Sebulan aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku cintai sepenuh hati tapi apakan daya kesilapan lalu aku membuatkan hubungan kami bukanlah seperti pasangan. Malah dia salurkan rasa bencinya pada aku setiap kali mata kami bertemu. Sakit hatinya dia lepaskan dengan dendam. Hakikat mengenai aku merapatinya kerana 30k telah rosakkan semua benda termasuk hati Qiff. Ya Allah, aku juga sudah tak larat lagi nak menangis tapi aku nak adu pada siapa sebab semua ni berlaku kerana diri aku sendiri. Qiff berubah kepada asal malah lebih teruk daripada dulu tapi, dia hanya kejam pada aku bila kami berdua, bila di hadapan keluarga tiada apa yang berlaku pun. Aku terluka Qiff. Maafkan segala silap aku.
"Huh! Menangis lagi. Tak ada kerja lain ke kau nak buat?" Sinis dan pedas sekali perlian yang Qiff berikan pada aku sejak aku bergelar isteri. Sehari sebelum perkahwinan kami dia dah tahu perkara sebenar dan dia sengaja meneruskan perkahwinan dengan niat membalas dendam. Terasa dia kejam tapi aku lebih kejam.
"Awak nak makan?" Soal aku sambil mengesat air mata dan bangun dari duduk. Pelawaan aku tak pernah disambut malah diri aku juga ibarat jijik untuk disentuh.
"Dari air tabgan penipu macam kau ni?" Soalnya lagi sinis dan hati aku dah robek habis sehingga tak ada ruang yang tidak ditores. Hati tak bahagia tapi terpaksa buat2 bahagia. Apakah itu? Aku tak pernah rasa sesakit ini ya Allah.
"Kalau awak tak nak makan saya naik atas dulu" aku terus atur langkah lemah berlalu di depannya dan terasa tangan aku direntap kasar sehingga aku terdorong merapati badannya.
"Kau ni bukan je penipu" terasa perit apa yang keluar dari mulut dia Ya Allah.
"Tapi, curang! Apesal kau still jumpa sepupu kau tu? Nak bahagi duit aku ke?" Mata aku membuntang bila dia cakap macam tu dan aku pandangnya tepat ke dalam anak mata. Sampai hati dia cakap aku macam tu. Aku dah malas nak bertekak dengan dia pasal benda yang sama. Pegangan kemas tangannya aku leraikan dan bergerak pergi dengan laju. Merah tangan aku bila dicengkam dengan kasar. Air mata aku terus mengalir deras,sejak bergelar isteri aku dah kenal air mata bukan lagi cinta. Benci dia dah musnahkan semua rasa lain dan semua itu membunuh aku dalam diam.
"Adria" aku tersentak dan kesat air mata yang mengalir di pipi tapi mana ada orang sempat brek emergency time nangis kan? Wajah Sir Amar aku pandang sayu dan air mata terus berjujuran jatuh. Terkedu wajah Sir bila lihat keadaan aku dan dia segera rapati aku yang masih sibuk dengan kerja pejabat. Semua kerja disimpan dan dia pusing kerusi aku supaya menghadapnya. Teringin peluk seseorang sekarang ni tapi apakan daya kami ini bukan muhrim.
"Adria,kenapa ni? Awak buat saya risau" soalnya lalu air mata aku dikesat menggunakan tisu,aku tahu salah tapi aku dah tak larat nak menghalang dan menanggung lagi. Pagi tadi, Qiff buang semua masakan aku dalam tong sampah depan mata aku sendiri. Terasa diri ini sangat hina dengan tindakannya.
"Sir...." lirih suara aku memintanya supaya erti perasaan aku yang remuk sekarang ni.
"Awak sakit ke Adria?" Soalnya lembut dan aku terasa smakin hiba. Aku angguk perlahan, memang aku rasa sakit sangat sekarang ni bukann je dalaman malah kepala aku dan perut aku rasa sangat skit. Dah seminggu aku tak ambil makanan berat dan aku rasa sangat berdosa bila zalimi badan aku kerana bersedih tapi mulut dan perut aku menolak untuk makan.
"Tunggu sini" sir keluar dan aku biarkan je. Kemudian Iza salah seorang pekerja kat sini masuk. Dia mendekati aku dan membantu aku untuk bangun, katanya sir nak bawak aku pergi klinik. Bukan daya aku jugak nak menolak jadi aku ikutkan je la.
Setelah diperiksa migrain aku dan gastrik yang buatkan aku sakit jadi aku diberikan ubat. Macam mana pula dengan sakit yang tak tertanggung di dalam ni? Aku telan ubat sakit kepala dan terus lena di dalam kereta sir.
Bila aku sedar aku sekarang ni berada dalam dukungan seseorang dan mata aku terasa teramat berat untuk dibuka. Terasa badan aku diletakkan di atas katil dengan lembut dan aku terus pejamkan mata terus. Apa nak jadi pun jadi la,yang aku tahu aku tak nak bila sedar nanti aku akan sambung menangis lagi. Baik aku tidur terus untuk selamanya. Terasa tudung aku cuba dirungkaikan dan aku halangnya. Tapi tangan itu tetap berkeras dan aku tak mampu nak menghalang lagi lalu biarkan je apa yang dia buat. Terasa lapang dan segar sedikit, terasa sejuk muka dan leher aku bila ada tuala lembap yang di lapkan pada muka dan leher aku. Dengan lemah aku membuka mata dan Qiff yang ada depan aku sekarang ni. Aku biarkan je mata aku separa terbuka kerana aku dah dapat tengok muka dia dengan cukup jelas. Muka yang langsung tak nampak ada kebencian. Tapi,ni mesti mimpi aku je kan? entah siapa la yang sudi rawat aku ni...
Terasa ringan kepala aku dan aku mampu buka mata seluasnya. Aku pandang sekeliling dan ini bukanlah bilik aku. Aku pandang sebelah dan pasti itu bilik Qiff,bilik yang dia haramkan aku jejakkan kaki walau setapak dalam bilik ini. Aku bangun dan turun dari katil lalu mengambil tudung aku yang tersidai pada sofa. Aku atur langkah dan keluar dari bilik itu dengan segera. Aku bertembung dengan Qiff di depan pintu dan mata kami bertaut. Wajahnya yang garang buatkan aku tak mampu untuk merenung matanya lagi. Aku tutup pintu rapat2 dan atur kaki untuk pergi. Lengan aku dipegang dan pintu bilik dibuka balik. Dia tarik aku masuk ke dalam bilik dan dia duduk di sebelah aku. Terasa nak pengsan aku dengan layanan Qiff. Apa pulak helah dia kali ini. Semangkuk bubur di hulurkan pada aku dan dia meminta aku untuk makan . Aku menolak mangkuk itu lembut dan uraikan pegangan tangan dia lalu bangun untuk berjalan pergi. Aku? Bukan tak suka dia baik dengan aku tapi rasanya aku dah tawar hati nak rasa semua tu sekarang ni dan aku mungkin dah rasa yang aku memang tak layak untuk dia. Dia dah buatkan aku yakin sesuatu iaitu cinta aku padanya tak kan bersatu dan cinta dia bukan milik aku. Aku cuba berlalu pergi tapi tangan dia lagi laju tangkap tangan aku dan aku ditarik kuat sehingga terduduk semula di tepi katil. Aku menahan sakit di bahagian lengan bila direntap kuat macam tu. Aku berkerut dan memandangnya yang langsung tak kasihan malah pandang aku dengan tajam.
"Kau ni memang jenis tak reti bersyukur ke?" Soalnya kasar dan aku diam. Diam sediam diamnya sehingga dia rasa bengang gila dengan aku. Muka aku diangkat memandangnya dengan kasar dan mangkuk bubur diletakkan di atas meja lampu. Aku menahan mata daripada menangis dan tutup mata rapat2. Apa maksud dia buat aku macam ni? Kalau benci lepaskan!
"Pandang aku!" Arahnya keras dan aku menggelengkan kepala. Terasa badan aku ditolak ke katil sehingga terbaring dan aku terus membuka mata. Apa yang Qiff nak buat kali ni? Aku cuba untuk bangun tapi terus badannya halang aku sepenuhnya dan kini dia di atas aku dan kedua tangan aku dicengkamannya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Rintih aku dalam hati dan hanya mampu berserah walau apa yang terjadi nanti. Terasa deruan nafas di leher aku dan aku memang tak mampu nak menghalang langsung. Aku cuba untuk relakan apa yang bakal berlaku.
"Kenapa buat aku macam ni?" Mata aku terbuka bila terdengar rintihan dalam soalan itu. Qiff bangun dan terus keluar dari bilik. Air mata aku terus mengalir laju bila melihat dia pergi. Dia lebih terluka dengan silap aku Ya Allah.
Mama datang? Aku kemaskan ikatan rambut dan turun ke ruang tamu. Aku semyum bila melihat mama dan mama terus meluru ke arah aku dan badan aku dipeluk erat. Terasa rindu sungguh dengan orang tua ini Ya Allah.
"Rindunya dengan anak perempuan mama ni. Lepas pindah rumah langsung tak jenguk mama ya?" soal mama dan aku tersenyum kelat. Tangan aku ditarik ke sofa dan aku duduk disebelahnya. Pipi aku disentuh dan wajah tak bermaya aku ditatap penuh kasih. Terasa ingin menangis lagi kali ini.
"Riya, Qiff call mama suruh datang teman Riya. Dia cakap Riya tak sihat dan dia kena pergi outstation" aku terdiam. Kena pergi atau nak pergi?
"Riya balik rumah mama ya?" Macam mana aku nak balik rumah itu dengan muka yang macam ni? Nanti mesti Fara dengan Pian boleh agak apa yang dah jadi dan aku tak nak siapa pun tahu.
"Riya, mama tahu pasal 30k tu. Qiff dah tahu ya? Sebab tu kamu berdua macam ni?" Bagai terbalik bumi bila mama persoalkan hal itu. Aku pandang mama dengan muka tak percaya dan mama usap pipi aku lembut.
"Mama tahu,Pian dah cerita semuanya. Mama sayangkan Riya macam anak mama sendiri dan mama berterima kasih sangat Riya hadir dalam hidup Qiff" aku mencium tangan mama dan terus memeluknya erat. Air mata tak segan dan tak penat untuk keluar lagi. Apa yang aku perlukan ialah pelukan dari seorang yang mampu faham apa yang aku rasa sekarang ni. Kepala aku diusap lembut dan rasa seperti luka aku mula dirawat walaupun belum sembuh tapi ia dah dirawat dan rasa sakitnya dah hilang banyak. Terima kasih mama.
"Balik rumah mama ya?" Soal mama lagi dan aku angguk.
"Riya cintakan Qiff. Riya tak pernah anggap 30k tu sebagai bayaran pun."
"Mama tahu sayang. Pian dah cerita semua"
"Thanks ma,Riya sayang mama"
"Mama lagi sayang Riya" dahi aku dicium dengan lembut.
"Tapi, Riya nak balik rumah mak dulu. Dah lama tak balik. Nanti apa pulak yang mak cakap"
"Kita balik sama2. Mama nak belajar masak dengan dia. Gulai tempoyak ikan patin! Sedap betul!" Aku tergelak kecil dengar hasrat mama tapi aku angguk dan kami berdua tersenyum.
Bising betul dapur ni ha bila mama dan mak su duk borak riuh. Dan buat kali pertama setelah bergelar isteri aku holeh tergelak macam ni. Alhamdulillah, senang skit mak su bila Imie dah kerja dan aku pun dah kerja sama.
"Kamu makan apa kat rumah smpai kurus macam ni Riya?" Soal mak su dan aku pandang mama sekilas. Makan hati la mak! Aku jawab dalam hati sambil tersenyum.
"Jaga badan ni mak, dapat suami segak kena la jadi top ten!" Seloroh Imie dan aku buat muka keji. Aku pukul dia dengan papan hiris dan dia ketawa mengekek.
"Tak payah jaga badan,kamu tu dah sekeping" mak su balas pula dan aku tergelak sikit. Mak su ni tak habis2 nak cakap yang aku ni kurus kering.
"Mana ada mak. Riya kerja sekarang, rumah tangga lagi. Tu yang kurus tu" aku jawab tenang dan mak su hanya mampu menggelengkan kepala. Mama pula asyik pandang pelik pada aku dan Imie yang bergurau sakan.
"Dua orang tu adik beradik susuan. Tu yang rapat sangat" mak su memaklumkan secara umum dan mama tersentak, aku tersengih bila mama dah salah faham rupanya. Imie ni pulak sibuk duk makan kek yang aku beli tadi. Mama senyum dan usap kepala aku lalu pandang Imie sekilas.
"Imie bila nak kawin?" Soal mama dan Imie tersedak terus. Kali ni aku tak boleh tahan nak gelak lagi jadi gelak terus je senang.
"Kalau dah kawin ada la orang nak jaga mak kamu" sambung mama lagi.
"Saya boleh jaga aunty." Sengih Imie pada kedua orang tua ini dan aku semyum pula. Lepas break dengan Nani tak cari yang baru ke? Siapa pulak Wardah yang dia selalu cerita tu?
Buku My Hero aku pandang lama dan sejak kawin tak pernah walau sekali aku buka buku ni balik. Semuanya yang aku coret dalam ni pasal kebaikan Qiff. Tak ada satu pun tentang kisah lain. Semuanya pasal apa yang aku suka pada dia dan tempat aku luahkan cinta yang tak kesampaian. Bila dah kawin cinta itu malah pergi lagi jauh. Hmm?
Aku berlari turun ke ruang tamu bila bunyi pintu dibuka dan aku agak terkejut sehingga langkah aku jadi perlahan bila Qiff balik dengan seorang perempuan. Untung aku dah lebih kuat sekarang dan air mata juga dah liat nak kelaur lagi.
"Buatkan air" arah Qiff dan aku pandangnya kosong,ya Allah muka minah kat sebelah dia tu rasa nak bagi pelempang je!
"Siapa ni?" Soal aku pada Qiff dan perempuan gedik itu terus peluk lengan Qiff. Ok? Hati mana tak sentap?
"Girlfren Aryan" jawab perempuan tak cukup kain itu walaupun terlebih inci. Sah! Sewel minah ni.
"Oh, girlfren" aku balas selamba dan nak berlalu dari situ. Tapi Qiff tarik tangan aku dan aku pandangnya tanpa riak. Buatlah sesuka hati kau Qiff, aku dah redha.
"Buatkan air untuk tetamu aku" ujarnya lagi dan aku tak dapat nak menolak. Aku lepaskan keluhan berat dan turun ke dapur.
"You duduk dulu, I naik tukar baju kejap" hanya itu yang aku dengar bila berada di dapur. Aku segera keluar dari dapur dan tarik perempuan yang tak sedar diri tu kasar. Aku buka pintu dan tolak dia keluar.
"Kalau tak nak malu baik kau blah!" Aku terus tutup pintu rapat dan menguncinya lalu ke dapur untuk minum air. Aku pulak yang panas sekarang ni.
"Mana Melly?" Soal Qiff pada aku. Aku pandang dia sekilas.
"Tak ada nampak mana2 minah salleh pun" aku jawab malas dan dia paut bahu aku sehingga aku terpaling padanya.
"Perempuan tadi tu?" Soalnya geram.
"Oh! Saya dah halau dia keluar" aku jawab tenang dan jelas dia nak marah.
"What?!"
"Saya rasa awak dengar dengan baik"
"How dare you!"
"Saya berani sebab dia hanyalah girlfren awak. Kalau awak dah muak, jelik, jijik nak akui yang saya isteri awak, saya tak kisah awak kawin lain,2,3, atau 4 sekalipun. Kalau 5 dengan melepaskan saya pun saya tak kisah! Saya cuma harap awak tak buat benda yang dilarang Allah. Kalau awak nak jugak buat dalam rumah ni, awak kena izinkan saya pergi" setelah sembur semuanya aku terus naik ke atas bilik dan biarkan dia diam disitu. Ya! Kalau dia nak lepaskan aku, aku dah redha dan in sha Allah aku boleh terimanya dengan lapang dada. Biarkan cinta dunia tak berbalas yang penting Allah balas cinta kita.
Terasa masa berlalu terlalu lambat sekarang umpama saat duka aku dihitung bersama. Sejak aku sembur Qiff hari tu dia dah tak macam dulu lagi malah dah tak banyak cakap. Balik rumah pun dah jarang entah mana dia pergi aku sendiri tak tahu.
"Riya,ada orang nak jumpa" lamunan aku terhenti kat situ je dan aku ke sana. Sebaik aku sampai aku dah mula rasa bengang bila nampak muka apa nama minah ni? Melly? Apa yang dia nak kali ni?
"Kau nak apa?" Soal aku kasar habis.
"Lepaskan Aryan" aku tergelak sinis dengar apa yang dia cakap. Sepatutnya aku yang cakap macam tu kat dia.
"Gila? Ingat talak kat tangan aku?" Sinis aku tanya dan aku pasti dia dah naik angin.
"Kau mintak lah cerai. Susah sangat ke?" Senangnya dia cakap.
"Kalau kau yang blah dari hidup dia lagi senang kot. Tak kena naik turun mahkamah pun. Lagi cepat kau boleh blah"
"Kurang ajar!" Tak sempat aku nak elak memang makan pelempang padu aku hari ni. Aku terduduk di lantai bila terima sentuhan kasarnya. Pedih gila! Perempuan ke mak nyah ni?
"Baik kau yang blah!" Dia berkata dengan penuh lagak dan berjalan pergi. Aku sentuh hujung bibir aku yang terasa perit,sakit rupanya kena lempang semangat ni. Aku bangun dan ke bilik air. Sudah! Merah la ni weh. Macam mana nak sorokkan? Aku keluar dari bilik air dan terus ke ruangan aku. Nasib baik Sir Amar ada kelas hari ni. Aku angkat beg dan keluar dari bangunan pejabat.
"Riya!"erk! Siapa pulak yang panggil aku ni? Aku pandang belakang dan. Super Alamak!!! Imie la. Laju Imie melangkah mndekati aku dan aku buat2 batuk lalu tutup mlut dengan tisu.
"Riya" panggilnya dan dia turunkan tangan aku. Dia terdiam bila nampak muka aku macam ni. Ok! Masalah baru.
"Siapa pukul kau Riya?" Soalnya garang.
"Jatuh"
"Kau ingat aku bodoh? Cakap Riya"
"Siapa yang berani nak lempang aku Imie? Aku ni johan silat ok" aku cuba buat lawak tak kelakar dan Imie tarik tangan aku pergi.
"Hanya seorang je yang berani lempang kau kalau macam tu. Suami kau kan?!" Erk?
"Kau mengarut apa ni Imie?"
"Aunty dah cakap,yang kau tak bahagia dengan dia. Dia dah tahu pasal 30k tu"
"Mama beritahu?"
"Aunty kata dia tak nak kau terluka sebab anaknya"
"Imie, bukan Qiff"
"Dah! Aku akan settle benda ni hari ni jugak. Kalau bukan dia siapa lagi?!" Merah muka Imie tahan marah dan aku tak mampu nak buat apa. Aku ditolak masuk ke dalam kereta dan dia terus memecut pergi. Puas aku cuba terangkan hal sebenar tapi Imie tak nak dengar langsung.
"Jom!" Tangan aku ditarik masuk ke dalam ofis Qiff. Tanpa salam mahupun ketukan pintu pjabat Qiff dirempuh kasar dan aku tak tahu nak buat apa.
"Dasar jantan tak guna!" Imie meluru ke arah Qiff dan terus menumbuk Qiff sehingga terduduk. Mereka dah ada gaya macam nak bertumbuk. Aku meluru ke arah Imie dan menolak badan Imie sikit. Aku memeluk erat Qiff yang cuba ditumbuk lagi. Air mata aku yang dah lama tak keluar mengalir lagi.
"Walaupun Riya ni adik susuan aku je! Aku tak kan biarkan sesiapa pun sentuh dia dengan kasar! Berani kau angkat tangan kat dia!" Imie cuba untuk serang Qiff lagi.
"Imie! Sumpah! Bukan Qiff. Tolonglah faham... bukan Qiff"aku merayu sambil menangis dan Imie lepaskan amarahnya dengan menyepak kaki meja lalu beredar. Aku bangun untuk mengejar Imie tapi tangan Qiff menghalang aku pergi.
"Siapa yang pukul kau?" Soalnya sambil memegang pipi aku lembut. Aku mengalihkan tangan dia dan berdiri.
"Saya balik dulu, maaf atas salah faham ni" aku beredar cepat2 walaupun dalam hati meronta ronta nak merawatnya. Aku terus berlalu dengan laju dan panggilannya aku tak hiraukan. Aku buka fon dan mesej Imie untuk cerita hal sebenar. Memang bukan Qiff yang buat pun.
"Kita kawin ya sayang." Rengek Melly manja dan Qiff yang tak ada mood tak melayan langsung perempuan itu. Dah dalam hatinya hanya ada Riya.
"Jangan sentuh I la melly! Dah berapa kali I nak cakap?"
"Kta nak kawin kan?"
"I dah ada isteri dan tak ada niat nak kawin lain!"
"Tapi! You couple dengan i!"
"I guna you untuk buat wife I jeles. Puas hati dengan explaination I?"
"What?!" Soalnya terkejut.
"I'm sorry and I know I am wrong. But, I have her as my love in my heart"
"Sia2 je la I lempang dia tadi! Sia2 je I ugut dia untuk bagi you kawin dengan I!" Tempik melly.
"What?! Jadi you la yang lempang dia? Even I tak pernah jentik dia pun! You dengar sini melly! Jangan muncul depan I lagi!" Qiff terus beredar dengan perasaan marah.
Riya yang baru saja tersedar dari dipengsankan buka mata perlahan lahan. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.
"Mana aku ni?dah mati ke apa?" Terasa lapang berada di dalam bilik yang besar gedabak ni. Aku melepaskan keluhan dengan perlahan dan bersila pada tengah katil. Ya Allah, di manakah aku sekarang? Di dalam mimpikah? Aku tenang di sini Ya Allah.
"Cik dah sedar?" Eh? Ada maid sekali? Dahsyat betul mimpi aku ni dah jadi puteri raja pulak ke?
"Saya kat mana ni?" Soal aku padanya dengan mesra dan dia segera meletakkan dulang makanan di atas tilam. Breakfast on the bed? Cewah! Aku dalam mimpu pun tak pernah merasa ni. Rasa macam aku ni dah mati je.
"Saya dah mati ke?" Soalan aku jadi bahan gelak pulak dan seorang lelaki yang dah berumur masuk ke dalam bilik ini dengan kerusi roda. Ok! Mana tudung aku ni? Puas aku cari tapi tak jumpa jadi aku tarik selimut dan berbungkus terus. Lelaki tua itu ketawa ringkas dan ditolak ke tepi katil.
"Kamu semua boleh pergi" arahan yang dia berikan buatkan aku kecut sedikit. Dah pehal pulak nak kena berdua je dengan dia. Dia ni culik aku ke apa? Ok! Superman! Tolong aku!
"Adria Johana binti Johan"nama penuh aku disebut dan tangan aku diraih ke dalam tangan tuanya. Aku cuba untuk menolak tapi untuk berkasar adalah kurang ajar namanya.
"Adria,you are my grand daughter" mulut aku ternganga macam gua niah. Sejak bila pulak aku ada datuk ni?
"Pak cik dah salah orang ni" tukas aku lembut dan senyum mesra.
"Tengok ni. Bila Adria dah sedia boleh jumpa atuk kat tepi kolam" aku ditinggalkan dengan sebuah album besar. Aku pandang Album yang besar itu dan pandang pintu bilik yang dah tertutup. Aku mula membuka satu persatu dah helai perhelai aku tatap. Entah gambar siapa si kecil yang manis ni, comel betul! Lelaki dan perempuan sama2 comel. Aku pergi ke helaian seterusnya dan aku rasakan seperti aku yang berada di dalam album itu. Akhirnya aku ternampak gambar sekeluarga, iaitu macam aku, seorang lelaki yang persis.... someone. Dan pasangan tua tadi. Aku ke helaian seterusnya dan dua gmbar baby lain tahun diletakkan sebelah menyebelah. Nama tertulis di situ memang mengejutkan aku.
Adria Johana dan satu lagi. Nur Hana. Nama mak aku kan? Ni? Mak aku ke? Terasa cecair jernih mula mengalir, akhirnya, aku dapat tatap wajah mak kandung aku sendiri. Aku turun dari katil dan terus berlari turun ke tepi kolam. Atuk yang berada di situ pandang aku dan menghulurkan tangannya pada aku. Aku berjalan perlahan mendekatinya dan menyambut hulurannya lalu melutut di depannya. Aku mencium tangan tua itu dan kepala aku diusap lembut.
"Forgive me" pintanya dan air matanya mengalir. Aku tersentak lalu mengesat air matanya.
"Kenapa pulak,atuk?" Walaupun kali pertama gelarkan panggilan itu, terasa ringan lidahku menyebutnya.
"Adria, atuk yang halang cinta ayah kamu dan mak kamu. Atuk halau mereka berdua dan akhirnya mak kamu pergi macam tu je. Maafkan atuk" pintanya kesal dan aku terkedu. Riya! Sekarang bukan masa untuk fikirkan masa silam. Kau kena ke depan dan fikirkan masa depan.
"Dan saya ialah Usu Adria" suara lelaki kedengaran dan aku pusing ke belakang.
"Sir Amar?" Soal aku terkejut tapi boleh dia diam dan senyum je!
"Ya! Itu adik mak kamu. Atuk yang mintak dia tengokkan kamu." Ok! Rasa dipermainkan sangat! Sir...bukan! Usu berjalan ke arah kami dan aku segera berdiri memandangnya geram. Dia memang sengaja kenakan aku selama ni! Dia peluk aku erat dan aku tak terasa nak balas pun. Rasa janggal lagi ada la!
"Sir, situasi pelik ni."aku tolak badannya dan dia gelak besar.
"Biasalah ni. Usu ni bapa saudara kamu! Boleh jadi wali Adria lagi" poyo!
"Orang dah kawin la!" Aku jawab geram dan dia gelak lagi.
"Kalau dah kawin kenalah berada di sisi suami" aku pandang usu yamg macam tahu sesuatu je.
"Nah!" Satu nota kecil bertulisan tangan dihulurkan pada aku dan atuk ditolak masuk ke dalam rumah. Aku buka lipatan nota itu dan membacanya.
'Dinner with me? At the jetty,on the boat. '
-your hero!-
Aku tak tahu nak respon macam mana. Qiff pun tahu pasal ni ke? Aku dah macam orang gila dah ni kena fikir benda ni sorang2. Aku berjalan masuk ke dalam rumah dan termenung di ruang tamu yang luas ni. Semua potret yang tergantung di dinding aku pandang sambil tersenyum. Kurang asam Sir Amar!
Malamnya aku tak nak pergi tapi atuk dan Usu yang paksa aku pergi. Bila aku tanya mana dia kenal dengan Qiff, mereka suruh aku pergi dan tanya Qiff sendiri. Cliche sangat!
"Cantik cucu atuk" puji atuk dan aku senyum je la. Tak pernah hayat hidup pakai dress macam ni dah la agak seksi sebenarnya tapi nasib baik ada jaket kat luar jadi dah tutup lengan yang terdedah. Siapa punya rekaan la ni?
Bila sampai di jeti aku terus disuruh naik sebuah bot mewah. Tak pernah merasa kau selama ni naik bot mewah. Aku berjalan sehingga ke tengah dan tiba2 bot ini bergerak sendiri! Sudah! Aku berlari nak turun ke jeti semula tapi dah jauh. Bila aku panggil usu dia lambai kat aku macam aku budak tadika nak pergi sekolah je! Aku merengus geram dan berjalan masuk ke dalam sedikit. Aku agak terpegun bila ada set dinner. Candle light dinner la kot. Bolehlah suam2 kuku. Aku tersenyum bila ternampak bunga lily yang jadi hiasan bukan rose macam dalam movie tu. Orang yang tahu aku suka lily Qiff sorang je. Apa maksud Qiff ajak aku dinner? Terasa pinggang aku dipeluk erat dan aku bersedia untuk bersilat. Johan silat la katakan.
"Saya la, Aryan Zhaqiff" bisiknya di telinga aku dan berdiri semua bulu roma ni ha! Pehal ni?
"Lepaskan saya" pinta aku rimas dan dia lepaskan aku. Aku cover bahang muka dengan bergerak lebih jauh dari dia dan terus duduk di kerusi. Air yang tersedia di meja aku teguk sampai habis.
"Dahaganya wife saya ni" ujarnya lembut dan duduk di hadapan aku. Cuak! Kenapa dia dengan senyuman bukan dengan perlian dan sindiran pedas berasap dia tu?
"Awak nak apa?" Soal aku langsung.
"Dinner" jawabnya sepatah dan aku buat muka bosan. Poyo!
"Macam mana kenal atuk dan usu saya?" Soal aku pula. Tegas!
"Usu yang datang jumpa saya. Saya dah jumpa atuk awak sebelum awka jumpa dia. Pagi tadi."
"Ok! Objektif pertama saya selesai. Sekarang objektif last. Dinner. Saya makan dulu" terus aku ambil sudu dan garfu lalu makan tanpa riak langsung. Lagi cepat habis lagi bagus!
Dah 5 minit aku makan dan dia asyik tenung aku je. Aku letakkan sudu dan pandang dia geram.
"Nak makan ke nak pandang saya?"
"Saya pilih untuk pandang awak" jawabnya macam buaya.
"Saya tak termakan dengan ayat buaya awak." Aku tinggalkan meja makan dan keluar ke tepi bot. Berdetak hebat jantung aku ni dah macam kena kejar dengan anjing. Aku tak kuat untuk pergi dari hidup dia. Aku dikepung sepenuhnya oleh dia dan dia semakin mendekat dengan aku.
"Jangan maju lagi!" Aku menghalangnya dan dia tersenyum.
"Kalau saya tak nak?" Soalnya menguji.
"Saya terjun!" Ugut aku balik.
"Awak berani ke" erk? Mana nak berani.
"Saya boleh la berenang ke jeti tu" aku tunjuk jeti yang tak nampak pun sebenarnya dan aku agak je kat situ.
"Awak kan tak pandai berenang" haah! Mana aku pandai berenang kau! Ya Allah, tak ada kerja jugak aku nak terjun.
"Pandailah saya mintak tolong dengan dolphin ke penyu ke" dia tergelak dengar jawapan aku. Ei! Bengkak pulak hati kita ni.
"Buaya je ada kat bwah tu" balasnya lagi.
"Kat atas ni pun ada buaya. Buaya miang lagi!" Ha! Geramnya aku! Boleh dia gelak mewah! Gila ke apa?
"Buaya pencen dah ni"
"Eleh!"
"Betul la, melly tu saya main cekup je. Nak buat awak marah" aku diam bila dia cakap macam tu dan dia terus rapatkan badannya aku terdorong ke belakang dan bila aku hampir terlentang ke belakang tangan aku memaut lehernya. Aiseh!
"Nice! I am your hero right?"
"Perasan!"
"Really? Btw,nice book about me. Should we publish it?" Mata aku membesar. Dia tahu ke? Super Alamak!!! Malu gila.
"Saya dah tahu semua,pagi tadi. Kenapa tak cakap. You need money for somthing important. You make me feel like a worst man ever. I hate what i have done to you" suaranya lirih dan aku memandang lantai.
"You hate me. Right?"
"How can i hate u? I love you" ujarnya dan aku diam terus.
"Everyday is killing me. I want to hug you, love you, be with you, accompany you but my thought do other things.
It hurts me when u are crying because of me."
"Setiap malam saya akan ke bilik awak dan saya rasa nak pukul diri sendiri bila awak tidur dengan air mata, saya rasa nak tampar diri sendiri bila tolak masakan awak. Saya akan makan even sedikit. Yang saya buang pagi tu pun saya masukkan sedikit dalam mulut saya. Sedap" pipi aku diusap dengan lembut dan aku diam. Dia lagi banyak terluka berbanding aku. Terluka dengan salah aku dan terluka dengan tindakannya sendiri.
"Boleh awak maafkan saya?" Soal aku padanya.
"Saya akan maafkan awak kalau awak maafkan saya"
"Saya tak pernah anggap awak salah."
"Kalau macam tu, tak ada apa yang perlu dimaafkan"
"Tapi saya silap"
"Biarlah..." ujarnya laju dan aku terus peluk badan dia erat. Hurm! Sayang dia sangat2!
"Should we spend our night here?" Soalnya bila aku peluk dia macam tak nak lepas langsung.
"Boleh ke?"
"Boleh! Ni bot saya kot"
"Untunglah...orang kaya"
"Tak untung mana pun kalau bini kuat merajuk"
"Bila pulak saya merajuk?"
"Takde eh? Bini lain kot"
"Bini lain?!" Dia dah gelak besar bila aku terkejut nak mati.
"Kata tak kisah, 4 pun layan"
"Fine!" Aku tolak badan dia sikit dan berlalu ke dalam bot. Dia gelak lagi dan tarik tangan aku dan peluk aku erat.
"See? Sorang pun tak mampu nak handle. Macam mana nak kawin ramai. Sorang pun tak boleh nak raih cinta dia macam mana nak kawin ramai. Sorang je yang saya cinta macam mana nak kawin ramai. Malangnya cinta sebelah pihak je"
"Mana ada! Saya cinta awak tahu tak?" Soal aku geram dan dia senyum bahagia. Sengaja je kan? Ish!
"I love u too" ujarnya dan mencium pipi aku lembut. Ceh! Ambil kesempatan punya budak!
"Sayang, come!" Aku gelengkan kepala.
"Come!" Ajaknya lagi dan aku geleng lagi.
"Come baby! Come to papa" erh! Sejak bila aku beranak ni? Mengandung pun belum.
"Siapa sayang? Siapa baby? Ramai bunyi dia..." aku buat muka geram dan dia sengih.
"Adria Johana la cinta hati,baby,sayang,segala sayang cinta la..."
"Poyo!"
"Cepatlah...come! Your hero is here!" Berlagak bak hang.
"Tak nak! Apa yang tak faham ni?"
"Come la! Tak seronok berenang sorang2"
"Orang tak suka berenang la!"
"Cakap suka sejuk"
"Sejuk dan berenang tu jauh matahari dengan pluto!"
"Mula dah perbendaharaan kata dia! Come baby,please" buat muka perasan comel! Tak layan.
"Saya duk hujung sini je"aku masukkan kaki dalam kolam dan perhatikan dia yang berenang mewah. Lantak hang la suamiku.
"Nanti kita pergi negara musim sejuk eh. Tak sabar nak jadikan sayang warmer saya"
"Tak kuasa ok! Setakat nak sejuk masuk dalam peti ais je"
"Ingat saya ni barang masakan ke?" Soalnya geram. Hehehe. Comel!
"Tak ada orang makan buaya sejuk beku"
"Nak sangat ke saya jadi buaya?" Soalnya dengan senyuman nakal. Sudah! Aku angkat punggung untuk lari tapi dia dah tarik kaki aku. Mama!!! Laju dia naik tepi kolam dan terus angkat aku. Sudah!
"Swimming pool takut, bath tub ok kot. Kan syg?"
?????????????????????????????
"Atuk!!!!" Amboi! Sejak ada atuk ni duk panggil dia je.
"Assalamualaikum" siapakah yang memberi salam itu? Aku dan Qiff yang dah sama2 basah pandang belakang.
"Imie!!!" Aku teruja gila dan terus terjun dari dukungan Qiff. Selamaf kau! Aku meluru peluk Imie dan Qiff buat muka bengang.
"Imie! Segerakan urusan. Abang ada kerja nak buat ni" imie dan Qiff balas pandang lalu imie sengih.
"Roger bang! Ni kad kawin saya bang." Imie senyum sampai ke telinga. Aku dah maklum pasal benda ni hanya mampu tumpang gmbira. Wardah pun wardah la. Yang pnting bahagia!
"Congrats bro!" Ucap Qiff dan mereka berpelukan.
"Hujan tak ribut tak,saya sekali basah. Balik dulu bang. Aku balik dulu Riya. Bye!" Imie berlari anak keluar dari rumah kami yang dah lencun macam kena tempias hujan. Ok! Larikan diri! Aku segera larikan diri dari Qiff dan dia boleh layan seronok main kejar2. Penatlah kalau macam ni. Sampai je dalam bilik aku tak tahu nak lari mana lagi, sudah!
"Aryan Zhaqiff!!! Apa dah jadi dengan rumah kamu ni? Hujan tak ribut tak! Lencun habis!" Ha?mama dah mai! Hehehe. Selamat lagi kali ini.
"Awak mandi dulu,saya turun bawah jumpa mama" dia buat muka tak puas hati. Aku senyum dan mencium pipinya.
"Dah,pergi mandi" aku turun ke ruang tamu dan sengih pada mama.
"Apa dah jadi?" Soal mama.
"Erm,tadi dari kolam. Then main kejar2. Jap lagi Riya lap" aku sengih dan garu kepala tak gatal. Mama senyum dan gelengkan kepalanya. "Ni, tiket ke scotland. Honeymoon!" Mama kenyitkan mata dan berjalan pergi. Aku yang blur tak tahu nak buat apa, lompat sorang2. Jom! Beritahu Qiff. Laju langkah aku naik atas dan ketuk pintu blik air.
"Apa?" Soalnya dari dalam.
"Scotland! Honeymoon!"
"Pedia?" Soalnya sambil menjengah kepala sdikit. Aku tayang tiket itu dan dia sengih.
"Winter la sayang!"
"Nice!" Aku tambah teruja.
"Letak tiket tu then datang sini" aku letakkan tiket dan datang semula kepadanya. Laju tangan dia tarik aku masuk ke dalam bilik air. Raja Aryan Zhaqiff!!!
Part 3 ni best tapi kurang tunjukkan rasa terkilan qiff kepada riya dalam diam dalam setiap tingkah laku kasarnya.klu boleh panjangkan lagi luahan qiff saya suka bila qiff tanya riya kenapa buat dia mcm tu.
ReplyDeleteHahaha... tu la kan..mcm tetiba je. Sya pun prasan jgak tpi...sya dgn terpaksa hbiskannya dlm masa sngkat...ad something came up mse tu and, x smpat nak elaborate bnyak. Kna habiskan or hanging mcm tu..sbb tu x pnjang sgt. Sorry awak x dpt nak satisfy awk yer... thanks baca..
DeleteI do like this last part... Four thumbs :)
Delete10 bintang
ReplyDeleteBnyaknyer bntang. . Tq so much awak. .
Deletebesttttt...
ReplyDeleteThanks, really enjoy reading this masterpiece. marvelous!
ReplyDeletecerpen awak tak pernah tak best 😍
ReplyDeleteBest la cerpen ni.... cume ada silap sikit yg pasal 'sir amar' as 'usu amar' tu.... usu amar x leh jadi wali nikah riya, sebab usu amar tu bapa sudara belah ibu.... wali nikah @ wali nasab mesti dari keturunan bapa sahaja... contoh atuk sebelah bapa, abag saudara sebelah bapa(sepupu sebelah bapa), bapa sudara sebelah bapa (abang atau adik ayah si riya)
ReplyDeleteYa betul tu, Allah silap saya ni tak peka.. trima kasih bnyk2 dah tegur. Sya akan tkar. Trima kasih. Sya pun x perasan lgsung ni...
DeleteI love reads your cerpen. keep it up !!! :)
ReplyDeleteHARURI