Thursday 30 March 2017

Cerpen (OTHERS) : CINTA MONYET PART 2

From : @Flora Rosie

Salam dan hai. Maaf buat semua tertunggu tunggu . for this past few weeks , I had English drama competition. Habis English drama , sambung pulak French choir competition. Habis competition kena berkejar kejar siapkan assignment . memang tak sempat nak taip cerpen. Pagi sampai petang ada kelas .Malam practice. Balik bilik  pukul 1 2 pagi. Letih. Pastu tidur.

 

So here’s the last part of cinta monyet. Maaf kalau ada jalan cerita yang nampak macam takde kesinambungan atau ada cacat cela ke apa atau rasa macm “ eh elehhh..entah pape cerita macam ni.”  Maaf sangat sangat.  Maaf jugak kalau ada typo. Al- maklumlah menaip pukul 1 pagi sampai subuh..cuba nak siapkan jugak. Kalau tak lagi lama bertangguh. So harap korang enjoy!

 

 

 

 

Sejak dari kes aku simbah air dekat Alice , dia dah declare war dengan aku. Hari hari ada je benda yang dia cari pasal dengan aku. Contohnya

 

Dalam kelas aku tengah makan jajan. Entah dari mana dia datang tetiba rampas jajan dari aku and jalan ke tempat dia pastu makan. Makan pulak sambil pandang aku dan tunjuk muka biadap dia tu. Pastu Siap kongsi lagi dengan si 3 kutu. Menyampah ! yang aku tak sangka , waktu tu KD bangun dan jerit

 

“ kau pehal Alice?”

 

Alice sengih jahat. Aku tarik KD duduk dan ..

 

“ takpe KD.orang tak cukup makan memang macam tu.” Jawabku.

 

“ha’ah la kan. Biasanya aku tengok orang gelandangan je yang suka rampas makanan orang. Tak sangka dalam kelas kita ada jugak orang macam tu ek” KD sambung.

 

Alice terus muncung. Masam gila muka. Siap campak lagi jajan tadi. Alahaiii you mess with the wrong people la Alice! Sekarang aku pulak sengih jahat.

 

Kejadian kedua.

 

Waktu riadah petang , aku jalan dengan Zombie nak gi padang. Tengah berjalan, Aku perasan tali kasut aku tercabut. Aku duduk betinggung dan betulkan tali.  Aku mintak Zombie jalan dulu. Tetiba aku dilanggar dari belakang.Ape lagi terjatuh tergolek la aku.  Aku angkat kepala tengok tengok si Alice.

 

“opssss..princess jatuh ye..” Alice gelak jahat kemudian blah. Aku julingkan mata ke atas dan teruskan baiki tali kasut.Tak lama lepastu aku nampak Alice pulak jatuh. Siap pakej jerit lagi. Haish ,Dia dan jeritan Pontianak dia tu memang takleh dipisahkan nampaknya. Aku geleng kepala. Dari jauh aku nampak Zombie senyum kat aku. Ohhh..kerja Zombie rupanya. Aku berlari mendapatkan Zombie.

 

“kau buat apa kat dia weyy..” tanyaku lalu tarik Zombie dari situ sebab aku nampak Alice macam nak serang kami je.

 

“Ala..aku hulurkan kaki aku sikit je. Lagipun Dia tu jalan pandang ke atas. Sape suruh. And…aku nampak la apa yang dia buat kat kau tadi.” Kata zombie.

 

Dan banyak lagilah benda  annoying yang dia buat dekat aku. Sabar je la. Hubungan aku dengan shah pun makin teruk. Setiap kali bertembung aku akan buat buat tak nampak dia. Anggap dia tunggul kayu. Kadang kadang dia tegur salah aku tapi aku buat donno je. Aku tahu aku tak sepatutnya buat macam tu tapi sejak kes yang sebelum ni , aku dah hilang respect kat dia. Lantaklah apa dia nak kata. Nak anggap aaku macam mana.

 

 

Susana bising. Pelajar kelas aku bergabung dengan kelas si shah untuk persembahan drama sempena penutupan bulan bahasa inggeris. Kimi selaku pengarah dah pening. Sape yang nak lead drama ni?

 

“ why don’t you be the queen , alice? I think you’re suitable sebab..kau kan drama queen” aku bersuara.Alice gengam penumbuk. Nampak gaya macam nak serang aku je.

 

“ okay! That’s a good idea. So , kai I think I have a role for you.  Apa kata kau jadi maid? Macam kena je dengan kau kan?” kata shah. Amboii menganjing nampak. Macam kena?! Muka aku ni ada tulis maid ke kat dahi? Alice pulak senyum sampai ke telinga. Suka lah tu shah back up dia. puii

 

“ hmmm.. I will consider kalau ada scene queen kena simbah dengan air mop.” Aku senyum jahat.

 

Muka Alice nampak kelat.Shah pulak ketap bibir. Berubah sikit riak muka. Ingat aku akan mengalah ke?

 

“Dah..dah..jangan gaduh. Disebabkan aku pengarah drama ni , aku yang akan buat keputusan. Alice , kau jadi queen since kau memang ada bakat berlakon dan aku rasa kau memang sesuai dengan watak ni. Bukan sebab kau ‘drama queen’ macam yang kai cakap. Aku pilih kau sebab kau memang bagus.” Akhirnya kimi bersuara.

 

Alice senyum . Kimi sambung lagi

 

“ shah dengan kai , kau crew props and costumes.”

 

“what?!” – shah

“no!”- aku

 

“ aku taknak dengar sebarang bantahan. Aku letak korang berdua in charge sebab aku yakin dengan korang. Aku yakin korang mampu buat yang terbaik.”

 

“ buat yang terbaik? Dengan minah sengal ni? Memang tak lah.” –shah.

 

Aku jeling. Ingat aku hadap sangat ke nak kerja dengan kau. Huh!

 

“ dan aku tak nak dengar korang gaduh atau apa apa yang berkaitan. Please bagi full commitment.” Kimi pandang shah dan aku.

 

“yelahhh..” jawab shah.

 

Aku tunduk ke lantai. Alamakk.perlu ke aku berkerjasama dengan mamat ni? Alahai..rosak nanti.

 

“kaii…” kimi seru nama aku.

 

“hmmm..yelah..tapi aku nak KD , Acap , zombie dan Qie jadi anak buah aku.”

 

“ boleh. Tapi KD dan Acap je sebab aku dah ada watak untuk zombie dan Qie” jawab Kimi. Okayla ada KD dan Acap pun dah cukup.

 

“ this is our script, so korang dah boleh start fikir apa props yang nak digunakan. Korang guna bilik kebudayaan untuk buat props ni ye. Dah boleh gerak sekarang.” Arah kimi.

 

Maka , aku , KD , acap dan shah gerak ke bilik kebudayaan (kebud) . masing masing diam meneliti skrip yang diberikan.

 

“ so, we need kotak , belon , cat , gam , gunting…” acap bersuara.

 

“ jap..jappp..aku catat “ jawab KD lalu mengeluarkan buku dan kertas.

 

“ haa..good KD!” acap menunjukkan tanda “good” ke arah KD. KD senyum.

 

“kertas warna..”

 

“kertas A4 dan cupboard..”

 

“pisau..”

 

“watercolour!”

 

Dan macam macam lagilah senarai yang diperlukan dicatat.

 

2 hari kemudian…

 

35 bijik belon untuk ditiup. Fuh! Semput nafas. Now we sit in a circle. In a small room.Aku , KD , acap and him. Tengah aku tiup tu tetiba belon si Acap pecah. Aku punya terkejut sampai terlepas belon yang aku tiup kat mulot. Maka bebas la belon tu sebelum sempat aku ikat. Belon tu tebang dengan bahagianya dan setelah segala udara dalam belon tu terkeluar selamat belon tu ending tepat kena muka shah. Unexpected. Unplanned. Tak sampai 5 saat pun belon tu terbang pastu terus kena muka shah. Shah terkejut. Siap pejam mata lagi. Sumpah kelakar gila! Semua ketawa. Dan ofkosla aku paling kuat sekali ketawa. Shah tengok aku pastu dia baling belon yang dah siap tiup ke arah aku. Aku jelir lidah. Dia jeling.

 

Setelah belon semua dah ditiup.Cat prop. Part paling aku suka.

 

“KD” acap menyeru KD yang disebelahku.

 

“yes.” Jawab KD tanpa berpaling.

 

“ you know…” – acap

 

“know what ?” –KD berpaling.

 

“ I think of you when I’m  looking at all this colour.” –Acap

 

“why?” KD pelik.

 

“ because you colour my world.” Acap  kenyit mata.

 

“poyo !” balas KD. Aku ketawa.  Macam macam lah Acap ni.

 

Tengah aku mengecat tetiba rasa macam ada cecair membasahi hujung tudung. Aku angkat kepala.

 

 “woiii.” Jerit aku. Terkejut. Shah  pun nampak macam terkejut. Mungkin dia tak sangka banyak jugak cat tumpah kat baju aku. Aku pandang shah. Nak balas balik kes belon semalam ke? Yang semalam aku tak sengaja hokay!

 

“ kau ni kan..” kata ku lepastu calitkan cat ke arah dia. Aku tengok bahu aku. Warna biru! Aku ambil cat warna merah yang dekat kaki Shah pastu calitkan dekat lengan dia. Padan muka! Dia balas balik. Cat yang dalam bekas minuman disimbahnya ke arah aku. Cis, takguna! Nasib baik kena hujung tudung je.  Aku pusing kiri kanan. Haa..apa lagi nak simbah ni. Aku ambil air mineral atas lantai dan buka penutup botol.

 

“ehh mana boleh guna air mineral” kata Shah.

 

“kenapa tak boleh pulak ?” aku angkat kening.

 

“sebab takboleh la!” katanya.

 

“dah..dah…jangan nak berdrama pulak kat sini. Sikit lagi nak kena cat ni. Lepasni dah boleh blah” Kata acap yang mencelah antara kami. Aku pandang shah. Shah pandang aku.

 

“bermain mata lah pulak. Korang tak nampak ke aku kat tengah ni. Oh , mentang mentang aku pendek sikit , kau buat buat tak nampak aku pulak.”

 

Usai  Acap berkata , Shah ketuk kepala dia. Aku jeling Shah dan  bergerak ke arah KD.

 

“KD, jom makan. Lapar.”

 

“okay!” jawab KD lalu bangun.

 

“ oit! Aku pun nak join jugak.” Acap mencelah.

 

“Shah , jomlah join sekali.” Kata KD. Aku cubit lengan KD. Apesal nak ajak mamat ni pulak. Macam taktahu aku ni tak ngam dengan dia.

 

“apa?” bisik KD. Aku tarik KD jauh.

 

“ yang kau ajak mamat tu kenapa? Hilang selera aku nanti.” Ngaduku.

 

“Alah. Takkan nak tinggal dia sorang sorang kat sini. Come on beb! Kita satu team kot” aku mengalah.

 

Sampai di dewan makan kelihatan zombie dan qie tengah makan.

 

“hai!” tegur Acap lalu mengambil tempat duduk. Shah ambil tempat sebelah acap

 

“Acap kau nak ape? Nanti aku belikan.” Tanya KD

 

“ eh tetiba jadi baik ni. Dah kenapa?” acap jongket kening.

 

“ kau nak aku belikan ke taknak? Orang buat baik, dia tolak pulak. Lempang baru tahu.” Kata KD.

 

“yelah..yelah..beli lah pape pun.” Jawab Acap

 

“ Shah?” KD pandang shah

 

“ Nasi.” Jawab shah sepatah.

 

“okay!” kata KD  lalu berjalan ke gerai makanan manakala aku gerak ke sinki. Bersihkan baju dan tudung aku yang terkena cat kemudian bergerak ke arah KD beli makanan.

 

Taklama kemudian aku dan KD datang sambil bawak makanan. Lepastu KD hulur makanan kepada Acap dan Shah.

 

“Weyy apeni Aku tak suka bebola” kata Acap bila melihat makanan yang dibeli oleh KD.

 

“ tadi kata apapun boleh. Bila belikan bebola taknakla pulak. Habistu kau nak apa? Begedil?”

 

“Taknakkk..”

 

“Keropok?”

 

“Takbest..”

 

“Karipap?”

 

“Takmauuu”

 

“Bebola taknak.bergedil taknak.keropok taknak. Karipap pun taknak. Habistu kau nak apa?” tanya KD geram.

 

“Aku nak kau..ngeh ngeh ngeh.” Acap sengih.

 

“Tumbuk nak?”KD tunjuk penumbuk.

