Sebaik tiba di rumah papa dah terpacul depan muka pintu,nampak sangat dah lama tunggu aku balik,ni mesti kes berborak dengan kembar tu sampai terbabas perjalanan kami beberapa jam,macam biasa setelah aku memeluk papa abang ialah mangsa seterusnya,aku kemudiannya memeluk Mak Mah yang turut sama menunggu kepulangan aku,biasalah little daughter kan?
“penat semacam je muka Shah” semua orang berpaling melihat Shahin yang sedang menahan sakit,takkan letih sampai macam tu sekali kut,dahi dia juga berpeluh,kenapa ni?termakan racun ke?
“Shah ok,pening sikit” ujarnya sambil tersenyum,bukan sikit kalau sampai muka pun dah bertukar pucat,ada yang tak kena ke dengan mamat ni?perlu ke aku risau?
“bukan sikit ni Shah,kita pergi klinik” abang pula bersuara,tak boleh betul abang ni kalau tengok adik lelaki dia ni sakit.sayang sangat.
“Shah…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya laju dia berlari memanjat anak tangga ke biliknya,semua orang terkejut dan mengekorinya,entah-entah perut dia masuk angin kut sebab tadi dah lewat sangat kami lunch,dia risau aku kena gastric tapi tak risau kalau dia sakit?perut masuk angin?tu la nak jadi doctor sangat kan?cakap nurse macam aku ni tak nak dengar.hehehe.
“mak,boleh buat susu halia tak?adik rasa perut dia masuk angin la,sebab tadi makan lewat sangat,buat yang suam-suam je,adik nak naik mandi dan solat asar kejap” aku meninggalkan Mak Mah di dapur,mesti Mak Mah tahu buat susu halia kan?harapnya tahu la,sebelum melangkah ke bilik aku di sebelah biliknya aku menjenguk keadaan di dalam,dia muntah ke?teruk jugak kalau dah sampai muntah bagai.tapi bila dengar dia dah ok sikit dan nak mandi dan solat aku segera beredar dari situ,kerja aku sendiri pun tak selesai lagi.
Setelah selesai semuanya aku turun ke dapur untuk menjenguk susu halia yang Mak Mah buat.cantik betul warna susu halia ni,bau pun sedap je,nak rasa sikit boleh?
“mak letak gula tak?” soal aku setelah mencubanya,rasa manis semacam je.
“letak sikit,kenapa?”
“tak payah letak gula la,takpe,yang mak buat kita bagi orang yang sihat minum,yang dia biar adik yang buat,ok?” aku bangun dari kerusi dan membancuh susu dengan halia yang telah dikisar halus,tak pernah aku buat semua ni untuk orang lain selama ni jadi kena appreciate susu yang aku buat ni.
“sayang betul adik kat Shah” pedia?mendengar perkataan sayang tu hampir buat gelas di tangan aku ni terjatuh,Mak Mah ni bergurau tak kena tempat la,bukan sayang tapi kesian.
“mana ada sayang,kesian la mak.dah siap!Dr. Asya nak pergi bagi penawar kat pesakit dulu ya” aku meninggalkan Mak Mah yang sedang tersenyum,apa la Mak Mah ni ada je idea dia nak menyakat aku,lain la kalau Shahin tu suami aku nak kena sayang-menyayang bagai,aku rasa kalau aku cakap yang aku sayang kat dia makan gelas aku hari ni,but don’t worry it’ll never happen!
“papa,abang,dia dah ok?” soal aku sambil membawa dulang yang berisi susu halia air tangan Nur Asya Humaira!limited edision tau!takde kat mana-mana kedai pun!
“dah ok sikit,apa yang adik bawak tu?” soal abang pelik,hairan la tu aku tiba-tiba je jadi baik dengan mamat tu.
“susu halia,adik rasa perut dia masuk angin sebab ambik lunch lewat sangat tadi,jadi susu halia ni dapat membantu melegakan perut”
“macam tu,baiknya kat Shah”
“dia kan babysitter adik,baik dia layan adik,baik la adik layan dia,jom minum susu ni” aku duduk di sebelahnya,susu kini bertukar tangan,kenapa muka dia macam was-was je,ingat aku taruk racun ke dalam tu?hish nak marah betul bila niat baik aku ni disalahertikan.
“aku tak letak racun la!” aku bersuara geram,sempat lagi dia tersenyum dalam keadaan sakit macam ni,teruk punya orang,apa kata kalau menangis je,boleh aku tengok free show malam ni.
Setelah dia membaca bismillah dia meneguknya perlahan-lahan,berkerut jugak muka dia setelah susu itu sampai ke mulutnya,jangan sembur atas muka aku sudah,setelah dia menghabiskan semuanya gelas dia hulurkan semula kepada aku,macam aku pulak babysitter dia,hehehe…abang dan papa pun bukan main khusyuk tengok mamat ni minum,teringin ke?buat sendiri la.
“kuatnya bau halia” adunya dengan muka berkerut,dah nama pun susu halia.
“nama pun susu halia,takkan rasa strawberry kut!” aku berkata geram lalu keluar dari bilik itu,harap-harap dia cepat sembuh dan lembut hati dia nak tolong aku pindah dan satu lagi,dapatlah aku drive balik.
“macam mana?” soal papa.
“lega sikit” wah,dengar dia kata lega walaupun dari luar bilik rasa macam aku ni dipuji pulak,rasa macam doctor berjaya buat pembedahan otak je,hahaha…dah over tu!
Aku menuruni tangga sambil bernyanyi-nyanyi,gelas yang diminum oleh Shhain aku basuh dan diletakkan di tempat sepatutnya,Mak Mah yang sibuk memasak untuk makan malam aku pandang sekilas,sedapnya bau.
“masak apa mak?”
“masak tom yam campur dan sotong masak sambal,untuk adik mak dah masakkan pasta”
“kuah apa?”
“butter cream black pepper” mak aih!ala-ala mat saleh aku mendengarnya,mana Mak Mah dapat resipi ni agaknya?
“mana mak belajar masak kuah ni?”
“dalam tv semalam,mak ingat adik nak balik jadi mak masak la”
“baiknya mak,sayang mak!adik nak belajar makan nasi tapi bila tengok je nasi burn terus selera nak makan”
“burn?burn bukan bakar ke?selera pun boleh terbakar ke?” soalan Mak Mah memnag lawak amerika,ada pulak tanya macam tu.
“hilang la maksudnya,sama maksud la tu,tapi burn tu memang bakar” Mak Mah mengangguk faham dan setelah selesai semuanya aku terus naik ke bilik,biasanya kaum adam dalam rumah ni akan keluar pergi masjid untuk solat maghrib berjemaah,jadi ada peluan la aku nak selongkar bilik mamat tu,dapatlah aku curi kunci kereta aku balik.
Setelah selesai solat maghrib aku membaca Al-quran terlebih dahulu sebelum memulakan misi aci redah je aku ni,suasana pu macam tenang je,Mak Mah pun mesti tengah solat lagi kan,jadi tunggu apa lagi,jom kita serang!ceh!action betul aku ni,tak kisahla yang penting malam ni aku akan menjadi Jeneral Asya!
Perlahan-lahan aku membuka pintu biliknya,senyap je dan tak nampak kewujudan penjahat,jadi kita mula selongkar meja dulu,jenuh jugak nak mencarinya tapi haram tak jumpa,tiba-tiba aku rasa sesuatu nak keluar dari bilik air.takkan dia tak pergi masjid kut,ya Allah tak ingat!dia kan sakit perut tadi,menyorok tepi katil cepat!
Menyorok tu dah kira berjaya tapi kenapa aku rasa macam ada benda bergerak je kat kaki aku ni?sekali tengok je aku dah melompat macam kanggaru,entah binatang apa aku pun tak tahu,dia pun terkejut semacam je tapi bila aku lompat atas dia kami berdua hempap lantai,dia la sakit sebab aku tindih dia tapi ada satu je yang selamat,iaitu kepala dia,sebabnya aku yang selamatkan kepala dia,keras punya kepala macam batu.
Aku masih perlu selamatkan kepala dia sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali,tak kisahlah pisang emas di bawa belayar ke,pisang atas peti ke,yang penting aku menyesal dengan perbuatan aku yang lalu,dah jatuh atas orang jadi kena bangun sendiri,lepas bangun terus blah dari sini,misi gagal!kena tangkap dengan warden penjara!
Sebaik aku ingin memulakan langkah seribu,dia dah panggil nama penuh aku,setengah langkah pun tak sempat nak bukak,nak buat macam mana ni?bukak langkah silat boleh?memang dah bukak pun langkah silap buat,habislah aku macam ni,musnah harapan nak membina tangga rumah sewa sendiri.
“aku menyerah kalah,sorry” aku angkat tangan tanda menyerah diri,mulalah tu nak senyum berlagak,aiseh,sakit jiwa punya orang!
“kau cari ni?” soalnya tenang,kunci kereta dihayunkan,aku mengangguk je la,takde guna nak menipu buat masa sekarang
“kau keluar dari sini sekarang,lepas isyak jumpa aku kat ruang tamu”
“kita berdua je kan?kan?” mampus la aku kalau papa pun ada.
“yup!”fuh,lega,rasa nak kiss je mamat ni hari ni,aku beredar dari biliknya dan menunggu saat-saat pembebasan diri,rasa jadi pemain bola sepak pulak macam sepakan penalty je,kalau masuk gol menang kalau tak masuk kalah la,Cristiano Ronaldo,kasi pinjam semangat sikit,nak buat perhitungan hidup mati ni,habislah,musnah harapan.
Aku dah menunggu di sofa sambil menonton tv,entah apa pelakon dalam tv bualkan satu haram pun aku tak tahu,yang penting aku tengah nervous sekarang ni,mintaklah dia maafkan aku,tadi kan aku dah tolong dia,kiranya tu sepakan percuma la kan?
“tengok tangan kau?” aik,lepas duduk je nak tangan aku?nak kerat sebab mencuri ke?tak nak!!!
“aku tahu tangan kau sakit kan kena hempap dengan kepala aku tadi?meh sini aku sapu ubat,kena balut sikit biar ubat tahan lama kat tempat sakit tu” dah jadi tabib cina pulak,biarlah,dia yang nak buat baik sangat kan.
“kepala kau tu keras macam batu!”
“kau tu hempap aku ingat ringan ke?badan je kurus kering tapi berat!”
“biar ar!”
“aku akan anggap semuanya 0-0 kalau kau teman aku pergi birthday party malam esok”
“kenapa pulak aku yang kena pergi?”
“saja,nak penuhi syarat party pergi berteman” dia menjawabnya tenang,dan aku terpaksa mengalah lagi,sepatutnya yang tua mengalah dengan yang muda tapi ni terbalik pulak,tak laksanakan kempen ladies first langsung mamat ni.
“fine,0-0” aku terpaksa berserah je kali ni,nak lawan memang la tak mampu,apa lagi senyum kemenangan la tu,Cristiano Ronaldo,0-0 pun jadi la ek?trimas!
=========
Malam ni aku kena jadi partner mamat tu ke birthday party kawan dia,tapi kenapa aku?kenapa tak ajak awek dia je?ke dia memang takde awek?kesian punya orang,macam la aku ada pak we kan?bersiap ala kadar je la,nasib baik Ibu kemaskan jugak night dress aku yang summer lepas,kalau tak memang aku pergi party pakai jeans gamaknya.
Semua dah kemas,rambut aku lepaskan je,sebab tak pandai nak sanggul,susahnya Ibu takde,tapi Mak Mah kan ada,boleh mintak tolong dia ni,jom pergi bilik Mak Mah jap.setelah Mak Mah membantu aku dengan rambut aku memakai lipstick yang baru je beli tau!
“kelakar tak?” soal aku minta pendapat Mak Mah,jadi perunding imej Mak Mah hari ni,hahaha…segenap sudut Mak Mah perhatikan aku siap suruh pusing bagai,dah puas Mak Mah tilik aku baru aku bersedia untuk keluar,harap-harap mamat tu tak suruh aku tukar baju lain,dress ni je yang ada dan ni pun memang dah tak seksi langsung kut,tutup sampai tangan dah ni,takde pakai kain nipis apa.
“mana ada,cantik mak tengok,macam Cinderella”
“Cinderella mak?pukul 12 dah kena balik ni nanti mak tiri marah” aku keluar beriringan dengan Mak Mah,rasa macam pengantin baru pulak,mamat tu dah handsome dengan sut dia,harap-harap aku ok la malam ni.
“wah!adik abang memang cantik!boleh masuk miss world ni”
“ok ke?nanti kena gelak kat orang buat malu je” aku bersuara khuatir.
“you always be my beautiful lady” jawapan papa memang aku dah dapat agak,manis mulut papa ni,nanti kena kencing manis aku kalau macam ni selalu.
“kalau macam tu kami pergi dulu” ujar Shahin akhirnya,susah nak berjalan pakai heel ni,dah la dress ni agak labuh sikit,kalau terpijak memang confirm jatuh ni jadi kena jadi ratu kebaya la aku hari ni kena sopan sikit.
“take good care of her” pesan papa sebelum kami menigalkan perkarangan rumah,papa ni tak percaya lagi ke yang little daughter dia ni dah berumur 22 tahun,tak lama lagi dah nak masuk 23 tahun,dah boleh kahwin pun,kan?
Setelah 45 minit berada di dalam kereta yang sunyi sepi ni akhirnya destinasi kami sampai jugak,aku masih belum bersedia untuk keluar dari sini,risau pulak dibuatnya.
“ok ke aku pakai baju ni?” soal aku lagi.dia pandang aku dari bawah hingga atas,seram sejuk aku dibuatnya.
“kau ok je pakai apa pun,dah jom turun,aku dah tolong bukakan pintu lagi untuk kau ni”
Nak tak nak dah sampai tempat yang kami tuju,terpaksalah aku turun,awal-awal lagi ada dah pesan kat dia jalan dekat sikit dengan aku sebab aku tak nak kalau aku nak terjatuh nanti aku jatuh seorang diri,buat malu rakyat je.
“Shah!you are not alone,I ingatkan you datang sorang” dah ni minah mana pulak yang muka sikit macam cina ni,ke cina pure?lawa orangnya tinggi lampai,putih gebu ala-ala model gitu,jangan sakit gigi ye sebab dia datang dengan aku malam ni.
“Nelly Koo,aku try penuhi tema party kau,jadi happy birthday,nah ni hadiah dari kami,lupa nak kenalkan,partner aku malam ni,Asya”
“hi,Nelly” dengan ramah dia menghulurkan tangan jadi dengan ramah jugak aku balas huluran dia,macam baik je.
“Asya,nice to meet you” giliran aku untuk memperkenalkan diri,hari ni aku makeover muka aku biar nampak macam melayu sikit.
“my honour to see you today,Shah never bring anyone to any event before,so,you are the first one,I’m sure that you are so meaningful to him,right Shah?” salah sekali telahan tuan hamba,patik ini Cinderella dan dia bukanlah putera yang beta cari-cari selama ini.
“mana husband kau?your son?” orang tanya dia dia boleh selamba je tanya orang balik,tak tahu etika bertanya mamat ni agaknya.
“ada,kat dalam sana,layan tetamu” aku tak tertarik dengan perbualan dorang jadi aku ambil keputusan untuk berjalan di kawasan sekitar,sebaik aku tiba di satu tempat yang tenang aku terdengar suara lelaki sedang menyayikan lagu inggeris yang aku pun tak pernah dengar sebelum ni,sangat merdu suaranya yang begitu menghayati setiap petikan piano,cara dia sampaikan lagu tu meresap ke dalam jiwa aku.
Since I know you,you are in my heart
But time is fast till I can’t find you again
Please believe that I love you
And it’s never change although time pass always
Sangat mendalam maksud bait-bait lagu tu,tapi siapa penyanyinya?jom kita pergi siasat,aku mencari empunya suara di sebalik orang ramai yang begitu teruja dengan lunak suaranya,sama la macam aku juga,dari situ aku boleh nampak yang Nelly sedang menari bersama suaminya,romantic betul la dorang ni,ada jugak beberapa pasangan lain yang sedang menari dan aku juga boleh Nampak dengan jelas mamat tu sedang menari dengan telefon dia,lain tak bukan kerja dia la tu.workaholic betul mamat ni.
Mata aku kembali mencari insan yang begitu menjiwai lagu ini dan setelah bunyi piano berhenti ayat terakhir yang meluncur dari bibirnya buat aku tersedar akan sesuatu.
“Honey I’ll be here,waiting for you”
Akhirnya mata aku berhenti kepada sekujur tubuh yang sedang duduk menghadap piano,Dia Aimi atau Nick,seorang lelaki yang telah aku cederakan sehingga dia koma dan tak mampu bergerak,kerana aku dia kehilangan ingatan dan kerana aku juga dia telah bersusah payah mencari identity dia yang sebenar,selama berbulan-bulan aku menjaganya sehingga sampai satu masa keluarga dia membawa dia pulang ke Malaysia dan hubungan kami terputus begitu saja,adakah dia telah sembuh sepenuhnya?adakah aku telah luput dari ingatannya?jadi siapa Honey yang dia maksudkan dalam lagunya?
Terasa lemah seluruh tubuh aku sehinggakan aku tak rasa perlu berdiri lagi,kenapa takdir menemukan aku kembali dengan dia?penyesalan aku tak cukup untuk menyembuhkan dia dan mengembalikan dia kepada keadaan asal,tapi sebaik saja mata dia terpandang mata aku,aku boleh rasa sesuatu sedang mengalir dalam darah aku,apa semua ni?laju langkah dia atur kepada aku dan akhirnya aku berada dalam pelukannya,aku tak bermimpi sebab aku dapat rasakan semua ini dengan jelas,Shahin juga terkejut dengan perkara yang sedang berlaku tika ini,ibaratnya dunia sedang berpusing.
“Honey,you are here,I miss you so much” aku mula tersedar,Aimi dah melampaui batasan,aku cuba untuk meleraikan pelukannya tapi aku tak mampu,nasib baik Nelly datang membantu,akhirnya aku terlepas dari semua ni.
“Sis,this is Honey” ujarnya ceria dan tangan aku masih lagi dalam genggamannya,habislah aku lepas ni,mamat tu dah tengok semacam,teruk kalau macam ni.
“Nick I know you love her,I tahu you masih ingatkan dia walaupun you dah sihat sepenuhnya tapi ni Asya,bukan Honey” terang Nelly bersungguh-sungguh.
“yes I know,she is Nur Asya Humaira,but she is my Honey,right?”
“that’s me,Aimi awak dah sihat sepenuhnya?awak dah tak amnesia lagi?”
“oh god!this is miracle,Nick take your time with your Honey” ujarnya ceria,seperti mengalu-alukan kedatangan aku,jadi Nelly ni kakak Aimi ke?patutlah tak pernah tengok tinggal kat Malaysia rupanya.
“Honey masih tak berubah” nak berubah apanya
“macam ni la saya,pelik betul awak masih ingat saya walaupun awak dah sembuh sepenuhnya”
“I’ll always remember and miss you,don’t you miss me too?” rindu ke?rasanya rasa bersalah yang lebih kut.
“of course I’m,you are my friend and I’ve done a lot of mistake,I’m sorry for everything”
“please,don’t say that,kalau bukan kerana semua tragedy tu Aimi takkan tahu yang cinta sejati Aimi sebenarnya ada depan mata Aimi selama ini” cinta sejati ke?Aimi dah salah anggap dengan niat baik aku selama ini,dia lebih menakutkan berbanding semasa dia amnesia dulu,dulu dia hanya minta aku temankan dia jalan-jalan tapi hari ni dia dah pelik semacam aku tengok,pengaruh UK yang lama masih ada dalam badan dia kut.
“Aimi,saya gembira awak dah sembuh sepenuhnya dan rasa bersalah saya pada awak dah berkurangan,hati saya rasa lapang dan tenang” ucapku jujur,ibaratnya aku dah lepas daripada segala masalah bila dia dah boleh tersenyum dan hidup seperti biasa.terkejut aku bila tangan dia memegang wajah aku,anak matanya memandang ke anak mata aku.
“Aimi what are you doing?” soalku gugup,mukanya begitu dekat dengan muka aku,kalau selsema memang boleh berjangkit kalau dah macam ni.
“jadi selama ni,Honey hanya rasa bersalah dengan Aimi?semuanya sebab you feel sorry for me?” soalan dia buat aku kelu,kenapa?salahkah kalau aku rasa bersalah tapi aku tetap ikhlas merawatnya sebelum ini,kenapa mulut aku bagai terkunci untuk menyatakan ya dan kepalaku keras macam batu untuk mengangguk,adakah dia akan kecewa kalau jawapannya ya?ya Allah macam mana ni?
“Honey,relax la,Aimi gurau je,mesti jawapannya tak,kan?” lega bila dia dah tersenyum semula,tak perlu kut aku jawab soalannya kali ini,seram sejuk aku dibuatnya,aku melepaskan nafas lega dan sebaik mata aku memandang Shahin yang sedang berdiri di satu sudut buat aku tersedar,apa yang aku dan Aimi buat ni,dengan pantas aku menjauhi Aimi,aku tak nak masalah lagi.Shahin dah mula beredar dari situ,dia mesti bengang kan!atau dia dah salah tafsir situasi tadi?matilah aku kalau macam ni.
“Aimi,saya kena balik,lain kali kita jumpa lagi” aku segera beredar dari situ dan mengekori Shahin ke kereta,laju betul langkahnya langsung tak tunggu aku yang sedang mengejar dari belakang.
========
“tunggu la!” aku menjerit sambil berlari mengejarnya,dah la pakai high heel susah nak berlari ni,kalau jatuh buat malu muka sendiri je,tapi nasib memang malang sebab aku terjatuh betul-betul di depan keretanya,nasib baik dah jauh dari majlis yang sedang berlangsung,Aimi pun sepertinya tak mengejar aku lagi,gila betul hari ni.sakitnya kaki aku ni,dah la takde siapa nak tolong aku,nasib baik kaki tak seliuh ke apa.
Baru je aku cuba nak bangun tapi dah ada orang mengangkat aku dari belakang,lalu dipapahnya aku ke dalam kereta.Shahin la siapa lagi kalau bukan dia,dia marahkan aku ke?muka langsung tak cool macam biasa dahi berkerut macam orang tua,pegang stereng kereta sampai nak hancur dibuatnya.
“kau marah?” soal aku dengan nada gugup,kalau dia tengking aku aku karate dia hari ni,tapi dia senyap je memang marah la tu.Aku terus mendiamkan diri kerana bimbang dia akan naik angin tapi tak selesa pulak bila senyap je macam ni,kalau aku salah sekalipun yang dia sibuk nak marah sangat tu kenapa?
“kenapa kau ni?” soal aku perlahan dan tanpa aku sedari tangan aku memegang lengannya,dia menjeling aku tajam.
“kau ingat aku ni Aimi ke?” soalnya tegas,tegang betul muka dia tika itu membuatkan aku terkedu,perlahan-lahan tangganku ku alihkan daripada lengannya,tu la tangan ni pun tak tahu lagi ke mamat tu pantang disentuh.kenapa pulak dia nak samakan diri dia dengan Aimi.
“apa pulak Aimi?sorry la pasal tadi,bukan aku yang peluk dia tapi dia yang peluk aku” aku cuba menerangkan situasi sebenar walaupun aku tahu yang sebenarnya aku tak perlu nak terangkan apa-apa pada dirinya,dia bukan sesiapa dalam hidup aku,penting jauh sekali.
“kenapa nak minta maaf dengan aku,apa yang kau buat tu salah di sisi Allah” sinis dia menyindir aku tika ini,macam biasa ayat dia lebih bisa dari lipan tau!sakit hati dengan dia ni jauh lagi sakit dari kena gigit lipan hari tu.
“kau sindir aku ke?” soal aku lagi,kali ini level suara aku pun dah naik satu anak tangga.soalan aku dibiarkan tidak berjawab muka aku pun langsung dia tak pandang.
“kau marah ke?” soal aku lagi kali ni dengan suara yang lebih tenang turun level dua anak tangga tapi dia senyum sinis pulak,oh mental kuatkan diri jangan sampai jatuh sakit tak sanggup nak tinggal dalam hospital bahagia,sedih.
“buat apa aku nak marah,kau buatlah apa yang kau suka,aku peduli apa?”
“memang kau tak perlu pedulikan aku pun!aku tak perlu pun semua tu dari kau!” suara aku kali ni dah cukup nak menggegarkan Ferrari ini,muka Shahin terus berubah bengang setelah aku meninggikan suara kepadanya,demi Allah aku tak pernah tengok dia semarah ini selama ini.
“kalau bukan kerana kau ni amanah papa aku tak teringin pun nak jaga kau!”
“kalau kau tak teringin kenapa ikutkan jugak dan kenapa kau nak marah sangat kalau aku berpeluk dengan Aimi?”
“aku tak kisah la kau nak buat apa sekalipun !tapi kau sendiri islam yang tahu mana halal haramnya” suaranya cukup tinggi.
“dah tu yang kau sibuk sangat tu kenapa?!” tengking aku kuat,aku tahu yang selama ini dia pun anggap aku ni perempuan yang suka bersosial dan aku ni tak pandai jaga maruah papa dan keluarga,anggap aku ni jahil sangat soal agama,kenapa dia perlu ambil tahu pasal diri aku kalau dia langsung tidak menyukai aku?baru aku tahu yang selama ini layanan dia terhadap aku adalah terpaksa,kenapa hati aku sedih sangat?
“sebab semua ni melibatkan maruah keluarga!”
“kau sedar sikit,yang kau tu anak angkat je!!!” aku jerit sekuat hati aku,kenapa ayat ini boleh menutur laju dari bibir aku,aku langsung tak maksudkan ia,aku boleh nampak riak terkejut dari wajah Shahin.
“aku sedar status aku,tak perlu kau nak ingatkan aku semua tu,aku minta maaf kalau aku ada tersilap kata tadi” lirih suaranya dan aku boleh agak dia sedih dengan kata-kata ku,kenapa aku langsung tidak boleh bersuara untuk menyatakan aku tak bermaksud mengatakan itu semua.perlahan-lahan air mata aku mengalir di pipi tapi aku cuba untuk sorokkan daripada penglihatan Shahin,kali ini rasa sunyi ini betul-betul membunuh suasana malam yang tenang ini.
Aku sedar bila kereta berhenti di perkarangan rumah papa,langsung dia tak bersuara seperti biasa.Shahin dah meninggalkan aku sendirian yang masih lagi berada di dalam kereta,aku bersandar lemah pada kereta dan aku air mata yang terus mengalir aku seka dengan telapak tangan.setelah aku dapat kumpulkan semula tenaga aku,aku melangkah masuk ke dalam rumah,sepertinya semua orang memandang aku pelik.
“kenapa adik?kenapa Shah senyap terus masuk bilik?anything wrong happen?” soal abang lalu membawa aku duduk di sofa,takkan nak mengaku yang aku gaduh besar dengan dia kut,nanti tak tidur aku kena bebel dengan papa tapi dapat ke aku tidur dengan perasaan bersalah setinggi gunung ledang ni?
“Shah tak sihat,dia sakit perut” aku bohong sunat la ni kiranya,aku tak nak papa risau kalau tengok keadaan kami macam ni,walaupun selama ni tak pernah baik tapi mamat tu selalu cakap yang baik-baik pasal aku.tak dapatlah aku nak pindah rumah kalau macam ni.macam mana nak face dengan mamat ni hari-hari kat JB nanti.
“adik pun nak masuk tidur ni,mengantuk sangat” aku memberi alasan segera agar tak perlu bersoal jawab engan papa dan abang,dorang ni tak puas hati dengan satu jawapan saja,terpengaruh dengan dunia perniagaan la tu,kalau nak dapat projek at least kena present tiga atau empat proposal.
“ok,good night sayang” papa mengucup dahi aku begitu juga dengan abang,aku terlupa untuk mengucup pipi mereka dan aku berlalu menuju ke anak tangga.
“papa,abang sambut flying kiss ni,lupa nak bagi” aku menghadiahkan mereka flying kiss je,free tak payah bayar,papa tersenyum melihat gelagat aku dengan muka yang baru je lepas menangis ni kononnya muka mengantuk la.rasa macam teringin je nak pergi ke bilik dia dan minta maaf tapi kalau aku pergi mesti lagi keruhkan keadaan ni,untuk mengelakkan masalah ni berlarutan selama beberapa hari,mungkin.bertahun?tu dah over sangat tu ingat ni pergaduhan antara dua benua ke?
Apa kata masuk bilik,mamdi dan doa banyak-banyak biar Allah lembutkan hati dia untuk memaafkan aku,tapi kalau tak minta maaf macam mana dia nak maafkan malulah aku nak minta maaf dengan dia,jatuh la standard aku dua sen.sebaik aku berada di dalam bilik tidur aku sendiri tempat utama yang aku tuju ialah bilik air,rasa nak berendam dalam tab mandi je sampai pagi esok,memang aku tak pernah baik dengan dia selama ini tapi tak pernah jugak bergaduh seteruk ni dengan dia.arh!tak payah fikir banyak!
Selesai mandi aku sempat soalt sunat hajat dan baca Al-Quran sikit,lapang la sikit hati aku bila dekatkan diri dengan Allah.kata tak mengantuk tapi last sekali aku tertidurjugak dan sempat bermimpi lagi.Aku membuka mata bila terdengar azan dari masjid yang berada berdekatan dengan rumah kami.buku-buku masih berada bertaburan di atas lantai,teruk punya orang rajin membaca ni,baca apa lagi?dah nak final exam sebab tu kena usaha ledih sikit.
Aku mandi dan solat subuh bersendirian,tak nak solat berimam sebab takut nak tengok muka mamat tu,marah lagi ke?ye lah sebba muka aku ni celopar sangat kan sekarang ni berani buat berani tanggung la,akibat mulut badan binasa!aku meletakkan kepala di atas bantal,niatnya bukan nak tidur nak landing je tapi suasana sejuk pagi mengundang hantu tidur aku dan apa lagi terus terlelap.
=========
Barang-barang aku sudah kemaskan ke dalam beg pakaian,pelik betul aku rasa sebab rasanya balik dengan tangan kosong je tapi nak pergi ni siap bawak baju lagi?dari mana datangnya baju-baju ni semua?baju sendiri pun dah tak kenal ke?suara abang mengejutkan aku sedikit,hai ni lagi sornag masuk bilik orang main terjah je.
“adik!”
“abang,terkejut la” aku bersuara geram lalu meninggalkan dia untuk ke bilik air.
“adik,kenapa adik tak berselera je masa breakfast tadi?adik ada masalah ke?ada sakit ke?” soalnya berduyun-duyun,mana satu nak jawba dulu ni.
“am I look that way?I’m just fine”
“no you are not”
“I’m just sad because I need to be far from you and papa and I miss Ibu so much” ujar aku jujur,ya,memnag time ni semuanya rasa nak cakap pun macam menipu je lebih,tapi tak boleh nak deny yang aku sangat rindukan Ibu.
“yes,I can understand that,cepat sikit kemas sebab Shah nak gerak awal sikit” ya,aku faham tapi bila dengar nama Shahin dan aku terpaksa berada dalam kereta bersamanya selama hampir dua jam boleh buatkan aku separuh gila memikirkannya sunyi sepi macam tinggal dalam hutan,dalam hutan pun ada bunyi cengkerik tau!
“abang turun dulu,adik turun kejap lagi” aku menyuruhnya turun terlebih dahulu supaya dia tak perasan yang aku sebenarnya tengah berbohong,arh!payahnya hidup macam ni rasa macam nak mati je!
“ok then,see you downstairs” abang meninggalkan bilik aku menambahkan kelegaan pada diri aku,no matter what happen aku still ken aberdepan dengan mamat tu jugak,kalau bukan sekarang lepas ni pun kena jugak,jadi aku tarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya aku turun ke bawah dengan membawa beg pakaian.
“Shah rasa Asya dah boleh jaga diri sendiri,lagipun Shah kenal dengan kawan-kawan dia” suara Shahin buat aku tertanya-tanya,apa yang dia bahaskan dengan papa dan abang,yang penting pasal aku la.
“adik betul-betul nak pindah?tinggal dengan kawan-kawan adik?” soalan papa buatkan aku terkejut dan aku pandang muka mamat tu dengan penuh tanda Tanya tapi dia langsung tak memandang aku,marah lagi la tu,aku mengambil tempat duduk di sisi papa dan meraih tangan papa.
“yes!adik boleh jaga diri adik sendiri lagipun adik kat sana dah tak lama,boleh papa?” aku merayu minta papa membenarkan aku hidup berdikari kali ini,dengan mimic muka sedih akhirnya papa terpaksa mengangguk setuju juga,yeah!!!siapa boleh lawan dia punya rayuan si little daughter ni.
“ok lah,this time I let you go but promise me you will never make me worry ok?”
“I promise you!love you papa” aku mengucup pipi papa dan mengucap rasa syukur,alhamdulilah boleh mengelak daripada jadi mangsa perang angin dia tu.
“tapi Shah pun tak stay kat JB lagi dah sebab kerja dia dah settle kat sana”
Aku mengangguk faham dan aku tak tahu sama ada itu berita baik atau sebaliknya yang penting lepas ni aku takde la kena pantau oleh babysitter aku yang tak berbayar ni,bebas sikit aku nak buta banyak kerja.kerja ke?
“perut Shah dah ok?adik kata Shah sakit perut semalam”mampus aku kalau dia kata tak,aku melarikan pandangan daripada melihat matanya yang merenung aku sekilas,lama-lama dia mengangguk jugak,kesian kena kongsi dosa menipu dengan aku.
“kami pergi dulu,assalamualaikum” ucap Shahin dan aku terpaksa sekali lagi meninggalkan rumah papa,takpe kali ni aku pergi tak lama tapi teringin sangat nak minta tolong abang hantarkan aku,tak rela perang dingin aku dengan dia teru berlarutan tapi sakit pulak tekak ni nak minta maaf.baik aku tidur je dalam kereta nanti.
Bukan tidur olok-olok tau!sekali aku tidur sedar-sedar je dah sampai depan rumah sewa aku,dia dah siap kemas barang lagi dah siap bawak masuk kereta lagi,aku haram nak dikejutnya sampai hati.aku pun tak heranlah dengan dia tu,aku masuk ke dalam rumah dan mengemas apa yang patut,nasib baik aku tak suka mengemas rumah jadi takdela barang aku ni banyak sangat.selesai aku mengemas barang dia sudah menunggu aku di depan pagar rumah,tanggannya menghulurkan kunci kereta aku.lambat-lambat aku mengambilnya,setelah kunci bertukar tangan dia terus masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi,tak sabar sangat nak bebas dari jaga aku la tu!
Aku memasukkan semua barang ke dalam kereta dan menuju ke rumah sewa baru aku,share dengan kawan-kawan!ha,rasa macam baru keluar dari penjara je rasanya,tapi kenapa dia masih tak hiraukan aku?terluka sangat ke dengan kata-kata aku malam tu?tapi kalau aku pun aku terasa tau!menyesalnya sebut pasal status dia,dia anak baba dan adik kepada abang yang aku sangkal semua tu kenapa?bodoh betul la aku ni?
Perjalanan mesti diteruskan,rumah sewa baru aku pun kena cari sampai jumpa kalau tak tidur hotel la aku namanya,pening lalat jugak aku nak boleh jumpa rumah dorang ni,tinggal kat kawasan perumahan mana ni?susah la aku macam ni,tapi kenapa tak telefon dorang je?orang sengaja cipta telefon untuk kemudahan yang aku sulitkan keadaan tu kenapa?tak panjang akal betul.
Kereta Shahin mengekori kereta Asya dari jauh,sesekali dia tersenyum bila Asya asyik berputar pada tempat yang sama,memang betul dia akan berpindah dari sini tetapi sekurang-kurangnya dia perlu pastikan yang Asya selamat sampai ke destinasi asalnya,dia sendiri keliru dengan tindakannya sekarang,perlu ke bermasam muka hanya perkara kecil?tak handsome la muka kalau macam tu,tapi sebaik dia melihat Asya selamat tiba dia terus beredar dari situ dan pulang ke KL.
“aku ingat korang tinggal dalam hutan,jenuh aku cari rumah ni tau” aku bersuara setelah kepenatan memandu kereta,mereka hanya tergelak dan membantu aku mengeluarkan barang dari kereta,suasana kat rumah sewa dorang ni unik,dekat dengan terminal LRT dan dekat dengan kawasan restoren jadi lepas ni tak kebulur la aku nak makan,semua ada tinggal pilih je!duit pun kena ada la.
“besar jugak rumah ni,ada dapur lagi,cantik” puji aku jujur lalu merebahkan diri di atas sofa,dalam kepenatan macam ni hilang sekejap rasa bersalah aku pada Shahin.
“apa yang cantik?kau pandai masak ke?” soal Afie.wrong question to the wrong person la dia ni,aku masak?alamatnya bomba la yang datang makan kat sini nanti,aku bagi rumah panggang kat dorang.
“kalau korang tak sayang rumah ni,boleh la nak suruh Chef Ace ni masak” kata-kata aku mengundang tawa mereka bertiga,ni kalau tengo cerita Hindustan tak lain tak bukan si Afie la ni,kalau cerita Hindustan,Indonesia bagi la kat si Afie ni,siap pandai berbahasa lagi,kalau si Seven ni dia punya jiwa sama dengan aku sikit,minat cerita English la,love comedy,romantic.tapi,kalau si Nur ni laying cerita cinta islamik sikit,suka baca novel cinta.kalau aku yang baca novel alamatnya tiga dekad pun tak habis!hahaha…
“siapa pelakon cerita ni Afie?” soal aku bersahaja.
“Shah Rukh Khan la tu,jangan tanya dia bila dia tengah syok layan Hindustan,lepas kahwin kalau macam ni lagi,merajuk sakan Luqman Haqim tu nanti” tu takde suara orang lain kalau nak mengusik,Seven la tu!
“hei,Luqman Haqim jangan disebut eh” cepat pulak dia tangkap bila sebut nama buah hati dia,haru betul mereka berdua ni.daripada aku layan dua beradik ni baik aku teman Nur masak,nak tolong memnag tak dapat la.
“Nur masak apa?” soal aku mesra,bau sup ayam meresap masuk ke dalam hidung aku,bestnya.
“chicken soup,apa yang Afie dan Seven gaduhkan tu?” soal Nur,aku tertawa sebelum menjawab soalan itu,jom kita guna bahasa istana Hafiz sikit,tengok tergugat tak kita guna bahasa ibunda negeri Kedah?
“biaq pi la dorang” ha,kan berpisat Nur berpaling memandang aku,laju betul tangan dia mencubit perut aku,adui,selalunya abang yang kena tapi hari ni sikit punya malang aku pulak yang kena,Nur punya saiz ketam dia jauh lebih kecik tapi bisanya jauh lebih kuat.
“mati la Hafiz kalau kena lagu ni selalu,tak makan sup ayam pun tak pa dapat makan sup ketam pun jadi la” aku berlari ke ruang tamu meninggalkan Nur yang sudah bertukar warna,sekali jadi spiderwoman siapa nak jawab,jenuh la Hafiz bila kahwin nanti,isteri sibuk nak selamatkan dunia,dia mati sepi kat rumah,hahaha…
=========
“Ace,pucat je muka Ace ni,kita pergi klinik nak?” aku yang sakit tapi muka Nur jauh lebih merisaukan dari aku,Nur ni cepat betul risau,padahal aku biasa-biasa je.
“mana ada,Ace sihatlah,dengar la apa Prof Kamal ajar tu nanti dia bidas kita pulak” bukan tak biasa kena tegur sebab tidur dalam kelas aku ni,hehehe,jangan tiru ya.
“Asya,Nur,any problem?” ha,kan YB Asya dah kata,kalau aku buat salah cepat je dia perasan,ni yang malas nak terlibat dengan sesi soal jawab ni.
“Asya tak sihatlah prof,jadi boleh saya bawak Asya ke klinik?” soalan Nur buat aku terkejut,bila masa pulak aku sakit ni?setakat tak makan dua hari takde la sampai jatuh sakit,sudah!semua mata pandang kat kami sekarang ni,nampaknya jadi tumpuan lagi aku hari ni asal kelas dengan Prof Kamal je kantoi!
“are you unwell Asya?” soalan Prof Kamal buat aku serba-salah,Nur pulak tolong angguk bagi pihak aku,aku berbisik pada Nur yang aku sihat takde apa pun yang doctor boleh tolong kalau pergi ke klinik,buang masa dan buang duit je namanya.
“no sir,saya boleh bertahan sampai kelas habis” aku menjawab dengan yakin,walaupun sebenarnya ada rasa tak selesa pada perut tapi tu perkara biasa bagi aku,kepala yang pening ni pun aku dah biasa tanganinya dengan hati yang tabah,hahaha,bersastera pulak kat sini.
“Ace janganlah degil” bisik Nur merayu kepada aku,memang badan aku lemah tapi kalau setakat duduk macam ni takdenya dampai nak pengsan ke apa,Nur ni je yang risau sangat.
“I’m fine Nur” balas aku lalu tersenyum,sekuat tenaga aku pamerkan wajah ceria aku kepada Nur,tapi Nur ni masih jugak tak percaya sedar tak sedar Prof Kamal dah berada depan mata aku,buat orang terkejut je dia ni.
“I think Nur is right,your face look so pale”
“after this class sir,I will home and get some rest.let’s continue our lesson” aku memberitahunya dengan yakin dan dia terpaksa menurut cakap aku,aku dah kata aku ok jadi takde apa yang perlu dirisaukan lagi,Nur masih lagi tak berpuas hati dengan keputusan aku tapi dia mengalah juga.sebaik kelas tamat aku sengaja melengahkan masa untuk mengemas barang-barang aku,memang baik hati betul budak kelas aku ni sebab semuanya suruh aku berehat.
“I want bring you to go to clinic but I have a meeting with decan now” pergi je la.
“no worry sir,saya ada kereta sendiri dan saya boleh pergi sendiri,terima kasih” aku mengucapnya segera,tak payah nak buat amal jariah kat aku,sebaik dia pergi dengan tergesa-gesa aku bangun dari kerusi begitu juga dengan Nur,kelas telah kosong sepenuhnya,sebaik kaki aku menjejak lantai dunia aku seperti berpusing sendiri dan tanpa aku sedari aku dah pass out,tu la riak sangat tadi.
Nur terkejut dengan situasi itu cuba merangkul Asya dan menyedarkan Asya tapi tak berhasil,dia meletakkan kepala Asya dengan perlahan dan berlari keluar dari kelas untuk minta bantuan,hanya Zack yang berdiri di situ,student lain dah masuk kelas kedua mereka.Nur membuat keputusan untuk memanggil Zack sahaja walaupun dia tahu Asya tak sukakan Zack tapi Asya perlu dibawa ke hospital.
“Zack,tolong Ace” jeritan Nur cukup untuk membuat Zack berlari ke arahnya,mendengar saja nama Asya langkah Zack semakin laju.
“kenapa dengan Ace?” soal Zack gusar.
“dia pengsan kat dalam” sebaik mendengar jawapan Nur, Zack berlari mendapatkan Asya yang terbaring tidak bermaya di atas lantai.
“what happen?we need to bring her to the hospital” dengan kudrat yang ada Zack mengengkat Asya yang kurus dengan mudah,dia berlari menuju ke keretanya dan terus ke hospital,sesekali dia melihat Asya yang terbaring di atas riba Nur melalui cermin belakang,berpeluh juga dia buat marathon tadi,mau tak penat bukan lari bawak baton tapi lari bawak orang kut.
Sebaik tiba di hospital doctor yang bertugas segera memberi rawatan dan selepas beberapa minit doctor keluar dengan menyatakan bahawa badan Asya sangat lemah dan tidak bertenaga macam mana nak ada tenaga kalau makan pun tidak.Nur berterima kasih kepada Zack dan Zack terpaksa meminta diri kerana masih perlu menghadiri kelas terakhirnya pada hari itu,subjek penting pulak tu.
Akhirnya Nur membuat keputusan untuk menghubungi Shahin,Shahin penjaga Asya selama ini jadi Shahin patut tahu perkara yang telah berlaku kepada Asya.cepat-cepat dia mendail nombor Shahin,perasaan risaunya masih lagi menggunung tinggi.
“hello,abang” sapa Nur risau setelah mendengar suara Shahin di hujung talian.
“ada apa Nur?abang tengah meeting ni” suara Shahin sangat rendah kerana dia masih di dalam mesyuarat tapi dia tahu yang panggilan daripada Nur tentu berperihal dengan Asya.
“Asya pengsan,sekarang ni dia kat hospital…” belum habis cakap Nur ,Shahin dah berdiri dari tempat duduknya,beberapa orang yang tersedar akan tindakannya memandangnya hairan tetapi Shahin terus memaklumkan bahawa mesyuarat akan diteruskan oleh Hadi iaitu kawan baik merangkap rakan kongsinya sendiri.
“aku keluar kejap,handle meeting ni untuk aku” laju langkah Shahin meninggalkan ruangan mesyuarat itu,difikirannya kini hanya untuk memastikan yang Asya selamat.Sebaik dia memboloskan diri ke dalam ferrarinya dia memecut laju menuju ke JB,lantaklah kena saman pun.memang nasib Shahin malang bila sebuah motor polis trafik mengejarnya dari belakang,untuk mengelakkan kesulitan dia terpaksa berhenti di bahu jalan.
“ya cik?” soal Shahin resah,orang nak cepat dia pulak yang datang.gumam Shahin sendiri.
“encik dah memandu melebihi had laju,jadi minta lesen dan ic” shahin dengan senang hati mengeluarkan ic dan lesennya,dah memang itu yang polis akan buat.
Cantik jugak polis trafik ni,segak semacam je bila pakai baju seragam macam ni,hish!apa yang aku melalut ni sekarang ni Asya lebih penting macam mana boleh terfikir pasal baju seragam polis trafik ni?takkan nak tukar kerjaya pulak kut.
“lawa baju,maaf la cik sebab dah susahkan cik,sebenarnya saya terburu-buru sebab ada orang masuk hospital,tu yang laju sangat” Shahin sekadar bersuara tanpa diminta,menjelaskan benda yang perlu walaupun dia tahu yang polis di hadapannya sekarang ini tidak percaya,bukan dia seorang yang bagi alasan macam tu,mungkin beratus mungkin jugak beribu mungkin jugak berjuta.
“patuhilah undang-undang,fikirkan orang tersayang.” Hui,kena kempen free je aku hari ni,gumam Shahin lagi di dalam hati tapi dia masih mampu tersenyum kepada polis itu,polis itu turut menghadiahkan senyuman manis kepadanya.mesti seronok bila ada lelaki kacak yang sepertinya ingin menguratnya.
“Asya masuk hospital,sebab tu saya risau sangat,maaf ya cik insayaallah saya tak buat lagi” yang aku cerita pasal minah tu kenapa?macam la dia kenal siapa Asya tu,parah aku bila time kalut macam ni habis semua aku sebut.
“jangan pulak Asya keluar hospital tapi encik pulak yang masuk hospital,terima kasih atas kerjasama encik,encik boleh pergi ke hospital sekarang.hati-hati memandu” sekali kena perli baru tahu rasa aku ni,senyum je la kat polis manis ni tapi tujuan utama tetap perlu aku pergi,rasa risau bertandang semula di dalam hati aku ni,kenapalah Asya ni boleh pengsan pulak?
Shahin terus bermonolog dalam hatinya dan tanpa sedari dia sudah terlajak jalan,kena u-turn balik,betullah orang kata kalau kita tengah berfikir semua kerja tak jadi.sebaik dia memarkir kereta dia berganjak ke bangunan hospital.nasibnya memang baik kerana Nur sudah berada di situ kerana menunggu ketibaan Shahin.
“Nur,Asya ada kat level berapa?bilik mana?” soal Shahin melulu tanpa memberi salam kepada Nur,Nur hanya mendengar soalan itu dengan senyuman sebelum menjawabnya.
“level tiga,bilik 17.Nur kena pergi dulu sebab ada kelas lagi petang nanti Nur datang dengan Afie dan Seven sekali”
“ok,erm siapa yang hantarkan Asya ke sini?” soal Shahin lagi,pelik jika hanya Nur yang membawa Asya ke sini,sama saiz je budak dua orang ni.
“Zack,Nur pergi dulu” Nur melangkah pergi setelah memberi salam kepada Shahin,Shahin menjawab salam tadi dan bergerak ke lif apabila dilihatnya begitu ramai orang yang menggunakan lif dia meringankan kaki untuk bersenam sedikit dengan menggunakan tangga,tingkat tiga apa la sangat lagipun bagus untuk jantung.berduyum poster yang ditampal kat dinding hospital ni tapi majority yang naik lif pun doctor jugak,takpelah boleh dijadikan alasan yang mereka tu sebenarnya sibuk dan mengejar masa,kan?
Setelah menemui bilik bernombor 17 dengan perlahan Shahin membuka pintu bilik itu dan dengan perlahan menutupnya kerana tidak mahu menyedarkan Asya daripada tidur.dia duduk di sebuah kerusi di tepi katil Asya sambil memerhatikan wajah Asya yang terbaring lesu di atas katil,apa dia dah buat sampai Asya terbaring tak berdaya macam ni?
Lamunan Shahin terganggu apabila seorang doctor datang untuk memeriksa keadaan Asya,namun Shahin tetap memberi senyuman dan memberi ruang kepada doctor itu untuk menyiapkan tugasnya lagipun dia perlu tahu keadaan Asya yang sebenar.setelah doctor itu mencatat beberapa perkara pada laporan kesihatan Asya dia memandang muka Shahin dengan senyuman,doctor muda lagi ni lelaki pulak tu boleh tahan kacak jugak.
“Encik ni suami pesakit ke?” soalan doctor itu langsung tidak mengejutkan Shahin tapi bila terfikirkan jika Asya mendengarnya mahu dia menjerit separuh dunia kat sini,pantang betul dia bila terdengar perkara macam tu.
“no,penjaga sementara dia” entah apa yang susah sangat kalau mengaku yang dia tu abang angkat kepada Asya,atau mengaku sebagai abang je terus kan senang atau dia masih lagi menyimpan rasa sedih dengan apa yang dicakapkan Asya tenpoh hari.
“pelik bunyinya,macam babysitter pulak” gurau doctor muda itu senang lalu tergelak kecil,nurse yang bertugas dengannya turut tersenyum.
‘memang semua orang senyum tapi aku yang nak terbakar sekarang ni,aku ni dikatanya babysitter?’ gumam Shahin geram,tapi dalam hati je la takkan nak sebut kat mulut kut.
“hahaha,memang pelik pun” Shahin turut sama tergelak walaupun tahu yang gelak dia langsung tak ikhlas.
“maaflah,saya bergurau je” pinta doctor muda itu kesal kerana lawaknya yang tak berapa nak menjadi tadi.
“takpe,saya tak kisah pun” balas Shahin pula,betul ke tak kisah?tadi macam nak meletup pun ada gayanya,tapi takkan pasal perkara kecik macma tu sampai nak wrestling dengan doctor muda ni memang tak berbaloi langsung.
“macam mana keadaan dia?” soal Shahin mula serius,malulah tu bila kebanyakan orang merasakan sikapnya seperti seorang babysitter,tapi dia tak ambil kisah pun sebenarnya lagi nak tergelak adalah.
“she’s fine,dia dah boleh keluar esok.dia terlampau lemah kerana badannya tak mempunyai tenaga yang mencukupi menurut kawannya dah dua hari dia tak ambil heavy food.jadi bila dia sedar nanti encik boleh bagi dia makan sekejap lagi nurse akan hantarkan bubur” jawapan doctor muda itu membuatkan Shahin mengangguk faham.setelah mengucapkan terima kasih Shahin hanya menghantar kepergian doctor itu dengan pandangan kosong dan hatinya masih tertanya kenapa Asya tidak makan.
Melihat mata Asya bergerak-gerak membuatkan Shahin mengambil tempat disisinya semula,sebaik mata Asya terpandang wajah Shahin dia terus bersuara dengan nada yang masih serak,mau tak serak dah dekat tiga jam dia tidur.
“Shah…” Shahin agak terkejut bila Asya memanggil namanya sebegitu tapi apa boleh kata orang separa sedar memang macam tu.sekali lagi mulut Asya bergerak-gerak untuk mengatakan sesuatu dan Shahin sabar menanti apa yang bakal menutur dari mulut Asya.
“Shah Rukh Khan?....”
========
Sekali meledak ketawa Shahin menyedarkan Asya daripada separa sedar,mahu tak terkejut bila terdengar orang gelak macam tu.Asya memicit kepalanya dan mengagahi diri untuk bersandar pada kepala katil,dengan bantuan Shahin dia dapat bersandar dengan selesa.
“kau mimpi jumpa Shah Rukh Khan ke?” soalan pertama dari mulut mamat ni buat aku tercengang,langsung tak faham dengan soalan Shahin dan macam mana dia boleh ada kat sini,hairan bin ajaib betul.
“soalan mengarut apa kau tanya ni?lagi satu macam mana aku boleh ada kat sini?kat mana ni?kau buat apa kat sini?” ha,sekali satu muka surat aku Tanya Shahin,berkerut dahinya mendengar soalan aku tak puas hati la tu atau masih nak berperang dingin dengan aku.last sekali perkara yang aku ingat adalah aku masih lagi berada di dalam kelas.tup-tup dah seronok landing atas katil dalam bilik serba putih berseri ni.tak lain tak bukan hospital la ni.
“kau ada kat hospital,pengsan,aku ada kat sini sebab kau pengsan” jawapan Shahin menyenangkan sedikit hati aku ni,at least aku tahu yang dia masih lagi hiraukan aku.
“kenapa tak makan?kau buat orang risau tau” suara Shahin kedengaran risau aku tahu yang dia tak boleh bila tengok aku sakit macam ni sebab dia takut papa akan susah hati tapi sebab dia jugaklah aku tak makan,hilang selera ikut dia balik KL tau.
“kau punya pasallah!” aku bersuara sedih,nak minta maaf malu.
“aik,aku yang tak berdosa ni kau salahkan,susah la aku macam ni,dah duduk KL pun masih lagi kau benci kat aku.nak suruh aku lenyap dari bumi ni ke?” soalan Shahin yang bernada perlahan aku sempat tangkap,sesekali nak tersenyum jugak bila tengok muka cute Shahin macam ni,agak-agaknyalah macam mana perwatakan Shahin yang sebenar.kalau aku kenal dia dengan lebih rapat agaknya boleh ke aku guna peribahasa tak kenal maka tak cinta atau tak kenal maka tahu?jangan nak buang tabiat la Asya!
“apa maksud kau?” soal aku buat bodoh.
“mati” jawapan dia memang tak mengejutkan aku tapi tak pernah terfikir di benak aku ni nak dia mati kalau mampus tu ada la jugak kadang-kadang,bukan apa tu pun sebab geram sangat dengan perangai konkrit dia tu.
“kalau mati pun tanam kat dalam tanah kat bumi jugak” aku bersuara lirih,anti betul bila bercakap soal mati ni.
seorang nurse datang membawa sedulang makanan dan vitamin memulihkan tenaga katan nurse itu,tapi sebaik nurse itu keluar dia sambung gelak tadi,tak tahu pulak aku gelak pun boleh to be continue,manusia aneh!
“tadi beria kau sebut nama dia,mana tau kut-kut mimpi kau bawak kau jumpa dia”
“takdenya nak mimpi Shah Rukh Khan,kalau mimpi Shahin Addin Bin Syukran tu ada la” jawapan aku menghentikan tawanya serta merta,macam angkat hand brake pulak gaya berhentinya,aku ada salah cakap ke?habislah aku kalau dia marahkan aku lagi.
“kau tahu nama penuh aku?” la,tu je ke dia nak tanya tersentak beruk aku dibuatnya.
“mestilah tahu,hari-hari aku dengar si Afie dan Nur sebut nama kau,kau takde tersedak ke salama ni?”
“apa kaitan pulak dengan tersedak?”
“orang kata,orang la kata aku tak kata,kalau kita sebut nama orang tu,orang tu akan tersedak” jawapan aku mengundang senyumnya,tampak manis pulak.aku ni sure dah kena kencing manis ni sebab tu rasa manis je semuanya!
“ilmu prof mana kau bawak ni?lainlah kalau korang ada mengutuk aku,aku tak risau sangat pasal korang yang aku risau kau je,suka sangat mengutuk aku”
“walaupun benar tak baik kau menuduh tanpa bukti tau”
“dah melalut dah kau ni,lain aku tanya pulak kau jawab,kenapa tak makan?” dia mengulang soalannya yang dah terlepas beberapa minit tadi.
“aku yang salah,aku mintak maaf sangat-sangat aku tak patut sebut status tu kat kau,papa dan abang sayangkan kau dan terima kau seadanya seperti keluarga sendiri,aku yang bodoh sebab fikirkan marah aku sampai melukakan hati kau” pinta aku bersungguh-sungguh,bukan senang anak Hasmezam ni nak mengaku salah tau!selalaunya aku aje yang betul.
“aku tak kisah la,lagipun aku sedar…”
“aku yang tak sedar,aku minta maaf tolong jangan sebut pasal benda ni lagi,you are one of us and you always be that one,I’m the stupid one” ujar aku lagi,dah gaya macam memujuk kekasih hati dah.
“ok then,lupakan semua ni dan kau jangan nak mengaku sangat diri tu tak pandai kang jadi betul-betul susah pulak.satu lagi aku tak nak kau berlapar sebab rasa bersalah,tak kisahlah dengan siapa pun” akhirnya satu masalah planet Asya ni selesai setelah rundingan damai dengan Planet Konkrit ni.Asya the troublemaker is back!
“ok!jadi sebagai ganti rugi aku nak kau suapkan aku,bukan sebab nak bermanja or berbaik dengan kau tapi sebab tangan aku ni kena cucuk dengan jarum tak seronok nak bergerak,lagipun kau kan babysitter aku yang paling baik…baik ke?” Shahin tak cakap banyak lalu mengambil mangkuk dari atas dulang dan menyuapkannya kedalam mulut aku,nampak sangat keterpaksaan dia tu,tapi aku suka dera dia dengan cara ni hahaha… tak lama selepas itu Zack masuk ke dalam bilik aku dirawat,terkejut dia melihat adegan tak ikhlas aku ni,suspend jugak aku macam mana dia boleh tahu aku ada kat sini.
“Zack?” soal aku pelik,Shahin seperti tersedar sesuatu dan bersalaman dengan Zack,kenal ke?
“terima kasih sebab bawak Asya ke hospital” aku pulak yang terkejut bila Shahin berkata begitu,rasa kesal menyelubungi diri aku lagi,dulu beria-ia aku larang Zack ambil tahu pasal aku hari ni dia dah tolong aku pulak,siap bawak buahan dengan bunga lagi,red rose pulak tu,sweet!
“no problem,kebetulan saya ada kat situ,sorry for disturbing,saya minta diri dulu” Shahin kelihatan kelu dan aku pun tak tahu nak cakap apa,mesti dia ingat Shahin ni pak we aku yang aku agung-agungkan sangat depan dia tu,alah,macam mana ni?tapi bagus jugak kalau dia anggap Shahin macam tu lepas ni dia fahamlah tapi aku still kena berterima kasih dengan dia.
“Zack,you tak nak bagi I bunga dan buah tu ke?ke semua tu memang bukan untuk I?” soal aku ceria,saja je sebenarnya untuk mengembalikan suasana asal.tak baik betul aku menyumpah Zack selama ni,buat malu nenek moyang je,aku tak malu ke?aku la yang malu.Shahin senyap je bila aku bersuara.
“oh,I almost forget that,this is for you and semoga you cepat sembuh” ucapnya tenang,aku tahu kalau satu macam aku pergi beribu lagi ada kat belakang tengah beratur,tinggal petik jari je.
“thank you for everything,saya dah boleh keluar esok jadi sebagai ucapan terima kasih kita lunch sama-sama” aku bersuara lagi dan dia tersenyum senang,aku bukan nak buat baik dengan dia tapi Ibu cakap budi orang kena balas baru berkat.tapi kalau dengan Zack ni aku tak tahu berkatnya kat mana tapi mana tahu ada tersorok dalam kocek jeans aku.
“makanlah ubat tu,aku kena balik KL ni ada kerja,lagipun kau dah ok” macam tu aje ayat dia,dia terus blah,heran betul dengan angin dia ni,biarlah aku pun malas nak berlama dengan dia buat sakit gigi je.tapi pelik pulak dia terus nak balik,eh Asya apa nak heran dia tu meluat dengan kau! Kutuk diri sendiri nampak,hehehe…
Aku mengambil keputusan untuk ke surau dan solat zohor,tapi Shahin solat kat mana?mana sempat nak buat kat KL,sikit punya soalan aku Allah dah bagi jawapan,dia pun menuju ke arah yang sama dengan aku,solat kat sini rupanya.sebaik aku solat dan berdoa aku bercadang nak melawat keadaan sekitar tapi dah nama pun hospital apa sangat yang ada,kalau bukan pesakit,nurse.kalau bukan nurse doctor,kalau nasib sikit punya baik boleh tengok doctor handsome,hahaha…
Sikit punya idea gila aku terkejut bila melihat kelibat Prof Kamal disitu,tapi dia bukan nak melawat aku tapi melawat orang lain di sebelah bilik aku,sikit punya tak cerdik aku ni bila menyorok di bawah meja seorang doctor yang sedang bertugas di situ,naik hairan dia dibuatnya.aku yang baru terperasan kaki seseorang mendongak ke langit,sikit punya terkejut aku tersengih,malu siot!
“yes miss?” soalnya dengan senyuman dan gelak kecil,lucu lah sangat!
“main hide and seek,boleh minta izin menyorok kat sini?” soal aku kepada Dr. Richard ,aku dah skodeng nama pada nametag dia la.
“of course,you main sorok-sorok dengan siapa?” soalnya berminat,aku tersengih macam kerang busuk lagi bila terdengar soalan dia,takkan nak jawab alone kut,nanti dia hantar aku pergi hospital bahagia pulak.
“ada la,Dr. Richard may I ask you something?” aku menyoalnya dan dia mengangguk menandakan boleh.
“siapa pesakit bilik 16 tu dan apa penyakit dia?” soal aku lagi,dan doctor itu bertanya kenapa,jadi nak tak nak aku kena jawab yang aku kenal dengan Prof Kamal tapi tak sempat aku buka mulut Prof Kamal dah mendekati meja yang aku sedang menyorok sekarang ni,kalau dia tahu aku kat sini malu siot!
“macam mana keadaan adik saya doctor?saya dah buntu” sedih betul aku dengar suara Prof Kamal,adik dia rupanya yang sakit tapi tak dapat nak menolong aku student accounting bukan student medical.
“masalah emosi kita tak boleh rawat dengan ubat,dia sendiri yang dapat menolong dirinya,dah puas doctor pskiatri membantu dia tapi itu semua tak berhasil,kita kena bagi masa dia terima kematian tunang dia dengan hati terbuka” aku menelan apa yang dicakapkan oleh doctor itu dengan prof dengan perasaan simpati,semua orang ada masalah sendiri.
“dah hampir setahun dia macam ni,sampai bila doctor?”
“masalah emosi kita tak boleh jangka” jawapan sama lagi,apa punya doctor la,hehehe macam la aku ni pandai sangat.
“saya faham,terima kasih,saya minta diri dulu.tapi apa yang bergerak-gerak bawah meja doctor tu?” ha,sudah,kalau doctor ni suruh aku keluar masaklah aku macam ni,macam mana dia boleh perasan ni?
“my patient,dia main sorok-sorok” ujar doctor itu jujur,sempat jugak mereka berdua mentertawakan aku tapi tak kisahla yang penting prof dah pergi jauh dari sini.
========
“thanks a lot doc” aku mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya,macam ayat dalam majlis formal la pulak,dia tersenyum begitu juga dua orang nurse yang melihat aku keluar dari sarang persembunyian tu,buat malu rakyat je aku ni.
“miss pasti dah dengar semuanya tadi kan?” soalnya kepada ku,aku tersengih memandangnya,mahu tak dengar.
“tu la pasal,saya ada kat sini bukan sebab masalah telinga jadi terdengar semuanya” jawapan aku mengundang tawa mereka bertiga,hahaha,memang sengaja curi dengar pun kalau boleh nak kuatkan je volume suara tu tapi bukan tv daa…
“kenapa miss nak tahu sangat?” soal doctor itu pula.
“saya kenal Prof Kamal,sebab tu nak tahu” aku mengaku jujur.
“kenal ke?habis tu kenapa tak keluar?” banyak pulak soalan doctor dah separuh abad ni.
“saja,saya malas nak dia tahu yang saya tak sihat nanti banyak pulak soal jawab jadi doctor pun buat tak tahu je la ye?adik dia kemurungan ke doctor?” soal aku lagi.nak jadi penyiasat ni biarlah takde orang bayar pun.
“lebih kurang macam tu tapi lebih kepada trauma atau kejutan emosi,selagi dia tak dapat terima kematian tunang dia,dia akan terus macam tu atau boleh jadi penyakit mental”
“bahayanya”
“tu yang kami risaukan,tapi hanya dia yang dapat menolong diri dia sendiri” kata-kata akhir dari doctor itu aku sedar yang tiada cara lain melainkan dia yang tolong diri dia sendiri,tapi dalam keadaan aku tengah berfikir dah datang pulak the three troublemakers ni melawat aku,dua je sebenarnya sebeb Nur tak termasuk dengan otak gila-gila Afie dan Seven ni,hehehe,jahat punya kawan aku ni!
Setelah isyak berlalu aku cuba melelapkan mata,apa punya doktorlah suruh orang yang tak sakit macam aku ni stay kat hospital,buat menyemak lagi ada la tapi aku rasa ada hikmahnya,ringan je kaki aku nak ke bilik sebelah ni,mana tahu dapat nak menolong.aku ringankan kaki aku masuk ke dalam biliknya,sepertinya dia langsung tidak menghiraukan aku dan duduk memeluk lutut di atas katil,aku dengan tanpa segan silu memanjat katil dan bersila di hadapannya baru dia tersedar.mesti pelik dengan aku kan?peduli apa aku.
“kau ni siapa?” soalnya geram,aku takut jugak kalau dia serang aku tapi,hati ini masih lagi berkeras nak tolong dia,jadi tolong je la.
“aku Ace, boleh duk sini sebab tak boleh tidur” aku berkata senang,tapi aku tahu yang senang aku je yang dia tengok aku macam nak telan tu memang tak senang,apa nak jadi pun jadi la yang aku tahu aku nak bercakap dengan dia.
“nama apa?” soal aku tak mengalah,Asya ni memang terkenal dengan perangai keras kepala aku jadi kalau nak suruh aku mengalah jangan haraplah.
“Lina kan?dah tahu sebenarnya saja nak berkenalan dengan awak” aku bersuara ceria dan aku rasa aku yang gila kat sini sebab cakap seorang diri tapi nak jugak buat dia bercakap.
“kalau sedih kena menangis tau,saya kalau sedih memang terus menangis tak pendam apa-apa pun,kalau awak beruntung tau sebab walaupan orang yang awak sayang dah takde tapi awak tahu dia kat mana,lain dengan kes saya,saya dah kehilangan mama saya tapi saya tak pernah tahu dia kat mana dan lebih menyakitkan dia tinggalkan saya sebab dia tak suka dengan saya.awak sangat beruntung walaupun tunang awak dah takde tapi awak tahu yang dia pergi tinggalkan awak dengan hatinya masih lagi pada awak.dan awak patut bersyukur sebab Allah ambil dia ketika awak masih lagi tunang awak bukan suami awak,bayangkan kalau dia takde di sisi awak tika awak tengah mengandung kesian anak tu,kalau dia bukan jodoh kita percayalah setiap yang Allah tunjukkan adalah jalan sebenarnya.Allah lebih sayangkan dia jadi kita perlu doakan yang dia selamat dan bahagia di sana,awak yang hidup kena teruskan hidup.walaupun sakit kita kena terima.” Ha,bukan main panjang lagi syarahan aku,sepanjang sungai Melaka la kut,hahaha…tapi yang bantai nangis aku jugak sebenarnya tapi bila melihat air matanya turut mengalir buat aku rasa senang hati,kematian itu perkara yang pasti kan?
“saya menghukum diri saya sendiri dengan rasa sedih ni” at last dia bersuara jugak,aku memeluknya dan berkongsi duka yang sama iaitu duka kehilangan orang tersayang.
“awak tak patut hukum diri sendiri sebab semua ini ketentuan ilahi” aku bersuara lagi,aku mengusap belakangnya,sayang orang cantik macam dia ni ada masalah emosi,buat rugi semua lelaki kat luar tu,anggap je la aku tolong orang yang sama nasib dengan aku dan sebagai tanda maaf aku pada Prof Kamal selama ni selalu berprasangka buruk dengan dia.
“dah ready nak keluar dari bilik putih berseri ni?” soal aku berlucu dan tanpa aku duga dia tersenyum sama,manisnya senyuman dia,dia memang cantik!
“dah!saya pun bosan dah duduk kat sini,esok saya akan mulakan hidup baru tanpa Amran Hakimi disisi saya dan saya akan jadi kuat.Am terima kasih sebab hantarkan seseorang kat sini yang menyedarkan saya,walaupun awak dah takde kat sini saya nak Am tahu yang sampai mati Am akan selalu ada dalam hati saya,terima kasih untuk cinta yang Am hulurkan pada saya selama ini,saya sayangkan Am” kata-kata Lina menyentak tangkal hati aku dan membuatkan air mata aku mengalir lagi,aku tahu yang apa aku cakapkan tak mudah untuk dilakukan,aku sendiri masih lagi berdendam dengan mama tapi aku sayangkan mama walaupun mama tak pernah ambil tahu pasal aku anaknya ini.
“Ace,terima kasih”
“bukan Ace tapi Allah yang tentukan semua ini,Lina sendiri yang berusaha untuk keluar dari kesedihan ini,jadi semuanya kerana Allah dan diri sendiri,Lina boleh dekatkan diri dengan Allah jika Lina sedih sebab Allah je yang boloh tolong kita” aku bersuara lagi,kalau mama dah tiada pasti aku tak berdendam dengannya macam ni kan?semua ni salah diri aku sendiri sebab tak relakan semua yang terjadi.
Bila aku tersedar yang aku sudah tertidur di sisi Lina aku membetulkan duduk ke,sikit lagi nak jatuh ni kalau jatuh mahu sambung duduk hospital lagi dua tiga hari lagi,jadi aku turun dari katil dengan perlahan supaya tak menyedarkan Lina yang sedang nyenyak tidur.aku berlalu ke bilik aku dengan hati yang lapang dan tenang entah dah pukul berapa aku pun tak tahu.
Azan yang berkemundang mengejutkan aku,jadi aku mandi dan menukarkan baju aku yang pakai semalam sebelum ke surau untuk menunaikan solat,bagus betul hospital ni sebab setiap pagi ada ustaz datang bagi tazkirah pagi,tajuk hari ini ialah kuasa maaf,aku tak sempat dengar sampai habis pun sebab aku tergesa-gesa nak masuk ke kelas,yang aku dengar tajuk je tadi,hahaha…
Lenguh jugak aku menunggu teksi di pagi hari ni tapi sempat jugak aku menjamah roti bakar sebelum bertolakbalik ke rumah sewa,malulah kalau nak pakai baju yang sama je,bil hospital pun Shahin dah tolong bayarkan,Lina tak sempat pulak aku nak ucapkan selamat tinggal tapi kalau ada jodoh aku jumpa lagi dia,insyaallah.
Tak sempat aku nak termenung Ferrari hitam mamat tu dah parking tepi aku,bukan dia kata nak balik dah ke semalam?takkan la dia tidur sini kut,tapi lagi hairan kalau dia balik KL lepas tu datang JB pulak,rajinnya…
“masuk cepat!” mendengar suaranya lamunan aku terhenti aku masuk ke dalam kereta dan melihatnya yang sudah kemas berkemeja untuk ke pejabat tapi tie je yang belum ikat lagi,by the way dia Nampak macho dengan gaya agak samseng macam ni,hahaha…aku ni dah kena sampuk la sehari dua ni.
“bukan kau dah balik ke?” soal aku pelik tapi dia langsung tak menunjukkan minat nak menjawab soalan aku tu,macam aku hairan sangat ke?menyampah pulak aku rasa.
“aku balik rumah sewa,bukan kau keluar pukul 10 pagi ke?” dia bertanya kepada aku semula,aku buat tak endah soalan dia tadi,balas dendam la kononnya tapi dia senyum pulak takkan tak rasa nak marah kut.dah nak mati ke?
“kat belakang aku ada beli breakfast set kat KFC,jadi kau makan tu je la pagi ni” aku memandangnya seronok,hurm dapat makan free lagi hari ni,hahaha…aku mencapainya lalu membuka bungkusan dengan gembira,aku menyuakan ke mulut,sedap!lapar rasa macam tak makan setahun je gayanya.
“aku nak masuk kelas pagi ni,kelas penting lagipun dah nak final exam” aku bersuara menjawab soalannya yang dibiarkan sekejap tadi,dia boleh pulak bantai senyum mesti ingat aku dah termakan rasuah dia la tu.
“mana kau tahu aku dah keluar?” soal aku pulak,walaupun mulut aku penuh dengan makanan aku still jugak nak tahu.
“aku nak hantar breakfast tu je,tapi kebetulan jumpa kau kat sini.dah rajin belajar rupanya little daughter baba ni” aik,peliknya perlian dia tu,saja nak suruh aku bakar dia pagi-pagi yang sejuk macam ni.dasar hati konkrit jiwa raga rotan!
“aku tak nak repeat paper,nak terus balik UK kerja kat sana” aku menjawab geram,murah pulak senyuman dia hari ni,risau pulak aku rasa dengan dia ni.
“kalau baba tak izinkan?” soalan dia buat aku terkejut,nasib baik tak terlekat kentang goreng ni.
“papa ada cakap sesuatu ke?” soal aku dalam nada terkejut.
“taklah,aku cakap je” dia berkata selamba,dengan muka memerli lagi tu.
“janganlah macam tu,kau dah breakfast?” soal aku prihatin,ikhlas ke?hehehe…
“belum”
“nak?meh sini aku suapkan” aku suakan kentang goreng ke mulutnya,dia pun teragak-agak nak makan tapi lama-lama dia bukak jugak mulut dia,hahaha.habis comot pipi dia kena sos.
“kejap-kejap,meh sini aku tolong lapkan” aku mengambil tisu dan mengesatnya perlahan,dia tu macam tunggul kayu je aku tengok langsung tak bagi respon,memang takde perasaan mamat ni,kena bagi ubat sebelum terlambat kalau ada penyakit macam ni,sebelum parah!
===========
Setelah kelas aku selesai pagi itu aku bergerak ke library tapi langkah aku terhalang kerana Zack mendepakan tangannya menghalang laluan aku pada ketika itu,ni ingat cerita hindustan ke main sekat-sekat orang pulak,ke dah daftar jadi polis nak buat roadblock bagai kat sini,ingat ni jalan hak bapak dia ke?
“anything?” soal aku malas,orang nak pergi menuntut ilmu dia nak menuntut ilmu silat dengan aku ke?sekali aku ajar baru reti bahasa mandarin si Zack ni.
“I datang nak tuntut janji” riak mukanya bersahaja tapi setelah aku perah otak aku ni sikit baru aku teringat yang semalam aku dah buat janji manis dengan Zack ni,menyesal pulak aku cakap nak lunch dengan dia hari ni.
“janji?” aku menyoalnya,saja buat-buat lupa maklumlah tak teringin aku nak makan dengan Zack si playboy ni,buatnya aku kena simbah dengan sirap hari ni bertukar warna merah rambut aku yang agak perang ni,hilang la gaya American aku ni,hahaha…
“you lupa ke buat-buat lupa?” soalnya dengan nada perlahan,takkanlah playboy pun pandai merajuk kut,buang tabiat ke?
“semacam je soalan,ok la kita jumpa kat café lunch nanti” aku akhirnya membuat keputusan yang aku tak rasa bijak pun tapi wajib kita menunaikan janji,amanah!dia tersenyum senang dengan jawapan aku dan mengekori aku dari belakang,dah tu nak ke mana pulak?
“you nak pergi mana?” soal aku tak senang,jangan cakap nak ikut aku study dah la,tak payah nak buat pasangan couple of the year dengan aku la,tak hingin aku nak jadi lover dia walaupun sehari,rela mati tau!
“nak teman you study” jawapan yang langsung tak menyenangkan perut aku tapi aku kena ikutkan jugak takkan tak nak bagi dia masuk dalam library kut,bukan library papa aku pun lagipun kalau papa aku nak beli kolej ni bagi ke?tak payah beli la pa bukannya aku suka membaca buku sangat pun buang duit je.
“ikut suka hati kau la” aku bersuara malas,kalau larangpun harap telinga je capang tapi haram nak dengar,degil kayu betul budak ni.
“jangan la panggil I macam tu” banyak bunyi la Zack ni,bayi baru lahir pun tak merengek macam ni tau,kalau ikutkan hati aku nak je aku pos lelaki ni pergi Mongolia.
“anything la Zack,jangan kacau I study tau” aku memberitahunya terlebih awal walaupun aku dah tahu yang dia bukannya reti duduk diam pun,mata dia tu sikit-sikit nak pandang aku tangan pun boleh tahan gatal jugak,nasib baik hukum hudud kata kalau mencuri je kerat tangan,kalau tak dah lama Zack ni makan nasi bersuap tau!
Aku membelek beberapa buah buku yang cantik landing atas meja ni tapi satu haram pun aku tak faham sebenarnya tak senang duduk betul duduk bertentangan dengan dia ni,tangan dia pun asyik merayap je nak sentuh tangan aku.sekali aku lempang budak ni dalam library nanti mimpi ngeri pulak,tak pun trauma terus nak datang sini.aku menarik tangan aku dari atas meja dan meletakkannya bawah buku.
“you dah lunch hour” ujarnya lembut,ingat aku tergoda ke?muka macam ayam minum susu ada hati nak goda aku,ceh!
“jom!” aku mengemas buku dan memasukkannya ke dalam beg,banyak mata yang memandang kami tapi aku buat tak endah je yang aku tahu janji mesti dikotakan dan selepas lunch ni jangan harap aku nak layan dia baik macam ni,bukan je nak sentuh aku pandang aku pun aku tak izinkan tau!
sebaik aku sampai ke meja café yang masih kosong tak terisi aku mengajak kawan-kawan aku lunch sekali tapi muka Zack terus berubah riak dari hijau jadi kuning tau!jadi member aku pun dengan sengihan panjang mengundur diri.
“cepatlah order,I belanja” aku bersuara tenang,malas betul aku nak berlama dengan dia ni,buat sakit gigi je.
“jatuh la standard I perempuan belanja I makan” mendengar jawapan mengada-ngada dari mulut dia buat aku tergelak kecil.
“hukum kanun mana you guna tu,I nak berterima kasih kat you sebab tolong I semalam,anggap je la ni angkat you satu level jadi lelaki sejati,ok tak?lagipun pak we I cakap budi orang kena balas” aku reka cerita lagi,lama-lama boleh jadi penulis skrip cerekarama,boleh buat duit daripada buat dosa macam ni.semakin dekat dengan neraka adalah.tapi air muka dia berubah terus bila terdengar nama pak we aku yang entah siapa entah.
“pak we you?” soalnya lambat,tapi manis je aku senyum mengiakan soalan dia tu,tipu makruh lagi!
Belum sempat aku membuka mulut satu panggilan masuk ke dalam telefon aku,tertera nama babysitter di situ tapi apa salahnya kalau kita jadikan dia kambing hitam sekejap,tak salahkan.
“panjang umur dia,dia call saya jawab jap eh” aku buat muka gembira,macam aku tak tahu yang dia sekadar nak memastikan yang aku dah lunch,dah bersambung balik dia punya kerja jadi babysitter aku.
“hello” aku memulakan perbualan dengan ceria,aku boleh agak yang dia terkejut mendengar aku begitu mesra dengan dia tapi apa salahnya jadi pelakon tambahan dalam filem aku ni,mana tahu boleh dapat anugerah skrin ke.
“kau ni kenapa?terlekat tulang ayam ke?dah makan ke belum?” haish!mamat ni sengaja buat aku rasa nak bakar dia hidup-hidup nasib baik aku dalam lakonan tipu makruh ni kalau tak takdenya aku ni nak bercakap dengan lidah lembut.
“Bie tengah makan la ni,D dah makan ke?D,Bie nak minta izin keluar makan dengan Zack yang tolong Bie semalam boleh?” aku bersuara manja,macam nak putus urat saraf suara aku dalam perut ni,tapi aku tak boleh mengalah sangat dengan Zack ni,keruh terus muka Zack depan aku ni confirm hilang selera nak makan lepas ni.hahaha…dan aku pun boleh agak yang mamat tu pun boleh hilang selera dengar aku cakap guna dialog playgirl gedik macam ni,aku pun nak termuntah sendiri tau!
“kau ni putus saraf waras ke?” soalan dia buat aku rasa nak masuk dalam telefon ni nak pergi ketuk kepala dia yang tak berapa nak betul tu,siap gelak lagi tau!
“D jangan salah faham,Bie kan sayang D sorang je,ok la Bie chow dulu eh,jumpa nanti” aku mematikan telefon sebelum buat muka nazak nak mati,tapi kena control depan Zack ni nanti dia curiga pulak.
“sorry kalau boy you marah I ajak you lunch”
“apa pulak,I yang ajak you kan?no worry la boy I tu understanding sangat orangnya” boy aku ke?nak mampus rasanya.
“bagusnya boy you” hahaha,bagus ke?rasa macam anak aku pulak boy bagai,uwekkk…
“apa pulak?yang penting setia kan,I beruntung ada dia”
“dia yang beruntung sebab dia ada you”
“hahaha…agaknyalah…” aku rasa dia lebih rela mampus daripada mengaku aku ni beri untung pada dia,menyusahkan dia lagi ada la,tapi biarlah lakonan aku ni jadi macam tu je aku dah malas nak mengelak dan aku boleh nampak yang dia takkan mengejar aku lagi dah,kalau dia nak jadi playboy pun jadi la yang penting jangan kacau hidup aku lagi dah!!! Nak gila rasanya bersayang-sayang dengan mamat tu,nak maut je rasanya.lepas ni habislah aku nak kena mengadap dia je.tak nak!!!
==========
Selesai satu masalah,masalah lain pulak yang timbul,bila nak selesai ni masalah aku dengan kaum yang bernama lelaki ni?lepas Zack blah dari hidup aku datang pulak Aimi ni.malas aku nak jumpa dia sebenarnya aku tak sanggup nak tipu dia lagi dan aku tak sanggup nak bagi dia harapan yang aku cintakan dia.tapi bila fikir balik orang kata cinta takkan datang kalau kita tak mencuba,takkan terjadi sekiranya tidak membuka hati untuk menerima dan memberi cinta.
Aku bosan dan aku tak sanggup lagi dengan semua ni,bila aku cakap Aimi pasti terluka dan aku tak nak lukakan dia lagi.Ya Allah berikanlah aku jalan yang terbaik untuk harungi semua ni tanpa melukakan sesiapa dan diri aku sendiri.macam mana si Aimi ni boleh tahu aku berlajar kat sini,aku bukan tak suka tapi tak berapa nak suka sebab nanti dia akan datang jumpa aku selalu.
“Honey,awak tak nak kenalkan saya dengan kawan-kawan awak ke?” soal Aimi lembut,macam biasalah lembut gigi dari gusimhish ni yang malas nak bukak mulut ni,Afie,Seven dan Nur pun senyum semacam je,ingat ni iklan colgate ke nak tayang gigi dorang tu.
“korang,ni Aimi,Aimi ni Nur,Afie dan Seven.memang kat UK orang panggil aku Honey jadi nothing is weird” aku cuba terangkan secara ringkas dan padat,harapnya member aku ni dapat tangkap la,yang Aimi ni pun dah berjangkit jadi duta produk colgate jugak ke asyik tersengih je.
“Honey,jom teman Aimi keluar,kita pergi tengok wayang ke,I want to spend a lot of time with you” hish!ni yang aku malas tahap petala ke lapan ni,Seven menggunakan isyarat mata menyuruh aku pergi begitu juga Nur dan Afie,aku tak boleh buat apa-apa lagi ke?no other way ke?matilah…
“saya dah nak exam Aimi,final exam jadi kena banyak study” aku memberi alasan yang terlebih dari munasabah aku rasa,riak Aimi dah mula berubah kawan aku pun macam menyebelahi Aimi pada masa ini.
“bukan ke kau selalu study last minute,kau kata study last minute tu makanan kau” ujar Afie pula,aku menjegilkan mata kepadanya dan berharap dia diam,ingat study last minute tu snek ke?Aimi kembali ceria dan aku pun tak boleh nak cakap apa kecuali baiklah.
“fine,but I want you to promise me” aku bersuara tegas,ingat aku ni cikgu tadika nak berlembut-lembut bagai,ni anak warden penjara tau!tumpang lalu Shahin…
“anything love” berseri-seri muka dah macam tiang traffic light aku tengok,tak kisahla yang penting aku ada idea yang lebih bagus dari dorang.
“this is for the last,saya tak nak Aimi datang JB jumpa saya dan kita akan jumpa di KL nanti bila saya dah habis exam” mereka berempat tersentak dengan syarat aku,tak manis tau orang perempuan keluar dengan lelaki bukan muhrim,kelat rasanya,jadi nak tak nak Aimi terpaksa bersetuju jugak,hahaha…
“tapi Aimi boleh call Honey selalu kan?” soalan dia aku telan dengan payah,macam telan kulit durian je rasanya.
“jangan over sangat Ace” bisik Seven di cuping telinga aku,aku kahwinkan jugak budak dua orang ni,cakap je kat mana,Jakarta,Thailand, korea,India aku boleh bawak la!
“ok,let’s go” aku bangun dari kerusi dan beredar dengan segera,aku memberi amaran yang aku akan gigit Seven malam ni sampai tulang pun hancur,aku bosan la hidup macam ni!lambatnya balik UK,tak sabar betul.si Zack yang dah beberapa kali terserempak dengan aku dan Aimi mula buat muka semacam,nak kata aku playgirl la tu.kalau lelaki buaya darat perempuan buaya laut ke?entah aku pun tak tahu dengan istilah orang melayu sangat.
“naik kereta Aimi” pinta Aimi lembut sambil tangannya membukakan pintu untuk aku,bersalah pulak layan dia dengan teruk tadi,aku tahu yang dia ikhlas datang jumpa aku tapi aku rasa nak bunuh diri je bila aku tahu yang aku tak mampu nak berkata jujur pada dia,nak cakap yang aku tak mungkin mampu untuk mencintai dia,hari ini,esok,lusa,tulat,ulat,kepompong,rama-rama…ish,macam pelik je kitaran hari aku ni.
“Honey tak suka ya Aimi datang sini?kalau tak suka Honey cakap je la,tak perlu nak bersyarat pun,Aimi faham” lirih suara Aimi mengucapkan ayat itu,aku nak lindungi dia daripada terguris tapi sebenarnya aku sendiri sedang mengguriskan hati dia,memang aku seorang yang teruk.
“Aimi marahkan saya eh?” soal aku perlahan,ni yang buat rasa sebak sampai nak hujan ni,langit pun mendung semacam je aku tengok,mesti hujan nak jadi back up singer aku punya tears ni.terima kasih…
“Honey,are you crying?” soal Aimi lembut lalu menghentikan kereta di bahu jalan,memang menangis pun,huhuhu…sedih betul la situasi sekarang ni tak sempat pun nak bertakung air mata ni terus keluar je,tak sempat nak buat stesen janakuasa tadi,kalau tak jimat elektrik hari ni.
“I’m so sorry,Aimi janji lepas ni Aimi tak datang lagi” ujarnya lagi,sambil menggenggam erat tanganku,eleh kalau dia cakap tak datang nanti dia datang jugak,degil kepala batu sungai.
“bukan,saya sedih sebab Aimi fikir yang saya tak suka berkawan dengan Aimi,saya kawan Aimi dan saya tak nak persahabatan kita ni terputus lagipun kalau Aimi datang selalu saya takut tak sempat nak keluar dengan Aimi,nanti Aimi sedih.dah tinggal berapa hari je lagi,lepas ni saya akan balik KL jugak kita boleh jumpa kat sana”
“ok,lepas je hari ni kita jumpa kat KL pulak,jangan nangis” pujuknya lagi,aku mengesat air mata dan menghadiahkan senyuman mesra,mesra ke?hehehe…
“ok,kalau selalu jumpa macam sekarang ni macam mana nak rasa rindu,kalau dah lama tak jumpa mesti rasa seronok nak jumpa” aku bercakap lagi,cakap je lebih aku ni.
“tapi,kalau boleh Aimi nak jumpa Honey selalu,satu saat tu umpama setahun lamanya” mak kau jiwang,kalau la satu saat tu setahun maknanya seminit tu enam puluh tahun kalau satu jam beratus tahun kut,mak aih,cepat tua kalau macam ni,mati pun cepat jugak.salah percaturan masa betul si Aimi ni,balik hitung semula la.dah dia cakap macam tu aku dengar aje la,nak cakap lebih-lebih pun tak mampu.
“kita pergi Angsana JB mall je ok?” aku memberitahunya tentang destinasi kami,mahu atau tidak Aimi terpaksa turutkan juga sebab dia yang ajak aku keluar jadi dia yang kena dengar cakap aku.macam queen control pulak aku ni.
“anything for you,love” kalau orang lain mesti dia dah jadi orang paling bahagia dalam dunia ni tapi tak bagi aku,semua ni ibarat satu penipuan yang sedang memakan diri aku sendiri,rasa macam jerut diri sendiri je
“you’ve changed a lot” ujar Aimi setelah menyedari aku hanya berdiam diri sejak tadi.
“well, people change right?”
“yes,but I’m not,I still loving you with all my heart till today,even a second I never missed to love you” ayatnya memang menusuk kalbu dan buatkan aku terharu tapi semua tu masih tak mampu menggetarkan satu sudut di hati aku yang bergelar cinta.
“I want you hold this words” aku memandangnya dengan pandangan yang mendalam,memang ini bukan satu pernyataan tapi ini adalah satu kenyataan yang semua orang harus terima walaupun pahit.
“what?” soalnya turut membalas pandangan aku,tapi kereta dah parking la,kalau tak aku dan Aimi dah lama selamat parking dalam kubur.
“sedalam mana kita mencintai seseorang itu jika dia bukan untuk kita kita kena terima,dan percayalah aturan Allah walaupun tak berjalan seperti aturan impian kita itu jauh lebih baik dari segalanya,kerana Allah yang sentiasa tahu apa yang akan terjadi kepada kita esok hari,jadi,saya tak nak Aimi terlalu berharap pada cinta yang Aimi pahatkan dalam hati” aku bercakap dengan maksud yang mendalam,sedalam lautan hitam tau!harapnya Aimi akan faham dan boleh menerima apa jua ktakdir yang bakal Allah tentukan kelak,kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah dah terlebih dahulu merancang semuanya dengan baik.
“I will face it,Aimi akan reda tapi keyakinan dalam diri Aimi mengatakan Honey ialah jodoh Aimi” mendengar jawapan Aimi buat aku rasa nak masuk tv pulak,baik aku cakap pada orang lain ayat macam ni,hadui payah betul cakap dengan orang cina ni,bahasa melayu pun tak faham ke?sesat kalau macam ni.
“jom keluar” ajaknya ceria,aku pun malas nak bercerita lagi buang air liur je,sebaik aku keluar dari kereta tangan Aimi begitu pantas menggenggam erat jemariku,ni dah tak boleh ni,kalau mamat tu nampak perang dunia ke sebelas nanti.
Jenuh jugak aku nak meleraikan genggamannya tapi kudrat perempuan lembik macam aku ni sia-sia je,dia masih buat tak endah sehingga kami tiba di depan sebuah kedai telefon,susah orang berteknologi tinggi ni suka sangat benda yang canggih dan baru,berhabis duit untuk semua ni pun takpe.aku sangat mengenali Aimi dengan sikapnya yang serba moden ni,agaknya kalau kat Malaysia ni guna kereta terbang dia la orang pertama akan beratur untuk membelinya.
“Honey,just pick up one,I’ll buy it for you” hahaha,kalau dengan abang ni namanya rezeki tapi kalau dengan Aimi ni namanya rezeki ringan jadi jangan terima lagipun apa pulak kata Shahin nanti bila aku dah tak gunakan handphone yang dia bagi.
“no thanks,saya baru je beli phone baru” aku menayangkan BB aku yang tak seberapa nak mahal tu,biar la asal call sampai mesej pun dapat baca,dahi orang gila teknologi ni dah berkerut seribu nak kata aku latest punya orang la tu.
“really?please buy something” pujuknya lagi,aku melilau segenap sudur ruangan kedai telefon itu,sekali aku beli note 3 baru tahu KLCC tu tinggi ke rendah.
“I want this one,so cute” aku menunjukkan strap telefon yang berbentuk hamster,Kristal ok,walaupun tak mahal tapi aku suka.jimat poket Aimi hari ni tapi kalau Shahin aku bantai semua,hahaha…hish!aku ni sejak tadi asyik nama dia aje nak sebut.
==========
“ni je?” soalnya pelik,aku mengangguk dan tersenyum memandangnya,sangat cute dah macam muka Shahin aku tengok,kena beli dua ni aku nak bagi dia satu tapi mamat konkrit tu guna ke benda macam ni?
“just one?” soalnya lagi.
“why?you want to treat my friend too?” soalku menduga.
“why not?” ha,tu soalan cepumas tu,jadi aku ambil tiga lagi untuk kawan-kawan aku tapi gambar dolphin untuk Nur,rabbit untuk Seven dan cat untuk Afie.untuk Shahin aku dah pilih dan aku akan bayar sendiri,hehehe…hadiah…
Setelah membuat bayaran kami terus berjalan tanpa hala tujuan,,tangan aku masih lagi milik Aimi,buat macam harta sendiri nampak.
“Aimi,kita orang melayu kan,berpegangan tangan macam ni tak elok,kan dah selalu saya cakap dulu” aku cuba meraih simpati darinya dan dia memahami aku,bukanlah nak kata aku ni baik sangat tapi rasa tak selesa tu tetap ada,Ibu pun tak suka aku pegang tangan orang bukan muhrim dengan aku.
“sorry,tapi kalau kita pegang reben ni takpe kan?Honey pegang yang hujung sana,Aimi pegang yang hujung sini,no touch” aku kena beralah lagi,ada ke reben daripada beg kertas dibukanya untuk buat semua ni,banyak pulak idea dia nak buat orang kalah.nasib badan la keluar dengan orang bijak bercinta ni,nasib,nasib…
“Aimi,saya nak makan Big Apple jadi jom kita pergi beli” aku pulak terlajak excited siap boleh tarik dia lagi,tapi sebaik aku masuk rasa macam baru je selisih dengan orang yang aku kenal tapi bila intai balik dah takde orangnya.kenal ke?
Macam-macam boleh beli kat sini,Aimi ni mulutnya je manis tapi tak suka langsung benda yang manis jadi aku je la yang excited seorang diri kat sini,baiknya hati Aimi masih juga makan donut ni walaupun manis,sampai macam tu dia rela berkorban untuk aku.sedih pulak hati ni.
“Aimi,kita solat asar dulu baru balik ok?” Aimi mengangguk setuju,aku pun senang hati.
Shahin berjalan dengan muka tak berperasaan,selama ni berperasaan ke? entah, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan beriringan dengan kawan-kawannya iaitu Hadi,Chai dan Kimi.kata nak tengok Liverpool lawan Chelsea tapi akhirnya keluar jugak dari kedai yang dorang selalu lepak.
“kau ni sejak balik dari JB petang tadi senyap je” tegur Chai dengan mimic muka aneh,selalunya sahabatnya ini bila balik dari JB muka berseri-seri macam pelangi tapi hari ni macam pelangi tak berwarna pulak,tak hujan panas kut tadi.
“siap dengan amal jariah buat balik donut kat kami” Hadi pula bersuara di hujung sana sambil berpeluk tubuh.
“bukan tu little daughter punya favourite ke?” soal Kimi yang dari tadi asyik main phone aje,dah buaya tu buaya la jugak,teruk punya manusia.
“kau beli untuk dia kan?kenapa tak bagi?” soal Hadi lalu memeluk bahu kawannya itu,riak Shahin masih lagi sama,macam tu jugak sejak tadi dan baru mereka bertiga sedar yang Shahin ni memang berjiwa raga rotan dan hati konkrit sebenarnya,kena ubat sebelum parah!
“buat apa?dah ada orang lain nak jagakan dia jadi why not aku take some rest,aku belanja korang donut tu sebab nak raikan kebebasan aku la” Shahin bersuara bersahaja, tenang dan tak menggambarkan apa-apa emosi,jadi kawan-kawannya pun bingung tapi buat tak endah jugak,lelaki kat sini semuanya blur dan otak kosong.mengata orang je lebih.
“kau ni asyik dengan phone je aku tengok,ada mangsa baru ke?” soalan Chai tu memang tepat atas batang hidung Kimi,memang playboy tapi beretika sikit,lepas break baru cari yang lain tapi masa break dia la yang paling susah nak pujuk,makan pun tak mau!tapi bila bau awek lain terus datang selera dia macam orang membela pun ada,teruk!
“bercinta mesti ada prinsip tau,dan prinsip aku yang patah tumbuh yang hilang berganti” ujarnya gembira,Shahin tersenyum mendengar prinsip takde akal kawannya itu,sekeh kepala baru tahu.
“eleh,bila break je selera kau pun have a break with kit kat ke?” soal Hadi menyindir, berubah muka Kimi bila diperli begitu,laju pulak tangan dia menumbuk bahu kawannya itu,kuat baru hilang kegusaran di hati,hahaha…
“sorry bro,punching bag takde!” berdekah tawanya melihat Hadi menahan kesakitan.
“punching bag apa kelas,meh sini aku try muka kau mana tahu penumbuk aku ni boleh bagi kau excuse nak buat plastic surgery”
“over la tu,gigi palsu jadi la” Chai pula menjadi ajinamoto dalam masakan pergaduhan Hadi dan Kimi,Shahin hanya menayang sengih.
“ok la tu prinsip kau,daripada prinsip habis madu sepah dibuang” Shahin bersuara akhirnya,sambil tergelak pulak tu,entah tang mana yang lucu tapi yang lain pun ikut sama gelak dengan Shhain,gila agaknya dorang ni.
“aku tak rasa benda tu kelakar pun” Hadi bersuara dalam sisa tawanya.
“yang kita gelak tu kenapa?” soal Chai pula.
“gila la tu namanya” jawapan Kimi buat mereka ketawa lagi dan kali ini jauh lebih kuat dan bersemangat dari tadi,hilang iman betul mereka berempat ni,dah kena sampuk penyakit orang bujang kut.
“kau punya prinsip Chai?” soal Kimi sebaik tawanya reda.Jenuh jugak manusia bernama Chai ni nak fikir,siap garu dagu yang tak berjanggut tu baik garu kepala at least gugur jugak kelemumur tu,dagu apa ada?
“bercinta selepas kahwin kut” jawapan Chai membuatkan Hadi berpaut pada bahunya,tinggi punya orang macam zirafah afrika aku tengok,sepatutnya jadi pramugara bukannya jadi architect.
“ceh,jawapan selamat,kalau aku punya prinsip cinta pandang pertama tu yang tepat,jadi jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang,bila dah berkenan terus masuk meminang” jawapan Hadi ada realistic jugak,mereka nampaknya bersetuju dengan prinsip Hadi,simple!kini giliran Shahin untuk menyatakan prinsipnya,jangan pakai prinsip kalau dah jodoh takkan ke mana dah la,skematik punya prinsip!kini semua mata memandang Shahin tepat,tapi si konkrit ni boleh buat derk aje,patutlah Asya selalu je naik berang dengan dia ni,perangai semula jadi rupanya.
“bro!tak yah nak mengelak eh,kau pun kena bagi jugak,mana tahu boleh pakai”
“tak nak la jawapan skema SPM ,kalau dah jodoh tak ke mana”
“kasi yang cantik sikit,jangan pulak kau nak guna peribahasa tak lari gunung dikejar,aku kejar kau sampai depan rumah nanti” Kimi pulak mengugut.
“ok,harapkan pagar,pagar makan padi!” jawapan Shahin membuatkan mereka bertiga berhenti berjalan dan berfikir,sikit punya feymes peribahasa takkan tak pernah dengar kut.
“woi!kurang asam garam rumah tangga kau!cakap betul-betul la” Hadi bersuara lantang,seronok jugak main-main dengan mereka bertiga ni,gumam Shahin sendirian.
“share la” paksa Chai pula,si Kimi yang paling rendah antara mereka dah bergayut atas belakang Shahin,nak kena lempang budak ni!
“ok,once we fall in love than stick with that one,once we married she’s the first and the last one” jawapan Shahin mengunci rapat mulut mereka bertiga,senyap terus ibaratnya kunci dah dibuang ke dalam laut merah,Shahin ni ada jiwa raga sebenarnya dan bukan raga rotan tapi raga…takkan plastic kut?aneh…
“hurm,takde la konkrit mana kau ni” ujar Hadi setelah menyaingi langkah Shahin,Shahin menyekeh kepala Hadi dan tersepak satu batu sehingga terkena kepala seseorang,berlari mereka ke arah perempuan seksi yang sudah jatuh terduduk sambil mengusap kepalanya.
“adik ok?” soal Hadi ramah,perempuan kut.
“ok abang!” mak!!! Sebaik mendengar suara garau yang keluar sepantas kilat mereka melarikan diri dari situ,macam sehati sejiwa pulak.
“lari!!!mak nyah!!!” jeritan mereka cukup untuk menggegarkan bumi KL pada malam itu,padan muka tu la bila dengan perempuan lembut tulang dari isi!ni kes tak minum susu sebab tu tulang lembut,hahaha…
========
Asya meregangkan urat sarafnya setelah lama menyiapkan assignment akhir mereka sebelum diserahkan kepada lecturer petang esok.lepas je assignment ni selesai disemak dan markah exam akhir juga akan keluar,mereka akan bercuti panjang selepas ini.rasa sedih dan hiba menyapa hati kecil Asya,nampaknya dia akan pergi dari sini selepas result keluar,dah nak hampir setahun rupanya.
“Ace,kau dah tidur ke?” soal Seven dan Afie yang terjegul depan pintu bilik aku,aku menggeleng beberapa kali sebelum menjawab persoalan mereka.
“belum,why?” soal aku semula,lain macam je air muka dorang ni,tersalah makan jeruk ke tadi.tapi takkan sakit perut nak jumpa aku pergi jumpa doctor la.
“kami ada dengar something la” ujar Afie dengan suara terketar-ketar,aku pulak bingung,bila masa pulak ada bunyi ni,aku rasa sejak tadi bunyi tv kat luar je kedengaran.
“masuklah dulu” aku mempelawa dua kawan baikku yang kelihatan ketakutan benar,gaya macam orang nampak hantu je,sepantas kilat dorang dah tercongok atas katil aku ni,nasib baik katil besar kalau tak dengan aku sekali landing atas lantai.
“korang ni kenapa?seram pulak aku tengok” aku bersuara hairan,kalau betul nampak hantu orang pertama hilang kewarasan aku la.hish tak tahu ke yang aku ni penakut tahap antarabangsa,cakap je lebih tapi hampeh!wah,seronok jugak kutuk diri sendiri rupanya…
“tadi tengah syok layan Shah Rukh Khan,dengar bunyi baby nangis la…” perlahan dan bergetar suara Afie tika itu,jelas sangat terpancar yang dia rasa sangat takut,sejuk terus tangan dan kaki dia dah macam ais dah,Seven macam takut tapi takut-takut berani la dan aku rasa yang paling berani kat sini adalah Seven bukan aku,baik cari Nur daripada cari aku yang tak tahu nak buat apa-apa ni.
“Shah Rukh Khan datang sini ke?sampai hati tak ajak aku pun,kalau tak boleh jugak bergambar dengan dia” aku melemparkan lawak bodoh yang memakan diri sendiri,sekali kena hempuk dengan bantal mahu biul jugak otak aku ni,nasib baik assignment dah siap kalau tak semua idea dan ilmu dah burn dalam otak ni dah macam kena format je.
“aku serius ni kau main-main pulak” tak cukup dengan bantal dicubitnya lengan aku ni,sakit betul patutlah abang kata lebih rela makan penumbuk daripada kena cubit,sakitnya sungguh berbisa.time cubit orang seronok je macam makan buah strawberry pun ada.hehehe…
“sakitlah Afie,mati Haq kalau macam ni selalu” aku mengusap lengan ku yang putih gebu yang dah bertukar warna jadi merah,ingat ni dye rambut ke boleh bertukar warna bagai.
“kau buat lawak orang tak sekolah tu kenapa?” soal Afie geram,sempat lagi aku tayang sengih depannya dan Seven turut sama sengih dengan aku sekaligus pesanan penaja padan muka la tu,aku pun tak tahu belajar dari siapa lawak tak sekolah macam ni,agaknya dari Seven si geliga ni jugak tu yang dia tayang gigi dia yang cantik tersusun tu.
“betul ke ada budak menangis?” soal aku serius,berpura-pura je sebenarnya,entah anak jiran mana yang menangis si Afie ni je action lebih.
“aku tak sempat nak dengar pun,Afie ni dah terjah aku” Seven bersuara pula,sempat lagi dalam ketakutan macam ni berbalas jeling aku korek mata tu bagi kucing makan baru tau!
“betul,aku tak tipu” serius pulak muka Afie tika ini,mana satu nak pakai ni,dah pukul 12 malam jadi logic jugak kalau ada…H tu tak boleh nak sebut nanti yang tak betul jadi betul,seram.mahu tidur bawah pokok pisang nanti.
“kenapa tak kejut Nur?” soal aku lagi.
“nyanyuk ke alzheimer?” soal Seven memerli,aku rasa maksud yang sama je tapi apa maksud soalan dia tanya aku soalan macam tu.
“Nur kan pergi rumah abang dia kat KL,pagi esok baru dia balik” jawapan dari mulut Seven buat aku menempah malu sendiri,sengih lagi hari ni boleh berhenti berfungsi mulut aku sebab asyik sengih je sejak tadi.
“kat mana kau dengar?” soal Seven kepada Afie,tanpa suara Afie menunjukkan luar rumah,aku dan Seven berpandangan sesama sendiri sebelum membuat keputusan untuk melihat apa sebenarnya yang Afie takutkan sangat tu.
“nak pergi mana?” soal Afie sambil menarik lengan aku supaya duduk kembali.
“nak check it out la,apa yang kau dengar tu” jawapan Seven buat aku turut mengangguk,aku ni memang takut tapi tak rasa apa yang Afie takutkan sangat jadi boleh nak kata aku ni berani la,hahaha,tapi kalau jadi apa-apa belum sempat orang lain buka langkah aku dah tinggal bayang aku kat situ.
“jangan cari pasal la,kita duduk je kat sini sampai pagi esok” pujuk Afie lagi,macam-macam la si Afie ni.tapi ada betulnya jugak apa yang Afie cakap lebih selamat kalau pilih jalan selamat.yang masalah besarnya si Seven ni,dia still jugak nak siasat,apa boleh buat…
“aku nak tahu jugak,mana tahu kalau ada orang baby ke,kau kata dengar suara budak menangis kan?” Seven masih lagi dengan logiknya,aku tak kisah mana-mana keputusan pun aku ok je.
“fine…” akhirnya Afie yang lembut hati ni mengalah jugak dengan Seven yang keras kepala ni,aku hanya tersengih memandang gelagat kawan-kawan aku ni,benda kecik macam ni pun tak sehaluan.
“kalau kau takut sangat kau jalan belakang aku” Seven bersuara lagi dan kali ni aku dan Afie setuju,apa lagi kami beratur la macam budak tadika main kereta api,Seven kepala,Afie badan dan aku ekor,kalau jadi apa-apa aku la yang paling awal cabut!
Jalan macam pencuri je,guna jari kaki je tau,dah macam kami ni yang buat salah tapi tu pun langkah keselamatan,dengan perlahan-lahan tanpa bunyi kami melangkah ke pintu rumah,nafas pun macam keluar tak nak keluar je,berpeluh-peluh badan kami.
“ready?” soal Seven berbisik,aku dan Afie mengangguk serentak,pintu di buka dan kami mencari tangisan bayi yang Afie takutkan sangat tu tapi tak kedengaran pun,tiba-tiba kami terjumpa guni yang berada di depan rumah kami dan ada benda yang bergerak di dalamnya,sekali bunyi suara aku dah lari sampai dalam rumah,Afie pun sama tapi Seven takde,masalah negara ni,kena selamatkan Seven daripada hantu guni tu.
Bila kami semakin dekat dengan pintu kami dapat melihat dengan jelas yang Seven sedang mengeluarkan a little kitten daripada guni tersebut,lah,kucing rupanya takut macam jumpa harimau,teruk betul.Afie yang memang sukakan kucing menghampiri Seven dan mengusap badan kucing yang sudah kotor itu.kesian kucing ni kalau takde orang keluarkan dia dari guni tu mesti dah mati tak cukup oksigen,takkan nak buat CPR kat kucing kut,tapi kalau Afie confirm dia rela.
“Afie,jaga baby tu,bagi susu beli lampin sekali” Seven bersuara bergurau,aku hanya menambah dengan tawa yang meledak bagai gunung berapi,sekali kena bidas dengan Seven senyap je la,hahaha…Afie mendukung kucing itu ke dalam rumah dan Seven membuang guni itu ke dalam tong sampah,bertambahlah penghuni dalam rumah ni.
“ada apa-apa masalah ke?” soal jiran kami iaitu Pak Meon,Pak Meon ok bukan Pak Meow,tapi kami memang panggil dia Pak Meow,saja nak bergurau bukan nak kurang ajar.
“takde pak cik,jumpa anak kucing dalam guni” aku bersuara dengan mesra.
“kesian,siapa yang buat macam tu?” disoalnya lagi,kami ni penyelamat je bukan penyiasat,lagipun tak sempat nak siasat la Pak Meon.
“entah,kami pun tak tahu,yang kami tahu anak kucing ni dah dijumpai oleh emak orang jadi lepas ni jadi anak angkat dalam rumah kami la” aku bergurau dan disambut dengan tawa Pak Meon,Seven dah muncul untuk menambah gurau kami biar satu perumahan ni dengar kami ketawa,Afie dah hilang dengan anak angkat dia tu,penyayang betul…aku dengan Seven ni penyayat bukan penyayang.hehehe…
========
“aku kena balik dulu la,nanti dah malam papa aku risau pulak” aku bersuara sambil laju tanganku menyimpan barang-barang di atas meja,assignment dah hantar jadi boleh balik dengan tenang,minggu depan last week kat sini jadi banyak baju dan barang yang kena kemas nak bawa balik KL,kenapalah aku tak terus je stay kat sana.jangan nak mengarutlah Asya,aku dah nak balik UK,sedih pulak hatinya.
“terus balik KL?” soal mereka bertiga serentak,macam aku tak biasa buat macam tu.
“haah,aku gerak dulu nanti dah malam susah,bukan kau tak tahu babysitter aku tu macam mana,king control!” sekali sebut babysitter sekali teringat dekat mamat tu,masalah besar betul aku ni.
“bukan king control tapi caring” Afie bersuara dengan lemak susunya,ingat aku ni Haq dia ke nak buat muka macam tu bagai.takdenya wujud istilah caring daring ni kalau antara aku dengan dia.nasib baik ulat bulu Afie ni dah nak jadi kepompong,cepat-cepatlah kahwin.
“dah la,aku nak kad kahwin kau nanti,tak aci main jemput dengan mulut je” aku bergerak ke kereta tanpa mendengar maklum balas dari Afie,sebenarnya yang mendorong aku melangkah lebih laju ialah ternampak kelibat Zack dengan awek barunya,lepas je terserempak dengan Aimi hari tu dia dah start kacau aku balik,kenapalah dia takde masalah lupa nak ingat orang macam aku ni.
Sebaik aku masuk ke dalam kereta aku terus mengunci pintu kereta dan yang ni pesanan penaja dari mamat tu,seat belt pun aku pakai dan terus meninggalkan perkarangan kolej.malas sangat nak bersua muka dengan orang tak faham bahasa macam Zack tu,buat sakit gusi je!
Sementara aku mendengar radio Hot FM,tiba-tiba satu lagu mencuit hati aku,Pelengkap Hidupku entah siapa yang menyanyi tapi lagu ni sangat sedap didengar dan sesuai untuk pasangan pengantin baru,pasangan couple ke,hish,kalau yang takde pasangan macam aku ni masuk telinga kanan keluar telinga kiri je la.
Sebelum aku tiba di rumah aku dah berhenti solat asar di masjid di depan restoren Pak Mat,sempat jumpa dengan Akim dan Remy sekejap,nasib baik result trial dorang ni bagus kalau tak aku basuh dua beradik ni sampai jadi kain.Tak sempat nak borak lama sebab aku memang tergesa-gesa nak balik jadi sempat bertanya khabar je sempat juga aku pesan kat mereka jika ke KL boleh call aku,senang nak lepak sama-sama nanti.
Kereta aku masuk ke perkarangan rumah, kereta abang dan papa takde la pulak,ke mana mereka berdua ni pergi?biarlah yang penting aku dah sampai rumah dengan selamat,alhamdulillah…baru je aku nak melangkah masuk ke dalam rumah tapi ternampak macam kelibat abang dekat kolam ikan,macam dah bersih je kolam ikan ni,takkan abang yang malas dah berubah jadi rajin.aneh!dah nak kahwin ke?
Kaki aku bergerak perlahan kearah abang yang terbongkok melihat ikan,tapi rambut macam orang lain je,tapi baju sama jadi memang abang la tu!banyak fikir pulak,aku berlari dan melompat atas belakang abang sehingga kami berdua tersembam ke dalam kolam ikan,pecut seribu ikan lari mengelak dari dihempap kami berdua,bukan main seronok aku gelak dan aku masih lagi memeluk abang dengan ceria,kenapa abang tak gelak pun?
“kau ni apesal?” suara yang aku kenal sangat,bukan suara abang tapi suara orang lain,suara babysitter la,sudahlah mesti kena marah teruk lepas ni,hadui! Aku melepaskan pelukan dengan perlahan-lahan dan menjarakkan diri daripadanya nasib baik kolam ikan dah bersih kalau tidak habislah aku berbau ikan.ikan ni macam gelakkan aku je!
“sorry,ingat abang tadi” aku memohon dengan ikhlas,memang tak berani nak pandang muka dia nanti dia fire keluar api,hangus rambut aku nanti.
“main terjah je,tak reti bagi salam ke?” soalnya lagi,kali ini dengan nada yang lebih tenang.
“assalamualaikum…” masih dengan suara perlahan,aku boleh agak yang dia gelakkan aku tapi masih jugak tengok ikan yang berenang disekeliling aku ni.
“kalau bercakap tak boleh nak pandang muka orang tu?” soalan dia kali ni membuatkan darah aku mendidih,banyak songeh pulak mamat ni hari ni,aku karate baru tak makan nasi goreng seminggu!
“kau ni banyak songeh la,aku tak sengaja dan aku minta maaf!” suara aku dah meninggi,memang saja nak cari pasal dengan aku la tu,salah orang la kalau nak buat masalah petang-petang macam ni.
“kau yang salah tapi nak marah aku pulak?” suara dia keras tapi tak tinggi macam aku punya tone,whatever la aku still tak suka dengan dia ni!!!oleh kerana terlalu geram aku memercikkan air ke badannya.
“adik!Shah!” suara kuat papa menghentikan aku serta-merta,macam langgar dinding je rasanya,terus pengsan.
“apa kena dengan kamu berdua ni?kalau nak mandi sekalipun guna la kolam renang,yang guna kolam ikan tu kenapa?” soalan papa buat aku dan dia berpandangan,habislah dah kena marah,mesti dia nak biarkan je macam tu kan maklumlah anak yang baik la katakan.
“saja tukar selera baba,kalau baba nak try jom la,Shah dah bersihkan tadi” aku memandangnya pelik,aik,sejak bila pandai memberi alasan dia ni,belajar dari sapa la,sebaik papa memandang aku meminta jawapan Shahin menguis kaki aku dengan kakinya.
“betul pa,orang kata elok rendam badan dalam kolam ikan,untuk kesihatan dan kecantikan” aku bersuara menyokong,abang yang berdiam diri hanya tersengih memandang kami,mesti boleh agak apa yang terjadi sebenarnya.
“dah nak maghrib ni,naik cepat.ingat ni spa ke nak buat rawatan kesihatan dan kecantikan bagai” jawapan papa membuatkan kami tergelak,lawak jugak ayat papa tu tapi bila papa merenung kami mati terus urat gelak.
“yang kamu berdua pakai baju couple tu ada apa-apa ke?” baju couple?aku melihat baju yang aku pakai dan baju di badan Shahin,haa,memang sama kemeja berwarna maroon.jadi memang abang yang belikan baju ni untuk kami bertiga,apa punya kebetulan la kali ni,teruk betul!
“mana ada apa-apa,adik naik dululah” aku keluar dari kolam ikan dan berjalan ke arah papa,tapi sempat jugak aku memeluk abang dan papa,berkongsi kedinginan petang dan air spa kolam ikan,hahaha,padan muka.papa bergerak ke dalam rumah sambil membebel seorang diri,entah apa yang dibebelkannya.
“wrestling dalam air ke?tak cukup daratan dalam kolam ikan pun jadi ya?” soal Haziq kepada Shahin yang sudah berdiri di luar kolam sambil memerah bajunya yang lencun.
“wrestling apanya,dia ingat abang jadi dia terjah je la,akhirnya masuk dalam kolam tu,kesian ikan-ikan tu semua,bertempiaran lari.abang pun satu lain kali jangan beli baju yang sama,buat malu je” Shahin bersuara dan duduk di atas kerusi di hadapan Haziq.
“dah sihat awek?” soal Shah sambil tersengih,dah terlajak bujang kereta yang jadi awek.
“ok la,dah keluar ICU,tapi kena stay lagi sehari esok baru boleh ambil” Haziq bersuara sedih,tu baru je kereta masuk bengkel kalau awek masuk bengkel entah macam mana,macam mana apa,baiki kereta la,hahaha…masuk hospital sebenarnya,mahu tak tidur malam Haziq dibuatnya.
“tak ingat ke siapa yang langgar abang?” soal Shahin lagi,kali ini dengan nada yang lebih casual,tiada usik mengusik.
“tak ingat sangat,yang penting MyVi warna kuning,entah perempuan ke lelaki,dan nombor plat akhir je abang ingat 5448,tak kisahlah yang penting abang selamat,awek selamat,pemandu tu selamat tu pun dah kira baik dah” Haziq memang seorang yang susah melenting,apatah lagi marah,memang terbaik untuk dijadikan calon suami dia ni.
“tapi dia yang langgar abang,blah macam tu je,boleh saman tau” Shahin bersuara lagi.
“biarlah,let bygone be bygone,lagipun mesti ada sebab dia in rush masa tu” jawapan Haziq cukup untuk membuatkan Shahin tersenyum bangga,Haziq memang berjiwa lebih tenang dan mudah memaafkan orang lain jadi sepatutnya dia dah kahwin tapi jenis yang lambat bertindak betul si Haziq ni.
“bangga betul Shah ada abang yang lembut macam abang ni”
“lembut?cakap baik-baik Shah,kang ada orang jadi bola golf hari ni” gurau Haziq sambil ketawa.
“lembut hati,walaupun….” Shahin tidak menyudahkan ayatnya dan membiarkan Haziq tertanya-tanya,Shahin mula beredar dari situ dengan langkah perlahan.
“walaupun apa?” soal Haziq kuat,sehingga Asya pun mampu mendengarnya dari balkoni atas.
“walaupun hati kayu!” jerit Shahin lalu melarikan diri dengan sepantas kilat,nak tergelak Asya mendengar jawapan Shahin,memang kesian betul Haziq ada adik yang suka bergurau tak bertempat macam Shahin dan Asya ni.hahaha….
========
“adik dengan Shah ni kenapa?” soalan papa buatkan aku dan Shahin rasa pelik dan aneh,kenapa dengan kami,ada yang tak kena ke atau kami dah pakai baju terbalik?
“kenapa dengan dorang?” abang yang turut sama kehairanan bertanya bagi pihak kami,terima kasih untuk abang kerana memahami soalan dalam benak kami sekarang ni.
“dari tadi asyik main mata je” ha?bila pulak mata ni boleh buat main,papa ni dah termakan sambal belacan ke sampai mengarut macam ni sekali,aku takde la main mata dengan mamat ni tapi jeling-menjeling tu ada la,tak habis lagi perang kami petang tadi.
“mana ada,baba” Shahin terlebih dahulu membangkang,aku akan menjadi pengikutnya kalau bantahannya tidak menjadi,maklumlah dia ni bukannya ada bakat nak jadi lawyer pun,hehehe…sedap pulak mengutuk orang macam aku pandai sangat.
“atau kamu berdua ada benda nak cakap dengan papa,anything special between you,maybe?” terlopong kera kami dibuatnya,macam mulut ikan keli yang kena goreng je gayanya kalau ada belalang memang jumpa la gua besar dalam mulut kami ni.
“mana ada!adik dengan dia sebenarnya…” hish,nak cakap apa ni,tu la masuk persidangan meja makan tapi tak bersedia pula mamat tu pun aku tengok mati kutu macam aku je.abang ni satu hal pulak dah tengok aku ni macam nyawa-nyawa ikan nak menjawab bukan nak tolong selamatkan tolong gelak lagi ada la,aku judo jugak abang ni.
“sebenarnya apa?” soal papa cepat,laju pulak papa punya respon hari ni,tak boleh jadi macam ni kena buat sesuatu sebelum terlambat.
“sebenarnya saya isteri dia ke?” soal abang pula,bukan nak tolong tapi jadi along ada la,keparat singh punya abang!Shahin dah memancarkan laser menggunakna matanya dah macam geng X-men aku kat sini,yang penting takde siapa yang jadi Wolverine.
“abang tengok ke cerita tu?” soal aku menggamitkan keadaan,moga-moga papa teralih perhatian tetapi ternyata pemikiran ku meleset jauh papa lebih bijak dari aku kali ni,kena rangka strategi baru ni.
“jangan nak tukar topic” mendengar suara papa aku menyuapkan makanan ke dalam mulut,berperang perang jugak makan tetap perlu,makan untuk hidup!hehehe…dah berjangkit kuat makan ni dengan Seven.kesian Seven disalahkan.
“sebenarnya Shah dan Asya nak ikut baba main golf pagi esok” akhirnya Shahin dah pandai temberang macam aku,jadi aku rasa alasan yang sangat bijak tapi terpaksa la aku pergi bermain golf yang cukup membosankan itu,sekali pukul tengok masuk lubang ke tidak lepas tu pukul lagi,entah apa yang best sangat aku pun tak tahu.
“betul ke?selalunya kamu berdua ni liat nak turun padang golf,katanya boring” abang ni gatal mulut betul nak bersuara saja nak bagi aku kantoi la tu,kang ada kena karate lepas ni,abang jangan harap abang dapat tidur dengan tenang malam ni,ada jagung ada batas ada peluang adik balas!
“memang la boring tapi kami ni dah terel main hoki jadi nak try main golf pulak,lagipun adik dah janji nak race buggy kat sana nanti,kan Shahin?” aku bersuara ceria,memang tak berapa nak logic alasan aku tapi tu jauh lebih baik daripada main golf tau!baik aku ambil kayu golf tu buat ketuk kepala abang ada jugak manfaatnya,nampaknya Shahin bersetuju dengan idea aku,well,orang bijak,hehehe…riak pulak…
“betul!” sokong Shahin 400% tau! Mahu tak sokong dia pun ikut selamat dalam jejak mencari idea ni,tak kisahla kesan sampingan kepada siapa yang penting aku tahu aku selamat sekarang ni.
“kenapa tak cakap awal-awal?” soalan papa kali ni aku serah bulat-bulat kepada Shahin,dia memandang aku tapi aku buat tak endah dan terus makan,nak tengok dia ni pandai ke tidak mencari alasan macam aku ni,mana tahu boleh menang award ke.ada ke award kelentong?sendiri mau fikir la…
“sebab takut papa tak bagi,mana tahu papa nak bincang pasal business ke kat sana nanti kami ni mengganggu pulak,kan Asya?” sebaik nama aku keluar dari mulutnya aku berhenti mengunyah,memang sengaja nak libatkan aku la tu.
“betul!boleh kami ikut papa?” soal aku ceria.
“of course sayang” jawapan papa mengundang resah aku dan Shahin,entah apa yang patut kami buat kat sana nanti takkan nak buat bodoh je kut,baik aku pergi shopping daripada buat semua benda ni.
Setelah persidangan kami selesai suasana menjadi sepi semula dan semua orang begitu khusyuk dengan makanan masing-masing,aku masih lagi ligat berfikir tentang aktiviti aku esok hari dan takkan la aku nak beraktiviti sekali dengan mamat tu,uh!no way man!
Usai makan aku menolong Mak Mah membasuh pinggan,tapi bukan pinggan yang aku basuh gelas je,Mak Mah dah siap kemas baru aku nak tunjuk ringan tulang,apa punya orang la aku ni.Mak Mah tersenyum melihat gelagat aku yang tak pandai buat kerja rumah ni,memang lambat lagi boleh kahwin kalau macam ni la gayanya.
“mak,Shah nak kopi boleh?” dah datang pulak hamba Allah ni,baru je selesai makan nasi nak kopi pulak,bancuh sendiri tak boleh ke?menyusahkan orang betul.
“bukan Shah nak susahkan mak tapi rindu nak minum kopi mak buat” aik,sikit punya cakap dalam hati aku dia boleh dengar ke?ke aku ada tersebut tadi,buat malu diri sendiri je aku ni,teruk…
“sekejap ya Shah,biar mak keringkan pinggan ni dulu” ujar Mak Mah lembut,dah tahu orang nak buat kerja lagi mahu dikacaunya,aku kacau dia ni jadi adunan donut baru tahu,ish geram pulak aku dengan dia ni.
“biar Shah tolong,mak buat kopi untuk Shah ok” dengan mesra Shahin mengambil tuala bersih di tangan Mak Mah dan meneruskan kerja Mak Mah yang tergendala,nak tunjuk baik la tu,ceh!sikit aku tak heran dengan sikap baik olok-olok kau tu!uwekkk!!!
“rajin betul anak-anak mak ni” anak-anak?maknanya aku dengan dia ke? Terima kasih kepada mak atas pujian tu,mamat ni bukannya membantu tapi menyesakkan dapur ni lagi ada la,hish!rimas betul aku dengan dia ni sorang.
“memang Shah rajin pun” suara Shahin membuatkan aku rasa nak pengsan terus kat situ,tapi nanti takde orang nak angkat aku naik bilik pulak kalau pengsan kat sini.Aku menjeling dia yang berdiri betul-betul disebelah aku dan tangannya sibuk menyusun pinggan di atas rak di sebelah kiri aku,dia duduk sebelah kanan tapi rak sebelah kiri,mulalah tu nak cari kerja susah.seram pulak aku bila pinggan ni asyik lalu atas kepala aku ni,ingat highway ke?
“lap ni pulak” aku memberinya gelas yang diyakini bersih,well tengok siapa yang basuh tukang cuci pinggan istana ni,hahaha…dia tak marah mahupun jeling aku malah buat apa yang aku suruh nak berterima kasih ke?
“ok ke main golf?” soalnya separuh berbisik,dekat pulak tu dengan telinga aku rasa macam dengar suara hantu dapur pulak.
“boring la.tu je ke yang terbang dalam otak kau” aku juga berbisik sepertinya,dah macam detektif buat undercover pulak.Jawapan dari Shahin hanyalah anggukan.
“asal kau tak terbang sekali?” soalan dia memang pelik sampai aku yang bijak ni pun tak tahu nak jawab apa,apa kaitan terbang pulak kali ni,dia ni sembelit ke?hairan!
“ada hubungan adik beradik ke soalan kau tu?tak kena langsung dengan aku”
“kau fikirlah sendiri” sebaik dia berkata begitu dia mengatur langkah ke ruang tamu tapi belum sempat dia beredar papa dah tercegat depan dapur sambil berpeluk tubuh,mesti ada yang dia nak tanya nanti.
“papa memang hairan dengan kamu berdua ni,sejak bila mesra sangat ni selama ni kalau jumpa nak bercakap pun payah” papa dah bersuara,aku dengan Shahin berada di tali gantung lagi,entah di mana tempatnya yang menunjukkan kami ni mesra.takkan terjadi la situasi macam tu.
“bukan apa pa,dah lama stay sama-sama dekat JB dulu jadi dah rasa macam rapat sikit” aku memberi alasan lagi,berpisat mamat tu tengok muka aku,mesti tertanya-tanya zaman bila dia dan aku rapat.kalau jumpa pun asyik nak berperang je kerjanya.
“baguslah kalau kamu berdua dah rapat,senang hati papa” papa bersuara gembira.aku dan mamat tu angguk je la,dah nama pun berbohong nak action lebih-lebih nanti terbongkar pulak pembohongan kami ni.
Melihat papa pergi dari situ aku menghembuskan nafas lega,papa ni selalu buat aku rasa tak keruan betul la,Mak Mah pun tersenyum tu kenapa saja nak gelakkan aku dengan mamat ni la tu,kesian sama diri sendiri la pulak hari ni…asyik tekena je.
“Shah,kopi” Mak Mah bersuara sebaik Shahin ingin mrlangkah pergi,langkahnya kembali di atur ke meja makan dan mengambil tempat duduk di hadapan aku,rasa nak bagi penyepak je kat mamat depan aku ni,nasib baik kat dapur kalau tak dah lama aku berperang dengan mamat ni.
“mana phone kau?” soal aku tiba-tiba,mahu tak pelik,kalau aku jadi dia pun aku rasa pelik dengan soalan macama tu.
“kat luar,atas meja” pelik-pelik pun jawab jugak,hahaha…takkisahla yang aku tahu sekarang ni aku nak letakkan strap telefon yang ada monkey tu kat phone dia,mesti dia marah nanti kan?hahaha…tak sabar betul nak tengok reaksi dia.
“mak,adik keluar dulu” aku bersuara lantas mengatur langkah keluar dari situ,sikit pun mamat tu tak heran dengan aku,takkan dia tak pelik kut aku tanya pasal phone dia,tak kisahla asalkan rancangan aku berjaya!yay!!!
“line clear!” aku bersorak kegembiraan apabila tiada kelibat sesiapa di ruang tamu,papa mungkin dah tidur dan abang mungkin dalam bilik bacaan siapkan kerja dia yang memang takkan siap tu,hanya phone Shahin yang cantik terletak atas meja depan tv tu.orang kata,aku tak kata,kalau seseorang yang mempunyai telefon dan tak kisah di mana dia letakkan telefon dia tu bagi yang belum berkahwin statusnya masih single dan bagi yang dah berkahwin setia,aku tak tahu sejauh mana kebenaran tu tapi boleh siasat sendiri la,hehehe…aku bagi guide line je.
Strap telefon monyet kristal tu aku letakkan pada phone Shahin dan sebaik selesai rancangan agak jahat aku tu,aku masuk ke bilik untuk tidur dan berehat dengan tenang,kalau nak tahu mamat tu buang atau simpan strap tu kena tunggu esok la.
=========
Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan bersiap untuk ke padang golf,baru la nampak sikit kesungguhan nak pergi main golf kalau tak kena tangkap kering nanti.Abang tak ikut hari ni,katanya nak pergi ambil awek dia kat hospital,biarlah dia dengan dunia ciptaan dia sendiri aku malas nak masuk campur nanti tak keluar-keluar susah pulak.Tapi mana pulak kelibat Shahin Addin ni?takkan nak biar aku kantoi seorang diri,nak biarkan aku main golf yang boring tu seoarang diri ke?hish!ni tak boleh jadi ni.
Punya la aku berjalan ke hulu ke hilir menunggu dia sampai nak pening kepala otak ni selamba badak je dia turun terus ke meja makan,aku kat sini ni langsung tak ditegurnya.nasib baik dia dah bersiap nak pergi dengan papa sekali,pakai t-shirt hijau? Sama dengan aku pulak tu,nak naik tukar baju la kalau macam ni,belum sempat aku naik ke bilik papa dah panggil untuk pergi,hish!nanti mesti kena perli dengan papa kalau macam ni,kenapalah nasib aku asyik tak kena je hujung minggu ni.
Aku mengambil tempat duduk belakang dengan mamat tu,bukan ke selalunya papa ke yang duduk belakang,ni mesti ada yang tak kena ni,papa dengan driver papa pun tersenyum kepada kami,macam newlywed je aku rasa,pakai baju sedondon macam ni.
“kenapa pakai baju warna ni?” soal aku berbisik.
“ikut suka hati aku la,yang kau pakai warna hijau kenapa?” aku tanya dia boleh pulak dia tanya aku balik,hish!tak puas hati betul la kalau macam ni.
“aku yang pakai dulu ok!” aku bersuara berbisik tapi tegas sikit,nak cakap dengan kuat nanti papa perasan pulak.
“Nampak muka aku macam peduli ke?” soalnya dengan senyuman sinis,dah mula dah buat ayat komersial dia tu,kalau kau peduli kau ingat aku peduli ke?ceh!pergi mati la dengan ayat setahun jagung kau tu aku tak heran pun!
“binatang apa kau sangkut kat phone aku tu?” soalnya tenang,ada jugak nada geram tapi ada aku kisah ke?
“tak kenal ke?budak setahun pun tahu la tu monyet” aku menjawabnya tanpa melihat mukanya,bimbang jugak dia laser mata aku ni,mahu mati tak sempat nak main golf.
“kenapa kau sangkut kat phone aku?”
“hadiah kat kau,kau bagi aku phone aku bagi strap,ok apa” aku tersenyum sumbing,hehehe sengaja aku buat macam tu biar kau rasa dekat sikit dengan sepupu kau tu,hahaha…
“walaupun aku tahu niat di sebalik hadiah kau tu,orang bagi kita kena terima,jadi thanks but no thanks” dengar je ucapan terima kasih yang tak berapa kasih tu buat aku rasa gembira,bukan gembira kerana berjaya kenakan dia tapi gembira sebab dia masih sudi terima hadiah aku yang tak berapa nak ikhlas tu,siap ada niat jahat lagi,tak patut betul jadi jangan tiru perangai tak senonoh macam ni.
“dah sampai!” aku bersorak riang,macam sampai ke sunway lagoon je caranya,tapi Sunway seronok gila tapi kat padang golf ni boring gila la namanya.biarlah siapa suruh reka-reka cerita kini cerita rekaan dah jadi kenyataan kalau tahu nak jadi kenyataan baik aku reka cerita nak jadi orang terkaya di dunia ada jugak can nak masuk tv nanti ,hehehe..
“jom kita pergi,seronoknya!” aku bersuara mendatar,dengan riak muka yang bosan dan dibelenggu dengan masalah,mamat tu bukan nak buat reaksi yang sama lagi nak gelakkan aku ada la,nak marah pulak hati ni.
“Nampak sangat pembohongan atas muka kau tu” Shahin bersuara memerli sambil berjalan beriringan dengan aku,papa yang sudah ternampak kelibat kawannya laju menuju ke tempat itu,aku menjeling mamat di sebelah aku ni rasa nak kerat 99 je,nasib baik aku tak teringin nak masuk penjara jadi dia selamatlah ada atas muka bumi ni.
“matilah aku kat sini” aku bersuara lirih,rasa macam nak demam je bila terfikirkan yang aku akan melayari beberapa jam yang penuh kebosanan di sini nanti,bukannya aku pandai pun main golf,hoki tu auta je sebenarnya,lagi la aku tak pandai nak main benda ganas-ganas macam tu.
“kau jangan risau la,kau jadi tukang kutip bola pun ok jugak” aku yang dah separuh mati ni dia boleh buat lawak India kat sini,kalau ikutkan hati aku kayu golf yang ada kat tangan aku ni aku buat ketuk kepala dia lagi ada la,nanti ada orang masuk hospital pulak.
“aku malas nak bercakap dengan kau!” aku berjalan laju meninggalkannya di belakang tapi langkah dia sama cepat dengan langkah aku,ada la tu dia nak kenakan aku lagi,habislah aku kalau macam ni,pakai sabun protex pun tak boleh nak lindungi dari bacteria Shahin yang jahat ni.
Aku memeluk lengan papa erat dan tersenyum kepada kawan papa yang sebaya agaknya,dah ada uban pun,hahaha…namanya aku tak tahu la apa sebab tak pakai nametag,hahaha…
“Hashim,kenalkan satu-satunya anak perempuan aku Asya,adik kenalkan kawan papa Uncle Hashim” aku tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam,baik la ni kononnya,Shahin tersenyum dan turut bersalam dengan Uncle Hashim.
“Shahin kan?”soalnya mesra kepada Shahin,Shahin dengan penuh hormat tersenyum mesra,rasa nak tolak je mamat ni sampai jatuh.
“saya Uncle”
“wah,dah semakin segak sekarang,dah lama uncle tak jumpa Shahin,your daughter is beautiful,you are a lucky dad” terima kasih sebab puji aku tapi baik uncle check mata uncle sekali lagi sebelum puji mamat tepi aku ni.
“mereka berdua ni ada something special ke?atau kau dah nak terima menantu?” soalan yang keluar dari bibir Uncle Hashim buat aku tak senang,tapi still jugak kena tersenyum.
“mungkin” jawapan papa membuatkan mereka berdua ketawa,aku dengan mamat tu sama-sama diam,mengunci mulut kami rapat.nampak sangat yang bukan hanya aku yang tak suka dia tapi dia jugak tak sukakan aku.
“kenalkan teruna aku,Zaqriel” entah dari mana pulak manusia bernama Zaqriel ni,tapi ni bukan Zaqriel.
“Zack!” aku terkeluar suara,bukan sengaja,dia pun sama terkejut melihat aku kat situ.
“kamu berdua dah kenal ya?baguslah,Zam jom kita pergi café,tinggalkan orang muda kat sini” Uncle Hashim memeluk bahu papa dan berlalu dari situ meninggalkan aku dengan Shahin dan Zack,macam mana nak buat ni?nak lari dari masalah tapi masalah lain pulak yang muncul.
“hi Ace and this is your boyfriend right?” soalannya buat aku rasa nak pitam terus,kalau aku cakap ya tapi mamat ni kata tak habislah aku,buat malu diri sendiri je,ya Allah.lama jugak kami bertiga berdiam diri dah tak tahu nak cakap apa nak buat macam mana.
Aku merenung rumput yang menghijau sama dengan baju aku dan Shahin tapi rasa macam dah layu je rumput kat sini.
“ya saya Shahin, boyfriend Asya,nice to meet you” terus segar rumput kat sini bila Shahin membuka mulut,aku memandangnya seperti tidak percaya,dia akan menolong aku kali ni?pelik tapi aku bersyukur,lagi satu pembohongan yang terang lagi bersuluh.air muka Zack sedikit berubah tika membalas huluran tangan Shahin.gembira pulak hati ni rasa nak peluk je,tapi kalau aku berani buat nanti aku yang jadi bola golf hari ni.
“Bie,ni Zack yang melawat awak kat hospital hari tu kan?” soalnya mesra,jaraknya sengaja dirapatkan kepada aku,kali ni aku pulak yang kelu dan berdebar-debar,nekad ke mamat ni.siap panggil Bie lagi,kalau aku malu siot…
“betul la tu” aku bersuara perlahan,macam gadis melayu terakhir pulak hari ni,dia memandang aku dengan senyuman yang aneh dan tak pernah aku lihat selama ini,lepas ni mesti dia minta habuan sebab dia dah tolong aku.
“wah,a very sweet couple” Zack bersuara lagi.aku tahu tak ikhlas tapi masih jugak kena senyum,rasa macam bodoh je aku hari ni.
“mana ada,tak boleh sweet sangat nanti kena kencing manis” aku bergurau tapi yang gelak aku seorang je,buat malu tujuh keturunan je.
“saya salute dengan Shahin sebab tak kisah yang girl you keluar dengan lelaki lain” ha,sudah la,mampus aku macam ni tu la pandai sangat berbohong sekarang ni baru tahu yang lubang kubur tu dalam ke tidak,aku kelu mulut pun tak mampu nak senyum tapi Shahin masih lagi dengan riak selamba dan tenang,memang la dia bukannya pak we aku betul-betul pun jadi takde maknanya nak jealous bagai.
“apa salahnya,keluar dengan kawan dia je,lagipun saya kenal dengan Aimi tu kawan lama Asya dari UK,dorang kenal lebih lama daripada saya kenal dengan Asya,Asya pun tak pernah nak sembunyikan apa-apa dari saya” wah!hebat benar Shahin Addin berlakon,boleh kalah Shah Rukh Khan kalau macam ni,aku pun macam terkesima sekejap dengan pengakuan jujur tapi bohong ni,menipulah kalau aku kata yang Shahin ni tak pandai bercinta.Zack senyap je macam tertelan kulit buaya gayanya,hahaha padan muka kau playboy!
“oh,baguslah…apa kata kita main satu game” kata-kata Zack buat aku tertelan air liur,rasa macam telan rumput kat sini je,nak ajak aku dengan mamat ni main golf alamatnya tak sempat nak main dah boleh angkat bendera putih,aku memang tak pandai langsung nak main benda ni pegang kayu golf pun dah salah.
“you lawan Shahin la,I tak pandai main benda ni” aku tersengih macam kerang kenyang,baik mengalah sekarang sebelum dapat malu,Shahin melihat muka aku dengan riak hangin semacam je,nampak sangat yang dia pun tak tahu main,hahaha…
“shall we?” pelawa Zack lagi,kali ni Shahin terpaksa akur,aku dah tergelak seorang diri.
“kalau tak pandai main kena la belajar kan?” soalan Shahin yang ditujukan khas kepada aku itu tak dapat aku jawab,mahu tak mahu dengan berat kaki aku melangkah mengikut Shahin dari belakang,kurang asam garam betul la mamat ni.
“first try” Shahin menghulurkan batang golf kepada aku,dengan hati yang berat aku mengambilnya dan buat gaya pemain professional yang ingin membuat pukulan,dengan penuh keyakinan aku menghayun batang golf itu,sekali pukul je bukan bola golf yang terbang tapi batang golf yang terbang…
“lari!!!” aku menjerit memberi amaran kepada pengutip bola di satu kawasan padang,kalau kena batang golf aku tu confirm masuk hospital.nasib baik tak jatuh atas kepala pekerja tu kalau tak bertambah lagi bukit kat Malaysia ni.sekali kena gelak dengan Shahin buat malu aku je,mana nak sorok muka aku ni?Zack pun join gelak sekali,tak nak main dah lepas ni.
“sorry,giliran you” aku memberitahu Zack,dan dengan cantiknya bola golf tu masuk ke dalam lubang.tepukan dari aku dan Shahin melebarkan senyumannya.kini Shahin pulak yang kecut perut dan terpaksa membuat pukulan,nasib la apa nak jadi pun yang penting aku boleh gelak sampai pagi esok.
“apa nak jadi pun jadi la…” dengan lafaz bismillah Shahin membuat pukulan dan memang bernasib baik bola yang terbang tapi nak pergi mana tu?tingginya terbang boleh sampai ke dunia lain agaknya,dengan perlahan bola golf tadi jatuh atas kepala pengutip bola yang sedang terbongkok mengutip bola.
“alamak” Shahin menepuk dahinya sendiri,kuat jugak,berterabur tawa aku dibuatnya,dia pun dengan ringan mulut gelak bersama dengan aku,yang kesiannya pengutip bola tu la.
“jom tengok apa dah jadi” Shahin tanpa sedar menarik lengan aku untuk berlari bersama dia menghampiri pengutip bola yang telah terduduk,kenapa rasa tak keruan semacam je ni?nasib baik lengan dan dia pun pakai sarung tangan kut.
“sorry..” pintanya apabila terperasan yang tangannya sedang memegang lenganku,segera dia melepaskannya dan duduk di hadapan pengutip bola itu.
“maafkan saya encik,saya betul-betul tak sengaja,saya tak patut main benda yang saya tak pandai” pintanya bersungguh-sungguh,merayu bagai pun ada.hurm,baik dia rupanya.
“takpe encik,biasalah nasib tukang kutip bola macam saya ni” sedih pulak mendengarnya…apa pulak takpe,semua orang sama ok jadi takde yang membezakan pun kecuali yang lelaki dengan perempuan.
“maafkan saya,jom saya bawak pergi klinik,mana tahu ada gegaran otak ke?” aku dan pengutip bola tergelak mendengar ayat terakhir Shahin,kalau kena bola sepak ada jugak logic kena gegaran otak,kalau setakat bola golf yang sebesar telur burung tu takdenya sampai kena gegaran otak.
“gelak pulak,kalau encik nak saya bayar cakap je,saya boleh bayarkan”
“takpe encik,bukannya sakit pun,terkejut je tadi.encik la orang pertama main golf sampai jatuh atas kepala orang dan bukan jatuh dalam lubang.” Aku gelak lagi kali ini lebih kuat,hahaha,lucu betul hari ni.
“he’s fine,jom kita pergi minum” ajak Zack yang entah muncul bila,sikit pun tak kesian dengan dia ni,tak hormati orang langsung.
“jom encik,saya belanja sebagai tanda minta maaf saya” pinta Shahin lagi,tipu la kalau aku kata tak terharu kan?
“jom encik,saya pun nak minta maaf pasal tadi,baik encik dengar cakap orang keras kepala ni,kalau tak encik tak sempat nak buat kerja pun hari ni,dia ni mesti paksa encik terima tawaran dia” aku memujuk dan memerli sekali,memang cari nahas sebenarnya tapi kerana ayat pedas aku la pengutip bola ni sudi minum bersama kami.
-note 39-
Tq sbb post..ingt sis lupe..heheh..best sgt.
ReplyDeleteBest....best
ReplyDeletegempaq
ReplyDelete