Tuesday 31 March 2015

Cerpen : Cintai dia!

Aku sampai hari ni pun tak faham kenapa atuk aku dan atuk dia nak satukan kami bersama sedangkan seluruh dunia tahu yg kami ni hate each other. Since sekolah menengah lagi tahu tak? Kenapa semua orang mcm tak tahu je ni? Aku dengar je la apa yg atuk aku dan atuk dia bincangkan sambil gelak2 tu padahal aku tak rasa kelakar langsung. Aku jeling mamat poyo sebelah aku ni dia pun tayang muka nak marah jugak tapi apakan daya tam ada seorang pun yg hiraukan kami berdua yg tengah bermasam muka ni. Kenapalah keluarga kami know each other? Payah!
"Bertunang sebulan dah la, anggap mcm sementara majlis perkahwinan sedia" 
"Aku ikut je Man, mana2 pun boleh asalkan mereka berdua ni kawin" 
Otak aku gelegak bila mereka boleh bincang selamba badak sedangkan aku yg kat depan mereka buat tak nampak je. Nak tunggu kepala aku keluar asap dulu baru nak perasan kut.
"Siapa yg nak kawin tok? Iq tak nak" akhirnya keluar jugak suara mamat poyo ni. Bukan je poyo! Playboy pulak tu! Ei! Sakit hati aku ni ha.
"Siapa yg nak kawin? Cha tak nak" giliran aku utk protes. Sepanjang hayat kami hidup tak pernah sekali pun kami sehati tapi kali ini kami dgn matlamat yg sama iaitu kami berdua tak nak jadi pasangan masing2. Aku dgn dia? Eww.. baik kawin dgn pak guard sunway lagoon. Hensem doe! Dah la muda lagi baru je aku pergi usha minggu lepas. Hihihi.
"Kamu berdua la" jawab dua atuk ini serentak. Aku rasa dah kali sejuta aku dan dia protes tapi satu orang pun buat tak layan. Nanti hari kawin aku lari baru dorang tahu.
"Tak nak!" Jerit aku dan mamat poyo tu serentak. Mereka berdua ketawa lagi. Aku tak rasa yg kami buat lawak pun.
"Apa salahnya, ni harapan arwah nenek kamu berdua dulu. Nak satukan cucu mereka" aku rasa mcm nak menangis je ni. Kenapalah susah sangat mereka nak reda yg aku dgn mamat ni memang tak boleh bersatu sebab memang akan meletup. Bukan gabungan mcm Adam dan Stacy tapi gabungan buat meriam buluh tau. Boleh putus kaki dan tangan semua. 
"Tak semestinya semua harapan kita akan tertunai kan?" Soal mamat tu lemah dan beredar dari ruang tamu. Aku buat ulung kalinya menyokong dia kali ini. Betul jugak tak semua impian dan harapan akan termakbul. Heh! Bijak punya statement.
"Kenapa kamu berdua ni degil sangat?" Suara atuk aku dah mula meninggi. Baik aku melarikan diri sebelum aku sorang je yg makan leteran pedas berasap atuk. Tak aci doh kalau aku kena sorang kalau mamat tu yg kena sorang aku tak kisah langsung. Biar dia terbakar terus pun ok je sebenarnya. Hahaha.
"Iqmal Hariz! "
"Edisha Hana!" Erk! Cepat melarikan diri. Pintu kereta aku buka cepat2 dan terus memecut pergi. Macam kurang ajar tapi ni salah satu teknik nak selamatkan diri dari atuk dan tok. Hahaha. Lantaklah apa nak jadi pun yg aku tahu aku tak nak kawin dgn mamat tu.

"Weh! Kau ni bodoh ke?" Soalnya keras dan aku ternganga bila dia kata aku bodoh? Kalau orang kata aku bodoh maknanya dia yg bodoh sebab cari pasal dgn aku.
"Kau la bodoh! Kenapa aku pulak yg bodoh?" 
"Dah kerja mcm ni pun tak boleh settle. Bodohlah!"
"Kalau kau tak bodoh kenapa tak settle jugak? sama la! Kau pun bodoh jugak!" Tempik aku geram. Peduli apa aku kalau semua pekerja kami dengar. Kalau atap runtuh sekalipun aku tak peduli. Ni pun atuk dan tok yg paksa aku dan mamat ni handle dia punya syarikat. Kalau bukan sebab pujukan mereka aku pun tak ingin la nak kerja dgn dia sebab buat sakit hati je.
"Bengong!" Ujarnya lalu file ditunjal ke kepala aku. Umi!!!! Mamat ni main dgn kepala Cha! Pantang lapan belas keturunan aku kalau main dgn kepala otak aku.
"Bangang!" Aku mengetuk kepalanya dgn file yg sama. Mulut dia ternganga sebab menahan geram. Tahu dia je pandai marah ingat aku ni jenis tak ada perasaan ke apa? Kurang ajar punya budak.
"Biawak!" Jeritnya pula.
"Buaya!" Geramnya aku. 
"Burung!" 
"Baik burung dari buaya ok! Dah la buaya darat! Bodoh kera pulak tu!" Aku boleh nampak muka dia mula merah menahan geram. Kalau perang mulut jangan ingat aku nak mengalah. Sorry la eh. Pintu diketuk dan kepala secretary mamat ni muncul.
"Iq, Cha..."
"Keluar!!!" Memetir suara aku dan mamat ni pada masa yg sama. Terus Hadi pergi dari situ. Kami teruskan bergaduh mcm orang gila. Dah rasa mcm setiap suara kami keluar peluru dah mcm main game.
"Iqmal Haris! Edisha Hana! Stop it!!!" Aku dan mamat ni pandang orang yg berani marahkan kami. Erk! Rasa mcm tertelan tulang oracle pulak bila muka garang atuk yg memenuhi ruang mata. Aku dan dia sama2 betulkan pakaian dan kami berdiri tegak.
"Tak malu ke? Tak malu dah 27 tahun tapi gaduh macam budak 7 tahun? Satu floor boleh dengar suara kamu berdua tahu tak?" Tegas suara atuk memarahi kami dan kami hanya mampu menekur lantai. Takut nak angkat muka pandang atuk. Aku jeling mamat ni tapi dia balas jelingan aku dgn lebih tajam tak semena mena kaki aku memijak kakinya dan dia mengaduh sakit. Atuk pandang aku dgn mata yg hampir terkeluar. Masaklah.
"Kamu berdua ni dah melampau! Disebabkan kamu mcm ni, kami dah decide yg minggu depan kamu bertunang!" Atuk terus menonong keluar sementara aku dan dia melopong.
"Atuk!" Aku bersuara dan mengejar atuk begitu juga dgn mamat ni. Kami berdua mengejar tapi tak berjaya. Aku pandang dia dgn muka membunuh, kalau la bunuh tu bukan satu jenayah dah lama dia ni aku kerat 101. 
"Ni semua kau punya pasal!"
"Aku? Suara kau yg kuat mcm petir!" Marahnya balik.
"Suara aku?! Dasar gila!"
"Kau la gila! Tak pasal2 kena bertunang dgn kau pulak!" 
"Kau ingat aku nak?"  Suara kami sama2 meninggi dan boleh nampak orang lain pun terkejut dgn berita yg kami akan bertunang. Mesti semua orang tengah doakan majlis tu nanti tak lingkup kan?
"Ah! Layan kau ni boleh gila!" Bentaknya lalu dia berlalu ke pejabatnya.
"Dah memang gila pun!" Balas aku kuat dan bergerak ke pejabat aku. Aku hempas pintu dgn kuat bila aku dengar dia hempas pintu. Biar tercabut terus pun tak apa buat habis tenaga je nak kena buka pintu lepas tu nak kena hempas pulak. Ya Allah, sabar Cha. Jgn marah2 nanti cepat tua la weh. Tapi aku rasa memang dah tua pun skrg ni.
"Tea?" Soal Iqa, SU aku merangkap kawan baik aku dunia akhirat.
"Yes!" Aku berkata dgn tenang dan mencapai cawan yg dihulur Iqa. Aku meneguknya perlahan lahan dan mula rasa tenang sedikit. Iqa tersengih pandang aku dan dia memeluk tubuh sambil duduk di kerusi di hadapan aku. 
"Better?" Soalnya lagi dan aku senyum segaris.
"Better. Aku tak faham kenapa atuk aku dan tok dia tak habis2 nak satukan kami berdua. Sedangkan satu dunia tahu kami ni mcm hantu dgn ustaz!" Iqa gelak tiba2. Apesal pulak minah ni nak gelak bagai. Aku tengah serius habis ni.
"Hantu dgn ustaz? Pehal?" Soalnya dan dia ketawa lagi.
"Betullah,bila hantu jumpa pak ustaz dorang gaduh kan? Tak kisahlah mcm ultraman dgn monster pun ok"
"Kartun betul otak kau ni ek" 
"Kartun tak kartun aku peduli apa. Peninglah. Lepas ni aku ada meeting tak? Kalau tak ada aku nak baliklah. Penat"
"Penat gaduh dgn Iq?"
"Bukan penat gaduh tapi nak muntah tengok muka dia!" 
"Kau ada satu je lagi meeting, then kau boleh balik" aku bersandar lemah pada kerusi yg selesa ni kemudian merenung atap. Kusut sungguh fikiran aku skrg ni. Kenapalah dalam ramai2 lelaki mesti mamat poyo perasan bagus tu jugak yg kena jadi pilihan keluarga aku.

"Mama sayang Cha" bakal mak mertua aku menyarungkan cincin dan pipi aku serta dahi dicium penuh kasih sayang. Aku tersenyum sedikit walaupun aku tak nak sebenarnya. Aku salam tangan mama dan kemudian aku salam tangan umi. Walid senyum pandang aku dari jauh. Bahagialah atuk dgn tok kan? Sebab harapan mereka dah tercapai. Aku mengeluh dan biarkan orang lain bergembira di majlis pertunangan aku ni. Kelibat mamat tu pun aku tak nampak tapi baguslah tak payah aku nak tengak muka dia boleh aku imagine bertunang dgn ora g lain hari ni. Teruk betul perangai aku kan? Nak imagine siapa? Justin Bieber? 

"Abg nak apa?"soal aku geram. Bukan apa, ni la satu satunya abg aku dan adik beradik aku yg lain tapi punyalah suka dia jodohkan aku dgn mamat poyo tu. Hari ni mesti dia bangga gila kan sebab aku dah bertunang dgn mamat tu.
"Termakbul jugak doa abg nak Iqmal jadi adik ipar kan?" Soalnya dgn kening terangkat sedikit. Kurang asam punya makhluk! Aku gigit bibir bawah menahan geram, kalau tak fikirkan malu dgn tetamu dan tak fikirkan maruah keluarga kat sini jugak aku telan abg hidup2.
"Ingat tau, Kak Ina tu pun tunang abg je. Jgn kempunan kalau tak dapat jadi isteri" ugut aku sakan. Ha! Tahu gelabah.
"Cha! Apa ni? Main ugut2 pulak!" "Gelabah! Dah tu jgn usik Cha!" 
"Eleh, padahal dia jeles, tak dapat tunang dgn pakwe sendiri"
"Blahlah abg! Tak payah nak tambah sakit hati Cha!" Suara aku meninggi sedikit dan abg dah gelak sakan.
"Umi! Tengok abg ni, usik Cha" adu aku pada Umi dan mcm biasa umi mesti backing teruna dia. Malaslah nak cakap dgn orang dalam rumah ni. Sedih betul! Aku ni dibuat mcm anak tiri pulak. Pheww... drama habis!

"Kalau kau tak muncul sehari dalam hidup aku tak boleh ke?" Soal aku bengang. Kenapalah mesti dia muncul depan aku setiap hari rimas tau tak. Menyampah pun ada sebenarnya.
"Tolong sikit, aku pun tak hingin tau!"
"So, what makes u are standing in my office?" 
"To tell u that u need to cover me for the deal with Mr. Kent."
"Why me? I dont want to involve with your client!"
"Do u think i want to? Oh just please do it!"
"Why? Where are u going?" 
"None of your business. Just cover me. Thats all" 
"Fine! When?" 
"Hadi and Iqa will follow u. Just ask them." Dia terus keluar tanpa ucap thanks or what la. Apa jenis orang la minta tolong mcm nak ajak perang lepas tu blah mcm tu je? Ceh! Menyampah la aku dgn dia ni. Kenapalah aku setuju nak tolong dia tadi kan? Menyesal!
"Kau sure ok ni? Macam tak je" Iqa bersuara risau bila tengok keadaan aku yg agak tak terurus sebab bengang dgn mamat poyo tu. Aku cuba utk senyum dan aku tahu senyum tu tak ikhlas langsung.
"Aku mintak maaf bagi pihak Iq. Tapi client ni penting utk syarikat" Hadi bersuara serba salah. Aku angkat beg dan hentam bahu Hadi. Selalu sangat backing bff dia tu. Dia terkejut dan mengaduh sakit, mulalah si awek dia ni nak backing.
"Menyampahlah aku dgn drama korang ni. Blahlah Hadi. Aku ok je! Aku buat ni bukan utk mamat gila tu. Utk syarikat jugak" 
"Ni baru la Cha yg aku kenal" Hadi bersuara sambil gelak. Aku gelak sedikit lalu bersandar dan peluk tubuh. Entah macam mana la rupa client si mamat poyo tu. Harapnya hensem la boleh jugak buat hilang rasa tak ikhlas aku ni. Hehehehe.
"Jom!" Ajak Hadi dan aku berjalan di belakang Hadi dan iqa. Bercinta tak ingat dunia betul dua orang ni. Aku suruh kawin tak nak kalau tak boleh tambah lagi sweetness dalam percintaan dorang ni. Sebaik tiba di meja yg ditempah khas utk kami aku terus duduk tanpa banyak soal. Hadi dan Iqa berada di satu lagi meja tak jauh dari kami. Kemudian aku yg duk termenung tunggu orang ni tersentak bila ditegur. Bukan apa, aku ni kalau bab tunggu orang memang tak suka langsung.
"Are u...."
"Yes! HBR Holdings" aku tersenyum dan terus berdiri bila dia agak keliru. Mestilah kan. Dah yg janji nak jumpa dia kat sini siapa? Bukan mamat poyo yg berlagak sibuk mcm presiden bawah tanah je.
"I thought Mr. Iqmal" ujarnya tersenyum manis. Hensem weh mat saleh ni walaupun tak sehensem JB, badan tough, tinggi lampai. Totally my type ha. Ok Cha! Behave. Dia pun dah pandang kau pelik bila asyik duk tenung dia je. Aku betulkan tudung dan berdehem sedikit.
"Kent Smith" dia memperkenalkan dirinya dan tangan dihulur utk bersalam. Aku tundukkan wajah tanda menghormati dan dia sepertinya faham la kut.
"Edisha, i'm sorry " aku menolaknya lembut.
"It's ok. My fault" ujarnya pula. Aku senyum lagi bila dia asyik senyum je. Bila nak duduk ni? Ke nak berdiri je hari ni?
"Have a seat, or u just want to discuss while standing?" Soal aku bergurau dan dia tergelak kecil. Comel!
"I dont think so, our discussion will take a few hours" ujarnya bergurau dan aku ikut sama gelak. 
"Kent Smith? Sounds so familiar. It's like a name from movies"
"Really? I dont watch so much" 
"I love to watch movies" amboi! Nak berkenalan ke nak berbisnes ni? Lain mcm je aku ni.
"English movies?" Soalnya berminat.
"All! Almost all."
"Thats mean u can speak other language?" 
"No! So sad right?"
"No, it's fine. Dont be sad. I'm so busy and dont have enough time for myself"
"U must get married." Saran aku beria. Amboi! Cakap mcm orang dah kawin 10 tahun
"Why?" Soalnya pelik.
"To find someone that can make u give time for yourself" 
"Really?" Soalnya tak yakin.
"Yes, i believe so"
"I hope so. But, my marriage is fail" ujarnya dgn mata memandang ke meja. Erk! Dah kawin rupanya. Aku terus diam tu la banyak mulut sangat tadi kan. Skrg dah tersentuh isu sensitif orang lain.
"I'm sorry, it just a joke" aku cuba utk ketawa dan dia pandang aku sambil senyum.
"It's ok" 
"Ok. Lets order first, then we will move to important part"
"Ok."
"Waiter!" Aku memanggil pelayan dan mereka datang dgn menu. Aku dan dia sama2 memilih apa yg hendak kami makan di restoren western ni.
"Thanks"ucap aku pada pelayan tersebut setelah order.
"Daddy!" Jerit satu suara kecil dan terus memeluk Mr. Kent. Aku yg memerhati hanya mendiamkan diri bila dua bibir itu berbicara. Si kecilnya meminta utk didukung dan Mr. Kent meminta maaf.
"John, let me finish my work ok?" Soalnya pada anak lelakinya lembut. Daddy yg baik.
"Mr. Kent, u may have time with your son" aki cuba utk memberi ruang.
"Daddy, im scared. I wanna be with u here. Please" pintanya sedih. Aku pun kesian ni.
"I cant. John.."
"Mr. Kent,it's fine. I dont mind." 
"John, dont be so stubborn ok?" Mr. Kent mula bertegas dgn anaknya dan anaknya mula mengalirkan air mata. Budak kecil yg aku anggar baru je berumur lima tahun ini dah mula menangis.
"Jemma, take him" arah Mr. Kent pada pengasuh anaknya kut. Kesian la pulak.
"Mr. Kent. May i hold him?" Soal aku meminta. Dia nampak berat hati tapi dia mengangguk. Badan kecil itu aku dukung dan peluknya erat.
"John, do u feel better? Do u have a nightmare?" Soal aku padanya dan dia mengangguk lalu memeluk tubuh aku erat. Aku meletakkan dia atas riba dan mula bertanya itu dan ini. Mulut aku ni banyak jugak sebenarnya.
"Are u sleepy?" Soal aku padanya dan dia mengangguk.
"U should sleep ok? Your daddy will be with u after this. Sleep well" aku mencium dahinya dan serahkan pada pengasuhnya. Setelah itu aku kembalikan fokus pada Mr. Kent.
"Are u married?" Soalnya pada aku dan aku tergelak.
"Not yet" 
"Oh, i thought u have already married"
"Not yet. But i do love kids so much" 
"I'm scared" ujarnya tiba2.
"Why? Am i look scary when play with your son?"
"No! What i mean here is, im worry if he asks about u again"
"How long u will be in malaysia?" Soal aku padanya.
"Three days."
"How about tomorrow, do u have any plan?" Dahi dia berkerut dan dia menggeleng.
"Great! Let me take both of u for a walk. Ok?" Soal aku teruja. Tak sabarnya! Jalan2 dgn duda mat saleh anak satu weh. Dah la mata dia biru. Comel sangat.
"Sure?" Soalnya pelik.
"Yes! This is my card. If u are free, just give me a call. Now, let settle our business" 
Perbincangan terus dimulakan dan tak makan masa yg lama sebab Mr. Kent memang terbaik lagipun Hadi cakap mesti deal dgn dia. Aku dah deal jadi kerja aku dah siap. Kau kena belanja aku nasi kandar negeri 9 Iqmal. Nasi kandar asal nogori ke? Mcm tak je kan? Main belasah je aku ni.

