Assalamualaikum... hye semua... good news here!!! Yay, nampak tak excited tu??? Hehe... this one, is not from me but from our friend... FLORA ROSIE . She is very good. I like this story personally, so...if all of u want more... dont forget to comment and ask for more! Macam eklan chips more plak. Hahaha... btw jom support member!!!
Selamat membaca!!! Hehe
CINTA MONYET – FR
Pukul 10.
Kelas ekonomi.
Madam leha.
Guru paling aku takut.
Guru paling garang.
“ okay class, sebelum saya start , Alice… kumpulkan homework yang saya bagi semalam.”
Alice.
penolong kelas yang gedik , bossy dan sangat anti dengan aku. Sebab apa anti ? nanti aku storykan. Aku keluarkan buku latihan dan hulurkan pada Alice bila dia sampai depan meja aku. Dia ambil sambil julingkan mata ke atas. I was like…dah kenapa minah ni? Aku ada buat something yang buat dia menyampah ke? Aku hulur buku je kot..ke memang dia selalu menyampah dengan aku? Tampar sampai juling betul betul baru tahu.
Sampai kat depan meja, madam leha check satu per satu buku.
“Atilia kaisara binti zainal!!!”
Bergema suara madam sebut nama aku.
Menusuk kalbu betul.
Aku yang tengah minum air ni hampir tersedak. Semua pandang aku.
haishhh. Aku ada buat salah apa lagi ni?
Aku garu kepala. Sengih.
Madam pandang tepat mata aku.
Muka dah merah. Mata macam naga.
Dan akuuu…
‘err…yes, madam?”
“where’s your book?!”
Tak cukup suara macam halilintar, madam hayun pulak rotan atas meja dia.
Ya Allah , terkejut aku. Bukan aku je. Semua terkejut.
Kalau dalam movie ni , mesti langit dah gelap. Pastu ada petir panah memanah kat luar. Aku urut dada.
“saya dah hantar la, madam. Dah bagi kat Alice tadi. Kan Alice?” aku pandang Alice.
“ eh mana ada. Tadi bukan kau cakap kau tertinggal ke?”
Hah?
“ eh , Alice, kau jangan main main dengan aku. Takkan kau hilang ingatan pulak. Aku betul betul bagi dekat kau tadi.”
Aku pandang madam
“ madam, saya betul betul dah bagi dekat Alice tadi.” Jawab aku bersungguh sungguh.
Sumpah sekarang ni aku perlukan KD dengan Acap. Ya Allah, kenapa lah dua dua orang kawan aku ni takde saat aku memerlukan. Acap pergi bilik guru dan si KD pergi tandas.pada waktu yang sama pulak tu!
“ dah..dah..saya taknak dengar apa apa alasan. Kaisara , your book is not here. So that’s means I have to punish you.”
Mati aku.
Aku jeling Alice.
Dia senyum.
Dannn aku dah sedar.
Diaa...alice dah kenakan aku!
Sape yang nak perasan dia dah ambil buku aku ke tak bila tempat aku belakang sekali?
Lepastu kiri kanan aku takde orang. Depan aku pulak tempat si KD dengan Acap.Nasib malang! Takde saksi waktu kejadian. Yang lain pulak tengah fokus madam menulis dekat whiteboard. Oh my!
“ kaisara, 10 round. Kat padang . now!”
Aku ternganga.
What?!
Berlari?
Tengah padang?
Tengahari macam ni?
Seriousla madam.. ni kejam namanya.
“ what are you waiting for? I said NOW!”
Bila madam dah bertukar jadi singa. Nak tak nak aku terpaksa keluar dari kelas dan berjalan ke padang. Nasib baik jarak kelas aku dengan padang tak jauh. Means madam memang boleh Nampak dari jauh. Tahniah kaisara! Tak sampai seminggu kau dah buat hal. Hmmmm..
Sampai padang , aku boleh Nampak dari jauh yang satu kelas tengah tengok aku…
Okay..kaisara.you can do this. Fighting !
Okay kawan kawan . sambil berlari meh aku nak story sikit pasal aku. Ni hari lima aku kat sekolah ni. So kita flashback hari pertama yee.. mama dengan papa outstation. So abang aku jela yang akan hantar aku kat sekolah ni. Sekolah berasrama penuh. Kenapa aku dimasukkan kat sini? Sebab mama dengan papa always busy. Takde masa dengan aku. Setiap bulan mesti akan outstation. Maka tinggal lah aku dengan bibik dan abang. Sebab tu aku prefer nak duduk asrama supaya aku tak kebosanan sangat di samping nak belajar berdikari. Abang pun lepas aku stay asrama dia akan fly ke oversea. Sambung study kat sana.
Aku salam abang. Abang cium dahi aku. Kemudian bisik “ belajar rajin rajin. Abang sayang Ara.” Aku senyum. Tahan air mata. Sedih woii nak berpisah dengan abang. Aku masuk asrama. Dia ke luar Negara.Nice sangat! Lepastu tinggal lah bibik kat rumah kawan dengan kucing.hahahaha. selesai sesi perpisahan, aku tarik beg melangkah ke asrama. Oh yee.. sekarang waktu belajar. So memang sunyi la kawasan asrama ni. Dan penolong kanan hal ehwal murid dan bagi aku pengecualian untuk masuk kelas lewat sikit iaitu lepas rehat.
Awal lagi ni. Ada dua jam sebelum kelas. Sempat la nak kemas barang. Aku cari bilik aku. 208. Duaa..kosong..lapan.. manalah bilik 208 ni. Hah, dah jumpa! Aku ingat dorm. Rupanya bilik. Empat orang . hmmm not bad.. ada katil..almari..tempat belajar.. okay la. Aku pun kemas barang aku. Pasang cadar.pastu golek golek..guling guling atas katil. Yuhuuu~
usai kemas bilik. Aku keluar cari dewan makan. Laparrrrrr! Isi perut dulu. Perut kenyang, hati senang! Dalam 15 minit jugakla aku cari dewan makan ni. Alhamdulillah jumpa pun.
Tetiba aku dengar loceng bunyi. Dah waktu rehat ke? Aku tengok jam di tangan. A’ah laa. Dah rehat rupanya. Aku cepat cepat beli makanan dan duduk di satu sudut sambil perhati orang yang beratur ambil makanan. Suasana dekat dewan makan ni jadi bising bila ada budak potong barisan. Pastu berlaku aksi tolak menolak. Maka , ada la sorang budak ni tertumpahkan air kat lantai. Lahaiii budak budak ni.
