Sunday, 12 July 2015

Cerpen : Bukan Jodoh Kita.

Hafeez & Haziqa. Nama yg tertera pada satu kad kahwin yg cantik.
Setiap hari Ziqa akan pandang kad kahwinnya dgn perasaan sedih. Dia bukan tak percayakan cinta tapi cinta tak pernah memihak kepadanya. Dia percayakan cinta selepas kahwin tapi masih tiada cinta untuknya. Perkahwinan selama 8 bulan langsung tidak membenihkan walau sebesar zarah perasaan cinta kepadanya, yg ada hanyalah luka, duka dan sakit. Ziqa simpan kad kahwin yg sepatutnya boleh disimpan sebagai kenangan manis ke dalam laci meja. Kawan2 nya yg sudah mendirikan rumah tgga bahagia  bersama pasangan masing2 dan sama2 menyimpan kad kahwin, tapi pada Ziqa, hanya dia yg menguja kad kahwin yg terlalu cantik itu sendirian.
"Ziqa, kau janganlah mcm ni" Aira Zarina, Aira menggenggam erat tangan kawan baiknya yg sedih bersedih dgn hidupnya.
"Ya Aira, aku minta maaf" Ziqa sapu air matanya dgn tisu dan sambung buat kerja di butik pengantin milik kawannya itu. Aira hanya mampu simpati dgn nasib Ainnur Haziqa.
"Ya Allah, engkau berikanlah kebahagian kpd sahabatku" doa Aira dan sambung semula kerjanya.

Dua pasangan berkahwin pada hari yg sama dan dua2 pasangan tidak mengecapi apa yg sepatutnya. Bernarlah, jika bukan jodoh kita maka cinta tak akan datang pada kemudiannya. Jika kita cinta tapi tak berjodoh cinta itu juga tak akan ke mana. Bagaimana pula dgn tiada cinta dan jodoh pada masa yg sama, makdusnya, itu semua dugaan dariNya.
"Mama tak percaya Zeeq sanggup buat mcm ni" Datin Aida tak percaya apa yg dibawa oleh menantunya, Ireen Natasha.
"Betul mama, papa, Zeeq ceraikan Tasha di luar negara lagi. " Tasha menangis teresak esak sebaik bercerita dan Feez, Ziqa, Dato Munir turut bersimpati dgn cerita yg disampaikan Tasha tapi mereka tak percaya yg anak sulung keluarga itu sangat tak bertanggungjawab.
"Adik tak percaya abg buat mcm tu!" Aina Hafiza anak bongsu keluarga itu membentak geram dan berlalu pergi dari ruang tamu. Dalam hatinya langsung tak percayakn apa yg Tasha sampaikan. ziqa ikut bangun setelah meminta diri utk tenangkan Iza.
"Ma, pa, Ziqa tengokkan adik" terus Ziqa bangun dan tinggalkan ruang tamu. Ziqa tersenyum sedikit bila tengok adik iparnya yg sedang melepaskan geram dgn menyepak semua kerusi yg ada di laman rumah.
"Adik, kenapa ni?" Soal Ziqa lembut dan memeluk bahu adik iparnya itu.
"Adik tak percaya cakap kak Tasha tu" bentak Iza marah dan Ziqa tersenyun sedikit. Ziqa bawa Iza supaya duduk di atas kerusi.
"Jadi, adik yakin yg abg tak buat semua tu?"
"Ya! Abg tu lelaki paling baik yg pernah adik jumpa"
"Ya. Adik janganlah marah2 mcm ni. Skrg ni baik adik cuba call abg dan tanya dia sendiri" Ziqa beri cadangan dan Iza senyum lalu memeluk tubuh Ziqa erat. Ziqa tahu walaupun Iza jenis yg cepat naik angin tapi dia juga jenis cepat sejuk. Ziqa tenangkan Iza kemudian masuk semula ke dalam rumah dan terus ke bilik. Feez ada dan sedang termenung sambil tersenyum, kali pertama Ziqa nampak senyuman drpd suaminya. Dengan lembut Ziqa menyentuh bahu Feez tapi bila Feez sedar terus dia tepis tangan Ziqa dan beralih kedudukan.
"Feez nak makan apa2 tak?" Soal Ziqa lembut seperti biasa. Walaupun layanan dingin drpd Feez langsung tak buatkan dia lemah utk terus meraih perhatian Feez.
"Tadi baru je lunch. U ingat I ni membela ke?" Soal Feez kasar dan Ziqa hanya diamkan diri. Ziqa perhati Feez yg terus keluar dari bilik tidur mereka. Air mata Ziqa mengalir lagi tapi dia cuba utk bertahan dan menjadi kuat seperti wanita lain.

Pakaian pejabat Feez diletakkan di atas katil dan setiap hari Ziqa akan tunggu Feez bersiap sebelum ke tempat kerja. Feez yg keluar dari bilik air ambil pakaian yg diletakkan dan terus sarungkan ke badan. Bila Ziqa cuba utk membantu Feez menolak dan pakaikan sendiri. Ziqa masih murah dgn senyumannya cuba utk ikatkan tie tapi tetap juga dihalang.
"I boleh ikat sendiri" Ziqa membiarkan Feez lakukn semuanya sendiri dan membawa beg kerja Feez ke luar.
"Feez, Tasha ada sediakn breakfast. Jom kita breakfast sama2" pelawa Tasha yg sedang duduk di meja makan.
"Tasha sediakan?" Teruja sungguh suara Feez dan tak tunggu lama terus dia ke meja makan. Ziqa memang terasa dgn sikap dingin Feez yg selama ini selalu menolak jika dia yg masak. Ziqa cuba positifkan diri dan bergerak ke meja makan.
"U tolong letakkan beg I dalam kereta" arah Feez sebelum sempat Ziqa tarik kerusi utk duduk. Ziqa terkedu namun apakan daya dia hanya mampu menurut. Ziqa batalkan niat utk makan bersama dan ke kereta. Bila dia melangkah semula ke meja makan, kejadian suap menyuap yg berlaku depan matanya buat dia sebak, dia tak fikir banyak terus mengatur langkah pergi dari situ dan terus ke tempat kerja.

Sepanjang perjalanan dia hanya mampu menangis dan hanya berhenti bila pemandu teksi itu menegurnya.
"Puan tak apa2?"soal pemandu itu ramah dan Ziqa ukirkan senyuman terpaksa.
"Saya ok" balas Ziqa lemah dan lap air matanya. Mata dan hidungnya yg merah semakin hilang bila dia berhenti menangis.
"Dah sampai puan"
"Terima kasih pak cik. Berapa?"
"10 ringgit" Ziqa keluarkan duit dan bayar pada pemandu itu. Ziqa cuba bertenang dan menarik nafas dalam2 sebelum masuk ke dalam butik. Tapi nasibnya malang bila dia terlanggar seorang lelaki dan kopi di tangan lelaki itu tertumpah atas kemejanya sendiri. Kalut Ziqa meminta maaf dan cuba utk kesat kesan kopi itu tapi dia masih lagi tahu batas2.
"Maafkan saya encik, ya Allah. Maafkan saya" Ziqa hulurkan sapu tangannya dan bila mata mereka bertentang lelaki itu terpaku seketika memandang wajah jernih Ziqa.
"Encik ok tak?" Soal Ziqa lagi dan lelaki itu tersedar lalu tersenyum.
"Ok, mana saya boleh bersihkan kopi ni?" Soal lelaki itu pula.
"Jom ikut saya, dalam butik tu ada tandas" Ziqa dgn gelabah terus menunjukkan jalan ke dalam butik itu. Lelaki itu hanya menurut dan ikut je langkah Ziqa.
"Ni tandas, saya tak rasa kopi akan hilang mcm tu je. Encik tunggu sini, saya dapatkan kemeja lain" Ziqa tinggalkan lelaki itu di tandas dan pergi mendapatkan kemeja yg sesuai utk lelaki itu. Ziqa kembali semula setelah beberapa minit. Lelaki itu masuk semula ke dalam tandas utk menukar kemeja lain. Setelah dia keluar Ziqa masih lagi berada di depan pintu tandas.
"Muat?" Soal Ziqa kalut. Lelaki itu angguk dan senyum.
"Mana baju dan tie yg kotor tu?" Soal Ziqa. Lelaki itu tunjukkan pada Ziqa dan Ziqa ambilnya lalu ke dalam butik. Lelaki itu ikut langkah Ziqa lagi.
"Skrg ni kita cari tie yg sesuai" maklum Ziqa lalu hulurkan satu senyuman. Ziqa memilih tie yg sesuai utk dipadankan. Tie bewarna maroon menjadi pilihan Ziqa dan lelaki itu hanya bersetuju.
"Kemeja kotor saya?" Soal lelaki itu pula.
"Saya akan basuh, lagi dua hari encik datang sini utk ambil ya?"
"Tak perlu, boleh hantar dobi"
"Tak boleh, ni salah sya."
"Ok, berapa ni?" Lelaki itu tunjukkan kemeja yg dipakainya.
"Saya belanja" Ziqa menjawab lalh senyum lagi.
"Tapi..."
"Sokay, encik mesti nak pergi kerja kan? Jumpa lagi" Ziqa dgn mesra menghalau sebenarnya. Lelaki itu terpaksa berlalu dari situ kerana ada hal mustahak yg perlu dia selesaikan.
Ziqa mengeluh bila dia dah susahkan orang lagi kali ini. Aira yg nampak semua tadi terus mendapatkan Ziqa utk tahu cerita lanjut.
"Siapa tu? Skandal?" Serang Aira dan Ziqa memukul bahu kawannya itu.
"Mangsa aku lagi"
"Kau langgar orang lagi?" Soal Aira mcm dah biasa dgn kes langgar  Ziqa. Ziqa ukirkan senyuman kerasnya dan Aira gelengkan kepala.
"Apa yg dia mandi? Hari tu sup tulang, mana tahu kali ni sup sirip ikan yu ke" merapu je si Aira ni tahu.
"Mana nak cari sup sirip ikan yu tengah jalan. Kopi" jawab Ziqa lalu tunjukkan kemeja yg dah selamat dimandikan dgn kopi. Black coffee lagi. Aira dah tebar gelak dia selebar roti canai mamak.
"Aku nak buat payment ni. Terpaksa aku belanja dia punya kemeja dgn tie. Melayan jugak 300 aku"
"Takpe, pakai kad pelanggan, dapat bonus 10%" cadang Aira lalu tergelak senang dan tinggalkan Ziqa sendirian menghitung nasib.

Setiap kali Ziqa balik kerja sejak Tasha ada dalam villa tu pasti dia akan rasa sedih dan kecewa. Sebabnya, suaminya sedang bergelak ketawa dgn bekas kakak iparnya sendiri. Ziqa simpan rasa kecewa dan sedih lalu berlalu masuk ke dalam rumah tanpa hiraukan pasangan yg sedang bergurau dgn bahagia. Entah siapa isteri dan siapa pula janda sekarang ni. Ziqa melangkah masuk ke dalam bilik tapi bila bertembung dgn Dato Munir dia ukirkan senyuman dan minta diri utk ke bilik.
Masuk je ke dalam bilik Ziqa terus masuk ke dalam bilik air utk mandi dan solat. Selesai solat dia perasan yg Feez masuk ke dalam bilik dgn senyuman mekar.
"Baiknya dgn Tasha" buat kali pertama Ziqa memerli Feez. Feez ikut pelik bila Ziqa berani menegurnya dgn nada sebegitu.
"Mestilah, dia tengah kecewa dan sedih. Kena ada orang temankan dia" jawab Feez selamba tanpa hiraukan perasaan Ziqa. Orang lain terluka dan kecewa  dia ambil peduli tapi tentang hati dan perasaan isterinya dia buat bodoh je.
"Kalau mcm tu, apa kata awak kawin je dgn dia. Bukan je boleh teman, boleh bahagiakan sekali kut" Ziqa menjawab lagi dan terus masuk ke dalam tandas dan menangis. Dia dah rasa sampai kemuncaknya dan dia dah tak tahan lagi. Dah masuk bulan kesembilan, dia dah tak larat dgn perangai Feez.

Ziqa sengaja bersiap lewat sedikit dan lihat dari balkoni Tasha dan Feez bergerak ke ofis. Siap bukakan pintu kereta bagai. Ziqa rasa ada sesuatu yg tak kena dgn hubungan mereka lalu cuba cari tahu. Ziqa buka almari pakaian Feez dan mula mencari sesuatu. Akhirnya dia terjumpa satu kotak yg tak pernah dia lihat selama ini. Dia buka kotak itu dan air matanya terus mengalir sebaik melihat isi2 di dalam kotak itu.
"Apa ni Feez? Awak dgn Tasha?" Gambar mesra Tasha dan Feez buatkan hati Ziqa luluh. Dia menyimpan semuanya semula bila bilik diketuk dan terus masuk ke bilik air.
"Kak, Adik nak pinjam shawl" laung Iza bila sedari yg Ziqa ada dalam blik air.
"Ambillah" laung Ziqa semula dan bila dia bertenang sedikit dia keluar dan tersenyum mesra pada Iza.
"Lawa2 la shawl akak ni. Jeles adik"
"Kenapa nak jeles?"
"Ya la, adik punya shawl tak lawa mcm ni"
"Ya ke? Adik buatlah semuanya mcm adik punya jugak. Sharing is caring!" Ziqa dgn ceria bersuara.
"Yes! Thats why i love u so much!" Pipi Ziqa terus dicium dan Ziqa tergelak senang. Sebab keluarga ini yg terlalu baik padanya buatkan dia kuat utk teruskan hbungan yg tak kan ke mana tu.
"Nanti akak teman Adik beli shawl baru"
"Yes! Petang ni eh?"
"Anything for u sis"
"Yay! Love u again" badan Ziqa dipeluk pula dan Ziqa hanya mampu tergelak dgn lagak adik iparnya itu.
"Kak, kenapa abg dan Kak Tasha selalu keluar sama2?" Soalan yg tiada jawapan pada Ziqa buat dia terdiam seketika.
"Sebab...dorang kerja satu ofis kot"
"Ya la tu, tapi, kak tasha tu mcm menggedik je dgn abg" Ziqa tergelak lalu mencuit hidung Iza.
"Tak baik bersangka buruk. Lepas kerja kita pergi ok?"
"Ok. Tapi kak, jgn terlalu beri muka kat abg. Pada adik, akak la perempuan yg paling baik yg pernah adik kenal"
"Ya la, pandailah jual minyak. Nanti akak belanja"
"Akak, serius ni adik cakap"
"Ya sayang. But i have to go."
"Nanti adik jemput akak kat butik ya?"
"Ok. Bye!" Ziqa ambil tasnya dan berjalan pergi. Hatinya sakit tapi, apakan daya dia hanya mampu mengeluh dan reda dgn nasib sendiri. Tak semua orang bernasib malang.

Ziqa masuk ke dalam butik dan mulakan kerjanya seperti biasa tapi, wajahnya langsung tak menunjukkan dia bahagia.
"Ok my bestie. Whats happen?"
"Nothing happen just the truth"
"What?"
"His ex sis in law is his lover before"
"What?!"
"Yes! And they are going out now"
"Ziqa..." Aira mendekati Aira dan meraih tangan halus itu. Ziqa senyum dan cuba utk hentikan rasa sedihnya tapi dia menangis lagi.
"Ziqa, aku harap sangat semua perit kau berakhir"
"Tak apa la Aira. Dah la, pergi sambung kerja. Pelanggan dah datang" Ziqa ukirkan lagi sekali senyuman terpaksa dan Aira terpaksa juga pergi.
"Hei, beautiful lady shouldnt cry" Ziqa tersenyum sebaik nampak lelaki yg pernah mandi kopi di awal pagi.
"So, what should beautiful lady do Mr. Aiman Syafi?"
"Smile"
"I'm smiling now"
"Tell me frens, why?"
"Sometimes we should cry. U nak apa ni?" Soal Ziqa dan berjalan ke koleksi baju yg baru sahaja sampai. Dia menyusun semuanya dengan baik dan mula memeriksa kualiti produk.
"Siapa little girl dgn u hari tu?"
"Which one?"
"That one, yg u call adik"
"Duhai Mr. Player, dont u dare to try my sis"
"No, i just ask."
"Jumpa I lepas habis kerja, kami nak shopping"
"Sure? U nak I ikut?"
"Yes!"
"Ok! See u later!" Ceria pulak mamat romeo ni bila dapat can mcm tu. Ziqa tersenyum dgn gelagat Aiman dan dia sambung kerjanya semula.

Petangnya dua2 dah tercegat depan butik ni. Ziqa rasa kelakar bila dua2 mereka hanya berbalas senyum dan pandang.
"Ok, sebelum tercetusnya zina mata. Jom kita pergi" Ziqa menarik tangan Iza dan Iza mengikut. Aiman turut berjalan di belakang mereka berdua sambil tersengih senang.
Mereka makan dan shopping sama2. Nampaknya jimat duit Ziqa bila Aiman sanggup belanja mereka berdua. Memang Aiman jenis sweet talker tapi hatinya baik dan dia percaya Aiman tak akan sakiti Iza. Kali pertama dia nampak Aiman begitu terpaku melihat seorang perempuan bila nampak Iza berjalan masuk ke dalam butik satu ketika dulu. Biarlah tiada cinta buatnya tapi dia tak nak orang lain rasai dan hadapi benda yg sama.
"Iza nak sambung belajar ke?"
"Erm! Nak sambung master. Nak pandai mcm Kak Ziqa" luah Iza lalu memeluk lengan Ziqa lembut. Aiman dan Ziqa sama2 tersenyum dgn kelakuan manja Iza.
"Bagus! Bercita cita tinggi!"
"Yes! Abg Aiman kerja apa sebenarnya?"
"Kerja apa? Kerja sendiri. Abg supply kain"
"Ya? Wah! Iza suka betul dgn kain."
"Ya ke? Nanti abg bawak Iza pergi kilang abg"
"Janji?"
"Yes!"
"Ok. Janji, janji jugak. Tolong jaga adik I ni elok2. "
"Pasti! I akan jaga bakal isteri I elok2"
"Abg Aiman! Jgn main cakap je. Iza tuntut nanti"
"La, betul la. Jgn lupa tuntut bila Iza dah ready" Aiman senyum pula.
"Ya la. Pandailah abg ni" Iza membalasnya dgn bergurau. Ziqa jeling Aiman sekilas, walaupun nada Aiman bergurau tapi Ziqa yakin yg Aiman ikhlas dan serius.
"Kak! Tu abg Feez dgn Kak Tasha! Dah pehal dorang peluk2 pulak?!" Iza yg bengang terus bangun dari kerusi dan cuba utk pergi ke arah pasangan yg sedang bermadu kasih itu. Ziqa telan liur dan tarik tangan Iza drpd pergi.
"Akak, lepaskan adik!" Bentak Iza tapi Ziqa tak benarkan. Aiman yg melihat turut sama keliru dgn keadaan skrg ni.
"Please, jom kita balik" air mata Ziqa mula menuruni pipi dan Iza lemah bila melihat tangisan itu. Dia mengesat air mata yg mengalir di pipi orang dia sangat sayang.
"Kita balik." Iza akur dgn permintaan Ziqa dan mereka berjalan pergi dari situ. Dalam hati sangat marahkan abangnya dan bekas kakak iparnya itu. Permintaan Ziqa buatkan dia tak mampu nak buat apa2.
"Janji dgn akak, jgn cakap pada mama dan papa" pinta Ziqa merayu lagi.
"Tapi..."
"Janji?" Gesa Ziqa lagi dan dgn tak rela Iza mengangguk.
Sebaik sampai di rumah Ziqa terus masuk ke dalam bilik tanpa bertegur sapa dgn mertuanya seperti biasa. Kemudian Iza melangkah masuk dgn perasaan marah.
"Kenapa tu?" Soal Datin Aida pelik dgn perangai anak menantunya.
"Entah,takkan bergaduh kot"
"Mustahil la abg. Mereka tu dah mcm adik beradik"
"Entah la Da. Mungkin mereka salah faham kot" jawab Dato Munir pula.
"Saya nak naik tengok" Datin Aida pergi ke bilik anaknya dan bila dia masuk Iza sedang marah2.
"Adik, kenapa ni?" Iza tersentak bila nampak mamanya ada di dalam biliknya.
"Tak ada apa la ma"
"Habis tu, takkan gaduh dgn Kak Ziqa"
"Mana ada ma. Kak Ziqa tak sihat, Adik marahkan orang lain. Ma, kak Ziqa tu buah hati Adik tau"
"Ya mama tahu. Baguslah kalau tak ada apa2. Mama nak jenguk kak ziqa la kejap"
"Ma, biarlah kak rehat"
"Ok" Iza senyum sedikit dan mula berfikir apa yg dia boleh buat utk tolong Ziqa.

Malamnya Iza tunggu di luar rumah, dia dah tekad yg dia akan bercakap dgn abgnya dan sedarkan abgnya siapa isterinya. Kereta Feez masuk ke perkarangan rumah dan bila mereka berdua keluar sambil bergelak ketawa. Iza yg melihat semua itu.
"Seronoknya pasangan sehati sejiwa ni" sinis sekali Iza menegur.
"Apa maksud adik ni?" Soal Feez tak senang dgn apa yg di disebutkan Iza.
"Apa maksud adik? Oh man, abg ni suami siapa? Ada perasaan ke tak?" Soal Iza garang. Feez pulak yg bengang dgn cara Iza bercakap.
"Dik, kau jgn nak kurang ajar sangat. Apa maksud adik ni?!" Suara Feez sudah ikut sama meninggi.
"Abg keluar dgn siapa ni? Kesian Kak Ziqa, sampai hati abg buat dia mcm tu"
"Apa yg abg buat? Ni pun kakak ipar Iza jugak!"
"Bekas kakak ipar!"
Pangg!!! Satu tamparan agak kuat singgah di pipi Iza. Ziqa yg kebetulan berada di beranda terkejut terus berlari turun ke laman utk mendapatkan Iza yg sudah menangis setelah di lempang tadi.
"Hafeez!" Marah Ziqa dan menahan geram bila Iza dilempang. Sedangkan mama dan papa tak pernah berkasar dgn Iza selama ini.
"Apa? U pun dah pandai mengadu ya." Marah Feez pada Ziqa pula.
"Saya tak mengadu dan saya tak ada masa nak buat semua tu."
"I malas nak cakap dgn u ni! Buat sakit hati je"
"Abang!" Marah Iza dgn apa yg Feez cakapkan.
"Dah la Tasha, jom kita masuk" sakit hati Iza bila melihat tangan perempuan lain yg abangnya tarik utk masuk ke dalam rumah. Ziqa yg memandang dgn sakit hati terus terduduk dan menangis. Iza duduk dan memeluk erat tubuh kakak iparnya itu.
"Akak, Iza, mama, papa sayang akak. Biarlah abg tu" Iza mengesat air mata Ziqa yg mengalir laju.

Ziqa dah lama tak pedulikan apa yg dia lihat dan apa yg dia perlu dengar. Dia dah malas nak bertekak dgn Feez dan biarkan je apa yg Feez nak buat. Apa yg Ziqa pegang skrg ni dia hanya perlu sediakan apa yg Feez perlukan sahaja.
"Haziqa" panggil Feez bila Ziqa dah kurang bercakap dengannya sejak kejadian malam itu. Ziqa hanya menyahut dgn berpaling memandang Feez dan dia sambung memakai selendangnya.
"You dengar tak I panggil ni?" Soal Feez kasar dan merentap tangan Ziqa sehingga kotak kerongsang di tangannya jatuh dan kerongsang berterabur atas lantai.
Ziqa malas nak marah atau beri respon terus kutip kerongsang yg jatuh dan masukkan semula ke dalam bekasnya semula. Feez bertambah geram dgn sikap Ziqa yg langsung tak beri perhatian padanya.
"Awak nak apa?" Soal Ziqa malas dan siapkan dirinya sepenuhnya lalu mengambil tas yg berada di atas meja.
"U boleh buat bodoh je, I ada dalam bilik ni"
"Ya saya tahu awak ada dalam bilik ni. Apa maksud awak ni? Selama ini awak tak pernah pun nak bercakap dgn saya hari ni kenapa pulak nak bercakap?" Soal Ziqa geram.
"Siapa lelaki yg keluar dgn U semalam? U dah muak ya tengok muka I?" Ziqa terkejut, mcm mana Feez boleh tahu tapi Ziqa buat selamba dan tak pedulikan soalan Feez.
"Aku tanya ni!" Marah Feez lagi.
"Kawan saya, tolonglah, saya dah lewat ni. Saya pergi dulu" Ziqa lepaskan lengannya yg dicengkam kuat dan terus dia keluar dari bilik. Feez yg tak puas hati sepak kerusi yg ada dalam bilik dan dia sarungkan kotnya lalu keluar dari bilik.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Tasha manja dan memeluk lengan Feez lembut. Feez merengus kasar dan terus berjalan keluar dari rumah tanpa menjawab soalan Tasha.
"Hafeez" Tasha mengejar langkah Feez yg laju dihadapan dan tak pedulikannya langsung.

Malamnya Feez dan Tasha keluar bersama lagi dan mereka sedang bersama di dalam kereta di kawasan yg gelap sehingga menimbulkan syak dan ditangkap dgn jabatan agama.
Di rumah Dato munir marah betul dgn perbuatan anaknya yg dah malukan keluarga. Semua orang yg berkumpul di ruang tamu sedang melihat Feez dan Tasha dimarahi dgn teruk.
"Papa" Ziqa membuka mulutnya bila Dato mula bertenang sedikit.
"Ziqa rasa kawin adalah jalan yg terbaik" Ziqa bersuara lemah dan semua orang terkejut dgn keputusannya.
"Akak, no way!" Halang Iza.
"Ziqa tak kisah apa sekalipun kptusan papa. Ziqa masuk bilik dulu" Ziqa terus menonong masuk ke dalam bilik Iza. Iza bangun dari sofa dan memandang pasangan yg dah lukakan hati Ziqa.
"Abg dgn Kak Tasha ni memang tak tahu malu!" Iza berlari naik ke biliknya sebab dia tahu Ziqa berada di situ.
"Papa pun tak tahu nak cakap apa. Malas papa nak cakap dgn kamu berdua"
"Mama pun tak tahu nak cakap apa. Kamu berdua fikirlah" semua orang tinggalkan ruang tamu dan ke bilik masing2.

"Abang" Datin naik ke katil dan duduk di sebelah suaminya.
"Saya malu dgn Ziqa. Saya kasihan dgn Ziqa. Dia terlalu baik tapi Feez tak pernah hargai dia" sedih hati Dato bila mengenangkan nasib menantunya.
"Betul tu abg,saya sayangkan Ziqa tu mcm anak sendiri. Kalau boleh saya tak nak dia pergi dari keluarga kita"
"Ya, tapi, kalau dia bahagia mcm tu kita terpaksa lepaskan dia. Keluarga kita dah malu,kalau Feez dan Tasha tak kawin panjang pulak cerita ni nanti"
"Entahlah abg. Letih Da nak fikir"
"Tidurlah, abg pun malas nak fikir"

"I nak cakap sikit" Feez buka mulut bila Ziqa dah nak pergi kerja.
"Apa?"
"I dgn Feez akan kawin. Papa dan mama dah izinkan" suara Tasha yg ceria buatkan Ziqa tersenyum sedikit.
"Alhamdulillah . Kalau ada apa2 nak saya tolong cakap je" Ziqa sarungkan kasut dan pandang pasangan bahagia di depan matanya ini.
"I nak cakap yg I akan kawin dgn Tasha tapi, I tak mampu nak berpoligami. U tahu kan poligami tu utk orang yg berkemampuan?" Umpama pedang yg menghiris hatinya kini.
"Saya tahu dan saya faham. Kita bincang di rumah malam nanti bila semua orang dah ada. Saya pergi dulu" ziqa senyum hambar dan berlalu pergi. Tak lama lagi dia bukan sesiapa lagi dalam keluarga itu. Ziqa naik teksi seperti biasa dan bila tiba di butik Ziqa tarik nafas dalam2 sebelum melangkah masuk. Selesai membuat bayaran dia keluar dari teksi dan tersenyum dgn manis lalu masuk ke dalam butik.
"Aira, awalnya" sapa Ziqa sambil tersenyum manis. Aira pelik pula dgn senyuman yg dia dapat pagi ni tapi dia tak nak bertanya bimbang spoil mood baik Ziqa.
"Oh, Akim pun ada" Ziqa sapa pula suami Aira yg sedang mendukung anak mereka.
"Ziqa, aku nak pergi klinik ni, Ilmi tak sihat. Kau tlong tengokkan butik ok?"
"Ok. No hal" Ziqa mendekati Ilmi dan mencium pipi montel itu beberapa kali. Teringin dia bergelar ibu tapi dia tahu dia tak layak lagi dan Allah tahu kenapa dia belum dapat peluang itu.
"Kami pergi dulu" Akim minta diri dan mereka bertiga tinggalkan Ziqa yg senyum pandang mereka.
"Ziqa, pasti ada bahagia nanti" ujarnya perlahan dan dia terus sibukkan diri dgn kerja2 di butik. Bila pelanggan mula datang dia terpaksa melayan semuanya kerana tak cukup pekerja.
"Ya Datin, purple? Ok"
"Grey is better"
"No, pink is good on her"
"Yes, yes. We will send it"
Macam2 lagi Ziqa terpaksa uruskan tapi dia lebih gemar begitu kerana takut utk biarkan otaknya fikir tentang apa yg bakal terjadi. Jam yg bergerak buatkan hati Ziqa berdebar dan dia sangat takut dgn apa yg akan berlaku malam nanti.
'Ya Allah, kuatkan hati aku' pinta Ziqa dalam hati dan dia bersedia utk pulang ke rumah. Dia tetap cuba bertenang dan tersenyum utk menunjukkan yg dia kuat. Perempuan yg perlu berjuang utk berada di samping suaminya mestilah mempunyai ruang di hati suami. Tapi, dia bukanlah orang yg begitu bertuah utk punyai ruang di hati semuanya.

Ziqa masak pelbagai jenis makanan hari ini dan dia ceria lebih dari biasa sehingga semua orang pelik tapi yg lain hanya fikirkan yg elok2 sahaja kerana tak nak mengacau mood baik Ziqa. Semua orang sangkakan yg semuanya dalam keadaan baik, hanya Ziqa dan Allah yg tahu betapa sakitnya hatinya kini.
"Ada jamuan ke ni?" Soal Iza teruja dgn makanan yg terhidang banyak sekali.
"Yup!" Balas Ziqa lalu memeluk bahu Iza erat.
"Jamuan apa?" Soal Iza lagi.
"Adalah. Tunggu malam nanti" Ziqa menjawab sambil tersenyum.
'Jamuan perpisahan' bisik hati Ziqa sebak tapi senyuman jugak yg dia tayang.
"Akak nak naik atas. Nak solat dgn Feez. Nanti lepas isyak kita borak lagi" Ziqa tak tunggu lama terus berlari naik ke biliknya dan dia terus mandi dan berhias sangat cantik, terlalu cantik buat pertama kalinya. Feez masuk ke dalam bilik dan dia sendiri terkejut dgn penampilan Ziqa sehingga dia mati kata2.
"Feez, kita jemaah ya?" Soal Ziqa lenbut dan hamparkan sejadah. Feez hanya mampu berkedip dan berjalan perlahan lahan ke arah Ziqa.
"Feez mandi, pakai baju melayu ni, ziqa beli khas utk Feez." Ziqa hulurkan tuala supaya Feez mandi dan bersiap utk solat. Setelah 10 minit Feez keluar dan Ziqa hulurkan baju melayu berwarna hijau muda. Feez tak membantah hanya menurut. Mereka solat berjemaah maghrib dan isyak sama2. Sebaik Feez aminkan doanya Ziqa bersimpuh di depan Feez. Tangan dia hulur dan buat kali pertama selepas akad Ziqa berpeluang utk bersalam dan mencium tangan itu.
"Maafkan semua salah silap Ziqa. Halalkan makan minum Ziqa. Semoga Feez bahagia dunia dan akhirat" dengan senyuman Ziqa melafaz. Feez masih lagi kelu dan dia sendiri tak pasti apa yg sedang berlaku.
"Feez, kita turun sama2 ya?" Pinta Ziqa dan Feez angguk. Ziqa senyum lagi dan pastikan semua barangnya sudah siap di kemas. Dia tersenyum bila semua barangnya dah tiada lagi di dalam bilik itu.
"Feez, boleh awak pimpin tangan saya malam ni? Saya nak sangat" pinta Ziqa lagi dan menghulurkan tangannya. Feez dgn lambat terima huluran itu dan menyentuh tangan putih itu.
"Feez, sebelum kita turun. Walaupun saya tak cantik. Saya tetap nak dengar awak puji saya malam ni. Saya cantik tak?" Soal Ziqa lagi. Feez diam lama dan perhatikan wajah telus Ziqa yg sedang tersenyum manis padanya.
"Cantik" jawab Feez pula dan Ziqa tergelak kecil.
"Jom" Ziqa berjalan beriringan keluar dari bilik dan Feez setia di sisinya. Semua orang tersenyum kecuali Tasha bila lihat kemesraan itu.
"Kita makan dulu" ajak Ziqa dan semua orang yg sedang tersenyum ke meja makan. Makan malam dimulakan dan semua orang bahagia je kecuali Tasha dan Feez dgn wajah tak beriak langsung. Selesai makan semua kembali ke ruang tamu.
"Dah tiba masanya. Feez" Ziqa membuka mulutnya sambil tersenyum. Semua orang menanti dgn sabar apa yg Feez nak cakap. Semua orang rasakan yg Ziqa mengandung tapi, kita dengarlah apa yg Feez nak cakap.
"Feez, lafaz terus" Ziqa leraikan pegangan tgn mereka dan duduk jauh sedikit.
"Ainnur Haziqa Bt Ahmad, saya ceraikan awak dgn talak satu" selesai lafaz cerai itu pastinya semua orang terkejut. Ziqa senyum dan pandang lantai sebelum pandang semua orang.
"Papa, mama, ni bukan salah Feez. Ziqa yg minta semua ni. Ziqa tak nak bermadu" terang Ziqa bila Dato mula naik angin dan nak marahkan Feez. Semua orag diam bila Ziqa cakap mcm tu.
"Ziqa bahagia sangat ada dalam keluarga ni, maafkan Ziqa sebab memilih utk pergi. Ziqa syangkan semua org. Maafkan segala silap Ziqa dan halalkan makan minun Ziqa." Ziqa senyum lagi dan bangun dari sofa.
"Bibik, tlong ambilkan barang saya kat atas ya?" Pinta Ziqa pula. Semua orang tak tahu nak cakap apa dan Ziqa ambil semua barangnya. Dia memeluk datin dan Iza erat sebelum melangkah pergi. Semua orang sepertinya terpaku dgn apa yg terjadi sehingga tak terluah apa2. Ziqa berjalan pergi dan masuk ke dalam teksi.
"Selamat tinggal semua" ucap Ziqa perlahan.
"Kak Ziqa!!!!" Jerit Iza yg berlari keluar tapi malangnya teksi dah bergerak pergi. Iza terus mengejar dan akhirnya dia terjatuh. Air matanya gugur dan dia tak larat lagi. Dia bangun dan berjalan masuk ke dalam villa dgn marah.
"Adik benci abang!" Jerit Iza dan terus berlari masuk ke dalam biliknya.
"Adik, adik" panggil datin seraya mengejar langkah Iza.
"Papa tak tahu nak cakap apa. Tapi, Feez dah buat keputusan dan papa hanya mampu doa yg itu terbaik utk kamu" dato dgn kecewa tinggalkan Tasha dan Feez di ruang tamu. Tasha terus merancang macam2 utk perkahwinan mereka nanti tapi, Feez diam je.

Aira terkejut sebaik dia buka pintu butik ada bagasi di situ. Dia tertanya tanya kepunyaan siapa, kemudian dia terdengar ada suara orang menangis di ruang solat. Aira ambil batang besbol dan berhati hati ke ruang solat. Bila dia lihat Ziqa yg sedang menangis sambil berdoa dalam telekung dia letakkan kayu besbol dan berjalan perlahan lahan.
"Ya Allah, aku bukan lagi isteri Amar Hafeez, janganlah engkau  dekatkan hati aku padanya lagi" terkejut Aira yg mendengar doa itu lalu rebah dan dia mengengsot ke sejadah Ziqa. Wajah Ziqa yg sudah kemerahan kerana menangis terus buatkan air matanya mengalir.
"Ziqa..." sebak Aira nak bertanya dan tangannya menyentuh tangan Ziqa.
"Aku bukan lagi isteri dia Aira" Ziqa terus menangis lagi dan memeluk Aira erat. Dalam tangisnya dia turut meraung kepedihan dan kesedihan. Dia teringin utk reda tapi dia belum kuat lagi.
"Aira....apa..." Ziqa terus menangis tanpa hiraukan keadaan dirinya. Dia terus menangis dan Aira cuba utk tenangkan Ziqa yg dah seperti dirasuk dan berputus asa utk hidup.
"Aku jahat ke?" Soal Ziqa lagi dan tangisannya semakin reda. Aira mengelengkan kepalanya dan memegang pipi Ziqa.
"Ziqa, dengar sini. Hanya orang yg bodoh lepaskan kau"
"Aira... aku tak tahu nak buat apa lagi"
"Ziqa. Ziqa, kau kuat. Kau selalu cakap yg Allah lebih tahu apa yg baik utk kita. Jantan tu tak baik utk kau" tegas Aira katakan dan Ziqa hanya diam dalam pelukan Aira. Dia rasa lebih tenang dan akhirnya Ziqa rebah.
"Ziqa! Ziqa!" Panggil Aira risau tapi langsung Ziqa tak menyahut. Aira keluar dari situ dan buat satu panggilan telefon.

Dengan kepala yg memberat Ziqa gagahkan diri utk buka mata dan bangun. Dia tersenyum sikit bila semua ada disisinya kecuali Feez dan Tasha.
"Mama, papa, adik. Ziqa bukan lgi sesiapa .."
"Ziqa jgn cakap mcm tu. Ziqa anak papa dan mama. Pedulikan Feez" tegas dato bersuara dan Ziqa senyum lagi.
"Akak sampai mati pun jadi buah hati Adik. Walaupun tak sebumbung, akak di hati kami" Iza mengalirkan air mata dan Ziqa mengesat air mata yg mengalir itu.
"Ya, Ziqa anak mama" datin pula bersuara sebak.
"Terima kasih. Maafkan Ziqa sebab terpaksa pilih jalan ni"
"Tak apa, asalkan Ziqa bahagia."
"Ya. Ziqa terlalu ikutkan perasaan sampai pengsan. Ziqa janji akan jaga diri baik2. Jgn risau"
"Ya. Ingat, kami ni keluarga Ziqa"
"Ya papa. Terima kasih" ziqa senyum lagi dan dia rasa lebih bahagia sekarang. Lupakan yg lama dan mulakan yg baru .

Kes penceraiannya sudah selesai sepenuhnya dan perkahwinan Tasha dan Feez juga bakal berlangsung dgn gilang gemilang tak lama lagi. Kad kahwin pasangan itu Ziqa tinggalkan di tepi meja dan dia siapakan semua kerjanya.
"Mama, papa, adik. Ziqa tak dapat nak attend wedding tu nanti. Ziqa nak kena berangkat ke Korea. Ziqa nak sambung study"
"Ya, kami faham" Dato menjawab sambil mengangguk.
"Ni hadiah utk mereka. Tolong sampaikan" ujar Ziqa lalu hulurkan bungkusan itu.
"Buat apa bagi hadiah, bagi bom lagi elok" Iza ni memang tak matang sungguh. Ziqa tergelak dgn sikap Iza itu.
"tak elok doakan keburukan. Dah 3 bulan lebih. Baik adik maafkan je mereka"
"No way! Apa yg dia buat kat akak, tiada maaf" Iza juga terkenal dgn sikap keras kepalanya.
"Ma, pa. Adik nak sambung study kat Korea jugak. Tak nak attend wedding tu"
"Adik, tak elok tau. Lepas je majlis tu terus datang Korea ok. Akak tunggu kat sana"
"Ok! Buat sakit hati je tengok muka dua orang tu" jawab Iza lagi. Dato dan Datin dah buat muka tak berkenan dgn perangai Iza. Ziqa senyum lagi tapi dia tetap tak bersetuju dgn apa yg Iza buat. Berdendam dgn abangnya sendiri kerana dia.

Aiman tunjukkan muka tak puas hati bila Iza cakap yg dia akan ke Korea utk tinggal dgn Ziqa.
"Habis tu, nak biarkan abg sorang2 kat sini?" Soal Aiman merajuk.
"Buruk la abg. Dulu abg dah agree nak bagi Iza sambung study. Lepas je Iza habis study, abg pinang Iza ya?"
"Ya. Dua tahun tu lama tau. Jgn cari orang muda pulak kat sana"
"Tak! Iza sayang abg sorang je. Jaga diri tau jgn nak menggatal"
"Ya, bawak hati abg tau"
"Ya, abg jgn sakit pulak sebab Iza bawak hati ni"
"Mestilah sakit. Sakit rindu"
"Ya la Mr. Romeo. Flight Iza tu. Bye." Iza melambai pada Aiman dan dia terus ke balai berlepas.

Korea, tempat yg sesuai utk mulakan hidup yg baru pada Ziqa. Ziqa bersandar pada pagar pintu masuk taman tema kerana menunggu Iza yg lama sangat ke tandas. Ziqa membuang pandang ke persekitaran dan bila dia ternampak seseorang yg dia kenal dia terus mengayun kaki ke sana. Iza yg sudah kembali mengejar langkah laju Ziqa.
Bila Ziqa sudah berdiri di depan orang yg dia kenal itu terus dia menampar kuat pipi orang itu dan ramai yg terkejut.
"Apa abg buat ni? Tinggalkan isteri sebab dah ada isteri dan anak ya?!"
"Abg ni lelaki jenis apa?!"
"Sampai hati abg buat Tasha mcm tu!" Ziqa terus mengamuk tanpa pedulikan orang lain.
"Cik, cik dah salah faham ni" perempuan yg dianggap sebagai isteri lelaki itu menegur Ziqa.
"Tak! Saya tak salah faham pun. Puan dan anak puan pun tak salah. Lelaki ni yg salah!"
"Kenapa abg buat mcm tu?!" Ziqa dah mcm hilang kawalan dan lelaki yg di serangnya cuba pertahankan diri tapi tak berkesenpatan langsung nak lawan cakap Ziqa.
"Sayang, kenapa ni?" Soal lelaki lain yg muncul lalu memeluk bahu perempuan tadi.
"Siapa pulak sayang ni?" Soal Ziqa lalu menoleh.
"Ni isteri saya. Cik ni siapa?" Lelaki itu menyoal dan Ziqa diam seketika.
"Adik"
"Abg Zeeq?" Iza terkejut dgn kemunculan abangnya di situ.
"Bye!" Ziqa pula terus berlalu saat orang lain semua tengah confuse lagi.
"Ziqa, kau buat kerja bodoh lagi" Ziqa mengutuk dirinya sendiri dan terus berjalan balik ke rumah. Mukanya mula rasa panas kerana terlalu malu dan segan sebab tersalah serang tadi. Dia terus berjalan dan hiraukan salji yg jatuh atas kepalanya.

Iza, Zeeq, Rizal dan isterinya, Yana turut bersama di satu meja makan di rumah Rizal sendiri. Semua saling berpandangan sahaja.
"Adik, kenapa dgn Ziqa tu?" Soal Zeeq yg pelik bila dia terus ditampar mcm tu je.
"Kenapa apa? Memang patut pun abg kena lempang"
"What? I deserve that?"
"Yes! Sebab abg dah ceraikan Tasha sewel tu" bentak Iza geram.
"Mcm mana adik tahu?"
"Semua orang dah tahu!"
"Habis, kenapa Ziqa marah sangat?"
"Abg Feez ceraikan dia dan kawin dgn Kak Tasha" perlahan je suara Iza tapi jelas di telinga Zeeq. Zeeq menumbuk meja sebab geram dan dia rasa bersalah pada Ziqa.
"Abg tak sangka yg Feez akan lepaskan Ziqa"
"Tu la yg dia buat. Tapi, ada baiknya jugak. Tak ada la kak Ziqa asyik menangis je"
"Ya ke? Abg kawin dgn kak tasha sekejap je dik"
"Kenapa abg ceraikan Kak Tasha?" Soal Iza pula.
"Kenapa? Sebab kami tak pernah bahagia. Dari hari pertama kahwin Tasha dah sebut tentang bercerai. Abg cuba pertahankan tapi tak dapat. Dua bulan kawin, kami bercerai. Tasha dan Feez pasangan kekasih adik. Abg silap kahwin dgn dia, sepatutnya Feez yg kawin dgn Tasha."
"Kekasih?! Patutlah" Iza rasa dia tak tahu kenapa semua ni baru je terbongkar.
"Adik dah agak yg Kak Tasha reka cerita. Dia cakap abg tak pernah layan dia elok2 dan ceraikan dia tanpa sebab" cerita Iza pula. Zeeq senyum sedikit dan menggelngkan kepala.
"Abg tahu, mama dan papa dah cerita"
"So, mama and papa tahu pasal ni?"
"Yup!"
"Kenapa abg tak balik?"
"Malas. Biarlah mereka bahagia. Tapi, abg tetap rasa bersalah dgn Ziqa."
"Heh. Kesian abg kena lempang" Iza tersengih pula bila teringat peristiwa tadi. Zeeq mengeluh dan menyentuh pipinya. Rizal dan Yana ikut sama tersengih bila Iza ingatkan balik peristiwa tadi.
"Sorry Zal, Yana, dah abaikan korang. Ni adik aku,Iza. Adik ni la kawan baik abg dunia akhirat yg sanggup biarkan abg tinggal dalam rumah mereka. Rizal dan Yana"
"Ya. Saya Iza" Iza tersenyum.

Dalam perjalanan balik Iza banyak bercerita apa yg dah terjadi di rumah mereka sejak Zeeq pergi dari situ.
"Tak sangka Feez sanggup abaikan orang sebaik Ziqa" luah Zeeq kecewa dgn sikap Feez yg dah keterlaluan dalam melayan Ziqa sepanjang perkahwinan mereka.
"Memang pun. Sampai adik kena lempang dgn abg Feez sebab masuk campur"
"Feez lempang adik? Sebab nak bela Tasha?"
"Erm. Masa tu Kak Ziqa menangis lagi. Kesian sangat abg"
"Mesti Ziqa cintakan Feez kan?" Soal Zeeq sambil tersenyum.
"Entah! Tapi, cinta kak ziqa terlalu mahal nak bagi kat Abg Feez"
"Mungkin bukan jodoh mereka, sebab tu jadi mcm ni. Pasti ada hikmahnya nanti"
"In sha Allah. Kak Ziqa selalu tenung dia punya wedding card dulu. Dia selalu cakap yg, kad jemputan kahwin pasti buatkan orang rasa bertuah sangat sebab dia bakal dimiliki."
"Ya? Skrg dia simpan lagi?"
"Tak sure. Dah lama adik tak nampak dia tengok. Tapi tak tahu la kalau tak ternampak" ucap Iza lagi dan Zeeq diam mengenangkan yg sakit juga bila diceraikan. Dia teringat bila dia ceraikan Tasha dulu, jauh sekali dgn Ziqa. Tasha siap berterima kasih dan mintak jgn muncul depannya lagi.
"Apa perancangan Ziqa dan Adik kat sini?"
"Adik sambung master, kak Ziqa sambung phd. Sekrg tengah buat research apa entah"
"Oh, baguslah."
"Abg kerja apa kat sini?"
"Lawyer and lecturer."
"Oh! Great! Abg, tu rumah kami" Iza tunjukkan rumah mereka dan bila Zeeq berhenti dia menolak utk singgah. Iza faham dan melihat kereta abangnya pergi sebelum masuk ke dalam rumah. Iza buka pintu dan tersenyum ceria bila nampak Ziqa sedang menunggunya di ruang tamu.
"Balik dgn siapa?" Soal Ziqa tenang.
"Abg Zeeq. Kak, Iza nak cerita sesuatu ni" Iza meraih tangan Ziqa dan mula cerita apa yg diberitahu oleh Zeeq. Ziqa bertambah rasa yg dia dah buat benda lagi bodoh. Menampar Zeeq petang tadi ada silap besar yg dia lakukan. Dia rasa amat menyesal dan malu yg teramat.
"Akak dah tahu yg Feez dgn Tasha bercinta. Tak sangka pulak yg Tasha mintak cerai dan reka cerita buruk pasal Abg. Dah la akak tampar dia tanpa usul periksa tadi. Malunya" ziqa telekupkan mukanya dgn tapak tangan dan Iza tergelak kecil. Dia juga tak sangka yg Ziqa boleh buat mcm tu.
"Abg dah maafkan akak. Dia cakap dia tak salahkan akak pun"
"Boleh la dia cakap mcm tu, yg nak menanggungnya akak ni."
"Apa kata akak minta maaf je. Esok abg nak datang sini. Nak ambil kita lunch kat rumah kawan dia"
"Tak nak la adik. Malu la"
"Ish! Akak ni, jom la!"
"Selagi akak tak minta maaf mesti akak tak senang punya. Kita pergi ya?"
"Tengoklah mcm mana. Kalau akak tak sibuk"
"Akak..." pujuk Iza dan buat muka kesian akhirnya Ziqa angguk juga.
'Minta maaf je la!' Bisik hati Ziqa pula.

Ziqa dan Iza dah berada di depan rumah kawan Zeeq. Ziqa langsung tak bercakap dari naik kereta lagi dan Zeeq pula tak habis2 dgn senyumannya. Iza berlari masuk ke dalam rumah utk bermain dgn anak pasangan itu. Ziqa masih teragak agak nak masuk tapi bila Yana, tuan rumah sendiri yg ajak Ziqa ikut masuk sambil tersenyum ringkas.
"Kak, saya minta maaf pasal semalam" pinta Ziqa bersungguh sungguh dan Yana tergelak kecil.
"AKak tak kisah pun. Bukan akak yg kena penampar tu" dengar je pasal penampar Ziqa lemah sekejap. Rasa bersalahnya semakin bertambah pada Zeeq.
Semasa makan Ziqa hanya bercakap bila ditanya dan fokusnya hanya pada makanan. Zeeq pula perhatikan Ziqa yg banyak berdiam diri dan dia tersenyum sendiri. Kali pertama dia jumpa Ziqa dia dah kena pukul dgn penyapu sebab Ziqa ingatkan dia pencuri. Walaupun saat perkenalan dgn Ziqa tak lama tapi Zeeq tahu yg Ziqa perempuan yg baik.
"Ziqa tolong kemas ya?" Ziqa bangun dari kerusi setelah semua orang selesai makan. Ziqa basuh pinggan kotor dgn bantuan Yana.
"Ziqa ambil phd bidang apa?"
"Art and design"
"Oh, bagusnya Ziqa belajar tinggi2."
"Tu la kak. Nak buat apa lagi? Bukannya ada keluarga nak kena jaga pun" Ziqa tersenyum sedikit bila menjawab.
"Lepas ni Ziqa nak buat apa?" Soal Yana beralih topik. Tapi pada masa yg sama Zeeq masuk ke dapur dan Yana keluar sambil tersenyum.
"Ziqa nak jadi wedding planner. Walaupun perkahwinan Ziqa tak berjaya, Ziqa tetap rasa yg perkahwinan tu satu anugerah yg Allah bagi kat kita dan tak semua perkahwinan tu gagal kan? Betul tak?" Ziqa berpaling sambil tersenyum tapi bila dia nampak Zeeq yg berada di situ bukannya Yana terus senyumannya mati dan dia kalut nak keluar dari dapur.
"Ziqa" panggil Zeeq bila Ziqa dah nak melangkah pergi. Ziqa berhenti berjalan tapi langsung tak menoleh.
"Abg minta maaf" pinta Zeeq tiba2 dan Ziqa pelik. Dia memandang Zeeq.
"Sebab abg, Ziqa dan Feez.."
"Apa abg cakap ni? Dah bukan jodoh Ziqa dan Feez. Lagipun, Feez dan Tasha saling mencintai sayang jugak kalau tak dapat bersama"
"Ziqa ok ke skrg ni?" Soal Zeeq lagi dan Ziqa tersenyum.
"Ok je. Alhamdulillah Ziqa bahagia sekarang."
"Alhamdulillah. Abg keluar dulu" Zeeq tersenyum dan mengatur langkah utk pergi.
"Abg!" Panggil Ziqa pula.
"Ya?"
"Sorry pasal semalam. Ziqa tak tahu kenapa Ziqa marah sangat"
"Ya. Abg tak kisah pun. Bukannya selalu nak kena" Zeeq bergurau dan tersenyum.
" Ziqa rasa bersalah sangat "
"Biarlah. Bukannya sakit pun. Tak sampai masuk hospital pun"
"Abg ni, mainkan Ziqa pulak"
"Mana ada, abg bersyukur dapat jumpa Ziqa dan adik kat sini. Ada jugak orang yg abg kenal"
"Erm. Ziqa pun tak sangka abg menyorok kat sini"
"Hei, mana ada abg menyorok. Mama dan papa thu abg kat sini. Abg saja tak nak balik sebab abg tak nak rosakkan suasana kat sana"
"Sampai bila abg nak duk sini? Malaysia tu tanah air abg"
"Bila abg ready, abg nak balik dgn kekuatan" Ziqa terfikir apa yg Zeeq cakap. Balik dgn kekuatan, Ziqa telah mula berazam benda yg sama. Dia nak balik dgn kekuatan.

Hubungan Ziqa dan Zeeq semakin erat dan mereka berdua nampak serasi berdua. Malangnya dua2 mempunyai kegagalan yg sama dalam perkahwinan yg menyebabkan mereka berdua belum buat keputusan utk mencuba lagi.
Iza, Rizal dan Yana seronok tengok pasangan itu dan mereka berdoa yg terbaik.
"Abg Zeeq tak ada buah hati ke kat sini?" Soal Iza musykil.
"Tak ada. Tapi dia banyak tolong student malaysia kat sini. Peminat dia ramai tapi dia sendiri yg tak nak cuba" terang Rizal sambil menyuap aiskrim ke dalam mulut anaknya.
"Kawan perempuan?"
"Ramai" jawab Rizal lagi.
"Just kawan je la?"
"Ya. Zeeq nak tunggu bidadari kot" seloroh Rizal lalu tergelak kecil.
"Ziqa pun ok. Yana suka Ziqa tu abg" Yana membuka mulut.
"Kak Ziqa memang baik sangat. Dia cakap dia tak rela bermadu dan mintak cerai dari abg Feez. Tapi Iza dengar yg abg Feez cakap, dia nak kawin dgn Tasha dan poligami dia tak berkemampuan" cerita Iza sedih. Yana dan Rizal turut bersimpati dgn apa yg terjadi pada Ziqa.
"Ziqa tu kuat."
"Memang kuat. Tapi, sebagai wanita dia kecewa sangat" sambung Iza lagi dan Yana bersetuju.

"Ziqa suka bunga apa?" Soal Zeeq ketika Ziqa sedang leka memilih bunga segar. Ziqa senyum dan tunjukkan bunga tulip berwarna kuning.
"Tulip?" Soal Zeeq lagi dan Ziqa menggelengkan kepalanya.
"Dah tu?"
"Abg suka bunga tulip kan?" Soal Ziqa balik.
"Ya. Mana Ziqa tahu?"
"Dulu Ziqa pernah dengar abg gaduh dgn adik pasal bunga. Adik cakap bunga tulip mcm isi nangka dan abg marah betul."
"Ya ke? Abg pun dah lupa"
"Betul la"
"One" Ziqa menunjukkan isyarat satu kuntum kpd penjual itu dan penjual itu membungkus utknya. Setelah membuat bayaran Ziqa serahkan bunga itu pada Zeeq.
"Utk abg?" Zeeq terkejut.
"Yes. Sbagai tanda minta maaf."
"Thank u" Zeeq dgn ceria menyambutnya.
"Ziqa suka bunga apa? Biar abg belikan"
"Tak ada bunga yg Ziqa suka kat sini" "tak ada? Takpe, just say it"
"Bunga lalang" jawab Ziqa sambil tersenyum. Zeeq dgn muka peliknya terus terlopong. Kali ini Ziqa gelak pulak.
"Betul ke ni?"
"Betul la!" Ziqa dgn sisa tawanya tinggalkan Zeeq dan menuju ke meja di mana Iza berada. Zeeq pula masih terfikir dgn logik akal kenapa Ziqa memilih bunga lalang. Puas dia fikir dia turut ke meja yg sama.
"Jom balik. adik dah lapar sangat ni" dgn muka merayu Iza mengajak.
"Jom!" Rizal dan Yana bersetuju. Ziqa hanya menurut dan dia mendukung Mia, anak Yana.
"Zal! Mari jap" ajak Zeeq supaya Rizal berjalan seiringan dgnnya.
"Apa?"
"Mana nak cari bunga lalang?" Soalan Zeeq buatkan Rizal tercengang.
"Bunga lalang? Nak buat apa?"
"Ada la. Kat mana?"
"Dekat padang la kot."
"Kau rasa kalau ada orang suka bunga lalang kenapa?"
"Sebab dia gila la kot" jawab Rizal selamba dan Zeeq rasa geram pulak dgn jawapan selamba badak tu.
"Ada ke orang suka bunga lalang?" Soal Rizal balik.
"Tak! Saja tanya" jawab Zeeq malas dan berjalan tinggalkan Rizal lalu buat2 mengejar Mia sehingga Mia tergelak.

Ziqa terpaksa teman Zeeq keluar bila Iza sakit perut dan tak dapat nak keluar dgn Zeeq. Ziqa hanya berdiam diri di dalam kereta dan hanya pandang ke arah luar. Zeeq pula asyik mengerling Ziqa yg langsung tak nak bercakap dgannya.
"Ziqa" Zeeq memanggil perlahan dan Ziqa berpaling memandangnya.
"Maaf la terpaksa teman abg. Adik yg janji nak pergi dgn abg sebenarnya"
"Tak pe la abg. Ziqa pun dah lama tak keluar"
"Ya ke? Bukan sebab adik paksa?" Soal Zeeq sambil tersenyum dan Ziqa ikut sama tersenyum. Memang itu sebabnya yg dia terpaksa keluar berdua dgn Zeeq.
"Sikit, dah cukup ke semua barang utk masak tu?"
"Dah. Ziqa pandai masak ke?"
"Terel tu tak la tapi, boleh la. Kenapa?"
"Abg teringin nak makan ikan masak tiga rasa yg mama selalu masak tu"
"Oh! Ziqa ad belajar nak masak dgn mama. Nanti Ziqa masakkan utk abg ya?"
"Betul ni?"
"In sha Allah. Tapi, tak ada la sesedap mama masak kot"
" Wah! Tak sabar abg nak makan"
Ziqa senyum melihat keterujaan Zeeq. Ziqa teringat Feez yg langsung tak nak sentuh masakan dia. Ziqa sedar yg dia tak patut membanding beza sesiapa tapi hatinya sedikit terubat bila Zeeq melayannya dgn baik.

Rizal, Yana dan Iza sengaja beri ruang pada Zeeq dan Ziqa utk bersama. Mereka dah merancang utk satukan mereka berdua kerana mereka kelihatan sesuai bersama.
"Kita kena cepat abg, kak" Iza buat kata putus bila melihat tiada perkembangan yg lebih bagus.
"Memang la. Tapi, Zeeq tak nak buka mulut lagi" Rizal pula kesal dgn sikap penakut Zeeq utk luahkan isi hatinya.
"Takkan Kak Ziqa nak buka mulut pulak?"
"Takkan. Sekarang ni kita kena cari tahu. Dorang ni suka sama suka ke tak?" Cadang Yana pula.
"Dah terang lagi bersuluh yg mereka tu sama suka" jawab Rizal pula.
"Kena ada confirmation dulu, lepas tu kita atur plan lain"
"Betul jugak. Nanti Kak Ziqa Iza setel. Abg setel yg abg Zeeq ya?"
"Ok!" Mereka bertiga dah dapat kata sepakat dan bersedia utk rancangan seterusnya.
"Jom makan!" Ajak Zeeq melaung dari dapur dan tiga orang ni terus masuk ke dapur sambil tersengih.
Zeeq tolong tarikkan kerusi utk Ziqa dan mereka semua mula makan dgn gembira. Pelbagai topik dibuka utk berbual. Zeeq dan Ziqa banyak berkongsi minat yg sama dan mereka sependapat dalam banyak perkara.
"Susah bila ada pasangan yg sekepala ni" rungut Rizal bila segala yg dicakapnya dibantah dgn mudah. Yana dan Iza hanya mampu tergelak dgn lagak Rizal yg entah bila nak matang anak dah ada sorang.
"It is fact!" Jawab Ziqa dan Zeeq serentak dan mereka ketawa lagi. Iza hanya mampu gelengkan kepala bila Ziqa dan Zeeq dah tekad nak kalahkan Rizal dalam debat pasal barang dapur je pun.
"Makan la korang" malas Rizal nak melayan Ziqa dan Zeeq yg sudah tersenyum kemenangan. Ziqa pandang Zeeq yg sedang merenungnya dan mereka berbalas senyum sebelum teruskan makan. Iza yg jadi tukang perhatikan semuanya tersenyum bahagia. Dalam hatinya berdoa agar ada peluang kedua utk pasangan ini.
"Adik, tolong akak basuh pinggan ya?" Soal Ziqa dan Iza terus angguk.
"Akak nak buat apa?" Soal Yana pula.
"Akak buatkan air" saran Iza pula dan Yana dgn senang hati terus mengambil teko dan membancuh teh. Ziqa tekun dgn kerjanya, pada masa yg sama Yana gesa Iza supaya bertanya soal isi hati Ziqa.
"Ziqa, akak nak tanya sikit" Yana buka mulut bila dipaksa Iza.
"Apa?"
"Ziqa tak terfikir utk kawin lagi?" Ziqa tergelak bila dengar soalan mcm tu. Iza dan Yana dah naik hairan dgn respon Ziqa.
"Kenapa akak gelak?" Soal Iza pelik.
"Ada ke orang nak kawin dgn janda ni adik, kak?" Ziqa menyoal balik dan mereka diam.
"Abg nak" semua tersentak bila ada suara lain yg menjawab. Iza dan Yana dah tersenyum bila Zeeq dah buka mulut. Ziqa hentikan kerjanya dan pandang Zeeq yg kelihatan serius.
"Abg nak Ziqa jadi yg halal utk abg. Abg nak kawin dgn Ziqa" lamar Zeeq terus dan Ziqa diam lagi. Otaknya tak dapat cerna apa yg sedang jadi skrg ni dan dia takut nak buat keputusan pada masa yg sama.
"Kalau Ziqa tolak sekalipun abg tak kisah. Abg sayangkan Ziqa" sambung Zeeq lagi dan Iza memeluk lengannya erat. Sejuk tangan Zeeq saat melamar Ziqa. Yana berdiri di sebelah Rizal dgn harapan Ziqa bersetuju. Ziqa palingkan muka dan bertentangan dgn mereka semua.
"Mcm mana kalau Ziqa tak sesuai utk abg?" Soal Ziqa perlahan. Zeeq melangkah ke hadapan sedikit.
"Kalau itu yg Ziqa rasa, mungkin itu yg sebetulnya. Sebab, hanya kita tahu kita sesuai dan selesa bersama siapa" jawab Zeeq sambil tersenyum. Padanya memiliki Ziqa adalah satu kebahagian tapi bukannya satu kemestian.
"Abg rasa, Ziqa sesuai utk abg?" Soal Ziqa lagi.
"Ya. Ziqa buatkan abg berani utk mencuba lagi. Both of us deserve second chance right?"
"You think so?"
"Yes. It doesnt matter with who you are going to marry. But, u deserve that"
"If i said yes and i wanna marry u. Will u take care of me?" Soal Ziqa sebak.
"Yes!" Jawab Zeeq yakin dan semua orang sudah tak sabar nak tunggu jawapan drpd Ziqa.
"Will u marry me?" Soal Zeeq lagi. Dalam diam Ziqa mengangguk setuju.
"Alhamdulillah!" Luah mereka berempat. Iza terus meluru dan memeluk erat Ziqa. Zeeq memeluk Rizal erat dan dia kesat air matanya yg sedang bertakung. Tak sangka yg Ziqa akan sudi terimanya.

Baru sehari bergelar isteri lagi sekali kepada Adham Hazeeq, dah cukup buatkan Ziqa yakin yg dia akan gembira bersama Zeeq. Walaupun perkahwinan mereka hanya di jabatan agama dan tiada orang lain yg hadir utk meriahkan suasana mereka dah cukup gembira disatukan dgn cara yg halal.
Ziqa tersenyum memandang Zeeq yg sedang baring di sisinya.
"Apa yg Ziqa pandang tu?" Soal Zeeq dalam mamai. Ziqa tergelak sedikit dan cium dahi Zeeq.
"Suami Ziqa la" jawab Ziqa ceria. Zeeq ukirkan senyuman dan membuka matanya perlahan lahan. Dia membetulkan bantal dan membalas renungan Ziqa.
"Ziqa sayangkan abg?" Soalnya lagi.
"Kenapa tanya?"
"Sebab nak tahu dan sebab abg sayangkan Ziqa" Zeeq bangun dari baring dan bersila di sebelah Ziqa. Ziqa pegang kedua pipi Zeeq dan angguk je. Zeeq tergelak kecil bila Ziqa menjawab soalannya mcm tu.
"Jom solat" ajak Ziqa dan turun dari katil tapi Zeeq memegang tangan Ziqa drpd pergi.
"Jom kita mandi dulu" ajak Zeeq dgn kening terangkat. Ziqa berkerut dan pandang ke luar tingkp.
"Snow" jawab Ziqa dan Zeeq berfikir sejenak.
"Kan ada air panas" Ziqa menggelengkan kepalanya dan menolak Zeeq masuk ke dalan bilik air.
"Cepat sikit mandi. Ziqa dah mandi tadi" Ziqa menjerit sedikit di luar bilik air dan Zeeq tersenyum bila melihat air panas yg sudah disediakn utknya. Zeeq mandi dan ambil air sembahyang.
"Dah ada wudhuk?" Soal Ziqa sebaik Zeeq keluar dari bilik air dan Zeeq angguk sambil menyambut huluran baju dari tangan Ziqa.
"Ziqa dah ada wudhuk ke?" Soal Zeeq pula bila hanya satu sejadah dihamparkan.
"Belum. Ziqa cuti peristiwa. Abg solatlah. Ziqa turun masak jap" Zeeq angguk faham dan melihat Ziqa keluar dari bilik barulah dia solat.
Ziqa ceroboh bilik Iza dan dia terkejut bila Iza dah siap mandi dan solat. Ziqa menggaru dagunya, memang pelik sangat Iza hari ni padahal hujung minggu dan selalunya orang yg paling liat nak bangun adalah dia.
"Awalnya dik" tegur Ziqa dan baring di katil Iza yg dah kemas.
"Abg Aiman nak datang!" Jerit Iza teruja dan Ziqa terkejut.
"Patutlah. Kalau mcm tu, jom teman akak sediakan breakfast" Ziqa tarik tangan Iza turun ke dapur. Susah benar nak masuk dapur Iza ni tapi oleh kerana buah hatinya nak datang lain mcm semangat dan tahap kerajinan dia hari ni. Ziqa hanya mampu tergelak kecil dgn perangai tak matang Iza.
Mereka berdua di dapur dah gamat suasana kerana asyik ketawa dan bergurau. Zeeq yg masuk ke dapur terus mencium kepala adiknya dan kemudian memeluk erat Ziqa dari belakang. Ziqa tergelak kecil kerana kegelian tapi Zeeq tak hiraukan. Ziqa biarkan apa yg Zeeq buat dan sambung menyiapkan kopi.
"Susahnya bela ulat bulu ni" Iza memerli walaupun dalam hatinya gembira tengok pasangan itu. Akhirnya Ziqa jumpa orang yg sesuai untuknya.
Bunyi loceng rumah buatkan semua orang berhenti bercakap dan saling memandang. Iza tersengih dan berlari utk buka pintu. Ziqa yg dapat mengagak siapa yg datang ikut sama senyum lain pula dgn Zeeq yg tak pasti siapa yg datang. Ziqa menyuruh Zeeq keluar menyambut tetamu dan Ziqa masuk ke dalam bilik utk mengambil tudung. Dia turun ke ruang tamu dan tersenyum pandang Aiman yg sedang berkenalan dgn Zeeq.
"Ziqa!" Teruja betul Aiman bila dah 5 bulan tak jumpa dgn kawannya itu. Ziqa pandang bunga di tangan Aiman dan di tangan Iza.
"Nah" Aiman hulurkan sejambak bunga kepada Ziqa.
"Thanks! Sempat beli bunga"
"Sempat, banyak sangat kedai bunga area sini. Sihat?" Soal Aiman pula.
"Alhamdulillah."
"Ni, hadiah kawin." Aiman hulurkan satu bungkusan dan Ziqa teruja menerimanya.
"Wah! Thanks"
"No hal. Abg, saya nak bawa Iza keluar boleh? Kejap je" Aiman meminta izin drpd Zeeq yg banyak diam dan pandang je sejak tadi. Zeeq pandang Ziqa dan Ziqa angguk.
"Ok. Jgn balik lewat sangat. Sebelum keluar kita breakfast dulu" cadang Zeeq dan Ziqa menyokong. Iza dan Aiman tak cakap banyak ikut sama bersetuju dan ke dapur utk bersarapan. Walaupun ringkas tapi cukup utk mereka bersarapan dgn kenyang.
Ziqa dan Zeeq berdiri di depan pintu melihat Iza dan Aiman pergi dgn teksi. Ziqa pandang Zeeq yg masih lagi memandang teksi itu. Ziqa memeluk pinggang Zeeq dan mengajaknya masuk ke dalam rumah.
"Aiman tu sebaya dgn Ziqa ke?" Soal Zeeq. Ziqa dah agak yg Zeeq nak siasat pasal benda ni.
"Yup! Kenapa?" Soal Ziqa dan duduk di sofa dan bermain dgn ipadnya.
"No wonder la bahasakan i and u"
"Ya la. Ziqa tahu yg abg risau kan?" Tebak Ziqa dan bersandar pada badan Zeeq. Zeeq angguk dan bermain dgn dagunya.
"Risau la, dah la tempat orang, dgn lelaki pulak tu"
"Aiman tu budak baik la. Mama dan papa pun dah kenal dia. Businessman berjaya tu"
"Ya ke?"
"Ya la. Ziqa first jumpa dia sebab tertumpahkan kopi atas kemeja dia" Ziqa tergelak bila teringat balik hal itu. Zeeq menggelengkan kepalanya bila dengar cerita Ziqa.
"Ziqa ni memang suka buat cara perkenalan dgn gempak kan?"
"Tu la pasal. Mungkin sebab tu Ziqa ni mudah diingat walaupun baru pertama kali jumpa"
"Mungkin. Ziqa nak tahu tak, lepas abg kena hentak dgn penyapu dgn Ziqa tu. Abg dah rasa suka kat Ziqa tapi abg tak fikir banyak sebab Ziqa dan abg dah nak kahwin dgn orang lain"
"Ya ke? Tapi, Ziqa pun selalu teringat peristiwa tu. Skrg semuanya dah berubah dan bertukar"
"Tu la pasal. Mereka bukan jodoh kita"
"Erm!"
"Ziqa cintakan Feez?" Soalan Zeeq buatkan Ziqa letakkan ipadnya dan pandang Zeeq.
"Ziqa terima Feez sebagai suami dan Ziqa sayangkan dia. Cinta? Ziqa tak pasti"
"Ziqa cintakan abg?"
"Kalau cinta tu boleh bahagiakan hidup Ziqa mcm ni, Ziqa memang cintakan abg" luah Ziqa sambil tersenyum manis. Zeeq dalam senyun bersyukur dan dia mencium dahi itu lama.
"Abg, kita balik Malaysia nak?" Soal Ziqa pula.
"Skrg tak boleh. Abg busy sikit. Nanti bila Adik cuti sem" cadang Zeeq pula dan Ziqa angguk setuju.
"Rindu semua orang kat sana. Pak Lang dan Mak Lang yg suruh balik sebab sepupu Ziqa nak kawin"
"Oh, tak pe la. Bila dapat tarikh tetap kita plan balik"
"Ok!" Jawab Ziqa seronok dan sambung bermain dgn ipadnya. Zeeq pula hanya mampu tersenyum dgn gelagat Ziqa.

Sebulan menanti akhirnya Ziqa, Zeeq dan Iza dah sampai di KLIA. mereka balik tanpa beritahu sesiapa kerana nak buat kejutan. Ceria sungguh Iza dan Ziqa gaya mereka dan 5  tahun tinggalkan Malaysia.
"Rindu nak dengar orang cakap melayu!!!" Jerit Iza ceria dalam teksi sampaikan pemandu itu ikut sama tergelak dgn perangai Iza yg entah bila nak matang tu. Ziqa tahu yg Zeeq tak bersedia sepenuhnya nak balik ke Malaysia, entah apa yg mengganggu fikiran Zeeq, Ziqa sendiri tak tahu apa. Ziqa capai tangan Zeeq dan genggamnya erat lalu memandang Zeeq. Zeeq tersenyum sedikit dan mencium tangan Ziqa.
"Apa yg abg fikir ni?" Soal Ziqa pada Zeeq.
"Abg tak pasti apa respon Feez dan Tasha bila nampak kita balik bersama" jawab Zeeq lemah. Ziqa sendiri tak pasti apa yg akan terjadi tapi dia kuat sebab Zeeq ada di sisinya.
"Ziqa kuat sebab abg ada di sisi Ziqa" ujar Ziqa yakin dan Zeeq senyum tenang. Dia mencium kepala Ziqa dan mengangguk.

Sesampai di depan villa itu Zeeq tarik nafas dalam2 sebelum bersama di depan pintu dgn Ziqa dan Iza. Ziqa genggam erat tangan Zeeq dan salurkan sedikit semangat sehingga Zeeq bertambah tenang. Bila pintu dibuka, wajah datin yg terkejut yg teramat dijamu mereka bertiga.
"Mama!" Jerit Iza ceria lalu memeluk datin erat. Datin memandang Zeeq dan air matanya bergenang, setahun dia tak memandang anak lelaki sulungnya itu. Matanya jatuh pula pada Ziqa yg dia sangat rindu.
"Mama" lembut panggilan itu dari mulut Zeeq dan dia melangkah lalu memeluk datin seeratnya. Hanya telefon dan email penghubung mereka selama ini kini mampu bersentuh lagi. Syukurlah kepada tuhan.
"Ziqa" Ziqa diraih ke dalam pelukan dan datin sangat gembira melihat anak menantunya balik.
"Menantu mama!" Dahi Ziqa dicium dan Zeeq dipandang. Zeeq senyum lagi dan memeluk bahu Iza.
"Abang!" Panggil datin kuat dan dato yg baru sahaja selesai solat asar ke ruang tamu sebaik mendengar namanya di panggil. Langkahnya terhenti bila melihat anak2 dan menantunya. Zeeq tak tunggu lama terus berlari dan memeluk erat papanya. Dato membalas pelukan erat itu dan dia hampir mengalirkan air mata bila melihat anak lelakinya yg dah lama tinggalkan rumah.
"Abg! Iza pun nak!" Marah Iza bila dua beranak itu asyik berpeluk sehingga lupakan dia. Dato leraikan pelukan dan memeluk Iza pula. Zeeq senyum dan berjalan ke ruang ramu.
"Selamat pengantin baru" ucap dato kpda Ziqa dan Zeeq. Tergelak kecil mereka berdua dgn ucapan itu.
"Maaflah, papa tak dapat datang"
"Tak pe pa. Skrg ni papa dapat menantu baru tapi yg sama" seloroh Ziqa dan dato ketawa senang.
"Tak kisahlah baru ke lama,yg penting. Anak dan menantu papa bahagia"
"Betul tu! Cepat2 bagi kami cucu" sambung datin pula dan Ziqa senyum sikit.
"Kena minta dgn Ziqa ma, dia yg mengandung nanti" seloroh Zeeq pula dan suasana mula gamat dgn gelak tawa.
"Meriahnya rumah" sapa satu suara dan semua orang berpaling ke pintu masuk. Bila mata berbalas pandang semua orang diam tak terkata.
"Abg Zeeq, kau?" Soal Feez terkejut. Zeeq terus bangun dan bersalam dgn adiknya itu.
"Haziqa?" Sekali lagi Feez dan Tasha terkejut bila orang yg mereka tak sangka ada depan mata.
"Feez, Tasha. Kenalkan, Haziqa. Isteri abg" Zeeq dgn rasminya perkenalkan Ziqa. Bertambahlah terkejut Tasha dan Feez bila dengar semua tu.
"Alhamdulillah. Kita sekeluarga dapat berkumpul semula" Dato Munir sengaja menenangkan keadaan dan semua orang mula bertenang sedikit.

Seminggu berada di villa itu Zeeq dan Ziqa memang tak pernah berenggang dan Feez mula rasa tak senang. Feez berjalan ke dapur tapi bila dia tengok babak mesra Zeeq dan Ziqa dia tinggalkan tempat itu masuk semula ke dalam bilik. Tasha ketika itu sedang bersiap entah hendak ke mana.
"U nak pergi mana?" Soal Feez serius.
"I nak keluar dgn kawan2 I. U tak keluar ke?"
"Malas. Apa kata u duduk je kat rumah. Asyik nak keluar je" ujar Feez dan Tasha pelik dgn perangai Feez yg tiba2 je nak naik angin.
"U ni dah kenapa? Sejak Ziqa balik U dah lain"
"Apa yg lain? I malas nak cakap dgn  u" Feez letakkan bantal atas mukanya dan malas nak dengar bebelan Tasha.
"U jeles kan?"
"Nak jeles apa?"
"Sebab janda u tu bahagia dgn abg u skrg."
"What? Ikut suka hati u la nak fikir apa. Apa pun, she is better than u."
"How dare u are comparing me and her!" Marah betul Tasha sekarang ni.
"U can see by own who is better!" Feez keluar dari bilik bila Tasha mula nak mengamuk sakan. Tasha campak begnya dan dia mengamuk dalam bilik. Tasha dah batalkan niatnya nak keluar dan dia rasa nak marahkan seseorang. Dia keluar dari bilik dan mencari Ziqa.
"Ziqa" Tasha tarik tangan Ziqa yg berseorangn di dapur ke ruangan membasuh. Ziqa yg terkejut hanya menurut.
"I nak cakap sikit dgn u" tegang  muka Tasha dan Ziqa rasa risau sesikit.
"U dah kawin dgn Zeeq! So, jgn nak sibuk pasal marriage i!" Tegas Tasha memberi amaran dan Ziqa senyum sedikit. Ziqa menyentuh tangan Tasha dgn lembut dan Tasha kelu dgn tindakan Ziqa.
"Tasha, jom kita keluar. Ziqa rasa lebih baik kita cakap di luar"
"Fine!" Ziqa tersenyum dan mengikut Tasha yg sudah ke kereta. Ziqa minta izin dgn Zeeq yg kebetulan bersama dgn Feez ketika itu utk keluar. Ziqa lemparkan senyuman kpd Feez dan pergi.
"Siapa yg dapat Ziqa memang bertuah sangat dan Feez memang tak ditakdirkan utk orang sebaik dia" dgn kesal dan sedikit senyuman Feez berkata perlahan. Zeeq senyum juga dan meneguk kopi yg disediakan.
"Feez menyesal ya?"
"Eh, abg jgn salah faham. Feez tak menyesal pun cuma Feez kesal sebab dah layan Ziqa dgn teruk"
"Barang lepas usah dikenang. Lagipun abg tahu kenapa kau buat mcm tu"
"Abg tahu? Pelik"
"Kau buat mcm tu sebab kau nak bersatu dgn Tasha" Zeeq tergelak sedikit dan Feez senyum. Kerana itulah dia buat mcm tu. Dia cintakan Tasha.
"Dah bersatu tapi tak bahagia buat apa jugak" luah Feez lagi dan Zeeq menepuk bahu Feez lembut.
"Dengar sini, satu je kunci kebahagiaan dunia dan akhirat ni Feez"
"Apa?"
"Jaga hubungan dgn Allah. Allah yg menentukan semuanya Feez. "
"Ya" Feez dgn lemah menjawab. Zeeq senyum dan dia yakin Feez ingin berubah cuma tiada dorongan.

Ziqa senyum memandang Tasha yg sedang bermasam muka, mungkin tak senang hati dgn keadaan mereka berdua.
"Apa yg u cakap dgn Feez? Dia dah mula bandingkan i dgn u" luah Tasha geram.
"Mana ada saya cakap apa2. Kami borak dan dia minta maaf. Tu je"
"U nak apa lagi? Bahagia sebab I dan Feez tak bahagia mcm u?"
"Ya Allah, berdosa tau bergembira atas kesedihan orang lain"
"So, kau nak bersimpati?" Kasar sekali Tasha bersuara tapi Ziqa tetap tenang.
"Mana ada, Tasha awak bertuah sebab dimiliki orang yg awak cintai dan dicintai"
"If he loves me, he will accept me just who am I"
"He loves u and he loves just the way u are"
"Why he is comparing me and u?"
"No, he is not. U know what, a man need affection. U should show how u loves him"
"I love him so much! What else?"
"Tasha, awak tahu yg sayangkan suami tu penting tapi, kita tak sedar yg hanya sayang yg dilafaz dibibir tak sama dgn layanan yg kita beri."
"Means?"
"Awak sepatutnya tunjuk yg awk cintakan dia. Sediakan makan pakai dia, dengar cakap dia. Solat berjemaah dgn dia. Tasha, awak dah ada separuh dari dia, cinta dia. Dia cakap yg dia sangat cintakan awak tapi dia tak pasti sama ada awak berdua dah betul2 bersedia utk berkahwin dan hidup bersama" terang Ziqa lagi dan Tasha diamkan diri.
"Awak faham tak? Bila kita berkahwin, kita dah jadi milik suami kita. "
" should I change?"
"Why not? Berubah kerana Allah, demi kebaikan, utk suami" Ziqa senyum lagi dan meraih tangan Tasha. Matanya bergenang dgn air mata dan Ziqa tahu, Tasha memang cintakan Feez sangat2.
"U tak marahkan I? I dah pisahkan u dgn Feez"
"Mana ada marah, dah bukan jodoh kami. Lagipun, saya lebih bahagia dgn Zeeq."
"Ya. Semua orang pun boleh nampak bahagia tu. Zeeq lelaki yg baik, I yg tak baik utk dia."
"Sebab awak yg terbaik utk Feez. Orang cakap, mencintai tak bererti memiliki tapi bertuahnya awak berdua. Mencintai dan memiliki"
"Ya ke? I rasa punca retak keluarga I adalah diri I sendiri. Maybe apa yg u cakap betul, perubahan memang perlu"
"Yes! So, boleh kita jadi biras yg baik? Boleh kita jadi satu family?" Ziqa hulurkan tangan utk bersalam dan Tasha membalas dgn senyuman.
"Jom balik" ajak Ziqa sambil ketawa kecil.
"I belanja hari ni. Tapi, thanks Ziqa. I nak u tolong i sepanjang perubahan ni berlaku. Boleh?"
"In sha Allah. Lambat lgi saya nak balik ke Korea"
"Bguslah. Oh, pernah jumpa Lee Min Ho tak kat sana?"
"Minat drama korea?"
"Sikit, tapi Feez tak bagi tengok. Katanya fake" Ziqa ketawa lagi. Memang Feez anti betul.

Beberapa hari ini semua orang pelik bila Ziqa dan Tasha rapat betul tapi tak ada yg nak bertanya. Ziqa tarik tangan Tasha utk ke bilik Iza. Bila pintu bilik di buka Iza terkejut bila Tasha ada bersama dgn Ziqa. Mulalah nak buat muka menyampah dia tu. Ziqa tarik hidung Iza sehingga dia terjerit kecil dan Tasha hanya tersenyum di satu sudut.
"Adik, behave ok. She is your sister too" tegas Ziqa memberi teguran dan Iza buat muka selamba.
"Iza, bila kita nampak orang nak berubah kita perlu tolong. Kalau kita pun tak percaya yg dia akan berubah, sampai bila pun orang tu tak kan berubah. Kita kena bagi semangat!" Ziqa menyambung lagi dan Iza masih tayang muka tak percaya yg Tasha akan berubah.
"Iza, kak tasha minta maaf sangat2. Kalau Iza tak suka kak tasha, kak tasha boleh keluar" lirih Tasha bersuara dan Ziqa menjegilakn mata kpd Iza. Iza buat muka tapi dia tetap halang Tasha pergi.
"Adik maafkan kak tasha,tapi ambil masa sikit utk terima kak tasha. Tapi,adik akan cuba" Iza cuba berlembut dan Ziqa puas hati dgn apa yg Iza cakap. Tasha juga tersenyum senang hati. Ziqa menarik tangan Tasha utk duduk di katil dan bisikkan sesuatu di telinganya.
"Adik ni poyo je lebih" Ziqa tergelak kecil dan Tasha ukir senyum.
"Adik, kak Tasha nak belajar pakai tudung." Ujar Ziqa selamba. Iza yg terkejut pandang Tasha mcm nak terkeluar biji mata.
"Ya ke? Alhamdulillah!" Tanpa sedar Iza terus memeluk Tasha erat. Kan dah cakap yg Iza ni cakap je lebih, akhirnya lembut jugak.
"Kak Tasha, izinkan adik pggil mcm tu ya. Banyak tudung yg sesuai dgn akak ni. Jap adik cari" teruja betul Iza menyelongkar almarinya. Tasha yg terkejut dgn penerimaan mengejut Iza senyum sedikit. Ziqa tergelak kecil dgn lagak Iza ni.
"Thanks Ziqa" ucap Tasha dan peluk Ziqa erat. Iza berpaling ke belakang dan geram twngok adegan itu.
"Ish! Big hug tak ajak!" Iza terus lompat katil dan memeluk dua orang kakak iparnya itu.
"Ok! Dah nangis. Jom try!" Iza spoil mood dan tunjukkan shawl bewarna pink utk Tasha.
"Kak Ziqa, sesuai kan warna pink ni?"
"Yes. Tasha suka warna apa?"
"Orange and pink"
"Orange? Yellow la lawa"Iza bangkang pula.
"Really?" Soal Tasha serba salah. Ziqa tepuk bahu Iza perlahan
"Everyone has their own colours. Understand?"
"Yes madam!"
"Kak tasha warna apa pun ok" Tasha bersuara pula dan Ziqa gelengkan kepala.
"Tasha, saya tahu taste awak dalam berfesyen lagi bagus dari adik ni."
"Kak!" Marah Iza pula dan Ziqa ketawa mengekek.
"But! Your handbags is awesome! Your shoes too" sambung Iza lagi. Ziqa ketawa lagi bila Iza cakap macam tu.
"Really? U can take which one u want" ujar Tasha pula.
"Yes! Thanks. Tapi, adik tak rasa semua tu sesuai utk adik. Kak Tasha lagi sesuai" Iza bersuara lagi dan Ziqa senyum melihat hubungan baru ini.
"Akak selalu pergi butik ni, adik boleh try" Tasha hulurkan kad pelanggan kepada Iza dan suka betul la dia ni. Shopping nombor satu!
"Yes! Set date and time. Kita nak shopping!" Semangat berkobar kobar macam nak pergi medan perang. Tasha dan Ziqa ketawa senang dgn telatah Iza.

"Feez, can we talk?" Soal Tasha sambil bersila di sebelah Feez yg sedang menggunakan laptop di atas katil.
"What?" Soal Feez tanpa memandang Tasha. Tasha tarik nafas dalam2 dan cuba meraih tangan Feez. Feez hentikan kerjanya dan memandang Tasha dgn pelik.
"Not today Tasha. I busy" ujar Feez dan leraikan pautan Tasha. Tasha kecewa dgn sikap Feez tapi dia tahu dia kena kuat dan Feez dah banyak kecewa dgn sikap dia dulu.
"Feez, i nak cakap sesuatu ni" Tasha mencuba lagi dan Feez dgn malas memandang Tasha.
"Esok, kita solat subuh sama2 ya?" Pinta Tasha bersungguh dan Feez kelu. Otaknya seakan tak dapat nak berfungsi dgn baik tapi dia tetap angguk. Tasha tersenyum bahagia dan mencium pipi Feez.
"Good night!" Tasha tarik selimut dan terus pejamkan matanya. Feez pula mcm orang blur habis dgn tingkah Tasha yg pelik.

Ziqa dan Tasha sama2 sibuk di dapur utk siapkan sarapan. Datin yg datang utk membantu tersenyum bahagia melihat menantunya dah rapat. Datin berjalan masuk ke dapur dan menyentuh bahu Tasha dgn lembut.
"Mama" dgn mesra Tasha memanggil. Ziqa juga ikut sama berpaling bila terdengar suara Tasha. Ziqa sambung menggoreng mee dan curi dengar perbualan mereka berdua sambil tersenyum.
"Nampaknya, lepas ni mama dah boleh bersara jadi chef ni" datin berseloroh dan Ziqa ketawa lalu memeluk bahu datin erat.
"Bila Ziqa dah pergi Korea nanti mama dah ada co chef" Ziqa maksudkan Tasha yg sedang membancuh air.
"Perlu ke Ziqa pergi sana lagi?" Soal datin dan Ziqa tersenyum.
"Ziqa study kat sana ma. Bila dah habis nanti, Ziqa pujuk Zeeq balik Malaysia ya?"
"Janji?"
"In sha Allah. Ziqa pun suka Malaysia. Kat Korea tu kalau musim sejuk kadang2 tak tahan sampai jatuh sakit pun ada ma" Ziqa cerita lagi.
"Kalau mcm tu kena jaga kesihatan kat sana"
"Ya ma. Zeeq tu dah mcm doktor kat rumah. Bosan dah dengar dia membebel setiap kali sakit" Ziqa mengadu pula dan Datin Aida ketawa.
"Nanti kita pergi sana ma." Saran Tasha dan datin setuju. Ziqa tersenyum pula.
"Banyak borak ni. Jom hidang makanan sebelum orang lain turun" datin mula menyiapkan meja makan dan Tasha membantu. Setelah semua dibawa keluar Ziqa rasa kepalanya sakit tiba2.
"Ziqa" Zeeq ke dapur bila dia sedar yg Ziqa tak ada di meja makan. Ziqa berikan senyuman seperti biasa dan angkat dulang air.
"Abg bawa" Zeeq ambilkan dulang dari tangan Ziqa dan membawanya keluar. Ziqa terasa perut dia memulas dan tak selesa, tapi dia cuba berlagak selamba sebab tak nak buat sesiapa risau. Ziqa keluar dari dapur dan bersarapan dgn yg lain.

"Tasha dgn adik pergi la shopping. Akak nak pergi jumpa kawan akak lepas ni." Ziqa menolak pelawaan Tasha dan Iza.
"Ok. Bye" Iza dan Tasha tinggalkan rumah.
Ziqa masuk ke dalam rumah dah terkejut bila Zeeq ada di belakangnya.
"Abg, terkejut Ziqa"
"Sorry" Zeeq tersengih dan memeluk Ziqa. Ziqa pada mulanya tersenyum tapi bila dia bau perfume Zeeq dia rasa pening dan mual.
"Abg, lepas jap" Ziqa minta Zeeq lepaskan dia dan Zeeq pelik. Sebaik Ziqa terlepas dia terus berlari masuk ke dalam bilik air. Zeeq yg pelik menggaru kepalanya yg tak gatal dan ikut sama masuk ke dalam bilik air.
"Sayang ok?" Kalut Zeeq melihat Ziqa yg muntah2 dgn teruk.
"Kita pergi klinik?" Soal Zeeq pula dan Ziqa menggelengkan kepala.
"Ziqa ok. Ziqa nak keluar ni, nak jumpa Aira"
"Tapi, Ziqa mcm tak ok je"
"Ok. Ziqa silap makan kot. Ziqa nak jumpa Aira ni,boleh tak?"
"Boleh, abg ikut ya?"
"Ok" Ziqa setuju utk pergi dgn Zeeq  lagipun dia tak pandai nak drive.

Zeeq bersalaman dgn suami Aira dan mereka berbual di ruang tamu. Aira tak habis2 nak usik Ziqa dapat suami hensem.
"Kau ni! Dah la usik aku" marah Ziqa geram. Aira tergelak kecil melihat wajah Ziqa yg dah kemerahan sebab malu.
"Hensem dia lagi drpd Feez"
"Ya Allah, tak habis lagi ke." Marah Ziqa lagi.
"Malu la tu"
"Tak kuasa aku nak malu2. Aira, aku ada masalah ni"
"Masalah apa? Suami dah hensem, baik pulak tu"
"Bukan sebab tu. Aku ni rasa tak sedap badan la, asyik nak muntah je dan selalu pening."
"Really? Pregnant kot!" Teka Aira teruja dan Ziqa mcm tak yakin je.
"Tapi, aku tak boleh dekat dgn Zeeq. Aku rasa pening." Adu Ziqa lagi. Dia sedar pasal ni sejak semalam bila dia tak dapat tidur bila Zeeq ada sebelah dia dan dia rasa tak selesa setiap kali Zeeq dekat dengannya.
"Hahaha! Kesian la laki kau. Tapi, betul ke kau pregnant?"
"Mana aku tahu, bukannya doktor!"
"Pergi klinik la. Tak pun beli pregnancy test"
"Malu aku nak beli. Kau ada spare tak?"
"Ada! Jap aku ambil" Aira dgn terujanya berlari ke biliknya dan segera kembali dgn benda tu. Ziqa garu kepala  hairan sebab tak pernah lihat selama ini.
"Mcm mana nak tahu kalau positif?" Soal Ziqa. Aira menerangkan secara ringkas kpd Ziqa dan Ziqa faham selepas baca manual di belakang plastik paket itu.
"Aku cuak la. Kalau positif mcm mana?" Ziqa rasa takut pulak.
"Alhamdulillah la kalau positif! Kau ni ada ke tanya mcm tu" Aira hairan betul dgn perangai Ziqa ni.
"Ni rahsia kita tau."
"Ok! Result nanti bagitahu aku" maklum Aira lagi dan Ziqa mengangguk. Ziqa dan Aira keluar bersama sedulang air dan sepinggan kuih. Ziqa sebaik terpandang Zeeq terus rasa tak selesa dan dia sengaja bermain dgn Ilmi utk mengelakkan dia duduk di sebelah Zeeq. Selesai makan dan borak Zeeq dan Ziqa minta diri utk pulang.
"Bye Aira. Nanti hantar aku kat airport ok?"
"Ok. Roger aku nanti"
"Ok." Ziqa melambai dari dalam kereta dan terus buang pandang ke luar tingkap.
"Sayang" panggil Zeeq lembut bila Ziqa mcm mengelak drpd dia sepanjang di rumah Aira tadi.
"Apa?" Soal Ziqa tanpa memandang Zeeq.
"Ziqa marahkan abg ke?" Soalan Zeeq buatkan Ziqa tiba2 je rasa nak naik angin.
"Ada Ziqa marahkan abg ke?" Soal Ziqa geram dan Zeeq agak terkejut dgn respon Ziqa terhadap soalannya.
"Abg minta maaf kalau abg ada buat silap" pinta Zeeq pula dan Ziqa mengeluh kuat. Dia langsung tak membalas apa yg Zeeq cakap.
Sesampai di rumah mood Ziqa terus berubah bila nampak Iza sedang menyiram pokok bunga. Hatinya kembali ceria dan dia rasa lapang. Zeeq lagi sekali pelik dgn perubahan drastik Ziqa.
Zeeq masuk ke dalam rumah dan mencari mamanya. Sebaik melihat mamanya yg sedang membaca buku dia terus ke sana dan duduk di sebelah.
"Kenapa muka mcm ni?" Soal datin pada Zeeq.
"Tak ada apa la. Zeeq pelik je kenapa angin Ziqa pelik betul skrg ni. Sekejap ok dgn Zeeq sekejap nak naik angin. Kenapa eh ma?"
"Zeeq ada buat salah kot"
"Bukan Zeeq tak nak mengaku tapi rasanya tak ada."
"Ziqa mengandung kot" tebak datin dan Zeeq tak pasti. Kemudian dia tersenyum sedikit.
"Tadi Ziqa ada muntah2 ma. Ada kemungkinan ya ma?" Soal Zeeq ceria.
"Mungkin" jawab mamanya dan Zeeq tersengih lagi.

"Negative" Ziqa dgn perasaan kecewa membuang pregnancy test itu ke dalam tong sampah dan dia keluar dari bilik air. Dia hempaskan badan di katil dan memandang Zeeq yg sedang termenung.
"Abg menung apa?" Soal Ziqa lalu baring di sebelah Zeeq dan memeluknya erat.
"Just wondering if we gonna be a parent" Zeeq dgn senyuman bertutur. Ziqa melepaskan pelukan dan turun dari katil dgn sebal.
"Abg nak perli Ziqa sebab tak pregnant lagi kan?" Soal Ziqa geram dan Zeeq terkedu dgn respon Ziqa yg pelik dan suka naik angin.
"Sayang, abg just imagine je" Zeeq dgn perasaan bersalah cuba dapatkan Ziqa yg sedang marah. Ziqa masuk ke dalam bilik air dan kemudian dia keluar semula dgn menunjukkan pregnancy test itu.
"Negative! Jangan nak berangan lagi" Ziqa dgn linangan air mata keluar dari bilik setelah mencapai telefon dan tudung. Zeeq seakan terpaku dgn perbuatan Ziqa tadi.
Zeeq meraup mukanya dan dia rasa bersalah dah buat Ziqa terasa hati. Pregnancy test yg dibuang Ziqa di ambilnya dan dia buang ke dalam tong sampah.
Jam berganjak pukul 12 malam dan Ziqa masih lagi tak masuk ke dalam bilik. Zeeq ambil telefon dan mesej Iza. Sebaik dapat balasan betullah yg Ziqa tidur di sana. Zeeq mengeluh berat dan baring di atas katil. Dia pelik betul dgn perangai Ziqa,selama ini Ziqa tak pernah naik angin sampai merajuk tidur di bilik lain.

Pagi2 lagi Zeeq dah keluar utk cari Ziqa. Dia rasa tenang bila melihat Ziqa dah ok. Dia mendekati Ziqa yg sedang menyiram pokok bunga dgn Iza. Zeeq memeluk Ziqa dari belakang tapi Ziqa meleraikan pelukan dan pandang Zeeq dgn geram. Iza yg perasan air muka ceria Ziqa berubah sebaik pandang Zeeq buat dia cuak dan beredar dari situ.
"Ziqa, kalau pasal semalam Ziqa marahkan abg, abg minta maaf" pinta Zeeq lembut dan cuba meraih tangan Ziqa. Ziqa menepis dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Perutnya rasa mual dan dia mula muntah2. Zeeq kecewa bila Ziqa masih lagi marahkannya tanpa sebab dan dia cuba utk tenangkan diri sendiri.
Iza masuk ke biliknya dan terkejut bila Ziqa ada disitu yg baru sahaja keluar dari tandas. Iza gigit bibir bawah dan teringin nak bertanya tentang hubungan dia dan Zeeq.
"Akak ok tak?" Soal Iza.
"Ok. Pening la kepala akak ni adik. Asyik muntah je"
"Akak pregnant kot?" Tebak Iza sambil senyum tapi Ziqa menggelengkan kepala.
"Negatif, akak dah test semalam" jawab Ziqa dan duduk di birai katil.
"Ya ke? Salah makan?"
"Mungkin."
"Kak, tanya sikit?"
"Kalau pasal abg, akak tak nak jawab apa2. Akak just tak boleh dekat dgn dia, tiba2 je rasa nak naik angin walaupun abg tak buat salah apa2." Terang Ziqa pada Iza dan Iza rasa pelik dgn apa yg Ziqa cakap. Iza keluar dari bilik dan berjumpa dgn Zeeq yg sedang termenung di tepi kolam.
"Abg, kak Ziqa tak marahkan abg. Tapi, bila dia dekat dgn abg dia rasa nak marah je. Dia yg cakap mcm tu. Dia tak ada niat pun, perasaan dia yg berubah tiba2 je" cerita Iza balik kepada Zeeq dan Zeeq rasa pelik.
"Kenapa mcm tu?"
"Entah. Abang! Mungkin sihir?" Tebak Iza dan Zeeq cepat2 beristighfar dan tak percaya dgn apa yg Iza cakap.
"Abg, takkan la benda ni jdi tiba2" Iza tambah lagi dan Zeeq mula berfikir balik.
"Kena tanya papa dan mama dulu" Zeeq buat keputusan dan Iza hanya bersetuju.
"Jom!" Iza tarik tangan Zeeq utk ke bilik tidur mama dan papa mereka. Iza mengetuk pintu bilik dan memberi salam sebelum masuk. Pelik pulak dato dan datin bila dua anaknya datang ke bilik mereka. Iza mula bercerita apa yg terjadi pada Ziqa dan semua orang turut berfikir beberapa kemungkinan.
"Zeeq tak berapa nak percaya tapi mungkin tu ada, adik cakap mungkin sihir?" Ujar Zeeq dan dato berfikir sejenak sebelum mencari sesuatu. Satu buku mengenai sihir dibuka dan bila dibaca beberapa tanda, ada pada Ziqa.
"Kalau mcm tu, mama bawa jumpa ustazah je la. Kawan mama" cadang Datin dan Zeeq terpaksa bersetuju. Walau apa pun penyakitnya jika kita mencari Allah kita pasti ada jawapannya.
"Pergi ajak kak ziqa. Jgn cakap kita nak ke mana. Ajak kak tasha sama" arah datin kpda Iza.
"Zeeq?"
"Dah cakap dia tak boleh jumpa Zeeq. Zeeq tunggu je kat rumah" maklum Datin dan Zeeq terpaksa mendengar apa yg mamanya arah. Dato mengusap belakang Zeeq yg sedang kerisauan.

Nadi Ziqa di periksa oleh ustzh Nur dan Ziqa hanya kelihatan tenang. Dia langsung tak rasa terganggu atau apa tapi dia pelik kenapa dia dibawa ke sana.
"Kenapa ni ma?" Soal Ziqa pada Datin.
"Dengar cakap ustazah tu" ujar datin pula. Ayat2 Al Quran yg dibaca di telinga Ziqa buatkan dia rasa tenang dan dia kelihatan biasa sahaja selpas minun air yg diberikan. Ustazah Nur ikut sma tersenyum setelah segala test dijalankan ke atas Ziqa.
"Menantu awak ok je Da." Maklum ustazah itu mesra.
"Tapi, Ziqa tak boleh nak tengok muka suami dia. Rasa nak marah  je. Kan Ziqa?" Soal datin pada Ziqa dan Ziqa angguk mengiyakan.
"Mungkin perubahan emosi sebab berbadan dua" ustazah itu senyum lagi dan mereka semua pelik.
"Saya baru je test semalam. Negative ustazah" maklum Ziqa pula.
"Alatan buatan manusia mungkin ada silapnya. Tapi, nadi Ziqa laju lebih dri orang biasa. Lepas ni Ziqa pergi jumpa doktor ya?" Saran ustzh itu lagi dan semua orang mula ukirkan senyuman bahagia.
"Habis tu, kenapa saya tak boleh tengok suami saya?" Soal Ziqa nak tahu.
"Bila mengandung, badan kita agak lemah dan mungkin itu semua hasutan syaitan laknatullah je. Mulai sekarang Ziqa kena selalu baca ayat kursi, tiga qul. Jaga solat dan selalu berzikir dan mengaji. In sha Allah Ziqa akan rasa lebih tenang. Ataupun, mungkin ada yg baby tak berkenan pada papa dia" gurau ustazah itu pula. Mereka semua ketawa dan tak sabar nak dapat pengesahan drpd doktor pula. Mereka minta diri dan segera ke klinik utk dapat pengesahan akhir.
Sesampai di klinik terus mereka berempat berjumpa dgn doktor yg bertugas. Urine test di adakan dan sementara menunggu keputusan mereka bercakap dgn doktor mengenai simpton yg ada pada Ziqa. Kebanyakannya memang menunjukkan yg Ziqa mengandung. Seorang nurse bawa keluar keputusan dan doktor itu dgn senyuman menunjukkan hasil test tadi.
"Alhamdulillah! Positif" mereka berempat dah sama2 teruja dgn berita yg baru sahaja mereka dapat kini.
"Tahniah puan, lapan minggu dah kandungan puan. Mungkin susah sedikit tapi puan kena makan benda yg sihat dan jgn banyak buat kerja berat" pesan doktor itu kpda Ziqa dan Ziqa angguk faham.
"Terima kasih doktor" Mereka berempat keluar dari klinik dgn perasaan gembira yg teramat sehingga terlupa orang di rumah. Mereka membeli barang dapur sedikit sebelum balik ke rumah.

Sebaik Ziqa melangkah masuk terus Zeeq mendapatkan Iza utk dapatkan kepastian tentang keadaan Ziqa.
"She is fine. Tapi, baik abg naik mandi sebelum jumpa kak Ziqa"
"Kenapa?"
"Jgn pakai perfume abg tu lagi dah"
"Kenapa?"
"Dengar je la"
"Ok. Abg naik mandi" Zeeq terus berlari naik ke bilik dan mandi sebelum Ziqa masuk ke bilik. Bila dia keluar dari bilik air Ziqa dah ada di depannya dan sedang tersenyum mesra kepadanya. Dia yg hanya bertuala turut memandang Ziqa yg ceria habis. Ziqa terus meluru ke arah Zeeq dan memeluk Zeeq erat.
"Abg, we gonna be mom and dad" ujar Ziqa ceria tanpa meleraikan pelukan. Zeeq yg terlalu gembira hanya mampu mengucap syukur yg tak terhingga.
"Sayang dah tak marah abg?" Soal Zeeq risau. Ziqa menggelengkan kepala dan tersenyum puas.
"Wangi" puji Ziqa dan Zeeq hairan betul dgn perubahan Ziqa ni tapi dia cuba utk faham kerana isterinya mengandung.
"Abg, Ziqa tak suka bau perfume abg. Jangan pakai lagi dah"
"Ya. Abg dah buang pun. Takkan sebab tu je Ziqa tak suka abg?"
"Mungkin ya. Sebab, setiap kali Ziqa dekat dgn abg dan bau perfume tu buat Ziqa rasa sakit hati" Zeeq tergelak bila dengar kenyataan pelik Ziqa tapi dia tetap faham.
"Kenapa tak cakap awal2?"
"I just dont know. But, after Iza told me I think she is right. Now, i can hug u without the smell of your perfume"
"Alhamdulillah, abg rela buang perfume mahal abg asalkan Ziqa tak buang abg"
"Mana boleh Ziqa buang abg. Ziqa sayang abg. Sorry?"
"No sorry la sayang. Abg lagi sayang Ziqa."
"Mulai skrg, abg kena share la sayang abg dengan baby ni" Ziqa usap perutnya dan Zeeq tersenyum.
"Bukan share tapi tambah lagi. Baby, jaga mama Ok?" Zeeq turut sama mengusap perut Ziqa.
"Sayang, abg nak pakai baju jap" Zeeq bersuara tapi Ziqa menggelengkan kepala beberapa kali.
"Bagi abg pakai seluar dulu ke?" Akhirnya Ziqa lepaskan Zeeq dan Zeeq terus memakai seluar tanpa baju. Ziqa senyum puas hati dan menarik Zeeq ke katil.
"Ziqa nak rest. Abg teman ya?" Pinta Ziqa manja dan Zeeq angguk sambil mencium dahi Ziqa.

Pelik tapi benar, memang Ziqa tak kan berada dekat dgn Zeeq bila Zeeq memakai baju sebab dia rasa mual dan pening. Ziqa akan rasa senang bila Zeeq di sampingnya tanpa baju, pelik sungguh pembawaan bayi ni.
"Iza, jom laksana misi" ajak Ziqa dan Iza angguk setuju. Misi mereka ialah utk merapatkan hubungan Feez dan Tasha. Tasha dah banyak berubah tapi Feez seakan masih lagi kelu dgn perubahan Tasha.
"Jom cari abg Feez" Iza dan Ziqa mencari Feez bila Tasha terkena pisau semasa memotong sayur.
"abg Feez, kak tasha kena pisau. Banyak darah" Iza bersuara risau dan belum sempat Ziqa tambah perasa Feez dah berlari ke dapur kalut. Iza dan Ziqa tersengih melihat Feez yg kalut. Kemudian mereka ikut sama ke dapur.
"Tasha, are u ok?" Soal Feez kalut dan melihat keadaan Tasha yg tenang.
"Kenapa dgn Feez ni? Tasha ok je"
"U hurt right? Terkena pisau?" Soal Feez lagi dan Tasha angguk lalu tunjukkan jarinya yg terluka sedikit.
"Tasha, u should be more careful. Sakit?" Soal Feez sambil meniup luka di jari Tasha. Tasha tergelak kecil dan dia tunjukkan jari lain pula.
"Banyaknya injured" terkejut Feez bila banyak luka yg ada pada jari Tasha.
"Ni semua sebab careless je. No worries" Tasha tergelak lagi dgn layanan Feez.
"Kalau u terus luka mcm ni, tak payah masuk dapur pun tak pe"
"Feez, saya nak masak utk awk"
"U ni degil. Buatlah apa yg u suka. Jgn sampai cedera lagi" Feez yg geram mengatur langkah utk pergi dan saat itu juga Iza dan Ziqa berlari menjauhi dapur sambil ketawa kecil. Plan mereka berjaya!
"Sayang"Zeeq menarik tangan Ziqa yg sedang berlari utk ingatkan dia yg doktor minta dia berhati hati. Sebaik Ziqa tengok Zeeq yg lengkap berpakaian dan dirinya begitu dekat dgn Zeeq terus mual dan pening dia datang. Zeeq pun dah naik pening dgn keadaan sekarang. Zeeq ikut Ziqa ke bilik dan dia terus membuka baju sebelum masuk ke bilik air. Ziqa yg sudah berhenti muntah2 tersenyum melihat Zeeq yg sudah tak berbaju. Alahai peliknya orang mengandung ni. Ziqa memeluk Zeeq dan biarkan Zeeq angkatnya ke katil.
"Sayang, takkan Ziqa ok dgn abg bila abg tak berbaju je, balik korea nanti winter. Habislah abg" Ziqa tergelak kecil bila Zeeq mula merungut. Tapi, ada betulnya apa yg Zeeq cakapkan tadi.
"Esok malam kita dah nak balik Korea" luah Zeeq lagi.
"Sorry abang,Ziqa pun tak tahu kenapa jdi mcm tu. Kalau abg rasa susah, Ziqa tidur bilik lain je la nanti. Tidur dgn Iza"
"Mana boleh! Tak apa la, abg berkorban sikit utk Ziqa"
"Mana boleh, kalau jatuh sakit mcm mana?"
"Kalau Ziqa jauh dri abg pun boleh jatuh sakit abg dibuatnya"
"Ya Allah, poyonya"
"Betul la! Sayang, sebelum abg lupa. Apa yg sayang nak buat utk last plan tu?"
"Abg tahu?"
"Yes!"
"Esok malam, Ziqa and Iza nak buat candle light dinner romantik habis utk Tasha dan Feez. Dan mereka akan bermalam di hotel. Honeymoon suite!"
"Wah! Hebat. Nanti kita pun boleh la tidur hotel jugak ya sayang?"
"Nak buat apa? Rumah dah ada"
"Ala, nak honeymoon suite jugak"
"Tak payah nak mengada. Esok malam kita dah atas flight." Ziqa dgn sengaja menghapuskan angan Zeeq. Zeeq tergelak kecil dan memeluk Ziqa erat.

Feez dan Tasha sedang menikmati makan malam mereka yg sangat romantik. Iza dan Ziqa dah beri usaha penuh utk makan malam mereka berdua. Feez genggan erat tangan Tasha dan dia bersyukur kerana mereka juga rasa bahagia yg teramat sekarang. Benarlah jika kita menjaga hubungan kita dgn Allah, Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia.
"Kita mulakan lagi sekali ya Feez. Tasha nak kita bahagia"
"Ya sayang. Pasti" Tasha mengalirkan air mata bila Feez memanggilnya sebegitu.
"Kenapa nangis ni? Feez ada tersalah cakap ke?"
"Tak lah. Mana ada, Tasha terharu je Feez panggil Tasha mcm tu"
"Kena biasakan diri la skrg. Kalau setiap kali Feez panggil sayang Tasha nangis, kering air mata tu nanti"
"Saja la tu nak buat lawak"
"Mana ada. Tapi, terima kasih jugak kat Ziqa dgn adik"
"Erm. Banyak effort mereka ni"
"Tu la pasal." Tasha tersenyum manis pada Feez.

Zeeq lagi sekali hampa bila Ziqa tak nak duduk di sebelahnya di atas kapal terbang. Alahan Ziqa semakin menjadi jadi sehingga Zeeq tak pasti apa lagi yg dia perlu buat.
"Ziqa, abg tak benarkan Ziqa duduk sebelah lelaki tu"
"Dah tu? Abg busuk sangat" Ziqa pulak yg tak puas hati dan Iza tergelak mendengar jawapan dari Ziqa.
"Duduk sebelah Adik, biar abg duduk situ" jawab Zeeq pula dan Ziqa hanya menurut.
"Mana2 je la, asalkan bukan sebelah abg" Zeeq geram betul dgn jawapan selamba badak Ziqa tu. Iza pula tak boleh berhenti gelak dengan gelagat dgn dua orang itu.
"Sampai bila sayang nak pinggirkan abg ni?"
"Bukan Ziqa. Anak abg yg tak suka" Ziqa pertahankan dirinya dan duduk di sebelah Iza dgn selesa. Zeeq gelengkan kepala dan dia duduk di tempat Ziqa tadi.

Perut Ziqa semakin membesar dan alahan Ziqa pada Zeeq juga bertambah teruk. Dia hanya tak boleh berada dekat dgn Zeeq bila Zeeq memakai baju. Entah apa yg tak kena Zeeq sendiri tak pasti.
"Abg, adik ada idea mcm mana nak buat kak ziqa tak alah dgn abg"
"Ha, apa dia? Petua apa lagi adik nak bagi?"
"Abg kena tukar semua baju abg. Maksud adik, beli baju baru dan simpan dulu baju lama tu."
"Logik nak membazir smpai mcm tu sekali?"
"Logiknya ialah, baju2 abg tu kan dah ada bau perfume abg yg lama tu. Mungkin, boleh"
"Haah! Ok! Jom shopping. Penat dah abg dianaktirikan dgn Ziqa"

Ziqa balik je dia terkejut bila dalam almari pakaian semua baju Zeeq dah bertukar baru. Pintu yg dibuka buatkan Ziqa berpaling dan Zeeq masuk sambil tersenyum. Bila Zeeq mendekati Ziqa, laju je langkah Ziqa untuk melarikan diri.
"Sayang, just stay" arah Zeeq dan terus memeluk Ziqa erat. Lama Ziqa diam dan dia tak rasa pening dgn bauan Zeeq.
"How? Pening?" Soal Zeeq nak tahu. Ziqa senyum dan menggelengkan kepala lalu memeluk Zeeq erat.
"Alhamdulillah!" Zeeq ceria betul bila cara dia kali ini berjaya.
"Patutlah banyak baju baru"
"Adik suggested that."
"Banyak abg melabur ni"
"Why not? I miss u"
"Funny la abg."
"I dont care, as long as i can being beside u like this"
"U pay so much for this"
"Its ok. I love u"
"I love u more" balas Ziqa dan memandang Zeeq.
'Baby, kesian papa' Ziqa gembira pada masa yg sama dan sempat berbisik pada anaknya.

Tiga tahun berlalu dan mereka semua dah tinggal di Malaysia. Pada hari perkahwinan Iza dan Aiman semua orang sudah bersedia dgn pakaian masing2.
"Haiqal! Haizar! Pakai baju dulu" terjerit Ziqa dgn dua anak lelakinya yg aktif betul dan susah sangat nak pakai baju. Mungkin sebab alahan dia pada kandungan pertama dan keduanya.
"Abg, tangkap hero2 abang tu dulu" arah Ziqa setelah penat berperang. Zeeq yg kesian dgn Ziqa terus membuka mulut dan dua anak lelakinya berhenti berlari dan dengar cakap Zeeq. Pelik, bila Zeeq yg cakap terus mereka dengar cakap.
"Heroes! Pakai baju ok. Kesian mama" arah Zeeq dan dua2 datang utk dipakaikan baju. Zeeq duduk disebelah Ziqa dan membantu Ziqa memakaikan baju pada Haizar.
"Dah! Hensem anak mama"puji Ziqa pada anak sulungnya, Haiqal yg berumur tiga tahun. Haiqal memeluk leher Ziqa dan tersengih.
"Papa! Nak . Nak" Haizar pula hulurkan tangannya minta dipeluk sama. Setahun umurnya dan dia lebih rapat dgn Zeeq, wajah pun iras betul dgn Zeeq.
"Ok, pakai songkok ni, pergi main dgn Nadeem ya" ujar Ziqa sambil mencium pipi dua anaknya. Terus mereka berdua keluar utk mencari Nadeem, anak lelaki Tasha dan Feez. Belum ada cucu perempuan dalam keluarga dato dan datin hanya hero je. Mungkin hadiah drpd Iza kot.
"Sayang" panggil Zeeq lembut dan merapatkan badannya pada Ziqa. Ziqa memandang Zeeq yg sedang tersenyum dgn muka pelik.
"Mana kiss utk papa heroes tu?" Ziqa tersenyum dan meninggalkan Zeeq sorang2 di sofa. Ziqa sidaikan tuala kecil anaknya tadi dan memakai tudung.
"Ziqa buat lagi"
"Buat apa?" Soal Ziqa selamba.
"Anak tirikan abg" Zeeq dah mula nak merajuk dan Ziqa buat tak tahu je.
"Abg merajuk la mcm ni" Zeeq ambil songkoknya dan berura ura nak keluar dari bilik. Ziqa yg dah selesai memakai tudung mengejar langkah Zeeq yg dah keluar dari bilik. Dia memegang lengan Zeeq dan satu ciuman singgah di pipi kanan Zeeq. Ziqa berlari turun meninggalkan Zeeq dan dia mendapatkan anak2nya.
Zeeq tersenyum bahagia dgn ciuman itu dan dia ikut sama turun ke bawah bersama Ziqa dan dua anaknya.
"I love u sayang" Bisik Zeeq dan dia cium pipi Ziqa. Ziqa buat muka geram bila Zeeq buat mcm tu depan orang ramai.
"Jom" Zeeq mendukung Haizar dan memimpin tangan Haiqal. Ziqa pula memimpin tangan Nadeem yg keseorangan di situ.
"Mana mama dan papa?" Soal Ziqa pada Nadeem yg berumur dua tahun.
"Tu.." memuncungkan mulutnya menunjukkan Tasha yg berjalan ke arahnya. Feez juga ada di sebelah Tasha.
"Mama" panggil Nadeem manja dan minta didukung.
"Papa, dukung Nadeem jap" Tasha meminta bantuan Feez dan Feez dgn senang hati mendukung anak mereka.
"Sayang, jom dah lewat ni" Zeeq masuk semula dan menarik tangan Ziqa.
"Mana heroes kita?"
"Abg transfer ke atuk dan nenek dia"
"What? Transfer?" Soal Ziqa geram.
"Ya la, heroes diperlukan seluruh dunia, bukan dunia kita je"
"Pandailah abg ni!" Ziqa membalas genggaman erat Zeeq dan berjalan bersama dgn Zeeq sambil tersenyum bahagia.

11 comments:

  1. nak tanya..tapi jgn marah tau~ Dekat ending tu...Kan Zeeq ada kata diorang dh lewat.Lewat nak ke mana yer? Anyway..saya suka cerpen awak,sebab gaya penulisan awak sangat interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha. Pegi weds iza n aiman. Btw, thanks baca yer. .

      Delete
  2. yes. saya setuju dgn cerpen ni sbb x semestinya apa yg kita ada tu milik kita. hehe sweet lah zeeq n ziqa. jiayok akak. cerpen akak semua best.

    love from sweetlily97

    ReplyDelete
  3. Daebak!! I love all your writings very much.👍👍

    ReplyDelete
  4. Sweet nya..nak nagis je awal2 cerita..tapi bila da part ziqa mngandung sweet sangat..asyik senyum je..

    ReplyDelete
  5. yaawohh sweet yaa amat..even mula iu tu sedih skit part ziqa dgn feez haa tpi srs best cerpen ni🍀

    ReplyDelete
  6. Cerita x pernah mengecewakan dr penulis.. terbaik.. keep it up..

    ReplyDelete
  7. Hafeez x guna..ei benci aq sbnrnya ingatkan Ziqa akan brsma dgn mamat coffee tpi tkpela

    ReplyDelete