Saturday, 22 August 2015

Cerpen : Suami Aku Cikgu Ganti?!

#citer ni macam budak2 la sikit kut. Hihihi...and tak panjang. Tak bercadang nak cerita panjang2 pun. Hihihi.

-Qaisara-

Heh! Satu sekolah kut kenal aku yang perempuan tak macam perempuan sangat ni. Brutal, kejam sikit dan nakal la yang banyak. Peduli apa kan? As long as zaman sekolah aku gempak habis and, sweet memories of course.
"Qai!!!" Minah ni kalau panggil nama aku memang pitch tinggi gila. Aku harap dia jadi penyanyi soprano nanti. Biar boleh pecah gelas terus.
"Apa?!" Soal aku bengang plus malas. Nak ponteng kelas Sir Asmadi ni!
"Sir Asmadi accident!" Suaranya Ya Allah, macam aku duk tiga batu dari dia.
"Accident?!" Soal aku terkejut, sengaja jugak tinggikan suara biar dia rasa sakit telinga sama macam aku rasa. Hehehe.
"Iya!..." selanjutnya dia bercerita siap ada gaya dan bunyi lagi. Pergh! Lengkap sempurna cerita dia, macam tengok video.
"Selamat tak?" Soal aku malas bila dia dah habis bercerita. Cerita pendek je, Sir Asmadi accident langgar lembu. Tu je pun, tapi kronologi Ola, kawan baik aku ni boleh buat novel bersiri macam novel Harry Potter.
"Ada kat hospital. Patah kaki" akhirnya,berakhirlah penerangan panjang lebar si Ila ni.
"So, sir tak masuk la kan?" Soal aku dengan kening meninggi sikit. Kikiki.
"Masuk! Masuk hospital" jawapan sengal Ola buatkan aku rasa nak tolak dia dari bangunan tiga tingkat ni.
"Aku nak ponteng ni, nak join ke?" Soal aku lagi dan buat kali pertamanya Ola menolak. Tetiba insaf je kawan aku ni kenapa?
"Ada cikgu ganti!" Aish! Rosak plan, tapi, since when KDA aku ni suka bila ada cikgu masuk kelas. Hah! Jangan nganga apakebenda KDA tu, maksudnya KAWAN DUNIA AKHIRAT. Bosan asyik guna BFF (BEST FREN FOREVER) hihihi.
"Bosannya!" Rungut aku dan hentikan kaki untuk melangkah.
"Heaven siot! Sir K tu super hensem" apa nama dia? Sir K? What kind of name tu?
"Sir Kacak bro!" Terus dia bagi penerangan. Nasib baik muka aku tak sempat nak tayang riak bodoh. Sengal punya minah! Sir K? Kahkahkah!
"Wekk!!!" Aku buat2 nak muntah dan Ola tepuk belakang aku dan tarik tangan aku ke kelas. Aish! Minah ni memang menyusahkan aku betul la.
"Jangan panggil aku bro la dude" aku marah Ola pula. Setiap hari dia panggil aku macam tu. Duk doa aku jadi bro dia pulak.
"Jom masuk! Get ready!" Gila! Satu kelas ni diam dan semua orang tengah tunggu orang. Buku atas meja, baju kemas! Rambut kemas! Tudung kemas! Pergh! Terasa masuk kelas Budak Skema (5D) dan Budak Akedemik je (5A).
"Salah kelas ni Ola" aku pun jadi was was nak masuk kelas ni. Kelas yang 10 lelaki dan 10 perempuan ni macam pelik je. Macam bukan budak kelas aku.
"First impression tu penting Qai!" Balas Ola dan kami duduk. First impression? Selama ni bila ada cikgu baru ada je idea nak pedajal orang, kali ni super sweet cute la pulak. Takkan la pasal cikgu ganti tu hensem je kut. Yang budak laki ikut sama join act so fake ni kenapa? Dunia akhir zaman.
"Dah datang" bisik Luq, ketua kelas kami yang haprak! Tak berdedikasi langsung. Hahaha. Semua dah mula acting ni. Ok, cue. 3,2,1...action! Ha! Aku jadi pengarah tak terlatih hari ni. Aku angkat muka pandang pintu dan bila seorang lelaki melangkah masuk kerusi aku terus terbalik ke belakang. Nasib baik pakai baju sukan hari ni, kalau tak...naya! Semua terkejut bila aku terjatuh kerusi,dah jadi kebiasaan jadi tak ada orang nak gelak. Berani gelak? Ola tolong aku bangun dan betulkan kerusi yang terbalik. Sir K tu pun kalut semacam je. What??? Why he is here?!
'SUAMI AKU, CIKGU GANTI?!'

****
Dua bulan lepas...

Sepupu aku, Kak Zita buat makan malam kecil kecilan di kawasan perumahan dia ni. Aku pun join la sekali dengan family aku. Mostly, orang area sini je yang join sama.
"Ngah! Sos dah habis, pergi beli kejap" pinta Kak Zita pada aku dan punyalah aku malas nak pergi tapi cakap orang tua takkan la tak nak layan. Kan?
"Tak payah beli la, ambil dalam rumah mak cik je" ha! Bagus sangat la tu, jiran dia dah offer. Malas aku nak berjalan jauh pergi kedai.
"Boleh ke kak? Terima kasih" ujar Kak Zita.
"Pergi la ambil, rumah nombor 8" ujarnya dan aku terus melanglah pergi. Dekat sangat la tu. Aku buka telefon bila ada mesej masuk dan senyum aku terbit segaris. Hehehe. Pak we dah mesej.

... > kat ane?

Aku > ada hal. Mlm sikit aku mesej balik.

... > key. Love!

Aku tayang sengih bila baca mesej dia. Dia siapa? Heh, haruslah rahsia sebab kalau tak boleh jadi masalah lain. Couple untuk budak sekolah ni tak elok. Hihihi.

"Lapan ke lapan belas?" Aku dah mula confuse. Ha! Tu la berbalas mesej cinta monyet sangat. Nak sangat jadi monyet kan.
"18!" Aku berkata yakin dan berjalan ke dalam pagar rumah. Aku buka pintu dan sah la tak berkunci. Aku terus je masuk dengan tinggalkan pintu terbuka dan ke dapur. Banyak gila barang tapi mana sos ni? Lama jugak aku duk mencari ni.
"Cari apa?" Ada satu suara tegur aku dan aku jawab tanpa menoleh. Anak tuan rumah barang kali, tapi, setahu aku dia cakap rumah tak kunci, tak ada orang. Hantu mana pulak yang tegur aku ni? Waaa!!! Aku pandang belakang dengan muka cuak dan dia pandang aku balik. Gulp! Rasa macam telan ais je.
"Sos?" Soalnya balik dan aku angguk perlahan.
"Awak ni siapa?" Soalnya pada aku yang jelas shock lagi dan dia berjalan ke arah aku. Dekat.
"Astaghfirullah..." aku dan dia sama2 terkejut bila pandang orang dari jabatan agama dah ada dalam rumah ni. Bukan astaghfirullah tapi, masya Allah. Apekah???

"Abah! Ngah silap masuk rumah je, tak kenal pun mamat ni!" Aku tetap bertegas nak terangkan hal sebenar walaupun dah sampai di pejabat agama. Aish! Lawak ke der ke berapa pulak ni? Ke prank Bang Bang Boom? Masalah!
"Kami akan siasat dulu" seorang lelaki selaku ketua operasi membuka mulut.
"Ya Allah! Nak siasat apa kebendanya! Sah saya salah masuk. Kalau betul nak buat benda tak senonoh, saya dah kunci pintu tu!" Jawab aku berani dan tak segan langsung. Tolong sikit! Berani kerana benar!
Siasatan di buat dan ratusan kali jugak aku jawab soalan sama . Ada yang makan katil hospital kalau macam ni. Ish!
"Nak suruh saya tawaf KL ke cakap yang saya salah masuk rumah?" Soal aku bengang dan semua mata pandang aku lagi.
"Baiklah, setelah tanya kepada semua saksi, ini semua salah faham" akhirnya...ada jugak orang waras dalam tempat ni. Kami semua mula bersuarai dan aku sumpah! Lega gila sebab dah selesai kes.

Aku terkejut bila ibu dan abah tetap nak aku kahwin dengan mamat entah apa namanya ni. Takkanlah! Mampus!
"Kami tetap nak bermenantukan anak encik" bila suara Imam apa entah ni aku terus jatuh kerusi. Memang common sangat kes jatuh kerusi aku ni.
"Anak kita tak salah pun imam" ujar abah pula. Yes! You are right Abah!
"Kami akan berangkat ke mekah, kami bukannya nak menyusahkan encik tapi, kami rasa berat nak pergi macam tu je. Apa kata orang nanti" eh. Apa pulak? Tapi, betul jugak kan? Tak semua orang tahu hal sebenar, lebih2 lagi dia tu imam masjid, apa pulak orang cakap nanti. Tapi! Takkanlah... baru je 17 ni!
"Macam ginilah, kita ikut adat. Bincang elok2 dan buat keputusan."

****

Keputusannya! Aku kahwin jugak dengan dia dan dah dua bulan pun. Terpaksa rahsiakan hal ni. Aku ni isteri orang! Suami Aku,cikgu ganti la pulak! Aish!
"Awak ok?" Soalan yang keluar dari mulut dia aku angguk je. Alahai, nampaknya, kelas LK (lukisan  kejuruteraan) tak dapat diponteng lagi dah. Sebak! Dia senyum dan kembali semula ke meja guru dan berdiri dengan tegap. Matanya memandang semua pelajar yang tersenyum manis padanya. Nak2 perempuan. Gatal! Amboi, emo pulak. Hahaha.

-Khai-

Ish, takkan terkejut tengok aku sampai jatuh kerusi kut. Dia ni memang comel betul la. Aku pun tak sangka yang aku akan mengajar kelas dia. Dia ok ke?
"Saya Khairun Nazmi. Boleh panggil apa je, semoga kita dapat beri kerjasama" aku memperkenalkan diri secara ringkas dan semua orang senyum. Aku ikut sama senyum dan membuang pandang ke tempat duduk yang paling belakang. Tempat duduk isteri aku. Hahaha.
"Saya akan ganti Sir Asmadi buat sementara waktu. Jadi, saya juga akan jadi cikgu gelas kamu semua" tambah aku lagi dan majoritinya pelajar kelihatan ceria. Aku pun rasa kekok bila students especially perempuan pandang aku macam aku ni artis. Perasannya...
"Sir! Umur sir berapa?" Soal seorang pelajar yang duduk ditengah dan aku senyum.
"Rasa2?" Soal aku mesra sebagai tanda bergurau.
"Sir nampak muda!" Puji seorang lagi pelajar perempuan dan aku senyum lagi. Biasa sangat dah dengar. Aku pun bukannya tua sangat, 23 tahun dan tunggu nak sambung master je ni. Sekarang cuti.
"So, boleh saya kenal awak semua?" Soal aku pula.
"Boleh!!!" Jawab mereka semua bersemangat dan ini satu perkara yang bagus.
"Good! I love your spirit. Mula dari awak" aku menyuruh seorang budak lelaki yang paling hujung perkenalkan diri dan orang yang paling last pastinya isteri aku. Hahaha. Entah macam mana la dia ni kat sekolah.
Akhirnya giliran orang yang aku tunggu2. Semua mata memandangnya dan dia bangun dari kerusi.
"Saya Ainul Qaisara. Boleh panggil Qai je" jawabnya tanpa sebarang senyuman. Ish! Mesti balik nanti dia nak marah aku kan? Habislah, dah la tak cakap yang aku dah balik dan dapat mengajar kat sini.
"Ok. Awak boleh duduk" aku kembali fokus kepada kelas dan menjawab beberapa soalan yang pelajar tanya. Lucu sungguh budak2 ni.

-Qaisara-

Bila dia nak balik rumah ni? Dah jenuh aku tunggu dia dari tadi lagi. Aku nak tanya kenapa dia mengajar sekolah aku tu.
Pon!
Ha! Dah dengar bunyi hon kereta. Aku turun ke laman dan melihat dia bawa keluar bagasinya. Aku tolong dia bawa bagasi masuk ke dalam rumah tanpa bersuara. Bila dah letakkan bagasinya dalam bilik aku keluar semula dan dia masuk ke dalam bilik. Ibu dan abah tak ada ni. Hailah. Aku ke dapur dan buat air sejuk. Bila dia ke dapur aku hulurkan gelas kepadanya. Masih lagi tak bercakap.
"Hai" sapanya lembut di telinga aku dan aku ukir senyum.
"Nah" dia hulurkan tangan untuk aku salam dan dia cium dahi aku selepas itu. Ceit! Malu!
"Kenapa tak cakap?" Soal aku padanya dan dia buat muka sedih.
"Tak sangka dapat sekolah tu. Banyak yang abang mintak" penerangan dia ringkas tapi aku faham luar kawalan gitu.
"Balik tak cakap pun"
"Surprise?" Aku tersengih. Jadah apa jenis surprise sampai aku jatuh kerusi.
"How is your back, hurt?" Soalnya dan tangannya berada di belakang aku.
"Ok je. Macam mana final exam?" Saol aku dan berjalan keluar ke ruang tamu. Dia berjalan dibelakang aku dan aku pasti dia mengeluh.
"Ok je. Tak target banyak" jawabnya perlahan. Ish! Aku tak pandai nak tenangkan dia ni. Kalau aku exam pun main tibai je. Dapat jawab ke tak peduli apa kan. Kalau kat kawan2 aku pun, yang paling baik aku cakap.
'Alah, lepas dah pun!' Hehehe. Macam tu la kisah aku yang tak pandai nak pujuk orang ni.
"Mana ibu dan abah?" Soalnya pula.
"Kenduri kat kelantan. Tak balik hari ni."
"Ya ke? Aira?" Soalnya lagi dan aku gelengkan kepala.
"Hostel" jawab aku ringkas. Aira Qaisarah tu kembar aku. Tapi, kami dua ni bukan jenis kembar tak boleh berpisah tapi kembar tak boleh bertemu. Kami tak iras langsung dan aku kadang2 rasa dia bukan kembar aku. Hahaha.
"So, kita dua je la?" Soalnya lagi dan aku anggukkan kepala. What? Aku dengan dia je, no! Itu bukan prob tapi yang prob besarnya, Ola nak datang tidur sini malam ni. Mati!
"Bhai, boleh tak kalau bhai balik rumah umi dulu?" Soal aku padanya. Heh! Tak best panggil abang kut. Dia bukan sepupu aku ke apa pun. Hahaha. Dia pun dah biasa sangat dengan gelaran tu.
"Kenapa?" Soalnya pelik.
"Sebab, Ola nak datang tidur sini. Memang tak la kalau dia tahu kita kawin. Boleh kena buang sekolah!" Wah! Dah macam gaya ahli parlimen aku menjawab. Tahap kesungguhan tu macan dah menghalau dia.
"Fine." Balasnya lemah tak bermaya. Kahkahkah. Kesian pulak aku dengan mamat ni.

-Khai-

Dah seminggu aku mengajar di sekolah ni dan dah seminggu jugak aku kenal isteri aku ni lebih rapat. Ya Allah, nakalnya memang sampai tak ingat dunia agaknya. Hihihi.
"Pening la kepala dengan budak kelas 5B ni" seorang ustaz yang mengajar di sini membuka mulut. Aku dan Cg Johan, pandang Ustaz Nazri ni pelik.
"Kenapa ustaz?" Soal Cg. Johan.
"Tidur je dalam kelas, kerja tak buat. Main je mereka tahu." Cerita ustaz ringkas. Macam satu beban je aku dengar.
"Budak kelas sukan ustaz" Cg. Johan ni memang sporting sikit dan selalu back up kelas tu. Malah dia sayang kelas tu jugak. Dia guru sukan, thats why la rapat.
"Kelas saya tak ada masalah pulak ustaz. Bersemangat waja pulak, kerja siap on time..." tak sempat habis puji lagi dua pelajar perempuan kelas tu masuk ke ruangan guru. Cg. Johan faham sangat kenapa budak2 tak buat hal.
"Sir, saya tak tahu line ni nak guna pensel apa" aku pelik, soalan macam ni pun dorang datang nak tanya. Padahal ni semua basic dan sepatutnya hafal dah. Dalam buku pun boleh cakap page pertama kut. Lagi satu! Ni semua subjek tingkatan empat. Pelik jugak student aku ni rupanya.
"Awak dah cari dalam buku?" Soal aku lembut dan masih lagi dengan senyuman. Mereka terus bertanya lagi dan aku ajarkan je la. Aku diam bila ada suara yang aku sangat rindukan hari ini. Isteri aku, hari ni tak ada jadual untuk kelas dia jadi aku rindu. Parah! Aku pandang dia yang sedang berbual senang dengan Cg. Johan. Jeles? Of course not! Sebab Cg. Johan dah tua. Hahaha.
"Ok, nanti cikgu turun padang"
"Cikgu kena train kami. Cikgu Dila tak datang"
"Tapi, cikgu busy...kejap. Khai!" Aku yang sedia ada duk dengar perbualan mereka pandang mereka berdua. Isteri aku hanya terkebil kebil je tanpa reaksi.
"Tolong train budak basketball petang ni. Khai ada basic kan?"
"Ha? Ok. No hal" aku gila tak setuju? Isteri aku kapten basket ok! Well, another more time with her in this school. Like it!

-Qaisara-

Aku tak rasa suami aku bawa pengaruh baik untuk sekolah ni sepecially budak kelas aku la kot. Pelik! Tak pernah2 budak kelas aku dan team basket ni bersiap lawa2 selama ni. Bukan nak pergi shopping mall ke apa pun. Aku gigit bibir sebab hairan sangat.
"Tu! Budak hot" Ola sentuh bahu aku dan tunjukkan seorang budak lelaki kelas akademik. Budak pandai dan ketua pengawas tu. Kegilaan ramai la jugak, entah tak ambik port.
"Tu! Sir Hot kau!" Aku tunjukkan Sir K la sangat tu bila dia turun dari kereta evonya. Cikgu je kut tapi kereta mewah gila. Kenapa ek? Entah!
"He is super hot!" Ya Allah nak berdarah telinga aku bila Ola jerit. Gila ke apa minah ni.
"Kau serius minat sir tu?" Soal aku jelik. Jeles? Tak kut. Hihihi.
"No way la! Aku just minat gitu2 je. Just for fun. Kau tahu kan siapa yang aku super suka kat sekolah ni" Ola buat2 sedih la pulak. Lelaki yang dia suka tu dari form 2 lagi. Tak pernah walau sekali dia cuba nak dekat dengan budak lelaki tu. Budak kelas skema kot! Confirm takut kena gelak kalau dia cakap terus terang. Pada aku, well, elok la tu. Lelaki tu pun baik, bijak and skema...yang tu tak boleh blah. Kahkahkah.
"Jom! Sir dah panggil" aku tarik tangan dia bangun dan ke tengah gelanggang bersama ahli lain. Semua nampak macam cantik gila je dan macam mata tu nak terkeluar tengok Sir K yang pakai baju sukan. Bukannya dia pakai seksi ke apa pun. Hailah, budak2 sekolah betul la dia ni.
"Ok, warm up dulu. Saya ada benda nak discuss dengan awak sikit Ara" dia maksudkan aku. Memang semua orang pelik dia panggil aku Ara tapi lama2 dah jadi kebiasaan pulak. Entah, aku dah pesan jangan tapi dia dah terbiasa kut. Lantaklah. Aku ikut dia ke bangku dan berdiri didepannya dengan muka serius habis. Hahaha. Tak biasa lagi dengan couch baru.
"Ara, abang tak pernah tengok Ara serius macam ni" usiknya perlahan dan aku ukir senyum.
"Serius ke?" Soal aku balik dan dia angguk sambil senyum.
"Ish! Nak cakap apa sir?" Soal aku kembali ke alam nyata. Cewah!
"Kena select pemain utama kan? Untuk game minggu depan?" Soalnya turut kembali serius.
"Yup! Dah ada calon?" Soal aku padanya pula.
"Ada, Cg Johan ada bagi list nama"
"Great!"
"Sir Khai, sorry lambat" seorang lelaki menghampiri kami dan dia adalah kapten basket team lelaki.
"Ok, Faizan, saya nak awak bagi top pemain lepas ni. Boleh?"
"Boleh sir"jawab mamat nama Faizan tu yakin. Bersemangat!
"Saya minta diri sekejap" Sir K minta diri dan kami berdua je sekarang ni. Aku pandang dia tanpa sebarang reaksi kemudian dia tersenyum.
"Kenapa tak balas mesej?" Soalnya dan aku sengih tak berdosa sikit. Macam mana nak jawab mesej kalau suami aku ada kat sebelah aku je kat rumah.
"Kau tanya aku dah tidur ke? Aku dah tidur, takkan nak balas kut" aku jawab tenang. Tipu lagi!
"Ok. Miss you" ujarnya pula dan aku ukir senyum lagi.
"Erm" aku balas perlahan dan beredar dari situ. Ceit! Pak we aku la tu. Ah! Rasa macam perempuan curang pulak tapi, aku tak boleh nak buat apa2. Tersepit!

-Qaisara-

Pada hari pertandingan aku duduk dibangku je. Semua orang pelik kut. Ah! Pelik tak pelik memang aku tak main game kali ni. Bukan sebab sakit dan bukan jugak sebab malas. Kalau sebab nak duk kat bangku dengan Sir K pun bukan jugak.
"Kenapa tak nak main?" Soal Sir K pada aku yang khusyuk melihat sejak tadi.
"Saja. Bagi can kat newbies. Tahun depan dah tak dapat main,so, kena train leader baru la"
"Oh, so, siapa calonnya?" Soalnya lagi. Tangan aku tunjukkan seorang perempuan berjersi no 7.
"Dia, Iffah"
"Oh, she is good. But why?"
"Entah,sebab dia pandai handle team kut. Kalau bukan sebab dia form 3, saya tak ambil jawatan ni" aku jawab panjang sikit dan berdiri dari bangku.
"Well,my wife is the best" dia bisik perlahan di telinga aku dan berlalu pergi. Aish! Dia ni saja nak tinggikan hidung aku je la.
"Hai!" Adoi! Datang lagi satu mamat tak diundang ni. Nasiblah. Aku cuba berlagak selamba dan pandang muka dia sekilas.
"Menang?" Soal aku padanya dan kemudian semua team lelaki dah masuk dewan ni.
"Yep! As your promise, treat me" ujarnya dan kenyitkan mata. Menyampah la pulak kena belanja dia makan, maksudnya kena berdua dengan dia dan orang akan pelik dan tanya macam2. Selama ni boleh la jawab bincang hal basket, kalau dah sampai makan berdua apa cerita.
"Kat mana?" Soal aku malas.
"Kantin"
"What? Takkanlah, nanti orang pelik"
"Kita dah couple lama, takkan nak sorok je sampai bila2" ok. Suara dia dah masuk mode sedih dan aku tak tahu nak cakap apa. Kalau dua bulan sebelum ni aku boleh terima lagi, sebelum aku jadi isteri orang. Sekarang aku bukan lagi single and available. Serabut!
"Qaisara..." ha, kan dah rasa lemah semangat bila dia pujuk macam tu.
"Kat kedai makan tepi taman tu boleh? Aku teringin nak makan ais kacang" aku cuba untuk mengelak dan dia mula tersenyum. Itu dah jadi tempat jumpa kami senyap2. Date! Hahaha. Susah ada secret affair ni. Kikiki.
"Ok. See you this evening" ujarnya dan terus pergi dengan senyuman. Fokus aku kembali ke game yang dah nak habis. Nampaknya kami akan seri je kali ni. Lain la kalau Ola nak buat slam dunk ke. Hahaha!
Masa pun habis dan semua orang berkumpul di bangku. As aku target, seri.
"Good job!" Aku tepuk bahu semua pemain dan mereka jelas kecewa.
"Kalau kapten ada, mesti menang dah" seorang pelajar buka mulut dan aku senyum sikit. Gila tak bangga? Hahaha.
"No la, ni je rezeki kita hari ni. seri? Its good. Kalah menang peduli apa, janji enjoy!" Aku cheer up sikit semua ahli pasukan dan mereka semua jerit enjoy berjemaah. Hahaha. Kalau bab main aku memang jadi orang, kalau bab lain, orang tengok pun seram. Aku ni suka betul lepak dengan budak sukan.
"Yang penting! Newbies dapat pengalaman!" Tambah Ola ceria dan semua orang bersetuju.
"Qai, apa kau cakap dengan Faizan?" Soal Ola , saja nak buat skandal la tu. Gosip liar tak habis2.
"Dia datang jumpa sir. Lepas tu tanya kenapa kapten tak main, dia cakap dia menang. Thats all."
"Oh. Well, aku rasa dia suka kau" aku tergelak kecil dan menyekeh kepala Ola.
"Dia ketua pengawas, aku ketua penyangak. Takkan bersatu la weh!"
"Well, kalau logiknya bagus la tu"
"Dah la! Semua orang penat, nak balik" aku malas nak layan Ola dan tinggalkan dia yang duk pasang angan aku bersama dengan Faizan. Kalau la aku boleh cakap, 'aku dengan Faizan tu couple!' Ha, kan senang. Dah la nak kena sorok aku dah kawin lagi. Kompleks sungguh hidup aku kali ni. Untuk buat pertama kalinya, Sir Asmadi, cepat sikit sihat dan kembali ke sekolah. Hahaha.

- Khai-
Apa yang isteri aky khusyuk sangat telefon dia tu? Pelik. Dah la lepas tu senyum2 seorang diri pulak.
"Buat apa?" Soal aku akhirnya bila dia langsung tak beri perhatian pada aku. Jeles dengan telefon dia. Hihihi.
"Whats app." Ok, ringkas je jawapan yang dia bagi. Aku masuk dalam selimut dan letakkan kepala atas katil untuk tidur.
"Esok sekolah, abang nak Ara tidur sekarang" aku bersuara tegas dan dia buat bodoh je. Kalau aku rampas fon dia nanti pasti dia naik angin pulak.
"Lama lagi ke bhai kat sekolah?" Soalnya sambil pandang aku lama.
"Entah, sampai Cg. Asmadi sihat la kut. Kenapa?" Soal aku pula.
"Saja. Ramai kut yang obses dengan bhai. Lagi satu, Ara takut orang tahu"
"Kalau kita senyap je tak ada apa la kut"
"Bahaya jugak. Bhai pindah eh, duk rumah Sir Pian, dia seorang je kat rumah sewa tu"
"Ara halau abang?" Soal aku dan bangun dari baring. Dia angguk selamba dan aku rasa sedih sangat. Dia rela berjauhan dengan aku sebab tak nak rahsia ni bocor. Apa dah jadi dengan dia ni?
"Ara, abang..." aku raih tangannya dan dia jauhkan tangan dia.
"Ara serius bhai. Ara tak nak kawan2 Ara tahu." Pujuknya pula dan dia terus keluar dari bilik. Aku jadi hilang kata2 terus. Dia maksudkan apa yang dia cakap. Apa yang duk ganggu dia je sehari dua ni?

-Qaisara-

Aku tak patut cakap aku halau dia, tapi, ni yang terbaik. Lagipun aku rasa macam perempuan jahat bila bermesej dengan Faizan sedangkan dia ada sebelah aku. Kenapa aku kawin dengan dia dulu? Kenapa jugak aku couple dengan Faizan? Lelaki ni memang dah buat aku rasa susah.

-Qaisara-

Dia dah pindah rumah dan kami hanya akan jumpa di sekolah. Kami jumpa pun dalam kelas je sebab aku memang nak larikan diri dari dia. Sepatutnya aku larikan diri daripada Faizan tapi susah sikit. Mesti korang rasa aku ni bad girl kan? Well, memang la aku nakal sikit, tapi, aku buat semua ni bersebab.
"Ara, siapkan lukisan awak. Bukan termenung" aku tersentak bila dia tegur aku dalam kelas. Aku pandang dia malas dan sambung lukis. Ugh! Rasa sebal la pulak dengan dia ni. Mata aku melirik padanya yang sedang ajar salah seorang student kelas ni. Aku mengeluh dan teruskan kerja.
"Weh! Dah siap?" Soal Ola dan aku gelengkan kepala. Mana nak siap kalau asyik padam je sejak tadi. Fahmie yang berada depan aku berpaling ke belakang.
"Pelik! Selalunya kau paling awal siap" ujarnya dan tayang sengih. Aku ikut sama sengih dan tunjukkan kertas kosong aku yang penuh dengan habuk pemadam. Dia gelak pulak dan tunjukkan kertas dia yang dah siap. Ceit! Riak tak ingat. Ola ambil kertas tu dan terkejut. Tak sangka! Orang paling kuat tidur dalam kelas ni dapat siapkan kerja dengan cepat. Selalunya dia yang paling lambat. Kahkahkah.
"Kau dah nak pergi haji ke?" Soalan paling tak boleh blah. Maksudnya dah insaf la tu, entah apa la Ola KDA aku ni. Hihihi.
"Bukan weh, aku dah kena ceramah agama dengan sir. Sebab tu la" Fahmie sengih lebar dan aku ikut sama sengih.
"Garis ni macam mana?"soal aku padanya dan dia mula lukis. Satu persatu aku tanya, akhirnya dia buat lebih dari separuh kerja aku. Kahkahkah, dah jadi orang suruhan aku pulak.
"Thanks bro! Sikit lagi siap la ni aku punya" aku tarik papan lukis aku dan sambung kerja.
"Keji!" Dia marah aku dan Ola yang dah peralatkan dia betul2. Kesian!
"Macam mana?" Satu suara garau berada di sebelah kami dan semua orang freeze.
"Ok!" Jawab Ola dan Fahmie ceria. Aku angguk je dan sambung lukis lagi. Ola minta diri ke tandas dan Fahmie dah kembali ke depan untuk tidur sebab kerja dia dah siap. Sir K duduk sebelah aku dan dia pandang hasil kerja Fahmie sebenarnya.
'I miss you' dia tulis ayat tu atas kertas aku dan buat2 mengajar. Ceit! Curi tulang. Hehehe. Aku pandang dia dan ukir senyum. Kemudian aku tulis nombor dua. Dia faham ke tak aku tak peduli dah. Hahaha. Dia senyum lebar dan lukis bentuk love pulak. Aku tergelak dan keluarkan suara sedikit, bila semua mata pandang aku, aku buat2 serius. Dia kembali ke meja depan sebab masa dah nak habis. Aku simpan kertas lukisan tu dan keluarkan yang kosong. Bahaya! Kena buat lain la ni, art aku dengan dia kena simpan.

- Khai-

Aku tak tahu nak cakap isteri aku ni gangster sekolah ke apa, tapi nemang majoriti ramai cikgu yang selalu mengadu pasal dia. Hish! Nakal sangat dia agaknya. Kalau dia tak suka kelas tu confirm dia ponteng punya. Budak2 lain pun kenal dia dan paling lucu sekali siap respect dia sebab takut. Dia tak ada la pulak kena panggil ke pengetua, tak ada sampai pukul orang, kenapa dia ditakuti sangat.
Aku terdengar ada suara yang sedang berbual dan ketawa bersama dan bila aku tengok Ara dan Faizan. Mereka bincang apa yang menarik sangat tu.
"Tak payah nak perasan jadi Michael Jordan sangat!" Sangkal Ara dan Faizan tergelak. Mereka nampak mesra walaupun yang aku dengar, kelas akedemik dan sukan ni musuh. Mungkin sebab kelab sukan sama kut jadi sebab tu rapat.
"Dari sana dengar suara kamu gelak" aku tegur dua pelajar itu dan mereka dengan sopan menundukkan kepala. Faizan senyum dan menjawab sapaan aku ramah. Memang patut jadi leader pun.
"Cakap pasal game minggu lepas" katanya dan aku senyun faham. Ara pulak pandang kami dan senyum je, tak berminat nak bercakap.
"Faiz, aku nak masuk kelas dulu. Jumpa kat court" Ara minta diri dan tinggalkan kami berdua. Aku nampak dia pergi dan aku sambung berbual dengan Faizan.

-Qaisara-

Semakin lama aku rasa ramai yang perasan aku dan Faizan semakin rapat dan dah ada gosip cakap aku couple dengan dia. Well,ramai yang menyokong walaupun ramai girls yang frust habis! Hahaha. Kami tak declare apa2 pun sama la janji kami mula2 couple dulu. Walaupun aku ni jenis nakal dan bengong sikit, aku top ten jugak. Tu pun nombor sepuluh la. Hahaha. Nombor satu pastinya Faizan. Memang prince of school la dia ni. Kapten basket, ketua pengawas, presiden kelab, best student, jaguh debat. Banyak lagi la. Memang tak terlawan rasanya tapi, manja, kuat jeles, suka memaksa. Malangnya, pak we aku! Ceit!

- Qaisara -

Aku rasa macam gila je ada skandal dengan cikgu sendiri. Aku tak tahu siapa yang aku lebih suka, suami aku atau pak we aku. Ah! Serabut.
"Ara, saya nak cakap sikit" ha! Kan dah kena panggil. Aku ke meja depannya dan dia keluarkan satu kertas.
"Saya dengar awak main handball" ujarnya tenang dan aku angguk.
"Tapi, Shia kapten." Aku jawab pada dia dan dia panggil Shia ke depan. Aku main handball tapi aku tak suka sangat sebab...sebab...sebab...tak ada sebab kut. Kikiki.
"Saya tak main kali ni, saya ada game basket sir. Jadual pack" ujar aku padanya dan dia angguk serta batalkan nama aku dari team. Aku kebali ke tempat duduk dan bercakap dengan Ola. Si Fahmie penyibuk pun pelik bila aku tak main.
"Basket kau jarang main kalau game tak besar, handball kau tolak, lari kau aktif pulak"
"Jadual tak ok bro." Jawab aku malas dan mereka buat muka tak percaya sebab ada masanya sebulan aku tak masuk kelas sebab sibuk dengan sukan sangat. Daerah, negeri pun ada. Hihihi.
"Aku pun kena belajar jugak" aku jawab malas. Gila je kena gelak dengan dua ekor ni. Terkejut sangat ke aku cakap nak belajar. Hahaha. Kalau dengar di Aira si ulat buku ni confirm dia kata aku dah nak pergi haji. Ceit!
"Hajah Qai" usik Fahmie dan aku baling pemadan kena tepat kepala dia, lepas tu dia gelak lagi. Hahaha.
"Jom lepak main boling?" Ajak Ijam, kawan Fahmie. Best student kelas aku la ni, gila bapak hebat! Bijak nak mampus. Muka garang gila, tapi hensem. Hihihi. Bukan macam Fahmie, muka playboy.
"Jom!" Jawab Ola bahagia gila. Lepas tahu orang yang dia suka couple terus jadi terlajak happy. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa dia kecewa sangat kut. Baiknya jugak dia dengan si Ijam ni. Sah2 la tak bertepuk sebelah tangan. Ijam ni suka gila kut kat Ola yang sewel ni.
"Cantik! Esok." Ujarnya dan aku angkat ibu jari. Settle!
"Drive?" Soal aku pada Fahmie dan dia sengih lebar. Sah! Polis! Ada pemandu haram. Hahaha. Macam tak biasa buat pulak.
"Cun! Jumpa depan bus stand" bila kami semua dah buat keputusan sambung belajar balik la.

Lepas je kelas Sir K, kelas Ustaz Nazri tapi dia tak ada dan digantikan ustazah Rokiah. Ustazah yang paling benci kelas kami la kut.
"Tak malu ke kelas kamu ni ramai yang lulus je agama?" Soalnya sinis dengan keputusan soalan bulanan kami. Bukan agama je cukup2 makan, subjek lain pun out jugak. Aku pun cukup2 makan je dapat A-.
"Untung lulus ustazah, kalau tak lulus nak jadi apa pun tak tahu la" jawab Kicap selaku pemenang orang paling suka bercakap dalam kelas ni. Nama dia kicap bukan sebab dia hitam tapi sebab dia anak tauke kicap! Hahaha. Nasib baik abah aku tak jadi tauke apa2 kalau tak naya je dapat gelaran.

- Khai -

Aku rasa pelik sangat dengan isteri aku ni. Selalunya dia akan join apa je game lasak, tapi, sekarang ni dia tak banyak sangat main. Sepatutnya bagus untuk dia yang dah nak SPM ni tapi aku tetap rasa pelik.
"Ara ok?"soal aku padanya di meja makan di rumah Umi.
"Ok je" jawab Ara perlahan dan dia teruskan makan karipap. Aku terus pandang dia dan dia berpaling pandang aku. Kening dia terangkat sebab tanya aku apa. Aku gelengkan kepala dan raih tangannya. Sejuk.
"Demam?" Soal aku lagi dan sentuh dahi dia pula. Dia pegang tangan aku dan genggam erat.
"Kenapa ni?" Soal aku lembut lalu dekatkan jarak kami.
"Ara nak cakap sesuatu" perlahan dia jawab dan aku seratus peratus beri perhatian pada apa yang dia nak cakap.
"Apa?"
"Ara dan..."
"Ara tolong umi kejap boleh?" Umi pulak datang dan Ara tak sempat nak habiskan ayatnya. Apa yang dia nak cakap sebenarnya? Dia pandang umi dan anggukkan kepala lalu ikut umi ke ruang tamu. Ish! Apa yang dia nak cakap tadi?

- Qaisara-

Aku nak mengaku yang aku couple dengan Faizan. Umi mintak tolong kemaskan bilik kosong la pulak. Siapa pulak yang nak datang sini? Aku malas nak cakap banyak jadi, aku kemas je la.
"Bilik siapa ni umi?" Soal aku pada umi.
"Kakak Khai" aku terkejut. Zaman merdeka bila suami aku ni ada kakak? Tak tahu pun.
"Ara tak kenal dia lagi. Dia duk luar negara dengan suami dia. Tapi, bila suami dia meninggal, dia nak balik sini" ah, aku dah faham cerita tu. Senang je sebenarnya nak faham. Hihihi. Aku teruskan kemas dan lap apa yang patut.

- Qaisara -

Aku tahu aku tak ok dan aku pasti ramai jugak yang rasa aku tak ok. Well! Aku macam ok je, aku rasa la. Kali ni kami main bowling lagi dan sumpah! I like it so much.
"Qai, sejak bila kau jadi lembab ni?" Soalan kejam Ijam memang tak boleh nak bagi muka tapi memang aku main teruk gila kut sekarang ni.
"Aku sakit jari dude" jawab aku malas dan dia perhatikan cara aku pegang bola, weird sangat. Sibuk betul la pak cik pelik ni ish!
"Menang kita kalau macam ni Mie" Ola dengan sengih bangga bagi kat aku. Kurang asam punya KDA. Fahmie, Ijam, Ola dan aku memang KDA gila2 sebab kami tak pernah sorokkan apa2 kecuali aku. Aku rasa la. Aku isteri dan kekasih orang pada masa yang sama. Gila!
"Dah la main! Aku give up. Aku belanja korang pizza" aku biarkan game yang tak selesai dan ganti kasut sukan. Yang lain hanya ikut dan setuju dengan keputusan aku. Kami keluar dari pusat boling dan ke kedai pizza berdekatan. Bila aku dah buat order semua orang dah duduk dengan selesa. Ola dan Ijam seronok duk tengok Fahmie mengurat awek mana entah yang dia kenal dalam wechat. Apa jenis orang la kawan aku ni aku tak pasti. Dia nak try Aira kut, dan sekali Aira bagi tapak kasut terus tak berani datang rumah aku lagi lepas tu. Hahaha.
"Qai, kau ok?" Soal Fahmie bila dah habis ketawa dan simpan telefonnya. Aku pandang tiga KDA aku ni dengan muka blank.
"Ok" jawab aku ringkas dan mereka tenung aku lagi. Ceit! Apekebenda pulak ni?
"Kita satu sekolah since darjah satu. Aku tahu muka kau ni muka masalah" Ijam ni kalau nak cakap bahasa tu tak boleh lembut dari lidah. Keras lagi daripada gigi je. Muka aku dikata muka masalah. Muka dia tak tengok cermin agaknya.
"Muka masalah?" Soal aku balik dan tergelak. Lucu jugak.
"Maksud aku, kau dah lain sangat sebulan ni. Kau tak join aktiviti lasak, ajak rock climbing tak nak. Basket game besar je kau main, handball kau anaktirikan terus" Ola buka mulut.
"Bukan tu je, kau aktif balapan la pulak. Boling, skill kau hancur kut. Ice skating pun kau tak main rough sangat. Dah tak panjat pagar" sambung Fahmie pula.
"Kau banyak diam, makan pun pantang. Selalunya kau redah je. Tak praktis badminton lagi dah, skuasy pun kau tak praktis lagi dah" amboi! Concern betul kawan2 aku ni kan? Hehehe.
"Kau ingat aku mampu ke nak main semua tu ha? Ingat aku ni robot?" Soal aku balik.
"Ya! Tapi kau sendiri cakap yang tak akan berhenti selagi tak expert. Kau ok tak?" Soal Fahmie lagi. Aku mengeluh dan buat muka bodoh lagi sekali.
"Gaya kau sekarang pun, slow. Macam ibu mengandung dah!" Seloroh Ijam dan aku terngadah. Memang dia buat lawak tapi aku terkejut. Aku mengandung? Haish! Takkanlah kan. Aku sentuh perut aku sendiri dan ketawa kuat2. Orang pandang pelik sekalipun aku kisah apa, bukannya aku langgar anak dorang pun.
"Lawak la Ijam!" Aku tepuk bahu Ola kuat2 dan terus gelak. Fake!

- Ola -

Aku pasti sangat yang KDA aku ni ada masalah tapi dia tak pernah cakap. Aku pun tahu yang dia sorokkan sesuatu dari kami. Bukan dia mengandung! Yang tu aku pasti. Lawak bodoh Ijam minggu lepas tu saja je nak bergurau. Tapi, aku mula risaukan dia. Dia tak banyak cakap, tak banyak main, tak banyak ponteng. Well, bagus untuk dia. Kadang2 kalau ada latihan basket pun dia tak turun. Basket ball cinta pertama dia! Sumpah! Kalau aku ingat balik masa dia tengok game basket dia macam melekat depan tv. All time berdiri je. Dan bila azam keluar dari mulut dia, aku yakin sangat. Dia memang suka basket ball. Boleh cakap setiap hari dia main tapi, sekarang ni dah tak main. Pelik!
"Ola, Jom cari Qai" ajak Fahmie berbisik bila nampak aku termenung je tepi kelas sebab kena denda tak buat kerja. Qai dari awal lagi dah ponteng. Aku dan dia je tak siap kerja ni ha.
"Cantik. Ajak Ijam" bisik aku balik dan pandang Ustaz Nazri dalam kelas. Kikiki.
"Ijam..." bisik Fahmi macam angin lalu je rasanya. Ijam yang ada 21 sense pandang Fahmie. Fahmie mention nama Qai dan dia faham.
"Ya Allah ustaz, maafkan saya kerana  berbohong. Kerja saya tak siap rupanya, kerja semalam yang saya siapkan ustaz. Boleh saya berdiri di luar kelas?" Ya Allah! Sarkastik gila ayat dia, ingat ni cerita musang berjanggut apa? Hahaha. Lawak! Satu kelas dah gelak dengan lawak bodoh Ijam.
"Keluar!" Arah ustaz tegas dan Ijam terus keluar. Bila dah keluar kami bertuga terus berlari ke belakang sekolah.
Confirm! Qai memang ada kat situ dan bila kami maju kami tahu, Qai menangis.
Menangis?!
Menangis! Wow! First time kami tengok. Sekarang siapa nak pergi dulu? Gaduh lagi!
"Korang nak apa?" Soal Qai kuat dan kami terkejut. Aiseh! Dah tertangkap mengintip pulak tu. Kami keluar dan berdiri di depannya. Takut nak bertanya tapi gila tak nak tahu. Mestilah nak!
"Kau ok? Aku nampak rain drop tadi. Risau kau demam kena hujan" Fahmie ni pun gila betul. Panas terik dia cakap hujan. Sewel! Tapi, Qai senyum kut dan kami lega sikit. At least, dia dah boleh senyum dan tak tunjuk muka nak telan orang.
"Gila!" Balas Qai dan kami semua duduk. Tempat ni tak tersembunyi pun. Sebelah kantin sekolah je kut dan mak cik kantin dah selalu sangat tengok kami lepak kat sini. Ponteng dalam erti kata lain tapi, dia baik dengan kami. Supportive gitu!
"Balik nanti aku belanja ais cendol. Ok?" Ujar Ijam dan kami sengih. Ijam nak belanja! Anak orang kaya ni, nak belanja ais cendol tepi jalan je. Kedekut tahap dewa!
"Kau jangan nak cakap aku kedekut!" Ijam ni memang mind reader la. Ceit! Wekk! Aku jelirkan lidah padanya.

- Qaisara -

Aku boleh bohong family aku, bohong suami aku tapi, kawan baik aku tiga ketul ni, i dont think so. Aku bukan cakap dia lebih rapat dengan aku berbanding family or aku sayang dorang lebih. It is about, comfortable. Kut. Dengan dorang aku boleh je nak cakap apa sekalipun dan dorang dah jaga aku since 7 tahun. We make it together all time. Pufff! Feeling ingat kisah lama la pulak. Aku makan ais cendol yang dibelanja Ijam. Mangkuk kedua.
"Aku rasa kau sengaja nak buat drama tak makan ais cendol dan ais kacang selama ni. Bila aku belanja dua mangkuk kau balun. Nak masuk mangkuk ke tiga pulak tu!" Rungut Ijam pada aku dan aku sengih.
"Dah dua minggu tak makan. Lepas gian sikit" aku balas dengan sengihan lebar.
"Entah! Kedekut!" Balas Ola backing aku dan aku senyum pula. Fahmie simpan telefon dia dan ikut sama gelak. Mental mamat ni.
"Kau jangan, nanti mas kawin aku bagi ciput je kat kau!" Balas Ijam lancang dan aku gelak lagi. Tersasul ke Ijam? Hahaha.
"Apa maksud kau?" Soal Ola pelik. Fahmie dan aku dah balas sengih. Kenapalah si Ijam ni bengap sangat tak nak cakap kat Ola dan Ola ni apa yang lembab sangat nak sedar. Complex!
"Mana ada. Lawak bodoh je pun. Qai! Apa masalah kau?" Laju pulak si Ijam ni alih topik dan aku ukir senyum lagi. Hailah,kawan yang baik.
"Aku sakit" jawab aku perlahan dan mereka gelak.
"Drama!" Balas Fahmie tapi bila aku gelengkan kepala mereka terus diam. Just imagine, gelak burnt macam tu je. Senyap.
"Kau sakit apa Qai? Cancer?" Soal Ola dengan suara lirih.
"Drama!" Aku tepuk bahu Ola. Sampai hati dia cakap aku kena cancer. Fahmie sengih dan Ola tahan sakit.
"Serius la dude" tegas Ijam dan aku sengih lagi. Aku selak sikit lengan baju sekolah aku dan mereka terkejut. Mata bulat gila jadinya.
"Apa ni?" Soal Fahmie.
"Aku jatuh" aku sengih sikit.
"Tapi, kau cakap kau ok je. Tak ada apa yang serius pun. Kau cakap trend pakai bandage kat sini" luah Ola kesal sebab tak pay attention pada aku selama ni. Aku tak salahkan dia, aku yang bohong.
"Tulang aku retak, doktor tak bagi aku main benda kasar. Doktor suruh aku rehat je" cerita aku ringkas.
"Jadi, selama ni..." Ijam terkedu.
"Ya Ijam. Aku elak dari main. Aku tak nak siapa pun tahu aku sakit. Lepas aku jatuh bulan lepas, doktor dah pesan jangan main basket tapi aku main jugak, then, it almost break. Jadi, aku terpaksa kurangkan bermain atau aku tak boleh main lagi dah" cerita aku lagi dan mereka ni macam tengah dengar cerita sedih rumah kena langgar dengan kereta api je.
"Jadi, kau boleh main?" Soal Fahmie concern.
"Sepatutnya tak. Tangan aku akan shake bila aku put pressure. Tulis, boling, angkat benda berat. Jadi susah." Aku ukir senyum walaupun aku tahu yang aku sakit. Ola genggam jari aku dan dia menahan tangis. Drama queen sungguh dia ni!
"I hope I was a girl" ujar Fahmie gedik dan berpura pura nak peluk aku. Mental!
"Macam mana kau jatuh?" Soal Ijam dan matanya tajam. Aish! Mr 21 sense ni. Tak dapat aku nak lari kalau dengan dia ni.
"Aku jatuh la" jawab aku lagi.
"Aku nampak! Kau jatuh sebab Faizan tolak kau. Kan?" Soalan Ijam buatkan aku rasa nak pengsan terus. Fahmie dan Ola terkejut. Aku pun terkejut jugak. Ceit! Macam mana dia tahu?
"Dah kenapa dia tolak kau?" Soal Fahmie dan Ola lepas bosan nganga terkejut.
"Kau couple dengan dia, kau mintak break, dia tak nak break sebab marah, dia tolak kau. Kan?" Yang ni lagi terkejut. Aish! Jadi, selama ni Ijam tahu semuanya? Matilah aku. Ha! Teruskan terkejut KDA ku.
"Betul ke ni?" Soal Ola dan aku angguk.
"Kau nampak?" Soal aku pada Ijam.
"Aku nampak. Aku dengar" balas Ijam pula dan aku kelu lagi.
"Aku kenal sangat Faizan. Dia takkan lepaskan orang yang dia suka macam tu je" ok. Sekarang lagi pelik. Apa yang Ijam tak cakap ni.
"Aku adik dia!" Jelas Ijam dan kami semua nganga. Nganga seluas lautan...
"Dude?" Fahmie sentuh bahu Ijam dan dia pun macam lost je. Entah apa yang Ijam cakap sekarang ni.
"Dah la, small matter la. Dia kembar aku so what? Tapi dia tak patut tolak kau" Ijam dengan tenang habiskan ayatnya dan kami semua faham cerita.
"Ok. Nanti aku siasat kau la dude. Lepas tu apa jadi Qai. Kau break?" Soal Fahmie lebih berminat pada cerita aku.
"Tak. Dia cakap dia takkan ambil SPM kalau kami break. Lagipun, dia tak sengaja tolak aku. Dia tertolak je pun" cerita aku perlahan.
"Sejak bila kau couple dengan dia?" Soal Ola pula dan aku sengih.
"Form 3 kut." Aku jawab selamba dan Ola cubit lengan aku geram.
"Sakit!" Jerit aku sakit. Dia ni, memanglah.
"Kenapa nak break?" Soal Ola lagi dan aku tarik nafas dalam2. Aku rasa, dah sampai masa nak cerita semuanya.
"Ok. Aku nak kau dengar je dulu, lepas tu respon. Ok?" Soal aku dan mereka setuju.
"Aku dah kahwin, Sir K suami aku. Aku tak boleh nak terus couple dengan Faizan. Please, secret?" Pinta aku dan wajah terkejut lagi yang aku kena hadap. Aku cerita macam mana kami boleh kawin dan mereka nampak macam dah samai tahap kefahaman masing2. Jadi, aku pun habiskan kisah so dramatik aku ni dengan cepat.
"Ah, kau cakap tak syok kat Sir K,tapi kau kawin dengan dia" ujar Ola buat2 frust dan aku gelak.
"Aku tak syok kat dia ok. Well, nasi dah jadi bubur" aku cuba berlawak dan Ola sengih.
"Heh! Habislah stok lelaki pujaan aku. Adlan dah ada awek, Sir K dah ada isteri. Spare part pun aku tak ada" drama betul la kawan aku ni. Yang depan mata tak pandang la pulak. Kalau ikutkan hati nak je aku hantuk kepala Ijam dan Ola ni. Lembab! Fahmie siku bahu Ijam supaya cakap sesuatu tapi tak pulak dia respon.
"Heh! Mana ada orang nak kat drama queen macam kau ni. Untung aku dengan Fahmie je lelaki nak kawan dengan kau" alamak! Bom dah jatuh atas kepala Ola. Ok! Gaduh la korang malas aku nak masuk campur. Rasa lega je bila semua dah terlerai. At least, aku tak payah la nak act so fake depan mereka ni.

-Khai-

Aku pelik bila Fahmie dan Ijam panggil aku abang ipar bila kami bertiga je ada. Dia panggil aku bhai jugak. Fishy!
"Kami tahu" Ijam buka mulut dengan
Tenang dan sengih pelik.
"Apa?" Soal aku lanjut.
"Datuk Fahmie, apa hukumannya guru berkahwin dengan pelajar sekolah?" Soal Ijam strict gila dan aku rasa nak mati je. Boleh mati kalau Ara tahu yang ada orang tahu hubungan mereka.
"Salah! Sangat salah!" Balas Fahmie tegas dan mereka berdua senyum.
"Kamu tahu?" Soal aku balik.
"Yep!" Jawab Ijam dan Fahmie teruja lepas tu blah dari bilik guru macam tu je. Aku kena bersiap untuk mati dengan Ara.

Aku balik sekolah dan terus rasa nak demam bila bertembung dengan Ara. Dia dah tahu ke kawan dia dah tahu pasal ni? Aku rasa aku kena pergi rumah abah petang ni. Ya! Kena pergi. Aku terus masuk simpang rumah abah dan tunggu dia dalam rumah. Sumpah rasa takut sangat sekarang ni. Bila bunyi basikal dan orang beri salam aku agak dia dah balik. Bila dia masuk dalam rumah dia jeling aku. Ok! She knew it! Matilah aku lepas ni. Aku borak ringkas dengan abah dan Ibu sementara tunggu isteri aku keluar dari bilik. Tapi, tak. Aku minta diri dan masuk ke dalam bilik.
"Abang nak cakap sikit" aku buka mulut, gabra. Dia pandang aku macam aku ni penjahat pulak.
"Ijam dan Fahmie dah tahu kita kawin" perlahan je aku bersuara tapi dia tenung aku macam aku jerit tepi telinga dia. Ok! Boleh mengucap rasanya atau call ambulans. Dia tak marah malah keluar dari bilik macam tu je. Ah!

Malamnya masih lagi dalam keadaan silent mode. Dia tak minat nak cakap dengan aku pun. Dia keluar ke ruang tamu dan pakai tudung, pelik, macam ada nak pergi mana2 je.
"Ara nak pergi mana? Abang hantar" pelawa aku ringkas dan dia tak menjawab langsung. Ok! Today is my birthday but it is...worst!
Aku duduk di ruang tamu seorang diri sebab semua orang sibuk sangat. Rasa dipinggirkan, sedih! Tiba2 lampu padam dan aku segera bangun dari sofa. Hanya cahaya dari laman yang kelihatan. Aku ke pintu dan ada beberapa orang berjalan dan bawa kek. Lepas tu, nyanyi lagu birthday. aku? Lost.
"Happy birthday bhai!" Ucap Ara dan lampu mula terpasang. Bukan je Ara, Ola, Fahmie dan Ijam pun ada. Ok. Aku rasa aku dah terkena.
"Apa ni?" Soal aku pada Ara dan ukir senyum.
"Surprise!" Jeritnya sikit dan orang lain tergelak. Aira pun ada sama. Ish! Harapnya umi dan walid pun ada.  Betapa Allah maha penyayang doa aku termakbul terus. Umi dan walid masuk ke dalam rumah dan memberi salam. Best birthday ever? Tak over rasanya nak cakap macam tu.

Bila dah selesai makan kami mula berborak dan curiosity aku nak tahu pasal semua ni dah meledak.
"Macam mana tahu?" Soal aku dan pandang Ijam serta Fahmie.
"Qai la yang cakap. Kami bukan nujum!" Gurau Fahmie selamba.
"Ara cakap?" Soal aku pada Ara pula.
"Haah! Terkejut beruk kami, beruk terkejut pun tak macam tu!" Jawab Ola dengan gelaknya.
"Lagi buruk dari beruk kut!" Sambung Ijam pula dan Ola tunjal kepala Ijam dengan sudu.
"Woi! Precious ni!" Balas Ijam geram dan tunjal semula kepala Ola.
"Stop it! Aku muak la tengok drama korang" pintas Fahmie cepat bila Ola nak balas balik ayat Ijam. Akhirnya dua2 buat mulut itik. Aku bangga sangat dengan isteri aku ni, dia ada kawan yang baik. Tanpa sedar aku merapatkan diri padanya dan pipinya aku cium sekilas.
"Wow! Tutup mata! 18! 18!" Jerit Fahmie kuat dan aku rasa muka aku membahang. Alamak! Luar kawalan la pulak.
"Bhai! Isteri bhai bawah umur lagi" pesan Ola dan orang lain ketawa ramai2. Ara ikut sama ketawa maksudnya dia tak marah dengan perbuatan luar kawal aku tadi. Nasib baik.

- Qaisara -

Ola ni mula la nak tayang muka miang bila aku duk borak dengan Sir K dia. Haish! Geram pulak aku dengan dia ni. Tapi, masalah aku tetap tak selesai jugak, aku tetap 'curang' dengan suami aku. Sedih!
"Line ni awak kena guna pensel HB" Sir K tegur aku dan aku angguk faham. Aish! Bila jadi macam ni segan pulak bila kami berdua borak. Ijam dan Fahmie pun tak jauh beza dengan Ola. Allah, apa ni?

Bila ada masa lapang, aku akan keluar dari kelas dan pastinya untuk ponteng. Tapi, suami aku ni dah tahu spot aku jadi, terpaksalah masuk kelas balik. Paling tak pun Fahmie dan Ijam akan ajak aku borak dengan sir dalam bilik guru. Cikgu lain pun dah pelik bila aku yang perangai macam hantu dan pemalas tahap dewa ni selalu masuk bilik guru.
"Saya beli gula2" ujarnya bila aku berdiri disebelahnya untuk siapkan borang untuk basket. Aku senyum dan minta dia bukakan plastik. Aku ambil dan makan dengan senyuman. Well, fake gila nak berlakon. Nak bersaya lagi.
"How?" Soalnya perlahan.
"Pahit" jawab aku separuh berbisik juga. Dia pelik.
"Tapi, perisa berri" ujarnya dan aku sengih.
"Joke" aku balas ringkas dan dia senyum sampai ke telinga.
"Jumpa kat rumah petang ni?" Soalnya pula dan tuliskan atas kertas. Aku angguk dan balas balik.
"Jom pergi jogging. Nak makan aiskrim" dia senyum pula dan angguk. Aku pandang dia sekilas dan pandang suasana dalam bilik guru itu. Ramai je cikgu lain sebenarnya.
"Dah sir, nanti saya minta pelajar lain hantar" aku sengih dan keluar dari bilik guru itu. Haish! Kelakar.

- Khai -

Ikhlas? Tak sabar nak balik sekolah. Childish sangat! Aku masuk ke kelas 4A sebagai releif je dan aku dapat dengar mereka sedang bergosip. Barang kali ya la kut.
"Apa yang seronok sangat ni?" Soal aku pada salah seorang pelajar perempuan. Dia senyum dan duduk semula dikerusinya.
"Pasal kapten basket ball" jawabnya dengan senyum melebar. Aku senyum lagi dan faham sangat apa maksudnya.
"Faizan ya?" Sebut je nama Faizan dah boleh buat mereka blush. Hebat.
" Abang Faizan dan Kak Qai" ok. Kali ini aku yang diam pulak.
"Kenapa?" Soal aku betul2 nak tahu. Tak pasal2 jadi kaki gossip jugak.
"Sir jangan lapor ok?" Pinta seorang pelajar. Pastilah!
"Iya"
"Kak Qai dan Abang Faizan couple! Semalam saya nampak dorang dating!" Ceria sungguh suara itu tapi boleh menghiris jantung aku. Mulut aku terkatup rapat dan aku rasakan seperti satu kekecewaan. Aku perasan keakraban mereka tapi ingatkan hanya dalam team. Aku ukir senyum hambar dan kembali fokus kepada kelas. Aku tak boleh nak main percaya je. Ara mesti tak suka aku main tuduh dia macam tu je.

Bila aku balik ke rumah, aku terus ke rumah ibu. Aku nak tahu hal sebenar sangat2. Bila aku buka pintu bilik kami benda pertama yang aku nampak ialah fon Ara. Aku tahu salah tapi aku tetap nak tahu kebenaran. Aku dengan rasa takut membuka fon itu dan mencari peti mesej. Ada satu nombor yang tak bernama dan aku buka mesej itu. Telefon jatuh atas tilam dan aku rasa kelam. Aku periksa nombor tak dikenali itu dan sah ia nombor Faizan. Aku ada nombor Faizan untuk keperluan kelab. Someone! Just shoot me.

- Qaisara -

Dah dua hari kami tak bercakap dan hal tu memang pelik bagi aku. Kenapa?
"Ola, kau rasa pelik tak?" Soal aku pada Ola yang tengah copy kerja sekolah. Hahaha. Bijak sangat dia ni.
"Tak, normal la kalau aku meniru, kalau aku buat sendiri tu yang pelik" jawapan selamba badak Ola memang betul dan tak salah sikit pun. Tapi dia ni memang sengal betul la.
"Dah dua hari bhai tak cakap dengan aku" Ola paling muka dan pandang aku sekilas.
"Kau rindu dia la tu. Tak pelik pun!" Balas Ola lagi. Nak je aku tolak dia sampai jatuh kerusi rasanya.
"Kau faham tak maksud aku?" Soal aku lagi dan Ola gelengkan kepala. Tak sempat aku cakap lagi Ustaz Nazri dah masuk kelas. Bila dia tanya siapa tak siapkan kerja aku dan Ola je angkat tangan. Hahaha. Kena berdiri kat luar lagi. Fahmie pun tak siap jugak ni. Kami bertiga terus berjalan keluar kelas dan berdiri tegak. Sir Khai kebetulan lalu dihadapan kelas aku tak berkalih pun untuk pandang kami. Kenapa ni?
"Kenapa bhai tak pandang kau?" Soal Fahmie berbisik dan aku gelengkan kepala.
"Dia tengok jalan la sebab tak nak langgar dinding" kenapa Ola ni jadi sarkastik sangat hari ni? Rimas la aku kalau macam ni.
"Aku pergi jap" aku tinggalkan Fahmie dan Ola lalu mengejar langkah dia. Aku berlari anak dan bila line clear aku tarik lengan dia dan kami berada di tengah tangga.
"Sekolah ni Ara" dia bersuara dingin. Sah! Memang ada benda yang tak kena.
"Kenapa?" Soal aku langsung dan dia berkerut.
"Siapa Faizan dan siapa abang?" Soalnya terus dan aku diam. Dia dah tahu ke? Macam mana dia tahu? Habislah aku.
"kenapa diam?" Soalnya sinis dan aku pandang lantai. Aku sentuh tangannya tapi dia elak.
"Ara couple dengan Faizan, tapi bhai suami Ara" aku cuba untuk jelaskan tapi aku pun tak pasti macam mana.
"So, Ara mengaku Ara curang dengan abang?" Soalnya tajam dan aku angguk lemah. Aku tak pernah rasa bersalah sampai macam ni sekali dan aku tak berniat untuk curang pun. Isk! Curang? Kasar betul bahasa tu.
"Ara nak jelaskan kat abang?" Soalnya lagi dan aku angguk.
"Ara dan Faizan dah lama, since form three lagi. Dah banyak kali Ara minta putus dan sebelum kita kawin pun Ara dah cuba, Ara banyak kali mintak putus tapi tak boleh. Faizan cakap dia tak nak ambik SPM kalau Ara putus dengan dia. Ara tak nak sebab Ara dia gagal. Please, bhai kena faham situasi Ara. Ara tersepit" aku cuba meraih tangannya lagi dan dia tak mengelak. Dia diam lama sebelum memandang aku.
"Jadi, Ara tak suka dia?" Soalan apakah ini? Sah la aku suka dia! Aku sayang jugak kut, tapi, macam kawan je la. Ya ke?
"Bhai boleh maafkan Ara? Lepas je SPM, Ara akan cerita semua kat dia" aku harap dia faham dan tak lama kemudian dia angguk. Yes! Mujurlah ya Allah.
"Fine, abang percayakan Ara"
"Yep! trust..."
"Sir! Kak Qai!" Ada dua orang pelajar perempuan yang ternampak kami. Matilah, nasib baik dah tak pegang2 tangan.
"Aduh..." aku terus buat2 sakit kaki dan pegang kaki aku sendiri. Masak!
"Aku jatuh tangga, boleh tolong tak?"aku buat2 sakit sampai Sir K pun kalut habis ni. Hehehe. Berlakon la duhai suamiku.
"Ya! Tolong papah Qaisara" pinta Sir K cepat dan dua junior aku terus tolong papah aku.
"Kak Qai ok tak? Kita pergi bilik sakit la" ujar salah seorang daripada mereka. Elok jugak! Boleh aku ponteng kelas Ustaz Nazri. Kikiki.
"Tolong isi borang ke klinik, saya nak hantar dia pergi klinik. Tunggu saya kat lobi ok?" Sir K bagi arahan dan dua pelajar itu hanya setuju. Like seriously? Aku bukannya betul2 sakit pun. Matilah aku kalau macam ni. Adoi! Sengal jugak suami aku ni, over pun ada.

- Ijam -

Gila betul la Ola ni. Aku dah try banyak kali tunjuk kat dia yang aku suka dia tapi haram! Satu pun dia tak perasan. Dia ni lahir dari zaman ais ke apa? Ish!

Aku > lantak kau la minah!

Ola KDA > ceit! Jgn cakap dgn aku esok!

Aku > fine! Kau igt aku takde kawan lain?

Ola KDA > Fine! Jgn tiru essay BI aku lagi lepas ni!!!

Aku > tak peduli la aku. Minah!

Ola KDA > AKU BENCI KAU!!!

Aku > love u more. C U 2 morow. Hahaha.

Ola KDA > GILA!

Aku sengih sendiri bila baca mesej dia. Lantak kau la Ola, malas aku nak gaduh pasal kerja sekolah dengan kau ni. Hahaha. Erm! Aku kena pergi jumpa Ijan, pasal dia la Qai gaduh. Aku berjalan ke bilik dia dan bila aku ketuk pintu dia suruh aku masuk. Aku memang salute dengan bilik tidur dia yang kemas gila ni, habuk pun tak ada. Aku duduk di katil dia dan tengok dia tengah khusyuk study Fizik. Aku dengan dia? Kembar tak seiras dan aku tak baik sangat dengan dia. Dia ni macam...cerewet sikit dan aku tak rasa boleh ngam pun. Hahaha.
"Pelik! Faizam masuk bilik aku ni. Kau nak apa?" See? Gaya dia pun macam aku ni adik tiri dia. Tolong sikit! Aku rela jadi adik angkat dia daripada jadi adik tiri dia la.
"Aku nak cakap sikit" aku buka mulut dan dia pandang aku.
"Hmm?" Soalnya malas.
"Aku tahu kau couple dengan Qai" datar je suara aku tapi boleh nampak dia terkejut. Tapi, dia maintain cool.
"So?" Soalnya malas lagi.
"Dia tak suka kau" dia pandang aku tajam bila aku cakap macam tu.
"Dia nak putus, kau putuskan je la. Tak perlu kut sampai tolak dia jatuh. Tulang pergelangan tangan dia retak sebab jatuh dan boleh menyebabkan dia tak dapat main basket lagi. Aku rasa kau patut faham bila dia tak nak kat kau lagi. Tak perlu kut nak ugut dia." Mata dia membesar dengan sangat luas. Aku rasa dia faham maksud aku ni.
"Betul ke ni?" Soalnya cuak.
"Betul! Qai sayang kau, as a friend. Kau mesti tak nak pasal tu dia benci kau. Kan?"
"Dah banyak kali dia mintak putus, dia layan aku baik je. Aku tak terlintas nak cederakan dia pun. Aku just tak boleh. Aku sayang dia" ha! Ni yang aku malas nak mengaku kembar ni. Dia ni bila cakap sikit emo tak pasal2. Aku sentuh belakang dia perlahan dan dia mula nak menangis. Aku tendang jugak mamat ni.
"Dia dah ada suami, Sir K tu suami dia." Aku rasa baik terus terang sampai habis je senang. Dia lagi terkejut dan pandang aku tak percaya.
"REALLY?"
"Aish! Tak payah jerit la."
"Cerita la!" Paksa orang pulak. Jadi, aku pun terus terang dan cerita balik apa yang aku dah dengar dari mulut Qai sendiri.
"Aku ni macam perampas isteri orang la" aish! Jiwang drama melayu la pulak dia ni. Aku tumbuk bahu dia kuat dan dia tergelak sikit.
"Patah hatinya..." dia baring atas katil dan aku sengih sikit.
"So, tamatkan zaman monyet kau ok. Monyet frust pun lagi hensem dari kau"
"Ya! Ok bro, bertuahnya Sir Khai tu" ujarnya lagi dan aku pasti dia kecewa jugak. Well, kisah dia lebih baik dari aku ni.
"Qai ada kembar tak? Aku nak couple dengan kembar dia la pulak." Gila betul mamat ni.
"Ada! Elok jugak kalau kau dua orang. Perangai macam ni la" aku tepuk paha dia kuat dan bangun dari katilnya.
"Bro! Qai teruk ke cedera?" Soalnya dengan penuh rasa bersalah.
"Ok je kut. Kalau kau boleh selesaikan semua ni cepat, cepat la dia sembuh. No pressure."
"Bro! Thanks!" Ucapnya yang kelihatan ikhlas.
"Aku buat untuk Qai, bukan kau"
"K.E.J.I!" Laungnya dan aku sengih sedikit.
"Wow! Twins mama berbual, sign yang bagus" alamak! Mama la pulak muncul depan pintu bilik dia. Aku tayang muka selamba dan kelaur dari bilik itu.
"Ma! Dia tu kembar tiri Ijam je" laung aku dan masuk semula ke dalam bilik. Ugh! Pelik rasanya ada conversation macam tu dengan Ijan. Ok! Mungkin memang aku sayang Qai lebih dari Ijan, sebab tu la aku tolong Qai. Dan, part aku cuba tenangkan Ijan tu, mintak cut boleh tak? Aku dah jadi kembar yang baik hari ni. And this is not so you! Ijam! Bukan Ola je buat aku gila, Qai pun sama. Aku garu belakang kepala dan lepaskan keluhan berat.

- Qaisara -

Aku rasa bersemangat gila hari ni. Faizan dah boleh let it go and move on.

Faizan 5A > aku dah tahu hal sebenar. Sorry tangan kau, selamat pengantin baru, kita break as couple. Lets be fren!

Itulah mesej yang dia hantar kat aku semalam. Pukul 2 pagi. Aku rasa Ijam dah banyak berjasa dalam hal ni, jadi, aku akan ajak Ijam dan Faizan serta geng aku lagi untuk lepak sama2. Hah! Aku akan bawak si Aira jugak, sebab, ibu nak aku jalinkan ukhuwah sejati katanya. Harapnya dia tak cari pasal dengan aku nanti!
"Aku harap kau tak berjoget sebab happy sangat" sapaan Ijam ni memang boleh rosakkan mood aku betul la. Aku jeling dia sekilas yang masih lagi tayang muka selamba. Tapi, memang aku berjoget pun pagi tadi, bila baca mesej tu. Hahaha.
"Thanks KDA. LOVE YOU FOR EVER!" luah aku gembira dan dia senyum pula.
"Well, aku tak nak kak ipar mental rosak macam kau ni" ceit! Kurang ilmu sivik punya manusia. Budi Bahasa entah ke mana. Ei!
"Apa pun, thanks dude. Aku rasa gugur dosa aku sikit" hahaha. Pandai la aku ni.
"Ok dude. Dia nangis kut" ha...aku dah agak dah.
"Aku agak dah, thats why aku nak jumpa dan terangkan balik pada dia. Aku rasa, aku nak jodohkan dia dengan Aira. Makhluk dalam rumah aku tu"
"Cantik! Deal, boling malam ni"
"Ok! Tell others"
"Sip! Ha, Ola?" Soalnya lagi.
"Dia cakap dia benci kau semalam. Kenapa?" Soal aku balik.
"Pasal persentation kelab. Dasar minah batu!" Kutuknya pula dan aku gelak.
"Dia cakap dia blushing bila kau balas love you more" aku sambung pula dan dia agak terkejut.
"Like seriously?"
"Aha! Kau suka la kan?" Aku usiknya dan dia sengih melebar. Haish! Geli aku tengok muka Ijam macam ni.

- Qaisara -

Aku berdepan dengan Faizan dan dia nampak sangat tenang. Baguslah, aku takut dia marahkan aku je.
"Hai" sapa aku ringkas dan dia tersenyum senang.
"Hai" balasnya ramah dan cool.
"Sorry" pinta aku pula dan dia senyum lagi.
"Sorry" pintanya pula dan pandang tangan aku. Heh! Bukan fully salah dia pun, doktor dah pesan jangan ganas2 tapi aku yang degil.
"No worries. Aku sayang kau, as friend" aku ucap padanya dan dia angguk.
"I love you more, as friend" balasnya pula dan kami berbalas senyum. Kekok pulak situasi ni aku rasa. Pelik!
"Ngah!" Dah datang dah makhluk ni. Aku pandang dia dan dia senyum pada Faizan. Ceh! But wait, elok la jugak kalau dua orang ni kan?
"Let me guess, kembar Qai"
"Yup! Aira" Aira perkenalkan dirinya dan aku senyum senget.
"Aku restu Faiz" bila aku cakap macam tu aku tinggalkan dua orang ni dan join orang lain. Apa yang aku tahu Fahmie ni playboy tapi tak pernah walau sekali dia kenalkan kami dengan awek2 dia.
"Sampai bila korang nak gaduh ni?" Soal Fahmie rimas dan aku pun dah naik muak dengan dua orang ni.
"Mie, jom kita lawan dua orang ni. Biar gaduh terus" saran aku dan Fahmie setuju.
"Ok! Siapa takut?" Cabar Ijam pula dan kami terus ke lorong boling yang kami tempah. Tak sempat main pun dah gaduh. Aku rasa memang tak boleh nak lawan kalau dua orang ni duk gaduh macam ni je. Lantak korang la budak! Tak kuasa aku nak layan.

- Qaisara -

Game penting hari ni pun aku tak dapat nak main walaupun aku nak sangat. Orang yang tahu, faham kenapa aku tak main tapi orang yang tak tahu ni susah sikit.
"Jangan main Qai, aku tak izinkan" pesan Faizan bila dia duduk dibangku sementara menunggu untuk perlawanan mereka. Aku sengih sedikit dan gelengkan kepala.
"Kalau perlu, aku akan main jugak" aku jawab selamba dan dia tetap berkeras tak nak bagi aku main. Entah apa2 je la dia ni.
"No. Kau cedera. Aku dah rasa berdosa sangat buat kau macam ni" ujarnya lirih dan aku tergelak. Walaupun dia ni maintain cool depan orang lain, depan aku tetap jugak manja tak ingat.
"Aku ok." Aku tetap bertegas dan dia juga bertegas dengan keputusannya.
"Ehem!" Bila ada suara yang berdehem kami angkat muka pandang. Ni lagi satu hal, Sir K ni takkan puas hati bila aku dekat dengan Faizan. Walaupun kami dah declare putus secara terang terangan. Dia cemburu la kut. Hihihi. "Sir, saya nak cakap sekejap je. Nak bincang strategi" ujar Faizan dan aku senyum je. Strategi ke jadi mak nenek duk membebel kat aku.
"Strategi apa?" Soal Sir K seakan berminat dan Faizan garu belakang kepalanya. Aku sengih lagi dan malas nak bercakap dengan dua orang ni. Aku berdiri tepi gelanggang dan memandang ahli pasukan aku yang sedang bersedia.
"Chaiyyokk!!!" Jerit aku kuat memberi semangat dan mereka semua senyum walaupun cuak. Ola, menang game ni untuk aku.
Sir K dan Faizan berdiri di sebelah aku. Dua2 dah apit aku sekarang ni dan apa yang aku boleh cakap. Rimas! Faizan dengan concern yang melebih,  suami aku ni dengan rasa cemburu dia yang tak tentu pasal. Ish! Susah! Aku tak dapat bayangkan macam mana seorang perempuan boleh couple lebih dari seorang lelaki. Pelik!!!
Game berlanjutan dengan sengit dan mata kami dengan kumpulan lawan seri je sejak tadi. Aku tahu yang lawan kami memang lawan yang hebat dan selalu menang setiap tahun. Aku sendiri takut sebenarnya tapi aku takut jugak nak ambil risiko untuk turun padang. Masa tinggal dua minit je lagi dan kami dah ketinggalan dua mata. Cepatlah!
Bila aku rasa memang tak sempat sangat dah aku minta Sir K tukar seorang pemain. Aku akan main! Aku akan main! Bila seorang pelajar keluar dan aku masuk, semua orang dah mulu berkumpul dekat aku. Tak ada cara lain. Bhai, doakan aku. Aku belajar tips ni dari dia dan aku harap sangat akan berjaya. Bila aku mengelak dari seorang pemain dan aku lompat tinggi untuk shoot dari jarak dua meter lebih. Ya Allah! Ku mohon.
Wisel dibunyikan dan. Gol!!! Gol tiga mata dan menyebabkan kami berada di depan. Saat aku hampir mendarat setelah melompat satu tubuh tinggi melanggar aku dan menyebabkan aku tersungkur. Bunyi hentakan kuat membuatkan semua orang terkejut. Saat itu aku rasa seperti tangan aku tercabut je.
"Argh!!!" Jerit aku kuat dan peluh mula bermanik di dahi. Pergelangan tangan aku pegang sebab sakit sangat. Semua orang berlari ke arah aku dan semua orang pandang aku risau. Aku terasa badan aku melambung bila diangkat dan aku seakan terbang ringan.

"Ara, abang ada kat sini" hanya itu yang aku mampu dengar dan ingat sebelum aku diberi rawatan di hospital. Sakit tangan aku seakan hilang seketika bila dengar suara itu. Hurm. Aku rasa tenang bila dengar suaranya ya Allah.

- Khai -

Hanya Allah yang tahu betapa aku risaukan keadaan Ara sekarang ni. Aku tak pernah tengok dia sakit selama ini. Ya Allah, aku mohon. Berikanlah rasa sakitnya kepadaku. Aku masih lagi tak dapat duduk dengan selesa dan bila Ola serta beberapa kawannya yang lain datang mereka tanyakan soal Ara. Macam mana aku nak jawab bila aku sendiri tak pasti.
"Sir, Qai akan ok" Ola cuba untuk tenangkan keadaan dan aku tahu dia sendiri risau. Aku pandangnya dan angguk yakin. Aku tahu, Ara kuat!

Bila doktor keluar semua orang kembali kepadanya dan mendengar apa yang doktor katakan mengenai keadaan Ara.
"Dua tulang dia patah, tapi, dia dah ok. Semua orang boleh jumpa dia nanti" doktor itu minta diri dan berlalu pergi. Aku perlu jumpa doktor dan tanyakan keadaanya secara terperinci. Aku masuk ke ruangan doktor itu dan bertanya sedikit.
"Dia ok, dia kuat dan dia tabah. Tak ambil masa lama untuk dia sembuh. Bila tulang dah bersambung dia akan ok balik. Lagipun, dia ada tanya saya. Dia boleh main basket ball lagi atau tak. Bila saya cakap boleh. Dia terus cakap yang dia dah sihat. Jadi, pelajar awak ok" doktor itu dengan mesra menjawab dan aku rasa lapang. Basket ball lagi yang dia fikir. Ara!

- Qaisara -

Ya Allah, Ijam, Ola, Fahmie dan Faizan ni dah la ponteng sekolah nak jaga aku kat sini. Dah jenuh aku cakap aku ok. Layan aku macam aku ada cancer tahap empat je. Over! Drama tak sudah!
"Aku ok la! Rimas korang ni" malas betul aku nak layan mereka ni.
"Kau ok ke?"
"Iya! Bila dah sihat nanti aku boleh main basket lagi. Doktor cakap tak ada masalah"
"Baguslah. Kalau tak, aku sanggup sedekahkan tangan aku untuk kau" Faizan ni walaupun ayat tak boleh blah tapi aku tahu dia maksudkannya. "Tak nak la aku tangan kau. Sokay la guys. Buat beberapa bulan ni korang kena terima la hakikat kawan korang ni tak cukup sifat" aku balas sambil tersengih dan mereka tayang muka sebal. Nak marah aku la tu. Aku pandang Faizan lama sebab aku tahu dia paling rasa bersalah.
"Faiz, apa kata kau belanja aku kasut baru bila aku sihat nanti. Ya?" Aku minta padanya dan dia angguk sambil senyum. Dia memang kalau boleh nak aku minta sesuatu barulah dia rasa lega. Dari kami couple lagi, bila gaduh dan dia pujuk aku, dia nak aku mintak sesuatu dari dia. So Aira, eloklah lelaki ni untuk kau! Kau pun gedik tak ingat dunia jugak. Hahaha.

- Qaisara -

Paling tak boleh nak jangka sangat, aku keluar hospital Sir Asmadi pun sihat dah keluar hospital, jadi, secara automatiknya suami aku ni ada kat rumah la. Empat bulan jugak dia mengajar aku. Sekarang ni, dia ada sebelah aku dan jaga aku yang tengah berehat. Cuti sakit selama seminggu sebelum kembali ke sekolah. Dulu rasa nak ponteng je, bila duk kat rumah, RINDU SEKOLAH! nasihat, jangan ponteng ya adik2.
"Sakit?" Soalan dah keluar silibus ni la yang suami aku nak tanya. Hihihi.
"Bhai, Ara ok. Ok?" Dan jawapan keluar silibus jugak aku berikan.
"Doktor cakap tak boleh paksa sangat tangan ni"
"Ya! Ara faham tapi, Ara kena praktis menulis, SPM dah sekitar bucu!"jerit aku semangat dan dia gelak kecil. Kepala aku diusapnya lembut aku dan aku ukir senyum.
"Abang sayang Ara, sebab tu abang risau" ucapnya lembut dan aku rasa segan la pulak. Kikiki. Kenapa nak segan kan? Aku angguk tanda faham perasaan dia dan dia senyum lagi.
"Bila Ara dah habis SPM, abang akan belajar balik, bila ada cuti kita pergi bercuti ya?" Soalnya pada aku dan aku berfikir sejenak. Banyak plan lepas SPM ni, nak jalan2 area pantai timur dengan KDA aku.
"Bhai, lepas habis semua plan Ara and the gang. Ara pergi kat abang belajar. Abang sewa la rumah, nanti boleh Ara duk sana. Boleh jugak Ara kerja" aku bagi cadangan baik punya la ni. Dia diam dan fikir pula.
"Kalau Ara dah sihat, in sha Allah" jawabnya dengan senyuman dan aku senyum lagi. Masa tu, mungkin aku dah boleh main boling kut. Aku sakit dah lama tu, aku rasa, better dia tak tahu la kut. Aku tak nak dia tahu.
"Bhai, tak kisah Ara panggil Bhai?" Soal aku padanya dan dia gelak sikit.
"Tak kisah, tapi, abang nak Ara panggil abang bila Ara dah ready nanti" ujarnya tenang dan aku angguk. Bila aku dah ready? Bila aku dah tua ke? Ah! Sekarang ni aku baru je 17, bila aku dah umur 20 mungkin!

- Qaisara -

Ah!!! Gila rasanya, aku rindu dia jadi cikgu aku balik. Sedih! Dah nak SPM pun sekarang ni dan dia pun ada exam dia sendiri. Sir Asmadi dah tak nak accident ke? Oi! Mulut aku ni memang nak kena tembak kan? Hahaha. Aku rasa kena lupakan rindu ni semua ni dan fokus. Setiap hari aku kena leter dengan dia bila aku cakap aku ponteng kelas Sir Asmadi dan a few kelas lain lagi. Ya la, masa dia ada tak bebas sangat nak buat hal. Tangan aku pun dah bertambah baik. Alhamdulillah. Aira dan Faizan pun dah merapat, aku rasa la sebab dorang isi UPU sama dari atas sampai bawah! Silakan! Aku harap aku tak kena tengok muka Aira dan Faizan kat mana2 uni yang aku dapat nanti. Ola, sedarlah yang Ijam tu suka kau tahap mati dah. Fahmie, aku dah tahu kenapa dia tak cakap siapa awek dia selama ni, SEBAB DIA LEBIH SUKA ORANG YANG LEBIH TUA DARI DIA!!!
hahaha! Lawak gila Fahmie ni bila kantoi dengan kami. Apa pun, kami respect apa yang dia nak dan dia suka. Kami, KDA!

- Khai -

Keadaan kembali ke asal balik, aku kena tunggu cuti untuk jumpa isteri aku. Hmph! Ikhlas, walaupun hari2 call dia tetap tak puas hati. Aku nak berada di sisi dia selalu. Poyo? Well, dia isteri aku kut. Dapat jadi cikgu ganti dia walaupun tak lama, dah boleh buat aku rasa risau habis. Ya Allah, nakalnya isteri aku ni kan? Selalu kena cop dengan cikgu2 kat sekolah. Siap ada geng cikgu boikot dia and the gang. Hahaha. Aku rasa aku bukan berbakat jadi cikgu pun sebab. Aku tak boleh nak kawal rasa sayang aku pada dia. Tak boleh nak PURA PURA selamba bila berada dekat dengan dia. Sebab, AKU SAYANG DIA! walaupun dia baru je 17 dan terlalu muda untuk aku, aku rasa bahagia. Walaupun dia masih lagi belajar dalam kelas apa itu perkahwinan aku dah sedia dengan semua kemungkinan. Dia terlalu kebudak budakan tapi itu yang buatkan aku bertambah sayang dia. Bila dia dah besar dan matang macam aku nanti, aku pasti dia akan gelak teringatkan masa silam dia. Ainul Qaisara, abang tak sabar nak hidup dengan Ara. Cepat2 sikit dewasa!

- Qaisara -

Apa yang aku tahu, bila ada berita je ada cikgu ganti, aku paling semangat sekali nak tahu siapa. Sah la! Memang bukan suami aku kut tapi, doa tu tetap ada. Kahkahkah! Hari ni ada cikgu ganti baru, ganti Ustaz Nazri, sebagai relief je. Tak mengajar kami pun sebab Ustaz Nazri kena tahan di hospital kena darah tinggi bila satu kelas tak siapakan kerja sekolah yang dia berikan. Ya Allah, kelas 5B ni, macam mana nak berkat ilmu. Lupakan seketika soal itu ya. Fokus pada cikgu ganti kami yang baru ni. Lelaki jugak tapi, Ya Allah! Sangatlah poyo dan entah, tak pandai nak describe macam mana. Kali ini kami dah berpakat untuk kembali ke tradisi zaman nenek moyang untuk MENYAMBUT kedatangan cikgu ganti baru. HAHAHAHAHAHA!
"line 1 ready?" Soal ketua kelas kami yang tak boleh diharap langsung. Semua orang dah sedia dan aku jadi tukang tengok je. Malas nak join plan ni. Bila ada nampak orang nak masuk kelas semua orang dah bersedia untuk gelak. Bila cikgu ganti tu masuk dengan penuh gayanya dia tergelincir sebab licin bedak yang ditabur di atas lantai depan pintu dan bila dia hampir tersungkur dia terpegang dinding khas yang ditampal lumpur. Hahaha. Nasib baik dia tak makan lantai je. Aku tahan gelak bila semua orang senyap dan tahan gelak. Aku nak keluar dari kelas dan terkejut bila pengetua nak masuk kelas kami. HABISLAH! aku bagi warn cepat2.
"Pengetua datang!!!" Bila aku jerit semua pelajar lelaki cuak dan berlari ke pintu, akhirnya. Semua pelajar lelaki terjatuh akibat perangkap mereka sendiri. HAHAHA! yang ni lagi kelakar tak ingat. Pelajar perempuan semua gelak kuat. Aku tarik tangan Ola supaya lari dari situ bila pengetua dah berdiri depan kelas. Ijam dan Fahmie? BYE! hahaha.

28 comments:

  1. sis,yg ni xda smbungan kew??😁😁😁😁

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Erm...Acanor ni...sis tak janji sbb memang tak ada idea ni, tapi, maybe bila ada masa lapang dan tiba2 je ada idea...in sha Allah ya dik...

      Delete
  3. The best.. Sngat sngat Dan sngat best cite niee.. Ehehe..

    ReplyDelete
  4. Suke bace cerpen akak,hehe...seronok sangat.

    ReplyDelete
  5. sis,minta smbngn, please...dah 2016 kut...hehe...btw,best lah cerpen2 akak...mantoppp gituhh... mintak smbng yer please...gudjob

    ReplyDelete
  6. Sis,saya ada cadangan,apa kate sambungan dia sis citer qai abis spm,follow husband dia.. kali ni husband dia buat hal pulak.. then sis try buat pengakhiran citer yg xdijangka.. hahaha
    just nak luahkan idea yg ada kat kepala ni
    Apa2 pun cerpen sis ni best sangat
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im sha allah yer.. tq share idea yer... tq... :)

      Delete
  7. Sis ada sambungan tak nak baca best sangat lah 😍😊

    ReplyDelete
  8. Suka sgt cerpen ni.. Harap2 lerr ad smbungan die..

    ReplyDelete
  9. sis...knr sambung tau,best sangat...!!!

    ReplyDelete
  10. Seriusly best giler ar...😘

    ReplyDelete
  11. Sis best giler...bila nk smbung???

    ReplyDelete
  12. Best citer ni....kalau dpt sambung mmg awesome

    ReplyDelete
  13. Best citer ni....kalau dpt sambung mmg awesome

    ReplyDelete
  14. wow best and kinda tk cliche

    ReplyDelete
  15. Sambung please ...sye dh ulang byk kali

    ReplyDelete
  16. alaa takde sambungan ke ? best ni hahahaha good job !!

    ReplyDelete
  17. Dah 2020 tpi still ulang baca😂😂😂

    ReplyDelete
  18. Best gila,lawak lah yang budak lelaki masuk perangkap sendiri

    ReplyDelete
  19. Semua cerpen akak best 👍🏻 Tak tau dah brp kali repeat baca 😅 Hope akan ada cerpen baru tahun ni 💜

    ReplyDelete