Aku bangun. Dah siap makan. Pinggan dan gelas aku pegang. Terus jalan ke tempat letak pinggan gelas. Tengah jalan tiba tiba lengan aku dipaut . pastu tak sempat aku nak imbang badan, aku terjatuh bersama empunya badan yang paut aku. Tak lama lepastu pulak dengar suara menjerit macam Pontianak. Suasana tiba tiba senyap. Diam. Kalau cicak jatuh pun konfem boleh dengar ni. Aku dapat rasakan semua tengah tengok aku dan dia. Lagi hebat , sisa makanan aku jatuh atas dia. Patutlah menjerit sampai nak pecah anak tekak.
“woii perempuan! Mata kau letak kat mana? kat lutut?!”
Aku urut dada. Okay sini aku nak mengumumkan aku dah terkejut kuasa dua.
Terkejut sebab sepantas kilat aku jatuh
Terkejut sebab kena marah.
Eh kejap! Minah depan aku ni nak cakap aku yang salah ke camne?
“tapi awak yang paut lengan saya tadi. Sebab tu saya tak dapat imbang badan. Sebab tu saya jatuh. Sebab tu sisa makanan…”
Belum sempat aku habiskan ayat aku , minah depan aku menjerit untuk kali kedua. Haish..tak sakit tekak ke menjerit banyak kali? Nyaring pulak tu. Minah tu bangun sambil buat aksi geli ewwww~ aku pun bangun sekali.
“Alice…errr are you okay?” tetiba ada sorang perempuan tegur minah depan aku.
“you already seen me like this and are you expecting me to be fne?!” balas minah tu atau nama dia alice – sebab perempuan yang tegur tu ada mention tadi.
Huish. Orang Tanya baik baik , dia jawab macam tu pulak . kalau aku la..dah cili mulut minah ni.. Tanya pun salah ke? Tanya sebab care kot..dia boleh pulak jawab macam tu.
Alice pandang aku.
Mata dia kecilkan.
Dia langkah ke arah aku.
Kenapa pulak ni?
Sampai depan aku , dia cengkam pipi aku.
“kau memang perempuan tak guna. Kau sengaja nak jatuhkan aku kan. Nak bagi aku malu. Nak bagi aku nampak hodoh. Nak bagi aku nampak stupid…tak guna!”
Ehh? Terkejut beruk aku dengan minah ni.
Ni dah Terkejut kuasa tiga. Kalau aku jadi boboiboy, dah berpecah jadi tiga. Ah, merepek!
“taakkk..sayaa..sayaa..”
Belum sempat aku habiskan ayat, Alice stop aku.
“shut up! Jangan nak cari alasan!” tetiba Alice angkat tangan.
Waitttt..dia nak tampar aku ke? Aku pejam mata. Tak sanggup!
“enough!”
Aku bukak mata.
Eh , hero mana pulak ni?
“ tapi..tapi”
“I said ..enough is enough , Alice! You should change your clothes right now..”
Dia pusing dan pandang semua orang dan…
“semua masuk kelas. Drama dah tamat. Rehat pun dah nak habis.Now!”
Semua macam lipas kudung masuk kelas. Alice pun sama. Wow, hebat! Alice pun dengar cakap diaa. Siapa mamat ni?
“and you too”
“huh?” aku blurr.
“ buat apa tercegat kat sini lagi? Change your clothes and go back to your class.”
“errr..okay” aku jalan. Dia pun sama. Tapi arah lain. Aku kanan , dia ke kiri.
Baru dua langkah aku jalan , aku pusing balik .
“errrrrr…awakkk!” aku jerit sikit. Sikit je la. Sebab dia dah lima langkah belakang aku. Dia pusing. Angkat kening.
“ terima kasih !” kata aku seikhlas hati.
“untuk?”
“tadi.” Aku senyum.
“ I didn’t do it for you. Aku just tak suka drama drama murah takde pengajaran ni. Lagipun masa rehat dah nak habis.”
senyum aku mati.cisss! Berlagak punya orang. Tak boleh ke terima je bila aku cakap terima kasih? Aku pusing dan percepatkan langkah.
Aku tukar baju dan terus ke kelas. Bila dah jumpa kelas aku ketuk pintu dan bagi salam.
“oh ye..awak pelajar baru tu kan. Marilah masuk” kata seorang cikgu yang tengah mengajar. Dia tarik tangan aku dan minta aku berdiri depan kelas.
Aku senyum pada mata yang memandang aku. Al maklumlah, first day kenalah bagi good impression. Gitu~
“ amar dan acap , tolong ambilkan kerusi dan meja untuk kawan baru awak ni.”
Kata Cikgu Maznah ( aku nampak name tag dia).
Amar dan Acap terus bangun dari kerusi keluar dari kelas.
“ okay, silaa perkenalkan diri..”
“ hai, nama saya atilia kaisara binti zainal. Boleh panggil saya…”
Tetiba ada orang ketuk pintu kelas. Semua pandang termasuk aku. Eh? Mamat tu lagi.
“ maaf cikgu, boleh saya jumpa kai sekejap?”
“ kai??” suara cikgu Maznah kedengaran. Pelik.
“ yee..tu dia ” serentak dengan itu , dia tunjuk ke arah aku.
Aku pusing belakang. Takde orang pun. Eh aku ke? Sejak bila nama aku jadi kai ni?
Aku pandang dia pelik.
“ ohhhh..okay, lima minit je tau!” kata cikgu Maznah.
Aku tengah blurr tapi still jalan ke arah mamat tu yang tunggu aku kat luar.
“apa dia?”
“ nah..” dia hulurkan sesuatu. Eh, gelang aku tu!
“ jumpa kat mana?” Tanya aku selepas gelang bertukar tangan.
“ dewan makan.”
“ ohh..okay..by the way, how did you that’s mine?” tanyaku.
“teka je ”
Aku angkat kening sambil pakai gelang.Baru je aku nak pakai gelang tetiba mamat depan aku ni halang. Nak kena sepak ke?Aku pandang dia. Buat muka marah , acah acah tak puas hati.
“sini, sekolah..bukan rumah..aksesori dilarang pakai..sebab tu aku tahu ni kau punya. Semua orang tahu rules kat sekolah ni kecuali kau. Budak baru kan?” katanya.
“ohh..yup. baru masuk tadi. Oh ye..macam mana awak tahu nama saya?”tanyaku.
“tu..” mata nya tertancap pada tudungku. Oh lupa! Nametag aku. Nametag sekolah lama. Aku sengih.
“And thankyouuu..nasib baik awak jumpa.kalau tak , matilah saya..ni gelang mak saya tau..dia bagi kat saya tahun lepas..saya sayang sangat. Waktu tu , saya umurr…”
“ whatever..” katanya lalu pusing..
“terima kasih cikgu!” tunduk sikit dan selepas itu, dia blah. Whattt?! Speechless aku kat situ. Kurang ajar betul. At least bagi lah aku hint suruh berhenti ke. Menyampah ! aku masuk kelas.
“ kai, tu meja awak. Tapi tempat duduk awak belakang sekali dan takde partner.. takpe kan?”
“eh..takpee.takpe.saya okay je.” Aku senyum dan terus jalan ke tempat aku. Sebelum aku duduk,
“ err..cikgu!”
“ ye. Ada apa apa masalah ke?” Tanya cikgu Maznah.
“ err.. nama saya bukan kai”. Cikgu pandang aku pelik.
“maksud saya .. kai memang short form dari kaisara tapi..”
Belum sempat aku habiskan ayat, tetiba ada orang menyampuk
“ excuse me, do you really think I care whether your name kai or kaisara or what so ever. Sekarang ni kan waktu belajar..so pleaseeee..”
Menyirap darah aku bila tengok empunya badan yang bercakap. Saat itu , aku rasa macam aku boleh nampak nasib aku nanti. Malang! Sebab apa? Jeng…jeng…jeng.. si minah gedik a.k.a Alice satu kelas dengan aku.
“ Alice…” cikgu Maznah tak sempat nak habiskan ayat dia bila aku menyampuk
“ it’s okay cikgu.” Aku senyum. Aku terus duduk.
“ hai, saya Asyraf. Panggil Acap. Puteri sebelah saya nama dia khadijah. Panggil KD” kata lelaki depan aku. Fuh, At least , ada jugak yang tegur aku.
“ hai , saya kaisara” aku senyum.
“kalau panggil kai boleh? Kaisara is too long..hehe” acap sengih. Virus kai dah datang dah. Ni semua mamat tu punya pasal. Sesuka hati sesedap rasa panggil aku kai. Ahhhh, lantaklah! Kai pun kai la. Walaupun nama tu macam kejantanan sikit. Aku tunjuk simbol ok. Kami bertiga saling bertukar senyuman sebelum fokus dekat cikgu maznah yang tengah mengajar.
………………
Okay..satu round lagi..you can do it , kaisara! Habis sepuluh pusingan, aku rehat bawah pokok. Aku urut kaki yang lenguh. Sepuluh pusingan. Berlari dengan pakai baju kurung. Pada waktu tengahari. Panas terik. Sungguh tak diva. Huh!
aku kibaskan tudung. Panas! Tetiba muncul botol air depan aku. Eh? Aku pandang atas. Mamat ni lagi !
“ ambil lah.”
“kenapa?” dia angkat kening.
“kenapa aku perlu ambil ?” ulangku.
“sebab kau perlu. 10 pusingan. Takkan tak letih kot. Takkan tak dahaga. Ambil je la. Jangan risau. Aku tak bomohkan kau la..”
Aku ambil. Dengan rakus, aku minum. Tak sampai seminit, habis satu botol aku minum.
“ kau takde kelas ke?” Tanya aku.
“ kau?”
Eh aku Tanya dia.dia Tanya aku balik.
“ aku kena denda la.”
“ sebab?”
“ kenapa nak tahu?” aku bangun dan gerak tinggal kan dia. Beberapa langkah, aku pusing balik.
“ kalau aku cakap terima kasih , kau takkan terima jugak kan. As always. Well, bye!”
Aku nampak dia speechless. Tapi peduli apa aku. Malas nak layan. Aku masuk kelas balik. Masa dah nak habis.
“ atilia kaisara binti zainal , saya nak esok pagi sebelum perhimpunan semua homework saya dah siap. Faham ?”
“ okay madam.” Aku jawab lemah.
Lepas madam keluar , aku pergi dekat meja Alice.
“ mana buku aku?”
“ eh , takde dengan aku la. Kau cakap kau tertinggal tadi kan. Takkan la ada dengan aku pulak.”
“ kau jangan nak berlakon la. Tadi aku memang bagi dekat kau. Kau jangan sampai aku…” seraya itu , aku tumbuk meja Alice. Takde la kuat sangat. Nak gertak je. Tapi cukup untuk buat semua orang pandang aku dan dia.
“ aku cakap takde .. takde la!” Alice jerit. Serentak dengan itu , dia tolak aku lalu keluar kelas. Aku tengok ada lagi 3 orang perempuan ikut dia sekali. Huh!
Aku kembali ke tempat aku. kemas barang aku. Tetiba aku jumpa buku aku kat bawah meja. I was like whattt??? aku memang yakin aku bagi buku ni kat Alice. Takkan aku berimaginasi pulak.haish, si Alice ni memang nak kena dengan aku.
“kau okay tak?” Tanya KD.
“okay la. Walaupun pancit.huhuhu”
“ tak sangka kau mampu habiskan 10 round dengan badan kecik kau ni.” KD ketawa.
“well..ni kai laa..setakat 10 round tu apa lah sangat.” Jawabku bangga.
“ ecehhh..berlagak la pulak. Kalau aku jadi kau lah, aku skip jee. Berlari 3 round dah. Bukan madam kira pun kau berlari berapa round.”
“mana boleh.tu tak amanah namanya.”
“yelahhh..”
Perbualan kami tamat bila cikgu siti masuk. Pembelajaran diteruskan.
10 malam.
Tak senang duduk aku memikirkan apa aku nak buat dekat si Alice ni. Ingat aku akan lupa macam tu je ke? Ni atilia kaisara la..aku bukan pendendam tapi aku tak suka dibuli dan dikenakan. Once you touch me , you die! Haa..gitewww… aku ketuk pen dekat meja. Si KD kat sebelah aku tegur. Zombie dengan qie dah tidur.
“KD?”
“Hmmm?” mulut je bunyi. Tak pandang aku pun.
“aku tak boleh fokus la nak buat homework ni.”
“ why?”
“ aku geram dengan si Alice. Suka hati je dia sorokkan buku aku. Tak pasal pasal aku kena denda tadi. Walaupun aku agak pelik macam mana dia boleh sorokkan buku aku. Meja dia depan meja madam kot. Kalau nak sorok pun , mesti madam nampak.”
“ alaa..kau nak pelik buat apa..dia ada konco konco dia la..”
“ konco ? sape?”
“ Mila , Syasya and Jay”
“ serious? Oh patut la masa Alice jatuh kat dewan makan tu si Jay tanya Alice okay ke tak. Aku ingat dia takde kawan since dia tu garang macam harimau. Taktahu pulak diorang kawan baik”
“ hahahaha.. kau ni pun.. tapi aku rasa diorang berkawan dengan si Alice tu nak glamour je.”
“maksudnya?”
KD tutup buku. Menghadap aku.
“ Alice ni anak murid kesayangan cikgu disiplin kita. So apa apa yang Alice buat , ada cikgu disiplin yang back up dia. Means dia kebal la. Sebab tu semua orang takut dia. Takut nak cari pasal dengan dia. Because at the end , dia takkan kena hukuman pape eventhough dia salah”.
“Jadi sebab tu la si 3 kutu tu melekat je dengan si Alice even Alice perangai dia memang mintak penyepak ?”
“3 kutu ? hahahaha pun boleh.. ha’ah..”
“kesian nyaa..friends for benefits. Hmmm..sekarang ni aku kena fikir apa aku nak buat dengan si Alice ni. Ingat dia buat dekat aku..dia boleh terlepas macam tu je ke? Even dia dah buat aku hilang 10 kg harini aku tetap takkan maafkan dia.”
“ wehhh…lebih baik kau jangan buat apa apa. Ingat tak aku cakap dia kebal?”
“kalau dia kebal , aku untouchable. Once You touch me , you die!”
“ amboiii..siap ada slogan lagi..hahaha.. tapi be careful. Aku taknak kau tertangkap. Aku dah pesan awal awal tau.Jangan cakap aku tak nasihat. Jangan cakap aku tak sayang.”
“hahaha..yee laa..ye la..sayang eh? Baru beberapa hari kenal dah sayang?”
“ errr..no komen..hahahaha.. dah laa..jom sambung study.” KD buka balik buku. Tapi aku still termenung..hmmm nak buat apa ek? Haaa..! I got you.. tahu dah nak buat apa. Aku pergi dekat almari. Aku tarik luggage atas almari. Harap ada lah benda alah tu. Puas aku selongkar. Akhirnya aku jumpa. Yes! Tak sia sia aku bawak benda alah ni. Huhuhu..
Tunggu esok ye , alice!
…….
Satu…dua…tiga . dannn…
“arghhhhhhhhhhhhhhhhh!”
Macam Pontianak tercekik tulang minah ni jerit. Aku ketawa tapi dalam hati je. Kan kantoi pulak. Semua meluru ke arah Alice.
“ kenapa ni Alice” Tanya jay.
“tu..tuu..aku rasa ada something bawah meja aku. Lembik lembik macam tu.geli aku.” Tunjuk si Alice bawah meja dia. Seraya dengan itu , jay memasukkan tangannya ke bawah meja dan mengluarkan benda ‘lembik’ itu.
“arghhhhhhhhhhhhhhhhh!” kali ni semua yang tengok menjerit. Mostly perempuan la. Alice dah naik atas kerusi sambil pegang lutut. Jay campak ‘benda’ tu ke arah dinding. Mila dan Syasya dah berpelukan sesame sendiri. Yang lain speechless. Hahahaha.. suasana yang sangat kelakar bagi aku.
“ elehhh..ular getah je pun” kata kimi sambil mengambil ular plastik yang dah tercampak ke lantai.
“kauuu…kauuu..jauhkan binatang tu dari aku.” Jawab Alice.
“getah je pun. Bukan ular betul la Alice!” kata kimi.
“ aku tak peduli. Betul ke tak. Getah ke tak. Jauhkan!” jerit Alice.
Kimi sengih. Dia pandang Akim. Akim angguk kepala. Lepas tu dia campak ular getah tu ke arah Alice. Apa lagi menjerit la si Alice. Kalini Alice dah upgrade. Dia naik atas meja. Berdekah kimi dengan akim ketawa. Aku pun tak terkecuali. Lawakk, beb!
KD pandang aku. Dia angkat kening.
“ apa?” Tanya ku.
“ kerja kau kan?”
“ dah la. Jom pergi dewan makan. Aku dah lapar.” Aku tarik tangan KD dan keluar dari kelas.
“weiii.tunggu aku!” jerit Acap lalu tinggalkan geng lelaki yang turut sama ketawakan Alice.
Sampai di dewan makan , kami join zombie dan qie yang tengah sedap menjamah makanan.
“woi, makan tak tunggu kitorang pun eh!” kataku lalu mengambil tempat. Sebelah aku Acap. Depan aku KD ,zombie dan qie.
“ dah kau lambat sangat keluar. Kitorang lapar la.” Jawab zombie.
“Acap, kau tolong ambilkan makanan untuk aku boleh?” Tanya KD.
“boleh. Untuk kau semua boleh.” Jawab Acap sambil kenyit mata.
“poyo la kau ni. Dengan kai sekali.”
“eh , untuk aku sekali ke? Takpela. Aku boleh ambil sendiri” jawabku.
“ takpayah. Kau duduk diam sini. Aku pergi ambil untuk korang.” Kata Acap seraya bangun dari situ. Aku pandang KD. KD pandang aku. Semacam je dia tengok aku. Zombie dengan qie pun hairan.
“korang kenapa?” Tanya zombie.
“a’ah. Lain macam je. Saling pandang memandang. Jangan cakap korang lesbian pulak..” jawab si qie.
Seraya itu , Zombie dengan KD ketuk kepala qie memandangkan dia duduk tengah tengah antara diorang. Hah, ambik kau! Hahaha
“ amboiii..mulut! tak sayang ke?” jawabku.
“dah tu korang kenapa?” kata qie sambil gosok kepala dia. Elehh, bajet sakit sangat. Padahal bukan kuat pun si zombie dengan qie ketuk.
“entah si KD ni. Kau Tanya lah dia.” Kataku.
“ hah, kau kenapa KD?” Tanya zombie. Zombie,Aku dengan qie pandang KD.
“ sepatutnya korang Tanya kai. Bukan aku.” Jawab KD. Lepastu zombie , qie dan KD pandang aku pulak.
“ eh? Aku pulak. Kau tu kenapa?” kataku.hairan
“haishh.korang ni dah kenapa?! Sekejap Tanya KD. Sekejap tanya Kai. Stress aku.” Kata zombie.
“aku rasa kau patut cerita apa yang terjadi dalam kelas tadi, kai.” Jawab KD. Serius. Semua pandang aku.
“yelahhh..yelahhh..memang aku yang buat. Puas hati?” tanyaku kepada KD.
“japp..japp..apa yang jadi sebenarnya sekarang ni?” tanya qie lalu minum air. Dah habis pun makanan dia. Zombie pun.
“ aku nak balas dendam dengan Alice pasal semalam. Sebab dia sorokkan buku aku, aku kena denda dengan Madam Leha. So aku letakla ular getah bawah meja dia. The end.”
“ohhhh..aku dah agak dah” kata KD.
“ habistu apa jadi dengan Alice?” tanya qie
“ yang ni lawak. Mula mula dia naik atas kerusi. Lepastu dia upgrade naik atas meja lepas si kimi campak ular tu dekat dia kali kedua..hahahaha..”
“hahahahahaha… good job , kai! Aku harap aku ada kat situ..” kata si zombie sambil ketawa sambil ketuk meja.
“ apa yang kelakar sangat ni?” acap berkata sambil menatang dulang yang dipenuhi makanan.
“ pasal Alice tadi.” Jawab KD sambil mengambil makanan dari Acap. Acap mengambil duduk sebelah aku.
“ha’ah. Kelakar wehh muka dia tadi. Aku rasa macam nak rakam je.sape lah punya koje.” Kata Acap.
“sape lagi kalau bukan orang sebelah kau.” KD memuncungkan mulut ke arah aku. Acap pandang aku. Tak percaya.
“ seriously?! Kau yang letak ular getah tu ??”
“ well..kai kan. Setakat ular getah tu apa lah sangat..” jawab ku. Ketawa. Acap menunjukkan tangannya. Kekonon high five. Aku jeling lalu kami berdua ketawa. Aku pandang KD , zombie dan qie yang tetiba freeze. Kenapa?
“ohhh..rupanya kau lah yang letak ular tu eh?”
Ehh..macam kenal je suara tu..takkannn….
“alice!” serentak KD , zombie dan qie menjerit. Nice! Soalan aku dah pun terjawab. Belum sempat aku pusing , tetiba ada cecair atas kepala aku. What ?!
“ni hadiah untuk kau sebagai tanda terima kasih.” Kata alice sambil letakkan gelas yang selamat kosong atas meja.
Aku tengok mulut KD,qie dan zombie dah melopong. Aku lagilah. Terkejuttt beruk! Aku bangun dan tolak kerusi sampai jatuh. Menghadap Alice.
“ yes. Memang aku yang letak.” Jawab aku. Berani.
“tak guna punya perempuan!” serentak dengan itu Alice cengkam tudung aku. Nak gaduh ye? Ingat aku takut la. Aku tarik tudung dia ke belakang sampai nampak anak tudung. Macam makcik makcik dah tapi tak nampak la rambut.
“lepaslah bodoh!” jerit Alice.
“you should let me go first.” Kataku. Tegas.
Tangan kiri cengkam tudung aku. Tangan kanan cengkam bahu aku. Nice, alice!kami saling bertatapan. Hmmm..tiada tanda tanda nak lepas ni. Aku pun apa lagi, pijak kaki Alice sekuat hati. Menjerit lagi minah tu. Haaa..lepas pun!
“ kenapa ni? Kaii , Alice.ikut aku sekarang.”
Hmmm..mamat ni lagi. Kenapa lah dia selalu ada di mana mana. Menyampah pulak!
“ dia yang start dulu.” Ngadu Alice. Aku diam. Malas nak bertekak.
“ apa pulak kai yang start dulu. Kau yang datang pastu tuang air atas kepala kai.” Jawab zombie membela aku. Thanks zombie!
“tapi kai yang letak ular getah bawah meja Alice. So kai yang start dulu.” Celah mila.
“ kita settle kat bilik disiplin. Kai and alice ke bilik disiplin. Sekarang!” jawab mamat tu.
Aku jeling mamat tu dan blah dari situ. Sape mamat tu nak arah arahkan aku? I don’t give a damn la! Zombie, qie , KD dan Acap kejar aku dari belakang.
“Kai, tunggu lah kitorang”
“ kai, jangan lah jalan laju sangaat.”
“tulaa..penat kitorang kejar ni. Makanan dalam perut aku ni dah merungut tau. Dia pun penat sekali.”
Aku berhenti. Nak ketawa pun ada. Statement apa lah macam tu. Aku pusing.
“ kau nak ke mana , kai?” tanya KD.
“entah. Mana mana je. Tempat yang orang takkan jumpa aku. Aku nak tenangkan diri.” Jawabku.
“hah, jom!” heret zombie. Dia lead. Kitorang ikut je.
“ohh..kat sini lah kau lepak selama ni ye.” Kata qie sambil mengambil tempat duduk sebelah zombie. Aku sebelah zombie. KD sebelah aku. Acap sebelah KD. Kami semua memandang ke langit. Tempat baru untuk lepak. Makmal tingkat tiga yang kosong. Cermin yang menghadap ke arah tangki air pecah. Jadi senang untuk aku memandang ke luar.Kami duduk atas meja lab yang terletak di tepi tingkap. Makmal ni kosong dan tidak digunakan. Pelajar jarang datang sini sebab makmal terletak di wing B di mana jauh dari kelas. Di wing B hanya ada makmal ni, bilik stor , bilik LCD dan Bilik seminar dimana memang jarang manusia nak singgah sini.
“kai, kau okay tak? Tudung kau basah kot.” Tanya Zombie.
“okay je. Korang…”
“yee..” semua menyahut panggilan ku. Mata masih memandang ke luar.
“sape mamat tadi?” tanyaku.
“tu tengku shahzran. Presiden kita.”
“ohhh....dia macam mana orangnya?”
“dia..baik, caring , peramah dann..hensem” aku senyum dengar jawapan zombie.
“kau tak patut tau lari macam tu. Eventhough, shah tu baik tapi dia tegas. Kau patut dengar cakap dia.”
“ aku menyampah weh. Dimana mana asyik muka dia je aku jumpa. Bagi aku, Dia berlagak kekonon hero.”
“haish, jangan lah cakap macam tu. Semua orang suka dia tau. Dia bukan berlagak. Dia memang macam tu.”
“tapi aku…” belum sempat aku habiskan ayat tetiba acap bersuara
“korang..aku rasa kita patut masuk kelas. Dah sepuluh minit lewat ni” kata acap sambil lompat turun dari meja lab.
“jom! Nanti kita lepak sini lagi ye kai..” kata Qie. Semua dah start turun dari meja termasuk aku.
“korang masuk kelas dulu. Aku nak g tandas. Bersihkan tudung aku. KD, nanti kau gitau cikgu, aku masuk lewat.” Kataku kepada KD memandang kitorang sekelas. Zombie dan qie kelas lain.
“okay.” Dan kami pun berpisah. Keluar dari tandas…
“ikut aku ke bilik disiplin.” Aku pusing pada empunya suara. Mamat ni lagi! Dia sandar pada dinding. Tangan disilangkan. Dia tak pandang aku tapi pandang depan. Aku buat bodoh. Jalan melintasi dia.
“kalau kau tak ikut sekarang, aku akan make sure kau akan dapat hukuman berat.” Sambungnya. Guna kuasa nampak..Mentang mentang kau presiden ye.
Aku merengus. Aku mengalah. Akhirnya aku ikut dia. Di bilik disiplin, aku nampak alice duduk di kerusi berhadapan cikgu disiplin.
“duduk.” Satu patah perkataan keluar dari mulut cikgu disiplin. Aku duduk di hadapan dia. Manakala mamat tu duduk di sofa belakang aku. Aku pandang Alice di sebelah. Dia senyum sinis.
“ awak tahu kenapa awak dipanggil ke sini?” suara cikgu disiplin memecah kesunyian.aku geleng. Aku tahu tapi aku buat buat tak tahu.
“ sebab awak dah buat kesalahan besar. Awak tahu apa salah awak?” tanya cikgu lagi. Aku geleng untuk kali kedua.
“ sebab awak dah kenakan kawan awak, alice. Awak letak ular getah bawah meja dia. Awak mengaku salah awak?”
“yee..tapi …”
“tapi apa?!” serentak dengan itu cikgu hayun rotan atas meja. Terkejut aku.
“tapi saya hanya nak balas apa yang Alice buat semalam.” Jawabku.
“apa yang Alice buat kat awak?”
“diaa..dia..”” aku tak habiskan ayat bila cikgu disiplin sambung lagi
“kalau takda bukti jangan suka suka tuduh orang”
Aku diam. Kini aku mengerti apa yang KD maksudkan dengan kekebalan minah Alice. Dan aku pasti sekarang ni cikgu disiplin sedang cuba melepaskan Alice.
“saya takda bukti tapi Allah nampak semuanya.” Jawabku lemah.
“alasan!” kata cikgu disiplin. Aku pandang Alice. Dia senyum sinis. Nampak dia berpuas hati.
“haa..kenapa diam?”
Aku tunduk. Malas nak defend diri sendiri. Takda gunanya.
“awak ni..tak sampai seminggu kat sini dah buat hal. Alice, apa lagi dia buat kat awak?” pandangan cikgu teralih ke arah Alice.
“hmmm..dia pernah tolak saya cikgu.” Eh bila pulak aku tolak dia? Aku pandang alice dengan muka terkejut.
“kenapa awak tolak dia?”tanya cikgu disiplin.
“bukan tu saja cikgu. Dia..dia sembunyikan buku latihan saya.” Sambung alice. Dia buat buat sedih. Cikgu disiplin tengok aku. Muka macam nak marah je. Oh lupa! Alice kan pelajar
kesayangan dia. Bila pelajar kesayangan disakiti mesti cikgunya turut terasa. Aku speechless. Aku taktahu nak jawab apa. Sungguh hebat lakonan minah ni. Dasar drama queen!
Setelah hampir 35 minit berada dalam bilik disiplin akhirnya aku boleh keluar. Huh! Aku keluar dengan perasaan marah dan geram yang bercampur baur.
“kenapa diam” aku yang tengah jalan nak masuk kelas terhenti. Aku pusing. Mamat tu lagi. Apa yang dia tak puas hati lagi?
“why should I defend myself if what ever I said will be taken as an excuse?”
“but you did wrong”
“what if I’m not wrong?”
“letak ular getah bawah meja tak salah? Tolak orang tak salah? Sorokkan buku latihan tak salah?”
Aku pandang tepat mata dia. Dia pandang aku jugak.
“okay, fine! Aku memang salah sebab letak ular getah tu tapi aku tak to…”(aku nak cakap aku tak tolak dan sorokkan buku minah tu tapi…) kata kata ku dipotong.
“yang salah tetap salah kai. Jangan nak dalih by giving such an excuse”
“excuse? Hahaahaha..see..kau sama je dengan cikgu disiplin. Tak habis habis nak back up Alice yang dah terang terangan salah.”
“really? Alice salah? Aku tak nampak pun salah dia. Oaky, now tell me. Apa salah dia. Apa yang dia buat sampai dia deserve pembalasan dari kau.”
“sekarang baru nak tanya? Tadi beria sangat defend dia. Sorry tapi aku tak rasa aku patut explain everything to you since kau memang takkan dengar dan takkan terima.”
“tak patut explain? Kah! Nampak sangat kau bersalah. Mengaku je lah kau takde idea nak selamatkan diri kau kan?” berlagaknya mamat ni.
“whatever! Sebab aku tahu, tak kira apa aku cakap, kau tetap akan salahkan aku kan. So teruskan lah salahkan aku. Aku tak peduli. Sebab bagi aku sekarang ni, kau takde kredibiliti pun sebagai seorang presiden.Kau cari salah orang lain untuk backup orang yang salah. I hate you!”
Dan aku blah.
“ atilia kaisara , awak didenda untuk bersihkan tandas selama seminggu selepas waktu kelas”
Ayat cikgu disiplin masih terngiang di telinga aku. Aku mengeluh.
“ kau kenapa kai?” tanya KD
Dia pusing menghadap aku. Cikgu dah keluar lima minit yang lepas. Subjek terkahir hari ini. Semua orang tengah berkemas untuk balik.
“ aku kena denda. Bersih tandas selama seminggu. “ jawabku lemah.
KD terlopong. “Seriously?!”
“ kalau iye pun tutuplah mulut tu sikit.” Aku ligat kemas barangku. Bersiap nak kemas tandas pulak.
“aku pergi dulu.” Kataku usai kemas barang. Sampai depan tandas , aku letak beg. Aku sensing lengan baju. Ambil baldi kat tepi pintu dan mula mengemop. 15 minit kemudian aku siap mengemop. Oh,sakitnya badan aku! Selesai mengemop tetiba masuk 4 orang pelajar dengan kasut kotor. Aku membulatkan mata. Bila aku angkat kepala rupa rupanya Alice dan 3 kutu! Arghhhhh! Geramnya!
“opssss..sorry!kitorang nak guna tandas kejap!”
Ya Allah berilah aku kesabaran. Aku teruskan cuci sinki. Sudah selesai diorang gunakan tandas , diorang berdiri kat pintu.
“korang tahu tak ada tukang cuci baru kat sini?” – Alice
“oh ye ke?” – jay
“ ha’ah. I rasa memang sesuai dia jadi tukang cuci.” – Alice
“tulah. Takyah nak berlagak sangat. Sepatutnya jadi tukang cuci je. Ada faedahnya jugak. Daripada kenakan orang. Tulah balasannya.”- Mila
Berdesing telinga aku. Aku pusing dan bagi pandangan tajam kat diorang.
“jomlah kita balik. Nanti tak pasal pasal dia mengamuk.”
Huh, panas je aku rasa. Aku intai diorang pergi. Tetiba aku dapat idea. Toink! Toink! Aku perhati diorang turun sampai bawah. Ekceli tandas aku tingkat satu. Sampai je diorang dekat tempat aku aim. Haaa..aku curahkan air lebihan mop tadi.apa lagi, menjeritlah minah minah tu semua. Aku ketawa jahat…
“kalau berani naiklah atas balik. Aku ada banyak lagi lebihan air mop ni. Bolehlah kalau nak mandi untuk kali kedua.” Jerit aku.
“kauuuuu..!!!” Alice jerit geram. Aku angkat kening. \
“ nak lagi ke?”tanya aku. aku angkat baldi. Acah acah nak simbah air untuk kali kedua. Apa lagi si 3 kutu cepat cepat tarik Alice pergi dari situ. Elehhhh.. gertak sikit dah lari. Sambil hentak kaki pulak tu. Ingat comel? Fuh, nasib baik tak naik atas balik.
Dari jauh aku nampak Shah tengok apa yang aku buat dan aku senyum sinis. Aku buat mimik muka seolah olah aku cakap “ I don’t give a damn what you are thinking about me right now.”
Aku masuk tandas balik. Sambung cuci. Aku cuci sambil nyanyi. Hindustan pulak tu. Feeling betul! Hahaha
“ woiii makcik! Enjoy nampak.” Aku stop cuci.
“ eh KD..!ZOMBIE PUN ADA SEKALI! QIE PUN!!!” jeritku eksaited!
“jangan lupa acap sekali.” Tetiba tersembul kepala acap disebalik pintu.
“ini tandas perempuan la Acap . kau buat apa kat sini?” kataku.
“ alaa..waktu sekolah dah habisla. Let me help you too” acap sengih.
“ohhhh..korang datang nak tolong eh? Okay.. korang sambung apa yang aku buat. Aku nak rehat jap.” Aku hulurkan mop dan duduk telunjur kat luar sambil mengadap mereka.
“ kai , tapak kasut sape ni? Kotornya.” tanya zombie
“Alice dan si 3 kutu” jawabku.
“ mesti diorang datang sini nak kenakan kau lagi kan.” – Qie
“yee.. tapi don’t worry. Aku dah bagi pembalasan on the spot.” Jawabku sengih.
“ kau buat apa weyyy?” – KD
“ aku simbah air lebihan mop kat diorang.” – aku
“ you what?! Oh em gee..good job beb! Aku bangga ada kawan macam kau..hahaha” KD ketawa sambil jalan ke arah aku dan high five!
“ weyyy, nak tanya something boleh?” – aku
“ tanya jela apa yang kau nak tanya.”
“okay ke apa yang aku buat ni ?” – aku
“maksud kau ?”
“ balas balik perbuatan alice kat aku. Aku kadang kadang bukan nak balas sangat. Bukan nak jadi jahat tapi aku tak suka orang kenakan aku. Aku tak suka orang pijak kepala aku.”
“beb, bagi aku la . aku rasa kau patut balas balik apa yang Alice buat tu sebab sebelum ni takde orang pun yang berani lawan dia. Tu yang dia naik lemak. Aku rasalah kan mesti dia rasa insecure since kau je manusia pertama yang berani lawan dia”
“ tula..kau tau tak sebelum ni ada sorang budak ni tengah minum air. Aku taktahu la whether Alice tu sengaja atau tak tapidia langgar budak tu sampai tersedak wey. Kesian gila aku tengok budak tu. Budak tu cubalah nak lawan. Yelah sape je yang tak marah kan bila kena langgar sampai macam tu. Kau tahu apa yang dia dapat? Alice simbah air dekat dia.” Cerita Qie dan ambil tempat sebelah aku.
“ eh dia tu ada masalah mental ke apa? sesuka hati je buat orang macam tu. Habistu takkan takde orang yang tolong back up budak tu weyy?” soal aku tak puas hati.
“kan aku dah cakap Alice tu kebal. Sape je yang berani lawan dia.” Kata qie
“ada satu lagi…” qie menambah
“ jap..jappp.. si president tu tak tolong ke? Kau cakap president u kan baik, caring , penyayang pebenda semua..” kataku sambil julingkan mata ke atas.
“ nak tolong macam mana wey. Alice tu kan drama queen. Kalau orang innocent macam president u mestilah dia termakan dengan cerita Alice. Plus dia ada cikgu disiplin yang back up dia. Remember?” sampuk KD
“ ohhhhh…” –aku
“kai..” Zombie yang siap lap cermin datang duduk sebelah aku.
“yes my dear..” aku pandang Zombie
“ aku rasa kau kena hati hati lah pasni.” Zombie pandang aku.
“ kenapa?”
“ sebab Alice dah ‘mark’ kau tau. I means dia dah letak kau as an enemy.”
“ aku tahu.. dari first day lagi aku dah gaduh dengan dia kan. Aku tak faham lah dengan minah ni. Takleh move on lagi dengan kes dekat dewan makan tu. Padahal dia tarik aku sampai jatuh. Lepastu nak salahkan aku pulak. Haish.” Rungutku.
“bukan tu je kai. Aku rasa Alice jeles dengan kau lah kai.” Kata KD turut sama duduk sebelah aku.
“ jeles? Sebab ?” aku pandang KD.
“kau ingat tak waktu kau kena denda berlari kat tengah padang tu?” soal KD.
“yes . kenapa?”
“ waktu tu kan aku pergi tandas. Aku sakit perut. Aku duduk dalam tandas. Pastu tengah aku ‘ehem’ tu…”
“ehem?”
“berak la weyyy.. lahai takkan aku nak describe jugak. Pepaham sendiri dah la!” marah KD
“hahahahahaahahahahahaha…sorry beb! Okay okay sambung story kau balik.”
“ aku dengar ada orang masuk tandas. Aku sure tu suara Alice and the geng. Siapa lah yang tak cam suara diorang kan. Tutup mata pun boleh dengar.. diorang cakap macam ni tau..”
KD bangun . sedia nak tiru lagak Alice.
“ tak guna punya perempuan! Dah la serang aku dalam kelas . lepastu berani dia dekat dekat dengan Shah aku!”
“ wait..aku ingat! Aku serang dia lepas aku siap berlari kat padang tu.. oh rupanya dia ke tandas la. Aku taktahu pulak dia pergi mengamuk dalam tandas.”aku menyampuk.
“ pastu si jay pulak cakap … “salah kau jugak . yang kau sorokkan buku dia kenapa?” ”
“ aku sakit hati tau tak. Dia dah malukan aku tempoh hari. Takkan aku nak biar je. Mestilah aku kena buat sesuatu.”
“japp.. maksud kau , Alice jeles dengan kai sebab kai rapat dengan shah?” tanya Qie.
“ yes. Kau taukan Alice tu dah lama suka dekat shah. Shah je yang tak layan dia “ sambung KD
“ wey , sejak bila pulak aku rapat dengan syah ni?” aku menafikan.
“eleh, waktu kat padang tu shah datang kat kau kan. Aku nampak la. Waktu tu aku baru balik dari bilik guru.” Acap menyampuk.
“ sekali tu je weyy.. sekali tu je shah datang kat aku. Sesuka hati cop aku rapat dengan dia. Manusia…manusiaaa…” kataku sambil geleng kepala.
“ eleh..cakap jela kau ada something dengan dia kan..kan..kan..” usik Zombie
“ hello! Please la! Nak ada something dengan mamat tak guna macam tu? Baik aku pilih Acap.” Aku pandang Acap sambil angkat kening.
“ eh mana boleh. Aku dah ada KD..” Jawab Acap.
“ sejak bila kau dengan aku?” soal KD.
“sejak saya ukir nama awak dekat hati saya.” Kata Acap sambil kenyit mata.
“puiiiii!!!” – aku
“ bueeekkkkk!” – Zombie
“yeekkkkk!!!” – Qie
“ eeeeewwww~~~” – KD
“ qie..” aku seru qie
“ yes.” Qie pandang aku.
“ did you know what you just doing to me?” tanya ku.
“ hah? Aku ada buat salah apa? “ soal Qie . gelabah.
“awak dah QieKis (kikis) perasaan benci saya kat awakk. Yang tinggal hanya lah perasaan sayang. Macam mana ni?” aku ejek Acap. Ingat dia sorang je ke boleh buat pickup line? Aku pun boleh la. Serentak dengan itu Qie ketuk kepala aku.
Aku ketawa. tetiba teringat hari pertama aku jumpa KD , Zombie dan Qie. Aku tak sangka diorang akan terima aku secepat ni. Semuanya bermula bila aku masuk bilik lepas habis kelas.
“ kaiii…kau satu bilik dengan aku ke? Yeayyyy!” jerit KD sambil peluk aku kuat kuat.
“ sape ni KD? Dari luar dah dengar kau jerit.” Tanya dua orang perempuan yang baru masuk bilik.
“ korang , aku kenalkan ni kai. Kai, yang tinggi ni Zombie dan yang pendek terbantut tu Qie.” Kata KD memperkenalkan.
“ amboiii..terbantut ye..” kata Qie lalu memberikan ‘habuan’ kepada KD.
“wey, apeni main cubit cubit pipi. Sakit tahu tak ?” KD merengek.
“ habistu kau nak aku sepak kau ke?” soal Qie sambil acah acah nak sepak..
“ takkk..takkk..taknak.. cubit pipi dah okay.” Jawab KD.
Aku ketawa. Malam tu kami duduk dalam satu bulatan. Ice breaking lah kononnya.
“ nak tanya..kenapa panggil Zombie? Takde nama lain yang comel sikit ke?” tanyaku.
“ ekceli nama zombie ni bukan saja saja letak tau. Zombie ni kalau kau nak tahu dia seorang yang sangat kuat study. Dia kalau study sampai lewat pagi. Nanti kau saksikan lah sendiri. Lepastu esoknya dia akan bertukar jadi zombie dalam kelas..hahahaha” terang KD.
Aku menganguk faham.
“ oh ye.. korang satu kelas kan. Aku nak kasi warning awal awal dekat kau kai, ada sorang perempuan ni nama dia Alice. Dia makhluk paling mengada ngada atas bumi ni. Kalau kau boleh elak, kau elakkan lah ye.” Kata Qie.
“ nak elak macam mana. Dia satu kelas dengan aku, beb. Bermakna satu kelas dengan Alice.” Sampuk KD
“ oh ye ke.. satu je nak pesan- jaga diri. Kau mungkin akan jadi mangsa Alice seterusnya.” Pesan Qie.
“ dah jadi mangsa pun “ jawabku.
“ dia dah kena dengan Alice pagi tadi “ KD sambung.
“ aku harap kau sado lah untuk terima apa yang Alice buat kat kau nanti. Alice tu unpredictable.” Kata Qie.
“ woiii, apeni termenung!” kata Zombie yang Berjaya membawa aku ke alam nyata.
“ takdela.I just wonder how we can be close like this in less than one month” kataku
“Sebab kita ada chemistry”– qie
“Sebab kita satu kepala” - Zombie
“Sebab kita semua tak suka alice dan sebab aku rasa kau orang yang paling layak sedarkan Alice “ KD.
“Dan sebab korang sayang aku kan..kan..kan” aku sengih mengada.
“Buekk! Jom balik! Semua dah settle “ KD bangun. Aku pun. Qie jugak. Zombie pun turut bangun. Acap je yang tak bangun sebab dia berdiri dari tadi. haha
- Bersambung-
dh baca semuaaa cerpen dlm blog ni . x da langsung istilah ' boring' semua best semua buat fiqah jatuh cintaa π
ReplyDeleteklau boleh cepat cepat kn lah smbungan yee . mngidam mcm org mngndung dh ππ
ReplyDeleteKena mintak dengan flora rosie laa... hehe
Deletehahaha x pe sya snggup tunggu . sbb mls nk kluar dri blogger ni . dh bebuln x prnh search cer
Deletecerpen lain * .
DeleteFlora Rosie cpt la smbung. Sya X sbr2 nk bca sambungannya. Best tol la cerpen2 yg ad kt sini Walaupon lain writer. X pernah menghampakan.
ReplyDeleteBest sangat sambung lah lagi akak
ReplyDeleteAkak nak minta sambungan babysitter sang putra boleh?
Dah tak sabar
Bila akak ada waktu sambung lah te akak
Nak tengok diorang ada anak
Thanks akak
Best lah akak. Suh lah Flora Rosie buat smbngn lg. Dah lama menunggu ni. Pleaseee...
ReplyDeleteBest2...jgn tunggu lama utk sambung ye
ReplyDeletelmbt lgy erh nk smbung . gak sabr niy
ReplyDeletehai..taksangka ada yang suka cerpen yang membosankan ni..huhu
ReplyDeletemaaf saya busy minggu ni..insyaAllah next week atau awal bulan 4 saya sambung ye..thanks for reading..!
love, FR
memang memang memang suka punn.
ReplyDeleteAssalam ,salam perkenalan Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
ReplyDeleteAlhamdulillah... semua bagi feedback positif... ni buktinya ramaaaaiiii lagi writer2 hebat ada... hihihi. Teruskan berkarya semua, boleh la sya relax lebih sikit. Hehe... takdelah... apapon jgn putus asa and keep on writing...for those yg nak share karya jgn malu jgn segan sya boleh postkan...bru la tak sepi blog ni nanti.. hehe.. maybe one day bleh tkar jdi nma blog bersama ke.. kan? Bleh la jenguk blok Sarjen Pencerita juga... apa pun tq alllss...
ReplyDeletebest sgt2!..x sabar tunggu sambungan..hehehe
ReplyDeleteX best... Sorry
ReplyDeleteSis why cerpen Suami tolong lepaskan aku . Saya search tak jumpa?? I miss that cerpenπ
ReplyDeleteErm, sebab ada org kata cerpen tu tak elok untuk underage. Sya terpaksa hold cerita tu, sorry...
Deletealaaa sis syg la. klau baca cerpen lain lagi bnyak sence underage. biasa la tu nma pun dh cerpen.
Deletenak lagi cerpen ni sis. bgitau la kat kwn sis tu hehehe
ReplyDeleteAkk mna cinta monyet nye xde pun kisah cinta,mna smbungan nye?? Sedih arh cmni
ReplyDeleteJgn sediy... Flora Rosie busy skrg nii.. nanti dia sambung ya... sabar key... nnti ada la ksah cntanya.. akak pun x thu jln crite cerpen ni... in sha Allah nnti Flora Rosie update..sbar yaa...
Delete