Nasiblah aku ni dah jadi macam cerita cinderella dan aku adalah seorang anak tiri yg paling tak dengar cakap dalam dunia ni, paling aktif jugak kot. Tak pasti pulak pasal semua tu tapi boleh tahan la. Yang berbezanya kisah aku dengan cinderella ialah, aku tak ada adik beradik tiri kembar dan aku tak ada mak tiri. 'Mak tiri' dalam kisah aku ni ialah mak su aku sendiri! Hahaha, kurang ajar punya anak saudara kan? Tapi itulah hakikat yang sebenar dia dan watak adik beradik tiri dalam kisah aku ni pulak ialah lelaki, tapi, baik dengan aku dan kami sebaya. Walaupun dia tu agak nakal tapi dia selalu protect aku dan aku sayang sepupu aku sorang ni. Sayang gila dah macam abang aku dah.
Ayah aku meninggal sebab kemalangan masa nak ambil aku kat sekolah dan mak meninggal sejak lahirkan aku, aku dah lama hidup dengan mak su dan kebetulan pulak aku dan sepupu aku tu lahir dekat2, daripda dia la aku dapat rasakan susu seorang ibu. Mak su aku ni tak ada la kejam macam mak tiri cinderella dan tak ada la kejam macam mak bawang merah pun cuma, dia asyik duk salahkan aku je hidup kami susah. Katanya,ayah aku mati sebab aku la mak aku pun mati sebab aku. Sedih! Sedih bila dituduh macam tu tapi sepupu aku ni sangat memahami aku dan aku dengan dia dah jadi adik beradik susuan, dia dah jadi abang aku pun.
"Termenung je tahu!"
"Batu terbelah!" Latah aku kuat bila ada orang sergah aku. Dasar sepupu tak sayang nyawa betul dia ni!
"Kau pehal?!" Soal aku geram dan rasa macam nak je aku cepuk mamat depan aku ni.
"Relax sis, aku bawak balik berita gembira ni" melihat senyuman bermakna Amirul Mukmimin aka Imie aku harap sangat yang dia tak mainkan aku kali ini dan memang berita gembira yang dia bawak balik kalau tak ada yang pergi dan tak kembali lagi.
"Pedia?" Soal aku malas.
"Kat tempqt aku kerja ada kosong. Jom! Jadi waiter sama2. Aku tahu mak tak kasi kau belajar kalau kau tak kerja kan?" Aku terdiam dan gembira pada masa yang sama. Imie tahu pasal mak su tak nak bagi aku belajar lagi, padahal aku ada setahun je lagi nak habis belajar. Penat doh! Dulu masuk matriks takpelah ada elaun, bila masuk ijazah duit pencen ayah jadi askar ada tapi entah sejak bila duit tu tak ada untuk duit belajar aku. Mak su, memang tak sayang aku. Cewah! Feeling kau! Salah kau jugak, yang malas belajar dulu kenapa kalau tak mesti dapat biasiswa dan hidup senang lenang. Jadi! Azam tahun ni belajar rajin2 next year dapat biasiswa. Hehehe... azam akhir tahun la ni. Konon!
"Aku tahu la,mak tu tak patut buat macam tu kat kau. Yuran memang mak bayar tapi buku semua kena ikhtiar sendiri kan? Jadi, kita kerja sama2 dan belajar sama2. Ok?"
"Trimas bro! Sepupu till dead!" Aku terus peluk sepupu aku ni. Dia,paling faham aku atas dunia ni dan walaupun dia ni dalam glongan sengal dan agak menyakitkan hati tapi dia la sepupu terbaik yang aku ada. Setahu aku, dia je sepupu yang aku kenal setakat ni. Hihihi! Tu yang dia dapat award tu.
"Riya!!" Tu dia! 'Mak tiri'dah panggil.
"Mak tiri dah panggil" keluh aku lemah dan Imie boleh bantai gelak dah memang selalu aku gelar mak dia macam tu. Tak baik betul kan?
"Pergilah" Imie tolak badan aku dan aku bergerak ke hadapan sedikit. Aku ayunkan kaki yang memang sedia malas ni untuk jumpa mak tiri cinderella.
"Kau basuh pinggan ni semua. Aku nak pergi rumah mak senah"
"Ya mak" balas aku malas dan terus ke sinki, nasib baik ada paip air kat rumah ni kalau tak terpaksa la aku basuh kat sungai. Kisah duka habis aku ni kan? Padahal mak su aku tu takde pun tak bagi aku makan ke apa. Hahaha.
"Meh aku tolong" imie datang untuk menolong aku dan aku tersenyum pandangnya, walaupun dia penat dia tak pernah nak berkira dengan aku. Untungnya aku ni kan?
"Tak yah la, tak banyak pun ni. Kau rehat la esok dah start class"
"Esok, esok punya cerita. Cepatlah basuh!"
"Kalau kau penat jangan nak merungut kat aku pulak"
"Tak kuasa aku nak merungut kat kau. Tak dapat apa pun"
"Ye la tu"
"Jom basuh pinggan" terus dia berdiri di sebelah aku dan laju tangannya membasuh pinggan. Aku memang bangga ada sepupu macam dia dan mana2 perempuan yang dapat curi hati dia memang sangat bertuah habis. Nasib baik dia ni haram untuk aku kahwini. Lagipun aku tak minat la muka macam dia ni, muka anak mak. Hahaha.
Akhirnya cuti sem dah berakhir dan result aku kali ni sama la, 3.75 lagi. Memang tak dapat la bayangan nak dapat biasiswa tapi nasib baik aku dah kerja sekarang. Setakat belajar dan makan pun aku tak mampu nak skor lagi tinggi apatah lagi bila dah kerja ni. Tapi, aku yakin dengan kuasa Allah.
"Adria!" Aku tersentak bila dengar laungan yang agak kuat ditelinga aku, aku yang jenis agak melatah terus ketuk kepala orang yang sergah aku ni dengan dulang air. Lepas tu? Ternganga gua niah mulut aku weh.
"En..enci.encik Ariff..." alamak! Kena kepala pengurus la pulak habislah aku kena buang kerja lepas ni.
"Auwwww" aduhnya dan mengusap kepalanya yang selamat kena belai tadi. Aku gigit bibir sebab risau tahap dewa dah ni.
"Adria Johana!" Jerkahnya dan dulang di tangan aku terus terlepas dari tangan dan hentak kaki dia. Lagi sekali, SUPER ALAMAK!!! lari Riya..
"Kenapa ni En. Ariff?" Macam biasa, Imie akan ada bila aku dalam masalah, dan aku tayang muka bersalah habis dah memang salah aku kan?
"Kawan awak ni dah cederakan saya!" Marah En. Ariff dan matanya macam nak terkeluar tengok aku. Aku pegang lengan Imie kejap. Dia ni kalau marah orang muka menakutkan tahap dewa kau.
"Maafkan saya En. Ariff. En. Ariff boleh potong gaji sqya untuk bulan ni. Saya minta maaf" pinta aku lagi bila Imie dah pandang aku minta penjelasan. Tak sempat nak elak la Imie, bukannya sengaja pun, kalau aku sengaja dah masuk hospital manager singa ni.
"Kali ini saya maafkan!" Ujarnya bengis lalu berlalu ke dapur. Aku buat muka lega gila dan Imie pandang aku macam aku dah buat jenayah berat.
"Sorry Mie, aku tak sengaja pun. Dia sergah aku dan aku terkejut" pinta aku dan buat muka mintak belas.
"Lain kali jangan berangan" ujar Imie pula, aku bukan berangan tapi berduka cita sebab result aku tu dan permohonan biasiswa aku yang tak layak langsung. Lainlah dengan Imie ni,skor habis! 4 rata kau! 4.00 lah! Dah la setiap tahun dapat biasiswa dan dia kerja sebab nak tolong mak su dan bagi aku duit belanja. Kenapalah aku ni hidup dengan menyusahkan orang je?
"Sorry Mie, aku sayang kau!" Ucap aku dan buat muka comel, kepala aku yang dilitupi tudung di usap dengan lembut dan Imie tersenyum bahagia.
"Dah,pergi sambung kerja" ujar Imie lembut dan aku terus masuk ke dalam dapur. Bila aku dah masuk ke dapur, semua orang duk sibuk gossip pasal aku lagi. Pasal aku cari pasal la pasal apa lagi. Adoi! Banyak pasal sungguh ni ha.
"Riya, kau buat apa kali ni?" Soal Ita kawan kerja aku kat sini. Aku sengih sedikit dan tunjukkan gaya aku belasah kepala En. Ariff dan satu dapur boleh lepak gelak. Semua orang tak suka dengan manager garang macam singa pregnant tu.
"Duhai sahabatku dunia akhirat! Bangkitlah kamu sebelum tutor kita mengamuk!" Macam biasa Fara kawan baik aku akan kejutkan aku bila setiap pagi sebelum kelas mula aku dah selamat tidur lagi. Macam ni nak jadi best student? Tidur je yang aku tahu kan?
"Fara Ilaikha, biarkan dia" bila aku dengar suara Sir Amar terus aku angkat kepala dengan mata merah habis. Mulalah aku jadi tumpuan budak dalam kelas aku ni.
"Selamat pagi, Adria Johana bt Johan" sapa Sir Amar perlian pedas tahap dewa habis. Aku sengih sikit dan keluarkan buku dari beg sandang.
"Saya ajar designing, bukan ekonomi" gamat satu kelas bila aku kena perli lagi. Aku masukkan balik buku yang silap timing nak buat kemunculan agung tu dan keluarkan buku lain. Buku designing! Menyampah pulak aku dengan lecturer muda setahun jagung ni. Ingat dia sado aku hairan? Weh! Sesungguhnya dia adalah lecturer kau Riya!
"Adria Johana, interior designing is your major. U should pay more attention for it" tu dia! Bila Sir Amar berbicara bahasa ibunda King William aku tadah telinga untuk mendengar dan tadah tangan untuk berdoa pada masa yang sama.
"Adria Johana!" Terus meja aku ditepuk kuat dan semua pelajar tersentak habis! Memang habis2 tersentak la ni tak tahu nak describe macam mana.
"Saya nak awak keluar dari kelas saya sekarang dan design chapter 7 kita sampai 10 kali. By ten! I want you and your design in my cubicle!"
"Apa?" Soal aku agak terkejut bila kena halau. Kali pertama ni kena halau.
"Out now!" Marahnya lagi dan aku tanpa riak angkat beg dan kemas semua buku lalu angkat kaki keluar. Dia yang halau bukan aku yang nak ponteng ok?
Aku berjalan ke library dan biasanya aku ke library untuk tidur tapi hari ni kena buat design la pulak! Library ni heaven untuk tidur sebab sejuk habis! Dan aku sukakan suasana sejuk! Yeah! Bila aku masuk je dalam library sah2 la lengang sebab sekarang ni class hour! Tapi ada la a few student yang tak da kelas. Aku ambil port yang paling jauh dengan orang dan yang pling sunyi sekali, nak siapkan 10 design dalam masa satu jam setengah? Dia ingat aku ni hebat tahap dewa ke apa? Ah! Serabut! Aku keluarkan kertas A4 dan mula melakar satu persatu. Dah la agak cerewet chapter 7 ni. Kenapalah kena chapter 7 jugak. Tengah seronok aku lukis ni aku terangkat muka pandang sekitar sebab dah nak terkeluar saraf tekak aku duk tahan hadap benda ni.
