Di malam yang gelap gelita, hanya bunyi deruan angin malam membuatkan Asyifa Qalisya tak berani untuk meneruskan langkahnya lebih jauh. Berbagai persoalan yang bermain dalam benaknya, siapa dan kenapa. Siapa yang nak dia mati dan pada masa yang sama, kenapa nak dia mati? Setahunya, dia tak pernah mempunyai musuh dan selama ini dia hanya sebatang kara sahaja. Kenapa? Langkah kaki yang diatur juga sudah tak kuat lagi. Tapi dia bersyukur dapat lepaskan diri dari rumah usang tmpatnya dikurung dan dia sudah tersangat jauh dari rumah itu. Tapi, dia masih lagi di dalam hutan yang gelap, hanya cahaya bulan yang membantunya melihat. Itu pun dalam samar,bertambah pula dengan rabunnya. Dia tersangat letih sehingga air mata juga tak larat untuk dikeluarkan. Dia berjalan dan terus berjalan sehingga dia terlanggar sesuatu dan terus terduduk.
"Auch!" Dia mengerang kesakitan bila tangannya betul2 terkena pada duri yang tajam. Dalam samar kegelapan dia boleh nmpak ada cecair yang keluar dari tangannya.
"Mana kau nak lari?!" Soalan serta sindirin sinis itu menbuatkan Lis terkejut dan takut pada masa yang sama. Lelaki itu! Lelaki yang membawanya ke dalam hutan gelap ini pada petang tadi. Lis dah tak mampu nak bersuara lagi, dia tersangat takut dan memang dia tahu, hanya ajal yang dapat selamatkan dia dari seksaan menakutkan ini. 'Allah!' Dalam hatinya berdoa kepad yang maha satu. Semuanya kerana Allah dan Allah maha mengetahui akan sesuatu. Dia reda jika ajalnya dalam keadaan begini, sekurang kurangnya dia telah mencuba untuk selamatkan dirinya.
"Kenapa encik nak bunuh saya?" Soal dia dalam gentar,lelaki gelak besar dan melutut di depannya. Kepala dia didongakkan dengan pistol dan dia terdiam. Muncung pistol betul2 di lehernya. Jantung dia berdetak laju dan hampir berhenti.
"Aku nak bunuh kau sebab orang bayar aku untuk bunuh kau. Kiranya, kau ni macam periuk nasi aku la kali ni" dia terus gelak jahat. Lis bernafas dalam ketakutan tapi dia cuba sedaya upaya untuk beranikan diri.
"Kenapa orang tu nak bunuh saya?"
"Bukan urusan aku! Yang penting, kau mesti mati malam ni jugak. Dan, apa kau ingat ni dalam drama,lepaskan diri, kemudian call police and kau selamat. Macam tu?" Soal lelaki itu sinis dan gelak jahat lagi.
"Saya tak pernah terfikir sampai ke situ. Saya tak pernah terlintas pun yang saya akan berjaya selamatkan diri" dengan berani Lis menjawab dan lelaki itu terdiam seketika. Wajah Lis yang jelas ketakutan dipandang lama.
"Kenapa kau lari?"
"Sebab, saya tak nak mati sia2. Apa salahnya kalau saya cuba untuk selamatkan diri, sekurang kurangnya saya berusaha untuk selamatkan nyawa yang Allah pinjamkan pada saya. Saya lebih rela mati setelah berusaha daripada tunggu ajal saya sampai macam tu je. Sekurang kurangnya, bila ditanya di mahsyar nanti, saya boleh jawab yang saya dah cuba" tenang dan lancar jawapan Lis sehingga lelaki itu terdiam lama. Akhirnya dia tersenyum sedikit lalu meminta Lis untuk berdiri.
"Impressive answer. Ok, lets see how you can escape" Lis terkejut pula. "Apa maksud encik?" Soal Lis bingung.
"Aku pun rasa seronok sikit nak bunuh orang yang berusaha selamatkan diri ni. Rasa tercabar. Larilah!" Ujar lelaki tersebut lalu memasukkan pistol ke dalam bajunya. Lis berkerut habis dan dia mengengsot ke belakang beberapa langkah. Jika ini peluangnya dia akan rebut. Walaupun tak selamat dia telah mencuba. Itulah kekuatan yang Lis pegang. Dia terus mengatur langkah dan mulakan larian di dalam hutan tebal itu, setelah 5 minit dia berlari akhirnya dia lelah dan bertahan pada sebatang pokok. Nafasnya turun naik dalam kepenatan.
"Ok! Peluang kau dah habis" Lis terus terduduk bila suara lelaki itu kedengaran di belakang pokok yang dia sedang bersandar.
"Ya Allah, aku reda andai ini ajalku" akhirnya Lis berdiri dan dia redha dengan ketentuan Allah.
"Dah puas doa?" Soal lelaki itu sinis dan tergelak sedikit. Lelaki itu berjalan menjauhi Lis sedikit dan dalam jarak 2 meter, pistol diacukan.
"Nak kira tak? Dalam kiraan berapa?" Soalnya sinis.
"Ya Allah, ashhaduallaila haillallah waashaduannamuhammadarrasulullah. Lailahaillallah...."
Bang!!!! Satu das tembakan menemani malam sunyi di hutan tebal ini. Badan Lis terus jatuh ke bumi dan darah di kepalanya mengalir. Lelaki itu tersenyum kemenangan bila kerjanya dah selesai sepenuhnya. Hujan lebat mula mencurah ke bumi.
"Settle kerja aku. Ajal kau! Rezeki aku!" Dia tergelak jahat.
"Ok! Masa untuk hapuskan bukti!" Badan Lis diangkat dan dimasukkan ke dalam keretanya. Darah yang sudah berhenti mengalir membasahi tudung putih Lis. Wajahnya pucat lesi dan sejuk. Lelaki itu masih dengan senyuman kemenangannya bila misinya selesai dengan mudah.
Sebaik tiba di rumahnya, dia terus menggali lubang sedalam mungkin,sementara malam masih lagi gelap dan tiada siapa yang melihatnya dia rasa waktu yang paling tepat untuk hapuskan bukti. Dia mencampaknya,pakaiannya yang penuh dengan darah walaupun dah hilang dek hujan lebat turut dicampak ke dalam lubang itu. Dia mengambusnya dengan senyuman bahagia. Well,lubang ketiga setakat ini.
"Third! Forth?" Dia gelak jahat lalu masuk ke dalam rumahnya yang besar dan mewah walaupun jauh dari kawasan bandar mahupun pekan. Geng tinggal dalam hutan la ni. Memang kriteria penjahat ulung.
"X! Kenapa kau settle minah tu? Selalunya kami yang buat kerja tu" seorang lelaki yang bertanya kepada penculik jahat itu, X namanya.
"Sebab, aku tak pernah tengok orang yang tak merayu untuk selamat. She is impressed me" X gelak lagi dan dia meneguk Coke yang di ambil dari fridge. Badannya yang masih lagi tak mengenakan baju masih basah dek hujan.
"Malangnya, dah 'mati'!" Mereka berdua gelak besar dan X berlalu ke biliknya untuk mandi. Dia tersengih lagi sebelum masuk ke bilik air. 'Malangnya dah mati' hatinya berbisik ayat itu lagi sekali.
"Kepala dia luka teruk! Aku harap dia tak alami darah beku dalam kepala. Kau buat kerja macam mana sampai kepala dia luka ni?" Marah betul perempuan yang telah merawat luka Lis. X yang berdiri sambil peluk tubuh hanya diamkan diri sahaja bila dileteri.
"X! Aku cakap dengan kau ni!" Marah perempuan itu lagi. X pandangnya sekilas dan angkat bahu tanda tak tahu.
"X! Kau tak pernah careless macam ni. Dia, misi kita!"
"Dis, shes fine now right?" Soal X tanpa riak menyesal dan keluar dari rumah besarnya.
"Susah betul cakap dengn orang heartless ni!" Marah Dis pula dan dia merungut terus dengan perangai X yang tak pedulikan keadaan Lis.
"Kamu dah selesaikan misi kamu?" Soalan Dato Karim kepada X buatkan X tersengih sedikit.
"Ya! Dia dah mati, ni buktinya" video yg Lis di tembak ditunjuk dengan bangga. Dato ketawa sakan bila melihat satu2nya penghalang kepada nya untuk mendapatkan kuasa sebgai CEO di H n Q Holdings berjaya akhirnya. Setelah waris terakhir Dato Haris mati, maknanya semua harta akan jatuh ke atas tangannya. Hartanya dalm bidang pernigaan. Sepenuhnya jadi milik dia.
