#hihihi...ni sambungannya...
Dulu bergelar student kpd lelaki itu, kemudian bertukar kepada pekerja, beralih pula kpd tunang dan akhirnya bergelar isteri kpd seorang lelaki yg dirinya sendiri rasa itu semua seakan mimpi. Pada dirinya bukanlah mimpi yg terlalu indah sehingga mampu mncapai keindahan seluruh dunia tapi padanya, itu adalah ketentuan.
Perkahwinan pada dirinya adalah satu kehidupan yg baru. Beruntungnya dia di sini ialah, tak perlu fikirkan soal anak, Allah dah beri dia sepasang anak.
"Abang, adik. Jgn buat sepah lagi. Ngah dah penat nak kemas ni" dah mcm mengalah suara Ria bila dia melarang anak2 nya bermain. Bukan bermain sebenarnya, lebih kepada buat sepah. Well, budak2.
"Abg jgn buat mcm tu" Ria melarang lagi bila Ziad cuba utk membuang segala alat mainan yg baru sahaja dia simpankan tadi. Tapi, semuanya sia2 bila dah selamat mainan tu keluar dari bakul. Ria mengeluh berat dan duduk di atas sofa. Kali ini dia dah malas nak menjerit jadi dia biarkan je mereka berdua terus bermain.
"Ngah." Terasa tangan kecil menyentuh peha Ria. Ria memandang si adik. Zia.
"Apa adik?" Soal Ria perlahan dan cuba ukirkan senyuman walaupun dah penat sangat.
"Ngah dah tak sayang adik ke?" Ria tersentak dgn soalan itu. Ziad ikut sama memandang Ria dgn wajah sedih.
"Kenapa tanya mcm tu?" Soal Ria lalu meriba Zia.
"Sebab abg dgn adik dah sekolah ya?" Ria tersenyum pula kali ini. Masa mereka bersama dah agak terhad sejak mereka berdua bersekolah.
"Mana ada sayang. Ngah sayang abg dan adik" Ria mengusap pula kepala Ziad.
"Sebab adik dah 4 tahun ya. Dah besar?" Ria tergelak kecil kali ini. Dia cuba mencari jawapan yg sesuai utk jawab soalan ni.
"Sebab tu la adik dan abg buat sepah ya. Nak jdi baby2 kecik ngah balik ya?" Soal Ria pada mereka dan mereka angguk perlahan. Ria sedar akan sesuatu, dia dah kurang bermain dgn kembar ini sejak mereka dah bersekolah. Masa bersama juga tak sama seperti dulu lagi saat mereka bersama di teratak. Kini mereka berdua belajar di tadika biasa.
"Ngah minta maaf kalau adik dan abg rasa mcm tu. Ngah sayang anak2 ngah ni"
"Betul ni?"
"Betul!"
"Kalau mcm tu, abg kemas mainan ni ya. Nanti ngah main dgn abg ya?"
"Ya. Apa kata kalau kita keluar pergi playground?" Cadang Ria ceria.
"Jom!" Teruja betul budak berdua ni.
"Kemas dulu semua ni, kemudian naik mandi. Ngah nak call papa"
" ok" Ria tersenyum senang dan berlalu ke bilik tidurnya utk mengambil telefon. Dia duduk di katil dan seketika fikirannya melayang jauh ke hari perkahwinan mereka sebaik ternampak gambar kahwin mereka. Berkahwin sama jugak dgn erti kata lain berkongsi, tapi bagi Ria dan Arfian yg berkahwin kerana anak2 lain hidup mereka. Tak ada yg dikongsi termasuk bilik tidur. Yg mereka kongsi hanyalah, anak2. Tapi Ria tak pernah ambil perhatian tentang itu, sebab dia sedar yg cinta Arfian pada arwah isterinya. Mereka juga tak pernah saling mencuba utk mencintai satu sama lain.
"Ria, are u there?" Terkejut Ria bila dia sedar yg dia sedang berbual di telefon skrg ni.
"Doc, saya nak bawak anak2 keluar ni"
"Ke mana?"
"Playground. Boleh tak?"
"Ok. Just take care ok?"
"Ok. Bye" Ria matikan fon dan dia segera ke bilik air utk mandi dan bersiap.
"Who?" Soal Shamil, rakan sekerja Arfian.
"Ria" jawab Arfian lalu meneguk jus orennya.
"Why?"
"Dia nak bawak anak2 keluar" jawab Arfian malas.
"Kau ni kenapa?"
"Apa yg kenapa?"
"Kau free, kenapa tak keluar dgn dorang?"
"Entah. Dia tak pelawa aku pun" jawab Arfian selamba dan Shamil berkerut pula. Pelik betul dia dgn perangai Arfian ni. Dulu lain betul perangai dia, sejak kawin dgn Ria dia pun dah jadi lain.
"Kau tak happy ke dgn perkahwinan ni?"
"Kau tahu kan, sejak Zalikha dah tak ada, bahagia aku pada anak2. Kalau anak2 aku bahagia aku pun bahagia" Shamil diam lagi dan dia sendiri tak tahu apa yg dia kena respon. Dia biarkan je jawapan yg keluar dari mulut Arfian dan buka topik lain pula.
Gamat suasana bila Ria dan anak2 nya dah sampai ke rumah. Banyak jugak barang yg mereka beli kali ni. "Cepat masuk, terus naik mandi ok?" Pesan Ria dan dia ke dapur utk hantar barang2 dapur. Pandai beli je Ria ni, masak memang tak pandai langsung.
"Kak, ni barang dapur" Ria letakkan atas meja dan membuka peti ais. Dahaga sangat dia skrg ni.
"Puan, banyak ni"
"Tak banyak pun. Cukup tak?"
"Lebih dah ni. Puan pergi beli barang dapur ke? Ingatkan pergi jalan2."
"Mulanya jalan2. Lepas tu anak2 cakap nak makan buah, Ria singgah kejap." Ria sengih sedikit. Padahal dia sendiri tak tahu nak beli barang apa, maklumlah tak pernah masuk dapur pun selama ni.
"Banyaknya buah"
"Banyak ya kak?"
"Banyak ni"
"Tak pe, Ria boleh bawak pergi ke teratak nanti" Ria senyum lagi.
"Mana anak2?" Perbualan Ria dan Kak Mah terhenti bila Arfian turut berada di dapur dan bertanya sesuatu.
"Bilik. Mandi" jawab Ria ringkas dan dia segera keluar dari dapur dan ke bilik. Dia pun perlu mandi dan bersedia utk solat maghrib pulak.
Ria pergi ke bilik Ziad dan Zia sebelum dia masuk tidur. Ada kalanya dia akan tidur di bilik itu juga.
"Goodnite" dahi dua anak itu dicium dan dia terus keluar dari bilik itu. Dia terkejut bila Arfian yg ada di luar bilik.
" doc?"
"Anak2 dah tidur?" Soal Arfian pada Ria.
"Dah." Ria jawab sepatah dan terus buka langkah utk berlalu dari situ. Arfian pada mulanya nak berbual juga terbantut bila Ria terus pergi mcm tu je.
Arfian mengeluh sebelum dia berjalan ke biliknya. Dia terus naik ke atas katil dan bersandar.
"Zal, abg rindukan Zal" Arfian menarik nafas dalam2 dan dia mula bayangkan wajah arwah isterinya. Dia pandang gambar perkahwinan mereka berdua dan tersenyum senang.
Ria pada mulanya sudah berada di atas katil dgn selesa turun semula dari katil dan pergi ke meja solek. Gambar perkahwinannya dan Arfian di ambil dan gambar dibuang drpd bingkai gambar. Gambar itu diletakkan di dalam laci di bawah timbunan buku kerjanya dan dia gantikan gambarnya bersama anak2 pula. Gambar yg tergantung di dinding juga dia gantikan dgn gambar dia bersama ank2.
"Ibu, babah. Ria rasa keputusan Ria 3 bulan lepas salah" Ria mengeluh berat dan dia naik semula ke katil. Walau apa pun yg jadi, Ria fikir dia kena kuat dan terima semuanya dgn hati yg ikhlas.
"Aku kawin kerana anak2. Jadi, aku harus bahagia dgn khidupan skrg" Ria ukir senyuman yg dia sendri tak tahu sama ada ikhlas ataupun tidak.
Pagi2 lagi Ria dah keluar dari rumah utk ke teratak. Seperti pagi2 lain juga, Arfian yg akan hantar kembar itu ke sekolah setiap hari.
"Ngah dah pergi kerja ke pa?" Soal Ziad sambil memakai kasut sekolahnya. Arfian memandang Ziad dan Zia sebelum mengangguk.
"Papa, hari ni nenek datang ambil kat tadika" maklum Zia pula.
"Ok. Dah ada baju?"
"Dah. Ngah dah siapkan"
"Ok. Jgn nakal2 rumah nenek nanti"
"Ok papa" Pintu kereta dibuka utk anak2 nya masuk. Arfian masuk ke dalam kereta dan mula memandu pergi.
"Bye papa"
"Bye" Arfian menunggu anak2nya masuk ke dalan tadika dahulu dan kemudian dia pergi dari situ.
"Kau sepatutnya senang skrg. Dah ada orang jagakan anak kau" Arfian bercakap dgn dirinya sendiri lalu menguak rambutnya ke belakang. Dia sepatutnya senang tapi kenapa dia rasa kusut.
Ria mengajar seperti biasa dan dia juga kelihatan ceria seperti biasa. Walaupun Dira dah berkahwin Dira masih sudi kerja di situ bersamanya.
"Ria bahagia?" Ria terus menoleh bila soalan sedemikian yg keluar dari mulut Dira.
"Yes! Akak pun nampak Ria happy kan?"
"Akak nampak, tapi, sejak Ria kawin dgn doc, doc dah jarang datang sini"
"Doc nak buat apa datang sini? Dulu dia selalu datang sebab nak tinggalkan kembar tu" Ria jawab sambil tergelak kecil.
"Betul jugak. Romantik tak doc? Dulu, masa arwah mengajar kat sini doc selalu datang dan mereka sweet sangat" cerita yg keluar dari mulut Dira hanya mampu membuatkan Ria ukirkan senyuman. Ria tak pernah fikirkan tentang hubungannya dgn Arfian. Yg dia tahu, anak2 bahagia.
"Abg Hilman romantik tak?" Soal Ria padanya semula dan Dira terus ukirkan senyuman manis. Ria ikut sama senyum manis dan sambung semula kerjanya.
Sedang mereka seronok berbual Ria dan Dira sama2 menoleh sebaik sahaja ada orang memberi salam.
"Akak pergi jap" Dira meminta diri dan bertemu dgn orang yg memberi salam tadi. Ria perhatikan Dira dan seorang lelaki yg berjalan masuk ke dalam pejabat. Ria tak fikir banyak teruskan kerjanya lagi.
"Aiman, lukis apa ni?" Soal Ria sambil tergelak kecil bila melihat orang lidi lukisan anak muridnya yg kelihatan lucu itu.
"Lukis...lukis...cik....cikgu..." Ria tergelak senang dan mengusap lembut rambut Aiman.
"Ria" Dira memanggil Ria supaya mendekatinya.
"Aiman lukis cantik2 tau. Nanti cgu tengok" Ria berjalan ke arah Dira.
"Apa kak?"
"Ada orang nak jumpa Ria"
"Ria?"
"Ya. Pergilah, akak tengokkan mereka"
"Ok." Walaupun Ria pelik atas sebab apa ada orang nak jumpa dia, dia sendiri tak pasti. Ria masuk ke dalam pejabat dan dia memberikan senyuman dan menyapa ringkas lelaki yg sedang duduk di sofa.
"Cik Ria Arlissa?" Soal lelaki itu pada Ria dan Ria angguk.
"Saya Adry" dia perkenalkan diri dgn ramah dan Ria angguk lagi lalu duduk di depan lelaki itu. Kemudian Dira datang dgn sedulang air.
"Terima kasih" ucap Ria dan Adry serentak. Dira angguk dan berjalan keluar dari pejabat. Suasana sunyi lagi dan Ria menunggu butir bicara lelaki itu.
"Saya rasa baik saya terus ke agenda je" ujarnya tenang dan Ria lagi sekali mengangguk. Lelaki itu tergelak pula kali ini dan Ria mula berkerut pelik.
"Cik ni asyik angguk je" tegurnya dan Ria tersenyum lagi.
"Sorry, saya tak tahu apa yg saya perlu cakap dan saya tak pasti encik ni siapa"
"Saya tahu kedatangan saya agak mengejut. Saya minta maaf kalau mengganggu jadual cik"
"Saya tak busy pun. Apa agenda encik? Misteri je" Ria cuba utk berlawak walaupun dia sendiri rasa canggung.
"Tak misteri pun. Sebenarnya, saya dapat tahu dari kawan yg cik selalu organize majlis amal utk anak2 istimewa. Jadi, saya nak minta tolong cik kali ini. Sponsor penuh"
"Encik ni betul ke?"
"Betul la, tapi, ini antara kita je tau" pesannya pula dan Ria berkerut lagi.
"Boleh. Modal?" Soal Ria pula.
"Satu juta" jawab Adry tenang dan Ria rasa mcm nak pengsan je dengar jumlah besar tu. Satu juta?! Bukannya sikit jumlah tu.
"Banyaknya encik."
"Tak banyak pun. Boleh cik tolong saya. Saya akan bayar cik berapa je cik mintak"
"Encik dah salah faham ni. Saya tak kisah pasal payment dan saya tak perlukan pun. Tapi, satu juta tu banyak. Encik percayakan saya ke?" Ria cuba menduga.
"Saya percaya"
"Mcm mana kalau saya bawak lari duit tu?" Duga Ria lagi dan lelaki itu ketawa lagi.
"Cik Ria ni kelakar jugak ya"
"Saya serius ni"
"Kalau cik bawak lari. Saya nak cik yg uruskan. Boleh?" Soal Adry dgn penuh harapan dan Ria termenung memikirkan hal ini.
"In sha Allah, saya cuba sebaik mungkin"
"Alhamdulillah. Bila saya kena bayar"
"Uish! Lajunya. Apa kata kita bincang lagi bila saya dah habis kerja nanti?"
"Boleh. Ni no saya" lelaki itu tuliskan nombor telefonnya.
"Nombor saya..."
"Saya dah ada no cik" laju pulak dia menjawab dan Ria hanya mampu berkedip mata je.
"Kita jumpa lagi lepas ni" ujarnya lagi dan Ria angguk. Lelaki itu minta diri dan terus keluar. Ria berfikir sejenak sebelum dia ikut sama keluar dari pejabat dan sambung kerjanya semula.
Ria mengemaskan semua barangnya dan dia dah bersedia utk berjumpa dgn Adry. Baru sahaja dia melangkah keluar dari teratak telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan itu sambil mencari kunci kereta.
"Ria, mama minta kita pergi rumah dia skrg" suara Arfian yg agak serius buatkan Ria berhenti melangkah seketika. Fikirannya mula memikirkan tentang ank2.
"Kenapa?" Soal Ria.
"Entah, mungkin tentang anak2. Saya pun baru dapat call"
"Ok. Saya pergi skrg" Ria matikan telefon dan membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam. Janjinya dgn Adry dia sudah terlupa buat masa ini. Tanpa fikir apa2 lagi dia terus ke rumah ibu mertua Arfian.
Arfian tidak terus masuk ke dalam rumah tetapi menunggu Ria supaya mereka boleh masuk bersama. Ria sampai lima minit selepas itu dan mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah. Tanpa sepatah kata mereka terus berjalan. Mereka sama2 kecut bila melihat air muka Dhurah, ibu mertua Arfian kelihatan tegang dan serius. Ria dan Arfian menyalami tangan itu dan mereka cuba utk ukirkan senyuman.
"Duduk" Dhurah bersuara tegas dan mereka terus duduk.
"Mama tahu yg mama tak layak utk masuk campur dalam keluarga kamu, tapi, kamu dah melampau Amza"
"Apa maksud mama?"
"Mama tahu kamu sayangkan Zal, tak boleh lupakan Zal, tapi Ria isteri kamu. Isteri kamu yg masih hidup dan bernyawa!"
"Mama..."
"Sepanjang kahwin kamu berdua tidur asing kan?" Soalan itu buatkan Ria dan Arfian terus angkat kepala.
"Apa mama cakap ni?" Arfian cuba utk berdalih pula.
"Budak2 tak pandai bohong Amza. Tahu apa yg anak2 kamu tanya mama?. 'Nenek, kenapa papa tak tidur sama dgn ngah? Papa tak syg ngah ke?'"
"Tak malu dgn anak2 kamu?" Soalnya lagi.
"Aunty, Ria yg minta tidur asing semua. Doc tak salah langsung" Ria cuba utk menghalang dprd Arfian terus dimarahi. Tidur bilik berasingan adalah permintaan mereka berdua.
"Doc? Ria, Amza suami kamu!" Ria tersentak bila dia dimarahi. Tapi dia sendiri yg cari masalah kali ini. Dia telan liur dan pandang Arfian yg turut sama memandangnya.
'Habislah aku' gumam Ria di dalam hatinya.
"Mama tak peduli, mama nak kamu berdua betulkan semua ni. Amza, layan Ria sama mcm Amza layan Zal." Tegas sekali arahan itu dan Arfian agak terkejut dgn permintaan itu.
"Mama..."
"Enough! Amza dah dewasa. Mama tak nak kita bincang masalah ni lagi" Dhura berlalu dari situ dan suasana sunyi kembali wujud antara mereka berdua. Ria turut angkat punggung dan keluar drpd rumah.
Ria campakkan semua barangnya di atas katil dan masuk ke bilik air. Kepala dia mula serabut dgn prkara yg mereka bincangkan tadi.
Selesai solat isyak Ria ke ruang tamu. Dia mula melangkah ke dapur pula bila Arfian berada di ruang tamu bersama anak2.
"Ria, saya nak cakap sikit" Ria menarik nafas dan terus melangkah ke dapur. Dia meminta Kak Mah utk menyediakan dua cawan kopi dan dua cawan susu. Ria kembali ke ruang tamu dgn air yg telah siap dibancuh.
"Abg, adik, minun susu dulu then masuk tidur." Dua cawan dihulurkan kpd kembar itu dan mereka minumnya sehingga habis. Ria perhatikan dua cawan yg telah kosong di atas dulang.
"Good, pergi naik tidur ya." Ria mencium dahi dua anak itu sebelum mereka berlari naik ke bilik masing2.
Suasana kembali sunyi bila hanya mereka berdua yg ada di ruang tamu.
"Saya rasa kita perlu bincang" Arfian membuka mulut.
"Ya. Biar kita mudahkan. Sebilik tak sebilik?" Soal Ria langsung.
"Ha?" Arfian agak terkejut dgn respon Ria.
"Sebilik atau tak sebilik?" Soal Ria lagi.
"Sebilik" jawab Arfian perlahan.
"Bilik siapa? Doc, saya, anak2?" Soal Ria lagi.
"Saya" jawab Arfian pula.
"Ok. Kalau mcm tu, kita semua sebilik" jawab Ria pula.
"Kita semua?"
"Yes! Anak2 sekali. Seronok jugak, kan?" Soal Ria lalu tersengih.
"Ok. Great" jawab Arfian ikut sama senyum senang.
"Settle" Ria bangun dari sofa.
"Ria, tentang..."
"Jap doc. Fon saya bunyi rasanya. Bye" Ria berlari ke biliknya dan telefonnya betul2 berdering. Ada panggilan masuk drpd no yg dia tak kenal.