"He looks happy. Thank u so much" aku mengalihkan pandangan pada Mr. Kent bila puas melihat tubuh kecil itu lena dgn penat. Kuat berlari betul John ni. Tapi whole day dgn mereka buatkan aku rasa gembira jugak dah la ponteng kerja weh. Hahaha. Serve client!
"My pleasure. I'm happy too. Dont u?"
"Most happiest." Ujarnya dgn memandang aku penuh senyuman manis. Hailah hati suka betul aku dgn senyuman ni tapi apakan daya kami ni mcm lngit dgn bumi.
"It's late already and your flight is tomorrow. U should get an enough rest right?"
"Yes! Thank u again"
"Ok. Next time if i am visiting new york, u should take me for a walk" aku berkata sambil ketawa senang.
"I will. Please, be there"
"Send my hello and kiss to John. I will miss him" aku pandang John yg dah lena dalam kereta.
"How about his daddy?" Soalnya mengusik. Boleh tahan jugak duda ni eh. Hahahaha.
"I will miss u, both"
"We will miss u more"
"Ok! Make sure u do" dia ketawa kecil. Hensem mamat ni.
"Better u go now, bye" ujar aku lemah. Perkenalan selama dua hari ni mcm cepat sangat je berlalu kan? Tapi biar sekejap asal ada moment yg boleh di kenang.
"Give me your email. We still can contact"
"Everything on my card. Details" 
"Ok then. Bye" aku hanya mampu memandang mereka berlalu dan agak lama aku berdiri di laman rumah. Aku masukkan tangan dalam poket seluar dan berjalan masuk ke dalam rumah.
"Mat saleh mana tu?" Soal abg sebaik nampak muka aku. Sibuk betul la dia ni.
"Client" jawab aku selamba.
"Baiknya dgn client, sampai keluar jalan2" 
"Apa yg abg tahu hubungan dgn client? Abg bukannya ada client pun"
"My patient is my client ok?" 
"Whatever. Umi,walid, Cha naik atas dulu. Nak mandi" aku terus berlalu sebab malas nak gaduh dgn abg aku tu. Kenapalah dia tak keluar je dari rumah ni dan kawin cepat2. Mcm ada niat nak menghalau je kan? Hahaha, gurau je la.

"Where have u been yesterday?" Soal Iqmal dgn suara yg tinggi. Dia ni kalau bercakap dgn aku mcm aku duduk jauh 100 KM dgn dia tapi kalau dgn awek dia, mcm share telinga bisik pun dah dengar. Menyampah betul la aku dgn dia ni.
"Aku dah apply cuti ok!" 
"Siapa yg luluskan kau punya cuti?" 
"Aku sendiri la! Aku pun boss kat sini ok!"
"Susah cakap dgn orang gila ni!"
"Lagi susah cakap dgn orang bengong mcm kau ni!"
"Ah! Mcm mana deal dgn Mr. Kent?" Soalnya malas.
"Kan senang kau tanya terus je awal2. Tak payah nak test vokal kau kat bilik aku ni."
"Boleh tak terus cakap direct je! Kau ingat suara kau sedap mcm Miley Cyrus?!" Eh! Sangkut paut pulak dgn singer tu. Sah otak gila dia ni..
"Ah! Dasar otak mereng!"
"Tak faham bhasa melayu ke? Aku tanya pasal deal tu"
"Fine! Deal tu terdeal! Aku dah dapat contract tu. Now, thanks me!" Aku angkat kening meminta tapi dia buat tak layan dan terus keluar bodoh mcm tu je. Sakitnya hati ini ku juga merasai. Eh! Mcm lupa lirik je ni.

"Mangkuk betul la mamat tu! Sepatutnya dia berterima kasih dgn aku tau! Banyak jasa aku tolong dia!" Berasap betul mengenangkan jasa aku yg langsung tak dihargai oleh mamat tu.
"Tak baik mengungkit, kata utk office. Kan?" Ujar Iqa
"Haah la. Sakit otak je kalau fikir pasal mamat perasan dia serba bagus tu."
"Lantaklah korang. Btw,mana kau dating semalam?"
"Dating kepala lutut hang? Jalan2 la weh, dgn anak dia" ujar aku dgn senyuman melebar.
"Amboi! Two fish at one time ha?" "Peribahasa apa kau guna ni?"
"Lantaklah, best tak? Dating dgn mat saleh"
"Best la jugak. Aku suka anak dia,pandai gila kau! Dah la pelat omputeh dia aku tak berapa nak faham. Last sekali aku angguk je" aku dan Iqa sama2 gelak akhirnya.
"Tapi, hensem kan Mr. Kent?"soalnya pada aku dan aku tersenyum lagi.
"Sangat!" 
"Gatal jugak kau eh? Sedar diri sikit dah jadi tunang orang" pesan Iqa
"Ish! Kau ni spoil mood la." Marah aku pula.

"Kau tahu mana Cha pergi semalan?" Soal Hadi bila mereka lunch bersama. Iqmal buat muka malas nak melayan dan dia teruskan makan.
"Bukan bini aku nak ambik tahu dia pergi mana" balas Iqmal selamba. Hadi mengeluh dan membuang pandang ke luar.
"She is with Mr. Kent" jawab Hadi pula dan Iq terkejut lalu pandang muka Hadi tak percaya.
"Mr. Kent? Our client?" Soal Iqmal hampir tak percaya.
"Yup!" Jawapan Hadi buatkan Iq ketawa kecil.
"Really? Thats mean the deal is success because of that?"
"No la Iq. Deal malam tu lagi dah settle. U know right Cha loves kid so much. She is bring his son to walk around"
"Oh! I see, glad them happy whole day they were here"
"Yes." Mereka berdua terus makan tanpa banyak suara lagi yg kedengaran.

Sakitnya hati aku duk tengok persiapan majlis kawin kami ni. Kalau pasangan lain mesti tak sabar gila kan? Lain betul dgn aku yg 
Tak nak semua ni berlaku dah la tinggal seminggu je lagi sebelum bergelar isteri kepada mamat poyo tu. Kenapalah semua orang taj nampak yg ini adalah kesalahan terbesar dunia, wah! Havoc bunyinya kan?
"Pergi try baju kawin petang ni ok sayang?" Soal Umi buat aku rasa lemah tak berdaya. Malasnya nak pergi tapi angguk jugak. Dah mcm bukan diri aku buat benda yg aku tak suka langsung nak buat. Mengapa harus begini, mengapa harus terjadi, amboi! Nyanyi sakan na ,boleh masuk mentor ni.
"Pergi dgn Iqmal" berpisat kepala aku pandang Umi tapi boleh pulak umi sengih dan tinggalkan aku sorang2 kat sini. Umi! Tak nak!

"Masuklah cepat! Ingat anak raja ke nak suruh aku buka pintu?" Arah mamat gila ni pada aku.
"Kalau aku anak raja tak kawin dgn anak utan mcm kau ni!"aku merengus kasar dan bukakan pintu terus masuk dan hempas pintu kereta dia kuat2. Padan muka.
"Woi! Tinggi mandat kau! Aku pun tak pernah tutup pintu kereta aku kuat mcm tu!" Marahnya geram. Aku buka pintu dan hempas lagi kuat dari tadi. Merah muka dia tahan geram ha. Padan muka! Ingat aku takut dgn kau? Boleh kirim salam je la.
"Kurang ajar kau ni kan? Umi dgn walid tu punyalah orang paling baik ats muka bumi, mcm mana boleh lahirkan orang kurang otak mcm kau ni?" 
"Weh! Kau jgn nak main dgn mak bapak aku. Kau pun sama la. Mama dan papa baik mcm malaikat, tapi anak mcm. Set...." 
"Set apa? Set apa?" Soalnya geram. Nafas aku dan dia sama2 dah turun naik ni. Aku rasa meletup kereta dia ni nanti.
"Keluar! Pergi dgn kereta kau sendiri!" Dia halau aku? Dgn rasa bangga aku keluar dari keretanya dan bergerak ke kereta aku. Baik tak payah datang rumah aku kalau setakat nak aku pergi sendiri. Membazir petrol dan menambahkan co2 dalam bumi. Panasnya hati aku ni.

"Aku nak pakai hitam!" Tegasnya.
"Gila ke? Akad nak pakai hitam? Orang pakai putih la mangkuk!" Tegas aku pula. Agak2 la dia ni nak pakai hitam. Dasar otak gila.
"Aku peduli apa!"
"Kena pedulilah mangkuk. Ingat majlis pengebumian ke?" Soal aku geram.
"Kawin dgn kau dgn mati sama je"
"Weh orang gila! Baik kau tak payah datang. Biar aku kawin sorang2"marah aku geram.
"Kau la tak payah datang. Nak suruh aku jadi cucu derhaka pulak!" Bentaknya pula. Ada je ayat dia nak lawan ayat aku kan? Benci!!!
"Dasar mulut puaka! Pilih putihlah Iqmal Haris!" Aku berkata tegas dan dia diam. Eh! Dah boleh diam pulak.
"Fine! Kau pilihlah sorang2. Kawin sorang2 malas aku nak involve" ujarnya lalu angkat punggung. Geram pulak aku rasa dgn dia ni. Kalau boleh kawin sorang2 aku pun tak ingin la nak kawin dgn kau.
"Kau ni kan?" Geramnya aku dgn dia ni.
"Cik, encik. Saya minta maaf tapi pelanggan kami yg lain dah risau dengar kamu berdua bergaduh. Tolong perlahankan suara sedikit boleh?" Pinta tuan kedai. Buat malu je la dah tua2 pun bergaduh lagi. Tapi memang tu makanannya.
"Sorry" pinta mamat tu lembut dan dia tersenyum sedikit. Aku menarik nafas dalam2 dan mula bertenang. Aku membelek sample yg disediakan begitu juga dgn Iq. Kami berdua dah tenang sedikit dan diam lama.
"This one!" Ujarnya dan aku pada masa yg sama. Aku cakap melayu la dia yg cakap omputeh.
"Same!" Aku berkata sedikit teruja bila lihat pilihannya dan pilihan aku adalah baju yg sama. Tapi kenapa dia pilih baju perempuan dia pun nak pakai sekali ke?gila!
"Try!" Ujarnya tegas. Aku herotkan mulut dan memanggil tukang jahit la kut. Taj tahu la aku apa mandat dia kerja kat sini. Setelah aku tunjukkan yg mana dia terus mengambil contoh dan minta aku utk mencubanya. Setelah menyarungkan di tubuh aku rasa agak ketat la pulak. Bukan ketat sangat cuma tak selesa.
"Cepatlah weh. Bosan dah aku tunggu" 
"Siapa suruh kau tunggu. Iq, ketat la" ujar aku kuat. Malulah nak keluar mcm ni depan dia, bukannya laki aku pun. Dosa tetap dosa weh.
"Kau gemuk sangat la tu!" Ujarnya serius. Kurang ajar punya mangkuk! Dia kata aku yg slim ni gemuk? Bencinya aku kat mamat ni sekor.
"Jgn keluar kalau baju tu ketat sangat. Tunggu aku mintak size lain" ujarnya pula. Dasar orang gila! Setelah dua minit aku kutuk dia kaw2 dia datang dgn baju yg sama tapi saiz lain. Aku cepat2 tukar dan aku rasa yg ni agak besar la pulak. Susah jugak nak cari baju yg sesuai ni kan.
"How?" Soalnya pula.
"Ok kut! Tapi longgar sangat" 
"Banyak songeh la kau ni. Keluar aku nak tengok" terkejut aku bila pintu dibuka,nasib baik aku masih lagi lengkap menutup aurat. Main redah je mamat ni kan? Aku keluar dari bilik itu dan Iq pandang aku atas bawah. 
"Besar la pulak kan?" Soalnya sambil menggaru dagunya yg tak berjanggut tu.
"Miss, can u fix it?" Soalnya pada tukang jahit.
"Bila nak ambil" 
"In 4 days?" 
"Oh! I'm not so sure about that" ujarnya serba salah.
"It's ok, kita boleh try baju lain" aku bersuara pula. Sedih, baju ni aku suka sangat. Ke aku patut balik kuruskan diri lagi or gemukkan diri lagi? Mcm mana? 
"No! I'll pay double. Can u fix it, please?" Ha! Dah mai dah lelaki manis mulut Iqmal. Miss itu tak menolak dan angguk bersetuju. Amboi! Bertekad betul nak baju ni mcm dia je yg nak pakai baju ni nanti.
"Kau ni tekad betul eh?" Soal aku padanya. Pada masa yg sama puas hati jugak sebab baju tu aku dapat jugak. Biarlah walaupun kawin tak ikhlas yg penting aku puas hati dgn diri sendiri. Gila kan?
"Baju tu je yg buat kau tak nampak buruk" ujarnya tenang dan terus berlalu dari situ. Suhu badan aku naik balik. Dah mendidih dah ni rasanya, Ya Allah, bantulah hambaMu ini utk bertenang. Sebaik aku keluar tergesa gesa utk memarahinya aku terlanggar seseorang di luar butik dan untung dia sempat sambut aku kalau tak makan sembah bumi namanya.
"Are u ok? I'm sorry" pintanya lembut dan aku boleh pulak tangkap moment pandang orang yg dah selamatkan aku ni. Aku berdehem dan menjarakkan diri darinya, tangannya di pinggang aku juga dileraikan. Aku garu leher sebab malu sangat ni. Aku menundukkan wajah dan memandang kasut aku sendiri.
"Edisha Hana" lembut suara yg menyapa telinga aku ni. Aku angkat muka dan terkejut. Erk!
"Ilmi Farhan. Right?" Soal aku teruja sampai dah terlompat lompat ni. 
"Yes! Awak ingat saya lagi?" Ujarnya sopan. Aku senyum segaris dan serba salah. Dulu aku pernah reject mamat ni tau sebab dia cute sangat. Aku pulak jenis yg suka maskulin gitu. Aku tak berani la nak pandang muka dia lagi.
"Kenapa ni?" Soalnya lagi. Dia ni memang maintain comel dan gentle mcm dulu cuma skrg ni dah tinggi dan kuat sikit kut. Sebab aku pernah kutuk dia dulu ke dia berubah ni? Dah jadi maskulin sikit.
"Nothing, dah tiga tahun kan?" Soal aku serba salah.
"Yup, u look more gorgeous" ujarnya lembut. Aku angkat muka pandangnya dgn senyuman manis. Senyuman yg dulu aku tak dapat nak beri pada dia. Bila aku tengok dia dalam2 dia ni memang dah hensem sangat skrg ni. Hailah hati...
"U look more hensem" puji aku pula dan dia senyum manis. Kenapa mcm aku suka pulak dia senyum kali ni selama ni menyampah je. Mesti dia dah kawin ni or paling kurang dah ada buah hati kan?
"Dah taj cute ke?" Soalan dia buat aku serba salah. Dia ingat lagi ke dgn sebab bodoh aku reject dia dulu. Aku telan liur dan pandang jam di tangan. Aku tak rushing pun sebenarnya tapi kekok dan malu bila jumpa dgn dia.
"I have to go. Nice to meet u again." Aku terus mengatur langkah utk berlalu tapi dia menghalang aku cepat.
"Cha, take my card." Hulurnya dan aku dgn malas mengambilnya dan terus berlalu dgn laju. Aku masuk ke dalam kereta dan tanpa menoleh lagi aku terus berlalu dari situ. Nasib baik datang berasingan dgn mamat poyo tu senang sikit.

