Wednesday, 28 January 2015

cerpen : His perfect smile

"papa, Az tak nak kerja bawah perempuan" bantah Izzaq Azfan bila dia terpaksa mulakan kerjanya di ofis papanya sendiri di bawah seorang perempuan. 

Jatuh la mandat dia yang kononnya tinggi sangat tu. Dato Ahmad pula sengaja menyuruh Az melakukan demikian kerana mahu Az ada pengalaman sebelum memegang jawatan sebagai CEO menggantikan tempatnya di PKP Holdings.

"Apa salahnya?mula dari bawah dulu" Dato buat tak endah dengan rayuan Az. 

Dia juga ingin anaknya yang kaki lepak kat rumah tu bergaul dengan perempuan. Pelik dengan sikap anaknya yang tak suka bergaul dengan perempuan sedangkan dua lagi kakaknya adalah perempuan. 

Dah hampir dua tahun Az menolong papanya hanya dari rumah. Dah jadi apa pun tak tahu la suka sangat terperap kat rumah. Tunggu orang datang pinang gamaknya.

"Az tak kisah, mula dari dalam tanah sekalipun tapi Az tak nak kerja bawah perempuan" Az ni tak padan dengan umur 26 tahun perangai masih lagi macam budak2.

"Dah manager kita perempuan. Terima je la"

"Tak nak la pa. Kalau macam tu baik Az tolong papa dari rumah je"

"Ya Allah. Izzaq Azfan, kamu ni lelaki tahu tak? nanti kalau dah kawin nak biar bini kamu cari duit? Kamu jaga anak kat rumah?" Ha! Bila Dato Ahmad mulakan khutbah bukan jumaatnya Az buat pekak. Lagi2 hal yang sama dinaikkan sebagai debat dan senjata.

"Siapa yang nak kawin?" Soal Az malas. Tak faham sungguh dengan perangai Az ni nak kata lembut langsung tak. Nak kata anak mak pun tak jugak tapi tak tahulah kenapa tak suka dengan perempuan. Tak sedar ke yang pasangan lelaki ialah perempuan.

"Kamulah, kalau papa yang nak kawin lagi kena halau dengan machine gun di mama kamu" Dato Ahmad berkata serius tapi boleh pulak Az gelak kuat. Kelakar betul dengan lawak papanya, memang guna machine gun kalau papanya kawin lain.

"gelak pulak? Papa serius ni"

"Lawak la pa. Ok la. Tapi Az tak nak siapa pun tahu Az ni anak papa dan kalau Az tak tahan Az akan berhenti on spot. Papa cari la orang lain handle ofis ni"

"Ok! That's my son!" Dato menepuk bahu Az yang tayang muka langsung tak ikhlas. Nak mintak dia kerja pun payah dah la pakaian langsung tak menampakkan kerjayanya. maintain dengan hanya baju t dan jeans. Dah puas Dato suruh beli suit tapi dah Az yang keras kepala ni berkeras dato pun dah mati kata nak pesan.

"Izza Dayana, orang kanan yang awak apply saya dah dapatkan. Izzaq Azfan" aku dan dia sama2 berpandangan tanpa senyuman dan kedutan di dahi. aku ni pun jenis yang suka sangat involve dengan lelaki sebab dah penat dengan tiga lelaki dirumah yang suka mengarah itu ini.

"dato, saya apply perempuan" Aku berbisik tapi tak macam bisik pun sebab dia pun dapat dengar sama. Dahi dia berkerut geram bila dgr aku cakap macam tu.

"Sorry Ana, but he is the best!" Pujian dato buatkan aku yakin sebab aku kenal sangat prangai dato yang satu ni iaitu bijak dalam melantik pekerjanya. 

Mamat ni macam tak suka je dato angkat bangkul dia kan? senyum pun tak. Hailah aku ni dah la jenis tak biasa sangat dengan lelaki luar,  macam mana nak buat dia kerja dengan aku dalam keadaan sihat walafiat,eh, aku ada niat nak pukul dia ke? Jangan la Ana weh.

"call me Miss Ana. And this is your room. Kalau ada prob just ask ok?" Soal aku dengan senyuman yang aku tak rasa manis, tawar pun tak senget kot. Bolehlah kalau aku kata senget sebab rasa janggal ni. 

Dia hanya mengangguk tanpa sepatah kata macam ok or thanks or what so ever la. Mahal sangat ke dia punya senyum tu smpai takut nak bagi sikit kat aku tengok. Ke dia tak ada gigi? Ha? Merapu dah.

"what should i call you?"

"My name" mulut aku ternganga terus. Erk! Macam mandat dia lebih besar dari akuje kan. Aku boss dia ok tu pun susah ke nak mengaku sempat lagi jual sombong dia. Tunggulah aku jadi kaki buli nanti baru dia tahu kubur tu dalam ke tak? Ish! Tak baik dendam dengan orang Ana!

"Cik Ana, hensem gila dia!"

"Comel la Cik Ana, geram!" Aku pulak yang rasa hairan. Mamat kayu tak pandai senyum tu pun dorang boleh kata hensem? Hensem tu boleh than lagi tapi comel tu, macam boleh blah je kan? Ada mata ke tak dorang ni ke retina depa rosak semua?

"Wait! Hang pa cakap pasai sapa?" Eh, terel gak aku cakqp utara kan? Kawin orang sana la kita...hahaha

"La, Cik Ana ni buat blur dia pulak"

"Amboi! Sakan na hang pa kutuk saya. Saya heran la kalau korang nak cakap orang kanan saya tu hensem and cute"

"Heran pasai apa? Dia la yang kami duk cerita ni" adui! Sedas jugak dia bagi bahasa rojak utara dia. Aku tahan senyum dan gelengkan kepala. 

Dah seminggu dia kerja sekalipun tak pernah aku tengok dia senyum dah la tak keluar blik lepak dengan pekerja lain dan semua kerja dia smooth je. Submit je hantar kat aku rasa macam tak kena bimbing dia je. Macam dia dan aku sama level or dia lebih lagi kot.

"Cik Ana, ajk la dia mkn skali. Teringin nak berkenalan" aku angkat kening terkejut. Aduh! Jangan la buat permintaan yang mengarut kalau buat permintaan seringgit dari Celcom aku rasa lagi senang nak buat.

"Tak nak la. Dia tu the man is an island you know?" Soal aku direct dan mereka semua bergelak ketawa. Terbocor rahsia panggil dia macam tu. Masaklah aku kalau dia tahu.

"Try la cik ana. Cik ana tak nak share pekerja dia yang cute tu"

"Eh! Bukan tak nak share. Kalau nak terus pun saya bagi tau kalau dia tu saya punya. The prob here is, dia tu tak nak....." tak sempat aku habis cakap dia dah tercongok depan aku dengan muka tak ada riak. Zombi punya muka pun ada riak weh walaupun menakutkan.

"Dokumen Aman Jaya. Dah settle tinggal sign the contract" aku tak habis nganga sebab terkejut lagi dia dah blah. Semua orang pun jatuh rahang dengan dia punya kemunculan. Macam hantu dah aku rasa muncul sekejap cakap sikit then hilang memang misteri nusantara betul!

"Hensemnya..."

"Machonya..."

"Cutenya..."

"Gilanya...." bila aku bersuara tiga2 kaki tangkap cintan ni pandang aku dengan muka geram. Nak marah la tu! Ish, tak takut aku dengan korang yang gedik2 ayam je ni. Ayam pun gedik ke? Ayam kena panggang kat pasar malam tu tergolek golek. Hahaha.

"dato, saya rasa baik dato tukar Izzaq Azfan ke department lain"

"Kenapa? Dia tak buat kerja ke?" Amboi! Terkejut bak hang dato ni ha.

"Bukan dato. He is too good for me. saya tak kena cakap apa pun kerja dia dah settle" dato gelak bila dengar aku cakap macam tu entah part mana aku naik stage buat lawak aku sendiri tak tahu.

"Awak sepatutnya bersyukur Ana"

"Saya bersyukur dato. Tapi rasa macam dia lagi layak jadi boss compare dengan saya. Lagipun semua kerja dia buat sendiri" Dato dan aku sama2 diam memikirkan masalah ini. Ada orang terlajak bagus ni susah jugak sebenarnya nak handle kan?

"Ana, awak kena buat dia kerja bawah awak. Ajar dia bergaul. Bawak dia junpa client"

"Ha? Nak ajar dia bergaul? Susah la dato sebab dia tu island" sedas dato ketawakan aku bila aku cakap yang lelaki tu island. Dalam bahasa ibunda aku sebatang kara la,eh bukan! Kera sombong ke apa ek? Maaflah bahasa melayu tak lawa dulu. Hihihi.

"awak boleh Ana!"
"Saya try test tengok dulu la ya. Saya keluar dulu"

"Ana, no matter how good is him,you are his boss. Right?" Soal dato memberi cadangan dan kening aku terangkat sikit, haah la kan? sampai bila nak biar dia besar kepala je kat situ. Aku ni mandat lagi besar daripada dia ok?

"Awal abang balik" tegur Datin Normah bila lihat suaminya sudah sampai di rumah pukul 3 petang. Selalunya pukul 5 baru balik.
"Dah kerja orang handle."
"Az ok?"
"Tak! ingatkan lepas paksa dia kerja ubahlah sikit sosial life dia tapi sama jugak. Dia masih lagi buat kerja sendiri. sampai dah orang panggil dia island" datin terus ketawa sebaik dengar Dato berkata begitu. Memang dia kenal sangat dengan teruna  dia tu. Pening kepala dibuatnya memikirkan anak terunanya yang tal suka bergaul dengan orang tu.

"Asfan, ikut saya jumpa client" arah aku direct macam big boss. Ha! Sekali dia angkat muka terkejut aku buat muka selamba habis.

"No!" Balasnya tegas. amboi lawan tauke nampak! Ni la masanya nak guna kuasa veto sebagai orang atasan dan ni semua ialah cadangan daripada pihak yang paling atas! Hahaha.

"I'm your boss" aku balas tenang dan meletakkan ganggang telefon. Dari bilik aku,aku boleh nampak dia pandang aku macam aku dah bunuh awek dia je. Memang kena tukar cermin gelap la lepas ni. Hahaha.

"Asfan, nanti awk tlong backing saya ok?" dia yang maintain dengan muka tak nak senyum tu diam je sebelah aku. Ish! Nak ajak borak pun susah dia ni rupanya. Habislah client aku semua lari disebabkan muka tak ada perasaan dia ni.

"Tak prepare ke sbelum datang?" Soalnya sinis sindir dan pedas sekali. rasa macam kena paksa telan batu sungai je lepas kena bidas dengan mamat ni. Duhai hati sabar je lah.

"Kita hanya mampu mrancang, Allah yang menentukan" ha! Ambil jawapan pendidikan islam aku bagi barulah dia diam terus. Hihihi. Nakal pulak aku rasa sekarang ni.

"En. Naufal, thank you for coming" ujar aku mesra dengan senyuman sehabis manis la ni tapi mamat ni tak senyum pun. Memang dasar tak pandai bergaul macam katak bawah tempurung besi!

"Sorry i'm late Miss Dayana" pintanya mesra dan bersalam dengan Azfan. Aku tahu nama dia Azfan tapi aku suka panggil dia Asfan sebab aku suka Asfan penyanyi tu. Hahaha.

"It's ok. Because you must pay your sorry with the great end of discussion" aku senyum meleret dan dia tergelak kecil. Comel jugak dia ni kan? Sayangnya orang pangkat tinggi mana ada nak pandang orang biasa macam aku ni. sedih! Macam cerita antara dua darjat pulak. Dan aku la darjat tak tinggi tu dah macam cerita cinta sedih pulak.

"Make sure you can make me impress"

"Of course. That's why i bring him" aku tunjuk Az disebelah yang masih 
lagi dengan muka tenang.

"Lupa nak tanya, siapa ni?" Soalnya ramah.

"macam mana boleh lupa. Ada depan mata kut" aku cuba bergurau macam biasa dengan semua client. Thats why kerja aku ok je kut sebab aku kalau bab melayan orang pandai je. Terlajak mesra pun ada kadang2 tu.

"Sebab saya nampak awak je." balasnya pula dan aku gelak kecil. Control ayu ok! Mana tahu dia ada impian nak jadikan aku isteri boleh merasa jadi bini orang kaya. Tak gitu? Gatal!

"Parah la tu. Kenalkan Izzaq Azfan, orang kanan saya"

"Oh! Naufal" mereka berkenalan dan kami mula discuss mostly banyak sembang la sebab asyik gelak je. Aku pulak terpaksa buat2 salah untuk buat Az backing aku. Pergh! Sekali dia explain lancar dan best nak mampus aku hanya mampu terdiam. Nampaknya memang ending baik punya discussion ni.

"Along,angah nak makan nasi ayam hari ni"

"Abang nak makan nasi lemak"

"Acik nak nasi goreng je" mampus aku kena layan 3 orang lelaki yang paling penting dalam hidup aku ni. Kembar tiga, tu yang payah sangat hidup aku sekarang ni. Umi dan Abah dah lama tak ada tapi tak apa ni bukan cerita sedih ok! Jadi tak payah nak alir air mata semua. 

Penat la kena layan mereka bertiga ni ingat aku ni jual kedai makan ke apa main order je. Izzan Irham, Izzan Ilham , Izzan Izham.  Nama nak sama sampai aku sendiri terbelit lidah nak panggil jadi sebab tu la panggil abang,angah, acik.

"Nasi hospital nak?" Soal aku kepada tiga orang adik aku ni. Sesedap magi cukup rasa je main order ya? Xtak kirim salam dulu tanya aku punya penat ke apa ke? Main mintak je nasib baik adik aku kalau tak aku tanam hidup2. Tapi aku sayang dorang tiga ni. Sayang sangat.

"along ni, ada pulak offer hospital. Angah ada exam hari ni" aku senyum bila dia tarik muka masam. Aku hanya menyediakan roti bakar je untuk sarapan pagi ni pandai pandailah nak cari sendiri untuk penuhi hasrat perut korang tu tak ada masa along nak melayan.

"Cari sendirilah ya? Along kena gerak awal ni. good luck angah, bye abang. Acik mana?"

"Acik tak ada kelas. mati lagi atas katil" jawab abang yang masih lagi dengan baju tidur. Tak sempat nak hiraukan korang lantaklah dah lewat nak masuk kerja ni.

"Asfan, tolong saya jap" aku panggil Azfan yang dah jauh tinggalkan aku kat depan. Ish! time ni jugaklah beg aku nak jatuh dan semua barang berterabur keluar. Dah la dekat tempat sesak macam ni. 

Tengah tangan aku sibuk memungut barang2 aku tiba2 aku dapat rasa tangan lain yang bermain di belakang aku, sudah! Pervert ke ni?

"Dont you dare to touch my wife!" Erk! Kali pertama dengar Az menengking dah la siap mengaku aku ni bini dia, banyak cantik muka dia aku ni kursus kawin pun tak sempat nak pergi lagi tau boleh pulak dia bantai aku ni bini dia. Apa lagi? Larilah pencabul yang entah gila ke mereng ni.

"Come!" Az menolong aku mengutip barang dan menyuruh aku berjalan di sisinya, tadi dia jugak yang beria suruh aku jalan sorang. Tak faham dengan makhluk bernama lelaki ni. Sakit kepala kalau asyik duk fikir je.

"Thanks" ucap aku ikhlas.

"Dont have to! Just thanks to Allah" erk! Sekali jawapan pak ustaz aku nak jawab apa lagi dengar je la.

"Sya tak nak jadi wife awak. Jangan main mngaku je" aku jawab selamba dan tenang dan dia pandang muka aku macam aku maki dia pakai bahasa jerman. Aku tak nak la kawin debgan dia dah la tak suka senyum. Bukan tak suka tapi tak pernah senyum pun hairan sungguh dengan orang tak pandai senyum ni.

"whatever" balasnya dan 
meninggalkan aku lagi. Ish! Tak faham sungguh dengan dia ni.

"Asfan, i need you please" kenapalah susah sangat nak buat dia keluar dri gua bertapa dia tu. kalau tak paksa jangan haraplah dan kalau dia cuba bergaul sikit dengan orang lain tak boleh ke? Jejaka rebutan ramai sangat ke dia ni sampai nak keluar pun takut.

"Asfan!" Jerit aku kuat dan akhirnya dia terpaksa ke bilik aku. Heh, aku nampak la langkah dan muka tak ikhlas yang dia tayang tu. setelah pintu bilik aku diketuk sekali pintu terus dibuka.

"What do you want?"

"Can u ask me with some respect? I dont want much,at least a bit" aku bersuara geram dan dia mengeluh.

"Miss ana, may i help you?" Soalnya terpaksa tapi senyuman manis aku hadiahkan pada dia sebagai tanda penghargaan tu pun kalau dia ada hati nak hargai la.

"Teman saya, jumpa client"

"What for? Backing you?" Soalnya malas. susah benar nak ajak keluar dia ni. Aku gigit bibir bawah cari idea lain.

"Nope. actually i want to learn something with you. It's just like give and take" Dia terkejut. Senyum la sikit Az aku nak tengok ni.

"At?"

"3, my car ok?" Soal aku pelawa dan dia dengan muka tak nak mengangguk je. Hailah susahnya nak jadi orang yang boleh buat dia bercakap banyak.

"Mana client?" Soalnya malas bila dah hampir setengah jam kami tunggu. 

Mana pulak perginya En. Naufal ni dah la selalu lewat klau ada meeting. Aku pandang jam di tgn dan tak lama kemudian En. Naufal muncul dengan wajah letih, erk kenapa ni?

"Sorry Cik Ana, something just happened" dia meminta maaf dan aku dengan senyuman angguk faham , tak kan nak jadi busy body tanya apa yang dah jadi pulak kan?

"drink?" Soal aku padanya dan dia hanya menolak. Aku terpandang lengan dia dan ada tompok merah di bajunya. Dah la aku ni jenis tak boleh tengok orang cedera sebab cepat kesian.

"En. Naufal..." aku tak tunggu lama terus menyentuh lengannya, dan dia mengaduh bila aku tersentuhnya. Cepat2 aku larikan tangan dan minta dia selakkan lengan baju.

"Darah ni, ya Allah. Kenapa ni?" Soal aku risau sambil membelek tangannya dan dia boleh senyum pulak?

"Asfan, belikan mineral water." aku arah Az dan dengan muka berkerut dia hanya menurut. aku pernah terfikir jugak sama ada dia marah kalau aku panggil dia Asfan penyanyi kegemaran aku tu tapi dia tak pernah complaint.

"Sakit? Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal aku belas.

"Ok je, sikit je ni. Tadi saya nak cross jalan tak perasan ada motorsikal tu yang terlanggar"

"Awak ni! Lain kali hati2 la sikit. Bahaya tau" eh, yang aku nak emosi sangat ni kenapa pulak? Aku telan liur bila dia pandang aku dengan senyuman manis. Dah la aku suka tengok dia senyum.

"nah" aku mengambil botol air mineral dari Az dan menggunanya untuk membersih luka En.Naufal dan kadang2 dia mengaduh sebab pedih, untuk luka kecik je dan aku yang selalu bawak plaster ni ada. Setelah dilekatkan plaster dia tersenyum dan aku ikut sama senyum. pengalaman menjaga adik2 lelaki membuatkan aku selalu bersedia dengan segala kemungkinan.

"Thank you, tak sangka ada orang sudi ambil berat pasal saya" ujarnya dengan senyuman lirih.

"Mestilah saya sudi. we know each other right? ok, do you want to continue or postpone?"

"Just continue, i'm fine. Doc is here" aku tergelak dengan lawaknya dan kami berbalas senyuman lama. 

Teringin aku nak cari orang yang boleh beri aku his perfect smile. I want it!

"Ok! Actually i have come up with a new ideas...." terus bincang dan bincang akhirnya kami selesai dan beredar dari situ. 

Aku berat hati tgk En.Naufal yg balik sendiri, boleh ke dia drive? Tapi dia kata dia ok je.

"Saya risau la" terluah jugak risau aku di mulut ni.

"He said he is fine" aku pandang Az yang maintain dengan muka selambanya lalu aku tergelak kecil dan dia pandang aku pelik.

"Macam mak mak je saya ni kan? Risau melampau" aku gelak lagi dan dia pandang ke kiri entah apa yang dia buat tapi aku nampak lesung pipit dia. Dia ada lesung pipit ke? Tergamam jap aku ni ha.

"Asfan,awak ada lesung pipit?" Soal aku teruja dan dia pandang muka aku dengan berkerut dan masam. Aish! Tanya pun salah ke?

"so?" Soalnya malas.

"saya suka! Kalaulah awak senyum" aku senyum lagi dan dia dengan muka terkejut pandang aku tak percaya. Aku suka lesung pipit je la bukan suka dia pun. suasana terus senyap dan diam masing2 duk layan perasaan je.

"What? Ok! Saya datang skrg" aku dah risau teruk bila dengar berita abang jatuh masa main skateboard. Aku dah larang jangan main benda macam tu kat kolej tapi degil!

"Asfan, can you do me a favor?" Soal aku sebaik menjengah biliknya. Belum sempat dia jawab aku terus bagi order.

"awak mesti jumpa Miss Maria umtuk saya. I have to leave" aku terus keluar dari biliknya dan ke garaj kereta. Risau nak mati aku sekarang ni dengan Abang. Apa punya kerja la yang dia buat sampai boleh jatuh.

"cik Ana, why?"

"Emergency" balas aku sambil berjalan.

"Buah hati sakit lagi ke?" Soal Mia sambil senyum.

"Haah!" Jawab aku kuat dan terus berlari.

Az keluar dari biliknya dan terdiam dengar cerita ringkas Mia dan Ana. Cepat2 dia hulurkan dokumen kepada Mia selaku SU Ana.

"give me her schedule" ujar Az dengan muka serius tapi Mia ni boleh pulak buat tangkap momen kat sini. Sebab ni lah Az malas nak menyemak dengan perempuan agaknya jadi dia terus masuk ke dalam biliknya semula. Untunglah Mia dapat dengar suara emas Az.

"Kau call Along aku apesal?" Aku dapat dengar suara kuat Abang yang marahkan kawannya. Ha! Ingat aku tak dengar dia jerit2 macam tu?

"Kenapa kalau call along?" Soal aku selamba dan geram sebenarnya. Dah jenuh aku cakap jangan cari pasal jangan cari penyakit tapi mana dia pernah nak dengar. Ha! Sekarang tayang muka terkejut pulak ya?

"salah ke?" Soal aku lalu mendekatinya dan melihat luka dilutut dan di sikunya buat aku rasa sebak sedikit. Tapi aku tahan air mata dari mengalir tak tertanggung rasanya sakit ini dan setiap kali mereka terluka aku rasa bersalah pada umi dan abah.

"Along, terseliuh je ni. Nothing serius" ujarnya dengan muka bersalah habis. Aku cuba untuk senyum dan meminta kawannya memapah abang kereta. Aku dah tak larat nak marah2 mereka larang buat itu ini.

"Along, jangan diam je. Along berleter la abang tak kisah" pinta abang bila aku diam je sepanjang perjalanan. Malas aku nak bersuara nanti ada lagi yang menangis.

"Along nak marah pun marahlah" dia menyentuh lengan aku yang sedang memegang stereng kereta tapi aku buat tak tahu je. 

Sebaik tiba dirumah aku turun sama untuk memapahnya masuk ke dalam rumah dan lepas tu tanpa suara aku terus keluar balik. Dalam lereta aku menangis dan terus memandu ke restoren untuk berjumpa client. Daripada ponteng terus baik pergi kerja. 

Setelah sampai air mata aku kesat dan muka yang kemerahan aku calit sedikit bedak. Setelah puas hati aku turun dari kereta dan aku sempat lihat discussion yang telah selesai sepenuhnya. Macam dah siap sign contract je.

"Cik Maria, sorry i'm late. So, how?" Soal aku dengan senyuman manis. Dia juga membalas senyuman aku. cantik orangnya.

"Good! He is good. Btw, thank you." aku tersnyum senang dan lega pada masa yang sama. 

Bila Cik Maria dah beredar aku terus duduk di kerusi perasaan sedih tadi tak habis lagi tahu.

"Kalau datang nak tunjuk muka je baik tak payah datang"  aku angkat muka pandangnya dengan mata bergenang. Dah macam mata kartun jepun je aku rasa tapi dia tak tengok aku pun.

"Saya dah sampai pun" kata aku sebak dan dia terus pandang muka aku yang dah mengalirkan air mata ni. Sampai hati dia perli aku kan? Aku ni pun tak pernah2 manja macam ni selama ni tiba2 je menangis depan lelaki. Depan kembar tiga tu pun aku tak pernah menangis tau.

"oh god! Girls and tears" ujarnya lalu duduk didepan aku dan sapu tangan dihulurkan. Erk! Baik pulak hati mamat island ni nak bagi sapu tangan dia.

"stop crying!"ujarnya tegas dan aku lagi la nak menangis sebab dia bukan pujuk tapi marah ni.

"saya sedih ni. awak tak nak bagi support ke?" Soal aku sedih. Sedih sungguh. Malas nak pandang muka dia lantaklah dia nak fikir apa pun pasal aku.

"Bukan kerja saya" balasnya tenang. dasar hati konkrit kepala batu.

"Saya sedih la sebab tak dapat jaga orang yang saya sayang. Kalau boleh saya tak nak dia cedera dan sakit" sesi luahkan perasaan la pulak. Air mata pun dah kering ni. Macam dah tak emo je kan?

"Malang tak berbau."

"Tahu! Tapi, saya pun sakit kalau dia sakit"

"Sakit tu kan penghapus dosa kecil. Sakit ni mematangkan seseorang" erk. Dah macam pergi jumpa kaunseling pulak tak pasal2 aku tergelak kecil dengan ayat dia. Dia pandang aku pelik.

"Kenapa gelak?"

"Awak ni, macam kaunselor je" aku ketawa lagi dan dia tersenyum. Eh, dia senyum la kan? Hensemnya... memang dia hensem la Mia tapi kena senyum dulu.

"Awak senyum la." ujar aku teruja dan dia terus bangun dari kerusi dan beredar dari situ. Aku mengejarnya dari belakang tapi dia tu laju sangat.

"Amboi! Dah hilang dah" aku tergelak lagi bila dia terus memecut dengan kereta Evo hitamnya. Aku keluarkan fon dan mesej dia sesuatu.
'Thanks for the smile. Hilang rasa sedih saya. Like it!' Aku terus tekan butang send. Gembira pulak boleh tengok dia senyum tadi. Kalau dia senyum betul2 mesti dia ada perfect smile kan? Harapnya bukan perfect smile yang boleh buat aku cair la sebab tak sanggup nak kena layan konkrit ni.

Dah beberapa minggu berlalu dan aku semakin rapat dengan Az. Macam2 kami buat bersama sekarang tapi hal kerja je la. Dia ni pun dah banyak mulut sikit walaupun asyik nak kutuk aku je tapi dia punya senyum maintain lagi mahal tak dapat aku nak beli. Tak cukup duit weh boleh pokai kalau beli. 

Dia pun tak ada la sedingin dulu dengan pekerja lain tapi kalau ajak borak dia dah join walaupun tukang dengar je. Tak tahulah dia minat apa sebab dia tak pernah nak bercerita dengan aku or sesapa je la.

"Asfan, teman saya makan aiskrim?" Aku ajaknya dan dia buat muka macam aku bawak ajal kat dia. Alang2 dah lalu depan tutti fruity ni apa salahnya singgah jap makan aiskrim.

"Dah habis jumpa client baliklah, nak melencong pulak" aku buat muka malas nak melayan orang skema macam headboy ni jadi aku terus masuk ke kedai. Malas la aku nak layan dia punya kutukan berapi yang menyakitkan hati dan telinga tu. Tapi dia ikut sama masuk bila aku buat tak dengar. Aku memesan aiskrim dan tiba2 ada budak2 ramai yang datang. Ramainya budak2 celebrate apa ni?

"Celebrate apa ni?" soal aku kepada perempuan yang berbaju kurung ni. Sopan sungguh.

"Oh! Ni anak2 yatim. Saja bawak mereka makan sini" aku tersenyum senang. Aku pun macam senasib je dengan mereka yang bezanya aku dah tua. Hahaha. Bukan anak yatim lagi dah tapi maintain anak Izman. Hahaha. Bapak aku ok.

"Siapa bagi akak satu kiss, akak belanja aiskrim" aku berkata teruja dan mereka bersorak riang sebelum berebut nak kiss pipi aku. Idaman malaya aku kalau macam ni gayanya orang berebut aku. 

Setiap satu bibir kecil ini yang menyentuh pipi aku aku doakan semoga mereka sentiasa bahagia dan sihat. Biarlah perlu berhabis duit ni sebab rezeki kan datang daripada Allah dan bukannya hak aku seorang tapi untuk dikongsi. 

setelah borak2 aku dan Az keluar dari situ. senyuman aku semakin mekar dan aku sangat bahagia. Kalau aku jenis berkemampuan aku nak bina satu rumah anak yatim nanti. Kena tunggu bersara dululah maksudnya. Bila lagi tu? Tunggulah 30 tahun lagi. Lambatnya... hahahaha.

Akhirnya hasrat Mia, Ika dan Daya nak makan dengan Az termakbul jugak. hahaha. Dan semuanya atas jasa aku ok? Kalau tak paksa Az jangan harap dia nak join kami makan dah la 4 orang perempuan sekaligus memang boleh buat bini semua ni tapi tolak aku la jadi tiga.

"Az, thanks lunch dengan kami"
Az angguk tanpa riak.

"Nanti kita lunch sama2 lagi"
Az diam tak bergerak.

"Az suka makan apa?" Soalan ketiga langsung buat Az tak pandang sesiapa dan terus makan dengan berselera. 

Aku angkat bahu tanda tak tahu, nampak sangat yang dorang bertiga ni kecewa habis dgn prangai berat mulut Az ni. Aku hanya diam di kerusi dan turut sama makan akhirnya hanya bunyi sudu dan garfu berlaga kedengaran. Akhirnya semua dah angkat punggung ugk beredar tinggal aku dgn Az je. Lepas ni kena ke kilang cari tekstil yang sesuai untuk beg baru.

"Tak elok buat orang macam tu" aku bersuara tanpa memandangnya. Mesti dia nak kata aku menyibuk je nanti jadi aku malas nak pandang muka konkrit dia tu.

"Maksud miss Ana?"

"Apa salahnya mulakan perkenalan dengan orang lain. Ingat kita boleh hidup seorang ke? One day kita akan perlu orang lain dalam hidup kita. Saya tak kisah kalau awak nak kata saya menyibuk ke apa. Tak baik tau putuskan silaturrahim"

"Miss Ana saya tak faham"

"Apa yang tak faham? Awak takut dorang tu jatuh hati kat awak ke? Dorang dah ada buah hati sendiri la. Mereka just nak buat kawan je" Dia diam je bila aku cakap macam tu. 

Ke dia rasa dia hensem sangat sampai orang lain tak layak nak jadi kawan dia. Ingat dia tu anak raja ke nak pandang orang sebelah mata pulak. Cerita cinderella pun raja kawin dengan orang miskin ok! Apa yamg susah sangat kalau setakat kawan? Emo tak pasal2 pulak.

"Saya tak selesa. Saya bukan nak bajet hensem tapi dari saya sekolah lagi bila saya tanya kenapa nak baik dengan saya. Dua je jwpnnya,sebab awak hensem dan kaya" dia jawab dengan marah. 

Erk! Macam ada ayat puji diri sendiri je tapi telah dicover. Aku pandang dia yang masih menguis makanan dalam pinggan. elok sangat buat makanan macam tu bawak main pulak.

"Susah untuk saya,apa yang saya buat dorang menyibuk, apa saya suka dorang sibuk. Saya nak life saya sendiri! Ingatkan lepas ke oversea minah salleh tak berkenan dengan muka melayu tapi sama je. Saya tak mintak dilahirkan dalam rupa ni dan saya tak nak pun!" Dia marah lagi. Tiba2 je rasa cute dengan perangai mamat ni.

"Saya dah penat. Bila bergaul dengan lelaki pun boleh dorang ajak saya jadi songsang? Bila dengan prempuan asyik nak bangga je dapat kawan dengan saya. Saya rimas sebab saya sedar yang last sekali muka ni masuk dalam tanah jugak. Saya nak kawan yang ikhlas" aku topang dagu dengar cerita dia. Kesian pulak dgr cerita dia ni kan? Susah jugak kalau orang ada rupa ni eh? Aku simpati.

"Sorry, mesti awak ingat saya ni puji diri sendiri kan? Saya tak pernah cerita prob ni kat sesiapa sebab saya tahu orang kata saya perasan. Sebab tu saya lebih suka lepak seorang diri"

"Banyak benda yang saya nak buat tapi tak bebas sangat. Saya tal suka orang perhatikan hidup saya." dia mengeluh lemah. Tiba2 ada orang2 becakap di belakang.

"Tadi ramai perempuan kat situ, sekarang tinggal satu. Mentang2 muka hensem mesti playboy ni" mata aku terbuka luas. Betul jugak ni, berat jugak masalah orang macam dia ni.

"See? Kalau ada lebih dari satu kawan perempuan terus dapat tittle playboy." Aku hanya mampu diam dengar masalah yang pastinya aku tak dapat tolong selesaikan.

"Bila ada perempuan yang saya agak rapat kat kolej dulu mesti perempuan tu kena teruk dengan perempuan lain. Sebab tu saya pilih lepak kat rumah je"

"Kronik gak cerita awak ni. Saya memang tak dapat nak tolong selesaikan prob awak tapi, saya boleh jadi kawan awak yang kawan dengan awak sebab ikhlas. Ok?" aku angkatkan simbol ok padanya dan lama baru dia mengangguk lemah.

"Sebagai meraikan persahabatan kita ni, awak belanja lunch" aku berkata ceria lalu ketawa macam budak kecik dan dia mengangguk. Jangan buat sampai aku buli kau pulak Az.

"Asfan, kita makan sini ek?" Soal aku pada Asfan. Makan kedai mamak je la teringin sangat nak pekena teh tarik banyak buih ni. Dengan terpaksa Az terus parking. Dia ni aku rasa tak pernah2 ikhlas kalau aku ajak buat something luar jangkaan sikit mesti. Payah jugak ada kawan yang baru keluar dari tempurung besi ni ek? 

Az ni aku sendiri tak kenal peribadi dia macam mana dah la tak banyak cakap, tak pernah senyum dan segalanya tak pernah la. Teringin aku nak tengok dia hidup macam orang lain, cewah! Macamlah selama ni dia hidup macam benda lain kan? Erk. Kenapa dia pandang aku pulak ni? Ke sebab aku duk tenung dia, parah!

"Why miss Ana?" ha! Nak jawab apa pulak ni? Tu la asyik duk tenung teruna orang je.

"Saya pandang orang belakang awak. Hensem" aku berkata selamba. Hehehe rembat je la yang mana ada. Az pandang belakang dan dia mengangguk faham. 

Lepas tu aku perhati balik lelaki yang kena tangkap muat tu. Alamak! Acik la! Mampus, mana nak menyorok ni? Mesti dia perasan kalau aku ada kat sini, eh dia bangun nak pergi mana pulak tu? Aku angkat file di depan mata dan cover sikit bila dia lalu betul2 di sebelah meja kami. Segerakan langkah anda, please.

"Bro! Cakap sikit" mata aku membesar, Az panggil siapa pulak tu? Jangan dia buat hal sudah! Mampus aku dibuatnya.

"Saya? Ada apa?" Sah! Memang suara acik!

"boleh berkenalan? She wants to know your name" mangkuk punya Az.

"Why not. Irham" ujar acik dan aku jatuhkan file lalu pandang wajah acik yang turut sama terkejut. Aku angkat kening sedikit dan dia mula sengih melebar, mulalah tu nak kenakan orang.

"Hai, name?" Soalnya saja2 buat ramah. Aku rasa nak je pelangkung kepala adik aku ni.

"Ana" Az pulak yang tukang jawab.

"Abang ipar ke?" Acik berbisik di telinga aku dan aku terkejut. Imgat kalau lelaki je semua bakal abang ipar dia ke? Aku boleh kawin sorang je la.

"baliklah" aku balas bisikannya dan dia tersenyum puas hati.

"See you later. Bye!" Acik melambai pada kami berdua tapi aku buat tak endah je. Dasar otak something wrong somewhere.

"Tak nampak macam berminat pun" Az bersuara. Gila ke nak minat kat adik sendiri.

"He is too young for me. And he said, i am too old for him" aku tergelak sikit. dan Az angguk faham je.

Dah genap tiga bulan dia kerja bawah jagaan aku dan dia dah dinaikkan jawatan, aku sendiri tak tahu apa dan cawangan mana sebab kami tak sempat jumpa lagi nak berborak panjang. Cewah,ayat berborak panjang tu macam tipu je sebab selalunya aku syok sendiri bila bercakap. Sebab boleh dia buat bodoh je kan? Mungkin aku duk citer pasal girl je kot. Tapi tak patut dia buat macam tu. selalunya main dengan fon dia dan buat bodoh je bila aku tanya. Sadis!

"Long, dah lewat ni kenapa tak pergi kerja lagi?" Tegur angah yang baru je bangun tidur. Aku terlewat bangun la sebab period hari ni. Kena pulak dah lewat sangat nak masuk ofis tapi kena masuk jugak.

"Lewat bngun! Prepare your breakfast by own la ya?" Aku terus masuk dalam kereta dan memecut pergi. Tak memecut mana pun kalau jammed pulak dah! Dah la ada meeting penting pagi ni dengar kata nak lantik CEO baru. Anak boss aku pulak tu, matilah kalau kena saman dengan boss baru. Tak nak rekod buruk weh. 

Aku ni macam pekerja contoh la jugak walaupun kuat main. Hihihi. Sampai je kat floor pertama ofis aku terus berlari naik lif,lengang la namanya sebab aku dah lewat satu jam lebih ni. Masaklah aku nak bagi alasan apa kat dato ni? malulah kalau nak cakap bangun lewat sampai tak sedar kerja hari ni. Aku tak senang duduk dah ni dalam lif, sampai je floor lapan aku terus berlari masuk tapi sibuk betul si Ika ni nak tahan aku. Tapi brek la kejap kut2 ada benda penting dia nak inform.

"Lewatnya Cik Ana"

"Terlajak, meeting dah start ke?" walaupun dah tahu buat2 tanya je la.

"Dah nak habis pun. Berita hot cik ana"

"Tak nak layan la, baik buat hot coffee ke ada baiknya jugak"

"Hot real cik ana. Ank boss yang jadi CEO baru!" Eleh, berita ni aku dah lama tahu kut. Apa pulak yang hotnya dah basi sejuk beku berulat pun cerita ni.

"Hot apanya?"

"Izzaq Azfan tu anak dato" ujarnya suspen.

"So?"
"Cik ana dah tahu eh?"

"Tak" selamba aku jawab.

"Cik ana! Wake up! Izzaq Azfan tu pekerja Cik ana dulu!" Ujarnya dan mulut aku terus ternganga. Apakah ini? Musibah apakah?

"Cik ana!"

"Betul ke Ika?" Janganlah jawab betul. Takkanlah kan? Tapi takkan ni prank pulak. Habislah aku dah la masa kerja dengan dia aku asyik ajar dia main je. Nampaknya kena fired aku lepas ni. Matilah!

"sejutarius cik ana!"

"ok! Saya mc hari ni. Bye! Jangan cakap kat sesiapa saya datang. Nanti saya hantar mc. Bye!" Terus aku pecut pergi. Ke mana lagi ke klinik la nak mohon mc orang sakit terkejut. Boleh dapat ke mc seminggu or sebulan or setahun? Boleh, mc cuti tanpa kerja dan gaji la namanya.

"mak su! Tolonglah, mc please???" Aku dah buat muka kucing kesian. Susah benar nak tagih mc ni ya? Baik pergi mengemis tagih simpati lagi senang.

"Along bukan sakit pun. Saja nak ponteng kerja?" Soalan amboi! Bukan nak ponteng la mak su nak rest hilang terkejut ni ha.

"please mak su. Two days?"
"Atas sebab apa?"

"Sakit la, demam or what. Atau seliuh je senang? Dua minggu mc kan?" Aku angkat kening dan mak su luku bahu aku kuat. Sakitlah mak su! Tak sayang anak saudara betul la.

"Nak sangat ke?"

"Dalam keadaan darurat macam ni, why not?"

"Ana ni, kenapa?"

"Please mak su. Kali ni je, Ana tak pernah pun mintak beras or gandum rumah mak su kan? Apa salahnya tolong Ana"

"Apa kaitan dengan beras dan gandum ni?" 

"Tak ada kaitan pun. please"

"Ok! untuk hari ni je" adui! Sehari je? Redha je la nanti pandai la aku cari jalan lain nak buat MC. Kalau mak su tak nak tolong suaminya kan ada? Mintak tolong suaminya la pulak. Mohon bantuan pak su ya? 

Selepas dapat MC aku terus fakskan ke ofis dan balik ke rumah dengan sihat walafiatnya.

"Eh! Cik Ana tak kerja ke?" Perli aku la tu si Angah ni.

"Cik Ana MC la En.Ilham"

"Along sakit ke?"

"Tak lah. Saja nak rest kat rumah. teman angah lepak"

"Cik Izza Dayana nak lepak? Ajaib. Layak dapat MC"

"Diamlah angah! Meh duk sini urut along best jugak!"

"Angah nak keluar la. Along nak order apa2 tak?"

"Mengelat la tu. Along ikut?"

"Ok jugak! Tak ada teman ni. Pergilah tukar baju kasual"

"Ok! Ten minutes." Tak sampai ten minutes pun aku dah turun, er, x tak nak la aku naik kereta satria dia ni macam nak meletup je gayanya.

"naik myvi along je la, eh?"

"Tak nak lah. Cepatlah!" Gesanya pula. Dah la bawak kereta laju macam pelesit, macam mana ni? Naik je la Ana oi! Buka pintu dan terus duduk, dah tak ada bau busuk macam dulu dah, bagus!

"dah tak bau busuk dah?"

"Amboi! Perli nampak, angah dah bersih luar dalam la long."

"Baguslah...kalau tak tikus pun tak rela membina rumah tangga kat sini"

"Elok apa?"

"Tak ada yang elok mana pun! Nak makan kat mana ni?"

"Dekat restoren member, sedap!"

"Member angah bukan engineer ke?"

"Tu la pasal! Dia berhenti buat engineering then masuk masak2 ni. Sekarang dah own restoren sendiri."

"Alhamdulilah, rezeki dia."

"Alhamdulilah, along nak angah ajak abang ngan acik sekali?"

"Tak payah la, abang ada seminar, acik ada latihan menembak"

"Oh! dating la kita hari ni eh?"

"Dating la kot" aku balas sambil tersengih sedikit. Susah sangat nak keluar dengan Angah ni sebab dia la yang paling sibuk di dalam rumah kami. Abang pulak dengan aktiviti sukan dia tak sudah2. Tapi acik lain sikit, suka jadi polis, jadi aku tak halang tapi aku mintak dia habiskan degree dulu. Bila dorang dah ada kerja barulah aku lega sikit. Lepas tu nak cari isteri pun carilah aku tak kisah langsung dah. Tak sabar nak tengok dorang kawin. Bila aku nak kahwin pulak? Lepas dorang kawin la, masa tu aku dah 27, muda lagi nak kawin. Kan?

MC dah habis jadi terpaksalah masuk ofis hari ni. Aku kena hadap semua ni sama ada aku suka atau tak. Kalau kena pecat pun elok jugak sebab aku tak nak involve dengan Az lagi.
Dia boss aku dan aku tak rasa persahabatan kami dapat bertahan lagi. Dengan status dan peribadi yang dia sorok selama ni buat aku mula senang dengan dia tapi bila benda yang tak diduga ni jadi aku confuse. Dia umpama putera raja yang menyembunyikan identitinya tanpa sebab dan aku dah tertipu dengan dia. 

"Cik Ana, En. Azfan panggil" Ika mengetuk pintu bilik aku dan masuk terus, memang tak kena aku bagi arahan dia lagi laju ha. Aku berkerut dan mengeluh malas pada masa yang sama. Nak jumpa aku atas sebab apa pulak ni? 

"Ok. Thanks" ujar aku lemah. Ika datang dan memaut lengan aku lalu tersenyum.

"Mesti Cik Ana nak congrats dia kan?"

"Haah, lupa pulak pasal hal tu. Penting ke ni Ika. Saya tak sihat sangat la"

"Ya ke? Patutlah lemau je. Cik Ana jumpa je dulu then pergi klinik. Half day je" aku mengeluh lagi. Nak bagi alasan apa pulak kali ni cik Ika oi! 

Ika hantar aku betul2 depan pintu bilik Az. Hahaha, bagus betul si Ika ni buat kerja tanpa gaji. Aku ketuk pintu dua kali dan tahan debar dalam hati. Setelah dapat arahan aku buka pintu dan masuk lalu berdiri di depannya, mata aku jatuh pada sekujur tubuh yang sedang berdiri di sebelah meja dengan tangan dimasukkan dalam poket seluar, malah dia juga memakai suit yang lengkap. Mantap! Eh! Mata, jaga2 sikit gatal betul.

"Ada apa En. Azfan?" Soal aku fornal dan dia macam tersentak sedikit. Mungkin pelik dengan panggilan formal aku kut tapi sepatutnya memang macam tu la kan? Lagipun ni untuk sedarkan aku betapa aku kena sedar diri selalu.

"Weird, tak pernah Miss Ana panggil saya macam tu" erk! Miss Ana? Aku bukan boss kau lagi la!

"Encik, boss saya, sepatutnya saya panggil macam tu" aku bercakap ala2 diplomat je rasanya. Suasana janggal ni buat lidah aku rasa janggal sama nak bercakap.

"Miss Ana dah ok?" Apesal pulak ni? Ok je aku tak ada hilang hidung ke apa pun. Cukup anggota je ni.

"Saya ok. tak perlu panggil saya cik lagi."

"Dah terbiasa, sihat?" Tadi dah tanya. Tapi aku ada jawab ke soalan dia tadi.

"Sihat" 

"Miss Ana MC semalam kan?"

"Yes"

"Teruk ke bisul tu?" Soalan dia buat rahang bawah aku jatuh, bisul? Zaman negara mana pulak aku naik bisul ni?

"Bisul?" 
"Ya, MC" ujarnya pelik dan aku terus dapat tgkap. Bisul? Mak su!!!! Banyak2 penyakit ada atas dunia ni kenapa mesti bisul? Adess!

"Haah, dah ok. Tak teruk pun"

"Baguslah, saya nak ajak Miss Ana lunch. Nak berterima kasih atas tunjuk ajar selama ni" aku diam. Tunjuk ajar apanya? Aku rasa ajar tips tak nak bosan dalam meeting, main game dalam fon dan selalu angguk faham je! Kalau meeting luar pergi melencong kejap. Cari tempat makan best2 bila jumpa client. Tumpang sekaki. Apa lagi benda buruk yang aku ajar dia? Nak list ni!

"Lunch? Saya dah ada plan" 

"Oh, dinner?" Dia ajak aku dinner? For the first time!. Wow!

"Plan jugak. Whole week saya sibuk. Tak ada apa yang nak diterima kasihkan. Saya harap hubungan baru ni lebih baik. En. Azfan boss saya dan saya hanyalah pekerja Encik. Saya minta diri dulu. Terima kasih. Oh! Congrats, you deserve this" aku senyum sedikit lalu melangkah keluar. Tak perlu nak tunggu lama,status baru dia tak dapat kembalikan benda yang pernah terjalin dua hari lepas. Maafkan aku.

"Miss Ana!" Adui! Tak payah la panggil aku! Aku berhenti melangkah dan pandang ke belakang sekilas lalu buat2 sibuk dengan fon. Kononnya orang kerja tak habis la ni.

"Ya En. Azfan?" Panggilan Asfan tak kan meniti di bibir aku untuk dia lagi. Kini dia hanyalah Izzaq Azfan, boss aku dan semua tu akan kekal selamanya.

"Miss Ana elakkan diri dari jumpa saya kan?" Memang ya pun, so? Kau nak buat apa? 

"Saya terlalu sibuk untuk buat semua tu."

"Almost a month, kita dah tak macam dulu" aku tersenyum sedikit.

"Almost five month, En. Azfan tipu saya" aku berkeras dan dia diam. Diam? Sebab tak tahu nak explain macam mana kan.

"Miss Ana, I'm not lying. I just didnt tell you!"

"Oh, means saya yang salah menilai? Ok then, Im sorry"

"Miaa Ana!" Panggilnya bila aku dah berlalu pergi. Ada betulnya jugak benda yang dia cakap tu kan? Aku pun tak pernah tahu dia tu siapa. Tapi dia anak dato la, boss aku dan aku? Tak mungkin dapat berkawan dengan dia macam dulu. Sekarang dia boss aku dan aku kena respect dia sama macam aku respect dato. Jawatan dia bapak besar kau!

"Miss Ana cakap nak kawan dengan saya no matter who am I" kali ni turn aku yang diam.  Langkah yang aku atur berhenti pula. Kenapalah dia ingat semua benda kecik tu.

"No! I said, saya kawan dengan En. Azfan sebab who you are not who are you. Now, you are my boss, and we cant be like before anymore"

"Why? Apa salahnya kalau pekerja dan majikan berkawan?" Suara dia dah mula meninggi. Tak pernah pulak kami berdua nak bergaduh sampai bertekak macam ni. 

"Tak salah..."

"Then?" Ish! Aku tak habis cakap lagi dia dah potong ayat aku. Sabar la sikif bagi can lat orang muda ni nak lalu. Er. Sikap apakah ini?

"Prinsip saya! Boss is boss!" Aku terus berlalu laju. Sejak bila pulak hidup aku ada prinsip aku pun tak tahu. Kalau prinsip rukun negara tu aku tahu!

"Family day? Tak kut. Nak rest kat rumah je" malas la aku nak pergi. Nanti tak ada muka lain jugak yang aku nampak. Hehehe. Tapi? Best jugak, pergi Pulau Pinang woo. 

Mesti Az tak pergi kan? Dia kan pulau! Tapi, pulau pinang tu one of the gang dia la kan? Jap, tapi dia dah tak macam dulu lagi dah, sekarang dah boleh bergaul dengan orang lain dah, dah boleh gelak bersama dan mungkin senyum sekali kut. Entah! Masa aku kawan dengan dia tak adalah frenly macam ni pun. 
Nampaknya aku yang buat hidup dia suram. Eh, aku kawan dia je bukan bini dia pun nak ceriakan duniamu. Pergi minum nesvita la!

"Cik Ana" 

"Ya? Sorry"

"En. Az kata wajib pergi semua" aku diam. Wajib pergi? Sejak bila pulak ofis mewajibkan kehadiran orang ni.

"Kalau tak pergi kena denda berdiri tengah padang ke?" Soal aku sambil tersengih. Rasa kelakar pulak kan? Ingat ni zaman sekolah ke apa? 

"Cik Ana ni! Boss kata wajib, pergi je la. Selalunya cik Ana yang bersemangat waja kan? Tak best la kalau cik Ana tak ada"

"Ololo... poyo la korang. Malas la nak join."

"Saya akan kenakan tindakan kalau ada yang tak join" erk! Suara Az terus buat semua orang diam dan mula keluar dari pantry. 

"En. Az" semua orang menegurnya dan beredar. Aku basuh mug dan ingin berlalu pergi tapi tangan Az halang laluan aku. Aku malas nak angkat muka pandang dia jadi aku pergi ke sebelah sini, sama jugak! Dia halang dengan tangannya. Aku angkat muka dengan selamba.

"Saya tak rasa nak main galah panjang pun En. Azfan" dia gelak? Di gelak? Seriuosly? Memang dia selalu gelak apa? Dengan aku je ni first time.

"Boleh suggest game ni nanti family day" ujarnya ceria dan dia senyum. 

Aku terdiam kat situ dan hanya wajah dia yang penuh dalam ruang mata aku sekarang ni. Jantung aku mula berdegup laju. Parah! Jangan macam ni Ana! Ya Allah, engkau jauhkanlah perasaan gusar ini.

"Miss Ana?" Panggilan dia buat aku sedar. Aku pandang dia sekilas, gila! Nasib baik dia dah tak senyum kalau tal boleh mati tak cukup oksigen. Poyo!

"Ikut suka hati En. Azfan la. Saya nak sambung kerja"  aku terus pergi tak kena cakap banyak kali pun dia boleh faham rasanya.
Memang dasar tak reti bahasa sebab aku memang dalam keadaan terpaksa datang jugak pulau pinang ni. 

Malaslah aku nak bersua muka lagi dgn Az. Kenapa? Sebab aku tahu yang aku tak layak untuk dia ke?atau sebab aku yang takut dengan perasaan aku kat dia. Takut jatuh cinta, kan? Susah jugak hidup banyak berfikir ni kan? Kalau tak fikir dan main redah je macam tak guna akal yang Allah bagi ni dengan baik la pulak. Penatnya macam ni.

"Hai!" Satu suara mengejutkan aku yang sedang cantik landing atas pasir pantai ni. Aku buka mata dan terus bersila. Dia lagi! Tak ada orang lain dah ke?

"Miss Ana!" Dia mengejar aku yang mula melangkah pergi. Tak penat ke dia ni try nak cakap dengan aku sedangkan aku ni asyik mengelak dari dia je.

"Miss Ana, can we talk?"

"Saya datang nak rehat minda, bukan nak fikir pasal kerja"

"Saya tak cakap pasal kerja"

"Saya tak kisah pasal apa. Saya nak balik hotel" aku menonong pergi. Janganlah buat aku tersepit.

Malamnya niat aku malas nak turun tapi setelah kena kerah dengan tiga setangkai ni aku kuatkan diri turun jugak. BBQ time! My favpurite la ni. Aku duduk tak jauh dari orang lain dan mata aku yang agak rabun ni masih dapat lihat dengan jelas boss bergurau senda dengan pekerja lain. Pandai je dia bergaul rupanya, kenapa la baru sekarang ni nak bergaul. 

Aku buang pandang ke tempat lain dan mengeluh berat. Otak kata nak lain tapi hati kata nak benda lain. Susah nak bekerjasama betul la. 

"Jauh termenung, hari tu saya nampak ada lelaki jemput Miss Ana kat tempat kerja, siapa dia?" Az terus melabuhkan punggung di sebelah aku. Aku pandang dia sekilas sebelum aku senyum. Yang aku senyum ni kenapa pulak? Bukannya dia jeles ke apa pun! Perasan!

"Ilham" aku jawab ringkas dan dia mengeluh. Kenapa dia nak mengeluh pulak. Menyibuk je nak ambil tahu hal orang lain. Jaga tepi seluar sendiri dah la!

"Oh,that boy kita jumpa kedai mamak ke?" 

"Yup!" 

"Oh, macam mana kenal?"

"Bukan En. Azfan ke yang kenalkan kami?" Dia tersentak dan dia mengeluh lagi. 

Lama kami berdua diam sebelum orang lain mula berkumpul semula, Az angkat punggung dan terus beredar dari sini. Dia macam nak balik hotel je, lantaklah aku peduli apa kalau dia nak mandi pantai sekalipun.

Gila dahsyat Az ni main bola tampar. Kemain la staf perempuan ni duk bersorak riang. Aku pulak tengok tanpa riak. Bila ada orang tolak aku masuk gelanggang aku terpaksa ikut sama main. Bukan main tapi main2 je. Malaslah aku nak main tapi nasib baik lawan team Az. Bila aku buat tak tahu je tiba2 bola kena kepala aku. Adoi! Terduduk aku dibuatnya.

"Nak berangan ke nak main?" Soalan Az memang berjaya buat aku geram. Aku tak boleh biar lagi jadi aku bangkit dan bermain dengan betul. Aku rasa ni dah macam game aku dengan Az je. Lawan macam kami ni musuh. Dah tak peduli orang lain yang nak main. Kami main lama gila bila sedar je semua orang dah nak berundur sebab penat. 

Aku baling bola ke pantai dan terus duduk di situ sebab penat sangat. Az hulurkan air mineral dan mulanya aku nak menolak, bila dia ikut sama bersila di depan aku, aku tak tergamak nak tolak jadi aku terus minum. Dia senyum melihat aku terima hulurannya dan jantung aku tangkap attack lagi. Kali ni lagi dahsyat. Aku tak boleh duk sini lagi jadi baik aku blah cepat2.

"Miss Ana!" Ugh! Malasnya.

"Jangan panggil saya macam tu lagi!"

"Kenapa? Selagi awak tak kahwin, tittle awak masih sama"

"Saya akan kahwin!"

"Kahwin?!" Soalnya terkejut beruk. Beruk terkejut pun tak macam ni kut. 

"Ya la kahwin. One day" 

"Oh, ingatkan dalam masa terdekat" ujarnya dan tersenyum lagi. Kau pehal kalau aku nak kawin esok sekalipun?

"Miss ana, can I be that one?" Soalnya dengan riak bersungguh. Aku pandang sekitar mana tahu ada orang yang macam that one tu. That one apakebenda la mamat ni duk melalut ni aku sendiri tak faham.

"That one apa?" Soal aku pelik. Kaki aku pun jalan sekali, malas la aku nak jalan sekali dengan dia nanti dapat gosip murahan lagi.

"That one that can you give you that" aku diam dan terus jalan. That apa pulak kali ni? Tak boleh ke cakap terus je senang sikit aku nak faham.

"Give me what?" Soal aku malas. Suasana terus diam dan terus diam, dia dah pergi macam tu je ke? Nak pandang belakang ke tak nak ni? Dah berapa minit diam je ni, kalau aku tanya tapi tak ada orang nanti orang kata aku gila pulak. Aku berhenti melangkah dan pandang belakang. Dia ada je rupanya tapi dah jauh sangat dari aku ni.

"His perfect smile!" Jeritnya dan giliran aku nak jadi spesis beruk yang terkejut. Dia tahu pasal benda ni? Means dia pernah dengar la apa yang aku dengan tiga setangkai tu borak,adess! Ingatkan dia tak ingat. Lelaki idaman aku mestilah mampu memberikan aku his perfect smile.

"En. Azfan dah mengarut ni. Saya 
pergi dulu" lagi laju langkah aku atur selaju jantung aku yamg berdegup kencang sekarang ni. Apa maksud dia nak bagi aku his perfect smile? Dia suka aku ke? Ish! Nanti perasan pulak. Tapi, dia memang dah beri aku benda tu dah lama pun! Sebab tu aku lari dan terus lari.

"What?!" Memetir suara Az bila surat perletakan jawatan Ana sampai di mejanya. Tanpa notis berhenti Ana 
telah berhenti macam tu je. 

"Saya pun tak tahu apa2 En. Azfan, dah ada atas meja saya surat ni" 

"Fine, awak boleh keluar. Thanks" Az mengeluh lemah dan terus duduk semula dikerusinya. Dia meraup wajahnya dan membaca sekali lagi surat perletakan jawatan itu. Memang sah nama Ana yg tertera di dalam surat itu. Az lipat surat itu kemudian diletakkan ke dalan laci. 

Dia bangun dan ke bilik Ana, semua kerja terakhirnya Ana dah settlekan, patutlah balik je dari PP terus Ana kerja keras sampai balik lewat malam. Satu persatu file disemak dan seperti biasa Az akan tersenyum dengan hasil kerja Ana. Walaupun Ana suka main2 tapi dia salute dengan setiap kerja Ana yang ikhlas. Rushing macam mana sekalipun ikhlas tetap boleh nampak dalam kerjanya. 

Az duduk di kerusi Ana dan buku nota Ana dibukanya. Bukan note pasal kerja tapi pelbagai jenis kartun yamg dilukisnya dalam note book tu. Dalam meeting bukannya ambil tahu sangat apa isinya, sibuk duk buat komik orang lidi kelakar. Walaupun Az tak pernah gelak bila tengok depan mata, dia akan senyum sorang bila ingat balik.

"Apa???" Amboi bersatu teguh hampir nak roboh rumah ni bila tga kembar ni dengar berita perletakan jawatan aku. Hehehe. Takut tak cukup duit la tu.

"Along bukan sayang gila ke kerja tu?"

"Haah! Sayang lebih dari kami lagi" 

"Bila masa pulak along sayang korang ni? Kerja boleh cari la" jawab aku selamba

"Along ni, habis tu along nak buat apa lepas ni?"

"Nak masak lunch ni, tak nampak ke?" 

"Along!!!" Aku tersengih sedikit. Teruk betul perangai dorang ni ek.

"Along nak jadi suri rumah korang la, bayar gaji!" 

"Along, ada benda dah jadi eh? Ada orang sakitkan hati along eh?" Acik ni asyik nak fikir buruk aje. Aku tersenyum memandang mereka bertiga dan sambung masak ikan keli ni. Sedapnya... tak sabar nak makan.

"Along, cakaplah!" Paksa Abang pulak. Menyibuk je la budak2 ni.

"Nothing happens ok. Along dapat kerja tempat lain. Jauh sikit" 

"Oh! Along ni suka main2. Kat mana?" 
"Dekat je angah, tapi, terpaksa pindah rumah, tak lama pun dalam setahun je or more" 

"Setahun or more? Along nak keluar dari rumah kita? Rumah arwah umi dan walid?"

"Bukannya along nak pergi terus angah, ni rumah along, rumah kita"

"Along pindah mana?" 

"Tak sure lagi, esok along roger key?"

Semua barang aku dah pack. Hurm, nampaknya memang penghijrahan tu perlu jugak kadang2. Kenapa aku nak pergi dan perlu pergi? Sebab aku sendiri tak tahu pasal apa, anggap je la aku tukar angin je. Dan bila aku rasa dah puas tukar angin aku akn balik. Cewah! Ayat macam nak pergi luar negara je kan? Aku just nak try business aku kat sana, kawan aku kat sana dah lama suggest aku je yg berat sikit nak join sebab berat hati nak tinggalkan kembar ni. Sekarang dorang dah besar, dapat hidup sendiri. Lega la sikit aku nak pergi. 

Aku menahan sebak kerana terpaksa tinggalkan rumah yg aku dah diami selama 25 tahun ini. 
"Jauh along nak pergi, naik flight" 

"Tak jauh mana pun, dalam Malaysia jugak"

"Kenapa tak drive je? Kereta along macam mana?"

"Tak boleh drive, bahaya. Kereta along , acik pakai la, jaga betul2"

"Acik tak nak kereta along. Acik nak along stay dengan kami!" Manja betul anak bongsu umi ni. Hailah, padahal dia pun sibuk jugak kalau nak dibandingkan dengan aku. Macam2 hal la budak2 ni.

"Along pergi kerja la, nanti kau pergi la melawat."abang yang tengah bersuara. Yang ni pulak agak garang sikit, menurun walid la kut.

"Jaga diri elok2. Kalau sakit ke ada apa2 yang jadi ke, inform along. Cakap kat mak su along pergi Sabah, kerja"

"Sabah????" Terkejut dengan aku sekali ni .

"Sabah? Jauh gila long!"

"Jauh apanya, sebelah tu je" aku 
buat selamba.

"Tak payah pergi la along. Tak payah kerja tak apa. Acik boleh kut setakat nak belanja along makan"

"Ni cita2 along. Acik ni, belajar, kerja, cari duit dan kawin"

"Nak kawin buat apa? Along kan ada!" Bentaknya lagi. Payah!

"Dah panggil tu, take care tau. Along sayang korang" aku mengusap lembut kepala tiga adik aku ni. Siapalah yang nak jaga sakit bangun mereka nanti. Dah la angah tu jenis cepat jatuh sakit. Risau!

"Along jaga diri tau" pesan angah lalu menyalami tangan aku dan aku dipeluknya. Tak pernah2 nak peluk aku selama ni. Giliran abang pulak dan kali ni dahi aku dicium sama. Abamg memang macam ni, gentle walaupun grang. Lepas solat pun dia selalu buat benda yang sama. Katanya akulah mak dan ayah dia. Acik ni pulak duk diam je, last sekali aku yang pergi peluk dia, dia tak balas pun duk diam je. 

Aku senyum dan berjalan pergi ke balai berlepas tapi aku dapat rasa orang ikut aku dari belakang. Lepas tu dia terus peluk aku erat. Acik ni memang la manja melampau lampau. Aku pandang belakang dan usap rambutnya, macam aku nak pergi mekah je gayanya.

"Tak yah buat muka buruk macam ni la. Tak hensem!" Senyuman aku dia balas dan kemudian tangan aku dia salam lagi. Aku berat hati tapi aku tetap jugak nak pergi. Tam perlu tunggu lama lagi aku terus atur langkah.

Dua minggu berada di Sabah ni langsung tak buat aku rasa bahagia macam dulu. Mana kita lahir situlah tempat asal kita kan? Tapi ni jalan yang aku pilih jadi aku kena hadap jugak. Entah makan apa la kembar tu kat rumah kan?

"Balik la" aku tersengih, dah kali keberapa Dean suruh aku balik ni. Mesti dia pun dah penat tengok aku termenung kut.

"You halau I ke?" Soal aku pada kawan mat saleh aku ni. Tapi dia punya malay bagus kut. Maklumlah dari kecil duk sini.

"Mana ada! I yang panggil you datang sini. Tak kan nak halau you pulak" aku sengih lagi. Saja buat tak faham je la.

"I tahu la. Fikirkan adik2 I je la"

"I know, but, who is...." 

"Who is who?" Soal aku balik. Cakap tak habis la pulak.

"Asfan?" Aku tersentak, erk! Mana pulak Dean tahu pasal benda ni? Aku tak rasa yang aku cerita kat dia pun.

"Asfan? The singer" heh. Poyo la sikit jawab. Macam la Dean tak kenal penyanyi kesukaan aku tu. Empat tahun belajar bersama kut.

"No, Izzaq Azfan!" Mata aku membesar. Mana dia tahu pulak ni?

"Who is he?" 

"I dont know, macam mana you dapat nama tu?"
"You tulis report nama CEO ofis. You dah lantik dia jadi CEO ni" alamak!

"Ya ke? Oh, dulu CEO tempt kerja lama I nama tu. Maybe I tersilap"

"Maybe! I ingat he can give you his perfect smile" ujarnya tersengih. Aku ikut sama sengih, impian zaman kecik lagi tu.

Setahun, bukan tempoh yamg terlalu lama tapi aku terlalu rindukan semenanjung. Rindukan rumah aku sendiri, puasa kat Sabah tapi aku nak beraya kat Semenanjung dan aku akan balik buat selamanya. Aku dah buka bisness sendiri dengan Dean dekat semenanjung. Assesori dan pakaian yang hanya berasaskan mutiara dari sabah. Ori ok! 

Akhirnya,impian pertama aku tercapai. Impian kedua, nak bina rumah anak yatim kena tunggu kaya dulu. Hari ni hari last puasa jadi aku balik senyap2 je, nak surprisekan kembar tu!. Aku dah sampai dengan selamatnya, rumah kosong! Bersih! Tapi nampak sangat berbuka dengan makanan bazar budak2 ni. Penuh plastik ni ha. Tak apa! Today I will cook! Jet lag? Lantaklah dulu. 

Terus aku turun dapur dan cari bahan utk memasak. Ok, fridge kosong. Terpaksalah ke supermarket, kereta tak ada kena ambil teksi la kalau macam ni. Susahnya.

Siapa kata susah? Nak seribu daya ok, lengang je supermarket hari ni kan? Aku senyum sebab rindu perasaan ni. Perasaan nak masak untuk keluarga sendiri. Pilih ayam, ikan, udang, sotong. Amboi! Nak masak apa sampai macam ni sekali? Esok raya apa pun tak prepare ni, masaklah. Tapi, siapa jugak yang nak datang rumah aku nanti? Tak ada orang tahu pun yang aku dah balik sini. Selalunya budak2 ofis lama yang datang.

Bila tangan aku mencapai satu satunya carrot yang ada atas rak tangan lain dah mencapainya, dan aku segera mengalihkan tangan dan membenarkannya ambil. Bila aku pandang dia kami sama2 terkejut. 

Dah setahun! Kenapa mesti hari ni aku jumpa dia balik? Relax Ana, Az je pun! Aku senyum sedikit tanda menyapa dan dia langsung tak senyum balik. Erk! Rasa janggal la pulak.

"En. Azfan, lama tak jumpa kan?" Aku cuba create situasi selamba tapi dia masih lagi tak beriak. Dahsyat betul terkejut kalau macam ni.

"En. Azfan sihat?" Soal aku hilang gugup. Dia mencapai carrot dan letakkan dalam bakulnya.

"Sihat" balasnya dengan riak tenang kemudian berlalu pergi. Eh! Dia ni macam tak pernah kenal aku je, aku semakin lawa ke apa? Nak panggil balik tapi dia dah jauh sikit, macam aku je yang duk teringat kat dia selama ni kan? Eh! Bocor rahsia yang aku ni teringat kat dia. His perfect smile! I cant forget it till now.

"Ana!" Aku tersedar bila aku dah jatuh sebab ditolak dengan agak kasar. Sakitnya punggung aku, bila aku sedar orang ramai dah berkumpul keliling aku. 

Aku pandang sekitar dengan pelik dan kemudian aku nampak Az yamg dibantu orang ramai untuk berdiri, dahinya berdarah la, aku tengok barang yang bersepah di sebelahnya. Oh! Dia ke yang tolak aku tadi? Aku mendekatinya tapi dia macam nak mengelak je. Aku pegang lengannya dan dia berhenti melangkah.

"saya bukan muhrim awak" bisiknya dan aku segera lepaskan tangan. Gatal tangan kau kan Ana!

"Maafkan pihak kami!" Pinta pengurus di situ dan Az balas ok dengan selamba habis. Dia dah balik macam dulu ke? Island?

"Terima kasih tolong. Saya isteri dia,saya akan bawa dia ke klinik" oramg ramai mula beredar bila aku berkata begitu. Az berkerut pandang aku. Dah salah aku jugak dia cedera ni. Tapi buat apa nak mengaku jadi bini dia pulak? Perasan!

"Lap darah ni dulu" aku mengesat darahnya dan dia hanya diam. Hurm,kenapa rasa jantung dah menari ni? Rawat je la Ana!

"Dulu awak cakap tak nak jadi isteri saya" ujarnya mendatar. Dan tangan aku yang mengesat darahnya terus berhenti. Tu la pasal kenapa hari ni senang hati boleh mengaku pulak kan? 

"Saya bawak awak pergi klinik" aku lap dahinya cepat2. 

"Saya tak nak, saya boleh rawat sendiri" ujarnya berkeras. Dasar keras kepala macam batu! 

"Kita pergi rumah saya, dekat sini je. Biar saya rawat luka awak dulu" pinta aku pula dan dia diam lagi. Cakap la ya or angguk pun dah kira bagus sangat.

"Jom!" Tunggu dia alamatnya tal buka puasa la aku hari ni. Aku bergerak keluar dan dia ikut aku dari belakang setelah siap bayar semuanya. Mana satu kereta dia ni? 

Dia jeling aku sekilas sebelum ke keretanya, eh, kereta myvi, sama warna dengan yang aku guna la. Tak kan CEO tukar kereta baru tapi myvi kut. Apa salahnya, kereta keluaran negara ok!

"Myvi?"

"Why?"

"No, CEO and myvi?" Aku menggelengkan kepala.
"Syarat negara mana boss tak boleh pakai myvi?"

"Negara malaysia la, kereta negara kita kan?"

"Saya hantar awak je, rumah awak kat mana?" Soal dia dengan muka tak beriak lagi. Tapi dahi dia luka sebab aku kut.

"Rumah saya dekat je, jom. Saya rawat awak kat rumah je la"

"Masuklah cepat" bila dia dah mula tinggikan suara aku terus masuk ke dalam kereta. Garang betul sekarang ya? Mentang2 aku ni bukan lagi boss dan pekerja dia tunjuk belang nampak. Membebel je tetap jugak masuk dalam kereta. Hehehe. Masuk je dia terus bergerak pergi dan aku tunjukkan jalan ke rumah aku yang hanya 15 minit. 

"Turun la dulu, saya nak rawat luka awk ni" 

"Sikit je ni. Turunlah" amboi! Menghalau aku nampak. Ke dah kawin ada isteri jadi garang la dengan aku ni. Dia dah kawin ke? Sedihnya.... sedihnya???? Jangan nak gila la Ana!

"Saya nak awak turun dulu, rawat luka awak"

"Saya boleh buat sendiri" degil betul la hamba Allah sorang ni.

"Oh, mesti isteri awak boleh tolong rawatkan kan?" Aku bersuara cuba bertenang dan buat2 gelak. Nampak sangat fake! 

"Isteri? Saya terlalu sibuk nak fikirkan pasal isteri" dia menjawab malas.

"Ha? Tak kawin lagi?" Terkejut la sangat padahal dalam hati suka. Apa kena dengan kau ni Ana? Dulu jual mahal sangat sekarang nak pulak? Orang dah tak nak kau la Ana! 

"Saya nak balik ni" lari dari topik la pulak. Aku buka pintu dan pandang Az yang langsung tak pandang aku.

"Jom turun!" Aku ambil fon dia yang ada atas dashboard,dia sendiri terkejut dengan tindakan aku. 

Mengada betul aku ni kan. Aku terus turun dan masuk ke dalam rumah. Kalau dia rasa nak fon dia tunggu la depan pintu. Aku naik ke atas dan ambilkan first aid kit lalu berlari ke pintu, kereta Az masih ada dan dia masih lagi di sana. Aku ke keretanya dan membuka pintu kereta.

"My fon?"pintanya tapi aku menggeleng.

"Dont be childish!" Marahnya pula. Aku buat muka sedih, konon kecik hati la kena marah, heh, muka dia dah serba salah. Cantik! 

"Saya memang tak pandai kan, careless, clumsy, tak membantu langsung, beban, tak berguna, nak balas budi orang pun tak pandai, ambillah fon awak ni. Terima kasih tolong saya tadi, sorry susahkan awak" aku letak fon dia dan berjalan pergi. Satu, dua, ti....ga...

"Fine! Awak rawat luka saya" aku sengih sendiri. Hahahaha. Trick menjadi la weh. Aku pandang belakang dan dia berjalan ke arah aku dengan muka nak marah.

Kami duduk di kerusi di laman rumah dan dia duduk di depan aku dengan muka tak payah cakap la masam macam apa. Macam jeruk je aku rasa. Aku senyum pandang muka dia yang tak ikhlas tu. Aku mula membersih lukanya dan dia diam aje. 

Rasa nak je tenyeh kuat2 biar dia rasa sakit sebab tenung aku macam nak telan. Tenunglah macam dalam tv or drama buat tu lepas tu aku tanya, kenapa tengok saya macam tu, then dia jawab. Awak sangat cantik! Hahahaha. Berangan je tahu!

"Ana, bila balik? Setahun hilang, balik bawa suami ya?" Aku tergelak, adess jiran aku la ni. Mak cik Mira.

"Baru je balik mak cik, sesuai ke jdi suami Ana? Hensem?" Soal aku membalas soalan mak cik mira. Aku gelak sedikit dan mak cik mira ikut sama gelak.

"Sesuai la, hensem, macam merpati dua sejoli." Balasnya pula. Aku gelak lagi.

"Ada2 je la mak cik ni"
"Betul la, Ana,nanti kita borak lagi ya. Mak cik nak masak ni. Kalau suami kamu ni senyum mesti lagi hensem" sempat lagi mak cik mira ni. Aku dah gelak sakan bila dahi Az berkerut. Dah dia tu jual senyuman dia mahal sangat. Ada GST kut.

"Ya la mak cik" aku balas tapi mak cik mira dah hilang masuk dalam rumah. Aku tampalkan plaster pada dahinya dan senyum pandang dia.

"Give me your perfect smile boleh?" Soal aku akhirnya, soalan yang dah lama aku sendiri tak tahu kenapa aku nak sangat tanya. Hal yang lepas aku dah tak nak fikir lagi dah. Mata Az membulat, mesti dia agak terkejut dengan soalan terkejut aku kan? 

"Ap....apa... maksud awak ni?" La! Dah gagap pulak. Bengap pulak tu.

"Last year you ask me you want to be the one that give me his perfect smile. So, the perfect smile is yours. So, will you give me your perfect smile?" Dia terdiam lama. Cepatlah jawab aku pun rasa segan dah ni. 

"I will answer it tomorrow" jawabnya selamba. Spoil mood!!! Aku mengeluh dan pandang tempat lain.

"Esok raya" 

"It's ok. Saya akan datang beraya rumah awak" 

"Saya busy"

"Saya akan curi masa awak nanti"

"Tengoklah macam mana" 

"I've settle it with your brothers" erk! Brothers????

"Bye!" Belum sempat aku habis nganga lagi dia dah blah? Adesss...


"Along, maafkan salah silap angah, dan tolong jangan pergi lagi" permintaan angah dah tertunai. Aku tak kan pergi lagi sebab aku sendiri penat dan letih tinggal jauh dari dorang. Aku senyum sikit dan kepala angah aku usap lembut.

"Along tak pernah marahkan adik2 along. Along tak kan pergi lagi kecuali bila Allah yang panggil"

"Betul ni long?" 

"Betul angah"

"Janji?"

"In sha Allah" 

"Alhamdulilah" aku sengih lagi. 

"Along, maafkan abg eh?"

"Ya, kalau hari raya baru nak minta maaf banyak yang kena tuntut ni"

"Ala along, trademark la ni" ish! Abang ni spoil mood selamat hari raya maaf zahir batin betul! Redha je la.

"Selamat hari raya along, maaf semua salah silap acik key. Cepat2 bawak balik abang long kat acik!" Dia tersengih. Ha! Lupa nak tanya pasal Az, macam mana Az boleh kenal mereka tiga orang ni eh? Penasaran deh.

"Korang kenal eh dengan Izzaq Azfan?" Soal aku langsung.

"Ha?" Lepas ha je terus tiga orang ni masuk kereta nak pergi masjid solat hari raya. Ada benda yang tak kena kat sini ni. Jaga korang!


"Masuklah, selamat hari raya" meriah pulak rumah aku raya tahun ni walaupun tak banyak persiapan. Hehehe. Masuk sendiri la tetamu pintu tak kunci pun. Sibuk layan tetamu sampai lupa nak tanya pasal Az kat tiga org ni. Petang nanti mesti dorang nak pergi jalan2 pulak. Bila nak boleh tanya ni? 

Petangnya, pelik! Kenapa keluarga mak su dan kembar tiga ni ada kat rumah pulak? Tak nak pergi beraya ke? 

"Kenapa semua duk sini?" Soalan aku ni macam nak menghalau pun ada rasanya kan? 

"Tunggu orang" 

"Semua orang tunggu orang yang sama ke?"

"Ya!"

"Tunggu siapa?" Pening betul. Ingat rumah ni ruangan menunggu ke apa. Hahaha tak kisah pun sebenarnya.

"Assalamualaikum" 

"Sampai dah!" Semua oramg bangun dari sofa dan ke pintu rumah. Aku je la yang duk blur habis kat sini. Bila je tetamu tu masuk aku sendiri rasa nak pengsan.

"Dato, datin?" Sakan pulak beraya rumah aku ni. Tak pernah2 pun selama ni.

"Ana, sihat?" Soalan pertama dato aku jawab tenang. 

Bila semua orang dah duduk dan bertenang dato mulakan bicaranya. Kenapa pulak ni? Aku ada curi aset syarikat ke? 

"Kami datang nak memetik bunga keluarga ni" dato tersenyum.

"Petik je la dato. Bunga rumah ni biasa2 je" aku balas selamba. Semua orang dah gelak riuh ni, betul la apa yang aku cakap. Bunga kertas ada la kat laman rumah aku ni.

"Bukan bunga di taman"

"Terus terang je la abang"

"baiklah, datang nak meminang Ana untuk Az. Ana terima?" Aku diam. Semua orang diam. Apa benda pulak ni?

"Prank hari raya ke ni?" Soalan aku dijawab dengan tawa riuh. Tak faham!

"Az sukakan Ana, jadi Az nak jadikan Ana isteri dia. Ana sudi terima Az?" Aku diam lagi. Betul ke ni? Kenapa berdebar pulak jantung aku ni? Berdebar suka ke tak suka ni? Susah!

"Ni cincinnya, bertunang terus ya Ana?" Aku tak sempat cakap ya pun datin dah sarungkan cincin di jari manis aku. Erk! Apakah ini? Mimpi ya?

"Datin, saya...."

"Terimalah Ana, mama nak Ana jadi menantu mama" 

"Saya pun nak kamu jadi menantu saya Ana" dato pula bersuara. Adess!!! Payah ni! Last sekali aku angguk. Hahaha. Padahal aku suka sangat kan? Poyo betul la macam ni.
Aku terima Izzaq Azfan bukan kerana his perfect smile tapi kerana Allah pilih dia untuk aku. Tu ayat dia sebenarnya aku copy paste je.

"Just me right?" Soalnya lalu memeluk pinggang aku dari belakang.

"What?"

"The owner of his perfect smile?"

"Yes! Just you and always be you!"

"Yes! Then, you are my perfect mine" 
"your perfect?" 

"Yes! My half of me"

"Oh, jiwang!"

"Mestilah! Saya simpan semua ni untuk my perfect wife ni"

"Saya tal perfect, awak yang sempurnakan hidup saya"

"Alhamdulilah"

"His perfect smile is your smile, so, her perfect smile belongs to whom?" 

"Belongs to you....." pipi aku dicium lama. Alhamdulilah..... everyone has their own perfect smile. Find it! In sha Allah dengan izin Allah. Found it!


#tq sudi luang masa baca.. his perfect smile? Hurm? Hahaha....


9 comments:

  1. Laaa lagi2 ending dia sikiitt 😩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye eh? Sorry la....-garu blkang kpla- . Hahaha...

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Alamak.alamak. sorrryyyyy slap tkan remove plak komen nihhh. . Tq baca yer awaaakkk. . Sorry...

      Delete
  3. Ending sikitnya������

    ReplyDelete
  4. Hebat laa blog alzaisanara nie.. hebat buat cerpen..daebakk

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnyerr..buat LA smbungn ke...-iezahtakuya

    ReplyDelete
  6. Suka semua cerita kakak
    BestπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete