Friday 13 July 2018

Cerpen : Forever Love Raya

*Assalamualaikum w.bt and hi, sorry lambat sangat but i hope semua orang enjoy reading this. Sorry for the mistakes...pendek je ni... sorry.

*Selamat Hari Raya!!!*

Zurin menggelengkan kepala melihat teruna sulungnya melayan pelanggan perempuan, memang nampak sangat menggatalnya.

"Puasa nanti buka ke kedai ni?" Tanya si pelanggan perempuan dengan sipu2 malu tapi mahu.

"Tak buka, tapi buat tempahan kuih untuk raya" jawab Zaqriel smooth habis, memang penuh dengan nada manis madu.

"Ya ke? Macam mana nak order?" Soal pelanggan tampak berminat teramat, tak pastilah minat kuih atau tuan yang menjualnya.

"Boleh follow ig nama bakery ni dan ni, bus card. Boleh call" Zaqriel sengih lebar.

"Oh, awak ke yang ambil tempahan nanti?"

"Maybe..."

"Macam mana nak ambil kuih ni nanti"

"Delivery...sampai depan tangga untuk area sini, sampai hati awak pun boleh" Zaqriel kenyitkan mata sambil tersengih gatal.

Zurin dan Ruby sama2 tayang muka mual dengan ayat Zaqriel. Berdiri bulu mereka berdua dengar ayat pick up line Zaqriel. Hahaha.

Akhirnya pelanggan itu beredar dengan senyum lebar dan rasa puas hati yang menggunung. Kasihan pula Zurin bila Zaqriel mainkan perasaan anak dara orang macam tu.

Zurin mendekati Zaqriel dan mencubit lengan anaknya kuat. Sehingga mengaduh Zaqriel dibuatnya. Lengan yang menjadi mangsa di usap beberapa kali. Memang sakit sebab dah memerah kulit putih itu.

"Mama!" Rungut Zaqriel manja.

"Zaq tak patut buat macam tu, kesian budak tu" tegur Zurin serius sebagai seorang ibu

"But, thats a promotion, you know marketing strategies"

"Mama tak nak nanti ada kes anak2 dara serang cafe ni sebab berebutkan Zaq. Mama tak nak orang label anak mama playboy"pesan Zurin lagi. Memang huru hara cafe bila jadi kes berebut Zaqriel dulu.

Zaqriel dah berumur 22 tahun, dah habis belajar dia France dan kini bekerja di cafe milik Zurin dan Ruby. Memang semakin bertambah pelanggan Zurin tapi tak tahu la datang nak makan kek or kopi atau tengok Zaqriel.

"Okay ma, Zaq promise tak buat lagi"

"Percaya la janji palsu anak kau tu" Ruby laju membalas dari belakang menyebabkan Zurin ketawa perlahan. Yup! Memang bukan tak kenal si Zaqriel tu, saat ni kata maaf dua saat lagi, dia buat balik.

"Aunty! No, Zaq ni..."

"Sayang!" Putus ayat Zaqriel bila Iskandar datang dan terus memelul Zurin dari belakang yang tengah bersihkan meja.

"Abang, dah lunch hour ke?" Soal Zurin teruja dan salami tangan Iskandar sambil tersenyum lebar.

Iskandar anggukkan kepala dan mencium dahi Zurin sebelum duduk di kerusi sambil menggenggam tangan Zurin. Mereka berdua leka dengan perbualan dan dunia mereka sendiri.

Zaqriel tayang muka tak puas hati dan pandang Ruby yang ikut sama buat muka. Jealous ke???

"Papa, what are you doing here?" Soal Zaqriel dengan nada sebal menyebabkan Ruby ketawa begitu juga dengan Zurin. Memang tak sekepala betul dua beranak ni

"What are 'you' doing here?" Soal Iskandar balik, tangan Zurin masih dalam genggamannya.

"FYI I'm working here"

"Working not flirting?" Soal Iskandar tepat pada sasarannya menyebabkan Zaqriel putus asa dan kali ke tampat lain. Iskandar tersengih kemenangan. Hahaha.

"Abang! Dah la usik Zaq. Abang tunggu kejap Zurin siapkan lunch. Abang datang awal, tak sempat nak panaskan"

"Okay, abang tunggu" Zurin ingin berlalu ke dapur tapi dia tak boleh.

"Abang, tangan ni" ujar Zurin sambil muncungkan mulut tunjuk tangannya. Iskandar sengih dan lepaskan tangan isterinya.

Ruby ikut sama ke dapur manakala Zaqriel pergi ke pintu untuk letak sign tutup sebelum berjalan ke meja Iskandar.

"Papa, tahun ni first puasa kat mana?" Soal Zaqriel.

"Kat sini kut, sebab kerja kat office banyak. Kenapa? Zaq nak berpuasa kat mana?"

"Kampung mama, macam biasa"

"Tak boleh tahun ni, tapi kalau mama dan adik2 nak balik, papa tak halang" jawab Iskandar berkira kehendak isterinya.

"Papa, you know twin and mama cant sleep without you" Zaqriel tegaskan hal itu menyebabkan Iskandar ketawa. Memang twin attach teruk dengan Iskandar. Nak tidur pun kena ada Iskandar dulu.

"Tapi kalau Zaq dan triplets nak pergi, papa tak kisah. Masalahnya, cuti ke triplets tu?"

"Nope!"

"So, Zaq nak balik seorang?"

"No way! Jadi, boleh kita balik raya awal sikit dan berpuasa kat sana. Triplets cuti sekolah awal"

"I will try. Papa tengah selesaikan kerja sebanyak mungkin. Zaq dan mama buat kuih kan? Sempat ke?"

"Sempat! Tak banyak lagi order"

"Okay. Kuih tak kuih, terawih jangan tak pergi"

"You know mama, she will make time for it" Iskandar senyum lebar, bangga dengan isteri sendiri.

Ramadhan Al mubarak akhirnya datang dan hari ini merupakan hari pertama mereka semua berpuasa. Iskandar balik awal dari kerja dan melihat anak2 nya sudah terbaring lemah di sofa. Iskandar tergelak dan melihat jam di tangan.

'Pukul 4 dah out?' Iskandar bermonolog sendiri

"Papa!!!" Jerit twin ceria dan segera berlari ke dalam pelukan Iskandar. Iskandar letakkan beg di meja dan mendukung dua anak lelakinya itu. Ketawa senang kembar itu bila dicium Iskandar berkali kali.

Triplets yang tidur tersedar dengar suara adik2 mereka. Mereka bangun dan menyalami tangan Iskandar. Iskandar peluk mereka bertiga dan hadiahkan kucupan di dahi mereka. Dah lapan tahun tapi masih lagi manja.

"Guys, pergi mandi, mesti segar sikit. Simpan semua barang atas meja tu dalam bilik" pesan Iskandar dan mereka bertiga anggukkan kepala dan mulakan bekerja.

"Abang!" Tegur Zurin dan terus menyalami tangan Iskandar. Dahi Zurin dikucup sekilas. Wajah Iskandar pucat sedikit hari ini, mungkin penat di pejabat.

"Abang penat ke? Pucat je ni" Zurin usap lembut wajah Iskandar dan Iskandar hanya tersenyum. Dia tergelak bila kembar ikut sama usap wajahnya sambil bercakap bahasa mereka.

"Ilmi, Ilman. Pergi cari abang" ujar Zurin dan letakkan Ilmi dan Ilman ke bawah. Mereka segera berlari untuk mendapatkan triplet.

"Triplets, pimpin adik naik tangga, nanti tutup pagar tangga atas" pesan Zurin tegas dan mereka menjawab ya dengan serentak.

"Abang nak mandi?" Soal Zurin mesra, tangan Iskandar digenggam erat.

"Sayang masak apa?" Soal Iskandar duduk di sofa dan menarik Zurin ke ribaannya. Bila tiada anak2 ni la masa mereka berdua nak bermesra lebih sikit.

"Zurin baru je siap buat kuih, lepas tu tolong Kak Nab masak daging black pepper. Abang suka kan?"

"Yup! Okay la sayang, abang mandi dulu. Nak pergi bazaar tak?"

"Tak nak, ajak anak2"

"Okay" ujar Iskandar dan cium kepala Zurin sebelum berlalu pergi.

Iskandar, Zaqriel, Qael, Ariel dan Aqiel dah bersedia untuk ke bazaar. Ilmi dan Ilman sudah menangis kerana akan ditinggalkan. Bukannya tak nak bagi pergi tapi mereka berdua tak boleh tempat ramai orang nanti menangis.

"Boys, jangan beli benda yang tak makan dan jangan membazir. Kalau beli banyak tapi tak makan, siap! Mama piat telinga nanti" pesan Zurin tegas dan mereka semua hanya ketawa sambil anggukkan kepala. Ilmi dan Ilman dalam dukungannya masih lagi menangis.

"Mama nak apa2?"

"Tak nak. Hati2, jaga adik2. Sayang2 mama jangan sampai hilang papa dan abang tau. Duk dekat2" tambah Zurin lagi, memang risau tak sudah2.

"Okay mama! Bye mama!" Mereka bertiga melambai dan masuk ke dalam kereta setelah bersalaman, begitu juga dengan Zaqriel.

Iskandan cium dahi dan pipi kembarnya. Kasihan pula tengok mereka menangis nak ikut tapi apakan daya, nanti mereka menangis juga malah lebih teruk.

"Be good okay. Dont cry, kesian mama" pesan Iskandar dan kembar terus berhenti menangis, hanya sisa esakan yang ada.

"Abang pergi dulu sayang"

"Okay. Drive elok2" pesan Zurin lagi dan Iskandan anggukkan kepala. Zurin perhati kereta itu berlalu pergi sebelum masuk ke dalam rumah.

"Amboi, bila papa pesan terus jadi baik." Zurin pura2 marah dan menyebabkan kembarnya ketawa kecil.

"Mandi nak?"

"Andi!! Nak!!"

"Nak!! Nak!!"

Zurin ketawa dan membawa mereka ke bilik untuk mandi. Memang senang nak mandikan mereka tapi nak selesaikan mandi tu susah, memang suka main air betul mereka berdua ni


Zurin dah agak yang teguran dan pesanan dia sebelum ke bazaar tadi akan jadi sia2 tapi tak tahu pula sampai tahap ini. Memang pelbagai jenis makanan ada atas meja sekarang ni. Zurin hanya mampu mengeluh dan gelengkan kepala.

"Abang!"

"What? I gave them RM20 each and they bought what they want"

"Abang, makanan ni will last for a week. Ya Allah, apa nak jadi dengan suami dan anak2 aku ni"

"Sayang, abang beli dua benda je. Yang lain semuanya dorang"

"Nope, Zaq beli chicken wing ni je" balas Zariel membela dirinya sendiri. Zurin pandang tripletsnya dan mereka bertiga sengih bersalah.

"Mama tak kisah, siapa yang buang makanan ni semua siap. Pastikan makanan ni semua habis. Jangan letak dalam peti ais" ujar Zurin tegas dan mereka berlima hanya mampu menurut. Zurin ni boleh tahan garang sebenarnya.

Mereka semua selesai bersiap untuk ke masjid untuk tarawih. Zurin masuk terlebih dahulu bersama triplets ke dalam kereta, kembar tinggal di rumah bersama orang gaji mereka.

Zurin mencium dahi triplets bila tidurkan mereka, kepala mereka diusap sebelum Zurin beredar dari bilik itu. Iskandar menunggunya di depan pintu bersama Ilman dalam dukungan, Ilman merengek kerana perut dia tak selesa dan hanya ingin berada dalam pangkuan Iskandar.

"Abang tidur la dulu, Zurin nak check Zaq dulu" ujar Zurin kepada Iskandar, riak Iskandar berubah sikit bila nama Zaqriel disebut.

"Dah tua bangka macam tu kena tidurkan lagi ke?" Soalan Iskandar buat Zurin tergelak dan menampar lembut lengan Iskandar. Mengarut je la Iskandar ni.

"Bukan la! Saya nak tanya pasal tempahan kuih je. Abang ni kelakar la"

"Mana tahu, Zaq tu suka bermanja dengan awak"

"Ya Allah, dah la abang. Pergi tidurkan Ilman" Zurin tergelak dan berjalan ke bilik Zaqriel. Memang tak ada masa dia nak melayan kerenah Iskandar.

Iskandar ke bilik mereka dan tempatkan Ilman ke katil Ilmi dan Ilman. Mereka berkongsi katil yang sama dan kadang2 boleh bergaduh dalam tidur.

"Tidur baik2 boys, papa pulak nak bermanja dengan mama ni" ujar Iskandar dan mencium dahi kembarnya. Iskandar tersenyum melihat Ilman terus memeluk Ilmi. Ilmi bergerak sikit dalam tidur tapi teruskan tidurnya.

"Abang, dah tidur ke Ilman?" Soal Zurin sambil memeluk Iskandar dari belakang.

"Dah, jom masuk tidur. Esok awak kena sediakan sahur lagi" ujar Iskandar dan menarik tangan Zurin ke katil.

"Nak sediakan sahur, nak bangunkan abanh yang susah" perli Zurin sambil masuk ke dalam selimut. Iskandar buat muka tak endah dan ikut sama baring di sisi Zurin. Pinggang Iskandar dipeluk dan selamat malam diucap. Penat sangat hari ini sebab puasa pertama. Moga Ramadhan kekal bersama mereka.

Hari kedua berpuasa semua orang nampak bersemangat sikit, lagipun esok cuti sekolah jadi triplets balik awal hari ini. Dah siap buat permintaan nak makan macam2. Zurin hanya iakan kerana dia yang akan masak hari ini. Kak Nab cuti balik ke kampung halaman.

"Mama, bila kita balik kampung?" Soal Qael sambil menguis bawang dia dalam pinggan.

"Tak pasti sayang, tanya papa" ujar Zurin sambil tersenyum.

"Papa pun cakap tak tahu, cuti sekolah Qael awal tau, seminggu sebelum raya"

"Ya, mama tahu tapi kerja papa banyak kan? Kalau Qael, Ariel dan Aqiel nak balik dulu nanti boleh je"

"Really?" Soal Qael teruja. Seronok sangat balik kampung sebab ada orang nak layan kerenah mereka bertiga.

"Guys! Kita boleh balik kampung awal!!!" Jerit Qael sambil berlari ke ruang tamu. Kemudian bunyi suara sorakan dari luar. Dah teruja sampai tak ingat dunia tu. Puasa pun dah lupa agaknya.

"Apa bising2 tu?" Soal Iskandar bila masuk ke dapur. Pinggang Zurin dipeluk dan kepala diletakkan di atas bahu Zurin. Manja. Zurin tergelak perlahan sebelum usap kepala Iskandar yang masih basah selepas mandi.

"Dorang nak balik kampung awal, boleh?"

"School?" Soal Iskandar sambil berkerut.

"Start a week earlier"

"Okay then, nak Khan hantar or flight?" Soal Iskandar dan keluarkan telefonnya untuk mencatat tarikh dan sebagainya.

"Nanti Zurin tanya kot2 ada orang boleh jemput. Kesian pulak abang khan nanti. Penat"

"Okay. Masak apa sayang?" Soal Iskandar beralih topik.

"Ayam masak kurma. Triplets nak makan tapi, papadom tak ada. Nak pergi beli kejap lagi" ujar Zurin sambil meneruskan memasak.

"Abang suruh Khan belikan..."

"Mereka sekeluarga cuti la. Zurin boleh pergi sendiri"

"Nope. Wait, papadom je ke?" Soal Iskandar dan mendail sesuatu dari telefonnya. Nak buat delivery ke apa?

"Ya, tu je. Oh, ais krim coklat dan susu pekat" tambah Zurin segera.

"Thats all?" Iskandar pinta kepastian dan Zurin anggukkan kepala.

Zurin pandang Iskandar penuh tanda tanya bila Iskandar dekatkan telefon ke telinga, tangannya memegang tangan Zurin menghalang Zurin dari memasak. Zurin tak minta Iskandar lepaskan tangan dia jadi dia masak guna sebelah tangan je.

"Papadom, chocolate ice cream and...apa sayang?"

"Susu pekat"

"Yes, susu pekat. Thats all. Hmm" Iskandar tergelak kecil dan matikan telefon tanpa ucapkan selamat tinggal.

"Siapa?" Soal Zurin nak tahu.

"Your son" ujar Iskandar tak endah. Zaqriel la tu yang Iskandar maksudkan.

"Dia dah otw balik"

"Yup, he is close already, I make him go" ujar Iskandar tanpa rasa bersalah malah tersengih lebar. Ya Allah, memang suka betul menyusahkan dan cari pasal dengan Zaqriel. Zurin cubit lembut perut Iskandar.

"Abang ni, kesian dia. Jauh dia pergi hari ini"

"He is willing, you his mama" jawab Iskandar senang. Zurin tergelak dan teruskan memasak.

"Punya la Zaq penat dah drive jauh2, kalut cari barang yang mama nak, alih2 bila balik boleh tengok drama free papa pulak" rungut Zaqriel tanpa memberi salam dan letakkan barang di beli ke atas meja. Iskandar tahan gelak dan buat tak tahu.

Zurin segera ke sisi Zaqriel dan memegang kepala Zaqriel. Zaqriel nampak sangat penat dan pucat lesi. Dah boleh agak gastrik atau migraine Zaqriel menyerang lagi.

"Sakit perut ke kepala?" Soal Zurin khuatir.

"Kepala mama, denyut2" Zaqriel mengadu dengan manja dan Iskandar buat muka. Memang seteru satu bumbung betul.

"Nak berbuka ke?" Soal Zurin lagi. Zaqriel gelengkan kepala dan meminta diri untuk ke bilik dan rehat. Zurin hanya pandang Zaqriel pergi dengan risau.

"Abang, klinik"

"Sayang, kita bagi Zaq rest dulu. Kalau melarat lepas berbuka kita pergi" ujar Iskandar dan Zurin anggukkan kepala.

Zaqriel hanya makan sikit semasa berbuka dan meminta diri untuk berehat. Teruk juga la migrain Zaqriel kali ini. Zurin kena uruskan twin terlebih dahulu dan terpaksa tinggalkan Zaqriel sekejap.

Iskandar mengetuk pintu bilik dan masuk setelah mendapat jawapan. Iskandar duduk di sisi katil dan meletakkan segelas air dan ubat di atas meja kecil di hujung katil. Kepala Zaqriel di sentuh agak lama.

"Pa, Zaq tak terawih la malam ni" ujar Zaqriel dan Iskandar anggukkan kepalanya.

"Bangun dulu, makan ubat. Solat maghrib dah?" Soal Iskandar sambil bantu Zaqriel makan ubat. Zaqriel anggukkan kepala sebagai jawapan.

"Nak mama stay" soal Iskandar lagi.

"Mama tak jaga twin ke?"

"Right. Okay. Rest" ujar Iskandar dan bangun untuk berlalu pergi.

Bila semua orang sudah ke masjid, selesai solat isyak Zurin ke bilik Zaqriel untuk memeriksa keadaan Zaqriel sendiri. Baru dia free bila twin dah tidur.

"Mama, twin tidur dah?" Soal Zaqriel, keadaannya lebih baik.

"Dah. Zaq okay?"

"Okay. Papa bagi ubat tadi" Zaqriel dan Zurin sama2 sengih. Siapa tak sayang anak oi!

"Ni rasa nak usik papa ni" Zurin ketawa perlahan, seronok jugak boleh tengok muka malu tambah cool Iskandar nanti. Hahaha.

