Hurm! Rasa macam aku ni jenis tak tahu malu pulak bila ada niat nak lamar lelaki yang aku cinta ni. Dah dua tahun kami bercinta tapi tak pernah walau sekali kami membincangkan hubungan kami seterusnya, aku tahu couple itu haram dan aku nak halalkan hubungan kami.
Tak salah kan kalau perigi cari timba? Untuk dapatkan keredhaan Allah dalam hubungan ni. Malu aku bila orang bercakap,pakai tudung dan tutup aurat tapi selalu keluar dengan lelaki bukan muhrim. Aku bukannya malu sebab mulut orang bercakap tapi malu dengan Allah. Tapi rasa macam bodoh jugak bawak sejambak bunga semata mata nak lamar dia, dengan Kinder Bueno yang aku dan dia kongsi rasa suka saat makan bersama. Harapnya dapatlah aku lamar dia hari ni kan? Lamar lelaki? Memang kalau dengar dek mama aku pengsan setahun sebab terkejut dengan tindakan aku ni.
Dah la macam orang langkah bendul je aku rasa sekarang ni. Along tak kahwin lagi tapi aku dah gatal nak lamar teruna orang pulak. Baik jadi bahan gelak orang sekarang sebelum benda buruk jadi. Kelakar betul la aku rasa sekarang ni. Tapi senyuman dan hati yg berbunga riang buat aku rasa x perlu fikir benda lain lagi. Jumpa Dafi dan lamar terus je senang.
Langkah bahagia yang aku atur terhenti di tepi jalan raya bila ternampak kereta mitsubishi lancer dia di tepi jalan. Eh, lain tempat yang aku janji nak jumpa dia, ke Allah nak cepatkan proses melamar aku eh? Heh! Cantik jugak kalau macam ni senang kerja aku sikit. Hihihi. Aku berjalan ke arahnya dan bila aku berhenti betul2 di depan keretanya dia tengah berborak bahagia dalam kereta bersama seorang perempuan. Ok! Siapa perempuan tu?!
"I cintakan you sorang je" aku terdiam bila ayat itu meluncur di mulut dia,pak we yang aku dah sayang hampir dua tahun itu. Kaki aku tak mampu nak bergerak lagi, lutut aku pun dah lemah sama.
"Siapa perempuan yang selalu dengan you kat kolej tu?" Soal perempuan itu dengan nada merajuk dan cemburu.
"Siapa? Adda? She is nothing to me, i couple dengan dia sebab nak buat you jealous, dua tahun i cuba buat you cintakan i"
aku menutup mulut kerana tak tahan sebak, patutlah dia selalu je mengelak untuk bercerita pasal kahwin, aku bukanlah perempuan yang diimpikan dia sebagai isteri. Kenapa aku bodoh sangat ni? 2 tahun aku cintakan dia dan tak sampai dua saat aku kecewa dengan cinta bodoh ini! Aku tak sanggup nak dengar lagi dan mengatur langkah ke taman yang kami sepatutnya berjumpa. Aku nak tahu apa yang dia nak cakap atau bohong lagi. Atau aku patut putuskan je hubungan kami ini.
"Dah lama tunggu?" Sapanya mesra macam tak ada apa2 yang berlaku. Aku ukirkan senyuman tanda membalas senyuman manisnya.
"Saya rindukan awak" aku tergelak bila dengar ayat bunga pujangga haprak tu keluar dari mulut dia buat aku rasa menyampah.
"Dont you miss me too?" Soalan dia buat aku rasa bodoh, dulu! Setiap minit aku rindukan dia tapi sekarang setiap minit yang aku lalui ialah dengan membenci kewujudan dia!
"I dont want to miss this moment, i have been waiting for you like crazy" aku menjawab dengan senyuman semanis gula.
"Pelik je ayat awak ni sayang" ujarnya lembut dan gentle. Rasa nak je aku sumpah dia ni jadi si Tanggang, eh, aku pehal pulak ni bukannya mak dia pun!
"Tak pelik mana pun kalau aku nak mintak putus dengan kau!" Aku berkata terus dan dia memang terkejut beruk dengar apa yang keluar dari mulut aku kan? Ingat aku hadap sangat ke dengan kau Dafi! Aku tak peduli la siapa pun kau ni!
"Adda, apa maksud awak ni sayang?" Soalnya terkejut. Aku bangun dari duduk dan tenung dia dalam2. Ingat aku hadap sangat dengan orang muka bersepai tepi jalan ni.
"Aku dah ada orang lain! Jauh lebih bagus dri kau yang bru je grad ni. So! Jauhkan diri kau dari aku. Kau, tak layak langsung untuk aku!"
Aku melangkah pergi tanpa hiraukan panggilannya lagi, air mata aku mengalir laju,kalau betul aku tak kisah langsung kenapa nak menangis pulak sekarang ni? Aku terus melangkah tanpa rasa lagi, macam ni rupanya sakitnya putus cinta, dulu aku gelakkan orang bila putus cinta menangis bagai nak rak, sekarang dah kena batang hidung sendiri! Padan muka dah dapat habuan dia rasa sakit macam mana kan?
Aku terus menangis tanpa hiraukan sesiapa yang memandang dan bila aku melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan aku dilanggar tanpa aku sedar,aku terus jatuh terbaring di jalan tar dan habis luka lengan dan kaki aku,bunyi hasil brek kereta tadi boleh tahan kuat juga, macam nak pergi berlumba je bawak kereta laju macam pelesit.
Aku yang masih lagi terkejut teruskan menangis dan biarkan bdan aku terus terbaring lemah disitu. Bukan aku tak larat nak bangun tapi aku lemah sangat sekarang ni. Orang ramai mula berkumpul sekeliling aku dan ada yang cuba menolong sebelum pemandu yang dah langgar aku ni keluar.
"Saya doktor, minta tolong beri ruang kepad mangsa" aku dengar suaranya tanpa rasa apa2.
Kenapalah aku tak mati je kan? Dah banyak ke ibadat kau nak kembali kepada Allah tu? Sesedap je cakap macam dah cukup bekalan nak ke akhirat.
"Cik, awak ok?" Soalnya resah dan memangku kepala aku,aku tatap wajahnya dengan pandangan kosong dan aku sendiri tak rasa apa2 sekarang ni. Seolah jntung aku tak berfungsi pun sekarang ni. Terasa badan aku melayang di angkat dan dimasukkan ke dalam kereta. Mata aku memandang tepat ke jalan raya bila kereta mula bergerak pergi, mata dia pula tak habis2 memastikan yang aku ok.
"Cik nama apa?" Soalnya lembut tapi aku diam tak berkutik.
"Sakit di mana cik?" Soalnya lagi dan aku diam lagi sambil menangis,bukan kerana sakit luka tapi sakit hati kecewa yang menggunung tinggi. Dasar lelaki, tak guna kau Dafi! Aku benci kau sampai mati!
"Cik, cakap dengan saya. Sakit kat mana?" Pintanya resah mcm aku ada masalah trauma teruk. Aku diamkan diri dan terus menangis tanpa hiraukan dia. Setelah sampai di hospital terus badan aku diangkat dan di bawa ke bilik rawatan. Aku masih lagi memegang jambangan bunga untuk Dafi tadi. Bunga pun dah tak nampak macam rupa bunga lagi dah.
"Apa nama cik?" Soalnya lagi tanpa jemu untuk buat aku bercakap. Tapi aku hanya biarkan soalan dia dan mula berhenti menangis.
"Siapa keluarga awak yang saya boleh call?" Soalnya lagi lalu menyelak lengan baju aku sedikit. Aku menjauhkan tangannya sebab kami ni bukannya muhrim pun. Tapi dia tetap jugak buat benda tu.
"Saya bersihkan luka ni dulu, kalau jangkitan kuman macam mana?" Soalnya dengan senyuman yang manis. Sedikit terkesima aku dengan senyuman dia lalu dia bersihkan dan balut luka aku. Ralit aku tengok wajahnya yang tenang sedang merawat aku ikhlas.
Memang doktor ni baik kut. Bahagian kaki aku yang luka juga dia rawatkan.
"Luka ringan je,alhamdulilah,saya minta maaf terlanggar awak. Saya rushing sebab ada emergency tadi" ceritanya tanpa putus senyuman di bibirnya. Aku ralit pandang wajahnya yang tenang dan tangkai hati aku diusik dengan ketenangan.
"Doktor! Wad 1, tekanan darah naik lagi" panggil nurse itu resah dan dia terus pergi meninggalkan aku sorang2 kat sini. Tak rasa macam nak call keluarga aku pun, biarlah aku balik sendiri nanti. Pandai la aku nak hidup nanti macam mana.
Sepuluh minit aku bersandar pada katil hospital yang memang mustahil la kalau empuk macam katil rumah, tapi boleh tahan sebab ni hospital swasta,macam gaya pun mewah sikit. Aku tak tahu nak buat apa dan nak pergi mana pada masa yang sama. Aku pandang sekitar bilik yang kosong itu hanya alatan merawat je kiri kanan aku. Akhirnya ada seorang nurse yang baik hati bawakan aku lunch. Tapi selera aku dah mati walaupun perut aku duk buat drama bollywood dalam ni.
Aku pandang nurse yang tersenyum menghulurkan dulang makanan kepada aku.
"Cik makan la ya? Cik nama apa?" Soal dia mesra. Aku senyum dan dia ternganga. Dah apesal pulak ni? Senyuman aku macam Beyonce ke sampai ternganga ni?
"Wah! Mesti doktor gembira bila cik dah senyum. Doc risau tau bila cik eak respon apa2" aku tersenyum lagi dengar butir bicaranya. Banyak cakap sungguh la dia ni. Hahaha.
"Makanlah, doc minta saya pastikan cik habiskan makanan ni" ujarnya ceria. Aku menolak sikit dulang dan menggeleng perlahan lalu merebahkan badan ke katil.
Nurse yang kecik molek ni mengeluh dan merayu minta aku makan.
"Sokay Dira,saya akan pastikan dia makan" suara doc itu buat aku bangun dari baring, boleh tahan jugak muka doc ni! Ish! Kau ni baru je kecewa dah ada hati gatal ya? Aku perhatikan nurse itu yang berjalan keluar dan dia masuk lalu duduk di birai katil. Dulang makanan di angkat dan dia mula menggaul bubur di dalam mangkuk. Pucat je bubur ni macam baru lepas lemas je warnanya.
"Saya tahu nampak tak sedap kan? Tapi awak makan la sikit, nanti petang sebelum awak discharge saya belanja awak makan kat cafe bawah ya?" Pujukan dia buat aku rasa nak senyum tapi aku tahan riak, dia menyuakan sudu ke mulut aku setelah membaca bismilah,aku nganga dan biarkan dia suap aku. Apa jenis bubur la ni satu benda pun tak rasa, buat hilang selera je la. "Good, lepas makan ni,makan ubat dan tidur ya?"
"Saya nak call keluarga awak" ujarnya dan aku diam lagi. Buatlah apa pun yang kau nak buat sebab aku dah malas nak fikir nak buat apa lepas ni.
Petangnya bila aku dah boleh keluar seperti yang dijanjikan dia bawa makan di cafe bawah, di mana kebanyakannya doktor yang makan kat sini. Dah ada mata yang pandang kami pelik dan ada jugak yang usik doc yang tolong aku ni. Aku hanya tayang muka tak beriak dan ada jugak aku membalas senyuman beberapa orang doc yang senyum pada aku.
"Gila! Pesakit aku la tu!" Doc itu ketawa kuat bila diusik rakan sekerja berkot putih labuh tu. Macam satu gang je gitu.
"Pesakit ke? Sampai nak belanja makan bagai?" Ada lagi suara yang mengusik sakan.
"Sebab aku yang langgar dia tadi, nasib baik tak mati anak orang tahu!"
"Oh! Kau ni, lain kali drive elok2 sikit, nasib baik tak parah budak tu. Kalau tak dia masuk hospital kau masuk penjara namanya!"
"Aku tahu la. Aku rushing tadi. E- call pasal pesakit aku. Alhamdulilah tak parah" dia membalas lega dan aku dari tadi duk curi dengar perbualan dia palingkan muka ke tempat lain bila dipandang dua lelaki itu.
Setelah dia ambilkan makanan untuk aku dan dia,dia minta aku tadah tangan kerana dia nak baca doa makan. Aku hanya menurut dengan wajah tanpa riak lagi. Macam2 dia tanya nak buat aku bercakap.
"Awak jangan diam je, kalau awak tak nak cakap lagi,saya terpaksa bawak awak ke wad trauma" ujarnya resah dan dia bangun dari kerusi untuk buat panggilan. Erk! Aku bukan trauma la doc, aku patah hati je la. Takde doc yang dapat rawat luka ni.
"Sya dah call, lepas makan kita pergi, lepas tu saya hantar awak balik. Kenapa tak nak beritahu siapa keluarga awak?" Soalnya untuk kesekian kalinya. Aku diam dan menyudu makanan ke dalam mulut. Sedap! Jauh lagi sedap dari bubur bunuh diri tadi.
"Dah, jom!" Ajaknya lalu bangun dari kerusi dan mula melangkah pergi. Tangan aku tarik hujung kot putihnya dan langkah dia berhenti.
"Sudi awak jadi kekasih saya?" Soal aku senafas tanpa riak di wajah dan dia terkejut. Jelas sangat terkejut sebab mulut dia pun ternganga. Beberapa doc lain yang berada di dalam cafe itu juga mendengar aku melamarnya menjadi kekasih aku. Semua orang tengah pandang drama kami yang macam tak betul je ni. Dah la perempuan yang lamar dia.
"Apa awak cakap ni?" Soalnya dengan nada terkejut lagi. Bunga yang aku beli aku hulurkan padanya pula. Tak kisahlah untuk siapa bunga itu sebenarnya yang penting milik siapa bunga itu akhirnya. Aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir sampai lamar dia jadi kekasih aku sekarang ni.
"Sudi awak jadi kekasih saya?" Soal aku lagi dan dia terkejut lagi sekali.
"Say yes! Say yes! Say yes!" Suasana cafe mula bising dan gamat dengan sorakan dan tepukan gemuruh. Suara gamat menyuruh dia terima juga menghangatkan suasana. Kini,aku dan dia menjadi tumpuan orang ramai.
"Yes..." balasnya lalu ambil bunga yang aku hulurkan padanya lalu bibir aku terukir senyuman. Suasana bersorak riang lagi kali ini lebih gamat dari tadi. Sebaik dia terima bunga itu aku terus bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari cafe dgn kaki terhincut hincut.
Aku senyum sepanjang jalan nak keluar dan pada masa yang sama ada yang ucapkan tahniah pada aku. Lepas je aku berada di luar cafe aku melambai pada dia dan terus pergi. Dia masih lagi dalam keadaan terkejut dengan lamaran aku tadi.
"Diam2 kau eh! Ingatkan gay!" Alif bersuara sambil menepuk bahu sahabat baiknya itu.
"Di lamar awek cun pulak tu! Hebat!" Hadif rak kurang jugak nak menyampuk dan meraikan status baru sahabatnya ini. Status kekasih orang!
"Tak pernah aku dengar cerita awek minta lelaki jadi kekasih dia weh! Hebat kau eh!" Alif sakan lagi memuji entah apa2. Ku Izran Naim tersenyum sedikit lalu menggelengkan kepalanya dan dia meninggalkan dua sahabatnya itu.
Ada jugak yang ucapkan tahniah padanya, setelah dilamar seorang perempuan status single Ku Iz hilang macam tu je. Entah kenapa dia terima lamaran dari gadis naif itu tanpa mengetahui nama pelamarnya. Rasa macam dalam alam fantacy je. Dia menggaru kepala yang tak gatal sebelum tersenyum seorang diri lagi. Jambangan bunga ros putih yang dah agak kotor itu dia cium dan dia senyum lagi. Sah! Dia pun dah gila sama.
"Abang dapat bunga? Siapa bagi ni?" Soal Ku Intan bila melihat jambangan bunga yang agak tak sempurna sifat dibawa pulang abangnya. First time! Dia cuba merampas ros itu tapi laju je tabgan Ku Iz menghalang.
"Jangan sentuhlah!" Marahnya sambil menjegilkan mata pada adiknya yang kaki penyibuk tu.
"Umi!!! Abang dapat bunga !!!" Jerit Ku Intan kuat membuatkan uminya yang berada di dapur ke ruang tamu. "Bising la kau ni dik!" Ku Iz meluku kepala adiknya lembut. Dasar kaki penyibuk betul la adik dia ni.
"Umi,abang dapat bunga" kening Ku Intan terangkat angkat bila memaklumkan kepada uminya. Uminya pun nampak bersemangat nak tahu pemberi bunga itu pada anak terunanya yang satu satunya tu.
"Assalamualaikum" suara Ku Irma yang baru balik dari hospital pelik bila semua orang tengah berkumpul keliling Ku Iz, Ku Ifrad yang baru balik dari pejabat juga pelik bila semua orang kelilingi anak lelakinya. Pelik benar situasi itu.
"Ayah! Abang dapat bunga ros putih la!" Jerit anak bongsu Tan Sri Ku Ifrad lalu memeluk badan ayahnya erat. Terkejut ayahnya mendengar berita gembira itu.
"Dik! Kau nak jaja cerita ni sampai seluruh dunia ke?" Marah Ku Iz geram. Adik dia ni memang kepochi dan kaki bising.
"Amboi! Kisah abang ni sehebat King William ke?"soal Ku Intan membalas kata2 abangnya.
"Betul la cerita yang menular kat hospital tu?" Soal Ku Irma bila dia duduk di sofa yang lembut itu. Dah bising satu hospital kisah adik lelakinya di lamar oleh pesakitnya sendiri.
Selama ini ramai pesakit Ku Iz yang cuba mengorat Iz tapi yang ni paling berani sampai melamar di tempat umum. Intan yang memang jenis hyperactive mendapatkan alongnya untuk dengar cerita selanjutnya. Umi dan ayahnya juga dah beransur ke sofa untuk dapat cerita penuh. Tapi Iz mengatur langkah ke biliknya.
"Ceritalah kak!" Gesa Intan tak sabar langsung.
"Pesakit Iz yang lamar dia, dalam cafe, ramai yang tengok dan yang paling best, Iz setuju" semua oramg terkejut dengan berita itu. Akhirnya! Iz bercinta jugak. Punyalah susah nak buat Iz layan perempuan selama ni kali ni kena lamar dah jalan.
"What kind of brave! Bravo la my future sis in law! Cerita la detail kak!" Gesa Intan lagi. Memang la kaki sibuk betul dia ni.
"Akak tak ada kat situ, rasa rugi jugak. Tapi, ayat girl tu memang cun!" Balas Irma turut sama terpengaruh dengan Intan yang obses.
"Ayat apa?" Dasar tak sabar.
"Sudi awak jadi kekasih saya?" Ulang Irma dialog yang pernah ditutur Nur Qatrunnadar. Habis menggedik satu tubuh Intan bila dengar cerita tu. Umi dan ayahnya juga dah senyum penuh makna dan bahagia gila dengan berita tu.
Memang dunia dah terbalik, sekarang turn perempuan yang melamar lelaki pulak ya?
Di bilik, Iz tersenyum lalu menyusun bunga yang hampir layu itu ke dalam pasu dan diletakkan di sebelah katilnya. Dia senyum bila teringat situasi tadi, rasa debaran halus bila si dia melamar hatinya. Dia menguak rambutnya dan masuk ke bilik air.
"Ma, macam mana nak bagi bunga ni tahan lama sikit? Macam dah nak layu je" soalan Iz membuatkan senyuman penuh makna di bibir uminya.
"Bunga hidup memang akan layu Iz. Lainlah kalau Iz jemur bagi kering, boleh simpan lama sikit. Kenapa?" Kening Iz terangkat sdikit bila di tanya uminya,takkan la nak mengaku yang dia sayang nak biarkan ros putih tu layu.
"Saja, learn something. How umi, keringkan je?"
"Ya la, lebih baik cabut semua kelopak dia dan jemur, umi boleh tolong kalau Iz nak buat" Iz tersenyum lalu memeluk bahu uminya.
"Betul umi boleh tolong?"
"Boleh, nak keringkan ros putih semalam ke?" Iz diam bila ditanya begitu, malu nak mengaku tapi tak lama kemudian dia mengangguk perlahan. Uminya menyentuh tangan Iz dan menarik Iz ke bilik Iz.
"Special ya bunga tu?"soal umi lagi.
"Biasa je umi, orang memberi kita menghargai" balasnya dan dia senyum lagi. Kali ini lagi lama dan dia ambil ros yang sudah hampir layu itu lalu diberikan kepada uminya.
"Menghargai krana menyayangi ya?" Soal uminya dan berlalu turun ke ruang tamu. Iz angkat kening dan memeluk bahu uminya.
"Mi, mana ada sayang, nama pun Iz tak sempat nak tanya tau."
"Nama tak sempat tanya?"
"Yup! Dia rushing sangat dan Iz pun busy, Iz rasa kami takkan jumpa lagi lepas ni. Jadi, ni je la kenangan Iz dengan pesakit Iz yang selamba habis ni" uminya berkerut macam terkejut dengar kisah Iz.
"Maknanya, dia main lamar Iz je la?" Soal uminya pelik dan Iz ketawa kecil.
"Ya, Iz rasa sebab dia terkejut kot" Iz senyum lagi dan uminya dah mengeluh sedih, fikirnya untuk dapat menantu akan tercapai, rupanya hanyalah cerita sahaja.
"Macam2 la sekarang ni, umi ingat ada la harapan nak dapat menantu" keluh uminya dan Iz senyum lagi. Dia melihat lincah tangan uminya membuat kerja.
Setelah itu dia menjemurnya di laman rumah dan minum petang bersama dengan uminya.
"Cantik ke budak tu?"
"Budak mana pulak?"
"Yang lamar kamu tu?" Iz tergelak sedikit lalu memejamkan matanya dan saat dia bersama dengan perempuan itu bermain di layar otak.
"Comel" balasnya sambil tersenyum dan Puan Sri Ku Indah memukul lengan terunanya itu.
"Carikan umi menantu ya?" Pinta uminya lembut dan penuh berharap.
"Mestilah, takkan nak cari hantu" seloroh Iz dan dia dicubit agak kuat. Merah kulitnya setelah dicubit agak kuat.
"Main2 je kan?"
"Ke nak Iz cari madu?" Soalan Iz buatkan darah Ku Indah mendidih,pantas Iz mengatur langkah melarikan diri daripada tempat itu. Bukan dia tak tahu kalau Ku Indah mengamuk boleh patah dua meja depan dia ni. Bukan main lagi Iz ketawa sambil melarikan diri.
"Ya Allah, kenapa marah2 ni?" Tegur Ku Ifrad sebaik join mereka.
"Teruna bertuah abang ni, saya minta menantu adanya nak beri madu?" Marah betul uminya kini tapi selamba badak Ku Ifrad ketawa dan tawanya bersatu dengan Iz.
"Dah ada calon ke Iz?" Soal ayahnya gatal dan serta merta lengan Ku Ifrad menjadi mangsa kali ini. Bertambah sakan la dua lelaki ini ketawa kerana berjaya menyakat.
"Kau ni tak paham bahasa ke? Aku cakap jangan call aku lagi. Bengong!" Aku campak fon sehingga bersepai atas lantai. Marah aku padanya tak boleh nak ditahan dan aku tak kan hilang rasa benci pada dia. Couple dengan aku dua tahun dengan niat nak pikat orang lain? Ingat aku ni apa? Pelakon tambahan? Kalau dalam drama kau aku ni pelakon tambahan dalam drama aku kau musuh semua orang! Dasar penjahat!
"Add, apesal ni?" Soal along berkerut bila tengok fon aku dah selamat berkecai atas lantai. Aku pandangnya sekilas dan niat serta tekad untuk berhenti menangis kerana lelaki tak boleh bendung lagi. Air mata aku mengalir dan along terus meluru memeluk aku. Dia sendiri tak pernah tengok aku lemah macam ni selama ni.
"Kenapa ni Add?"
"Dafi curang along. Add benci dia!" Aku terus menangis dalam pelukan along dan along turut sama terkejut dengan berita yang aku sampaikan.
Aku ceritakan semuanya pada along dan dia turut sama rasa bengang dengan aku.
"Lelaki! Semua sama je!" Emosi betul along aku ni. Aku pulak yang rasa pelik bila along lagi bersemangat nak marah berbanding aku. Aku diam dan dengar apa yang along duk membebel. Last skali ayat dia buat aku rasa nak gelak dan tahu kenapa along marah sangat.
"Ada tunang pun macam tak ada tunang! Buat sakit hati je!" Aku terus gelak lepas tu, gaduh dengan Abg Nazri rupanya patutlah emo semacam. Ceh!
"Siapa yang ada prob sekarang ni? Along ke Add?" Aku menyoalnya dan dia sengih sedikit. Sedar dah terover react kot.
"Sorry Add, Nazri ni saja je nak buat along marah, call tak angkat, mesej tak reply! Benci!" Ok, situasi dah terbalik bila aku pulak yang jadi tukang dengar luahan perasaan orang lain. Aku dengar je la nanti kesian pulak dekat along aku ni tak dapat nak luah perasaan.
"Erm, patut ke aku pergi jumpa doc tu?" Aku yang cantik berdiri depan hospital ni berfikir sejenak. Aku rasa perlu la,aku kena minta maaf sebab main terjah je lamar dia hari tu. Daripada aku berdiri macam model hospital baik aku masuk je, sambil aku berjalan masuk aku terfikir lagi sekali, bila masa pulak hospital pun ada model ni? Ugh! Mereng kau Add! Aku melangkah masuk dan aku ke kaunter utama, bila aku nak tanya mana doc tu aku garu kepala, aku sendiri tak tahu nama dia apa la wei!
"Tak apa, saya cari sendiri" aku tersengih dan berlalu ke ruangan lain. Mana aku nak cari dia ni? Untung aku ingat je hospital mana ni, aku atur kaki ke satu aras dan satu aras lain. Dah rasa macam main sembunyi2 pulak aku rasa sekarang ni. Aku berjalan lagi dan pening pada masa yang sama. Mana pergi la dia ni eh?
"Tahniah bro! Alhamdulilah, selamat budak tu" Hadif mengucapkan tahniah kepada Iz yang berjaya dalam pembedahan kali ini. Iz hanya mampu membalas dengan senyuman. Dalam rancak mereka berbual tanpa sedar seorang yang jalan mengundur terlanggar Iz lalu hampir terjatuh dan Iz menyambut orang yang terlanggarnya. Lalu mata mereka bertemu dan jantung masing2 mula bergerak tak senada lagi. Mulut perempuan itu ternganga kerana terkejut. Cepat2 Iz stabilkan diri perempuan itu dia menggaru kepalanya sedikit.
"Doktor...." sebut aku lembut dan senyum cuba aku ukirkan. Berdetak hebat jantung aku sekarang ni ha. Doc tu pun terkejut lagi tengok aku kat sini. Bukan hantulah doc aku luka sikit je hari tu bukannya sampai nak mati pun.
"Hai! Hadif" doc lelaki disebelahnya dengan senyuman manis memperkenalkan dirinya. Aku menundukkan sedikit wajah lalu membalas senyumannya.
"Adda"
"Ok la Adda, saya pergi dulu"
"Iz, aku pergi dulu!" Bahu orang yang bernama Iz ini ditepuk sebelum dia beredar. Aku senyum segaris dan menghantar doc yang bernama Hadif tu pergi.
Aku kembali ke fokus utama aku dan senyum melihat doc yang dipanggil Iz depan aku ni.
"Baru lepas operation ke?" Soal aku dengan lagak selamba dan macam dah kenal lama. Dia angguk ringkas dan senyum pula. Aku gigit bibir bawah bila tak tahu nak cakap apa.
aku perasan yang ada sedikit darah di pipi kirinya, aku ambil tisu dalam beg sandang aku dan suakan padanya tapi dia blur tak faham. Aku tergelak sikit lalu ambil balik tisu ditangannya dan aku menjongket sedikit untuk mengesat pipinya. Dia terus keras kejung tak bergerak, bila dah selesai aku senyum manis padanya dan mencari tong smpah untuk buang tisu tu. Bila ada suara yang bercakap cakap aku pandang mereka dan aku balas senyuman yang mereka lemparkan pada aku dan Iz.
"Guna ni" arahnya dan bergerak ke hujung laluan,oh! Dettol eh,untuk bersihkan tgn aku. Dia picitkan untuk aku dan dia sekali lalu kami sma2 tergelak kecil. Rasa macam kelakar pulak dan kami bergerak ke suatu sudut yang lebih lengang. Nak cakap kat dia yang aku sebenarnya aku tak bermaksud nak lamar dia tapi ada je halangan dia kan dan aku pun rasa macam tak boleh nak cakap. Kau kena cakap Add! Jangan tangguh lagi.
"Jadi, nama awak Adda?" Soalnya dan aku senyum sedikit. Bila nak cakap hal sebenar ni?
"Yup! Tapi, orang pggil Add je"
"Add? Kenapa Add je?"
"Entah, nanti saya tanya kenapa dorang panggil saya macam tu" aku jawab selamba dan dia gelak.
"Means, awak akan datang jumpa saya lagi lepas ni, untuk beri jawapan tu" aku terdiam sekejap. Ugh! Macam mana ni? Aku tak sanggup la nak cakap yang aku tak sengaja terlamar dia je hari tu. Kena cakap la Add! Mesti!
"Sebenarnya, saya....."
"Doc, jom makan sama, ajak buah hati sama" sapa seorang doc perempuan dan aku tak sempat nak cakap hal sebenar. Kenapalah masa ni jugak dia nak ajak makan, ha! Kan dah dapat status buah hati doc.
Aku pandang Iz yang sedang pandang aku.
"Jap lagi Mira" balas Iz pada doc itu dengan senyuman manisnya. Aku senyum sama pada doc itu.
"Sebenarnya?" Soalnya pada aku dan aku dah hilang kekuatan untuk cakap hal sebenar, lain kali! Aku akan cakap kat dia lain kali, pasti!
"Lapar, sebenarnya saya lapar, nak ajak awak lunch" aku bersuara dalam debar dan dia senyum lagi.
"Jom! Makan free" ajaknya mesra dan aku ikut langkahnya ke pantry yang tak jauh dari situ bila kami masuk banyak mata yang pandang kami atau lebih tepat pandang aku yang bukanlah seorang doktor ni.
Aku merendahkan kepala sedikit dan lemparkan senyuman manis kepada semua orang. Bukan main lagi mereka bersorak ha.
"Wah! Iz bawak awek hari ni" dan mulalah menyusul usikan dari mulut orang lain. Aku pulak yang rasa segan sekarang ni.
"Diamlah korang!" Marah Iz lalu turut sama tergelak bersama mereka. Aku duduk di satu kerusi dan Iz duduk di sebelah aku. Aku menyuruhnya join orang lain makan tapi dia menolak untuk pergi.
"Pergilah, saya ok"
"Mana boleh,awak tetamu saya hari ni" ujarnga dan senyum lagi.
"Weh! Mana makanan untuk tetamu ni? Layan diri korang eh?" Alif membuatkan semua orang fokus kepada kami. Aku mula malu lagi bila kena usik sakan,ish! Kuat mengusik jugak doktor ni eh?
"Tinggal satu je pinggan ni" seorang bersuara.
"Bagi dua sudu" ujar Iz dan mee goreng dihulurkan kepada Iz. Aku diam sekejap,takkan nak share kot? Bukannya aku tamak tak nak share tapi.... banyaklah yang tapinya.
"Tak kisah share dengan saya?" Soalnya dan laju aku menggeleng.
Aku ambil sudu yang dia hulurkan, aku senyum dan pandang dia. Bila dia tadah tangan untuk baca doa aku ikut sama tadah. Setelah itu dia mula makan dan nampak sangat sedap. Aku ikut sama menyudukan mee itu dan masukkan ke dalam mulut. Sedap!
"Sedap?" Soalnya.
"Sangat!" Balas aku lalu tersenyum bahagia,dia ikut sama tersenyum dan makan lagi. Aku pandang wajahnya yang sedang makan,kenapa aku tak rasa sedih lagi ni? Ke aku dah gila sebenarnya.
"Kenapa?" Soalnya bila aku tak makan tapi duk tenung dia. Uh! Malunya... aku menggeleng dan menyuapkan mee ke dalam mulut, dek berdebar sangat mee itu melekat di hujung bibir aku. Segera tangannya mengambil tisu dan hujung bibir aku di lap. Aku terdiam sekejap dan terpaku pandang wajahnya. Ya Allah, rasa apakah ini?
"Jelesnya, orang ada awek...." bunyi suara mengusik lagi dan aku melarikan wajah ke tempat lain. Malu la! Aku menggaru hujung hidung sebab malu tapi boleh pulak Iz ketawa riuh dengan kawan2 nya.
Setelah itu dia hantar aku ke luar hospital dan banyak lagi mata yang memandang, agaknya memang Iz ni doc yang femes kat sini kot? Aku senyum bila berdiri di luar hospital dan bersedia untuk balik.
"Dah baik luka awak?" Soalnya bila aku nak balik ni? Sepatutnya dari tadi lagi dia tanya.
"Dah dua minggu."
"Saya minta maaf pasal tu" pintanya pula, bukannya salah dia pun.
"Bukan salah awak pun"
"Saya ingat kita tak akan jumpa lagi" ujarnya sambil senyum. Aku pun fikir macam tu jugak. Baik tak payah jumpa sepatutnya sebab sekarang ni aku pun dah tersepit dalam rasa bersalah.
"Saya tak sempat nak berterima kasih pun hari tu,so,thanks" ucapku dalam senyum. Banyak senyum ni habislah modal senyum aku lepas ni kan?
"Most welcome,ni kad saya. Mana tahu nak call ke?" Ujarnya lembut.
"Nak call buat apa?" Soal aku pula,mengusik.
"Mana tahu, emergency call ke?" Soalnya lalu mengenyitkan mata. Aku tergelak sedikit lalu menyambut huluran kadnya.
"Ku Izran Naim?" Aku angkat muka pandangnya bila baca namanya. Ku la korang!
"Ya, kenapa?" Soalnya pulak. Aku senyum dan simpan dia punya kad nama.
"Cantik nama" aku jawab selamba dan dia gelak.
"Awak tahu, ayat mengorat tu" ujarnya dan aku ikut sama tergelak. Idoklah wei aku nak mengorat dia. Cukuplah dengan terlamar dia hari tu.
"Saya balik dulu,kerja elok2" pesan aku gaya macam aku ni awek dia je dan dia senyum bahagia. Bahagiakah dia? Sebab aku pun tengah bahagia bak hang ni. Kawan je la Add!
Bosan pulak bila tak tahu nak buat apa ni ek? Aku teringat kad nama Iz, best jugak kalau usik dia kan? Dah malam macam ni mesti dia dah balik kerja kan? Tapi, doc ni kerja tak tentu masa,try je la mana tahu ada can. Aku simpankan contact dia dalam fon, macam gedik je sebab aku tulis nama dia Mr. Doctor Ku. Heh! Rasa macam mengaku dia tu doktor aku punya pulak. Bukanlah! Sebab nama dia ada Ku la! Aku kan suka jugak orang ada nama Ku ni,macam Dafi, dia tengku kut. Ok! Lupakan mamat gila tu dari otak kau sekarang jugak. Nyah kau! Aku buka link nombornya, cantik! Ada we chat, whatsapp. Dan last seen dia punya whatsapp baru je seminit lepas! Nampak tak the kuasa of last seen of whatsapp, bukan the kuasa of double blue tick je. Aku senyum penuh makna. Tengah aku duk syok menaip tiba2 fon aku mati. Apesal pulak ni????
"Weh! Fon! Mentang2 bersepai hari tu kau kecik hati eh? Jangan la rosak hari ni, esok la kau rosak eh?" Dengan baca bismilah aku buka balik fon aku dan lega gila.
"Fuhhh... alhamdulilah. Aku terus call dia,macam dah lewat sikit tapi ok la ni."
"Hello" bila dengar suara garaunya di hujung talian buat aku rasa nak pengsan. Macho gila suara dia weh! Aku cepat2 sedarkan diri dan bersuara lain macam sikit. Sengaja aku buat suara macam lelaki, biar bunyi kasar sikit.
"Hello" aku bersuara macam lelaki.
"Siapa ni?" Soalnya de gan nada tenang dan mendatar. Aku dah senyum sorang2 ni.
"Tak ada soalan lain ke? Tanyalah dah makan ke belum ke? Best jugak telinga ni dengar" aku dah tahan gelak nak pengsan. Kelakar bak hang!
"Kalau just nak main2 baik tak payah" ujarnya agak garang tapi tak garang mana pun. Aku dah nak gelak sampai esok ni.
"Relax ar bang! Jangan marah" pujuk aku selamba.
"Siapa kau ni? Nak apa?" Soalnya lagi. Nak apa eh?
"Nak abang boleh?" Aku rasa nak pengsan dah gelak ni.
"Ingat aku ni tayar kereta ke boleh jual beli?" ha? Tayar kereta? Adoi! Bagi la contoh baik sikit doc Iz oi! Keluar air mata aku tahan gelak.
Pintu bilik aku dibuka dan wajah along muncul.
"Add, gila ke gelak sorang2?" tegur along agak kuat dan aku cepat2 tutup mulut along. Kalau Iz dengar rosaklah plan mudah alih aku ni. Hahahaha. Macam iklan broadband pulak. Along angkat kening bertanya dan aku mintak dia diam sekejap.
"Hello!" Aku tersengih dengar suara dia dah naik satu oktaf. Adess, nakal kau ni Add.
"Takkan hensem macam abg nak samakan dengan tayar kereta yang hitam tu" aku bersuara macam lelaki lagi. Gelak aku tahan lagi, along yang blur habis menggelengkan kepala tak faham dengan perangai aku.
"Hensem ke? Abang pun suka lelaki, bolehlah abang try adik" erk! Aku rasa macam nak pengsan dah ni, biar betik! Aku rasa baik aku mengundur sekarang jugak.
"Silap no la bang... sorry..."
"Awak nak apa Add? " dengar nama aku disebut dengan gelak sakan di sana.
Aku mengeluh dan tersenyum lega, la,dia ni dah tahu rupanya. Buat serak tekak aku je jerit2 tadi.
"Iz! Awak kenakan saya balik eh?" Soal aku buat2 geram dan ketawa sama.
"Sorry la,suara orang sebelah awak tu kuat sangat" kan aku dah kata yang semua ni salah along. Rosak plan aku! Dia gelak lagi.
"Ni no awak ke?" Soalnya bila berhenti gelak.
"Yup! No saya lar. Tak kan no mamat gay kot" aku berseloroh dan dia gelak lagi.
"Jangan la, takut saya nanti." Dia gelak lagi, aku ikut sama gelak. Along dekatkan telinga di fon aku dan aku jauhkan daripadanya. Menyibuk je tahu!
"Battery low la awak, kena cas ni. Bye! Genite!" Tak sempat aku nak matikan pun dah mati sendiri. Dasar fon tak kenang budi,aku cas fon dan duduk di sebelah along yang dah tak sabar sangat nak dengar cerita aku pasal Iz.
Aku pun mana boleh simpan rahsia dengan along. Terus aku cerita semuanya dan along gelak sakan.
"Selamba badak je lamar teruna orang eh? Teruk!" Along ketawa lagi.
"Ter... je la! Tengah frust kot" marah aku pula. Along gelak lagi dan aku buat muka merajuk terus masuk dalam selimut. Malas nak hiraukan along.
Dah sebulan kami berkawan la kot, pada aku kami kawan je tapi bagi satu hospital ni kami kekasih, kan aku terlamar dia hari tu. Semakin lama aku dah semakin lupa untuk cakap pasal benda betul pada dia. Bila nak cakap asyik tak jadi je.
"Hai!" Sapa aku mesra pada semua warga hospital yang kebanyakannya dah tak asing bagi aku. Sebab aku selalu sangat dah jejak kaki kat sini dan semua orang dah sedia maklum aku ni siapa. Bukanlah pesakit. Aku senyum dan menyapa semua orang,rasa macam gila pun ada kadang2 tu. Kenapalah aku tak malu sangat duk datang sini selalu kan?
"Add,datang jumpa Dr. Iz eh?" Soal salah seorang nurse. Mestilah! Takkan nak jumpa dia pulak. Aku sengih sedikit sebelum ke aras Iz kerja.
"Hai!" Sapa aku lagi. Aku terdiam bila melihat Iz dengan seorang doc perempuan bergurau mesra. Erk! Kenapa rasa macam tak suka pulak ni? Siap berpeluk bahu bagai ni. Aku undurkan langkah dan bersandar pada dinding. Jangan nak mengarut la Add! Kenapa aku rasa macam ni pulak ni? Jealous? Jangan la weh!
Aku atur langkah ke lif dan bila doc perempuan yang bersama Iz tadi lalu aku diam sekejap, tak pernah nampak pun selama ni,doc baru kot dan dia pun macam tak kenal aku ni siapa. Eh! Kau ni femes sangat ke sampai semua orang kenal kau? Perasan! Bekal di tangan aku pandang sekilas lalu masuk ke dalam lif. Dalam seminggu mesti ada jugak dua tiga kali aku datang lunch dengan dia,bawak bekal lagi ok,bekal yang mama masak. Hahahaha.
"Add, dah nak balik ke?" Sapa Alif dan aku senyum mesra.
"Haah"
"Cepatnya,dah jumpa Iz ke?" Soalnya lagi. Dah jumpa tapi dia sibuk!
"Belum, tak jumpa pun. Iz e-call kot" ha! Bohong la lagi Add, aku senyum lagi.
"Tak call dulu ke?" Soalnya pada aku pula. Ni kisah sedih,fon aku memang dah boleh campak dalam tong sampah pun. Dah rosak! Sedih!
"Tak bawak fon" aku gelak pulak, bukan tak bawak tapi rosak la.
"Oh! Jap,saya call jap" ujarnya dan aku dah bersedia nak halang dia.
"Tak payah la, lain kali saya datang lagi" aku menghalangnya.
"Kejap la" ujarnya berdegil. Aku sengih je la dah dia yang beria nak buat macam mana?
"Mana Iz ni?" Soalnya sendiri.
"Tak payah la, saya balik dulu ya?" Aku meminta diri dan melangkah pergi.
"Kenapa nak balik pulak?" Erk! Suara Iz la tu. Aku pandang belakang dan tersenyum bila dia dah ada depan mata. Wah! Segak dia kan? Pakai baju casual je ni, dah habis kerja ke?
"Iz,ingat kan awak busy,saya nak balik la"
"Kenapa tak call?" Soalnya pula. Malasnya nak jawab soalan sama
"Dah banyak kali aku call, tak agkat pun" aku pandang Alif yang bersuara. Iz sengih sedikit lalu keluarkan fon dia dan dia tergelak.
"Battery habis!" Dia bersuara lalu gelak lagi. Aku pun ikut sama gelak.
"Wah, bekal lagi. Jom lunch! Saya dah habis kerja ni" ajaknya mesra dan aku angguk ceria. Bye Dr. Alif. Hehehe.
"Awalnya habis?" Soal Alif puas hati.
"Aku on call la weh semalam. Now,rehat time!" Ujarnya ceria. Aku tergelak dan mula melangkah pergi. Soal doc perempuan tadi dah pergi jauh dari otak aku. Peduli apa aku siapa dia dgn Iz,kami kawan je pun dan hubungan ni tak perlu nak terjejas sebab benda kecik tu je.
"Iz, slow la sikit makan tu,tercekik nanti" tegur aku risau bila dia makan macam tak pernah jumpa nasi.
"Sorry,saya lapar sangat, tak makan dari semalam" apa dia cakap pun tak berapa nak clear sangat tapi bila dah tersedak cepat2 aku bangun dri kerusi dan tolong dia? Nak tolong macam mana? Aku hulurkan air dan dia meneguknya rakus, tu la, orang cakap tak nak dengar.
"Okey?" Aku mencari jawapan dalam matanya dan dia senyum sedikit, merah satu muka sebab tersedak tadi. Buat aku risau je la budak ni!
"Ok!" Ujarnya lalu senyum lagi, aku ambil tempat di depan dia balik dan melihat dia sambung makan. Dah tersedak sampai macam tu sekali pun selera makan tak hilang eh? Aku menggelengkan kepla beberapa kali sebelum tergelak kecil.
"Sedap sangat ke masakan mama tu?" Soal aku padanya dan dgn mulut penuh dia angguk. Hailah, dah umur 30 tapi perangai tak dewasa jugak.
"Saya ingat awak yang masak"
"Saya masak? Hangus rumah tu nanti" aku jawab selamba habis dan dia boleh gelakkan aku. Kurang asam betul!
"Belajar la masak, nanti senang nak ikat suami" nasihatnya dan aku diam sekejap. Belajar masak untuk ikat suami? Aku ikat kat tiang lampu kalau dia berani nak lari. Hehehe. Ganasnya aku ni.
"Awak suka ya,perempuan pandai masak?" Soalan apakah ini? Soalan fakta ok!
"Suka! Bukannya kena sehebat chef wan, two, three pun. Asal boleh masak, ok la tu" ujarnya dan senyum lagi. Sambung makan lagi yang tu memang paling mustahak kut.
"Kalau awak dapat isteri tak pandai masak?" Errr...soalan ni general dan bukannya berbalik kepada diri aku sendiri.
"Boleh belajar" dia jawab senang. Aku senyum lagi. Senangnya cakap yang nak menanggungnya aku, eh, perempuan la!
"Awak? Nak suami pandai masak?" Soalan cepumas ni oi!
"Nak! Boleh masak sama2 nanti!" Balas aku gedik. Gedik seh! Aku gelak dan dia senyum sambil mengangguk faham.
Setelah makan dia teman aku pergi beli fon baru!!! Dengan dia memang tak boleh nak berahsia, cerita terus yang fon aku dah nazak sangat tunggu tong sampah jemput je.
"Model yang paling latest?"
"Nak yang ada ..."
"Ada...."
"Bukan, lagu satu model yang ada...."
"No! Ada..." aku garu kepala yang dah betul2 gatal ni. Siapa yang nak beli fon sekarang ni, aku ke dia? Hailah! Pening sungguh aku dengan dia ni. Aku jeling dia yang betul2 di sebelah aku ni dan aku pandang muka penat saleswoman ni. Dah nak habis modal dia offer dan promote kat Iz. Aku pun hampir rasa nak tergelak tengok situasi ni.
"Iz, saya suka yang ni" aku tunjuk model yang berkenan di hati aku dan dia berkerut serta hampir menggeleng aku ni pulak hampir pening.
"Please, ok?" Aku memujuknya dan dia tukar dari menggeleng kepada angguk. Yes! Lepas ni tak nak shopping dengan dia lagi! Hehehe... tak adalah, gurau je lepas ni nak keluar lagi dengan dia.
"Sorry miss, saya memang cerewet sikit bab macam ni" pintanya pada cik jurujual yang turut sama pening ni. Dan miss tu senyum penuh makna,aik, lain macam je senyum saudari.
"Its ok. Thank you" ujarnya dan Iz balas dengan ceria,siap kenyit mata lagi. Dasar miang kepala batas,eh, kesian dekat orang tinggal di kepala batas tu.
"Most welcome" balas Iz dan berlalu pergi. Aku ikut belakang dia dengan rasa nak bagi pelempang je. Geram sungguh. Jap! Jap! Jap! Ya Allah apa kena dengan aku ni? Nak jeles bagai, dia kawan aku je la. Sedar la sikit status tu.
"Kawan!" Aku berkata agak kuat dan Iz brek tanpa lampu merah menyala di belakang kereta buat aku terlanggar belakangnya.
"Kawan?" Soalnya pada aku.
"Haah, kawan saya" ujar aku padanya dan tunjuk ada seorang lelaki yg sedang berdiri di tepi sebuah butik. Siapa pulak yang aku main rembat je ni?
"Oh, pergilah tegur" pedia? Tegur? He is strangers ok. Tu la duk mengelamun sgt tadi kan dah kena!
"Biarlah,dia dah tak ingat saya kot" aku mewujudkan alasan.
"Pergilah,saya tunggu sini" aku memejamkan mata bila dia dah duduk. Nak tak nak aku pergi la jugak dekat lelaki entah sesapa tu. Nak buat mcm mana ni? Mudahan dia berlalu pergi ya Allah. Cepatlah blah. Bila aku sampai je dekat dia aku senyum senget. Dia pun pelik bila aku duk sengih depan dia. Masaklah kau Add! Siapa suruh bohong.
"Er... er..."
"Yes, adik sesat ke?" Adik? Aku dah 25 tahun ok! Kurang asam betul budak ni, tapi, mana la dia nak tahu kan? Aku ada bagitahu ke? Tak ada kan?
"Tak, abang ni artis eh?" Main bantai je la Add oi! Padahal aku ni boleh dikatakan peminat artis tanah air,semua artis aku kenal kot. Hahaha. Perasan betul!
"Tak lah, model sampingan je"ujarnya segan lalu tersenyum. Aku senyum sama, dah nama pun main terjah je. Pandailah nak hidup.
"Oh, sorry bang, ingatkan kawan saya tapi salah orang pulak" ujar aku mendatar.
"Ok"
"Ok, bye. Sorry" pinta aku lagi dan mengatur langkah pergi. Iz la ni punya pasal.
"Aik, dah tidur?" Aku amati wajah dia yang sedang cantik lena kat meja ni ha. Adoi la! Kalau nak tidur pun baliklah rumah dulu. Aku jugak yang ajak dia ronda2 mall ni, jap, bukan dia yang nak ikut ke? Aku tersenyum bila lihat wajah polosnya yang sedang tidur, comel, nampak macam baby je. Kenapa rasa berdebar je ni? Rasa sama macam aku berdebar bila mula2 couple dengan Dafi dulu. Ugh... kenapalah mesti nama dia muncul dalam otak aku selalu kan?
"Adda" aku angkat muka pandang orang yang panggil aku dan?! Paling tak boleh blah! Knpa mesti Dafi?
"Kau nak apa?" Soal aku terus bangun dari kerusi.
"Are you getting out with him?" Soalan dia buat aku sakit hati. Ingat aku ni tak ada pilihan lain selain dari dia ke?
"None of your business" jawab aku kasar.
"You are leaving me because of him?" Soalnya sinis,kalau ya kenapa? Sebab Iz tak sehensem dia ke? Memang kalau ukur dari rupa Iz tak sekacak Dafi yang pandai menggayakan dirinya dan fesyennya haruslah jauh lebih baik dari Iz. Tapi dia siapa nak perlekehkan Iz yang sejuta kali lebih baik dari dia? Dasar mereng!
"Yes! Totally yess!!!" Suara aku dah mula meninggi. sejak bila aku pandai marah2 ni? Sejak aku tahu yang Dafi permainkan aku selama ini. Badan Iz bergerak sedikit dan aku berjalan menjauhi meja kerana bimbang Iz akan terjaga.
"Awak tak pernah marah2 selama ni. You have change a lot"
"Yes! I ve change and my love is changed too!" Dia terdiam bila aku berkata begitu.
"Kita dah couple dua tahun, within two months you ve already forget me?"
"Untuk lupakan kau,dua saat pun mampu la!" Aku berkata sinis dan melangkah untuk beredar tapi badan dia halang aku pergi.
"Apa lagi?"
"Saya masih cintakan awak" aku rasa mcm nak je bagi penerajang kat mamat depan aku ni. Saya masih cintakan awak? Dia tak layak lgsung nak cakap macam tu!
"Bye!" Aku atur langkah dan pergi tanpa menoleh lagi. Ingat aku hadap sangat dengan kau? Boleh blah!
"Siapa tu?" Erk! Dia nampak ke aku borak dengan Dafi tadi? Masaklah kalau dia tahu yang tu adalah ex aku. Kenapa pulak dia nak kena tahu? Past is past right?
"Nur Qatrunnadar. Saya tanya ni" rasa macam nak buat roller coaster bila Iz sebut nama penuh aku. Pergh! Dahsyat penangan ni kan? Kalau dia sebut nama penuh aku masa akad nikah confirm pengsan terus ni! Hish! Mengarut apa kau ni Add!
"Senyum pulak,Add, boyfriend awak ke?" Erk!
"Mana ada! Kawan satu kolej dulu"
"Ya? Kenapa macam gaduh je tadi?"
"Mana ada, Iz penat eh? Jom kita balik?" Soal aku dan dia angguk setuju. Aku senyum lagi dan bangun dari kerusi, Iz ikut sama bangun dan berjalan di sebelah aku.
"Abg Iz!" Langkah kami berdua terhenti dan kami sma2 pusing ke belakang. Abang Iz?
"Dafi! Lama tak nampak!" Ok! Bala apakah ini? Aku rasa dah nak pengsan sebab tak cukup oksigen ni. Mesranya dorang siap peluk2 bagai lagi.
"Hai Adda!" Sapanya dan Iz terkejut bila dia menegur aku.
"Kenal Add?" Soal Iz. Ya Allah,kenapa mesti jadi macam ni? Dan kenapa kau mesti muncul kat sini duhai mangkuk!
"Kenal! Tadi kami dah borak kejap"
"Oh! Jadi Dafi ni kawan sekolej Add la?" Soalnya mesra. Aku dah rasa nak bunuh orang je ni.
"Bukan je sekolej,sejurursan, sekuliah, sekelas lagi abang!" Mata aku dah membulat geram. Iz pandang aku sebab dia tak sangka dan aku senyum sedikit mengiakan apa yang mamat gila tu cakap.
"La,kecik je dunia ni kan?" Iz gelak senang, gelak la kau sorang diri Iz sebab aku tak rasa yang benda ni kelakar kot.
"Kenapa macam tak kenal each other je ni?" Soalan itu buat aku tak tahu nak jawab apa. Tapi sebelum Dafi sibuk duk buka cerita lama baik aku yang bercakap dulu.
"Tak rapat pun" balas aku selamba.
"Ya ke? Bukan selalu kita buat assignment sama2 ke?" Mata aku membulat lagi dan kali ini aku rasa nak tendang orang je. Iz pandang aku dengan riak pelik bila aku dan Iz asyik cakap benda yang berbeza. Dah confuse siapa betul siapa silap.
"Mana satu ni? Pening la..." Iz tergelak kecil.
"Adda dengan abang ni apa citer pulak?" Gila! Apa punya soalan yang mamat ni tanya ni. Kalau Iz cakap kawan je memang kena betul la yang aku tipu Iz je.
"Buah hati abang, kekasih kot, ya Add?" Soalnya pada aku dan dia kenyit mata. Aku lagi sekali rasa berdebar bila dia cakap aku ni awek dia. Apa lagi? Angguk kencang2 Add!
"Jom Iz,awak cakap nak rest kan?" Soal aku mesra dan aku boleh nampak muka Dafi bertukar kelam. Heh! Aku tak heran la dengan kau ni Dafi. Tapi masalah jugak kalau Iz dan Dafi saling kenal.
"Ya, abang penat la Dafi. Nanti free datang rumah eh?" Iz salam dengan Dafi dan mula melangkah pergi. Sempat aku beri senyuman sinis padanya, huh! Ingat aku tak laku ke? Sesedap rasa dia je nak pergunakan aku untuk dapat awek baru dia tu. Kurang ajar!
"Betul ke tak rapat?" Soal Iz sebaik kami berda di dalam kereta. Knpa pasal Dafi lagi ni?
"Kenapa?" Soal aku kembali.
"Dalam mata Dafi tu macam kenal Add sangat. Macam Add dia yang punya je" ha? Dia perasan ke?ish! Aku buat2 gelak untuk hilangkan gugup. Macam mana nak buat ni.
"Ya ke? Biasa je saya tengok"
"Bila saya cakap yang awak ni kekasih saya pun dia macam kecewa habis"
"Ya ke?"
"Yes, i am a man, he is a man. Man knows man better" wah! Falsafah dari ngara mana dia kutip ni? Aku tergelak kecil. Kenapalah pasal Dafi jadi topik bualan kami. Sepatutnya cerita la pasal benda lain, pasal sejarah malaysia ke ada bestnya jugak. Duk korek sejarah hidup aku memang tak la nak terkorek.
"Siapa dia dengan awak?" Soal aku pula.
"Sepupu" sepupu? Masak! Ni lagi parah! Knpa mesti sepupu? Kalau seratus pupu kan bagus! Dah jauh gila jurang mesti tak kenal pun!
"Kenapa tekejut sangat?"
"Ha? Terkejut sebab awak lagi hensem dari dia" aku balas sambil buat lawak dan gelak lagi.
"Tipu, sebab dia lagi hensem dari saya kan? Semua orang tahu yang dia lebih hensem dari saya" ujar Iz perlahan. Erk! Aku dah tersilap cakap ke ni? Jgn la mcm ni Iz.
"Iz...."
"Penting ke rupa kalau nak memiliki hati awak?" Soalnya dan aku terdiam. Ok! Tak pernah kami cakap pasal benda ni selama ni kan?
"Iz, serius saya cakap. Awak dah hensem sangat! Kalau di bandingkan dengan saya yang tak ada rupa ni memang tak layak langsung!"
"Pandailah...."
"Betul la! Orang ikhlas tau" aku dah buat mulut muncung ni. Nak merajuk la kononnya. Hahaha. Mesti buruk benar muka aku sekarang ni kan?
"Saya nak awak!" Eh? Nak aku? Soalan apakah ini?
"Eh???"
"Sudi awak jadi kekasih saya?" Soalnya tenang dan aku terdiam, ternganga, terkejut sekali kot.
"Sudi?"soalnya lagi. Dan kali ini dia senyum pandang aku bila kami berhenti di lampu merah. Memang la berhenti kat lampu merah, kalau lampu hijau berhenti mahu kena maki nanti?
"Awak main2 ke ni?" Soal aku resah dan berdebar bak hang.
"No, i am serious for dead"
"Nanti sampai rumah saya jawab" aku senyum pandangnya yang dah berkerut. Mesti tak puas hati kan? Hahaha. Aku senyum je manunggu masa sampai di rumah.
Sebaik aku sampai di rumah aku turun dari kereta dan ucapkan terima kasih padanya. Aku tutup pintu kereta dan berjalan sambil mengundur ke belakang, nampak sangat yang dia tengah tunggu jawapan dari aku kan? . Ok! Now Add.
"SAYA SUDI!" laung aku lalu melambai kepadanya dan berlari masuk ke dalam rumah. Malu! Agaknya macam mana reaksi dia eh? Suka ke? Ish! Suka dan berbunga hati aku ni ha.
"Sudi apa anak dara papa oi?" Erk! Lgkah aku terkunci masa tengah berlari nak masuk pintu rumah. Habislah! Papa dengar ke tadi? Sah sah la dengar sebab tu dia tanya sudi apa?
"Papa, mama pun ada sekali? Along mana?" Soal aku sambil tersengih mcm kerang basi. Bukan kerang busuk dah ni.
"Orang tanya dia,dia tanya kita pulak" papa buat suara perli dia la tu, buat2 baca surat khabar pulak ya? Aku tayang sengih lagi bila mama ajak aku join mereka. Tak nak la aku nanti penat nak kena menjawab bagai.
"Add nak naik mandi ni,tak solat asar lagi" aku memberi alasan dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Sampai je dalam bilik terus aku terjah katil, bunyi perkataan terjah tu macam nak marah je kan? Tapi ni terjahan kebahagiaan. Fulamak! Terjahan kegembiraan kau! First time aku dengar ni.
"Solatlah Add!" Dalam senyum bahagia aku berlalu ke bilik air dan senyum lagi. Rasa macam nak menyanyi biar satu dunia dengar ni ha! Gila! Tapi, aku tak takut ke kalau kecewa untuk kali kedua? Sakit la weh kecewa kena tikam belakang macam tu. Tapi, Iz takkan buat macam tu kot? Hurm... jalan senang, berkenalan je dulu.
Keluarga Iz pun pelik dengan perubahan Iz sejak beberapa minggu lepas, senyum aje! Tak pernah lepas dengan fon asyik duk tenung je fon tu. Makan pun nampak berselera,kerja banyak pun tak merungut macam dulu. Buatkan Ku Indah dan Ku Ifrad tertanya tanya tentang terunanya.
"Iz, ayah nak cakap sikit" panggil Ku Ifrad bila anaknya yang sedang tengok tv sambil sengih tu. Tengok bola tapi senyum sampai telinga macam tengok cerita cinta gitu. Iz berkalih dari skrin tv dan pandang wajah ayahnya yang berada di meja tamu. Iz melngkah ke arah ayahnya dan duduk di depannya.
"Ayah nak cakap sikit"
"Apa yah? Serius je?" Iz sengih lagi.
"Kamu ni ada benda nk cakap ke?" Soal uminya lalu duduk di sebelah suaminya. Iz senyum penuh makna kali ini.
"Iz, dalam proses nak bawak balik menantu untuk umi la ni" Iz jawab sambil senyum. Ku Indah yang teruja dengan berita gembira itu terus mendapatkan terunanya dan menyentuh bahu Iz teruja. Dah gaya macam dia yang nak kawin.
"Serius? Alhamdulilah, bila nak kenalkan dekat umi?"
"Uminya aje? Ayahnya tak perlu kenal?" Soalan Ayahnya buat Iz tergelak sikit.
"Sekali la abang! Ish! Bila Iz? Apa namanya?" Teruja betul kalau sampai macam ni ha. Iz cuba tenangkan uminya dan dia memeluk bahu erat.
"Nanti Iz ajak dia datang makan malam kat sini. Umi kena la masak sedap2 dan,nama dia nanti umi tanya sendiri"
"Bila Iz? Umi kena beli barang dapur ni, dia suka apa Iz? Umi nak masak apa eh?" Dah kalut macam apa pun Iz tak tahu yang penting dia rasa kelakar habis dan dia gelak sakan dengan telatah over excited uminya itu.
"Ya Allah, nanti confirm jadi pergilah nak beli apa pun. Apa la awak ni Dah" ayahnya dah mula bersuara menegur keterujaan berganda uminya. Ku Indah merengus sedikit dan berjalan ke dapur.
"Orang bahagia sebab nak dapat menantu" Iz hanya tolong gelak dengan telatah dua orang yang dia paling sayang atas dunia ni.
'Dah makan?' Mesej hantar. Hihihi! Rasa macam gedik semacam je sejak couple ni.
'Belom' ada emoji sedih kat belakang ayatnya. Aku sengih sorang diri.
'Why?'
'Teringin nak makan masakan mama' pui! Buat macam mama dia pulak eh?
'Besar mandat, mama saya key?' Aku hantar padanya.
'My mama will be' erk! Apakah maksud ayat ini? Adakah dia ingin menikahi ku? Cewah! Ayat dah macam bahasa melayu zaman jepun ni.
'Perasan.....'
'Why? Tak sudi?' Soalnya cepat. Amboi! Cepatnya balas...
'.....' tak tahu dah nak balas apa kat dia. Kali ni makan lama gila masa dia nak balas. Ish! Merajuk ke ni?
'Sudi, kalau ada orang nak kat kita...' aku sengih miang kat sini.
'Hurm???' Aish! Saja je la dia ni.
'Bye! Nak smbung kerja' aku terus campak fon dan sambung kerja balik. Aku mesti tak pernah cerita aku kerja apa kan? Aku kerja biasa je, jadi florist. Ni memang minat aku! Aku minat bunga sangat2.
'Awak!!!' Mesej dia yang terakhir aku tak balas. Malas la kita nanti aku duk berangan sorang2 lagi.
"Takutlah saya, nanti umi awak makan saya macam mana?" Soalan aku kali ke sepuluh kot, dan kali sepuluh jugak dia ketawa riuh. Kurang asam betul la! Aku dah la cuak sampai rasa nak koma ni.
"Relax la, umi baik la. Tapi..."
"Tapi???" Pintas aku sebelum dia habis cakap.
"Jawab je la apa umi tanya nanti"
"Matilah sya..."
"Ya Allah, tenang la. Jom masuk!" Pergh! Gedabak bak hang rumah dia ni. Aku baca doa terakhir sebelum turun dari kereta. Semua orang tengah tunggu kami ni. Bapak! Macam puteri raja nak naik takhta je aku rasa ni ha! Berangan la lagi.
"Assalamualaikum, aunty, uncle" sapa aku ramah bak hang dan salam dengan uminya. Lalu aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku senyum dalam debar dan takut2.
"Doctor???" Soal aku pelik. Aku ingat lagi muka doc perempuan yang Iz peluk ni! Mana boleh lupa, orang pertama yang boleh buat aku jeles ni. Siapa pulak dia ni eh? Sepupu Iz jugak ke?
"Oh! Hai, ni la Add eh? Selalu terserempak tapi akak tak tahu siapa. Buah hati adik akak rupanya" ujarnya sambil tergelak kecil. Rasa macam malu jatuh hempap kepala aku. Akak? Pui pui pui, jeles tak bertempat lagi kau Add.
"Saya Intan, akak ni comel la! Berapa umur akak ni? Macam baya Intan je" yang terlajak mesra ni pulak adik Iz. Comel betul! Sama muka macam kak Irma.
"25" jawab aku sambil senyum
"Really? Ingatkan 23, tak sebaya la kita ni. Tapi, macam sebaya je" ujarnya lalu gelak mesra dan lengan aku dipeluk.
"Biarlah tetamu masuk dulu" akhirnya! Ketua keluarga ni jemput jugak aku masuk rumah dia.
Bila kami di meja makan aku senyum melihat keceriaan dan kebahagiaan keluar ni. Aku dilayan dengan sangat baik sampai aku rasa dah jatuh sayang dengan keluarga ni. Usai makan kami berborak di ruang tamu.
"Kerja ke?"
"Kerja umi" balas aku sopan. Memang sopan tahap maksina aku rasa.
"Kerja apa?" Soal ayah Iz pula.
"Ada nursery dan kedai bunga sendiri" jawab aku tenang.
"Suka bunga jugak?" Soal umi Iz teruja dan aku angguk sambil senyum.
"Sudah! Bila jumpa partner hobi dia" ayah Iz seloroh membuatkan suasana gamat dengan gelak tawa.
"Abang ni! Baguslah, dapat menantu sama minat" erk? Menantu? Aku sembunyi muka terkejut di sebalik senyuman.
"Akak suka sukan ekstrem tal? Selalunya orang suka bunga ni tak suka benda macam tu"
"Suka! Akak ada team sendiri lagi. Selalu kami buat activity. Akak bukan suka bunga je,akak suka pokok sebenarnya" jawab aku ikut sama teruja. Lantaklah! Memang bila kita jumpa orang sama minat dengan kita gini la jadinya.
"Ya? Bestnya! Nanti bolehlah Intan ikut ya?"
"Boleh! Nanti ada activity akak roger"
"Wah! Bestnya! Sporting la akak ni" lengan aku dipeluk lagi.
"Bolehlah join kami berkayak nanti, kan Iz?"
"Haah! Jom la akak! Kita spend night kat sana sama2" ajak Intan ceria. Aku dah blur tak tahu nak cakap apa.
"Family day tu ke?" Soal Iz pula.
"Yang tu la" jawab ayahnya.
"Ok! Kalau awak free?" Sudah.
"Free la akak" rayu Intan manja. Sudah! Aku yang tak ada adik ni rasa nak angguk je. Best jugak kalau ada adik yang sama hobi ni eh. Boleh terjun gaung sama2 lagi. Hahaha. Cari maut namanya kalau terjun gaung!
"In sha Allah. Nnti akak roger kat Iz balik" balas aku sopan.
"Yes! Mesti jadi!" Ceria sungguh suara adik Iz ni. Hailah,bestnya ramai adik beradik,aku ni sorang kakak je ada.
"Sya suka family awak" ujar aku gembira bila dia hantar aku balik rumah.
"Ada cacat tak?"
"Apa kaitan dengan cacat pulak?"
"Mana tahu umi ada makan awak tadi" usiknya dan aku rasa nak je cubit2 dia ni. Saja je nak sakat aku kan?
"Awak ni! Merajuklah" aku buat muka merajuk dan dia ketawa lagi. Geram pulak aku rasa sekarang ni.
"Bila saya dapat masuk meminang awak? " aku diam. Eh? Kenapa tiba2 pulak ni?
"Apa awak cakap ni Iz?"
"Dah hampir tiga bulan kita couple. Saya nak halalkan hubungan kita" aku diam. Aku tak bersedia lagi la Iz, tak bersedia sebab takut nak melangkah lagi satu anak tangga. Sebab, bila aku sedia dulu aku ditolak jatuh tergolek sampai ke anak tgga paling bawah. Aku takut nak mendaki ke tangga teratas tu lagi, takut aku jatuh lagi dan aku tak kan berani nak naik lagi.
"Berilah hubungan kita masa Iz" pinta aku lemah.
"Tapi, saya rasa kita dah ckup kenal masing2. Saya nak kita jadi yang halal dan Allah redha dengan hubungan kita" aku diam. Apa yang Iz cakap tu memang betul! Tapi masalahnya aku yang tak ersedia lagi. Susah la nak mencuba lagi bila pernah gagal sekali.
"Awak kena faham saya Iz, saya tak sedia lagi" aky dengar Iz mengeluh. Ya Allah, kenapalah jadi macam ni pulak?
"Iz,saya...."
"Saya faham. Ambillah masa awak untuk bersedia. Saya balik dulu. Assalamualaikum" ujarnya lalu terus masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Bodoh Add! Aku hanya mampu melihat keretanya pergi begitu sahaja. Apa aku dah buat ni?
"Kenapa tak ajak Iz masuk dulu?" Soalan papa berat untuk aku jawab. Along dan abg Nazri dah kawin, tengah honeymoon sekarang. Lupa nak cerita kat korang kan? Ok! Berbalik kepada papa. Aku tetiba teringat kat along sebab along faham hati aku ni ha.
"Dah lewat pa" balas aku tanpa riak. Papa dah kanal Iz, Iz memang lelaki yang berani bila dia senduri datang minta restu dengan papa untuk berkawan dengan aku. Salute! Mama pun bukan main suka lagi dengan si Iz ni. Maklumlah,kempunan nak bermenantukan doktor bila along pilih engineer sebagai suaminya.
"Selalunya lepas jumpa Iz muka macam bulan purnama. Hari ni macam gerhana bulan kenapa? Gaduh?" Papa ni, soalan tak boleh blah kan? Aku duduk di sebelah papa dan memeluk lengan papa erat. Kepala aku jatuhkan ke bahu papa.
"Iz ajak kawin" aku mengeluh.
"La! Baguslah tu. Lagi cepat lagi bagus!"
"Ya ke pa? Tapi Add takut kecewa lagi"
"Ya Allah,sayang papa ni. Kena percaya dengan ketentuan Allah tahu. Asalkan hati ini yakin. Adda istikharah dulu,minta petunjuk dari Allah" pesan terakhir papa buat aku tenang. Ya la! Allah kan selalu ada jawpan untuk semua perkara yang terjadi.
Aku call along untuk minta pandangannya.
"Istikharah la dulu Add"
"Add sayang Iz" ujar aku pula. Depan Iz tak pernah mengaku sebab malu. Hihihi, depan along sampai nak muntah along dengar selalu.
"Along tahu. Mintak dengan Allah" ujar along lembut dan aku angguk faham. Tiba2 tekak aku geli bila terdengar perbualan orang baru kawin ni.
"Sekejap la Bie,my sister need me tonight"
"I need you too sayang..."erk? Gila miang abang ipar aku ni ha! Nak muntah aku rasa.
"Sokay la long. Pergi la bantu orang yang memerlukan tu. Bye!" Aku segera matikan fon dan buat macam orang geli geleman. Menakutkan jugak lelaki kalau lepas kawin ni eh. Iz? Aish! Jangan fikir lagi.
Pergi hospital lagi hari ni,jumpa dia terus senang sikit. Istikharah aku kata macam ya je kan. Aku berjalan masuk macam biasa dan kali ini dia ada di cafe. Aku gigit bibir bawah sebab takut dia terasa lagi pasal semalam. Aku terus duduk di depan dia tanpa salam atau izin. Dia terkejut tengok aku kat situ. Aku senyum manis dan dia senyum lagi manis. Apa yang tak ada pada Dafi ialah, senyuman ini! Senyuman yang boleh buat aku tenang.
"Hai!" Sapanya mesra,aku lega banyak bila dia dah ok.
"Hai"
"So, what makes you are here today?" Soalnya dengan senyuman mengusik. Suka la tu aku datang nak pujuk dia merajuk kan? Selalu dah macam ni.
"Because a word" aku jawab tenang. Dan kening aku diangkat dua kali. Dia senyum penuh makna.
"A word? What is it?"
"Rindu...." aku senyum penuh makna dan dia ternganga sedikit. Tahu pun istilah terkejut bak hang tu macam mana. Aku tergelak kecil lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Add..." marahnya manja dan aku gelak lagi. Hailah, comel pak we aku ni!
"Saya on! Ikut awak pergi Cherating. Kesian Intan"
"Oh, ingat kan pergi sebab saya" ujarnya buat2 sedih.
"Both!" Aku kenyit mata dan dia tersenyum puas hati. Hihihi. Comel!
Penat gila kot. Macam2 sukan ekstrem yang aku,Intan dan kak Irma buat sama2. Iz pun tak ketinggalan jugak. Tapi dia lelaki dan aku ni perempuan, jadi, aku tak banyak lepak dengan dia. Hahaha. Satu prob aku kat sini ialah, Dafi is here too! Damn! Aku terpaksa cuba untuk larikan diri dari dia, kenapalah dia yang ada kekasih tu nak lagi kat aku ni? Benci!
"Hensem kan Abang Dafi tu" puji Intan sambil senyum. Aku pandang kelibat Dafi yang memang tak ada orang akan cakap dia tak hensem. Tapi aku dah tak dapat nak nilai benda baik yang ada dalam diri dia.
"Untung dapat jadi awek dia" tak untung mana pun intan oi! Merana lagi ada la!
"Selalunya orang hensem ni playboy Intan" aku cakap secara general walaupun aku sebenarnya nak cakap scara direct terus.
"Tak semua jugak akak"
"Memang tak semua, abang Iz pun hensem apa. Setia pulak tu" aku cuba angkat bakul abangnya dan Inta tersenyum puas.
"Abang Iz no dua! Dalam family besar Intan,kalau carta hensem abang no dua, tapi kalau carta hati,abang no 1!" Hahahha. Bukan aku yang agkat bakul Iz ni tapi adik dia. Betul jugak tu, aku perasan yang Iz ni mesra dengan semua org dan semua orang suka Iz. Aku pun suka Iz. Hehehe. Gedik!
Malam terakhir kat sini, niatnya nak jumpa dan borak dengan Iz pasal aku setuju keluarga dia masuk meminang tapi lain pulak yang jadi bila orang yang aku benci muncul.
"Hebat awak berlakon kan Adda?"
"So what?!"
"How can you pretend that you dont know me at all and like there is nothing happen between us" alih2 itu jugak yang nak dibangkitnya.
"There is nothing happened between us! I repeat! There is nothing happened between us!" Suara aku meninggi.
"We are in love for two years! Two years!"
"So what? It had past"
"I'll never agree that we are done" ok! Dasar gila! Tak sedar diri!
"I dont care! We are done!"
"No! I still love you"
"Shut up! It is digusting you know?"
"What? Tell me,what makes you end up our relationship?" Ok! Time to reveal everything! Dia yang mintak sangat kan?
"Because you were cheating! That day i want to talk to you about our future,but, i saw your car. Then i went there. Did you know what i saw and heard?" Soal aku dan air mata mula mengalir lagi. Luka semalam dah ditores kembali.
"You are using me to get that girl! You are using me for two years!" Aku menjerit melepaskan geram dan dia terdiam lama. Aku terus menangis lagi.
"You make my life crazy that day. It hurts me a lot! Till today! When i run away from you,i was hitt by Iz and he brought me to hospital! He cure me and treat me well. I was hurt Dafi. I hurt damnly. I cant forget what you have done!" Aku terus menangis macam orang gila. Sampai hati Dafi buat aku macam tu.
"I'm sorry Adda. I'm so sorry. I didnt meant that. I love you,just you. So, you are in relationship with abang Iz because you hurt a lot right? Let me love you again. Please...i will fix it back" . Aku diam tak menjawab apa2.
"Add, what is this?" Aku terkedu. Iz? Aku kesat air mata yang berguguran dan memandang Iz yamg kecewa habis.
"Iz,please listen to me..."
"I heard a lot Add. I heard everything! You are pretending right? How could you!" Iz marah. Sangat marah.
"Awak tipu saya hidup2! Tak kenal konon! Patutlah awak sedih sangat hari tu,putus cinta kecewa ya? Apa maksud awak dengan lamar saya jadi kekasih awak? Sebab kecewa? Nak cari galang ganti? Sampai hati awak! Entah2 ros putih tu pun bukan untuk saya!" Suara Iz turut sama meninggi. Aku dah kelu seribu bahasa,aku sendiri tak tahu nak cakap apa sekarang ni.
"Iz!" Panggil aku tapi dia tetap pergi. Dan aku tak dapat nak halang dia pergi. Semuanya salah aku! Kenapa aku tak berterus terang je dulu.
"Adda, lets start again sayang. I love you!"
Pang!!!! Satu penampar sulung aku singgah pipinya.
"Start again? Stupid ha? You ruined it once and you ruined it again. I'm sick enough with you! Listen here carefully! I love him! So much! More than i had love you before! Dont you dare to let me see your face again! I hate you!" Aku terus beredar dari situ dan menangis lagi. Ku Izran Naim....
"Abang buang apa ni?" Soal Intan bila lihat abangnya buang album gambar ke dalam tong sampah. Pelik betul dengan perangai abangnya itu sejak balik dari Cherating. Garang semacam dan macam orang putus cinta je.
"Jangan nak menyibuk!" Iz terus berlari masuk ke dalam rumah dengan keadaan marah.
Intan yang terasa ingin tahu ke tong sampah dan ambil album itu balik lalu masuk ke dalam biliknya. Dia membuka album itu dan dia terkejut, semuanya gambar Iz dan Adda.
"Apa dah jadi?" Soal Intan sendiri bila dia lihat semua ni. Dia terus mendail nombor Adda dan setelah Adda cerita semuanya pada Intan,Intan turut sama menangis sedih. Dia faham kenapa Adda tak suka Dafi dan dia juga mula membenci lelaki berlagak bagus itu. Mereka atur untuk berjumpa dan album itu jatuh ke tangan Adda.
Air mata aku gugur setiap kali helaian dalam album itu aku buka. Semuanya kisah indah kami bersama. Tapi, semuanya dah musnah. Senyuman aku dalam setiap keping gambar ini menunnjukkan betapa aku lebih gembira di sisi Iz. Bukan di sisi Dafi. Dua minggu Iz menyepi dan aku langsung tak berani nak jumpa dia. Dia dah benci aku. Kalau dicurangi itu sakit ditinggalkan lagi sakit sebenarnya.
: ros putih dari perempuan, 30 kuntum,walaupun dah tak sempurna sifat bila jadi milik aku, tapi,harumnya tetap ada :
:umi ajar cara keringkan kelopak ros ni, boleh tahan lama sikit. Aku rasa sayang nak buang. Bila dia lamar aku, aku rasa berdebar halus dan hati aku menjerit untuk kata yes!:
:aku bentukkan bentuk love dgn kelopak ros ni. Atasnya aku tulis dia,sebab,aku tak tahu pun nama empunya diri. Tapi dia comel. Berani lamar aku kan?:
:dia datang lagi, Allah dengar doa aku kut. Dia buat tidur aku tak lena. Bila dia datang jumpa aku, rasa macam aku jumpa jodoh aku. Ya Allah, nikmat dariMu:
:comel dia makan, suka dia lap darah kat pipi aku. Suka dia lap mulut aku yang comot. Suka dia ke? Tapi, dia comel sangat kan?:
:setiap hari, 'sudi awak jadi kekasih saya' lamaran tu sumber kekuatan aku. Aku suka dan teringin nak lamar dia pulak!:
:selalu lepak dengan dia. Suka! Dia ceria sangat. Makanan mama dia masak? Top ten!:
:nmpk sedap kan bekal ni? Suka dia datang hospital bawak bekal untuk aku.:
:suka betul bila first time dia call aku. Tak boleh lupa suara dia gelakkan aku yamg dah terkena! Budak kecik ni!:
:nampak dia tak suka cara aku beli fon kat dia, hahaha. Cerewet sikit awak. Sorry!:
:kerja kat hospital rasa ringan bila dia ada!:
:aku dah lamar dia balik. Dan dia cakap, "SAYA SUDI" kuat2. Malamnya aku tak boleh tidur sebab happy sangat. Gila kan?!:
:couple! Tak sabar nak halalkan hubungan kami!:
:family aku suka dia! Dia suka family aku! Aku suka dia!:
:happy! Dia ikut family day. U are one of us now! Jangan lari key? I will make you officially mine!:
:she is very good in sport!:
:this ring? I will propose her!:
Air mata aku terus mengalir laju. Dia dah nak lamar aku tapi belum sempat lamar benda ni jadi. Aku tutup album yang penuh kenangan ni dan aku tal rasa aku boleh sabar lagi. Aku akan pergi pada dia! Aku akan pergi pujuk dia no matter what!
Aku terus masuk ke dalam hospital dan ke ruangannya tapi dia tak ada. Bila aku tanya Alif, dia cakap Iz di cafe. Aku terus berlari ke cafe dan Iz memang di situ, di meja sama yang aku pernah lamar dia dulu. Jelas,wajahnya sedih dan kecewa habis dengan aku. Aku berjalan ke arahnya dan dia terkejut bila nampak aku. Dia dah bangun dan bersedia untuk beredar. Jangan pergi Iz. Semua orang pun pelik bila kami tak mesra macam biasa.
"Iz, just five minutes. Please" pinta aku dan dia berhenti melangkah. Langsung tak menoleh pada aku yang sangat harapkan dia pandang aku lagi. Aku tunggu dia berpaling tapi hampa. Dia terlalu keras hati.
"Four minutes left" ujarnya tenang.
"I'm sorry. Saya tak bermaksud nak permainkan awak. Saya tak bermaksud nak bohong awak. Saya takut! Saya takut awak akan tinggalkan saya"
"Ya! Mulanya saya kecewa,dan secara tak sengaja saya lamar awak. Saya datang hospital sebab saya nak cerita hal yang senenar tapi ada je halangan"
"Saya cuba untuk terangkan pada awak tapi keadaan tak mengizinkan"
"Saya minta maaf Iz!"
"Tolong maafkan saya"
"Tapi, saya mula serius dalam hubungan kita, saya cemburu bila awak layan perempuan lain! Masa tu saya sedar yang cemburu saya memang tanda sayang"
"Iz, please..." pinta aku lagi.
"Your five minutes is over. I heard lot. May i leave now? Bye!" Hati aku sebak bila dia cakap macam tu dan air mata aku mengalir lagi. Aku biarkan je air mata aku mengalir laju. Jika dia halal bagi aku,aku dah peluk dia minta jangan pergi. Langkah dia yang semakin menjauh buatkan aku tak kuat.
"Iz! I'm sorry, but i love you!" Aku jerit sedikit dan langkahnya terhenti. Eh, aku terus berlari dan mendekatinya. Lalu aku pegang hujung kot putihnya.
"Sudi awak jadi suami saya?" Lamar aku kali ni. Serius nak mati! Dah menangis bagai ni ha! Dalam hati aku doa. Say yes Iz. Say Yes Iz. Suasana cafe yang duk tengok drama free ni pun senyap je.
"Do you really love me?" Soalan pertama Iz.
"Yes, i do! So much!"
"Do you really mean it?"
"Deep in my heart!"
"Can you repeat it again?" Pintanya pula.
"I love you damn much! More than what i imagine. I hope i can say it once we are married,but, you make me say it earlier"
"I makes you said it earlier?" Soalnya lalu berpaling menghadap aku. Aku menangis lagi dan aku tunduk pandang lantai. Terasa pipi aku dikesat. Dia kesat air mata aku dengan sapu tanganya.
"Mana ada orang melamar sambil menangis. Senyumlah..." pintanya lembut. Aku tersenyum sedikit lalu memandangnya yang sedang tersenyum manis.
"Sudi awak jadi suami saya?" Soal aku lagi sekali.
"SAYA SUDI!" Balasnya kuat dan semua orang dah bertepuk tangan bahagia. Adoi la! Jadi drama lagi. Boleh tukar nama cafe jadi cafe melamar ni. Aku tak malu pun lamar dia lagi kali ini. Yang penting jawapan tu. Dia sudi!
"Sudi awak jadi isteri saya buat selamanya?" Soalnya setelah akad selesai. Aku tersenyum penuh makna dan mencium pipinya.
"Saya sudi" jawab aku tenang. Erk! Aku cium dia ke tadi? Hailah, malunya! Habis dah kena usik ni ha!
"I love you damn much!" Ucapnya pada aku dan pipi aku diciumnya pula. Macam nak cari gaduh je kan?
"Sayang! Come!" Ajaknya ke atas katil dan aku ikut aje. Aku dah kembalikan album dia balik dan dia masukkan beberapa keping gambar baru. Setiap gambar ada cerita! Betul sangat la tu kan. Aku tersenyum pandang gambar kami berdua.
"Banyak lagi ruang kat belakang ni. Nanti kita letak gambr lagi" ujar Iz senang hati. Aku angguk mengiakan.
"Simpan ruang untuk anak2 kita pulak" bisik aku ditelinganya dan dia tersenyum penuh makna. Hahaha. Macam aku pulak yang gatal kat sini. Haish! Biarlah,dengan yang halal, semuanya boleh!
#tq singgah...
#tak salah kot kalau perempuan lamar lelaki. Yg penting! Niat kena betul. Hahahaha....
Cerpen yang sangat best dan sweet je..
ReplyDeleteThanks baca awakk..
DeleteBest...suka sngat cerpen awak sllu happy end...tp kalau boleh pnjng kan lgi part happy tu kurang puas baca hehehe... ciayookkk
ReplyDeleteHahaha...thanks baca... kalau nak tau, bnyk2 yg sya tulis, yg ni saya pay bnyak sgt attention ...x tau la knapa.. sbb bila siap je sya rse lega gila... hahaha
DeleteSaya suka sangat cerpen2 yng awak buat.. memang best selalu..salam kenal��
ReplyDeleteTrima kasih.. salam kenal juga ..
Deletebest giler...rse mcm nk wat mcm tu gak...haha..awak mmg pndai buat cerpen
ReplyDelete