"Imie ke tu?" Alamak! Matilah aku kalau Imie tahu yang aku ada kat sini dan kena halau dari class. Lupa pulak yang hari ni Imie tak ada kelas pagi, dan dia memang kaki lepak library. Masaklah kau Riya. Ok! Dah nak pukul 10 pun, jom kita gerak weh! Aku angkatkan hood sweater dan masukkan beg dalam sweater sikit. Setelah hampir dengan pintu keluar aku nampak Imie ke rak buku sebelah situ untuk ambil buku. Aku terus berlari dan menyorok bawah meja pengawas pustaka.
"Tolonglah diam je" rayu aku sadis habis dan pengawas itu hanya angguk tanpa riak.
"Saya nak pinjam buku ni akak" erk! Memang suara Imie tu. Matilah aku kalau dia tahu aku kat sini. Kak pengawas ni terus buat kerja dia dan setelah Imie berlalu aku merangkak ikut bawah meja dan berjalan macam itik untuk keluar dari library. Setelah selamat aku terus pecut ke cubicle Sir Amar. Sebelum dia kosongkan markah aku baik aku ke sana cepat sepantas kelajuan cahaya. Cewah! Poyo habis kau!
Aku ketuk pintu dua kali sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Sir Amir, wah! Aircond kau! Dan memang sejuk jugak jadi hilanglah sikit rasa panas aku ni setelah pecut tadi. Sengihan aku berikan kepada Sir Amar sebelum terus duduk di kerusi di depannya. Dia pandang aku yang berpeluh kemain ni sebab dah marathon sejauh beberapa ratus meter tadi. Penat!
"Siapa suruh awak duduk?" Soalnya tegas dan aku yang dah cantik duduk terus berdiri tegak. Ok music! On lagu negaraku.
"Awak dah lewat 5 minit! Awak ingat kerja saya untuk tunggu awak ke?" Soalnya lagi dan aku terpaksa pandang lantai. Kalau ikutkan hati memang selamat dia ni aku benam dalam tasik hujung jalan sana.
"Sorry sir, tadi emergency skit"
"Alasan! Mana kerja yang saya mintak?" Soalnya lagi tegas dari tadi. Kalut aku keluarkan semua design yabg aku buat. Tak siap ok! 8 je mampu aku buat. Aku pandang dia yang membilang sehelai demi sehelai dan bila sampai ke helaian 9 dia angkat muka pandang aku, lukisan tak siap la tu dan bila ke helaian 10 dia tongkat dagu atas meja. Macam hensem je dia ni kan? Weh! Hero kau tak ada type garang macam dia ni!
"Adria Johana!"
"Sir Hensem!" Terlatah aku sebab terkejut sangat dan dia diam terus. Erk! Terluah pulak hasrat di hati aku ni ha. Aku tekup mulut dan sembunyikam malu habis. Malu dan takut la ni kiranya.
"Duduk" pelawanya kali ini dengan suara lembut. Aku hanya mampu dengar apa yabg dia nak cakap kat aku. Kalau terima kasih sebab puji dia baik tak payahlah ya.
"Saya hensem?" Soalnya ringkas dan pandang aku sambil tersenyum. Ok! Situasi aneh sebab dia tak pernah nak senyum kat aku selama ni. Ke sebab aku terpuji dia hensem tadi?
"Sorry sir, 8 je" aku tak jawab soalan dia tapi fokus ke benda lain.
"Lain soalan saya tadi" ish! Saja je la dia ni. Kalau aku cakap tak nanti berangin pulak dia ni,jadi, apa kata kalau aku iyakan je benda ni.
"Hensem" jawab aku perlahan habis dan keikhlasan tu memang tak ada. Tiba2 aku terdengar dia tergelak kecil dan aku terus angkat muka untuk pandang dia.
"Nampak sangat tak ikhlas tu" ujarnya berserta senyuman entah apa apa je la.
"Sir ada apa nak jumpa saya?" Soal aku padanya direct, tak kuasa mak nak main gurau2 dengan dia ni.
"Ok, Adria, saya tahu awak pandai dan subject yang saya ajar adalah major awak. Awak bukan tak boleh skor cuma awk perlu lebih concern tentang ni. Ni final year awak, awak akan kerja dalam bidang ni. Kalau subject lain awak boleh skor kenapa yang ni tak boleh?" Errr panjang bak hang ceramah dia dan soalan terakhir tu aku memang tak tahu nak jawab apa. Tak kan nak cakap sebab aku tak pandai kut sebab dari awal lagi dia dah cakap yang aku pandai. Nak cakap aku malas memang la aku agak malas tapi aku suka subject ni kot. Ke aku tak suka dia? Tapi, dua tahun lepas aku tak belajar dengan dia pun. Tahun lepas dan tahun ni je belajar dengan dia.
"Sebab awak tak suka saya ke? Kalau sebab tu saya boleh consider mintak lecturer lain yang gantikan saya" ha? Aku terus tersentak bila dia tanya macam tu. Memang la dia suka bash aku,sebab aku suka tidur dalam kelas dia dan itu bukanlah salah dia pun.
"Mana ada sir! Saya suka sir la, jangan la tukar kelas, frust menonggeng budak kelas sir nanti" aku jawab ikut fakta yang tepat lagi benar ok. Sebab pertama kenapa budak perempuan tak tidur dalam kelas dia ialah sebab minat dia dan sebab dia hensem. Fact!
"Habis tu?"
"Sebenarnya sir, pagi2 otak saya memang bukan untuk design ni semua. Block habis! Kalau petang saya suka la, boleh berkhayal sikit. Saya tak boleh janji tak nak tidur sir tapi saya akan try" aku jawab lagi, aku rasa betul kot sebab pagi untuk aku ialah subjek yang kena banyak guna otak untuk hafal.
"Baiklah, saya dah faham. Kalau macam tu, saya akan bawak kelas kita ke petang" erk! Mana boleh! Aku kerja la time tu.
"Tak boleh sir!"
"Kenapa?"
"Saya kerja"
"Kerja?"
"Saya anak yatim piatu sir, sapa nak tanggung saya kalau saya tak kerja"
"Adria, kalau macam tu kita buat kelas bila awak free. Untuk awak"
"Ha? Untuk saya?"
"Ya, bila awak free?"
"Ahad petang" yqng aku pergi jqwab tu kenapa pulak?
"Great, Ahad petang, dua jam dah cukup. Kat mana?"
"Er...sir decide la"
"Ok, kat tasik hujung jalan tu ya?"
"Ha? In sha Allah"
"Awak bawak la kawan" ujarnya lagi dan senyum. Aku yang susah hati sekarang ni masalahnya. Baik benar hati dia ni ha nak tolong aku. Nak tak nak kena la setuju jugak. Aku angguk kepala perlahan lahan dan tersengih sedikit. Tak ikhlas ni tak ikhlas!
"Pergi mana?" Soal Imie yang dah sedia atas motor,aku ambil topi keledar dari tqngan dia dan pakaikan atas kepala la,tak kan kaki pulak kan?
"Jumpa lecturer"
"Wah! Satu kejayaan, Adria Johana Johan buat konsultasi" aku mencebik geram bila dia perli aku. Bukan konsultasi tapi kaunseling!
"Petang Ahad aku ada kelas tambahan. Kau busy?"
"Petang ahad? Tak busy kot"
"Boleh hantar aku?"
"Boleh!"
"Jom balik" aku naik motor dan termenung lagi, hailah, dua jam nak belajar dengan dia je. Tapi! Fara kan ada, boleh ajak Fara sekali. Ha!
Aku ambil order customer perempuan yang aku rasa gedik habis, naik menyampah pulak aku tengok dorang ni tapi layankan je la. Dah la agak kurang ajar bila main order lepas tu suka hati je nak cancel macam tu je. Aku cuba bersabar walaupun tak nak karang ada yang kena dengan manager.
"No, i want coffee"
"No, orange juice" ni rasa nak berapi habis je ni bila aku dimainkan macam ni.
"I think she doesnt understand. Speak malay please Sya" terdengar suara mereka gelakkan aku dan perlian mereka aku buat tebal telinga je la. Aku pejamkan mata dan minta tahap kesabaran aku meningkat ke tahap optimum atau ada yang gaduh besar kat sini.
"Great if she doesnt understand nothing. Looks like she is idiot. Or fool?" Mereka bertiga gelak lagi dan aku harap sangat yang aku tak pandai cakap bahasa inggeris dan aku harap sangat yang aku tak faham bahasa inggeris.
"Ada jugak orang gila kat sini, nak pilih air pun susah" aku bagi sedas dan mereka bertiga berjemaah pandang aku dengan muka bengang.
"Apa kau cakap perempuan?!" Soal salah seorang mereka kasar dan terus berdiri. Aku terkejut sedikit sebab tinggi gila dia ni, perempuan ke tiang elektrik ni.
"Ingatkan warga asing, orang melayu ke?"soal aku dengan perlian pedas habis dan serentak itu juga terus air masak yang berada di atas meja di siramkan atas aku. Aku buat muka bengang tapi masih lagi bersabar.
"Dasar bodoh!" Aku diherdik dengan kasar dan bila salah seorang dari mereka angkat tangan untuk tampar aku, aku hanya mampu menutup mata, tapi, ada yang datang tolong aku. Terasa ada jaket diletakkan atas badan aku dan lelaki yang tolong aku tahan tangan perempuan yang nak lempang aku ni. Ok! Mamat ni hensem gila!
"Orang bijak tak kan gunakan kekerasan untuk melepaskan amarahnya" lengan tiang elektrik ini dilepaskan dan dia tersenyum sinis. Diam terus tiga minah ni bila ada yang tolong aku. Dia pandang aku dan senyum pada masa yang sama. Apesal kau ni Riya? Melting tak pasal2? I'm in love ke? Ish!
"Awak ok?" Soalnya gentle habis dan aku hanya mampu mengangguk tanpa riak. Dia tarik lengan aku dan aku tepisnya lembut.
"Sorry" pintanya bila aku tepis tangan dia, tahu pun Haram is Haram. Kawin dengan aku la kalau nak pegang tangan aku.
"Awak ok?" Soalnya lagi dan aku angguk lagi. Mata ni pun satu jugak duk tengok dia je kenapa.
"Pergi tukar baju, teruk basah ni nanti jatuh sakit. Jaket ni, saya hadiahkan pada awak" dia mengenyitkan mata dan terus berlalu dari sini. Aku yang masih lagi dalam keadaan tangkap moment atau tangkap cinta aku sendiri tak pasti.
"Riya" Ita menegur aku dan aku tersedar dari kisah khayalan aku ni. Tapi, memang dia bagi jaket dia kat aku la! Aku masuk ke ruangan pekerja untuk tukar baju lain. Habis basah baju aku ni ha. Nasib baik mamat tu datang cepat kalau tak ada yang kena cakaran harimau nanti.
"Sorry Riya,aku ada date dengan Raja Arfian Hadi la" ish! Tak habis2 dengan pak we dia. Pian ni pun macam tak ada hari lain nak date kenapa mesti hari aku ada 'date' dengan Sir Amar pulak.
"Dah tiga minggu aku teman kau kan? Kali ni aku bagi can kau date dengan Sir Amar"
"Rasa nak makan lempang hatrik ke?" Soal aku geram dan dia tayang sengih.
"Sorry key, next week in sha Allah"
"Erm! Hati2" aku matikan telefon dan termenung tepi tasik sorang2. Memang hobi aku la kot termenung ni. Tapi, kenapa aku asyik duk ingat je muka mamat hero yang dah selamatkan aku tu? Ke, dia Mr. Hero aku? Hurm,mustahil la Riya.
"Assalamualaikum" aku pandang belakang dan menjawab salam itu. Siapa lagi yang rajin nak datang kat kolej kalau bukan Sir Amar dan aku bukanlah rajin tapi terpaksa merajinkan diri.
"Mana Fara?"
"Ada urusan dunia sikit" aku jawab selamba dan malas tapi boleh sir ni gelak pulak. Aku mengeluh sikit dan buka buku. Walaupun tak ada hati nak buat kerja terpaksa jugak buat.
"Awak macam tak ada mood je"
"Bukan tak ada mood, tapi malas" aku jawab selamba dan sir gelak besar. Entah apa yang lawak aku sendiri tak pasti.
"Siapa yang selalu hantar awak tu?" Soal Sir Amar dan aku pandang dia sekilas.
"Sepupu"
"Oh, ingatkan BF" aku tergelak sikit dengan soalan dia, gila ke apa ha? Tapi semua orang tak tahu aku ni sepupu dia je. Pian dengan Fara je tahu kami ni macam mana dan Pian tu sama jurusan dengan Imie,sebab tu kami berempat rapat.
"Tak kuasa la saya, tak minat dia" aku jawab tenang.
"Hari ni saya nak bawak awak belajar learn something dari luar. Hari ni kita survey and observe je. No learning no hafalling!" Ujarnya lalu mengenyitkan mata dan aku tergelak kecil. Hailah! Comel sungguh sir aku ni hari ni.
"Cakap kat sepupu awak, tak perlu ambil awak hari ni,saya akan hantar awak balik"
"Ha? Biar betul sir ni? Sir ni....betul ke???" Soal aku khuatir.
"Saya tak ada niat buruk la. Saya tahu kuasa Allah" ok! Tenang sikit. Walaupun aku ni ganas dan hodoh perangai,tapi aku perempuan jugak.
"Ok! Jap eh" aku keluarkan telefon nokia yang model bukan paling latest tapi late of tens years ago kot. Hahaha, tak kisahlah yang penting boleh digunakan. Setelah maklumkan Imie dia pun berat hati nak bagi sebenarnya tapi dia bagi jugak.
"Boleh?"
"Boleh!"
"Jom!" Ajaknya ceria dan tolong kemaskan buku ke dalam beg aku. Aku dan dia bergerak ke kereta dan dia bukakan pintu untuk aku. Aku masuk dalam kereta dia yang mahal la kot, Perdana kot. Mewah la pada aku yang tak pernah merasa ni.
"Ready?" Soalnya pada aku dan aku angguk sekali. Dia baca bismillah dan meluncur pergi tinggalkan kawasan kolej.
"Sir, boleh saya kuatkan aircond?" Aku bertanya padanya dan dia pelik, bukannya panas pun tapi aku suka sejuk kan?
"Panas ke?" Soalnya pada aku.
"Tak lah, tapi saya suka sejuk, boleh?" Dia tergelak dengar jawapan aku dan tangannya terus ke butang aircond dan kuatkan aircond.
"Better?" Soalnya pada aku dan aku angguk sambil senyum memandangnya.
"Ya"
"Kenapa suka sejuk?" Soalnya dan aku senyum sikit.
"Setiap kali sqya sejuk, arwah ayah akan peluk saya erat2. Suasana sejuk buatkan sqya selalu ingat ayah dan rindukan dia sangat2" luah aku sambil senyuman, kenangan bersama ayah mula bermain dalam minda aku. Riya rindukan Ayah! Bisik hati aku dan Al fatihah segera aku sedekahkan. Aku pandang Sir yang sedang tersenyum dan mulutnya terkumat membaca sesuatu.
"Sir baca apa?" Soal aku pelik.
"Al Fatihah, sqya nak sedekahkan untuk ayah awak. Dia beruntung ada anak macam awak" ujarnya ikhlas dan aku ada rasa sendu di dada. Aku tersenyum memandangnya dan berdoa agar Sir Amar sentiasa dalam keadaan sihat dan panjang umur. Dia lelaki yang sangat baik.
"Sir, terima kasih" ucap aku ikhlas dan dia tersenyum senang.
"Sama2" balasnya dan aku pandang luar tingkap. Dah lama rasanya tak menangis dan air mata yang bertakung ditubir mata aku seka cepat2. Nak nangis buat apa pulak? Jiwang la kau ni Riya!
"Dah sampai, jom!" Dia ajak aku turun di satu pejabat dan aku terus turun dari kereta. Dah siapa punya pulak ni tapi memang ID punya ofis ni.
"Jom!" Ajaknya dan aku ikut dia masuk ke dalam. Gila bapak besar syarikat ni dan sebaik dia masuk terus staff dalam tu bangun dan menyapa dia,ok! Siapakah dia yang sebenarnya?
"Sambung je kerja. Hiraukan saya" dengan ramah dia bertutur dan semua sambung kerja. Aku senyum kepada beberapa orang yang tersenyum pada aku.
"Anak buah saya,Adria Johana" ujarnya dan semua orang senyum menyapa aku. Segan pulak aku sekarang ni.
"Anak buah sir?" Soal aku padanya berbisik.
"Tak kan nak cakap anak didikan pulak?" haish! Melawak pulak dia ni.
"Cakap je la student"
"Apa kes pulak nanti orang cakap. Sir dan student, awak nak orang cakap kita ada something special ke?" Soalnya sambil tersengih. Aku mencebik dan berpeluk tubuh. Ada betulnya jugak apa yang dia cakap tu.
"Sir punya ke ni?" Soal aku dan dia senyum je. Ya la tu, kan?
"Dah ada syarikat sendiri kenapa nak jadi lecturer lagi?" Soal aku lagi, tetiba je rasa nak tanya banyak benda.
"Saya ambil dua master dulu,business dan ID. Saya suka business tapi saya suka share apa yang saya ada. Saya tak nak apa yang saya tahu saya tak boleh salurkan kepada orang lain" aku diam atau impressed sebenarnya. Tak sangka! Ada orang yang sehebat dia dalam dunia ni. Sebab tu dia semangat gila mengajar kot.
Tabik Hormat!!!
"Sebab tu sir sanggup buat kelas untuk saya agaknya" aku luahkan apa yang aku fikir dan dia gelak senang.
"Pandai pun!" Ujarnya dan gelak lagi. Ceh! Nak cakap yang aku ni perlu guider la tu. Puih!
"Berapa umur sir?" Soal aku pula.
"Erm, teka?" Nak main teka2 pulak. Aku ketap bibir dan pada masa yang sama ikut dia dari blakang.
"111" aku jawab selamba habis dan dia bantai gelak sakan.
"Tak sangka saya setua tu"
"Jawablah" ujar aku meminta lagi dan dia senyum.
"32" oh! Tak ada la muda mana pun. Yang kecoh dia lecturer muda tu kenapa?
"Tua dah" aku saja buat komen negatif dan dia gelak lagi.
"Tua? Saya muda lagi, kawin pun belum"
"Ada je orang umur 111 tak kawin, di anggap muda jugak ke?" Soal aku malas.
"Suka betul angka tu ya?"
"Suka sangat, tu birthday mak saya. 1 haribulan 11. Abah pulak 11 haribulan 1 dan saya. 22 haribulan 2. Mak campur abah dapat saya. Kelakar kan?" Soal aku sambil sengih dan Sir Amar diam lalu ikut sama senyum, kali ini aku pasti bukan senyuman mesra tapi simpati. Kenapa aku ringan je mulut nak cerita kat dia.
"Jom, kita pergi tempat projek" ajaknya langsung dan aku ikut belakang dia. Semasa di dalam kereta aku dan dia diam je. Rasa janggal la pulak.
"Bila ayah awak meninggal?" Soalnya lemah. Aku senyum segaris.
"Masa saya form 3. Lepas saya ambil result PMR. Ayah happy sangat bila tahu saya dapat 8A. Jadi, ayah terus datang ke sekolah,bila sampai depan pagar sekolah, ada kereta yang tak perasan ayah dengan motor dan ayah accident. Ayah pergi atas ribaan saya" aku cerita tanpa dipinta dan aku masih lagi senyum. Masih terimbau bila ayah senyum pandang aku walaupun dia dah hampir pergi menghadap ilahi. Wajah ayah bercahaya dan masih lagi dengan senyuman, masakan aku nak menangis bila ayah nak pergi berjumpa dengan Allah. Sir Amar terus diam bila dengar aku cerita dan dia pandang ke tingkap luar.
"Maafkan saya" pintanya dan aku tergelak sikit.
"Sokay la sir. Bukannya ayah pergi mana pun. Ayah pergi jumpa Allah jugak. Lagipun, saya dah bahagia habis bila dia cakap dia bangga sangat tengok saya berjaya, bila ayah dah pergi,saya tak tahu lagi nak belajar macam mana. Saya belajar kerana Allah,tapi saya tak tahu siapa yang akan senyum bangga lagi bila saya dapat keputusan cemerlang." Sambung aku lagi.
"Ok! Dah sampai pun, awak tunggu sini, saya nak pergi tandas" ujarnya dan cepat2 keluar dari kereta. Aku hanya mampu angguk dan keluar dari kereta lalu tunggu di bawah satu pokok. Sekejap dia pergi dan kami masuk ke dalam sebuah rumah yang tengah direnovate. Sekali lagi Sir Amar di sapa dengan ramah.
"Awak survey la, tu Designer projek ni. Awak boleh tanya apa je"
"Lina, awak jawab je apa yang budak ni tanya" aku pandang Sir Amar sekilas dan mendekati orang bernama Lina itu. Banyak yang aku nak tanya ni.
"Kita bukan je kena pandai design, tapi kena bijak pilih barang yang digunakan"
"Ya? Terima kasih" banyak yang aku dah tanya dan banyak ilmu yang aku dapat.
Sebelum balik kami singgah makan di sebuah restoren yang agak mewah, takkanlah Sir Amar yang kaya raya ni nak makan kat stall mamak kot.
"Saya pilih restoren ni bukan sebab tempat ni eksklulif, tapi sebab awak suka sejuk" ujarnya dan aku tersengih sedikit. Ok! Dah salah tafsir sir,macam dia tahu je apa yang aku duk fikir ya?
"Terima kasih. Banyak yang saya belajar hari ni" aku ucap ikhlas habis.
"Saya pun banyak belajar jugak" ujarnya dan senyum. Pelik. Apa yang dia belajar?.
"Saya belajar untuk jadi tabah! Kuat macam awak!" Aku tergelak sikit. Bukan kuat or tabah la sir, tapi this is life and we must move on! Cewah!
"Biasa je sir,saya bukan kuat atau tabah,saya redha dan percaya dengan qada qadar Allah"
"Alhamdulillah. Kalau awak sudi share lagi, mak awak?"
"Mak meninggal masa melahirkan saya, wajah mak pun saya tak ingat. Tapi ayah selalu cakap yang saya ni sebijik macam mak. Ayah cakap tak ada gambar mak,tapi, abah cakap, bila saya dah umur 25 nanti, mesti wajah saya macam mak bila kahwin dengan ayah dulu. Tak sabar saya nak ke umur tu. Setahun je lagi!" Ujar aku excited dan Sir terdiam lagi. Pehal pulak ni?
"Sir ni, saya tak cerita sad story la" aku bersuara lagi dan senyuman terukir di bibirnya.
"Tak pernah tengok mak awak?"
"Tak! " aku jawab gembira.
"Mesti cantik macam awak" ujarnya dan aku terkedu. Dia puji aku? Pehal la pulak ni.
"Bukanlah sir. Kalau saya cantik, maksudnya,saya yang cantik macam mak"
"Ya!" Ujarnya dan gelak senang. Aku turut sama tergelak. Rasa senang hati aku bila bercakap dengan dia.
"Sekarang awak dah 24. Dah nak habis belajar pun. Awak nak kerja dengan saya?" Soalan dari Sir buatkan sudu terus jatuh ke lantai. Biar betul! Tak pandai macam aku ni pun ada orang nak ambil kerja ke?
"Boleh ke Sir?"
"Saya boss kan?" Soalnya sambil tersengih senang.
"Kalau saya dapat 4.00! Sir kena ambil saya kerja!"
"3.75 macam awak pun dah ok" ujarnya macam nak perli aku. Ceh!
"Tak boleh! Kalau saya 4.00 je! Baru semangat saya nak belajar sungguh2"
"Ya la! 4.00. Saya tunggu!"
"Yay!" Aku bersorak gembira dan sir senyum lagi. Bila aku tunggu sir pergi ambil kereta aku melintas jalan untuk ke seberang sana tapi nasib tak baik bila ada motor yang hampir je rempuh aku. Nasib baik ada orang sempat tarik aku ke tepi. Aku yang terkejut gila ni hanya mampu berfikir tentang mati.
"Cik ok?!" Bila aku dengar suara kuat panggil aku. Aku angkat muka pandangnya dan sekali lagi. Jantung aku shock. Mr. Hero! Sekali lagi, dia selamatkan aku lagi kali ni.
"Ok" balas aku masih lagi dengan riak terkejut. Terkejut tadi dah lepas,ni terkejut tangkap moment ni.
"Baguslah, hati2. Motor tadi memang salah sebab bawak laju sangat. Bye!" Ujarnya dan terus berlalu. Aku pandang dia lama dan hantarnya pergi. Aku pegang dada aku yang tengah berdegup hebat dan tersedar bila ada bunyi hon kereta. Aish! Kacau betul la Sir Amar ni. Aku masuk ke dalam kereta dan senyum bahagia.
"Sir, saya nak tanya ni?"
"Kalau bab belajar,esok je la dalam kelas"
"Bukanlah!"
"Dah tu?"
"Erm,kenapa pekerja boss kerja hari ahad?"
"Tu ke awak nak tanya?" Soalnya lalu tergelak sikit.
"Yup!"
"Sebab saya bagi cuti jumaat dan sabtu. Ahad half day je. Kalau minggu ni petang, minggu depan pagi."
"Wah! Bestnya!"
"Alhamdulillah, asalkan semua orang bahagia saya tak kisah"
"Terbaik!!!" Aku angkat double likes dan dia senyum lagi. Baik benar sir aku ni rupannya.
Dah dua kali aku diselamatkan mamat yang sama dan aku dah cop dialah Hero aku! Kalau orang lain sibuk nak cari Mr. Right,aku nak cari Hero aku! Yes!
"Riya, kerja" tegur Ita bila aku duk menung lagi. Aku senyum dan terus sambung kerja mengemop lantai. Aku terus mop dengan bersemangat dan wajah Hero terus je duk rotate dalam otak aku. Aku cuba fikir benda lain dan bila aku duk sibuk alih fokus ni, ada orang tersepak bekas mop dan air tertumpah sikit atas kasutnya. Terus dia mengamuk tak ingat dunia dan macam biasa mesti aku yang tak berdosa ni disalahkan.
"Kau ni kerja ke apa? Habis kasut aku! Macam mana kau nak bayar ni!" Tengking lelaki sewel itu dan aku hanya mampu mintak maaf. Dia yang buta pergi langgar apesal nak marah aku pulak? Period ke apa?
"Maafkan saya encik" pinta aku tak ikhlas. Dah bukan salah aku pun kan? Manager dah mai dah! Habis la aku kali ni.
"Maafkan saya encik" pinta En. Ariff dan dia jeling aku dengan jelingan berapi hangus. Aku telan liur dan memang aku rasa you are fired je keluar dari mulut dia lepas ni.
"Adria! You are fired!" Kan aku dah kata? Geramnya aku rasa sekarang ni! Mamat gila ni pun gembira habis bila aku kena pecat. Memang perangai orang kaya sombong macam ni ke? Fara dengan Pian tak pun. Sir Amar pun tak. Ni mesti orang kaya yang sesat ni. Aku letakkan mop dan nak berlalu tapi ada orang halang laluan aku.
"Sorry, tapi saya tak rasa pun yang ni semua salah pekerja awak, encik yang entah sesapa ni yang salah. Dia yang langgar bekas air ni sampai tumpah atas kaki dia sendiri,nak salahkan orang lain pulak. Tak nampak ke tanda caution tu? Oh! Patutlah tak perasan,malam2 pun pakai sunglasses" gila hebat perlian mamat ni. Aku pandang muka dia dan?? Memang jodoh aku dengan dia ke apa? Hero lagi!!!
"Kau ni sape?"soal mamat gila tu bengang.
"Aku saksi yang tahu kisah sebenar. And you mr manager, saya boleh adu awak kat pentadbiran sebab menghukum pekerja tanpa bukti"
"Maafkan saya." Pinta en. Ariff merayu dan hero pandang aku. Aku gelengkan kepala dan dia pandang en. Ariff balik.
"Thanks to her. And you mr entah pape. Better you go now!" Mamat gila tu terus pergi dengan perasaan bengang habis.
"Bye!" Ujarnya dan terus pergi. Aku belum sempat ucap terima kasih pun dia dah pergi. Dia ni memang hero malaya ke apa? Dah la selalu muncul bila aku dalam bahaya. Cewah! Kebetulan je kot,tapi ada tak dia ingat muka aku ni? Kau sape Riya sampai dia nak ingat kau. Taylor Swift ke? Taylor Switch Off layak la!
"Urut kepala aku Riya" arah mak su dan aku tinggalkan kerja atas meja dan urutnya. Kenapa mak su nampak macam ada masalah je sehari dua ni? Aku pun hairan kenapa.
"Mak kenapa ni?" Soal aku dan aku dapat dengar mak su mengeluh berat. Macam berat benar beban ni. Berat macam batu kot.
"Tanah ayah kau tu la!"
"Kenapa dengan tanah ayah?"
"Ayah kau cagar dekat Meon, lepas tu Meon dah minta aku bayar balik. Mana aku nak cari duit 30 ribu."
"Kalau kita tak bayar?"
"Kau gila?! Nanti tanqh pusaka tu hilang la. Tu je harta yang tinggal untuk keturunan kita ni!" Aku diam. Banyak kenangan aku dengan ayah kat tanah kebun tu.
"Kita kan dah bqyar ansur?" Soal aku lagi.
"Meon tu memang gila sikit! Gila duit! Dia nak kita bayar seketul!"
"Ya Allah,mana nak dapat duit tu mak?" Soal aku mengeluh sama. Mana nak cari duit tu?
"Tak ada cara lain ke mak?"
"Ada! Tapi kau kena sanggup !" Eh! Apesal pulak aku yang kena sanggup ni?
"Maksud mak?"
"Dia bagi tempoh sebulan, bayar duit tu dan kita dapat tanah tu balik. Kalau tak dapat bayar, tanah tu boleh kat dia. Tapi, kalau kau nak kawin dengan anak dia, dia boleh bagi balik geran tanah tu" terlopong aku bila dengar mak su cakap macam tu? Gila ke apa? Kawin dengan anak pak meon si Muiz pemusnah harta benda dunia tu? Tak nak!
"Tak nak!" Terus aku jawab.
"Tahu pun kau! Kalau macam tu sama2 pandang je la tanah tu jadi hak dia" erm. Macam mana nak buat ni? Tanah tu tak boleh jatuh kat tangan pak meon tu. Aku pun tak nak kawin dengan si gila Muiz tu. Satu je cara, cari 30 ribu tu cepat2. 3 ribu pun dah senak ni kan pula nak cari 30 ribu. Memang lah tak mampu. Ya Allah, aku mohon padaMu.
Imie pun runsing pasal tanah tu dan dia haramkan terus aku kawin Muiz. Aku pun tak nak la Imie.
"Weh! Tengok instagram aku ni" aku malas nak melayan Fara dengan gajetnya? Masalah besar lagi yang aku nak kena fikir. Entah apa ke benda la yang namanya instagram tu? Alat timbang ke apa?
"Tengok la! Pian upload gambar keluarga dia. Hensem kau abang dia!" Dah ada pak we pun duk puji orang lain lagi. Bukan pak we, tunang.
"Apa ke benda instagram tu?" Soal aku malas.
"Ish! Kau ni. Dah berapa tahun aku cakap kat kau pasal insta ni, kau tak tahu lagi apa benda?"
"Nak bebel pulak. Cakap je la!"
"Apps la, macam facebook jugak, tapi share gambar je. Gitu la."
"Oh. Ok" ceh, benda macam tu ke? Malu pulak aku rasa sebab tak tahu. Hihihi.
"Tengoklah ni, keluarga mertua aku ni" aku dengan malas pndang Iphone5 Fara sekilas tapi jadi dua kilas bila muka someone tu ada iras hero.
"Weh! Sape ni?" Soal aku teruja habis, masalah tanah tu pun dah terbang pergi. Mr Hero yang mari!
#tq singgah... sambungan dia beberapa hari lagi. In sha Allah...
Best....smua cerpen awak best...
ReplyDeleteThanks awak...
Deleteterbaikkkk
ReplyDeleteThanks baca Norita... hehe
DeleteYou are the best! Hahahaha i fall in love with your karya <3 <3
ReplyDeleteHahaha...thanks baca awak...
DeleteBest! Akak dh buat sambunganye belom?x sabar nk baca ni.
ReplyDeletedah awak... jemput baca yer... huhu
DeleteAda aplikasi wattpad kakak nggak??
Deletesuke suke suke...hihihi
ReplyDeleteAkak.. Boleh tak tolong ajar saya
ReplyDeleteIn sha Allah dik... tapi tolong apa ya???
DeleteKak,kakak ada aplikasi wattpad atau aplikasi novel nggak??
ReplyDeleteSoal nya selalu bikin penasaran sama cerita kakak selanjutnya. Selalu nungguin gitu๐๐