Tuesday 21 June 2016

cerpen : Dia tu Babysitter Aku Je! 4

#yepp..sya post dua skaligus dan percayalah...panjang lagi...selamat menyambut ramadhan walaupun dah lambat.. hihihi. Saya dah habis exam...
                                                             
Ketika aku melintas bilik bacaan aku terdengar suara orang sedang bercakap,pada mulanya aku tak nak ambil tahu tapi bila terdengar nama aku di sebut aku mendekatkan diri ke pintu bilik bacaan,dari ruang kecil aku melihat abang dan papa sedang bincangkan sesuatu dan sepertinya serius,mungkin hal business je kut.aku mengangkat kedua-dua bahu dan melangkah pergi tapi…

   “papa tengok adik dan Shah dah rapat” hish!pasal aku dengan mamat tu ni jadi aku mengatur semula langkah ke bilik bacaan,memang tak baik mengendap tapi kalau setakat nak tahu apa yang terjadi dimaafkan kut.

  “papa sangat gembira kalau Shah sudi terima adik jadi isteri dia” mendengar perkataan isteri buat jantung aku berdebar,takkan aku pun nak jadi mangsa kahwin paksa kut,tak nak la macam ni!

  “papa tak boleh nak paksa mereka kahwin” kali ini suara abang yang kedengaran,baru pertama kali abang bela aku,hehehe…sokong abang!

 “mana ada papa nak paksa mereka,papa cuma sampaikan hasrat hati papa je,papa gembira kalau Shah jadi menantu papa dan papa rasa adik akan selamat jika Shah yang jaga dia” memang luahan hati papa betul-betul ikhlas,aku tahu yang aku akan gembira kalau dapat buat papa gembira tapi aku terlalu muda untuk berkahwin dan baguslah kalau papa takde niat nak memaksa aku untuk berkahwin dengan mamat tu.

  “abang pun gembira kalau Shah jadi adik ipar abang,tapi papa macam tak tahu adik dengan Shah tu macam mana.asyik nak bertekak je kerjanya”

 “tapi dah berkurang kan,adik dah dapat terima Shah dan Shah dah dapat terima adik,papa bukannya sihat sangat nak tunggu adik kahwin” ayat domestic ibubapa untuk menyuruh anak-anaknya berkahwin tapi aku tahu yang papa maksudkannya.

  “papa kuat,abang yakin!” high confident betul abang aku ni,well masa depan siapa yang tahu kan?

  “kalau bapa lain yang mengimpikan menantu untuk mendapatkan cucu papa hanya inginkan menantu yang boleh menjaga anak perempuan papa,memang abang boleh jagakan adik tapi abang akan kahwin juga nanti” jawapan papa cukup buat aku dan abang terdiam,memang ku diam je sejak tadi,bila papa bercerita lagi tentang hubungan perkahwinannya yang tidak berjaya dulu aku terus angkat kaki untuk beredar,malas nak dengar pasal mama lagi,cukuplah dengan apa yang aku ada sekarang ni.

  Kata-kata papa masih lagi berlegar dalam otak aku,kalau betul papa nak aku kahwin dengan Shahin aku mungkin tak kisah sangat kut,asalkan papa bahagia apa salahnya kalau aku berkorban sedikit,kahwin je kut,lagipun aku yakin yang Shahin takkan dera aku ni.tapi dia nak ke kahwin dengan aku?nak tengok muka aku pun dia malas.

  “jauh termenung anak mak ni” teguran Mak Mah buat aku tersedar dari lamunan,nasib baik tak jatuh tangga kalau tak sia-sia je aku masuk hospital.

  “mana ada.mak buat apa tu?” soal aku dan mengikut Mak Mah ke bahagian laundry di belakang dapur.

  “nak basuh baju pejabat Shah dan Abang la,mereka selalunya basuh tangan,lebih-lebih lagi Shah” uh,cerewetnya jadi orang,ada lagi lelaki yang super cerewet macam dia ni,macam la mati kalau basuh guna washing machine.

  “manjanya…dia tak reti nak basuh sendiri ke?” aku bertanya dengan nada jelik,mengada taik kuda la dia ni.

 “selalunya dia basuh sendiri tapi hari ni dia ada kerja jadi mak tolong basuhkan” aku hanya mengangguk faham,ada je ayat nak bela si mamat konkrit tu,macam dia tu baik sangat,uwekk!!!

  “nak adik tolong?” soal aku mempelawa,bukan tolong basuhkan baju dia tapi baju abang la,tapi besen yang mana satu ni?tak kisahla yang penting dapat ringankan beban Mak Mah,abang pun sama je,taik kuda betul la.first time basuh dengan tangan baju sendiri pun aku hantar dobi tau!ni kena mina upah dengan abang ni.

  “dah berpeluh adik dibuatnya,adik tinggalkan je kat situ biar mak yang jemurkan”

“alah,bukannya susah pun.elok apa berpeluh boleh kuruskan badan” aku menggunakan hanger yang disediakan oleh Mak Mah,rupanya aku ni takde la tak pandai sangat nak kemas rumah cuma malas je lebih lagipun Ibu tak pernah benarkan aku buat semua ni.

  “nak kurus apanya lagi,adik ni dah kurus sangat dah,lebih kurus dari hari datang dulu”

“betul ke?”

  “betul…”

“kalau macam tu cancel la diet hari ni” aku ketawa senang dan Mak Mah pun ikut ketawa bersama,rasa rindu kepada Ibu membuak-buak pulak,hurm agaknya memang takdir aku untuk tinggalkan Malaysia dan kembali ke UK dengan orang putih yang jadi jiran tetangga.susah la nak jumpa orang melayu lepas ni.

  “mak,boleh adik tanya sesuatu?”

“sejak bila nak bertanya kena minta izin ni?”

  “agaknya kalau adik kahwin dengan Shah macam mana?” berpisat Mak Mah berpaling memandang aku,amboi gembiranya macam dia pulak yang nak berkahwin.

 “Ya Allah,kalau betul adik kahwin dengan Shah semua orang dalam rumah ni akan gembira tau!kalau adik nak tahu papa adik pun selalu tersenyum sekarang bila tengok adik dan Shah dah tak jadi anjing dengan kucing”

 “betul ke?” soal aku meminta kepastian,ni takdir aku untuk berkahwin dengan dia ke,atau memang dia ditakdirkan untuk aku?kalau semua ini takdir walaupun aku bawa transformer untuk lawan semua ni ia tetap sia-sia kan?

  “betul,mak pun gembira,Shah adalah lelaki yang paling sesuai untuk adik” ucap Mak Mah ikhlas dari lubuknya.

“walaupun kami macam anjing dengan kucing?” soal aku lagi,bergurau je…

“tak mustahil boleh betukar jadi intan dengan permata” wah,pelbagai peribahasa pulak aku belajar hari ni,oleh kerana semua orang akan gembira why not aku cuba dulu,kalau dia tak sudi aku tak heran la,aku sejuta kali tak sudi nak bersama dengan dia tau!

 “kalau macam tu,adik nak keluar kejap” aku bergegas ke bilik dan bersiap untuk keluar berjumpa dengan Shahin,walaupun ku tak pernah berdoa jodohku sampai seawal ini tapi aku yakin yang Allah dah aturnya dengan lebih jelas dan jauh lebih baik daripada apa yang aku inginkan.walaupun aku terpaksa jadi anjing dengan kucing dengan dia?

  Setelah aku bersiap secara sederhana aku mengambil teksi untuk ke pejabat Shahin tapi macam mana kalau dia halau aku nanti?malulah aku kalau betul jadi macam tu,lagipun hujung minggu macam ni pun nak kena kerja ke?kalau dia kahwin dengan aku aku haramkan kerja weekend macam ni,amboi!tak kahwin lagi dah jadi queen control.

  “call je la,ajak jumpa kat luar” aku bermonolog sendiri.

“hello!” aku bersuara tenang.

 “kau nak apa call aku?” tengok!bukan silap dengar,tak sempat nak jawab sapaan aku dah tanya aku nak apa,macam ni ke calon nak buat suami?menderita betul sang isteri…

 “jumpa boleh?aku ada kat luar office kau ni” aku bersuara lagi kali ini tak tenang sebab aku dah mula rasa takut,nanti dia suruh aku balik pulak.

 “what?macam mana kau boleh sampai sini?kau naik apa?drive sendiri ke?” aku mengira jari di tangan,berapa banyak soalan la dia ni,tak habisnya kredit dia tu sebab yang call sekarang ni aku.

  “naik teksi,kau bagi card kau hari tu kan dah lupa ke pak cik?jumpa sekejap je…” aku bersuara lagi,kali ini perli dengan pujuk lagi,pakej la tu!

 “ok,tunggu kat sana,jangan pergi mana-mana kau bukannya pernah sampai Klang selama ni” dah mula jadi warden penjara la tu,semua benda dia nak bagi order,ingat aku ni budak kecik setahun jagung ke?aku jauh lebih besar dari jagung la!

  Tak sampai lima minit aku bermain di tepi jalan ni dia muncul dengan muka termengah-mengah,takkan turun tingkat lapan guna tangga kut,lif orang bagi guna la,ni saja nak buat latihan kaki ke?

 “kenapa kau ni?berpeluh macam kena kejar hantu je”

“aku guna tangga” aik,baru aku teka dah betul,boleh masuk jangan lupa lirik ni,ada kaitan ke?hish!aku ni dah banyak mengarut ni.

  “what?” soalan terkejut ala-ala dia buat tadi,hehehe…apa salahnya ambil tag line sikit.

“lif rosak,jom masuk kereta kau buat apa tepi jalan macam ni panas terik macam ni,kalau pengsan macam mana?kau ingat Zack ada kat sini nak bawak kau pergi hospital?” ada pulak nama Zack disebutnya,dulu Aimi yang selalu dia sebut hari ni nak kenakan aku dengan Zack pulak,mereng betul kepala mamat ni.

 “dah kau tercongok kat sini kau la yang bawak aku pergi hospital” aku bersuara geram,dia boleh pulak bantai senyum,memang nak makan pelempang tuk nenek aku la tu

 

 

===========

 

 

 

“what?!” suasana dalam kereta yang senyap tu boleh berdengung disebabkan suara Shahin yang kuat,tak sangka dia punya vocal cantik jugak,tak habis-habis dengan tag line dia hari ni,what?dah takde soalan lain ke nak tanya,where ke?when ke?how are you ke?ni what jugak yang berkenan di hati.

  “I’m asking,will you marry me?” soal aku lagi memang takde gaya romantic pun sebab semua ni bukannya atas kehendak aku sangat tapi kalau dia setuju aku akan cuba untuk ikhlaskan hati.

  “kenapa dengan kau ni?gila ke?” aik,aku tanya soalan lain dia boleh pulak tanya aku balik.

 “aku tak gila tapi ni memang kerja gila” aku bersuara lagi,memang kerja gila pun.tapi apa nak heran kalau perempuan melamar lelaki,sedangkan Siti Khadijah yang melamar Rasulullah untuk menjadi suaminya,tetap juga gembira hingga ke akhir hayat.

 “kau ni kalau nak bergurau sekalipun jangan bergurau dengan benda yang serius macam ni” aik,aku banyak punya serius dia cakap aku bergurau pulak,nak suruh aku terjun bangunan ke baru nak percaya?
  “no,I’m totally serious” Shahin bersandar pada kusyen keretanya,aku boleh nampak riak wajahnya lain tapi aku memang tak faham la maksudnya,aku ni blur sikit.

“kenapa kau buat semua ni?”

“kalau aku cakap sebab papa kau terima tak?” soal aku kembali.

“no!aku kenal sangat dengan baba dan dia takkan paksa anak-anak dia kahwin dengan pilihan hatinya sahaja tanpa memikirkan perasaan anak-anaknya” wah!salute Shahin!

 “betul,papa tak paksa aku dan takde siapa yang paksa aku,tapi aku tahu yang ramai akan gembira dengan perkahwinan kita,tu pun kalau kau sudi la,kalau kau tak sudi aku ok je”

 “kau tak fikirkan kebahagiaan kau?mampu ke kau hidup dengan orang yang paling kau benci atas dunia ni?perkahwinan tu satu ikatan yang suci dan bukan mudah macam ABC” wah!bermadah pulak dia hari ni,tapi aku gembira sebab dia masih lagi fikirkan kebahagiaan aku,betul ke?

  “mana ada aku benci kau,kalau lidah aku pernah tersebut perkataan benci tu sebenarnya perasaan geram aku je,lagipun aku tahu yang kau takkan dera aku kan?” soal aku dengan nada ceria,dia tersenyum juga akhirnya.

  “will you?” soal aku lagi.

Dia membuka dashboard kereta dan cuba untuk mengeluarkan sesuatu,apa agaknya ya? Takkan nak buat kontrak kut,kalau kahwin kontrak aku tak nak!berdosa!

  “kalau kau nak buat kontrak aku rasa baik tak payah,aku tak nak”

“kontrak?tak pernah terlintas pun dalam otak aku nak buat semua tu,cukuplah kalau sekali je dalam hidup aku sign surat nikah,nah!” dia menyerahkan aku sekotak cincin,agaknya cincin la kut,tapi dia dah tahu ke aku nak lamar dia hari ni siap bawak cincin bagai.

  “ni cincin arwah Umi aku,jadi kalau cincin ni muat pada jari kau,aku terima” wah!perjudikan nasib je,tapi betul jugak cara ni lebih baik daripada main terima aje,kalau betul dia jodohku Ya Allah engkau permudahkanlah segalanya,dan sekirnya bukan kau terangkanlah kebenarannya.

  “kau ingat ni cerita Cinderella ke?” soal aku bergurau,terketar jugak tangan aku nak mengeluarkan cincin ni,wah!cincin berlian dan sangat cantik,confuse je boleh muat ni.aku merenung cincin itu lagi dan masih teragak-agak untuk menyarungkannya ke jari manis aku yang belum pernah terhias dengan mana-mana cincin sebelum ini.

 Terperanjat aku bila tangan Shahin mengambilnya dan menyarungkan cincin itu ke jari manis aku,padan!nampaknya mungkin Shahin jodoh dan takdir aku,semoga semua ini aku dapat tempuhi dengan berani dan tabah,kenapa aku senekad ini?

  “nampaknya kau la Cinderella tu,tapi sebelum tu aku nak bawak kau pergi jumpa doctor” aish!ayat kat depan tu dah romantic dah tapi ayat kat belakang tu kenapa pulak,aku sihat walafiat je.

  “kenapa?”

“nak check dua benda,otak kau dan kalau kau…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku dah dapat agak,mengandung kan?hish!kurang asam betul mamat ni.

  “pregnant ke?aku karate jugak kau ni,aku tak buat la semua benda tu” aku bersuara geram,tak guna punya orang boleh dia fkir sampai ke situ.

  “kau buat semua ni sebab nak melarikan diri dari Aimi ke?” soalan kedua dia buat aku terdiam,betul ke sebab Aimi?tapi elok jugak sekurang-kurangnya Aimi dah tak perlu nak mengejar aku lagi selepas ini dan sekalipun aku tersedar yang aku juga mencintainya setelah bergelar isteri Shahin aku takkan menyesal dan kembali lagi kepada dia.

  “tak lah,tapi aku boleh rasa yang dia bukan jodoh aku dan aku bukan jodoh dia”

“habis tu,kau rasa aku jodoh kau ke?” soalan dia buat aku lesap dari muka bumi ni sekejap,aku pun takde jawapan kepada soalan tu sebenarnya.

  “entah,aku tak terfikir pulak” aku menjawabnya jujur dan dia tersenyum lagi,terlajak makan gula ke asyik senyum je hari ni.

 “dah sampai,jom jumpa doctor!” betul-betul depan klinik ni,aku ingatkan dia main-main je,memang nak kena pelempang basi mamat ni.aku berkeras tak mahu meninggalkan kereta tapi apabila dia membukakan pintu kereta dan menarik tangan aku aku jadi kelu dan tak boleh berkata apa-apa,mamat ni ingat dia duk new Zealand ke?pakai sarung tangan lepas tu pegang tangan aku pulak,selalunya dia melenting.

  “tak nak!aku tak pregnant la!” aku memberitahunya lagi tapi sikit pun dia tak layan sehingga kami masuk ke bilik doctor.

  “ada apa masalah?” soal doctor perempuan itu ramah.

“boleh periksa sama ada….”

  “nak buat pregnancy test ke?” soal doctor itu mesra,aku hanya tersenyum je,nak check buat apa kalau kahwin pun tak lagi macam mana nak mengandung.aku judo jugak mamat ni,kang ada orang balik rumah patah kaki.

  “encik dan puan baru berkahwin ya,dah berapa lama?” soal doctor itu mesra sambil memandang tangan Shahin yang masih lagi erat mengenggam tangan aku,berpeluh la!dengan perlahan-lahan Shahin menarik tangan aku ke bawah meja dan melepaskannya.

 “sorry tak perasan” pintanya seperti berbisik,aku buat muka tak puas hati tapi dia tak layan pun!

  “boleh puan ikut kami ke bilik belakang?” aku terpaksa jugak menurut dan sebaik semuanya selesai aku keluar bersama doctor itu tadi.

  “maafkan saya,tapi isteri encik belum mengandung,sabar ya encik,saya yakin yang Allah akan selalu mendengar doa hambanya,jadi encik dan puan banyakkan berdoa ya” kami mengangguk faham,macam terima kaunseling pulak rasanya,ni semua salah mamat kat sebelah aku ni.

  “puas hati kau?” soal aku geram,dia senyum lagi,kenapa la dia ni tercabut rahang ke sampai kena senyum selalu.

 “maafkan aku,aku tahu yang kau takkan buat semua tu tapi saja nak buat kau marah,seronok pulak aku rasa” dengan selamba king dia ketawa,aku ni dah berasap telinga menahan marah tapi dia boleh pulak gelakkan aku dan bergurau dengan benda macam ni.

  “tak baik kau buat aku macam ni” aku dah menangis ni,merajuk pun ada,sampai hati dia buat aku macam ni ingat aku ni reality show ke?

 “jangan la nangis,serius aku memang yakin dan percaya kau takkan buat sesuatu yang salah di sisi agama,sekalipun seribu orang fitnah kau tapi aku seorang sanggup lawan fitnah tu semua,aku percayakan kau sepertimana baba dan abang percaya” he,terharu pulak aku mendengarnya,tapi tak patut dia buat macam tu.

  “aku maafkan kau kali ni,tapi lain kali jangan harap!” aku mengesat air mata yang baru je nak mengalir tapi dah masuk balik,cancel nangis hari ni.

   “kalau macam tu aku belanja kau makan sate!”

“yay!sate kat restoren kembar tu boleh?aku teringin sangat”

  “as you wish” seronoknya kalau macam ni selalu.

“thanks for everything”

“takde masalah!”

 

 

=========

 

“baba,Shah ada something nak bincang sikit” Shahin memulakan perbualan di meja bulat belakang rumah,bulat ke?memang bulat pun,hahaha…papa dan abang meninggalkan sebentar surat khabar mereka dan beralih arah kepada Shahin,aku hanya tunduk mengira rumput yang dah layu,mesti dorang akan terperanjat besar punya.

  “serius je,Shah nak kahwin ke?” soal papa sambil ketawa,abang pun ikut ketawa sama tapi aku tak rasa nak gelak pun Shahin apatah lagi.

 “ya!” jawapan yang cukup yakin membuatkan papa dan abang berhenti ketawa dengan serentak,ha,yang ni baru kelakar tengok muka papa dan abang,macam nampak bidadari syurga je gayanya.

  “really?papa akan dapat menantu?” wah!gembira betul suara papa kali ini,memang betul la yang papa sayangkan Shahin macam anak sendiri,boleh menantu papa,jangan terkejut pulak bila tahu siapa yang bakal jadi menantu hantu tu,anak sendiri ni!

  “ya papa,kalau papa tak keberatan….”

“bila nak masuk meminang?” amboi!tak sempat orang cakap sampai habis lagi laju dia bertanya,macam nak peluk cium je Shahin ni bila cakap nak kahwin.Abang pun boleh tahan excited jugak macam dia je nak kahwin.

  “kalau sekarang ok tak?” soalan Shahin memang kelakar tahap petala la,abang dengan papa pun macam termakan semut je gayanya,hahaha…lawak betul mereka bertiga ni.

 “sekarang?dia tinggal area sini ke?keluarga pihak perempuan dah tahu ke?” soal abang pula,sedih jugak kalau tak sempat nak rasa orang meminang tapi cara macam ni pun ok jugak,boleh tengok live keluarga kedua belah pihak,pihak lelaki dan pihak perempuan sekali,hahaha…bonus link ni!

 “family Asya dah tahu ke?” soal Shahin memandang aku dengan senyuman manis,gila betul boleh cair ais kat kutub utara kalau dia senyum macam ni selalu,hish!aku ni dah mengarut sampai ke mana ni,semua mata memandang aku pelik,dah agak dah semua ni akan terjadi.

  “entah,nanti Asya tanya” aku pulak nak join lawak mega ni,seronok betul!

“papa,abang,boleh Asya kahwin dengan Shah?” aku bertanya dengan nada formal dan menayangkan cincin yang tersarung di jari manis aku,papa dan abang jadi speechless dan hanya memandang aku dan Shahin silih berganti.

  “baba sudi terima pinangan Shah?” soal Shahin pula,dan akhirnya papa dan abang mengangguk setuju lantas Shahin dipeluk dengan erat,aku duduk la kat sini seorang diri,mesti papa rasa macam impiannya menjadi kenyataan kan?air mata kegembiraan yang mengalir di pipi papa membuatkan aku turut sama menangis,jadi memang langkah yang aku ambil adalah langkah yang betul.akhirnya aku ni bagi juga kegembiraan untuk papa,seperti aku janjikan dengan diri aku sendiri,aku ikhlas menerima Shahin sebagai suami aku dunia akhirat.

  “Ya Allah,ini adalah hadiah tebaik buat papa sepanjang kehidupan papa” papa memeluk aku erat,aku yang nak kahwin tapi papa pulak yang terlebih excited,tak kisahla yang aku tahu semua orang gembira dah cukup buatkan aku gembira,tapi aku dengan Shahin nanti macam mana?pandailah kami uruskan semua tu nanti!cinta dan kasih sayang kan boleh dipupuk yang penting buka hati kita,jadi aku akan berusaha untuk sampai ke tahap itu.memnag buat masa sekarang aku tak mampu janjikan yang aku mampu mencintainya tapi yang aku boleh janji ialah,aku akan setia ke akhir hayat selagi dia masih lagi suami aku dan aku akan habiskan perkahwinan kami ini dengan ajal sahaja.sebaik malaikat izrail menjemputku maka saat itu juga terputuslah hubungan perkahwinan kami di dunia ini dan sekiranya aku menjadi seorang penghuni syurga aku meminta Shahin menjadi suamiku di akhirat juga.wah!panjang pulak madah aku hari ni,hahaha…

  “abang setuju dengan perkahwinan kami?” soal Shahin kepada abang pula.

“mestilah setuju,walaupun abang tahu semua ini berlaku dalam keadaan singkat,sebelum Shah kenal adik lagi abang dah doakan yang Shah boleh jadi adik ipar abang,dan sejuta keyakinan abang berikan kepada Shah untuk menjaga adik abang”

 “terima kasih abang,walaupun Shah tak mampu nak berjanji akan jaga Asya buat selama-lamanya tapi Shah janji akan jaga Asya sampai Shah mati” fuh!gila dahsyat madah berjanji semua orang dalam rumah ni,dalam hati ada taman bunga rupanya nasib baik taman bunga kalau taman buaya macam mana?playboy la jadinya…aku melihat anak mata Shahin ketika membuat janji manis itu,aku yakin yang aku boleh jadikannya sebagai satu kepastian,orang kata kunci kebahagiaan adalah cinta dan kasih sayang tapi pada aku kunci kebahagiaan adalah kepercayaan,dan aku percaya yang walau apa badai yang melanda Shahin tetap jodoh aku.walaupun aku bukanlah perempuan yang baik untuk Shahin tapi aku yakin Shahin akan membimbingku menjadi seorang perempuan yang selayaknya bergelar seorang isteri.jadi kalau aku dengan dia gaduh jugak lepas kahwin tu semua asam garam rumah tangga!hahaha….

 Orang kata lelaki kebanyakannya berubah selepas berkahwin,jadi mungkin dia akan berubah menjadi seorang yang lebih bertolak ansur dengan aku dan banyak mengalah dengan orang degil macam aku ni,hui!mengaku diri sendiri degil rupanya.

   “patut la selama ni papa tengok kamu berdua semacam je,diam-diam ubi berisi rupanya” papa bersuara lagi dan tangannya memeluk bahuku erat,apa yang semacam?aku tengok biasa je cuma dah tak gaduh depan papa dan abang lagi,dah tua sangat sampai nak gaduh depan orang.

 “apa yang semacamnya?” soal aku setelah banyak berdiam diri sepanjang perbincangan ini berlangsung.

 “ya la,siapa sangka adik dengan Shah boleh ada special relationship macam ni” terbatuk aku mendengar special relationship tu,memang special pun sebab selama ini aku tak pernah gaduh dengan orang macam dengan Shahin ni jadi apa yang papa cakap tu iakan je la nanti susah pulak nak buat explaination.

  “siapa sangka kan?” soal Shahin pula,aku dan dia tersenyum kelat,siapa sangka aku akan berkahwin dengan dia,aku yang selama ini selalu mengutuk bakal isteri Shahin tu rupa-rupanya diri sendiri,sebab tu orang kata,orang kata lagi tak kisahlah aku nak cakap jugak,sebagai manusia jangan cepat melatah nanti apa yang dicakap menimpa diri sendiri.jadi selalulah berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut kita ni.

  “jadi bila nak langsungkan?nak bertunang dulu ke?” soal papa pula,aku memandang Shahin,tak pernah bincang pulak pasal semua ni.

  “papa rasa macam mana?” soal Shahin pula,orang tua lebih arif tentang perkara macam ni.

 “abang rasa baik buat tahun ni jugak,lagipun adik dah nak habis study,majlis bertunang kita gabung sekali dengan wedding je la” amboi,sedap rasa pulak abang memberi cadangan tapi aku rasa elok jugak kalau macam tu.nampaknya aku akan terus berada di Malaysia dalam tempoh yang lama dan mungkin susah untuk ke UK lagi.nanti Ibu macam mana?
  “setuju!resepsi?” papa bersuara menyokong.aku dan Shahin ikutkan je apa yang dirasakan terbaik untuk kami berdua.

  “tak perlu kut” laju pulak Shahin bersuara,nampaknya tak dapat la aku merasa nak jadi permaisuri sehari cancel la kalau macam ni baik aku kahwin dengan anak raja tapi ada ke anak raja yang berkenan dengan aku ni?mengarut lagi!

  “tak perlu?” soal abang dan papa serentak.

“tak perlu buat masa sekarang,mungkin selepas convocation Asya,kita buat wedding kat rumah je,ajak yang terdekat dan bersanding atas pelamin kat rumah je,untuk business partner atau orang luar kita jemput nanti majlis resepsi nanti” 

  “setuju!” aku menyokong Shahin kali ini,betul jugak,kalau macam tu lagi best boleh berkahwin dan bersanding dalam rumah sendiri.

 “ok,papa ikutkan je,jadi tarikh yang sesuai hujung bulan ni la” cepatnya,sempat ke siap ni?

  “cepatnya!” aku dan Shahin bersuara kuat,tersedar terlanjur tinggi tone suara kami menekup mulut masing-masing.

 “lagi cepat lagi bagus!” abang pulak yang seronok bersuara.

“betul!” papa pulak yang jadi penyokongnya,terpaksalah kami mengalah.

 “sempat ke?” soal Shahin pula.

“sempat,papa nak beritahu Ibu,mesti Ibu datang Malaysia secepat mungkin” ujar papa gembira lalu masuk ke dalam rumah,gayanya macam Ibu tu tinggal kat Ulu Klang je.

  “nanti kahwin untuk akad nikah warna putih dan bersanding warna purple ok?abang akan call butik pengantin untuk siapkan baju pengantin korang,wedding planner,Sue!” pelbagai benda yang dihitung abang,akhirnya tinggallah aku dan Shahin di situ,berdua! Aku memandang dia dan dia memandang aku sebelum kami berdua bersandar pada kerusi dan meneguk kopi yang dibuat oleh Mak Mah.

  “macam mana?” soal aku kepada Shahin,dia memandang aku dengan ekor matanya.

“selesai masalah!” dia bersuara tenang.rasa macam lawak je apa yang tengah berlaku sekarang ni,kan?

  “orang kata kahwin tu susah tapi dari cara papa dan abang discuss macam senang je”

“nak berkahwin senang je tapi nak kekalkan perkahwinan tu yang susah”

  “walaupun hubungan kita ni pelik dan tak bermula dengan baik tapi aku harap perkahwinan kita nanti sampai mati” aku bersuara telus,betul-betul lahir dari hati aku.

 “kita sama-sama doakan je,aku tak tahu kenapa aku memilih semua ini tapi aku yakin dengan kuasa Allah,aku sedar dan tahu apa yang terjadi hari ni tapi Allah lebih tahu apa akan jadi pada hari seterusnya”

 “aku rasa kau ni dah termakan panadol madah cinta la,asyik bermadah je sejak tadi” aku bersuara dengan nada bergurau dan dia turut sama tergelak dengan aku.

  “jadi,kita mulakan hidup baru kita dengan pertemuan yang lebih baik,boleh?”

“start over again?” aku bertanya lagi.

   “yes!aku Shahin,bakal suami kau” hurm,tak romantic langsung!tak kisahla…

“aku Asya,bakal isteri kau”

  “friend?” soalnya lagi.

“friend forever” aku bersuara lagi.

  “boleh aku minta sesuatu?” aku bertanya teragak-agak.

“apa?” soalnya tenang.

  “memang kita akan berkahwin tapi boleh tak perkahwinan kita tu macam sebuah persahabatan yang baru terjalin,aku perlukan masa untuk situasi yang baru tu,jadi…”

 “no problem!aku rasa memang patut pun,jadi jangan fikir apa-apa tentang hari selepas perkahwinan,kita discuss benda tu lepas kahwin ok?” ha,laju pulak dia memberi cadangan,tapi memang itu yang aku maksudkan jadi kami dah bersetuju dan ada persefahaman.

  “ok,cantik!” aku bersuara gagap,jarang sangat aku dapat duduk dalam keadaan baik dengan dia macam ni tapi rasa macam tak senang la pulak,segan ke?tak mungkin!

 “cantik!jadi hari selasa nanti kita pergi kursus kahwin”

“perlu ke?”

 “penting!aku jemput kau kat JB nanti” dia bersuara lagi,kena pergi kursus la pulak,mahu aku tidur je nanti.

  “ok,deal,aku masuk dulu” aku meninggalkan cawan di situ dan berjalan masuk ke dalam rumah,canggung pulak situasi tadi,dah beberapa langkah aku masuk aku keluar semula dan menuju ke meja yang sama.

 “phone” aku bersuara sepatah dan berlari masuk ke dalam rumah,Ya Allah kenapa resah gelisah semacam je ni,segan pulak aku rasa.

 

 

=========

 

 

“kau ni biar betul Ace?” soal Seven sambil tangannya menggoncangkan badan aku dengan kuat,nak gugur buah pinggang aku dibuatnya.

“betul la,card pun dah keluar kan” aku bersuara lagi,memang dorang ni semua terkejut gorilla terkejut yang paling besar sekali,mahu tak terkejut dah la aku nak kahwin dengan musuh Negara pulak tu.

 “kau kena paksa kahwin ke?” soal Afie pula,erat dia mengenggam tangan aku,memang kelakar betul mereka ni.

  “mana ada,siapa boleh nak paksa aku ni,tapi semua ni aku ikut aliran takdir” aku bersuara lagi,kali ini cukup tenang dan mampu menenangkan mereka bertiga.

 “Nur yakin yang Abang Shah adalah lelaki terbaik untuk Ace” ujar Nur sambil mengusap lembut bahu aku,dah agak yang Nur akan setuju dengan perkahwinan ni,pada Nur,Shahin tu ibarat seorang lelaki ang sangat baik,walaupun pada aku Shahin tu takde la baik sangat tapi lain orang lain pendangan lagipun aku dengan Shahin tu asyik gaduh je.

  “kau rasa perkahwinan tu takdir kau?” soal Seven pula dan tanpa fikir panjang aku mengangguk dengan senyuman yang manis.Seven akhirnya turut sama tersenyum dengan aku,Afie dan Nur pun sama.

  “kau lebih awal kahwin dari aku” Afie bersuara dengan muka yang berpura-pura sedih,aku mencubit pipinya dengan lembut,mengada taik kuda betul la.

 “aku pun tak sangka akan tamatkan zaman bujang aku seawal ni.Papa dah cakap ini yang terbaik,kalau nak bercinta sakan pun bercinta selepas kahwin lebih afdal” aku mengulang ayat yang papa pernah tuturkan kepada aku sebelum ini,mereka bertiga hanya mengangguk setuju dengan kata-kata papa aku,benda betul kalau bangkang pun tak boleh nak bantah jugak,sama la dengan jangan tegakkan benang yang basah.

   “Aimi macam mana?” soalan dari Afie buat aku jadi kelu dan aku sangat takde jawapan untuk soalan macam tu.aku menggeleng beberapa kali sebelum tunduk memandang meja.

  “kau kena jugak bagitahu dia” Seven bersuara pula.

  “memang aku nak bagitahu dia,tapi aku tak tahu nak cakap macam mana”

“kau ajak la Abang Shah untuk temankan kau” Seven memberi cadangan lagi,aku risau kalau aku ajak Shahin nanti keadaan Aimi terganggu,tapi memandangkan Aimi dah sihat sepenuhnya aku sendiri yang akan bercakap dengan dia.

  “takpe,aku sendiri yang akan cakap dengan dia”

“Nur yakin yang Aimi akan faham” jawapan Nur membuatkan aku tersenyum kembali tapi siapa yang tak kenal dengan Aimi ni,dia seorang yang jarang mengalah dan selalu dengan keinginannya.

  “I hope so” aku tersenyum dan bersandar lemah pada kerusi sambil mengurut dahi aku yang dah berkerut sedikit.

  “ keruh je muka,putus cinta ke?” suara yang aku tak harap datang untuk menambahkan tekanan dalam diri aku,kenapa la sejak akhir-akhir ni Zack selalu je cari penyakit dengan aku,takkan tak puas hati lagi dengan aku.

 “kau ingat muka kawan aku ni air Sg.Klang ke?” soalan Seven mengundang tawa aku,cemberut jugak muka Zack bila kena bidas dengan Seven,ikut sedap mulut dia je nak cakap yang muka aku ni keruh,dah bertukar warna coklat ke?

  “aku tak bercakap dengan kau la!” Zack membalasnya dan jelas dia tidak berpuas hati dengan kata-kata berbisa Seven tadi.

  “ada aku cakap aku bercakap dengan kau ke?siapa makan peria dia la terasa pahitnya” ha,lagi satu peribahasa yang tercipta sendiri,Seven ni boleh kena saman ni sesedap rasa je tukar versi peribahasa,nasib baik takde pelajar sastera kat sini kalau tak memang dah kira halau dari sini.

 “nah,ni kad kahwin Ace,kalau kelapangan jemput la datang,kalau tak datang pun bagus jugak” Seven meletakkan kad kahwin aku di depan mata Zack,sesuka rasa je Seven ni jemput orang datang wedding aku.

 “puas hati?kalau dah puas boleh blah” Seven bersuara lagi,kali ini dengan jelas ada ayat menghalau di situ,kalau buat tak tahu jugak memang boleh label dia ni orang tak reti bahasa melayu la,memang bahasa melayu Seven ni ke laut cina selatan sikit tapi maksudnya mudah je nak faham.

  Zack merengus kasar sebelum meninggalkan meja kami,ha,nasib baik jenis yang faham bahasa melayu kalau tak susah pulak aku nak tolong translate nanti,sebagai manusia kita kena belajar terima hakikat kan?aku pun tak faham apa yang Zack nak dari aku,kalau nak cakap dia tu takde peminat tu memang penipu besar,ke hulu ke hilir dengan awek yang berbeza setiap hari jadi takkan dia tak bosan kut,agaknya memang takde kerja Zack ni.

  Satu sikap playboy yang boleh dicontohi iaitu takkan menyerah kalah dengan mudah,memang la bagus tapi tengok-tengok la sikit benda yang dikejarkan tu,berbaloi ke tidak.bila dah duk kejar benda sama je orang cakap pun tak nak dengar wujud la orang yang tak reti bahasa!sedap pulak mengata orang,sorry la,tu opinion aku je…

  “nasib baik takde student sastera atau bahasa kat sini tau,kalau tak dah lama kau kena halau” Afie menepuk bahu Seven dengan agak kuat,aku dan Nur tersengih je.

“bukan aku nak sesuka rasa tukar sastera,tapi kalau cakap bahasa melayu betul dengan orang nama Zack ni dia tak faham,sebab tu aku terpaksa merobek sikit bahasa ibunda aku ni” Seven bersuara membela diri sendiri dah macam biasa aku la jadi tukang backing Seven sebab selalunya Seven yang backing aku.

 “betul tu Afie,beberapa ayat je Zack dah blah,selamat aku” aku bersuara sambil tersenyum kepada Seven,dengan gembiranya Seven memeluk aku,hahaha drama queen betul kami ni,sikit punya gembira bila kena bantai dengan buku terasa jugak sakitnya,Afie ni memang la kalau dia geram je memang aku dan Seven la yang jadi mangsa keadaan,tapi Nur cakap bukan mangsa keadaan,mangsa cari pasal,padan muka! Kesian betul dekat aku,gara-gara Seven aku pun terkena sama,ini tidak adil!

 

 

 

========

 

 

“aku terima nikahnya Nur Aysa Humaira Bt Hasmezam dengan mas kahwinnya dua puluh dua ribu ringgit tunai” dengan dua kali lafaz kini aku Asya Humaira telah memegang status yang baru iaitu isteri orang,isteri kepada Shahin Addin,dua kali lafaz baru nak pass nasib baik bukan 22 kali kalau tak sampai malam la aku memakai baju pengantin ni,tak sempat la nak jadi raja sehari,hehehe…

  Memang adat orang melayu upacara pembatalan air sembahyang,jadi Shahin dengan lembutnya memegang jari jemari aku lalu meyarungkan cincin perkahwinan kami,tak tahu macam mana nak gambarkan tapi cukup untuk membuatkan jantung aku bergedup sejuta kali sesaat,wah,hebat betul auta!dahi aku dikucup dengan penuh kelembutan dan tangannya aku salami buat kali pertama,rasa macam sejuk pelik je tangan aku ni,rasa macam nak pengsan pun ada.

  “assalamualaikum” sapanya halus di telinga aku,tak pernah dia bercakap sehalus ni dengan aku,rasa nak pitam je.

 “wa..alai..kumussalam…” jawab aku perlahan,terketar-ketar bibir aku nak bercakap saat dirinya hanya beberapa sentimeter dari aku dan tangan aku masih lagi dalam genggamannya,hebat betul drama siaran langsung hari ni.

 Kenapa pulak dia tersenyum pelik ni?mesti kes yang aku ni dah beku macam berada kat kutub utara,saja la tu nak kenakan aku,aku karate jugak mamat ni kat sini,kang masuk paper pengantin perempuan bertindak ganas selepas majlis akad nikah,sia-sia je papa aku dapat malu.

  Sesi bergambar pulak,jadi kenalah senyum kan,tapi aku rasa mulut aku ni dah nak krem sebab asyik senyum je sejak tadi,aku senyum kerana gembira atau kerana melihat orang lain gembira?aku sendiri tak dapat nak bagi jawapan bagi soalan itu tapi aku yakin yang dalam hati aku ni takde walau sebesar zarah pun penyesalan.

 Papa dan Abang mengambil tempat disisi aku,aku dipeluk mesra oleh mereka dan tak lupa juga kepada Ibu,walaupun Ibu hanya Ibu saudaraku tapi dia juga ibu susuanku jadi dah macam mak sendiri la,kalau papa dan abang asyik berkepit dengan aku,Ibu pulak begitu mesra berkepit dengan Shahin,ehem,Ibu suami adik tu!hahaha…

  “terima kasih sayang” ucap papa lalu mencium aku,terima kasih?bukankah ucapan itu cukup untuk menunjukkan betapa gembiranya hati papa dengan perkahwinan ini.kahwin ni best jugak rupanya.setelah bergambar dengan ahli keluarga giliran bergambar dengan kawan-kawan pula,tak lain tak bukan Nur,Afie dan Seven la,baru aku tahu yang Nur ni rupanya adik Hadi kawan baik Shahin,keciknya dunia.

 Seramai beratus orang yang datang aku tahu ada seorang yang tak datang iaitu Aimi,semasa aku memberitahunya mengenai perkahwinan ini aku dapat agak yang dia tak dapat nak terima hakikat,walaupun orang boleh cakap yang air mata lelaki sangat mahal untuk dikeluarkan lebih-lebih lagi di hadapan perempuan,tapi Aimi dengan mudahnya menitiskan air matanya setelah mengetahui aku tidak tercipta untuknya.

 “kenapa ni?” soal Shahin sambil memandang tepat ke dalam mataku,sejak dua menjak ni aku memang tak boleh nak tengok pandangan ni,boleh sampai ke hati tau!dia ni betul-betul ke atau sekadar nak main-mainkan aku.

 “penat” aku membuat muka letih,memang penat pun berdiri dengan heels ni,nasib baik Shahin ada kat sebelah aku ni yang selalu memimpin tangan aku,kalau tak jadi mangsa lawak orang je kalau jatuh.

  “penat?duduklah dulu,aku ambil air” Shahin menarik satu kerusi untuk membolehkan aku berehat,gila tak penat lepas bersanding terus ke sana ke mari berjumpa dengan tetamu,malam ni kena rehat atas kerusi urut ni.

 Aku melihat Shahin yang beredar ke tempat makanan di sediakan,catering Sue ni memang terel memasak dan semua tetamu kelihatanya puas hati,sekali aku tengok hadiah yang tetamu bagi aku rasa memang tak terbuka malam ni,banyak gila rasa macam sambut krismas pun ada.

 Shahin datang dengan segelas air,dia masih lagi berdiri di sisi aku,tak pulak dia duduk,dia ni tak faham erti penat ke?lupa pulak yang dia ni konkrit bukan orang!kutuk suami sendiri buat dosa je.Dalam keasyikan aku menikmati kedinginan air oren ni tiba-tiba je air ni boleh bertukar suhu jadi panas,dah ni perempuan-perempuan mana pulak datang bergambar dengan Shahin ni,kalau nak ambil gambar dengan pengantin pun aku kena ada sekali la,hish!bukan cemburu ok!

  “Kak Asya,jom la ambil gambar sekali” ajak seorang perempuan sambil menarik tangan aku,aku rasa macam sebaya je dengan aku tapi biarlah kalau dah suami tua,aku pun ikut jadi tua sekali.hahaha…

 Aku ikutkan je permintaan tetamu yang dihormati ni,memang la dah biasa jalan rapat-rapat dengan Shahin tapi bila tangannya memeluk pinggang aku dah bertukar jadi air batu pulak aku rasa,segannya.ni baru je dengan tetamu,kalau dengan photographer nanti lagi teruk,habislah aku lepas ni.

 “terima kasih!” ujar mereka lalu beredar meninggalkan kami berdua,aku masih lagi kaku macam air batu,bila tangan Shahin kembali memegang tangan aku baru la aku rasa hangat sikit.

  “kau ni kenapa?sejuk semacam je,demam ke?” soalnya lalu meletakkan tangannya di atas dahi aku,mana ada demam,ni kecut perut plus terkejut orang panggil.

 “tak lah,jom pergi jumpa tetamu lain!” aku bersuara ceria dan menarik tangan Shahin untuk beredar dari situ,memang dahsyat betul hari ni,tak lepas pun tangan kami daripada bertaut,mula-mula tadi kekok jugak tapi dah lama-lama selesa jugak,lagipun dah tak haram lagi dah!hahaha…

  “Abang Kamal,ni adik abang ke?” sapa Shahin dengan mesra dan menunjukkan gadis yang berdiri disisinya,Lina la,siapa lagi.aku dapat cam muka dia yang kini jauh lebih ceria dari dulu dan semakin cantik.Aku hanya tersenyum memandangnya dan aku tahu dahi dia berkerut memikirkan sesuatu,mesti dia akan cakap,macam pernah jumpa.

  “macam pernah jumpa kan?” soal Lina kepada aku,memang susah sikit nak cam kut sebab sekarang ni aku kemas sikit,rambut pun kemas,muka pun kena touch up.

  “kat hospital?” aku bertanya pula,sudah kanggaru harimau pula,bila dah tau lagi mau tanya?ha,ni Seven punya perumpamaan aku pinjam sekejap.

  “yes!Ace kan?dah lama saya cari awak” dengan sepantas kilat menyambar dia memeluk aku seerat-seratnya,macam aku ni suami dia pulak,alhamdulillah sekurang-kurangnya aku tahu yang sekarang ni dia dah sihat sepenuhnya.Prof Kamal dan Shahin yang tak tahu apa-apa hanya mampu melihat sahaja.

  “kami ni hospital’s members” aku bersuara memberitahu dua jejaka yang termangu-mangu ni,kang ada kena sempuk baru nak sedar.

 “Shah!” kuat betul suara Kimi yang memanggil nama Shahin,dah tak kisah orang lain pandang ke apa,dia ingat seluruh dunia ni dia yang punya.Tapi orangnya sangat ceria dan menyenangkan,tapi Shahin cakap time dia putus cinta menyusahkan!hahaha…

 “Kimi!” Shahin pun tak kalah bersuara,kuat jugak suara dia menyeru nama sahabat baiknya itu,buat malu dengan tetamu je mereka berdua ni.

 “Am!” kali ini suara Lina yang paling kuat kedengaran dan Kimi dipeluk erat,semua orang blur termasuk aku,aku tahu yang Am tu tunang Lina tapi bukan Kimi la,Prof Kamal pun macam terkejut je bila tengok muka Kimi.

  “Am?” nama sama tapi nada lain sikit,seperti tertanya-tanya.

“kenapa abang?” soal Shahin pula.

 “tapi Am dah meninggal dunia,abang sendiri yang ziarah kubur arwah” hah?habis tu apa ke benda yang depan mata kami sekarang ni?mustahil la kan… kut,hari ni hari ahad la!

 “Amran Hakimi ke?” soal Shahin pula,ternyata Shahin lebih tenang yang tak tenang sekarang ni aku,nak lari pun ada.

  “Shah kenal ke?” soal Prof Kamal kepada Shahin,aku ni lepas tengok muka prof tengok muka Shahin pulak,tak faham situasi sekarang.Tapi seronok pulak aku tengok Kimi yang terdiam kaku bila dipeluk dengan sebegitu erat,kemerahan sedikit wajahnya,malu ke?

 “kenal,Amran Hakimi tu abang Kimi,Imran Hakimi.dia baru je habis study dekat London dan baru je balik ke Malaysia tahun lepas.Kimi tak sempat nak kenal dengan tunang Am,Allah lebih sayangkan Am” Shahin memberi penerangan yang ringkas dan aku pun boleh faham sepenuhnya,bukan hantu daa.pelanduk dua serupa je.Prof Kamal yang sudah memahami situasi sebenar mendekati Lina lalu meleraikan pelukan Lina.

  “Lina,kan Lina sendiri dah tengok jenazah arwah,ini Imran Hakimi adik Am” Kimi dan Lina kedua-duanya terkejut,Lina mengesat air matanya dan mengambil udara yang lebih tenang,harap-harap Lina boleh terima hakikat ini.

 “adik Am?yang study dekat London?” soal Lina dengan tenang dan Kimi mengangguk sambil tersenyum.

 “jadi,ni la Kamelia Alina,gadis pujaan Am?” soal Kimi dengan senyuman yang tak lekang dibibir,dari mata jatuh ke hati ke?

 “saya!” Lina juga mampu tersenyum akhirnya,fuh,lega rasanya.Shahin sempat lagi menyekeh kepala Kimi yang asyik merenung kepada Lina sehingga Lina tersipu malu.

 “sakit siot” ujar Kimi geram,aku hanya mampu ketawa melihat adegan keanak-anakan ini,apa punya orang dewasa la.

 “kalau dah suka sangat,masuk meminang,kan abang?” soal Shahin lagi,mengusik orang tak sudah-sudah,selalunya pengantin baru yang diusik tetapi hari ni dah berapa orang yang kena usik dengan Shahin,teruk betul la.

 “kalau tuan punya badan setuju nak kahwin terus pun takpe” Prof Kamal bersuara membuatkan kami semua ketawa kecuali Lina yang tertunduk malu,malu plus ayu la tu,lepas ni Kimi kena break la dengan awek dia kalau betul-betul dah jatuh cinta dengan Lina ni.mungkin juga jodoh mereka kuat dan Am itu hanya penghubung kepada tali jodoh mereka,semua yang terjadi ada hikmahnya.mungkin hikmah yang datang itu lambat atau cepat semuanya ditentukan oleh Allah.

 

 

 

=========

 

 

Usai solat isyak aku menyalami tangan Ibu,Mak Mah,papa dan Abang,seperti biasa mereka akan aku peluk dan cium dengan mesra.

  “terima kasih Ibu sebab sudi datang” aku mengucapkan ucapan itu dengan telus.

“anak Ibu yang kahwin mesti la Ibu datang,gembira tengok anak Ibu dah berkahwin lega hati Ibu ni” Ibu mengusap lembut kepala aku.

 “jom kita turun makan” papa bersuara akhirnya,sempat lagi papa menyuruh aku menyalami tangan Shahin,tahulah papa tapi seganlah pulak,nasib baik papa dan yang lain dah turun ke bawah.

  “aku nak solat sunat hajat,kau nak jadi makmum aku?” soal Shahin tenang,aku hanya mampu mengangguk setuju,wah,kali pertama berimamkan suami sendiri,teruja la pulak.

Shahin menghamparkan sejadah untuk aku dan untuknya,kenapa mulut ni asyik nak tersenyum je,gembira sangat ke?

 Setelah kami menadah tangan untuk berdoa aku sempat menangkap doa terakhir yang diminta oleh Shahin iaitu ‘Ya Allah,engkau limpahi la aku dan isteriku dengan rahmat-Mu dan engkau pertahankanlah masjid yang kami bina ini sehingga akhir hayat kami’ aku sempat lagi menangis sehingga tak sedar bila pulak dia mengaminkan doa.

 “Asya,dah habis doa” aku yang baru tersedar terpinga-pinga,huish,malu betul la aku ni,tengok dia senyum semacam lagi,saja la tu gelakkan aku.

 “amin….” Aku meraup muka ku dengan segera.

“amin” ucapnya lalu tersenyum lagi,kalau ikutkan hati aku nak bukak langkah sejuta je nak lari tapi lepas solat kena la bersalaman dengan suami dulu.

 “salam” aku menghulurkan tangan untuk bersalam dan dengan senyuman dia menghulurkan tangannya,memang la tersenyum sebab aku nak bersalam kalau aku nak gigit mahu dia simpan tangan dia dalam kotak besi.setelah tangannya aku cium aku mencium kedua belah pipinya sepertimana aku melakukan kepada abang dan papa,dia pulak yang terjadi patung cendana konkrit kat situ,segan ke?

  “cepatlah!” aku bersuara pula.

“nak pergi mana?” soalnya dengan blur habis,hahaha,kelakar pulak aku rasa.aku menunjukkan dahi aku,minta dicium seperti abang dan papa selalu buat,nak malu apa lagi dah nama pun halal di sisi agama,dapat pahala lagi tau!dia pun mencium dahi aku dengan lembut,akhirnya aku tergelak seorang diri.

  “kenapa gelak?” soalnya lagi,kali ini dengan riak tak puas hati.

“nothing,oleh kerana kau dah jadi family aku,jadi setiap kali lepas solat kena la macam tadi” aku bersuara dengan sisa tawa yang masih ada dan melipat sejadah milikku dan milik Shahin,songkok di kepalanya aku ambil dan bawa ke bilik pengantin baru!memang cantik dan wangi gila bilik ni tapi aku belum bersedia untuk tinggal sebilik dengan dia jadi kali ini dah tak dapat nak elak tidur sebilik tapi adalah yang kena tidur atas sofa nanti.

   “jom makan” ajaknya mesra,hish,aku ingatkan dah blah tadi,sempat lagi dia singgah bilik ni.

  “jadi ke kita nak pindah rumah kau minggu ni jugak?tak lama lagi aku dah nak start practical” aku bertanya tentang perkara yang kami sudah bincangkan beberapa hari yang lepas.

  “aku dah discuss dengan papa dan abang,mereka setuju kita pindah sebab papa kata tempat aku kerja dan tempat kau practical dekat area Klang,jadi boleh la kita pindah minggu ni jugak”

 “really?besar tak rumah kau?” soal aku teruja,tangannya aku peluk mesra,dah rasa macam rapat dengan dia ni bertahun lamanya lagipun dia kan suami aku,nak kisah sangat buat apa.bukannya aku buat dosa free pun,dosa berbayar pun aku tak buat.

  “rumah kita la,rumah parents aku,rumah mertua kau jugak”

“ya,lupa pulak,besar tak rumah kita?” soal aku semula.

  “lebih kurang rumah baba jugak”

“what?lebih ke kurang?” aku bertanya lagi kali ini dengan nada bergurau,saja nak kenakan dia.

  “tak faham ke?budak tadika pun boleh faham,IQ kau level berapa?” mamat ni!ada lagi ayat berbisa dia tu rupanya,saja la tu nak cari gaduh dengan aku.nak marah betul!

 “aku harap tak besar sangat” aku bersuara lagi.

“kenapa?kalau besar boleh kau main ice hockey dalam rumah” ice hockey?menarik jugak tu,boleh la aku main sepuas hati macam main salji kat UK dulu,dapat meluncur ice walaupun tak dapat ice lantai pun jadi la.

  “kau jangan terfikir nak buat apa yang aku cakap tadi” pintas Shahin semula,baru je aku nak berangan-angan jadi skater terbaik Malaysia dia dah pintas.tadi dia jugak yang bagi cadangan IQ rendah tu.

 “mana ada,orang IQ rendah je terfikir nak buat semua tu,orang yang mencadang lagi rendah IQ dia.Aku takut la kalau tinggal rumah besar tapi takde orang”

 “takpe,jiran ramai dan semuanya melayu jadi kau tak perlu takut”

“hurm,tengoklah nanti macam mana,mana tahu aku nak buat rules baru kat rumah kita tu nanti,aku nak bilik sendiri tapi aku nak buat connective door sebab kalau aku takut nanti boleh aku kacau kau tidur” aku bersuara senang dengan tawa yang sederhana kuat,kalau kuat-kuat sangat nanti papa dengar dia kata aku sakit pulak.

 “tak perlu buat connective door,sebab main bedroom dengan bilik aku dah ada pintu tu,kau tinggal pilih nak main ke bilik aku?” soalnya pula.

 “main boleh?sebab nanti aku boleh buat gelanggang badminton dalam bilik aku” aku ketawa lagi dan kali ini dia ikut sama ketawa dengan aku,gila agaknya aku ni.

 “aku pun harap kau pilih bilik tu”

“bersih tak rumah tu?bahaya jugak kalau takde orang guna” aku bersuara seram,ni semua cerita hantu Seven la ni,buat aku seram sejuk.

 “mestilah bersih,dua kali seminggu aku upah orang bersihkan rumah dan laman dan dua tiga kali seminggu aku tidur kat sana,selalunya kawan-kawan aku yang guna bila tak sempat nak balik rumah mereka,rumah tu tak pernah takde orang” lega rasanya bila dengar macam tu.

  “aku tak nak maid,kita buat macam kau selalu buat je,ok?” aku menyoalnya lagi.

“no maid?bagus!tapi banyak la kerja-kerja kau yang kau kena buat sendiri,basuh baju”

  “apa susah,kita tolong janakan ekonomi kedai dobi la” tenang dan senang aku memberikan cadangan mega kepada Shahin dan dia hanya mengangguk setuju.nampak sangat kebijaksanaan aku dalam urusan menjana ekonomi orang lain sebab ekonomi sendiri hancur lebur.

  “boleh aku renovate rumah tu,tak semua tapi sikit-sikit je?”

“ikut kau la,tapi biar aku yang settlekan payment”

  “memang aku nak kau bayar pun” aku ketawa lagi,kali ini lebih lama.

“pakaian kau?”

  “aku nak beli pakaian baru la,yang ada kat sini biarkan je la,jadi bila balik rumah papa senang sikit,kali ini semua perbelanjaan aku yang tanggung!” aku bersuara lagi,dan kali ini dia hanya mengangguk setuju,ha,excitednya nak balik rumah sendiri,ceh!boleh la aku jadi bos besar nanti,Shahin CEO dan aku Boss.perfect!

  “duhai pengantin baru,jemput la ke meja makan,takkan nak makan kat atas tangga je kut?” teguran Ibu menyedarkan aku dan Shahin,apa punya mesyuarat la,mesyuarat tangga rupanya.kami berdua tersengih macam buaya malu lalu menuruni anak tangga beriringan dengan seyuman yang melebar,senyuman malu sebenarnya.

  “lain kali aku tak nak tengok kau pakai kain pelekat kecuali semasa sembahyang” aku berbisik kepadanya,ternyata langkah dia terhenti dan dia mencari jawapan dalam kata-kata aku,memang tak logic permintaan aku tu.bukan apa,bayangkan sekarang ni turun tangga dah macam king dan queen tapi salah timing pulak king pakai kain pelekat,dunia mana raja pakai kain pelekat.

  “kenapa pulak?pakaian tradisional ni” dia protes tak puas hati.

“tak payah la,segan aku tengok lelaki pakai kain” meletus tawa Shahin setelah mendengar jawapan aku,merah mukanya menahan tawa dan merah muka aku menahan geram.

  “kau ingat skirt ke?” soalnya sambil ketawa.

“lebih kurang la” aku menjawabnya geram,dia ketawa jugak!

  “kenapa Shah?apa yang lucu sangat?” soal papa pelik,dah nama pun orang tak waras macam Shahin ni lagi nak ditanya.

  “anak baba ni,cakap kita pakai kain pelekat ni macam pakai skirt” ha,habis semua orang gelakkan aku,agaknya kalau lipas ada lipas pun tolong gelakkan sama,kuman yang dengar pun boleh tumpang sekaki,ni yang buatkan aku hilang selera nak makan ni.jaga la kau Shahin aku hentam kau dengan kerusi malam ni!!

 

 

 

==========

 

 

Semua orang sedang berkumpul di ruang tamu sambil menonton tv entah apa siarannya aku tak tahu,yang penting memang boring tahap petala kelapan.Sejak kahwin ni asyik berkepit je dengan mamat ni tapi aku tak rasa rimas pulak,dia pun langsung tak menunjukkan riak tak senang jadi boleh dikatakan selama ini dia hanya memikirkan batas kami jadi dia tak mesra rakyat dengan aku.

  Mata ni pun dah mula mengantuk,maklumlah letih betul majlis tadi walaupun tak semewah orang lain tapi penat berjalan ke hulu ke hilir bersua muka dengan tetamu.Sekarang ni orang yang paling aku risaukan ialah Aimi sebab dia langsung tak menghubungi aku lagi sejak aku maklumkan tentang perkahwinan aku.Dia kena terima hakikat bahawa aku memang bukan gadis yang sesuai untuk dia.

  “Shah,adik dah tertidur tu” suara Datuk Hasmezam kedengaran,semua mata memandang Shahin dan Asya,lena pulak tengok Asya terlentok atas bahu Shahin.Shahin mula berkira-kira sama ada hendakkan kejutkan Asya atau mengangkatnya ke bilik,kalau kejutkan nanti jadi macam minggu lepas yang Asya berjalan dalam keadaan mamai sehingga terjun ke dalam kolam renang tanpa dia sedari.

 “Shah angkat dia masuk bilik dulu la” ujar Shahin sambil merebahkan badan Asya ke dalam pelukannya dan dengan berhati-hati dia mengangkat Asya ke bilik.Sesekali semasa dia menaiki anak tangga dengan tenang dan damai dia rasakan dapat melihat wajah bersih Asya sedang tertidur.

  Badan Asya yang dikendongnya diletakkan dengan berhati-hati ke atas katil,kali ini dia berfikir sama ada hendak turun semula untuk menonton bola Arsenal vs Real Madrid atau hanya menontonnya dalam bilik.Lebih baik tengok dalam bilik je,fikirnya lalu dengan perlahan dia berganjak ke sofa untuk menonton tv.

  Tak sampai 10 minit dia menonton bola Asya sudah tercongok di sebelahnya dengan muka yang masih mengantuk.Dengan tak malunya Asya meletakkan kepalanya di atas bahu Shahin.

  “kenapa bangun?” soal Shahin tetapi matanya masih lagi di skrin tv.

 “tak boleh tidur la,fikirkan Aimi” Asya melepaskan keluhan berat,sebaik nama Aimi di sebut Shahin terus mendiamkan diri,takkan dia tak nak tanya kenapa kut.

  “rasa bersalah…” Asya menyambung ayatnya.

  “kalau kau cintakan dia kenapa tak terima je cinta dia?” soalan Shahin memang buat aku terkejut beruk,bila masa pulak aku cakap yang aku ni cintakan Aimi.

 “mana ada aku cintakan dia!aku cuma rasa bersalah sebab bagi dia harapan selama ni”

“macam tu ke?” soal Shahin lagi,ni bunyi macam tak percaya je dengan apa yang aku cakap.aku sekeh baru tahu,derhaka menyakiti suami.

  “orang serius ni,dia main-main pulak” aku bersuara mengajuk,aik,sejak bila aku pandai mengajuk macam minah-minah gedik ni?tapi boleh pulak dia ketawa senang hati.

 “kau tak cintakan dia?”soalnya sekali lagi.

“tak!” aku bersuara tegas!aku maksudkan apa yang aku cakap.bukan sekadar meniti di bibir.hahaha…

  “orang kata lebih baik dicintai daripada mencintai” memang betul apa yang Shahin cakap tapi hati ini begitu susah untuk menerimanya,ibarat menelan batu!amboi!

 “betul!tapi lebih baik tidak memiliki jika sekadar dengan simpati.sebanyak mana orang ikhlas mencintai kita, kita akan rasa cintanya dan sebanyak mana kita tidak mencintainya lebih banyak hati akan terluka” kata-kata aku mengundang senyuman pada wajahnya,senyuman ni lagi,boleh memecahkan ais di kutub utara tau!

  “jadi kau pilih jalan tengah?”

“yup!jalan tengah,jalan pintas,jalan selamat”

  “kenapa tak bagi peluang kepada Aimi?” soalan itu agak berat untuk aku jawab tapi jawab je la,kalau tak lulus pun takpe!

“sebab aku tak yakin dan aku tak rasa yang aku akan dapat membalas cintanya”

  “macam mana dengan aku?” soalan ni lagi susah,macam soalan dalam mahkamah tinggi je levelnya.

“erm,aku yakin yang ini takdir aku,jadi takde kena mengena dengan kau” aku berkata tenang dan dia masih lagi dengan senyuman,tak rasa nak tercabut rahang ke asyik senyum je sejak tadi.

 “aku tak tahu apa akan jadi esok hari tapi aku tahu yang esok,lusa dan seterusnya aku akan setia dengan perkahwinan kita” wah!terharu pulak aku rasa sweetnya…

 “aku pun janji akan setia selagi kau suami aku”

“really?” aku mengangguk laju.

  “aku nak kau janji dengan aku,sekiranya hati kau dah mula mencintai orang lain aku nak kau beritahu aku” kata-kata Shahin kali ini mengundang rasa gelisah dalam hati aku,tak sampai sehari aku kahwin dengan dia dah nak bincang pasal perpisahan.

   “kau nak bagi aku status janda ke?” aku menyoalnya dengan memandang tepat ke dalam matanya,pandangan yang dalam dan mata aku mula berkaca,kenapa emosi semacam je ni?Belum sempat Shahin menjawab soalan aku air mata aku dah mula mengalir dengan perlahan,pasangan lain selalunya memulakan perkahwinan mereka dengan senyuman tetapi berbeza dengan aku yang memulakannya dengan tangisan dan mungkin juga berakhir dengan tangisan.

  “jangan nangis Asya…” kedua tangan Shahin memegang kedua belah pipi aku dan mengesat air mata aku yang mengalir dengan laju,dah macam air terjun aku rasa.Tapi nampak sangat reaksi Shahin terus berubah dan masih mencuba untuk memujuk aku.

  “kalau kau dah rancang nak tinggalkan aku baik kau tak payah kahwin dengan aku” aku bersuara lagi dan kali ini esakan aku semakin kuat kedengaran,Shahin terus memujuk aku supaya senyap dan siap offer kalau aku nak makan ice-cream atau tak,ingat aku ni budak 2 tahun ke?nak tergelak pun ada tapi kena control biar dia pujuk aku lebih sikit.

   “mana ada,aku tak pernah rancang nak robohkan masjid yang kita bina,aku cuma tak nak kau bersedih andai kata kau tak dapat bersama dengan orang yang kau cintai” ayat kali ni memang sesuai dan memang sesuai jugak untuk aku gelak sampai petang esok.Sebaik aku ketawa muka Shahin terus berubah warna,nak marah ke?

  “kau kenakan aku ke?” soal Shahin tegas.

“gotcha!” aku bersuara sambil ketawa dan menepuk bahunya beberapa kali,lawak la pulak aku rasa bila semua ni terjadi,akhirnya Shahin turut ketawa dan dengan pantasnya tangannya mengeletek aku sehingga terjatuh daripada sofa,bola entah ke mana tv pun tak tahu ke mana.

  “geli la!” aku menjerit kecil dan berusaha untuk mengahalang tangannya yang jauh lebih besar dari tangan aku terus menggeletek diri aku.kalau angkat kaki nanti kata isteri derhaka pulak.

  “seronok kenakan orang?” soalnya lagi dan berhenti menggeletek aku,hish mamat ni buat serabai rambut aku je.penat betul gelak sampai berpeluh.

 “seronok jugak,panaslah…” aku mengibas baju aku dan menggunakan majalah dari atas meja untuk mengibas,memang sihat la sangat kalau gelak sampai berpeluh,habis lantai bersih sebab kena lap dengan baju aku yang tergolek ke sana sini,kalau nak balas dendam memang la tak mampu sebab dia jauh lebih besar dari aku.

  “dah rambut macam rambut singa aku tengok,meh sini aku tolong ikatkan” dengan halus Shahin mengikat rambut aku membentuk ekor kuda,walaupun senget sikit tapi berbaloi jugak untuk hilangkan rasa panas aku ni.

  “singa jantan je ada rambut!” aku memberitahunya fakta yang benar,aku tengok national geographic ok!tapi aku rasa semua orang pun tahu hakikat ni kut.Walaupun aku memberitahunya sesuatu dia tak bersuara malah sedang merenung sesuatu dengan pandangan dalam,aku menelan air liur dan membetulkan baju aku yang sudah mendedahkan sedikit daripada bahagian dadaku,sikit je!

  “kau buat apa ni?” soal aku terketar-ketar,takut jugak kalau Shahin yang jadi singa jantan malam ni,kalau betul-betul terjadi aku rela jadi isteri derhaka dengan menyepak dia sekuatnya!!!tekad aku.

  “buku apa tu?”

“ha?” aku yang sedikit blur melihat tangan aku yang memegang buku yang Shahin maksudkan,belum sempat aku membaca tajuknya buku itu telah dirampas oleh Shahin.

  “tips dan tanggungjawab seorang isteri solehah?” soalnya dengan senyuman pelik.Hish! macam mana boleh terambil buku ni pulak,habislah aku kalau macam ni,malu la pulak aku rasa.tapi apa yang nak dimalukan aku bukannya ada buat apa-apa pun,membaca itu jambatan ilmu,ilmu itu pelita hidup,hidup di dunia cuma sementara,apa kaitan pulak yang terakhir tu?dah mula nak mengarut dah.

  “tak pernah tengok pun,macam mana boleh ada kat sini?” aku menghilangkan rasa terkejut dengan berpura-pura tak tahu,ni buku yang Seven hadiahkan kepada aku,katanya buku terbaik kalau nak berkahwin.pandai-pandai je Seven ni.

  “entah,kau beli ke?” soalan Shahin bersama senyuman itu membuatkan aku tak senang duduk,kali ini aku tak menipu ok.

  “mana ada!Ibu kut yang letak kat sini,nak bagi ilmu perkahwinan kat aku” aku menjawabnya dan beredar ke katil,baik tidur sebelum lebih banyak soalan yang keluar dari mulutnya.

   “kau dah baca?” soalnya lagi,memang ada baca muka surat satu tapi bila masuk je muka surat dua aku dah tertidur.

  “belum,macam tak best je” hahaha,buku ilmu mana yang seronok di baca?ulat buku je suka membaca buku,kalau ulat bulu suka menggatal,kalau ulat buah?hish!mengarut lagi aku ni….

   “kau nak aku bacakan ke?” soalnya lagi,kali ini aku pasti untuk mengusik,kacau orang nak tidur betul la suami aku ni.

 “kau nak jadi isteri ke?boleh kita buat akad nikah balik” aku bersuara selamba,tapi disambut dengan tawa dari Shahin,lantak kau la Shahin apa yang penting aku nak tidur.

 

 

 

========

 

 

 

“Assalamualaikum” Shahin memberi salam kepada orang di dalam rumahnya,sebenarnya takde orang pun kalau ada pun mungkin semut dan nyamuk je,harap-harap lipas tak buat tanah dalam rumah ni.Memang besar rumah ni dan jauh lebih besar dari rumah papa tau!takut la aku kalau tinggal sorang je dalam rumah ni.

   “kau bagi salam kat siapa?” aku menyoalnya dan berjalan rapat dengan dia,rasa macam nak berkonsi badan je dengan dia.

 “rumah la,sebelum masuk berselawat sikit dan baca tiga Qul,jadi boleh la kita mulakan rumah tangga kita dalam rumah ni dengan berkat dari Allah” amin,alhamdulilah,aku dapat seorang suami yang soleh,walaupun aku lambat lagi nak jadi isteri solehah.

  “termenung pulak,buat la apa aku suruh tadi” ujarnya lagi,menyedarkan aku yang aku dah lesap ke dunia khayalan aku lagi.

 “baiklah,tapi rumah kau takde tangga pun” aku bercakap sekadar berlawak dan dia dengan senyumannya menggosok kepala aku lembut,ingat ni periuk ke nak gosok-gosok pulak.

  “no worry,dalam rumah kita ada banyak tangga” the,correction lagi,rumah kita bukan rumah dia je.Aku buat macam harta sendiri baru menyesal tak sudah,nanti ada orang menangis tak berlagu.

 “dah seminggu kita kahwin kan?” soal aku lagi sambil mengangkat beg ke dalam rumah,semua bagasi dia yang angkat,baru la gentleman orang kata!hahaha…

 “yup!” aku tak peduli apa yang dia cakapkan yang aku tahu rumah ni sangat cantik dan besar gila,memang boleh main skate dalam ni,seronoknya!aku berpusing-pusing macam Cinderella baru jumpa dewan tari,seronok berpusing sampai aku terlanggar Shahin dan hampir terjatuh,nasib baik dia sempat sambut aku tapi,kami berdua jatuh menghempas lantai,mesti sakit belakang dia dan aku hanya mampu selamatkan kepala dia je.

  “sorry…” aku memintanya dengan ikhlas dari lubuk hati lapisan kelapan tau!

“hurm,bangunlah,kalau nak landing sangat pergi landing atas sofa” ujarnya lagi,huh!malunya aku rasa saat ni,aku segera bangun dan membantunya untuk berdiri,saja nak tunjuk baik,kan on the way nak jadi isteri solehah,hahaha…

  “ni family kau?” soal aku bila ternampak gambar keluarganya,Umi Shahin sangat cantik dan Baba dia jugak sangat kacak jadi tak hairan dia pun handsome,tapi ni muka dia masa umur berapa?macam budak-budak je lagi,tapi comel!

  “haah,ni Umi dan ni Baba,yang kecik ni aku la” terangnya ringkas,jelas wajahnya yang tersenyum gembira,.

  “Assalamualaikum…umi,baba,saya Asya,menantu Umi dan Baba,semoga Umi dan Baba sentiasa tenang dan gembira di sana” aku tersenyum senang,macam mana rasanya berjumpa dengan mertua agaknya,mesti berdebar kan?aku memandang Shahin dan tersenyum memandangnya,terkejut aku bila dia memeluk aku dengan erat dan mencium kepala aku,terus freeze!

  “terima kasih kerana sudi hadir dalam keluarga aku” ucapnya ikhlas,aku baru je nak balas pelukannya tapi dia dah leraikan pelukan kami dulu,hish!tak menyempat betul mamat ni.Aku masuk ke dalam bilik yang dia sediakan untuk aku,memang betul ada pintu dari dalam untuk aku ke biliknya dan diharamkan untuk menguncinya sama sekali.

Memandangkan hari masih lagi siang jadi aku nak buat persidangan meja bulat dengan dia dan membuat satu peraturan baru di dalam rumah.

  “boleh kita discuss peraturan dalam rumah ni?” aku meminta pendapatnya ketika kami berada di ruang tamu setelah selesai mengemas barang.

  “peraturan?” soalnya agak terkejut,aku rasa tak pelik pun dan peraturan menjadikan kita rakyat yang berdisiplin,kan?

 “yup!yang pertama,walaupun kerja tak boleh balik lewat dari pukul 7 malam,setuju?”

“erm…kalau alasan kau logic aku akan setuju”

  “sebab aku takut tinggal sorang dalam rumah ni”

“setuju!”

  “kedua,tak boleh bawak balik kerja ke rumah”

“what?” dah mula dah trademark dia,ni yang malas nak menjawab soalan sama ni.

  “nanti aku bosan” aku menjawabnya selamba,jom kita tengok dia setuju atau tidak.

“ok” wah,mengalah macam tu je?seronok la kalau macam ni.

  “ketiga,kalau nak keluar kena bagitahu,izin ke tak itu belakang kira”

“ok” senangnya dia setuju,pelik.

  “keempat…” apa aku nak cakap lagi ni,rasanya yang lain dah discuss sebelum ni.

“tak boleh bawa lelaki atau perempuan masuk ke dalam rumah ni kalau tiada keizinan kecuali keluarga sahaja” wah,cepat pulak mamat ni menyambung,kira setuju je la.

 “ok!kelima,kena ikut semua arahan ni kalau tak akan dihukum gantung mandatory!”

“dahsyatnya,kau kena berhati-hati dengan peraturan kau ni” dia memberi amaran kepada aku dan menghilangkan diri ke dapur kami,aku takkan menjadi pengguna dapur itu kalau tak Shahin kena bersedia dengan bomba untuk menyelamatkan rumah dia ni.

  Aku membuntutinya ke dapur,kena bagitahu dia yang banyak barang perlu di beli dan seperti yang dia janjikan dia akan izinkan aku untuk renovate rumah kami.semuanya di bawah pengawasan dia,hehehe…

 “janji nak pergi beli barang” aku bersuara perlahan,memujuk sebenarnya.

“oh,lupa,pergi la bersiap nanti kita pergi” ujarnya dengan riak selamba,tak senyum pun.aku ni dah kenapa,ketagih dengan dia punya senyuman ke?crocadile senyum lagi cantik la!

 “dah siap,jom pergi!” aku menarik tangannya untuk keluar dari rumah,nasib baik dia ikutkan je,kalau dia marah aku menangis kat sini.

 “kalau shopping laju je kan?” soalnya sambil menggelengkan kepala,memang sifat natural perempuan kut yang ada perangai kaki shopping ni,dan aku ni lebih kepada geng membazir amalan syaitan.

  Kami menjumpai parking yang strategic dan masuk ke dalam shopping mall,tempat pertama yang aku serbu ialah toiletries,banyak yang kena beli dan kemudiannya kami beralih ke kawasan pakaian,kasut dan beg tangan.sempat jugak kami mengunjungi kawasan kedai permainan dan sempat jugak aku ambil seberapa banyak permainan yang aku suka,Shahin menggelengkan kepala lagi.

  Semua barang yang aku beli dah tak dapat nak dibawa dengan tangan dan Shahin pun dah kelihatan lenguh jadi aku memintanya untuk menghantarnya ke kereta terlebih dahulu sebelum kami membeli barangan lain.pakaian untuk ke pejabat juga aku dah belikan sebanyak yang mungkin dan hiasan dalaman rumah juga aku dah belikan.

  “banyak lagi ke?” soal Shahin lemah,kesiannya dah berpeluh suami aku ni.

“penat ke?kita duduk dulu,aku belikan kau air ok” aku meninggalkan Shahin yang kelihatan hundred percent penat gila,tangan dia dah kembali penuh dengan barangan aku,tapi ada jugak barangan dia yang aku tolong belikan,baik tak?

  “nah air” aku menghulurkan air mineral yang aku belikan untuknya,memang keterlaluan sebab sekadar belikan air mineral tapi tu je yang paling dekat dengan kami.

 “jom!kita pergi cari perabot!” aku menarik tangannya kembali dan menuju ke tingkat paling bawah untuk membuat tempahan perabot.Aku menunjukkan beberapa buah almari dan satu sofa untuk diletakkan ke dalam bilik aku.

  “dah?” soalnya senang apabila kami keluar dari kedai perabot itu.

“last sekali,barang dapur,jom kita pergi supermarket” aku mengajaknya dan menarik tangannya lagi,tak rasa janggal pun walaupun tangan kami sentiasa bertaut dan aku memang jenis yang tak tahu malu sikit,hahaha…

  Semua jenis makanan ringan aku belikan,ada jugak barang basah tapi tak banyak.Walaupun hampir sejuta kali Shahin melarang aku tetap bertekad untuk membeli semua makanan ringan kegemaran aku untuk di bawa pulang ke rumah.Kalau dia tak nak bayar aku akan bayar,aku boleh agak yang duit dia keluar untuk hari ini mencecah ribu-ribuan ringgit,dah la perabot semua dia dah bayar,matilah Shahin kalau macam ni selalu.Don’t worry my husband,this is for the last one!

  “kau tengok,dah penuh kereta tau!” tegurnya dengan nada yang tegas,tapi aku sikit pun tak hairan dan takut.Yang penting ni la shopping aku yang paling seronok dalam dunia ni,aku pun ada gunakan duit aku sendiri tau,papa pernah bagi kad kredit kat aku dan papa tak pernah tahu berapa banyak aku spend dengan kad tu,jadi memang selamat la sikit aku nak guna kad ni dan Shahin pun takdela bankrupt dalam masa sehari.

  “this is for the last”

“ya?” soalnya tak percaya,tak percaya sudah dia ingat aku heran?

 

 

 

==========

 

 

 

Tak sempat penat kami hilang,perabot yang ditempah dah sampai ke depan pintu rumah kami dan pada masa yang sama abang turut hantarkan hadiah perkahwinan kami ke rumah,chaotic betul rumah kami tika itu,tapi dengan adanya suami aku yang bijak pandai ni,semuanya disettelekan dengan hujung jari je,rumah kami dah nampak macam rumah baru,seronoknya ada rumah sendiri.

  Semuanya selesai dan akhirnya malam menjamu kami,aku masih lagi di ruang tamu untuk menyusun hadiah dari tetamu,memang banyak gila dan aku tak rasa boleh habis buka semua hadiah ni pada malam ini.Shahin pun boleh terlelap di atas sofa,mungkin penat sangat kut.

 Aku menuju ke dapur dan membancuh Nescafe 3 in 1 kepadanya,dan membawanya keluar.Aku mengejutkan dia yang sudah separa lelap,dia membuka mata dengan perlahan dan memandang aku sambil tersenyum,baru bangun tidur pun boleh senyum lagi?

 “air” aku menghulurkan kepadanya dan dengan senyuman dia menyambut gelas dari tangan aku,aku pun ikut sama tersenyum sepertinya.Kalau aku urut dia agaknya dia bagi flying kick kat aku tak?kalau dia bagi aku flying kiss aku bagi flying fox nanti.

  “penat sangat ke?” soal aku prihatin dan mengambil tempat disisinya,lengannya aku pegang dan aku usap dengan lembut,nasib baik dia tak pakai kain pelekat.

 “boleh tahan la” jawapan selamat dan cukup menjaga hati orang lain.izinkan aku untuk menjadi seorang isteri yang solehah.

 “aku urutkan boleh?” aku meminta izin darinya dan dia ternyata diam tak bergerak,agaknya dia tak selesa kut aku baik sangat dengan dia.

 “aku just nak tolong,pusingkan badan” aku mengarahnya dan ternyata dia hanya mengikut,walaupun jari aku ni tak kuat macam The Rock tapi kalau sekadar nak mengurut tu jalan la sikit-sikit,aku tersenyum seorang diri.Tak pernah aku rasa perasaan mengurut orang selama ini dan Shahin adalah orang pertama,jadi dia sepatutnya bersyukur aku urut dia.

  “mana lagi sakit?” soal aku lagi bila dia memusingkan badannya semula,tak sedap ke aku urut,limited edition tau!tak akan dijumpai di mana-mana pasaran,gelap mahupun cerah.Dia hanya menggelengkan kepala dan menyentuh kedua tangan aku.kenapa pulak ni?nak tilik tangan aku ke?

  “dah la,terima kasih.kau pun dah penat kan?” soalnya pula,sangat prihatin tapi dek perangai degil aku ni aku menggeleng laju.

 “mana ada!kau sakit kepala kan?meh baring sini aku tolong picitkan” aku merebahkan kepalanya atas ribaanku dan memicitkan kepalanya dengan lembut,lembut ke?yang penting aku tahu aku ikhlas buat semua ni.Tak lama kemudian Shahin tertidur di atas ribaan aku,sesekali mata aku memandang kelopak matanya yang tertutup,cantik!

  Tanganku mula menggatal untuk mengusap pipinya yang bersih tanpa sebarang jerawat mahupun misai dan janggut,nasib baik kalau tak aku panggil mamat ni kucing.Hidung dia sangat mancung dan bibirnya merah,tak hisap rokok ni,bagus!amalkan gaya hidup sihat dan jauhi rokok dan dadah!pesanan ikhlas dari Asya Humaira.Akhir sekali tangan aku menyentuh rambutnya yang lurus dan terpacak macam duri landak bak kata Nur,kenapa aku rasa suka dengan semua yang ada pada diri suami aku ni?

  

  Shahin mula menggerakkan badannya dan terkejut besar apabila dia berada di sofa bersama dengan Asya,Asya pun sudah tertidur dengan nyenyaknya,sekali lagi Shahin tersenyum sebelum melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul tiga pagi,Shahin mengemaskan apa yang patut sebelum mematikan suis lampu dan mengangkat Asya ke biliknya.Badan Asya diletakkan dengan perlahan di atas katil dan dia berjalan ke biliknya disebelah,tapi sempat dia mendengar satu nama yang keluar dari mulut Asya iaitu…mama…

 

   Sebaik azan subuh kedengaran aku terus bangun dari tidur,macam mana boleh ada kat sini?aku bertanya kepada diri sendiri tapi apa nak dihairankan mesti Shahin yang angkat dia ke atas kalau tak takkan dia berjalan sendiri kut?huish!malas nak fikir! Aku segera ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk untuk solat berjemaah dengan Shahin,dia dah bangun ke?belum sempat aku memakai telekung sembahyang aku membuka pintu yang menghubungkan bilik kami,Shahin dah pakai songkok!kena halang dia.

  Tanpa berfikir panjang aku berlari ke arah Shahin dan mencium pipinya,tersentak beruk dia dibuatnya,aku pun terkejut tapi sempat lagi ucap selamat pagi.

  “good morning!” aku menegurnya dengan ceria dan berjalan kembali ke bilik aku,entah macam mana reaksi Shahin selepas itu dia kembali masuk ke dalam bilik air,sejadah yang dia telah hamparkan aku curi dan bawa masuk ke bilikku,nanti dia solat sorang-sorang.

  Aku memakai telekung dan kembali semula ke bilik Shahin,ternyata Shahin sedang terbongkok mencari sejadahnya yang hilang di ambil orang!aku la orang tu.hehehe…

  “cari sejadah ke?” soal aku mendekatinya.Dia mengangguk dan aku menghamparkan sejadah untuknya dan untuk aku sekali,nak cakapnya semangat nak solat berjemaah sampai curi sejadah pun aku sanggup,teruk!

  “nakalnya sejadah aku ni” ujar Shahin dengan sengihan lebar,aku pun turut sama tersengih sepertinya,tapi setelah dia bersedia untuk solat aku pun turut siapkan diri.Setelah mengaminkan doa sempat kami mengaji dua helai muka surat dan kali ini memang mendebarkan sikit,dahi aku dikucup dengan lembut dan aku menyalami tangannya dan mencium kedua pipinya,hari ni dah dua kali! 

  “semoga kau terus menjadi isteri aku” ucapnya sambil merenung ke dalam mata aku,ni yang rasa sejuk semacam ni,salji turun kat Malaysia ke?

 “jom masak breakfast” ajaknya setelah aku hanyut di sungai Nil,aku melipat telekung dan sejadah kemudian bergerak semula ke dalam bilik aku,lepas kahwin ni aku tak pernah tidur lepas subuh tau!alhamdulilah,satu perkembangan yang baik!

 Aku turun ke dapur untuk menolongnya memasak dan memang aku tolong tapi tolong tengok je,semuanya dah tersedia atas meja,Wah!comelnya Shahin memakai apron,hari ni hari terakhir kami sebelum masuk kerja jadi banyak yang perlu kami buat,rehat!

  “boleh ambil gambar?” soal aku kepadanya dan ternyata dia mengelak,tapi setelah dipaksa akhirnya dia mengikut jugak,wah!rasa macam dah kembali ke zaman kanak-kanak pulak.

 “jom makan!nanti boleh buka hadiah yang tetamu bagi” cadangnya sambil menarik kerusi,aku mengikutnya dan duduk didepannya,makan roti bakar pun bila berdua rasa sedap jugak.

  “sebelum buka hadiah,kita tengok gambar wedding kita dulu,aku nak frame kan dan gantung dalam rumah ni,sebanyak yang boleh” aku berkata dengan bersungguh-sungguh siap tunjukkan saiz dan sudut untuk gambar kami nanti.

  “boleh albumkan sekali” tambah aku lagi.

“as you wish” dia setuju juga,banyak pulak tolak ansur dia dengan aku lately,well bagus untuk kami.

 Kami melihat gambar yang diambil dalam laptop,memang banyak gila gambar sampai tak tahu mana satu yang kami mesti pilih,ada gambar yang lucu,romantic,lawa dan macam-macam la,sampai kami tergelak besar pun ada.

  “dah pilih?” soalnya kepadaku yang masih lagi khusyuk memandang skrin laptop.

“dah!”

  “kalau dah masukkan dalam pendrive aku akan hantar ke kedai” ujarnya lagi,sangat membantu!

  “ok!jom buka hadiah!” aku melompat turun dari sofa dan duduk di atas carpet merah yang lembut,sekeliling aku semuanya hadiah dari tetamu,kami memulakan dengan kotak yang besar hingga ke kecil,hampir dua ratus bungkusan yang kami terima dan sangat penat nak buka semua ni.

  “tengok ni,mug couple la,cutenya” ujar Shahin teruja dan menghulurkan kepada aku,kami sama-sama teruja,ada hadiah yang lawak dan tak sesuai tapi kami tetap berterima kasih dan gembira.Ada rice cooker,nasib baik tak beli washer,ada juga bantal peluk,ada jugak bear,wah!rasa macam hari christmass je.

  “apa ni?” soal Shahin tenang sambil mengangkat sesuatu dari kotak,aku memandangnya sekilas dan akhirnya mata aku terbuka luas macam stadium,gaun tidur?yang sexy tahap petala kelapan pulak tu!siapa punya hadiah ni???

 Cepat-cepat aku merampasnya dari Shahin tetapi ternyata Shahin lebih pantas mengelak,aku dah malu rasa nak benam kepala dalam Tasik Bera ni,aku masih lagi mencuba untuk merampasnya tetapi Shahin masih lagi cuba untuk menghalangnya.

  “tak pernah tengok pun” ujar Shahin sambil menggaru kepalanya,sebelum semuanya terbongkar dengan pantas Asya merampasnya daripada tangan Shahin dan menyoroknya di belakangnya.

  “apa tu?” soal Shahin lagi,bendul betul soalannya.

“kain,kain buat alas meja” aku memberikan alasan yang langsung tak logic dek akal tapi itu yang terbaik,takkan nak bagi tahu gaun tidur kut,nak mampus?kalau aku tahu siapa yang bagi hadiah ni aku basuh dia dengan Clorox!

  “peliknya alas meja,macam baju je aku tengok” Shahin mengutarakan perkara yang bermain dalam fikirannya,memang la bukan alas meja.

 “bukannya apa-apa pun,buka la kotak yang terakhir tu,apa isinya” aku cuba untuk menukar topic dan ternyata berhasil,Shahin membuka kotak itu dan menunjukkan isinya kepada aku.

  “kamera” dia memberitahuku dengan teruja,aku pun teruja jugak tapi terkejut yang tadi lagi dahsyat,mahu pendek umur aku 10 tahun.Shahin memang suka mengambil gambar,malah kamera dalam rumah ni pun banyak,jadi memang la dia teruja dengan hadiah tadi.

  “aku masuk bilik kejap,nanti kita bincang pasal landscape ok?” aku memasukkan gaun tidur tadi ke dalam baju dan berusaha sedaya upaya supaya Shahin tidak melihatnya dan aku berjaya sorokkan semua ni sampai bila-bila,nasib baik Shahin tak pernah tengok benda alah ni.

 

  Sebaik Asya hilang dari pandangannya Shahin mula mengemas dan mebuang sampah yang bertaburan,tetapi sekeping kad menarik perhatian Shahin.

  “macam kad dari bungkusan tadi?” fikir Shahin lalu meletakkan kad itu di atas laptopnya dan dia keluar bersama sampah yang memenuhi tangannya,Asya ni pandai sepah je tapi tak pandai nak kemas.

  Dia kembali semula ke sofa tadi dan mengambil laptopnya bersama kad tadi ke biliknya,setelah dia meniarap di atas katil dia membaca kad yang bertulis tangan itu yang berbunyi, ‘semoga hadiah ini dapat melahirkan rasa cinta yang sempurna buat kamu’ Shahin menggaru kepalanya yang tak gatal,pelik ayatnya.

  “alas meja pun boleh melahirkan rasa cinta ke?petua planet mana?” soal Shahin kehairanan tetapi dia teringat yang dia sempat melihat jenama pada hadiah tadi jadi dengan pantas dia mencari di dalam google la!tak sampai seminit dengan kelajuan internet berganda semuanya terjawab dengan mudah,Shahin tertelan air liur setelah mengetahui hadiah yang sebenar.

  “patutlah blushing tak tentu pasal!hadui,tetamu kehormat mana la yang bagi hadiah pelik macam tu?” Shahin segera menutup laptopnya dan berbaring memandang syiling biliknya yang bersih.

  “I don’t know anything!Shahin Addin,you really,really don’t know anything!” Shahin memenjamkan matanya dan memikirkan makanan tengahhari mereka nanti,dia bercadang untuk makan di The Chicken Rice Shop nanti,dah lama dia ingin ke sana tapi belum berkesempatan.

 

 

 

=========

 

 

Aku bersedia untuk menghadapi hari pertama aku praktikal tapi rasa seram dan takut tu memang ada.Aku mengikat rambut aku dengan kemas dan aku langsung tak nampak seperti seorang accountant,tak kisahla aku nak pergi praktikal je bukannya nak jadi akauntan kat sana yang kena jaga imej syarikat sangat.

  Aku mengatur langkah ke meja makan dan ternyata semuanya sudah tersedia dia atas meja,macam Shahin ni isteri dan aku pulak yang jadi suami,hahaha…kenapa baru hari ini aku sedar yang Shahin sangat segak sebenarnya,ke aku saja nak sedapkan hati aku ni,maklumlah bukannya seminggu aku nak tinggal bersama dia,mungkin selama-lamanya siapa yang tahu.

  “makan cepat,nanti aku tolong hantarkan kau ke tempat kerja” ujarnya dengan nada tegas,dah jadi warden penjara balik dah,aku terpaksa mengikut arahannya tapi aku tak nak pergi kerja dengan dia.

 “takpe,aku boleh pergi sendiri” aku berkata tanpa memandang ke arahnya dan mengunyah roti bakar dengan perlahan.Dia memandang aku lama tapi aku buat tak endah je,malas nak tengok muka dia.

 “kalau sesat nanti macam mana?” soalnya lagi sambil meneguk kopi dari cawannya.

“pandailah aku nak susahkan kau nanti” aku berkata lalu tersengih,dia buat tak endah je dan meneruskan kunyahannya sehingga habis.

  “ok” dia berkata setuju,yay!

“tinggalkan je pinggan kat situ,biar aku basuh.bos tak boleh lewat masuk kerja” aku berkata yakin,eleh nak menunjuk yang aku ni rajin je sebenarnya walaupun hampeh!at least aku boleh tolong ringankan kerja dia sikit.

  Aku membawa pinggan mangkuk ke sinki dan mula membasuhnya,Shahin menghampiri aku dari belakang dan mengucapkan selamat tinggal,macam lepas ni dah tak dapat jumpa lagi dah.Dengan lembut dia mencium pipi aku sehingga aku terdiam dan langsung tak bergerak,kali pertama dia kiss pipi aku,rasa pelik je.

  “be careful ok” pesannya lagi sebelum beredar meninggalkan aku yang masih lagi freeze,perlahan-lahan tanganku yang masih lagi bersabun aku menyentuh pipi aku.Ibu habislah muka aku kalau macam ni tak cukup dengan pencuci muka sabun basuh pinggan pun aku guna.Aku menyiapkan kerja aku dengan segera dan membersihkan muka aku yang bersabun,bila aku berpuas hati dengan keadaan dapur aku mengambil kasut dan mengunci pintu.

  “Good morning!!!” aku menyapa jiran baru aku,langsung tak kenal sebenarnya tapi dah mereka melihat aku sampai nak terkeluar biji mata kena la tegur sikit nanti orang kata sombong pulak.

  “Shahin’s wife?” soal salah seorang jiran aku yang sedang berkebun,bagus betul pagi-pagi macam ni berkebun,sihat tubuh badan!

 “ya aunty,saya Asya,minta diri dulu” aku tersenyum dan berlari meninggalkan perkarangan rumah,aku hanya perlu berjalan sedikit untuk menuju ke stesen LRT,memang strategic rumah Shahin ni,lebih baik naik LRT yang terus sampai depan pejabat yang aku kerja,jimat duit!

 

   “dah pukul 8.30,mana budak praktikal yang kau cakap tu?macam mana nak kerja kalau hari pertama praktikal pun dah lambat” suara Shahin yang agak tegas kedengaran,Shahin bukan marahkan setiausahanya tetapi marah dengan Hadi,Shahin seorang yang sangat cintakan masa jadi semua orang perlu tepati masa jika tiada kecemasan,setiausahanya sudah gelisah sedikit kerana tak tahu nak jawab apa.

 “mana Hadi?” soal Shahin lagi,orang baru lepas kahwin gembira tapi lain pulak dengan Shahin ni,tapi semua orang di syarikat ini kecuali Hadi tak tahu yang dia telah berkahwin.

 “En.Hadi ada meeting dengan client dekat Ampang” ujarnya lambat,takut agaknya.

“Hadi ni pun,kalau nak ambil budak praktikal pun cari la yang berdisiplin sikit,ni tak selalunya cantik je lebih” Shahin mengomel sendirian dan matanya masih melihat jam di tangannya,memang dah cukup lewat untuk pekerja baru.

  “panggil Aliza masuk” suruh Shahin lagi,Aliza ialah accountant utama di syarikat mereka jadi mungkin Aliza tahu detail pelajar praktikal yang akan bekerja dengan mereka.

 Tak sampai seminit Aliza sedang menuju ke bilik Shahin dengan budak praktikal yang baru.Memang muka Nisa iaitu setiausaha Shahin sudah berubah warna,mungkin kerana takut selepas dimarahi.

  “kenapa lewat dik?bos dah naik angin” Nisa bertanya kepada pelajar itu dan pelajar itu hanya tersenyum sahaja,polos pulak tu.

 “mengamuk ke?” soal Aliza semula.

“tak lah,ribut sikit je” Nisa memberitahunya lagi.

 “bos suka mengamuk ke?” soal pelajar tadi kecut perut,kang tak sempat nak praktikal dah ditendang keluar.

 “tak lah,dia ada masalah kut” ujar Nisa menenangkan keadaan,dengan formal Aliza mengetuk pintu dan setelah mendapat arahan yang tegas menyuruhnya masuk dia bersama pelajar tadi masuk bersama,selamatkanlah kami,hanya itu doa Aliza di dalam hati.

  “Aliza,saya nak awak suruh budak praktikal tu datang secepat mungkin atau dia terpaksa cari syarikat lain” ujar Shahin tanpa memandang Aliza.

 “saya dah sampai,Encik Shahin” ujar pelajar itu formal dan Shahin mengangkat kepalanya untuk memberikan ceramah tetapi apabila terpandang wajah pelajar itu dia terus ternganga dan matanya juga tak berkedip.Aliza memandang wajah Asya yang tersenyum senang dan Aliza menyangka Shahin dah jatuh cinta dengan senyuman pelajar yang cantik itu.

  “tutup mulut encik,nanti lalat masuk” pelajar itu berkata dengan berani dan mengundang tawa Aliza dan Nisa yang turut berada disitu,walaupun takut dengan tindakan berani mati pelajar itu tetapi melihat Shahin segera munutup mulutnya membuatkan mereka geli hati.

  “kenapa lewat,on your first day?” soalnya tegas,dah berubah muka Shahin menjadi serius dan semua orang berhenti ketawa.

  “saya kemas dapur sebelum datang kerja” ujar pelajar itu jujur dan ternyata Aliza dan Nisa tersenyum lagi,pada pandangan mereka pelajar ini memang berani.

  “owh,awak ingat ni office suami awak nak datang lewat pun takpe?” soal Shahin lagi tegas dari tadi dan kali ini pelajar tadi bersama Aliza dan Nisa terus tersenyum,pada mereka soalan Shahin sangat unik,selalunya orang akan kata bapak kau punya tapi lain pulak citarasa Shahin dengan menggunakan status suami.

  “Saya Nur Asya Humaira Bt Hasmezam,saya meminta maaf atas kelewatan saya dan saya janji ini kali terakhir,maafkan saya sekali lagi.” Aku menundukkan badan sedikit,menunjukkan keikhlasan aku sebagai tanda minta maaf.

 “kalau jadi isteri bos boleh datang lewat ke?” soal aku pula,sengaja nak menyedarkan yang dia telah terlanjur menyebut perkataan suami tadi,lawak pulak Shahin ni.

  “Aliza,awak boleh tunjukkan dia mejanya dan keadaan sekitar pejabat.kenalkan dia dengan semua pekerja dekat sini” Shahin bersuara tenang dan meneruskan kerjanya,tapi sempat juga dia tersenyum setelah semua orang keluar dari pejabatnya,tersasul pulak meyebut suami tadi.

    “bos memang garang ke?” aku bertanya setelah berkenalan dengan semua orang dan ternyata semuanya mesra rakyat dan baik,jadi aku selesa bekerja di sini dengan status single kut,lebih baik macam tu daripada semua orang akan panggil aku Mrs Shah nanti.

  “tak lah,tapi bos memang tegas dan jarang bergurau senda dengan pekerja perempuan,kalau dengan lelaki macam kawan je” aku tersentak mendengar kata-kata itu,gay ke?astaghfirullahalazim…Asya kau sedar tak yang bos kau bercakap tu suami kau!

  “gay ke?” soal aku berani,saja je sebenarnya.

“hish!jangan mengarut la Asya,kalau bos dengar nanti dia boleh pecat Asya tau,lagipun Kak Al rasa dia buat macam tu sebab dulu masa kebanyakan pekerja perempuan kat sini nak goda dia,maklumlah orang handsome”  aku terkejut mendengar pengakuan ini,that’s mean dia ni ramai peminat dan sebab tu kut dia dingin sangat dengan aku dulu,ceh!aku tak hingin la nak goda dia.

 “handsome ke?biasa je saya tengok” aku berkata pula,tak handsome pun!

“biasa je?mostly client perempuan yang datang meeting dengan dia kat sini dan kadang-kadang client dia ajak pergi outstation tapi bos menolak” seronok pulak aku nak mendengar kisah lelaki jual mahal ni,lagipun awal bulan macam ni mana ada kerja sangat.

  “kenapa?” soal aku seronok.teruja pun ada.

“dah semua client dia tu seksi dan lain macam je nak pergi outstation berdua je,bos tu nak tolak projek takut rugi jadi kena hadap la client gedik tu semua” hahaha,client gedik dia cakap?lawak betul dan aku tak boleh nak imagine macam mana Shahin nak handle client gedik tu semua,kena tengok ni.

  “takkanla bos tak sangkut kut?” soal aku lagi.

“tak la kut,sebab selalunya En.Hadi yang handle client perempuan,bos handle client lelaki je,tapi hari ini oleh kerana En.Hadi takde bos la yang kena handle meeting dengan syarikat pengiklanan,bos syarikat pengiklanan tu super cantik dan super seksi jugak,kalau Kak Al jadi lelaki confirm cair!Kak Al rasa sebab tu la bos naik angin je” jawapan Aliza kali ini buatkan aku rasa tak selesa dan teruja pada masa yang sama kerana aku teringin sangat nak melihat Shahin menyelesaikan masalah ni.

  “boleh kita join meeting tu?” soal aku mencuba nasib,mana tahu dapat aku tengok drama free hari ni,tak kena pergi cinema lagi dah,tiket pun free.

 “mestilah boleh,kita kan nak runding harga”Aliza berkata yakin sambil mengangkat keningnya beberapa kali,bijak punya idea!aku turut sama tersenyum.

  “kak,kita ni macam dah kenal setahun kan?” aku berkata dengan tawa dihujungnya,maklumlah baru je hari ni jumpa dah boleh ngam.

 “Kak Al suka tengok Asya,comel dan American look”

“takde duit la nak belanja lunch” aku ketawa senang dan Aliza turut sama tergelak bersama aku.

 

 

 

=========

 

 

“Kak Al,bila meeting tu?” soal aku setelah bosan menyusun fail perbelanjann syarikat mengikut bulanan,Aliza menghentikan kerjanya dan memandang jam sebelum memandang aku.

  “pukul  10 pagi” aku melihat jam ditangan dan ada lagi 15 minit sebelum meeting,lambatnya wayang ni nak bersiaran.

  “apa nama perempuan tu kak?dia suka bos ke?” soal aku lagi.

“Cik Maria,memang Cik Maria tu fanatic gila kat bos sampai bos jumpa dia pun kadang-kadang bos lari tau” aku tergelak lagi,wah,sampai macam tu sekali orang sukakan Shahin.Hebat!

  “over sangat ke?” soal aku lagi.

“takde la over tapi boleh nampak la…” terangnya ringkas dan aku hanya sekadar mengangguk,sekali lagi aku biarkan perasaan aku hanyut di Sg.Nil tetapi tak lama setelah Naim salah seorang pekerja lelaki kat sini memberitahu kehadiran orang super cantik dan seksi tu,macam anak raja dah aku rasa tapi aku pun curi tengok jugak,memang cantik dude!seksi gila dude!aku ingat orang UK je seksi macam ni rupa-rupanya Malaysian lagi dahsyat.

  “jom Asya,nanti kena marah lagi”  Aliza dah mengemas apa yang patut dan bersedia untuk meeting,semua orang terjenguk-jenguk melihat Cik Maria yang super hot itu masuk ke dalam bilik Shahin,sekali dia senyum aku pun nak pengsan dibuatnya,memang betul la kata Aliza,kalau aku jadi lelaki pun aku boleh cair kut.

  “dia ada darah mix ke?” soal aku lagi sambil mengikut langkah Aliza.

 “mana tahu,mix darah merah dengan darah putih kut” jawapan Aliza buat aku tak dapat tahan untuk ketawa,lalu apa lagi aku ketawa la senang hati dan Shahin yang membuka pintu untuk menyambut tetamunya dengan senyuman palsu pelik melihat aku yang ketawa seorang diri sehingga terduduk.Fail yang berada dalam tangan aku turut jatuh ke lantai.

  Tak sangka betul yang ramai orang nak menolong aku angkatkan fail,muka aku yang masih merah menahan ketawa aku tutup dengan tapak tangan,dah ni kenapa tiga lelaki depan aku ni terlopong tengok aku?aku pakai baju seksi jugak ke?

  “terima kasih!” aku mengambil fail dari tangan mereka bertiga dan berdiri dengan stabil,Shahin juga berada disitu di sisi aku.

 “pergi sambung kerja” ujarnya kepada tiga lelaki tadi termasuk aku sekali la.

“masuk!” dia membukakan pintu dan menyuruh aku masuk kedalamnya,jadi dengan cepat dan pantas aku masuk ke dalam kerana wayang akan bermula sekejap lagi.boleh tengok pelakon depan mata lagi.

  Sebaik Shahin duduk Cik Maria terus mengambil tempat duduk di sebelah Shahin dan aku boleh nampak yang wajah Shahin terus berubah sedikit tapi masih cuba untuk tersenyum,tempat kosong disebelah Aliza aku isi dan aku duduk bertentangan dengan Shahin yang kelihatan sangat tak selesa dengan perbuatan Cik Maria.First time dalam sejarah aku tengok perempuan mengurat orang lelaki,dah la suami aku pulak tu!tak rasa nak marah tapi rasa lucu pulak tengok muka Shahin yang terpaksa menahan semua ni.

  “Asya sengih kenapa?” soal Aliza membuatkan aku tersedar dan Shahin turut sama memandang aku,aku melenyapkan senyuman itu dan terus memandang kertas kerja yang ditunjukkan oleh Cik Maria.Belum start meeting aku dah bosan,macam mana ni?

  “En.Shahin,saya pergi buat air ya?” aku meminta izin daripada bos aku yang macam cacing kepanasan kat sini,dia terus memandang aku dan terkejut dengan soalan aku tadi.

 “Nisa boleh buat semua tu” ujarnya lagi,tenang.Aliza langsung tak menghiraukan aku dan terus dengan kerjanya,macam tu baru la orang kata kerja tak macam aku ni asyik merungut je.Tiba-tiba aku ternampak adegan yang melucukan,Cik Maria sengaja menjatuhkan tangannya di atas paha Shahin dan Shahin terus berdiri untuk mengelak.

  “Shah,where are you going?” soal Cik Maria manja sambil menarik kot Shahin dan memintanya untuk duduk.

  “saya nak pergi tengok Nisa kejap,lama sangat dia buat air” Shahin dengan idea bernasnya berhasil memboloskan diri dari situ,aku menahan ketawa lagi dan kali ini aku nampak yang Shahin memberi amaran kepada aku supaya jangan ketawa.

  “macam mana Aliza?kertas kerja I ok?” soalan Cik Maria membuatkan Aliza mendongak sedikit,sesekali dia mengangguk faham, dan aku tengok jugak kertas kerja tu,boleh tahan tapi skema sangat,nama pun orang business!

  “of course!ketua sendiri yang turun padang untuk siapkan projek ni mesti la perfect” ujar Aliza dengan senyuman yang meleret,mengampu ke?Aku anggukkan je kepala aku menandakan yang aku setuju dengan apa yang dicakapkan oleh Aliza.

  “Cik Maria,saya keluar sekejap,cantik reben” aku menunjukkan reben besar yang berada pada bajunya,kulitnya yang putih melepak jelas kelihatan apabila dia mengenakan skirt pendek dan baju yang mendedahkan sebahagian dadanya.nasib baik aku perempuan.

  “really?thanks” ucapnya ikhlas,aku sekadar tersenyum dan keluar dari bilik yang penuh kebosanan tu.

  Aku berjalan sekeliling sebelum masuk semula ke bilik itu dan aku ternampak yang Shahin sedang bersandar pada kerusi di pantry sambil bercakap dalam telefon,Nisa pula sibuk mengacau air,aku rasa kalau air tu solid dah jadi gas sebab lama sangat Nisa kacau.

  “Nisa,take your time,lagi lama lagi bagus” ujar Shahin kepada Nisa dan Nisa hanya mampu menggelengkan kepala dan mengikut arahan Shahin yang tak logic tu.

  “Hadi,kau kena balik sekarang jugak,dah datang Cik Maria kau tu!” keras Shahin bersuara sebelum meletakkan telefon di atas meja,dia mengurut dahinya yang dah berkerut sejuta aku rasa,aku pun bantai gelak lagi.

  “dah la kacau Kak Nisa,hancur gelas nanti” aku bersuara dengan sisa ketawa dan Shahin mengangkat kepalanya yang sedang berserabut,aku menghadiahkan senyuman kepadanya yang ikhlas gitu!baru sampai ke hati tapi dia langsung tak rasa nak senyum balik.

  “Bos,Cik Maria dah lama tunggu” aku memberitahunya dan dia bangun dari kerusi dan meminta Nisa untuk menghantar air ke dalam pejabatnya,dengan berat hati dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya tetapi aku sempat memanggilnya.

  “apa?”soalnya malas.

“nak aku tolong?” soal aku memberi cadangan dan seperti biasa dia macam tak percaya dengan kemampuan aku untuk menyelamatkan orang ramai,ni supergirl ok!

 “boleh ke?” soalnya mengejek.

“just wait and see,kau masuk la,nanti Cik Maria rindu” aku sengaja berkata begitu dan sempat dia menarik ekor kuda aku dengan perlahan.marah la tu!nasib baik takde siapa yang perasan adegan agak mesra rakyat kami tadi.

   Shahin dengan berat hati melangkah masuk ke dalam pejabatnya sendiri,macam muka orang masuk kandang kambing je reaksinya tapi masih cuba untuk tersenyum gembira,kali ini Shahin mengambil tempat dihadapan Cik Maria.

  “Shah,you setuju?” soalnya dengan lirikan manja,Shahin memandang Aliza dan Aliza mengangguk menandakan kerja Cik Maria yang bagus dan memuaskan hati.

  “of course!saya setuju jadi bila boleh sign contract?” soal Shahin tergesa-gesa.

  “ok,let’s me make a call,I boleh suruh orang hantar contract tu kat sini” maknanya semakin lama Shahin kena bersua muka dengan Cik Maria dan saat itu juga Shahin menunggu bantuan daripada Asya yang tak kunjung tiba.Cik Maria dah mula bergerak menghampiri Shahin dan saat itu telefon pejabatnya berdering,selamat,ujar hati Shahin.Dia mendekati telefonnya dan menjawab panggilan panggilan itu.

  “hai bos!saya ni” suara aku kedengaran dicorong telefon dan Shahin sudah tersenyum disini.

  “kenapa guna telefon pejabat?” soalnya agak serius tetapi cuba disembunyikan suaranya bimbang pecah temberang.

  “jimat!bijak tak idea aku?” aku menyoalnya dengan ketawa,senang betul bila berkaitan dengan idea bodoh aku ni.Dia jugak ikut sama tergelak tapi masih lagi mengawal suaranya,control macho la kut.

  “jimat la sangat,terima kasih…” aku tersenyum mendengarnya,macam terlepas dari kandang buaya je bunyinya.

  “hahaha,sama-sama,nanti kau kena la belanja aku kan?” aku bertanya sekadar bergurau dengannya.

 “boleh!aku akan masak untuk kau hari ni,cakap je nak makan apa aku akan masakkan”

“wah!seronoknya,seronok jugak dapat membantu” aku ketawa lagi,kali ini dengan agak kuat.

 “aku tak nak cakap pasal benda ni” dia memberi amaran pertama tapi aku masih lagi nak mengusiknya.

 “cantik!kalau aku jadi lelaki memang dah lama cair” aku bersuara lagi.

“kalau macam tu kau masuk la dalam badan aku,kita tukar badan” ujarnya memberi cadangan yang agak bodoh dan tak logic akal aku.

 “tak nak lah,nanti tak cukup tanah aku nak lari,lagipun seronok tengok kau melarikan diri macam tu,lucu la!”

 “I don’t want to talk about this!” ha,bila Shahin speaking UK maknanya dia tengah marah la tu,baik kita berhenti sebelum telefon ni terbakar.

 “sorry,tak cakap lagi” aku bersuara dengan tawa di akhir ayat.

 “aku nak discuss something dengan kau kat rumah nanti,aku letak dulu sebab penyelamat gila kuasa dah balik” Shahin meletakkan telefon dan menyambut kepulangan Hadi dengan senyuman yang panjang dan hanya sekelip mata semua masalah Shahin selesai dan Cik Maria super hot tu pun dah balik,lega…

 

 

 

 

=========

 

 

 

“apa yang kau nak bincang sangat dengan aku?” soal aku sambil menyuap pasta yang Shahin masakkan,memang dia sangat terel memasak dan aku terel menengok,sedap dan mengenyangkan la.

  “macam mana kau boleh praktikal kat tempat aku?” soalnya agak tenang dan masih lagi dengan makanan kegemarannya iaitu nasi goreng kampung,semua jenis nasi goreng mamat ni telan sebenarnya jadi apa yang nak dihairankan.

“interview la,dengan Hadi” aku berkata selamba,aku tahu tak menjawab soalan sebenar yang dimaksudkan oleh Shahin tapi aku sekarang lebih suka main tarik tali dengan dia,seronok!

 “kenapa mesti tempat aku kerja?” soalnya lagi,kali ini kedengaran keras sedikit,nak naik angin la tu.

“sebab senang kut,lagipun kalau kerja dengan syarikat suami sendiri boleh datang lewat” aku ketawa senang,bukan selalu boleh kenakan Shahin yang arif lagi bijak la sangat!

 “kau pergi naik apa tadi?” soal Shahin menukar topic perbualan,mukanya masih tenang dan sepertinya tiada apa yang berlaku,boleh jadi penipu ni sebab pandai sorokkan reaksi semasa.

 “LRT” aku berkata tenang dan ternyata dia sedikit terkejut,naik LRT je kut bukannya jalan kaki sampai dia punya office kalau jalan kaki boleh mati tau.

 “kau jalan kaki ke sampai stesen LRT?” soalnya lagi.

“haah,exercise sikit” aku menjawab tenang.

 “esok pergi kerja dengan aku je” ujarnya memberi arahan,mentang-mentang dia tu suami aku sesuka hati je bagi arahan kat aku ya,aku tak nak sebab aku nak berjimat cermat bermula dari sekarang,boleh ke?

  “tak nak!nanti pekerja kau tahu kita dah berkahwin” jawapan aku mengundang riak tak senang pada wajah Shahin dan dia terus mendiamkan diri setelah mendengar jawapan aku,aku tersilap cakap ke?rasanya dah memang guna bahasa melayu full tak mix dengan UK punya bahasa pun.

  “Shahin?” aku memanggil namanya dan dia mengangkat muka memandang aku dengan riak selamba dan langsung tak senyum,betul la tu aku ada tersalah cakap la tu.

 “anything wrong?aku tersalah cakap ke?” soal aku lagi kali ini lebih kepada nada yang memujuk dan meminta penjelasan.

  “nope!aku faham kau nak sorokkan perkahwinan kita” kata-kata Shahin buatkan aku tersentak,aku tak bermaksud untuk menyembunyikan perkahwinan kami,kenapa boleh salah tafsir ni,kena guna kamus Dewan dan Pustaka ni.

 “aku tak maksudkan macam tu,aku…”

“aku faham!” ujarnya cepat lalu mengangkat pinggannya ke sinki,aku meletakkan sudu di dalam pinggan dan cuba untuk menjelaskan perkara sebenar kepadanya tetapi tak berkemampuan.

 “Shahin…”

“jangan risau la,aku faham!yang kau gelabah sangat ni kenapa?” soalnya lagi sambil tersenyum dan aku tahu bukannya senyuman yang ikhlas pun sekadar untuk menyenangkan hati aku je sebenarnya tapi belum sempat aku bersuara lagi dia dah beredar dari meja makan.

  Aku mengemas meja makan dan membasuh pinggan yang aku gunakan,hati aku takkan senang selagi Shahin tak faham masalah sebenar,dia ni sensitive semacam je kenapa?nak datang bulan ke?hish!yang nak datang bulannya aku bukan dia,dia tu lelaki.Perlu ke aku terangkan perkara sebenar sebab dia tu babysitter aku je!tapi sekarang ni dia dah dapat jawatan baru iaitu suami aku jadi kena terangkan kat dia dengan cara baik.

  Aku menuju ke bilik aku terlebih dahulu sebelum menjenguknya di dalam biliknya, kosong je aku tengok,mana dia pergi ni?takkan jadi invisible man kut?mustahil!Aku masuk ke dalam biliknya dan cuba mencari dia,mungkin dalam bilik air kut.Aku menunggunya di birai katil sambil melilau melihat keadaan sekeliling sebelum dia keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dan memakai t-shirt,baru lepas mandi ke?aku cuba untuk mengalihkan pandangan ke tempat lain.

  “kau buat apa kat sini?” soalnya tegas,memang dia marahkan kau Asya,memang la marah sebab main ceroboh je bilik dia.

 “kau siapkan diri dulu lepas tu kita bincang” ujar aku sambil berpura-pura mengemas katil Shahin yang jauh lebih kemas dari katil aku,aku menepuk bantal beberapa kali dan akhirnya Shahin bersuara.

  “apa?” soalnya sambil mengesat rambutnya yang masih lagi basah menggunakan tuala yang sama,aku menariknya supaya duduk di atas katil bersama dengan aku dan dia hanya menurut.Aku mengambil tuala dari tangannya dan tolong dia lapkan rambutnya,bukan apa sebenarnya tak nak bagi dia tahu yang sekarang ni tengah blushing.

  “aku bukan nak sorokkan perkahwinan kita tapi aku cuma tak nak semua pekerja kau hormatkan aku macam mana dia hormatkan kau,aku kan isteri bos!mesti nanti dorang tak senang nak berkawan dengan aku macam biasa kau kan tahu aku tak suka perkara formal,lepas je aku selesai praktikal kita cakap la perkara sebenar” aku bersuara memujuk dan akhirnya dia bersuara juga.

 “baiklah,aku faham” faham jugak akhirnya.

“kalau nak kahwin sembunyi baik kahwin dekat Thailand,Seven cakap macam tu” aku berusaha untuk berlawak aku sendiri tak tahu kenapa kalau nak kahwin sembunyi kena pergi Thailand kalau nak buat plastic surgery lepas tu pergi Thailand aku faham.

  “aku yang tersalah faham” ujarnya lagi,kali ini dengan nada yang lebih ceria dan menyenangkan hati aku jugak,pelik betul perangai Shahin lepas berkahwin ni,jadi betul la orang kata Marriage is like stars,although we count it every night we always get the new answer that’s mean we always know the new things about our partner.Agaknya apa yang Shahin dapat tahu perkara baru tentang aku?

  “kalau layan kau berkhayal tu boleh gugur rambut aku,rambut aku dah kering hampir terbakar dah ni” Shahin menyedarkan aku dengan kata-kata yang tidak enak didengar,kalau macam ni sampai mati pun aku takkan berbaik dengan dia ni,aku pun tak hingin la nak berbaik dengan kau!

  “dah la,aku nak blah” aku meletakkan towel di atas katil dan meninggalkan dia dengan sengihan maju jayanya,aku malas nak layan sebab yang penting aku tahu semuanya dah jelas dan nyata jadi baik masuk bilik dan tidur,walaupun masih awal tapi mata aku dah mengantuk dan tak dapat nak buka lagi dah.

  Aku masuk ke dalam selimut dan mencuba untuk lelapkan mata,tapi tak boleh tidur la pulak,tadi bukan main mengantuk lagi aku rasa lepas berus gigi terus lenyap mengantuk aku ni.Aku berlegar atas katil macam kucing pun ada,sekejap meniarap sekejap menonggeng,sekejap termenung yang penting campur semua sekejap tu dah jadi lama la.

  “kalau tak boleh tidur jangan paksa” suara Shahin mengejutkan aku sehingga aku terjatuh dari katil tu la syok sangat berkhayal,mamat ni pulak tak reti bagi salam ke?

 “sakitnya…” aku mengaduh sakit sambil memegang pinggang aku yang terhempap,laju pulak langkah Shahin membantu aku untuk bangun,rasa nak ketuk je kepala mamat ni yang tersengih.

  “padan muka,berkhayal lagi” bukannya nak tanya sakit kat mana,lagi digelaknya ada la.tunggu la hari pembalasan tak lama lagi.

  “ikut suka hati aku la,bukannya aku berkhayal guna otak kau pun” aku membalas balik dan duduk bersila di atas katil,dia ikut sama duduk disebelah aku dan mengajak aku main satu game.

  “puzzle?” soal aku pelik,bila masa pulak rumah ni ada puzzle.

“yup!jom kita pergi bilik bacaan” dia menarik tangan aku dan menuju ke bilik bacaan yang berada disebelah bilik aku,besarnya bilik ni dan memang banyak gila buku kat sini,novel pun ada.

 “kau baca novel ke?”soal aku hairan tapi dia hanya tersenyum.

“Umi yang baca,jom duduk sini”Shahin menarik kerusi untuk aku dan aku hanya mampu mengikut arahannya dan mengambil tempat duduk dihadapannya,aku melihat puzzle di hadapan kami,berapa piece ni?

 “berapa piece ni?” soal aku sambil membelek puzzle yang bertaburan di atas meja.

“1000”

“1000???sempat ke siap?gambar apa ni?” soal aku berduyun-duyun,memang tak tidur la malam ni kalau duk buat benda ni aje.

 “1000,tak sempat siap kut tapi kita boleh buat sikit-sikit,gambar wedding Umi dan Baba,Baba tempah khas puzzle ni dan mereka akan buat setiap kali anniversary mereka dan bila mereka bosan” aku nampak yang Shahin begitu gembira dan sedih pada masa yang sama mengenangkan kenangan Umi dan Babanya.

  “bila aku rindukan mereka aku akan buat puzzle ni” dia menambah lagi dan cuba untuk membuat puzzle itu semula,aku mencapai tangannya dan tersenyum memandangnya.

  “kita buat sama-sama ok,dan aku pun nak kau tempah puzzle khas untuk kita,jadi lepas ni kalau kita ada masa kita buat sama-sama,dan bila kau rindukan parent kau kita buat puzzle mereka” aku bersuara ceria sambil membantunya menyusun puzzle itu.

 “terima kasih” ujarnya sambil tersenyum,aku pun gembira tengok dia tersenyum macam tu,aku ni dah kena penyakit angau ke?mati la!!!Kami terus melakukan puzzle itu dan kadang-kadang kami ketawa senang apabila terdapat kisah lucu yang kami kongsi bersama,kalau macam ni tak rasa nak bergaduh la pulak.

 

  Jam menunjukkan pukul 1 pagi dan Asya telah terlena di atas meja,Shahin tersenyum dan menyimpan puzzle yang belum disiapkan,dia mendekati Asya dan mengangkatnya lalu dibawa masuk ke dalam bilik,dia rasa sangat bersyukur dengan kehadiran Asya yang sudi bersamanya dalam keluarga kecilnya,Shahin mengusap lembut kepala Asya dan sempat dia bisikkan doa tidur kepada Asya dan dahi Asya dikucup lembut,sekali lagi Shahin terdengar dia menyebut nama mama.

  “bila kau nak sebut nama aku?” soal Shahin lalu tersenyum dan meninggalkan Asya yang sudah cukup lena,Asya kalau dah tidur orang panggil tidur mati!

 

 

 

=========

 

 

Sebaik je aku bangun tidur aku terkejut apabila melihat Shahin sedang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan aku dan dia juga sedang memegang rotan,kenapa ni? Nak kena dera dengan suami sendiri ke?aku dah mula menggigil kerana ketakutan,dek kerana takut sangat aku menjerit dengan kuat.

    “tolong!!!” aku menjerit dengan kuat dan Shahin memegang tangan aku dengan agak kuat.

 “Asya,kau mimpi hantu ke?” soalnya sambil mengusap kepala aku dengan lembut,sebaik mata aku terbuka dan dia sedang memandang aku dengan tanda tanya baru aku tahu yang sebenarnya aku ni bermimpi.

  “kenapa kau masuk sini?” soal aku sambil bernafas tercungap-cungap.

“aku nak kejut kau solat subuh” ujarnya lalu bangun dari katil aku,aku menjeling jam di dinding dan sudah agak terlewat sedikit.

  “cuti” aku menjawab sepatah dan terus menuju ke bilik air,dah hampir sebulan aku kerja dengan Shahin dan nak tahu apa,Shahin juga dah belajar naik LRT macam aku.Jadi takdela aku bosan sangat naik LRT seorang diri.

  Setelah bersiap aku turun ke dapur dan membakar roti membancuh kopi,dah selalu sangat Shahin buat kerja ni jadi aku rasa tak salah kalau aku meringankan beban dia sekali sekala.

  “morning!” sapanya sambil mengambil tempat duduk di hadapan aku,aku menuangkan air ke dalam cawannya dan dia tersenyum mesra.

 “morning,sorry la kalau selama ni aku selalu susahkan kau pagi-pagi macam ni” ujar aku sambil memandang tepat ke dalam anak matanya,dia tersenyum lagi.

“tak pernah aku rasa susah pun,kau isteri aku,tanggungjawab aku”

“tapi masak tu kerja isteri” aku memberitahunya pula,walaupun perkahwinan yang terbina antara kami bukan dengan ikatan kasih yang suci tapi kami terima semua ini dengan seikhlas hati,walaupun belum ada sayang yang terbentuk dalam hati kami tapi aku tahu yang hati aku ini untuk perkahwinan ini sahaja.

  “tak salah tolong isteri” eh,tak nak mengaku kalah pulak suami aku yang konkrit ni,aku guna gerudi besi baru tahu.

  “ya la,kau betul.aku malas la nak layan kau!” aku bangun dari kerusi dan meninggalkan dia yang tersenyum kemenangan di situ,kadang-kadang aku rasa baik je dengan dia ni tapi kadang-kadang aku rasa nak marah je,tapi mostly memang la aku nak marahkan dia,buat kacau bilau hidup aku je macam ni.

  “nak pergi mana tu?” soalnya lalu mengejar aku dari belakang,aku sudah siap memakai kasut dan berjalan meninggalkan rumah,dia masih lagi sempat tergelak sambil mengejar aku dari belakang,gila agaknya!

  “tak baik tinggalkan suami” dia bersuara lagi dan aku berpaling ke belakng sekilas untuk melihatnya,la,kejar aku ke sampai nak pakai tie pun tak sempat.Aku menunggunya sambil berdiri di tepi jalan macam patung cendana.

  “jom!” ajaknya setelah berada seiring dengan aku,tangan aku dia genggam dan kami berjalan sambil berpimpin tangan dan aku rasa semua ni dah biasa sejak kami mula berkahwin lagi,orang kata hubungan boleh erat dengan sentuhan tapi aku rasa dia ni lebih risaukan aku yang tak berapa pandai nak jaga diri.

  “Shah,mana kereta?” soal salah seorang pemuda yang baru hendak pergi kerja,kalau tak silap aku kawan dia satu sekolah dulu.Aku hanya tersenyum menunjukkan rasa mesra rakyat aku ni maklumlah kawan Shahin kena la hormat sikit.

  “kat rumah” aku hanya mengangguk mengiakan aje.

“rosak ke?” soal lelaki itu lagi.

  “tak lah,aku selalu naik LRT sekarang ni” ujarnya sambil ketawa,entah apa yang lucu aku sendiri tak tahu.

  “pelik,kenapa?”

“wife aku tak suka naik kereta kut,lagipun dapat spend masa lebih sikit” jawapan Shahin membuatkan mereka berdua tergelak,entah bila pulak aku cakap aku tak suka naik kereta dan sejak bila pulak aku ajak dia naik LRT sama dengan aku.

  “wah!romantik la kau sekarang”

“aku memang romantic apa” ujarnya sambil ketawa,aku tak nampak pun sudut mana dia ni romantic,plastic ada la!

  “petang nanti kita main bola lagi nak?” soal lelaki itu lagi,ceria.dah buat rancangan nak suruh aku duk sorang-sorang kat rumah la tu,kalau balik kerja awal bukannya nak temankan aku lagi nak pergi main bola ada la!bosan betul aku dengan hobi orang lelaki ni agaknya kalau aku masak sup bola pun dorang sanggup nak makan.

  “sure!dah lama tak lepak dengan kawan lama” Shahin ni pulak gatal sangat setuju tu kenapa?aku ketuk baru tahu.

  “Asya,terpaksalah kita ni kena tinggal bila dapat suami gila bola ni” isteri lelaki tadi yang entah dari mana muncul menyuarakan pendapatnya,memang betul sangat la tu!takde yang salah sikit pun.

  “betul la tu kak,kalau kita jatuh kat rumah pun dorang tak tahu” aku sengaja berkata begitu dan melihat reaksi semua orang,yang perempuan mesti la menyokong aku dan Shahin memandang aku pelik.

  “aku tak pernah fikir nak abaikan kau” ujarnya sambil memandang tepat ke mata aku,eleh,sekarang memang la boleh cakap macam tu tapi bila dah dapat bola macam tak nak balik rumah je.

 “really?dah lewat ni,aku malas nak dengar janji bola kau tu”

“kak!saya minta diri dulu” aku bersuara dan mula berjalan meninggalkan Shahin di belakang,dengan pantas dia memegang tangan aku dan menarik tangan aku supaya berjalan dengannya,walau apa yang dia cakap aku tak rasa nak menjawab mahupun menyampuk.

  “aku nak pergi UK dua tiga hari”  aku bersuara setelah kami berada di dalam LRT yang semakin sesak dengan penumpang.Pagi-pagi macam ni memang ramai orang yang menggunakan LRT dan ramai jugak orang yang gunakan kereta,memang kesesakan lalu lintas kat sini boleh tahan teruknya sebab tu aku lebih rela naik LRT.

  “buat apa?”

“Ibu nak pindah Malaysia,jadi barang-barang aku kat sana kena kemaskan la”

  “jadi,kau dah tak balik sana lagi la?” soalnya teruja,mak ai,macam dia pulak yang nak pindah.

 “agaknya la…”

“kau ni cakap betul-betul la” yang dia nak naik angin tu kenapa.

 “ya la kut” aku menjawab acuh tak acuh,apa punya orang la dia ni pakai tie pun tak kemas,selalunya dia la orang yang paling cerewat kalau pasal pakaian ni,ada jugak dia tolong ironkan baju aku sebab pada dia aku ni tak kemas.

 Aku juga perasan yang ada beberapa orang perempuan sedang tersenyum dan melirik manja kepada Shahin,jadi aku rasa apa salahnya kalau aku buat drama romantic pagi-pagi ni,hahaha…

  “tie ni pakai la macam orang sikit” aku bercakap perlahan dan tangan aku terus mengemaskan tienya walaupun hakikatnya aku ni memang tak pandai langsung dengan semua benda alah ni.

  “tak handsome la aku kalau macam ni” ujarnya sambil tersenyum senang,pandai jugak bercakap riak mamat ni rupanya,belajar dengan aku la tu!

  “memang tak handsome pun!” aku tersenyum dan memandangnya dengan satu pandangan yang dari mana jatuh ke lantai macam tu,well dia memang seorang lelaki yang baik dan aku tak pernah rasa dia sesuai dengan aku.Mungkin perempuan yang bertudung lebih sesuai dengannya.

 “kenapa ni?” soalnya bila mata aku mula berkaca,memang sedih bila kita sedar yang kita langsung tak sesuai dengan orang yang sudah menjadi milik kita,walaupun dia bukanlah milik aku sepenuhnya sebab dia juga tak mencintai aku dan menyayangi aku.Kami hanya berjalan di atas takdir yang Allah telah aturkan untuk kami.

  “kau layak dapat isteri yang jauh lebih baik dari aku” kata-kata aku mengundangkan rasa tak senang dalam hati Shahin.

  “kalau setakat tak pandai ikatkan tie nanti aku boleh ajarkan” dia berkata lalu dia menyentuh pipi aku dengan lembut,orang serius dia main-main pulak,kacau daun betul la dia ni!

 

 

 

==========

 

 

 

“Shah,cari apa tu?” soal papa yang entah muncul dari mana tanpa memberi salam terlebih dahulu,aku yang menyedarinya segera mendapatkan papa dan menciumnya,Shahin turut bersalam dengan papa sebelum meneruskan pencariannya.

  “Shah cari apa?” soal papa kepada aku pula,dengan muka bersahaja aku menjawab soalan itu dan terus masuk ke dalam rumah.

  “kasut bola?” soal papa kepada Shahin yang masih lagi cuba untuk mencarinya di dalam almari kasut,dah nak genap sepuluh kali agaknya dia jenguk dalam almari kasut tu tapi tak jumpa jugak.

 “haah baba,semalam Shah rasa ada dalam almari ni tapi hari ni dah takde pulak” ujar Shahin sambil menggaru kepalanya yang tak gatal,memang menghairankan kerana dia betul-betul melihat kasutnya semalam.

 “nak pergi main bola ke?” soalan papa macam dah tahu tapi nak tanya jugak,dah nama cari kasut bola takkan nak pergi berenang pulak,nasib baik Shahin kalau aku dah lama aku cakap macam tu.

 “haah,kat padang hujung sana tu” ujar Shahin lagi sambil menunjukkan arah yang dimaksudkannya,masih lagi mencari benda yang memang takde.

  “dah tanya adik?” soal papa lagi,banyak betul soalan papa hari ni,nak sangat tolong menantu dia tu pergi main bola!

 “dah,dia cakap kena curi kut” Shahin bersuara lagi,kali ini mengundang senyuman pada bibir papa,kenapa?Shahin yang kehairanan turut sama tersenyum,dah sah yang Shahin ni sakit mental tahap ketiga,sakit mental pun ada tahap ke?entah aku bukannya doctor.

 “takkan la pencuri masuk dalam rumah kamu dan curi kasut kamu je” ujar papa masih lagi tersenyum,memang logic apa yang papa cakap tu,kalau setakat nak curi kasut baik tak payah lagipun takde tanda-tanda rumah dicerobohi pun.

  “mungkin Shah tertinggal kat luar kut” ujarnya memberi alasan yang logic dan boleh diterima akal,tapi pelik kalau Shahin yang buat semua tu sebab dia ni orang super kemas.

   “pencuri dalam rumah kut” ujar papa lagi,sepantas kilat Shahin memandang papa dengan penuh tanda tanya,orang dalam rumah ni hanya dia dan Asya dan memang perbuatan tak sekolah la kalau dia sendiri yang mencuri kasut itu dan mencarinya semula,tapi mustahil juga Asya yang nak buat semua kerja macam ni.

  “mana ada baba”

“adik,mari sini kejap!” suara papa yang kedengaran merungsingkan aku,rahsia dah bocor ke?dengan berani dan muka selamba habis aku keluar bersua muka dengan papa.

 “mana adik letak kasut Shah?” soal papa tegas dan aku masih lagi mampu berlakon bersahaja,Shahin menunggu jawapan dari mulut aku tapi aku tetap juga berdiam diri.

 “papa tanya ni?” soal papa lagi.

“kasut dia mana adik tahu” aku memberi jawapan selamat tapi bukan senang nak berbohong dengan papa yang super bijak ni.

 “ya la baba,takkan la Asya nak buat macam tu,mungkin Shah yang letak merata-rata kut” Shahin membela Asya lagi dan Asya tersenyum kerana tak semua orang salahkan dia.

 “betul!mungkin dia dah berumur” ‘dia’ yang aku maksudkan tu Shahin la,memang aku ni jenis tak berapa nak kenang budi sangat,Shahin memberi isyarat mata yang menunjukkan dia tak senang dengan kata-kata aku,papa ni pun memang la selalu je back up menantu dia ni yang kononnya baik la sangat…

  “adik,he is your husband,you shouldn’t say that” dah kena marah,aku memandang lantai yang bersih dan berkilat ni,tapi takdelah sampai boleh nampak muka aku sendiri.

  “Asya gurau je la baba,kan sayang?” soalnya sambil memeluk bahu aku mesra,rasa macam semua air dalam badan aku ni kering kontang,tak pernah aku dengar dia panggil aku sayang selama ni,sayang la sangat.drama king betul mamat ni.

  “kasut tu ada dalam washer” ahirnya aku bersuara menyerah kalah,aku meninggalkan papa yang tersenyum puas hati dan Shahin yang terlopong lepas tahu kebenaran yang sebenar,habislah aku kena goreng dengan Shahin lepas ni.

  “kan baba dah cakap” ujar papa sambil tersenyum dan Shahin ikut tersenyum sama.

  “macam budak-budak” ujar Shahin lalu mengambil tempat duduk di sebelah papa.

 “baba singgah sekejap je ni,baba nak pergi main golf jadi baba minta diri dulu” papa beredar meninggalkan Shahin,Shahin masuk ke dalam rumah dan menuju ke washer yang berada di dapur,selamat kasut dia.Setelah meletakkan kasutnya di tempat asal dia memanjat tangga ke biliknya dan seterusnya ke bilik Asya yang sedang khusyuk dengan laptopnya.

  “so childish” terdengar suara Shahin aku terus membeku dan langsung tak berani untuk memandangnya,kenapa papa mesti datang hari kejatuhan kerajaan aku,habislah aku lepas ni entah-entah aku yang akan masuk washer kena basuh dengan Shahin.

  “sorry” ujarnya lagi,kalau dari sudut kesalahan aku yang bersalah dalam hal ni tapi kenapa dia pulak yang minta maaf,tersalah makan ubat tidur ke?

  “aku tak patut tinggal kau sorang-sorang dalam rumah ni,kita dah janji nak lepak sama-sama tapi aku pulak lepak kat padang bola” huh!sangat la orang yang memahami orang lain,rasa nak peluk je teddy bear aku ni,bila dia cakap macam tu aku dah berani nak pandang muka dia yang langsung tak kelihatan sedang marah.

  “aku tak kisah kalau kau nak main bola,tapi kau ajak la aku sekali,bosan la duk kat rumah sorang-sorang”

“ok!jom kita pergi sekarang” dia menarik tangan aku supaya mengikutnya pergi,aku pun dengan rasa senang hati aku mengikutnya tanpa banyak soal,orang kata kalau tak berbincang tak selesai masalah jadi sepatutnya aku cakap hal yang sebenar kepada Shahin jadi takdela sampai aku kena buat perkara macam budak-budak setahun macam tadi,buat malu kaum hawa je aku ni.

   “sorry pasal kasut tu” aku meminta maaf darinya,aku rasa perlu sebab aku yang bersalah dalam hal ni.

  “ok!”

 

 

 

==========

 

 

“seronok petang tadi?” soal Shahin setelah melabuhkan punggung disebelah aku,Hurm,memang tak boleh nak nafikan yang lelaki yang bermain bola ni menarik minat orang perempuan,walaupun tak berapa nak kacak tapi bila atas padang nampak bergaya dan menarik.

 “ok la,tak sangka kat sana boleh picnic,ada playground lagi,tapi aku suka biking” aku bersuara sambil merehatkan badan aku yang sangat kepenatan setelah berkejaran dengan dua orang anak lelaki kawan Shahin yang mengajaknya untuk bermain bola,comel betul anak mereka dan agaknya macam mana perasaan mempunyai seorang anak kan?

 “oh,suka biking?tapi jalan kat sana tak elok sangat untuk biking,bahaya”

“ya?sedihnya…” kecewa la pulak,sepatutnya tak payah cakap pasal benda ni.

 “kalau kau nak biking jugak pastikan aku ada sama dan jangan kau berani nak biking atas jalan raya” ceh!macam la dia tu life guard,kalau dah ditakdirkan nak jatuh tu jatuh jugak susah betul la hidup dengan orang serba nak berhati-hati ni,kadang-kadang kita perlu ambil risiko baru ada cabaran hidup.

  “tengoklah macam mana” aku bercakap sambil lewa,sampai bila dia nak jadi babysitter aku ni,takde anak ke nak tolong jagakan?asyik nak jaga aku je kerjanya.Jap,anak?kalau anak dia maknanya anak aku jugak,tidak!!!

 “aku maksudkan apa yang aku cakap” ujarnya tegas,ha,malas la nak discuss dengan dia ni,asyik-asyik aku jugak yang kena mengalah dan dia tu tahu betul dia je,kesian betul siapa yang kahwin dengan dia ni,aku la orang yang mengasihankan tu!sedih!

 “yes sir!macam la ada basikal” aku membuat muka,sempat dia jeling aku sekilas,aku korek biji mata tu bagi makan kat buaya baru tahu,tapi aku rasa kalau mata Shahin nak bagi makan kat buaya tu tak cukup jadi kita humban dengan Shahin sekali la.

 “kau nak belajar ikat tie tak?” soalnya setelah menamatkan soal biking disitu sahaja,ha, betul jugak bukan ke aku kata nak belajar ikatkan tie untuk dia jadi lepas ni takdela nampak sangat yang aku ni tak pandai dalam kekemasan ni,orang kata kalau isteri tolong ikatkan tie suami,romantic.Tapi tujuan aku menyimpang sedikit dan aku belajar semua ni untuk tunjukkan kepada semua rakyat di dunia bahawa aku juga pandai!

  “nak!mana tie?” soal aku teruja,wah tak sabarnya nak belajar dan aku boleh agak Shahin akan mula hilang sabar setelah mengetahui yang aku ni kalau bab belajar ni lambat sikit.

“nah!” entah dari dunia mana tie itu datang,yang aku tahu sudah ada di tangan Shahin dan aku pun tak teringin nak tanya dia buat magic ke apa.

  “meh sini” dia meletakkan tie di leher aku dan mula mengikatnya dengan pantas,nak tunjuk terel sangat la tu,dah kalau dah siap ikat bukan nak mengajar namanya tapi nak tunjuk kehebatan diri sendiri,riak!

  “bukan mengajar ni” aku mengerutkan dahi,dia hanya tersenyum dan merungkaikan semula ikatan tie yang telah menjerut leher aku.

 “macam ni…” dia menunjukkan satu persatu caranya dan aku melihat beberapa kali,dan akhirnya aku cuba pada diri sendiri dan,Berjaya!yosh,tak sangka yang aku ni memang bijak sebenarnya.rasa nak menari kegembiraan je,yay!

 “cuba ikat kat aku” aku mendengar arahannya dan mula untuk mengikat pada lehernya tapi tak menjadi,tak boleh ni,nampaknya aku tak dapat la nak buat amal jariah untuk suami aku ni,takpelah,esok belajar lagi tu pun kalau aku rajin la.

  “takpe,esok cuba lagi”

“ok!nak tanya sikit boleh?” aku memandangnya.

 “sejak bila berdisiplin sangat ni?” huish!aku bersusah payah nak beradab sopan dia ni suka la kacau aku buat kebaikan,orang kata kalau suka halang orang lain buat kebaikan perangai macam set…. Tapi tak sanggup aku nak cakap macam tu kat suami aku ni,kira halal je la hari ni.

“kau suka main gitar ke?” soal aku sekadar ingin tahu dan siapa tahu dia pun pandai nyanyi jadi boleh dodoikan aku,nak mampus!hehehe…

 “not bad,tapi aku tak pandai main piano macam Aimi dan aku tak pandai menyanyi macam Aimi”dah ni cerita zaman dinasti mana pasal Aimi ni,aku tak pernah banding beza antara Aimi dan Shahin sebab mereka berdua ni tetap juga lelaki dan bezanya Shahin suami aku Aimi kawan aku.

“biarlah,semua orang ada kelebihan masing-masing,dan suami aku ni,terel main gitar!”

 “aku ni suami kau rupanya…” ujarnya mengusik,memang la suami aku takkan la bini pulak,buang tabiat betul la Shahin ni.

 “pada aku orang yang pandai main piano ni romantic dan orang yang pandai main gitar ni macho”

“jadi aku ni di bawah category macho la?” soalnya lagi.

“erm,bukan macho tapi hancur!” hahaha,berderai jugak tawa aku akhirnya,dalam sebulan mungkin sekali je aku dapat kenakan mamat ni macam gerhana bulan pun ada aku rasa,teruk betul la aku ni.

 “mana kau tahu?don’t judge food by it’s look ok?” ha,dia pun pandai tukar peribahasa jugak,sama macam Seven jadi boleh jadi sahabat mereka berdua ni.

 “lawaknya…cuba la mainkan satu lagu,biar aku nyanyi” aku berkata riak,sekali ikan dilaut dengar memang tidur tak bangun-bangun jadi bersyukurlah kerana Klang agak jauh dengan laut jadi takde ikan yang akan tidur macam sleeping beauty.

 “lagu apa?” soalnya mencabar,lawan tauke nampak!

 “aku minat Justin Bieber jadi that should be me!” aku bersuara yakin,sebenarnya lagu tu je yang aku ingat,jadi kira jalanlah.

 “really?aku suka lagu tu,tapi tak suka JB”

“macam la JB tu suka kat kau!”

 “jom try” dia malas nak layan aku la tu,dan bila dia mula memetik gitar aku pun mula menyanyi la,tak sangka yang kami berdua ni ingat sampai korus je,hahaha…selepas show kami yang tak berapa nak maju ni kami berdua bertepuk tangan kegembiraan,puji diri sendiri la tu maknanya.

  “not bad!”

“you too” akhirnya kami sama-sama tersenyum lagi,boleh gila kalau selalu senyum macam ni,rahang aku pun tak dapat nak bergerak dengan banyak.

  “nak aku ajarkan?” soalnya memberi offer,aku rasa not a bad idea,jadi aku mengambil tempat duduk yang paling strategic iaitu di atasnya sebab susah la nak belajar kalau bertentangan kan?

 “amboi!cantik parking”

“well,keselesaan tu penting,cepatlah!” aku memaksanya pula,malu jugak tapi buat apa nak malu dengan suami sendiri.

 

 

 

==========

 

 

 

Hari ni lagi awal aku bersiap untuk memakaikan tie untuk Shahin,aku dah ada teknik aku sendiri walaupun aku tak berapa nak pandai sangat.Dengan sabar aku menunggunya di bawah,tapi dia tak muncul-muncul jugak,nak kena aku pergi jenguk dia dulu ke?

  “Shahin!!!” ni bukan menjenguk namanya tapi menjerit dan tak sampai dua minit dia berlari turun ke bawah.

  “apa?”soalnya terkejut mungkin jugak risaukan aku kut,ya la jerit macam orang jumpa hantu,yang paling lawaknya baju pun tak sempat nak butang sampai habis,rambut pun berserabai,kot pun sangkut dekat tangan je.

 “kenapa lambat sangat?” soal aku selamba,baru tahu apa itu perasaanya dikejar dengan masa,dia tu takpelah bos tapi aku ni budak praktikal je,sekali lewat sepuluh bakul kena bebel.

 “aku tertidur lepas subuh tadi,kau ni jerit macam orang jumpa hantu kenapa?” soalnya geram,laju dia membutangkan kemejanya dan mengemaskan rambutnya hanya menggunakan jari,ceh macam iklan syampu rejoice la pulak.kesian pulak aku tengok Shahin ni yang tak sempat nak uruskan diri sendiri.

 “saja,test vocal pagi-pagi macam ni” aku bersuara lagi sambil menuangkan kopi ke dalam cawannya,hari ni pun breakfast roti bakar lagi,lama-lama muka aku pun boleh bertukar jadi roti bakar.

 “lain kali jangan la jerit macam tu,terkejut aku”

“ya la,suamiku!jom breakfast!” aku berkata teruja,macam selama ni tak pernah breakfast.

 “kau teruja sangat tu kenapa?”

“kau ni banyak tanya la,makan je la.lepas ni aku nak tolong ikatkan tie untuk kau!” sekali lagi aku bersuara dengan nada yang teruja dan dia hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

  Sebaik kami selesai bersarapan,aku terus mengajaknya ke tangga dan menyuruhnya berdiri di belakang aku,kalau aku hanya pandai ikatkan tie untuk diri sendiri jadi aku akan berada di depannya dan boleh tolong pakaikan,dia pun pelik dengan teknik aci redah aku ni tapi dia ikutkan jugak.

  “dah siap!pandai tak aku?” soal aku lagi,kali ini lebih teruja,aku ni memang genius sebenarnya,kan?

  “pandai la jugak,tengok cikgu la!” dia mengangkat keningnya,eleh,aku nak puji diri sendiri tapi dia pulak yang takbur,menyesal pulak aku bertanya dia.

 “malaslah aku layan kau!” aku beredar ke pintu utama.

“aku hantar kau pergi stesen,hari ni aku ada hal sikit jadi kena guna kereta”

 “really?alhamdulilah,cepat sikit”aku terus tersenyum senang,jelas riaknya tak senang dengan reaksi keterujaan aku ni,ingat aku ni nak berhimpit dengan dia siang malam pagi petang,aku ada masa privacy sendiri.

 “suka?” soalnya tegas.

“sangat suka!” aku bersuara lagi dan terus masuk ke dalam kereta,tak kena berjalan kaki,jimat tenaga roti bakar aku hari ni kalau tak takde la kelaparan sangat nak tunggu masa tengahari.

 Dengan agak kuat Shahin menghempaskan pintu dan mula memandu keluar dari kawasan perumahan,tapi langsung dia tak menggunakan jalan yang selalu kami guna,dia nak pergi mana ni?takkan nak buang aku dalam laut kut,takut!!!

   “nak pergi mana ni?dah la lewat,guna jalan jauh pulak tu”

“ikut suka hati aku la,kereta aku” jawapan dia buat aku rasa nak hempuk je kepala dia ni.

  “dah lewat ni” aku bersuara memujuk.

“lantaklah,office aku!” takutnya,suara dia dah semakin meninggi,takkan nak marah sebab aku teruja sangat nak pergi kerja sorang diri,so,childish!

 “aku nak pergi UK malam nanti,jadi aku terus pergi rumah papa” aku ni bagai mencurah minyak ke atas api,tapi aku still jugak kena cakap dekat dia kalau tak dia tak tahu.

“apa?kau tak discuss apa-apa pun dengan aku”

  “tiga hari je”

“tiga hari?” soalnya lagi,terkejut lagi lama-lama boleh kena penyakit jantung baru tahu,Asya!lancangnya mulut kau ni.

  “yup!”

“aku nak pergi jugak boleh?” soalnya pula,teruja jugak,ingat aku nak pergi bercuti ke? Menyibuk je la dia ni nak ikut sama.

 “tak boleh!kau duk rumah je” dengan kuasa sebagai isteri aku tidak mengizinkannya untuk pergi bersama aku,nanti tak dapatlah aku nak lepak dengan kawan-kawan lama aku.

“aku nak pergi jugak!” dia masih bertegas,macam budak kecik je!

  “tak boleh jugak!tiket dah habis!” menipu lagi.

“ikut suka hati aku la!” kami mengakhiri perbualan kami dengan suasana sunyi dan nak marah,degil kepala konkrit betul mamat ni,nak marah betul la aku dengan dia ni tak reti nak mengalah ke?apa salahnya mengalah dengan isteri dia yang comel ni,dapat jugak pahala kering dan dia jangan ingat aku nak mengalah hari ni.

“turun!” ujarnya setelah kami tiba di depan pejabat,dah la ramai pekerja dia sekarang ni habislah aku nak kena jawab dengan paparazzi office nanti.

  “terima kasih!” aku menutup pintu kereta dengan agak kuat,Shahin terus masuk ke dalam lif dan aku masih lagi turtunggu-tunggu lif yang seterusnya,tak hingin aku nak naik dengan dia!

  “Asya,kau ada apa-apa ke dengan bos tu?” soal salah seorang pekerja Shahin.

“mana ada,kebetulan dia jumpa aku tepi jalan tadi,lepas tu dia ajak aku tumpang,aku pun setuju je la sebab mahal nak ambil teksi” ha,menipu lagi,dah berjuta dosa aku kutip hari ni.

  “oh,baik betul bos tu”

“memang baik,tapi degil!” aku dengan marahnya masuk ke dalam lif yang sudah terbuka luas,semakin diingat pergaduhan tadi semakin sakit pulak hati aku ni.

 

  “Shah,kenapa ni?” soal Hadi setelah melihat kawannya yang sedang bermuram durja,hahaha,hebat betul bahasa.

“Asya nak balik UK”

  “lama ke?” soal Hadi lagi.

“tiga hari” jawab Shahin malas.

  “tiga hari?” apa la yang banyak sangat jumlah tiga hari tu sampai semua orang terkejut beruk hari ni.

“yup!dan dia kata tiga hari je…” Shahin bersuara lagi dan menghempaskan badannya ke kerusi.

  “tiga hari je?”

“berapa kali kau nak tanya ni?” soal Shahin bengang,geram betul dia dengan Hadi ni,dah bagitahu lagi nak ditanya,kang ada orang makan penyepak bersiri.

  “sorry,kau pergi la UK”

“memang aku nak pergi tapi dia tak bagi,kau pun tahu kan sejak kahwin aku tak pernah berpisah dengan dia” ujar Shahin hiba,sedikit maksud tersirat tertulis di dalam kata-kata Shahin tetapi Hadi mengangguk faham.

  “aku tahu kau sayangkan dia”

“of course I love her!so much!kalau kau nak tahu saat dia ajak aku kahwin dengan dia aku rasa gembira sangat!”

  “aku tahu,kenapa kau tak cakap je kat dia?”

“bukan sekarang,dia tu macam nak melarikan diri dari aku je,hari ni pun aku cakap nak pergi kerja dengan kereta dia cakap alhamdulilah”

  “alhamdulilah?” soal Hadi dengan sisa tawanya.

“kau gelak la,aku tumbuk kang!”

  “sorry bro!bila kau nak beli basikal untuk isteri tersayang kau tu?” soal Hadi megalih topic nanti tak pasal-pasal ada orang makan penumbuk sampai tertelan gigi.

“hari ni la,sebab tu aku nak drive hari ni,tapi dia pulak nak balik rumah baba and nak pergi UK”

  “kesiannya kawan aku ni,tapi aku sarankan kau pergi je!”

“tak nak la aku,nanti gaduh besar susah pulak”

  “kalau kau cakap macam tu aku dengar je la,tapi aku rasa dia akan ajak kau pergi UK nanti”

“macam aku tak kenal wife aku yang super degil tu!” Hadi dan Shahin akhirmya sama-sama tergelak besar,entah apa yang melucukan hanya mereka berdua yang tahu.Asya yang berada di mejanya sudah mula melakukan kerja dan tak menghiraukan pergaduhannya dengan Shahin yang lebih kepada kebudak-budakkan.

 

 

 

-note 55-