Wednesday, 11 March 2015

Cerpen : Dialah X (2)

Sebaik tiba di kondonya Raif Arshad terus masuk ke dalam rumah, niatnya untuk berehat di ruang tamu ditunda malah dia aturkan langkah ke bilik air. Mandi lagi baik itulah fikirnya. Bila dia masuk ke bilik air dan mula membasahkan diri, air yang menyiram badannya melunturkan warna perang. Warna perang dari rambutnya yang diwarnakan selama ini. Tahi lalatnya yang berada di bawah telinga sebelah kanan juga dibasuh dan di gosok. Lengannya yang ada corak naga juga dibasuh sehingga bersih. X? tiada lagi,kali ini dia ialah Raif Arshad. Semuanya tentang X berakhir di situ juga. Kenangan dan memori sepanjang beridentiti X juga perlu dilupakan. X,telah mati! Raif terus membersihkan dirinya sepenuhnya dan dia mengambil wudhuk. Setelah selesai dia keluar dan mengenakan kain pelikat bersama baju melayu. Sejadah di hamparkan mengadap kiblat dan bila dia mengangkat takbiratul ihram, dia rasa tenang meresap ke segenap ruang hatinya.

Bila Lis membuka mata dia kini berada di hospital, sebaik dia terjaga orang pertama yang dia cari ialah X. Dia merintih dan menangis bila X tiada di situ. X, betul2 dah pergi jauh darinya dan peluang untuk berjumpa lagi mungkin dah tak ada. Tambahan lagi, nyawa X dalam bahaya.
"Siapa yang bawa saya ke sini?" Soal Lis kepada nurse yang baru sahaja masuk ke dalam wad.
"Uncle" seorang lelaki yg berumur lebih kurang papanya masuk dan tersenyum. Lis langsung tak kenal lelaki yang bahasakan dirinya uncle itu.
"Uncle Irfan. Lawyer papa Lis" Lis diam dan senyum segaris sebagai tanda perkenalan. Dia merendahkan sedikit kepalanya tanda menghormati.
"How are you today? Start from today,you will stay with my family"
"Hurm? Why?"
"For your safety" Lis tersenyum hambar.
"Why? Why there are so many people that wants to sacrifice and help me. And also want to take care of my safety. I can take care of myself!" Lis bersuara serius. Dia dah penat dengan keadaan sekarang. Atau dia sebenarnya kecewa bila tak dapat lagi berada di sisi X.
"Lis, uncle tahu yang Lis dah tempuh saat sukar. Tapi, ni wasiat papa Lis dan dia mintak uncle serahkan diari ni" sebuah diari hitam diserahkan kepada Lis. Lis pandang uncle irfan sekilas dan menyambut huluran itu.
"Uncle faham. Tapi, uncle dah anggap Lis macam anak uncle. Uncle pun tak sangka yg Dato Karim sanggup buat macam tu pada Lis."
"Takpe la uncle. Lis minta maaf berkasar tadi. Lis ikut je mana yang elok" Lis bertenang dan dia rasa lega sedikit. Dia mesti move on! X yang mintak dia move on.
"Baguslah. bila Lis dah ready, papa Lis yang minta Lis handle business dia. Lagipun Lis dah grad kan? 24 tahun dah. Tahun depan, semua harta papa Lis akan jadi milik Lis sepenuhnya."
"Lis tak nak semua tu uncle"
"Bila dah jdi milik Lis. Lis boleh buat apa je dengan harta tu. Lis dah matang dan uncle yakin Lis boleh fikir mana lebih baik. Uncle pergi dulu. Esok uncle jemput Lis. Mesti Aunty Yana dah tak sabar nak jumpa dengan Lis" ceria suara uncle Irfan dan Lis juga boleh ikut sama senyum. Keluarga baru? At least dia tak sorang2 atas dunia ni. Harapnyalah...

"Jemputlah masuk, rumah kami kecil je Lis" pelawa aunty Yana dengan mesra habis. Lis tersenyum dan menyalami tangan tua itu. Setelah semua barangnya di bawa masuk Lis duduk di ruang tamu bersama keluarga Uncle Irfan.
"Terima kasih aunty, sudi izinkan Lis tinggal kat sini" Lis dengan ramah bersuara.
"Panggil Umi je, ni anak2 umi. Dua orang je, yang ni Zara dan yang ni Zaim." Zara dan Zaim tersenyum kepada Lis begitu juga dengan Lis.
"Zara ni dah kawin, boleh la Lis panggil kakak. Zaim ni pulak baru je 21"
"Ya umi." Setelah berborak dan berkenalan Lis dibawa ke biliknya dan setelah itu satu sampul diberikan kepada Lis.
"Pihak hospital cakap, ni barang Lis" hulur uncle Irfan sebelum keluar. Lis pelik dan mengambil sampul itu sebelum duduk di birai katil. Dia membuka sampul itu dan terus terdiam melihat isinya. Air matanya mula mengalir deras dan dia biarkan air matanya terus mengalir keluar.

Lis berjalan di tepi kolam sambil termenung, dah sebulan dan tangannya juga dah baik. Sebulan dia hanya termenung dan teringatkan X dan Dis. Kenapa semua ni terjadi dan kenapa juga jodoh mereka tak kuat? Xiu Min? Nama X rupanya, kenapa dia tinggalkan kepada Lis id nya? Mungkin tu aje kenangan mereka berdua kot. Lis akan tersenyum setiap kali dia terpandang kad itu dan setiap kali juga dia doa agar mereka dapat berjumpa lagi.
"Kak, masuklah, sejuk ni" sapa Zaim adik angkat Lis. Zaim sangat ramah dan sangat penyayang orangnya. Lis selesa bila bersama dalam keluarga ni. Rasanya seperti mempunyai keluarga sendiri. Diari papanya belum bersedia untuk dibuka kerana dia masih lagi merasai kepemergian kedua orang tuanya. Meninggal kerana di bunuh atau kemalangan? Tiada siapa yang tahu kes ni.
"Zaim dari mana?" Soal Lis sambil berjalan beriringan masuk ke dalam rumah bersama Zaim. Lelaki muda yang agak tampan itu tersengih sedikit dan tak menjawab soalan  Lis. Orang muda,kalau dah senyum semedeng tu maksudnya baru lepas jumpa buah hati la tu. Lis tak banyak soal terus membalas sengihan itu dengan senyuman.
"Kak Lis, dont you have anyone special?"
"Ha?" Lis tersentak sedikit dengan soalan itu tapi terus X bermain dalam otaknya. Lis menepis perasaan tu jauh2 dan memikirkan benda lain.
"Ya, besides our family. Someone that special enough to be one of our family" Lis tersenyum lagi bila soalan itu ditanya, macam tahu2 je yang Lis nak jawab keluarga dia sendiri. Lis memeluk tubuh dan menggelengkan kepalanya.
"Serious no?" Soal Zaim tak percaya langsung dengan apa yang dicakapkan Lis.
"Serius" balas Lis lalu berjalan meninggalkan Zaim yang masih lagi tak percaya dan berdiri di sebelah sofa di mana aunty Yana sedang duduk. Entah apa yang menarik sangat dalam tv sampai aunty Yana tak perasankan kehadirannya di situ. Lis tala mata ke skrin tv dan dia tgok entah apa yang menarik sangat tu.
"Penjenayah yang diingini oleh pihak polis ditemui meninggal di cerun di bukit ampang semalam. Mangsa yang dikenali dengan nama Xiu Min Lee atau nama samarannya X dipercayai meninggal kerana ditembak di bahagian kepala. Mayat mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat."
Lis diam sahaja sebaik berita yang baru sahaja disampaikan itu merentap akal warasnya. Air mata Lis terus mengalir di pipi kanannya dan mayat yang diusung polis ke dalam trak di pandang sepi.
"Padan muka! Jahat sangat!" Zaim bersuara puas hati. Aunty Yana pandang teruna dia sekilas sebelum beralih kepada Lis. Aunty Yana terkejut bila melihat Lis yang sudah terduduk di tepi sofa dengan tangisan. Terus aunty Yana mendapatkan Lis.
"Lis, kenapa ni?" Soalnya risau. Zaim turut sama melutut di hadapan Lis sebelum Lis rebah tak sedarkan diri.

Berita sama yang disaksikan oleh Raif buatkan dirinya tersenyum dan merihtih pada masa yang sama.
"Welcome back Raif Arshad!" Dia berkata pada dirinya sendiri dan menguak rambut ke belakang.
"Andai aku boleh hapuskan kenangan ni sama macam aku hapuskan identiti X" terdengar keluhan berat yang dilepaskan oleh Raif. Dia sendiri terpaksa melupakan semua itu kerana dia sendiri tak sanggup untuk lupakan si dia.
"Cinta pertama sampai mati kita bawak dia weh" bahu Raif ditepuk kuat sahabat baiknya, Kai. Raif mengeluh lagi dan Kai tergelak bila melihat keadaan kawannya yang kacau bila kali pertama jatuh cinta. Memang la seronok dia gelakkan orang sebab dia tu tak pernah kena lagi penangan cinta tu. Tunggu je la saat tu.
"Nak tak nak aku kena tinggalkan jugak. X dah mati"
"Apa kata kau pikat dia balik, jadi Raif"
"Tak payah duk bagi idea gila. Aku tak nak la weh. Kalau boleh aku tak nak jumpa dia lagi"
"Apesal pulak?!"
"Aku takut tak mampu nak jadi Raif"
"Dah tu, kau nak biar je"
"Kau tahu kenapa semua ni jadi?" Soal Raif pada Kai yang sedang syok minum milo.
"Sebab tak ada jodoh la. Allah dah atur semuanya" balas Raif bunyi macam redha tapi hanya dia yang tahu perasaan dia yang sebenar.
"Allah dah aturkan pertemuan korang. Dah benihkan rasa cinta dalam hati korang. Mesti ada hikmah!" Balas Kai tak nak kalah.
"Mencintai tak bererti bersatu Kai" jawab Raif pula dan Kai terpaksa mengalah dengan Raif. Kalau berperang mulut dengan Raif bileh sambung dekad depan baru nak habis. Baik dia habiskan sekarang jugak sebelum kisah ni jadi panjang sebab gaduh dengan Raif.
"Lepas ni kau tak nak buat undercover lagi ke?"
"No kot. Aku tak nak la"
"Why?" Soal Kai.
"Dua tahun aku lost identiti sendiri tau. Tak nak lah aku. Dah la jatuh cinta dengan identiti tu, rugi"  kai tergelak bila dengar keluhan Raif. Betul jugak, mungkin sebab tu protokol tak benarkan bercinta sepanjang undercover. Nanti jadi kes lain bertambah rumit. Tambah pulak dengan kes Raif,di mana X dah terkubur sepenuhnya.
"So, welcome and good luck to Raif Arshad! Moga jumpa cinta baru!" Ujar Kai ceria habis. Raif mulanya bersemangat tapi bila dengar cinta baru mood dia down balik.
"No more love. I just love her and i wanna marry her" Raif bersuara sedih. Kai faham perasaan Raif tapi kini Raif hanya mampu berdoa untuk memiliki cinta pertamanya.
"Sedarlah Raif, X is dead!"
"I know, and, my love will end like X. Dont force me to love again"
"Raif,tak payah nak buat jiwang sangat. Jom teman aku makan!" Ajak Kai sambil menggosok perutnya, kalau melayan angin pelik Raif memang kebulur namanya.
"Kat mana?"
"PD! Tepi pantai,boleh cuci mata" Kai angkat kening dan tersengih. Raif ambil bantal dan baling tepat atas muka Kai. Kemudian dia mengekek ketawa bila Kai naik marah.
"Cuci mata tengok apa? Kuning!" Ujar Raif dan ketawa lagi.
"Kau ni kena pergi cuci otak! Siaplah!" Marah Kai tapi Raif langsung tak takut. Dia masuk ke dalam biliknya dan menukar pakaiannya sebelum keluar dari bilik. Mereka berdua beriringan keluar dari kondo. Pelbagai topik yang dicakapkan mereka,termasuk kes yang sedang mereka siasat sekarang ni.

Lis sedang menangis seorang diri di tepi pantai bila mengenangkan arwah Xiu Min. Atau X. ID card X di peluk erat dan dia terus menangis lagi bila teringat kenangan mereka berdua. Dia menarik nafas dalam2 dan bangun dari atas pasir dan berlari tanpa hala tujuan, bila dia berlari dia jatuh lagi bila terlanggar orang dan kuah tom yam tumpah atas kepalanya. Suasana di situ terus senyap dan hanya ada beberapa orang yang sedang tergelak. Gerangan yang dilanggarnya terus menghulurkan bantuan.
"Sorry, cik ok?" Soal orang itu dengan ramah. Lis yang masih lagi menangis angkat muka dan memandang lelaki itu dalam2. Dia terus berdiri dan membuang sisa tomyam yang membasahi badannya.
"Miss,are you ok?" Soal lelaki yang sama dan Lis hanya diam. Malang sungguh nasib dia. Tiba2 ada seorang lelaki yang datang dan balutkan diri Lis dengan jaket kulit dari belakang. Lis tersentak dan dia berpaling ke belakang untuk melihat orang yang membantunya,terus dia terduduk balik bila melihat raut wajah itu.
"Kau ni Kai! Hati2 lah sikit" marah lelaki yang menolongnya kapada Kai. Kai meminta maaf lagi dan dia terus menyuakan sapu tangan kepada Lis. Kawan Kai terus melutut dan mengesat wajah Lis yang disirami tom yam itu. Senyuman diberikan dan tanpa Lis sedari dia terus memeluk lelaki di depannya itu dan mulutnya menyebut satu nama.
"X..."
"Bila pulak saya jadi ex cik ni. Cik ok tak?" Soal lelaki itu selamba habis dan Lis terus lepaskan pelukannya. Dia kembali kepada asal dan bila dia pandang lelaki yang langsung tak kenal dia,dia menjauhkan diri sedikit. Dia pandang leher lelaki itu di bahagian kanan bawah telinga, tak ada tahi lalat. Dan bibir ini merah gila, bukan bibir penghisap rokok, senyuman juga lain. Lis pandang tangan,tiada tatu. Lis pandang rambut, pendek, kemas dan hitam. Anak mata? Hazel bukan coklat perang.
'Sah! Bukan X. Mungkin orang hampir sama' Lis mengesat air matanya dan berdiri serta menjauhi dua lelaki itu.
"Maafkan saya" pinta Lis dan terus berlari pergi dari situ. Kai dan lelaki itu sama2 terdiam. Sebaik Lis hilang pada pandangan mereka lelaki yang selamatkannya pula terduduk rebah dengan lemah.
"Kau kenapa ni Raif?" Soal Kai lalu memegang kedua bahu Raif. Menggeletar tangan Raif bila menyentuh bahu Kai.
"Assyifa Qalisya..." ujar Raif lemah dan Kai turut sama terdiam. Kai ternampak sesuatu di hujung kaki Raif lalu mengambilnya. Raif mengambil kad itu dan dia terus berdiri,bila dia atur langkah untuk mengejar Lis , Kai terlebih dahulu menghalang.
"Kai, aku..."
"Kau bukan lagi X!" Tegas Kai dan Raif terdiam di situ. Dia meramas kad itu dan mengeluh. Terus dia atur langkah ke tepi pantai dan dia menjerit kuat pada lautan yang luas.
"Ya Allah!" Sebut Raif sekali dan dia terduduk serta mohon agar dia tenang. Kai hanya mampu diamkan diri di situ. Kasihan pada Raif, tapi dia terfikir sesuatu, setelah sebulan dan setelah kematian X. Kenapa Allah temukan mereka lagi?

Lis bersiap untuk ke tempat kerja, dah dua minggu selepas kejadian di pantai tempoh hari Lis bertekad untuk bangun dan jalani kehidupan seperti biasa. Biarkan X pergi dan dia akan move on sama macam X mintak. Kadang2 lelaki yang menolongnya menyebabkan dia teringat pada X tapi pada masa yang sama dia sedar, tak kisah berapa juta orang yang mirip dengan X, orang itu pastinya bukan X. Jaket lelaki yang menolongnya dipandang dan dia terfikir cara untuk pulangkan balik. Mana dia nak cari dia sendiri tak tahu.
"Ok X! Lets move on!" Lis bersuara ceria dan dia mencari ID card X dalam beg tgannya tapi tak jumpa. Kalut dia mencari dan dah puas dia fikir mana dia letak. Lis berlari turun ke ruang tamu dan mencari segenap sudut.
"Lis? Nak ke mana?cari apa?" Soal aunty Yana bila melihat Lis dah cantik dengan baju kurung serta kelam kabut cari sesuatu.
"Lis nak pergi kerja umi. Lis cari kad" Lis masih lagi sibuk dengan urusannya dan aunty Yana turun ke ruang tamu.
"Semalam umi dah kemas ruang tamu. Tak ada jumpa apa2 pun" jawab aunty Yana dan Lis mengeluh. Dia perah otak lagi untuk mencari tapi dia dah lewat ke pejabat. Nanti semua orang duk tunggu dia kat pejabat. Uncle Irfan dah gerak dulu. Dia perlu handle kepala syarikat kat PD ni, dah nama pun perkapalan,memang N.9 la tempatnya.
"Betul ke Lis dah ready nak masuk ofis?" Aunty Yana memeluk bahu Lis. Lis berhenti mencari dan tersenyum lalu memeluk aunty Yana erat.
"Dah! Ni amanah papa."
"Umi bangga dengan Lis" Lis senyum dan cium pipi aunty Yana.
"Lis pergi dulu" Lis salami tangan dan mengambil beg tangannya lalu beredar.

"Kenalkan, anak perempuan Dato Haris. Assyifa Qalisya, CEO baru kita jadi, mohon semua boleh beri kerja sama" uncle Irfan perkenalkan Lis dan semua orang senyum memandang Lis ya g sedang senyum kepada mereka.
"Saya sangatlah tak layak untuk jawatan ini dengan usia muda serta tak ada pengalaman ni. Tapi, saya akan buat terbaik untuk amanah arwah papa dan terbaik untuk kebaikan kita semua. Sila beri tunjuk ajar dan bantu saya. Tegur salah silap saya. Moga, kita dapat jadi keluarga besar" ceria Lis memulakan perkenalan mereka semua dan semua orang tersenyum dan angguk faham. Setelah semua orang bersalam dengan Lis,satu persatu Lis bertanya nama dan umur mereka. Bila berjabat dengan orang lebih berusia Lis tak segan untuk mencium tangan itu. Sehingga para pekerjanya segan dan serba salah.
"Panggil saya Lis, kalau kekok dan nak formal, boleh panggil Cik Lis. Saya, single and available lagi" Lis berseloroh ceria sebelum beredar dan semua orabg tergelak senang. Bila Lis hilang dari pandangan pekerjanya terus mereka berbual sama sendiri. Dan majoriti suka betul dengan CEO baru mereka.

Lis yang terlajak kerja sehingga lupa nak makan. SU nya, Ann masuk ke biliknya. Dengan senyuman Lis, Ann terasa hatinya lapang kerana dia tiada sewaktu sesi suai kenal tadi.
"Saya minta maaf,saya ada urusan tadi" pinta Ann ramah dan Lis terus bangun dari kerusinya dan hulurkan salam perkenalan. Serba salah gadis itu untuk menyambut huluran itu. Tapi,dia tetap juga sambut dan senyum segaris.
"Ann Aishah kan? Saya Assyifa Qalisya, boleh panggil Lis je."
"Cik Lis tahu nama saya?" Soalnya lagi segan.
"Mestilah, saya dah kenal half pekerja kat sini. Awak, penting untuk saya" Lis jawab ceria.
"Ya? Maafkan saya"
"Kenapa nak minta maaf pulak? Duduk. Saya nak discuss sikit" terus Ann ambil tempat duduk di depan Lis.
"Saya thu kita sebaya dan saya tahu awak juga baru je kerja 1 tahun kat sini. Saya mungkin akan menyusahkan awak sedikit. Saya nak minta tolong awak sikit" ujar Lis. Ann pasang telinga dan membuka nota peribadinya untuk menulis arahan Lis.
"Apa je cik Lis. Saya akan lakukan sebaik mungkin"
"Saya nak awak jdi PA sya. Means, awak kena ready 24hours untuk saya. Jadual saya untuk luar waktu pejabat pun awak kena handle untuk saya. Saya akan up kan gaji, boleh?"
"Saya tahu awak tak ada lesen, so do i. So, kita akan ambil lesen sama2. Full payment from office. How?" Soal Lis pada Ann. Ann yang masih lagi tak percaya hanya mampu ternganga sebelum dia mengangguk setuju. Lis tersenyum ceria bila cadangannya di persetujui.
"Ok! Kelas kita mula esok! Kita akan sembang lagi tentang jadual luar waktu kerja saya nanti. Ok! Hopefully we gonna have fun" Lis bersuara ceria lagi dan Ann turut sama ceria dengan kerja barunya itu.

Sebaik langkah kaki kanan Raif masuk ke dalam cafe semua mata dah memandangnya, dia memang digilai ramai polis perempuan dan beberapa pegawai minta untuk menjadi orang bawahannya tapi tak seorang pun perempuan yang lepas. Hanya lelaki sahaja tapi itu semua tak mematahkan semangat mereka untuk pikat Raif. Sejak Raif ditugaskan ke Negeri 9 memang namanya menjadi topik hangat pegawai perempuan malah dengan pangkatnya yang tinggi memang hot! Raif deperti biasa berdua dengan Kai rakan sejawatnya yang berkongsi pangkat yang sama sedang berborak senang.
Sejak hadirnya Raif pelik, bila balai polis dah jadi macam taman bunga,setiap pagi pasti ada beberapa jambangan bunga atas meja Raif dan Raif dengan sifat ramahnya dan murah hati sedekahkan kepada anak buahnya yang lain.
"Kau ada terfikir tak? Kenapa kau dengan Lis jumpa lgi?" Soalan Kai buatkan Raif berhenti minum kopinya.
"Allah nak uji aku la tu. Tapi, dia dah bertambah kurus. Tangan dia dah baik dan dia masih lagi tak boleh lupakan X" Raif bercerita dengan nada sedih.
"X tu kau jugak."
"Hurm, tapi aku tahu. Dia tahu yang aku bukan X. Aku sempat pandang mata dia pandang lengan aku, leher aku, dan, mulut aku" Raif bersuara lalu tergelak senang. Comel bila dia ingat balik yang Lis dah analisa seluruh tubuhnya. Memang jauh sekali debgan X walaupun dia dan X adalah orang yang sama.
"Pehal nak tengok mulut kau?" Soal Kai buat muka jijik dan Raif gelak lagi.
"Depan dia aku buat2 merokok dan aku pakai lipstick sikit, nak bagi nampk gelap. Lengan aku kan ada tatu dulu, tahi lalat pun aku buang. Yang penting, X, tak sebersih ni bila dipandang" Kai mencebik bila mendengar Raif berkata begitu dan Kai mengakui, bila Raif jadi X memang nampak jahat dan gangsternya tapi bila dah jadi Raif, terserlah tampan dan kemas.
"Kau nak buat apa?" Soal Kai lagi. Pada Kai tak salah kalau Raif nak mendapatkan Lis balik dengan guna nama Raif. Lagipun, X dah mati.
"Aku nak istikharah, dan , kalau aku jumpa lagi dengan Lis. Aku nak dapatkan cinta dia balik. As Raif Arshad! I will make she just see me and no more X"
"Kau sure?"
"Yup! Kau yang suggest kan? Kau rasa macam mana?" Soal Raif pula.
"Ok! Teringin jugak aku nak tengok kayu macam kau ni ushar awek" Raif tampar kuat bahu Kai. Dia memang agak anti dengan perempuan tapi tak bermaksud dia tak pandai nak mengayat. Tapi, dia memang lebih pandai mereject daripada mengayat perempuan ni. Raif tersenyum segaris bila teringat senyuman Lis. Senyuman Lis memang buatkan dia rasa lain macam. Buat dia rasa ceria sama.

Bila dah mula kerja memang perkataan pertama yang wajib sebut ialah, penat. Itulah yang bersarang dalam otak Lis, tambahan pula dengan ID card X yang masih hilang buatkan dia agak kurang bersemangat tapi dia logikkan akal dan yakin,semua itu adalah ketentuan Allah.
"Cik Lis, petang ni ada kelas martial art. Nak tunda ke?" Soal Ann bila melihat keadaan Lis yang terlalu penat.
"Saya ok je, kenapa nak tunda pulak. Pukul berapa?" Soal Lis pula. Tangannya sibuk dengan fon.
"5 sampai 6"
"Good!" Lis senyum dan palingkan wajah ke sekitar cafe. Dia masih lagi menunggu clientnya yang tak kunjung jua. Kemudian dia terpandang lelaki yang mirip dengan X lagi sekali, Raif la orangnya. Seperti biasa Lis akan berdebar tapi bila akal warasnya bersuara debarannya kian surut. Lelaki itu bukanlah X. Lis pandang Raif dari pintu masuk sehingga ke tempat duduk. Lis teringatkan jaket lelaki itu yang dia bawak lari.
"Ann, saya nak jumpa kawan kejap" Lis terus angkat punggung dan berjalan ke meja Raif yang sedang cantik termenung. Entah apa yang Raif menungkan hanya dia yang tahu. Lis memberi salam dan menunggu respon dari Raif. Raif menjawab salam dan matanya jatuh pada wajah Lis. Terkejut dia hanya Allah yang tahu,tapi dia biasakan diri dan berlagak selamba macam tak kenal langsung Lis.
"Saya nak nasi goreng kampung dan jus epal hijau" itu yang keluar dari mulut Raif bila terkejut sangat. Kini, Lis pula yabg tayang muka terkejut. Entah sejak bila dia kerja di situ Lis sendiri keliru.
"Excuse me" Lis berdehem dan minta Raif pandangnya betul2. Gaya dia langsung tak menunjukkan yang dia ni pelayan restoren kot. Pakaian dia pun dah lain dari yang lain.
"Nasi goreng kampung dan jus epal hijau" Raif ulang lagi dan entah kenapa Lis rasa level darah dia naik tiba2. Tiba2 je dia rasa geram dengan respon Raif yang buat tak endah je dengan dia yamg menegur dengan baik tadi.
"Saya bukan pelayan" Lis bersuara rendah,dia tak nak naik darah tanpa sebab. Raif menjungkit kening sebelah dan pandang Lis. Dia tenung Lis atas bawah sebelum tersenyum sedikit.
"What are you looking and smiling at?" Soal Lis agak tinggi suaranya berbanding tadi.
"Sorry,saya tak pandai cakap omputeh" Lis mengeluh dan berkerut sedikit.
"Encik tak ingat saya?" Soal Lis bila dia sedar yang tujuan asal dia hanya berniat untuk pulangkan jaket lelaki itu.
"Siapa cik ni? Dan,atas sebab apa saua perlu ingat cik?" Soal Raif balik dan Lis tak suka dengan jawapan poyo Raif. Lis ketap bibir agak geram dan dia berfikir ayat yang lebih sesuai untuk bercakap dengan Raif.
"Saya perempuan yang accident dengan kawan awak di PD. Di restoren, jaket awak masih lagi dengan saya" maklum Lis bersungguh dan Raif berpura pura berfikir sejenak. Lama dia berdiam diri dan menggaru dagunya sebelum menjawab soalan Lis.
"Maafkan saya,saya tak ingat" jawapan Raif memang kecewakan Lis habis. Lis pun dah malas nak tebalkan muka depan lelaki yang entah siapa padanya. Lis pamit dan terus angkat kaki untuk beredar.
"Oh,yang mandi tom yam tu ke?" Soal Raif dan dia gelak senang. Lis pulak dah naik angin betul bila Raif gelakkan dia sakan.
"Bukan! Saya silap orang!" Lis dah naik angin dan dia terus beredar dari situ.
'Sah! Dia bukan X!' Bentak hati Lis dan terus menonong ke mejanya dengan perasaan sebal.
"Bencinya!" Marah Lis dan menolak cawan di atas meja.
"Kenapa ni Cik lis?" Soal Ann pelik bila angin Lis bertukar macam tu je.
"Tak ada apa. Saya not in mood la nak tunggu lagi. Call, cakap kita nak tunda" Ann angguk faham dan pada masa yang sama Lis terus angkat pungung dan beredar dari situ. Sempat dia pandang tempat duduk Raif dan lelaki itu langsung tak pandangnya balik.
'Tak pernah kenal Lis yang cepat marah ni. Comel' bisik hati Raif bila dia curi pandang muka masam Lis. Raif bersandar pada kerusi dan senyum lagi, kali ini dia yakin yang dia boleh dapatkan Lis. Takdir merapatkan mereka berdua. Pertemuan demi pertemuan membawa keyakinan yang kepada satu jalan iaitu. Jodoh.

Lis sedang leka melintas tanpa melihat kiri dan kanan dan tanpa dapat dia elak,sebuah motorsikal melanggarnya sehingga dia jatuh terbaring di tepi jalan, tapi nasib dia baik kerana motor itu hanya dipandu perlahan, penunggang motorsikal itu terus memecut pergi sebaik sahaja melanggar Lis. Orang ramai datang untuk membantu Lis yang terbaring tanpa sedarkan diri di situ.
Sebaik Lis dihantar ke hospital keluarga Uncle Irfan datang ke hospital.
"Pssakit hanya terkejut,tak perlu risaukan apa2" maklum doc di situ dan mereka angguk faham.
"Maafkan saya En. Irfan. Cik Lis cakap dia nak pergi beli barang dan minta saya tunggu dalam kereta je" pinta Ann rasa bersalah.
"Bukan salah awak, alhamdulilah, Lis ok" balas Uncle Irfan dan Ann lega sedikit.
"Macam mna boleh kena langgar cik Ann?" Soal Zaim bila yang lain dah masuk ke dalam wad. Ann pandang Zaim dan dia menggelengkan kepala. Dia sendiri tak perasan ada motorsikal di belakang Lis masa itu.
"Tapi, Zaim jangan cakap kat en.Irfan. cik lis tak nak orang lain tahu pasal ni"
"Pasal apa?" Soal Zaim risau.
"Kami selalu je rasa macam ada orang ikut kmi. Tak sure kalau sebab kami terlalu takut" cerita Ann dan Zaim angguk faham. Dia perasan ada kereta hitam selalu ada depan rumah kalau Lis ada di rumah dan dia tak pasti sebab itu.
"Zaim dah agak, kereta hitam kan?" "Mana En. Zaim tahu?"
"Kereta tu selalu ada depan rumah Zaim. Zaim risau la" ujar Zaim pula. Ann turut sama risau dan mereka termenung fikirkan masalah ini sama2. Sekarang ni bukan siapa yang perlu disyaki tapi, keselamatan Lis. Itu yang lebih utama.
"Zaim kena cakap kat ayah, ni pasal keselamatan Kak Lis"
"Tapi, nanti cik Lis marah"
"Sokay, zaim settle bnda ni" zaim buat kata putus dan terus masuk ke dalam wad sama. Lis dah sedar dan macam biasa Lis akan tersenyum bila melihat semua orang yang dia sayang ada disisinya. Ann turut sama melangkah masuk dan berdiri di hujung katil. Rasa bersalah bila tak menjaga majikannya yang terlalu baik pada dia.

"I've told you to kill her!" Jerkah Samuel kepada lelaki yang melanggar Lis tadi. Lelaki itu membetulkan duduknya dan rambutnya sebelum menjawab.
"She didnt do anything wrong dad, i cant kill her just like that"
"Carl! It is hard? Just hit her!"
"Dad, i cant kill people. It is wrong!" Tegas Carl pula. Dia memang tak setuju dengan cara dad dia. Memang dad dia gangster dan suka membunuh sana sini, tapi, itu bukan dia dan dia langsung tak berminat debgan bisnes kotor dad dia.
"I give you everything! Why dont you do this small matter to me?!"
"I have told you since i was young. I dont want to involve with your business and i want to live my own life with my own way" kali pertama Carl melawan kata2 Samuel dan Samuel memang terkenal dengan panas baran terus mencengkam kolar baju carl. Carl takut tapi dia tak nak buat semua tu.
"She should die! Your mom dead because of her and your stupid father!" Terus badan Carl ditolak jatuh ke lantai. Carl hanya diam di situ. Walaupun dia tahu yang perempuan yang dia perlu bunuh itu bukan sesiapa padanya tapi dia tak sanggup. Dia juga tahu perempuan itu dan maknya yang menyebabkan kematian mamanya. Dan ayahnya? Kejam kerana menduakan maknya. Setiap kali Carl melihat wajah mulus perempuan yang perlu dia bunuh, dia bukan rasa kebencian tapi lebih kepada simpati dan memang dia tak terlintas langsung untuk membunuh.
"She killed your mom!" Jerkah Samuel lagi.
"We must get whats belong to you. She doesnt deserve even a cent of the wealth. She is no one!"
"Dad, we can get the wealth without kill any one. And,i dont want the wealth too. We have enough dad"
"Why dont you just listen to me and do what i have planned. She must die because she killed your mom!"
"All of it is fate!" Terus pipi kanan Carl ditumbuk sehingga dia terbaring di lantai. Semua orang dalam rumah itu terkejut bila melihat Samuel buat kali pertamanya berkasar dengan Carl. Selama ini memang Carl tak dilayan seperti seorang anak tapi Carl tak pernah dipukul atau dilayan dengan kasar. Malah,segala aktiviti yang Carl minat tak pernah dihalang.
Carl yabg terasa perit dibibirnya mengesat bibirnya, darah. Carl mengaduh pedih tapi dia tetap berdiam diri dan menunggu butir bicara Samuel selanjutnya. Ikhlas dalam hati dia sangat takut, Samuel bukanlah seorang ayah yang lembut dan penyayang.
"Just kill her!"
"I dont want to!" Carl terus bangun dan berlari keluar dari rumah. Keretanya dipandu laju memecah kesunyian malam di PD. Selama setahun dia berada di Malaysia, dia tak sangka yabg dia akan dipaksa uutuk membunuh. Dia lebih rela berada di US walaupun sunyi, at least dia tak dipaksa untuk menjadi pembunuh. Patutlah dia dipaksa belajar martial art dan menembak,untuk dendam yang satu ini rupanya. Carl terus memecut pergi tanpa tujuan, dia sendiri tak pasti dia hendak ke mana dan harus ke mana. Akhirnya dia ditahan oleh polis kerana memandu secara berbahaya malah dia turut di bawa ke balai.
"I dont have any family here! Dont you understand that?!" Tinggi suara Carl memarahi anggota polis yang menahannya. Datanglah seorang pegawai perempuan yang boleh dikatakan sebagai ketua unit disitu.
"Kau ni mabuk ke apa?" Soal pegawai itu dan duduk di hadapan Carl yang masih lagi bengang. Wajah pegawai itu dipandang dengan tajam.
"Why? Tak faham bahasa melayu?" Soal pegawai itu lagi sinis. Semua mata dah pandang mereka berdua, semua orang dah jelas sangat perangai ketua mereka,kalau bab lelaki, mabuk or what je la,memang ketua mereka tak bagi can langsung.
"Who the hell are you?!" Soal Carl kasar. Pegawai itu ketawa mengejek.
"Ni kawasan aku tau. Tak boleh cakap elok2 sikit?" Soal pegawai itu lagi. Mata Carl jatuh kepada nametag yang tersarung kemas di tudung pegawai itu. Raina Aisya.
"What do you want from me?" Soalnya lagi, kali ini dah tak berkasar malah dia mula rendahkan suaranya. Carl pun dah penat nak gaduh, gaduh dengan Samuel tadi pun buat dia penat. Pedih bibirnya juga masih terasa.
"Kau tahu tak yang kau dah buat kesalahan?"
"I'm sorry. I didnt mean to."
"Senangnya kau cakap. JK, test budak ni, mana thu mabuk ke dadah ke" arah Aisya dan JK angguk faham. Carl berkerut nak protes tapi dia tahu, tak ada apa yang dia boleh buat sekarang ni. Setelah keputusan selesai Carl dibawa ke balai lagi.
"Negative puan!" Maklum JK dan Aisya berkerut sikit.
"I ve never take that things. Even drug or alcohol. I didnt ever touch that thing"  tegas Carl dan dia mula rasa malas nak melayan. Aisya pandang Carl yang mukanya lebam dengan agak teruk.
"Kau gaduh ke?" Soal Aisya lagi.
"I dont know that police is really busy body"
"Pedia? Ni siasatan! Tahu tak?"
"Just give me the sue, and i will pay it as fast as i can" Maklum Carl lagi. Aisya pandang JK dan termenung seketika. JK dipanggil Aisya untuk berbincang.
"Keluarkan saman je kan? Tak perlu tahan dia kan?" Soal aisya dan JK angguk setuju.
"Ok! Settle la. Boleh gila aku duk sini" maklum Aisya dan berlalu pergi ke biliknya. Carl pandang Aisya yang berjalan di depannya macam tak kenal Carl langsung. Gari di tangan Carl dibuka dan setelah saman dikeluarkan Carl dibenarkan pergi.
Carl pula tak terus pergi malah tidur di dalam keretanya. Dia sendiri tak tahu nak pergi mana dan buat apa sekarang ni. Balik rumah dad dia memang bukan pilihan dia langsung. Akhirnya Carl terlelap dalam keretanya di depan balai polis.
Aisya yang dah selesai tugasnya bersedia untuk balik tapi dia perasan kereta Carl masih ada di situ. Dia mendekati kereta itu dan mengetuk tingkap kereta Carl tapi tak menyahut.

"Dah mati ke apa?" Soal aisya sendiri dan cuba lagi, bahaya jugak dibuatnya Carl pasang air cond dan tidur dalam kereta macam tu je. Setelah jenuh Aisya ketuk akhirnya Carl tersedar. Cermin diturunkan dan Carl pandang Aisya dengan muka mamai. Entah kenapa Aisya agak terkejut dan dia letakkan tangan di dadanya, memang berdebar tahap petala. Aisya berdehem dan memandang Carl.
"Sini bukan parking lot. Sila beredar" dengan agak tak sopan Aisya menghalau dan Carl terus keluar dari keretanya dan bersandar pada keretanya.
"If i just sleep here it is wrong?" Soal Carl serba salah. Dahi Aisya berkerut dan dia pandang kereta Carl. Bukan main lawa lagi kereta Carl,takkan tak ada rumah.
'Lari dari rumah ke?dah tua pun tak matang lagi?' Soal Aisya dalam hati.
"Rumah kau mana?" Soal Aisya kasar.
"I dont have one."
"Kat sini satu tempat je boleh tidur" jawab Aisya pula,Carl dah rasa agak tenang bila Aisya cakap macam tu.
"Where?" Soalnya ceria.
"Lokap" jawab Aisya selamba tanpa rasa bersalah langsung dan dahi Carl berkerut.
"Jail?" Soalnya pula dan lagi sekali Aisya angguk selamba.
"Ok, i can sleep there" jawab Carl yakin dan turn Aisya ternanga. Takkanlah tak pasal2 nak sumbat orang dalam lokap pulak. Lainlah kalau Carl ni penjenayah je apa.
"Gila ke? Tak pernah ada orang rela tidur dalam tu"
"Im willing to. I really dont have any place to go" Carl bersuara sedih dan hampir merayu. Aisya ni walaupun kasar tapi hati dia lembut bak hang.
"Hotel" jawab Aisya ringkas.
"As you can see,in my wallet, not even a cent was there" Aisya diam lagi, dia dah tgok ID Carl dalam dompet tadi. Dan sebab apa dia cakap melayu dengan Carl ialah, namanya melayu dan beragama islam lagi.
"Aku sedekahkan dekat kau, jap" Aisya mencari beg duitnya tapi tak jumpa. Puas dia cari tapi tak jumpa, kemudian dia tepuk dahi. Lupa la tu takde benda lain lagi dah. Aisya jadi serba salah dengan Carl sekarang ni.
"Banyak kad dalam beg kau tu. Takkan satu pun tak boleh guna?"
"Blocked"
"Kau ni lari dari rumah ke?" Soal Aisya geram. Tiba2 je dia rasa nak naik suara dengan lelaki depan dia ni. Mereka sebaya dan Aisya tahu itu, entah kenapa dia rasa macam budak2 je si Carl tu.
"No, my dad, he...." Carl serba salah nak buka mulut dan aisya juga tak berniat untuk tahu atau ambil tahu tepi kain orang lain.
"Tak pe. Kau tak boleh tidur sini" maklum Aisya pula.
"Where i can sleep for tonight? Is it fine if i just sleep anywhere? Like park or bus station?" Mulut Aisya ternganga lagi.
"Kau ni buat drama sedih la pulak. Ingat bersamamu ke? Kau ikut aku balik." Akhirnya Aisya beri kata putus. Carl pula tak sangka yang Aisya akan pelawanya sampai macam tu sekali.
"Your house?" Soal Carl nak kepastian.
"Tak, rumah mak bapak aku. Naik kereta aku je" Aisya menggaru dagunya, rasa pelik bila tiba2 baik dengan orang tak kenal. Dah muka Carl tu sadis sangat kot,mungkin sebab tu Aisya tak sampai hati nak biarkan Carl tidur tepi jalan je.

Sebaik masuk ke dalam rumah, seawal 2 pagi Aisya kejutkan papa dan mamanya, maklumlah bawak orang balik rumah, dah la lelaki pulak tu. Datuk Hamdan dan Datin Maria pelik bila anak daranya bawa balik kawan, lelaki, pagi buta pulak tu. Entah orang tua mana yang tak rasa pelik.
"Ma, pa, ni kawan Cha. Cha terjumpa tadi. Dia ada prob dengan family dia, and dia tak thu nak pergi mana. Dia tak ada duit nak tidur hotel, Cha nak bagi duit tapi purse Cha tertinggal.."
belum sempat Aisya habiskan ayatnya cepat2 Papanya potong
"Cha nak mintak izin dia tidur sini ke?" Soal papanya. Cha sengih sedikit dan angguk. Punyalah panjang karangan yang dia cipta, tu je yang dia nak cakap sebenarnya.
"Boleh?" Soal Aisya berharap.
"Boleh,bilik tetamu kan ada. Lagipun kawan Cha kan?" Ujar mamanya. Aisya sengih sendiri dan sejak bila mereka berkawan Aisya sendiri tak tahu. Carl banyak menundukkan wajah dan angkat muka untuk senyum je.
"I'm sorry for waking up both of you  very early in the morning" pinta Carl sopan dan orang tua Aisya terkejut sikit.
"Mat saleh ke?" Soal papanya. Aisya garu kepala dan pandang Carl yang menggelengkan kepala. Dia bukanlah orang putih. Half je.
"Yang kau cakap omputeh tu pasal apa? Cakap melayu je la." Bisik Aisya geram pada Carl. Apa salahnya kalau cakap melayu.
"I'm malaysian and i'm malay too. But, my malay is worst and bad. I just used to use english because, i left Malaysia for 23 years." Terang Carl segan kerana tak mampu berbicara bahasa sendiri dengan baik. Aisya yang tadinya duk syok kutuk Carl dalam hati diam sekejap dan dia faham kenapa.
"It's ok. We can understand english well, but not really if you have the accent" seloroh papa Aisya dan dia tergelak kecil. Carl senyum segaris dan angguk faham.
"But, i can understand malays well. I have a few friends that used malays but i cant speak to them. I just listen them talk to each other. Not to me"
"Ya ke? Senang la uncle cakap melayu je la. Tak biasa la nak cakap omputeh ni."
"It's ok. I like it."
"Dah nak pkul 3 ni. Nama apa?" Soal papa Aisya dan Aisya hampir tergelak.
"Pa,dah habis interview baru nak tanya nama?" Aisya tergelak senang.
"Dah Cha tak cakap"
"Saya Carl." Balas Carl sopan. Wah,dah bersaya dan memang agak lain mcaam sikit bunyi dia. Tapi bagus untuk Carl. Aisya pun baru je tahu panggilan lelaki itu.
"Carl or Qal? Boleh aunty panggil Qal je?" Soal Datin Maria pula. Carl tersenyum manis dan angguk. Bunyi nak sama je pun.
"Cha, rawat luka Qal dulu. Nanti tunjukkan bilik dia. Papa nak naik rehat" Aisya angguk faham dan hantar orabg tuanya dengan mata. Aisya ambil first aid dan melutut di depan Carl. Carl mulanya terkejut tapi bila tengok lagak selamba Aisya dia biarkan je. Tangan Aisya mula membersihkan luka di pipi kanan Carl dan Carl langsung tak mengaduh sakit atau pedih. Setelah selesai plaster ditampalkan dengan lembut.
"Dah! Jom, saya tunjuk bilik awak" Carl terdiam lagi, bila Aisya mula bersuara tidak sekasar tadi dan watak Aisya juga agak lembut sekarang.
"Ni bilik awak. Rehat key?" Aisya senyum segaris dan berjalan pergi tapi Carl memanggilnya.
"Cha!" Aisya diam sejenak bila Carl panggil namanya sedemikian.
"Sorry, but, can we really be a friend?" Soalan Carl membuatkan Aisya senyum lagi.
"Ok! Keluarga saya je panggil saya Cha. Orang lain panggil Aisya"
"Oh? Pardon me"
"Takpe. Ok je, panggil je la Cha pun saya tak kisah, Carl"
"Which one you like, Carl or Qal?" Soalnya pada Aisya.
"Qal! Tapi,kalau awak buat saya geram, saya panggil awak Carl" Aisya senyum lagi dan terus berlari naik tangga. Carl tersenyum dan menutup pintu biliknya.

Air mata Lis terus menitis tanpa henti bila semua kisah benar mula terungkap. Diari papanya dipeluk erat. Kenapa dan mengapa semuanya mula terjawab kini. Dia, dah faham maksud pesanan terakhir papanya, 'cari dia' dia itu rupanya abang kandungnya sendiri, Asyfaq Qalish. Mamanya bukan meninggal kerana kemalangan tetapi kerana melahirkannya dan abangnya dibawa lari oleh Samuel, adik Samantha iaitu mamanya. Samuel membenci Papanya kerana adiknya meninggal.

Samuel dah salah faham yang Haris telah menduakan Samantha dan menyebabkan Samantha meninggal kerana sakit dan sedih. Sedangkan Samantha menghidapi kanser dan kandungannya sepatutnya digugurkan, tapi, dia meneruskan kandungan dan akhirnya dia meninggal. Tanpa sempat Haris ceritakan hal sebenar Samuel dah bawa lari Qalish dan mengugut akan membunuh Qalish sekiranya Haris melaporkan kepada polis.

"Papa, mama, Lis akan cari Abang" tekad Lis dan terus dengan linangan air matanya.
"Cik Lis, kenapa ni?" Soal Ann terkejut bila masuk ke pejabat Lis. Lis terus memeluk Ann erat dan melepaskan rasa sedihnya. Ann cuba untuk menenangkan Lis dan membiarkan dirinya dipeluk erat.
"Saya ada abang Ann. Saya nak cari dia"
"Kita akan cari dia sama2 ok."
"Ok" Lis lega dan dia tersenyum lagi. Dia tak sendiri atas dunia ni rupanya.

Sebaik tiba di balai polis terus ada beberapa lelaki memegang Carl dan menariknya masuk ke dalam kereta. Puas Carl bergelut untuk lepaskan diri tapi tak berjaya.
"Let me go!" Carl cuba untuk lepaskan diri lagi tapi memang bukan dayanya untuk melawan leleki berempat itu. Aisya yang baru saja keluar dari balai tak sempat buat apa2 dan hanya melihat Carl dibawa pergi tanpa rela. Tapi,ada seorang lelaki yang datang untuk mengambil kereta Carl dihalang oleh Aisya.
"Kau ni siapa?" Soal Aisya kasar.
"What?!" Soal lelaki sasa itu lagi kasar. Aisya rasa lelaki itu tak faham apa yang Aisya cakapkan.
"Who are you and why you do that to Carl?"
"He is my boss's son. His father ask me to bring him home" jawab lelaki itu dan Aisya hanya diam mendengar. Tak ada apa yang dia boleh buat, lagipun dia belum sempat nak tahu no telefon Carl.

"Where have you been?" Soal Samuel lalu menolak kasar tubuh Carl sehingga terduduk di sofa. Carl menahan sakit bila pipinya dicengkam kuat, dia tak melawan bukan kerana takut tapi kerana hormatkan lelaki yang dia dah anggap macam ayahnya sendiri.
"Dad,you never hurt me before" sayu dan sedih suara Carl meminta simpati dari Samuel. Samuel tersentak dan melarikan tangannya dari pipi Carl. Darah dari luka semalam keluar lagi. Carl menahan pedihnya. Samuel yang masih lagi bengang tinggalkan Carl seorang diri di situ, konco2 nya yang lain turut sama keluar dan pada masa yang sama pengasuhnya terus meluru ke arahnya dan mengesat darah yang keluar dari bibirnya.
"Mom, i'm fine" Carl tersenyum sedikit dan pengasuhnya mengalirkan air matanya.
"Mom,please... i'm totally fine" air mata itu segera disapu dengan tangannya.
"He never hurts you before, why he punched you?"
"Mom, you always teach me to be a good person. How can i be a murder"
"Carl, i cant see you hurt like this"
"It's fine mom. Dad just out of control. Once he calm, he will be my dad again" Carl senyum lagi dan tubuhnya ditarik ke dalam pelukan wanita yang telah dianggap dan disayangi sebagai ibu itu.

Di meja perbincangan kali ini memang semua orang tengah sibuk bercakap hal sendiri bila ketua masih belum sampai. Bila ketua datang mereka semua berdiri dan setelah diminta duduk mereka duduk.
"Selamat petang semua, kita ada case baru dan ini melibatkan undercover, mana2 unit yang tengah lengang sekarang mohon beri kerjasama"
"A1 tuan!"
"C8 tuan!"
"D18 tuan!"
"B10 tuan!" Yg terakhir itu adalah unit Raif.
"Saya tak rasa Raif akan takeover case ni" ketua mereka dah bagi sound familiar, maksudnya undercover kali ini akan melibatkan perempuan. Semua orang dah kenal perangai Raif yang tak akan handle case macam tu. Raif tersengih sdikit bila dia diperli dalam halus. Dia minta dikecualikan, tapi jika terpaksa dia akan jalankan jugak.
"Tuan,pedas" Raif mengenyitkan mata dan satu bilik mesyuarat gelak. Sejak Raif databg sini, ketua mereka pun dah pandai perli dan bergurau.
"Pedas tak pedas,truth!"
"Yang ni lagi pedas tuan" Raif berseloroh lagi,ketuanya hanya mampu senyum sikit dan menggeleng.
"Laporan kali ini agak berat, kes ugutan. Keluarga mangsa melaporkan hal ini bila anak perempuan mereka sering diperhatikan dan pernah dilanggar sekali. Mangsa selalu rasa diperhatikan dan kereta hitam yang selalu memerhatikan mangsa memang sering kelihatan. Kali kedua, mangsa dikejutkan dengan sampul berdarah."
"Ini bahan ugutannya" satu slide ditayangkan. Semua mata memandang dengan tekun.
"Dan ini mangsanya" satu slide lagi ditayangkan.
"Asyifa Qalisya Bt Dato Haris, pemilik HNQ ship. Umur 24 tahun. Motif ugutan masih dalam siasatan. Tapi,misi kali ini,kita tak boleh bertindak sebagai polis. Anggota kita perlu mnjalani interview untuk menjadi bodyguard peribadinya. Ini permintaan keluarga mangsa. Status kita tak boleh terbongkar selagi kes belum selesai"
"Any question?!" Soal ketua dengan tegas. Terus Raif berdiri dan angkat tangan. Lain macam semangat Raif kali ini. Kai yang berada di sebelahnya pun agak terkejut.
"Yes Raif"
"Tuan,saya nak takeover case ni!" Maklum Raif dan semua orang agak terkejut. Ketua unit mana yang tak kenal Raif yang tak nak involve kes perempuan.
"Raif,awak pasti?"
"Pasti tuan! Saya sendiri yang akan lakukan undercover tuan!"
"Ok! Baiklah, B10! This case is yours. Meeting dismiss"  semua keluar bila ketua mereka keluar.
"Wah Raif, mimpi ke semalam?" Soal ketua unit lain.
"Ni nak buktikan kat korang semua. Aku ni bukan anti perempuan. Dan aku ni straight!" Raif buat muka tenang dan selamba tapi dalam hatinya risau, risau dengan keselamatan Lis. Jadi, dia akan menjaga Lis lagi kali ini dengan nyawanya sendiri sebagai taruhan.

"Ayah, kenapa tiba2 je nak carikan bodyguard?" Soal Lis tak senang. Menyesal pulak dia ceritakan semuanya pada uncle Irfan dan Aunty Yana.
"Lis tak nak police kan? Jadi,bodyguard lebih private. 24hrs ada orang jaga Lis. Senang sikit hati ayah dan umi"
"Ya la, Lis faham" Lis mengalah akhirnya.

#tq sudi singgah.... gembira sesangat.... ada next lagi ni.

6 comments: