Sunday 30 August 2015

Cerpen : lelaki ke-11

#ok...huhuhu, kali ni entah, try nak buat lain sakit tapi alih2 sama je kut jdinya... hahaha. Apa pun... enjoy la yer..

Aisy berjalan sambil menahan senyum sakit hatinya, cinta kali ke 8 gagal lagi dan kali ini memang teruk cara cinta mereka berakhir. Aisy benci betul dia asyik gagal dalam bercinta dan pada masa yg sama dia rasa sakit hati kepada semua lelaki.
Aisy terus ke sebuah cafe yg berada di hotel yg dia menginap pada masa kini. Aisy letakkan high heels yang dia bimbit sejak berjalan di tepi pantai tadi di atas meja. Bila seorang pelayan melihatnya pelik Aisy letakkan heelsnya di atas kerusi sebelahnya pula.
"Cik nak minum apa?" Soal pelayan itu ramah dan murah dengan senyuman.
"Drink yang fun" jawab Aisy sambil tersengih hambar. Pelayan itu pandang Aisy dari atas sampai ke bawah. Memang nampak macam luar kawalan sikit dan kurang menunjukkan ciri melayu.
'Minah ni melayu ke?' Gumam hati pelayan itu sendiri. Dengan skirt paras lutut Aisy serta rambut blonde, langsung tak menunjukkan ciri melayu . Islam apatah lagi, menyimpang jauh sangat dah ni.
"Kat sini semua minuman halal je di sediakan" jawab pelayan itu tenang dan Aisy terus tergelak.
"I tak mintak minuman haram pun."
"Jadi, cik nak minum apa?" Soal pelayan itu lagi.
"Coke" jawab Aisy lalu lemparkan senyuman sinis pada pelayan yang memandangnya macam perempuan tak ada haluan. Pelayan itu segera sediakan apa yang Aisy mintak. Pelayan itu perhatikan lagi wajah Aisy yang ditebali dengan make up. Pelayan itu berkerut dan cuba mengingat balik bila dia pernah ternampak Aisy.
'Macam pernah tengok je' fikir pelayan itu lagi dan dia teruskan mengelap gelas sambil berfikir.

Luthfi yang tergesa gesa untuk menghadiri satu mesyuarat penting memandu selaju cahaya agaknya sebab dia dah hampir terlewat untuk sampai tepat pada waktunya. Lancer yang dipandunya terus membelah hujan di jalan raya yang semakin melebat, tanpa dia sengaja satu lopak telah dilaluinya sehingga memercik kepada seseorang yang sedang berjalan di kaki lima. Walaupun Luthfi tahu yang dia akan terlewat jika dia berhenti, dia tetap menghentikan kereta dan keluar bersama sekaki payung. Perempuan yang sudah basah kuyup berjalan dalam hujan lebat tambah pula kena lecak air membuatkan perempuan itu kelihatan kotor dengan lumpur.
'Apa kau buat ni Luthfi!' Luthfi memarahi dirinya sendiri dan segera dia dekatkan diri dan payungkan perempuan yang langsung tak bereaksi itu. Wajah perempuan itu pucat lesi macam puntianak dalam filem Twillight je.
"Maafkan saya cik, cik ok?" Soal Luthfi kalut dan perempuan itu tetap membisu dan memandang ke depan tanpa pandang Luthfi langsung. Luthfi tanggalkan kotnya dan sarungkan pada badan kecil itu.
"Cik tunggu kejap, saya ambilkan air mineral" Luthfi masuk semula ke dalam keretanya untuk mengambil air mineral dan bila dia kembali semula perempuan tadi dah tak ada, yang ada hanyalah payung yang ditinggalkan. Luthfi ambil semula payung itu dan cuba mencari perempuan itu di kawasan sekitar tapi tak kelihatan di mana2.
"Takkan hantu kot, awal pagi macam ni" Luthfi sendiri rasa pelik dan dia mula rasa seram sejuk. Dia masuk semula ke dalam kereta cepat2 dan memecut pergi selaju mungkin. Kini dia kembalikan fokus pada meeting yang dia perlu attend dengan segera. Bila dia sampai di pejabat semua orang pandang dia dengan muka terkejut, mahu tak terkejut, basah kuyup dan tak terurus langsung terus masuk ke dalam bilik meeting.
"Luthfi, apa dah jadi ni?" Soal Dato Amin atau lebih mesra digelar daddy oleh Luthfi. Luthfi tayang sengih tak berdosa pada ahli lembaga pengarah yang sedang bermesyuarat. Semua mata memandangnya kini.
"Ada masalah sikit tadi daddy. Sorry ok?" Pinta Luthfi selamba habis. Dato Amin memang suka betul naik angin dengan anak lelaki bongsu dia ni. Selalu bagi masalah tanpa fikirkan orang lain.
"Luthfi, I think you should get yourself ready"
"I'm fully ready daddy"
"Get out! Dry yourself!" Tegas betul arahan Dato Amin pada anak lelakinya.
"No sun la daddy, macam mana nak dry?" Luthfi buat lawak selamba yg dah bangkitkan angin harimau dalam badan Dato Amin.
"Out now!" Luthfi tersenyum nakal dan segera tinggalkan bilik mesyuarat dengan senang hati. Memang dia tak suka untuk sertai meeting bersama orang tua, itu apa yang Luthfi selalu cakap pasal ahli lembaga pengarah.
"En. Luthfi, berapa kali nak kena halau ni?" Soal setiausaha daddynya yg dah lali sangat dengan keadaan sekarang. Luthfi tayang sengih tak berdosa dia lagi dan duduk di sofa. Jenuh Adira menghalang tapi langsung tak diendahkan Luthfi.
"Luthfi, in my office now!" Dato Amin bertegas dan Luthfi terus mengikut langkah laju daddynya. Luthfi masuk ke dalam ofis daddynya siap bagi tabik hormat lagi, memang sengaja menguji heartbeat Dato Amin.
"Mulai hari ini, daddy akan turunkan pangkat Luthfi, daripada pemangku CEO kepada pelayan." Tegas betul arahan itu dan pastinya Luthfi terkejut.
"Daddy ni serius ke?"
"Ya!"
"Bukan turunkan tu daddy, tapi campak dari tingkat 100"
"Bila kamu nak matang ni Luthfi?" Soal Dato Amin serabut dan resah dengan perangai terunanya. Luthfi tergelak kecil dan menggelengkan kepala beberapa kali.
"Daddy, I'm your son and this is me, Forever me."
"Out! Mulai dari sekarang, Luthfi hanya pelayan cafe di hotel ni" arahan tegas itu Luthfi ambil dengan tabik hormat lagi. Dato Amin dah nak pitam dengan perangai anak lelakinya.

'Oh, pasal dia la aku kat sini sekarang' pelayan itu dah ingat semuanya balik dan dia tersenyum sendiri.
'Tapi, dulu muka innocent je, sekarang ni muka opera cina je, tebal gila make up, boleh buat batas landslide ni' hati pelayan itu bercakap lagi.
'Make up ke cement buat rumah tu?' Soal Luthfi lagi.
'Betul ke dia? Mustahil tahap dinasour ada dalam zoo je' tangkas hati pelayan itu pula.
"Waiter, come here" Aisy yg sudah bosan diperhati dan di analisa memanggil pelayan itu supaya berdiri di depannya.
"I dont know wether I'm too pretty or you never see any woman before, but, it is wrong to analyse women like that" ceramah Aisy tajam dan pelayan itu tundukkan wajah sebagai tanda minta maaf.
"Waiter, no, Luthfi. What are you looking at actually?" Soal Aisy bila dia membaca nametag pada baju kerja pelayan itu.
"Maafkan saya cik. Kita pernah jumpa tak?" Soal pelayan yang bernama Luthfi itu teragak agak. Lain jawapn yang pelayan itu harap lain pulak yang dia dapat bila Aisy gelakkan dia.
"You nak try I ke? Kid?" Agak kasar juga bahasa yang Aisy gunakan tetapi pelayan itu cuba buat reaksi selamba.
'Muka macam tepung gomak, ada hati kata Luthfi no Lie ni nak try dia. Taste aku tutup litup ok' hati Luthfi berperang lagi.
"Tak ada la. Saya betul2 macam pernah nampak je cik ni" ujarnya sebagai pembelaan diri.
"Ada paper hari ni tak?" Soal Aisy dan tanpa faham apa2 pelayan itu mengangguk.
"Mana?" Pinta Aisy lagi. Pelayan itu ambilkan dan berikan pada Aisy. Aisy buka ruangan gosip dan tunjukkan pada pelayan itu gambarnya.
"Model" Aisy senyum sinis dan pelayan itu terkejut.
'Muka canggini jadi model? Rosak kamera' kutuk Luthfi lagi.
"Nah, including your tips. Btw, kalau nak try girl lain, use another trick. Your trick? Old style" Aisy tinggalkan cafe itu dan dia tinggalkan not seratus di atas meja. Agak melampau membayar satu gelas coke sebanyak itu.
"Berlagak! Tepung gomak ni" luah Luthfi menyampah. Dia tarik surat khabar itu dan baca tajuk terpampang besar.
"'Model terkenal, Aisy, the beauty of ice putus dengan pelakon terkenal, Rayyan'" baca Luthfi dan cebikkan bibir.
"Model terkenal ke badut? Aisy? Aisey man lagi baik" kutuk Luthfi lagi dan sambung kerjanya.
"Apa kau borak dengan dia? Aisy tu!" Teruja betul Rezman kawan sekerja, serumah Luthfi.
"Kau kenal badut tu?" Soal Luthfi hairan.
"Badut kau kata? Model terkenal tu!"
"So what? Pergi sambung kerja la!" Marah Luthfi dan dia teruskan kerjanya lagi. Dia paling tak suka public figure yang perangai berlagak seperti apa yang Aisy tunjukkan tadi.

Aisy dah naik rimas bila Rayyan asyik call dia sejak tadi. Dia buangkan phone dan baling ke dalam laut tanpa fikir panjang.
'Gila punya Rayyan' bentak hati Aisy dan dia teruskan berjalan tanpa haluan. Dia sukakan ketenangan dan sukakan laut di sebelah petang macam ni, padanya jika berpeluang melihat sunset adalah pengalaman terbaik yang dia ada. Sudah jauh Aisy berjalan dan dia berhenti di satu tempat bila hari mula gelap. Aisy duduk di atas pasir dan biarkan matahari tenggelam di depan matanya, dia tak pedulikan malam yang sedang mendatang apa yang dia rasa sekarang adalah ketenangan.
Bila dia hanya duduk termenung di situ akhirnya hari sudah gelap dan Aisy bersedia untuk balik. Dia bangun dari duduk yang selesa dan mula berjalan tapi dia tak dapat nampak apa2 kerana hari sudah sepenuhnya gelap. Aisy keluarkan fon untuk mendapatkan sedikit cahaya supaya dia dapat berjalan dalam gelap, tapi dia dah buang telefonnya.
'Apesal aku duk termenung, sekarang dah gelap dah' Aisy merungut sendirian dan teruskan berjalan tanpa haluan. Dia terpaksa mencari jalan sendiri di dalam gelap itu.
'Nak call mintak bantuan dah selamat buang phone tadi. Bodohnya Aisy' Aisy kutuk dirinya sendiri dan menyesal yang teramat.
'Agak2 ada hantu tak kat  sini?' Gumam Aisy sendiri dan sedikit hatinya mula rasa cuak. Aisy tetap berjalan walaupun dia dah tak nampak apa2.
'Agaknya, macam ni susahnya orang buta rasa' Aisy berfikir secara logik akalnya dan teruskan berjalan. Sambil dia berjalan dia bernyanyi lagu kanak2 untuk hilangkan rasa takutnya.
Bunyi ombak yang kuat buatkan Aisy bertambah seram dan langkah perlahannya mula semakin laju. Dia terus berjalan laju dan kemudian berlari sekuat hati. Bila dia dah berlari tiba2 dia terlanggar sesuatu dan terus jatuh tergolek.
"Benda apa yang hempap aku ni?" Satu suara lelaki mengaduh kuat bila dia dilanggar dan ditindih pula.
"Man! Tolong aku!" Jerit lelaki itu dalam gelap dan kawannya yang bernama Rezman itu terus menyuluh kearahnya.
"Weh! Mana kau dapat duyung ni?" Soal Rezman sambil menolong lelaki itu bangun.
"Fie, Aisy ni!" Kuat betul suara si Rezman ni.
"Badut tu ke?" Soal Luthfi pula.
"Model tu la. Dia pengsan ni"
"Aku yang kena langgar, dia pulak pengsan" rungut Luthfi pula.
"Kau angkat dia weh, takkan nak tinggalkan dia kat sini" Rezman memberi cadangan dan Luthfi menolak mentah2.
"Kau la angkat!" Suruh Luthfi pula.
"Kalau aku berkemampuan aku dah buat dah, tapi tangan aku sakit ni"
"Alasan la kau ni. Cepatlah tolong dia naik belakang aku"
"Ok! Cantik sangat" segera Rezman membantu Luthfi. Mereka berjalan terus ke hotel dan bila sampai di hotel mereka tak tahu mana perlu mereka letakkan Aisy.
"Call Mira, kita tumpangkan minah ni rumah dia dulu" arah Luthfi dan Rezman hanya menurut apa yang Luthfi arahkan.

"Dia tumpang sini, kalau ada apa2 call je Man terus" ujar Luthfi selamba habis dan dia segera tinggalkan rumah pekerja itu. Rezman dan Luthfi beredar dari situ dan ke bilik mereka pula.
"Perempuan mana pulak yang Luthfi bawak ni?" Mira perhatikan Aisy yang sedang nyenyak di atas katil miliknya. Dia rasa sedikit tercabar dan cemburu bila Luthfi bersama perempuan lain. Dah lama dia simpan hatinya untuk diberikan kepada Luthfi walaupun Luthfi selalu layannya dingin dan sama seperti pekerja lain.

Aisy buka matanya bila dah pagi, bukan pagi je dah nak tengahari pun. Aisy tengok ke persekitaran dan dia keliru di mana dia berada sekarang. Dia bangun dari katil dan ke bilik air untuk membersih muka. Setelah selesai dia keluar dari bilik yang dia menginap.
"Dah sedar pun, baguslah" satu suara dingin kedengaran dan Aisy ukirkan senyuman ringkas.
"I kat mana ni?" Soal Aisy keliru.
"Semalam awak pengsan, kawan saya yang bawak awak datang sini" dengan dingin juga perempuan itu menjawab.
"Oh, terima kasih tumpangkan I."
"Ok. Rasanya awak tahu mana nak pergi lepas ni"
"Ya. Terima kasih sekali lagi" ucap Aisy lagi dan dia ikut sama keluar dengan Mira. Mira kuncikan pintu rumahnya dan pergi tinggalkan Aisy termangu di situ seorang diri. Aisy pelik dengan perangai Mira tapi dia tak nak fikir panjang teruskan berjalan.
'Siapa kawan dia yang tolong aku tu?' Fikir Aisy dan mencari jalan untuk kembali ke hotel.
Dia berjalan dan masih cuba fikirkan kejadian semalam.
'Agaknya aku langgar orang kut'  bisik Aisy lagi dan teruskan berjalan. Dia kembali ke hotel dan masuk ke dalam biliknya. Dia bersihkan diri dan keluar semula untuk mendapatkan makanan. Dia dah lapar tahap dewa dah tu.

Aisy termenung di cafe setelah dia makan tadi. Pandangannya ditalakan pada pantai yang kelihatan bersinar dipancar matahari tinggi. Waktu mula berganjak kepada petang dan dia masih juga belum pulang. Sudah hampir dua jam dia berada di cafe itu.
"Man, kau tak pelik ke kenapa badut tu takde manager" Luthfi membuka mulut setelah puas dia memerhatikan Aisy yang hanya fokus kepada termenung.
"Kenapa?" Soal Man balik.
"Selalunya kalau public figure ni akan bersama dengan manager dorang kan. Dia tu macam forever alone je"
"Entah, mungkin sebab dia frust dengan boyfren dia, then dia lari bawa diri" jawab Rezman sekadar meneka dan Luthfi mengangguk faham. Dia pandang lagi Aisy yang kelihatan termenung jauh.
"Yang kau nak tahu sangat pasal dia tu kenapa?" Soal Rezman pelik. Luthfi tersengih sedikit dan dia menggelengkan kepalanya.
'Apa agaknya dia fikir tu?' Soalan itu terlintas di dalam benak Luthfi.

Aisy yang sudah kebosanan mengatur langkah ke bar cashier dan duduk di situ pula. Dia masih ingat pada pelayan lelaki yang pandang dia atas bawah tu. Aisy berikan senyuman tak ikhlas dan duduk di depan lelaki itu selamba.
"Cik Aisy bercuti ke?" Aisy palingkan wajah bila ada seorang lagi lelaki menegurnya.
"Tak, larikan diri dari masalah" jawab Aisy selamba badak dan dia meneguk jus buah epal dengan tenang.
"Masalah ni macam bayang kita, sejauh mana kita lari sekalipun tak akan mampu selesaikan masalah tu" jawab Luthfi dengan selamba tanpa memandang Aisy. Rezman buang pandang kepada Luthfi yang langsung tak melayan pelanggan mereka dengan mesra.
"Selagi kita berada dalam gelap, selagi itu takkan ada bayang2" jawab Aisy juga turut tidak memandang Luthfi.
"Sampai bila kita nak jadi penakut macam tu? Sampai bila nak biarkan diri dihimpit masalah" Luthfi membuka mulut lagi.
"Selagi ada tempat gelap di dunia ni" jawab Aisy tenang dan tinggalkan not lima puluh lalu beredar dari situ. Rezman memang pelik dengan perdebatan kawannya dan model itu mengenai bayang sahaja. Nasib baik tiada pergaduhan yang berlaku hanya perbalahan pendapat sahaja. Rezman sendiri jadi keliru bila dia dengar pendapat dua orang itu. Berbeza dan sepertinya boleh dilabel betul.

"Macam mana you tahu I ada kat sini?!" Soal Aisya kasar dan menjauhkan diri daripada Rayyan, ex boyfrennya yang jadi playboy! Memang pantang betul Aisy dengan lelaki yang bergelar playboy.
"I boleh tahu mana je you pergi. I nak you maafkan I!" Bentak Rayyan lagi dan Aisy tergelak sinis. Kalau ikutkan angin dia nak je dia lempang Rayyan kat situ jugak.
"Stop it! Baik you pergi cari awek2 you yang tak cukup jari nak kira tu. I dah muak, bosan, jelik jugak nak tengok you!" Jerit Aisy kuat dan berjalan pergi. Tapi, tangan Rayyan menarik kuat lengan Aisy sehingga Aisy tak dapat bergerak.
Aisy merentap tangannanya kuat.
"You siapa nak pegang I?!" Marah Aisy dan masih cuba meleraikan pegangan kemas itu.
"Kau ingat kau laki aku ke? Lepaslah!" Jerit Aisy lagi dan dia masih mencuba sedaya upayanya untuk lepaskan diri.
"Selama ni you tak bagi I pegang you sebab apa? Sebab I bukan suami you?" Sinis sekali Rayyan bersuara.
"Yes! And you are nothing to me! Let me go!"
"I dont want to. So what?"
"Lepaskan aku la gila!" Marah Aisy lagi.
"Bro! Kalau nak gaduh laki bini pun bukan kat sini tempatnya" Luthfi yang dari tadi perhatikan perbalahan pasangan itu rasa terpanggil untuk menolong bila melihat si perempuan yang cuba sedaya upayanya melepaskan pegangan si lelaki.
"Kau siapa?" Soal Rayyan bengang. Luthfi buat tak endah dengan soalan itu dan menarik Aisy sehingga menjauhi Rayyan. Aisy kini selamat berada di belakangnya.
"Kurang ajar! Kau tahu tak aku siapa?" Soal Rayyan bengang.
"Who cares?" Soal Luthfi dan tayang muka muak.
"Aku ni Afiq Rayyan Dato Zukri tahu tak. Pelakon terkenal!" Jawab Rayyan angkuh dan Luthfi on spot jugak ketawa.
"Peduli apa aku, aku ni anak raja laut, gangster terkenal dalam laut tu, ada hal?" Soal Luthfi sinis dan berlalu pergi bersama Aisy. Aisy berjalan di belakang Luthfi dan kemudian dia ketawa pula.
"Apa yang kelakar?" Soal Luthfi tanpa menoleh pada Aisy.
"Anak raja laut. Tuanku, terima kasih sudi menolong patik" Aisy berlakon seperti seorang rakyat jelata bercakap dengan rajanya. Luthfi pandang Aisy dan dia tergelak sedikit.
"Beta terima" jawab Luthfi dengan nada bergurau dan Aisy tergelak senang.
"Patik Aisy, tuanku nama apa?" Soal Aisy lagi.
"Semua orang kenal kau, aku Luthfi" "tak semua la, I bukannya artis, just a normal model that have quiet long legs" jawab Aisy sambil tersengih.
"I think so. Aku tak kenal pun kau dulu" Luthfi menunjukkan minat untuk berbual lebih lanjut. Aisy senyum sedikit dan dia selesa bila Luthfi layannya sedemikian. Tak seperti lelaki lain yang nampak baik depan mata tapi belakang, nauzubillah.
"I nak tanya sikit" ujar Aisy dan berjalan beriringan dengan Luthfi yang masih lengkap dengan uniform kerja.
"Aku tak nak try kau, aku tak berminat" jawab Luthfi laju dan saat itu juga Aisy menghamburkan tawanya, rasa kelakar bila Luthfi dah salah anggap.
"It's ok. I pun tak minat dengan adik2 ni. I just nak tanya about someone"
"Ha, siapa?" Soal Luthfi pula.
"Malam tadi, I langgar orang or something I tak sure, but, I pengsan. Bila I sedar I ada dalam bilik a girl ni. I nak jumpa orang yang tolong I"
"Kau nak buat apa?" Soal Luthfi lagi.
"Nak say thank you la." Jawab Aisy selamba. Luthfi pandang Aisy yang sedang memandangnya.
"Mana nak cari girl tu?"
"I dont know. Tapi, dia one of the worker kat sini, nama dia, Mira or Mina or something like that la" Aisy cuba untuk mengingat balik. Luthfi buat muka bodoh je.
"Maybe you tak kenal dia kut."
"Aku ada kerja ni, bye" Luthfi segerakan langkahnya dan meninggalkan Aisy di situ seorang diri.
"Sombongnya raja laut ni" gumam Aisy yang sedang tersenyum seorang diri.
"Berapa umur dia eh? Comel je" puji Aisy lagi dan dia teruskan berjalan.

Aisy kembali ke KL, dunianya yang sibuk dan membosankan.
"Mana you pergi Aisy?" Soal Mr. David bila puas call dan cari Aisy merata rata.
"I release tension je. Ada apa?" Soal Aisy tanpa rasa bersalah langsung.
"You ingat I bayar you guna kertas ke?" Mr. David mula naik angin dengan sikap tak endah Aisy. Aisy pula jenis yang pantang betul bila orang mengungkit dan tinggikan suara padanya.
"Berapa you bayar I?" Soal Aisy dengan muka serius.
"Apa maksud you?" Soal Mr. David pelik.
"I nak cancel contract dan bayar every cent of your money!" Marah Aisy dan Mr. David terdiam terus.
"I'm sorry Aisy, i didnt mean to mad you. Tapi, photoshoot kita dah delay dua hari. Pihak majalah dah minta kerja kita"
"Apa salahnya kalau you cakap baik2. Ok, kalau all of you boleh stay back. I will give the best of me." Aisy berikan cadangan dan semua orang mulai lega. Aisy selalunya susah nak mengalah dan tarik balik apa yang dia dah cakap.
"Aisy, kita mula dengan baju ni" salah seorang pekerja membawa baju kepada Aisy. Aisy tersenyum dan mengambil baju itu.
"Untuk raya ke ni?" Soal Aisy sambil tersenyum.
"Yes."

Selesai semua kerja Aisy menatap wajahnya di dalam cermin. Wajahnya yang persis mamanya membuatkan dia rasa rindunya mula menggunung dan matanya mula berkaca.
"Kenapa mama pergi? Papa dah curang!" Aisy memarahi entah siapa. Aisy memakai semula mekapnya dan mengeluh sebelum dia mengambil tas tangannya di atas meja dan berlalu pergi dengan segera.

Sebulan berlalu sejak hari terakhir Luthfi berjumpa dengan Aisy. Luthfi rehatkan badannya di atas kerusi malas di kawasan kolam renang dan termenung sebelum abangnya menyapa.
"Apa yang kau menungkan tu?" Soal Luqman dan menampar kuat bahu adiknya.
"Sakitlah long! Ish!" Bentak Luthfi geram dan menggosok bahunya yang terasa perit.
"Manja!"
"Ikut suka hati orang la. Sibuk!"
"Kau sorang je adik long, tu yang long sibukkan diri kacau kau"
"Eleh, baik long kawin je la, boleh nak kacau bini sendiri. Tak ada orang marah pun" jawab Luthfi lagi.
"Sibuk!" Luqman bagi balik perkataan tu pada Luthfi dan Luthfi buat muka jaki.
"Long nak tanya sikit" Luqman buka mulut bila Luthfi diam lama.
"Apa?" Soal Luthfi malas.
"Sampai bila kau nak jadi pelayan kat cafe tu? Daddy marah kau lagi ke? Kau nak stay jadi pelayan je?" Soal Luqman berduyun.
"Bukan sikit tu long" jawab Luthfi pula.
"Jawab je la" marah Luqman pula.
"Fie suka kerja situ, tak kena fikir banyak. Long kan ada nak handle office"
"Sampai bila nak duk situ?"
"Entah la long. Tak pernah fikir pulak. Malaslah nak kerja dalam office. Fie suka kerja Fie sekarang"
"Kau ni senang betul fikir. Nanti long kena hadap sorang2 la masalah ofis"
"Heh! Siapa suruh jadi anak kesayangan daddy" Luthfi tayang sengih bila cakap macam tu. Luqman memang anak lelaki harapan Dato Amin dan Luqman memang sangat berkomitmen. Kalau nak dibandingkan dengan Luthfi memang jauh sekali perangai mereka berdua.
"Banyak la kau punya anak kesayangan" balas Luqman malas dan masuk ke dalam rumah pula. Luthfi tayang sengih dan melihat surat khabar yang ditinggalkan Luqman di atas meja. Luthfi ambil surat khabar itu dan dia rasa terpanggil untuk membelek halaman hiburan.
'AISY TEMUI CINTA BARU!' Tajuk artikel itu buatkan Luthfi mengomel sendirian dan dia baca sampai habis artikel itu.
"Senangnya jatuh cinta" Luthfi berbisik perlahan dan teruskan membaca bahagian sukan pula.
"This is mine!" Luqman merebut akhbar itu daripada Luthfi dan tersengih lebar. Luthfi buat muka bengang dan pandang tempat lain.
"Aisy la" Luqman bersuara sedikit ceria bila ternampak gambar Aisy.
"Dont say that you know her" Luthfi bersuara.
"Malangnya, I know her. The beauty of hers" Luqman bercakap dengan tenang dan mengangkatkan kening beberapa kali.
"Ha? Long, baik guna akal jangan guna mata untuk menilai. Muka macam tak melayu langsung" kutuk Luthfi dan membangkang keras kalau Luqman ada niat nak beristerikan seorang public figure.
"Mana ada. Long puji dia je. She is too young for me" Luqman tersengih dan duduk di sebelah Luthfi lagi sekali.
"Cinta baru lagi?" Soal Luqman sambil membaca artikel itu dengan khusyuk. Luthfi menjeling Luqman dan dia agak pelik bila hampir semua orang kenal dengan Aisy, kecuali dia. "Playgirl la tu long" tuduh Luthfi selamba habis dan Luqman mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Tapi, she is really beautiful" puji Luqman lagi sambil tersenyum panjang.
"Siapa yang cantik? Bakal menantu mummy ke?" Soal Datin Anis bila terdengar perbualan dua terunanya.
"Ni" Luqman hulurkan akhbar dan datin bacanya sambil tersenyum.
"Cantik. Memang dia cantik" pujian datin buatkan Luthfi rasa nak benam diri dalam kolam renang dalam kadar segera.
"Macam tepung gomak pun cantik?" Pelik sungguh Luthfi dengan pujian itu.
"Tepung gomak?" Tergelak Luqman bila adiknya memanggil Aisy sedemikian.
"Ya la, make up dah setebal kek sarawak. Kalau tak make up, nak imagine pun takut" kutuk Luthfi lagi dan mengundang tawa datin pula.
"Ya la, anak mummy nak yang natural beauty" sambung datin seakan menangkan Luthfi kali ini. Luqman buat muka tersengih dan letakkan akhbar di atas meja kopi semula.

Aisy tersenyum bila mendapat bunga daripada kekasih barunya. Dia membaca nota yang dititipkan, sangat romantik.
"Maafkan saya, saya hanya mampu berikan bunga ros ini, saya tak mampu nak cari bunga yang lebih cantik dari awak" Aisy baca bait ayat itu dan dia tersenyum lagi lalu letakkan jambangan bunga itu di atas meja.
"Lelaki ke 9." Aisy bersuara lagi dan mula bersiap untuk peragaan kali ini. Aisy sudah bersedia dan bila model2 lain mula naik pentas dia ikut sama naik. Seperti biasa, Aisy akan jadi queen of stage kerana kecantikannya tak dapat ditandingi model lain. Sebaik dia berjalan di atas pentas, semua mata seakan terpaku memandangnya.
Selesai buat peragaan, masa untuk membuat bidaan terhadap baju yang diperagakan. Tak kisah seburuk mana busana yang Aisy pakai, pasti mendapat bidaan yang paling tinggi. Dalam bidang sebegini pasti tetap ada hasad dengki dan iri hati. Itulah yang dirasai oleh Mila. Seorang model yang tinggi lampai dan kecantikannya juga tiada tandingan, tapi, dia masih kalah pada Aisy.
"100ribu satu! 100ribu dua! 100ribu tiga! Bidaan tamat! Baju ini dimiliki leh pembida, Dato Musa!" Semua orang bertepuk tangan. Aisy tersenyum dan berjalan di depan Dato Musa lalu hulurkan ucapan tahniah. Semasa Aisy mengucapkan tahniah Dato Musa cuba untuk menyentuh Aisy tapi dengan pantas Aisy menjauhkan diri. Aisy dan model lain kembali ke belakang pentas untuk menukar pakaian kerana kerja mereka dah selesai. Aisy masuk ke dalam bilik persalinan dan dia menyalin pakaiannya sama seperti orang lain. Aisy berdiri lama di dalam bilik persalinan kerana benci dengan dirinya sendiri. Busana yang dia pakai tadi agak menyerlahkan susuk tubuhnya dan warna baju yang seakan warna kulit buatkan ia nampak lebih seksi dan menjolok mata.
Aisy keluar dari bilik persalinan bila semua orang dah balik, bilik persalinan itu kembali sunyi. Aisy yang terasa dingin di bahagian belakang badannya pelik. Dia menoleh untuk memandang dari cermin. Betapa dia terkejut bila sebahagian belakang bajunya tak ada. Sah! Itu adalah hasil sabotaj orang lain. Sebahagian besar belakang Aisy yang terdedah buatkan dia tak sanggup untuk keluar dari belakang pentas. Aisy masuk semula ke dalam bilik persalinan dan dia berfikir cara untuk balik ke rumah. Telefonnya di ambil tapi malangnya, bateri dah mati.

Dua jam berdiri dan berfikir akhirnya Aisy mengalah dan dia duduk sambil memeluk lutut di dalam bilik persalinan. Dia hanya mampu mengharap yang ada orang dapat tolong dia nanti. Rasa takut mula menghantui dirinya dan perasaan dia mula bercelaru. Saat lampu terpadam Aisy terus menjerit.

Luthfi yang kaget pula bila dengar jeritan bila dia matikan suis utama dewan yang digunakan untuk peragaan tadi. Luthfi cuba berfikir logik dan dia mencari bunyi jeritan itu dengan berhati hati.
"Biar je la Luthfi, balik je la" Luthfi cuba tenangkan hatinya yang dah cuak habis.
"Tolong!!!" Jeritan itu bergema di ruang sunyi itu lagi. Luthfi telan liur dan dia berlari ke arah pintu utama dan menutupnya rapat. Bila lima langkah dia buka dia berhenti.
"Kalau orang macam mana?" Soalnya pada diri sendiri.
"Kalau orang, kalau bukan?" Fikir Luthfi lagi dan bulu romanya kembali berdiri tegak.
"Kalau bukan orang, baca je la ayat kursi, paling tak pun pengsan ke terus" Luthfi kumpulkan keberanian dan kembali ke dewan. Dengan doa yang panjang dia buka pintu dewan dan mula melangkah kecil.
"Hello!" Jerit Luthfi berani dan dia harap sangat ada sahutan.
"Tolong!" Sekali lagi suara meminta tolong kedengaran. Luthfi membuka semua lampu dan kali ini dia betul2 yakin yang  itu adalah suara perempuan dan orang. Luthfi mencuba untuk memanggil lagi.
"Ada orang ke?!" Soal Luthfi kuat.
"Tolong!" Luthfi garu telinga bila perkataan sama je yang dia dengar sejak tadi. Luthfi mencari arah suara itu dan dia menuju ke belakang pentas. Dia masuk perlahan lahan dan melihat bilik itu kosong sepenuhnya.
"Tolong!" Luthfi hampir terjatuh bila dia dengar suara itu kuat dan jelas. Luthfi telan liur dan berjalan ke kawasan tengah.
"Hello?" Luthfi bersuara gugup. Salah satu pintu bilik persalinan terbuka dan Luthfi terjerit kuat bila seorang peremuan berambut panjang muncul di depannya.
"Ahhhh!!!!!!" Jeritan semakin kuat dan bersambung malah bergabung menjadi satu. Bila dua2 dah kembali waras mereka sama2 menutup mulut.
"Kau!"
"Raja laut!" Masing2 terjerit pendek.
"Kau buat apa kat sini? Buat drama seram ke apa?" Soal Luthfi hangin satu badan. Dia melepaskan keluhan lega dan memandang Aisy dengan kerutan yang super hebat.
"Kenapa tak balik lagi?dah pukul 1 pagi ni!" Marah Luthfi lagi dan Aisy bangun dari duduknya perlahan lahan.
"I malu" Aisy bersuara perlahan dan Luthfi bengang tiba2.
"Nak malu apanya?! Kalau kita dua kena tangkap basah lagi malu! Cepat keluar!" Arah Luthfi keras dan Aisy gelengkan kepala. Mustahil dia nak keluar dalam keadaan macam tu.
"Fine! Aku balik dulu!" Luthfi berkata kasar dan mengatur langkah untuk pergi.
"Raja! Jangan pergi" panggil Aisy kuat.
"Dah tu! Keluar la!" Marah Luthfi lagi.
Aisy menutup bahagian belakang badannya dan berpaling pada Luthfi. Luthfi seakan terkejut bila melihat keadaan baju Aisy. Walaupun dia tak tengok dari jarak dekat dia pasti itu kerja manusia.
"Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Luthfi pula.
"Entah. Mungkin I dah letak sembarangan" jawab Aisy dan masih lagi menyembunyikan belakang badannya. Luthfi pandang badannya sendiri dan tanggalkan jaket miliknya lalu baling kepada Aisy.
"Pakai ni!" Arah Luthfi dan keluar dari bilik persalinan itu.
Aisy cepat2 menyarung jaket itu dan dia keluar dengan tergesa gesa. Luthfi sudah menunggu di depan pintu dewan. Berlari Aisy untuk ke pintu kerana bimbang dikunci oleh Luthfi.
"Thanks" ujar Aisy ikhlas.
"Erm" jawab Luthfi ringkas dan berjalan pergi meninggalkan Aisy di belakang. Aisy merungut dan dalam hatinya mengutuk sikap Luthfi yang menyakitkan hati itu.

Pertemuan demi pertemuan menemukan Luthfi dan Aisy tapi mereka masih lagi belum mampu untuk membentuk satu jenis perhubungan kecuali, strangers and strangers. Not even friends.
Aisy sudah bersedia di belakang pentas. Kali ini dia dah bertekad akan cuba merebut peluang keemasan ini untuk menjadi seorang model di peringkat antarabangsa. Judge kali ini juga dijemput khas dari negara luar termasuk new york. Selama ini Aisy menolak untuk menyertai pertandingan seperti ini kerana tak ingin tinggalkan Malaysia di mana kenangannya bersama mamanya tersemat di sini, tapi, sejak papanya berkahwin lain yang ada dalam diri Aisy hanyalah benci.
"Kau rasa kau layak ke?" Satu suara halus dan sinis menyapa cuping telinga Aisy sekarang ini. Aisy tahu, ramai yang tak berkenan dengan perangainya yang bajet diva tu. Dia tak nak hipokrit dan sembunyikan belangnya yang sebenar. Dia tak perlu berlakon baik untuk tunjukkan kepada sesiapa sekalipun.
"Aku percaya dengan kemampuan aku" Aisy membalas sinis juga.
"Lets see, siapa yang akan menangis hari ni" dengan gelak jahat Mila berlalu dari situ. Aisy tersengih sinis dan tak pedulikan kata2 Mila itu.
"Ahli sihir" kutuk Aisy dalam diam.

Semua model yang bakal bertanding ambil tempat dan posisi masing2. Semua orang kebanyakannya cuak dan takut. Aisy pula dianggap sebagai pencabar utama, Mila juga tak kurang hebatnya. Pertandingan dimulakan dan jadi perhatian dan fokus utama penonton ialah Mila dan Aisy. Mila dengan sempurna dan elegennya berjalan di atas pentas dan mampu memukau kebanyakannya juri. Giliran Aisy, dimulakan dengan sangat confident dan memuaskan. Aisy tak perlu tunjukkan senyumannya yang manis untuk memikat juri, sekadar senyuman nipis sudah memadai.
Pusingan pertama selesai dan dipusingam penentuan semua orang menukar kepada persalinan kedua. Aisy rasa tak sedap hati tiba2 tapi dia cuba positifkan diri dan memahami tujuan utamanya. Aisy menyarungkan kasut tumit tinggi dan berdiri bersama model yang lain.
"Nombor 5 go" arah seorang yang handle di belakang pentas dan orang itu ialah Mila. Bila Mila keluar dengan dress yang agak seksi tetapi super cantik itu buatkan lensa kamera tak jenuh untuk menangkap gambar model terkenal itu. Aisy tahu, sekalipun dia akan kalah, dia kalah pada seorang yang layak.
"Nombor 7 go!" Giliran Aisy pula. Kali ini Aisy berjalan dengan sangat yakin. Sama seperti tadi tapi senyumannya mula pudar dan dia sendiri tak pasti kenapa. Bila dia buat satu pusingan laju bunyi crack kedengaran dan itu adalah bunyi tapak heels setinggi 6 incinya patah. Aisy terjatuh serta merta dan terus terduduk menahan sakit. Keadaan mula kecoh dan kebanyakan orang hanya memandang dengan terkejut. Berpeluh dahi Aisy menahan sakit kakinya.
'Tolonglah!' Gumam Luthfi yang kebetulan sedang menyediakan makanan kepada penonton di dalam dewan itu. Luthfi geram bila kebanyakan orang hanya mampu terkejut dan pandang. Luthfi dengan lajunya melangkah ke tengah pentas dan tanpa berfikir banyak terus mencempung Aisy dan bawa keluar dari situ dengan segera. Aisy yang hanya rasa kesakitan memegang kemas leher Luthfi. Dia dah tak pedulikan siapa yang tolongnya, yang pasti dia sangat kesakitan.

Pertandingan itu menjadi topik hangat di dada akhbar dan majalah. Semua orang sibuk mereka cerita masing2. Yang pasti kehadiran lelaki yang menyelamatkan Aisy paling menjadi topik hangat.
'Lelaki bertopeng, hero Aisy' tajuk yang sebegitu buatkan semua orang ingin tahu lelaki yang dah menolong Aisy. Kebetulan sangat tema malam itu ialah Night of the mask, jadi, semua orang memakai topeng termasuk pelayan cafe. Lelaki miateri itu terus menjadi tanda tanya kepada semua orang.

Keadaan Aisy masih lagi dalam rawatan dan turut mendapat liputan yang luas. Semua orang menunggu keputusan yang bakal keluar tentang keadaan Aisy. Aisy masih lagi lena setelah mendapat rawatan. Papanya, Dato Mazlan mengusap lembut kepala anaknya dan mencium dahi itu lembut. Aisy bergerak sedikit bila ciuman hangat itu singgah di dahinya.
"Papa, adik percaya yang kakak kena sabotaj" Adam berkata yakin sekali dan Dato Mazlan memandang anak lelakinya.
"Sabotaj apanya? Kakak mana ada musuh. That was an accident" dato tak bersetuju dengan apa yang Adam cakapkan.
"Papa, trust me. Kakak selalu berhati hati" Adam menegakkan lagi pendapatnya.
"Jika Allah berkehendak, maka jadilah. Tak payah nak paksa diri sangat" dato memberi nasihat pula dan Adam mengeluh kesal. Dia sangat yakin yang kakaknya disabotaj.

"Papa buat apa kat sini?" Soal Aisy dingin bila dia sedar je papanya sedang duduk menemani dia di hospital. Dato tahu yang Aisy benci dan marahkan dia bila dia berkahwin  dengan Haliza.
"Papa risaukan kakak" ujar dato lembut dan Aisy tersenyum sinis lalu menepis tangan tua itu yang mengusap kepalanya lembut.
"Tak perlu. Sekalipun I mati, I tak perlukan papa untuk uruskan I" Aisy balas dingin dan cuba untuk turun dari katil. Rasa sakitnya mula menjengah ke tulang kaki.
"Hati2" ujar dato risau bila Aisy menjerit kesakitan.
"Just go away. I dont want to see you here. Please" pinta Aisy lagi dan dato terpaksa mengikut kehendak anak perempuannya. Dengan berat hati Dato Mazlan mengatur langkah untuk pergi. Bila papanya dah pergi Aisy duduk semula dikatil dan kakinya yang berdenyut disentuh lembut.
"Aku nak balik" Aisy segera mengemas barangnya dan menukar baju kasual. Kakinya yang berbalut dipandang lemah. Macam mana nak balik, melangkah pun dia tak kuat. Aisy cuba sedaya upayanya untuk keluar tapi bila dia buka pintu, seorang doktor lelaki berada di hadapannya. Aisy mengeluh dan cuba melepaskan diri tapi tak berjaya.
"Cik Aisy nak ke mana ni?" Soal Doktor yang bernama Syafiq itu ramah.
"Balik" jawab Aisy dingin dan cuba untuk melangkah pergi. Tapi tetap juga dihalang.
"Tulang awak retak, saya perlu jalankan pemeriksaan lanjut" ujar doktor itu lagi dan Aisy pandang dengan muka bengang.
"I ok. So, dont worry" jawab Aisy malas dan terus berjalan dengan keadaan kakinya yang sakit.
"Cik, bahaya kalau cik paksa diri macam tu" doktor itu cuba untuk membantu Aisy tapi ditolak mentah2.
"Biar la doktor,kalau dia lumpuh nanti dia tak perlu salahkan doktor lagi dah. Sebab dia tu degil sangat" ada satu suara membuatkan keadaan sunyi seketika. Semua pandang kepada Luthfi yang sedang bercakap sambil bersandar pada dinding.
"Nurse! Bagi wheelchair, biar dia balik rumah dia sendiri" arah Luthfi lagi dan seorang jururawat hanya mengikut. Dr. Syafiq dah resah, kalau dibuatnya Aisy bertegas nak balik memang dia tak dapat nak menghalang. Aisy duduk di atas kerusi roda itu dan memandang Luthfi. Luthfi tersengih sedikit dan menolak kerusi roda itu masuk ke dalam ward. Akhirnya semua mampu bernafas lega.
"Apa yang you buat kat sini Raja?" Soal Aisy dan duduk di atas katil dengan perlahan. Luthfi berpeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.
"Dating" jawab Luthfi selamba dan Aisy rasa meluat sikit.
"Girlfren you doktor ke? Or nurse?" Soal Aisy lagi.
"Nope!"
"So? Pesakit?"
"Haah" jawab Luthfi malas.
"Girlfren you sakit apa?" Soal Aisy lagi.
"Sejak bila kau jadi reporter ni? Sibuk betul" jawab Luthfi dan Aisy rasa bengang pula dengan jawapan selamba badak Luthfi tu.
"Kau ni sepatutnya bersyukur sebab dapat duk hospital mewah macam ni" ujar Luthfi dan perhatikan keadaan sekeliling yang memang high class habis.
"Mewah macam mana pun, hospital will alwasy be hospital. Takkan jadi amusement park pun" selamba jugak Aisy balas dan Luthfi mencebik sedikit.
"Mana boyfren kau yang hebat sangat tu?" Soal Luthfi bila tak ternampak kekasih Aisy di mana2. Malam itu juga lelaki itu hanya diam dan terkejut je.
"Mamat sweet tu berlagak je lebih. Lepas ni I nak break." Aisy berkata selamba dan satu senyuman nakal terbit di bibir Luthfi.
'Yang patah tumbuh yang hilang berganti' bisik hati Luthfi dan berpeluk tubuh di satu sudut.
"You ada kat tempat tu? Malam tu?" Soal Aisy pada Luthfi.
"Ada. Aku kerja"
"Ya ke? Siapa lelaki yang tolong I tu?" Soal Aisy teruja.
"Kau tanya aku, mana aku nak tahu. Semua orang tak tahu dia siapa"
"Ya ke? Ruginya" lirih je Aisy membuka mulut dan dia sandarkan badan pada katil.
"Aku chow dulu. Kebetulan je lalu sini. Kau ni dengar la cakap doktor tu" pesan Luthfi dan terus beredar dari ward itu. Aisy buat muka jelik dengan nasihat Luthfi itu.
"Cik ok?" Soal Dr. Syafiq yang masuk bersama laporan kesihatan.
"Ok je. Betul ke boleh lumpuh?" Soal Aisy cuak dan doktor itu tersenyum.
"Tak ada la. Tapi, cik kena rest banyak2. Kalau tak, makan bulan nak sembuh ni"
"Erm" jawab Aisy malas dan biarkan doktor itu buat kerjanya.