"Good! I love this. Maybe, next time we can work together again" bahu X ditepuk dan X tersenyum bangga sebelum menepis tangan tua itu.
"Other deal is another matter. My payment?" Soal X langsung dan dato ketawa lagi. Memang X seorang yang boleh di harap dan sangat profesional.
"Here! 100 000 ringgit"
"Ok! Our deal settle kat sini je. And, i never work with the same client." X bersuara sebelum berjalan pergi bersama bagasi berisi duit di tangannya. Dia tersenyum dan berjalan keluar dengan angkuh dari situ sebelum masuk ke keretanya dan memecut pergi. Satu kerjanya telah selesai kini tinggal satu je lagi kerjanya dan lepas tu dia dah rancang nak rehat lama sikit.
"Macam mana doktor?" Soal Dis mengenai keadaan Lis yang masih belum sedarkan sejak dua hari lepas lagi.
"She is fine, luka dekat kepala dia pun sikit je. Saya rasa dia dalam keadaan shock lagi dan belum bersedia untuk sedar. Mungkin sehari dua lagi" terang doc muda itu tenang dan Dis mampu bernafas lega. Mahu tak lega nanti ada yang kena maki dengan boss kalau misi mereka gagal dan misi mereka mati macam mana nak teruskan misi.
"Terima kasih doc" balas Dis dan menghantar doc itu ke keretanya. Dah memang kemestian mata orang luar akan ditutup sbelum dibawa masuk ke kawasan ini begitu juga untuk dibawa keluar. Tempat rahsia habis la ni. Dis berjalan ke bilik Lis dan duduk di sebelah katil. Dia mencapai majalah kereta,dan membeleknya tanpa perasaan.
"Lelaki lagi..." rungutnya kerana bosan bila dia terpaksa kerja dengan lelaki semua. Minatnya tak ada orang untuk dikongsi bersama. Nak cakap pasal beg tangan latest pun tak ada kawan. Dia meraup mukanya dan rambutnya yang pendek dikuak sikit. Persis lelaki potongan rambutnya,tu pun terpaksa sebab kekok bila dia sorang je rambut panjag dalam team dia. Team yang diketuai oleh X. Rasa hidupnya sebagai perempuan dah berakhir,no more heels and no more dress. Now, just shoes and jeans.
"Papa....mama..." Dis terus bangun dari sofa dan mendekati Lis yang sedang terkapai kapai mencari sesuatu. Tangannya menyentuh tangan kecil Lis dan Lis terus genggam tangannya erat.
"Papa..." lemah suara Lis dan air mata mengalir di pipinya. Mata Lis terbuka dan dia masih lagi dalam keadaan separa sedar. Semuanya dia nampak kabur je dan dia langsung tak tahu dia berada kat mana sekarang ni.
"Saya dah mati ke?" Soal Lis lemah dan bila dia melihat senyuman manis dari perempuan depannya dia lega sedikit.
"Awak selamat. Awak ok?" Soal Dis lalu bantu Lis yang ingin bangun dari baring. Badan lis disandarkan pada katil.
"Saya kat mana?"
"Awak slamat, jangan risau"
"Tapi, ada orang nak bunuh saya,dan saya dengar bunyi tembakan tu. Dan saya tahu tmbakan tu kena saya punya leher" Lis menyentuh lehernya yang langsung tak terasa sakit. Pelik! Dia mencari tempat tembakan itu tapi yang dia rasa sakit di kepala. Kalau kepala mesti dah mati terus,takkan selamat lagi.
"Tu hanya peluru ubat tidur. Kepala awak luka sebab jatuh" Lis berkerut mendengar penerangan itu. Dia keliru habis, dia dah dibunuh dan sepatutnya dia mati je.
"Awak rest dulu, awak keliru lagi ni" Dis senyum pada Lis yang masih lagi bingung. Dia senyap dan memandang sekeliling.
"Awak siapa? Awak bukan lelaki yang nak bunuh saya! Apa awak nak buat pada saya?jual saya ke? Nak hantar saya jadi pelacur ke? Saya tak nak! Baik saya mati je!" Tempik Lis tiba2 dan Dis kelu tak tahu nak buat apa. Badan kecil Lis dipeluk erat agar Lis lebih tenang tapi lain pulak, Lis semakin memberontak dan berusaha untuk lepaskan diri. Lis terus turun dari katil dan buka pintu untuk larikan diri tapi dia terlanggar seseorang sehingga jatuh terduduk. Dia pandang muka orang yang dilanggarnya dan dia terkejut gila. Dia terasa berada di ambang maut lagi sekali. Dia mengengsot ke belakang sehingga berada di kaki Dis. Dia menjerit sekuat hati dan terus menjerit bila Dis cuba menyentuhnya. Hanya Allah yang tahu betapa dia takut sekarang ni.
"Dis, aku akan settle dia, pergi" X bersuara tegas dan dalam keadaan terpaksa Dis angkat punggung untuk beredar. Dis pandang X minta belas darinya dan X minta dia pergi lebih cepat. X ambil tempat di sofa dan membelakangi Lis.
"Aku tak bunuh kau sebab aku diarahkan untuk lesapkan kau dari mata dunia. Sekarang ni, kau bakun lagi rakyat Malaysia dan tak ada sorang pun kenal kau kat sini. Kau, akan stay sini sampai kerja aku selesai sepenuhnya. Semua barang kau dari rumah lama kau dah dibawa ke sini. Dan! Baik kau tak payah lari,sebab tak ada tempat untuk dituju pun."
X tersenyum sinis sebelum memandang Lis yang terkejut. Kali ini, dia lagi keliru dengan keadaan sekarang. Entah apa yang dimaksudkan dengan X dia sendiri tak tahu.
"Apa yang encik nak dari saya? Duit? Saya boleh beri berapa je yang encik nak. Kalau encik nak saya mati bunuhlah saya. Jangan buat saya terseksa macam ni" rayu Lis. Tapi boleh pulak X gelak senang.
"Banyak lagi kerja aku nak buat selain dari seksa kau. Tak dapata habuan pun. Kau just duk sini smpai tiba masanya yang aku akan lepaskan kau pergi. Sama ada dalam keadaan bernyawa atau tak aku sendiri tak pasti. Tapi, seksa dan bunuh kau? Memang bukan kerja aku"
"Apa maksud encik? Encik nak apa?!"
"Maksud aku, kau tinggal je sini diam2 dan jangan buat hal. Tak ada yang nak kau mati kat sini". X terus beredar dari situ dan turun ke laman rumah.
"Apa kau cakap kat dia?" Terus Dis tanya bila X keluar dari rumah.
"Benda yang dia perlu tahu.".
"Apa?!"
"Yang dia kena tinggal sini diam2." X beredar dari situ dan join pekerja bawahannya yang lain. Memang Dis rakan sekerjanya tapi sikap mereka agak jauh berbeza, Dis lebih lembut hati,maklumlah perempuan tapi lain pulak dengan X yang hanya tahu serius. Kadang2 sangat X ni boleh diajak bergurau asyik nak menyinga je kerjanya.
"Saya minta maaf, tapi, awak ni lelaki ke?" Soal Lis akhirnya. Dah lebih seminggu dia pendam soalan itu dan dia terpaksa memakai tudung walaupun di dalam bilik untuk elakkan auratnya terdedah kepada lelaki asing. Dia takut nak minta Dis biarkan dia tidur sorang, takut dimarahi oleh X. Tapi, firasat dia lebih berkata yang Dis ni perempuan.
Dis tergelak dengan soalan yang tak asing lagi baginya.
"Awak rasa?" Soal Dis lalu duduk di sebelah Lis yang baru sahaja selesai solat isyak.
"Sorry,tapi saya rasa awak ni perempuan" jawab Lis takut. Dis ketawa dan menyentuh bahu Lis. Lis yang terkejut menjauhkan dirinya sedikit.
"Saya perempuan la Lis. Saya terpaksa jadi macam ni, nak fit dengan team saya yang lelaki semuanya" Lis terdiam sekejap dan dia angguk faham. Terus badan Dis dipeluk erat dan dia terus menangis di bahu Dis. Dia hamburkan semua rasa sedih dan takutnya.
"Lis takut sangat. Lis keliru dengan keadaan sekarang ni. Tak tahu nak buat apa lagi. Kenapa Dis involve dengan semua ni? Dan, siapa team Dis ni?" Dis diam mendengar esak tangis Lis yang jelas ketakutan. Tangannya menggeletar menyentuh badan Dis. Dis biarkan Lis menangis di dalam pelukannya.
"Kami bukan bukan orang baik. Ni kerja kami, kami hanya lakukan misi kami. Tapi, kami tak membunuh dan mencederakn orang lain. Harap Lis jangan paksa saya untuk cakap hal sebenar. Nanti nyawa kita berdua yang jadi taruhan. Tapi,percayalah kalau bukan ajal Lis kat sini,kami tak kan jadi penyebab nyawa Lis melayang" terang Dis tenang dan Lis mengangguk faham. Lis keliru tapi dia tahu sesuatu, mereka bukan la jahat seperti yang dia sangka dan sebab apa mereka simpan dia juga secara rahsia. Mungkin itu kerja mereka dan Lis terpaksa akur dengan penjelasan yang sedikit dan kabur itu.
"Dis nak solat?" Soal Lis takut2. Dis tergelak kecil dan dia kenyit mata sebelum menjawab soalan itu.
"ABC. Allah bagi cuti!" Lis berkerut sedikit sebelum tersenyum. Dia yakin dan hatinya yakin yang orang yang culiknya ini bukanlah jahat. Tapi, X lain macam pulak. Dingin dan lgsung tak tayang muka baik. Serius je memanjang.
"Habiskan je senang! Nak simpan buat apa lagi X? Menyemak je!" Kaki Lis yang mulanya nak melangkah ke dapur terhenti bila terdengar dua suara lelaki itu.
"Dah dekat sebulan. Bosan la macam ni!" bunyi suara lain pula. Lis tiba2 je ada gentar dalam hatinya dan dia mulai rasai takut. Selama ini bila dia dimarahi X pasti Dis ada untuk tolong dia,kini Dis tak ada untuk kerja lain. 'Macam mana kalau dorang nak bunuh aku?' Hati kecil Lis bersuara dalam takut. Tak sanggup rasanya dia nak dibunuh buat kali kedua. Lis berjalan ke biliknya semula dan pintu segera dikunci dari dalam. Dia duduk di tepi katil dan memeluk lutut. Hanya Allah yang tahu rasa takutnya sekarang ni. Air matanya mengalir kerana terlalu takut. Dalam hati tak putus2 dia doa agar Allah pemudahkan segala urusannya dan minta Allah selamatkannya. Sedar tak sedar dia terlena dalam keadaan begitu je. Bila pagi je,dia terkejut dan subuh dah hampir habis. Lis masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan wuduk. Setelah itu dia solat subuh dan minta Allah selamatkannya. Dia dah bertekad yang dia akan lari lagi sekali. Apa nak jadi pun jadilah.
"Ya Allah, aku mohon perlindungan dariMu" Lis memanjat beranda yang agak tinggi itu. Dia masih berkira jika dia perlu terjun kerana untuk guna pintu depan memang tak la.
'Ya Allah,takutnya...' rintih hati Lis. Tapi dia gagahkan dirinya juga. Dia meramas bajunya sebelum betul2 sedia untuk terjun. Dengan lafaz bismillah dan dengan mata yang ditutup rapat dia terus terjun. Bila dia terjun tagannya terhentak kuat sehingga membuatkan dia mengaduh kuat. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya tangan dia.
"Arghhh!!!" Jeritnya.
Keadaan pagi yang tenang itu dikejutkan dengan jeritan Lis. Lelaki yang ditugaskan untuk menjaga di depan pintu bilik Lis terus berlari masuk ke dalam bilik dan dia terkejut bila ke beranda, Lis dah terbaring di atas rumput sambil mengerang kesakitan.
"Woi! Sini!!! Misi terjun beranda!!!" Jerit lelaki itu pula dan beberapa lelaki yang berada di laman terus berlari ke tempat Lis terbaring.
"X! Misi terjun beranda" maklum seorang lelaki kepada X yabg sedang membersihkan pistolnya.
"What?!" Terjerit X sebab terkejut. Terus dia tinggalkan pistolnya dan berlari bersama lelaki tadi. Dia terdiam bila melihat Lis yang masih lagi terbaring sambil menangis dan menahan kesakitan. Bila ada lelaki yang ingin menolong Lis dia terus halang.
"Jangan sentuh dia!" Semua lelaki yang mulanya berkumpul di situ ke belakang sikit dan memberi ruang kpd X untuk memdekati Lis.
"Ya Allah... sakitnya.." rintih Lis sayu. Tanpa banyak bicara terus badan Lis diangkat dan dibawa masuk ke dalam biliknya. Lis masih lagi mengerang kesakitan dengan tangisnya yang langsung tak reda. Bila Lis diletakkan di atas katil tangan kiri Lis memaut kemas X.
"Sakitnya...tolong saya..." rayu Lis. Dia betul2 tak tahan dengan rasa sakit yang dia tanggung sekarang. Rasa menyesal dengan tindakannya yang buat tanpa berfikir terlebih dahulu.
"One! Call doktor!" Arah X tegas dan lelaki yang dipanggil one terus berlari keluar untuk call doktor. Lis terus menangis dan mengerang kesakitan. X yang geram dengan tindakan bodoh Lis tak boleh menghamburkan rasa marahnya bila melihat keadaan Lis yang kesakitan teramat.
"Allah!" Hanya itu yang mampu Lis sebut sekarang ni. X terus setia disisi Lis yang macam dah nazak sangat. Tak lama selepas itu doktor datang. Bila X nampak doc perempuan yang sama datang, X angkat punggung untuk beredar tapi tangan kiri Lis kemas memegang lengannya,mohon dia jangan pergi.
"I think you should stay" X mengeluh dan duduk semula. Doktor itu mula memeriksa keadaan tangan Lis dan terusan Lis menjerit kesakitan. Setelah luka dibersihkan dan tangan Lis di balut Lis sudah berhenti menangis.
"Take good care of her. Jangan bagi dia buat kerja berat. Saya rasa tulang pergelangan tangan dia retak teruk. Dia terlalu bergantung pada tangan kanan masa jatuh tadi,jadi awak kena banyak tolong dia buat kerja. Jangan biarkan dia buat seorang diri. Tolong sangat jangan bagi dia guna tangan kanan dua minggu pertama ni. Saya takut patah nanti."pesan doktor itu risau juga. Wajah Lis yang sudah lena setelah diberi ubat itu direnung lama. Rasa kasihan pada badan kecil itu yang sakit. X mengeluh berat sebelum mengangguk. Dia minta one hantar doc itu pergi. Dia kembali fokusnya pada Lis yang lena terbaring lemah. Air mata masih lagi keluar dari matanya walaupun tengah tidur. Nampak sangat sakit tu. X duduk di birai katil dan dia pandang wajah pucat itu lebih lama, kali ini perasaan kasihan menjengah hatinya dengan rasa simpati. Dah dua kali Lis cedera dengan teruk sepanjang pantauannya.
'Apa kau fikir dengan terjun beranda tu?' X yabg serabut habis meraup mukanya dan berjalan ke beranda. Dia melihat dua lagi ahli team dia yang sedang berbual di bawah sana.
"Tinggi gila X. Berani mati misi kita!" Jerit 3 dari bawah.
"Haah! Tinggi kot. Kalau aku patah 7 kot" 7 pula bersuara kemukan pendapat.
"Nasib baik retak je. Bodoh punya perempuan" X bersuara sama dan dia menggelengkan kepala. Entah apa yang Lis fikir X sendiri tak boleh nak teka.
"Tu la pasal!" Jerit 7 mnyokong statement X.
"Bising la korang! Pergi borak jauh sikit. Minah tu nak rest la" X pesan pada mereka berdua dan mereka terus berlalu setelah tersengih. Ada betulnya jugak apa yang X cakap tu.
"Bila kerja kau selesai?" Soal X bila call Dis. Macam mana dia nak jadi tangan kanan Lis?. Dia tu lelaki, kalau setakat suap makan tu boleh lagi, mandi? Macam mana pulak? Serabut pulak kepala X fikir semua ni. Dah la Dis sorang je perempuan dalam team dia dan memang tak la nak mintak back up sekarang ni.
"Dua minggu lagi"
"Dua minggu? Tak boleh cepat sikit ke?" Soal X pulak. Dah la macam nak marah je. Dis menjauhkan fon dri telinga bila suara X meninggi skit.
"Kau pehal ni?" Soal Dis turut sama naik suara.
"Mana ada hal! Balik cepat sikit!" Arah X tegas.
'Mentang2 bos sesedap dia je' Dis merungut geram.
"Apa dah jadi? Lis sakit ke?" Soal Dis risau habis dan X diam. Walaupun dia ketua dalam misi ni, Dis tu orang kanan dia dan Dis langsung tak takut dgn X malah X jugak menyampah bila kena leter dengan Dis. Dah nama perempuan tu memang kuat membebel betul.
"Mana ada! Aku bosan dia asyik duk jampi nama kau je. Dah la!" Terus X matikan telefon dan bergerak ke bilik Lis bila dia dengar sesuatu terjatuh. Dengan tak ketuk pintu terus dia masuk dan Lis sedang tertiarap di atas lantai. Laju langkah X mendekati Lis. Dalam hatinya membuak nak marah bila Lis tak berhati2 langsung. Badan kecil itu segera diangkat dan diletakkan di atas katil. Dia merenung tajam wajah Lis yang menangis lagi. Berasap pulak hati dia sekarang ni.
"Ha! Nangis je kau tahu kan? Tak puas hati lagi terjun beranda? Nak tejun katil pulak?! Aku campak keluar tingkap baru tahu!" Jerkah X dan Lis terus berhenti menangis sebab terlalu takut dengan suara tinggi X.
"Bodoh la kau ni! Otak tuhan bagi suruh bunuh diri ke?!" Marah X lagi dan Lis menikus kerana terlalu takut.
"Cakap! Kenapa kau terjun?! Pintu tu tak muat ke kau nak guna?!" Soal X garang. Lis peluk tubuhnya dan bersandar pada katil.
"Sya...sya takut..."
"Takut apa?! Ada hantu ke?!" Soalnya bengang. Lis angkat muka unutk pandang X. Telinga X dah memerah padam bila naik angin.
"Semalam, saya dengar...awak cakap dengan kawan awak... nak habiskan saya...saya takut" Lis dah mula nak menangis balik. X diam dan dahinya berkerut dengar apa yang dikatakan oleh Lis. Bila dia fikir balik dia mengeluh.
"Ada aku sebut nama kau ke? Kami nak habiskan benda lain la!" Marahnya lagi dan Lis terdiam terus. Air mata dia seka dan menarik nafas dalam2. Takutnya dah mula hilang kini.
"Nak pergi mana?" Soal X garang bila Lis turun dari katil.
"Nak mandi" jawab Lis dengan suara rendah. X terus diam tak bergerak bila Lis cakap macam tu.
"Kalau tak mandi hari ni tak boleh ke?" Soal X pula. Lis berkerut tak faham maksud soalan kalau tak mandi hari ni tu kenapa.
"Tak boleh, kena mandi jugak! Tadi,jatuh dalam pokok bunga" Lis jawab dengan muka pelik. Bukan pasal tu je,sekarang ni dia rasa dia period dan perlu mandi dan pakai pakaian bersih,tapi?!
'Mana aku nak cari benda alah tu?' Lis bercakap seorang diri dan dia menggaru kepala yang masih beralas tudung. Dia memicit kepalanya yang sakit dan bila dia sedar,tangan dia yang berbalut penuh ni memang mustahil untuk dia guna tangan kanan ni. Macam mana nak mandi? Nak pakai baju semua? Dah la Dis tak ada. Lis dah mula buntu habis.
"Boleh....boleh...ke? Nak mandi tu?" Soal X serba salah dan Lis termenung seketika. Dia cuba gerakkan dan rasa sakitnya meresap sampai ke tulang belakang. 'Dis!!!' Jerit hati Lis.
"Boleh!" Balas Lis yakin habis. Walaupun dia tahu yang dia tak mampu.
"Jangan paksa kalau tak boleh, doc tak kasi banyak gerak. Nanti patah" ujar X dan Lis diam lagi.
"Sokay, saya boleh!" Lis berkata yakin dan mengambil semua pakaiannya dengan susah payah. Dia gigit bibir sambil tahan sakit. X terus datang membantu dan mengambil baju yang Lis nak. Setelah itu Lis buka laci pakaian dalamnya dan dek susah sangat X tlong bukakan. Mata Lis membulat dan dia segera menghalang X daripda terus melihat benda yang tak patut. Telinga sebelah kanan X mula memerah kerana dia turut sama segan.
"Saya ambil sendiri!" Lis berkata cepat2 dan X buat tak heran dan pandang tempat lain. Dia bergerak jauh dari almari pakaian Lis dan berpeluk tubuh di satu sudut.
"Kalau ada apa2 just jerit!" Arah X dan Lis terpaksa mengangguk. Takkan nak cakap tak pulak,mahu kena gulai dengan X nanti.
Lis mengeluh bila dia sendiri tak tahu macam mana nak buka baju dia ni. Dia buang anduh dan cuba untuk buka baju lagi tapi tetap jugak gagal. Dia rasa macam nak menangis je bila jadi macam ni. Tapi dia ambil berus gigi dan gigitnya sebelum cuba lagi. Dia tak nak X dengar dia menjerit sebab sakit. Bila baju dia dah berjaya bukak, dia rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding sebab sakit yang teramat. Dia rasa nak pengsan je sebab sakit sangat. Setelah itu dia terus mandi dan dia resah sendiri bila dia betul2 period. Masalah besar! Pintu bilik air diketuk dan X terus mendekati pintu bilik air.
"Apa?" Soal X.
"Erm, awak, saya nak.... nak.... tuala wa...wanita..." ujar Lis malu habis. Rasa macam nak junam kepala dulu je. X pulak yang tak tahu entah apa yabg Lis maksudkan terus ambil tuala lagi satu dan hulurkan pada Lis. Lis tepuk dahi bila dia ambil tuala itu. Patutlah laju semacam je, tak kenal rupanya.
"Bukan awak... tuala lain..."
"Berapa jenis tuala yang ada ni?!" Soal X bengang habis. Rasa nak marah pulak dia.
"Jangan la marah awak... memang darurat ni" Lis bersuara takut. X mengeluh berat.
"Tuala apa?" Soal X tanpa nada langsung.
"Tuala....yang...perempuan guna..."
"Yang mana satu? Kau ingat lelaki tal guna tuala ke?" Soalnya bengang lagi.
"Tuala wanita. Yang perempuan guna time period tu. Time tak boleh solat!" Laju dan senafas Lis bersuara. Kalah terus ni akad nikah. X diam terus dan garu kepalanya.
"Duk kat mana?" Soal X pula. Lis gigit bibir bawah dan berfikir cara nak mintak tolong.
"Tak ada. Kena beli"
"Ha? Mana boleh beli?" Soal X senang.
"Kedai biasa pun ada kot."
"Apa nama dia? Nanti aku suruh orang beli"
'What?!' Hampir terjerit Lis dalam bilik air. Dah la dia bukan main malu lagi nak mengaku kat X sekarang nak jaja satu rumah pulak.
"Awak yabg belikan tak boleh ke? Saya....malulah" Lis bersuara takut2. X berkerut tak faham.
"Aku pun lelaki jugak!" X bersuara pula.
"Takkan nak bagi satu rumah tahu. Please awak..." Lis diam lagi. Doa dia harap X sudi.
"Ya lah! Brand apa?" Soal X geram. Lis malu lagi. Entah macam mana nak cakap ni.
"Librese..." jawab Lis perlahan.
"Nak berapa ratus?" Soal X serius dan hampir tersandar Lis dibuatnya. Ratus?
'Ingat aku ni keguguran ke apa?' Bisik hati Lis geram.
"Dua packet je. Nak yang wing. Warna biru awak. Yang day je,night pun beli la sama. Warna purple" lis buat lagi ayat sedasnya dan X ternganga. Entah apa yang Lis cakapkan dia sendiri tak faham.
"Kompleksnya benda alah tu" rungut X dan terus berjalan keluar dari bilik Lis. Mulutnya duk sebut benda yang Lis sebut tadi. Hafal la ni kononnya.
"Biru, wing, day. Purple, night" X terus ulang benda yang sama. Sehingga anak buahnya pelik.
"Apa yang biru, purple night tu " soal 8 yabg sedang minum kopi. X pandang sekilas.
"Tuala...wa..."dia tekup mulutnya sendiri. Nyaris tersasul.
"Tuala wa apa?" Soal 8 blur habis.
"Tuala wangi!" X jawab main hentam dan 8 berkerut lagi dahsyat.
"Tuala wangi?" Soalnya pelik.
"Diamlah kau!" Marah X dan terus menonong pergi. Dia hidupkan enjin kereta dan terus memecut pergi dengan laju.
Sebaik dia masuk ke kedai 7eleven dia termenung seketika. Dia melilau mencari benda yang Lis pesan. Puas dah dia tawaf tempat sama tapi tak jugak jumpa. Bila dia pandang dua orang perempuan yang sedang pandang dia sambil senyum dia terfikir untuk bertanya.
'Tanya je la' X angkat kening dan mendekati dua gadis itu. Memang X berkulit cerah kerana dia cina dan rambutnya yang sedikit panjang serta ada gaya kpop serta keperangan sdikit buatkan dia nampak hensem.
"Hai!" Sapa X agak ramah. X? Ramah dengan orang? Alamatnya memang tak la. Dua gadis itu dah bahagia bak hang. Mungkin rasa nak lompat cecah awan kot.
"Hai" balas mereka sambil buat gaya gedik. X dah naik rimas tapi dia memang tak tahu benda alah tu.
"Tolong carikan saya tuala wanita, biru day,purple night" jawab X senafas dan dua gadis itu terkejut. X pun mula rasa malu sekarang ni. Agaknya tak pernah lelaki yang beli kot.
"Kat sini" tunjuk gadis itu dengan muka terkejut lagi. X senyum sikit sebelum pergi ke sana. Dia ambil tiga pack setiap satu dan bawa ke cashier. Rasa nak pengsan sebab malu sangat.
"Kira" ujar X agak segan. Tambah pulak cashier pun macam terkejut habis. X sarungkan cap dan angkat hood sweater serta cermin mata hitam. Orang gila je pkai sweater tengah panas ni.
"Beli untuk isteri ke?" Soal salah seorang aunty cina kepada X dalam bahasa cina. X tersengih tak ikhlas dan angguk. Not seratus dihulurkan kepada jurujual.
"Untung isteri kamu ya" X angguk lagi. Dan senyum lagi sekali.
"Keep the change!" X terus keluar dari kedai itu sebab malu sangat. Dia segera masuk ke kereta dan bersandar lemah pada kerusi. Dia campak cap dan cermin mata hitam ke sebelah.
'Kerja gila!' X meraup mukanya dan hidupkan enjin kereta sebelum berlalu pergi. Lantaklah, ikrarnya, dia tak nak datang kedai ni lagi!
X ketuk pintu bilik air dan Lis yang hampir terlelap kerana terpaksa tuggu lama sangat terjaga. Lis hulurkan tangan keluar dan X serahkan plastik yang dia dah beli. Nak pengsan Lis terkejut bila lihat kuantiti yang X beli. Memang nak perli Lis je gayanya. Lis mengeluh lemah dan segera mengenakan pakaian. Tapi!
"Awak." Panggil Lis lagi dan X dengan malas menyahut ringkas.
"Boleh awak tolong carikan kemeja dalam almari saya, or bju butang kat depan, tak boleh nak angkat tangan" Lis bersuara Serba salah.
"Banyak hal la kau ni!" X mengeluh dan ke almari, puas dia cari tapi tak jumpa.
"Tak ada la!" Ujar X pula. Lis dah merungut sorang2 ni.
"Tak lepas la tangan nak masuk. Sakit" Lis bersuara sedih. X pulak yang serba salah sekarang ni. Dia berlalu ke biliknya dan membuka almari. Kemeja dia yang dah lama tersimpan dalam almari ni mesti muat, agak besar pada Lis. Tapi,dah ni je yang ada sekarang ni. X terus bawa beberapa kemejanya dan dia ke bilik Lis pula. Pintu bilik air diketuk sekali lagi.
"Kemeja aku ok tak?" Soal X dan Lis tersenyum. Kira ok la!
"Ok!" Balas Lis ceria dan hulurkan tangannya. Terus X hulurkan dan Lis senyum senang. Dia segera memakainya dan dia gelak sendiri bila baju tu besar gedabak di badannya malah labuh juga. Tapi, Lis tak banyak bunyi terus sarung tudung dan keluar dari bilik air. Membulat mata X bila tengok Lis. Rasa kelakar menyentuh hatinya.
"Kelakar!" Ujar X sepatah tanpa riak nak gelak pun. Lis tergelak kecil lalu berpusing gaya mempersembahkan gaun labuh. Ni bukan gaun tapi kemeja bapak hang besar. X menggelengkan kepala dan menjungkitkan keningnya sebelah.
"Ni je ada" X tunjukkan beberapa helai lagi kemeja di atas katil. Lis angguk dan senyum. Dalam bilik air tadi dia dapat hidu bau X dan dia rasa gila sebab dia suka dengan bau tu. Wangi.
"Thanks!" Gaya Lis macam teruja dapat baju ala2 princess gitu. X pelik dan dia tersengih sedikit dengan telatah lucu Lis.
"Rest,jap lgi aku bawak nasi" ujar X sebelum beredar. Lis senyum dan duduk di atas katil sambil bersila. Dia tersenyum bahagia dengan layanan X. Jauh sekali dengan perangai dia yang lalu dan menakutkan tu. Lis senyum lagi dan melipat kemeja X dengan berhati hati. Dah rasa bahagia pulak kena culik sekarang ni agaknya si Lis ni. Tak lama kemudian X naik dengan sedulang makanan. Elok sangatlah sebab perut Lis dah break dance dah ni. Lis senyum dan memandang muka serius X. Bila dulang diletakkan Lis terus capai sudu tapi tangannya ditepis X.
"Elok ke makan dengan tangan kiri?" Soal X garang. Lis diam dan menggeleng.
"Baca doa. Islam ajar kan?" Lis agak terkejut dengan soalan dari X ni. Dia tahu X cina dan dia agak terkejut bila X tegurnya begitu. Dalam hatinya agak segan kerana dia sendiri tak ingat tapi X pulak yang ingatkan dia. Terus tangan ditadah dan Lis membaca doa makan. Siap maksud sekali dan siap menyanyi bagai macam budak tadika. X yang kekok kerana tak pernah2 suap orang selama ini buatkan Lis tergelak.
"Apa awak ni, nak suap orang pun tak pandai ke? Bila dah kawin nanti nak suap anak macam mana?" Seloroh Lis sambil tergelak kecil. X terdiam bila pasal kawin disebut Lis. X berdehem dan menyuakan makaman ke mulut Lis. Lis nganga mulutnya dan dia tersedak bila terasa ada benda pahit masuk dalam mulut dia. Bukan je tersedak siap tersembur kat muka X lagi. Muka X dah bertukar lain macam dan Lis dah kecut habis. Dia boleh mati kalau X mengamuk dan Dis tak ada untuk selamatkannya. Dengan tangan terketar ketar tangan Lis menyentuh nasi yang terlekat di muka X. Takutnya hanya Allah yang tahu.
"I'm sorry." Pinta Lis takut2. Tapi dia tetap mengesat muka X. X pegang tangan Lis yang sejuk dan terketar ketar itu.
"Sokay, makan cepat" Lis pandang X terkejut. X kesat sendiri mukanya dan terus menyuap Lis. Lis yang takut dimarahi tak cakap banyak terus makan tanpa banyak bunyi.
"Patutlah tersedak, bunga cengkih rupanya" X bersuara mengomel seorang diri. Lis hanya pasang telinga je,tak berani nak buka mulut lagi.
Lis yang terbaring di atas lantai buat X naik darah lagi.
"Kau ni? Apa yang best sangat tidur atas lantai tu?" Marah X lalu angkat Lis dan baringkannya di atas katil. Tak faham sungguh dia bila Lis asyik tidur atas lantai je. Dah tiga hari sejak dari hari pertama dia period lagi dan selera Lis juga dah lari. Tak nak makan langsung pun ada. Mengenangkan takut pada X Lis makan juga walaupun sedikit.
"Lagi sekali kau tidur atas lantai,aku baling kau dalam kolam ikan luar tu" ugut X. Lis diam tak menjawab dan menekan kuat perutnya. X yang tak tahu apa2 pelik.
"Apesal perut kau tu? Tu la! Aku suruh makan tak nak! Perut dah masuk angin. Menyusahkan orang je!" Bebel X geram tapi Lis tak ambil pusing. Yang dia tahu memang dia sakit.
"Kau ok tak?!" Nada X dah meninggi bila Lis rak respon. X mendekati Lis dan dia dah duduk di sebelah katil.
"Saya senggugut la X" Lis bersuara akhirnya. X pulak berkerut pelik macam first time dengar je perkataan tu.
"Apa ke benda pulak tu?" Soalnya sambil bercakap seorang diri.
"Sakit perempuan la..." X bertambah bingung jadinya.
"Saya nak tidur..." Lis bersuara lemah dan X faham. Mesti dia nak buka tudung dan X terus keluar sambil berfikir. Fon di ambil dan dia duduk di tepi kolam renang.
"Macam mana nak eja pulak ni?" Rungut X. Dia main taip sesuka rasa je perkataan tu.
"Wah! Dating dengan awek google. Cari apa X?" Soal 7 dan 4. Nampak khusyuk benar si X tu.
"Cari penyakit" jawab X tenang. Dan 4 dan 7 yabg faham maksud lain terus diam dan telan liur.
"Penyakit apa? Pnyakit terjun beranda?" Soal 8 yang muncul entah dari mana. 7 dan 4 dah tersengih lucu.
"Pasal korang la minah tu terjun beranda" X bersuara tanpa pandang mereka.
"Kenapa kami pulak?" 4 bertanya.
"Pasal nak hapuskan kereta buruk kat blakang tu. Dia dengar, ingat kita nak habiskan dia" jawab X dan mereka bertiga ketawa serentak.
"Pesal gelak? Nak rasa jatuh dari beranda tu ke?" Marah X dan mereka bertiga terus diam. X, kalau dia cakap dia tak main cakap kosong. Memang dia akan buat.
"Sorry bro" mereka bertiga minta maaf dan X tersengih jahat.
"Google apa?" Soal 8 lagi. Dah nampak macam semangat betul si X ni.
"Penyakit senggugut ke sesungut, apa ke benda entah" jawab X mula confuse dengan diri sendri. Memang perkataan yang menyakitkan hati. 4 dan 7 sama2 nganga. Hanya 8 yang angguk faham.
"X, kau sakit ke?" Soal 4 ikhlas. Dalam hati 4 dah kasihan pada X.
"Gila! Sakit perempuan la ngok!" Kepala 4 diluku sekali. Ha, naik darah 4 dibuatnya.
"8! Kau tahu ke?" Soal X beralih dari skrin ke 8.
"Bini aku selalu kena dulu. Period pain" jawab 8 tenang. Memang gaya berilmu habis la. X pandang 8 dengan senang hati.
"Apa ubat dia?" Soal X berminat.
"Kenapa X? Awek kau senggugut ke?"
"Gila! Mana ada, saja, nak tambah ilmu pengetahuan" X bagi jawapan poyo habis dan memang tak boleh blah. Tiga orang ni dah buat muka menyampah habis. X ni kalau bab poyo boleh tahan jaguh jugak.
"Ke, misi kita yang senggugut?" Soal 7 lancang. Laju pulak tangan X meluku kepala 7. Lis tak nak orang tahu,tu la yang X fikir.
"Diamlah! Bukan ada sesapa pun. Menuntut ilmu ke titisan darah terakhir!" Jawab X lagi, kali ni lagi poyo.
"Sampai ke negeri cina la apek!" Balas 7 balik dan mereka berempat tersengih. Salah peribahasa la pulak dan X tak ambil pusing.
"8, macam mana nak rwat?" Soal X berminat.
"Senang je. Banyakkan minum air suam dan tuam dengan benda panas kat perut tu. Macam air panas"
"Letak air panas? Mahu melecur nanti!" Terkejut bak hang X dengan jawapan air panas tu. Mahu meletup perut Lis nanti.
"Bukan air panas terus. Letak dalam botol, balut dengan kain sikit" jawab 8 pula. X mengangguk faham dan tersengih lalu bangun dari kerusi rehat.
"Pergi kerja! Aku lapor kat boss besar nanti!" X bersuara tegas dan tiga orang tu terus berlari pergi. X ke dapur dan siapkan semua yang 8 cakap tadi. Dia ke bilik Lis dan mengetuk pintu. Lis yang sedang sakit sarung tudung dan bersuara perlahan. X terus masuk dan ke katil Lis.
"Minum susu suam ni. Dan ni, tuamkan dekat tempat sakit tu" Lis bersila dan pandang X tak percaya. Baik pulak hati si X ni. Lis mencapai susu suam itu dan dia tersedak pulak.
"Apesal?" Soal X terkejut lalu hulurkan tisu kpd Lis.
"Bukan suam ni . Panas" Lis bersuara lemah.
"Memang la panas, tunggu la dia sejuk dulu" X duduk di birai katil dan mengacau susu itu dengan sudu. Konon nak bagi cepat sejuk la ni. Kemudian dia serahkan gelas itu pada Lis. Lis ambilnya dan minum,memang dah suam sikit. Botol yang dibalut tuala itu Lis ambil dan dia pandang X. X angkat kening sebab tak faham debgan pandangn Lis.
"Saya nak tuam ni" Lis bersuara.
"Tuam je la" selamba badak je X bersuara.
"Awak keluar la" ujar Lis dan X berkerut sebelum angguk faham. X keluar dan menutup pintu dengan rapat. Dia tersenyum bila teringat mulut kecil itu memuji susu bancuhannya.
"Sedap" walaupun perlahan je pujian yang keluar dari mulut Lis, dia rasa dihargai. Cewah! Dah tangkap moment ke?
Riuh suara gelak tawa di laman belakang membuatkan X tersedar dari lenanya pagi ini. Rasa penat semalam setelah berjumpa dengan boss besar buatkan dia penat. Dia mencapai tuala dan ke bilik air, niat untuk mandi ditunda dan hanya memberus gigi sahaja. X keluar dari biliknya dan pergi ke laman belakang.
"Main apa bising sampai atas?" Soal X tegas dan semua orang dah cuak. Lis yang tersembunyi sedikit daripada mereka yang ramai tu teruja melihat X.
"X!" Panggil Lis ceria seperti biasa, atau luar biasa sebenarnya. X terdiam bila tengok gaya mesra anak buahnya dengan Lis. Rasa seperti hatinya sakit tiba2. X pusing ke belakang dan hendak beredar tapi Lis terus bangun dari kerusi dan mengejar X.
"X! Jom la join kami" ajak Lis ceria.
"Aku tak ada pun boleh main apa. Boleh je kau gelak sampai atas dengar" X terus berjalan pergi dan Lis terasa pelik dengan perangai X. Memang susah nak baca dan tak ada seorang pun yabg boleh faham X ni.
"Kalau awak tak join saya pun tak nak join la!" Lis berjalan bersama X. Berjalan disisi lelaki yang menculiknya tanpa sebab itu buatkan dia rasa selamat dan bahagia. Pelik kan?
"Apesal pulak?"
"Saya joim dorang, sebab dorang kata, tak ada sesapa pun yang boleh kalahkan awak dalam arm wrestling ni. Saya nak tengok awak lawan" langkah X terhenti dan X memandang Lis yang bersungguh dalam mengharap.
"Siapa yang bawak cerita karut tu?"
"1 dengan 7. Yang lain pun agree"
"Percayalah sangat dengan mangkuk dua orang tu. Nak2 si 7 tu. Mengarut je dia thu" lis tergelak bila dengar X membebel. Membebel,mengamuk, marah2. Memang tu dia hobi X kot.
"Kuat membebel awak ni!" Lis teruskan ketawa riangnya. X mengeluh dan masuk ke dalam rumah.
"Esok Dis dah balik"
"Ya?!" Soalnya teruja habis.
"Pekak ke?" Soalnya sinis. Lis mencebik dan tersenyum pula.
"Rindunya dekat Dis."
"Les ke?" Soal X kasar. Tanpa Lis sedar tangan dia dah memukul kuat bahu X. Geram sungguh dengan mulut tak ada lesen tu. Saman baru dia tahu.
"Sakit la" aduhnya pula.
"Sikit je pun! "
"Nak try?" Offer X dan laju Lis menggeleng.
"Tercabut terus tangan saya ni" Lis menjawab macam jauh hati je dengan kata2 kasar X. Entah kenapa hatinya tak gentar lagi pada X malah dia gembira berada di sisi lelaki ini. Dua minggu, X tlong suapkan dia makan dan dua minggu juga dia pakai kemeja X.
"Apesal buat muka macam tu?" Soal X pelik bila Lis hanya diam dan pandang lantai. X garu kepala dan mendekati Lis bila X dah dekat Lis terus atur langkah dan menjauh pergi. X bertambah pelik.
"Apesal pulak ni? Period kau datang lagi eh?" Soalnya dan berpisat Lis berpaling ke belakang. Terasa segan dengan soalan selamba badak X. Dasar muka tembok tak tahu malu!
"Auch!" Lis mengaduh kuat bila tangan kanannya tertepis bucu meja. Terduduk terus dia bila rasa sakit tu merayap ke segenap tubuhnya. X terus berlari dan melutut depan Lis yang sedang menahan kesakitan. Hidung dan mata Lis mula memerah.
"Jangan nangis la!"marah X dan segera tangan Lis yang berbalut itu dibelek. Air mata Lis terus mengalir kerana tak tahan sakit. Tak pernah dia rasa sakit macam ni selama ni.
"X..." terus gelap dunia Lis selepas itu. X terkejut dan terus angkat badan Lis dan dibawa ke bilik. X duduk di sebelah Lis dan dia meraup muka kerana rasa bersalah. Sepanjang Dis jaga tak pernah pun Lis jatuh sakit ke apa. Setakat dua minggu dia jaga Lis dah kali Ke enam Lis pengsan. Wajah mulus itu dipandang lama sehingga dia sendiri terasa nak menjaga gadis di depannya itu dengan baik.
"Kau akan pergi nanti. You will free" X senyum segaris.
"X suka misi kan?" 4 bercakap sesama mereka dan yang lain angguk setuju.
"Misi pun suka X" jawab 7 pulak dan mereka angguk lagi.
"Susahnya, aku tak rasa yang X akan mengaku"
"Gila! Syarat pertama jadi team ni, no one can have any relationship with anyone in team or with client" 3 bersuara pula dan mereka semua tunduk pandang lantai.
"Tu la pasal, kalau tak dah lama aku ngorat Dis" seloroh 7 dan mereka gelak sakan. Siapa tak kenal 7 yang suka buat ayat poyo. Habis orang nak diusyarnya. Semua orang dia nak kenakan kalau boleh.
"Bukan kau ushar budak team B6 ke?" Soal 6 dan 7 gelak sakan.
"Ni la untungnya single and available. Ushar seratus pun ok. Couple tu sorang je" mereka gelak lagi. Amboi! Nasib baik kalau kawin pun boleh je nak pasang 4. Mudah kan otak budak lelaki ni.
"X..." panggil Lis bila buka mata, X yang sedang lena langsung tak tersedar, dah la lena atas kerusi je. Lis tersenyum dan bersandar pada kepala katil. Berapa lama dia pengsan kali ni. Yang penting memang dah terlepas maghrib. Lis turun katil dan mengambil wudhuk untuk solat. Dia buka balutannya sendiri dan sesekali menggigit bibir menahan sakit. Setelah itu dia pakai telekung dan solat. Lama dia sujud kali ini, untuk meminta pada yang maha pemurah lagi penyayang. Dulu selalu dia pinta untuk selamat dari sini tapi kelamaan doa itu dah bertukar kepada mohon Allah tunjukkan jalan terbaik kepadanya.
X tersedar dari lena dan membetulkan duduknya,dia terkejut bila Lis tiada di katil. Kalut dia bangun dan mencari Lis yang dah hilang entah ke mana. Jantungnya berdegup laju dan dia mula risau pada masa yang sama. Dia mencari seluruh rumah tapi tak jumpa. Terasa nak kejutkan yang lain agar turut mencari tapi dia yang terpandang dari beranda Lis sedang termenung di kerusi rehat tepi kolam renang. X melepaskan nafas lega dan segera berlari turun ke laman. Dia terus duduk di sebelah Lis, niatnya nak marah terbantut bila melihat wajah itu sudah lena dalam pelukannya ada senaskah Al Quran. X tersenyum senang dan pandang Lis dalam2.
"Saya tahu awak pandang saya X" dengan mata tertutup Lis bersuara. X tersentak dan segan terus membetulkan duduknya dan pandang ke langit. Dia gigit bibirnya sebab geram dah terkena.
"Saja pandang. Mana tahu pengsan lagi ke apa" X menjawab kasar macam biasa. Lis tersenyum dan memandang X.
"Saya tak kisah kalau saya mati kat sini." Jawapan dari Lis buatkan X terkejut. Terus X bangun dari duduk dan pandang muka Lis dalam2. Cari maksud sebenar Lis.
"Kami tak membunuh. Walaupun kami penjenayah kami tak membunuh"
"Saya tak cakap saya akan mati dibunuh pun. Ajal maut ni di tangan Allah. Saya tak kisah mana saya mati. Yang penting Allah terima saya. At least, saya boleh pergi depan orang yang jaga saya"
"Kau jangan nak mengarut boleh tak?!" Marah X dan dia tak senang dengan jawapan Lis.
"Saya tak mengarut la X. Benda ni kita tak boleh jangka. Lagipun, saya rasa masa dah tak lama. Saya sakit X"
"Sakit? Kau sakit apa?!" X melutut depan Lis dan jelas mukanya cuak habis.
"Sakit yang tak dapat ditolong lagi. Sebab tu saya cuba selamatkan diri. At least, sebelum mati saya nak berbakti untuk diri sendiri."
"Asyifa Qalisya! Stop talking nonsense!" Lis terus terdiam bila X meninggikan suara sehabis tinggi serta menyebut nama penuhnya. Terasa terhenti jantungnya bila suara itu menutur nama penuhnya. X angkat punggung dan beredar dari situ.
"X! Saya sakit lapar je la. Saya tak makan since lunch tahu" Lis bersuara tenang dan X berhenti melangkah pergi. X rasa dia dah terkena dengan Lis. Dia berpaling ke belakang dan Lis sedang seronok ketawakannya. Dia mendekati Lis dan rasa nak je terkam budak kecik depan dia ni. Sejak Lis ada kat sini dia sendiri macam kehilangan identitinya. Macam bukan orang yang dia kenal, dia dah tak kenal diri dia sendiri.
"Jangan bawak main benda macam tu lagi" ujar X separa merayu dan Lis diam lama,ikhlas dalam hatinya menyukai lelaki yang bernama X itu.
"Saya gurau je la. Jom makan" pelawa Lis ceria dan terus angkat punggung untuk berlalu ke dapur. Hatinya memang sentiasa berdebar bila X disisinya dan dia gembira dengan rasa itu.
Suasana dua pagi lagak macam dua petang bila dua orang ini khusyuk memasak sambil bergurau senda. X la yang masak takkan Lis pulak. Riuh satu ruang dapur di awal pagi macam ni dengan mereka berdua.
"X! Ikan nak hangus tu" jerit Lis bila terbau benda hangit. Laju je X menutup gas dan dia tergelak bila ikan goreng mereka half hangit half masak. Tawa mereka terus bersatu dan kadang kala diselangi dengan mulut X yang membebel. Tak padan dengan lelaki tapi kuat membebel.
"Jom makan!" Wah! Teruja betul Lis dengan hidangan depan dia. Ikan hangus pun hanguslah. Yang penting memang X terel masak, ikan tu boleh hangus sebab mereka duk sibuk berbual dan bergurau. Masa terus berlalu sehingga ke subuh. Entah apa yang mereka bualkan sampai tak tidur.
Setelah solat subuh mata Lis tak dapat dibuka lagi dan dia tidur di kerusi yang dia gunakan untuk solat. Terlena macam tu je dengan keadaan bertelekung lagi.
Bila jam dah pukul 9 pagi X pelik bila Lis tak turun ke laman macam biasa. X atur langkah ke bilik Lis dan mengetuk pintu bilik tapi tak ada yang menyahut. X mula risau lagi dan terus buka pintu, dia ternampak Lis yang sedang bersandar pada kerusi. Jam di tangan dikerling sekilas.
"Sembahyang apa pkul 9?" X hairan. Dia berdiam diri di muka pintu dan berfikir sejenak.
"Lis, Lis, kau ok ke?"
"Lis!" Panggil X dan terus berjalan mendekati Lis. Dia pandang Lis yang sedang nyenyak. X mengeluh lega.
"Lis, bangun. Tidur atas katil la" X mengejutkan Lis tapi Lis langsung tak beri respon.
"Lis!" Panggil X kuat dan Lis tetap jugak tak respon. Dia berdiri di depan Lis dan menyentuh bahu Lis sedikit, masih juga tak bergerak langsung.
"Lis! Lis! Bangun!" Jerit X tegas. Tapi, Lis masih juga diam tak berkutik.
"Lis!!!" Suara kuat X menyebabkan beberapa anak buahnya berlari naik ke bilik Lis. Semua orang dah berkumpul di depan biliknya dan tertanya tanya punca X menjerit.
"Lis! In three! Wake up now!" Arah X tegas tapi masih juga tiada respon. Yang lain juga dah terdiam dan hilang kata2. X terduduk di hadapan Lis merayu agar Lis bangun.
"Lis..." panggil X lembut.
"Apesal ni?" Soal Dis yang baru sahaja sampai, pelik bila bilik Lis rmai orang. Dis masuk ke dalam dan terkejut dengan situasi sekarang. Matanya membesar bila melihat Lis yang terkulai lemah di kerusi dan tingkah X yang macam orang blur habis. Dis mendekati Lis dan X. X angkat muka pandang Dis dan dia terus berdiri.
"X? Apa dah jadi?" Soal Dis turut sama risau.
"I dont know" balas X lemah dan membelakangi Dis. Dis sentuh bahu Lis dan menggoncangnya beberapa kali. Dia turut menjerit minta Lis untuk sedar.
"Bangun Lis! Dis dah balik ni!"
"Bangun!" Arah Dis sambil air matanya dah mengalir deras. Dia tak sangka yang pertemuan terakhir mereka begini.
"Stop it Dis!" Marah X pula.
"Apa yang bising2 ni?...." eh? Semua mata pandang Lis yang baru je tersedar dan menggenyeh matanya beberapa kali. Pelik bila semua org tengah berkumpul di sekelilingnya.
"Lis!" Terus badan Lis dipeluk erat dan Lis terjerit kuat bila tangannya dihimpit kasar. X terus menarik Dis supaya menjauhkan diri dari Lis.
"Kenapa ni Lis?!" Soal Dis kaget tengok tangan Lis berbalut. Kemudian satu jelingan tajam dihadiahkan pada X. X buat bodoh dan pandang tempat lain.
"Jatuh, kenapa ramai2 ni?" Soal Lis lagi sekali.
"Lis tidur ke? Mati? Semua orang risau sebab dah puas kami kejut. Lis tak sedar pun"
"Oh? Lis ngantuk sangat. Semalam tak tidur" jawab Lis jujur dan sengihan diberikan pada Dis. Sekali lagi X dijeling geram.
"Tak tidur? Apa kau buat X? Aku mintak kau jaga dia elok2 kan!" Marah Dis serius. X buat muka bodoh dan berjalan keluar tapi Dis tetap halang.
"Aku tanya ni?!"
"Mana aku tahu kenapa dia tak tidur. Ingat aku tidur dalam bilik ni ke dengan dia?" Soal X malas. Dis dan Lis sama2 diam, pergh! Jawapan memang rak boleh nak blah kan? X terus berjalan keluar dan yang lain ikut X ke bawah.
"Kau main masak2 dengan dia malam tadi kan?" Soal 7 dan X buat muka serius. Terus lari pergi buat kerja mereka semua. Tahu takut. Tapi mereka yakin dan pasti yang X sayangkan Lis, muka X hanya mereka yang tahu betapa cuaknya X bila Lis langsung tak beri respon padanya.
"Macam mana boleh jatuh?" Soal Dis risau. Lis senyum dan bercerita secara ringkas. Mesti kena marah punya dan memanglah kena marah teruk. Lis diam dan biarkan Dis terus membebel.
"Besarnya baju. Mana datang ni?" Soal Dis agak terkejut dengan size baju yang dipakai Lis.
"Baju X. Susah nak pakai baju Lis sendiri dengan tangan berbalut ni"
"Baju X? Dia yang bagi?"
"Haah! Dia yang bagi"
"Serius?"
"Serius! Kenapa?"
"X bukan jenis yabg share baju dia dengan orabg lain" Lis diam bila dengar Dis cakap macam tu.
"Means?"
"X,tak pernah pun kasi pinjam barang peribadi dia pada orang lain. Dia kata tak selesa"
"Oh ya? Tapi, dia sendiri yang bagi. Mungkin lepas ni dia dah tak nak pakai kot" ujar Lis pula.
"Agaknyalah" Dis dan Lis sama2 angguk faham dan puas hati dengan jawapan tu. Lis tak kisah langsung kalau X dah tak nak baju tu lgi, boleh dia simpan, dah la bau X ada pada baju tu.
"X! Misi kita dah selesai. Misi dah boleh dilepaskan. Keadaan dah selamat dan penjenayah dah diberkas" ketua misi kali ini memaklumkan berita gembira ini kepada X. Tapi entah kenapa X langsung tak rasa gembira.
"Tuan, saya nak tarik diri dari team ni. Saya nak bersara dan saya tak nak buat undercover lagi. Kes ni dah selesai sepenuhnya kan?"
"X? Awak yakin?"
"Ya tuan! Saya nak terima offer dri N.9. Saya akan tinggalkan KL. Dan, identiti X akan saya hapuskan. Mohon tuan luluskan permintaan saya"
"Baiklah! X akan mati"
"Terima kasih tuan!"
"X, identiti X harus terkubur terus. Saya harap awak faham" X angkat kepala dan angguk. Dia tahu,yang identiti dia sebagai penjenayah yang dikenali X harus dihapuskan dan tak ada sesiapa pun yang perlu tahu.
"Faham tuan! Tapi tuan, saya mohon tugas terakhir saya ialah menghantar misi kita dengan selamat"
"Saya izinkan! Moga awak maju jaya di sana nanti" bahu X ditepuk dan X angguk faham. Dia akan tinggalkan semuanya termasuk Lis. Hanya satu yang dia akan simpan, kenangan.
"X! Kenapa muka macam ni?" Soal Lis ceria bila ternampak X balik dari mana entah.
"Wah! Banyaknya makanan, siapa nak kenduri ni?" Soal Lis lagi, lagi ceria dan teruja. Wajah itu diamati buat kali terakhir. Dia akan rindukan wajah ceria itu.
"Malam ni kita BBQ." Jawab X tenang dan bersahaja tapi lain pulak reaksi Lis dan yang lain. Siapa tak suka pesta angkat tangan! Mestilah tak ada kan?
Sepanjang persediaan untuk malam ni X dan Lis ceria sungguh, malah asyik berdua je, Dis pun naik hairan sejak bila si singa X ni baik dengan Lis?
Malamnya pun sama jugak, memang X layan Lis sebaik mungkin dan semesra habis. Yang lain dah duk tayang sengih semedeng. Memang muka minta pelempang semuanya.
"Lis, nanti jabngan minum air tu" bisik X.
"Kenapa?"
"Jangan minum. Ok?"
"Ok"
"Good" X senyum pula.
Tepat jam 1 pagi X mengetuk pintu bilik Lis dan Lis yang baru sahaja selesai solat sunat membuka pintu. X tak cakap banyak terus tarik tangan Lis dan menariknya ke kereta. Lis yang tak bersedia apa2 hanya mampu mengikut tanpa suara. Bila mereka dah masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi Lis kalut sendiri.
"X! Kita nak pergi mana?" Soal Lis resah. X tak menjawab malah terus memecut pergi dengan laju. Akhirnya mereka sampai di kawasn bandar dan X memandu dengan normal.
"Aku akan lepaskan kau pergi." Ujar X bila Lis dah tenang. Tapi, Lis terkejut pula.
"What? Apa awak buat ni X?"
"Keadaan dah teruk. Polis dah berkas orang yang mintak kami culik kau. Dan, sebelum polis sempat selamatkan kau, mungkin team aku terpaksa bunuh kau dulu." Lis terkedu dan terdiam pada masa yang sama.
"Lepas ni macam mana X?" Soal Lis hampir menangis.
"Kau go on! Teruskan hidup kau dengan baik! Kalau kau nak dedahkan tentang team aku pun aku tak kisah. Yang penting kau selamat!"
"Tapi, awak macam mana X?" Soal Lis dan mula menangis. X diam bila dengar soalan itu.
"Sekalipun aku dibunuh,aku nak kau selamat. Kau kena selamat" Lis terdiam bila X berkata begitu.
"No X! Saya tak nak awak mati!" Rayu Lis dalam tangis.
"Kau sendiri yang cakap kan? Ajal maut di tangan tuhan. At least, sebelum aku mati, biarlah aku sempat berbakti pada kau. Kau kena teruskan hidup dengan baik2."
"X! Awak tak boleh buat macam ni. Awak tak patut berkorban"
"Lis, kau dah ajar aku banyak benda. Kau kena go on jugak. Jangan kenang aku lagi."
"No X! Saya tak nak balik! Saya nak ikut awak, saya dah tak ada sesiapa"
"Lis, ajal namanya kalau kau ikut aku!"
"Awak ingat saya akan bahagia kalau awak mati kerana saya?!"
"Aku ni penjenayah. Kalau tak dibunuh team sndiri. Mereput dalam penjara jugak nanti. Paling teruk pun,tali gantung jugak."
"X..."
"Aku nak kau move on! And, jangan mudah percayakan orang. Ni semua kerja kawan baik papa kau. Dato Karim. Dia nak rampas syarikat kau dan jadi CEO debgan lesapkan kau. Dia nak guna bisnes perkapalan bapak kau untuk transport dadah. Nasib baik polis sempat berkas dorang. Have a good life ok?" Pinta X dan menghentikan kereta di depan balai polis.
"Saya tak nak X..." rayu Lis dalam tangis.
"Selamat tinggal" Lis dipengsankan dan Lis diletakkan betul2 di depan balai polis. X menarik nafas dalam2 sebelum memecut pergi.
"X! You are over! Game Over!"
#tq habiskan.... ada smbungan ni.... sorry atas ketidaksempurnaan...
Menarik
ReplyDeletebesttttttttt
ReplyDeleteJln cerita yg menarik....tahniah...
ReplyDelete× fhm
ReplyDeleteCerite nie sekual ke ? Mksdnye ade episod sblomnye ke ? Or..memang nie the first one
ReplyDeleteNi yg first.. ad lagi 3..
Delete