Sunday, 15 March 2015

Cerpen : Dia bukan X? (3)

Sesi terakhir utk mencari 10 bodyguard terbaik, cewah,gaya dah mcm nak cari yg terbaik utk jaga tuan puteri kayangan je. Lis sendiri dah naik pening bila interview mcm ni dijalankan dan dia juga agak serabut dgn benda ni.
"Hensemnya... cik Lis!" Ann ni dah menggedik semacam. Lis buang pandang pada orang yg Ann terpukau sangat tu. Mata Lis membesar bila Raif melangkah masuk dgn penuh gayanya. Hampir pengsan Lis dibuatnya dan setiap kali wajah itu menyapa matanya pasti hatinya mengatakan yg itu ialah X. Tapi, dia tahu yg dia tersasar jauh terus. Lis teringat balik betapa geramnya dia dgn cara layanan Raif tempoh hari dan dia bersedia utk menerima Raif yg persis X itu. Dia boleh keliru rasanya nanti, tapi, perangai memang mcm langit dgn bumi Raif dan X.
"Hai! Awek tom yam!" Sapa Raif mesra dan rahang Lis terus terjatuh. Mata dia juga semakin membesar dan mcm nak keluar api dah ni. Ann pulak boleh bantai gelak bila Raif memanggilnya mcm tu.
"Ann, jgn gelakkan saya" marah Lis dan Ann terus berhenti gelak.
"Kenapa dia panggil Cik Lis mcm tu?" Soal Ann dgn sengihan masih terasa lucu dgn panggilan itu. Lis tak menjawab malah terus mendekati Raif yg sedang mengisi borang seauatu.
"Awak buat apa kat sini?" Soal Lis dgn nada geram. Raif tersenyum dan dia pasti senyuman itu ikhlas,tak pernah dia sangka yg dia akan berada sedekat ini dgn Lis lagi. Hatinya mula rasa getaran hebat.
"Interview" jawab Raif masih lagi dgn senyuman tapi matanya pada borang di atas meja. Tangannya pula ralit menulis atas kertas.
'X tak kidal' hati Lis bersuara bila melihat Raif menulis menggunakan tangan kiri. Kenapa dalam hati Lis mesti kecewa bila satu demi satu bukti menjelaskan yg Raif bukanlah X. Mungkin Lis masih lagi tak boleh terima sepenuhnya yg X dah pergi buat selamanya.
"Kenapa datang interview?" Soal Lis pula setelah penat merenung wajah Raif dalam2. Dia tahu tak elok pandang lelaki lama2 tapi dia nak jugak pastikan yg Raif ni bukan X. Jadi dia tak akan berdebar lagi bila bersua muka dgn Raif.
"Nak kerja la" jawab Raif selamba dan bersandar pada meja.
"Kenapa pilih kerja ni?" Soal Lis lagi.
"Ni, dah kira interview ke?" Soal Raif balik dan Lis terdiam. Dia gigit bibir bawah dan mengeluh kecil.
"Tak elok mengeluh, nanti cepat berkedut"
"Pandailah awak. Kenapa nak kerja sini?" Tanya Lis balik.
"Gaji mahal kot" Raif mengenyitkan mata dan memasukkan borang yg dia isi tadi ke dalam peti borang. Lis tersenyum sedikit dan berundur dari situ. Dia senyum kerana memang gaji yg ditawarkan lumayan,rasanya dia dah jadi puteri raja pulak.

Setelah 10 terakhir dan Raif masih lagi terpilih. Lis pulak dah rasa mcm nak pengsan bila asyik kena sakat dgn Raif je.
"Awak ni, jgn panggil saya mcm tu boleh tak?!" Suara Lis dah meninggi dan Raif akan gelak setiap kali Lis naik angin.
"Panggil apa?" Soalnya mengusik. Lis ketap bibir dan berlalu naik ke atas. Tiga hari pemilihan ni memang kerja Raif menyakat Lis aje.
"Ayah! X suka that guy" adu Lis pada uncle Irfan dan boleh uncle Irfan tumpang kaki gelak. Bertambah la rasa nak marah Lis skrg ni.
"He is fine." Balas uncle Irfan sambil tersenyum.
"Umi, dia panggil Lis awek tom yam tau"
"Ya, dah tiga hari umi dengar. Kenapa dia panggil mcm tu? Sebab, Lis tak pernah cakap nma Lis apa. Proper way sayang" aunty Yana pula berbicara dan Lis diam seketika. Tapi, dia tak boleh terima Raif panggil dia mcm tu.
"Dah, jom turun. Last test ni" uncle irfan bersuara dan Lis terus turun ke bawah utk test akhir. Yg pasti Lis tak nak Raif yg jadi bodyguard dia.
"Siapa dapat kalahkan dia, boleh jadi bodyguard saya dan kekasih saya " maklum Lis dan semua orang terkejut. Dah kenapa pulak dgn Lis ni.
"Lis,ayah tak tahu pun pasal ni?"
"Ni je cara tak nak bagi dia menang!" Lis duduk di kerusinya balik. Uncle irfan pun tak boleh nak cakap apa pasal benda ni. Otak budak2 sungguh mereka berdua ni.

Perlawanan diteruskan dan kali ini memang kena tengok stamina dan siapa bertahan paling lama dia menang.
"Ayah, Lis tak nak tengok fight2 ni. Lis naik atas eh?" Pinta Lis dan ayahnya angguk faham. Lis atur kaki ke ruangan atas dan memerhati dari jauh je. Bila perlawan dimulakan memang ramai yg serang Raif. Rasa bersalah mula timbul dalam hati Lis. Tak berniat dia nak kenakan Raif sebenarnya. Memang agak teruk Raif diserang dan ada kalanya Raif jatuh, malah Raif juga dah cedera sikit. Lis mula rasa bersalah terus berlari turun ke bawah semula utk hentikan dan batalkan makluman bodoh dia tadi. Baru je dia nak buka mulut game over dah dan Raif berjaya tumpaskan mereka semua. Ternganga Lis bila melihat kejayaan Raif. Raif terduduk di dalam gelanggang dan mukanya yg lebam di sentuh. Lis terus berlari mendapatkan Raif dan duduk di hadapannya.
"Ambilkan first aid!" Laung Lis dan ada seorang lelaki hulurkan first aid pada Lis. Laju tangan Lis membuka first aid dan dettol dicapai.
"Tahan sikit" ujar Lis lembut dan menyapu dettol utk bersihkan luka Raif.
"Awak ni orang ke apa?" Bebel Lis khuatir.
"Orabg la. Saya dah pass. Saya dapat kerja tak?"
"Kenapa beria sangat. Sorry, pasal makluman bodoh saya awak kena mcm ni. Kalau parent awak tanya nanti,cakap yg saya buli awak ok." Lis membebel lagi. Raif tersenyum. Lis memang akan selalu Lis.
"Saya ok je la. Kalau orang lain dapat kalahkan saya jadi kekasih awak. Kalau saya dapat kalahkan dorang semua dapat apa?" Soal Raif nakal. Lis tampalkan plaster kuat2 di pipi Raif dan bangun utk beredar.
"Dapat apa?" Soal Raif lagi.
"Dapat sakit" balas Lis dan terus berlari pergi.
Raif menyentuh dadanya, berdebar sangat hebat sehingga dia rasa hampir pengsan. Raif tersenyum lagi dan bangun dari duduk. Senak seluruh tubuh dia skrg ni.
"Raif Arshad, mulai mggu depan,awak akan mula kerja" Raif tersenyum smbil mmbalas huluran uncle Irfan. Peserta lain turut sama meminta maaf dan ucap tahniah kerana Raif dah berjaya.
"Thanks" balas Raif dan mengambil begnya utk pulang.

"Damn! How can this things happen?"
"Kill her!" Jerit Samuel dan semua orang terdiam. Berita mengenai Lis telah mengupah bodyguard sudah sampai ke telinganya dan dia tahu itu bukan berita yg baik.
"U make things worst!" Bahu Carl ditepuk kuat. Carl terdiam seketika dan hanya mampu menahan sakit itu dalam diam.
"It's too dangerous if we do it now Sam, we should wait when they do not ready" orang kanan Samuel bersuara dan Carl rasa sedikit lega bila James berkata begitu. Dalam hatinya mohon agar Samuel mampu menimbang balik keputusannya. Carl masih lagi ingin siasat identiti sebenar Lis.
"Ok. We will wait and see" carl bernafas lega bila Samuel buat keputusan mcm tu. Carl pandang James dan dalam matanya dia seperti berterima kasih, James dah mcm ayah kedua baginya,dgn James dia belajar berkuda,memanah,menembak, berlawan dan mcm2 lagi. James lebih lembut dalam mengajarnya jika dibandingkan dgn Samuel tapi Carl sayang keduanya.
"But,i still want u to kill her with your own hand Carl, or u want her to suffer a lot before die" samuel berkata tegas dan Carl terkedu.
"I dont know. I will keep on watching for her" carl menjawab ringkas dan berjalan keluar dari rumah. Dia nak Lis selamat entah kenapa hatinya tak benarkan dirinya menyakiti tubuh itu.

Raif pula dari hari pertama kerja tak habis2 menyakitkan hati Lis. Entah apa yg Raif buat Raif sendiri tak tahu dan tak pasti apa salahnya sehingga Lis suka betul naik angin.
"Raif, saya nak masuk tandas pun nak ikut ke?" Soal Lis rimas bila Raif asyik jadi bayangnya. Raif sengih segaris sebelum jawab soalan itu dgn selamba.
"Kalau boleh,nak!" 
"Awak tggu sini!" Bentak Lis dan terus masuk ke dalam bilik air. Raif tersengih lagi sambil bersandar pada dinding. Ann yg hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah majikannya dan bodyguardnya.
"Jgn la cari pasal dgn Cik Lis, Mr. Raif"
"Mana ada cri pasal. Boss awak tu garang sangat"
"Boss kita baik ok."
"Memang baik,tapi garang"
"Dia garang dgn awak je, suka sangat cari pasal dgn dia"
"Mana ada cari pasal. Awak ni Ann. Fitnah tu"
"Ei! Nasib baik awak ni hensem kalau tak saya cili mulut awak tu!"
"Saya hensem eh?" Soal Raif tersengih lebar. Ann senyum segaris dan angguk dgn ikhlas. Mulalah episod poyo Raif lagi, sengaja Raif betulkan rambutnya dan kemaskan pakaiannya lalu berjalan dgn riak.
"Hensem?" Soal Raif dgn senyuman bajet dia la. Ann tergelak kecil tapi dia angguk lagi. Nakalnya dua orang budak ni.
"Hensem Mr. Raif!" Balas Ann ceria dan Raif tergelak senang. Lis yg keluar dari bilik air terus buat muka masamnya dan Raif tersenyum memandang wajah yg tak pernah senyum mesra padanya itu. Dia teringin nak tengok senyuman dan keterujaan Lis bila nampak X. Nampaknya hati lis memang masih lagi pada X.
"Ann, awak balik la dulu. Saya nak cari barang skit" maklum Lis dan Ann tak menjawab malah hanya mampu angguk faham. Raif melambai pada Ann yg berlalu pergi dgn senyuman dan mengejar langkah Lis yg dah jauh ke depan. Susah nak jaga Lis yg suka melarikan diri darinya.
"Cik Lis ni memang tak suka saya eh?" Soal Raif bila dia berjaya menyaingi langkah Lis. Lis terus berhenti dan memandang wajah Raif. Serba salah Lis dibuatnya dgn soalan mcm tu. Bukanlah Lis tak suka Raif tapi wajah Raif itu membuatkan dia mengharap pada sesuatu yg mustahil.
"Jgn nak mengarut"
"Habis tu?" Soal Raif lagi. Lis tarik nafas dalam2 dan pandang anak mata Raif dalam2.
"U remind me to someone" jawab Lis dan Raif diam pula. Benarlah tekaannya yg Lis masih lagi tak dapat melupakan X.
"Apa?" Soal Raif mcm tak faham apa yg Lis sampaikan. Lis senyum segaris dan kemudian menggelengkan kepala. Dia dah tak nak kenang lagi orabg yg dah tak ada tapi kenapa X bagaikan tak nak pergi dari mindanya dan hidupnya.
"Jom kita pergi" Lis terus melangkah pergi dan Raif tersenyum seorang diri di situ. Langkah Lis diperhatikan kemudian dia turut melangkah dan mengejar langkah Lis yg dah berada di depan. Raif mengikut langkah Lis dari belakang dan hatinya berkata hebat sabagai X. Ingin dia luahkan rasa rindunya juga tapi malangnya X dah mati. Masakan orang mati hidup balik kan?

