Wednesday 10 February 2016

Share sikit

#selamattinggal.blogspot.my

4 those yg nak baca cerpen yg best, menambahkan ilmu, menusuk hati, menikam jiwa, mengalirkan air mata... boleh la singgah blog ni. . Jangan singgah je, follow terus pun ok! Hehehe. .
Sya x sure salah ke tak sya share link blog org ni, tapi niat sya nak berkongsi apa yg sya dpt jee. .
Yg pnting, blog ni mmg best lah!!!
Hehehe. ..

Bye!!!

Sunday 7 February 2016

Cerpen : Perfect Love

#assalamualaikum... hyep! Firstly, sya nak ckp yg crita ni, smuanyer sya tlis sbb sya yg tringin sgt.. hehe. . Walaupun mngarut dan ad yg x ssuai sya dah tlis pun. . Hahaha. . Maybe dgr mcm selfish skit tpi, boleh dktakan ni khendak hti sya lar. . Bcoz a few part dlm crita ni sya trmimpi. . Sya sbnrnya nk buat dlm english so, characters dlm ni smuanya nme bi. . Sorry la klau ad yg x logik and ad yg x suka. . Mcm yg sya ckp tdi, sya yg nk sgt tlis crita ni. . Ni smua utk kpuasan sndiri gitu. . Huhuhu. . Enjoy la yer. . .

        Aku tak pasti macam mana nak mula kisah baru aku ni, kisah aku di tempat baru dan aku tak selesa langsung. Sangat berbeza, bukan sangat tapi dah macam langit dengan bumi bezanya kehidupan aku dulu dan sekarang. Aku lebih suka benda yang lama, jadi, jangan nak hina aku kolot ok. Sebab, tak semua benda baru tu bagus!

Patut ke aku mula cerita aku ni dengan, ‘pada zaman dahulu’ dan sebagainya? Aku rasa tak perlu kut sebab ni semua bukannya kisah dongeng yang menarik untuk diceritakan pun. Jadi, boleh kita mulakan kisah aku sekarang?

Mata aku kaku pada istana yang tersergam indah dan saiz dia besar tak ingat dunia ok! Aku tak pasti sama ada aku boleh hidup dalam tempat besar gila macam ni. Yang pasti aku perlukan peta!

“Princess Amanda!” aku angkat muka pandang orang yang memanggil aku ni. Princess Amanda? Ugh! Macam sadis dan geli je bunyi dia dan sangat menyebalkan.

“Princess Amanda, saya akan bawakan princess ke kamar” aku menjeling orang yang bercakap dengan aku ni, aku bukannya sombong kea pa tapi, aku memang taka da manner yang bagus. Sorry!

Aku malas nak balas apa-apa jadi, aku ikut je langkah dia dan masuk ke dalam bangunan yang sebesar lautan ini. mata akau terpaku kepada hiasan dalaman yang serba mewah ini dan memang jauh bezanya dengan tempat tinggal lama aku. Tapi! Aku lebih suka rumah lama aku.

Aku sekali lagi terkejut bila aku dapat bilik yang besar. BESAR! BESAR! BESAR! Macam sebesar rumah lama aku kut. Biar betul!

“bilik aku?” soal aku dengan nada serius dan orang yang bawakan aku senyum dan merendahkan kepalanya sedikit. Aku tak nak royal blood ni semua! Dah kenapa tiba-tiba je aku nak kena jadi anak raja ni. Rimas!

“princess, saya dah sediakan air mandian dan pakaian  untuk princess” aku pandang dia lagi sekali dan buat muka lemas. Lemas dengan layanan yang melampau dan tak logic ini. aku seorang yang dewasa dah mampu nak uruskan semuanya sendiri.

“jangan sentuh barang aku lagi keluar!” aku bagi arahan keras dan aku tak peduli kalau dia nak cakap aku ni jenis tak kenang budi dan tak pandai berterima kasih.

Aku campakkan beg sandang yang aku bawa dari rumah lama ke atas katil yang boleh dikatakan sama besar dengan keluasan bilik aku dulu. Pembaziran! Membazir! Aku terus mengomel dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. GILA! Bilik air dia pun dah melampau besarnya.

Selesai mengenakan pakaian yang aku bawa dari rumah aku keluar dari bilik besar ini. dia rasa aku, Amanda akan pakai baju yang dia sediakan tu? Gown? Gila agaknya.

“Amanda”  satu suara lembut menyapa aku dan aku dapat rasa tangan aku diraih dan diusap dengan lembut. Well, orang ini adalah Bonda aku, or Queen kalau nak lebih precise. Kenapa dia cakap aku ni anak dia? …

 

 

#Flashback#

Pagi yang indah untuk menunggang kuda dan memanah tetapi semuanya terbatal bila hujan mulai turun dengan lebat. Aku dan kawan-kawan aku tak lepaskan peluang ini untuk bermain hujan dan lumpur. Well, kami ni memang orang kampong kut jadi kami peduli apa. Kami berlima dan selalu main sama-sama sejak kecil lagi. Sama-sama belajar memananh, memburu, berkuda, berenang dan sebagainya. Yang penting, mereka adalah keluarga aku kat sini.

Kami bermain lumpur dan membaling satu sama lain tanpa menghiraukan orang sekeliling yang mungkin anggap kami ni gila. Who cares! Live our life ok!

“Amy!!!” kami semua berhenti bermain bila satu suara tua menjerit, let me introduce, that old man la kami punya guardian sepanjang 20 tahun ini dan Amy tu apa yang orang panggil aku kat kampong ni.

“Yup Grand?” kami semua gelarkan dia dengan nama tu.

“bersihkan diri dan bersiap, ada orang nak jumpa” kali ini kami berlima diam dan mulai risau. Dulu, dah ada orang nak ambil aku sebagai anak angkat tapi aku tak nak. Takkan la ada orang nak jadikan aku anak angkat kut. Aku dah 20 tahun! Tua sangat nak jadi anak angkat orang dengan usia ni.

Kami berlima melihat sekeliling ruang tamu rumah kami yang kecil ni. Kenapa ramai sangat orang dan bleh dikatakan orang berada. Sebab pakaian mereka sangat mewah dan tak mampu untuk kami pakai pun.

“Grand?” aku menyoal ringkas.

“duduk Amy, mereka ada beberapa soalan untuk Amy” pinta Grand dan aku hanya menurut. Aku duduk menghadap mereka yang hadir.

“kami perwakilan daripada Kenneth Castle” ok. Istana. So what?

“kami akan tanya beberapa soalan”

“yah” aku jawab dalam keadaan keliru. Nak tanya, tanya je la. Kan?

“adakah anda mempunyai parut ini di bahu kanan?” soalan itu buatkan aku terkejut banyak! Mana dia tahu aku ada parut berbentuk bintang kat bahu?

“boleh ikut saya ke bilik, saya nak pastikan” aku yang jelas bingung ditarik masuk ke dalam bilik dan aku diminta untuk menyelak sedikit baju. Aku hanya buat apa yang dia mintak dan dia tersenyum kepada aku.

“My Lady!” dia menunduk sedikit dengan panggilan hormat kepada aku. My Lady?

“sila ikut kami ke istana dan King dan Queen akan terangkan hal sebenar”

Aku tak sempat nak buat apa-apa keputusan langsung tika itu dan semuanya seakan mimpi yang aku tak nak rasai.

 

“bonda tahu Amanda masih lagi keliru dengan semua ni” yes! Tepat sekali! Aku bukan je keliru malah dah nak cecah hilang kewarasan rasanya.

“Amanda, dulu bonda lahirkan anak kembar tetapi bidan yang sambut Amanda dan Anastasia telah membawa lari Amanda. Selama ini bonda dan ayahanda ingatkan kami hanya ada seorang anak perempuan. Semuanya terungkap bila bidan itu mengaku kesalahannya dan berkata benar sebelum dia meninggal. Dia mengatakan anak bonda mempunyai parut berbentuk bintang di bahu kanan, lesung pipit di pipi kanan, mata berwarna coklat keemasan dan rambut berwarna coklat kemerahan.”

“ayahanda dah kerahkan semua orang untuk mencari anakanda dan akhirnya kami menjumpai Amanda. Amanda anak kami, Princess of Caidelisia”

Saat semuanya terungkap aku hanya diam dan tayangkan wajah bingung. Aku masih lagi keliru dan rasakan dongeng dan permainan ini harus dihentikan. Tapi, jauh di sudut hati aku, aku gembira, gembira bila menyedari aku masih lagi ada orang tua. Badan dan hati aku rasa kehangatan yang luar biasa. Sangat luar biasa bila tubuh kurus aku ini dipeluk dengan kemas dan…penuh kasih sayang?

“tapi, saya bukan royal blood. Saya hanya orang kampong” aku menidakkan dan menolak pelukan yang rasa sangat selesa ini. aku tak nak mengharap!

“Amanda, Mr Lopez dah buktikan semuanya” aku diam lagi dan terus diam. Semua perkara yang berlaku hari ini bermain dalam kotak fikiran aku tanpa henti.

 

 

 

Beberapa hari berlalu dan kini, aku, Princess of Caidelisia. Pelik tapi benar. Aku tak minta semua ni dan aku tak suka hidup kurang kebebasan macam ni.

“Sister, jom kita pergi spa sama-sama” ini, Anastasia, kembar aku yang sangat menyebalkan dan menyakitkan hati. Dia sangat manja dan tak mampu nak berdikari langsung. Orang dewasa apa yang perlu orang siapkan semuanya untuk dia? Well, bukan aku!

“jangan kacau aku, rimas!” aku tepis tangan dia yang ada di bahu aku dan berjalan pergi dengan muka serius. Aku tak peduli orang dalam istana ni nak panggil aku cold hearted ataupun manusia tak ada perasaan. Aku tak peduli!

“princess! Princess tak dibenarkan masuk ke kawasan dapur!” yang ini paling merimaskan aku. Aku tak dibenarkan masuk ke dapur dan makan ikut sedap rasa je, semuanya berperaturan dan aku kena ikut semua rule yang boleh dikatakan, stupid or something. Kita makan bila kita lapar! Bukannya ikut jadual! I hate this! I swear!

“aku lapar” aku cuba bertegas untuk masuk dan mereka semua tak dapat nak halang aku. Aku tersengih sinis bila berjaya merempuh masuk ke dapur dan semua pekerja dalam dapur berhenti buat kerja dan rendahkan kepala.

“buat kerja la!” aku tegur dengan keras dan mereka semua dengan rasa takut terus sambung kerja masing-masing. Aku bosan hidup kat istana ni dan aku bosan dengan makanan kat sini! Aku tak suka! Aku rindu Grand dan Pards aku kat sana!

 

 

 

Sekali lagi kesabaran aku meledak bila aku diminta pergi ke sekolah! Sekolah untuk royal blood ok! Sumpah aku menyampah gila dan aku tak rasa bahagia langsung dengan apa yang jadi sekarang ni. No way! Aku nak sekolah lama aku balik walaupun aku tak dapat belajar atas meja yang selesa.

“bonda, saya tak nak!” aku berkeras dan bonda menunduk sedikit bila aku tinggikan suara. Ok, great Amanda, sekarang kau dah jadi anak derhaka pulak.

“maaf” aku menggumam perlahan perkataan itu dan berjalan keluar dari bilik perbincangan. Ada yang lagi buruk nak jadi ke lepas ni?

Aku terbaring atas katil dan merenung siling yang juga kelihatan mewah dengan ukiran yang cantik. Cantik? Aku pun tak pasti nak describe macam mana.

“sister! Tukang jahit dah sampai. Bonda nak kita ada gown baru untuk dinner di Gordon Castle nanti”

“dinner?”

“ball!”

“BALL??” sepanjang aku hidup tak pernah walau sekali aku menapak ke ball room. Aku? Kena pergi majlis tari menari. No way!

“aku tak nak pergi” aku jawab dengan suara mengeram sedikit dan membalikkan wajah ke atas katil.

“sister! We have to go. Prince Kevin nak cari calon isteri!” yang dia menjerit bahagia sangat tu kenapa? Aku peduli apa Prince Kevin ke Prince Katak sekalipun. Aku tak nak pergi tempat sesak dan semak macam tu! Lebih baik aku pergi menari dengan kuda dalam hutan!

“I don’t care!” aku balas balik dengan nada tinggi dan kini, Anastasia yang tersentak. Good job Amanda! Kau memang manusia yang baik.

“Fine! Aku akan pergi tapi semuanya terserah pada aku nak pakai apa” aku dah buat keputusan dan Anastasia gembira semula.

 

 

 

Aku menepis dengan agak kasar tangan yang menyentuh badan aku secara tidak langsung ini. dia nak ukur badan aku untuk buatkan gown yang pastinya aku tak akan pakai. No way! Forever no! BIG NO!!!

“My lady, jangan banyak bergerak” pintanya sopan dan aku lepaskan keluhan geram. Rimasnya semua ni! Sesiapa yang berangan nak jadi anak raja, better stop now sebab aku rasa semua ni macam azab.

“selesai” akhirnya, perkataan yang paling aku nak dengar keluar dari mulut tukang jahit ini. good! Aku segera beredar dari bilik itu dan berjalan ke laman istana yang kosong. Nak tahu rahsia aku tak? Dalam istana ni, dapur, laman dan bilik aku je laluan yang aku dah ingat dan tak akan sesat jadi, aku tak ada kehendak lagi nak melilau dalam istana ni.

Aku teruskan berjalan dan berhenti betul-betul di tengah lapangan dan merenung langit yang membiru. Angin dingin mula terasa kerana musim sejuk akan tiba tak lama lagi. Hurm, aku sukakan salji dan aku rindu nak main salji dengan kawan-kawan lama aku. Tiada apa yang aku dapat buat kat sini!

“Amanda” satu suara lelaki memanggil nama aku membuatkan aku menoleh dan mencari-cari dari mana datangnya suara itu. aku hanya mengeluh bila melihat Ayahanda berjalan bersama orang kanannya menuju ke arah aku.

“apa yang anakanda buat kat sini?” soalnya dan tersenyum manis kepada aku. Aku tahu mereka cuba sedaya upaya untuk buat aku terima semua ni dan terima mereka. Tak semua benda tu mudah dan aku tak suka tinggal dalam suasana yang mewah ini.

“saya nak balik Lanthes” ya, aku nak balik Lanthes, kampong halaman aku. Tempat di mana rumah aku dan keluarga aku di sana. Wajah Ayahanda kelihatan sedikit terluka bila aku cakap aku ingin kembali di sana. Seperti biasa, aku tak kisah. Apa yang penting, aku nak tinggal di sana bersama orang yang aku sayang.

“Anakanda tak suka tinggal di sini?” soalannya penuh dengan rasa terguris dan kecewa.

“tak” aku jawab tanpa ragu dan rasa bersalah. Aku tak pandai nak beradab sopan jadi, jangan salahkan aku. Aku bukan diajar dengan penuh etika seperti puteri-puteri lain. Aku tak ingin pun bergelar puteri.

“apa yang Amanda tak suka, ayahanda boleh ubah”

“saya nak keluarga saya balik”

“kami keluarga Amanda, ayahanda ayah Amanda” lirih sekali suaranya dan aku tutup mulut dan memandang ke tanah.

“beberapa hari je, saya nak tinggal di sana dan saya janji, saya akan balik ke sini semula” aku berjanji tapi aku tak janji untuk tepati janji ini. aku takut bila aku dah kembali aku tak nak kembali ke sini lagi.

“boleh, ayahanda akan hantarkan orang untuk uruskan kamu di sana” aku gembira dia setuju tapi aku tak suka bila dia anggap aku sama dengan Anastasia. Aku tak perlukan maid, servant atau sebagainya, aku mampu hidup dengan daya aku sendiri.

“saya tak perlu semua tu. Saya akan balik sendiri. Muktamad!” aku bagi kata putus dengan tegas dan berjalan masuk ke dalam istana. Aku tak akan berlembut sebab aku tahu hidup aku bukan di sini.

 

 

Akhirnya, aku berjaya kembali tapi Ayahanda tetap bertegas minta aku pulang dengan iringan beberapa pengawalnya dan aku terpaksa akur untuk elakkan pergaduhan. Sebaik sampai di rumah, aku terus memeluk Grand dan Pards aku. Gila! Dua minggu pun aku dah rasa macam tak tahan sangat.

“sihat?” soal Grand dan aku angguk bersemangat.

“Grand, Amy kelaparan tahap maksima dah ni, ada makanan?” soal aku sambil menggosok perut. Makanan kat istana tu tak sedap dan tak kena selera aku langsung!

“kau duduk dalam istana ke gua?” soal Liam pelik.

“makanan dalam istana tu tak sedap langsung dan makan pun ada jadual, rimas!”

“nama pun royal life pard, ada rule” Mary membalas, menyokong rule dalam istana tu. Dia tak menanggung apa yang aku rasa.

“kau tak tahu, semua tu azab!” aku bangkang keras dan mereka semua ketawa.

“aku faham kau pard!” Nick dan Alice menyokong aku dan akhirnya kami semua ketua. See, this is life and this is family!

 

 

Dah hampir seminggu aku berada di sini dan tak pernah walau sekali terdetik dalam kepala aku untuk kembali ke istana. Ayahanda dah kirimkan beberapa orang pengawalnya untuk menyampaikan pesan kepada aku supaya kembali ke istana. Sebolehnya sebelum hari ball tu nanti.

“Grand rasa kamu patut kembali ke istana” pujuk Grand lagi dan wajah aku terus bertukar suram. Sedih, rasa tak diingini.

“Pard, betul apa yang Grand cakap. Kau perlu balik”

“Grand halau Amy?” soal aku hiba.

“Amy, Grand Cuma nak Amy kembali ke istana untuk majlis itu dan Amy boleh kembali ke sni semula. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Amy” kali ini aku angguk perlahan, setuju untuk balik ke istana walaupun dah lewat. Aku dah agak terlewat untuk ke Gordon Castle.

“take your love!” Nick berikan aku kuda kesayangan aku, Prank. Aku tahu nama dia tak menarik tapi memang dia jenis nakal dan suka kenakan aku so why not, Prank pun ok!

“thanks pard, pergi dulu!” aku melambai kepada mereka dan mula menunggang kesayangan aku ni dengan laju. Mana Gordon Castle sebenarnya? Well, semua orang tahu mana istana yang besar dan mewah tu selain istana yang aku dipaksa tinggal sekarang.

Sejam menunggang kuda akhirnya aku sampai di perkarangan istana ini, besar dan cantik! Ya, sangat cantik dan mengagumkan. Aku sembunyikan Prank di sebalik pokok di tepi pagar istana dan aku terpaksa memanjat pagar ini untuk elak bersua muka dengan pengawal.

Apa? Aku bukan pengendap ataupun penjahat yang berniat untuk bunuh putera raja, aku cuma tak ada pakaian yang sesuai untuk masuk ke dalam majlis. Pakaian yang aku pakai sekarang ni langsung tak melambangkan kerabat diraja.

Aku berjaya menyusup masuk walaupun dah tergolek atas rumput beberapa kali. Majlis sangat meriah dan aku mengintai di mana kedudukan adik aku, Anastasia. Aku terus melilaukan mata dan menangkap satu sosok tubuh kecil, aku ada cerita tak, aku ada adik lelaki yang umurnya 8 tahun? Well, dia Aidan, Prince Aidan kalau nak precise dan dia manja tak ingat dunia. Yucks!

“AIDAN!!!” aku menjerit dan berbisik pada masa yang sama. Aku harap dia dengar aku panggil dia. Nak jenuh jugak aku panggil dia dan akhirnya dia berpaling dan tersenyum ceria bila melihat aku. Aku ada cakap tak, yang dia ni suka sangat merengek dengan aku.

“sister!” dia menjerit ceria dan aku kerutkan dahi bila dia terus memeluk aku erat. Kid!

“jangan bergerak” aku kaku bila ada satu benda tajam terlekat bawah dagu aku, pedang? Aku pandang pengawal yang hunuskan pedang pada bawah dagu aku. Mati!

“letakkan Prince Aidan dan mengundur” aku letakkan Aidan dan berjalan ke belakang beberapa langkah. Tangan aku angkat ke udara.

Tanpa aku sangka Aidan dengan berani maju dan menggigit paha pengawal itu dan berdiri tegap di hadapan aku, melindungi aku sepenuhnya.

“dia adalah kakak saya! Princess Amanda!” nama aku bergema di sudut itu dan pengawal itu pucat kerana takut. Tahu apa hukuman menghunus senjata kepada royal blood? Pancung!

“beta akan laporkan kepada King Arthur!” pengawal itu terus berlutut bila Aidan berkata begitu. Aku menekup mulut Aidan dan meminta pengawal itu berdiri semula.

“aku maafkan kau, pergi” aku menghalau pengawal itu dengan segera dan melutut memandang Aidan.

“jangan cakap pada sesiapa, got it?” aku bawa mata Aidan untuk memandang mata aku dan mencari kesefahaman. Dia dalam membantah terpaksa bersetuju.

“tapi, sister dah luka” dia menyentuh bahagian dagu aku yang terluka akibat pedang tadi dan air matanya mula bertakung. Kan aku dah cakap dia tu manja tapi, aku terharu. Aku usap kepalanya dan kesat air mata yang mula mengalir.

“luka ni sikit je, sekarang bawa aku jumpa Anastasia. Aku nak tukar baju” Aidan senyum dan menarik tangan aku supaya mengikutnya. Dalam diam aku tersenyum melihat dirinya.

 

 

Aku terngadah bila melihat gown yang tersarung pada badan aku, serius memang nampak pelik dan tak sesuai langsung. Aku tak nak keluar dari sini dengan pakaian yang terlekat kemas pada badan aku macam ni. Aku berfikir sejenak dan keluarkan pisau dari boot aku. Aku kerat beberapa bahagian dan longgarkan beberapa tempat. Setelah setengah jam, aku mampu tersenyum dengan outfit yang aku ubah suai.

“better!” walaupun bunyi macam puji diri sendiri, macam ni jauh lagi baik dari tadi. Dengan seluar panjang dan gown yang aku singkatkan ke paras lutut dan beberapa tempat yang aku ubah. Gaya ni Nampak simple tapi elegan. HAHAHA. Puji diri sendiri!

Aku keluar dari bilik itu dan menuju ke dewan besar, hakikatnya aku tak nak masuk dan aku duduk di tepian meja sahaja. Tak sampai dua puluh minit aku masuk dalam dewan aku dah mula rasa bosan dan keluar semula dari dewan.

“saya nampak semuanya” aku terkejut bila ada suara lelaki yang berkata begitu. Aku memandang ke arah suara itu dan kening aku terangkat sedikit. Dia bercakap dengan aku ke?

“saya nampak semuanya” dia ulang lagi ayat yang sama sambil tersenyum pelik. Well, aku rasa senyuman dia tu pelik.

“Nampak apa?” soal aku bodoh, jelas sangat aku tak tahu apa yang dia nampak. Aku pun baru kali pertama nampak dia dengan dua bola mata aku ni.

“semuanya, sebelum awak berpakaian macam ni” mata aku terbuka luas. Sekejap, apa yang dia nampak? Dia ada ke dalam bilik tadi? Bilik yang aku guna untuk tukar baju.  Tangan aku secara automatic menutup badan aku, walaupun aku tahu tak semua benda tertutup dan cukup baju yang aku pakai ni selamatkan tubuh badan aku. Kemudian aku dengar dia ketawa kecil dan senang. Dasar gatal! Siapa dia ni sebenarnya?!

“saya maksudkan kejadian awak dan pengawal istana” ujarnya sambil tersengih senang. Ceit! Tak guna punya lelaki, berani dia mainkan aku!

“so what?” aku berlagak berani dan tanyakan dengan penuh rasa sombong.

“awak sepatutnya buat aduan” kenapa semua orang nak fikirkan hukuman je ni. Tak semua kesalahan yang kita buat tu disengajakan. Kan?

“pengawal tu buat apa yang dia rasa betul, apa awak expect bila nampak orang asing macam saya, berpakaian tak sesuai dan masuk ke dalam istana ni dengan keadaan mencurigakan. Saya pasti dia nak pastikan keselamatan istana ni dan Prince Kevin. Kan?” aku bagi ayat yang aku rasa logic, tapi betul ke nama prince tu Kevin? I don’t care though!

Dia senyum lagi dan mengangguk setuju dengan setiap patah yang aku katakan. Dia memandang aku lagi dan mengundur beberapa tapak ke belakang.

“see you soon, Princess Amanda” dia rendahkan kepala sedikit dan pergi tinggalkan aku seorang diri kat sini. Macam mana dia tahu nama aku? Lupa, dia tahu semua cerita yang berlaku tadi. Aku lepaskan keluhan dan berjalan masuk ke dewan semula. Tak ada tempat lain yang aku boleh pergi sekarang ni.

 

 

Masa kamuncak majlis dah tiba iaitu dengan ketibaan Prince Kevin. Aku tak tahu kenapa semua orang excited sebab aku tak. Anastasia pun nampak macam teruja habis untuk berjumpa dengan Prince Kevin tu. Aidan pun sama. Kenapa?

“Aidan, kenapa teruja sangat nak jumpa Prince Kevin?” soal aku separa berbisik. Aidan tersenyum dan memegang tangan aku.

“sebab, Prince Kevin sangat baik” pujinya bersungguh dan aku hanya mampu anggukkan kepala.

“sister mesti akan suka dia” bila dia cakap macam tu aku tersenyum pelik. Aku, suka orang pada pandangan pertama. Mustahil!

Bila ketibaan Prince Kevin dilaungkan, berjalanlah dua orang lelaki, seorang yang sudah berumur dan seorang lagi…seorang lagi aku tak nampak sangat sebab dia begitu jauh dari tempat aku duduk.

“selamat petang, terima kasih kerana sudi hadirkan diri pada majlis tarian ini, sempena menyambut ulang tahun beta yang ke-25. Semoga berhibur” dia memberikan ucapan dan semua orang bertepuk tangan. Untuk apa? Aku pun mampu kut.

Dia mula memandang sekeliling dan mengucapkan terima kasih secara umum. Bila dia memandang ke arah meja aku, kami dia senyum dan aku yakin mata dia jatuh pada mata aku. What?! That weird guy! Prince Kevin? Tembak aku sekarang.

“sister, kacak kan?” soal Aidan dengan senyuman melebar bila melihat aku ternganga sedikit.

“no!”

“tapi, sister terpegun”

“apa? Tak ada la! Aku ada jumpa dia tadi, dia nampak apa yang jadi tadi” aku jawab dan mengerutkan dahi. Aku terpegun dengan dia? No way!

“oh, jadi, pengawal tu kena hukum?” soal Aidan.

“entah, tapi, kau cakap dia baik”

“yeah!” Aidan tersengih lagi dan berlari ke arah Prince Kevin di mana ramai puteri-puteri sudah mula mendekatinya. Aku tersenyum sedikit bila melihat Prince Kevin menyambut pelukan Aidan dan mendukungnya sekejap. Hubungan keluarga kami memang rapat, itu apa yang aku dengar dari Ayahanda. Rasanya, Anastasia akan jadi Queen untuk negara ni. Prince Kevin dan Princess Anastasia. Sounds great!

 

 

Akhirnya, sudah tiba masanya Prince Kevin memilih calon isterinya. Aku tak sangka pulak yang cara cari jodoh kerabat diraja ni macam ni. Macam tak logic je, sebab, kalau nak berkahwin bukan ke perlu saling kenal dahulu? Lantaklah, bukan masalah aku pun.

Aku malas nak dengar keputusan Prince Kevin tu dan mula berjalan keluar dewan lagi sekali untuk ke kuda aku. Aku rasa dah boleh balik ni, majlis pun dah nak habis. Bagus! Tak sabar aku nak tidur.

“…Princess Amanda” langkah aku terhenti dan aku dapat dengar orang terkejut, you know gasping. Mata aku terbeliak dan aku berpaling ke belakang. Semua orang sedang pandang aku. Ada yang tersenyum dan ada yang buat muka tak berpuas hati. Parent aku? Mestilah bahagia gila! Aku tak menari dengan dia pun, kenapa aku yang terpilih?! Aidan pun melompat bahagia, dia seorang je yang melompat sebenarnya, Anastasia? Anastasia…menangis? Aku nampak dia pandang aku dengan rasa hina gila.

“wait,…”

“congratulations!!!” belum sempat aku protes semua orang dah ucapkan tahniah. Prince Kevin turun dari tangga  dan berjalan ke tengah dewan sambil tersenyum. Aku telan liur dan masih lagi kaku di tempat yang sama. Tanpa aku sedar, ada beberapa orang yang menolak aku ke tengah dewan sehingga aku terpeluk…DIA. Kemudian aku dengar ada orang ketawa kecil. Aku ingin berlalu tapi pinggang aku dipeluk erat. Tak guna!

“I have your beautiful horse, My Queen” aku berhenti daripada bergelut untuk lepaskan diri bila dia bisikkan ayat itu ke dalam telinga aku. TAK GUNA! Apa yang baiknya kalau macam ni???

“Jerk” aku menggumam perlahan perkataan itu dan dia tergelak kecil. Tak guna!!!

 

 

 

“No! No! No! Ayahanda, saya takkan kahwin dengan dia!” aku menolak keras perkahwinan itu sebaik sampai di rumah. Ayahanda agak terkejut dengan apa yang aku bangkang, Bonda pun agak terkejut dengan keputusan aku.

“Amanda, ini semua sudah tertulis, Prince Kevin memilih kamu untuk menjadi isterinya”

“dia yang pilih saya, tapi saya tak pilih dia untuk jadi suami saya!” aku menjawab dan keadaan kembali tegang.

“ayahanda tak nak dengar apa-apa daripada kamu, perkahwinan kamu berdua tetap akan berlangsung!” Ayahanda dan Bonda terus pergi dari situ, tinggalkan aku yang tengah bengang seorang diri. Aku berjalan dengan marah ke ke arah bilik dan menghempas pintu dengan sekuat mungkin.

“aku tak boleh kahwin! Tak boleh!” aku tak mampu nak duduk dengan tenang. Perkataan itu terus menerus muncul dalam benak aku menyebabkan aku tak tenang. Aku takkan kahwin dengan dia.

Aku kena pergi dari sini! Ya, aku boleh lari sehingga tarikh perkahwinan aku lepas. Sebulan je pun. Aku kemaskan beberapa helai pakaian dan sedikit emas. Semua orang perlukan emas untuk hidup. Aku menunggu subuh dan bersedia untuk lari. Aku perlukan Prank untuk lari tapi, putera tak guna tu ada kuda aku. Habislah.

Aku menyusup keluar dari bilik dengan perlahan-lahan dan menuju ke arah pintu utama istana dengan berhati-hati. Aku tak boleh tertangkap. Aku berjaya melepasi beberapa pengawal dan bila aku berjaya membuka pintu utama aku kaku seketika.

“bawa Princess Amanda ke kamarnya!” ketua pengawal istana dan anak buahnya sudah menunggu aku di depan pintu nampaknya. Aku mengeluh dan cuba untuk larikan diri tetapi mereka mengejar aku. Akhirnya, mereka berjaya menangkap aku dan membawa aku masuk semula ke istana d an menuju ke bilik.

“Princess Amanda, don’t make me lock you in your room!” aku terkejut bila suara garang Ayahanda kedengaran dan saat itu juga pintu bilik aku tertutup rapat. Nampaknya aku memang dah kena kurung.

 

 

 

Dua minggu berlalu dan aku dah macam burung yang ada dalam sangkar yang besar. Dengar sini ya, sebesar mana pun tempat kita dikurung, perkataan bebas tetap tak wujud. Faham. Hari ini, hari pertama aku masuk ke sekolah baru dan ada, 4 orang pengawal yang perhatikan aku. Great! Just great! Aku kena berjalan diiringi macam penjenayah dan dengan status yang pegang sekarang ni, Tunang kepada Prince Kevin. Aku rasa nak mati je!

Semua mata pandang aku macam aku ni penjenayah dan ramai jugak yang takut nak bertentang mata, kenapa? Sebab, aku bakal jadi Queen, Queen yang paling muda la kut dan masih lagi bersekolah. Hate it! Aku masuk ke kelas pertama aku, kelas adab. HaHaHa. Lawak apa yang tengah berlaku ni?

Aku campakkan beg atas lantai dan duduk di atas kerusi yang selesa gila. Kerusi  selesa, meja pun besar. Bunyi beg aku jatuh ke lantai menyebabkan semua orang berpaling dan memandang aku pelik.

“angkat beg awak dan letakkan di dalam loker belakang, Princess Amanda” suara tegas dan penuh amaran kedengaran. Aku dengan wajah selamba pandang cikgu ke ni? Entah, cikgu kut. Aku pandang dia malas dan buat tak endah dengan apa yang dia minta.

“detention!” ada satu surat kuning dihempaskan atas meja aku dan aku terkejut. Detention? Hari pertama aku dah dapat kelas tahanan? Hebat! Aku baca kad kuning itu dan mengatakan aku perlu bersihkan library. Puteri raja pun kena bersihkan library ke? Aku tak cakap aku berlagak, aku cuma, aku benci library. Aku benci buku! Dalam library banyak sangat ulat. Ulat buku! Ugh!

Kelas habis setelah sejam dan aku angkat beg aku dan letakkan di dalam loker atas nama aku. Hebat! Ada nama bagai.

“Lucas!” ada satu tangan hulur pada aku untuk bersalam.

“Amanda” aku balas dengan malas dan dia senyum sedikit.

“well, semua orang tahu” ujarnya dan sengih. Aku hanya mengeluh dan buat bodoh je.

“Hannah” satu lagi suara menegur aku dan aku membalasnya. Mereka berdua ni la yang paling dekat dengan meja aku. So, why not.

“jangan melawan cakap Miss Pete, she is super strict” aku tergelak sikit bila Lucas cakap macam tu. Aku anggukkan kepala dan mengeluh pula.

“jom, keluar lunch” ajak Hannah dan aku hanya menurut. Hannah dan Lucas berkawan baik atau lebih tepat lagi mereka berdua ni sepupu.

Kami ke dewan makan dan semua makanan telah tersedia di atas meja dengan nama masing-masing. Sekolah aku dulu kena beli sendiri semua ni. Kami berbual ringkas untuk saling mengenali antara satu sama lain. Mereka baik dan mesra.

“kat sini, semua putera dan puteri raja ke?” aku menyoal ringkas.

“nope! Tapi, semua ada darah diraja, anak menteri-menteri” aku angguk faham dan melilau ke sekitar dewan. Ada satu kumpulan yang sedang menjeling ke arah aku dengan sinis dan disitu, ada Anastasia. Ugh! Aku rasa bersalah setiap kali pandang muka dia.

“ignore them! Budak star, mereka sombong dan berlagak tetapi popular. popular sebab bijak dan anak kerajaan yang besar dan mayshur.”

“Anastasia?” soal aku ringkas.

“dia, sorry to say but, I hate her” ujar Hannah dan aku sedikit terkejut. Anastasia memang manja dan menyebalkan tapi, di istana, dia macam ok je.

“why?” soal aku lagi.

“kau akan kenal dia nanti, just wait and see”

 

Apa yang Anastasia buat sampai ada orang benci dia, well tak semua tapi Hannah dan Lucas tak suka dia langsung. Aku terus ke dapur, walaupun aku dilarang keras aku tetap tak peduli, aku ikut peraturan? Bukan Amanda! Aku makan epal yang belum dipotong dan duduk di atas meja sambil memandang Nancy. Nancy ni ketua tukang masak kat sini dan dia sangat baik.

“macam mana sekolah?” soalnya dan aku lepaskan keluhan berat dan buang kulit epal ke dalam bekas sampah.

“kena denda bersihkan library” aku jawab malas dan Nancy gelakkan aku.

“kenapa?” soalnya masih lagi ketawa. Beberapa pekerja lain yang mengenali aku juga ikut sama tergelak.

“entah, rude kut. Tak sure kenapa cikgu tu nak sentap sangat” jawapan selamba aku bagi dan Nancy ambil epal dari mulut aku dan sodorkan sepinggan makanan yang aku sendiri tak pasti apa. Pie ke? Entah.

“makan ni” ujarnya dan aku senyum sambil menyudukan pie itu ke dalam mulut. Epal!

“pergi mandi, tukar baju dan bersedia untuk makan malam” arahnya dan aku buat muka tak suka. Aku tak nak makan sama-sama dengan keluarga aku tu. Dah la tak boleh bercakap, tak boleh makan dengan cara yang aku suka. Sudu pun tak boleh bunyi. Menyampah dengan etika dan peraturan!

“pergi” Nancy menolak aku dengan lembut sehingga aku keluar dari dapur. Aku tergelak sedikit bila dia terpaksa menolak aku dengan agak kuat bila aku berkeras.

“mana Amanda pergi?” ugh! Kenapa masa ni jugak la ayahanda nak muncul.

“dapur” aku jawab selamba dan memandangnya.

“ayahanda dah haramkan semua orang masuk ke dapur kecuali pekerja sahaja” ujarnya tegas dan aku dah mula bosan dengar perkara yang sama.

“father, saya tak dapat keluar dari istana, even jumpa Grand dan Pards, saya tak boleh ke ladang kuda, tak boleh bermain pedang dan memanah. Let me eat what and when I want at least. Please?” pinta aku geram dan belum sempat ayahanda buka mulut aku dah berlari masuk ke dalam bilik. Rimas!

“Amanda!” mata aku memandang orang yang berani masuk bilik aku tanpa ketukan dan waktu yang salah. Bila aku melihat Anastasia aku diam sekejap dan rasa marah surut sedikit. Amanda? Mana gelaran sister yang selama ini dia gelarkan aku. Sejak hari tu, hari ini kali pertama dia bercakap dengan aku semula dengan nada yang…cari gaduh?

“nak apa?” soal aku malas.

“kenapa kau rampas Prince Kevin dari aku?” soalnya garang. Wow! Impressive much!

“dengar sini, prince kau tu bukan barang yang boleh dirampas atau dicuri, kedua, kau sepatutnya sedar kenapa aku terkurung dalam tempat ni. Sebab aku menolak untuk kahwin dengan putera kau tu” aku bangun dari katil dan memandangnya serius. Dia senyum sinis dan tergelak sedikit buatkan aku bertambah geram. Apa yang dia nak sebenarnya?

“kau ingat aku tak tahu kau sukakan dia?” soalnya bengang. Aku lepaskan nafas berat dan berjalan ke arah pintu bilik. Aku menolaknya sehingga dia keluar dari bilik.

“aku tak sukakan dia!” aku jawab kasar dan menutup pintu bilik dengan kuat dan mengunci pintu bilik. Aku bersyukur sebab bilik ni kalis bunyi, jadi aku tak perlu dengar apa yang dia membebel dia sebalik pintu. Aku sukakan prince tu? Never!

 

 

Bila aku tahu Grand dan Pards datang aku terus berlari keluar dari bilik untuk berjumpa dengan mereka. Rindu sangat! Sebaik kaki aku melangkah ke lantai utama istana aku memeluk erat Grand. Grand tergelak kecil bila aku memeluknya terlalu erat dan lama.

“Grand pun rindu Amy” Grand bersuara tanpa sempat aku buka mulut untuk nyatakan betapa aku rindukan dia. Grand ni memang.

“Pards!” aku peluk satu persatu kawan aku ni dan mereka tergelak jugak.

“sorry lama tak balik” well, aku masih lagi anggap rumah lama aku tu tempat tinggal aku untuk selamanya jadi perkataan balik adalah perkataan yang paling sesuai.

“dah ready? Persiapapan macam mana?” soalan Nick buatkan mood aku jatuh mendadak. Aku tak nak borak pasal wedding terpaksa aku esok hari. Tak suka! Aku sibuk betul dengan pakaian pengantin yang aku tak rela nak pakai. Apa motif mereka paksa aku lalui semua ni. Ayahanda pun sama je, boleh dia paksa aku kahwin dengan Prince Kevin tu, kalau aku tak nak, dia tak bagi aku jumpa Grand dan Pards lagi. Melampau betul la!

“tinggalkan kami” aku pandang maid yang sedang berdiri di kawasan ruang tamu ini dan mereka segera beredar.

“garangnya cucu Grand ni” tegur Gran pada aku, aku tahu yang aku ni memang agak kasar sikit dengan pekerja kat sini, dah aku tak suka mereka semua, nak buat macam mana. Pekerja dalam dapur je aku suka, sebab mereka…masak sedap!

“Grand, Amy rasa tertekan dengan wedding terpaksa ni, Amy tak nak kahwin dengan orang yang Amy tak kenal”

“Amy sepatutnya bangga, bangga dipilh Prince Kevin” Grand bagi senyuman penuh makna. Dia kata aku patut bangga dipilih oleh putera tu, kenapa semua orang tak nampak yang aku sekarang ni orang yang paling malang.

“Pards, tolong jangan cakap aku beruntung” aku minta belas dari Pards dan mereka berempat ketawa kecil dan anggukkan kepala. Aku mengeluh dan merebahkan badan pada sofa.

“aku dengar Prince Kevin tu kacak, kan?”

“entah, tak payah cakap pasal dia la. Spoil” aku segera mengalih topic dan mereka ketawakan aku lagi, nampaknya tak ada apa yang baik pun akan berlaku hari ni. Great, just great.

 

 

 

Bunyi meriam, bunga api dan perarakan yang meriah hari ni. Dah nama pun weds kan? Aku buat kali pertamanya dalam sejarah hidup memakai fully dress lebih tepat lagi wedding dress. Ugh! Kenapa dalam ramai-ramai puteri atas dunia ni dia kena pilih aku? Jerk!

Setelah perkahwinan kami diumumkan dan semua rakyat jelata daripada Negara aku dan Negara dia bersorak untuk kami. Aku hanya mampu tayang wajah selamba dan berlagak tak rasa nak muntah dengan perkahwinan ni. Jari aku dan jari dia bertaut kemas.

“senyum dan lambai pada rakyat” bisiknya di cuping telinga aku dan sempat bibir dia mendarat di pipi aku. Mata aku membesar dan dengan segera aku mengelap pipi aku ni. Bayar la kalau nak cium orang. Ish!

“apa?” soalnya dengan wajah tak berdosa bila aku jeling dia tajam. Bencinya aku dengan makhluk sebelah aku ni.

“wave” ujarnya dalam nada mengarah dan aku pandang tempat lain dan endahkan apa yang dia suruh, dia bukan otak aku untuk mengawal anggota badan aku buat sesuatu kerja.

 

 

“enjoy your moment there dear” bonda mencium kedua pipi aku dan mengucapkan kata-kata yang aku langsung tak berminat untuk dengar. Aku cuba untuk senyum tapi tak berjaya.

“kami pergi dulu” pinta Kevin dan menarik tangan aku supaya masuk ke dalam kereta kuda berhias ni. Aku dah boleh panggil dia Kevin kan? Sebab dia bukan lagi orang yang tak dikenali. Hahaha. Ha, pada siapa yang tertanya-tanya mana kami nak pergi, aku akan jawab dengan nada tak ikhlas. Honeymoon! What? Honeymoon, jangan buat aku jerit perkataan tu kuat-kuat.

“Kev, apa kata kita pergi rumah Grand” aku cuba untuk berbincang walaupun nada aku sebenarnya meminta dengan paksa.

“nope, Grand minta kita spend masa bersama” hmph! Aku merengus geram dan memalingkan wajah darinya. Kenapa dia ni sangat menyakitkan hati?!

Aku tak pasti bila masa aku terlelap, tertidur atau ter apa-apa sekalipun, sekarang ni bila aku buka mata aku dah ada dalam satu bilik yang, wangi. Wangi dan cantik. Badan aku jugak tengah baring dengan selesa atas bed yang empuk. Aku turun dari katil dan memandang sekeliling sebelum mata aku terarah kepada bunyi pintu dibuka. Aku terus terjerit bila melihat Kevin, yeah, prince tak guna tu keluar dengan keadaan tak berbaju dan bertuala je. Aku segera ambil pedang yang terletak sebelah pintu dan menghunuskan kepadanya.

“jangan pernah terfikir untuk melangkah!” aku beri arahan tegas dan keras, dia juga kelihatan terkejut dan mengangkat tangan ke udara sebagai tanda menyerah.

“Amy, at least bagi saya pakai baju dulu” ujar Kevin dengan wajah masih lagi terkejut. Erm, apa benda yang aku buat ni? Aku turunkan pedang dan letak semula ke tempat asal. Aku meraup muka beberapa kali sebelum kembali melihatnya yang telah selesai memakai baju.

“sorry” pintanya dan aku anggukkan kepala perlahan.

“just, don’t do it again. Please” aku merayu, ya, aku merayu sangat-sangat dia tak keluar dari bilik air macam tu lagi dan aku merayu sangat-sangat pada dia jangan pernah-pernah tak berbaju depan aku.

“ok, maafkan saya” pintanya.

“maafkan saya” pintanya lagi dan meninggalkan aku di bilik mewah itu seorang diri.

 

 

Aku keluar dari bilik dan terjumpa tangga yang menuju ke atas, aku memanjat anak tangga itu dengan berhati-hati dan perlahan, tapi bila hidung aku menangkap bau yang sangat menyenangkan dan perut aku pun dah memberontak minta diisi, langkah aku semakin laju.

“dinner dah siap, jom makan” mata aku berkedip dua kali bila melihat makanan yang tersedia di atas meja, banyak gila dan semuanya nampak sedap.

“mana datang semua ni?” dia senyum bila dengar aku tanya macam tu tapi dia tak jawab malah bukakan kerusi untuk aku duduk. Aku tak menolak ok, perut tengah lapar,so why not?

“makan, awak tak makan sejak siang tadi” ujarnya dan segera memasukkan daging yang dipotong kecil-kecil ini ke dalam mulut. Mata aku terbuka luas. Sedap! Sedap gila sebenarnya. Kalah Nancy punya masakan.

“sedap!” puji aku dengan mulut penuh dan ceria. Dia tergelak lagi dan jarinya menyentuh hujung bibir aku. Kenapa?

“jangan bercakap masa makan” ujarnya dan terus beredar dari meja makan setelah menuangkan aku segelas air. Dia pergi?

Aku pandang sekeliling dan baru aku sedar, aku ada atas bumbung dan bunyi ombak kedengaran sangat kuat. Walaupun sedang makan, aku bangun dari kerusi dan berjalan ke tepi, wah! Memang pantai! Tapi, malam jadi aku tak nampak sangat. Aku pandang sekeliling lagi dan melihat semuanya dengan kagum. Cantik!

“cantik?” soalnya pada aku setelah kembali, hurm, dari mana aku nak cakap ni.

“kau dari mana?” soal aku seperti biasa.

“dapur” jawabnya senang.

“dapur? Atas?” soal aku pelik.

“yup! Saya suka makan sambil tengok pantai dan laut, so why not?”

“really? Rumah siapa ni?” soal aku padanya lagi, kali ni memang aku nak tahu sangat dan kalau boleh aku nak beli rumah ni! Mampu ke?

“rumah kita” jawabnya sambil tersenyum ringkas. Wait?

“what?”

“saya bina rumah ni untuk bersama dengan keluarga saya” jawapan dia buatkan hati aku bertedak laju. No way! Aku bukan berdetak sebab aku suka dia, no, tapi sebab aku kagum! Yes! Sebab aku kagum dengan semua ni.

“makanan tu semua?” soal aku berbalik kepada makanan yang tersedia di meja, kalau boleh aku nak gajikan orang yang masak ni jadi maid aku. Hehehe.

“just eat your food, saya nak masuk mandi” ujarnya dan terus beredar. Dia tinggalkan aku tanpa menjawab soalan aku langsung. Aku kembali ke meja makan dan menelan beberapa jenis makanan yang enak ni! Grand perlu rasa masakan ni, aku yakin Grand dan Pards akan suka!

 

 

Dua hari di sini dan aku tahu aku ni pun sama je, tak guna jugak sebab asyik spoil kan mood baik yang Kevin bawa. Aku asyik melawan dia dan berpura-pura dia tak wujud. Tapi, dia sangat tenang dan tetap melayan aku dengan baik walaupun ada ayat-ayat yang dia sedekahkan pada aku sangat menyakitkan hati.

“bosannya” aku menyepak pasir pantai beberapa kali, akhirnya pasir tu jatuh atas kaki aku balik sebab berangin. Sangat cantik permandangan kat sini dan tenang, tak ada orang lain. Hanya aku. Yeah, hanya aku dan dia.

Langkah aku terhenti sendiri bila melihat ada orang, well siapa lagi kalau bukan Kevin, sedang tidur atas kuda, baik gila kuda tu izinkan dia tidur. Tak jatuh ke nanti? Dia tertidur? Soal aku lagi. Mungkin, sebab aku tak pernah tengok dia tidur di dalam rumah setiap malam. Mana dia pergi eh?

“Kev!” aku memanggilnya dari jauh tapi dia tetap dengan tidurnya jadi, aku mendekati dia dan berjalan perlahan-lahan. Aku tak nak kuda tu terkejut dan jatuhkan dia. Kuda tu nampak kacak, well silakan cakap aku gila sebab puji kuda kacak, tapi memang reality pun, bulu dia sangat kemas, figure dia tough, kuat dan mata dia glowing and shining. Well, perfect horse!

“Kevin” aku panggilnya dengan suara mendatar tapi dia tetap juga tak tersedar. Bila aku buka lagi satu langkah, secara tak sengaja kaki aku memijak ranting kering dan mengeluarkan bunyi. Bunyi itu menyebabkan kuda ini tersedar dari tidurnya dan segera berdiri sehingga kedudukan Kevin tidak stabil dan…

‘bukkk’

“Auch!!!” aku mengerang kesakitan bila aku dihempap, dihempap dengan benda yang berkali ganda berat dari aku. Tak ada apa yang lebih teruk dari ni?

“apa jadi?” soalnya kalut dan matanya terbuka luas. Bila mata dia dan mata aku bertaut dia bertambah terkejut dan terus berdiri tegak. Aku menggosok belakang leher aku yang terasa pegal dan dia segera menarik aku berdiri, disebabkan keadaan yang tidak stabil dan badan aku yang masing lagi sakit-sakit, aku terpaksa memegang dia, lebih tepat aku terpaut pada leher dia dan kami berpeluk secara tidak rasmi. Tangan dia di pinggang aku kut!

“awak ok?” soalnya risau dan mata dia tak memandang ke tempat lain selain aku.

“ok” jawab aku senafas dan cuba untuk jarakkan diri kami, tapi, lutut aku yang menggeletar menyebabkan aku kembali berpaut kepada dia.

“let me help you” dia terus mengangkat aku, tak sempat aku nak menjerit pun sebab terkejut sangat. Just a word. Malu! Jangan gelakkan aku ok, Pards, normal la seorang perempuan, malu! Right? Right!

 

 

 

Aku tak pasti apa yang buatkan Kevin ni bahagia sangat sebab sejak balik dari honeymoon semalam dia tak pernah berhenti senyum. Tak ada apa benda baik pun yang jadi sepanjang kami spend masa bersama jadi, apa yang dia bahagiakan sangat?

“Amy!” aku terkejut bila ada suara menjerit di cuping telinga aku dan bahu aku ditolak kasar. Ceit, siapa pulak yang berani nak kenakan aku ni? Dah la tengah banyak berfikir ni.

“Hannah, apa?” soal aku dengan nada bengang.

“kelas dah habis, sekarang ni lunch hour.” Ujarnya dan aku pandang ke sekitar kelas, memang dah kosong sepenuhnya. Jadi, kelas sejarah satu jam hari ni aku termenung sampai sudah ke? Great!

“apa jadi?” soal aku pada Hannah dan Lucas ketawa kecil sambil menampar lembut pipinya sendiri. Pelik!

“kita ada kerja nak kena buat, literacy tentang Hogdan’s Lake” ujarnya dan aku buat muka malas. I hate history!

“fine, Luke, kita punya kelas pedang lepas lunch?” soal aku pada Lucas dan dia hanya anggukkan kepala sambil tersenyum. Dengar aku cerita ok, pelajar perempuan tidak dibenarkan sama sekali untuk ambil kelas pedang, memanah, strategi perang dan seni pertahankan diri tapi, aku ambil semuanya bersama Lucas. Macam mana? Let’s wait and see.

Selesai makan, aku dan Lucas bergegas ke tandas lelaki, eww, memang tak senonoh tapi aku terpaksa. Clear? Lucas akan pastikan keadaan selamat dan aku akan mula menukar pakaian pelajar lelaki dan memakai rambut palsu. Yeah, sekarang ni aku bukan lagi Princess Amanda Samantha tapi Prince Harry. Hahaha.

Jangan judge aku sebab buat semua ni sebab aku takkan ada dalam kelas, fesyen, penampilan diri, etika, dan a few kelas yang wajib untuk pelajar perempuan ambil. No way! Aku takkan buat semua tu. Hannah ambil dan dari situ aku dapat tahu kerja apa yang perlu diselesaikan walaupun rasa macam nak muntah bila terpaksa buat semua tu.

Aku dan Lucas bersedia untuk belajar di lapangan dan semua orang sedang menunggu pelatih kami. Dah sebulan aku jadi Harry dan semua orang percaya yang aku ni lelaki jadi, mereka akan berlawan dengan aku tanpa belas. Tapi, selalunya partner aku ialah Lucas yang sweet jadi tak ada masalah sangat. Dia tinggi dari aku dan badan dia mestilah lebih besar dari aku. Aku ni dah la paling kecil, paling kurus pulak tu!

“attention!”

“yes Sir!!!” kami semua berada dalam keadaan tegak dan menyahut dengan hormat. Setelah dia bebelkan beberapa perkara dia tersenyum tiba-tiba. Senyuman tu ada maksud sebenarnya, ada la dia nak suruh kami buat something tu.

“hari ini, kamu semua akan dilatih oleh seorang yang sangat hebat, Prince Kevin!” rahang aku jatuh ke tanah bila dia umum nama special trainer kami hari ni. A big NO. matilah aku kalau macam ni.

Lucas pun nampak sama tak tenang dengan aku. Dia pandang aku dengan ekor mata dengan wajahnya ikut sama pucat, macam dia je yang bakal tertangkap nanti.

“M.A.T.I” dia sebut perlahan perkataan itu tanpa bunyi menyebabkan bulu roma aku menegak. Yes, mati aku kalau semua ni terbongkar macam tu je.

“Harry! Lucas! Ada apa-apa yang nak dikongsi?” suara tegas itu menyebabkan aku dan Lucas terus kaku habis. Lucas segera menjawab tidak bila terasa semua mata memandang kami. Aku rasa hangat je bila satu pasang mata jatuh pada wajah aku yang mula pucat.

Aku telan liur dan pandang wajah Kevin dalam keadaan takut dan risau, baguslah, mata dia tak lagi pada aku. Adakah itu bermaksud, dia tak cam aku langsung? Hurm, baik!

“saya akan tunjukkan awak semua beberapa teknik baru dan cara nak berdepan dengan musuh lebih berkesan” ujarnya dan seorang dipanggil untuk berduet dengannya. Semua orang memandang dan memerhati dengan khusyuk.

Memang dia hebat, ok fine! Hebat gila kut. Dia nampak meyakinkan dan kuat. Aku tersenyum sendiri dengan fikiran sebegitu menyebabkan Lucas pandang aku pelik.

“ok! Semua orang boleh cari pasangan” arahnya dan semua orang mula berpasangan. Aku, mestilah dengan Lucas. Who else?

“a very strong husband ha?” Lucas menyoal dengan sengih yang aku boleh agak kenapa, sengih mengusik aku la tu. Aku ikut sama tersengih dan mula membalas setiap hunusan pedangnya.

“jealous?” soal aku padanya dan dia tergelak kecil.

“no way!” balasnya dengan muka jijik dan aku ikut sama tergelak.

“aku happy kalau kau happy”

“man, aku baru je kahwin dengan dia seminggu”

“what? Cinta tak tunggu masa untuk jatuh”

“heh, literacy mana kau guna tu?” soal aku dengan wajah jengkel. Dia ni memang suka sangat main dengan kata yang aku sendiri tak faham sebenarnya.

“mine and always mine.” Balasnya bangga dan aku tergelak senang.

“gentlemen” aku dan Lucas berpaling kepada suara yang menegur kami berdua dan kami freeze terus kali ini. no way! Kevin yang tegur kami, apa yang aku nak kena buat ni.

“as a defend, you must be tough” Kevin menegur Lucas, maklumlah kami hanya bercakap dan tak serius berlatih.

“ye…yes sir!” jawab Lucas gugup bila Kevin menegurnya langsung.

“as a attacker, you should attack seriously” ujarnya pada aku dengan senyuman yang aku tak berapa nak faham dan tangannya berada di atas tangan aku membetulkan cara aku memegang dan menghunus pedang. Mata aku membulat besar bila satu lagi tangan dia di pinggang aku. Wait!

“he knows?” Lucas menggerakkan mulutnya dan aku terdiam terus.

“be careful, wife” bisiknya di telinga aku sebelum beredar. Dia tinggalkan aku dalam keadaan kaku dan walaupun dia dah lesap dari sini, at least beberapa meter dari aku, aku tetap tak dapat nak bergerak langsung. Masalah baru!

“he knew” aku jawab lemah dan pedang aku jatuh terhunus ke tanah. Aku menggaru kepala beberapa kali dan duduk rapat ke atas tanah sambil memegang kepala. Lucas mendapatkan aku dan ikut sama duduk. Tapi, boleh dia tergelak.

“kenapa kau gelak?” soal aku bengang.

“he knows you well” ujarnya dan tersenyum lagi. Kali ini, apa yang Lucas katakan buat aku gembira. Sikit. Well, dia kenal aku walaupun aku dah berubah jadi lelaki. Heh, hebat!

“matilah aku, apa aku nak jawab nanti?” soal aku pada Lucas dan wajah risau aku kembali. Lucas ikut sama bingung dan teruskan berfikir cara untuk terangkan kepada Kevin nanti.

 

 

Sebaik aku balik ke istana dan melihat Kevin, aku segera berlari ke arahnya dan dia sedang menunggang kuda. Cakap pasal kuda ni, bila aku nak dapat Prank aku balik? I miss you too Prank!

“hi, Prince Harry” sapanya dengan senyuman yang agak menyakitkan hati sebenarnya. Aku berpeluk tubuh di depannya dan dia turun dari kuda serta berdiri di hadapan aku dengan senyuman semakin melebar.

“any explaination?” soalnya dan kini dia yang mula berpeluk tubuh dan memandang aku dalam.

“I love sword and I want to learn how to use it. I don’t like to being in girl classes. Boring and annoying”  aku menjawab serius dan dia tergelak kecil.

“stop it! Jerk” aku memarahinya dan dia segera berhenti ketawa tapi masing lagi senyum.

“saya boleh buat aduan dan awak boleh dibuang kelas, dikenakan tindakan disiplin dan tak dibenarkan sama sekali memegang pedang dan yang paling teruk, Father and Mother will know about it” ujarnya dengan nada yang tenang dan serius aku cakap, aku nak je lempang dia sekarang ni. Apa dia rasa dia hebat sangat???

“silakan, I don’t care!” balas aku kasar.

“really?” soalnya menduga dan masih lagi tersenyum sinis. I hate him! So much!

“fine, don’t tell them” pinta aku malas. Dia mengangkat kening dan menggelengkan kepala.

“kau tak untung apa-apa pun dalam hal ni” aku cuba lagi dan dia menggelengkan kepala. Tangannya jatuh pada kedua bahu aku.

“saya tak bocorkan rahsia awak tapi, saya nak awak deal dengan saya satu perkara” pintanya dan aku segera berkerut. Tak guna.

“apa?” soal aku dengan wajah tak berpuas hati.

“pertama, saya nak awak bahasakan diri awak lebih elok dengan saya, yes, such as awak dan saya” pintanya dan aku berkerut. Aku berfikir sejenak dan dia masih menanti dengan wajah tenang.

“fine!” aku mengalah dan dia tersenyum bahagia.

“kedua?” soal aku lagi.

“just be safe, ok?” pintanya dan mata dia lembut memandang ke dalam mata aku. Kali ini, aku tersentuh. Sangat!

“i..i will” aku balas sedikit gugup, ni yang rasa nak sekeh kepala sendiri sebab gugup depan dia.

“thanks, jadi, sekarang ni minta dengan sopan”

“what?” soal aku bengang, dia ni memang sengaja cari pasal ke apa?

“cepatlah sebelum saya ubah fikiran”

“ok! Tolong jangan beritahu sesiapa, semua orang. Please?” pinta aku seakan merayu dan dia tersenyum puas hati. Jerk!

“good! Lets go for riding!” aku terjerit bila dia dengan mudah mengangkat aku naik ke atas kudanya dan kemudian dia ikut sama naik. Dia memegang tali kuda dan kudanya mula bergerak perlahan. ceit! Sekarang ni aku dah rasa macam kena peluk oleh dia.

“saya tahu macam mana nak ride kuda, so, boleh saya pegang tali ni?” pinta aku dengan sangat sopan, sopan la sangat! Dia tergelak kecil dan serahkan tali itu ke tangan aku, kemudian tangan dia berlingkar di pinggang aku. Tak guna!

“apa ni?” soal aku bengang.

“I have to hold at something” jawabnya polos dan aku merengus garam.

“pegang tali ni” aku sodorkan tali itu semula kepadanya dan dia tergelak senang. Kenapa bunyi dia gelak sedap je di telinga aku ni? Amanda! Kembali kepada dunia!

Kudanya berjalan ke pinggir tembok dan suasana petang dapat dilihat dengan jelas, suasana Bandar di sekeliling istana juga dapat dilihat dan aku sangat sukakan permandangan ni. Cantik.

“cantik” puji aku perlahan dan dia anggukkan kepala, aku dapat rasakan dia tersenyum.

Kami berdua hanya diamkan diri dan memerhati matahari malabuhkan tirainya dengan perlahan. well, the best evening? Ok!

“apa nama kuda awak ni?” soal aku padanya dan dia senyum sambil usap kepala kudanya.

“Raymond” jawabnya dan kuda itu bersuara seperti dia menyahut panggilan daripada tuannya.

“Raymond. Nice. Kuda saya macam mana?” soal aku padanya pula dan dia tersengih. Kenapa?

“ada je, nanti saya tunjukkan pada awak” ujarnya dan Raymond mula berjalan ke dalam kawasan kandang. Kevin lompat turun, kemudian dia menhulurkan tangan kepada aku, dia tak tahu ke yang aku ni one of the best rider in town? Aku lupakan tangan dia dan turun dengan keupayaan aku sendiri.

 

 

Dua bulan kami berkahwin dan semuanya ok walaupun aku dan dia banyak bertekak, no, aku sebenarnya yang suka sangat cari pasal dengan dia dan tak pernah walau sekali aku dengar cakap dia. Nama pun Amanda, no one controls me. Selesai mandi, aku berehat di katil dan melihat Kevin sudah lena di sofa, ya, sejak hari pertama kami kembali ke istana, dia tidur di sofa. Jangan nak cakap aku isteri jahat ya, dia yang offer.

“awalnya dia tidur hari ni” aku bercakap seorang diri, aku bosan sebenarnya, selalunya masa macam ni kalau kami tak bergaduh dia akan ajarkan aku kerja sekolah. Tapi sekarang dia dah tidur. Jadi, aku ikut sama tidur walaupun mata aku masih lagi belum memberat sepenuhnya.

Keesokan paginya, aku dengan ceria bangun pagi tanpa perlu dia kejutkan, heh, satu bintang untuk aku. Kejap, dia tak kejutkan aku? Pelik, selalunya dia akan bangun awal dari aku. Aku alihkan selimut dan memandang ke arah sofa. Kosong dan kemas. Dia dah bangun tapi tak kejutkan aku? Rasanya masih awal lagi sekarang ni. Aku turun dari katil dan ke bilik air, aku letakkan cuping telinga di pintu dan tak  ada bunyi air. Mana dia pergi?

Aku mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Hari ni tak banyak kelas, hanya kelas muzik, history, art. Simple je jadual aku hari ini dan esok cuti. Great! Aku berlari turun ke ruang makan, aku ada tak cakap yang sekarang ni aku tinggal di dalam istana dia, jadi, aku memang terpaksa ikut law kat sini. Aku tak nak mertua aku marahkan aku.

“good morning, father, good morning mother” aku menyapa orang tuanya yang sudah bersedia di meja makan. Mereka menyapa aku kembali dengan mesra dan pipi aku dicium oleh Mother. Aku masih lagi rasa kekok dengan keluarga baru ni tapi aku dah terbiasa dipeluk dan dicium dia. Maklumlah, Mother tak ada anak perempuan dan anak lain selain Kevin.

“saya pergi dulu!” aku berlari keluar untuk ke kereta kuda yang sudah sedia tunggu aku untuk ke sekolah. Janggal betul hari ni bila buat pertama kalinya, Kevin tak ada untuk temankan aku dipintu sebelum ke sekolah. Bunyi macam manja kan? Dia yang ajar aku rasa macam tu walaupun aku tak kisah dia ada atau tak. Aku tak percaya, boleh jatuh cinta dalam masa yang singkat. Dua bulan, masih terlalu awal untuk kemungkinan itu.

Aku sampai disekolah dan disambut Hannah dan Lucas, bukan mereka je malah Anastasia pun ada sama. Apa dia nak pagi-pagi macam ni? Selalunya dia akan cari aku dan keluarkan kata-kata yang melampau dan aku tak suka langsung jadi aku buat bodoh je. Mentang-mentang dia ada jawatan besar dalam majlis pelajar, dia ingat boleh kenakan aku. Dan memang banyak yang aku dah kena dengan dia sebenarnya.

Gila sangat kat sini! Majlis pelajar macam berkuasa gila sampaikan pengetua dan cikgu tak boleh nak bantah keputusan mereka. Tak guna betul kan?

“jom Amy!” Hannah tarik tangan aku supaya beredar dari situ dengan segera. Hannah ni spoil betul la, at least bagi la aku can nak keluarkan kata-kata pedas pada dia dulu.

“Hannah, kita kena tunjuk kita kuat” protes Lucas dan segera menyokong.

“untuk minggu ni tak boleh, minggu ni minggu disiplin dan mereka berkuasa sangat-sangat. Boleh jatuhkan hukuman on spot! Aku tak nak kau kena bersihkan longkang nanti” balas Hannah dan mulut aku dan Lucas terbuka sikit. Bersihkan longkang? Hmph! Memang Anastasia dah melampau sangat sekarang ni.

 

 

 

Memang betul apa yang Hannah cakap dan Anastasia sengaja nak tekan butang merah aku. Aku memang dah tak boleh sabar sebenarnya dan hampir meletup. Anastasia tak sedar ke yang dia layan buruk ni sebenarnya kakak kandung dia, takkanlah dia nak gaduh dengan aku pasal Kevin seorang tu je. Tak berguna langsung.

“sister!!!” aku memandang suara lantang yang memanggil aku dan belum sempat aku membalas dia dah melompat dan memeluk aku erat. Ugh!

“Aidan kau berat la” aku cuba lepaskan dia daripada bergantung pada leher aku. Lucas tergelak dan membantu lepaskan Aidan.

“I miss you so much!” ucapnya dan cuba untuk memeluk aku lagi. Kali ini aku ikut sama tergelak dan rendahkan badan supaya dia dapat memeluk aku dengan betul dan tak menyakitkan mana-mana badan aku lagi dah.

“I miss you” bisiknya dan aku usap kepala dia. Dah dua bulan aku tak jenguk family aku. Aku kena pergi jumpa mereka dan ajak Kevin sama. Kevin? Mana la dia pergi?

“bud, ponteng ke?” soal aku pada Aidan yang masih lagi tersengih bahagia.

“nope, cuti sakit”

“sakit?” soal aku sedikit terkejut, Anastasia tak cakap sepatah pun pada aku yang Aidan sakit.

“alahan, ni ada lagi bintik-bintik merah” dia tunjukkan pada aku dan mengusap lengannya yang masih lagi bersisa bintik merah.

“kau alahan dengan apa?” soal aku sambil kening terangkat.

“lavender” jawabnya dan tersenyum senang kepada Lucas, sesedap rassa je dia gunakan peha Lucas sebagai kerusi.

“ayahanda dan bonda izinkan bunga lavender masuk rumah?” soal aku pelik, mustahil kan?

“tak, Anastasia yang bawa masuk dalam rumah.”

“Anastasia? Dia tahu tak kau alahan?”

“tahu, tapi dia tak peduli pun” Aidan muncungkan mulut dia dan menayangkan wajah sedih. Aku tergelak kecil dan mengusap lembut kepalanya. Kenapa Anastasia ni teruk sangat? Dulu dia tak macam ni.

“dia cakap Kevin suka Lavender” apa yang keluar dari mulut dia kini mengejutkan aku. Kevin suka lavender? Ish! Apa pulak yang aku fikir pasal bunga Lavender ni. Aku pun alahan dengan bau dan bunga tu!

“aku ada kelas ni, nanti aku ajak Kevin, kita jumpa kat rumah”

“yay! Promise ok?” pintanya dan keluarkan jari kelingking. Aku paut jarinya dan dia tersenyum sambil lompat turun dari ribaan Lucas.

“hi, I’m Aidan. Nice to meet you! Bye!” dia terus berlari keluar kelas aku bila memperkenalkan diri dan mencium pipi Lucas. Weirdo! Lucas tergelak senang dengan aksi adik aku yang tak matang dan manja ni.

“Anastasia dah melampau!” aku tumbuk meja geram dan Hannah gelengkan kepala. Ish!

 

 

Dua hari, dua hari Kevin taka da dalam istana dan dah dua malam aku tidur seorang diri dalam bilik tidur dia yang besar gila tu. Mana dia pergi? Kenapa aku jadi tak senang hati je bila dia tak ada. Tak suka! Kenapa tiba-tiba je Anastasia perlukan Lavender? Kevin ke sana ke? Yang hati aku sakit ni kenapa pulak?!

“my lady, the lord dah balik” bila aku dengar berita yang dah lama aku tunggu tu, aku terus berlari ke ruang tamu. Aku nampak dia tersenyum senang menyapa Father and Mother. Aku perlahankan langkah sebab aku tak nak dia tahu aku excited tunggu dia balik. Bila mata dia memandang aku yang sedang berjalan kearahnya senyuman dia bertambah lebar.

“hi, wife” dia bisikkan pada telinga aku bila dia tarik aku rapat ke badannya. Ugh!

“hi” balas aku ringkas dan cuba ukir senyum tak ikhlas.

“kami pergi dulu” Father dan Mother terus beredar untuk beri masa kepada kami berdua. Aku tolak badannya sedikit bila orang tuanya dah hilang dari pandangan.

“you should take a bath” aku buat wajah jijik sedikit dan dia tergelak kecil.

“I smell good!” dia puji dirinya sendiri dan aku memutarkan bola mata padanya.

“you smell good too” sebaik dia cakap macam tu, pipi aku dicium dan dia minta maid bawa barangnya ke atas dan dia berlari anak masuk ke bilik. Tangan aku menyentuh pipi aku yang mula rasa hangat. Jerk!

 

 

Aku menunggu dia siap mandi dan berpakain, aku nak tahu dia pergi mana. Boleh dia pergi amcam tu je tanpa tinggalkan pesan.

“amazing, awak tunggu saya ke?” soalnya sambil mengesat rambutnya yang masih lagi basah. Ada je ayat dia yang sengaja nak naikkan darah aku kan.

“awak dari mana?” saol kau padanya dan dia senyum je.

“saya tanya ni!” aku bertegas.

“kalau awak cakap awak rindukan saya, saya akan cakap saya pergi mana” aku tayang wajah bengang. Aku rindukan dia? Langkah laut la ya.

“in your dream!” aku balas malas dan memandang ke tempat lain. Dia tergelak dan duduk di sebelah aku.

“well, I miss you” ujarnya dan perlahan-lahan senyuman aku terukir.

“please tell me, where have you been?” soal aku mendesak dan wajah paling comel sekali aku berikan padanya. Dia tergelak dan mencium hujung hidung aku sekilas.

“pergi jumpa ayahanda” jawapan dia buatkan aku kecewa, habis! Betul la, dia pergi jumpa Anastasia.

“hei, kenapa ni?” soalnya bila wajah aku bertukar kelat.

“nothing!” aku jawab kasar dan bangun dari katil.

“tapi, bukan jumpa di istana, jumpa di Lanton, ada urusan Negara sikit” jawabnya dan aku kembali tersenyum, heh!

“ayahanda minta kita balik sana” ujarnya dan aku berpaling memandangnya. Memang aku nak ke sana pun!

“ok! Bila?”

“this Friday?”

“yeah! Just two of us!”

“two?”

“yup! Without maid, guards and others” dia diam sekejap dan anggukkan kepala setuju. Great! Aku ada plan yang cantik untuk dia nanti, nak tahu apa? Wait and see!

 

 

Kami berdua menunggang kuda ke istana ayahanda. Aku tersenyum sepanjang perjalanan sebab aku dah rancang semuanya dengan baik dan aku nak tengok Kevin boleh survive ke tak, jangan risau la, aku bukannya nak masukkan dia dalam kandang buaya ke apa. tak ke mana putera ni.

“Amanda!” bonda menyambut kedatangan aku dengan senyuman dan pelukan, aku membalas pelukannya dan dipeluk pula oleh Aidan. Aku tergelak kecil dan bila aku memandang ayahanda aku senyum sedikit. Kevin hanya  buat dirinya selesa sebab dia dah kenal lama keluarga aku ni.

Kami masuk ke dalam istana dan terus ke ruang makan. Pelik pulak sebab makanan hari ni luar biasa lainnya dan Anastasia masih lagi tak dapat dilihat di mana-mana. Setelah kami duduk, aku ingin bertanya soal Anastasia dan belum sempat aku buka mulut Anastasia muncul di pintu. Aku dan Aidan terbersin pada masa yang sama. Apa ni?

“Anastasia, you look beautiful” puji Kevin mesra sambil memberikan senyuman terbaiknya. Ugh! Anastasia senyum semakin lebar dan bila dia pandang aku, aku tahu dia bangga dan sengaja nak menyakitkan hati aku. Aku cuba untuk bertenang dan ukirkan senyuman.

Anastasia duduk di sebelah Kevin dan kepala aku mulai rasa sakit, bukan je rasa gatal-gatal dalam tekak, aku rasa sangat tak selesa sekarang ni dan mula menggaru-garu dibahagian lengan. Aidan pun sama macam aku.

“I love lavenders”

“me too” perbualan Anastasia dan Kevin buatkan aku faham kenapa keadaan aku jadi macam ni sekarang ni. Bintik-bintik merah mula muncul, jadi, Anastasia sengaja menyentuh bahu aku tadi.

“wife, awak ok?” Kevin akhirnya berkalih ke arah aku dan nampak ketidakselesaaan aku sekarang ni.

“I hate lavenders” aku bersuara sambil mengetap gigi, biar dia tahu yang aku tak suka lavenders. Mata dia terbuka luas sedikit dan akhirnya aku dan Aidan menjadi tumpuan semua orang di meja makan.

“Amanda, Aidan, kenapa ni?” soal bonda risau bila Aidan mula terbatuk-batuk.

“lavenders!” bonda dan ayahanda berkata serentak dan menunjukkan bunga Lavenders di sanggul kemas Anastasia. Bonda bangun dari kerusinya dan mencabut bunga itu dan membuangnya.  Tak ada gunanya sekarang ni sebab aku dan Aidan dah terkena.

“awak alahan lavenders?” soal Kevin gelisah dan aku malas nak menjawab soalan bodoh dia tu. Aku menarik Aidan keluar dari ruang makan itu dan segera ke kolam yang berdekatan. Air je dapat hilangkan rasa tak selesa pada badan kami sekarang ni.

Aku senyum pada Kevin dan tariknya terjun ke dalam kolam dan kami berdua tergelak kecil, memang rasa gatal dan tak selesa tapi sebaik terkena air rasanya akan jadi jauh lebih baik. Aidan tergelak kecil dan memegang aku kemas, sebab dia tak pandai berenang. Aku memang sakit hati dengan Anastasia, dia sengaja nak rosakkan suasana, aku tak kisah kalau aku terkena tapi Aidan tak bersalah, aku perasan yang Aidan punya alahan lebih teruk dari aku.

“awak ok?” soal Kevin di tepi kolam sambil pegangkan dua helai tuala. Aku senyum sedikit dan dia menarik tangan aku supaya bergerak ke tepi kolam di mana lebih dekat dengan dirinya.

“kenapa tak cakap?” soalnya lembut dan mengusap bintik-bintik merah di tangan aku, takkan hilang la  bintik merah tu walaupun dia sental dengan batu. Aidan senyum dan memegang tepian kolam dengan kuat. Aku bantu Aidan naik ke tepi kolam dan memerhatikan kulit putihnya.

 

 

Aidan terpaksa berlantar atas katil kerana alahan dia kembali lagi. Anastasia memang melampau gila kali ini!

“hey, kenapa ni?” soal Kevin risau bila aku meramas kasar alas katil.

“saya tak faham kenapa Anastasia sanggup buat macam tu” aku menggumam kesal.

“mungkin dia tak tahu” aku bagi pandangan membunuh kepada Kevin sebelum menjawab.

“dia hidup dengan Aidan selama ni, dia tengok Aidan dari kecil lagi!” suara aku meninggi sedikit dan aku bangun dari katil. Kenapa dia nak bela sangat Anastasia tu? Kalau sayang sangat kenapa tak pilih Anastasia je hari tu? Kalau tak aku dengan dia takkan bergaduh dan tak ada salah faham yang akan berlaku.

“sorry ok, saya cuma tak nak buat tuduhan tak berasas” berasas? Aku rasa panas sangat sekarang ni jadi aku keluar dari bilik kami dan ke bilik Aidan. Aku masuk dan tengok Aidan sedang minum susu yang bonda bawakan untuknya.

“kenapa ni?” soal Aidan bila aku baring disebelahnya. Dia menyentuh pipi aku lembut dan ikhlas aku suka sangat tangan kecil dia ni. Bila dia nak besar ni? Aku tersenyum sendiri dengan soalan dari benak aku tu.

“kenapa Anastasia pakai bunga tu? Aidan tak faham” ujar Aidan naïf dan aku tersenyum, kalau ikutkan hati nak je aku cakap yang dia tu sengaja.

“mungkin dia tak tahu” aku bagi jawapan yang aku rasa salah dan tak munasabah langsung.

“tak tahu? Baru je dua hari lepas dia bawa masuk bunga lavender dan Aidan sakit. Dia tahu” ujarnya perlahan seakan berfikir kemungkinan Anastasia tak tahu. Aku menariknya supaya berbaring sama dan tarik selimut rapat ke dadanya.

 

 

Hari ini, aku dan dia, dia tu siapa? Eheh, Kevin akan pergi rumah Grand dan tinggal di sana dalam empat hari macam tu dan, Aidan pun ikut sama, yay! Plan aku bawak Kevin pergi sana ialah, pertama nak kenalkan dia dekat Grand and Pards dan yang kedua, ada misi rahsia ni. Hehehe.

“Amy, dari semalam lagi saya perasan awak senyum semacam je, kenapa?” soal Kevin pada aku, erk, nampak sangat ke yang aku tak sabar nak laksanakan misi tak berapa nak elok? Alamak!

“mana ada, excited je la, kan Aidan?” aku memandang Aidan yang menunggang bersama aku. Kevin masih lagi dengan mata penuh curiganya tapi aku cuba untuk berlagak selamba.

“fine” akhirnya Kevin mengalah jugak! Yes!

“sis, nanti Aidan boleh mandi sungai tak? Liam cakap ada sungai cantik” Aidan denan ceria bertanya kepada aku, mestilah ada sungai dalam hutan tu, tapi jauh la sikit dan boleh ke si Aidan ni masuk hutan? Kenapalah Liam ni pergi cakap dekat budak kecil ni.

“nanti ajak Liam ya”

“yay!” Aidan dah tersengih lebar, entah kenapa dia suka sangat dengan Liam, dengan Nick dia tak ada la baik sampai macam ni, Liam sihir adik aku ke apa? hahaha.

Aku dan Kevin sambung berbual tanpa hiraukan Aidan yang terpukau dengan keindahan kampong halaman aku ni, siapa cakap Istana besar je boleh buat orang terpukau ha? Kawasan kampong aku lagi cantik ok!

Setelah tiba di rumah Grand, memang Grand sambut baik cucu menantu dia tu dan Aidan pun sangat sukakan Grand jadi tak ada masalah lagi dah.

“kami dah sediakan bilik untuk kau dan Prince Kevin” ujar Hannah sambil tersenyum senang. Aku menggelengkan kepala dan memandang Kevin yang sedang senang berbual bersama Nick, Lucas dan Grand.

“aku nak dia tidur bilik sama dengan Liam dan Nick, aku nak kita bertiga sebilik macam biasa!” aku tersengih dan mereka buat muka pelik. Mereka kena tahu plan aku nak kenakan Kevin, aku nak dia belajar rasa hidup macam kita.

“what? Boleh ke dia tu?”

“ha! Lets see, ok?” aku sengih semakin lebar dan mereka berdua gelengkan kepala tak bersetuju dengan aku.

“setuju je!” aku peluk bahu Mary dan Alice.

 

 

Kevin dah nampak tak senang duduk dan dia asyik keluar masuk daripada bilik je, kenapa? Jom kita pergi tanya.

“kenapa?” soal aku selamba kepada Kevin.

“ah, tolong saya” pinta Kevin dengan mata yang penuh dengan harapan dan aku hampir tergelak tapi aku cuba untuk tahan.

“apa?” soal aku malas.

“saya nak mandi”

“then?” selamba.

“air sejuk”

“then?” jangan gelak.

“saya tak biasa”

“habis tu?” soal aku dengan kening berkerut.

“boleh sediakan air mandian saya?” pintanya lagi dan aku tutup mulut untuk tahan daripada ketawa, no way!

“mandi je la air sejuk tu” aku bersuara malah dan riaknya bertukar, aku tahu malam ni memang agak sejuk dan suhu dia ada dalam 17 or 18 macam tu.

“macam beku je nanti” tambahnya lagi dan wajahnya tambah kesian.

“macam ni, apa kata awak sediakan sendiri, pergi panaskan air” aku senyum sikit kepadanya dan dia kelihatan bingung. Dua bermain dengan jarinya dan memandang dapur.

“ok!” dia berkata yakin dan terus ke dapur untuk rebus air, aku ikutnya ke dapur dan dia sekali lagi bingung dan tak tahu nak buat apa.

“banyak ke awak nak guna?” soal aku padanya.

“untuk saya dan Aidan” jawabnya dan aku tersenyum, dia masih lagi fikirkan Aidan.

“guna bekas ni” aku ambil bekas yang boleh tahan besarnya dan hulurkan kepadanya.

“pergi isi air” ujar aku dan dia termenung pula.

“perigi, luar sana” aku tunjukkan arah perigi dan mata dia membesar tiba-tiba, kenapa? Tak percaya?

“jom, saya tunjukkan jalan” aku membawanya ke perigi dan dia tak membantah walaupun dia rasa susah, biar dia rasa susah sikit.

Aku ajar dia cara nak ambil air dari perigi dan dia terus isi air ke dalam bekas yang dia bawa tadi, dia kelihatan kesejukan dan penat dan lelah. Aku hanya berpeluk tubuh sambil memandangnya menyiapkan mengisi air.

“dah!” ujarnya gembira dan lepaskan keluhan berat. Aku tunjukkan tempat untuk panaskan air dan dia sekali lagi terkejut. Aku cuba untuk menahan ketawa dan tayang wajah selamba.

“macam mana nak hidupkan api”

“ambil je api dari sebelah dan guna kayu api yang ada. Kibas la, ya” aku senyum sedikit dan dia berkerut sebelum buat apa yang aku suruh, dia beberapa kali melarikan diri dari kawasan api kerana tak tahan panas, bukannya panas sangat pun sebenarnya.

“nah kipas” aku hulurkan kipas kepadanya dan dia segera menggunakan kipas itu untuk menghidupkan api.

Beberapa minit kemudian api mulai marak dan sedang memanaskan air dengan baik, untuk cubaan pertama, dia agak hebat. Aku tersenyum puas hati bila dia merasa sedikit susah, hahaha!

“apa kau buat ni?” soal Liam berbisik.

“ajar dia la” jawab aku selamba.

“gila ke? Dia putera raja kut, kalau dia cedera macam mana?”

“diam je la, biar la dia buat”

“kau ni gila la” gumam Liam geram.

“aku nak tolong dia”

“no! aku halang Liam dan menghalau dia keluar dengan segera sebelum Kevin sedar dia ada disini. Liam tayang wajah bengang dan tak bersetuju dengan apa yang aku lakukan tapi aku buat tak kisah pun.

Akhirnya dengan susah payah Kevin Berjaya siapkan air mandiannya sendiri dan dia nampak lelah. Kesian? Sikitlah tapi, dia yang nak sangat ikut kan?

“akhirnya, saya dapat mandi” ujarnya lega dan tersenyum lebar. Aku hampir tergelak bila melihat wajahnya yang tercalit dengan warna hitam akibat arang kayu. Aku mengambil air dalam bekas kecil dan mencapai tuala bersih. Aku menarik tangan Kevin untuk duduk di bangku dan dia hanya menurut.

“tak sangka penat nak siapkan air mandian ni” ujarnya lelah tetapi masih lagi tersenyum, serius aku bangga gila dengan dia.

Aku mencelup kain bersih ke dalam air dan bersihkan wajahanya yang kotor, dia tersenyum senang bila aku membersihkan mukanya. Well, mungkin aku akan berhenti dera dia hari ni dan sambung esok pulak. Hehehe.

 

 

Pards dan Grand dah tunjuk muka tak gembira bila aku dengan sengaja membuli Kevin, boleh ke nak cakap aku buli dia? Sebab aku tak rasa macam buli dia pun. Aku nak dia rasa susah dan belajar hidup macam rakyat biasa je. Aku tersengih senang bila dia hanya mendengar apa yang aku arahkan dan memanjat pokok untuk mendapatkan buah.

“Amy, Grand nak cakap sikit” Grand tarik tangan aku dan membawa aku agak jauh dari pokok itu.

“apa Grand?” soal aku sambil tersengih dan memandang Kevin yang sedang susah payah manakala Aidan sedang seronok bersorak di bawah.

“apa yang Amy buat ni?” soalan Grand memang aku dah boleh agak dan aku tahu taka da seorang pun yang setuju dengan apa yang aku buat ni.

“Grand, Amy nak Kevin belajar cara hidup rakyat biasa je” aku beritahu niat sebenar aku kepada Grand dan wajah Grand tetap tegang, langsung tak menunjukkan apa yang aku buat tu betul.

“ada banyak cara nak mengajar, bukan dengan membuli”

“buli? Mana ada Grand” aku protes! Mana ada aku buli dia, memang serius apa aku nak dia belajar tapi, ada la sikit tu niat saja nak kenakan dia. Hehehe.

“Grand kenal Amy” bila dia cakap macam tu aku terus diam. Ish! Rasa bersalah la pulak sekarang ni.

“Kevin!!!” aku dan Grand berpaling laju bila ada yang menjerit nama Kevin. Aku berlari ke arah pokok bila melihat sesuatu atau seseorang sebenarnya sedang terbaring atas tanah.

No way!

 

 

Kevin masih lagi tak sedarkan diri dan aku mulai risau sekarang ni. Apa aku dah buat ni? Kenapa aku paksa dia panjat pokok walauun dah beratus kali dia cakap dia tak pandai panjat pokok. Kevin jatuh bila kaki dia tak terpijak dahan dengan betul.

“tulang pergelangan tangan dia patah, kaki terseliuh” Grand lepaskan keluhan berat bila menyatakan keadaan Kevin dan aku segera berlari ke sisi katil. Kevin masih lagi pengsan.

“sekarang Amy gembira?” soal Grand pada aku dan Pards pandang aku macam aku ni pesalah berat yang tak patut dimaafkan.

“maafkan Amy” pinta aku lirih,

“bukan kami yang pengsan” Mary bersuara dengan nada geram.

“bukan kami yang patah tangan” Liam.

“bukan kami yang seliuh” Nick.

“bukan kami yang cedera” Alice.

ok, sekarang ni semua orang nak salahkan aku dan memang aku rasa bersalah sikit, aku tak maksudkan semua ni jadi macam ni dan kenapa aku kena tanggung semua ni seorang diri. Well, siapa suruh Kevin dengar cakap aku dan siapa suruh Kevin tak belajar panjat pokok, kan?

“Aidan, jom keluar” Liam pegang bahu Aidan dan mereka semua keluar dari bilik, tinggalkan aku dengan perasaan bersalah yang menggunung dengan Kevin yang masih lagi tak sedarkan diri.

 

 

Aku tak dapat tidur walaupun aku tahu dah jauh malam sekarang ni, mungkin dah dekat dengn subuh. Aku pegang tangan Kevin yang tak patah dan usapnya lembut. Bila rasa bersalah ni nak hilang agaknya eh?

“erm…” aku dengan suara Kevin dan dia mula bergerak. Dia dah sedar!

“Kevin!” aku terjerit sedikit sebab teruja sangat bila tengok mata dia dah terbuka luas. Aku yakin dia tak sangka orang pertama yang dia akan tengok bila dia buka mata ialah aku kan? Orang yang sebabkan dia terlantar macam ni!

“Amanda…” ujarnya sambil tersenyum dan dia cuba untuk bangun dan beberapa kali dia mengaduh dan meringis menahan sakit. Salah ke kalau aku menangis sekarang? Uwahhh…

“saya haus” ujarnya dan aku segera mencapai gelas dan isikan air. Aku hulurkan kepadanya dan dia meneguknya sambil menahan sakit.

“saya nak mandi” ujarnya dan cuba untuk bangun dari katil, mandi?

“mandi?” soal aku pelik, siapa yang nak mandi dalam keadaan sejuk macam ni? Well, dia je aku rasa.

“badan saya melekit” ujarnya lagi dan aku berfikir sejenak.

“saya panaskan air, kita lap je badan awak ok?” aku cuba cadangkan benda yang aku rasa betul dan dia senyum dan anggukkan kepala. Aku segera ke dapur dan sediakan apa yang patut sebelum kembali ke biliknya. Bila melewati ruang tamu aku tersenyum melihat Aidan sedang lena di sisi Liam, kali pertama tidur atas lantai beralaskan kain yang nipis macam tu, Aidan memang kuat.

“buka baju, saya tolong” aku bersuara selamba dan dia memandang aku sambil berkedip beberapa kali.

“pergelangan tangan awak patah, kaki awak terseliuh, saya minta maaf” ujar aku padanya dan dia tersenyum lagi.

“its fine, luka kena pedang lagi sakit dari ni” pedang? Dia cakap luka dari pedang kan?

“pe…pedang?”

“yup! Sebab tu kalau boleh saya tak nak awak bermain pedang, fight ni semua, saya tak nak awak cedera” ujarnya dan mengusap lembut kepala aku dengan tangan kirinya yang tidak cedera.

Sekarang ni aku rasa aku memang isteri yang kejam dan jahat, apa yang dia buat selalu fikirkan aku tapi apa yang aku buat? Selalu susahkan dia. Aku kosongkan kepala dan bantu dia lap badan dia yang terdedah, ada beberapa tempat yang kebiruan sebab lebam, mungkin sebab jatuh tu jugak. Fine! Tak ada lagi benda yang boleh tambah rasa bersalah aku ni?

“sorry, saya sengaja paksa awak panjat pokok, masuk paya, ambil air dalam perigi, potong kayu api, tebang pokok, dan semua kerja berat. Saya sengaja” aku bocorkan niat aku yang sebenar dan dia ketawa senang, kenapa dia ketawa? Sepatutnya dia marah!

“saya tahu” ujarnya tenang dan tersenyum.

“tahu?”

“ya, awak lupa ya yang saya ni Kapten worrior, hmm?” soalnya dan aku masih lagi tak faham maksud dia.

“kami dah buat semua kerja tu dan lebih berat lagi, pokok yang awak suruh saya tebang tu saiz dia jauh lebih kecil daripada yang kami pernah potong” ujarnya dan ketawa lagi, kali ni aku pulak yang rasa nak marah orang.

“habis tu, kenapa bila saya ruruh je awak nampak macam susah hati je dan macam tak pernah buat pun”

“sebab saya tahu awak gembira tengok saya susah kan? Saya tak nak hampakan idea awak dan kalau boleh saya nak berjayakan idea awak tu”

Tak guna betul! Aku seronok gelakkan dia sebab nampak dia susah tapi dia senyap-senyap gelakkan aku sebab aku ni bodoh sangat dah percayakan lakonan dia! Nasib baik dia sakit, kalau tak jangan harap aku lepaskan dia macam tu je.

“panjat pokok?”

“yang tu awak berjaya buat saya risau, saya memang tak pandai panjat pokok, dan hasilnya saya jatuh” aku tergelak bila dia dengan ceria maklumkan perkara ini. dia dah cedera pun sempat lagi buat lawak yang tak lawak langsung.

“apa pun, saya minta maaf” pinta aku padanya dan dia senyum sambil anggukkan kepala.

 

 

 

Akhirnya kami kembali ke istana dan keadaan Kevin semakin membaik, kakinya dah boleh berjalan seperti biasa tapi tangan dia masih lagi ambil masa untuk sembuh jadi, dia tak dapat nak bermain pedang dan sebagainya. Mampu tengok je. Aku masih lagi degil dan hadiri kelas aku macam biasa, tak peduli langsung walaupun dia cuba nak nasihatkan aku.

Ketua kontinjen memberi arahan dan memaklumkan beberapa perkara yang penting, yang pertama, kami akan turun ke medan perang, well bukannya perang berebut tanah dan sebagainya, perang kali ini untuk tolong orang di bahagian hilir gunung yang diserang dengan perompak yang tak berhati perut. Semua orang diminta untuk jadi sukarelawan.

Aku bahagia, akhirnya aku dapat rasa semua tu. Aku tak bahagia ada orang kena serang tapi aku bahagia sebab dapat rasa pengalaman baru, yes!

“aku tak sarankan kau pergi” maklum Lucas dan wajah aku terus bertukar tak senang.

“kau cakap apa ni?” soal aku bengang.

“kau perempuan dan perang ni bahaya” aku tergelak sinis dan memandangnya dengan pandangan tajam.

“berpuluh game yang kita fight, lebih dari separuh aku menang ok” aku dengan senang mengingatkan dia siapa yang lebih kuat.

“aku tahu, tapi semua tu tak sama”

“apa yang tak sama?” soal aku bengang, kenapa dengan Lucas ni! Dia kena percayakan aku!

“nope! Kau tak boleh pergi dan aku akan pastikan Kevin tak izinkan kau pergi” dengan itu Lucas terus pergi dan tinggalkan aku yang kelu di situ. No! Kevin tak boleh halang cita-cita dan impian aku. Dah lama aku nak turun padang untuk berlawan dan selamatkan orang lain. Tak ada siapa pun yang boleh halang aku!

 

 

Nampaknya Lucas dah berjaya yakinkan Kevin untuk halang aku pergi sebab Kevin dah beri amaran keras dan dia tak izinkan aku pergi.

“please Kevin, saya nak pergi!” aku bertegas dan dia masih lagi dengan wajah serius dan tak benarkan aku pergi.

“saya tetap akan pergi!” aku tetap berdegil dan mula berjalan untuk keluar dari bilik kami.

“kalau awak berdegil, saya akan bongkarkan penyamaran awak, saya akan buat awak belajar dalam semua kelas perempuan dan haramkan awak untuk berada dalam kelas lelaki lagi” dengan tegas dan serius dia buat keputusan dan mulut aku ternganga sebab tak sangka dia akan buat semua tu. Dia dah melampau!

“jerk!” aku menjerit kepadanya dan berjalan keluar dengan marah. Aku keluar dari istana da mendapatkan Prank dan merentas ke dalam hutan berdekatan. Aku tak suka dia! Air mata aku mengalir dan aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sangat sedih sekarang ni.

 

 

 

“kita bertolak tengah malam ni dan sampai pagi esok, letakkan beberapa kumpulan di kampong tersebut san lima kempulan setiap penjuru di sekeliling kampong”

Sediakan semuanya dengan secukupnya”

“semua boleh bersurai!”

“yes sire!”

Aku menyorok untuk elak daripada disedari oleh worriors yang keluar dari bilik mesyuarat. Aku tetap akan pergi! Tak ada siapa pun yang mampu untuk halang aku daripada pergi! Kevin pun tak mampu!

Aku sediakan barang yang secukupnya dan aku dah asah pedang dengan teliti, aku nak pergi dan aku akan pergi walaupun aku kena bersembunyi daripada Lucas dan Kevin sepanjang masa.

Masanya telah tiba dan semua worriors mula berada dalam kumpulan masing-masing. Aku menyelinap keluar dan berada agak jauh daripada mereka tapi masih lagi mampu melihat mereka dan mengikut jejak mereka supaya tak tertinggal di belakang.

Tak adil betul! Kenapa Kevin dan ketua kumpulan boleh naik kuda tapi aku kena berjalan kaki sama dengan worriors lain, aku dah penat sangat berjalan ni, kaki aku dah macam nak tercabut sebab berjalan lama sangat.

“berhenti! Kita akan bermalam di sini, bagi kumpulan yang telah diagihkan, selepas sarapan akan mula bertolak!” arahan daripada salah seorang ketua disambut dengan kata fahaman dari semua orang. Aku mula menghampiri kumpulan yang paling last dan duduk bersama mereka dengan senyap. Aku pakai baju yang sama, jadi tak ada orang yang tahu aku ni perempuan.

“kau ok?” seorang worrior tanya aku dan aku terkejut sangat.

“o..ok” aku jawab dengan rasa takut.

“kali pertama?” soalnya lagi dengan senyuman ramah dan aku rasa tenang sikit sambil anggukkan kepala.

“tak perlu risau, selalunya lapisan pertama akan berada di barisan belakang sebagai back up” ok, sekarang ni aku tak senang dengar, ingat orang baru ni teruk sangat ke. Air muka aku dah berubah keruh, dan dia tergelak sikit.

“hei, bukan kami pandang rendah dekat row pertama, kami cuma tak nak pelapis kami terus berada dalam bahaya” jawapan dia buatkan aku rasa tenang sikit, jadi dia tak pandang rendah pada kami.

“The Lord nak pelapis belajar dengan perhatikan apa yang kami buat dan dia cakap, back up adalah stage yang paling penting sebab, back up adalah last hope”

“The Lord?” soal aku tak pasti.

“yeah, Prince Kevin” ujarnya sambil tersengih dan kali ini aku buat muka sikit, well dia memang suami aku tapi apa yang dia buat kat aku, tak boleh diterima!

“untuk lelaki, size kau sangat kecil dan wajah kau macam perempuan, kau pasti ke ok?” apa yang dia cakap buatkan mata aku hampir tercabut dari soket. What? Aku kecil? Well, memang aku paling kecil pun, aku perempuan kut! Ha, sekarang sedar pulak jantina diri. Hahaha.

“ok! Skill bukan dari saiz badan dan wajah!” aku cuba untuk buat dia faham dan sedar hakikat tu. Aku pernah lawan dengan lelaki berganda saiz daripada aku dan aku masih lagi boleh menang. Don’t judge me! Jerk!

“woah, jangan la marah, aku cakap je” dia tergelak lagi dan usap kepala aku, usap ke serabaikan rambut palsu aku sebenarnya? Ish! Tak suka!

 

 

 

Paginya, aku gerakkan badan yang sakit-sakit sebab tidur sambil bersandar pada pokok je dan semua orang sedang menjamu sarapan mereka yang ringkas, ada yang bergurau senda dan ada yang berbual kosong je. Aku membetulkan urat leher dan bila ada satu suara yang cukup aku kenal menghampiri tempat aku tidur ni aku kaku.

‘tolonglah, jangan bagi dia nampak aku’ aku pohon dengan harapan dia akan segera beredar.

“selesai sarapan dan bersihkan diri, kita akan bina camp kat sini, saya nak kumpulan kamu semua berada di sini bersama saya” ujar The Lord, Kevin, Captain or what so ever la.

“yes sire!” semua menjawab bersemangat kecuali aku. Hmph! Kenapa aku kena berada di camp bersama dia? Tidakkkk!

“dah makan?” sapa lelaki semalam, entah apa nama dia, aku tak tanya.

“Jeremy” ujarnya perkenalkan diri bila aku tayang muka blur je.

“ah, Harry” aku perkenalkan diri dan tersenyum sikit. Orang dah buat baik tu terima je la.

“nah roti, cepat makan dan mandi, sebab sekejap lagi nak atur worrior dan bahagikan tugas” aku angguk setelah mencapai roti yang dia hulurkan, ok la daripada makan epal je.

Selesai makan aku menuju ke sungai dan mandi dan bagai nak tercabut soket mata aku bila ramai, ramai gila! Worrior tengah mandi sekarang ni, dah la… malas aku nak cakap buat rosak minda je! Aku ambil port paling jauh dan ada anak sungai, ke jeram yang kecil. Sesuai untuk aku bersihkan diri cikai macam tu je, tak nak ambil risiko dengan buka baju semua, cukup nak basahkan kepala je.

Gila sejuk air ni! Memang segar sangat-sangat! Aku tersenyum bila air mulai rata di rambut aku dan rasa sejuk tu sampai ke segenap tubuh. Tapi aku terkaku bila aku terdengar dua suara lelaki, siapakah?

“Amy akan ok” ujar satu suara yang aku tak pasti siapa, Amy tu aku ke? Atau Amy lain?

“ya Lucas, aku cuma tak sedap hati, last aku jumpa dia kami gaduh dan aku dah buat dia marah” ok! Kali ini aku dah tahu dia cakap pasal siapa, aku la tu! Orang yang sedang bercakap ni Lucas dan Kevin!

“kita fight dan lepas tu kau boleh balik jumpa dia dan minta maaf” ujar Lucas senang, senang je dia cakap kan? Aku takkan maafkan dia dengan mudah!

“kalau aku tak balik?” soalan Kevin buatkan aku terkejut dan terjatuh ke atas tanah, bunyi ranting patah kedengaran. Mati! Aku segera menyorok disebalik batu bila aku dengar ada derap kaki yang sedang berjalan kea rah aku. Mati! Mati! Mati!

“arnab je tu! Jom balik camp” Lucas bersuara dan bunyi derap kaki mula menjauh, leganya. Terima kasih arnab! Aku lepaskan nafas lega dan segerakan keringkan rambut dan memakai rambut palsu yang merimaskan ni! Aku kembali ke camp dan beratur bersama worrior lain, aku di barisan paling last sekali! Tapi aku masih boleh dengar suara Kevin, salah ke kalau aku cakap, aku rindu suara dia?

 

 

Hari semakin gelap dan semua orang dalam keadaan bersedia untuk menghadapi segala keadaan yang mungkin akan membahayakan nyawa atau sebagainya dan aku masih lagi duduk dan berbual ringkas bersama dengan Jeremy. Dia sangat baik dan aku dapat tahu dia dari Negara yang sama dengan Hannah, katanya dia abang sepupu Hannah. Aku tak ambil port dia datang dari mana dan bila dia tanya aku, aku cakap aku dari Negara asal aku, bukan Negara Kevin.

“jadi, kau kenal dengan Princess Amanda?” soalan dia buat aku kaku seketika, mana dia tahu aku dari Negara tu, maksud aku Amanda, bukannya Harry.

“ya…” jawab aku teragak-agak dan kemudian dia tersenyum pula.

“jadi, Captain mesti dah kenal kau, kenapa kau tak tegur dia?” soalan dia kali ini dah sampai level agak bahaya. Sebab, macam mana aku nak goreng benda ni?

“aku rasa…dia dah lupa aku kut, dia tak tegur aku pun bila nampak aku dalam line tadi” heh, macam mana nak nampak kalau aku menyorok baik punya!

“betul jugak, berapa jauh kau dengan family Princess Amanda?” ish! Banyak soal betul la dia ni.

“jauh, dia pun tak kenal aku” aku jawab seyakin yang boleh dan akhirnya dia mulai berpuas hati dengan setiap jawapan yang aku berikan, selanjutnya kami bercakap tentang senjata yang kami suka.

“kau suka pedang?” soalnya bila dia cakap dia suka pedang.

“suka, tapi lebih suka arrow”

“yeah, cool sebab dari jarak jauh dan dekat dia boleh fight musuh, kan?” soalnya dan kali ini aku tersenyum sampai ke telinga, dia rasa apa yang aku rasa dan dia faham. Dah jenuh aku terangkan pada Lucas tapi haram satu benda pun dia tak faham.

Kami terus berbual dan akhirnya malam tiba dan suasana hanya siterangi dengan api yang dinyalakan di tengah camp dan beberapa obor api di sekitar kawasan camp. Aku berada dekat dengan salah satu obor, sebab aku tak suka gelap sangat dan aku dapat rasakan berada di dua dunia, satu gelap dan satu cerah, aku tak tahu kenapa.

 

 

“Captain!” sapa seorang lelaki daripada kumpulan aku dan aku terus kejung di situ dan cuba untuk bersembunyi disebalik badan Jeremy yang jauh lebih besar dari aku. Nafas aku seakan terhenti bila aku dapat rasakan ada bayang yang melindungi tempat aku sembunyi sekarang ni.

“Captain, ada berita baru” aku lepaskan nafas lega bila dia beredar dan Jeremy bertambah pelik bila ini kali letiga aku cuba untuk bersembunyi daripada dia, Kevin!

“kenapa kau takut sangat dengan Captain, aku rasa dia dah perasan yang kau cuba sembunyi daripada dia” apa yang Jeremy cakapkan langsung tak menyennagkan aku malah menambahkan rasa risau dalam benak aku sekarang ni.

“baik kau cakap sekarang, siapa kau?” soalan dia buatkan aku mengerutkan kening. Dah kenapa pulak tanya aku siapa, sesi suai kenal daripada pagi tadi tu apa benda?

“Harry” aku jawab selamba dan dia memegang kemas lengan aku dan menarik aku supaya jauh sedikit daripada orang ramai. Sekarang memang aku betul-betul risau, apa dia nak buat dengan aku ni?

“baik kau cakap betul-betul kau siapa, atau aku akan bawak kau depan Prince Kevin” ugutan dia buatkan aku kecut, no! dia tak boleh rosakkan plan aku dan dia tak boleh bawa aku pergi jumpa Kevin, kalau tak matilah aku!

“aku Harry la, kau ni kenapa?” soal aku cuba untuk elakkan rasa curiganya bertambah.

“kau pengintip ke?” soalnya dengan wajah bengis dan aku rasa pegangannya di lengan aku semakin kemas dan menyakitkan. Aku telan liur dan tak pasti apa yang perlu aku buat sekarang ni, melainkan berkata benar.

“ok, dengar sini, tengok ni” aku selak lengan baju aku dan tunjukkan luka di tangan kiri aku, luka yang aku dapat sebab terkena tombak, memang tak dalam tapi agak menyakitkan.

“kau cedera?” soalnya dan wajahnya mula mengendur sedikit. Luka aku tak teruk mana pun tapi sebab dah berbalut Nampak la macam bahaya sikit, hehehe. Ada tak aku cakap Kevin tak tahu yang aku cedera? Ok, jangan cakap kat Kevin.

“ya, semasa fight, ada yang terbaling tombak dan aku jatuh lepas tu terkena lengan. Prince Kevin tahu dan dia tak izinkan aku ikut sama fight. Aku nak sangat rasa fight jadi aku dating senyap-senyap” aku sengih sikit dan dia melepaskan keluhan berat sebelum dia kembali serius.

“jadi dia kenal kau?” soalnya lagi dan aku anggukkan kepala sambil tersenyum.

“ok, fine. Kau ok ke?”

“ok!” jawab aku dengan penuh keyakinan.

“kalau kau cedera, bahaya nak fight”

“its ok, aku kan back up je nanti dan aku yakin lapisan utama worrior sangat hebat!” aku sengih semedeng dan dia ikut sama sengih dan anggukkan kepala.

“aku akan protect kau” ujarnya yakin dan aku tersenyum kepadanya.

 

 

Aku dan Jeremy bergelak ketawa dan bergurau di tepi obor dan menikmati makan malam kedua kami disini, berita semalam mengatakan perompak tidak meneruskan perjalanan mereka tapi kami tetap bersedia dengan segala kemungkinan.

Bila aku sedang seronok berbual terasa bahu aku dipegang dan aku dipalingkan dengan agak kasar, bila aku Nampak muka Jeremy yang berubah risau dan takut pada masa yang sama aku boleh agak siapa yang rentap bahu aku sekarang ni. Aku pejam mata rapat-rapat dan sebelum buka mata dan wajah Kevin ada depan mata aku sekarang ni. Muka dia, aku tak pasti sama ada, marah, risau, bengang, sakit hati atau tahan sembelit sekalipun, yang penting bukan muka bahagia nampak aku kat sini.

Aku pandang Jeremy dan dia suarakan maaf dia dengan hanya menggerakkan bibir dan aku cuba untuk senyum dan tenangkan keadaan, untung situasi ini tak menarik perhatian ramai orang.

“follow me!” dia dengan tegas memberi arahan dan tiada nada ‘saya bahagia tengok awak ada kat sini’ langsung jadi, memang nasib buruk aku la ni. Dia menarik lengan aku yang cedera dan aku meringis sakit, bila aku cuba untuk lepaskan pegangan dia, dia memegang semakin kuat dan aku rasa luka aku mula berdarah balik.

Aku ditarik masuk ke dalam khemahnya, aku rasa tempat dia tidur, dia dapat tidur tempat best dan hangat, tak sejuk macam suhu kat luar tu, boleh buat aku mati kesejukan. Aku dan dia bertatapan lama dan masih lagi tak ada yang nak bersuara. Lengan aku masih lagi dipegangnya dan rasa sakit mula menyengat segenap tubuh aku.

“sa…sakit” aku tayang wajah paling kesian dalam sejarah hidup aku dan dia melepaskan pegangan dan memegang kedua bahu aku.

“what are you doing here?” soalnya dengan nada yang aku tak suka!

“for fight” aku jawab malas dan dia mengetap bibir bengang. Habislah, tersiram minyak atas api.

“What.Are.You.Doing.Here?!” aku jatuhkan tangan dia dari bahu aku dan mula berjalan keluar tapi dia tarik lengan aku yang sakit menyebabkan aku terduduk sebab terlalu sakit.

Dia mulai resah dan ikut sama duduk. Tangan aku memegang lengan aku yang bertambah sakit dan dia dengan cepat menyelak lengan baju aku dan dia terkejut bila bandage berwarna putih itu sudah bertukar warna merah sedikit. Nampaknya dia dah terukkan keadaan luka aku.

“Amanda” suaranya kedengaran lemah, risau, sedih dan sakit pada masa yang sama menyebabkan aku jadi sedih, takut dan risau. Sebab rasa tu la air mata aku mengalir dan bila dia perasan dia peluk aku erat dan mengusap lembut belakang aku.

“kita akan bincang benda ni lepas luka awak dah dirawat” dia mengambil air bersih dan kain untuk bersih dan rawat luka aku. Keadaan sangat tenang dan senyap dan dia dengan lembut merawat luka aku.

Bila dah selesai dia letakkan bekas air di luar dan dia masih lagi membelakangkan aku.

“sorry” pinta aku perlahan dan dia lepaskan keluhan berat sebelum duduk di sebelah aku.

“saya tahu saya salah,saya degil, saya keras kepala, saya minta maaf. Saya cuma nak rasa pengalaman berada dalam medan perang. Saya nak rasa perasaan selamatkan orang dan saya nak berjuang untuk kesejahteraan” dengan lirih aku bersuara dan dia tarik nafas dalam-dalam dan letakkan tangannya dipipi aku dan membuat aku memandangnya.

“ya, saya silap sebab terlalu berkeras dengan awak dan tak dengar alasan awak sebelum ni. Bila awak cedera ni?”

“beberapa hari lepas, luka sikit je” aku cuba untuk sembunyikan rasa sakit, sekarang dah tak sakit sangat pun.

“saya tak tahu nak cakap apa lagi, saya nak marah pun dah terlambat dan nak halang awak daripada datang sini pun dah terlambat sangat, jadi saya akan enjoy the moment while you are here and don’t have to feel empty because I miss you” ucapan dia buatkan aku tersenyum senang dan bahagia. Salah satu sebab aku nak datang sangat pun sebenarnya, sebab aku nak bersama dengan dia. Fight together! Hehehe.

“but please, listen to me while we are here and don’t try anything stupid. Please” pintanya dengan nada merayu dan aku terpaksa anggukkan kepala dan terima apa yang dia nak. Ugh!

“promise?”

“promise” aku berikan satu janji yang aku akan ikut, aku tak nak dia tak percayakan aku lagi dah sebab, mungkin lepas ni dia tak nak dah bagi aku ikut dia.

“jom, tidur” ajaknya dan aku tersenyum senang, elok sangat la sebab aku dah mengantuk sangat.

“saya tak nak masuk kelas perempuan,please” pinta aku padanya dan dia tergelak kecil.

Kami selesakan diri di tempat tidur dia yang jauh lagi selesa daripada tempat tidur aku untuk  semalam. Hehehe.

“kenapa dengan kelas perempuan?” soalnya sambil menguap perlahan.

“no way saya akan belajar cara nak conteng muka (make up), cara nak  match pakaian, etika, and ada yang awak tak nak tahu kami belajar apa” aku jawab dengan nada tak senang. Eww..

“contoh?” ish dia ni.

“cara nak jadi pendamping terbaik” aku jawab dengan nada sebal dan dia ketawa lagi.

“hei, saya tak rasa subjek tu teruk dan awak sepatutnya belajar rajin-rajin”

“no way! Baca buku dan nota dia pun rasa nak pengsan, ada ke dalam dunia ni seorang isteri akan mandi bersama dengan suami dia, oh please” aku cakap pun rasa geli dan kali ini Kevin terus ketawa.

“you know what, you should try that”

“what?”

“think about it wife. Good night” bisiknya perlahan dan aku tahu dia sedang tersengih. Patut ke aku fikirkan pasal benda tu? Maksud aku, dah kenapa nak kena mandi bersama? Mandi je la seorang diri, bersih jugak. Pelik!

 

 

 

Aku tersedar bila dengar bunyi bising dari luar khemah dan bila aku buka mata aku sedar yang Kevin dah tak ada sebelah aku, mana dia pergi? Aku bangun dan intai dari celah khemah apa yang tengah jadi sebenarnya dan semua orang sedang bersiap. Wait, what happen?

“awak dah sedar, great. Sekarang kita kena bergerak ke kampong, perompak dah mulakan serangan” aku hanya mampu mengedipkan mata mendengar arahan daripada Kevin, nafas dia pun tak lepas lagi.

 “Amanda, cepat!” arahnya lagi bila aku masih lagi mematung melihatnya. Aku memakai perisai dan mengambil panah dan keluar untuk beratur bersama worrior lain. Mata aku menangkap Jeremy dan aku berjalan ke arahnya tetapi Kevin menghalang.

“kenapa?” soal aku padanya.

“awak row 1, so jadi back up” ujarnya dan aku sengih bila dah faham. Mana pulak row satu punya barisan ni?

“cari Lucas” ujarnya dan aku segera anggukkan kepala, sekali lagi langkah aku terhalang daripada pergi bila dia menarik lengan aku dan memeluk aku erat.

“please be safe” ujarnya dan satu ciuman singgah di dahi aku buatkan aku tersenyum senang.

“awak pun” aku senyum kepadanya dan dia anggukkan kepala.

“ingat, bila lapisan utama dah jatuh baru turun medan dan, tolong dengar cakap ketua awak” pesannya lagi dan aku angguk. Aku akan dengar cakap dia kali ni sebab aku pun dah mula rasa takut sekarang ni. Tu la, berlagak sangat aku ni kan?

Sekarang ni kena focus nak cari Lucas je, mana pulak pergi budak ni. Agaknya macam mana respon dia bila nampak muka aku terpacak depan dia eh? Terkejut mati tak?

“Amy?!” soal seseorang dari sisi aku dengan nada yang jelas terkejut, aku kaku sekejap dan cuba untuk berpaling perlahan-lahan. Tak sempat nak pandang lagi Lucas dah ada depan mata aku dengan muka bengang nak mati. Habislah.

“kau buat apa kat sini?” soalnya serius dan aku telan liur sebelum jawab soalan dia.

“Kevin tahu ok, and dia minta aku cari kau” aku sengih sikit dan dia mula bertenang dan menarik lengan aku supaya berada di dalam barisan dan dekat dengannya.

“bila kau sampai?”

“sama dengan kau la”

“kau ni memang suka buat benda tak guna otak” ok, sekarang dia bengang dan aku pun bengang sama. Berani dia cakap aku tak guna otak, habis tu otak aku buat apa je kat dalam kepala aku selama ni, bercuti.

 

 

Lucas memang tak bercakap langsung dengan aku sepanjang kami berjaga-jaga ni, dan nampaknya worrior kami memang hebat sebab, mostly musuh dah rebah. Sekarang ni tinggal nak cari mana tahu masih ada yang sembunyi ke. Aku tersenyum bila melihat Kevin dari jauh dan dia sedang memberi arahan kepada tentera lain.

“dia hebat kan?” soal Lucas kepada aku dan aku dengan senang hatinya anggukkan kepala dan teruskan pandang Kevin.

“kau dah mula suka dia eh?” soal Lucas lagi kali ini siap dengan senyum senget lagi, ada la tu yang dia fikir tu. Menyampah!

“dah selamat, kita dah boleh gerak” ujar Lucas bila dia melihat seseorang memberi symbol selamat. Aku dan dia beriringan ke kampong tersebut dan tersenyum sambil memandang Kevin, baguslah dia tak luka langsung. Aku tak tahu nak respon macam mana kalau dia luka.

“Kev…” belum sempat aku memanggilnya, aku terasa seperti ada  yang menyentap aku daripada belakang dan rasa sesuatu yang sejuk di leher aku.

“berundur! Lepaskan semua kumpulan aku, kalau tak aku bunuh lelaki ni!” apa dah jadi? Apa benda kat leher aku ni? Pisau ke? Wajah Lucas dan Kevin sama-sama terkejut dan aku mula takut bila semua worrior sedang acukan pedang kepada kami.

“cepat!” jeritnya lagi.

“ah!” aku terjerit bila hujung pisaunya membelah sikit kulit leher aku menyebabkan darah mengalir sedikit dan rasa sedikit pedih.

“berundur semua! Jatuhkan senjata!” arah Kevin resah dan semua orang hanya mendengar arahannya.

“Ke…Kevin” aku dengan rasa takut menyebut namanya dan anak matanya memandang aku risau.

“lepaskan dia!” arah Kevin keras dan matanya menatap tajam ke arah penyerang aku.

“lepaskan semua ahli kumpulan aku!” arahnya lagi dan aku cuba lepaskan pegangan dia bila dia bercakap, hasilnya dia merentap rambut aku, rambut palsu aku sebenarnya menyebabkan rambut itu tercabut dan semua orang terkejut, dia sendiri.

Bila keadaan itu menyebabkan suasana sedikit sibuk, aku menyiku perutnya sekuat mungkin sehingga dia mengundur beberapa langkah dan menarik anak panah dan menikam tepat pada pahanya menyebabkan dia rebah sepenuhya dan aku ambil ruang itu untuk menindihnya dengan lutut dan mengunci pergerakan dia sepenuhnya.

Suasana senyap dan bila aku pandang sekeliling semua mata memandang aku dengan mata yang luas dan mulut ternganga. Aku pandang bahu aku dan aku tahu apa yang mereka terkejut sangat. Rambut aku dah panjang! Hahaha habislah…

Suasana kekok itu bertambah buruk bila Kevin maju dan menarik aku ke dalam pelukan eratnya sambil Lucas memberkas orang yang tangkap aku tadi. Aku tak tahu macam mana nak respon sekarang ni dan biar je Kevin peluk aku sampai dia rasa bosan kut, kalau dia tak bosan macam mana?

Kevin dan aku berjalan rapat sambil diperhatikan oleh semua orang, dan ada yang sebut nama aku. Well, ramai yang tahu perkahwinan aku dengan Kevin tapi tak ramai tahu yang Princess Amanda ni aku sebenarnya. Mereka semua kebanyakannya tahu nama aku je dan ada jugak yang datang majlis perkahwinan kami tahu siapa aku sebenarnya.

“Harry” aku berhenti melangkah dan memandang Jeremy yang masih lagi terkejut dengan perubahan aku yang sangat luar biasa ni, alah, bukannya bertukar jadi naga ke apa pun. Hehehe.

“maaf, Princess Amanda” dia perbetulkan sendiri dan aku tergelak sedikit sebelum jatuhkan tangan Kevin di bahu aku dan maju ke arah Jeremy. Aku peluknya erat sebagai tanda terima kasih dah layan aku dengan baik kat sini.

“terima kasih untuk semuanya” ujar aku padanya dan dia tersenyum senang.

“dah agak, mana ada lelaki boleh cantik macam ni” ujarnya sambil ketawa ringan dan tangan besarnya mengusap lembut kepala aku menyebabkan aku tersengih. Dia puji aku cantik la tu! Perasannya! Hahaha.

 

 

 

 

Sebulan daripada kejadian hari tu banyak yang dah berubah, semakin ramai yang kenal aku dan ada yang respect keberanian aku, walaupun ada  yang marahkan perbuatan tak berapa nak cerdik yang aku dah buat. Ayahanda dan bonda mestilah risau yang teramat dan Father dan Mother pun dah jenuh berleter kat aku. Tak campur dengan Grand dan Pards, Hannah lagi, Aidan pun dah pandai nak berleter kat aku. Anastasia? Well, dia masih lagi macam tu cuma dah tak cari pasal dengan aku sangat. Dia banyak diam dan tak pedulikan yang aku ni wujud.

Keadaan di sekolah pun dah banyak berubah, system pembelajaran pun dah ada yang berubah, di mana semua kelas dah tak ada dikriminasi. Semua orang boleh pilih kelas mana yang mereka nak tanpa mengikut jantina dan bebas memilih waktu kelas mereka berlangsung.

Siapa kata tak ada perempuan yang nak belajar apa yang aku belajar? Ramai ok, dan kelas pun dah semakin penuh dengan pelajar perempuan. Tapi, kami masih lagi tak ada pelatih perempuan jadi terpaksalah kami belajar dengan pelatih lelaki. Tak jadi masalah pun pada kami sebenarnya.

Kalau nak tahu, aku pun dah masuk beberapa kelas yang dulunya kelas untuk perempuan dan tak ada la bosan sangat pun. Hahaha. Kami belajar buat perfume dan mandian, good right? Sebab aku boleh tahu dan cipta bauan yang aku sendiri suka. Sekarang semuanya dah tak perlu nak sorok lagi dah walaupun kadang-kadang aku rindu rambut palsu aku tu. Hurm.

“hai, fikir apa?” satu suara menyapa telinga aku dengan lembut dan pinggang aku dilikari dengan sepasang lengan yang kuat dan hangat.

“perkara yang dah berubah” jawab aku sambil tersenyum dan merapatkan belakang kepala aku ke dadanya.

“banyak yang dah berubah dan terima kasih kepada awak” ucapnya dan mencium hujung kepala aku sekilas. Aku tersengih bila dia cakap macam tu, bukannya aku bangga diri sangat, aku just suka bila dia puji aku. Why? Sebab bila seseorang yang kita sangat sayang puji kita, kita akan rasa terkesan dengan sangat mendalam. Satu pujian daripada dia tak boleh lawan sepuluh pujian daripada orang lain. Hahaha. Bunga sangat!

“awak yang cadang semua ni pada perlembagaan, terima kasih kepada awak jugak” aku balas dengan berterima kasih kepadanya dan dia tersenyum lagi.

“sekarang saya sedar, awak terlalu sempurna untuk saya” bisiknya menyebabkan aku blushing, dah kenapa nak blush? Entah, hormone aku ni dah rosak kut.

“mana ada saya sempurna, saya baran, suka buat tindakan melulu, tak fikir panjang, tak pandai, degil, dan banyak lagi benda buruk saya buat” aku mengaku dengan jujur menyebabkan dia tergelak senang, gelak la, bersetuju dengan aku la tu!

“yup! Tapi saya sukakan semuanya tentang awak, sebab saya sayangkan awak” ujarnya lagi dan kali ini aku tersenyum bahagia.

“awak pula sebaliknya daripada perangai saya, awak caring, loving, bijak, tenang. Sebab tu saya sayangkan awak” balas aku balik dan dia memegang bahu aku dan buat aku memandang ke matanya.

“awak separuh dari saya dan saya separuh dari awak, then kita akan sempurna”

“ya, walaupun saya rasa saya ni banyak kekurangan, saya tetap nak cuba untuk sempurnakan kita”

“ya, kita sama-sama usaha, sempurnakan cinta kita”

“sempurnakan cinta kita, saya suka ayat tu” ujar aku padanya dan dia mencium dahi aku lama.

“jom, sempurnakan cinta kita” ajaknya dengan senyuman semacam je pelik malam ni.

“ha?” aku tanya dengan muka blur habis.

“kalau saya ada awak, awak ada saya, kita mesti ada someone” ujarnya lagi dan aku bertambah pelik, kedutan di dahi aku ni memang tak boleh nak rawat buat masa sekarang.

“someone?” soal aku padanya.

“kids!” jawabnya ceria dan berlari turun dari atap rumah kami yang dia bina dengan hasil titik peluhnya sendiri. Aku tergelak bila melihat dia dah hilang dari pandangan mata aku sekejap je. Hurm, really? Boleh sempurnakan cinta kami dengan ada someone? Fikir macam ni pun boleh buat aku blushing gila. Tapi, why not? Hahaha…

 

#hah! Tq 4 those yg baca ni smpai habis. . . Ni semua fantasi sya. . Seriusly mmg berangan je mse tlis crita ni. . Smpai mom pun heran tgok. . . Hahaha. . Bye!