Aku merenung siling dan kad nama Ilmi pada masa yg sama. Serabut betul la aku dgn kemunculan dia semula. Kenapa dia mesti datang balik selepas tiga tahun dah la dia mcm dah berubah terus dan aku rasa dia masih ingat ayat kasar aku bila aku tolak dia dulu. Just because him too cute i ve rejected him. Stupid!
Hari ni perkahwinan Hadi dan Iqa jadi besarlah mandat aku nak jadi dia punya pengapit tapi malangnya bila Iq yg jadi pengapit lelaki. 
"Abg Hadi, tak nak kenalkan kat Ira ke kawan abg ni?" Sepupu2 Hadi dah mula nak menggedik dan Iq mestilah suka sebab diakan buaya darat. 
"Let me introduce myself. I'm Iqmal. Nice to meet u alls" Hadi mengeluh dan senyum malas. Siapa tak kenal Iq yg pantang tolak bila ada awek nak try. Dah awek nak try dia lagi la dia suka. 
"Dia ni tunang orang ok girls? Better all of u stay away" ujar Hadi dan Iq jeling dia geram. Marahlah belum sempat nak menggatal dah kena halang. Hadi tersenyum puas bila semua gadis itu mula beredar. 
"Kau ni teruk kan?" Marah Iq.
"Aku ke kau yg teruk, lagi dua hari kau nak kawin tau. Bawak2 berubah la Iq" nasihat Hadi tanpa jemu.
"Kalau perkahwinan tu aku suka aku boleh berubah. Tapi tak" 
"Like it or not u will be the groom. Ok?"
"It's hard" 
"I know, but u should try" 
"Try? If the bride is not that crazy girl i can try. But its not!" 
"Malas dah aku nak nasihat kau" Hadi bersuara malas dan mendapatkan isterinya. Iq hanya mampu mengangkat bahu dan mengikut langkah Hadi.

"Aku jumpa Ilmi" aku bersuara pada Iqa.
"Ilmi? Ilmi Farhan? That cute guy?" Soal Iqa terkejut. Aku pun terkejut jugak weh.
"Yes."
"He still recognize u?"
"So bad, he is" 
"Ya Allah, so how?" 
"Doa je la yg aku tak kan jumpa dia lagi. Dah la dia bertambah hensem skrg. Tak cute mcm dulu dah. Dah ada man!" 
"Sure?"
"Yes. Aku rasa boleh fall in love weh" 
"Gila!".
"Bie!" Sapa Hadi dan perbincangan kami pasal Ilmi terus berakhir. Aku tersenyum lihat pasangan bahagia depan aku ni dan mata aku juga singgah pada Iq yg duk usha awek yg lalu lalang. Teruk punya perangai mamat ni.

"Aku terima nikahnya...." aku kini isteri kpda lelaki yg aku tak suka. Kisah duka aku akan bermula skrg. Saat akad telah dilafazkan. Perkahwinan ini sangat meriah dan kecoh satu rumah bila baju akad baru je selesai malam tadi. Aku pulak yg nak tergelak bila ingat balik. Tu la pasal beria sangat nak baju ni jugak kan? 
"Kau senyum kenapa?" Soal Iq bila aku duk senyum seorang diri.
"Teringat kecoh malam tadi. Bila baju akad tak siap lagi" aku tergelak sedikit dan Iq ikut sama tersengih.
"Aku tidur dua pagi tunggu baju kau siap" aku terkejut dan pandang dia tak percaya. Dia sanggup tunggu? Wah! Miracle yg tak dijangka ni.
"Kenapa kau beria sangat?" 
" aku bayar double ok." 
"Kedekutnya kau"
"Tak kisahla, yg pnting kau dapat pakai baju ni kan?" Soalnya dan dia pandang aku. Aku senyum segaris bila mata kami bertaut di atas pelamin ni.

"Photoshoot time!" Aku dah mengeluh malas. Bab ni la yg aku paling malas sekali sebenarnya tapi atuk dan tok dah settle semua pasal benda ni. Aku dah pergi salin baju begitu juga dgn Iq. Bila semua dah bersedia kami mulakan utk photoshoot. 
"Guys, u are married ok?" 
"Iqmal, peluk pinggang isteri u" amboi! Banyak cantik muka kau cameraman.
"Tak payah la. Saya geli" ujar aku selamba. Selamatkan keadaan sebenarnya.
"Saya pun geli" ujarnya menyokong. Kurang ajar betul mulut dia ni kan? Rasa nak cili je.
"Sekejap je. Please. One shot" aku mengeluh malas dan mendekati Iq yg dah mencuka. Aku berdiri di hadapan Iq dan reda je la kalau dia nak peluk aku ke tak. Rasanya memang tak kut. Dah la panas dan malas aku nak berlama kat sini dgn dia. Buat2 sweet palsu pulak. Buat sakit hati je.
"Iqmal, peluklah" aku boleh dengar dia mengeluh dan aku pun dah malas nak tunggu.
"Weh! Kau boleh tolerate tak? Aku penat tau! Kau ingat aku nak sangat kau sentuh aku. Geli la weh!" Ujar aku geram dan dia memandang aku tajam.
"Fine! Jgn menyesal pulak!" Ujarnya bengang dan terus pinggang aku dipeluk erat. Aku telan liur dan biarkan je la dah dia sudi cepatkan proses ni baguslah. 
"Mesra lagi" melampau betul kalau dah sampai mintak itu ini. Keluarga aku dan dia pun suka la kan tengok kami seksa terpaksa mcm ni. Pinggang aku dirangkul kemas dan Iq bawa badan aku menghadpnya. Aku telan liur dan berpeluh resah. Dia ni mcm dah tekad habis je. Tiba2 wajah aku didekatkan dgn wajahnya, aku dah nak pengsan ni tapi dia ignore je dan kemudian dahi aku dicium lembut. Iqmal ni dah gila ke apa? Bersorak orang lain ha. Kali ini ciumannya singgah di pipi aku. Aku tolak badannya dan dia menjegilkan mata geram.
"Kau nak settle cepat kan?" Soalnya serius. Aku mengeluh dan biarkan je dia buat sesuka hati. Lantak kau la Iqmal malas aku nak melarang. Segala aksi yg cameraman mintak dia buat dan aku reda je la tengok dia buat aku ni mcm anak patung pulak dah!

Sama2 penat la malam ni. Aku tak fikir panjang terus masuk dalam bilik air dan mandi bila aku keluar terkejut bila tengok Iq depan pintu bilik aku. Dah la aku berkembam je ni. Aku terus menjerit dan lari masuk ke dalam bilik air. Kenapalah aku tak kunci pintu tadi? Bodoh betul la aku ni kan? 
"Weh! Kau keluar dari bilik aku skrg!" Jerit aku kuat dan aku dapat dengar bunyi pintu ditutup. Aku cepat2 keluar dan terus pakai baju lengkap dan siap bertudung lagi tau. Tak lama lepas tu aku keluar dari bilik dan join yg lain bersantai di ruang tamu.
"Cha, kenapa tak bukak tudung?" Semua mata pandang aku bila umi tanya. Aku berkerut sebab pelik. Dah mamat poyo ni ada dalan rumah kenalah pakai tudung. Aku memuncungkan mulut menunjuk Iqmal yg masih lagi dengan kemejanya. Walid dan abg gelak kuat bila aku buat mcm tu. Dah kenapa pulak mereka ni?
"Cha, pergi teman Iqmal naik atas. Rehat" ujar Umi dan aku pelik.
"Dia boleh gerak sendiri" ujar aku malas.
"Edisha Hana! Pergi teman Iqmal. Dia tu suami kamu" bila atuk bersuara aku terus angkat punggung. 
"Cepatlah!" Arah aku pada Iqmal yg tersengih bila aku kena marah. Dia angkat kening dan hulurkan tangan pada aku. Nak aku buat apa? Kerat bagi makan kat burung? Dia mengangkat kening lagi dan aku memegang tangannya dgn kuat. Dia tergelak kecil lalu kami naik ke atas bersama. Dasar kepala otak gila la mamat ni. Masuk je dalan bilik aku rentap tangan dan buat muka menyampah.
"Kau ni memang menyakitkan hati kan?" Soal aku dan tunding jari padanya. Dia boleh buat muka bodoh pulak. Geramnya aku.
"Kau lagi menyakitkan hati" balasnya dan dia terus masuk ke dalam bilik air. Aku dah baling semua bantal yg ada atas katil. Gila! Iqmal gila!

"Make sure mereka berdua satu bilik" pesan atuk pada Iqa dan Hadi. Mereka berdua mengangguk faham dan masukkan bagasi ke dalam kereta. 
"Make sure mereka tak gaduh" pesan tok pula kali ini. Hadi dan Iqa angguk lagi. Apalah nasib mereka pergi double honeymoon dgn pasangan yg kuat bergaduh ni. Hadi dan Iqa pulak yg kena gadaikan honeymoon mereka tapi mereka tak kisah asalkan dapat satukan hati Iq dan Cha.
"Kenapa rumah ni ada dua bilik je?" Soal aku bengang.
"Satu utk kau dan Iq satu utk aku dgn Hadi" jawab Iqa.
"Aku dan Iq? Gila namanya. Aku tak nak! Kenapa tak sewa chalet je?" 
"Atuk dan tok kau yg sewa rumah ni. Ok la"
"Tak nak aku! Aky lebih rela tidur tepi pantai drpd tidur sbilik dgn orang gila tu" bentak aku.
"Siapa pulak yg sebilik dgn kau?! Aku pun tak nak! Eloklah kalau kau nak tidur tepi pantai. Biar hanyut ombak terus. Senang!" Ni yg nak berasap ni.
"Kau tu sepatutnya hanyut ombak!" Balas aku geram. Tangan dah mula mencapai sesuatu di tangan dan aku mula membalingnya. Chaos satu rumah ni ha. Hadi dan Iqa pun dah larikan diri dan aku dgn dia terus berperang mulut dan barang sekali kut. Memang dahsyat la skrg ni.
"Weh perempuan gila!" 
"Kau la gila! Dasar otak udang!" Aku dapat rasa dia luku kepala aku kuat. Sakitnya ya Allah. Aku terus terkam dia dan kami bergelut lama akhirnya dia jatuh dan menindih aku kuat. Nak patah belakang aku ni. Aku tolak badannya dan aku menarik rambutnya kuat. Mati kau!
"Sakitlah!" Jeritan dia aku tak endah langsung. Sakitnya hati aku dgn dia ni dah lama sangat sabar dah tak boleh nak sabar lagi.
"Iq! Cha!"
"Bie, pegang Cha!" Arah Hadi dan iqa peluk badan aku erat. Hadi pula pegang Iq yg dah mcm masuk hantu. Habis rambutnya berserabai begitu juga dgn aku, habis senget tudung aku ni ha. Muka aku dan dia sama2 merah menahan marah dan kami dibawa berjauhan.
"Apa kau buat ni Cha?" Soal Iqa lembut. Mungkin dia pun terkejut  yg kawan baiknya ni seganas ni kan? Aku tarik nafas dalam2 kemudian ambil air yg dihulur oleh Iqa. 
"Aku nak keluar" 
"Dah malam ni, kau nak pergi mana?" 
"Kejap je" aku betulkan tudung dan keluar dgn rasa sakit hati yg menggunung, bila fikir balik apa yg aku buat tadi rasa bodoh je sebab aku tak patut buat mcm tu. Mcm budak tak masuk pra sekolah je gaduh sampai tarik rambut bagai. 

Aku berjalan di pesisir pantai dan berhenti bila dengar ada suara lelaki sedang bercakap.
Aku jeling mamat yg sedang mengeluh itu. Macamlah aku tak tahu siapa kan? Kaki adu! Dasar manja.
"Anak mak!" Aku bersuara kuat dan dia pandang aku. Laju dia atur langkah mendekati aku. Aku angkat muka pandangnya dan dia menunjal kepala aku. Ni saja nak cari pasal pulak ke? 
"Kau ni kenapa?" Soalnya bengang. Aku lagi bengang.
"Saja. Hobi!" Aku tunjal bahunya dan berjalan pergi. Dia buat muka taj heran dan aku terus berjalan tanpa hiraukan dia. Tiba2 aku ditegur oleh tiga lelaki dan aku layankan je la sebab nampak mcm baik. Tapi bila mereka mula memaksa aku utk ikut mereka minum aku mula rasa tak selesa.
"Saya nak balik. Terima kasih" aku nak berjalan pergi tapi ada satu tangan halang aku. Aku rentap tangan dan menumbuknya geram. Aku belajar taekwando ok walaupun sekerat jalan je.
"Korang jgn nak kurang ajar!" Marah aku geram dan menapak pergi tapi mulut aku ditekup dan aku tak sedarkan diri lagi lepas tu.

"Apa kau nak buat? Lepaskan budak tu!" Jerit Iq dan ketiga tiga lelaki itu ketawa riuh. Iq yg dah terlampau geram maju dan belasah seorang demi seorang sehingga mereka bertiga melarikan diri.
"Orang gila pun korang nak!" Jerit Iq bila mereka bertiga lari. Iq menyentuh Cha yg terbaring di tanah dgn kakinya. Setelah puas kejutkan Cha langsung tam bergerak. 
"Kau nak tidur tepi pantai kan? Bye!" Iq terus berjalan meninggalkan Cha yg masih lagi tak sedarkan di situ dan berlalu mcm dia tak tahu apa2.

Sakitnya kepala aku ni. Aku buka mata perlahan lahan dan terkejut bila sedar je Iqa tidur di sebelah aku. Aku cuba ingat balik apa yg jadi semalam tapi blur je. Yg aku ingat aku sempat tumbuk seorang je.
"Bagun la Iqa. Solat!" Aku mengejut Iqa dan badannya mula bergerak. Dia bersila di tepi aku dgn sisa mengantuk.
"Kau ok?" Soalnya sambil menguap.
"Ok je. Kepala pening sikit. Aku mandi dulu" 
Selesai solat aku tunggu Iqa solat dan kemudian kami berborak ringkas.
"Aku tak tahu apa jadi, tapi Iq yg bawak kau balik semalam. Kau pengsan" 
"Iya?" Soal aku terkejut. Mana dia jumpa aku eh? Aku keluar dari bilik dan mencari kelibat Iq utk tanya apa yg dah terjadi tapi Hadi cakap Iq dah keluar awal pagi lagi. Katanya nak tengok sunrise. Orang mcm dia pun reti ke hargai keindahan alam ni? Bukan keindahan perempuan je ke dia layan? 
"Mana mamat poyo ni?" Soal aku bila dah puas cari kemudian aku nampak seorang lelaki yg asyik dgn kameranya sedang baring santai atas batu. Aku mendekatinya dan pandang mukanya yg sedang menutup mata. Tidur ke? 
"Weh!" Aku menyepak kakinya dan dia buka mata. Dia pandang aku mcm nak telan je.
"Boleh tak kau jgn rosakkan suasana yg indah ni?" Soalnya bengang. Aku buat muka tak layan je.
"Aku nak tanya pasal semalam" ujar aku direct.
"Malas aku nak cerita" ujarnya lalu memanjat turun dari batu tinggi itu. Aku cuba untuk terjun tapi bila fikir balik boleh patah kaki kalau silap mendarat nanti. Aku turun ikut jalan selamat dan memngejarnya dari belakang.
"Ceritalah. Apa dah jadi kat aku?" Soal aku lagi dan dia berkerut dahi.
"Kau sure nak tahu?" Soalnya dan aku mengangguk yakin.
"Semalam kau hampir kena rogol"ujarnya dan langkah yg aku atur berhenti seketika. Aku sentuh diri aku dan jantung aku mula berdebar. 
"Tiga lelaki tu buka semua baju kau!" Air mata aku mula bergenang, ya Allah aku dah tak suci lagi ke? 
"Sampai kau fully undress" ujarnya lagi. Langkah yg aku atur semakin perlahan. Tak larat lagi nak ikut langkah perlahan Iq.
"Dorang sentuh segenap tubuh kau" aku mula menangis dan menyentuh jijik tubuh aku. 
"Nasib baik aku sempat sampai. Aku selamatkan kau dan bawa kau balik" ujarnya dan berpaling ke belakang bila lutut aku tak lagi dapat diangkat. Aku terus terduduk di situ dan menangis teresak esak. Aku meraung mcm orang gila, habislah maruah aku yg aku jaga selama ini ya Allah.
"Umi!!!" Jerit aku kuat. Aku memukul pasir pantai dan ombak yg memukul pantai membasahkan pakaian aku. Aku dah tak peduli!
"Umi! Umi!" Raung aku lagi dan Iq terus berlari mendapatkan aku yg dah lemah ni.
"Iq! Apa aku nak buat skrg?" Soal aku lemah dan memukul badan Iq lemah.
"Weh! Cha, kau jgn mcm ni. Orang tengok la"
"Umi...." aku terus menangis lagi. Rasa jijik dgn diri sendiri.
"Cha! Aku tipu je. Aku reka cerita je. Mana ada dorang sempat buat apa2 kat kau. Taj ada satu benda pun jadi semalam. Kau selamat dan aku bawak kau balik dalam keadaan selamat" terang Iq menenangkan aku. Aku terdiam sekejap dan cerna balik apa yg Iq cakap lepas tu aku terus pukul badan dia kuat. 
"Kurang ajar kau!!!!" Marah aku mula membuak buak dan dia biarkan je tangan kecil aku ni memukul badannya sehingga puas akhirnya aku sendiri yg penat dan berhenti dari memukulnya. Kolar bajunya aku cengkam kuat. Rasa nak bagi penumbuk je kat muka mamat ni.
"Dah habis marah?" Soalnya dgn muka tenang. Nampak sangat tak menyesal kan? Aku bangun dan berjalan pergi jauh darinya. Nak marah aku bila dia mainkan perasaan aku ni. Ingat aku tak sentap ke? Gila punya Iqmal!

Sepanjang hari aku perang dingin dgn dia sampai bercakap pun tak bergaduh pun tak. Masing2 diamkan diri je. Hadi dan Iqa pun pelik bila aku dan Iq senyap je selalunya mulut mcm machine gun asyik nak tembak each other je. Aku tengok tv dan Iq dah hilang entah ke mana. Lantak dia la nak pergi mati pun aku peduli apa.
"Bie, may we?" Aku dengar suara Hadi yg berbisik pada Iqa. Aku buat tak layan dan malas nak dengar pasangan bahagia ni.
"Nak apa?" 
"You" terdengar suara Iqa ketawa kecil. Aku pulak yg panas telinga kat ruang tamu ni. Bila aku pandang belakang mereka berdua dah mcm mat saleh aku tengok. Geli anak tekak aku tengok adegan tak malu mereka.
"Weh! Masuk bilik la! Gila nak buat anak kat sini?" Marah aku dan mereka berdua terus bergerak masuk ke dalam bilik. Dasar gila betul la. Apa yg gilanya, betul la tu kan? Enjoy every moment during honeymoon. Tapi aku ni rasanya nak meletup sorang2 kat sini. Tak lama selepas itu Iq balik dan dia terus menonong ke bilik tidur Hadi dan Iqa. Aku bangun dan menghalangnya cepat,nasib baik dia belum sempat buka pintu bilik kalau tak free show la kami kat luar ni.
"Kau pehal?" Soalnya kasar.
"Hadi dan Iqa busy" aku berkata tenang dan kemudian dia angkat kening sebelum tersengih sedikit.
"Busy? Nice word" ujarnya lalu tergelak kecil. Dia bergerak ke dapur dan aku kembali ke sofa tengok tv. Tak lama selepas itu dia keluar dan duduk di ruang tamu bersama aku. Kami tengok cerita english yg mcm sweet romance gitu. Cerita mcm kami jugak bergaduh sakan masa mula2 kawin tapi dorang gaduh lagi dahsyat kut. Sakit perut aku dgn Iq gelak. Gila kelakar tengok cerita ni tak rasa yg aku pun dua kali lima je sebenarnya.
"Cakap je la yg kau saya g!"marah aku geram bila si lelaki mcm takut2 nak confess.
"Tak gentle langsung!" Mlut Iq turut beri komen.
"Kalau cinta sejati ni memang perkataan paling susah nak sebut ialah I Love You. Tapi kalau cinta murah playboy ni, hujung bibir je" aku perli sedas dan dia jeling aku geram. Lama gila nak tunggu lelaki ni confess. Kutuk punya kutuk sakit hati punya sakit hati aku tunggu dia confess akhirnya end up dgn tak cakap apa2.
"Bongok! Tak makan sayur ke?" Marah Iq bila dinner mereka habis mcm tu je. Aku jeling Iq, dia pulak yg action lebih2. Suasana diam lagi dan fokus kami berdua memang hundred percent kat skrin.
"Just tell me what u feel!"
"Why?"
"I want to know! Just be honest"
"What about u?what do u feel for me?" 
"I ask u first!" Tengking si heroin.
"Fine! U want the answer?" Soal hero geram.
"Yes!" Jerit heroin lagi dan terus hero meluru mencium bibir heroin. Aku telan liur bila tebgok cerita orang dewasa ni. Aku garu leher yg masih lagi bertudung dan muka aku mula merah. Aku malu nak pandang Iq sebelah aku ni. Dah2 la tu kiss nya pergi buat kerja lain pulak,iklan or what ke. Ingat ke kat situ je tapi bila mereka terus kiss sehingga ke bilik tidur dan memang benda lain yg mereka nak buat aku dah tak boleh nak tengok. 
"Laparnya!" Iq bersuara dan dia terus ke dapur. Aku cepat2 capai remote dan ubah siaran ke siaran agama. Cantik! Aku garu dahi dan tenang sedikit bila Iq keluar dan join aku tengok tv. Aku menarik nafas lega dan Iq juga nampak lebih tenang. Gila punya cerita! 
"Berkahwin ni umpama, mendapat percikan2 syurga. Jadi seharusnya bila kawin, suka atau tak. Cinta atau pun tidak. Kena ingat satu perkara yg perkahwinan itu satu penyatuan. Janganlah kita pandang mudah bab kahwin ni. Walaupun akadnya mudah tapi tanggungjawabnya berat" aku rasa kali ni aku kena tembak on head shot je. Iqmal pun dah berdehem kuat siap terbatuk batuk lagi. Aku dah hilang kata2 nak cakap ni jadi tutup tv dan berlalu ke bilik utk tidur. Tapi Iq ikut aku sama ke bilik dan aku pelik bila dia tutup pintu rapat. Aku telan liur dan pada masa yg sama aku dah bersedia kalau Iq nak buat benda bukan2.
"Aku nak tanya ni" ujarnya serba salah. Aku dah bersedia dgn langkah silat ni. Entah bila aku belajar silat aku pun tak tahu la.
"Apa?" Soal aku gugup.
"Kau tak kisahkan aku tak bagi kau nafkah batin?" Soalnya direct buat muka aku membahang. Aku ternganga seketika sebab terkejut sangat. Biar betik dia main tanya je dah la tak berlapik langsung.
"Tak kisah! Kau tak payah fikir la. Aku taj pernah terfikir pun" jawab aku laju. Dia menarik nafas lega dan dia tenang sedikit.
"Aku nak tidur atas katil. Kau tidur ats sofa" ujarnya lagi dan aku ikut je. Tak nak sebilik tapi takkanlah aku nak tidur kat luar pulak.
"Mana Iq dgn Cha?" Soal Hadi pelik bila sunyi je rumah.
"Kat bilik dorang kut" Iqa bersuara sambil senyum.
"Takkan sebilik kut?" Soal Hadi tak yakin.
"Jom check" Hadi dan Iqa beriringan ke bilik Iq dan Cha.
"Biar bie tebgok" Iqa menjenguk sedikit dan melihat Iq lena atas katil dan Cha atas sofa.
"Cha atas sofa. Sayang tggu sini, bie bawa Cha tidur atas katil. Cha tak pakai tudung jadi sayang tunggu sini"
"Ok!" Hadi tersengih dan menunggu Iqa diluar bilik. Iqa mendekati Cha yg sedang lena. Bukannya dia tak tahu yg Cha ni jenis tidur mati.
"Cha, jom tidur atas katil. Aku teman kau tidur" bisik Iqa di telinga Cha dan Cha bergerak sedikit lalu tangannya dia hulur pada Iqa. Iqa tersengih dan memegang tangan Cha.
"Jom Cha, atas katil" bisik Iqa lagi dan Cha hanya menurut dalam keadaan tak sedar. Setelah sampai dikatil Cha terus rebahkan diri.
"Peluk aku Cha" bisik Iqa lagi dan tangan kecil Cha terus memeluk badan disebelahnya erat. Iqa tersengih bahagia dan keluar perlahan lahan lalu pintu bilik ditutup.
"How?" Soal Hadi dgn sengihan panjang
"Done!" Iqa mengenyitkan matanya dan Hadi tergelak kecil.
"So..." 
"So apa?" Soal Iqa pelik.badan Iqa dicempung masuk ke dalam bilik. Harapnya berakhir dgn baik esok pagi.

"Bestnya tidur" Cha bersuara perlahan. Mereka saling berpelukan dgn erat. Tangan kecil Cha di pinggang Iq dan tangan Iq memeluk penuh tubuh kecil Cha. Mereka berdua buka mata serentak dan bila pandang muka masing2 dua2 menjerit kuat.
"Ahhh!!!!!!" Dua2 menjerit dan menjauhkan diri sehingga jatuh dari katil. Rambut tak payah cakap la mcm apa. Masing2 pandang keadaan diri dan lega bila masih lengkap berpakaian. 
"Apa kau dah buat?!" Dua2 suara memetir dan bersatu. Gamat satu rumah ni dengar mereka bergaduh.
"Dasar miang!" Jerit Cha.
"Kau yg naik katil aku semalam. Perempuan miang!"
"Aku tak hadap la kau ni.!" 
"Aku lagi tak hadap! Badan kurus kering mcm kerepek!"
"Apa dia? Kerepek?" 
"Kerepek ubi kayu!" 
"Kau ingat kau sado? Ha? Muka mcm bunga taik ayam!"
"What?!" 
"Pekak!" 
"Gila!"
"Bangang!"
"Bengong!"
"Mangkuk!"
"Jamban!" 
Pintu bilik diketuk kuat dari luar. 
"Bising la korang pagi2 ni. Semua ikan dah lari pergi tengah laut" 
"Biarlah! Baru nelayan dapat ikan banyak!"
"Bising la!" Aku dan Iq sama2 diam. Kami bangun dan berebut bilik air pulak.
"Aku nak mandi la!" 
"Aku pun nak mandi!" Jerit Iq pula.
"Korang mandi sama2 la senang!" Hadi jerit dari luar bilik.
"Ingat aku miang mcm kau?" Soal Iq kuat. Aku terus masuk ke dalam bilik air dan kunci pintu. Lega dan selamat gila aku rasa skrg ni. Kalau sebulan setiap pagi mcm ni boleh jadi rockers aku rasanya. Boleh hilang suara aku ni ha.

"Kau tidur dgn aku!" Arah Iq sambil menarik tangan Hadi masuk ke bilik. Aku pulak mestilah tarik tangan Iqa. Hadi dan Iqa buat muka tak rela bila mereka terpaksa tidur asing. Bila aku fikir balik betul jugak kan? Kenapa mesti sebab aku dan Iq mereka kena harungi honeymoon yg teruk. Tak sepatutnya benda mcm ni jadi. Aku bangun dari katil dan melihat Iqa yg dah lena kat sini. Kesian pulak aku dgn Iqa ni dah la awal lagi skrg.
"Weh!" Aq call Iq.
"Amenda?" Soalnya bosan. Ingat aku nak sangat ke call dia ha?
"Hadi dah tidur ke?" Soal aku pada Iq. 
"Belum. Apesal?"
"Mintak dia naik bilik atas. Kesian dgn Iqa. We shouldnt drag them with our war. They should enjoy their honeymoon" aku bersuara tenang.
"Yes! Betul tu" aku meletakkan panggilan dan memakai tudung lalu keluar dari bilik, sebelum keluar sempat aku kejut Iqa. 
"Iqa, Hadi tidur sini" aku memberitahunya dalam keadaan mamai pun boleh sengih sampai telinga ha.
"Hadi,masuklah" aku menonong keluar dan tersenyum sikit. Walaupun aku tak happy kat sini at least ada jugak orang happy dan takdelah pelaburan tok dan atuk sia2 je. Aku duduk diruang tamu dan membuka tv tapi satu siaran pun tak menarik minat aku utk menonton jadi aku buka pintu rumah dan ambil angin malam. Angin yg menyentuh kulit muka aku buat aku rasa segar teramat.
"Aku nak keluar jalan2 nak ikut?" Terkejut aku bila ada orang tegur aku. Aku pandang belakang dan Iq sudah sedia dgn pelita serta lampu suluh dan tikar sekali kut. Betul ke dia ni nak ajak aku? Masuk hantu pantai ke apa ni?
"Kau ni sihat tak?" Soal aku confuse. Buatnya dia bagi aku kat hantu pantai mcm mana?mahu sia2 je aku ikut dia.
"Nak ke tak nak?" Soalnya bengang. Sikit2 nak naik angin. Memang berangin la kau ni. 
"Nak! Kalau bawak makanan ok tak?"
"Kau ingat nak pergi picnic ke malam2 ni?" Soalnya tegas. Aku buat muka sedih dan berlalu masuk ke dalam rumah. Merajuk la aku kalau mcm ni.
"Bawaklah! Bawak satu lori terus"  bila aku dengar dia cakap mcm tu tak payah fikir banyak terus aku ke dapur dan ambil apa yg ada je la. Hehehe. Tak sangka kalau merajuk dgn mamat ni dia lembut hati jugak walaupun sikit. Aku keluar dgn bekal dan dia ternganga terkejut.
"Kau ni nak pergi buat rumah ke?" 
"Why?" 
"Banyaknya"
"Nanti lapar pulak. Biarlah, aiskrim je besar ni"
"Aiskrim?" 
"yup!"
"Serius? Tak sejuk ke?" 
"Lagi sejuk lagi best!" 
"Gila! Cepatlah, jom" aku tersengih dan mengikutnya pergi. Tak sangka aku akan date secara tak rasmi dgn orang kurang siuman ni. Lepas je sampai port yg sesuai dia hamparkan tikar dan terus duduk. Dia tepuk tikar disebelahnya mcm pelawa aku duduk je kan? Tam payah fikir banyak baik aku duduk terus je senang. Aku keluarkan semua bekalan yg aku bawak. Hahaha. Bunyi mcm nak berkhemah kat sini terus. 
"Kau ni patutlah tak gemuk2. Makan benda tak sihat" perlinya. Peduli apa aku.
"Biarlah,senang nak bergerak kalau kurus mcm ni" aku tak nak mengaku kalah.
"Senang la sangat. Kurus mcm kerepek"
"Kerepek ubi kayu? Ha? Nah! Makan kerepek ubi kayu ni" aku menyuap mister potato yg ada kat tangan aku ni. Aku suap dia banyak2 sehingga dia ketawa riuh. Habis penuh mulut dia aku sumbat ha. Tak habis2 nak cakap aku ni kurus mcm kerepek. Dia gelak dan tekup mulut bila aku nak suap dia lagi.
"Dah la!" Ujarnya kuat dan aku berhenti suap mulut dia. Aku gelak bila tengok muka dia habis comot. Aku kesat pipinya dan mulutnya tanpa sedar, bila aku sedar aku jauhkan tangan. Gila!
"Nak aiskrim" tunjuknya dgn muncung panjang. Aku angkat bekas dan bagi padanya tapi dia menggeleng. Kemudian aku menyuapnya dan dia tergelak.
"Sweet!" Dia berkata dan tersengih. Aku dan dia sama2 enjoy malam ni. Seronok jugak sebenarnya lepak dgn musuh sendiri ni kan? 

Mata Cha mula memberat dan dia meletakkan kepalanya pada bahu Iq. Iq tersentak dan dia pandang Cha yg dah lena sebenarnya. Iq tersenyum sedikit dan dia rapatkan badan Cha pada badannya dan dia merebahkan badan Cha lalu dia baring di sebelah Cha dgn memeluk badan Cha. Niatnya utk berehat terus terbatal bila dia ikut sama tidur bila tangan Cha memeluk tubuhnya erat.