Dalam kesibukan orang ramai tanpa disedari seseorang dgn sengaja telah melanggar Lis dan nasib baik Raif sempat menyambut Lis yg hampir terjatuh sembah bumi itu. Kuat Lis bergantung pada badan Raif utk mengelak dia jatuh, akhirnya Lis terduduk kerana terlalu terkejut.
"Cik Lis ok?" Soal Raif khuatir dan Lis anggukkan kepalanya ringkas. Lis mencari sesuatu dalam begnya mungkin telefon tapi dia tersentuh sesuatu lalu keluarkannya, dia terus terjerit bila benda yg dipegangnya ialah sepucuk pistol. Dia tercampak pistol itu keluar dan menjerit lagi sehingga suasana gamat dan ada beberapa orang turut sama mnjerit kerana terkejut. Raif terasa badannya dipegang kejap. Raif melilaukan mata utk mencari kelibat orang yg melanggar Lis tadi tapi tak nampak. Terasa tangan Lis menggigil memeganya kejap. Raif rasa bersalah kerana tak mampu menjaga Lis dgn baik dan kesal kerana dia boleh terlepas pandang kejadian ini. Air mata Lis mengalir menyebabkan Raif khuatir habis.
"Cik Lis, kita balik ya?" Ajak Raif lalu bantu Lis utk bangun dan pistol mainan tadi diambil utk dibuat siasatan, keadaan juga menjadi semakin tenang sedikit.
"Harap maaf, hanya pistol mainan" maklum Raif tenang dan orang awam mula beredar pergi dgn tenang. Hanya dia tahu yg itu adalah pistol betul, tangannya tak asing lagi dgn menyentuh mana2 jenis pistol.
"Cik Lis,jom" sebaik sahaja Lis berdiri Lis terasa lututnya lemah dan dia langsung tak larat utk berdiri, Raif tiada pilihan lain terus mengangkat Lis dan di bawa ke kereta, Lis mula menangis dan biarkan apa sahaja yg dilakukan oleh Raif. Otak warasnya dah tak mampu nak berfungsi sekarang. Raif membawa Lis ke kereta dan memasangkan tali pinggang keledar lalu duduk disebelahnya. Enjin kereta dihidupkan dan kereta mula menyusur pergi.
"Kenapa semua orang nak saya mti?" Soal Lis sebak dan dia terus memeluk lutut,jelas getaran dalam suaranya malah badannya juga masih menggigil. Raif rasa sangat bersalah kerana bnarkan semua itu terjadi, Raif pandang sayu Lis dan rasa bodoh kerana dia tak dapat elak kejadian tadi.
"Maafkan saya, saya terlalu cuai" pinta Raif dan Lis pandang Raif lama,wajah serba salah Raif dipandang lama dan Lis dapat rasakan sesuatu iaitu ketenangan.
"Palsu ke Raif?" Soal Lis dan Raif agak tersentak,mahu atau tak Raif terpaksa angguk mengiyakan.
"Saya jahat ke Raif?" Soal Lis sebak.
"Tak pernah saya jumpa orang sebaik Cik Lis" maklum Raif ikhlas dan Lis tergelak sedikit. Raif pelik dgn perubahan Lis.
"Kalau saya baik kenapa orang nak bunuh saya? Kenapa nak takutkan saya?" Soal Lis sebak pula. Raif terdiam seketika memikirkan jawapan yg terbaik.
"Sedangkan Rasulullah yg maksum juga diugut,dikeji malah cuba utk dibunuh,apatah lagi kita manusia biasa ni. Tapi, dgn izin Allah, saya akan jaga Cik Lis dgn nyawa saya sendiri"
"Kuatkan Rasulullah tu?" Soal Lis dan semakin tenang sebaik nama Rasulullah yg meluncur di bibir Raif. "Kuat, sangat kuat."
"Saya akan jadi kuat Raif, saya tak kan lemah lagi. Siapa dia yg nak membunuh saya? Ajal saya milik Allah, kan?" Soal Lis bersemangat dan Raif tersenyum lalu mengangguk setuju.
"Ya,saya akan jadi kuat utk lindungi cik Lis" ujar Raif pula dan Lis tersenyum senang. Kali ini dia rasa sangat tenang bila berbual dgn Raif. Selalunya mesti rasa nak naik angin je.

Carl tak fikir banyak terus meluru masuk ke tempat rahsia Samuel utk mabuk dan berjudi, rasa marahnya membuak dgn tindakan Samuel pada Lis. Semua mata memandang Carl yg datang mengejut mcm tu je.
"Dad! Why u threat her?!" Suara Carl juga mula meninggi dan Samuel yg terasa egonya tercabar tinggalkan meja judi dan mendekati Carl yg sedang berangin. James turut sama bangun bila Samuel bangun, Samuel bila naik angin dan mabuk memang dah tak pedulikan pasal blood tie dan sebagainya. Terus kolar baju Carl dicapai dan Carl ditolak rapat ke dinding.
"Who the hell are you wanna ask my work? I ask u to kill her but u dont want to. I will make her scared to death!" Samue bercakap betul2 depan muka Carl dan bau arak yg kuat buat Carl tak tahan. Carl menjauhkan mukanya dan menyentuh tabgan Samuel yg berada di kolar bajunya.
"Dad, we should stop and start to forget the revenge." Pinta Carl merayu dan Samuel tergelak bagai orang gila.
"Samantha is my sister and your stupid father killed her! I will kill her daughter with your hand!" Samuel terus bersuara kuat dan leher Carl dicengkam agak kuat, Carl cuba utk menolak tangan Samuel tapi dia tak berdaya.
"I dont want to do it, even u kill me too" jawab Carl tanpa gentar dan semua mata terkejut pandang Carl. Carl dah undang marah Samuel lagi. Kepala Carl ditolak rapat ke dinding kerana terlalu marah.
"What? Why u dont want to kill her? She is nothing with us! Not even your blood!" Jerkah Samuel.
"But she is human too and she is doing nothing wrong. Dad, just forget about this and home ok?" Pinta Carl merayu lagi tapi Samuel tersenyum sinis dan melepaskan Carl lalu meneguk arak lagi. James dah menggelengkan kepala memberi isyarat kepada Carl supaya beredar tapi Carl tetap berdegil.
"She will die!" Jerit Samuel kuat.
"No! I will not let it happen!" Balas Carl kuat dan terus Carl ditumbuk dan dibelasah dgn teruk oleh Samuel. Sepakan demi sepakan singgah di perut Carl, tiada apa yg Carl mampu buat begitu juga dgn orang lain. Bila Samuel mengamuk tiada siapa yg berani halangnya.
"Dad, do you think my mom will be happy if i be a murderer?" Carl menyoal dalam keadaan sakit yg teramat dan kaki Samuel selamat singgah dikepala Carl sehingga kepala Carl berdarah. Samuel berhenti dari terus memukul Carl yg dah tak larat utk bergerak langsung,hanya sayup suara Carl yg kedengaran merayu dalam kesakitan. James terus mendapatkan Carl yg hampir pengsan itu. Matanya bergenang dan tajam memandang Samuel, sakit hatinya melihat Carl dilakukan seperti musuh hanya kerana tak nak buat benda jahat. Ayah pertama yg minta anaknya jadi orang jahat atas dunia ni.
"He is calling u dad because he loves u! How could u hurt your son because of revenge!" Jerkah James dan angkat badan Carl utk berdiri. Carl dibawa ke kereta,apa yg James tahu disebabkan dendam itu Samuel bukanlah Samuel yg lama dan hanya marah dan dendam ada dalam diri Samuel sekarang.
"Where can i bring u son?" Soal James sebak melihat Carl. Walaupun dia tak pernah berkahwin dan mempunyai anak, dia sayangkan Carl malah selalu mendidik Carl utk menjadi orang berjaya dan menjauhkan diri drpd aktiviti jahat seperti mereka.
"James, bring me to the police station. I dont want to make a report just want to meet my friend"  James tak cakap banyak terus menghantar Carl ke sana,sebaik sampai Carl sempat pesan kepada James.
"Take care of my dad." Pesan Carl dan turun dari kereta tapi sempat dahi Carl dicium sebelum benarkan Carl pergi. Carl senyum dan menyalami tangan tua itu. Walaupun hanya dia yg beragama islam di situ tapi adatnya dgn orang tua tak pernah luput. Memang kehidupan Carl tak menampakkan ciri2 islam tapi Carl belajar semuanya dalan diam. Walaupun dia tak pandai sembahyang tapi dia tahu apa yg boleh dan tak boleh dalam islam. Dia teringin mengenali agamanya sendiri tapi keadaan tak mengizinkan.

Berlari Aisya mendapatkan Carl yg dalam keadaan lebam2 dan luka sana sini.
"Ya Allah, Qal! Kenapa ni?" Soal Aisya khuatir dan Carl dipapah ke keretanya, Carl perlu ke klinik kerana keadannya sangat teruk.
"Sorry, i dont know where should i go. I know no one here" pinta Carl lemah dan Aisya hanya mampu menggelengkan kepala.  Pintu kereta dibuka dan Aisya terus ke sebelah pemandu dan memecut pergi.
"Mcm mana boleh jadi mcm ni Qal?" Soal Aisya khuatir, Carl tersenyun segaris dan dia hanya mendiamkan diri. Aisya jeling Carl yg tak nak bercakap dan dia rasa mcm nak je tendang orang mcm tu.
"Jom! Pergi klinik" Aisya membantu Carl utk berjalan dan Carl hanya mampu menurut, lagipun sakit pada badannya memang terasa mcm satu seksaan. Setelah mereka masuk berjumpa dgn doktor Aisya tak banyak cakap malah diam saja melihat doktor lelaki itu merawat Carl.
"Nasib baik luka tak dalam" dahi Carl dibersihkan dan dirawat. Aisya hanya diam dan memerhatikan sahaja kerja doc itu.
"Siapa yg kerjakan suami puan ni?" Soal doc itu sambil tersenyum dan Aisya tersentak, Carl pun turut sama tersentak, entah bila pulak mereka kawin.
"Kawan saya ni doc" jawab aisya tenang.
"Oh, maaf." Pinta doc itu dan menepuk bahu Carl lembut tapi Carl yg dah lebam seluruh badan hanya mampu mengaduh lemah. Berkerut muka Qal menhan sakit.
"Buka baju, saya nak periksa badan awak. Mungkin ada luka dalaman. Lebih2 lagi di bahagian rib cage" doc itu meminta dan Carl menurut tanpa banyak soal. Yg bahangnya kat situ Aisya sendiri.
"Saya tunggu luar" aisya angkat punggung dan terus keluar dari situ. Takkan nak tengok je kan?

Raif memerhatikan tingkah Lis yg hanya termenung dan memerhatikan kanak2 berlari sana sini di tepi pantai itu.
"Raif!" Panggil Lis dan Raif berjalan mendekati Lis.
"Ya cik lis?"
"Duduklah sini, teman saya" pinta Lis lembut dan Raif takkan menolak peluang yg jarang dapat mcm ni. Sejak kejadian pistol itu Lis semakin baik dgn Raif dan Raif juga dah kurang menyakat. Pistol yg digunakan utk mengugut itu masih lagi dalam siasatan, bukan pistol palsu dan masih ada sebiji peluru di dalamnya. Memang mati yg pembunuh mahukan dari Lis. Sejak itu tidur Raif tak pernah lena dan fikirannya hanya pada Lis. Setiap doanya pasti ada utk keselamatan Lis.
"Cik Lis menung apa? Risau ya?" Soal Raif sebaik duduk di sebelah Lis. Lis senyum dan memandang laut yg tenang itu.
"Saya dah redha pun Raif. Saya tahu ajal maut di tangan tuhan. Mungkin saya akan mati esok, lusa, tahun depan atau sepuluh tahun algi sekalipun. Mati itu pasti utk hambaNya. Sekurang kurangnya saya boleh sentiasa ingat dgn mati dan bersedia utk mati" Lis jawab tenang dan Raif diam bila dia langsung tiada hujah utk membalas kata2 Lis.
"Saya rindukan dia" sebaris ayat itu meluncur dari mulut Lis dan Raif terdiam lagi.
"Awak nak tahu kenapa saya panggil awak X dulu? Bila kali pertama kita jumpa?" Soal Lis dan memandang lelaki yg serba hitam di sebelahnya.
"Kenapa? Muka saya mcm ex boyfren cik lis ke?" Soal Raif selamba dan Lis tergelak senang.
"Bukan la. Sebab nama dia X dan awak ada iras dia" jawab Lis lalu tersenyum. Raif angguk faham dan membalas senyuman itu.
"Tapi, banyak yg ada pada dia tak ada pada awak dan sebaliknya"
"Contoh?"
"Senyuman awak ni. X, kalau senyum saya sendiri tak sure ikhlas ke tak dan dia selalu cool. Selalu steady je tak ceria mcm awak"
"Oh, ni ke X?" Raif keluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan lis mengambilnya.
"Ya! Mana awak dapat ni?" Soal Lis teruja habis.
"Cik Lis tercicir masa kali pertama jumpa dulu"
"Ya? Ya Allah, gembiranya saya" Raif tersenyum bila melihat Lis yg terlalu teruja sehingga tak hiraukan orang lain yg pandangnya bila dia terjerit gembira.
"Sama kan?" Soal Lis pada Raif dan Raif tergelak sikit.
"Dia cina la cik Lis. Saya melayu habis!" Raif buat muka riak dn Lis angguk setuju.
"Tapi, awak ada iras cina la"
"Cik Lis je yg nampak mcm tu. Mungkin cik lis rindukan lelaki ni sangat kot"
"Saya memang rindukan dia. Tapi, dia dah tak ada" lirih aje suara Lis dan Raif pandang laut.
"Makan bulan utk saya terima dia dah pergi"
"Saya selalu terfikir kenapa dia perlu korbankan dirinya"
"Bila sayang memang mcm tu cik lis. Kita akan sanggup buat apa aje utk dia" jawab Raif bagi pihak X dan memang itulah yg Raif sedang buat.
"Dia sayang saya ke?" Soal Lis lalu tergelak kecil. Ingin sahaja Raif menjerit yg dia sayang tapi apakan daya dia bukan lagi X.
"Mungkin. Saya pun akan buat apa je utk orang yg saya sayang" maklum Raif dan Lis pandang Raif teruja.
"Awak ada gf?" Soal Lis teruja.
"Entah,apa yg saya tahu, saya bertuah kerana di sayanginya. Saya sangat sayang pada dia tapi bukan masanya utk beritahu dia" jawab Raif lemah. Masakan dia boleh melafazkan cintanya bila cinta utk Raif Arshad langsung tak ada. Hanya kepada X.
"What? Kenapa tak cakap? Baik cakap awal2 nanti awak sendiri yg akan rugi. Mcm saya, saya tak sempat pun cakap saya sayang dia" jawab Lis pula.
"Saya tahu"
"Awak tahu? Tahu apa?" Soal lis pada Raif.
'Thu yg awak cintakan saya' jawab hati Raif dan Raif senyum sedikit lalu mengeluh.
"Tahu yg kalau tak cakap nanti terlambat. Tapi kisah kami complex sangat. Tak senang utk bercinta mcm psangan lain"
"Kenapa? Dalam cinta ni semuanya sama je. Yg penting hati"
"Ada yg susah cik lis. Saya sendiri tam pasti dgn semua ni"
"Saya nak kenal perempuan bertuah tu Raif!" Beria Lis meminta dan raif tergelak senang. Macam mana nak perkenalkan bila tuan punya badan sendiri yg nak jumpa.
"Jom cik Lis! Kita main layang2" Raif bangun dan berlari ke gerai yg menjual layang2. Lis pula kecewa bila Raif tak beri kata putus tapi dia turut ke gerai yg sama dgn Raif. Seronok betul Raif bila memilih layang2. Persis budak2 je perangainya dan Lis tersenyum senang melihat telatah Raif itu.
"Bulan madu ke nak?" Soal jurujual itu dan baru je Lis nak menggeleng Raif terlebih dahulu mengangguk.
"Kalau mcm tu pak cik beri dua, hadiah"
"Ya pak cik? Terima kasih" ujar Raif dan membuat bayaran. Satu layang2 diberikan kpd Lis dan satu untuknya. Lis menurut langkah Raif dari belakang.
"Sorry cik Lis, gurau je tadi tu" Raif bersuara ceria dan mengenyitkan matanya. Lis hanya mampu menggelengkan kepala dan iakan aje apa yg Raif dah buat. Mereka main layang2 dgn gembira dan memang Lis out terus bab main layang2 ni. Raif  pulak dah puas membebel dan bagi guide tapi tak berjaya jugak. Akhirnya Raif terpaksa tinggalkan layang2 dia dan menaikkan layang2 Lis. Beria Lis gelak bila layang2 nya mampu terbang hampir sama tinggi dgn Raif punya. Kemudian tali mereka bersambung dan terbelit lalu dua2 jatuh ke tanah. Sakan Lis gelak tapi Raif pula nak marah bila layang2 nya jatuh.
"Cik Lis,apa ni?" Raif seperti merungut geram. Lis mendekati Raif yg sedang melihat layangnya yg jatuh.
"Sorry, saya tak pandai la main ni. Mesti sebab tak berkat ni"
"Apa kaitan pulak?" Soal raif pelik.
"Sebab awak bohong pak cik tadi" mata Raif tertala ke gerai tadi dan dia tersengih, agaknya mungkin sebab tu kut. Raif angguk faham dan menyokong kata2 Lis.
"Tak payah sedih sangat. Nanti saya belanja awak makan" ujar Lis ceria dan Raif tersenyum senang. Memang selalunya Lis yg akan belanja dia makan.

