Saturday, 3 January 2015

cerpen : Lafaz Cinta

"What???" Tak payah cakap dah level berapa suara aku meninggi sebab terkejut. Aku dah jadi tunangan orang selama setahun? Kenapa mama dan papa tak pernah cakap apa2 pun dan hari ni aku tak panas punggung lagi sampai Malaysia setelah tamat belajar di Interlaken dalam bidang business mama sampaikan berita ini dengan tenang. Nasib baik aku tak buat macam kawan aku yang kawin kat sana senyap2 dulu lepas tu baru maklumkan kat parent.
"Ma, pa. Why?" Soal aku sedih. Belum sempat aku mulakan hidup baru di Malaysia mama dan papa dah mulakannya dari awal. This is my life and my future! Bentak dalam hati je la.
"He is a good man"
"Just because he is good?" Soal aku geram. No! Alasan yang aku rasa tak munasabah dan tak sesuai langsung untuk aku terima.
"Papa, you should prepare a good excuse before you tell me this" suara aku meninggi lagi. Memang aku boleh rasa yang aku agak kurang ajar sekarang ni. Aku anak sulung kepada dua beradik tapi tak bermaksud hidup aku perlu dirancang oleh orang lain. Aku dah 24 tahun. Dah boleh berdikari dan boleh berdiri atas kaki sendiri.
"Along dah jadi tunang orang pun. Dah setahun." papa bersuara tegas. Aku tersengih sinis, senangnya papa cakap kat aku. Aku memang anak sulung dalam keluarga ni tapi aku tak pernah rasa ada keluarga pun. Papa dan mama selalu mengatur hidup aku lain pulak dengan adik aku Ikin yang selalu dapat apa yang dia nak. Mungkin dengar aku macam jeles tapi itu hakikat sebenar. It is a fact! Kalau tahu macam ni aku tak balik Malaysia baik aku stay je kat sana.
"Along ni, baru je tunang dah naik suara dengan papa dan mama" dan memang jelas Ikin adak aku yang paling aku tak tahu nak cakap apa ni suka tambah api marah aku! Aku tak tahu kenapa macam aku ni orang asing dalam rumah ni. Nak kata aku anak angkat memang tak lah!
"Orang tua tebgah bercakap ni tak reti nak respek ke?" Suara aku turut sama meninggi. Geram sungguh dengan sikap kurang adab Ikin.
"Betul la apa yang adik cakap tu. Along tu sepatutnya dah dewasa tahu beza baik buruk. Matang sikit" mama menambah. Sumpah aku rasa macam nak menangis je sekarang ni. Ikin selalu je betul di mata mereka padahal kalau mengikut pencapaian akademik atau apa shaja aku lebih darinya tapi semuanya tak bernilai di mata papa dan mama.
"Fine! Mama dan papa buat la apa pun! Along ikut je!" Aku terus mengatur langkah ke bilik. Air mata mula bertakung di tubir mata. Kenapa mesti begini hidup aku ya Allah? Dimanakah silapku dulu? Apa aku pernah melakukan kesilapan dulu? Aku hanya seorang anak yang perlukan kasih sayang.

Aku menangis seorang diri dalam bilik membenamkan muka ke bantal biarlah bantal aku basah lencun pun. Hati aku sangat sakit ya Allah. Baik aku pergi cari kerja secepat mungkin duduk dalam rumah ni buat sakit jiwa je. Aku terus menyiapkan resume yang boleh aku gunakan. No matter what, aku akan jauhkan diri dari mereka. Mereka tu siapa? Keluarga kau sendiri Ria Qistina! Malas nak bersedih sebab aku dah tinggalkan diri aku yang lemah di Interlaken. Tepat jam 3 pagi aku selesai melengkapkan aku punya resume dan mula mencari kerja kosong yang sesuai. aku tak kisah kalau perlu mula dari bawah sekalipun yang penting aku boleh kerja dan mampu hidup di luar nanti. Aku tak betah di sini ya Allah.
Akhirnya pukul 6 pagi aku tersedar dan terus bangun dan solat subuh. Setelah berdoa memohon pada Allah aku bersiap ala kadar. Aku perlu dapat kerja ni ya Allah. Aku menyiapkan semua persediaan akhir aku dan melilit tudung. Sebelum berpuas hati dengan diri sendiri aku terus turun ke bawah. Banglo mewah papa langsung tak buatkan aku rasa bertuah lahir dalam keluarga ni. Sedangkan harta dunia boleh habis baik kejar kasih sayang. Mama dan papa sedang sarapan di meja makan aku singgah sebentar.
"Along nak keluar cari kerja" aku hanya memaklumkan tiada niat untuk berbicara atau buat discussion.
"Kerja je la dengan syarikat papa." Papa bersuara membuatkan langkah aku berhenti melangkah pergi.
"It's ok! As I can survive with my effort in Interlaken I can survive here without your help too. Thanks for the offer" papa dan mama angkat muka bila aku agak kurang ajar. Mana pernah mereka tahu kesusahan aku di sana. Mana pernah aku guna duit mereka sepanjang belajar di sana. Aku dapatkan tajaan dan biasiswa dengan hasil usaha sendiri.
"Since when you being this rude?" Soal mama geram. Aku pandang mereka sekilas sebelum tersenyum malas.
"Rude? I'm sorry" aku terus berlalu dari situ malas nak bertekak. Diingatkan kejayaan aku selama 5 tahun di negara orang akan ubah persepsi parent aku tapi langsung tak! Apa lagi yang aku boleh buat? Aku dah malas nak berusaha pulihkan hubungan ini Ya Allah. Aku mengambil teksi untuk ke tempat temu duga, memang driver papa offer utk hantar aku tapi aku dah cakap awal2 lagi! Aku mampu berdiri atas kaki sendiri!

Ramainya orang yang datang temu duga kat sini. Macam tak ada harapan je. Aku mengeluh malas tapi aku tetap isi borang. Kita kena cuba buatnya ada rezeki yang Allah nak bagi dapatlah. Syarikat ni tak besar mana pun tapi femes jugak. Memang di ketuai oleh seorang yang masih muda dan atas sebab itulah aku pilih tempat ni. Aku nak tahu macam mana dia mampu berjaya debgan usia yang masih muda. CEO, aku tak tahu pun rupanya tapi aku tahu umurnya. 27 tahun! Sangat muda untuk ada syarikat sendiri.

Aku mula menguap sebab dah lama sangat menunggu dan akhirnya aku terlelap jugak.
"Maya, kejutkan dia, dah masuk lunch hour ni"satu suara lelaki menyuruh SU nya mengejutkan Qis yang sedang lena diruangan menunggu seorang diri. Semua orang dah beredar untuk rehat dan kembali pada pukul 2 petang nanti.
"Cik, cik" aku terasa bahu aku disentuh dan aku terus membuka mata. Jet lag semalam masih lagi terasa sebenarnya tapi aku malas nak tayang muka dalam rumah tu.
"Dah turn saya ke?" Soal aku lalu berdiri.
"Belum. Lunch hour" maklumnya. Aku mengangguk dan membalas senyuman manisnya. Cantik macam maya karin dia ni.
"Cik. Surau kat mana?" Soal aku pada wanita tadi. Dia menunjukkan arah sebelah kiri.
"Thanks" aku mengatur langkah ke sana dengan langkah berat. Dari lapan pagi aku kat sini dah pukul 1 tak siap lagi. Banyak lagi tempat lain aku nak pergi ni. Aku segera menanggalkan tudung dan berwuduk sambil tunggu azan zohor aku buka fon. Aku pandang gambar2 kami di Interlaken. Rindunya kat dorang. Aku segera solat bila azan masuk. Aku bersiap ala kadar dan terus ke ruangan menunggu balik. Boleh pulak aku lelap lagi sekali memang aku penat sangat pun sekarang ni. Ya Allah.
"Cik. Dah turn cik" aku yang masih mamai terus tersedar. Dah hilang ngantuk semua cuak je lebih sekarang ni. Aku menggenyeh mata dan membaca doa sebelum masuk. Sorang je yang tukang temu duga. Bukan selalunya dua tiga orang ke?tapi siapa dia ni? CEO sendiri ke? Dah la aku yang paling last confirm tak dapat ni. Jam pun dah berginjak ke pukul 4 petang. Seharian aku buat tahi mata je kat sini. Aku ketuk pintu sebelum masuk. Aku pandang dia dan dia pandang aku sekilas sebelum kembali ke file ditangannya. Resume aku la kot. Hensem jugak dia ni tapi aku ni dah mengarut kenapa.
"Have a comfort sit please" ujarnya tanpa sebarang riak di wajah. Aku dengan malas terus duduk tegak. Adat la ni kalau iv kan? Handbag aku letak disebelah kaki kiri dan aku memandangnya. Ralit sungguh mamat berkaca mata ni meneliti file aku. Ye la kot file aku mana tahu aku perasan je. Kenapa tak mula lagi ni? Ke memang kena tunggu lama macam ni?
Aku diam dan dia pun diam. Aku mengeluh lemah dan aku tekejut bila dia bersandar pada kerusi dan pandang aku tajam ke muka aku. Takutnya. Macam aku ada buat salah je. Aku berdehem membersihkan tekak yang terasa kering.
"Dah cukup tidur?" Soalnya tajam ke mata aku. Erk? Dia tahu ke aku duk tidur je hari ni sepanjang menunggu? Habislah confirm tak dapat kerja ni. Aku malas nak menipu jadi aku angguk je la. Lepas tu dia boleh tayang senyum sinis kat aku? Weh! Kau yang nak kerja dengan dia ke dia yabg nak kerja dengan kau! Marah tokey nampak!
"Maafkan saya!" Pinta aku bersungguh. Dan tunduk2 macam minah jepun pakai kimono wasabi ni warna hijau lumut. Eh! Mengarut apa pulak ni?
"Do you want the second chance?" Soalnya dan aku angkat muka memandangnya dengan muka blur habis sebab tak faham. Second chance?
"Second chance?" Soal aku padanya.
"Ya! Saya dah tunggu terlalu lama untuk awak bersuara. Jadi, awak masih nak peluang kedua untuk bersuara?" Soalnya tegas. Aku laju mengangguk takkan aku nak biar semua jadi sia2 je.
"Use your mouth to speak not your head!" Perlinya. Aku kecut perut.
"Yes! I want the second chance" ujar aku laju. Seram la pulak.
"Why i should give you the chance?" Aik? Tadi tanya nak ke tak sekarang tanya pasal lain pulak. Aku dah nak naik angin ni tapi kenalah bersabar kalau nak bekerja.
"Because i really need the chance" aku bagi jawapan mintak penumbuk. Memang mati kutu ni.
"Why you need it?" Soalnya lagi. Dasar tak faham bahasa betul. Sebab penting la!
"I need work and money to support my life" balas aku ringkas. Dia mengangkat keningnya lalu memandang resume aku lagi.
"Baru je graduate beberapa hari yang lepas. Terus mohon kerja. Without any experience do you think you can get this work?" Soalan apa yang dia nak tanya ni sebenarnya.
"I trust to the Allah." Balas aku ringkas.
"Why Interlaken?" Soalnya pada aku pula. Why?
"Because i got the scholarship to further my study there" dia mengangguk beberapa kali sebelum periksa butiran keluarga aku. Maaf! Aku selit nama je dan tu pun sikit sangat.
"Every sem you got dean. Impressive!" Pujinya dan aku langsung tak rasa nak senyun sebab semua tu tak penting. Yang penting ada dapat kerja.
"Bila awak balik malaysia?" Soalnya lagi. Soalan yang tak berkaitan langsung tapi aku kena jawab jugak. Tiba2 je rasa macam lelaki ni poyo gila!
"Semalam" balas aku ringkas. Dia tersentak. Kenapa?pelik?
"Why you choose our company?" Aku tak pilih pun la. Aku just tengok kerja kosong dan ushar sikit je pasal syarikat ni dan aku memang salute dia punya CEO yang entah macam mana rupa tu. Tu aje! Yang lain memang aku tak merancang.
"I didn't choose. It's just my first try" dia terkejut lagi dengan jawapan aku.
"So,you dont have any plan to work with?"
"Nope!"
"Why?"
"Because when we wanna choose we should prepare for fail or dissappointment" dia berkerut. Kenapa? Pelik ke english aku ni.
"If we dont choose then we are not going to disappoint?"
"Yes"
"Why?"
"Because we dont have any goal or any expectation to the place that we choose"
"Then how you can convince me to have you as one of my staff?" One of his staff?? Maknanya dia la mamat yabg aku duk puji hebat tadi tu. Aku tarik balik!
"My commitment is when i get the job. When i have the job, my commitment will be there" dia mengangguk sekejap.
"Dont you know the phrase if we fail to prepare we prepare to fail?" Soalnya pada aku.
"I know! But, we need to prepare to fail. Because if we fail then we can still move on. Fail didnt mean the end. In business prepare to fail just same with take a risk" aku jawab selamba. Pergh! Sekali ayat mengarut yang keluar dari mulut aku. Dia pandang aku pelik dengan wajahnya yabg berkerut then dia tutup resume aku. Confirm tak dapat ni. Takpelah aku reda je.
"We will call you later" jawabnya setelah lama berdiam diri. Aku angkat punggung setelah ucap terima kasih. Macam tak dapat je kan?tu la tunjuk terel sangat. Aku terus ke tepi jalan untuk tahan teksi,laparnya perut aku dah la tak makan lagi ni. Duit dalam purse pun cukup2 untuk tambang teksi balik je. Card bank ada tapi mana la aku tahu kat mana atm ni kat area sini. First time aku lalu jalan ni. Dah lima tahun tinggal malaysia mana nak ingat lagi dah. Takde pun teksi yang masuk ni. Aku nak buat apa ni? Apa kata aku naik balik solat asar dulu dah lewat sangat ni. Aku atur langkah ke surau yang sama setelah solat aku turun semula. Alahai ke memang teksi tak masuk sini? Aku mencari fon tapi tak jumpa. Eh? Mana pulak fon aku hilang ni?  Dalam surau tadi ke? Aku naik sekali lagi dan kali ini aku terserempak dengan CEO Megah Jaya Holdings. Rasa lain macam je tanpa menegur dia aku terus berlalu ke surau. Puas aku cari tapi tak jumpa macam mana ni? Habislah contact aku semua dalam tu.

Izzul Ashreeq mendail nombor pengurus pemasaran yang telah berjaya dalam iv minggu lepas. Dia sendiri yang nak bercakap dengan empunya badan. Bila cantik dia landing atas katil dan mendail nombor tersebut dia pelik sbab tidak berjawab. Puas dia cuba tapi tak berjaya. Dia menggaru dagunya yang tidak berjanggut dan termenung.
"Iz, termenung apa?" Soal mamanya lembut. Bahu Iz dogosok lembut. Iz membetulkan duduknya dan tersenyum memandang mamanya.
"Iz dah jumpa pekerja yang sesuai tapi call tak dapat pulak. Pelik. Dah la kami perlukan khidmat dia sekarang"
"In sha allah...dapatlah nanti. Oh ya,bila Iz nak jumpa tunang Iz tu? Kenal2 dulu dah nak kawin kan?" Iz mengeluh lagi. Dia bersetuju dengan pilihan mamanya tanpa dia rela tapi mamanya dan papanya beria ia jadi dia terpaksa mengalah. Tunang yang tak pernah dia kenal dan pandang itu.
"Ma, i think you should show me her picture"
"Really? Yo want to see her? Wait here, i'll take it for you" gembira betul mamanya, akhirnya Iz terbuka hati nak melihat gambar bakal isterinya bahagia betul Datin Sofea. Tapi bila Datin Sofea datang bersama gambar Iz menolak pula. Tiba2 rasa takutnya datang. Tapi mamanya tidak memaksa.
"Sorry ma. Iz..."
"It's ok" jawab mamanya lalu mengusap pipinya lembut. Anak lelakinya yabg bongsu dan satu satunya anak lelakinya selepas dua kakaknya.
Iz menghantar mamanya pergi dengan perasaan bersalah tapi dia sangat takut sekarang.
" baik aku buat kerja" Iz ambil briefcasenya dan mengeluarkan dokumen yang perlu disemak. Tiba2 iphone5 keluar dari briefcasenya. Dia menepuk dahi terlupa yang dia telah terambil fon salah seorang yang datang temu duga. Dia mengambilnya dengan niat untuk memulangkan kepad tuannya tapi dia terlupa terus. Segera dia pergi cas fon yang dah kehabisan bateri itu. Setelah dia cas dia turun ke ruang tamu.
"Iz! Kenapa takut sangat nak tgok bakal isteri?. Lagi sebulan lebih je tau" tegur alongnya bila Iz duduk disebelahnya. Iz pandang alongnya dengan malas kemudian dia mengeluh. Berapa kali nak mengeluh daa.
"Tak ready la long. Lawa ke?" Soal Iz menduga. Saja je sebenarnya.
"Lawa gila Iz! Tapi tu gmbar lima tahun  lepas la. Zaman 19 tahun. Cute lagi"
"Oh! Baru 24 la tunang Iz tu?" Umur tunang sendiri pun tak tahu. Nampak sangat tak concern.
"Long,take over pengurus pemasaran syarikat Iz seminggu dua? Please?"
"No la! Hubby along suruh berhenti kerja dulu. Jaga kandungan"
"Ala along. Seminggu dua je" pujuk Iz lagi.
"Kan dah buat iv. Takkan tak jumpa?"
"Jumpa! Tapi tak dapat nak contact" balas Iz lemah.
"Dia dah jumpa kerja lain kut"
"Entah. Nak try call lagi ni" Iz membawa telefon ke telinga dan dia call lagi. Tanpa jemu pulak tu nak sangat pekerja pilihan dia angkat call tu.
"Iz! Fon kau duk rempit dalam bilik ni!" Suara kuat angah buat Iz terkejut. Boleh pecah gegendang telinga bila angahnya menjerit memang dahsyat lontarannya. Iz panjat tangga ke biliknya tapi dia masih lagi cuba menghubungi orang itu. Sebaik dia melihat no yang tertera di telefon itu dahi dia berkerut.
"Macam no aku?" Dia menjawab panggilan itu dan bila dia bersuara dia dapat dengar suara dia balik. Sah! Memang no dia.
"Along!!!!" Berlari Iz mendapatkan alongnya yanh membelai perutnya itu. Mentang2 suami bagi mandat rest kerjanya goyang kaki kat rumah.
"Apa?" Soal along malas.
"How can i call her? Her phone is here!" Iz menghempas badan ke sofa. Habislah Iz.
"Yang Iz curi fon dia kenapa?"
"Bukan curi, dia tercicir la. Macam mana nak contact?" Iz mengurut dahinya yabg berkerut.
"Email la! Takkan dia tak tinggalkan email dia" Iz pandang alongnya dengan wajah ceria. Laju je dia mencium pipi tembam alongnya dan berlari naik ke bilik. Nak kata buta IT dah cukup pandai dah sebenarnya.

Tak terucap rasa syukur aku bila aku dapat kerja tu. Biarlah aku tak berapa nak berkenan dengan cara dia iv aku tapi tu memang kerja dia kan? Alhamdulilah ya Allah bersyukur sangat.
hari pertama aku kerja memang aku ceria dan gembira sangat.
"Hope you enjoy here" wah wah wah... ceria betul SU jelita ni. Enjoy here with the boss that kerek gila? I hope so lah.
"You alls... this is Ria Qistina. Or Qis je. Our new marketting manager. Yay!" Ha! Gamat satu office dengan suara Maya macam betul2 menghargai pekerja baru. Aku balik Malaysia selepas lima tahun pun tak dapat warm welcoming macam ni pun. Ni yang buat aku rasa nak nangis bila orang luar lebih menghargai aku daripada ahli keluarga aku sendiri.
"Oh girl! She is blushing.. super cute la you ni Qis" pipi aku dicuit. Hailah Kak Maya ni ada je la. Selepas berkenalan dengan semua orang aku dibawa ke bilik aku sendiri. Bilik sendiri? sebelah bilik boss pulak tuh. Nampaknya memang kena selalu pastikan langsir ditutup kalau tak boss boleh nampak aku kat dalam ni.
"Last person that you gonna work a lot with, our accountant Rizki or Riz je. Riz this is our new marketting manager" aku membalas senyum lelaki segak dan tegap depan aku ni. Walaweh! Dia senyum cair! Bolehlah.
"Wish the best of luck to us" ujarnya sopan. Aku membalas senyumannya dan mengangguk.
"In sha allah"

"Maya! Call her!" Ujar Iz sebaik sampai di pejabat. Maya yang rasa bingung menurut Iz ke dalam pejabatnya.
"Call her" Iz bersuara lagi bila Maya ikutnya masuk.
"Who?" Soal Maya pelik.
"Our new members."
"Qis? Ok!" Maya yang sudah tersenyum keluar dari pejabat itu dan mendapatkan Aku yang masih lagi blur tak tahu nak buat apa.
"Boss panggil!"
"Why?" Soal aku cuak.
"Nak dating sikit" ha! Aku dah buat lopong naga ni tak paham.
"Just to break the ice la. Go!" Aku terpaksa menurut. Kalau setakat break the ice takpe bimbang dia nak break the head je nanti. Aku mengetuk pintu biliknya dan segera masuk bila dapat arahan. Aku cuba untuk senyum tapi tak mampu jadi aku hanya menundukkan kepala sedikit. Susah benar aku nak ukir senyum pada dia. Kenapa?
"Please have a seat" ujarnya sambil memandang aku. Nak tak nak aku duduk berhadapan dengan dia. Aku nak pandang dia tapi aku tak kuat setiap kali mata kami bertembung. Seperti mata itu milik aku? Haish! Aku pernah donate mata ke dulu?kalau pernah habis tu mata aku ni mata siapa pulak?pening!
"I want to know about you" aku tersentak. Pelik ni!
"All my details was in the resume" balas aku ramah.
"Yup! But you do not write about you properly. I dont know anything."
"Apa yang encik nak tahu?" Soal aku sambil pandang hidungnya. Takutlah nak pandang mata dia karang jatuh ke tanah siapa nak pungut.
"Everything" aku garu pipi. Everything? Kena berkhemah baru siap ni satu hari satu malam habislah.
"Saya Ria Qistina,24 tahun,degree in business at Interlaken" jawab aku selamba. Dia tersengih lalu berpeluk tubuh.
"Err, tu je pasal saya"
"All of that is in your resume. It's ok. Nah" aku ternganga bila dia keluarkan  aku punya fon. Bagai nak gilak aku cari kat sini rupanya.
"My phone?" Soal aku terkejut. Dia mengangguk.
"How?"
"You left it. I dont know that is yours. I called you hundred times to inform that you get this job but it is not connect. Your phone is with me. I'm sorry"
"No! Thanks for returning it back. Thank you!" Syukur la Ya Allah.
"Great! Welcome to our big family. May Allah bless all of us and lets work hard!" Ujarnya bersemangat. Aku pun dah jadi bersemangat sama! Memang tempat kerja yang terbaik dan boss yang tersangat baik.

"Along kerja kat mana? Dah seminggu ulang alik kerja. Satu patah pun tak cakap dengan kami" papa tegur aku bila aku melewati ruang tamu. Mereka bertiga sedang berbahagia menonton tv bersama tapi aku? macam orang asing dalam rumah sendiri. Baik aku tidur office je macam ni. Dah seminggu aku kerja hari ni baru nak tanya. Ya Allah. Apa aku cakap ni?dia parent kau Qis!
"Tak perlu papa tahu. Yang penting Along tak menyusahkan papa"balas aku dan mengatur langkah untuk pergi.
"Ingat along! Sebulan satu minggu lagi along akan kawin dengan tunang along tu. Jangan cuba nak malukan keluarga. Mama akan cari along sampai lubang cacing sekalipun" mata aku memberat dengan takungan air mata. Mama aku sendiri, orang yang melahirkan aku mengugut aku demi maruah keluarga. Bagaimana dengan life aku?sanggup mereka korbankan begitu mudah.
"Along tak kan lari. Sekurangnya bila along dah kawin nanti. Along bukan lagi beban bagi keluarga ni" aku terus melangkah sayu. Suara papa memarahkan aku tak nak aku hiraukan. Kenapa aku mesti dibenci sedangkan aku lahir dari rahim yang sama dengan Ikin. Ria Ashiqin selalu dimanjakan. Aku juga teringin meletakkan kepala di atas ribaan mama, tumpangkan kepala di bahu papa. Aku teringin semua itu. Dari aku 10 tahun aku diletakkan di asrama. Kenapa aku dilayan begini sedangkan Ikin dapat semua kasih sayang mama dan papa. Ya Allah dugaan ini agak berat untuk aku galas.

Paginya mata aku bengkak dan memerah. Aku menangis sepanjag malam. Dalam tidur pun air mata aku mengalir lagi. Sungguh rumahku bukan syurgaku. Kak Maya yang tua tiga tahun dari aku mendapatkan aku yang masih lagi menangis di pantry. Bahu aku dipeluk hangat. Apalah dosa aku ya Allah.
"Qis, kenapa ni?"
"Qis nak pindah rumah. Akak boleh tolong Qis cari rumah sewa?" Soal aku sebak.
"Tak perlu cri rumah sewa. Office dah sediakan rumah untuk pekerja. Bolehlah Qis join akak dan Lina dalam rumah tu. Free of charge!"
"Really?"
"Yep! Boss tanggung ma! Semua beres!" Ujarnya ceria.
"Boleh akak tumpangkan Qis balik? Qis nak pindah hari ni jugak. Boleh?" Soal aku meminta simpati.
"Boleh! Dah nangis kita ada meeting lepas ni"
"Ok" aku lega sangat sekarang ni. Lega yang tak terucap rasanya. Engkau dah bukakan jalan mudah untukku.

Masa meeting macam gathering keluarga adalah. Happening gila tapi kerja settle. Aku ni tukang senyum dan gelak je, tak pandai lagi nak bergaul dengan mereka semua tapi semuanya baik sangat. Aku sayangkan mereka, mereka dah macam keluargaku sendiri sedangkan aku dirumah tidak dilayan sebaik ini.
"Qis,awak tak sihat ke?" Soal Riz seperti berbisik. Haruslah sebab tak nak kacau orang lain punya discussion. Aku senyum segaris dan menggelengkan kepala.
"Mata awak merah,hidung pun. Awak selesema ke?" Soalnya lagi. Aku nangis la semalam Rizki. Aku senyum mesra padanya nak mengatakan yang aku ok. Aku tunjukkan simbol ok padanya dan mengenyitkan sebelah mata. Bajet cute la ni tapi dia tahan gelak. Comel!
"Nampaknya ada secret conversation la kat sini" suara boss kedengaran agak kuat dan aku membetulkan duduk lalu memandang meja. Tak berani ha nak angkat muka. Lepas tu discussion diteruskan. Lega.
"Sorry, kena sound" pinta Riz padaku. Aku tayang senyum padanya dan mengangguk.
"Fair and square. Dua2 kena" dia tergelak kecil dengan jawapan aku. Bila kami dengar orang berdehem kuat kami senyap dan layan pandang belakang. Boss lagi!
"Boss. Air!" Aku menghulurkan hot chocolate di tangan aku padanya dan dia terima dengan muka berkerut.

Hampir semua barang aku angkut keluar dari rumah ni. Ternganga kak maya bila tahu aku ni anak Datuk Arif dan Datin Nora. Aku peduli apa dengan status dunia tu semua dan aku tak rasa macam boleh dilambung tinggi pun.
"Along! Kau nak lari dari rmah eh?  kau tak nak kawin dengan tunang kau kan? Kau jangan sampai aku pulak yang kena jadi mak sanggup kawin dengan tunang misteri kau tu!" Melampau kan adik aku ni? Rasa nak je bagi pelempang sebijik baru tahu diri agaknya.
"Papa! Mama! Along nak lari dri rumah!" Tempik Ikin kuat. Memang gegar satu rumah dek suara hantu dia. Berlari mama dan papa ke ruang tamu.
"Dont you dare Ria Qistina!" Tempik mama pula. Aku terus menarik bagasi untuk keluar tapi tamparan dari papa buatkan aku jatuh tersungkur di lantai. Sakitnya ya Allah, cecair merah mula mengalir di bibir kecil aku ni. Air mata aku juga mula mengalir sama. Tergamak mama hanya pandang kosong anaknya yang kesakitan. Tergamak Ikin gelakkan kakaknya yang kepedihan. Siapakah aku dalam keluarga ini Ya Allah.
"Along...bukan! Saya cuma pindah rumah je. Saya janji akan balik hari perkahwinan tu nanti. Saya janji!" Balas aku sebak dan menarik bagasi aku untuk keluar dari situ. Kereta Kak Maya sedang menunggu aku.
"Make sure you do! Or you are not one of us anymore!" Kuat suara papa dan aku rasa Kak Maya pun boleh dengar dengan jelas. Aku terus menghayunkan langkah ini dan terus ke kereta. Kak maya terkebil kebil melihat keadaan aku yang dah jerih dengan air mata.

Sebaik tiba di kondo kak maya aku terus menangis di pintu. Aku tak kuat lagi ya Allah. Aku meraung tanpa menghiraukan orang lain! Tangisan dan esakan aku kuat semakin menggila dan aku dah tak mampu nak berfikir dengan waras lagi. berat sungguh dugaan ini ya Allah. Kak maya dan Lina terus memeluk tubuhku erat dan menangis sama. Aku terus menangis kerana kesakitan yang dalam ini tak dapat diubat dengan ubat.
"Kenapa Ya Allah??" Aku terus meraung dan menangis macam orang gila. Bukan simpati yang aku ingin raih tapi sedih yqng aku ingin lepaskan.
"Qis, ingat Allah" ujar kak maya dengan linangan air mata. Badan aku terus dipeluk erat supaya tak meronta ronta lagi. Lina turut sama menenangkan aku dengan bacaan ayat suci al quran. Perlahan lahan aku sudah lemah dan air mata shaja yang masih mengalir. Esakan dan  senduan juga datang bersilih ganti. Air mata aku dikesat dan tangan aku digenggam erat. Setelah aku berhenti menangis aku dibawa ke bilik untuk direhatkan. Luka dibibir aku dituam. Lina mengusap kepala ku lembut. Tak berhenti mulutnya berselawat ke atas nabi. Aku semakin tenang dan akhirnya aku terlelap. Sungguh aku tenang sekarang ya allah.

"Qis demam?" Soal Iz terkejut. Terkejut betul dia bila tahu yang Qis tiba2 je demam. Berita yamg Maya sampaikan buat dia tak senang duduk.
"Yup!"
"Bad?" Soal Iz lagi. Risau betul. Tapi memang macam ni la sikap Iz sebagai majikan kepada pekerja dia. Semuanya dia kisahkan.
"Quiet bad."
"So, Lina is looking for her right?" Soal Iz lagi. Bila maya mengangguk dia lega sedikit.
"Awak balik la awal sikit maya. Saya ok je kat sini"
"Ok. Saya pun rasa tak tenang je" balas Maya pula. Pelik jugak dia sebenarnya sebab mereka semua boleh jatuh sayang dengan Qis walaupun tak sampai sebulan Qis kerja kat sini. Nak kata Qis jenis banyak bercakap tak jugak. Entah kenapa.

"Ma!" Iz memeluk bahu mamanya sebaik tiba di rumah. Mamanya pula dah tersenyum gembira. Gembira betul Iz sekarang mungkin sebab dah nak kawin kut.
"Mama rasa ada eloknya Iz naik mandi dulu. Solat" ujar mamanya lembut.
"Dah solat tadi ma. Iz nak goyang kaki kat ruang tamu dulu" Iz segera bergerak ke ruang tamu dan baring di atas sofa yang empuk itu. Pantas tangannya tergapai gapai mencari remote tv atas meja kopi tapi lain pulak tangannya ambil. Dia bawak kertas putih itu ke matanya. Terduduk dia bila gambar perempuan di dalam gambar itu seperti orang yang dia kenali. Dia membetulkan duduk dan memerhati gambar itu dengan mendalam. Mamanya keluar dari dapur terkejut sikit.
"Ni ke tunang Iz ma?" Soalnya sebaik dia memandang mamanya. Datin Sofea terpaksa mengukir senyum dan mengangguk.
"Tapi ni gambar 5 tahun lepas. Sekarang mama sendiri tak tahu macam mana" Iz hanya mengangguk dan tersenyum.
"Iz suka?" Soal mamanya gembira bila tengok wajah itu ceria aje.
"Suka! Pandai mama pilih. Tapi betul ke ni anak Dato Arif dan Datin Nora?"
"Betul la" dahi Iz berkerut lagi. Pelik.

Empat hari aku bertapa dalam rumah ni. Bukan sebab sakit dah tapi sebab tak nak bagi kesam lebam ni ada lagi. Hari ni dah hilang kesan luka dan lebam dapat hadiah yang cantik dari papa. Air mata aku mula mengalir lagi tapi kali ini aku dah kuat ya Allah.
"Akak suka tengok Qis senyum macam ni" bahu aku dipeluk kemas. Aku membalas pelukannya dengan erat. Lina ni memang jenis tak boleh nak biar kami kalah sibuk je nak join. Dorang dah macam siblings aku. Lina ni sebaya je dengan aku sebenarnya jadi sebab tu mudah sangat nak jadi kawan.
"Awak dah sihat?" Soal Riz sebaik sahaja nampak kelibat aku dipejabat. Aku hanya senyum padanya dan terus mengatur langkah ke bilik.
"Mesyuarat tergempar?"
" Apa yang gempar sangat tu?"
"Boss nak kawin ke?" aku diam terus dengan soalan yang ketiga. Kenapa nak rasa lain macam pulak kan?pelik je.
"Kenalkan, Zain! Boss kedua korang" semua orang dah berkerut dahi ni? Siapa pulak gerangan boss kedua ni. Zain hanya tersenyum lalu memeluk bahu Iz.
"Ni business partner saya. We share this! Because of something that cant be avoid he is not here for years. But now he is here!"
akhirnya kami semua mengangguk faham. Kami semua berbalas senyum dan dia mulakan bercerita tentang dirinya. Seorang yang ramah je. Dah la kelakar gila memang jauh beza sikit dari Iz yang lebih tegas. Apesal nak banding beza pasal dua orang ni pulak?
"Maya, now i need to share you with someone else. Terpaksalah bermadu nampaknya" Iz mengeluh membuatkan semua orang tergelak. Memang dia sengaja buat lawak ke apa tapi aku tak rasa macam lawak langsung. Share SU? kenapa tak cari lain je?
"Come on Iz! Lets Maya be mine and you find a new one!" Balas Zain membuatkan orang lain tayang sengih.
"She is with me for years ok? You should find one" balas Iz pula. Bangga jadi kak maya ni direbut oleh dua jejaka hensem. Hahaha. Kak maya sendiri pun dah pening. Tapi aku tahu dua lelaki ini hanya bergurau nampak macam mesra sangat.
"I need her more ok?"
"Ok!" Akhirnya Iz mengalah dan mereka berdua ketawa riuh. Yang lain pun dah ikut sama ketawa tak sangka yang Iz ni boleh tahan jugak lawaknya dengan kami tegas dan baik je bila dengan kawan dia bergurau senda pulak. Apa punya ayat aku ni?

Dah seminggu, tinggal sebulan je lagi. Aku semakin takut untuk kawin. Aku dah janji jadi aku tak boleh nak lari sekarang. Setiap hari papa dan mama mengingatkan aku. Bukan! Amaran sebenarnya. Dah! Aku dah malas nak menangis lagi sebab sakit sangat.
"Penat je kak maya" tegur Lina bila kami buat lepak time tengok MLM.
"penat la Lin, Zain tu suka sangat ajak akak pergi situ sini dengan dia. Nak layan kerenah perfect work Iz lagi" kak maya mengeluh! Akhirnya buat kali pertama aku dengar. Lina dan aku dah sama2 tayang sengih. Siapa tak boleh agak yang Zain tu syok kat kak maya memang boleh daftar keluar dari bumi dan yang layak daftar tu kak maya sorang je! Jahat aku kan? Hahaha.
"En. Zain tu suka kak maya la!" Lina menjawab dan aku angguk mengiakan. Kak maya pandang kami lama sebelum mengeluh.
"He is a playboy! Semua awek dia nak tegur! Client dia hundred percent perempuan tau!" Marah kak maya pula. Kami dapat detect virus baru iaitu cemburu! Aku dan Lina dah bantai gelak dah. Ish! Kelakar betul orang bakal bercinta ni. Dah kena baling bantal sebab gelakkan dia,kami berlari masuk ke dalam bilik bila kak maya mengamuk macam gorila. Eleh, malu tapi mahu!

"Dik Ann!"panggil Zain. Dia kata muka aku macam adik dia, Ann jadi dia suka panggil aku dengan nama tu. Nak tak nak aku terpaksa la setuju. Takkan nak biar dia melaung panggil orang tak kenal.
"Yep! Der Z"ha! Ni pulak yang dia suruh aku panggil dia. Katanya arwah adik dia panggil dia macam tu. Sebab simpatilah aku setuju jadi adik angkat dia tanpa sebab.
"Jom! Balik rumah Der Z?" Mata aku membesar dan kening aku bertaut. Balik rumah dia atas sebab apa?
"Nonsense!"
"Nope! Mom and dad wanna know you. Please?" Pujuknya. Memang aku baik dengan dia tapi aku rela jadi adik angkat dia sebab terpaksa je. Apa kes pulak ni? Patutlah hari pertama dia jumpa aku macam dia terkejut sabgat dan bila aku tengok gmbar Ann ya! Memang nak sama macam aku tapi Ann mix mat salleh gitu! Aku melayu pure!
"Der Z. Both of us know that Qis bukan Ann"
"Yah! I'm sorry" pintanya lalu pergi. Perlu ke aku rasa bersalah sekarang ni? Memang aku rasa disayangi sebagai adik spnjang tiga minggu perkenalan kami tapi apakan daya aku bukan Ann sampai mati pun aku bukan Ann. Aku tahu yang pada Zain aku ialah Ann adiknya. Kenapa dia tak boleh terima ketentuan Allah yang Ann dah pergi.

Lagi seminggu dan hidup aku bakal musnah! Kak maya mintak aku discuss lagi dengan parent aku. Bukan discuss yang dapat tapi makan pelempang aku rasa nanti. Biarlah aku terseksa macam ni je. Ya Allah perkahwinan tu hubungan yang suci jadi Engkau muliakanlah. Aku sangat takut Ya Allah.
"Qis, you are dreaming right?" Soalan Iz buat semua mata pandang aku dalm bilik mesyuarat. Erk! Kantoi la pulak. Aku membetulkan duduk dan mengangguk. Dah kena gelak lagi. Adui la family office aku ni memang la suka sangat bila ada orang kena dalam meeting room. Kalau yabg tidur lagi dahsyat kena gelak.
"Berangan nak kawin ke?"soalan memang kasi muka merah ni. Malu! Macam tau2 je kan? Tapi bukan berangan nak kawin berangan tak nak kawin sebenarnya.
"Dik Ann nak kawin?" Soal Zain teruja. Lepas gaduh sikit hari tu kami dah baik hari yang sama. Punyalah susah nak pujuk Zain ni. Lepas kata nak ajak dinner dengan kak maya berkobar kobar ha! Tapi aku pelik sikit debgan common sense Zain. Macam dia,  sorry but, gay! Sebab bila dia pandang kak maya macam dia suka tapi entah kenapa aku tak nampak rasa macam lelaki lain pandang perempuan yang dia suka. Tapi bila dia pandang Iz, macam dia berharap Iz pandang dia balik. Ke aku yang terlebih sense ni. Seventh sense ke apa?
"Yup! A few days left. Hopefully all of you can come. I dont have the invitation card but i'll let you know the date. Saya minta diri dulu" aku menjemput tak ikhlas. Macam mana nak ikhlas sedangkan aku sendiri pun tak ikhlas. Aku terus keluar dari meeting room tu dan ke tandas untuk apa? Menangis la! Semua orang dalam bilik mesyuarat dah terkejut.

"Boss,boss pun ada berapa hari je lagi nak kawin kan?" Soal Maya. Iz senyum dan mengangguk.
"Mungkin hari yang sama dgn Qis. Macam mana ni?"
"Memang hari yang sama!" Jawab Iz tenang. Jadi Iz dah tahu. Berpisat mereka pandang Iz.
"Macam mana boss tahu?"
"Dia apply cuti kawin dengan siapa?" Jawab Iz tenang. Mereka semua mengangguk faham.
"Sebab kami kawin tempat yang sama" balas Iz lagi. Masih tenang lalu menghulurkan kad undangan. Terkeluar biji mata mereka semua. Ria Qistina bakal jadi isteri Izzul Ashreeq?! Memang tajuk tergempar!
"Macam mana bleh jadi macam ni?" Soal semua orang keliru. Zain yang sedia maklum pasal hal ni hanya tersengih. Tak tahu la rahsia apa lagi yang Iz ada.
"Keep it as secret ok? She dont want anyone to know."
"Ok boss!!!" Jawab mereka semua serentak. Dalam otak dah fikir bila masa Qis dengan Iz bercinta. Macam mana nak bercinta kenal bakal suami pun tak. Yang tu biarlah rahsia sampai bila2.

"Boss panggil saya?" Aku masuk dan duduk di depannya.
"Yup! Kenapa apply cuti sehari je. Cuti hari nikah je?" Soalan yang malas aku nak jawab.
"Kawin sehari pun selesai" balas aku selamba. Iz tarik senyum.
"Macam tak suka bakal suami je?" Soalnya menduga.
"Bukan je tak suka, tak kenal pun!" Balas aku geram.
"Tak kenal?" Soalnya terkejut. Samalah gaya macam kak maya dan lina terkejut bila aku cerita hari tu.
"Yup! Family arrangement"
"Dont you want to know who you will belongs to?"
"I dont! I dont have any goal for this marriage" senangnya aku jawab kan.
"But you said before. Get it first commitment will follow after. Are you ready to give a big commitment? Marriage is a gift from Allah" aku terdiam. Ya dan aku langsung tak pernah fikir pasal semua tu. Air mata aku mula berair. Aku tahu yang kawin bukanlah sekadar aku terima nikahnya tapi itu semua pasal hidup kita selamanya. Aku tahu redha isteri adalah redha suaminya. Macam mana aku nak face lepas ni? Aku takut!
"Jangan la menangis Qis. Saya ada tersalah cakap ke?" Pintanya rasa bersalah.
"Sya terlalu takut. Saya tak pernah plan semua ni jadi. Saya tak tahu kenapa mesti saya?" Aku terus menangis lagi biarlah air mata aku terus mengalir. Iz diam dan memberi ruang untuk aku menangis.
"Apa yang awak nak dalam diri suami awak tu?" Soalnya pula. Rasa macam ni baru je planning nak dapat suami macam mana. Soalan gedik masa form 4 kan? Tidur dua tiga pagi duk cakap pasal kawin. Hish. Budak hostel!
"Boss ni nak buat lawak ke?" Soal aku tersenyum sedikit.
"Mana ada. Kata2 tu doa. Mana tahu apa yang awak nak dapat" dia balas lalu tersenyum.
"Tak pernah terfikir pulak" balas aku pula.
"Baik fikir sekarang"
"Malaslah, banyak lagi kerja lain nak buat"
"Saya boss! Dan kerja awak sekarang ni berangan" aku tergelak dan dia turut sama tergelak.
"Boss je la kawin dengan saya" jawab aku tenang. Gila ke apa? Macam tak tahu yang boss ni dah nak kawin! Lagipun semalam aku nampak boss masuk hotel dengan Zain. Bukan nak salah sangka tapi aku dengar kut Zain cakap I love you kat Iz. Nak pengsan aku masa tu tapi apa yang boleh aku buat. Patutlah Iz ni macam tak layan perempuan sangat.
"Awak jangan Qis. Allah angkat doa tu nanti" aku tersengih. Tapi macam tak logik je Iz gay. Sebab dia selalu kot solat dan Zain pun aku selalu nampak dia solat. Ei! Pening sebenarnya tapi tak tahulah kalau siblings brother love canggitu. Jangan fitnah Qis dosa! Bukan je dosa tapi dosa besar!
"Eloklah untuk saya. At least saya kenal suami saya macam mana" aku balas dengan nada bergurau.
"Kun fayakun Qis. Allah kata jadi maka jadilah!" Balasnya lagi menduga aku. Takkanlah kan boss dah nak kawin kut sama tarikh dengan aku pulak tu. Takdenya sempat aku nak bermadu dengan bini boss.
"Lawak la boss. Sorry tak dapat attend wedding nanti. Rugi pulak tak sempat jumpa bakal madu" aku balas dengan gurauan dan dia tergelak kuat.
"Jangan buat awak jadi madu! Suami awak confirm setia punya!" Balasnya yakin. Aku dah gelak, cakap macam dia kenal suami aku siapa.
"Pandailah boss ni"
"Saya tak kan buat awak bermadu. Saya setia dengan bakal isteri saya!" Ujarnya sambil senyum. Aku tergelak lagi. Suka bergurau jugak boss aku ni rupanya. Bertuahlah bakal isteri boss nanti. Aku ni? Nasib masih blur lagi.

Malam sehari sebelum aku kawin dah beribu call aku dapat dari mama dan papa. Paksa aku balik rumah tu! Dan malam ni aku dah sampai di sini. Puas hati mereka dapat tgok muka aku kat sini.
"Baguslah dah balik" itu kata2 aluan dari mama sebaik nampak muka aku. Kak Maya yang nak ikut aku terdiam dengar suara sinis mama.
"Saya naik dulu" kaki aku dan kak maya atur ke bilik.
"Padan muka. Kawin dengan lelaki hodoh dan tua!" Bisik Ikin kuat. Aku terhenti melangkah. Betul ke apa yang Ikin cakap pasal suami aku ni? Kak maya dah tarik tangan aku untuk beredar.
"Baik hodoh rupa daripada hodoh akhlak! Baik tua daripada muda yang bodoh sombong ni!" Balas aku tajam lalu mengatur langkah semula. Dah mengamuk Ikin lepas kena sound! Ingat mulut aku ni tak ada bisa ke?cubalah kalau rasa nak terbakar.

"Cuak la kak. Macam mana kalau tua? Hodoh tu boleh consider lagi" aku dah takut sangat ni tapi Kak maya boleh pulak senyum. Kenapa nak senyum ni?
"Senyum pulak!" Geramnya.
"Ingatkan tak peduli langsung. Rupanya cuak jugak" saja je kak maya ni nak buat aku geram.
"Tidurlah akak!" Arahku padanya dan dia tersengih. Cuaknya... tua??? Tak dapat nak imagine macam mana. Kalau tua tapi hensem baik lagi ni dah la tua tak hensem pulak tu. Ei. Macam mana la rupa anak aku nanti. Umur 60 ada anak setahun? Dah macam ada cicit rasanya. Takutnya!!! Malas nak fikir.

Dari subuh lagi dada aku asyik duk berdebar je sebab takut yang teramat ni. Aku dah menyarungkan baju pengantin. Memang lawa dan siap ada majlis resepsi bagai malam nanti. Nanti adalah cerita anak kawin dengan bapak! Gelinya nak imagine tapi aku kena redha. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Rombongan lelaki dah sampai ke rumah bunyi kompang dah sampai dah. Kami kawin dirumah je bukan di masjid. Tapi tiba2 aku dengar suara Ikin mengamuk sedang bercakap dengan mama. Apesal pulak ni? Aku malas nak buka pintu untuk dengar apa yang mereka gaduhkan.
"Along pergi turun" ujar mama dengan muka ketat. Maklumlah baru lepas gaduh dengan anak kesayangan. Bila aku keluar boleh nampak muka Ikin tak puas hati. Tangan aku genggam erat. Kak maya dah tak habis2 beri kata semangat. All is well katanya. Dah macam three idiots. Aku takut ada farewell party je nanti. Mata langsung aku tak angkat pandang bakal suami aku yang menakutkan ini. Menakutkan ke? Lina pun ada sama, ramainya office mate aku? Tak pergi majlis kawin boss ke? Ish! Nak kena buang kerja dorang ni. Setelah semua orang bersedia tuk kadi dah mulakan majlis. Janganlah pengsan Qis.
"Aku terima nikahnya Ria Qistina binti Arif dengan mas kahwinnya senaskah alquran tunai"
"Sah!!" Sahlah aku bergelar seorang isteri. Tapi suami aku minta untuk solat sunat sebelum pembatalan air sembahyang. Tua pun tualah yang penting beriman. Ibu mertuaku menghampiriku. Kenapa macam muda je mom in law aku ni? Pelik! Dah la macam pernah nampak je. Kat sebelah dia ni ke suami aku? Segak je! Tua pun tua la! Ke aku ni bini paling bongsu dan ni bini pertama?masaklah... rasa macam nak pengsan!
"Isteri pertama ke?" Soal aku gagap. Terkejut pasangan ini. Lepas tu yang lelaki aku ingat suami ni gelak. Nasib baik tak ada orang lain kat sini. Kak maya je ada duk sengih2.
"Isteri pertama dan terakhir. Isteri papa ni,mertua kamu" ujarnya lalu gelak lagi. Aku dah ternganga sikit. Dah la memalukan. Takkan la anak dia muda lagi kut? Pening!
"Kami ni mertua Qis la." Aku senyum senget. Sangatlah aku tak faham apa yabg jadi sekarang ni.
"Biar Iz terangkan pada Qis" yang ni triple shock! Boss ada kat sini? Dengan baju pengantin! Kawin kat rumah aku jugak ke? Bukan kat masjid? Pening! Lepas tu aku terus pengsan tak sedar apa dah.

Sakit gila kepala aku ni. Aku membuka mata yang terasa berat, kepala aku bukan atas bantal ni tapi atas paha orang. Aku kecilkan mata nak tengok paha siapa yang selesa sangat ni. Sekali dia senyum aku rasa nak pengsan lagi. Laju aku angkat kepala dah hilang dah sakit tu. Aku menyentuh kepala aku yang ta bertudung lalu mencapai selimut untuk tutup kepala.
"Apa boss buat kat sini?!" Soal aku kuat. Tapi boleh dia gelak malah menurunkan selimut dari atas kepala aku.
"Alhamdulilah, saya dapat isteri yang mampu menjaga maruahnya." Ujarnya lalu mengenggam tangan aku. Aku diam je.
"Saya ada kat sini sebab doa awak. Awak nak kawin debgan saya kan?" Soalnya buat aku keliru habis!
"I need a lot of explaination!" Aku bersuara tegas. Dia menarik nafas dan kemudian bercerita dari awal sampai ke akhir. Rupanya dia sendiri baru tahu yang aku ni tunangnya dan paling aku geram satu office dah tahu yang aku ni bakal isteri dia! Aku sorang je yang tak tahu. Air mata aku terus mengalir laju. Sampai hati!
"Saya anggap ni air mata kesyukuran sebab awak kawin dengan saya" ujarnya lalu mencium dahi aku. Ok! Freeze!
"Ni air mata kesyukuran sebab tak kawin dengan orang tua" Balas aku segan. Malunya dengan dia ni. Semalam boss aku sekarang ni suami aku pulak. Dia gelak lagi.
"Cantik rambut awak ni. Untung saya kan?" Ujarnya sambil mengelus lembut rambut aku yang mengurai. Aku dah telan liur dan senyap macam patung ni. Dah la aku masih lagi keliru. Aku terdiam bila wajah Iz semakin dekat dengan wajah aku malah bibirnya sudah hampir sangat di pipi aku. Sudah! Aku rasa oksigen dalam otak aku dah nak habis ni. Aku tutup mata sebab takut tapi pintu yang dibuka kak maya menghentikan semuanya. Muka aku dan kak maya sama2 membahang. Muka Iz pun sama! Habis merah sampai ke telinga.
"Sorry boss! Datin ajak turun!" Ujar kak maya cepat2 lalu segera tutup pintu. Aku dah menekur tilam ni sebab malu sangat. Ni semua boss punya pasal!
"Bersiaplah" ujar Iz perlahan. Tahu pun malu. Aku segera turun dari katil dan ke tandas. Tak tahu mana nak sorok muka aku ni lepas je basuh muka aku keluar untuk memakai tudung. Iz masih lagi duduk di birai katil sambil memandang aku. Rasa macam tak tenang je aku nak pakai tudung ni.
"Aww!"aku mengaduh sakit bila jari tercucuk pin. Laju Iz mendekati aku dan menilik jari aku. Darah yang keluar dihisapnya alah sikit je pun. Tengah dia duk merawat luka yang tal seberapa ni la Lina nak masuk bilik. Dapat double malu la! Kenapa semua orang tak reti ketuk pintu ni? Nak aku buat board ke? Knock the door first, gitu?
"Sorry!" Terus Lina tutup pintu dengan rapat. Aku pandang Iz yang dah tak malu lagi.
"Jom!"ajaknya setelah pin terakhir diletakkan. Tangan aku digenggam dan ditariknya untuk ke bawah. Sukalah orang ramai kat bawah tu. Kecuali Ikin. Mama pun macam suka jugak sebab aku dah nak berambus sscara rasmi dari rumah ni ke? Dah mula dah episod sakat menyakat usik mengusik. Aku tinggalkan Iz dengan kawan2 nya dan mendekati Kak maya dan Lina. Laju tangan aku mencubit mereka berdua sebab geram.
"Kenapa tak ketuk dulu?" Soal aku geram. Mereka berdua mengaduh sakit tapi sengih lagi.
"Nasib baik akak pergi tau. Kalau tak dah terbabas first night. Terawal pulak" usik kak maya sambil gelak. Lina pun kemain la tumpang gelak!  Aku yabg malu ni rasa nak gigit orang je!
"Bila kau bercinta dengan boss?" Soal Lina gatal. Mana ada aku bercinta! Aku pengsan tadi sebab terkejut la!
"Adik Qis la!"kak maya bersuara. Aku malas pun nak pandang.
"Untung la Qis dapat suami hensem, kaya, muda!" Kak maya sengaja meninggikan suara supaya Ikin dengar.
"Haah! Baik, romantik, penyayang. Pakej satu dalam 10 juta!" Tambah Lina pula. Ni memang tambah2 pujian ni. Aku hanya mampu menggelengkan keala dengan sikap tak matang dua orang ni.
"Kau jangan mimpi nak bahagia!" Ikin menunjal bahu aku kuat. Tak sayang badan nampaknya budak ni. Aku ni kakak dia tak sedar ke?
"Aku sedabg bahagia"jawab aku lalu beredar dari situ. Beria ha Lina dan Kak maya jelir lidah. Adoi la! Bila nak dewasa la dorang ni. Pinggang aku dipeluk dari belakang,memang tak ada orabg lain yang lagi berani selain Iz. Aku dah mula blushing balik. Malu! Dia perkenalkan aku pada kenalannya dan aku sangat gembira bila kawan2 aku kat Interlaken dulu pun hadir.
"Congrats Qis! Balik je malaysia terus dapat kerja dapat suami hensem lagi. Rezeki kau memang kat sini!" Mel memeluk aku erat. Susah ni mak orang dah ni kawin kat sana!
"Congrats Qis" kali ini aku dipeluk Auni pula. Aku tersenyum bahagia. Kenapa bahagia? Entahlah.
"Thanks. Kenalkan suami aku, Izzul" Izzul tersenyum memandang mereka.
"Cair weh" bisik Mel dan Auni. Aku tergelak lalu menampar bahu mereka berdua.
"Amboi tak nak share!" Usik Mel pula. Memang kaki usik pun.
"Awak nak tahu Izzul, dulu Qis pernah cakap yabg dia suka orang nama Izzul or Izzue ni. Tak sangka yang dia dah ada awak rupanya" mata aku membulat. Kurang asam punya Auni! Memang aku ada cakap yang aku suka nama tu tapi masa tu aku tak kenal lagi mamat ni. Salah satu sebab aku iv hari tu sebab nama CEO dia Izzul la. Iz dah pandang aku sambil tersengih.
"Dah lama, kita tak kenal lagi" aku memberitahunya dan dia mengangguk faham lalu dia merendahkan sikit badannya untuk berbisik.
"As I said, every word is Doa" aku tiba2 je senyum sorang diri. Parah!

Malam resepsi perkahwinan kami sangat meriah dan aku boleh dikatakan penat jugak sebab lenguh berdiri. Masih rasa macam mimpi je lelaki yang aku panggil boss ni dah jadi suami aku sekarang. Aku sebenarnya cuak jugak dengan ugutan Ikin. Macam mana kalau Ikin tak puas hati sebab hidup aku tak merana.
Selesai majlis resepsi di hotel itu kami semua terus menginap di sana. Aku? Mestilah sebilik dengan suami aku ni! Rasa macam nak larikan diri je. Bilik mewah yang terhias dengan kelopak ros merah di merata rata tempat buat aku gusar dan risau.
"Fikir apa?" Terkejut aku bila tangan Iz dah melilit di pinggang aku. Memang terus jadi patung! Dia tumpangkan dagunya atas bahu aku. Memang nak pengsan aku dibuatnya.
"Kenapa ni? Awak ok tak?" Soalnya bila aku tak respon.
"Kenapa berpeluh ni?" Soalnya bila pandang aku. Dahi aku dilap dan aku masih lagi diam tak berkutik.
"Awak pergi la mandi, nanti kita solat isyak sama2" badan aku yang ditolak lembut aku ikutkan je. Baru la aku dapat brnafas dengan lega. Jantung aku ni rasa macam nak terkeluar je tau! Usai mandi, alamak! Lupa nak ambil baju la tadi! Macam mana ni? Takkan nak pakai balik baju tadi? Aku terpandang jubah mandi yang tersadai terus aku mengambilnya. Ei! Lepas lutut sikit je ni. Masaklah kalau macam ni. Aku lilit pula tuala dipinggang. Lebih baik macam ni. Aku yang bersedia untuk keluar dari bilik air terkejut bila dia bersandar pada pintu bilik air. Dia tersengih tengok penampilan ala2 apa pun dah tak tahu la.
"Saya ada wudhuk!" Terus aku bersuara bila dia mendekati aku. Lantas langkahnya terhenti. Dia gelak la pulak! Aku ada buat lawak ke tadi?
"Pergilah siap2 untuk solat" ujarnya lalu masuk ke dalam bilik air. Apa lagi? Pecut aku cari baju yang aku bawa dari rumah. Pakai tshirt dengan trek je la. Siap aku bertelekung aku dah sediakan kain pelikat dan tshirt di atas katil. Stok isteri baik la ni. Dia tersenyum lalu menyarungkan baju dan kain pelikat. Aku? Haruslah tak pandang dia sebab dia tu seksa sangat lepas mandi. Aku pulak yang malu tiba2 ni.
Selesai solat dan berdoa aku kemas tempat solat. Dia pandang aku pelik bila aku bukak kain sembahyang. Salah ke pakai baju t angry bird ni?
"Kenapa boss?" Soal aku langsung.
"Boss? Saya ni suami awak sekarang" ujarnya sambil tersenyum. Ya la kan! Suami!
"Knapa awak pandang saya macam tu?" Soal aku pula.
"Kenapa pakai baju macam ni? Nak keluar jogging ke?" Soalnya. Aku pelik! Biasalah orang tidur pakai macam ni kan?masa study dulu biasalah ni.
"Jogging apanya, tidur la" dah berkerut dahi aku ni.
"Ya la, tidur" ujarnya mengalah lalu merebahkan diri di atas katil. Penat sangat kut. Aku berdiri tegak bila terfikir aku nak tidur kat mana ni? Sofa ke? Susahnya macam ni.
"Tidurlah" Iz bersuara. Memanglah nak tidur tapi takkan nak sekatil pulak.
"Saya tidur atas sofa je" Iz terus berdiri bila aku cakap macam tu. Dia mendekati aku dan mencempung aku lalu baringkan di atas katil. Sudah! Seram sejuk datang lagi.
"Jangan buat saya macam suami yang kejam. Katil ni dah lebih dari besar untuk kita berdua" aku telan liur. Kita berdua? Share la ni maknanya. Aku yang cuba bangun dihalang cepat.
"Tidurlah" arahnya lagi dan aku terpaksa mengikut. Badan aku diselimutkan dan dia terus baring di sebelah aku. Jauh jarak kami. Mungkin dia rasa lebih selamat macam tu kot. Baguslah aku pun rasa boleh lena ni.

"Apa ni?" Soal aku geram bila dia mencium pipi aku. Ish! Malulah.
"Morning kiss! Bangun la solat subuh" ujarnya lagi. Kurang asam la dia ni. Aku dengan muka berkerut terus masuk ke bilik air. Pipi yNg dicium tadi aku sentuh. Dah mula nak blushing dah. Tapi yang aku senyum pulak ni kenapa?
Solat subuh berjemaah dengannya sebelum berkumpul untuk sarapan. Mungkin kali terakhir aku bersua dengan keluargaku. Aku sedih dalam ingin kenapa mesti berpisah dalam keadaan macam ni? Sepanjang makan aku tak banyak cakap pun dan Iz ni tak habis2 nak tunjuk sweet dia,suap2 aku bagai. Tak malu!
"Ma, pa, terima kasih untuk semuanya. Maafkan salah dan silap saya dan halalkan setiap sen yang pernah saya guna" aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Papa menyambut huluran aku mama pun sama. Ikin salam tangan aku tapi tahu sangat tak ikhlas. Pedulilah dia nak buat apa pun.

"Duduk Qis" mama tarik aku duduk disebelahnya. Mama Iz yang sayang aku lebih dari mama kandung aku sendiri. Along dan angah pun baik dengan aku. Cuti aku yang di apply oleh Iz selama seminggu aku manfaatkan bersama dengan keluarganya. Iz kata honeymoon tunda dulu. Apa2 je la.
"Gambar siapa ni?" Soal aku pada mama.
"Ni la Iz masa kecik dulu"aku dah gelak sebab comel sangat macam perempuan.
"Sorry ma, cute sangat" aku ni over pulak gelak. Mama pun ikut sama gelak. Banyaknya gambar dia, comel betul la! Aku pulak tak ada pun gambar masa kecil yang boleh aku kenang. Sedih betul! Gambar Ikin banyak pulak. Agaknya aku pun comel macam Ikin jugak ke masa kecik tapi muka kami jauh benar. Muka Ikin ada wjah mama dan papa tapi aku tak ada.
"Tengok apa ni?" Iz ambil tempat disebelah aku. Aku dah malu dah ni. Segan betul aku dengan dia ni tak tahu la kenapa.
"Gambar Iz la. Dari tadi lgi Qis duk puji cute" erk! Alamak mama ni tu pun nak cakap ke? Iz dah senyum pandang aku. Tangannya memeluk bahu aku erat. Aku dah diam tak tahu nak buat apa ni.
" sekarabg dah tak cute ke?" Soalnya sambil berbisik ditelinga aku. Berdiri semua bulu roma aku ni. Hidung Iz dah menyentuh pipi aku, habislah dia ni nak buat sweet dia kat sini. Dah la depan mama. Tak malu betul!
"Ya Allah! Punyalah mama duk cerita kat sini kamu berdua bercinta pulak ya?" Marah mama lalu tersenyum. Muka aku tak payah cakap la macam telan lada merahnya. Iz boleh pulak santai gelak lalu mencium pipi aku dan beredar ke dapur. Mama gelak lagi tengok kami. Malunya!!!
"Qis,nak along ajar tips control suami miang?" Soalan along buat mama gelak lagi. Memang miang pun!
"Gatal jugak Iz ni. Ingatkan tak pernah ada awek tak ada bakat" aku terdiam. Iz tak pernah ada awek? Kenapa rasa happy je ni.
"Bakat ni kena la simpan untuk orang yang halal. Kan pa?" Soal Iz kepada papanya. Papanya dah turut sama mengiakan. Yang malunya kat sini aku sorang je la.
"Cepatlah bertambah cucu papa nanti" mata aku membulat.
"Beres pa!" Yabg ni nak terkeluar terus mata aku. Memang jawapan memalukan! Aku dah tak tahu mana nak lari ni.
"Dah la! Malu macam apa dah menantu ni" mama menyentuh pipi aku yang panas sebab malu. Aku menundukkan pandangan memandang lantai.

Tak  cukup kat rumah kat office pun sama je! Ni semua pun sebab Iz la nak bermesra tak kira tempat! Dalam pantry pun jadi.
"Apa awak nak buat ni?" Soal aku gugup bila Iz dah mengepung aku sepenuhnya. Dada dia aku tolak bila dia semakin mendekat. Wajahnya mendekati wajahku dan aku dah telan liur sebab risau. Macam mana kalau ada orang lain masuk nanti. Hidung kami dah bertemu, apa kena dengan si Iz ni? Aku menutup mata dengan rapat kemudian dah lama sangat aku buka. Iz dah tak ada kat sini,ke aku dah berangan sampai tak sedar. Aku yang mengelamun ke? Rasa macam real je tadi. Aku segera keluar dari pantry dan lihat dia sedang borak debgan Zain. Aku ya g berkhayal ke?
"Mom, dad, Qis." Aku diperkenalkan kepada orang tua zain. Mereka juga nampak sangat terkejut. Lalu aku dipeluk erat oleh maknya aku biarkan aje diri ini dipeluk lama.
masa lunch kami makan bersama.
"Maaf aunty lebih2 tadi. Terubat rasa rindu aunty bila tengok Qis" aku senyum padanya dan angguk sekali. Aku tak kisah pun.
"Nanti datang la jenguk kami ya?" Pelawa ayah zain pula. Aku senyum dan angguk lagi. Dah macam orang jepun dah. Makan dan borak, aku dapat rasa keluarga disitu. Bahagia betul!

"Awak marah  saya ke?" Soal aku bila dari tadi lagi dia senyap je. Tak banyak cakap macam selalu. Selalunya ada je cerita yang dia nak share. Perkahwinan kami dah berginjak ke bulan yang pertama. Dia pandang aku sekilas dan terus masuk ke dalam bilik air. Aku ada buat salah ke? Aku termenung di tepi katil dan tunggu dia keluar dari bilik air. Tak lama lepas tu dia keluar dan turn aku untuk mandi. Mungkin dia dah ready nak solat. Aku keluar je dari bilik air dia dah solat. Tak nak berjemaah dengan aku pun. Aku menyarungkan telekung dan solat lepas je aku solat aku tengok dia tal ada dalam bilik. Kenapa rasa nak menangis ni? Aku turun ke dapur dan lihat dia tengah syok borak dengan mama. Bila dia nampak muka aku dia terus keluar dari dapur. Sah! Memang marahkan aku. Atas sebab apa? Mama pun pelik tengok kami petang ni.
"Kenapa? Gaduh ke?" Soal mama lalu menggosok bahu aku. Ni yang nak menangis ni. Aku angkat bahu.
"Biasalah kalau gaduh bila kawin ni. Pergilah pujuk. Iz tu saja je tu" mama senyum pandang aku. Aku angguk dan ke laman. Iz sedang berehat di tepi kolam muka tak payah cakap la serius macam apa pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku ada buat salah ke? Bila aku dekat dia dah angkat kaki nak beredar. Aku tarik bajunya dan dia berhenti.
"Saya ada buat salah ke?" Soal aku lagi. Dah nak nangis ni.
"Awak tak suka saya jadi suami awak? Awak tak boleh terima saya ke? Saya memang lelaki yang tak sempurna tapi saya suami awak! Kenapa buat saya macam orang asing?" Soalnya tegas. Aku terkedu bila dia dah tinggikan suara sikit. Dia kecik hati dengan aku la. Aku dah nak menangis ni. Aku sendiri tak ada jawapn kepada soalan tu tapi aku bersyukur dia jadi suami aku.
"Lepaskan saya!" Ujarnya tegas bila aku lama senyap. Aku menggelengkan kepala tapi macam la dia nampak.
"Lepas!" Dia menyentak bajunya dan aku yang tak stabil terus. Bush!!! Jatuh kolam. Terkapai kapai aku sebab tak pandai berenang. Terus Iz terjun ke dalam kolam dan memeluk aku erat. Aku merangkul lehernya sebab sangat takut. Terbatuk batuk aku bila air masuk dalam mulut. Nasib baik sempat.
"Awak ok? Awak ok tak?" Soalnya risau. Tadi kemain la marah sekaramg ni tahu pulak risau. Aku mengangguk dan masih lagi memeluknya.
"Cuai!" Marahnya pula. Aku gigit bibir bawah dan buang pandang pada batang lehernya alahai air tak dalam mana pun. Aku dan dia sama2 senyap dalam air tak ada rasa nak keluar pun. Rambut aku pun dah basah kuyup ni. Aku mengesat air yamg menitik di mukanya. Dia pandang aku macam aku ni buat salah besar. Aku terus peluk dia erat sebab takut tengpk muka dia sekarang ni. Dia diam je macam aku peluk tiang je ni.
"Saya perlukan awak macam . Kalau awak tak ada tadi saya mungkin dah mati lemas. Kalau awak tak ada dalam hidup saya, saya mungkin dah mati" betul! Dia penyelamat yang Allah kirimkan untuk aku dan aku sangat terhutang budi pada dia. Atas semuanya. Dia datang bila aku penuh dengan masalah. Allah dah atur semuanya dengan baik. Aku dapat rasa dia balas pelukan aku. Gembira!
"Jangan marah lagi. Saya takut" aku merengek. Lepas tu dia gelak lagi.
"Tau takut" dia usik aku pulak. Aku pukul bahu dia dengan perlahan dan dia mengangkat aku ke tepi kolam. Dia tersengih tu kenapa? Aku betulkan rambut yang dah berserabai lepas jatuh tadi.
"Biar je la rambut macam tu. Tak payah ikat" aku berkerut.
"Serabai la" aku jawab pula.
"You look sexy" dia mengenyitkan mata. Aku dah nak pengsan ni. Lepas aku perhati atas bawah ya la baju melekat sana sini ni. Segera aku betulkan baju dan berdiri. Dia gelak lagi,kurang asam punya laki!
"Nak pergi mana Qis?" Soalnya ceria.
"Nak selamatkan diri dari buaya!" Aku jawab geram tapi dia boleh pulak gelak bagai nak rak.

"Hai!" Aku dipeluk dari belakang. Iz ni kat office pun jadi. Aku berdiri tegak dan malas nak pandang dia. Aku malulah. Pipi aku pula jadi mangsanya. Aku dah membahang ni.
"Apa Iz ni?" Soal aku dalam debar.
"Miss you" aku diam. Yang ni kelakar sebab baru je tadi kami lunch bersama. Semua orang dah bagi laluan kat kami sekarang ni semuanya pasal Iz la suka sangat beromantik tak kira tempat. Semua ruang dalam office ni dah jadi tempt privacy dia. Apalah dapat suami yang manja macam ni.
"Awak ni boleh nak cakap 24 jam tengok muka saya tau. Sepatutnya bosan bukan rindu" dia buat aku pandang dia.
"Semakin saya jumpa awak semakin saya rindu. Awak je yang tak rindu saya"
"Merajuk ke?" Soal aku pula.
"Tak lah! Saya akan outstation tiga hari. Jadi, saya takut saya akan rindu awak" aku terdiam. Dia nak pergi? Kenapa aku rasa macam sedih je ni. Tak pernah kami berpisah sepanjang tiga bulan kawin ni. Aku terus diam dan biar je dia peluk aku. Kalau halang pun bukannya dia nak dengar mamat ni.
"Saya pun akan rindu awak" terkeluar jugak ayat tu. Dia pandang muka aku dengan muka bersinar, macam dapat harta 1 billion je. Aku tak pernah lafaz selama ni yang aku dah jatuh sayang kat dia.
"Happynya saya dengar awak cakap macam ni" pipi aku terus diciumnya. Masalah gak ni kalau terlajak buat dia happy.

Baru hari pertama aku tidur sorang dah rasa rindu kat dia. Apesal aku ni? Mama ajak borak pun macam malas je. Teruk jugak penangan rindu ni eh?
"Iz pergi tiga hari je!" Angah menyergah aku.
"Iz!!!" Ha! Kan dah terlatah nama suami sendiri.
" dah agak dah, masa makan pun ingat kat laki dia"  usik angah lagi. Mama dan papa tak payah cakap la sengih. Apa la angah ni buat malu aku je!
"Mestilah rindu angah, dah tak ada sape nak suap Qis" along pulak jadi ajinamoto. Muka dah merah ni.
"Nak along suap ke?" Usik along lagi. Aku pandang pinggan je la dah tak tahu mana nak letak muka.
"Tidur sorang la dia malam ni" amboi! main passing usik mengusik pulak.
"Nak tidur ngan angah? Abang ngah outstation jugak"
"Abg long pun outstation jugak. Ngan along pun boleh" dua2 dah gelak ni. Iz la ni punya pasal.
"Makan la Qis. Along dan angah ni pun sama je dulu. Awal2 kawin tak nak makan nasi bila suami tak ada. Muka pun tak tunjuk" hahaha. Papa dah backing menantu bongsu dia! Aku angkat muka pandang dua sis in law aku ni. Ha! Kan dah kena. Aku sembunyi senyum.
"Betul ke pa?" Soal aku sengaja.
"Tak betul apanya? Asyik duk ngan telefon tu. Kalau tak call berendam air mata la jawabnya. Kerja pun MC" tanpa sedar aku tergelak kecil. Muka along dan angah dah berubah terus bila kena perli. Alahai kelakar. Terbaik ah papa!
" tak payah nak usik sangat. Abang pun macam tu jugak. Asal outstation je call 24 kali sehari. Jenuh nak menjawabnya!" Bila mama bersuara papa terus diam. Lepas tu kami ramai2 gelak. Lawak habis !!! Iz ni ikut papa dia la kut sebab asyik call aku je sejak tadi. Padahal pergi Johor je pun, terus masam muka papa bila kena sekali dengan mama.
"Terbaik ma!!!" Aku, along dan angah angkat simbol like. Triple likes!

Hari ni dia balik tapi kenapa tak sampai2 lagi ni? Aku termenung di dalam ofis, teruk perangai tapi nak buat macam mana. Aku dah ready nak cakap kat dia yang aku sayang dia! Rasa macam pelik tapi memang aku sayang pun. Kan?
"Susahnya orang kena penangan angau ni" suara kak maya menyedarkan aku. Tangan yang sedang memegang gambar kawin kami terlepas dari tangan dan kaca berderai di lantai. Aku dan kak maya sama2 beristighfar dan terkejut. Laju kak maya datang untuk tolong bersihkan kaca yang bertaburan ats lantai.
"Iz...." mulut aku tersebut nama Iz dan kebetulan serpihan kaca dah tercucuk jari aku.
"Qis, luka ni" kak maya yang terkejut memegang jari aku yang luka dan pada masa yang sama air mata aku mengalir tanpa sebab.
"Qis, jangan fikir yang bukan2" pesan kak maya bila aku dah macam tak sedarkan diri.
"Maafkan akak" pinta kak maya pula. Lirih suara kak maya mungkin rasa bersalah.
"Qis ok. In sha allah tak ada apa pun. Qis terkejut je" aku senyum segaris dan kak maya lega sedikit. Telefon yang tiba2 berbunyi menyebabkan jantung aku berdegup laju.
"Hello, waalaikumussalam. Ya?"
"What?"
"Ok" aku bersandar pada meja dengan lemah.
"Why?" Soal kak maya risau.
"Iz"
"Kenapa dengan Iz?" Risau benar ni kalau sampai macam ni sekali.
"Esok baru dia balik. Ada kerja katanya" aku membalasnya dengan muka selamba. Kak maya dah mula hadiahkan aku cubitan terlalu manja dia tu. Ha! Mesti dia gelabah sangat tadi kan? Aku pun gelabah jugak alhamdulilah Iz ok je. Lega.

Pagi2 lagi aku dah dihadiahkan dengan bunga ros putih, sejambak pulak tu. Iz dah balik ke? Rasanya dia punya flight petang nanti tapi mungkin dia nak buat surprise home ke. Kan? Aku mencium bunga ros itu, wangi! Knapa mesti putih eh? Mungkin ada maksud yang tersirat. Ada satu bungkusan yang dibalut kemas dengan gambar bentuk hati tapi terbelah dua, terkejut dan kad yang aku dapat aku baca.
'Semoga bahagia bila tengok video ni' aku pelik. Video apa pulak si Iz ni? Aku buka lappy dan pada masa yang sama CD aku masukkan. Gelap je video ni apehal. Kak maya yang entah dari mana muncul join aku la pulak, takkan nak halau dia pulak kot. Jemputlah tengok sekali duhai kak maya kaki sibuk.

"Please Iz, I need you"
"Come on zain, just forget it"
"I cant! Please Iz, I really need you tonight" zain memegang kedua bahu Iz di dalam bilik hotel yang sama. Sejak bila zain ada di Johor? Aku dan Kak maya berpandangan.
"Zain, you should let it go. Past is past" Iz bersuara tegas.
"No! I cant" zain memujuk lagi  tangan Iz dicapainya dan digenggam erat.
"I'm married ok? How can I being here. I promise to my wife"
"I know! I know you love her. But dont you love me too? We know each other for long" jeda. Aku dan kak maya masih lagi terkejut. Apa maksud semua ni? Adakah Gay? Ya allah janganlah engkau uji aku dengan dugaan yang berat macam ni.
"Yes! I love you zain. But I cant! We promise to stop right?" Suara Iz dah meninggi.
"Yes! But i cant! It's killing me! I need you. Just for tonight, please" rayu zain lagi. Akhirnya Iz mengalah. Iz mengalah dan air mata aku mengalir. Kenapa?
"Ok! For the last time. Ok?" Soal Iz tegas. Laju badan sasa Iz dipeluk erat, jantung aku dah tak dapt berdegup lagi Ya Allah.
"Thanks"
"Last?!" Iz bertegas.
"Last"
"Promise me?!"
"Yes" lepas tu mereka berdua bergerak ke hujung katil di mana video tak nampak. Hanya bunyi diam yang kedengran dan bunyi baju dan seluar dibuka. Air mata aku terus mengalir, dugaan ini lebih dahsyat daripada dibenci keluarga sendiri.
Video itu terhenti dan disambung bila Iz keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Riz hanya dapat didengar suaranya jasadnya tak kelihatan.
"Pass me my shirt" pinta Iz
"Nah! Thanks a lot for last night"
"Small matter"
"Small matter? Maybe we should do it again?"
"No! No! No!"
"Chill la.just kidding!" Wajah Iz yang tersenyum buatkan aku geram. Laptop segera ditutup dengan kasar dan aku terus menangis. Tak tahu dah nak buat macam mana lagi! Sakit! Tersangat sakit sebenarnya! Air mata yabg tumpah aku biarkan sahaja. Ya Allah apa maksud video ini? Kak maya pun sepertinya dah hilang kata2. Siapa lagi yang mampu berfikir dengan waras selepas dapat dan tengok video macam ni?

Aku dah letih nak menangis macam budak kecik. Sampai hati Iz buat aku macam ni? Semuanya sebab aku tak pernah melayannya sebagai isteri yang sempurna ke?
"Ma! Mana Qis?" Ceria betul siara Iz pasti dah rindu benar dengan Qis. Sepatutnya tiga hari berpisah dah terjadi empat hari pula.
"Kat atas, tak menyempat" balas mamanya sambil tersenyum. Laju langkahnya di atur ke bilik mereka.
Aku terdengar suara cerianya bila dia tiba tadi, isteri apakah aku tak menyambut kepulangan suami sendiri? Aku terluka di sini Ya Allah. Pintu bilik yang dibuka aku dapat dengar tapi aku sengaja letakkan kepala diatas meja solek. Biarlah dia tahu aku sebenarnya tak tahu dia dah balik. Tolong jangan dekati aku sebab aku tak mampu nak mendekatinya. Tolong jangan sentuh aku kerana aku akan menghalangnya. Tolonglah jangan buat aku menderhaka pada suamiku Ya Allah. Terasa ada sentuhan di bahu aku, aku rindu sentuhan ini ya Allah tapi aku tak mampu nak redha apa yang dia buat.
"Sayang, tidur atas katil la. Kenapa kat sini?" Soalnya lembut di telinga aku. Aku rindukan semuanya tentang dia tapi aku tak boleh nak terimanya lagi. Berat sungguh apa yang dia telah lakukan.
"Come!" Aku terasa badan aku cuba diangkat lalu aku berdiri. Mata yang masih merah akibat menangis aku tenung dia. Dia terkejut bila aku merenungnya tajam.
"Sayang?" Panggilnya lembut. Tangannya yabg cuba meraih aku, aku tepis kasar.
"Dont touch me!" Aku bertegas. Jelas mukanya bingung dengan tindakan aku. Lantas segera tubuh kecil aku dipeluk erat. Aku meronta ronta minta dilepaskan tapi apakan daya dia lebih kuat mengunci aku.
"Let me go!" Jerit aku agak kuat dan pelukannya terlerai. Tangan aku digenggam kejap. Aku menyentak tangan aku dan mahu berlalu tapi sempat dihalangnya.
"Why? Saya ada buat salah ke?" Bukan salah tapi dosa! Dosa besar Iz!
Lirih suaranya dan dia masih cuba mendekati aku. Aku menjauhkan diri darinya.
"Dont you dare to touch me!" Jerit aku lagi.
"But why?! Tell me!" Suara dia turut sama meninggi.
"I cant love u, even yesterday, today, tomorrow or forever!" Terbuntang matanya sebaik mendengar apa yang meniti di bibirku. Semuanya dusta Ya Allah. Aku telah lama mencintai dirinya dan untuk selamanya. Air mata aku yang hampir mengalir aku seka cepat, aku tak nak dia tahu aku bohong. Menipu hati sendiri sama sakitnya dengan aku menghiris hati aku sendiri ya Allah. Sakit sungguh.
"Apa maksud awak Qis?" Soalnya sebak.
"Saya nak kita pindah dari rumah mama. Saya tak ingin sebilik dengan awak lagi. Saya tak kisah walaupun awak nak ceraikan saya. Saya nak keluar dari sini. Kalau awak tak nak keluarga kita susah hati dengan perkahwinan kita yang diambang kemusnahan ni, baik awak dengar apa yang saya cakap!" Dia terkejut lagi dan dia macam tak faham kenapa aku boleh berubah jadi macam ni.
"Saya takkan tinggalkan awak!"
"Pindah!" Balas aku ringkas dan dia mengangguk.
"As soon as possible!"
"Ok. But why?" Soalnya lagi. Kali ini dia dah mengalah sepenuhnya. Aku juga dah hampir mengalah bila lihat wajah sedihnya. Aku mendera diri sendiri dengan menyakitinya.
"Because I hate you!" Dia terus terduduk di sofa bila sebaris ayat itu keluar dari mulut aku. Air matanya mengalir Ya Allah. Aku terus masuk ke dalam bilik air dan bersandar pada dinding. Jangan buat dia menangis ya allah aku tak kuat melihat air matanya jatuh kerana aku. Aku memeluk lutut dan menangis tanpa suara. Aku tak mampu nak tinggalkan dia dan aku tak mampu nak terima dia juga.

Paginya aku ternampak dia menangis selepas solat, aku segera bersiap untuk ke pejabat. Aku takut aku tak kuat lihatnya menderita. Aku terus pergi ke pejabat tanpa pamitnya, tanpa ciuman darinya, tanpa bersalam dengannya dan tanpa aku rela sebenarnya Ya Allah. Satu keluarga terkejut bila kami buat keputusan untuk berpindah tapi papa menyokong kami. Katanya supaya kami berdikari, bukan untuk berdikari papa tapi buat urusan sendiri.
"Dik Ann!" Tegur Zain ceria dan aku? Rasa nak hentak dia dengan kerusi depan aku ni.
"Saya busy! Kalau en.zain just nak say hi, you may leave" aku bersuara dingin. Dia terkejut. Sepatutnya aku yang terkejut! Apa hubungan dia dengan suami aku? Kekasih? Pasangan gay? Pemusnah rumah tangga org!
"Dik Ann, PMS eh?" Soalnya mengusik.
"I said leave! Get out from here!" Suara aku naik tiba2. Dia terkejut lagi tapi dia tak banyak soal terus keluar.
"Maya, whats wrong with Qis?"
"Just talk to me about work!" Maya terus beredar dengan muka bengang. Kalau ikutkan hatinya dia nak lempang dua orang itu sekali. Biar hilang rasa sakit hati! Dia tak sangka orang yang dia sanjung selama ini tergamak buat kerja haram dan bodoh tu.

Seminggu telah berlalu dan keadaan semakin buruk. Keadaan di pejabat juga sudah dingin dan tak ceria seperti dulu. Iz dan zain sama2 cuba untuk berbaik tapi benci yang ditunjukkan Qis tak memberi kesan apa2. Mereka dihukum tanpa mengetahui silap mereka di mana.
"Qis, I miss you like crazy. Talk to me please"
"Qis, i wanna see you. Please"
"Qis, i'm sorry if i have hurt you"
"Qis, you are killing me with your anger"
"Qis, i want you"
"Qis, please" voice mail yang aku dapat dari Iz langsung tak mengubah apa2. Benda yang dah jadi tak kan dapat dipatah balik lagi. Sampai bila kami nak macam ni? Aku sendiri keliru tapi untuk bersamanya? Aku tak mampu.
"Dont you dare to disturb me! If you still wanna see me with your eyes" aku mengugutnya. Kejam kan?
"Tell me, what is my fault. Jangan hukum Saya tanpa saya tahu salah saya di mana"
"Awak fikir la sendiri! Saya malas nak fikir! Silap awak hanya Allah yang boleh ampunkan!" Aku terus menutup pintu bilik dengan kuat. Bilik aku! Sepanjang perpindahan kami tak ada satu pun yang menjadi kita. Semuanya aku dan dia sahaja. Bila macam ni jadi aku bersyukur sekurang kurangnya aku belum pernah disentuhnya dalam erti kata lain.

"Maya!" Tangan maya direntap kasar oleh Zain. Sudah berganjak ke minggu kedua Qis dan maya dingin dengannya dan Iz. Dia perlu tahu apa dah jadi.
"Lepas la! Dosa tahu tak! Oh lupa, awak pernah buat lebih dahsyat daripada ni kan?" Sinis sekali suara maya. Zain pelik.
"Apa maksud awak?"
"Sebab lelaki dan lelaki tak haram bersentuhan awak sentuh dengan cara lain macam pulak ya? Jijik sungguh!" Maya mengatur langkah untuk pergi. Zain dah ternganga sebab terkejut.
"Apa yang awak cakap ni?" Soalnya sambil memandang tepat ke anak mata maya yang sangat membencinya. Pintu kereta dibuka dan CD dilemparkan ke badan Zain.
"Watch this and you will know why!" Zain mengambil CD yang telah jatuh itu dan masuk ke dalam kereta Maya. Dia perlu jelas tentang semuanya. Iz kawan baiknya dah murung dan langsung tak senyum sejak Qis bermusuh dengannya.
"Keluar!" Marah Maya.
" no! Selagi sqya tak tahu apa yang jadi"
"Fine! Lets find a good place to punish you!" Maya terus memandu keretanya ke sebuah restoren. Laptop dikeluarkan dan CD mula dipasang. Tak putus istighfar yang meniti di bibir Zain tapi Maya pandang sinis. Tak percaya dengan lakonan Zain.
"Now,do you think Qis should forgive Iz after watch this?" Sinis sekali suara Maya. Zain meraup mukanya dan bersandar pada kerusi. Memang betul pasal video itu tak tahu apa yang perlu dijelaskan lagi.
"Nak cakap video ni fake?"soal Maya lagi.
"No! Its true!" Pang!!! Satu penampar sulung Maya singgah dipipi Zain yang cerah itu. Sunyi satu restoren dengan tamparan kuat maya. Maya bangun untuk beredar tapi zain menariknya ke kereta dan membawanya ke suatu tempat. Maya cuba protes tetapi tak berjaya. Sebaik tiba di bangunan itu tangan Maya ditarik lagi, maya cuba untuk lepaskan diri tapi tak berjaya.
"Lan!" Sapa Zain tanpa senyuman.
"Zain my fren! Long time no see!" Bahu zain ditepuk mesra.
"Bakal isteri ke?" Soalnya bila dua2 muka didepannya tegang sekali.
"Lan, kau check video ni" zain hulurkan padanya. Tanpa banyak soal Lan terus buat kerjanya. Pakar IT! Dia sendiri terkejut sebaik sahaja dia melihat video itu sekali lalu. Memang terus menimbulkan salah sangka.
"Kau dengan Iz? Gila ke?" Soalnya terkejut.
"Kau ingat aku tak ada iman? Periksa mana tahu ada yang boleh detect"
 Maya menanti dengan tak sabar. Tangannya masih lagi dalam genggaman Zain. Dah sepuluh minit lamanya. Dia cuba untuk meleraikan tapi Zain lebih kuat! Tak padan Gay tapi kuat! Itulah fikir maya.
"Bro!" Lan bersuara. Zain dan Maya terus mendekati Lan.
"Video hundred percent ori" Maya tersenyum sinis. Zain pandangnya geram.
"Tapi bukan video full. Banyak cut scene dan ada area digelapkan. Aku dah clearkan part tu. Nah" maya dan zain pandang. Maya terkejut bila scene gelap yang mereka dengar orang tukar baju tu sebenarnya scene Zain dan Iz memakai jaket. Jadi! Mereka berdua normal dan dianiaya.
"Thanks Lan! Kau dah tolong banyak"
"Tak ada hal bro. Aku dah buat copy yang clear. Settle the prob weh!" Lan sepertinya faham. Zain mengangguk dan keluar bersama Maya. Maya diam tak berkutik.
"Call Qis. Kita settle benda ni hari ni jugak. Dah cukup dua2 terseksa" lembut suara zain. Maya mengangguk dan terus mendail nombor Qis.

"Z dengan Iz nak siasat pasal kematian Ann. Kami tak percaya Ann mati disebabkan terlebih ambil dadah. Kebetulan ada parti liar ex Ann buat jadi kami pergi ke sana. Iz dah puas suruh Z redha tapi tak boleh. Z tak yakin Ann ambil dadah. Dah bertahun kami cuba siasat benda ni. Dah bertahun kami sertai parti liar dia tapi tak jumpa bukti apa2. Z dah macam hilang waras sebab tu Z tak ada kat Malaysia. Pasal video tu kami berpakat untuk cuba lagi buat kali terakhir dan ternyata masih tak ada bukti kukuh. Iz mintak Z redha sebab takut Z sakit lgi. Tu yang gedik semacam bila pujuk Iz. Z mintak maaf sangat2. Percayalah yang Iz terlalu cintakan Qis"
Kak maya dan aku dah menangis, aku menghukum orang yang salah tanpa usul periksa. Kejamnya aku sebagai manusia.
"Baliklah, berbaik dengan Iz" aku tak tunggu lama terus angkat punggung dari situ. Air mata gembira dan bersyukur sangat semuanya dah jelas kini. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Sebaik sampai di rumah air mata yang masih mengalir aku kesat. Badan Iz yang sedang tercegat diruang tamu aku peluk kejap. Lama! Aku rindukan dia ya Allah! Tapi Iz langsung tak bereaksi, aku pegang pipinya dan merenung mukanya yang langsung tak berperasaan.
"Qis minta maaf."
"Minta maaf? Setelah menghukum saya dengan kejam. Hukum saya tanpa saya tahu mana silap saya? Hukum saya tanpa dengar pembelaan dari sya? Awak kejam dalam menghukum saya Qis! Awak seksa saya! Awak dah puas hati kan?" Aku terkejut.
"Iz, Qis.... Qis.. minta maaf!" Pinta aku sambil menangis. Iz menepis tangan aku dipipinya dan berlalu pergi tapi aku segera memeluknya dari belakang. Dia tak boleh pergi!
"Saya tak pernah sangka yang awak sanggup lemparkan tuduhan berat itu pada saya. Saya tak sangka!" Ujarnya lirih. Memang aku seorang isteri yang berdosa Ya Allah.
"Maafkan Qis!" Rayu aku lagi tapi dia meleraikan pelukan aku dan beredar ke biliknya. Aku menangis hingga terduduk. Iz dah hukum aku balik. Padan muka aku sekarang ! Ya Allah aku mohon ampun padamu.
Aku solat sunat taubat kerana tak dapat tidur, air mata aku terus mengalir tanpa henti. Ya Allah, jika engkau ingin mengambil nyawaku biarlah aku mendapat kata maaf dari suamiku dulu Ya Allah. Aku tak nak kembali kepadaMu tanpa redha suamiku.

Pelbagai cara aku cuba untuk berbaik dengan Iz. Dari masak, bergurau tapi Iz langsung tak pandang aku. Dah seminggu dan aku buntu. Air mata asyik mengalir tanpa henti dan Iz juga tak berhenti dari menjauhkan diri dari aku. Apakah perlu aku pergi? Aku nak dia bahagia Ya Allah.
"Sukses?" Soal kak maya. Misi memujuk Iz la apa lagi. Zain pun dah jenuh nasihat Iz tapi Iz tetap dengan keras hatinya.
"Fail teruk! Qis tak pndai masak la kak"
"Ok! Tak pandai masak, banyak lagi bakat lain"
"Contoh?" Soal aku curiuos. Dah tak ada jalan lain ke? Zain yang join misi ni pun dah pening sama.
"Goda Iz!" Tersembur kopi dari mulut aku dan Zain. Biar betul kak maya ni.
"Goda?!" Soal aku dan Zain terkejut.
"Macam mana?" Soal aku dengan muka berkerut. Kak maya ni ada seribu satu akal.
"Goda cara lelaki suka la!" Miang sungguh muka kak maya sekarang. Zain pun dah beri respon double likes. Aku sorang je yang tengah loading sekarang ni. Tak faham!
"Macam mana?" Soal aku pelik. Zain dan Kak maya dah mengeluh ni.
"Belajar sampai oversea tapi benda senang macam ni pun tak tahu" amboi! Perli! Cakap macam orang dah kawin!
"Qis belajar business la!" Zain bantai gelak dengar jawapan aku. Kak maya bisikkan sesuatu ditelinga aku dan cukup untuk buat tlinga aku panas sebab malu. Takkanlah.
"Share la! Nak tahu jugak!"
"Sibuk!"
"Ala..." susahnya pasangan sedang bercinta ni. Aku senyum. Kenapa Iz tak boleh maafkan aku macam Zain maafkan kami? Ish! Iz tu suami kau la Qis.

"Paling hot!" Kak maya memberitahu kepada pekerja itu. Aku dah sorok muka belakang patung. Kak maya ni memang se gaja betul la! Sumpah aku tak pakai baju tak cukup anggota macam ni.
"Here" hulurnya dan aku rasa separuh nyawa aku hilang bila tengok baju tak cukup sifat tu. Janganlah kak maya.
"Kak, yang paling tak seksi! Please!" Aku pula membuat permintaan. Dah kena sengih dah. Malu! Bila aku tengok yang paling tak seksi ni pun dah macam seksa sikit. Tapi ok la pada yang warna merah tu. Yang ni oren, aku suka warna oren ni.
"Yang ni la Qis!" Paksa Kak maya.
"Tak nak! Akak beli la. Goda abang zain"aku angkat kening. Ha! Kan dah kena cepuk!
"Beli dua! Spare!" Dengan murah hati kak maya belanja. Baik belanja aku makan ada jugak jasa kenyang nanti. Sepanjang nak balik ke rumah otak aku dah tak waras ni. Tak tahu mana nak letak muka tu satu hal! Tak tahu macam mana nak laksana tu satu hal jugak! Susah!

Malamnya aku duk tawaf katil je. Memang tak seksi tapi seksa weh. Gaun labuh sampai lutut tapi jarag gila. Sampai paha je tak jarang. Lengan tak payah cakap la tak ada langsung. Boleh mati kalau macam ni. Aku sendiri malu nak tengok diri aku apatah lagi nak bagi Iz tengok. Mahu dia marahkan aku lebih teruk lagi. Baru je aku terfikir nak tanggalkan  baju ni dan cancel misi dah dapat warn dari mahaguru. Aku duduk didepan meja solek. Malu!
'Kalau awak betul2 straight naik bilik saya sekarang!' Butang send ditekan. Macam ayat cari gaduh kan? Tapi mesej baik2 mana ada dia reply pun. Tengah aku duk syok tunggu dia datang pintu bilik dibuka dengan kuat. Dia yang terkejut tengok aku, aku lagi terkejut tengok dia! Mana nak menyorok ni? Tapi muka dia maintain serius.
"Erm... erm... sihat?" Eh? Soalan apa ni?
"Awak masih lagi nak bukti yang saya ni straight? Awak nak goda saya ke debgan pakai macam ni?" Aku telan liur. Malunya dan sedih jugak pada masa yang sama. Malu dah mula hilang sikit. Sedih bila dia tak boleh maafkan aku lagi. Ke mesej aku jahat sangat.
"Awak nak saya buktikan ke? Bila awak dah pregnant baru nak percaya?" Aku terkejut. Laju langkah dia mendekati aku dan segera tubuh kecil aku diangkat ke katil. Jantung aku berdegup laju dan hampir mati sebenarnya. Aku menutup mata rapat bila wajahnya mendekat.
"Kalau saya perlukan ini daripada awak dah lama saya mintak. Saya hanya nak awak dan saya tak akan minta hak awak yang satu ini. Saya boleh tunggu sampai bila2 pun untuk awak beri. Saya kahwini awak kerana saya cinta. Kerana Allah. Bukan kerana nafsu. Saya tak minta semua ini dari awak, saya cuma perlukan awak. Thats all" aku terkedu dan terdiam dalam satu masa yang sama. Aku salah lagi? Dia dah bangun dari katil dan mula melangkah pergi.
"Saya salah dan saya minta maaf atas segalanya. Saya cuma takut saya mati tanpa redha seorang suami nanti. Tuduhan saya pada awak berat. Sangat berat! Tak layak dimaafkan pun. Saya dah bertekad, saya redha awak lepaskan saya jika awak terseksa. Saya tak kisah awak nak seksa saya lagi tapi janganlah awak menyeksa diri awak sendiri. Kalau saya diceraikan dengan talak tiga sekalipun saya sanggup. Jangan buat awak sedih, saya lagi sedih. Jika awak buat macam ni untuk menyeksa saya percayalah saya tak terseksa tapi saya sangat terseksa bila awak terluka. Jangan lukakan diri awak lagi lebih2 lagi kerana saya" air mata aku terus mengalir laju. Pintu bilik segera ditutup. Aku nak menangis dan merintih lagi. Biarlah air mata ini kering sendiri. Semua ni salah aku sendiri.

"Kau ni bila nak maafkan Qis?" Soal Zain pada Iz. Iz ni memang diluar jangkaan entah apa yang dia nak Qis buat hanya dia yang tahu.
"Aku dah lama maafkan dia. Aku tak pernah rasa marah pada dia pun"
"Dah tu kau perang dingin slama ni kenapa?" Pelik betul Iz ni.
"Aku nampak sayang dia bila dia memujuk aku. Aku nak kasih sayang dan cinta dia"
"Kalau kau terus macam ni mana nak dapat cinta dia weh"
"Aku tahu! Aku tak tahu macam mana nak baiki semua ni balik"
"Tu la! Buat kerja bodoh lagi!"
"Kau punya pasal la."
"Sorry la bro! Terlajak gedik skit malam tu"zain sengih segaris.
"Aku takutlah, semalam macam Qis dah give up"
"Bukan give up. Dia cakap kau terluka dengan dia jadi baik dia pergi" Iz tersentak.
"Dia cakap macam tu ke? "
"Lebih kurang la. Kau dah tengok video tu kan? Strong kan bukti tu! Tapi siapa punya kerja la ni"
"Aku dah upah orang siasat. Aku nak balik la. Risau Qis tak datang kerja ni"
"Eh! Dah tamat ke perang?" Soal Zain perli.
"Aku lempang jugak kau ni. Balik dulu!"

Terus langkah diatur ke bilik Qis. Pintu bilik dibuka tanpa diketuk dengan perasaan takut. Iz terkejut bila ada dua buah bagasi di hujung katil. Hatinya berdebar tapi bila lihat Qis masih lagi lena di katil dia lega sedikit. Dia mendekati Qis yang sedang tidur langsung tak bergerak walau sedikit. Punggung dilabuhkan disebelah Qis. Wajah pucat itu ditenung penuh kasih. Bila tangannya menyentuh pipi Qis dia terkejut. Qis demam! Iz terus menyentuh leher dan dahi Qis yang tersangat panas.
"Qis, bangun kita pergi klinik. Awak demam ni. Jangan buat saya risau sayang" dah tak senang duduk Iz dibuatnya.
"Iz, jangan tinggalkan saya...saya sayang awak..." suara serak itu kedengaran. Sayu hati Iz. Ya! Dia yang kejam kerana menghukum Qis.
"Saya tak kan tinggalkan awak!" Balas Iz lalu mencium dahi itu lama. Badan Qis diangkat untuk ke klinik tapi bila selimut ditarik ke bawah dia garu dahi.
"Alahai,bini terlajak seksi la pulak" Iz merungut. Dia mundar mandir dalam bilik. Selepas itu dia mendail nombor mamanya. Setelah mamanya ceramah kesihatan sikit Iz terus buat. Dahi dan leher Qis ditampal cool fever. Selepas satu jam suhu badan Qis rendah sedikit. Mulanya dia berniat nak kejutkan Qis untuk makan ubat tapi bila dia fikir balik biarkan Qis sedar sendiri. Iz panjat katil dan baring di sebelah Qis. Beberapa kali pipi itu dicium. Suka benar! Akhirnya Iz turut tertidur dan dia gembira bila tangan kecil Qis memeluknya. Dia rindu!

Aku menggenyeh mata yang terasa berat. Bila buka mata Iz ada sebelah aku?! Aku cubit pipi sendiri tapi sakit. Iz ke ni? Aku meneliti wajahnya yang sedang lena tidur. Memang Iz! Iz dah maafkan aku ke? Air mata aku mula mengalir lagi dan aku menyentuh wajahnya. Aku rindu sangat2. Tak terluah rasanya. Bila Iz buka mata aku terdiam. Erk!
"Jangan nangis" ujarnya lalu kesat air mata aku dan aku dibawa kepelukannya erat. Air mata aku terus mengalir. Iz dah maafkan aku alhamdulilah. Aku membalas pelukannya dan kami dalam keadaan begitu lama.
"Iz thu banyak yang nak dicakapkan tapi Iz tak nak dengar perkataan maaf lagi. Tiada siapa yang salah. Kalau ada sekalipun tu semua salah Iz. Kita mula lagi sekli. Boleh?"  Aku angguk dalam syukur.
"Tak nak bahas sikit pun pasal ni lepas ni. Boleh?" Aku angguk lagi.
"Jap lagi sambung peluk Iz boleh?"  Aku angkat muka pandangnya pelik.
"Iz nak pergi solat jumaat" dia tersenyum. Aku turut sama senyum. Saja je dia ni. Aku terus keluar dari selimut dan ke bilik air untuk basuh muka.
"Sayang, pergi mandi tukar baju. Nanti ada yang tak sampai masjid solat jumaat" pesan Iz dan beredar dari bilik aku. Berkerut dahi aku tak faham. Bila aku tengok diri aku depan cermin, ya Allah! Malunya!!! Laju je lari masuk bilik air.

"Sayang" panggil Iz di meja makan. Sejak baik ni menggedik aje kerjanya tapi aku suka! Macam aku je yang gedik sekarang ni kan.
"Yup!"
"Panggil la abang eh?" Pujuknya untuk kali ke berapa aku sendiri dah tak tahu. Bukan tak nak panggil tapi segan siot.
"In sha allah" balas aku jawapan selamat. Eh dia diam je? Merajuk la tu.
" awak" panggil aku dan dia terus cium pipi aku. Freeze terus!
"Abang!" Tegurnya.
"Ei, geramnya aw..." belum sempat habis ayat dia dah kiss aku lagi. Kali ni tempat mahal gila! Nak pengsan malu! Dia sengih la.
"Awak ni!" Aku pukul bahunya dan dia terus bngun dan angkat aku ke bilik. Sudah! Apa yang perlu aku buat sekarang? Lari? Kami saling berpandangan agak lama sebelum dia memeluk aku erat. Aku tahu setiap malam dia meminta maaf pada aku bila aku pura2 tidur. Dia masih lagi rasa bersalah dengan hal yang lalu. Aku leraikan pelukan dan menyentuh pipinya. Dahinya aku cium, matanya aku cium, pipinya aku cium dan hujung hidungnya aku cium.
"Qis cintakan abang" ujar aku ikhlas. Dia terdiam lama sebelum tersenyum.
"Akhirnya...terlafaz juga cinta itu. Abang cintakan Qis more!" Aku senyum
 . Tak nak kalah betul suami aku ni.

"Ni semua Ikin punya kerja! Video tu Ikin yang sediakan" papa bersuara garang. Aku? Langsung tak terkejut bila dengar berita ni. Tapi aku redha lagipun Ikin sendiri yang bocorkan. Iz pada mulanya nak naik angin tapi aku halang. Biarlah, semua orang layak untuk peluang kedua.
"Abang, kita bahagia sekarag kan? Lebih bhagia dari dulu? Allah uji kita kerana nak hikmahkan bahagia ini. Jadi kita kena bersyukur"
"Maafkan Ikin along" pintanya ikhlas. Pengalaman mematangkan aku. Aku bukanlah Rasulullah yang begitu mulia memaafkan umatnya tapi aku tahu dalam memaafkan ada nikmat kebahagiaan di situ.
"Along dah lama maafkan"
"Maafkan mama dan papa along? Badan mama aku peluk erat. Papa juga sama dan Ikin sekali. Air mata bahagia tumpah lagi. Aku bersyukur dengan nikmatMu ya Allah. Atas sebab apa aku dibenci dulu hanyalah kerana sejak aku dikandung mama, musibah melanda kami bertahun sehinggalah keluarga Iz tolong dan aku sebagai balas budi. Aku tak kisah, nasib keluarga aku berubah baik bila mama mengandungkan Ikin. Mungkin aku dianggap pembawa nasib malang tapi aku sebenarnya seorang yang sangat bertuah. Dulu aku tiada semuanya sekarang aku dah memiliki hampir semuanya. Kini tinggal doa ke syurgaMu ya Allah. Moga kami semua bersama di sana. Kematian Ann juga sudah terbela. Bukan pengaruh dadah tetapi dibunuh dalam diam oleh kekasihnya. Pandai betul kak maya dan Zain komplot tumpaskan penjenayah. Baguslah, kak maya dah jadi PA sepenuh masa Zain. Mohon jangan bosan la kak maya ada suami kuat merengek dan gedik macam Zain. Hahaha. Iz pun sama naik je.

"Sayang!" Pipi aku dicium. Kalau panggil saja tak boleh ke?
"Abang!" Balas aku dan turut cium pipinya. Ha! Terkejut! Comel betul!
"Syg ni!" Hidung aku dicuit lembut.
"Abang rasa baby boy ke girl?" Perut aku diusap lembut.
"Tak kisah. Kalau boy biarlah setabah Rasulullah dan kalau girl biarlah sehebat Siti Aishah"
"In sha Allah. Kalau sebaik papanya pun dah ok" pipi Iz aku usap lembut.
"Tak boleh! Kena lagi baik. In sha Allah Hafiz Dan Hafizah. Boleh bawa kita ke syurga nanti"
"In sha Allah, papanya kenalah mula dulu!"
"Mestilah! Tengah berusaha la ni sayang. Rindunya isteri abang ni"
"Depan mata pun rindu lagi?"
"Mestilah! Kalau boleh,sesaat pun tak nak jauh dari sayang"
"Over la tu!"  Dia gelak pulak? Ish! Macam2 Suami tercinta aku ni. Moga apa yang disebutnya diangkat sebagai doa. Bukan rezeki segunung aku pohon ya Allah. Cukuplah bahagia ini hingga ke jannah. Amin.

36 comments:

  1. Karya yang menarik dan best sangat tak rugi baca.semoga berjaya dlm berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bdak Star... moga kte semua berjaya sme2 yer...

      Delete
  2. Ya rabbhi...Bestnyerr semua karya akak....Ohsemm Sis!! Thumbs UP!

    ReplyDelete
  3. Gmpkk..saya suka sume karya awak..

    ReplyDelete
  4. Gmpkk..saya suka sume karya awak..

    ReplyDelete
  5. ya Allah ,, best giler karya akak nih,, mcm2 emosi dpt mse baca ,, truskan lagi pnusilan n smoga bjaya kebabomm akak.

    ReplyDelete
  6. Wahh ..bestnyaa suka sgt sweet jaa

    ReplyDelete
  7. Teruskan karya ni . Srs best gila . Bergetaq tulang rusuk hahahaha . Bestt . Congrats !

    ReplyDelete
  8. Woo sweet gilaa . Sumah bestt

    ReplyDelete
  9. Semua hasil nukilan akak superb ๐Ÿ‘ terbaik ๐Ÿ˜Š suka baca

    ReplyDelete
  10. Terbaik..perfect��

    ReplyDelete
  11. Terbaik..perfect..

    ReplyDelete
  12. Best citer ni.. Tahniah.. Keep it up..

    ReplyDelete
  13. Terbaik..hampir semua crite awk sy bace..mmg best..smoga trus menghasilkn karya terbaik..amin

    ReplyDelete
  14. Karya awak tak pernah menghampakan saya
    Saya suka semua karya awak
    Semoga berjaya
    Good job

    ReplyDelete
  15. wah sangat kerne sekali, jadi saya baru tau ni

    http://www.maxisbola.com/NewIndex.aspx

    ReplyDelete
  16. Mmg best sngat .....sye bace smue cerpen alzaisanara best

    ReplyDelete
  17. seriously best..gud job sis..klu blh nk request smbng love is you 2..hehe

    ReplyDelete
  18. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
    http://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html


    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete
  19. Always terbaik from you sis๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  20. Always terbaik from you sis๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  21. good story but really bad english....tulis dalam bahasa melayu lebih baik...

    ReplyDelete