Pada malam yang sama masa Aisy jatuh, Luthfi kembali semula ke pentas itu dan mengambil kasut Aisy. Dia perhatikan kasut itu lama dan dia yakin ada sesuatu yang tak kena.
Luthfi menyarung jaket dan menunggang motorsikalnya ke satu tempat. Sebaik sampai Luthfi turun dan masuk ke dalam butik itu.
"Jai! Tolong aku sikit" Luthfi menyentuh bahu kawannya itu.
"My fren! Lama tak muncul." Jai tersengih bila jumpa kawan baiknya itu.
"Busy sikit. Bro, tolong tengok kasut ni" Luthfi hulurkan kasut itu pada Jai.
"Sejak bila kau minat benda macam ni? Kau jangan Fie. Muka kau memang cute and young forever, tapi jangan nak songsang weh!" Tak pasal2 pulak Luthfi dapat nasihat mengarut dari Jai. Luthfi meluku bahu kawannya itu kuat tapi dia terfikir sesuatu la pulak. Teringin dia nak kenakan kawannya ini.
"Kau tak suka aku ke Jai? Tak cantik ke aku ni?" Soal Luthfi lembut dan Jai buat muka jaki. Meledak tawa Luthfi dan menepuk kuat bahu Jai.
"Gila kau ni. Bukan aku punya la weh. Mahu pengsan Mak Su kau aku jadi macam tu" Luthfi ketawa lagi dan Jai rasa lapang sikit.
"Mana nak tahu"
"Dah la mengarut. Tolong tengokkan jap. Apa tak kena dengan tumit kasut ni" ujar Luthfi kembali ke tujuan asalnya. Kalau layan akal tak waras Jai memang tak ke mana siasatan dia ni.
"Ni dah double glue ni" jawab Jai dengan sekali pandang je.
"Apa benda tu?" Soal Luthfi tak faham.
"Kasut ni, yang ni gam asal, kuat. Layer lagi satu ni gam baru. Tak kuat sangat" terang Jai ringkas dan Luthfi dah ada satu hint.
"Kalau tengok keadaan glue asal ni, tak macam tercabut dengan kasar pun. Kalau perhatikan, layer ni macam sengaja dicabut. Nampak tak bahagian terpotong ni, rata sangat. Macam guna pisau" Jai buat kesimpulan dan memang kes sabotaj la ni. Luthfi dah mula tayang muka bengangnya.
"Kau ni pehal? Kasut awek mana ni?" Soal Jai penasaran. Setahunya Luthfi ni tak minat sangat dengan girl and woman stuff.
"Sibuklah kau" jawab Luthfi dan fikirkan apa2 kemungkinan.
"Wait! Macam pernah nampak je kasut ni" Jai segera mencari sesuatu dan dia kembali semula pada Luthfi yang sedang berfikir.
"Dah agak! Kasut Aisy ni!" Jai ketawa  pula bila dia dapat tahu hal itu.
"Wait! Fie! Jangan kau cakap yang kau la hero bertopeng malam tu!" Teruja betul Jai dengan sangkaannya. Luthfi pandang Jai malas dan buat muka bosan dengan keterujaan sepupu merangkap kawannya itu.
"Gila! Hebat kau weh" puji Jai masih lagi dengan hormon teruja dia tu.
"Semua tu tak penting la Jai" Luthfi bersuara malas.
"Haah kan. Tapi berbalik pada kes kasut ni, maksudnya, ada orang sengaja nak pedajal dia ke apa?!" Soal Jai kali ini hormon terkejut melampau pulak yang dia rembes.
"Tu yang aku duk fikir." Luthfi dengan rasa hairannya berfikir lama.
"Weh! Aku nak in dalam siasatan kau ni" tak habis lagi teruja si Jai ni.
"Ok! Senang sikit kerja aku ada kuli ni" jawab Luthfi selamba sambil tersengih. Jai sepak kaki Luthfi sebab geram sangat dengan perangai Luthfi ni.
"Tapi Jai, kau tak boleh nak expect kita dapat pingat kebesaran la buat semua ni. Aku je rasa excited nak siasat"
"Aku dah dapat banyak award. Tak payah risau. Tapi, kalau Aisy sudi jadi aku punya model dan bawa imej kasut yang aku design ok jugak"
"Tu yang aku maksudkan. Ni sulit weh. Antara kau dan aku je"
"Settle bro! Bila nak start?" Soal Jai bersemangat.
"Dah mula pun."
"Ok! Bila nak cari weapon?" Soal Jai lagi dan Luhtfi rasa nak je dia tendang si Jai ni.
"Tak payah nak jadi 007 sangat. Aku blah dulu. Nak kerja" Luthfi tinggalkan kawannya yang dah masuk berangan tak ingat dunia.
"Jai Bond, sepupu kepada sepupu kepada sepupu James Bond. Pergh! Jai Bond, James Bond. Cun!"
"Luthfi Bond? Tak best. Luthfi no lie better kot" Jai mengarut lagi. Dah la cakap seorang diri. Mereng!

Satu lagi berita hangat yang keluar bila 'Aisy larikan diri dari hospital' ha! Membapak besar tajuk tu di internet dan mana2 je la. Luthfi yang tengah kerja pun boleh tahu tanpa perlu baca akhbar ataupun berinternet. Cukuplah kaki gosip seantero hotel ni, dia dah dapat tahu berita itu.
"Degil punya minah" kutuk Luthfi sambil susunkan gelas di tempatnya.
"Ok tak weh? Cakap sorang2" tegur Rezman pelik dengan kawannya itu.
"Ok je. Saja nak buat gila sikit." Jawapan Luthfi selalu selamba badak dan itu berjaya buatkan Rezman ketawa kecil.

Berita tentang kehilangan Aisy memang mengejutkan semua pihak. Semua orang tak tahu di mana dia sekarang.
"Adik, kakak ada call?" Soal Dato Mazlan, khuatir dengan keadaan anaknya.
"Tak ada papa. But, Im sure she is fine" jawab Adam yakin.
"Abang jangan risau sangat" Datin Haliza menyentuh bahu suaminya dengan lembut.
"Macam mana abang tak risau, dia sakit" dato tetap tak dapat tenangkan hatinya. Adam dan Datin Haliza saling berpandangan dan mereka sendiri tak tahu apa yang boleh menenangkan keadaan dato.

Luthfi termenung seketika sementara menanti matahari terbenam. Dia berfikir kemungkinan musuh yang Aisy ada.
"Her competitor?" Soal Luthfi pada dirinya sendiri.
"Ah! Serabut!" Luthfi membaling batu kecil yang berada di sekitarnya ke dalam laut.
"Woi!" Sergah Rezman bila ternampak Luthfi.
"Puas aku cari kau! Kata nak pergi masjid" Rezman bersuara kuat dan Luthfi tersengih sedikit. Lupa la tu.
"Sorry bro, lupa la. Aku balik mandi dulu" Luthfi turun dari batu besar dan berada di sisi Rezman yang dah segak berbaju melayu.
"Aku tunggu kat masjid" ujar Rezman dan berjalan pergi.
"Ok! Tunggu je" Luthfi membalas dan berlari balik ke rumah mereka.
Sesampai dirumah Luthfi segera mandi dan mengenakan baju melayu berwarna hijau. Selesai mengambil songkok dia terus menunggang basikal. Dah terlambat untuk berjalan kaki. Dalam perjalanan kebetulan pulak terserempak dengan Mira.
"Luthfi! Tunggu la" panggil Mira dengan mesra bila kayuhan Luthfi semakin laju.
"Sorry Mira. Dah lewat!" Luthfi mengayuh lebih laju dan tinggalkan Mira bersama kawannya lebih jauh.
"Bencinya!" Bentak Mira geram.
"Kau ni masih syok kat dia ke?" Soal Lina, kawan Mira.
"Aku bukan syok, aku cintakan dia!" Mira tegaskan perasaanya terhadap Luthfi.
"Kalau cinta bertepuk sebelah tangan tak bunyi weh"
"Cari la kompang. Tepuk kompang pun keluar bunyi" Jawab Mira geram dan Lina rasa tercuit dengan ayat itu.
"Masalahnya Luthfi tu bukannya kompang"
"Peduli apa aku."
"Baik kau ambik Man tu. Sah sah la dia syok kat kau"
"Ewww... Man? Bukan taste aku ok! Dah la hitam" Mira bersuara geli.
"Tak baik cakap macam tu. Kau ingat kau cantik sangat ke?" Soal Lina pedas.
"At least aku lebih cantik dari kau!" Jawab Mira selamba dan berjalan laju tinggalkan Lina yang terlopong.
"Lagak diva betul minah ni" Lina gelengkan kepalanya dan berjalan dibelakang Mira dengan laju.

Luthfi meletakkan songkok di atas katil dan berbaring disebelahnya.
"Kau kenapa weh? Macam ada fikirkan sesuatu je" ujar Rezman pelik dengan perangai Luthfi seminggu ni. Asyik termenung dan banyak sangat berfikir.
"Macam ni Man. Aku rasa kau patut tahu kut"
"Apa?" Soal Rezman setelah selesai mengganti baju melayu ke baju biasa.
"Kau tengok kasut ni" Luthfi hulurkan kasut Aisy kepada Rezman.
"Eh, Aisy punya ni kan?" Soal Rezman terkejut.
"Ya la. Malam tu masa kemas dewan aku jumpa kasut ni" Luthfi mereka cerita sedikit.
"Ya ke? Kenapa dengan kasut ni?" Soal Rezman lagi.
"Kau tengok ni, double glue" ujar Luthfi dan tunjukkan lapisan gam itu.
"Apa yang pelik?" Rezman bingung habis dengan maksud Luthfi.
"Gam asal kasut ni sengaja ditanggalkan dan ditampal dengan gam baru. Gam yang tak kuat dan memang mudah tercabut. Sebab tu Aisy jatuh" terang Luthfi dan Rezman ternganga bila dia faham sesuatu.
"Sabotaj?!" Tanya Rezman dengan suara kuat dan Luthfi angguk yakin. Gaya dah ala2 penyiasat terkenal.
"Astaghfirullah, siapa yang jahat sangat nak pedajal Aisy?" Soal Rezman tak menyangka yang ada orang berhati busuk.
"Tu la yang aku duk fikir" jawab Luthfi lalu tersengih senang. Rezman buat gaya orang berfikir jauh dari pelbagai sudut. Poyo je lebih sebenarnya padahal dalam otak kosong je.
"Kenapa kau nak fikir sangat?" Soal Rezman lagi sekali. Hairan dengan kesungguhan Luthfi ni.
"Aku memang suka selesaikan misteri ni. Kau ni macam tak tahu pulak"
"Haah. Lupa! Kau ni kan Detective Conan" jawab Rezman sambil tersengih.
"Tapi la Fie, aku rasa orang yang paling desperate nak menang la sanggup buat semua ni" Rezman utarakan pendapatnya dan Luthfi menangkap sesuatu. Ada kemungkinan jugak.
"Ya la kan? Aku rasa orang ni mesti seorang yang yakin dia akan menang kalau Aisy tak ada" ujar Luthfi pula.
"Yes! Dan orang itu tak lain tak bukan, Mila! Mila sorang je yang aku rasa ada can nak menang selain Aisy" Rezman berkata yakin dan Luthfi bersetuju dengan menganggukkan kepalanya dua kali.
"Tapi, mungkin jugak tak" Rezman berkata lagi.
"Ya la. Suspek la ni. Kau rasa siapa lagi?" Soal Luthfi pula.
"Entah. Dalam bidang ni banyak hasad dengki"
"Betul jugak. Pening!" Luthfi rasa otaknya kembali kosong dan fikiran dia mula buntu balik.
"Tapi, kalau mula dengan syak Mila. It is a good start" Rezman berkata seolah yakin dengan siasatan kes ini. Luthfi tersenyum dan dia setuju betul dengan apa yang Rezman cakap.
'Bijak jugak mamat ni' puji Luthfi dalam hatinya dan dia terfikir untuk mengajak Rezman join dia dan Jai.
"Man! Aku nak masuk dalam lagi kes ni. Kau nak join?" Soal Luthfi offer kepada Rezman.
"Ok jugak! Dah lama tak rasa jadi polis balik" jawab Rezman gembira.
"Wait, what? Polis balik?" Soal Luthfi agak terkejut.
"Yup! Dulu aku kerja polis, tapi aku terpaksa berhenti bila mata aku termasuk kaca."
"Ha? Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Luthfi berminat.
"Aku nak selamatkan mangsa dari tembakan tapi aku terambil cermin sebagai penghadang, bila cermin pecah, masuk dalam mata aku" cerita Rezman ringkas sambil tersenyum.
"Man, aku tak tahu pun" perlahan je suara Luthfi. Telinganya mula merah setiap kali dia rasa sesuatu.
"Ala, cerita dua tahun lepas kut. Aku bersyukur sangat Allah bagi aku mata kedua ni. Dapatlah aku kerja balik. Tak adalah menyusahkan mak bapak aku lagi" Luthfi tak pernah menyangka yang nasib Rezman sebegitu sekali. Luthfi terdiam dan otaknya kosong untuk mengarang ayat.
"Kau ni apesal pulak? Aku bukan buat slot Bersamamu la. Ish" Rezman menunjal kepala Luthfi dan baring di atas katilnya.
"Maafkan aku weh" pinta Luthfi bersimpati.
"Baru je hilang mata, belum hilang nyawa lagi" jawab Rezman tenang.
"Fie, aku rasa Luthfi no lie tak sesuai la dengan kau" Rezman bersuara bila keadaan kembali sunyi.
"Means?" Soal Luthfi pelik.
"Aku tahu kau yang tolong Aisy malam tu, kau mamat bertopeng tu dan kau sengaja ambil kasut tu" Rezman dengan tenang membuka mulut. Luthfi ketap bibir bila dia dah tertangkap secara terang terangan.
"Aku jugak tahu kau ni, Amar Luthfi Bin Dato Amin. Anak pemilik hotel ni" Luthfi terus jatuh dari katil bila dengar apa yang keluar dari mulut Rezman. Rupanya dah lama dia kantoi.
"Kenapa kau tak cakap Man? Kau ni!" Geram pulak Luthfi rasa sekarang ni.
"Kau tu banyak sangat menipu"
"Bukan menipu. Self defence. Tapi! Macam mana kau tahu semua ni?" Soal Luthfi hairan.
"Sekali tengok dah tahu. Tapi, kenapa kau beria sangat nak tolong Aisy?" Soal Rezman balik.
"Bukan aku nak tolong dia. Aku cuma pelik dan nak tahu je siapa punya kerja ni. Dah dua kali Aisy kena" jawab Luthfi dan bersila di atas lantai.
"Maksud kau bukan sekali?" Soal Rezman.
"Malam yang peragaan tu, aku keluar paling lewat. Aku dengar ada orang mintak tolong. Aku tengok la. Aisy ada dalam bilik persalinan dan bajunya ada orang gunting sampai dia tak berani nak keluar" cerita Luthfi kepada Rezman.
"Tapi, malam tu Mila tak ada." Rezman berkata perlahan dan Luthfi turut mengangguk. Apa yang Rezman cakap tu memang betul.
"Mungkin musuh yang berbeza" ujar Luthfi memberi pandangan.
"Boleh jadi, kalau pasal baju tu, tak lain tak bukan untuk aibkan Aisy."
"Mungkin. Tapi motif Mila kuat kalau pasal kasut tu. Dia nak menang" Luthfi utarakan pendapatnya lagi.
"Tapi, kalau untuk jatuhkan dan aibkan Aisy pun boleh. Tak mustahil" Rezman bersuara pula dan sekali lagi Luthfi rasa dia buntu habis dan sekali lagi otak dia jumpa jalan mati. Luthfi mengeluh kuat dan dia baring atas lantai yang sejuk itu. Rezman ketawa kecil dengan sikap Luthfi yang kebudak budakan itu.

'Aisy is back!' Itulah yang jadi topik bualan hangat di cafe pada hari ini. Semua orang sibuk nak tahu keadaan Aisy setelah dua minggu lebih menghilangkan diri.

Press mula mengkerumuni Aisy sebaik Aisy tiba di sebuah studio untuk bekerja.
Suasana di dalam studio kembali senyap bila Aisy muncul di situ. Semua orang seakan tak mampu nak berkata kata.
Aisy berikan senyuman seperti biasa tapi senyumannya hilang sebaik dia ternampak Mila di studio itu.
"Aisy, you are back" Mr. David cuba untuk berlagak biasa tapi jelas dia bimbang dengan kemunculan mengejut Aisy itu.
"Press, can you give me a space to talk." Aisy dengan wajah seriusnya membuatkan semua press mengundur dan Aisy berjalan mendekati Mr. David dengan wajah serius habis.
"What is this? This is your welcoming party for me?" Soal Aisy lalu tersenyum sinis.
"You hilang mengejut Aisy, dan kami tak tahu mana nak cari you. Kami terpaksa buat semua nia" ujar Mr. David cuak.
"Terpaksa? Wah! Menggantikan I dengan model lain tu terpaksa ya?" Soal Aisy sinis dan memandang Mila.
"Poor you Mila. You diambil sebab terpaksa je" Aisy buat wajah sedih dan berikan kata2 pedas itu kepada Mila. Wajah Mila mencuka bila Aisy kata begitu pada dia. Seperti alat ganti je.
"Well, Mr. David, where is our contract?" Soal Aisy lagi dan Mr. David dengan kalut memberikan file kontrak itu. Aisy baca kontrak itu satu persatu dengan jelas.
"Tiada model lain yang perlu gantikan Aisy melaikan Aisy sendiri yang minta" Aisy highlightkan ayat itu dan dia pandang Mr. David.
"Kita boleh discuss" ujar Mr. David cuak.
"You know what? I boleh saman you dan you dah boleh start fikir business baru. What do you think?" Soal Aisy dengan wajah kejam.
"Aisy please..." Mr. David cuba untuk berbincang tapi Aisy dah muak.
"Fine. Lets make it simple." Aisy keluarkan kertas kontrak dan mengoyaknya depan orang ramai. Aisy letakkan kertas yang sudah terkoyak itu dan dia berjalan keluar dengan bangga.
'Tak guna! Kontrak sendiri pun langgar!' Bentak Aisy dalam hati dan terus tinggalkan studio itu.

Aisy memandu pergi dan dia berhenti di hotel lima bintang di depannya. Aisy turun dari kereta dan terus menuju ke cafe yang dia selalu pergi. Semua mata fokus kepada Aisy yang melangkah masuk ke dalam cafe itu.
'Subjek datang' bisik Rezman pada Luthfi yang membelakangkan Aisy tika ini. Luthfi pandang ke depan dan dia mendekati Aisy.
"Nak minum apa cik?" Soal Luthfi seperti biasa.
"Coke" jawab Aisy malas dan dia pandang ke pantai.
"Sejuk?" Soal Luthfi lagi dan Aisy anggukkan kepalanya.
"Nah" Luthfi hulurkan segelas coke tapi Aisy hanya pandang gelas itu kosong. Keluhan berat Aisy lepaskan dan dia memegang gelas itu lama.
"I nak orange juice" Aisy menolak gelas itu dan meminta air lain. Luthfi hanya menurut dan sediakan jus oren.
"No, I nak kopi" pinta Aisy pula dan Luthfi turutkan je.
"With milk, not sugar" Aisy meminta lagi dan Luthfi terpaksa turutkan.
"Tea please" permintaan lain pula Aisy minta. Luthfi mula nak naik angin dan melihat deretan cawan dan gelas milik Aisy seorang.
"Green tea" pinta Aisy bila Luthfi siap dengan secawan teh. Luthfi letak cawan itu dengan kuat atas meja dan Aisy angkat muka pandang Luthfi.
"Raja..." perlahan je Aisy menyebut nama itu dan amarah Luthfi terus hilang.
"Berapa?" Soal Aisy setelah berbalas pandang dengan Luthfi.
"Lima puluh" jawab Luthfi tenang dan Aisy tanpa riak terus keluarkan not lima puluh.
"Baki" Luthfi hulurkan baki kepada Aisy. Dia hanya berbohong tentang jumlah tadi kerana ingin lihat reaksi Aisy berubah tapi tetap sama je.
Aisy tak pedulikan baki itu dan dia angkat kaki untuk beredar dari situ. Aisy berjalan ke arah pantai walaupun matahari tengah berdiri tegak atas kepala.
Luthfi dan Rezman sama2 berpandangan dan pelik dengan perangai Aisy.
"Aku rest 15 minit" Luthfi tanggalkan apronnya dan berlari mengejar Aisy.
"Woi! Gila ke?" Soal Luthfi lancang dan letakkan topi di atas kepala Aisy. Aisy menoleh dan matanya mengecil memandang wajah putih Luthfi.
"Jom duduk sini!" Ajak Luthfi kepada Aisy dan Aisy berjalan ke arah Luthfi. Aisy duduk disebelah Luthfi dengan selamba dan matanya menala ke arah tengah lautan.
"Bahaya jalan tepi pantai waktu macam ni" ujar Luthfi tenang dan Aisy tergelak kecil.
"Apa yang kelakar?" Soal Luthfi pelik.
"Well, pelik bila you ada setiap kali I nak buat benda bodoh" jawab Aisy tenang.
"Ya ke?" Soal Luthfi tak percaya.
"Ya la, bila I decide nak stay je dalam bilik persalinan tu sebab baju I koyak, you datang. Bila I nak lari dari hospital, you halang. Bila I nak main panas, you tak bagi. Kebetulan kan?" Soal Aisy pada Luthfi dan Luthfi terlongo bila dengar apa yang keluar dari mulut Aisy.
"Apesal kau order air banyak2 tapi tak minum?" Soal Luthfi alihkan topik perbualan mereka.
"Entah. Tak rasa nak minum kut" jawab Aisy senang.
"Membazir cawan je kau ni" marah Luthfi pula dan Aisy tergelak lagi.
"Basuh je la" jawab Aisy selamba.
"Kau ingat cafe tu ramai pekerja?" Jawab Luthfi tak nak mengalah.
"Raja, cafe perlukan pekerja tak? I nak kerja la"
Kata2 Aisy buatkan Luthfi ternganga lagi.
"Kau ni mengarut ke?" Soal Luthfi.
"I serius mati ni. Lagipun, I baru je kena buang kerja. Why not I dapatkan kerja baru ni. Please" pujuk Aisy dengan wajah kasihannya dan Luthfi masih lagi tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Nak mengarut pun ada masanya. Tapi, betul ke kau kena pecat?"
"Tak ada la, I berhenti. Sekarang ni I jadi penganggur" jawab Aisy sambil tersenyum bahagia. Tak nampak macam orang menganggur kalau boleh senyum sampai ke telinga ni.
"Aku nak sambung kerja. Bye!" Luthfi mengatur langkah meninggalkan Aisy di bawah pokok seorang diri. Aisy memandang Luthfi yang pergi dengan geram.
"Tunggu je la Raja Laut! Aku nak jugak kerja kat situ" Aisy bertekad dan dia tersenyum senang.

Manager, Farah. Memandang Aisy pelik kerana Aisy memohon kerja di situ.
"Percayalah! Saya akan kerja sungguh2 dan tak akan buat hal!" Seyakin boleh Aisy bersuara.
"Tapi, Aisy ni model terkenal" serba salah Farah dibuatnya. Aisy memegang tangan Farah dan memujuk lagi.
"Lepas je saya jatuh hari tu, semua orang dah tak nak ambil saya kerja. Saya tak nak menganggur" Aisy bersuara sedih dan Farah bertambah rasa serba salah.
"Gaji 900 je Aisy. Kami tak mampu nak bayar banyak"
"Saya tak kisah! Asalkan dapat tempat tinggal cukuplah" rayu Aisy lagi.
"Kalau macam tu ok. Tapi, sekarang rumah pekerja penuh. Aisy serumah dengan Kak Farah je la" ujar Farah dan Aisy terus memeluknya erat.
"Yes! Bila saya boleh kerja? Bila saya boleh pindah masuk?" Soal Aisy lagi.
"Hujung minggu ni. Akak tunggu depan cafe"
"Ok! Thanks!" Jawab Aisy teruja dan berlari keluar dari pejabat itu. Dia tersenyum senang dan berjalan ke arah Luthfi yang sedang membersihkan meja.
"See you next week. King!" Aisy kenyitkan matanya dan tinggalkan Luthfi yang penuh tanda tanya tu.

Berita mengenai Aisy mengamuk distudio kerana kerjanya dirampas sama sekali salah. Aisy tak mengamuk, just do what she have to je. Press ni memang suka kan buat kerja macam ni.
"Betul ke kenyataan yang mengatakan Aisy mengamuk di studio?" Soal seorang press bila terserempak dengan Aisy. Aisy ketawa kecil dan dia menarik nafas sebelum membuka mulut.
"I tak mengamuk. I koyak kontrak tu sebab nak batalkan kontrak dengan segera. I tak nak syarikat tu lingkup sebab dah langgar kontrak. I just nak selesaikan masalah ni in peace. Dia dapat teruskan business dan I tak rugi apa2" jawab Aisy tenang.
"Mana Aisy hilang selepas kejadian malam tu?"
"I rest cukup2. Buku lali I retak sikit so, I perlukan rehat"
"Apa perasaan Aisy bila kalah dalam pertandingan itu?"
"I tak rasa apa2. First time jugak I join pertandingan tu sebenarnya. I nak rebut peluang pergi oversea. Tapi nasib I tak baik dan pertandingan tu dapat winner yang selayaknya" jawab Aisy lagi.
"Aisy tak kecewa?"
"Of course not. Its normal"
"Tapi, Aisy tak pernah kalah selama ini"
"Thats why people said that life is like a wheel."
"Apa perancangan Aisy seterusnya?"
"Doktor cakap I perlu elakkan pakai heels at least two month, so, i will rest for two month or more" jawab Aisy tenang.
"Aisy yakin?"
"Yes!"
"Malam tu, ada hero yang selamatkan Aisy, siapa dia?"
"I pun tak tahu. Siapa yang tahu boleh cakap kat I"
"Hubungan Aisy dan Reza?" Soal press itu lagi.
"Dia tak contact I sepanjang I sakit. So, I guess, we are done" jawab Aisy masih lagi tenang.
"Macam tu je?" Soal press itu agak terkejut.
"Senang nak bersama tapi, lagi senang nak berpisah. I dont need him" jawab Aisy yakin dan terus berjalan pergi tinggalkan tempat itu dengan segera.

