Sunday 22 December 2019

Cerpen (others) : Kasih Yang Ku Pendam

Assalamualaikum, hai semua. Apa khabar? Maaf sangat sebab dah lama tak post apa2, saya dalam proses menulis dan bila dah lama sangat tinggal memang rasa janggal dan pelik.

Ini adalah cerita baru daripada salah seorang writer, please read it and enjoy it. Awak semua boleh visit dia punya blog jugak. Saya tak boleh komen banyak sebab saya tak sempat lagi baca cerpen ni, saya sempat baca sikit je and I can tell this story is good, I think it's better than mine. Hehe. Enjoy yourself okay? I will try to publish my cerpen too.



KASIH YANG KU PENDAM

60% true 40% stories.



                KASIH YANG KU PENDAM

"Nadia Nur Arissa Sofia binti Megat Suffian!!!"jerit satu suara dengan lantang dari arah belakang.

"Uhuk...Uhuk"Arissa Sofia yang sedang enak menikmati maggie pedas gilerr tersedak sambil tangannya segera mencapai susu yang terletak di atas meja dan terus meneguknya dengan lahap.

"Kau ni dah kenapa hah?"marah Arissa Sofia sambil terbatuk-batuk sedikit.


"Kau tahu tak aku tengah pedas ni?"marah Arissa Sofia lagi.


"Hehe...sorry la tuan puteri intan payung.Patik tak tahu pulak tuan puteri sedang enak menikmati maggie pedas gilerr ni tanpa mengajak patik menikmatinya bersama."Aisyi Safia yang merupakan sahabat baik Arissa Sofia itu cuba menyakatnya sambil tangannya mengangkat-angkat bekas maggie pedas gilerr yang sudah tinggal separuh itu. 


"Hah kau kenapa cari aku ni?"tanya Arissa Sofia dengan nafas yang sedikit terputus akibat menahan rasa pedas berapi yang terasa di mulutnya biarpun dia sudah menghabiskan dua kotak susu Dutch Lady.


"Kau tahu tak...?


"Tak tahu dan tak nak tahu."Arissa Sofia laju memotong ayat Aisyi Safia sebelum sempat dia menghabiskannya.
Sesungguhnya otaknya sudah tidak mampu dan tidak mahu untuk menerima apa yang bakal disampaikan oleh Aisyi Safia saat i
ni.
"Hisyy kau ni.Aku belum habis cakap lagi kau dah potong.Lebih baik aku tak payah bagitahu la macam ni.Kau pun bukan nak tahu sangat."Aisyi Safia berpura-pura merajuk dengan Arissa Sofia.Sesungguhnya dia cuba untuk menduganya.


"Okeylah...okeylah...apa dia yang kau nak bagitahu aku tu?tanya Arissa Sofia malas.


Aisyi Safia yang mendengar pertanyaan daripada Arissa Sofia itu segera tersenyum."Tahu pun kau ya."bisik hati Aisyi Safia.


"Hmm..kalau macam tu cubalah kau teka dulu siapa yang aku jumpa tadi?"dia menguntumkan sebuah senyuman yang sukar untuk ditafsirkan oleh Arissa Sofia sambil kening sebelah kirinya diangkat-angkat menanti jawapan daripada Arissa Sofia.


"Kau jumpa Hafeez Mikail ke?"Arissa Sofia bertanya sambil tangan kirinya menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.


"Hisyy kau ni.Ke situ pulak.Mana ada aku jumpa Hafeez Mikail la.Cubalah kau teka lagi siapa yang aku jumpa tadi."senyuman Aisyi Safia masih tidak lekang dari bibirnya.


"Kalau bukan Hafeez Mikail siapa lagi?Setahu aku kau cuma akan teruja macam ni bila jumpa dengan selebriti pujaan kau  tu je."Arissa Sofia yang mula berminat dengan pertanyaan Aisyi Safia itu menggosok-gosok dagunya sambil cuba memikirkan lagi jawapannya.Tiba-tiba matanya membulat.Aisyi Safia yang melihat keadaan Arissa Sofia itu tersenyum lebar.


"Dah dapat teka siapa ke?"tanya Aisyi Safia.


"Kau jumpa dengan bakal mak mertua kau kan tadi?"Arisa Sofia meneka sambil tersenyum bangga dengan jawapannya itu.


Aisyi Safia yang mendengar hanya mengeluh."Aku tak jumpa bakal mak mertua aku pun la.Sebenarnya aku jumpa pujaan hati kau tadi."dia memberitahu Arissa Sofia perkara yang sebenarnya.


Membuntang mata Arissa Sofia apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulut sahabat baik merangkap teman serumah dan sepejabatnya yang langsung tidak diduganya itu.Segala persoalannya juga sudah terjawab kini.


"M..maksud kau..kau jumpa d..dia?"Arissa Sofia bertanya dengan suara yang bergetar.Aisyi Safia pula masih dengan senyumannya.


"Ya la dia.Kau ada crush lain ke selain dia?"Aisyi Safia menyoal kembali.


"M..Macam mana..k..kau..b..boleh jumpa dia?"Arissa Sofia terus menyoal sahabat baiknya itu.




Perbualannya bersama Aisyi Safia petang tadi masih lagi terngiang-ngiang di benaknya.Setiap butir bicaranya bersama gadis manis yang tinggi lampai itu masih segar dalam ingatannya.

"Selama ni nama kau tak pernah luput dari ingatan dia."tukas gadis itu.

“Hoi Qif,kau termenung apa tu?Sampai aku panggil kau berkali-kali pun kau tak dengar.”Azriel yang sudah kegeraman menjerkah Ahmad Thaqif Aidan sambil tangannya pantas mencapai kusyen sofa lalu membalingnya tepat ke muka rakan baiknya itu.

“Eh,kau Riel,bila kau balik?Aku tak perasan pun bila kau sampai.”Aidan hanya tersengih panjang apabila dia telah terkantoi mengelamun di hadapan Azriel.

Walaupun mereka telah bersahabat sejak kecil lagi,tetapi masih ada perasaan segan yang timbul dalam dirinya terhadap lelaki itu.Manakan tidak,lelaki itu seorang yang sangat sempurna di matanya dengan berbekalkan wajah yang tampan,bergaya dan berasal daripada keluarga yang kaya-raya.Tambahan pula,lelaki itu seorang yang sangat menjaga batas agama dalam setiap perlakuannya serta seorang yang baik hati dan rendah diri.Berbanding dirinya yang berasal daripada keluarga yang serba sederhana dia berasa sangat bersyukur apabila Syed Azriel Rizqi masih sudi berkawan dengannya.

“Ishh…kau ni aku dah duduk sebelah kau pun sempat lagi kau mengelamun ya.Kau tengah fikir apa tu?”tanya Azriel lagi apabila masih belum kelihatan tanda-tanda Aidan mahu membuka mulutnya untuk bercerita.

“Hmhhh.”Aidan menghela nafas berat.Setelah agak lama berdiam diri,dia menjawab,”Takda apa-apalah.Aku cuma teringatkan mama aku dekat kampung tu je.Kau pun tahu kan mama aku tu bukannya sihat sangat.Tambah-tambah lagi sekarang ni mama aku tu tinggal sorang-sorang je.Aku ada juga ajak dia datang sini tinggal dengan aku tapi dia tak nak.Sayang nak tinggal rumah.Ya la rumah tu kan ada banyak kenangan mama aku dengan arwah abah aku.Dekat situ la jugak aku dengan kau membesar.”

“Aku faham tu Qif.Tapi kau kena jugak bagi masa dekat mama kau untuk kuatkan semangat dia.Abah kau kan baru je meninggal dunia 6 bulan lepas.Kubur dia pun masih merah lagi.Kau kena banyakkan bersabar okey.Aku tahu kau mampu.”Azriel cuba memujuk Aidan.

“Terima kasih Riel.Kau la kawan aku dunia akhirat.”Mereka segera berpelukan bagi memujuk gundah masing-masing.

“Dah-dah,tak payah nak feeling-feeling sangat dekat sini.Kang tak pasal-pasal je kita kena tangkap khalwat.Aku tak nak la kahwin dengan kaum sejenis.Aku ni lurus tau.”Azriel cuba bergurau dengan Aidan.

“Hahaha,bangang la kau Riel.Aku pun tak nak tau kahwin dengan kau.Aku ni pun lurus jugak la.”Akhirnya pecah tawa mereka berdua di ruang tamu itu.

“Qif,aku tahu bukan masalah ni yang dah serabutkan fikiran kau.Kita dah kawan dari kecik lagi.Tapi aku takkan paksa kau untuk cerita semua tu sekarang.Aku akan tunggu sampai kau betul-betul bersedia untuk cerita semua masalah kau tu dekat aku.”bisik hati Azriel sambil meneruskan sisa tawanya.

“Kau dah makan Riel?”tanya Aidan sambil meleraikan pelukannya.

“Belum.Kau dah makan ke?”tanya Azriel semula.

“Belum jugak.Jom lah kita keluar nanti.”cadang Aidan.

“Hmm…boleh jugak.Lepas Isyak nanti kita pergi.Tapi aku nak mandi dengan solat dulu.Kau dah solat belum ni?”tanya Azriel lagi.

Aidan hanya tersengih panjang sebelum menggelengkan kepalanya.Azriel hanya tersenyum sebelum berkata, “Sudahlah dengan sengih kau tu.Kau pergi ambik wuduk sekarang lepastu tunggu aku.Kita jemaah.”

“Aye…aye kapten.Saya segera menurut perintah.”Aidan membalas dengan gaya seorang kadet sambil tangan kanannya diangkat seperti sedang memberi tabik hormat.




“Aisy,aku lapar la.Kau tak rasa lapar ke?”tanya Arissa Sofia kepada sahabatnya itu.

“Lapar la jugak.Kenapa kau tanya?Kau nak masak ke?”Aisyi Safia bertanya pula.

“Aku rasa tak berapa sihat la.Kita makan dekat luar je la malam ni.”cadang Arissa Sofia.

“Aku ok je.Mana-mana pun aku tak kisah.Lagipun aku pun rasa malas jugak nak masak malam ni.”Aisyi Safia hanya bersetuju.

“Kalau  macam tu kita siap-siap dulu lepastu kita keluar.Naik kereta aku tapi kau drive boleh?”tanya Arissa Sofia.

“Boleh je.Aku pun nak kau banyakkan rest.Kau tu dahla kalau demam tu susah nak sembuh.Suruh makan ubat kau taknak.Suruh rehat lagila kau taknak.Sibuk jugak nak buat kerja.Bos dekat office tu bagi cuti pun kau buat tak hairan je.Bila kau pergi jugak office tapi bos tak nak bagi kerja dekat kau boleh pulak kau tu pergi tolong tea lady buat air la,cleaner sapu sampah la,officemate buat kerjala.Haihhh…aku pun tak faham la dengan spesies macam kau ni.Kalau orang lain tu dah dapat cuti nak rehat je,kerja tu kalau boleh taknak buat langsung.Tapi kau ni lain pulak.”tidak semena-mena Aisyi Safia berleter.Hah padu kau leteran dia sampai ternganga mulut Arissa Sofia.

“Wei,kau ni apahal,tiba-tiba je berleter.Aku mintak kau tolong drive je.Kalau kau taknak pun tak payahla nak berleter.Kepala aku dahla tengah sakit ni.Kau pulak nak berleter dekat sini.Kalau kau taknak keluar malam ni takpa.Aku boleh je order delivery.Pizza Hut ke,Mc Donald ke,takpun aku order je dekat Foodpanda.Takdalah nak menyusahkan kau sangat kan.”suara Arissa Sofia bernada rajuk.

“Sof,sorry la.Aku tak sengaja.Aku tak bermaksud pun nak buat kau terasa.Sumpah aku tak kisah langsung nak keluar malam-malam macam ni semata-mata nak teman kau makan.In fact,kalau kau suruh aku hantar kau balik kampung sekarang ni pun aku tak kisah.Aku sanggup Sof.Lagipun tadi tu bukannya aku sengaja pun nak berleter.Aku terlepas je.Kau pun tahu kan aku macam mana.Aku ni cuma risaukan kau je.”Aisyi Safia cuba memujuk.

“Takpalah Aisy.Aku tak marah kau pun.Aku pun tak tahu la kenapa dengan aku malam ni.Asyik nak marah-marah je.Kalau tak marah pun mesti aku jadi cepat terasa,lepastu mulalah aku nak menangis.Sorry okey.”balas Arissa Sofia.

“Takpalah,kita sama-sama salah.Kira 0-0 balik ya.”Mereka terus berpelukan sambil saling meminta maaf.

Setelah agak lama mereka berpelukan tiba-tiba Aisyi Safia bersuara memecahkan kesunyian antara mereka.“Aku rasa kalau seminit lagi kita peluk-peluk,feeling-feeling,memang kebulur la kita malam ni.”

“Kau ni potongla.Hmm…tapi betul jugak apa kau kata tu.Jomlah kita siap.Nanti pukul berapa pulak baru kita nak balik kan.”kata Arissa Sofia pula.




“Qif,kau drive la.Badan aku ni rasa lenguh-lenguh pulak.”kata Azriel.

“Boleh,tapi kereta kau.Jimat sikit duit minyak aku.”balas Aidan.

“Ishh…kau ni dengan aku pun kau nak berkira kan.”rungut Azriel sambil tangannya sibuk menghulurkan kunci keretanya kepada Aidan.

“Hahaha,mana ada berkira bro.Itu namanya give and take.”Aidan menyambung ketawanya lagi.

“Banyaklah kau punya give and take.Dahlah lebih baik kita gerak sekarang.Aku dah lapar tahap membela ni.”Azriel menamatkan perbualan kosong mereka.

DI DALAM KERETA,

“Kita nak makan dekat mana ni?”tanya Aidan.

“Macam mana kalau kita makan dekat gerai mamak je?”cadang Azriel.

“Hmm…aku bukannya apa tapi kau tahu kan yang aku ni tak berapa suka dengan masakan mamak?Aku tak boleh langsung nak telan masakan diorang tu.”Aidan  mengingatkan Azriel.

“Haah la.Aku lupa.Sorry Qif.Kalau macam tu macam mana kalau kita makan dekat restoran western?Kedai yang baru buka dekat dengan office Zahid tu.The Place Wheel.Amacam,best tak?”Azriel menepuk dahinya sambil memberikan sebuah lagi cadangan yang baharu.

“Hah?Kau biar betul?Aku dengar nama pun tekak aku dah rasa meloya ni.Serius la kau nak makan dekat sana?”Aidan meminta kepastian.

“Yalah,kita cuba la dulu.Mana tahu sedap ke?Lagipun,we should not judge a book by its cover,right?Samalah macam ni.Lagipun nama je wheel.Bukannya kau masuk tu kau jadi berpusing pun.”kata Azriel cuba bergurau.

“Okeylah kalau macam tu.Kira set lah ni.Confirm ni taknak tukar tempat?”tanya Aidan lagi.

“Yes,confirm.”jawab Azriel.




Arissa Sofia yang kurang sihat hanya senyap di kerusi sebelah penumpang.Aisyi Safia pula tetap fokus dengan pemanduannnya.“Kau ada suggestion apa-apa tak dekat mana kita nak makan?”tanya Aisyi Safia.Namun,dia berasa agak hampa kerana Arissa Sofia tetap mendiamkan diri.“Kita makan dekat The Place Wheel jelah.Kedai western yang baru buka dekat hujung jalan office kita tu.”cadang Aisyi Safia.

“Ikut kau lah.Aku tak kisah makan dekat mana pun.”balas Arissa Sofia.

“Sof,kalau aku tanya ni kau jangan sentap pulak.Actually kau still sayang dia kan?”tanya Aisyi Safia.

“Aisy,apa yang kau mengarut ni?Dia apa?Haq?Come on lah,kau tahu kan dia dah lama mati dalam hati aku.Aku bukan Nadia Nur Arissa Sofia yang dulu.Aku dah bunuh diri aku yang tu.Sekarang ni cuma tinggal Nadia Nur Arissa Sofia yang baru.Dia?Tak penting dalam hidup aku pun.Dahlah Aisy.Aku penat ni.Aku nak rest kejap.Nanti dah sampai sana kau kejut aku.”bidas Arissa Sofia.

“Memang kau kata kau dah berubah Nadia.Tapi aku tahu Nadia Nur Arissa Sofia yang dulu tak pernah hilang.Kau yang sembunyikan dia,Nadia.Kau tetap tak pernah berubah bagi aku.Walaupun mungkin penampilan kau dah berubah sekarang,tapi aku tahu sekeping hati kau tu tak pernah berubah.Cuma kau je yang ego.Kau tipu diri kau sendiri Nadia.Aku cuma boleh berharap kau kembali jadi Nadia Nur Arissa Sofia yang dulu.Nadia yang dulu.Nadia aku.”bisik hati kecil Aisyi Safia sambil meneruskan pemanduannya.

Tanpa sedar,Arissa Sofia yang duduk di sebelahnya telahpun mengalirkan air matanya.Fikirannya kembali mengimbas perbuatannya suatu ketika dahulu.Perbuatan yang telah menambahkan lagi barah dalam persahabatan mereka.Persahabatan mereka yang ibarat retak menanti belah.

13 TAHUN YANG LALU

“Kau ingat kau hebat sangat ke?Jangan ingat sebab kau tu top student kau dah hebat sangat.Aku akan make sure aku dapat kalahkan kau dalam exam yang akan datang.Kalau aku tak dapat top one pun aku akan pastikan result math dengan sains aku lagi gempak dari kau.Walaupun cuma beza 0.0000001 peratus.”kata Ahmad Thaqif Aidan dengan lagak yang angkuh.

“Kau ni dah kenapa hah?Yang kau tiba-tiba nak cari gaduh dengan aku ni kenapa?Pasal result exam pun kau nak gaduh ke?Relakslah,kita datang sekolah ni nak belajar,nak tuntut ilmu,bukan nak cari siapa yang lagi pandai.Aku pun bukan pandai sangat.Ada ramai je yang lagi pandai dari aku.”Nadia cuba menenangkan keadaan.Dalam situasi seperti itu,dia perlu bijak menggunakan akalnya.Dia perlu menunjukkan bahawa dia seorang yang matang dan bukanlah seseorang yang jenis cepat melenting.Walaupun umurnya baru berusia 13 tahun ketika itu,tetapi dia seorang yang pandai bermain dengan emosi.Justeru,dia sering menjadi penyelamat ketika ada rakan-rakannya yang bergaduh.

“Tak pandai kau kata?Kalau sampai setiap kali exam kau dapat top one tu takkan kau bodoh lagi?Setiap kali kuiz yang cikgu buat mesti kau yang menang?Tu apa?Bodoh?”Aidan tersenyum sinis.

“Aku tak pernah pun rasa diri aku ni terlebih pandai Haq.Kau tu je yang rasa diri kau terlalu lemah.Kalau nak dibandingkan kau dengan aku kau tu lagi pandai kau tahu tak?Kau tu lelaki.Allah kurniakan kau dengan 9 akal.Sedangkan aku ni?Budak perempuan yang biasa je.Aku ni cuma ada 1 akal je.Lagipun cuba kau tengok result UPSR kau tu.Result kau tu lagi elok dari aku kan.Aku ni dapat 3A je sedangkan kau?4A.So,perlu ke kau nak beza-bezakan dengan aku.It is proven that your result is better than me.Besides,there is only you that got 4A’s in this class.In this school.And we?We got only 3A’s the higher.You should be glad Haq.You came from one of the best primary school.The cluster school.But we?We came from an ordinary school.Unlike you.So,please,don’t bring up this matter.I’ve known you for long.I knew all your family.And so are them.Please,be mature okay.We are already in secondary.It is not the same as before.What past is past.Now,focus on what’s next.”balas Nadia.

“Diam!!!Kau tak payah nak tunjuk pandailah dekat sini.Kau ingat aku tak tahu niat kau yang sebenar ke?Aku tahulah.Kau sebenarnya sengaja kan cakap ‘Bahasa English’ depan aku?Supaya kau boleh tunjuk depan semua classmates kita yang aku ni bodoh ‘Bahasa English’?Kan?”Kau sebenarnya nak semua orang tahu yang kau tu lagi pandai ‘Bahasa English’ dari aku kan.Supaya semua orang tahu yang aku dapat 4A je.Yang satu subjek lagi tu C.Kan?Dan yang C tu sebenarnya ‘Bahasa English’.Kan?Jawablah.Yang kau diam tu kenapa hah?Dah bisu?”jerkah Aidan.

Nadia hanya mampu menahan gelak.Dia tahu kalau dia melepaskan tawanya sudah pasti akan menambahkan lagi bara di hati Aidan.Sebenarnya Nadia seorang yang suka membetulkan kesalahan.Dia bukanlah seorang penghidap OCD.Tetapi itu merupakan tabiatnya sejak kecil lagi.Nadia menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan sebelum memulakan bicaranya.“First,kau dah salah faham sangat-sangat-sangat-sangat-sangat dengan aku.Second,aku bukannya nak tunjuk dekat kau yang aku ni lagi pandai BAHASA INGGERIS daripada kau.Third,tu sebenarnya memang cara aku bercakap dengan orang terutamanya bila aku cuba nak tegaskan sesuatu.Fourth,kau tu je yang tak yakin diri.And last,aku sikit pun takde niat nak rendah-rendahkan kau.Dan KAU,betul-betul dah silap besar.”Nadia masih cuba membetulkan kesalahan yang dibuat oleh Aidan dalam bicaranya di samping dia mahu menyedarkan Aidan.

Muka Aidan membahang merah. “Ahhh…aku peduli apa ‘Bahasa English’ ke Bahasa Inggeris ke,yang penting kau memang sengaja nak bagi aku malu kan.Kau tu cuma bernasib baik je sebab kau pandai Bahasa Arab.Kalau kita tak ambil Bahasa Arab for sure aku boleh kalahkan kaulah.So,kau jangan nak berlagak sangatlah.”balas Aidan bernada sindiran.

“Kau ni dah kenapa Haq?Kita kenal sejak kecik lagi.Tak pernah pun selama ni kau buat perangai macam ni.Tiba-tiba je ni.Kau PMS ke?Tapi setahu aku perempuan je PMS.Ke kau dah tukar jantina?”Nadia memang seorang yang berlidah bisa.Disebabkan itulah tidak ada seorang pun yang berani membangkitkan kemarahannya kerana takut dihentam oleh bisa lidahnya.

“Kau tak payah nak tukar topik dekat sini eh.Aku dah lama tak puas hati dengan kau.Aku diamkan je selama ni.Tapi,kali ni kau dah melampau.”kata Aidan bernada marah.Dia bukan seorang yang suka naik tangan kepada perempuan tetapi hatinya tidak boleh bersabar langsung dengan seorang perempuan yang bernama Nadia Nur Arissa Sofia ini.Laju tangan kirinya diangkat untuk menampar Nadia tetapi gadis itu seorang yang sangat tangkas.Dia merupakan seorang ahli silat dan taekwondo.Begitu juga dengan Aidan.

“Hah,sekarang ni kau dah pandai nak naik tangan dekat orang perempuan pulak ke?Kau ingat sikit sekali kau angkat tangan dekat aku sebijik penumbuk aku lekat dekat muka kau.”Nadia mengugut.

“Buatlah,aku pun nak tengok jugak penumbuk kau tu besar mana.Lagipun aku ni manalah pernah rasa penumbuk kau tu.”Aidan cuba membakar Nadia.Dia tahu semarah apapun Nadia gadis itu tidak akan pernah menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.Gadis itu seorang yang sangat menjaga batas pergaulannya sedari kecil lagi.Dia masih ingat dia pernah cuba bersalaman dengan gadis itu ketika masih di darjah 4 kerana dia akan berpindah ke sekolah yang baharu.Tetapi gadis itu tetap menolak untuk bersalaman dengannya walaupun berlapik sehingga habis seluruh sekolah dia lari untuk mengelak daripada bersalaman dengannya.

“Hisyy,takpe aku bagitahu dekat mama kau.Biar kau kena dengar dia berleter pagi petang siang malam.Kau pun tahu kan mama kau tu sayang sangat dengan aku.Mana pernah dia tak percaya apa yang aku cakap.”ugut Nadia lagi sambil melepaskan penumbuknya.

“Kau!”Aidan menarik semula tangannya.“Fine,kau yang cabar aku.Mulai harini kau bukan kawan aku dah.Walaupun kita sekelas.WE…ARE…ENEMY…FULL…STOP!”Aidan menyebut satu persatu perkataan itu di hadapan Nadia.

“Heh,aku pun tak hairanlah dengan kau.Kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan kau ni?Muka dahlah macam tongkang pecah,rambut serabai,datang sekolah pun entah mandi entah tidak,tapi aku rasa mesti tak mandi punya,dahlah bodoh,sombong pulak tu,kedekut ilmu,perasan handsome,bajet macho,pergi mampuslah dengan kau punya perasan tu.Aku pun tak hinginlah nak kawan dengan kau.Kalau kau nak bermusuh dengan aku pun tu masalah kau bukan masalah aku.Kalau kau pergi pun tak luak la kawan aku.Ada ramai lagi orang yang nak kawan dengan aku kau tahu tak?!!”Nadia membalas pedas.

“Kau ingat kau tu dah elok sangat ke?Kau ingat kau tu lawa sangat dah?Cuba la kau balik rumah kau cermin sikit diri kau tu.Nak kata dekat orang tapi kau tu satu kali satu je dengan aku.Sekurang-kurangnya aku ni lagi elok dari kaulah.Kau tu kalau duduk dekat Nepal ke,Australia ke,Amerika ke tak payah nak pergi berjemur dah pun takpe.Kalau malam tak payah tutup lampu pun sama jugak tetap tak nampak kau.Maklumlah kulit sama je macam blackout.Lainlah aku.'White skin'.”Aidan turut membalas pedas.

“Mulut kau ni kurang ajar kan.Kau nak kata aku hitamlah ni.Kau baik sikit eh.Kulit aku ni sawo matang kau tahu tak.Bukan hitam.Kau tu je yang bodoh.Tu la masa cikgu mengajar seni kau kalut sangat nak tidur sampai warna pun kau tak kenal.Kesian kau kan.One more thing,white people doesn’t said WHITE SKIN but it is FAIR SKIN.Tu la lagi kau tu masa Teacher Sakinah ajar English dulu kau sibuk main dekat belakang.Sekarang ni kan dah bodoh.Kan aku dah kata kalau dah bodoh tu lain kali belajar bukannya sibuk nak mengajar orang.”Nadia membalas lagi.Pedas.

Berdesing telinga Aidan demi mendengar perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut Nadia.Orang yang lalu-lalang di sekeliling kawasan kelas mereka itu juga sudah tidak dihiraukan lagi.Mereka seolah-olah berada dalam dunia ciptaan mereka sendiri.Rakan-rakan sekelas mereka yang lain pula sudah mati akal untuk menghentikan mereka.Sedang asyik dalam lamunannya tiba-tiba “Sof!Sof!Sof!!!Bangunlah!Kita dah sampai ni!”jerit Aisyi Safia kuat di tepi telinganya.

“Eh,dah sampai ke?Sorry,aku tak perasan.”jawab Arissa Sofia senada.Semua lamunannya telah terbang entah ke mana.

“Takpe.Kau macam mana?Okey tak ni?”soal Aisyi Safia prihatin.

“Aku okey je.Dahlah,jom masuk cepat.”ajak Arissa Sofia.Aisyi Safia pula hanya menurut langkah Arissa Sofia selepas memastikan keretanya telah dikunci rapi.





Friday 13 July 2018

Cerpen : Forever Love Raya

*Assalamualaikum w.bt and hi, sorry lambat sangat but i hope semua orang enjoy reading this. Sorry for the mistakes...pendek je ni... sorry.

*Selamat Hari Raya!!!*

Zurin menggelengkan kepala melihat teruna sulungnya melayan pelanggan perempuan, memang nampak sangat menggatalnya.

"Puasa nanti buka ke kedai ni?" Tanya si pelanggan perempuan dengan sipu2 malu tapi mahu.

"Tak buka, tapi buat tempahan kuih untuk raya" jawab Zaqriel smooth habis, memang penuh dengan nada manis madu.

"Ya ke? Macam mana nak order?" Soal pelanggan tampak berminat teramat, tak pastilah minat kuih atau tuan yang menjualnya.

"Boleh follow ig nama bakery ni dan ni, bus card. Boleh call" Zaqriel sengih lebar.

"Oh, awak ke yang ambil tempahan nanti?"

"Maybe..."

"Macam mana nak ambil kuih ni nanti"

"Delivery...sampai depan tangga untuk area sini, sampai hati awak pun boleh" Zaqriel kenyitkan mata sambil tersengih gatal.

Zurin dan Ruby sama2 tayang muka mual dengan ayat Zaqriel. Berdiri bulu mereka berdua dengar ayat pick up line Zaqriel. Hahaha.

Akhirnya pelanggan itu beredar dengan senyum lebar dan rasa puas hati yang menggunung. Kasihan pula Zurin bila Zaqriel mainkan perasaan anak dara orang macam tu.

Zurin mendekati Zaqriel dan mencubit lengan anaknya kuat. Sehingga mengaduh Zaqriel dibuatnya. Lengan yang menjadi mangsa di usap beberapa kali. Memang sakit sebab dah memerah kulit putih itu.

"Mama!" Rungut Zaqriel manja.

"Zaq tak patut buat macam tu, kesian budak tu" tegur Zurin serius sebagai seorang ibu

"But, thats a promotion, you know marketing strategies"

"Mama tak nak nanti ada kes anak2 dara serang cafe ni sebab berebutkan Zaq. Mama tak nak orang label anak mama playboy"pesan Zurin lagi. Memang huru hara cafe bila jadi kes berebut Zaqriel dulu.

Zaqriel dah berumur 22 tahun, dah habis belajar dia France dan kini bekerja di cafe milik Zurin dan Ruby. Memang semakin bertambah pelanggan Zurin tapi tak tahu la datang nak makan kek or kopi atau tengok Zaqriel.

"Okay ma, Zaq promise tak buat lagi"

"Percaya la janji palsu anak kau tu" Ruby laju membalas dari belakang menyebabkan Zurin ketawa perlahan. Yup! Memang bukan tak kenal si Zaqriel tu, saat ni kata maaf dua saat lagi, dia buat balik.

"Aunty! No, Zaq ni..."

"Sayang!" Putus ayat Zaqriel bila Iskandar datang dan terus memelul Zurin dari belakang yang tengah bersihkan meja.

"Abang, dah lunch hour ke?" Soal Zurin teruja dan salami tangan Iskandar sambil tersenyum lebar.

Iskandar anggukkan kepala dan mencium dahi Zurin sebelum duduk di kerusi sambil menggenggam tangan Zurin. Mereka berdua leka dengan perbualan dan dunia mereka sendiri.

Zaqriel tayang muka tak puas hati dan pandang Ruby yang ikut sama buat muka. Jealous ke???

"Papa, what are you doing here?" Soal Zaqriel dengan nada sebal menyebabkan Ruby ketawa begitu juga dengan Zurin. Memang tak sekepala betul dua beranak ni

"What are 'you' doing here?" Soal Iskandar balik, tangan Zurin masih dalam genggamannya.

"FYI I'm working here"

"Working not flirting?" Soal Iskandar tepat pada sasarannya menyebabkan Zaqriel putus asa dan kali ke tampat lain. Iskandar tersengih kemenangan. Hahaha.

"Abang! Dah la usik Zaq. Abang tunggu kejap Zurin siapkan lunch. Abang datang awal, tak sempat nak panaskan"

"Okay, abang tunggu" Zurin ingin berlalu ke dapur tapi dia tak boleh.

"Abang, tangan ni" ujar Zurin sambil muncungkan mulut tunjuk tangannya. Iskandar sengih dan lepaskan tangan isterinya.

Ruby ikut sama ke dapur manakala Zaqriel pergi ke pintu untuk letak sign tutup sebelum berjalan ke meja Iskandar.

"Papa, tahun ni first puasa kat mana?" Soal Zaqriel.

"Kat sini kut, sebab kerja kat office banyak. Kenapa? Zaq nak berpuasa kat mana?"

"Kampung mama, macam biasa"

"Tak boleh tahun ni, tapi kalau mama dan adik2 nak balik, papa tak halang" jawab Iskandar berkira kehendak isterinya.

"Papa, you know twin and mama cant sleep without you" Zaqriel tegaskan hal itu menyebabkan Iskandar ketawa. Memang twin attach teruk dengan Iskandar. Nak tidur pun kena ada Iskandar dulu.

"Tapi kalau Zaq dan triplets nak pergi, papa tak kisah. Masalahnya, cuti ke triplets tu?"

"Nope!"

"So, Zaq nak balik seorang?"

"No way! Jadi, boleh kita balik raya awal sikit dan berpuasa kat sana. Triplets cuti sekolah awal"

"I will try. Papa tengah selesaikan kerja sebanyak mungkin. Zaq dan mama buat kuih kan? Sempat ke?"

"Sempat! Tak banyak lagi order"

"Okay. Kuih tak kuih, terawih jangan tak pergi"

"You know mama, she will make time for it" Iskandar senyum lebar, bangga dengan isteri sendiri.

Ramadhan Al mubarak akhirnya datang dan hari ini merupakan hari pertama mereka semua berpuasa. Iskandar balik awal dari kerja dan melihat anak2 nya sudah terbaring lemah di sofa. Iskandar tergelak dan melihat jam di tangan.

'Pukul 4 dah out?' Iskandar bermonolog sendiri

"Papa!!!" Jerit twin ceria dan segera berlari ke dalam pelukan Iskandar. Iskandar letakkan beg di meja dan mendukung dua anak lelakinya itu. Ketawa senang kembar itu bila dicium Iskandar berkali kali.

Triplets yang tidur tersedar dengar suara adik2 mereka. Mereka bangun dan menyalami tangan Iskandar. Iskandar peluk mereka bertiga dan hadiahkan kucupan di dahi mereka. Dah lapan tahun tapi masih lagi manja.

"Guys, pergi mandi, mesti segar sikit. Simpan semua barang atas meja tu dalam bilik" pesan Iskandar dan mereka bertiga anggukkan kepala dan mulakan bekerja.

"Abang!" Tegur Zurin dan terus menyalami tangan Iskandar. Dahi Zurin dikucup sekilas. Wajah Iskandar pucat sedikit hari ini, mungkin penat di pejabat.

"Abang penat ke? Pucat je ni" Zurin usap lembut wajah Iskandar dan Iskandar hanya tersenyum. Dia tergelak bila kembar ikut sama usap wajahnya sambil bercakap bahasa mereka.

"Ilmi, Ilman. Pergi cari abang" ujar Zurin dan letakkan Ilmi dan Ilman ke bawah. Mereka segera berlari untuk mendapatkan triplet.

"Triplets, pimpin adik naik tangga, nanti tutup pagar tangga atas" pesan Zurin tegas dan mereka menjawab ya dengan serentak.

"Abang nak mandi?" Soal Zurin mesra, tangan Iskandar digenggam erat.

"Sayang masak apa?" Soal Iskandar duduk di sofa dan menarik Zurin ke ribaannya. Bila tiada anak2 ni la masa mereka berdua nak bermesra lebih sikit.

"Zurin baru je siap buat kuih, lepas tu tolong Kak Nab masak daging black pepper. Abang suka kan?"

"Yup! Okay la sayang, abang mandi dulu. Nak pergi bazaar tak?"

"Tak nak, ajak anak2"

"Okay" ujar Iskandar dan cium kepala Zurin sebelum berlalu pergi.

Iskandar, Zaqriel, Qael, Ariel dan Aqiel dah bersedia untuk ke bazaar. Ilmi dan Ilman sudah menangis kerana akan ditinggalkan. Bukannya tak nak bagi pergi tapi mereka berdua tak boleh tempat ramai orang nanti menangis.

"Boys, jangan beli benda yang tak makan dan jangan membazir. Kalau beli banyak tapi tak makan, siap! Mama piat telinga nanti" pesan Zurin tegas dan mereka semua hanya ketawa sambil anggukkan kepala. Ilmi dan Ilman dalam dukungannya masih lagi menangis.

"Mama nak apa2?"

"Tak nak. Hati2, jaga adik2. Sayang2 mama jangan sampai hilang papa dan abang tau. Duk dekat2" tambah Zurin lagi, memang risau tak sudah2.

"Okay mama! Bye mama!" Mereka bertiga melambai dan masuk ke dalam kereta setelah bersalaman, begitu juga dengan Zaqriel.

Iskandan cium dahi dan pipi kembarnya. Kasihan pula tengok mereka menangis nak ikut tapi apakan daya, nanti mereka menangis juga malah lebih teruk.

"Be good okay. Dont cry, kesian mama" pesan Iskandar dan kembar terus berhenti menangis, hanya sisa esakan yang ada.

"Abang pergi dulu sayang"

"Okay. Drive elok2" pesan Zurin lagi dan Iskandan anggukkan kepala. Zurin perhati kereta itu berlalu pergi sebelum masuk ke dalam rumah.

"Amboi, bila papa pesan terus jadi baik." Zurin pura2 marah dan menyebabkan kembarnya ketawa kecil.

"Mandi nak?"

"Andi!! Nak!!"

"Nak!! Nak!!"

Zurin ketawa dan membawa mereka ke bilik untuk mandi. Memang senang nak mandikan mereka tapi nak selesaikan mandi tu susah, memang suka main air betul mereka berdua ni


Zurin dah agak yang teguran dan pesanan dia sebelum ke bazaar tadi akan jadi sia2 tapi tak tahu pula sampai tahap ini. Memang pelbagai jenis makanan ada atas meja sekarang ni. Zurin hanya mampu mengeluh dan gelengkan kepala.

"Abang!"

"What? I gave them RM20 each and they bought what they want"

"Abang, makanan ni will last for a week. Ya Allah, apa nak jadi dengan suami dan anak2 aku ni"

"Sayang, abang beli dua benda je. Yang lain semuanya dorang"

"Nope, Zaq beli chicken wing ni je" balas Zariel membela dirinya sendiri. Zurin pandang tripletsnya dan mereka bertiga sengih bersalah.

"Mama tak kisah, siapa yang buang makanan ni semua siap. Pastikan makanan ni semua habis. Jangan letak dalam peti ais" ujar Zurin tegas dan mereka berlima hanya mampu menurut. Zurin ni boleh tahan garang sebenarnya.

Mereka semua selesai bersiap untuk ke masjid untuk tarawih. Zurin masuk terlebih dahulu bersama triplets ke dalam kereta, kembar tinggal di rumah bersama orang gaji mereka.

Zurin mencium dahi triplets bila tidurkan mereka, kepala mereka diusap sebelum Zurin beredar dari bilik itu. Iskandar menunggunya di depan pintu bersama Ilman dalam dukungan, Ilman merengek kerana perut dia tak selesa dan hanya ingin berada dalam pangkuan Iskandar.

"Abang tidur la dulu, Zurin nak check Zaq dulu" ujar Zurin kepada Iskandar, riak Iskandar berubah sikit bila nama Zaqriel disebut.

"Dah tua bangka macam tu kena tidurkan lagi ke?" Soalan Iskandar buat Zurin tergelak dan menampar lembut lengan Iskandar. Mengarut je la Iskandar ni.

"Bukan la! Saya nak tanya pasal tempahan kuih je. Abang ni kelakar la"

"Mana tahu, Zaq tu suka bermanja dengan awak"

"Ya Allah, dah la abang. Pergi tidurkan Ilman" Zurin tergelak dan berjalan ke bilik Zaqriel. Memang tak ada masa dia nak melayan kerenah Iskandar.

Iskandar ke bilik mereka dan tempatkan Ilman ke katil Ilmi dan Ilman. Mereka berkongsi katil yang sama dan kadang2 boleh bergaduh dalam tidur.

"Tidur baik2 boys, papa pulak nak bermanja dengan mama ni" ujar Iskandar dan mencium dahi kembarnya. Iskandar tersenyum melihat Ilman terus memeluk Ilmi. Ilmi bergerak sikit dalam tidur tapi teruskan tidurnya.

"Abang, dah tidur ke Ilman?" Soal Zurin sambil memeluk Iskandar dari belakang.

"Dah, jom masuk tidur. Esok awak kena sediakan sahur lagi" ujar Iskandar dan menarik tangan Zurin ke katil.

"Nak sediakan sahur, nak bangunkan abanh yang susah" perli Zurin sambil masuk ke dalam selimut. Iskandar buat muka tak endah dan ikut sama baring di sisi Zurin. Pinggang Iskandar dipeluk dan selamat malam diucap. Penat sangat hari ini sebab puasa pertama. Moga Ramadhan kekal bersama mereka.

Hari kedua berpuasa semua orang nampak bersemangat sikit, lagipun esok cuti sekolah jadi triplets balik awal hari ini. Dah siap buat permintaan nak makan macam2. Zurin hanya iakan kerana dia yang akan masak hari ini. Kak Nab cuti balik ke kampung halaman.

"Mama, bila kita balik kampung?" Soal Qael sambil menguis bawang dia dalam pinggan.

"Tak pasti sayang, tanya papa" ujar Zurin sambil tersenyum.

"Papa pun cakap tak tahu, cuti sekolah Qael awal tau, seminggu sebelum raya"

"Ya, mama tahu tapi kerja papa banyak kan? Kalau Qael, Ariel dan Aqiel nak balik dulu nanti boleh je"

"Really?" Soal Qael teruja. Seronok sangat balik kampung sebab ada orang nak layan kerenah mereka bertiga.

"Guys! Kita boleh balik kampung awal!!!" Jerit Qael sambil berlari ke ruang tamu. Kemudian bunyi suara sorakan dari luar. Dah teruja sampai tak ingat dunia tu. Puasa pun dah lupa agaknya.

"Apa bising2 tu?" Soal Iskandar bila masuk ke dapur. Pinggang Zurin dipeluk dan kepala diletakkan di atas bahu Zurin. Manja. Zurin tergelak perlahan sebelum usap kepala Iskandar yang masih basah selepas mandi.

"Dorang nak balik kampung awal, boleh?"

"School?" Soal Iskandar sambil berkerut.

"Start a week earlier"

"Okay then, nak Khan hantar or flight?" Soal Iskandar dan keluarkan telefonnya untuk mencatat tarikh dan sebagainya.

"Nanti Zurin tanya kot2 ada orang boleh jemput. Kesian pulak abang khan nanti. Penat"

"Okay. Masak apa sayang?" Soal Iskandar beralih topik.

"Ayam masak kurma. Triplets nak makan tapi, papadom tak ada. Nak pergi beli kejap lagi" ujar Zurin sambil meneruskan memasak.

"Abang suruh Khan belikan..."

"Mereka sekeluarga cuti la. Zurin boleh pergi sendiri"

"Nope. Wait, papadom je ke?" Soal Iskandar dan mendail sesuatu dari telefonnya. Nak buat delivery ke apa?

"Ya, tu je. Oh, ais krim coklat dan susu pekat" tambah Zurin segera.

"Thats all?" Iskandar pinta kepastian dan Zurin anggukkan kepala.

Zurin pandang Iskandar penuh tanda tanya bila Iskandar dekatkan telefon ke telinga, tangannya memegang tangan Zurin menghalang Zurin dari memasak. Zurin tak minta Iskandar lepaskan tangan dia jadi dia masak guna sebelah tangan je.

"Papadom, chocolate ice cream and...apa sayang?"

"Susu pekat"

"Yes, susu pekat. Thats all. Hmm" Iskandar tergelak kecil dan matikan telefon tanpa ucapkan selamat tinggal.

"Siapa?" Soal Zurin nak tahu.

"Your son" ujar Iskandar tak endah. Zaqriel la tu yang Iskandar maksudkan.

"Dia dah otw balik"

"Yup, he is close already, I make him go" ujar Iskandar tanpa rasa bersalah malah tersengih lebar. Ya Allah, memang suka betul menyusahkan dan cari pasal dengan Zaqriel. Zurin cubit lembut perut Iskandar.

"Abang ni, kesian dia. Jauh dia pergi hari ini"

"He is willing, you his mama" jawab Iskandar senang. Zurin tergelak dan teruskan memasak.

"Punya la Zaq penat dah drive jauh2, kalut cari barang yang mama nak, alih2 bila balik boleh tengok drama free papa pulak" rungut Zaqriel tanpa memberi salam dan letakkan barang di beli ke atas meja. Iskandar tahan gelak dan buat tak tahu.

Zurin segera ke sisi Zaqriel dan memegang kepala Zaqriel. Zaqriel nampak sangat penat dan pucat lesi. Dah boleh agak gastrik atau migraine Zaqriel menyerang lagi.

"Sakit perut ke kepala?" Soal Zurin khuatir.

"Kepala mama, denyut2" Zaqriel mengadu dengan manja dan Iskandar buat muka. Memang seteru satu bumbung betul.

"Nak berbuka ke?" Soal Zurin lagi. Zaqriel gelengkan kepala dan meminta diri untuk ke bilik dan rehat. Zurin hanya pandang Zaqriel pergi dengan risau.

"Abang, klinik"

"Sayang, kita bagi Zaq rest dulu. Kalau melarat lepas berbuka kita pergi" ujar Iskandar dan Zurin anggukkan kepala.

Zaqriel hanya makan sikit semasa berbuka dan meminta diri untuk berehat. Teruk juga la migrain Zaqriel kali ini. Zurin kena uruskan twin terlebih dahulu dan terpaksa tinggalkan Zaqriel sekejap.

Iskandar mengetuk pintu bilik dan masuk setelah mendapat jawapan. Iskandar duduk di sisi katil dan meletakkan segelas air dan ubat di atas meja kecil di hujung katil. Kepala Zaqriel di sentuh agak lama.

"Pa, Zaq tak terawih la malam ni" ujar Zaqriel dan Iskandar anggukkan kepalanya.

"Bangun dulu, makan ubat. Solat maghrib dah?" Soal Iskandar sambil bantu Zaqriel makan ubat. Zaqriel anggukkan kepala sebagai jawapan.

"Nak mama stay" soal Iskandar lagi.

"Mama tak jaga twin ke?"

"Right. Okay. Rest" ujar Iskandar dan bangun untuk berlalu pergi.

Bila semua orang sudah ke masjid, selesai solat isyak Zurin ke bilik Zaqriel untuk memeriksa keadaan Zaqriel sendiri. Baru dia free bila twin dah tidur.

"Mama, twin tidur dah?" Soal Zaqriel, keadaannya lebih baik.

"Dah. Zaq okay?"

"Okay. Papa bagi ubat tadi" Zaqriel dan Zurin sama2 sengih. Siapa tak sayang anak oi!

"Ni rasa nak usik papa ni" Zurin ketawa perlahan, seronok jugak boleh tengok muka malu tambah cool Iskandar nanti. Hahaha.

"Jangan la ma, nanti dia buli Zaq lagi" Zurin ketawa senang dan bersetuju sahaja

"Dah isyak ni. Solat dulu lepas tu tidur. Mama nak buat solat terawih sikit"

"Okay mama. Ikut ke triplet tu?"

"Boleh tak ikut, papa cakap 'Boys!' Sekali je dah lari masuk kereta" Zurin ketawa lagi begitu juga Zaqriel. Walaupun Iskandar dah baik betul, garang dan tegas tu tak di buang. Zurin pun kena marah kadang2 sampai merajuk.

"Mama pergi dulu. Rest well"

"Okay mama"

Zurin usap kepala Zaqriel sebelum keluar dari bilik itu. Zaqriel senyum dan tergelak bila bayangkan situasi triplets di gertak. Dah lama juga tak tengok wajah garang Iskandar.

'Ya Allah, engkau kirimkan seorang yang sempurna untuk kami semua' Zaqriel bersyukur sangat2.

Ruby sedang mendodoikan anaknya bila Zurin tiba di cafe. Salam Zurin dijawab oleh Ruby dengan senyuman.

"Aimi" Zurin cium dahi Aimi sebelum duduk di depan Ruby. Jarang sangat Ruby bawa Aimi ke cafe kalau tak ada sebab khas.

"Kenapa ni?" Soal Zurin dengan nada risau sedikit sebab Ruby tak nampak macam dia gembira sangat.

"Keluarga Azman" jawab Ruby resah, air matanya mula bergenang.

"Kenapa?" Soal Zurin lembut, dia merapatkan diri kepada Ruby. Tangannya mengusap lembut bahu kawannya.

"Mereka dah tahu nursery Aimi. Mereka nak ambik Aimi" gugur juga air kata Ruby akhirnya. Zurin hanya diam dan terus memeluk erat badan kawannya itu memberi kekuatan.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa nak ambil Aimi? Tiba2 je"

"Isteri Azman keguguran lagi"

"Dah tu? Tu masalah Azman dengan bini dia kan? Dah la dia tipu kau dulu kononnya single, lepas tu tunda2 tarikh kahwin. Bila dah kahwin dia ceraikan kau pulak bila bini tua dia mengandung. Apa masalah Azman ni?" Marah Zurin.

Memang nasib Ruby tak baik, dia ditipu Azman malah Azman tinggalkan dia untuk bersama isteri awalnya. Kenapa lelaki macam Azman perlu wujud???

"Shh, jangan nangis Ruby. Sorry" pujuk Zurin bila kembali tenang. Dia tak nak Ruby kesedihan, bila Ruby sedih saat penceraian dulu pun Zurin dah tak sanggup nak tengok.

"Apa salah aku Zue, dia lepaskan aku dan Aimi dulu. Kenapa sekarang dia nak ambil Aimi?" Ratap Ruby sedih. Zurin diam dan teruskan usap belakang Ruby.

"Hello!!!" Suara ceria Zaqriel memecahkan suasana hiba di cafe.

Zaqriel terkejut melihat Ruby yang sedang menangis dan mengelap air matanya. Zaqriel letakkan begnya dan terus duduk di sisi Zurin.

"Mama, apa jadi? Sis, kenapa?" Soal Zaqriel risau.

"Tak ada apa..."

"No. Azman kan? Mesti Azman lagi" bentak Zaqriel dan terus berdiri bengang. Wajah Zaqriel memang bengis dan dia sudah mahu pergi untuk mencari Azman.

"Zaq, jangan!" Halang Ruby turut sama berdiri.

"Apa lagi kak? Dia dah melampau sangat" baran juga Zaqriel kali ini.

"Kak akan bincang dengan dia"

"Sampai bila nak bincang?!" Suara keras Zaqriel menyedarkan Aimi dari pelukan dan Aimi terus menangis kerana tidurnya terganggu.

Zurin lepaskan keluhan dan menarik tangan Zaqriel supaya dekat dengan mereka. Lengan Zaqriel diusap lembut.

"Mama, sis lets talk this stuff with papa. Lets court decide whats the best" saran Zaqriel bila kembali duduk dan tenang. Zurin angguk kepala bersetuju dengan cadangan itu. Ruby hanya diam dan teruskan menenangkan Aimi.

Zaqriel ambil Aimi dari dukungan Ruby dan mendodoi lembut Aimi supaya kembali lena.

"Zaq tidurkan Aimi. Sis fikir balik dan bincang dengan mama elok2" pesan Zariel sebelum berjalan ke beranda cafe. Aimi juga kembali tenang dan mula tertidur.

Zurin masih fikirkan masalah dan keadaan Ruby tapi dia tak cakap apa2 sepanjang dalam kereta. Zaqriel hanya biarkan Zurin dengan fikirannya dan memandu sampai ke rumah.

"Mama, tengok ni" ujar Zaqriel bila melihat ada kereta tak dikenali di rumah mereka.

"Papa beli kereta baru ke?" Soal Zurin keliru.

"Untuk mama?" Soal Zaqriel pula.

"Takkanlah. Jom masuk" Zurin keluar dari kereta dan menuju ke pintu. Dia terkejut melihat suasana di dalam.

"Mama! Papa!" Jerit Zurin ceria dan segera berlari untuk memeluk keluarga mertuanya.

"Granny!!!" Jerit Zaqriel pula dan ikut sama memeluk neneknya, Zurin tersepit di tengah2.

Iskandar bangun dari kerusi dan menolak Zaqriel supaya jauh dari Zurin. Zurin tergelak bila Zaqriel dah menjejling dan merungut sesuatu tentang Iskandar. Tak sudah2.

"Abang!" Zurin masih lagi ceria dan kembali ke sisi Ibu mertuanya.

"Bila mama sampai? Sampai bila nak stay sini?"

"Actually, kami dah berpindah balik ke sini. Company papa dah tukar ke sini. Kami akan stay di Malaysia buat selamanya tapi bukan di rumah ni. Kami dah beli rumah dekat sini" ujar Daniel ceria. Semua orang begitu teruja dengan berita ini dan mereka kembali berbual dengan rancaknya.

"Abang, Zurin seronok sangat puasa tahun ni. Semua orang ada" Zurin peluk Iskandar yang sedang baring di sisinya

"Sama la. Lagi seronok kalau kita boleh tambah ahli lagi kan?" Soal Iskandar mengusik. Zurin hanya diamkan diri dan sembunyikan wajahnya di dada Iskandar.

"Abang...umm, sekarang ke?" Soal Zurin masih lagi malu.

"No. Soon." Jawab Iskandar lagi dan Zurin lega. Dia kembali memandang Iskandar.

"Tak sangka Dani dah terel jadi imam kan? Suara dia pun sedap"

"Puji lelaki lain ke?" Soal Iskandar dengan nada merajuk. Zurin tergelak dan memukul dada Iskandar. Mengadanya cemburukan adik sendiri.

"Abang ni! Zurin maksudkan dia dah banyak sangat berubah. Dah matang"

"Tu la, Alhamdulillah. Abang pun terkejut dia offer nak jadi imam terawih tadi. Mama dan papa pun dah banyak berubah. Tadi masa mama sampai, mama dah bertudung"

"Really? Alhamdulillah. Ya Allah, gembiranya Zurin rasa" ucap Zurin lagi, bertambah gembira rasa dirinya.

"Oh, lupa pulak. Abang, keluarga Azman kacau Ruby lagi la"

"Azman, the ex husband?"

"Ya la"

"Again?"

"Yup"

"Should we bring the case to court?"

"Zaq dah cadang tapi Ruby tak nak. Katanya nak selesai elok2"

"Why? I mean, they talked already right?"soal Iskandar keliru, seingat dia semuanya dah selesai.

"Ya la, semuanya sebab wife Azman keguguran lagi. So...mereka nak Aimi"

"Thats not fair."

"Right? Sedihlah..."

Iskandar tahu yang Zurin memang sedih dan risaukan Ruby. Badan Zurin dipeluk erat.

"We will think and solve this together. Lets sleep okay?"

"Hmm" hanya itu balasan Zurin kerana dia sudah selesa dan matanya juga mengantuk.

Sebelum tidur Iskandar mesej sesuatu kepada peguammnya untuk meminta pandangan dan pendapat yang lebih jelas dalam kes Ruby. Dia dah anggap Ruby seperti ahli keluarganya sendiri. Masalah Ruby, masalah Iskandar sekeluarga.

Zurin pelik dengan tension suasana cafenya bila dia tiba. Zaqriel pula masih seronok gelak sampai tergolek golek atas lantai tempat anak2 Zurin bermain.

Daniel yang berdegil nak ikut Zaqriel hanya diam tak berkutik di kerusi sambil menggosok kepalanya yang sakit. Dahinya juga merah.

Ruby masih lagi dengan muka garang dan memeluk anaknya erat. Tajam matanya memandang Daniel, kalau lah mata Ruby tu pisau dah arwah Daniel sekarang ni.

"Ruby, kenapa?" Soal Zurin bila meletakkan semua barang yang dibelinya ke atas meja. Daniel ikut sama dipandang.

"Dia ni, nak ambil anak aku!" Marah Ruby sambil menunjukkan Daniel dengan marah. Kecut juga la wajah Daniel sekarang ni.

"Ruby, ni Dani, adik Iskandar" ujar Zurin tenang, sempat dia menarik Zaqriel supaya berdiri bersamanya.

"Adik...Iskandar?" Soal Ruby lambat2.

"Ya! Kau pukul dia ke apa?" Soal Zurin bila menangkap keadaan sebenar dan Ruby anggukkan kepala dengan rasa bersalah. Zaqriel masih lagi ketawa maksudnya dia tak cuba langsung untuk betulkan keadaan. Bertuah betul la anak sulung Zurin ni.

"Zaq, sepatutnya terangkan hal sebenar" marah Zurin tapi Zaqriel sengih je.

"Tak sempat nak kata apa mama. Uncle masuk nak ambil Aimi yang menangis dalam buai, tak sempat buat apa dah kena baling dengan selipar" Zaqriel ketawa lagi, malah lagi kuat. Zurin tahan gelak dan mencubit kuat perut Zaqriel. Melampau betul gelak besar sampai macam tu sekali.

"Apa ma, kelakar la tengok uncle kena belasah free2"

Daniel bangun dari kerusi dan luku kepala Zaqriel kuat2. Mengaduh sakit la si Zaqriel tu.

"Dani balik dulu la" ujar Daniel seakan merajuk.

Ruby hanya mengetap bibir dan memandang Daniel keluar dari cafe. Rasa bersalahnya membuak dan dia memandang Aimi yang sudah tenang. Dia paranoid betul bila ada orang tak kenal sentuh anak dia.

"Dia marah ke Zue, dia nak saman aku ke?" Soal Ruby kecut.

"Tak lah. Dah la, jom buat kuih. Minggu depan dah nak hantar"

"Ya la. Dah dua minggu kita puasa kan? Kejap je rasa" ujar Zaqriel dan membawa barang ke dapur.

Iskandar kemaskan barang di atas mejanya sebelum berjalan ke dinding kaca biliknya untuk melihat cafe Zurin. Untung dirinya jika melihat Zurin ke beranda tapi jarang sangat mereka akan bertembung melainkan dia maklumkan Zurin terlebih dahulu.

Iskandar ambil keputusan untuk ke cafe Zurin kerana sudah masuk waktu rehat. Bukannya dia boleh makan ke apa pun. Dia berjalan melintas jalan ke cafe Zurin dan suasana di dalam case senyap je.

Iskandar memberi salam dan melihat anak Ruby sedang bermain seorang diri di tilam kecil. Iskandar panjat pagar kecil kawasan mereka bermain dan meriba anak Ruby. Tersenyum lebar Iskandar melihat Aimi tergelak kepadanya.

Bunyi Aimi tergelak menyedarkan Zurin yang ingin berlalu ke tempat solat. Dah masuk waktu zuhur. Dia terperanjat melihat Iskandar tapi jelas dia gembira sangat.

"Abang!" Ceria sekali suara Zurin dan terus memeluk Iskandar erat. Nasib baik Aimi tak menangis sebab terkejut dengan tingkah Zurin.

"Sayang" sapa Iskandar dan mencium dahi Zurin. Zurin tersengih lebar.

Ruby dan Zaqriel keluar dari dapur bila terdengar suara ceria Zurin. Semua orang dah tahu siapa yang datang jadi mereka buat biasa2 je.

Aimi ke pangkuan Ruby dan Iskandar terus menarik Zurin duduk di sofa. Pipi Zurin yang ada sisa tepung dibersihkan dengan tangannya. Zurin tergelak kecil dan bersihkan mukanya dengan tisu.

"Comot ke?"

"Sikit je" jawab Iskandar lembut.

"Abang pun berpeluh ni. Panas?" Soal Zurin sambil lapkan peluh di leher Iskandar.

"Kat luar yang panas."

"Banyak kerja hari ini?" Soal Zurin lagi sambil longgarkan tie di kolar baju Iskandar.

"Banyak juga. Hari ni abang tak berbuka bersama. Ada meeting. So, terawih kat rumah je hari ni. Boleh?"

"Okay" Zurin terus sahaja bersetuju. Tak ada masalah langsung pada dia.

"Zaq boleh bawa mama ke masjid" Zaqriel menyampuk pula.

"Sokay, mama kat rumah je" tolak Iskandar tanpa fikir panjang. Zaqriel buat muka dan berlalu untuk solat. Tak habis2 la dua orang ni.

Ruby juga pilih untuk beredar dari situ. Malas dia melayan lagak mesra Zurin dan Iskandar. Bukan dia cemburu atau marah tapi dah biasa tengok dah, dia pun malas nak jadi tunggul kat situ.

Hari ini Zurin ajak Ruby berbuka bersama dan Ruby terus sahaja bersetuju. Dia pun malas dah nak masak sebab kuih mereka siap dah pukul 6 lebih. 

Ruby tahu yang Daniel tak selesa dengan kedatangan dia, Ruby pun tenang sebab tak sempat nak minta maaf. Masa berbuka seronok sahaja dan keluarga Iskandar berkenalan lebih rapat dengan Ruby.

Mereka ikut sama solat tarawih berjemaah dengan Daniel sebagai imam. Memang Ruby tak sangka yang Daniel sangat bagus dan suara Daniel sangat merdu semasa menjadi imam. Tenang rasa dirinya.

"Ruby, tidur sini je la" ajak Zurin sebab risau nak biarkan Ruby balik seorang diri. Nak memandu malam2 ni. Lagipun Aimi dah tidur.

"Aku tak bawa baju ganti." Ujar Ruby cuba menolak.

"Ish! Baju aku ada. Dah, aku dah kemaskan bilik tetamu. Tidur sini je"

"Tapi, ramai dah ni..."

"Mereka semua balik nanti, rumah dorang area sini2 je. Stay okay?"

"Ya la. Aku pun malas dah ni, penat pun ada"

"Cun! Jom aku tunjuk bilik"

"Kejap, aku nak ke kerata, ambil barang Aimi"

"Ok!"

Ruby ke keretanya untuk mengambil barang Aimi tapi dia perasan yang Daniel ada di laman. Rokok di tangan Daniel di renung sahaja.

"Hi" sapa Ruby lembut, tak nak mengejutkan Daniel.

"Oh, eh, ...urm hai" balas Daniel gugup, secara automatik tangannya naik ke atas kepala menyebabkan Ruby tergelak sikit.

"Sorry pasal tadi" pinta Ruby ikhlas. Daniel sengih dan anggukkan kepalanya.

"Tak apa, saya pun salah" ujar Daniel balik dan mereka kembali diam.

"Erm, tenung je ke rokok tu?" Soal Ruby berani. Memang jenis berani pun Zurin ni. Suka hati dia je kalau nak tanya. Daniel terkejut juga sikit dengan soalan itu.

"Nak berhenti dah sebenarnya. Dah alang2 puasa ni kan? Tapi tu la, nak tinggal sepenuhnya tak mampu tapi nak mula merokok balik sayang. Dah tahan berjam jam." Terang Daniel dan Ruby angguk kepala faham.

"Tapi, jangan beritahu Zurin or Is yang saya bawa rokok masuk rumah ni. Arwah saya nanti" rayu Daniel bersungguh dan cepat2 sembunyikan rokoknya. Ruby tergelak lagi dengan sikap Daniel.

"Oh, saya Ruby"

"Haah lupa pulak, saya Daniel, boleh lah nak panggil Dani pun"

"Ok. Kalau macam tu saya masuk dulu. Aimi tunggu saya"

"Ok. Oh, erm...Ruby, kalau saya nak main dengan Aimi lagi, awak dah tak pukul saya kan?" Soal Daniel gugup. Ruby tergelak dan anggukkan kepalanya.

"Ok. Jangan risau. Saya bukan suka pukul orang pun" Ruby berlalu masuk ke dalam rumah.

Daniel hanya pandang Ruby pergi dengan senyuman melebar di bibirnya. Tak tahu la kenapa dia boleh senyum sampai macam tu sekali.



Zaqriel menggumam seorang diri dan kelihatannya dia resah dan gelisah. Zurin yang sedang sibuk masukkan kuih ke dalam bekas ikut sama rasa terganggu dengan tindak tanduk Zaqriel.

"Zaq kenapa ni?" Soal Zurin geram, tak lancar kerja dia dibuatnya.

"Erm, mama"

"Ya?"

"What do you think about uncle Dan?" Soal Zaqriel serius. Zurin memang pelik dengan soalan itu tapi dia ada jawapan untuk soalan itu.

"Ok je. Dia dah matang, mama rasa elok je. Kenapa? Dia buat hal lagi ke?"

"No. He is fine. But, I think...he likes Sis Ruby?" Zaqriel cuba meneka dan Zurin berhenti membuat kerjanya. Dia pandang Zaqriel tajam.

"Erm...actually Zaq, sis and Dani decide to know each other more..."

"What?! They are together already?!"

"Tak ada la, kenal lebih dekat gitu. Kawan?"

"Wow, uncle baru je cakap dia suka sis dua hari lepas, now they are together. So fast?"

"Sebenarnya dah lama dah, Ruby yang tak nak pamerkan. Lama2 mama desak dia cerita hal sebenar. Dia takut nak mula lagi tapi dia kata tak semua lelaki sama. Mama dah warn Dani awal2 lagi" Zurin dah setel semuanya terlebih dahulu. Dia dan Iskandar dah berbincang dan Daniel dah dapat ceramah free dari mereka berdua. Harap Daniel ingat la semuanya.

"Oh, so they are good"

"They are going better, Ruby is more than enough for Dani" Iskandar masuk ke dapur mencelah perbualan Zurin dan Zaqriel. Zaqriel terkejut juga sikit tapi Zurin tersenyum lebar menyambut Iskandar pulang.

"Hi sayang" sapa Iskandar lembut dan mencium dahi Zurin. Zurin senyum lagi lebar dan rapatkan badannya pada Iskandar. Ikutkan dia nak peluk tapi tangan dia kotor.

"Awal papa balik hari ni" ujar Zaqriel bila dia selesai tengok adegan mesra free dari parent dia.

"Yup, headache" jawab Iskandar sambil urutkan kepalanya. Zurin dah risau, terus basuh tangan dan cuba untuk tolong Iskandar.

"Panas sangat hari ni, abang nak mandi?" Soal Zurin lembut, pipi Iskandar dipegang.

"Yes. I need some rest"

"Mama pergi la jaga papa, Zaq settlekan yang ni semua" ujar Zaqriel mengambil alih.

"Tapi Zaq dah janji nak ambil triplets"

"Sempat. Go"

Zurin hanya menyerah dan ucapkan terima kasih kepada Zaqriel.



Selesai mandi Iskandar terus duduk di atas katil, tak larat lagi dia nak berdiri. Zurin dah risau habis dengan keadaan Iskandar. Dari sahur lagi Iskandar makan sikit je.

"Zurin, abang okay. Sakit sikit je" ujar Iskandar tenangkan Zurin

"Macam Zurin tak kenal abang"

"Sakit tapi dah kurang sikit."

"Meh Zue picit, abang baring atas riba ni" Iskandar tak ambil masa untuk terus setuju. Untung kembar sedang tidur jadi peluang baik untuk bermanja dengan Zurin.

"Thanks sudi jaga abang" ucap Iskandar lembut, dia memang bersyukur sangat Zurin hadir dalam hidup dia, sampai dia pernah keliru dia bersyukur ke cara mereka berdua kenal. Zurin terlanggar belakang kereta dia.

"Zurin nak jaga siapa lagi kalau bukan abang?" Soal Zurin balik, masih memicit kepala Iskandar.

"Heroes sayang semuanya manja nakkan perhatian, yang dah tua bangka macam Zaq pun still needs you" ayat lebih kurang merajuk itu buatkan Zurin ketawa geli hati. Kelakar betul la si Iskandar ni bila bab cemburu.

"Abang tahu yang sayang Zurin pada mereka dan abang lain kan?"

"Siapa lebih banyak?" Soal Iskandar lagi.

"Mestilah abang!" Jawab Zurin yakin. Islandar terus bangun dari baring sebab memang tak sangka dengan jawapan yang dia dengar. Kali pertama Zurin cakap macam tu.

"Really?"

"Ya la. Sebab, sayang pada anak2 ni, bila mereka dah besar dan ada keluarga mereka akan ada orang lain untuk sayang lagi. Tapi Zurin ada abang dan abang ada Zurin. Kan?"

"Yes. I love you" ucap Iskandar tiba2 dan terus peluk Zurin erat. Dalam hati Zurin balas kata cinta itu.


Zurin dan Iskandar kemaskan barang mereka sebelum pulang ke kampung Zurin. Semua orang dah berkumpul tinggal mereka berdua je. Iskandar ada urusan penting untuk diselesaikan sebelum raya dan Zurin takkan tinggalkan suaminya.

"Sorry sayang, kesian twin kena gerak sekarang" ujar Iskandar ikhlas. Malam raya barulah mereka dapat pulang ke kampung halaman Zurin.

"Tak apa abang, tapi abang boleh drive ke ni?" Soal Zurin khuatir juga nak bergerak sekarang.

"In sha Allah boleh" jawab Iskandar yakin dan masukkan barang ke dalam but kereta. Kembar diletakkan di atas kerusi mereka.

"Jom sayang, semua dah settle kan?" Iskandar pastikan lagi sekali dan Zurin anggukkan kepala.

"Abang, kalau penat kita tukar ya?"

"Okay sayang, dont worry"

Setelah doa di baca mereka sekeluarga keluar dari perkarangan rumah dan mula memandu dengan berhati hati.



Jam menunjukkan 1 pagi, Zaqriel masih lagi menunggu di tangga rumah Nek Long dia. Dia risau sebab papa dan mama dia tak sampai2 lagi.

"Zaqriel tidur la, kejap lagi sampai la tu" ujar tok long tapi Zaqriel berkeras nak tunggu. Memang tak la dia nak tidur, mesti tak lena punya kalau dia cuba tidur sekalipun.

"Dah telefon ke?"

"Dah, tapi tak berjawab. Ni yang risau sangat ni" ujar Zaqriel lagi. Tok long usap belakang cucunya itu untuk menenangkan.

"Tok long tidur la. Esok penat pulak"

"Ya la, tok pun tak larat dah ni. Nanti apa2 kejut la"

"Ok." Zaqriel terus menunggu. Masih ada orang di dalam rumah belum tidur, buat kuih la masak rendang dan lemang. Macam2 lagi. Dia je tak dapat nak buat kerja dengan tenang.

"Zaq! Meh tolong aku kejap!" Panggil Hatim, sepupu Zaqriel.

"Apa?" Soal Zaqriel malas, dia nak tunggu parent dia je ni

"Kejap je, tolong alih lemang ni" pinta Hatim lagi dan Zaqriel mengikut sahaja.


Bila semua orang dah selesai dan masuk tidur kereta Iskandar menyusur masuk laman rumah. Zaqriel terlompat gembira dan terus berlari mendapatkan mamanya. Memang mama dulu dia cari

"Mama, kenapa call tak angkat? Risau la Zaq tunggu" serbu Zaqriel laju. Zurin tergelak dan memeluk tubuh terunanya itu sebab dia tahu Zaqriel risau sangat.

"Hand bag mama dalam bonet, papa punya phone mati. Sorry" ucap Zurin sambil tersengih.

"Papa okay, penat tak?" Soal Zaqriel dan beralih untuk memeluk papanya. Iskandar senyum dan tepuk belakang Zaqriel. Hampir menangis dah Zaqriel ni sebenarnya. Nampak je cool tapi lahai manja dia boleh tahan jugak.

"Ambil kembar, papa dan mama nak rehat kejap"

"Okay"

"Hatim, Naim, Ijat, tolong angkat barang dalam but kejap. Ambil Ilmi dan sekali" arah Zaqriel yang sedang mendukung Ilman. Mereka bertiga hanya menurut tanpa bantahan.

Kembar di baringkan di atas katil. Iskandar sudah ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk tidur. Zurin hanya mendodoi triplet yang sudah tidur. Zaqriel mendekati Zhrin dan bersila di sisinya.

"Jammed ke ma?"

"Jammed, teruk jugak"

"Next time make sure phone ada kat tangan"pesan Zaqriel lagi dan Zurin angguk kepala. Tak habis lagi risau si sulung ni.

"Zaq pergi la tidur. Esok kita cakap lagi"

"Okay. Genite"

"Nite" balas Zurin dan masuk ke dalam bilik semula. Zurin ambil tuala untuk mandi dan bersihkan diri. Iskandar sudah selesa baring di katil nampak sangat penat.



Pagi raya memang riuh seperti biasa dan semua orang sibuk tanyakan hal Iskandar dan Zurin, bila sampai dan sebagainya. Walaupun badan masih lagi penat, wajah ceria dah padam semua wajah penat itu.

Zurin sekeluarga sedondon warna ungu dan sedang mengambil gambar mereka sekeluarga. Zurin hanya melayan telatah Zaqriel.

"Dah2 jom pergi masjid" ujar Iskandar dan mereka semua ke kereta.

Selesai solat suna aidilfitri, mereka semua menujuk ke kubur arwah mak dan abah Zurin. Zurin mendukung Ilman manakala Ilmi di dukung Iskandar. Kubur dibersihkan serba sedikit dan yasin serta doa di sedekahkan untuk arwah.

Mereka semua sudah beredar dari kubur, tinggal Zurin dan Iskandar sahaja. Iskandar usap nisan kedua ibuayah Zurin dan menitipkan doa khans untuk mereka. Masih lagi memohon restu dari mereka untuk bersama Zurin.

"Jom abang" Zurin tarik lengan Iakandar lembut. Iskandar menurut dan tinggalkan tanah perkuburan bersama.


Kecoh dan riuh sungguh keluarga besar Zurin. Semua sanak saudara ada sampai tak lepas tangan semua orang hidangkan makanan dan sebagainya. Masih ramai yang terpesona dengan kehandsomeman Iskandar dan masih ada lagi yang mengusik Zurin walhal dah pengantin lama. Tapi paling dahsyat sekali kali ini ialah penangan Zaqriel la. Dengan mulut manis dia, memang asyik mengurat anak dara orang je. Ya Allah, teruk betul.

"Sakan teruna awak tu" ujar Iskandar kepada Zurin. Memang bukan main lagi tengok Zaqriel ni.

"Entah la abang, dia ikut siapa la?"

"Not me. Dani kut" balas Iskandar pantas. Ya la, siapa lagi casanova dalam keluarga Iskandar ni. Hahaha.

"Triplet pun bukan main juga, kecik2 dah pandai" tambah Iskandar sambil gelengkan kepala. Zurin tergelak senang.

"Oh, lupa pulak. Dani, Ruby and parent abang datang sini esok. Mereka nak beraya kat sini"

"Great. Abang rasa kena sewa homestay dekat area sini kot. Tak muat dah rumah Pak Long" cadang Iskandar dan Zurin terus setuju memang tak muat dah ni. Ni pun kalau masa tidur dah sampai nak terpijak orang kalau berjalan.

"Selamat hari raya abang, maaf zahir dan batin" ucap Zurin lagi sekali bila mereka berdua je di pangkin di halaman rumah.

"Selamat hari raya juga sayang, moga raya2 yang akan datang kita semua akan sambut sama2"

"Amin."

"Papa, mama! Jom ambil gambar. Dah2 la berasmara!" Teriak Zaqriel menyebabkan Zurin ketawa senang. Iskandar dah merungut sakan dah.

"Jom!" Zurin tarik tangan Iskandar untuk bergerak. Iskandar tarik tangan Zurin balik sehingga Zurin terpeluk Iskandar. Iskandar gelak dan cium dahi dan pipi isterinya lama. Ya Allah, dia sayang insan di depan dia sekarang ini. Sangat2.

Zaqriel susun gambar keluarga dia di dalam album. Kali ini album Raya 2018, semuanya terpotret di dal foto. Dia tersenyum gembira melihat gambar2 itu, memang dia rasa gembira sangat2. Dia tutup album itu bersama satu doa kebahagiaan dunia akhirat untuk dia sekeluarga.


#hai semua. Sorry sebab lambat and pendek. Maaf juga kalau banyak silap sebab tak sempat nak edit lagi ni. Maaf juga sebab raya dah habis or nak habis. Thank you for reading

#selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin#