Thursday, 18 December 2014

cerpen : Nakalnya isteri aku!

"Baby, bangunlah cepat. Nanti lambat pulak ke kelas" mummy ni kacau aku tidur betul la. Tak penting mana pun kelas hari isnin ni dah memang aku muka ponteng kelas lecturer tu. Aku menarik selimut dan menyorok tapi mumny memang lebih terel bab kejut orang bangun pagi.
"With three or you wet?" Hah! Tu dia ugutan mummy yang super garang ni bila bab kejut bangun pagi.
"Mum, pergi kejut abang dulu" hihihi. Aku ni dua beradik je. Ada abang je tu pun garang jugak memang gen gen gen mummy yang turun kat dia.
"Abg Ril dah pegi kerja pun. Bangun!" Peha aku dipukul dengan agak kuat. 

Aku bangun dan bersila atas katil. Dah period sebab tu malas nak bangun awal kalau tal memang pukul 5 pagi lagi dah landa katrina bilik aku ni dengar bebel mummy. Jam dah 7 pagi. Kalau aku bersiap sekarang kelas pukul 8 tu tak sempat jugak. Eleh. Alasan je tu sebenarnya.
"Now!" Aku pandang muka mummy. Memang garang gila doh dan memang cari pasal kalau tak bangun lagi. Aku merayap turun dari katil. Sambung tidur dalam tab mandi la. Ingat tak boleh tidur ke? KYLE XY pun tidur dalam tab mandi je. Hahahaha... tu alien la bongok!
"Dont you dare to sleep in the bathroom" erk! Baru je niat dah kantoi! Sense kuat betul mummy ni. Aku hanya mampu mengangguk dan tersengih.
"Sharina Iman, I mean it"
"Yes mum. 15 min and I'll be downstairs" aku terpaksa mengalah. Mummy dah guna nama untuk akad nikah aku ni. Terpaksalah aku ikutkan. 

Malas betul nak pergi lecture Sir Ramli. Mesti aku jugak yang kena perli dengan dia nanti. Asyik aku je yang terkena, tahu la result aku ke laut sikit tapi agak ar nak malukan aku satu lecture. Heheheh. Salah aku jugak sebab malas belajar sangat.

Aku pandang makanan atas meja dengan berselera atau bernafsu ke tak kisahlah sebab nampak macam sedap sangat. Aku baru je baca doa makan last2 mumny bagi aku makan roti je. Lepas tu kena halau pergi kelas. Mummy ni memang potong stim betul la! Daddy... baliklah cepat outstation tu....merana Baby kena control dengan abg Ril dan mummy... rintih dalam hati je la. Ye idok?
"Pak Khalil jangan ikut cakap baby ni. Hantar dia pergi kolej" pesan mummy pada pak khalil. 

Memang pesanan yang biasa la tu. Risau sangat aku melencong kesian kat pak khalil yang kena marah. Aku hanya jeling mummy sekilas. Setelah salam dengan mummy macam biasalah. Pesanan penaja pagi2 ni suruh belajar elok2. Dengar macam aku tak suka kan? Aku sayang gila mummy aku ni tau! Kalau tak dah lama aku lari dari rumah! Hahahaha. Idea gila, tak pernah terlintas pun sebenarnya.

"Nak pak khalil hantar macam biasa ke?" Soal pak khalil yang biasanya menghantar aku jauh dari kawasan kolej. 

Bukan apa aku tak suka orang tahu yang aku ni agak berada. Riak dosh kalau nak mengaku kaya. Bukan harta benda aku pun. Hak Allah jugak. Daddy dan mummy selalu pesan suruh rendah diri sebab hidup di dunia ni harta bukan satu guide line untuk ukur seseorang. 

"Macam biasa, thanks pak khalil. Jangan dengar cakap mummy tu" pesan aku sambil tergelak bila turun dari kereta.
"Pening pak khalil macam ni. Hati2" pesan pak khalil lagi. Aku mengangguk dan tersenyum lalu berjalan kaki. Takdelah jauh mana pun nak kena berjalan ni.

"Dah sampai pun orang kampung ni. Jalan kaki lagi?" Ni la geng bajet diva kolej aku. Geng Sardin Marina!

 Ei. Kalau ikutkan tak sabar nak je aku pakai ilmu taekwando yang aku menuntut sampai red belt ni.tapi dek hati sabar dan sabar tu separuh dari iman aku kuatkan jugak. Sharina Iman kan?.

"Jalan tangan ada ke? Kalau ada aku nak try jugak" aku jawab selamba dan melintas dia dengan muka tak berdosa. 

Geram dia tengok aku sekarang ni. Alahai mamat tepi dia tu pun budak hot jugak. Tak nafi memang hensem tapi malang betul sangkut dengan minah sewel tapi hot ni. Marina pun lawa gila weh! Kalau tak takkan boleh jadi hot kan?
"Sher, kau kena lgi ke?" Soal Madina atau Madi je senang cerita.

"Kenapa tak cili je mulut sardin tu?" Ni Ilya. Atau yaya je kami panggil. Bestfren aku la dua orang ni. Mereka je tahu kehidupan sebenar aku macam mana. Apa nak kisah dorang pun lebih kurang aku je hidupnya. Malah lebih kut aku pun tak sure tapi dorang ni rendah hati dan rendah diri. Takdelah nak berlagak macam sardin tu!

"Alah, lagi dilayan lagi suka minah tu. Aku rasa satu cara je nak bagi dia diam." Aku mengangkat kening jahat. Jahat tu takdelah. Nakal boleh la kut. Hihihi.
"Apa weh? Kau punya idea selalunya level jin jahat weh" kurang hajaq punya Madi. Aku dikatanya Jin? Memang tak syang member betul!
"Weh weh... kau ingat aku pak munaweh? "
"Pak munawir wei!" Ni sorang lagi mangkuk ayun.
"Wei wei. Ingat aku ank beranak LCW?"
"Cepatlah!" Marah Yaya. Tahu pun nak dengar idea bapak hebat aku ni tapi takdenya aku nak melancarkan misi jahat ni.
"Usha pak we dia!" Aku berkata senang lalu berjalan meninggalkan mereka berdua yang dah ternganga. Buruk gila muka dah macam ikan buntal yang kurus aku tengok. Kelakar habis! Memang lawak kampus!
"Kau ni biar betul. Meraung gali kubur minah tu weh"
"Gila la wei!" Yang tu weh. Yang ni wei. Aku pun tak paham perlu ke ada weh dgn wei tu? Tak sempurna ayat depa ni agaknya.
"Weh, aku gurau je wei!" Bunyi macam pelik tapi bantai je la. Susah apanya.



Dalam kelas Sir ramli memang tak lain tak bukan aku menyorok bawah meja kuliah dan tidur la. Apa lagi? Hehehe. Memang terlindung dan selamat tempat aku tidur ni. Mummy suruh datang kelas. Aku dah datang pun. Huhuhu. Kurang hajaq gak aku ni kan tak respect ilmu. Tapi aku memang tak boleh doh. Lagi satu aku ni fleksibel. Mana boleh tidur aku tidur je. Tak cerewet bab macam ni. Dah ada can tidur memang kena rebut peluang. Peluang keemasan jangan biarkan. Rugi!
"Sharina Iman?" Suara sir ramli memanggil nama aku. 

Kan aku dah kata dia suka benar seru nama aku ni. Madi mengejutkan aku dari tidur dan dengan malas aku bangun dan terus berdiri. Ramai yang duk pandang aku sekarang dah ada yang gelak pun. Gelaklah sebab aku ni jenis muka tembok bak hang. Umur 20. Time ni la nak buat perangai macam kurang mumayyiz sikit. Tudung yang dah senget aku betulkan. Dahsyat sangat aku tidur agaknya.
"Slide kat depan. Apa awak buat kat bawah tu?" Soalan memang mati membunuh. Takkan nak jawab tidur tapi nanti bohong pulak. Mula2 bohong lama2 mencuri wei. Mummy tak bagi bohong. Dah la orang dah gelakkan aku.
"Sir nak jawapan jujur ke jawapan selamat?" Soal aku balik. Memang kelas dah bising dengan gelak tawa.
"Awak nak saya bagi markah jujur ke markah selamat?" Soalan apakah ini? Yaya dah suruh aku mengaku.
"Markah selamat sir!" Jawab aku sambil tersengih. Sir Ramli dah menggelengkan kepalanya. Dah lali ataupun muak dengan perangai aku kut
"Awak ni Sharina Iman..." erk. Dah kali ke berapa sir ni mengeluh sebab aku.
"Sir jangan benci saya sir. Karang terjadi menantu susah pulak. Kena hadap muka saya" kelas gamat lagi dengan gelak. Aku pun dah tersengih bila sir pun sengih. Sir ramli ni baik je orangnya tapi suka sangat perli aku tu je sebabnya.
"Ada impian ke?" Soal sir pula. Aku sengih lagi. Gurau je sir karang dibuatnya dia serius mati doh. Tak nak aku!
"Tak ada sir"

"Baguslah. Nanti anak saya nak makan apa. Ada isteri kuat tidur" erk! Aku pulak yang terkena balik. Kena gelak lagi. 

Sir dah kemas barang dia sebab kelas dah habis. Malu weh kena atas batang hidung.
Bila kelas habis je semua dah berlari keluar lecture dan aku mendapatkan sir ramli.
"Sorry sir. Saya dah try nak fall in love dengan subjek ni. Tapi tak jalan." aku menerangkan hal sebenar. Memang aku tak suka pun. Ni semua sebab mummy yang suruh jadi aku ikutkan aje. 
Lagipun ni subjek tambahan aku je. Yang main aku ambil architecture.
"It's ok. Saya faham. Samalah, awak tak jalan result pun tak jalan la" sir ramli ketawa sakan. Aku hanya tersenyum sama.

 Aku tak kisah pun kalau markah aku ni tak jalan. Mummy ni nak sangat aku ambil statistik apa ke benda entah. Madi dan Yaya suka benda ni aku je jaki sikit.
"Sir ni.... sorry eh sir?" Pinta aku lagi.
"Its ok. About your suggestion to be my dauhter in law...."
"Sir. Saya berambus dulu. Bye!" Laju kaki aku melarikan diri. 

Buatnya sir berkenan aku yang comel ni simpan hasrat nak buat menantu. Madi dan Yaya dah bantai gelak macam orang hilang pedoman hidup. Ei! Kecik je aku rasa depa ni. Makan jugak kang. Seronok berlari sampai terlanggar orang pulak. Berterabur buku dia dan paling cantik timing hentak kepala aku wei! Buku amenda yang tebal sangat ni? Kamus oxford english english ke apa? Tersila jugak aku sebab sakit sangat.
"Sorry, are you ok?" Soal suara orang yqng aku langgar ni. Bila aku pandang muka dia yang bersalah tu buat aku diam sekejap. Mamat kaca mata mana yang cute ni. Boleh cair doh.

"Miss, are you hurt? Wanna go to clinic?" Soalnya lagi. Aku yang dah sampai kayangan cepat2 sedar. Adui, memang tangkap moment kejap. Tadi dah hilang sakit tapi sekarang ni dah sakit balik.
"Im fine. Thank you" lelaki depan aku tergelak kecil. Kenapa? Haah la. Jawapan aku tu. Skema macam buku teks bahasa inggeris darjah dua. Aku tayang sengih dan berdiri. Pening mabuk lalat kepala aku sekejap. Jadi logic la kali ni lupa semua ilmu sir ramli tadi kena hempuk. Hahahaha. Dahsyat alasan kan?
"Wanna go to clinic?" Soalnya lagi.

"Its ok. Im fine. Pening lalat je ni."
"Sorry, tak perasan sebab awak laju sangat berlari. Tak sempat nak elak"
"Its ok. Saja practice dalam kolej ni. Sorry gak, berterabur semua" aku menolongnya kutip buku. Banyak buku mamat ni. Budak skema plus rajin ni. Kepala aku dah bengkak rasanya sebab sakit sangat. Nak nangis la.... daddy....




Balik rumah je mummy dah mula dah mukadimah leteran katrinanya. Sebab tu la walaupun kelas habis awal aku rela duk kolej. Hahahaha takdelah. Mummy ni ha suka sangat suruh aku belajar masak dengan mak mon. Aku tak suka dan memang la tak pandai sebab tu kena paksa belajar benda ni semua.
"Dengar la cakap mummy tu. Melawan je tahu!" Tu dia.... back up katrina dah mai dah.

 Abangku yang paling aku syang Shahril Aiman. Nama macam pak ustaz tapi kuat berleter macam lecturer. Kerja engineer. Hadush! Aku sendiri yang pening sekarang ni dah la kepala sakit.
"Sat la, nak naik mandi dulu" aku menjeling abang aku yang tinggi macam galah ni. 

Aku berlari naik ke bilik dan terus mandi. Kepala yang terasa pedih aku sentuh. Dahsyat benar kuasa kamus oxford tu ya. Boleh jadi senjata wei. Buat angkat berat pun jalan gak.

"Jom!" Ajak abang sebaik aku turun ke dapur. Abang aku ni pandai masak. Dia baik je sebenarnya cuma....ya lah. Gen gen gen mummy melekat kuat sangat dekat dia. Hihihi. Aku jenis sempoi. Gen gen gen daddy.hihihi.bila abang gosok kepala aku aku mengaduh kuat. Sakitnya kepala aku ni. Abang ni pun!
"Aduh! Sakitlah abang..." abang pelik. Dia menarik aku mendekatinya dan kepala aku dilihat.
"Ya allah, benjol apa ni Bie?" Soal abang prihatin. Aku malas nak cerita yang aku marathon dalam kolej lepas tu langgar orang lepas tu kena hentak.
"Buku hempap kepala. Sakit abang" adu aku sedih. Air mata dah mula menuruni pipi....memang sakit sangat ni...tadi sakit jugak tapi tak delah sakit sampai macam ni.
"Abang letak ubat ya... kesiannya..." aku dibawa ke sofa dan abang keluarkan fisrt aid. Kepala aku disapu ubat dan ditiup lembut. Air mata aku pun abang kesat, kan dah habaq baik abang aku ni....
"Knapa baby? Luka?" Soal mummy kaget. Risau la tuh!
"Kena hempap dengan buku mum. Benjol ni,teruk jugak" abang menjawab bagi pihak aku. Mummy dah risau dah! Hahaha...kesat air mata dulu. Manja betul anak bongsu ni kan?
"Ya allah, kalau sehari tak cari penyakit tak sah."
"Sikit je mum. Mum, daddy balik bila?" Asal sakit je mesti nak cari daddy sebab boleh mintak macam2. Hahahaha...memang teruk perangai aku ni. Tak boleh nak buat bini langsung.
"Dah otw pun. Kejap lagi sampai la. Dah pegi naik atas rehat. Assignment jangan tak buat pulak"
"Baik mum!. Daddy balik panggil eh?" Aku meminta tolong pada abang dan abang mengangguk. Yay! Sayang abang. Mummy pun!
Aku sedang melakar pelan untuk assignment minggu ni. Berat doh kali ni punya kerja. Kena pelan rumah yang ada dekat tanah berbukit bukau. Macam mana nak buat pattern ni? Kalau copy je rumah orang nanti dapat kosong pulak. Meniru katanya. Aku yang serabut otak menggaru kepala dan bila tersentuh di tempat kena hempap tu aku mengaduh kuat. Dah la dalam library.
"Awww!" Semua mata memandang aku sekarang ni tapi cepat je aku angkat tangan meminta maaf. Dah ada orang buat. Shhh...huhuhu. apa lah aku ni mulut main lepas je nak cakap apa pun.
"Kepala awak sakit lagi?" Terkejut aku bila tiba2 je ditegur. Aku angkat muka dengan dahi yang berkerut sebab geram. Dah tercalar pelan yang aku tengah lukis ni. Dah mamat speky mana pulak datang sini tayang sengih?
"Sorry...assalamualaikum" sapanya pula. Aku dengan muka blur menjawab salamnya. Dia mengambil tempat duduk di depan aku dan aku memandangnya. Entah apa mamat ni nak sekarang ni.
"Awak tak ingat saya dah? Semalam buku saya jatuh atas awak"
haah la! Huhuhu macam mana pulak aku boleh lupa dia ni. Semalam rasa macam ingat lagi muka dia tapi hari ni dah lupa terus. Nampaknya bukan cinta aku la kut dan tak termasuk dalam list lelaki idaman. Dalam banyak2 tu ada satu yabg perlu ada dalam lelaki idaman aku. Iaitu bila aku pandang dia kali pertama aku dapat cam dia lagi buat kali kedua. Yang ni aku tak cam dah.
"Awak?" Ha. Dah mengelamun.
"Sher. Saya Sher.... its ok. Benjol sikit je tak luak mana pun" aku sengih tayang gigi sikit lepas tu pandang pelan aku balik. Memang assingment ni diberi masa dua minggu tapi aku lebih suka buat kerja awal. Jadi bila ada idea nak tambah terus tambah je. Senang.
"Sya Imran. Budak architecture ya?" Jap. Dia panggil aku budak ke tadi? Kurang hajaq na... tapi dia ni siapa pulak?
"Haah..."
"Sorry pasal semalam." pintanya untuk kali ke berapa dah aku tak sure sangat. Aku angkat muka dan pandangnya lalu tersenyum. Sungguh. Memang aku langsung tak salahkan dia sebab aku sendiri yang buat marathon tempat yang tak sepatutnya.
"Its ok. Im fine.... cool la!" Aku berkata selamba. Dia tayang senyum.
"Saya budak account" erk. Diri sendiri pun panggil budak? Ke memang jenis macam tu. Panggil budak semua. Patutlah skema batak mamat ni budak account rupanya. Dah berjangkit dah budak..ei. Kelakar weh.
"Final year student"
"Oh. Senior la ni? Btw good luck final exam minggu depan"
"Awak tahu?"
"Mestilah." aku bangga kut tahu jadual senior ni. Hahahaha....
"Awak pun final year ke?" Yang ni terkejut. Aku muka sikit punya muda dia nak angkut sebaya dengan dia? Salah time dan orang betul mamat ni.
"Tak lah...second year"
"Terkejut saya... muka macam adik2 lgi"
"Adik2 ? Hurm,bolehlah." ingatkan tak sedar yang aku ni awet muda kut. Mummy punya gen la ni nampak muda selalu. Cewah!!! Rasa mcm first time puji mummy. Hahaha.
"Senior saya yang cakap"
"Oh.. Kalau ad rezeki jhmpa awak lagi saya belanja awak makan. For my sorry?" Erk. Aku telan liur. Mana pernah aku makan dengan budak laki selama ni. Dia yang tersenyum manis tu buatkan aku mengangguk. Tak sampai hati doh nak tolak muka dia yang cute tu. Jap! Muka dia yang cute? Memang cute pun.alahai hati perempuan. .suka tngok benda comel...
"Ok!" Ok je la dulu. Nanti aku ajak dua kawan aku sekali. Hahaha. Biar carik beg duit dia nak bayar. Hahahaha. Takde la aku sejahat tu. Memang aku ni banyak idea jahat tapi tu idea je la. Kalau orang nak beli boleh je aku jual dengan diskaun sikit. Amboi! Buat jahat na. Tahu dek daddy makan batu nisan jawabnya.
Apa yang orang semangat gila berkumpul kat situ? Aneh bin pelik ni tapi aku nalas la nak menyibuk. Karang kena pijak buat naya je. Pergh hiberbola kena pijak. Kena pijak kaki la! Kan best kalau ada mata ajaib, senang sikit nak usha. Malaslah, aku bersandar pada batang pokok buat hilang penat. Nak patah pinggang eden buat pelan tu. Tidur kejap. hihihi.hantu tidur la katakan.
baru je mata jumpa timing banyak punya lawa nak lelap dah mai pulak bestfren aku ni. Aku panggil bestprawn enak di makan begitu sahaja baru tau. Beriya duk citer dua orang ni aku yamg sumpah muka macam bapak atashinchi yang blur tahap apa entah ni tak dilayan.
"Hensem gila wei...." kalau wei wei ni tak lain tak bukan Yaya la.
"Gila hensem weh!"
Aku garu kepala yang memang gatal sangat ni. Aku pandang dua sahabat aku yabg duk sibuk sekejap jerit sekejap gelak. Memang kalau aku ni jahat aku dah call tanjung rambutan. Siapa yang hensem gila wei weh tu?
"Korang cakap pasal apa ni?" Soal aku akhirnya dah malas nak layan otak sakit kawan2 aku ni.
"Ada pameran kesihatan kat sini seminggu." Aku blur. So, apa yang weh wei tu. Setiap tahun memang ada kut apa yang seronok dan lain macam sangat. Tak faham aku dengan budak2 tak matang ni.
"Setiap tahun ada kan?"
"Kali ni special Sher"
"Apa yg specialnya? Doktor2 dan nurse2 buat show gangnam style ke?" Soal aku selamba habis. Maklumlah popular sangat lagu tu sekarang. Mana tahu nak amalkan gaya hidup sihat menari macam gitu. Hahahaha. Kalau betul kelakar weh,pakai kot putih hantu tu lepas tu menari. Bapak dahsyat. Dah macam cerita step up pulak.
"Bukanlah!" Marah Madi. Aik. Nak marah2 aku pulak? Gigit jugak minah ni nanti.
"Tahun ni doc dari Hospital Klang."
"Dah tu? Yang teruja sangat kenapa? Pak we kau?" Soal aku malas.
"Hensem wei! Ramai pulak tu."
patutlah menggedik semacam kawan aku ni. Aku dah senyum segaris. Dua orang ni memanglah, pantang nampak orang hensem sikit menggedik je kerjanya. Hahahaha. Jahat betul mulut aku ni kesian kat depa.
"Apa yang ramai?"
"Doc hensem la!"
"Berapa ramai?"
"5 org lelaki 3 perempuan"
"Perempuan pun hensem?" Soal aku lagi. Saja je sebenarnya.
"Kau ni!.tapi yang lelaki tu. Ada tiga orang yg hensem weh. Sorang chinese dua lagi  melayu dan yang pakai baju biru tu! Hensem mati weh!" Madi buat muka cair. Aku dah nak gelak sampai pengsan. Memang hensem sangat kot sampai hensem mati dicakapnya. Siap disokong Yaya lagi. Aku rasa dorang ni memang dah sampai level gila kot. Malas nak melayan orang tengah syok sendiri ni. Baik aku pergi cafe makan. Senior nak belanja kan? Esok dia dah exam dan lepas dia exam aku cuti pulak. Bestnya cuti.
"Jom pergi jumpa senior cute korang. Dia nak belanja makan"
"Senior Im?" Soal Yaya beria. Lupa terus kat doktor2 hensem mati tu. Haish, kelakar betul muka Yaya sekarang ni. Dah tangkap cintan tapi usha jugak orang lain. Karang melepas padan muka. Senior pun suka jugak dekat Yaya ni. Kononnya nampak ayu la apa bagai. Tak kenal luar dalam lagi memang nampak ayu. Tunggulah dah kenal nanti semua belantara dia nak redah hilang terus ayu tu. Tapi dua2 malu nak cakap macam mana nak jalan. Aku tak nak masuk campur lagi dah, cukuplah sekali je bila aku campur tangan pasal Yaya. Aku yang satukan dia dengan orang yang salah. Playboy tahap dewa! Malaun punya orang!
"Hurm, jom!" Aku mengajaknya. Madi yang masih ada awan kepul2 dia kami tinggalkan akhirnya dia terpaksa berlari mengejar kami berdua. Hahaha. Padan muka tu lah asyik nak berangan je kalau nak, pergi je lah cakap betul2 kalau simpan duk buat sakit mental je sia2 jugak. Habis2 nasib malang pun kena reject je.memang malang doh!
"Senior." Aku menyapanya lalu duduk di sebelahnya. Madi dan Yaya didepannya. Sengaja aku bagi can Yaya duk depan senior. Dua2 muka dah merah weh. Aku sembunyi senyum dan Madi juga buat benda yang sama. Alahai malu2 badak la pulak dua orang ni.
"Saya bawak teman. Ok ke?" Soal aku pada senior. Tengok dari muka gembira sangat jumpa Yaya ni pun dah tahu ok sangat.
"Ok je. Order la. Saya belanja" aku dan Madi dah angkat punggung dulu. Orang nak belanja kena laju. Lama sikit baru Yaya dan Senior gerak. Mesra je cakap. Ke dorang dah ada something tapi tak nak cakap. Fishy ha???
"Teh ais!" Ujar aku dan org sebelah aku pada mak cik cafe serentak. Rasa macam sehati sejiwa pulak. Aku pandang orang sebelah aku ni dan mata aku terus kena paku kat wajahnya yang sedang blur memandang aku. Aku palingkan muka aku ke kaunter balik dan memegang jantung aku. Apesal macam baru lepas jumpa hantu ni? Aku menarik nafas kemudian buat2 pandang phone. Cover la kononnya.
setelah mengambil air aku terus ke meja. Malas nak layan perasaan aku yang semacam je ni. Bila aku duduk terus Madi berbisik pada aku. Aku melihat entah apa yang menarik sangat tu? Rupanya lelaki tadi adalah doc yang super kacak tu. Aku tak cakap eh depa ni yang duk puji doc tu.
"Hensem kan?" Soal Madi sambil mengangkat keningnya. Aku hanya mampu angkat bahu. Yaya pun dah mula curi pandang doc hensem tu. Aku ada bau renjatan jeles la kat sini. Muka senior yang berubah aku tenung agak lama.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal senior membuatkan Madi dan yaya memandang kami. Yaya dah angkat kening tanya kenapa? Jeles ke???
"Kalau senior dah habis study jangan lupa kami pulak" aku sengaja berkata begitu. Aku pandang muka Yaya yang dah berkerut. Ingat aku ni nak pikat senior ke?
"Takkan saya lupa" balas senior sambil tersenyum dan dia pandang Yaya. Yaya membalas pandangan itu dan aku tersenyum puas.
Gila tak gila aku teman kawan2 aku ni derma darah. Katanya boleh usha doc hensem tu lama sikit. Aku teringin jugak nak tahu nama baju purple ni. Dah Madi dan Yaya asyik duk usha mamat ni je. Aku tak tahu nama dia sebab dia tak pakai nametag. Kot putih mati tu pun dia tak pakai jugak. Betul ke doc ni?
"Cik isi borang dulu" Madi dan Yaya yang dah lepas ujian tekanan darah menuju ke tempat yang perlu. Sekarang ni Dr. Ayu yang tengah layan kami. Jadi tak ramai la budak perempuan. Hahahaha. Nampak sangat dermanya tak ikhlas. Memang ayu sangat doktor ni. Aku isi borang dan kemudian duduk dikerusi untuk diperiksa tekanan darah dan jenis darah. Korang tahu kenapa kan? Malas doh nak explain. Karang jadi cerita biology pulak. Bila turn aku Dr. Ayu dah tukar dengan Dr. Baju purple yang aku nak tahu sangat nama dia ni. Bila dia sarung kot putihnya aku buat2 main phone. Memang aku rasa tak sedap je jantung aku ni. Cantik pulak dia duduk depan aku. Aish! Kacau betul mamat ni.
"Tangan?" Pintanya. Aku yang sedikit blur terkejut.
"Ha? Nak buat apa?"
"Nak check type darah cik"
"AB" jawab aku pula.
"Let me check first" aku dah cuak. Tak suka sebenarnya dengan jarum ni tapi dah nak derma sangat ikut Madi dan yaya aku korbankan jari kecik aku ni.
"Its ok la, sya takut jarum sebenarnya" aku tersengih dan memang dah ready untuk melarikan diri secepat mungkin. Apesal doc ni pun nak sengih sama? Dah la sengih jin jahatnya. Mentang2 doktor! Pui!!!
"I cant force you. Ok. Next?" Panggilnya kemudian. Jadi aku yang tak rasminya telah dihalau secara halus oleh malaun ni. Aku angkat punggung untuk beredar sebab ramai gila kot beratur belakang aku sekarang ni. Memang fan malaun mamat ni kot. Haiyya. darah hilang pun takde hasil ma.... macam dia ni vampire hensem sampai ramai yang sanggup datang menyerah diri. Bapak dahsyat cerita.
"I hope you can come again tomorrow. Once you are ready. Its hard to find AB Blood" aku yang dah angkat kaki berpaling semula tapi dia tak pandang aku pun. Duk layan pesakit sekarang ni. Dia cakap dengan aku ke tadi?
"Doc cakap dengan saya?"
"Yes" dia menjawabnya sambil tersenyum. Eh, mulut yang kau pun nak senyum sama tu kenapa? Jom blah!
Yang ni memang boleh masuk selangor book of record. Aku datang jugak hari ni. Bukan apa sebab darah aku ni mahal. Limited edision katanya. Tahu kenapa AB blood ni femes? Ha, google je lah malas nak citer biology sebab dulu tidur je dalam kelas. Hahahaha. Kantoi.
"Cik takut ya?" Soal doc lelaki cina depan aku. Hurm. boleh tahan jugak hensemnya.
"Apa?"
"Cik takut ke?" Soalnya lagi. Ha berangan la lagi. Apa punya orang la aku ni.
"Cuak."
"You jangan risau, tak sakit pun"
"Ok. You manyak hensem jadi I tengok you punya muka. Hilang sakit tu wo" aku mngarut. Bahasa apakah yang aku guna. Doc depan aku ni pun dah tergelak lucu. Alahai comelnya Dr. Xiang ni gelak. Suka la tu orang puji dia  tapi takdelah hensem mana pun mengikut firasat aku. Lepas satu klik je. Darah aku keluar sikit. Test jenis darah dulu.
"AB la. Manyak susah mau dapat"
"Limited edision kot" aku berseloroh. Memang tak sakit pun sebenarnya. Cuak je yang lebih
"Tapi you tetap tak boleh derma la"
"Await?" Ha, terlopong doc ni tak faham. Dah bahasa utara mana pulak yabg mai ni. Adush.
"Why?" Tu dia. Bahasa London sekali.
"Blood pressure you rendah."
"Oh. Sedihnya."
"Its ok. Make sure you eat something heavy. Like meat. But your blood pressure is not at serious level. Just take care of your food"
"Ok. Thanks." adui. Darah rendah pulak. Sia2 je jari aku berlubang. Eleh poyo je aku ni kan padahal tak luak mana pun. Alahai dapat usha doc cina la pulak. Acecey.yang aku mai jugak sini apesal ek.
"How? Dapat donate?" Tanya Madi sambil buat assignment. Ha. Baru sibuk nak siapkan duk lagi usha benda tak berfaedah tu.
"tak. Darah rendah" aku topang dagu depan Madi. Yaya the bisingiest dah pergi mana? Tak muncul2 lagi hari ni.
"Yaya mana?" Soal aku pada Madi.
"Jumpa senior. Entah apa yang dia nak bagi" jawab Madi tanpa pandang muka aku yang baik punya terlopong. Dah pandai Yaya sekarang na. Tunggulah hang aku korek sampai lubang cacing kisah sebenar. Perghhh macam polis ayatnya. Tak habis aku punya lopong Madi dah tambah pulak. Aku pandang apa yang Madi pandang, lah, doc tu lagi. Baju pink hari ni. Nak terkeluar biji mata Madi aku tengok. Lawak kampus weh!. Aku keluarkan phone dan snap gambar madi. Hihihi. Kelakar gila. Masuk instagram lawa gak ni. Jahat na!
"Kereta encik kena bawak pergi bengkel ni" Dr. Ashreef Akhmal dimaklumkan mengenai keretanya yang tiba2 mati di tepi jalan. Untung dah nak sampai dekat kolej jadi dia bercadang untuk berjalan kaki je. Pada masa yang sama ada sebuah mercedes berhenti tak jauh darinya. Dia terkejut bila yang kelaur dari kereta itu adalah minah yang takut jarum yang dia jumpa di kolej.
"Pak khalil datang ambil kat sini ke nanti?" Soalan dituju pada gerangan gadis muda itu.
"Macam biasalah pak khalil. Baby pergi dulu. Hati2" gadis itu terus berjalan. Dr. Ashreef tersenyum melihat semua itu. Dia terus mengatur langkah dan berjalan di belakang gadis itu.
"Adush! Sir Ramli la pulak" aku dah tak senang kaki ni mana mau lari? Aku atur langkah ke sebelah kiri cafe dan Sir ramli tak perasan aku kalau tak confirm dah kena sound.
"Baru sampai?" suara sir ramli yang agak kuat buatkan aku berpaling. Ingatkan dia tegur aku bila aku pandang rupanya dia tegur doc kesayangan Madi. Mak aih, mesranya dua orang ni. Macam anak beranak je. Dah la ada orang cakap anak sir ramli tu doktor dan datang sini jugak. Entah2 tu lah anaknya.weh! Baik aku jangan kacau karang masin mulut nak jadi menantu sir dulu. Baik lari!!!!
"Cuti sekarang kan baby? " soalan apakah duhai mummy. Sudah terang lagi bersuluh tengah relax pagi2 buta depan tv ni. Memang tengah cuti lar.
"Yep. Why mum? Nak ajak holiday?" Soal aku tersengih. Best bak hang kalau boleh pergi holiday. Atau aku patut buat kerja part time. Madi dan Yaya kata nak try rasa susah cari duit sendiri. Macam best tak terkata je kan?
"Holiday apanya., daddy dengan mummy kan nak pergi umrah." Haah, lupa pulak yang mum and dad nak pergi umrah. Lama pulak tu sebulan ada rasanya.
"Lupa, jadi kenapa tanya?" Soal aku pelik.
"Mummy nak ajak Baby keluar hari ni."
"Shopping ke mum?" Soal aku dengan kening terangkat. Kalau shopping dengan mummy tak best doh sebab kena amal kempen jimat cermat tapi kalau debgan daddy ambiklah semua yang mana berkenan kalau tak kempunan.
"Tak lah. Jumpa kawan mummy. " erh. Orang tua punya conversation. Tak nak lah aku nanti kena jaga adab semua tak boleh nak tunjuk belang harimau aku yang aktif gila ni. Mesti kena cubit dengan mummy kalau cakap main bantai je.
"Tak nak la mum.boring"
"Mummy tak kira. Pukul 2" aku bergolek atas sofa baru je nak pujuk tapi mummy dah blah. Haish  malasnya nak pergi. Last sekali krem mulut aku duk senyum je. Mummy ni memang suka paksa aku buat benda yang aku tak suka langsung!
"Ni la Sharina ya?" Aku menyalami tangan datin depan aku ni. Baik weh, pakai tdung labuh lagi. Siapa kata datin2 ni majoritinya rambut merah? Jangan buat fitnah wei!
"Itulah nama diberi. Tak tahu pulak atas sebab apa" aku menjawab selamba sambil tersengih. Dah dapat gift jelingan mummy. Susahnya kena control daripada jadi diri sendiri.
"Aunty sihat?" Soal aku mesra. Suka tengok wajah ini. Memang wajah ibu ibuan la katakan. Mummy pun aku suka tengok tapi bila tengok aunty ni buat aku teringat dekat arwah ustazah aku yang paling baik dengan aku dan yang dah basuh otak aku yang agak jahat dulu. Zaman form 1 la tu. Tak mumayyiz lagi masa tu. Kepala hotak tak mumayyiz! Ei, zaman nakal.
"Alhamdulilah sihat. Panggil umi je"
"Umi? Nak buat sher jadi menantu ke?" Soal aku selamba dan gelak. Mummy dan umi la kot patut aku panggil sekarang pun turut sama gelak. Memang aku tengah buat lawak bandar pun sebenarnya.
"Itulah niat umi" apakah? Apakah? Yang tengah berlaku ni. Aku tengah loading sekrang ni. Tolonglah jangan buat aku macam ni. Jangan la buat lawak negeri pulak. Lawak bandar sudah la. cuaknya.
"Mummy?" Soal aku sambil pandang mummy.
"Baby belum berpunya kan? Umi nak merisik la ni"  aku rasa macam blur gila. Dah la rasa macam nak nangis dah ni. Daddy???
"Umi nak ikat je dulu. Bertunang dulu ke? Umi dan mummy nak ke mekah lama. Macam2 boleh jadi kat sana. Jadi kami nak satukan Sharina dengan Ashreef, anak lelaki umi" mamat mana pulak yang bernama Ashreef ni? Aku pandang mummy tapi mummy memandang aku dengan harapan.
"Sher belajar lagi" jawab aku. Mengelak la ni. Alasan.
"Bertunang je dulu. Lepas habis study kahwinlah" macam dah jatuh ditimpa pagar je. Bukan tangga lagi dah. Aku tersenyum berat. Cincin merisik disarungkan ke tangan. Aku nak menolak tapi tak mampu. Aku muda lagi!!!
"Baby tak suka ya?" Soal papa setelah majlis tunang aku sudah siap. Esok aku akan bertunang dengan Ashreef si lelaki mana aku sendiri tak tahu. Madi dan Yaya cakap aku kena bersyukur sebab Allah dah sampaikan jodoh aku sekarang. Suka la dorang bila aku nak kena ikat macam tu. Daddy! Cinta monyet pun tak pernah try ni.
"Entahlah dad. Terkejut"
"Daddy faham" daddy tarik aku dalam pelukannya akhirnya aku boleh menangis dengan tenang. Nangis tenang ni maksudnya nangis ada mood la. Menangis pun kena ada mood weh baru la nampak real sedih tu. Baru tarik simpati orang. Poyo la ayat padahal cuak.
"Daddy pun tak tahu kenapa daddy tak menolak cadangan mummy. Kalau boleh daddy nak Baby habis study dulu tapi bila Allah dah aturkan semuanya hati Daddy boleh terima. Sayang, sepatutnya baby rasa bahagia allah dah temukan jodoh baby sekarang."
"Tapi baby tak kenal lelaki tu. Baby takut"
"Baik Ashreef tu. Reef tu baik sangat sampai daddy rasa..." apa ni daddy? Buat iklan pulak.
"Rasa apa?" Soal aku dak sabar nak tahu.
"Rasa risau, macam mana dia nak jaga anak daddy yang nakal ni?" Aku dah naik geram. Daddy ni! Aku meleraikan pelukan dan buat2 merajuk.
"Sampai hati!" Daddy tergelak besar. Memanglah aku ni nakal, sikit je la kalau setakat huru harakan rumah ni dan main skateboard dalam rumah. Boleh dimaafkan nakal aku tu aku rasa.
"Merajuk ke?."
"Tak payah nak pujuk sangat."aku buat duck face. Boleh rasa hodoh bebenor muka aku sekarang dan papa gelak lagi. Aku akhirnya tersenyum. Benarkah aku untung sebab dipertemukan jodoh sekarang. Takut la nak jumpa tunang aku esok? Ei macam manalah rupa Roof tu. Eh Reef la. Arh! Roof pun Roof je la.
Cincin merisik dah tertukar. Cincin tunang sekarang. Tak sangka yamg aku dah jadi tunang orang sekarang. Takpe lah kalau aku tak happy mana pun asalkan mummy dan daddy bahagia. Aku sebenarnya dalam mode tak sabar nak tengok tunang aku. Harapnya muka tak kasi muntah la kalau tak aku pengsan terus kat sini. Dah la tua! Dah 27 weh  tua 7 tahun dari aku. Jauh jarak tu dan dah la dia kerja doktor. Satu kerjaya yang aku tak minat langsung. Tu la Madi selalu pesan jangan benci sangat nanti kahwin dengan doc baru tahu. Hari ni memang aku baru tahu. Madi dan Yaya pun tak sabar nak jumpa tunang aku.
"Kalau jongang macam mana weh?" Soal Madi. Aku dah geram berasap ni. Janganlah jongang.cuak.
"Nerd aku rasa" balas Yaya pula. Budak dua orang ni saja je nak kenakan aku. Aku tendang jugak dua minah ni.
"Tunang adik tak dapat datang la. Emergency call dari hospital tadi" abang datang membawa berita dan part paling bestnya.
"Alah..." kami bertiga mengeluh serentak. Abang tergelak bila melihat muka kecewa tahap cipan kami.
"Hensem jugak abang eh?" Soal Madi tiba2. Aku dan yaya dua2 jeling Madi. Dia ni memang jenis spontan bebas tak tahu malu. Merah weh muka putih abang aku ni. Mak aih! Pantang betul abang dengan perempuan ni. Sebab tu takde awek lagi. katanya malas nak cari padahal tak berani.
"Abang pergi dulu" laju abang aku nak melarikan diri. Madi senyum lagi. Takkanlah, majlis tunang aku dah jadi tempat jodoh si Madi ni. Alahai. Takkan Madi nak jadi kak ipar aku pulak? Masak kalau betul.
"Abang kau dah berpunya ke?" Soalan Madi buat aku dan yaya nganga luas. Luas gila dah macam gua tempurung kut. Biar betul Madi ni.
"Kau ni betul ke betik?" Soal aku tak percaya.
"Aku tanya je la" Madi dengan muka selamba menidakkan. Aku hanya mampu tersengih. Kalau Madi boleh buat abang jatuh cinta pun best jugak. Dah 28 tapi tak ada awek pun lagi. Lagi kisah sedih abang aku ni. Nak kata comel macam aku ni taklah tapi ada la sikit. Kan ada gen gen gen mummy.
kempunanlah nak kenal tunang aku hari ni. Dr. Ashreef Akhmal. nama yqng boleh buat lidah aku terbelit nak sebut. Boleh kena sawan lidah aku nak sebut nama mamat ni. Betul ke dia jongang? Aku dah meraung raung atas katil cincin di jari aku gigit kuat. Keras weh, memamg emas putih ori punya ni.
"Hows life? Jadi tunang orang?" Soalan Madi di awal sem baru ni tak enak didengar. Mummy dan daddy pun dah balik dari umrah. Sihat walafiat je, alhamdulilah. ada jugak mereka suruh aku jumpa dengan tunang aku tu tapi aku tak nak. Akhirnya malam ni ada dinner dekat rumah aku dan tunang aku dijemput sama. Cewah. macam best je sebut. Tunang aku?
"Sengih pulak!"
"Malam ni aku akan jumpa dengan tunang aku."
"Baguslah, akhirnya dah sebulan tunang tak kenal tuan punya badan lagi"
"Kau tak ada gambar dia ke?" Soal Yaya.
"Ada! Tapi ada cerita sadis sikit"  aku tersengih.
"Apa yang sedihnya?"
"Ingat tak yg kita main lumpur tu? Gambar dia aku letak dalam poket seluar.lepas tu selamat masuk washer" aku sengih lagi. Sebab tu jugak aku setuju bertunang dengan dia sebab bila mummy tanya berkenan ke tak aku tak berani nak cakap benda betul. Berkenan je la. Kenapalah aku jadi kerbau hari tu kan?
"Gilalah. harap kau tak lari la bila junpa dia nanti"
"Tak kuasa mak." aku balas selamba. Macam mana kalau aku lari nanti? Mummy, cuak weh!
"Mum, dia sorang je ke or family sekali datang?" Soal aku pada mummy yabg sibuk hidangkan makanan. Aku memang banyak menolong hari ni tolong tengok dan mengacau ajelah.
"Sorang je. Umi dan Baba dia kat UK sekarang"
"Kaya eh family dia?"
"Kenapa tanya?"
"Boleh baby rampas harta dia. Lepas tu dia hidup merempat!" Aku dah ketawa jahat macam ibu tiri bawang merah dan on spot jugak tangan aku bertukar warna merah.
"Mengarut apa ni?" Marah mummy. Alah gurau je pun tak kuasa mak nak makan harta orang. Aku boleh cari sendirilah.
"Sakit mum. Baby gurau je. Naik atas jap nak mandi" aku tersengih.
"Baru nak mandi?!" Ha tu dia! Katrina dah mai dah. Cabut!!!! Laju bak hang aku lari. Tak mandi lagi dah pukul 9 malam. Tunang aku datang pukul 9 la. Tu pasai la katrina mummy mai. Hahaha.
siap mandi dan memakai tudung yang baru dibeli aku ulang baru dibeli oleh mummy aku pakai. Alahai melawa dalam rumah sendiri macam pelik je. Aku dapat dengar suara orang lain dalam rumah ni. Maknanya dia dah sampai? Siapakah? Tunang aku da. banyak tanya pulak. Nak turun ke tak nak ni? Ke baik bertapa je dalam bilik ni. Aku keluar dari bilik bila abang panggil dan bila sampai je kat tangga paling bawah mata aku dah dapat tangkap siapa tunang aku sebenrnya.
"Anak sir ramli???? Lari!!!!!" Aku menjerit bagai orang gila dan terus langkah sejuta lari msuk dalam bilik. Tak nak!!!!! Aku tak nak kawin dengan anak sir ramli. Ya Allah, aku takkan tidur dalam kelas dia lagi. Janganlah aku kawin dengan anak sir ramli tu. Pintu bilik dikunci rapat. Masaklah aku.
"Baby, bukak pintu ni" suara daddy kedengaran.
"Tak nak daddy. Tak nak kawin dengan anak sir ramli" aku dah menangis bagai nak rak dalam bilik sampai suara pun dah  serak.
"Sayang. Keluar dulu kita discuss"
"Tak nak dad. Putuskan je pertunangan ni" aku bersuara lagi.
"Baby, keluar dulu, kita discuss elok2"
"No means no dad. Tak nak dad." aku terus menangis akhirnya pintu bilik aku dibuka dari luar. Dah hodoh macam puntianak muka aku sekarang sebab menangis. Daddy tarik aku keluar dan turun ke ruang tamu dengan air mata yang laju lagi turun ni. Boleh supply air kat selangor sehari ni banyaknya. Muka Dr. Ashreef aku pandang sekilas. Menangis bagai nak rak ni.
"Tolonglah doktor, saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tak nak jadi menantu sir ramli" aku merayu lagi. Suasana tak yah cakap la sunyi macam masuk rumah hantu je. asal la muka doktor ni blur nak mampus. Aku tak nak kawin dengan dia!
"Doc faham tak? Saya cakap bahasa melayu ni?" Soal aku geram. Mummy dan daddy dah pandang aku semcam. Tapi mereka tinggalkan aku berdua dengan doktor ni. Saja nak suruh dia mati kena taichi ke apa? Tak yah nak buat conversation la. Aku dah cakap tak nak. Rela tidur kat kubur lagi daripada jadi menantu sir ramli.
"Weh. Hang jangan diam ja. Ceq tak mau nikah dengan hang? Hang faham dak?" Soal aku geram. Senyap je mamat ni? Bisu ke apa? Mesti dia tak ingat aku kan?
"Awak orang utara ke?" Soalnya pula. Nak berasap periuk aku dibuatnya. Periuk? Apa pasai pulak dah?
"Orang selangor la. Apesal?"
"Dah awak cakap utara" aku cakap utara ke tadi? Patutlah terkebil kebil tak faham. Aku rasa mudah je bahasa aku guna tadi. Takde yang payah mana pun.
"Saya tak nak kawin dengan awak. Putuskan pertunangan ni. Now!" Aku berkata tegas.
"Why? Give me three reasons?" Amboi!
"Soalan exam saya pun paling banyak dua reason je tau. Sedapnya mintak tiga reason. Ada satu je sebabnya"
"Apa?" Soal lelaki itu dengan kening terangkat sedikit. Rasa hensem la tu? Hek eleh.memang hensem pun.
"Dengar elok elok eh"
"Sebab.saya.tak nak .jadi. menantu. sir ramli!" Dia gelak? Kenapa? Gila?
"Nah!" Dia hulurkan id card dia. Nak buat apa? Nak suruh aku patahkan ke apa?
"What for?" Soal aku malas.
"I think you should know my name correctly" ujarnya selamba. Aku dengan malas mengambilnya dan membaca nama dia. Apa dia rasa hebat sangat dengan nama alien yang susah nak sebut tu. Eja pun confirm selalu salah ni. Nak eja nama bakteria pun lagi senang.
"Mohd Ashreef Akhmal Bin Alimin, kenapa?" Soal aku malas. Dia pandang aku dan tersenyum. Aku cuba cerna apa yang aku sebut tadi. Alimin? Alimin kan kawan2 bukan Ramli?.
"Alimin? Bukan Ramli?" Soal aku terkejut.
"Alimin. Ramli tu nama ayah kawan saya"  jawabnya tenang. Muka aku dah rasa panas bak hang ni. Panas boleh cecah suhu 100 darjah. Mana nak sorok muka ni wei. Dah la meraung macam masuk hantu. Hantu kedah pulak tu siap bercakap bahasa utara. Tudung yang dah senget sebab menangis aku betulkan. Tekak yang terasa pahit aku ejas sikit. Malu bak hang! Malu malu malu!
"Duduklah dulu. buat macam rumah sendiri." aku berkata gugup lalu melarikan diri lagi. Masuk dalam bilik dan bergolek atas katil sebab malu. Ya allah kenapalah aku terburu buru tadi. Sekarang kan dah malu tahap apa pun aku dah tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam nak benam kepala dalam tasik bera je.
Time makan abang dan daddy asyik sengih je. Nak gelakkan aku la tu. Aku pun makan asyik pandang nasi je. Selera dah hilang manyak ma.
"Makanlah lauk tu. Takkan nasi putih je" daddy dah tegur dah. Saja la tu nak tambahkan malu aku yang dah limpah keluar ni. Aku angkat muka dan jeling abang yang sedang sengih. Aku pandang mummy yang turut sama tersenyum. Baiknya layan menantu dia, eh silap potong line. Bakal menantu la.
"Baby dah kenyang." Bohonglah, mana aku makan apa2 lagi hari ni. Nak nangis je sebab malu sangat.
"Pergi la teman Reef ke kereta" mummy menyuruh aku pulak? Ni memang kes sengaja ni. Bukannya payah mana jalan nak ke laman rumah. Pintu pun bapak besar oramg rabun pun boleh agak. Nak kena hantar pulak. Tak yah nak buat kempen eratkan silaturrahim sangat. Aku dengan malas mendengar aje. Senyap je kami berdua ni. Kalau nak mintak maaf pun rasa macam aku tak salah apa.
"Masuklah" ujarnya bila dia dah sampai kat kereta.
"tak payah halau. Memang nak masuk pun. Tak kan nak berkhemah kat sini"
"Saya tak halau. Saya cakap je"
"Ye lah. Balik la!" Aku pulak yang halau dia. Ish! Ni bukan perangai aku halau tetamu ni. Kita sepatutnya menghormati tetamu, tahu dek daddy kena ceramah agama dua hari dua malam ni. Tapi kenapa dia senyum bila kena halau. Nak gelakkan aku jugak la tu.
"Dah la! Jangan nak gelakkan orang! Belasah karang!" Ei. Aku ni dah geram pulak.
"Assalamualaikum" ujarnya sebelum masuk ke dalan kereta. Tak tunggu lama aku terus masuk dalam rumah. Selepas tutup pintu baru aku teringat nak jawab salam dia. Abang dah gelak dah daddy pun sama. Malulah.
"Siapa sir ramli tu?" Soal abang sambil ketawa.
"Bukan bapak mertua baby la yang penting" aku jawab selamba dan duduk disebelah abang. Kalau aku buat marah dan malu semakin seronok dorang ni semua jadi, Kena bertenang kalau tak aku bertendang dengan abang nanti.
"Dad, mum, ingat tak kawan Baby Madina tu?" Soal aku selamba. Bohong wajiblah kalau tak kenal. Madina Addin.
"Kenapa?" Soal mummy. Abang pun dah pasang telinga curi dengar. Heh. Berminat ke?
"Dia nak usha abang. Mum and dad izin tak?" Soal aku lagi. Ternganga abang dibuatnya. Mummy dengan daddy pun terkejut bak hang. Aku just sampaikan hasrat hati Madi je. Niat yang Madi tak nak org lain tahu. Aku tahu ni memang tak elok tapi aku jumpa dalam diari dia. Tak sengaja je sebenarnya aku terbaca. Dia tulis, kenapa dia suka bila pandang abang? Haish. Dah tangkap cintan rupanya.
"Really? Daddy berkenan sangat dengan Madina tu. Cantik budaknya"
"Betul ke baby ni? Ke saja nak kenakan abang?"
"Ada pulak tipu. Betul la!" Abang dah malu. Yay yay. Abang dah malu. Choi! Muka macho sangat bab perempuan malu, lembik.
"Mengarut la tu!" Abang dah angkat punggung. Aku gelak la apa lagi. Best jugak kenakan si hati batu Shahril Aiman ni.
"Betul ke?" Soal mummy dan daddy berminat. Suka betul kat Madina tu. Memang perangai baik bak hang tapi mari mereng dia penat nak layan doh. Hahaha. Jahat na.
"Tipu je. Saja nak sakat abg" aku sengih lalu melarikan diri. Mummy dah naik angin. Daddy pun dah pandang aku semacam. Hahaha .bapak hebat boleh kenakan orang hari ni. Memang terkena doh!
Aku pandang telefon tanpa hati. Pandang pun kena pandang dengan hati rupanya. Dah dua minggu tak contact tunang aku, eh bukan. Dah dua minggu dia tak contact aku. Sejak bila kami baik pulak eh? Dah bertunang dua bulan tapi hambar macam org single je. Aku tak kisah pun sebenarnya. Kalau dia contact aku pun sekali je seminggu tu pun tanya bila nak cari barang kawin dan tanya khabar je. Ke aku berharap dia call aku? Ugh! Pelik bonar aku sakarang ni.
"Ingat Dr. Reef ke?" Madi ni. Potong mood aku betul la.
"Tak dak masa nak ingat roof tu. Kau pe citer? Tak jeles ke aku dapat doc kau tu?"
"Aku jeles? takdak maknanya. aku sekarang ni tangkap cintan dengan abang kau. Tapi abang kau tu jual mahal sangat"
"Hahaha. Aku jual abang aku tu satu singgit je. Beli dengan aku je la" mengekek aku dengan Madi gelak. Kesian abang jadi barang dagangan ya? Adush kelakar.
"Wei. Semangat gelak" Yaya dah mai.
"Semangat ar! Yang kau sedih ni kenapa? Wrestling dengan Senior?"
"Mana ada. Senior ajak aku jumpa mak dia. Cuak doh!"
"Ye ke???? Bapak bagus! Congrats fren, bakal menyusul aku lepas ni" aku angkat kening double jerk. Tapi Yaya mantain serius, tak pernah2 dia serius macam ni sekali.
"Korang teman aku jumpa mak dia?" Ajak Yaya. aik, tradisi zaman bila bawak member jumpa mak mertua. Aku dan Madi naik hairan.
"Tak pernah dibuat orang weh"
"Aku nak buat. Tolonglah...." rayu Yaya lagi. Aku pandang Madi kemudian Madi mengangguk jadi aku pun tak ada sebab nak menggeleng. Aku ikut sama mengangguk barulah Yaya senyum lepas tu. Hahaha. Penangan jumpa mak mertua ni boleh tahan dahsyat gak eh. Aku ni kes lain macam.
"Thanks frens!" Kami bertiga berpelukan. Kelakar gila weh. Aku gembira Yaya dah jumpa cinta dia. Agaknya macam ni lah mereka gembira bila tahu aku bertemu jodoh. Memang kawan baik aku dua orang ni percaya dengan jodoh. Yakin dengan kuasa Allah.
"What??? No way!" Aku membantah keras. Cakap after 2 years baru nak suruh kawin. Ni baru je dua bulan dah suruh aku kawin dengan dia. No way! Janji tak ditepati betul la.
"Sama je baby, bulan depan ke tahun depan ke orang yang sama jugak"
"No mum. Im just 20. Too young you know?"
"Dad, please...." aku dah pujuk dan merayu bagai nak rak ni. Tapi knapa tak ada orang faham dan hiraukan aku. Sepatutnya dorang gembira aku tak bantah bila nak bertunang dulu. Sekarang paksa aku kawin pulak.
"Sorry baby...please" daddy pun sama je.
"Apa ni?" Aku malas nak gaduh jadi anak derhaka jadi aku naik ke bilik dan bersiap untuk keluar. Aku tak nak buat kputusan terburu buru nanti menyesal.
"Baby nak pergi mana?" Soal mummy.
"Kejap je. Please mum?"
Tak rasa tenang pun ada kat sini. Atau aku patut call Madi dan yaya. Aku tak tahu nak buat apa sekarang dan tak faham kenapa perlu tergesa gesa. Aku dalam proses lagi nak kenal doktor tu. Nanti jadi barang tak siap pulak mulalah rosak sana sini.
"Assalamualaikum" aku membuka mata memandang orang yamg beri salam. Dia? Macqm mana dia boleh ada kat sini dan dia buat apa?
"Awak buat apa kat sini?" Soal aku direct.
"Jawablah salam saya dulu" ujarnya pula. Aku dah geram tapi betul jugak aku tak jawab lagi salam dia. Salam dia aku jawab perlahan dan terus bangun menghadap dia yang sedang berdiri. Benda ni kena seleasai hari ni jugak. Dua tahun lagi atau tidak buat selamanya.
"Why? Tell me?"
"Are you trying to destroy me? You wanna see me suffer? Huh?"
"All of this. its a big mistake to be your fiancee!" Aku bercakap dengan perasaan marah. Dan jelas dia tak sangka aku boleh semarah itu. Aku sendiri tak sangka aku boleh marah macam tu. Dia meraup mukanya kemudian dia menyelak rambutnya. Buat iklan syampu pulak dah.
"Im sorry. Kalau tahu awak menyesal awal2 lagi saya dah tolak permintaan umi. Saya ingatkan awak redha sepertimana saya redha. Saya salah rupanya"
"Maafkan saya. saya akan perbetulkan semua ni" aku kelu bila dia cakap macam tu? Apa maksud dia? Tiba2 je aku rasa IQ aku drop teruk. Dia nak putuskan pertunangan ni kan? Kan?
"Baguslah. tapi kenapa?"
"Kenapa? Awak yang mintak kita putuskan kan? Mungkin itu yang terbaik"
"Bukan. Kenapa tiba2 nak cepatkan kawin?" Soal aku pula.
"Kenapa nak tahu? Saya akan lepaskan awak" aku terkedu sekejap. Senangnya dia nak lepaskan aku macam tu je? Aik bukan tadi aku ke yang beria mintak sampai rela gaduh dengan mummy. Aku dah tak tahu nak cakap apa sekarang ni tapi aku tetap jugak nak tahu.
"Saya nak tahu"
"Ok. Opah saya sakit. Dia mintak saya kawin cepat sikit. Saya tahu yang saya akan susahkan awak...."
"Opah sakit? Tak ada orang cakap pun?" Soal aku terkejut lagi. Tak habis dengan terkejut aku ni. Opah tu aku sayang kut sebab baik sangat dah la masak merah ikan keli dia best gila. Best gila2 sebenarnya.
"Tak teruk pun."
"Baguslah, saya chow dulu" aku meninggalkan dia seorang diri di situ. Betul ke tindakan aku dengan putuskan pertunangan kami ni? Macam mana nak cakap dengan parent aku nanti? Cincin tunang aku dengan dia aku pandang lama, kenapa berat pulak rasa sekarang ni? Aku masuk ke dalam kereta dan terus beredar dari situ.
tengah syok layan perasaan dan lagu kat radio tiba2 kereta aku kena hiccup. Dah knapa pulak ni? Aish, dah la hujan time gini jugak dia nak rosak. Aku turun dari kereta tapi aku masuk balik bila hujan turun dengan semakin lebat. Adoi la. dah la jatuh, kena hempap pulak tu. Tapi kenapa aku rasa kosong je ni? Tak rasa apa2 pun sekarang ni nak marah pun tak ada.
"Sher!" Cermin kereta aku diketuk kuat dan aku tersedar. Dah tertidur rupanya, aku pandang luar dan Ashreef rupanya. Aku keluar dari kereta buat macam hujan tu angin je.
"Kenapa keluar?" Soal dia dengan nada yang kuat. Ya lah nak lawan hujan yang lebat bagai nak rak ni  dah basah dah aku. Dia takpe lah bawah payung.
"Dekat sikit" arahnya mengajak aku berkongsi payung. Alahai beli payung kecik macam cendawan mana nak muat? Hish tak reti bersyukur pulak aku ni eh?
"Masuk kereta" aku dan dia bergerak ke keretanya. tak payah nak berpayung sangatlah dah basah lencun pun. Sejuk bak hang weh.
"Sejuk?" Soalnya. Aku yang dah menggigil ni dah biru tau macam avatar dah aku rasa. Dia menghulurkan kot putih mati dia tu  aku ambil je la sebab sejuk sangat ni.
"Saya tengok kereta awak jap" ujarnya dan nak keluar lagi? Tak payahlah nak jadi pomen pulak. Rawat orang dah la tak payah nak rawat kereta aku tu. Karang jadi tikus membaiki labu pulak. Buat naya kat kereta je.
"Ambil kunci je. Biarlah, saya akan call pomen"
"Ok!"
sepanjang jalan ke rumah aku kami sama2 senyap sebab memang tak ada apa yang perlu dicakapkan. Memandangkan kami pun dah jadi orang asing bukan tunang lagi. Sebaik tiba di rumah mummy terkejut melihat aku yang basah kuyup, Ashreef pun ada sama. Lagi2 la terkejut.
"Ya Allah, masuklah dulu Reef. Ganti baju"
"Masuklah" aku menyampuk bila Ashreef pandang aku. mungkin segan kut sebab sekarang ni kami dah tak ada apa2 lagi dah. Pada aku la tapi tak cakap pulak direct nak putus tunang. Tak ada siapa yang declare jugak.
"Reef ambil baju jap dalam kereta" aku dah masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik untuk mandi.
Setelah selesai solat asar dan tukar baju semua aku turun ke bawah. Ashreef dah ada disitu.
"Reef rasa eloklah kita bincang pasal majlis kawin tu. Reef dengan Sher dah decide..." aku pandang dia. Berat hatinya nak beritahu hal sebenar. Biarkan dia cakap Sharina kau yang mintak semua ni. Jangan kau berani bantah! Aku belasah kan.
"Kami putuskan...." semua dah terkejut.
"Putuskan untuk kawin! Baby dah setuju!" Aku memandang lantai, kenapa mulut aku degil sangat ni? Kenapa hati tak bekerja dengan otak? Apa aku dah buat kali ni. Semua orang dah gembira dengan keputusan aku, Ashreef je terkejut beruk lagi. Terkejut la kerap2 karang bertukar jadi beruk aku tak tahu  masa tu tak yah cakap la aku memang takkan kawin dengan dia. Aku hantar zoo lagi buat tambah koleksi kat sana.
"Alhamdulilah" daddy mengucap syukur. Aku senyum je la dah mulut degil sangat kan? Hujan dah reda aku teman Ashreef ke kereta. Mesti banyak tanda soal dalam otak dia kan?
"Kenapa?"
"Kenapa?" Soal aku balik.
"Kita discuss lain tapi awak buat lain"
"Saja, saya suka cincin ni. Tak kan nak pulangkan balik" dia pandang cincin di jari aku. Memang cincin ni lawa, mahal pulak tuh tapi bukanlah sebab cincin ni mungkin sebab aku tak tahu kenapa kut. Macam aneh je ayat aku ni?
"Saya tak penah ada niat pun nak ambil cincin tu balik. Awak tak perlu berkorban demi cincin tu"
Tak faham bahasalah pulak mamat ni. Aku buat muka bengang, dia tak suka ke aku setuju kawin dengan dia? Saja je nak cari gaduh. Kalau rasa nak lawan mai la dekat sikit.
"Awak tak suka ke? Nak saya putuskan?" Soal aku padanya. Gaya memang tak boleh blah macam gangster.
"Tak. Suka! Tapi kalau awak terpaksa saya tak nak paksa"
"Bukan sebab opah la. saya pun tak sure kenapa. Sebab saya redha kut. Awak pun ada kerja, kaya, rupa ada market. Kira rezeki la tu" aku jawab selamba tapi dia dah senyum. Agaknya jawapan aku best didengar begitu shaja kut.
"Thanks"
"Most welcome. baliklah, saya halau ni" aku berkata jujur. Memang aku ada niat nak halau dia pun.
Paginya aku bangun untuk solat,sakit kepala tak payah cakap la. Lepas je solat aku sambung tidur balik. Memang kena penangan hujan drama semalam rasanya. Sakit satu badan. Mulalah rasa sedih kalau demam. Aku ni memang bila demam sikit manja dia yang dah jadi lebih sikit.
"Hello." serak suara aku menjawab call Yaya. Ponteng lagi nampaknya kelas sir ramli hari ni. Suka!
"kau demam ke? "
"Sikit.aku ponteng weh. Bye" aku baling telefon niatnya slow je tapi dah sampai atas lantai. Untung ada karpet kalau tak memang kena buat pembedahan plastik phone aku.
"Bangun baby!" Katrina pulak mai.
"Mum, baby tak sihat la..." aku bersura sedih. Mummy terkejut terus naik ke atas katil dan dahi aku disentuh.
"Demam ni"
"Mum, nak daddy" aku merengek manja. Memang kalau demam aku nak dengan daddy je. Apa salahnya demam bukannya selalu sebulan sekali pun kira mujur kalau ada. Mummy yang memang dah kenal aku pergi panggil daddy. Daddy yang dah ensem nak pergi pejabat terpaksa cancel kerja dia. Daddy baring disebelah aku sambil menyandarkan aku pada badannya.
"Panas ni. pergi klinik ya?" Ajak daddy, aish macam la aku nak. Aku menggeleng laju. Air mata yang mengalir sebab selesema daddy lap. Bukan sebab aku yang manja tapi selesema ni buat mata aku panas rasa nak menangis. Sebab tu air mata keluar bagai nak rak. Boleh simpan untuk bekalan setahun air kat rumah. Cewah ayat bohong.
"Call Reef la" saran daddy. Eh, buat apa pulak? Tak payah nak menyusahkan dia sangat. Daddy is more than enough.
Aku cakap tak payah tapi mana ada orang dengar. Ashreef yang ada depan aku sekrang ni pandang je aku. Dah cakap tak payah datang. Aku yang melekat dengan daddy sambil berbungkus dalam selimut terpaksa memakai tudung. Dah dia haram bagi aku. Air mata still jugak turun tak berhenti. Manja bebenor anak Shukri ni! Anak sapalah....
"Pergi la kerja. Saya ok" aku menghalaunya lagi. Dah kali ketiga aku halau dia rasanya. Bukannya membantu pun dia ada kat sini air mata aku mengalir jugak bagai air terjun dah aku rasa.
"Awak sure? Tak nak pergi hospital?" Soalnya lagi. Aku yang sedang memeluk daddy menggeleng. Tak payah nak tunjuk concern sangat karang aku penendang dia yang duk hospital.
"Saya takut awak hidrate je nanti. Air keluar banyak sangat" terkejut aku. Biar betul boleh hidrate? Aku cepat2 lap air mata yang masih lagi mengalir. Lepas tu aku nampak dia sengih daddy dengan mummy pun sama. Kurang hajaq punya doc tua! Berani dia mainkan aku.
"Pergi!" Aku berkata keras. Daddy dah nak marah dah, mummy pun duk backing sangat bakal menantu dia tu. Ei geram betul aku rasa sekarang ni. Dia tu bukan sesape pun tunang aku je kut. Geramnya.
"Reef mintak diri dulu. Assalamualaikun" ha, tahu takut kat yakuza ni. Mummy dah start katrina dia dah aku menutup telinga dan baring atas daddy. Cepatlah berlalu wahai katrina dah macam seru nama orang aku rasa. Ye idok?
"Aku terima nikahnya Sharina Iman bin Shukri dengan mas kahwinnya 180 ringgit tunai" sah sah sah. alhamdulilah satu impian aku tercapai jugak bila aku nak kawin nanti nak daddy yang jadi wali. Sekarang dah termakbul. Selalunya suami yang datang dulu tapi kali ini daddy yang datang dekat aku dulu. Aku menyalami tangan daddy dan dahi dan pipi aku dicium daddy. Aku turut mencium pipi daddy. Air mata aku mengalir lagi.memang boleh hidrate kalau macam ni. Kalau nak tahu aku dah kurangkan menangis sebab takut.
"Jadi isteri yang solehah tau. Baby kena jaga Reef, sayang Reef lebih dari daddy. Syurga Baby pada Reef. Ya sayang?" Air mata aku yang mengalir aku sapu. Air mata daddy yang mengalir aku lap sama. Aku tak boleh nak janji jadi isteri solehah sangat tapi kalau setia aku mampu.
"In sha allah daddy. I love you" tangan daddy aku cium lagi. Alahai. macam daddy pulak yang kawin ni.
"Selamat pngantin baru. Moga bahagia sampai ke syurga"
"Amin"
"Dah la tu abang. Bagi can kat menantu pulak" usik mummy sehingga tetamu ketawa sakan. Amboi pandai mengusik sekarang na mummy. Aku dah malu sikit ni. Daddy menjauhkan diri dari aku memberi ruang pada Roof ni. Aish! Reef. asyik tersasul je kan?
Tangan Ashreef aku salami dan dahi aku dicium. Biasalah ni kan? Memang trademark orang kawin. First time sentuh lelaki ajnabi tapi sekarang kami dah halal. Rasa janggal tu tetap ada dan tipulah kalau aku cakap aku tak berdebar. Impian aku nak kawin bila umur 25 tapi dah terawal pulak flight aku ni jadi nak tak nak aku terima je la.
"Mana kiss macam daddy punya?" Aku terdiam. Soalan apakah daddy? Jangan nak buat hal kat sini dah la ramai orang. Ish malu la kita nak kiss doc tua ni. Tak nak la kita lagipun pernah dibuat orang ke? Pengantin perempuan yang kiss.
"Cepatlah" gesa daddy lagi. Muka aku dah membahang malu ni muka Ashreef tenang je. Dia ni memang heartless ke apa? Geram pulak tengok muka mamat ni. Dengan berani aku pegang pipi dia dan aku mencium pipinya. Sama macam daddy punya kiss la. Ha! Terlopong ternganga kat depan aku ni. Dah daftar jadi tugu negara pulak? Merah wei muka dia! Tetamu pun dah tergelak.
"Apa pandang2? " soal aku pada Reef yang tengok aku macam jumpa hantu. Tak kan aku yang sikit punya cute ni dia ingat hantu kot.
"Tak malu ke?" Soalnya berbisik ditelinga aku? What??? Apa maksud dia tak malu? Nak cakap aku tak malu ke apa? Kurang asam punya doktor!
"Pakai baju apa. Knapa nak malu" balas aku selamba. Dia pandang anak mata aku dan dia tersenyum lalu pipi kiri aku dia cium lama.bukan.lama gila.bapak! Kali ni aku yg rasa malu pulak dah la tetamu bersorak.habislah kena usik nanti.fotografer pun sakan na?
"Ish!" Aku pukul bahu dia. Boleh tahan kuat tapi dia sengih je. Kurang asam la dia ni saja je nak buat aku malu. Ingat ni cerita omputeh you may kiss your bride?
"Sweet weh korang!" Madi dah mari dah gedik dia. Aku jeling madi macam nak makan. Aku dah pesan jangan ungkit sebab aku malu tapi mana ada minah ni nak dengar.
"Rasa berdebar tak?" Soalan apakah yaya? Aku malas la nak layan dua orang ni.
"Biasa je.biasalah kena kiss tu. Kan?" Soal aku buat2 selamba padahal untung oksigen sampai lagi kat otak time tu kalau tak memang dah pengsan pun.
"Eleh poyo. jagalah kau malam ni" dah kenapa pulak dengan malam ni? Aku malas nak fikir banyak sebab aku penat gila sekarang ni.tetamu pun dah balik semua tinggal dua orang ni je lagi.
"Honeymoon kat mana?" Soal Madi.
"Kat bulan la. Nama pun moon"
"Kurang asam jawapan ek!"
"Tak adanya honeymoon. Doc tua tu busy. Honey star ada. Nak?"
"Geram aku dengan minah ni!" Yaya dah bengang. Eleh. Tak takut.
"Weh. Aku pergi usha abang kau jap" aku dan yaya gelak sakan. Adui madi ni tak cover langsung yang dia suka abang. Main belasah je. Pergilah madi aku izinkan kau jadi kakak ipar aku.
"Hai!" Sapa madi dan abang yang sedang duduk terus bebrdiri tegak. Nak nyanyi lagu nation agaknya. Madi senyum memandang abang. Dia tahu yang dia ni macam muka tembok tapi entah kenapa tak salah kalau perigi kejar timba pun. Sebab timba tu tak leh gi mana2 jugak.
"Sombong na. Senyum pun tak mau" usik madi lagi. Abang tak payah cakap la muka maintain gila. Serius pun ada. Tak kan tak suka madi yang cantik ni.
"Awak nak apa?" Soalan direct abang buat madi gelak kecil. Adui la skema bonar abang ni.
"Nak awak boleh?" Soal madi lagi. Sakan na usik abang orang.
"Ingat saya ni apa? Barang market?" Kali ni kelakar gila. Madi dah gelak sakan untung tak tergolek je. Adui mak hang. abang ni kelakar jugak sebenarnya.
"Barang market murah je.awak ni, jual bapak mahal. Tak cukup duit saya. Kena rompak baru dapat. Nak saya rompak ke?"
"Nonsense!" Abang dah blah tinggalkan madi nampaknya misi kali ini gagal lagi. Tapi aku rasa boleh tolong madi ni kalau dia serius nak kat abang. Tips pertama nak pikat lelaki yang bukan bergelar suami  pikatlah orang tuanya dulu lepas baru pikat tuan punya badan. Lagipun daddy dengan mummy suka madi ni jadi tak mustahil mummy pinangkan madi untuk abang. Korang tengoklah nanti macam mana.
"Penatnya...." usai solat isyak dan mandi aku bergolek atas katil. Penat gila hari ni layan tetamu. Mana pulak Roof ni? Dia tak penat ke? Lantaklah. duk syok bergolek sakan Reef masuk dalam bilik selepas dia bagi salam.
"Tak mandi lagi?" Soal aku direct bila dia masih lagi dengan baju melayu. Tapi sampin dah tak ada la.
"Jawab la salam saya dulu" haiyya. Asyik terkena aje ma. Aku jawab salamnya dan menanti jawapan darinya.
"Belum lagi. Nak mandi la ni. Awak dah solat?"
"Dah. Baru je"
"Bagus. saya mandi dulu"
"Pergilah. Dah sebilik bau ha" dia senyum je. Senyum je ke mamat ni tahu gelak tak reti? Kalau tak reti nak ajar ni sebab aku punya bakat gelak memang luar biasa sikit. Kalau setakat nak turunkan ilmu sikit boleh je. Patut ke aku buka tudung? Patut je kan? Sebab dia suami aku dah tak aurat lagi dah. Bukan je tudung baju pun boleh nak bukak. Wei! Gila mengarut. Bongok! Pengsan Roof aku rasa kalau aku bukak baju. Hahahaha. Memang lawak habis. Tudung aku buka dan simpan tempat sepatutnya la kan? Tak kan atas lantai kut. Tengah aku syok sikat rambut dia keluar dari bilik air. Dah kenapa jadi tugu depan bilik air? Aku pandang dia sambil kening terangkat sebelah.
"Asal?" Soal aku pelik.
"Cantik rambut awak" eh, dia puji aku. Senyum pulak tu. Puji la lagi aku suka kot.
"Dah tahu dah. Sebab tu saya simpan untuk suami saya je" cewah! Ayat tak boleh blah. Tapi dia maintain senyum je. Alahai hati suka ya tengok dia senyum? Sabar ya aku pun suka jugak.
"Bertuah suami awak ya?" Ujarnya lagi. Bukan dia ke suami aku? Nak kata dia bertuah dapat aku ke? Bangganya!!!! Macam dapat pingat emas  dalam olimpik je! Pingat emas pertama gitu.
"Agaknyalah.bertuah la kot." Aku pergi ke katil dan terus masuk dalam selimut. Badan letih mata pulak mengantuk bonar. Memang tidur je jalan penyelesaiannya.
"Awak, bangun solat subuh. Kita solat sama2" siapa pulak suara baik macam bidadari kejut aku solat ni? Selalunya tak, katrina hari ni angin sepoi2 bahasa pulak? Alahai lagi buat aku rasa nak tidur adalah.
"Pukul berapa ni?" Soal aku malas. Memang dah dasar pemalas semunya malas la jadinya.
"5.30 pagi. Bangunlah"
aku bukak mata yang masih berat. Aku pandang insan di depan aku ni, lelaki? Malaun mana pulak ni?
"Siapa hang ni?"
"Saya? Suami awak la"
"Bila ceq kawin?"
"Semalam"
"Oh, bukan mimpi ka?" Aku dengar orang tergelak kecil. Lawak ke soalan baru bangun tidur aku ni?
"Reality.bangunlah"
"Angkat boleh?"
"Apa?"
"Angkat saya, malas nak jalan"
"Sure?"
"Yep." terasa badan aku diangkat. Bestnya kalau hari2 macam ni rasa macam puteri je. Hehehe. Cita2 zaman tadika nak jadi puteri.
"Saya tunggu luar" baru je dia nak melangkah aku tarik tangan dia semula. Dia dah terhenti kaku disitu. Aku mendekatinya dengan perlahan lahan dan riak muka dia mula berubah. Mungkin pelik kut. Lepas tu aku bisik sesuatu di telinga dia.
"Ambiklah wudhuk lain. Dah batal wudhuk awak tadi" aku melepaskan tangannya dan berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding bilik air.
"Kenapa tengok saya macam tu? Tak puas hati?" Soal aku sambil tersengih jahat. Jahatnya aku ni saja nak kenakan dia pagi2 macam ni. Tapi lain pulak yang jadi bila dia mendekati aku dan mengepung aku dengan tangannya. Kenapa ni? Mana nak lari kalau macam ni. Daddy, tolong!!!
"Alang2 dah batal wudhuk, saya nak minta hadiah sikit" ujarnya sambil kenyit mata. Dah kenapa kenyit mata? Ada sawan mata ke apa? Aku balas pandangan  dia dengan selamba badak dan angkat kening lagi.
"Hadiah apa dalam bilik air ni? Nanti pergi mall ke, kedai makan ke boleh la mintak hadiah. Ingat saya ni santa claus?"
"Cepatlah wudhuk." Aku tersengih gembira. Aku gosok gigi dulu. Bersugi kan sunnah. Memang tak guna kayu sugi mana nak cari dekat bandar macam ni. Kenapa dia tunggu aku pulak? Aku ambil wuduk dan mengesat muka dengan tuala. Rupanya dia tunggu turn lah wei. Tunggu turn ambik wuduk. Dah macam duk hostel pulak aku rasa sekarang ni. Kami berdua keluar dari bilik air dan daddy ada depan pintu bilik tidur. Kenapa pulak ni? Ada aku jerit mintak tolong ke tadi?
" await dad? Senyum ja?" Aku memandang papa sekilas dan ambil telekung lalu menyarungnya. Daddy pandang aku dan Roof pelik. Apesal  dengan kami? Pakai baju sempurna ja.
"Jom solat berjemaah. Lama daddy tunggu ingatkan tak siap lagi"
"Jom dad! Dah siap ni." Aku mendahului langkah Roof. Yang dia membatu tu kenapa pulak? Lantak kau la takkan nak suruh aku angkat pulak.
Selesai solat subuh berjemaah kami sekeluarga mengaji sedikit. Daddy kata eloklah mulakan hari dengan kalam allah.
"Salam la dengan Reef"
"Ha?" Soal aku terkejut. Aku garu pipi sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam. Setelah bersalam daddy pandang aku lagi, apa lagi ni?
"Kiss la, takkan daddy dengan abang je" apesal pulak nak kena kiss dia? Daddy ni saja je nak mengarut pagi2 ni. Mummy pun pandang aku jugak. Aiseh man seganlah bukannya aku biasa lagi dengan Roof ni.
"Dekat sikit" aku menyuruh Ashreef yang macam nak larikan diri mendekati aku. Aku tak pandang  sesapa lagi dah dan terus cium pipi kanan Rooftop ni! Daddy punya pasal la ni.mentang2 mummy selalu buat kat dia minta aku pun contohi drama romantik dorang.
Semua orang dah keluar dari hilik solat tinggal aku dengan Reef je. Aku pandang dia dan dia pandang aku. Muka macam nak cari gaduh je. Karang aku taichi baru tahu.
"Jom!"
"Pergi mana?" Soal doc ni tak faham. Haah nak pergi mana eh?
"Bilik" aku angkat kening sambil sengih. Dia pandang aku pelik,suka betul buat macam tu ingat aku ni alien ke? Nama dia tu memang  susah nak sebut macam alien.
"Buat apa?" Soalnya blur. Alahai doc ni memang jenis blur macam ni ke? Slow!
"Apa eh yang kita boleh buat dalam bilik? Berdua pulak tu." Aku angkat kening dengan senyuman miang. Rasa nak muntah buat macam ni. Aku boleh nampak halkum dia bergerak. Telan air liur sebab takut ke?hahaha lawak banget.
"Jom" aku menarik tangannya dan dia macam dah kena paku kat situ
tak nak bergerak langsung. Dah la berat mana larat aku nak tarik.
"Cepatlah...." dia bangun akhirnya dan mengikut aku ke bilik. Aku buka songkok dia dan letak atas meja. Selepas itu aku buka telekung aku dan meyidainya.
"Awak dah mandi ke?"
"Dah!" Jawabnya serius.
"Ok. Pergi la turun dulu. Lepas mandi saya turun. Atau awak nak tukar baju kasual?  Awak cari sendiri la eh." Aku terus masuk ke dalam bilik air. Aku dapat dengar pintu almari dibuka. Siap je mandi dan tukar baju aku turun ke ruang makan. Nampaknya aku yang paling lambat pagi ni. Bukan dah jadi rutin ke jadi orang paling lambat bangun.
"Bermalam kat sini la malam ni"pinta umi bila kami ke rumahnya. Abah merangkap bapak mertua aku yang bernama Alimin ni jauh lagi hensem dari Sir Ramli wei. Macam mana la aku boleh lupa muka bapak mertua aku dulu kan? Tu lah duk percaya kata hati yang suami aku ni anak sir ramli. Malu bak hang ingat balik.
"Memang niat macam tu pun umi. Nak borak dengan umi. Nanti Sher belajar susah la nak jumpa selalu"
"Dah kamu berdua cuti sikit je. Reef pun tak apply cuti lama sikit" adu umi. Alahai umi merajuk pulak. Yg kawinnya aku tapi umi pulak yang merajuk. Muka Reef dah bertukar dah rasa bersalah kut. Abah pulak pandang je muka kami suami isteri.
"Takpe la umi. Reef sibuk kan? Sher pun study lagi. Nanti cuti sem kita pergi honeymoon berdua. Yang kerja ni kita tinggal je" aku berkata ceria dan umi dah tersenyum balik. Abah dan dia pun senyum sama. Berhoneymoon dengan mak mertua tajuk yang aku tak pernah dengar pun selama ni.
"Honeymoon dengan umi tak dapat cucu. Honeymoon dengan Reef la" rasa tersedak macam tertelan biji cempedak je. Mulut aku yNg ternganga aku tutup cepat2. Amboi sakan gelak suami aku ni? Suka la kan muka aku yang tak tahu malu ni dah malu sendiri.
"Boleh je abah! Abah nak berapa?" Soal aku berani. Ingat aku makan kena usik macam tu? Ha nganga luas sikit doktor. Ingat aku layan gurau macam ni. Seronok bak hang abah gelak.
"Amboi. Cakap macam dah ready ya?" Soalan apakah suami ku? Aku jeling umi sebelum jeling Reef. Mana ready lagi nantilah aku pandai buat semuanya sendiri dulu. Takut pulak aku sekarang ni.
"Sher cakap pasal 3 tahun lagi. Bukan sekarang. Kan umi?" Aku buat2 gelak. Rasa macam lawak aku tadi dah terbabas langgar bahu jalan.
"Kami tak kisah bila dan berapa. Asal kamu berdua bahagia itu pun dah cukup"
"Betul tu umi! Yang penting happy!" Sokong aku cepat. Abah dah gelak dah. Adoi macam aku je terkena balik ni kenapa?
"Dah lama impian nak ada penthouse. Tak dapat yang sendiri dapat yang suami pun bolehlah" aku berkata ceria sambil menari nari dalam rumah. Dah la cantik rumah ni memang doktor aku ni seorang yang kemas dan pembersih kut. Baguslah kebersihan tu kan separuh dari iman.
"Jom menari!" Aku menarik Reef dan kami berputar putar di tengah2 ruang tamu dah macam cerita bollywood je aku rasa. Bestnya!!!!
"Peninglah...." Ashreef menghentikan langkah aku dengan menarik aku ke dalam pelukannya. Akhirnya kami berdua berhenti berputar dan kami saling berpandangan. Memang pening gila weh sebab nampak muka dia pun macam dah ada tiga. Ni cerita alien ke apa pulak?
"Peninglah" aku pegang kepala yang rasa berputar macam ada kapal terbang je duk tawaf kepala aku. Bukan pening lalat ni tapi pening burung.
"Awak ok?" Soalnya risau. Suara dia pun dah macam dengar suara alien.
"tak sedapnya suara awak" dia tergelak kecil dengan komen aku. Aku pun dah sama gelak akhirnya aku nampak yang dia ni satu je sebenarnya. Aku meyandarkan kepala pada dadanya dan tangan aku memeluk badannya erat dan lepas tu... gelap semuanya.
Kepala aku yang sakit aku ketuk dengan tangan. Tiba2 rasa tangan aku dipegang. Siapa pulak yang halang aku buat rawatan kecemasan ni?
"Apa awak buat ni?" Soalnya risau. Pipi aku dipegang dan dia memandang mata aku. Weh hensemnya dia. Kenapa aku rasa semacam je ni.
"Hensemnya awk. putera raja ke?" Soalan ikhlas aku keluar pulak. Boleh dahi dia berkerut aku cium kang pengsan terus mamat ni.
"Awak ok tak ni?" Aku puji dia bukannya nak ucap terima kasih. Tak bersyukur punya orang.
"Ok. Tapi kepala sakit." aku dah nak menangis ni. Aku mendekatinya dan badan sado la sangat tu aku peluk. Time macam ni rasa nak daddy.
"Saya urut ya, ke nak makan ubat?"
"Nak daddy" dia gelak pulak.
"Daddy jauh la,selalunya daddy buat apa?" Soalnya prihatin. Nak aku buat jahat tak? Usik dia sikit macam best je.
"Daddy dance" jawab aku sambil sembunyi senyum terkejut bak hang dia. Nak tahu level terkejut dia macam mana?
"Dance???" Ha, ada gema sampai rumah ni dibuatnya. Aku ikhlas nak gelak sebenarnya tapi takut kantoi aku tahan. Weh nak putus saraf perut bila dia terkejut.
"Tak nak buat ke?" Soal aku lagi. Buat2 sedih.
"Dance apa?" Soalnya berat. Dance apa eh? Shuffle boleh? Bapak kena tendang nanti. geli perut tahan gelak.
"Chicken dance"
"What? Serius daddy buat?" Soalnya dengan muka tak payah cakap la. Muka tak ikhlas langsung. Aku angguk dan senyum pada masa yang sama.
"Sekali je saya buat. Tengok betul2"  aku angguk beria. Doktor menari chicken dance? Havoc betul! Dia terus je menari terus dan aku dah tak boleh nak tahan gelak dah tergolek atas katil sampai jatuh atas lantai. Sumpah kelakar gila. Kepala yang sakit pun memang dah hilang. Aku bangun dari lantai dan mendekati dia.
"Awak rasa larat ke daddy nak dance. Saya gurau je" aku terus melarikan diri bila muka dia dah berubah nak jadi monster. Lawak gila weh rasa nak gelak sampai tahun depan.
"Sharina!!!!" Satu bandar dapat dengar suara dia aku rasa. Aku dah menyorok tempat paling strategik iaitu dalam perabot kat dapur. Nasib baik tak banyak barang muatlah aku yang kecik molek ni.
"Sher!" Panggilnya tapi aku diam je. Takut nak menyahut. Aku dapat dengar derap kaki dia dalam dapur.
"Banyak lipas dalam perbot tu. Tikus pun ada rasanya"
"Daddy!!!!" Terus lompat keluar bila paspas dan kuskus disebut. Takut bak hang dengan binatang tu. Sakan gelakkan aku ya? Macam kenakan aku balik je. Aku tayang penumbuk padanya tapi dia buat muka tak kisah langsung.
"Fair?" Soalnya pula. Aku jeling dia lalu keluar dari dapur. Hari dah malam rupanya dah maghrib pun.
"Awak..." belum sempat aku cakap apa dia dah ada depan mata aku. Dekat pulak tu sampai aku dapat dengar jantung dia. Best bunyi heartbeat dia ni.
"Saya period jadi awak solat sorang eh. Lepas isyak kita makan. Saya nak try resepi baru"
"Resepi baru? Sure?"
"Yep. Betul ke ada benda alah tu kat dapur?" Soal aku kecut. Tak suka la weh! Angkat tangan kalau ada girl yang suka binatang macam tu.
"Tak ada. Gurau je. Rumah saya bersih kut. Awak pun naik mandi dulu, lepas tu masaklah"
"Jom!" Aku memeluk lengannya.
"Pergi mana?" Alamak, blur la suami aku ni. Nak usik tak?
"Mandi sama2. Sunnah!" Aku buat muka gatal. Merah weh muka dia sebab malu. Aku gelak lagi kelakarnya ada suami doktor ni. Ingatkan tak best tapi bapak best rupanya kenakan orang jenis skema ni.
"Gurau je la. Awak mandi dulu then saya lepas awak. Jangan bagi orang potong line tau!"main tanda2 zaman sekolah asrama dulu. Dia dah kembali normal.siap gelak lagi. Adess nak pengsan ada suami pemalu macam ni.
"Mandi sama la, jimat air dan masa" aik! Ayat apakah ini? Aku pulak yang kecut sekarang. Main kasar nampak.
"Tak pe. Awak kan kaya boleh bayar bil air. Pergilah cepat" aku tolak badannya dan dia memang sedang senyum sekarang ni. Sukalah tu tahu aku ni pemalu jugak. Memang jenis muka tembok tapi malu tu kan indah. Pandailah nak auta pulak.
"Sedapnya bau.." pujinya sebaik masuk ke dapur. Aku angkat kening padanya. Riak la ni aku boleh masak padahal buku resepi berlapik sebelah ni. Aku dah try boleh tahan sedap tak delah sampai boleh buka kedai tapi bolehlah isi perut.
"See the chef la."
"Jom makan. X
Tak sabar nak rasa little chef masak" dia tarik aku duduk. Ei, excitednya macam ni. Lepas je dia baca doa makan dia sua makanan ke mulut aku.
"Cepat rasa" aku nganga mulut dan selamat mee masuk dalam mulut aku.
Boleh tahan la rasanya tak teruk sangat.
"Basuh pinggan eh?" Aku tanya dia dan dia mengangguk je. Senang dapat suami mithali ni. Malas aku nak basuh pinggan ni kat rumah pun malas nak buat. Lagipun penat masak walaupun tak sedap sebab kena judo sayur dan bawang semua. Korang ingat tak letih ke ha? Try ar turun padang sekali tolong mak kat dapur masa tu baru sedar memasak ni penat. Kalau nak lebih ekstrem ajak mummy masak memang penat triple weh. Boleh tercabut lutut sebab kena berdiri je. Kalau masak sorang2 nak kuak lentang pun boleh.
aku memasang tv dan siaran bola luar negara sedang ditayang sekarang. Aku ni bukan tak minat bola sepak tapi lebih kepada dalam negara je la. Aku mestilah sokong selangor! Yeah!
"Boleh saya duduk sini?" Dah kenapa sopan semacam je suami aku ni? Nak kata sempit luas bapak je lagipun dia ni bukannya gemuk pun sampai tak muat.
"Duduk je lah. Bukan hak kerjaan pun" aku jawab selamba dan dia terus labuhkan punggung disebelah aku. Jauh pulak tu duduk nak tumpang bahu buat tidur pun tak boleh. Kedekut bak hang. Ke dia segan? Ni yang rasa nak usik ni.
"Awak" aku panggil ringkas. Dia pandang aku dan senyum . Alahai senyuman ni lah buat aku tak sampai hati nak kenakan dia tapi dek kerana aku ikut akal jin jahat ni aku kena gak kenakan dia nanti tak lena tidur.
"Dekat sikit" aku menyuruhnya merapatkan kedudukan tapi dia berkerut. Suka sangat berkerut mamat ni karang aku ambil iron baru hilang kedut dia tu. Kalah profesor berkerutnya. Aku bukannya suruh terjun bangunan pun.
"Cepatlah!" Aku memaksanya dan dia dengan cepat dia mendekatkan diri pada aku. Tak rapat pun alahai pemalu sangat ke dia ni? Aku merapatkan diri aku padanya. Dia dah kaku dan fokus memang hundred percent kat tv. Kalau tegak macam ni dah macam patung. Aku meletakkan tangan pada pehanya dan dia terus pandang tabgan aku. Dia cuak la  rasa nak gelak je.
"Awak....."
"Apa?" Lajunya dia jawab. Aku tak sempat habis ayat lagi. Lawak gila mamat ni adoi sakit perut tahan gelak. Boleh tercabut usus kalau macam ni.
"Nak peluk awak boleh?" Soal aku berani. See dia pandang aku dah sekarang ni. Tv depan dia ni dah tak best kut. Merah kut muka dia sekarang ni alahai lawaknya rasa nak pengsan.
"Awak.... nak apa?" Soalnya tergagap gagap.
"Peluk. Macam ni" aku terus memeluknya dan dia diam je tak membalas pelukan aku. Lama pulak tu. Bila dia nak respon balik ni? Ke dah pengsan?
"Sedapnya bau perfume awak. Perfume apa ek?" Soal aku sambil mendekatkan hidung aku pada lehernya. Hahaha dia telan liur lagi. Lawak bapak!
"Err...mana pakai perfume...dah malam ni..."
"Tapi saya ada bau. Ke nak sya bau dari dekat lagi?" Soal aku lagi. Dia dah terkejut cipan aku rasa.
"Tak ingat. Tak ingat perfume apa"
"Tak ingat? Nyanyuk dah dia...." aku sengaja lepaskan pelukan dan aku nampak dia dah lega. Tak macam masuk rumah hantu lagi dah. Cuak gila muka dia weh dah la merah semacam je.
"Rindunya kat daddy..." aku bersandar pada sofa dan tak tahu kenapa ayat tu keluar sendiri dari mulut aku. Dia pandang aku sekilas kemudian dia memandang aku lama. Kenapa pulak ni?
"Kalau awak nak balik rumah mummy saya tak kisah pun. Saya izinkan. Saya minta maaf."
"Eh. Kanapa pulak ni? Lambat lagi raya"
"Sebab saya awak berjauhan dengan daddy. Awak terpaksa tinggal kat sini" aiyya. Aku cakap je tadi rindu.
"Kalaulah saya dapat tukar ke hospital dekat sikit"
"Eh. Awak ni misunderstand ni. Saya cakap je rindu. Best apa duk sini. Kolej saya pun dekat sikit. Tak kena katrina mummy lagi" aku gelak kecil. Tak ada lah. Mesti lepas ni rindu katrina mummy kan?
"Dont worry, dulu saya budak hostel tau. Dah biasa jauh sikit debgan family. Lagipun kalau saya rindu sangat saya boleh je suruh pak khalil ambik saya kat kolej then balik rumah mummy."
"Ok? Jangan fikir bukan2" aku menyentuh pipinya dan dia tersenyum lagi lalu aku ditarik ke dalam pelukannya dan dahi aku dikucup. Errr apakah? Rasa macam jejak kasih pulak. Tapi sekarang ni aku pulak rasa segan. Kenapa time aku peluk dia tak rasa berdebar pun tapi bila dia peluk aku rasa berdebar nak pengsan pulak?
"Esok kelas, saya dah ngantuk. Nak tidur"
"Saya pun penat. Jom!" Ajaknya pula. Aku pun dah senyum sama. Tidur tidur tidur...my priority.
"Nak naik belakang. Boleh? Nak jadi bag sekolah" pinta aku manja dan dia terlopong sekejap. Nak jadi beg sekolah ni sebab malas nak jalan tak larat sangat.
"Cepatlah.jom pergi sekolah."
"Beg sekolah cute dah ajak ni. Cepatlah" akhirnya dia tergelak lalu mendekati aku. Aku naik atas belakang dia dan dia membawa aku ke atas. Rindu pulak kat abang kalau macam ni.
"Berat tak beg ni?" Soal aku ditelinganya.
"Ringan sangat. Rasa macam nak baling je"
"Haish! Beg merajuk kan?"
"Beg pun boleh merajuk?"
"Mestilah...." pintu bilik dibuka dan aku dibawa ke bilik air. Aku mintak katil dia bagi bilik air pulak.
"Salah parking!"
"Gosok gigi dulu. Wudhuk"
"Lupa. Ok. Turnkan saya" aku duduk di atas sinki disebelahnya. Berus gigi dihulur dengan ubat yang telah diletak. Aku senyum dan terus menggosok gigi. Setelah siap aku keluar sendiri dari bilik air. Sejuk betul.
aku terus masuk dalam selimut dan pejam mata. Terasa katil bergerak dan dia dah ada sebelah aku sekarang ni. Baru je nak pejam mata muka garang mummy datang beri nasihat terakhir. Sebelum tidur minta maaf dgn suami, bagi goodnight kiss. Macam susah je nak buat ni. Aku mendekati dia yang sudah tutup mata dan menarik tangannya lalu aku cium kejap je. Kasi sentuh je.
"Sorry kalau ada silap hari ni"  dia mulanya terkejut tapi lepas tu terus senyum. Dia mengusap kepala aku.
"Saya pun nak minta maaf kalau ada silap."
"Macam hari raya pulak. Tak pelah kosong2 je la"
Ashreef ketawa kecil. Adui la memang hari raya setiap malam kalau macam ni la gayanya. Aku merapatkan wajah aku padanya dan bibir aku menyentuh pipinya. Good night kiss kan? Ha? Keluaq bijik mata terkejut. Aku rasa dia ni memang lawak weh asyik terkena current je.
"Genite....mimpi saya eh?" Aku kenyit mata dan senyum sambil gelak. Macam mana tu?
"Mangkuk! Yang kau duk usik hubby kau tu kenapa?" marah Yaya bila aku cerita seminggu hidup aku kawin. Aku rasa macam kisah kelakar tapi kena leter pulak.
"Usik hubby aku la. Tak kan nak usik hubby orang lain. Nak makan tapak kaki?" Soal aku balik. Laju je tangan si Madi ni bahan bahu aku. Aku tak izin jadi kakak ipar baru tau. Aku jual mahal kan.
"Bongok la kau ni. Buatlah sweet2 sikit. Romantik tu sunnah kan?"
Ya ustazah Yaya dah mai dah. Aku buat2 menguap dan sekali lagi kena bahan dengan Madi. Sakitlah wei!!!! Tengah aku duk syok membebel kat Madi tiba2 ada tangan tarik aku dengan kuat. Huwaaa kena culik ke ni tapi ni dalam area kolej kut.
"Yaya! Madi!" Jerit aku bila ditarik kasar dan hampir terjatuh. Bila aku dah dapat imbangkan badan mamat hot psiko ni yang tarik aku rupanya. Laju aku sentak tangan aku dari tangan dia. Pakwe Sardin Marina ni wei!
"Ko pehal?!" Marah aku sampai putus tali beg aku rentap tangan aku ni. Berterabur semua buku. Lengan aku pun dah merah sebab dia pegang kuat sangat. Dah la kami ni haram! Faham tak haram?! Tak belajar agama ke dulu. Aku pun tidur jugak dalam kelas agama tapi benda ni aku tahu kut.
"Weh Josh! Ko pehal tarik kawan aku?" Nama dia Joe tapi perangai macam playboy sikit dah saja nama kena modified dengan Yaya.
"Gila ke?!" Soal aku geram. Buku aku kutip lalu dimasukkan ke dalam beg.
"I love you! So please dont love other man"  dah tiga2 nganga kat sini. Boleh tercabut rahang sebab nganga luas sangat. Aku pandang Yaya dan Yaya pandang Madi. Ni memang kerja gila.
"Weh. Kut ya pun gila agak2 ar wei!" Aku jawab bengang lalu gelak sinis. Gelak jahat dan gelak jin sekali aku rasa. Apa punya orang la dia ni  dah sah2 dia tu sardin yang punya datang try aku pulak. Memang sengaja cari pasal kalau macam ni.
"I cintakan you. Jadi tolonglah jangan pandang lelaki lain"
"Kau ni gila ke? Aku ni Sharina bukan Marina. Tak payah nak translate sangat ingat aku tak belajar inggeris dulu?!"
"Blah!" Aku dah malas nak layan sinetron tengah hari ni karang ada orang makan pelangkung tuk nenek kebayan. Baru je aku melangkah dia dah halang aku depan2.
"Excuse me! I want to confess that i love sharina iman and i've broke up with marina." Gilak punya orang. Dah la kat cafe dia announce kenapa dengan dia ni? Dah la siap sound nama penuh aku lagi memang cari makan pelempang ni. Baru je aku nak pergi lempang dia tapi sardin tu lagi laju sampai. Berputaq kepala mamat gila ni.
"You choose her? Since when?" Ha, ni memang drama pasangan couple yang gaduh. Aku Madi dan Yaya dah angkat kaki nak blah dari situ. Entah pape la mamat psiko tu. Mungkin dia gaduh dengan sardin then saja nak buat minah tu jeles kut. Tapi sesuka rasa je ambil isteri Dr. Ashreef Akhmal ni. Aku tak boleh kawin 4 ok? Mohon undur diri siapa yang berminat.
Tipulah aku kata aku tak terfikir apa yang Josh cakap. Kenapa aku kena fikir pulak? Macam tak patut fikir je kan? Tapi dia tahu nama penuh aku kut siap warn tak bagi aku suka orang lain. Bukan lelaki lain, Roof pun tak pernah mintak aku buat macam tu. Pening.
"Assalamualaikum"
"Mak hantu beri salam!!!" Aku terlatah bila terkejut ada orang bagi salam. Dahi reef dah berkerut sebab turut sama terkejut. Kuat kut suara aku latah ada la sekuat guruh time hujan.
"Ish! Nak saya mati awal ke?" Marah aku padanya. Marah? Aku marah?
"Sorry. Dah bnyak kali saya bagi salam tapi awak tak dengar. Sorry buat awak marah" eh, dia jauh hati ke? Nak aku baca doa duha ke suruh dekatkan? Mulut aku ni macam manalah boleh termarah pulak tu la menung je kerjanya.
"Mana ada marah. Terkejut kita!" Aku tayang sengih walaupun tak ikhlas. Baru kawin seminggu dah naik suara dengan suami? Nak masuk neraka ke?
"Kalau tak marah, jawab salam saya dulu" adui. Asal dia yang bagi salam asyik lupa je nak jawab boleh amnesia sekejap dengan salam dia. Cewah macamlah dia beri salam cinta. Dia bagi salam masuk rumah je lah. Kalau kat kubur salam untuk ahli kubur. Dah melalut dah.
"Waalaikumussalam....berapa kali bagi salam tadi? Saya nak jawab semua ni?"  Dia senyum dah. Ni la yang aku nak tengok bukan kedutan side dia yang boleh sampai luka hati aku tengok ni. Alahai comelynya dia. aku cubit pipi dia dan dia macam biasa la. Shock lagi. Aku ni dah rasa macam jelly fish boleh supply current kat dia.
"Jauh menung. Saya balik tak sedar pun"
"Mana ada jauh. Duk sini je sejak tadi. Fikir masa depan sikit"
"Future? Apa?" Soalnya berminat. Aku ambil kot hantu dia tu dan briefcasenya sekali lalu berjalan ke bilik tidur kami. Dia mengekor dari belakang, macam best je kalau kenakan dia lagi malam ni.
"Fikir pasal baby" hahaha. Hentam sajalah..
"Baby? Baby siapa?" Soalnya lurus. Pintu bilik dibuka dan dia masuk bersama aku kemudian aku tutup pintu bilik rapat. Plan jahat bak hang ni. Aku sangkut coat dia dan letak briefcasenya di atas meja. Dia masih lagi menanti jawapannya.
"Baby..baby kita la." aku senyum manja, manja la kot tak tahu la kalau senget dan tangan aku membuka butang bajunya. Ha! Daftar jadi monumen pulak.
"Agaknya,baby kita tu comel macam sya ke blur macam awak ni?" Meledak ketawa aku bila dia terkejut aku cakap dia blur. Hahaha seronok dapat kenakan doktor ni rupanya. Dah la asyik terkena dengan budak separa mumayyiz macam aku ni. Kesian orang tua moden ni.
"Awak, saya tak masak hari ni. Awak dah makan?" Soal aku bila dia tak berminat lagi nak marah. Sensitif pulak orang tua ni.
"Saya dah makan tadi. Awak dah?"
"Belum"
"Kenapa tak makan?" Ha, concern banyak sikit.
"Kenyang lagi. Saya letih la. Saya tidur dulu eh? Goodnight kiss....yag terbang je boleh?" Soal aku lalu melayangkan flying kiss padanya. Kalau nak sambut sambutlah. aku terus terjah katil, dengar tak perkataan terjah tu? Dahsyat mengantuk ni.
"Dah dekat sebulan kau kawin kan? Happy gila aku tengok" Dr. Amir menepuk bahu Reef bila mereka berdua berborak di pantry. Tak ada satu orang pun yang nafi Reef tersangat gembira sekarang dan selalu tersenyum . Memang selama ini senyumannya murah tapi kali ini lain. Gembira dirinya boleh dirasai oleh orang lain jugak.
"Alhamdulilah."
"Kau ni happy je kan? Apa yang bini kau dah buat kat kau ni?" Reef tersengih bila teringat kenakalan isterinya itu. Macam2 benda tak matang dan tak logik menjengah otak kecil Sharina tapi sekali pun dia tak rasa berat nak melayan.
"Kau tahu, first week kawin dia dah berjaya buatkan aku menari chicken dance. "  ha! Terkejut Amir bila Reef yang skema batak ni boleh buat benda macam budak2.
"Betik weh? Nakal betul isteri kau ni Reef"
"Memang nakal pun. Sebab tu la aku tak pernah rasa penat walaupun kerja banyak. Balik rumah je dapat tengok dia , hilang penat"
"Untungnya."
"Alah nama pun budak2 main je dia tahu" Dr. Ayu atau Ayu datang menyampuk .macam tak sedap  dengar je kan? Ayu datang menyampuk. Sepatutnya kurang hajaq la kan?
"Kau jeles la tu. "Perli Amir. Reef hanya membatu je.
"Orang lelaki nak isteri yang ayu, pandai melayan. Bukannya pandai buat benda tak bermanfaat" sinis sekali ayat itu. Dengar dek sher memang kena masuk court nak gaduh
"Alah, kalau asyik duk control ayu je menyampah jugak. " balas Amir pula.
"Mir, kita ada kerja ni. Jom!" Ajak Reef segera. Sebenarnya dia tak bersetuju dengan pendapat Ayu tu. Walaupun Sher macam budak2 tapi Sher sangat sempurna sebagai iateri dia.
"Weh minah! Kau jangan berani dekat dengan Joe!" Tempik sardin ni macam aku duduk johor. Aku depan mata dia je sekarang ni kut. Aduhai masalah penglihatan betul minah ni.
"Aku tak nak la dekat Joe tu. Ambiklah! Free aku bagi" balas aku geram. Layan orang gila macam dia ni doktor gila pun boleh jadi gila. Ni semua salah Josh jugak sebab asyik kacau aku. Aku tak sure macam mana dia boleh tangkap cintan dengan aku padahal aku ni skodeng dia pun tak pernah.
"Kurang ajar!" Aku tutup mata rapat2 bila nak makan pelempang sulung ke bongsu aku tak sure tapi aku sure kalau kena memang sakit. Lamanya otw tak sampai2 lagi ni? Jammed ke? Aku buka mata dan terkejut bila dia ada depan mata aku.
"Doktor" eh,terskema pulak panggil suami sendiri. Ha, macam mata lolong semua ni. Kelakar.
"Shes my wife! Dont u dare!" First time dengar suara Roof menjerit. Garang dan menakutkan. Senyap terus sardin ni. Aku terus memeluk lengan Reef minta dia bersabar,tak sanggup tengok muka cute dia yang garang canggini. Berkerut lagi baik. semua orang dah mula bersurai. Yaya dan Madi pun dah minta diri. Aku dapat dengar dia beristighfar. Bagus. Marah ni api dan api ni syaitan ,syaitan ni sah sah lah bukan aku tapi jahat. Aku menariknya berehat di bawah pokok di tepi padang bola. Petang macam ni ada la budak bola practice  ada la mamat2 sado yang jadi pujaan sesaat.
"Sit" aku mengajaknya duduk. Dia duduk disebelah aku dan mukanya masih lagi tegang. Sikit tu ada la. baik dia berkerut nampak lawa sikit. Aku terus cium pipinya memang dasar muka tembok kan? Ha! Dia dah merah dah. Dah masak apple ni dah boleh petik. Muka ni la yang aku suka tengok.
"Tak malu ke?" Soalnya geram. Dia yang malu santai pantai je tanya aku malu ke tak? Dah buat kan memang jelas la tak malunya tu.
" tak. Bukan dosa pun. Tak suka awk marah."
"Sorry. Saya tak boleh sabar. Saya tal kan benarkan sesiapa pun cederakan awak"
"Ya batman. Tapi tak sweetlah lelaki marah permpuan. Tengking perempuan. Tak gentle. Rasulullah pun tak tinggikan suara bila marah. Pakwe dia syok kat saya sebab tu dia marah sangat. Jeles"
"Pakwe dia suka awak?" Soalnya terkejut. Ingat muka aku tak ada market ke? Limited edision ni.
"Sikit la. Pakwe dia josh kut. Tak leh caya. Lagipun, saya tak boleh kawin 4" seloroh aku selamba dan dia tergelak. Kan senang hati honey tengok hubby gelak canggini. Adess berhoney hubby pulak,cun!
"Pandailah."
"Memang pandai pun,isteri sapelah pandai sangat ni kan?"
"Tu la,isteri siapalah"
"Tak nak mengaku pulak dia.tu isteri GK tu. Petang2 macam ni saya usha dia la" aku tunjuk senior yang menjadi gol keeper. Memang senior femes la ni jadi aku pun tumpang sekaki minat boss besar. Hahaha.
"Saya ke dia suami awak?" Soalnya dan langsung tak pandang muka aku. Aku pelik eh, lain macam je soalan dia ni.
"Tak ingat la sape yang akad nikah hari tu. Bukan awak ke?" Soal aku pula. Mengusik. Dia dah pandang aku pelik. Adui tak paham betul naluri seorang doktor ni.
"Awak tak nak balik lagi ke?" Soalnya kali ini menyimpang sungguh dari tajuk tadi. Merajuk ke?
"Jom balik!"
Senyap je dia malam ni. rasa pelik dan boring kenapalah malam ni tak datang pulak mengantuk dia. Aku jeling dia yang tengah khusyuk baca buku entah buku pasal apa la kan? Aku pun duk baca buku jugak tapi lawak kampus la. Bergunung koleksi komik ni. Aku mendekatkan diri pada badannya dan dia langsung tak bergerak. Aku ada buat salah ke? Throwback balik rasa macam tak ada je.
"Hello, ya saya" aku lekap fon dekat telinga dengan malas.
"Dah siap, tapi esok la saya hantar." Aku mengangguk faham dan ada kalanya aku senyum. Aku duduk bersila daripada meniarap atas katil .aku pun dah jauhkan diri dari orang yang sombong sangat tu. Aku gigit jugak mamat spek ni. Konfius aku, kadang2 dia pakai spek tapi kadang2 tak. Kat hospital pakai bila kat rumah tak pakai pulak. Pelik.
"Esok kita jumpa"
"Kat mana? Taman bunga? Awak ingat ni cameron ke?" Soal aku lalu tergelak. Ada ke taman bunga kat tengah bandar ni? Aku garu dagu dan gelak aku semakin kuat. Kali ni aku boleh rasa ada orang jeling aku.
"Ribdu saya?" Soal aku pula sambil gelak gedik weh. Berpisat dia pandang aku masa tu. Aku pandang dia sekilas kemudian aku pandang tempat lain.
"Rindu awak more" aku memintal hujung bantal. Memang ni lah kerja orang otp kan? Habis benda dipintalnya kalau rambut tu sampai botak dipintalnya.
"Awak cakap dengan siapa?" Soal Reef. Akhirnya dia buka mulut jugak. Hahaha.menjadi trick aku nak buat dia bercakap.
"Tak ada sesape pun. Tunggul kayu je" mencerlung dia pandang aku bila aku kata dia tunggul kayu je . Hahaha tahu pun apa itu yang dimaksudkan dengan marah.
"Nak cakap dengan dia? Jap eh"
"Nah. Dia nak cakap dengan awak" aku hulurkan fon dan dengan berat dia mengambilnya lalu diletakkan ditelinganya. Matanya masih memandang aku dan aku dah ukir senyum jahat.
"Apa ni? Tak ada suara pun"
"Saya cakap sorang2 je la. gotcha!" Hahaha. Adess sakit perut gelak. Tergolek golek aku gelak sekarang ni lantaklah nak kata macam tak waras pun. Tengok muka cuak dia tadi buat aku rasa nak gelak sampai tahun depan. Tiba2 aku rasa tangan aku ditarik dan aku digeletek . Mak!!!! Geli bak hang. Beria aku menjerit minta dilepaskan tapi dia semakin galak pulak eh. Merah muka aku gelak. Akhirnya kami berdua jatuh atas lantai dah la dia atas aku nak patah pinggang aku. Dengan sisa tawa aku menolak badannya lalu jatuh disebelah aku. Berat bak hang.
"Tak keluar ke weekend ni? Pergi rumah mummy ke?" Aik. Soalan tak nak bagi aku duk rumah nampak. Nak sangat ke aku merayap keluar karang aku tak balik sini lagi baru dia tahu.
"Esok. Hari ni nak tidur je." sebenarnya aku merajuk hati dengan mummy sikit. Dah 4 bulan kami kawin tapi tak pernah aku panggil Reef dgn panggilan yang lebih mesra. Mummy dah berleter panjang kat aku dua hari lepas. Selama ni aku tengok je katrina mummy tu tapi  entah kenapa rasa macam sedih je bila mummy cakap yang aku ni tak patut layan Reef macam tu. Dah tu nak layan macam mana lagi? Kan? Katanya suami tu untuk dicintai. Aku belum bersedia lagi untuk mencintai sesiapa. Cukuplah sekadar aku tahu yang aku sayang padanya. Tapi bila mummy tanya aku anggap dia macam abang ke? aku tak boleh nak jawab. apa yang aku rasa pada dia sebenarnya. Pening.
"Lepas balik rumah mummy dua hari lepas awak tak bnyak cakap dah. Kenapa?"
"Mummy ada marah awak ke?" Aku pandang dia sekilas kemudian mengeluh malas. Malas nak cakap pasal benda yang dia sendiri tak pasti. Kenapa selama ni dia tak pernah terfikir pasal benda ni?
"Mana ada. Rindu daddy la, dah seminggu daddy outstation"
"Oh, daddy pun mesti tengah rindu awak ni."
"Saya tahu."
"Saya pelik tau awak diam macam ni. Tak ada benda ke awak nak main dengan saya hari ni?"
"Main?"
"Main! Jom! Kita main rugby, saya ada beli bola semalam. Jap eh saya pergi ambik" laju aku berlari naik ke bilik. Lupa pulak nak main rugby dengan dia.
"Kalau bab main laju je" Reef ketawa sikit. Senang betul nak ubah angin Sher.
Aku turun dan memberitahu arahan game. Ala2 referee gitu. Kami kena bergelut dan pastikan bola sampai di garisan pihak lawan. Kalau tengok gender memang tak larat nak lawan Reef tapi aku ni dalam golongan cerdik pandai.
"Ready?" Soal aku mencabar.
"Of course. Jangan nangis kalau kalah"
"See the leg la.kalah basuh pinggan seminggu!"  Yakin boleh menang ni.
"Deal!"
Kami berebut bola yang satu tu dan aku dah agak Reef tak kan berkasar dengan aku. Suami gentleman la katakan. Aku ni pulak main bantai je, gigit la dan semua cara kasar dan kotor aku guna. Hahaha. dah diri sendiri yang jadi referee. Sampai sekarang dia tak dapat skor lagi. Nak sangat aku menang sampai sanggup meniarap bersama bola. Penat la asyik duk gelak je.
"Mana aci! " protes Reef geram. Aku dipeluk dari belakang sampai aku dah tak boleh nak bergerak. Macam mana nak skor kalau ni?
"Mana boleh lock saya"
"Dah awak main tipu"
"Mana ada. Tipu dosa tau masuk neraka" dia tergelak tapi aku tetap tak dilepaskan. Sikit je lagi nak skor ni. Macam mana ni?
Aku sangkut kaki dia dan akhirnya kami berdua jatuh terbaring. Nasib baik sofa gol aku kalau tak patah pinggang ni. Aku yang berada di atasnya tergelak senang. Merah muka kami main macam ni dan memang penat gila weh. Tak tahu la apa perasaan orang yg main atas padang. Real game punya kalau aku mati letih kot.
Aku diam bila tangan Reef sentuh pipi aku. Ei kenapa rasa macam nak pengsan je ni? Tak pernah2 rasa macam ni selama ni.
"Pernah tak awk mnyesal dengan perkahwinan ni?" Soalan daripada Reef buat aku tersenyum. Haah la kan? Aku tak pernah terfikir pulak pasal tu. Dulu bukan main lagi bangkang macam nak lawan boss besar pun ada. Sampai nak larikan diri pun ada tau! Aku rasa nak tanya jugak la.
"Awak mnyesal tak?" Soal aku semula. Dia senyum lalu bangun bersama aku. Kini aku didepannya dalam pelukannya lagi. Atas ribanya pulak tu. Kuat macam batman betul sebab boleh tahan berat aku atas ribanya.
"Kenapa nak menyesal? Isteri saya tak ada cacat cela pun. Cantik, baik"
"Tertinggal satu!" Pintas aku cepat.
"Apa?"
"Comel!" Aku gelak lagi dan dia dah turut sama gelak dengan aku. Alahai aku sengaja je buat macam tu sebab aku berdebar. Hati aku ni degil bukan main lagi kembang bagai nak rak bila kena puji dengan Reef selama ni aku tak makan pun kena puji tapi tak tahu kenapa bila pujian tu dari mulut Reef buatkan aku gembira. Cewah jiwang tak boleh blah ayat aku kan? Aku senyum pula kalau time gini best jugak usik mamat lurus ni.
"Saya suka mata awak. coklat, tapi, rabun!" Dah terhambur tawa aku dan aku segera bangun dari atasnya dan gelak sorang2 Reef dah menggelengkan kepala tengok perangai aku yang bila la nak dewasa ni. Gaya macam orang tal cukup vitamin pun ada.
Tengah aku duk layan perasaan depan tv rumah mummy, mummy duduk disebelah aku. Aku peluk lengan mummy . Tetiba je rasa nak bermanja dengan orang yang selalu seru katrina ni. Mummy membalas pelukan aku dan mengusap rambut aku.
"Baby happy dengan Reef?"
"Mestilah happy mum! Happy gila kut sebab dia asyik terkena je" aku gelak jahat. Dah lupa dah Queen of Katrina duk sebelah aku sekarang ni. Habis tangan aku dicubitnya. Ala mum ni aku gurau je dengan Reef tu gurau ayu je. ayu moyang hang? Kasaq adalah aku rasa. Tapi mana boleh bocor kat mummy tu namanya tempah batu nisan.
"Jangan asyik nak kenakan orang je" ha, dah start dah. Aku buat2 menguap dan pejam mata rapat2 malas nak dengar.
"Reef, dah makan?" Soal mummy sebaik nampak suami aku. Eh mum ni rampas takhta aku nampak. Baru petang ni aku nampak muka dia. Sibuk benar dengan hospital tu. Acecey ayat merajuk ni kalau macam ni.
"Dah mum, mum dah makan?"
"Dah." Mummy menolak bahu aku supaya menyambut kepulangan Reef. Dah setahun sampai nak sambut buat apa lagi. Karang patah jari aku nak sambut sebab berat sangat. Aku bangun dari sofa dan terus mendekatinya. Mummy dah pergi ke dapur. Aku angkat kening jahat. Jari aku menari atas tali lehernya.cewah bapak ayat kan?jari menari? Dah rasa macam nak goda suami sendiri. Muka dia dah cuak dah, best ni kalau kacau dia bagi masak ini apple sikit. Huhuhu.
"Awak rindu saya tak?" Soal aku manja. Dia telan liur karang hidrate aku tak tau la.
"Me...mestilah..."eh! Positif la jawapan dia. Suka!
"Awak tak rindu saya?" Soalnya pada aku tapi pandang tempat lain. Ingat ni zaman tak kawin ke takut zina mata. Ke mata aku ada laser macam cerita X men tu. Sekali pandang terbakar?
"Tu la masalahnya. Tak rindu" balas aku sambil buat muka sedih. Dia dah tersenyum, kenapa senyum pulak? Aish, aneh ni.
"Siapalah saya kan? Bukan dapat duit pun kalau rindu saya" pelukan aku dirungkainya. Eh, tak pernah pun macam ni selama ni. aku pandang dia yang dah pergi ke bilik tidur. Aik?lain benar angin dia hari ni. Aku ada salah cakap ke tadi? Malaslah nak throw back.
Aku naik ke atas dan tengok dia sedang berdoa. Baru lepas sembahyang asar rupanya. Setelah dia mengaminkan doa aku bersila disebelahnya dan memeluk lengannua. Tapi dia tak balas pun. Kenapa ek?
"Saya nak mengaji ni? Lepas ni la awak usik saya ya?" Soalnya tanpa senyuman. Pelik sungguh aku rasa sekarang ni. Kenapa ni? Apa dah jadi sebenarnya? Dah tiga hari kalau aku tak lupa. Dia jadi dingin sikit dah la asyik ada emergency call je. Lepas je aku cakap aku suka usik dia sebab dia ni pemalu sangat dia terus jauh dari aku sikit. Ke aku je yang rasa macam tu?
Dia on-night malam ni. Jadi tinggallah aku sorang2 kat rumah besar ni. Rasa kosong je. Tak pernah aku duk sorang kalau dia on night tapi malam ni rasa macam nak duk sorang je. Dah seminggu lebih dia tak banyak cakap. Bukan dia jenis tak banyak cakap ke?  Bukan, dah lama dia tak layan lawak aku yang memang bodoh jugak kadang2. Aku renung tempat yang aku dan dia pernah menari dulu. Pada mulanya aku menari kpop bajet hot sikit. Tak sangka dia pun pandai menari hip hop dan street dance ni. Sakan kami menari last2 dengan baju dan cap yang entah pape tu kami menari ayu.
Bila aku pandang peti sejuk tempat kami buat sticky note worrior dulu. Dah lama tak main benda ni kan? Selalunya kalau gaduh bab basuh pinggan dan makanan, peti la jadi mangsa sticky note worrior.
aku pandang remote tv y!,g kami berebut. Last sekali aku cabut bateri dan dia terkulat kulat tak faham kenapa dia punya siaran tak boleh ditukar. Aku senyum jahat kemudian dia gigit jari aku manja. Geram katanya. First time dia gigit jari aku. Sweet. Aku suka sangat.
Ada jugak aku ajak dia swimming rumah umi dan aku yang kuasa tidur tinggi ni boleh lelap dalam air. Aku sangat sukakan air? Sangat suka! Sampai tidur pun boleh.
teringat bila malam jumaat duk cerita hantu zaman sekolah berasrama dulu. Last sekali dia dan aku tak tidur sebab aku ni takut sangat sampai tak boleh lelap. Malam jumaat orang bacalah yaasin ke alkahfi ada elok sikit. Duk cerita pasal hantu tu kenapa? Cari pasal kan?
Teringat bila dia suka ajak aku main sorok2 lepas tu kena tangkap dan kira sampai sepuluh sebelum dia sempat tendang kotak nyawa. Masa mencari limit 5 min je. Jadi pandai2 la nak cari jalan selamat dan tempat sembunyi yang paling bijak.
Aku rindu main polis dan penjahat sebab asyik aku je yang jadi polis dan dapat tembak dia. Dia tu kena mengalah selalu.
Aku berhenti dari throw back dan termenung. Dah 6 bulan, kami masih lagi macam tu kan? Sekarang cuti sem pun aku bertapa je kat rumah. Teringat zaman kuliah, cewah macam dah lama je. Aku curi dia punya sign nak buat surat mc. Ponteng kelas sir ramli lepas tu sir ramli lapor kat Reef. Kantoi! Lepas tu dia dah warn aku jangan menipu. Tapi dia tak marah pun. Sukanya ingat balik. paling best kalau main sembunyi aku tidur terus tak sedar. Bagai nak gila dia cari aku dia cakap. Lepas tu masa mencari dikurangkan sebab dia takut aku tidur lagi. Kelakarnya rasa. Kan?
Air mata aku mengalir, dah banyak yang kami lalui bersama tapi seminggu yang dingin ini buat aku rasa dah sunyi berpuluh tahun. Ya allah adakah aku bukanlah isteri yang baik untuknya? . Atau ni balasan aku sebab tak menjadi isteri yang sepatutnya.
"Madi, yaya. Reef dah tak sayang aku" aku terus menangis sebaik nampak dua bff aku ni. Sakit sangat dah tak boleh tahan sorang2. Cukup dua minggu aku memendam rasa. Air mata aku menangis tanpa rasa kasihan pada diri aku ni, kalau nak hidrate pun hidratelah kalau mati pun aku rela. Bodohnya aku cakap macam ni! Macam orang tak ada iman.
"Apa kau mengarut ni Sher?"
"Betul yaya, dah seminggu dia OT. Dah seminggu kami tak makan semeja. Dah seminggu dia tak jadi imam aku. Dia sayang hospital dia je"
"Kau jangan macam ni weh. Aku pun nak nangis sama. Its ok, kami tolong kau! Kita siasat kenapa!" Yaya dah bersemangat nak jadi spy. Madi pun beria nak tolong aku. Air mata aku kesat dan terus memeluk mereka. Then nangis lagi berjemaah. Air mataku takkan habis! Agaknya kalau aku kumpul dari dulu dah berapa liter sekrang?ke boleh buat sampai banjir kilat?
"Kau tak ceria je kenapa? Dah lama kau tak senyum macam dulu" amir menegur Reef yang bersamanya di kempen derma darah di pavilion hari ini. Dah seminggu mereka disini dan dah seminggu Reef asyik ambil ot. Selalunya nak ajak on night pun dia tak nak sebab takut sher tinggal sorang kat rumah. Siapa tak tahu sher punya penakut macam mana.
"Aku dah tak rasa nak senyum. Rasa macam aku ni mainan dia je mir. Dia anggap aku ni macam toy dia je" luah Reef. Dia sendiri yang rasa macam tu.
"Kau je rasa macam tu. Kesian sher weh."
"Kau ni, kut ya pun terasa jangan ikut sangat hati tu. Mana kau tahu dia anggap kau macam tu? Kau tak rasa dia terluka ke? Kau ni lelaki,ketua keluarga. Kalau kau dah lemah macam ni apatah lagi dia. Kau sendiri tahu yang dia tu budak lagi. Mana nak matang macam kita ni. Kau jangan menyesal bila dia dah jumpa orang yang dia cinta. Kau kena tahu yang perempuan ni suka orang ambil berat pasal dia. Macam mana kalau budak josh yang dah berjaya tackle sher. Masa tu kau jangan nak gigit jari pulak." Panjang benar leter Amir. Reef jadi tak senang duduk. Macam mana kalau apa yang Amir cakap betul. Padahal Sher selalu buat macam biasa tapi dia yang rosakkan suasana. Dia tu suami. Ketua keluarga. Lelaki dan khalifah pulak tu. Sanggup dia biarkan isterinya macam tu.
"Aku nak balik. Bodohnya aku"
"Bukan bodoh weh. Tapi cinta.kau terlalu cintakan dia.baliklah. aku control sini. Dah sehari kau tak tengok dia kan?" Amir menepuk bahu kawannya. Hebat betul penangan cinta sher sehingga reef sendiri boleh tewas.
Melilau reef mencari kelibat isterinya tapi tak jumpa. Rumahnya sangat sunyi. Memang sunyi la sebab tak ada orang. Reef melangkah ke dapur dan baca sticky note dari Sher.
Dear awk,
saya balik rumah umi. Saya takut nak tidur sorang malam ni sebab tadi Madi mangkuk cerita pasal hantu. Hantu moden katanya,boleh keluar ikut fon. Takut saya. Saya nak call tapi awak off phone. Busy ya? Entah awak sempat tak baca note ni. saya duk rumah umi je, kalau awak teringat kat saya mai lah.hehehe.macam rumah saya pulak kan? Awak take care tau! Bye awak.
Reef mencium nota itu lama. Dia rindukan isterinya, tapi apakan daya dia sendiri yang buat jarak antara mereka.
"Kalau laki kau balik terus peluk dia tau. Jangan nak bersoal jawab macam polis pulak. Kau ni kena la pikat dia sikit" aku garu kepala fikir apa yang mahaguru madi cakap. Macam manalah nak pikat suami sendiri. Selama ni aku pernah pikat baju je.
"Reef balik sini ke hari ni?" Soal umi bila tengok aku duk termenung je. Muka dimaniskan dan aku memeluk bahu umi. Kalau boleh nak je aku nangis sebab sedih.
"Tak sure la umi. Sibuk dengan kempen derma darah katanya. Umi tahu, dia kata darah AB ni darah kedekut tapi drah O ni generous. Saja nak kutuk sher tapi puji diri sendiri" cerita aku pada umi. Lama tak gaduh pasal jenis darah ni. Suka sangat cakap darah aku ni jenis kedekut. Dah memang dari daddy lagi nak buat macam mana. Daddy la yang kedekut. Hahaha.
"Kalau reef senyap tu dia merajuk je" ujar umi tiba2 je. Aku pandang umi dan umi senyum pada aku. Umi tinggalkan aku seorang di beranda dan aku bergerak ke bilik tidur. Menangis lagi.jadi dia merajuk ke? Umi pun dapat tahu yamg kami ni ada prob sebab tu aku tak balik rumah mummy. Hari ni baru aku sedar yabg menangis banyak ni memang penat.
aku lap air mata dan saat itu kereta porsche hitam milik Reef masuk ke perkarangan rumah. Dek nasihat madina cepat je hormon aku secrete dan buatkan aku drastik turun ke bawah dan terus meluru pada Reef. Dengan selipar tak pakai aku terus melompat, amboi tak adalah lompat tapi lebih kurang macam terjah gitu. Aku terus peluk Reef sehingga dia tersandar pada kereta. Rasa dekat sangat hati aku dengan dia sekarang. Sebab aku peluk dia ke?
Suasana sunyi aku tak peduli langsung. Malu lagi la tak sebab aku ni muka tembok. Lama jugak aku peluk reef. Dan akhirnya aku rasa ada tagan melingkar di pinggang aku. Dia balas pelukan aku. Kan? lagi erat la aku peluk dia. Biar dia rasa lemas dan tercekik. Dah seminggu tak peluk dia. Rindu! Eh, jap. Pedia???? Rindu.
"Lebih Sayang hospital daripda saya ya?" Soal aku merajuk. Sempat lagi na. Aku nak pujuk dia ke nak merajuk sebenarnya ni. Eh mana satu misi aku ni?adui. Matlamat dan misi pun tak jelas.
"Sayang awak la. sebab tu ambil emergency leave" dia sayang aku? Macam first time je dia sebut.
"Rindu saya tak?" Soal aku lagi. Macam aku je yang merajuk dan minta dipujuk ni.
"Mestilah.terlalu rindukan awak." lirih suaranya.ikhlas dan aku rasa macam nak mintak ulang suara tapi sekali je dah cukup kut.
"Jom masuk. Kaki ayam je ni" aku meleraikan pelukan dan memandang kaki. Dia pun turut sama memandang kaki aku dan kami berbalas senyum. Aku mendekatkan diri padanya lagi dan kali ini pipi dia aku cium. Sifu yaya yang suruh. Lepas tu suruh minta maaf lagi.
"Maaf andai saya ada buat silap. " siap berandai bagai.
"Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Dah macam hari raya pulak" ish. CP ayat aku tuh. Aku tayang sengih je la. Tak sempat aku cakap apa dia dah angkat aku masuk dalam rumah, aiseh man mamat ni buat drama la pulak. Dah la masuk je dalam rumah bukan je umi yang nampak, abah pun nampak. Paling tak boleh blah. Bibik pun nampak jugak sih! waduh waduh malu banget ni.
"Ei. Saya boleh jalan la" aku paksa dia turunkan aku. Dah ambil alih jadi tembok besar cina nampak. Tal malu dah sekarang.
"Saya naik atas. Nak mandi. Nanti awak naik eh?" Soalnya pada aku. Macam nak berbisik tapi satu rumah boleh dengar. Aku mengangguk dan dia berlalu setelah menyalami tangan umi dan abah. Bibik? Kalau rasa nak makan red belt silakanlah salam. karang dia yang makan bubur hospital. Bak hang bini garang.
"Knapa mi? " soal aku ringkas. Kalau nak kata aku malu tadi memang ya la sakarang dah tak malu dah.
"Pergilah naik atas" ujar umi pula. Aku mengangguk dan terus ayunkan kaki ke bilik. Kenapa mood dia ok je hari ni? Lupa, tadi dia kata dia rindu aku kan? Jadi sebab apa dia tak ok sebenarnya? Bila aku duk termenung macam ni mulalah rasa nak tidur mengantuk bak hang. Tapi bila ingat balik apa yang madi kata aku layan dia macam abg je ke atau suami? Kenapa soalan sama macam mummy? Ke memang nampak aku macam tu? Buat dia macam abang eh? Siapa pulak yang nak jawab soalan aku ni?
"Awak.dah sampai mana?" Terasa bahu aku disentuh. Terkejut beruk aku dibuatnya sampai terjatuh katil. Sakitnya punggung aku mamat ni!!!!
"Sorry.sakit?" Soalnya resah. Tau takut dengan red belt ni. Eleh orang lain tak poyo pun ada black belt aku yang red ni jugaklah nak berlagak sgt.
"Sikit la. awak dah solat?" Soal aku pula. Rasa macam tak ada idea gila sekarang ni. Madi kata puasa dulu idea jahat aku tu.
" dah. Awak?" Soalnya pula lalu duduk disebelah aku. Tuala ditangannya aku ambil lalu mengeringkan rambut dia. Rambut yang maintain terpacak macam naruto ni. Aku suka kut rambut dia.
dia diam aje, mungkin terkejut kut sebab tak pernah aku buat dia macam ni. Madi kata kena layan top class suami ni. Top glass aku pandai la. Yaya pulak cakap kalau boleh temankan dia mandi, kerja gila kalau main dengan yaya tu. Tak kuasa mak nak teman dia mandi. Buang tabiat ke apa?
"Saya suka rambut awak" puji aku bila aku tatap matanya. Amboi. Tatap mata aku! Aku nak pukau kasi cair. hahaha.poyo la sangat.
"Saya lagi suka rambut awak" ni orang panggil tak nak kalah. Nak puji apa lagi? Dia tak pakai spek jadi mesti dia tak perasan apa yang aku dah buat kalau dari jauh.
"Saya suka mata awak"
"Saya lagi suka mata awak"
"Saya suka kening awak"
"Saya lagi suka kening awak"
"Saya suka hidung awak"
"Saya lagi suka hidung awak"  macam tak ada kerja je kan? Tak nak kalah pulak tu.
"Saya suka pipi awak"
"Saya lagi suka pipi awak"
"Saya suka bibir awak. Nak kiss boleh?" Soal aku laju. Ha! Membulat besar mata sepet dia tu terkejut. Tak lawan dah! Aku dah menang. Aku ketawa sakan.haish terkena lagi dia ni.
"Saya lagi suka bibir awak. Saya nak kiss awak boleh?" Soalnya balik? Kali ni aku yang brek emergency. Gelak pun dah hilang larikan diri. Aku gurau je la tadi.semakin lama muka dia semakin dekat dengan aku. Kali ni aku pulak yang rasa cuak,agaknya macam ni la dia rasa bila aku kenakan dia. Dalam seinci je lagi pintu diketuk. Alhamdulilah. dia dah menggaru kepalanya sendiri. Eh, dia pulak yang malu sekarang. Lawak rumah!
"Ya umi?" Soal aku bila buka pintu. Umi dah selamatkan aku.
"Jom minum petang" ajak umi mesra.
"Jap lagi kami turun"
"Ok" umi dah pergi. Aku pandang belakang, hek eleh dia malu lagi la. Alahai suami aku ni. comel bebenor.
"Awak lambat sangat. Kan dah rugi. Sepatutnya kena cepat2 tadi!" Aku berketa senang. Bila dia bangun dari katil aku terus melarikan diri. Hahaha. aku gurau je lah.
Nak tanya ke tak nak kenapa dia dingin sangat or baik tak payah ungkit terus. Karang dia kecik ati pulak. Kali ni mahaguru Madi dan sifu yaya tak sebulu la pulak. Sorang kata jangan ungkit weh sorang lagi cakap kau kena la tnya wei. Confuse mak. tapi aku rasa better shut up kot. Tapi macam mna nak baiki kesilapan kalau tak tahu kita silap di mana. Doa! Haah la. doa kan senjata mukmin.
"Awak, sehari dua ni duk menung je kenapa?"  Aku mandangnya yang telah siap untuk ke hospital. Aku bangun dari kerusi dan mengikat tienya. Memang tak pandai dulu tapi lepas kena lecture dengan mummy aku belajar jugak tapi tu pun dah lama sebelum kawin lagi. Mummy tu selalu pesan belajarlah ikat tie senang nanti nak ikatkan untuk suami. Lepas tu aku cakaplah suami aku batman. Batman tak pakai tie mummy. Terus kena cubit, aduhai ingat balik effort aku nak belajar ikat benda alah ni memang sakit jugak sebenarnya tapi sekarang tak rugi dah betul sangat apa yang mummy buat tu. hihihi. Tu la dulu asyik nak merungut je.
"Saya tinggal sorang lagi. Awak dah pergi kerja."
"Sorry, saya akan try minta cuti kita pergi holiday ya?" Hehehe ayat pujuk memujuk. Ye la tu kena tinggal sorang. Mummy yang tercongok ni nak letak kat mana. Umi yang depan mata pun nak simpan je ke.
"Tak yah la awak. Saya dah nak start class balik dah. Dah tamat riwayat cuti sem."
"Sorry again." pintanya lagi. Aduhai pujaan hatiku...eh...nak menyanyi pulak. Aku memeluknya erat, aku suka. suka sangat rasa sekarang ni. rasa tenang dan hangat. kalau la dia ni buat bantal peluk confirm tidur terlajak punya.
"Jangan buat saya rasa duk sorang2 dalam rumah tu"
"It'll never happen again. Im sorry"
"It's ok. Jom breakfast! Awak, saya keluar hari ni boleh?" Aku dan dia beriringan ke dapur. Umi dan abah dah ada kat situ. pinggang aku yang dipeluk erat aku cuba rungkaikan sebab segan kot! Depan mertua kalau depan daddy boleh tahan sikit. Ha! Tengok tu pakat duk tayang sengih pulak. Tahulah kempen mulakan pagi anda dengan senyuman tapi ni dah masuk mcam kes lain. tolonglah jangan nak menyakat pagi2 ni
"morning" sapa aku mesra lalu duduk di sebelah Reef.
"Morning" .
"Awak nak apa?" Soal aku pada Reef.
"Roti je. Lunch nanti dengan saya eh, kat luar?" Soalnya pandang aku. Aiseh man aku dengan madi dan yaya dah decide nak makan sesama. Last lepak before start new sem yang lebih sakit otak.
"Saya dah janji dengan madi dan yaya. Dinner boleh?"
"Ok, kita dinner luar? Or awak nak saya masak?sebab saya balik awal hari ni" plan yang cantek menarik tertarik tapi kalau aku kata ya karang dipanggil buli suami pulak. Tapi bakat dia masak memang best kalau nak bandingkan dengan aku yang tadika lagi ni. Dia dah phd kut.
"Reef masak je. Tak salah sekali sekala rasa air tangan suami" umi dah bagi petunjuk yang memang aku nak sangat. Aku senyum mengangguk. Bukan sekali sekala umi, dah berkala kala Reef yang masak kat rumah. Ei, bini apalah aku ni.
"Saya masak. Awak nak makan  apa?"
"Saya tolak batu dengan besi je. Saya makan semua" balas aku selamba. Abah dah gelak dah, hahaha. batu pun aku telan kadang2 gula batu la! Bukan batu sungai.
"Weh!tengok tu!" Aku dan yaya pandang apa yang madi tunjukkan beria sangat sampai senget mulut2. Ugh! Lelaki yang mata keranjang rupanya. dah ada anak bini nak menggatal lagi. Kurang hajaq namanya. ni kena beri kesedaran sivik baru dia faham. Dulu dalam kelas confirm tidur ni. cakap orang pulak, padahal dia yang selalu tidur. Dia tu sape? Aku lah.
serentak aku dan yaya pandang heels madi. Tinggi ni tak dak la mana tapi tajam heels tu boleh tahan. Setakat dua inci half boleh dah ni. Aku angkat muka pandang yaya dan kening aku terangkat sekali. Jahat punya style ni. Madi yang blur pun angkat sama tapi angkat bahu.
"Madi, pinjam heels jap. Aku nak kasi kenangan manis ni" pinta aku pada madi. Yaya dah angkat, double likessss hehehe. jaga la kau mamat miang! Bini nak suruh pegang anak pun tak nak sebab duk usha awek. Bini dia tu dah boleh tahan lawa kut. Ni la lelaki. ish3. kesian lelaki yang baik diluar sana ya. Mohon maaf jangan terasa.
"Cepatlah"aku meminta madi cepat. Lambat bebenor. Setelah heels bertukar kaki aku cuba imbangkan diri. Tak pandai pakai benda alah ni sangat. Karang aku yang tertonggeng diri sendiri yang malu.
aku terus bergerak mendekati lelaki miang yang sedang bersandar pada dinding kedai. Aku buat2 cari phone dan kemudian....
"Aduh! Kaki aku!!!" Ha, tu ubatnya untuk orang gatal tak ingat dunia. Aku tak sengaja la sangat terpijak kaki dia. Hahaha. jahat aku ni mohon jangan dijadikan teladan. Meringkuk dia sebab sakit. Apa lagi,cepatlah minta maaf karang berdosa pulak.
"Sorry tak perasan..." bersalah sekali suara aku. Padan muka. Lepas tu bini dan anak dia keluar.
"Ya allah, Irfan ok? Darah ke?" Soal bininya risau. Kalau akak nak tahu suami akak ni gatal miang. Padan dengan muka dia!
"Ok kak! Sikit je ni. tak payah pergi klinik pun" kak????? Aku dan yaya dah nak tercabut rahang terkejut. Alamak!!!! Dah salah target pulak. aku pandang lelaki depan aku dengan rasa betul2 bersalah apa aku dah buat ni? Kesian orang tak berdosa.
"Sorry kak, abang. saya tak sengaja. Nak pergi klinik ke. Or nak saya bayar ganti rugi?"
"Its ok. Untung saya pakai kasut. Dah tak sakit pun" dah la siap senyum aku lagi. Yaya apa kita dah buat ni.
"Lgipun awak tak sengaja kan? Biasalah tu kemalangan" tak sengaja la sangat. aku dah tunduk2 macam orang jepun sebab rasa bersalah.
"Sorry again."
"Its fine. Dont worry"  dia senyum weh. Muka macam baik bak pak ustaz. knapalah aku cop dia gatal tadi. Tang mana nampak dia gatal. Tak kan sebab pandang perempuan lain pun dah label gatal kut
"MaafKan saya"ucap aku lagi sebelum dia berlalu pergi. Ya allah apa aku dah buat ni?
"yang kau pergi pijak kaki dia tu knapa?" Soal madi bengang.
"Dah la guna kasut tak berdosa aku buat dosa"
"Sorry madi. Aku ingat kau tunjuk lelaki tu gatal duk usha orang lain. Padahal dah ada bini" pohon aku pula.
"Mana ada! !aku nak kata dia sweet la dengan bini dia sebab nak tolong dukung anak tapi bini tak kasi. Rupanya adik dia la"
"Aku pun ingat canggitu. Sorry la" yaya bersuara jugak akhirnya. tu la nak judge orang by its cover je. Salah tau macam tu! Jangan buat lagi!!!!!
aku dan yaya berpandangan bila kena marah dengan madi. Malu bak hang. Tapi madi tiba2 berhenti bila ternampak kelibat Josh dan awek baru dia. Korang mesti tertanya tanya kenapa kisah dia brek emergency je kan? Rupanya dia jeles sebab sardin tu ada orang lain jadi dia saja nak sakitkan hati sardin. Memang menjadilah sebab aku nyaris nak makan pelempang minah senget tu. Tapi sekarang dia dengan orang lain pulak. Masalah betul orang yang hensem ni kan?suka lah perempuan gila kat dorang.
"Kalau yang macam tu kau nak pelangkung pun aku rela" aku dan yaya senyum. Madi ni memang la. aku dan yaya dah terfikir nak kenakan pasangan baru ni tapi tengah kami duk syok survey condition bahu aku dicuit.
"Sabarlah yaya, line tak clear lagi ni" yaya ni pun tak menyempat.
"Assalamualaikum" eh. Orang bagi salam? Pejabat agama ke ni? Aku tak buat salah pun kalau polis dah sahlah jangan bergerak kami polis ayat first dorang. Tag line gitu.
"Awak?" Suami aku la wei. Alamak. dia buat apa kat sini? Lupa la ngok hari ni kan dia ni ada pameran kat sini. Aku tayang sengih.
"awak? Kenapa?" Soal aku direct.
"Jawablah salam saya dulu" adush. asyik lupa nak jawab salam yang dia hulur. Lain kali hulur cinta la nak je aku sambut terus. Hahaha. Jawab salam dulu. sebaik aku jawab salam dia tersenyum pandang aku yang tersengih. Mana hilang madi dan yaya ni. Bila aku pandang dorang, la tengah makan dengan Dr.amir rupanya.
"Jom lunch sama?" Haruslah dia pelawa aku kalau tak aku merajuk dengan dia nanti. Pandai dah merajuk sekarang ni.
"Jom!" Dia tarik tangan aku untuk mengikutnya. Malulah pulak mesti dia duk wondering apekebenda yang aku tengah buat tadi dan si yaya dan madi ni boleh pulak blah tak bagi salam dulu. Say goodbye ke. nak kena minah dua orang ni.
"Ni la anak sir ramli" ternganga kami bertiga. Memang kawan dia la weh. Nasib baik kawin dengan Dr. Ashreef kalau tak masak jadi menantu Sir ramli. Tak nak aku!!!!
dah makan semua kenyang pun dah time to watch movie la. Ei rasa macam nak ajak suami aku sekali tapi dia kerja la wei. Aku peluk lengan dia dan menggengam tangannya. Rasa macam nak duk sini dengan dia. Mai dah gedik negeri aku ni. Kenapa mesti negeri? Negara tak boleh? Mengarut dah.
"Awak buat apa tadi? Pijak kaki orang bagai" erk?! Dia tahu? Apakah???
"Terkejut ya? Dari jauh saya dah cam awak. Nakalnya awak ni. " pipi aku dicubit. Tahulah lembut macam marshmallow. Alamak dia nampaklah. malu la pulak.
"Bye awak. Masak sedap2 tau malam ni" aku tersengih. Dia pun senyum lalu aku pergi dari situ.
"Weh. Sir ramli dah pencen. Nanti dapat lecturer baru la kita"ucap madi happy. Lah, aku igt sayang sangat sir ramli tu.
"Aku ingat kau suka sir ramli."
"Idoklah wei.aku punya projek selalu kena tendang. Markah pun cukup2 makan je." madi pun rasa benda yang sama lah. Yaya je lah yang jenis perform subjek tu. Tak sabar jugak nak jumpa lecturer baru sem depan. Tak tahulah kalau alamatnya aku jadi kaki tidur lagi.
"Abang ni teruk tau.  tak bagi can langsung kat Madi" geram aku rasa bila ababg aku ni langsung tak bersungguh bila madi duk usha dia. Madi betul2 kut dah tebalkan muka bagai tapi abang ni dah dasar batu, batu lah jugak. Geram cakap dengan orang tak reti bersyukur ni.
"Apa baby cakap ni. Tak kan madina mengadu kut?"
 "tak ada maknanya dia mengadu. tak pe lah abg, lepas ni dia dah tak kacau abang lagi" aku bersuara malas. Abang yang elok bersandar duk tegak. Kenapa? Sentap? Dah terlambat.
"Madi dah give up. Selalunya orang yang dah give up ni jumpa orang baru. untunglah siapa dapat madi tu." aku terus berlalu dari situ. Aku sentap jugak bila madi cakap dia tak nak try ababg lagi dah memang dia gelak2 tapi, serius kut madi suka abg. Dia mana pernah serius minat orang selama ni. Makan bulan2 kut. Melepaslah abang. padan muka jual mahal sangat. Aku jual singgit je kat pasar malam baru tahu.
"Sedih ni kenapa?" Soal Reef bila tengok muka aku yang sedih ni.
"Madi dah tak nak kat abang."
"Kenapa?"
"Sebab abang tu sombong sangat" jawab aku geram. Reef tinggalkan meja yang terhidang lalu datang memeluk aku. Kenapa pulak ni? Bukannya abang sombong dengan aku.
"Saya ajak abang dinner sekali tak tahu pulak awak merajuk dengan dia"
"Mana ada merajuk. Ok je... hurm!"
"Mentol dah nyala!!!" Aku terjerit dan berlari naik ke bilik. Pandai aku rupanya minum susu ibu la ni. Susu mummy lar. hahaha.
"Saya nak mandi kat bawah ni awak. Takut kat atas sorang2. Kalau saya jerit terus datang tau"
"La. Mentol nyala sebab nak mandi ke?" Soal Reef lalu gelak.
"Bukanlah. Tak mandi lagi dari tadi." aku tayang sengih.
"Patutlah ada bau je." dia gelak lagi. Eleh lawak macam tu dah basi tak menjadi pun punch line dia. Aku jelir lidah sebelum masuk ke bilik air. Mandi! Kan aku ada cakap aku suka air. Sebab tu aku suka nangis. padahal manja. bijak je kan alasan ni.
tengah aku duk syok mandi. aku syampu la rambut yang dah berkelemumur ni. Tengah syok syampu. Blackout!!!!
"Awak!!!!!!!" Menjerit aku dalam bilik air. Berlari reef mendapatkan aku dalam gelap gelita tu. Semua benda dilanggarnya aku rasa. Kerusi meja sekali kut.
"Sayang . Awak ok?" Soalnya di luar pintu bilik air. Haruslah aku yang ada kat dalam ni. Takkan nak suruh dia masuk canggitu je. Malulah weh.
"Awak. Sabun masuk dalam mata. Pedih."
"Buka air!" Jeritnya. Gelap pak cik mana nak nampak.
"Tak nampak. Sakit..."
"Saya masuk ok?" Ha? Nak masuk? Cepat ambil tuala!!!! Bungkus diri dulu. Sempat je aku berkembam pintu dah terbuka.
"saya masuk ni" ujarnya sambil terkapai kapai. Nama pun gelap asal tak bawak torchlight? Alahai doktor ni.
"saya jumpa tangan awak" aku menarik tangannya dan dia cepat2 mencari paip air. Lepas tu air dari atas mencurah membasahi kami. Akhirnya hilang pedih mata aku. Aku menyentuh badannya, memang dia la kut kalau hantu dah mati dah kat sini.
"Takutnya awak."
"Pedih lagi?" Suara je aku dengar.
"Tak"nak nangis ni. Time aku mandi jugak nak blackoutnya. adush!. Tiba2 lampu menyala. Eh dah nampak muka orang. Memang suami aku la bukan hantu.
"Alhamdulilah. awak ok?" Soalnya mencari wajah aku. Aku senyum segaris. Tiba2 aku tengok muka dia blushing kenapa ni? Dia melarikan pandangannya dengan melihat ke depan terus. Kenapa pulak ni. Aku tengok diri aku sendiri. Mak aih. lupa pulak bertuala je ni. Dah la berpelukan under water drop ni. Adui. Hujan dalam  rumah. Hahaha. aku pun malu ni. Mana nak lari.
"Ok. Erm.... ok la...saya .saya.. .keluar dulu..." bila dia malu aku lagilah malu.
"ganti la baju dulu. Lecah nanti kat luar saya tak nak mop. Nah" tuala kering aku hulurkan padanya. Dia sambut tapi macam malu je.
"Saya ganti baju kat sini?" Soalnya. Haah la. aku kan ada dalam ni. Malunya.
"ganti je la. Saya tak tengok. Swear".
"Ok. Awak nak guna apa?"
" jubah mandi ada. Saya pakai ni je" terkejut aku bila dia buka baju. Dah la bertuala je, aku tak nak tengok sebab malu tapi hailah mata hari ni miang semacam je. Aku pandang dia kemudian dia malu terus pandang tempat lain.
"Sorry." pintanya. Aku angguk je. aku ok la sikit sebab pakai jubah mandi ni. Habis2 pun kaki je nampak.
"Ada orang  datang. Saya jenguk jap" aku angguk bila dia beredar. Aku pun tak kan nak bertapa dalam tu mestilah keluar sama. Suara abang kedengaran dan aku pun keluar dari bilik tetamu tu. Abang terkejut pandang kami.
"Abang duduk dulu. Kami siap kejap" selamba je muka Reef tapi abang sengih tu kenapa?
"Tengah blackout pun sempat ya? Nasib baik lif sangkut tadi. Kalau tak entah apa yang abang nampak" ha. Mengarut dah orang tua bujang ni. Reef dah membahang sebab malu.
"Ababg, tadi..."
"Biarlah. Abang tu tak kawin lagi apa tahu. Jom awak!" Aku tarik tangan Reef naik ke atas. Geram lagi dengan abang. Biar dia tahu sikit. Reef hanya ikut aku naik ke atas.
"Sorry. Sepatutnya saya naik atas pakai baju dulu. Kalau tak, tak ada kena usik dengan abang"
berapa kali nak sorry la dia ni. Aku pun dah malas nak dengar.
"Awak sorry lagi sekali. Saya kiss awak" ugut aku. Terlopong dia dibuatnya. Hahaha. lawak rumah!
Abang masih lagi duk tayang sengih bila kami dah ada di meja makan. Memang masam muka depan rezeki tak elok tapi kalau senyum semacam tak enak jugak kan?
"Alhamdulilah. Abang happy tengok korang" ujar abang ikhlas. Aku dan Reef dah senyum. Happy kan kami ni walaupun aku ni otak mereng sikit.
baru je kami start makan loceng rumah bunyi lagi. Kami bertiga berpandangan. Aku angkat kening. Tapi Reef tak faham pun. Aku bangun dari kerusi dan pergi buka pintu. Reef ikut aku sama ke pintu. Abang? Melantak je dia tahu. Madi yang datang dengan senyuman aku pandang lama. Aku jeling Reef yang dah tersenyum.
'Apa lagi idea bini aku ni?' Gumam Reef.
"Jom Madi!" Aku peluk lengan Madi dan menariknya ke dapur. Terbatuk abang bila nampak muka Madi. Terkejut kan? Hahaha...
selesai je makan abang yang tadinya bising bagai nak rak diam je masa Madi ada. Reef dan abang berborak di luar tapi aku dan madi di dapur.
"Abang. Kalau kita suka kita kena cakap. Kalau tak orang tak faham" cewah. Cakap kat orang pandai padahal Reef pun sama je. Sayang tapi tak cakap pun.
"Apa maksud Reef ni?"
"Reef lelaki jugak. Madi suits you well"
"Reef, its hard you know. I never fall in love or being in love before so I dont know how"
"But, both of us know. She likes you"
"Like? Its can be the strenght in relationship?"
"Yes, marry her then love her. Sher said, Madi is giving up on you" abang panggung kepala. Dia pandang Reef lama sebelum meraup mukanya.
"Really?" Soalnya berat.
"Yes. I think. Shes beautiful and no wonder if she met anyone else"
"I like her...but, I dont know"
"At last. Marry her, dont make her give up. Raise her love again. You know what. Once a person stop to love. It will hurt both of heart. So please, appreciate her. Catch her while shes around. Or. You will regret"
"Asal kau tak cakap abang kau ada?" Soal madi. Kalu tanya saja tahan lagi. Ni tangan naik sekali wo! Sakit!
"Reef ajak dia. Kau betul dah tak suka abang?"
"Dia x pandang aku pun tadi"
"Aku tanya kau dah tak suka abang ke? Faham quest sikit"
"Aku tak pernah tau suka orang canggini. Nampak dia tadi berdebar weh. Tak rasa pun makanan lalu kut tengkuk aku tadi"
"Kau nak stop je ke?"
"Maybe." aku sedih. Sedih sebab abang tak pandai nak menilai diri Madi. Dah 22 tahun ni. Bukan budak2 lagi....
Reef yang paksa abang hantar Madi turun ke bawah. Madi takut nak naik lif katanya trauma. Bagus jugak lama sikit dia nak turun tingkat lima ni. Adalah masa dorang discuss kalau dua2 tak bisu la.
"Awak dah berhenti?" Soal abang bila Madi sampai ke kereta.
"Berhentilah. Dah sampai" Madi buat lawak tak lucu.
"Awak tak boleh berhenti!" Ucap abang tegas Madi pandang abang pelik.
"Tak kan nak tidur sini?"
"Awk tak boleh stop over me" Madi pelik. Abang pandang Madi tajam ke anak matanya.
"Apekehe bahasa rojak ni? "
"Awak tak boleh mengalah sebab awak dah ambil hati saya. Jadi awak kena bertanggungjawab" ternganga madi sampai nak pengsan pun ada rasanya. Abang luahkan perasaan la weh. Nak sangat tapi tak nak mengaku.
"Apa . Apa..apa awak mngarut ni?"
"Saya tak pandai bercinta. Saya tak pandai nak layan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak mula hubungan. Tapi, saya nak awak jadi isteri saya. One minute. Yes or no?"  Soal abang direct. Madi dah tenganga macam orang buta huruf omputeh.
"Awk sakit perut ke?" Soal madi tak percaya.
"One minute is over. Yes or no?"  Madi tak tahu nak ckp apa. Abg pulak dah blah mcm tu. Ingat ni drama Jerman ke? Alahai nak marah cepat la jawab madi karang meraung.
"Yes! Yes! Yes! Marry me!" abang senyum dan pandang belakang balik.
"Just wait for me. I'll make you be mine"
"Cant wait!" Gedik pulak si madi ni. Ayoyo.
Alhamdulilah., abang cakap dia nak kawin terus tam nak tunang lama2 jadi suka la si Madi tu dah gatal sangat kan?
"Sayang!" Aik,first time aku dengar dia panggil aku sayang. Serius ke ni aku dengar sayang.
"Awak sayang saya?" Soal aku direct. Sayang aku rupanya.
"Kenapa, awak tak percaya?" Soalnya serius. Adoi tetiba je serius ni. Aku cuba nak sengih tapi bila dia palingkan muka aku terkejut.
"Awak ni kenapa? Saya ada buat salah ke?"
"Apa maksud hubungan kita selama ni pada awak? Kawan? " soalnya lagi.
"Apa yang awak mengarut ni?"
"Mengarut?" Soalnya sambil tersenyum sinis.
"Awak rasa apa maksud perkahwinan ni? Status kita? Awak tak pernah terfikir ke?" Aku kelu, tak tahu nak cakap apa lagi dah. Kenapa malam ni dia macam nak ajak gaduh pulak?
"Saya isteri awak kan?"
"Ya. Awak isteri saya dan siapa saya di hati awak? Suami ke? Atau macam abang awak je?" Aku terdiam. Kenapa semua orang persoalkan benda ni.
"Awak tak nampak ke sayang dan cinta yang saya hulurkan untuk awak? Saya mencintai awak tapi kenapa saya rasa hanya saya yang mencintai awak. Siapa saya pada awk? Hampir setahun kita kawin, tak pernah saya rasa awak cintakan sya. Tak cukup ke sayang dan cinta yang saya beri pada awak?"
"Saya takut awak. Saya takut saya penat. Saya terlalu cintakan awak." Aku diam di satu sudut. Air mata Reef yang mengalir menambah rasa sakit di hati ini. Air mata aku turut sama mengalir dan aku rasa ingin memeluknya tapi apakan daya aku umpama terpaku di situ. Langkah dia atur ke bilik. Kenapa aku tak mengejarnya? Bodohnya aku ni! Aku terduduk di lantai dan menangis sepi. Bawalah rasa sakit suamiku ya allah. Ampunilah dosaku ya allah. Tanpa aku sedar waktu berginjak ke satu pagi. Aku perlu minta maaf dengan Reef. Bila aku masuk ke bilik, dia dah tidur. Mengiring dan bukannya memandang tempat aku tidur seperti biasa. Aku naik ke katil. Wajah itu aku elus dan pipi serta dahi itu aku kucup berkali kali. Maafkan aku. Aku merebahkan diri disebelahnya dan aku peluknya erat.
"Tak pernah saya tahu erti cinta selama ini. Awak yang ajar saya. Saya cintakan awak, tak sangka cinta diam saya buat awak sakit. Awak cinta hati saya. Tolonglah jangan jauhkan diri awak. Saya sayangkan awak. Syurga saya bersama awak" air mata turun lagi.
Bila tiada lagi suara Reef membuka mata dan memandang isterinya. Dia tersenyum melihat wajah sedih itu. Tak sangka yang cinta ada untuk dia. Rasa bersalah menyebabkan air mata isterinya mengalir. Dicium pipi dan mata itu. Dia dengar semua luahan hati isterinya.
Bila aku tersedar aku rasa pelik. Eh, dia peluk aku? Aku takut dia marah bila sedar nanti jadi aku cuba untuk alihkan tagannya tapi tak boleh.
"Don't move" eh. Dia tak tidur lagi la. Aku diamkan diri aku takut dia masih lagi terasa.
"Sorry." pinta aku pilu. Betul2 sedih.
"Saya yang patut minta maaf. Emo tak pasal2. Saya takut yang saya bertepuk sebelah tengan"
"Saya syangkan awak. Dah lama pun. Awak satu2 nya orang yang berjaya buat jantung saya berdebar"
"Saya dengar semuanya tadi. Saya tak tidur pun lagi" eh. Rasa macam malu la pulak. Betul ke ni?
"Jadi awak tak tidur sejak tadi?"
"Tak. Mana saya boleh tidur,isteri saya ni menangis"
"Lain kali jangan merajuk lagi. Saya tak pandai nak pujuk"
"Mana ada merajuk. Saya sayang awak" aku senyum je kali ni. Dah puas hati sebab tak gaduh lagi dah. Dia ni memang hebat buat aku rasa sayang dia tau. Tak pernah2 pujuk orang selama ni dialah orang pertama yang aku pujuk. Patutnya masuk book of record.
"Tidur la sayang. Awak demam ni" ajak reef. Aku exam esok ni. Last year pulak tu. Air mata yang keluar sebab demam ni pun asyik duk meleleh je. Kacau betul orang nak study.
"Saya exam esok. Last paper. Kenalah study"
"Tapi sayang demam ni. Makan ubat then tidur. Or sayang nak miss exam sebab tak dapat bangun?"
"Ok!" Mengalah je la dengan doktor yang bijak sangat ni. Susah jugak kahwin dengan doc ni. Hehehe... takdelah best apa. Terus badan aku diangkat dan dibawa ke katil. Ubat dan air disua. Aku pun terpaksalah mendengar.
Habis je exam alhamdulilah dapat jawab dengan baik. Tak sabar nak graduate dan cari kerja. Dah hampir dua tahun aku kahwin dengan Reef tapi Madi dah mengandung kut. Nasib baik dah habis study. Tu la abang tak menyempat sungguh. Yaya pulak tengah pasang pelamin nak kawin. Bagus! Semuanya berjalan dengan baik.
"Main sembunyi?" Soal Reef.
"Yep"
"Tak menang sayang punya"
"Tengoklah...lets wait and see. Saya ada trick baru tau"
"Apa?"
"Main dulu!" Aku sengih sambil angkat kening. First kena menyorok dan ada masa tiga tiga minit untuk kick kotak nyawa. Tapi kalau dapat tangkap kena kira sampai sepuluh baru dianggap kalah. Kalau terlebih masa pun kalah jugak. Jadi jom main! Tengok siapa yang menang.
"Dah nak habis masa kena cepat" aku meluru ke arah kotak nyawa tapi dengan selamba badak aku dipeluk. Memang tak bergeraklah jawabnya. Takkan kalah lagi kut.
"Got you!"
"1...2...3...4...5..."
"Mana trick sayang?" Perli aku la tu.
"6...7...8...9..." tak sempat dah! Cepat aku mencium bibirnya dan dia terdiam terus. Pelukan juga terlerai jadi cepat2 aku berlari dan kick kotak nyawa. Apa lagi merdeka la sebab menang tapi dia masih lagi kaku kat situ. Kenapa pulak ni? Oh! Lupa, trick aku menjadi kan?ha tahu terkejut. Aku gelak sakan. Kesiannya suami aku terkena lagi. Laju dia mendekati aku dan terus mencempung aku naik ke bilik. Mummy!!!! Apa aku dah buat ni.
"Awak. Saya gurau je la" aku meminta dia turunkan aku tapi dia tak nak. Lepas tu dia baringkan aku atas katil. Sudah! What should I do? Run!!!!
"Thank you. Thank you for the kiss" err. Kenapa ni?
"Ok. Most welcome." aku tayang sengih dalam debar.
"Nakal awak ni. Asyik kenakan saya je" ujarnya lagi. Dia mengusap lembut pipi aku. Aku tersenyum dan memegang kedua pipinya.
"Saya nakal dengan awak je. "
"Baguslah...nanti saya jeles kalau awak nakal2 dengan orang lain"
"Nakal? Mana ada. Setakat kenakan orang. Bantai orang. Buli lecturer baru. Biasa la tu" aku balas selamba. Dia gelak dah. Adoi terbocor rahsia buat jahat pulak.
"Nakal sangat tu. Jangan baby terikut sudah" eh. Baby mana pulak ni? Sejak bila aku mengandung? Mengarut betul doktor ni. Silap makan ubat ke apa?
"Bila masa pulak kita ada baby?"
"In sha Allah. Kalau ada rezeki. Two years had past, so?" Soalnya sambil pandang aku. What??? Oh man!!! Mana mau lari ma? Wa dah manyak takut ini sekalang. Dia serius ke? Matilah wa...
"So?"
"Takde apalah" ujarnya senyum. Eh, apa aku dah buat ni? Berdosa ni. Dia dah bangun dan menuju ke bilik air. Apa yang patut aku buat sekarang ni? Aku bangun dan turut ke bilik air. Aku tunggu luar pintu dan bila dia keluar aku terus peluk dia.
"Kenapa ni? Awak jangan rasa bersalah, saya ok. Saya gurau je" dia membalas pelukan aku dengan mesra dan dahi aku dicium.
"Kita solat hajat berjemaah dulu. Doakan yang terbaik untuk keluarga kita. Then..." ish. Malu bak hang!
"Then????" Soalnya dengan kening terangkat. Saja la tu nak suruh aku malu. Pelempang jugak mamat ni.
"Jom solat!" Ajak aku cepat. Dia tergelak lalu mengikut aku ke bilik air untuk berwudhuk.
Selesai solat dua rakaat itu doa yang dibaca oleh Ashreef Akhmal buat aku sebak. Air mata aku berlinangan. Moga allah perkenankan doa kami. Semoga kami sekeluarga bersama di syurga. Aku  tak minta bidadara di syurga nanti ya allah cukuplah sekadar suami aku jodohku.
"Jangan menangis sayang" air mata aku di lap dan dahi aku dicium lama.
"Allah maha pemurah dan penyayang. Berikan saya sebaik baik suami. Izinkanlah saya menjadi isteri awak untuk selamanya"
"Moga awak jadi pendamping saya hingga ke syurga" aku memeluknya erat. Tak kisahlah betapa hebat cinta manusia tapi tak setanding cinta Allah kerana memberikan rasa cinta pada hambanya. Benarlah cintailah maha pencipta cinta dan cinta antara kita akan lebih indah.
"Nakalnya isteri saya ni!" Ujar Reef sambil menarik hidung isterinya yang sedang berbadan dua sekarang. Dah dua bulan tapi perut tak nampak lagi. Teman Madi katanya. Nak fight katanya. Seronok isterinya menyakat Yaya yang cuak akan kahwin hari ni. Kemain lagi. Main redah je tak hiraukan orang lain dah.
"Relax ar Dear. Nak bagi blusher free and ketar lutut ni" balas Sher dan sudah bangun dari kerusi untuk menambah malu Yaya yang diusik sakan. Tangn Sher ditarik dan dia terpaksa duduk semula.
"Sit here or I'll kiss you" terdiam terus aku bila dia ugut macam tu. Ei. Geram pulak aku rasa. Tapi dia berani ke? Aku sengih dan cuba bangun, baru je nak gerak dia dah kiss pipi aku!!!! Depan orang ramai! Malunya!!!!!!
"Apa ni?!" Marah aku. Blushing giler. Orang dah gelak dah. Malu la!
"Nakal awak eh! Saya gigit kang!"  Dia boleh bantai gelak dan peluk pinggang aku. Buat malu je la. Yaya pun kemain gelak ya. Jaga kau!
"Jaga2 Yaya, selalunya lelaki tak banyak cakap macam Im tu nakal macam ni la. Teruk lagi kut" usik aku. Hahaha. Muka Yaya dah cuak. Yes! berjaya bayar balik. Aku dah gelak sakan. Yaya terkena.
'Nakalnya isteri aku ni' gumam Reef lalu tersenyum memandang Sher yang sedang seronok ketawa. Kenakan orang memang.

80 comments:

  1. best..lawak
    keep it up
    gud job
    -azalea-

    ReplyDelete
  2. best giler...start dari awal sampai akhir tu gelak jerrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca...awk gelak eh?? Sis hepy awk suke...

      Delete
  3. Best gileer doh...asyik gelakk ja tauu

    ReplyDelete
  4. Best cerita ni..rasa mcm nk cari pasangan yang nakal mcm sher je...nk ketawa je dengan nakal sher

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smoga awk dpt psangan yg awk nak... huhuhu. Thanks baca...

      Delete
    2. Best citernye... rasa mcm nak jadi remaja balik

      Delete
  5. Wahh... best nyerr knape x buad novel je .. mesti umphh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Thanks baca....buat novel??? Sye x pndai... hehe...

      Delete
  6. Best sgt.. bwat lah cerpen lagiii.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca awak...cerpen lgi? In sha Allah...

      Delete
  7. serious best tak bosan bila baca....dr mula cerita sampai abis x berhenti gelak nasib baik baca dlm bilik kalau org nmpk ni kata gila plk....hahaha...hantar la kat penulisan2u blh ramai lg yg baca...keep it up dan teruskan hasil cerpen2 yang menarik lg tau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Amalia Yusof... sye happy awk suka.. hehe...thanks for the suggestion ok.. hehe.

      Delete
  8. Mmg best.....time kasih .......seronok sgt

    ReplyDelete
  9. Waa. Best cerpen ni. Panjang tp tak bosan baca. Sempoi je. Kipidap

    ReplyDelete
  10. Best sangat2. Gelak tak berhenti baca. Keep it up.

    ReplyDelete
  11. best lah..serius..lawak habis dr mula smpi hbis. rasa nk pecah perut gelak and sweeeet..hehehhe..

    ReplyDelete
  12. Waaa..best gila..sakit mulut ni gelak..sy suka sgt smua cerpen akak! Mmg terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi so sawit laa weyhh plus kelaka kaw² . Rasa nk putus usus perut aku ni haa mau tak mkn dibuatnya haha . Papepun mmg boek cenggini 👍

      Delete
  13. Best la akak..penat mulut ni asyik ketawa je. Sweet la dorang masa main sorok2 tuh😂

    ReplyDelete
  14. Wahhh seronok nya cerpen ni.. Semua cerpen akak superb and awesome!! 🎆 👍

    ReplyDelete
  15. Best sgt.bleh trburai isi perut..lawak punya pasal

    ReplyDelete
  16. gelak je manjang haha best gila . good luck 4 ur future

    ReplyDelete
  17. Best giler cerpen ni...thumbs up nanti buat lah lagi cerpen yang lawak and romantic macam ni...tak sabar nak baca...

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Sangat menghiburkan...semoga dpt menghasilkan novel/cerpen yg bermutu...

      Delete
  19. Best la beb n semua cerpen u gmpk

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Dah 5 kali bce smue cerpen ni tpi ttp xbosan😍

    ReplyDelete
  22. cerpen pling best yg prnah sy bca..yeayy... happy sngat2..dri awal smpai hbis.. xda pown yg bosan.. (^_^)Y

    ReplyDelete
  23. Best sangat2 baca. Dari awal sampai habis baca asyik gelak je ������ . Teruskan menulis ������

    ReplyDelete
  24. Best gilerrr..masa baca asyik senyum jerr.

    ReplyDelete
  25. Best gilerrr..masa baca asyik senyum jerr.

    ReplyDelete
  26. It so sweet , funny and best

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Besy giler!! Sweet je😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  29. I like it...cerpen awak ni lain daripada yang lain...kelakar and anythinglah

    ReplyDelete
  30. I like it...cerpen awak ni lain daripada yang lain...kelakar and anythinglah

    ReplyDelete
  31. keep writing cerpen2 sweet dan kelakar

    ReplyDelete
  32. Best,,rase cam takut pulak nk kawin dgan org tua..hahahhaaa..

    ReplyDelete
  33. Best,,rase cam takut pulak nk kawin dgan org tua..hahahhaaa..

    ReplyDelete
  34. Best... Thumbs up... Good job...

    ReplyDelete
  35. Replies
    1. Tq sudi baca khayrinnur.. tq sudi snggah blog ni..

      Delete
  36. Nice words.. I like this..
    I doakn u buat yg lbih baik err��
    Happy go lucky..

    ReplyDelete
  37. Best laaa good job writer suka sangat baca cerpen2 awak...

    ReplyDelete
  38. Best betul lah..ade ketawa ade menangis... terbaik lah 👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  39. http://seputarvip99domino.blogspot.com/2017/12/reaksi-miliarder-ri-soal-ibu-kota.html
    http://seputarvip99domino.blogspot.com/2017/12/cerita-di-balik-kesabaran-nagita-slavina.html
    http://seputarvip99domino.blogspot.com/2017/12/anies-sandiaga-dapat-2-mobil-land.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At vipkiukiu .net ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523


    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Cik, saya ada install app ni namanya Wattpad, saya ada baca satu novel ni, namanya nakalnya dia saya tengok isi novel tu sebiji sama macam cerita cik nakalnya isteri dia, saya harap cik install app wattpad dan cari tajuk nakalnya dia, dan cik boleh cuba baca cerita tu sama macam cerita cik, saya rasa author yang update cerita nakalnya dia tu copy paste cerita cik... Saya harap cik ikut apa saya kata, install wattpad search nakalnya dia

    ReplyDelete
  42. https://www.wattpad.com/story/94477235-nakalnya-dia%F0%9F%98%98%E0%A5%82-%CA%9A%CC%B4%CC%B6%CC%B7%CC%81-%CC%A0-%CA%9A%CC%B4%CC%B6%CC%B7%CC%A5%CC%80-%E0%A5%82-%E2%81%BD%C6%88-complete

    Hai alzai i know this you story. Please take some action. You oenat2 cari idea tp org lain pulak ambik kesempatan.

    ReplyDelete
  43. semue cerpen akak best ii... dri tdi xberhenti senyum ii sensorang haa😆😂

    ReplyDelete
  44. bestttt sangatttt author buatla lagi cite cam nii pliss

    ReplyDelete
  45. Best la sis. Rugi pulak rasa baru jumpa cerpen sis.

    ReplyDelete