"Hello, siapa ni?" Soal Ria dan duduk di atas katilnya.
"Ya Allah..." Ria gigit bibir bawahnya dan dia menepuk dahi sebab dah terlupa habis janji dia dan Adry.
"Sorry sangat En. Adry. Saya ada masalah petang tadi" Ria dgn rasa bersalah meminta maaf.
"Saya minta maaf sangat2. Boleh kita set masa lain?"
"Ok. Terima kasih. Kali ni saya janji saya tak lupa lagi dah. Esok petang ya?"
"Pagi? Tak boleh, saya ada gotong royong family. Pukul 3 petang"
"Ya. Saya tahu restoren tu. Jumpa esok"
"Waalaikumussalam" Ria lega bila dia dah minta maaf. Bersiap utk tidur dan naik ke katil.
Arfian meneliti segenap ruang biliknya dan dia membuka almari pakaian. Pakaian arwah isterinya dia pandang. Pada mulanya dia ingin meletaknya di tempat lain tapi dia tak sanggup.
"Another almari la" Arfian buat keputusan sendiri dan dia naik ke katil.
Kesesokan paginya seperti biasa mereka sekeluarga akan bersihkan rumah bersama sama. Ria bersihkan dapur dan yg lain bersihkan laman depan rumah. Ria ke laman utk melihat progress anak2 nya mengemas. Mengemas la kot.
"Abg, jgn angkat pasu tu, berat" ujar Ria pada anak kecil itu.
"Abg nak buat apa ngah? Semua papa tak bagi" rungutnya pula dan Ria tergelak.
"Sebab papa tak nak abg cedera la. Apa kata abg dan adik teman ngah bersihkan ruang tamu?" Cadang Ria dan terus dua anak itu berlari masuk ke dalam rumah.
"Ria!" Panggilan Arfian buatkan Ria berhenti melangkah.
"Saya akan belikan almari utk awak letakkan pakaian dalam bilik nanti"ujar Arfian.
"Tak perlu kut. Saya tak nak asingkan barang saya. Saya akan tidur je bilik awak" jawab Ria selamba dan terus berjalan masuk ke dalam rumah. Arfian hentikan kerjanya mengangkat pasu dan melihat Ria pergi. Dia mengeluh berat dan teruskan kerjanya lagi.
Dari satu sudut Kak Mah perhatikan pasangan itu dan dia juga turut sama mengeluh. Entah kenapa dia nak mengeluh dia sendiri tak pasti.
Arfian perhatikan lagak anak2nya dan Ria yg sedang bergembira sambil bergurau senda. Arfian memeluk tubuh dan bersandar pada pintu rumah. Senyuman mula terukir dibibirnya bila melihat keadaan itu.
'Zal, anak2 kita bahagia sangat skrg ni' hati Arfian bersuara dan dia tersenyum lagi bila teringatkan arwah isterinya.
"Papa, jom main sama2" Ziad berlari dan menarik tangan Arfian supaya ikut sama bermain perang bantal dgn yg lain. Arfian ketawa kecil dan berlari anak mengikut langkah anak lelakinya.
Ria berhenti drpd membaling bantal dan melihat Arfian yg sudah berada di depannya. Ria segera letakkan bantal di atas sofa dan dia senyum pada Zia.
"Ngah nak tolong Kak Mah masak. Main elok2 ya" pesan Ria dan terus ke dapur. Walaupun dia memang tak tahu apa yg perlu dia tolong. Ria membuka peti sejuk dan keluarkan jus epal lalu dituang ke dalam gelas. Dia duduk di kerusi dan meneguknya perlahan lahan. Tak lama kemudian dua anaknya berlari masuk ke dalam dapur dan meminta minuman sejuk. Ria ambilkan utk anak2 nya dan bila Arfian ikut sama masuk ke dapur Ria beredar ke ruang tamu semula. Arfian memandang sepi Ria yg berlalu pergi tanpa memandangnya. Ria kemaskan sofa dan dia ke laman belakang utk siapkan kerja.
"Ria, are u avoiding me?" Soalan yg datang tanpa salam itu buatkan Ria berhenti bekerja. Dia tahu gerangan yg bertanya jadi dia taj perlu pandang utk pastikan empunya suara.
"What makes u think like that?" Soal Ria balik.
"Well, everyone can see it" jawab Arfian pula. Ria tersenyum sedikit dan dia biarkan je apa yg Arfian fikir dgn tindakannya.
"Saya keluar petang nanti. Dah lama anak2 tak keluar dgn doc" Ria bersuara mengenai hal lain dan Arfian seakan tak puas hati dgn respon Ria.
"Sampai bila awak nak panggil saya doc?" Balik2 soalan itu yg akan keluar dari mulut Arfian sehari dua ini.
"Ngah! Jom makan kek" ajak Zia teruja bila Kak Mah keluar dgn dulang air dan kek.
"Ngah basuh tangan kejap" Ria bergerak ke paip air dan membasuh tangannya. Dia kembali semula dan duduk bersama yg lain. Mereka makan dalam suasana yg hanya bising dgn suara Ziad dan Zia.
"Papa nak tengok wayang nanti. Siapa nak ikut?" Soal Arfian.
"Nak!" Teruja betul dua anak ini dan Arfian senyum.
"Ngah ikut?" Soal zia pada Ria. Ria gelengkan kepalanya dan senyum.
"Ala...ngah selalu taj ikut" rungut Ziad dgn mulut memuncung. Ria cubit lembut mulut itu.
"Ngah ada kerja sikit. Keluar dgn papa la, hari tu dah keluar dgn ngah"
"Bila kita semua nak keluar sama2" soal Zia pula dan Ria diam kali ini. Dia tak pernah terfikir nak keluar berempat pun selama ini.
"In sha Allah lain kali ya. Makan kek ni cepat" Ria suapkan kek ke dalam mulut Zia dan dia senyum lagi. Dia tak nak bahaskan tentang hal itu sebab dia sendiri tak berkeinginan nak keluar bersama dgn Arfian. Dia lebih selesa keluar kalau Arfian tak ada.
Ria keluar dari rumah terlebih dahulu kerana ada hal yg dia perlu uruskan. Arfian dan anak2 keluar beberapa minit kemudian. Arfian bawa anak2 nya ke mall utk menonton wayang sambil membeli beberapa helai baju baru utk kembar itu.
Arfian duduk di tengah anak2nya semasa menonton wayang. Dua anaknya betul2 manghayati cerita kartun yg mereka tengok tapi Arfian hanya mampu diam dan pandang. Kadang2 dia senyum bila ada babak kelakar dalam cerita. Popcorn yg dibeli dimasukkan ke dalam mulut perlahan lahan.
Satu jam lebih akhirnya cerita itu tamat dan mereka bertiga keluar dari panggung dan menuju ke butik pakaian kanak2.
"Dua helai je ok?" Pesan Arfian kpd kembarnya dan mereka angguk faham. Teruja betul mereka memilih pakaian yg mereka suka. Ralit memilih dan mencuba membuatkan Arfian sudah letih menunggu sambil berdiri. Dia duduk di sebuah kerusi yg kebetulan berada di situ.
"May i help u sir?" Soal seorang penjual dan Arfian terus berdiri semula.
"No, thanks. Teman anak2 beli baju" ujarnya pada pekerja itu.
"Oh, tapi, sementara encik menunggu, encik boleh tengok pakaian utk lelaki dewasa di sebelah sana"
"Ok. Thanks" Arfian hanya bergerak ke arah itu tapi dia mendapatkan kembarnya terlebih dahulu.
"Dah dapat?" Soal Arfian.
"Dah!"
"Papa, boleh beli baju utk ngah. Hari tu adik tak sengaja tumpahkan cat air atas baju ngah"
"Ok. Jom kita beli" Arfian setuju dgn anak perempuannya dan mereka ke bahagian wanita dewasa. Terlalu banyak baju dah buatkan Arfian naik pening. Dia sendiri tak pernah tahu apa yg Ria suka dan apa saiz Ria. Bila dia jadi sekelu itu baru dia sedar sesuatu.
'Aku tak pernah ambil tahu pasal dia' luah Arfian kecewa dalam hatinya dan dia termanung dgn ratusan baju di depan matanya.
"Encik cari apa ya?" Soal pekerja itu lagi.
"Baju utk seseorang" jawab Arfian lalu sengih.
"Kalau mcm tu encik pilih la"
"Saya tak tahu nak pilih" jawab Arfian pula.
"Kalau mcm tu, umur dia berapa?"
"25 or 24, maybe"
"Warna yg dia suka?"
"Err..."
"Ngah suka warna kelabu,hitam, putih, hijau, oren" jawab anaknya laju dan Arfian angguk.
"Apa yg dia suka?"
"Pokok, ikan, burung" jawab Zia pula dan Arfian krik krik lagi.
"Ais krim vanilla!" Jawab Ziad pula.
"Orangnya mcm mana?"
"Cantik! Comel! Baik!" Jawab Zia dan Zia serentak. Pekerja wanita itu ketawa kecil dan angguk faham.
"Jenis baju?"
"Blaus" jawab Arfian perlahan. Jurujual itu mencari sesuatu dan dia keluarkannya utk tunjukkan pada Arfian dan kembar itu. Masing2 tergamam melihat blaus labuh yg cantik itu.
"Papa, yg ni!" Rayu Ziad dan Zia.
"Kami ambil ni" Arfian buat kata putus.
"Kalau encik beli ni utk someone special, kami ada baju yg sesuai utk lelaki juga" jurujual itu membawa sehelai baju t yg padan dgn warna dan corak pada blaus itu. Arfian hanya mampu berkedip memandangnya.
"Beli la papa!" Ujar Zia laju.
"Dapat diskaun 30%"
"Ok. We will take it" Arfian menurut sahaja kehendak anak2 nya dan dia membuat bayaran.
"Nak apa lagi?" Soal Arfian sebaik keluar dari butik itu.
"Lapar" adu dua anaknya membuatkan dia tersenyum dan mengajak mereka ke restoren berdekatan. Mereka duduk di satu meja kosong dan membuat pesanan. Sementara menunggu pesanan mereka sampai mereka berbual mengenai hal sekolah. Walaupun Arfian banyak diam dan senyum dia suka melihat kembarnya bahagia.
"Yay. Dah sampai. Terima kasih abg" Zia ucapkan terima kasih kepada pelayan yg bawakan mereka makanan. Arfian senyum lagi melihat keperibadian anaknya.
"Pandai betul anak2 papa ni" Arfian usap kepala kecil itu.
"Ngah selalu pesan, kalau orang dah tolong kita kenalah ucap terima kasih. Dekat pak cik tukang kebun pun sama. Ngah cakap, tak rugi kalau kita suka berterima kasih" cerita Ziad dan Arfian senyum lagi.
"Makan" Arfian bersuara dan dua anaknya terus makan setelah membaca doa.
"Papa, ngah la" ujar Zia sambil menunjukkan Ria di restoren sebelah mereka.
Arfian pandang arah yg Zia tunjukkan dan dahinya terus berkerut bila melihat Ria sedang berbual senang dgn seorang lelaki. Arfian angkatkan tanganya utk buat bayaran dan setelah dia bayar dia minta anak2nya balik dgn segera.
"Papa, tak habis lagi ni" Ziad tunjukkan pinggannya yg masih banyak.
"Kita makan kat rumah ya. Papa ada kerja sikit ni" Arfian menarik tangan Ziad dan Zia.
"Papa, siapa tu? Kawan ngah ke?" Soal Zia pada Arfian dan Arfian tak menjawab soalan itu.
"Jom."
Ria berkira sama ada dia perlu masuk ke dalam bilik itu ataupun tidak. Tapi, dia terkedu bila pintu bilik dibuka oleh Arfian.
"Kenapa tak masuk?" Soal Arfian.
"Masuk sama2 la" ujar Ria kekok.
"Awak masuk la dulu. Saya nak minum air"
"Ok"
"Ria, awak buat apa kat mall petang tadi? Anak2 nampak awak"
"Oh. Kerja sikit. Kawan mintak tolong urus majlis amal. Kenapa tak tegur?"
"Nampak dari jauh je. Awak masuklah. Anak2 dah tunggu" ujar Arfian lagi dan Ria senyum sedikit sebelum masuk ke dalam bilik itu. Dia tersengih melihat kembar itu dah bersedia utk tidur. Ria ambil tempat di sisi Zia dan dia mendengar dua anak itu bercerita. Arfian masuk ke dalam bilik dan dia baring di sebelah Ziad.
"Doc, saya dan anak2 nak pergi times square esok" maklum Ria.
"Ok." Jawab Arfian perlahan.
"Doc ikut ya?" Soal Ria lagi dan dia sembunyikan menguap. Mata dia dah mengantuk sangat skrg ni.
"Awak nak saya ikut?"
"Erm..."
"Boleh tak awak jgn panggil saya doc lagi?" Soal Arfian pula dan suasana senyap tanpa respon. Bila Arfian tengok, Ria dah ikut sama lena.
Arfian dan Ria buka mata utk melihat jam tapi mereka terasa ada sesuatu di tangan mreka. Mereka bangun dari baring dan melihat apa yg mereka sedang pegang kejap. Mata mereka bertaut seerat tangan mereka berdua bertaut. Ria telan liur dan dia sendiri tak tahu nak respon mcm mana skrg ni. Arfian ikut sama diam dan memandang tepat ke dalam mata Ria. Tangan mereka masih lagi bertaut erat.
"Papa..." suara kecil Zia dah selamatkan keadaan bila Ria segera jauhkan tangannya dan turun dari katil. Tanpa fikir banyak Ria terus ke biliknya utk mandi dan solat.
"Tangan! Mcm nana kau boleh pegang tangan dia!" Marah Ria pada tangannya sendiri. Mukanya mula memerah kerana malu dgn diri sendiri.
Mereka masuk ke times square dan Arfian masuk ke taman tema bersama anak2.
"Ngah pergi beli buku jap" maklum Ria tapi bila Arfian memandangnya sambil berkerut Ria serta merta batalkan niatnya.
"Lepas ni kita beli buku" Ria betulkan ayatnya dan sengih sedikit. Arfian juga sudah mula hilangkan kedutan pada dahinya bila Ria cakap mcm tu.
"Jom main!" Ajak Ziad dan Zia teruja. Ria ikut mereka bertiga dari belakang.
Satu permainan demi satu permainan yg mereka bermain. Ria menjauhkan dirinya utk seketika sebab perlu menjawab satu panggilan.
Dalam keadaan kalut Arfian mendapatkan Ria yg baru sahaja habis berbual di telefon.
"Anak2" resah sekali suara Arfian.
"Kenapa dgn anak2?" Soal Ria pula.
"Tak ada"
"Tak ada?" Terkejut Ria bila dengar apa yg keluar dari mulut Arfian.
"Tak ada"
"Ya Allah, apa kita nak buat ni?" Soal Ria kalut.
"Jom! Kita pergi cari" tangan Ria segera ditarik dan mereka berjalan sambil mencari kembar itu. Entah ke mana mereka pergi. Dah ramai orang yg mereka tanya tapi terlalu ramai kanak2 di situ.
"Doc, cuba bertenang"
"Mcm mana saya nak bertenang?" Soal Arfian dgn nada serius dan Ria diam.
"Masalahnya kita perlu tenang dan fikir..."
"No! How can i can calm. They are my kids! My kids!" Bila suara Arfian meninggi dan menegaskan yg kembar itu anaknya Ria terkedu. Tangannya yg dipegang Arfian dipandang lama dan dia meleraikan pegangan itu.
"Saya pergi cari sebelah sana" Ria berlari pergi dari situ. Arfian seakan terkejut bila Ria merentap tangannya sebelum pergi. Arfian melepaskan keluhan berat sebelum berjalan pergi dan mencari kembarnya.
"Abg! Adik!" Laung Ria bila ternampak kembar itu sedang ralut memandang sesuatu. Ria berlari dan memeluk erat dua anak itu.
"Mana abg dan adik pergi?"
"Ngah. Mana papa?" Soal Ziad.
"Jom kita cari papa" Ria pimpin tangan kecil itu dan mereka mencari Arfian pula. Sebaik ternampak Arfian kembar itu terus berlari ke arah Arfian. Ria hanya diam membatu di situ dan dia mula melangkah bila Arfian berada di depan matanya.
"Kita balik" ujar Arfian tenang.
"Doc dan anak2 balik dulu. Saya nak singgah tempat lain dulu" Ria terus berlalu dari situ. Ria segera ke kedai buku yg selalu dia pergi. Seperti biasa bahagian novel bahasa inggeris yg akan dikunjungi Ria terlebih dahulu. Di tempat yg selalu Ria luangkan masanya utk melihat koleksi novel2 baru. Ria duduk di bangku yg memang sudah disediakan di situ. Kawasan itu lebih tersorok dan tak kelihatan oleh umum. Air mata Ria mula mengalir tanpa dia tahu apa sebabnya, yg pasti. Ayat yg keluar dari mulut Arfian tadi langsung dia tak jangka.
"Kenapa menangis Ria?" Ria marahkan dirinya sendiri dan mengesat air mata yg mengalir. Beberapa minit selepas itu dia kembali tenang dan dia mencari beberapa buah novel baru.
"Kenapalah ada novel mcm kisah aku ni?" Ria mengeluh bila dia membaca sinopsis cerita itu. Sama dengan dirinya yg berkahwin dgn duda yg ada anak.
"Nak beli ke tak ni?" Ria mula berfikir pula.
"Best seller ni. Di London, satu hari jual ratusan ribu naskah habis" satu suara perempuan yg bercakap di sebelah Ria. Ria pandang perempuan itu dan dia terus tersenyum.
"Nia!" Tanpa permintaan dari Nia terus Ria memeluknya erat. Nia dah tahu sesuatu, bila Ria terus memeluknya tanpa bersuara, maknanya dia sedang bersedih.
"Apa yg buat kau sedih ni?" Soal Nia langsung dan membalas pelukan Ria.
"Nothing, just need a warm and big hug"
"Well, as we know. Kau tak pandai nak kelentong aku"
"Tak ada apa la. Novel mana lagi best?" Soal Ria pula.
"Mengelat."
"Belanja?" Pinta Ria seperti memujuk dan Nia tanpa sepatah kata mengambil beberapa buah novel utk dibayar termasuk novel di tangan Ria.
"Yay! Thats why i love u so much"
"U owe me the truth"
"Tak ikhlas"
"Berapa?" Soal Nia pada juruwang itu dan dia membayarnya. Plastik buku itu diserahkan kpd Ria.
"Jom makan" tak sempat Ria nak cakap apa2 Nia dah tariknya pergi.
Ria dan Nia ke cafe yg mereka selalu lepak bersama. Nia menunggu masa utk Ria membuka nulutnya tapi langsung Ria tak bersuara.
"Tell me"
"Tell u what?"
"Kau menangis kan? Why?" Sebaik Nia bertanya terus Ria mengeluh.
"Aku sedih je. Aku sayangkan kembar tu mcm anak aku sendiri. Tapi, bila doc cakap yg anak2 tu just anak dia, aku sedih la" cerita Ria ringkas.
"Dia buat kau mcm tu? Dah 4 bulan kau kawin dgn dia!" Nia dah mula dah ni. Sejak bila Nia pandai naik angin pun Ria tak pasti. Dulu chill dan cool je.
"Entah la. Maybe sebab masa tu dia risau sangat kot. Anak2 hilang"
"Hilang?!"
"Haah, tapi Alhamdulillah, dah jumpa"
"Alhamdulillah. Mungkin dia tak perasan kot dia cakap mcm tu" ujar Nia dan Ria angguk. Ada kemungkinan jugak benda tu jadi.
Dua hari telah berlalu sejak kejadian itu dan Ria semakin mejauhkan diri dgn Arfian. Arfian sedar yg jaraknya semakin jauh tapi dia sendiri tak sedar perbuatannya hari itu dah melukakan hati Ria.
"Ria" Arfian membuka mulut bila Ria hanya diam dan mendodoi Zia supaya tidur.
"Ria" panggil Arfian lagi bila Ria langsung tak beri respon.
"Saya nak tidur. Esok saya kena keluar awal pagi" Ria beri kata putus sebelum sempat Arfian mulakan perbincangan. Arfian gigit bibir bawahnya kerana tak berkesempatan tapi dia tak berniat nak kacau Ria lagi.
Masing2 sepertinya mula ada kehidupan sendiri dan ramai yg sedar Ria larikan diri drpd sesuatu.
"Abg, ngah balik sorang je JB" Pn. Rahmah mula risau dgn keadaan keluarga anaknya.
"Lagi? Dah banyak kali dia balik sorang je" En. Deraman ikut sama risau.
"Abg rasa ngah tak bahagia ke?"
"Tak tahu la abg nak cakap apa. Mah tanya la ngah sendiri"
"Nanti la saya tanya" Pn. Rahmah kembali fokus kpd Ria dan Am yg sedang bermain layang2 di kawasan laman rumah.
"Ngah ok?" Soalan yg sangat pelik kedengaran di telinga Ria.
"Ok je. Kenapa?"
"Baguslah kalau betul2 ok."
"Baik Am terus terang je"
"Ngah tak nampak mcm ok dan ngah tak happy and ceria mcm dulu sejak kawin ni. Ngah tak cintakan abg Amza kan?" Setiap butir bicara yg keluar dari mulut Am buatkan Ria tergamam seketika.
"Ngah happy, ngah ok, ngah ceria. Tapi, berat sikit utk ngah terima orang yg pernah jadi lecturer, majikan ngah sebagai suami."
"Dah lama ngah kawin, takkan tak boleh terima each other lagi"
"Itu yg silap, bukan masa yg tentukan semuanya Am. Bila hati kita tak ready, then, its hard"
"Am tak faham"
"Tak perlu faham pun. Am hanya akan tahu bila Am cuba beri hati Am pada orang yg Am tak sangka."
"Kenapa ngah tak cakap kat babah?"
"Nak cakap apa? Ngah happy kot. Ada anak2. Skrg ni ngah yg kena biasakan diri dgn status isteri orang"
"Am terima je la."
"Jgn cakap kat ibu dan babah."
"Ya. Am faham"
"Good! Jom balik" ajak Ria dan berjalan ke rumah. Dia tahu ramai yg risaukannya tapi dia tak tahu nak sorokkan hal sebenar mcm mana. Lagipun, tak ada masalah apa2 dalam rumah tangga mereka, hanyalah tiada....cinta.
Sekali lagi Ria bertemu dgn Adry buat kali terakhir sebelum majlis amal itu diadakan.
"Awak jemputlah keluarga awak" ujar Adry sambil tersenyum.
"Ok"
"Awak jemput parent awak ke?"
"Parent saya jauh. Saya jemput suami dan anak2 saya." Jawab Ria senang dan Adry kelu seketika.
"Suami?" Soal Adry semula.
"Ya"
"Saya tak tahu pun awak dah kawin"
"Encik tak tanya" jawab Nia sambil tersenyum.
"Maafkan saya" pinta Adry dgn rasa bersalah.
"Kenapa nak minta maaf?"
"Saya dah panggil awak cik selama ni" jawapan itu buatkan Ria ketawa kecil.
"Tak kisah pun" jawab Ria lagi.
'Sebab saya dah jatuh hati pada awak' hati Adry yg terluka terpaksa akui kebenaran itu. Dia memang salah kerana mencintai isteri orang.
"Mana boleh tak kisah"
"Saya ok je, lagipun tak ada masalah apa pun. Bukannya En. Adry nak mengurat saya pun" Ria ketawa lagi dgn gurauannya sendiri. Adry cuba utk ukirkan senyuman dan memandang ke tempat lain.
"Modal yg encik bagi tu lebih banyak lagi. Mcm mana?"
"Kita anggap sebagai derma je la."
"Saya dah settlekan bab derma tu semua. Tetap ada lebih lagi"
"Awak rasa mcm mana?"
"Kali ni tak berkaitan dgn anak2 istimewa tapi bagus jugak kalau kita dapat tolong"
"Apa?"
"Bina surau utk pelajar tahfiz. Mcm mana?"
"Ok je. Yg penting hanya kita dan Allah je tahu tentang ni"
"Saya faham. Terima kasih"
"Ada apa2 lagi?" Soal Adry pula.
"Tu je."
"Kalau mcm tu saya balik dulu" Ria angguk dan melihat Adry pergi begitu sahaja. Ria pelik dgn perangai Adry hari ini, selalunya Adry akan mengajaknya makan atau apa sahaja setelah selesai berbincang dan Ria dah anggap Adry sama seperti kawannya yg lain. Sikap murah hati Adry memang menyentuh hatinya.
Arfian memerhatikan langkah Ria yg masuk ke dalam rumah tanpa memandangnya. Arfian ikut sama langkah Ria yg dia atur ke biliknya sendiri. Arfian masuk ke dalam bilik Ria dan Ria agak terkejut.
"Saya minta maaf kalau saya ada buat silap" kata2 utama yg keluar dari mulut Arfian agak pelik di telinga Ria.
"Doc ada buat salah dgn saya ke?" Soal Ria.
"Saya tak nampak yg kita cuba baiki hubungan kita. Awak mcm melarikan diri dari saya"
"Saya tak melarikan diri. Saya busy"
"Anak2 pun cakap yg awak dah tak layan mereka mcm selalu. Awak dah tak sayangkan keluarga ni ke?" Soalan kali ini buatkan Ria agak tersentak.
"Anak2 cakap?"
"Anak2 sendiri rasa yg awak dah tak sayangkan mereka" jawab Arfian perlahan.
"Kalau awak tak suka saya, its fine. Jgn awak jauhkan diri dari anak2. They love u" Arfian buka pintu utk keluar dari bilik Ria. Padanya tak ada apa lagi yg dia perlu cakapkan. Ria mengatur langkah mendekati Arfian dan menarik hujung baju Arfian.
"Saya sayang anak2 macam anak saya sendiri. They are my kids too" jawab Ria sebak dan Arfian terdiam. Bila dia ingat balik, dia sedar akan silapnya di mana. Dia palingkan wajah dan memandang Ria.
"Maafkan saya Ria. Saya tak maksudkan apa2. They are our kids. I'm sorry" pinta Rian dan menyentuh kepala Ria. Ria ukirkan senyuman sedikit dan dia lepaskan baju Arfian.
"Cepat mandi, solat. Anak2 kita dah tunggu nak makan"
"Ya!" Ceria pula Ria skrg ni. Dia tutup pintu bilik dan terus ke bilik air.
Bila dia turun ke meja makan semua orang dah ada. Ria tersenyum memandang kembar itu dan dia ambil tempat duduknya.
"Baca doa abg" pinta Arfian dan mereka mula makan.
Selesai makan mereka ke ruang tamu utk menonton tv. Ria berada dia antara Ziad dan Zia.
"Ngah tak busy ke malam ni?"
"Tak. Kerja ngah dah habis. Skrg ni ngah nak lepaskan rindu yg bertan tan ni" Ria mencium pipi Ziad dan Zia.
"Kami pun rindu ngah" tangan kecil itu memeluknya erat. Ria senyum senang dan membalas pelukan itu lebih erat.
"Papa jom la hug sama2" ajakan Zia buatkan Ria serba salah. Ria tersengih dan leraikan pelukan mereka perlahan lahan.
"Pergi peluk papa" bisik Ria di telinga anak2 nya. Kembar itu terus menyerbu Arfian dan paling tak sangka, tangan Ria di tarik sekali sehingga mereka bertiga betul2 jatuh di atas badan Arfian. Ria telan liur dan cuba utk bangun tapi gagal.
'Habislah' rungut Ria dalam hati. Arfian pula boleh ketawa dgn anak2nya. Yg rasa janggal di situ Ria sorang je.
"Doc, lepaskan saya" bisik Ria di telinga Arfian. Arfian yg baru sahaja tersedar yg dia sedang memeluk Ria segera lepaskan tangannya yg bertaut di belakang badan Ria. Ria jauhkan diri daripda family hug itu dan senyum sambil memandang dari jauh.
Ria pandang Arfian yg sedang sibuk menanda kertas ujian pelajarnya. Ria duduk di depan Arfian dgn secawan kopi.
"Kopi" sua Ria. Arfian senyum dan mengucapkan terima kasih.
"Buat apa?" Soal Ria walaupun dia dah tahu.
"Tanda kertas student"
"Banyak ke?"
"Boleh la. Jawapan mreka ni mcm saya tak pernah ajar je. Dah jenuh saya terangkan part ni" Ria diam je bila dengar Arfian mengadu. Teringat pulak dia bila dia tak tahu nak jawab apa dalam test, habis dia mengarut.
"Saya tahu awak fikir apa"
"Ha?"
"Jawapan test mingguan awak pun boleh tahan mengarutnya. Saya perlu cari dalam buku setiap word yg awak beri. Tak pernah wujud pun" jawapan selamba dan tenang dari Arfian buatkan Ria ternganga. Sangkaan dia yg Arfian tak kenal dia salah sama sekali. Ria tak tahu mana dia nak lari dan menyorok kali ini.
"Jdi, doc tahu saya ni.."
"Yes" Ria rasa riwayat hidup dia tamat kat situ je. Ria tak tahu apa lagi yg dia perlu cakap skrg ni.
"Kenapa tak cakap? Mati2 saya ingat doc tak tahu"
"Mcm mana sya boleh tak tahu? Awak la student saya yg paling banyak berdendam dgn saya" Ria rasa dia kena tembak lagi kali ini lebih pedas dia kena.
"Saya dah insaf. Saya ada nak jumpa dan minta maaf dgn doc" ujar Ria bersalah.
"Saya tahu" jawab Arfian pula.
"Doc ni buat saya malu je la." Ria dah tak puas hati dgn Arfian yg selama ini hanya berdiam diri.
"Awak yg tak nak cakap pasal tu"
"Ya la, self defence ok. Takkan nak mengaku mcm tu je"
"Ya la. Saya salah"
"Doc tak salah pun. Saya yg salah"
"Saya dah lama maafkan."
"Baguslah, saya pun tak plan nak minta maaf banyak kali" Ria sengih pula kali ini dan Arfian terus tergelak. Mereka berdua ketawa serentak pula.
"Cuba tengok jawapan pelajar ni" Arfian meminta Ria ke sebelahnya dan baca teks jawpan peljar itu.
"Apa dia mengarut ni? Lupa ingatan sebab mak dia suka makan semut?" Nak tergolek Ria baca jawapan itu. Ada pulak salahkan ibu mengandung.
"Tu la saya cakap. Canggih betul jawapan. Tapi sebenarnya ia ada kaitan jugak. Sejenis asid yg diambil secara berlebihan oleh ibu yg mengandung boleh menyebabkan anak ada masalah ingatan."
"Tapi, takde la sampai lupa ingatan. Anak yg baru lahir nak ingat apa je?"
"Tahu pun" Ria ketawa lagi kali ini.
"Tapi, penyakit yg awak bagi lagi dahsyat namanya, motoreksia? Apa tu?"
"Wow! Doc ingat lagi? Tu penyakit mat rempit, suka naik motor laju2" jawab Ria selamba badak.
"Jadi awak nak cakap mat rempit tu semua pun ada masalah special case jugak ke??"
"Maybe, kita je tak sedar masa mereka kecil2 dulu"
"Awak dah mengarut balik dah." Arfian ketawa lagi dan hiraukan Ria yg semakin mengarut dalam memberi ulasan. Mereka berdua ketawa lagi dan kerja sudah tak tahu sampai ke mana.
"Dah lewat ni, awak kacau saya tanda paper. Esok dah kena submit"
"Ya ke? Good luck, saya dah nak tidur. Bye" Ria tinggalkan Arfian sorang diri utk menyiapkan kerjanya yg tergendala kerana Ria. Tapi dia masih lagi tersenyum senang utk meneruskan kerjanya.
Arfian yg tak cukup tidur masuk ke kuliahnya dgn agak lemah. Dia dah minum dua cawan kopi tapi tak berkesan utk kembalikan kecergasannya. Ria memang dah betul2 kenakan dia semalam. Arfian memakai kaca mata dan memandang semua pelajarnya yg kelihatan bersemangat dan bersedia utk belajar. Bukan je dia kena tandakan kertas semalam tapi perlu sediakan slides utk kuliah pagi ini.
"Good morning class" sapa Arfian dan ukirkan senyuman ringkas. Dia buka laptopnya dan mencari file yg dia simpankan slide utk hari ini. Semuanya bermula dgn lancar dan bila semua slide dah ditunjuk dan diajarkan, Arfian tekan butang next, yg sepatutnya, ada end slide show. Tapi lain pulak yg muncul sehingga menyebabkan semua pelajar ketawa senang. Arfian pandang pelajarnya pelik bila mereka semua gelak.
"Doc, memang ada ke penyakit tu?"soal salah seorang pelajar dan Arfian pandang slide.
"Motoreksia?" Arfian tak tahu apa yg dia perlu cakap skrg ni.
"Ria..." Arfian tersengih sikit dan dia meraup mukanya sebelum bercakap.
"Ni just fun. Wife saya yg cipta penyakit ni, katanya, penyakit ni ada pada mat rempit yg suka merempit" jawab Arfian kepada studentnya,yg pasti dia betul2 dah tertaip dalam slidenya. Pelajarnya ketawa lagi dan dia ikut sama tergelak.
"Mcm mana? Fun? Yg tidur dah segar semua?" Soal Arfian pula. Pandai dia selamatkan diri kan.
"Fun habis doc!" Jawab pelajarnya dan ketawa lagi. Riuh satu dewan kuliah ni ha.
Tersedak Ria sebaik namanya disebut oleh Arfian tadi. Jue dan Nia menggosok belakang badan Ria. Merah habis mukanya sekarang ni.
"Mamat bangla mana yg sebut nama kau ni?" Ujar Jue dan terus Nia ketawa.
"Mangkuk, bangla kau kata" marah Ria dan mengurut dadanya.
"Kau terlintas siapa tadi?" Soal Nia pula. Ria senyum sikit dan berbisik.
"Dr. Arfian" Nia dan Jue sama2 gelak bila Ria sebut nama itu.
"Agaknya dia sebut nama aku kot" tambah Ria lagi.
"Mcm mana kau respon bila dia cakap yg dia tahu kau student dia?"
"Respon mcm mana lagi, nganga la!"
"Dah agak!" Jawab Nia dan Jue serentak. Mereka ketawa lagi dan teruskan berbual tentang hal silam.
Ria tajamkan pandangan bila dia ternampak seseorang yg dia kenal.
'Mcm En. Adry je, lepas majlis amal hari tu aku tak jumpa dia lagi dah' hati Ria bercakap sendiri.
"Kau tengok siapa?" Soal Jue pada Ria yg kelihatan ralit.
"Tu, lelaki tu." Ria tunjukkan seorang lelaki yg sedang berjalan seorang diri.
"Hensem. Kenal ke?" Soal Nia pula.
"Kenal la jugak"
"En. Adry Ilman" Nia dan Ria terus memandang Jue tanpa berkedip. Mcm mana Jue boleh tahu pasal Adry.
"Kau kenal dia?" Soal Nia dan Ria serentak.
"Agak la, dia tu pesakit kat hospital aku kerja" jawab Jue tenang.
"Pesakit?" Soal Ria terkejut.
"Hurm. Brain tumor. Last stage"
"Ya ke? Kesiannya" Nia dah mula rasa simpati, Ria pulak terkejut habis.
"Nak buat mcm mana" jawab Jue selamba habis.
"Boleh Jue buat mcm biasa je, tak kesian ke?" Marah Nia.
"Bukan tak kesian, kalau doc ni terlalu lembut hati susah jugak. Lagipun, lagi ramai yg lebih kesian drpd dia"
"Salah ke kalau jadi doc tapi lembut hati?" Soal Nia lagi.
"Tak salah, kalau lembut hati nanti cepat gelabah dalam merawat." Nia angguk faham apa yg Jue cakapkan. Ria pula langsung tak beri perhatian dgn apa yg Jue dan Nia bualkan.
"Kau kenapa mcm terkejut sangat ni?" Soal Nia pada Ria. Ria pandang Nia dan dia gelengkan kepalanya.
"Kau cakap kau kenal dia, mcm mana kau kenal?" Soal Jue pula.
"Kenal sebab kerja je. Dah lama ke dia sakit?"
"Lama jugak. Bulan lepas kesihatan dia dah ok sikit dan dia pun nampak happy, tapi, lately ni dia mcm ada prob je. Dah tak happy mcm selalu dan mudah sangat putus asa. Chemo pun tak buat" Ria mula fikirkan apa yg sedang terjadi sebenarnya dan kalau boleh dia nak sangat tolong.
"Boleh selamat tak?" Soal Ria lagi.
"Kalau perubatan, tak ada. Tapi, ajal maut ni di tangan Allah"
"Betul la, tapi tak kan tak ada cara lain"
"Lambatkan boleh, selamatkan memang tak dapat dah. Kalau Allah nak dia selamat kita tak tahu la"
"Kesiannya" Nia luahkan rasa simpatinya lagi. Ria pandang Nia dan dia ikut sama kasihan sebenarnya.
"Jue, kalau dia masuk hospital call aku key?"
"In sha Allah." Jue setuju dan Ria angguk.
Balik kampung kali ini cukup mengembirakan semua orang. Akhirnya Ria dan Arfian sama2 balik ke JB dgn anak2.
"Atuk, nenek" terus kembar ni peluk atuk dan nenek mereka. Arfian dan Ria tersenyum dan mengambil beg dalam kereta. Dari jauh Deraman perhatikan anaknya yg sedang berbual mesra dgn Arfian. Hatinya kembali tenang bila anaknya nampak lebih bahagia sekarang.
"Mah, tengok anak menantu kita" Deraman ajak isterinya utk melihat anaknya. Rahmah tersenyum bahagia dan ucapkan syukur dalam hati.
"Tengok apa?" Soal Ziad dan ikut sama menjengah.
"Tu"
"Ngah dan papa? Kalau atuk nak tahu, papa dgn ngah skrg ni kalau bercakap je mesti lepas tu ketawa" cerita Ziad dan kembali duduk. Deraman dan Rahmah bertambah gembira bila dengar cerita yg dicakap oleh Ziad.
"Tapi, ngah panggil doc lagi" sambung Zia pula.
"Tak pe la panggil apa pun. Yg penting bahagia" .
Ria dan Arfian yg sedang ketawa masuk ke dalam rumah dan mereka terus ke bilik utk letakkan beg.
"Awak la yg menyebabkan saya taip mcm tu."
"Salahkan kita pulak, doc tu buat kerja masa mengantuk"
"Salah awak jugak"
"Saya tak salah. Semuanya salah doc!"
"Ya la, salah saya"
"Memang salah doc pun. Saya nak panggil anak2 mandi dulu" Ria keluar dari bilik dan panggilkan Ziad dan Zia supaya mandi dan tukar baju terlebih dahulu sebelum makan malam.
"Pergi mandi dgn papa, ngah nak cakap dgn atuk dan nenek ni" dua anak itu masuk ke dalam bilik utk mandi.
"Tak boleh ke kalau anak2 panggil ngah mama?" Soalan Rahmah buatkan Ria tergelak.
"Tak boleh la ibu. Kekok. Lagipun, ngah ok je"
"Sampai bila nak panggil Amza doc?"
"Entah. Selesa la babah."
"Esok2 dah dapat anak takkan nak panggil doc lagi"
"Haish! Babah ni dah sampai angkasa lepas ni. Ngah balik ni sebab nak lepaskn rindu, bukan nak bincang apa2" Ria cepat2 mengelak.
"Ya la. Ibu senang tengok Ria balik berempat mcm ni"
"Babah pun suka"
"Bukannya tak nak balik ibu. Jadual kami ni pack. Skrg dah ada can"
"Apa2 je la. Pergilah tengok anak2 tu. Ibu nak solat isyak ni"
"Ya la ibu. Ria masuk bilik jap" Ria minta diri dan masuk ke dalam bilik. Ria hanya mampu jadi patung bernyawa atau lebih tepat tunggul yg boleh mengedipkan matanya. Wajah Arfian dipandang agak lama dan dia rasa segan bila melihat lelaki itu hanya bertuala. Buat kali pertama dalam hidupnya melihat Arfian dalam keadaan begitu.
"Ngah." Zia menyentuh tangan Ria.
"Ya adik? Cepat pakai baju, lepas tu solat isyak" ujar Ria lalu mengambil baju Zia dalam beg. Walaupun kembar itu tak pandai solat cukuplah sekadar ikut apa yg Arfian lakukan seperti biasa.
"Abg, pakai baju cepat" ujar Ria pada Ziad pulak. Baju diberikan pada Ziad dan Zia. Kemudian Ria ambilkan baju utk Arfian.
"Bagi kat papa" Ria menyuruh Ziad berikan pada Arfian dan anak itu hanya menurut.
"Awak tak mandi?" Soal Arfian dan memakai baju, dia berdiri di sebelah Ria utk mencari kain pelikat pula. Ria biarkan je Arfian carinya sendiri.
"Pergi mandi" tuala yg sama dia gunakan dia letak atas bahu Ria. Ria berkerut bila dia terpaksa gunakan tuala yg sama.
"Saya ada tuala sendiri. Nah, sidai sendiri yg berhormat" Ria serahkan semula tuala itu dan dia mengambil baju serta tuala dan ke bilik air. Arfian tersengih bila tuala kembali ke tangannya. Dia sidaikan tuala dan mula solat, kembar itu pula berada di belakang dan menurut sahaja apa yg Arfian lakukan. Ria keluar dari bilik air dan pada masa yg sama mereka dah selesai solat.
"Ngah tak solat?" Soal Zia dan Ria sengih je sebab dia cuti skrg ni. Arfian pandang Ria yg sedang tersengih.
"Pergi tolong nenek kat dapur" ujar Arfian kpd dua anknya dan terus mereka berlari keluar dgn ceria. Ria senyum lagi dan dia lipatkan telekung Zia.
"Awak cuti ya?"
"Erm" jawab Ria ringkas.
"Kenapa tak cakap je kat anak2?" Soal Arfian pula.
"Anak2 tak faham kut."
"Tadi adak tanya saya, kenapa awak tak solat maghrib kat masjid yg kita singgah tu"
"Adik tanya? Bila?"
"Masa awak pergi beli air"
"Doc cakap apa?" Soal Ria pula.
"Saya cakap la yg Allah beri cuti"
"Adik cakap apa?"
"Dia pun nak cuti jugak" jawab Arfian dgn tawa dan Ria ikut sama ketawa. Budak2.
"Saya keluar dulu" Ria keluar dari bilik dgn sengihan panjang. Dia ke dapur dan melihat memang kembar itu sedang membantu nenek mereka. Sampai berebut nak letakkan pinggan atas meja.
Arfian tetap balik rumah walaupun dah pukul dua pagi. Dia masuk ke dalam rumah dan ternampak ada cahaya dari dapur.
"Siapa pulak kat dapur ni?" Arfian berjalan ke dapur dan melihat Ria yg sedang menggoreng telur. Arfian tanpa memberi salam menjengah ke dalam kuali.
"Telur meletup!" Latah Ria kuat dan terus melayang sudip di tangannya dan singgah atas dahi Arfian.
"Aww!" Aduh Arfian agak kuat. Ria yg terkejut terus memandang Arfian yg sedang menahan sakit.
"Ya Allah, doc ok?" Kalit sekali Ria bertanya dan dia nampak ada kesan merah, sah! Kena sudip panas kot. Utg tak melecur je.
"Ok, pedih sikit" Ria meniup perlahan lahan dahi Arfian kemudian dia tergelak sedikit.
"Awak gelak?"
"Ya la, ni la padahnya masuk rumah tak beri salam dulu" Ria sengih pula dan dia masukkan telur ke dalam pinggan.
"Dah pukul dua pagi, kenapa baru nak makan?"
"Saya lupa nak dinner"
"Lupa? Kenapa tak kejutkan Kak Mah?"
"Kak mah balik kampung la, anak2 balik rumah aunty, katanya Mak Su dorang balik"
"Zalisha?" Soal Arfian dan Ria angguk.
"Saya ingatkan doc balik esok, sebab tu saya bagi anak2 tidur sana"
"Kerja siap hari ni. Saya malas nak berlama kat sana. Saya mandi kejap" Arfian terus ke bilik utk mandi. Ria teruskan makan walaupun hanya berlaukkan telur. Yg penting dia boleh kenyang dan lena tidur.
"Dah siap?" Arfian kembali semula ke dapur.
"Dah."
"Cepatnya, saya baru je nak masakkan awak sesuatu" Ria tersengih sedikit bila Arfian cakap mcm tu. Kalau tunggu dia masak alamatnya pengsan Ria sebab lapar sangat.
"Tak pe doc. Saya dah kenyang pun"
"Semua orang tak ada ni, tinggal kita dua je la" Arfian bersuara tenang dan Ria sedar akan sesuatu. Anak2 tak ada.
'Takkan aku nak tidur berdua dgn dia?!' Serabut pulak kepala Ria skrg ni.
"Saya cari magi nak makan tak ada pun" Ria menyimpang sedikit.
"Rumah ni tak ada instant food. Saya tak suka anak2 makan makanan tak sihat" jawapan Arfian buatkan Ria rasa satu guni beras hempap atas kepalanya serta merta.
'Patutlah. Satu hapa pun tak dak'
"Isteri saya suka masak, jadi, rumah ni tak ada instant food"
'Isteri saya suka masak, jadi, rumah ni tak ada instant food' ayat itu berdengung dalam telinga Ria dan dia kelu. Terasa ayat itu dah bawa separuh kesedaran dalam dirinya.
"Saya masuk tidur dulu" Ria segera angkat kaki dan pergi dari dapur. Dia terus ke biliknya sendiri dan kuncikan pintu bilik. Dia menarik nafas dalam2 dan rebahkan badan di atas katil.
Jue dan Nia sama2 pandang bila nampak Ria yg juara makan ni langsung tak makan dan hanya menguis makanan di dalam pinggan. Jue mula bermain mata dgn Nia utk bertanya kenapa.
"Kita dah lama kawan, kalau ada apa2 nak share cakap je" Jue bersuara dan Ria mengeluh.
"Aku dah bosan makan mi rebus. Jom makan magi seven eleven" ajak Ria dan terus bangun dari kerusi. Dia berjalan ke kereta terus, nia dan Jue tak sempat nak buka mulut terus melangkah pergi bersama dgn Ria. Ria ternampak seven eleven yg berdekatan dan dia keluar semula dari kereta dan berjalan ke sana. Jue dan Nia mengekor dgn secepat mungkin. Ria masuk ke dalam kedai dan membeli magi lalu keluar dan duduk di bangku tepi jalan raya yg sibuk ni. Jue dan Nia ikut sama beli dan duduk di sebelah Ria. Permandangan di dataran ni sangat cantik pada waktu malam dgn banyak cahaya lampu warna warni.
"Dah lewat ni, kau tak balik rumah ke?" Soal Nia.
"Tak ada orang pun. Semua pergi rumah aunty Dhurah" jawab Ria selamba.
"Kenapa kau tak ikut?"
"Malas."
"Kau gaduh dgn doc ke apa?"
"Tak kuasa aku nak gaduh dgn dia"
"Dah tu?"
"Aku malas nak fikir. Tapi, apa yg dia cakap malam tadi buat aku rasa malas"
"Dia cakap apa?"
"Dia cakap 'isteri saya suka masak'. Kau rasa apa maksud dia? Aku? Sah la benci masak dan aku rasa dia anggap aku ni babysitter anak2 dia je kut. Aku tak pernah pun peduli sebelum ni tapi kali ni aku dah tak boleh nak buat bodoh je." Luah Ria kesal.
"Dia cakap mcm tu?" Soal Nia.
"Haah. Aku kawin dgn dia sebab anak2. Sampai skrg pun niat aku masih sama. Tapi, bila aku fikir balik sampai bila nak macam ni. Kalau setakat nak jaga anak2 dia aku boleh je jaga walaupun tak kawin dgn dia. Kalau kami terus mcm ni tak ada guna pun kawin. Walaupun aku ni tak ada la hadap sangat nak seorang suami yg boleh jaga aku sepanjang masa, cukuplah seorang lelaki yg boleh terima aku seadanya"
Jue dan Nia sama2 diam bila dengar apa yg Ria cakap.
"Kau rasa mcm mana skrg ni?" Soal Nia setelah mereka diam agak lama.
"Utk dia terima aku, mustahil"
"So, kau nak pilih jalan akhir?" Soal Jue terkejut.
"Mungkin. Aku tetap akan sayangkan anak2 dia. Kami masih lagi keluarga dan aku boleh cari seorang suami yg terima aku seadanya"
"Kau terlalu muda utk jadi janda Ria"
"Tak kisahlah, janda muda atau tua. Aku tak rasa kami berjodoh pun. Takkan aku nak tunggu anak2 besar dulu baru nak buat keputusan ni"
"Kau tak nak bincang dulu dgn dia?"
"Entah" satu keluhan berat Ria berikan dan dia mula kosongkan fikirannya.
Ria masuk ke dalam rumah yg kedengaran gamat dgn suasana gelak ketawa. Ria pasti ada orang lain di rumah ini selain Arfian dan anak2. Ria beri salam dan semua orang memandangnya. Anak2 masih lagi seronok bermain dgn barang mainan mereka dan Arfian tak kelihatan di mana2. Ria menyentuh Ziad dan Zia dan barulah dua anak itu sedar yg Ria sudah pulang.
"Ngah! Tengok ni mak su beli mainan baru" ceria betul dua suara kecil itu. Ria senyum dan berjalan ke dapur. Dari luar lagi dapat dengar orang ketawa. Ria memandang Arfian dan Zalisha yg sedang berbual mesra.
"Sha masak makanan kegemaran abg ni"
"Mestilah, mesti abg rindu nak makan semua ni kan?"
"Sangat"
"Isteri baru abg tak masak ke?"
"Dia tak suka masak"
"Sha boleh masakkan utk abg"
Ria bersandar pada dinding dan dengar je apa yg dua orang itu bualkan. Sakit hatinya bila dengar Arfian sendiri mengata dia dari belakang. Ria tinggalkan ruang dapur dan masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil beberapa helai baju dan bersedia utk keluar balik.
"Ria, nak pergi mana?" Soal Arfian bila ternampak Ria dah berada di depan pintu utk keluar. Ria sebolehnya cuba utk tayangkan wajah yg lebih selamba.
"Ada hal sikit" jawab Ria dan mula melangkah lagi.
"Ria, Sha ada ni. Jumpa la dia dulu" maklum Arfian dan Ria baru je nak melangkah pergi tapi bila Ria fikir balik ada betulnya kalau dia bertegur sapa dgn Zalisha terlebih dahulu. Ria aturkan kaki ke dapur utk menegur Zalisha.
"Kak" Ria bersuara sopan dan hulurkan tangan utk bersalam. Huluran itu disambut agak dingin.
"Makanlah dulu Ria. Awak baru je balik, takkan nak pergi terus. Banyak Sha masak ni"
"Tak pe la, saya nak kena cepat ni" Ria cuba mengelak.
"Rasa la masakan akak dulu" Zalisha bersuara pula. Ria gigit bibir bawahnya dan mengalah. Akhirnya dia ikut sama duduk di meja makan.
"Abg cakap Ria tak suka masak. Betul ke?" Soal Zalisha langsung. Ria berkerut sedikit dan pandang Arfian yg sedang tersenyum.
"Tak suka dan tak pandai masak" jawab Ria selamba habis.
"Kalau jadi perempuan kena la pandai masak. Lebih2 lagi bila dah kawin ni" teguran direct Zalisha hampir buatkan Ria meletup tapi dia cuba utk bersabar lagi. Kenapa Arfian boleh je maintain senyum bila dengar Ria kena tegur secara umum mcm tu.
'Duhai telefon, berderinglah!' Dah gaya buat magic Ria berdoa dalam hatinya. Kebetulan sangat bila telefon dia mula berdering.
"Yes!" Ria ceria betul dan semua mata pandangnya. Ria keluarkan fonnya dan mula menjawab.
"Tak elok bawa fon ke meja makan. Semua ni asas etika makan" teguran demi teguran yg Ria dapat hari ni.
"Betul tu Ria. Tak elok anak2 tengok" kali ni cukup utk buat Ria tak boleh tahan sabar lagi dah. Ria terus bangun dan bawa pingganya ke sinki. Dia basuh dgn perasaan marah dan letakkan pinggan di rak.
"Saya minta maaf, saya perlu pergi skrg." Ria segera angkat kaki dan pergi dari rumah itu. Buat kali pertamanya dia rasa sangat malu kerana dihina mcm tu je tanpa pembelaan.
Ria memandu laju pergi dan dia dah tak pedulikan apa2 lagi dah. Apa yg dia tahu skrg ni dia nak pergi jauh dari rumah itu. Tanpa Ria sedar dia telah memandu terlalu laju sehingga dia terbabas dan tak sedarkan diri lagi.
Ria segera diberi rawatan setelah dihantar ke hospital. Keadaan Ria yg masih tak sedarkan diri buatkan dia diletakkan di ruangan berasingan. Ria mula buka matanya perlahan lahan dan dia gerakkan badan sedikit.
"Jgn bangun"
"Encik Adry?" Soal Ria perlahan.
"Ya. Saya yg bawak awak ke sini"
"Mcm mana saya boleh ada kat hospital?"
"Awak terbabas. Saya jumpa awak pengsan dalam kereta"
"Ya ke? Terima kasih tolong saya" ucap Ria pula.
"Its ok. Glad u are fine. Nak saya call family awak?"
"Tak perlu. Saya ok je."
"Betul ni? Takkan awak tak nak bagi tahu suami awak"
"Tak perlu kot. Saya ok je, lagipun dia busy sikit skrg ni. Saya ok!" Ria tegaskan yg dia ok jadi Adry tak dapat nak buat apa2 keputusan skrg ni.
"Awak sakit, tak cakap pun" Ria bersuara dan Adry pandang Ria terkejut.
"Saya dah anggap En. Adry mcm kawan saya sendiri."
"Kalau awak anggap mcm tu panggil saya Adry je"
"Ya. Awak ok?"
"Saya ok je."
"Tapi awak skip chemo"
"Mana awak tahu semua ni?" Soal Adry pelik.
"Saya" Jue yg muncul buatkan Adry tambah terkejut.
"Dr. Julia"
"Ya, saya bff dia. Kami ada nampak awak hari tu dan tak sangka kami berdua sama2 kenal awak"
"Doc, awak dah langgar etika kerja. Awak tak patut dedahkan keadaan pesakit awak" Adry bersuara sperti mengugut.
"Habislah saya, kena call lawyer ni" Jue buat2 gelabah dan mereka bertiga ketawa serentak.
"Awak simpati dgn saya?" Soal Adry pada Ria. Ria senyum sedikit dan gelengkan kepala.
"Saya tak simpati. Tapi, saya nak awak teruskan rawatan."
"Dah terlambat Ria. Lagipun, chemo buat saya sakit" adu Adry sambil tersenyum hambar.
"Adry, saya janji akan jadi kawan awak dunia dan akhirat"
"Awak ni selalu bersemangat Ria"
"Mestilah! Saya nak awak yakin"
"Ya. Saya yakin. Awak baru je sedar, rehatlah. Saya keluar dulu" Adry terus tinggalkan Ria seorang diri. Adry menapak dgn laju utk keluar dari situ dan dia terus ke tandas. Dia bersandar lemah pada dinding tandas dan dia sedih kerana dia tak mampu menyintai perempuan yg dia suka.
"Doc tak tahu kau kat sini?!" Soal Jue terkejut habis.
"Slow la sikit. Hospital kut. Dia busy la"
"Dia perlu tahu Ria"
"Tak payah la. Aku tak nak dia tahu"
"Kau ni kenapa?"
"Jue, dia malukan aku depan perempuan lain. Aku kena kutuk tapi dia boleh sengih je!"
"Ark!" Ria pegang kepalanya yg terasa sakit tiba2. Jue cuba tenangkan Ria dan baringkan Ria pada katil.
"Ok. Aku minta maaf."
"Bagi la aku cuti kat sini tanpa gangguan. Petang ni aku dah boleh keluar kan?"
"Ya. Aku just takut suami kau risau semalam kau tak balik"
"Dia takkan risau la. Adry dah buat chemo balik?" Soal Ria.
"Adry? Dia pengsan malam tadi. Skrg dia dah kritikal Ria. Baik kau pergi jumpa dia" maklum Jue serba salah. Ria segera turun dari katil dan berlari ke ward Adry. Jue tunjukkan ruangan Adry di rawat dan Ria serta merta berhenti di depan pintu. Dia buka pintu dan masuk dgn perlahan lahan.
Arfian terus mendapatkan Nia yg sedang keluar drpd sebuah kedai.
"Nia" panggil Arfian dan Nia berpaling.
"Dr. Arfian. Ada apa?"
"Saya nak tanya sikit"
"Apa?"
"Awak ada jumpa Ria tak? Semalam dia tak balik rumah" soal Arfian dgn wajah risau. Nia mengerutkan dahinya pelik.
"Doc tak tahu ke?"
"Tahu apa?"
"Ria accident, masuk hospital"
"What?! Bila?" Soal Arfian kalut habis.
"Semalam. Doc sure tak tahu?"
"Ya Allah, saya tak tahu apa pun. Saya call dia banyak kali tapi tak dapat. Dia ok?" Soal Arfian lagi.
"Luka kat kepala je sikit. Saya nak ke sana ni, doc nak pergi sama2?" Pelawa Nia dan Arfian segera anggukkan kepala.
"Saya ikut dari belakang"
"Ok"
Sepanjang perjalanan Arfian risau habis dan dia mula rasa cemas. Dia tetap berdoa agar Ria ok. Sebaik tiba di hospital Arfian ikut langkah Nia ke ward yg Ria ditempatkan. Kebetulan jugak Jue ada di kawasan berdekatan. Jue telan liur bila dia nampak Arfian bersama dgn Nia.
'Habislah, mesti Ria naik angin' Jue dah dapat bayangkan Ria mengamuk bila nampak muka Arfian nanti.
"Mcm mana Ria?" Soal Arfian kalut. Jue pandang Nia dan berikan jawapan positif dgn anggukan je.
"Saya nak jenguk dia"
"Bilik dia hujung sana" Jue tunjukkan ward Ria dan dia menghalang Nia drpd pergi.
"Kenapa kau bawak doc tu datang?"soal Jue bila Arfian dah pergi.
"Ni yg aku nak tanya ni, dia tak cakap kat suami dia ke?" Soal Nia pada Jue balik.
"Tak cakap. Dia marah aku cakap kot. Ni kau bawak dia habislah aku"
"Kenapa dia nak marah? Suami dia cari dah mcm nak gila kut"
"Ya ke? Dia cakap suami dia persendakan dia. Entahlah. Tak tahu la aku"
"Biar betul?!"
"Dunnow la girl"
"Juliana Amani! Awak dah tak ada kerja nak buat ke?" Nia dan Jue terus keras kejung bila ada satu suara tegas menegur Jue. Jue buat muka malas dan mengatur langkah utk pergi.
"Nia, jgn kacau dorang."
"Habis tu aku nak buat apa kat sini?"
"Baliklah"
"Kau halau aku?"
"Juliana Amani?" Kini lelaki yg tegas itu dah berdiri sebelah Jue dan Nia. Jue buat muka bengang tapi Nia boleh pulak tayang sengih. Dah lupa kat Iwan dia la tu.
"Ya Dr. Arif, saya tengah terangkan tentang penyakit pesakit pada kawan dia" jawab Jue malas.
"I need u in the ICU"
"Ok. Cik Nia, jgn risau ya. Kawan cik dah boleh keluar petang nanti. Saya minta diri dulu" Jue terus berjalan di belakang doktor yg bernama Arif tu. Sempat lagi Jue buat2 nak sepak doktor itu. Nia tergelak kecil tengok perangai tak senonoh Jue.
"Awak tak perlu bagi harapan lagi Ria. Saya tahu yg saya dah tak lama lagi"
"Adry, saya nampak awak ok je. Sihat, hensem lagi!"
"Saya boleh senyum sebab awak ada kat sini" ujar Adry lagi.
"Awak ni, boleh melawat saya lagi. Awak sihat la tu maknanya"
"Hati saya sihat, badan saya yg tak sihat. Hati saya kuat tapi badan saya dah tak kuat"
"Adry, jgn la cakap mcm tu"
"Saya cakap apa yg saya rasa je."
"Awak ni buat saya sedih je"
"Awak jgn la sedih Ria. Ria, saya nak minta maaf dgn awak"
"Tak raya lagi, tak puasa pun lagi"
"Ria, saya betul2 perlukan kata maaf drpd awak"
"Awak buat salah apa? Cakap!" Ria buat2 marah pula.
"Dosa besar Ria. Saya dah cintai awak, isteri orang. Saya minta maaf sangat2" kali ini Ria kelu dan tak tahu nak cakap apa lagi dah.
"Adry..."
"Saya minta maaf Ria. Saya tak minta awak cintakan saya balik. Saya cuma rasa rugi sangat kalau saya tak cakap isi hati saya ni" luah Adry lagi. Ria senyum dan pandang Adry dalam2.
"Adry, saya tak marah dan saya tak salahkan awak. Saya hargai cinta awak dan saya nak berterima kasih" ucap Ria ikhlas.
"Awak tak marah?" Soal Adry terkejut dgn respon Ria.
"Kita tak ada hak utk memilih pada siapa kita nak jatuh cinta. Tapi, saya minta maaf tak dapat balas cinta awak" ujar Ria pula.
"Tak pe. Saya tak minta awak balas pun. Saya cuma nak awak tahu je" Adry senyun bahagia. Ria ikut sama senyum dan pandang Adry.
Arfian yg dengar semuanya rasa hatinya perit dan sakit pada masa yg sama. Arfian yg tak tahu apa yg dia perlu buat bila dengar semua tu. Arfian ambil keputusan utk pergi dari hospital tanpa tahu keadaan sebenar Ria.
Kebetulan pulak pada masa yg sama Arfian turun ke ground floor dan terserempak dgn Nia.
"Dr. Arfian, dah nak balik ke?" Soal Nia.
"Ya"
"Dah jumpa Ria?"
"Tak sempat. Saya kena pergi dulu ni. Saya minta diri dulu" Arfian terus pergi dari hospital. Nia yg pelik tengok air muka Arfian yg keruh hanya buatkan dia terlintas yg Ria dah marahkan Arfian.
Ria masuk ke dalam rumah dgn muka agak bengang, Zalisha ada di rumah itu.
"Ngah!!!" Jerit Ziad dan Zia terus meluru memeluk Ria.
"Kenapa dahi ngah ni?" Soal Zia risau dan Ria senyum sikit.
"Sikit je ni"
"Ngah pergi mana? Abg dann adik tidur dgn papa je" adu Ziad pula.
"Ngah tidur hospital. Ngah nak mandi ni. Nanti kita cerita ya?"
"Ok. Adk nak tunggu dalam bilik ngah"
"Abg pun"
"Ya la. Jom!" Ceria Ria mengajak dua anak itu.
"Abg, adik. Jom makan kek yg mak su buat" Zalisha bersuara memanggil dua anak itu. Ria kalau ikutkan hati nak je dia pergi bodoh mcm tu je, tapi bila dia fikirkan adab dia bersalaman dgn Zalisha terlebih dahulu.
"Adk nak teman ngah" ujar Zia.
"Abg pun!"
"Pergi la makan kek dgn mak su." Ujar Ria pula tapi kembar itu menggelengkan kepala.
"Kita makan sama2 la" ajak Zia pula.
"Ngah mandi dulu, solat asar. Lepas tu kita makan"
"Yay! Jom mandi" Ria tergelak kecil dgn telatah dua anknya itu.
Selesai mandi dan solat Ria dan kembar itu turun ke ruang tamu. Ria menghentikan langkahnya bila ternampak Arfian juga berada di situ yg sedang makan kek.
"Jom la ngah" Ziad dan Zia tarik tangan Ria ke ruang tamu. Ria duduk di depan Arfian tanpa memandang wajah itu langsung. Arfian pula memerhatikan tingkah Ria yg langsung x hiraukan kewujudan dia di situ.
"Abg nak pergi mana?" Soal Zalisha bila Arfian bangun dari sofa. Arfian tak menjawab dan terus ke satu almari. Arfian datang semula dgn kotak first aid.
"Abg, papa nak letak ubat di dahi ngah ni. Abg pergi duduk sbelah adk" ujar Arfian. Ria mengaduh bila dia berkerut agak kuat.
"Luka awak tak tertutup lagi ni." Maklum Arfian dan mula menyapu ubat. Zalisha pandang dgn geram dan sakit hati. Ria cuba utk menolak tangan Arfian tapi Arfian langsung tak pedulikan halangan Ria.
"Kenapa tak jawab call saya?" Soal Arfian tenang. Ria terus mendiamkan dirinya dan tak pedulikan soalan Arfian.
"Kenapa tak cakap awak masuk hospital?"
"Nak cakap apa? Saya dah keluar pun. Saya dah ok" jawab Ria selamba dan Arfian berikan pandangan tajam kpd Ria.
"Saya nak rest. Berdenyut kepala saya ni" selesai bercakap Ria terus ke biliknya bersama kembar itu.
"Sha ingat abang buat pilihan nak kawin lagi dgn perempuan yg lebih baik dari Zal" Zalisha terus bersuara sinis. Arfian pandang Zalisha dgn tajam di atas kelancangan mulutnya.
"Ria Arlissa ibu terbaik utk anak2 abg. Walaupun dia tak pandai masak. Anak2 tak pernah kelaparan"
"Sebab abg ada orang gaji. Mcm mana kalau orang gaji abg tak ada?"
"Kak mah bukan orang gaji dalam rumah ni. Dia keluarga kami"
"Kalau maid abg tak ada agaknya anak2 dan abg sekali tak dapat pakai baju bersih kut"
"Semuanya Ria yg buat utk abg dan anak2. Ria hanya tak suka masak, dan abg boleh masak. Kalau Sha datang sini nak burukkan Ria, Sha boleh balik" Arfian biarkan Zalisha seorang diri di ruang tamu dan dia masuk ke dalam biliknya. Padanya dia tak suka Zalisha burukkan Ria di depannya.
"Awak nak pergi mana malam2 ni?" Soal Arfian bila Ria bergegas nak keluar lewat malam.
"Saya nak pergi hospital" Ria mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah.
"Awak nak buat apa?"
"Kawan saya dah nazak. Saya nak jumpa dia"
"Adry?" Soal Arfian kasar dan Ria pandang Arfian.
"Ya" Ria menjawab tanpa memandang Arfian.
"Saya tak izinkan awak pergi" tegas Arfian menghalang dan menolak pintu kereta Ria kembali tertutup.
"Arfian Hamzah!" Ria mengetap bibir geram dgn kelakuan Arfian.
"Saya tak benarkan!"
"Dia dah nazak. Saya tetap nak pergi!" Ria tolak sdikit badan Arfian dan dia terus masuk ke dalam kereta. Dia bergegas tinggalkan rumah tanpa hiraukan Arfian.
"Ria!" Panggilan Arfian hanyalah sia2 bila Ria dah pergi jauh. Arfian merengus kasar dan melihat kereta Ria pergi. Dia kembali ke dalam rumah dan duduk di sofa. Dia berniat utk tunggu Ria balik dari hospital.
Bila azan subuh kedengaran Arfian tersedar dari tidur dan dia masih lagi di sofa. Dia berlari ke bilik Ria dan Ria masih juga belum balik. Arfian ke biliknya utk mandi dan solat. Selesai dia solat dia kejutkan anak2 supaya mandi utk ke sekolah. Dia dan anak2 ke dapur utk makan sarapan pagi.
"Puan tak balik lagi ke tuan?" Soal Kak Mah.
"Belum lagi." Jawab Arfian lemah.
"Ngah pergi mana pa?" Soal Ziad.
"Ngah jumpa kawan dia sakit kat hospital. Makan cepat" ujar Arfian.
Arfian tak pergi kerja hari ini dan dia masih menunggu Ria balik. Bila Ria balik dgn berbaju kurung Arfian menarik lengan Ria drpd terus pergi ke bilik.
"Saya nak cakap sikit" Arfian bersuara serius.
"Saya baru je balik dari kubur ni. Boleh saya mandi dulu?" Soal Ria juga dalam keadan serius.
"Ok. Saya tunggu kat laman" Arfian ke laman luar dan menunggu Ria di sana. Ria naik mandi dan setelah dia mandi dia ke dapur utk jumpa Kak Mah terlebih dahulu.
"Marah betul doc tu"
"Dia tak marah tapi risau. Dia tidur ruang tamu semalam tunggu Ria"
"Ya ke? Ria jumpa dia kejap" Ria segera ke laman dan duduk di depan Arfian.
"Nak cakap apa?"soal Ria dingin.
"Arwah dah selamat dikebumikan?" Soal Arfian lembut.
"Alhamdulillah. Dah"
"Alhamdulillah"
"Doc nak tanya pasal tu je ke?"
"Saya tak tahu nak cakap mcm mana, tapi awak jgn pergi mcm tu tanpa beritahu saya apa2. Saya risau, anak2 risau"
"Ya. Saya cuma malu, malu sebab Kak Sha cakap mcm tu"
"Saya dah agak dah. Who cares? Who is she? Saya dan anak2 tak pernah pun perlekehkan awak." Arfian berkata yakin dan Ria sembunyi senyum.
"Tapi doc gelakkan saya"
"Mana ada. Saya senyum je. Takkan saya nak marah dia depan anak2. Awak sendiri cakap jgn marah depan anak2."
"Mcm la doc berani marah dia"
"Jgn ingat saya tak berani. Awak je tak tahu"
"Ya la tu. Doc tak kerja ke?"
"Awak tak kerja ke?"
"Saya dah mohon cuti"
"Saya pun dah mohon cuti"
"Tiru"
"Mana ada. Anak2 sekolah. Kita pulak yg ponteng" ujar Arfian dgn sengihan lebar.
"Ya la kan. Ish, mesti anak2 jeles ni."
"Jgn la cakap. Saya tanya sikit?"
"Apa?"
"Awak suka En. Adry?" Soal Arfian serba salah. Ria tersenyum sedikit dan angguk.
"Suka dan sayang sebagai kawan. Dia lelaki yg baik. "
"Saya tahu dia cintakan awak" Ria tersentak dan pandang Arfian yg sedang tersenyum.
"Doc cakap apa ni?" Soal Ria cuba berdalih.
"Saya dengar semuanya kat hospital."
"Ya ke? Tapi, saya tak cintakan dia pun. Saya anggap dia kawan baik je"
"Saya tahu. Saya dengar semuanya"
"Baguslah. Tapi, bertuah jugak kalau dapat lelaki mcm dia"
"Awak dah ada saya kan? Tak cukup bagus ke saya ni?" Soalan itu kedengaran pelik pada Ria.
"Entah." Jawab Ria selamba dan masuk ke dalam rumah dgn segera.
Arfian sedar yg hatinya mula merasai kehadiran Ria tapi dia masih cuba utk menidakkan kerana dia tak mahu gantikan tempat Zalikha di hatinya. Semakin dia menolak semakin dekat Ria di hatinya dan dia tak selesa dalam keadaan itu.
"Makan la sayur abg, adk" pujuk Ria lagi.
"Tak sedap"
"Kak Mah masak sedap ni."
"Tak nak."
"Ngah suap nak?" Soal Ria pula.
"Sama je, tak sedap jugak"
"Ngah ada trick nak bagi sayur ni rasa sedap. Dulu, ibu ngah selalu buat. Nak try?"
"Ok" jawab Ziad dan Zia perlahan. Ria masukkan sedikit lobak ke dalam mulutnya dan menyuruh Zia gigitnya di sebelah satu lagi. Zia ikutkan dan lobak kecil itu terbahagi dua dan masuk ke dalam mulut Zia.
"Sedap?" Soal Ria.
"Sama je rasa dia, tapi sebab ngah suap mcm tu. Sedap!" Jawab Zia ceria dan Ria tersenyum.
"Nak jugak" pinta Ziad pula. Ria turut lakukan hal yg sama pada Ziad dan mereka terus saling menyuap. Kak Mah yg perhatikan tiga beranak itu di meja makan ikut sama tersenyum bahagia.
"Papa!"
"Doc dah balik?" Soal Ria pula.
"Kelas sikit je hari ni. Awal awak balik"
"Hari ni half day je. Sempat saya pergi ambil anak2"
"Ya ke? Makan apa ni? Mana nasi? Sayur je ada"
"Ngah suruh makan sayur. Ngah suap, best!"
"Sayur jadi best sebab ngah suap ya? Kalau mcm tu papa nak ngah suap jugak la" Arfian buat permintaaan yg boleh menyebabkan Ria pengsan ni. Ria cepat2 menolak walaupun dipaksa Ziad dan Zia.
"Suaplah papa ngah" paksa Ziad lagi.
"Tak boleh. Papa suka makan sayur, tak kena suap lagi dah" elak Ria lagi.
"Apa salahnya kalau kena suap. Kan?" Amboi, dapatkan sokongan pulak.
"Mana boleh. Ni utk kanak2 je" Ria cuba utk elak lagi.
"Suaplah" pinta Arfian lagi.
"Mana boleh!" Ujar Ria pula.
"Kenapa?" Soal Arfian tak puas hati.
"Apa kata Zia yg suap papa" suruh Ria pula dan anak kecil itu tak fikir banyak terus suapkan Arfian dgn mulutnya. Ria tersenyum puas hati bila Zia yg suapkan Arfian.
'Selamat aku' senang hati Ria skrg ni.
"Dah habis makan. Pergi basuh tangan dan mulut" arah Ria sambil tersenyum mesra. Selepas itu anak2 keluar dari dapur dan Ria basuhkan mangkuk yg digunakan mereka tadi.
"Awak suap anak2 mcm tu ke?" Soal Arfian sambil bersandar pada kabinet dapur. Ria angguk dan teruskan kerjanya.
"Kenapa tak boleh suap saya jugak?" Soal Arfian dan berpisat Ria memandangnya.
"Nak ke? Nak saya try?" Ugut Ria sakan dan Arfian terus ketawa kecil.
"Thanks, ajar anak2 makan syur" ucap Arfian ikhlas. Ria senyum bermakna.
"Sama2."
"Saya bercadang nak balik terengganu bercuti. Awak rasa mcm mana?"
"Ok je. Ajak la family besar kita"
"Dah ajak. Bulan depan baru semua free. Cuti seminggu ni nak pergi mana2. Anak2 pun cuti"
"Doc cuti ke?"
"Sikit, empat hari je"
"Kita ajak family aunty la. Takkan nak ajak family saya je. Boleh Ziad dan Zia kenal saudara mara dia"
"Awak ok ke? Tak takut kena bidas lagi dgn Sha?"
"Heh, saya lastik je dia nanti" Ria jawab riak dan Arfian gelak lagi.
"Ya la tu, lepas tu nangis. Kan?"
"Mana ada! Tapi ok jugak mcm tu." "Ya la. Nanti saya tanya mama"
"Good! Kalau saya tak ikut pun tak apa"
"Mana boleh. Kalau saya pergi, anak2 pergi. Awak pun kena pergi. Tak aci la kena jga anak2 sorang2"
"Ya Allah, berkira tak ingat"
"Bukan berkira, fact"
"Ya la. Cakap pun tak habis dgn doc ni" Ria mengalah dan Arfian tayangkan senyuman kemenangan. Ria malas nak hiraukan Arfian dan dia terus keluar dri dapur. Arfian semyum lagi dan berpeluk tubuh di dapur sambil perhatikan langkah Ria pergi.
Zalisha tak habis2 nak sakitkan hati Ria bila Ria ke rumah mamanya. Kalau ikutkan tahap gangster Ria dah lama kena balun Zalisha tu tapi memikirkan dia juga keluarga, dia simpankan niat jahatnya itu.
"Kau kawin dgn jasad Amza je. Kau tak kan dapat cinta dia" sinis Zalisha berbisik di telinga Ria. Ria mengeluh malas dan menjauhi Zalisha.
"Kau takut dia akan ceraikan kau kan?" Soal Zalisha tak puas lagi.
"Saya respect akak. Saya tak kisah pun tak dapat cinta dia, saya hanya sayangkan anak2nya. Kalau akak rasa boleh ganti tempat Dr. Zalikha, silakan. Sikit pun saya tak rasa nak menghalang" Ria tinggalkan Zalisha dgn segera sebab dia tak sanggup lagi nak dengar apa yg keluar dari mulut Zalisha. Ria mendapatkan Ziad dan Zia yg sedang bermain.
"Ria, mama nak cakap sikit" Dhurah meminta Ria supaya tinggalkan ank2 sekejap. Ria mengikut Dhurah ke dalam rumah walaupun semua orang berada di luar.
"Apa aunty?" Soal Ria sopan.
"Panggil mama"
"Ya. Mama"
"Mama tahu anak2 happy Ria ada dgn mereka, mama tahu yg Ria tak cuba utk raih cinta Amza. Mama tahu Ria hormati cinta Amza pada arwah anak mama tapi, mama nak Amza bahagia dan tak rasa terhalang utk mencintai orang lain."
"Ria tak boleh buat apa pun aunty"
"Boleh kalau Ria cuba" Ria buat muka selamba badaknya lagi. Dia tak pernah terfikir nak meraih cinta dripd Arfian sebab dia sedar yg dia bukanlah sesiapa jika nak dibandingkan dgn Dr. Zalikha.
"Apa kata mama minta Amza kawin dgn Kak Sha?" Cadangan Ria buatkan Dhurah terkejut dan tak sangka yg Ria cadangkan semua tu dgn mulutnya sendiri.
"Ria tak kisah?" Soal Dhurah inginkan kepastian.
"Tak, kalau anak2 suka Ria ok je" jawab Ria dan ukirkan senyuman sikit. Dhurah duduk disebelah Ria dan genggam erat tangan Ria.
"Kalau Amza yg nak semua tu, dah lama dia kawin dgn Sha. Tapi, kenapa dia pilih Ria? Ria tak terfikir ke?"
"Tak. Sebab Ria tahu kenapa dia pilih Ria"
"Kenapa?"
"Sebab anak2 dan sebab ibu dan babah Ria nak sangat bermenantukan dia. Ria ok je mcm ni"
"Ria mengalah cepat sangat" Dhurah cuba memujuk lagi. Ria pandang Dhurah dalam2 dan dia menggeleng sambil tersenyum.
"Ria nak tengok ank2" Ria sudah mula beredar.
"Ria tak sayangkan Amza? Cintakan Amza walaupun sikit?" Soalan itu buatkan Ria berhenti melangkah dan dia menoleh lalu menggelengkan kepala yakin. Dhurah kecewa dgn jawapan yg Ria berikan sebab dia pasti yg Ria cintakan Amza.
Arfian duduk disebelah Ria dan bincangkan sesuatu. Ria kelakar bila dengar rancangan Arfian yg agak karut itu.
"Doc nak masuk hutan mana?" Soal Ria dgn sisa tawanya.
"Tema je la. Saya nak anak2 celebrate birthday mereka tahun ni. Beberapa hari lagi dah masuk tahun baru dan mereka dah 5 tahun"
"Kalau membazir tak elok jugak. Apa kata buat kat rumah kita je." Saran Ria pula.
"Cukup ke ruang?"
"Ha! Buat dekat teratak la. Laman dia luas. Boleh celebrate utk anak2 yg lain jugak"
"Nice! Nanti kita jumpa event planner"
"Tak payah la, biar saya je uruskan. Saya organizer terbaik ok" Ria tersenyum riak dan angkatkan keningnya dua kali. Arfian hanya mampu senyum mengiakan. Ria tergelak pula bila Arfian terpaksa mengaku walaupun dia tak nak.
Segala persiapan sudah selesai dan orang ramai mula datang ke majlis hari jadi Ziad dan Zia. Ria memang pay effort habis utk majlis ini dan dia bahagia bila anak2 dia bahagia. Arfian datang dan berdiri di sebelah Ria yg sedang tersenyum melihat anak2.
"Thanks a lot. Saya tak tahu nak buat apa kalau awak tak ada" ucap Arfian ikhlas dan memandang tepat ke dalam anak mata Ria. Ria senyum manis dan anggukkan kepala.
"Kalau saya tak ada, doc boleh upah orang buat semua ni"
"Hasilnya tak akan sama"
"Saya buat semua ni utk anak2" Ria senyum lagi dan matanya terus jatuh pada Ziad dan Zia. Dia pasti akan sesuatu, dan dia rasa hatinya memberat. Dia rasakan yg dia akan pergi daripada keluarga ini dalam masa yg terdekat.
"Kalau saya tak ada, doc jaga anak2 elok2 ok?" Soal Ria dan minta pengertian drpd Arfian.
"Anak2 adlh priority saya."
"Baguslah" Ria lega bila Arfian cakap mcm tu. Ria minta diri dan berlalu dari situ dan terus ke kolam ikan di belakang teratak. Air matanya mengalir tanpa dia pinta dan dia menghitung semula keputusannya utk pergi drpd keluarga itu dan teruskan niatnya utk pergi jauh dari situ.
"Ria, aku tahu kau sayangkan dia" Nia muncul dan usap belakang Ria lembut. Ria gelengkan kepalanya dan dia menahan tangis. Jue pula datang dan berikan sapu tangan pada Ria.
"Kau tak perlu pergi kalau kau tak nak. Tak ada siapa pun yg minta kau pergi" ujar Jue pula dan Ria gelengkan kepalanya.
"Aku kena pergi jugak. Sampai bila kau nak aku kawin dgn lelaki yg hanya ada seorang wanita didepannya"
"Aku tak kisah walau sampai mati aku jadi babysitter anak dia, tapi, aku nak cari cinta aku"
"Dia dah lafaz secara terang dan aku faham. Dia takkan dapat terima aku lebih dari seorang adik pun. Hanya Dr. Zalikha di hatinya"
"Aku tak sedih sebab dia tak cintakan aku. Aku cuma nak ada life sendiri. Semua orang ada cintanya yg telah diberikan sepenuhnya pada seseorang. Aku tak impikan cinta dia, malah aku tak berniat pun nak raih cinta dia. Skrg adalah masa yg sesuai utk aku pergi." Luah Ria lagi dan dia kesat air mata lalu tersenyum.
"Aku tak layak pun nak jadi mama pada anak2 dia" Ria tarik nafas dalam2 dan dia tersenyum lagi. Nia dan Jue berikan pelukan erat dan semangat pada Ria supaya dia terus kuat. Jika betul ada cinta utk mereka pasti dah ada setitik cinta sekurang kurangnya. Tapi dah hampir setahun, tiada apa2 yg terjadi. Bila ada hati yg tertutup, tidak pernah diketuk, masakan pemilik hati akan membuka hatinya.
Arfian, pemilik hati yg sudah kunci dan Ria tak pernah cuba mengetuk pintu yg terkunci rapat itu. Masakan ada yg akan membuka pintunya melainkan dia sendiri dah bersedia utk mencari pemilik hatinya yg seterusnya, malah, Arfian juga tak pernah mencuba utk membuka dan keluar dari pintu itu.
"Kak Dira tolong jagakan anak2 Ria baik2. Ria sayangkan semuanya" ucap Ria menhan sebak. Kak Dira dah mula bergenang dan dia cuba utk tahan tangis. Ria mencium pipi setiap anak muridnya yg dia dah sayang sama seperti anak sendiri.
"Kak jaga diri, maafkan semua salah Ria" Ria berikan pelukan erat pada Dira dan dia mula melangkah pergi. Air mata yg jatuh dipipinya dia kesat sendiri dan berjalan ke kereta pula. Dia masuk ke dalam kereta dan destinasinya adalah JB.
Sampai di laman rumah Ria turun dgn langkah lemah dan dia terus meluru kearah ibunya yg langsung tak menyangka yg dia akan balik. Ria memeluk ibunya erat dan tersenyum sdikit.
"Ibu, babah. Ria tak minta semua ni jadi, tapi, ini adalah masa yg tepat utk Ria pergi. Ibu dan babah izinkan Ria?" Pinta Ria lembut dan ibubapanya kelu tak tahu apa yg mereka perlu katakan. Ria tak pernah meminta sesuatu setekad ini sehingga merayu dan menangis.
"Kalau Amza izinkan, kami izinkan" Deraman beri kata putus dan Ria tersenyum bahagia. Ria mengesat air matanya.
Ria kmbali ke KL malam itu juga dan mula mengemas barangnya. Berat hatinya utk pergi tapi dah sampai tempoh akhir. Dia perlu pergi. Ria memandamg bagasinya yg penuh dgn barang.
"Ok. Tidur dulu" Ria kuatkan semangat dan naik ke katil utk tidur. Mustahil matanya utk terlelap kali ini. Ria hanya termenung memandang siling dan memorinya di dalam rumah ini mula bermain dalam otaknya.
Paginya Ria dah sediakn semua pakaian Ziad dan Zia. Malah, pakaian Arfian juga.
Ria sudah berdiri di luar rumah bersama bagasinya. Ziad dan Zia mula menangis bila dapat tahu yg Ria betul2 akan tinggalkan rumah mereka. Ria ukirkan senyuman dia yg terbaik walaupun dia tahu ini adalah perpisahan yg paling sakit. Ria mendekati dua anak itu dan bila Ria cuba menyentuh kepala mereka mereka menepis tangan Ria.
"Ngah jahat!" Jerit Zia dan menangis lagi. Ziad ikut sama menangis dan tangisan mereka semakin kuat. Ria cuba menahan tangis dan memandang tempat lain.
"Carilah orang yg layak utk anak2 doc" ujar Ria lagi dan Arfian yg hanya berdiam diri sejak beberapa hari lepas bila Ria maklumkan yg dia akan pergi masih tetap berdiam diri.
"Ngah pergi dulu ya?" Soal Ria sebak. Dia tahu anak2 itu marahkanya. Dia tak nafikan yg dia pentingkan diri sendiri tapi, ada kalanya kita perlu fikirkan diri kita.
"Perlu ke awak pergi?" Soal Arfian akhirnya dan Ria senyum lalu anggukkan kepala.
"Dr. Zalikha bertuah ada suami mcm doc. Setia ke hujung nyawa. Saya pun nak carikan diri saya seorang lelaki yg boleh setia pada saya ke hujung nyawanya. Halalkan makan minum saya dan jaga anak2."
"Ngah pergi dulu" Ria memegang bagasinya dan tangan dia menggeletar sedikit kerana menahan tangis dan sebak. Bila Ria mula melangkah pergi dan semakin menjauh Ziad dan Zia berlari ke arahnya dan memeluknya erat. Ria lepaskan bagasinya dan membalas pelukan itu. Lama merka berpelukan dan Ria tahu dah tiba masanya dia pergi.
"Ngah pergi dulu" Ria segera ambil bagasinya dan masukkan ke dalam teksi yg sedia menunggu. Dia segera maduk ke dalam teksi dan meminta pemandu itu pergi dgn segera. Laungan dan jeritan Ziad dan Zia seakan mengguris hatinya. Dia menangis hiba dalam teksi yg membawanya ke airport. Dia dah bersedia utk pergi.
Ahad, 18/6
Aku sendiri tak pasti tentang siapa yg Amza selalu ceritakan, yg pasti, aku tahu dia seorang perempuan. Ada jugak orang yg berani nak sepak tayar kereta dia kan? Kalau ikutkan dia memang seorang yg serius dan pernah halau student dia keluar kelas. Muka hensem, tapi garang sikit. Mcm mana dia nak kawin nanti
.................................................
Khamis, 21/6
Hari ini aku dan Amza beli cincin kahwin. Bila aku pilih cincin dia asyik dia bantah je, cakap pilihan aku tak cantik. Tapi dia pilih pun bukannya cantik sangat pun. Tapi, aku yakin yg Amza jodoh aku, sebab dia tahu semua yg aku suka. Kami share coconut shake yg sama lagi hari ni. Amza is the best man ever. Papa aku pun tak sebaik dia. Kut. Sekali lagi dia cerita pasal perempuan brutal yg sepak kereta dia. Katanya, girl tu can speak well dan sangat meyakinkan. Hurm, aku nak tahu sangat siapa yg dia selalu sebut tu. Aku jeles? Maybe not because i know him well. Lagi sebulan Amza. I will be yours. In sha Allah.
Amza Zalikha.
.................................................
Isnin, 14/7.
Hari ni aku dah sah jadi isteri Syed Arfian Hamzah. Eh, lupa pulak nak sebut doktor. Perlu ke? Hihihi. Amza, saya janji akan jadi isteri terbaik utk awak dan jadi ibu yg baik utk anak2 kita nanti. In sha Allah. Bila awak lafaz akad, saya dah lafaz janji setia ke hujung nyawa. I love u today, tomorrow and till jannah.
Amza Zalikha.
.................................................
Rabu, 29/7
Kenapa kepala aku asyik sakit je lately? Amza pun perasan tentang hal ni, ya Allah, aku tak nak tinggalkan suami aku. Izinkan aku berikan zuriat pada suamiku sebelum malaikatMu menjemputku ya Allah.
Amza Zalikha.
.................................................
Selasa, 2/8
Amza dah cakap, girl yg dia selalu cerita tu student dia. Orang yg paling banyak dia halau keluar kelas pulak tu. Apa yg girl tu buat agaknya ya? Nakal betul. Tapi, paling dahsyat, girl tu tak peduli langsung tentang kehenseman Amza. Means, awak tak ada la hensem mana pun abang. Hahaha.
Amza Zalikha.
.................................................
Isnin, 25/8.
Sekarang Amza dah tak mengajar di uni lama dia lagi. Aku agak dia nampak sedih je, kenapa dia sedih? bila aku tanya dia rindu student dia ke? Tapi dia cakap tak. Katanya student tu dah benci dia dan tak datang kelas sampai dia tak sempat nak minta maaf dgn student tu. Aku nak sangat jumpa student tu. Bila aku tanya kenapa dia fikir sangat tentang student tu dia mesti jawab. 'She is my student'. Aku tak cemburu bila dia cerita pasal student dia tu. Lagipun, kanser aku ni dah tak dapat diselamatkan. Amza, saya nak mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2 dgn awak Amza. I love u today, tomorrow and till jannah.
Amza Zalikha.
.................................................
Selasa, 20/3.
Kanser? Last stage? Aku redha dgn kehendakMu ya Allah. Aku bahagia Engkau telah makbulkan doa2 ku Ya Allah. Syed Ziad Haiqal dan Syarifah Zia Hani adalah hadiah terbaik dari aku utk suamiku. Syed Arfian Hamzah. Aku rela jika sekarang malaikatMu menjemputku. Sampai ke hari ini, suamiku masih lagi cerita perihal student dia yg brutal tu. Dialah satu satunya bekas pelajar Amza yg Amza tak gelarkan dia ex student. Abg, awak selalu cakap yg 'she is my student'. Saya tak tahu apa yg abg rasa pada student tu, tapi jika abg jumpa dia lagi, jgn tinggalkan dia lagi.
Ya Allah, sudah tiba saatnya aku pergi dan orang lain yg datang dalam hidup keluargaku. Anak2 ku juga dah berumur setahun dan aku juga dah sempat mendengar mereka memanggil mama. Amza, i love u today, tomorrow and till jannah. Anak2 mama, mama sayang anak2 mama. Jaga papa utk mama. Salam sayang, mama dan isteri.
Amza Zalikha.
.................................................
Helaian terakhir diari yg baru sahaja dia jumpa dia tutup rapat dan memeluk diari itu erat. Dah bertahun arwah pergi, kenapa mesti hari ini diari itu muncul di saat Ria dah pergi.
"Papa, bila ngah nak balik?" Soal Zia sedih. Arfian membawa Zia ke dalam pelukannya dan mencium dahi itu lama.
"Papa tak tahu sayang" jawab Arfian lemah.
"Ngah marah kita ya papa?" Soal Ziad pula.
"Mana ada abg. Ngah bercuti kut"
"Kenapa tak ajak kita?"
"Lain kali kut. Skrg kan abg dan adk dah lima tahun."
"Jadi, ngah tak nak jaga kami lgi? Sebab kami dah besar?" Soalan demi soalan buatkan Arfian kelu. Dia sendiri tak pasti apa yg dia perlu jawab pada anak2 nya.
Nia pelik bila melihat Ria kalut mengemas barangnya ke dalam beg seperti bergegas nak tinggalkan hotel itu.
"Kau nak pergi mana ni Ria?" Soal Nia dan duduk di depan Ria.
"Aku nak balik KL. Anqk2 tak sihat. Kak mah cakap dah banyak kali dorang jatuh sakit. Aku tak senang hati la duk kat sini" Ria teruskan mengemas tanpa memandang Nia.
"Dah agak dah"
"Apa yg kau dah agak?"
"Kau tak boleh jauh dgn anak2 kau tu. Baru je dua minggu dah nak balik Malaysia"
"Sebab anak2 tak sihat la." Jawab Ria pertahankan dirinya.
"Jadi kau nak balik Malaysia la ni? Kau tak nak habiskan kursus dan dapatkan sijil sukarelawan ke?"
"Entah. Aku tak fikir semua tu penting skrg ni. Anak2 lebih penting" jawab Ria lagi. Nia tepuk bahu Ria dan berikan senyuman manis pada Ria.
"Aku dah agak, tempat kau disisi anak2 kau. Aku doakan yg terbaik"
"Thanks Nia. Boleh hantar aku ke airport?"
"Boleh. Dah tempah tiket ke?"
"Belum. Nanti kat sana je la" Ria bergegas bersiap dan keluar dari bilik hotel bersama Nia. Mereka terus ke airport.
Ria berlari ke kaunter utk beli tiket tapi semua tiket ke Malaysia dah habis.
"Esok je la Ria" pujuk Nia bila Ria mcm tak boleh sabar je nak balik.
"Tak boleh, aku kena balik jugak. Aku tak boleh tunggu esok."
"Habis tu mcm mana? Tiket dah habis"
"Jap, tak semestinya kena naik aero. Singapura ni boleh je terus sampai Malaysia."
"Kau sure tak gila ke ni?"
"Sure! Aku boleh ambil teksi, aku tak kisah berapa kali aku kena naik turun sekali pun. Aku tetap nak balik" Ria dah beri kata putus. Nia menggelengkan kepala sebab tak bersetuju dgn plan ekspress Ria.
"Ria, kalau kau buat mcm tu, sahlah esok baru sampai depan rumah kau. Apa kata kau ambik je flight awal pagi esok. Tak penat sangat dan jimat masa lagi. Faham?" Nia cuba sedarkan Ria yg dah berfikir terlalu jauh. Ria terpaksa setuju dgn plan Nia, apa yg Nia cakap ada betulnya jugak. Akhirnya mereka kembali semula ke hotel. Nia tersenyum sikit bila lihat wajah sugul Ria. Ria berdiri di tepi tingkap dan perhatikan lautan yg luas.
"Kalaulah aku pandai terbang. Aku dah balik dah" Ria merungut pula.
"Kau nak jadi apa? Superman?" Soal Nia dgn tawanya.
"Kau dengar ke?"
"Dengar la, bukannya kau bisik pun"
"Aku ingat aku cakap dalam hati je" Ria tayang sengih dan Nia ketawa lagi.
"Kau tahu kan Dr. Arfian tu papa terbaik di dunia, mesti dia boleh jaga anak2 dia" Nia cuba tenangkan Ria yg kalut.
"Masalahnya tiga2 demam." Jawab Ria masih lagi risau.
"Ya ke? Teruk ke?"
"Dah dua hari dorang demam. Kak Mah cakap, dorang tak nak makan"
"Mana boleh tak makan"
"Sebab tu la aku risau sangat skrg ni."
"Kau risaukan tiga2 ke?" Soal Nia menguji dan Ria beri jelingan maut.
"Tak payah nak usik aku" marah Ria lagi dan Nia senyum mengusik. Ria malas nak melayan Nia yg mula mengusiknya.
Ria dah berdiri di depan pintu pagar besar rumah Arfian. Dia berkira sama ada dia perlu masuk mcm tu je atau perlu tekan loceng terlebih dahulu. Ria buat keputusan yg dia perlu tekan loceng. Baru je jarinya nak menyentuh loceng Kak Mah balik dgn penuh barang dapur di tgn. Ria terus dipeluk erat dan Ria tergelak sedikit. Ramai yg rindukan dia sebenarnya.
"Ya Allah, puan balik jugak akhirnya"
"Ya Kak, Ria tak boleh hidup tanpa anak2."
"Anak2 pun sama. Jom kita masuk" Kak Mah bukakan pintu pagar dan mereka masuk ke dalam rumah bersama. Ria meletakkan semua barangnya di ruang tamu dan tolong Kak Mah masakkan bubur.
"Doc tak kerja ke?"
"Tak, semalam baru je dia keluar hospital. "
"Hospital?"
"Tuan demam panas. Anak2 demam biasa je" cerita Kak Mah dan Ria gigit bibir risau.
"Kak, Ria naik mandi dulu. Nanti Ria bagi anak2 makan" Ria ke biliknya beraama bagasinya dan kemaskan seperti sedia kala. Dia tersenyum senang bila dia dah kembali semula ke rumah itu walaupun tak dijemput. Hahaha. Ria mandi dan kemudian keluar semula dari bilik. Dia ke bilik anak2 tapi kosong jadi dia ke bilik Arfian. Ria tersenyum lagi bila Ziad dan Zia sedang lena di sisi Arfian. Ria berjalan perlahan lahan dan menyentuh Zia dan Ziad. Badan mereka masih panas. Ria mendukung Zia dan si kecil itu membuka mata. Dia terkejut bila ternampak Ria tapi Ria tutup mulutnya drpd buat bising. Ria bawa Zia keluar dan membawanya ke bilik Zia.
Mereka berpelukan lama melepaskan rindu, walaupun tak larat Zia gagahkan diri utk memeluk Ria dgn cukup erat sehingga Ria tak mampu nak bergerak pun. Ria senyum lagi dan mencium dahi itu lembut.
"Ngah ambil abg jap ya" Ria keluar semula dan mengambil Ziad pula. Bila dua2 anaknya ada depan mata barulah dia berpuas hati.
"Ngah pergi mana?" Soal Zia dan mula mengalirkan air mata. Ria lap air mata itu dan mencium dahi Zia.
"Kerja. Ngah janji takkan ke mana2 lagi"
"Janji?"
"Ya. Skrg ni adk dan abg mandi, lepas tu makan ya" pujuk Ria lagi.
Ria minta bantuan Kak Mah utk mandikan anak2 dan dia ke dapur utk ambilkan bubur dan ubat. Rasa bersalahnya muncul bila dia tengok keadaan Ziad dan Zia yg terlalu rindukannya. Ria masuk semula ke dalam bilik bila kembar itu dah selesai mandi.
"Jom makan, nak makan ubat pulak" Ria duduk di depan Zia dan menyuakan bubur ke mulut kecil itu. Ria senang bila kembar itu makan dgn agak banyak dan berselera.
"Pandai anak2 ngah ni. Makan ubat lepas tu tidur" ujar Ria lagi dan dua anak itu hanya menurut. Ria tersenyum hiba melihat keadaan dua anaknya itu. Tangannya dipegang erat Ziad, seperti takut Ria akan tinggalkan mereka lagi. Bila dua anak itu dah lena sepenuhnya Ria meninggalkan mereka dan ke bilik Arfian. Ria masuk perlahan lahan dan memandang wajah lesu itu yg sedang lena. Ria tersenyum sedikit dan dia menyentuh dahi Arfian.
"Panasnya, boleh buat iron baju ni" Ria bercakap sendiri dan duduk di birai katil sambil perhatikan wajah Arfian.
"Puan nak apa2 ke?" Soal Kak Mah pada Ria yg hanya diam perhatikan Arfian.
"Toling ambilkan tuala basah Kak Mah, bubur dan ubat jugak." Pinta Ria dan Kak Mah berlalu pergi. Ria betulkan selimut pada badan Arfian yg kelihatan sangat kesejukan. Kak Mah kembali dgn barang yg diminta Ria.
"Terima kasih Kak Mah. Anak2 tidur lagi?"
"Erm. Tuan dah banyak hari tak makan"
"Ya ke? Pelik betul, selalunya dia cerewet tak ingat bab makan ni" kutuk Ria sedas dan Kak Mah tersenyum sedikit.
"Sejak Puan pergi macam2 dah jadi"
"Ria ingatkan akan bahagia kalau pergi tapi Ria salah, anak2 adalah kebahagian Ria"
"Kak Mah tahu tu. Kak Mah turun dulu" Kak Mah meminta diri dan Ria mengangguk. Ria meletakkan tuala lembap ke atas dahi Arfian dan dia perhatikan lagi wajah Arfian. Dia tak pernah pandang Arfian sedekat dan selama ini.
"Ria..." Ria tersentak bila Arfian menyebut namanya dan Ria larikan tangannya yg berada di dahi Arfian.
"Mengigau ke?" Soal Ria sendiri bila Arfian tak ada tanda nak sedar pun.
"Bangunlah, makan sikit" Ria kejutkan Arfian. Arfian mula menggerakkan badannya sedikit dan matanya mula terbuka. Ria hadiahkn senyuman paling manis yg dia ada kepada Arfian. Arfian serta merta membalas senyuman itu. Arfian dan Ria hanya berbalas senyum lama dan saling memandang. Ria bantu Arfian utk bersandar pada katil.
"Doc nak makan?" Soal Ria dan Arfian anggukan kepala. Ria mula menyuap Arfian. Mata Arfian tetap fokus pada Ria yg berada di depannya dan teruskan makan tanpa sepatah kata.
"Ubat" Ria hulurkan ubat pula pada Arfian dan Arfian memakannya tanpa cakap apa2 lagi Ria mula confuse sama ada Arfian dah sedar ataupun belum.
"Sekarang doc rehat la ya, saya keluar dulu" Ria senyum dan bangun dari katil tapi bila dia nak berlalu pergi tangan Arfian memegang lengannya erat. Ria berhenti melangkah dan memandang Arfian.
"Jangan pergi" pinta Arfian dan itulah ayat pertama yg keluar dari mulut Arfian sejak dia membuka mata. Ria duduk semula di birai katil dan menunggu Arfian tidur tapi langsung tak ada tanda yg Arfian nak tidur hanya memerhatikan Ria dengan senyuman.
"Doc ok tak ni? Muka macam nampak bidadari je" Ria bersuara pelik tapi Arfian masih dengan senyuman yg sama. Ria garukan pipinya dan dia mengibas tangan di depan muka Arfian tetap juga tiada respon daripada Arfian.
"Kena sampuk ke apa dia ni?" Ria bercakap sendiri lagi. Ria rebahkan badan Arfian supaya baring dan tidur balik. Arfian tak membantah dan baring semula. Dia mengenggam erat jemari Ria sama eratnya seperti genggaman Ziad tadi.
Akhirnya Ria ikut sama terlelap dan perlahan lahan badannya jatuh di atas badan Arfian. Penat jet lag dia pun belum hilang sepenuhnya lagi. Kak Mah dan kembar itu menjengah ke dalam bilik Arfian.
"Ngah ada kan? Jom kita pergi dapur" ajak Kak Mah dan memimpin dua tangan itu ke dapur.
"Kenapa ngah tidur atas papa?" Soal Ziad.
"Ngah tertidur kot. Abg nak makan apa hari ni?" Soal Kak Mah mengalih topik dgn segera.
"Tak tahu, adik nak makan apa?" Soal Ziad pada Zia pula.
"Nak makan ayam goreng"
"Abg pun!"
"Kalau mcm tu Kak Mah masak ayam goreng la. Bila ngah dan papa bangun nanti kita makan sama2."
"Ok!"
"Sekarang pergi tengok kartun dulu"
"Baiklah" Ziad dan Zia terus ke ruang tamu bila disuruh.
Arfian bukakan matanya dan melihat Ria sedang lena di atasnya.
"Tak habis lagi ke mimpi aku ni?" Soal Arfian sendiri dan dia mencubit pipinya sendiri.
"Sakit" Aduhnya pula kemudian dia tergamam lagi bila Ria ada di depan matanya kini. Dia mengucap syukur yg tak terhingga dan tersenyum bahagia.
"Doc dah sedar?" Soal Ria sebaik sedar dan menggenyeh matanya. Dia masih lagi mengantuk tapi sebolehnya dia cuba utk membuka mata seluas mungkin.
"Ria Arlissa, awak betul2 dah balik?" Soal Arfian teruja. Ria anggukkan kepalanya sebagai jawapan. Arfian menarik Ria ke dalam pelukannya dan kali ini buatkan Ria tersedar sepenuhnya. Ria yg kekok dalam keadaan itu menolak sikit badan Arfian.
"Awak betul2 Ria ke?"
"Ya la. Soalan apa tu?"
"Mati2 saya ingat saya mimpikan awak"
"Dah kenapa pulak nak mimpikan saya?"
"Saya tak akan lepaskan awak lagi"
"Doc cakap pasal apa ni? Saya bukannya boleh ke mana2 pun. Selagi saya bergelar isteri" Ria bercakap ikut logik akalnya.
"Saya tak akan ceraikan awak. Awak akan jadi isteri saya selamanya" ucap Arfian ikhlas dan Ria seakan tidak percaya dengan apa yg dia baru sahaja dengar. Ria cuba faham tapi dia takut nak buat kesimpulan akhir.
"Badan doc dah kurang panas ni. Baguslah" Ria menyentuh dahi Arfian.
"Mulai sekarang, awak mama kepada anak2 kita" sekali lgi Ria pelik dengan apa yg Arfian cakap.
"Doc mamai lagi ni" ujar Ria.
"Saya tak mamai dan saya waras. Ria, jangan tinggalkan kami lagi. Saya janji akan jadi suami yg terbaik untuk awak. Awak tak perlu cari lelaki lain lagi"
"Sah! Doc ni tak sedar sepenuhnya lagi ni. Saya salah bagi makan ubat je tadi?"
"Ria, saya sedar sepenuhnya. Saya maksudkan apa yg saya cakap ni" Arfian masih cuba untuk yakinkan Ria yg masih lagi blur.
"Ya la, ya la. Pergilah mandi" Ria mengalah dan iakan sahaja apa yg Arfian bebelkan sejak tadi.
"Lapar agaknya dia ni, sebab tu merapu je" Ria ke dapur sambil membebel. Ria terus terkam Ziad dan Zia yg sedang asyik tengok kartun. Tak pandang kiri kanan lagi dah.
"Wanginya anak2 ngah ni" Ria memeluk dua tubuh itu erat.
"Ngah pun wangi" ujar Zia dan tersengih.
"Papa dah bangun?" Soal Ziad pula.
"Dah, papa mandi. Papa ni sejak demam suka cakap bukan2 ke?" Soal Ria pada Ziad dan Zia.
"Tak tahu, tapi, papa cakap bila ngah dah balik dia suruh panggil Mama. Boleh?" Soal Ziad sambil tersenyum mengharap. Ria ikut sama senyum dan mengangguk.
"Mama..." Zia dan Ziad memeluk Ria pula.
"Papa cakap, papa pun sayang mama" kali ini Zia pula yg bersuara dan Ria terdiam lagi. Ria ukirkan senyuman ringkas dan sembunyi senyum.
'Entah betul ke tidak' hati Ria turut sama bersuara.
"Ngah penat la"
"Mama! Bukan ngah"
"silap. Kena practice ni"
"Ya. Walaupun mama sebenar abg dah tak ada, abang sayang Mama Ria sama je" Ria terharu pula.
"Mama pun sayang anak2 mama ni ketat2."
"Adik pun sayang mama"
"Papa sayang semua" Arfian yg baru sahaja muncul mengucap kata sayang yg sama. Ria berfikir sejenak maksud semua yg Arfian sebutkan. Siapa semua tu?
"Mama nak tolong Kak Mah la" Ria agak kekok dgn suasana itu berura ura utk pergi tapi tangan Arfian sempat memegang tanganya.
"Abang sayang semua, abang sayang Ria" kata2 yg keluar daripada mulut Arfian dah hilangkan tahap kesedaran dan kewarasan Ria seketika. Ria seakan menjadi patung bila mendengar luahan hati Arfian.
"Abang harap Ria faham dan percaya" sambung Arfian lagi.
"Nanti....nanti la...kita... kita... cakap" Ria lepaskan genggaman Arfian dan terus meluru ke dapur. Mukanya terasa panas tiba2.
"Kak Mah, Ria mimpi ke tadi?" Soal Ria gelabah.
"Mana ada, tuan betul2 cakap macam tu"
"Ah, Kak Mah, Ria tak tahu nak cakap apa dan respon macam mana. Rasa macam mimpi seindah kayangan je" ujar Ria kalut.
"Puan suka ya?" Tebak Kak Mah.
"Mestilah suka!" Jawab Ria laju dan bila dia fikir balik, dia menafikan pula.
"Puan sayangkan tuan kan?" Soal Kak Mah lagi dan muka Ria kembali merah padam.
"Ke situ pulak Kak Mah ni. Bila nak boleh makan ni?" Soal Ria mengelat dan Kak Mah tergelak lagi. Kelakar betul reaksi Ria.
"Akhirnya, bersatu jugak hati Puan dan tuan"
"Dah mengarut dah. Ria tak terfikir sampai situ pun"
"Puan, setahu Kak Mah, semakin kita menafikan kita sayang, semakin jelas tertulis atas dahi kita"
"Amboi, berfalsafah cinta pulak. Ada tulis apa2 ke kat dahi Ria ni?" Soal Ria pula.
"Ada, sayang" jawab Kak Mah mengusik Ria lagi. Ria ketawa pula bila Kak Mah cakap macam tu.
"Dah la tu Kak Mah"
"Malu la tu, tapi, memang betul tuan sayangkan puan"
"X habis lagi ke? Kak Mah nak tahu prinsip saya?"
"Apa?"
"Kalau sayang, buktikan!" Kali ini Ria ketawa sakan pula. Entah sejak bila Ria ada prinsip macam tu.
"Abang akan buktikan" Arfian yg tiba2 menyampuk terus lenyapkan tawa Ria. Ria terdiam dan pandang Kak Mah sebelum berlalu pergi dengan laju.
'Peliknya macam ni' adu Ria sendirian dan dia mendapatkan Ziad dan Zia.
Ria dah mula serabut dengan perubahan Arfian yg langsung tak diduga olehnya. Kadang2 dia pun penat nak melayan perangai pelik Arfian ni.
"Anak2 dah tunggu kat bilik" Arfian masuk ke bilik Ria tanpa diketuk terlebih dahulu. Ria yg asalnya sedang termenung terus tersedar.
"Tak boleh ke kalau saya tidur bilik ni je?" Pinta Ria dan Arfian gelengkan kepalanya.
"Malam ni je" pujuk Ria lagi tapi Ardian tetap berkeras dengan keputusannya.
"Jom" tangan Ria dipegang dan ditarik supaya keluar dari bilik itu. Ria cuba menolak tetapi tak berhasil.
"Mulai esok, abang nak Ria kemaskan barang Ria dan pindahkan ke bilik kita"
"Ha? Bila pulak kita discuss pasal ni?"
"Abang dah decide."
"Mana aci, saya tak setuju!" Bangkang Ria keras.
"Ria, kita suami isteri, apa je milik abang, milik Ria juga"
"Pelik la perangai doc ni. Doc ni sihat ke tidak?"
"Mulut ni, berapa kali nak pesan jangan panggil doc lagi" jari Arfian melekat di bibir Ria dan buatkan Ria kaget.
"Jom masuk" Arfian bukakan pintu bilik dan menarik Ria masuk ke dalam.
"Mana anak2?" Soal Ria bila tak ada sesiapa dalam bilik itu.
"Anak2 dah besar, boleh tidur sendiri"
"Apa dia? Doc ni pelik la, sejak saya balik dua minggu lepas doc dah jadi orang lain"
"Apa yang lain? Abang suami Ria, kan?"
"Ish! Memanglah doc suami saya. Boleh tak kalau kita jadi macam dulu2 je. Saya tak selesa"
"Ria kena biasakan diri. Sampai bila kita nak jadi macam dulu? Ria rasa anak2 akan selalu jadi budak2 ke? Anak2 akan besar dan matang nanti, takkan bila anak2 dah besar baru kita nak baiki semua ni"
"Tapi semua ni mendadak sangat. Saya tak selesa."
"Selagi Ria tak terima abang, hal ni takkan selesai"
"Saya nak tidur, esok kerja. Bye!" Ria segera larikan diri dan masuk ke dalam biliknya. Terus dia kuncikan pintu dan sembunyi dalam selimut. Otak dia dah mula bercelaru dan dia tak pasti apa yg betul dan salah sekarang ni.
Arfian tersengih bila Ria lari macam lipas kudung. Dia tahu Ria confuse dan pelik dengan perubahan mendadak dia sekarang. Tapi dia dah tekad yg dia perlu miliki sekeping hati itu. Dia dah sia sialan setahun perkahwinan mereka kerana terlalu mengekang hati sendiri utk jatuh cinta lagi. Jadi, benarkah dia sudah terjatuh hati pada Ria sejak hari pertama terjumpa Ria dulu.
"Zal, macam mana nak buatkan student abang ni percaya?" Arfian memandang gambar perkahwinannya dengan Zal. Kemudian dia teringat utk gantungkan gambar kahwinnya dan Ria. Dia mengambil gambar dan terus gantungkan gambar itu didinding.
"Btw, she is my student" Arfian sengih lagi dan dia naik ke katil.
"Tidur sorang la aku malam ni, sia2 je rasuah anak2 tidur bilik sendiri" Arfian ukirkan senyuman lagi dan dia mula baring. Dia imbau semula kenangan saat dia pertama kali jumpa dengan Ria. Dia tergelak lagi bila teringat muka bengang Ria saat menyepak tayar keretanya dulu.
"Well, she is cute" Arfian teruskan anganya dan mula terlelap dalam keadaan tersengih.
"pelik! Terlalu pelik weh!" Ria ceritakan tentang perubahan Arfian yg buat dia tak senang duduk.
"Aku rasa dia dah kena sampuk la" tambah Ria sambil ke hulu ke hilir berulang kali. Nia dan Jue tergelak bila dengar kesimpulan Ria yg pelik sebenarnya.
"Kau tak try azan tepi telinga dia ke?" Soal Jue sekadar bergurau.
"Perlu ke?" Soal Ria serius dan sekali lagi dia kena balun gelak.
"Kau tak suka ke dia sayang kau?" Soal Nia menduga dan Ria ukirkan senyuman manis pula.
"Mestilah suka! Tapi..."
"Banyak tapi la kau ni, nak tahu kenapa sesuatu hubungan tak berjaya? Sebab terlalu banyak tapi la" tambah Jue lagi. Nia pulak asyik menyokong tak sudah. Ria mencebik dan kembali ke kerusinya, dah pergi gaya ala menteri fikirkan masalah negara.
"Tiba2 je benda ni, aku tak pasti" luah Ria risau.
"Apa kata kau tanya dia elok2" saran Nia dan Jue setuju betul.
"Malas la aku, dah la dia bahasakan abang. Peliklah!"
"kau ni, tu pun pelik. Tak pelik mana pun. Biasalah orang kawin bahasakan macam tu" tambah Jue pula. Ria melepaskan keluhan berat dan mula fikirkan apa yg Nia sarankan.
"Anak kami dah panggil abang, kalau aku panggil dia 'abang' jugak, tak naya nanti. Nak aku letak abang satu, abang dua ke?" Soalan Ria kali ini memang buat usus perut Nia dan Jue geli. Sakan betul mereka dua orang ni ketawa.
"dah la gelak!" Marah Ria.
"sorry weh. Tapi, lawak gila kot. Abang satu! Abang dua!" Jue cuba melakonkan situasi itu dan Nia ketawa lagi. Ria ikut sama ketawa bila dia bayangkan situasi itu. Kelakar la weh, tak dibuat orang pun.
Ria masuk ke dalam biliknya dan dia ternampak satu diari atas katil. Dia pelik tapi dia tetap membuka muka depan diari itu.
"Amza Zalikha?" Ria tertanya tanya kenapa diari itu ada di atas katilnya. Memang jenis tak fikir banyak Ria ni terus meniarap dan membaca isi dalam diari itu. Dia membelek ke helaian yang belakang sedikit. Tumpuan dia kini pada cerita yg pernah terjadi dalam hidupnya. Ria bersila dan mula membaca dengan teliti setiap baris. Mulut dia perlahan2 ternganga sebab tak menyangka yg dia begitu diambil berat oleh Arfian dan dia juga selalu diceritakn pada Dr. Zalikha.
'Bila aku tanya siap Ria Arlissa? Dia jawab dengan senyuman manis. 'She is my student'. '
Ria kelu bila dia baca semua itu dan dia cuba untuk berfikir secara logik akal.
"Dia suka aku ke?" Soal Ria pada dirinya sendiri. Ria menggaru kepalanya yg gatal dan mula berfikir dengan akal yg waras. Bila doa termenung fikirkan jawapan Ardian masuk ke dalam biliknya sambil tersenyum.
"It is not a sudden love. I might be like u since the first time we have met" Arfian buka mulut dan Ria tercengang lagi.
"This is sudden attack. There is no way u like me. Doc halau saya banyak kali" Ria cuba berdalih.
"I dont know it either. When I read this, I have start to realize"
"Realise what?"
"Realise that, u are not just my ordinary student, u have captured my heart"
"Doc, saya rasa macam nak pengsan je sekarang ni." Arfian mendekati Ria dan menyentuh kedua bahu Ria.
"Abang sayangkan Ria" ucap Arfian penuh perasaan dan Ria ukirkan senyuman sedikit. Hatinya jelas kini dan dia bahagia jika disayangi lelaki itu.
"Saya dalam proses nak terima semua ni, tapi, tolong jangan bahasakan diri doc abang. Anak kita dah abang. Saya pun dah ada abang."
"Betul jugak, Ria nak panggil apa?" soal Arfian sambil tersenyum puas hati dengan penerimaan Ria.
"Doktor la" jawab Ria selamba dan Arfian buat muka geram.
"Ria nak jadi student saya balik ke?" Soal Arfian lagi dan laju je Ria gelengkan kepala.
"Panggil papa je la, ok?"
"Ha? Nak saya jadi anak awak ke?" Soal Ria terkejut.
"Saya panggil awak mama, it sounds familiar"
"Tak nak, geli la. Biar je la saya panggil doc"
"Mana boleh! At least panggil saya awak"
"ok sikit"
"tapi, saya tua tujuh tahun dari awak. Tak rasa awak macam tak respect saya ke?"
"Doc ni nak provok saya ke apa?" Soal Ria geram dan Arfian tergelak kecil dengan respon Ria.
"Lets use D"
"D? Stands for?"
"Just D. Or Bie?" Soal Arfian lagi dan Ria buat muka hijau. Arfian gelak lagi.
"D stands for doc too"
"ok then. As u comfort it well"
"i will try."
"no, u will do it"
"Tengoklah macam mana"
"ok. Jumpa kat bilik jap lagi" Arfian senyum dan berjalan keluar perlahan lahan. Sesekali dia berpaling memandang Ria yang sedang berpeluk tubuh memikirkan sesuatu.
'Mandi dulu!' Ria ambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Lama jugak dia termenung sebelum mandi. Selesai mandi dia keluar daripada bilik air dan membuka almari. Habis pintu almari dia buka tapi tak ada walau sehelai pun bajunya.
'Jumpa kat bilik jap lagi' patutlah Ria rasa pelik je dengan ayat terakhir Arfian. Ria rasa macam nak hantukkan kepala pada dinding je.
"Syed Arfian Hamzah ni memang nak kena!" Marah Ria geram. Ria dah mula melangkah nak ke bilik Arfian tapi bila dia tengok diri sendiri dia terpaksa batalkan niat.
"takkan nak keluar macam ni?" Marah Ria pada dirinya sendiri yg hanya berkembam. Ria ambil telefon dan mendail nombor Arfian, nak atau tak dia terpaksa minta Arfian hantarkan baju dia ke biliknya. Kak Mah dan anak2 tak ada dirumah.
"Apa yang doc dah buat dengan pakaian saya?" Soal Ria geram.
"Saya letakkan tempat sepatutnya, dalam bilik kita. Kenapa?"
"saya dah mandi dan sekarang saya nak baju2 saya!"
"oh, jadi Ria nak D ke sana bawa baju ke?" Soal Arfian mengusik.
"Habis tu? Nak saya berkembam ke sana ke?"
"Why not? Bukannya ada orang lain pun. Kita dua je" semakin galak pula Arfian mengusik.
"Saya nak pakaian saya!" Pinta Ria sambil mengetap bibirnya geram.
"D datang sekarang" Arfian letakkan fon dan mengambil pakaian Ria. Dia tergelak lagi bila bayangkan muka Ria yang tengah bengang. Ria masuk ke dalam selimut dan tunggu Arfian datang dengan pakaiannya. Tak sampai dua minit Arfian dah ada dalam bilik itu. Ria pandang Arfian dah gaya macam monster lapar.
"Kalau Ria panggil D, i will give u this" Arfian cuba utk buat deal dan Ria mula naik angin balik tapi dia cuba utk bersabar.
"fine! D, may i get my shirt?" Soal Ria dengan senyuman membunuh. Arfian berpuas hati dan hulurkan pakaian kepada Ria.
"Letak je atas katil dan boleh keluar" Ria bersuara menahan geram dan Arfian tergelak kecil.
"D nak Ria ambil dengan tangan"
"Doc ni saja nak cari nahas ke apa? Saya dah sejuk ni, nak tunggu saya demam dulu ke?" Marah Ria lagi.
"D ada utk jaga Ria kalau Ria demam. Nak ke tak nak?" Ria buat muka bengang, dah biru muka dia sekarang. Ria keluarkan tangannya dan meminta pakaian itu daripada Arfian. Arfian senyum puas hati dan hulurkan pakaian itu.
"Pergilah"
"D tunggu kat bilik"
"Erm. Pergilah"
"Ok." Arfian keluar drpd bilik itu dengan senyuman manis. Ria terus berlari masuk ke dalam bilik air dan memakai baju yg Arfian bawakan.
"bila masa pulak aku beli blaus ni? Cantiknya" puji Ria sendiri.
"Pandai pulak doc ni match jeans." Ria mengeringkan ranbutnya dan menyikatnya sebelum mengikat rambutnya. Ria keluar dari bilik dan ke dapur sebab perut dia dah lapar balik.
"Nak makan apa pulak ni?" Soal Ria dan termenung depan peti ais.
"Hai" sapa Arfian sambil tersenyum manis. Ria jeling sekilas dan keluarkan buah epal dua biji bersama susu.
"Sombongnya, D tegur ni" Arfian nersuara lagi dan Ria masih juga demgan lagak bodohnya. Ria mengupas kulit epal dan memotongya kepada bentuk kiub. Arfian perhatikan Ria yg langsung tak endahkan dia.
"Ria marah D ke?" Soal Arfian mencuba lagi.
"Tak marah, geram je. Btw, mana doc dapat blaus ni?"
"D! Berapa kali nak kena ingatkan ni?"
"Fine, sorry la. Tersasul."
"Kali ini, dimaafkan"
"Mana dapat?" Soal Ria semula.
"Anak2 belikan. Sepasang dengan baju yg D pakai ni" Ria pandang baju Arfian, memang ada label yg sama pun. Ria buat muka malas nak layan dan teruskan kerjanya. Dia masukkan ais dan susu ke dalam blender kemudian masukkan ke dalam cawan. Setelah itu dia masukkan epal dan dia mula minum.
"Untuk D?" Soal Arfian dengan wajah sedih. Ria ambilkan satu lagi gelas dan dia berikan pada Arfian. "Jom keluar?" Ajak Arfian pula.
"Nak pergi mana?"
"D nak bawa Ria pergi kubur arwah Zalikha dan parent D"
"Lain kali la, saya sekarang ni period."
"Ya ke? Kalau macam tu kita keluar berdua je la. Date" Arfian kenyitkan matanya dan Ria buat muka blur habis. Arfian tergelak dengan respon Ria yg tak menunjukkan maksud positif langsung.
"Jom" Arfian tarik tangan Ria dan Ria tak membantah pula kali ini. Ria hanya menurut langkah Arfian ke bilik utk bersiap.
Ria dan Arfian hanya diamkan diri sejak tadi. Mereka berdua memandang ke kolam renang di hotel itu.
"kita datang nak tengok view je ke?" Soal Ria bosan.
"La, boleh bercakap ke partner D ni. Ingatkan bisu senyap je dari tadi"
"Ni yg malas ni, kenapa nak perli saya?" Geram betul Ria sekarang ni.
"Ria ni serius sangat."
"Doc lagi serius dulu, sekarang ni je dah jadi lain. Pelik"
"D tahu Ria susah nak terima perubahan mendadak D. Tapi, D buat semua ni sebab D betul2 sayangkan Ria. D tahu yg D suka Ria tapi D tetap menafikan, kenapa? Sebab D takut akan khianat arwah. Bila D sendiri baca diari tu, D mula sedar yg dah lama D sukakan Ria. Mungkin hanya suka dan tiada cinta, tapi bila D jumpa balik dgn Ria,D rasakan sesuatu"
"Hurm?"
"Bila Ria jadi salah seorang yg memohon kerja di teratak, D dapat rasakan yg semua ini ketentuan Allah. Bila Ria terima lamaran D, D gembira. Bila Ria tak endahkan D, D sunyi. Bila ada lelaki lain yg cintakan Ria, D terluka. Bila Ria pergi, D rasakan kehilangan. Perasaan D pada Ria bukan sahaja suka, sayang, malah, cinta juga ada. Mungkin selama ini niat D kahwin dgn Ria kerana anak2 tapi sebenarnya niat D adalah untuk bersama dengan Ria."
Ria mendengar semua yg dicakapkan dengan jelas dan setiap baris ayat yg keluar dari mulut Arfian membuatkan hatinya berdebar dan pada masa yg sama dia bahagia. Ria memandang Arfian bila jemarinya di genggam erat. Mata Arfian sudah jelaskan semua keikhlasan hatinya. Lama, Ria membalas genggaman erat itu dan air matanya mengalir di pipi.
"Saya tak tahu nak cakap apa" ujar Ria sambil menahan sebak. Arfian tergelak kecil dan dia sapu air mata yg mengalir di pipi Ria.
"Ria Arlissa, saya cintakan awak"
"Saya bahagia di sisi doc dan anak2. Bila saya pergi, saya ingstkan itu adalah jalan terbaik tapi saya mula kenal erti rindu. Mulanya saya ingatkan rindu saya hanya pada anak2. Tapi, bila saya pandang wajah doc, saya sedar yg saya rindukan doc"
"D faham. Sudah2 la panggil doc. Rasa macam bercinta dengan student sendiri je"
"Saya student doc apa?"
"You are my ex student and now, u are my wife"
"Your ex student? Saya minta maaf sepak kereta D dulu" ujar Ria lalu tersengih. Arfian tersenyum dan anggukkan kepalanya.
"tak kisah, sorry panggil Ria traffic light"
"Apology accepted."
"Ria sangat bagus bila on stage, presentation orientation tu"
"Ha? Doc pun ada kat situ ke?"
"Ada. D dengar semuanya. Well, u impressed me so much"
"Should I thanked u?"
"Most welcome. Panggil la D, please?"
"I will try my best. Jom balik, Ria rindukan anak2" ajak Ria seraya bangun dari kerusi. Arfian ikut sama bangun dan memegang tangan Ria. Mereka berpimpin tangan sehingga ke kereta. Dalam senyap mereka berdua tersenyum bahagia. Akhirnya, hati yg dikunci rapat telah menerima pemilik yang baru.
"Alhamdulillah, akhirnya sayang mengandung jugak" teruja betul Arfian bila dapat berita gembira itu. Ria juga bahagia tapi dia tak boleh nak lawan tahap keterujaan Arfian.
"Alhamdulillah, tapi, Ria nak be honest dengan D." Ujar Ria serba salah.
"Why? Ada masalah ke?" Soal Arfian takut. Ria gelengkan kepala dan menyentuh tangan Arfian.
"Sebenarnya, Ria merancang."
"apa maksud Ria?"
"Ria nak anak2 dah umur tujuh tahun dulu."
"Jadi, selama ni?"
"Ya, Ria minta maaf D. Ria pernah tanya anak2 sebelum buat keputusan ni, mereka cakap tak nak adik lagi, tapi bila mereka dah tujuh tahun, mereka sendiri yg cakap dekat Ria nak adik. Mulai saat itu Ria tak merancang dah. Ria tahu ni semua rezeki Allah, Ria cuma nak D tahu." Terang Ria dalam keadaan tenang dan Arfian mulai faham. Dahi Ria dikucup lama dan Ria dibawa ke pelukan hangatnya.
"terima kasih Ria, utamakan anak2 kita"
"D tak marah?"
"tak, mana ada marah. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan." "Ya. Ria happy sangat dapat bagi zuriat pada D"
"Terima kasih sayang" ucap Arfian lagi. Ria tersenyum bahagia dan membalas ucapan terima kasih itu dengan ciuman di pipi Arfian.
"Mama, papa, abg dapat adik lelaki kan?" Soal Ziad seronok.
"mana boleh, baby girl la mama. Boleh teman adik main." Pinta Zia pula.
"Mana boleh! Adik dah tak boleh panggil adik la sekarang. Sebab dah ada adik baru" sambung Ziad lagi.
"Betul jugak. Jadi, mulai hari ni adik jadi kakak la ya?" Soal Zia ceria.
"ya sayang. Tak kisahlah baby boy ke baby girl ke, yg penting. Mama nak ank2 mama sayang baby ni nanti"
"mestilah ma, abg akan sayang baby ni lagi banyak daripada abg sayang adik"
"kakak la abang! Kakak akan sayang baby lebih banyak2 daripada abg" Zia pula tak nak mengaku kalah. Arfian dan Ria tergelak kecil dengan telatah kembar itu. Masa kecik suka main sama2 bila dah besar suka gaduh2 manja pulak.
"Kalau macam tu, siapa nak sayang papa dan mama? Merajuklah" Arfian buat muka sedihnya dan Ria tergelak lagi.
"mestilah kami sayang mama dan papa banyak2" ujar Ziad dan Zia gembira lalu memeluk mereka berdua. Arfian tergelak lagi dan membalas pelukan dua anaknya itu. Ria ikut sama berpelukan dan mereka buat family hug lagi.
"D sayang Ria banyak2 jugak" ucap Arfian dan mencium pipi Ria.
"Ria pun sayang D banyak2" balas Ria dengan berbisik di telinga Arfian. Arfian tersenyum senang.
'Zal, abang dan anak2 bahagia sekarang. Moga Zal juga bahagia di sana. Abang akan sayangkan Zal selamanya. Doa Zal untuk temukan abang dan student favourite abang dah termakbul. Ria Arlissa dan Nur Zalikha adalah isteri terbaik abang. Salam sayang dari abang' Arfian berbicara dari hati saat merenung gambar Zalikha yg sedang tersenyum tergantung di dinding rumahnya. Matanya beralih pula kepada Ria yg sedang tersenyum senang memandangnya.
"Ria tahu abang rindukan arwah. Kalau diizinkan, Ria nak bertemu dia di syurga nanti" ujar Ria ikhlas.
"in sha Allah, kita semua akan bersama di syurga nanti" Arfian membalas pula dan Ria mengangguk sambil hatinya memohon doa agar dimakbulkan.
"I love You sayang" bisik Arfian pada Ria.
"I love you too" balas Ria dan memeluk Arfian erat. Tersangat erat sehingga tiada jarak lagi antara mereka. Ziad dan Zia berbalas senyum dan tinggalkan orang tua mereka.
"bila abang dah besar nanti, abang nak kawin dengan perempuan macam Mama Ria"
"gatalnya abang, baru je darjah satu"
"biarlah, mama sayangkan kita kan?"
"Mestilah. Kakak tak sabar nak dapat adik. Mesti adik comel macam mama kan?"
"mestilah! Kakak tetap akan jadi adik abang sampai bila2."
"abang pun sama. Kakak sayang abang"
"Abang pun sayang kakak." Ziad dan Zia berpimpin tangan dan masuk ke bilik mereka masing2.
"D dengar anak2 cakap apa?" Soal Ria pada Arfian.
"Dengar. Pandai anak2 kita kan?"
"mestilah, papanya doktor, mamanya pun doktor, mama ria dia pulak...erm..."
"comel!" Jawab Arfian bagi pihak Ria. Ria tergelak kecil dengan jawapan Arfian dan memeluk pinggang Arfian erat.
"Ria nak baby baru ni macam muka Zia dan Ziad. Kalau lelaki, saya nak letakkan Ziad kat depan, kalau perempuan saya nak letak Zia. boleh?"
"as u wish my love. I love u so much. Ria dah berkorban banyak utk anak2"
"Anak2 Ria jugak. Sekarang, bahagia saya pada D dan anak2"
"Ni yg buatkan D sayang Ria sangat2."
"Ya ke? Alhamdulillah"
"Alhamdulillah. I really love u"
"I love u too. Much! Much! Much!"
Arfian tersenyum bahagia dan memeluk Ria erat. Ria balas pelukan kasih sayang itu dan berdoa agar hubungan mereka sehingga ke Jannah.
best sngt2....smua cter kat blog ni mmg terbaik..gmpak abis
ReplyDeleteHahaha... thanks la eh... happy awk suka...
DeleteCite ni smbungan dari cite ape ek ? Konpius kjap
ReplyDeleteOh..sambungan Kenapa dia?...
Deleteakak sedey... nk nangis... besttt sgttttt
ReplyDeleteHuhu... jgn sdih dik. Adoi, pgi2 lgi akak da snyum bce komen ni...hehe
DeleteBest.. Sweet cite nyaa..
ReplyDeleteThanks baca awakkk...
DeleteSaya suka baca cerita kat blog ni bestt sgt..
ReplyDeleteThanks baca....
DeleteGempak arr sis....I really love it!!!!! Panjang dia ...perghhhhh puas dooo...huhuhu congrats sis...keep it up!!! Chaiyokkk😉😉😉😉
ReplyDeleteHahaha. Thanks baca Afina..
DeleteAkak ni pandai sngt buat blog..hehe..tapi yg ni pnjg sngt.
ReplyDeleteSy dh bnyk baca blog yg akak buat..smua syokk..good luck kak
Tq baca yer...
DeleteBest sangat
DeleteAkak..mesti best kalo akak buat psal kisah jue & doktor arif... sweet kut..
ReplyDeleteIye akak . Buat kisah pasal jue & dr arif . Pasangan doktor
ReplyDelete