepada pasangan adik beradik itu.

Amreez berjalan dengan tenang ke ruang tamu dan bila dia melintas di depan bilik ibu saudaranya, jantung dia berdegup kencang tiba2 dan dia membuka pintu yang tidak tertutup rapat.
"Astaghfirullah" Amreez beristighfar bila melihat ibu saudaranya yang rebah dan tidak sedarkan diri terbaring di lantai dengan bertelekung solat.
"Fiq! Fiq!" Laung Amreez kuat dan pada masa yang sama cuba untuk bamgunkan mak saudaranya. Chiqa dan Fiq berlari ke arah suara Amreez dan terkejut besar bila melihat keadaan mak mereka.
"Mak!" Chiqa dan Fiq melutut di sebelah mak mereka.
"Pergi hospital" Amreez maklumkan kepada Fiq dan mereka bertiga segera mengangkat tubuh tua itu ke kereta.

Banyak perkara berlalu, setahun, hidup Chiqa dan Fiq hadapi pelbagai dugaan yang tidak disangka dan kehilangan demi kehilangan melanda. Kini, kuat adalah kata kunci hidup Chiqa dan Fiq. Walaupun terluka mereka tetap cuba untuk kuat dan cuba untuk bertahan sedaya yang mampu.

"Bro" Fiq tepuk bahu Amreez menyedarkan Amreez yang jauh termenung.
"Erm" Amreez membalas dan tersenyum sedikit kepada sepupunya itu.
"Terima kasih sudi tunaikan permintaan terakhir mak aku" ujar Fiq perlahan. Amreez senyum lagi dan bersandar pada dinding.
"Mak kau dah macam mak aku jugak"
"Tapi kau berkorban banyak"
"Aku tak kisah pun" balas Amreez tenang.
"Tapi kau tak dapat kahwin dengan Amalina"
"Fiq, aku dan Lina tak ada jodoh. Jodoh aku tertulis untuk adik kau" Amreez dengan perlahan menjawab kenyataan itu. Jelas, sangat jelas dari wajah dan nada suara itu ada kecewa, walaupun tak banyak tapi tetap ada yang namanya kecewa. Fiq rendahkan matanya dan memandang ke tempat lain.
"Terima kasih ambil Chiqa jadi isteri" ucap Fiq lagi sebelum beredar.

Amreez hanya diamkan diri dan memandang langit yang gelap melalui tingkap. Tanpa bintang, kosong, sekosong hatinya kini. Chiqa isterinya kini dan perkahwinan mereka menyakitkan hati beberapa pihak dan mengecewakan hati sendiri. Dalam ikhlas ada sendunya.

Chiqa mengesat air mata yang mengalir untuk kesekian kalinya, dia rasa berdosa pada arwah suaminya kerana menikahi lelaki lain.
'Aku curang!' Bisik hati dalam Chiqa dan dia bencikan dirinya kerana berlaku curang. Perkahwinan keduanya langsung tiada seri dan dia langsung tak berminat dengan perkahwinan kedua ini. Padanya, ianya adalah untuk memenuhi hasrat terakhir maknya sahaja.

Fiq tahu apa yang mak dia wasiatkan adalah sesuatu yang berat dan mungkin jug salah. Kehidupan Amreez dan Chiqa sama2 suram dan langsung tak ada tanda bahagia. Fiq sedih, sedih kerana dua orang yang dia sayang tak mampu bahagia. Chiqa terlalu hidup dengan masa lalu dia dan Amreez terlalu memahami hati Chiqa sehingga sanggup melewati perkahwinan yang tiada ikatan dan jaminan ini.
"Abang" Fiq tersedar dari mengelamun bila melihat Chiqa melabuhkan punggung disebelahnya.
"Anak abang dah tidur" maklum Chiqa dan cuba untuk berikan senyuman yang ikhlas. Fiq membalas senyuman itu dan memegang tangan adiknya.
"Adik dan Amreez berhak bahagia" ujar Fiq dengan memandang twpat ke dalam anak mata Chiqa. Dia nak Chiqa bahagia dan cuba hubungan baru ini.
"Bahagia adik dah pergi abang" Chiqa bersuara lemah.
"Tak baik cakap macam tu" tegur Fiq lembut dan Chiqa segera bangun. Dia tak nak dengar benda yang sama. Dia tak nak!

Chiqa dan Amreez tak pernah tidur sebilik dan sejak berkahwin, Chiqa selalu mengelak untuk bercakap dengan Amreez. Amreez cuba dan terus cuba tapi sikap keras Chiqa buatkan Amreez ikut sama mengalah.
"Chiqa nak tenangkan hati" maklum Chiqa di meja makan di mana Amreez dan Fiq ada.
"Pergi mana?" Soal Fiq.
"Tak penting untuk abang tahu. Adik nak pergi"
"Lama?" Soal Amreez yang telah lama tak berbual dengan Chiqa. Chiqa pandang Amreez sekilas.
"Entah, sebulan, setahun."
"...ok." balas Amreez lambat dan Fiq agak terkejut dengan jawapan senang Amreez.
"Jadi, Chiqa nak abanng Am cari seorang isteri yang boleh terima dan sayang abang Am. Jangan tunggu Chiqa sebab Chiqa tak mampu nak jadi isteri untuk abang" Chiqa terus tinggalkan meja makan dan berlalu ke biliknya. Amreez dan Fiq sama2 terkejut tapi Amreez tampak lebih tenang dengan keputusan itu. Jauh di sudut hatinya dia sedikit terluka tapi dia lupakan segalanya dan teruskan suapan ke dalam mulut.
"Am...kau..."
"Fiq, tolong faham" pinta Amreez ringkas dan Fiq terus tinggalkan meja makan. Dia dah tak tahan dengan semua drama yang tak masul akal ini.
Bila Fiq dan Chiqa pergi Amreez menatap pinggan nasinya yang masih penuh dan tanpa dia sedar ada air jernih yang menitis atas pinggannya. Amreez segera kesat air itu, dia tak peduli air itu datang dari mana sebab yang dia tahu, hati dia sedang terluka dengan mendalam.

##Chiqa##

Aku jumpa apa yang aku cari kat sini, Pondok Jannah ini buatkan aku rasa tenang, nyaman dan bahagia. Hati aku rasa lapang dan semua masalah aku seakan hilang. Aku bersyukur, Allah masih lagi sayangkan aku. Sekarang, genap sebulan aku berada di pondok ini dan aku bahagia. Setiap saat aku disini aku bahagia.

##Amreez##

Aku bahagia, bahagia dengan keadaan sekarang di mana aku lebih tenang dan nyaman. Walaupun Chiqa pergi aku tetap ingat yang dia isteri aku dan perkataan terakhirnya kepada aku masih jelas terngiang. Aku tak salahkan dia sebab tak dapat terima aku sebab, aku sendiri masih tak dapat lupakan Lina. Sekarang, kami masih lagi berhubung dan hubungan kami kembali erat. Aku senang.

##Chiqa##

Aku belajar memasak, mengemas, menjahit, mengait dan sebagainya di sini, aku rasa lengkap, lengkap sebagai seorang wanita. Aku mula kenal erti ketawa dan senyum yang ikhlas. Semua itu telah hilang dalam hidup aku setahun yang lalu.kini, setiap malam aku mampu bacakan yasin untuk arwah Farhan tanpa titiskan air mata. Aku rasa senang setiap kali mendoakannya dan aku dapat rasakan dia juga tengah bahagia di sana. Apa yang aku kenal di sini, CINTA. Cinta yang sebenarnya. Cinta kepada Allah.

##Amreez##

Kehidupan aku semakin membaik dari hari ke hari dan aku juga dah dapat kehidupan aku yang lama balik. Kehidupan yang boleh aku katakan, kehidupan sebenar. Walaupun aku sedang bahagia, aku tak pernah lupa untuk doakan kebahagiaan Chiqa. Aku harap dia bahagia dan tenang. Aku harap dia dapat apa yang dia cari.
"Reez! Menungkan apa tu?" Aku tersentak sedikit bila disergah Lina. Dia ni memang suka betul buat aku terkejut. Dia bahagia kalau aku pergi sebab sakit jantung kut. Hahaha.
"Just thinking" aku jawab dan berikan senyuman yang terbaik aku ada kepadanya.
"About?" Soal Lina manja.
"You" Lina pukul aku dengan tas tangannya menyebabkan aku ketawa lepas.
"Jom pergi makan. Lapar" Lina segera mengalih topik lain dan dia keluar dari ofis aku. Aku tergelak dan dia ikut sama tergelak kecil. Kami berdua beriringan ke lif.

##Chiqa##

Hari ini, genap tiga bulan. Aku rindukan abang dan anak saudara aku. Mungkin aku patut balik sekejap untuk jenguk mereka. Lagipun, aku sering mimpikan abang Am. Kenapa?
"Syafiqa, ceramah dah nak mula" aku tersedar dari mengelamun dan memandang Hawa, teman aku disini.
"Ya" aku membalas perlahan dan mendengar ceramah yang baru sahaja dimulakan. Oleh Ustaz Adam, suami kepada Hawa. Ikhlas aku katakan, aku cemburu dengan hubungan bahagia mereka. Cemburu dalam erti kata baik. Aku teringin menjadi pasangan sebahagia mereka.
"Setiap isteri, jangan sesekali membelakangi suami kamu kerana, redha Allah kepada seorang muslimah yang bergelar isteri ialah, redha suaminya kepadanya. Maka, jadilah seorang isteri yang taat yang selalu berdiri disisi suaminya. Jangan sesekali kamu menolak kehendak suami yang tidak bercanggah dengan syariat. Taati suami, patuhi cakap suami, in sha Allah, syurga menanti"
Ayat2 yang seterusnya buatkan aku tenggelam dalam awangan aku sendiri. Aku terhiris dengan kata2 yang terungkap dan aku sebak mengenangkan aku, seorang isteri yang terlalu buta. Buta untuk menghargai seorang suami. Aku terlalu ego untuk lepaskan rasa cinta aku kepada Farhan sehingga aku dah abaikan abang Am. Layakkah aku bergelar seorang isteri. Status isteri itu sangat tinggi disisi suami tapi, aku, dah cemarkan semuanya. Aku dah calarkan nama baik ISTERI. Air mata aku mengalir dengan semakin deras sehingga apa yang aku rasakan sekarang adalah hina. Hina dengan diri sendiri.
"Syafiqa, kenapa awak menangis?" Soalan dari Hawa buatkan aku semakin teresak. Kenapa aku menangis? Menangis kerana aku terlalu buta! Terlalu ikutkan hati. Aku ceritakan semuanya kepada Hawa dan Hawa sendiri terkejut. Terkejut dengan apa yang aku ceritakan padanya, terkejut dengan tindakan aku.
"Kembalilah, kembalilah kepada suami kamu" Hawa memeluk aku erat dan bisikkan perkataan itu beberapa kali.
'Kembalilah' aku terus menangis dan berfikir jika masih adakah peluang kedua.

##Amreez##

"Chiqa!!!" Aku terbangun dengan nafas yang berat. Ya Allah, apakah maksud semua ini? Adakah Chiqa tak bahagia?
Aku turun dari katil dan ke bilik air untuk berwudhuk. Selesai berwudhuk aku solat sunat hajat dan memohon doa.
"Ya Allah, ampunilah segala dosa dia, tenangkanlah hatinya, rawatlah lukanya, berikanlah bahagia kepadanya. Ya Allah, jika aku menikmati nikmat bahagia yang Engkau berikan dan dia tidak, aku mohon, berikanlah semua nikmat bahagia yang Engkau berikan kepadaku, kepadanya Ya Allah."
Aku melipat sejadah dan duduk dihujung katil. Aku meraup muka dan menanggalkan songkok dan letakkan di sebelah aku.
"Chiqa"

Setelah tiga bulan menghilang, kini Chiqa kembali ke rumah yang dia sangat rindui. Chiqa membuka kunci dan masuk dengan senyuman setelah salam tidak bersahut diberikan. Rumah masih lagi dalam keadaan sama dan tidak berubah banyak. Chiqa letakkan barangnya di dalam bilik. Semasa dia membuka pintu bilik yang dia selalu gunakan dia tersenyum, pakaian Amreez ada di dalam almari itu. Selama ini, Amreez hanya tidur di bilik kecil, bukan sahaja kecil malah teramat kecil untuk seorang yang seumurnya. Tangan Chiqa menyentuh baju2 Amreez yang tersangkut kemas dan dia tersenyun sanmbil menghidu bauan Amreez. Dia pasti, dia rindu. Pelik, sebab dia tak pernah rasa senyaman ini bila menghidu bauan Amreez. Chiqa meletakkan pakaiannya di dalam almari yang sama dan dia segerakan mengemas. Dia ingin masakkan sesuatu yang istimewa kepada orang yang dia sayang.

Chiqa habiskan masa dua jam berada di dalam dapur dan dia ke ruang tamu setelah selesai memasak. Dia tersenyum melihat gambar abangnya dan arwah kakak iparnya. Tiada walau sekeping gambar baru yang tergantung mahupun terletak atas mana2 perabot.
"Jom masuk!" Suara ceria Fiq kedengaran dan Chiqa segera bangun dari sofa untuk menyambut abangnya balik. Fiq masih lagi leka berbual dengan anak lelakinya yang berumur tiga tahun.
"Abang" perlahan dan penuh sebak Chiqa memanggil abangnya. Dia rindu, untuk memanggil nama itu. Fiq yang tersedar terkejut. Fiq berlari mendapatkan Chiqa dan memeluk erat tubuh kecil itu dengan erat. Air mata Chiqa mengalir lagi dan dia tak peduli untuk kesat air mata itu daripada mengalir.
"Adik. Ya Allah..." Fiq membebel sendirian dan mencium dahi adiknya beberapa kali. Dia tak tahu macam mana nak luahkan perasaannya sekarang ini.
"Adik..." kedua pipi Chiqa dipegang dan mata Fiq berkaca. Chiqa segera mengesat air mata abangnya dan menyalami tangan kekar itu dan memohon maaf beberapa kali.
"Tolong jangan pergi lagi" pinta Fiq berharap. Chiqa senyum dan anggukkan kepala.
"Aqiff!" Chiqa segera peluk Aqiff yang jelas bingung dengan kehadirannya. Aqiff merengek kerana dipeluk dan didukung oleh orang yang dia tak kenal. Chiqa tergelak kecil bila Aqiff langsung tak kenal dia.
"Ni Asu la Aqiff" Chiqa mencium pipi tembam itu beberapa kali sebelum letakkan Aqiff di lantai semula. Chiqa pandang Fiq yang sedang tersenyum memandangnya, Chiqa maju setapak dan memeluk Fiq buat kali terakhir.

Amreez tak pasti apa yang menyebabkan dia dipaksa balik dengan kadar segera oleh Fiq. Sebaik dia masuk ke dalam rumah dia ke dapur kerana mendengar ada suara orang sedang bergelak ketawa. Beg di tangan Amreez terjatuh ke lantai bila dia melihat wajah ceria Chiqa. Bunyi beg jatuh itu menyebabkan Chiqa dan Fiq berpaling. Masa seakan terhenti bila mata Chiqa dan Amreez bertembung. Chiqa perlahan lahan ukirkan senyuman dan Amreez masih lagi kaku ditempat yang sama. Chiqa mendekati Amreez dan mencapai tangan lelaki itu untuk disalami.
"Chiqa dah kembali" ujar Chiqa dan senyum manis kepada Amreez. Amreez terus terdiam dan dia dapat rasakan kehangatan sehingga ke hati dengan sentuhan Chiqa. Seakan dia terlalu inginkan sentuhan itu dan merindukan sentuhan itu berabad lamanya.

Amreez duduk di hujung katil dan bingung, dia tak pasti mana dia perlu tidur malam ini. Buat kali pertama, dia dan Chiqa berada dalam satu bilik pada waktu malam. Chiqa menyedari ketidakselesaan Amreez tapi dia tak bersuara, dia tak nak semuanya jadi bertambah kekok.
"Abang nak tidur?" Soal Chiqa dan duduk di birai katil agak jauh daripada Amreez. Amreez angkat muka dan tersenyum sedikit sebelum gelengkan kepala.
"Abang nak buat kerja sikit, Chiqa tidur la dulu" ujar Amreez.
"Ok. Selamat malam" ucap Chiqa dan masukkan badannya ke dalam selimut. Dia segera menutup mata kerana dia mengantuk dan penat.

Siapa yang tak sedar bila orang yang kita dah kenal, suka mengelak daripada bercakap dengan kita. Itulah yang Chiqa rasa sekarang ni. Chiqa dalam hatinya sebak, sebab Amreez dah lain sangat sekarang dan dia boleh nampak tak ada tanda bahagia setiap kali dia dan Amreez bersama. Setiap malam Amreez akan mendapat panggilan telefon dan akhirnya Amreez akan lena di atas sofa. Chiqa rasa dia sangat miskin, kerana Amreez langsung tak ingin tidur sebilik dengannya.
'Apa ini balasan?' Chiqa menyoal hatinya sendiri dan dia rasa terhiris. Walaupun dia tak tahu hakikat sebenar, dia boleh agak. Dia bukan apa yang Amreez nak.
"Ya Lina, esok kita jumpa" Chiqa segera berpura pura tidur bila Amreez masuk ke dalam bilik mereka. Amreez matikan telefon dan mengambil laptop di atas meja dia langsung keluar semula. Chiqa meremas selimut dan dia menutup mata yang terasa hangat dan mula berair.

"Wow! Adik nak pergi mana ni?" Soal Fiq bila melihat adiknya sudah cantik berhias.
"Nak pergi interview" balas Chiqa dan mencium pipi Aqiff yang mula rapat dengannya.
"Chiqa nak kerja?" Soal abang lagi dan chiqa senyum lalu anggukkan kepala.
"Kenapa?" Soalan Fiq buatkan Chiqa berhenti melakukan kerja.
"Chiqa tak nak bazirkan ijazah Chiqa" jawapan Chiqa buatkan Fiq tersenyum senang.
"Abang sokong je apa yang Chiqa rasa betul dan buatkan Chiqa bahagia"
"Thanks abang"
"Fiq dah tahu?" Bila nama itu meluncur di mulut Fiq, Chiqa senyun sedikit.
"Chiqa nak pergi iv dulu, bila dah dapat baru Chiqa nak cakap kat Abang Am."
"Oh, mana2 je la dik"
"Yeah, ok la abang. Adik kena pergi. Bye" Chiqa salami tangan Fiq dan segera berlari anak untuk keluar dari rumah. Tak perlu tunggu Amreez.

Chiqa mampu tersenyum bila dia mendapat surat berjaya mendapatkan kerja yang dia nak. Chiqa segera bersiap untuk ke pasaraya, dia nak meraikan kejayaannya kali ini. Amreez yang baru sahaja selesai solat pelik melihat Chiqa bersiap untuk keluar.
"Nak pergi mana?" Soal Amreez sekadar bertegur sapa, hari ini dia dan Chiqa belum bercakap walau sepatah perkataan.
"Pasaraya kejap" ujar Chiqa dan tersenyum senang. Amreez anggukkan kepalanya sebagai tanda mengerti. Chiqa menyalami tangan Amreez seperti biasa dan keluar dari bilik mereka. Memang tak banyak perkataan yang keluar dari mulut Chiqa kepada Amreez tapi, Amreez sedar yang Chiqa dah banyak berubah dan boleh terima perkahwinan mereka. Dulu, Amreez mampu melihat wajah Chiqa agak sedih tapi kini Chiqa lebih ceria dan bersemangat. Chiqa melayannya sebagai seorang suami, semuanya cukup kecuali, cinta dan sayang.

Chiqa mengambil beberapa jenis sayur dan masukkan ke dalam bakul. Senyuman Chiqa masih juga mekar seperti tadi.
"Hai" Chiqa berpaling ke arah suara yang menegurnya dan dia terkejut sedikit.
"Oh, En. Imran" sapa Chiqa mesra, bakal majikannya ada di sini.
"Tak sangka jumpa kat sini" ujarnya dan masih lagi tersenyum.
"Saya tinggal area sini je" maklum En. Imran.
"Sama la. Seorang je?" Soal Chiqa lagi.
"Tak, dengan isteri" balasnya dan Chiqa hanya berikan senyuman.
"Abang, tak ada udang... siapa ni?" Soal seorang wanita yang sangat cantik pada Chiqa. Chiqa senyum dan hulurkan tangan untuk bersalam.
"Ni la planner baru kita. Syafiqa" jawab En. Imran.
"Oh, saya Asma."
"Syafiqa" mereka berbual ringkas sebelum Chiqa terpaksa meminta diri untuk pulang.

Chiqa terus ke dapur setelah pulang dari pasaraya. Dia tak sabar nak mula memasak untuk keluarganya hari ini. Tika Chiqa khusyuk memasak, Chiqa dapat dengar bunyi derap kaki yang menuju ke arah dapur.
"Chiqa masak makanan kegemaran abang hari ni" ujar Chiqa senang tanpa memandang ke belakang.
Amreez yang berdiri di belakang Chiqa kaku seketika.
"Ni abang Am" maklum Amreez perlahan. Chiqa tergelak kecil dan berpaling ke belakang.
"Chiqa tahu"
"Mana Chiqa tahu?" Soal Amreez pelik.
"Chiqa cam la bunyi tapak kaki abang. Dah berpuluh tahun kita kenal" Chiqa tergelak lagi dan dia teruskan memasak. Amreez pula rasa ada sesuatu yang hangat menyentuh hatinya, terharu. Terharu bila Chiqa mengenalinya dengan agak mendalam.
"Hebatnya" puji Amreez seakan mengusik dan Chiqa ketawa lagi.
"Mestilah, Chiqa membesar dengan abang, banyak yang Chiqa tahu pasal abang"
"Really, contoh?"
"Abang tak suka bauan ros, abang tak boleh dengan bulu binatang, abang tak suka daging kambing, abang suka minum susu. Sebelum abang tidur, abang mesti nak kena sikat ranbut dulu. Walaupun Chiqa rasa yang last tu pelik tapi, memang betul kan?" Chiqa dengan ceria list apa yang dia tahu pasal Amreez dengan ceria. Sekali lagi Amreez rasa hatinya dipeluk sehingga menyebabkan dia tersenyum bahagia.
"Macam mana Chiqa tahu?"
"Sebab kita sepupu!" Jawab Chiqa senang dan tergelak lagi. Kali ini Amreez hanya tersenyum ringkas dan anggukkan kepalanya.

'Patah seribu hatiku...' baris lagu itu buatkan Chiqa mengalirkan air mata. Dia cuba menahannya tetapi gagal jagi dia biarkan sahaja air mata itu mengalir di pipinya.
Gambaran Amreez dan seorang perempuan yang sangat mesra tadi buatkan Chiqa bertambah sedih dan pada masa yang sana Chiqa rasa menyesal, menyesal dengan tindakan dia dulu.
Telefonnya berdering dan dia mengerling nama pemanggil itu sekilas kerana dia sedang memandu. Apabila nama Amreez tertera di skrin perasaan Chiqa bertambah sayu. Chiqa tetap menjawab panggilan itu dan cuba menahan suaranya.
"Chiqa, abang nak kita makan kat luar malam ni" ujar Amreez ceria dan Chiqa menghela nafas perlahan sebelum menjawab.
"Kenapa?" Soal Chiqa cuba berlagak selamba.
"Nanti kita jumpa abang cakap. Chiqa ok ke? Kenapa macam tak sihat je?" Kali ini kedengaran suara Amreez risau. Chiqa mengeluarkan tawa kecil dan mengesat sisa air matanya.
"Chiqa tengah drive ni abang, nanti kita jumpa"
"Oh, ok, drive elok2" pesannya dan Chiqa tersenyun sendiri. Dia tahu dia terluka tapi, dia tak nak ada orang tahu dia terluka. Semuanya berlaku kerana dia.

Chiqa memakai baju yang baru sahaja dibelinya, dia tak tahu apa yang Amreez ingin bincangkan tapi Chiqa gembira kerana buat kali pertama mereka akan makan bersama di luar.
"Wah, cantiknya adik abang ni, nak pergi mana?" Soal Fiq sambil bersandar pada pintu bilik Chiqa.
"Reez ajak makan luar" jawab Chiqa dengan senyuman yang melebar.
"Oh, date!" Fiq tumpang gembira untuk Chiqa kali ini.
Chiqa meminta diri dan memandu ke restoren yang telah dimesej oleh Amreez.
Chiqa tersenyum dan mendekati Amreez yang sedang duduk di sebuah meja di satu sudut tetapi langkah Chiqa menjadi perlahan bila dia ternampak perempuan yang sama bersama Amreez siang tadi. Chiqa tetap tabahkan hati dan terus maju serta memberi salam kepada Amreez dan senyuman dilemparkan kepada wanita yang bersama dengan Amreez.

Amreez berdiri dan menarik kerusi kepada Chiqa. Chiqa ucapkan terima kasih dan kini dia duduk di sebelah Amreez dalam keadaan kekok.
"Chiqa, kenalkan ni..."
"Saya Lina, tunang Reez" Lina perkenalkan dirinya dengan senang dan menghulurkan tangan kepada Chiqa untuk bersalam.
Chiqa hanya diam membatu dan cuba untuk cerna balik apa yang dengar tapi dia tak dapat nak berfikir dengan jelas menyebabkan dia memandang Amreez dengan harapan Amreez mampu jelaskan semuanya.
Wajah Amreez bertukar kelam dan risau, melihat perubahan wajah Chiqa dan wajah Chiqa yang terluka.
"Chiqa, abang..."
"Saya Syafiqa, sepupu Amreez" Chiqa akhirnya membalas huluran Lina dan ukirkan sedikit senyuman.
"Saya tahu awak isteri Reez, jangan risau, saya dan keluarga saya terima Reez dan saya sanggup bermadu" Lina bersuara tenang seakan bermadu itu bukanlah perkara yang susah.

Chiqa hanya diam dan dia tak pasti apa yang dia rasa sekarang ni, dia tak tahu apa yang dia perlu buat. Menjauhkan diri daripada Amreez bukanlah sesuatu yang baik tapi, dia tak ada pilihan, dia tak mampu nak memandang wajah Amreez tanpa rasa sungkam dan sedih.
"Chiqa, abang nak cakap sikit" Amreez bersuara sedikit tegas kerana sudah seminggu Chiqa mengelak daripada bercakap dengannya.
Langkah Chiqa yang diatur ke bilik segera berhenti tetapi dia tak memandang wajah Amreez langsung.
"Apa?" Soal Chiqa perlahan dan cuba untuk bertenang.
"Kita kena bincang"
"Nak bincang apa?" Soal Chiqa lagi.
"Bincang mengenai hal kita, hal Lina" Amreez cuba untuk mengawal nadanya daripada meninggi. Dia kesal kerana Chiqa mengelak daripada bercakap dengannya dan Lina memaksa mereka berkahwin dengan kadar segera. Amreez sayangkan Lina dan dia sayangkan Chiqa, dia nak Lina dan Chiqa bahagia bersama dia.
"Chiqa terima Kak Lina, Chiqa doakan abang dan Kak bahagia" Chiqa memandang mata Amreez tanpa perasaan.
Amreez diam.
"Kalau Chiqa terima semua ni, Chiqa kena berhenti buat semua ni"
"Berhenti buat apa?" Soal Chiqa mendatar.
"Avoiding me!" Nada Amreez naik sedikit dan Chiqa menutup mulutnya untuk mengelak daripada bunyi tangisnya terlepas. Dia terpaksa menahan semua itu sendiri.
"Chiqa minta maaf, Chiqa tak mampu nak hadap semua ni" pinta Chiqa akhirnya, mengalah. Kini dia sedar yang dia sayangkan Amreez lebih daripada abang atau sepupu. Doa menyanyangi Amreez kerana Amreez suaminya.
"Chiqa tak boleh pentingkan diri sendiri, abang dan Lina dah lama bersama. Sebelum Chiqa jadi isteri abang lagi" luah Amreez dan Chiqa menahan sendu. Air mata Chiqa terua mengalir dan dia mengenggam hujung bajunya kemas.
"Chiqa minta maaf! Chiqa memang pentingkan diri sendiri. Chiqa cuba untuk terima semua ni tapi Chiqa tak mampu! Chiqa sayangkan abang! Chiqa sayangkan abang lebih daripada sepupu. Chiqa tak mampu nak terima ada perempuan lain dalam hati abang. Chiqa minta maaf! Chiqa tahu Chiqa tak layak untuk bersama abang, Chiqa dah layan abang dengan buruk, ni semua balasan untuk Chiqa." Chiqa menelan liur sambil menangis hiba dan matanya memandang Amreez yang kaku tidak mampu bergerak.
"Chiqa sedar Chiqa tak layak untuk abang, Chiqa tahu abang terima Chiqa kerana kita sepupu, Chiqa tahu abang sayangkan Chiqa kerana kita sepupu. Tapi Chiqa pentingkan diri sendiri, Chiqa nak abang sayangkan Chiqa lebih dari itu. Chiqa nak abang terima Chiqa, dan hanya Chiqa" suara Chiqa kembali perlahan dan dia melurut jatuh dan bersandar lemah pada dinding.
"Chiqa minta maaf tak dapat nak terima Kak Lina dalam hidup kita. Chiqa minta maaf sebab Chiqa pentingkan diri. Chiqa tak boleh..." belum sempat Chiqa habiskan ayatnya Amreez telah keluar dari rumah dan dia segera memecut pergi dengan kereta.
Apa yang dia dengar daripada mulut Chiqa dia tak pernah dengar selama ini dan dia tak tahu kenapa dia jadi keliru dengan perasaannya sendiri. Dia mula menilai rasa sayangnya pada Chiqa. Sebaris petanyaan bermain di dalam benaknya.
'Kenara kita sepupu?'
Adakah dia sayang akan Chiqa kerana Chiqa adalah sepupunya? Dia mula menilai rasa sayangnya pada Lina. Adakah dia masih sayangkan Lina sama seperti dahulu, sebelum dia memegang status suami kepada Chiqa. Dia tak tahu apa yang terbaik untuk dia lakukan pada masa ini.

Tiga hari berlalu dan Chiqa tak melihat Amreez di mana-mana. Perkahwinan Amreez dan Lina sudah ditetapkan, iaitu dua minggu dari sekarang. Chiqa cuba lupakan rasa hatinya dan belajar untuk terima semuanya. Dia tak mampu untuk terima seandainya Amreez memilih Lina daripadanya jadi dia akan belajar untuk tidak jadi seorang yang pentingkan diri sendiri.

Buktinya, kini dia sedang menemani Lina untuk menyiapkan hantaran di banglo mewah milik keluarga Lina. Banyak mulut yang mengata kepadanya sebagai perampas kebahagiaan Amreez dan Lina tapi dia cuba tabahkan hati kerana setiap kali dia solat istikharah dia mimpikan dia dan Amreez masih lagi bersama. Ertinya, dia mungkin ditakdirkan untuk bersama dengan Amreez dan dia mula redha.
"Maaf Chiqa, dah susahkan Chiqa" Lina duduk bersimpuh di sebelah Chiqa dan tersenyum sedikit. Chiqa membalas senyum itu dan hanya gelengkan kepala.
"Banyak yang Lina tak tahu pasal Chiqa. Reez tak pernah cakap pasal Chiqa bila kami bersama" Lina gelak halus dan Chiqa tahu Lina sengaja. Lina tetap seorang perempuan yang tak ingin berkongsi, Chiqa sedar yang Lina cuba untuk membuatnya sedih tetapi dia tetap bertabah.
"Abang pun tak pernah cakap pasal kak" Chiqa balas dengan nada sopan dan Lina tunjuk wajah tak senang dengan pengakuan Chiqa.
"Mungkin abang nak kita saling kenal" Chiqa menyambung semula dan tayangkan senyuman palsunya. Sesekali dia rasa bahagia bila perangai kebudakannya datang.
"Tapi..." Ayat Lina putus disitu sahaja bila suasana rumah gamat sedikit dan semua orang sedang berkumpul di depan pintu. Lina segera bangun dan memandang siapa yang datang, kemudia dia menjerit dengan bahagia.
"Abang!!!"
Chiqa tahu yang datang itu bukanlah Amreez sebab Chiqa tahu Lina tak memanggil Amreez dengan panggilan sebegitu malah lebih manja seperti 'sayang'. Chiqa bayangkan lidah dia menuturkan panggilan itu kepada Amreez dan dia rasa tekaknya kering tiba2. Loya.
"Chiqa!"
"Sayang!" Chiqa terlatah bila Lina memanggilnya dengan nada yang tinggi.
Chiqa mengurut dadanya dan memandang lelaki yang sedang tergelak kecil bila mendengarnya melatah.
"Well, nama saya Izran tapi saya tak kisah kalau awak nak panggil saya sayang" dengan nada bergurau lelaki itu menyapanya dan Chiqa memandang Lina yang sedang mengumpat sesuatu.
"Abang, stop it. Thats disgusting" komen Lina tajam dan Izran ketawa lagi.
"What? She is cute" pujinya tanpa rasa segan menyebabkan Chiqa tertunduk malu.
"See, she is blushing and I really glad that I'm home"
"Stop it abang! This is my..." Lina tak tahu macam mana nak cakap status dia dan Chiqa. Dia tak pasti kalau Izran perlu tahu dan Izran akan setuju dengan perkahwinan ini.
"Kak, dah lewat ni. Chiqa minta diri dulu" Chiqa senyum kepada Lina dan Izran sebelum dia beredar daripada situ.
Dia tak marahkan Lina mahupun Izran tapi dia tiba2 teringatkan arwah Farhan. Farhan suka memanggilnya cute dan sikap Farhan yang suka mengusik menyebabkan Chiqa sayangkan Farhan seadanya.

Izran menatap belakang Chiqa yang sedang berlalu pergi dan dia mengukir senyum senang. Lina mencubit perutnya kuat menyebabkan dia meringis dan mencerlung kepada Lina.
"Bro, Zaf tahu kak chiqa comel. Forget it, dia bakal madu kak lina kot" dengan senyuman sungging Zafran, adik kepada Lina berlalu bersama bola sepaknya di tangan.

Kini memang masalah, Izran memandang Lina tak percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut Zafran. Jadi, dia memandang Lina tajam meminta jawapan.
"Mama dan papa tahu semua ni?" Soal Izran serius. Lina anggukkan kepala dan dia bertambah terkejut.
"Dan mereka setuju?" Soal Izran lagi.
Lina angguk lagi menyebabkan Izran hilang kata2 dan duduk di sofa dengan kasar.
"Dah tak ada lelaki lain ke? Kenapa mesti suami orang?"
"Lina sayangkan Reez, kami dah bercinta bertahun tahun"
"Kalau dia bercinta dengan kau, takkan dia berkahwin dengan orang lain!" Bentak Izran dan Lina memandang Izran geram.
"Lina cintakan dia, dia cintakan Lina! Perempuan tu hanyalah amanah keluarga dia. Dia kahwin dengan perempuan tu sebab terpaksa. Lina tak peduli abang suka atau tidak, kami tetap akan kahwin!" Dengan itu Lina segera beredar daripada ruang tamu dengan rasa marah. Tak ada siapa yang boleh halang dia bersama dengan Amreez.

Chiqa cuba untuk mengelak daripada bersua muka dengan Amreez tetapi tak ada apa yang dia boleh buat bila dia secara tak langsung terlibat dalam persiapa majlis kahwin Amreez dan Lina. Chiqa melarikan diri ke dapur setelah melihat Amreez cuba mendekatinya di ruang tamu.
"Ya Allah..." Chiqa menutup rapat matanya dan mengenggam kemas gelas yang masih kosong di tangannya.

Mata Chiqa terbuka luas bila gelas ditangannya diambil dan dia tak menyangka orang yang mengambilnya adalah Izran. Chiqa betulkan kedudukannya dan dia cuba untuk keluar tetapi tak berjaya bila Izran menghalang laluannya.
"Nah, air" huluran Izran menyebabkan Chiqa kaku tetapi dia tetap mengambilnya dan mengucapkan terima kasih dengan nada perlahan.
"Saya tak sangka, memang wujud iateri yang sanggup lakukan apa sahaja untuk suaminya" suara Izran kedengaran sedikit sinis dan Chiqa tak suka mendengarnya.
"Saya minta diri dulu" pinta Chiqa sopan dan melangkah untuk pergi tetapi di halang dengan sigap.
"Why are you doing this?" Soal Izran serius.
"Saya ada kerja nak selesaikan" pinta Chiqa dengan harapan Izran akan mengerti.
"What are you thinking?" Soal Izran lagi.
"Im thinking about others" jawab Chiqa sebak.
"Dont you think about yourself?"
"No. I have everything"
"Really? Arent you hurt?"  Soal Izrab lagi. Dan kali ini Chiqa diam dan air matanya mengalir.
"I care about him" balas Chiqa tanpa menjawab soalan Izran.
"Arent you hurt?" Soal Izran tegas.
"Yes! This is killing me! This hurt is torturing me, i'm feel like dying. But, I will accept this" jawab Chiqa sambil memegang kemas tudungnya di bahagia dadanya. Di mana rasa sakit itu datang, di dalam dadanya.
"You can stop this"
"I cant, this is not about me. This is about him. I dont care if i'm hurt. I want him to be happy"
"He still can be happy with you"
"No. He cant and he never will happy with me. The person he loves is your sister" luah Chiqa sebak dan biarkan air matanya mengalir.
"Stop being stupid and end this torture!" Bentak Izran.
"I cant and I will not"
"Why?"
"Because...because i love him! I love him so much! I cant live without him so, i dont mind sharing" luah Chiqa lagi dan kini dia memandang Izran yang bersandar lemah pada dinding dapur.
"Saya tak tahu kenapa saya cakap sekua ni dan bercakap dengan encik. Saya minta maaf. Saya pergi dulu" Chiqa segera melangkah pergi dan mengesat air matanya daripada terus mengalir. Dia perlu pergi daripada tempat itu sekarang juga.

Chiqa berdiri di sisi keretanya dan dia mencari kunci kereta dari dalam begnya dengan air mata yang mengakir semakin laju. Dia terlalu terluka tetapi dia tak nak jadi seorang yang pentingkan diri sendiri.

Chiqa menjumpai kunci dan dia membuka pintu kereta tetapi, belum sempat dia masuk, satu rengkuhan menarik badannya ke dalam satu pelukan yang hangat dan sangat selesa.
"Jangan pergi" rayu suara yang memeluknya dan Chiqa kenal suara itu. Chiqa memeluk Amreez dengan segala kudrat yang dia ada. Dia tak mahu lepaskan semuanya sekarang. Dia tak nak kehilangan rasa hangat dan tenang ini buat selamanya.

Chiqa tertidur dalam pelukan Amreez. Amreez tahu Chiqa keletihan kerana semuanya jelas tertulis pada wajah polos itu. Chiqa keletihan, kesakitan dan menderita pada masa yang sama. Dia pernah melihat Chiqa dalam keadaan seperti ini saat Farhan meninggal dahulu tetapi rasanya, Chiqa lebih terluka sekarang.

Amreez baringkan Chiqa di katil hotel yang dia sedang menginap. Rumah mereka agak jauh dan dia tak nak memandu lebih jauh. Dia nak Chiqa berehat dengan selesa.
Wajah Chiqa yang sedang lena dengan pulasnya membuatkan Amreez merapatkan bibirnya pada dahi Chiqa lama. Dia mengucup lembut dahi itu beberapa kali sebelum kucupannya berganjak kepada kedua pipi Chiqa dan hidungnya.

Amreez menhentikan ciumannya dia hujung bibir Chiqa dan dia tersenyum bahagia. Kali pertama, dia mampu menganggap Chiqa lebih dari sepupu dan adiknya. Luahan Chiqa mengenai rasa sayangnya menyebabkan Amreez tersenyum bahagai.
' "Because...because i love him! I love him so much! I cant live without him..." '

Chiqa terasa kepalanya berat dan dia membuka mata perlahan lahan. Dia cuba ingat balik apa yang berlaku semalam dan dia ingat semuanya yang dia cakapkan dengan Izran. Chiqa lepaskan keluhan berat dan memandang ke sisinya. Matanya membesar bila melihat sekujur tubuh yang tidak berbaju disisinya. Dia segera bangun dan turun dari katil tanpa menghiraukan sakit kepala yang menyegat.

"Ab...abang... buat apa kat sini?" Soal Chiqa tergagap gagap dan memandang Amreez yang sedang tersenyum senang kepadanya.
"Chiqa tak boleh solatkan?" Soal Amreez tiba2 dan Chiqa berkerut.
"Abang tak kejut Chiqa solat tadi" ujar Amreez dan Chiqa berfikir sejenak. Ya, dia memang tak boleh solat.
"Mana...abang tahu?" Soal Chiqa lagi.
"sebab Chiqa yang cakap. Abang cuba kejut tapi Chiqa cakap dalam keadaan mamai" terang Amreez dan Chiqa angguk kepala. Chiqa memandang sekeliling dan dia tak kenal bilik itu.
"Kat mana ni?" Soal Chiqa dan mula mengikat rambut panjangnya. Amreez tersenyum lagi. Dia suka melihat Chiqa yang sekarang, seakan lost dan masih lagi kebudakan, bukannya Chiqa yang sudah menjadi wanita matang sepenuhnya.
"Hotel"
"Hotel?"
"Ya. Abang menginap kat hotel ni."
"Patutlah abang tak balik rumah.." gumam Chiqa perlahan dengan nada sedih. Amreez bangun dari katil dan mendekati Chiqa dan memeluk Chiqa erat. Chiqa tergamam.
"Chiqa rindukan abang ya?" Soal Amreez dengan nada mengusik dan Chiqa menjadi malu tiba2. Dengan wajahnya yang membenam ke dada bidang Amreez yang tidak berbaju memnyebabkan Chiqa bertambah malu dan cuba untuk lepaskan diri daripada pelukan Amreez.

"Chiqa nak balik rumah" Chiqa masuk ke dalam bilik air dan menggunakan toiletries yang disediakan dan dia tak bercadang untuk mandi. Dia tak ada baju untuk diganti.
"Chiqa minta diri dulu" pinta Chiqa dan segera untuk beredar tetapi dihalang Amreez.
"Abang bawa Chiqa ke sini dengan kereta Chiqa. Kereta abang ada di rumah Lina" maklum Amreez dan Chiaa hanya diam.
"Chiqa kena hantar abang ke sana dulu, untuk ambil kereta abang. Abang kena pergi kerja hari ni untuk selesaikan semuanya sebelum cuti panjang" Chiqa diam mendengar apa yang dicakapkan Amreez.

Chiqa memandang lantai dan dia melihat ada sehelai baju tersadai. Dia mengutip baju itu dan kemaskan katil, dia tak suka keadaan tak kemas dan dia juga tahu Amreez tak suka.
"Kenapa buanh baju kat lantai?" Soal Chiqa dan memandang Amreez.
'Ah, sebab semalam Chiqa menangis dan basahkan baju abang masa tidur' jawab Amreez di dalam otaknya.
"Panas" jawab Amreez jelas dan Chiqa berkerut.
"Chiqa pun dah lewat nak pergi kerja. Abang call kak lina la suruh hantar kereta kat sini ya? Lagipun, semalam Kak Lina cakap dia nak jumpa abang. Dia nak beli barang sikit." Maklum Chiqa dan Amreez diam kerana kecewa.
"Chiqa pergi dulu" dengan segera Chiqa keluar daripada bilik hotel itu dan mencari keretanya. Dia lepaskan nafas berat dan cuba untuk lupakan apa yang berlaku semalam dan sekejap tadi.

Petangnya, Chiqa bersedia untuk pulang setelah dia siapkan semua kerjanya yang akan datang. Dia neminta cuti beberapa hari untuk perkahwinan Amreez dan Lina. Mendengar perkataan itu sahaja sudah cukup untuk buatkan hati Chiqa sakit tapi dia cuba untuk terima semuanya dengan hati terbuka.

Chiqa berjalan ke keretanya dan dia kaku bila ada sepasang tangan melingkar pada pinggangnya.
"Hai" sapa suara itu senang dan pipi Chiqa dicium.
"Kenapa macam nampak hantu je ni? Abang tak handsome ke?" Soal Amreez dengan nada yang dibuat buat sedih bila melihat wajah terkejut Chiqa.
"Ab...abang?" Chiqa masih lagi kaget dengan kemunculan tak diduga Amreez serta perubahan Amreez yang mendadak.
"Cuti Chiqa dah lulus?"
"Dah..."
"Berapa hari?"
"Seminggu"
"Oh, means, sampai hari resepsi je?" Soal Amreez dan masih lagi memeluk erat Chiqa dari belakang.
"Ya." Balas Chiqa perlahan. Dia sedih mengenangkan cuti yang dia ambil untuk majlis perkahwinan suaminya sendiri.
"Boleh Chiqa tolong abang?" Pinta Amreez mengharap dan memandang Chiqa.
"Tolong pergi ke Sabah" pinta Amreez dengan wajah redup, mata Chiqa terbuka luas dan dia jelas sebak dengan permintaan Amreez. Amreez tak nak dia ada di sini semasa perkahwinan mereka.
"Apa maksud abang?" Soal Chiqa sebak.
"Abang tak nak Chiqa ada kat sini" kata2 Amreez buatkan Chiqa sebak dan matanya mula berkaca. Jadi, Amreez berubah menjadi mesra hanya untuk meminta Chiqa pergi daripada sini.
"Chiqa kemaskan barang yang perlu bawa dan pergi ke sana, abang dah siapkan semuanya. Tiket, hotel, semuanya." Jelas Amreez lagi. Chiqa menahan sebak dan hanya kaku disitu.
"Telefon Chiqa?" Pinta Amreez. Chiqa serahkan telefonnya dan memandang Amreez supaya mengerti yang dia takkan rosakkan majlis kahwin mereka nanti.
Sebuah kereta berhenti di sisi mereka berdua dan seorang perempuan keluar dengan senyuman dan menyapa Amreez.
"Abang nak Chiqa ikut Wani. Ok?" Amreez hadiahkan satu ciuman di dahi Chiqa dan dia segera beredar.

Chiqa menangis sepanjang perjalanan kerumahnya dan dia mengelak untuk berjumpa dengan abangnya. Chiqa mengemas pakaian yang dia perlu bawa. Chiqa dengan berat hati meninggalkan rumah itu dan masuk ke dalam kereta bersama Wani.

Setelah sampai di airport, mereka menunggu masa mereka dan Wani setiap saat memerhatikan Chiqa.
"Kenapa abang layan Chiqa macam ni?" Soal Chiqa sebak dan mengesat air mata yang terus mengalir.
"Puan, kita pergi sekarang" Wani berdiri dan Chiqa hanya menurut tanpa bantahan.
"Wani, kalau saya bayar awak dan awak jangan paksa saya pergi. Boleh?" Pinta Chiqa seakan merayu dan Wani ketawa sedikit.
"Jom" Wani tak endahkan Chiqa dan menarik lengan Chiqa untuk masuk ke balai berlepas dan mereka naik ke pesawat yang akan membawa mereka ke Sabah.

Chiqa merenung ke luar tingkap sepanjang perjalanan dan Wani selesa bersama dengan telefonnya. Sebaik sampai, mereka ke hotel yang telah ditempah. Chiqa meletakkan barangnya di bilik hotel yang mempunya dua katil single. Pastinya, Wani akan tidur di bilik yang sama.

Chiqa tetap juga tak mampu untuk lelapkan mata dan Wani langsung tak hiraukannya. Wani asyik dengan gajetnya dan Chiqa kebosanan sendirian jadi dia memilih untuk menangis. Entah sejak bila menangis merupakan satu pilihan di masa lapang.

"Jangan menangis untuk perkara yang sia2" tegur Wani tanpa mengalihkan mata dari skrin telefonnya. Chiqa membalikkan badan dan memandang Wani.
"Saya tak tahu apa yang perlu saya buat. Semua ni menyakitkan saya" jawab Chiqa memohon agar Wani nengerti keadaanya.
"Aku tak pasti apa yang Am buat ni cerdik atau tak, tapi aku tahu dia buat semua ni untuk yang terbaik" jawab Wani mendatar.
"Ya. Mungkin saya perlu terima semua ni. Semuanya salah saya" ujar Chiqa sebak dan Wani mengeluh malas.
"Tidur, esok aku bawak kau pergi jalan2. Tak payah nak pedulilan Am yang tak berapa nak panjang akal tu." Ujar Wani lagi dan menarik selimut rapat ke dadanya.
"Jangan nak menangis lagi, menakutkan dengar orang menangis malam2." Pesan Wani lagi dan Chiqa tersenyum sedikit. Sekurangnya dia rasa sedikit berbeza sekarang. Dia pernah terfikir cara untuk elakkan dia daripada terluka melihat Amreez dan Lina bersama, jadi, mungkin ini jawapannya.

Hari kedua Chiqa berada di Sabah dan dia boleh dikatakan senang. Wani, walaupun nampak seperti tidak mempunyai perasaan, tetapi dia teman yang agak baik untuk Chiqa. Mereka berjalan dan shopping bersama sama. Kini, Chiqa berjalan di sisir pantai dan menunggu matahari terbenam.
Chiqa duduk dan memandang permandangan yang indah itu. Bila matahari mula mengilang, Chiqa ke biliknya semula dan dia dapati Wani sedang berehat di katil. Dia tak sedar bila Wani kembali ke bilik.

Chiqa masuk ke bilik air untuk mandi dan dia mengambil wudhuk setelah selesai mandi. Dia keluar dari bilik dan melihat Wani sudah solat maghrib. Jadi, Dia menggunakan telekung yang dibawanya sendiri dan dia solat di sebelah Wani.

Waktu mahgrib berganti isyak dan dia solat Isyak dengan tenang dan nyaman.
"Nah, ada surat untuk kau" Wani hulurkan sampul berwarna merah hati kepada Chiqa.
"Surat apa?" Soal Chiqa sambil mengambil huluran itu.
"Entah" jawab Wani malas dan Chiqa kemaskan telekungnya sebelum duduk di katil. Wani telah keluar dari bilik.

Chiqa membuka sampul itu dan membaca ayat ringkas yang tertulis pada kad itu. Chiqa pelik tapi dia tetap lakukan apa yang tertulis di surat itu.
"Pergi ke bilik 999" gumam Chiqa perlahan setelah bersiap ala kadar untuk ke bilik itu. Dia menekan lif ke tingkat paling atas dan memandang surat itu lama.
"Wani tak ada ni. Macam mana kalau aku kena culik?" Soal Chiqa takutkan dirinya sendiri.
"Apa yang aku ada sampai nak kena culik bagai" gumam Chiqa sendiri.

Kini, dia sudah berdiri di hadapan pintu bilik itu dan dia menekan loceng tetapi tak ada jawapan.
Chiqa memulas tombul dan pintu terbuka sedikit. Chiqa menggigit bibirnya sebelum membuka pintu dengan  luas dan dia melihat ada cahaya suram. Dia menelan liur dan masuk dengan perlahan.

Dia terpaku dengan haruman bunga dan kelopak2 bunga yang bertaburan di lantai. Dia tersenyum dan terus berjalan, akhirnya dia melihat sebuah katil yang dihiasi dengan kelopak rose berbentuk hati serta sebuah meja makan yang diahias cantik di beranda menghadap pantai. Chiqa tersenyum lagi dan dia terkejut bila bunyi pintu tertutup.

Chiqa mula resah dan dia mula berlari untuk keluar daripada bilik itu tetapi malangnya dia terlanggar seseorang mentebabkan dia terpeluk tubuh itu.
"Nak pergi mana ni? Penat abang buat semua ni"
"Abang!" Chiqa terjerit dan memeluk erat Amreez yang sedang tergelak senang.
"Apa abang buat kat sini?" Soal Chiqa
Seakan tak percaya yang Amreez ada di depan matanya kini.
"Jangan tanya apa2, jangan cakap apa2. Abang lapar, jom makan" Amreez pimpin tangan Chiqa dan menariknya ke meja makan. Dia menarik kerusi untuk Chiqa duduk.
"Sorry tak dapat guna candle betul. Angin pantai kat sini kuat sangat" ujar  tersenyum dan Chiqa membalas senyuman itu. Dia tak nak tanya apa2, tak nak fikir apa2. Yang penting, Amreez tak tinggalkan dia sendiri dan Amreez bersamanya sekarang ni.

Chiqa masih tak dapat berhenti tersenyum sejak semalam dan dia sangat bahagia sekarang ni. Dia tak tahu apa yang dah mengubah Amreez tapi dia dapat rasa kasih sayang seorang suami sekarang ni.
"Fikir apa?" Soal Amreez sambil memegang erat jemari Chiqa. Choqa tersenyum dan gelengkan kepala perlahan lahan.
"Jangan banyak fikir sangat, abang nak kita luang masa bersama" ujar Amreez dan mencium tangan Choqa lembut.
'Ya, sekurangnya beberapa hari ini aku dapat bolot Amreez sepenuhnya. Ya Allah, izinkan aku untuk menjadi kejam dan pentingkan diri sendiri unthk beberapa hari terakhir ini' Chiqa memohon dan dia memeluk erat Amreez, tak peduli jika dia dilihat oleh orang ramai.
"Abang harap Chiqa terima abang lebijh daripada sepupu" luah Amreez perlahan dan matanya memandang Chiqa dengan penuh harapan.
"Chiqa dah lama sayangkan abang lebih daripada sepupu" luah Chiqa ikhlas menyebabkan Amreez tersenyum.

Chiqa dan Amreez berjalan di pantai dengan hati yang senang dan jari nmereka bertaut kemas sama seperti hati mereka sedang bertaut kini.
"Boss!" Sapa satu suara kuat menyebabkan Amreez berpaling. Dia kenal sangat suara kuat itu.
"Wani!" Chiqa terjerit senang bila melihat Wani sedang berjalan ke arah mereka dengan sengihan panjang.
"Nampaknya, precious boss dah boleh senyum bahagia dan tak menangis dalam selimut lagi dah" ujar Wani menyebabkan Chiqa malu. Dia tak sangka yang Wani tahu dia menangis setiap malam di dalam selimut. Amreez memandang Chiqa dengan rasa bersalah.
"Maaf dah buat sayang menangis" Amreez mencium dahi Chiqa sekilas dan Chiqa kaku. Bukan kerana ciuman tetapi gelaran manja yang tidak dijangka dari Amreez.
"Aha! Sebelum boss dera saya dengan romance free ni, saya nak minta balik KL la" ujar Wani dengan wajah sengaja ditayangkan meluat padahal hatinya senang sekarang. Dia tak pernah tahu yang Amreez ada isteri, tapi dia lebih suka Chiqa jika dibandingkan dengan Lina.
"Saya belanja awak tinggal kat sini free kut"
"Saya kena settle masalah kat sana. Saya tak nak jadi kaki ketiga pulak dan, tengok boss lovey dovey macam ni buat saya rasa nak pengsan. Pay my money and...have fun?" Dengan itu Wani terus melangkah pergi.
Chiqa tersenyum senang dengan gelagat Wani walaupun Amreez gelengkan kepalanya beberapa kali.

Chiqa sedar yang esok adalah hari terahir dia akan bersama dengan Amreez kerana Amreez akan balik ke semenanjung dan berkahwin dengan Lina, kekasih hatinya. Chiqa cuba untuk jadikan malam terakhir mereka berdua bahagia tetapi tiap kali dia tersenyum pasti jelas di wajahnya dia sedang terluka. Amreez tak pernah cakap yang dia akan pergi, tapi Chiqa dapat rasakan hal itu.
"Pearl kat sini memang berkualiti" ujar Amreez sambil memilih beberapa jenis gelang yang di buat dengan mutiara. Chiqa senyum bila tersedar dari lamunannya dan dia memegang kemas jemari Amreez.
"Sayang nak yang mana?" Soal Amreez kepada Chiqa dan Chiqa menunjukkan pilihannya, walaupun dia langsung tak mempunyai hati untuk memilih dia hanya tunjukkan apa yang dia ternampak sahaja.
Amreez bayarkan dan segera pakaikan gelang itu pada pergelangan tangan Chiqa.
"Cantik" puji Amreez dan memandang Chiqa.
"Jom lota pergi pasar malam" ajak Amreez serta menarik tangan Chiqa untuk keluar daripada kedai itu.

Mereka hanya menikmati suasana malam tanpa belikan apa2 dan akhirnya mereka buat keputusan untuk makan di sebuah restoren berdekatan.
"Chiqa bahagia sangat dapat luangkan masa dengan abang kat sini" ucap Chiqa jujur dan Amreez terus melebarkan senyuman dibibirnya.
"Abang pun bahagia sangat" balas Amreez dan menarik tangan Chiqa dan rapatkan pada bibirnya.
"Chiqa minta maaf andai Chiqa bukan isteri terbaik untuk abang" ujar Chiqa lirih dan menggenggam jemari Amreez.
"Chiqa, abang bawak Chiqa datang sini sebab abang nak mulakan sesuatu yang baru. Perkahwinan yang ikhlas bukan kerana amanah dan bukan kerana kita sepupu. Tapi, kerana abang sayangkan Chiqa dan Chiqa sayangkan abang." Luah Amreez pula dan Chiqa terus tersenyum manis.
"Chiqa sayangkan abang" luah Chiqa lagi dan Amreez bangkit dari tempat duduknya di depan Chiqa dan duduk di sebelah Chiqa. Dia memeluk Chiqa dari sisi dengan erat.

Hari ini ialah hari perkahwinan Amreez, sepatutnya Amreez telah terbang ke semenanjung untuk majlis akad mereka pada pukul tiga petang nanti tapi, Amreez masih lagi bersenang di atas katil sambil bermain game angry bird dalam telefonnya. Chiqa cuba untuk ingatkan Amreez tapi dia tak suka akan perpisahan mereka nanti.
"Sayang, stop walking" arah Amreez bila Chiqa dari tadi lagi jalan ke hulu ke hilir dalam bilik hotel.
"Abang, dah pukul 11 ni" Chiqa cuba untuk ingatkan Amreez supaya tidak terlupa tetapi Amreez hanya tayang wajah tak berperasaan.
"Abang sedar tak hari ni hari apa?" Soal Chiqa seakan tidak sabar lagi dengan sikap selamba Amreez.
"Obviously saturday" jawapan Amreez buatkan Chiqa menepuk dahinya sendiri.
"Really abang?" Soal Chiqa geram.
"Yeah, anniversary kita lima bulan lagi, birthday Chiqa enam bulan lagi. So, today is saturday" jawab Amreez yakin.

Chiqa tak nak sebut hari ini hari apa sebab dia tahu dia akan terluka jadi dia cuba cara lain untuk ingatkan Amreez. Tetap juga tidak berjaya.
"Today is your...wedding day" gumam Chiqa perlahan dan menunduk memandang lantai.
Amreez memandang Chiqa yang menundukkan wajahnya dan dia bangun dari katil dan berjalan ke arah Chiqa. Dagu Chiqa diangkat supaya mata mereka bertentang.
"Dont think about it ok. Come, lets get some rest" Amreez tarik tangan Chiqa ke katil dan dia rebahkan diri bersama Chiqa.
"Get some sleep, when you awake, everythinh will settle" bisik Amreez pada telinga Chiqa dan memeluk erat tubuh itu. Chiqa lelapkan matanya kerana dia tak nak menangis di hari bahagia suaminya walaupun dia terluka.

Chiqa tersedar daripada lenanya dan dia sendirian di katil. Hatinya mula sebak dan dia memandang jam di di dinding sudah pukul 2.45 petang. Dia pasti dia tidur terlalu lama kerana sangat keletihan sebab tak dapat tidur semalaman.
"Lagi 15 minit" gumam Chiqa dan menarik lutut rapat ke dadanya.
"Dah agak yang abang akan tinggalkan Chiqa macam tu je" luah Chiqa sebak dengan esakan dan air mata yang mengalir pada pipinya. Dek kerana menahan daripada menangis, esakan Chiqa berubah menjadi semakin kuat.
"Ya Allah...aku tak kuat" bisik Chiqa pada dirinya sendiri.
"Zuhur! Ya Allah, aku tak solat lagi" Chiqa kesat air matanya yang masih lagi bersisa dan bangkit dari katil dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Selesai mengambil wudhuk Chiqa segera solat dan berdoa agar dia kuat.

Chiqa lipat telekungnya dan berada di beranda untuk mengambil angin segar walaupun sedikit panas. Chiqa mampu tersenyum kembali bila teringat setiap saat dia dan Amreez di sini. Chiqa mengambil telefonnya dan menaip sesuatu dengan perlahan.
'Selamat pengantin baru abang'
Dengan hati yang berat serta tangan terketar ketar Chiqa menekan butang send dan dia segera meletakkan telefonnya di meja semula.

"Sayang! Cuba tengok siapa yang hantar mesej kat abang tu!" Chiqa tersandar pada dinding bila mendengar jeritan daripada bilik air dan Chiqa pasti itu adalah Amreez. Chiqa memandang jam dan jam menunjukkan 3.45 petang. Majlis akad sedang berlangsung sepatutnya.
"Ah, siapa yang mesej sayang?" Sekali lagi Chiqa terkejut bila Amreez keluar dari bilik air. Bukan terkejut kerana Amreez hanya bertuala tapi terkejut kerana Amreez sendiri.
"Ab..abang?" Soal Chiqa tak yakin dengan apa yang dilihatnya kini. Amreez ketawa perlahan dan berjalan mendekati Chiqa.
"Kenapa dengan sayang ni?"
"Abang...abang tak balik semenanjung?" Soal Chiqa gugup.
"Isteri abang kat sini, abang kat sini la. Chiqa rindu sangat eh kat sana, esok kita fly la ya" jawab Amreez tenang.
"Kenapa dengan Chiqa ni, pandang abang semacam je? Abang dah bertukar jadi Justin Timberlake ke?" Soal Amreez sambil memakai baju.
"Abang...." Chiqa memegang lengan Amreez dan memandang Amreez dalam2.
"Ah, sorry la abang pergi macam tu je tadi. Abang siap solat lepas tu member abang call ajak surfing. Abang tak sampai hati nak kejut sayang. Sayang lena sangat"
Penerangan Amreez tak membantu untuk Chiqa faham langsung malah dia tambah keliru.
"Surfing? Abang, today is your wedding day!" Chiqa dengan keras mengingatkan Amreez walaupun dia tahu dia terluka untuk menuturkan ayat itu. Amreez tersenyum dan memeluk Chiqa erat.
"Poligami bukan untuk abang" ujar Amreez dan mencium dahi Chiqa lama.
"Tapi..."
"Shh... abang memilih untuk bersama Chiqa"
"Tapi...Kak Lina..."
"Lina bukan untuk abang, kalau betul dia sudi terima Chiqa, dia takkan sakitkan hati Chiqa dengan sengaja dan dia takkan paksa abang... tinggalkan Chiqa"
Chiqa terdiam bila mendengar hal itu. Selama ini Lina memang suka menyakitkan hati Chiqa tapi tak pernah walau sekali Lina meminta Chiqa tinggalkan Amreez. Chiqa memeluk Amreez erat dan dia rasakan sebak di dadanya tidak dapat ditahan lagi.
"Jadi..."
"Yeah, abang dah selesaikan semuanya sebelum abang datang sini. Abang dah jelaskan yang abang tak nak berkahwin dengan dia"
"Tapi..."
"Ya, abang tahu semuanya dah siap, semua orang dah penat lelah. Abang dah jelaskan alasan abang untuk menolak perkahwinan tu, sebab abang dah ada isteri terbaik untuk abang" Chiqa gembira tapi dia tak nak dikatakan perampas bahagia orang lain.
"Tapi abang..."
"Chiqa, stop thinking about others and lets be selfish ok. Pedulikan orang lain, yang penting kita bahagia" tegas Amreez dan eratkan pelukan.
"Ada pulak ajar orang jadi selfish, kalau ada anak nanti takkan nak ajar benda macam ni" bebel Chiqa sedikit sebal dan perlahan nada yang digunakan tapi dek jarak mereka yang terlalu dekat Amreez dengar semuanya dengan jelas dan dia tersengih.
"Abang yakin isteri abang akan jadi ibu terbaik di dunia dan anak2 abang akan jadi orang yang baik2" bisik Amreez di telinga Chiqa dengan senang hati menyebabkan Chiqa blushing.
"Bila Chiqa dah fikirkan soal anak, means Chiqa dah ready nak jadi ibu la ya?" Soal Amreez dengan nada mengusik dan mencium pipi Chiqa beberapa kali sebelum mengangkat Chiqa ke katil.

Amreez sandarkan kepalanya dengan selesa dan teringat tentang perbincangan dia bersama keluarga Lina.

****
"Reez! Wedding kita tinggal beberapa hari je lagi! Jangan nak buat kerja gila !" Bentak Lina bila Amreez dengan tenang menyatakan hasratnya untuk membatalkan perkahwinan mereka.
"Ya, Saya tahu memang keputusan yang saya buat ni gila, tapi saya sedar yang saya tak mampu nak bahagiakan awak Lina. Saya buta yang saya sayangkan isteri saya. Dato, datin, saya tahu apa yang saya buat dah malukan keluarga dato tapi, saya tak mampu nak teruskan semua ni." Balas Amreez dengan tegas dan suasana mula bising dan pelbagai percanggahan telah dibuat.
"Mama, papa. Kalau itu apa yang Amreez nak, kita kena terima. Daripada Lina menderita kemudian hari lebih baik sekarang. Kalau sekadar meniliki tetapi tak dicintai, semuanya adalah derita" Izran membuka mulut dan akhirnya semua orang diam. Lina bangkit dari sofa dan berdiri di depan Amreez sambil menangis.
"I hate you!" Dengan itu satu tanparan hinggap di pipi kiri Amreez.
*****

"Kak Lina dan family dia terima keputusan abang?" Soal Chiqa bila mereka sudah berada di atas pesawat untuk pulang.
"Hmm" jawab Amreez dengan anggukan ringkas.
"Semua orang terima macam tu je?" Soal Chiqa lagi, dia sangat teringin nak tahu apa yang terjadi.
"Hm."
"Habis tu, apa jadi pada majlis tu?"
"Entah"
"Kak Lina tak mengamuk?"
"Sikit"
"Sikit?"
"Sikit"
"Abang, Chiqa nak tahu detail ni. Apa jadi?"
"Nothing much, kena tampar sekali then selesai" Amreez gumam perlahan sambil memejam matanya seperti tadi. Mata Chiqa yang membesar bila mendengar jawapan Amreez. Memang Chiqa dah agak ada yang teejadi. Mustahil selesai maca tu je.
Chiqa menyentuh pipi kanan Amreez demgan lembut dan matanya bergenang.
"Sebelah sini" ujar Amreez sambil mengambil tangan Chiqa dan letakkan pada pipi kirinya sambil tersengih.
"Maafkan Chiqa" pinta Chiqa sebak dan mengusap lembut pipi kiri Amreez.
Amreez tersenyum dan mengesat air mata yang hampir mengalir di pipi isterinya dan dia mencium dahi Chiqa lama.
"Peluru pun abang sanggup ambil untuk bersama Chiqa. Setakat kena tampar sikit, ok je" Amreez cuba berlawak untuk menenangkan Chiqa tapi tak berjaya. Chiqa merapatkan wajahnya pada dada Amreez dan mula menangis kesal.
"Hei, jangan menangis" pujuk Amreez lembut.
"Apa yang Chiqa boleh buat?" Soal Chiqa jelas macam anak kecil yang kebingungan.
"How about, kiss it better" Amreez mencadangkan dengan kening terangkat sebelah.
Tanpa berfikir panjang segera pipi kiri Amreez dicium Chiqa. Amreez jelas terkejut kerana Chiqa tak pernah menciumnya walaupun dah diminta berkali kali tapi, kali ini dengan senang dia mendapatnya.
'Kalau macam ni, kena tampar selalu pun tak apa'
Amreez tersengih nakal dengan pemikirannya sendiri.

Setelah mendarat di lapangan Chiqa dan Amreez berpimpin tangan berjalan keluar ke kereta. Semasa mereka sedang berjalan ada seorang remaja yang sedang berlari ke arah mereka dan menjerit meminta mereka menunggu. Chiqa yang rasa dirinya dipanggil berhenti berjalan dan memandang ke belakang.
"Hai! Saya Noni dan saya nak bagi ni. Selamat pengantin baru!!!" Jerit Noni dan kembali berlari setelah menghulurkan dua keping gambar polaroid kepada Chiqa dan Amreez.
Chiqa tersenyum bila melihat gambar di mana Amreez menciumnya di dahi dan gambar pipi Amreez dicium olehnya.
"Wow!" Luah Amreez bila melihat gambar itu dan senyuman Chiqa masih belum putus.
"Abang nak gambar ni, sayang simpan yang ni" Amreez ambil gambar yang pipinya dicium dan tinggalkan gambar yang dia mencium Chiqa.
"Abang nak buat apa gambar tu?" Soal Chiqa  seakan tidak bersetuju dengan pilihan Amreez kerana dia bercadang untuk letakkan gambar itu di bilik mereka.
"Inspiration! Bukan selalu dapat kiss dari sayang." Amreez tersenyum dan Chiqa turut sama tersenyum.
Bila mereka sudah sampai di rumah,

Chiqa berdiri di sisi Amreez yang sedang mengeluarkan bagasi mereka daripada teksi. Amreez sibuk bercakap dengan pemandu teksi airport itu. Chiqa keluarkan kunci rumah dan memandang Amreez sekilas.

Chiqa mendekati Amreez dan menjongket sedikit serta mencium pipi Amreez sekilas.
"I love you abang!" Jerit Chiqa ceria dan berlari ke pintu rumah dengan segera. Amreez masih lagi kau dengan tindakan Chiqa dan dia cuba mengejar langkah Chiqa yang telah berjaya masuk ke dalam rumah.
"Encik, baki!" Laung pemandu itu tapi Amreez sudah berada separuh jalan dan dia berpaling.
"Rezeki pak cik la tu!" Jerit Amreez dan sambung berlari ke dalam rumah.
"I love you too sayang!!!" Jerit Amreez bila berjaya mendapatkan Chiqa yang sedang tersenyum bahagia di ruang tamu, menanti Amreez untuk masuk bersamanya.

Fiq yang baru sahaja sampai ke rumah sempat mendengar jeritan Amreez dan dia tersenyum pada pemandu teksi yang sedang tergelak kecil melihat telatah pasangan itu.
"Terima kasih la pak cik ya" ucap Fiq sambil membawa masuk bagasi kawan baik merangkap adik iparnya dan adiknya masuk ke dalam rumah. Dia dapat mendengar ketawa riuh dari daam rumah dan dia dah tahu semja rancangan Amreez sejak awal lagi. Kini, Fiq mampu merasa tenang bila adiknya telah bahagia. Fiq terus tersenyum dan berjalan masuk ke dalam rumah mereka.

Thursday 10 March 2016

SHARE SIKIT

asslamualaikum....

hai allsss...


yep, first of all, ni bukan update cerpen, that's why saya nak minta maaf sangat-sangat. i dont know, maybe ada a few yang wondering what happen now right?

yes or no, saya tetap nak kena inform semua yang... for this time, saya memang tak dapat nak update cerita and sort of. saya super busy actually. huh, ingatkan sem 2 ni boleh rest lebih sikit, but, no way! kelas memang jadual full giler2. kelas malam pun ada...

tak baik mengeluh, aha! betul tu tapi, yeah, saya manusia biasa and lemah, hihihi. apa pun saya akan cuba jugak untuk publish something, at least very2 short story la kut...

then, im feel so happy, now, my readers reach 1 million +++ hahaha, thanks for all readers, followers yeah.

another two weeks, i m gonna have mid sem punya exam, so, ... yeah, saya akan busy la sikit. but, after that i have 1 week holiday, yeah, moga saya ada something for all of you yeah.

for those yang dah baca yang latest cerpen saya update, perfect love. thank you so much!! hehe.

saya terfikir nak buat special ed sikit, but untuk salah satu cerita yang saya update, mana tahu ada yang nak suggest mana-mana cerita, and yang paling banyak, in sha Allah, saya akan try. at least untuk raya nanti ke, hehehe.

thanks again for those yang sudi lepak sini...

lots of love.

alzai sanana