Mulut perempuan ni memang tak lari daripada buat dua kerja ni kan? Gossiping dan membebel mungkin sebab tu la lelaki ni suka pergi kedai kopi kot. Hahahaha... aku cakap kot je la jangan nak terasa hati pulak. Ramai2 kumpul kat kedai bapak aku ni kalau setakat nak bergosip baik tak payah la, buat tambah dosa je.
"Weh! Korang ni tak patut tau gosip pasal dia" tegur aku geram. Dari kerusi ni single lagi dorang duk asyik umpat pasal mamat berparut misteri tu.
"Kau ni, tak habis2 nak bela mamat tu kan?" Farah protes bila aku tegur dorang. Ish! Memang la dorang semua ni kawan baik aku tapi tak elok la duk citer pasal orang lain kan? Tak sedap lubang telinga aku nak dengar.
"Bukan aku nak bela,tapi tak best ar citer pasal ni" heh. Saja tukar topik nanti dorang terasa hati pulak. Nanti nak kata aku bajet baik la kot.
"Ala, tak habis citer lagi ni" aku mengeluh bila mereka tak nak dengar nasihat aku jadi baik aku pergi layan pelanggan kat kedai makan bapak aku ni. Lagi baik!
Sambil aku duduk kat tempat membayar ni telinga aku dapat tangkap apa yang mereka bualkan. Bukannya mamat misteri tu ada kacau dorang ke apa pun yang dorang nak kecoh tak tentu pasal tu kenapa?
"Aku rasa dia tu macam pembunuh misteri"
"Ya la, muka berparut X macam gangster"
"Menakutkan betul la...." terus mereka diam bila mamat misteri tu datang makan kat sini. Cepat2 mereka lari balik ha, tahu takut! Mesti takut jadi mangsa bersiri kan?
Aku gelak sedikit bila tengok muka cuak mereka. Cakap je lebih tapi penakut yang amat. Mamat misteri ni nama apa pun aku tak tahu yang pasti dia ni memang menakutkan dari wajahnya yang berparut, rambut yang berserabai, tapi memang aku tak pernah dapat pndang muka dia betul2, menakutkan!
Aku pun takut nak tengok muka dia lama2 tapi abah suka layan dia dan dia selalu datang belajar agama rumah aku. Tapi sekali pun aku tak pernah join. Dah aku sorang je perempuan dalam rumah tu. Umi meninggal masa melahirkan aku, abahlah yang jadi umi aku selama ni. Sayang abah!
Ok, sambung cerita, semua orang memang mostly takut kat dia, walaupun dia kaya gila! Rumah bapak besar, tapi tak nampak macam dia kaya pun. Dia ni pelanggan tetap abah, aku? Tak berminat langsung nak tahu pasal dia. Dia pulak hidup sorang je, parents dia meninggal kemalangan dan dia je yang selamat. Mungkin parut tu kesan kemalangan tu kot. Eh, yang aku duk cerita sejarah hidup dia tu kenapa?
"Cantik, abang nak bayar ni" aku angkat muka pandang mamat perasan la kut. Aku tak ada abang pun ok! Anak tunggal sejati ni tak ada tambah2 lagi lainlah kalau abah nak kahwin lagi. Cantik! Hehehe.
"Nama saya bukan cantik, mana bil?" Pinta aku dengan sedikit senyuman. Hormati pelanggan, nanti kena marah dengan abah sebab aku marah pelanggan ! Dah dia tu datang bukan nak makan tapi duk mengurat aku. Marahlah aku.
"Semakin marah semakin cantik" usiknya lagi aku senyum sedikit lalu menghulurkan duit bakinya. Dia senyum lagi sebelum beredar pergi. Ei! Ikut hati aku baling dengan penyapu mamat tak cukup sivik ni!
"Ayu Airina"
"Ya bah?" Soal aku lalu keluar dari dapur, baru je nak melangkah selamba bila aku dengar suara lelaki lain aku dapat agak yang tu adalah mamat misteri tu. Aku diam sekejap di dapur sebab tak bertudung jadi aku ke belakang dapur dan ambil tudung di ampain. Pakai la apa pun asalkan tutup aurat dengan sempurna,heh! Ustaz kata kalau pakai baldi pun ok! Tapi takkan la kot nak pakai macam tu.
"Buatkan air" arahan abah aku tak cakap banyak, memang kerja aku pun kalau tak siapa lagi nak buat? Aku ni dah 24 tahun tapi duk tanam anggur lagi kat rumah, bila nak dapat kerja ni? Dah tiga bulan grade ni. Apa yang aku perasan, mamat misteri tu tak pernah pandang aku pun. Eh, dah kenapa pulak dia nak pandang kau? Kau lawa sangat ke Iry?
"Nah abah" aku hidangkan air di meja dan mula berlalu pergi tapi bila abah minta aku duduk sekali aku ikutkan je. Apesal pulak ni?
"Hafiz, abah nak minta jasa baik kamu jagakan puteri abah" mata aku membulat mulut sekali kut. Apa abah cakap ni. Mamat misteri ni pun macam terkejut gila! Abah! Iry tak nak la, Iry takut. Betullah apa yang Zia cakap, nanti aku akan kena kahwin dengan mamat ni sebab abah aku sayang sangat dekat mamat ni.
"Abah, apa ni?" Soal aku protes.
"Abah nak yang terbaik untuk Ayu"
"Abah, Ayu muda lagi"
"Abah minta satu ni je dari Ayu. Abah dan nak pergi mekah minggu depan, lama. Siapa nak jaga Ayu nanti?
"Abah, Ayu boleh jaga diri sendiri"
"Ayu, abah tak rasa selamat. Kalau boleh sebelum abah pergi, abah nak ada orang jaga kamu"
"Allah selalu ada abah"
"Iya,abah tahu. Tapi apa salahnya ada orang temankan Ayu" aku diam. Abah tak pernah pun selama ni minta apa2 dari aku. Tapi abah minta benda yang berat sangat sampai aku sendiri tak mampu nak tunaikan.
"Abah, Fiz bukan orangnya. Abah carilah lelaki lain yang lebih layak" kali pertama aku dengar suara itu dari jarak dekat. Boleh label macho ok suara dia ni. Eh, sempat lagi kau Iry!
"Fiz yang pling layak. Tolong abah ya?" Pinta abah lagi. Ish! Abah ni, kenapalah mesti dia. Cakap dengan dia pun tak pernah macam mana nak kahwin? Abah, cinta selepas kahwin tu bagus tapi kalau tak jadi yang nama cinta tu macam mana? Takkan nak bercerai berai. Nauzubillahiminzalik!
"Biar Ayu istikharah dulu"
"Biar Fiz istikharah dulu" erk. Cakap serentak ayat yang sama la. Aku diam bila kali pertama mata kami bertentang. Dup dap dup dap. Alamak! Berdebar pulak jantung kita ni.
"Abah bagi masa tiga hari" ujar abah tersenyum senang. Aku bernafas malas dan bersandar pada sofa. Gambar kawin abah dan umi yang tergantung di dinding aku pandang lama. Wajah umi yang tersenyum buat aku lega dan tenang sedikit. Senyuman umi memang jatuh pada aku. Sebab tu aku senyum manis kot. Hahaha.... masuk trolley tolak sendiri.
Istihkarah ketiga aku pun asyik mimpi benda yang sama je, mimpi aku pergi banglo besar mamat misteri tu dengan baju pengantin. Petunjuk dariMu ke ya Allah. Aku lipat selimut dan masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah itu aku solat subuh dengan tenang. Mungkin benar yang dia jodohku Ya Allah.
"Macam mana Ayu?" Soalan abah pagi2 ni pun dah best sangat la. Ingat aje yang masuk hari ni dah tiga hari.
"Kalau jawapn dia ya, Ayu ikut je" jawab aku lemah. Rasa macam tak yakin la pulak. Masalah!
Zia dengan Ita pun terkejut bila aku cakap macam tu tapi tetiba je mereka ni husnuzon katanya bila dah jodoh siapa kita nak menolak. Sempat mereka suruh aku berjga jaga kalau mamat tu nak bunuh aku. Dasar otak kartun!
"Aku terima nikahnya......" selesai je akad tadi aku dah jadi isteri kepada lelaki yang aku kenal luaran dia sahaja. Masa akad pun dia minta aku berada dalam bilik, dan majlis hanya ringan sahaja. Gaya orang kawin express gitu tapi memang agak express pun sebab tak sampai sebulan dah kahwin ni. Jemput saudara terdekat je la.
Zia dan Ita ni tak habis2 suruh aku berhati hati, aku jadikan mereka madu aku baru tahu! Tak ada salam batal air sembahyang, tak ada dia sarung cincin. Macam kahwin atas angin je aku ni ha. Tak kisahlah yang aku tahu aku dah jadi isteri dia.
Impian nak kawin dalam dewan tu semua dah tinggal kenangan.
Malamnya terus balik ke banglo berhantu dia bak kata Ita. Mesti ada tempat membunuh dalam rumah tu, macam cerita mat saleh tu bilik misteri bawah tanah. Dasar otak mereng punya Ita. Mengarut aje kerja dorang ni. Bila aku masuk dalam banglo besar ni cuak jugak tapi bersih je,tak ada gaya pembunuh misteri pun. Dah la dekorasi cantik, perabot semua mewah dan elegan. Sempurna la boleh katakan.
"Kau nak bilik asing ke bilik yang sama?" Soalan pertama dia untuk aku selepas jadi isteri dia. Aku kau je? Dah tu kau nak apa Iry, hubby hunny? Pelempang nak?
"Err, ikut awak la" jawab aku takut. Dia jeling aku sekilas sebelum atur kaki ke aras atas. Aku tak cakap banyak terus angkat kaki ikut dia sekali naik atas dengan bagasi berat bak hang ni.
"Ni bilik kau, aku tak rasa kau nak sebilik dengan orang hodoh macam aku ni" aku tersentak. Tak pernah sekali pun aku rasa dia hodoh, tuduhan berat!
"Saya tak pernah nilai orang dari rupa" aku berkata tegas. Dia tak respon dan terus blah. Dasar orang tak cukup sivik!
Aku masuk ke dalam bilik yang besar itu. Luas gila! Dah la cantik. Aku ni mcm rusa masuk istana je gayanya terus terkam katil. Bapak empuk gila katil ni, bila dah tidur mesti tak bangun dah ni. Aku bergolek golek atas katil yang mewah ni. Rasa macam puteri raja pulak. Puteri Berangan. Hahahaha.
Aku periksa bilik air,semua alat mandi dah lengkap! Macam memang dah ready nak bagi aku guna bilik ni je. Cakap aku,padahal dia yang tak nak sebilik dengan aku yang cun ni. Poyo. Eh! Suami kau la tu Iry.
Bila siap pakai baju semua aku dah nampak katil ni macam ayam goreng, tak sabar nak terkam dan tidur. Tapi terbantut pulak bila pintu bilik aku diketuk, aku ambil tudung dan menyarungnya sebelum buka pintu. Siapa lagi dalam rumah ni kalau bukan aku dan dia je. Hehehehe.
"Nak apa?" Soal aku senyum. Apa salahnya senyum pada suami yang tak sudi ni.
"Nak bagi nafkah" ujarnya selamba habis. Aku? Terkejut beruk lalu cepat2 tutup pintu bilik tapi kuat tangan dia tahan pintu. Pintu bilik terbuka dan aku terundur ke belakang, aku bersedia ala2 nak bersilat gitu dan dia buat muka blur habis.
"Bagi akaun bank, ic, no fon" aik? Aku garu kepala sebelum dia keluarkan kertas dan pen. Kolot! Guna la smart fon,eh, mesti dia tak ada pun kan? Ish! Jahat mulut kau ni Iry!
"Cepatlah" ujarnya lagi. Aku simpan silat yang aku buka tadi dan bergerak ke katil untuk ambil benda yang dia nak. Aku bagi semua dan dia ralit menyalin.
Salah ke kalau rambut dia tu tak payah bagi serabai sangat, sakit hati aku tgok. Macam tak ada sikat rambut dan gel rambut je. Nanti aku belikan ya?
"Yang kau buka langkah silat tu kenapa?" Soalan dia buat aku tersengih. Takkan la nak jawab dia nak mintak tuntut benda tu kut. Mana mau letak muka ma.
"Mana ada silat? Nak menari je tadi" aku sengih lagi dan dia buat muka tak kisah langsung. Nampak sangat yang dia ni tak suka aku kan?nasiblah duk sebumbung dengan suami gangster macam ni.
"Menari? Badan keras kejung" what? Keras kejung? Amboi sedapnya mulut saudara, aku ingat mulut perempuan je pedas berasap tapi mulut dia ni pedas berapi!
"Awak nak saya panggil awak apa?" Soal aku bila dia melangkah pergi. Ya la, kami mana ada berkenalan ke apa pun kan? Aku tahu apa nama dia tapi tak tahu nak panggil apa.
"Panggil nama la" dia ni memang jenis selamba habis dan menyakitkan hati kan? Menyesal aku tanya.
"Saya panggil Fiz eh?"
"Ikut suka hati kau la" balasnya
selamba badak. Geramnya aku rasa sekarang ni.
"Saya panggil lalat kan" ujar aku geram dan dia pandang bwlakang.
"Dulu masa tadika cikgu kau cakap lalat berjalan ke? Bodoh betul kau ni" aku tersentak. Mak aih ayat dia memang tak boleh blah langsung. Aku angkat penumbuk tapi berani belakang dia je la, depan2 memang tak la weh.
"Sampai hati cakap saya bodoh, abah pun tak pernah sebut perkataan tu" cewah. Buat2 merajuk la pulak, mana tahu ada nasib baik dia nak pujuk aku ke, kan? Aku melangkah pergi dan dia memang tak kisah langsung, dasar hati kering sekering gurun sahara!
Selesai solat isyak aku rasa lapar la pulak, nak masak tu boleh tapi terel tu memang tak lah. Tak pro la orang cakap sebab kat rumah abah yang masak. Hihihi . Aku pandai makan je.
Bila aku masuk ke dapur Fiz dah ada kat dapur, macam dah siap masak je. Aku pandang dalam periuk apa yang dia masak tu. Sup ayam la weh. Sedapnya bau. Tapi tadi merajuk kan? Malulah la nak buat muka tembok. Aku buka kabinet atas dan ada stok magi. Makan magi je la Iry oi! Tak sangka yang dalam rumah dia pun ada magi kan? Weh! Kau ingat dia tarzan ke tak makan makanan macam ni? Otak kau ni parah betul. Memang tahap pemikiran budak tadika.
"Nak buat apa?" Soalan dia aku biarkan sepi. Merajuk ok sebab dia kata aku bodoh, padahal tak ambik hati pun.
Tengah syok aku isi air panas dalam mangkuk tangan dia halang mangkuk aku. Eh, sibuk betul dia ni kan? Aku hiraukan dia dan teruskan ambil air panas, lepas tu aku terus capai sudu dan garfu dan berjalan keluar dari dapur. Nasib baik rumah dia ni ada tv jugak. Aku buka tv, bukan je ada tv ada astro lagi! Dahsyat! Aku pasang cerita apa pun tak tahulah yg penting tak menarik langsung.
Baru je aku nak suap magi masuk dalam mulut ada tangan yang tarik mangkuk magi aku. Kurang asam kalau macam ni! Aku pandang dia dengan jelingan tajam dan dia dengan selamba balas balik jelingan aku. Dia hulurkan dulang yang berisi nasi dan semangkuk sup kepada aku. Aku pandang sekilas dalam hati dah senyum dah ni ha! Walaupun tak gentle langsung tapi ada gaya heh dia mintak maaf.
"Makan ni, perut kau kosong kan?" Aku buat muka tak layan.
"Saya nak makan magi, makanan orang bodoh kan?" Sengaja betul aku ni kan?
"Aku cakap je tadi! Dah! Makan cepat! Nanti sakit macam aku ni suami haprak pulak" aku tersenyum, he is care about me! Aku betulkan tudung yang agak senget dan tarik dulang makanan.
"Baca doa dulu!" Arahnya tegas, aku angkat tangan berdoa dan dia ikut sama tadah lepas tu aku makanlah! Apa lagi? Dia pulak makan magi yang aku buat, macam tak sedap je dia makan.
Aku suakan tangan aku padanya, konon nak suap la ni. Yang aku ni baik sgt kenapa pulak? Nak jadi bini solehah suap suami, gitu? dia jeling aku dan tolak suapan aku ke mulut aku sendiri, dah agak dah yang dia tak sudi. Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti suatu saat tak ada cintaku dapat. Eh,menyanyi pulak?
"Apa nama awak eh?" Aku bertanya padanya dan dia mengeluh.
"Hafiz Arfan" giler, nama baik bak hang tapi yang dia ni macam gangster kenapa pulak?
"Nama papa awak?" Soal aku lagi.
"Naufal" jawabnya sepatah. Aku baru je buka mulut nak tanya soalan lagi tapi dia cepat2 tutup mulut aku.
"Makan je la. Banyak bunyi kau ni"
"Alah...banyak lagi nak tanya ni. Kita kan baru je kenal"
"Kau tak takut eh dengan aku?" Soalan dia yang buat aku takut. Dah apesal pulak malam2 tanya macam tu?
"Takut jugak" jawab aku jujur.
"Dah tu knapa kau kahwin dengan aku?" Soalan dia kali ni lagi payah dari paper last aku sebelum grad dulu.
"Sebab Allah yang pilih awak untuk saya" cewah! Jwapan tak boleh blah ni orang kata. Dia mengeluh berat.
"Kenapa awak terima saya?"
"Sebab abah" jawab dia pula. Tenang je dia jawab tak ada pun jawapan bunga2 sikit untuk aku ni. Makan hati berulam buah pinggang kalau macam ni terus. Harapan nak dapat suami romantik dah terkubur secara tak langsung.
Dua minggu bergelar isteri kepada Fiz tapi tak pernah perkataan baik yang keluar dari mulut dia, asyik nak bidas aku je kerjanya. Kalau aku masak bukannya nak puji lagi nak dikutuknya ada. Bila la nak dapat keputusan temu duga kerja yang aku apply hari tu. Aku ni kira perasan bagus la jugak sebab apply dekat tempat gempak, hahaha.
"Kau masak apa ni?" Soalan pertama dia bila makan malam. Aku tak sure dia kerja apa tapi memang dia tak ada kat rumah, bila aku tanya dia pergi mana mesti dia cakap aku mak menyibuk tahu urusan dia. Tapi ada satu benda yang aku suka pasal dia, dia makan sampai habis benda yang aku masak walaupun dia cakap tak sedap langsung.
"Tom yam campur!"
"Boleh makan ke ni? Macam beracun je" geramnya aku dengan dia ni! Aku tepis tangan dia bila dia pegang sudu nak merasa masakan aku.
"Tak payah rasa la, nanti ada orang mati makan racun" aku angkat mangkuk dan rasa nak je cuah dalam sinki, bila aku bawa ke sinki Fiz terus halang dan mangkuk dibawa ke meja.
"Gurau je la! Meh aku nak makan!" Tak cakap banyak dia terus duduk dan baca doa, aku ikut sama tadah tangan dan duduk depan dia tengok dia makan. First try tom yam ni. Bila dia makan aku rasa pelik bila dahi dia berkerut.
"Kenapa?"
"Air sungai Klang ke ni?" Soalnya lalu minum air. Dia kata tom yam aku macam air sungi Klang? Kurang asam punya orang tua!
"Tak pernah rasa air sungai Klang" balas aku nak merajuk la ni, sampai hati dia kan.
"Cuba kau rasa" sudu ditinggalkan dalam mangkuk dan aku terus ambilnya lalu menyuap ke mulut. Gila bapak! Bukan air sg. Klang ni. Tapi air paya bakau ni! Teruk benar rasanya.
"Tak payah makan la, lain betul rasa ni. Nasib baik masak sikit je" aku angkat mangkuk tapi Fiz halang lagi sekali, takkan nak paksa aku habiskan kut.
"Nak bawak pergi mana?"
"Buanglah, buruk benar rasa ni"
"Sesedap rasa je nak membazir,kau igt aku beli guna pasir makanan dalam rumah ni?"
"Dah tu? Nak saya makan?" Soal aku sedih. Dia tarik mangkuk dan terus makan macam tak ada apa2. Biar betul, sakit perut nanti macam mana? Aku tak nak tanggung akibatnya.
"Nanti sakit perut" aku hentikan suapan dia. Dia pandang aku sekilas sebelum sambung makan,selalu macam ni dia ni. Tapi kalau setakat ikan hangus ok lagi tapi macam mana kalau sampai cirit birit. Bahaya la weh.
"Jangan makan lagi. Please?" Pinta aku merayu dan hampir menangis, tak sangka dia sudi makan air tangan aku yang teruk gila rasa dia. Abah pun takut nak makan tau.
"Membazir nanti"
"Saya rela tanggung dosa membazir daripada tengok awak sakit. Saya janji, lepas ni saya belajar masak" kali pertama aku menyentuh tangannya tu pun dalam keadaan tak sedar la. Dia diam je tak cakap apa2. Aku jauhkan tangan dan dia berhenti makan.
"Tak apa, tak beracun pun masakan kau ni. Tak sedap je"
"Nanti awak sakit perut!" Aku bertegas.
"Ok! Tak ada apa" degilnya makhluk Allah sorang ni. Import dari planet mana la dia ni kan? Aku biar je dia makan dah degil sangat kan? Malas aku nak melayan dia ni buat tambah geram je la.
Aku tinggalkan dia sorang kat dapur dan masuk bilik. Baik tidur daripada layan orang keras kepala macam dia ni.
Paginya dia tak kejutkan aku subuh macam biasa, pelik ni ke dia memang dah sakit perut?. Ke dahsyat sangat penangan tom yam aku semalan sampai demam terus. Hish! Menyusahkan orang betul la dia ni, dengan tak mandi tapi dah gosok gigi ok, aku ketuk pintu bilik dia tapi tak ada orabg buka pun. Try bukak je la mana tahu dia tak kunci.
Aku buka pintu biliknya tapi bila tengok tak ada orang pun, tak lama lepas tu bunyi orang flush tandas! Confirm sakit perut dia ni! Kan aku dah kata jangan degil jangan makan dah orang tak faham bahasa memang macam tu la jadinya. Bila dia keluar dari bilik air dia terkejut tengok aku dalam bilik dia, heh! Dia bertuala je tapi berbaju, tak ada rezeki kau la Iry nak tengok badan sado dia. Gila!
"Sakit perut ke?" Soal aku sambil sengih jahat dan dia mengherotkan mulutnya geram.
"Orang cakap tak nak dengar" perli aku lagi.
"Kalau setakat nak sakitkan hati aku baik tak payah. Lainlah kalau nak tolong rawat ke apa" melenting je tahu, dah dia tu orang lain cakap mana ada nak dengar. Asyik dia je yang betul. Tak apa makan sebab makanan aku tak beracun tapi sekarang ni dia yang keracunan makanan. Kalau pihak kesihatan buat pemeriksaan kena saman aku!
"Bukannya doktor nak tolong rawat" ujarku geram. Aku sengih lagi.
"Dah tu blah la, menyemak je!" Aku menjuihkan bibir dan berjalan keluar dari bilik dia.
Dah la aku dah dapat kerja yang aku apply tu, macam mana nak pergi kerja kalau dia tak sihat. Aku masuk dalam bilik dan mandi serta bersiap untuk ke tempat kerja tapi bila aku lalu depan bilik dia aku rasa bersalah la pulak. Perlu ke aku jenguk keadaan dia dulu?
Aku mengeluh dan buka pintu biliknya, dia sedang baring di atas katil dengan minyak angin di tangan. Aku mendekatinya dan dia terus bangun bila nampak aku.
"Nak pergi mana?" Soalan pertama dia, lupa la tu yang aku cakap aku dah dapat kerja.
"Saya kerja hari ni"
"Kenapa perlu kerja? Aku mampu sara kau"
"Saya nak guna degree sya ni, tak kan nak buat pameran kat muzium negara"
"Dahsyat sangat ke sijil kau smpai layak masuk muzium?" Soalan dia memang tak pernah tak pedas dan memnyakitkan hati kan? Aku pandang botol minyak angin yang belum lagi dibuka.
"Dah sapu minyak?" Malas nak panjangkan gaduh gaduh dengan orang tak reti insaf ni.
"Belum" jawabnya lemah. Aku mengeluh dan meletakkan beg tangan aku di atas meja lalu tangan aku mencapai botol minyak angin tu. Aku tuangkan atas tangan aku dan menyelak bajunya, dia terkejut.
Alah, aku dah biasa sapu ubat kat perut abah selma ni jadi nak malu apa. Aku bini kau ok! Dia halang aku dari selak baju dia lebih tinggi dan menarik balik bajunya.
"Macam mana nak sapu ubat ni?" tak faham sungguh dengan manusia depan aku ni. Aku tak hiraukan dia dan selak baju dia sekali lagi bila dia cuba menghalang aku pukul tangan dia agak kuat.
"Duk diam la!" Marah aku pula dan akhirnya dia mengalah.
"Bacalah bismillah dulu" amboi, sempat lagi buat pesanan penaja ha. Aku angguk dan ikut apa yang dia mintak bukannya benda tak elok pun. Aku mula menyapu minyak di perutnya, tiba2 aku tersengih sendiri.
"Kau sengih kenapa?" Soalnya cuak.
"First time tolong sapu ubat kat perut flat. Sebab perut abah buncit" aku tayang gigi untuk sengih. Tanpa di sangka dia ikut sama senyum sikit.
"Gila! Aku lapor kat abah"
"Laporlah, fact ok!" Aku sengih lagi dan urut perut dia perlahan lahan. Harap tak teruk la dia punya sakit perut ni kan.
Aku memang dah lewat sangat nak pergi kerja ni kalau pergi pun sampai2 je mesti surat pecat jugak yang aku dapat. Jadi baik berbakti pada suami mereng ni kat rumah je.
"Kau kata first day kerja, pergilah!"
"Tak apa"
"Tak apa? Besar mandat kau buat macam boss. Pergilah,kalau kena pecat macam mana?"
"Redha je la" balas aku selamba habis.
"Redha kau tu duk membebel dalam rumah je.pergilah, aku ok"
"Rezeki boleh di cari.kejam la saya sebagai isteri kalau biarkan suami saya sakit macam ni. Kalau kerja tu bukan rezeki saya, macam mana pun tak jalan jugak. Baik saya jaga awak je" dia diam, terharu la tu kan? Hahaha. Poyo dan perasan betul aku ni kan?
"Aku dah ok banyak ni. Pergilah, kalau aku sakit lagi aku call kau ok?"
"Degil la awak ni. Suka hati saya la nak buat apa pun!" Geram!
"Pergi kerja! Kalau kena pecat baru balik sini, kalau tak kerja je. Pergi!"
"Awak kan mampu tanggung saya" aku sengih lagi. Dia merengus kasar dan tolak tangan aku. Dasar tak kenang budi! Aku salam tangan dia sebelum keluar pergi kerja. Dia pun dah macam ok sikit jadi aku ikut je la cakap dia yang keras kepala dan suka mengarah tu.
Aku memberi salam bila nampak staf yang bekerja yang sedang tersenyum manis pandang aku.
"Pekerja baru ya?" Soalnya ramah, megah betul ofis ni dan aku memang boleh bangga dapat kerja kat sini kalau dia dapat lar.
"Ya, maaf saya lambat. Suami saya tak sihat tadi" kau pehal Iry nak cerita kat dia la pulak. Memang betul pun bukannya aku bohong or reka cerita pun.
"Nasib baik boss tak datang hari ni sebab tak sihat, jom saya kenalkan pada staf lain" aku lega sikit bila dia kata nasib baik boss taj masuk hari ni. Aku ikut dia dari belakang dan aku diperkenalkan kepada semua staf.
"Saya Ayu Irina,boleh panggil saya Iry" aku tunduk sikit tanda menghormati. Aku senyum pandang mereka yang begitu ceria di pagi hari yang agak lewat dah ni. Setelah itu aku dibawa ke bilik aku sendiri, mestilah aku ni architect junior kat ofis ni. Rasanya yang paling muda la kot.
"Awak!!!" Jerit aku bila sampai je di rumah, memang bising betul mulut aku ni dah la kuat macam guruh. Aku berlari masuk dalam rumah tapi dia tak ada, aku naik ke biliknya dan kosong juga, jadi aku turun ke ruang tamu balik. Ha! Laman belakang kot, aku dah lama nak ke sana tapi tak sempat jadi jom kita pergi. Tak sempat, poyo la jawapan tu kan padahal sibuk duk tengok tv!
Aku belum buka tudung macam biasa, dalam rumah pun aku pakai tudung jugak. Belum ready nak steady kat dia. Aku berjalan ke laman dan aku terpaku sekejap, cantik gila taman bunga ni. Kenapalah aku baru je tahu kan? Aku duk hayati keindahan ni sehingga tak perasan yang aku dah terlanggar sesuatu lalu terus terjatuh. Matilah!
"Weh! Kau ok tak?" Aku terkejut, aku buka mata perlahan2 bila aku rasa selamat landing dan tak sakit langsung.
"Ok, tak sakit pun jatuh" ujar aku confuse.
"Aku yang sakit kat bawah ni, berat macam batu!" Ujarnya dengan kasar. erk! Aku bangun dari badan dia dan berdiri terus.
Baju kurung yang dah macam apa aku betulkan lalu membantunya bangun. Aku membersihkan belakang baju dia yang comot dengan tanah. Aku gelak bila dia duk membebel yang aku ni tak berhati hati. Aku semakin suka dia la aku rasa sekarang ni. Sebab setiap kali dia marah pun aku rasa nak sengih je. Ke Allah dah makbulkan doa aku yang aku minta Allah jatuhkan sayang aku ni padanya.
Sapuan aku dibelakang badannya semakin perlahan dan aku senyum sendiri, alangkah baiknya kalau kami boleh hidup macam pasangan lain kan? Ish! Angan kau tu setinggi gunung kinabalu la Iry. Tanpa aku sedar dia dah berpaling pada aku dan bukan belakangnya yang aku tengah sentuh sekarang ni tapi bahagian depan badannya.
"Kau ni suka betul cabul aku kan?" Soalan dia buat aku tersentak, aku tengok tangan aku yang sedang melekap kemas pada dadanya. Aku telan liur dan melarikan tangan secepat mungkin. Malunya!
"Kita makan luar nak?" Soal aku dengan senyuman manis. Rasa nak meraikan aku dapat kerja dengan dia je, sebab abah tak ada nak ajak makan sama. Bilalah abah nak balik eh? Kedai makan dia pun orang lain yang handle sekarang ni. Masa free dulu boleh la aku jenguk kedai abah sekarang dah kerja.
"Kedai abah?" Soalnya.
"Nope! Tempat lain, saya nak belanja awak! Lepas isyak key" aku berlalu pergi dengan senyuman tapi aku berpatah balik, lupa nak puji taman yang cantik ni.
"Cantik taman ni, pandai awak jaga" aku angkat simbol like dan dia senyum sikit. Aku nak pastikan dia selalu senyum dan aku akan pastikan dia senyum terus.
Malamnya aku tak ada la melaram bagai tapi dengan blaus dan skirt labuh hitam dan shawl aku rasa dah cukup untuk dinner date pertama aku dengan dia. Rasa bahagia sampai dalam hati ada mercun dum dam dum dam ni.
Setelah puas hati aku keluar dari bilik dan dia juga sama. Aku ni dah gila kut sebab rasa dia hensem je, dari sebelah sisi sebab dia punya parut sebelah kanan. Aku dah tak takut dan kisah dengan parut gangster tu. Biarlah, dah
nama pun suami aku kan? Aku dah terima dia seadanya.
"Wah! Awak nampak hensem la" aku siku badannya lembut dan dia buat muka bengang. Hailah, lawak benor! Asyik nak marah je kerjanya.
"Kau perli aku kan?" Soalnya garang. Aku mencebik dan memeluk lengannya dengan berani.
"Ikhlas dari hati" aku mengaku benda yang jujur, dia cuba leraikan pautan aku tapi aku tak lepaskan lengan dia. Sweet sikit pun tak boleh la mamat ni.
"Matching la kita kan?" Baju aku yang berwarna hijau sama pada dengan baju dia,hijau.
"Bukan kau yang letak baju ni atas katil?" Erk! Hahaha, memang aku yang sediakan pun! Aku tayang sengih dan bergerak bersama dia ke bawah.
"Aku tak ada kereta, kau sudi ke naik motor dengan aku?" Adui! Lupa nak ambil kereta abah. Tapi, aku dengan dia naik kereta lembu pun sudi! Poyo!
"Sudi!" Aku balas yakin walaupun cuak sebenarnya, nanti bolehlah peluk dia sebab takut kan? Poyo betul la aku ni dah la ayat macam gatal gila!
"Pasti?"
"Dengan awak, keldai pun saya sudi naik" aku bagi ayat poyo dan dia sekeh kepala aku agak kuat. Aku gelak sakan dan beriringan ke motornya. Tapi aku pakai skirt la, gila ke apa nak naik motor?
"Aku pergi ambik kereta abah la, kau tunggu sini" eh! Mesti dia tengok aku berkerut bila tengok skirt ni kan? Kacau betullah! Kenapa la aku pakai skirt pulak malam ni.
"No! Awak tunggu sini, saya naik atas jap" aku terus berlari naik atas dan capai jeans, tak jadi la aku punya angin nak jalan2 sambil angin tiup skirt aku macam dalam drama tu. Kacau! Tak apa! As long as dengan dia aku tak kisah, kalau terpksa pakai seluar tidur pun aku pakai. Ok! Poyo lagi.
Aku turun ke laman dan dia pandang aku terkejut. Mesti dia boleh nampak kesungguhan aku nak naik motor dia kan?
"Kenapa tukar?" Soalnya pelik.
"Nanti saya jadi batman atas motor awak. Jom!" Aku terus berdiri di sebelah motor EX5 nya. Tak kisahlah motor apa pun kalau kapcai sekalipun aku tak kan segan nak naik. Dia naik dan start motor, aku baca bismilah dan terus naik.
Aku dan dia mula keluar dari perkarangan rumah. Rumah besar tapi naik motor je. Bapak hebat, kalau orang tengok ni pun mesti pelik tahap petala kan? Aku tunjukkan jalan dan dia hanya menurut, setelah kami parkir kami berdua beriringan ke dalam restoren yang agak ramai orang itu. Peduli apa aku bila orang pandang kami macam aku partner dengan makhluk asing je.
"Tengok pak we perempuan tu, menakutkan" aku terdiam bila ada suara perempuan yang bercakap pasal kami. Aku rasa geram betul! Yang dia sibuk tu kenapa? Macamlah pak we dia lawa sangat! Muka banyak jerawat macam B pop!
"Kita makan tempt lain!" Fiz dah naik angin. Aku paut tangannya dan tarik dia duduk. Aku senyum pandangnya dan dia hanya mengikut.
"Nak makan apa?" Soalan daripada waiter itu buat aku hilang fokus pada pasangan yang duk kutuk suami aku ni. Berapi rasa dalam hati aku ni.
"Nasi ayam dua, awak nak minum apa?" Soal aku pada Fiz yang langsung tak ceria, dah la tayang muka macam nak bunuh orang.
"Sama la ya?" Aku cuba tenangkan dia dan pesan jus oren. Aku capai tangannya yang diletakkan di atas meja. Aku mengelusnya lembut dan dia pandang tangan kami yang dah bersatu dengan erat. Walaupun dia langsung tak balas tapi aku bahagia sekurangnya dia tak halang seperti biasa.
"Tak jijik ke awek dia tu?" Jijik? Ok! Perkataan yabg dah melampaui batas.
"Kesian awek dia, muka lawa tapi dapat pak we hodoh!" Aku tahan sabar dan telan liur menahan geram. Fiz dah berasap macam periuk nasi masak je aku rasa ni.
Janganlah Fiz naik angin kat sini. Aku pindah tempat duduk ke sebelahnya dan aku peluk lengan dia mesra lalu aku merebahkan kepala aku pada bahunya. Sabar la Fiz, sebab kalau kau naik angin aku pun rasa nak bantai sekali mamat dan minah yang mulut bau longkang tu!
Setelah itu makanan kami sampai dan aku panggil waiter sebelum minta dia pergi ke meja sebelah. Kemudian aku senyum pandang mereka berdua yang terkejut pandang kami.
"Doakan perkahwinan kami sampai ke jannah" aku bersuara lembut dan mereka diam terus. Melayang 50 aku sebab belanja mereka makan. Bukan nak mengungkit tapi saja nak bagi mulut mereka diam. Baik buruk rupa dari buruk perangai macam mereka tu.
"Membazir je belanja orang macam tu"
"Biarlah awak, mana tahu mereka terdetik nak doakan kebahagiaan kita ke" eleh, positif la sangat. Padahal kalau dia bangkit tadi aku sekali angkat kerusi bunuh orang kut.
Aku pakai helmet dan senyum pandangnya yang masih lagi bengang. Asyik nak marah je kerjnya.
"Kau tak malu ke? Dapat suami hodoh macam aku ni?" Aku terkejut dengan soalan dia. Pernah ke aku cakap dia hodoh? Mustahil la weh!
"Saya tak pandang awak dengan mata kasar, saya pandang awak dengan mata hati" aku naik ke atas motor dan kami mula bergerak pergi dari situ.
"Mata hati kau tu buta ke? Ke ada kanser mata?" Soalan dia memang tak boleh blah kan? Menyakitkan hati aku je kerjanya.
Aku mengeluh sedikit lalu memeluk pinggangnya erat, aku gigit bibir bawah dan sandarkan kepala pada belakang badannya. Aku senyum sorang2. Beromantik sorang2 la aku kalau macam ni.
"Apa ni?" Soal dia selamba.
"Saya suka..." aku jawab tu je, aku pun tak tahu nak cakap suka apa. Dia diam juga. Aku senyum lagi dan biarkan derusan nafas dia aku dengar dari belakang badannya. Menenangkan aku ya Allah.
"Bye awak! Kerja elok2" aku melambai pada dia sebelum berjalan ke teksi untuk ke pejabat.
Hurm, memang aku rasa gembira sangat sekarang ni. Walaupun Fiz tak pernah layan aku macam suami lain layan isteri dia aku tak kisah langsung. Cukuplah dia tak menghalang aku melayannya dengan baik. Layanan isteri kepada suaminya.
Sebaik masuk ke pejabat yang aku dah kerja hampir sebulan ni sekali pun aku tak pernah jumpa dengan boss besar. Staf lain cakap boss ada urusan luar negara jadi logiklah kalau dia tak ada dalam sebulan macam tu. Tapi hari ni semua orang bising, katanya boss akan masuk ofis.
Semua pekerja peprempuan sibuk melawa sebab mereka kata boss tu hensem gila dan solo lagi walaupun dah masuk 30 tahun. Umur dia sama dengan Fiz la. Sah! Dah angau dengan suami sendiri sebab asyik duk sebut nama Fiz je pagi petang siang malam.
"Selamat pagi boss" semua orang mula menyapa dengan ramah, tapi aku masih juga dalam bilik, erm, aku rasa aku patut keluar dari bilik dan menyapa boss baru ni.
Aku keluar dan berada belakang sikit daripada orang lain yang sibuk menyapa boss. Memang oramg paling last la ni. Bila dia berjalan melewati aku, aku ingat dia tak perasan tapi rupanya dia perasan.
"Pekerja baru right?" Soalnya ramah dengan senyuman semanis gula. Bapak! Hensem gila! Rasa macam nak pengsan pun ada ni.
"Yes" aku balas lembut, memang bukan aku la lembut macam ni sebenarnya, jadi baik aku teruskan berlakon je.
"Come to my office" ujarnya dengan penuh karisma. Aku senyum segaris menghantar dia pergi. Sumpah! Kalau aku tak kahwin lagi boleh jatuh cinta la weh. Tak pun jatuh tak bangun2 lagi. Tapi, Fiz aku pun hensem jugak,dia dah lekat dalam hati aku.
"Untungla! Boss panggil" staf perempuan ni dah mula menggedik. Macam la boss ajak aku makan ke apa.
"Tak untung mana pun, saya rasa dia nak berkenalan je kut. Saya pergi dulu" aku mengetuk pintu biliknya dan selepas dapat arahan masuk aku masuknla, apa lagi. Aku senyum lagi pada dia dan memang dia punya senyuman cair weh. Aku sendiri boleh hilang memori kalau dia asyik senyum je.
"Duduk" dia pelawa aku duduk di depannya. Aku terus duduk dan pandang meja, segan la nak pandang muka dia.
"Ayu Irina Afwan" dia sebut nama penuh aku la korang. Aku senyum dan angguk je la.
"What should I call you?" Soalnya ramah dan senyum tu tak putus2.
"Iry" aku jawab sama ramah la.
"Kalau saya panggil Ayu?" Soalnya pulak.
"Abah saya je panggil macam tu" aku cerita lagi, yang aku sibuk nak cerita kat orang lain ni kenapa? Gila!
"Ok, Iry. Saya tak pernah ambil pekerja yang baru je grad dan awaklah yang paling muda kat sini. Jadi, saya harap awak tak hampakan saya" erk! Aku paling muda? Apa yang buat dia ambil aku kali ni.
"Kalau boleh tahu, kenapa saya dipilih?" Soalan aku memang pelik. Takkan sebab aku pandai kut. Sebab result aku gempak la jugak tapi bukanlah bapak gempak pun.
"Sebab awak cantik, boleh?" Ha? Mulut aku ternganga, lain macam je jawapan boss aku ni. Jenis gatal miang ke apa? Kalau jenjs tu baik aku balik bergatal miang dengan Fiz je.
"Kalau sebab tu saya nak berhenti sekarang jugak!" Jawab aku yakin.
Aku rela kerja dekat kedai makan abah la kalau macam ni. Boleh pulak dia gelak? Dia ingat aku ni jenis main2 ke? Aku rasa macam asap keluar telinga aku je!
"Saya gurau je, sebab awak la yang paling berani datang. Kami dah cakap paling kurang ada 3 tahun pengalaman tapi awak datang tanpa sebarang pengalaman. Masa temu duga, awak sangat berkeyakinan dan macam boleh kerja. Sebab tu saya ambil awak" dia jawab dengan tenang sambil senyum manis. Pasal tu ke? Suka main2 betul la dia ni. Eh! Marah boss besar nampak.
"Saya tak nampak pun encik masa temu duga" memang aku tak nampak dia langsung.
"Tapi saya tahu, ok! Harap awak tak kecewakan saya dan moga awak kekal lama di sini" ujarnya sebagai warm welcoming. Aku senyum dan angguk pada masa yang sama. Aku berjalan ke pintu untuk keluar tapi bila dia panggil aku balik aku berpaling.
"You are married? Seriously or just a status?" Soalan dia memang pelik. Dah sah2 aku tulis yang aku ni kahwin. Ke nak aku tulis nama suami aku sekali? Suka je aku! Boleh letak love. Ayu Irina love Hafiz Arfan. Sweet!!! Ok! Berangan lagi.
"Iry?" Aku tersedar. Teruk berangan aku ni kan?
"Ya! Seriously married, baru je sebulan dua minggu 5 hari" aku tunjuk lima jari aku padanya dan dia senyum sedikit. Cewah! Berlagak macam dah kawin 20 tahun je. Lama ok! Sebulan dua minggu lima hari tu. Esok bertmbah lagi hari! Alhamdulilah.
Sampai je rumah terus aku terkam Fiz yg sedang masak di dapur, awal pulak dia balik kerja hari ni kan? Siap nak masak lagi. Aku peluknya erat dan macam biasa dia buat macam rimas tapi aku peduli apa, layan je la perangai budak2 aku ni bukannya susah pun.
"Aku tengah guna pisau ni, nanti kena kau la" marahnya geram lalu meleraikan pelukan aku. Dia ni memang la seorang yang suka spoil mood baik orang lain. Tapi yang aku jadi tak malu sangat ni kenapa? Balik je terus nak peluk dia bagai. Dia tak boleh ke terima aku macam aku cuba terima dia ni.
"Awak ni, selalu macam ni" eleh, buat ayat merajuk la sikit mana tahu dia baik hati nak pujuk aku ke kan? Aku sengih sendiri.
"Yang kau bahagia sangat ni kenapa?"
Soalnya tanpa pandang aku. Ya lah, apesal aku happy sangat ni eh? Tiba2 je teringat senyuman En. Naufal. Kau jangan nak buat gila la weh!
"Tadi kan, saya jumpa boss. Hensem sangat awak!" Aku puji ikhlas ok sebab memang satu kenyataan yang boss aku tu hensem gila. Muka dia pun duk terbayang lagi ni tapi takdelah sampai angau bagai. Kat depan aku ni nak campak kat mana?
"Kau suka la kan?" Soalan dia ni selalau je salah faham dengan maksud aku.
"Mestilah suka! Orang hensem kalau tak pandang rugi!" Aku ketawa sikit. Betul la tu, alang2 ada depan mata kita cuci la sekejap.
"Ye la, orang hodoh ni kalau pandang mimpi ngeri" aku terdiam. Erk! Niat aku nak bergurau je la.
Aku mendekati Fiz dan bersandar pada peti sejuk, muka dia yang ketat tu buatkan aku rasa nak je terus pandang dia. Walaupun dia tak suka senyum tapi aku rasa dia lebih sedap dipandang mata hati aku.
"Ya ke? Tak pernah jumpa orang hodoh kot, tak tahu pulak" aku jawab selamba. Dia hiris bawang ke nak cincang tu? Dah macam kena lanyak je aku rasa.
"Depan kau ni hodoh la!" Jerkahnya agak kuat. Aku tersentak sedikit. Dia betul2 rendah diri ke dengan parut ni? Aku secara tak sedar menyentuh pipi kanannya yang berparut itu, lalu aku mengusapnya lembut.
"Saya tak pernah anggap apa yang ada pada awak adalah benda ngeri. Perkara yang terbaik ada dalam seorang isteri ialah suaminya." aku meletakkan tangan aku di dadanya dan dia diam pula. Aku senyum lagi lalu memeluk badannya lembut, kali ni memang aku terasa nak sangat peluk dia dan harap sangat dia balas balik, rasa hati aku dekat je dengan hati dia.
"Dah, pergi jiwang jauh2. Aku nak masak ni" badan aku dialihkan ke tepi. Dah agak mesti dia tak suka punya!
"Saya naik mandi dulu" aku terus berlalu pergi. Kalau macam ni la dia layan aku memang aku bertepuk sebelah tangan la namanya.
Aku letak semua barang atas katil dan baring sekejap. Teringat apa yang Ita dan Zia cakap kat aku tadi, kalau dia sayang kita mesti dia akan layan kita baik2. Aku tak rasa pun yamg dia suka aku apatah lagi perkataan keramat tu. Sayang dan cinta la maksud aku. Aku urut pelipis dan kemudian lelapkan mata sekejap.
"Termenung je" aku terkejut bila disergah, aku senyum hambar bila terpandang wajah boss aku di pantry ni. Dia ni pulak asyik nak bermsera je, tak sure la kalau dia memang jenis baik hati macam tu dan mesra dengan semua orang.
"Termenung skejap, cari inspirasi" aku balas selamba. Inspirasi apakebendanya kalau otak ni duk serabut fikir pasal benda lain.
Mug aku dicapai dan dengan selamba habis boss terus minum air dari mug aku. Terbuntang mata aku tengok perbuatan boss yang pada aku tak patut sangat tu. Apa kena dengan boss aku ni?
"Air saya"
"Apa salahnya share. Saya tak kisah" memng la dia tak kisah tapi aku kisah ok! Aku bangun dari kerusi dan buat air lain, tak kuasa mak nak share mug.
Kenapalah dua bulan aku kerja sini rasa lain macam je dengan prngai boss ni, ke aku je yang rasa macam tu. Aku tak suka la dengar orang cakap yang kami ni macam ada skandal je. Mau taknya hampir setiap hari boss ajak aku lunch dengan dia, dan aku pulak bodoh tak sekolah duk ikutkan je.
"Awak ada masalah ke?" Soalan dia buat aku kembali ke alam nyata.
"Tak ada, kenapa?"
"Awak nampak bermasalah" ya ke? Aku gelak kecil bila dia sebut macam tu.
"Mana ada. Saya ok and happy!" Statement yakin gitu. Fiz, andai kita boleh borak macam ni dan saya boleh share apa yang saya rasa dengan awak kan best.
"Awak free tak weekend ni?"
"Free je kot, kenapa?"
"Good! Saya nak awak teman saya outstation" mulut aku ternganga, tak pernah pun selama ni aku kena outstation dengan dia dan tak pernah pun sebenarnya pergi. Kenapa mesti aku pulak yang kena ni? Senior yang lain kan ramai lagi kenapa perlu aku jugak? Ish!
"Kenapa saya, senior2 kan ada"
"Kami dah diacuss, awak belum ada pengalaman jadi untuk projek ni saya nak awak turun padang secara langsung"
"Tapi boss..."
"Nope! Awak boleh tolak kalau ada alasan kukuh"
"Kat mana? Berapa hari?"
"Kelantan, dua hari"
"Means, stay kat sana?"
"Yup! Semalaman je" ok! Aku tak nak! Sekarang ni otak aku ingat kat Fiz je, macam tak je kalau aku nak pergi sebab Fiz. Aku tak nak pergi!
"Perlu ke?"
"Penting untuk awk, bagus untuk awak" kalau aku satu je benda yang aku rasa bagus, kalau dapat spend time dengan Fiz. Maknanya hujung minggu ni tak boleh la nak lepak dengan Fiz. Sedih!
"Saya kena tanya suami saya dulu"
"Ok! Your answer is tomorrow ok?"
"In sha Allah"
"hopefully you make it" ujarnya lalu beredar dari situ. Tinggal aku sorang2 yang tak puas hati lagi ni. Ish! Apa nak buat ni? Fiz bagi ke nanti? Kalau tak bagi bagus untuk aku. Hahaha...
"Kusut je Iry"
"Kak Qish, kusut sangat ni, boss ajak outstation"
"La, eloklah, means boss dah percaya dengan kemampuan Iry, grab this golden chance. Kami pun nak bagi laluan kat Iry" betullah yang benda ni penting kot. Susahnya nak fikir rasa macam nak terus balik tanya Fiz je.
"Kenapa muka kau macam gaduh dengan pak we je ni?" Soalan pertama dari mulut Fiz bila dia balik kerja. Muka aku berkerut yang muka dia ceria semacam tu kenapa? Ish!
Tak aci betullah kalau dia boleh duk rumah weekend ni tapi aku pulak kena pergi Kelantan.
"Mana ada pak we, nak gaduh macam mana?" Aku balas soalan dia dengan malas. Kenapa la soalan dia tak pernah nak menyenangkan hati aku kan? Soalan pedas aje yang keluar. Kalau soalan KBKK boleh jugak otak aku nak bekerja, ni tak, kalau soalan pedas hati je yang duk panas.
"Dah tu pehal?" Soalnya lalu duduk di sebelah aku yang tengok skrin tv kosong ni.
"Saya kena outstation la, 2 hari 1 malam. Kelantan"
"Oh! Boss kau dah percaya kat kau la ni. Baguslah, yang kau macam bermasalah tu kenapa?"
"Berdua! Dengan boss je..." aku mengeluh berat dan bersandar pada sofa. Macam bawak batu je rasa berat dalam hati aku ni. Fiz diam bila aku sebut pasal benda ni. Dia izin ke tak ni?
"Berdua?" Soal Fiz dengan nada agak kuat bila dia diam lama. Heh, baru sampai kat atena telinga ke?
"Awak izinkan tak?" Soal aku pula.
"Boleh ke kalau tak izinkan?"
"Boleh la kot..."
"Tak kena pecat ke nanti?"
"Entah, awak izin tak?" Soal aku lagi.
"Kau nak pergi ke?" Soal dia pula dan aku balas dengan gelengkan kepala. Tak nak pergi la Fiz sebab tak selesa bila berdua je dengan boss. Rasa macam lain macam je dengan prangai boss yang terlajak mesra tu. Tak berkenan di hati sangat la.
"Tak nak pergi"
"Kenapa tak nak pergi?"
"Sebab saya nak duk dengan awak kat rumah"
"Pergilah, peluang besar ni. Tambah pengalaman" ujarnya pula. Aku melepaskan keluhan berat dan bersandar balik pada sofa.
"Kenapa kau takut sangat dengan boss kau?" Soalan dia buat aku takut sebenarnya.
"Mana ada takut, tak selesa je. Dia baik baik sangat"
"Baguslah kalau baik!"
"Memanglah, tapi saya dah kawin dan saya tak selesa dia baik sangat dengan saya. Kalau dengan orang lain ok je"
"Kenapa pulak tak selesa?"
"Ish! Awak ni tak faham betul la... saya mungkin syok sendiri tapi tak mustahil jugak, macam mana kalau dia suka saya?"
"Apa?! Dia suka kau? Dah pehal mamat tu?" Eh, aku cakap kalau je la.
"Andaian je tu..."
"Kau tak cakap ke yang kau dah kahwin?!" kenapa dia nak marah sangat ni? Dia jeles ke? Aku tersenyum sedikit kalau betul la dia jeles means dia sayang aku la kan? Hahaha... perasan lagi aku ni kan?
"Ke kau yang menggatal dengan dia?" Soal dia lagi. Ada pulak aku yang dituduh gatal. Memang tak la kalau aku gatal. Kalau aku gatal sangat dah lama aku tak hiraukan kau ni dan goda boss sampai dapat. Dah la kaya, hensem , sweet pulak tu! Untung badan kalau siapa yang dapat boss tu.
"Berangan je tahu..." dahi aku dijentik perlahan. Aku senyum lalu peluk lengannya erat.
"Awak jeles eh?"
"Tak kuasa!" Jawabnya geram dan bangun dari sofa dan berdiri depan aku. Apa salahnya kalau jeles. Aku suka lagi adalah.
"Ngaku je la...kan?"
"Perasan... pergi la Kelantan tu. Aku izinkan. Tapi, kerja je! Jangan nak menggatal pulak!" Pesan dia kasar sebelum dia beredar. Aku senyum lagi, yes! Dia jeles la weh! Lepas ni kena selalu buat dia jeles la kan? Biar dia rasa terancam dan mana tahu dia nak pikat aku balik ke. Wah wah wah... macam dalam drama pulak aku rasa kalau macam ni. Berangan lagi! Aku tepuk dahi dan senyum sorang2.
Boss aku ni pulak macam dapat bunga je bila aku boleh ikut dia pergi Kelantan. Aku pelik bila boss aku ni dengan gentlenya angkat bagasi aku sama untuk check in hotel.
"Hai" sapanya mesra dan tersenyum manis. Staf perempuan ni pun sama manis je senyum sama dan aku berdiri di sebelah boss untuk tahu nombor bilik.
"Selamat datang, honeymoon ya encik?" Soal pekerja itu ramah. Mata aku dah nak terkeluar sebab terkejut ni tapi boleh pulak boss senyum. Tak ada maknanya aku nak bulan madu dengan dia, dengan Fiz boleh la!
"Macam pasangan baru kahwin ya?" Soalan boss buat aku rasa macam nak tendang dia on spot je. Boleh timbul salah faham kalau orang lain dengar ni.
"Kerja" aku menyampuk dengan cepat, dan staf tadi meminta maaf lalu menghulurkan kunci bilik kepada aku. Aku ambilnya dan terus ke lif.
Bagasi kami dibawa oleh pekerja hotel, setelah kami masuk ke dalam lif tubuh kecil aku terundur ke belakang bila ada seorang lelaki yang bersaiz XXL masuk, kasut tumit tinggi menyebabkan aku hampir jatuh tapi nasib baik ada tangan yang sempat menahan aku. Tangan boss besar la siapa lagi.
Mata kami bertentang dan aku segera melarikan pandangan dan menjauhkan diri darinya tapi keadaan lif yang semakin sempit buatkan jarak kami semakin dekat.
"Hensemnya suami dia"
"Untungnya..." aku dapat dengar suara dua perempuan bercakap. Pasal boss aku la siapa lagi. Aku melepaskan keluhan berat sebab mereka dah salah tafsir. Aku buang pandang pada boss yang senyum membalas pandangan dua remaja itu. Dasar playboy...eh, boss aku memang jenis yang mesra rakyat la kan.
"Semua orang fikir yang saya ni suami awak." Bisiknya dan senyum lagi. Aku ni pulak yang nak pengsan dengar dia cakap macam tu.
"Kalau boss duk jauh sikit dari saya mesti orang tak kan fikir macam tu" aku berkata geram tapi boleh pulak dia sengih sememeh aku sumpah jadi mamat sengih baru dia tahu.
"Saya tak nak, saya tak kisah orang anggap saya suami awak" mata aku membulat biar betul nak buat lawak tak kelakar ni. Aku jeling dia tajam tapi dia tetap mantain senyum. Tak suka!
Aku terus hempas pintu bilik setelah masuk ke dalam bilik hotel. Dah la bilik aku setentang dengan dia, kenapalah aku datang jugak OS ni eh? Takkan nak marah boss aku kut tapi kalau dia melebih aku tak teragak agak nak pelangkung dia! Aku peduli apa kalau kena masuk penjara sekalipun.
"Hafiz Arfan!" Aku lompat atas katil dan terus baring, habis terselak skirt aku ni memang dasar tak senonoh kan aku ni? Aku tarik selimut dan berguling guling atas katil sebab serabut kepala, kenapa mesti Naufal Bin Ahmad tu muncul dalam hidup aku dan kenapa dia mesti kacau bilaukan hidup aku. Sekalipun single jangan la nak goda bini orang! Dasar otak mereng!
Bila dah selesai solat isyak aku buka telefon dan berapa ratus whatsapp masuk, tapi satu pun bukan dari Fiz, mesej pun tak ada call apatah lagi. Dia tak rindu aku langsung ke? Aku pejamkan mata rapat2 sebelum pintu bilik aku diketuk, mesti boss la kan? Siapa lagi? Aku pakai tudung dan membuka pintu sikit, yang boss aku hensem sangat ni kenapa? Memang gen dia hensem la Iry.
"Saya hensem sangat eh?" soalnya dengan senyuman dia yang tak habis2 tu. Aku senyum segaris sebelum mengangguk setuju, erk! Dasar otak mereng la kau ni Iry.
"Wah, a gift! Thanks" ucapnya teruja! Baru je puji suka sampai macam ni sekali, kalau aku panggil sayang masuk hospital gamaknya ni ha.
"Boss ni, macam saya orang pertama atas dunia ni yang puji boss"
"Bukan yang pertama, tapi, pertama kali saya dengar dari mulut awak" ujarnya ceria. Aku tergelak kecil, macam2 hal la dia ni sorang. Dia tak tahu ke yang aku ni macam orang gila puji dia dulu, boleh join kaki kelab puji boss kat pejabat la ni.
"Ya la boss, sama2. Ada apa ni?"
"Jom dinner? Saya belanja" pelawanya dan aku haruslah tak boleh nak menolak kan? Perut tengah lapar orang nak belanja pulak ada depan mata jadi tak payah la nak tolak rezeki sangat. Benda depan mata kena grab cepat2.
"Boss tunggu kat bawah, jap lgi saya turun" aku tutup pintu dan bersiap ala kadar. ala kadar dah la bukannya nak keluar dinner dengan suami sendiri. Hehehe, suami aku nak ajak keluar dinner sama payah macam nak ajak keluar perang. Tak faham betul Fiz ni.
"Kenapa tak tunggu kat bawah boss?"
"Saya tunggu awak, kita pergi sama2" hailah dia ni pun spesis yang degil macam Fiz jugak kan? Aku senyum segaris sebelum mengunci pintu bilik. Kami berdua beriringan sambil berborak senang. Boss ni sekali layan rasa macam dia tu penghulu playboy je tapi hati dia baik. Semua orang tahu semua tu kan?
"Nasib baik saya bersiap kejap je, kalau tak boss dah jadi macam bodyguard tak berbayar kat depan ni"
"Untuk awak, semuanya boleh. Tak perlu bayar dengan duit pun, your smile is more than enough" aku senyum lagi, dasar Mr. Sweettalker, agaknya dengan orang lain pun mulut dia manis macam ni jugak kut. Hailah siapa la yang berjaya rebut hati orang yang serba ada ni kan? Aku kut? Ha! Jangan nak buat gila la wahai Iry isteri Hafiz Arfan. Buatnya dia dengar mampus kau nanti.
"I love your smile" pujinya pula dan aku berpaling pandang mukanya yang sedang tersenyum, kenapa rasa macam jantung aku merempit kena kejar dengan polis trafik je ni?
Aku alihkan pandangan dan merenung lantai marmar yang cantik ni. Indahnya kalau perkataan semanis ini keluar dari mulut Fiz kan? Iry! Kau jangan nak banding beza Fiz dengan lelaki lain! Tak elok dan tak sepatutnya pun. Sedar la diri tu sikit Iry, kau isteri orang dan hakikat tu kukuh gila!
"Maaf kalau saya tersilap cakap" pintanya serba salah bila aku diamkan diri je. Aku suka la boss! Suka dia cakap macam tu.
"Tak lah, cuma teringatkan suami saya, dia makan apa la malam ni." Bohong la sangat tak kan tak pasal2 pulak nak naikkan nama dia kan. Alasan macam tak logik je aku rasa tapi tu lebih baik.
"Oh, apa nama suami awak?" Soalan itu buat aku tersenyum puas. Aku suka menyebut namanya malah aku rasa aku boleh ulang sampai sejuta kali kalau boss nak dengar.
"Hafiz Arfan" balas aku penuh perasaan dan wajah Fiz mula bermain dianak mata aku. Aku cintakan dia Ya Allah.
"Sebut nama je dah boleh awak senyum sampai ke telinga, mesti dia hensem kan? Sehensem saya tak?" Soaln boss buat aku gelak, mana boleh lawan boss punya hensem satu ofis tu pun kalah dengan boss.
"Dia tak hensem malah boss jauh lebih hensem dari dia, tapi, saya suka pandang dia" aku ucap sepenuh perasaan dah rasa macam orang angau.
Habis je makan kami berjalan di tepi pantai, kenapalah aku ikut sama tapi ada baiknya jugak, untuk aku release tension kat pjabat. Pada mulanya aku termenung je jalan2 tanpa perasaan tapi bila ada air yang terpercik kat muka aku buat aku geram, bila pandang siapa yamg kurang ajar sangat ni rupanya boss aku sendiri. Hailah geram pulak aku rasa sekarang ni. Aku dah mandi la!
Tapi tak boleh nak bagi muka je kat boss ni kena balas balik! Akhirnya kami berdua main simbah2 air macam budak kecik, siap main kejar2 lagi. Penat betul kaki aku nak melangkah lagi akhirnya aku terduduk sebab penat sangat. Penat gelak pun tak hilang jugak, gembiranya aku rasa sekarang ni.
Boss ambil tempat agak jauh dari aku, mungkin menghormati aku la kut, aku senyum padanya dan aku dapat rasakan senyuman balas dia tu tikam hati aku sikit tapi aku cepat istighfar, wajah Fiz mula bermain di benak aku balik. Walaupun boss yang ada kat sini tapi aku tetap rasa kehadiran Fiz. Aku terlalu sayangkan dia.
"Thanks for today" ujarnya dan aku pandang dia sekilas.
"Thanks to you too" aku balas terima kasih dengan terima kasih balik. Sopan sungguh la kononnya ni.
Aku angkat pasir pantai dan bermainnya dengan melepaskan pasir halus itu terbang, dah nama pun malam aku sendiri tak tahu pasir tu terbang pergi mana. Aku tergelak seorang diri bila dpt rasa pasir2 halus itu jatuh atas baju aku sendiri, tak sweet betul la pasir pantai malam ni.
"Ugh" aku mengaduh pedih bila pasir pantai masuk dalam mata aku. Sudah! Tu la gatal sangat nak main kan?
"Kenapa Iry?" Soal Boss lalu mendekati aku, air mata dah mengalir keluar sedikit bila aku genyeh mata dengan jari.
Terasa jari aku dipegang untuk halang aku genyeh mata lagi dan terasa pipi aku disentuh lembut lalu mata aku dibuka perlahan lahan dan kemudian ditiup. Lama kelamaan rasa pedih tu dah hilang sepenuhnya.
"Astaghfirullahalazim... sila ikut kami!" Tanpa salam dan kata sapaan aku dan boss telah dikepung oleh orang kampung dan ahli masjid. Masak la aku kali ni, kena tangkap khalwat ke apa ni?
Suasana yang diam buatkan aku kelu tanpa kata,wajah abah mula terbayang di mata aku kemudian silih berganti dengan wajah Fiz. Aku di bawa tanpa rela dan setelah aku sedar, aku dah berada di satu pejabat kecil, mungkin pejabat agama kut. Mata aku terus mengalirkan air mata dan membangkang keras tuduhan itu. Aku tahu la aku tak salah dah kenapa mereka semua nak tunding jari kat muka aku!
"Sya berani sumpah! Kami tak buat apa2!" Suara aku semakin meninggi bila tiada seorang pun yang percayakan cakap aku. Air mata aku terus mengalir dengan deras tanpa hiraukan orang lain.
Boss pandang aku dengan muka bersalah dan berbincang sesuatu dengan ketua jabatan. Entah apa yamg mereka bincangkan aku sendiri tak pasti yang penting jangan paksa aku kahwin dengan dia, suami aku hanya seorang sahaja dan dia selamanya adalah Hafiz Arfan!
"Maafkan kami atas salah faham ini" pinta ketua jabatan itu dan aku terus berdiri bila boss keluar sambil bersalaman dengan beberapa orang lelaki itu.
"Kami minta maaf"pinta boss pula. Sekarang ni siapa yang salah? Kenapa kami pulak yang nak kena minta maaf tapi tak kisahlah yang penting dah selesai. Air mata kesyukuran pula yang mengalir kini, nasib baik tak jadi macam dalam drama kena cerai lepas tu kena kahwin paksa pulak.
"Hafiz Arfan..." nama itu meniti lagi di bibir aku kali ini. Boss hanya mendiamkan diri dan langsung tak bersuara, eloklah aku pun rasa macam tak nak bercakap dengan dia.
"Saya minta maaf" pintanya ikhlas dan hati aku rasa serba salah jika sekadar berdiam diri lalu aku pandangnya kosong.
"Bukan salah boss salah saya yang bodoh ni" . Kata2 aku buat boss tersentak, kalau dinilai betul2 memang aku yang bersalah kat sini, aku yang beria nak ikut dia jalan tepi pantai.
"Jangan cakap macam tu Iry, saya yamg salah" pintanya lagi.
"Saya rasa lebih baik hubungan kita macam pekerja dan boss je. Saya harap boss faham maksud saya" aku terus berlalu masuk ke dalam hotel dan tutup pintu dengan rapat.
Aku bersandar pada pintu bilik dan jantung aku berdegup kencang bila melihat redup sayu wajah boss tadi. Kenapa aku dapat rasakan pandangan itu menyerupai seseorang yang aku sayang? Aku mengeluh dan air mata mengalir lagi. Tapi semuanya terhenti bila telefon aku berdering, aku bergerak ke meja dan mengambil telefon yang sudah penuh bercas . Fiz?
"Assalamualaikum" satu suara garau di sana yang memberi salam melegakan aku yang dalam kesedihan, suara inilah yang aku rindu wajah dia la yang aku suka jadi kenapa mesti wujud Naufal Ahmad di sini! Jangan pernah wujud lagi!
"Pelik! Selalunya semangat suara
kau, ada apa2 jadi ke?" Erk! Pandai je dia nak teka2 kan? Aku pulak yang gelabah sendiri bila ditebak begitu.
"Mana ada apa jadi, awak dah makan?" Soalan pertama yang akan aku tanya dia seperti biasa dan seperti biasa juga dia jawab.
"Abah dah balik" ujarnya dan aku tersenyum bahagia. Yay! Rindu gila dekat abah ni ha.
"Abah sihat?" Soal aku teruja, tak sabar nak balik esok.
"Sihat alhamdulilah" alhamdulilah, abah sihat.
"Ok la, aku nak tengok bola ni." Tak sempat aku habis cakap lagi dia dah letak fon. Memanglah jenis yang sengaja buat aku geram.
Aku meletakkan fon di atas meja lampu dan baring dgn selesanya. Aku nak lupa semua benda yamg jadi malam ni dan harap ni semua mimpi ngeri je!
keesokannya semua plan yang telah dibuat di bentangkan, boss kelihatan sangat menarik dan segak bergaya bila bentangkan hasil kerja kami. Harapnya kami dapat kontrak kali ni. Setelah itu boss duduk di sebelah aku dan semua orabg bertepuk tangan dengan pembentangn boss yang sangat bagus dan meyakinkan. Confirm dapat kontrak ni punya!
Beberapa orang bersalam dengannya dan dia seperti hiasa tenang dan senyum memandang semua orang.
Sebaik shaja perbincangan lanjut dimulakan aku mula rasa bosan dan tak sabar nak balik rumah, nak jumpa abah! Rindu yang teramat dah ni. Setelah kontrak ditandatangani aku mengelak untuk lunch bersama orang lain, tak berminat lagi nak involve dengan semua ni, dalam kepala otak aku sekarang ni nak balik rumah dan peluk abah ketat2.
Aku terus naik ke bilik untuk mengemas barang2 aku sebelum balik. Bagasi aku ditutup dan pintu bilik dibuka, saat itu mata aku dan boss bertentang dan dia agak terkejut melihat bagasi di tangan aku.
"Lepas zohor kita balik" ujarnya tenang. Aku angguk je.
"Awak nak pergi mana?" Soalan kedua dia buat aku malas nak layan.
"Awak nak pergi mana?"Soalnya lagi sekali.
"Saya tunggu awak kat bawah" . Aku menjawabnya dan terus menghayunkan kaki untuk melangkah ke lif di hujung laluan.
"Iry!!!" Nama aku bergema kuat bila aku terjatuh tangga,sakitnya kaki aku! Aku gigit bibir bawah sambil menahan sakit yang teramat sangat.
Pantas ada tangan yang membantu aku untuk bangun. Aku memang tersentuh dengan keprihatinan yang boss selalu berikan pada aku tapi hakikat yang tak boleh nak halang aku tak layak.
"Dont move! Let me help you" tak sempat aku nak buka mulut halang dia dah angkat aku masuk ke dalam kereta dan klinik adalah destinasi pertama kami. Aku diangkat pula masuk ke dalam klinik dah rasa macam kucing je ni. Setelah rawatan diberikan rasa sakit tu tak hilang jugak tapi, yg bestnya dapat MC seminggu! Yes! Doktor cakap kalau tak baik lagi datang sambung MC. Kalau macam tu sakit sebulan la namanya. Hahaha.
"Sakit2 pun boleh senyum lagi?" Soal boss bila kami berdua dalam perjalanan balik le Klang. Aku senyum pandangnya dan semangat nak jauhkan diri dari dia dah hilang. Aku memang macam ni kan? Cakap je labih!
"Mestilah, duk rumah nanti Fiz boleh jaga saya" aku bersuara ceria dan boss hanya tersenyum mendengarnya.
"Manfaatkan MC awak betul2 ya?" Soalnya dan aku tergelak.
"Haah!" Aku jawab yakin dan dia senyum lagi.
"Awak dah tak marah saya?" Soalan dia kali ni buat aku rasa serba salah.
"Tak, saya tak marah boss pun. Saya marah diri saya sendiri" perbualan kami pasal benda tu tamat macam tu je.
"Siapa lelaki tadi tu? Bukan main lagi peluk2?" Soal Fiz kasar, aku terkedu, bila masa pulak aku peluk2 dengan lelaki ni? Aku yamg teruja bila nampak muka dia terus rasa pelik dimarahi.
"Apa Fiz cakap ni? Mana ada lelaki" aku jawab tenang. Fiz ni dah kenapa? Tiba2 je naik angin.
"Siapa hantar kau tadi?" Suara dia masih lagi kasar dan keras. Aku pandang muka Fiz lama dan tersenyum sikit. Dia jealous ke? Bila dia cemburu muka dia memang macam ni eh? Comel!
"Pehal senyum2?" Soalnya garang.
"Kaki saya terseliuh, boss saya tolong papah saya masuk dalam rumah. Awak ni, dosa tau tuduh orang" aku bersuara lembut dan tangannya aku raih supaya duduk sebelah aku. Dia tak menolak dan terus duduk, kaki aku dibeleknya dan dia mengeluh berat.
"Kau pergi buat drama bollywood ke kat sana sampai seliuh ni?" Soalan dia memang la kan? Geram!
"Siapa nak jadi hero kalau kat sna? Kat sini boleh la" aku ketawa geli hati dan menyandarkan kepala aku pada bahunya. Dia diam je tak cakap apa2 pun.
"Amboi! Lupa terus abah kat sini ya?" Eh! Suara abah la. Aku yang tengah sakit ni terus berdiri cari abah,dah nama pun sakit bila main terjah macam tu memang cantik menarik la rasa sakit tu.
"Aduh....." aku mengaduh kuat dan pinggang aku dipeluk Fiz bila aku hampir jatuh. Ok! Cantik punya situasi. Tenung mata Fiz biar dia jatuh hati terus.
"Ha! Sambung dalam bilik la. Kenapa kaki ni Ayu?" Ok! Kembali ke mode reality bukan mode fantasy lagi. Aku salami tangan abah dan pipi abah aku cium lama. Rindu yang tak tertanggung dah ni.
"Sihat?" Borak.
"Sakit abah!!!"
"Abah!!!!!"
"Sakit......" menitis jugak air mata aku ni ha. Abah ni betul ke nak urut rasa macam nak patahkan kaki aku je.
"Sabarlah sikit" abah ni cakap macam senang je kan? Sakit ni! Fiz pun berkerut kerut tengok aku menjerit sakit macam orang nak beranak.
Fiz lap air mata aku yg mengalir dan dia terus duduk di sebelah aku, tangan aku diraih dan diusap lembut. Ajaib! Hilang pulak rasa sakit aku sekarang ni. Ni bukan Fiz yang aku kenal ni, dah kenapa jadi sweet pulak ni? Aku pandang abah yang duk senyum sorang2.
"Tahan sikit" abah bersuara sebelum pulas kaki aku kuat2.
"Umi!!!!!!!!" Aku rasa suara aku dapat dengar satu kampung kot. Kuat gila suara aku jerit, kali ni bukan air mata yang keluar air mlut dan hidung sekali kut. Sampainya hati abah wrestling kaki aku dan bila aku sedar, erk! Aku gigit bahu Fiz la! Bertaut kening dia tahan sakit. Aku telan liur dan usap bahu dia yang jadi mangsa keganasan anak beruang comel ni. Abah menggelengkan kepala dan meninggalkan aku dan Fiz yang dalam keadaan dramatik lagi.
"Sampai bila kamu nak diam je Fiz?" Soalan abah pada Fiz di tikar sejadah buatkan Fiz tersepit dan lemah pada masa yang sama. Fiz diamkan diri dan berfikir sejenak tentang statusnya dgn Iry.
"Sampai bila2" Fiz jawab lemah.
"Masalahnya, kamu kena buat sesuatu, nanti Ayu sukakan Naufal tu" ujar abah risau.
"Naufal lagi layak untuk dia abah. Fiz tak layak" abah mengeluh umtuk kesekian kalinya. Abah sendiri buntu dengan corak pemikiran Fiz.
"Abah nampak yabg Ayu sayanggkan kamu Fiz" abah memujuk lagi.
"Fiz tak nak disayangi kerana bimbang dibenci" jawab Fiz lemah dan dia melipat sejadah lalu membuang songkok di kepalanya dan rambutnya dibetulkan sebelum dia keluar dari ruang solat. Dia menuju ke bilik tidurnya dan pada masa yang sama dia rasa bodoh kerana biarkan Naufal berada dekat dengan isterinya.
"Fiz, saya boleh pergi tndas sendiri"aku menolak bila Fiz nak angkat aku ke tandas. Bukannya tak boleh jalan pun dan kaki aku dah baik bila ke muay thai dengan abah malam tu. Sakit sikit2 je saja nak bermanja dengan Fiz. Gedik kan?!
"Diam lah!" Aku merengus kasar dan biarkan dia angkat aku. Suka je sebenarnya hehehehe.
Setelah aku selesai dalam bilik air aku ke katil sendiri bila Fiz dah tak ada. Tiba2 aku dengar suara perempuan dan aku turun ke ruang tamu, tapi bila aku tak nampak sesiapa aku ke laman dan aku pasti tu Ita. Apa yang dia duk borak dengan hantu gangster yang dia takut sangat tu. Suami aku ok!
"Saya suka awak! Dan kalau awak tak nak Iry benci awak, awak tak boleh tolak saya"
apa benda pulak yang dua orang ni duk borak tu macam serius je. Pelik jugak aku dengan Ita ni, suka betul datang rumah aku sekarang kan?
"Fiz, Ita?" Aku memanggil mereka dari jauh dan mereka berdua pandang aku. Ita yang tersenyum bahagia mendekati aku lalu tubuh aku dipeluk erat.
'Aku x kan bagi kau kaya sorang dgn harta Hafiz'
Bisik hati Ita jahat dan dia senyum pandang Iry.
"Kek pisang?" Soal aku pelik. Bila masa aku suka kek pisang ni? Dalam rumah ni Fiz sorang je suka sangat kek ni.
"Kau tahu kan aku tak suka kek pisang, aku nak kek blueberry" aku buat2 muka sedih dan Ita ketawa kecil.
"Untuk kau aku dah selalu buat. Ni, aku tolong buatkan untukk Fiz bagi pihak kau" ujarnya sambil ketawa dan aku rasa pelik sikit. Bukan sikit tapi banyak sebenarnya. Lagi satu! Bila masa pulak nama Fiz jadi panggilan pada bibir Ita. Bukan hantu gangster ke?
"Terima kasih..." dah orang beri kita berterima kasih je la. Ita terus balik selepas itu.
Malamnya bila Fiz balik dari rumah abah aku hidangkan dia kek pisang yang Ita buat. Memang rasa jeles kalau Fiz puji kek ni dah nama pun orang tak pandai buat kek kena la reda kalau suami makan hasil tangan orang lain.
"Makan la Fiz, susah2 je Ita buat" aku pelawa Fiz dalam tak rela.
"Kita tak suruh dia buat pun" amboi! Senang je jawapan dia kan? Bukan ke dia tu hantu kek pisang,bukan hantu kampung pisang ok.
"Tak nak la, bukannya sedap pun" Fiz jawab tanpa merasa.
"Tak rasa lagi dah kutuk. Syukur la, rezeki ni" selalunya pantang kalau bab tak respect rezeki si Fiz ni.
"Dah selalu dia bagi,aku tak pernah makan pun. Nampak pun macam beracun" mulut aku ternganga sedikit. Selalu? Apakah?
"Selalu? Maksud awak?"
"Selalu dia datang, sebelum kau balik kerja,dia duk bagi benda ni" mulut aku ternagnga semakin luas, berani pulak Si Ita tu datang sini sorang time aku tak ada pulak tu. Peliknya situasi ni.
"Dah tu, awak buat apa kat keka pisang tu?" Soal aku lirih, mesti di makan dan suka kan? Ita memang pandai buat kek sebab tu dia bukak kedai kek.
"Nak tahu?" Soal Fiz sambil angkat pinggang yang berisi kek pisang ni. Aku pandang dan tunggu apa yang dia nak buat lepas ni. Terkejut aku bila semuanya selamat masuk dalam bin. Erk! Pembaziran yang nyata malah terang lagi bersuluh.
"Fiz!!! Membazir!" Marah aku padanya tapi dia buat muka selamba badak je.
"Macam beracun je aku tengok. Baik jangan makan" ujarnya selamba lalu membasuh pinggan dan diletkkan di atas rak. Teruk betul la Fiz ni buatnya kalau Ita tahu mahu kecik hati dia nanti.
"Tak elok buat pemberian orang macam tu" aku bersuara lagi tapi dengan selamba dia tinggalkan aku kat dapur sorang diri. Apa kena la dengan makhluk Allah yang sorang ni terlepas dari planet mana pun aku tak tahu la.
"Iry, kau kena hati2 dengan Ita tu" terkejut aku bila Zia ni ziarah aku terus cakap macam tu. Ita tu kawan baik kita la Zia,mengarut apa la si Zia ni.
"Apa ni Zia? Tak baik tau. Kau ni datang ziarah aku ke nak buat apa?" Aku cuba berlawak walaupun dalam hati agak risau bila Zia sendiri yang boleh dikatakan tidur sebantal dengan Ita tu cakap macam ni.
"Betul Iry, aku rasa dia nak rampas laki kau!" Aku terdiam sekejap sebelum tergelak besar. Lawak benua mana pulak yang Zia bawak ni.
"Kau ni Zia, ada je la. Kau tak tahu ke yang Ita tu anggap laki aku tu hantu gangster?" . Aku menggelengkan kepala menidakkan.
"Tak lagi Iry, bila dia tahu yang laki kau ni jutawan" aku diam. Maknanya semua orang dah tahu la yang Fiz ni anak jutawan. Aku pun baru je tahu tu pun bila rumah ni Fiz letak atas nama aku. Mulanya aku menolak tapi dia cakap dia nak bagi aku jugak dengan berat hati aku terima.
"Aku nak kau jangan bagi muka sangat kat Ita. Aku kenal dia macam mana, dia pernah cakap yang dia akan buat laki kau suka dia" jantung aku berdetak hebat. Apakah ini Ya Allah? Kawan baik aku sendiri nak rampas suami aku. Serabutnya!
Dah dua minggu berlalu dan aku dah kembali ke pejabat. Terasa macam sesak dada aku sekarang ni. Ita dah mula tunjuk taring dan mula berani goda Fiz depan2 aku. Aku tarik nafas dalam2 sebelum menghebusnya berat. Rasa sekak di dada ni fikirkan pasal benda ni. Suami tak hensem pun jadi rebutan hairan sungguh! Kenapalah kau kaya Fiz?
"Ayu Irina, are you with us?" Soalan boss sedarkan aku yang tengah mengelamun jauh. Aku betulkan duduk dan mengangguk lalu kembali fokus kepada meeting. Bila mesyuarat selesai boss minta semua orang untuk tunggu di ruang mesyuarat.
"Saya tak suka gosip liar dalam ofis ni" bila boss bersuara semua orang macam terkejut. Eh, gosip apa benda pulak ni? Baru je aku masuk kerja hari ni dah ada gosip tak nak share dengan aku. Muka orang lain semua nampak macam cuak.
"Saya nak tahu dari mana awak dapat berita tu" soalan boss buat semua orang tunduk pandang meja. Senyap je ni.
"Cakap!" Kali pertama boss tinggikan suara dan meja ditepuk kuat. Semua orang terkejut.
"Ada orang yang cakap, ada gmbar lagi...gambar...boss...dan...Iry ...di pejabat agama ...Kelantan. be..betul ke? Boss ....dan ....Iry kena... tangkap khalwat?" Membulat mata aku terkejut. Berita ni dah tersebar tapi siapa yang sebarkan? Aku rasa macam nak pitam je sekarang ni. Serabutnya otak aku fikir pasal benda ni.
"Ya!" Jawapan boss buat semua orang diam dan ternanga. Aku pun turut sama ternganga dan bila semua orang pandang aku, aku tak tahu nak buat apa. Tolonglah aku!
"Tapi case kami digugurkan. Sebab, Iry, isteri saya" kali ni aku rasa nak pengsan terus. Apa yang boss mengarut sangat ni? Hafiz Arfan suami aku! Bukan Naufal Ahmad!
Semua orang dah triple shock aku rasa dan mereka pandang aku serentak. Semua staf bangun dan memohon maaf daripada aku. Aku kelu dan tak tahu nak buat apa lagi. Bila semua orang dah beredar aku terus berdiri dan tenung tajam ank mata boss. Dia tak berhak mengaku macam tu sebab aku bukan isterinya!!!
"Apa yang boss dah buat ni?!" Suara aku mula meninggi.
"Saya cuma selamatkan keadaan dan maruah awak" jawabnya tenang. Maruah aku? Kau dah cemarkannya dengan mengaku sebagai suami aku.
"saya hanya isteri kepada seorang lelaki! Hafiz Arfan!" Suara aku meninggi lagi dan meja kayu ini ditampar kuat.
"Hafiz Arfan? Apa yang ada pada lelaki tu yang tak ada pada saya?" Sinis sekali soalan yang keluar dari mulut boss aku ni. Darah aku mula mendidih! Dia tak layak pun nak letakkan Fiz disebelahnya sebagai bandingan.
"Cinta sya! Dan itu akan selamanya jadi milik dia!" Aku balas keras dan tegas. Tiba2 boss tergelak sinis.
"Awak tahu kenapa saya bertekad macam ni?" Soalan itu buatkan aku terdiam. Apa maksud dia?
"Awk tahu ,Hafiz Arfan datang jumpa saya" aku terkedu. Apa?!
"Jangan nk buat cerita, awak tak kenal dia!" Suara aku rendah sedikit. Buat apa Fiz datang jumpa dia.
"Nak tahu dia cakap apa?" Soalan ini buatkan aku pandang tepat dalam anak matanya.
"Kalau kau cintakan isteri aku, dapatkan cintanya juga! Hafiz Arfan yang awak agungkan sangat tu dah serahkan awak pada saya..."
pang!!!!!!
Laju tangan aku melempang mukanya sehingga dia terdiam. Air mata aku mula mengalir laju. Aku tak percaya! Aku tak percaya dengan apa yang dia cakap! Hafiz Arfan, wak tak boleh buat macam tu.
Aku tak percaya! Tempik aku lagi kuat dan terus berlari ke jalan. Aku kena jumpa Fiz. Aku kena tanya dia sendiri, aku tak percaya! Bila aku pulang ke rumah aku terus cari dia di biliknya tapi tak jumpa, aku ke laman belakang dia tak ada juga. Tak lama kemudian bunyi motor buat aku berlari keluar dan kaki aku yang tersadung kaki kerusi buatkan aku terjatuh di tepi kolam renang. Fiz yang terkejut tinggalkan motornya dan mendapatkan aku. Tolonglah Fiz.... aku x nak percaya apa yang boss aku cakap.
"Fiz, saya cintakan awak, sayangkan awak, sukakan awak, jadi awak tak boleh lepaskan saya" dengan air mata berlinangan dengan rasa sakit masa jatuh tadi aku tak hiraukan,aku memegang pipi Fiz dan memintanya memandang aku.
Aku memeluknya erat tapi bila bahu aku dipegang aku terkedu dalam esak dan sendu. Anak mata Fiz yamg menikam anak mata aku buat aku takut. Takut dengan apa yang bakal keluar dari mulutnya nanti.
"Apa yang kau buat kat Kelantan sampai kena tangkap basah?" Aku terdiam. Fiz tahu?
"Apa yang kau buat?!" Kuat suara Fiz menjerit depan mata aku.
"Fiz, tak ada apa yang jadi, salah faham je tu" aku meraih tangan Fiz dan dia menepisnya.
"Naufal cakap dia cintakan kau!" Aku berdiri bila Fiz pun dah berdiri sama.
"Saya cintakan awak! Peduli apa dengan cinta dia!" Jerit aku kuat. Tolonglah Fiz, cinta Naufal tak bernilai langsung pada aku.
"Aku izinkan kau dan dia" bagai musnah dilanda ombak besar hati aku sekarang ni. Apa yang Fiz fikir dan buat ni adalah stu kesalahan yang berat.
"Kalau suami yang membenarkan isterinya melakukan maksiat dipanggil dayus,tapi kalau suami yang benarkan isteri dia jatuh ke tangan org lain di panggil apa? Apa Fiz?!" Soal aku dalam tangis yang menggila. Sampai hati orang permainkan cinta dan hidup aku. Kalau macam ni sakitnya mencintai baik tak payah!
"Kalau awak tak cintakan saya, jangan butakan mata awak untuk nilai cinta saya pada awak" aku lepaskan pegangan aku pada Fiz. Sama macam aku lepaskan dia dari terus lemas dalam cinta aku. Biarkan dia tak sudi kerana aku selalu sudi.
Aku tak kisah jika dia tak hargai cinta aku tapi aku sakit! Sakit bila dia perjudikan cinta aku pada lelaki lain. Kenapa kau muncul Naufal Ahmad? Bodoh!!! Jerit aku dalam hati dan terus naik kereta untuk pergi dari sini. Selamanya, aku lebih rela hidup tidak bertali daripada menjadi janda Fiz. Aku tak ingin lafaz cerai itu Ya Allah.
"Suami bodoh Ayu Irina" Fiz bersuara sendiri.
Dah lama aku tak ziarah kubur Umi. Untuk kali terakhir mungkin. Kubur Umi aku bersihkan dengan air mata yang masih lagi berguguran, aku kena kuat untuk hidup walaupun bukan di sisi Fiz lagi. Setelah membacakan yaasin. Aku mengatur langkah untuk pergi tapi aku tertarik kepada sebuah kubur yang kelihatan sangat bersih dan cantik.
Dah nak mati kut aku ni sampai kubur pun aku rasa cantik. Dua kubur sebenarnya, aku tersenyum bila terfikir ada juga ahli keluarganya yang begitu penyayang sehingga menjaga kubur ini dengan baik. Hati aku tergerak untuk membaca nama di batu nisan, Naufal Bin Ahmad????? Betul ke ni? Walaupun jawi aku teruk tapi setakat baca ni aku mampu lagi.
Tiba2 je rasa semacam jadi aku cepat2 pergi dari situ. Ke aku tengah marah sangat sampai doakan boss aku mati cepat2. Memang cerita seram tak ingat dunia kalau macam ni. Tapi, kebetulan je kut. Aku cuba melepaskan nafas lega dan mula memandu pergi. Abah? Nanti aku call je la nanti.
Bosannya lepak sorang2 kat sini, dah dua minggu aku hidup kais pagi makan pagi, cewah! Poyo la kan? Padahal aku ni yang tak ada selera nak makan. Nasib baik ada kerja kosong kat chalet ni dapat jugak aku kerja,bercuti, makan angin dan lupakan semuanya yang menyakitkan hati tu. Hafiz Arfan...aku tak akan pernah berhenti seru nama dia. Nama lelaki pertama yang jejak dalam carta hati aku ni. Cewah! Boleh menyanyi kalau macam ni, lagu Najwa Latiff kan?
"Iry!!!!" Adess. Baru je cakap bosan lepak sorang dah ada yang datang mengacau. Tangan aku segera ditariknya kuat sampai aku ikut sama berlari ikut langkah dia yang lari tu.
"Pehal??? Nak culik aku ke?" Soal aku geram.
"Tak kuasa batman aku. Cepatlah! Ada pak we nyanyi lagu jiwang bapak. Katanya nak cari kekasih hati dia" ujarnya sambil berlari. Semput karang aku tak nak la weh buat CPR kat minah ni.
"Dah tu kenapa? Kenapa tarik aku? Aku awek mamat tu ke?" Saja aku tanya selamba. Memang tak la kan?
"Ikut je" langkah aku ikutkan je la. Dah nama pun malam ni tak ada kerja nak buat lagi kan? Bila sampai di cafe tepi pantai itu jantung aku berdegup kuat bila melihat gerangan yang menyanyi itu.
Lagu percaya padaku yang dinyanyikan buat aku rasa macam dunia ni berhenti bergerak. Apa dia buat kat sini? Dasar orang gila!
"Ayu Irina, ku berikan cintaku juga sayangku percaya padaku ku kan menjagamu hingga akhir waktu menjemputku..." aku rasa nak muntah je dengar dia nyanyi macam tu. Walaupun Hafiz Arfan tak ada kat sini! Status aku sebagai isterinya tak kan habis.
Aku berlalu dari situ dan bergerak jauh meninggalkan suasana yang gamat bersorak itu tak kalah jugak kawan sekerja aku yang terkejut bila awek yang mamat gila tu cari adalah aku. Aku melangkah pergi dan terus pergi, kenapa mesti dia.... kenapa bukan Hafiz Arfan. Hati aku sebak lagi.
Terasa tangan aku ditarik dan aku pandang belakang. Naufal! Kurang ajar pegang aku! Dengan ilmu taekwando yang aku ada ciput ni aku serang dia, niat nak serang tempat kecemasan tapi bahan lutut pulak. Lantaklah! Biar dia sakit je senang.
"Aduh!!!" Aduhnya kuat lalu terduduk di pasir. Padan muka!
"Iry!" Panggilnya bila aku berlalu pergi.
"Kenapa awak datang sini? Tak ada apa yang awak akan dapat,saya masih lagi isteri..." belum sempat aku habiskan ayat dia sambung.
"Hafiz Arfan?" Aku angguk dan berlalu pergi lagi.
"Jadi, awak berharap Hafiz Arfan yang datang hari ni?" Soal dia tenang. Aku pandang dia lagi dan kali ni aku kena buat dia faham dengan jelas.
"Dengar baik2. Hanya seorang lelaki yang saya akan cinta sebagai suami. Dan penantian saya akan berakhir bila dia yang datang pada sya! Dan lelaki itu ialah HAFIZ ARFAN!" aku bentak kuat dan berlalu pergi lagi.
"Jadi awak tetap pilih Hafiz Arfan?" Aku dah mendidih ni, kenapa dia tak reti bahasa sangat ni!? Aku pandang belakang buat kali terakhir.
"Ya!" Jerit aku kuat dan dia tersenyum bahagia,dia keluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan dia tampal sesuatu pada pipinya dan dia serabaikan sedikit rambut lalu pandang aku. Mata aku membulat dan lutut aku terasa lemah lalu terduduk di atas pasir. Jantung aku dah berhenti berfungsi sepenuhnya dan lepas tu...gelap.
"Kau ok?" Suara Teja yang kedengaran buat aku lega dan aku senyum sikit. Mimpi ngeri rupanya. Aku urut kepala yang sakit dan bangun bersila di birai katil.
"Aku nak solat subuh kejap, thanks kejut aku" aku senyum bahagia bila bangun dari mimpi gila semalam. Teja turut sama senyum.
"aku keluar dulu" aku angguk dan masuk bilik air untuk mandi dan kemudian solat.
Setelah aku solat dan mengaji aku perasan ada orang berbungkus dalam selimut atas katil aku. Teja ni! Kata nak keluar tapi boleh pulak dia tidur kat sini. Aku tak ambil pusing lalu panjat katil dan tidur atas perut Teja macam biasa.
"Flat pulak perut kau ni Teja, kau diet eh?" Soal aku lalu gelak kecil. Dah flat perut dia walaupun makan macam gorila.
"Aku mimpi ngeri la Teja, ada ke aku mimpi Naufal sewel tu bertukar jadi Fiz hubby aku. Memang tak la kan? Gila betul mimpi tu" .
"Tapi aku lega sebab mimpi je". Aku senyum lagi. Lega sungguh.
"Aku akan tunggu Fiz sampai bila2" aku berkata yakin dan secebis lagu akhiri penantianku meniti di bibir aku, tiba2 Teja bergerak dan dahi aku disentuh,erk! Kasar semacam je tangan Teja ni, aku angkat kepala dan? Ya Allah! Kenapalah dia betul2 ada kat sini? Bukan mimpi ke? Dia yang sedang senyum pandang aku buat aku tolak badannya kuat. Lalu tangan sasanya peluk aku erat. Melampau betul Naufal Sewel ni.
"Weh! Lepaslah, haram tahu!" Aku cuba lepaskan diri darinya tapi tak berjaya.
"saya Hafiz Arfan Bin Naufal Bin Ahmad" aku terdiam dalam pelukannya. Bukan mimpi ngeri semalam rupanya. Aku tutup mata rapat2 dan cuba fikir secara tenang. Air mata aku mengalir di pipi dan aku rasa nak pengsan lagi. Badan aku dibawa menghadapnya dan bibir dia jatuh di ubun2 aku dengan lembut. Aku biarkan air mata aku mengalir laju.
"Masa saya umur 10 thun, saya yang paksa mama dan abah pergi bercuti di Melaka,sebab kedegilan saya kami kemalangan. Sejak itu saya rasa bodoh sangat paksa mereka. Mama yang mengandungkn adik saya turut terkorban sama. Semakin saya besar, semua orang cakap muka saya macam papa. Saya tak boleh pandang muka saya sendiri, lebih2 lagi dalam banglo tu. Buat saya rasa saya bunuh mereka. Senyuman papa macam senyuman saya. Dalam banglo tu buat saya tak kuat untuk jadi Hafiz Arfan, anak Naufal Ahmad yang bunuh keluarganya sendiri. Saya terpaksa, bila dipejabat, saya hanya jasad dan dalam diri saya ialah papa sendiri. Saya hidup atas kehebatan papa. Saya hidup dengan nama papa. Saya tak mampu nak tunjukkan sayang saya bila di banglo tu sebab saya takut. Sayang dan cinta saya bukan milik saya. Bila jadi Naufal,saya rasa bebas, bebas untuk sayang dan cintakan awak. Saya tak kuat untuk jadi Hafiz Arfan dan mencintai awak. Jadi, Naufal, pengganti Hafiz untuk sampaikan cinta dan sayang. Maafkan saya"
cerita dia aku faham dan aku turut sama sedih, tapi, dia dah mainkan perasaan aku! Aku leraikan pelukan dan pandangnya dalam2.
"Saya perlukan masa" ujar aku berat dan melangkah pergi. Kenapa aku buat macam ni? Kenapa?
"Awak buat apa ni?" Marah aku geram bila dia pun ikut sama kerja kat sini.
Tak faham apa yang dia fikir sampai nak kerja kat sini. Nak pujuk aku? Aku suruh dia bagi masa bukannya suruh dia teman aku sepenuh masa. Dah la dia partner kerja aku sekarang. 24 jam mengadap dia. Dalam hati aku suka tapi,entahlah, nak biasakan diri dengan Hafiz Arfan Naufal ni payah sikit. Dah la asyik panggil Naufal Sewel. Bapak mertua kau tu Iry oi!
"Saya sayang awak" ujarnya lembut dan aku telan liur. Dah la kami berdua je dalam chalet ni, nak kena kemas bilik ni sebab orang dah check out.
Aku telan liur bila badan aku dirapati sehingga tiada lagi jarak antara kami. Akhirnya aku jatuh terbaring atas katil. Apa dia nak buat ni? Terasa bibir aku disentuh dengan jarinya, aku membuka mata membulat.
"Your first kiss is mine, but, I think, not today" ujarnya lalu mengenyitkan mata gatal. Gila! Saja je buat aku cuak kan? Aku betulkan pakaian dan kemas cepat2. Selepas itu kami keluar bersama.
Bila makan memang dia tak pergi jauh langsung asyik nak berkepit je. Roti di tangan aku digigitnya dan dia senyum. Aku je rasa geram ni. Aku jeling dia dan dia suap aku dengan buah jambu batu. Geram betul! Dah la banyak mata yang pandang ni. Aku buat muka bengang dan dia senyum macam biasa. Bila mengemas bersama pun asyik gaduh je kami ni ha.
"Awak! saya nak kemas ni!" Marah aku padanya bila dia main2 bersihkan bilik air.
" nah!" Dia hulurkan sabun yang aku minta. Penat kerja dengan dia ni, bukan menyenangkan, menyusahkan lagi ada la.
"Iry, hari tu Ita goda saya. Dia pakai seksi gila! Nasib baik tak gila sya dibuatnya" aku terkejut . Apa dia?
"Seksi? Goda?" Suara aku naik satu level.
"Haah, dah la saya baru je keluar bilik air masa tu. Saya tak tahu bila masa dia masuk rmah kita. Sama2 seksi time tu" aku rasa hati aku menggelegak ni. Apa jadi lepas tu?
"Dah tu? Suka la awak kan?" Geram betul aku! Yang dia nak cerita tu kenapa?
"Lepas tu, saya terus terjun dari balkoni tu ha,nasib baik tak ptah kaki. bertuala je lari dari situ dan jumpa dengan Zaid. Mamat tu kan syok dekat Ita, saya sruh dia pergi rumah kita. Then, mereka kena tangkap basah!" Terdengar dia ketawa geli hati sambil basuh tandas. Aku tersenyum sedikit, tak luka ke dia terjun dari balkoni tu. Berani mati je.
"Saya lari,habis jiran jerit bila saya lari bertuala je, malu betul! Tapi, ada jugak yang tergoda tengok saya ni" aku yang geram terus pukul dia bertubi tubi. Saja je nak sakitkan hati aku. Dia gelak sakan bila kena pukul.
"Ish! Jap lagi la sayang. Hubby Fiz tengah cuci mangkuk tandas ni" aku berhenti pukul dia dan berlalu dari situ.
Mengarut je dia tahu kan? Apa boleh buat aku sayang dia jauh lagi banyak daripada aku marah dia sebab tipu aku. Badan aku dipeluk dari belakang, ish! Tak malu betul mamat ni.
"Apa awak ni?" aku geram nak marah tapi dia ignore je. Lama2 menolak aku lemah jugak dan biarkan je dia peluk aku.
Malamnya, aku geram bila ada minah saleh dari Scotland ke Poland ke Greenland ke highland ke sibuk duk usyar Fiz. Yang si Fiz tu pun melayan pasal apa? Geram sungguh. Aku terus masuk ke bilik dan tutup pintu kuat2. Tak suka la macam n i. Pintu bilik dibuka dan aku tahu siapa yang buka.
"Nak apa?" Soal aku direct.
"Nak awak boleh?" Bisiknya di telinga aku. Aku tolak badannya kasar dan dia terdorong ke belakang sedikit. Ish! Tersilap pulak.
"pergi la layan awek2 tu semua, suka la kan?" Aku melenting tak pasal2 ni kenapa?
"Bangga yang awak tu hensem kan?" Aku mengamuk tak ada ribut lagi.
"Kalau awak nak saya pakai parut tu sampai mati saya sanggup. Saya buang parut tu sebab saya dah kuat. Kuat bila awak ada di sisi saya. Saya dah boleh redha, tapi kalau dengan ada parut tu buat awak cintakan saya lagi. Saya rela. Rela parutkan muka saya sendiri"
Aku terdiam terus. Terdiam bila pisau buah dah berada di tangan Fiz. Aku jadi gugup dan takut. Fiz tekad ke ni?
"Awak akan terima maaf saya kalau saya buat semua ni?" Soalnya bersungguh. Aku tak boleh tebgok Ya Allah. Bila dia dekatkan muncung pisau di mukanya aku menjerit kuat.
"Jangan! Jangan Fiz! Jangan cederakan awak,saya tak nak awak luka" aku meluru memeluknya dan pisau di tangannya aku campak jauh.
Pipinya dah terluka sedikit dan aku menangis mengesat darah itu.
"Apa yang awak fikir ni! Jangan cederakan diri awak lagi, saya takut" dengan air mata yang berlinangan aku merayu. Bila dia memeluk aku erat aku menagis lagi dan aku balas pelukannya erat.
"Maafkan saya, terima saya, terima cinta saya, please?" Pintanya. Aku angguk dan memeluknya lagi erat.
"sayang, bila kita nak balik banglo kita?"
"Kenapa" soal aku padanya.
"Erm? Sebab tak sabar nak awak pindah bilik saya" aku tergelak. Ada pulak alasan macam tu ya.
"anggap je la sekarang ni tengah honeymoon" aku ujar selamba habis, tapi dia senyum lain pulak.
"Kalau macam tu mudah la, jom!" Aku diangkat ke katil. Eh! Apesal pulak dia ni? Aku diletakkan atas katil dan aku buat muka pelik.
"Kenapa muka macam tu?" Soalnya lalu tergelak kecil.
"Awak tu yang pelik,apa yang mudah?" Soal aku balik dan dia gelak lagi. Entah apa yang kelakar.
"Lepas solat isyak saya cakap apa yang mudah tu." Kening aku terangkat setuju. Kami solat isya' berjemaah dan setelah mengaminkan doa aku mencium tangannya dan dahi aku dia cium lama.
"Nak tanya" aku bersuara sambil melipat sejadah dan telekung.
"Apa dia?" Soal dia pula.
"Macam mana awak boleh jadi Fiz dan Naufal?" Dia tersenyum dan menggaru dagunya.
"Saya ada kondo dekat area office, saya just tukar karakter kat sana la. Dan, nak tahu kenapa Ita boleh suka hantu gangster ni? Dia tinggal dekat area situ jugak rupanya. Dia perasan saya masuk jadi hantu keluar jadi Brad Pitt pulak" dia gelak lagi. Aku rasa nak je pelangkung mamat ni. Tapi aku gelak jugak.
"Perasan!" Aku balas tenang. Dia gelak dan mendekati aku, lalu dia cempung badan aku ke katil.
"Siapa lagi awak suka, Naufal or Fiz?" Ceh! Kalau aku jawab salah satu pun orang yang sama jugak. Tanyalah aku lebih suka batman ke dia? Mestilah aku jawab dia kan? Hahaha.
"Sya cintakan Hafiz Arfan Bin Naufal" aku ucap dengan penuh perasaan dan dia tersenyum puas.
"I love you Ayu Irina" satu ciuman singgah di dahi aku lagi. Aku senyum pandangnya dan kami berbalas pandang lama.
."thank you for being my wife" ujarnya bila kami berdua dinner di dalam taman di belakang rumah kami. Pandai Fiz kan? Katanya impian mama. Pandai anak mama ni main dengan pokok.
"Thank you for being my hubby". Balas aku dengan ayat lebih kurang sama.
"panggil saya hubby sampai bila2 jangan tukar lagi" . Tekannya.
"Ok, as you wish boss!" Aku senyum dan dia turut sama senyum.
"Jangan senyum macam ni kat lelaki lain" aik, tiba2 je serius ni.
"dah tu nak senyum macam mana?" Soal aku pelik. Seja balik dari honeymoon la sangat tu asyik dilarang senyum. Bila dia cemburu! Tak ingat apa dah. Kalau buat aku cemburu,suka pulak dia.
"Just senyum pada sya dan abah je" aku tergelak sebab rasa kelakar.
"Why?" Soal aku pula.
"Because you are mine and your smile is mine too" tamaknya dia ni. Aku senyum lagi.
"And,jangan buat saya cemburu" aku ternganga.
"Ha??" .
"Sebab, bila saya cemburu, saya rasa nak je terkam awak ni" hidung aku dicuit lembut. Jangan buat dia cemburu? Sebab? Bila dia cemburu? Dia nak terkam aku? Pendek umur kalau macam ni. Bila dia cemburu, dia nak terkam aku, kalau bila aku cemburu? Aku nak terkam dia balik? ganas sangat! Isteri Hafiz Arfan Bin Naufal ni.... hahaha...
#tq baca... love it. Imagine lain, crita lain pulak jdinya... hahahaha....
Hehe best ... masa hafiz terjun ,,tuala tak tanggal ke kwkwkwkk....
ReplyDeleteHahaha...ad ke part trjun tu...daa lupa pun hahaha...x sure la tnggal ke x... hahahaha....
DeleteAdehhh sorry triple cmment..erk??? 4?? 😕 sorry
ReplyDeleteId wechat akak?
ReplyDeleteMaaf tapi....knapa ek? ?
DeleteSja...x kacau akak ehh..ingat sye org jahat ke..lol..
DeleteHaha...mana ad akak ingat awk jahat ke apa... saja je tanye.. hehe
DeleteId?
ReplyDeleteBest tp saya x faham kenapa ye hafiz nk merendah2 kan diri dia tu hodoh sangat kat iry?
ReplyDeletetq baca...knapa dia mrendah diri sgt? hurm...sebab dia tak suka wajah dia yg sama dengan arwah ayh dia...hehe.entah menjawab soalan ke tak ni, huhu
DeleteSeronok bace..hehe
ReplyDeleteThanks baca.. hehe
Deletebest kak...ermm...nak tnye ....kak mmg ske nme hafiz ea???....hehe...
ReplyDeleteHahaha. . Suke la jgak. Nme adam dan hafiz. . Hahaha. Sbb tu banyak repeat nme sme. . Hehe. . Btw, thanks baca yer. .
DeleteDan akk. Suka warna hijau .heeee .
ReplyDeleteSippp skit sme... hehe. Tq baca yer...
Deletebest la akak.. saya suka semua cerpen akak.. akak tulis lagi cerpen.. cerpen ni akak bnyak typo.. tp saya faham ja waktu baca.. sya suka watak hero dia..
ReplyDeleteTq baca yer. . Mmg bnyk typo. X smpt nk edit lgi. .hehe. lgpun ni yg lame punyer. Huhu. Btw thanks ye baca. .
DeleteThanks baca awak. . Sorry la sya bru je edit. . Awk bca yg truk punya typo. . Huhu
ReplyDeleteHahaha... time kaci bebanyak awaa.. :-)
ReplyDeletebest la ,, ingtkan si naufal tu kmbar hafiz ke ape ..
ReplyDeleteHehe... tq baca yer..
DeleteHi, best cerita ni.. Sy mcm berminat nk pnjangkan cerita ni.. Klau bole nk mintak izin? Credit pada tuan punye idea iaitu saudari :)...
ReplyDeleteBole send di email sy jika bole blackdahlia666.w@gmail.com
DeleteYe boleh... sila kan sambung... nanti nk minta sya tlong publishkan kat sini pun boleh... hehehe... tq yer.. sya dah send, kalau x sampai or ad prob cakap je... tq..
DeleteHehe..org y sme rupenyerrr..adoiiii..btw cite ni bst..
ReplyDeleteromantiknya huhu apa pun best citer nya ni smbung lgi lh citernya
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBestlah kak..klu boleh nak baca bnyk lagi cerpen akak..tapi spm nak dekat...huhu
ReplyDeleteBest sangat ...
ReplyDeletebest laa.......
ReplyDeleteDari mula bca sampai lah dah abis baca.. asyik tersengih-sengih je sorang2.. hahaha...
ReplyDeleteBest nya cerita ni..saya asik tersengih sengih je mcm dlm reality pulak hehe..Apa pun mmg best jalan cerita nya..
ReplyDeletesya baca ni cerita hingga akhir mcm kena prank ohh..hhaha..lain dri lain cerita dia..dari awal baca hingga akhir sengih2 sja..best ohh..
ReplyDeleteAssalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis
ReplyDeletesedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang
kesulitan masalah keuangan, Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa
Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar
1M saya sters hampir bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa
melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya bertemu
dengan PAK H.JOYO RATMO, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari
saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi PAK H.JOYO RATMO
kata Pak.H.JOYO RATMO pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan
penarikan uang gaib 4Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti
dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 4M yang saya
minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya
buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada.
Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya
sering menyarankan untuk menghubungi PAK H.Di Tlp 0852-4247-4478
agar di berikan arahan. Supaya tidak langsung datang ke jawa timur,
saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik,
jika ingin seperti saya coba hubungi PAK H.JOYO RATMO akan di bantu Oleh Beliau ANDAH KURAN PERCAYA ATAU KLIK "DUKUN PESUGIHAN TERPERCAYA
Best sangat2 macam real ja...asyik senyum ja best.
ReplyDelete