Ketika mereka berjalan ke kedai ikan bakar ditepi jalan ada sepasang pasangan yg menegur Lis. Lis pandang ke sisi bila namanya dipanggil.
"Qalisya dato haris?" Lis amati wajah tua itu dan dia langsung tak kenal. Raif yg sedang menjawab panggilan telefon agak jauh dipandang sekilas.
"Ya pak cik, makcik?" Soal Lis sopan lalu hulurkan tangan utk bersalam dgn wanita tua itu.
"Anak dato haris kan?"
"Ya saya"
"Tak kenal uncle? Uncle hamdan, kawan baik papa kamu" terang lelaki yg bernama Hamdan itu dan Lis berfikir sejenak.
"Maafkan saya uncle, saya tak ingat"
"Mar,ni la anak kawan baik saya." Terang lelaki itu pada isterinya dan Lis hanya mampu tersenyum.
"Uncle pernah pergi rumah kamu. Kamu mcm mana? Nasib baik Rahim tak sempat apa2 kan kamu"
"Alhamdulilah, saya ok uncle. Tapi memang saya tak ingat uncle"
"Tak pe, uncle hamdan, yg ni aunty maria."
"Qalisya, Lis je" Lis bersuara lembut dan tersenyum.
"Cik Lis!" Panggil Raif dan mendekati Lis tapi langkahnya terus mati bila melihat pasangan itu. Dia terkejut sampai rasa nak pengsan pulak. Pasangan itu juga bagaikan terkejut melihat Raif di situ.
"Raif, sini jap" panggil Lis dan Raif serba salah nak melangkah. Raif meminta dgn rautnya agar pasangan itu berpura pura tak mengenalinya.
"Siapa ni?"  Soal Dato Hamdan mengerling Raif yg dah berpeluh berdiri di sebelah Lis.
"Kawan Lis, Raif" Lis perkenalkan Raif dan Raif telan liur risau. Dia menghulurkn tangan utk bersalam kpd pasangan itu.
"Uncle, aunty" sapa Raif serba salah dan Datin Maria dah tersenyum rasa kelakar bila Raif memanggil mereka begitu.
"Kami minta diri dulu uncle,aunty" ujar Lis sopan dan sekali lgi bersalam dgn Datin Maria. Raif tak tunggu lama ikut sama salam dan tersengih hambar.
"Jumpa lagi" balas Dato hamdan dan Raif telan liur lagi. Bila mereka melangkah pergi Raif pandang belakang dan tanda minta maaf dia berikan. Pasangan tua itu tergelak kecil dan berjalan pergi.

"Mcm mana boleh cedera ni Qal?" Soal Dato Hamdan bila melihat keadaan Carl yg lebam dan plaster sana sini. Carl hanya diam memandang lantai dan dia rasa serba salah.
"I'm sorry uncle, i just have a fight with my dad" jawab Carl serba salah dan dato hamdan terus diam bila mengetahui cerita sebenar. Dia juga tak berani nak tanya lanjut dan tak berniat utk campur tangan urusan keluarga itu.
"Assalamualaikum" salam diberikan dan seorang lelaki melangkah masuk dgn muka tak bersalah. Semua mata pandangnya dan Aisya terlompat keriangan bila melihat lelaki itu.
"Chad!!!" Terus Aisya menerkam lelaki itu dan memeluknya erat.
"Ma,pa" sapa lelaki itu lalu bersalam dgn orang tuanya tapi mata dia singgah pada lelaki yg sakit di sebelah adiknya. Dia pandang adik kembarnya dan menghulurkan tangan utk bersalam dgn lelaki asing itu.
"Raif" lelaki itu perkenalkan diri dan duduk di sebelah mamanya.
"Carl" lelaki itu membalas lemah dan Raif tersenyum segaris.
"Chad, Qal nak tumpang rumah kau sementara waktu boleh?" Soal Aisya sebaik shaja Raif duduk.
"Boleh je, tapi siapa ni Cha? Pak we kau eh?" Soal Raif pula sambil tersengih.
"Kawan la weh,panjang cerita dia. Nanti aku cerita. Kau ni lama tak balik buat apa?" Soal Aisya pula. Raif tersenyum dan pandang orang tuanya yg terserempak dgn dia petang tadi. Masak!
"Kerja sikit."
"Chad,papa nak cakap sikit" ujar papanya lalu angkat punggung dari sofa dan bergerak ke bilik bacaan. Raif dah buat muka cuak dan pandang mamanya, mamanya tergelak sedikit dan mengusap bahu Raif yg risau.
"Papa just nak thu pasal anak perempuan kawan dia je" maklum Mamanya dan Raif lega sedikit. Raif atur langkah ke bilik bacaan.
"Qal rehat dulu, nanti kita makan sama2" pesan mama Aisya dan Carl senyum. Datin maria mengatur lagkah ke dapur.
"Who is he?" Soal Carl bila hanya dia dan Aisya di ruang tamu.
"Twin saya la. Raif Arshad. Panggil dia Raif tau. Nanti awak tinggal dgn dia"
"Is it ok?"
"Ok! Baik je Chad tu."
"I burden u a lot"
"Mana ada. Tak rasa beban pun. Awak susah saya tolong la."
"Thanks" ujar Carl ikhlas. Aisya senyum manis dan anggukkan kepala.

Suasana di bilik bacaan agak tegang bila dato hamdan tahu keadaan sebenar Lis skrg ni.
"Chad akan pastikan dia ok. Tak sangka dia anak kawan papa"
"Tu la, kecik pulak dunia ni"
"Ya la . Pa, Chad nak turun bawah ni. Rindu mama la" raif tersengih dan papanya turut sama senyum
"Lama tak balik? Sibuk sangat ke?" Soal papanya bila dah hampir sebulan anak lelakinya itu tak melangkah masuk ke dalam rumah mereka.
"Sibuk la pa,skrg ni tengah undercover. Sebab tu tak ada masa nak balik sini"
"Jagakan Lis elok2. Papa ingat lagi pesan papa dia dulu. Tak sangka yg Dato rahim sanggup merancang nak bunuh Lis dulu. Skrg ni entah siapa pulak yg nak bahayakan dia"
"Tu yg Chad tengah siasat skrg."
"Kamu pun hati2. Dua je anak papa ni. Sepasang ni je" pesan papa Raif lagi dan Raif senyum segaris. Dulu bukan main lagi menentang dia dan kembarnya nak ceburi bidang kepolisan. Katanya belajar tinggi2 tapi jadi polis pulak. Tapi, benda tu tak lama bila Raif dan Aisya dah boleh tunjukkan betapa bangganya dapat berkhidmat utk ngara ni.

Kai yg baru je balik dari kerja pelik bila orang lain yg bukakan pintu rumah. Siap dia pandang nombor rumahnya lagi sekali takut tersilap ketuk pintu. Raif dah gelak bila tengok muka terkejut Kai.
"Raif Arshad bin Hamdan ke ni?" Soal Kai serius habis.
"Ya! Saya Tuan Kairyll Azim bin Harun!" Tabik diberikan pada Kai. Kai campak topinya dan terbang melintas kepala Raif. Untung Raif pandai mengelak.
"Kai! Ni Qal pakwe adik aku" Raif memandai bagi status dan tergelak.
"Betul ke? Cha dah ada pakwe? Ajaib!" Mereka berdua gelak sakan. Siapa tak tahu Aisya hanya baik dgn kawan sekerja lelaki. Kalau lelaki lain mcm nak makan je dia pandang.
"Alhamdulila wa syukurilah." Jawab Raif sambil menyanyi lagu itu. Mereka ketawa lagi dan hanya Carl yg duk tayang sengih.
"Carl, ni housemate kita. Kai"
"Nice to meet u" tangan dihulur dan dgn ramah Kai menyambut.

"Kau nak makan apa Qal?" Soal Kai bila dia dah panaskan kuali utk masak. Goreng telur je yg orang dalam rumah ni expert sebenarnya.
"Anything, u can cook Kai?" Soal Carl bila gaya Kai dah mcm orang profesional,siap dgn apron dan topi sekali tapi cap je la. Lawak sebenarnya Carl rasa tapi dia ikut rentak je, dah nama pun menumpang je kan?
"Of course. Semua jenis telur goreng aku pandai. Just name it!" Jawab Kai lalu tersengih.
"Hari2 aku makan telur goreng je dgn Kai ni" maklum Raif bila keluar dari bilik air. Kai offer penumbuk bila Raif jatuhkan sahamnya. Seminggu Carl hidup bersama mereka berdua dan boleh dikatakan gila2 jugak otak Carl ni sebenarnya.
"Makan luar la Kai. Nak pergi masjid ni" maklum Raif yg dah siap berpelikat serta berbaju melayu dan songkok. Kai tutup api dapur dan pandang Raif lagi. Kai mengeluh dan menyimpan apron lalu masuk ke biliknya utk bersiap.
"Raif, may i go with you"
"Of course man!" Raif tepuk bahu Carl ceria. Dia memang tak pernah tengok Carl solat dan Carl tak pernah join mereka berjemaah. Raif nak bertanya tapi belum bersedia.
Mereka berjalan kaki ke masjid yg tak jauh dari kondo mereka.
"I dont know how to solat, no one teach me that before. My life in US doesnt show any sign of islam at all. I learn from internet but it is not helpfull at all. What i know just a few things that muslim cant do." Raif dan Kai sebak mendwngar kisah hidup Carl di luar negara. Hidup dan dibesarkan dgn orang bukan islam memang perit bagi Carl. Dirinya dah jauh dgn tuhan dia yg sebenarnya tapi untung Carl jenis agak ambil berat tentang agama dianutinya dan dia selalu mengucap syahadah bila dia dah capai umur baligh.
"I wanna learn. A life with islam way."
"Alhamdulilah, kami akan tolong kau Carl. Even tak banyak, kami akan tolong kau!" Kai beri kata semangat dan Raif angguk setuju. Benarlah lahir sebagai islam buatkan kita kurang bersyukur dgn nikmat terbesar itu.
"Aku rasa baik kau belajar dgn ustaz je" Raif beri cdangan dan Kai angguk setuju.
"Who is ustaz?" Soal Carl pula dan selamba badak dua orang tu gelakkan Carl. Hailah, kesian dgn orang melayu tak pandai cakap melayu ni.
"Aku rasa kau kena belajar cakap melayu sekali" Kai beri cadangan pula dan raif angguk setuju.
"I want to!" Bersemangat Carl menjawab.
"Call me Qal! No more Carl,please" pinta Carl lagi dan mereka berdua angguk faham. Dah nama pun sebaya memang mudah nak kamceng. Kadang2 sakit jugak bila ada words yg Carl tak faham dalam bahasa melayu ni. Penat nak menerangkan pulak.

"Raif! Jom pergi memancing!" Ajak Lis ceria. Raif pandang Lis tak percaya sebab setahunya, tika X ajaknya dulu bukan main lagi duk merungut sebab bosan.
"Buat apa?" Soal Raif pelik.
"Saya nak buat semua yg X suka." Jawab Lis tenang dan senang. Raif terdiam bila dengar Lis cakap mcm tu.
"Ann! Jom!" Lis bersuara lagi ceria dan mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. Seperti biasa Raif yg akan jadi driver utk bawa mereka ke mana shaja. Seronok Lis duk cerita kisahnya dgn X pada Ann, Ann pulak sama naik je duk dengar cerita Lis. Raif tersenyum bila setiap butirannya Lis masih ingat dgn teliti sama seperti dalam diari Lis yg tertinggal di rumah itu. Raif bersyukur kerana Lis tinggalkan Diari itu. Dapatlah dia tahu semua isi hati Lis sepanjang bersamanya sebagai X.
"Awak Raif,tak ada pengalaman dgn awek?"
"Ada! Yg penatnya saya sebab terpaksa dengar dia membebel. Panaslah, bosanlah, boringlah. Sama mcm cik Lis cerita tadi. Agaknya memang perempuan tak suka kot" balas Raif pula dan memang Lis pun orang yg dia duk perli tu. Lis dan ann sama2 ketawa bila Raif turut beri komen.

Joran dipasang dan dihulurkan kpda Lis dan Ann. Satu jam pertama boleh nampak muka ceria tapi masuk je jam kedua Ann dah cantik lena atas batu sungai. Raif yg memerhati dari jauh hampir tergelak bila dua2 mereka dah hampir berputus asa. Nak memancing ikan ni ingat tak kena ada bakat ke? Raif menggelengkan kepala dan hanya layan pandang dua orang yg tadinya beria itu. Tiba2 dia nampak air jernih mengalir di pipi Lis. Raif atur langkah mendekati Lis dan dia tak sampai hati nak menegur bila Lis berbicara sendiri.
"Saya rindukan awak X."
"Kalau kita lari sama2 dulu mungkin awak tak perlu pergi mcm tu je"
"Awak suka saya tak X?" Soal Lis lirih lalu mengesat air matanya yg mengalir.
"X mesti suka" Raif bersuara dan Lis yg terkejut terus pandang ke belakang.
"Tak ada lelaki yg tak akan suka pd cik Lis." Ujar Raif dgn senyuman. Lis tergelak sikit dan angguk beberapa kali.
"Pandai la awak Raif" balas Lis dan kesat air matanya.
"Saya memang pandai pun" balas Raif pula dan Lis mencebik sedikit.
"Kalau nak memancing...." Raif capai joran Lis dan menariknya ke darat, Lis ikut langkah Raif yg membawa jorannya ke kawasan lain.
"Duduk sini" Raif pelawa Lis dan lis hanya mengikut. Joran dibetulkan dan umpan dibaling ke kawasan sungai yg lebih dalam dan nmpak gelap.
"Ikan tak makan umpan kat tengah terang mcm tu. Ikan pun tak nak bunuh diri" ujar Raif dan Lis angguk faham lalu tergelak lagi.
"Patutlah, X selalu je duk tempat mcm ni. Saya ingatkan dia tu tak suka orang kacau" luah Lis pula. Raif tersenyum dan memberi peluang kpd Lis utk membaling umpan. Setelah lima minit mereka tunggu akhirnya umpan Lis mengena dan Lis begitu teruja shingga terjerit kuat.
"Yay! Dapat ikan!!" Jerit Lis excited. Yg tak boleh blah, ann yg lena di atas batu terkejut dgn jeritn Lis terus terjatuh ke dalam sungai. Sakan la Lis dan Raif ketawa bila Ann dah selamat masuk dalam sungai untung air cetek je.
"Ann,awak ok?" Soal Lis lalu berlari utk tolong Ann naik ke darat. Tangan dihulurkan utk membantu. Ann naik ke atas dan memeluk tubuh kerana sejuk. Raif memberikan jaketnya pada ann dan ann ucapkan terima kasih. Lis dan Raif sambung memancing pula. Seekor lagi dapat ikan dan Lis punya teruja masih lagi hebat. Beria dia nak cabutkan ikan dan akhirnya mata kail itu terkena jarinya lalu terluka.
"Cik Lis! Ya Allah" Raif terus memasukkan jari Lis ke dalam mulutnya dan menghentikan darah keluar. Lis hanya membiarkan Raif tanpa kata. Ann pula tersenyum senang melihat kemesraan itu. Dia setuju sangat kalau Raif dan Lis bersama . Lis selalu gelak sakan bila Raif buat lawak bodohnya tapi dia tahu yg Lis masih lagi tak boleh lupakan X dan Raif dah ada buah hati.
"Sakit?" Soal Raif. Lis tersengih dan menggeleng.
"Sikit je ni, jom bakar ikan!" Ajak Lis ceria.
"Cik Lis, besar ni kalau bakar,terus tinggal tulang ni" ujar Raif memerli Lis. Lis buat muka geram dan menjeling Raif geram.
"Habis tu nak buat apa? Nak lepas balik pun dah mati ni" ujar Lis pula.
"Buat tom yam" jawab Raif mengusik. Lis pantang betul kalau perkataan tom yam keluar dari mulut Raif. Raif dikejarnya dgn geram dan semangat Raif duk gelak sambil melarikan diri. Akhirnya Lis dah malas dan penat terus join Ann makan nasi. Raif ketawa lagi dan mendekati mereka berdua.
"Sorry" pinta Raif sambil tersengih senang. Lis angkat pinggan utk memukul Raif tapi dia hanya mengacah.
"Raif, basuhkan epal jap" Lis hulurkan sebiji epal kpd Raif dan tanpa banyak soal Raif terus ke tebing sungai. Lis dgn muka jahatnya tersengih lalu mendekati Raif yg sedang bertinggung membasuh epal. Laju tangan Lis menolak Raif dan akhirnya selamatlah Raif basah kuyup di dalam sungai itu. Beria Lis gelak dan melarikan diri drpd situ. Ann pun boleh ikut sama gelak bila Raif basah kuyup. Raif tak terus naik ke darat malah dia enjoy mandi air fresh  itu. Lis ke atas batu dan perhatikan Raif yg tengah enjoy mandi dgn tenang.
"Join la!" Ajak Raif.
"Tak elok, lelaki dan perempuan mandi sama2" jawab Lis dan Raif tersenyum. Betul juga apa yg Lis cakap tu. Raif terus menyelam dan kemudian timbul dgn sebji batu yg bentuknya ada shape hati. Raif hulurkan pada Lis dan Lis ambilnya dgn gembira.
"Lawanya..."
"Kan?"
"Haah. Thanks, tak ada ke bentuk lain Raif?"
"Bentuk apa?" Soal Raif pula.
"Bentuk star ke, or moon?"
"Yg tu kena petik atas langit la Cik Lis" Raif jawab selamba dan Lis buat muka geram. Raif gelak lagi dan dia terus menyelam mencari batu kecil yg berbentuk unik.

#next....

4 comments: