Alamak lambat la boleh jumpa awek aku lepas ni! Tak boleh la nak jumpa dan jenguk dia selalu. Kenapa mama hantar aku masuk hostel??? Tak nak!!! Ish ni rasa nak meletup tak tentu pasal ni. Bie, aku dah rindu kau ni. Macam mana la keadaan kau tanpa aku. Harapnya boleh jenguk kau sekali seminggu pun jadi la tapi boleh ke? Hostel dah jadi penghalang dating kita.
"Kau ni ok tak?" Sapa roomate aku. Aku angkat muka pandang dia yang baru sahaja siap mandi. Aku? Malaslah nak mandi nak merajuk lagi tapi siapa yang nak pujuk aku? Bie aku pun tak ada nak luah perasaan. Stuck kat sini.
"Kau ni Form 4 ke darjah 4 nak homesick bagai? First day duk hostel dah rindu rumah?" Eh roomate aku ni! Kenal nama pun belum dah berani nak sound aku? Bukannya aku tengah nangis ke apa macam budak kecik.
"Mana ada! Aku sedih sebab jauh dgn Bie aku!" Bentak aku geram! Ei! Tapi nak meletup rasanya bila dia buat muka meluat.
"Aku pun ada awek gak! Tak over macam kau pun!" Perlinya lagi! Ni awek lain weh teman tidur aku ni kau jangan nak pandang ringan. Dah macam bini aku buat awek aku tu. Nafkah zahir batin semua aku bagi! Ok! Batin tu maksudnya kasih sayang ya, kat sini bukan maksud 18sx yang korang suka layan tu.
"Mana ada. Kau ni! Dua tahun nak duk ngan aku dalam bilik ni tapi dah buat musuh ya?" Dia boleh bantai gelak bila aku cakap macam tu, aku tak nampak mana yang lawaknya dan aku tak rasa aku ni jenis kelakar habis sampai boleh masuk MLM.
"Sorry bro! Tapi kau ni gedik sangat bunyinya. Anak mak ke anak bapak?" Hish! Pantang segala tuk nenek aku bila kena macam ni. Walaupun aku ni anak tunggal cukup sifat ya brader! Straight! Pencinta wanita tegar ni! Nak buat main pulak status lelaki melayu terakhir aku ni walaupun atuk aku ada darah cina.
"Tengah hidup binkan bapak mati esok2 binkan mak pulak. Anak mak bapak la!" Jawab aku tegas. Dia bantai gelak lagi dan aku dah mula risau dengan tahap kewarasan roomate aku ni. Normal ke?
"Yang ni kelakar habis! Citer2 kau nama apa eh? Tak daknya aku nak buat musuh. Duk jauh dengan family , member la galang ganti. Nak cari awek kat sekolah ni memang tak ar! Lelaki semua!" Aku tersengih! Baik je dia ni sebenarnya tapi mana lagi sorang roomate kami?
"Aku Aqib Nazran. Panggil Q je!"
"Tang mana berkait nama kau tu? Que?Que Haidar?" Soalnya pelik. Tolong sikit aku lagi hensem ok dari Que Haidar. Hahaha. Bab perasan memang aku boleh tahan jaguhnya.
"A.Q.I.B, selalunya org eja nama aku A.K.I.B. sebab tu member aku panggil aku Q. Senang. Kau?"
"Ok paham sinopsis,aku Fahmie. Tapi bila orang eja nama aku mesti tertinggal E kat belkang. Kau panggil aku E la. Boleh?" Dia gelak lagi! Kurang hajar betul mamat ni asyik duk kenakan aku je! Aku tayang penumbuk padanya dan dia gelak lagi kuat. Kurang asam punya roomate. Tapi best doh! Ada roomate dah boleh kamceng walaupun baru tahu nama dah dapat offer penumbuk. Terbaik!
Pintu bilik dibuka dan salam diberi. Aku dan Fahmie or E je senang cerita dah mcm ABC aku rasa sekarang ni jawab salam mamat spek ni. Muka ada keimanan gitu dan ni la muka boleh buat laki bukan muka macam aku ni. Eh! Igauan malaya ok masa sekolah lama dulu. Kat sini? Tak merasalah nak usha awek, lelaki semua! Aku rasa mama dengan papa sengaja nak bagi aku bersara jadi playboy tanpa aku pinta. Ish! Tapi dorang dah pisahkan aku dengan Bie!.
"Kau nama apa?" Soal E ramah. Aku pun nak tahu jugak nama roomate aku ni. Muka memang baik gila weh! Kalau ada orang nak buli pun dia tak sanggup ni.
"Hafiz" balasnya sambil senyum. Sejuk perut mak dia mengandung ni kalau aku boleh dapat muka baik gini mama dan papa sujud syukur agaknya ke lebih gempak buat majlis kesyukuran? Hebat!
"Aku Aqib Nazran, panggil Q je. Ni Fahmie, panggil E je"
"Weh! Main sedap mulut je bagi nickname kat aku" marahnya. Aik! Tadi kemain.
"Ok apa! Senang!"
"Kalau aku senang kau kena dapat gak Hafiz. Aku panggil kau Z la. Ok?" Aku gelak! Adess boleh mati sakit perut gelak pasal si E ni lawak dia punchline jadi doh. Hafiz yang baik ni pun boleh main setuju je. Tak kisahlah yang penting kami semua happy! Dua tahun? Dgn roomate yang macam ni mungkin berbaloi kut.
"Weh! Cepat sembahyang, nanti kena gather!"
"Kita berjemaah? Dpt 27 zohor ni" aku terdiam pandang E yang turut sama diam. Aku memang solat selalu,aku tahu aku hamba Allah. Tapi selalunya 1 je aku duk berebut 27 ni macam berat sikit. Aku garu telinga yang tak gatal E pun dah garu dahi pulak. Kami bertiga sama2 sengih dan kami berjemaah la bersama. Alhamdulilah anak mama dah nak berubah ni sekali dapat ustaz Z aku rasa memang cerah masa depan ni.
Macam biasalah bila ice breaking ni kena la buli sikit2 dengan senior. Semua pelajar kat sini form 4 and 5 je jadi kitorang ni boleh digelar junior la or freshie lah kalau nak daftar bunyi sedap sikit. Ceramah aje hari ni duk cerita pasal sekolah ni dan asrama semua dia masuk sekali. Sekali masuk bab peraturan aku dan E sama2 menguap. Agaknya memang aku dengan E ni sekaki kut sebab sama je perangai. Tak baik tapi takdelah tak senonoh. Nakal sikit je pun dah nama pun budak lagi.
"Bangun! Berdiri kat blkg!" Terkejut gila aku dan E bila kena sergah terus berdiri tegak. Semua mata dah pandang kami bila kami ditegur senior sebab tidur. Padah jugak duduk belakang ni rupanya. Dengan muka malu sebab kena gelak kami ke belakang dewan untuk berdiri sebab dah tidur kiranya hukuman la ni. Gila strict rule kat sini! Nak balik!!! Dah mcm girly pulak aku rasa sekarang ni.
Time makan kat dewan pun kena beratur la weh! Malasnya aku nak makan kalau setiap hari macam ni beratur bagai nak rak makanan nanti entah sedap ke tak. Bila dah dapat makanan baru dapat makan, berpeluh satu baju ni ha! Tapi kat sini kes buli zero! Negative pun ok kut sebab memang strict habis sampai nak kentut pun boleh tahan takut. Aku yang susah nak bangun pagi ni pun boleh jadi makmum subuh kat surau. Ha! Gila dahsyat tu!
"Dah habis orientasi, malasnya nak masuk kelas" rungut E baru je aku nak mengangguk setuju ustaz Z dah mula ceramah dhuhanya.
"Kalau niat dah salah macam mana ilmu nak masuk E? Niat kerana Allah dan semuanya akan dipermudahkan" aku tahan gelak bila muka E yang makan ceramah time makan sandwich. Untung aku tak cakap benda tu dulu kalau tak dah lama kena bantai gelak.
"Ya Z! Aku tengah betulkan niat ni" E mengalah dan aku dah gelak,sengal kaki aku bila disepak kuat oleh E. Baru je kenal dorang seminggu tapi dah rasa macam kenal setahun.
"Alhamdulilah" aku berkata sambil meraup tangan ke muka. Z pun dah senyum bila tengok gelagat aku dan E macam kecik lagi tak matang sungguh!
"Kelas sama! Yay!" Aku dan E berpelukan sebab gembira sangat. Tal sangka jodoh kami bertiga kuat gila kan dah la sebilik boleh pulak sekelas.
"Tak payah nak break the ice dalam kelas lagi" aku sengih dan E balas sengihan aku dengan ajukan tapak tangannya. Give him 5 ha? Aku balas! Z pula dah tayang sengih beriman dia fuyoo!!! Kalau aku ada adik memang aku buat dia ni jadi adik ipar.
"Dah asar! Jom jemaah kat surau. Lepas ni ada perjumpaan blok" bila ustaz Z menyeru aku si agak setan ini dan E si agak jin ini terus setuju. Sebelum kena bakar dengan ceramah penuh keimanan dan kasih sayangnya kami bergerak ke surau. Aku dan E berjalan memeluk bahu Z. Aku bersyukur Allah kirim Z untuk aku. Ada jugak orang yang nak menegur aku bila aku silap ni. Manusia ni perlu selalu kena tegur barulah tak menjauh. Kan? Hehehe. Copy paste ayt Z sebenarnya. E pun ada cakap yang dia suka kami jadi roomate dia. Z memang dah macam bapak kami kat sini! Dalam lembut tegurannya buat kami rasa segan dengan diri sendiri malah tegurannya langsung tak menyakiti hati kami. Confirm budak sekolah agama dulu ni. Kami bergurau senda sambil ke surau. Bahagia!
Akhirnya aku dapat berasamara dengan Bie aku! Bestnya hujung minggu je dapat bersama dengan Bie aku dan paling best warden yang bagi izin dan atas sebab tu jugaklah hujung minggu aku ceria selalu. Best! Kalau orang lain sibuk nak outing aku sibuk nak dating! So apehal? Aku membawa Bie aku ke bilik debgan pelukan erat kalau orang pandang pun dah boleh cop aku gila kot. Aku dudukkan dia di katil sebelum buka bajunya. Tak sabar! Tengok line clear ke tak dulu barulah boleh dating. Setelah bajunya tertanggal aku mengusap lembut badannya dan kemudian menciumnya sekali. Hailah rindu tahap dewa kalau dah sampai macam ni sekali. Kan? Jari aku mula menari atasnya dengan senyuman! Akhirnya blog AkuTakHensem milik aku dapat dibuka. Thanks Bie for everything! Siapa Bie aku? Aku tak cakap ke awal2 tadi? Lappy aku la korang. Ha! Dalam senyum aku meneliti ATH ni. Singkatan nama bagi blog aku la. Dah ramai la followers aku ni dah la comment pun ramai. Suka! Dah lima bulan aku belajar kat sini dan ramai la kawan aku dapat tapi pelik, tang mana mari awek2 ni semua jadi followers aku? Aku sekolah lelaki saja kut. Malas nak fikir sekarqng ni aku nak share story gempak!
'Hai! Tq for da followers, ti ada msa Q follow balik keh? Tq jgak for the comment... cute comment korang!
Like it! Lot!
Erm, tadi ustaz tetiba jer citer pasal couple. Aha! Couple yg i love u u labi air tu. Yg tu ler.... ni bkn ustaz Z tapi the real ustaz. Adalah nmanya ustaz tu! He said that, couple is haram! U know what haram's mean? X halal la kan? Erk! Takut! Tapi bila ustaz explain dalaaaammm skit. Complicated nak ckp. Tapi yg aq fham... kalau niat betul! Betul2 niat yg betul! Harus jadinya.. tapi kna ada niat nak kawin la... then ustaz ckp lagi. Apa kata couple lepas kawin je? Syok! Hahaha... mcm gediks je aq ni tapi! Betul jugak, couple lepas kawin la... boleh pegang2.. hahaha. Ustaz yg cakap! Daa...
Done submit part time aku! Hehehe. Aku terus menutup Bie dan pandang dua katil kosong dalam bilik ni. Z dengqn usrah dia la weekend macqm ni E pulak kaki lepak mall! Kaki outing! Katanya nak jimat duit tang mana jimat bila outing aku pun tak tahulah. Bosan pulak time gini! Padahal E nak keluar jumpa awek dia budak sekolah semua perempuan yang dekat gila dengan sekolah aku ni. Jadi kalau ada market kat sini girl sana la yang duk usha. Aku? Hurm... tak ada yg berminat kot! Hahaha.
Bersorak girang la budak laki bila event dinner night yang akan combine dengan budak sekolah sebelah. Dan paling mendebarkan bila kita jumpa dengan partner kita nanti. Dah la cabut undi dan ikut nombor tak tahulah siapa yang bakal jadi partner aku. Z ni dah resah gelisah tak igt dunia, ya la mana ada pak ustaz ada dating dinner ni. Aku pulak dah sengih pelik bila pandang muka E. Lepas gaduh dengan awek dia pasal dinner malam ni. Hadui! Nakal sungguh pasangan couple ni kan?
"Kau nombor berapa?"soal E masam. Ye la dah aweknya salah faham pasal mlm ni.
"29, kau?" Soal aku padanya.
"114, kau Z?"
"203" aku pun hairan mcm mana boleh dapat no kegemaran aku ni dan aku tak kisah siapapun pasangan aku nanti. Just for fun kan? Semua putera tunggu diluar menanti ketibaan puteri masing2.
"Dah la dengan cammy kau tu!" Marah E pada aku dia gaduh dengan awek nak lepas kat aku yang tak berdosa ni? Z dah gelak bila kami bergaduh tentang perkara kecik. Memang macam ni la aku dengan E. Dah hampir dua tahun kenal perangai tak ubah2 asyik nak gaduh je.
"Gila! Lawa2 weh!" Puji aku dan E serentak. Z dah jeling kami yang terover memuji. Ni mesti kes kami dah lama tak tengok perempuan kut. Hahahaha. Dah lepas exam spm ni memang penutup setiap tahun sekolah ni. Lepas ni susah la nak gaduh dengan E lagi dan susah la nak dengar ceramah dari Z lagi. Rindu!
Bukan pasangan aku yang aku rasa tertarik tapi pasangan dari entah siapa yang bertuah sangat tu. Dah la cantik,sempoi dan sangat menarik minat aku. Ceria sungguh dirinya. Pasangan siapa pun aku sendiri tak pasti tapi yang paling best pasangan aku ni awek E! Jadi dek baik hati aku benarkan mereka dating berdua dan pasangan E jdi pasangan aku. Boleh tahan orgnya cuma pemalu yang amat. Pandang aku pun tak ni aku pun tak tahu nak borak apa sebab dia senyap je. Tapi! Partner Z sempoi gila! Ganas nak mampus langsung tak ada yang awek dalam dirinya. Walaupun pakai tudung! Datang sempoi pakai jeans je! Hebat! Z dah macam perempuan yang malu2 atau jaga pandangan sebenarnya? Dia suruh kami jaga pandangan la tadi!
Dah lapan tahun lebih sekarang aku dah 27 tahun. Memang aku kaki blog dan blog aku semakin femes kot! Hahaha. Masuk bangkul sendiri la pulak tapi apa aku nak kisah kan?.
Title:kena paksa kawin lagi!
Dah kali ke berapa tajuk ni kat blog aku eh? X kisahlah! Yg aku tahu, mama dan papa! Degil nak aku kawin akhir tahun ni jugak! Tak nak!!!!! Bkn x nak kawin tapi x tahu nak kawin dgn sape. Aku? Penah sekali je tersuka kat perempuan tu dan aku masih igt dia punya lesung pipit. Sebelah kanan! Aku sebelah kiri! Complete each other kan? Aiseh man! Mengarut dah! Doakan aku dpt hentikan leteran papa dan mama. Hahaha....
Comment:
1) Mimi Liya- y nme blog u akuxhensem? U hensem sgt la! I suka bce blog u! U kawin dgn i la!
2)unknown- i fall in love with ur writing. Plis,always update!
Macam2 lagi komen yang ada tapi aku tak dapat nak reply la. Dah la mostly dapat awek2 je. Memang jejaka idaman melaya kut aku ni? Ha! Perasan lagi!. Kalau aku pendekkan cerita sikit,aku ni kerja businessman mcm papa je. Aku tak ada minat dalam specific thing la. Aku tak kisah pun kerja apa yang penting halal dan berkat. Z dah kahwin la weh dengan minah tak macam awek tu dah dapat anqk pun sorang. E pun dah selamat kawin dengann awek dia tahun lepas. Dan sebab mereka jugak la mama dan papa aku berkeras nak aku kawin hujung tahun ni jugak iaitu bulan depan. Paling tak boleh blah, semalam mama dan papa bagi syarat dan tahun depan tu dah bulan depan! Bijak sungguh mereka kan?aku pun nak kawin tapi..... hurm! Nak bercinta selepas kawin tu memang impian aku tapi takut bini aku nanti yang tak jatuh cinta kat aku. Susah! Perempuan sekarang dah tak macam dulu semuanya educated dan nak cari suami yang class!!! Aku ni? Muka orang kata dah hensem, career dah gempak, harta dah banyak. Tapi aku takut! Dalam diam tanpa aku sedar aku takut dengan perkahwinan ni. A big responsible to hold right?
"Ma! Az nak mama yang carikan jodoh Az. Tak kuat la ma nak cari sendiri. Takut"
"Betul ni? Az jgn menyesal nanti" mama dan papa dah senyum bahagia dan aku bahagia kalau mereka bahagia. Arranged marriage? For me it is Allah fate so, move on and go on!
"Aku terima nikahnya Ariana Iris dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." Sekali lafaz je aku dah pass! Terel gak aku ni kan? Doa ditadah tanda kesyukuran kepada Allah. Setelah aku solat sunat dua rakaat barulah majlis pembatalan air sembahyang. Ingat tak awek yang aku cakap lesung pipit sebelah kanan tu? Dia la orangnya. Hahaha.. anak kawan baik mama rupanya patutlah macam pernah nampak ingatkan aku kuat berangan.
"Bismillah..." aku menyarungkan cincin di tangannya dan dia menyalami tangan aku dengan penuh syahdu tangan aku dicium. Dia isteriku kini Ya Allah engkau kekalkanlah ikatan yang terbina atas izinMu ini. Aku membaca basmalah lagi dan dahinya aku cium lama setelah membaca sedikit doa semoga jodoh kami berpanjangan. Jelas ketar dan sejuk tangannya tika itu. Memang anak yang baik sudi terima keputusan keluarganya. Aku memandangnya lalu tersenyum dan dia membalas senyuman itu dengan lembut. Aku dapat rasa yang aku sekarang tengah jatuh cinta. I'm falling to her.
"Why Ana?" Soal aku sebaik kami solat berjemaah bersama. Jelas wajahnya nampak risau dan gelisah. Telekung juga belum dibuka, auratnya masih lagi terjaga kemas, aku juga belum dapat melihatnya. Aku tersenyum lalu mendekatinya yang masih lagi ditikar sejadah. Tangan aku hulur untuk bersalam dan dia menyalami dan mengucup tangan aku lama. Mesti kes takut first night ni aku rasa. Hailah comel isteri aku ni.
Aku mencium dahinya dan dia freeze kat situ. Aku angkat dagunya yang menunduk menekur sejadah kerana malu. Benarlah malu itu juga separuh dari iman. Aku senyum memandangnya lalu pipinya aku sentuh! Aku suka dia la aku rasa.
"Saya suka isteri saya menjaga auratnya dan maruahnya malah saya bangga dapat isteri sehebat itu, tapi, saya ni suami awak kan?" Soal aku padanya dan dia diam lama sebelum mengangguk. Selepas itu dia bangun dan melipat sejadah lalu menanggalkan telekungnya, rambutnya yang melepasi paras bahu dia sikat. Aku? Bak hang! Macam nampak bidadari syurga rasanya. Jelaslah! Wanita yang menjaga maruah dan auratnya hanya untuk suami dan kerana Allah sangat cantik. Ayat aku pun sejak akad nikah ni baik aje jiwang aje kan? Aku sebenarnya nak sentuh rambut dia tapi takut dia malu pulak jadi aku baring je la atas katil ni sambil curi2 pandang dia. Seharian hari ni memang dah lebih dari penat aku rasa. Mata yang tertutup terbuka sendiri bila ada tangan yang menyentuh pipi aku.
"Why Ana?" Soal aku pelik. Dia tersenyum memandang aku, ish dia ni saja nak goda aku ke apa? Aku ni lelaki tau!
"Saya nak puji awak, boleh?" Soalnya malu. Apa pulak tak boleh aku ni kan jenis yang suka kena puji takdelah asyik kena puji diri sendiri je. Aku sengih segaris.
"Tak payah mintak izin. Puji je. Tapi jangan lebih2 pulak nanti jadi riak, dosa!" Cewah ayat pak ustaz padahal suka sampai rasa nak lompat cecah awan. Memang pemenang anugerah poyo aku ni kot.
"Saya tak sangka...yang...suami saya kacak macam ni." Aku tergelak bila dengar dia cakap macam tu. Tak sangka aku kacak? Alahai ayu sungguh bini aku ni! Bila dia malu muka dia dah merah. Ish! Aku ni tak bersyukur betul bila kena puji.
"Saya pun tak sangka jugak" balas aku dan dia, tenung muka aku geram. Eh! Comelnya dia ni rasa nak je aku buat key chain! Bini la weh ada pulak nak buat benda tu! Aku mencium pipi kanannya, suka gila lesung pipit tu. Dia dah malu tahap apa pun aku tak tahu nak cakap. Sampai telinga dah merah.
"Sorry, awak comel sangat" puji aku ikhlas tapi dia bertambah malu. Bini aku ni.
"Jom tidur!" Ajak aku dan dia tiba2 je lompat turun katil dah kenapa pulak ni? Nak main lompat kijang ke apa?
"Er.. er... Ana..erm,saya...awak tidur la dulu" lah! Tetiba je jadi gagap ni kenapa?oh?hahaha. Misunderstand ni. Aku turun dari katil dan memegang bahunya dia dah beku lagi alahai best kalau nak usik ni tapi aku tahu dia penat.
"Come, sit here" aku membawanya ke birai katil.
"Awk mesti dah dengar or terpengaruh dengan cerita seram first night kan?" Soal aku menebak. Dia terus panggung kepala pandang aku. Ha! Nampak sangat apa yang aku observe tu betul! Tepat experiment aku ni.
"Awak, perkahwinan ni bukan untuk itu aje. Perkahwinan ni untuk menyatukan atau mensucikan hubungan. Awak jangan la risau. Saya berkahwin dengan awsk kerana Allah bukan kerana nafsu. Kalau kahwin atas landas tu je, confirm sebulan terbabas la. Awak ni! Jangan fikir bukan2 boleh?" Soal aku padanya. Dia mengangguk dan tersenyum mesra lalu mencium tangan aku lagi. Bila dia dah baring di sebelah aku rasa macam best jugak kalau usik sikit.
"Kalau saya peluk sikit boleh?" Bukan tanya je tangan kena kerja sekali. Sekali lagi dia freeze. Comel betul isteri aku ni ha!
"Gurau je la. Sorry" aku tergelak kecil bila dia dah macam tak bernyawa sebab kecut. Aku melarikan tangan dari pinggangnya tapi laju dia menghalang.
"Sorry, saya geli" ujarnya perlahan.
"Oh, geli? Macam ni?" Aku menggeleteknya sehingga dia ketawa sakan. Akhirnya aku berhenti bila dia macam dah tak tahan sangat. Kurang asam jugak aku ni tak tahu ke kena geletek tu macam azab yang tak sakit tau!
"Sorry"
"Awak ni" marahnya geram. Tapi senyum aje. Aku turut senyum pandangnya. Rambutnya yang dahsyat serabai aku betulkan tercapai jugak hasrat nak sentuh rambut dia kan?
Tittle: aku dah kawin!
Thanks to sesape yg tlong doa. Happy new year! Alhamdulilah my new year with my new person. Pic wedding? Nantilah dulu. Ok? Daa.
Comment:
1) congrats! Jelesnya sya.
2) married? Melepas...
Aku tergelak membaca komen followers aku. Nakal betul! Hehehe. Baru balik dari bulan madu ni. Jadi dah genap seminggu kami kawin. Alhamdulilah dia buatkan aku rasa nak kenal lagi pasal dirinya. Betullah! Bercinta lepas kawin memang best!
"Awak"tegurnya mesra. Aku membalas senyumannya dan menutup lappy aku. Eh! Bie aku! Sorry Bie terpaksa dimadukan dan aku lebih prefer yang dekat sebelah aku ni lagi. Bie jangan jeles dan meragam tau! Sedih Q nanti.
"Ana suka awak panggil Ana" peliknya ayat isteri aku ni.
"Ha?"
"Awak sorang je panggil Ana. Why?" Soalnya mesra dan aku rasa nak je cium pipi dia yang duk tayang lesung tu.
"Nak hadiah dulu. Baru saya bagitahu"
"Hadiah?"
"Haah!"
"Birthday awak ke? Rasanya bulan dua kan? 27?" Aku terkejut. Mana dia tahu ni? Aku sendiri pun tak pernah nak ambil tahu. Tapi birthday dia pun aku tak tahu daa.
"Mana Ana tahu?"
"Sebab ana ambil tahu la." Cliche ya? Aku cium pipinya sebab geram dan dia dah freeze lagi. Adui! Mana nak cari ubat untuk penawar isteri aku ni? Penawarnya asal jangan aku gatal sudah.
"Kenapa Ana ambil tahu?"
"Sebab Ana care"
"Care or sayang?" Bila aku tanya muka dia dah blushing lagi. Tapi apa jawapan dia ek? Hopefully sayang la. Kan?
"Ana nak tidur" eh! Menyimpang dari topik ni tapi aku malas nak bahas pasal ni karang ada yang tak tidur. Aku jeling dia sekilas dan dia sedang curi pandang muka aku.
"Ok! Kenapa care?"
"Because.....I want to sayang you" aku pulak yang terkejut.
"Really? Kalau tak care tak boleh sayang ke?"
"Nope! I care because I sayang la" ujarnya pula. Ceria sungguh suaranya? Dan kali ini aku yang freeze. Dia cakap dia sayang aku kan tadi? Maksudnya aku tak bertepuk sebelah tangan ke?
"Ana tidur dulu" laju dia berlari masuk dalam selimut ha. Aku dah tergelak kecil dengan gelagatnya. Memang pemalu tapi ceria gila dah la pandai buat lawak innocent dia tu. Suka!
Apa yang romantik sangat rumah aku malam ni? Balik kerja je dah ada semua ni romantik habis! Salam yang aku beri pun tak ada orang jawab tapi bila aku mula melangkah di anak tangga ada nota disitu.
'Awak naik cepat'
aku senyum. Laju aku berlari ke tingkat atas tapi bilik tidur kami kosong je. Ada lagi satu nota atas katil dengan sekuntum ros merah. Alahai bini aku ni ingat aku mat bunga ke?
'Awk mandi dulu, then pakai baju ni!' Aku tersenyum lagi. Segera ke bilik air dan memakai pakaian yang disediakan di atas katil. Setelah bergerak ke meja solek aku jumpa lagi satu nota.
'Turun bawah,kita dinner ok?' Segera aku turun ke bawah. Isteri aku ni dah jauh lebih terel dari aku bab buat surprise ni. Happy!
"Ana" panggil aku lembut bila ternampak seorang wanita yang sangat cantik dengan night dressnya. Sangat cantik. Seperti bidadari yang menunggu bidadaranya secara tak langsung aku la lelaki bertuah tu. Langkah aku kaku disitu langsung tak dapat nak bergerak. Dengan senyuman manis Ana datang dekat pada aku dan menyalami tangan aku seperti biasa tapi kali ni extra sikit bila pipi aku dia cium. Both! Ni yang aku rasa suka sangat ni! Nak mintak lebih sikit boleh? Hahaha. Lelaki kan?gatalnya lain macam sikit.
"Awak tahu tak hari ni hari apa?" Soalnya sambil memeluk lenganku manja. Aku angkat kening sebab tak faham.
"Khamis malam junaat. Why?" Soal aku selamba gila dan boleh pulak dia gelak.
"Hurm...seems like you dont care enough ha? It's ok! Lets have our dinner!" Ujarnya ceria lalu menarik tangan aku ke meja makan. Perfect candle light dinner la weh! Terbaik made by wife ni! Siapa kata bab romantik ni bagi kat lelaki je? Wife aku ni jaguh kut! Walaupun kerjaya sebagai doktor tak pernah walau sekali aku rasa diabaikan. Cewah! Angkat bini nampak. Kan? Biarlah bini aku kut!
Selepas je dinner kami menari pula. Banyak lagi yang aku tak tahu pasal dia kan? Tapi dia tahu banyak betul pasal aku. Jadi betullah kajian mengatakan yang perempuan , every single thing is important. Man see it as annoying things but trust me they have a great effort to do this. Appreciate them!
"Thank you for tonight" ujarnya lembut.
"I'm the one that should thanked you" aku membalasnya dan dia tersenyum.
"Awak selalu balas terima kasih saya dengan jwpn lain" aku tergelak. Ya ke?
"Sama2 kasih" aku menjawabnya buat kali kedua dan dia tersenyum bahagia.
"Ana dah ready nak upgrade kita punya marriage" ujarnya malu dan aku? Nganga macam mulut ikan. Apa pulak yang nak kena upgrade ni? Kalau main game ada la logiknya.
"Saya blur" dia pandang aku dengan muka berkerut.
"Erm, Ana dah ready nak jadi yours"
"Yes, you are totally mine!" Aku lihat dia garu dahi.
"Yes, i'm totally yours but...."
"What?" Soal aku laju. Kenapa pulak ni? Rasa tak sedap badan pulak. Dia dah blushing dan garu hujung hidungnya dan main gigit2 bibir pulak. Aku cium kang pengsan kat sini.
"Slownya awk ni" marahnya pula. Eh? Dah merajuk pulak. Dia dah nak lepaskan pelukan tapi aku halang dengan lengan sado aku ni! Kuat doh! Kuat exercise ni!
"Slow? Ana kenapa ni?" Soal aku risau tangan diletakkan didahinya tak panas pulak.
"Ana sihat la" balasnya dengan nada merajuk. Aku senyum pula.
"Tell me why?"
"Kalau Ana cakap jangan marah." Bila masa aku pernah marah bini aku yang tercinta ni.
"Mana pernah saya marah Ana. Kan? Ok! Tell me" aku dah bersedia nak dengar ni. Dengan senyuman dia mendekatkan wajahnya kewajahku dan bibir aku dicium lama. Sangat lama sebab aku dapat rasakan bumi ni brek emergency.
"Fa...faham?" Soalnya dengan muka merah menyala. Muka malu tahap apa pun aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku yamg masih lagi kena kejutan budaya terdiam lagi. Sekarang penyakit freeze dia tu dah berjangkit kat aku.
"Faham tak?" Soalnya lagi bila aku terus mendiamkan diri air mukanya dah berubah sedikit mungkin geram kut. Badan aku dia tolak lembut dan beredar tapi laju tangan aku tariknya ke dalam pelukan aku dan bibirnya aku cium balik. Mana aci! Sepatutnya man' s first right?dia dah batalkan impian aku nak curi first kiss dia sebaliknya dia yang curi first kiss aku. Dia diam lama dan aku? Erm...adalah. hahaha.
lepas je aku lepaskan pautan dia menggigit bibirnya lama. Aku tersengih pula.
"Faham tak?" Soal aku padanya. Dia dah malu balik.
"Tak." Ujarnya lalu terus berlari naik ke bilik. Tak faham? Habis tu dia ingat dia buat macam tu aku faham? Aku ni businessman mana faham benda tersembunyi ni bukannya aku ni detective or lawyer. Ha! Merapu dah mai!
Aku mengatur langkah ke bilik dengan senyuman meleret, ceh! Kalah lagi sebab dia dapat first kiss aku dulu. Aku masuk ke dalam bilik dan wajahnya yang sedang tersenyum aku pandang lama. Malu tapi suka! Aku mendekatinya lalu kotak baldu warna merah aku keluarkan. Aku hulurkan padanya dan dia pelik. Buka la cepat!
Dia ambil dan membukanya sebelum matanya terkejut memandang aku. Lantas badan aku dipeluk erat. Hehehe. Ingat dia je prepare utk anniversary kami? Aku pun ada la! Tapi bukan year punya anniversary la. Bulan ke enam dah. Aku terkejut bila isteri aku pernah cakap dulu yang dalam setahun ada dua kali event yang dia suka. Pertengahan tahun dan akhir tahun. Baginya tahun baru ialah bila hari lahirnya.
"Loket?" Ujarnya ceria. Ya! Loket berbentuk rama2 dan aku disebelah kanan dan dia disebelah kiri.
"U like it?" Soal aku pula. Dia terus menyentuh pipi aku dan mengangguk.
"Love it!"
"Alhamdulilah, me?"
"Apa dengan me?"
"Yang penting bukan Do Re Mi. Me saya la" alahai jadi cikgu bahasa inggeris pulak.
"Kenapa?" Soalnya blur.
"Slownya awak" balas aku pula dan bila dia mencubit manja lengan aku, aku tergelak. Nak kenakan sikit pun tak boleh ha!
"Love it je? How about me?" Soal aku direct. Dia terdiam dan senyum.
"Love you more than this!" Ujarnya dan badan aku dipeluk lagi erat. Really? Love aku more? Bak hang bahagia gila rasa macam nak lonpat cecah awan.
"Love you too" tiba2 diam. Dia leraikan pelukan dan pandang mata aku dalam2. Eh! Jangan pandang mqcam tu aku malu ni. Ingat nak confess ni senang?
"Really?" Soalnya mengusik. Pipinya aku cubit geram dan mengangguk lalu dahinya aku cium lama. Cover muka tengah blushing!
"Kenapa bentuk rama2?" Soalannya buat aku tersengih.
"Knapa? Tak suka?" Soal aku menduga dan dia kalut bila aku salah faham sikit. Suka tengok dia kalut. Comel!
"Suka! Awak jangan salah faham"
"Saya gurau je la, sayang!" Dia blushing lagi. Kuat benar pakai blusher ni.
"Awak ni!" Ujarnya geram.
"Saya akan jawab kalau awak bagi hadiah"
"Eleh,hari tu macam tu jugak. Last2 tak jawab pun" amboi mengungkit pasal aku tak jawab maksud nama dia dulu.
"Hadiah dulu! Then I'll tell you"
"Awak nak apa?" Soalnya geram. Ha! Jeling2 aku lagi. Aku suka!
"Panggil saya abang, then I'll call you sayang. Because I sayang You. Boleh?"
"Apa Ana dapat nanti?"
"Aik? Hadiah pay with hadiah?"
"Yup! Fair and very square." Ujarnya ceria.
"Call me first then you'll get the payment. Cash!" Dia tergelak lalu bersedia untuk buka mulut.
"Abang" panggilnya manja dan segera aku cium bibirnya! Aku menang! Dah dua kali. Hahaha. Muka dia dah jadi tomato balik. Dahsyat!
"Abang ni!"
"Comel sayang ni. Ok! Settle hutang" aku berkata ceria.
"No! Tell me about this" dia tunjuk loket di lehernya. Aku tersenyum dan membawanya ke pelukan.
"Abang tak pilih bentuk hati kerana bentuk hati itu akan terbelah dua. Cinta abag pqda sayang bukan hanya sebelah tapi sepenuhnya. Abang pilih rama2 sebab hayatnya tak panjang tapi dia perlu both of its wings. That's mean I need you and you need me. We help each other and complete each other. No matter what, we still together. I dont care how long we can live, as long as you are here,I'm happy" air matanya mula mengalir. Sebab tu la aku malas nak jadi jiwang2 ni tapi aku maksudkan apa yang aku cakap ni. Dia pemilik tulang rusuk aku. Memang syurga aku pada reda mama tapi aku perlukan dia juga.
"Why I call you Ana? Because ana means saya. And saya means you are mine. Thats why it's like a doa to Allah that I want you to be mine forever"
"I will! In sha Allah" ujarnya dalam tangis. Aku mengesat air matanya dan senyum sayang dan kasih. Macam mana tu? Kena datang menuntut dengan aku la.
"So, should we proceed?" Dia pandang aku pelik. Tadi beria sangat nak upgrade sekarang blur pulak.
"Proceed?"
"Our half anniversary night" aku menjawabnya tenang. Dia blur pula.
"Kata nak upgrade? Upgrade means tambah members rumah la kan?" Soal aku lalu mengenyitkan mata. Dia dah blushing balik! Tadi beria sangat sekarang ni malu pulak? Alahai comel bini aku ni!
"Erm, Ana pergi toilet jap" aku tergelak bila dia laju aje masuk toilet. Lama pulak tu sampai aku sempat tukar baju tidur lagi dan tunggunya di katil. Dia keluar dari bilik air dan terus ke almari lepas tu masuk bilik air balik. Apesal?
"Why?" Soal aku bila wajahnya muram je. Jangan ingat aku paksa dia sudah.
"I cant" ujarnya hampir menangis. Aku senyum lalu memeluknya erat. Kan aku dah kata it's ok! Ingat aku ni lelaki yang tak ada kerja lain ke.
"Dont be sad. I've told you thousands times right. I marry you not because of that" aku memujuknya.
"No!" Ujarnya laju. Aik? Dah tu?
"Saya period" ujarnya perlahan. Aku dah gelak besar ni! Pasal tu ke? Ish! Macam2 lah bini aku ni!
"It's ok. Sanyg ni, buat abang risau je" aku mencium ubun2 nya ingatkan masalah apa tadi. Kecik punya hal la!
"Alhamdulilah, dah nak dapat cucu mama dan papa" kedua belah keluarga happy gila. Suka la nak dapat cucu sulung. Dah dua2 anak tunggal berharap pada kami la nak cucu. Alhamdulilah, Allah tak uji kami dengan berat tapi selalu melimpahkan rezeki pada keluarga kami. Aku bersyukur Ya Allah. Berkahwin atas izinMu dan redaMu serta reda keluarga kami buatkan kami bahagia. Siapa kata bercinta lepas kawin tak seronok? meh jumpa aku nak bagi ceramah perdana ni!. Hahaha.
Ariana Iris, kau selalu ku cinta. Yes!
Title: Kami.
Ni la isteri aku, lawa kan? Hehehe. Dah pregnant skrg dah bertambah comel. Suka tgk ibu mngandung! Akhirnya dpt tgk isteri sendiri. Best! Aku nk terangkan knpa blog aku nama Aku tak hensem. Sebabnya, aku just nak dgr dua org perempuan je puji aku hensem. Mama dan wife aku. Tiga la, mertua aku lagi sorang. Hahaha. Yg paling penting isteri aku la! ARIANA IRIS. Sebab,x ada maknanya mama aku dan mama mertua aku nak puji aku x pasal2 kan? Sebab tu je la. Heh! And one more thing. Remember that marriage is a gift from Allah. Whether it is arranged or love it is actually from a great arrangement. Arrangement from Allah. So, learn to accept each other and start to love. Yes! Love can comes in many ways but! It only comes if Allah give it.
Updated!
New name: AQIB NAZRAN LOVE ARIANA IRIS.
updated!
#tq baca... appreciate that a lot... huhuhu
Terbaik larh cik kak...haha,x sngka kwn sy romantik mcm nie,dlm hati ad bunga rupanya....love this!!!!
ReplyDeleteNk id wechat ��
ReplyDeleteErm....bkn sombong tpi...nak buat ap eh?hehe
DeleteWah seronok nya.. Suka suka.. 😍😃😄
ReplyDeleteTq baca. Huhu
DeleteSo sweet n romantic
ReplyDeleteThanks dah baca...
ReplyDeleteSo sweet n romantic
ReplyDeleteBest nyerr kalo dpt lelki cm tu..sweet sgt..
ReplyDeleteSweet,,kelakar,,blurr...hahahahah..I love it
ReplyDelete