Monday 20 July 2015

Cerpen : Boss aku, Garang Gila!!! (2)


*haiiyyyaakkkk... dah sambung pun. Enjoy la yer. Sorry banyak mistakes. Huhuhu. Komenlah kalau nak...


Nia Aqasha termenung ke luar jendela menikmati angin malam yang menyegarkan segenap saraf dalam badannya. Atas nasihat doktor dia dan Daniel Arash bercuti untuk menghilangkan tekanan. Usia perkahwinan mereka sudah menjangkau dua tahum tapi mereka masih lagi belum dikurniakan zuriat. Walaupun Daniel selalu mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan Nia tetap juga merasa risau. Seorang isteri hanya boleh memiliki seorang suami, tapi seorang suami? Boleh memiliki empat orang isteri pada masa yang sama. Dia takut akan status dirinya sekarang, tiada apa yang Nia boleh lakukan seandainya Daniel menduakannya. Daniel seorang lelaki yang berkemampuan.
“apa yang sayang abang tengah menungkan sekarang ni? “ Daniel memeluk isterinya dari belakang setelah selesai mandi. Nia menggeliat kegelian bila tangan suaminya berada di pinggangnya. Nia memalingkan badannya dan memandang Daniel yang hanya bertuala. Nia gelengkan kepalanya dengan perangai kurang senonoh Daniel yang masih belum mengenakan sebarang pakaian.
“kenapa abang tak pakai baju?” soal Nia semula dan mengukirkan senyuman manis. Daniel turut sama tersenyum dan merapatkan badannya pada Nia. Nia dah mula berkerut dengan aksi Daniel yang mengada sangat tu.
“abang tak nak pakai baju” Daniel beri jawapan dan teruskan mengorak langkah mendekati Nia. Nia menahan badan Daniel yang semakin mendekat dan menolak sedikit dada bidang itu. Nia jauhkan diri sedikit dan ambilkan pakaian untuk Daniel.
“abang tak nak pakai baju” protes Daniel pula dan Nia tergelak kecil dengan perangai tak matang suaminya.
“malam ni hujan lebat, mesti sejuk. Kalau abang demam macam mana?” soal Nia sepertinya memujuk dan Daniel buat tak endah.
“abang nak Nia pakaikan ke?” soal Nia sambil melirik manja pada Daniel. Daniel tersenyum dan dia mendapatkan Nia semula. Nia menyarungkan baju pada badan Daniel dan Daniel tersenyum bahagia. Wajah mulus Nia dia perhatikan lama dan setiap kali dia memandang wajah itu setiap kali itu juga dia akan jatuh cinta. Jatuh cinta bertubi-tubi la boleh katakan.
“sayang ni selalu buat abang jatuh cinta!” ucap Daniel ikhlas dan memeluk erat Nia. Nia tergelak kecil dan dia membalas pelukan mesra itu.
“abang nak Nia yakin satu hal ni dengan abang” Daniel bersuara serius. Walaupun dah jadi suami yang sweeet sifat serius, tegas, dan agak garang masih ada dalam diri Daniel.
“Nia selalu yakin dengan abang. Apa lagi yang nak diyakinkan ni?”
“no matter how dificult the challenge that we need to face, I will always love you” ikhlas sekali ungkapan cinta itu meniti di bibir Daniel. Nia tersenyum manis dan dia mencium hujung hidung mancung suaminya.
“abang tahu apa yang Nia fikirkan. Abang takkan kawin dengan mana-mana perempuan lain. Dia secantik bidadari, dia sebaik malaikat atau dia apa sekalipun, isteri abang hanya seorang je. Nia Aqasha”luah Daniel lagi dan Daniel tahu Nia memang selalu sangat mengalirkan air mata setiap kali dia mengucapkan sesuatu yang menyentuh perasaan.
“walaupun Nia tak dapat berikan abang zuriat?” soal Nia risau dan air matanya dibiarkan mengalir.
“no matter what. Nia jangan risau soal zuriat, kita merancang Allah menentukan. As long as kita berusaha!” Daniel berkata yakin dan dia mengenyitkan matanya. Nia dah buat muka geram bila Daniel dah masuk mode gatal miang dan nakal dia.
“Nia risau tak mampu nak jadi isteri sempurna pada abang” Nia bersuara lemah dan Daniel terus mencium pipi Nia berkali kali. Memang sengaja tak nak bagi Nia buka mulut tentang hal itu.
“abang! Nia tak habis cakap lagi ni”
“tak habis lagi? Abang dah mengantuk la sayang. Jom tidur” Daniel terus merebahkan badannya dan Nia diatas katil. Nia tergelak lagi bila Daniel langsung tak nak bagi peluang dia bercakap. Dia buat ayat jiwang sedih tak apa tapi Nia tak boleh pulak.
“abang,dengar la Nia nak cakap ni” paksa Nia dan buat muka merajuk. Daniel mengalah dan letakkan kepalanya di atas perut Nia yang sedang terbaring. Jemari runcing Nia bermain manja dengan rambut Daniel.
“cakaplah, kalau nak sedih-sedih abang tidur je terus” Nia memukul lembut bahu Daniel yang sengaja cakap macam tu.
“kita dah cuba macam-macam cara tapi tak berkesan, Nia tahu mungkin belum rezeki kita tapi Nia nak terima rawatan yang kawan Nia suggest tu. Boleh tak?” pinta Nia memujuk.
“bukan abang  tak nak bagi, tapi rawatan tu luar negara. Abang tak nak jauh dengan Nia. Kalau setakat sehari dua abang boleh consider lagi, tapi , makan bulan lamanya. I cant” jawapan yang sama lagi diberi oleh Daniel. Nia mengeluh dan melarikan jemarinya dari atas kepala Daniel. merajuk!.
“dah tiga doktor pakar kita pergi, they said we are fine and in a good health. We can have babies without any problems. We still don’t get one maybe because Allah knows that we are not fully prepared yet.”
“but I’m afraid about our future.”
“sayang, listen here. Married couple that have many kids still cant be happy. We are happy and we love each other so much. What else?” Daniel kembali serius dan wajahnya mula tegang. Nia bangun dari baring dan berdiri di sebelah Daniel yang sedang menahan marah. Nia tahu dia terlalu memaksa diri untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang zuriat untuk dihadiahkan kepada Daniel. Nia memeluk tubuh tegap itu dari belakang dan merapatkan wajahnya pada belakang badan Daniel. Daniel terasa hangat hembusan nafas isterinya dan rasa marahnya mula mengendur. Satu keluhan berat dilepaskan dan dia rasa lega sedikit.
“I’m sorry. Anggap je Nia tak pernah cakap macam tu ok? Sekarang kita ikut je apa kata Dr. Akma. Have a good holiday without stress” Nia memujuk Daniel lagi dan dia menciut pinggang Daniel lembut. Daniel tergelak kerana kegelian dan dia memeluk erat Nia sehingga Nia terkunci sepenuhnya dalam pelukan dia. Nia tersenyum bila dia berjaya buatkan Daniel dah tak marah lagi.
“janji jangan cakap lagi tentang hal ni. Bila dah ada rezeki kita nanti ada la. Ok?”
“iya cik abangku sayang”
“yes! Jom tidur” ajak Daniel lagi dan Nia tersengih. Nia mengangguk dan biarkan Daniel mengangkatnya ke katil.

Nia dan Daniel yang baru sahaja pulang bercuti tersenyum mesra kerana gembira. Dah banyak kali mereka bercuti bersama tapi masih juga tak membuahkan hasil. Pelbagai cara telah dicuba tetap juga jalan buntu tapi Daniel gembira kerana dia masih lagi bersama dengan Nia.
“dah balik dah pengantin baru ni” Dania menegur pasangan yang baru sahaj masuk ke dalam rumah dengan bahagia itu. Nia memeluk bahu adik iparnya dan meninggalkan Daniel seorang diri membawa masuk bagasi ke dalam rumah. Dania dan Nia ke dapur untuk berjumpa dengan Datin Maria.
“bila sampai?” soal datin dan membalas huluran tangan Nia.
“baru je ma.” Jawab Nia pula dan berikan senyuman manisnya seperti biasa.
“sayang, abang nak mandi” maklum Daniel bila bersalaman dengan mamanya. Nia mengangguk dan tinggalkan ruangan dapur. Dia faham sangat yang Daniel ni setiap kali nak mandi Nia perlu sediakan pakaian dia di luar terlebih dahulu. Daniel membuntuti langkah Nia dan dia sengaja mencuit bahu Nia beberapa kali. Memang dia sangat suka mengusik Nia sehingga Nia naik geram.
“abang nak Nia marah ke?” soal Nia mengugut tapi Daniel tayang muka selamba. Nia mencubit perut suaminya lembut dan Daniel terus ketawa. Sekarang perangai garang Daniel dah berpindah sedikit pada Nia.
“esok kena kerja dah” Daniel mengeluh dan masuk ke dalam bilik. Nia menghulurkan tuala kepada Daniel dan keluarkan baju dari bagasi. Daniel tak masuk ke dalam bilik air tapi dia bersila pulak di sebelah Nia. Nia tak pedulikan Daniel yang sedang bersila disebelahnya. Dia teruskan kerja dan mengasingkan pakaian yang dah kotor untuk dibasuh.
“sayang, esok kita ada appointment dengan Dr. Akma lagi” maklum Daniel dan Nia tersenyum mengangguk.
“sayang ni betul-betul marah ke? Abang gurau je tadi” pelik betul Daniel bila Nia tak nak membuka mulut untuk bercakap.
“mana ada marah. Nia terfikir sesuatu”
“apa?”
“Nia nak ambil anak angkat la abang” ujar Nia dan memandang Daniel dengan harapan Daniel akan setuju. Daniel mengeluh lagi bila Nia bangkitkan soal anak. Dia bukan tak nak ambil anak angkat tapi dia tak nak Nia buat semua itu untuk mendapatkan anak. Dia tak nak Nia terlalu memikirkan soal zuriat. Tak ada sesiapa yang memaksa mereka untuk berikan zuriat pun. Nia terlalu banyak berfikir dan risau akan sesuatu yang menakutkan.
“abang mengeluh lagi, nak naik angin la tu” Nia bersuara sedikit perlahan kerana dia dah mula rasa takut sedikit. Daniel memang pantang betul kalau Nia cakap soal anak angkat.
“you promised me, I don’t want you talk about this anymore” Daniel terus masuk ke dalam bilik air dan perasaannya dah berubah panas bila Nia masih lagi bercakap hal yang sama. Nia melepaskan keluhan dan dia memeluk lututnya dan mengalirkan air mata. Dia sedih kerana tiada apa yang dia boleh buat untuk mendapatkan seorang zuriat.
Daniel mengeluh lagi dan dia bersandar pada dinding di dalam bilik air. Daniel meraup mukanya dan membasuh mukanya dengan air pula. Tiada masalah lain yang menyebabkan mereka bergaduh kecuali soal anak. Nia terlalu memaksa dirinya. Daniel mandi dan dia mengambil wudhuk untuk tenangkan fikirannya. Bila dia keluar dari bilik air Nia masih lagi menangis. Perasaan bersalahnya mula muncul setiap kali dia memarahi Nia. Air mata Nia begitu mudah untuk mengalir.
“pergi mandi dan ambil wudhuk” Daniel bersuara serius dan dia menghulurkan tuala pada Nia. Nia angkat muka memandang Daniel yang sedang merenungnya tajam. Nia ambil tuala itu dan dia masuk ke dalam bilik air. Nia membersihkan diri dan berwudhuk setelah itu dia keluar dan memandang Daniel yang sudah bersedia untuk solat asar. Nia mengenakan pakaian dan bersedia untuk solat.
Mereka berjemaah dan Nia rasa hatinya sedikit tenang sekarang ni. Nia menadah tangan berdoa pada yang maha kuasa. Setiap bait doa yang Daniel pinta menyentuh hati Nia.
“abang” Nia menghulurkan tangan untuk bersalam dan Daniel menghulurkan tangannya. Daniel menyentuh kepala Nia bila Nia mencium tangannya.
“Nia minta maaf” pinta Nia sebak.
“rezeki ni semua urusan Allah. Nia, abang penat tau nak terangkan pada Nia soal zuriat ni. Abang rela tunggu seratus tahun sekalipun untuk dapat zuriat dari rahim sayang. With or without kids, you will always be my love. Abang dah penat nak tengok Nia terlalu fikirkan semua ni.” Luah Daniel serius dan Nia mengangguk faham. Sudah kali ke berapa mereka asyik bahaskan soal yang sama.
“jangan minta maaf kalau Nia akan buat lagi perkara yang sama” ujar Daniel lagi dan Nia angguk faham. Kali ini Daniel serius mati dengan kata-katanya.
“last, Nia minta maaf ok?” pinta Nia dengan wajah innocentnya. Daniel tergelak sikit dan dia mengangguk lalu mencium dahi Nia. Nia tersenyum simpul dan mengenggam tangan Daniel erat.
“abang penat la, nak Nia urut” Daniel bersuara manja dan Nia angguk faham. Nia meminta Daniel menunggu di katil dan dia kemaskan tempat mereka solat. Nia naik ke katil dan tanganya menyentuh belakang badan Daniel yang sudah bersedia untuk diurut.

Nia senyum bila berbual dengan rakan sepejabatnya, atau lebih mesra Nia panggil keluarga besarnya. Daniel muncul di pantry dan Nia serta yang lain dah diam tak berkutik. Semua orang menala mata memandang Daniel yang sedang mengambil mug. Daniel senyum ringkas dan meletakkan semula mug di tempatnya. Daniel mendekati Nia dan mengambil mug di tangan Nia dan meneguknya.
“saya masuk je semua freeze?” soal Daniel dan semua orang mula ukirkan senyuman tak ikhlas.
“kami sambung kerja dulu boss” semua orang cepat-cepat keluar dari pantry. Nia tergelak kecil dengan tingkah semua orang. Walaupun Daniel selalu senyum sekarang mereka tetap rasa takut dengan Daniel. Daniel memandang Nia dengan pandangan menggoda dan merapatkan diri pada Nia. Nia mula kalut sendiri dan dia mencari jalan untuk keluar. Baru sahaja Nia melangkah tangannya ditarik sehingga dia terdorong ke dalam pelukan mesra Daniel. Daniel tersenyum puas bila melihat Nia mula segan.
“apa boss ni?” soal Nia dan menolak sedikit dada Daniel.
“boss?” soal Daniel dengan berbisik di telinga Nia. Nia menangguk dan berikan senyuman pada Daniel. Daniel mencium pipi Nia sekilas dan Nia terkejut.
“ish, apa ni?” soal Nia geram dan menyentuh pipinya yang sudah rasa panas.
“a simple kiss. Now, kiss me” pinta Daniel pula dan Nia membulatkan matanya.
“cepatlah” paksanya pula dan Nia menggelengkan kepalanya menolak.
“just a simple kiss” pinta Daniel lagi dan Nia tetap menggelengkan kepalanya.
“cepat. Nanti abang mintak heavy kiss” Daniel mengugut pula dan bibirnya singgah dihujung hidung Nia. Nia berkerut dan pandang belakang sekilas. Line clear. Nia menjongket sedikit dan pipi Daniel dicium laju. Daniel tergelak kecil bila Nia terpaksa buat apa yang dia suruh.
“thanks!” ucap Daniel ceria dan berjalan keluar setelah sekali lagi ciuman ringkas singgah di pipi Nia. Nia menggelengkan kepalanya dan ikut sama keluar dari pantry dengan senyuman melebar.

Nia dan Dania sama-sama menolong di laman rumah. Menolong mama mereka berkebun. Dapat jugalah mereka keluarkan peluh hujung minggu macam ni. Nia tergelak bila Dania lari tak cukup tanah bila terjumpa cacing. Nia pun takut juga tapi tak adalah seteruk Dania, boleh dikatakan dia lebih berani. Datin tergelak bila melihat anak daranya melarikan diri seperti dikejar sesuatu. Dah la menjerit bagai nak rak.
Nia ketawa bersama dengan datin melihat telatah Dania. Saat itu juga Daniel dan Danny balik dari gym. Mereka pelik bila Dania berdiri tegak di atas kerusi.
“kenapa tu?” soal Danny sambil duduk di sebelah mamanya.
“cacing” jawab datin sepatah.
“mana? Mana? Mana?” soal Danny kalut dan melarikan diri dengan segera. Nia bertambah pelik dan dia rasa kali ini double kelakar. Daniel ikut sama pelik bila Danny sama-sama berdiri di atas kerusi.
“nak jadi tugu Negara ke?” soal Daniel bila mendekati Nia dan pipi Nia dicium ringkas. Nia pulak yang geram dengan sikap selamba badak suaminya.
“abang, ada cacing!” jerit Danny dan Dania serentak. Saat itu juga riak Daniel bertukar dan tanpa banyak suara dia berlari dan melompat ke atas meja di laman. Nia kali ini dapat triple shock sebelum dia ketawa sampai rasa nak pengsan. Nak putus urat perutnya bila melihat kejadian yang tak disangka itu. Tawanya bertambah dengan datin, tak sangka tiga beradik itu takutkan cacing yang dah sah kecil dan tinggal dalam tanah. Merah muka Nia sebab gelak banyak sangat. Mulalah tiga beradik tu protes bila mereka dijadikan bahan ketawa Nia dan datin.
“Nia, better you stop laughing” Daniel berkata tegas dan Nia menekan perutnya.
“kalau tak nak?” soal Nia balik.
“ada la nanti” jawab Daniel mengugut pula dan dia turun dari atas meja ke kerusi. Nia masih juga belum berhasrat nak berhenti ketawa dan Daniel turun semula ke tanah. Nia mengambil seekor cacing dengan tangannya dan menayangkan pada Daniel. Langkah Daniel terus terhenti dan dia mengundur beberapa langkah ke belakang.
“sayang, letak balik makhluk Allah tu!” arah Daniel tegas sebab dah tak tahan sangat. Danny dan Dania dah menjerit. Datin buat tak peduli dan biarkan anak menantunya bergurau senda. Nia bangun sambil membawa cacing itu dan Daniel terus lari naik semula ke meja. Nia bertambah seronok dan mendekati meja itu. Bertempiaran lari mereka tiga beradik. Nia ketawa riuh dan membuang cacing itu ke tanah. Nia menahan sakit perutnya bila semua orang dah masuk ke dalam rumah. Nia mendapatkan datin dan memeluk bahu datin erat sambil ketawa.
“kesian mereka” ujar datin sambil ketawa kecil.
“saja je ma, penakut betul Daniel tu” jawab Nia tak sangka.
“garang je lebih, penakut tak ingat” jawab datin lagi dan Nia terus ketawa. Nia menolong datin untuk memindahkan pasu.
Pada masa yang sama Daniel sedang melihatnya dari beranda atas. Daniel menggelengkan kepala dengan kenakalan isterinya kali ini. Daniel memutuskan untuk turun semula ke laman bila datin dah masuk ke dalam rumah. Hanya Nia yang masih lagi berada di laman. Daniel menapak perlahan-lahan supaya dia tak mengejutkan Nia. Sebaik dia berdiri di belakang Nia terus dia memeluk Nia erat.
“abang!” terjerit Nia sebab terkejut. Daniel tersengih bila melihat wajah cuak Nia.
“sayang tak patut buat macam tu” ujar Daniel seperti memberi nasihat dan Nia anggukan kepala serta teruskan  kerjanya. Daniel menghentikan tangan Nia daripada menanam pokok dan palingkan badan Nia supaya memandangnya. Nia dengan muka selamba habis merenung ke dalam mata Daniel.
“sayang ni, jangan usik abang  lagi ok?” pinta Daniel dan Nia tergelak pula. Kemudian Nia menganggukkan kepalanya dua kali.
“abang serius ni” ujar Daniel lagi dan Nia lagi sekali mengangguk faham. Daniel bila dia cakap dia tak suka baik dengar je sebelum dia naik angin tak tentu pasal.
“Nia nak keluar sekejap boleh?” soal Nia meminta izin.
“nak ke mana?” soal Daniel balik.
“dating.” Jawab Nia yakin dan tersenyum. Daniel mengerutkan dahinya dan rasa naik angin tiba-tiba je.
“sayang,abang tak salah dengar?”
“taklah, Nia nak keluar beli barang sikit. Abang nak ikut ke?” soal Nia sambil tersenyum.
“Nia nak keluar seorang ke?”
“sorang je.”
“ok. Abang ikut. Sayang nak beli apa?”
“nak beli personal item.”
“apa tu?”
“adalah. Pergi la naik mandi”
“jom mandi sama-sama la, nak?” soal Daniel dengan kening terangkat. Nia tergelak kecil dan menggelengkan kepala.
“why?” soal Daniel tak berpuas hati dengan penolakan Nia.
“adalah. Pergi mandi cepat,nanti Nia pergi sorang” ugut Nia pula.
“jom la, sayang” Daniel menarik tangan Nia supaya mengikutnya masuk. Nia ikutkan sahaja kehendak Daniel dan masuk ke dalam bilik. Nia ambilkan tuala dan berikan kepada Daniel tapi Daniel belum juga masuk ke dalam bilik air. Sah! Memang nak Nia masuk bersama dia. Nia tolak bdan Daniel masuk ke dalam bilik air kemudian Nia keluar dari bilik mereka.
Nia turun ke dapur untuk minum air dan dia termenung di meja makan. Datin yang baru sahaja selesai bersihkan diri ke dapur untuk masakkan lunch.
“jauh termenung” tegur datin dan Nia segera ukirkan senyuman.
“mama, Nia nak tanya sikit” ujar Nia. Datin mengambil tempat dihadapan Nia untuk berbual seketika.
“apa dia sayang?” soal datin lembut.
“mama tak kisah Nia belum lagi beri cucu dalam keluarga ni?” soal Nia lirih. Datin ukirkan senyuman dan menyentuh tangan Nia.
“pernah tak masa kawin dulu mama minta semua tu? Mama hanya minta Nia jaga Daniel baik-baik kan?”
“tapi, Nia takut…”
“Nia, jangan fikirkan soal itu lagi. Baru je dua tahun kawin. Mama dulu, dalam empat tahun kawin barulah dapat Daniel tu. No worries sayang” datin cuba tenangkan Nia.
“Nia sebatang kara je ma, keluarga ni la satu-satunya keluarga yang Nia ada”
“no matter what, you will always be our family. Nia baik jangan ungkit lagi hal ni. Daniel dah pesan banyak kali kan? Nanti dia naik angin” pesan datin lagi dan Nia mengangguk faham.
“sayang, pergilah naik mandi. Cakap nak keluar” Daniel yang tiba-tiba muncul di dapur buatkan perbualan itu terhenti di situ sahaja.
“ya. Mama, Nia naik dulu” Nia minta diri dan aturkan kaki ke biliknya.
Daniel ambil tempat duduk Nia dan memegang tangan mamanya.
“Nia terlalu fikirkan hal anak ma, Daniel takut dia stress” Daniel meluahkan rasa risaunya pada Nia. Datin mengangguk faham dan mengusap lembut bahu Daniel.
“itulah perempuan”
“Daniel tak pernah pun bersungut soal anak”
“biasalah tu, Nia cuma takut. Itu je”
“nak takut apa ma? I will always love her.”
“I know. Tapi mama tak nafikan yang mama juga rasa perkara yang sama dengan Nia sebelum melahirkan Niel dulu”
“ya ke? What can I do to comfort her?”
“just stay by her side” pesan Datin lagi dan Daniel angguk faham. Dalam hatinya dah kehabisan idea untuk buatkan Nia berhenti fikir soal anak.

Nia sepertinya mencari sesuatu tetapi dia tak mengambil apa-apa dari atas rak buat masa kini. Daniel pula setia memimpin tangan Nia sejak tadi.
“sayang nak beli apa?” soal Daniel bila dah kali kedua mereka lalu tempat sama. Nia buat muka segan dan dia pandang Daniel.
“boleh tak kalau abang tunggu Nia kat luar je?” soal Nia meminta dengan harapan.
“no! abang nak stay” ujar Daniel berkeras.
“tapi Nia segan la nak beli depan abang”
“nak segan apa? Sayang ni” Daniel tetap berkeras untuk stay.
“Nia tak peduli kalau abang malu nanti” Nia bersuara pula dan Daniel buat tak dengar je. Nia mengambil beberapa paket tuala wanita yang dia perlukan buat masa kini. Daniel tergelak kecil melihat rona wajah isterinya bertukar merah bila mengambil benda itu.
“sayang malu nak beli benda ni? Abang boleh tolong belikan untuk sayang la” ujar Daniel pula dan Nia rasa bahang mukanya semakin kuat. Nia memukul lembut lengan Daniel.
“meh abang bawa” Daniel mengambil bakul dari tangan Nia dan membimbitnya. Nia pula rasa Daniel ni dah terover tak malu betul.
“abang tak segan?” soal Nia.
“apa yang nak segan? Nak beli apa lagi?” soal Daniel lagi.
“ni la personal item ya?” soal Daniel mengusik dan Nia tersenyum malu. Daniel ke kaunter bayaran. Nia hanya memerhati Daniel buat bayaran dari sisi dan pada masa yang sama ada seorang lelaki melanggar Nia secara tidak sengaja sehingga Nia jatuh terduduk.
Daniel yang terkejut mula rasa darahnya naik bila Nia terjatuh di atas lantai. Lelaki yang melanggar Nia meminta maaf beberapa kali dan cuba untuk membantu Nia bangun tetapi dihalang Daniel kasar. Daniel menolong Nia bangun dan memandang lelaki itu tajam. Nia menyentuh tangan Daniel dengan harapan Daniel akan bertenang.
“maafkan saya puan”
“apa?” soal Daniel bengang.
“it’s ok. I’m fine. Abang, Nia ok” Nia pandang Daniel dan Daniel melepasakan keluhan berat. Dia tak suka bila Nia memaafkan orang macam tu sahaja.
“encik ok?” soal Nia semula dengan ramah.
“saya ok. Maafkan saya sekali lagi.” Pinta lelaki itu bersungguh. Nia senyum dan menangguk. Daniel segera menarik tangan Nia untuk beredar dari situ setelah bayaran selesai dibuat. Nia tahu yang Daniel takkan senyapkan diri macam tu sahaja. Pintu kereta dibuka kepada Nia dan Nia segera masuk tabpa banyak soal.

Sepanjang perjalanan jelas raut wajah Daniel tegang sekali. Nia menjeling Daniel yang langsung tidak membuka mulut sejak tadi. Nia menyentuh tangan Daniel yang melekap kemas di stereng kereta dengan lembut. Daniel lepaskan sekali lagi keluhan dan mengendurkan sedikit tangannya. Nia tersenyum dan mencium tangan Daniel lama.
“terima kasih sebab nak pertahankan Nia” ucap Nia ikhlas dan Daniel memandang wajah mulus Nia yang sedang tersenyum padanya.
“are you hurt?” soal Daniel khuatir.
“I’m totally fine.”
“that man should be more careful”
“love, that was an accident. No one can avoid it”
“says who? We should be more careful, then there is no accident can happen”
“love, anything can happen. Abang ni macam budak-budak”
“what? I’m trying to defence you”
“I know, but, memaafkan orang perbuatan yang mulia”
“fine! You win.”
“yes. Can you imagine, kalau kita yang langgar orang sampai jatuh. Kita mesti nak kata maaf dari mereka jugak kan?”
“yes my love.”
“hurm, Nia suka abang dari sudut ini” ujar Nia sambil tersenyum manis.
“why?” soal Daniel tiba-tiba teruja pula.
“bila abang mengalah dengan Nia dan kebenaran” jawab Nia sambil tersengih dan Daniel mencuit hidung Nia.
‘aku tak dapat nak marah setiap kali dia ada ya Allah’ dalam hatinya Daniel bersuara penuh kesyukuran.

Daniel dan Nia berhenti disebuah restoren untuk makan tengahari sebelum balik ke rumah. Nia memesan nasi ayam begitu juga dengan Daniel. Mereka makan sambil berbual tentang beberapa perkara.
“abang, Nia rasa macam nak minum air kelapa muda la” Nia secara tak sengaja meluahkan hasratnya dan Daniel memandang Nia.
“sure, abang belikan”
“ok. Thanks”
“tunggu sini ok” Daniel bangun daru tempat duduknya dan tanpa disengajakan Daniel terlanggar dulang makanan seorang pelanggan sehingga makanannya tumpah ke atas lantai. Nia dah cuak bila kejadian itu berlaku.
“I’m sorry! I’m really sorry” pinta Daniel bersungguh dan pelanggan itu tersenyum serta menganggukkan kepalanya. Nia tersenyum ringkas dan bangun dari duduk serta ke kaunter untuk memesan satu set nasi ayam lagi.
“saya betul-betul minta maaf puan. Saya gantikan” ujar Daniel.
“maafkan suami saya puan, kami gantikan ya” Nia hulurkan dulang makanan pada pelanggan itu dan mereka berdua kembali duduk setelah semuanya selesai. Nia menopang dagu memandang Daniel yang kesal dengan tindakannya.
“love, you should be more careful” tegur Nia tanpa riak di wajah.
“that was an accident” jawab Daniel pula.
“if you be more careful, it might not happen” balas Nia pula.
“abang dah minta maaf ok. Abang tak sengaja” jawab Daniel tak puas hati bila Nia salahkan dirinya.
“nasib baik dia maafkan” luah Daniel lagi dan Nia tersenyum bahagia.
“wait, are you…” Daniel sedar akan sesuatu bila melihat senyuman meleret isterinya.
“you got me!” Nia tergelak bila Daniel sedar akan semuanya.
“abang ada niat ke nak langgar puan tu tadi? Tak ada kan? That’s why la dalam life kita ni perlu ada minta maaf dan memaafkan. Can you imagine if she doesn’t want to forgive you”
“ok sayang. Abang dah sedar.  Sayang ni”
“by the way, I like you”
“apa lagi?”
“suami Nia ni nampak comel bila rasa bersalah” usik Nia dan ketawa kecil. Daniel dah tunjukkan muka tegangnya dan Nia menutup mulutnya dengan tangan untuk berhenti ketawa.
“abang, merajuk ke?” soal Nia.
“tak ada la. Just wondering what should I do if you are not here” Nia tersenyum bila Daniel cakap ayat sweet macam tu.
“I love you too, Daniel” jawab Nia selamba dan Daniel tergelak kecil.

Suasana di pejabat kembali sibuk setelah berakhir hujung minggu dan orang yang paling sibuk semestinya Nia. Suka betul dia ke hulu ke hilir tanpa buat apa-apa. Daniel yang sedang memerhatikan Nia tergelak kecil melihat isterinya yang sentiasa aktif tanpa mengira apa-apa keadaan. Daniel menekan interkom dan meminta Nia masuk ke dalam biliknya dengan segera. Nia mengambil buku catatan dan masuk setelah mendapat  arahan daripada Daniel. Dengan senyuman mesra Nia memandang Daniel.
“Nia lambat sangat sayang, dah lama abang tunggu” ujar Daniel bila Nia mengambil masa untuk masuk ke dalam biliknya. Mahu tak ambil masa kalau tuan punya badan tu suka bergerak ke sana ke mari.
“ada apa boss panggil saya?” soal Nia formal dan tak pedulikan apa yang Daniel cakap tadi.
“dah start dah skema dia” ujar Daniel pula.
“kalau boss tak ada apa nak cakap saya keluar dulu la” Nia pula malas nak layan perangai mengada Daniel ni.
“abang sakit la sayang” Daniel bersuara lemah dan membuat wajah kesian. Nia mula rasa susah hati dan mendekati Daniel. Nia menyentuh bahu Daniel dan menyentuh pula dahi Daniel.
“abang sakit apa? Sakit kat mana?” soal Nia risau.
“kat sini” Daniel menyentuh dadanya dan Nia bertambah risau. Nia memegang tangan Daniel dan menarik Daniel.
“kita pergi klinik” ajak Nia dan Daniel tergelak kecil.
“tak nak. Abang nak Nia temankan abang kat sini” pinta Daniel manja dan Nia terus mengangguk tanpa membantah. Senyuman bahagia mula terbit di bibir Daniel.
“sayang duk sini, abang siapkan kerja jap” Daniel menyuruh Nia duduk di atas ribaanya sementara dia buat kerja. Nia rasa pelik tapi dia tak membantah apa yang Daniel minta.
“abang!” Danny yang entah muncul dari mana terus serbu masuk ke bilik Daniel. Lagi sekali bila Nia dan Daniel tertangkap oleh Danny.
“aish! Tak habis drama kat rumah, kat ofis pun jadi ya” Danny merungut malas dan masuk ke dalam bilik itu tanpa pedulikan renungan tajam Daniel. Nia turun dari ribaan Daniel dan memandang Danny dengan rasa malu menggunung.
“angah, lagi sekali kau ceroboh bilik abang macam tu, abang buang kau kerja” ugut Daniel dan Danny terus tergelak. Nia pun rasa nak tergelak dengan amaran keras Daniel.
“relax la bro, kalau abang dengar berita gembira ngah ni, confirm cancel nak pecat ngah”
“apa dia?” soal Daniel malas.
“angah dah berjaya dapatkan kontrak Pulau Pinang tu! Congrats me!” ceria sungguh suara Danny memaklumkan berita gembira itu. Daniel tersenyum dan berikan simbol like pada Danny.
“tahniah angah, nanti bolehlah angah belanja akak makan” Nia juga turut sama rasa gembira.
“untuk akak, everything!” jawab Danny selamba.
“pergi belanja awek kau, tak payah nak belanja wife abang”
“kedekut tak ingat. Tak apa kak, kita ajak semua orang kecuali abang” cadang Danny pula.
“cun!” Nia bersetuju dan berjalan keluar bersama Danny. Daniel pulak yang termangu bila dia dilayan macam tu. Daniel akhirnya tersenyum bila melayan kerenah adiknya dan isterinya.

“Nia!” panggil Aisya dan Nia segera mendapatkan Aisya.
“ya?”
“pelajar praktikal dah sampai. Mereka ada dalam bilik mesyuarat”
“ok! Jom kita jumpa dorang dulu, boss ada kerja sikit” Nia dengan teruja menarik tangan Aisya ke bilik mesyuarat.
“hai!” dengan ceria Nia menyapa empat orang pelajar yang bakal praktikal di syarikat itu. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan.
“saya Nia, boleh panggil Kak Nia je” maklum Nia ceria.
“mana boss syarikat ni?” soal seorang pelajar perempuan dengan suara sinis. Nia pandang Aisya dan Aisya hanya buat muka menyampah pada perempuan itu.
“I’m here” Daniel masuk dengan penuh karisma dan duduk di kerusinya. Semua mata memandang Daniel dengan kagum.
“abang, thanks tau terima I buat praktikal kat sini” perempuan yang berlagak tadi bersuara manja. Semua orang terkejut bila dia panggil Daniel macam tu.
“saya tak perlu cakap banyak, terima kasih memohon syarikat kami dan welcome here! Just do your job well. That’s all” Daniel keluar dengan segera setelah memberi kata-kata aluan la kut. Ringkas semacam je.
“I will show your place” ujar Nia sopan dan meminta pelajar itu ikut dia.
“siapa minah senget tu Nia?” soal Aisya jelik dengan perangai mengada perempuan tadi.
“entah, tak tahu la Nia.” Nia keluar dan menunjukkan meja kepada empat pelajar itu.
“eh,mana seorang lagi?” soal Nia pelik bila minah diva tu dah tak ada kat sini.
“oh, dia cakap nak jumpa abang sepupu dia. Boss kat sini” ujar seorang perempuan.
“ya ke? Nama apa?” soal Nia ramah.
“saya Aina”
“saya Farid”
“saya Zahim”
“ok, well, akak rasa seronok sangat jumpa korang semua. Satu nasihat, jangan bagi boss naik angin. Tu je” pesan Nia dan tinggalkan mereka bertiga.

Nia bercadang nak bertanya soal minah diva tu tapi dia takut pulak.
“dia sepupu abang, masa kawin dulu dia tak ada” jawab Daniel terus bila Nia asyik memandangnya sejak tadi. Nia tersengih bila Daniel berjaya baca air muka dia.
“nama apa?”
“Dina”
“ok”
“sayang, kalau boleh jauhkan dia dari abang. Meluat” maklum Daniel secara langsung dan Nia ketawa sakan. Tak sangka yang Daniel juga rasa hal yang sama dengan orang lain.
“abang serius ni” ujar Daniel pula.
“ya. Nanti Nia belikan tape dilarang melintas ok?” Nia teruskan ketawa dan Daniel tergelak juga.
“macam mana abang boleh terambil dia punya resume? Pelik”
“mana la Nia tahu. Sebab dia cantik kut” tebak Nia pula dan Daniel terus pandang Nia tajam.
“macam tu cantik? Seram” maklum Daniel pula.
“abang ni, elok sangat la tu”
“dah la cakap pasal dia. Sayang masih cuti peristiwa lagi ke?” soal Daniel mengalih topik dan Nia segera anggukkan kepala.
“lama lagi ke?” soal Daniel lagi.
“lama lagi kut” jawab Nia pula. Kemudian Daniel mengeluh. Laju je tangan Nia mencubit lengan Daniel.
“mula la tu nak fikir bukan-bukan” geram betul Nia dengan Daniel ni.
“apa salahnya, doktor kan suruh kita berusaha” ujar Daniel dengan sengihan lebar. Nia tutup telinganya dengan tapak tangan. Malas dia nak dengar apa yang Daniel cakapkan.

Makan malam besar-besaran keluarga Daniel sangat meriah tapi Nia rasa sedikit sedih bila ibu saudara Daniel mengutarakan mengenai zuriat. Sebak hati Nia bila ditanya mengenai hal sebegitu.
“takkan sayang badan, sebab tu tak nak mengandung” perlian daripada mak ngah Daniel buatkan hati Nia terhiris.
“belum ada rezeki lagi mak ngah” Nia sedaya upaya cuba ukirkan senyuman manis. Kali ini dia sangat perlukan Daniel kerana dia rasa sedih dan takut. Hal ini la yang Nia sangat takutkan sehingga sekirang. Saat bila ada orang lain yang mempersoalkan soal zuriat padanya.
“belum ada rezeki ke kamu yang tak nak”
“Nia nak sangat mak ngah” jawab Nia sebak. Dia dah tak dapat nak tahan rasa sedihnya.
“atau kamu mandul?” soalan itu buatkan air mata di pipi Nia terus mengalir.
“mak ngah, apa ni?” soal Danny dan Dania yang kebetulan terdengar perbualan itu. Dania memegang erat tangan Nia.
“mak ngah dulu ambil masa berapa tahun nak lahirkan Dina tu? Bertahun kan? Dah la seorang je. Jadi, mak ngah tak layak nak cakap macam tu pada Kak Nia” geram betul Danny dengan mulut lancang mak ngahnya. Dania menarik tangan Nia untuk beredar dari situ dengan segera.
“akak jangan nangis, nanti abang naik angin” pujuk Dania dan Danny. Nia mengesat air matanya dan dia ukir senyuman hambar.
“jangan beritahu abang ya?” pinta Nia merayu dan dua beradik itu anggukan kepala dan tersenyum sedikit. Nia tarik nafas panjang dan memandang ke langit luas.

Daniel rimas bila Dina sedaya upaya cuba untuk mendekatinya. Daniel bila dia naik angin memang tak ada siapa yang boleh bayangkan apa yang bakal terjadi.
“Dina, tolong jangan kacau abang” bentak Daniel geram.
“Dina nak borak dengan abang je. Dah lama kita tak jumpa”
“kalau nak bercakap, duduk jauh sikit pun abang boleh dengar. Abang tak pekak” marah Daniel lagi. Nia yang kebetulan melewati tempat itu terpandang Daniel dan Dina. Hatinya rasa sebak pula kini.
“sayang!” panggil Daniel bila Nia sudah berura-ura nak pergi. Daniel berlari anak ke arah Nia dan menarik tangan Nia.
“sayang cakap nak beli tape dilarang melintas, rasanya kena beli sticker awas la” rungut Daniel dan Nia tergelak pula. Hilang terus rasa sedihnya tadi.
“abang ni, dia tu sepupu abang tau”
“peduli apa, Nia lagi berharga, isteri abang” hidung Nia dicium sekilas dan Nia tersenyum bahagia. Daniel mula merapatkan badannya pada Nia dan merangkul erat pinggang Nia.
“abang, this is public” ujar Nia dah malu dengan perbuatan Daniel.
“this is our house” bisik Daniel lembut di telinga Nia.
“abang, ramai orang kat sini” ujar Nia lagi. Risau betul dengan perangai tak boleh duga Daniel ni.
“nak ke tempat private ke?” soal Daniel manja dan muka Nia bertambah merah.
“Daniel! Papa nak bantuan sikit” bila dato membuka mulut terus Nia jarakkan diri dari Daniel. Dato tergelak kecil melihat menantunya yang dah malu teramat.
“apa pa?” soal Daniel sambil tersengih.
“hidupkan api nak bakar ayam” maklum dato dan Daniel mengangguk seraya melangkah pergi setelah mencium pipi Nia.
“nasib baik ada papa” ujar Nia bersyukur dan memeluk lengan bapa mertuanya itu. Dato boleh pulak layan gelak melihat menantunya yang risau dengan tindakan Daniel.
“kalau dia gatal lagi, bagi je cacing. Senyap la dia” saran dato dan Nia tergelak.
“I’ll try” jawab Nia dengan senyuman panjang. Dato ikut sama senyum dan berjalan ke tempat membakar.
Nia memerhatikan dari jarak dekat cara Dina cuba untuk mendekatkan diri dengan Daniel. Kenapa dia tetap ada rasa cemburu walaupun dia tahu yang Daniel langsung tak melayan Dina yang menggedik itu. Kebetulan juga Datin Rogayah turut berada di situ dan sempat mengeluarkan kata-kata pedasnya lagi kepada Nia.
“macam tu la orang cakap serasi” jawab Datin Rogayah merujuk kepada anaknya. Nia tak cakap banyak dan hanya memekakkan telinga. Tak ada guna Nia nak bertekak dengan orang tua mengenai hal sebegitu.

Shina dan Arisha walaupun usia perkahwinan mereka lagi muda jika dibandingkan dengan Nia sudah mengandung. Hal itu menyebabkan Nia mengalami tekanan pada dirinya sendiri. Dia gembira pada sahabat baiknya tapi pada masa dia juga sedih bila dia masih belum merasai mendengar berita gembira itu.
“Nia, aku tahu kau sedih kan?” soal Shina lalu mengusap bahu Nia lembut.
“tak lah, belum rezeki aku lagi. Tahniah” Nia tetap ukirkan senyuman kepada sahabatnya.
“Nia, kau tak boleh nak tipu kami” ujar Arisha pula. Perlahan-lahan air mata Nia mengalir di pipi dan terus badannya dipeluk erat.
“Daniel tak pernah persoalkan hal ni, tapi kenapa ada orang lain nak persoalkan. Aku bukannya tak nak mengandung” luah Nia lirih bila teringat sepanjang sebulan ini dia asyik kena perli dan kutuk je.
“mesti mak ngah kau dengan Dina gedik tu kan?” soal Shina geram. Nia tak menjawab dan hanya mendiamkan dirinya. Arisha juga sudah cukup muak dengan perangai Dina itu.
“Nia, you are strong.”
“I want to, but I am not”
“Nia, selagi Daniel tak cakap apa-apa orang lain tak boleh nak buat apa. Kau isteri dia kan”
“soal zuriat boleh pecah belah family tau”
“kami ada untuk kau. Aku lawyer, kau jangan risau” Arisha bersuara tegas dan Nia ukirkan senyuman sedikit.
“tak ada yang nak bercerai pun. Aku pergi dulu, ada appointment ni” Nia segera meminta diri dan masuk ke dalam keretanya. Perbualan yang singkat itu sekurangnya melegakan sedikit hati Nia.
Nia memandu dengan tenang sehingga sampai ke klinik. Dari jauh dia kenal yang kereta hitam itu milik suaminya.
‘apa Daniel buat kat sini?’ soal Nia pada dirinya sendiri. Dia pada mulanya ingin melangkah pergi tapi bila namanya di[anggil oleh Dr. Akma dia terpaksa kembali ke klinik.
“seorang je Nia?” soal Dr. Akma bila nampak Nia seorang diri.
“ya. Daniel ada kerja sikit”
“really? Selalunya he is always around. Sweet couple la katakan” usik Dr. Akma dan Nia tergelak kecil.
“tak sweet pun. Jom” ajak Nia mesra dan berjalan bersama doktor itu masuk ke dalam klinik.
“Nia, saya tahu berita ni mungkin agak berat untuk awak terima” maklum doktor itu sebaik mereka duduk dengan selesa. Hati Nia mula dilanda gundah.
“apa?” soal Nia takut.
“I hope your husband is around” resah hati Nia bila dia dengar semua tu.
“saya mandul ke doktor?” soal Nia lalu mengalirkan air mata. Tangannya disentuh dengan lembut dan Nia rasa dia tak kuat lagi.
“it is not that bad. Awak tak mandul and you are fine. But, bila saya nak jalankan IVF, ternyata telur yang awak hasilkan tak cukup kuat Nia.” Terasa jantung Nia berdegup seketika bila doktor cakap sebegitu. IVF pun tak dapat membantu Nia, cara apa lagi yang Nia boleh lakukan sekarang ni?
“what should I do doctor? Izinkan suami saya kahwin lain?” soal Nia kecewa habis. Dr. Akma terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Nia.
“Nia, harapan selalu ada…”
“hope? Bukan harapan lagi doktor, tapi mimpi. Just a dream that never become true. Saya minta diri dulu doktor” Nia bangun dari duduk dan segera keluar daripada klinik dengan linangan air mata kecewa. Bila dia keluar pula dia ternampak Daniel yang sedang dipeluk oleh Dina.
“apa lagi Ya Allah?’’ Nia sudah tak kuat dan dia terus masuk ke dalam kereta.
‘ya Allah, kejutkanlah aku dari mimpi ngeri ini’ pinta Nia dan terus memandu laju pulang ke rumah.
Sebaik dia tiba dirumah tanpa menegur sesiapa dalam rumah itu langkahnya terus diatur ke bilik. Danny dan Dania pelik bila melihat wajah Nia yang sedih itu.
“Kak Nia menangis kan?” soal Dania pada Danny yang turut terkejut.
“ya. Kenapa?” soal Danny pula.
“takkan gaduh dengan abang”
“Dina gedik tu kut” jawab Danny selamba dan Dania setuju.

Daniel pelik bila dia masuk ke biliknya Nia sudah tidur di atas katil. Daniel pandang  jam di dinidng, baru sahaja menunjukkan pukul 9 malam. Daniel merangkak naik ke katil dan tersenyum melihat wajah mulus Nia yang sedang lena. Daniel cium pipi itu dan bergerak masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Nia membuka mata dan dia mengesat bekas ciuman Daniel tadi. Buat kali pertamanya dia rasa marah pada Daniel. Marah yang teramat sehingga dia rasa tak boleh nak pandang Daniel. Nia bangun dari baring dan keluar dari biliknya.
Daniel yang baru sahaja selesai mandi pelik lagi sekali bila Nia tak ada lagi dia atas katil. Daniel menyarung  baju tidurnya dan solat isyak terlebih dahulu. Selesai solat Daniel keluar dari bilik untuk mencari Nia.
“DD, ada nampak Kak Nia tak?” soal Daniel pada Dania yang sedang berjalan ke dalam biliknya. Dania telan liur dan menggelengkan kepala laju-laju.
“DD masuk dulu” Dania terus masuk ke dalam biliknya dengan langkah laju. Daniel turun pula ke ruang tamu untuk mencari Nia.
“kak, kenapa kena tipu abang?” soal Dania pelik bila Nia ingin tidur dan menyorok di biliknya.
“akak nak merajuk” jawab Nia selamba. Dania tersengih bila Nia cakap macam tu.
“boleh ke sweet couple ni nak merajuk, kenapa?”
“abang lupa temu janji dengan doktor” jawab Nia dengan suara sedihnya. Dania gelak lagi kali ini. Padanya Nia langsung tak serius dan sekadar bergurau.
“tutup lampu, nak tidur ni” ujar Nia dan Dania hanya menurut. Apa salahnya kadang-kadang tidur dengan kakak ipar sendiri.

Paginya Nia masuk ke dalam biliknya dan dia terkejut bila Daniel tidur di atas lantai sambil bersandar pada katil. Nia malas nak hiraukan Daniel terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan solat subuh. Selesai Nia memberi salam dan membaca doa Nia segera bersiap dan turun ke dapur. Seperti biasa datin akan menang anugerah orang terawal masuk ke dapur.
“awalnya bersiap” tegur datin pelik.
“Nia ada kerja urgent nak siapkan hari ni. Nanti boss marah” jawab Nia sambil tersengih.
“takkan Daniel marah-marah Nia lagi”
“mama, kat ofis, Daniel tu garang lagi. Nia pergi dulu” Nia bersalam dengan datin dan terus keluar dari rumah. Awal pagi!
Daniel bertambah-tambah pelik bila Nia tiada di mana-mana. Dia bersiap untuk ke pejabat dan turun ke dapur. Mungkin Nia ada di dapur, fikirnya.
“mama, I cant see Nia anywhere” Daniel duduk di meja makan.
“Nia dah pergi kerja,katanya ada kerja urgent nak siapkan” jawab Datin Mariam. Daniel bertambah pelik dengan apa yang datin sampaikan.
“really? Dia tak cakap apa-apa pun kat Daniel”
“dia cakap nanti boss marah”
“really? Weird. Daniel tak pernah marah dia kat ofis”
“ya ke? Baguslah, kalau tak takkan Nia takut sampai macam tu sekali”
“betul ma. Dia dah makan?”
“dia minum susu je.”
“ma, bekalkan untuk dia sikit” pinta Daniel dan datin angguk sambil tersenyum.
Sepanjang perjalanan Daniel masih lagi keliru dan pelik dengan perbuatan Nia. Macam-macam soalan yang  bermain dalam benaknya. Daniel masuk ke dalam pejabat dan melihat Nia sedang khusyuk selesaikan sesuatu.
“work hard” puji Daniel dan labuhkan punggung di atas meja Nia. Pejabat masih lagi kosong. Nia pandang Daniel sekilas dan kembali fokus pada kerjanya. Daniel berkerut dan mencium pipi Nia seperti biasa. Nia mengesat bekas ciuman itu dan memandang Daniel.
“tolonglah respect tempat kerja. Ni bukan rumah” jawab Nia geram dan Daniel bertambah pelik.
“Nia, are you okay?” soal Daniel dan menyentuh tangan Nia. Nia menarik tangannya semula dan biarkan Daniel pelik seorang diri.
“kenapa ni Nia? Abang ada buat salah ke?”
“ada ke? Tak ada rasanya. Boss ada buat salah ke? Boss kan perfect, tak pernah buat silap, kerja pun perfect. Kalau salah pun, mesti orang lain yang buat silap kan” sinis dan pedas sekali jawapan Nia.
“Nia, talk to me.” Arah Daniel tegas dan wajahnya mula serius.
“boss nak marah saya? Silakan, saya dah lali” jawab Nia garang dan tinggalkan Daniel seorang diri di situ. Daniel mengikut langkah Nia yang bergerak ke pantry dan memaut tangan Nia.
“lepaslah, boleh tak hormat privacy saya sikit? Dekat luar saya isteri awak, dalam ofis, saya pekerja awak, boleh bezakan dan jadi profesional sikit?” pinta Nia serius.
“Nia!” panggil Daniel lagi.
“apa?!” suara Nia meninggi secara tiba-tiba dan Daniel kelu. Buat kali pertama sepanjang perkahwinan mereka Nia tinggikan suara.
“you are yelling at me?” soal Daniel keliru.
“really? I’m sorry” pinta Nia dengan riak selamba dan keluar dari pantry tapi tangan Nia dipaut kuat sehingga Nia tersandar pada dinding pantry dan lengannya yang dipegang kejap sudah mulai memerah. Mukanya berkerut menahan sakit.
“apa maksud Nia ni? Kenapa layan abang macam ni?!” soal Daniel garang. Nia terasa sengal tangannya kerana dipegang dengan kuat.
“sa…sakit…” lirih Nia bersuara dan Daniel perhatikan tangannya yang memegang kemas lengan kecil isterinya. Daniel beristighfar dan melepaskan pegangan kuat itu. Kedua tangannya menyentuh pipi Nia.
“abang minta maaf, abang tak sengaja” pinta Daniel kesal. Nia menjatuhkan tangan Daniel dan menonong keluar dari pantry. Dia mengambil tas tangannya dan beredar dengan segera.
“Nia! Nia!” panggil Daniel kuat tapi langsung Nia tak hiraukannya. Daniel meraup mukanya dan kembali ke meja Nia dengan perasaan bersalah. Daniel lepaskan keluhan berat dan dia memandang skrin komputer Nia. Betapa dia terkejut bila kerja yang urgent sangat Nia perlu siapkan itu adalah surat berhenti kerja serta merta.

Daniel melihat telefonnya untuk call Nia tapi bila dia lihat ada memo di telefonnya dia menepuk dahinya kuat.
“Nia” ujarnya lemah dan dia segera keluar dari pejabat. Dia terus menuju ke klinik untuk berjumpa dengan Dr. Akma.
‘patutlah Nia marah sangat’ gumam Daniel dan terus memecut laju. Dia pasti Nia marahkan dirinya kerana terlupa janji temu mereka dengan doktor semalam.
Daniel meletakkan kereta dan segera masuk ke dalam klinik untuk berjumpa dengan Dr. Akma. Daniel masuk terus ke ruangan Dr. Akma dan dia duduk di kerusi. Dr. Akma terkejut dengan kemunculan Daniel di situ.
“En. Daniel”
“doktor, saya nak tahu apa yang doktor cakapkan pada Nia semalam” maklum Daniel tanpa senyuman. Dr. Akma duduk dikerusinya dan memandang Daniel.
“dia tak cakap?” soal Dr. Akma.
“cakap apa doktor? Berita buruk ke?” soal Daniel resah.
“agak, telur yang Nia hasilkan tak kuat, IVF pun tak dapat nak tolong masalah awak berdua.” Daniel merauo mukanya dan dia kesal kerana tak berada di sisi Nia saat berita itu sampai ke telinganya.
“Nia kecewa sangat dan saya rasa dia dah macam give up. Saya ada try call awak untuk datang tapi tak dapat” ujar Dr. Akma lagi.
“semua ni salah saya doktor” ujar Daniel lemah. Daniel rasa kesal dan rasa bersalahnya memang dah menjadi setinggi gunung.
“peluang untuk Nia pregnant?” soal Daniel lagi.
“50-50, saya tak berani nak cakap. Kalau Nia rasa depress, walau sebanyak mana awak mencuba, susah. Saya rasa dengan keadaan Nia kecewa macam ni, tak ada apa yang boleh kita buat. Hanya Allah yang dapat makbulkan doa kamu berdua” rasa serba salah Dr. Akma nak sampaikan berita hiba ini dan Daniel bertambah rasa bersalahnya pada Nia.
“apa yang saya perlu buat doktor?” soal Daniel lagi.
“awak berdua banyakkan ambil makanan sunnah, makanan sihat dan awak perlu pantau kitaran haid Nia. Saya rasa kitaran haid dia tak teratur sebab terlalu bagi pressure pada diri.”
“terima kasih doktor” ujar Daniel dan keluar dari ruangan itu dengan segera. Dia perlu mencari Nia sekarang juga. Nia tak patut hadap semua ni seorang diri.

Seperti yang Daniel sangka Nia berada di tepi tasik ini untuk menangis. Dah lama Nia tak menangis kerana salahnya. Daniel mendekati Nia yang sedang termenung sambil memeluk lutut di tepi tasik, Daniel labuhkan punggungnya dan memeluk erat tubuh isterinya. Nia yang terkejut cuba meleraikan pelukan Daniel tapi dia tak sekuat Daniel.
“I’m sorry Nia. Abang tak bermaksud nak lupa appointment dengan doktor” pinta Daniel dengan rasa bersalah habis dan Nia membatukan diri pula. Bukan hal itu yang dia terlalu kesalkan tapi adegan peluk dengan Dina yang menyebabkan dirinya rasa sedih dan kecewa.
“apa yang Dr.Akma cakapkan bukan salah sayang. Kita dah berusaha Nia, Allah belum lagi makbulkan doa kita” pujuk Daniel lagi. Nia lepaskan pelukan dan melarikan wajahnya daripada memandang Daniel.
“so what? Saya tak boleh pregnant. Awak ada alasan kukuh untuk kahwin lain” jawab Nia dingin dan Daniel terkejut.
“apa yang Nia cakap ni? Demi Allah, tak pernah sekali pun terlintas dalam hati abang nak menduakan Nia.”
“senang la awak cakap. Saya ni yang nak kena hadap semua ni”
“dah berjuta kali abang cakap, I will always love you no matter what”
“hari ni boleh la cakap, tahun depan boleh abang bertahan dengan perempuan mandul…” belum sempat Nia habiskan ayatnya Daniel dan mengucupnya lembut. Serta merta mata Nia membulat dan Nia terkelu dengan perbuatan selamba Daniel. Nia menolak Daniel dengan kuat.
“apa ni? Tak malu ke? This is public!” marah Nia kuat.
“I don’t care. You are my wife”
“awak ni!” Nia tak tahu apa yang dia perlu marahkan sekarang.
“jom balik. Abang kiss tempat private pulak” bisik Daniel dan Nia terasa lemah seketika. Dia tak mampu nak berjauhan dengan Daniel. Air mata Nia mula mengalir laju di pipi dan Daniel segera mengesat air mata itu.
“ni bukan isteri abang, Nia tak pernah marah-marah macam ni.” Ujar Daniel dan mengusap lembut pipi Nia. Nia terus memeluk Daniel erat, dia tak kuat lagi nak marahkan suaminya.
“Nia pun pandai jeles, Nia pun pandai marah jugak” ujar Nia perlahan dan Daniel pelik.
“jeles? Apa yang sayang nak jeleskan ni?” soal Daniel dan memandang tepat ke anak mata Nia.
“semalam, Nia nampak Dina peluk lengan abang” jawab Nia perlahan.
“what? Bila?”
“ada la, abang lupa la tu”
“kalau dekat restoren tu, dia yang gedik sangat. Abang tak peluk dia, dia yang peluk abang” terang Daniel bela dirinya sendiri.
“abang biarkan je? Kalau macam tu, lelaki mana pun nak peluk Nia boleh la asalkan Nia tak peluk dia balik. Ok, kalau macam tu abang  jangan marah Nia kalau ada lelaki lain peluk Nia” jawab Nia geram dengan penerangan Daniel.
“mana boleh! Abang dah halang, dia tu yang gedik. Abang tolak dia ok, mungkin part tu sayang tak nampak” terang Daniel lagi dan Nia diam lama.
“betul?”
“betul sayang, abang rasa nak beli tanda AWAS dan tampal atas dahi dia je!” jawab Daniel geram. Nia ukirkan senyuman sedikit dan dia memeluk Daniel lagi.
“janji takkan peluk perempuan lain?” pinta Nia lagi.
“tak boleh la”
“kenapa?”
“mama?” jawab Daniel sambil tersengih. Nia bangun dari duduk dan berjalan menjauhi Daniel. Daniel turut sama bangun dan menarik lembut tangan Nia.
“aww” Nia menarik semula tangannya yang terasa sakit. Daniel membelek lengan itu dan dia kesal bila ada sedikit lebam di lengan putih itu. Daniel hilang kata-kata bila dia dah melukakan Nia. Wajah Nia yang sedang tersenyum padanya dipandang dengan rasa bersalah. Nia dibawa ke pelukannya erat.
“abang minta maaf” pinta Daniel kesal.
“Nia tak marah pun. Tak sakit pun” ujar Nia pula.
“abang memang suami tak guna”
“ish! Jangan la cakap macam tu. Lama lagi Nia nak bersama dengan abang ni” jawab Nia bergurau dan Daniel tersenyum sedikit.
Daniel melutut di hadapan Nia membuatkan Nia rasa pelik.
“pukullah abang, tolonglah” pinta Daniel bersungguh dan Nia terkejut.
“sure?” soal Nia meminta kepastian.
“ya!” balas Daniel yakin. Nia tanggalkan high heelsnya dan mengangkat tinggi. Daniel telan liur bila Nia buat macam tu.
‘biar betul?’ hati Daniel mula rasa seram. Banyak kes masuk hospital sebab kena pukul dengan heels ni.
“ready?” soal Nia lagi. Dalam keadaan terpaksa dan takut Daniel mengangguk. Nia rendahkan badannya dan pipi Daniel dicium lalu dia berlari laju dengan berkaki ayam sahaja. Daniel ternganga dengan perbuatan Nia dan dia tergelak kecil bila isterinya dan masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi. Daniel terduduk rapat ke tanah dan menggelengkan kepalanya dengan perangai tak matang Nia.

Daniel khusyuk betul dengan I padnya membuatkan Nia rasa pelik. Entah apa yang Daniel bersungguh sangat buat tu Nia tak pasti. Nia memanjat katil dan duduk disebelah Daniel.
“buat apa abang?” soal Nia.
“research sikit”
“amboi, nak sambung study ke?”
“tak lah, nak tahu pasal menstrual cycle” jawab Daniel tenang. Nia pulak yang rasa pelik sekarang ni.
“buat apa? Bukannya abang…”
“saja, nak kenal kaum hawa dengan lebih dekat” jawab Daniel laju.
“fishy la abang”
“abang tak makan ikan pun tadi” jawab Daniel selamba dan Nia rasa geram pula. Laju je tangan Nia mencubit perut Daniel.
“abang ni”
“gurau je sayang. Abang nak kaji je sikit. Dr. Akma yang mintak”
“oh, rajinnya”
“mestilah! Untuk isteri abang”
“macam ni lagi senang abang, Nia ada apps untuk tahu pasal kitaran haid ni.” Nia ambilkan telefonnya dan tunjukkan pada Daniel. Daniel berminat pula dengan apps yang Nia tunjukkan padanya.
“tengok ni, dia akan bagi warn bila period kita dah dekat”
“oh, means dua hari lagi la ya?” soal Daniel berminat betul.
“yup! Ada kalanya jangkaan dia tepat, ada jugak tak tepat. Lately period Nia tak stabil” ujar Nia pula.
“kalau sayang asyik stress je, boleh lari la jadual tu”
“amboi, bercakap macam expert”
“abang belajar ok” jawab Daniel riak. Nia buat muka malas nak melayan.
“abang pun nak download apps tu” ujar Daniel dan Nia bertambah pelik.
“buat apa?”
“ada la. Apa nama apps tu?” soal Daniel lagi.
“my calendar” jawab Nia.
“done! Bila Nia period cakap kat abang eh” ujar Daniel sambil tersengih dan Nia dalam keadaan pelik mengangguk je. Pelik sungguh dia dengan perangai Daniel ni.
“lagi dua hari kan?” soal Daniel sambil melirik manja pada Nia dan Nia dengan muka tak berdosanya mengangguk.
“means, malam ni ok lagi la” ujar Daniel dan meletakkan ipadnya di atas meja. Nia tergelak pula dan memukul bahu Daniel.

Semua orang pelik bila banyak gila kurma yang Daniel beli, kismis lagi dan macam-macam lagi la. Buah pun nak penuh fridge dibuatnya. Semua orang saling memandang bila melihat Daniel mengemas barang yang dia beli di dapur.
“boleh habis ke ni?” soal dato waswas.
“in sha Allah, bekalan untuk puasa ni papa” jawab Daniel selamba.
“kalau puasa tak bermaksud kena makan buah je” jawab datin pula.
“makanan sihat ni ma” jawab Daniel selamba.
“sayang, makan kurma dan kismis ni banyak-banyak tau” pesan Daniel pada Nia dan Nia dalam blur tahap maksima menganggukkan kepalanya.
“delima ni pun kena makan banyak-banyak” tambah Daniel lagi dan semua orang dah muncul tanda tanya dalam otak masing-masing.

“sayang dah makan kurma dan kismis?” soal Daniel bila melihat Nia sedang membaca buku.
“dah.” Jawab Nia yakin.
“sayang, apa maksud calendar ni?” soal Daniel pada Nia.
“oh, ovulation. Penghasilan ovum la”
“oh, means date ni ovum terhasil la?” soal Daniel berminat dan Nia mengangguk lagi.
“nasib baik” Daniel mengeluh lega. Nia pulak pelik dengan apa yang dimaksudkan Daniel.
“apa yang nasib baik?” soal Nia pelik.
“lusa puasa” jawab Daniel pula.
“apa kaitannya?” soal Nia lagi la pelik.
“sayang, dia cakap kat sini, a good date to have baby” ujar Daniel direct dan muka Nia mula rasa membahang. Daniel ni memang dah kaji sampai ke penghujung ke apa?
“sayang” panggil Daniel manja dan Nia memandang Daniel lama.

Seperti biasa iftar buat kali pertama akan dibuat secara besar-besaran oleh Dato Rahim. Semua pekerjanya dan keluarga dijemput. Termasuk kawan-kawan Nia sama. Nia kali ini betul-betul bahagia bila melihat perut besar dua sahabatnya.
“nanti aku nak jadi umi dorang” ujar Nia ceria sambil mengusap lembut perut Arisha dan Shina.
“pasti!” jawab Arisha dan Shina serentak. Mereka juga gembira bila Nia dapat terima semuanya dengan gembira. Daniel betul-betul dah buatkan Nia rasa lega dengan keadaanya sekarang. Arisha dan Shina lega kerana Daniel adalah suami terbaik untuk Nia.
“Arif, Faizal. Jaga kawan-kawan aku betul-betul” ujar Nia seperti memberi amaran.
“ya!” jawab Arif dan Faizal serentak. Nia tergelak kecil bila semua orang mendengar katanya seperti seorang pengetua.
“sayang. Hai alls” Daniel memeluk erat pinggang Nia dan menyapa kawan-kawan Nia juga.
“sayang, dah nak berbuka ni” ujar Daniel pada Nia.
“abang, Nia nak berbuka dengan mereka” ujar Nia meminta Daniel faham.
“abang faham. Tapi, semua kat sana ni. Esok kita buka dengan sama-sama boleh?” soal Daniel meminta pengertian daripada kawan-kawan Nia.
“sure! Triple date” jawab Shina lalu tersenyum senang.
“ok! Janji?”
“janji!” jawab Arisha dan Shina.
“aku pergi dulu, nanti kita jumpa sebelum balik eh?”
“ok!”
“jom!” ajak Daniel lagi dan Nia mengikut. Nia berjalan disisi Daniel.
“sayang tak takut gemuk macam tu?” soal Daniel berbisik pada Nia. Nia memukul lengan Daniel dan tergelak kecil.
“comel ok!” ujar Nia pula.
“tak larat la abang nak angkat Nia kalau Nia gemuk macam tu”
“tak mintak abang angkat pun.”
“ya la tu” jawab Daniel mengusik lagi dan Nia tersenyum senang.
“alhamdulillah, Nia bahagia” ujar Arisha dan Shina bersetuju.
“selagi Daniel disisi dia, Nia akan ok” ujar Arif pula. Mereka semua bersetuju yang bahagia Na bersama dengan Daniel.

Kali ini Daniel sekeluarga akan berbuka di rumah Datin Rogayah pula. Nia berat hati nak pergi tapi dia tak nak dianggap tak nak bergaul dengan ahli keluarga Daniel.
“sayang, kita tak pergi rumah mak ngah” maklum Daniel dan Nia rasa pelik sekaligus rasa doanya dimakbul Allah.
“kenapa?” soal Nia.
“malas nak kurangkan pahala puasa abang dengan tengok Dina. Baik kita pergi berbuka berdua. Kan?”
“ok je. Tapi, nanti mak ngah kata apa pulak”
“biar je la. Malas nak fikir pasal orang lain”
“ok.” Jawab Nia ceria.
‘mujurlah’ dalam hati Nia bersyukur pula. Daniel tahu apa yang dilalui Nia tapi dia sengaja tak nak bahaskan soal itu kerana bimbang Nia stress.

Dina sudah cantik bergaya dengan baju kurung moden khas untuk menggoda Daniel tapi malangnya Daniel pula tak datang. Danny dan Dania punyalah rasa bersyukur tak ingat dunia. Bahagia betul mereka bila Dina kecewa habis.
“padan muka!” bisik Dania pada Danny dan Danny ikut sama ucap benda yang sama.
“ada hati nak goda abang, ceh!” balas Danny pula.
“ya la ngah, Kak Nia tu cantik gila kut, ada hati nak lawan kan?”
“haah! Mimpi tak bangun-bangun la tu” tambah Danny lagi dan mereka ketawa pula.
“DD, ngah, apa yang duk bisik tu?” soal dato bila melihat dua anaknya berbisik di meja makan.
“tak ada apa papa” jawab Danny gugup dan Dania anggukan kepala.
Selesai makan mereka hanya berterawih di banglo Datin Rogayah sahaja. Dato Kamil yang menjadi imam kepada mereka semua. Selesai terawih mereka makan ringan sedikit sebelum balik ke rumah.
“menantu kak long tak mengandung lagi ke?” soal Datin Rogayah.
“belum ada rezeki lagi” jawab Datin Mariam sambil tersenyum.
“dah lama kahwin tak mengandung lagi?” soalan kali ini memang kedengaran pelik sedikit dan ramai yang sudah tak selesa.
“Yah, kalau Allah tak berkehendak tak ada apa yang kita boleh buat” tegur suaminya pula.
“ya la bang, saja saya nak tanya. Kamu tak ingin timang cucu ke?” soal Datin Rogayah lagi.
“mestilah kami nak. Belum rezeki lagi” jawab Dato Rahim pula.
“banyak cara nak dapat cucu, kawin lain pun boleh” kata-kata ini memang membuatkan Danny tak betah lagi untuk duduk dan dengar je. Danny bangun dari sofa dan pandang ibu saudaranya.
“nasib baik abang dan Kak Nia tak datang sini.  Kalau setakat mama dan papa nak cucu ngah dan DD boleh kawin. Tak perlu kut sampai abang kawin lain. Mak ngah siapa nak ambil tahu hal abang?!” suara  Danny telah meninggi.
“angah, kenapa cakap macam tu dengan mak ngah?” soal Dato Rahim menegur perbuatan anaknya.
“ngah nak balik!” Danny terus mengatur langkah pergi.
“DD pun nak balik!” Dania ikut langkah Danny yang sudah berada di luar rumah.
“maafkan anak-anak abang” Dato Rahim meminta maaf bagi pihak anaknya.
“kak long pun nak minta maaf, tapi kak long tak salahkan mereka. Mereka hanya pertahankan abang dan kakak ipar mereka. Kak long minta diri dulu” Datin Mariam ikut sama keluar dari rumah itu. Rasa geram kerana hal keluarganya di ambil tahu sebegitu sekali.
“kami tak perlukan cucu pun untuk bahagia. Kami dah bahagia sangat. Abang long minta tolong sangat jangan campur urusan keluarga kami. Abang minta diri dulu, assalamualaikum” Dato Rahim juga terasa dengan keluarga adiknya itu.
“awak la ni, kenapa sibuk sangat hal anak orang? Kalau anak awak tu hebat sangat, kahwinkan dia dan suruh dia bagi awak sedozen cucu” Dato Kamil turut beredar dari ruang tamu yang panas itu. Datin Rogayah tak berpuas hati bila semua orang salahkan dirinya.

“tahniah pada awak semua sebab dah berjaya tamatkan praktikal. Moga semua orang dapat kerja yang baik dan berjawa di masa hadapan” ucapan ringkas daripada Daniel sekaligus menamatkan praktikal mereka berempat secara rasmi.
“saya puas hati dengan hasil kerja kamu semua, impress me a lot” sambung Daniel lagi.
“sayang, bagi sijil mereka” ujarnya pada Nia dan semua orang mengukirkan senyuman pelik.
“I mean, Nia, silakan” Daniel perbetulkan panggilannya dan ada yang sembunyi senyum kecuali Dina. Confirm la muka menyampah yang dia tayang.
“abang, kenapa yang Dina tak lulus?” soal Dina dengan suara yang tinggi. Daniel pandang dengan jengkel dan hempaskan semua kerja Dina di atas meja.
“tak ada satu kerja pun yang siap, proposal? Out! Paperwork? Disaster! Tak siap boleh consider lagi, tak buat? Cari pasal namanya.” Jawab Daniel sinis dan tegas.
“abang tak boleh buat Dina macam ni!” bangkang Dina tak berpuas hati.
“of course I can! I’m your boss and this is my company! I can do what I want” jawab Daniel lagi. Semua orang dah berikan senyuman berpuas hati dengan keputusan Daniel kecuali Nia.
“congrats to all of you, and for you Dina, I’m sorry. You should repeat your semester. So sad” Daniel terus keluar dari bilik mesyuarat itu dengan tegap. Nia segera mengikut langkah laju Daniel.
“Cik Diva, eh Cik Dina, hidup ni macam roda, jadi, apa salahnya ada di bawah dan terpijak tahi lembu sikit” Aisya turut keluarga dengan muka berpuas hati.
“good luck repeat sem!” mereka bertiga berpuas hati juga dengan keputusan Daniel. Dah berlagak sangat, sekarang kena la tanggung akibatnya.

Nia masuk ke dalam ruangan Daniel dan bercekak pinggang di hadapan Daniel.
“sayang, apa yang nak marah sangat ni?” soal Daniel sambil tersenyum.
“dalam meeting room tadi”“ala sayang, abang tersasul je kut. Takkan silap panggil pun nak kena marah” jawab Daniel lagi.
“that was a small matter. Boss tak patut buat Dina macam tu”
“sayang, jangan jadi baik sangat. She deserves that. Kalau DD sekalipun yang buat macam tu, abang akan buat hal yang sama” jawab Daniel bertegas dengan keputusannya.
“kesian kan?”
“sayang, kalau ada orang ambil pekerja macam tu, dua tahun, lingkup la” jawab Daniel lagi dan Nia terpaksa mengalah. Apa yang Daniel cakap ada betulnya jugak. Takkan kita nak mengharapkan orang lain untuk berjaya.
‘the best la husband!’ puji Nia di dalam hati.
“kalau saya yang buat macam tu, boss gagalkan jugak?” soal Nia sekadar menduga.
“of course! And I will love to do that”
“sure? Ke poyo je lebih?” soal Nia lagi dan Daniel bangun dari kerusi dan terus duduk di mejanya. Dia menarik Nia rapat ke badannya.
“boss, respect bulan puasa sikit” tegur Nia dan jauhkan diri daripada Daniel. Daniel tersengih dan memegang erat tangan Nia.
“bukannya abang buat apa pun” Daniel back up dirinya sendiri.
“ya la tu. Why you will love to do that?” soal Nia inginkan jawapan lanjut mengenai hal tadi.
“sebab, Nia akan selalu praktikal kat sini. Boleh abang jumpa Nia selalu”
“so, boss buat semua tu sebab nak Dina apply sini lagi?” soal Nia lagi.
“tak lah, case tu hanya akan jadi jika Nia Aqasha yang jadi student praktikal tu”
“poyo sangat. Saya nak sambung kerja dulu” Nia segera keluar dari bilik Daniel dan kembali ke mejanya sambil tersenyum bahagia.

Kecoh satu rumah dengan gelak tawa Danny dan Dania, gelak tak ingat puasa betul dua orang ni bila dapat tahu yang abang mereka gagalkan praktikal Dina.
“abang memang terbaik!” ucap Daniel sakan.
“DD salute la abang!” tambah Dania pula.
“abang buat apa yang patut je. Bukan kerana dendam or what. Abang just adil”
“tak kisahlah sengaja atau tak, tapi memang bagus sangat! Kerja malas tapi nak hasil gempak? Pergi praktikal syarikat bapak dia la” sambung Dannya lagi.
“ngah, DD, tak elok tau bergembira atas kesedihan orang lain” tegur Nia perlahan dan air muka adik iparnya bertukar sedikit. Insaf la kut.
“kak Nia ni baik sangat. Padan la dengan muka dia tu” jawab Dania pula.
“bulan puasa ni tau, tak elok la.”
“dengar je la Kak Nia cakap apa tu. Korang tu beria sangat gelakkan dia kenapa” Daniel turut membuka mulutnya kali ini.
“poyo sangat abang ni” ujar Dania dan terus ke dapur. Danny juga ikut sama angkat punggung dan pergi dari situ. Nia pandang Daniel dan tersenyum mesra. Daniel tinggalkan buku agama ditangannya dan mendekati Nia lalu rebahkan kepalanya atas paha Nia.
“sayang, esok dah 15 Ramadhan” ujar Daniel dan Nia mengangguk. Jarinya bermain dengan rambut Daniel.
“sayang, may I have a kiss?” soal Daniel lagi dan Nia mula berkerut.
“kalau siang hari puasa, malam takkan kena puasa jugak? Just a kiss,please” dengan manja Daniel meminta lagi, Nia serba salah untuk menolak lalu memandang sekeliling.
“nanti nak tidur la” ujar Nia mengelak dan Daniel tersengih.
“tiba-tiba rasa mengantuk pulak, jom tidur” tangan Nia diraih dan ditarik sehingga Nia terpaksa berdiri. Nia hanya ikutkan kehendak Daniel dan masuk ke dalam bilik mereka. Daniel segera memanjat katil dan baring dengan selesa.
“cepatlah, dah nak tidur ni” ujar Daniel lagi dan Nia mendekati Daniel dan berikan ciuman ringkas di dahi suaminya. Daniel tersenyum puas hati dengan ciuman itu. Nia masuk ke dalam bilik air seketika. Bila dia kembali dia juga dah naik ke katil. Daniel segera merapatkan diri pada Nia dan memeluk Nia erat.
“abang” Nia bersuara perlahan.
“ala, peluk je pun.”
“peluk je ok?” soal Nia lagi.
“ya.” Jawab Daniel meyakinkan Nia. Nia tersenyum dan membalas pelukan Daniel. Daniel mencium dahi Nia lama dan bacakan doa tidur.

Nia terasa pening yang teramat ketika solat terawih dan dia rasa nak pitam. Nia cuba sedaya upaya untuk bertahan tapi dia sudah tak kuat. Akhirnya dia rebah.
“kak!” panggil Dania kalut bila Nia rebah disisinya. Beberapa jemaah lain juga ada yang berhenti solat dan membantu Nia. Nia dibaringkan dengan selesa di bahagian belakang masjid supaya tak menganggu jemaah lain.
“ambilkan air” ujar datin kepada Dania dan tanpa berlengah Dania ke bahagian dapur masjid untuk mengambil segelas air.
Lima minit kemudian Nia mula sedarkan diri dan kepalanya yang berdenyut dia tahan. Dia gagahkan diri untuk bangun.
“Nia ok?” soal datin risau.
“ok, pening sikit” jawab Nia sambil tersenyum tawar.
“panggil abang,suruh abang bawa balik Nia” ujar datin lagi. Nia cuba menolak tapi dia sendiri memang tak larat sebenarnya.
Dania pergi mengambil telefonnya dan mendail nombor Daniel tapi dia geram kerana tak dapat. Terpaksa Dania minta tolong seorang budak kecil untuk memanggil Daniel keluar.
“apa DD?” soal Daniel bila dia ternampak muka Dania.
“kak Nia pengsan” jawab Dania dan tanpa fikir banyak Daniel terus menaiki tangga untuk ke sebelah jemaah perempuan. Untung Dania sempat menahan Daniel daripada terus masuk macam tu je.
“abang  tunggu sini, DD bawak kak Nia” Dania menggelengkan kepala dengan sikap terburu-buru abangnya. Datin keluar dengan memapah Nia keluar.
“sayang” perlahan je suara Daniel bila melihat wajah pucat isterinya.
“bukakan pintu kereta” Daniel hulurkan kunci kereta pada Dania dan dia terus mendukung Nia tanpa hiraukan orang lain.
Datin memang terkejut dengan perbuatan Daniel tapi nak menegur dah terlambat sangat jadi dia biarkan je Daniel mendukung Nia. Datin tersenyum melihat cara Daniel mengasihi Nia dan dia gembira melihat kejadian itu. Dania kembali semula setelah Nia masuk ke dalam kereta.
“tengoklah abang tu, gelabah semacam” ujar Dania sambil tersenyum.
“mama tak sangka tau abang boleh berubah sampai macam tu sekali”
“DD pun tak sangka.sweet tak ingat”
“alhamdulillah, mama dah lebih dari bahagia tengok mereka bahagia”
“ya la ma. DD pun nak ada suami macam abang” ujar Dania lagi dan datin tersenyum senang.

Nia tersenyum lama bila melihat yang Daniel susah payah mengurusnya. “kenapa boleh sampai pengsan?” soal Daniel khuatir dan Nia senyum lagi.
“Nia, abang serius ni. Senyum pulak” marah Daniel geram bila Nia hanya memandangnya sambil tersenyum. Nia tarik tangan Daniel supaya mendekatinya dan Daniel hanya menurut. Pipi Daniel dicium lama dan Nia senyum lagi.
“abang tetap marah sayang. Sayang makan sikit je buka tadi” ujar Daniel lagi dan Nia mencium pipi sebelah kiri Daniel pula.
“abang suka Nia kiss abang tapi, tak bermakna Nia boleh lepaskan diri dari makan ubat” ujar Daniel tegas. Nia menggelengkan kepalanya sebab tak nak makan ubat tapi, nampaknya pujukan dia tak berkesan pada Daniel.
“makan ubat ni, kalau tak abang marah” paksa Daniel lagi dan Nia mencium pula bibir yang banyak bercakap tu.
“good night” Nia pejamkan matanya dan menarik selimut rapat ke dadanya. Daniel pula terkejut dengan perbuatan berani Nia tapi dia tersenyum senang.
“sayang ni” Daniel yang kehilangan kata-kata mencium hujung hidung Nia.

Keadaan Nia bertambah teruk dan asyik berulang alik ke tandas kerana muntah. Daniel dah buntu dengan keadaan Nia tapi Nia menolak untuk dibawa ke klinik.
“Nia pregnant kut” ujar Aisya bila melihat keadaan Nia. Nia angkat muka pandang Aisya dan dia gelengkan kepala.
“gastrik je ni kak” ujar Nia pula.
“rehat la kat rumah” Aisya memberi nasihat pula.
“tak nak la, nanti kena baring je” jawab Nia lagi dan Aisya dah mati kata-kata.
Daniel yang keluar dari biliknya setelah berbincang dengan client mencuri pandang Nia yang sedang menahan sakit perut.
“thank you Lim.”
“ok, see you” Mr. Lim segera meminta diri dari situ. Daniel mendekati Nia dan memegang tangan Nia. Sejuk betul tangan Nia menambahkan rasa risaunya.
“sayang, kita balik rumah ok?” Daniel membuka mulut tapi Nia menolak.
“you look weak and pale”
“I’m fine. Don’t worry” Nia ukirkan senyuman sambil menahan sakit. Baru sahaja Daniel nak membuka mulut tapi Nia dah berlari masuk ke tandas. Daniel mengikut langkah Nia dan ikut sama masuk ke dalam tandas perempuan.
Semua mata saling berpandangan melihat adegan itu dan mereka sama-sama berbalas senyum. Semua orang memang suka betul tengok pasangan bahagia itu.
“pregnant!” kata mereka semua sepakat dan kemudian mereka ketawa pula. Bukan selalu mereka dapat lihat Daniel merayu dan gentle macam tadi.
Daniel mengusap lembut belakang Nia dan Nia keluarkan semua makanan yang dia makan semasa sahur tadi. Daniel punya pasal la, semua perempuan yang nak gunakan tandas terpaksa batalkan niat. Ada yang terjerit terkejut bila masuk je ternampak Daniel ada di dalam.
“keluar la, ni ladies la” ujar Nia bila Daniel dah buatkan orang lain tak dapat gunakan tandas.
“kalau sayang tak nak pergi klinik, abang rela teman sayang kat sini” ujar Daniel selamba dan Nia terpaksa mengangguk.
“yes! Jom” Daniel bahagia betul bila Nia dah tak berkeras lagi dah.

Nia dan Daniel sama-sama takut dengan keputusan pemeriksaan. Wajah ceria Dr. Akma buatkan mereka bertambah tak sabar nak dengar berita itu.
“congratulation! You are pregnant! Your wife is pregnant!” ujar Dr. Akma gembira dan Daniel serta Nia seakan terkena shock sehingga mereka hilang kata-kata.
“pregnant?” soal Nia lambat dan dia bahagia teramat.
“yes!” jawab Dr. Akma gembira.
“doktor, saya nak sujud syukur. Mana tempat solat?” soal Daniel setelah mengucap syukur. Dr. Akma menunjukkan ruangan solat dan Daniel terus mengambil wudhuk dan laksanakan sujud syukur. Dia begitu bersyukur dengan berita gembira itu.
“alhamdulillah” ucap Nia bila dia tersedar sepenuhnya. Air matanya mengalir laju. Daniel kembali pada Nia dan mencium dahi Nia lama. Badan Nia dipeluk erat seakan tak nak dilepaskan. Bila Daniel yang terlalu gembira hampir melakukan perkara agak berlebihan Nia cepat-cepat menghalang.
“abang, puasa ni!” Nia bercakap sambil tahan geram dan malu depan Dr. Akma. Daniel yang tersedar keterlanjurannya meminta maaf dan tersengih.
“tahniah lagi sekali”
“thanks doktor”
“most welcome. Tapi, usia kandungan baru sahaja 21 hari, means tiga minggu. Masih terlalu awal dan tempoh tiga bulan pertama ni la kena banyak berhati-hati” pesan Dr. Akma pula.
“yes doktor. I will never let her do anything. Kalau perlu Nia tak perlu berjalan pun saya boleh lakukan” yakin betul Daniel ni. Dr. Akma tergelak dengan kata-kata Daniel.
“she needs to walk and have a light exercise”
“ok doctor. Apa lagi?” soal Daniel bersemangat. Nia tak sempat nak buka mulut pun. Nia hanya mampu tersenyum senang bila melihat Daniel begitu teruja.
“ni buku ringkas untuk panduan. Boleh la En. Daniel buat kajian lagi ya” ujar Dr. Akma sambil ketawa kecil dan Daniel mengangguk yakin.

Nampaknya Daniel tak ambil ringan dengan cadangan Dr. Akma suaya buat kajian mengenai ibu mengandung. Khusyuk benar Daniel dengan buku panduan itu malah dia juga membeli buku lain di kedai. Nia rasa terabai pula bila Daniel begitukhusyuk dengan buku dan tak pedulikan dia langsung. Nia memanjat katil dan terus baring dengan selesa. Nia jeling Daniel yang masih belum berkali daripada memandang buku-buku tersebut. Nia lepaskan keluhan berat dan Daniel berpaling.
“sayang dah nak tidur?” soal Daniel pada Nia yang dah cantik berbungkus di dalam selimut.
“tak ada la, nak wrestling” jawab Nia dingin dan Daniel mencari wajah Nia. Nia dihadapkan padanya dan satu ciuman diberikan pada Nia.
“tak payah nak kiss orang la, orang nak tidur ni” geram betul Nia sekarang ni dan Daniel tergelak kecil.
“marah abang la ni ya?” soal Daniel mengusik.
“tak ada masa la nak marah orang.” Jawab Nia malas dan Daniel meletakkan buku di atas meja. Lampu bilik ditutup dan Daniel memeluk erat Nia. Nia cuba menghalang Daniel daripada memeluknya tapi tak berjaya.
“sayang nak abang geletek ke?” soal Daniel mengugut pula dan Nia pandang wajah Daniel geram. Daniel tergelak dan dia menciut hidung Nia.
“abang  dah tak sayang Nia ke?” soal Nia dengan suara merajuk.
“ish, apa sayang cakap ni? Mana boleh tak sayang Nia”
“dah tu, tak pandang Nia pun. Duk tengok je buku tu”
“abang nak belajar ni sayang. Tapi, normal la kalau Nia sensitif sangat. Ibu mengandung memang macam ni”
“Nia tak nak cakap dengan abang 5 minit.” Nia protes keras dan dia terus pejamkan matanya. Dia tak nak pedulikan Daniel lagi dah.
“lima minit tu lama sayang” Daniel cuba memujuk lagi dan Nia tak mengalah malah teruskan niatnya untuk tidur.
“sayang” panggil Daniel bila lima minit dah berlalu.
“dah tidur?” Daniel tergelak kecil lagi. Nia ni memang la.
“I will always love you, sayang” bisik Daniel lembut ditelinga Nia dan mencium pipi itu. Dalam tidur Nia tersenyum sedikit.

Alahan Nia memang teruk, tambahan pula dalam bulan puasa ni memang buatkan Nia hanya mampu terlantar baring. Daniel dah banyak kali pesan supaya dia berbuka tapi dia bertegas jugak nak puasa. Nia dibantu datin untuk bangun ke tandas setiap kali muntah
“dah lebih tiga kali Nia muntah ni. Daniel suruh mama paksa Nia berbuka tau” ujar Datin sambil mengusap lembut belakang Nia.
“tak nak la ma. Dah ok ni” ujar Nia lemah.
“apa yang ok? dari pagi lagi Nia lemah ni”
“Nia ok je ma. Jangan la cakap kat Daniel, nanti dia membebel” ujar Nia memujuk dan datin terpaksa dengar cakap Nia.
“semua orang risaukan Nia tau”
“Nia tahu, jangan risau la. Ok?” Nia cuba tenangkan hati orang lain lagi. Bukan boleh lawan Nia ni kadang-kadang. Lebih-lebih sejak mengandung ni.
“mama, Nia kena beli baju raya baru ke?” soal Nia pada datin, maklumlah raya lagi dua hari.
“kenapa?” soal datin semula.
“selalunya orang pregnant gemuk kan?” datin pandang Nia yang bercakap selamba, tak sedar akan dirinya yang dah jadi kurus kerig sejak mengandung ni.
“Nia dah kurus banyak tau”
“kurus ke ma?” Nia pandang dirinya sendiri kemudian tersengih.
“kurus sangat” jawab datin dengan wajah simpati. Nia tergelak kecil supaya dia tak risaukan orang lain.
“kurus pun tak apa, kalau gemuk Daniel tak nak angkat Nia lagi dah” jawab Nia sambil tersengih, dia teringat balik apa yang Daniel pernah cakapkan pada dia dulu.

Dania dan Danny sibuk betul dengan beri cadangan nama kepada anak yang bakal lahir nanti. Sampai bergaduh pun ada dua beradik ni. Daniel pulak serabut bila dua adiknya asyik bergaduh hak sedemikian.
“nanti Kak Nia tak selesa la dengar suara korang” tegur Daniel serius dan terus mereka berdua senyap.
“sorry abang, kami excited sikit” jawab Dania sambil tersengih sikit.
“Nia tak kisah pun abang, Nia suka.”
“abang membebel cakap bising, dua orang ni gaduh tak apa pulak?” Daniel menyoal Nia pula. Geram pulak dia rasa bila Nia menangkan adik-adiknya.
“nak marah Nia ke?” soal Nia pada Daniel yang tayang muka serius habis.
“kalau ya?” soal Daniel balik dan Nia segera palingkan mukanya dan berlalu dari situ. Daniel gigit bibir bawahnya bila buat Nia naik angin lagi sekali. Daniel mengeluh dan turut sama bangun dari sofa untuk mengejar langkah Nia.
“salute la kak Nia” ujar Danny sambil tersenyum senang.
“selamat kita” Dania berkata lega sambil tersenyum.
“Daniel tak patut cakap macam tu, kesian Nia” dato menambah lagi rasa bersalah Daniel yang dah tinggi menggunung tu.

Pagi raya Nia sekali lagi merajuk dengan Daniel bila Daniel tak benarkan dia ke masjid untuk solat hari raya. Marah betul Nia kali ini sehingga tak nak keluar dari bilik dan berkurung je.
“Nia, dengar abang nak cakap dulu” pujuk Daniel sambil mengetuk pintu bilik sebaik pulang dari masjid.
“sayang.” Panggil Daniel lagi tapi belum juga ada sahutan. Daniel menanggalkan songkoknya dan letakkan diatas meja. Dia turun ke ruang tamu di mana sudah ramai orang yang datang berkunjung.
“Nia merajuk lagi la tu” ujar Datin Mariam dan Daniel mengeluh.
“Nia tak makan apa-apa lagi ma. Risau la macam ni”
“Daniel cakap apa sampai Nia merajuk macam tu sekali?” soal Datin lagi.
“Niel cakap, kalau Nia pengsan kat masjid nanti susah pulak, tu je” jawab Daniel selamba.
“tu je? Kalau mama pun kecik hati tau, mestilah Nia sedih sebab rasa dia dah susahkan Daniel” jawab datin dan Daniel mengeluh lagi. Daniel menggaru dahinya.
“Niel nak masuk bilik” Daniel mengambil kunci pendua dan membuka pintu bilik. Daniel mencari Nia tapi Nia tak ada di dalam bilik tidur mereka. Daniel menjenguk bilik air juga tak ada. Kalut Daniel keluar dan mencari Nia di mana-mana tetap juga tak jumpa.
“mama, papa, Nia tak ada dalam bilik” resah betul suara Daniel kali ini.
“tak ada? Betul ke?”
“mama, tak ada guna Niel nak tipu. Ya Allah, mana Nia ni?” Daniel menelefon Nia tapi tak berjawab.
‘sayang, maafkan abang’ pinta Daniel dalam hati.
“DD, ngah, ada nampak Kak Nia?” soal Daniel sebaik melihat dua adiknya. Dua-dua mereka menggelengkan kepada dan masuk ke dapur.
“kenapa?” soal Danny.
“Kak Nia tak ada dalam bilik, dia marahkan abang” perlahan je suara Daniel.
“dah cari kawasan laman?” soal Dania pula.
“belum. Kak Nia tak makan apa-apa lagi” jawab Daniel gelisah.
“kita pecah, cari Kak Nia. Mama dan papa layan tetamu, Dd cari dalam rumah, abang cari laman depan, ngah cari laman belakang” ujar Dania dan semua orang setuju. Bila semua orang dah mula mencari Nia mengambil dulang makanan untuk Nia dan masuk ke dalam biliknya senyap-senyap.
“Kak Nia, makan dulu” ujar Dania dan duduk disebelah Nia. Nia tersenyum dan mengambil dulang makanan itu. Dia makan dengan berselera sekali sebab dah lapar sangat. Protes-protes jugak, makan tetap perlu.
“thanks DD, tak tahu la kalau DD tak masuk tadi, kesian baby lapar” ucap Nia ikhlas.
“no hal la kak, tapi, abang risau gila kut”
“biar dia risau, sampai hati tak benarkan akak pergi masjid. Raya sekali je setahun” sedih pulak hati Nia bila Daniel berkeras tak izinkan dia pergi.
“tapi kak, kalau abang tahu macam mana? Lagi dia marah” Dania juga risau jika perbuatan mereka ni bocor.
“kalau kita diam, abang tak tahu la. Kejap lagi akak muncul la. Buat come back” jawab Nia sambil tersengih. Dania ikut sama tersengih dan ikutkan je game kakak iparnya ini.
Selesai makan dan kenyang, Nia menyuruh Dania cover line supaya dia boleh keluar dengan selamat. Nia berjalan perlahan-lahan dan masuk ke dalam biliknya sambil tersenyum bahagia. Nia ke beranda dan melihat Dannu sedang mencarinya begitu bersungguh.
“semangatnya” puji Nia lalu tergelak kecil.
“angah! Cari cincin kahwin ke?” soal Nia bila Danny begitu bersungguh mencari di celah-celah pasu. Tak logik langsung orang sebesar Nia muat nak menyorok kat situ.
“Kak Nia! Ya Allah, kak Nia pergi mana?” soal Danny kalut dan gembira pada masa yang sama.
“dalam bilik la.kenapa?” soal Nia balik.
“ngah cari bagai nak gila tau!” Danny berkata serius dan Nia ketawa lagi.
“abang! Abang!” panggil Danny kuat dan Daniel berlari mendapatkan Danny.
“tu!” Danny tunjukkan beranda bilik abangnya dan Daniel ternganga seketika sebelum dia mulakan langkah berlari lagi sekali. Dia masuk ke dalam bilik dan pada masa yang sama Dania berura-ura nak masuk ke dalam bilik itu.
“DD dengar suara kak Nia kat dalam” ujar Dania pada Daniel.
“yes, she is here” jawab Daniel dan membuka pintu bilik yang tak berkunci. Terus Nia dipeluk erat dan dicium berkali-kali. Macam peluru berpandu keluar kata maaf dari Daniel. Nia dan Dania berbalas senyuman misteri.
“sayang ok? Dah makan?” soal Daniel kalut.
“ok. Dah makan pun. Abang dah makan?” soal Nia selamba.
“belum. Abang minta maaf sayang”
“it’s ok. Jom kita makan” ajak Nia dan menarik tangan Daniel.
“dah tak marah abang?” soal Daniel pelik bila Nia dah tenang macam biasa.
“tak. Jom!” ajak Nia ceria dan ikut sama menarik tangan Dania. Hailah, dua orang ni dah buatkan semua orang tertipu.

Perut Nia semakin membesar dan berat Nia tak payah cakap la naik mendadak. Memang Daniel rasa dia perlukan banyak tenaga untuk mendukung Nia sekarang ni.
“apa? Abang dah rasa Nia berat kan?” soal Nia bila Daniel membetulkan otot badannya sebelum mengangkat Nia.
“tak lah, mana ada” jawab Daniel menafikan.
“Nia nampak la, tertulis kat dahi abang ni. Nia boleh turun tangga sendiri” Nia dengan berani turun tangga dengan perlahan-lahan. Hampir terjerit Daniel bila Nia dah tekad sendiri. Daniel cuba untuk mengangkat Nia tapi Nia tak izinkan jadi, Daniel hanya mampu memapah Nia.
“abang larat lagi la nak angkat sayang” ujar Daniel lagi.
“tak payah nak susah-susah, Nia boleh buat sendiri”
“nak buat sendiri? Dengan perut besar macam ni?”
“apa pulak perut besar. Baby ok!” pantang betul Nia bila orang panggil perut besar.
“ya, baby” Daniel terpaksa juga mengalah kali ini.
“sayang nak mandi pukul berapa?” soal Daniel pada Nia. Nia memandang Daniel dan hatinya terasa nak mengusik Daniel pula.
“Nia nak swim! Abang bagi ke tak, Nia tak kira. Nak swim jugak!” tegas Nia dan Daniel rasa rahang dia nak terbelah dua dengan permintaan Nia.
“bahaya la sayang, swimming pool licin kut”
“abang nak bagi tak? Nia merajuk” Nia berkata tegas.
“swim dalam bath tub eh?” Daniel masih lagi cuba memujuk dan Nia rasa nak tergelak lagi.
“mana boleh swim. Kecik, tak muat”
“tapi bahaya la sayang, abang tak benarkan” Daniel bertegas kali ini dan wajahnya serius.
“ok, abang tak benarkan tak apa. Lepas tangan Nia, Nia nak naik atas” Nia menolak tangan Daniel dan berjalan semula ke tangga. Walaupun dia penat tapi usaha nak merajuk tu ada. Merajuk pun kena usaha jugak eh.
“sayang, baru je turun, nak naik balik?” soal Daniel kaget dan cuba dapatkan Nia. Nia dah memanjat tangga dan Daniel tanpa banyak soal terus mengangkat Nia naik ke atas bilik. Nia dibaringkan di atas katil dan pintu dikunci.
Daniel tahu yang usia kandungan 9 bulan ni buatkan Nia susah nak bangun bila dia dah baring, susah la Nia nak turun dari katil. Daniel biarkan Nia berusaha sendiri dan perhatikan Nia dari satu sudut sambil berpeluk tubuh.
“cubalah bangun” cabar Daniel dan Nia geram. Mentang-mentang dia tak berkemampuan. Nia tetap mencuba dan Daniel ukirkan senyuman kemenangan.
“abang, sakit!” Nia menjerit sakit dan memegang perutnya. Daniel kalut dan terus mendekati Nia. Nia berpaut pada Daniel dan terus boleh berdiri. Nia ketawa senang bila dia dah berjaya bangun dan Daniel tertipu dengan helahnya.
“Nia!” marah betul Daniel kali ini nampaknya dan Nia ketawa lagi. Wajah masam Daniel, Nia tatap lama dan tersenyum.
Daniel masih tayangkan muka tegangnya dan Nia mendekati Daniel yang dah merajuk pula. Nia melingkarkan tangannya pada leher Daniel dan tersenyum bahagia melihat wajah masam itu. Nia meminta Daniel merendahkan sedikit badannya dengan bahasa mata. Walaupun Daniel geram dengan Nia tapi dia ikutkan juga. Hujung hidung Daniel Nia cium sekilas dan tersenyum.
“nak heavy kiss, tak nak simple kiss” Daniel membuat permintaan dan Nia mengangguk. Terus satu heavy kiss diberikan khas pada Daniel.
“thanks” ucap Daniel dan dahi Nia dicium lama.
“kalau selalu dapat kiss macam ni, hari-hari abang merajuk” ujar Daniel sambil tersenyum.
“kalau hari-hari merajuk, Nia bagi kick la kut” jawab Nia selamba dan Daniel tergelak.
“ah!” Nia terjerit tiba-tiba.
“apa?” soal Daniel kalut.
“baby tendang, agaknya baby setuju dengan mummy dia kut” jawab Nia tenang dan Daniel tergelak kecil.

Nia tak dapat menghadiri majlis kahwin Dania dan Danny kerana baru sahaja selamat melahirkan. Kalut satu banglo bila majlis kahwin dan Nia yang nak bersalin berlaku hampir serentak. Untung sahaja sempat majlis akad nikah.
“sorry la ya, akak tak dapat nak join” sedih Nia bersuara.
“it’s ok la kak. Baby ni tak sabar nak tengok papa ngah dan mama su dia kawin” Danny mengusap lembut pipi anak perempuan Nia yang masih lagi merah. Perut besar tapi baby yang keluar kecik macam mummy dia jugak.
Semua orang keluar dari wad Nia ditempatkan kerana Nia perlu berehat. Daniel duduk disebelah katil Nia dan mencium dahi Nia lama.
“thanks for everything sayang” ucap Daniel ikhlas.
“thanks to you too.” Ucap Nia sambil tersenyum manis.
“sakit tak?” soal Daniel lagi. Bila dia lihat betapa susahnya Nia melahirkan seorang anak perempuan kepadanya buatkan dia tak sanggup nak melihat Nia lalui hal itu buat kali kedua, sekaligus buatkan dia sedar, kenapa Allah tetapkan yang redha seorang anak ada pada ibunya.
“sikit, bila Aira Daniella lahir, terus hilang rasa sakit tu” Nia menjawab dengan ceria dan tubir mata Daniel bergenang.
“abang, Nia tak pernah tengok abang sampai nak nangis macam ni. Please, don’t cry” pujuk Nia bila dia turut merasa sebak melihat wajah putih Daniel sudah kemerahan menahan tangis.
“abang bersyukur, happy dan terharu sangat. Sayang dah banyak susah untuk semua ni”
“kita sama-sama susah kan? Susah itulah yang mematangkan kita abang”
“ya, I love you” ucap Daniel ikhlas.
“kalau Nia gemuk lepas ni, abang tetap sayang Nia?”
“of course sayang, what kind of question?”
“stupid question maybe” jawab Nia lalu tergelak kecil dan Daniel ikut sama tergelak. Ya, Nia pernah jawab soalan itu sebelum ini.
“I will always love you, sayang” uacap Daniel lagi sambil tersenyum bahagia.

Aira dah genap dua tahun dan paling lucunya ialah, bila Nia yang bahaskan soal adik pada Daniel boleh pulak Daniel menolak. Katanya, belum ready nak tengok Nia berperang dalam labour room lagi. Jawapan yang langsung tak dijangka oleh Nia.
“Aira, jangan main situ” suara Daniel dah meninggi bila anak perempuan mereka bermain di tepi pasu bunga.
“dengar cakap daddy sayang, nanti ada yang hangus kena bakar” jawab Nia perlahan dan Daniel memandang Nia geram. Nia tergelak bila Daniel menjelingnya. Tangan Daniel dah melingkar dipinggang Nia dan bersedia untuk menggeletek pinggang ramping itu.
“Aira, cari cacing!” jerit Nia pada anak daranya yang jelas sukakan cacing itu. Nia sendiri tak pasti kenapa anaknya ada simpton pelik itu. Aira bukannya tak suka, lagi suka mengusik ada la.
“Aira, Daddy cakap, no! kotor ok” marah Daniel dan Aira tak berani nak buat. Nia ketawa lagi bila melihat wajah cuak Daniel.
“garang tapi penakut tak ingat” perli Nia dan Daniel memandang wajah Nia dalam-dalam.
“abang dah buang semua sifat garang tu tau”
“ya ke? Oh, jadi kalau termarah staff tu tak sengaja la ya?” soal Nia buat-buat mengerti. Sengaja nak cari pasal dengan Daniel ni.
“sayang! Nasib baik ada Aira, kalau tak…”
“kalau tak, apa love?” soal Nia berani. Daniel terus bangun dari duduk dan mengejar Nia yang sedang berdiri. Lari tak cukup tanah Nia bila Daniel dah mengejarnya. Akhirnya Nia berjaya ditangkap Daniel dan mereka berdua terbaring di atas rumput. Mata mereka bertaut lama dan getaran cinta memang selalu ada setiap kali mereka berbalas pandang.
“astaghfirullahalazim, ada budak bawah umur ni” tegur Danny yang baru sahaja sampai dengan isterinya, Lisa. Mata Aira ditutup rapat dengan tangannya. Daniel dan Nia tersengih malu dan berdiri tegak.
“kau lagi ngah” Daniel bersuara mendatar dan Nia berikan senyuman kepada isteri Danny yang sedang mengandung.
“bila due?” soal Nia segera mengalih topik.
“dua minggu lagi” jawab Lisa sambil tersenyum manis.
Danny mendukung Aira dan mencium pipi montel itu beberapa kali.
“kesian anak papa ngah ya, tengok drama tak malu daddy” ujar Dannya pada anak kecil itu yang hanya mampu ketawa.
“apa pulak?” soal Daniel tak berpuas hati.
“jom la masuk, kesian ibu mengandung ni” Nia menarik tangan Daniel supaya masuk ke dalam rumah. Tak ada guna nak bertekak dekat luar ni.

Dania pula sampai dengan suaminya, Danish. Memang hasrat nak cari nama hampir sama tercapai jugak. Dania memang bijak memilih kerana berjaya mendapatkan suami yang sangat hensem! Nia pun puji Danish.
“rumput datang dari mana ni?” soal Dania pelik bila ada rumput atas bahu Nia.
“DD lewat sangat. Tadi ada drama bollywood kat sini” Danny bersuara sambil tersengih. Daniel mencapai bantal dan membaling ke arah muka Danny.
“tak habis drama abang ni. Aira, meh mama su nak kiss sikit” panggil Dania manja dan Aira terus meluru ke arah Dania.
“tadi Aira main cacing” ujar Daniel selamba dan berbohong pada masa yang sama bila Dania dan Danny berebut nak peluk cium Aira. Dania dan Danny sama-sama lepaskan Aira dan pandang Daniel yang sedang memandang mereka selamba.
“joke” Daniel bersuara tenang bila semua mata memandangnya. Aira dah selamat berada dalam pelukan Nia. Nia tergelak lagi bila Danny dan Dania terkena dengan Daniel.

Bila anak-anak dah besar, sekolah yang sesuai pula menjadi masalah ibubapa. Sekali lagi Daniel buat kajian untuk mendapatkan tadika terbaik untuk Aira. Dah berminggu buat research akhirnya Daniel berpuas hati dengan tadika yang mereka pilih.
“sampai bila-bila agaknya abang ni nak cuba cari yang perfect. Tak tahu la jodoh Aira nanti apa yang abang kaji” Nia membuka mulut setelah hantar anak mereka ke tadika. Daniel pandang Nia yang sepertinya tak berpuas hati dengan apa yang dia buat.
“abang nak yang the best untuk satu-satunya anak kita”
“ya cik abang sayang. Tapi, abang memang tak nak anak lagi dah?” soal Nia menduga.
“abang tak sanggup nak tengok Nia sakit” jawab Daniel dan meraih tangan isterinya.
“kan Nia dah cakap, sakit sikit je” Nia bersuara lagi.
“sikit? Abang buat kajian tau, banyak saraf yang putus”
“tak habis lagi dengan research dia. Abang ni!” Nia tergelak dengan tingkah Daniel yang terlalu bersedia dan inginkan semuanya sempurna.
“betul la. Kan?”
“ya, memang sakit. Sakit beranak ni sakit kedua selepas mati tau”
“ha! Sebab tu la abang tak nak Nia sakit”
“tapi, Nia nak ada Aeril Aqashah pulak” jawab Nia cuba memancing perhatian Daniel kali ini. Daniel memandang Nia dan lama-lama senyuman dia terukir.
“Aeril Aqashah?” soal Daniel dengan senyuman meleret.
“kalau girl lagi?” soal Daniel menduga.
“cuba lagi, macam mana pun, nak jugak Aeril Aqasha” jawab Nia yakin dengan keputusan dan kehendaknya.
“kalau lagi-lagi tetap girl”
“lagi-lagi jugak ee what can we do” ujar Daniel turut tersenyum senang.
“abang, no more research please” ujar Nia dan Daniel tergelak.
“tapi sayang, jantina sesuatu anak tu ditentukan oleh bapanya” jawab Daniel seperti orang berilmu penuh di dada. Nia menyanyi kecil dan buat tak dengar dengan jawapan kajian suaminya. Hampir semua benda Daniel tahu dan Nia rasa geram pulak.

Daniel naik angin bila mereka dipanggil oleh cikgu tadika kerana Aira ada buat hal sikit. Kan dah cakap Daniel ni pantang 40 bila melibatkan soal disiplin.
“abang, our girl is too small. Abang tak kan hukum dia kan?” soal Nia cuak jugak. Daniel punya pemikiran tak boleh diduga sangat.
“sayang, watch and learn” tegas suara Daniel menambahkan cuak Nia.
“ok, Aira Daniella, why you bit him?” soal Daniel dengan suara tenang. Bagus, sekurang-kurangnya tak meninggikan suara. Nia memandang Aira yang sudah mula nak menangis.
“not even a step. Answer me” ujar Daniel lagi bila Aira dah mulakan langkah untuk mendapatkan Nia.
Nia buat isyarat supaya Aira menjawab soalan Daniel dan jangan menangis.
“daddy tanya ni, kenapa Aira gigit telinga kawan Aira?” soal Daniel dengan suara mendatar.
“sebab..sebab…dia kiss pipi Aira” jawab Aira sebak dan air matanya mengalir di pipi. Daniel dan Nia saling berpandangan bila Aira membuka mulut. Nia sudah hampir tergelak, begitu juga dengan Daniel.
“kenapa dia kiss Aira?” soal Daniel tenang.
“tak tahu” jawab Aira perlahan.
“daddy dan mummy maafkan Aira, tapi, gigit orang tetap salah. Jadi, hari ni, Aira makan nasi dengan sayur je. Tak boleh makan ayam” Daniel beri kata putus dan Aira pandang Nia dengan sedih. Bukan tak tahu Aira ni memang jenis tak makan sayur. Nia hampir tergelak dengan keputusan Daniel tapi dia bersetuju.
“now, you can hug your mummy” Daniel menyambung dan Aira terus memeluk Nia. Nia membalas pelukan itu dan mencium pipi anaknya. Air mata yang mengalir dikesat dengan lembut.
“minta maaf dengan daddy” ujar Nia dan Aira melangkah perlahan-lahan untuk memeluk Daniel. Daniel sudah menanti dengan senyuman. Aira memeluk Daniel erat.
“sorry daddy”
“it’s ok. Daddy  tak marah. Ok?”
“ok, tapi tak ada ayam?” soal Aira sedih dan Daniel mengangguk. Aira pandang Nia dan Nia ikut sama mengangguk.
“hari ni je?” soal Aira lagi.
“ya. Hari ni je” jawab Daniel dan mencium pipi Aira.

Nia menahan tawa bila mereka berdua dah masuk ke dalam bilik.
“tak bagi makan ayam? Makan nasi ke anak dara abang tu nanti?”
“nak buat macam mana? Dah dia tak suka sayur, terpaksalah” jawab Daniel pula. Nia mendekati Daniel dan tie dirungkaikan, butang kemeja Daniel juga dibuka satu persatu.
“Nia bangga sangat” ujar Nia dan mencium pipi Daniel. Daniel merangkul Nia erat dan mencium dahi Nia.
“abang cuba yang terbaik” jawab Daniel mesra.
“the best!”
“siapa la yang kiss anak dara kita tu. Geram pulak abang rasa” Daniel bersuara geram dan Nia tergelak kecil.
“budak-budak je kut. Nia pun pernah kiss budak lelaki masa tadika dulu” jawab Nia selamba.
“really? Kat mana?” soal Daniel resah, tiba-tiba angin cemburu dia datang.
“kat sini” Nia mencium bibir Daniel dan Daniel geram.
“sayang! So, dia dah dapat first kiss sayang la” Daniel tak berpuas hati betul kali ini dan Nia terus ketawa.
“tak ada la, Nia kiss bear pada baju dia, comel sangat!” jawab Nia sambil tersengih.
“so, lips bear tu la?” soal Daniel masih lagi dengan nada cemburu.
“yep!” jawab Nia dan senyum lagi.
“glad to hear that” jawab Daniel lega habis. Nia gelengkan kepala dengan perangai Daniel entah apa-apa ni.

Daniel dan Nia perhatikan anak dara mereka yang makan nasi dengan sayur je. Berkerut dahi anak dara mereka ni bila terpaksa,maklumlah kena denda. Daniel masukkan carrot ke dalam mulutnya sedikit dan menyuap terus ke mulut Aira.
“sedap?” soal Daniel pada Aira dan Aira tersenyum sambil mengangguk.
“makan lagi” pujuk Daniel lagi. Nia terharu dengan cara Daniel melayan anaknya. Memang the best daddy in the world la. Nia perhatikan Aira yang kelihatan buat ulung kalinya berselara bila makan sayur. Tanpa Nia sedar bibir Daniel menyuap sesuatu ke dalam mulutnya dan Nia kaget sambil terkebil-kebil memandang Daniel.
“abang! Depan Aira ni” marah Nia perlahan dan Daniel tersengih.
“dah Nia nampak macam jeles je”
“mana ada jeles, tak kuasa la” jawab Nia dan mencubit lembut lengan Daniel. Daniel tersenyum dan terus menyuap Aira dengan bahagia.
“good girl, malam nanti kita pergi makan KFC ya?” ujar Daniel dan mengusap lembut kepala anak mereka. Nia tersenyum bila Daniel berkata begitu, Aira sudah pastinya melompat kegembiraan bila dia dapat makan ayam lagi malam nanti.

Daniel pandang Nia yang sedang memandang jauh ke laman rumah. Daniel memeluk Nia dari belakang dan melihat apa yang begitu mencuri perhatian Nia.
“Aira dah besar, it’s a good time she have someone”
“someone?” soal Nia pelik.
“I mean, adik” jawab Daniel lembut dan Nia ukirkan senyuman bahagia. Akhirnya Daniel betul-betul dah bersedia kali ini.
“are you sure?” soal Nia meminta kepastian daripada Daniel.
“yes!” jawab Daniel yakin.
“apa yang buatkan abang tiba-tiba je ni?” soal Nia lagi.
“abang nak Aira ada rasa tanggungjawab terhadap someone. Abang nak Aira jadi seorang kakak”
“in sha Allah” jawab Nia dan membalas pelukan erat Daniel.

Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk manusia. Alhamdulillah rezeki Daniel dan Nia kali ini bila mendapat tahu berita yang Nia mengandung lagi.
“Nia demam ni” Daniel menyentuh dahi Nia yang panas. Sejak mengandung kali kedua Nia terlalu lemah dan selalu sangat jatuh sakit. Dalam kesyukuran Daniel juga khuatir akan keadaan diri Nia.
“Nia ok, abang jangan risau” Nia yang lemah cuba tenangkan hati Daniel. Sejak mengandung tiga bulan sudah hampir lima kali Nia terpaksa ditahan dihospital kerana keadaanya yang tak stabil dan terlalu lemah.
“sayang jangan cakap ok kalau sebenarnya tak” sebak Daniel menuturkan ayat itu kerana tahu Nia sebenarnya kesakitan.
“abang, Nia betul-betul ok” Nia tetap bertegas yang dia ok. Daniel memandang Nia yang hanya mampu terbaring dan keluar dari bilik mereka. Daniel bersandar lemah pada pintu biliknya dan dia risau akan pelbagai kemungkinan.
“Nia dah makan?” soal Datin kepada Daniel yang kelihatan kusut. Daniel pandang mamanya dan matanya berkaca.
“air pun tak boleh masuk dalam badan Nia ma. Nia asyik muntah je” sebak sekali suara Daniel kali ini dan datin menyentuh lembut bahu anaknya. Semua tak menyangka yang kandungan kedua Nia akan jadi sesukar ini.
“sabar ya sayang” datin menenangkan hati anak lelakinya lagi. Dania yang kebetulan terdengar perbualan itu turut rasa simpati pada Nia dan abangnya.
“Honey” suami Dania menyentuh bahu Dania lembut bila hanya diamkan diri di depan pintu bilik.
“Bie, kesian Kak Nia” Dania merapaykan badannya padaDanish dan Danish memeluk erat tubuh Dania.

Nia terbaring di atas katil sepanjang hari kerana tak larat nak bergerak dan kakinya mulai bengkak. Suhu badan Nia juga selalu tinggi. Daniel mengusap lembut rambut Nia dan dalam hatinya tak putus doa agar Nia cepat sihat.
“daddy”  Aira masuk ke dalam bilik itu dan memanjat katil. Daniel membawa Aira ke ribaannya dan tersenyum senang. Aira menyentuh tangan Nia yang masih lagi tidur dengan nyenyak.
“panasnya mummy” Aira memandang Daniel dan Daniel hanya mampu ukirkan senyuman.
“Aira rindu nak main dengan mummy” rengek Aira manja dan memeluk lengan Daniel erat.
“daddy pun rindu nak borak dengan mummy. Mummy tak sihat sayang” kepala kecil itu dikucup lama agar dia mengerti.
“daddy, kenapa adik tak nak duduk kat luar dengan kita? Kenapa adik nak duduk dalam perut mummy?” soal Aira dan Daniel tergelak kecil dengan soalan yang agak lucu itu.
“nanti sampai masa adik keluar la. Dulu Aira pun duk dalam perut mummy jugak” jawab Daniel sambil tersenyum.
“kesian mummy. Berat tak?” Soal Aira lagi.
“berat la jugak, tapi mummy kan kuat”
“adik, cepat keluar ya, kesian mummy” Aira mengusap lembut perut Nia yang sudah menjangkau bulan ke tujuh itu. Daniel turun dari katil dan ambilkan album gambar.
“tengok ni, ni gambar Aira masa kecil dan masa mummy mengandungkan Aira” Daniel tunjukkan gambar demi gambar dan Aira teruja melihat gambarnya sendiri. Daniel memandang wajah lesu Nia yang sedang lena dan dia tersenyum sedikit.

Nia rasakan contraction dan perut dia terasa sangat sakit. Nia memegang kejap tangan Daniel sehingga Daniel tersedar dari tidur.
“sayang, kenapa ni?” soal Daniel sebaik tersedar.
“sakit” itu je yang mampu Nia jawab sekarang ni. Daniel kalut dan tak tahu nak buat apa.
“hospital” Nia bersuara lagi dan Daniel tanpa fikir banyak terus mengangkat Nia dari katil dan berlari ke kereta. Dia masuk semula untuk maklumkan orang tuanya dan bila semua orang dah sedar dia terus ke hospital.
“cepat” Nia meminta Daniel segerakan ke hospital sebab dia dah tak tahan sangat.
Sebaik tiba di hospital Nia terus dibawa ke bilik bersalin. Beberapa orang doktor terus berlari ke dalam bilik itu bila keadaan Nia semakin teruk.
“abang” Nia meminta agar Daniel berada disisinya sekarang ini. Seorang nurse keluar dan memanggil Daniel masuk ke bilik itu.
Daniel menapak dengan risau dan dia terus alirkan air matanya melihat wajah pucat Nia terus berperang dengan kesakitan. Daniel mencapai tangan Nia dengan lembut dan mengucupnya lama.
“sayang, kuat demi abang dan Aira” bisik Daniel lemah dan Nia tersenyum sedikit bila dia sudah tak larat lagi nak meneran.
“Nia” panggil Daniel bila Nia hampir menutupkan matanya.
“puan! Encik, tolong sedarkan isteri encik, kalau tak kami terpaksa guna vacuum” maklum seorang doktor dan Daniel memaksa Nia supaya terus sedarkan diri.
“Nia, pandang abang sayang” Daniel menyentuh kepala Nia dan dalam hatinya berdoa agar Allah selamatkan anak dan isterinya.
“sayang, Aeril Aqashah dah nak keluar ni. Dia nak tengok mummy dia” bisik Daniel dan Nia membuka mata perlahan-lahan.
“bagus! Sekarang tolong isteri encik bernafas” Daniel mendengar arahan dengan baik dan menurut apa saja kata doktor itu.
“bagus! Dah nampak kepala bayi. Teruskan meneran puan” suara doktor itu kedengaran lagi.
“sayang, push. Please be strong. Abang tak kuat tanpa Nia” Daniel terus bersuara dan Nia rasakan dia semakin kuat. Hampir setengah jam berperang lagi akhirnya anak lelaki Nia dan Daniel selamat dilahirkan.
“alhamdulillah” ucap Daniel bila tangisan bayi kedengaran. Nia tersenyum dan senyumannya semakin hilang bila matanya sudah tertutup rapat.
“Nia! Nia! Doktor, isteri saya” Daniel cuak bila Nia tak sedar diri lagi.
“encik boleh keluar dan azankan anak encik” Daniel dipaksa keluar daripada bilik itu.
Nia diberikan rawatan susulan dan bantuan pernafasan diberikan dengan segera. Degupan jantung Nia yang semakin lemah buatkan keadaan bertambah gawat. Seorang doktor pakar dipanggil dengan kadar segera.
Rawatan demi rawatan diberikan dan degupan jantung Nia mula meningkat sedikit demi sedikit. Bila semuanya normal semua orang kembali lega.
“pindahkan pesakit ke ward, make sure bawah pemerhatian kita” ujar ketua doktor dan yang lain mengangguk faham.

Sudah dua minggu Nia terpaksa ditahan ke hospital kerana keadan dirinya yang lemah tapi Nia semakin pulih. Selama dua minggu itu juga Daniel tak masuk pejabat dan tak berganjak walau sedikit dari ward Nia berada.
“abang tak kerja?” soal Nia pada Daniel.
“tak” jawab Daniel dan mencium dahi Nia.
“kuat ponteng jugak boss ni” Nia bersuara memerli dan Daniel memandang Nia geram.
“isteri abang sakit, mestilah abang sanggup ponteng” jawab Daniel tenang dan Nia ukirkan senyuman manisnya.
“Nia dah sihat. Dah boleh jalan pun” Nia berkata lagi.
“orang sihat tak kena tahan di hospital” jawab Daniel pula dan Nia hanya mampu mengalah dengan Daniel.
“esok Nia dah boleh keluar” Daniel memberitahu berita itu kepada Nia. Dah banyak kali Nia tanya bila dia boleh balik.
“yay! Tak sabarnya” teruja betul Nia kali ini.
“tak payah nak excited sangat. Sayang dalam pantang lagi”
“Nia bukan excited sebab tu. Nia excited sebab abang akan masuk kerja dan tak membebel-bebel kat Nia lagi”
“Nia Aqasha!” tinggi jugak suara Daniel menuturkan nama itu dan Nia tergelak kecil. Daniel mendekati Nia dan tayang muka bengangnya.
“nak marah orang la tu” ujar Nia dan Daniel mengeluh. Daniel merapatkan bibirnya pada hujung bibir Nia dan dia tergelak.
“apa la abang ni!” marah Nia pula.
“ala, bukannya luak pun”
“dah la, Nia nak mandi” Nia turun dari katil perlahan-lahan dan Daniel segera memapah Nia ke dalm bilik air.
“tercegat apa lagi? Nia nak mandi ni” Nia menghalau Daniel secara tak langsung.
“abang nak mandikan Nia la” jawab Daniel selamba dan tutup pintu bilikk air.
“Nia boleh mandi sendiri” protes Nia pula.
“tiba-tiba je, selama ni memang abang yang mandikan Nia kan?” Daniel membuka mulut dan wajah Nia mulai memerah. Walaupun dia dah biasa tapi bila tiba masanya, Nia akan rasa malu.
“segan la abang” Nia cuba untuk menolak lagi.
“semalam tak segan, hari ni segan pulak?” soal Daniel selamba dan laju je tangan Nia mencubit perut suaminya. Daniel tergelak besar bila Nia naik angin sebab malu.
“comel isteri abang ni” pipi Nia dicium dan Nia dipeluk erat.

Habis je pantang, bulan Ramadhan tiba lagi dan Nia dah sihat sepenuhnya sehingga mampu nak berlari dah kut. Walaupun doktor tak bagi Nia bergerak banyak, Nia tetap dengan sikap aktifnya itu sehingga Daniel rasa geram.
“mama, jangan bagi Nia buat apa-apa kat dapur ni” ujar Daniel bila Nia sibuk nak masuk ke dapur.
“poyo la abang ni, Nia nak masak je pun” marah Nia dan Daniel tarik tangannya keluar dari dapur. Datin mengukirkan senyuman bila Nia dan Daniel bergaduh manja macma tu.
“kesian la mama masak sorang” ujar Nia.
“tu, Lisa dengan DD ada” jawab Daniel tenang dan duduk disebelah Nia.
“Danny, Danish, tolong bawak abang ni pergi jauh-jauh” Nia menyuruh adik-adik iparnya itu membawa Daniel pergi tapi gelakan pulak yang dia dapat.
“sabar je la dengan abang tu kak” jawab Danny dan berlalu ke dapur bersama isterinya.
“abang ni!” marah Nia lagi.
“sayang, Aeril nangis kat atas tu” Daniel bersuara bila terddengar suara anaknya menangis. Nia terus berlari anak naik ke biliknya dan Daniel mengeluh lagi bila Nia berlari. Memang tak dengar cakap betul la si Nia ni. Daniel ikut naik ke bilik dan duduk di sebelah Nia yang sedang menggendong Aeril yang menangis.
“Aeril lapar la tu sayang” Daniel bersuara dan Nia berpaling ke Daniel.
“Daniel pegang Aeril jap. Nia nak ambil susu”
“biar abang ambilkan susu. Nia duk sini” Daniel turun ke dapur dan mengambil susu. Nia tergelak lagi dengan perangai Daniel yang terlalu berhati-hati itu.
“mummy” Aira masuk ke dalam biliknya dan duduk disebelah Nia.
“ya sayang?” soal Nia dan mencium dahi anaknya yang baru sahaja balik dari sekolah.
“kakak tak puasa” jawab Aira dengan wajah risau dan Nia tersenyum.
“kenapa tak puasa?” soal Nia lembut.
“sebab kawan kakak bawa ayam goreng” jawab Aira sedih dan Nia tergelak kecil. Anaknya yang sorang ni pantang betul dengan ayam.
“tak apa la, esok boleh puasa lagi” Nia mengusap kepala anaknya lembut. Daniel masuk ke dalam bilik itu dan serahkan susu kepada Nia.
“budak tak puasa ni, pergi mandi dulu” Daniel mengusap kepala Aira dan Aira tersengih.
“jom! Daddy mandikan” Daniel tarik tangan kecil itu dan membawa beg sekolah Aira ke biliknya. Nia tersenyum bila melihat Aira dibawa pergi.
“Aeril, jadi macam daddy ok” Nia mencium pipi kecil itu lembut dan lama.

Nia bangun bila jam locengnya berdering. Dah masuk waktu sahur dah ni. Daniel masih lagi nyenyak tidur sebab semalam terpaksa berjaga bila Aeril tak nak tidur. Kesian Daniel pun tak boleh sama tidur.
“abang, bangun” Nia mengejutkan Daniel dan mengusap lembut pipi itu. Daniel menarik Nia ke dalam pelukannya sehingga Nia kembali terbaring di sebelahnya.
“abang, sahur la” kejut Nia lagi.
“awal lagi” serak suara Daniel sebab baru je bangun dari tidur.
“bangunlah” pujuk Nia lagi dan Daniel tersenyum.
“kiss me” ujar Daniel dan Nia mencubit pipi Daniel.
“dah mula dah” Nia bersuara geram.
“now, atau, kita stay je atas bed macam ni” ugut Daniel pula dan Nia menjelirkan lidah protes.
“abang, Ramadhan terakhir ni, sayang la kalau miss sahur. Besar pahala sahur ni” modal islamik sedikit Nia berikan.
“besar jugak pahala kalau kiss suami” jawab Daniel selamba dan Nia tersenyum.
“ok. Nak kiss kat mana ni?” soal Nia mengalah dan Daniel ukirkan senyuman bahagia.
“heavy kiss” jawab Daniel senang. Nia terpaksa mengalah dan turutkan je kehendak Daniel itu. Nia masuk ke dalam bilik air dan sediakan berus gigi berserta ubat kepada Daniel seperti biasa.
“Nia nak kejut Aira” Nia keluar dari bilik air bila dah selsai gosok gigi dan cuci muka.

Pada malamnya Nia dan Daniel melepak di lama sementara yang lain sibuk dengan memasang pelita dan membakar lemang. Nia memandang Daniel yang kelihatan tenang bersahaja tak menyibukkan diri dengan orang lain
“abang, kita nak tengok je ke?” soal Nia pada Daniel.
“tengok je la. Dah ramai sangat orang rajin tu” Daniel tujukan kepada orang lain yang begitu sibuk.
“abang ni, takkanlah nak tengok je”
“biarlah orang lain sibuk, abang nak spend masa dengan Nia ni”
“abang, tak puas lagi ke spend masa dengan Nia? Kat rumah, pejabat”
“mana boleh puas, bukannya selalu kita duduk berdua macam ni kat office”
“abang ni pelik la” Nia bangun dari duduk dan berniat nak tinggalkan Daniel tapi Daniel tak benarkan malah menarik Nia supaya duduk di atas ribaannya.
“abang! Orang tengok la!” geram betul Nia dengan perangai selamba dan tak malu Daniel.
“biar la.” Selamba je Daniel menjawab.
“abang, Aeril nangis tu” Nia sengaja berkata begitu dan supaya Daniel lepaskannya.
“hero abang tu, time macam ni dia tidur, tunggu bila kita tidur, masa tu la dia nak menangis” Nia tergelak bila Daniel berkata begitu.
“jadi, abang dah tak larat la ya nak layan Aeril? Tak apa, Nia dan Aeril tidur kat luar malam ni” Nia buat-buat terasa hati dengan apa yang Daniel cakapkan.
“sayang, abang tak maksudkan macam tu” Daniel kalut bila Nia dah merajuk.
“tak apa la, abang duk la sorang kat sini, biar Nia dan anak-anak pergi” Nia bangun dari ribaan Daniel dan melangkah pergi. Daniel sepertinya hilang kata-kata bila Nia cakap macam tu.
Daniel segera bangun dari duduk dan mengejar langkah Nia yang dah masuk ke dalam rumah. Daniel menyusun ayat yang sesuai supaya boleh memujuk Nia. Bila Daniel masuk ke dalam rumah dia tengok Nia dan mamanya sedang  bergembira meletakkan kuih raya di dalam bekas. Daniel duduk disebelah Nia dan duduk serapat mungkin.
“Nia, I didn’t mean that” Daniel membuka mulut dan Nia ukirkan senyuman nakal.
“Nia acting je abang. Nia nak pergi mana? Jantung hati Nia kat sini” jawab Nia perlahan dan Daniel tersenyum puas.
“nasib baik ada mama, kalau tak abang dah peluk cium sayang kat sini” bisik Daniel dan Nia ukir senyum.
“kenapa? Malu?” soal Nia pada Daniel.
“tak ada la, abang tak nak isteri abang ni pakai natural blusher tiba-tiba pulak” balas Daniel balik, tak nak kalah betul dan asyik nak menangkan dirinya je.

Raya kali ini seakan lengkap keluarga Nia dan Daniel bila mereka mampu beraya berempat kini. Nia siapakan Aeril yang masih kagi kecil dengan mengenakan baju melayu berwarna hijau, Daniel pula pula menyiapkan puteri mereka dengan baju kurung berwarna hijau. Yang penting semua orang hijau la raya tahun ni.
Itu baru sahaja bab warna baju, belum lagi bab pilih baju. Nak tercabut kaki Nia bila terpaksa ikut Daniel membeli baju raya. Enatnya hanya Nia yang tahu. Bila baju yang ingin dibeli tak dapat, tempahan daripada designer pulak yang Daniel pilih. Bukan satu, tapi tiga design barulah Daniel berpuas hati untuk raya kali ini.
Nia rasa Daniel ni datang dari dunia lain agaknya bila semua hal menjadi penting pada Daniel. Baju Nia sendiri juga ditempah khas dan Nia hanya mampu menurut apa yang Daniel inginkan. Bukan sahaja mengupah orang design, malah Daniel sempat mengkaji setiap design dan warna yang sesuai serta penggunaan kain yang baik. Apa yang Nia boleh konklusikan ialah, Daniel always want the best.
Daniel memandang Nia setelah selesai pakaikan baju kurung kepada Aira. Aeril juga sudah kacak bergaya, cewah! Apa yang Nia perasan, Aira tak sama macam Daniel dan lebih kepada mengikut dirinya, harapnya Aeril tak ada la mengejar kesempurnaan seperti daddy dia. Penat Nia nanti.
“abang hantar anak-anak kat mama, nanti kita siap sama-sama” Daniel dengan senyuman mendukung Aeril dan menarik tangan Aira. Nia tersenyum dan duduk di birai katil sementara menunggu Daniel.
Part paling kelakar ialah, Daniel iron balik baju yang Nia dah Iron. Untung Nia dah terbiasa dengan Daniel jadi dia tak ambil hati dengan tindakan Daniel. Malah nak gelakkan Daniel lagi ada la.
“sayang, senyum je” satu ciuman singgah di pipi Nia dan Nia memandang Daniel.
“teringat abang semalam, kalut sangat” jawab Nia dan tergelak pula.
“sorry sayang, abang appreciate apa yang sayang sediakan tapi, abang teringin sangat nak nampak sempurna raya ni. Keluarga kita dah sempurna” ciuman singgah pula didahi Nia.
“ya, alhamdulillah. Nia tak kisah pun abang” jawab Nia tenang dan membalas pelukan erat Daniel.
“alhamdulillah, abang gembira sangat, ini raya ke-6 kita bersama”  ujar Daniel ceria dan Nia bersetuju.
“tahun depan, kita nak beraya berlima ke?” soal Nia sekadar menduga dan Daniel terdiam lama.
“sayang, dua pun dah lebih dari apa yang abang nak. Cukuplah Aeril dan Aira. Ya?” pipi Nia dipegang dan Nia ukirkan senyuman manis. Dah banyak kali Daniel cakap benda ni, katanya dia tak nak Nia sakit lagi.
“abang. Kalau ditakdirkan Nia pergi…”
“cepat sayang, abang nak pakai baju dah ni” Daniel memotong cakap Nia dan bangun dari katil untuk mengambil bajunya. Nia tergelak lagi dan bangun mendekati Daniel.
Badan Daniel dipeluk erat dan dia biarkan rasa hangat pelukan itu meresap ke dalam hatinya.
“hidup Nia sempurna dengan adanya abang” ujar Nia penuh syahdu dan air matanya mengalir lagi. Air mata syawal dan air mata kegembiraan.
“Nia terlalu beruntung kerana menjadi isteri abang, Nia terlalu gembira sehingga Nia rasa semua yang Nia impikan sudah tercapai” sambung Nia lagi.
“Nia harap sangat Aira dapat suami terbaik macam abang dan Aeril mampu jadi suami seperti abang, kecuali, terlalu mengejar perfection ni. Nia harap anak-anak ikut Nia bab tu” ujar Nia lagi lalu tersengih. Daniel memalingkan badan Nia supaya memandangnya.
“apa sahaja doa dan impian yang sayang nak pada anak-anak kita abang tak kisah. Yang penting, abang seorang je suami pada Nia”
“mestilah! Forever  you. I love you!” ucap Nia lagi.
“I will always love you, sayang” balas Daniel balik dan mereka sambung berpelukan.
Tiada cinta semanis cinta suami isteri, tiada kesempurnaan melainkan perkahwinan, tiada gembira jika keseorangan. Tiada kasih bila tiada insan.