Aisy dengan bangga melangkah ke dalam cafe dengan uniform kerjanya. Semua orang terlongo bila Aisy masuk terutama sekali Luthfi la.
'Dia ni betul2 ke' Luthfi sendiri hilang kata2 bila Aisy dengan ceria berikan dia senyuman manis.
"Ok! Gather kejap" Farah buat pengumuman dan semua orang berkumpul di tengah cafe.
"Ni Aisy, mulai hari ini dia akan kerja bersama kita jadi, saya harap semua orang boleh beri kerjasama" lagi sekali pekerja dapat berita mengejut.
"Saya Aisy, sila beri tunjuk ajar" dengan ramah dan senyuman manis Aisy memperkenalkan diri sendiri. Semua mata memandangnya pelik.
"Ok, semua boleh sambung kerja" ujar Farah dan semua kembali bekerja sebelum cafe dibuka.
Luthfi tanpa sengaja menarik tangan Aisy supaya ke luar cafe.
"Ish, apa ni tarik2 orang?" Soal Aisy geram. Luthfi memandang tangannya dilengan Aisy dan menjauhkannya.
"Sorry, kau ni kenapa kerja sini jugak?" Soal Luthfi geram.
"I pun nak kena hidup jugak. Lagipun, doktor tak bagi saya pakai heels, macam mana nak cat walk?" Soal Aisy pada Luthfi pula.
"Ya la! Kalau penat ke apa jangan nak merungut"
"Ya Raja. I takkan merungut. Jom kerja!" Ajak Aisy ceria dan berjalan masuk ke cafe dengan bersemangat.
"Man! Dua orang tu kenal ke?" Soal Zura pada Rezman.
"Entah" jawab Rezman sepatah.
"Tapi, Aisy tu memang super cantik kan? Pakai baju sama macam kita pun cantik" Zura berkata pada Nina yang berdiri disebelahnya.
"Haah!" Jawab Nina lalu tersenyum.
"Pergi sambung kerja" arah Rezman sebab malas nak dengar  gosip kawan sekerjanya.
"Kau kerja sini je. Kerja sama dengan aku" ujar Luthfi dingin dan Aisy tayang sengih.
'Garang tak ingat' gumam Aisy dalam hati dan pandang Rezman.
"Hai, Aisy" Aisy perkenalkan diri pada Rezman dan Rezman ukirkan senyuman manis.
"Semua orang kenal cik Aisy. Saya Rezman, panggil Man je"
"Tak payah la bercik, panggil Aisy je" dengan senyuman Aisy bersuara.
"Ok." Jawab Rezman ceria. Luthfi datang dan menyiku perut Rezman.
"Jangan nak over sangat" Luthfi beri amaran keras pada Rezman dan Rezman ukir senyum. Rasa kelakar pulak dengan Luthfi ni.

"Berapa ratus gelas yang kau nak pecahkan hari ni?" Soal Luthfi garang bila Aisy dah pecahkan gelas kedua hari pertama dia kerja. Aisy tayang muka sedih tapi langsung Luthfi tak endahkan.
"Raja, baru je dua" jawab Aisy perlahan dan Luthfi pandang tepat ke dalam mata Aisy.
"Menjawab!" Marah Luthfi lagi dan Aisy ukirkan senyumannya.
"I ganti" Aisy keluarkan not lima puluh dan masukkan ke dalam kaunter. Luthfi pandang perbuatan Aisy itu kemudian dia tersenyum sedikit. Rezman yang perhatikan lagak dua orang itu ikut sama ukirkan senyuman.
"Pergi sambung kerja" ujar Luthfi tenang dan Aisy terus sambung kerja.
" memang dia selalu marah2 ke?" Soal Aisy pada Rezman.
"Tak ada la, maybe sebab Aisy budak baru kut" jawab Rezman dan Aisy anggukkan kepala.
"Lagipun, I yang salah" Aisy mengaku kesalahannya dan sambung kerja balik.

"Fie! Aisy! Makan dulu" ajak Rezman bila dua orang itu masih belum tunjukkan tanda nak berhenti bekerja. Aisy pandang Luthfi yang masih lagi khusyuk dengan kerjanya dan Aisy tak berani nak pergi walaupun dia dah lapar sangat.
Kreeuukkk... bunyi perut Aisy buatkan Luthfi berhenti mengelap gelas dan pandang Aisy.
"Pergi la makan." Dengan lembut Luthfi menyuruh tapi Aisy gelengkan kepala.
"Jom kita makan" ajak Aisy pula dan Luthfi tersengih lalu tinggalkan gelas dan kain di atas meja. Mereka berjalan ke arah Rezman yang sudah ikut makan bersama pekerja lain.
"Aisy, duduklah" pelawa Nina dan Zura. Aisy duduk diantara mereka dan makan makanan yang sudah tersedia di atas meja.
"Mana beli?" Soal Aisy.
"Cafe ni la. Makanan untuk staf" jawab Nina dan tersenyum.
"Oh, jimatlah duit makan" jawab Aisy senang.
"Ya. Sorry, tapi, kenapa Aisy nak kerja kat sini?" Soal Zura pada Aisy.
"Sekarang ni I tak ada job. Menganggur la kut. Nak survive kena la kerja" jawab Aisy selamba dan Zura serta Nina terkejut.
"Biar betul? Macam tu je?" Soal Nina.
"Lumrah la dalam bidang modelling ni. Bila sekali kita jatuh, susah nak naik balik. Orang dah tak nak kita" dengan senyuman Aisy menjawab.
"Jadi, cerita pasal Aisy kena batal contract tu betul la?" Soal Zura tak sangka
"Betul la tu, bila hari I jatuh tu, tiga contract call nak cancel."
"Kesiannya"
"Sokay la, I tak kisah pun." Jawab Aisy tenang dan teruskan suapannya.
"Kami dengar Aisy ni jenis sombong, tapi, ok je" Aisy tergelak bila Nina utarakan hal itu. Memang dia jenis keras hati dan susah nak tolerate sebenarnya.
"Memang pun. Bila dah jatuh ni baru je sedar diri sikit" jawab Aisy dengan sisa tawanya.
"Tak kisah la siapa kita semalam, yang penting siapa kita hari ini dan seterusnya" Luthfi membuka mulut bila dah lama sangat tadah telinga dengar tiga gadis ini bercakap. Aisy pandang Luthfi dan berikan senyuman sebagai tanda terima kasih. Kata2 Luthfi menenangkan hatinya.
"Betul tu! Tapi, Aisy memang cantik sangat!" Puji Zura tak tertahan dan Aisy ketawa lagi.
"Make up la ni, kalau tak make up terkejut you all" Aisy bercanda senang dan mereka ketawa.
"Tapi, Mila tu menyampah la! Bajet Diva! Bukannya cantik pun" Nina buat muka jelik. Aisy pandang Zura dan Nina sekilas.
"She is belongs in this world. Kalau you siasat dia punya backgraound, pasti you akan bangga dengan pencapaian yang dia ada sekarang" ujar Aisy sambil tersenyum. Semua angkat muka pandang Aisy kali ini. Pelik bila Aisy pertahankan saingannya.
"Mila pay effort banyak nak sampai tahap dia sekarang. Kalau boleh I cakap, she is a true model. I dapat semua tu dengan senang tapi dia dapat dengan usaha. Jadi, I jatuh dengan senang dan dia akan usaha untuk tak jatuh" terang Aisy lagi dengan selamba.
"Kalau nak menang dengan cara kotor baik tak payah" ujar Luthfi selamba.
"Mila bukan macam tu la. Dia la model yang paling clean yang I pernah jumpa. Memang mulut puaka dia macam ahli sihir sikit, but, she is honest and hardworking. Dia text I supaya cepat sembuh. Dia cancel contract yang dia dapat sebab tahu ada pelanggaran contract secara terangan. Dia tak pernah ceroboh hak orang lain" senang je Aisy describe pasal Mila dan semua orang agak terkejut dengan apa yang Aisy cakapkan. Bunyi macam mustahil tapi itulah hakikat sebenar. Luthfi dan Rezman saling berpandangan sebab pelik dan suspek utama mereka dah salah.
"Jadi, dia saja je la buat2 jahat?" Soal Nina.
"Entah, kan I dah kata, dia tu Witch!" Aisy tergelak bila menggelarkan Mila sedemikian.

Dua minggu Aisy bekerja dan semuanya berjalan dengan baik. Aisy semakin suka kerja di cafe itu walaupun penat sikit. Yang paling dia suka ialah, Luthfi semakin rapat dengannya dan dia senang berada di siai Luthfi.
"Jom kita tengok wayang malam ni!" Ajak Zura gembira dan yang lain ikut sama setuju.
"Raja nak belanja!" Aisy bersorak kuat dan Luthfi buat muka bengang.
"Sejak bila pulak aku cakap?" Soal Luthfi geram.
"Yes! Raja dah setuju" Aisy tak endahkan bangkangan Luthfi.
"Yay! Thanks Fie!" Zura, Rezman dan Nina dah teruja sangat nak keluar ni sebab Luthfi yang akan belanja. Aisy tayang muka tak berdosa bila Luthfi pandangnya macam nak telan.
Suasana gamat itu tenggelam seketika bila ada orang masuk ke dalam cafe. Semua orang pandang empunya diri dan Aisy segerakan langkah tinggalkan tempat itu.
"Aisy, I nak cakap dengan you ni" Reza membuka mulut dan langkah Aisy berhenti. Semua orang mula sambung kerja balik kecuali Luthfi. Tajam matanya menikam wajah Reza.
"Cafe dah nak tutup" Luthfi bersuara tegas.
"Aisy, I betul2 nak minta maaf. Bagi I dua minit je" pinta Reza merayu dan satu keluhan berat Aisy lepaskan lalu berjalan keluar dari cafe. Reza ikut sama keluar bila nampak Aisy keluar.
"Dua minit" Aisy bersuara malas.
"I bukan tak nak pedulikan you, tapi I takut sebab kasut rekaan I yang buatkan you jatuh. I rasa bersalah sangat dan takut you akan salahkan I. You tahu kan, I paling sedih bila you marahkan I. I takut you akan minta putus dengan I. Sebab tu I tak jumpa dan call you. I love you so much." Terang Reza bersungguh dan Aisy rasa hatinya lembut sedikit. Dia memang tak boleh bila Reza merayu padanya.
"Jadi, you tak sengaja?" Soal Aisy lembut.
"Yes. I risau gila."
"Kenapa baru sekarang you nak jumpa I?" Soal Aisy perlahan.
"Sebab you declare kita dah over. I cari you dah berhari, tak sangka you ada kat sini" pujuk Reza lagi dan Aisy ukirkan senyuman dan terima pujukan itu dengan hati terbuka.

Luthfi pandang ke luar cafe dengan perasaan jengkel. Dia nampak semuanya dengan jelas dan dia tahu keadaan mereka dah membaik sepenuhnya.
"Siapa tu?" Soal Rezman pada Luthfi.
"Boyfren dia la tu." Jawab Luthfi dan ke belakang cafe untuk tukar baju. Waktu kerja dah habis.
Bila semua orang dah siap untuk balik Aisy bawa Reza untuk perkenalkan pada kawan2 barunya.
"Reza, ni kawan2 I. Ra... Luthfi, Rezman, Zura dan Nina. Guys ni boyfren I, Reza" Aisy perkenalkan dengan ceria. Mereka bersalaman dan berbalas senyum ringkas.
"Sorry, tak dapat nak join tengok wayang malam ni, ada hal" pinta Aisy dan melirik pada Reza.
"Baguslah, kami pun ada hal jugak" Luthfi berkata dingin dan terus keluar dari cafe. Rezman tergesa gesa beredar sama kerana nak mengejar langkah laju Luthfi. Aisy hanya manpu pandang Luthfi yang pergi macam tu je.

Makan malam yang romantik Reza sediakan kepada Aisy bagi memujuk hati Aisy. Aisy sukakan suasana ditepi pantai yang nyaman dan tenang itu. Fikirannya melayan jauh dan Reza didepannya dilupakan buat seketika.
"Aisy, you fikir apa?" Soal Reza bila Aisy tak beri respon pada apa yang dia bualkan.
"Tak lah, I just nikmati malam ni" jawab Aisy tenang.
"Aisy, I..."
"Reza, boleh tak kalau malam ni kita tak payah cakap apa2. Just enjoy the moment. I like this feeling" Aisy terus nyatakan hasrat hatinya dan Reza hanya mampu mengalah dan terima keinginan Aisy.

Luthfi dan Rezman yang kebetulan lepak di tepi pantai ternampak Aisy dan Reza.
"Fie, macam mana progress kes tu?" Soal Rezman bagi mengelakkan Luthfi terus pandang ke arah Aisy.
"Entah la, zero je. Jai pun tak cakap apa2" jawab Luthfi dan mengalihkan pandangannya kepada Rezman.
"Bila dengar Aisy cakap pasal Mila, macam mustahil je Mila kan?" Rezman utarakan pendapatnya.
"Mungkin, tapi, kalau desperate sangat macam mana?"
"Betul jugak. Pening!" Keluh Rezman dan ikut sama berbaring beralaskan tangan seperti Luthfi.
"Fie, kau rasa Aisy betul2 sayang ke kat mamat tu?" Soal Rezman lagi. Luthfi pandang langit yang luas tanpa bintang itu. Fikirannya juga kosong.
"Mana aku tahu, ingat aku ahli nujum"
"Mana tahu kan." Rezman sengih sedikit bila Luthfi tak tunjukkan minat nak bercakap soal itu.
"Apa yang kau doa tu" soal Rezman pelik bila mulut Luthfi terkumat kumat membaca sesuatu.
"Aku doa malam ni hujan lebat dan angin kencang!" Jawab Luthfi dan bangun dari baring. Rezman ikut langkah Luthfi yang menonong pergi macam tu je. Pelik pulak Rezman dengan doa Luthfi kali ini.
"Raja! Dari mana?" Soal Aisy lantang bila Luthfi melewati tempat itu. Luthfi pandang Aisy sekilas dan memandang Rezman yang tengah berlari anak mengejar langkahnya.
"Baru habis dating." Jawab Luthfi selamba dan teruskan langkah kakinya. Aisy terdiam bila dengar Luthfi jawab macam tu dan dia rasa tak senang. Aisy pandang Reza.
"Dah nak hujan la, I nak balik. Esok I kerja" kata Aisy pada Reza.
"Ok. Jumpa esok?"
"Ok. Nanti you call I. I balik dulu" Aisy ambil begnya dan terus tinggalkan Reza di situ.

Aisy datang awal kerja hari ini kerana dia nak berbual dengan Luthfi tapi, Luthfi tak masuk kerja pulak pagi ni. Petang sikit barulah Luthfi masuk.
"Raja tak sihat ke?" Soal Aisy pada Rezman. Rezman senyum dan mengangguk. Rezman tahu yang Luthfi sengaja nak masuk petang pada hari ni sebab nak jumpa Jai.
"Raja sakit apa? Demam?" Soal Aisy lagi dan Rezman menggelengkan kepala.
"Sakit lelaki" jawab Rezman dan Aisy rasa otak dia dah berputar sampai pening. Sakit lelaki?
"Serius?" Soal Aisy mendapatkan keyakinan. Rezman ketawa pula sekarang ni. Kelakar bila wajah Aisy berkerut sampai macam tu sekali.
"Tak ada la, dia ada hal sikit" jawab Rezman betulkan keadaan dan Aisy anggukkan kepala sebab faham.
"Encik nak minum apa?" Soal Aisy dengan senyuman manis dibibir. Pelanggan lelaki itu tersenyum balik bila melihat Aisy.
"Kopi" jawab lelaki itu sepatah dengan senyuman pelik. Aisy dapatkan kopi dan hulurkan kopi itu kepada pelanggan tersebut.
"Tak sangka ada waiter cantik macam you kat cafe ni" Aisy pandang ulat bulu miang depan dia ni dengan menyampah dan tak pedulikan lelaki itu.
"Waiter, I nak tambah susu" lelaki itu memanggil Aisy lagi dan Aisy hulurkan pek susu tambahan.
"I nak you teman I minum, boleh? I akan bayar lebih" dengan kenyitan mata lelaki itu bersuara. Rezman tinggalkan kerjanya dan meminta Aisy menggantikan kerjanya.
"Saya boleh teman encik, sampai tahun depan pun boleh" jawab Rezman dingin dan lelaki itu tinggalkan duit atas meja dan berlalu pergi dengan segera. Aisy ukir senyum dan kembali ke kerja asalnya.
"Kalau ada lagi lelaki macam tu jangan layan" pesan Rezman.
"Selalunya Raja tak bagi I layan customer lelaki, hari ni dia tak ada, terpaksalah" Aisy menjawab dan Rezman tersengih. Luthfi dalam garangnya terlalu menjaga kebajikan Aisy sebenarnya dan paling malang, Luthfi sendiri tak tahu yang dia terlalu ambil berat mengenai Aisy.

Rezman membuat satu panggilan telefon bila waktu rehat mereka 30 minit.
"Apa Man? Pukul dua nanti aku masuk kerja la" Luthfi dengan malas memaklumkan perkara yang sama pada Rezman.
"Bukan pasal tu la, kau tak ada ni, ramai pulak customer lelaki yang datang. Dah la jenis menggatal semua. Ada yang nak pegang2 Aisy pun..." belum sempat habis sepenuhnya ayat Rezman, Luthfi dah matikan telefon.
Luthfi naik motorsikalnya dan datang ke cafe secepat mungkin. Bila dia sampai memang betul ramai pelanggan lelaki yang berada di depan Aisy. Luthfi menukar baju ke seragamnya dan terus ke meja depan. Aisy teruja bila nampak muka Luthfi muncul di situ saat dia perlukan.
"Aisy, pergi susun cawan" arah Luthfi tegas dan Aisy hanya menurut.
"Encik nak minum apa?" Soal Luthfi dingin dan ada pelanggan yang tinggalkan cafe dengan kadar segera. Rezman mendekati Luthfi dan menepuk bahu kawannya itu.
"Dah lama ke makhluk ni semua menyemak?" Soal Luthfi.
"Lama dah, kesian Aisy"
"Dah tu, kau tengok je ke?" Soal Luthfi bengang.
"Relax la bro. Mestilah aku tolong tapi tak cukup tangan kat sini" jawab Rezman dengan sengihan lebar. Luthfi merengus dan pandang Aisy yang khusyuk menyusun cawan.
"Aisy, jangan layan sangat pelanggan yang over" keras teguran itu dan Aisy anggukkan kepala.
"I selalu lega setiap kali you muncul depan I" ucap Aisy ikhlas sehingga Luthfi rasakan jantung dia dah berhenti berdenyut seketika.
"Dah, pergi sambung kerja" arah Luthfi mendatar dan Aisy ketawa kecil.

Luthfi pandang laut yang luas. Rezman disisinya langsung tak dipedulikan.
"Fie, aku rasa kes Aisy tu, libatkan orang yang dekat dengan dia la" Rezman bersuara pecahkan suasana sunyi itu. Luthfi pandang Rezman dengan kerutan di dahi.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Luthfi.
"Sebab, aku rasa lain macam je bila pandang Reza tu."
"Apa kaitan pulak dengan mamat tu?" Soal Luthfi hairan.
"Kalau kita sayang lain kita pandang dia, tapi, kalau ada maksud terlindung, lain pandangannya. Mata tak pernah menipu"
"Sejak bila kau tatap mata Reza?" Soal Luthfi selamba dan Reza tersengih ringkas.
"Firasat aku je tu. Yang pasti, aku tak percayakan Reza" Rezman tegaskan pendiriannya dan Luthfi yang buntu terus buntu.

Suasana cafe gamat bila ada jeritan di belakang cafe. Semua orang menuju ke sana dan terkejut bila Aisy sedang menahan kesakitan.
"Luthfi! Bawak Aisy pergi klinik, dia kena sengat kala jengking" tak perlu tunggu seminit untuk otak Luthfi cerna maksud Farah. Badan Aisy diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta. Dia dan Rezman menuju ke klinik berhampiran untuk dapatkan bantuan segera.
Untung sahaja racun itu tak melarat dan hanya menyebabkan tangan Aisy kebas dan bengkak. Setelah membuat bayaran dan mendapatkan ubat mereka bertiga balik semula ke hotel.
"Macam mana tangan?"soal Luthfi pada Aisy yang tenang je sebelahnya.
"Kebas, rasa macam lumpuh je" jawab Aisy perlahan. Luthfi pandang tangan Aisy yang bengkak dan kemerahan itu beberapa kali.
"Macam mana boleh kena ni?"soal Luthfi lagi.
"Entah, I nak ambil fon dalam beg, tiba2 je sakit. I keluarkan tangan dan semua barang dalam beg keluar, benda tu pun keluar sama"  cerita Aisy ringkas. Rezman memandang Luthfi yang sedang memandangnya. Memang ada sesuatu yang tak kena sekarang ni.
"Aisy, baju kau yang koyak malam tu, kau simpan lagi?" Soal Luthfi.
"Ya. Kenapa?"
"Aku nak"
"Nak buat apa? Mandrem I?" Soal Aisy bergurau.
"Tak ada la, aku nak siasat je"
"Siasat? CSI ke?" Soal Aisy dengan tawanya.
"Sebenarnya Aisy, pihak security yang perlu siasat. Dah ada kes macam Aisy kena tu. Jadi, untuk pastikan kejadian tak berulang lagi, kena siasat dan tangkap penjahat tu. Untuk nama baik hotel jugak" Rezman berkata dengan lancar dan Luthfi lega sikit dengan jawapan superb Rezman tu.
"Sejak bila korang jadi pihak security ni?" Soal Aisy lagi.
"Jangan banyak tanya boleh tak? Bagi je la" Luthfi dah mula nak naik angin dan Aisy ketawa kecil.
"Ya la! Garang tak ingat. You tu muda dari I tau, so, respect sikit kakak you ni" Luthfi buat pekak je dan mencebikkan bibir. Tak peduli langsung dengan apa yang Aisy cakapkan.
"Bila kau dah sihat, bawak baju tu kerja"
"Ya! Berhenti la mengarah I. Geram betul!" Marah Aisy pula dan kini giliran Luthfi ketawa kecil. Bila dengan Aisy je cepat betul dia nak naik angin. Hahaha.

Dah seminggu selepas Aisy kena sengat kala jengking dan kes itu masih lagi tergantung. Luthfi, Rezman dan Jai sama2 buntu dengan siasatan mereka sendiri.
"Tak ada info ke Jai dari baju ni?" Soal Luthfi seakan sudah hampir mengalah.
"Nope! Apa yang jelas memang sabotaj. Tu je" jawab Jai dan bersandar pada kerusi. Rezman juga ikut sama bersandar. Buntu! Jalan mati! Itu perkataan terbaik untuk kes mereka ini.
"Wait!" Jai terus bangun dari duduk dan memerhati baju Aisy yang digunting itu.
"Baju ni! Ini bukan sembarangan. Seseorang yang expert bab fesyen je boleh buat guntingan ni."
"Maksud kau?" Soal Luthfi berminat.
"Bila kau nampak baju ni, Aisy dah pakai ke belum?" Soal Jai lagi.
"Dah!" Jawab Luthfi yakin.
"Thats it! kalau Aisy tahu yang baju ni dah digunting, mustahil dia pakai kan? Kalau tengok betul2 baju ni, memang tak nampak sekali pandang. This person is a designer that know everything about this" Jai kelihatan berpuas hati dengan hasil analisanya.
"Jadi, Reza!" Rezman bersuara kuat dan Luthfi terkedu seketika.
"Mustahil! Aku tak percaya" jawab Luthfi menolak kemungkinan itu.
"Reza? Reza Azman?" Soal Jai pada Luthfi dan Rezman.
"Yes" jawab Luthfi mendatar.
"Kasut dan beg dia lawa gila kut. Last year dapat award" cerita Jai ringkas dan yang lain tayang muka tak berminat.
"Wait a minute, last year, Aisy sepatutnya jadi model utama dia tapi Aisy tak show up, then, pertunjukkan fesyen dia jatuh seketika. Lepas tu dia naik balik bila come back dengan pattern scorpion. Reza The Scorpion" Jai cerita lagi dan kali ini memang jelas sangat. Luthfi terus berjalan keluar dari butik Jai dan ke keretanya. Rezman menyusul begitu juga dengan Jai. Mereka terus ke cafe untuk mencari Aisy dan ceritakan hal sebenar. Bila mereka tiba di cafe Aisy tiada di situ. "Zura, mana Aisy?" Soal Luthfi resah bila Aisy tak kelihatan di mana2.
"Dia half day je hari ni. Dari pukul dua tak nampak" jawab Zura dan itu bukan jawapan yang baik untuk mereka bertiga.
"Tutup cafe! Cari Aisy!" Arah Luthfi tegas dan yang lain macam pelik tapi tetap ikut arahan Luthfi.
Luthfi melilau di kawasan sekitar hotel tapi tak jumpa.
"Luthfi!" Ada satu suara memanggil Luthfi menyebabkannya berkalih.
"Aku sibuk, lain kali" Luthfi mahu beredar tapi dihalang pula.
"Luthfi, aku nak cakap sikit"
"Apa Lina? Kalau pasal Mira aku malas nak dengar"
"Memang pasal Mira" jawab Lina lagi dan harap Luthfi sudi mendengar.
"Pasal Mira dan Aisy" sambung Lina lagi dan Luthfi kembali memberi fokus kepada Lina.
"Apa kau nak cakap ni?" Soal Luthfi serius.
"Kala jengking tu, Mira yang letakkan dalam beg Aisy, aku nampak semuanya." Cerita Lina cemas. Luthfi seakan hilang kata2 bila Lina cerita semua tu.
"Betul ke ni?" Soal Luthfi lagi.
"Ya! Walaupun aku kawan baik dia, aku tak kan sepakat kenakan orang. Mira buat semua tu sebab dapat arahan dari seorang lelaki. Aku tak kenal lelaki tu tapi aku dengar dorang cakap nak kenakan Aisy cukup2."
"Mana Mira?" Soal Luthfi bila dia tak dapat nak biarkan otak dia berfikir. Dia perlu dengar semuanya dari mulut Mira sendiri.
"Lobi hotel" jawab Lina dan tanpa tunggu lama Luthfi berlari ke arah lobi hotel. Memang Mira ada di situ kerana bekerja sebagai penyambut tetamu.
Tangan Mira direntap kasar sehingga Mira terkeluar dari kaunter. Luthfi menarik kasar lengan itu supaya menjauhi sedikit kawasan lobi. Yang lain mula berkumpul di situ pula.
"Mana Aisy?!" Soal Luthfi bengang.
"Mana saya tahu. Apa awak tanya ni?" Soal Mira dengan muka tak berdosa.
"Kenapa kau letak kala jengking dalam beg dia?" Soal Luthfi keras dan semua yang mendengarnya terkejut.
"Apa awak mengarut ni?" Soal Mira gugup.
"Jangan buat aku paksa kau buka mulut dengan  kasar! Mana Aisy?!" Soal Luthfi dengan suara setinggi tingginya.
"Dengan Reza!" Jawab Mira kasar.
"Kat mana?!" Soal Luthfi lagi.
"Entah, mana2 je. Reza akan buat Aisy cedera parah dengan rosakkan motorbike Aisy. Mungkin boleh mati jugak" jawab Mira dengan senyuman sinis. Semua orang seakan tak percaya Mira sanggup berpakat dengan Reza.
"Kenapa kau buat semua ni?!" Memetir lagi suara Luthfi.
"Sebab saya cintakan awak!"jerit Mira bila Luthfi dan berjalan meninggalkannya.
"Pergi cari sepanjang pantai!" Arah Luthfi dan semua orang kembali mencari Aisy.
Luthfi ke kandang kudanya dan membawa keluar kudanya.
"Bro! Jom ke pantai" Luthfi menunggang kudanya tanpa pelana atau sebarang alat keselamatan seperti biasa. Hanya Aisy di difikirannya sekarang ini. Bila dia berjalan sekeliling pantai ada bunyi motorbike yang kuat. Luthfi segera menuju ke sana dan dia dapat lihat Aisy sedang seronok ketawa bersama Reza. Luthfi mendekati tempat itu dengan segera dan sebaik dia sampai motorbike yang dinaiki Aisy seakan meletup dan Aisy tercampak, tanpa banyak fikir Luthfi lompat dari kuda dan menyambut badan Aisy lalu mereka berdua jatuh ke atas pasir.

Suasana semakin samar dan apa yang Aisy mampu lihat adalah wajah Luthfi begitu juga Luthfi. Akhirnya, mereka berdua dah tak sedarkan diri lagi.
"Call ambulans" arah Rezman dan dia berdepan dengan Reza yang seakan kelu bila plan yang dia rancang tak berjaya.
"Kau ni memang jantan tak guna!" Rezman meluru ke arah Reza dan menumbuknya sekuat hati.
"Jumpa di balai!" Sambung Rezman kuat dan berkumpul bersama yang lain.
"Mira, aku tak sangka yang kau ni manusia bertopengkan..." Rezman menghentikan bicaranya. Orang dia suka ternyata salah dan sanggup mengenakan orang lain untuk kepuasan dirinya sendiri.
"Pergi mampus la kau dengan jantan tu!" Sambung Rezman lagi dan dia terus berlalu.

Keadaan Luthfi dan Aisy stabil, mereka masih belum sedarkan diri dan keadaan Luthfi agak teruk berbanding Aisy bila dia mengambil risiko terjun dari kuda.
Aisy membuka mata perlahan lahan dan dia rasakan kepala serta belakang badannya sakit2. Dia masih lagi blur dengan kejadian yang berlaku di tepi pantai tadi. Yang dia ingat hanyalah Luthfi.
Aisy memandang Farah yang sedang duduk disebelah katilnya sambil tersenyum. Aisy bangun dari baring dan bersandar pada katil.
"Macam mana Luthfi?" Soal Aisy perlahan.
"He is fine."
"Saya nak jumpa dia" Aisy turun dari katil dan Farah terus membantunya untuk berjalan ke wad Luthfi ditempatkan. Bila Aisy masuk, Rezman dan Jai ada bersama dengan Luthfi ketika itu.
"Raja" perlahan je suara Aisy menyapa dan dia berjalan mendekati katil. Luthfi pandang Aisy risau kerana telah berjalan ke sana sini.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Luthfi dan Aisy duduk di birai katil. Walaupun jaraknya dekat dia tetap rasa lelah dengan keadaan yang masih lemah.
"Keluar dulu bro!" Rezman dan Jai sama2 keluar dan tinggalkan Luthfi serta Aisy disitu.
Aisy pandang Luthfi yang langsung tak hiraukannya walaupun dah berminit bertapa di sebelahnya.
'Tangan dia patah ke?' Soal hati Aisy bila melihat tangan Luthfi berbalut.
"Apa ni?" Soal Luthfi pelik bila Aisy pegang lengannya yang berbalut.
"Patah ke?" Soal Aisy gusar.
"Tak, sakit je" jawab Luthfi selamba.
"Thanks tolong tadi, kalau you tak ada, I tak tahu la nak cakap apa"
"Kebetulan je lalu situ. Pak we kau tak datang ke?" Soal Luthfi pula.
"Tak. Tak tahu kenapa dia tak datang. Mungkin dia rasa bersalah dah buatkan I cedera kut"
"Hebat betul positif dalam otak kau ni" Luthfi tersenyum sinis dan membuang pandang ke luar tingkap.
"Kenapa ni?" Soal Aisy bila rasakan sesuatu yang pelik. Pelik dengan perangai Luthfi kali ini.
"Tak ada apa, tak sangka ada awek yang positif macam kau ni. Beruntungnya Reza Azman" dengan nada sinis Luthfi memuji dan Aisy tersenyum bangga bila dia dianggap sebagai seorang yang baik walaupun hakikatnya tak.
"I yang beruntung ada dia, he is super romantic" puji Aisy lagi dan Luthfi buat muka meluat.

"Kenapa kau tak beritahu Aisy?" Soalan yang kedengaran dari wad itu buatkan Aisy membatalkan niatnya untuk menolak pintu malah dia dekatkan telinga pada pintu pula.
"Apa?"
"Pasal Reza"
"Tak perlu kut, aku tak rasa mamat tu akan berani nak dekat dengan Aisy lagi."
"Mana kau tahu? Macam mana kalau dia nak pedajal Aisy lagi? Bahaya"
"Aku tak rasa dia akan percaya cakap kita macam tu je, dia serius suka mamat tu"
"Masalahnya soal keselamatan, dia dah berani nak cederakan Aisy, silap hari bulan dia nak bunuh Aisy macam mana?"
"Susah la Man. Aku tak nak dia cakap kita saja nak burukkan Reza"
"Fie, kita ada saksi kut. Aku yakin yang Aisy akan percaya cakap kau"
"Tengoklah macam mana nanti"
"Tak boleh lengah lagi Fie"
"Kalau dia kecewa macam mana? Dia percaya betul kat mamat tu. Aku tak nak dia kecewa"
"Tapi Fie, lambat laun dia akan tahu jugak" .
Jeda.
Aisy memegang kemas tombol pintu dan dia berlalu dari situ dengan langkah lemah. Dia mula teringat bila dia jatuh dulu, orang terakhir yang sentuh kasut itu ialah Reza, baju yang Aisy pakai juga tajaan butik Reza. Scorpion? Lambang butik Reza. Accident motorbike? Bersama Reza. Bila Aisy ingat semua balik barulah dia sedar akan maksud kiriman bunga dari Reza.
'Be careful and good luck' Aisy rasakan itu datang dari hati Reza sendiri tapi hanya sekadar memberi amaran.

Aisy tak melawat Luthfi lagi bila dengar semua perbualan tu dan dia dah kembali kerja. Luthfi masih lagi di hospital untuk pastikan keadaan tangannya.
"Aisy, tak pergi melawat Luthfi ke?" Soal Rezman bila melihat Aisy hanya fokus pada kerjanya.
"Tak, bila dia keluar?" Soal Aisy semula.
"Esok tengahari"
"Ok. I nak keluar jumpa Reza petang nanti. Jadi, I half day je. Boleh tak?" Soal Aisy pada Rezman yang jelas terkejut bila Aisy cakap macam tu.
"Ya. Saya akan cover awak" lambat2 Rezman menjawab dan Aisy balas dengan senyuman ringkas.

Bila Aisy keluar dari cafe cepat2 Rezman menelefon Luthfi untuk beritahu berita itu.
"Kenapa kau biar dia pergi sorang Man?" Soal Luthfi geram.
"Dia tak pergi jauh pun. Sekitar pantai je" jawab Rezman cuba bertenang.
"Man, Aisy tak pandai berenang. Kalau Reza tolak dia dalam laut?" Soal Luthfi tegas dan Rezman telan liur.
"Aku tak boleh nak blah ni, cafe penuh"
"Sokay. Aku pergi!" Luthfi matikan telefon dan terus menukar pakaiannya untuk pergi dari situ.
Rezman pula kelu bila Luthfi cakap dia nak datang.

Aisy dan Reza saling berpandangan dan masing2 masih diamkan diri.
"Aisy, I..."
"I know and I understand. I'm sorry, reject you dulu, I terpaksa sebab I ada contract dengan company lain. I maafkan semua yang you dah buat pada I. I harap, antara kita dah seri jadi, jangan muncul depan I lagi" serius Aisy menutur sehingga tiada ruang dan peluang untuk Reza membuka mulut. Akhirnya Reza mengalah dan dia berlalu pergi dari situ.
Luthfi mengah berlari ke tempat Aisy dan Reza berdiri, bila dia sampai Reza dah mula beredar dari situ. Luthfi berhenti agak jauh di belakang Aisy dan dia lega bila Reza tak apa2 kan Aisy.
"I tahu you akan datang" Aisy membuka mulut tanpa menoleh dan Luthfi berpeluk tubuh di tempat dia berdiri.
"Aku agak kau dah tahu hal sebenar" Luthfi berdiri sambil tersenyum. Aisy berpaling ke belakang dan memandang Luthfi yang sedang memandangnya.
"Thank you!" Ucap Aisy ikhlas dan Luthfi mengangguk. Aisy mendekati Luthfi dan berdiri dibelah jejaka tegap itu.
"I selalu rasa selamat setiap kali berdiri di sisi you" dengan ceria Aisy menutur ayat itu dan Luthfi tersenyum puas hati.
"Kenapa lari dari hospital?" Soal Aisy bila mereka berdua mula berjalan.
"Saja" jawab Luthfi ringkas dan tersenyum pandang ke arah laut yang agak tenang. Aisy pandang Luthfi yang tengah pandang laut.

"Tangan you tak baik lagi, so, biar I yang angkat semua ni" Aisy bersuara menghalang Luthfi daripada melakukan sebarang kerja.
"Just take care of yourself. Im fine"
"Raja!" Marah Aisy dan Luthfi pandang Aisy yang tayang muka bengang itu.
"Aku tak heran la kalau kau yang marah" Luthfi buat tak endah dan teruskan kerjanya.
"Kalau daddy yang marah?" Soal Dato Amin bila sampai di cafe. Luthfi dan Aisy sama2 terkejut dengan gerangan yang bersuara.
"Uncle Amin!" Terjerit sedikit Aisy bila nampak Dato Amin dan dia berlari mendekati lelaki tua itu mesra.
"Aisy! Lama tak jumpa"
"Aisy kerja" jawab Aisy sambil tersengih.
"Dad, kenal Aisy?" Soal Luthfi pelik.
"Mestilah, anak Uncle Mazlan"
"Really? Fie tak tahu pun" Luthfi pelik lagi.
"Aisy pun tak tahu yang dia anak uncle" Aisy turut rasa pelik dengan berita ini.
"Baguslah kalau dua2 dah kenal. Aisy, kenapa kerja kat sini jugak?"
"Takkan tak boleh uncle?" Duga Aisy pula.
"kalau betul Aisy nak kerja, boleh kerja lain"
"Tak nak la uncle, Aisy suka kerja ni."
"Tapi, kalau papa Aisy tahu macam mana?"
"Jangan la bagitahu. Please" pujuk Aisy pula dan Dato Amin hanya mampu mengikut kehendak Aisy. Sama degil dengan anak lelakinya itu.
"Ya la. Kamu ni sama degil je dengan Luthfi"
"Mana ada uncle, dia lagi degil" Aisy tersengih bila Luthfi pandangnya geram.
"Ya la, uncle pergi dulu. Bila ada masa datanglah rumah" pelawa Dato lagi dan Aisy mengangguk faham. Aisy dan Luthfi sama2 melihat Dato beredar daripada tempat itu sebelum mereka saling bertanya.
"Aku kenal uncle Mazlan, aku tak tahu pulak kau anak dia"
"I pun tak kenal you. I kenal Long Luq je"
"Kau kenal abang aku?" Soal Luthfi kaget.
"mestilah!"
"Ya ke? Mungkin sebab aku tak pernah ikut daddy pergi mana2 kut"
"Mungkin. Aku pun tak minat nak ikut. Long pernah datang rumah. Then, kami rapat"
"Long memang! Mulut macam perempuan. Pot pet pot pet" bebel Luthfi dan Aisy tersenyum.

Aisy masuk ke dalam rumah Luthfi kerana memenuhi jemputan dato. Luthfi dan Aisy terus ke ruang dapur kerana tiada orang di ruang tamu.
"Mummy" sapa Luthfi lembut dan memeluk tubuh tua itu erat. Datin ikut sama tersenyum dan membalas pelukan Luthfi.
"Eh, Aisy pun ada. Kenapa Fie tak cakap?" Datin melepaskan pelukan dan mengalih kepada Aisy. Aisy senyum dan mendekati datin lalu hulurkan tangan untuk bersalam.
"Aisy cantik betul, macam mama" seraut wajah itu dipandang penuh kasih sayang dan pipi Aisy disentuh lembut. Rasa rindunya mengalir melalui Aisy kepada sahabat baiknya yang dah meninggal.
"Mama lagi cantik aunty" balas Aisy pula.
"Macam mana kenal Luthfi? Selalunya kalau aunty pergi rumah Aisy, Luthfi tak pernah nak ikut"
"Aisy pun tak pernah datang rumah aunty. Aisy kenal Luthfi sebab dah banyak dia tolong Aisy" jawab Aisy ramah.
"Ya ke? Baguslah dah kenal. Dulu Luthfi cakap Aisy ni macam tepung gomak. Pelik la bila dah jadi kawan pulak" jawab datin bergurau. Aisy rasa macam nak pengsan je bila dia dengar datin cakap macam tu. Aisy pandang Luthfi tajam.
'Mampus aku!' Gumam Luthfi dan segera keluar dari dapur.

Selesai makan malam Luthfi dan Aisy balik semula ke hotel. Aisy dari tadi lagi duk tenung Luthfi tajam sampai Luthfi rasa rimas.
"Apesal kau ni? Aku hensem sangat ke?" Soal Luthfi selamba.
"Perasan! Kenapa you panggil I tepung gomak?"
"Dah kau pakai make up tebal macam ni. Nak cakap apa lagi" Luthfi membela dirinya dan langsung tak rasa bersalah dengan kata2 nya.
"Make up ni art! Cuba hargai art sikit" marah Aisy dan Luthfi tergelak lucu.
"Ya la. Kau nak aku minta maaf je kan? Sorry"
"Raja! You ni memang jenis menyakitkan hati jugak kan" bentak Aisy dan Luthfi tersengih.
Aisy turun dari kereta sebaik kereta berhenti dan terus menonong laju ke arah cafe tapi langkah dia terhenti bila ada satu tangan memautnya sehingga mereka berpelukan. Aisy memandang empunya tangan yang sangat berani ni dan dia ukirkan senyuman lalu memukul lembut badan lelaki yang memautnya. Luthfi yang melihat adegan itu terus mendapatkan Aisy dan menarik jauh Aisy daripada lelaki itu.
"Kau siapa? Kau nak apa?" Soal Luthfi kasar dan Aisy sudah selamat selindung di belakang Luthfi.
"Raja, apa awak ni?" Soal Aisy dan berdiri di sebelah lelaki itu semula.
"Raja, kenalkan ni A..."
"Adam Yusuff" laju je lelaki yang bernama Adam Yusuff ni perkenalkam dirinya siap hulurkan tangan untuk bersalam. Luthfi dengan wajah dingin menyambut huluran tangan itu dan dia segera meninggalkan Aisy bila tangan lelaki itu memeluk bahu Aisy erat.
'Berapa juta boyfren minah ni ada?' Geram betul Luthfi dengan kehadiran lelaki itu dan kemsraan Aisy padanya.

Adam dan Aisy saling berpandangan dan tersenyum sebab dah lama sangat tak jumpa.
"Siapa tu kakak? Anak ikan eh?" Soal Adam nakal dan Aisy tergelak.
"Bukanlah, kawan" jawab Aisy ceria.
"Berbeza betul taste kakak kali ni, comel kut muka dia"
"Bukan kawan macam tu la. Just a friend. Comel kan dia?"
"Comel. Sejak bila minat orang muda ni?"
"Ya Allah! Tak ada la sampai macam tu. He is my fren je la. Ada apa datang sini?" Soal Aisy pada Adam. Adam ni kalau tak bersebab susah jugak dia nak muncul depan Aisy.
"Kak, aunty Liza masuk hospital" perlahan je suara Adam memaklumkan berita itu. Tangan Aisy di pinggang Adam segera dileraikan dan dia memang muak dengar nama tu.
"Baguslah, dah nak mati ke apa?" Soal Aisy dingin dan berlalu dari situ tapi Adam menarik tangan Aisy daripada pergi.
"Kakak, sampai bila nak macam ni?"
"Sampai perempuan tak guna tu berambus dalam family kita! Kakak tak nak cakap pasal benda ni. Adik baliklah" Aisy terus menonong pergi dengan kesal. Dia rindukan Adam tapi Adam datang hanya untuk membawa berita yang dia sendiri tak nak tahu dan meluat je.
Adam mengeluh dan beredar dari situ. Dia tahu walau apa pun yang dia cakap tak akan ubah pendirian kakaknya yang keras hati dan keras kepala tu.
Aisy berjalan ke tepi pantai dan duduk bersila dibawah satu pokok. Suasana yang berangin itu tak mendinginkan hatinya langsung. Air mata dipipinya mula mengalir setiap kali dia teringat akan arwah mamanya.
Satu tuala kecil dihulurkan kepada Aisy dan Aisy mengambil tuala itu lalu tersenyum sedikit. Luthfi tanpa dipelawa duduk bersila disebelah Aisy.
"Gaduh dengan buah hati ke?"
"Buah hati apanya, dia adik I la" jawab Aisy perlahan, bukan hal itu yang mengganggu dia sekarang ini. Luthfi pulak terima berita itu dengan sedikit terkejut.
"Adik kau?" Soal Luthfi untuk mendapat kepastian.
"Ya" jawab Aisy lagi.
"Kenapa kau menangis?" Soal Luthfi lagi bila Aisy tak kelihatan berminat nak bercakap soal Adam Yusuff.
"Raja, apa you akan buat kalau your dad curang?" Soal Aisy sebak dan Luthfi terkebil kebil pula. Dia tahu yang mama Aisy dah tiada dan dia pelik bila Aisy persoalkan soal curang.
"Aku marah la"
"So, tak salah la I marah papa I kan?"
"Bergantung jugak. Sometimes kita rasa dengan protes tu kita betul. Tak semua lelaki curang kerana dia gatal atau tak setia, tapi ada cinta kedua dalam hidup dia" terang Luthfi tenang. Aisy pandang Luthfi dan menangis lagi.
"Tapi, papa I tak patut kawin lagi lepas mama pergi" sebak Aisy mengenangkan hari perkahwinan papanya adalah hari pertama dia balik dari luar negara.
"Aisy, kau tak patut hukum papa kau. Who is us? Allah yang tentukan jodoh kita"
"But, he cheated!" Aisy bertegas untuk salahkan papanya.
"How about you, lepas kau break with a man, kau connect with other man. It always have a replacement right?" Luthfi cuba letakkan diri Aisy sendiri di tempat papanya.
"Case I lain, we just a couple. Bukannnya husband and wife"
"Bila kita sayangkan seseorang dan kita tahu kita akan pergi, perkara pertama yang kita akan fikir ialah, siapa akan jaga dia nanti. Right?" Soal Luthfi pada Aisy yang hanya diam.
"Example, kau ada kids, then kau kena kerja. Kau rasa tak someone should take care of your kids. Right?" Aisy terus diam lagi.
"One day, bila kau dah rasa akan pergi, tapi kau ada suami dan anak. Kau tak fikir yang kau nak orang lain jagakan mereka bila kau tak ada?" Aisy terus diam lagi dan kali ini dia agak bersetuju dengan Luthfi. Perasaan seorang perempuan. Sayangnya seorang perempuan sehingga sanggup berikan yang terbaik.
'Mungkin mama yang minta semua ni' hati kecil Aisy berbisik lembut dan Aisy jatuhkan kepalanya atas bahu Luthfi. Dia memang rasa nak menangis sekarang ni.
"Papa kau happy tak?" Soal Luthfi setelah sekian lama diam dan beri ruang untuk Aisy berfikir.
"Happy, at first, bila mama tak ada, he was crying a lot. About three years. Then, he met my stepmother"
"Dia happy kan? Bukan ke kewajipan seorang anak doakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibubapanya"
"Maybe you are right. I miss my family and I miss papa so much" luah Aisy dalam tangis dan Luthfi tersenyum. Aisy ni nampak je keras tapi manja yang amat dan mudah je nak bagi nasihat.
"You know what, mama kau lebih beruntung dari mama baru kau. Why?because she is first love papa kau. First love bawa sampai mati" Luthfi senyum pula dan Aisy rasa ketenangan menyapa hatinya. Wajah mamanya yang seakan tersenyum memandangnya buatkan dia kuat dan yakin untuk memaafkan papanya.
"First love? Mesti sakit kan tak dapat jadi first love husband kita?" Soal Aisy lagi.
"Maybe yes maybe not. Dapat jadi his love pun dah ok kut. Selalunya, orang yang jadi pengganti ni, akan bersyukur dan terima seadanya."
"I agree with that point, as a human. But, as a woman,it is sad"
"So, as a woman too, you shouldnt let your new mom feel that way. Menjadi yang kedua dah susah, tambah pulak dibenci. Its hurt. Kita tak tahu sama ada kita yang keberapa nanti"
"Betul jugak! Tak sabarnya nak dapat lelaki ke 10" senang je Aisy cakap dan Luthfi berkerut.
"Dah la jadi monyet" Luthfi bersuara mendatar dan bangun dari duduk dan berjalan pergi tinggalkan Aisy yang sudah ada angan untuk bercinta lagi. Baru je tadi dia break, sekarang dah berkobar kobar balik nak bercinta. Pening!
"Kurang asam! Panggil aku monyet!" Marah Aisy dan mengejar langkah Luthfi yang dah jauh di depan. Luthfi ukir senyum selambanya dan teruskan berjalan.

Aisy risau nak melangkah masuk ke dalam rumah banglo papanya itu. Dah lama dia tak menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. Dia memandang Luthfi yang hanya kelihatan tenang dan selamba.
"Kalau dia ni laki aku,aku dah bergantung kat dia ni" gumam Aisy resah.
"Weh, no worries la. Kau tahu kan yang semua orang risau sebab kau marahkan mereka. Bukannya dorang marahkan kau. Jadi, kalau kau masuk tak ada orang nak marah pun" Luthfi buka mulut dan Aisy diam je.
"Balik la! Lain kali kita datang. Raya ke" cadang Aisy cepat.
"Kau yakin ke kita hidup lagi masa tu. Now or not forever"
"Raja! You ni memanglah" geram betul Aisy kalau bab dipaksa ni. Luthfi tahan senyum dan melihat pintu rumah dibuka perlahan lahan. Bukan susah nak gertak Aisy ni sebenarnya.

Suasana memang freeze gila dan semua orang macam kekok je. Luthfi dan Aisy pandang Dato Mazlan yang turut juga kekok dengan kehadiran anak perempuannya ini.
"Luthfi dan Aisy ni ada apa2 ke?" Soal dato bila dah lama sangat main passing pandang ni.
"Kawan" jawab Aisy ringkas dan suasana kembali senyap.
"Adik cakap isteri papa sakit" Aisy buka mulut selamba. Dato Mazlan seakan terkejut bila Aisy bertanyakan soal isterinya. Buat kali pertama!
"Ya. Ya. Ada kat atas, rehat" kekok pulak dato nak menjawab. Aisy bangun dengan tegas dan perkara itu merunsingkan dato, fikirnya Aisy akan menyerang Haliza lagi.
"I miss you papa" sangkaan Dato Mazlan salah sama sekali bila Aisy meluru memeluknya kejap dan menangis sambil melafazkan rindu. Suasana mula dengan linangan air mata dan dato membalas pelukan erat tu.
"I miss you more sayang. Hanya kakak yang boleh ubatkan rindu papa pada mama"
"Yes. Im sorry. Kakak degil sangat. Im sorry" pinta Aisy kesal. Dato memandang Aisy dan mengesat air mata itu.
"Papa yang salah"
"No, kakak yang salah. Papa tak salah apa pun. You deserve the happiness. If you are happy, so do I. Mama selalu minta Kakak bahagiakan papa selalu. Kalau papa happy with aunty Liza then, I will happy too"
"Thanks sweetheart. I love you"
"Me too" mereka berpelukan lagi dan Luthfi tersenyum sambil memerhatikan babak yang kalah dalam drama ni.
"I want to see her" Aisy bersuara serak kerana menangis banyak sangat. Dato menganggukkan kepala dan membawa Aisy ke biliknya.
"Luthfi duduk kejap ya" nasib baik ada orang sedar kewujudan Luthfi kat situ. Aisy bukan main susah lagi nak ajak Luthfi teman dia, sekarang diabaikan pulak.

Aisy dan dato masuk ke dalam bilik itu dan mulut Aisy ternganga bila tengok Haliza yang sedang baring di katil. Dia perhatikan sekeliling dan dia seakan taksub dengan semuanya.  Haliza kelu menerima tetamu yang tak diduga itu dan dia cuba ukirkan senyuman manis. Bila dia cuba untuk turun dari katil Aisy berlari mendapatkannya.
"No, you should lay on the bed" Aisy tersenyum dan pandang sekeliling dengan senyuman. Haliza dan dato saling berpandangan dan anggukan dato membuatkan Haliza rasa bersyukur sangat.
"Twin?" Soal Aisy teruja bila tengok dua bayi sedang lena di atas katil. Dengan senyuman Haliza membalas.
"Comelnya dia, bam bam nya. Bangunlah, kakak datang ni. Hei, bangun" Aisy begitu ralit dan terpukau dengan dua baby tu dan dia mencuit cuit pipi gebu itu. Dia dah cium banyak kali sangat sampai baby pun  rimas kut. Hihihi.
"Bangunlah, kakak datang ni" Aisy usik lagi twin yang tengah nyenyak tu.
"Aunty, thanks" ucap Aisy ikhlas dan memeluk Haliza erat.
"Maafkan aunty" pinta Haliza sebak.
"Aunty tak salah, kakak yang salah." Mulalah lagi satu babak sedih dalam rumah ni dan dato Mazlan tersenyum bahagia. Keluarganya bersatu jua.
"Aunty, kakak nak bawak keluar babies. Nak tunjuk kat Raja" ceria Aisy meminta dan Haliza mengangguk.
"Come! Kenal dengan abang raja. Papa, bawa baby boy" ujar Aisy dan dato mengangguk.
Aisy keluar dengan senyuman meleret sebab tak sabar nak tunjuk pada Luthfi.
"Raja, see this" Aisy memanggil Luthfi dan Luthfi ikut sama seronok nak mendukung baby itu.
"Comelnya! Nak dukung" pinta Luthfi pada Aisy tapi haram Aisy tak layan.
"Kedekut" kutuk Luthfi pula.
"Jangan gaduh,ni ambil yang ni Luthfi"
"What? Twin? Congrats uncle!" Teruja pulak si Luthfi ni. Aisy sendiri tak pernah tengok Luthfi macam ni. Luthfi mendukung bayi lelaki dan dia tersenyum puas. Dato kembali semula ke dalam biliknya dengan senyuman melebar.
Sakan sangat dua orang ni main dengan twin tu sampai lupa masa dah berjam berlalu. Dah nak maghrib pun.
"Tidur sini la ya" pinta dato dan Aisy segera setuju.
"Luthfi?"
"Tak boleh uncle. Luthfi nak balik rumah daddy"
"Ya la. Tapi makan malam kat sini dulu la"
"Ya" Luthfi bersetuju je. Aisy memang brtul2 dah gugurkan nama Luthfi sebagai orang penting hari ini. Twin ni lagi menjadi tumpuannya. Luthfi senang melihat Aisy bahagia.

"Fie dan Aisy ada apa2 ke?" Soal Datin Anis bila bersama Luthfi di laman belakang. Luthfi gelengkan kepala dan mengambil karipap lalu disuap ke dalam mulutnya.
"Fie suka Aisy?" Soal Datin lagi dan Luthfi tersedak. Dia rasa karipap terlekat di kerongkong dia. Luqman mengurut belakang adiknya dan ukir senyum. Merah telinga Luthfi sebab tersedak.
"Kawan je mummy" jawab Luthfi setelah dia rasa lebih baik sedikit. Pedih kerongkongnya.
"Baguslah! Boleh la long pinang dia" jawab Luqman ceria dan rahang Luthfi terjatuh. Matanya membesar sebab terkejut sangat dengan apa yang disampaikan Luqman.
"Boleh je kan?" Soal Luqman pada Luthfi yang masih lagi terngadah.
"Kalau Aisy ok, why not" Luthfi jawab selamba dan Luqman senyum bermakna.
"Eloklah! Malam nanti kita pergi rumah dia. Dia jemput datang rumah" datin bersuara dan Luthfi angguk je. datin berlalu ke dalam rumah dan bila Luqman ikut sama bangun dia pegang tangan Luqman.
"Long, cakap dia muda sangat untuk long" Luthfi cuba tanya untuk kepastian.
"Cinta tak mengenal usia" jawab Luqman ceria dan masuk ke dalam rumah. Luthfi hanya mampu terkebil kebil melihat Luqman pergi sambil menyanyi kecil. Dia lepaskan keluhan berat dan buang pandang ke kolam renang.

Luthfi menolak untuk pergi ke rumah Aisy jadi dia terus ke hotel. Fikirannya bercelaru tapi dia cuba untuk berlagak selamba. Kalau Aisy terima, dia akan jadi adik ipar Aisy.
"Why?" Soal Jai bila sepupunya ini langsung tak fokus pada perbualan mereka bertiga. Rezman ikut sama pandang Luthfi.
"Mummy aku nak pinang Aisy" jawab Luthfi malas tapi, lain pula sambutannya bila Rezman dan Jai gembira tahap petala kelapan.
"Yes! Congrats!" Ucap Jai dan Rezman ceria.
"Bukan untuk aku mangkuk. Untuk abang aku" Luthfi bersuara lagi dan keterujaan Rezman dan Jai jatuh mendadak. Bukan jatuh tapi tergolek golek barang kali.
"Kenapa pulak?" Soal Rezman sepertinya tak puas hati.
"Apa? Elok la, abang aku yang jadi lelaki ke-10 dia" jawab Luthfi pula dan Jai seakan tak bersetuju.
"Long ni tak rasa dia tua sangat untuk Aisy tu?" Soal Jai dan Luthfi tergelak.
"Lagi tua lagi matang. Aisy suka la lelaki matang" balas Luthfi sambil tersengih dan Rezman ikut sama senyum. Dia pelik dengan perangai Luthfi ni, kadang2 dia terlalu ambil berat soal Aisy tapi dia terbuka jika ada sesiapa nak try Aisy. Dia yakin yang Luthfi sukakan Aisy tapi kebanyakannya sangkaan dia meleset. Hanya Luthfi yang tahu apa ada dalam hati dia.
"Mira dah berhenti kerja eh?" Soal Luthfi pada Rezman yang sedang termenung jauh. Rezman berkalih dan dia buat muka jaki. Luthfi terus bantai gelak sebab dia tahu lepas je kes Aisy dulu Rezman dah benci mati kat Mira, bukan cinta mati lagi dah. Jai pun ikut sama gelak melihat reaksi Rezman bertukar serta merta.
"La, kenapa ni Man? Cinta mati tu" usik Jai pula dan Rezman tendang kerusi Jai kuat, semakin kuat la dua orang tu gelakkan si Rezman ni.
"Aku nak balik cafe dulu" Rezman angkat punggung sebab malas dah nak berlama di situ. Buat sakit hatinya je. Jai terus berhenti gelak bila Rezman dah betul2 naik angin dan dia menyekeh kuat kepala Luthfi yang masih lagi seronok duk gelak. Jai ikut langkah Rezman dan Luthfi ikut sama bangun.
"Luthfi! Amar Luthfi!" Panggil seseorang dan Luthfi mencari suara itu. Luthfi pandang perempuan yang bertudung sopan serta berbaju kurung yang menegurnya. Cantik orangnya persis idaman Luthfi.
"Cik panggil saya?" Soal Luthfi dan berjalan ke arah perempuan itu.

"Ra..." belum sempat Aisy memanggil Luthfi dia batalkan niatnya bila melihat Luthfi sedang berbual dengan seseorang. Sejak semua orang tahu Luthfi ni anak owner hotel ni tak ada siapa yang berani nak arahkan Luthfi buat kerja itu ini nak marahkan dia pun tak ada yang berani.
"Siapa tu?" Aisy pandang Rezman dan Jai.
"Entah, mermaid kot" jawab Jai bergurau dan Aisy senyum sedikit.
"Aisy, you kenal I tak?" Soal Jai dan mendekatkan dirinya pada Aisy. Kedutan di dahi Aisy mula muncul dan dia pandang Rezman pula. Rezman pun pelik bila tiba2 je si Jai ni naik bulu.
"Jai, kawan Raja and Man" jawab Aisy polos dan Jai tergelak kecil.
"I nak cakap sikit" ajak Jai pula dan Aisy anggukkan kepala. Jai senyum senang dan pelawa Aisy duduk di satu kerusi. Dia menarik kerusi untuk Aisy dan duduk disebelahnya pula.
"Nak minum apa?" Soal Jai pada Aisy, Jai ni selalunya tak pernah borak panjang dengan Aisy, just kenal2 macam tu je.
"Coke" jawab Aisy tenang dah macam tu minuman ruji si Aisy je.
"Man, coke dua" order Jai dan Rezman rasa nak je tendang kawan dia ni. Jai mulakan berbual dengan Aisy dan Aisy kelihatan senang melayan. Jai ni perangainya lebih kurang Rezman je.
"Really? I like your handbag mostly" puji Aisy dan tergelak sikit.
"Sure? Actually I ada join untuk summer fashion kat UK nanti. I nak you jadi model I" ujar Jai pula dan Aisy angguk faham.
"But, I tak boleh pakai heels lagi. Doktor tak kasi" serba salah Aisy dibuatnya.
"Its ok. I dah design kasut baru. Boleh you tolong I? This time, I nak try something yang teenager suka"
"Of course, i love to! But, you yakin ke?" Soal Aisy pula dan Jai angguk yakin. Aisy tersenyum bila masih ada yang percaya padanya. Mereka mula berborak lebih santai dan mula bergelak ketawa dan bergurau senda. Tawa mereka yang meriah itu menjengah cuping telinga Luthfi yang berada agak jauh dari situ. Luthfi mula hilang fokus dan kini dia kerap betul berpaling untuk melihat kemesraan yang terjalin antara Jai dan Aisy tiba2 je.
"Luthfi, saya cakap dengan awak ni" perempuan yang bernama Madina itu menegur Luthfi yang mula hilang fokus.
"Ya. Sorry, boleh tak kita cakap lain kali. Saya ada urgent matter ni"
"Oh, saya curi masa awak ke?" Soal Madina serba salah.
"Eh, tak ada la. Something just come up. Nanti awak datang cafe, kita borak lagi"
"Ok. Kalau macam tu saya pergi dulu. Ni card saya" Madina hulurkan kadnya pada Luthfi dan Luthfi ambilnya serta terus beredar dari situ. Luthfi mengatur langkah laju mendekati Jai dan Aisy yang masih lagi sedang bermesra.
"Well, I suka you" ujar Aisy dan tergelak kecil.
"Jai, butik kau dah nak bankrup ke?" Soal Luthfi dingin dan Jai tersentak lalu tergelak.
"Kurang didikan mulut kau kan."
"Dah tu, banyak masa kau lepak sini" Luthfi bersuara lagi.
"Kau dah tak nak kerja ke? Dulu, bukan main lagi ikrar nak kerja sungguh2" perlian pedas beralih pula pada Aisy. Aisy tercengang dan memandang Jai.
"Nak kerja la ni, Jai, ni nombor I. Nanti you call la I ya" Aisy dengan ceria menulis nombornya dan serahkan pada Jai.
"Ok. I will call you. Jangan tak angkat pulak" balas Jai bergurau.
"I will answer it for sure!" Jawab Aisy yakin dan Jai tersenyum puas.
"Kerja la!" Tegur Luthfi tegas dan Aisy jelirkan lidahnya pada Luthfi.

Luthfi mula rasa serabut bila hari pertunangan Aisy bakal tiba tak lama lagi dan hubungan Aisy bersama Jai semakin merapat. Madina pula yang selalu mengejarnya buatkan dia tak dapat bertenang. Dia kenal Madina, junior masa dia belajar dulu dan salah seorang pelajar perempuan yang dia dah banyak tolong. Dia tak anggap Madina lebih dari seorang kawan ataupun junior tapi sepertinya Madina mengharapkan yang lebih.
"Luthfi ada?" Soal Madina pada Aisy yang sedang menghidangkan coffee. Aisy juga dah cukup kenal dengan gadis polos dihadapannya ini.
"Dia pergi beli barang jap" jawab Aisy sambil tersenyum manis.
"You model terkenal tu kan? Aisy"
"Oh, tak terkenal pun. Tapi, I Aisy" sopan pulak Aisy membalas. Segan dilabel terkenal.
"you kawan Luthfi jugak?" Soalnya lagi.
"Kawan sekerja je" jawab Aisy pula.
"Kenapa you kerja sini? You kan model" soalan kali ini buatkan tekak Aisy kering tiba2.
"Lepas accident tu, I ada masalah sikit. "
"You suka Luthfi ke?" Soalan kali ini buatkan bukan tekak je kering tapi hidrate terus ni. Aisy senyum kelat dan gelengkan kepalanya.
"Dia tu lebih kepada adik je pada I"
"I suka dia, I sayang dia, I nak jadi isteri dia. Dia pernah cakap dulu yang I ni jenis perempuan yang dia suka tapi, I tak rasa macam tu pun" Madina bersuara sedih dan Aisy jadi serba salah pula dengar cerita tu.
"I pun tak tahu, dia tak pernah cakap soal hati dengan I. Kita kawan banyak story bab mengarut je" Aisy cuba untuk tenangkan Madina.
"Sebab tu I rasa dia tak suka I, dia tak nampak natural bila dengan I"
"You know what, lelaki ni hanya berlagak pelik di depan orang yang dia suka" entah pernyataan dari mana Aisy bawak ni tapi Madina kelihatan berpuas hati.
"I think so" sambung Aisy lagi.
"Maybe. Thanks Aisy. Tak sangka yang you ni tak sesombong yang press tulis"  Aisy gelak besar bila Madina cakap macam tu.
"Dulu I memang sombong dan berlagak. Sekarang je baik sikit" Aisy bersuara dan Madina ukir senyum senang.
"Boleh I nak bergambar dengan you?" Pinta Madina.
"Selfie?"
"Boleh?"
"Why not!" Jawab Aisy ceria dan mereka bergambar.

Hari pertunangan Aisy pun Luthfi tak hadir, katanya busy, tapi apa yang dia sibukkan sangat tak ada sesiapa pun yang tahu.
"Long, thanks" ucap Aisy ikhlas dan memandang cincin ditangannya.
"Thanks to you" balas Luqman balik dan mereka berbalas senyum.
"Sorry, Fie tak datang hari bahagia ni"
"Sokay, dia sibuk sangat la kut"
"Tapi, Aisy sedih kan. Bestfren Aisy tak datang"
"Entah. Yang penting long datang"
"Mestilah!" Luqman ceria betul di hari pertunangan ni dan Aisy tergelak kecil dengan gelagat Luqman. Kalau dibandingkan bab tegas, Luqman win sebenarnya tapi kalau pada Aisy, Luthfi win tak kena lawan dah.

Aisy menyerang Luthfi geram sebab tak datang majlis hari tu.
"Kenapa tak datang?!" Soal Aisy bengang dan Luthfi tayang muka serius.
"Madina tak sihat. Aku hantar dia pergi klinik" jawapan selamba Luthfi buatkan dia tediam sekejap.
"Majlis tu makan masa half day. Kau hantar dia pergi klinik whole day ke?" Soal Aisy perlahan dan air mukanya mula mendung. Luthfi ni memang tak pentingkan dia langsung.
"Alah, majlis tu sukses jugak kan? Kalau sakit ni mana boleh tunda. Kalau mati macam mana?" Selamba badak je Luthfi menjawab dan Aisy palingkan wajahnya daripada Luthfi. Bengang!
'Raja Batu!' Kutuk Aisy dalam hati dan menjauhi Luthfi.
"This is war!" Marah Aisy dan menghentak gelas sehingga gelas pecah. Erk! Aisy kecut sendiri bila dia dah pecahkan gelas awal pagi macam ni. Cepat2 dia bersihkan dan tangannya terkena kaca sehingga berdarah.
"Aisy!" Jai yang muncul entah dari mana dah tercongok di depan Aisy. Luthfi yang terkejut dengan bunyi gelas itu turut mendekati Aisy. Jai basuhkan tangan Aisy dengan air bersih dan mengesatnya dengan tisu. Luthfi pulak yang rasa geram sekarang ni. Luthfi ambilkan first aid kit dan dia palingkan Aisy supaya memandangnya. Aisy dan Jai dah keliru ni. Jari Aisy dilekatkan plaster dan ditiup lembut. Aisy pandang Jai yang sedang tersenyum pelik.
"Sakit?" Soal Luthfi mendatar dan Aisy gelengkan kepalanya.
"Thanks Jai" ucap Aisy kepada Jai tapi tak kepada Luthfi. Luthfi tayang kerut di dahi tapi Aisy tak endah pun. War!
"Man! I tak masuk kerja. I nak jumpa Kak Farah" Aisy tinggalkan kerjanya dan menarik lengan baju Jai supaya beredar bersama dia. Jai dan Rezman berbalas senyum seketika. Ada udang di sebalik batu ni!

"Bencinya Raja!" Jerit Aisy kuat melawan ombak laut dan Jai tergelak kecil.
"Why?" Soal Jai dan mendekati Aisy.
"Dia tak attend majlis sebab nak hantar awek dia pergi klinik. I tak marah but, lepas tu dia boleh datang kan? At least, give me a call. I tunggu dia tau!" Adu Aisy dan Jai ukir senyum lagi.
"Fie memang macam tu. Bila dengan you dia dingin je, pelik. Selalunya dia la yang selalu bagi headache kat parent dia"
"I know that! Dia tu garang gila dengan I. I dont know why. Even dia tu lagi muda dari I, perangai macam orang tua" rungut Aisy dan pergi dari situ dengan sebal.
Jai tersenyum bila melihat Aisy pergi macam tu je, tadi beria sangat tarik dia sekarang biarkan dia sorang2.

Luthfi mencari Jai di butiknya tapi bila dia ternampak Aisy ada bersama Jai dia batalkan niat untuk masuk ke dalam. Dia sandarkan badan pada dinding dan mengeluh.
"Apa yang kau rasa ni Amar Luthfi?" Soal Luthfi pada dirinya sendiri dan dia pejamkan mata rapat.
"Nanti I datang lagi"
Luthfi tersedar bila dengar ada suara. Dia sorokkan diri dan melihat Aisy keluar dari situ. Luthfi perhatikan Aisy beredar dan dia masuk untuk berjumpa dengan Jai.
"Fie! Bila sampai?" Soalan Jai langsung tak dijawab Luthfi sebab dia tengah bengang sangat sekarang ni.
"Kenapa ni Amar Luthfi?" Soal Jai dan teruskan menyiapkan lakarannya.
"Kau dengan Aisy ada apa2 ke?" Soal Luthfi serius dan Jai sembunyi senyum tapi dia tetap cuba berlakon selamba.
"Kawan tapi...mesra. mungkin" jawab Jai sambil tersenyum dan Luthfi telan liur menahan sabar. Kalau boleh dia tak nak bergaduh dengan Jai soal Aisy.
"Dia tunang orang kut. Tunang Long" serius betul suara Luthfi dan dia ketap gigi menahan geram.
"Yes i know. But, i like her. She is a girl that looks really perfect"
"She is not! She is belongs to someone!" Suara Luthfi dah meninggi dua level dan Jai rasa dia semakin suka untuk menguji Luthfi.
"I like her. So?" Jai sengaja mencabar Luthfi. Luthfi kepal buku lima dan dia menarik nafas panjang.
"I just like her, i dont love her. She is here because she is looking for you" Jai rasa dah tiba masanya dia berhenti menguji Luthfi kalau tak ada yang bersepai gigi kat sini.
"Really?" Soal Luthfi dengan suara rendah sedikit.
"Yes. Aku anggap dia tu macam adik je la. Mustahil sangat aku boleh jatuh cinta pada dia." Jawab Jai yakin dan Luthfi tayang sengih. Dia memang agak over sikit dalam bab Aisy ni. Poyo.

Perang dingin betul nampaknya si Aisy dan Luthfi ni. Nak bawak bercakap pun tak boleh dah ni.
"Aisy, cakap sikit" panggil Luthfi dan Aisy buat pekak je.
"Pekak! Aku panggil ni" bentak Luthfi dan laju je kepala Aisy berpaling. Tayang muka gangster sambil tanya kenapa.
"semua orang cakap kita gaduh. Kau pehal senyap sangat?" Soalan Luthfi ni mencabar Aisy sebenarnya. Siapa yang mula dulu berdiam diri? Luthfi!
"Mana ada! You tu busy sangat dengan awek"
"Awek? Bila masa aku ada awek?"
"Madina"
"Dia tu kawan aku je la!" Jerkah Luthfi dan Aisy terus terdiam.
"Tapi, Madina suka you" Azra bersuara perlahan.
"Habis tu, aku kena suka balik semua orang yang suka aku?" Soal Luthfi dingin dan Azra jadi speechless. Kata2 Luthfi ni semacam je pedas dia. Azra tak nak pedulikan Luthfi jadi dia meneruskan kerjanya. Luthfi jadi bengang bila dia diabaikan macam tu je.

Luthfi berjalan sekitar mall sebab nak cari barang sikit tapi matanya tertacap pada pasangan yang sangat mesra. Rasa marahnya mula menguasai diri. Dia terus menonong pergi dengan perasaan marah dan menakutkan.
"Long! Siapa ni?" Soal Luthfi kasar bila Luqman bersama dengan seorang perempuan cantik.
"Salina, Ina" Luqman perkenalkan Ina tanpa rasa bersalah serta senyuman yang melebar.
"Long! Fie tak fikir panjang kalau Long curang dengan Aisy. Jangan ingat Long abang Fie, Fie tak sanggup nak tumbuk long!" Bentak Luthfi geram dan buku limanya dikepal.
"Tunang?" Soal Ina seakan terkejut dengan apa yang dikatakan Lutfi. Pastinya dia tak tahu soal majlis pertunangan kekasihnya.
"Ina, ingat tak majlis tunang adik angkat I tu?." Soal Luqman pada Ina.
"Ya. Tapi, tu majlis tunang adik you dengan Aisy. Right?" Soal Ina balik dan Luthfi ternganga sikit.
"Long?" Soal Luthfi minta kepastian.
"She is your fiancee, not mine" Luqman terangkan seringkas yang mungkin, maksudnya senang je nak faham tapi isi dalaman tu yang buatkan orang confuse.
"But, mom and dad said, they want to propose her for you"
"Just a lie. Kami berpakat" jawab Luqman dengan gelak kecil. Luthfi tayang wajah serius dan berjalan pergi dengan laju. Dia perlu dapatkan jawapan daripada parent dia sendiri. Otak dah keliru tahap naik roller coaster dah ni. Bila Luthfi balik ke rumah jawapan sama jugak yang dia dapat. Sah! Memang dia kena tipu dengan family dia sendiri. Sekarang dia mula risaukan Aisy. Dapat ke Aisy terima kebenaran itu? Luthfi tak fikir panjang terus mencari Aisy pula. Dia tak nak Aisy benci dia atas semua ni.

Aisy yang sedang minum air di terpa tanpa salam oleh Luthfi. Untung tak terbalik je kerusi Aisy dibuatnya.
"Aisy! Kau tahu tak siapa tunang kau?" Soal Luthfi terus dan Aisy menahan gelak. Rasa kelakar dengan soalan tak sekolah itu.
"Mestilah!" Jawab Aisy yakin.
"Aisy, tunang kau tu, aku! Kau tahu ke?" Soal Luthfi resah dan Aisy terdiam. Dia terdiam lama dan memandang Luthfi tak percaya. Cincin dijarinya ditenung lama dan matanya mula berkaca. Sedarlah Luthfi yang Aisy tak dapat terima berita ni.
"You tunang I?" Soal Aisy perlahan dan dia bangun dari kerusi. Perlahan lahan dia menjauhi Luthfi. Semua mata dalam cafe sedang memandang mereka tika ini dan pastinya majoriti terkejut.
"Aisy, listen. Aku tak tahu apa2 pun pasal ni." Tegas Luthfi tapi Aisy seakan tak nak mendengar penjelasan Luthfi.
"We will fix it. If you love my brother, i will make you marry him!" Luthfi rasa sakit menyampaikan kata2 itu tapi dia lebih rela sakit sekarang daripada menjadi suami pada orang yang tak sudi.
"Nak fix apanya? Seminggu je lagi" lirih suara Aisy dan dia sudah berdiri di depan pintu sedia untuk pergi. Suasana di cafe juga hening seakan menonton drama live.
"I will. Trust me" Luthfi memberi keyakinan.
"Sampai hati you...sampai hati you tak tahu pun yang I ni tunang you!" Jerit Aisy agak lantang dan satu gelak besar diberikan. Dia melarikan diri meninggalkan Luthfi yang kelihatan bengong semacam je. Luthfi pandang Rezman pelik. Pelik bila Aisy cakap macam tu dan ketawa sakan.
"Dia dah lama tahu" ujar Rezman selamba dan Luthfi rasa dirinya sangat bodoh dan telah diperbodoh.
"Aisy!!!!" Suara Luthfi menggegarkan cafe ini sekaligus membuatkan orang ramai ketawa riuh. Kelakar betul dengan hubungan mereka berdua ini. Selama ini Luthfi cemburukan tunang Aisy yang ternyata dirinya sendiri.

"Aku terima nikahnya Aishah Mariam Bt. Mazlan..." selesai akad itu doa dipanjat dan semua orang sudah rasa senang. Aisy tidak dapat menahan senyum bukan kerana gembira tapi kelucuan bila teringat pergaduhan mereka di awal pagi. Boleh dikatakan tak tidur sebab bergaduh dengan Luthfi. Tapi, seri pengantin tetap ada. Luthfi sebal kena prank tapi dia gembira juga pada masa yang sama. Tetamu memberi ruang kepada Luthfi untuk menyarungkan cincin pada Aisy. Saat kulit mereka bersentuhan Aisy tersenyum dan dia mencium lama tangan suaminya yang dianggap adik2 dulu.
"Cantik kau bertudung" bisik Luthfi di telinga Aisy dan Aisy tersipu. Kali pertama rasanya dia tersipu bila dipuji Luthfi. Pernah ke Luthfi puji dia selama ni? Macam tak je.
"I will wear it forever" ujar Aisy balik dan Luthfi tersenyum puas. Aisy kini hak miliknya! Cewah! Memang hak mutlak la ni, tak boleh di miliki oleh yang lain lagi dah.
"Good" balas Luthfi pula dan mereka berbalas senyum.
"You kena respect I lebih. Because Im older" bisik Aisy balik dan pipi Luthfi dicium sekilas. Luthfi rasakan pipinya membahang tiba2 dan dia cepat2 larikan wajahnya. Dia berlalu dari situ dan bersalaman dengan berberapa orang tetamu.

Luthfi tahu yang Aisy masih lagi segan dengan status baru mereka dan dia pun sama. Dia telah selesai mandi dan bersedia untuk tidur. Aisy masih belum masuk ke bilik tidurnya sendiri sejak tadi. Luthfi bermain dengan jarinya sendiri sementara menunggu Aisy masuk tapi dia mengambil dompetnya dan keluarkan kad pengenalannya. Dia merenung kad itu lama dan letak di atas bantal sebelahnya.
"This is the right time you know the truth" Luthfi ukir senyum dan menutup rapat matanya.
Aisy senang hati bila dia masuk ke bilik Luthfi dah tidur. Dia masuk ke bilik air untuk mandi dan bersihkan diri. Dalam 10 minit dia mandi dia keluar dengan siap berpakaian. Tak perlu nak beli gown tidur seksi sebab majoritinya baju tidur Aisy agak seksi. Tapi, bukan khas untuk menggoda ke apa. Gown tidur yang bercorak kartun, serta paras lutut. Itu sahaja. Aisy mengeringkan rambutnya dan menyiapkan diri untuk tidur seperti biasa. Pakai losyen. Aisy mengemaskan rambutnya dan berjalan ke katil.
"Muat ke bed ni? Aku tidur banyak punya ganas jugak" luah Aisy dan dia pandang Luthfi yang nyenyak. Aisy rebahkan badannya yang penat dan dia rasakan sesuatu di atas kepalanya. Dia mengambil kertas keras itu dan merenungnya lama tanpa sebarang reaksi.
"Kenapa ada kat sini?" Aisy bertanya pada dirinya sendiri dan melirik Luthfi.
"Wait a minute" Aisy keluarkan jari untuk mengira. Habis jari kaki sekali digunanya.
"27?! Aku 25! All this time, dia bukan adik2 la. Mama!" Aisy ketuk kepalanya sendiri dan memandang Luthfi.
"Sah la mamat ni tahu. Malunya aku!" Aisy kutuk dirinya sendiri sebab percaya yang Luthfi lebih muda darinya tapi ternyata salah. Aisy pegang kad itu kemas dan dia memandang wajah Luthfi. Dia mengamati setiap sudut wajah Luthfi.
"You look young" gumam Aisy dan jarinya jatuh pada hidung Luthfi.
"Raja" panggil Aisy perlahan dan dia mula menindih dada bidang itu dengan kepalanya. Luthfi tersedar bila rambut masuk ke dalam lubang hidungnya dan dia membuka mata.
"Aisy..." serak suara Luthfi ketika menyebut nama itu dan Aisy segera memandang wajah Luthfi.
"This" Aisy hulurkan kad itu kepada Luthfi dan senyuman senget diberikan khas untuk Aisy.
"Mati2 I ingat you lagi muda"
"Yes I know"
"Kenapa tak be honest?" Soal Aisy lagi.
"saja. Suka"
"ceit. Tak suka!" Bantah Aisy dan Luthfi gelak.
"Now, show me some respect" ujarnya serius dan Aisy menjauhkan dirinya dari Luthfi. Sebal!
"Faster!" Pinta Luthfi lagi dan Aisy turun dari katil. Aisy berdiri di sebelah katil dan angkat tabik hormat. Meledak tawa Luthfi bila melihat gaya Aisy yang macam anak kecil itu. Luthfi duduk di birai katil dan memandang wajah bersih Aisy tanpa sebarang make up. Dulu dia rasa akan jadi horror tapi bila dia pandang betul2 Aisy lebih cantik macan ni. Nampak macam perempuan yang dia selamatkan dulu. Polos.
"Apa?" Soal Aisy pelik bila Luthfi asyik tenungnya.
"You tergoda dengan I kan?" Soal Aisy dengan senyum keji dan dia bercekak pinggang di depan Luthfi. Luthfi buang pandang pada outfit Aisy dan dia tak nafikan dia rasa getaran tapi tak ada yang boleh sampai bawa kepada bernafsu. Aisy kelihatan sangat pure.
"Tak. Masa kau jadi model, dah biasa sangat tengok." Jawapan Luthfi seperti biasa menikam rasa seronok Aisy dengan pedang sepanjang dua meter je.
"Raja..." Aisy hilang kata2. Betul la kan?jaga aurat kita jadi, bila suami kita yang pandang, dia menghargai. Sekarang dah rugi banyak. Jawapan dah selalu sangat tengok tu buatkan Aisy malu. Malu pada dirinya sendiri. Bukan Luthfi seorang je lelaki yang pernah tengok. Berjuta barang kali. Ah! Dia lemas.
"Jadi, mulai sekarang. Simpan semuanya untuk goda aku ok?" Pinta Luthfi lembut walaupun perminataan tak boleh nak blah. Bahu Aisy dipegang dan Aisy anggukkan kepala.
"Bukan untuk goda you. Kerana Allah" Aisy menambah dan Luthfi tergelak senang. Pakej! Itulah yang difikirnya.
"Jangan jadi tepung gomak lagi. Aku suka kau tanpa make up macam ni!"
"Ya. I selalu pakai make up tebal2 bersebab. I rindukan mama setiap kali tengok wajah I sendiri."
"I understand that. Tapi, lebih baik jangan dera wajah kau ni. Kau nampak jauh lagi cantik macam ni"
"baiklah! You yang cakap. I ikutkan je la " Aisy sengih dan Luthfi ukir senyum. Gembira!

Adam dan beberapa sepupunya menguping nak dengar perbualan Aisy dan Luthfi. Mereka sangka perbalahan yang akan meletus tapi mereka silap. Mereka lebih suka tengok Aisy dan Luthfi bertekak sebab nampak cute je.
"Apa yang kamu buat ni?!" Suara Dato Mazlan meninggi bila menyergah anaknya dan beberapa anak buahnya. Akibat terkejut mereka jatuh di depan pintu. Dato Mazlan maju dan menarik telinga mereka dan membawa mereka jauh dari situ.
"Kalau dah gatal sangat, kawin!" Marah dato lagi dan mereka tayang muka bersalah sambil menggosok telinga masing2 yang dah merah. Lelaki atau perempuan sama je perangainya. Dato Mazlan beredar dari situ selepas memberi amaran keras.
"Kau la ni!" Ujar Adam pada Zahim.
"ni semua plan Nadia. Marah dia" Zahim memindahkan salah itu pada bahu Nadia.
"Nur yang salah!" Nadia pula salahkan Nur.
"Adam! Kau yang setuju!" Akhir sekali berbalik pada Adam dan yang lain bersetuju. Adam sengih dan memeluk bahu Zahim supaya ikutnya ke ruang tamu.

"Jadi, aku lelaki ke-11?" Soal Luthfi bila dia dan Aisy sedang makan buah di pangkin. Mereka kelihatan mesra walaupun sering bertekak. Empat orang manusia yang selalu menyibuk nak jadi paparazzi tu dari atas memandang mereka. Entah apa jadahnya pun tak tahu la.
"Entah. Kenapa?" Soal Aisy balik.
"sebab no more lelaki ke-12" maklum Luthfi dan Aisy tergelak senang.
"Baru je ada impian." Maklum Aisy pula dan Luthfi mulakan sesi penuaannya dengan membuat kedutan di dahi.
"Ok. Gurau je." Aisy mengalah bila tengok wajah bengang Luthfi.
"siapa lelaki pertama?" Soal Luthfi kembalikan suasana normal.
"Zaril, model. Menyampah nak mati! Gunakan I sebab nak femes. Break"
"2, Adam nama dia. Macam hantu perangai. Lawyer, suka menipu. Break!"
"3, Zaidi. Polis. Nauzubillah, garang nak mampus! Break!"
"4, Irfan. Doktor, terlalu busy dan tak appreciate I langsung. Break!"
"Doktor pun kau dapat?" Soal Luthfi seakan tak percaya. Aisy tayang riak bangga dan Luthfi mencebik pula.
"5, Iman. Cikgu. Ya Allah, terlalu berdedikasi dan santun. Tak tergamak nak lukakan hati dia. Break!"
"Bagus apa"
"Tak bagus. Nanti I buli dia pulak"
"Ok. 6?"
"6, kawan satu sekolah dulu. Johan. Dia tu macam hantu jugak, suka ambil kesempatan" terdengar keluhan yang Aisy lepaskan.
"7, photographer. Yang ni paling tak boleh blah. Dia nak buat koleksi gambar tak senonoh I rupanya. Ya Allah. Nak tembak je dia rasanya"
"Kurang ajar betul budak tu. Dia duk mana?" Soal Luthfi garang dan Aisy tahan gelak.
"Entah, tak payah nak tunjuk gangster sangat"
"Heh. RAJA LAUT ok!" Dia tegaskan dan Aisy gelak lagi. Sebab tu la dia panggil Luthfi ,Raja.
"8, Rayyan. Artis tu. Yang kita jumpa dan you tolong I. Playboy mati kut!" "Ok. Ingat dia. 9? Reza tak guna tu kan?"
"Haah. Cakap pasal dia rasa macam best je.  Rindu pulak kat dia" luah Aisy dalam, Reza la kekasih dia yang paling lama setakat ni.
"Aisy, you didnt mean it!" Keras suara Luthfi.
"I mean it. I miss him. Cara dia layan I, hurm...sangat gentleman"
"ah! Pergi mati la dengan dia. Setan jahat dia tu"
"Ya la. Lagipun I dah tak jumpa lagi dah."
"Good. better dont. Kalau tak bersepai gigi mamat tu" Luthfi beri amaran lagi dan Aisy kecut sikit. Bukannya boleh buat main sangat amaran Luthfi ni.
"10, long?"
"tak. Bukan long. Tapi, Mizan"
"Ha? Siapa?"
"Mizan ni baru je balik Malaysia. Dia tak kenal I. Muda lagi, 19"
"what? Anak ikan ke?"
"gila! Mana ada, dia cute kut" Aisy sengih.
"Dia tahu tak kau tua dari dia?"
"tahu. Dia cakap tak kisah. Lagipun dia datang terus kat I dan cakap dia suka I"
"kid! Macam mana aku boleh tak tahu ni?" Soal Luthfi lagi. Dia tak pernah tengok Aisy dengan sesiapa sejak putus dengan Reza.
"Secret lovers la. 10 hari je. Tu pun dia bercuti kat hotel ni. Dia minta I jadi teman dia sepanjang dia kat sini"
"oh, ceit. Tapi, masa tu kau tunang aku kan?"
"yup!" Aisy sengih.
"Curang dengan aku!"
"Geli! You tu asyik dengan Madina je."
"ish! Tu kes lain. Dia kawan lama. Kau tu, dengan anak ikan!"
"Anak ikan? No way la. I just like him. Young man!" Aisy tayang sengih dan Luthfi buat muka keji. Aisy ketawa pulak dengan respon Luthfi.
"so, aku lelaki ke-11?" Soalnya lagi sekali dan Azra angkat bahu.
"lelaki tu semua yang I bercinta. Kita bercinta ke?" Soal Aisy
pula.
"Mestilah. Sejak akad kita bercinta ok.  So, aku lelaki ke-11"
"o...kay..." jawab Aisy lambat2.
"So, mulai hari ni kita dating" ujar Luthfi lagi dan Aisy tergelak kecil. Pelik betul la perangai Luthfi ni. Aisy masukkan epal ke dalam mulutnya dan memandang ke laman.
"as a start..." Aisy melirik ke arah Luthfi yang memandangnya.
Cup!
muka Aisy membahang tiba2 dan dia menyentuh bibirnya. Luthfi dah selamat berlari masuk ke dalam rumah.

"kyaaaa!!!!" Jerit empat orang yang dari tadi jadi pengendap tak berlesen. Mereka pulak yang terlebih teruja tengok adegan tadi siap terlompat lompat bagai.

Aisy masih teringatkan peristiwa pagi tadi, sejak itu dia menghilangkan diri di banglo besar ni dan mengelak daripada bertemu mata dengan Luthfi. Dia akui yang dia malu teramat. Aisy menghitung rumput di belakang rumah sebab itu adalah tempat yang terbaik untuk dia bersembunyi. Lagipun, ada pokok yang agak rendang di situ jadi dia dapat berteduh dengan selesa.
"Sampai bila aku nak bertapa kat sini?" Soal Aisy sendiri dan dia menyentuh bibirnya.
"Ah...Amar Luthfi! Apa kau dah buat ni?" Soal Aisy geram dan menggigit gigit bibirnya sendiri. Dia menggelengkan kepala bila dia kembali ingat moment tak patut itu.
Luthfi asyik memerhatikan Aisy yang sedang ralit mencabut rumput di bawah pokok rendang itu. Dia tersenyun senang bila melihat wajah malu Aisy tadi.
"well, i brave enough" dia memuji dirinya sendiri bila dia berani untuk buat benda tu tadi.
"dia yang salah, buat muka innocent sangat" Luthfi tak rasa bersalah malah dia salahkan Aisy yang membuatnya tertarik.
"dia marah ke?" Soal Luthfi balik tapi dia senyum je dan masuk ke dalam bilik. Untuk menunggu Aisy masuk.

Aisy membuka pintu bilik, dia fikir apa sekalipun dia tetap akan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia takkan gentar dengan Luthfi dan rasa malunya juga sudah mula menghilang. Tak ada apa yang perlu Aisy risaukan sekarang. Aisy menarik nafas dan menutup pintu bilik setelah melangkah masuk. Sebaik dia berpaling dia terkejut yang Luthfi sedang berdiri memandangnya. Luthfi berjalan ke arahnya sehingga dia bersandar pada pintu. Tangannya mencapai tombol tapi tangan Luthfi memegang tangannya.
"Kau pergi mana?" Soalnya selamba dan Aisy telan liur.
"rest" jawab Aisy cuba untuk bertenang.
"mana tu tempat" dah tahu lagi nak tanya si Luthfi ni.
"laman belakang" jawab Aisy lagi dan Luthfi berpuas hati. Luthfi terus mendekati Aisy dan Aisy rasa kali ini dia perlu protect diri sendiri. Aisy tanpa sengaja mengangkat kaki kanannya dan mata Luthfi membesar. Luthfi terduduk menahan sakit bila tempat pribadinya terkena lutut Aisy. Aisy terkebil kebil sebelum buka pintu dan melarikan diri lagi sekali. Penjenayah melarikan diri! Aisy berlari masuk ke bilik kembar itu dan melihat Haliza ada di sana. Haliza pun terkejut bila Aisy terpa masuk macam tu je.
"Terkejut aunty. Lari dari apa ni?" Soal Haliza dan Aisy sengih sikit. Aisy cuit pipi gebu twin tu dan duduk dengan lelah masih bersisa.
"Luthfi?" Soal Haliza seakan mengerti.
"Yep. He is, scary" luah Aisy dan Haliza tergelak kecil. Suami sendiri dilabel scary. Tak tahu la macam mana tu.
"Nak tidur sini la" Aisy pejam mata dan mula lelap sekejap je. Haliza tersenyum melihat anak tirinya itu dan dia letakkan kembar ke dalam buai.

Aisy buka mata bila dia mimpikan Luthfi. Sampai jatuh katil lagi. Aisy menyeringai kesakitan dan dia berdiri sambil menggosok pinggulnya yang senak. Dia mencapai telefon dan meniarap di atas katil.
"Google sikit. Apa effect kena tendang macam tu" Aisy mula risau dan dia menaip sesuatu.
"boleh menyebabkan kesakitan yang lama."
"Habislah, kalau masuk hospital lepas tu didakwa mendera. Jadi kes dera suami ni!" Aisy menggumam takut dan dia membaca sebab lain.
"mandul?" Nak pengsan Aisy bila sebut perkataan horror itu.
"habislah, aku kena kawin lain sebab tak dapat anak dengan dia" Aisy mengarut lagi dan dia membaca akibat terakhir.
"Mati?!" Aisy terbangun dari katil dan dia campakkan telefon serta berlari ke biliknya . Laju betul kaki dia melangkah dan sebaik dia berada di dalam bilik Luthfi tiada di situ.
"Raja..." panggil Aisy perlahan tapi tiada sahutan. Aisy ke bilik air dan membukanya sebab tak berkunci. Dia masuk lebih dalam dan terhenti bila melihat sekujur tubuh sedang lena di dalam tab mandi.
"Raja..." panggil Aisy lagi dan tetap tak ada sahutan. Aisy kalut sendiri dan berlari ke arah tab mandi, akibat tak memakai selipar dan lantai licin Aisy tergelincir dan selamat masuk ke dalam tab mandi itu. Aisy dah basah kuyup dan berada betul2 atas badan Luthfi.
Luthfi tersedar dari lena bila dia termimpi ada batu besar yang jatuh atas badannya. Sumpah! Mimipi paling ngeri bulan ini. Luthfi membuka matanya dan dia memandang Aisy yang berada di atasnya. Aisy memegang kedua pipinya dan bernafas lega saat mata mereka bertemu.
"You are fine" luah Aisy lega.
"Aku ok. Tak mati la kena tendang sikit macam tu"
"Tapi, google cakap boleh bawa mati"
"heh. Kalau nak buat research pun kena la pandai cari info."
"ceit. Sorry. Tak sengaja" pinta Aisy.
"sokay. Serius, memang tak sakit pun"
"ya ke? You look bad je tadi"
"sebab aku malu. Serius, tak kena dan tak sakit pun"
"baguslah. Risau I. Kalau you mandul, I kena kawin lain nak dapt zuriat" Aisy melalut lagi dan Luthfi ketawa besar. Kartunnya otak si Aisy ni.
"Drama!" Luah Luthfi dan Aisy gelak lagi. Aisy diam seketika bila dia baru je sedar yang dia dah basah kuyup. Dia pandang dirinya dan dia pandang Luthfi yang tak berbaju. Dalam tab mandi pulak tu!
"wait! Are you naked?" Soal Aisy segan dan mukanya memerah serta merta. Luthfi dengan selamba badak angguk dan tersenyum miang.
"Raja!!! Let me go!!!" Tempik Aisy dan cuba bangun dari duduknya yang selesa tapi tangan sasa Luthfi menghalang.
"jadah apanya? Aku pakai shorts la" ujar Luthfi dengan sengihan panjang dan Aisy lega sangat.
"but, half naked" Luthfi menyambung dan muka Aisy terus membahang. Ikutkan hati dia nak je ketuk kepala Luthfi. Geram!
"I...I nak...keluar" ujar Aisy dan cuba untuk bangun. Luthfi membantu Aisy untuk keluar dan berdiri di tepi tab mandi.
"nak pergi mana?" Soal Luthfi bila Aisy menonong mahu pergi.
"Masuk"
"kau basah. Biar aku yang masuk ambilkan tuala" Luthfi keluar dari tab mandi dan jelaslah dia memakai seluar pendek. Luthfi selamba badaknya mengambil shower dan mandi seketika. Di depan Aisy secara live. Tak malu sungguh! Aisy rasa macam nak lari rempuh dinding je sekarang ni.
"Dah?" Soal Aisy geram bila Luthfi mengambil tuala dan menyalin pakaian basahnya. Sekali lagi Aisy rasa semput bila tanpa segan Luthfi buat aksi tak senonoh depan Aisy. Luthfi tersengih dan mengambilkan tuala kering untuk Aisy. Aisy menyambut tuala itu dan menyalin pakaian basah serta mandi seketika. Bila dia dah kering dia berkerut.
"Baju salin?" Soal Aisy pada dirinya sendiri dan dia telan liur. Zohor dah lewat sangat, takkan tak nak solat. Aisy tebalkan muka dan masuk ke dalam bilik terus menuju ke almari. Pakaian diambil dan dia berlari ke bilik air semula. Luthfi nampak atau tak dia dah tak peduli.

Aisy dah gaya berkawad kaki di depan kolam renang sebab tak puas hati Luthfi pergi parti kawan dia tak ajak. Benci!
"mana laki aku ni?" Soal Aisy dan masih lagi ke hulu ke hilir. Sibuk dia berkawad satu kereta hitam masuk dan itu bukan kereta Luthfi. Aisy berlari ke arah kereta itu dan orang yang keluar dari situ ialah Madina. Bukan hanya Madina, Luthfi pun ada sama tapi pengsan. Pengsan?
"kenapa dengan Luthfi?" Soal Aisy kalut dan memapah Luthfi. Dia tak suka perempuan lain sentuh Luthfi. No way!
"tadi I cross jalan, then ada satu motor almost langgar I. Luthfi tolak I dan dia jatuh. Then, pengsan" cerita itu tak dapat ditelan dengan baik oleh Aisy.
"kenapa tak pergi klinik?" Soal Aisy pada Madina.
"i want to but, i think i should bring him home"
"ok. Btw, thanks a lot" Aisy berikan senyuman dan menyalami tangan Madina. Dia meletakkan Luthfi di sofa dan menghantar Madina ke kereta. Aisy masuk semula ke dalam rumah dan menutup pintu rapat. Dia melihat Luthfi yang lebam di bahagian dahi. Mungkin sebab itu dia pengsan kut. Aisy ke dapur dan ambil tuala panas untuk menuam lebam Luthfi.
"Madina..." mata Aisy membesar bila nama itu yang meluncur keluar dari mulut Luthfi. Ikhlas, dia cemburu. Aisy tekankan lebam Luthfi dengan kuat sehingga Luthfi tersedar sebab kesakitan.
"Ahhh..." Luthfi pegang dahinya yang lebam dan membuka mata perlahan lahan. Aisy dah hilang belas pada Luthfi yang dia rasakan kini geram dan marah.
"Aisy, macam mana aku balik?" Soal Luthfi.
"Tak ingat ke? Ya Allah, you balik dengan bidadari kut. You selamatkan dia macam selalu, then dia bawa you balik terbang naik unicorn. Ingat?" Soal Aisy geram dan dia campak tuala ke atas sofa. Dia ingin berlalu tapi tangan Luthfi memegang lengannya.
"sorry" pintanya.
"sorry? You jadi hero selamatkan orang kut. I patut happy sebab kawin dengan superhero." Sinis sekali jawapan Aisy dan dia masih lagi cuba untuk pergi tapi tak berhasil.
"Aisy..."
"Amar Luthfi, sejak kita pindah rumah ni, you selalu busy, selalu keluar dengan Madina. Who is she and who am I? Why I cant attend your friends party? Why you always help her?" Soalan demi soalan meluncur laju dari mulut Aisy dan Luthfi terkedu. Dia dah banyak kali lukakan hati Aisy rupanya.
"Aisy, aku tak..."
"dah la Amar Luthfi. Malas I nak cakap dengan you. Mulai hari ini, I akan stay di rumah pekerja. I akan stay dengan Kak Farah. Dalam rumah ni, sendiri macam bodoh je."
"Aisy, aku mintak..."
" Why are you doing this to me?Hubungan kita elok minggu pertama kahwin je, sejak pindah you dah abaikan I." Air mata Aisy menuruni pipi dan Luthfi tahu itu semua salahnya. Dia terlalu sibuk dengan urusan luar.
"Aku tak abaikan kau. Tapi, rumah ni terlalu kecil..."
"dulu I ajak stay rumah I you kata tak nak. Nak jugak sewa rumah. So, apa sekarang?" Suara Aisy meninggi dan Luthfi pandang Aisy tajam.
"Im sorry!" Pinta Luthfi geram. Aisy tarik nafas dalam2. Dia tak nak bergaduh dengan Luthfi. Dia tak nak jadi seorang isteri yang derhaka. Dia tak nak Luthfi benci dia.
"fine..." Aisy mengalah dan lepaskan pautan Luthfi dengan lembut. Dia berjalan ke bilik dan sambung menangis.
"orang lain happy je hidup rumah kecik" luah Aisy dan mengesat air matanya.

Luthfi benci bila dia buat Aisy menangis dan dia benci diri sendiri bila marahkan Aisy.
"Dah ok?" Soal Madina bila muncul di depan Luthfi. Luthfi tayang muka bengang dan dia menarik nafas dalam2.
"Madina! Aku tak sukakan kau! Tolong faham!" Tegas Luthfi pada Madina.
"i like you, love you. Aisy tu siapa? Dulu dia sendiri yang cakap kat saya yang dia langsung tak sukakan awak"
"dia isteri aku, kau siapa?" Soal Luthfi sinis.
"Awak ada setiap kali saya susah"
"sebab kita kawan. Aku tolong kau sebab kawan"
"tapi..."
"kenapa perempuan ni susah sangat nak faham? Kalau kau terus macam ni, baik kita tak payah kawan!" Luthfi tinggalkan Madina seorang diri dan dia menonong pergi ke satu bukit di tepi pantai. Aisy yang kebetulan nampak pergaduhan itu mengikut Luthfi. Dia tak pasti kenapa dia nak ikut tapi dia tetap ikut jugak. Dah gaya pengendap bersiri je ni. Aisy garu pipinya bila dia sampai di sebuah rumah yang sederhana besar tapi cantik. Kawasan laman masih lagi kosong dan dia dah kehilangan jejak Luthfi sebab kagum sangat dengan rumah cantik tu.
Bunyi barang jatuh buatkan Aisy terkejut dan dia pasti bunyi itu datang dari dalam rumah itu. Aisy mengendap lagi dan mengintai dari luar. Dua tin cat jatuh dan tumpah di atas lantai rumah yang cantik ini. Luthfi yang menyebabkan cat itu jatuh dan tumpah.
"Aisy, ni rumah kita. Aku nak sediakan rumah yang cantik untuk kita. Kenapa mesti kita gaduh?" Soal Luthfi geram pada dirinya sendiri dan Aisy tergamam. Dia menepuk dahinya sendiri sebab dah bertindak terburu buru. Aisy beranikan diri untuk mendekati Luthfi dan dia tak fokus pada kakinya. Akibat licin tumpahan cat Aisy jatuh.
"Raja!!!" Aisy terjerit nama Luthfi bila dia hampir jatuh dan akhirnya dia selamat jatuh atas cat dan bajunya kotor terus. Bukan je baju, tudung, kasut dan hampir semuanya terkena cat. Luthfi yang terkejut berpaling dan melihat Aisy dah elok tidur atas lantai yang dipenuhi tumpahan cat.
"Ya Allah! Aisy!"
"jangan!" Macam sia2 je larangan Aisy bila Luthfi dah jejak lantai bercat ni. Luthfi membantu Aisy bangun dan dia berkerut bila melihat penuh cat di belakang badan Aisy.
"Raja, I..."
"lets help you clean." Luthfi tarik tangan Aisy dan terus menonong ke pantai. Aisy dan Luthfi masuk ke dalam laut dan cat mula luntur dari pakaian Aisy. Dah la warna merah.
"Kakak! Darah!" Jerit Adam kuat. Entah bila budak ni muncul.
"oh man! Kena gigit jerung ke?!" Soal Rezman ikut sama terkejut. Aisy yang takut bila nama jerung disebut terus melompat atas badan Luthfi.
"i tak nak hilang kaki!" Jerit Aisy dan merangkul erat leher Luthfi.
"Aisy, kau landing atas cat merah tadi. Thats why air ni bertukar merah" Luthfi berkata mendatar dan Aisy tersengih.
"im dying. Help me" Aisy buat2 mati dan tenggelam dalam air. Luthfi berkerut dan mengangkat Aisy daripada terus tenggelam.
"baju kau warna putih kut. Nampak semua kat dalam ni" bisik Luthfi dan Aisy rasa mukanya membahang dan dia sembunyikan diri di belakang Luthfi.
"macam mana ni?" Soal Aisy dan menyorok dibelakang Luthfi. Luthfi tanggalkan bajunya dan hanya memakai singlet hitam.

semua mata dah pandang Luthfi yang nampak macam hot la kut. Aisy pulak jadi tak senang sebab mata yang pandang Luthfi semuanya perempuan. Luthfi nampak hot tapi Aisy pulak dah jadi pakai jubah sebab pakai baju merah Luthfi yang agak labuh. Aisy sempat jeling beberapa orang perempuan yang memandang Luthfi taksub. Aisy merengus kasar dan menjauhi Luthfi dengan melompat naik ke atas belakang Adam.
"Adik, bring me home" ujar Aisy merengek manja dan Adam ukir senyum.
"Abang macam mana?" Soal Adam pula.
"Biarkan dia rasa jadi tontonan umum. Bangga la sangat"
"Tapi, kakak pun nampak hot. Tengok tu, mat saleh usha kakak" ujar Adam sambil tergelak kecil. Aisy ikut sama gelak dan melambaikan tangan kepada mat saleh itu. Tiba2 Aisy rasa tubuh dia melayang dan kini dia berada dalam rangkulan Luthfi.
"Raja!"
"Jom balik tukar baju" Luthfi terus mendukung Aisy tanpa hiraukan orang tamai yang melihat mereka. Adam berpeluk tubuh dan ukir senyum bahagia. Nakal sungguh pasangan ini.

Aisy jeling Luthfi yang sedang membantunya menanggalkan cat yang masih bersisa di tangan. Luthfi khusyukkan diri walaupun dia rasa segan dengan renungan dalam dan lama Aisy.
"so, all this time, you busy siapkan rumah tu la ya?"soal Aisy pecahkan rasa sunyi itu. Luthfi pandang Aisy dan membalasnya dengan anggukan je.
"sorry, salah faham" pinta Aisy dan Luthfi senyum.
"I akan tolong you hiaskan rumah tu. Kita akan sama2 buat. Ya?"
"ya. Surprise aku pun dah tak jadi. Kau dah rosakkan semuanya"
"I tak ada niat pun. Penasaran je. You tu macam jadi suami curang je"
"I what?!" Soal Luthfi tak berpuas hati dengan panggilan itu. Aisy ukir sengih dan buat tak layan je apa yang Luthfi tanyakan itu. Dia pasti yang Luthfi dengar yang dia panggil Luthfi 'suami curang'. Hahaha.
"kau ni memang sengaja nak cari pasal kan?" Soal Luthfi buat2 merajuk dan Aisy gelak besar pula. Dia tak pernah nak tengok Luthfi sampai tahap nak merajuk macam ni. Aisy dekatkan dirinya dan mencium hujung hidung Luthfi sehingga Luthfi terngadah.
"i like your nose" ujar Aisy sambil tersenyum simpul. Luthfi dekatkan dirinya dan hujung bibir Aisy dicium sekilas.
"i like your lips" balas Luthfi balik, sengaja nak berikan natural blusher.
"i like it" gumam Aisy perlahan dan Luthfi membesarkan matanya.
"i can give you more..." pelawa Luthfi bergurau dan Aisy tergelak sambil gelengkan kepala.
"tak nak dah?" Soal Luthfi sakan.
"lain kali" jawab Aisy dan gigit bibir bawahnya. Luthfi malah senang dengan jawapan sedemikian.

Seronok betul hiaskan rumah sama2 sampaikan orang lain dah tak jadi tumpuan mereka berdua. Aisy dan Luthfi seakan berada dalam hidup mereka sendiri. Orang lain yang banyak menolong seakan tak dihargai. Hihihi.
"aku lebih suka dua orang ni gaduh daripada rasa diabaikan macam ni" rungut Jai bila Aisy dan Luthfi tak pedulikan mereka langsung. Luthfi menyekeh kepala Jai yang mengada. Aisy senyum je sebab tahu yang Jai tak maksudkannya.
"aku tak mintak pun korang tolong. Korang tu yang rajin sangat" balas Luthfi tanpa rasa berdosa langsung dan kawannya menumbuk bahunya keras.
"kalau marah pun, janganlah dera suami I" Aisy mengusap belakang Luthfi lembut menyebabkan yang lain tayang muka menyampah. Luthfi pegang lembut jemari Aisy dan tersenyum bahagia.
"mula dah!!!" Jerit Adam, Rezman, Jai serentak dan mereka terus keluar dari rumah itu. Aisy ketawa besar dengan respon mereka bertiga. Dasar lelaki2 pelik.

Aisy tak pasti kenapa dia sangat bersemangat untuk siapkan bilik tidur mereka terlebih dahulu. Walaupun rumah barunya dan Luthfi sudah siap sepenuhnya. Hanya tinggal untuk belikan perabot je. Aisy dah advance belikan katil dan almari di dalam bilik tidur mereka. Dinding kaca yang setentang dengan laut menenangkan Aisy. Luthfi memang pandai memilih tanah dan bentuk rumah. Aisy tampalkan gambar kahwin mereka di sekitar kaca sebagai frame. Rare sikit!
katil dihias dengan cantik dan semuanya lengkap. Hanya bilik tidur yang siap dengan sempurna dan menjadikannya seakan rumah itu sudah siap untuk terima tuannya. Aisy menghantar SMS kepada Luthfi supaya datang ke rumah mereka. Aisy letakkan telefon dan dia menukar kepada gaun yang dia baru sahaja dia beli. Khas! Untuk suaminya. Heh! Agak seksi tapi, why not, berdua dengan dia je kut nanti.

Luthfi yang baru sahaja selesai bermain bola tampar pantai membaca mesej yang Aisy hantarkan. Dia ukir senyum dan mengesat peluhnya yang mengalir.
"nak kena kemas rumah la ni" gumam Luthfi tapi dia tetap dengan senyuman manisnya.
"dude! Blah dulu" Luthfi terus tinggalkan court dan berjalan kaki aje ke rumah baru mereka. Alang2 dah kotor apa salahnya kalau dia sambung mengemas rumah. Senang. Tak kena bersihkan diri acap kali. Luthfi letakkan tuala kecilnya dan masuk ke dalam rumah. Dia mencari Aisy tapi tak jumpa. Dia melangkah ke bilik dan pintu bilik dibuka dengan luas. Mata Luthfi terbuka seluas langit bila melihat Aisy yang berdandan khas hanya untuknya. Sangat cantik gaun labuh yang tersarung di badannya. Aisy ikut sama terkejut tapi dia malah berkerut bila melihat penampilan Luthfi. Serabai!
"Aisy..." panggil Luthfi perlahan seakan nama itu keluar sendiri dari mulutnya. Kaki Luthfi mula melangkah mendekati Aisy tapi Aisy melarikan dirinya dengan melompat ke atas katil.
"hey, why?" Soal Luthfi pelik bila Aisy pandang Luthfi semacam dan melarikan diri darinya.
"dont even a step!" Halang Aisy lagi bila Luthfi buka satu lagi langkah. Badan Luthfi kaku dan dia pandang Aisy yang gerun sangat melihat dia.
"you look hot but, no way! You cannot close to me with sweats!" Halang Aisy keras dan Luthfi pandang dirinya. Dia garu belakang kepala dan gigit bibir bawahnya. Ish! hasratnya nak memeluk Aisy terus dibatalkan.
"Aku balik mandi, tukar baju dulu. Ok?" Pinta Luthfi gelabah. Dia dah rosakkan suasana romantik malam ini. Aisy mengeluh dan bersila atas katil,angan yang dia akan terus peluk Luthfi berkecai macam tu je. Luthfi rasa bersalah bila dia dah spoil mood malam ini.
"Aku balik mandi ya?" Ujar Luthfi lagi dan Aisy hanya gelengkan kepala. Aisy turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air. Dia menukar bajunya semula dan rambut yang dilepaskan tadi disanggul kemas dan dia pakai kembali tudung.
"kenapa tukar?" Soal Luthfi gelisah sebaik Aisy keluar dari bilik air dengan pakaian kasual.
"Well, I dah prepare dinner. I tak rasa fit nak dinner dengan you kalau pakai over macam tu. Macam ni dah elok la kut" ujar Aisy dengan suara mendatar dan duduk di meja bulat yang ada didalam biliknya.
"Aisy...aku..."
"jom makan! Dinner is ready" Aisy pelawa Luthfi terus dan Luthfi berjalan ke arah meja itu. Luthfi duduk dan meraih tangan Aisy lembut.
"Im sorry." Pinta Luthfi dengan rasa bersalah menggunung. Aisy ukir senyum dan anggukkan kepala.
"sokay. Kita makan dulu" ujar Aisy lembut dan mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Luthfi dah hilang rasa lapar bila keadaan jadi kekok macam ni.
"kau sepatunya cakap..."
"sokay la. Main apa peluh2 ni?" Soal Aisy segera alih topik. Luthfi menunduk dan pandang pinggannya.
"volley" jawab Luthfi perlahan. Aisy lap peluh yang masih bersisa di dahi Luthfi.
"I appreciate you terus datang bila I mesej"
"I have ruined your plan"
"fine. I tak marah pun. But, you should take your bath. Busuk" usik Aisy dan Luthfi senyum segaris.
"I really want to be here with a nice outfit." Ujar Luthfi lagi dengan wajah menyesal  dan Aisy ukir senyum lagi.
"its fine. Lets enjoy our dinner ok?"
"yes" Luthfi setuju dan mereka terus makan sambil bercerita. Aisy kemaskan meja yang mereka gunakan dan entah bila Luthfi decide untuk bersihkan diri. Jai la penyelamat dia malam ini, untung Jai ada berdekatan dan membawa suit yang sesuai untuk Luthfi secara rahsia. Cewah! Macam ada dalam misi pulak. Luthfi bersiap dan dia tersenyum memandang dirinya di dalam cermin.
"Raja, jom ba..." Aisy hilang kata2 bila melihat Luthfi di depannya dengan wajah baru. Super hensem! Aisy dengan mata yang terbuka luas hanya mampu terpaku di depan pintu. Luthfi mendekatinya dan memeluknya erat.
"aku tak boleh simpan lagi. Aku cintakan kau" ucap Luthfi ikhlas dan Aisy masih lagi terkejut dan tak dapat nak respon apa2.
"Aisy, I love you so much. Kenapa kau tak respon ni?" Soal Luthfi dan memandang Aisy yang kelihatan bingung je. Luthfi rapatkan bibirnya dan Aisy tersedar dalam mimpi indahnya. Aisy membalas pelukan Luthfi lebih erat.
"I love you more" balas Aisy dan senyum bahagia.
"hensem!" Puji Aisy bila Luthfi tatap matanya dalam. Luthfi senyum dan mencium dahi Aisy pula.
"Should I change?" Soal Aisy bermaksud menukar pakaiannya semula.
"dont have to. You always look beautiful, no matter you wear, i always love you"
"Raja, I tak kenal diri Amar Luthfi yang sweet macam ni" Aisy pun janggal betul dengan perangai Luthfi yang baru je dia nampak ni.
"This is part of me that you have to find out."
"i like it. I like you"
"great! Queen. Im yours and you are mine. Ok? "
"my last and eleventh man. Yes, im yours and you are mine" balas Aisy balik dan dia tersenyum bahagia.

"Queen! Wake up!" Jerit Luthfi dari bilik air bila Aisy masih lagi lena di atas katil.
"Raja, lets sleep more." Ajak Aisy pula dan Luthfi ketawa.
"tak boleh la love. Come my queen, kita na solat subuh ni." Ajak Luthfi lagi dan Aisy buka matanya dan turun dari katil. Dia menonong ke bilik air untuk mandi. Setelah dia mandi dia keluar dan solat berjemaah bersama Luthfi.

Luthfi membuka almari untuk mendapatkan baju yang sesuai untuk resepsi perkahwinan Jai malam ini.
Tangan dia berhenti memilih kemeja bila ada satu kot yang sangat familiar dengan dia dahulu. Aisy pelik bila Luthfi hanya berdiri dan diam di depan almari. Aisy mendekati Luthfi dan memandang apa yang disentuh Luthfi.
"ah, ni kot lelaki yang tolong Aisy. Masa tu hujan, dia bagi kot ni sebab dia dah buat Aisy basah dengan lopak air" Aisy ukir senyum lucu bila teringat peristiwa itu. Lelaki yang dia tak sempat pun nak pandang wajahnya.
"kenapa Queen berhujan?" Soal Luthfi pula.
"that day, Aisy dapat tahu yang papa kahwin lagi" jawab Aisy perlahan.
"kenapa terus pergi macam tu je. At least, Queen kena ucap terima kasih kat dia" ujar Luthfi tenang.
"yes, I should. But, I just..."
"wait! Mana Raja tahu yang Aisy pergi macam  tu je?" Soal Aisy kaget.
"This is mine" dengan tenang Luthfi keluarkan kot itu dan menyarungnya di badannya. Mata Aisy meluas dan dia kehilangan akal waras seketika.
"Raja?!" Soal Aisy terkejut.
"yep! Ingat tak masa abang tanya, kita pernah jumpa ke tak. That time la abang ingat kita pernah jumpa"
"oh! Kenapa tak cakap?"soa Aisy geram.
"entah. Sebab kita selau gaduh kut" jawab Luthfi tenang dan Aisy senyum.
" Aisy suka betul dengan bauan di kot ni. Bila Aisy sejuk or alone, Aisy akan pakai kot ni. Aisy rasa tenang sangat" cerita Aisy ringkas dan Luthfi senyum.
"Since kita kawin, tak pernah pun Abang tengok Queen pakai"
"Because, i love the smell on you. Aisy tak fikir pulak yang bauan ni dari orang yang sama" ceria betul suara Aisy bila kebenaran terungkap.
"Kalau abang tahu Queen love me this bad, dah lama Abang lamar Queen"
"Yep. Kalau Raja dari awal cakap pasal ni, dah lama Aisy confess. Tak perlu nak jadi lelaki ke-11 pun"
"Sokay, now. Im your eleventh and last man. Right?"
"yep!" Jawab Aisy teruja dan melompat untuk memeluk Luthfi. Mereka berpelukan lama sehingga majlis resepsi Jai yang sudah bermula tak dihiraukan lagi dah. Hahaha. Kejam betul jadi kawan dua orang ni.
"Queen, we should attend Jai's wedding" bisik Luthfi di telinga Aisy bila mereka dah terlalu lama berpelukan. Aisy rasa mukanya membahang dan dia rungkaikan pelukan.
"Ya. You are right" Aisy betulkan pakaiannya dan senyum memandang Luthfi.
"We will continue it later. After we finish with Jai" ujar Luthfi tenang dan Aisy dalam segan anggukkan kepala bersetuju.
"Shall we? My queen?" Pelawa Luthfi lembut. Aisy capai tangan Luthfi dan senyum.
"Yes, My King" jawapan itu membuatkan Luthfi senang dan mereka berjalan keluar dari rumah mereka dengan bahagia.

Bila ada cinta pasti ada bahagia.
Bila ada bahagia pasti ada kita.
Bila ada kita, cinta pasti bahagia...