Sunday, 28 December 2014

cerpen : Love is You

Setiap pagi aku akan dengar suara abg menjerit memanggil nama kak aishah. Kakak iparku yg baru sahaja meninggal dunia kemalangan bersama abg dan anaknya. Tapi Allah lebih sayangkan kak aishah dan abg murung manakala anaknya Rayyan Irfan sihat je. Memang dugaan yg besar utk abg dan Iyan terpaksa hidup berdua. Umur Iyan baru sahaja 4 tahun tapi seakan dia mengerti Allah lebih sayangkan mamanya maka dia tak pernah menangis lagi. Abangku, bukannya orang sembarangan. Dia seorang pensyarah di luar negara tapi kerjayanya telah berakhir sebaik arwah pergi. Bukan sahaja kerjaya malah hidupnya sekali.
Aku, adiknya. Adik yg tak mampu utk mengubah takdir Allah. Allah pasti dah janjikan yg terbaik utk mereka tetapi abg tak pernah cuba utk reda. Sentiasa menangis, mana abgnya yg selalu positif dan ceria itu? Kak aishah, kenapa pergi? Salah soalan aku. Aku kena redha! Allah dan tentukan semuanya. Iyan berlari masuk ke bilikku dan terus memelukku erat. Dia sedih kerana papanya sudah tak seperti dulu lagi. Kurang bercakap dan asyik menangis. Ya allah, engkau bantulah abangku. Semua isi rumah ini sakit dgn keadaannya.
"Iyan, pergi mandi ya. Umi nak tengok papa" hanya kami bertiga di banglo mewah abg. Impiannya sekembali ke Malaysia utk membina hidup baru. hidup baru yg dia dapat tanpa kehadiran isteri di sisi.
Si kecil itu mengangguk dan bergerak ke biliknya. Aku mengikat rambut yg mengurai dan masuk ke bilik abg. Abg sedang memarahi dirinya sendiri. Atas sebab apa? Hanya dia yg tahu.
"Abg, janganlah jerit2. Iyan takut tau. Abg nak apa?" Soal aku lembut. Tangan abg aku usap lembut. Air mata yg mengalir aku sapu. Abg terdiam sahaja dan aku memeluknya erat. Air mata aku tumpah lagi. Aku tak kuat Ya Allah. Dah masuk bulan ke empat arwah pergi rumah ni tak pernah ceria.
"Aishah" panggil abg lagi. Aku menyapu air mata dan keluar dari bilik itu. Sengsara sungguh. Aku terlurut ke lantai sambil bersandar pada pintu bilik abg. Aku kena kuat! Kau kena kuat Hafia! Rayyan dan abg Hafiz perlukan kau sekarang. Sangat2 perlukan kau.
"Umi, papa nangis lagi?" Soal Iyan sebaik naik ke kereta utk ke tadika yg aku kongsi dgn kawan baik aku. Najiha. Or Jia je aku panggil.
"Kenapa?" Soal aku kembali. Tak sanggup nak menipu dan berkata jujur.
"Iyan rindu papa" balas suara kecil itu lalu air matanya menitis laju. Sedangkan si kecil ini sedih apatah lagi aku Ya allah. Aku menangis sama aku memang tak kuat. Janganlah engkau lemahkan hati yg tam kuat ini Ya Allah. Terasa jari kecil mengesat air mata aku. Ya, Iyan ternyata lebih kuat dari aku jadi aku kena kuat!
"Sorry umi. Iyan tak nangis dah. Mama selalu pesan kalau nak menangis kena menangis kerana Allah" aku sapu air mata yg masih lagi mengalir. Betul! Menangis kerana Allah bukan menangis kerana takdir. Aku usap kepala Iyan dan tersenyum. Mulai hari ini no more tears.
"Kita kena buat papa berhenti menangis. Ok? Ni misi kita!"
"Yeah! Misi kita!"

"What a miracle? U are smiling today." Tegur Jia bila melihat muka aku yg ceria sikit hari ni. Misi yg sangat membantu. Ternyata Iyan lebih bijak dari Umi dia yg dah belajar sampai master ni. Iyan tu tadika pun tak graduate lagi.
"Hari2 kut aku senyum kat students aku" aku balas ringkas. Buat2 tak faham.
"I like it. Hafiz dah ok ke?" Soal Jia lembut. Setiap pagi selalunya aku perlu bahu Jia utk mulakan hari yg baru. Tapi hari ni aku tak nak lagi dah bahu kau Jia. Ceh jenis tak sedar diri ni kalau mcm ni.
"Not yet. But, aku dan Iyan dah ada misi baru. Misi utk gembirakan abg. Misi kita!"
"Alhamdulilah... may i join?" Soal Jia ceria.
"Of course!"
"Yay! Seems like u dont have to use my comfort shoulder anymore" ceh. Buat2 sedih pulak minah ni. Aku cepuk karang baru tahu istilah menyesal.
"Assalamualaikum and good morning class" ucap aku ceria. Nampaknya semangat anak murid aku nak belajar hari ni. Bagus sama2 kita mula hari baru di minggu baru dgn senyuman! Bertambah betul anak murid kami sekarang dulu sikit je sekarang ni boleh cakap mcm tak lepas tangan sebab ramai sangat. Sangat tu tak ada la tapi lumayan.

Iyan ni jenis tak boleh duk diam asyik nak berjalan je kerjanya jadi terpaksalah aku ikutkan jugak anak buah aku ni. Alahai penatnya kaki nak kejar budak extra lincah ni. Hyper active pun boleh kot. Seronok berlari dalam playground kat mall ni.
"Iyan, umi said, stop running" aku tegurnya lagi. Apa la Iyan ni karang terlanggarnya budak2 lain tak ke naya nanti. Jatuh, anak orang aku bawak lari anak buah aku ni. Hehehe. Ni ke cikgu contoh? Tak bertanggungjawab langsung.
baru je sebut masin pulak dah mulut umi hari ni. Dah menangis budak lelaki yg tak sengaja dilanggar Iyan. Aku bergegas mengangkat boy yg tengah menangis itu. Aku sapu air matanya dan memujuknya lembut. Mana pulak parent boy ni. Iyan pun dah sama2 pujuk dia yg mcm tak nak berhenti menangis.
"Sayang, jgn nangis. Sakit kat mana?" Soal aku gusar. Iyan dah mcm orang Jepun tunduk hormat minta maaf. Pandai, adab kena ada. Manner tu penting!
"Boy. What's happen? Why are u crying?" Dah mai dah bapak budak ni. Speaking London la weh. Mat salleh ke ni? Tapi muka bapak budak ni mcm melayu je tapi hensem weh. Ish! Suami orang tu Hafia!
"Sorry" pinta aku sebaik boy yg namanya Boy tu didukung dan dipujuk. Dah berhenti menangis pun. Dia tenung aku mcm aku dah langgar anak dia dgn kereta.
"Uncle, sorry, Iyan tak sengaja langgar dia" Iyan cepat2 minta maaf bila bapak budak ni mcm nak marah aku.
"Umi tak salah" hui, terharunya ada anak buah mcm ni. Kecik2 lagi dah gentleman memang mcm papa dia. Cepatlah sihat papanya.
"It's ok. Boy ok, right?" Dia soal anaknya yg dah berhenti menangis. Diturunkan Boy dari dukungan. Iyan segera peluk tubuh kecil itu nasib baik lelaki kalau tak aku dah label yg Iyan ni gatal. Hahaha... tak delah. Aku tersenyum lihat mereka berdua dah berbaik lalu aku angkat muka pandang bapak budak ni pulak. Aku senyum dan pandang Iyan balik. Hensem sangat mamat ni. Matilah aku kalau mcm ni. Suami orang ni mangkuk!
"Papa,Boy nak main dgn Iyan" lah, pandai cakap melayu ropenyer... aku ingatkan mat salleh celup. Melayu je pun.
"Umi?" Soal Iyan minta izin aku senyum dan mengangguk. Aku ambil tempat duduk di bangku yg disediakan. Nak pelawa ke tak nak ni? Buatnya bini dia nampak mahu kena simbah dgn kopi panas. Aku ni belajar dari pengalaman sebab pernah kut ada orang jeles dan kata aku nak usha suami dia. Tak mau la aku. Aku ni single jadi single jugaklah partner aku. Barulah sweet. Kalau duda? Duda pun single apa? Hahaha... gatal sangat dah tu kalau mcm tu.
"May i sit here?" Soalnya minta izin. Tak kan nak kata tak boleh pulak. Bukan hak mutlak aku pun bangku ni. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Berdebar dada ceq ni tak pernah2 abg sado hensem duk sebelah. Kerja apa ek dia ni? Kalau pilot mcm best je kan? Ish! Fokus Fia! Tengok si hensem Iyan sudahlah.
"Your name?" Soalnya selepas berdehem. Tak boleh ke cakap melayu je? Aku ni tak pandai sangat bahasa Queen Elizabeth ni karang ada yg tersilap malu sensorang.
"Fia." Balas aku tanpa memandangnya.
"What a manner? Dont look to others eyes while talking?" Erk! Batu jatuh atas kepala aku. Kurang hajaq betul bapak orang ni. Karang aku tangan kaki kat sini baru dia tahu. Tapi betul jugak, tak elok buat mcm tu tapi anggap je la takut zina mata. Cewah! Tudung yg terasa senget aku betulkan sedikit lalu memandangnya sekilas.
"Saya Fia" balas aku dgn senyuman tapi dia tak senyum balik pun. Ha, tangkap cintan dgn senyuman aku la tu! Jangan buat hal la Fia kau ni tak serik ke? Tolonglah jgn buat hal!
"I ask for your name. Not your nick name" aku pandang muka dia dgn terkejut. Dah apehal pulak dia ni? Saja nak cari pasal dgn aku nampak! Geram pulak aku rasa sekarang. Aku tarik balik yg aku kata dia hensem. Poyo adalah. Berlagak je lebih!
"Iyan, come! Papa dah lama tunggu kat rumah" aku bersuara memanggil Iyan yg sedang seronok bermain. Rasa bersalah bila kacau Iyan dgn kawannya tapi aku dah tak boleh tahan dgn bapak boy ni. Karang ada yg tumpang hospital patah gigi. Ei! geramnya aku. Aku segera bangun dan menarik tangan Iyan beredar dari situ. Kesian tengok boy duk lambai2 kat Iyan. Sorry Iyan, umi terpaksa. Umi tak nak masuk penjara sebab pukul orang nanti.
sebaik sampai ke kereta aku terus memecut pergi. Memang tak senyum dah rasa mcm nak langgar lampu merah pun ada. Boleh dia tanya pasal manner aku? Kurang hajar namanya. Dia tu tak belajar sivik ke apa? Ei!!!!! Geramnya!!!!!

"Pa, aunty tadi left this" boy menghulurkan purse milik Fia yg tertinggal di situ. Tanpa riak Ian Fadlan ambil purse itu dan berkerut. Tangan boy ditarik utk keluar dari situ dan balik ke rumah. Sepanjang dalam perjalanan dia senyap je dah memang jenis tak banyak bercakap sangat tapi suka budak2. Tadi entah kenapa tercover macho lebih sikit.
"Pa, u are so silent. Why?" Soal boy. Ian jeling sekilas lalu dia tersenyum dan mengusap rambut boy.
"Pa, i want to study at the same tadika with Iyan"
"Really? Where we can find that?"
"Please pa?" Berharap betul boy.
"I'll try. But dont hope so much"
"Thank u love u" boy ceria sungguh. Belum tentu dapat dah beria buatnya tak dapat mcm mana. Tapi siapa tak kenal Ian Fadlan yg terel dalam bab jejak menjejak ni. Just wait and see what he can do.

Kunci kereta di baling atas sofa. Bengangnya!!!! Entah perempuan mana yg kawin dgn lelaki mcm tu! Sakitnya hati! Aku cuba bertenang dan tak tunjuk keganasan emosi aku ni tapi Iyan bukanlah bodoh tak faham.
"Umi, why?" Soal Iyan sambil memeluk aku. Jangan tunjukkan kemarahan kau duhai Fia. Nanti Iyan pun takut dgn kau. Aku menarik nafas kemudian melepasnya dgn lega. Aku pandang Iyan lalu tersenyum.
"Umi stress sikit. Terlupa beli barang. Malas dah nak keluar balik" ni bukan bohong ok? Memang aku terlupa nak beli barang dapur. Sebab bengang dgn bapak poyo tu! Haiyya wa rasa nak je taichi dia tapi mengenangkan sabar tu separuh dari iman aku kuatkan jugak. Walaupun rasa nak bagi kaki kat muka dia!
"Umi, Iyan jenguk papa jap" berlari Iyan meninggalkan aku yg mcm nak meletup je ni. Misi kami dah sebulan jalan tapi abg still canggitu jugak. Nak buat mcm mana? Abg sendiri tak nak keluar dari kepopong sedih tu. Dah puas aku, Iyan dan Jia tarik tapi dia nak jugak paku diri dia dalam tu. Kami nak buat mcm mana lagi? Tendang biar dia keluar?
"Umi, papa solat" tersentak aku. Tangan kecil itu menarik tangan aku ke bilik abg. Ya! Abg sedang sujud di sejadah,lama sangat dan aku dah mengalirkan air mata. Ya Allah. Alhamdulilah....Allah dah buka hati abg balik. Syukur sangat2 ya Allah. Bila abg memberi salam pertama aku dan Iyan masih lagi di pintu. Terduduk aku dengar doa abg.
"Ya Allah, ampunilah dosaku. Kedua ibubapa ku. Isteriku. Adikku dan anakku. Sesungguhnya aku telah lalai ya Allah. Aku jauhkan diri dariMu sedangkan engkau mengujiku supaya aku dekat dgnMu. Ampunilah dosaku. Aku terlalu meratapi pemergian ini sedangkan aku tahu arwah kembali kepadaMu. Semoga arwah tenang di sana. Amin" aku dan Iyan mengaminkan doa abg. Abg berpaling ke pintu dan segera mendapatkan aku dan Iyan yg sudah terduduk di lantai dgn air mata kesyukuran. Badan kami dipeluk erat dan dahi aku dicium lama. Iyan dipeluk dan dicium bertalu talu. Sungguhlah doa itu senjata mukmin. Berkat doa Iyan papanya telah kembali. Kembali kepada kami seadanya. Yang pergi biarkan ia pergi kerana kita tahu dia pergi kepada Allah yg maha Esa. Yg hilang di dunia dah jumpa siratolmustaqim balik. Alhamdulilah.
"Maafkan abg. Maafkan papa" abg memeluk kami erat. Aku terus menangis di depan abg. Bukan kerana sedih tapi terlalu gembira kerana abg telah kembali. Terasa nikmat yg tak terucap.
"Maafkan papa Iyan" Iyan merangkul leher abg dan mata abg dikucup lembut. Segala sayang Aishah ada pada Iyan. Iyan memang seperti mamanya,dari mata turun ke hidung malah mulutnynya sekali. Rasa ketenangan menyapa wajah abg. Seperti ciuman itu datang dari isterinya . Badan Iyan  di peluk kemas. Aku terus tersenyum dan menangis. Tangan kasar abg mengesat air mata aku dari gugur lagi dan aku dibawa kepelukannya. Kami bertiga berpelukan. Lama.
"No more tears. Please?" Pinta abg dan aku dan Iyan mengangguk. In sha allah. No more tears. Ya Allah, nikmat yg tak terucap rasa syukurnya. Alhamdulilah.

Aku dan abg sibuk bergaduh memasak di dapur. Sibuk je abg duk kutuk aku tak pandai menyiang ikan. Ei! Selama ni dia makan ok je?memang la mcm tragik sikit kat ikan tu tapi masih boleh dimakan ok?
"Apa yg bising tu Fia?" Soal Jia. Memang dia buat banglo ni dia yg punya dah main masuk tak beri salam. Tuan rumah pun beri salam sebelum masuk tau. Ha! Ternganga Jia bila tengok abg dah tak berjanggut bermisai lagi. Nak kata abg aku super hensem la tu. Tengok adik dia la! Abg pun pandang Jia pelik. Mesti abg ingat lagi kat Jia. Kuat doh partner misi aku ni membebel kat abg. Mungkin abg berubah sikit sebab bosan kena bebel dgn Jia.
"Mamat mana ni?" Soal Jia bila habis melopong. La! Ingatkan terkejut sebab abg hensem sangat tapi rupanya tak kenal pun. Aiseh, abg pun dah nampak lain sangat. Dulu mcm orang tarik tin kat jalan raya sekarang dah mcm profesor. Hahaha... melawak je lah.
"Ni abg aku la" aku jawab sambil tersenyum. Jia terlopong lagi. Aku sumbat jugak serai kat tangan ni.
"Really??? Alhamdulilah" terlompat Jia gembira dan dia hampir terpeluk abg sebab happy sangat. Jia memang mcm ni kalau happy sangat semua nak dipeluknya. Pokok kelapa pun jadi  bila dia sedar or waras sikit dia peluk diri sendiri. Terover la pulak kan? Jia membetulkan tudungnya yg dah senget sebab happy sangat. Dia sengih sebelum memeluk Iyan yg santai di meja gelakkan keterujaan Jia. Ibu Jia dia la.
"Alhamdulilah. Good boy!" Jia angkat ibu jarinya kat abg. Aku dah gelak sakan. Ingat abg ni anak murid dia ke?aku menggelengkan kepala dan abg turut sama tersenyum sedikit.
"So, nak masak apa ni?" Soal Jia. Bila malu kejap je dah hilang dah.
"Abg nak masak asam pedas" aku angkat kening. Bukan tak tahu yg Jia ni hantu asam pedas. Walaupun tak sedap langsung asam pedas tu dia kata sedap jugak. Jadi kalau aku masak main campak je pun dia puji sedap. Mereng!
"Bestnya!!! Abg nak masak?" Soal Jia ceria. Dia mendekati abg yg tengah menyiang ikan. Sesedap rasa je abg aku dah daftar jadi abg dia pulak ya?
"Iyan, jom teman ibu tengok kartun. Dah ramai chef kat dapur ni" badan kecil Iyan didukung sehingga Iyan tergelak. Adush! Apa punya orang dewasalah si Jia ni. Abg dah buat muka blur. Memang jenis Jia selamaba badak je. Tak peduli orang lain dah. Ikut sesedap rasa dia je
"Banyak yg dia tolong abg" ujar abg bila Jia dah hilang.
"Maksud?" Soal aku blur.
"Abg pernah makan pelempang dia tau" terkejut gila aku bila dengar abg cakap mcm tu. Jadi pipi abg merah kelmarin bukan sebab jatuh tapi kena lempang dgn Jia? Tak pernah dalam sejarah aku dengar Jia lempang orang. Berani pulak Jia lempang abg aku. Tapi eloklah...aku pun kadang2 geram sangat kat abg.
"Dia lempang abg? Kenapa?" Curious ni
"Abg tak nak solat. Dia paksa abg solat. Dia cakap kalau abg mati sekarang pun tak ada guna. Dia cakap lepas tinggalkan Allah ingat Allah nak bagi abg can hidup dgn arwah dalam syurga nanti. Allah uji sebab nak abg rapat dan dekat dgn allah tapi abg pilih jalan lain. Bila abg faham dan sedar. Allah tak uji hambanya yg tak berkemampuan. Abg mampu solat tapi abg tak solat. Abg ada Iyan dan Fia tapi abg tak bersyukur. Bila dia lempang abg then dia cakap, kalau Iyan dan Fia tak de. Abg dah mati rasanya" aku menangis lagi. Tak sangka Jia yg brutal tu dah tolong banyak. Patutlah beria dia balik awal hari tu. Geram sangat dgn abg kut. Abg peluk aku dan kesat air mata aku yg mengalir.
"No more tears right?"  Aku tersenyum dan mengangguk.
"Abg syukur Jia lempang abg. First time rasa bersyukur kena lempang " aku gelak kecil. Abg ni ada je.
"Tapi, Jia ada cakap. First time dia sentuh kulit lelaki ajnabi. Dah berdosa dah tapi dia puas hati dapat lempang abg" abg gelak lagi. Aku pun gelak sama. Adui la. Ustazah Jia ni memanglah kelakar.
"Sempat dia sambung. Laki dia pun tak merasa tangan dia lagi" kali ni aku gelak sakan. Kelakar la minah ni. Sepatutnya pakai sarung tangan sebelum lempang abg. Jia. Thanks!!!
"Bila nak masak ni? Bercinta sibling la pulak kat sini" tegur Jia. Aku dah tayang sengih lalu memeluk Jia erat.
"Apehal ni? Aku taj involve siblings hug ni" Jia menolak badan aku. Abg senyum pandang kami dan aku senyum pandang abg. Aku lepaskan Jia dan kembali ke meja utk sambung masak.
"Lambatlah korang masak. Kau keluar la Fia. Let me settle this. Bro, awak pun blah!" Amboi! Halau tuan rumah. Tapi abg berkeras nak tolong. Abg terhutang budi Jia yg bagi makan pelempang sebagai dinner abg malam tu. Lepas kena lempang abg tak makan malam pun. Kenyang makan pelempang Jia rupanya. Abg berkeras nak siapkan dia punya kerja masak asam pedas. Jia iakan aje dan sambung kerja aku. Masak ketam cili padi. My feveret!!!! Best! Jia masak? Top ten!

"Mana purse aku ni???" Meraung aku di tadika bila purse aku hilang tak dapat dijejak. Dah berapa hari hilang pun aku tak sure dah. Sejak bila eh? Aku dah nak nangis ni bukan apa? Mcm2 ada dalam purse tu. Duit ada 20 hinggit ja. Kad bank. Ic. Mcm2 lagi!!!!
"Weh! Nak porak peranda tadika ke?" Soal Jia tak faham. Aku pelangkung jugak minah ni.
"Purse aku hilang Jia!" Aku dah meraung bagai nak rak. Mana hilang ni? Dah puas aku cari tak jumpa2.
"Jgn meraung la weh. Nanti kita cari sama2. Budak2 dah start datang. Karang parents ingat ada monkey kat sini" kurang hajaqqq... kata aku monkey. Aku cuba bertenang dan baring di sofa. Masalah ni kena selesaikan cepat.
"Tenang? Baca alfatihah. Tak pun pergi solat dhuha. In sha allah ingat balik kau letak mana"  saran Jia dan aku mengangguk. Betul jugak. Aku ke bilik air utk wudhuk tapi bila selesai wuduk aku beristighfar.
"Apesal pulak?" Soal Jia.
"Period la. Tapi aku dah calm sikit. Kat rumah kut" jawab aku tenang. Jia angguk dan angkat double likes. Hehehe. Ni la gunanya member selalu ingatkan kita pada Allah. Untung tak makan pelempang mcm abg.
"Weh. Ada budak baru nak masuk. Dah penuh kan?" Soal Jia bila aku dah tenang. Memang dah penuh. Tak boleh dah.
"Haah. Say sorry kat parent tu"
"Dia ajak discuss dulu. Beria kut. Bapaknya hensem buk, emaknya enggak ada" Jia sengih.
"Enggak bisa buk Jia. Penuh sih. Mana mau cari meja sama chair?"
"Gila!" Jia dan aku gelak serentak. Adui la. Bahasa rojak negara mana la mcm ni.
"Bapaknya ajak diskus, gi mana?"
"Lu pikir gi mana?"
"Lu pikir la sendiri" aik. Tag line Nabil pulak! Gila Jia ni.
"Sorang je. Mampu kut. Ajak la bapak hensem itu. Kita diskus buk"
"Ok!" Jia memanggil bapak hensem itu adui la. Tak lama aku dgn Jia nak kena hantar balik indon kalau mcm ni. Aku senyum bila pintu pejabat kecik aku dan Jia dibuka. Lepas tu hilang terus senyum aku. Mamat psiko perasan bagus ni ada kat sini? Anak dia yg nama Boy tu ke nak daftar? Arh!!!! Stress! Jia senyum dan aku? Rasa mcm nak cekik je orang depan aku ni.
"Duduklah" pelawa Jia mesra. Aku pandang je tak ada rasa nak pelawa. Rasa nak menghalau ada. Dia pun pada Jia tadi senyum jugak bila tengok muka aku hilang terus senyum.
"Jia,aku pergi buat air. Kau duk sini discuss" ujar aku malas. Sebelum patah kerusi baik aku keluar.
"Weh, kau kan yg selalu handle budak baru daftar. Aku pergi buat air. Turn aku mengajar ni"
"Jia...." belum sempat aku buka mulut Jia dah hilang. Kurang asam betul! Tapi ni memang kerja aku pun. Aku pandang muka dia yg tenang. Aku tahu dahi aku berkerut sekarang ni.
"This is how u serve your client?" Soalnya tajam. Ei! Mulut tajam mcm paruh helang. Aku panah jugak helang ni nanti. Kenapalah....malang sangat aku ni.
"I'm sorry. May we straight to the point?" Jawab aku malas. Aku mula membuka buku entah apa2 tah. Mata memang tak pandang dia langsung.
"This is how u serve your client?" Soalnya lagi. Lebih tegas. Ei! Ingat aku pekak ke tadi? Ada aku minta ulang tayang ke? Poyo gila mamat ni. Ni territory aku tau! Kalau rasa nak balik tak cukup anggota badan try la! Aku gigit bibir sebab geram.
"How can u be a good teacher since your manner is like this?" Berasap dah ni. Nanti ada yg basah sebab siren keselamatan ada atas kepala. Karang smoke detector detect aku punya asap. Dia pulak yg nak ajar aku sekarang ni. Sabarlah duhai hati.
"Encik nak apa? Tadika ni dah penuh tak ada kosong jadi tak boleh nak biar anak encik belajar dgn cikgu tak cukup manner ni" ujar aku direct. Geram! Karang aku buat sejarah macam Jia sentuh lelaki ajnabi dgn sentuhan baik punya. Ni memang muka mintak belai ni!
"Just now miss Jia tell me that u can consider one place" tu tadi! Kalau kau la orangnya. No place anywhere. Bengangnya!!!!
"I'm not good enough to be a teacher to your son. Right?" Soal aku geram. Dia ni memang jenis hantu ke?
"I don't want to, but boy force me to" aku pejam mata dan bersandar pada kerusi. Selama ni rasa selesa je utk buat tidur tapi hari ni rasa nak bagi makan kat orang je.
"So, just pay the fee and u may leave"
"U are chasing your client. Oh man. How can this girl be a teacher" mata aku terbuntang. Gila punya orang! Dia panggil aku girl? Dah 25 ni wei! Nak mati aku rasa sebab tak dapat bunuh orang.
"I'm not a girl!" Aku berkata geram. Bibir diketap geram.
"So, boy?" Soalnya bodoh. Bodo soalang! Bak kata ustaz azhar idrus. CP jap ye ustak.
"Woman i guess. Or u should use your eyes wisely."
"Woman? U? With the childish attitude" tadi kata aku punya manner sekarang tegur aku punya attitude. Ya allah berasapnya.
"Encik, isi borang ni dan bayar yuran" aku hulur borang kepadanya. Dia tak menjawab dan isi borang dgn tenang. Gila punya orang. Jia masuk dgn dua cawan kopi,panas tak Jia? Aku nak halau orang ni. Syaitan dah datang. Aku kena tenang bila marah syaitan suka menghasut jadi tak nak jadi member syaitan kan?aku kena sabar.
duit berganti tangan. Ketar tangan aku tulis resit dan serahkan padanya. Bola mata aku dah keluar api rasanya.
"Dah selesai urusan kita. Encik boleh pergi" nak je aku cakap boleh blah! Nanti dia tegur aku punya language pulak. Ei. Nak mampus bapak budak ni.
"U should end our discussion with warm welcoming or anything else. Not this bad. Where is your etique" berangin satu bilik bila aku angkat kepala laju pandang muka dia. Etika aku pun dia nak tegur? Melampau dah dia ni.
"Saya tengah datang bulan ni! Silap hari bulan ada bulan atas kepala encik ni!" Ujar aku geram. Tak boleh nak sabar sangat dah dgn orang mcm ni. Tolonglah pergi. Dia sengih kenapa? Aku dari duduk pun dah terbangun ni.
"PMS,girls and excuses" dia bangun dari kerusi dgn angkuh dan butangkan dia punya kot. Bajet hensem la tu. Lepas tu dia keluar mcm tu je. Dah tu nak keluar mcm mana. Nak aku hantar sampai main door? Memang tak lah. Hantar pakai kaki nak? Tapi, dia sebut PMS tadi? Mak!!!! Malunya.... aku cakap ke aku tengah bercuti sekarang ni. Haah la, datang bulan, tersasul la pulak. Malunya. Eh bukan! Bencinya!!!!

Mamat tu memang dah spoil mood aku hari ni. Dah la tak boleh balik lagi sebab kena tunggu bapak boy ni datang ambil. Lupa nak cakap hari khamis sampai pukul 3 je bukan pukul 4. Dah la aku tak nak jumpa dia. Dah la susah nak cari teksi. Memang kereta ada tapi lesen dalam purse yg hilang tu. Mcm mana ni? Jia ni pun sibuk balik awal nak hantar baju kurung kat butik. Melawa je kerjanya. Ish! Yg aku hangin sangat ni kenapa?
"Umi, papa tak tahu ya table boy?" Soal anak kecil itu. Aku senyum dan memandangnya. Salah umi jugak sayang. Tak sempat nak ckap apa pun. Duk fikir marah je tadi.
"Tak syang. Umi tak sempat nak cakap. Kesian boy ya, kena main dgn umi je sebab papa Iyan bawak Iyan keluar"
"Boy tak kisah. Boy sayang umi. Boy rindu mummy,mummy duk jauh" aku peluk boy. Mungkin kisah dia sama mcm Iyan kut. Kesian pulak aku rasa kat budak ni. Tengah syok duk peluk2 dah mai dah malapetaka aku. Bukan utk orang lain lah.
"Boy! Come. It's gonna rain" boy berlari memeluk papanya dan mamat tu bukan main mesra senyum dan dukung boy. Aku tengok je la, dah buat tembok nak cair dgn mamat psiko perasan bagus tu.
"Bye umi!" Boy melambai pada aku dan aku membalas lambaiannya dgn senyuman. Aku duduk kembali di bangku. Nampaknya aku kena call abg suruh ambil aku kat sini. Tak ada gaya teksi nak singgah. Tapi kenapa kereta evo putih ni tak bergerak lagi? Nak tunjuk dia punya kereta ke? Poyolah. Tiba2 bunyi hon. Aku mendekati kereta itu dgn malas. Mungkin boy perlukan aku kut.
"I'll send u. Boy force me to" perlu ke cakap boy yg paksa?aku tak hinginlah!
"No,thanks" jawab aku selamba. Sorry tak layan.
"Umi, come. Nak hujan ni" boy tarik tangan aku dan aku ikut aje. Aku buka pintu belakang dan terus duduk tanpa pandang sesiapa.
lama aku diam dalam kereta dan sedar2 je aku dah sampai mana ni? Terkejut sangat ni! Banglo ke istana siapa pulak yg aku dah jejak ni. Aku berkerut berfikir. Tak faham apa yg tengah jadi sekarang ni.
"Ini bukan rumah saya" ujar aku risau.
"This is my house" rumah dia.
"Kenapa tak hantar saya balik?" Soal aku geram.
"U didn't say a word about your address. How i will know where is your house" kurang hajaq! Tanya je la mangkuk.
"Kenapa tak tanya?" Soal aku geram.
"Who do u think am i? I'm not a taxi's driver that will ask u. Nak ke mana puan?" Ya allah ya tuhanku. Sesungguhnya kesabaran ku dah nak habis. Tapi pandai jugak dia cakap melayu eh? Poyo je speaking london! Choi!!!!!
"Pa, nak hujan ni. Ajak umi masuk dulu" tangan aku ditarik. Aku ikutkan je lah lagipun malas nak gaduh dgn orang gila nanti aku sekali dilabel gila. Sebaik kaki aku melangkah masuk,gila kalau tak terpegun tengok rumah cantik ni. Besar bak hang! Lawa tok hang!
"Boy! Dah balik cucu nenek" boy berlari memeluk orang yg dia panggil nenek tu. Aku tayang senyum je. Pasangan tua itu terkejut dgn kehadiran aku dan aku hanya boleh senyum senget. Akhirnya mamat tu pun dah masuk dalam rumah.
"Ian,your guest?" Eh, nama dia Ian? Ian, Iyan or Ean? Which one? Pedulilah!
"Nope. Someone that lost in the wonderland" aku dah tak boleh sabar ni. Ingat aku ni Alice ke?dasar mulut jahat!
"Come on Ian" Tan Sri Ahmad dah tergelak dgn jawapan psiko ni. Aku tak nak cakap apa lagi dah.
"Nek, atuk, ni umi" ujar boy. Aku tersenyum dan menghulurkan tamgan utk bersalam dan salam aku disambut baik. Nampaknya tak sombong mcm anak dia.
"Duduklah dulu. Nenek nak tahu pasal umi" erk. Takkan orang lagi tua dari aku pun nak panggil aku umi. Hailah. Jangalah upgrade aku punya umur.

kami duduk di ruang tamu. Memang besar dan lawa gila rumah ni. Semua orang main passing pandang pulak.
"Umi ya?" Soal tan sri. Puan sri pun pandang aku.
"Sebenarnya, Umi Hafia. Panggil Fia je. Saya ni cikgu tadika baru boy. Kat tadika semua panggil saya umi. Jadi puan sri dan tan sri panggil saya Fia je" balas aku sopan. Mereka berdua dah tersenyum.
"Panggil aunty dan uncle je" balas mereka berdua ramah. Aku apa lagi? Senyum je la. Jeling mamat psiko ni tapi dia selamba je.
"Umi ni baik nek, atuk. Hari ni umi ajar doa masuk tandas. " erk! Adui la. Doa masuk tandas pun dia nak cakap ke. Dah ada dah orang buat sengih sinis. Malunya.
"Ish,takkan nak baca kat sini? Nanti nak masuk bilik air baca la. Ya?" Halang aku bila si kecil ini dah tadah tangan nak baca doa. Agak2 lah depan air kopi ni nak baca doa masuk tandas pulak.
Aunty dan uncle pun dah gelak. Adoi la kanak2 ni memang la kanak2. Fikir masa ni je. Last2 aku pulak yg malu.
"Dinner dgn kami ya Fia?" Ha? Lopong mulut aku. Tak nak!
"Sorry aunty, tapi Fia kena balik. Kesian Iyan kat rumah" dua2 pun pelik. Iyan mana la pulak kan? Kat depan mereka ni Ian jugak.
"Ni Ian" uncle tunjuk psiko yg tenang. Dia pun kenal Iyan tu siapa.
"Iyan Fia aunty. Kat rumah. Sebaya dgn boy"  aku pandang boy. Mereka berdua mengangguk faham.
"Kawan boy! Papa cakap bff" tergelak kami bertiga. Alahai, pandainya. Setelah aku salam dgn aunty aku terus keluar. Ish! Terpaksa balik dgn psiko ni pulak. Malasnya dah la boleh tahan jauh rumah aku ni. Dalam satu jam setengah jugak. Malasnya. Aku bukak pintu belakang tapi cepat dia tutup.
"I'm not your driver" tak habis2 nak mention dia bukan driver aku. Aku tahulah. Kalau dia bawak teksi sekalipun tak ada orang yg nak naik.
"Then,biar saya jadi driver encik duk belakang" jawab aku tenang. Malas bertengkar.
"Then, let's my life end by allowing low manner driver like u" panasnya.
"Ok. Saya nak duduk mana? Atas atap? Kalau tak ikhlas saya boleh balik jalan kaki je" malas dah aku nak bertegang urat. Baru je aku nak buka langkah aku terkejut bila pintu depan dibuka. Untung tak langgar kalau tak kena repair hidung mancung aku ni.
"My mom ask me to send u safely. So, get in"aku terpaksa dengar cakap dia. Dasar gila!

Akhirnya sampai jugak rumah aku. Seksa dunia sekereta dgn mamat psiko ni. Untunglah boy tak ikut perangai bapak psiko dia ni. Ei! Geram. Dah berapa banyak dosa aku pasal mamat ni sorang je.
"Thanks" ujar aku tak ikhlas. Ok aku repeat. Tak ikhlas. terus turun dari kereta dia.
"Wait!" Suara dia menghentikan aku. Aku pandang belakang dgn malas dan... purse aku???? Laju aku berlari mendekatinya  dah macan orang gila aku cari ada dgn orang gila rupanya.
"Sebelum saya buat spekulasi jahat. Better u explain"
"U left it, i take it. Now, i give it" senangnya dia cakap. Tiga ayat ringkas je. Simple sentence pulak tu. Maknanya hari pertama aku jumpa dia. Yes! Aku tertinggal atas bangku.
"Your phone" aik. Phone aku pun ada?
"Please dont left anything that yours to me. It's look likes u are looking for excuses to see me. And! Make sure your PMS didn't make u forget it" ternganga aku kali ni. Dia dah blah mcm malaun. Apa lagi yg aku boleh buat. Rasa nak angkat senapang dan tembak kepala dia sampai berkecai. Ya Allah, tak pernah aku jumpa orang yg mcm ni.

Kesengsaraan aku berakhir bila seminggu aku tak nampak muka dia lagi dah. Dengar tak sadisnya perkataan sengsara tu? Aku layan pandang laut yg cukup indah dan tenang ni. Abg ajak picnic hujung minggu mcm ni bagus. Jia pun ada sekali,dah mcm rasa dia ada skandal dgn abg. Tak kisahlah asalkan dorang bahagia. Aku sekarang ni tenang,damai dan gembira sebab tak ada apa yg buat aku serabut minggu ni. Kalau tak naya jugak kena tengok muka dia setiap pagi bila hantar boy pergi tadika. Dia tu tak nampak mcm bapak orang pun. Dah perangai mcm ..set.... ish! Mulut ni jahatnya.
Aku pandang Jia yg seronok mengejar Iyan. Syukur sangat kalau abg boleh terima Jia sebagai ahli keluarga kami. Tambah members. Tapi kak aishah takkan kami lupakan. Dia akan selalu ada di takhta hati kami. Jia,terima kasih sebab hadir dalam hidup kami semua. Feeling gini kalau aku cakap direct mau mati kena gelak. Tak pernah nak serious minah tu. Apa punya orang dewasalah. Aku buang pandang ke laut lagi,bukan pandang je aku buang batu kecil yg kat sebelah aku pun aku buang sekali. Siap cantik parking atas kepala orang. Mak!!!!! Terbuat dah! Aku mulanya melarikan diri,dah berpaling ke belakang dan angkat kaki nak beredar tapi suara garau itu menghentikan langkah aku.
"Wait!"  Aku meraup muka dan mengira langkah lelaki yg dah terkena tu. Bila dia dah parking depan aku aku tak berani nak mendongak. Terpaksa la kan. Aku kan ada good manner,kenalah say sorry. Aku angkat muka terus ternganga bila cap dikepalanya dibuang. Mampus!!! Malapetaka datang lagi!!!!
"U again!" Keras suaranya. Mamat psiko bajet omputeh ni la!
"Sorry!"aku tunduk hormat sikit dan terus lari kpd abg. Lari!!!! Tak sure dia kejar aku ke tak,dah kenapa nak kejar aku? Ingat bollywood. Termengah jugak lepas marathon ni dah lama tak lari2 pecut ni. Last sekali form 5. Hahaha.
"Ian!" Sapa abg. Aku pandang belakang. Ian ni ke dia maksudkan? Pening. Mcm mana boleh gather pulak ni.
"Fia, kenalkan. Ian, papa boy." Aku tahulah abg.
"Abg jemput dia?" Soal aku lalu dudk disebelah abg.
"Yup. More is merrier right?" Soal abg sambil tersengih. Aku cubit bahu abg geram. Geramnya!!!! Kenapa nak buat social connection pulak antara keluarga kita abg oi! Jia dah sengih sebab tahu aku jaki gila dgn mamat psiko tu.
"Abg!"aku geram betul ni. Abg boleh pulak cuit pipi aku dan gelak. Memang abg tak tahu yg aku ni musuh sedunia dgn mamat ni. Aku tumpang dagu atas bahu abg. Spoil mood aku!!!! Mcm aku ada seru nama dia je. Asal aku sebut dia datang. Asal aku nak sumpah sikit dia pun datang. Masalah.

Dah dua bulan, sakitnya hati aku ni. Nanti ada orang yg masuk hospital komplikasi hati. Siapa nak derma hati dia kat aku nanti? Angkat tangan? Tak ada la jawabnya. Tukar pun kira ok gak! Mengarut lagi. Dia tu kerja engineer la. Tak tahu apa jenis engineer tapi mcm ada market je. Mcm orang ada duit gitu. Abg pulak lecturer engineering ni jadi terpaksalah aku tengok muka dia kadang2 dia ni dah jadi kawan abg. Kawan baik pulak tu. Maklumlah kat sini abg mana kenal sesiapa. Dah lama kat oversea.
hari ni pun dia datang rumah borak dgn abg. Apa yg diboraknya im sorry. I dont want to know. Boleh pulak dia gelak2 dgn abg, dgn aku kemain lagi. Mcm nak halau jin.
Aku bawa dulang air ke laman. Kalau ikutkan hati nak je aku letak racun tikus biar dia mati terus. Ya allah apa yg aku cakap ni. Biarlah memang aku tak ikhlas pun kan? Aku meletakkan dulang atas meja dan menghidangnya. Abang pandang aku dan senyum segaris.
"Iyan mana?" Soal abg. Aku senyum sebelum jawab soalan abg. Abg yg mcm ni la buat aku rindu sangat. Abg yg still senyum no matter what. Tangan aku menyentuh pipi abg. Aku dah terbuai dgn perasaan aku sendiri. Rindu pada orang yg ada depan mata. Pelik.
"Why?" Soal abg lalu tangan aku dicium. Aku tersedar. Alamak! Dah terlajak ni.
"Iyan tidur,penat main dgn Ibu Jia dia."
"Fia tak penat ke?" Soal abg penuh kasih. Aku dapat rasa kasih tu dan memang sampai ke hati aku. Aku peluk bahu abang dgn manja.
"Utk abg dan Iyan mana Fia penat. Jadi tak plan kita malam ni?" Sengaja aku bertanya. Nak menghalau sebenarnya biar mamat psiko depan aku ni blah. Benci!
"Mestilah jadi. Tak sabar ya?" Soal abg pula.
"Tak sabar sangat! Lama tak bermanja dgn abg!" Lepas je aku cakap mcm tu orang depan abg ni tersedak kuat. Merah muka dia sebab tersedak. Padan muka! Mesti kutuk aku dalam hati kan? Tu la Allah balas on spot terus.
"Ok tak Ian?" Soal abg risau. Tak yah risau la abg. Tak matinya tersedak air dah tua pun bukan baby lagi.
"Ok. Ian balik dulu bang. Nanti kita discuss lagi" bagus! Akhirnya dia angkat punggung dan blah. Aku tersenyum menghalau dia pergi dalam diam. Abg dan aku masuk ke dalam rumah setelah dia lesap dari rumah kami.

"Gila punya orang. Nak berasmara dgn suami pun nak mention ke?!" Ian hentak tangan pada srereng kereta. Geram betul dia melihat kemesraan itu dan Fia yg bermanja dgn Hafiz. Perlahan dia meraup mukanya dan cuba untuk bertenang.
"Pergilah buat anak ramai2!" Marah Ian tanpa sebab lagi.
"Boleh gila aku kalau mcm ni" rambut yg tadinya kemas dah serabai. Dia buat jalan raya tu mcm bapak dia punya pula. Siap kena kejar dgn polis trafik lagi. Jadi terpaksalah dia berhenti di bahu jalan. Dia keluar dari kereta dan minta maaf. Walaupun dah minta maaf tetap kena saman jugak. Kalau Fia tahu mesti dapat ucapan padan muka level ikhlas cecah hati punya.
"Maaf encik"pintanya lagi.
"Lain kali jgn buat lagi" pesan polis itu tegas. Ian mengangguk dan tersenyum hambar. Gila tak hambar dah la kena saman. Sakit hati pun tak hilang lagi.
"In sha allah"
"Hati2" pesanan lagi. Ian mengangguk dan bila polis itu beredar dia menyepak tayar keretanya dah sahlah bukan kereta yg sakit tapi kakinya. Again. Padan muka!

"Best tak kartun tadi?" Soal aku pada Iyan yg seronok benar. Berbuih mulut bercerita cerita yg aku pun tengok. Aku berdua je dgn dia sebab abg dan Fia layan cerita horror. Uish, memang bukan makanan aku la cerita hantu ni. Kirim salam selamat malam je la.
"Mana papa ngan ibu?" Soal Iyan.
"Tak habis lagi kut. Jom pergi beli aiskrim nak?"
"Nak!!!!" Amboi bak hang. Ceria kemain lagi. Aku menarik tangannya ke kedai aiskrim dan dia hanya mengikut. Beratur panjang la pulak. Setelah aku dapatkan dua aiskrim aku terkejut. Mana Iyan ni? Dah nak menangis aku cari Iyan. Cari punya cari tapi tak jumpa aku dah menangis. Air mata turun tak berhenti. Iyan jgn buat umi mcm ni.
"Iyan!!!" Jerit aku agak kuat. Lepas tu dua orang pandang aku. Iyan dalam dukungan Ian. Air mata aku mengalir laju. Ya allah takutnya aku tadi. Iyan dan Ian mendekati aku lalu Iyan terus memeluk aku.
"Umi,jgn nangis. Iyan sorry. Tadi Iyan nampak papa Ian jadi Iyan kejar" air mata aku dikesat tangan kecil itu. Aku mengukirkan senyuman dan peluk tubuh kecil itu erat. Beria duk cerita Iyan kejar papa Ian. Adui, susah ni nama sama. Aku pandang mamat psiko depan aku ni. Ha,berkerut kemain tengok aku. Ei! Nasib baik Iyan yg kejar dia kalau tak aku dah panggil dia ni penculik.
"Stop crying. People are looking at us" tangan kasar dia mengesat air mata aku. Tapi pakai sapu tangan la, kalau pakai tangan aku tangan tangankan mamat ni. Terkedu kejap aku, dia tolong lap air mata aku la weh! Mimpi agaknya dia ni. Bila dgn aku mula la nak cakap omputeh. Ingat aku tak faham bahasa melayu ke? Dgn orang lain sempoi je cakap melayu ke dia ni anggap aku mcm alien sebab tu guna bahasa asing. Jangan aku buat dia mcm alien jugak sudah.
"Kenapa ni?" Soal abg bila mendekati kami. Air mata aku pun dah kering nasib baik. Jia dah buat muka keji bila tengok mamat psiko ni sebelah aku.
"Fia nangis ke?" Soal abg lalu mendekati aku.
"Ha? Lapar la abg" aku peluk lengan abg. Ais krim dari tadi lagi dah dipegang mamat psiko tu.
"Jom makan. Ian. Jom!" Ajak abg pula. Aish, buat apa ajak dia?buat tambah belanja je tapi aku nak tolak mcm mana. Sebaik kami tiba di meja kosong Jia dan Abg pergi buat tempahan. Amboi abg asyik nak berdua je ya?
"Papa Ian nak aiskrim sikit boleh?" Soal Ian mesra. Aku pandang je la.
"Umi, nak aiskrim" aiskrim aku di tangan aku bertukar ke tangan Iyan. Dia turun dari kerusi dan menyuap aiskrim itu pada Ian. Aik! Aiskrim aku tu!!!
"Aiskrim umi tu" aku buat muka sedih.
"Aiskrim Iyan dah habis. Ibu cakap sharing is pahala" aku gigit bibir bawah. Sharing is pahala ya? Aku anggukan aje la. Tergelak Ian bila habis comot mulutnya disuap Iyan. Ya allah Iyan ni bersungguh benar suap papa Ian dia.
"Lap mulut awak ni" aku dgn spontan menghulurkan tisu pada Ian. Dia terkejut aku pun terkejut tau! Tak sangka yg aku buat semua ni. Geramnya aku rasa! Jgn buat baik dgn orang jahat! Ha! Ni memang bukan apa yg Rasulullah ajar. Bertenanglah hati. Dia sambut tisu yg aku hulur dan mengesat mulutnya. Mulut Iyan yg comot juga dia tolong lap.
"Comelnya anak papa Ian ni." Tergelak Iyan dengar pujian. Kemain.
"Yay! Makanan dah sampai" aku buat2 teruja bila tadi aku tenung dia dan dia perasan. Malulah aku time tu.
Suasana masa makan senyap je, aku tak pandang pun orang depan aku ni. Malaslah nak tengok buat sakit hati je. Beria dia main dgn Iyan. Aku sebenarnya nak senyum tengok cara dia layan Iyan tapi memang tak lah. Jatuh la market aku ni.
"Abg nak announce ni" semua mata pandang abg.
"Iyan, Iyan nak tak ibu Jia jadi mama baru Iyan?" Terlopong kami berempat. Jia bukan je terlopong malah dah terlekat ayam kut. Aku gosok belakang Jia perlahan lahan.
"Nak!!!" Jerit Iyan gembira. Akhirnya.... abg tebuka hati jugak.
"Fia sudi terima kakak ipar baru?" Bila selesai abg bertanya kpda aku Ian pulak yg tersedak. Kalau yg ni tersedak aku pandang je.
"Kecik tapak tangan member baru Fia alukan" aku menepuk bahu kawan baik aku yg masih lagi terkejut. Ian dah kali ke berapa minum air aku tak sure yg pasti dgn gelas aku sekali dia balun.
"Awak mengarut apa ni Fiz?" Soal Jia serius. Eh, Jia tak nak ke jadi sis in law aku?
"Jia,kau tak nak ke jadi sis aku? Kesian abg aku dah lama tidur sorang" seloroh aku. Laju tangan Fia lempang bahu aku yg tak berdosa ni. Sampai hati Jia. Sakit tau!
"Awak tak sudi ke Jia? Saya ikhlas. Saya tahu saya duda dan tak layak utk perempuan sebaik awk. Maafkan saya" kotak cincin yg telah dikeluarkan disimpan semula. Jia cepatlah!
"Bukan tak sudi! Tapi datang la rumah. Mintak dgn wali saya dulu" aku dah sengih. Iyan yg tak faham pun sengih. Ian pun senyum sikit. Takdelah tersengih mcm aku.
"Alhamdulilah. In sha allah secepat mungkin saya pergi jumpa parents awak"
"Tak menyempat" balas aku lalu ketawa. Ian depan aku pun gelak, ajaib benar.

"Jom la pergi rumah uncle ahmad." Ajakan abg aku malas nak layan. Malaslah aku nanti jumpa pulak dgn Ian psiko tu. Buat musnah majlis kesyukuran je. Tapi majlis kesyukuran apa eh?
"Dia ajak pergi makan je. Bukan pergi tolong berasapkan dapur" aku balas malas.
"Eh Fia ni. Eloklah kita tolong keluarga belah sana." Amboi! Cakap mcm nak kawin dgn orang sana.
"Majlis kesyukuran apa abg?" Soal aku pula.
"Anak menantu uncle nak balik sini and uncle dan aunty nak pergi umrah. Jom la pergi tolong meriah sikit"
Aku garu kepala malas. Rupanya malaun tu ada siblings ingatkan sebatang kera. Eh sebatang kara la! Mulut mintak kaki ni.
"Pakai kasual je la eh? Lambat lagi malam ni. Nanti kita balik mandi tukar baju eh?" Pinta aku pada abg. Dan abg terpaksa mengangguk. Aku memang jenis tak boleh pakai baju sama dari tengahari. Tak selesa langsung!

Terus terjah dia punya brotherhood Iyan ni. Tak sempat kereta angkat hand brake dah keluar dah dia. Aku dan Jia hanya mampu menggelengkan kepala. Sebab Boy dgn Iyan la keluarga kami rapat tapi aku ada sorang je musuh dalam keluarga ni. Ian psiko! Aku tak kan berbaik dgn dia. Aku mendapatkan Iyan dan Boy lalu bersalam dgn beberapa orang tetamu di situ.
"Fia datang menolong!" Aku angkat tangan gaya superhero. Gelak orang ramai kat sini. Aku termalu sendiri niatnya nak cakap kat aunty je tapi dah terlaung sampai satu area dapur boleh dengar. Malu bak hang! Memang boleh upah catering tapi aunty dan uncle suka buat ramai2 teringat zaman di kampung dulu. Best gotong royong ni.
"Fia kan tetamu" aunty usap lembut belakang aku. Dah malu tadi tak tahu nak sorok kat mana muka. Aku peluk aunty erat. Menyorok la kononnya.
"Ni la daughter baru mama ya?" Aku tersentak dengar suara ceria itu. Lawanya . Dgn tudung labuh dan pregnant, muka mcm Boy la. Isteri Ian ke ni? Kalah aku kalau mcm ni. Eh? Apa kau mengarut ni Fia. Aku cabai mulut ni baru tau. Pelukan dileraikan dan aunty peluk pula dia. Aku tersenyun hambar.
"Mummy! Iyan, ni la mummy kita. Mummy ni la Iyan the Bff" aku tergelak bila anak kecil itu memperkenalkan Iyan. Mcm tahu je maksud bff tu apa.
"Come Iyan. Salam mummy" aku tersenyum lagi, dapat mummy pulak dah si Iyan ni. Tak cukup umi,ibu, mummy pun sapu sekali.
"Mummy, ni Umi boy. Cantik!" Boy angkat ibu jari. Aku tergelak kecil. Ish budak ni saja je.
"Fia"aku hulurkan tangan utk bersalam tapi dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku tersenyum dan membalas pelukannya. Memang jenis family ni suka peluk orang kut. Aku gelak dalam hati.
"Cantik daughter baru mama ni. Jeles Icha" suara lembut itu ketawa sakan. Jangan risau la aku ni orang luar je. Tak adanya nak ganti tempat menantu tu. Aku minta diri dan ke belakang. Ish! Kenapa rasa nak menangis ni? Air mata dah mengalir bila aku membelai ros merah ni. Akhirnya tangan aku tercucuk duri dan berdarah. Sakit sikit je, cinta ni memang mcm ros kan? Salah sikit mesti diri sendiri yg luka. Eh?yg aku berfalsafah dgn bunga ni apesal?cari pasal namanya. Mengarut je.
"What are u doing here?" Sapa satu suara. Tekejut aku, ingatkan hantu. Mamat ni buat apa kat sini? Aku kesat air mata dan pandang tempat lain. Tapi dia sekarang berdiri di depan aku.
"Why are u crying?" Sibuk nak tahu pasal aku. Pergi bermanja dgn bini kau la!
"No reason"
"Just a person do that" aku angkat muka. Nak kata orang gila ke? Ei! Nak marahnya aku rasa sekarang ni.
"Siapa? Orang gila?" Soal aku bengang. Dia sengih jahat. Kurang hajaq betul dia ni. Aku nak beredar dari situ tapi dia halang. Nasib baik tak terpeluk dia. Main halang je jalan orang, polis buat road block pun ada signboard tau!
"Why are u crying?"
"Mind your own business. I repeat,jaga tepi kain awak sendiri" siap dgn translate sekali aku bagi.
"I want to mind your business. So what?" Aku gigit bibir sebab geram. Dari dunia mana datang orang mcm dia ni?
"Get lost!" Balas aku geram.
"Let me wipe your tears and blood then i'll get lost." Aku terdiam. Betul ke apa yg aku dengar ni. Tanpa aku kata ya or yes sapu tangan dia keluarkan dan lap air mata aku lalu jari aku. Sikit je pun luka. Poyo la kalau nak tunjuk gentle kat aku. Wrong person! Pergi manjakan bini kau la! Layan aku buat apa?!
"Ian my love, what are u doing?" Aku terkejut,bukan, kami terkejut. Aku pandang belakang walaupun ada cerita horror dah pesan jgn pandang belakang. Aku terkejut. Matilah kali ni. Aku akan dilabel pengorat suami orang lagi. Mati.
"Love, let me introduce u this is Fia and Fia, this is my..."
"Kami dah brkenalan tadi" aku menyambung cepat. Dia tersenyum dan mengusap perut yg dah membesar itu.
"Really? Good" ujarnya ceria.
"Anak papa sihat tak?" Soalnya mesra pada baby dalam perut. Dengar la agaknya. Aku senyum sebelum berlalu. Sapu tangan dia yg berada di tangan aku rasa nak campak kat tanah je. Aku genggam sapu tangan tu kemudian meletakkannya di atas meja di laman. Kenapa aku rasa mcm ni? Mcm bodoh je aku rasa!

Aku bersandar pada kereta abg. Dah menunggu utk balik ke rumah dan tukar baju. Atau baik balik tak payah datang lagi dah.
"Dah lewat la Fia, kita stay back je. Aunty dah sediakan pakaian"
"What?" Soal aku geram. Apa ni abg oi!
"Ala Fia, ok la tu. Bukannya tak boleh mandi tukar baju. Jom!" Tangqn aku ditarik Jia. Malasnya.... aku terpaksa juga menurut kehendaknya.
"Guna bilik Ian ya? Semua bilik lain dah penuh" ucap aunty. Aku rasa mcm nak pengsan je sekarang ni. Jia datang dgn bawa baju utk kami. Kami masuk ke bilik besar itu. Warna hijau dan kelabu,sama warna feveret dgn aku. Woi!!! Mengarut kau eh Fia. Aku mengunci pintu bilik buatnya mamat tu masuk saja je. Mana gambar dia dgn kak icha?tak ada pun. Ke bilik kawin dorang kat lain? Tapi banyak gambar dia ni. Pelik. Ah! Tak payah fikir la baik aku mandi cepat2 dan tukar baju. Alamak! Period datang lagi. Aku dah la tak bawak benda alah tu. Mcm mana ni? Aku memanggil Jia dan akhirnya Jia datang.
"Weh,bulan dah mai. Kau ada benda alah tu?"
"Really? Sekarang? Jap aku tanya kak icha"
"Cepat weh!"
" jap!" Berlari Jia keluar dari bilik tal sampai 10 saat aku dengar pintu bilik dibuka. Oh cepat betul! Batman pun tak selaju ni. Light man kut.
"Jia! Cepatlah!" Jerit aku dari dalam bilik air. Aku dengar orang tersepak kerusi. Kenapa ni? Ke orang lain? Aku cepat2 menutup pintu bilik air.
"Siapa?" Soal aku kuat.
"Ian"
"Iyan? Iyan, panggil ibu cepat. Umi urgent ni" ujar aku. Aik. Tak ada balasan. Suara tak jelas la dalam bilik air tapi tak nak keluar.
"Ian besar ni. Papa Ian!"
"What?!" Terjerit aku. Malapetaka dah mai.
"Keluar! Aunty tak cakap ke saya guna bilik ni. Keluar awak! Now!" Arah aku geram. Halau tuan rumah nampak. Besar jawatan aku kan. Berlari Ian lari keluar dari bilik. Sempat laung sorry. Ish! Mamat ni menyusahkan aku je kerjanya.
"Fia!" Suara Jia.
"Cepatlah" Jia ke bilik air dan tangan aku keluar, hebat tak tangan aku keluar? Adui bahasa. Selepas benda alah tu bertukar tangan aku segera bersiap dan keluar dari bilik air. Pintu bilik aku kunci. Lega gila sekarang.
"Apesal kau terjerit tadi? Kau halau siapa?" Soal Jia. Dapat dengar suara aku sampai luar ke? Dahsyat.
"Hantu"
"Berani pulak kau halau hantu. Takut pulak hantu tu dgn kau" balas Jia lalu tergelak. Betul jugak kan? Pandai je aku ni.
"Weh, aku nak maghrib 27 ni. Kau lepak sini la eh?" Aku hanya mengangguk. Rumah orang jugak nak periodnya. Aku kunci pintu bilik bila Jia keluar takut banana fruit two times la. Badan yg rasa penat aku rebahkan atas katil mewah ni. Tumpang sikit je. Tapi lepas tu aku tak sedar apa dah sedar2 je ada orang ketuk pintu bilik. Bergegas aku ke depan pintu.
"Jia ni" aku buka pintu sedikit dan Jia masuk ke dalam. Mata yg masih berat aku genyeh.
"Tidur pulak kau eh. Siap la, orang dah ramai sampai"
"Ya la. Membebel mcm mak nenek" aku mencapai selendang yg tersadai atas sofa. Aku mula melilit tak sangka yg aunty tahu warna feveret aku. Dah la cantik baju ni. Pandai aunty pilih tapi tak tahula kalau ni baju isteri psiko tu. Tapi aku tak setinggi dia la. Baju ni saiz aku je. Jia minta keluar dulu. Aku lekatkan pin terakhir di atas kepala sebelum puas hati dgn penampilan diri sendiri. Pintu bilik dibuka, sama2 terkejut saling berbalas pandang. Psiko ni lagi! Kenapa pakai baju hijau? Saja je mamat ni.
"Sorry"dia terus tutup pintu dan keluar. Aku pegang dada yg berdebar bila tengok wajah dia yg bersongkok. Hensem... woi! Melalut dah.

Sebaik aku turun jumpa tetamu lain aku dipandang mcm ada buat salah. Pada masa yg sama mamat psiko tu turun dan berdiri sebelah aku tapi dia senyum je. Aku? Pelik la. Buat apa berdiri tepi aku? Duk jauh sikit benci ni. Dah la aku dgn dia je hijau, semua orang purple. Silap pilih warna kami ni. Eh,kami pulak! Aku la! Aku menjauhkan diri darinya. Tak kuasa mak nak duduk dekat dia. 

Setelah doa selamat di baca tetamu mula dihidang dgn pelbagai juadah. Meriah gila weh rasa mcm ada orang kawin or tunang je. Aku yg syok makan kek coklat memang tak ingat dunia dah. Tapi bila aku nampak orang berpelukan di kolam renang aku nak tahu siapa. Bila terpandang kak icha aku dah boleh agak siapa lelakinya. Sweetnya... nak kawin jugak. Eh! Bukan psiko pakai hijau ke? Tu purple. Aku topang dagu pelik. Tengah aku cantik lopong ni la psiko tu nak singgah. Tak kan la kak icha curang. Aku yg tudung tutup cukup2 je ni pun tak terfikir nak curang. Apatah lagi kak icha yg bertudung labuh.
"What are u doing?" Soalnya.
"Buat bodoh"
"It looks like that. Exactly!" Geramnya aku.
"Who are u?" Dia pelik dgn soalan aku. Memang pelik pun.
"Ian Fadlan, why?"
"No. I'm not asking your name"
"So? I papa Ian then" aku buat muka. Malas nak melayan. Kalau aku tunjuk bini dia tengah peluk2 tu agaknya gaduh besar tak malam ni? Eh, belum sempat aku buka mulut kak icha dan lelaki sado disebelahnya tersenyum memandang kami. Eh? Ian ni senyum je, tak respon pun. Tak kan tak marah tengok bini dia kena peluk. Aku tersua kek dalam mulut.
"Fia, this is my hensem bro in law. Rafiq" tersekat aku rasa kek kat tengkuk aku. Tersedak kuat lalu jus oren milik Ian aku capai. Kacau sekejap suasana. Kak icha mengurut belakang aku dgn lembut. Untung kek kalau sudu bukan hospital namanya. Aku menahan perit. Jadi?! Ian psiko ni adik kak icha and boy tu anak Rafiq dan kak Icha. Ye lah. Ian Mikhail Bin Rafiq. Mcm mana aku boleh tak perasan. Aku tergelak kecil. Adoi la! Kelakar betul. Patutlah perangai lain benar. Boy baik tapi Ian? Hurm.... malas nak kutip dosa.
"Fia ok?" Soal kak icha.
"Ok."
"Sayang, jom masuk tidur. U should rest" aww... sweetnya. Aku dah senyum. Segan pulak tengok babak cinta romantis ni.
"Pergi berasmara dalam bilik la" Ian bersuara direct lalu gelak. Tak tahu malu betul mamat ni sekor. Boleh je dia cakap melayu. Kenapa jaki sangat nak cakap dgn aku bahasa dunia tu? Pelik! Aku hantar mereka berdua pergi dgn senyuman.
"Nak kawin. Sweetnya" tanpa sedar aku terkeluar ayat gedik mcm tu. Aku berdehem dan membetulkan duduk. Nanti mamat ni cop aku mereng pulak lack of apa pulak? Sense kot. Asyik nak bantai aku je. 

Seronok aku layan perasaan datanglah minah entah dari planet mana join kami. Free hair. Seksi pun boleh tahan tapi masih pakai baju kurung moden. Aku pandang muka minah tu dan muka Ian pada masa yg sama. Muka Ian mcm benci gila kot.
"Ian,u look hensem today" minah tu puji.
"Hari2 aku hensem. Kenapa?" Perasan.
"Yeah. I know. But u look more hensem today" aku meluat. Ian psiko pun mcm meluat.
"Kalau aku tak pakai baju pun aku rasa aku hensem"erk. Terkejut aku. Jawapan apakah? Aku pulak yg malu.
"U are funny. Without shirt u look sexy" ok! Aku nak pengsan. Tak malu ke dorang ni. Rasanya baik aku blah je. Tapi nak tahu citer gak. Bertahan sikit je lagi lepas tu blah la.
"Kau pernah tengok ke?"soal Ian sinis. Dasar psiko soalan. Aku yg malu sekarang ni.
"Nope. But i will" gila tak malu punya minah. Nak muntah aku dengar. Dengan minah ni tak nak pulak speaking London dgn aku kemain. Bajet hot la tu.
"Bini aku je berhak!" Bak hang jawapan. Dengar dek bakal isteri cair. Aku sembunyi senyum. Rasa mcm nakal pulak jawapan poyo Ian. Mcm la badan dia tu aurat. Adess. Nakal jugak Ian ni rupanya.
"U will marry me right?" Ternganga aku terkejut.
"Tolong sikit. Tak elok kawin dgn sepupu sendiri"
"Says who?"
"Rasulullah" amboi.  jawapan pak ustaz. Ha, lopong ikan minah ni.
"It's not haram right?" Jawapan tak nak kalah.
"Sape nak kawin dgn kau?" Soal Ian jelik.
"U!" Jerit minah tu sikit. Aku dah nak blah. Ni mcm nak gaduh besar je.
"Ni bakal bini aku. Satu ni je! Kau jgn nak berangan!" Terjatuh kek dari tangan aku. Mengarut apa pulak ni? Berpisat aku pandang ke belakang. Muka dia tenang je. Tolong sikit! Tak kuasa aku daftar jadi bini kau eh! Muka dan mulut mcm helang ada hati nak buat aku jadi bini. Simpan je la hasrat kau tu.
"She?" Soal minah tu sambil tunding jari ke muka aku. Amboi banyak cantik tunjuk jari dia. Bajet jari runcing la tu.
"Why? Tak layak?" Soal aku berlagak. Dah kenapa dia pandang aku atas bawah. Ingat muka aku ni tak de market ke? Memang la tak de pak we lagi tapi aku ni pun kalau jual laku kut.
"Ya! Who are u? Just a girl without nothing special" memang sepupu Ian psiko sebab mulut mintak kaki. Aku dah tercengang nak marah. Makan pelempang minah ni nanti.
"Cantiknya bahasa" balas aku geram.
"Whatever!"
"Sesuai sangat la u dan dia" aku tunjuk Ian. Tersentak dia lalu berdiri. Kenapa pulak?nak nyanyi lagu negaraku ke?
"Mulut tak beli insuran" aku terus beredar dari situ. Berkerut muka Ian bila aku kata mulut dia takde insuran. Memang tak ada pun. Kalau nak sound orang main sound je siap pakai siren lagi. Aku? Bakal bini dia? Mintak maaflah memang idok la jawabnya. Tak kuasa aku.

Seminggu aku tak bergaduh dgn Ian psiko tu. Kenapa nak mengungkit pulak ni? Baguslah kan? Ke dia terasa hati aku cakap mulut dia takde insuran? Helang pun ada perasaan ke?
"Umi! Cantik tak?" Terkejut aku bila anak murid aku memanggil aku kuat. Arh! Berangan dalam kelas pulak, mcm ni ke cikgu contoh. Lukisan yg anak murid aku tunjuk aku pandang.
"Hensem" balas aku laju. Ternyata Dhia pelik,berkerut dahi dia ha. Kecik2 dah pandai berkerut dah.
"Dhia lukis girl la" ha? Aku pandang gambar yg dilukis lagi sekali. Haah la girl la pakai tudung lagi. Adess apa kena ni.
"Ya la, umi cakap cantik kan?" Soal aku malu. Dah membahang muka ni hah. Apa la aku ni.
"Hensem la umi!" Amboi! Berjemaah anak murid aku balun aku. Aku mengenyit mata dan tersengih nak cover malu la kononnya. Dah semua gelakkan aku pulak tu. Memang saja je budak2 ni. Dah pandai kenakan aku pulak? Sejak bila aku terel berangan ni.
"Umi kena belanja aiskrim" Iyan bersuara dan yg lain dah bersorak ceria. Matilah aku. Pandai2 je Iyan ni.
"Jom papa Ian belanja!" Ha???? Lopong ikan aku bila dengar suara dia. Aku angkat muka dan melihat budak2 semua dah berlari memeluknya. Suka la tu! Aku pulak yg nak naik menyampah sekarang ni. Buat apa kat sini? Menyemak je!
"Lepas ni makan aiskrim. Siapkan kerja dulu." Aku memanggil mereka semua dan mereka memang anak murid yg baik sebab dengar cakap aku. Sekali pun aku tak pandang muka mamat tu. Benci!

Aku berada di dapur seorang diri bila semua orang tengah makan aiskrim kat luar. Jeles! Nak jugak! Tapi Ian psiko yg belanja jadi aku tak nak! Mana satu aku ni? Cakap dah berbelit belit. Jia pun kemain dah lupakan aku. Jeles dengar orang duk gelak sakan kat luar tapi aku bertapa kat dapur ni. Karang berjanggut aku kat sini. Lambat lagi ke habis makan aiskrim tu?
"Why not u join us?" Aku malas nak pandang belakang sebab sorang je bajet omputeh kat sini.
"Thanks but no thanks" balas aku malas dan benci. Aku lapor polis kata ada orang psiko buat kacau kat sini baru tau! Karang ada orang balik berhalau.
"Ok." Aku diam. Ok je? Tak nak try pujuk aku ke? Pelawa kali kedua ke? Dah kenapa nak pujuk aku? Bukannya pakwe aku pun. Aku ni pun dah gila agaknya. Bila dah lama sikit diam aku pandang belakang. Ingatkan dia dah blah tapi ternyata duduk di kerusi. Haruslah kan tak kan atas meja pulak. Aku terkejut lagi! Dah kenapa pulak tak blah? Tak cukup power ke ayat menghalau aku tadi? Kalau ikutkan dia yg muka tak berapa nak tembok ni dah strong kenapa tak blah.
"Buat apa kat sini?" Soal aku berang.
"If u dont want to join us, why not i join u" eh! Ada aku minta ke dia join aku? Bukannya aku tak cukup kasih sayang nak kena ada orabg teman bagai. Tak payah la nak tunjuk baik dgn aku. Aku tak telan la benda mcm tu. Nasi je aku telan. Aku buat muka meluat jadi #mohonsedar ya sedara. Tak kuasa mak aku nak join kau. Kalau kau kat sini baik aku duk luar.
"What for?" Soal aku malas.
"To give u a little advice"
"I dont think i need one. Especially from u. So, leave!"
"I dont care. If we want to be a good teacher we should show a good attitude. dreaming in class? Bad attitude!"dia beredar. Ya! Dia blah lepas sakitkan hati aku! Saja je mamat ni cari pasal. Aku rasa hidung aku pun dah keluar api ni mcm naga dalam cerita dongeng. Agak2 helang dgn naga mana lebih ganas? Mestilah naga kan? Arh!!!! Dasar psiko dari pasifik mana ni?bukan! Alien la mamat ni. rasa nak je baling gelas kat tangan aku ni tapi apakan daya aku ni ada sabar lagi. Sikit je lagi! Kalau la aku ni naga dah lama aku fire dia biar masak mcm aym panggang lepas tu bagi makan buaya.
"Fia"
"Apa?!" Aku soal keras. Tersentak Jia bila aku dah tinggikan suara. Mata aku dah merah nak menangis sebab geram sangat. Tak pernah ada orang judge aku teruk mcm tu. Dasar orang gila!
"Fia, kau ok?" Soal Jia lembut. Bahu aku diusap dan kali ni aku tak malu pinjam bahu Jia utk menangis lagi.
"Kenapa ni?" Soal Jia lembut. Adui la! Menangis pasal mamat tu? Bodohnya aku sengaja bagi dia menang mcm tu je. Aku kesat air mata dan bertenang.
"Jia, aku keluar jap eh? Nak pergi klinik"
"Kau sakit ke?" Soal Jia risau. Memang sakit pun. Nak mati je rasanya.
"Sikit. Aku pergi dulu. Kau hantar Ian balik eh?"
"No hal! Take care!"
"Oraite" aku melintas ruang belajar dan mata aku pandang mamat tu sekilas sebelum jalan terus. Iyan sempat tanya aku nak ke mana. Nak pergi dapatkan rawatan sebelum aku jadi psiko mcm dia.
"Umi pergi klinik jap"
"Umi sakit?" Soal Iyan risau.
"Sikit je. Nanti balik dgn ibu ya?" Aku cium dahi Iyan sebelum keluar. Bila aku buka pintu kereta dah ada orang tutup balik. Sengaja mintak belai nampak. Aku gigit bibir geram dan pandang psiko ni sekilas.
"I'll send u to clinic" ujarnya tanpa rasa bersalah. Tak payah! Tak perlu! Tanpa banyak cakap aku buka pintu lagi tapi tangan dia tetap menghalang. Aku jeling geram tapi muka dia? Ya allah sangatlah menyakitkan hati aku.
"Mind your own business!" Jerit aku padanya. Habislah kalau mertua lalu kat sini cancel buat menantu.
"I want to mind your business" geramnya aku. Dia punya pasal la aku kena pergi klinik. Memang boleh gila kalau mcm ni.
"Go away!" Jerit aku lagi.
"No! Unless u allow me to send u" dasar hati batu tuan kayu otak besi tak faham ke?aku dah cakap bahasa prince william ni. Nak suruh aku guna bahasa prince harry pulak ke?eh? Bukan sama bapak ke dua prince ni? Mengarut dah.
"I dont need your help at all. So, please! Let me go" aku bersuara perlahan. Jgn buat aku menangis sebab dia lagi.
"Please" pinta aku lagi. Akhirnya dia diam dan menjauhkan diri sedikit. Tangan dimasukkan dalam poket seluar. Dia hanya melihat aku masuk ke kereta. Nak suruh aku say goodbye kat dia?sorry la tak minat. 

Terus aku pergi dari situ dan berhenti di depan sebuah klinik swasta. Aku terus masuk ke dalam klinik itu. Untung taj ada pesakit lain jadi terus berjumpa doktor direct. Aku terus duduk tanpa mendapat pelawaan doktor itu. Memang manner dah hilang dah. Belum sempat doktor tu tanya masalah aku, aku lebih cepat mula bersuara.
"saya sakit emosi doktor. Memang mamat tu suka cari pasal dgn saya! Saya pun tak tahu salah saya kat mana! Buat saya ni mcm bodoh sangat! Kalau termenung dalam kelas pun bad attitude ke? Kalau cakap tak pandang mata tu low manner ke? Saya just takut zina mata je! Tapi dia sibuk nak tegur saya kenapa?! Saya ni bukan anak dia! Lagi satu! Saya ni bukannya girl! Woman tau! Dah 25 dia tu buta ke? Kalau rabun pakai la spek! Ni nak nilai orang tapi buta! Sakit hati betul!" Bebel aku mengah. Mcm lepas rap pun ada rasa penat ni. Doktor depan aku ni boleh pulak buat muka blur. Machine gun ke aku cakap tadi? Tak faham ke doktor?.
"Doktor faham tak?" Soal aku padanya. Dia senyum dan angguk. Baguslah nampaknya aku tak gila sorang2 la ni. Doktor ni pun dah gelak sikit. Doktor yg dah tua mcm 45 tahun ke atas ni senyum pula. Aku pun dah senyum sikit, lega rasanya. Baguslah. Lepas dah rasa nak marah.
"Muda lagi. Doktor pun ingat kamu ni 20 tahun. Awet muda." Pujinya buat aku kembang. Hehehe. Suka buk!
"Sorry la doktor. Saya masuk terjah je tadi. Sakit sangat tadi. Sebab tu rushing" terang aku padanya. Dia senyum lagi.
"Saya faham. Kerja apa?" Adess. Buat kelab bual pulak. Tapi aku suka! Cakap mcm dgn bapak sendiri pulak.
"Cikgu tadika je"
"Kenapa nak rendah diri. Pendidik ni kerja mulia tau. Allah suka" aku senyum lagi. Kembang kena puji ni. Nak jadi menantu boleh doktor? Hahaha. Mengarut je la.
"Alhamdulilah... saya dah ok. Dah sihat pun. Terima kasih." Baiklah aku balik dulu. Tak kan nak lepak sini pulak.
"Ambil ubat kat luar" erk! Ubat? Aku betul2 sakit ke? Kalau ubat penenang aku tak nak.
"Saya tak nak ubat penenang doktor" dia anggap aku gila ke?
"Tak lah. Anggap je la makanan sunnah. Utk kita mudah bertenang" aku angguk faham. Selepas ucap terima kasih aku ke kaunter ubat. Dapat kurma free dan air zam zam. Alhamdulilah! Klinik terbaik! Lepas ni boleh datang lagi.
Aku keluar je rasa happy gila! Bila aku nak masuk ke dalam kereta aku nampak helang ni bersandar pada evonya. Sakit balik hati aku ni. Istighfar Fia. Malas nak layan aku terus masuk kereta dan balik rumah.

"Ubat siapa ni?" Soal abg pada Iyan. Aku yg berada di meja tengah periksa buku student buat tak dengar.
"Umi pergi klinik tadi" jawab Iyan.
abg angkat plastik ubat itu dan berkerut.
"Fia sakit gigi ke?" Soal abg pelik. Aku yg disoal pun pelik.
"Tak lah!" Balas aku pelik.
"Dah tu, plastik ubat klinik pergigian ni" aku terkejut terus bangun dari kerusi dan mendekati abg. Klinik pergigian Dr. Faris.
"What???" Memetir suara aku?aku pergi klinik gigi? Muka aku dah merah. Patutlah doktor tu gelak je. Silap masuk klinik. Malunya!!!!! Boleh gila sebab malu kalau mcm ni. Malunya. Mahu aku humban muka dalam laut merah sebab malu. Abg dan Iyan pelik. Aku terus berlari ke bilik dan bergolek atas katil. Apa kau dah buat ni Fia! Memang memalukan diri sendiri. Sah ke nak jadi menantu doktor tu,kalau jumpa pun aku lari la wei!!! Malu!!!!

"Siapa bagi mandat kat awak nak bawak Iyan keluar?" Soal aku malas. Dah malas nak gaduh dgn dia dan malas nak bercakap dgn dia lagi tapi ayat aku tu mcm cari pasal je kan? Aku kena jauhkan diri dari dia!!!!
"Your brother. And,he gave me mandat to bring u too" aik? Aku pandang muka dia pelik. Amboi abg buat aku ni mcm anak dia pulak.
"Nak ke mana?" Soal aku ringkas, Iyan dah hensem ni nak keluar.
"I dont know u that you know nothing."ujarnya sambil berkerut. Dia ni memang la suka kasi ayat sakit hati.
"Umi, kan hari ni atuk ngan nenek balik dari umrah" suara Iyan pula. Aku tepuk dahi sebab dah lupa. Ni semua pasal psiko ni la!
"Oh, lupa. Iyan pergi dulu dgn boy. Nanti umi follow ok? Umi tak siap apa pun lagi ni"
"Nope. I'll be waiting for u" aku ternganga. Waiting for me? Cewah mcm lagu korea pulak dah. Dia berdehem sebelum berpeluk tubuh.
"We will be waiting for u. Right Iyan, boy?
"Haah!"
"Dont have to. I can drive..."
"U are wasting our time. Go!" Weh! Dia halau aku pulak dah? Dgn geram aku masuk ke dalam rumah utk bersiap. Malasnya aku kalau mcm ni. Kenapa la aku kena ikut je apa dia cakap? Mentang2 abg bagi mandat suka pulak dia ya.
Bila aku keluar dari rumah senyuman aku terukir bila melihat Boy dan Iyan yg memanjat atas badan Ian. Adess. Nakal betul dorang ni. Aku mendekati mereka dgn senyuman yg pasti bukan senyuman tak ikhlas la. First time aku senyum ikhlas ni. Kami berbalas senyum sekejap. Ok! Situasi pelik.
"Umi dah siap. Jom pergi!" Ian turnkan budak nakal dua orang ni dan membukakan pintu kereta utk mereka di bahagian belakang. Aku? Terpaksalah duk depan. Umi dah siap ya? Mcm satu family nak balik kampung bercuti pulak! Ish! Nak makan kaki ke mulut kau ni Fia? Karang orang dinner dgn nasi kau dinner dgn kaki.
kami tak pergi terus ke rumahnya, jadi nak pergi mana pulak ni? Malasnya!!!! Butik baju kenapa pulak? Malas! Tapi aku ikut jugak. Memang aku bermasalah.
"Tomorrow is my sis birthday so, i want u to help me buy her a scarf"
"Hurm?" Soal aku lepas puas mengutuk dia dalam hati. Baiknya adik siap beli hadiah utk kakak dia. Untunglah... aku memilih beberapa tudung yg cantik tapi aku rasa ni mcm taste aku sendiri. Manalah aku tahu kak icha tu suka warna mcm mana kan?
"Kak icha suka warna apa?"
"Maroon and pink" hehehe. Tahu la dia.
"Dua ni lawa." Aku menunjukkan dua helai tudung yg sesuai. Cantik. But I love green and grey.
"I love green and grey" eh. Aku cakap dalam hati tapi dia cakap dgn mulut. Serentak pulak tu. Ayat yg sama! Ke suara hati aku bunyi kuat sangat. Kalau suara hati aku mestilah suara awek ni suara pakwe weh.
"This one!" Ujarnya sambil tersenyum. Amboi lagak beli tudung utk diri sendiri. Campuran warna hijau dan kelabu dan sedikit warna emas. Lawa gila shawl ni. Pandai jugak psiko ni pilih ek.
"But, she loves maroon and pink. What do u think?" Aku pandang dia. Memang tudung tu lawa pun. Nak!
"I like it." Balas aku sambil senyum. Dia dah pun senyum balik.
"Really? Then i'll buy three" cepat dia ke kaunter utk buat bayaran. Iyan dan Boy tak yah cakap la tak faham satu benda pun kalau tanya dorang. Batman je lawa agaknya.
"Asingkan yg ni" aku menunggu di luar bila dia buat bayaran.
"Nah!" Aku pelik. Kenapa bagi aku?
"Apa ni?" Soal aku pelik.
"Shawl. I like it but it's weird if i wear it. U like it and u can wear it. So, it's yours" seriously? Dia bagi aku? Mamat psiko ni bagi kat aku? Miracle! Aku nak tolak tapi bila dia terus hulur kat tangan aku,aku ambik je la. Senyum sorang2 ni.
"Thanks!"
"Ok" Dasar hati batu! Ok je? Cakaplah most welcome ke. Eh! Aku ni tak reti bersyukur ke? Teruk perangai!

"Harapnya Fia sudi terima pinangan kami" aku terdiam tak terkata. Apa hal pulak ni? Pinangan siapa pulak? Aku pandang uncle dan aunty silih berganti. Abg pun aku pandang sama. Rumah aku dengar bunyi kipas je.
"Fia" Jia menyentuh bahu aku lembut. Aku tersedar dan memandang lantai. Aku tak nak!
"Bagi Fia masa. Kalau boleh biar abg kawin dulu" aku bersuara lemah. Mereka semua mengangguk faham. Aku tak nak kawin dgn dia! Kenapalah rombongan ni boleh sampai. Aku tak berani nak menolak mentah2 tapi aku tak nak.

"Apa yg mama dan papa buat ni?!" Kuat suara Ian tak berpuas hati bila parent dia meminang Fia utknya. Marah sungguh.
"Baru je seminggu Ian pergi, papa dah buat keputusan mcm ni. This is my life" Ian tak boleh bersabar dan dia juga tak boleh duduk diam. Semua orang dalam rumah diam mendengar amukan Ian. Kali pertama Ian membantah cakap keluarganya.
"Tapi Fia tak terima lagi" jawab mamanya cuba memujuk. Ian tersentak tapi dia dah bertenang sedikit. Mustahil Fia akan terima fikir hatinya.
"Mama ingatkan Ian suka Fia" Ian angkat muka pandang mamanya. Dia bangun semula dari duduk.
"Ma, please. Let me settle this. And no matter what is the answer all of u should accept that" Ian keluar dari rumah dan memecut dgn keretanya. Dia sendiri buntu sekarang ni. Entah apa yg dia boleh dan perlu buat.

Perkahwinan kedua abg tiada cacat celanya. Ini adalah perkahwinan pertama Jia jadi Jia berhak dapat yg terbaik utk dirinya. Penat buat semua persiapan ni tau! Nak tercabut kaki aku dibuatnya asyik ke hulu ke hilir je. Dah beberapa minggu pasal peminangan tu dan aku perasan Ian psiko asyik menjauhkan diri dari aku. bagus apa? Nampak sangat yg pinangan tu datang dari pihak keluarga je. Haruslah kan? Tak kan dia nak aku yg tak cukup manner ni kawin dgn dia. Jatuh la standard dia. Aku mengemas sesuatu dibawah khemah yg masih lagi belum siap dipasang. Lambat betul la. Tapi aku bertembung dgn Ian. Dia bukan je tak senyum malah jeling aku. Pandang aku mcm aku yg rancang pinangan tu. Tolong sikit aku pun tak hinginlah! Aku percepatkan kemas apa yg patut. Yg dia tak blah lagi tu kenapa? Kalau kau tak suka aku?aku sejuta kali tak suka kau! Mamat bajet omputeh perasan bagus! Psiko! Baru je aku nak beredar dari khemah itu tiba2 atap khemah nak runtuh dan belum sempat aku buat apa2 badan aku dah rapat ke tanah. Tapi ada orang yg dah hempap aku. Muka aku pucat tak berdarah bila ada darah yg mengalir dari kepala orang yg hempap aku atau dah selamatkan aku. Darah mengalir membasahi mukanya dan tudungku.
"Ian...." serak suara aku sebab takut sangat. Ian dah tak sedarkan diri. Wajahnya yg rapat dgn muka aku buatkan aku dapat tahu yg dia langsung tak sedar sekarang. Darah semakin banyak. Aku dah tak tahu nak buat apa. Bila khemah diangkat, badan Ian diangkat. Ian dah tak sedarkan diri dan darah mengalir semakin banyak.
"Ian!!!" Aunty dah menangis sambil merangkul Ian. Aku dipeluk Jia menggeletar semua tubuh aku memang aku tak sedar apa yg perlu aku buat sekarang. Abg angkat aku masuk ke dalam kereta dan mata aku tak lepas drpd memandang Ian. Air mata aku mula mengalir tanpa aku sedar.

Suasana di hospital sunyi sahaja. Semua orang tengah tunggu Ian di ruang ICU. aku pula direhatkan di wad biasa. Air mata aku mengalir bila teringat peristiwa yg menakutkan tadi. Ian.... air mata aku mengalir lagi. Ya Allah, engkau selamatkanlah Ian.
"Fia..." Jia memeluk aku yg sedang menangis dgn erat. Air mata aku disapu tapi mana boleh air mata ini kering sedangkan masih ada orang yg sedang bertarung nyawa sekarang.
"Ingat Allah Fia. Jom aku teman kau solat" aku ikut je apa yg Jia suruh. Setelah berwuduk dan telekung dipakaikan aku solat sunat hajat. Sujud terakhir aku lama sangat dan aku mohon Allah selamatkan Ian. Air mata aku terus mengalir lagi wajah pucat Ian masih lagi bermain dalam minda aku.
"Ian..." tangis aku lagi. Dalam doa hanya nama Ian yg terlintas. Lemah semua sarafku.
"Maafkan Fia aunty" aku tak tahu mcm mana harus minta maaf.
"Fia, ini semua takdir. Jgn salahkan diri sendiri" aunty peluk aku erat. Aku tak tahu nak buat apa lagi mcm dah hilang waras sedikit. Sebaik doktor keluar semua oramg menanti butir bicara doktor itu.
"Alhamdulilah. Pesakit tak cedera parah. Hanya luka dibahagian kepala dan tak serius. Tapi pemeriksaan lanjut akan dijalankan bila pesakit dah sedar nanti"
"Terima kasih"
semua orabg tak dibenarkan masuk utk melawat Ian. Katanya Ian akan dipindahkan ke wad biasa bila dah sedar dan pemeriksaan lanjut dijalankan. Alhamdulilah aku bersyukur sangat Ya Allah.

Paginya Ian dah dipindahkan ke wad biasa. Lukanya tak parah sebab sekarang ni dah boleh bergurau senda dgn Iyan dan boy. Kemain lagi main mcm orang sihat. Aku hanya pandang dari luar bilik dan tersenyum seorang diri. Tak berani nak berjumpa dia. Tak tahu sama ada perlu berterima kasih atau memohon maaf. Atau baik lupakan mcm tu je? Memang tak ada manner la kalau mcm tu. Aku berlalu dari situ dan berjalan di sekitar tasik di hospital. Rasa mcm bodoh je kan? Apa yg susah sangat berterima kasih! Jatuh mandat ke? Rasanya kepala aku ni memang kena pergi tuntut ilmu moral dan sivik lagi sekali. Kurang benar. Lepas je minta maaf and berterima kasih lepas tu tak payah tengok muka dia lagi dah. Selesai masalah aku kan?pandai Fia! Anak sapelah ni kan? Aku sengih seorang diri.

Aku terus masuk ke dalam wad tanpa ketuk pintu dulu. Terkejut aku bila dia keluar dari bilik air. Memang berbaju tapi tak berbutang. 180 darjah aku pusing ke belakang. Malunya. Nasib baik mcm tu je kalau tak naya aku kena tuduh jdi penceroboh pulak. Nanti dia nak kata aku ni kurang di ajar pulak.
"What are u doing here?" Soalnya sambil berdehem. Mungkin dia pun malu kut. Hari tu riak sangat hensem kalau tak pakai baju tapi hari ni malu pulak. Poyo je lebih mamat psiko ni. Weh Fia perbetul niat. Datang nak selesaikan masalah bukan cari masalah. Kan?
"Sorry and thanks!" Jawab aku ringkas. Senyum pun tak ni dan tak tahu la sama ada aku ikhlas ke tak. Kena ikhlas la kalau tak dia tarik kaki aku kat mahsyar nanti. Aku tengok muka dia yg langsung tak beriak. Tak faham ke apa yg aku cakap tadi?ke aku cakap dalam hati je? Seram.
"Ok" balas dia lambat. Dia kata ok je?ok la kan?
"Ok!" Aku balas pula dan keluar dari wad itu. Selesai masalah aku. Boleh la tidur lena malam ni. Yay!

Malamnya aku masih tak boleh tidur. Erk! Kenapa jadi mcm ni pulak? Puas aku bergolek atas katil tapi tak boleh lelap. Lebih teruk dari semalam pulak tu. Kenapa ni Fia???? Tidurlah weh! Esok kerja!
Dah pukul 2 pagi. Mata aku masih lagi tak boleh lelap. Jadi aku bersiap ala kadar dan mengambil kunci kereta. Bukan ala kadar weh. Berseluar trek dan tshirt je ni. Mcm zaman budak sekolah je. Aku terus menuju ke hospital. Memang hospital swasta tapi ada limit jugak orang yg datamg melawat malam ni selalunya sorang je. Tapi malam ni psiko tu duk sorang je rasanya. Apa yg abg cakap la tadi. Terpaksa masuk macam pencuri pulak dan mcm totally spies je aku rasa tapi tak ada partner la. Aku ni mestilah lawa mcm sam tu. Cantik baju pun warna hijau. Cun! Sebaik aku berjaya masuk dia tengah tidur. Aku berjalan ke katil dan melihat wajahnya tengah tidur. Kalau nak tahu perangai sebenar seseorang orang kata boleh tgk masa dia tidur. Tak tahu la betul ke tak. Time tidur muka mcm ustaz je tapi bila dgn aku mcm puaka.
"Comelnya..." terkeluar pujian. Woi!!! Mulut aku ni dah gila agaknya. Mulut yg tak salah pulak kena. Padahal tuan punya mulut yg tak kena.

Ian buka matanya. Terkejut bila dia tak berseorangan malam tadi. Wajah lembut Fia yg sedang lena di sisinya buat dia rasa pelik. Tapi dia senyum bila melihat anak mata Fia mula bergerak. Sebaik je sedar sikit dgn mata masih tertutup Fia mengomel.
"Nak patah pinggang aku...." Ian sembunyi senyum bila Fia sedar sepenuhnya.

Erk! Aku ada depan mata dia la! Terlambat bangun pulak dah sepatutnya dia tak perlu tahu yg aku tidur sini. Aku pandang muka tenang dia.
"Saya balik dulu" tanpa sepatah kata dari mulut dia aku berlari keluar. Memang gila betul la aku ni kan? Aku terus ke surau utk solat subuh dulu lepas tu baru balik rumah. Penat pulak nak menjawab dgn orang dalam rumah nanti.

Kan aku dah kata confirm kena soal siasat punya. Mana aku nak cekaw alasan ni? Tak kan nak bohong kut. Kemain pesan kat anak murid yg menipu dosa sekarang aku nak buat pendek akal pulak nak menipu. Tak baik la Fia!
"Dari mana?" Soal abg. Hari ni abg kawin la. Adess! Lupa pulak. Ian punya pasal la ni.
"Tak payah tanya la. Malas nak bohong. Abg dah ready?" Soal aku kembali. Trick la ni tak nak kena soal.
"Abg tanya Fia ni" alamak...tak menjadi la pulak.
"Urusan duniawi sikit. "
"Pelik2 la jawapan Fia ni" aku tayang sengih. Pelik tak pelik lebih baik dari menipu.
"Abg, bila dah ada isteri nanti jgn lupa Fia tau" abg terkejut. Mahu tak terkejut aku ni mcm abg nak cari kakak tiri kat aku. Hahaha. Kakak ipar baru pun bukannya orang lain. Jia the bff jugak. Alahai kelakar gila muka abg.
"Apa ni Fia? Kalau Fia tak nak abg kawin Fia cakap je. Tak pernah terlintas abg lupa adik abg ni" ha! Dengar tu kan dah kena sound. Hehehe.
"Gurau je la abg. Fia la orang paling beruntung tau. Dapat kakak ipar yg kamceng. Buat lawak pun tak boleh"
Abg peluk aku erat. Kenapa pulak ni? Aku rasa mcm ayat tadi biasa je tadi tak ada lada ke apa pun kan?
"Fia dan Iyan selamanya jadi nyawa abg. Abg sayabg sangat kat Fia dan Iyan"
"Terharu bang! Ok lah! Pergi siap2" balas aku selamba dan melarikan diri. Abg dah marah bila dia cantik feeling aku dah potong line. Saja malas nak menangis di hari bahagia abg ni. Tak payah la nak keluar air mata semua. Abg ni pun nak buat drama pendek pulak dgn aku. Apa lah!

Abang dah bergelar seorang suami lagi. Alhamdulilah aku syukur sangat. Malam ni tinggal la aku dan Iyan terkontang kanting kat rumah. Orang pergi honeymoon tak ajak dah. Iyan yg lena atas ribaan aku, aku cium dan peluk erat. Allah memang maha penyayang sebab gantikan apa yg Allah dah ambil dulu. Aku terlalu gembira sekarang ya Allah.

Sepanjang abg tak ada memang banyak masa aku terpaksa buang dgn mamat psiko tu. Sebabnya skrg ni musim cuti sekolah dan suka la Iyan tu Papa Ian dia ajak jalan2 . Baguslah at least dia tak ada la bosan tapi aku la tak berapa nak suka. Kena tengok muka dia selalu dah la dgn hutang soalan keluarga Ian. Ian pulak mcm sama level je tak suka aku. Adoi. Penat!
"Umi, kenapa tak makan?" Iyan menyoal aku. Aku yg dah sampai kanada terkejut. Dua lagi pasang mata turut pandang aku. Aku tayang senyum segaris. Kepala Iyan aku usap.
"Umi tak suka sangat ayam ni" memang aku tak suka pun. Makan tu memang la makan tapi suka tu,,, tak! Aku bukan ipin yg suka ayam goreng! Hahaha. Dah berjangkit tengok cerita tu sebab Iyan la.
"Papa, share la burger ngan umi. Sharing is pahala right?" Terdiam aku dan Ian. Sama2 pandang lepas tu aku menggeleng pada boy. Memang tak la aku nak share dgn dia. Pui!!!! Hilang selera mak. Tapi dia angkat kerusi dan duduk disebelah aku apa lagi bersorak la budak kecik dua orang ni. Kecik2 lagi dah gatal dah.
"Saya dah kenyang" aku tolak lembut. Karang tunjuk gangster low manner la pulak tunjuk depan anak2. Dia ni suka la kalau aku buat salah suka sebab lidah ular dia tu dapat sembur bisa. Ei!
"Sharing is pahala" balasnya tenang. Tak payah tunjuk baik la sikit pun aku tak rasa yg kau ni baik tau.
"Saya dah..."  kurang ajar namanya main sumbat je mulut aku dgn burger ni. Aku mqkan dari tangan dia la weh! Sekarang ni siapa yg tak cukup di ajar. Nasib baik dia dah cubitkan kalau main terjah je dalam mulut aku sebiji tak ke nganga sampai tahun depan. Aku jeling dia yg tak kisah langsung. Kurang ilmu sivik!

"Fia terima pinangan tu" dah dua minggu abg balik dari bulan madu. aku terpaksa bayar hutang aku. Mesti nak tahu kenapa aku terima kan? Sebabnya dalam istikharah aku yg ketiga aku dapat lihat nama dia. Aku tak tahu kenapa tapi aku tahu yg Allah tahu semuanya. Allah tahu apa yg ada dalam hati aku sendiri. Aku tak menyesal pun sekarang ni. Mungkin patut aku angkat bendera putih dari terus bermusuh dgn dia. Kan? Tapi mcm mana kalau dia sendiri yg tak nak kat aku? Masaklah... buat malu je nanti. Tak nak la hari kawin nanti kawin sorang2.

"Ma, kan Ian dah cakap biar Ian settle" Ian dah tak tahu nak cakap apa bila mamanya maklumkan yg mereka dah berkunjung ke rumah Fia lagi.
"Now its over" balas Ian lemah lalu mendaki tangga ke biliknya.
"Fia terima" balas mamanya dan dia berhenti di tangga. Lama dia berhenti semua orang dah senyum sememeh. Ian betulkan rambutnya dan berpaling memandang mamanya. Kening di angkat. Buat muka bajet poyo dia la.
"Fia setuju. Minggu depan tunang. Dua minggu lagi kawin. Mama dah settle semua utk Ian" papa beri taklimat ringkas dan padat. Tapi Ian memang terel mengawal riak wajahnya. Dia sembunyi senyum dan berpaling semula.
"Ian ikut je" jawab dia lemah dan terus berlari ke bilik. Masuk je dalam bilik. Nak tau?
"Yes!!!!" Ha! Tu dia happy gila dah mcm orang tak berapa nak waras dah.

Majlis pertunangan yg ringkas tapi meriah. Aku lilit selendang yg Ian beri ke hadiahkan utk aku? Cewah ayat mcm orang bercinta kan? Selesai je semuanya pihak lelaki datang bawakan cincin tapi Ian tak datang lagi. Agaknya dia pakai baju hijau jugak ke? Eh! Apasal aku rasa mcm aku gedik semacam je ni? Ei. Ni bukan Umi Hafia la!.
Cincin tersarung di jari aku. Dah jadi tunang orang sekarang ni. Maju beberapa anak tangga la kan? Lepas je sarung cincin selesai dan tetamu pun dah makan barulah aku nampak kelibat tunang aku ni. Tunang? Tunang psiko!
"I dont want to say it. But u look good with the shawl" mata aku meluas? Dia ni nak paksa aku minta putus tunang ke? Karang ada orang yg terpaksa ditemu ramah wartawan kenapa bertunang dan putus pada hari yg sama? Nak je aku jawab trend. Gitu! Kalau nak puji baik la sikit ayat kalau tak nak puji tutup je la mulut puaka tu! Ei! Sakitnya hati aku!
"Get lost!" Jawab aku geram. Dia dgn kening terangkat bajet lawa tu senyum sinis. Ya allah kalau suami aku, dah kena lempang dah ni. Aik? Lempang suami?nak masuk neraka ke?
"I think I should teach u how to speak with an important person" kali ni aku gelak pulak. Gila! Ada hati nak ajar aku konon. Dia punya sivik pun fail ceh!
"What? An important person? U? Kirim salam je la" aku terus berlalu dari situ dgn muka geram. Sakitnya hati aku betul ke ni majlis tunang kami?. Ah!!! Baju dah hijau betul la tu tapi angan aku nak la mintak maaf ke jalin hubungan diplomatik ke tapi dia boleh nak buat musuh lagi. Nak mampus rasa geram ni.

"Mesti kau rasa tak sabar nak kawin kan?" Soalan Jia buat aku rasa nak hempas barang kat tangan aku ni. Dah seminggu jadi tunang dia dan seminggu je lagi bakal jadi bini psiko tu tapi kami tak pernah nak berbaik. Betul ke dia ni jodoh aku?. Asyik nak berperang mulut je bila bercakap. Ada ke patut dia call aku malam2 ingatkan nak kata rindu ke apa tapi saja je nak sembur aku! Baik tak payah! Buat membazir duit dan habis air liur je. Semalam kami gaduh lagi. Ei! Tak nampak mcm boleh hidup bersama pun! sekarang ni aku tak tahu nak mintak siapa berubah. Aku ke dia yg patut berubah?pening!
"Tegang je muka kau ni. Kenapa?" Mahu Jia tak pelik. Sepatutnya orang yg bakal bergelar raja sehari ni muka berseri tapi aku ni muka minta besi tau. Muka mintak besi sebab nak hentam org. Sakitnya hati!!!!
"Tak ada apalah. Penat jugak buat benda alah ni" memang dahsyat keluarga Ian ni. Bunga telur pun ada yg nak buat sendiri. Lepas je majlis tunang terus handle majlis kawin. Aku pulak saja je nak turun padang ni. Baju pengantin tak ambil lagi. Bila aku nak pergi ambil aku punya mama, Ok. Angkat mandat sekarang dah panggil mama. Mama suruh aku pergi ambil dgn psiko tu. Aku nak ajak dia? Memang taklah! Dia nak ajak aku? Lagi la tak. Tunggu lori tayar dua dulu kot.
"Pergi duk luar biar aku take over" ni yg aku suka sangat pasal kak ipar aku ni. Penyayang. Depan abg memang aku panggil dia kak dan bahasa sopan budak sekolah agama gitu tapi belakang abg maaf la. Hahaha. Rasa mcm tak patut tapi nak pengsan anak tekak buat2 mesra rakyat canggitu. Ambik hati abg je la... hihihi...
"Thanks..." aku terus keluar dari situ. Meriah rumah mama ni. Aku duk termenung tepi kolam renang rasa tenang sikit. Dulu bukan main lagi menyampah dgn sepupu dia Julia yg seksi tu tapi sekarang baik la pulak. Katanya Julia dah ada pak we. Tak ada la yg sampai nak mandi lumpur kalau Ian tak kawin dgn dia. Tapi kenapa bila masing2 dah berpunya baru nak baik? Kalau dulu2 kan senang dah kawin dapat anak kut. Tapi aku ni kepunyaan psiko ke? Mcm dia tak nak pun. Aku nak ke? sedih soalan gini. Baik jgn layan nanti nangis pulak.
"Hai!" Aku angkat muka pandang orang yg salah timing tegur aku. Tapi muka tak pernah nampak ni.
"Hai" balas aku malas. Not in mood utk berkenalan. Sombong!
"Sebelum saya tahu nama boleh tahu umur?" Soalnya sambil tersenyum manis. Aku pun terbalas senyuman dia sebab rasa lucu. Tanya umur dulu ya?
"25. Why?" Soal aku. Dia angguk dan duduk di depan aku.
"Then, I can call u kakak. Saya 23"
"Ok"
"Mcm umur tu tua sangat utk akak" kali ni aku gelak  adui! Umur aku terlalu tua utk aku? Mcm mana tu?
"Kak Fia right? Tunang abg Ian"
"Yup. U?" Drpda lyan hati panas baik layan adik2 ni.
"Amran. Am je. Adik ipar kak icha"
"Oh. Patutlah ada iras boy sikit" aku tersenyum. Dahi dorang nak sama.
"Boy yg iras dgn Am. Am lahir dulu" jawabnya lalu tergelak kecil. Loyar buruk pulak tapi aku gelak jugak. Layan kan je.
"Study?"
"Praktikal. Engineering kat office abg Ian. He is my idol!" Nak pengsan aku dengar. Ada jugak orang anggap Ian psiko tu idola? Adess! Memang dah teruk sangat kalau mcm ni. Kenapalah semua orang nampak dia tu baik tapi aku tak? Dan kenapa jugak dgn orang lain boleh je dia cakap tak guna bahasa pedas.
"Idol? Nice..." puji aku tak ikhlas.
"Tak kenal maka tak cinta kak. Abg Ian tu jenis praktikal tau. Suka means suka, tak suka means tak suka" aku pelik. Maksud di sebalik batu apa pulak ni? Ingat aku ni ambil sastera ke dulu? Tak faham la bahasa kiasan ni.
"Really? Thats mean akak tak kenal dia lagi kut"
"Am dah agak dah."
"Apa yg Am agak?" Pelik sungguh budak ni. Memang lelaki ni pelik canggini ke?
"Mesti akak tak kenal abg ian lagi. Bila kita dilayan lain dari yg lain maknanya kita ada di satu tempat di hati dia" ok! Sekarang memang aku blur dgn falsafah budak laki. Tak faham satu kebenda pun. Tapi kalau aku di hati Ian? mungkin benci kut
"Benci ke?"  Soal aku direct tapi Am gelak. Aku tendang masuk kolam jugak budak ni.
"A fact about man is, their way they love a person is unexpected" yg ni memang lawak daerah. Aku dah gelak sikit. Memang unexpected pun tapi bukan unexpected love la. Aku dan Ian? entahlah... kadang2 rasa mcm mistake tapi apakan daya aku percaya pada Allah.
"Unexpected answer. Thanks Am. Your joke makes me happy" aku ketawa lagi tapi dia tak gelak. Aik. Mcm aku syok lawak ni sorang2 pulak.
"When u know him. U'll know that what is unexpected love" aku senyum segaris.
"In sha allah."jawab aku malas. Nanti unexpected answer pulak keluar.
baru je aku nak masuk ke dalam rumah aku nampak sekujur tubuh di tepi pintu sedang bersandar. Tanpa pandang muka dia aku terus melangkah masuk tapi mulut jahat dia menghentikan langkah aku.
"Laughing with other man? How i can describe this?" Panas berdesing telinga aku.
"Dont have to describe anything" aku jawab selamba.
"What? That simple?"
"So, what should i do? Find u, stay beside u and see u are laughing with other girl? Thats what u want?" Soal aku keras. Sakit betul hati aku sekarang ni. Apa maksud dia bertunang dgn aku nak kawin dgn aku tapi sakitkan hati aku? Saja nak seksa aku ke? Air mata aku mula bertakung.
"Which girl are u talking about?" Ya Allah. 24 jam berkepit dgn awek orang masih nak tanya aku siapa? Gila ke apa dia ni?
"I dont know. Haah la kan? Mana ada kan? Saya silap pandang kut. Orang lain mungkin" aku dah mengatur langkah utk masuk ke dalam rumah. Air mata aku dah menitis sekali. Jangan buat ia mengalir Fia! Nanti psiko ni bersorak kau nangis pasal dia.
"She is my cousin! I think u clearly know who is her" aku tergelak kecil pedih pulak hati aku ni. Sepupu dia? Ya! Memang sepupu dia dan dah mcm awek dia aku rasa. Asyik berkepit 24 jam. Dulu bukan main lagi tak suka skrg ni baik gila pulak. Aku pun dia tak suka kan tapi salah ke kalau dia tunjuk baik sikit kat aku. Aku ni bakal isteri dia bukannya org lain!
"Oh, sedar rupanya. Cousin? A status that u can change it as a wife. Dont u know that?" Air mata aku dah mengalir. Tak kuat lagi ya Allah. Kenapa aku setuju dulu? Sekarang dah terlambat nak patah balik.
"Awak ada seminggu lagi utk patah balik. Dont hurt me if u dont want to marry me!"
"Just forget about this wedding!" Aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Mana aku nak lari ni bukannya rumah aku pun tapi kenapa aku masuk bilik Ian?. Aku ingat masalah selesai dan aku berhak gembira. Mungkin aku memang tak layak utk kehidupan berumah tangga. Tunang aku senditi bermesra dgn perempuan lain depan mata aku. Mungkin jenis aku tak bertuah kut. Air mata aku terus mengalir tanpa aku tahu kenapa aku mesti menangis sebab kecewa?. Ya Allah adakah ini maksudnya yg tersirat di sebalik solat istikharah aku. Iaitu aku sebenarnya menyukai hamba allah ini. Atau lebih parah aku mencintai hamba Mu ini Ya allah. Ya Allah kenapa hati ini sakit sangat.

"Aku terima nikahnya Umi Hafia Binti Umar dgn mas kahwinnya satu ratus empat puluh tiga ringgit tunai" semua orang menadahkan tangan utk berdoa. Aku menangis lagi. Suami aku juga menangis, kenapa? Menyesal di atas perkahwinan yg tak dapat dielak ini? Kenapa dia tetap meneruskan walaupun langsung tak menyukai aku? Dan aku mengahwininya kerana aku mencintainya Ya Allah. Mana sifat lembut Ian anak mama. Gentle anak papa dan sweet adik kak icha serta nice papa Ian? Kenapa satu pun dari sifat itu tak ada utk aku?
Tersentak aku bila air mata aku disapu dgn tangannya. Dah halal kan. Dia masih juga tak senyum! Kenapa nak buat baik dgn aku? sebab depan orang ramai ke? Aku disarungkan cincin dan aku menyalami tangannya ikhlas. Aku terima jodoh yg engkau beri ini Ya Allah. Sekali lagi aku terkejut bila aku dicium di dahi. Lama! Sebab depan kamera ke?. Kemudian mata aku yg tertutup rapat diciumnya. Aku buka mata aku bila rasa ada air hangat yg jatuh atas pipi aku. Bukan air mata aku. Pasti! Aku pandang wajahnya yg sedang tenang memandang aku. ya! Dia juga menangis, menangis tak merelakan perkahwinan inikah? Tangan aku diraih dan diletakkan dipipinya, jari aku dikucup lembut. Kenapa ni?

"Penatnya" aku hanya pandang Ian yg sudah rebahkan diri di atas katil. Memang sangat penat sebab aku sendiri pun rasa nak tidur terus tak nak mandi la. Nak tidur sebab penat sangat ni. Aku tersenyum seorang diri bila teringat siang tadi. Gembira walaupun tak tahu makna pelukan Ian. Aku suka! Patutlah orang yg jatuh cinta tu mcm meroyan gini rasanya ya! Hailah nasib baik dah kawin.
"Awak pergilah mandi dulu" tegur aku bila dia dah lelap. Dah berdengkur pun mamat ni dahsyat sangat penat dia tu. Aku malas nak layan jadi aku terus masuk ke bilik air dan bersihkan diri. Untung isyak dah solat tadi. Aku senyum lagi bila teringat solat sunat yg kami jemaah sama2 di masjid tadi. Kenapa dia nangis? sebab cengeng ke? Aku keluar dari blik air bila siap berbaju semua. Dia masih lagi tidur. Aku sikat rambut dan mendekati katil. First time aku jamu muka dia masa tidur, dan dah halal la. Hari tu cetak rompak je kat hospital. Nak kejut ke? karang bertukar jadi singa susah pulak kan? Aku mendekati dia lalu duduk disebelahnya. Takutlah.
"Awak. Bangunlah...ke nak tidur mcm ni je? Kalau nak tidur mcm ni je pun tidur la elok2" aku kejutnya. Badan dia bergerak dan mengiring lalu kepalanya diletakkan atas paha aku. Amboi! Cantik parking! Aku berkerut sikit. Karang aku gigit telinga ni baru dia nak dengar kut.
"Bangunlah" kejut aku lagi. Dia terus bangun dan bersila di bucu katil. Dgn baju melayu bagai. Songkok pun ada lagi ni takkan nak tidur mcm ni.
"Kalau tak mandi tak boleh ke?" Soalnya dgn mulut memuncung. Alahai comelnya! Dia ni dah sedar ke belum ni? Mata tak nak bukak.Dah la cakap bahasa ibunda negara aku dgn aku. Pelik ni. Dah la tak respon pun. Sedar tak yg aku dalam bilik dia ni?.
"Takkan tak nak mandi? Busuklah nanti" aku jawab selamba. Dia buat muka pulak. Aku tergelak kecil. Ni ke muka mamat bajet hero bila bangun dari tidur? Lawak.
"Busuk ke?" Soalnya lagi. Malas benar! Bukannya kena beratur ke apa nak mandi. Sejengkal je pun.
"Agak la. Bangunlah"aku sentuh pipinya dgn tangan aku yg sejuk ni. Dia tergelak, dia gelak! Sukanya. Dia membuka mata dan terus membulat bila nampak muka aku. Kenapa ni? Tak suka ke? Aku nak jatuhkan tangan tapi dia sempat tangkap dan menciumnya. Ok! Situasi pelik!
"Thanks. For being my wife" ucapnya. Aku terkedu, betul ke apa yg aku dengar ni? menyesal pulak tak korek telinga dulu tadi.
"Mandilah" balas aku gugup. Dia senyum lagi. Pelik ni!
"Saya ni Umi Hafia. Bukan Julia" aku cuba sedarkan dia mana tahu tengah mimpi lagi ke. Senyuman dia mati.
"Yes. I know that." Dia terus bangun dari katil dan ke bilik air. Dah jadi bahasa queen dia balik. Aku mengeluh. Aku ada silap cakap ke tadi? dia tak suka ke? Agaknyalah kut. Aku terus panjat katil dan masuk dalam selimut. Katil aku ni takdelah sebesar katil dia tapi cukup kalau nak tidur berdua. Kalau dia taj sudi aku nak buat mcm mana. Aku pejamkan mata sampailah dia siap mandi. Aku rasa katil bergerak,dia tak nak la tidur atas sofa! Takut sakit pinggang la tu! Poyo mcm dia nak tidur atas sofa?. Memang tak la!. Aku rasa selimut ditarik sedikit. Erk! Bukan share katil je ke? selimut pun share? Aku cuba utk bertenang tapi memang tak boleh bertenang bila tangan dia dah peluk pinggang aku. Apakah? Dia ni dah sedar ke belum? Tak cukup fresh ke air kat rumah ni sampai time mandi pun boleh tak sedar lagi.
aku dengar dia bisikkan doa tidur ditelinga aku dan dia cium pipi aku sebelum dia turut pejamkan mata. Aku dapat rasa muka dia dekat sangat dgn muka aku ni. Malunya... mcm mana nak tidur ni???

Biasalah pengantin baru tak sah kalau tak disakat kan? mana ada jadi apa2 pun semalam sibuk nak tahu je semua! Jia pun sama naik je! Tahulah dia punya kawin terus lari honeymoon tak sempat aku nak usik. Pagi ni seronok usik aku pulak ya? Memang nak kena dia ni.
"Diamlah Jia!" Marah aku geram. Abg dah jeling aku bila aku panggil sis in law ni dgn nama. Tersasul la pulak.
"Abg tak yah nak jeling Fia. Kak Jia ni!!!" Marah aku geram. Pagi2 lagi dah cari penyakit.
"Jia, buli adik abg ya?" Abg buat2 marah Jia. Gelilah aku. Jia dipeluk erat aku yg tukang tengok ni dah nak pengsan. Nak beromantik tak kira tempat! Tak sedar ke dalam rumah ni ada budak bawah umur?
"Kena denda ni. Buli Fia" meleret suara abg sambil mengepung Jia. Ha! Jia dah malu dah! Padan muka kena balik.
"Apa abg ni? Tempat awam ni!" Marah Jia tersipu aku dah gelak sakan. Merah ha muka Jia.
"Awam apanya? Rumah abg kan? Tempat abg la"  abg semakin galak mengusik. Mana nak lari Jia? Aku dah tergelak kecil.
"Alamak!!!" Suara kecil Iyan kedengaran bila dia tengok adegan papa dan ibu dia yg hampir kiss di dapur. Iyan dan Ian dua2 dah tergelak kecil. Pandai la Iyan sekarang ni ya?. Alamak??? Ha mana nak sorok muka Jia? Abg pun dah malu bila kena tegur dgn anak sendiri. Aku tergelak sama. Seronok gelak aku pelik tengok Ian dan Iyan bercakap bahasa isyarat sambil pandang aku. Ian yg mendukung Iyan mengangguk bersama lalu kedua belah pipi aku jadi mangsa. Kurang asam! Boleh pulak dua orang ni gelak. Iyan turun dari dukungan Ian dan berlari kepada papanya dan ibunya. Aku yg masih segan jeling Ian. Nak marah betul! Tapi dia buat selamba dan memeluk pinggang aku lalu mendekati aku dgn muka menakutkan. Kenapa pulak semua lelaki pakat jadi ulat hari ni.
"Iyan tengok la! Apa awak ni?" Aku tolak badan Ian lalu dia tersengih. Bila pandang abg dan Fia dorang pun sengih balik. sengih jahat la!
"Kami naik atas. Nak kemas barang nak pergi bulan madu" ujar Ian. Abg dah sengih lagi. Semua orang dah maklum yg kami akan berbulan madu yg nak pergi mention lagi tu kenapa?
"Awak naik dulu, saya nak siapkan kerja ni" aku tolak badan Ian. Nak gugur rambut ni ha sebab terkejut. Dia ni pelik betul la! Apa maksud dan perasan dia dgn perkahwinan ni? Buat aku rasa lain sangat dan nak tahu sangat2 rasa mcm aku tak bertepuk sebelah tangan tapi manalah aku nak tahu. Seminggu lepas gaduh besar tu masing2 diamkan diri sampailah hari kawin. Tak tahu la kenapa.
"Naik la. Abg siapkan kerja kat dapur ni. Kan Iyan?" Abg pun suka la kan? Jia tak yah cakap la bahagia dia mcm mana. Iyan pun kemain lagi megangguk ha! Nak marah! Aku ikutkan je langkah Ian ni, yg ni pun lebih kurang la dgn abg tak faham aku dgn lelaki ni pening kepala. Mcm2 buku kena rujuk kalau involve pasal lelaki ni agaknya.
"Erm...." aku pandang Ian bila dia buat bunyi. Erm?apekehal? Dah hilang mulut laser dia tu? ke dah beli insuran sebelum kawin dulu?
"Ian...Ian....Ian..." dah kenapa ni? Ian Ian... zikir nama sendiri ke apa? Dah la garu2 dahi. Bajet cute la tu! Tapi cute jugak sebenarnya. Ada tak aku cakap yg umur dia ni baru je 27. Hahahaha. Ingatkan dah tua sangat sebab muka matang gila! Tapi 27 tu dah tua rasanya ke tak?
"Apa? "
"Ian nak say sorry" aku diam. Dia pun diam. Dia cakap melayu la? Sedar ke tak ni?
"Sorry?" Soal aku pelik.
"I'm sorry for everything. I didnt mean to hurt u. I'm sorry" ha! Lancar pulak bila cakap omputeh tadi tegagap gagap. Tapi dia mintak maaflah. Mcm ikhlas je. Tak berniat nak sakitkan hati aku? senangnya.
"Ok" aku senyum padanya. Jgn nak cari gaduh lagi Fia mungkin ni langkah pertama aku dan dia. Allah dah bagi peluang tu kenalah rebut.
"Ok? Alhamdulilah. Thanks" terus tubuh aku yg sedang bersila atas katil dipeluk sampai terbaring. Ya allah agak2 lah sikit dia tu lelaki, kuat, main terjah je aku. Aku tersenyum lagi. Bila dia angkat muka dia pandang anak mata aku dan aku balas balik. Tu yg dahsyat tu. Dia pun turut sama senyum lalu mencium dahi aku. Rasa mcm nak menangis pulak sekarang ni. Adakah ni maksudnya dia sayang aku jugak tapi tak boleh ke dia lafaz terus. Aku nak tahu sangat isi hati dia ni.
"I owe u a lot of things. I will pay it during our honeymoon. Ok?" Soalnya sambil mengenyitkan mata. Aku tak faham sekarang ni sebab apa dia hutang dgn aku?bila masa pulak? Setahu aku dia jauh lebih berduit dari aku. Pening!

Jepun bukanlah negara yg tak asing bagi aku tapi sebab adanya Ian aku rasa langsung tak asing kat sini. Apa yg dimaksudkan dgn hutang dia tu? Curious ni!
"Fikir apa ni?" Soalnya sambil peluk aku dari belakang. Freeze sekejap! Tak faham aku dgn situasi sekarang skejap cakap melayu sekejap bajet omputeh tapi bajet romantik dari tadi lagi.
"First hutang yg Ian nak byar, sorry for every bad word that i told u. I didnt mean it at all. I said it because i dont know how to treat u and talk to u like usual. I cant be myself when u are the girl. Its hard for me to be a gentleman when i'm with u." Aku terdiam. Menanti butir bicaranya. Dia tak berniat? Aku tak faham
"Second, u look very beautiful with the shawl. The shawl look good on u. I'm fall for u that day." Aku rasa nak nangis.
"Third, I'm wiping your tears because i know i'm the one that make u cry"
"Forth, I wanna see u everyday thats why I work hard to find you. Allah give me the chance when u left your purse and I can find you"
"Fifth, I love your smile thats why I be a stalker to stalk u"
"Sixth, I always make u mad because I want to hear your voice"
"Seventh, I'm totally heartbroken when I know u are Iyan's mother. At first. That's why I treat u that way"
"Eighth, I'm happy u ride my evo eventhough u hate it"
"Ninth, I'm happy when I know u are not married yet"
"Tenth, I'm happy when u accept my mom proposal" air mata aku dah lama mengalir. Apa yg Ian cuba nak sampaikan ni?saja nak buat babak romantik ke apa? Tapi aku suka dan gembira jugak sebab dalam banyak2 kata2 dia or lebih tepat hutang dia tu banyak jugak yg aku buat.
"Last but not least.... u teach me what is love"  Aku pandang Ian. Tak tahu nak buat apa sebenarnya sebab dia cakap banyak sangat sampai benda yg terlintas dalam otak aku pun dah brek emergency. Aku pandang anak mata dia dan aku tahu dia ikhlas.
"Stop crying" ujarnya lalu kesat air mata aku.
"Allow me, saya happy sangat" dia tergelak kecil lalu memeluk dia erat. Dia balas pelukan aku. Rasa gembira sangat ya Allah.

Malamnya aku terkejut lagi bila mamat kayu hati batu ni buat candle light dinner. Ha! Dengar tam candle light dinner? Romantik habis! Malam ni tukar taste sikit pakai black and white. White gown kot! Dah la agak la jugak seksi tapi dalam hotel je pun tak kisah sangat. Seksi tu takdelah tapi dgn lengan tak tutup sempurna,siap dia dandan dan sanggul rambut aku. subang mutiara rasa mcm princess gitu. Dia cakap dia mimpi ada orang perempuan pakai mcm ni dalam mimpi dia jadi dia nak aku pakai baju dalam mimpi dia ni. Aduhai kuat berangan jugak mamat ni rupanya.
Aku pandang dia dan dia pandang aku. Dia mestilah hensem dgn tuxedo tapi rasa lawak pulak berlawa dalam bilik je kan? Aku tersenyum pandang dia dan dia senyum pandang aku. Tak lama dia terus datang memeluk aku erat. Dahi aku dicium.
"U are perfectly beautiful" pujinya ikhlas. Aku tersenyum. Malu pulak bila kena puji.
"Should i praise u?" Soal aku menduga. Dia tergelak kecil lalu mencium tangan aku.
"Dont have to. Your reaction when u are looking at me have tell me the truth" dah mai dah bajet dia.
"Perasan!" On spot aku balas. Dia gelak lagi. Ian ni la yg aku nak sangat. Aku suka dengar dia gelak sebab cute!
"Come. Lets eat" dia menarik kerusi utk aku dan aku dgn senang hati duduk. Masa makan pun mcm tak kenyang sebab aku asyik nak pandang dia je. Rasa kenyang mcm tu je. Bahagia sangat rasa sekarang ni sampai rasa nak lompat cecah awan tapi, Cover la sikit kan?
Selesai makan dia ajak aku menari pulak. Memanglah tak pandai aku! Tapi dia cakap ikut dia je. Jadi aku ikut je la. Selesa dan gembira sangat rasa bila dia peluk aku mcm ni.
"Saya pun ada hutang dgn awak" aku bersuara. Dia pandang muka aku dgn kening terangkat. Tak habis2 dgn kening dia aku cukur baru tau.
"I love u"diam. Aku diam dia pun diam. Memang tak pandang la muka dia sebab malu ni. Tapi dia tak respon pun buat aku nak tahu dia ni dengar tak? ke dah tidur.
"Say it again and look me in the eyes"
"Saya cintakan awak!" Dia senyum lagi. Hidung aku dicium. Cepatlah balas I love u too ke. Apa ke?
"I'm happy. Alhamdulilah. Ya Allah, aku bersyukur padaMu" aku pulak senyum.
"So, u?" Soal aku pula. Eh! Muka dia merah tiba2 ni kenapa? Tak kan segan kut.
"I... I..." dia telan liur. Gabra semacam je selalunya poyo je lebih.
"Apa?" Soal aku menyakat.
"I....I..." dia garu kepala. Adess susah sangat ke? merajuk la mcm ni. Aku tinggalkan Ian yg masih lagi duk belajar abc tu. I ,I sampai bila?
"Umi Hafia?" Panggilnya bila aku pergi. Dgn kasut tumit tinggi ni lenguh berdiri tanpa sebab kat tengah bilik mcm tu. Aku tanggalkan kasut dan bersila atas katil.
"I apa?" Soal aku lagi.
"I'm trying u know?" Soalnya pada aku. Ni yg rasa nak gelak ni.
"Esok la citer... Fia penat ni" aku bergerak ke kepala katil. Tak adanya nak tidur dgn baju kembang mcm ni. Apa kes? Tak ada kes weh!
"Fia..." Ian memanjat katil dan bersila sebelah aku. Aku jelingnya sekilas.
"Tahu kenapa mas kawin kita 143 ratus je?" Eh eh eh. Cakap melayu. Kenapa? Soal aku pelik dalam hati je la. 143? Haah la. I LOVE YOU. kan? Aku senyum tapi nak jugak dengar dia sebut.
"Entah. Sebab awak tak pandai mengira kut. It suppose to 123 but u change it. I think u should join Iyan and Boy kat tadika" dia buat muka lah! Hahaha. Comelnya.
"I..."
"I?"
"Lo...lo..love...." aku senyum. Sikit lagi dan aku bagi satu kiss kalau dia sukses.
"Ya?"
"You!" Ucapnya laju. Terus pipi dia aku cium. Gembiranya! Ha! Terkejut dia sekarang ni. Aku senyum dan pandang dia. Dia pandang aku dan senyum sama.
"May i hug u?" Soalnya sopan. Dari tadi peluk aku tak minta izin sekarang pandai pulak jaga manner ya?
"Yep" dia terus peluk aku erat. Tak tahu dah cerita dongeng apa sekarang ni. Sleeping beauty kut sebab cantik atas katil ni.
"May i ask u something?"
"Anything" jawabnya sambil senyum pada aku.
"Like u said before, i teach u what is  love. So,for u what is love?" Banyak definisi orabg bercinta ni. Pada aku love is.... kita tengok jawapan Ian dulu.
"For me, the only definition of love is you. So,love is you! And i love you" Ucapnya ikhlas. Aku tersenyum lagi. Alhamdulilah.
"Uhibbu" ujar aku dalam bahasa arab. Bajet terel la. Dia gelak pulak.
"Allah sagat pemurah kerana beri kita kasih sayang antara manusia. Cinta Allah la yg melahirkan cinta antara manusia. Cintailah Allah kerana cinta manusia tak setanding cinta Allah. 
"Ian mencintai awak, Umi Hafia kerana Allah" aku eratkan pelukan.
"Saya cintai awak kerana Allah" balas aku sama. Sangat mencintai dia. Bersyukur cinta itu hadir bila kami dah halal. Sesungguhnya semuanya berlaku kerana kun fayakun. Kerana dgn izinMu ya Allah. Alhamdulilah.


29 comments:

  1. Boleh request x?? Wat cerita ttg abang n jia ...mesti sweet...tang kena lempang tu.

    ReplyDelete
  2. Cerita ni byk word yg typo ....mohon perbaiki sblom publish...

    ReplyDelete
  3. thanks cahaya princess... sorry la typo tu yer... lain kali sya alert lbih skit... thanks baca and, abg dan jia?? X leh nak janji sgt... tpi...mne la tau kan...

    ReplyDelete
  4. Ian dlm cerpen ni adalah lelaki yg dominan dan charismatic, suka character begitu, control and manly..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. . Thanks baca.. awk ska laki canggini??? Hurm...sya dpt ilham wtak Ian ni lpas jmpa sorang bdak laki... masya Allah, rasa nk tembak je dia dgn snapang gajah... hahaha...

      Delete
    2. selalu kalau baca novel english.. lagi le .. byk character lelaki yg macam ni very control man, powering and so compelling, sampai satu tahap kekadang menyakit kan hati... best sgt.. bukankah lelaki itu imam kita.. mmg patut mempunyai ciri2 begitu... bio dengar kata sket hahaha .. itu bg akak le...

      Delete
    3. Betol la tu kak...hahaha...sya ni jnis ketegaq skit...kna la dpt org yg bleh control sya... hahahaha

      Delete
  5. suka sangattttt... saya baca semua ni dalam nak 2 jam hahaah. tapi nak tau juga apa yang berlaku selepas dorang honeymoon tu. harap harap boleh sambung cerita ni suka sangat boleh masuk best cerpen award ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca Khairah K... sambungan??? X tahu la tu.. hehe. :-)

      Delete
  6. Best sgt..hope smbung cete abg gn jia..hehehe..

    ReplyDelete
  7. I love it soooo muchh...�� hehehe...setiap cerita yg awk create xprnah menghampakan. Thanks for the best story����

    ReplyDelete
  8. Senyum sorang2..hahahahah..best

    ReplyDelete
  9. Best lh
    Sambung lah lagi
    saya suka

    ReplyDelete
  10. Hai kak, saya orang indonesia. saya suka semua cerpen kakak, tapi saya paling suka untuk cerpen ini. selain ceritanya yang menarik, saya suka karena banyak menggunakan bahasa inggris jadi sekalian deh saya bisa belajar juga. itu pun harus banyak2 buka kamus.hehehe...

    ReplyDelete
  11. akak...love is you 2 x de ke,btw sume cerpen akak best...������...good job!!

    ReplyDelete
  12. i keep repeating read this story...best..harap ad smbngn..sy suka sume karya sis..������..fighting!!

    ReplyDelete
  13. sy hrp ad love is you 2..x sbr nk tahu apa yg jdi..sya start jumpa blog sis sbb bca cerpe bosku garang gila ..sume cerpen sy dh bca..

    ReplyDelete
  14. cerpen ni klu buat telemovie ke..best ni..watak fia dlm citer sy blh relate dgn dri sendri..part yg ckp dlm hati tu..mostly charateristic dia kenalh..hehe..bgus sis..fighting!!!

    ReplyDelete
  15. x de sambungan yang love is you 2 ke��������

    ReplyDelete
  16. love with this story ... But im still thinking whats means 143? How becomes i love you 😬😬

    ReplyDelete
  17. harap ada sambungan ...please

    ReplyDelete
  18. love gilar yg ni..bca dri 2017..ni dtng balik rindu..harap ad sambungan

    ReplyDelete
  19. Mula² rsa menyampah pulak dgn perangai Ian heh

    ReplyDelete
  20. harap ad love is you 2..last bca 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan ..tulah harap ada sambungan

      Delete