Selaju mungkin Aireen Amira mengambil semua barangnya termasuk dokumen peribadi dirinya. Tak kisah apa yg akan berlaku nanti dia perlu larikan diri dari rumah yg mcm neraka ini. Sampai hati ibu tirinya melacurkan dia, dia perlu lari dari neraka ini sebelum semuanya telah terlambat. Dia lebih rela dipukul drpda menjual satu satunya harta yg ada padanya kini iaitu maruahnya. Air matanya mengalir laju bila terdengar perbualan ibu tirinya tentang pelacuran dirinya.
Dia turun dari jendela dgn senyap dan terus berlari sekuat yg mungkin. Setelah dia berada agak jauh dari kampungnya dia berjalan perlahan dan mengesat air mata dan peluh yg turun seiring. Sakitnya hati dia ya Allah.
disangkanya nasib dia selamat tapi rupanya malang sedang menanti dia sekarang.
"Jgn kacau aku la!!!" Aireen meronta ronta mahu melepaskan diri tapi apakan daya lelaki yg dah mabuk itu bertiga. Apakan daya dia hanya mampu menjerit dan menggelupur. Habis berdarah bibirnya di pukul tanpa belas kasihan. Ya allah. Engkau selamatkanlah hamba mu ini. Doa aireen tanpa jemu. Dia yakin yg allah mendengar doanya.
"Malik, pergi tolong budak perempuan tu" Datin Rina menyuruh PA nya untuk menyelamatkan Aireen yg sudah terkulai layu, laju langkah Malik atur dan terus membelasah semua penyangak itu. Aireen hanya sempat melihat sekujur tubuh itu kemudian dia sudah tak sedarkan diri lagi.
Suasana putih dan bercahaya mengingatkan Aireen yg dia telah meninggal tetapi setelah matanya dibuka luas dia dapat melihat beberapa orang nurse dan seorang doktor lelaki sedang merawatnya. Air matanya mengalir perlahan lahan. Doktor yg berada paling dekat dengannya segera dipeluk dan dia menggigil ketakutan. Suasana terkejut dan diam menyelubungi wad itu.
"Doc nak saya letak sedatif?" Soal seorang nurse bila melihat tindakan luar kawal Aireen tapi laju doktor itu menolak.
"Its ok. Lets me handle this. Kamu semua boleh keluar" ujar doktor itu lagi. Siapa yg tak simpati bila badan kurus seorang perempuan yg luka di sana sini dan lebam2.
"Cik, awak ok?" Suara lelaki yg menyapa gegendang telinga Aireen menyedarkannya drpd terus leka.
"Astaghfirullahalazim... maafkan saya" pinta Aireen kerana telah terlanjur. Lelaki itu adalah lelaki ajnabi dan haram baginya utk bersentuhan.
"Its ok. Are u ok now?" Soal doktor muda itu senang sambil tersenyum manis. Aireen lambat2 membalas senyuman yg tampak ikhlas di wajah doktor muda itu. Memang tak sehensem Aaron Aziz tapi wataknya dan senyumannya mampu mencairkan hati wanita. Aireen menyentuh kepalanya dan terkejut bila dia tidak bertudung.
"Ya allah, mana tudung saya?" Soalnya gelabah pada doktor muda itu dan ternyata doktor itu terkejut tapi dia tersenym dan menghulurkan tuala yg tersedia di wad. Memang semua barang Aireen tiada di situ.
"Ni je yg ada" dengan malu dan segan Aireen mengucapkan terima kasih. Dia masih takut dgn peristiwa semalam entah siapa yg baik hati telah menolongnya semalam.
"Siapa yg tolong saya?" Soal Aireen gugup dan segan. Senyuman doktor ini buat dia rasa lain macam. Mungkin dah terpikat agaknya tapi dia sedar diri.
"Petang nanti mereka datang. Awak nak apa2?" Soal doktor muda itu lagi.
"Saya nak solat" doktor muda itu tersenyum lgi. Asyik senyum je tak krem ke pipi tu nanti. Aireen tak nak dibuai perasaan dia mesti sedar diri.
"Saya tolong awak ambil wudhuk" ujarnya tapi Aireen tergelak kecil, padanya nakal bantuan yg ditawarkan oleh doktor muda itu.
"Dah siap wudhuk batal balik la wudhuk saya nanti. Doktor ni kan bukan mahram saya" Aireen turun dari katil sambil tersenyum dan menahan sakit pada masa yg sama. Tergelak doktor muda itu bila dia disindir. Tapi betul jugak apa yg Aireen cakap.
"Lupa, nak saya panggilkan nurse?" Soalnya lagi.
"Takpe, saya mampu. Terima kasih" Aireen terus ke dalam bilik air setelah satu senyuman manis dan ikhlas diberi pada doktor muda itu. Terpaku seketika doktor muda itu dan melihat Aireen hilang dari bilik air. Dia segera keluar dari wad itu dan berjalan dgn muka berseri tapi jantungnya berdetak hebat bila melihat senyuman manis itu. Walaupun pucat lesi tapi sangat manis dan cantik.
"Zik,apesal ni?" Soal doktor aliff yg kebetulan lalu di situ melihat Dr. Zikri yg sedang bersandar pada dinding sambil memegang dada. Mungkin ingat heart attack kut.
"Cuba kau pegang ni" tangan Dr. Aliff dibawa ke dada dan degupan itu mampu dirasai oleh Dr. Aliff juga.
"Kau baru lepas kena kejar ke?" Soal Dr. Aliff serius. Tapi senyuman dari Dr. Zikri menidakkan semuanya. Pasti bukan berlari kalau tersenyum bagai nak rak.
"Hatiku dibawa lari" jawab Dr. Zikri lalu meninggalkan rakan sehospitalnya itu. Menggeleng laju Dr. Aliff dgn perangai Dr. Zikri yg mcm tak berapa nak waras je hari ni.
Petangnya Datin Rina dan Malik datang melawat Aireen yg masih lagi ditikar sejadah solat asar. Tak mampu Aireen mengucapkan syukur kerana dia terselamat. Salam diberi dan doa dipohon kepada Allah.
"Ya allah ya tuhanku. Aku bersyukur kerana menyelamatkan aku hamba mu yg lemah ini. Engkau tempatkanlah disyurgamu hamba allah yg telah selamat kan aku ya allah"
Datin Rina dan Malik berbalas senyum mendengar doa ikhlas dari Aireen. Aireen mengemas telekungnya dan terkejut bila melihat dua orang sedang memerhatinya sambil tersenyum.
"Ya?" Soal Aireen ramah dan tersenyum. Semuanya terdiam bila melihat senyuman manis itu.
"Cik Aireen, Datin Rinalah yg bawa awak ke sini" tak semena mena air mata Aireen mengalir laju. Dia terus meluru ke arah wanita separuh abad itu dan disalaminya penuh syahdu dan rasa terima kasih.
"Terima kasih datin, tak tahu mcm mana saya nak balas budi datin" air mata Aireen segera di lap dan wajah yg pucat dan lebam itu diusap lembut. Tumpah kasihnya pada gadis polos di depannya kini.
"Panggil mama syang, Aireen anak mama sekarang" pantas dahi itu dicium lama. Rasa sayangnya pada Aireen tak mampu dibendung lagi. Dari semalam bila melihat wajah ini menahan perit dan sakit dia juga merasainya. Mungkin jodoh mereka berdua.
"Mama?" Soal Aireen terkejut, tak menyangka yg bibirnya mampu menyebut gelaran itu kerana walau sekali dia tak pernah berpluang. Lahir saja di muka bumi bencian yg dia mula kenali dari seorang ibu tiri.
"Terima kasih. Mama..." Aireen terjelopok jatuh ke atas lantai dan semua orang telah kalut. Aireen diangkat ke atas katil dan rawatan terus diberikan. Rupanya Aireen ada darah rendah tambahan pula badan dia yg sangat lemah buatkan dia pengsan.
Dua hari di tahan di hospital langsung tak buat Aireen rasa sunyi. Nurse di sini sudah menjadi kawannya dan yg paling rapat dengannya ialah Dr. Zikri. Tak bosan agaknya doktor muda itu berbual dengannya.
"Reen,agaknya Dr. Zik tu suka awak kut" ujar Mimi. Nurse yg ditugaskan utk menjaga aireen di wad ini. Aireen hanya membalas gurauan dan lawak itu dgn senyuman.
"Sebab ni lah! Dr. Zik tu duk angau" ujar Joyah pula. Semua organ dah tergelak sakan, tapi terus diam bila Dr. Zikri masuk ke dalam wad itu. Kalau datang bukannya dgn tangan kosong mesti ada sesuatu utk buah hatinya itu.
" tadi sakan gelak sekarang diam pulak?"
" sedapnya, big apple la!" Joyah bersorak gembira. Aireen hanya tersenyum melihat gelagat kawannya. Kawan yg tak pernah dia rasa selama 20 tahun dia hidup.
" utk orang sakit la, bukan utk awak berdua" Aireen tergelak kecil bila melihat Joyah dan Mimi mencebik.
" kedekutnya doktor kita ni" Aireen bersuara akhirnya setelah penat tersenyum.
" Reen, saya beli utk awak ni. Sampai hati cakap saya kedekut" akhirnya dah tiga2 memuncung je semuanya. Aireen gelak lagi tapi dia mengaduh bila luka di bibirnya mula terasa sakit. Kalut Dr. Zikri berlari mendapatkan Aireen yg menekup bibirnya dgn tangan.
"Sakit?" Soal Dr. Zikri risau.
" sikit je doktor. Joyah, mimi jom makan" ajak Aireen ceria. Dr. Zikri hanya mampu tersenyum melihat wajah ceria itu. Tak sangka bila dah tak pucat lagi Aireen sangat cantik kerana kulit putih merah jambunya terserlah.
" aaa..." Aireen menyuap dua kawannya itu dgn mesra.
" saya?" Soal Dr. Zikri merajuk. Protes la kononnya.
" makan sendirilah. Terima kasih belikan" Ucap Aireen ikhlas. Bukannya Aireen tak nak menyuap lelaki didepannya ini tapi malu dan bimbang salah sangka pulak yg timbul nanti.
" kat sini rupanya mamat ni. Weh. Kerja la!" Dr. Aliff menarik tgn Dr. Zikri utk beredar. Dr. Aliff juga tak nafikan keindahan senyuman milik Aireen itu.
Seminggu telah berlalu dan kenangan Aireen di hospital itu bagai disimpan sebagai kenangan yg paling indah. Kini dia berada di rumah Datin Rina yg begitu menyayanginya.
" ni mak som, kalau Amira nak apa2 cakap je kat mak som ni" Aireen menyalami tangan tua itu dan tersenyum manis. Entah kenapa Aireen dipanggil dgn nama Amira oleh Datin Rina , Malik dan mungkin juga mak som tak ada siapa yg tahu. Datin Rina hanya menyatakan yg dia suka nama itu.
Sebulan berada di rumah itu dan di layan dgn baik langsung tak buat Aireen berubah kerana dia yakin semuanya kerana Allah.
" sejak Ira datang sini Datin gembira sungguh" ucap Malik bila berdua dgn Aireen sambil membersihkan kereta. Aireen hanya tersenyum mendengar luahan itu.
" Ira yg gembira sangat sekarang. Tak sangka ada orang yg sudi terima anak kampung mcm Ira ni"
" ish, ke situ pulak Ira ni"
" betul la Abg"
" hamba Allah hanya nampak berbeza di sisinya melalui imamnya. Siapa kita nak ukur semua itu"
" patutlah kak aishah suka sangat kat abg. Ustaz rupanya...." sakat Aireen buat Malik tersipu malu. Kalau diikutkan dah dia cuba sedaya upaya utk menyorokkan perasaannya pada Aishah yg dah bertahun menyukai wanita itu dalam diam. Entah kuasa apa yg Aireen ada sampai dia boleh tebak isi hati Malik.
" kesitu pulak. Dah fikir tawaran datin utk sambung belajar?" Jauh benar menyimpangnya Malik ni. Aireen yg rasa kelakar hanya tergelak kecil.
" dah fikir" balas Aireen lemah. Dia sebenarnya tak berminat langsung dgn finance dan business tapi apa yg datin tawarkan hanya course itu. Siapa Aireen yg hendak menolak bantuan orang lain. Dia sepatutnya bersyukur mahu diberi peluang.
" so?" Soal Malik ingin tahu. Wajah tak beriak Aireen dapat malik baca.
" kalau tak suka cakap je" malik cuba memberi nasihat. Aireen tersenyum segaris lalu membuang pandang.
" Ira reda je bang. Mana mama rasa baik utk Ira, baiklah"
" borak apa ni?" Soal Datin Rina yg baru sahaja turun ke bawah setelah seharian di pejabatnya di rumah.
" borak pasal awek abg" Aireen laju menjawab lalu tersengih. Dia memeluk mesra lengan mamanya. Datin mencari jawapan pada malik yg dah jeling Aireen di sebelah datin.
"Datin layan la Ira tu" Malik buat derk aje. Eleh malu la tu.
" sayang, anak mama balik hari ni. Lepas ni kita pergi jemput dia kat airport ya?" Teruja betul Datin Rina nak menyambut kepulangan anaknya dari Jepun yg dah berapa tahun tak pulang ke Malaysia. Semua urusannya dah selesai. Aireen sebenarnya takut jika dirinya tak dapat diterima oleh anak lelaki mamanya. Yg bernama Amir Arash.
" mama pergilah jemput. Ira nak tolong mak som" Aireen cuba menolak kerana takut sebenarnya.
"Ira risau ya pasal Amir tu?" Soa Mak som bila dapat meneka yg Aireen sejak tadi lagi asyik termenung dan buat kerja asyik tak kena je.
" takut la mak, mcm mana kalau dia tak boleh terima Ira"
" selama mak kenal Amir, baik budaknya... dah cepat masak. Nanti lambat pulak siap" aireen mengukirkan senyuman yg berat. Kata2 mak som tak mampu buat dia lega. Patutlah datin suka nama Amira sebab nama anak lelakinya Amir.
Sebaik Amir dan datin masuk ke dalam rumah riuh betul mereka berdua bercerita dan bergelak ketawa. Aireen hanya menunggu di dapur dgn diam. Keluar pun tidak dari dapur.
' kalau mama tak panggil aku tak nak keluar' tekad Aireen lalu terus ke ruang basuhan di bahagian belakang dapur. Tempat yg strategik rasanya utk menyorok tapi atas sebab apa dia nak menyorok?.
"Mak som? Ira mana?" Soal datin kpd mak som yg sedang menghidangkan makanan di atas meja. Sejak tadi kelibat Aireen tidak dilihatnya.
" tak ada kat dapur datin. Rasanya dia dah keluar tadi"
" kat luar tak ada. Bilik dia pun tak ada. Mana pula Ira pergi ni?" Risau pulak datin bila hampir dua jam Aireen menghilang. Entah ke mana Aireen pergi kalau keluar dari rumah ni mustahil sebab Aireen tak pernah buat macam tu.
" malik, Ira hilang!" Datin dah bagai dilanda badai bila tak dapat mencari Aireen. Dia sangat sedih jika Aireen meninggalkan rumah ini.
" hilang? Mustahil datin. Ira tak pernah keluar rumah dari rumah ni. Dia nak pergi mana?".
"Awak pergi la cari malik. Saya risau ni. Dah dua jam lebih dia tak ada" air mata datin sudah hampir mengalir. Tak terbayang rasanya hidup dia tanpa Aireen.
" entah2 kena culik tak?" Soal malik buat datin hampir pengsan. Dipukulnya bahu malik dgn kuat.
" kamu jgn merapu malik. Ira, mana Ira ni sayang?" Air mata dah mengalir di pipi.
" ma, why are u crying?" Amir mendapatkan mamanya yg dah teresak menangis. Dia yg masih lagi mamai baru bangun tidur memeluk mamanya erat.
" Ira hilang" sebak suara datin menyebut nama itu.
" ira? Siapa?" Memang soalan yg bagus utk Amir yg tak tahu gerangan Aireen di rumah ini.
" nantilah mama cerita. Sekarang ni kita kena cari Ira" datin terus naik ke biliknya dan menangis lagi. Solat maghrib segera ditunaikan dan doa dipohon agar Aireen selamat.
" siapa Ira tu bang? Kenapa semua orang risau je?"
" kucing ke?" Soalan apakah duhai Amir. Malik menggelengkan kepala dan tak menjawab soalan itu. Semua orang tengah fikirkan di mana Aireen sekarang ni. Jam dah berganjak pukul 11 malam. Datin yg telah makan ubat perlu tidur awal, malik pula sudah terlelap di ruang tamu.
Amir yg terasa dahaga turun ke dapur untuk minum air tapi tiba2 dia dengar sesuatu di bilik basuhan. Dia dah ingat pencuri yg ceroboh masuk lalu dia mengintai dari pintu. Ternampak satu lembaga hitam yg sedang berjalan terjungkit masuk dan berjalan ke dapur.
" confirm pencuri!" Laju langkah Amir atur lalu memeluk pencuri itu dgn erat supaya pencuri yg ternyata sangat kurus itu tidak dapat melarikan diri.
" abg malik, pencuri!!!" Suara Amir menjerit menggegarkan satu rumah.
" tolong!!!!!!" Jerit pencuri atau lebih tepat Aireen yg ketakutan diperlakukan begitu. Masih adakah lelaki yg berniat jahat padanya. Soal hati Aireen.
" lepaslah!!!!!" Dada Amir dipukul sekuat mungkin.
" diamlah pencuri!!! Perempuan pun nak mencuri!" Pekik Amir sama kuat dgn Aireen. Akhirnya semua orang berkumpul di bilik itu dan lampu sudah terpasang.
" Ira!" Lantas badan Aireen dipeluk erat oleh datin.
"Ira?" Soal Amir terkejut.
"Amir lepaskan Ira" pautan dan pelukan segera dilepaskan. Aireen yg dah penat bertarung dgn Amir berdiri lemah. Dgn tak makan semua badan yg kurang air malah periodnya. Buat Aireen sangat penat.
" sorry sayang. Ira ok?" Soal datin resah. Senyuman lesu Aireen buat datin rasa bersalah.
"Amir ingat pencuri, masuk senyap2 mcm pencuri" jawab Amir jujur bila datin memandangnya meminta jawapan.
"Ira naik atas rehat ok?" Aireen mengangguk dan terus naik ke atas dgn lemah. Senggugutnya yg tiba2 menyerang tadi buat dia pitam dan tak sedarkan diri di situ.
Paginya badan Aireen panas ,sangat merisaukan datin.
"Malik, kita pergi hospital. Ira demam panas ni"
"Baik datin!" Malik segera turun ke bawah dan sediakan kereta.
"Amir, angkat Ira turun bawah" arah Datin pula. Amir dah buat muka geram. Bukannya dia tak nak menolong tapi bila melihat layanan mamanya yg dah melebih buat dia hairan. Difikirnya Aireen tu orang gaji sahaja.
dgn malas Amir ikutkan juga cakap mamanya sesekali dia melihat wajah lesu yg sedang lena dalam rangkulannya.
Tiba sahaja di hospital tak ada doktor lain yg lebih kalut dari Dr. Zikri kalau melibatkan Aireen. Laju langkahnya ke wad Aireen ditempatkan. Wajah lesu itu ditatapnya lama dan air segera dimasukkan. Nampaknya kali ini kes darah rendah lagi.
" mcm mana doktor?"
"Shes fine. I think this is because shes too tired. Or she doesnt eat"
"She is unwell yesterday"
"Its ok datin. She is gonna be well soon. Dont worry" sekarang bukan datin yg tengah terlampau risau tapi Dr. Zikri sendiri.
"Mir, can u take care of her for a while? I got to go. Please?" Pinta datin beria dan Amir hanya mampu mengangguk dan tersenyum kelat.
'Entah sape yg aku kena jaga ni' gumam Amir dalam hatinya.
Aireen membuka matanya yg terasa berat. Dia mengeluh sedikit bila menyedari dia di hospital lagi. Atas sebab apa kali ini?
"Kau ni sape?" Soal Amir kasar bila melihat mata Aireen terbuka. Tak sempat bagi salam apa terus sembur atas muka. Memang sopan dah tertinggal kat negara orang agaknya.
"Encik ni siapa pulak?" Soal aireen pula.
"Aku tanya ni jawab la!" Jawab amir geram. Pantang tuk nenek dia bila dia tanya orang tanya dia balik. Bukannya soalan susah ke apa. Just cakap nama then selesai.
"Aireen Amira"
"Apa hubunga kau dgn Datin Rina?" Soalnya kasar.
"Encik ni siapa?" Soal aireen lagi. Entah orang jhat ke apa si Amir ni tanya mcm nak ajak gaduh.
"Aku anak dia!" Kasarnya bahasa. Menyimpang terus dari cerita mak som dan abg malik. Aireen cuba utk bersabar dan fikir jawapan yg sesuai utk soalan kedua Amir. Kalau jawab anak angkat nanti dia tak percaya pulak. Fikir Aireen sendiri.
"Saya orang gaji datin" jawab Aireen takut2. Amir langsung tak percaya cakap Aireen kalau betul orang gaji knapa mamanya begitu sedih bila Aireen sakit tapi tak kan skandal mamanya pulak. Mengarut dah tu.
"Baguslah, entah siapa kau ni?" Herdik Amir. Air mata Aireen yg mula bertakung segera dihapuskan dia faham yg dia sepatutnya rendah diri dan sedar diri siapa dia di rumah datin. Kalau mcm ni dia layan orang gaji datin entah mcm mana dia nak terima kalau Aireen tu anak angkat datin.
"Reen? Awak ok?" Salah timing pulak Dr. Zikri nak bertanya khabar. Muka cuak Aireen dr. Zikri pandang dan muka tak dapat nak terangkan muka Amir Aireen pandang.
"Sorry, tak tahu ada pelawat. Saya doc yg merawat Aireen" salam perkenalan dihulurkan dan dgn dingin Amir menyambut salam itu lantas terus berpeluk tubuh bersandar pada sofa. Wajah yg tak pernah tersenyum hari ini dipandang Aireen sekilas sebelum dia memandang Dr. Zikri yg selalu sangat suka ambil berat padanya. Dia menghargai jika diambil berat tapi jika lebih darinya dia tak layak.
"Ada sakit kat mana?" Soal Dr. Zikri ramah serta mengambil tempat di birai katil. Senyuman mesra diberikan kpd shabatnya itu. Mata Amir mula meluat melihat adegan depan matanya.
"Doc, pesakit kau sorang ni je ke?" Soal Amir tnpa memandang muka dua insan yg sedang berdrama depannya. Kalau nak bercinta pun carilah yg educated sikit. Mana padan doktor dgn orang gaji. Bisik hati Amir.
"Ye la doktor. Saya ok. Awak pergi la kerja" dgn lembut Aireen meminta Dr. Zikri pergi.
"Nanti saya datang lagi tau"
"Petang ni kan saya dah boleh keluar" manis senyuman diberikan pada Dr. Zikri.
"I will miss u again" Aireen yg hanya belajar sampai spm english memang fail jadi tak berapa nak faham apa yg Dr. zikri cakapkan. Yg dia pasti mcm pernah dengar je perkataan miss tu semua. I dan U mestilah faham kalau tak faham boleh tanam batu nisan tepi rumah wei.
"Pergilah" dgn senyuman dia mengiringi pemergian Dr. Zikri yg kelihatan berat hati utk melangkah. Senyuman terukir lagi dibibir kecil itu dan dia terus turun dari katil dan bergerak ke bilik air. Rasa tak sedap perut pulak, lupa yg dirinya belum makan apa2 lgi. Rasa mual mula bermain di anak tekaknya dan dia terus muntah2. Air je yg keluar dari badannya. Amir yg hanya memandang majalah sejak tadi tekejut dengar bunyi orang muntah dalam bilik air. Lantas dia menjengah dan melihat Aireen sudah terduduk di depan mangkuk tandas. Pedih sungguh perut Aireen sehingga air matanya mengalir laju di pipi.
"Kau ok tak ni? Nak aku panggil doc?" Soalnya tanpa perasaan.
"Tak perlu" Aireen senyum sekilas dan dia cuba utk bangkit. Baru sahaja berdiri badannya yg lemah terus jatuh tapi sempat badan sasa Amir menahannya.
"Maafkan saya" Aireen cuba utk menjauhkan diri bukannya dia tak tahu betapa dirinya dibenci lelaki itu. Tangan Aireen yg cuba menolak badannya jauh buat dia geram dan rasa Aireen tak bersyukur setelah ditolong. Badan kecil itu segera diangkat keluar dari bilik air. Terkejut datin dan dua nusre kawan Aireen bila Amir mengangkat Aireen keluar dari bilik air.
"Kenapa Mir?" Soal datin lalu mendekati Aireen. Wajah pucat itu diusap penuh kasih sayang.
"Ira ok. Jatuh dalam bilik air tadi"
"Jatuh dalam blik air?" Soal datin dan Dr. Zikri serentak. Ish zaman kaduk mana pulak Dr. Zikri boleh ada kat sini. Pantas sepasang kaki ini mendekatinya.
"Luka tak?" Aduh. Concern yg terlampau la pulak. Aireen hanya tersenyum kelat memandang mamanya yg tak faham dgn situasi sekarang. Mana mama tahu yg Dr. Zikri ni dah jadi kawannya.
"Ya allah, saya ok. Ira ok. "
"Awak tak makan apa2 lagi kan? Jadi awak nak makan apa?" Soal Dr. Zikri mesra. Wajah datin yg mcm tak berapa nak suka aireen pandang. Bekal yg dibawa untuknya membuatkan dia tersenyum lagi. Tangan datin di raih.
"Makanan utk Ira kan?" Soal Aireen pada datin. Sebaiknya dia akan mengawal mulutnya dripad memanggil mama di depan Amir. Tak kan orang gaji nak panggil majikan mama.
"Ya sayabg." Datin memeluk bahu Aireen lembut.
"Dr. Zikri. Terima kasih banyak2. Lain kali ya?" Aireen pandang Dr. Zikri meminta agar tak terasa hati. Dgn senyuman Dr. Zikri mengangguk.
"Dr. Zikri ni kawan Ira kat sini. Joyah dan Mimi pun" Aireen cuba utk memperkenalkan mereka kpd datin dan akhirnya mereka semua berbalas senyum. Hanya Amir yg buat muka bosannya.
"Thanks doc." Ujar datin mesra.
"Memang kerja doc kan?" Amir bersuara malas lalu keluar dari situ. Entah apa spesel pasal perempuan itu dia tak tahu. Malas dia nak bersesak dgn orang yg langsung tak penting dalam hidupnya.
Dah lama Amir pulang ke Malaysia tapi dia masih lagi di rumah. Belum pasang hasrat nak cari kerja katanya. Apa yg susah kerja je la dgn mamanya. Dah orang kaya mengganggur pun tak mati sebab duit dah terlalu banyak.
Tawa dan gelak Aireen menyentuh gegendang telinganya. Entah apa yg menarik sangat di dapur sehinggakan suara mak som pun boleh didengar sedang ketawa senang. Ada orang senang hati nampak. Amir atur langkahnya mendekati dapur dan pelik bila mereka berdua hanya sedang memasak jadi padanya tiada apa yg kelakar kut.
"Masak apa mak?" Soal Amir dgn nada yg lembut. Nada yg tak pernah Aireen dengar untuknya. Aireen terus diam dan mendengar sahaja perbualan mesra mereka berdua. Terkejut bila Amir duduk didepannya sambil memandang tepat ke wajahnya. Tudung yg dipakai pun boleh rasa senget kalau kena tenung mcm tu.
"Asal diam?" Soal Amir tegas. Dengannya mulut berat gila nak bukak tapi dgn orang lain bukan main lagi. Dgn abg malik pun baik kemain, lelaki jugak.
"Encik nak apa2?" Soal Aireen gugup. Amir ni kalau tak tinggikan suara memang tak sah selalunya.
"Aku nak milo" arahnya pula. Laju Aireen tinggalkan kerjanya di meja dan membancuh milo buat Amir. Puas hatinya dapat takutkan gadis kecil depannya. Bila bercakap tak reti nak panggil nama yg baik sikit. That Little Girl. Little girl jugak yg dia suka nak panggil. Aireen Amira nama indah kemain tapi nak jugak panggil dgn nama yg terpaksa Aireen guna kamus cari perkataan little tu.
"Sejak bila suka milo ni?" Soal mak som pelik. Kalau dua tahun lepas memang Amir tak sentuh langsung milo. Amir garu kepalanya yg tak gatal. Sebenarnya beberapa hari lepas dia ada terminum milo yg ada dalam peti ais. Sedap pulak dia rasa jadi dia pun dah mula suka milo.
"Orang berubah mak" jawab Amir lalu mengerling Aireen yg tengah khusyuk mengacau milo. Tanpa sepatah kata cawan dihulurkan kpd Amir dan sayur yg ingin dipotongnya dibawa ke sinki. Malas dan takut nak duk depan Amir yg sangat garang padanya.
'Nak lari la tu' gumam Amir sendiri. Entah knapa dia geram sangat dgn Aireen padahal Aireen tak pernah buat salah dengannya.
Petangnya Aireen menyiram pokok bunga di laman. Sambil itu dia menanam bunga yg dibeli oleh datin semalam. Aireen sangat sukakan tumbuhan dan bunga ni tapi binatang takut pulak. Lebih2 lagi kucing dan sewaktu dengannya.
"Panasnya..." suara Amir kedengaran di situ tapi Aireen buat tak tahu. Takut dgn Amir. Amir melihat Aireen yg dah bersila di atas rumput sambil menggembur tanah. Aireen pandang ke arah kolam sekilas bila suara Amir senyap je. Tapi dia sendiri terkejut dan dapat malu bila Amir membuka baju dan terus terjun ke dalam kolam. Habis terpercik air keluar dan Aireen juga terkena tempiasnya.
Aireen segera menyiapkan semua kerjanya dan ingin berlalu pergi tapi sempat dipanggil oleh Amir. Dgn berat hati dia berpaling memandang Amir yg tak berbaju itu.
"Ambilkan tuala aku" ujarnya.
"Tuala? Kat mana?" Soal Aireen.
"Dalam bilik kau" Amir jawab selamba. Aireen yg memang sedia ada lurus itu pelik tapi dia tetap mengangguk.
"Idiot. Bilik aku la!"
Aireen terus beredar dari situ. Entah apa yg dimaksudkan dgn idiot Aireen sendiri tak tahu. Yg pasti dia faham bilik aku tu. Memang selalu Aireen kena marah tapi selalu jugak Amir guna bahasa inggeris. Jadi untung badan la satu benda pun kata2 kesat yg Aireen tak faham. SPM dulupun mana ada pergi sekolah. Exam pun fail je banyak. Mak tiri dia tak mahu dia belajar tinggi2 katanya kalau dah bodoh tu bodoh jugak.
Bilik Amir dibuka dan kali pertama bilik itu dimasukinya. Kemas dan rapi je. Nampaknya Amir seorang yg kemas dan pembersih. Bagus!. Aireen dah terlupa niat asalnya masuk ke dalam bilik itu, gambar keluarga Amir diangkat dan dilap dgn tapak tangan. Aireen tersenyum melihat datin di dalam pelukan arwah suaminya. Belum sempat dia explore bilik itu pintu telah dibuka dari luar.Amir?
"Lama gila!"
Terkejut cipan dibuatnya. Segera dia brrpaling ke belakang melihat Amir yg tidak berbaju dan hanya bertuala. Pantas Aireen mengatur langkahnya utk keluar dari bilik itu. Walaupun Amir benci padanya tapi dia tetap lelaki.
"Kau nak pergi mana?" Soal Amir dan keningnya terangkat sedikit. Pintu bilik telah dihalang dgn tangannya. Wajah resah dan takut Aireen buat dia rasa senang utk mengusik.
"Bawah" Jawab Aireen terketar ketar. Aireen cuba utk lalu tapi badan Amir masih juga tak berganjak.
"Kalau aku tak bagi?" Soal Amir lagi.
"Tolonglah encik...." mata Aireen dah berkaca ketakutan kerana dia teringat peristiwa lampaunya. Air mata mula mengalir menuruni pipinya. Tersentak Amir bila melihat Aireen nenangis tanpa bunyi. Takut sangat agaknya.
"Kau nangis ni kenapa? Aku gurau je la!"
"Dah, keluar!" Amir yg serba salah menjauhkan diri dari pintu dan Aireen berlari keluar dari biliknya. Memang Aireen nampak sangat ketakutan.
"Stupid Amir!" Marah Amir pada dirinya sendiri. 'Entah apa yg little girl tu fikir pasal aku nanti. Buatnya dia fikir aku ni jenis pervert mcm mana?' Amir risau sendiri bukan risaukan perasaan Aireen tapi takut orang gaji mamanya itu mengadu benda yg bukan2.
Aireen masuk ke dalam bilik datin yg sedang berehat di atas katil sambil membaca buku.
"Mama..." panggil Aireen manja dan terus memanjat katil. Rindu benar dia pada mamanya kerana sejak Amir balik jarang sangat dia berpeluang bercakap dgn mamanya. Bimbang rahsia yg dia anak angkat terbongkar.
"Sayang, rindunya mama kat anak mama ni" pipi Aireen dipegang dan dahi aireen dikucup penuh kasih sayang. Sedang leka mereka berbual niat Amir utk join abg malik tengok bola terbantut bila terdengar bunyi tawa sebaik melintas bilik mamanya.
"Bila Ira nak sambung study?"
"Ma, biarlah dulu eh?"
"Kalau tak belajar sekarang bila lgi sayang. Mama dah cari kolej terbaik"
"Ira faham ma, tapi bagus mcm mana pun kolej tu kalau pelajar tak pandai mcm Ira ni buat bazir je"
"Ish! Mama tak suka anak mama cakap mcm ni"
"Mama? Siapa little girl ni sebenarnya?"
tiba2 suara tegas Amir kedengaran. Aireen dah tertangkap dah la dia bohong dua2 pihak. Katanya pada mama Amir dah tahu statusnya dan boleh terima dia tapi pada Amir dia hanyalah orang gaji. Matilah Aireen mcm ni.
"Apa Mir tanya ni. Kan ni Ira anak angkat mama"
"What???" Memetir suara Amir terkejut. Aireen dah tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Baik dia diamkan aje atau halang Amir yg terkejut besar ni kecohkan keadaan.
"Abg Amir, teman Ira jap. Mama rehat ya. Abg salah faham ni" senyuman sehabis baik Aireen berikan dan dia beredar sambil matanya merayu minta Amir mengikutnya. Tergagap juga nak memanggil Amir dgn gelaran semesra itu. Mama kata itu septutnya kerana Amir 6 tahun lagi tua darinya.
amir yg mengerti rayuan itu segera keluar mengekori Aireen yg jauh di depan. Datin rina pula tersenyum memandang dua anaknya itu.
"Explain to me. Whats happen?" Keras suara Amir tapi terkulat kulat Aireen mendengarnya kerana tak faham tapi dia fahamkan sendiri dgn memberi penjelasan.
"Saya terpaksa bohong encik dgn mama. Saya anak angkat mama tapi saya tahu encik tak boleh terima saya di rumah ni. Jadi saya beritahu encik yg saya orang gaji kat sini tapi saya dah beritahu mama yg encik sudi terima saya sebagai adik. Maafkan saya dan tolonglah jgn bagi mama tahu. Saya tak nak mama risau. Tolonglah...." rayu Aireen bersungguh. Amir pada mulanya nak naik angin tapi bila melihat wajah yg beria di depannya kini buatkan akal jahat menjengah otaknya. Why not?
"Ok! Kau anak angkat mama tapi kau kuli aku. Deal?" Soal Amir dgn senyuman jahat. Apakebenda deal tu? Fikir Aireen pelik.
"Saya rela jadi kuli encik tapi saya hanya buat benda yg tak salah di sisi Allah. Jadi boleh encik buat baik depan mama?"
"Ok! Deal! Kau kuli aku" Amir ketawa jahat tapi pada Aireen dia gembira walaupun palsu mamanya tak akan sedih dan risau pasal benda ni. Buat apa nak mengadu semua. Dia masih lagi memegang cermin utk melihat dirinya sendiri setiap masa.
Sebulan akhirnya dia mnjadi kuli Amir. Semua kerja dilakukannya. Basuh baju,kereta dan semuanya. Tapi sekali pun Aireen tak pernah mengeluh.
"Kalau calar kereta aku ni aku report kat mama" ugut Amit buat Aireen kecut. Dia lebih sayangkan kereta dripada nyawanya sendiri tika ini. Dia ni dah la kena buat semua kerja dah tu jena ugut bagai lagi. Tapi Aireen tetap bersyukur pada Allah.
"Kenapa suruh Ira bersih kereta ni Mir?" Erk. Datin dah balik kerja pulak. Amir terus bangun dari kerusi dan tersengih sedikit. Kantoi buli aireen depan mamanya sendiri.
"Ira yg nak tolong abg ma, abg penat" Aireen pulak dah pandai nak kelentong tapi dia tetap anggap semua tugasan yg diberi Amir sebagai pertolongan sebab kalau fikir itu kerja boleh jadi penat. Tapi bila buat ihsan dan niat kerana Allah pasti tak rasa susah malah gembira.
"Betul ke ni?" Soal datin tak percaya.
"Betul la. Kan abg amir?" Soal Aireen pada Amir yg senyap je.
"Betul tu ma, mir dah cakap tak payah tapi little girl nak jugak"
"Ira la nama dia. Sampai bila nak panggil little girl?" Soal mama geram. Dalam hatinya gembira bila Amir dan Aireen berbaik. Amir terus membantu Aireen membasuh keretanya. Datin terus berlalu masuk ke dalam sambil tersenyum.
"Kau senyum kenapa?" Soal Amir geram. Benci sungguh dia dgn senyuman itu.
"Gembira encik tak bocorkan rahsia"
"Nak aku bocorkan ke?" Soalannya mengugut.
"Janganlah..." rayu Aireen serta merta.
"Kau tak serik ke? Tak penat?"
"Apa?"
"Semua kerja ni?"
"Kalau kita buat sesuatu kerja tu ikhlas krana allah pasti allah akan ringankan utk kita. Saya tak rasa ni beban tapi sebagai satu pertolongan" jawab Aireen tenang dan bersama dgn senyuman manisnya. Amir yg bengang sebab terkena hanya diam sahaja sambil memendam rasa.
"Penatnya kerja...." luah Amir bila merehatkan badannya yg penat seharian bekerja. Banyak pulak pelan rumah yg kena dia rangka hari ini. Master dalam architecture akhirnya digunakan juga.
"Kesian anak mama ni." Rambut terpacak anaknya dia usap. Pagi sampai petang rambut maintain terpacak. Pakai minyak apa ni?
"Ma, Mir rasa mir kena pindah rumah yg dekat sikit. Jauh nak berulang alik dari pejabat" ujar Amir. Dah lama dia terfikirkan hal itu.
"Ok je. Penthouse yg papa hadiahkan kat Mir kat area tu kan?"
"Haah, mir rasa nak pindah situ la. Boleh ma?"
"Boleh sayang. Tapi jgn tak ingat mama pulak"
"Ish! Mama ni, tak kan la nak lupa" datin rina dah tergelak kecil. Amir ni pantang betul kalau orang cakap yg dia tak sayang mamanya. Aireen yg dah bersiap ala kadar turun menyertai mereka berdua beranak.
"Cantiknya sayang. Tak sangka dress ni sesuai dgn syang" Aireen dipeluk mesra. Senyuman terukir di bibirnya dek dipuji walaupun amir tengok mcm menyampah gila.
"Ok ke ma? Mcm terlebih je. Nak keluar makan dgn Dr. Zik je pun"
"Ish. Sesuai sangat la ni. Lawa betul anak mama ni" pipi Aireen dicubit geram.tak puas matanya menilik Aireen yg nampak berbeza seperti biasa.
"Dr. Zik dah sampai ma, Ira pergi dulu" tangan disalam tapi baru shaja langkahnya di atur utk membuka pintu suara Amir menghalangnya.
"Buatkan milo dulu!" Serius Amir bertutur.
"Apa ni mir. Sibuk dgn milo dia. Biarlah Ira pergi dating"
"Mana boleh ma, little girl dah janji. Cepatlah" datin menampar lembut bahu anaknya. Apa kena dgn Amir ni.
"Tak pe ma, lupa pulak Ira dah janji tadi"
"Amir ni!" Marah mamanya tapi dia diam je.
"Dr. Zik masuk dulu. Jumpa mama" pelawa Aireen dan dgn mesra Dr. Zikri melangkah masuk ke dalam rumah. Terpaku sebentar dia melihat kecantikan Aireen di tempat terang. Perlahan lahan senyumannya terukir. Aireen turut membalas senyuman itu dan mata mereka bertaut agak lama.
"Rosak pulak remote ni!" Suara kuat Amir dan hentakan remote tv pada meja cukup utk menyedarkan orang yg tengah berkhayal.
"Doc masuklah, saya ada kerja sikit" Aireen terus ke dapur dan membancuh tiga cawan milo dan dibawa keluar ke ruang tamu. Aireen mengambil tempat di sebelah Dr. Zikri yg segak dgn tshirt polonya dan jeans biru tua.
"Tiga je?" Soal datin rina pelik.
"Ira tak nak minum ma. Mama minumlah. Doc..."
"Kalau Reen nak boleh share dgn Zik je, kan?" Aireen hanya tersenyum dgn lawak Dr. Zik yg tak berapa menjadi itu.
"Kenapa yg ni rasa pahit?" Soal Amir serius lalu menolak cawan di atas meja. Aireen dah pelik bila Amir cakap begitu sebab dia bancuh dalam bekas yg sama je. Kenapa boleh pahit. Bukannya kopi.
" mama rasa ok je"
"Sedap je air tangan Reen. Lulus jdi wife Zik" Dr. Zikri buat lawak lagi. Aireen menggelengkan kepala malas nak melayan.
"Rasalah" cawan dihulurkan pada Aireen dan dgn segera Aireen meneguk air itu. Tersenyum puas Amir melihat tempat yg diminumnya diminum oleh Aireen. Puas hati dapat buat muka Dr. Zikri cemburu. Amir mengangkat kening jahatnya pada Aireen.
"Pahit la ma, tersilap kut" terpaksa Aireen berbohong padahal milo itu rasa sama je.
"Nak yg lain" amir dah buat muka. Mama menepuk bahu Amir yg mengada ngada.
"Minum mama punya je. Zik bawak pergi Ira sekarang. Layan Amir ni sampai esok jawabnya" datin rina mengarah dan Dr. Zikri tersenyum senang. Muka Amir je yg tak puas hati sekarang. Aireen hanya menurut kata mamanya dan pergi dari rumah itu mengikut Dr. Zikri.
"Thanks sudi dinner dgn Zik" ucap Dr. Zikri ikhlas. Suka benar hatinya bila berjaya memujuk Aireen utk dinner dengannya. Aireen senyum dan meneruskan makan tanpa banyak bicara. Dia lebih sukakan suasana sekarang yg lebih tenang. Lebih senang utk Aireen berfkir.
"Saya nak doctor faham sesuatu" ujar Aireen lembut. Dr. Zikri mengangkat muka dan memandang Aireen.
"Apa Reen?" Soalnya lembut.
"Sebelum terlambat saya nak doktor tahu yg saya sayang hubungan kita sekarang. Persahabatan. Ikhlas saya cakap, doktor adalah kawan saya yg pertama dan saya tak nak hilang sahabat yg saya sayang ni."
"Apa maksud Reen?" Soal Dr. Zikri gusar.
"Persahabatan kita, saya harap akan kekal selamanya mcm ni" jawab Aireen berterus terang. Sebelum Dr. Zikri melafaz cinta baik dia mengundur sekarang. Hati perempuan mana yg akan menolak orang sebaik Dr. Zikri tapi mengenangkan yg dirinya tak layak Aireen mengelak utk bermain dgn hati.
kotak cincin yg dikeluarkan dari poket seluar disimpan semula. Sakitnya hati Dr. Zikri bila cintanya telah ditolak walaupun belum sempat dia melafazkannya. Lafaz kalimah cintanya terkubur begitu sahaja.
"Zik sayang Reen mcm kawan dan adik Zik sendiri" tipulah wahai hati perasaan ini. Aireen yg mendengarnya lega sedikit dan terus tersenyum. Dr. Zikri rasa mahu sahaja dia menangis di depan gadis itu dan merayu agar cintanya diterima tapi apakan daya baik hilang cinta drpd hilang sahabat.
Sebaik tiba di banglo, Aireen tanpa banyak bicara melewati ruang tamu yg masih lagi berpenghuni. Entah kenapa sebak hati Aireen kerana merasa dirinya sangat tak bertuah malah tak layak sekalipun utk dicintai tapi cepat2 dia sedar akan anugerah Allah padanya.
"Balik dah tak reti nak bagi salam?" Perlian Amir yg pedas buatkan Aireen malas nak menjawab. Dia terus menonong masuk ke dalam biliknya. Kalau dia tak suka pada Dr. Zikri kenapa mesti menangis bila berkata begitu. Bukankah itu pintanya. Aireen merebahkan badan di katil dan membenamkan mukanya atas bantal dan air matanya mengalir laju.
"Zik cintakan Reen" sayu hati itu meluahkan rasa cintanya pada rembulan yg sepi. Sepertinya semua benda merasai kesedihannya yg tak sempat utk mulakan langkah pertama pun. Air matanya mengalir di pipi dan cincin yg sudah terukir nama Aireen digenggam kejap. Kenapa hatinya telah pecah belum sempat dihulurkan lagi. Tak kuatkah cintanya?
Paginya Aireen mulakan hari baru seperti biasa walaupun tak sama. Di meja makan Aireen hanya diam dan makan apa yg tersedia. Hilang seleranya.
"Kenapa ni sayang?" Soal datin prihatin. Aireen hanya membalas dgn senyuman.
"Menangis la tu. Mata bengkak mcm ikan" Amir bersuara memerli sambil membaca surat khabar
"Betul ke? Kenapa nangis?" Soal datin lagi.
"Gaduh dgn pak we la tu ma" jawab Amir lagi tanpa pedulikan Aireen.
"Gaduh dgn Zik ke?"
"Mana ada ma, Dr. Zik tu mcm abg Ira je. Tak lebih dari tu pun"
"Ni mesti kes frust ni ma" Amir bersuara lalu tersenyum sinis. Aireen malas nak layan Amir yg memang membencinya.
"Mama cakap dgn Ira la. Diam sikit mulut tu" bahu Amir ditampar kuat padan muka asyik nak menjawab je kerjanya.
Sudah beberapa hari Dr. Zikri tak menghubungi Aireen. Dia sangat risau sekarang. Jika dirinya dianggap sebagai adik sahaja kenapa mesti nak mengelak dgn kenyataannya. Akhirnya Aireen putuskan utk call Dr. Zikri.
"Assalamualaikum..." lembut suara Aireen memberi salam dan salamnya dijawab. Kemudian senyap lagi.
"Dr. Zik, andai saya ada lukakan hati awak maafkan saya" pinta Aireen ikhlas. Air mata mengalir laju di pipinya. Tak sangka pengakuannya boleh memutuskan hubungan mereka.
"Saya minta maaf" esakan Aireen mula kedengaran di cuping telinga Dr. Zikri dan rasa bersalah mula menggunung.
"Apa ni Reen, Zik sibuk sikit sekarang ni. Doktor senior asyik duk buli Zik je. Ikutkan hati nak lenyek dorang semua" Dr. Zikri cuba berlucu. Dia sedar salahnya di mana sepatutnya dia bersyukur sebab dia boleh berhenti sekarang sebelum hatinya bukan miliknya lagi. Aireen tergelak di hujung talian.
"Jgn menangis dear, itu menyakitkan saya" Aireen mengesat air matanya di pipi dan tersenyum lagi. Dia tak ingin tahu perasaan lelaki itu padanya cukuplah sekadar kawan.
"Ira, balik dari dinner hari tu diam je?" Tegur abg malik bila Aireen yg selalunya suka bercerita diam je dan ralit bermain phone. Entah apa yg khusyuk sangat.
"Tak ada la abg"
"Amir ada buli Ira ke?" Soal Abg malik bila dia perasan yg Aireen selalu buat kerja dah gaya mcm orang gaji di rumah ini. Ira tersentak dgn solan itu, kebetulan pada masa yg sama amir sedang mencuri dengar bila namanya sebut.
"Mana ada abg, abg Amir baik je" bimbang jika malik melaporkan pada datin dia terpaksa bohong lagi. Entah bila dia belajar bohong.
"Baguslah, lagipun dia dah nak pindah. Datin kata jauh tempat dia kerja" ujar malik lagi dan Aireen hanya mengangguk sebab dia dah tahu tentang hal itu.
"Abg selalu dengar Amir marahkan Ira. Dah la mcm kasar je. Ira tak kisah?"
"Tak kisah pun tapi Ira kesian la abg kat dia"
"Ira yg kena marah tapi kesian kat dia pulak?"
"Sebenarnya bila marah je dia guna bahasa inggeris. Ira tak faham satu benda pun. Ira tengah belajar la sekarang ni terkejut dua2 telinga yg mendengar benda ni.
"Hahaha... kelakar gila Ira. Terbaik!!!" Malik angkat ibu jarinya dan gelak lagi boleh bayang muka blur aireen bila kena marah tapi tak faham apa pun sebenarnya. Memang kesian betul dgn Amir.
"Tak kan tak faham langsung?" Soal malik lagi.
"Sikit je faham. Tengah belajar lagi. Perkataan biasa2 dengar tu bolehlah. Mama selalu suruh tengok cerita inggeris. Sebab tu Ira tak sambung study lgi. Nak terelkan bahasa dulu" aireen berkata ceria dan malik tabik pada Aireen.
"Kat sekolah dulu?"
" masa darjah 6 ibu meninggal dan abah semakin sibuk, Ira pun jadi tak nak belajar. Sekolah pun taj pergi. Result pmr teruk gila. Lulus semua je, bi gagal. Form 4 nak berubah dan belajar tapi abah pulak meninggal dan ibu tiri Ira tak bagi pergi sekolah. Jarang2 je pergi. Dan ambik spm lepas tu fail semua. Tak layak jadi warganegara pun Ira ni" Ira tergelak sendiri bila teringat keputusan peperiksaannya tak pernah sekali pun bagus.
"Kesiannya adik abg ni" malik turut bersimpati.
"Kesian apanya abg, masa allah bagi tak rebut kan allah dah tarik balik peluang belajar tu. Tapi ilmu mana2 pun boleh cari. Tak semestinya sekolah. Mama dah ajar Ira cara nak belajar inggeris guna phone"
"Bagus Ira, belajar bahasa jepun sekali"
"Kenapa?"
"Boleh gaduh dgn Amir" tergelak malik dgn lawaknya Ira diam je tak rasa lawak pun.
"Ira nak belajar bahasa arab. Alhamdulilah lidah Ira tak berat nak mengaji walaupun dah lama tinggal. Bila 16 baru nak cari balik memang susah tapi allah tak pernah kecewakan hambanya kan abg?"
"Ya sayang.... kalau Ira nak belajar mengaji abg boleh bawak Ira belajar dgn kak aishah"
"Betul ni?" Soal Ira teruja.
"Mestilah!"
"Alhamdulilah. Yay! Sayang abang!" Gembira sungguh hati itu. Tapi Amir pula rasa mcm sedih dengar cerita Ira
Dah banyak beban Ira tapi dia masih suka susahkan Ira. Teruk perangainya buat anak yatim piatu mcm tu.
"Mama akan ke luar ngera utk setahun. Atas urusan business mama" terkejut amir dan aireen mendengarnya.
"Kenapa ma?" Tanya amir.
"Setahun ma?" Soal Aireen pula. Mcm mana dia nak hidup kalau mama tiada di sisi.
"Mama akan pulang selalu sayang."
Faham isi hati aireen yg resah.
"Boleh Ira ikut mama?" Soal aireen lagi.
"Sayang kan nak sambung study. Jadi mama dah sediakan semuanya utk Ira" Aireen hanya mampu mengangguk setuju tak tahu nak cakap apa lagi dah.
"Mama ada satu permintaan sbelum mama berangkat"
"Apa ma?" Soal Amir dan Aireen serentak.
"Mama nak satukan kamu berdua"
"What????" Kuat betul suara Amir yg terkejut beruk. Aireen turut sama terkejut dan hanya mulutnya ternganga. Tak tahu nak protes mcm mana.
"No ma!" Amir menolak keras.
"Amir.... please sayang" pujuk mamanya lagi. Aireen turut menggelengkan kepalanya tapi mata datin tertumpu pada Amir. Bukan sengaja datin mahu menyatukan mereka tapi di atas sebab rasa sayangnya pada Aireen dan ingin Aireen jadi menantunya.
"No means no" Amir bertegas lagi.
"Why me?"soal Amir geram. Gadis pilihannya mestilah seorang yg elegen,educated dan berkarisma serta bekerjaya. Bukan mcm aireen yg semuanya tak ada.
"Because i love both of you"
"I want someone to take care of her while i'm not around"
"Mama..."aireen bersuara akhirnya. Mesti sebab tak faham ni.
"Mama nak Amir jaga Ira sepanjang mama tak ada kat sini" dah puas datin memujuk dan dah puas jugak Amir mengatakan tidak. Akhirnya Aireen terpaksa bersuara drpd terus biarkan dua beranak itu bergaduh.
"Ma, kalau dgn kawinkan Ira mama rasa gembira. Kawinkanlah Ira dgn orang lain" ujar Aireen membuatkan dua mulut yg sedang berperang itu berhenti serta merta.
"Maksud Ira? Dr. Zikri?" Soal mamanya lambat. Tu pun setelah mencerna maksud Aireen.
"Aku terima nikahnya...."sah aireen kini begelar seorang isteri. Perkahwinan yg mewah itu langsung tak mengembirakan pasangan pengantin. Hanya ikatan semata mata.
"Tidur bawah!" Jerit Amir kepada Aireen yg kini bergelar isterinya. Bantal di atas katil dibaling ke lantai. Aireen mengambilnya lalu meletakkan di atas karpet di hadapan tv. Dia tak kisah diperlakukan begitu kerana dia tahu dia dimiliki oleh orang yg tak sudi.
"Baiklah, mir terima. Mir akan kawin dgn dia" entah apa yg membuatkan Amir setuju sebulan yg lalu.
"Ma, little girl tu tak suka finance dgn business" ujar Amir bila melihat sibuk benar mamanya sedang merancang study Aireen dan pada masa yg sama sedang mengemas utk pergi. Lega hati datin bila mereka berdua kahwin.
"Kenapa mir cakap mcm tu?" Soal mamanya. Aireen baru shaja dikahwininya selama seminggu dan seminggu juga belakang Aireen sakit tidur di lantai. Seminggu juga badan itu kesejukan sehingga dia terpaksa tidur dgn telekung utk elak sejuk.
"Ni" design beg tangan dan pelbagai jenis beg lagi yg di lukis dan direka oleh Aireen yg Amir kutip dalam tong sampah bila mamanya buat keputusan utk memasukkan aireen ke dalam bidang kewangan.
"Ya allah, Ira buat semua ni?" Soal mamanya terkejut. Tak sangka dia telah memaksa Aireen selama ini. Patutlah aireen asyik tunda dan bagi alasan utk tak belajar.
"Yup. I think u should stop doing this" amir menyimpan smua dokumen pelajaran Aireen. Mamanya tersenyum bila melihat yg anaknya concern pada Aireen.
"Esok amir pindah" di meja makan Amir bersuara. Tapi Aireen diam aje dan langsung tidak memandang suaminya itu. Mama mengangguk aje.
"Pagi2 lagi dah nak gerak" amir bersuara lagi. Wajah Aireen yg tak beriak membuatkan dia geram. Dia sebenarnya maklumkan kpd Aireen agar berkemas tapi sepertinya Aireen langsung tak hiraukan dia, mcm mintak dia pergi cepat2 ada la.
"Encik... er... abang nak saya kemaskan semua barang abg ke?" Soal aireen gelabah bila kakinya disepak kuat oleh Amir boleh tahan jugak rasa sakitnya.
"Kenapa barang amir je. Barang Ira sekali la. Lepas ni Ira tinggal dgn Amir" jawapan datin buatkan mulut Aireen ternganga. Dia tak rela sebenarnya tapi terpaksa dia mengangguk setuju. Amir yg rasa dia menang sakitkan hati Aireen tersenyum puas.
Datin dah berangkat ke luar negara tapi sempat datin pesan khas pada Amir yg, dirinya tak boleh menceraikan Aireen selagi aireen taj bekerjaya, dah ada orang yg boleh jaga aireen dgn baik dan melainkan aireen sendiri yg minta cerai selepas dua syarat pertama. Dia tahu yg Amir berat hati utk bersetuju pada malam itu tapi kerana didesak dia akur. Dia juga terima syarat itu agar mamanya puas hati dan rasa dia telah menjalankan tanggungjawabnya pada mamanya sebagai anak.
pesan datin pada Aireen pula minta dia bersabar dgn Amir dan sebolehnya jgn sesekali tinggalkan Amir.
Aireen yg termenung teringat mamanya yg dah pergi dua minggu dan dua minggu hidupnya rasa seperti dalam sangkar burung di rumah Amir. Amir tak melayannya dgn buruk tapi langsung tak menghiraukannya selama dua minggu ini dan kadang2 sengaja menyakitkan hati Aireen seperti menyuruh Aireen meminta cerai darinya. Kerana mama Aireen cuba bertahan. Perkahwinan selama hampir sebulan itu langsung tiada rupa bahagia.
"Saya nak keluar boleh?" Soal Aireen berani. Dia dah terlalu bosan berada dalam rumah ini.
"Keluar je la. Kan aku dah cakap tak perlu mintak izin kau nak keluar mana pun. Berapa lama sekalipun dan aku. Tak nak kau panggil aku encik. "
"Habis tu nak panggil apa?"
"Tak payah panggil apa2. Jgn bercakap dgn aku pun. Kau buatlah kerja kau sendiri" terkedu aireen mendengar Amir berkata begitu. Sakit hatinya namun dia berlalu dan air matanya mengalir.
Aireen pulang ke banglo mamanya utk menjenguk abg malik dan mak som. Rindu benar dia pada dua orang itu.
"Abg hantarkan Ira balik" ujar malik bila Aireen hendak balik dgn teksi. Dah malam pulak tu. Mak som pun sarankan hal yg sama jadi Aireen tak boleh nak menolak.
sepanjang perjalanan semua cerita Aireen ceritakan tapi cerita kelakar aje. Hal rumah tangganya tidak disentuh langsung. Dia sebenarnya rindu nak bercakap dgn orang maklumlah dalam rumah Amir dia tu seperti invisible girl.
"Abg balik dulu" ujar Malik sebaik menghantar Aireen pulang ke rumah. Dengan senyuman mesra dia menghantar kepulangan Malik. Amir yg kebetulan baru balik dari kerja ternampak adegan mesra mereka berdua tapi dia tak layan dan kaki diatur masuk ke dalam lif. Aireen terjerit minta lif yg hampir tertutup dibuka semula dan dia kaku bila hanya Amir di dalam lif itu dgn muka tegangnya seperti biasa.
"Nak masuk ke tak?" Soal Amir tegas. Laju kaki Aireen melangkah masuk ke dalam lif dan suasana senyap sahaja.
Aireen terus masuk ke dalam biliknya utk berehat sebenarnya tapi bila dia teringat hadiah yg malik dan mak som sepakat berikan padanya dia mengambil bungkusan itu. Katanya novel sebab Aireen suka sangat baca novel dan memang orang kaki baca novel ni kaki mengelamun jugak.
"Projek memikat suami?" Nak terkeluar mata Aireen membaca tajuknya. Tajuk sahaja dah cukup buat dia malu. Bila dia fikir balik patutlah mak som dan malik asyik bercerita pasal isteri sabar dan cerita pasal kahwin paksa pun boleh bahagia. Patutkah aku cuba? Pikat suami aku? Fikir Aireen akhirnya dia sendiri yg blushing sebab malu. Kalau suaminya orang lain boleh tahan nak try and error. Masalahnya suaminya adalah Amir. Amir Arash pulak tuh.
tapi.... sampai bila nak mcm ni? Fikir aireen lagi.
"Aku kena berani utk pertahankan perkahwinan ni. Kalau dia tak sudi, aku sudi!" Aireen berkata gembira. Novel itu dibaca sehelai demi sehelai dan akhirnya dia tertidur.
Pagi itu dia buat kali pertamanya memanaskan dapur suaminya. Selama ini makan beli dan tanggung sendiri. Roti bakar dan telur digoreng lalu disediakan di atas meja. Amir yg keluar dari biliknya terus menonong ke pintu utama tapi Aireen menghalangnya.
"Makan dulu" pelawa Aireen dgn senyumn yg tak pernah sekali dia pamerkan pada Amir selama ini. Bukan je senyum auratnya sepenuhnya masih lagi menjadi rahsia pada amir hari ini juga dia bertudung di dalam rumah.
"Kau ni sakit ke?" Soal Amir marah.
"Makanlah dulu" pinta Aireen memujuk.
"Tepilah. Aku nak pergi kerja ni" badan kecil Aireen ditolak dgn mudah. Aireen tetap tak berputus asa dan dia mengambil roti bakar lalu disua ke dalam mulut Amir. Terpaksa amir utk menelannya. Wajah berseri aireen buatnya rasa dia gusar entah apa maksud aireen berbaik dgannya.
"Kau nak apa ni?" Soal amir dgn mulut penuh. Habis comot mulutnya disuap aireen yg memaksa.
"Awak ajar saya bahasa inggeris boleh?" Pinta Aireen memujuk manja. Dia segan jugak sebenarnya sebab selama ini dia tak pernah nak memujuk atau bermanja dgn orang.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku malas la nak cakap dgn kau. Dah tepi!" Laju Amir keluar dari rumah. Aireen menggigit bibir bila misinya taj berjaya. Susah sebenarnya pikat suami sendiri ni.
Fikirannya terganggu sehingga masa yg berlalu tak disedarinya. Dah seminggu perangai Aireen lain benar. Suka bermanja semua dan terpaksa Amir melayannya. Perlahan lahan Amir tersenyum bila teringat Aireen yg terkebil kebil bila Amir memeluknya pagi tadi. Kisahnya, aireen yg sibuk menyuap itu ini pada Amir membuatkan Amir geram dan badan kecil itu ditolak sehingga hampir terjatuh tapi terjatuh atas Amir pula sehingga terpeluk badan Amir. Merah satu muka Aireen pada masa itu kerana malu yg teramat.
"Mir! Jomlah!" Dah kali ketiga Zariq atau Rick memanggil sahabatnya yg dah jauh termenung.
"Pergi mana?" Soal Amir blur.
"Tapak projek la. Cepat" laju Amir mengikut kawannya yg telah beredar.
bila tiba di tapak projek pelan yg Amir lukis dibentangkan dan mereka berbincang serius sehinggalah tiba2 ada kayu yg terjatuh menimpa belakang Amir yg tengah terbongkok. Amir yg sudah tak sedarkan diri segera dihantar ke hospital. Aireen yg baru shaja mendapat berita itu bergegas ke hospital.
"Dr. Aliff, mcm mana?" Soal Aireen resah. Dr. Zikri yg sedia menemaninya cuba utk buat Aireen bersabar. Memang dia terluka atas perkahwinan Aireen tapi dia percaya dgn jodoh Allah. Dia bukanlah jodoh Aireen malah dia telah jumpa jodohnya. Dr. Umairah yg kini mnjadi tunangnya.
"Suami awak ok je. Bahu dia je yg lebam2. Dan makan masa jugak nak baik. Seminggu dua mungkin"
Dr. Zikri memandang aireen yg telah mengalirkan air matanya. Murah sungguh air mata ini menangisi orang yg tak pernah hiraukannya. Tapi pada Dr. Zikri yg melihat air mata itu gugur menunjukkan betapa kasihnya aireen pada Amir. Entah mana satu yg betul.
Dengan air mata yg masih bersisa aireen terlelap di sisi Amir. Amir tersedar dari lenanya dan melihat Aireen berada di sisinya. Wajah sedih dan letih aireen dipandang lama dan tanpa dia sedar dahi itu dicium lama. Pipi yg masih bersisa air mata di lap dan diusap. Dia bangun dari katil dan cuba utk menahan sakit. Dengan kudrat yg ada di sebelah kanan Aireen yg sangat ringan itu diangkat dan dibaringkan di atas sofa. Memang sakit sangat dia rasa pada bahu kirinya yg cedera tapi bila melihat wajah tenang itu hilang rasa sakitnya. Pipi Aireen diusap lagi dan dicium sebelum dia berlalu kebilik air utk berwudhuk.
Paginya Aireen terkejut bila Amir sudah selesai solat subuh. Dia terus bangun dari sofa dan ke bilik air utk ambil wuduk. Setelah dia selesai solat dia teringat yg dia tidur disebelah Amir semalam entah mcm mana boleh ada atas sofa.
Amir yg sedang baring di sofa dikerlingnya sekilas lalu segera dia mendekati orang sakit itu. Hahaha. Jahat bahasa.
"Awk angkat saya?" Soal Aireen ceria sambil memeluk al quran..teringin dia nak dengar Amir mengaji lagi. Sedap suara Amir.
"Buta? Bahu aku ni sakit. Tak kuasa nak angkat orang"
"Betul jugak, Dr. Zik kut...." aireen tersenyum cuma tapi Amir geram dgn senyuman itu.
"Keluar!" Arah Amir tegas. Mukanya dipalingkan ke luar tingkap. Tapi Aireen berkeras terus duduk di birai katil hospital yg kecil itu. Walaupun geram tapi Amir secara sengaja mengengsot, tak tahu niatnya marah atau sengaja memberi ruang. Tapi Aireen senyum lalu mengambil peluang itu dan terus duduk.
"Kita mengaji sama?" Soal Aireen dan matanya mencari jawapan dari Amir.
"Jgn sentuh aku!" Marah Amir lalu mengambil al quran di tangan Aireen. Aireen rasa terkedu pula kali ini. Mungkin Amir jijik dengannya itulah fikirnya. Amir mengerling Aireen bila gadis itu hanya menunduk.
"Nanti batal pulak air sembahyang aku" sambung Amir cepat. Aireen kembali memandang Amir dgn muka teruja. Yay. Mesti suka sangat Aireen sampai senyum dah ke belakang telinga.
Amir mula mengaji dan Aireen mengikut selepas Amir. Amir memang pandai baca Al quran.
"Dengung la sikit. Nun mati bertemu ba. Iqlab ni" tegur Amir tegas. Aireen gembira betul pagi ini. Rasa seperti paginya sempurna. Mesti lagi sempurna kalau subuh tadi mereka berjemaah.
"Lepas ni kita solah jemaah sama2 nak? Saya nak jugak pahala 27 tu. Jarang2 pun takpe. Subuh saja pun dah ok" pinta Aireen lagi. Memang banyak yg dia kurang bab agama ni.
"Subuh, maghrib, isyak." Balas Amir tanpa senyuman. Aireen tersenyum lalu bangun dari katil dan simpan al quran.
Dr. Zikri yg melihat dua insan itu mengaji bersama buat jiwanya tenang. Aireen dah jumpa jodohnya itulah fikir Dr. Zikri.
"Sakitlah!" Marah Amir bila aireen tertekan kuat bahunya. Aireen sengaja sebenarnya sebab Amir tak nak pergi hospital utk check up. Dah la tak nak sapu ubat pulak tu. Sekali dapat peluang lepas geram sikit.
"Dah seminggu balik. Kena la pergi hospital check up" dah agak terel cakap orang puteh sekarang ni. Almaklumlah cikgu garang gila kat rumah ni.
"Sibuklah kau" marah Amir lagi. Asyik nak marah orang je kerjanya.
"Ok. Malas Ira nak menyibuk" sejak seminggu lalu panggilan saya juga dah berubah kepada Ira dan awak kepada abg. Walaupun Amir buat muka geli dan tak pernah menyahut bila dipanggil begitu tapi Aireen suka. Rasa seperti comel betul suaminya itu aireen mengangkat punggung dan keluar dari bilik itu. Geram betul dia dgn Amir yg degil.
Dah maghrib tapi Aireen masih tak ke bilik amir utk berjemaah seperti biasa. Agak lama dia menunggu tapi akibat geram dia solat sorang diri. Selesai je solat isyak dia turun ke dapur. Makanan langsung tak dihidangkan di atas meja tapi dah di masak. Bertambahlah geram amir.
"Merajuk ke?" Sola Amir pada dirinya sendiri. Dia tersenyum lalu meletakkan semuanya dalam pinggan sendiri. Selepas itu dia terus makan seorang diri pulak tu. Selama ini Aireen yg akan teman dia. Selera pun mcm dah hilang sikit perut pun dah tak lapar mcm tadi.
"Dah makan?" Soal Aireen ringkas bila suaminya yg muka cemberut keluar dari dapur. Dah lah mulut tu asyik membebel je.
"Peduli apa kau? Bukannya aku ni penting pun kan? Makan ke tak, mati ke hidup kau nak sibuk kenapa?"
Aireen terdiam. Niat nak kenakan Amir tapi Amir buat perang dingin pulak.
"Ada pulak cakap mcm tu..."
"Betul la. Kalau aku mati kau susah apa? Boleh kawin lagi"
"Mengarut la abg ni..." aireen bangun dari duduk dan memandang tepat ke anak mata suaminya.
"Sebut la lagi pasal tu...."
"Kau nak buat apa?" Pintas Amir cepat. Aireen gigit bibir bawahnya.
"Kalau aku mati...." membulat mata Amir bila bibirnya dikatup dgn bibir Aireen. Ya! Langkah paling berani Aireen buat. Terdiam semua benda dalam rumah ni. Mata Amir memandang tepat mata Aireen yg tertutup rapat. Sepertinya itu satu ciuman yg ikhlas. Bila Aireen jadi waras sikit dia segera menjauhkan diri drpd Amir. Tanpa memandang Amir dia terus berlari ke biliknya. Mukanya membahang kerana malu ni semua memang pengaruh novel.
"Bodohnya Aireen Amira...." marah Aireen pada dirinya sendiri. Confirm lepas ni kena dgn Amir.
Amir bersandar pada sofa dan memegang jantungnya yg hampir terloncat keluar. Tak sangka yg Aireen seberani itu. Mukanya terasa panas menahan malu. Segan pulak bila dapat surprise kiss mcm tu. Cantik punya tempat kat bibir pulak tu.
Peristiwa kena cium itu terus bermain dalam benak Amir, dah dua minggu hal itu berlalu dan Aireen sepertinya dah lupa tapi hanya Allah yg tahu betapa hebat lakonan Aireen.
"Tak habis lagi termenung kat bini. Balik la Mir" ujar Rick dalam bilik meeting. Dah la semua orang gelakkan Amir. Amir memang dah parah sangat sekarang ni asyik teringat rumah je.
"Apa? Aku memang nak mintak balik awal pun ni. Dah masuk part finance kan? Aku chow dulu dude" Amir yg tersengih tanpa malu mengangkat begnya dan terus keluar. Semua staff dah gelakkan Amir. Tapi Amir buat tak layan je dah memang roh dia dah parking depan rumah. Tinggal jasad je nak sampai.
"Weh! Nak milo" ujar Amir sebaik masuk ke dapur. Terkejut beruk Aireen dibuatnya untung tak pengsan je.
"Waalaikumussalam" perli aireen.
"Dak payah nak perli sangat. Aku malas nak layan"
"Apa salahnya bagi salam sebelum masuk rumah. Boleh buat hilang rasa amarah tau. Ustaz kat masjid selalu pesan" rasa macam kena tembak je Amir rasa.
"Dah tadi" balas Amir pula. Aireen meninggalkan karipap segera yg baru sahaja siap digoreng di atas meja dan beralih ke Amir yg sedang santai duduk.
tali leher dilonggarkan dan ditanggalkan. Jarak yg agak dekat itu buat Amir tak keruan tapi matanya tetap nak memandang wajah Aireen yg masam itu. Briefcase Amir diambil dan tangan itu ditarik supaya mengikutnya ke bilik Amir di tingkat atas.
"Abg mandi dulu lepas tu minum milo. Ok?" Aireen meletakkan semua barang Amir di tempat sepatutnya lalu menghulurkan tuala utk Amir yg masih lgi tercegat. Aireen tersenyum bila Amir dgn muka seriusnya hanya diam memandangnya.
"Pergi la mandi... solat asar" Aireen menyuruh lagi. Tapi bila Amir langsung tak bergerak Aireen mendekati Amir lagi sekali dan dgn debaran dia membuka butang baju Amir. Nak terkeluar biji mata Amir bila Aireen nekad sebegitu.
"Dah, pergi mandi" Aireen menolak badan Amir masuk ke dalam bilik air lepas tu terus melompat lompat sebab malu. Dah tangan gatal sangat.
"Bodoh Aireen!" Marah Aireen pada dirinya. Amir dalam bilik air memandang dirinya di dalam cermin. Baju yg butangnya sudah terbuka buat dia tersengih lalu menanggalkan baju itu dan terus mandi.
Aireen cuba berlagak selamba walaupun hatinya menjerit malu. Amir duduk di kerusi dan makan karipap bersama milo. Aireen yg diam ditenung tajam.
"Auch!" Jerit Amir bila tergigit lidahnya sendiri. Tu la berkhayal lagi. Ni la pepatah lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Entah mana yg sangkut maksudnya. Aireen terus memandang Amir yg menunduk menahan sakit.
"Kenapa?" Soal Aireen risau. Dia memandang Amir dgn risau serta dipegangnya pipi Amir utk melihat apa yg sakit.
"Tercucuk tulang ke?" Soal Aireen risau. Mana tahu ada tulang ikan dalam inti karipap tu. Tapi Amir menggeleng.
"Dah tu?" Soal Aireen risau.
"Tergigit lidah" jawab Amir tenang. Tapi Aireen tersenyum dan meninggalkan Amir.
"Tu la akibatnya suka marah2." Perli Aireen pula. Amir mengetap bibir menahan geram. Pandai betul Aireen melawan dan kenakan amir sekarang dulu diam dan angguk je.
"Diamlah!" Marah amir pula. Geram betul dia dgn Aireen sekarang. Kalau ikutkan hati nak je dia lipat2 simpan dalam poket seluarnya.
"Tak kan nak pakai mcm ni?" Soal Aireen resah. Dah berpeluh resah. Novel yg dibacanya sekarang buat dia rasa tak waras sikit.
"Malu la nak pakai seksi2. Seksa ada lah"
"Nanti Amir kata aku gila pulak" Aireen terus bercakap dgn dirinya. Penat fikir dia tertidur di ruang tamu sambil menunggu kepulangan Amir.
Setelah salam diberi tapi tak berjawab buat Amir geram.
"Tak beri salam kena perli. Dah beri tak jawab pulak!" Amir terus membebel dan melintas ruang tamu tanpa perasan ada orang yg tidur nyenyak di lantai. Setelah dia mandi dan solat dia turun ke ruang tamu. Di carinya kelibat Aireen tapi tak jumpa.
"Mana little girl ni pergi? Kat bilik pun takde. Keluar ke?" Fikir amir lalu bergerak ke sofa di ruang tamu. Untung tak terpijak tangan kecil isterinya yg sedang nyenyak tidur di lantai. Mengucap panjang dia sebab terkejut.
"Dah habis tempat tidur rupanya Little girl ni. Ya allah" Amir mengangkat tubuh kecil itu dgn mudah dan novel dipelukan Aireen terjatuh. Dia meletakkan Aireen di sofa dan mengangkat novel yg jatuh. Atau novel yg sedaya upaya disorokkan oleh Aireen kerana tajuknya yg sangat bahaya kalau terjumpa di Amir.
"Projek memikat suami?" Soal Amir terkejut. Dia membaca sedikit isi di dalam novel yg bekas bertanda Aireen lalu dia tergelak kecil.
"Jgn kau buat sudah" Amir menggelengkan kepala melihat Aireen yg nyenyak tidur. Aireen di angkat ke bilik Aireen sendiri tapi bila terfikir idea jahatnya Amir mengubah fikiran.
"Patutlah mesra semacam. Ada projek besar rupanya...." Amir membawa Aireen kebiliknya lalu dibaringkan dgn selesa. Tudung yg tak pernah dibuka isterinya cuba dirungkaikan tapi bimbang dimarahi lalu dia biarkan sahaja.
Aireen membuka mata bulatnya perlahan lahan. Lena benar tidurnya dan indah betul mimpinya. Dengan kehangatan yg tak pernah dirasainya selama ini meliatkan dia utk terus bangun.
"Bangun Aireen. Solat!" Aireen berkata pada dirinya sendiri. Tiba2 kakinya tersentuh sesuatu. Mcm kaki orang je. Laju dia berpaling ke sebelah. Waaa.. sekatil dgn Amir!!!!
"Tidakkkk!!!!" Jeritan kuat aireen mengejutkam Amir yg masih lena. Bila melihat Aireen yg tak keruan dan malu buat Amir puas hati.
"Apa awak dah buat kat saya?" Soal Aireen malu dan geram pada masa yg sama.
"Apa pulak aku? Kau tu yg ceroboh bilik aku!" Amir membalas.
"Mana ada!"
"Dah tu salah aku? Entah kau yg berjalan dalam tidur. Nak goda aku ke?" Soal Amir lancang.
"Mana ada!!!" Marah Aireen lagi.
"Baca lagi novel cintan cintun tu. Sampai bawak masuk mimpi! Dah pergi mandi. Nak solat pulak" Amir menolak badan Aireen sedikit. Dia dah masuk ke dalam bilik air dan bersorak riang. Padan dgn muka Aireen fikirnya. Aireen masuk ke dalam bilik dan berfikir semula maksud Amir.
"Confirm Amir dah jumpa novel tu!!!" Aireen termalu sendiri.
"Saya dah solat,awak solatlah sorang" ujar Aireen tanpa senyuman kpd amir. Amir dah resah. Risau Aireen marahkannya kerana aireen dah bersaya awak balik. Risau ke? tak tahu la tu. Kena tanya amir sendiri.
ruang tamu sunyi je. Amir pulak yg resah sekarang ni. Atas sebab apa Aireen berdiam diri. Marahkan dia ke? Fikir Amir lagi.
"Cepat baca buku ni" buku cerita inggeris diberikan pada Aireen. Dah la cerita budak2 je. Saja nak perli Aireen. Tapi dah banyak sangat improvement Aireen sekarang.
"Tak nak. Dah baca versi melayu" Aireen menolak buku yg baru dibeli Amir. Seronok betul Aireen bila Amir ajaknya beli buku minggu lepas dan Amir tak lokek nak belikan buku baru utk aireen. Kamus elektronik pun dibelinya.
"Tak nak!" Balas Aireen lgi bila Amir tetap memaksanya.
Si cantik dan si buruk rupa. Atau dalam versi inggerisnya. Beauty and the beast.
"Read it!" Paksa Amir lagi. Bosan bila mulut murai Aireen berhenti berbunyi.
"Tak nak. Saja nak perli Ira the beast la tu. Abg tu the beauty? Kan?" Soal Aireen geram. Tak sangka itu yg terlintas di fikiran Aireen. Tapi dia tersenyum jugak akhirnya Aireen dah tak bersaya lagi.
" aku the handsome la!" Ujar amir pula. Aireen menjeling lelaki itu dalam hati memuji ketampanan lelaki itu.
"The monster ok la..." gumam mulut kecil itu. Terburai tawa Amir mendengarnya. Adui... rupanya si isteri menggelarnya the monster selama ini.
"Cepat baca, best cerita ni."
"Tak nak. Ira cakap tak nak. Abg nak kutuk Ira buruk je kan?" Soal Ira hampir menangis.Amir tersentak bila suara sebak Aireen kedengaran. Adui. Terbuat dia marah lagi. Fikir Amir. Nak memujuk memang tak pandai.
"Mana ada aku cakap mcm tu. Kau ni.... ending dia best apa. Cepat baca" arah Amir lembut. Terkedu Aireen. Kali pertama Amir berlembut.
buku itu ditarik dan dibacanya dgn teliti. Bila tiba bab salah asyik kena pukul dgn pen di bahu. Tapi hari ni slow je tak kena jerit jugak. Untung merajuk la ni kut.
"Sebut elok2 la. Delicious. Bukan dilises" tegur Amir tenang. Aireen dah mengukirkan senyum.
Bila endingnya Amir bertepuk tangan pula.
" then, the beast get his look back and he changes to a handsome guy when they kissed. They get married and live happily ever after" Aireen bersandar pada kaki Amir dgn senang. Amir yg duduk di atas sofa senyum je melihatnya tapi Aireen tak tahu lelaki itu sedang tersenyum.
"Masih rasa diri tu the beast?" Soal amir.
"Ira ni sedar diri. Tapi kan. Untung la dapat kiss je dah jadi hensem balik"
"Kenapa? Kau nak satu? Nak aku try test tengok?" Aireen menjauhkan diri drpd Amir. Dah tergelak besar Amir bila melihat muka cuak Aireen.
"Gelak mcm orang masuk hantu" marah Aireen. Tapi Amir buat derk aje. Terus gelak tanpa hiraukan Aireen.
"Ei. Geram!" Tabgan diangkat utk memukul Amir tapi bila teringat. Isteri. Dia segera batalkan niat. Lalu dia terfikir sesuatu.
"The beauty fall in love with the beast. Thats mean....u gonna fall in love with me!" Aireen berkata ceria. Saja je sebenarnya dah tahu perkara tu mustahil sangat.
"Perasan!!!!" Bentak Amir lalu berjalan ke dapur. Jantungnya berdegup kuat bila mendengar soalan itu. Aireen ketawa senang. Kan dah kata mustahil tadi. Berhenti terus tawa Amir meyakinkan Aireen yg dia tak kan dapat cinta lelaki itu. Dia sendiri keliru disaat dia mula mencari perhatian Amir rasa cinta utk amir mula hadir dalam diam. Entah kenapa. Dia cinta pada lelaki yg tak pernah anggap dia lebih drpd little girl dan invisible girl. Rasa mcm magic je jadi invisible girl tapi hal itu menyakitkan hati Aireen di satu sudut yg dalam.
"Tak perlu gelabah la, Ira ni pandai ukur baju di badan sendiri. Ira masuk tidur dulu" Aireen senyum segaris sebelum meninggalkan Amir yg terdiam. Memang dia reda dan sedar diri tapi kenapa air matanya mesti mengalir.
Sebulan jalankan misi aireen masih lagi di tahap tak berjaya. Susah benar nak pikat suami sendiri rupanya. Amir yg sedang khusyuk melakukan kerja di tenung dalam diam.
"Kenapa aku mesti jatuh cinta pada lelaki ini. Aku tak layak" bisik hati kecil aireen lalu dia mengalihkan pandangan dan lepaskan keluhan yg berat. Amir yg perasan dirinya sudah tak diperhatikan rasa lega sedikit. Teringin sekali dia balas renungan mata isterinya tapi tak berdaya. Amir atur langkah mendekati Aireen yg masih lagi termenung jauh.
"Ingat siapa?!" Tegur amir kuat. Sengaja!.
"Dr. Zikri!" Laju nama itu meluncur kerana melatah. Diam terus Amir bila mendengar nama itu disebut. Bukannya dia teringatkan Dr. Zikri sangat tapi dia dah lupa yg hari ini wedding Dr. Zikri.
"Abg ni! Terkejut Ira. Nak milo?" Soal Ira lagi. Mesra pulak.
"Nak tidur! Tepi !" Sengaja badan Aireen ditolak geram dgn jwapan Aireen tadi.
"Ira nak keluar ni. Boleh?" Soalan Aireen buatkan langkah Amir berhenti di tangga.
"Keluar je la. Tak payah nak mintak izin pun"
"Ok!" Laju pula kaki Aireen berlari memintas Amir dan terus masuk ke dalam biliknya. Aireen terasa ingin menangis lagi tapi bila teringat majlis kawin kawan baiknya dia qada menangis dulu. Baju kurung moden yg mama hadiahkan untuknya disarung pada tubuh. Nampak mcm dah besar sikit sebab dia dah kurus. Bukan ke semakin gemuk sekarang sebab amir suka teman Aireen pergi beli barang dapur . Siap semuanya Aireen turun ke ruang tamu, pelik bila matanya terpandang Amir yg tadinya nak tidur tapi ada kat depan tv pulak.
Amir jeling aireen yg sengaja berlawa nak ke mana? Hatinya terfikir nak berjumpa dgn Dr. Zikri. Confirm.
"Nak pergi mana?" Soal amir. Tadi kata pergi je la. Sekarang sibuk nak tahu.
"Rumah Dr. Zikri" jawab Aireen tenang.
"Jom?" Ajak aireen mesra lalu menyentuh bahu amir yg tegang. Best jugak pergi kenduri kawin orang dgn suami ni. Mcm sweet gitu
"Buat apa?" Soal amir malas. Tapi dalam hati nak je kata jom.
"Teman Ira."
"Penting ke?" Soal amir lagi. Malas dah Aireen nak memujuk.
"Abg penting utk Ira" jawab Aireen selamba dan tenang. Amir yg gembira sembunyi senyum.
" five minutes?" Soal Amir tegas.
"As u wish sir" jawab Aireen gembira
Rasa nak je dia peluk tubuh Amir yg muka serius gila tak mahu senyum tu. Jenis orang nak cepat tua la kut. Ha. Doa mengarut lagi.
Majlis kawin Dr. Zikri dan Dr . Umaira gah gila. Aireen berjalan agak jauh dgn Amir tapi Amir pula sentiasa memastikan dia dekat dgn Aireen risau isteri dia hilang kut. Agaknyalah. Bila ada mata yg mencuri pandang isterinya dan siap ada mata yg mula merenung bibir yg tersenyum buat Amir geram. Segera tangan kecil Aireen diraih dan digenggam erat. Terkejut gila Aireen dgn tindakan Amir.
"Kenapa?" Soal Aireen resah. Terkejut dan malu jugak kut. Amir ni selalu buat dia berdebar.
"Aku rasa tak sihat. Mcm nak pitam je" bohong amir. Aireen dah risau pulak mungkin ingat Amir hanya nak berpaut dan bertahan pada badannya yg memang tak cakup daya tahan tu.
"Kalau mcm tu kita duduk dulu" tangan Amir di tarik duduk di kerusi. Wajah bersih Amir di pandang dan pipi itu disentuh. Risau betul hati dia kalau Amir sakit.
"Nak air?" Soal Aireen prihatin.
"Its ok. Kau dah ada ok la."
"Aik. Lain mcm je" usik aireen.
"Kalau aku pitam sorang2 buat malu je. Kalau kau ada, boleh tolong aku nanti"
"Ye la. Ye la. Siapalah Ira ni kan?" Tangan dipipi Amir diturunkan. Dia memandang tempat lain. Sungguh dia hampir berputus asa pada projeknya tapi bila dia fikir balik mungkin tak bernilai projeknya pada Amir tapi harapnya bernilai pada Allah di mana semuanya niat dia kerana allah.
Semua orang kenal dgn isteri Amir. Memang Amir tak melayannya seperti isteri sangat tapi bila ada majlis atau apa shaja kebelakangan ini Amir suka sangat bawak Aireen. Sekalipun dia tak pernah ada niat menipu status Aireen apatah lagi merendahkan diri Aireen. Dia tahu disisi Allah pangkat darjat di dunia tak dinilai langsung. Dimana iman yg penting. Cinta Aireen pada Allah dah cukup mengangkat Aireen ke tempat yg lebih tinggi. Aireen yg dipeluk dan tangannya digenggam sentiasa buat cinta aireen semakin bertambah mekar.
Aireen menunggu amir yg katanya nak ke tandas tapi tak muncul jugak. Aireen ambil keputusan utk mencari Amir dalam kelibat orang yg ramai dan akhirnya dia terlihat sesuatu yg tak enak dimatanya. Air matanya laju mengalir. Melihat badan Amir dipeluk perempuan lain buat hatinya hancur malah cintanya juga bagai dah robek. Amir tak mungkin cintakan dia. Satu kepastian yg tak dapat diubah lagi. Air mata dilap dan dia kembali ke tempat asal. Dia menghalang dirinya menangis lagi. Kenangan indah petang tadi tika shopping membeli baju bersama bermain di layar otaknya. Air matanya terus mengalir tapi bila Amir mendekati dia kesat air mata dan berlagak selamba.
"Kenapa mata merah ni?" Soal amir pelik.
"Saya.. err Ira ngantuk la. Lambat lagi ke abg?"
"Jom la blik!" Ajak Amir dan tangan Aireen diraih tapi Aireen menarik semula tangannya. Amir terkejut, Aireen juga terkejut. Aireen tak pernah mcm ni selama ni.
"Tangan Ira luka, kena pisau. Sakit" ujar aireen. Ya memang tangannya sakit tapi tadi dah hilang rasa sakitnya tapi sekarang sakitnya dah bertambah. Malah lebih sakit. Amir membelek tangan yg kecil itu. Memang jari Aireen luka.
"Kenapa tak letak plaster?" Soal Amir concern. Kalau dulu mungkin Aireen akan gembira tapi kini semuanya telah tamat. Aireen dah kenal erti putus asa.
"Jom balik?" Ajak aireen dan amir mengikut.
Sebaik tiba dirumah aireen terus ke biliknya. Niatnya utk bertenang tak tercapai bila air matanya mengalir dgn bertambah laju. Dia terduduk sambil menangis di atas lantai. Benarlah yg dia sudah terlalu mencintai Amir sehingga luka ini memberi kesan hebat pada dirinya. Rasa menyesal kerana mencintai Amir mula terasa tapi bila dia waras dia reda kerana dia mencintai amir kerana Allah.
Aireen ke bilik air. Niatnya utk membasuh muka tapi tangannya membuka paip lalu air terus turun jatuh atas kepalanya. Dgn baju yg dihadiahkan oleh amir dan masih lagi bertudung aireen basahkan dirinya. Sedih dan sakit sungguh. Dia menangis sepuas puasnya. Basah kuyup badannya tidak dihiraukan. Suara amir yg memanggilnya buat dia tersedar. Segera air mata dihapus dan keluar dari bilik air dgn segera. Terkejut Amir melihat Aireen yg basah kuyup. Tuala diambil dan diletakkan atas tubuh kecil itu. Aireen senyum segaris.
"Kenapa kau mandi mcm ni?" Soalnya tegas.
"Tadi paip rosak. Ira baiki la. Basah pulak" aireen berbohong kerana terpaksa.
"Kenapa tak suruh aku je?" Soal amir bengang.
"Sikit je" balas aireen mesra.
"Cepat tukar baju. Demam nanti menyusahlan aku pulak"
"Abg keluarlah dulu. Ira nak ganti baju" Amir meninggalkan bilik Aireen. Difikirnya yg aireen sangat suka menyusahkan dirinya sendiri.
"Mama, Ira mintak maaf. Ira cintakan abg amir tapi, abg amir dah ada orang lain. Dah puas ira cuba semua cara. Ira nak minta izin mama. Ira nak tenangkan diri ira dan belajar dgn kawan mama tu. Ira tak kuat dah ma. Semakin ira sayangkan abg. Semakin ira sakit. Maafkan ira ma. Ira terpaksa pergi" air mata Aireen laju mengalir begitu juga datin rina.
"Pergilah sayang...." dgn terpaksa datin memberi izin.
"Terima kasih mama. Tapi ira tak kan minta cerai ma. Ira reda abg kawin lain dan ira reda kalau abg dah tak nak ira"
ira memutuskan talian dan mengemas semua barangnya sementara amir masih ditempat kerja. Surat utk amir ditulis penuh rasa cinta.
Salam dari Amir tak berjawab
Diselongkar semua tempat mencari aireen tapi tak jumpa. Berdebar jantungnya tika itu. Dia masuk ke bilik aireen dan sampul putih dilihat atas katil dibuka.
"Ira...." terduduk amir bila membaca surat itu.
Abg,
Ira minta maaf sebab terpksa pergi. Mungkin abg nak tahu kenapa kan? Malam tadi ira nampak abg peluk seorang perempuan, ira terluka abg. Mungkin itu jodoh sebenar abg. Jadi ira nak pergi. Tolong izinkan ira. Halalkan semuanya yg ira makan dalam rumah ni. Dress yg abg beli ira bawak ya? Hadiah dri abg yg sangat bererti buat ira. Abg jaga diri, ira reda apa sahaja keputusan abg pada Ira. Terima kasih atas ilmu yg abg berikan. Percayalah, ira tak rela pergi tapi ira perlu pergi. Utk kebahagiaan abg....
Ira.
Air mata amir mengalir utk kesekian kalinya. Walaupun aireen dah pergi selama dua bulan dalam setiap doanya x pernah mlupakan aireen. Entah kenapa, dia cinta pada gadis itu. Sgt menyakitkan pemergian aireen. Sunyi rumahnya. Nakal isterinya juga dah hilang.
"Padan muka kau amir. Dulu ego sangat" amir melipat sejadah dan bersandar pada katil.
"Baik kau cari Ira tu" ujar Rick bila sedar yg kawan baiknya dah berubah terus bila Aireen pergi. Walaupun prestasi kerja dia tak merosot tapi life dia yg merosot. Asyik dgn kerja sehingga lupa diri sendiri. Rumah pun bukan jadi tempat kegembiraan buat amir. Malah tempat yg paling sunyi bagi dia.
"Dah puas aku cari. Mungkin allah dah balas perbuatan aku yg jahat dulu. Bila ada aku sia siakan bila dah tak de baru nak terhegeh hegeh. Biarlah Ira cari kebahagiaan dia sendiri"
Rick yg bengang terus menumbuk muka sahabatnya itu sehingga amir jatuh terduduk. Geram betul bila Amir berputus asa atas perkahwinannya sendiri. Bertahun dia bersama dgn amir di jepun tak pernah sekali amir menyebut nama perempuan selain mamanya selama ini tapi bila aireen muncul amir dah mula pandang wanita lain.
" memang kena terhegeh sebab tu bini kau. Kau ingat dia boleh kawin lain dgn statusnya masih isteri kau. Sepatutnya kau cari dia sebab aku yakin yg dia sayangkan kau. Kalau tak dah lama dia mintak cerai!" Marah Rick. Bibir amir yg berdarah amir sapu dgn tangannya kemudian dia berdiri.
"Aku dah buntu. Tak tahu mana nak cari dia lagi!" Jerit Amir geram. Dah jenuh dia cari aireen tapi tak pernah jumpa.
"Tanya mama kau. Aku tahu kau sayang dia. Kan?" Suara Rick kedengaran lembut memujuk amir. Bahu amir ditepuk dua kali.
"Entah kenapa, aku cinta dia Rick. Aku dah takut nak mencari sebab aku takut aku takkan jumpa"
"Im sure that your mom know where is she"
"Ill call her"
"Now!" Paksa Rick bila melihat muka Amir yg lngsung tak brsungguh. Telefon diangkat malas. Dia percaya yg mamanya tak kan mempercayainya malah akn mendiamkan diri sahaja.
Rick meninggalkan Amir utk memujuk mamanya.
"Ma,sihat?" Soal amir mendatar. Sungguh datin rina pelik dengar suara amir yg langsung tak bermaya dan tak ceria seperti biasa.
"Sihat. Mir?"
"Fzikal sihat je ma, hati ni sakit menahan rindu pada mama"
"Mama je?"
"Mama tahu Ira kat mana?" Soal amir langsung.
"Kenapa amir nak tahu? Mama dah sedia terima perempuan yg amir cinta. Menyesal mama paksa kamu berdua"
"Ma! Ira salah faham je pasal malam tu. Perempuan tu mabuk dan jatuh lalu terpeluk mir. Mama kenal amir mcm mana, amir tahu mana satu haram dan halal." Terang amir serius. Datin rina juga percaya pada anaknya.
"Jadi Ira salah faham?"
"Yes ma, misunderstand"
"Ok. But why u still wanna meet her?"
"I.... I start to love her.... i dont know why" ucap amir ikhlas dan datin rina terkejut tapi hatinya gembira yg teramat.
"Penang. Shes there"
"Penang? Seriously ma?"
"Yes. I will send her address to u. Dia belajar dekat butik beg anak kawan mama. Bring her back ok?"
"I will. U know what ma. The day shes gone, i bought ticket for us to uk. Wanna see u there. But.... "
"Its ok sayang. Ull get the chance again...."
"Thanks ma....."
Sakit jugak kepala amir cari rumah sewa aireen. Bila dah jumpa dia mula rasa takut andai dia tak di maafkan. Tapi dia beranikan diri. Baru shaja dia nak melangkah utk mengetuk pintu tapi Aireen terlebih dahulu keluar dari rumah. Jadi amir tanpa berfikir menekup mulut aireen dan menolak tubuh kecil itu masuk semula ke dalam rumah.
aireen yg tak sempat berbuat apa2 sangat takut bila dia ditangkap dari belakang dan mulutnya ditutup rapat. Pintu ditutup kedengaran buat aireen bertambah gusar.
"Lepaskan aku!!!!" Aireen meronta sekuat mungkin bila tubuhnya dipeluk erat dari belakang sehingga dia langsung tak dapat bergerak. Gerangan yg memeluknya juga tak dapat dilihat kerana terlalu tinggi.
"Lepaskan aku! Tolonglah...." rayu aireen bila kudratnya dah tak ada lagi utk melawan.
"Aku takkan lepaskan kau lagi" terkejut aireen bila suara lelaki kedengaran. Suara yg sangat dia kenal dan rindui saban hari. Air matanya mengalir laju tak sangka doanya utk berjumpa suaminya termakbul hari ini. Walaupun merajuk dan kecewa tapi diri amir selalu dirindu.
"Abang?" Soal aireen.
"Amir" jawab amir pula. Aireen tersenyum tapi dia menolak badan amir tiba2.
"Abg nak apa datang sini?" Soal aireen tanpa memandang muka amir. Takut rasa rindunya buat dia tak kuat utk dikecewakan lagi.
"Aku nak kau bagi balik hak aku" jawab amir serius. Aireen pelik.
"Ira tak ambik satu benda pun dari rumah abg" jawab aireen geram. Disangkanya amir datang memujuknya tapi hanya datang utk meminta sesuatu yg aireen sendiri tak tahu apa.
"Kau ambik hak aku. Selagi kau tak pulangkan aku takkan balik"
"Mana ad Ira ambik apa"
"Eleh. Dah hak aku hilang. Siapa lagi yg ambik kalau bukan kau. Lagi satu! Kau jgn nak fitnah aku kat mama. Perempuan yg kau nampak malam tu mabuk. Dia jatuh dan terpeluk aku. Tak kuasa aku nak peluk perempuan lain. Haram tahu!" Amir ni biar betul nak pujuk aireen. Cakap mcm nak cari gaduh je. Tapi bila aireen tahu perkara sebenar dia malu sendiri tapi gembira jugak pada masa yg sama. Kantoi jeles!
"Kenapa datang mcm perompak?" Soal aireen, bergetar suaranya sebak. Rasa nak menangis bila amir ada depan matanya kini.
amir mendekati aireen yg semakin jauh dengannya, bimbang bila amir dgn muka garang menghampirinya. Aireen mengundur sehingga terduduk atas sofa. Berdebar jantungnya bila amir semakin mendekat dan dia telah dikepung sepenuhnya. Dahi amir juga dah rapat pada dahi aireen. Mata mereka bertentang hebat.
"Reen! Apa awak buat ni???" Soal Tiqah housemate aireen terkejut. Amir dan aireen dah kalut sikit lebih2 lagi si aireen tu. Gelabah semacam.
"Awak jgn salah faham Tiq..."
"Kau ni perogol ke? " soal tiqah kasar. Amir dah nak tergelak.
"Perogol pakai mcm ni?" Soal amir memerli. Dia masih berpakaian pejabat. Rasa kelakar dirinya dilabel perogol. Agak agaklah sikit.
"Mana tahu versi educated. Reen, awak ok?"
"Reen ok. Tiq sebenarnya ni.... ni... ni..." aireen tak tahu nak cakap mcm mana kalau dia kata tu suami bimbang amir tak nak mengaku. Kalau kata kawan pun takut amir tak nak mengaku jugak. Amir geram melihat bibir kecil itu tergagap gagap memberitahu statusnya. Malah dia juga suka tengok bila aireen takut dan gigit bibir bawahnya. Nampak comel. Dgn selamba aireen dtarik dan dicium lama. Di bibir pulak tu. Sunyi terus rumah lepas tu.
"Aku suami dia. Kenapa?" Soal amir selamba. Aireen dah pucat mcm myat hidup diam je. Tiqah pun mcm shock lagi tengok adegan tadi.
" bi... bila awak kawin reen?"
"Dah lima bulan." Jawab amir bagi pihak aireen.
"Aireen tak pernah cakap dia ada suami. Cuma crush dia je, tapi cgu bahasa inggeris. Bukan businessman" Tiqah pelik. Amir pun turut sama pelik
Aireen yg segan dgn ciuman amir bertambah segan bila Tiqah bocorkan rahsianya.
"Reen. Tiq chow dulu. Nanti Tiq roger dekat mr. Steve.bye! Nice to meet u...."
"Mr amir" jawab amir bersahaja tapi dia mengukirkan senyum pelik pada aireen. Sejak bila aireen ada cgu bahasa inggeris fikirnya. Setahu dia, yg banyak mngajar aireen bahasa inggeris adalah dirinya. Atau memang dia cgu bhasa inggeris tu?
"Cgu mana pulak?"soal amir serius. "Adalah" jawab aireen malas.
"Jgn buat mcm tadi lagi!" Marah aireen pula.
"Buat apa?" Soal amir dgn muka bodoh.
"Kiss tadi!"
"Kau kiss aku tak pe. Aku tak boleh?" Soal Amir berang. Aireen yg tak sangka amir masih ingat pasal ciuman itu terus malu sendiri. Memang makan diri benda yg yg dia buat dulu.
"Tu tak sengaja.... je...." jawab aireen malu. Tak tahu mana nak sorok muka dia sekarang ni.
"Aku pun tak sengaja jugak. Dah kau tu mcm tak nak mengaku aku ni suami kau."
"Ira nak pergi kerja" aireen dah malas nak bertekak dgn amir yg memang keras kepala. Tadinya dia rasa sangat gembira kerana amir datang tapi bila melihat amir hanya nak cari salahnya dan hanya mengambil haknya entah apa aireen sendiri tak tahu buatkan aireen rasa dirinya langsung tak bererti utk amir.
"Nak tinggalkan aku sorang diri dalam rumah ni?"
"Abg baliklah. Hak abg memang tak ada kat sini"
"Ada!"
"Ira kata tak ada!" Hampir menangis Aireen dibuatnya. Aireen melangkah pergi tapi amir menarik tangan aireen dan memeluk tubuh itu. Aireen terkejut lagi. Dia tak tahu apa yg amir nak dan apa maksud amir.
"Fikir dulu apa hak aku. Aku betul2 nak hak aku balik" lembut suara amir. Aireen terpaksa mengangguk.
"Abg selongkar la bilik Ira mana thu jumpa hak abg tu. Bila Ira balik kerja nanti, kita cari sama2"
"Ok!" Balas amir ceria. Aireen senyum sikit dan terus pergi meninggalkan rumahnya. Amir terus masuk ke dalam bilik aireen dan gambar perkahwinan mereka berada di bawah bantal bila dia baring. Senyuman dia terus mekar bila melihat gambar perkahwinannya sendiri. Wajahnya langsung tak tersenyum tapi lain pulak aireen yg tersenyum gembira. Dia mengangkat telefon dan cerita pada Rick dan Dr. Zikri. Dr.Zikri dah jadi kawan baiknya selama ini. Tanpa pengetahuan aireen.
"Bodoh la kau ni mir. Nak suruh Ira lari ke?" Soal Rick berang. Dirasanya tindakan amir sangat bodoh. Memang bodoh pun.
"Bodoh la mir. Kalau aku jadi reen aku pun tinggalkan kau" komen yg sama dari dr. zikri. Amir termenung seorang diri. Tak pernah dilabel sebagai bodoh selama ini hari ni dapat dua bodoh pulak. Memang bodoh kot.
Aireen melihat Amir yg sedang lena dikatilnya dan dia malu sendiri bila Amir terjumpa gambar perkahwinan mereka. Memang amir mencari haknya itulah fikiran aireen. Dia duduk disebelah amir dan wajah yg begitu dia rindui itu diusap. Alangkah bagusnya kalau amir datang utk bawa dia pergi.
amir yg terasa pipinya disentuh tersenyum lalu tangan itu dibawa ke bibirnya lalu dicium lama. Aireen dah kecut sendiri.
"Rindunya dgn perfume ni" Amir bersuara dgn mata masih terpejam. Aireen terkejut.
"Mengigaau ke?" Soal aireen mendatar. Atau kecewa sebenarnya.
"Dalam tidur pun aku boleh kenal isteri aku" ujar amir serta menarik aireen terbaring disebelahnya. Badan kecil itu dipeluk erat. Aireen yg dah resah dan malu terdiam tanpa kata.
"Ikut aku balik?" Amir bersuara lagi. Tak boleh nak tangguh lagi apa yg dia nak. Dia nak aireen kembali ke sisinya.
"Ira dah kerja kat sini" jawab aireen sedih. Padahal teringin sekali berkata ya tapi bimbang dia akan terluka nanti. Bila amir dah jumpa haknya pasti dia akan dibiarkan begitu shaja.
"Aku ada kerja kat sini. Projek baru. 6 month.aku dah sewa rumah sementara tpi aku nak kau tinggal dgn aku"
"Ira?" Soal Amir bila aireen tak menjawab bila dia membuka mata Aireen sudah menangis. Tapi kenapa?
"Kenapa nangis?" Soal amir terkejut.
"Utk apa? Utk jadi orang gaji abg kat rumah tu?" Amir terkedu. Amir mendiamkan diri dan merenung wajah isterinya dgn mendalam. Air mata aireen disapu dan mata yg mngalirkan air mata itu dikucup lama. Hapuskanlah kesedihan hati ini ya Allah. Doa amir dalam hati. Aireen hanya diam mcm patung tapi dalam fikirannya nak tahu kenapa amir buat semua tu.
"Aku nak bersama dgn hak aku" balas amir. Soalan dah terjawab tapi aireen tak faham.
"Kalau abg ....nak kawin lain ... Ira benarkan" sakit hati aireen tapi kalau itulah hak yg amir datang tuntut iaitu hak utk izinkan amir kawin lain.
"Kau mengarut apa ni? Kau isteri aku. Kau hak aku!" Jawab Amir kuat lalu dia tinggalkan Aireen yg terkejut. Amir geram bila aireen tak rasa cintanya. Kalau orang lain pun tak faham rasanya maksud sebenar amir. Amir masuk ke dalam kerta dan terus memecut pergi. Aireen cuba utk mengejar amir tapi tak sempat amir terlalu laju.
"Bodoh aireen, aku hak dia? Jadi dia datang nak ambil aku? Sekarang dia dah pergi...." Aireen menangis lagi.
"Malunya aku rasa....bodoh jugak blah mcm tu je" amir bercakap dgn dirinya. Ingatkan nak marahkan aireen tapi rupanya dia malu sebab dah luahkan perasaan secara tak langsung. Pelik betul perangai orang yg tak pernah bercinta ni. Tiba2 pintu runah sewanya diketuk. Dia terus baring atas sofa buat2 tidur tak nak ada yg mengacaunya tapi kelakar jugak sebab siapa yg boleh beritahu yg dia dah tidur. Tinggal sorang kot dan niatnya nak tinggal dgn aireen dah berkecai. Bukan main lama lagi diketuk pintu tu amir buat muka serabut dan rambutnya dikacau. Dah mcm baru lepas balik wrestling. Nak tunjuk dirinya dah tidur dan jgn kacau.
tapi dah beria tetamu ketuk pintu amir pergi ke pintu. Rasa nak terkam je tetamu yg tak diundang ni. Amir buka pintu dgn malas dan terkejut bila Aireen di depan matanya bersama beg besar. Amir yg krik krik pandang aireen yg sama2 diam.
"Rick bagi alamat abg. Ira datang sini" aireen sendiri tak tahu nak cakap apa. Amir pulak dah terlebih gembira sampai nak lompat sampai cecah awan.
"Mas...masuklah... rumah bujang je..." amir dah mengarut sendiri. Aireen boleh pulak tunjuk senyuman manisnya. Tapi dia tergelak tengok rambut amir yg dah mcm mop lantai.
"Kenapa tak datang esok je?" Soal amir pula. Aireen terkejut.
"Abg tak suka Ira datang? Kalau mcm tu... Ira baliklah" Aireen mula mengatur langkah utk keluar. Terasa diri tak diperlukan.
"Bukan. Bahaya malam2 ni. Esok dah pagi, selamat sikit"
"Abg pergi mcm tu je petang tadi. Ira risau"
"Aku....aku saja je. Buat gimik" ujar amir. Aireen diam lagi. Amir pun dah rasa plik semacam. Beg ditangan aireen diambil lalu dibawa ke bilik aireen yg blur habis duk kat ruang tamu. Amir membetulkan rambutnya dan mendapatkan aireen yg masih berdiri.
"Duduklah... buat mcm rumah sendiri" pelik benar prangai amir dah mcm badut aireen rasa.
"Abg...dah tidur ya? Maaf ganggu" pinta aireen. Alahai baik sungguh isteri amir ni. Tak tahulah kalau amir tak bersyukur lagi.
"Tak lah...Ira nak tidur?" Soal amir. Lepas tu dia garu kepalanya mcm pelik dgn soalan sendiri.
"Tak pe, Ira boleh tidur sini. Abg pergilah masuk tidur" aireen senyum mesra. Amir pulak yg serba salah sekarang ni. Kalau aku ajak naik tidur sekali dia fikir apa pulak. Fikir amir risau.
"Ira tidur dalam bilik la. Aku tidur sini"
"Ni kan rumah abg. Ira tidur luar"
"Rumah sewa je. Bukan rumah aku."
"Abg yg sewa"
"Kita tidur sama2 la" amir cadang selamba. Nak tercabut rahang aireen sebab terkejut. Tak pernah amir ajaknya selama ini. Rasa pelik mula menyelubungi dirinya. Amir pula garu kepala yg tak gatal.
"Apa salahnya kan? Jom! Nak tidur je pun" tangan aireen diraih dan ditarik. Aireen tak pula mengelak malah ikutkan aje langkah amir.
"Aku hantar kau pergi kerja" ujar Amir tanpa meminta pandangan Aireen. Aireen langsung tak marah suka lagi ada la. Amir dah banyak sangat berubah walaupun cara bercakap mcm nak ajak gaduh tapi dia dah tak kasar2 mcm dulu lgi.
"Menyusahkan abg je"
"Tak susah mana pun. Aku kerja tak jauh dari situ"
"Abg tahu tempat Ira kerja?"
"Mama bagitahu"
"Oh. Mama"
"Cepatlah masuk!" Amir yg dah tercongok dalam kereta menunggu Aireen. Aireen masuk ke dalam kereta dan mendiamkan diri. Amir pun sama2 mendiamkan diri.
"Ira pergi dulu" sebaik smpai Aireen menghulurkan tangan utk bersalam dan amir menghulurkan tangannya dgn selamba. Aireen terus keluar dari kereta dan disambut kawan baiknya Qie. Bahu aireen dipeluk dan mereka berdua beriringan masuk ke dalam butik itu. Amir yg melihat adegan terlebih mesra isterinya dgn lelaki itu naik darah. Tapi dia tak nak bergaduh dgn Aireen lagi jadi dgn perasaan cemburu dia blah dari situ.
Waktu balik juga sama, Qie yg menemani Aireen di luar sementara menunggu Amir.
"Reen tak cakap pun yg Reen dah kawin" ujar Qie kecewa.
"Sorry la Qie, Reen tak bersedia lgi. Qie jgn sedih"
"Sedih la.... Qie nak jadi pengapit Reen"
"Tak pe. Bila Qie kawin nanti, reen jadi pengapit Qie ok?"
"Janji?"
"Janji!" Reen mencubit pipi gebu Qie. Comel betul Qie ni tapi ganas mcm lelaki. Boleh timbul syak wasangka bila tomboy mcm Qie kawan dgn Aireen. Pada siapa yg tak kenal Qie memang tak tahu yg dia itu perempuan termasuklah Amir.
"Ira" Amir dah mai dah dgn muka seriusnya. Tapi aireen pula sambut suaminya dgn ceria.
"Abg. Qie, ni la suami Reen. Abg ni kawan ira" tangan amir digenggam erat. Qie turut tersenyum gembira berkenalan dgn suami Aireen. Qie yg tomboy pun boleh puji yg Amir ni hensem. Dan dia gembira juga sebab Aireen gembira di samping lelaki ini. Rupanya selama ini lelaki yg aireen selalu cerita itu suaminya sendiri.
"Bro." Tegur Qie lalu membetulkan rambut kpopnya. Katanya fesyen rambut sampai nak tertutup mata ni.
"Hai" sapa Amir selamba. Hatinya cemburu melihat kemesraan tadi. Dulu jeles dgn Dr. Zikri sekarang dah datang orang lain pula. Fikiran Amir mula kusut.
"Kami balik dulu" Aireen meminta diri. Pelik bila tengok amir asyik duk tenung Qie. Takkan cemburu kot.
"Take care" Qie yg tua dua tahun dari Aireen mengusap kepala gadis itu. Sayangnya seperti seorang kakak walaupun tak mcm kakak sangat. Kalau mcm abg pun dia terima je. Bukannya jenis ambik port apa yg orang cakap minah tomboy ni. Amir bengang lagi tapi dia mengatur langkah ke kereta. Malas nak cari gaduh dgn budak2 rupanya.
Dah dua bulan mereka tinggal bersama. Tapi Amir belum bersedia utk mengungkapkan cintanya malah sekarang ni dia ada krisis ciptaannya sendiri bila melihat kemesraan Qie dan Aireen.
"Abg tak suka Qie eh?" Soal Aireen lembut. Perasan perangai dingin Amir bila nama Qie disebut.
"Kenapa tanya mcm tu?"
"Saja"
"Tanya soalan lain la"
"Atau abg suka Qie?" Tersentak beruk kut Amir. Apa yg aireen duk mengarut malam2 mcm ni. Takkanlah Amir nak suka kaum sejenis. Itulah yg Amir fikir.
"Kau jgn nak mengarut. Pergi buat milo" arah amir tegas. Dah lama amir tak tinggikan suaranya selama ini. Hati aireen terasa bila amir layan dia begitu hanya kerana satu soalan. Aireen tahu yg mustahil amir sukakan Qie tapi dia nak Amir suka kawannya mcm mana dia suka jugak.terima kawannya mcm mana dia terima kawannya.
Aireen turun ke dapur dan membancuh milo, pipinya terasa hangat dgn linangan air mata tapi dia tak nak menangis lalu dia kesat air mata dan membawa milo kpd amir yg sedang bersandar pada sofa. Milo dihulur tanpa perasaan, Amir tahu yg dia bersalah kerana meninggikan suara tapi soalan Aireen kedengaran lain mcm ditelinganya.
"Minum sama?" Ajak amir pada Aireen tapi Aireen menggelengkan kepala menolak pelawaan itu.
"Nak pergi mana?" Soal amir bila aireen berlalu pergi.
"Tengok tv"
"Cerita apa?" Soal Amir lagi. Sengaja nak pancing Aireen supaya taj sedih. Tapi aireen ni dah jadi heran.
"Cerita hantu" balas Aireen. Amir pelik, sejak bila aireen suka tengok cerita seram padahal orang paling penakut dalam rumah memang Aireen dah tak ada orang lain lagi dah.
"Sure?" Soal Amir lagi tapi aireen dah hilang.
Aireen mencari siaran yg sesuai. Nasib baik tak ada cerita hantu malam ni kalau tak naya Aireen nak menyorok. Cerita di tv langsung tak menarik. Amir yg telah selesaikan semua kerjanya join Aireen di bawah. Dah la tutup lampu ruang tamu.Amir duduk disisi Aireen dgn sangat rapat dan turut pandang skrin tv cerita jackie chan.
"Mana cerita hantu?" Soal amir.
"Esok" jawab aireen tenang.
"Cerita apa ni?"
"Cina"
"Best?"
"Baru tngok"
"Tadi buat apa?"
"Tidur"
"Nak makan apa2 tak?"
"Kenyang"
"Nak kiss boleh?" Soalan Amir memberi kesan pada Aireen. Cepat2 wajah Amir dipandang dalam samar. Aireen menjauhkan dirinya dari Amir yg sedang tersenyum gembira. Akhirnya misi berjaya buat aireen bereaksi.
"Boleh?" Soal amir dgn muka miangnya.
"Tak boleh!" Aireen bangun utk meninggalkan sofa tapi laju tangan Amir menarik Aireen sehingga terjatuh atasnya. Aireen dah rasa nak pengsan sekarang tapi Amir masih tenang malah memeluk aireen dgn erat.
"Bukan marah tadi. Tak suka Ira tanya soaln mcm tadi."
"Ira cuma nak abg terima kawan2 Ira"
"Ya. Aku terima dorang. Kawan2 kau baik"
"Betul ni?" Soal Aireen gembira
"Betul!"
"Kalau mcm tu, esok join Ira picnic dgn dorang. Mr. Sreve buat majlis kat tepi pantai"
"Petang?" Soal Amir malas tapi tak nak menolak pelawaan beria Aireen.
"Yup! Boleh?"
"Boleh"
"Yay!. Sayang abg!" Ucap aireen gembira. Tak sedar yg dia masih dalam pelukan Amir.
"Sayang siapa?" Soal amir mengusik.
"Sayang...." aireen menggigit bibirnya. Amir yg memerhatikan wajah malu isterinya tersenyum puas. Dia sangat sukakan isterinya bila buat muka malu dan comel. Atau buat muka serba salah nak jawab. Dia geram betul bila Aireen gigit2 bibir mcm tu.
"Sayang...."
Amir merapatkan bibirnya sehingga Aireen terdiam kaku. Sejuk terus badannya.
"Sayang abg kan? Aku tahu dah" ujar Amir selamba. Aireen yg dah membahang berusaha melepaskan diri dari pelukan Amir. Punyalah bergelut dgn Amir akhirnya dia terjatuh atas lantai. Nasib baik tak ada yg patah.
"Weh. Kau ok?" Soal amir khuatir bila aireen terlepas dari pelukannya dan terus jatuh atas lantai.
"Sakit" berkerut dahi aireen menahan sakit. Dah la kurus jatuh atas lantai pulak tu memang sakit woo.
"Ya Allah. Sorry" amir mengangkat aireen yg diam je baring atas lantai. Nampak mcm seronok je. Aireen biarkan dirinya didukung, ni sebenarnya tips nak cover malu.
Amir membaringkan Aireen dgn berhati hati. Menyesal pulak dia kenakan aireen tadi. Nampak mcm sakit benar belakang aireen.
"Aku sapu ubat?" Pelawa amir.
"Nak tidur..." aireen menutup matanya. Sakit tu memang la terasa tapi malu tu yg bergunung.
"Ok. Come. Aku dodoikan..." amir baring disebelah aireen dan tangannya mengusap belakang aireen yg mengiring memandangnya. Aireen terus melelapkan mata bila sentuhan amir begitu lembut dan selesa. Belakangnya dah tak sakit tapi hatinya yg berdebar dan rasa gembira yg teramat sangat.
Petangnya bila picnic amir dah jadi tumpuan ramai. Siapa tak suka lelaki hensem memang amir asyik dikelilingi perempuan tapi aireen selalu disinya. Kalau ikutkan hati geramnya memang kena tendang semua minah gedik ni tapi bila teringat aireen minta dia terima kawannya dia terpaksa memaniskan muka.
"Aku tak suka minah gedik tu semua. Rimas. Tak tahu ke yg aku ni suami kau?" marah amir pada dirinya sendiri dan aireen yg mendengarnya hampir tergelak. Kuat membebel jugak si amir ni rupanya.
"Dah abg tu pakai lawa2 sangat. Pakai baju mcm nelayan dah la"
"Aku baru balik pejabat inilah pakaiannya." Amir merungut lagi.
"Ira dah bawak baju utk abg. Ada dalam beg ni. Dah pergi tukar" plastik dihulurkan pada amir. Dgn muka masam mencuka dia mengambil plastik itu dan ke tandas.
Sebaik amir kembali dari tandas dia mendapatkan aireen yg sedang seronok tengok game volley ball. Tapi yg geramnya bila tangan Qie di atas bahu aireen. Amir menepis secara halus tangan Qie sehingga qie hampir jatuh. Tapi tak ada siapa yg perasan termasuk Qie sendiri. Amir muncul dan memeluk bahu aireen. Badan qie yg hampir jatuh tergerak ke arah Mr Steve. Lalu bahu kecil Qie dipeluk Mr steve yg dah terlalu lama menyukai gadis tomboy itu tapi tak dilayan. Tapi mana pernah mr steve putus asa.
"Weh. Haram ni!" Marah Qie. Walaupun mr steve itu bosnya tapi langsung tak nampak mcm boss dia.
"I ajak kawin u tak nak" balas Mr steve sambil tersenyum
"Gila!"
Amir yg melihat adegan itu geli dan gembira pada masa yg sama. Aireen tak diganggu lagi dan dia geli dgn ayat mr steve. Dia tak tahu yg mr steve tu islam sebenarnya. Padanya Qie dan mr steve mungkin pasangan yg akan bergelar gay nanti.
"Abang" panggil Aireen lemah. Amir memandang wajah lesu isterinya.
"Kenapa?" Soal Amir risau. Wajah aireen dah bertukar pucat tak berdarah.
"Ira rasa pening" aireen memegang kepalanya yg terasa sakit. Mungkin sebab berada di bawah matahari kut. Amir yg dah tak tahu nak buat apa menarik aireen rapat ke badannya dan dipapah ke tempat teduh. Amir mengambil air mineral yg telah disediakan lalu menghulurkannya pada aireen.
"Ok sikit?" Soal amir lagi.
"Sakit..." air mata aireen mengalir. Sakit sangat kepalanya sekarang. Darah mula mengalir di hidung membuatkan amir terkejut. Badan aireen dicempung dan setelah memaklumkan kpd mr steve aireen dibawa pulang. Aireen yg menolak utk dibawa ke klinik atau ke hospital. Katanya dia hanya nak berehat di rumah.
"Darah keluar lagi?" Soal amir kerisauan.
"Tak. Pergi la tukar baju, Ira nak tidur jap" penuh darah di baju amir. Amir hanya nenurut cakap aireen dan terus ke bilik air. Setelah dia keluar aireen telah tidur.
Telefon di capai dan nombor dr. zikri didail.
"Zik, hidung ira berdarah tadi" tanpa sempat memberi salam pulak tu. Dr. Zikri yg tengah makan dengan isterinya tersengih sendiri. Amir ni bila bab aireen memang kacau bilau terus.
"Mcm mana boleh berdarah"
"Kitorang picnic kat pantai tadi. Lepas tu dia cakap pening then darah keluar. Banyak weh, risau la"
"Tengah panas ke?"
"Panas la jugak"
"Patutlah. Kau ni yg biar dia duk tengah panas kenapa. Dah tahu drah rendah dia kritikal. Kepala dia panas la tu. Pergi basahkan kepala dia" arah Dr. Zikri dan dgn segera amir lakukan ap yg disuruh oleh Dr. Zikri.
"Kenapa abg?" Soal Dr. Umairah.
"Amir, hidung aireen berdarah. Kacau sekali" Dr. Zikri tergelak kecil. Dr. Umairah pula tersenyum senang. Orang perempuan ni kalau kes mcm ni mesti target lelaki tu sweet.
"Eleh, dulu abg pun mcm kucing hilang anak bila Reen sakit. Cakap orang ya?"
"Tu dulu la. Skrg ni orang yg pling penting utk abg tengah makan dgn abg"
Manis mulut betul Dr. Zikri ni patutlah isterinya terus jatuh cinta. Baru je nak bermesra Amir dah call balik.
"Badan Ira pun panas la zik"
"Ya allah. Kau lap la badan aireen tu. Turunkan suhu badan dia"
"Lap badan dia???" Soal amir kaget. Dr. Zikri dah sakan gelak kat sini. Amir pulak boleh terkejut kat sana. Isteri sendiri pun susah ke ? Lupa, hubungan mereka masih lagi di awal waktu.
"Kenapa? nak aku buat ke?" Soal dr zikri mengusik.
"Nak masuk hospital? Nak rasa katil hospital?" Ugut amir marah tapi Dr. Zikri gelak lagi.
" dah tu pun kau tak tahu"
"Aku architect bukannya dr. Dah ar. Thanks weh!" Amir menutup telefon dan menggaru dagunya yg tak berjanggut. Segan la pulak dia rasa tapi nak tak nak dia memamg terpaksa buat jugak.
Aireen buka matanya yg terasa berat. Azan maghrib mengejutkannya. Amir tiada di dalam bilik itu hanya dia seorang yg sedang tidur. Dia membuka selimut yg menutup badannya. Terkejut bila bajunya dah bertukar kpd kemeja amir yg besar gedabak. Mana baju dia? Fikirnya sendiri. Dia dah fikir yg bukan2 malu mula menjengah mukanya dah merona merah.
"Dah bangun? Baguslah. Ok sikit?" Soal amir risau. Aireen memandang wajah amir yg risau itu dgn pandangan tajam.
"Ap abg dah buat kat Ira?" Soal aireen serius
Amir telan liur.
"Aku lap badan kau je. Kau demam tadi Dr. Zikri yg sruh. Aku tak buat apa2 pun. Sumpah aku tak tengok apa2 pun. Lepas je aku lap badan kau. Aku tukar baju. Sebab baju kau susah nak pakai aku guna kemeja aku. Betul aku tak buat benda bukan2 pun. Pandang pun tak!" Serius amir menerangkan situasi sebenar. Muka amir juga dah merah. Mungkin dia pun segan. Aireen mengangguk percaya dan dia tersenyum bila beria amir usaha menerangkan padanya.
"Terima kasih" ucap Aireen.
"Pergi mandi. Kita solat" ujar amir bila hilang segan. Aireen cepat2 masuk ke dalam bilik air dan mandi.
"Siapa Qie tu?" Soal amir buat hilang bosan. Aireen ni suka sangat cerita dan puji Qie sampai buat amir cemburu.
"Kawan baik Ira kat sini. Dia yg faham Ira" amir sedang jeles.
"Suka dia?"
"Mestilah suka. Suka sangat! Qie baik"
Sekarang amir jeles lagi.
"Sa... sayang dia?" Soal amir takut dgn jawapannya.
"Sayang sangat2!" Sangat2 cemburu sekarang.
"Aku nak tidur." Amir masuk ke dalam biliknya. Kecewa habis dgn jwapan ceria Aireen.
"Kenapa tak tanya cinta ke?" Soal aireen sendiri bila amir dah lesap dalam bilik.
"Ira nak jawab. Abg je satu satunya orang yg Ira cinta" aireen mengeluh lepas tu.
"Qie, u tmn i dinner malam ni?" Tanya mr steve mesra. Amir yg sedang menemani aireen melukis pandang babak mesra tak menjadi itu. Qie sibuk betul melarikan diri dari Mr. Steve.
"kau tak jeles?" Soal amir pada aireen. Aireen mengangkat muka memandang amir dan kemudian memandang Qie dan mr steve yg sedang bergaduh ke entah apa.
"Jeles kenapa? Ira suka kalau mereka kawin. Tak ada la qie tu ganas sangat nanti" amir pelik dgn stetement aireen. Kawin.
"Maksudnya?"
"Dah lama boss suka Qie tapi Qie tak layan. padahal secocok benar. Mr. Steve tu muslim tau. Baik pulak tuh"
"Mestilah Qie tak nak!" Amir yg pandang dari sudut lain menyokong Qie menolak kaum sejenis.
"Kenapa pulak? Kalu Qie kawin dgn mr steve. Hilanglah sikit tomboy dia tu kena basuh dgn boss"
"Tomboy? Qie?"
"Haah" Amir gelak besar. Rupanya dia jeles pada perempuan selama ini. Patutlah aireen tak kisah dipeluk disentuh qie rupanya sama jantina. Nasib baik Qie tak dicebuknya kerana cemburu. Aireen hairan bila Amir ketawa semangat.
"Kenapa gelak?"
"Kesian... kesian dgn Mr. Steve. Moga jodoh mereka kuat" Amir malas nak cerita tentang kebodohannya menilai.
Amir menggengam tangan Aireen sepnjang berjalan di tepi pantai petang itu. Aireen gembira bila amir melayannya seperti itu. Rasa sayang amir tapi entahlah. Mulut amir tak pernah melafazkannya.
"ira cintakan abg" lafaz aireen membuatkan langkah mereka berdua terhenti. Aireen perlu lafazkannya mana tahu rasanya sama dgn rasa amir. Amir mencari kejujuran dalan mata aireen. Bila mata itu menangis dia yakin.
"Ira terlalu sayangkan abg. Sampai Ira tak sanggup nak beri atau kongsi abg dgn orang lain. Sebab tu Ira lari... Ira takut" dahi Aireen dicium serta merta.
"Cuba rasa hati ni" tangan aireen dibawa ke dadanya.
"Hati ini merintih dua bulan mencari Ira. Entah kenapa, hati ini cinta. Sayang. Suka. Dan rindu pada Ira"
"Abg cintakan Ira" terdiam aireen mendengar luahan amir. Air matanya terus mengalir. Air mata amir turut mengalir sama.
"Berhentilah menangis sayang. Abg terlalu sayangkan Ira"
"Betul?"
"Betul....kerana Allah abg mencintai isteri abg"
"Kenapa?"
"Entah kenapa...." badan amir aireen peluk kejap. Ya allah. Rasa seperti rindunya dan sakitnya hilang begitu sahaja hari ini. Allah dah angkat rasa sakit dia selama bertahun tahun ini. Allah dah beri sesuatu yg jauh lebih baik dari sebelumnya.
"Alhamdulilah... terima kasih Ya allah"
"Jgn pergi lagi. Abg tak kuat"
"Ya. Ira nak ada disamping abg sampai bila2"
"Maaf andai abg lukakan hati Ira"
"Dah lama Ira maafkan. Tak sangka ada cinta utk Ira"
"Mesti ada! Abg tak akan pernah jemu dan berhenti beri cinta ini"
"Janji?"
"Selagi abg bernafas. Abg janji"
"Sejuk UK ni abg eh?" Aireen dan amir ke UK utk berbulan madu. Walaupun mama mereka ada disana mereka tetap rasa nikmat bulan madu itu.
"Sejuklah jugak. Tapi sayang ni dah cukup hangat utk abg peluk"
"Ish. Malulah mama tengok!"
"Alah, mama je pun. Lagipun malam ni abg nak mintak lebih sikit"
"Nak minta apa? Ira gigit karang"
"Nak gigit abg pulak." Amir tergelak kecil. Nakal betul isterinya ni.
"Sayang abg. Kenapalah...."
"Amboi. Ayat menyesal"
"Mana ada. Cuma tak tahu kenapa. Padahal abg garang. Asyik kena marah je tapi Ira suka pulak."
"Jodoh la tu namanya."
"Erm. Alhamdulilah...abg dah tak garang lagi"
"Abg bukan nak sangat jadi garang, saja."
"Tahu....suka buat Ira nangis kan dulu"
"Janganlah ungkit zaman jahat tu...." amir rasa bersalah.
"Comel abg ni...." puji Aireen mesra. Amir ni kuat merajuk jugak sekarang. Entah kenapa boleh jadi mcm tu.
"Abg cintakan Ira" pelukan dieratkan. Aireen sedang dipeluk amir. Rasa hangat badan amir meresap ke dalam hatinya. Sehangat cinta amir yg selalu menghangatkan hatinya supaya yakin utk terus berdiri. Amir memang seorang yg dah banyak memberi kehidupan pada aireen. Membuatkan hati aireen berani utk mencintai. Membuatkan diri aireen rasa selayaknya dirinya berada di mana. Di sisi seorang lelaki bergelar suami. Amir Arash memang suami yg terbaik dan Aireen Amira bersyukur mendapat gelaran itu. Kisah cintanya tak sehebat cinta Rasulullah dan siti khadijah tapi cukup utk dirinya. Cinta rasulullah dijadikan teladan utk kebahagiaan berpanjangan. Moga Allah merapatkan jodoh mereka sentiasa. Kalau boleh biarlah sehingga ke jannah. Amin.....
Wah!aku orang pertama ka??!!best cerpen ni..good job..sangat sangat suka..tak tau nak kata apa lagi.memang best-mardiyyah
ReplyDeleteThanks baca...thanks jugak jdi org first yg comment...hehehe. thanks mardiyyah...
Deletebes cerpen ni, lain dari yang lain. ada aje kejutan setiap kali membaca every paragraph.. watak amir sgt sempoi.... brutal & romantik gitu.... character aireen yg lurus tu pn sgt menjadi dlm novel ni, tahniah writer..
ReplyDeleteThanks baca Mayang... :-)
DeleteWauuu best brutal
ReplyDeleteThanks baca....
Deletebest... jalan cerite menarik..
ReplyDeletei reaaly like it
Trime kasih sdi baca. .
Deletebest! Suke sgt! Sgt menarik cerpen ni.. romantik,sedih,benci, semua perasaan ada. Gud Job, writer!
ReplyDeleteThanks baca Fasya. .
DeleteTrbaikkkkkk.. I bce sme cerpen u.. hehe smue mnrik sngt2..smua prasaan ad dlm stiap cerpen..sdeyh,happy,rmntic..jalan crte pn mnrik sngt2.. then lain dri yang lain..good job writer
ReplyDeleteThanks lepak sini awak. . Hehe. .
Deletebaru jumpa cerpen ni...mg best..tak rugi saya baca...
ReplyDeleteHehe. Thanks baca. .
Deletewaaaa....cerpen ni best..x rugi saya baca panjang.. .. selalu saya baca cerpen2 lain.. semua diorang ending sekerat jalan.. x habis pon cerpen diorang.. sis wat cerpen best gile.. thank sis..ending pon bagus.. terus kan menulis cerpen..
ReplyDeleteTq baca Anis Suhana..
Deletewlcome
DeleteBest citer ni.. Sweet je.. Comel je Ira dgn Amir tu.. Keep it up sis..
ReplyDeleteTq baca yer...
DeleteSweetnyaa aireen amira dgn amir arash best sangat²... x rugi baca mmg best
ReplyDeleteTq baca awak..
Deletesweet sgt ira ngan amir...gudjob writer :)
ReplyDelete-arah
Terima kasih baca yer...hehe
DeleteWalawehhh..best la..sume crpen alzaisnra mmng best n gmpk la
ReplyDeleteWahhhh bestnyaa sedih campur best.. perr terbaekkk. Haha smoga ada kelanjutan cerita..
ReplyDeleteTq baca Alyas Anwar..
Deleteanyah suka tulisan awk. menarik gitu
ReplyDelete♡♡♡
Tq Anyah... tq baca yer..
DeleteSeriously,this story was very nice.
ReplyDeleteTeruskan usaha. Jujur mengalir air mata baca cerpen ni. Setiap episod cerita ni memberi kejutan berbeza. Yang paling pentig nilai2 islam yang ditonjolkan. Keep it up.
Buatlah cerpen2 yang islamik selepas ini. Tambahkan coretan2 yang selari dengan tuntutan islam.
terbaik lah cerpen nih
ReplyDeletelangsung tak best dan saya macam dah pernah baca
ReplyDeleteentah entah awak tiru orang punya??
Terima kasih dah sudi baca.. maaf la sebab tak best. Saya tak tiru sesiapa punya pun tapi mungkin jalan cerita yang sama kut. . . Apa pun terima kasih..
DeleteWahhh best2 .. 😍
DeleteEh2 kita pulak blushing2 baca cite nie. Feel terlebih plak ��
ReplyDeleteWahhhh besttt gilerrr.. keep it up sis.. Terbaikk laaaa sis..!! (y)
ReplyDeleteOmah best sweet gitu kan bagus ada suami cam gitu...kyaaa~(#>_<#)
ReplyDeleteSis buat sambungan entah kenapa dia 2 pulak...
ReplyDeletealahaii jeles dgn qie plk.. kasihan qie x bersalah hahaha
ReplyDelete