 

“Nak..kalau kau tumbuk mesti dengan penuh kasih sayang kan..kan kan..” Acap buat muka comel. Eee..geli pulak aku tengok.

 

“Takde maknenyaaa!”

 

“Elehhh malu lettew..padahal kau pun suka aku jugak kann..ngaku je la” kata acap.

 

“Sape je yang suka kau yg kuat makan..kuat merajuk..tak suka tengokk bola tapi suka main futsal. Suka tidur dalam kelas. Suka nyanyi..sukaa…”

 

“Amboii bnyk kau tahu psl aku.” Acap mencelah.

 

“Dah hari hari kau membebel pasal kau..mestilah aku tahu..” KD bela diri.

 

“Elehhh hari hari aku membebel kat semua org pasal aku kot..okay cakap sape je yg ingt apa yg aku bebel..cepat cakap! Qie?” tanya Acap.

 

“sorry bro, tak interested pasal kau.”-qie

 

“Ouch!Kai?” tanya Acap

 

“aku tak suka orang membebel. So no.”-aku

 

“zombie?” Acap pandang zombie.

 

“aku minat orang dari kampong pisang je. Kau dari kampong cengkodok. So out of my list. My sight! huh” sambil buat mata ke atas tangan ke bahu.

Semua gelak. Okay. Drama Acap dan KD  dah mula.

 

“ see…so there’s must be a reason kenapa kau ingat apa yang aku cakap even benda tu merapu. Mesti tak lain tak bukan kau suka aku kan.kann.kannn.kann..jujur please!”merah muka KD.

 

“yelah, aku ngaku aku suka kau. Dah hari hari kau usha aku. Sape yang tak jatuh beb.” Kata KD  Sambil tarik rambut acap.

 

“dah dah…jangan nak berchenta kat sini. Belajar dulu..baru ciinta” Shah yang dari tadi mencelah.

 

“alaaaShah.rileks laa..aku just luahkan perasaan aku je.okay lah kalau si KD tak reject aku. Nanti kalau takde orang masuk meminang aku bolehla aku cakap kat mak aku si KD ni perempuan melayu terakhir yg akan  pinang aku.” Kata Acap lalu ketawa.

 

“woiii, kau ni sape nak suruh orang masuk minang kau?” soal KD

 

“alaaa..boleh je kalau pompuan nak masuk minang laki kan..taksalahhh kan..tengok dulu dulu. khadijah pun minang nabi .so apa salah nya kalau khadijah depan aku ni meminang aku?” Acap angkat kening double jerk.

 

“Takyah nak buat muka miang kat sini. Dah aku nak blah” kataku  lalu bangun.

 

“Aku pun” – zombie

 

“Mee too” – Qie

 

“Aku sekali”-shah

 

“Dah kd,kau jom! Jgn nk mengada kat sini” aku tarik KD lalu kitorang ke bilik kebud dan menyiapkan kerja yang tertangguh.

 

 

Sejak aku bekerjasama dengan Shah , kitorang banyak spend time bersama. Lepas habis kelas terus gerak ke bilik kebud untuk siapkan prop. Aku nampak dia takdelah sejahat yang aku fikirkan.Cuma annoying tu masih ada. Sikit sikit kai angkat barang ni. Kai ambil pen. Kai alih kotak. Kai itu. Kai ini. Saja je nak buli aku.Dia ingat aku ni gagah macam hulk ke. Tapi boleh dikatakan hubungan kitorang dah makin baik. Takkan nak gaduh sentiasa. Kang tak siap kerja nanti. Acap pun banyak nasihatkan kitorang bila dia nampak kitorang ada bibit bibit nak gaduh. Perlahan lahan aku dah boleh terima mamat ni.

 

 

“Kai , aku dengan KD nak pergi beli makanan. Kau nak pape tak?” Acap bangun.

 

“beli lah pape pun. Aku okay je.” Jawabku.

 

“shah?” tanya Acap.

 

“ aku nak nasi.lapar” jawab shah.

 

“okay. Korang mentang mentang aku tinggalkan korang berdua jangan buat benda bukan bukan pulak.” Pesan Acap.

 

“woii..agak agak la! Takkan nak buat benda tak senonoh pulak. Aku masih waras okay.” Kataku membantah.

 

“aku nasihat je weh.” Kata Acap lalu berlalu dengan KD pergi dari situ.

 

Setelah Acap dan KD pergi suasana kembali sunyi. Taklama selepas tu kedengaran  suara kucing mengeow. Aku pusing dan berjalan ke arah kucing. Aku angkat dan belai kucing tu. Gebunya bulu kucing ni. Aku bawak masuk bilik. Shah yang tengah dekat meja pusing.

 

“ kai..jauhkan kucing tu dari aku,please!” jerit shah. Terkejut.

 

“kenapa?...ohhh kau takut kucing yee..” aku angkat kening double jerk..sambil tu perlahan lahan aku pergi dekat shah.

 

“bukan takut..geli lah !”

 

“kenapa nak geli…bulu dia lembut je..shahh..mehh sini..mehh dekat meow ni”

 

Bila aku melangkah ke depan. Shah ke belakang. Aku senyum. Aku ke depan lagi.

Aku sua kan mulut kucing ke telinga aku. Seolah olah kucing tu berbisik something kat aku.

“ape? Nak pergi kat shah? Meow suka dekat shah ye.. kejappp..tak jauh dah dari shah ni.”

 

Aku cepatkan langkah tapi still berjalan. Shah gelabah.

 

“ kai..kau jangan macam macam..”

 

Aku senyum jahat.

 

“ atilia kaisara binti zainal ! aku cakap jauhkan kucing tu dari aku.” Shah dah macam tak keruan dah.  Aku rasa dah banyak kali kitorang tawaf meja ni.hahahaha

 

“ pergi main jauh jauh la gila!”

Aku ketawa. Sumpah kelakar gila muka shah sekarang ni. Aku rasa macam nak rekod dan hebohkan pada satu dunia.hahaahaha

“A.TI.LIA. KAI.SA.RA  BIN.TI. ZAI.NAL!” shah bengang.

 

“huish. Satu satu sebut nama aku. Nama penuh pulak tu. Awal praktis. Dah tak sabar  nak pegang tangan tok kadi ke?” aku gelak.

 

“ sape nak kahwin dengan orang gila macam kau.  Tak hingin aku.”

 

“ohhh..orang gila yee.. taknak kahwin dengan aku yee. Okay fine! Aku lepaskan kucing ni. Biar dia berlari pergi kat kau.”  Aku lepaskan kucing dan kucing tu berjalan ke arah shah. Catwalk pulak tu.  Ingat comel ? tapi memang comel pun. Haha Aku nampak shah tak mampu bergerak. Kaku tengok  kucing yang semakin dekat dengan dia. Peluh menitik di dahi.

“ kai…” bibir terketar.

 

Aku pulak yang cuak sekarang ni bila tengok shah. Tadi bukan main aku ketawa. Kesian pulak tengok shah. Cepat cepat aku jalan dan ambil balik kucing tu. Sikit lagi nak sampai dekat shah.

 

Entah macam mana , mungkin sebab kucing tu terkejut dan tak expect aku pegang dia, dia mencakar tangan aku. Aku pulak terkejut + sakit , terlepas aka tercampak kucing tu ke arah shah. Shah pun apa lagi menjerit dan terpaut tangan aku. Aku pulak tak dapat imbang badan dan… terjatuh atas shah!

 

Oh em geeeee! Apakah yang baru terjadi?! Aku hempap badan shah sampai aku dapat dengar jantung dia dupdapdupdap  macam baru lepas marathon.

 

Satu saat…dua saat…tiga saat… dan aku cepat cepat bangun! Lepas bangun aku macam lost sekejap. Pastu cepat cepat aku blah dari situ. aku pegang dada. Ya Allah , apa yang baru terjadi?

 

“ eh kai, kau buat apa kat sini?” aku terserempak dengan KD sewaktu nak balik bilik.

 

“aku erm..ermm..nak masuk bilik la. Nak get ready untuk riadah petang ni.” Jawabku.

 

“alah..takyah riadah la petang ni. Kita support bola sepak nak? Harini Acap main tau. Haa..shah pun ada sekali.” Ceria suara KD. Alamakkk..shah ada jugak ke?

 

“erk..takpe la aku nak riadah. Lama tak exercise..hehe” aku sengih.

 

“ohh..okay! jumpa nanti. Aku nak kemas bilik kebud jap. Satgi aku masuk bilik bersiap.”

 

Kami pun terpisah.

 

 

Bola beracun. Aku memang suka permainan ni. Sebab aku pro. Hahahaha.

At the end , tinggal aku sorang je kat tengah tu. Okay, kalau aku dapat bertahan in 10 minutes makna kumpulan aku menang. So ready ..set…go! you can do it kai!

 

“guys, sebab last person,kita kena tambah bola. Kalau satu je bola sampai bila bila tak kena. Betul tak ?”

 

Haish.. si Alice ni.. dalam sukan pun nak cari pasal jugak ke… kan last person, space makin kecik..so memang susah aku nak elak bola . ni nak tambah dua bola? Okay, bring it on..aku layankan aje.

 

“okay.” Aku jawab. Sepatah.

 

“2 minutes left!” jerit sorang pemain.

Aku senyum. Dah nak menang.

 

Tiba tiba tengah lari aku hilang pertimbangan. Lepastu aku jatuh. Serentak dengan itu, bola dilontar ke arah aku. Bertubi tubi. Alice! Dia memang sengaja nak kenakan aku. Ye. Aku dah jatuh. Dah kena dah bola. Aku kalah. Dah la tu. Tapi still baling bola kat aku.

 

“ kau kenapa Alice?! Sakit lah! Aku dah kena bola sekali. Sudah la tu. Aku dah kalah.”

 

“ohhh..sakit ye… jatuh atas shah tak sakit pulak..”

 

Zappppp..aku pandang Alice.

 

“ apa kau merepek ni?”

 

“ kau jangan nak pura pura baik la.. aku nampak la kau buat buat jatuh atas shah. Kesian dekat shah sebab percaya dekat perempuan penipu macam kau ni. Aku tak salahkan shah. Dia memang baik. Selalu bersangka baik dengan orang. Tapi kauu..kau ambil kesempatan atas kebaikan diaa..Kau memang perempuan tak guna! Penggodaa” jerit Alice.

 

Aku dapat rasakan semua tengah pandang aku. Eh, dia nampak ke aku jatuh atas shah? Tapi kenapa aku tak perasan waktu aku keluar dari bilik tu. Hmmm..

 

“kenapa diam? Betul kan apa yang aku cakap?? Perempuan gtal ! miang ! tak sedar diri !” sambung Alice.

 Kesabaran aku dah tahap maksima. Apa hak dia nak malukan aku depan orang ramai?

Dia tak tahu cerita sebenar. Lepastu suka buat andaian merapu dia tu.  depan semua orang  dia jerit..sampai semua pandang serong dekat aku. Seumur hidup aku , aku tak pernah rasa nak marah …rasa menyampah …rasa macam nak letak dia dalam guni pastu buang dia kat tengah laut. Biar ikan paus makan dia. Biar dia insaf sikit. Aku bangun.Terhincut hincut aku jalan ke arah Alice.

 

Panggg! Aku tampar Alice! Semua freeze. Muka Alice nampak sangat sangat terkejut.  Dia pegang pipi dia yang kemerahan.

 

“ apa yang jadi  adalah tak disengajakan. Kau jangan nak reka reka cerita. Yes, aku memang jatuh atas shah. Tapi tak sengaja. TAK SENGAJA.”

 

“ alahh..kau takyah nak tunjuk baik kat sini. Apa bukti kau tak sengaja? Lagipun bukan aku sorang je yang nampak. Tapi Mila dengan Jay pun ada sekali. Ala..Semua orang tahu la kau suka dekat shah. Lepastu kau meroyan shah pun suka dekat kau sebab layanan dia. Weh, shah baik dengan semua orang. Aku ulang . dengan semua orang. Bukan dengan kau je.”

 

“ sejak bila aku suka shah? Aku meroyan ke kau yang meroyan ? so what kalau shah tak suka aku?”

 

“ dah dah laa..takyah nak acah acah takde hati dan perasaan pulak. Kalau dah namanya penggoda tak kemana.”

 

“penggoda? Kau ulang balik perkataan tu kalau kau berani.” Aku angkat tangan. Bersedia nak

tampar dia untuk kali kedua. Tapi entah dari mana tetiba shah ada kat depan aku dan Dia membelakangkan Alice dan berdepan dengan aku.Eh? Bukan ke dia ada pertandingan bola sepak?

 

“what are you doing here,shah?”

 

“enough , kai! Enough! Jangan memalukan diri sendiri , please.” Kata shah.

 

“ I’m not trying to humiliate myself. I’m defending myself. I have to tell to others what is really going on.”

 

“ sudah la..people will always judge you regardless what you said. Balik laa. Game is over,isn’t ?”

 

Kenapa shah macam ni? Kenapa dia halang aku bagitahu  perkara sebenar? Salah ke apa aku cakap? Aku just nak clearkan salah faham yang ada. Aku pandang shah. Aku baru sedar yang dia..sekarang ni..tengah defend Alice..sebab tu dia berdiri depan aku..sebab tu dia tak bagi aku bercakap..sebab dia taknak Alice malu..dia taknak orang kecam Alice sebab aku cerita perkara sebenar..dia taknak orang nampak Allice jahat.. I get it now.

 

“ shah, you’re the worst person I ever know!You’re a jerk!You let people think bad about me just because you wanna save that witch girl. Ihateyou,shah!” aku kesat air mata. Aku undur ke belakang setapak

“I do hate you , shah”  aku berjalan undur ke belakang lagi setapak tapi mata masih pandang shah.

 

“ I really hate you!” aku jerit. Aku pusing badan dan  Kemudian aku berlari pergi dari situ. Sumpah..kaki aku sakit. Tapi hati aku lagi sakit. Sakit bila terang-terangan aku dimalukan tapi dia tak pertahankan aku..as always…aku ingat hubungan kitorang dah okay. Aku pun dah terbuka hati nak berbaik dengan dia since kitorang jadi prop crew tapi…aku silap! Shah tetap sama. Tetap nak pertahankan orang lain. aku tak gerak ke asrama tapi sebaliknya aku lari ke pintu sekolah. Aku nak keluar dari sini. Sampai dekat pak guard , aku mintak pinjamkan fon. Aku call mama. Nasib baik mama angkat.

 

“ mama, please pick me up now. I don’t care what are you doing right now or where are now but if you love me, please come to me now.” Aku letak fon sebelum sempat mama balas.

 

“kai!” aku dengar orang jerit nama aku.

KD , Acap , Pe’ah , Qie dan Zombie  tengah berlari ke arah aku. Sorry guys , aku tak sedia nak tengok korang sekarang ni.

 

Aku berlari keluar ke tengah jalan. Pak guard tak sempat nak halang aku. Maybe dia tak expect aku akan keluar. Sebab aku tak fikir apa dah masa tu. Aku just nak lari dari semua orang.tiba – tibaaa..

 

“Ponnnnnn!”

“ kaiiiii!”

“ya Allah , kaii!”

“ kai, bangun kaiii!”

Dunia aku hitam. Kelam. Gelap gelita. Aku tak nampak apa. Aku hanya dengar sayup sayup suara memanggil nama aku.

 

 

……

 

Aku perlahan lahan bukak mata. Masih kabur .

 

“Alhamdulillah..sayang mama dan sedar..” aku dengar suara mama. Aku pandang sekeliling. Akhirnya sedikit demi sedikit penglihatan aku makin baik. Aku dapat lihat dengan jelas raut wajah mama.

 

“ doktor , anak saya dah sedar!” tak lama kemudian datang seorang doktor check aku.

 

“ macam mana dengan anak saya doktor?” tanya mama. Risau.

 

“ buat masa sekarang , saya tak dapat nak pastikan lagi.saya perlu buat pemeriksaan dengan lebih lanjut.” Terang doktor.  Doktor arahkan kepada pembantunya untuk bawa aku ke bilik lain untuk pemeriksaan selanjutnya. Katilku ditolak keluar dari bilik.

 

Setelah beberapa pemeriksaan dilakukan , aku dihantar pulang  ke wad. Aku senyum pada  Mama yang setia menantiku.

 

“ anak saya takde pape kan doktor?” soal mama.

 

“ Alhamdulillah anak puan okay tapi dia perlu ditahan di hospital kerana dia masih perlukan rawatan.” Terang doktor. Mama mengangguk.

 

“ ara..mama bersyukur sangat ara dah sedar.. mama sayang ara sangat sangat.” Kata mama lalu memeluk aku.

 

“arghhhhh!” aku menjerit kecil . aku baru perasan tangan kiriku berbalut. Patah mungkin. Begitu jugak dengan kaki kananku.

 

“ohhh..sorry sorry..sayang!” mama melepaskan pelukkanku.

 

“mama..apa yang jadi dengan Ara?” tanyaku.

 

“ ara accident dan koma dekat sebulan dah.”

 

“hah? Sebulan ?!” tanyaku . terkejut.

 

“ye sayangg. Ramai kawan ara datang melawat. Tiap tiap minggu diorang datang.” Cerita mama.

 

“mama , can I ask something?”

 

“ anything for you , my dear.”

 

“ boleh tak kalau Ara nak pindah hospital?takpun pindah bilik ke. As long as ara tak jumpa kawan ara. Ara tak sedia lagi nak jumpa diorang..ara..ara..ar..”

 

“ mama faham sayang. Nanti mama bincang dengan doktor. Ara rehat ye sayang. Mama kena pick up papa dekat airport. Nanti mama datang lagi.”

 

“okay mama.” Aku tarik selimut. Pejam mata.

 

Sejak aku bangun dari koma, mama dengan papa lah yang selalu ada dengan aku. Aku dah dipindahkan hospital yang jauh sikit dari sekolah lama aku. Aku bukan nak salahkan kawan aku Cuma aku tak bersedia lagi nak jumpa diorang. Biarlah aku tenang dulu..

 

“Ara..ara ada 2 minggu lagi tau sebelum exam SPM.” Mama berkata sambil kupas buah epal.

 

“Ara tahu..so maknanya Ara jawab exam dekat hospital la kan..”

 

“ye..Ara kan tak sihat lagi.”

 

 

8 tahun berlalu. Kini aku pulang lagi ke tanah air. Selepas aku keluar hospital, aku ikut jejak abang aku. Belajar di luar negara. Satu universiti dengan abang. Setelah tamat pengajian , aku kini pulang ke Malaysia bersama abang tersayang. Cukuplah 8 tahun di bumi asing. Cukuplah aku membawa hati yang lara dek kenangan lalu. Cukuplah aku terluka oleh kisah lalu. Sekarang aku pulang dengan semangat baru.

 

Aku tarik luggage keluar dari balai ketibaan. Tangan sebelah lagi aku selitkan di lengan abang. Macam laki bini dah. Hahaha.

 

“ Ara, abang nak gi tandas kejap. Ara tunggu sini tau. Jangan pergi mana mana.” Kata abang kepadaku. Aku mengangguk.

“ingat, jangan pergi mana mana. Tunggu abang!” pesan abang lagi

“yelah abang sayang. Ara tak gi mana mana. Haish, ara ni bukan budak kecik lagi tau.!” Aku muncung mulut.

“bagi abang, Ara tetap budak kecik .” seraya itu abang tarik hidung aku . aku merengus. Abang ketawa dan pergi dari situ. aku pasang earphone. Lagu faded aku play. Mulut aku terkumat kamit mengikut bait lagu. Tetiba tangan aku yang memegang luggage terlepas kerana dilanggar seseorang.

 

“sorry miss..i’m so sorry. Saya tak sengaja” kata seorang lelaki yang tunduk untuk mengambil kembali luggage ku yang jatuh. Dia suakan pemegang luggage ke arah tanganku. Tetiba dia macam kaku. Eh dah kenapa? Cantik sangat ke tangan aku?

“ehem” aku berdehem. Lelaki itu angkat kepala. Bila mata kami bertentang , dia terkaku. Aku pun sama.

“ kai…”

 

SHAH! Kenapa dalam banyak banyak orang kat Malaysia ni , dia orang pertama yang aku jumpa dulu?! Kenapa?!

 

“ sorry? I think you’ve mistaken.” Aku kawal suara dan betulkan pergerakanku. Sorry shah. I’m not the same person you used to know anymore.

 

“ mistaken? I don’t think so since I know  that bracelet very well.” Dia jongket kening. Bracelet?! Ya Allah, bracelet pemberian mama! Bracelet yang terukir nama aku yang aku terjatuhkan dekat dewan makan a few years later. Patutlah dia cam aku!

 

“ so what?” ujarku berani.

 

“ I just…” belum sempat dia habiskan kata kata…

 

“sape ni Ara? Do you know him?” tanya abang yang baru pulang dari tandas. Oh abang! You are my hero!

 

“ takde sape. Dia just terlanggar luggage je tadi. Jom , abang!” aku tarik tangan abang pergi dari situ.

 

“Abang? Ara? So maknanya kai dah kahwin ke?” shah terkejut. Terus dicapainya fon dalam poket dan dial nombor seseorang.

 

“ hello bro! aku tak kira kau tengah buat apa sekarang. Yang penting aku perlu jumpa kau. Now!” shah letak fon.

 

 

“kau pehal bro? aku dah la ada appointment. Terpaksa batalkan sebab kau, tahu tak?”

 

“kot ye pun. Duduk la dulu.” Ujar shah kepada Acap yang baru sampai. Acap tarik kerusi dan duduk dihadapan shah.

“ hah , apebenda kau nak cerita? Kalau tak penting siap kau!” ugut acap sambil panggil waiter. Tak lama kemudian waiter datang dan mengambil order. Shah diam. Memberi peluang kepada acap untuk rileks kan diri.

 

“ tadi..akuu…akuuuu..”  ujar shah terhenti bila waiter datang menghidangkan minuman yang dipesannya acap.

 

“ aku…aku..apa?! sejak bila kau gagap ni?” Acap menghirup jus manga. Lega tekaknya yang kehausan.

“ aku jumpa kai tadi…”

 

“kau what?! Kaiii?kau jumpa dia kat mana?” hampir tersedak Acap bila nama kai disebut.

 

“ dekat airport.”

 

“habistu kau tegur dia tak?”

 

“tegur tapi…”

 

“tapi apa?”

 

“ dia dah kahwin..” ujar shah lemah.

 

“what?! Kahwin? Kau biar betul. Tak mungkin” Kata Acap tak puas hati.

 

“betul weh. Aku nampak dengan mata kepala hidung mulot aku sendiri yang dia panggil lelaki tu abang dan lelaki tu panggil dia ara.” Kata shah.

 

“ Ara?” acap pelik.

 

“ye..ara. nama dia kan atilia kaisara . so tak pelik pun kalau suami dia panggil dia Ara. Nama manja lah katakan”

 

“ habis tu..kau macam mana?”

 

“macam mana apa. Macam nilah..”

 

“yelahh..maksud aku kau nak give up la. Kau nak move on?”

 

“terpaksa lah. Walaupun lapan tahun aku tunggu dia..tapi kalau dah takde jodoh nak buat macam mana..aku kena redha la..”

 

“tapi.. kalau tu abang dia macam mana.. I mean abang kandung dia. Well tak semestinya suami je boleh panggil dia Ara.”

 

“ boleh jadi jugak ek. Kenapa lah aku tak terfikir awal awal. Acap, kau tahu tak sekarang ni kaulah lelaki paling bijak atas dunia ni.” Ujar shah gembira.

 

“elehhhh..nak bodek aku lettew. Selama ni tak pernah pernah nak puji aku.” Acap menyiku shah. Shah sengih.

 

……

 

Dah seminggu aku sampai Malaysia. Banyak benda dah berubah. Misi aku sekarang ni aku nak cari balik kawan kawan aku dulu. KD , Zombie dan Qie! Rinduuuuuu! 8 tahun aku mengelak dari diorang. Kini tiba masa untuk bersatu kembali. Aku ambil laptop. Facebook log in. selama aku kat negara orang , tak pernah aku lupakan kawan kawan aku. selalu stalk diorang melalui facebook.  Dan semestinya Aku guna nama facebook lain since taknak kantoi. Hehehe..

 

First , KD! Dah Berjaya sekarang. Bukak butik sendiri. Zombie dan Qie pun hebat jugak. Diorang partner bukak restaurant sendiri. Setelah segala maklumat aku peroleh , laptop aku tutup. Aku capai tuala. Bersiap nak jumpa kengkawan.

 

….

 

“ mama, Ara nak keluar jap!” aku peluk mama yang tengah siram pokok bunga.

 

“ nak pergi mana? Ara boleh ke drive sendiri?” tanya mama

 

“ nak pergi jumpa kawan. Mestilah boleh. Ni Ara la..pergi dulu mama” ucapku selepas menyalami mama.

 

20 minit perjalanan aku nak sampai butik KD. Sekarang aku betul betul dah sampai depan butik KD. Cantik! Warna pink. Feberet KD.  Perlahan aku aturkan langkah.

 

“selamat datang !” sapa pekerja KD. Aku senyum.

 

“saya nak jumpa owner ni boleh?” tanyaku.

 

“yee..saya owner butik ni..” kedengaran suara perempuan di belakangku. Aku pusing .

 

“ kaii?!!” jerit KD terkejut. Bulat matanya.

 

“yee..akulah ni.” Aku ketawa dan terus memeluk KD.

 

“ Ya Allah kaii! Aku tak sangka. Betul ke ni kai?” ujar KD lagi sebelum melepaskan pelukkan.

 

“kot ye pun , mata tu takyat la nak membulat macam ikan buntal. Juling baru tahu.” Kataku. serentak dengan itu , KD pukul bahu aku.

 

“ weyy, aku ingat kau dah taknak kawan dengan aku. Ye lah. Lapan tahun kau menghilangkan diri. Aku betul betul fikir kau dah buang aku.” Ucap KD yang hampir mengalirkan air mata.

 

“ kau kawan aku. Takkan lah aku nak buang kau. Haish! Janganlah nangis. Buruk tahu?” aku seka air mata KD yang tak dapat ditahan. KD peluk aku.

 

“ dah..dah..jom kita surprise kan zombie dengan qie. Kau boleh tinggal butik kau tak?”

 

“ boleh boleh. Untuk kau semua boleh.” KD kenyit mata.

 

“poyo!” ucapku sambil ketawa.

 

“ Mira , saya nak keluar sekejap. Awak jaga butik ye. Anything , just give me a call. Okay?” pesan KD kepada pekerjanya.

 

“ baik miss.”

 

Aku pergi ke restaurant Zombie dengan Qie berasingan. Senang nanti KD nak berlari ke butiknya kalau ada emergency. Jarak restaurant dengan butik about 15 minutes. KD parking sebelah keretaku.

 

“ KD , nanti aku duduk membelakangi diorang tau. Kau panggil la diorang eh.” Kataku.

 

“ okay.” Balas KD lalu berjalan masuk ke dalam restaurant. Aku membuntuti KD. Kami ambil tempat yang tersembunyi. Yang jauh dari penglihatan. Takut kantoi. Hehe. Usai duduk , KD mencapai fon. Butang dial ditekan setelah selesai menaip nombor.

 

“ oittt, aku kat kedai kau ni..”

Jeda.

“ ye..datangla sini. Bawak Qie sekali. Lama tak jumpa.”

Diam.

“ohhh okay.” Punat end call ditekan.

KD pandang aku.

“ kejap lagi diorang datang.” Kata KD. Aku angguk. 5minit kemudian, kelibat Zombie dan Qie kelihatan. KD beri signal dekat aku untuk pusing bila Zombie dan Qie kelihatan. Langkah diorang terus kaku sebaik nampak aku. Mata tak berkelip.

 

“ zombie, betul ke apa yang aku nampak sekarang ni?” tanya Qie.

 

“tu la. Aku pun tak pasti. Adakah ini khayalan? Imaginasi? Atau mimpi?” ujar zombie.

 

“aku rasa aku ni rindu sangat dekat kai sebab tu aku nampak dia diri depan aku. Ni semua tipu!” ucap Qie sambil tampar pipi.

 

“ dah. dah. takyah nak berdrama sangat. Group hug!!” ucapku lalu memeluk dioranG. KD pun join sekali.

 

“ eh ni orang ke patung? Asal kayu sangat? Yee.. aku ni kai! Yang diri depan korang setelah lapan tahun ni adalah atilia kaisara binti zainal.” Aku berkata sambil goncangkan badan diorang.

 

“ kai? Kai!!! Ya Allah..rindunya aku kat kau..sumpah rindu!” seakan baru sedar dari mimpi, qie memeluk aku pastu zombie join sekali.

 

“ sampai hati kau kai. Lapan tahun kau diam tanpa berita.” Zombie dah sedih.

 

“ tulah. Aku hari hari ingat kau tau.” Sambung Qie

 

“ aku ni bukan setakat ingat je dekat si kaii ni.. Siap berangan design baju kahwin dia lagi” KD menambah. Serentak dengan itu , kitorang ketawa.

 

Banyak benda yang kitorang kongsi. Segala kisah suka duka kitorang rungkai balik. Aku bahgia. Sungguh aku bahagia sekarang

 

“ sorry tau. Aku bukan sengaja nak diamkan diri. Aku just tak tahu macam mana nak mula. Nak tegur korang. Sebab aku malu.” Ucapku.

 

“ kau nak malu buat apa?” KD

 

“ yelahh..sebelum aku accident tu , semua dah tahu aku jatuh atas Shah. Alice pulak bagitahu semua orang yang aku ni penggoda..perempuan gatal..aku ni..” aku tunduk.

 

“ dahhh..dahhh.. kita kan dah kenal lama. Aku tahu kau tak macam tu. Aku percaya kau.” Qie gengam tangan aku.

 

“ ye..kitorang tak percaya lah dengan si Alice tu. Dah terang terangan dia nak jatuhkan kau.” Sambung zombie.

 

“ okay, apa kata kita lupakan je pasal tu. Yang penting sekarang, kita dah bersatu kembali.” Kata KD lalu grup hug sekali lagi.

…..

Sejak dari hari tu , kitorang selalu spend time bersama. Every weekend selalu lepak. Al maklumlah semua bujang lagi. Huhu. Okay fast forward cerita , beberapa kali kitorang lepak , shah ada join. Aku tahu diorang semua nak aku berbaik dengan shah tapi entahlah aku masih takleh nak terima dia. mula mula jumpa shah , aku blah ! lepas si KD brainwash aku , katanya it’s not proper la aku blah macam tu. So next lepak shah join lagi. Acap pun ada sekali. Kalini aku tak blah tapi aku jadi tunggul kayu.

 

“ wey, korang ingat lagi tak dulu dulu zombie ni muka macam perempuan berpantang. Sekarang tengok! Cantik gila. Kalah datuk seri vida” usik qie

 

“ ha’ah..dulu si zombie ni tiada siapa nak pandang. Sekarang semua nak ngorat dia.” Sampuk KD.

 

“ Diam lah korang! Haa.. si KD dulu pun sama. Acah acah jual mahal dengan Acap. Sekarang dah berkepit nampak” zombie bersuara.

 

“eh apa pulak kait aku dengan acap ni?” marah KD. Acap sengih.

 

“ haa..kau kai..duduk oversea takde ke boyfriend mat salleh? Kalau ada bagilah aku sorang. Aku single mingle ni. Nak jugak bersuamikan foreigner. Nanti bolehla bagi cucu mata biru dekat mak aku” kata Qie. Gataii!

 

Terus qie  kena hempuk dengan zombie. “takyah nak mat salleh sangat kalau yang melayu pun tak pandang kau..hahahahahhaha” sambung zombie. Kami ketawa. Alahaiii kawan kawan aku ni.

 

Sejak dari pertemuan tu, shah cuba dekat dengan aku. Dia mesej. Aku tak reply. Dia call aku tak angkat. Dia datang pejabat. Aku tak layan. Oh yee.. lupa nak bagitahu.aku sekarang kerja dekat syarikat papa. Abang pulak dah ambil alih tempat papa. So kiranya abang lah bos aku sekarang.

 

Fast forward kali kedua , suatu hari , mama bagithu aku ada orang masuk meminang aku. I was like what?! Tapi masa tu aku serabut dengan si shah , so aku terima je pinangan tu tanpa ambil tahu pun siapa bakal suami aku. Yang penting lepas ni shah takkan kacau aku dah since aku dah jadi isteri orang. Segala persiapan aku serahkan kat mama. Aku hanya perlu sedia diri sendiri je masa kahwin nanti. Nampak macam kejam tapi aku terpaksa.Lagipun aku perlu urus satu project mega sebelum aku nikah. So memang aku tersangat busy. Nasib baik mama memahami.

 

….

Wedding day.

 

“ aku terima nikahnya , atilia kaisara binti zainal dengan mas kahwin nya seutas gelang emas dibayar tunai…”

 

“sah?”

 

“ sah.”

 

“Alhamdulillah…” suara tok kadi kedengaran. Kemudian doa dibaca. Aku dari tadi tunduk. Sempat jeling sikit je ke arah pengantin lelaki. nampak susuk belakang je. Not bad la walaupun tak berketul ketul. Haha. Usai bacaan doa , aku peluk mama.

 

“ tahniah !” KD memeluk aku. Zombie dan Qie sekali. Aku senyum. Aku taktahu apa yang aku rasa sekarang ni. Aku dah jadi bini orang! Wohuuu~

 

Pembatalan air wuduk. Pengantin lelaki berjalan ke arah pengantin perempuan. Aku berdebar. Nervous. Tunduk. Takut nak pandang suami. Kini dia di depan aku. Perlahan lahan tangan aku dicapai. Sejuk! Cincin disarungkan. Aku angkat kepala. Nak menyalami suami. Aku kaku! Betul ke apa yang aku lihat sekarang ni? Dia senyum.

 

“ amboiiiii..nak pandang lebih lebih dalam bilik nantila. Sekarang ni salam suami kamu dulu.” Ucap makcik mana entah. Tak sempat nak tengok. Tetamu ketawa.

Aku tersedar. Lambat lambat aku salam. Kini dia pulak cium dahi aku. Aku terkaku. Terkejut. Terkesima. Dan segala ‘TER’ lah!

 

Sesi bergambar sungguh merimaskan. Aku tak suka dia peluk aku. Pegang sana sini.Aku tahu dia suami aku. Dia berhak tapi….arghhhhhh! semua ni salah aku. Salah aku yang taknak ambil tahu pasal suami aku. Dan kini , tengku shahzran aka shah dah jadi suami aku. Ulang balik. Suami aku!!! Mental breakdown.

 

Pintu bilik dibuka. Aku gelabah. Perlahan lahan shah menapak ke arahku yang sedang menatap cermin. Dia senyum.

 

“jangan dekat.” Kataku. shah berhenti.

 

“kenapa?” tanya nya. Dia pandang aku pelik.

 

“ aku tak sedia lagi.” Kataku.

 

“ hah?”

 

“look. I know we are already married but I’m still in the middle of trying to accept you. Please understand.”

 

“ohh..okay..tapi kita kan dah kahwin. Can you at least call me “abang”?

 

“ no.”

 

“why?”

 

“ because for me panggilan ‘abang’ is for a husband and wife whom love each other but right now , I don’t love you. So…”

 

“ susah sangat ke nak terima abang dalam hidup sayang?” tanya shah dengan nada sedih.

 

“susah. Sangat susah.” Jawabku tanpa memandang wajah shah.

 

“ apa yang perlu abang perlu buat supaya sayang terima abang?”

 

“entah. Okay la. Nak tidur. Penat.” Aku berjalan ke arah katil. Badan dihempas. Selimut ditarik ke dada. Mata kemudian terpejam. Maaf shah ,aku terkurang ajar. Sukar untuk aku hadam yang kau sekarang dah jadi suami aku. Kataku dalam hati.

…..

 

 Pagi esoknya aku bangun awal. Sediakan sarapan bersama mama.

 

“ Ara sekarang dah jadi isteri orang tau. Sekarang ni syurga Ara bawah telapak kaki suami. Ingat, apa yang shah mintak selagi tak bertentangan dengan syarak , ara wajib ikut tau.” Kata mama sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

 

“yelah mama.” Kataku yang sibuk menyusun pinggan atas meja.

 

“Ara..” mama tarik kerusi lalu duduk di hadapanku. nasi diletakkan di atas meja. Aku pandang mama

 

“ mama tahu shah tu kawan sekolah Ara dulu. Mama harap dia bukan salah seorang kawan yang Ara elak nak jumpa masa dekat hospital dulu. “ mama pandang aku. Aku senyum kelat.

 

“ mama nak Ara bahagia. Apapun yang berlaku dulu , lupakan. Jalani hidup baru. Sampai bila nak hidup dalam kenangan lama? Lagipun Ara dah sihat kan. Ara dah jadi isteri dia pun.” Sambung mama lagi.

 

“insyaAllah mama..” aku senyum.

 

“ dah panggil shah dengan abang turun makan.” Arah mama. Aku akur dan bergerak ke bilik abang. Pintu diketuk.

 

“abang! Mama panggil makan.” Jeritku.

 

“okay!” kedengaran suara abang dari dalam bilik. Aku berjalan ke bilikku. Pintu dibuka. Kelihatan shah sedang menyikat rambut.

 

“ mama panggil makan.” Kataku.

 

“ okay.” Shah meletakkan sikat kemudian mengikutku turun ke meja makan.

 

Shah tarik kerusi dan duduk. Aku duduk di sebelah shah. Aku mencedok nasi ke pingganku dan mula makan.

 

“Ara…” mama menyeruku.

 

“yes?” aku pandang mama.

 

“ cedokkan nasi untuk shah.” Arah mama. Aku sengih lantas mencedokkan nasi untuk shah.

 

“ haish Ara ni.. ara kan dah jadi isteri orang. Apa apa kena dahulu kan suami.” Sambung mama lagi.

 

“ baik mama.” Kataku.

 

“ mama …papa..lagi beberapa hari kitorang ingat nak pindah rumah.” Kataku setelah selesai makan.

 

“ hah? Tapi kenapa?” mama terkejut.

 

“ ala..takkan lepas kahwin still nak berkepit dengan mama..” sambungku.

 

“ Ara takboleh ke duduk dengan mama dulu? Nanti nantilah pindah.” Ucap mama sedih.

 

Aku pandang shah. Mintak support tapi dia sibuk makan nasi himpit pulak. Haish mamat ni! Tak pay attention ke dengan apa yang sedang aku borak dengan mama?Aku pijak kaki shah.geram! Dia pandang aku. Mata dibesarkan seolah olah bertanya ‘apa?’ . aku siku dia. Kepala terteleng teleng tunjuk ke arah mama. Dia bagi pandangan kosong. Alahai tak faham ke?

Aku dekatkan badan dan bisik

“ aku nak pindah rumah. Support sikit please”

“ohh..ehem. mama, kitorang nak pindah. Nak duduk sendiri. Nak belajar berdikari. Bolehkan mama?” tanya shah. Aku capai air. Dahaga.

 

“ bagi je la mama. Diorang kan dah kahwin. Bagilah privasi sikit.  Manalah tahu dalam masa terdekat ni diorang dah boleh bagi mama dengan papa cucu ke” usik abang. Aku mebulatkan mata. Tersedak! Shah gosok belakang aku. Mama dengan papa sengih. Abang mengekek ketawa.

 

“okay. Jangan pindah jauh sangat. Susah mama nak jenguk cucu cucu mama nanti” usik mama lagi. Muka aku dah merah padam. Aku curi pandang muka shah. Boleh pulak dia sengih macam kerang busuk.  Tumbuk satgi baru tahu.

 

………..

Lebih kurang dua minggu aku dan shah hidup bersama di bawah satu bumbung tanpa kehadiran orang lain. Rumah yang shah sediakan untuk aku, not bad la. Kami tidur sebilik dan sekatil. Taknak la Cliché sangat macam dalam drama melayu suami isteri tidur bilik lain lain bila kena kahwin paksa. Eh tapi aku dengan shah bukan kahwin paksa pun -,-

 

Eh maksud aku..macam mana nak explain eh? Okay, aku dengan shah walaupun dah sah suami isteri dan kahwin bukan dalam kategori kahwin paksa tapi aku belum bersedia nak jadi isteri sebenar benarnya. Faham kan? I means, Aku tak bagi dia sentuh aku. Tak bersedia. Dalam pada aku keraskan hati aku, shah tak habis habis berusaha meltingkan aku. Buat surprise la. Hantar bunga kat pejabat. Masak untuk aku. Ajak aku tengok wayang tapi respond aku still macam biasa. Tipu la kalau tak terusik tapi aku tak nak serahkan hatiku cepat sangat.

…..

 

Shah tengah mandi. Aku turun bawah . siapkan lunch. Biasanya kalau aku mandi dia memang takkan ada dalam bilik. Itu yang aku request. Kalau tak aku nak tukar bilik. Ugutku. Dia pun terpaksa terima. Kalau dia mandi, aku dengan sendirinya akan keluar dari bilik walaupun dia tak mintak aku buat macam tu pun . Aku naik bilik. Nak tanya shah, dia ada alergik seafood ke tak. Aku nak masak seafood. Tombol pintu aku pulas.

 

“shah, kau ada….arghhhhhhhhh!” aku terkejut. Shah baru keluar bilik air dengan hanya bertuala. Cepat cepat aku pusing menghadap dinding. Kaku.

 

“ apa?” tanya nya. Tak ambil pusing dengan aku yang menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.

 

“kauuu…kauuu…” haish apasal gagap ni. Aku tampar mulut aku perlahan.

 

“ apa dia sayang?” tanya shah lembut. Kini dia diri depan aku sambil mengelap rambut. Aku terkejut lantas aku pejamkan mata. Taknak tengok shah! Tak sanggup. Shah pegang bahu aku. Aku undur ke belakang. Mata masih pejam. Aku dapat rasakan shah maju  ke depan. Aku undur ke belakang. Sampailah badan aku rapat ke dinding.

 

“sayang nak apa?” aku dapat rasa kan nafas shah menghembus ke wajahku. Alahai..dekatnya muka dia dengan muka aku sampai boleh rasa dia bernafas. Aku buka mata sikit. Betul la! Shah tengah pandang muka aku yang seinci je jarak dia dari muka aku. Nak gerak ke kiri tak boleh! Tangan dia kiri kanan melekat kat dinding. Dia dah kunci pergerakan aku.  Cis ,Takguna! Aku diam.

 

“ dah dua kali abang tanya..sayang nak apa..hmmmm?” shah bisik kat telinga aku. Menguji kesabaran sungguh!

 

“ nakkk..nakkkk “ terketar lagi!

 

“ nak apa? asal terketar ketar ni? Tergoda dengan abang ke?” bisiknya lagi.

 

“ nak tanya, ada alergik seafood tak? Nak masak lauk.” Fuh , senafas aku sebut. Dah macam rap. Shah ketawa!

 

“ takde.abang alergik dengan sayang je. Bila dekat sayang je , tiba tiba tangan abang jadi gatal nak..” tangan shah dah mula main dengan rambutku. Kemudian  dengan  Sekuat tenaga aku tolak shah dan lari dari bilik. Bergegar rumah dengan ketawa shah. Annoyingnya!

 

 Aku menyandar pada dinding dapur. Tangan pegang dada. Kesian jantung aku kena pam lebih harini. Semuanya sebab shah la ni! Lutut lembik. Rasa macam tak jejak lantai dah. Semua ini gila! Aku ramas rambut kejap. Pastu aku jalan mengelilingi meja. Okay , atilia kasiara. Kau kena tenangkan diri. Tarik nafas. Hembus nafas. Fuh! Dah ! buat kerja.

 

Taklama kemudian shah turun ke dapur dan duduk di meja makan sambil perhatikan aku menhidangkan makanan. Aku jeling . muka semasam mungkin. Makan tengahari kami senyap je. Kalau cicak jatuh pun konfem bunyi. Setelah selesai , aku kutip dan basuh pinggan. Shah datang dari belakang tetiba peluk pinggang aku. Suka sangat ambil kesempatan!

 

“lepaslah! Kan aku dah cakap jangan sentuh aku.” Kataku seraya cuba melepaskan pegangan. Tapi tak Berjaya sebab Tangan sebelah kanan  pegang span dan sebelah lagi pegang pinggan. Shah makin galak mengusik aku. Kini diletakkan dagunya di bahuku. Aku ambil air dan merenjis ke muka nya.

 

“hey, janganlah! Nanti hilang kehenseman abang!” kata shah. Aku buat buat muntah. Dia ketawa halus. Kemudian  Cepat cepat aku basuh pinggan. Setelah basuh tangan, aku leraikan pegangan shah.

 

“tolong baiki paip. Dah tutup pun , air still keluar” kataku lalu berjalan ke ruang tamu.  Meninggalkan shah untuk baiki paip.Taklama kemudian terdengar shah menjerit.

 

“sayang , tolong!” aku berlari ke dapur. Shah dah  basah lencun. Aku ketawa. Kelakar pulak bila dia cuba menghentikan air yang keluar. Sebelah tangan pegang kepala paip. Sebelah lagi pegang sepana.

 

“taknak. Tanggunglah sendiri” kataku.

 

“tak kesian ke dekat abang “ tanya shah

 

“tak. “ kataku sambil jelir lidah kemudian berlalu dari situ. alah, shah tu kan lelaki. Pandai pandai la uruskan sendiri. Bukan lelaki pandai ke bab membaiki ni? Aku naik bilik , solat dan tidur.

 

Shah kejutkan aku bila masuk waktu asar. Aku bukak mata perlahan dan bangun ambil wuduk. Kami solat berjemaah. Aku turun ke dapur dan check paip. Hmm.. dah okay. Aku dah agak. Lelaki memang pandai bab baiki membaiki ni. Aku pandang bawah. Hmmm Lantai pun dah tak basah. Bagus shah! haha

 

Aku kemudian bergerak ke  halaman rumah. Penyapu dicapai dan start menyapu.Shah ada dalam rumah menonton televisyen. Tiba tiba

 

“shahhhhhhhhhhhhhhh!” jeritku. Teroncoh koncoh shah berlari ke arah aku. Penyapu aku campak.

 

“kenapa?”

 

“li…lipassss” jawabku.

 

“alaaa..lipas je pun”

 

“tolonglah.” Kataku separuh merayu.

 

“tolong apa?”

 

“tolong buang lipas tu jauh jauh.”

 

“taknak.”

 

“hah?”

 

“taknak. Tanggunglah sendiri.” Amboiii balas dendam nampak.

 

Kini lipas tu terbang dan mendarat atas bahu aku. Aku berdiri kaku. Mata pejam. Geli! Dalam diam aku menangis. Tersedu sedu. Sampai hati shah buat aku macam ni. Tiba tiba aku rasa pinggangku dipeluk. Kaki tak jejak lantai. Rasa macam di awang-awangan. Buka mata nampak siling. Eh ? pandang sekeliling. Shah? Dia dukung aku?! Nak turun.

 

“duduk diam diamlah!” kata shah.

 

“nak turun” jawabku.

 

“sabarlah. Sikit lagi nak sampai”

 

Aku diam. Sampai di bilik perlahan lahan shah letak aku atas katil.

 

“taknak ucap terima kasih ke? Dari bawah abang angkat sayang tau. Sayang ni bukannya ringan sangat.”

 

“sape suruh angkat?” ujarku.

 

“nak abang letak balik ke lipas tadi?” tanya shah lalu bergerak ke pintu.

 

“ takkk..taknakkk taknakkk”

 

“tahu takut” shah mengejek.

 

“mana ada takut. Geli lah.” Kataku bela diri.

 

“yelah.”

 

“terima kasih.” Kataku sepatah.

 

“terima kasih je?” tanya shah

 

“habistu?”

 

“kot kot lah nak bagi kiss kat pipi ke. Okay la jugak.”

 

“eeeeee..gatal!” kataku lalu membaling bantal ke arah shah. Dia ketawa.

 

…………….

 

Aku ajak shah shopping barang dapur. Tapi mesej ku tak direply. Call tak angkat. Hmmm..tengah meeting kot. Husnuzon. Aku buat keputusan untuk pergi beli sendiri barang dapur. Jam menunjukkan 5 petang. Dari pejabat aku terus ke mall. Selesai beli barang ,Aku tolak troli keluar dari mall. Aku berhenti dekat satu restaurant. Ingat nak makan tapi benda lain aku nampak. Shah dengan perempuan! Bila aku perhatikan, perempuan tu….alice? taklama selepas tu , si alice pegang tangan shah dan..shah biarkan je?! Eeee…geramnya! Aku pusing dan balik ke rumah.

 

Sampai di rumah aku hempaskan barang. Huh! panas!  Panasnya hati. Semalam bergurau senda dengan aku. Hari ni bermesra dengan perempuan lain. Tak guna! Aku naik atas dan mandi. Bersihkan diri dan solat.

 

Dua jam kemudian shah pulang. Dia mandi kemudian turun makan.

 

“kenapa diam je? Sorry la.abang ada appointment tadi. Tak dapat nak temankan sayang beli barang dapur.” Ujar shah seusai makan.

 

“okay.” Jawabku sepatah.  Kemudian Aku mengambil pisau dan mula memotong buah epal.

 

 

Kejadian petang tadi bermain di fikiranku.Aku tahu aku tak patut hukum dia. Aku tak tahu cerita sebenar. Lagipun aku dah banyak tengok drama dan baca novel which is heroin selalu salah faham tentang suami dia bila dengan perempuan lain sedangkan takde papepun berlaku. Dulu aku selalu salahkan heroin bila bertindak macam tu tapi  bila benda ni jadi kat aku, aku still takleh terima. Aku still bertindak bodoh untuk ikut kata hati aku yang meragui suami aku. Aku tahu aku tak patut buat semua ni. Aku tahu aku patut mintak explanation dari dia tapi…

 

“sayang!” aku terkejut.

 

“tengok ni dah berdarah tangan. Apa yang sayang termenung sangat ni ha?” dia tarik tangan aku ke sinki dan membiarkan tanganku dibasahi air paip yang mengalir. Aku pandang dia.

Kenapa dia caring dekat aku tapi still jumpa Alice? Apa hubungan dia dengan Alice? Dari zaman sekolah sampai dah kahwin dengan aku pun masih lagi nak berhubung dengan witch girl tu. Dia tak tahu ke sebab witch girl tu la aku merana? Tiba tiba perasaan marah membuak buak bila teringat kejadian Alice pegang tangan dia. Dia tak halang pulak tu. Biarkan je! Nak je aku jerit, kau suami aku tahu tak?! Aku tarik tangan aku. Kasar. Dia pandang aku.

 

“kenapa ni?”

 

“ tak payah nak berlagak prihatin sangat.” Aku berjalan ke meja lalu ambil pisau dan buah epal yang dipenuhi darah kemudian ke sinki untuk membasuhnya.

 

“what’s wrong with you?” tanya shah.

 

“ what’s wrong with me? Why don’t you ask that question to yourself?” aku pusing. Mengadap shah.

 

“ abang dah penat la sayang. Apa yang abang buat semuanya salah di mata sayang. I’ve tried my best but still you can’t accept it. Why?”

 

“ penat? So kau nak cakap kau dah give dengan aku?” tanyaku serius.

 

“  tak. Bukan macam tu maksud abang. Kenapa susah sangat sayang nak terima abang?”

 

“because you break my heart.It’s hurt. Really hurts. Deep inside , it’s still bleeding until today.” Ucapku sedih.

 

“ so ni pasal apa yang abang buat dulu la? nampaknya sayang masih berdendam dengan abang. Why can’t you  just forget what had happened few years ago?”

 

“how can I forget when it hurts me so much?”

 

“ I admit it’s my fault. Can’t you just forgive me? Can we just move on? And start a new life? Lagipun ,We already married.”

 

“no.”

 

“ please sayang. Sampai bila kita nak macam ni? you can forgive your friends but why you can’t forgive me?”

 

“ because my friends stand for me whatever it is. Because they believe in me. They lend their shoulders for me. But you..what did you do when I need you? When I really hope you to defend me?  When I really expect you to explain everything? You just stand there and ask me to keep my mouth shut up. You didn’t let me explain the truth to others. As always , all you care is that witch girl! That’s why I can’t forgive you!” akhirnya air mata yang aku tahan mengalir jua.

 

“sekarang, baru abang sedar.susah sebenarnya nak dapatkan kemaafan dari sayang eventhough I’ve tried really hard. I put aside everything just to make you happy but I guess all my hardwork will never be paid off since it didn’t seem you can forgive me. Again ,I’m really sorry for everything. Mulai sekarang , abang takkan ganggu sayang lagi.” Kata shah lalu pergi dari situ. aku rebah. Sedih dengan apa yang shah cakap. Dia dah putus asa dengan aku.

 

Sejak haritu aku dengan shah bagaikan orang asing dalam rumah tu. Kalau aku kat ruang tamu dia kat bilik. Kalau dia kat dapur , aku kat bilik. Walaupun begitu, aku masih jalankan tanggungjawabku . aku masak, kemas rumah,basuh , jemur dan gosokkan baju dia. Cuma kami masih tak bercakap. Kalau urgent pun , aku tampal nota kat peti ais. Contohnya , barang dapur dah habis. Balik kerja tengok tengok dah penuh peti ais dan barang dapur lain. Bagus!

 

Selesai solat ,Aku ke dapur untuk masak. Tiba tiba fon shah berbunyi. Lama pulak tu. Malas nak peduli  tapi fon asyik berdering. Panggilan penting kot. Aku berhenti buat kerja dan  capai fon shah. Nombor fon tertera di skrin tapi tiada nama pemanggil. Nombor siapa ni? Aku cari shah. Oh..dalam bilik air rupanya. Punat fon ditekan.

 

“hello? Shah? Dah lama I tunggu you tau. Sampai hati you buat I tunggu lama lama. I nak merajuk la macam ni.” Kedengan suara perempuan.  Suara Alice! Aku tahan air mata. Shah berhubung dengan Alice? Aku capai kunci kereta dan drive ke butik KD.  Sampai di butik KD aku terus meluru masuk ke pejabatnya.

 

“ KD!” aku peluk KD. Aku hamburkan segala kesedihan aku di bahu KD. Acap disebelah KD pandang aku terkejut.

 

“kenapa ni kai?” KD gosok belakang aku.

 

“ shah..diaa..dia…”

 

“dia apa?” tanya KD. Cemas.

 

“minggu lepas aku nampak dia dengan Alice.”  ceritaku tersedu sedu

 

“Alice?” KD terkejut.

 

“ye....Alice siap pegang tangan shah.”

 

“kau tanya tak shah apa yang jadi?”

 

“tak.”

 

“kenapa?”

 

“ sebab aku tak sanggup. Macam mana kalau shah betul betul suka dekat Alice? Macam mana kalau shah sebenarnya nikah dengan aku sebab dia rasa bersalah? Macam mana kalau…”

 

“ Ya Allah kai, kau tak patut berfikiran buruk pasal shah. Dia suami kau tau. Apa apa yang jadi kau patut tanya dia dulu. Jangan bertindak melulu macam ni.”

 

“ no! ”

 

“ kai, jangan macamla macam ni.” Kata KD.

 

“ macam mana aku tak berfikiran buruk kalau aku nampak shah berdua dengan Alice? Macam mana aku tak sedih bila Alice call shah pastu siap nak merajuk bagai?” soalku.

 

“ Kau sedar tak kai yang shah sekarang dah jadi suami kau? Kau tak patut tuduh dia macam macam. Dia suami kau.Suami yang patut kau hormat.” Acap menyampuk.

 

“ hormat? Buat apa aku hormat dia? Dia dah curang dengan aku!” marahku.

 

“kau pasti ke yang dia curang dengan kau?” tanya Acap.

 

“ dah aku nampak dengan mata kepala hidung mulut aku sendiri yang Alice pegang tangan shah. Dah la shah biarkan aje. Pastu tadi Alice call shah. Manja manja pulak tu suara dia. Tak ke curang namanya?” kataku.

 

“ kau tak patut hukum dia tanpa tanya dia terlebih dahulu.”

 

“buat apa aku nak tanya? Dah terang terangan dia curang dengan aku. Shah sama je macam dulu. Dia takkan berubah. Dulu dia dah sakitkan hati aku. Sekarang pun sama.Aku rasa memang patut aku tak maafkan dia sampai sekarang.”

 

“Sampai bila kau nak hukum dia kai?  Dari dulu sampai sekarang kau asyik nak salahkan dia. Kau kena ingat syurga kau terletak bawah tapak kaki dia tau.” KD nasihat aku.

 

“ aku sebenarnya tak nak masuk campur tapi aku rasa kau perlu tahu kai.” Kata Acap.

 

“Tahu apa?” tanyaku pelik.

 

“Shah selama ni protect kau.”

 

“ protect? Celah mana protect aku? Sakitkan hati aku ade la.” Kataku mengejek.

 

“Kau ingat tak waktu cikgu disiplin panggil kau masuk bilik disiplin ?” tanya Acap

 

“ ingat.” Jawabku. Apasal  nak ungkit balik cerita lama ni?

 

“ dia merayu kat cikgu supaya ringankan hukuman kau. Sepatutnya kau kena cuci tandas sebulan tau. Sebab kau jugak , dia sanggup cuci tandas lelaki seminggu.”

 

“ cuci tandas lelaki?” tanyaku terkejut.

 

“ yee.. as an exchange untuk ringankan hukuman kau. Kau macam taktahu cikgu disiplin tu macam mana. Tambah tambah bila si Alice reka cerita.”

 

“ohhhh…patutlah waktu aku simbah air kat si Alice tu , aku nampak dia dari jauh. Aku ingat semua dah balik.”

 

“ banyak benda lah shah buat untuk kau. Kau je tak sedar. Bukan waktu zaman sekolah dulu je. Even sampai sekarang pun , dia still protect kau.  So untuk dia curang dengan kau , aku rasa tak mungkin.dulu dia respect kau sebab kau berpendirian. Kau tak suka orang pijak kau..tapi aku tak tahu bila respect tu bertukar sayang.” Ujar acap.

 

“Eleh ..ye la tu sayang. Puii! Mana kau tahu?”Tempelakku

 

“Aku tahu la..aku kan roommate dia. Aku bestfriend dia. Semua benda dia luah kat aku.” Bangga Acap mengatakannya.

 

“Eh jap! Roommate? Kenapa aku tak tahu ni?”

 

“Dah kau taknak ambil tahu.”  Lantas aku pukul Acap dengan purse aku.

 

“ kai ,shah dah lama sayang kau.. “ Acap pandang aku. Serius. Aku diam.

 

“okay, sekarang aku nak kau balik. Mintak maaf dekat suami kau. Kau dah banyak berdosa ni. Aku takmau sahabat aku jadi isteri derhaka pulak. Cuba Kau bayangkan kalau nanti Allah tarik nyawa kau sebelum kau sempat mintak maaf kat dia..agak agak kat mana tempat kau nanti? Syurga atau neraka?” KD mencelah.

 

“Yelah KD ku sayang. Sejak bila pandai tarbiahkan aku ni? Kau tu kahwin pun belum.” Serentak dengan itu KD cubit aku.

 

“ haa…alang alang kau kat sini.sebenarnya kitorang ada something nak bagitahu kau. ” kata acap

 

“apa dia?”

 

“ malam ni aku dengan KD insyaAllah akan bertunang…so..”

 

“ what?! Bertunang?!” aku jerit.

 

“ janganlah jerit. Apa nak dihairankan. Aku dengan KD dah lama bercinta kot.” Aku pandang KD. KD tunduk malu.

 

“ KD, kau ke yang pinang si Acap ni?” tanyaku.

 

“ Apa pulak..dia la yang pinang aku. Takkan aku nak pinang dia pulak.” KD menafikan.

 

“ laaa..mana lah tahu apa yang kita borakk masa sekolah dulu jadi kenyataan. Acap kan nak kau pinang dia.” Aku mengusik. KD cubit aku.

 

“ datang tau malam ni. Qie dengan zombie pun ada sekali. Aku tak jemput ramai pun. Close friends and family je.” Ujar KD

 

“ okay. thanks KD. Acap. Tenang aku lepas luah segala benda dekat korang” ucapku. Ikhlas.

 

“ haa..nanti balik tanya shah betul betul apa yang jadi. Jangan nak buat ikut suka hati je.” Pesan KD sebelum aku meninggalkan mereka.

 

…..

 

“malam nanti KD dengan Acap bertunang. Kita jumpa kat rumah KD.” Punat send ditekan. Taklama kemudian bunyi mesej masuk kedengaran.

 

“ok.” Balas shah. Sepatah. Aku letak fon dan mempersiapkan diri untuk ke rumah KD. Ada lagi dua jam.

 

….

 Majlis pertunangan KD berjalan lancar. KD dari tadi tak berhenti senyum. Bahagia sungguh aku tengok. Alhamdulillah. Aku tumpang bahagia. Aku nampak shah dari jauh tengah borak dengan Acap. Oh ye..si Alice pun ada sekali. Dia datang dengan shah. Aku tak tahu nak marah ke nak sedih. Apa boleh aku buat kalau shah akhirnya memilih Alice? Aku meninggalkan ruang tamu dan menuju ke halaman rumah KD. Aku berdiri depan kolam renang sambil menghirup air.

 

“hei perempuan! Dasar penipu!”

 

Aku pusing. Alice! Dah agak dah.

 

“apa maksud kau?” tanyaku.

 

“dulu beria sangat nafi tak suka shah la. Takde hati dan perasaan la. Tengok sekarang! Dia dah jadi milik kau. Kau memang munafik kan” kata Alice dengan nada marah.

 

“ aku tak rancang semua ni…aku.aku”

 

“ aku apa?! kau tahu..sejak kau pindah sekolah aku. Shah dah tak pandang aku. Dah tak peduli pasal aku. Semuanya sebab kau!” tempelak Alice.

 

“eh kenapa pulak sebab aku?”

 

“ play innocent pulak dah..can you stop it please? Sejak first day kau datang sekolah, shah dah jadi hero kau. Ingat lagi tak bila aku nak tampar kau dekat dewan makan? Tapi tak sempat sebab shah dah halang aku.”

 

Hmmmm..nak main throwback pulak minah ni. Aku dahla malas nak ingat benda yang dah lepas.hmmm…Layankan jela.

 

“ Dia buat semua tu sebab dia tak nak tengok kita berdrama. Bergaduh kat dewan makan. Semua orang tengok. Lagipun masa rehat dah nak habis.” Kataku. Ulang balik apa yang shah cakap kat aku lapan tahun lepas.

 

“ hahahahahahaha… kau bukan orang pertama kot aku gaduh kat dewan makan. Kenapa sebelum ni dia tak halang aku? Kau ada terfikir tak? Okayla..waktu kau kena denda berlari kat padang. Dia datang kat kau kan?”

 

“so what?” aku angkat kening.

 

“ kau ni memang bengap kan? Ke kau memang dilahirkan tak cukup akal? Kau  tak sedar ke shah suka kau? Sakit hati aku. Aku yang dah lama suka dia. Dia tak pandang pun. Kau jugak yang dia pilih. Kau jugak yang dia back up. Menyampah!”

 

“”back up aku? Please la. Kalau dia back up aku, kenapa waktu kau serang aku dekat padang cakap aku penggoda la gatal la ,dia tak back up aku pun? Dia suruh aku diam ada la.” Dalihku.

 

“ kesian aku tengok kau. Tak tahu cerita lagi eh? Lepas kau pergi , dia marah marah aku depan semua orang. First time aku tengok dia macam tu. Dia jerit kat aku. Dia cakap kau bukan macam apa yang aku katakan. Dia cakap kau perempuan baik. Dan shah..shah tak suka aku..” Alice start nangis.

 

Kebenaran apakah ini? Betul ke apa yang Alice cakap?

 

“shah benci akuuu..shah dah tak suka aku..shah..shaah..” tetiba Alice meracau sambil menangis. Siap ramas rambut lagi. Dah macam orang gila. Minah ni kena rasuk ke apa? aku biarkan. Lantaklah nak nangis ke meraung ke. Bukan masalah aku.

 

Taklama kemudian Alice jalan ke arah aku. Scarynya  muka dia. Dengan mata macam panda. Mascara dah cair. Rambut kusut masai. Aku undur setapak. Dia maju setapak. Aku undur lagi dan

 

“perempuan tak guna! Aku benci kau!” serentak dengan itu Alice tolak aku sampai aku jatuh dalam kolam renang.

 

Weyyy, Aku tak pandai berenang ! terkapai kapai aku minta tolong. Waktu tu aku teringat balik apa yang KD cakap..

 

“. Cuba Kau bayangkan kalau nanti Allah tarik nyawa kau sebelum kau sempat mintak maaf kat dia..agak agak kat mana tempat kau nanti? Syurga atau neraka?”

 

Ya Allah , tolonglah jangan tarik nyawa aku sekarang. Aku taknak jadi isteri derhaka..

 

“ Shah dah lama sayang kau..” suara Acap tergiang ngiang.

 

Aku pun sayang dia. Entah bila perasaan ni muncul tapi aku sayang dia. Aku sayang suami aku. Someone please selamat kan aku.

 

Shah! Jerit ku dalam hati

 

Shah! Selamatkan aku..!  hati aku terus memanggil shah .

 

Sungguh aku berharap ada orang selamatkan aku saat ini.Aku janji lepas ni aku takkan meragui shah lagi. Aku janji lepas ni aku akan jadi isteri yang baik untuk shah. Sungguh aku menyesal.

 

Aku dapat rasakan tubuhku semakin  tenggelam dalam kolam. Mata ku pejam. Nafas sesak. Aku dah tak mampu bertahan. Seandainya ajal ku sudah sampai…

“kai!!!” sayup sayup kendengaran orang memanggil namaku. Dan kemudian aku tak sedar pape.

 

…..

 

Aku bukak mata.

 

“ sayang okay?”

 

Shah! Serentak itu , aku peluk shah. Air mata mengalir laju. Tersedu sedan aku di bahu shah.

 

“shuhhh..semua dah okay. Sayang dah selamat.” Ucap shah sambil gosok belakang aku.

 

Aku melepaskan pelukan. Tangan shah aku capai. Aku cium.

 

“ I’m sorry. I’m truly sorry for everything.”

 

Shah gosok kepala aku.

 

“ sayang tak de salah pape dengan abang. Kalau adapun , abang dah maafkan.”

 

Aku angkat kepala. Shah sapu air mata aku. Aku pandang sekeliling. Eh kat rumah? Aku pandang tubuh aku. Baju aku dah lain.Aku pandang shah.

 

“erkkkk..abang tukar baju sayang sebab tadi basah. Takut sayang demam pulak.” Kata shah sambil gosok leher. Aku membulatkan mata. Tangan disilangkan menutupi dada.

 

“pervert!” kataku.

 

“ eh apa pulak pervert. Abang ni suami sayang tau. Abang berhak ke atas sayang.” Ucap shah. 

 

“ I know tapi..tapi..”

 

“ takyah tapi tapi. Abang bukan tengok pun. Abang pakaikan baju sayang sambil pandang tempat lain tau..”

 

“ yeke?” tanyaku waswas.

 

“ kalau abang cakap abang tengok semua macam mana?” duga shah.

 

Aku pukul dada shah. Malu! Aku dapat rasakan muka ku blushing.

 

“tengok.. pipi dah blushing. Macam buah tomato. Chantek!”

 

Aku tutup mukaku dengan bantal. Shah tarik bantal dari tanganku. Aku pandang shah. Dia pandang aku.

 

“cuppp!” shah cium pipi aku. Ulang balik. Shah cium pipi aku!!! Aku terkejut. Untuk kali ketiga mataku membulat.

 

“ sayang cantik sangat malam ni.” Seram pulak aku dengar ayat shah.

 

“ dahh..dahhh..jangan nak macam macam.. jom tidur!” kataku lalu menarik selimut menutupi muka.Kedengaran shah ketawa mengekek. Taklama kemudian dia baring disebelahku.

….

Pagi yang sangat tenang. Yang membahagiakan. aku nak pusing tetapi pergerakanku terbatas. Aku bukak mata. Tangan shah sedang elok menlingkari pinggangku. Aku senyum. Aku  membetulkan posisiku menghadap shah. Aku tatap muka shah yang sedang tidur.Tanganku menyentuh dahinya. Kemudian ke mata. Mata yang sangat menawan bagiku. Bulu mata yang panjang. Kemudian Tanganku bergerak turun ke hidung. Hidung takde lah mancung sangat. Tapi nice! Lepastu tanganku bergerak ke bibir. Bibirnya aku elus perlahan. Bibir yang telah cium pipi ku semalam. Tanpa sedar aku ukir senyuman.

 

“auchhh!” tanganku digigit. Shah!

 

“seronok tilik muka abang?” aku terkejut.

 

“ abang hensem kan?” tanyanya lagi. Aku tak menjawab sebaliknya berusaha melepaskan pelukkannya yang semakin erat.

 

“nak pergi mana hmmm?”

 

“ lepaslah . nak mandi. Solat.” Ujarku.

 

“okay. Jom mandi sama sama.” Usik shah.

 

“taknak!” aku gigit tangan shah menyebabkan pegangan nya terlepas dan cepat cepat aku berlari ke bilik air.

 

……

“ shah” aku seru shah.

 

“yes.” Sahut shah.

 

“ can I ask you something?” mata masih lagi memandang ke langit. Shah pun sama. Kami sama sama menghayati keindahan Tuhan. Sama sama tengok matahari terbenam dari beranda.

 

“ tanya apa?” tangan shah melingkari pinggangku.

 

“ I saw you with Alice at the restaurant the other day.”

 

“ ohhh pasal tu la sayang marah haritu ek. Takdela. Abang bukan saja saja nak jumpa dia. Abang jumpa dia sebab dia ada ugut nak cederakan sayang kalau abang tak jumpa dia. Sebelum ni memang banyak kali dia ajak jumpa. Tapi abang tolak. So haritu kebetulan abang ada appointment kat luar jadi abang pun jumpa je la dia.”

“but I saw she holds your hands and you just let her be.” Sambungku.

 

“eh mana ada abang biar dia pegang tangan abang. Abang lepaslah. Ni mesti sayang tak tengok habis ni macam dalam drama melayu.” Shah gosok kepala aku.

 

“habistu kenapa dia ikut waktu majilis KD?”

 

“sebab dia kata kereta dia rosak. Abang mulanya taknak layan. Tapi dia cakap tu last dia jumpa abang. Lepasni dia nak pergi ikut pakcik dia ke new Zealand. Abang pun percayalah. Taksangka dia ada niat nak cederakan sayang. Kalau abang tahu, memang abang tak bawak dia. I’m sorry sayang.” Shah pandang aku.

 

“it’s okay. Benda dah jadi.”balasku.

 

“Sayang” seru shah.

 

“Hmmm”

 

“Nak dengar satu cerita tak?”

 

“Cerita apa?” tanyaku.

 

“ Tajuk dia the arrow with the heart pierced through it”

 

“Nice. Go on “

 

“There was once an arrow who woke up one day with a heart pierced through it. It searched for the owner of the heart because it was weighning on him. The arrow asked everyone he met If they owned the heart. Everyone denied the heart was theirs. As the arrow continued to search, he noticed the heart was getting lighter. He didn’t know why. Probably losing weight or he is gaining strength. The heart maybe able to carry itself. They passed another who asked the arrow “how long have you been looking for the owner of this heart?” the arrow realize that he hold the heart for too long.So the arrow decided to let go the heart and The heart just slowly moved back from the arrow. Slowly..very slowly…until the heart is not longer pierced through the arrow.”

 

“ sedihnya cerita.” Ulasku.

 

“that’s what I thought at first.”

 

“maksudnya?”

 

“ I means to let you go..”

 

“why?”

 

“because I am the arrow who  realize that  your heart is not mine. I did everything so that you , the owner of the heart will wake up and accept me but  you didn’t .You slowly walked away from me from time to time.”

 

“ sorry…”

 

“ the , The arrow whom used to have a heart pierced through him trying to move on but he was too heavy and he was dragging himself down. The arrow couldn’t understand why he felt heavier when he’s no longer had the load of carrying somebody’s heart. So the arrow tried to go back to his pointy life and everyday he would wake up feeling heavier than usual. That’s how felt when we not longer talk to each other.” Shah pandang aku.

 

Aku terkedu. Shah sambung lagi.

 

“One day he heard a question too familiar…

“excuse me ? did you lost your heart?”

The arrow was surprise. It’s the heart who used to be pierced through him. And there was no reply.”

 

“why?”

 

“ because they didn’t need any.” Shah pandang aku. Lantas bibir shah bertemu bibirku. Lama.

 

“thanks for coming back to me. Thanks for accepting me. Thanks for allowing your heart get back to me. Thanks sayang! I love you.” Kata shah penuh syahdu.

 

“ terima kasih jugak sebab abang tak pernah putus asa dengan hubungan kita” kataku.

 

“ abang? Akhirnyaaaa…” shah senyum. Nampak sangat gembira.

 

“ so did you love me now? As you said “abang” is for a husband and wife whom love each other.” Shah pandang aku. Kening terangkat.

 

“ of course. Now and forever.” Kataku kemudian memeluk shah.

 

Ya Allah terima kasih untuk kebahagiaan ini. Sungguh aku bahagia. insyaAllah aku akan jaga hubungan ini baik baik. Kini , cintaku bukan lagi cinta monyet. Ia cinta sejati.

Monday 27 March 2017

Cerpen (OTHERS) : Tiada Syarat Untuk Cinta

#Assalamualaikum...hai. nak promote ni,this story from our friend too...not mine.. cerpen ni ada maksud deep, pendapat saya la...hehe.. tapi nice. Selamat membaca ok! Jangan segan2 nak drop komen. Huhuhu

Sang bayu meniup tubuhku . Dingin hingga aku mengetap bibir . Bunyi ombak menemani pemikiran ku yang kaku . Hingga tak terucap dek kata. Tak terfikit dek akal . Kerana mana mungkin insan di hadapan ku ini mempunyai perasaan suka kepadaku .

 Dari bicaranya seolah-olah serius dan tiada gurauan . Namun hatiku ragu dan diulit bahagia pada masa yang sama . Mungkin kerana dia si pemuda tampan dan datang dari sebuah keluarga yang berada . Sedangkan aku wanita tak berupa malah tiada apa yang boleh dibangga-bangga . Ya ! itu bukan keluhan tapi kenyataan hakikat yang sudah lama aku redha . 

" Kau tak kenal aku lagi "

" Hati tidak punya syarat untuk mencintai "

" Tapi aku tak layak . "

"Poyo ,  kalau saya ucapkan kata-kata manis saja . Tapi cuma satu saya pinta . Percaya dan bagi saya peluang , "  

Kata akhir itu membuat aku mendongak dan menatap wajahnya . Wajah yang aku idamkan itu sedang menatap wajahku . Jujur aku katakan aku juga menyukainya . Tapi sesaat pun aku tidak pernah bermimpi untuk berjalan seiring dengan nya . Kerana aku sedar . Aku tidak sepadan dan tidak layak dengan nya . 

Namun hati aku tewas . Perlahan hati aku mula berangan . Memujuk segala prasangka buruk dan percaya bahawa cinta tidak mengenal rupa . 

Si tampan mencintai dan menerima baik buruknya dia si wanita hodoh . 

Sehingga aku lupa untuk menoleh . Dan menyedari bahawa sekeping hati juga mampu untuk beralih arah . Kini aku yang jatuh . Kini aku yang merasa . Aku yang terkena sakitnya ditusuk serpihan kaca . Kerana hatinya yang meninggalkan aku si wanita hodoh yang ternyata hanya sampah baginya . Pahit ,  sakit . Namun siapa aku untuk mempersoalkan segalanya ?  

Aku yang tidak punya malu untuk menganyam cinta . Aku yang tidak sedar diri ingin menumpang kasihnya . Ya ! Aku lah wanita itu .

_

"  Dina ,  kau nangis lagi ,   "  tegur sahabat ku entah untuk yang keberapa kali .

Aku kesat air mata ku . Kenapa hati ni degil sangat ?  Kenapa dia menyayangi seorang lelaki yang tak sudi ?

" Its enough babe . Jangan nangis untuk lelaki macam dia . "  sambung Syira lagi lalu duduk di sebelah ku .

" Aku cuba . Tapi hati ni lebih rela bertahan . Walaupun dah terang lagi bersuluh . Yang dia dah tak nak kat aku . "  jawabku sayu . Kenapa hati ni sakit sangat ?  Jawabnya sebab dia yang degil . Degil dan tak ikut rentak akal fikiran .

" Aku tak tahu nak cakap apa lagi . "  jawab Syirah hampa . Mungkin kecewa dengan sikap aku .

" Kau tak perlu cakap apa-apa . Just always be my side . It more than enough . "  ucapku ikhlas . Lalu tersenyum simpul . Tapi dia tunduk kan pandangan nya memandang bawah lantai lalu perlahan menggenggam tangan ku seolah memberi kekuatan . Ya ! Dia lah ibu dan juga ayah bagiku . Kerana hanya dia yang sudi untuk bersahabat dengan anak yatim seperti aku   .

_

" Saya tak mahu semua ni . Tapi keluarga saya yang mahu saya berkahwin dengan pilihan mereka . "  ujarnya tanpa menatap wajahku .

Saat dia meluahkan kata-kata manis dia menatap wajah ku untuk menyakinkan aku . Tapi saat ini dia berpaling wajah sebagaimana hatinya sudah berpaling dariku . Sakit namun aku ukirkan senyuman untuk menutup perasaan kecewa yang menggigit hati aku . Kerana apa ?

Kerana aku malu untuk nampak kan kekecewaan aku.  Teruk dan sesak di dada . Kini itu yang aku rasakan .

 Salah aku kerana terlalu memuja dia . Salah aku kerana memberi segala rasa cinta hingga tiada yang tinggal untuk aku simpan . Ya semuanya salah aku . Bukan dia .

"  Saya mohon maaf atas segalanya . Dua tahun waktu kita bersama . Saya tak kan lupakan semua tu . "  luahnya lagi . Namun aku masih kelu .

Dua tahun kami bersama . Namun setahun  aku saja yang mempertahankan . Bertepuk sebelah tangan .

Kenapa aku bertahan ?   Kerana percaya dan peluang aku berikan sepenuhnya . Tanpa berfikir akibatnya .

Setahun aku berpura bahawa hatiku bahagia . Aku sedapkan hati aku dengan perkataan bahawa dia akan berubah . Tapi kini terbukti yang pengorbanan aku adalah sia-sia . Apa gelaran yang layak aku dapat ?

"  Saya minta maaf Dina ,  " luahnya namun kali ini dia menatap wajahku .

Aku ukirkan senyuman .

" Tak pe ,  aku doakan kebahagiaan kau . "  balas ku selamba .

Ku lihat matanya membesar . Terbeliak . Mungkin terkejut dengan reaksi aku . Ataupun gembira kerana dia sudah boleh pergi begitu sja ?

"  Dina okey ?   "  soalnya .

Aku angguk kan kepala . Saat ni aku tak tahu nak kata apa . Adil tak kalau aku nangis depan dia dan kata yang aku tak relakan dia kahwin dengan siapa-siapa selain aku ? Adil tak bila aku merintih depan dia dan mengemis cinta dari dia ?

"  Saya minta maaf Dina   . " sekali lagi aku angguk kan kepala ku .

"  Tak pe . Sekuat mana kita genggam pun bila Allah takdirkan perpisahan . Ia akan terlerai juga . "  balas ku . Ayat Syira ni lah yang memberi sedikit sebanyak kekuatan kepada aku .Dan hari ni dia jadi pelengkap lakonan aku .

_

" Cantik tunang Adib kan ,  memang patutlah dia tinggalkan aku . " luahku dengan airmata yang mengalir .

" Aku dah agak benda ni akan jadi macam ni . "Balas Syira seakan-akan marah dengan tindakan Adib .

" Dah dah lah stalk mamat tu . Biar lah dia dengan life dia . Lelaki macam tu . Tak layak pun untuk kau . "  marah Syirah lagi sambil mengambil telepon bimbitku .

" Aku yang tak layak untuk dia . " ujarku perlahan . Lalu membenamkan wajahku di bawah bantal . Sakit hati ,  sakit hingga tak ada cahaya lagi yang bisa aku lihat . Dulu aku menghina habis habisan orang yang rela  bunuh diri akibat cinta . Namun tanpa aku sedari ,  kini aku juga sedang membunuh jiwa aku perlahan-lahan .

_

Dua hari lagi ,   Adib akan menikah . Puas aku lupakan dia . Tapi pandangan mata ini tidak pernah lupa tatapan matanya . Mungkin ,  jika saat ini dia kembali dan inginkan aku lagi . Aku tidak akan berfikir untuk menerima kembali . Mungkin aku akan ketepikan segalanya demi dia . Ya ! Mungkin .

" Adina ,  " ada suara yang memanggil ku .

Aku menoleh dan cuba seka air mata aku yang mengalir . Namun air mata itu mengalir lagi saat wajah dia yang aku lihat . Kenapa aku tak pernah membenci walaupun hakikatnya dia yang mengkhianati ?  Kenapa aku masih teruja bila menatap wajahnya ?

" Adib , "  panggil ku perlahan . Tak sangka wajah yang aku rindu kini sudah ada di hadapan ku . Kini persoalan demi persoalan mengisi kotak fikiran . Namun aku hanya mampu diamkan semua . Aku sedar dia kini sudah menjadi hak orang .

" Awak apa khabar ?   "  soalnya dengan senyuman . Aku balas senyuman nya . Lalu air mata yang mengalir ku seka secepatnya .

" Alhamdulillah ok . "  balas ku lalu menghampirinya .

" Sunyi je butik . Syirah mana ?   "  soalnya sambil duduk di atas sofa yang berada di tepi pintu masuk ke butik .

" Syira cuti . "  jawab ku lalu cuba untuk berlagak selamba .

" Boleh saya bercakap dengan awak sekejap ?   "  soalnya yang membuatkan hatiku berdegup kencang .Perlahan aku angguk kan kepala lalu duduk di hadapan nya .

" Sebelum saya menikah ,  "  kata-katanya terhenti di situ . Dan aku . Hanya mampu menahan tangis menanti perkataan nya yang seterusnya . Apapun yang akan dia katakan . Aku tak ingin menangis . Kerana kenyataan yang dia akan menjadi milik wanita lain , walaupun sakit tapi itulah hakikat yang aku kena terima .

"  Saya nak bagi ni pada awak . "  ujarnya lalu menghulurkan satu kotak berwarna merah . Ku dongak kan kepala menatap wajahnya .

" Apa tu ?   "  soal ku teragak-agak .  Ku lihat dia menyeka air matanya . Dia menangis ,  tapi kenapa ?

" Tu kotak yang Adib nak bagi dengan awak . " ujarnya yang membuatkan aku tidak faham . Apa maksudnya ?

" Saya bukan lelaki yang awak cintai . Adib Hanafi . Dia adik kembar saya . "  ujarnya serius . Aku hanya mendengar . Saat ni aku rasa seperti aku sedang bermimpi . Apa kah penipuan yang Adib ingin lakukan sekarang ?

Apakah dia fikir hidup aku seperti permainan sehingga dia boleh menganggap ianya cerita sinetron yang boleh diputar belit olehnya ?

"  Saya tahu susah untuk awak nak percaya . Tapi saya tak tipu . Saya bukan Adib Hanafi .Saya Adib Hanif "

" Adib , "  panggil ku . Lalu menarik nafas panjang . Air mata yang ingin mengalir akhirnya jatuh juga . Dengan kudrat yang ada aku cuba untuk ungkapkan kesakitan yang aku rasa .

" Cukup . " ujarku .

" Saya minta maaf . "potongnya .

" Aku tahu aku wanita hina di depan kau . Tapi cukup . Cukup permainkan perasaan ni , "  ujarku lalu menyentuh dada ku yang terasa membengkak .

" Adib Hanafi . Lelaki yang awak cinta dah tak ada . Inilah hakikat yang saya tak sanggup bagitahu awak   . "

" Sebelum Adib pergi dia titipkan kotak ni untuk awak . Dia suruh jelaskan pada awak perkara yang sebenar . Tapi saya tak sanggup . Saya tak sanggup lukakan hati wanita yang adik saya cintai . Saya yang salah sebab anggap diri saya boleh menjadi Adib . "  ujarnya lagi .

Kotak merah tu aku capai . Lalu ku buka satu kotak cincin yang ada di dalam nya . Ada satu kad diselitkan di dalam nya .

' Hati tidak punya syarat untuk mencintai .

Kerana itu jangan tanya .Kenapa saya cintakan awak . My princess ,  will you marry me ?  '

Ku tutup kad itu dengan hati yang berdebar-debar .  Lalu satu gambar ku capai .

' We are twin .  Terkejut tak ?   Saje nak bagi surprise  . My princess , can you find the man that truly loving you ?  '

Itu kata-kata yang tertulis di belakang gambar itu . Saat ini aku kaku . Saat ini aku hilang akal . Lelaki yang aku cinta sudah tiada ?

" Adib aku mana ? " soalku . Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sakit yang aku rasa kini . Sesal yang teramat kini bersarang di dalam jiwa .

Kenapa selama ni mata aku buta ?  Kenapa selama ni aku tidak boleh menilai hati  lelaki yang aku cintai .

" Adib dah tak ada Dina . Dah setahun dia pergi .  " balasnya .Aku gelengkan kepala ku tidak percaya .

" Adib aku masih ada lagi . " balas ku dalam tangisan . Sungguh aku amat berharap bahawa semuanya hanya mimpi saja . Kalau aku diberi pilihan . Aku rela dikhianati nya  . Aku rela .

Selama ni aku tercari-cari tatapan mata yang penuh cinta . Selama ini aku tercari-cari senyuman manis yang aku puja .

Kini aku tahu mengapa semua itu hancur punah . Kerana bukan lelaki itu yang menerima segala baik buruknya si wanita hodoh seperti aku . Bukan hati itu yang berdegup setia untuk mencintai aku . Bukan dia . Tapi Adib Hanafi . Ya dialah lelaki yang mempunyai hati dan senyuman itu .

Sesungguhnya aku yang salah menilai cinta dia . Ya !  aku yang salah .

Tamat

From : @Ayra Suhaimi