"Iq! Bangun Iq" aku mengejutkan Iq. Biar betul dia peluk aku ni dah la erat kemain memang tak boleh lepas.
"Iq! Bangunlah,subuh dah nak lewat ni" badan dia bergerak dan pelukan terlerai. Aku terus berdiri dan betulkan pakaian aku. Apa yg kami dah buat semalam memang tak patut berlaku. Kau tak boleh maafkan dia dgn mudah Cha!
"Dah pukul berapa?" Soalnya sambil menggeliat, oh my! Apesal jantung aku mcm nak keluar lompat bintang je ni? 
"6.30. Jom balik! Lewat dah subuh ni"
"Jom balik!" Aku mengemas apa yg patut dan yg selebihnya aku tinggalkan padanya. Setelah kami masuk ke dalam rumah, rumah masih lagi sunyi tapi bilik tidur Hadi dan Iqa dah terang. Dah bangun la kut. Aku masuk ke dalam bilik dan terus mandi setelah itu aku solat. Iq pun lakukan hal yg sama sebelum kami berdua duduk2 di katil.
"Aku rasa tak sedap bdan la" aku bersuara lemah.
"Kenapa? Demam?" Soalnya ringkas. Dia pun nampak mcm tak sihat je.
"Aku nak tidur"
"Aky pun nak tidur jugak. Boleh aku tidur sini je. Tak larat la" aku pun kesian tengok dia jadi aku angguk je la. Aku pun malas nak gaduh pasal benda ni.
"Kau ok tak?" Soal aku padanya.
"Erm. Nak rest" ujarnya lalu memeluk bantal. Aku rebahkan badan dan terus pejam mata. Pintu bilik aku diketuk dan aku bangun utk buka pintu.
"Apa Iqa?"
"Kitorang nak shopping. Nak ikut?" 
"Tak kut. Aku dan Iq nak rest la."
"Kau dan Iq?" Soalnya dgn sengih panjang. Aku buat muka malas nak layan dan tutup pintu rapat2.
"Iqa!" Panggil aku dan dia berpaling.
"Beli jeruk eh. Teringin" 
"Mengidam ke?" 
" kau rasa nak mengidam ke?" Soal aku geram dan Iqa cepat2 larikan diri. Aku masuk ke dalam bilik tutup pintu dan baring balik.
"Boleh ke kau buat anak dara orang mengidam?" Aik. Ingatkan dah pengsan layan bahtera mimpi. Aku jeling dia sekilas dan dapat agak dia sengih.
"Boleh! Kau tak caya? Aku pun boleh buat anak teruna mengidam tau" aku berkata yakin dan dia tergelak kecil.
"How?" Soalnya tak percaya.
"Nak aku try ke?" Soal aku melirik padanya dan dia tersengih lagi.
"Why not?" Soalnya mencabar. Aku kepal penumbuk dan mencengkam kolar bajunya. Baru je sikit lagi nak sampai penumbuk aku depan muka dia, dia pegang penumbuk kecik aku ni.
"Ni ke caranya?" Soalnya sambil ketawa senang.
"Ye la. Mengidam nak makan sedap2." Aku jawab selamba. Dia lepaskan tangan aku dan sambung tidur.
"Ingatkan nak bagi baby ke apa" ujarnya perlahan dan mulut aku ternganga. Gila!
"Gila!" Dia ketawa lagi. Aku terus pejamkan mata dan malas nak fikir ayat mengarut Iqmal ni.

"Kau demam ni" aku dapat rasa ada tangan sentuh dahi aku. Aku buka mata yg berat dan pandang empunya tangan. Iq la pulak. Aku jauhkan tangannya dan tidur mengiring. 
"Hello, Hadi. Kau beli panadol weh. Aku tak sedap badan la" 
"Dia pun demam ni. Tolong eh."
"Lunch! Aku lapar nak mati dah ni"
"Ok! Jgn lewat sangat" aku tenung Iq yg duduk di sofa sambil memicit kepalanya. Memang angin pantai semalam buat kami demam rasanya. Tu la gatal sangat nak ikut dia pergi kan? Aku bangun dari katil dan bergerak keluar tanpa hiraukan mamat tu. Setelah itu aku kembali dgn segelas air dan menghulurkannya pada Iq. Kenapa aku buat baik pada dia aku sendiri tak tahu nak cakap kenapa tapi anggap je la balas budi.

"Edisha Hana, we meet again" aku ternganga bila muka Ilmi muncul depan aku skrg ni. Aku cuba utk mengukirkan senyuman tapi mcm tak berjaya je nak senyum ni.
"What are u doing here?"  Soalnya teruja mcm gaya jumpa Taylor Swift pulak. Aku senyum segaris dan tak berminat nak jawab soalan dia tu.
"What are u doing here?" Soal aku balik. Dia tersenyum dan merapatkan jarak dia dgn aku.
"Saya ada meeting dgn CEO HBR holdings." Ujarnya ramah dan orang itu mestilah Iq kan? 
"Cha...mana..." Iqa terus terdiam bila melihat Ilmi didepannya kini bukan lagi seorang yg cute tapi dah ada man.
"Ain Syafiqa right?" Soal Ilmi ramah. Memang dia punya daya ingatan kuat mcm ni ke? Iqa tergelak kecil lalu berdiri di depannya mcm tak percaya.
"Ilmi! What a surprise" ujar Iqa tak sangka. Aku baik diam je sebab taj tahu nak respon mcm mana.

"Hadi, petang nanti lepak main futsal dulu" akhirnya semua orang yg Ilmi kenal berkumpul di tengah pejabat. Mcm persidangan dunia dah aku rasa ni. Ilmi pandang Hadi dan Iqmal dgn raut wajah terkejut.
"So, Hadi and Iqmal are here too. Iqmal Haris,CEO of HBR holdings. Right?" 
"Yes, Ilmi Farhan from DDb Holdings?" Soal Iqmal ramah.
" yes!"
"Ilmi! Iq kau tak ingat ke? Ilmi budak kelas kita zaman uni dulu" Hadi tersengih dan bersalam dgn Ilmi lalu mereka saling bertepuk bahu. Aku pandang Ilmi yg tergelak bila mereka berjumpa balik.
"Kecik betul Malaysia ni kan? Nice to meet u again" Iq ketawa sakan begitu juga dgn Hadi. Yg bisu kat sini aku sorang je la kut. Aku baru je nak menapak pergi tapi Ilmi dah menyebut nama aku.
"Cha" 
"Saya tak involve meeting tu jadi saya minta diri dulu" aku cuba utk pergi tapi Ilmi tetap cuba utk menghalang.
"Saya dah bagi card saya. Awak tak call pun" 
"Saya rasa kad awak tercicir kut. Sorry" pinta aku serba salah.
"Puan Edisha Hana, why not u join us?" Iqmal bersuara tenang.
"Puan?" Soal Ilmi terkejut. Aku dan Iq sama2 berpandangan dan Iq diam dan hanya senyum
"Cha ni isteri Iq" Hadi bersuara dan suasana terus sunyi. Aku telan liur dan pandang muka Iq yg serba salah. Kenapa pulak dia nak gelabah taj tentu pasal. Baguslah kalau Ilmi tahu pasal ni.
"Ya Ilmi, saya isteri Iq. Sorry, but i have to attend other meeting. Enjoy your lunch guys." Aku terus pergi dari situ.

"Atuk nak cakap sikit dgn kamu berdua"panggil atuk bila selesai makan malam. Tok pun ada sekali, apa lagi yg mereka nak bincangkan ni? Jgn paksa kami bagi cicit sudah sebab memang tak dapatlah namanya.
"Apa atuk?" Soal Iq malas, aku pun kalau ikutkan hati malas jugak. Entah kenapa bila dah sebulan kawin ni hubungan aku dgn Iq bukan makin baik tapi bukan jugak makin buruk. Makin apa ek kalau aku nak cakap pun. Mcm tak ada progress gitu, dah la kami dah tak gaduh mcm orang gila lagi dan bercakap pun atas benda penting je. Semua ni start jadi bila kami pindah rumah sendiri dan sejak Ilmi baik dgn aku. Aku rasa mcm Iq buat aku tak wujud je kat rumah tu dan aku pun tak hiraukan dia langsung.
"Tak boleh ke kalau kamu berdua berbaik?" Pinta tok lembut. Aku angkat muka terkejut tapi Iq maintain dgn sikap selamba badak dia tu.
"Kamu berdua kan baik dulu. Kenapa boleh jadi mcm ni?" Atuk pula bersuara. Aku malas nak bukak kitab lama dan biarkan Iq yg jawab semuanya.
"Kami taj sehaluan" jawab Iq tenang dan aku pandang Iq. Iq langsung tak takut dgn jawapannya.
"Tak sehaluan?" Soal tok geram. Iq janganlah buat sakit jantung orang boleh tak.
"Ya! Kami tak pernah ada rasa sayang or what la. Iq, tak pernah suka dia" Iq bersuara tegas dan aku turut sama tersentak. Kenapa boleh jadi mcm ni pulak? Dan kenapa aku nak peduli kalau Iq tak suka aku langsung? Aku pun tak pernah care pasal dia dan aku tak pernah suka dia jugak.
"Tapi dia isteri kamu Iqmal" tok berkeras.
"Isteri? Entahlah tok" jawab Iq tenang.
"Kamu berdua sesuai. Kamu berdua lahir hari yg sama, masa yg sama, hospital yg sama. Malah kamu pernah cakap yg kamu nak kawin bila besar nanti." atuk cerita sambil sengih. Aku dan Iq terus terbangun ni ha. Aku dgn dia cakap nak kawin? Zaman batu mana tu? Jgn nak reka cerita la atuk.
"Atuk ni, reka cerita ke apa?" Soalan Iq aku sokong.
"Mana ada, kau ingat lagi Zam? Masa budak dua ni 6 tahun. Mereka cakap nak kawin kan?" Soal atuk pada tok dgn senyuman meleret. Tok pulak beria duk angguk ha.
"Tu cerita 21 tahun yg lepas dan Iq tak ingat langsung. Janji nak kawin? Tu semua kisah budak2" Iq bertegas dan terus berlalu ke laman rumah. Aku tak tunggu lama terus berlalu pergi.  Apa la cerita zaman pak kaduk tu nak bawak naik balik ada pulak mcm tu. Teruk punya atuk dgn tok. Kenapalah mereka nak bangkitkan cerita lama tu balik.

"Iqmal!!! Mana kau letak kasut aku?" Jerit aku lalu masuk dalam rumah. Mesti duk membuta lagi mamat ni kan? Aku tanpa banyak soal terus masuk bilik dia dan tengok dia masih lena atas katil. Entah subuh ke tidak sekor ni. Aku tak fikir panjang terus tarik selimut dia dan mulut aku ternganga bila dia hanya pakai boxer dan tak berbaju. Masha Allah. Aku nak berlalu pergi cepat2 tapi suara serak Iq menghalang aku secara tak langsung.
"Wei pencabul! " aku? Pencabul? 
"excuse me!" 
"Or pervert?" Soalnya dan menutup badannya dgn selimut. Ei! Tak ingin la nak tengok badan kau tu perasan nak mampus.
"Jaga sikit mulut kau tu. Mana kau letak kasut aku? Semua kasut aku hilang?" 
"Mana ada aku letak kat mana2. Jgn nak fitnah eh, dosa ok!" Marahnya. 
"Kau ingat aku percaya? Muka mcm lanun!"
"Aku lanun? Kau tu sotong!" Ah! Bencinya aku dgn dia ni. Dah lama tak gaduh bila nak start gaduh balik dah tak ada idea la pulak.
"Sotong? Lantak kau la. Mana kasut aku pergi kalau bukan lanun mcm kau yg pedajal?" 
"Mana aku tahu. Kasut kau pun tak sudi nak jadi milik kau tau. Lagipun sotong mana ada kaki" aku tutup mata rapat2 menahan geram dan kaki aku terus melangkah ke arahnya. Aku ambil bantal dan pukul badannya kuat2. Sakitnya hati aku cakap dgn orang gila terlepas dari tanjung rambutan ni. Menyeringai dia sakit biar padan dgn muka dia siapa suruh cari pasal dgn aku. Semangat pukul dia akhirnya aku terjatuh dan menindih badannya, aku terdiam seketika dan cepat2 bangun. Gila! Jantung aku nak tercabut ni bila tangan aku menyentuh badannya. Kerja gila!
"Nak pergi mana pencabul?!" Soalnya sakan. Bencinya aku! Aku baling bantal kuat2 dan dia sempat sambut bantal tu. Poyo nak mampus.
"Semua kasut kau aku dah derma kat pusat kebajikan" berpisat kepala aku pandang dia.
"What?????" Bergema suara aku ni ha.
"Heh, sebab kasut kau banyak sangat" dia tersengih jahat. Aku telan liur dan merapati badannya tapi boleh dia lari masuk bilik air? Aku ikut sama masuk bila dia tak sempat nak kunci pintu. Nak buat apa ni? Hantuk kepala dia kat dinding lepas tu anggap dia terjatuh dalam bilik air dan mati. Senang cerita! Tapi kalau CSI punya cerita mesti tak pass jugak pembunuh dia kan? Mcm mana ni?
"Keluar la, aku nak mandi ni" ujarnya sambil berkerut. 
"Aku nak kau ganti balik kasut aku!" 
"Ya! Aku ganti balik, keluar2." Halaunya lagi.
"Kalau aku tak nak keluar?" Soal aku saja nak test dia. Terus dia kunci pintu buat aku kelu sekejap.
"Kita mandi sama2 la" dia mengangkat keningnya beberapa kali. Aku tersenyum sinis dan membuka kunci pintu, sorry, not interested.
"Ke kau nak tengok aku bogel? Tak pe, kau kan isteri aku" ujarnya dan muka aku mula membahang. Gila punya orang. Cepat2 aku lari keluar dan meninggalkan biliknya bila dia gelak kuat.
"Gila!!!!" Aku jerit kuat dan berlalu ke ruang tamu. Jantung aku yg mash lagi aktif ni aku redakan sekejap, apa aku nak buat dgn kasut Iqmal ek? Sesedap rasa je dia buang kasut aku kan? Baru je aku nak buat misi jahat aku dengar suara Iq menjerit. Kenapa pulak mamat ni nak jerit2 ni? Aku berlari ke tingkat atas dan melihat dia yg masih lagi bertuala,pedulilah.
"Kau kenapa?" 
"Cuba kau buka fon aku. Tengok video tu" ujarnya, dan aku dgn rajinnya tanpa sebab buka fon dia dan tengok video. 
"Umi!!!!" Tercampak fon Iq tapi nasib baik atas katil dan aku terus lompat atas badan dia, dek tak sempat nak bertahan kami jatuh atas katil dan dia menindih aku. Kami saling berpandangan dan diam lama, aku pandang muka Iq yg aku tak pernah tak akui yg dia hensem. Tapi kenapa dia buat aku benci dia dulu? Kalau tak hubungan kami mesti takkan jadi mcm ni. Apa kau mengarut ni Cha! Air rambut Iq menitik masuk ke dalam mata aku dan aku terus tolak badannya. Tu la! Mata tu tak jaga kan dan kena sekali.
"Bersiaplah, kita pergi beli kasut baru" aku pandang muka Iq sebelum berlalu. Dia nak belanja ke? 
Untunglah.

"Yang ni ke yang ni?" Soal aku padanya. Susah nak buat pilihan ni kan? Iq pulak dah tayang muka malas nak melayan dia. Kecik ati!
"Kalau orang lawa,pakai mana2 pun nampak lawa" komen dia memang negative dan tak pernah walau sekali nak positive. Sakit hati!
"Aku cakap benda betul je" ujarnya dgn muka langsung tak bersalah.
"Miss, this one suit u well. U look gorgeous" dah mula dah miang nak mengayat dia. Aku merengus geram dan layan perasaan sendiri.
"Really? Pekerja kat sini ke?" Soal perempuan itu ramah. Gatal pun ok kut. Eh! Mcm aku tak kenal playboy ni kan?
"Why? Tak sesuai ke i kerja kat sini?" 
"No! U hensem sangat. Ada style, tak kan kerja sini. Lainlah kalau pemilik butik ni" dgn gelak manja mcm tu buat aku rasa nak muntah.
"Malangnya, pemilik butik ni perempuan. I teman orang cari kasut" 
Orang? Kurang ajar punya mangkuk. Kalau dia cakap adik aku tak rasa kecik hati sangat.
"Kekasih?" Soal perempuan itu manja dan aku tak dengar apa yg Iq bisikkan pada perempuan itu.
"My wife" apa yg Iq bisikkan tu aku pun nak tahu jugak.
"Oh! Then why u help me to choose?" 
"Because, no matter what she wear, she looks beautiful" mereka berdua ketawa senang.
Apa ke benda yg dua orang ni duk buat secret conversation tu? Sakitnya hati sebab aku tak dapat nak dengar.
"So sweet guy. I pergi dulu. Bye" 
"Bye sweety" aku menjulingkan mata menyampah. Kenapalah bagi muka yg hensem kat mamt poyo ni kan? Tapi playboy dia pun masjid selalu pergi, tak faham jugak aku sebenarnya apa yg dia nak. Kalau dia playboy tak semestinya jahat kan? Ke perempuan tu semua kawan dia je? Ish! Yg kau sibuk tu kenapa? 
"Grey is better" aku angkat kepala pandang orang yg beri cadangan ni. Erk! Ilmi la pulak. Mcm mana dia boleh ada kat sini pulak?. Iq pulak datang ni ha,mampus.
"Ilmi" tegur Iq mesra dan mereka bersalaman.
"Iqmal, ingat kan Cha sorang je. Ternampak dari luar tadi" ujar Ilmi dan Iq ketawa kecil.
"Oh! Sorang je ke?"  Soal Iq balik.
"Sorang je, bosan duk rumah"
"Oh! Kalau mcm tu bolehlah teman Cha beli kasut. Aku kena pergi ni ada kerja sikit. Nah, guna kad ni ok? Bye guys" aku tersentak bila Iq berlalu dan satu ciuman hinggap di kepala aku. Apa kena pulak si Iq ni. Lagipun kenapa dia nak biarkan aku keluar berdua dgn Ilmi. Aku nampak Iq buat bayaran dan aku kejarnya.
"Aku ikut kau pergi" aku cakap padanya.
"Tak payah la. Aku nak pergi jumpa awek ni. Bye" dia angkat plastik kasut yg baru je dia beli. Pui! Nak bagi kat awek dia la tu. Aku kembali ke Ilmi dan mood aku nak beli kasut dah hilang terus. 
"Saya bayar dulu" aku ambil kasut yg bewarna kelabu itu dan terus bayar. Setelah itu aku dan Ilmi pergi minum.
"Rajin Iq teman awak kan?" Ilmi bersuara bila aku diam je sejak tadi. Tak ada mood nak bercakap.
"Rajin la jugak."
"Awak ok?"
"Ok je, kenapa?"
"Awak nampak mcm resah je"
"Ya ke? Saya penat kut, saya nak blik la Ilmi. Nak rest kat rumah je" 
"Ok. Saya hantar awak" aku senyum segaris dan kami tinggalkan mall. Sebaik sampai di rumah, aku pelik bila kereta Iq ada. Dia cakap dia ada kerja sikit. Kerja apa yg dia ada jumpa awek dia la kan? Aku masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik utk menukar pakaian. Setelah itu aku turun ke ruang tamu balik dan melihat ada satu rak baru dalam rumah. Mcm rak kasut je jadi aku buka dan? Semua kasut aku kat sini? Dia cakap dia derma semua kan?
"Iqmal!!!" 
"Apakebendanya? Bukan kau keluar dgn Ilmi ke?" Aku terkejut bila tengok Iq keluar dari dapur siap berapron lagi. Aku sengih sedikit lalu menunjukkan rak kasut baru.
"Tak muat rak kasut kat luar tu, jadi aku belikan lagi satu. Tak payah nak tunjuk muka bahagia sangat sebab aku tak buat semua ni utk kau" erh... spoil mood betul la dia ni.
"Btw thanks, tak buang kasut aku"
"Whatever la" ujarnya jengkel lalu masuk ke dalam dapur. Aku atur langkah ke dapur dan tergelak melihatnya mengupas bawang.
"Kau pandai masak ke?" Soal aku memerli.
"Tak pandai! Kau pandai ke?" Soalnya balik.
"Tak pandai jugak. Kau nak masak apa ni?" 
"Entah, aku dah masak nasi. Tapi tak tahu lauk nak masak apa. Susahnya tak pandai masak ni" merungut je tahu budak ni kan?
"Aku nak tolong pun tak pandai tapi why not aku tolong kau?" 
"Tolong tengok?" Perlinya pedas. Kurang ajar betul la mamat ni kan?
"Aku ikhlas nak tolong ni!"ha! Kan dah naik satu level suara aku. Dia sengih lagi dan hulurkan sayur pada aku. Dah nama pun tak pandai kan? Akhirnya terkerat jari sendiri tapi aku diamkan diri je, sebab tak rasa sakit pun. Kenapa boleh terkerat jari pulak ni? 
"Iq, aku tak nak tolong la." Aku bersuara perlahan dan palingkan wajah ke tempat lain.
"Baru sikit dah malas, pergi main jauh2 aku nak masak ni" dia tolak bahu aku sikit. Aku angkat punggung dan nak berlalu tapi tiba2 je tangan Iq pegang lengan aku.
"Tengok jari kau" pintanya serius  dan aku tunjukkan tangan aku sebelah kanan.
"Left one" aku tunjuk dan dia mengeluh. Dia tarik tangan aku ke sinki dan membilasnya dgn air paip. Aku biarkan je dia buat sebab aku suka la kut, aku suka dia ambil berat pasal aku mcm dulu2. Tapi kenapa dia khianat rasa percaya aku pada dia kenapa sikap caring dia pada aku palsu je? Kenapa kau tergamak buat aku mcm tu Iqmal? Kenapa?
"Dah selesai!" Aku tersedar dan tenung jari aku yg dah siap berplaster.
"Cepatnya,mana dapat plaster?" 
"Aku dah sediakan payung sebelum hujan. Tadaa" dalam poket apron banyak gila plaster aku tergelak kecil. Jari dia pun dah banyak yg luka sebenarnya.
"Kau ni bunuh diri ke memasak?" Soal aku bila tengok banyak plaster tertampal kat tangan dia.
"Yg ni, kena kaca. Yg ni kena pisau.yg ni kena...kenapa aku nak cerita kat kau pulak? Dah, tepi aku nak sambung masak ni" badan aku ditolak ke tepi dan aku lihat dia nak goreng telur ke? Mcm nak pecahkan telur pun tak reti ni ada hati nak masak sayur. Aku tengok je la dia yg nampak mcm pandai sangat tu tapi berkecai aje telur tu tak nampak mcm telur pun. Lawak! Aku terpandang periuk nasi dan membukanya lalu tergelak besar.
"Bubur ke ni? Aku rasa mcm air je, jadi bubur pun tak layak ni" bergegas Iq melihat periuk nasinya dan dia mengeluh. Adoi la apa punya orang la masak nasi pun tak lepas. Nasib kau la Cha dapat suami mcm ni.
"Kau letak berapa cawan beras? Berapa cawan air?" 
"Setengah cawan beras tiga cawan air" jawabnya tulus. Aku tahan sakit perut sebab tak boleh tahan nak gelak. Adess! Dia ingat ni cerita lagenda ke sebiji beras boleh jadi seperiuk nasi. Gelak lagi Cha terus gelak sampai dia malu. Padan muka! Hahaha,amboi merajuk dah keluar dapur. Aku gelengkan kepala dan tutup semua api sebelum keluar. Ikutkan hati aku nak gelak lagi tapi apakan daya tak mampu la eden, kesian yg amat. Aku duduk di sebelahnya dan keluarkan fon.
"Yes, satu set pizza, address..." 
"Kita makan pizza ya En. Iqmal?" 
"Kau perli aku kan?" Soalnya garang. Aku gelak lagi.
"Mana ada perli, it's ok. First try" aku dengar dia mengeluh berat. Mungkin rasa kecewa kut sebab tak pandai masak.
"Aku pun tak pandai masak. Lagi teruk, dah la perempuan" acecey, ayat kasi rendah diri biar dia tak rasa rendah sangat kan? Aku ni dari golongan baik hati la jugak sebab kalau ikutkan hati nak je aku gelak sampai tahun depan biar jadi pembakar semangat dia nak belajar masak.
"Bukan kau kata lepas PMR nak belajar masak ke?" Soalan dari Iq buat aku diam sekejap. Dia ingat lagi ke benda yg kami pernah borak dulu? Dia pandang aku dgn muka terkejut kemudian dia gelak.
"Bukan kau eh? Orang lain kut. Aku pun tak ingat siapa pernah cakap dulu" dia ketawa lagi. Aku senyum sedikit. Takkanlah dia nak ingat pasal aku kan? Sebab dia tu pura2 je baik dgn aku selama ni.
"Aku rasa Iqa je terel masak" aku bersuara hilang gugup.
"Ya la, ingat tak masa camping dulu. Kalau tak ada iqa aku rasa kita semua kebulur kut"
"Ya la. Kau masak air pun tak pandai. Sampai kering air kau kerjakan" kutuk aku sikit.
"Mana aku tahu. Selama ni guna heater. Guna kayu api mana aku pandai" dia bela dirinya sendiri
"Alasan je kan? Kau cari kayu api pun tak pandai" balas aku balik
"Amboi! Cakap aku pulak. Kau tu basuh beras kat sungai last sekali balik dgn periuk kosong. Kau bagi makan ikan kaloi ke?" 
"Weh Iq, kau tu makan je banyak pada orang lain" 
"Biarlah, kau pun aku rasa tukang makan jugak. Kan?"
"Sama je la. Kau pun!" 
"Aku ada jugak jasa ok. Aku basuh pinggan lepas tu."
"Basuh ke kau hanyutkan? Sibuk nak mandi sungai last sekali hanyut semua pinggan. Terpaksa orang lain makan dalam daun" 
"Ok apa! Tradisional sikit" tak nak kalah netul mamat ni.
"Bukan tradisional, tapi zaman dinasour" 
"Kau ni..." loceng rumah kedengaran. Erk! Pizza is here.
"Pizza dah sampai! Tunggu nasi orang tu masak? Alamatnya kena jemur bawah matahari dulu la" aku ambilkan tudung dan menyarungya ringkas sebelum buka pintu. Alamak! Bukan pizza yg datang. 
"Lamanya, aku dah lapar tahap...atuk, tok" aku dan Iq saling sengih. Alamak!
"Dah lapar tahap atuk? Atuk ni guideline lapar ke?" Iq sengih lagi. 
"Atuk dan tok bawak apa dalam bagasi ni?" Soal aku keliru.
"Baju"
"Baju? Nak derma ke?" Soal Iq pulak.
"Nak tinggal dgn cucu kami la. Tepi kami nak masuk ni. Penat" mulut aku dan Iq sama2 ternganga. What?! Bila atuk dan tok masuk aku gaduh dpn pintu dgn Iq tapi silelnt mode je la. Kacau la hidup kami kalau mcm ni. Mampus! Saat itu juga pizza sampai, lantaklah apa nak jadi pun. 
"Atuk dan tok guna bilik tetamu kat bawah je la. Tak payah susah2 nak naik tangga. Ya?" 
"Eloklah tu. Kami kongsi bilik pun tak apa. Bukannya lama kat sini" tok bersuara bila melabuhkan punggung di sofa. Aku ke dapur utk buat air dan Iq ikut aku ke dapur. Gaduh lagi, adoi!
"Matilah kalau dorang tahu kita tak sebilik" bisik Iq. Betul jugak kan? Masalah negara ni.
"Cakaplah yg kau tak nak sebilik" dia terus tunjal kepala aku. Ei! Pantang betul aku ni.
"Gila ke? Nak kena leter sampai tiga abad?" 
"Dahsyat la tu sampai tiga abad. Hiperbola sungguh!"
"Ei! Kau pindah bilik aku" 
"Tak nak! Kau pindah bilik aku!"
"Kau pindah bilik aku!"
"Kau pindah bilik aku!" 
"Melawan cakap suami? Dosa tau!" Aku mengetap bibir geram. Tiba2 je dia nak guna kuasa veto dia tu. Aku angguk dan dia tersengih senang. Kenapa pulak aku jadi lembut hati dan nak mengalah pulak dgn dia. 
"Apa yg lama sangat buat air ni?" Soal tok yg muncul dgn mengejut. Aku dan Iq sama2 tayang sengih lagi. Setelah itu kami bertiga ke ruang tamu dan aku menghidangkan air lalu duduk disebelah Iq. Iq angkat tangan dan peluk bahu aku, ni dah melampau la ni kalau nak berlakon pun tak payah la semesra ni.
"Kenapa dgn tangan kamu berdua? Bergaduh smpai guna pisau ke?" Erk! Mcm acting kami tak real je kan? Iq jatuhkan tangannya dan dia belek tangan sendiri.
"Niat nak masak tapi tak pandai masak. Kerat jari la" Iq bersuara.
"Habis tu selama ni kamu berdua makan apa? Dua2 tak pandai masak" takkan nak jawab makan luar kut dan tak pernah makan sama2. Masaklah!
"Makan luar je atuk" aku bersuara kali ini bila Iq diam je. Ha! Dah membulat mata dua orang datuk ni pandang kami. Habislah mesti lepas ni kena belajar masak kan? Lebih2 lagi aku. Dah la kalau nak penuhi selera luar biasa Iq tu aku tak mampu.
"Lepas ni belajar masak. Belajar masak makanan kegemaran Iqmal dulu" atuk mengarah. Aku buat muka malas dan bengang tapi boleh pulak mamat ni tayang sengih? Rasa nak bagi pelempang je la.
"Makan la pizza dulu. Malam nanti kita makan kat luar. Iq belanja" Iq mengangkat keningnya beberapa kali. Perasan kaya sangat la tu. Menyampah betul la aku kalau mcm ni. Dah la nak kena belajar masak makanan kegemaran dia. Huish! Memang tak nak la jawapannya tapi terpaksa la pulak. Dia tu bukannya nak makan benda yg senang masak. Nak makan sambal udang la, masak lemak udang cili padi la, semuanya nak kena ada udang. Sebab tu mcm otak udang je dia ni.
"Weh, aku tidur sini dgn kau eh?" Dah kenapa pulak dgn Iq ni. Kut ya pun nak menyemak takkan sampai nak tidur dgn aku. Tak nak la aku tidur dgn dia.
"Kau ni pehal? Tak pernah2 pun"
"Aq bukan nak sangat tapi aku takut la"
"Takut apa?" Soal aku bengang. Menyampah betul la dgn dia ni dahlah atuk dan tok ajak dia je tgok movie tak ajak aku pun.
"Tadi tengok cerita hantu. Hantu siam. Aku rasa memang tak boleh tidur kalau sorang" heh! Dah dasar penakut tu lagi nak tengok cerita hantu kenapa? Dah la aku ni bukan jenis penakut jugak.
"Siapa suruh kau tebgok. Skrg nak susahkan aku pulak?"
"Aku pun tak ingin la, tapi, alone on the big bed, i dont think i can pass through the night. And, that thing crawl on the bed even they sleep together"
"Apa maksud kau ni?! Nak takutkan aku pulak?"
"No! Maksud aku, even berdua pun tak selamat tidur atas katil tu. Please, aku nak tidur kat sofa ni dgn kau"
"Sempitlah! Dan aku tak nak!"
"Muat la dua orang. Kali ni je!" 
"Kau ni lelaki! Playboy pulak tu! Tak kan penakut jugak kut" perli sikit biar dia sedar.
"Zaman bila ada law playboy tak boleh takut? Playboy pun orang jugak." Senangnya dia cakap kan? Tapi aku takut jugak ni, kenapalah dia cerita kat aku pasal cerita tu pulak.
"Fine! No touch!" Aku memberi syarat.
"I dont want to."
"Fine! Just for tonight!"
"Ok! Thanks!" Tengok cara dia teruja tu aku dah tak boleh nak kata apa. Lantak kau la Iqmal. Kenapa aku rasa mcm rasa benci tu dah kurang sedikit? Sebab aku dah matang dan dah maafkan dia ke? Kenapalah dia tak minta maaf, kalau at least dia say sorry maybe hubungan kami lebih baik dari skrg kan? Kenapa aku nak kenang cerita zaman batu ni? Gila!

"At least depan atuk dan tok, buat masa skrg jgn tunjuk sangat yg kau tengah bercinta dgn Ilmi!" Kenapa Iq nak tinggikan suara dgn aku pulak? Dah dia jugak yg bagi aku projek tu suruh handle sekarang nak marah2 pulak. Dasar otak simpan dekat muzium negara ke apa?
"Masalahnya he is my client!" 
"Client kau ke client syarikat? Oh! Lupa, pak we kau kan?" 
"Kau ni kenapa? Pasal benda ni pun nak gaduh ke?"
"Aku bukan nak gaduh, pagi petang siang malam kau keluar dgn Ilmi."
"So what? Kau peduli apa?!" 
"Aku tak peduli! Tapi atuk dan tok yg peduli. Almost 24 hours u with him. I dont mind at all, just please, lessen your date while they are here!" 
"Baik kau rendahkan suara dalam rumah ni!" Marah aku balik. Cakap mcm aku duk simpang nak masuk sini.
"Kenapa? Takut kami dengar?" Aku pandang belakang dan terkejut. Habislah kami, mesti atuk dgn tok dah tahu yg kami berdua ni takkan bersama mcm pasangan lain. Tapi baguslah. Kan?
"Tak sangka apa yg kami nak tak dapat. Tak sangka yg langkah kami dah salah."
"Atuk dan tok tak salah. Iq yg salah. Sepatutnya Iq berkeras tolak perkahwinan ni. Maafkan Iq, hubungan ni takkan ke mana" aku terpempan bila dengar ayat itu dari mulut Iq. Dgn usia perkahwinan tiga bulan ini dia dah nak berputus asa? Baiklah. Mungkin itu jalan yg terbaik.
"Baiklah, kami minta sebulan saja lagi. Cuba utk baiki hubungan kamu. Tepat birthday kamu berdua nanti, semua keputusan kami terima. Bagilah peluang utk perkahwinan kamu"aku terus diam. Dalam masa sebulan nak perbaiki hubungan kami yg dah rosak lebih 10 tahun ni? I dont think so la atuk, tok. Apa pulak keputusan Iq kali ni.
"Ok! Iq setuju" dia setuju? Nak perbaiki hubungan kami ni? How? Aku tak kan dapat nak lupa mcm tu je benda yg dia buat dulu. No way!
"Maksud kami cuba Iqmal. Bukan tunggu masa je" tok tekankan maksudnya.
"Ok tok. Iq faham"
"Kamu Cha?"
"Ok kut. Cha ikut je"
"Kami nak balik. Tak ada apa yg dapat kami buat kat sini. Kamu berdua dah besar, kahwin ni bjkannya sekadar akad je. Kamu berdua kena faham kenapa kahwin itu wujud. Jgn buat main dgn hukum Allah. Cha, betapa kamu tak suka akan suami kamu, kamu kena taat. Ingat, berdosa kamu curang belakang suami kamu. Dan kamu Iq, dayus kalau biarkan isteri kamu terus melakukan kesalahan. Tanggungjawab besar Iq. Kamu ketua keluarga" Iq diam tanpa kata. Dia tak angguk malah tak jugak geleng pada masa yg sama jadi dia hanya tundukkan wajah. 

Nampaknya memang aku dah banyak buat silap. Aku tahu apa yg aku buat tu salah tapi kenapa aku buat jugak?
Betul ke Iq nak mencuba perbaiki hubungan kami? Aku tak pernah nampak walau sekali dalam masa bebebrapa hari selepas atuk dan tok pergi ni dia mencuba. Dah la perangai dia bertambah teruk! Asyik balik lewat malam je entah pergi mana aku sendiri tak tahu.
"Iq! Kau pergi mana?" Soal aku bila jam dah dua pagi baru tahu rumah nak balik. Ke sesat dekat bandar KL sampai tak jumpa jalan balik.
"Kerja" balasnya ringkas. 
"Kerja? Pukul dua pagi?" 
"Memang aku pergi kerja. Pehal?" 
"Betul ke you are trying? Or just waiting?" 
"Apa maksud kau? Aku tengah cuba la ni. Cari nafkah utk kau. Kerja siang malam cari duit" 
"Oh! I see, i dont need your money" 
"I dont care u need it or not. That is my responsibility. Aku nak tidur" badan aku ditolak sedikit sehingga aku berganjak utk beri laluan dia beredar. Dah rasa mcm aku ni jenis isteri kuat berleter dan sibuk nak tahu suami pergi mana. Alah, mcm dalam drama tu, risau suami ada perempuan lain! Memang ada pun dah namanya playboy.
"Iq, apa yg kau fikir?"
"Aku tak fikir apa2. Dan apa yg aku tahu, hbungan kita tak kan ke mana" aku terus terdiam dan hanya melihat langkah Iq pergi tinggalkan aku seorang di ruang tamu. Hubungan kita tak kan ke mana? Memang tu yg kau nak kan Iq? Fine! Lets end this faster.

"Oh, minah tu pun dah mengalah ke? Baguslah" Iq tersenyum senget lalu mendaki tangga naik ke biliknya. Dia sendiri yg tak berkeyakinan dgn masa depan dia dan Cha jadi dia fikirkan cara utk berhenti. Dia terus ke bilik utk mandi. Dah pukul Tiga pagi. Entah apa yg dia buat kat pejabat dia sendiri tak tahu yg pasti dia tak nak bersua muka dgn Cha walaupun selama dua minggu ini Cha selalu tunggu dia balik. Kadang2 sampai tertidur di sofa dan atas dasar simpati mulanya dia akan mengangkat Cha ke bilik tapi semalam dia tak buat lagi. Dia tak mampu nak baiki kebencian yg lalu di mata Cha padanya dgn hanya sebulan.
Niatnya utk tidur terbantut jadi dia ke bilik Cha. Dia mengeluh dgn kelemahan hati dia sendiri tapi ini utk kebaikan diri Cha sendiri. Lepas je sebulan tempoh itu keputusan semuanya berada di tangan Cha. Pintu bilik dibuka dan wajah Cha yg sedang lena dia pandang lalu dia menutup pintu dan nak beredar dari situ. Langkahnya mati bila Cha mengigau.
"Haris! Kenapa buat aku mcm ni! Haris!" Tombol pintu yg dipegang terlepas. Menggeletar tangannya mendengar nama itu disebut, jantungnya juga berdetak laju. Iq terus masuk ke dalam bilik itu dan mendekati katil Cha. Tangannya menyentuh dahi Cha dan memang betul sangkaannya Cha demam. 
"Mcm mana kau boleh demam ni?" Iq duduk di birai katil dan dia hanya mampu termenung. Masa silamnya memang teruk! Andai dia kuat mesti semua ini takkan berlaku kan? 
"Tak ada guna nak menyesal" keluh Iq. Tuala lembap di ambil dan diletakkan di kepala Cha. Dia ambil tempat duduk di sofa dan lena di situ.

"Sakitnya kepala aku" aku bergerak turun dari katil dan terkejut bila ada tuala atas dahi aku. Aku sentuh dahi sendiri dan memang demam la. Mata aku tala ke arah sofa dan Iq sedang lena di situ. Aku mendekatinya dan berdehem kuat lalu kakinya aku sepak sikit. Dia menguap dan menggenyehkan mata, lalu dia berdiri dgn kantuk yg masih bersisa. Laju tangan dia naik atas dahi aku dan dia mengeluh. Aku tepis tangannya dan dia beredar dari bilik aku.
Selesai solat subuh badan yg masih lemah dgn kepala yg memberat aku terus baring di sejadah. Malasnya nak gerak. Aku sedar pintu bilik aku dibuka dan Iq la yg buka siapa lagi dalam rumah ni yg ada kan? Iq atur langkahnya mendekati aku dan terus badan aku di angkat ke katil. Dia sandarkan aku pada badannya dan dia tanggalkan telekung aku dgn perlahan lahan. Aku nak menolak tapi tak larat jadi aku biarkan je. Dia baringkan aku dan simpan telekung lalu keluar lagi, pergi mana aku pun tak tahu. Dalam satu jam dia pergi aku nampak dia masuk bilik aku lagi, banyak cantik muka dia kan? Ingat tu bilik dia ke? 
"Makan sikit, nak makan ubat nanti" dia tak cakap banyak terus angkat kepala aku dan sandarkan pada dadanya. Mana dia dapat bubur nasi ni?
"Mana kau dapat?" Soal aku dan tanpa senyuman dia menjawab.
"Aku mintak tolong jiran sebelah. Makan!" Arahnya dan sudu di sua ke mulut aku. Nak tak nak buka je la mulut ni ha, boleh tahan la rasa bubur jiran aku ni. Tak sangka dia pergi mintak tolong jiran sebelah,adui, kelakar pulak aku rasa skrg ni.
"Kau tak takut berjangkit ke? Selalunya kau akan demam kalau kau dekat dgn orang demam kan?" Soalan aku dia buat bodoh je. Nak jawab pun tak nak.
"Ubat!" 
"Tak nak la Iq. Rehat je la"
"Makan la cepat! Aku nak pergi kerja ni" 
"Pergi je la. Tak mintak kau jaga aku pun"
"Makan ubat dulu, lepas tu aku pergi la."
"Iq,kau tahu kan aku tak suka ubat"
"Dah tu suka sakit?" 
"Nanti demam ni baik sendiri"tegas aku.
"Makan! Hana! Jgn degil sangat boleh tak?" Aku terus diam. Dia pun turut sama diam. Terus ubat disumbat ke dalam mulut aku dan dia hulurkan air. Aku ambil air dan terus minum.
"Rest" ujarnya dan dia mahu pergi. Aku pegang bajunya dan dia berhenti bergerak.
"Pergi bila aku tidur boleh? Aku takut" Iq mengeluh berat dan duduk semula. Kau ni kenapa Cha? Tiba2 je nak jadi manja sweet dgn dia kan? Kenapa dgn kau ni Cha! Demam dah buat kau gila la.

"Iq!" Mana pulak mamat perasan bagus ni? Amboi! Mentang2 aku dah sihat boleh pulak terpekik panggil nama dia eh. Tanpa ketuk aku terus buka pintu bilik dia dan aku masuk. Tidur lagi? Ke demam aku dah berjangkit kat dia? 
"Iq, kau ok tak?" Aku bersuara dan dia hanya mengangguk. Tak tidur pun rupanya.
"Sure ok?" Aku bersuara lagi dan terus menyentuh dahinya. Panas! Dah agak dah yg dia akan demam balik. Tangan aku ditepis dgn kuat. Sakit2 pun ada hati lagi nak gaduh dgn aku kan? 
"Keluarlah!" Marahnya pula. Aku buat keras hati dan basahkan tuala lalu letakkan atas dahi dia  tapi dia campak tuala tu atas lantai dan aku terkedu. Kenapa dgn Iq ni?
"Iq, aku just nak tolong" aku bersuara dan hampir menangis. Sampai hati dia kan? Aku just nak balas balik budi dia tu je.
"Tak payah tolong aku. Aku boleh buat sendiri!" Suaranya meninggi lagi, kali ini dia bangun dari katil dan tolak badan aku keluar dari bilik dia. 
"Iq, let me help u" 
"Dont have to"
"Aku nak tolong je!"
"Tak perlu buat baik dgn aku. Tak ada guna pun selagi dalam hati kau tu ada benci pada aku. Tak perlu!" Pintu ditutup kuat, aku tersentak. Kenapa dgn Iq ni tak faham sungguh aku tapi betul jugak. Kenapa aku nak tolong dia sedangkan aku bencikan dia.

Dah petang ni, dia tak lapar ke? Jenguk dia ke eh? Karang mati pulak dia dalam bilik tu. Aku atur langkah ke biliknya, bila aku dengar bunyi benda jatuh aku terus berlari tapi bila aku nak buka biliknya pintu dia berkunci. Aku ketuk pintu biliknya hingga hampir roboh tapi tak boleh bukak jugak.
"Iq! Kau ok tak? Iq!" 
"Iq!" Kenapa dia ni tak menyahut pulak?menyusahkan orang betul la dia ni. Aku terus ketuk pintu sebelum pintu bilik dibuka dgn kasar. 
"Ya Allah,kenapa ni Iq?" Soal aku terus masuk ke dalam bilik dia. Dahi dia yg berdarah merungsingkan aku. 
"Aku ok. Keluar" arahnya lagi. Dah sakit mcm tu pun nak tunjuk keras kepala dia lagi? Dasar orang tak reti nak kenang budi la ni. Aku tolak badan dia yg lemah hingga terduduk di katil dan aku terus pegang pipinya.
"Mana first aid?" Aku bertanya padanya tapi dia tepis pulak tangan aku.
"First aid mana?!" Ha! Kan dah naik suara.
"Kat bawah" perlahan je suara dia. Aku terus berlari nak pergi bawah bila aku keluar je dari bilik dia aku nampak dia tutup pintu balik. Degilnya dia ni! Aku berlari tahan pintu dan akhirnya tangan aku tersepit. Sakitnya... aku menahan sakit jari aku yg tersepit walaupun tak kuat sangat. Nasib baik dia tak hempas pintu. Bila pintu dibuka balik aku terus terduduk kerana sakit sangat. Berdenyut denyut ni ha! Terasa jari aku dipegang.
"Bodoh! Yang kau letak jari kau kat situ kenapa?" Aku terkedu bila diherdik.
"Masuk!" Dia arahkan aku masuk dalam biliknya dan dia berlari turun ke ruang tamu. Lepas tu dia terus naik dgn kotak first aid. Siapa nak rawat siapa sebenarnya ni? Jari aku yg berdenyut dia sapukan ubat dgn berhati hati sampai aku rasa sakit tu dah hilang.
"Dah! Keluar" aku pandang muka dia yg serius menghalau. Dia ke depan cermin dan bersihkan luka dia sendiri, dia ni langsung tak bagi peluang kat aku nak tebus budi dia pada aku. Aku atur langkah keluar dari bilik dia bila dia langsung tak hiraukan aku. Badan dia panas lagi, dia ok ke? Serabutnya....

"Cha, kenapa?" Soalan Iqa aku malas nak jawab. Sebab aku sendiri tak tahu apa dah jadi dgn aku ni.
"Aku keliru la Iqa, aku dah rasa perasaan benci aku pada Iq dah berkurang"
"Ya ke? Baguslah Cha!" Iqa pegang lengan aku erat. Beria pulak minah ni kan? Aku sengih sedikit lalu menepuk bahunya lembut.
"Tak ada apa yg bagus pun. Fact, aku tak boleh lupakan apa yg dia dah buat" 
"So how? Seminggu je lagi sebelum birthday korang. Please la Cha, jgn end dgn terburu buru" 
"Talak di bahu Iq. I can do nothing. Just let it happen. Nothing will change"
"Kau dgn Iq dah tak gaduh. Satu ofis pelik tau" 
"La, bukan korang bersyukur ke? Doa korang dah termakbul"
"Ya kami bersyukur tapi doa kami harap korang berbaik bukannya senyap mcm tu je"
"Yang tu kau kena doa lebih sikit. Solat hajat ke. Dah la Iqa, aku pun dah malas nak fikir"
"This is your future. Ilmi?"
"Tiba2 je naik nama Ilmi kenapa?"
"Kau ada apa2 ke dgn dia?"
"Lawak la Iqa. Kawan je la"
"Sure?"
"Yes! Aku tak kan cintakan dia la"
"Baguslah, sebab aku nampak dia tu mcm nak raih cinta kau balik"
"Aku isteri orabg la weh."
"Skrg, next week?" 
"Walaupun aku jadi janda muda berhias lagi, aku tak terfikir nak kawin lagi. Kau tahu kan? Once i fail in something, i will not do it for second time"
"What? Sumpah tak faham dgn kau punya prinsip. Aku nak blah. Pening kepala layan kau ni" aku tersengih je la. Iqa pun dah penat nak faham aku kut. Entah perangai keturunan mana yg aku bawak ni umi sendiri tak tahu. Aku pun tak tahu.

"Iq, esok final day. Kau ada nak discuss apa2 ke malam ni?" Aku cuba utk bercakap. Entah apa jugak yg kami nak discuss sebenarnya.
"Aku nak bawak kau tengok game basket. Boleh?" Aku diam. Eh? Dia nak ajak aku tengok game? Tapi, malam ni aku dah janji dgn Ilmi nak celebrate birthday aku. Mcm mana ni? Kenapalah aku tanya dia tadi kan?
"Oh, pukul berapa?"
"Lepas isyak."
"Game tu habis pukul berapa?" 
"I dont know, lambat jugak kut"
"Selalunya makan masa lama tak?"
"Agak lama la, why? Kau dah ada plan ke?" Mcm mana nak cakap kat Iq ni. Tapi penting sangat ke aku penuhi kehendak Ilmi dan Iq. Confuse. Lagipun hari ni aku nak settle dgn Ilmi,aku nak be honest yg aku takkan dapat terima dia walaupun aku dgn Iq bercerai.
"Ada, Ilmi ajak aku dinner" 
"Oh! Means tak dapat la kita spend malam terakhir kita bersama" ujarnya lalu tergelak kecil. Dia mcm tak kisah je kan? Yg aku gatal nak ikut dia ni kenapa pulak?
"Yes. Sorry" 
"Please, malam ni je" pintanya pula. Eh! Dia beria la pulak.
"Just for tonight. Our start is not good, why not the end we finish it well. Just us, without our past"
"Are u sure?"
"Yes. For the first time, aku tak izinkan kau keluar dgn Ilmi" aku tercengang. Tak izinkan? Lain benar maksudnya tu.
"Ok! Kalau aku bosan, aku keluar. Aku tak minat basket" 
"Ok! Pakai ni nanti!" Aku sambut balingan baju. Baju t? Bukan jersey ke sepatutnya? Ah! Pakai je la dah dia yg mintak.
"Lepas isyak?"
"Yes!"

Aku pulak yg berdebar tunggu dia kat laman rumah ni. Dah la malam terakhir yg dia cakap tu nampak sangat ending kisah kami ni mcm mana esok. Orang lain sibuk fikir pasal malam pertama apa cerita pulak aku yg risau fikir malam terakhir ni? Hidup ni memang aku ni boleh nak duga langsung!
"Kenapa semua orang pakai hijau? Kita dua je purple ni" pelik betul dalam mini stadium ni. Semua orang pakai hijau termasuk pemain. Dah la dua2 team pun pakai hijau, mcm mana nak lawan kalau mcm ni? Pelik.
"Unik sikit"
"Tengkorak kau unik, aku rasa mcm alien je ni" 
"Duk diam je la" aku jeling dia yg langsung tak ambik kisah. Padahal dia nak cover malu sebab silap pakai baju. Tak nak mengaku la tu! Poyo! Bila game start aku tak nampak gaya orang nak lawan pun, masing2 mcm satu team je ni. Rasa mcm orang bodoh dan buang masa je kat sini. Iq pun tak nampak mcm bersemangat nak tengok game, asyik tengok jam je dia ni. 
"Balik la weh, bosan gila" 
"Balik? Game tak habis lagi"
"Bila nak habis kalau mcm tu je dorang main?" 
"Tunggu la kejap" aku mengeluh malas dan bersabar. Baik ajak aku dinner atas kapal ke or what ada jugak benda nak buat kenangan ni tak, ada ke patut tengok game basket. Bosan giler.
"Eh? Kenapa semua orang turun ni" aku terkejut bila semua penonton berlari turun ke court dan mcm bergaduh besar je. Masak kalau polis datang mesti masuk bilik besi nanti. Baik aku lari sebelum jadi apa2. Baru je aku angkat punggung nak lari terus tangan aku dipegang.
"Duk sini, please" 
"Iq, baliklah. Kalau polis sampai mati kita!"
"Dua minit je lagi" pintanya dan aku terpaksa duduk balik dgn tak rela langsung. Tak lama kemudian semua lampu padam dan aku mula gelabah. Bila aku sedar satu spotlight menghala ke arah aku dan aku pandang tepi, Iq dah tak ada! Kemudian aku pandang tengah court dan bayang2 orang ramai mula berlalu pergi dan lama kemudian, cahaya lilin mula menerangi. Sebuah kek yg dipegang oleh seorang lelaki mula jelas kelihatan dan lagu birthday dinyanyikan dgn gemuruh dan kuat. Siapa lelaki tu? Bukan Iq! Bila dia semakin mendekat aku tersenyum sedikit, Hadi rupanya Iqa pun ada sama. Setelah itu mereka minta aku meniup lilin dan satu stadium bersorak dan bertepuk tangan. Sekali lagi kedengaran suara orang menyanyikan lagu birthday dan aku pasti tu suara Iq. Tapi mana dia? Aku senyum dan menunggu kemunculan Iq, dia ke rancang semua ni?
"Kerja Iq ke ni?" Soal aku bahagia. Birthday terbaik la ni!
"Siapa lagi?" 
"Mana dia?" Soal aku lagi.
"Dia bagi ni!" Iqa hulurkan satu kotak kecil dan aku membukanya. Apa ni? Recorder ke? 
"Pakai ni" headfon diletakkan di kedua belah telinga aku. Dan suara Iq menyanyi merdu kedengaran lagi, lagu yg kami sama2 minati zaman form 3 dulu. Mcm lagu tema kami berdua la, agak la jugak. Poyo je lebih.
"Belaian jiwa..."
"Sorry for everything, happy birthday to you! Edisha Hana! Tak tahu nak mula dari mana tapi aku try, tak mampu nak tulis surat sebab aku ingat lagi kau kata tulisan aku buruk kan? Ok then, new way, record je! Sebulan ni aku tak dapat fikir apa pun, so, why not another two weeks please? This time, i will let u think and u decide. If u want to be with him, just tell me after two weeks. I will do as u wish. For now on , i will not being here .so, think about it without my influence key? Sorry, aku tak berani nak face to face. Dua minggu, keputusan di tangan kau. Happy birthday Hana!"
Iq memang dah gila. Aku tak fikir panjang terus campakkan recorder dan berlari keluar dari stadium. Kereta Iq dah tak ada kat sini! Mana dia? Dasar pengecut! Penakut! Pembelot! Aik, pembelot?.
"Hadi, hantar aku balik!" Arah aku cepat dan terus masuk ke dalam kereta. Perjalanan yg memakan masa hampir sejam ini buat aku tak boleh sabar. Lambatnya si Hadi ni. Kura2 pun lebih laju dari ni!
"Cepatlah Hadi!" Gesa aku dan dia menggeleng. Ish! Susah betul la orang cermat ni. 
"Dah sampai" tak perlu Hadi maklum sebab aku memang dah sedia maklum, aku terus masuk dalam rumah dan berlari ke bilik Iq. Ya! Bagasi travel dia dah tak ada! Aku menutup mata rapat2 kemudian duduk di birai katil. Kurang ajar punya mamat tak cukup ilmu!
"Cha, nah" Iqa hulurkan satu lagi kotak hadiah bersama dgn recorder yg aku campak tadi. Aku ambil dan mengeluh berat. Senang je dia nak lari dari masalah kan? 
"Kau ok?" 
"Ok la kot."
"Nak aku teman kau kat sini?" 
"Tak yah, aku ok je."
"Sure?"
"Sure!"
"Kalau mcm tu kami balik dulu, anything just call key?" 
"Alright. Thanks, kirim salam kat Hadi"
"ok! Kau fikir baik2 eh. Aku balik dulu"
Rasa malas nak fikir apa2 malam ni jadi aku terus je tidur. Bangun esok harap2 aku mimpi yg tak berapa nak indah ni. Dua minggu? Senang betul kerja mamat ni sebab kerjanya menyakitkan hati aku dan menyusahkan aku je! Menyampah betul!

"What?!" Tinggi suara aku setelah tahu cerita sebenar. Jadi, war aku dgn dia selama ni hanyalah salah faham? Aku diam sejenak.
"Ya Cha! Iq terpaksa buat semua tu. Dia tak nak kau tersingkir dari projek sains tu, dia cakap dia rela utk kau. Dia tak kisah kalau kau benci dia sekalipun. Iq terpaksa buat semua tu kat kau sebab dia sayangkan kau Cha. Iq pernah cakap, dia rela keu benci dia tanpa sebab drpda tengok kau kecewa dan menangis. Projek dia sendiri pulak terbengkalai mcm tu je. Dia tahu kerja keras kau. Memang teruk geng Tasha paksa dia,dia ada fotokopi kau punya projek thats why Iq tak boleh nak melawan"
"Iq ni bodoh betul! Aku rela hilang projek drpd hilang kawan!" Marah betul aku dgn mamat ni. Tahu fikir pasal dia je. 

10 tahun lalu,

Tasha mendekati Iq yang sedang sibuk menyiapkan projeknya yang hampir selesai.
"Iqmal, saya nak cakap sikit" Tasha bersuara manja dan duduk disebelah Iq. Iq tayang muka meluat dan tak pedulikan Tasha langsung.
"Saya nak kita couple" ujar Tasha dan Iq tergelak sinis.
"Gila?" Soal Iq kasar.
"You will" Tasha bentangkan fotokopi plan projek Cha dan Iq terkejut.
"Kalau judge tengok ada dua projek yang sama, secara tak langsung, dia akan disqualifie. Saya tak kisah, tapi, awak mesti kisah kan?" Soal Tasha jahat.
"Kau nak apa?" Soal Iq bengang. 
"Kita couple. Then, Cha boleh join projek sains tu" jawab Tasha gembira. Dia tahu, untuk Cha, Iq sanggup buat apa sahaja.
"Fine! Jangan kacau Cha lagi!" Amaran keras Iq berikan pada Tasha dan Tasha tersenyum bahagia.

Sehari sebelum projek sains dijalankan Iq berjumpa dengan Cha bagi menyelesaikan masalahnya. Dia takut Tasha aka buat hal lagi.
"Iq, projek kita ok?" Soal Cha ceria.
"Ok je." Jawab Iq sambil tersenyum.
"Sayang!" Panggil Tasha mesra dan mendekatkan diri pada Iq. Terkedu Cha bila mendengar panggilan mesra itu untuk Iq.
"Kau nak apa?" Soal Iq bengang.
"Saja, Cha, aku kesian kat kau ni sebenarnya." Tasha bersuara sinis dan Cha rasa pelik.
"Tasha, blah la!" Marah Iq lagi tapi Tasha dengan berani campakkan fotokopi projek pada Cha. Cha pelik dan membuka kertas bergulung itu dan dia terkejut .
"Mana kau dapat ni Tasha?!" Soal Cha garang.
"Iq la bagi kat aku, sebab dia dah muak tengok kau asyik menang. Sekarang Iq dah couple dengan aku. Bye Cha!" Tasha terus beredar dan mata Cha bergenang. 
"Aku benci kau Iq! Aku benci kau Iq!" Tempik Cha dan terus berlari keluar dari dewan besar itu. Iq terkedu dan perkataan benci daripada Cha buatkan lututnya lemah.
Iq mencari Tasha kerana nak balas balik perbuatan Tasha.
"Tasha! Kau gila ke?!" Memetir suara Iq tapi Tasha tergelak jahat.
"Aku tahu yang kau takkan terima aku, kau benci aku! Jadi, aku akan buat Cha benci kau!" Tasha berlalu dengan riak  dan Iq sepak kerusi yang berdekatan.

Cha memang bencikan Iq dan tak nak pamdag muka Iq lagi dah. Walaupun Cha dah menang projek sains tu dia tetap tak boleh maafkan Iq.
"Iq, Cha tak nak jumpa kau" ujar Hadi turut kesal dengan perkara yang terjadi.
"Sokay Hadi. Aku akan pindah dari sekolah ni. Biarkan Cha terus benci aku Hadi. Ni rahsia kita dua ok. Thanks Hadi" Iq dengan berat hati melangkah pergi dan tinggalkan sekolah itu. Kenangan itu. Rasa benci dari Cha buatkan Iq mengalah dan Iq rela bermusuh dengan Cha andai Cha boleh lepaskan rasa marahnya. Begitulah permulaan baru yang teruk terhadap hubungan mereka.

Dua hari aku tak makan dan aku tahu jugak yg aku dah demam selepas dapat tahu cerita sebenar. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Skrg ni aku nak Iq je dan nak minta maaf dgn dia. Minta maaf atas semuanya.
"Cha,makan skit" 
"Aku nak Iq je Iqa. Please..." air mata aku hampir menitis keluar. 
"Cha, dia bagi kau dua minggu kan? Baru je dua hari kau dah lemah mcm ni" 
"Nak Iq...." rengek aku lagi. 
"Sayang! Call la Iq" pinta Iqa pada Hadi yg berada di ruang tamu. Hadi keluar rumah dan mendail nombor Iq.
"Pehal?" Sahut Iq 
"Kau kat mna?" Soal Hadi.
"Bumi lgi. No worry"
"Main2 kau kan? Cha demam panas" 
"What?! Kan aku suruh korang tengokkan dia!" 
"Nak marah kami pulak? Tugas jaga isteri tu siapa? Bff?" 
"Teruk ke?"
"Dah dua hari tak makan" 
"Dua hari?!" 
"Baliklah Iq,dia duk sebut nama kau je"
"Dua minggu Hadi" jawab Iq lemah.
"Nak tunggu Cha masuk hospital dulu ke?!"
"Kirim salam kat dia. Aku sayang dia. Jagakan dia utk aku. Nanti aku call kau lagi. Pak lang aku dah panggil tu" terus fon mati tapi Hadi dah tahu kat mana Iq. Terus dia berlari ke bilik tidur Cha dan ketuk pintu. Iqa keluar.
"Iq! Kat johor!" 
"Ya?!" 
"Yes!" Hadi dan iqa berpelukan seketika. 
"Cha! Iq kat Johor" bila dengar berita tu aku terus rasa kuat balik. Aku bangun dari katil dan masuk bilik air. Jom pergi cari Iq.
"Jom pergi johor!" Ajak aku teruja.

Sebaik sampai di rumah pak lang dia,aku sendiri tak berapa kenal sebenarnya tapi rumah berkunci je. Lama kami tunggu kat pangkin rumah. Bila jam dah hampir pukul 7 petang, kelibat dua orang yg balik dari kebun membuatkan kami bertiga berdiri. Sah! Memang Iq! Aku terus berlari mendapatkan dia dan dia jelas terkejut tengok aku kat situ. 
"Cha?!" Pak lang pun mcm pelik tapi dia senyum je. Ni la isteri yg Iq duk cinta sangat tu sampai larikan diri ke Johor sebab takut kecewa.
"Cha? Aku....." belum sempat dia habiskan ayat! Dush! Satu tumbukan kecil aku singgah di pipinya. Benci bila dia suka buat keputusan sendiri. Semua orang terkejut bila aku tumbuk Iq. 
"Aku sayangkan kau....." terus aku rebah dalam pelukannya. Pengsan terus!

Bila aku sedar je aku tengah tidur atas pehanya. Dia senyum bila mata aku terbuka. Aku menyentuh pipinya lembut.
"Cha dah tahu semuanya Iq" aku bersuara lemah. Dia ambil tangan aku dan menciumnya lembut.
"Sorry" pintanya lemah.
"Cha yg nak minta maaf. Cha cuba utk benci Iq,tapi, Cha sayangkan Iq" 
"Iq sayangkan Cha jugak" aku tersenyum dengar dia lafaz semua tu.
"Bangun, kita solat dulu. Dah nak isyak ni" kami berdua solat bersama dan makan malam dgn yg lain. Asyik senyum je kami berdua ni ha. 
"Pergi rehat la Cha. Pak lang rasa demam kamu tak kebah lagi ni" pak lang bersuara dan aku angguk faham. Memang rasa lagi panas badan ni. Iq pimpin aku masuk ke dalam bilik dan Hadi berdehem mengusik. Entah apa yg tercapai di tangan Iq terus di baling on spot kena atas dahi Hadi. Kemain Hadi mengaduh lalu gelak lagi. Bila pintu bilik ditutup aku bersila di tepi katil. Iq keluarkan panadol dan suapkan ke dalam mulut aku. Berkerut dahi aku sebab pahit sangat kemudian air dihulurkan. Aku meneguknya sikit dan aku aku pandang dia yg sedang tersenyum melutut di depan aku. Aku usap rambutnya dan mencium kepalanya. Dah lama teringin nak buat semua ni.
"I miss u lot. Even i dont know the truth, i cant force my heart to hate u. I always love u" ucap aku ikhlas. Iq peluk aku erat dan aku meletakkan kepala atas bahunya. 
"I love u, today and forever. Days that passed too. Every minute every second"
"Me too" ujar aku lalu memeluknya lebih erat. Dia membawa aku menghadapnya dan perlahan lahan dia mendekatkan ke wajahku dan dia merapatkan bibirnya lama. Aku diam tak buat apa2. Iq ni.... buat aku malu je la. Dah blushing muka aku ni ha.
"Comel kalau Hana malu mcm ni"
"Call me Hana please. I love it. Haris"
"Call me Haris like before ok?"
"I will... like my name in your name. Haris and Hana"
"Yes! Like u in my life".
"Hurm. Andai kita mcm ni dari lepas akad kan best"
"Better late than nothing" Iq mencium pipi aku pula.
"Yes..."
"How about u and Ilmi" 
"I have told him. I will never love other man except Iqmal Haris" aku kenyit mata dan Iq tersenyum puas hati. Aku peluk dia lagi erat kali ini.

Paginya aku terkejut bila atuk dan tuk ada kat sini sama. Kami yang baru je keluar sambil peluk pinggang di pandang sambil tersenyum.
"So, the answer?" Soal atuk.
"I love her"
"I love him" setelah itu semua orang tersenyum senang. Aku pandang Iq lama dan Iq balas pandangan aku lalu dahi aku dicium.
"Ok then! Second honeymoon. Give us cicit" atuk dan tuk serahkan tiket kapal terbang ke Paris. Paris la weh! Yeay! Second honeymoon ha?
Misi: bagi cicit!
Hahaha. Pandailah atuk dan tuk ni kan. Banyak sungguh misi dorang. Tapi ada satu misi yg tak kan habis iaitu. Misi mencintai Iqmal Haris. This mission will never end. Till jannah. Amin.