"Jangan la ma, nanti dia buli Zaq lagi" Zurin ketawa senang dan bersetuju sahaja

"Dah isyak ni. Solat dulu lepas tu tidur. Mama nak buat solat terawih sikit"

"Okay mama. Ikut ke triplet tu?"

"Boleh tak ikut, papa cakap 'Boys!' Sekali je dah lari masuk kereta" Zurin ketawa lagi begitu juga Zaqriel. Walaupun Iskandar dah baik betul, garang dan tegas tu tak di buang. Zurin pun kena marah kadang2 sampai merajuk.

"Mama pergi dulu. Rest well"

"Okay mama"

Zurin usap kepala Zaqriel sebelum keluar dari bilik itu. Zaqriel senyum dan tergelak bila bayangkan situasi triplets di gertak. Dah lama juga tak tengok wajah garang Iskandar.

'Ya Allah, engkau kirimkan seorang yang sempurna untuk kami semua' Zaqriel bersyukur sangat2.

Ruby sedang mendodoikan anaknya bila Zurin tiba di cafe. Salam Zurin dijawab oleh Ruby dengan senyuman.

"Aimi" Zurin cium dahi Aimi sebelum duduk di depan Ruby. Jarang sangat Ruby bawa Aimi ke cafe kalau tak ada sebab khas.

"Kenapa ni?" Soal Zurin dengan nada risau sedikit sebab Ruby tak nampak macam dia gembira sangat.

"Keluarga Azman" jawab Ruby resah, air matanya mula bergenang.

"Kenapa?" Soal Zurin lembut, dia merapatkan diri kepada Ruby. Tangannya mengusap lembut bahu kawannya.

"Mereka dah tahu nursery Aimi. Mereka nak ambik Aimi" gugur juga air kata Ruby akhirnya. Zurin hanya diam dan terus memeluk erat badan kawannya itu memberi kekuatan.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa nak ambil Aimi? Tiba2 je"

"Isteri Azman keguguran lagi"

"Dah tu? Tu masalah Azman dengan bini dia kan? Dah la dia tipu kau dulu kononnya single, lepas tu tunda2 tarikh kahwin. Bila dah kahwin dia ceraikan kau pulak bila bini tua dia mengandung. Apa masalah Azman ni?" Marah Zurin.

Memang nasib Ruby tak baik, dia ditipu Azman malah Azman tinggalkan dia untuk bersama isteri awalnya. Kenapa lelaki macam Azman perlu wujud???

"Shh, jangan nangis Ruby. Sorry" pujuk Zurin bila kembali tenang. Dia tak nak Ruby kesedihan, bila Ruby sedih saat penceraian dulu pun Zurin dah tak sanggup nak tengok.

"Apa salah aku Zue, dia lepaskan aku dan Aimi dulu. Kenapa sekarang dia nak ambil Aimi?" Ratap Ruby sedih. Zurin diam dan teruskan usap belakang Ruby.

"Hello!!!" Suara ceria Zaqriel memecahkan suasana hiba di cafe.

Zaqriel terkejut melihat Ruby yang sedang menangis dan mengelap air matanya. Zaqriel letakkan begnya dan terus duduk di sisi Zurin.

"Mama, apa jadi? Sis, kenapa?" Soal Zaqriel risau.

"Tak ada apa..."

"No. Azman kan? Mesti Azman lagi" bentak Zaqriel dan terus berdiri bengang. Wajah Zaqriel memang bengis dan dia sudah mahu pergi untuk mencari Azman.

"Zaq, jangan!" Halang Ruby turut sama berdiri.

"Apa lagi kak? Dia dah melampau sangat" baran juga Zaqriel kali ini.

"Kak akan bincang dengan dia"

"Sampai bila nak bincang?!" Suara keras Zaqriel menyedarkan Aimi dari pelukan dan Aimi terus menangis kerana tidurnya terganggu.

Zurin lepaskan keluhan dan menarik tangan Zaqriel supaya dekat dengan mereka. Lengan Zaqriel diusap lembut.

"Mama, sis lets talk this stuff with papa. Lets court decide whats the best" saran Zaqriel bila kembali duduk dan tenang. Zurin angguk kepala bersetuju dengan cadangan itu. Ruby hanya diam dan teruskan menenangkan Aimi.

Zaqriel ambil Aimi dari dukungan Ruby dan mendodoi lembut Aimi supaya kembali lena.

"Zaq tidurkan Aimi. Sis fikir balik dan bincang dengan mama elok2" pesan Zariel sebelum berjalan ke beranda cafe. Aimi juga kembali tenang dan mula tertidur.

Zurin masih fikirkan masalah dan keadaan Ruby tapi dia tak cakap apa2 sepanjang dalam kereta. Zaqriel hanya biarkan Zurin dengan fikirannya dan memandu sampai ke rumah.

"Mama, tengok ni" ujar Zaqriel bila melihat ada kereta tak dikenali di rumah mereka.

"Papa beli kereta baru ke?" Soal Zurin keliru.

"Untuk mama?" Soal Zaqriel pula.

"Takkanlah. Jom masuk" Zurin keluar dari kereta dan menuju ke pintu. Dia terkejut melihat suasana di dalam.

"Mama! Papa!" Jerit Zurin ceria dan segera berlari untuk memeluk keluarga mertuanya.

"Granny!!!" Jerit Zaqriel pula dan ikut sama memeluk neneknya, Zurin tersepit di tengah2.

Iskandar bangun dari kerusi dan menolak Zaqriel supaya jauh dari Zurin. Zurin tergelak bila Zaqriel dah menjejling dan merungut sesuatu tentang Iskandar. Tak sudah2.

"Abang!" Zurin masih lagi ceria dan kembali ke sisi Ibu mertuanya.

"Bila mama sampai? Sampai bila nak stay sini?"

"Actually, kami dah berpindah balik ke sini. Company papa dah tukar ke sini. Kami akan stay di Malaysia buat selamanya tapi bukan di rumah ni. Kami dah beli rumah dekat sini" ujar Daniel ceria. Semua orang begitu teruja dengan berita ini dan mereka kembali berbual dengan rancaknya.

"Abang, Zurin seronok sangat puasa tahun ni. Semua orang ada" Zurin peluk Iskandar yang sedang baring di sisinya

"Sama la. Lagi seronok kalau kita boleh tambah ahli lagi kan?" Soal Iskandar mengusik. Zurin hanya diamkan diri dan sembunyikan wajahnya di dada Iskandar.

"Abang...umm, sekarang ke?" Soal Zurin masih lagi malu.

"No. Soon." Jawab Iskandar lagi dan Zurin lega. Dia kembali memandang Iskandar.

"Tak sangka Dani dah terel jadi imam kan? Suara dia pun sedap"

"Puji lelaki lain ke?" Soal Iskandar dengan nada merajuk. Zurin tergelak dan memukul dada Iskandar. Mengadanya cemburukan adik sendiri.

"Abang ni! Zurin maksudkan dia dah banyak sangat berubah. Dah matang"

"Tu la, Alhamdulillah. Abang pun terkejut dia offer nak jadi imam terawih tadi. Mama dan papa pun dah banyak berubah. Tadi masa mama sampai, mama dah bertudung"

"Really? Alhamdulillah. Ya Allah, gembiranya Zurin rasa" ucap Zurin lagi, bertambah gembira rasa dirinya.

"Oh, lupa pulak. Abang, keluarga Azman kacau Ruby lagi la"

"Azman, the ex husband?"

"Ya la"

"Again?"

"Yup"

"Should we bring the case to court?"

"Zaq dah cadang tapi Ruby tak nak. Katanya nak selesai elok2"

"Why? I mean, they talked already right?"soal Iskandar keliru, seingat dia semuanya dah selesai.

"Ya la, semuanya sebab wife Azman keguguran lagi. So...mereka nak Aimi"

"Thats not fair."

"Right? Sedihlah..."

Iskandar tahu yang Zurin memang sedih dan risaukan Ruby. Badan Zurin dipeluk erat.

"We will think and solve this together. Lets sleep okay?"

"Hmm" hanya itu balasan Zurin kerana dia sudah selesa dan matanya juga mengantuk.

Sebelum tidur Iskandar mesej sesuatu kepada peguammnya untuk meminta pandangan dan pendapat yang lebih jelas dalam kes Ruby. Dia dah anggap Ruby seperti ahli keluarganya sendiri. Masalah Ruby, masalah Iskandar sekeluarga.

Zurin pelik dengan tension suasana cafenya bila dia tiba. Zaqriel pula masih seronok gelak sampai tergolek golek atas lantai tempat anak2 Zurin bermain.

Daniel yang berdegil nak ikut Zaqriel hanya diam tak berkutik di kerusi sambil menggosok kepalanya yang sakit. Dahinya juga merah.

Ruby masih lagi dengan muka garang dan memeluk anaknya erat. Tajam matanya memandang Daniel, kalau lah mata Ruby tu pisau dah arwah Daniel sekarang ni.

"Ruby, kenapa?" Soal Zurin bila meletakkan semua barang yang dibelinya ke atas meja. Daniel ikut sama dipandang.

"Dia ni, nak ambil anak aku!" Marah Ruby sambil menunjukkan Daniel dengan marah. Kecut juga la wajah Daniel sekarang ni.

"Ruby, ni Dani, adik Iskandar" ujar Zurin tenang, sempat dia menarik Zaqriel supaya berdiri bersamanya.

"Adik...Iskandar?" Soal Ruby lambat2.

"Ya! Kau pukul dia ke apa?" Soal Zurin bila menangkap keadaan sebenar dan Ruby anggukkan kepala dengan rasa bersalah. Zaqriel masih lagi ketawa maksudnya dia tak cuba langsung untuk betulkan keadaan. Bertuah betul la anak sulung Zurin ni.

"Zaq, sepatutnya terangkan hal sebenar" marah Zurin tapi Zaqriel sengih je.

"Tak sempat nak kata apa mama. Uncle masuk nak ambil Aimi yang menangis dalam buai, tak sempat buat apa dah kena baling dengan selipar" Zaqriel ketawa lagi, malah lagi kuat. Zurin tahan gelak dan mencubit kuat perut Zaqriel. Melampau betul gelak besar sampai macam tu sekali.

"Apa ma, kelakar la tengok uncle kena belasah free2"

Daniel bangun dari kerusi dan luku kepala Zaqriel kuat2. Mengaduh sakit la si Zaqriel tu.

"Dani balik dulu la" ujar Daniel seakan merajuk.

Ruby hanya mengetap bibir dan memandang Daniel keluar dari cafe. Rasa bersalahnya membuak dan dia memandang Aimi yang sudah tenang. Dia paranoid betul bila ada orang tak kenal sentuh anak dia.

"Dia marah ke Zue, dia nak saman aku ke?" Soal Ruby kecut.

"Tak lah. Dah la, jom buat kuih. Minggu depan dah nak hantar"

"Ya la. Dah dua minggu kita puasa kan? Kejap je rasa" ujar Zaqriel dan membawa barang ke dapur.

Iskandar kemaskan barang di atas mejanya sebelum berjalan ke dinding kaca biliknya untuk melihat cafe Zurin. Untung dirinya jika melihat Zurin ke beranda tapi jarang sangat mereka akan bertembung melainkan dia maklumkan Zurin terlebih dahulu.

Iskandar ambil keputusan untuk ke cafe Zurin kerana sudah masuk waktu rehat. Bukannya dia boleh makan ke apa pun. Dia berjalan melintas jalan ke cafe Zurin dan suasana di dalam case senyap je.

Iskandar memberi salam dan melihat anak Ruby sedang bermain seorang diri di tilam kecil. Iskandar panjat pagar kecil kawasan mereka bermain dan meriba anak Ruby. Tersenyum lebar Iskandar melihat Aimi tergelak kepadanya.

Bunyi Aimi tergelak menyedarkan Zurin yang ingin berlalu ke tempat solat. Dah masuk waktu zuhur. Dia terperanjat melihat Iskandar tapi jelas dia gembira sangat.

"Abang!" Ceria sekali suara Zurin dan terus memeluk Iskandar erat. Nasib baik Aimi tak menangis sebab terkejut dengan tingkah Zurin.

"Sayang" sapa Iskandar dan mencium dahi Zurin. Zurin tersengih lebar.

Ruby dan Zaqriel keluar dari dapur bila terdengar suara ceria Zurin. Semua orang dah tahu siapa yang datang jadi mereka buat biasa2 je.

Aimi ke pangkuan Ruby dan Iskandar terus menarik Zurin duduk di sofa. Pipi Zurin yang ada sisa tepung dibersihkan dengan tangannya. Zurin tergelak kecil dan bersihkan mukanya dengan tisu.

"Comot ke?"

"Sikit je" jawab Iskandar lembut.

"Abang pun berpeluh ni. Panas?" Soal Zurin sambil lapkan peluh di leher Iskandar.

"Kat luar yang panas."

"Banyak kerja hari ini?" Soal Zurin lagi sambil longgarkan tie di kolar baju Iskandar.

"Banyak juga. Hari ni abang tak berbuka bersama. Ada meeting. So, terawih kat rumah je hari ni. Boleh?"

"Okay" Zurin terus sahaja bersetuju. Tak ada masalah langsung pada dia.

"Zaq boleh bawa mama ke masjid" Zaqriel menyampuk pula.

"Sokay, mama kat rumah je" tolak Iskandar tanpa fikir panjang. Zaqriel buat muka dan berlalu untuk solat. Tak habis2 la dua orang ni.

Ruby juga pilih untuk beredar dari situ. Malas dia melayan lagak mesra Zurin dan Iskandar. Bukan dia cemburu atau marah tapi dah biasa tengok dah, dia pun malas nak jadi tunggul kat situ.

Hari ini Zurin ajak Ruby berbuka bersama dan Ruby terus sahaja bersetuju. Dia pun malas dah nak masak sebab kuih mereka siap dah pukul 6 lebih. 

Ruby tahu yang Daniel tak selesa dengan kedatangan dia, Ruby pun tenang sebab tak sempat nak minta maaf. Masa berbuka seronok sahaja dan keluarga Iskandar berkenalan lebih rapat dengan Ruby.

Mereka ikut sama solat tarawih berjemaah dengan Daniel sebagai imam. Memang Ruby tak sangka yang Daniel sangat bagus dan suara Daniel sangat merdu semasa menjadi imam. Tenang rasa dirinya.

"Ruby, tidur sini je la" ajak Zurin sebab risau nak biarkan Ruby balik seorang diri. Nak memandu malam2 ni. Lagipun Aimi dah tidur.

"Aku tak bawa baju ganti." Ujar Ruby cuba menolak.

"Ish! Baju aku ada. Dah, aku dah kemaskan bilik tetamu. Tidur sini je"

"Tapi, ramai dah ni..."

"Mereka semua balik nanti, rumah dorang area sini2 je. Stay okay?"

"Ya la. Aku pun malas dah ni, penat pun ada"

"Cun! Jom aku tunjuk bilik"

"Kejap, aku nak ke kerata, ambil barang Aimi"

"Ok!"

Ruby ke keretanya untuk mengambil barang Aimi tapi dia perasan yang Daniel ada di laman. Rokok di tangan Daniel di renung sahaja.

"Hi" sapa Ruby lembut, tak nak mengejutkan Daniel.

"Oh, eh, ...urm hai" balas Daniel gugup, secara automatik tangannya naik ke atas kepala menyebabkan Ruby tergelak sikit.

"Sorry pasal tadi" pinta Ruby ikhlas. Daniel sengih dan anggukkan kepalanya.

"Tak apa, saya pun salah" ujar Daniel balik dan mereka kembali diam.

"Erm, tenung je ke rokok tu?" Soal Ruby berani. Memang jenis berani pun Zurin ni. Suka hati dia je kalau nak tanya. Daniel terkejut juga sikit dengan soalan itu.

"Nak berhenti dah sebenarnya. Dah alang2 puasa ni kan? Tapi tu la, nak tinggal sepenuhnya tak mampu tapi nak mula merokok balik sayang. Dah tahan berjam jam." Terang Daniel dan Ruby angguk kepala faham.

"Tapi, jangan beritahu Zurin or Is yang saya bawa rokok masuk rumah ni. Arwah saya nanti" rayu Daniel bersungguh dan cepat2 sembunyikan rokoknya. Ruby tergelak lagi dengan sikap Daniel.

"Oh, saya Ruby"

"Haah lupa pulak, saya Daniel, boleh lah nak panggil Dani pun"

"Ok. Kalau macam tu saya masuk dulu. Aimi tunggu saya"

"Ok. Oh, erm...Ruby, kalau saya nak main dengan Aimi lagi, awak dah tak pukul saya kan?" Soal Daniel gugup. Ruby tergelak dan anggukkan kepalanya.

"Ok. Jangan risau. Saya bukan suka pukul orang pun" Ruby berlalu masuk ke dalam rumah.

Daniel hanya pandang Ruby pergi dengan senyuman melebar di bibirnya. Tak tahu la kenapa dia boleh senyum sampai macam tu sekali.



Zaqriel menggumam seorang diri dan kelihatannya dia resah dan gelisah. Zurin yang sedang sibuk masukkan kuih ke dalam bekas ikut sama rasa terganggu dengan tindak tanduk Zaqriel.

"Zaq kenapa ni?" Soal Zurin geram, tak lancar kerja dia dibuatnya.

"Erm, mama"

"Ya?"

"What do you think about uncle Dan?" Soal Zaqriel serius. Zurin memang pelik dengan soalan itu tapi dia ada jawapan untuk soalan itu.

"Ok je. Dia dah matang, mama rasa elok je. Kenapa? Dia buat hal lagi ke?"

"No. He is fine. But, I think...he likes Sis Ruby?" Zaqriel cuba meneka dan Zurin berhenti membuat kerjanya. Dia pandang Zaqriel tajam.

"Erm...actually Zaq, sis and Dani decide to know each other more..."

"What?! They are together already?!"

"Tak ada la, kenal lebih dekat gitu. Kawan?"

"Wow, uncle baru je cakap dia suka sis dua hari lepas, now they are together. So fast?"

"Sebenarnya dah lama dah, Ruby yang tak nak pamerkan. Lama2 mama desak dia cerita hal sebenar. Dia takut nak mula lagi tapi dia kata tak semua lelaki sama. Mama dah warn Dani awal2 lagi" Zurin dah setel semuanya terlebih dahulu. Dia dan Iskandar dah berbincang dan Daniel dah dapat ceramah free dari mereka berdua. Harap Daniel ingat la semuanya.

"Oh, so they are good"

"They are going better, Ruby is more than enough for Dani" Iskandar masuk ke dapur mencelah perbualan Zurin dan Zaqriel. Zaqriel terkejut juga sikit tapi Zurin tersenyum lebar menyambut Iskandar pulang.

"Hi sayang" sapa Iskandar lembut dan mencium dahi Zurin. Zurin senyum lagi lebar dan rapatkan badannya pada Iskandar. Ikutkan dia nak peluk tapi tangan dia kotor.

"Awal papa balik hari ni" ujar Zaqriel bila dia selesai tengok adegan mesra free dari parent dia.

"Yup, headache" jawab Iskandar sambil urutkan kepalanya. Zurin dah risau, terus basuh tangan dan cuba untuk tolong Iskandar.

"Panas sangat hari ni, abang nak mandi?" Soal Zurin lembut, pipi Iskandar dipegang.

"Yes. I need some rest"

"Mama pergi la jaga papa, Zaq settlekan yang ni semua" ujar Zaqriel mengambil alih.

"Tapi Zaq dah janji nak ambil triplets"

"Sempat. Go"

Zurin hanya menyerah dan ucapkan terima kasih kepada Zaqriel.



Selesai mandi Iskandar terus duduk di atas katil, tak larat lagi dia nak berdiri. Zurin dah risau habis dengan keadaan Iskandar. Dari sahur lagi Iskandar makan sikit je.

"Zurin, abang okay. Sakit sikit je" ujar Iskandar tenangkan Zurin

"Macam Zurin tak kenal abang"

"Sakit tapi dah kurang sikit."

"Meh Zue picit, abang baring atas riba ni" Iskandar tak ambil masa untuk terus setuju. Untung kembar sedang tidur jadi peluang baik untuk bermanja dengan Zurin.

"Thanks sudi jaga abang" ucap Iskandar lembut, dia memang bersyukur sangat Zurin hadir dalam hidup dia, sampai dia pernah keliru dia bersyukur ke cara mereka berdua kenal. Zurin terlanggar belakang kereta dia.

"Zurin nak jaga siapa lagi kalau bukan abang?" Soal Zurin balik, masih memicit kepala Iskandar.

"Heroes sayang semuanya manja nakkan perhatian, yang dah tua bangka macam Zaq pun still needs you" ayat lebih kurang merajuk itu buatkan Zurin ketawa geli hati. Kelakar betul la si Iskandar ni bila bab cemburu.

"Abang tahu yang sayang Zurin pada mereka dan abang lain kan?"

"Siapa lebih banyak?" Soal Iskandar lagi.

"Mestilah abang!" Jawab Zurin yakin. Islandar terus bangun dari baring sebab memang tak sangka dengan jawapan yang dia dengar. Kali pertama Zurin cakap macam tu.

"Really?"

"Ya la. Sebab, sayang pada anak2 ni, bila mereka dah besar dan ada keluarga mereka akan ada orang lain untuk sayang lagi. Tapi Zurin ada abang dan abang ada Zurin. Kan?"

"Yes. I love you" ucap Iskandar tiba2 dan terus peluk Zurin erat. Dalam hati Zurin balas kata cinta itu.


Zurin dan Iskandar kemaskan barang mereka sebelum pulang ke kampung Zurin. Semua orang dah berkumpul tinggal mereka berdua je. Iskandar ada urusan penting untuk diselesaikan sebelum raya dan Zurin takkan tinggalkan suaminya.

"Sorry sayang, kesian twin kena gerak sekarang" ujar Iskandar ikhlas. Malam raya barulah mereka dapat pulang ke kampung halaman Zurin.

"Tak apa abang, tapi abang boleh drive ke ni?" Soal Zurin khuatir juga nak bergerak sekarang.

"In sha Allah boleh" jawab Iskandar yakin dan masukkan barang ke dalam but kereta. Kembar diletakkan di atas kerusi mereka.

"Jom sayang, semua dah settle kan?" Iskandar pastikan lagi sekali dan Zurin anggukkan kepala.

"Abang, kalau penat kita tukar ya?"

"Okay sayang, dont worry"

Setelah doa di baca mereka sekeluarga keluar dari perkarangan rumah dan mula memandu dengan berhati hati.



Jam menunjukkan 1 pagi, Zaqriel masih lagi menunggu di tangga rumah Nek Long dia. Dia risau sebab papa dan mama dia tak sampai2 lagi.

"Zaqriel tidur la, kejap lagi sampai la tu" ujar tok long tapi Zaqriel berkeras nak tunggu. Memang tak la dia nak tidur, mesti tak lena punya kalau dia cuba tidur sekalipun.

"Dah telefon ke?"

"Dah, tapi tak berjawab. Ni yang risau sangat ni" ujar Zaqriel lagi. Tok long usap belakang cucunya itu untuk menenangkan.

"Tok long tidur la. Esok penat pulak"

"Ya la, tok pun tak larat dah ni. Nanti apa2 kejut la"

"Ok." Zaqriel terus menunggu. Masih ada orang di dalam rumah belum tidur, buat kuih la masak rendang dan lemang. Macam2 lagi. Dia je tak dapat nak buat kerja dengan tenang.

"Zaq! Meh tolong aku kejap!" Panggil Hatim, sepupu Zaqriel.

"Apa?" Soal Zaqriel malas, dia nak tunggu parent dia je ni

"Kejap je, tolong alih lemang ni" pinta Hatim lagi dan Zaqriel mengikut sahaja.


Bila semua orang dah selesai dan masuk tidur kereta Iskandar menyusur masuk laman rumah. Zaqriel terlompat gembira dan terus berlari mendapatkan mamanya. Memang mama dulu dia cari

"Mama, kenapa call tak angkat? Risau la Zaq tunggu" serbu Zaqriel laju. Zurin tergelak dan memeluk tubuh terunanya itu sebab dia tahu Zaqriel risau sangat.

"Hand bag mama dalam bonet, papa punya phone mati. Sorry" ucap Zurin sambil tersengih.

"Papa okay, penat tak?" Soal Zaqriel dan beralih untuk memeluk papanya. Iskandar senyum dan tepuk belakang Zaqriel. Hampir menangis dah Zaqriel ni sebenarnya. Nampak je cool tapi lahai manja dia boleh tahan jugak.

"Ambil kembar, papa dan mama nak rehat kejap"

"Okay"

"Hatim, Naim, Ijat, tolong angkat barang dalam but kejap. Ambil Ilmi dan sekali" arah Zaqriel yang sedang mendukung Ilman. Mereka bertiga hanya menurut tanpa bantahan.

Kembar di baringkan di atas katil. Iskandar sudah ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk tidur. Zurin hanya mendodoi triplet yang sudah tidur. Zaqriel mendekati Zhrin dan bersila di sisinya.

"Jammed ke ma?"

"Jammed, teruk jugak"

"Next time make sure phone ada kat tangan"pesan Zaqriel lagi dan Zurin angguk kepala. Tak habis lagi risau si sulung ni.

"Zaq pergi la tidur. Esok kita cakap lagi"

"Okay. Genite"

"Nite" balas Zurin dan masuk ke dalam bilik semula. Zurin ambil tuala untuk mandi dan bersihkan diri. Iskandar sudah selesa baring di katil nampak sangat penat.



Pagi raya memang riuh seperti biasa dan semua orang sibuk tanyakan hal Iskandar dan Zurin, bila sampai dan sebagainya. Walaupun badan masih lagi penat, wajah ceria dah padam semua wajah penat itu.

Zurin sekeluarga sedondon warna ungu dan sedang mengambil gambar mereka sekeluarga. Zurin hanya melayan telatah Zaqriel.

"Dah2 jom pergi masjid" ujar Iskandar dan mereka semua ke kereta.

Selesai solat suna aidilfitri, mereka semua menujuk ke kubur arwah mak dan abah Zurin. Zurin mendukung Ilman manakala Ilmi di dukung Iskandar. Kubur dibersihkan serba sedikit dan yasin serta doa di sedekahkan untuk arwah.

Mereka semua sudah beredar dari kubur, tinggal Zurin dan Iskandar sahaja. Iskandar usap nisan kedua ibuayah Zurin dan menitipkan doa khans untuk mereka. Masih lagi memohon restu dari mereka untuk bersama Zurin.

"Jom abang" Zurin tarik lengan Iakandar lembut. Iskandar menurut dan tinggalkan tanah perkuburan bersama.


Kecoh dan riuh sungguh keluarga besar Zurin. Semua sanak saudara ada sampai tak lepas tangan semua orang hidangkan makanan dan sebagainya. Masih ramai yang terpesona dengan kehandsomeman Iskandar dan masih ada lagi yang mengusik Zurin walhal dah pengantin lama. Tapi paling dahsyat sekali kali ini ialah penangan Zaqriel la. Dengan mulut manis dia, memang asyik mengurat anak dara orang je. Ya Allah, teruk betul.

"Sakan teruna awak tu" ujar Iskandar kepada Zurin. Memang bukan main lagi tengok Zaqriel ni.

"Entah la abang, dia ikut siapa la?"

"Not me. Dani kut" balas Iskandar pantas. Ya la, siapa lagi casanova dalam keluarga Iskandar ni. Hahaha.

"Triplet pun bukan main juga, kecik2 dah pandai" tambah Iskandar sambil gelengkan kepala. Zurin tergelak senang.

"Oh, lupa pulak. Dani, Ruby and parent abang datang sini esok. Mereka nak beraya kat sini"

"Great. Abang rasa kena sewa homestay dekat area sini kot. Tak muat dah rumah Pak Long" cadang Iskandar dan Zurin terus setuju memang tak muat dah ni. Ni pun kalau masa tidur dah sampai nak terpijak orang kalau berjalan.

"Selamat hari raya abang, maaf zahir dan batin" ucap Zurin lagi sekali bila mereka berdua je di pangkin di halaman rumah.

"Selamat hari raya juga sayang, moga raya2 yang akan datang kita semua akan sambut sama2"

"Amin."

"Papa, mama! Jom ambil gambar. Dah2 la berasmara!" Teriak Zaqriel menyebabkan Zurin ketawa senang. Iskandar dah merungut sakan dah.

"Jom!" Zurin tarik tangan Iskandar untuk bergerak. Iskandar tarik tangan Zurin balik sehingga Zurin terpeluk Iskandar. Iskandar gelak dan cium dahi dan pipi isterinya lama. Ya Allah, dia sayang insan di depan dia sekarang ini. Sangat2.

Zaqriel susun gambar keluarga dia di dalam album. Kali ini album Raya 2018, semuanya terpotret di dal foto. Dia tersenyum gembira melihat gambar2 itu, memang dia rasa gembira sangat2. Dia tutup album itu bersama satu doa kebahagiaan dunia akhirat untuk dia sekeluarga.


#hai semua. Sorry sebab lambat and pendek. Maaf juga kalau banyak silap sebab tak sempat nak edit lagi ni. Maaf juga sebab raya dah habis or nak habis. Thank you for reading

#selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin#

Thursday 8 March 2018

I love you guys ❤️

Assalamualaikum w.b.t, hai...

Apa khabar semua, moga kita semua sihat dan berada dalam lindungan Allah s.w.t. Jangan pening, jangan pelik dengan post ni, memang bunyi macam formal gila kan.? Hahaha...jangan risau saya yang menulis ketika ini waras dan sihat fizikal dan mental, Alhamdulillah. Sebenarnya...post ini bertujuan untuk maklumkan semua orang... hiks, sedih nak sambung nii..😭. Hahaha, acah je,. Okay straight to the real point,

1) saya sekarang ni third year sem 6. Final year project will start, no! Actually its start already, its just me that still doing nothing. 😅. Hahaha. Okay, semua orang akan sibuk dan saya yakin semua pelajar  uni yang tengah hadap makhluk FYP ni memang busy, bukan je busy malah pening dan penat. Saya dah rasa saat itu dan sedang merasainya sekarang, saya tak merungut, sya just nak share je. Penat niii...😭😭😭😂😂😂. Gud luck to all yang hadap same problem dengan saya. Haha.

2) saya dengan sedihnya 😭😭😭😭 terpaksa abandoned ataupun abaikan blog ini untuk jangka masa yang lama. Hmm 😥😥😥. This blog that actually my adopted child will be my step child for a long time. I dont want to but i have to. Saya rasa saya tak akan ada masa untuk mengarang cerita dan saya tak nak awak semua tertunggu tunggu entry baru saya. Penangian tu sakit kan? 😣. Jadi, Saya harap awak semua baik2 sahaja ya. Saya mungkin akan muncul dan mungkin tak, mungkin tak tu yang banya peratus tu, sebab tu saya nak cakap awal2 kat awak semua. Tapi, buatnya saya ada semangat luar biasa, tetiba je ada idea pop up pop up macam pop corn, mungkin saya akan menulis juga untuk hilang stress. Haha.

3) thank you semua dah support saya dan bagi idea dan bagi semangat. Tq yang drop komen, yang tak drop komen, yg suka baca, yg suka singgah dan yang suka semuanya lah, saya tak sangka sya akan ada followers dan ada orang akan baca dan suka blog saya. Saya terharu dan happy sangat 😊😄. Tq dah sudi baca dan terima kelemahan saya yang berjuta juta tu. Sya hargai semuanya dan gembira sangat.

4) actually, sya suka sgt bca komen2 yg awak semua drop. Ada yang kelakar sampai buat saya gelak, ada yg sweet sampai buat sya senyum sorang2. Ad yang menakutkan sampai sya rasa was2. Ada juga yg membina buat sya rajin mencuba dan terus mencuba. Ada juga yg membuat sya rasa sedih, well but thats life. Nothing so nice and seasy all the time, hardship is a key to success right? Hahaha.

5) semua org boleh contact sya melalui facebook dan email. Tu pun kalau sudi la, hahaha. In sha Allah bila ada masa saya akan balas. 😁.

6) dah nak sampai point last dah ni...saya nak minta maaf andai ada salah dan silap. Walaupun lambat lagi raya tapi kata maaf tu kena ungkap selalu sebab mati tu tak tahu bila, kan? Jangan risau saya bukannya nak pergi buat selamanya, in sha Allah jika panjang umur bersua lagi kita. Jangan risau juga, sya bukannya nak tulis wasiat lepas tu terjun gaung ke apa. Hahaha.

7) sya tak menyesal dan gembira ada blog ni sebab sya kenal ramai orang dari pelbagai tempat dan bangsa. Sya betul2 happy. Tangan sya pon dah mula kebas ni sebab tulis panjang lebar, haha. Sekali lagi tq for all. I love you guys! ❤️😍🎈.  

Fb: alzai sanara
Email: alzaisanara at gmail com

Ha, ada orang tanya sya umur saya, saya 22 tahun ni, dah tua dah ni. Ada juga org tanya identiti sebenar tapi maaf sangat2 sebab tak dapat share. Sya ni pemalu. 🙈😚.hahaha. Actually, sya dah pernah jumpa orang yg follow blog saya depan2, mereka tak tahu yg that blog is mine but they keep talking abaout it, im so happy and malu at the same time, rasa awkward gila. Hahaha. Muka pun blush pelik! AKu ni dah kenapa?! 😊😂😂😂😂. Ad besties sya yg tahu blog sya and kawan kepada bestie pun ad knal blog sya, lepas tu bila sembang pasal ni mesti kena usik! Bertuah kan dpt bestie yg suka sngt usik org ni, hahahaha. Kot2 awak rasa awaklah yg sya tgh bicarakan skrg ini, tq for reading my blog. Huhu. 😊😊😊. Tapi, for those yg dah dapat agak siapa sya tu,,,jgn pegi tegur pulak, malu sya nanti tak tahu nak menyorok kat mana. Hahaha. Ok lah, banyak sgt dah ni merapu. Kalau awak kenal saya in real life, awak tak akan percaya yg alzai sanara dan sya is the same person. Hahahaha. 😂 😆 🤣.

Lastly, thank you and sorry for everything, i love you 😍 guys but i love myself more, hehehe. See you soon, bye....

Lots of Love

Alzai Sanara





Thursday 22 February 2018

Cerpen : Bukan Cinta Pertama (2)

#Assalamualaikum.. hai... ok, ni part 2 and last untuk -bukan cinta pertama-. Maaf andai kurang apa2 dan thank you dah sudi baca. Saya minta maaf andai ada salah info tentang lawyer ni, maklumlah sya bukan bdak law. Hahaha. Apa pun, tq semua dh support and enjoy reading.

-Lots of Love-

Alzai Sanara


Fina dan Zaif dah bergelar sebagai tunang tapi hubungan itu tak akan membawa mereka berdua ke mana2 sebenarnya. Ingat, batas antara tunang masih sama dengan batas bukan mahram.

"Kenapa Aniq kena ikut abang dan long dating?" Rungut Aniq tak puas hati bila dia dipaksa Fina dan Zaif dah bergelar sebagai tunang tapi hubungan itu tak akan membawa mereka berdua ke mana2 sebenarnya. Ingat, batas antara tunang masih sama dengan batas bukan mahram.

"Sebab panggung tu gelap, tak elok kalau long dan abang duduk dekat2" jawab Zaif yakin. Jawapan kemas dan padat pada pendapat dia.

"La, bukannya nak buat apa2 pun. Kan?" Soal Aniq lagi, memang pelik sangat dia rasa dengan alasan Zaif.

"Memang la, tapi lebih baik bertiga. Aniq boleh duduk kat tengah" balas Zaif lagi. Aniq hanya mengeluh je kali ini. Dah mereka beli tiket pun sekarang ni.

"Kiranya Niq ni jadi orang ketiga la? Macam setan gitu?"

"Ya Allah, Niq! Setan tu suruh buat jahat. Abang ajak Aniq sebab nak elak semua tu. Mengarut la Aniq ni" Zaif tergelak dengan soalan tak berdosa Aniq.

"Habis tu, Long kena duduk seat hujung sekali la ni? Nanti ada pulak lelaki lain duk sebelah dia"

"Yup yup yup! Pandai pun bakal bro in law abang ni."

"Mestilah!" Mereka berdua ketawa bersama. Dah tak waras agaknya. Fina pula tak puas hati bila dia diabaikan seorang diri jadi dia putuskan untuk masuk ke dalam panggung terlebih dahulu.

"Jom masuk!" Ajak Aniq dan tarik tangan Zaif supaya masuk bersamanya.

Di dalam Fina sudah ambil tempat di tenpat duduk yang sepatutnya jadi milik Zaif. Jadi Zaif dengan tegas meminta balik tempat duduk dia. Lagi bersungguh dia minta bila sebelah kerusi dia adalah lelaki.

"Long cepat la tukar. Cerita nak main dah ni" ujar Aniq geram. Orang lain pun dah mula minta supaya Zaif duduk sebab menghalang pandangan orang lain. Fina terpaksa menyerah dan berganjak tempat duduk.

Cerita sepanjang dua jam itu memang menakutkan. Memang tak salah keputusan Zaif letak Aniq di tengah sebab Fina dari awal cerita asyik pegang lengan Aniq sebab rasa takut.

"Takut gila kan?" Soal Aniq bila mereka sedang makan.

"Takut jugak, tapi kelakar"

"Mana ada kelakar, dari awal Fina rasa takut"

"Bukan cerita yang kelakar tapi lelaki sebelah saya tu. Habis surah dia baca. Saya pun tak tahu nak rasa takut ke nak gelak" mereka bertiga ketawa bila mendengar cerita Zaif. Memang betul lelaki di sebelahnya sangat takut tadi.

Tawa Zaif terhenti bila melihat lelaki yang sama, kebetulannya makan di kedai yang sama. Dia boleh agak lelaki itu cam dia sebab mereka sempat buat eye contact seketika.

"Kenapa?" Soal Aniq bila tengok wajah Zaif serius sikit.

"That guy is here" ujar Zaif separa berbisik.

"Siapa?"

"Yang takut tu"

"Really? Mana satu?"

"Yang duduk..."

"Abang, Adik. Makan cepat. Geng dorang dah pandang sini banyak kali. Cepat habiskan makanan" arah Fina serius dan Lelaki berdua itu segera habiskan makanan mereka. Memang tak nak cari pasal sebab lelaki penakut tu ada geng dia. Ramai pulak tu.


Zaif pandang Fina yang sibuk dengan telefonnya. Sebenarnya dia nak Fina bercakap dengan dia tapi Fina pilih untuk diam je.

"Awak tak nak jumpa saya ke?" Soal Zaif kepada Fina. Mereka keluar bersama untuk tempah baju pengantin dan kek hari ini dan mereka sedang makan tengahari.

"Kenapa tanya macam tu?" Soal Fina pelik.

"Awak tengok phone je" Fina tersenyum bila dia sedar yang dia telah buat tunangnya merajuk. Lahai, manja sungguh anak sulung Pn. Zahrah ni.

"Sorry abang, Fina check email ni. Kawan kata dah keluar jawapan interview hari tu"

"Oh. Dapat tak?" Soal Zaif lagi, dia harap Fina dapat sebab dah banyak kali Fina gagal. Tempat kerja dia pula tak memerlukan pekerja tambahan sekarang ni.

"Tak dapat" jawab Fina perlahan, tapi wajahnya cuba untuk mengukir senyum.

"Mungkin kita kena kahwin dulu" cadang Zaif tak semena mena. Fina panggung kepala sebab rasa pelik.

"Apa kaitannya?"

"Rezeki lepas kahwin?" Zaif sengih lebar dan Fina hanya tayang wajah bersahaja dan tidak berminat langsung. Memang dia rasa tak nak melayan Zaif sekarang ni. Temu duga dia juga di tolak lagi kali ini.

Zaif sedar yang Fina tak rasa kelakar dan gembira dengan lawak dia jadi dia dapat agak yang Fina tak dapat kerja yang dia mohon.

"Tak dapat ke?" Soal Zaif lembut, Fina senyum segaris sebelum menjawab ya.

Zaif memang pandai membaca wajah Fina dan Fina memang rasa Zaif sangat hebat akan hal itu. Zaid yang jadi kawan dia bertahun tak dapat agak wajah terluka Fina bila Zaid cerita hal perempuan lain.

"Its okay. Saya yakin ada rezeki lain untuk awak" Zaif cuba untuk pujuk Fina dan Fina rasa sikit lega.

"Laila dah nak masuk belajar balik."

"Kenapa? Awak nak sambung lagi ke?"

"Bukan sekarang. Saya nak juga kerja dulu" memang tekad dan azam Fina kuat seperti biasa. Zaif kagum dengan sifat kuat semangat Fina ni.

"Saya akan sokong awak."

"Thanks"

"Oh, sebelum lupa. Mommy, nak tengok gambar awak hari tu jadi saya dah tunjuk gambar awak pada dia"

"Oh. Habis tu mommy kata apa?"

"Cantik bakal menantu dia ni" Zaif sengih bangga, bangga macam pujian itu untuk dia. Fina pula dengan laju pandang ke bawah sebab rasa segan.

"Saya bagi nombor awak pada dia, dan dia nak sembang dengan awak"

"Eh, nak cakap apa? Takut la Fina"

"Takut apa? Mom just wanna talk. Sebab dia rasa bersalah tak dapat datang majlis tunang kita"

"Okay. Bagi saya nombor dia. Saya akan call dia dulu"

"Sure?"

"Yup!"

"Okay. Ni nombor mom" Zaif sua telefonnya kepada Fina. Fina menaip nombor itu dan segera menyimpannya di dalam telefon. Sebenarnya dia cuak juga nak cakap dengan mommy Zaif tapi dia juga nak sangat kenal dengan wanita yang Zaif sayang dan bangga ini.

"Saya boleh bawa awak pergi jumpa dia kat sana kalau awak nak"

"Perancis?"

"Ya la"

"Boleh, tapi lepas kita kahwin"

"Kenapa nak tunggu lepas kahwin?"

"Sebab Zaid pun tinggal kat sana. Fina tak nak kena siasat dengan bini dia lagi dan Fina nak abang ada dengan Fina" senyum Zaif merekah semakin lebar. Dia memang tak pasti apa perasaan Fina pada dia sekarang ni tapi dia yakin yang mereka akan dapat bina keluarga yang bahagia nanti.



Zaif dan Aniq sudah siap berbaju sukan untuk bermain futsal pada petang ini. Memang mereka nekad untuk melawan kata2 Fina sebab mereka dah rasa gian sangat nak sentuh bola.

"Kenapa susah sangat nak dengar cakap?" Soal Fina garang, tangan bercekak pada pinggang. Muka juga memang serius habis.

Zaif dan Aniq buat2 tak dengar dan melulu menuju ke kereta. Malas mereka nak dengar apa yang Fina nak bebelkan, sebab memang benda yang sama je.

"Abang! Adik!" Panggil Fina garang dan berlari masuk ke dalam kereta sama. Memang Fina lebih pantas daripada mereka berdua.

"Fina..."

"Long..." rungut Zaif dan Aniq serentak. Memang tak puas hati sungguh.

"Apa?" Soal Fina tanpa rasa goyah, memang tak layan apa yang Zaif dan Aniq rungutkan.

"Please, kami dah gian sangat ni" rayu Zaif bagi pihak mereka. Wajah paling kesian plus comel dia berikan pada Fina.

"Kita dah nak kahwin pun abang. Macam mana kalau abang naik pelamin bertongkat nanti?" Soal Fina serius.

"Entah abang, Niq tak apa la. Apa kata abang dan long pergi dating, biar Niq pergi main futsal" cadang Aniq licik, memang pentingkan diri sendiri sungguh.

"Tak boleh! Adik yang nak kipas kami nanti. Takkan nak bertongkat"

"Fina, accident mana2 boleh jadi. Kali ni je" pujuk Zaif lagi, memang merayu habis kali ini.

Aniq buat isyarat mata supaya Zaif terus memandu. Siapa peduli lagi dah bila mereka dah ada atas jalan raya. Zaif setuju dan terus memandu pergi. Kini giliran Fina yang terjerit dan merungut minta dihantar balik rumah. Zaif dan Aniq tak hiraukan langsung lagi dah. Hahaha.

Setibanya di gedung futsal, Fina masih merungut dia dipaksa macam ni. Dia menyesal pun ada sebab berdegil dengan keputusan dia sendiri.

"Abang, tengok la pakaian Fina macam mana?" Marah Fina pada Zaif

Zaif pandang Fina atas bawah. Tak ada apa yang kurang pun melainkan selipar jepun yang Fina pakai. Elok je Fina pakai, sopan pun sopan.

"Okay je saya tengok. Kan Niq?"

"Haah, macam datang nak main futsal je. Seluar track dan baju t"

"Banyak la sesuai! Sini jap dik" Fina tarik tangan Aniq supaya mengikutnya rapat ke kereta.

"Apa lagi long?" Soal Aniq bosan. Geram pun ada dengan Fina ni.

"Baju Long singkat sangat. Tak selesa" Fina tayang wajah kesian habis. Aniq pandang baju Fina, boleh tahan singkat la jugak.

"Jap." Aniq mendekati Zaif dan bisikkan sesuatu kepada Zaif. Zaif angguk faham dan masuk semula ke dalam keretanya.

Zaif keluarkan sweater nipis miliknya dan berikan kepada Fina.

"Ikat pada pinggang, labuh sikit. Kalau nak pakai pun boleh sebab yang ni nipis je" cadang Zaif dan Fina terima je sebab terdesak lagipun dia tak nak tunggu dalam kereta macam patung.

Selesai semuanya mereka bertiga berjalan masuk ke dalam court. Dah banyak yang penuh, kawasan yang mereka dah tempah juga sudah penuh dengan kawan2 mereka. Dafi dan Irfan pun ada. Perempuan pun ada datang, mungkin isteri dan pasangan yang ada di situ.

"Lambat betul kau ni. Eh, Fina!" Sapa Dafi terkejut. Memang tak sangka yang Fina datang sama, Zaif pun tak cakap apa2.

"Fina!" Sapa Irfan pula. Sama2 terkejut tengok Fina kat situ.

"En. Dafi, Irfan" sapa Fina balik.

"Pergi warm up. Dah nak start game" ujar Dafi dan Aniq segera lagi ke dalam padang sebelum Fina mula berleter. Zaif hanya tergelak kecil melihat Aniq.

"Awak tunggu sini. Saya main dulu. Pegang ni" Zaif hulurkan tualanya kepada Fina.

"Hati2" pesan Fina dan Zaif senyum sambil anggukkan kepala. Tuala Zaif dipegang erat. Fina ambil tempat di bangku bersama yang lain.

"Hai" sapa Fina ramah dan duduk di sebelah akak yang sudah ada anak lelaki umur dalam empat tahun.

"Saya Fina" Fina perkenalkan diri dengan senyuman.

"Saya Jasmin. Boleh panggil Kak Min" Min senyum pada Fina ikhlas.

"Tak tahu pulak Zaif dah kahwin, suami akak tak cakap apa pun"

"Belum kahwin lagi. Baru je bertunang tu pun buat kecil2 je. In sha Allah dah kahwin nanti kami jemput ramai lagi"

"Oh macam tu."

"Ni anak akak ke?" Soal Fina sambil mencubit pipi gebu kanak2 itu.

"Ya. Adam namanya."

"Comelnya Adam. Salam akak" Fina sua tangannya dan Adam cium dengan malu2.

Fina dan Min terus berbual senang, berbual hal perempuan la katakan. Sesekali mata mereka beralih pada game bila ada yang bersorak. Rasa risau pada Aniq dan Zaif juga dah hilang. Hahaha.

Bila game ada masa senggang sikit2, Zaif pandang pada Fina dan senyuman dia terukir bila melihat Fina seakan hilang dalam dunia sendiri bila melihat Fina bermain dengan Adam, anak kawannya.

'Nampaknya dia dah lupa pasal risau' Kepala Zaif bercakap sendiri.

"Ah!" Terjerit Zaif bila bola kena tepat pada dadanya. Boleh tahan laju juga bola tadi.

Fina terkejut sama dan terus berdiri. Rasa risaunya kembali bila melihat Zaif yang dikerumuni ramai.

"Kau berangan kenapa?" Soal Dafi dan Zaif mula ketawa. Semua orang mula bubar dan kembali bermain semula. Sempat lagi Zaif kenyit mata kepada Fina. Ada2 je la si Zaif ni.

Permainan terus rancak tanpa hiraukan keadaan sekitar. Min dan Fina terkejut bila Adam berlari ke arah padang futsal. Fina dengan laju berlari untuk mendapatkan Adam sebelum Adam terkena bola.

Bola sedang menghala kepada Fina dan Adam tanpa Fina sedar. Min mula terjerit bila melihat bola meluru ke arah Fina dan anaknya. Dia memang tak sempat nak selamatkan Fina dan Adam sekarang ni.

'Gedebuk!' Bunyi bola terhentam pada sesuatu dan benda itu adalah Zaif.

Zaif berlari selaju mungkin bila mendengar suara jeritan dan langkah dia memang laju gila bila melihat bola menuju kepada Fina. Nasib baik dia ada berdekatan dan sempat menghalang bola itu. Walaupun dada dia rasa perit bila menahan bola itu buat kali kedua. Boleh pulak kena pada tempat yang sama.

"Abang okay?"

"Fina okay?" Sama2 tanya pada masa yang sama dan wajah risau mereka juga seakan sama.

"Kenapa tanya Fina? Abang yang kena bola"

"Saya okay je. Fina okay? Adam okay?" Soal Zaif lagi bila dia dengar suara Adam menangis. Mungkin sebab terkejut.

"Terima kasih Zaif" ucap Luqman kepada Zaif kerana selamatkan keadaan.

"Terima kasih Fina, Zaif" ucap Min pula sambil memujuk Adam yang masih menangis di dukungan Luqman.
"Sokay kak. Adam dan Fina okay, okay la tu"

Permainan pun terpaksa dihentikan sebab banyak sangat benda berlaku. Mereka semua hanya habiskan masa makan bersama. Sementara itu pemain semua pergi mandi dan tukar pakaian mereka.

Aniq pandang Zaif yang sedang mengelap badannya selesai mandi. Masih belum memakai baju lagi jadi kesan bola pada dada Zaif jelas kelihatan. Boleh tahan jugak warna merah itu. Maklumlah Zaif ni jenis lelaki yang berkulit cerah tapi tak boleh lawan Aniq yang dipanggil vampire la.

"Tak sakit ke bang?" Soal Aniq risau.

"Tak pun. Pedih la sikit tapi hero sakit sikit pun tak apa" Zaif sengih bangga seorang diri. Punya la orang risaukan dia, boleh pulak dia buat poyo macam tu.

"Nanti balik sapu ubat, lepas tu tuam. Kalau sakit lagi, pergi klinik" pesan Aniq serius sebab dia tak rasa macam kesan merah tu akan hilang macam tu je dan dia yakin sakit sebenarnya dada Zaif tu. Saja nak tunjuk hero.

"Ya la Niq. Dah la, jom balik." Ajak Zaif dan mula kemaskan beg pakaiannya.

Aniq dari tadi lagi dah selesai mandi dan mengemas barang. Zaif ni boleh dikategorikan pembersih dan cerewet sikit, sebab tu mandi boleh tahan lama. Bertapa agaknya dalam bilik air tu.

Fina tak senang hati bila Aniq beritahu tentang kesan merah di badan Zaif tapi takkan dia nak paksa Zaif buka baju depan dia kut. Zaif pula perasan yang Fina asyik tenung dia je dari tadi sebab ternampak dari cermin depan kereta.

Sebaik tiba di rumah Fina, Fina tak langsung turun macam Aniq tapi dia duduk je diam2 dalam kereta. Zaif dengan naifnya keluar kereta dan bukakan pintu belakang untuk Fina.

"Dah sampai ke?" Soal Fina tersedar dalam angannya sendiri.

"Dah lama dah princess." Balas Zaif mengusik.

"Abang, sakit tak?" Soal Fina serius sambil keluar dari kereta dan berjalan ke arah pintu rumahnya.

"Apa yang sakit?" Soal Zaif pula, sebab dia tak rasa sakit kat mana2 pun. Gembira ada la sebab boleh jumpa Fina hari ni. Siap kidnap Fina lagi.

"Dada abang tu"

"Oh. Sikit je."

"Fina yang salah sebab meluru macam tu je, abang pulak yang kena"

"Fina nak selamatkan Adam, saya nak selamatkan awak. So no hal la. Yang penting no one hurt"

"Abang yang cedera masalahnya"

"Sikit je la Fina. Dah la, saya ni ada darah hero zaman melaka dulu jadi normal je la. Saya balik dulu, sampaikan salam kat umi dan mak su" Zaif sengih nakal, sejak bila pulak dia ada keturunan melaka entah.

Fina geram dengan sikap tak acuh Zaif. Rasa nak je baling selipar pada Zaif sekarang ni. Selipar di pegang di tangan dah memang sedia nak membaling tapi sampai situ je hati dia. Tak sanggup nak serang Zaif dari belakang macam tu.

"Eh, nak baling selipar pulak." Zaif ketawa bila melihat wajah bengang Fina dengan selipar di tangan. Garang betul bakal isteri Zaif ni.

"Abang gelak lagi, Fina baling betul2"
"Baling selipar buat apa? Baling hati la, saya sambut" sempat lagi nak buat pick up line. Akhirnya memang kena la dengan tapak selipar Fina. Atas dahi pulak tu.

"Bye! Drive elok2" pesan Fina cepat2 dan berlari masuk ke dalam rumah. Dah terbaling nak buat macam mana.

"Nasib kau la Zaif" Zaif usap dahinya dan mengambil selipar jepun Fina masuk ke dalam kereta. Ingat ni cerita cinderella ke apa nak kena ambil sebelah kasut.

Zaif masuk ke dalam rumahnya dan terus melepak di ruang tamu bersama ahli keluarganya. Kakinya diletakkan atas peha Fira.

"Geli la abang. Kaki lepas balik main bola" marah Fira dan cuba tolak kaki Zaif tak tak berjaya. Suka betul la mengusik orang Zaif ni.

"Abang dah sental dah kaki tu, wangi"

"Berat la abang!" Marah Fira lagi tapi Zaif buat derk aje.

"Kenapa dahi merah ni? Kena bola ke?" Soal Pn. Zahrah bila melihat dahi terunanya merah sikit.

"Tak la, kena selipar" jawab Zaif sambil tersengih lucu.

"Macam mana selipar boleh terbang kena dahi? Main bola ke main selipar?" Soal Fira pelik. Selipar terbang bersama bola ke macam mana?

"Tanya la menantu mama yang garang tu. Orang suruh baling hati dia, dia baling selipar pulak" jawapan Zaif berjaya buatkan semua orang ketawa senang. Memang kenal sangat dengan perangai Fina.



Perkahwinan memang indah tapi pasangan yang terikat perlukan masa untuk mendekatkan jarak mereka. Begitu juga Fina dan Zaif. Mereka rasa begitu asing walaupun sudah saling mengenali satu sama lain.

"Erm, Fina...tidur la dulu" ujar Zaif seraya bangun dari katil dan menuju ke pintu. Rasa segan dan awkward memenuhi ruang bilik tidur mereka berdua dan Zaif rasa tak sanggup je nak berdua dengan Fina. Malu.

Fina memandang wajahnya di dalam cermin, fikirannya bercelaru bila Zaif melarikan diri di malam pertama mereka bergelar suami isteri.

'Dia tak suka aku ke?' batin Fina berbicara dan Fina bertambah gelisah. Entah kenapa dia rasa tak selesa bila Zaif melarikan diri dari dia.

"Fina, boleh mommy cakap sikit?" Pn. Zuriana meminta izin dan masuk ke dalam bilik Fina. Fina senyum dan pelawa Mommy masuk dan duduk di sisinya.

"Zaif lari ke?" Soal wanita itu dengan nada mengusik. Fina hanya menundukkan wajah tanpa mengeluarkan suara.

"Jangan sedih, Zaif malu la tu. Dia tu nampak je macam tak pedulikan keadaan sekitar tapi dia tu pemalu. Lebih2 lagi bila depan isteri dia ni"

"Kenapa nak malu? Sepatutnya Fina yang malu"

"Tu la, sepatutnya macam tu. Tapi Zaif memang macam tu. Dulu bila dia suka someone, punya la susah dia nak approach orang tu tapi bila dah bersama jadi hilang dah malu tu. Dia sendiri cakap dekat mommy yang dia malu" Pn. Zuriana tergelak kecil sambil mengusap tangan Fina. Fina senyum dan rasa lega sebab hanya sebab itu Zaif melarikan diri.

"Fina, jaga Zaif baik2. Jaga hati dia sebab dia pernah terluka sebab perempuan"

"Cinta pertama Abang Zaif pun gagal ke?" Soal Fina pula.

"Ya. Zaif sakit sangat masa tu, mommy pun tak sanggup nak ingat balik. Lama Zaif boleh bangkit balik. Bila dia cakap dia jatuh cinta lagi, mommy gembira sangat" kini giliran Fina yang segan. Dia ke yang Zaif jatuh cinta kali ke dua tu?

"Mommy pasti ke Fina?"

"Siapa lagi? Dari hari pertama jumpa Fina lagi"

"Ya? Tapi tak nampak macam tu pun"

"Tu hak Zaif untuk cerita pada Fina. Rehat la, nanti balik la Zaif tu"

"Okay. Thanks mommy"

"Ya. Rest well" dahi Fina dicium sekilas sebelum keluar dari bilik pengantin baru itu.


Zaif terperanjat bila pintu biliknya dibuka dari dalam. Ingatkan Fina rupanya mommynya sendiri. Punya la susah dia kumpul semangat dan buang rasa malu tadi, sekarang tu semangat dah hilang, malu pun dah datang balik.

"Mommy!" Zaif sengih pelik.

"Zaif sayang, dont leave Fina like that."

"I know but...Zaif malu" jawab Zaif sambil bermain dengan hujung bajunya, dah tersimpul baju tu dibuatnya. Tangan Zaif diraih dan di genggam erat, senyum terpamer pada wajah mommynya.

"Apa nak malu? Dah lama kenal Fina kan?"

"Memang la tapi, dulu lain sekarang ni lain"

"Apa yang lain?"

"Lain la mom. Sekarang dia dah halal untuk Zaif"

"Kamu tu lelaki tak perlu nak malu2. Dah pergi masuk bilik"

"Tak nak la, malam ni Zaif nak tidur dengan mommy" rayu Zaif manja. Ya Allah manja sungguh anak lelaki Pn. Zahrah ni.

"No! Pergi masuk bilik" arahan tegas itu berjaya buat Zaif mengalah dan masuk ke dalam bilik setelah mencium pipi Pn. Zuriana.

Zaif tak bunyi apa2 dan bilik sudah gelap, maknanya Fina dah tidur. Zaif berjalan perlahan lahan ke arah katil dan memanjat katil dengan berhati hati. Tak nak Fina tersedar nanti.

Zaif senyum bila dia teringatkan majlis kahwin mereka berdua. Walaupun ringkas tetapi cukup dengan kehadiran semua orang yang dia sayang. Lepas akad, dengan rasminya dia bergelar seorang suami. Masih terasa saat tangan milik Fina menyalami tangannya.

Zaif pejamkan mata dengan senyuman. Zaif boleh agak yang Fina berada di sebelahnya sebab tak nampak apa2, dah gelap gelita bilik tidur mereka berdua.



Zaif dan Fina memang jenis bangun awal pagi, sebelum subuh lagi jadi mereka berdua terjaga dari tidur dengan serentak. Zaif telan liur bila melihat Fina yang tidak bertudung. Kali pertama dia pandang rambut Fina sampai tak ada kata2 yang keluar dari mulut dia.

"Cantik" pujian dari Zaif yang tiba2 sahaja buatkan Fina rasa segan. Ya la, awal pagi lagi dah kena puji, rambut pun serabai lagi. Muka pun belum basuh.

"Sorry abang, tengok Fina serabai macam ni" pinta Fina dalam keadaan segan. Isteri mana nak nampak hodoh dan buruk depan suami dia?

"Tak. Tak serabai pun. Cantik" puji Zaif lagi. Fina buat2 tak dengar pujian itu dan turun dari katil. Kalau boleh dia nak pakai tudung terus.

Fina berjalan ke bilik air tapi tangannya diraih oleh Zaif dengan sigap. Mereka berdua sama2 terkejut dengan tindakan Zaif. Jantung pun berdetak dengan terlebih laju.

"Erm, sorry. Saya..."

"Abang nak mandi dulu ke? Fina siapkan baju" Fina cuba untuk berlagak tenang dan selamba. Kalau dua2 layan rasa malu tu tak tahu bila mereka akan mandi dan bersiap untuk solat subuh.

"Ha! Ya la, saya mandi dulu. Fina nak mandi sekali ke?" Zaif terdiam begitu juga Fina, tekejut dengan soalan itu.

"Maksud saya, saya mandi dulu la!" Kalut Zaif masuk ke dalam bilik air. Memang laju gila la.

Fina tergelak kelucuan, tak pasti kenapa Zaif perlu malu sampai macam tu sekali. Selalunya Zaif la yang akan usik dan menyakitkan hati dia. Zaif yang pemalu ni memang dia tak pernah kenal.

Selesai Zaif mandi, baju untuk solat memang sudah tersedia di atas katil. Katil mereka juga sudah kemas dan bilik mereka sudah terang dengan semua lampu terpasang, bukan lampu tidur je. Zaif perhati Fina yang sedang sediakan sejadah untuk Zaif solat sebab waktu subuh telah masuk. Sekali lagi Zaif rasa terpegun dengan wajah Fina yang dia tak pernah tengok ni. Rasa bertuah sangat dapat tengok Fina cantik macam ni.

"Fina, saya dah siap. Awak pergi la mandi, kita solat sama2"

"Erm, Fina cuti. Abang solat la"

"Eh, cuti? Semalam kita akad dalam masjid"

"Ya. Baru je malam tadi. Sebab tu Fina tidur je" jawab Fina jujur dan Zaif senyum sendiri. Entah apa yang buatkan Zaif tersenyum.

"Ya la saya solat dulu" Fina anggukkan kepala dan keluar dari bilik untuk beri peluang pada Zaif solat dengan tenang.

Fina turun ke dapur, rumah keluarga Zaif masih lagi sunyi tetapi lampu sudah terpasang menandakan sudah ada yang bangun. Fina betulkan tudung dan turun ke dapur untuk siapkan sarapan.


Zaif memakai pakaian sukan seperti biasa. Memang dia akan bersenam setiap pagi kalau ada masa lapang. Dia ke dapur untuk segelas air suam terlebih dulu. Fina sudah mula memasak dan hampir selesai semuanya. Zaif sengih dan duduk di atas kerusi sambil memandang Fina.

"Masak apa?"

"Eh, bila abang ada kat sini?"

"Baru je. Fina masak apa?"

"Sandwich je. Tak ada bahan lain nak masak. Abang nak makan dah ke?"

"Tak. Nak keluar jogging. Nak ikut?" Pelawa Zaif dengan harapan Fina setuju. Boleh berdua dengan Fina nanti.

"Tak apa la, perut Fina tak selesa" jawab Fina jujur. Memang perut dia tak selesa lebih2 lagi bila datang bulan. Zaif risau dan mendekati Fina.

"Sakit sangat ke?" Soal Zaif betul2 risau.

"Biasa la kalau datang bulan macam ni. Abang pergi la jogging"

"Tak apa la, saya teman awak je. Meh saya tolong hantar ke meja makan. Awak pergi rehat dekat ruang tamu" arah Zaif serius, Fina nak menolak tapi bila tengok wajah serius Zaif, Fina hanya mampu mengalah. Bukan selalu boleh tengok Zaif serius, selalu main2 je.

Zaif cari maklumat dalam internet mengenai period pain dan semua maklumat sangat banyak tapi Zaif tak pasti membantu atau tidak. Dia membancuh susu hangat untuk Fina dan menuju ke ruang tamu. Fina memang sakit sebab tangan Fina anyik mengusap perutnya.

"Minum ni" ujar Zaif dan hulurkan segelas susu panas. Fina terkedu sebab diambil berat tapi dia terima je. Dah Zaif susah2 untuk dia.

"Terima kasih" ucap Fina menyebabkan Zaif tersenyum puas hati. Gembira sangat Zaif ni.

Zaif meletakkan tangannya pada tangan Fina dan mula megusap perut Fina bersama sama. Fina dah rasa segan tapi dia bimbang kalau dia tegur Zaif jadi pelik pula. Maklumlah Zaif ni bila dia buat dia tak fikir malu tapi bila dah sedar dia malu pulak.

"Okay sikit?" Soal Zaif khuatir.

"Okay dah sikit"

"Naik bilik la rehat"

"Tak apa. Nanti nak sarapan sama2"

"Ya la" Zaif mengalah dan terus mengusap perut Fina. Tangan Fina dah beralih ke atas tangan Zaif pula.

'Ya Allah, nasib baik perut aku kempis je. Kalau tak buat malu je' Fina menggumam sendiri. Dah la direct dari tangan Zaif sekarang ni.

"Ehem!" Bunyi deheman menghentikan tangan Zaif dan Fina tapi masih berada di tempat sama. En. Zafri sudah tersengih lebar melihat anak dan menantunya.

"Kenapa Fina?" Soal orang tua itu berminat.

"Perut Fina sakit sebab dia pe..." mulut Zaif ditekup dengan cepat. Suka hati je nak umum dekat semua orang. Malu la Fina kalau macam ni.

"Tak selesa je papa."

"Oh, ingatkan dah berisi. Kot2 Zaif hebat sangat" usik si tua lagi, sakan la bila tengok menantu dia malu.

"Zaif memang hebat pa, tapi..."

"Papa pergi la sarapan. Nanti sejuk pulak, ajak abang ni sekali" potong Fina cepat. Tak boleh biar je Zaif ni, nanti semua benda dia cerita. Hahaha.



Setelah belajar bertahun, chambering berbulan bulan. Berpuluh interview akhirnya Fina berjaya mendapat kerja tetapnya. Walaupun masih lagi di aras pengawasan sekurangnya dia dah sah bergelar peguam sekarang ni.

Zaif tetap setia menggenggam tangan Fina sepanjang mereka berjalan di mall untuk shopping pakaian kerja Fina. Fina nampak ceria dan itu buatkan Zaif ikut sama gembira.

"Abang, jadi ke kita ke Perancis?"

"Jadi la, kenapa?"

"Saja tanya. Sebab Fina dah nak masuk kerja jadi kita tak boleh lama sangat kat sana" terang Fina dan Zaif anggukkan kepala. Dia juga tak boleh bercuti lama sebab banyak case yang dia sedang uruskan.

"Oh, sekarang ni dah spring tapi mom cakap kat sana sejuk sangat. Better beli baju sejuk"

"Okay. Tak pernah rasa cuaca macam tu, teruja pun ada" Fina sengih sendiri, dia dah bayangkan suasana dekat sana nanti.

"Tak payah nak happy sangat, nanti saya jealous" jelas ada berbaur nada cemburu di situ.

"Jealous?" Fina pelik, dah kenapa Zaif nak kena cemburu pulak?

"Ya la, mungkin awak nak jumpa orang kat sana"

"Ya la, nak jumpa Mommy kan?"

"Mom je ke?" Soal Zaif lagi, betul2 serious kali ini. Bila Fina menangkap maksud jealous Zaif dia tergelak. Memang tak patut betul la Zaif ni.

"Dah la mengarut abang. Jom la cari makan. Abang ni kalau dah start mengarut tanda lapar la ti" Fina tarik tangan Zaif supaya mengikutnya untuk ke restoren berdekatan.


Fina kemaskan fail milik Zaif yang berterabur di atas meja kerjanya. Mereka mula hidup sendiri setelah berkahwin kerana itu adalah terbaik untuk mereka berdua. Tapi jarak rumah mereka dengan keluarga dekat sahaja.

"Fina, dont look" ujar Zaif serius, Fina ni memang berminat betul nak tahu hal kerja Zaif tapi Zaif tak boleh benarkan sebab semuanya adalah sulit dan salah jika didedahkan kepada orang lain.

"Sikit pun tak boleh?"

"Nope. Etika. Now let me finish ny work"

"Okay. Abang nak kopi?"

"No, thank you. Sikit lagi nak siap ni. Lepas dah selesai semua ni boleh la kita bercuti."

"Work hard okay. Fina masuk tidur dulu" Fina sempat urut bahu Zaif sebelum berjalan masuk ke dalam bilik tidur.

Zaif senyum lebar dan menyambung kembali kerjanya. Nak tak nak memang dia kena siapkan malam ini jugak kalau tak memang tak boleh nak bercuti nanti.


Fina periksa semuanya buat kali kedua, passport dia dan Zaif diletakkan bersama. Hanya satu bagasi untuk pakaian mereka berdua. Maklumlah hanya berada dia sana lima hari je. Tak sempat nak buat apa sangat pun.

"Fina, jom!" Jerit Zaif dari luar rumah, dah bersiap untuk pergi. Fina berlari anak untuk keluar dari rumah. Teksi yang akan menghantar mereka sudah berada di depan rumah.

"Jom!" Ajak Fina ceria dan masuk ke dalam teksi.

Selesai segala hal dan sudah boleh masuk ke dalam kapal terbang. Fina masih dengan mood teruja dan ceria dia, Zaif masih lagi mengantuk kerana siapkan kerja sampai lewat malam.

"Abang, excited la sikit"

"Fina excited la, saya nak tidur ni"

"Alah abang ni, spoil!"

"Tumpang bahu sikit, saya nak tidur" Fina senyum dan rendahkan bahu dia untuk Zaif labuhkan kepala dia.

Zaif rasa senang sebab dapat tidur dengan selesa, pada masa yang sama dia boleh bermanja dengan Fina. Fina yang menyanyi kecil kerana teruja buatkan Zaif lena dengan mudah. Rasa di dodoi je.



Zaid dan Sarah sudah menunggu Zaif dan Fina di airport. Zaid dan Zaif bersalaman begitu juga dengan Sarah dan Fina. Sebaik turun dari kapal terbang, tangan Fina dah ada di dalam genggaman Zaif.

"Ni je ke bagasi?" Soal Zaid sambil menarik bagasi milik Zaif dan Fina.

"Satu je. Sebab tak lama cuti ni"

"Oh. Jom la balik. Mommy dah masak macam2 kat rumah"

"Jom!" Kini Zaif pula yang teruja, nampaknya Fina dah mula rasa jet lag.

Sebaik keluar dari airport, Fina terkejut dengan rasa sejuk yang menyapanya. Awal2 spring ni memang suasana sejuk lagi. Fina sudah menggigil sebab kesejukan. Zaif memeluk bahu Fina dan menarik Fina dekat ke tubuhnya untuk berkongsi haba.

"Jauhnya kau park kereta" ujar Zaif kepada Zaid bila mereka berjalan agak jauh untuk ke kereta.

"Dah penuh. Sikit je lagi."

Zaif pandang wajah Fina yang dah pucat. Hidung pun merah semacam sebab sejuk sangat. Mungkin Fina masih lagi tak biasa dengan perubahan suhu yang mendadak macam ni.

"Sejuk sangat ke?" Soal Zaif prihatin, kesian dia tengok Fina menggigil.

"Sejuk. Terkejut dengan suhu ni"

"Mungkin sebab dah gelap kut. Masuk dalam kereta cepat. Ada heater"

"Ya" Fina hanya menurut dan masuk ke dalam kereta. Zaif masuk dan duduk di sisi Fina. Fina terus memeluk Zaif untuk berkongsi haba. Zaif hampir tergelak bila Fina tenggelamkan wajahnya pada dada Zaif. Memang sejuk sampai Fina tak boleh nak cakap macam mana.

Zaid pandang Fina yang kelihatan sedang bermanja dengan Zaif. Dia rasa pelik dan aneh dengan perangai Fina. Dia tak pernah kenal Fina yang suka bermanja macam ni. Fina kelihatan sangat selesa dalam pelukan Zaif sehingga orang lain bukan benda penting lagi dah.

"Kau okay ke Fina?" Soal Zaid memecahkan kesunyian bila mulakan perjalanan. Dah Zaif dan Fina macam hidup dalam dunia sendiri.

"Okay. Terkejut je dengan sejuk ni" jawab Fina sambil tersengih tapi masih lagi melekat kemas pada Zaif

"Saya dah text mom untuk masak sup untuk awak. Saya bimbang awak demam nanti"

"Fina okay la. Kenapa nak susahkan mom?"

"Sokay la Fina. Muka awak pun sejuk lagi ni" Zaif pegang pipi Fina menyebabkan Fina tergelak geli.

"Tangan abang yang sejuk" Fina pegang pula tangan Zaif untuk hilangkan sejuk pada tangan Zaif.

"Tangan Fina lagi sejuk" akhirnya mereka berdua tergelak kelucuan. Siapa nak panaskan siapa entah sekarang ni.

Zaid dan Sarah sama2 rasa awkward dengan kemesraan Zaif dan Fina yang dah tak pedulikan orang lain lagi dah. Tapi mereka tumpang gembira untuk pasangan bahagia itu.



"Macam mana flight?" Soal Pn. Zuriana teruja dengan kedatangan Zaif dan Fina ke rumahnya.

"Okay je. Kan?" Zaif tanya pada Fina pula sebab dia memang tak ada masalah langsung masa fly tadi.

"Memang la abang okay je mom, dia dah tidur dari naik sampai turun"

"Zaif ni memang macam tu, kalau dia penat mesti tidur macam kayu" Pn. Zuriana menyokong pula.

"Awak tak tidur ke?" Soal Zaif pada Fina, sengaja alih topik yang dia memang jenis tidur mati.

"Asal lelap je rasa shake, takut la. Tak pernah fly jauh2"

"Oh, mungkin sebab weather kot. Fina dan Zaif pergi la rehat dulu"

"Mommy dah masak untuk kami kan? Kami makan dulu la, dah lapar sangat dah ni" Fina senyum lebar, dia penat tapi dia lapar juga, jadi lapar dia menang bila fight dengan penat.

"Great. Jom makan!"

Makan malam mereka meriah tapi yang banyak bercakap Zaif dan Pn. Zuriana je. Kadang2 yang lain mencelah sebab mereka berdua boleh bercakap Perancis. Orang lain memang tak faham langsung. Zaid dan Sarah boleh la nak agak apa mereka bincangkan sebab dah terbiasa kat sini, Fina la yang paling blur sekali.

Selesai makan Fina ingin membasuh pinggan tetapi di halang keras.

"Tak payah la. Fina naik atas mandi dan rehat. Esok nak jalan2 kan?"

"Sikit je mommy"

"Pergi rehat. Pergi" Fina mengalah dan beredar dari dapur.

Sarah masuk ke dapur bersama pingan yang kotor lain. sempat dia tegur Fina supaya rehat dan biarkan dia urus hal dapur. Fina hanya angguk setuju dan berjalan ke bilik tidur dia dan Zaif.

"Fina" panggilan dari Zaid hentikan langkah Fina. Fina pandang Zaid tanpa perasaan kerana dia memang penat sangat sekarang ni.

"Kau nampak penat sangat ni" ujar Zaid khuatir, memang mereka rapat jadi Zaid selalu ambil berat tentang Fina.

"Penat. Jet lag kot. Aku rehat dulu"

"Ya. Kalau kau nak med ke, cakap la"

"Hm." Fina angguk lemah dan terus berjalan masuk ke dalam biliknya.

Zaif pandang Fina dengan wajah masam, seakan merajuk tapi Fina malas nak fikir jadi dia ambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Bunyi jeritan dari bilik air menyebabkan Zaif segera menuju ke bilik air sebab khuatir. Memang risau sangat la bila Fina menjerit tiba2.

"Abang dah kenapa masuk sini?" Soal Fina malu.

"Dah Fina menjerit"

"Kuat ke? Fina terkejut sebab air sejuk sangat. Lupa nak adjust suhu"

"La, ingatkan apa tadi. Meh saya tolong" Zaif segera tukar suhu dan test suhu air kepada Fina

"Panas sangat tak elok jugak. Macam ni ok?" Zaif tarik tangan Fina dan letakkan pada bawah air.

"Nice"

"Ke nak berendam?"

"Tak nak, nak mandi je, lepas tu tidur"

"Ya la. Hati2" pesan Zaif serius menyebabkan Fina tergelak kelucuan. Dalam tandas pun dapat pesanan penaja lagi.

Selesai Fina mandi, Zaif sudah berada di atas katil dan dibaluti dengan selimut. Fina keringkan rambut sebelum ikut sama baring di atas katil. Wajah masam Zaif dah kembali semula. Ketat je wajah Zaif sekarang ini.

"Kenapa ni? Fina ada buat salah ke?" Soal Fina dan bermain dengan tangan Zaif manja.

"Fina sembang apa dengan Zaid?" Soal Zaif serius, tak berlapik langsung dan jelas ada tanda cemburu di sutu.

"Hal biasa je. Abang cemburu ke?" Fina ingin mengusik Zaif ketika ini.

"Ya la. Dia cinta pertama awak"

"Ya dia cinta pertama Fina, tapi bukan cinta selamanya Fina. Dah terkubur pun cinta tu" jawab Fina lembut, dia nak Zaif faham yang dia dah move on sepenuhnya

"Abang bukan cinta pertama Fina tapi mungkin cinta terakhir" tambah Fina lagi dan Zaif senyum lebar. Memang lebar sangat sampai ke belakang kepala.

"Fina pun bukan cinta pertama abang kan?" Soal Fina pula. Zaif diam lama sebelum memandang wajah Fina dengan renungan lembut.

"Sorry. You are not my first love" pinta Zaif lembut, seakan rasa bersalah semua ini terjadi.

"Hey, abang. Yang lepas biar lepas, yang sekarang ni kita kena bina. Okay?"

"Okay"

"Bila abang nak cerita ke Fina pasal tu?" Soal Fina berminat. Tak adil rasanya bila Zaif tahu siapa cinta pertama dia tapi Fina tak tahu apa2 tentang cinta pertama Zaif.

"Bila dah sampai masa nanti. Dah, rehat. Tidur." Zaif segera mengubah topik. Dahi Fina di kucup sekilas bersama ucapan selamat malam kepada Fina.

Fina ambil masa untuk tertidur kerana fikirannya menerawang kepada hal Zaif. Mungkin memang sakit sangat kes Zaif sampai Zaif tak nak ceritakan hal itu kepadanya. Tapi, akhirnya Fina terlena juga, tewas dengan perasaan letih.


Fina dan Zaif sudah berada di dapur untuk siapkan sarapan pagi bersama. Mereka sempat bergurau senda dan berbual mengenai beberapa perkara dengan riang.

Zaid yang mulanya ingin masuk ke dapur terbantut bila mendengar perbualan Zaif dan Fina. Dia rasa pelik kenapa dia tak rasa senang sangat bila melihat kemesraan dua insan itu, padahal dia memang doakan kebaikan mereka berdua.

"Lepas ni kita pergi jalan2" ujar Zaif kepada Fina.

"Nak pergi mana?"

"Taman area sini je. Saya nak kenalkan awak pada kawan2 saya kat sini"

"Lelaki ke perempuan?"

"Aik, jealous ke?" Usik Zaif bila tengok wajah Fina bertukar keruh sikit.

"Tanya je" jawab Fina tak acuh, memang dia rasa tak senang sikit. Buatnya terjumpa first love Zaif macam mana? Dia tak yakin yang dia dah ready.

"Kawan saya ada perempuan dan lelaki. Mostly orang malaysia je"

"Oh. Mana tahu dapat jumpa ex abang ke?" Ujar Fina sekadar bergurau tetapi wajah Zaif pula yang menjadi keruh. Fina gigit bibir bila terlajak kata dan ikutkan hati nak je dia tampar mulut dia sendiri.

"Abang, Fina gurau je. Sorry" pinta Fina seakan merayu dan Zaif senyum tawar. Gelas ditangan juga diletakkan ke dalam sinki dengan senyap.

"Abang, sorry" pinta Fina lagi, Zaif hembuskan nafas berat seraya meraih tangan Fina.

"Fina, saya tak nak awak rasa apa yang saya rasa sekarang ni, perasaan bila berdepan dengan ex kepada partner kita. Jealous, cautious and worry."

"Fina minta maaf, tapi abang kena percaya yang Fina dah lupakan Zaid sepenuhnya. Zaid dah tak ada dalam hati Fina. Cinta Fina pada Zaid dah lesap sebelum kita kahwin lagi. Please" Fina pegang pipi Zaif dan pandang mata Zaif dalam2. Dia tak nak Zaif salah faham dan tak percayakan dia.

"Ok." Balas Zaif dan tersenyum. Dahi Fina dikucup lembut sebelum memeluk Fina rapat ke badannya.



Fina tergelak senang bila dikejar Zaif. Perkenalan Fina dan kawan2 Zaif juga sangat menyeronokkan. Zaif berjaya mendapatkan Fina dan membawa Fina ke dalam pelukan dia. Wajah Fina betul2 merah dan tangan Fina betul2 sejuk. Fina masih tak terbiasa dengan suhu sejuk ini. Maklumlah, malaysia tak pernah sejuk sampai macam ni sekali.

"Jom balik, dah hujan ni"

"Jom! Fina sejuk sangat ni, sampai ke tulang rasanya" Fina menggigil bila angin menyapa mereka. Tapi mereka masih lagi ketawa setiap kali angin bertiup.

"Jom balik mandi, kita berendam dalam tub. Best!" Cadang Zaif gembira bunyi macam innocent dan tak ada maksud tersirat langsung jadi Fina biarkan je apa yang Zaif cakap. Nanti Zaif fikir nak buat betul2 pulak, bukan boleh biar je Zaif ni.




Zaif naik dulu ke bilik mereka untuk siapkan tub mandi, nampaknya dia memang serius habis. Fina hanya biarkan Zaif sebab dia tak akan berendam bersama Zaif. Pelik.

"Fina, cakap sikit" Fina terkejut bila Zaid muncul entah dari mana dengan wajah serius. Fina ikut Zaid keluar dari rumah dan ke laman rumah.

"Apa?" Soal Fina pelik.

"Kau...kau cintakan aku?" Mata Fina terbuntang, dia memang terkejut sehingga lidahnya keras untuk cakap apa2. Berjuta alasan bermain dalam benaknya tapi tak ada perkataan pun keluar. Fina cuba untuk tenang dan ingat balik cara untuk bercakap ala mahkamah.

"Mengarut apa kau ni?" Soal Fina seperti yakin tapi tetap lemah.

"I heard everything!"

"Kau dengar apa?" Soal Fina bertambah takut.

"Pagi tadi, kau dan abang aku cakap pasal first love. Kenapa kau tak cakap yang kau cintakan aku?" Suara Zaid meninggi sikit. Fina tenangkan diri dan bersedia untuk membalas balik.

"Apa bezanya kalau aku cakap Zaid? Kau dah ada Sarah dan kau cintakan dia. Kalau aku cakap sekalipun kau tak mampu nak balas perasaan aku tu" jawab Fina balik, situasi memang tegang sekarang ni. Zaid diam lama dan fikirkan apa yang perlu dia balas.

"Kenapa kau tak cakap apa pun?"

"Sebab tak ada yang berubah pun Zaid. Mungkin kita akan jadi awkward dan menjauhkan diri. Semua tu akan burukkan lagi keadaan"

"Mana kau tahu? Mungkin aku akan suka dan cinta kau jugak"

"Zaid, semua tu mustahil dan kau sendiri tahu. Aku tahu kau sayang aku tapi tak lebih dari kawan atau family"

"Since when?" Soal Zaid lagi.

"I dont know. Bila kau ada awek dan cakap pasal perempuan lain mesti aku rasa sakit tapi, nasib baik Zaif datang. Allah beri Zaif tepat pada masanya, bila kau dah decide nak bersama Sarah, aku lemah tapi Allah kirim Zaif untuk aku. Sekarang ni, aku boleh anggap kau macam family dan cinta aku dah beralih arah kepada Zaif. Zaid, kau memang first love aku tapi first love bukannya forever love. Aku bahagia untuk kau dan Sarah dan aku bahagia dengan Zaif. Please forget all of this. All of that happened in past. Lets move on okay?"

Zaid diam lama dan hadam ayat Fina satu persatu. Dia sudah bertenang dan menyerah dengan takdir. Tak ada apa yang akan berubah sekarang ni. Fina betul yang dia dah ada Sarah dan Fina dah ada Zaif.

"Fine. Aku minta maaf kalau kau terluka sepanjang masa lalu" pinta Zaid dengan senyuman lemah. Fina tersenyum tenang dan senang.

"Sokay, lupa dah. Aku harap ni semua end kat sini je. Tak perlu orang lain tahu especially Sarah"

"Fine. Okay."

"Fina! Jom mandi, air panas dah sedia" Fina dan Zaid pandang ke arah beranda, Zaif sedang melolong kearah mereka. Fina tergelak kecil dan meminta diri untuk beredar dengan segera.

'Habislah kau Fina, mesti kena explain dekat Zaif' Fina risau sendiri dan teruskan berlari anak ke bilik mereka.

Sangkaan Fina tepat bila melihat Zaif sedang berpeluk tubuh di bucu katil dengan wajah serius. Agaknya Zaif cemburu dan boleh agak apa yang Zaid dan Fina bincangkan.

"Abang, first duduk dulu" Fina pelawa Zaif duduk di sisinya di atas katil. Tangan Zaif di raih dan diusap lembut.

"Second, Zaid terdengar apa yang kita cakap kat dapur pagi tadi"

"What?"

"Yep, so dia nak jawapan"

"Lepas tu?"

"Fina terangkan semuanya dan cakap serius habis, Fina dah tak nak dia!" Ujar Fina serius. Zaif tergelak kecil dan memeluk Fina erat. Tak sanggup dia nak hadapi saat kehilangan cinta lagi sekali.

"Mereput dengan saya sampai bila2 ok?" Pinta Zaif dengan manjanya. Fia anggukkan kepala laju.

"Pinky promise?" Zaif keluarkan jari kelingkingnya. Fina tergelak sebelum pautkan jari mereka berdua.

"Promise" balas Fina senang.

"Ok. Jom mandi sama2. Nanti air hilang hangat"

"Eh, perlu ke berdua dan bersama?" Soal Fina kalau boleh dia nak menolak. Memang tak la dia nak mandi dengan Zaif.

"Mestilah, penat saya sediakan"

"Abang mandilah dulu. Fina ada hal ni. Mandi dulu ya" Fina dengan pantas melarikan diri dan keluar dari bilik. Tak kuasa dia nak melayan angin pelik Zaif ni.



Walaupun cuti Fina dan Zaif tidak panjang tapi mereka sangat gembira sepanjang berada di Perancis. Banyak aktiviti yang mereka buat bersama dan mengeratkan lagi hubungan antara mereka berdua.

Kini, Fina dengan rasminya bergelar seorang peguam dan mempunyai lesen yang khas. Dia juga sudah mula bekerja di firma yang agak terkenal ini.

Rasa gugup masih ada tapi Fina cuba ingat balik kata2 semangat yang Zaif berikan. Zaif siap masak sarapan untuk Fina hari ini sebagai memberi support.

"I hope we will work efficiently together." Tangan Fina di salam dengan tegas oleh pemilik firma ini. Orangnya masih muda dan cantik.

"Yes madam" jawab Fina gugup.

"Miss" sempat pula Fina dibetulkan menyebabkan dia segan sendiri. Siapa suruh memandai je.

"You your information, failure is not our things so, make sure you are ready and know what to do" Fina rasa takut pula dengan kata2 yang seakan berbaur ugutan itu.

"I will try my best"

"No, do it because your fate is in your hand"

Selesai perkenalkan diri dan berkenalan dengan semua orang, Fina kembali ke meja miliknya. Memang nampak khas dan profesional tapi kalau dibandingkan dengan bilik dan meja lain, dia punya paling kecil.

"Afina kan?" Sapa seorang wanita.

"Ya, boleh panggil Fina je" jawab Fina sesopan yang mungkin. Lagipun wanita itu sepertinya lebih tua dari Fina.

"Saya Azie, boleh panggil Kak Zie je" senyuman Fina mereka semakin lebar, nampaknya ada yang baik di dalam pejabat ini.

"Fina, akak bukan nak takutkan Fina tapi, bila kerja kat sini, bukan je kena pandai tapi kena ready mental dan fizikal jugak. Okay?" Fina kembali gusar dengan peringatan itu dan dia cuba untuk berfikiran wajar dan positif.

"Baiklah"

"Kalau ada masalah hal kerja boleh cakap dengan akak, jangan tanggung sorang diri nanti jadi kes lain"

"Ya, terima kasih Kak Zie" ucap Fina ikhlas. Walaupun dah dapat teman berbual Fina takut dengan nasib dia bila kerja di sini. Menakutkan.


"Your first case failed already! What are you doing?!" Suara keras majikannya menusuk ke dalam otak dan hati Fina tapi dia tak mampu nak menangis.

"Afina, you should do better than this because second chance is nonsense"

"Im sorry miss"

"Take this and get out!" Fina tersentak dengan nada keras itu dan dia hanya mampu mendengar.
Fail di atas meja dikemaskan dengan tangan bergetar, laju dia menyusun dokumen dan keluar dari bilik Cik Emelyn.

Fina duduk di kerusinya dengan lemah, wajahnya sudah merah menahan tangis. Dia dah cuba untuk kuat tapi dia asyik dimarahi sahaja dan kekalahan dia dalam kes hari ini memang buat dia rasa lemah semangat dan tidak berguna.

Fina kesat air mata yang mengalir dengan tisu dan hanya mampu menangis dalam diam. Dia malu jika semua orang tahu dia menangis sebab dimarahi oleh boss mereka.

-hows your case? Im sorry i cant be there- Zaif

Mesej dari Zaif buat Fina sebak dan pada masa yang sama dia rasa lega sikit. Dia tahu Zaif ada bersama dia dan Zaif akan beri kata2 semangat untuk dia.

-fail, so sad- Fina

Zaif henti dari melakukan kerja dan membaca mesej Fina dengan rasa sedih juga. Dia boleh agak yang Fina tak okay dan rasa sedih dengan baca mesej Fina sahaja.

-even the greatest lawyer fail once or twice- Zaif

Fina tersenyum sikit, bukannya rasa senang tapi bahagia bila ada orang yang ada di sisinya dan sudi beri semangat kepadanya.

-thank you- Fina

Zaif tersengih dan balas sama2 kepada Fina sebelum kembali melakukan kerjanya. Dia fikir untuk masak kepada Fina malam ini, untuk bahagiakan Fina.


Zaif minta untuk keluar awal kerana kerjanya telah selesai dan dia ambil masa untuk membeli barang dapur. Walaupun dia dah boleh memasak dan boleh dikatakan terel jugak, dia tak pernah masak tom yam putih selama ini. Lagipun itu adalah salah satu kegemaran Fina.

Zaif termenung di kawasan barang basah dan mula google untuk mencari bahan2 masakan. Tapi dia tak boleh agak kuantiti untuk dia beli.

Pekerja yang berada di bahagian basah itu kadang2 tergelak kelucuan dengan lagak Zaif. Memang nampak macam lost tetapi comel. Maklumlah orang ada rupa dan boleh dikatakan handsome jugak.

"Bang, cari apa?" Seorang pekerja lelaki menegur Zaif membuatkan Zaif rasa lega.

"Saya nak masak tom yam untuk dua orang tapi tak tahu nak beli banyak mana"jawab Zaif telus. Pekerja itu garu kepalanya pula.

"Saya pun tak tahu bang. Jap eh" pekerja itu memanggil pekerja wanita yang seperti senior di situ.

"Kak Mar, tolong abang ni sedia barang untuk masak tom yam untuk dua orang"

"Tolong saya kak, saya tak pernah masak tom yam"

"Boleh" jawab akak itu tenang dan mula membantu Zaif. Zaif tersenyum bila ada orang menolongnya.

"Kak, tom yam ada dua jenis ke?"

"Maksud adik? Putih dan merah biasa ke?"

"Ya. Sebab isteri saya suka makan yang putih punya. Dia selalu buat tapi saya tak pernah pulak tengok dia masak" terang Zaif malu bila dia tak pernah ambil cakna hal itu. Padahal Fina dah expert masak makanan kegemaran Zaif. Baik western atau sebagainya. Akak itu pun senyum je mendengar cerita Zaif.

"Nah ni semuanya. Boleh bayar dekat cashier"

"Terim kasih kak, saya harap jadi la tom yam saya malam ni"

"In sha Allah. Kalau kita ikhlas dan tambah kasih sayang. Sedap la tu"

"Bukan sikit kasih sayang saya tambah. Saya tambah sampai melimpah ruah kak" Zaif kenyit mata dan beredar ke kaunter untuk membuat bayaran. Sempat lagi dia bergurau.



Fina balik tapi bila dia beri salam senyap je, selalunya jika Zaif ada di rumah pasti Zaif dah berlari ceria untuk menyambut kepulangan Fina. Memang macam budak2 la Zaif ni. Fina pula nak sangat tengok muka Zaif yang ceria supaya rasa sedih dia hilang terus.

"Abang, abang!" Panggil Fina beberapa kali sebelum Zaif berlari keluar dari dapur dengan apron warna pink di badan.

Fina tergelak tengok keadaan Zaif, masih lagu berbaju pejabat dan sudah comot sana sini. Apa yang Zaif kerjakan di dapur ni sebenarnya.

"Fina!" Sapa Zaif ceria. Fina mendekati Zaif dan meletakkan barangnya di atas sofa.

"Abang masak apa?" Soal Fina sambil menyalami tangan Zaif, Zaif tak bagi sebab kotor tapi Fina berkeras juga. Mereka bersama masuk ke dapur dan dari bau lagi Fina dapat teka apa yang Zaif masak.

"Abang! Tom yam ke?" Soal Fina teruja dan segera mendekati dapur. Kecur air liurnya melihat yom yam yang sedang menggelegak di atas dapur. Bau dia memang win!

"Lapar pulak Fina rasa sekarang ni" Fina gosok perutnya membuatkan Zaif ketawa senang.

"Sekarang baru je asar. Ni untuk dinner"

"Ya la, Fina tunggu dengan sabar."

"Abang dah solat ke?"

"Belum, mandi pun belum lagi ni. Nak siapkan egg roll ni dulu. Lepas tu nak naik mandi" Zaif tekun memukul telur dengan tangannya. Kata orang, nak dapat telur yang gebu, pukul bagi kencang sikit. Hahaha.

"Kalau macam tu, Fina naik mandi dulu. Nanti kita solat sama2"

"Okay. Dah nak siap ni."

"Terima kasih abang" ucap Fina perlahan. Dia tahu Zaif tak dengar tapi dia tahu apa maksud Zaif masak makanan kegemaran dia hari ini.

'Bertuah kau ni Fina' Fina tersenyum lebar, sebab dia gembira sangat sampai boleh berlari anak untuk ke biliknya.


Zaif menunggu dengan tekun saat Fina mencuba tom yam buatannya. Memang dia takut rasa dia tak sedap sebab dia tak pernah try selama ini. Fina makan dan terus makan tanpa komen apa2 menyebabkan Zaif resah. Tangan Fina dipegang supaya mengahalang Fina terus makan dan abaikan dia.

"Fina nak makan ni abang"

"Ya la. Tapi macam mana? Sedap?" Soal Zaif serius. Fina tersengih dan letakkan sudu ke dalam mangkuk.

"The best abang! Sedap sangat sampai rasa fall in love" amboi, melambung.

"Fall in love dengan tom yam buat apa. Saya macam mana" Zaif dah masuk mode merajuk manja dia. Fina dah masak sangat dengan perangai Zaif abaikan je.

"Abang, cepat makan. Nanti Fina bolot sorang" Fina cedok lauk untuk Zaif dan minta Zaif makan bersamanya.  lain pula permintaan Zaif bila dia buka mulut minta disuapkan. Nasib baik Fina rajin nak layan, jadi Fina suapkan juga Zaif yang malas ni.

Zaif sempat tanya mengenai kes mahkamah tadi dan Fina dapat cerita serba sedikit dengan tenang. Rasa sedih dia dah hilang. Fina bersyukur sangat sebab Zaif sangat memahami diri dia.



Zaif kemaskan semua fail sebelum masuk ke dalam mahkamah. Hari ini hari perbicaraan pertama dia tentang kes pecah amanah yang menjadi bualan di tv. Zaif mulanya berat untuk ambil kes ini sebab tak ada bukti yang client dia tidak bersalah. Setelah dia selami semuanya dan siasat sampai ke akar umbi, dia dapati pelanggan dia tidak bersalah.

Sesi pertama berlangsung seperti biasa dan Zaif masih lagi tidak fokus pada pihak lawan. Dia tak nak ambil tahu sebab dia dah ada semua bukti kukuh yang akan jatuhkan pesalah kali ini.

Bila pihak lawan memulakan hujah, Zaif angkat muka dan memandang pihak lawan. Degup jantung dia seakan terhenti bila melihat siapa yang dia pandang sekarang ini. Sepertinya bukan dia sahaja yang terkejut.

"Pendakwa raya, sila teruskan" pinta hakim bila semua orang hanya diam sahaja.

Hujah dimulakan tetapi Zaif seakan hilang dari perbicaraan. Dia tak dapat nak fokus.

'Ya Allah, tolong aku' doa Zaif tekun dan dia pandang wajah client dia yang sepertinya risau. Risau akan keadaan Zaif.

"Pembangkang, silakan kemukakan hujah anda"

Zaif kembali kepada profesional dan mulakan hujahnya. Dia langsung tidak memandang pihak lawan dan teruskan berhujah seperti biasa. Seperti dirinya yang biasa.

Ternyata pihak lawan juga sangat kuat sehingga perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari lain. Semua orang cemas dengan keadaan ini tapi Zaif cuba tampil untuk tenang.

"En. Hamid, we will win this case. Dont worry" ujar Zaif bila berjalan keluar dari mahkamah bersama clientnya.

"Saya tak salah en. Zaif. Saya kena fitnah"

"Saya tahu. Sabar ya"

"Anak2 dan isteri saya macam mana nanti? Apa jadi kalau semua akaun dan harta saya dibekukan?"

"En. Hamid, kita di jalan yang benar.  Pihak lawan hanya lengahkan masa. Mereka tak akan menang case ni. Okay?"

"Baiklah. Saya percayakan awak"

"Ok. Encik balik dulu. Jumpa keluarga dan tenangkan fikiran. Banyakkan berdoa juga."

Zaif berjalan ke keretanya, memang dia tergesa gesa sebab dia tak nak bertembung atau terjumpa dengan orang yang dah campak cinta dia macam tu je. Tapi tak semua yang dia nak akan dapat.

"Zaif, lama tak jumpa" suara itu buat Zaif hempas pintu keretanya yang baru sahaja terbuka sedikit. Zaif tahan marah dan pandang wajah orang dia tak nak tengok lagi dah.

"What do you want from me?" Soal Zaif kasar. Tak lembut seperti dirinya yang biasa.

"Zaif, you still marahkan I. That stuff happened long time ago. That was past"

Zaif ketap bibir dan menggumpal buku limanya sebab bengang dan marah. Hanya itu yang keluar dari mulut orang yang dah campak dia macam tu je. Tak ada kata maaf dan penyesalan langsung.

"I dont know you are already in Malaysia and work here"

"You dont have to know and I dont have to tell you, Emelyn" kasar betul cara Zaif bercakap dan sepertinya Emelyn tak kenal Zaif yang sebegitu.

"Zaif, look...that was in the past okay? I have to choose whats the best for me and I'm sure for you too" Zaif tahan marah dan terkejutnya. Memang buang masa dia je cakap dengan Emelyn sekarang ni.

"I have to go" Zaif buka semula pintu keretanya.

"Zaif, I nak discuss about the case. You know this case will delay and take a long time if we keep fighting"

"Jadi apa yang you nak?"

"Lets settle this outside"

"I will talk about this with my client." Habis je ayat itu Zaif terus masuk kereta dan memecut pergi. Panas hatinya sehingga badan dia ikut sama berpeluh.


Fina pelik tengok Zaif tak bermaya dan sudah bersedia untuk tidur pada malam ini. Selalunya mereka akan berbual dan cerita mengenai hari mereka dan masuk tidur bersama.

"Abang penat sangat ke? Nak Fina urut?" Soal Fina lembut sambil mengusap lengan Zaif. Zaif pandang Fina dan terus meletakkan kepala dia di riba Fina.

"Abang okay?" Soal Fina betul2 ambil berat. Zaif gelengkan kepala sebagai jawapan. Fina tergelak sebab geli tapi dia tahan, takut Zaif terasa dan fikir dia tak serius.

"Fina, my first love...I met her today" lemah je suara Zaif, begitu juga lemahnya hati Fina sekarang ni. Rasa takut dan risau semua bercampur.

"Fina, no. Saya dah tak ada hati dengan dia. Saya cuma terkejut sebab jumpa dia balik dan dia act like nothing happen" Fina terus mengusap kepala Zaif dengan lembut. Tipu sangat kalau dia tak rasa apa2.

"Dia nak abang balik ke?" Soal Fina perlahan, risau andainya Zaif berpaling arah.Fina tahu penangan cinta pertama tu macam mana. Tak akan mudah untuk dilepaskan dengan begitu saja.

"No! Kalau dia nak pun saya tak nak. Saya dah ada awak sekarang ni. Its more than enough" Fina sembunyi senyum, hatinya berbunga riang dengan kata2 Zaif.

"Baguslah. Fina tak nak bergaduh dengan dia nanti" Fina bernada gurauan tetapi dia serius. Kali ini dia akan fight untuk dapatkan Zaif.


Kes yang Zaif handle dah sepertinya sampai ke kemuncak dan hari ini hari penentuan siapa yang akan bersalah. Semua orang boleh nampak kesudahannya nanti dan nasib baik berada di sebelah Zaif.

Selesai waktu rehat sesi pertama, Zaif kembali semula ke mahkamah untuk meneruskan perbicaraan. Hujah dikemukakan dan di bangkang akhirnya buahkan hasil yang mengembirakan. Zaif menang lagi kali ini dan ini adalah kemenangan yang dia paling puas hati. Kemenangan melawan Emelyn sendiri.

"Terima kasih En. Zaif" En. Hamid sepertinya hampir menangis kerana terlalu gembira. Begitu juga dengan ahli keluarga Hamid.

"Sama2 En. Hamid. Terima kasih dah percayakan saya" Zaif membalas salam dan meminta diri untuk pergi dari situ.

"You dah banyak berubah, you are great now" kata2 itu hentikan langkah Zaif dari terus melangkah. Zaif mulanya ingin berpaling tapi bila dia fikir semuanya buang masa dia teruskan berjalan.

"Zaif, wait!" Rayu Emelyn dan menarik lengan Zaif. Laju Zaif menepis tangan itu dan memandang ke tempat lain.

"Zaif, you masih marah dengan I?" Soalan itu buatkan Zaif ketawa pahit. Pahit sangat sebab hanya itu yang Emelyn fikirkan.

"Well, what you think? I kena hina dengan you just because I failed once. You left me because I'm not as good as your new boyfriend. Now you are asking me that? Wow, you are so great for yourself"

"Zaif, all of that from the past. We should move on"

"Yeah, thats right. I dah move on, move on to the better side where you arent there. So please, lets me keep moving and you should not stop me" dengan itu Zaif terus beredar dengan segera.

Dia lega dan gembira pada masa sama. Semua rasa sakit dia dah lepaskan pada orang yang sepatutnya. Dia menyesal dah sia2 kan rasa kecewa dia menguasai dia selama bertahun tahun. Semuanya kerana cinta pertama yang gagal.


Fina terkedu bila dia diherdik berkali kali, pelbagai kata2 kesat yang keluarkan oleh majikannya tetapi dia cuba untuk tetap tenang dan bersabar. Fina dilepaskan pergi bila dah selesai dimarahi. Remuk hati Fina seperti remuknya laporan yang dia buat selama satu malam tak tidur. Semuanya sia2.

Kak Zie terus mendekati Fina dan memujuk Fina. Air mata Fina yang gugur menyebabkan Zie ikut sama rasa sedih dan kecewa. Dia tahu Fina kerja keras untuk siapkan report itu tapi langsung tak dihargai.

"Kenapa ni?" Soal En. Ryan, salah seorang majikan Fina juga.

"Tak ada apa, saya tak sihat sikit En. Ryan" Fina mengesat air mata dengan tangannya.

Ryan mengeluarkan sapu tangannya dan hulurkan kepada Fina. Fina menolak sapu tangan itu dengan sopan dan meminta diri untuk ke tandas.

Bila Fina keluar dari tandas dia terkejut bila Ryan ada di situ sedang menunggunya. Dia memang tak selesa dengan Ryan dan dah beberapa kali Ryan cuba untuk dekat dengan dia. Boleh di katakan Ryan nak try dia.

"I hantar you balik la Fina, you macam tak sihat je" pelawa Ryan tapi Fina segera menolak. Banyak lagi kerja yang dia kena buat kat pejabat ni.

"Wow, now I know why you keep your distance with me and come up with excuses" suara Emelyn menyebabkan Fina terus rasa takut. Fina mahu segera beredar dan tidak terlibat dengan pergaduhan antara Ryan Dan Emelyn.

"I ve told you that we are done." Balas Ryan balik jelas bosan dengan sikap Emelyn.

"Senang je you cakap macam tu? I dah tinggalkan boyfriend I untuk you!"

'Allah, apa pulak ni?' Fina menggumam sendiri bila dia terjebak dalam pergaduhan dua kekasih ni.

Zie ternampak Fina yang tersempit antara dua majikan mereka dan Zie berpura pura untuk ke tandas. Hal itu menyebabkan mereka berhenti bergaduh. Fina lega dan segera menarik lengan Zie untuk beredar bersama sama.

"Fina okay?" Soal Zie prihatin. Fina senyum Dan segera kembali ke mejanya. Memang fikiran dia kusut dan penuh tapi kerja tetap kena siapkan.



Zaif dan Fina masuk bersama ke dalam rumah Pn. Zahrah. Tangan saling berpaut menyebabkan mereka yang ada di dalam rumah tersenyum gembira. Siapa sangka pasangan ini boleh jadi sweet dan bahagia bersama.

"Abang borak dulu, Fina buat air" Fina segera ke dapur setelah bersalaman dengan keluarga Zaif. Fira ikut sama ke dapur bersama Fina.

"Kak, Vampy mana?" Soal Fira.

"Kenapa dengan adik?" Soal Fina pula.

"Akak dari rumah umi kan? Vampy kata dia nak datang sini sekali dengan akak. Dia nak main tenis sama2"

"Dia keluar, member dia ajak main futsal" jawab Fina sambil tergelak kecil, sah Fira kena tinggal sebab futsal lebih penting dari tenis.

Fira mengumpat geram dengan perangai Aniq. Aniq ni memang suka betul mungkir janji bila bab bola. Nasib baik dia dah ugut Aniq supaya jangan ajak Zaif, kalau tak mesti dia dan Zaif tak ada kat sini sekarang ni.

"Abang tak ikut ke?" Soal Fira lagi. Semua orang tahu yang Aniq dan Zaif ni hantu bola.

"Akak tak bagi Adik ajak" Fina sengih lebar, Fira pula tergelak dan keluar bersama Fina dari dapur.

Fina hidangkan air untuk semua orang dan duduk di sisi Zaif. Zaif dengan segera merakul tangan Fina dan letakkan atas pehanya. Memang tak kira tempat dah Zaif ni. Fina pula sebab terbiasa jadi tiada lagi rasa segan. Mereka semua berbual beberapa perkara dengan senang hati.

Semasa perjalanan balik ke rumah mereka semula, Fina terfikir apa yang mertua dia cakapkan.

"Fina, tak payah fikir sangat apa yang papa dan mama cakap"

"Eh, mana abang tahu Fina fikir pasal tu?"

"Fina tu isteri saya, mestilah saya tahu. Dengar ni, zuriat ni rezeki dari Allah. Kita tak merancang untuk tak dapat anak, kita dah usaha. Tunggu masa je" tangan Fina diraih dan diusap dengan lembut. Fina tersenyum semula.

"Ya la, abang dah dekat 30, nanti kita dua dah tua tapi anak kecik lagi"
"Thats rude, lelaki ni 40 pun muda lagi!" Ujar Zaif serius. Memang dia tak nak dianggap tua. Dah tua tu mengaku je la. Fina tergelak tapi malas nak betulkan Zaif.

"Lelaki muda la, perempuan ni?"

"Fina, awak baru je 26 tahun. Still young and beautiful"

"I know!"

"Wow, confidentnya" Fina dan Zaif sama2 ketawa kali ini. Dah orang angkat bangkul kita, biar la tinggi sikit.

"Ah, sebelum lupa. Esok Fina ada case kat court. Abang nak datang?" Soal Fina dengan rayuan sebenarnya. Dia nak sangat Zaif datang untuk bagi semangat kat dia.

"Sure. Pukul berapa?"

"11 pagi"

"Okay."

"Thanks" Fina remas tangan Zaif sebagai tanda berterima kasih. Lega bila Zaif setuju untuk datang. Walaupun tak boleh duduk di sisi dia, dapat tengok Zaif dari jauh pun dah cukup sangat.



Fina tarik nafas dalam2 dan cuba berfikiran positif. Dia dah tekad dia akan pastikan dia menang kali ini dan dia tak akan dimarahi oleh majikannya lagi.

"Afina, this is your last chance. You lost you will quit" amboi, terlalu keras untuk kata2 semangat.

"Thats too much, Emelyn. Just wish her luck. Fina, do your best and good luck" Ryan senyum manis kepada Fina. Fina sendiri pelik kenapa hari ni semua orang datang untuk tengok dia di court. Fina masih mencari kelibat Zaif sebab dia perlukan semangat.

Masa perbicaraan sudah hampir tiba dan semua orang mula masuk untuk mulakan perbicaraan. Fina masih berharap Zaif akan hadir tapi dia cuba pujuk diri supaya tenang dan sabar walaupun Zaif tak ada di sini.

Perbicaraan bermula dan Fina tampil dengan hujah yang menarik dan tepat. Dia masih memandang ke tempat penonton dengan harapan Zaif ada di sana. Walaupun Zaif tak ada, dia harap Zaif akan datang.

Perbicaraan berlangsung selama 10 minit. Hujah pihak lawan agak kuat dan Fina mula rasa gentar. Dia dah study pelbagai kemungkinan hujah dari pihak lawan tapi bukan hujah ini.

Fina dipanggil untuk meneruskan perbicaraan. Fina bangun dengan lambat dan pandang client dia yang mula rasa bimbang. Fina pandang ke tempat penonton sekali lagi dan senyumannya merekah lebar. Zaif ada di sana dengan wajah yang masih lelah berlari. Zaif datang untuk dia.

Ryan ikut tersenyum bila melihat senyuman Fina. Sangkanya senyuman itu milik dia dan untuk dia. Emelyn pandang ke belakang bila lihat perubahan wajah Fina dan dia terkejut melihat Zaif di situ. Zaif juga sedang tersenyum kepada Fina dan memberi semangat kepada Fina dalam diam.
#sya tak pasti boleh ke tak masuk dalam court bila perbicaraan berlangsung. Sorry kalau silap. Hehe

Perbicaraan berlangsung dan diteruskan sehingga ke masa terakhir. Nasib baik pihak lawan mula goyah di saat akhir dan semuanya berakhir dengan kemenangan untuk pihak Fina.

Fina rasa bahagia sangat sampai dia rasa nak berlari dan peluk Zaif dengan segera. Zaif juga gembira
Melihat kejayaan Fina. Bila perbicaraan bersurai, Zaif tunggu Fina di luar kerana dia yakin Fina perlu selesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

"Zaif, what are you doing here?" Soal Emelyn pelik. Zaif pun pelik kenapa Emelyn ada kat sini.

"Not your business" jawab Zaif tak acuh dan ingin beredar dengan segera.

"Abang!" Wajah Zaif bertukar sepantas kilat bila mendengar suara Fina. Dia dah buka tangan untuk peluk Fina tapi Fina datang dan pegang tangan Zaif je.

"Abang buat apa ni? Tempat umum ni" Fina berbisik sikit sebab segan. Ya la, nak buat ala drama pulak.

"Oh, sorry. Congrats Love" ucap Zaif dan cium pucuk kepala Fina.

"Terima kasih" balas Fina malu.

"Ikutkan hati saya dah peluk awak ketat2 kat sini"

"Dah, jangan nak buat hal" marah Fina manja. Zaif tergelak dan mengusap kepala Fina lembut.

"Zaif, what is this?" Soal Emelyn memotong drama Zaif dan Fina. Fina pelik bila Boss dia pun kenal Zaif.

"She is my wife, my love" Zaif tarik Fina dekat dengan dirinya.

Wajah Emelyn memang tak dapat digambarkan langsung. Terkejut dan kecewa? Zaif peduli apa? Dia dah lama lupakan Emelyn.

"Fina, you..." Ryan pula kaku sekarang ini. Zaif pelik dari mana datangnya Ryan kali ini. Kenapa dia kenal Fina? Fina pun hairan kenapa Zaif kenal Emelyn. Memang pelik empat penjuru sekarang ni.

"Fina, jom kita balik." Zaif tarik tangan Fina untuk segera beredar bersama.

Di dalam kereta mereka mula rungkaikan fikiran kusut mereka berdua. Fina terlebih dahulu terangkan siapa Ryan dan Emelyn kepada Zaif.

"Jadi, Ryan dan Emelyn boss awak?"

"Ya. Siapa mereka untuk abang?" Soal Fina pula, sudah ada nada cemburu sebab Fina boleh agak siapa Emelyn untuk Zaif.

"She is my ex, Ryan is her new boyfriend. The reason why she left me."

Fina diam sebab sangkaan dia tepat dan rasa tak senang mula menghantui hati Fina. Perasaan seperti Emelyn lebih hebat dari dia dan sebagainya.

"We work together once. Saya, Emelyn dan Ryan. Masa tu saya dan Emelyn dah together lama but, masa kami kerja bersama, Ryan is better than me and his father is a great lawyer. I failed my case once or twice and Emelyn start to think I'm not good enough for her and she want a better man. She left me and I left the firm." Terang Zaif secara ringkas, kisah cinta pertamanya yang gagal teruk.

Fina sedih bila dengar cerita Zaif, dia lebih beruntung jika dibandingkang dengan Zaif. Walaupun dia kecewa dalam cinta pertama, dia tak dikecewakan dengan teruk macam Zaif.

"Im sorry that happened." Ujar Fina ikhlas. Fina usap tangan Zaif lembut dan memandang Zaif dengan penuh kasih sayang. Zaif tergelak tawar untuk sembunyi rasa sedih, lagipun dia dah ada Fina sekarang ni. Fina adalah segalanya untuk dia.

"Ryan ada try awak tak?" Soal Zaif tiba2 menyebabkan Fina kaget. Tadi hal lain, tiba2 je naik nama Ryan kali ini.

"Ada la kot, tapi Fina tak layan pun. Dia tu bukan taste Fina pun. Lagipun, Fina dah ada suami terbaik ni, Fina tak perlukan lelaki lain dan Fina takkan tinggalkan abang. In sha Allah" Zaif senyum lebar dan dia percaya kata2 Fina. Tak semua orang akan jadi macam Emelyn dan pilih apa yang terbaik untuk dia sahaja.



Bila kebenaran terungkap, Fina bukan dilayan semakin baik di tempat kerja malah lebih buruk. Emelyn memang dah sampai ke tahap melampau sebab terus terusan menggunakan kuasa sebagai majikan untuk menyakitkan hati Fina.

Fina tabah dan bersabar, memang dia rasa perbuatan Emelyn dah melampau tapi dia tak nak kehilangan kerja. Tidak pada masa sekarang. Lagipun dia tahu Emelyn nak buat dia berhenti dan dia tak akan tunjuk yang dia lemah untuk Emelyn. Perbuatan lalu Emelyn pada Zaif buatkan Fina rasa marah dan atas hal itu dia tak akan beri muka kepada Emelyn untuk jatuhkan dia.

Fina sudah boleh handle kes dengan lebih baik cuma terkadang dia terpaksa terima untuk kalah. Bila dia kalah dia tak rasa bersalah sebab kebanyakan kes yang dia kalah ialah dia sedar yang pihak dia bersalah. Tiada guna tegakkan benang yang basah. Profesional adalah benda penting dalam kerja tapi kebenaran adalah lebih penting dalam undang2. Siapa yang salah dia akan bertanggungjawab atas kesalahannya. Itu prinsip Fina.

"Fina, Im sorry abaout Emelyn. She is too much" pinta Ryan bagi pihak Emelyn. Fina tak pasti apa motif Ryan kali ini sebab dia sangka Ryan dah putus asa dengan dia.

"En. Ryan, terima kasih sebab ambil berat tentang saya. Im glad that you are my boss but thats all."

"I know, I dont know why I keep going for Zaif's girl"

"En. Ryan, saya isteri Zaif and I love him so much. I know that Miss Emelyn left him for you but that will not happened again. I will never leave him eventhough he wants to" Fina dengan berani memberi amaran dan pada masa yang sama sedarkan Ryan. Tak semua orang kita boleh dapat.

"I know Im wrong. That time I thought she was the best for me"

"En. Ryan salah bila nak yang terbaik untuk diri sendiri sahaja. Bila kita nak yang terbaik kita kena jadi yang terbaik dulu. Tak bermakna kalau kita asyik nak yang terbaik untuk kita tapi tak jadi yang terbaik untuk dia. Communication is a key of succes in relationship. Saya yakin yang Miss Emelyn tinggalkan Zaif bukan semata En. Ryan better than him but, it must relates to love too. Talk to her and ask her what she wants and needs then be together to think what is the best for both of you. Both of you" Fina tekankan ayat terakhir dan beredar dari situ. Dia yakin bila dia fikirkan apa terbaik untuk dia dan pasangan, itu lebih baik dari hanya fikirkan kebaikan untuk diri sendiri atau untuk pasangan sahaja.



Zaif ceria seperti biasa tapi kali ini terlebih ceria sebab dia akan lunch bersama Fina hari ini. Bukan tak biasa tapi dah lama sangat mereka tak lunch bersama sama. Mereka dah memohon cuti untuk petang ini sebab mereka ingin bercuti hujung minggu yang akan bermula esok. Dia nak ada second honeymoon untuk mereka berdua, mana tahu boleh dapatkan orang ketiga!

Zaif berhenti di depan firma Fina bekerja. Fina sudah keluar dari bangunan dan berjalan ke arah kereta Zaif. Zaif dah siap bukakan pintu kereta untuk Fina. Mereka berbalas lambaian dan sama2 tersenyum.

"Bang!" Bunyi seperti tembakan itu mengejutkan semua orang yang berada di situ.

Fina rebah ke tanah tanpa sempat buat apa2. Fina telah ditembak dari jarak jauh. Zaif kaget dan mula berlari ke arah Fina tanpa fikir panjang.

"Finaaa!!!" Jeritan Zaif sangat kuat tapi malangnya belum sempat Zaif sampai ke tempat Fina sebuah kereta terlanggarnya kerana dia melintas tanpa memandang kereta lalu lintas.

Telinga Zaif berdesing dan yang dia nampak hanyalah Fina yang sedang terbaring sanbil di kerumuni orang ramai. Dia rasa dia memanggil Fina tetapi semuanya hanya ilusi dia semata. Cecair merah terus mengalir dari kepalanya sebelum dia menutup mata sepenuhnya.



Semua ahli keluarga Fina dan Zaif berada di hospital. Dua2 di dalam dewan bedah dan cuba diselamatkan oleh doktor. Ahli keluarga dari Perancis juga sudah mengambil tiket untuk ke Malaysia. Semua risau dan takut tapi doa tetap mengiringi Zaif dan Fina.

"Abang, Zaif dan Fina. Macam mana?" Pn. Zahrah masih lagi menangis, suaminya memeluk dia erat untuk memberi semangat.

Umi, mak su dan Aniq berada di depan bilik bedah Fina. Masih lagi takut dan risau dengan keadaan Fina. Mereka berdua dah lama di dalam dewan bedah, tak ada sebarang info langsung sekarang ni.

Aniq duduk di lantai sambil menangis menekur lantai, resah hatinya melihat semua wanita dalm hidupnya sedang susah dan sakit sekarang ni. Aniq terusan berdoa agar semua orang kuat. Tiada tempat untuk dia bergantung sekarang ini, keluarga Zaif juga sedang harungi saat yang sama, begitu juga keluarga dia.

Dafi tiba di hospital dan segera menemui keluarga Zaif. Luluh hatinya melihat semua orang sedang menangis. Dafi duduk di sisi En. Z dan mengusap lembut bahu si tua itu.


Doktor dari bilik bedah Fina keluar begitu juga dengan Fina. Semua orang menanti apa yang doktor ingin katakan kepada keluarga Fina mengenai keadaan Fina.

"Keadaan pesakit sudah stabil, alhamdulillah peluru tak terkena mana2 organ penting dan tak dalam. Pesakit hanya kehilangan darah. Peluru juga hanya terkena pada bahagian bahu pesakit. In sha Allah bila pesakit sedar nanti keluarga dah boleh jumpa pesakit."

"Terima kasih doktor. Terima kasih"

"Sama2 puan. Bersabar ya. Kandungan pesakit juga selamat dan kedua mereka stabil. Saya minta diri dulu" Doktor itu meminta diri dengan senyuman.

Berjuta rasa syukur sehingga tak terucap kali ini. Lega hati keluarga Fina sikit tapi masih lagi risau dengan keadaan Zaif. Mereka semua bergerak ke ruangan Zaif pula kerana belum dapat melawat Fina sekarang ini.

"Mah, Fina macam mana?" Soal Pn. Zahrah sebaik melihat keluarga Fina berjalan ke arah mereka.

"Alhamdulillah, Fina selamat. Doktor cakap Fina mengandung"

Mereka semua terkejut dengan berita itu tapi mereka tetap gembira denfan berita itu. Mereka semua sama2 berdoa untuk Zaif pula sekarang ini.



Beberapa jam kemudian Zaif keluar dari dewan bedah dan semua orang menunggu laporan dari doktor. Zaif kelihatan okay walaupun berbalut sana sini dan berwajah pucat.

"Pesakit sudah stabil. Tapi pesakit perlukan darah tambahan dan kalau boleh ahli keluarga boleh menderma untuk pesakit. Luka di kepala pesakit ringan sahaja tapi kami akan buat X ray untuk pemeriksaan lanjut. Kaki pesakit patah dan memerlukan penjagaan rapi. Pesakit boleh dilawat bila dah sedar nanti. Saya minta diri dulu" doktor itu beredar setelah diucapkan terima kasih.

Mereka semua ambil keputusan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mandi dan sebagainya. Mereka akan datang pada esok hari kerana menurut doktor Fina dan Zaif akan sedar pada pagi esok. Hari juga sudah malam dan semua orang juga penat.

Pagi2 lagi keluarga Fina dan Zaif sudah berada di hospital. Mereka melawat Zaif terlebih dahulu kerana Fina masih lagi tidur.

"Mama, Zaif nak pergi tengok Fina" rayu Zaif lagi, walaupun dah sakit satu badan Zaif tetap nak pergi.

"Zaif, doktor cakap bagi badan rehat dulu. Kaki ni patah, susah nak bergerak" marah Pn. Zahrah bila Zaif tetap degil.

"Zaif nak tengok Fina" tetap berdegil sehingga Pn. Zahrah rasa nak je dia cubit Zaif bagi dengar.

"Macam mana nak jadi ayah kalau diri sendiri degil macam ni?" Marah mamanya lagi dan kali ini Zaif diam.

"Ayah? Fina...Fina pregnant?" Soal Zaif tak sangka, teruja dan gembira pada masa yang sama.

"Zaif nak pergi tengok Fina. Sekarang jugak! Mama please...papa, umi, mak su" rayu Zaif manja, hailah, ni yang buat semua orang lemah ni.

"Mommy...tolong la Zaif" rayu Zaif pada mommynya pula. Semua orang hanya diam tak beri jawapan.

"Aniq, tolong abang" rayu Zaif lagi, mata dah berair, tunggu nak menitis je ni. Aniq juga kesian melihat keadaan Zaif tapi dia tak sampai hati nak menolak kehendak Zaif. Orang lain dah pandang dia supaya cakap tak. Tak boleh beri peluang kepada duo ni.

"Niq pergi check long dah sedar ke belum dulu. Apa kata abang qada' solat yang tertinggal masa bedah dan subuh tadi dulu. Okay?" Aniq cuba untuk berbincang dan sepertinya Zaif menyerah dan bersetuju.

"Cepat sikit" ujar Zaif lagi dan Aniq segera pergi dari situ. Lahai, manjanya anak sulung Pn. Zahrah ni.



Aniq masuk ke wad Fina dan sepertinya Fina sudah sedar dan sedang berfikir dia berada di mana. Seorang nurse sedang memeriksa keadaan Fina sekarang ini.

"Adik" panggil Fina lemah dan pegang bahu dia yang sakit.

"Long, macam mana?" Soal Aniq lembut. Walaupun dia suka kutuk dan bergaduh dengan long dia, dia sayang sangat dekat Fina. Dua beradik je.

"Okay. Sakit sikit je bahu ni. Apa jadi?"

"Long kena tembak. Polis kata orang yang marahkan Long sebab Long dah kalahkan kes dia dalam mahkamah. Kes dendam la ni tapi polis dah berjaya tangkap penjenayah. Nanti polis datang minta penerangan"

"Long, ada dua berita nak beritahu ni?" Ujar Aniq sambil tersenyum nipis. Nampak matang je Aniq sekarang ni. Bukan muka main2 macam biasa.

"Apa? Serius je"

"Long pregnant" ujar Aniq ceria. Fina jelas terkejut dan segera meraba perutnya. Matanya bergenang dan dia terus memeluk Aniq. Akibat sakit, dia berhenti tiba2.

"Mana abang? Mana umi, mak su? Mana semua orang?" Soal Fina kalut. Dia sedih juga, dah la dia sakit tapi dia sorang je kat sini dengan Aniq.

"Tu la berita ke dua. Abang...abang accident..."

"Allah! Mana abang sekarang? Long nak pergi dekat dia. Cepat Adik" Fina dah mula menangis menyebabkan Aniq ikut sama kalut.

"Long! Abang okay. Semua orang kat sana sebab long tidur lagi tadi"

"Long nak jumpa dia."

"Tapi..."

"Sekarang! Sekarang Adik!" Bentak Fina garang. Aniq garu kepalanya yang mula gatal.

"Jap, Niq ambil wheelchair" ujar Aniq kepada Fina. Fina nampak lebih sihat jika dibandingkan dengan Zaif jadi tak salah bawa Fina ke sana.

"Cepat dik!" Gesa Fina lagi.

"Ya Allah, degil dia sama macam suami dia!. Sabar sikit long, baby dalam perut tu kan ikut perangai degil mak ayah dia. Pakai tudung dulu, Niq nak ambil wheelchair ni" marah Aniq pula dan Fina cemberut tapi dengar cakap Aniq.

Aniq keluar dari wad Fina dan dia bersandar pada dinding. Air mata dia yang mengalir dia kesat dengan tapak tangan. Gembira sangat dia tengok semua keluarga dia sihat dan masih ada di dunia ini.

"Ya Allah, terima kasih selamatkan long dan abang Zaif. Aku bersyukur sangat2 Ya Allah" Aniq meraup mukanya dan pergi ke kaunter untuk tanyakan kedudukan kerusi roda. Senang hatinya setiap kali melangkah.

Ikutkan hati Fina dia nak berjalan je ke wad Zaif tapi bila Aniq bertegas dan marahkan dia, dia akur je dan dengan sabar ditolak oleh Aniq. Bila tiba Fina terus mula berjalam sendiri dan mendekati katil Zaif. Terkejut semua orang dengan kemunculan Fina.

Keadaan kembali kalut dan semua orang mula risaukan keadaan Fina. Fina pula hanya fikirkan Zaif dan ingin berada di sisi Zaif. Setiap pelukan yang dia dapat seolah tidak terasa sebab sekarang ini mata dia nampak Zaif je. Zaif pun bukan main terkial kial nak dapatkan Fina.

"Abang okay? Kenapa jalan tak tengok kereta?!" Marah Fina bercampur geram. Zaif ni memang selalu buat orang risau.

Zaif memeluk pinggang Fina dan berjuta ayat syukur keluar dari mulutnya. Tak peduli walaupun Fina terus memarahi dan meleteri dia. Ahli keluarga mereka beransur keluar untuk memberi masa dan ruang kepada pasangan itu.

Mereka bertanya khabar masing2 dan saling melepaskan rasa rindu dan risau yang menggunung. Bila mereka dah luahkan semuanya mereka kembali tenang.

"Saya akan saman lelaki itu dan pastikan dia dipenjara dengan hukuman yang berat."

"Abang, kita letak tepi dulu hal tu. Lagipun di luar bidang abang kan? Kita sekarang ni kena bersyukur sebab Allah masih lagi beri peluang pada kita" Fina usap kepala Zaif yang berbalut. Walaupun Zaif okay tapi Fina tetap risau. Zaif pula risaukan Fina.

"Abang dah tahu kan? Baby kita?" Senyuman Zaif merekah dan dia segera mengusap perut Fina yang masih kempis.

"Ya, alhamdulillah sangat2"

"Alhamdulillah. Nasib baik baby okay. Fina terkejut lagi dan doktor minta Fina jalani ujian psikologi. Tak nak bagi trauma"

"Eloklah tu, apa2 je yang baik untuk Fina dan baby, baik untuk kita semua"



Setelah tiga minggu luka Fina semakin sembuh dan dia ke pejabatnya untuk selesaikan urusan terakhir iaitu surat berhenti kerja.

Fina berada di dalam pejabat Emelyn sekarang ini bersama surat berhenti kerja. Emelyn baca surat itu dan melepaskan keluhan berat.

"Maafkan I untuk apa yang terjadi, pihak firma akan dakwa pesalah dan pastikan keadilan untuk you" ujar Emelyn dan Fina angguk kepala sambil tersenyum. Bukan dia nak bermusuh dengan Emelyn jadi dia dah maafkan semuanya.

"Im sorry for everything and I wish all the best for you" Emelyn hulurkan tangan untuk bersalam dengan Fina. Fina menyambut salam itu dengan hati yang terbuka.

"Fina, jaga Zaif baik2. Melepaskan Zaif adalah kesilapan terbesar yang saya buat"

"Saya akan jaga Zaif baik2 dan saya akan hargai dia sepenuhnya. Saya, tak akan lepaskan Zaif" Fina tegas dengan kata katanya. Emelyn tertunduk malu dengan diri sendiri tetapi dia hanya mampu tersenyum kepada Fina. Dia yang melepaskan yang terbaik untuk dia.

Fina lega, pengalaman setahun dia di firma itu tidaklah buruk sangat tapi dia harap dapat bekerja dengan lebih baik dan buktikan dia layak bergelar seorang peguam yang hebat. Mungkin suatu hari nanti.

"Long cepat masuk, Niq nak kejar kuliah ni" gesa Aniq bila Fina melengahkan masa untuk masuk kereta. Sempat lagi senyum bangga sorang diri. Fina jeling Aniq dan masuk kereta dengan diam.

"Abang amanahkan Adik untuk jaga long kan? Ikhlas la sikit" rajuk Fina sikit, maklumlah ibu mengandung.

"Ya long. Ikhlas dah tapi lecture Niq nak start dah.

"Ya la, sekarang hantar Long balik. Kesian abang kat rumah"

"Jom!" Aniq segera memandu pergi.

Sekarang mereka tinggal bertiga untuk memudahkan keadaan. Kolej Aniq juga dekat dengan rumah Zaif dan Fina. Zaif masih lagi cuti sebab patah kaki ambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Bila Fina juga berhenti kerja mereka berdua sama2 berada di rumah.

Bila Fina sampai di rumah dia melihat kereta Dafi ada di luar pagar. Mungkin Dafi datang untuk bincangkan hal kerja. Walaupun Zaif tak ke firma, dia masih lakukan kerja dalam pejabat tetapi di rumah je.

Setelah salam diberi Fina mencari Zaif. Jelas Zaif dan Dafi sedang berbincang hal kerja. Salam Fina dijawab mereka dan wajah Zaif paling ceria bila melihat Fina.

"Macam mana?" Soal Zaif.

"Dah selesai, sekarang ni Fina dah daftar jadi penganggur"

"Fina, work for me. Sebab Zaif ni dah patah kaki, kami lack worker untuk masuk court" rayu Dafi segera. Memang tak lepas tangan mereka sekarang ni.

"No way. Wife aku pregnant so aku tak nak dia stress. Better kau ambil Irfan" tolak Zaif dan beri cadangan lain.

"Betul tu En. Dafi, saya perlu rehat lagi sekarang ni dan Irfan memang boleh diharap. Dia ada bergerak sendiri sekarang ni tapi rasanya kalau En. Dafi pelawa dia kerja mesti dia tak tolak punya" Fina menambah pula, setuju dengan rancangan Zaif. Bukan dia malas ke apa, tapi Irfan memang dikenali juga sekarang ni. Kerja Irfan pun kemas.

"I will give him a call."

"Fina buat air dulu. Discuss elok2 jangan gaduh2" pesan Fina bergurau sebelum ke dapur. Tapi ada benarnya juga pesanan Fina tu, bukan boleh biar Dafi dan Zaif ni.

"Ingat kita ni budak2 ke" gumam Dafi tak puas hati bila dia dilabel sama dengan budak. Zaif hanya terkekeh geli hati dan sambung semula kerjanya.


Zaif dan Fina berehat di beranda sambil tengok bulan dan hirup udara malam. Tak elok sangat tapi cuaca malam ini sangat elok dan baik.

"Abang, Fina minta maaf sebab abang bukan cinta pertama Fina. Tapi terima kasih jadi cinta kedua Fina dan harapnya cinta terakhir Fina" ujar Fina ikhlas.

"Abang pun nak minta maaf sebab Fina bukan cinta pertama abang tapi abang yakin Fina cinta selamanya abang. Tak kisah cinta kali ke berapa sekalipun yang penting yang terakhir"

"Terima kasih hadir dalam hidup Fina"
"Fina yang hadir dalam hidup abang. Allah memang beri yang terbaik untuk hamba Dia" Zaif usap pipi Fina dan mencium pucuk kepala Fina lama.

"Walaupun cliche, tapi Fina harap cinta kita ke jannah" bisik Fina berdoa agar Allah dengar doa dia.

"In sha Allah. Kita akan sama2 membina jalan supaya cinta kita ni menuju jannah"

"Amin"

Fina dan Zaif sama2 berdoa dengan tekun di dalam hati supaya seluruh ahli keluarga mereka akan bersama di syurga nanti. Di tempat yang akan kekal selamanya.