Sunday, 26 February 2017

Cerpen : En. CEO (2)

#assalamualaikum... hyep!!! Hehe.. ok ni sambungan En. CEO. sbenarnya ni bkan part 2 pun, yg ni awalnya sya nak sekalikan je tapi sbb sya rasa pnjang sangat, sya kerat jdi dua part. Jemputlah baca... maaf jika ada kekurangan. Hope uollss enjoy la yeee..

-Alzai Sanara-


Selesai berbulan madu di Berlin, akhirnya Erry dan CK kembali kepada komitmen asal mereka seperti dahulu, iaitu kerja. Yang berbeza, sekarang komitmen mereka dah bertambah, perkara yang dahulunya menjadi nombor satu dah turun ke tangga dua. Sekarang ini, rumah tangga mereka ada di tangga pertama.

“sayang, have a nice day. Take care” ucap Erry setelah mencium dahi CK. CK menyalami tangan Erry dan pipi kanan Erry dicium sekilas. Erry tersengih bahagia dengan kucupan yang diterimanya.

“kalau sayang balik awal, call or text me okay, kalau tak boleh reach abang, contact Alif” pesan Erry lagi dan turun untuk membuka pintu kereta kepada CK.

“alright captain! Now, may I leave?” soal CK masih lagi di dalam kereta sambil memandang Erry yang sedang memerangkapnya keluar daripada kereta.

“I miss you already” luah Erry dengan wajah paling sedih dia ada. CK tergelak perlahan dan keluar dari kereta.

“have a nice day and be a good CEO ok?” Erry kembali tersenyum mendengar pesanan Ck. Dia segera anggukkan kepala dan bersandar pada kereta untuk melihat CK masuk ke dalam bangunan ke studionya.

Sara > I miss you already too, see u soon

Text di hantar dan CK dengan bahagianya menekan lif untuk ke tingkat tujuh di mana studionya berada. Senyuman CK tak pernah padam dan dia rasa sangat bersemangat untuk memulakan kerjanya hari ini. semoga semuanya berjalan lancar, doanya dalam hati,.

 

 

 

CK siapkan beberapa kertas kerja yang perlu dan dia masih lagi mendapat siulan dan usikan dari rakan sekerjanya, tapi dia buat derk aje, bukannya boleh layan mereka semua tu. CK tekun menyiapkan kerjanya sebab kalau boleh dia nak lunch dengan Erry hari ini.

“CK, gambar kahwin kau dah siap, nak tengok?” soal Rizal sambil tersengih lebar da CK berhenti daripada melakukan kerjanya.

“boleh tak kau postkan ke rumah aku, aku nak tengok sama-sama dengan Erry”

“okay! Address baru kau, yang kau bagi hari tu kan?”

“yup! Thanks Rizal!”

“beres!” Rizal beredar untuk menguruskan apa yang diminta CK dengan segera.

CK hilang focus lagi sekali bila ada ketukan di pintunya, setelah dia mengarahkan masuk, masuklah dua orang ke dalam ruangan kecilnya.

“CK, ni pelajar praktikal yang apply hari tu,Adreanna or Adrea.”

“oh, ya! Terima kasih Nina. Adrea, boleh awak duduk jap, saya nak kena siapkan kerja sikit” ujar CK sambil tersenyum manis dan Adrea hanya anggukkan kepala sambil tersenyum.

CK teruskan kerjanya yang tergendala seketika dan dia berhenti menaip di komputernya bila telefonnya berdering menandakan ada mesej yang masuk. CK tinggalkan sekejap kerjanya dan membaca mesej itu. senyuman dia terukir lebar.

Erry > sayang, lunch together?

Sara > erm, I want to, but I cant. Sorry…

Erry > why? Busy?

Sara> yup! I really really2 want to, but I need to do something. But, at 2 im free

Erry > at 2 then. See u. love u. muachhh

CK tak dapat sembunyikan senyum bahagianya dan segera dia menaip ‘love you too’ kepada Erry sebelum silent kan telefon dan letakkan di dalam laci. CK pandang Adrea yang sedang memerhatinya dan dia malu sendiri sebab dah terbawa dengan suasana.

“ok, it almost lunch. Awak sibuk ke pukul satu nanti?”

“tak”

“boleh saya semak borang awak pukul satu nanti? Lagi 15 minit. Saya panggilkan kawan saya untuk bawa awak sekitar studio”

“okay.”

“good, follow me” CK bangun dari kerusinya dan menuju ke pintu, dia panggilkan Nina dan minta Nina tolong apa yang patut.

CK kembali ke kerjanya dan secepat mungkin dia habiskan kerja yang dia perlu lakukan. Pukul dua nanti dia ada date dengan suami pulak! Nak solat lagi.

Selesai kerjanya, CK segera menilai borang Adrea dan setelah semuanya ditandatangan dan di sahkan, CK memberi penerangan ringan kepada Adrea mengenai kerjanya nanti. Adrea mendengar dengan tekun dan mencatat beberapa info penting yang diberikan oleh CK. Selesai semuanya, jam sudah menunjukkan 1.45 petang. CK beredar ke ruang solat untuk solat zuhur.

 

 

Erry mengunyah biskut yang ada sementara menunggu pukul dua petang. Memang dia dah lapar sangat sebab pagi tadi dia memang sibuk dengan meeting. Tapi, disebabkan sabar dan nak makan bersama isteri tersayang dia sanggup makan biskut untuk mengisi perut. Dia tahu, kalau CK tahu pasti dia dimarahi.

Zaidan yang baru sahaja pulang lunch hanya mampu gelengkan kepala melihat kawannya yang khusyuk makan biskut sambil menonton sesuatu di you tube. Jangan terkejut kalau dapat tahu yang Erry suka tengok kartun, terutama sekali kartun yang berkaitan dengan game, fight, dan sport.

“Zii! Kau nak pergi Jepun next week kan?” soal Erry tanpa memandang Zaidan. Zaidan pun pelik bila tahu yang Erry sedar dia masuk dalam pejabatnya.

“yup!”

“belikan aku komik last Naruto” pesan Erry dan Zaidan hanya angukkan kepala setuju. Dah kenal sangat dengan perangai Erry.

“dah solat ke?” soal Zaidan pula.

“dah! Nak tunggu pukul 1.45 ni, nak pergi studio Sara”

“oh. Kirim salam kat dia. FYI, dah 1.50”

“what?! Alamak! Dah lambat!” laju je Erry beredar tanpa matikan komputernya. Zaidan tersengih sendiri sebab jam baru sahaja menunjukkan 1.35 petang. Zaidan duduk di kerusi Erry dan matikan computer sebelum dia berlalu ke ruang solat.

 

 

 

CK tersenyum bila melihat Erry sudah menunggunya di restoren yang mereka berjanji untuk berjumpa, langkah kaki dilajukan sedikit untuk segera berjumpa dengan Erry. Belum sempat CK menegur, Erry terlebih dahulu memotongnya.

“dah lama ke sampai?” soal CK dan duduk di kerusi yang ditarik oleh Erry untuknya.

“tak lama pun. Abang dah order untuk sayang”

“thanks.” Ucap CK dan meneguk air yang ada di atas meja, hanya makanan mereka yang belum tiba.

Suasana hanya diam dan tenang sepanjang masa makan mereka kerana tak ada yang untuk dibincangkan. Sesekali CK memandang Erry yang sedang merenungnya. CK buat tak tahu dan teruskan makan.

“dinner nanti abang nak makan apa?” soal CK membuka mulut.

“erm, mama ajak makan rumah dia, macam mana?”

“ok! Tapi, Sara rasa baik abang pergi dulu rumah mama. Sara ada kerja sikit dekat luar lepas ni, siap je kerja, Sara direct pergi rumah mama”

“oh, jadi kita tak balik sama-sama?” soal Erry seakan kecewa dan CK tergelak dan memegang tangan Erry yang berada di atas meja.

“abang, jangan buat muka merajuk macam tu”

“mana ada merajuk. Abang habis kerja awal hari ni” gumam Erry perlahan dan membalas pegangan CK.

“erm, kalau macam tu abang ikut Sara la. Sara ada shoot dekat bangunan lama tu”

“betul ni?” soal Erry kembali ceria. Sara gelengkan kepala sekali sebelum anggukkan kepalanya pula.

“kalau baju abang kotor, kasut kotor, ada nyamuk, jangan nak merengek” pesan Sara awal-awal sebab dia masih ingat lagi saat mereka pertama kali rock climbing, Erry merengek tak ingat dunia bila pakaian dia kotor dan nyamuk banyak sangat.

Erry tayang muka tak berpuas hati bila  CK ungkit perkara masa lalu yang memalukan dirinya. Erry meneguk airnya dan pandang ke arah makanannya yang telah habis.

“merajuk lagi. Sara pesan je” CK tak ada niat untuk memujuk Erry hari ini, malah dia rasa seronok juga kalau dia mengusik Erry sekali sekala.

“ya la, abang tak cakap apa-apa pun nanti” Erry mengalah.

“good. Abang nak datang ambil Sara dulu ke?”

“yup!” Erry kembali ceria semula. Senang sungguh nak puaskan hati Erry ni sebenarnya.

 

 

 

Hari yang sangat memenatkan bagi CK adalah hari ini, dia terpaksa datang kerja sendiri kerana Erry berada di luar negeri di atas urusan kerja yang penting. Sudah dua hari Erry pergi menyebabkan CK rindukan kehadiran Ery yang suka mengusiknya.

 CK ke keretanya untuk bersedia kembali ke rumah mereka. CK yang baru sahaja masuk ke dalam kereta terpaksa keluar semula bila melihat satu envelope berwarna coklat di selit di cermin keretanya.

“amboi Rizal ni, kat sini jugak dia hantar gambar ni semua” CK tergelak perlahan dan masuk semula ke dalam kereta sebelum memandu pergi.

Sebaik tiba di rumah, CK letakkan letakkan semua barangnya di ruang tamu dan masuk ke bilik untuk mandi. Selesai bersihkan diri dan siapkan beberapa kerja rumah seperti menggosok baju dan membersihkan biliknya dia kembali semula ke ruang tamu.

“ok! Jom mula kerja!” CK membuka laptopnya dan membuka envelope yang disangkanya kiriman Rizal.

CK kaku apabila melihat gambar-gambar yang ada, memang gambar yang cantik dan jelas, Cuma, objek di dalam gambar itu yang mengejutkan CK. Satu persatu gambar di tangannya jatuh ke atas lantai dan dia terpaksa menarik nafas dalam-dalam untuk elakkan menangis.dia beristighfar dan membuka envelope itu dan menjumpai sehelai kertas yang ada tulisan. Dia membacanya.

 

-Mesti kau kecewa gila kan? Suami kau curang! Well, dia lelaki berkemampuan dan kau bukan sesiapa. Boleh kalau kau nak siasat gambar ni, maybe fake, but you know this stuff better. Kalau tak percaya, boleh call suami kau, dia stay dekat hotel mana. Good luck!-

 

CK mengutip semula gambar yang terjatuh tadi dan dia pasti gambar itu benar dan lelaki yang sedang dipeluk itu adalah suaminya sendiri. Siapa perempuan tu? CK tak pasti. Gambar mereka berpelukan di depan sebuah hotel menyebabkan CK rasa ingin menangis tetapi dia cuba untuk fikir yang baik-baik, walaupun tak ada sebenarnya.

 

 

Sekembalinya Erry dari luar negeri langsung tak mengembirakan CK malah, CK rasakan dia ingin melarikan diri daripada Erry. Dia tak nak hukum Erry macam tu je tapi dia takut nak dengar penjelasan daripada Erry. Macam mana kalau semua tu benar.

“sayang, malam ni tidur studio lagi ke?” soal Erry sambil mengikut CK ke pintu rumah. CK sudah bersedia dengan alatannya serta barang yang dia gunakan untuk bermalam di studio.

“ya” jawab CK sepatah dan letakkan barangnya di dalam kereta.

“nak abang hantarkan?” soal Erry dan membukakan pintu kereta untuk CK.

“tak perlu. Sara pergi dulu” Sara senyum nipis sebelum masuk ke dalam kereta.

Tangan yang Erry hulur untuk bersalam dengan CK langsung CK tidak perasan. Erry sedikit sedih tapi dia cuba positifkan diri dengan berfikir yang CK tidak sengaja. Dia berdiri di situ sehingga kereta CK hilang dari pandangannya.

Paginya, Erry bangun di katil besar itu seorang diri lagi. Dah dua hari. Dia siapkan sarapannya sendiri, solat subuh seorang diri. Kini, dia rasa sangat sunyi. Waktu untuk berjumpa dan bersama dengan CK langsung tiada. Dia fikir yang CK memang sibuk dengan kerjanya tapi dia kecewa, CK lebih pentingkan kerja daripada dirinya. Terkadang dia rasa ingin menangisi semua itu.

Hilang focus, itulah yang terjadi kepada Erry ketika ini, kerjanya langsung tak dapat diselesaikan, malah meeting juga dia seakan lost dan tak beri perhatian penuh. Zaidan masuk ke pejabat Erry setelah sebuah meeting selesai, agak risau bila Erry seakan mempunyai masalah yang besar.

“talk!” arah Zaidan tegas dan duduk di kerusi di hadapan Erry,

“what?” soal Erry perlahan.

“kau okay?” soal Zaidan kali ini dengan nada yang lebih lembut.

“Kaisara” jawab Erry perlahan dan alihkan matanya daripada memandang Zaidan.

“gaduh?”

“no. she…is different”

“means? Change?”

“yes” jawapan Erry buatkan mereka berdua sama-sama diam, sehinggalah Alif masuk untuk serahkan dokumen kerja kepada Erry.

“boss, sorry, tapi tadi saya terdengar boss dan En. Zaidan borak. Sebenarnya, masa boss outstation hari tu, Pn. Sara call, Tanya hotel mana boss stay. Bila saya jawab dia macam kecewa sangat, then dia matikan je. Tak sempat saya nak tanya kenapa” jelas Alif.

Zaidan dan Erry keliru dengan apa yang Alif ceritakan dan mereka tak tahu apa kaitannya. Mungkin ada, mungkin jugak tidak.

 

 

“CK!” panggil Rizal lebih kuat bila CK seakan hilang dari jasadnya.

“ya?” soal CK perlahan.

“kenapa ni? Kau macam ada masalah je?” soal Rizal sambil memandang CK dalam.

“kau rasa, logic tak kalau Erry curang?” soal CK resah, tangannya bermain dengan pen yang ada di atas meja. Rizal terpaksa duduk bila mendengar soalan yang boleh dikatakan kurang waras pada telinganya.

“kau ni biar betul? Dari dahi Erry lagi aku boleh nampak yang dia tu mamat setia hujung nyawa!  Kau mengarut apa ni?” soal Rizal kembali, seakan tak puas hati dengan soalan CK.

“ni” CK keluarkan envelope coklat itu dan Rizal membukanya. Beberapa keping gambar dikeluarkan begitu juga dengan sekeping surat. Langsung tak ada wajah terkejut pada wajah Rizal. Dia hanya tenang.

“kau percaya macam tu je?” soal Rizal tegas.

“habis tu?”

“CK, kau jangan nak buat conclusion sendiri. Kau dah tanya Erry? Belum kan? Tanya dia dulu!” marah Rizal dan CK bersandar lemah pada kerusi.

“kau tengok kan drama, semua ni akan mencetus pergaduhan je. Ketuk kepala kau sikit dan fikir benda yang waras untuk buat. Bukan larikan diri dan hukum Erry macam tu je. Faham?” soal Rizal tegas dan CK hanya diamkan diri.

“faham tak?” soal Rizal lagi dan CK anggukkan kepala lemah.

“now!” arah Rizal dan CK terpaksa bangun dari kerusinya dengan segera, sebelum dia keluar dari biliknya bersama barang-barang yang perlu dia bawa, dia pandang Rizal dsambil tersenyum.

“thank you”

“thanks me after all of this finish. Go!” arah Rizal lagi dan Ck tersengih sebelum berlari anak untuk pergi.

 

 

CK menuju laju ke bangunan pejabat Erry dan sebaik tiba dia segera berlari ke lif untuk naik ke aras pejabat Erry. Beberapa pekerja Erry yang mengenalinya menegurnya dengan hormat dan sopan. Dia hanya mampu tersenyum kerana tak sempat untuk membalas.

“abang!” CK terus menolak daun pintu dan dia malu sendiri bila Erry bersama dengan seseorang di dalam pejabat itu.

“sayang, kenapa?” soal Erry dan segera bangun dari kerusi untuk mendapatkan CK yang kelihatan penat.

“erm, nak cakap sikit. Tapi, Sara boleh tunggu”

“oh, erm…”

“tak apa En. Qushairy, saya akan siapkan kertas kerja sebelum minggu depan. Saya minta diri dulu. Puan”

“ok. Terima kasih Syafiq” CK sengih sebaris kepada pekerja Erry dan melihatnya keluar dari pejabat itu sebelum kembali kepada Erry.

“ya sayang, kenapa?” soal Erry dan menarik CK untuk duduk di sofa.

“sebelum tu, Sara nak minta maaf sangat-sangat sebab dah layan abang dingin sangat” CK merendahkan kepalanya dan matanya mula berair. Erry senyum dan mengangkat dagu CK supaya memandangnya.

“its okay”

“abang, mungkin abang akan terkejut sama macam Sara terkejut. Tapi, Sara nak abang terangkan pada Sara” CK keluarkan envelope dan hulurkan kepada Erry. Erry berkerut sedikit sebelum membuka envelope itu dan melihat isinya. Dia juga terkejut.

Wajah Erry bertukar serius dan memerhati gambar-gambar itu dengan wajah yang tajam dan agak menakutkan.

“abang” panggil CK lembut dan menyentuh kedua pipi Erry. Risau melihat raut wajah Erry.

“siapa? Siapa yang hantar gambar ni?” soal Erry tajam. Ck genggam tangan Erry dan menciumnya sekali.

“tak tahu, ada orang selit kat kereta.”

“sayang percaya semua ni?”

“no! Sara tak percaya, tapi Sara keliru. Sebab tu Sara nak abang jelaskan pada Sara”

“Alif!” CK terkejut bila mendengar Erry menjerit memanggil nama Alif, dan Alif segera masuk dengan wajah risau. Bukannya pernah Erry menjerit memanggilnya selama ini.

“ya boss?”

“gambar ni” Erry tunjukkan gambar yang bersepah di atas meja kepada Alif. Alif maju dan melihat gambar-gambar itu, dia juga sepertinya tekejut.

“boss, ni memang hotel yang sama boss stay hari tu tapi gambar ni, dah lama. Boss ingat tak yang tiba-tiba ada perempuan datang dan peluk boss tu, tahun lepas rasanya. Yang dia kata boss kekasih dia dalam keadaan mabuk” terang Alif dengan cepat.

“kalau boss tak ingat, kita boleh call hotel sana dan minta rakaman CCTv hari kejadian” saran Alif cekap seperti biasa dan kali ini Erry mampu bernafas lega semula. CK juga sudah mampu tersenyum.

“sayang, I love you so much! Abang tak akan buat kerja bodoh tu” Erry genggam erat tangan CK. CK senyum dan anggukkan kepalanya tanda mempercayai apa yang diberitahu oleh Erry.

“Alif, siasat siapa yang kirim gambar ni dan aku nak kau dapatkan rakaman tu” arah Erry tegas dan Alif segera beredar untuk melakukan kerjanya.

“Abang, dah selesaikan?” soal CK lembut.

“no. sayang, siapa yang buat semua ni memang nak runtuhkan masjid kita. Abang tak akan biarkan orang macam ni lepas macam tu je”

“ok. Sara ikut je. Maafkan Sara” pinta CK pula.

“no, thank you for discuss it with me before you jump to any conclusion”

“hmm, thanks to Rizal actually. Dia yang marah Sara, minta Sara discuss dengan abang” Sara lega yang semuanya sudah terjawab sekarang dan dia percaya, percaya pada Erry walaupun bukti belum lagi muncul depan mata dia.

 

 

CK baru sahaja selesai penggambaran terbarunya dan dia juga baru sahaja menandatangani beberapa projek baru, Alhamdulillah, rezeki dia semakin meningkat dari hari ke hari. Rumah tangga dia dan Erry juga bahagia.

“CK! Ada orang cari”

“okay!”

“Adrea, take over okay. Saya paling suka angle awak dari sisi, so cuba shoot model ni” pesan CK sebelum berlari ke ruang hadapan untuk berjumpa dengan orang yang ingin berjumpa dengannya.

“En. Rahim” sapa CK agak terkejut dengan kemunculan tuan bangunan yang dia sewa itu. setahunya, sewa untuk bulan ini dia telah lunaskan dan tak ada apa-apa masalah yang dia ingin laporkan.

“CK, boleh kita bincang sekejap?” soal En. Rahim dengan nada serius dan CK mempelawa tuan itu masuk ke biliknya.

En. Rahim dan CK sama-sama saling memandang sementara menunggu seseorang untuk membuka mulut dan mulakan perbincangan ini. CK masih lagi blur dengan tujuan En. Rahim ke studionya hari ini. mesti ada masalah.

“CK, bulan depan awak kena keluar dari bangunan ni” bukan kepalang terkejut yang CK terima dari berita ini. kenapa?

“kenapa? Kontrak sewa kita ada lagi beberapa bulan kan?” soal CK mula tidak senang duduk dan suaranya juga mula meninggi.

“maafkan saya CK, ada orang beli ruang ni”

“tapi, encik tak boleh buat kami macam ni. Kami bayar sewa setiap bulan dan tak pernah beri masalah pun” protes CK cuba untuk pertahankan haknya.

“saya minta maaf, tapi buyer dah bayar deposit untuk ruangan ni” tambah En. Rahim lagi. CK kecewa sangat bila dia terpaksa hadapi semua ini dalam keadaan yang terdesak macam ni. Bukannya senang nak dapat sewa tempat baru yang sesuai.

“apa ni encik, saya dah nak cukup duit untuk beli studio ni” CK cuba untuk merayu tetapi semuanya hanya tinggal rayuan dan sia-sia sahaja.

“maafkan saya CK, saya harap, awak dapat kosongkan tempat ni dalam masa dua minggu”  dengan itu En. Rahim bangun dari kerusinya dan meninggalkan tempat itu.

CK memangku kepalanya dengan kedua tangan dan dia menutup mata rapat dengan harapan apa yang dilaluinya sekarang hanyalah mimpi buruk. CK ingin menjadi seorang yang kuat tetapi air mata dia tetap mengalir laju. Baru sahaja mereka ingin berasa senang, sekarang ada masalah lagi.

“CK! Betul ke apa yang…” Rizal, Nina, Hanis, Azam dan Adrea hanya diam bila melihat wajah menangis CK.

Nina dan Hanis cepat-cepat maju dan memeluk CK yang sedang menangis. Perlahan-lahan yang lain maju dan berdiri di depan meja CK dengan rasa hiba. Mereka baru sahaja nak up, sekarang dah jadi macam ni. Nak cari tempat sewa yang sesuai bukannya senang, semuanya memerlukan masa dan duit.

 

 

 

Erry dan Zaidan yang baru sahaja selesai bermain golf dengan client minum petang bersama dan berbual mengenai hal kerja. Kemudian telefon Erry berdering dan dia segera menjawabnya, kerana panggilan itu dari studio CK.

“sayang” sapa Erry ceria bila dah berada sedikit jauh dari meja mereka tadi.

“Erry, ni Rizal”

“ha?” Erry diam sekejap sebab malu dah tersalah panggil orang. Tu la, bukannya nak beri salam dulu.

“CK”

“kenapa dengan CK?” soal Erry risau.

“baik kau datang sini sendiri”

“okay!” Erry segera mematikan telefon dan menemui Zaidan bersama client mereka.

“Mr. Liew, I have to go. My wife needs me”

“okay. See you soon”

“nanti call aku” pesan Zaidan dan Erry hanya anggukkan kepala sebelum beredar dengan pantas.

Erry memandu dengan selaju yang dia mampu, namun jalan di kota memang terbatas dan dia hanya mampu bersabar untuk tiba di studio CK. Dia tak tahu apa dah jadi, tapi dia sangat risaukan CK sekarang ni. Entah apa yang terjadi padanya.

Erry tiba di studio CK dan dia terus masuk dan melihat CK yang sedang duduk di sofa sambil memeluk lutut. Matanya, wajahnya merah kerana menangis. Erry segera mendapatkan CK dan memeluk isterinya yang sudah lemah itu.

Dia pandang Rizal meminta jawapan dan Rizal ceritakan semuanya dengan perlahan. Erry meraup mukanya dan memandang CK yang berada di dalam pelukannya. Semua orang mula beredar dan kemaskan beberapa benda yang boleh disimpan. Jelas semua orang juga sedih dengan berita itu.

“sayang” panggil Erry lembut dan CK segera memandang wajah Erry. Air mata diseka dengan cepat.

“sorry, Sara tak ada niat nak susahkan abang”

“hey, jangan minta maaf. Abang akan ada untuk sayang” Erry usap lembut belakang CK.

“sayang, abang akan belikan studio baru untuk sayang. So, don’t worry” pujuk Erry dan CK tergelak kecil sebelum anggukkan kepala. Dia sendiri bingung kenapa dia perlu break down sampai macam tu sekali.

“sorry” pinta CK lagi dan kini giliran Erry ketawa perlahan.

“dalam bangunan pejabat abang, ada satu ruangan kosong yang lebih besar dan cantik dari studio ni. Abang tahu sayang bermula dari sini, tapi tak semestinya selamanya di sini. Abang boleh sewakan sayang ruangan tu. Nak?” pujuk Erry sakan dan CK kembali ceria.

“kalau sewa mahal, Sara tak mampu” gumam CK perlahan.

“tak apa, sewa tu cukup dengan cinta sayang je”

“poyo la. Sara akan bayar dengan duit dan cinta sekali. Pakej”

“as you wish sayang” Erry cium jemari CK yang sejuk.

“thank you” bisik CK sebelum bangun dari sofa dan menarik nafas dalam-dalam. Dia melihat wajahnya di dalam cermin dan ketawa kerana rasa lucu dengan wajahnya sendiri. Erry ikut sama ketawa bila melihat isterinya kembali ceria.

“guys! Kita dah ada studio baru! Thanks to En. Qushairy!” jerit CK ceria dan berlari anak di dalam studio itu menuju ke tempat kawan-kawannya yang sedang mengemas barangan mereka.

 

 

 

CK berpuas hati dengan ruangan yang jauh lebih luas, cantik dan selesa jika dibandingkan dengan studio lamanya, tetapi dia tetap sayangkan studio lamanya yang saksi kepada jatuh bangun mereka semua. Apa pun, semua orang bahagia dengan studio baru ini. Erry telah menjemput orang masjid dan beberapa pekerjanya untuk solat hajat di ruangan itu sebelum CK dan teamnya menggunakan studio itu secara rasmi.

“semua barang dah pack ke?” soal CK kepada kawan-kawannya.

“mostly dah bawa keluar, tapi ada lagi. Macam set sofa, kerusi dan meja. Kena hire orang untuk pindahkan semua tu” jawab Rizal dan CK anggukkan kepala perlahan.

“sayang nak abang uruskan?” soal Erry mempelawa diri untuk menolong tetapi cepat-cepat CK menolak. Yang lain dah anggukkan kepala bahagia tapi bila melihat CK menolak mereka kecewa sedikit.

“pemalas betul korang ni! Kita pun kena la kerja jugak” marah CK menyebabkan mereka ketawa sahaja, bahagia sungguh bila ada orang terlajak baik hati macam Erry ni.

“alah, bukannya cik abang kau pun yang angkat” usik Azam dan CK fire balik dengan jelirkan lidahnya.

“abang boleh call...” sela Erry mencuba lagi.

“its ok abang, dah banyak sangat abang tolong. Yang tu Sara sendiri akan uruskan”

“if you said so. So, welcome to your new studio guys” ucap Erry kemudian kedengaran bunyi seakan sesuatu meletup. Semuanya gara-gara Zaidan, Alif dan Erina yang datang untuk memeriahkan sambutan.

CK segera berpelukan dengan Erina, tak cerita eh, yang mereka berdua ni dah jadi terlajak rapat sehinggakan sanggup tinggalkan Erry dan Zaidan semata-mata untuk keluar bersama. Hahaha. Seperti biasa, Zaidan dan Alif tak datang dengan tangan kosong. Mesti ada makanan ringan untuk mereka semua.

 

 

CK dan Erry isi masa lapang hujung minggu mereka untuk bermain beberapa jenis game yang baru dibeli, kalau tidak keluar untuk bersukan. Baru sahaja selesai bermain PS2, CK ajak Erry untuk berlawan Carom dengannya.

“sayang, abang memang tak pandai nak main benda ni” gumam Erry geram bila dia asyik tersasar dan jarinya juga mula memerah kerana menggunakan teknik jentikan yang salah. Lain pula CK yang asyik shoot dan menang sejak tadi.

“eh, ego terguris ke?” soal CK dengan nada mengusik dan Erry buat muka tak berpuas hati.

“sayang ni, tengok jari abang ni. Kuku pun rasa macam nak pecah je” rungut Erry lagi dan tunjukkan jarinya kepada CK. CK tergelak senang bila melihat keadaan jari-jari Erry yang memang memerah.

“carom ni nak sama dengan pool je, abang boleh main pool kan?”

“sayangku, pool ada stick”

“lebih kurang je abang. Meh sini nak tiup jari tu” CK mengalah dan beri perhatian kepada Erry. Sengaja je Erry nak bermanja sebenarnya.

CK meniup lembut jari jemari Erry menyebabkan Erry senyum kemenangan sampai ke telinga. Dia suka dimanja dan dibelai oleh CK, well, isteri sendiri. Siapa tak suka?

“sayang” panggil Erry lembut.

“hmm”

“dah dua bulan kita kahwin kan?” soal Erry dan CK diam sejenak dan menghitung hari mereka bersama.

“yup! Rasa macam baru je kahwin kan?” soal CK ceria.

“erm, sayang nak first baby bila?” soal Erry tiba-tiba dan CK genggam jemari Erry erat.

“secepat mungkin boleh?” soal CK meminta izin dan sekali lagi Erry sengih sampai belakang kepala. Happy sangat dengan jawapan CK.

“in sha Allah” balas Erry ceria.

“tapi, kalau boleh, Sara nak semuanya selesai dulu. Maksud Sara, semua kerja di studio yang banyak sangat tu. Sebab Sara nak rest lebih sikit bila dah pregnant nanti”

“good! In sha Allah sayang. Abang pun tak sabar sangat nak jadi papa”

“in sha Allah” balas Ck balik dan mereka saling berpandangan lama. Pandangan yang penuh cinta dan kekuatan.

 

 

 

CK mencapai telefonnya yang berdering di meja lampu dengan susah payah sekali bila dirinya sedang dipeluk erat oleh sang suami. CK cuba lagi dan akhirnya dia tergelak sendiri bila Erry menggumam sesuatu yang tidak jelas kerana tidurnya terganggu. Akhirnya berjaya juga CK mendapatkan telefonnya. Nama Rizal tertera pada skrin telefonnya.

“hello, Rizal, kau tahu tak pukul barapa sekarang ni? Tiga pagi!” CK nak je menjerit tapi bimbang Erry tersedar dia menjerit dalam nada berbisik.

“CK, kau kena datang studio sekarang jugak!” mengah sekali suara Rizal dan serius.

“studio mana?”

“studio lama”

“kenapa?”

“terbakar”

“terbakar?!” kali ini, dengan ton yang setinggi itu akan mengejutkan sesiapa sahaja dari tidur, termasuk Erry yang berpisat bangun dan menggenyeh matanya untuk hilangkan kantuk.

“sayang…kenapa?” soal Erry masih lagi berusaha untuk hilangkan mengantuknya.

“studio lama terbakar”

“what?!” soal Erry yang turut sama terjerit. CK cepat-cepat ke bilik air untuk menggosok gigi dan membasuh muka sebelum menukar pakaian kepada yang lebih sesuai.

“abang nak ikut tak?” soal CK kepada Erry yang masih lagi bersila di atas katil dengan wajah yang masih lagi terkejut.

“ya! Kejap” laju Erry berlari masuk ke tandas dan melakukan hal yang sama dengan CK. Mereka terpakai baju yang sedondon kerana CK yang sediakan pakaian itu.

Mereka segera menuju ke tempat kejadian dan bomba telah berjaya memadamkan api. Memang tak nampak apa lagi dah dalam studio tu. Nasib baik api tak merebak ke bahagian ruangan lain. Hanya dalam studio itu sahaja. Nasib baik juga tiada sebarang kecederaan atau kematian. Media juga ada di sana untuk membuat liputan.

“kau yang buat semua ni kan? Aku tak sangka hati kau busuk macam ni!” CK terkejut bila ada orang menyerangnya tiba-tiba.

“En. Rahim cakap apa ni?” soal Rizal dan menahan En. Rahim daripada menyerang CK yang masih lagi terkejut.

“kau nak balas dendam kan??!” suara kuat En. Rahim menarik perhatian media dan juga beberapa orang yang berada di situ. Erry memeluk Ck dan membenamkan wajah CK ke dadanya sebelum beredar dari situ dengan segera setelah dia berinteraksi dengan Rizal.

 

 

 

CK masih lagi dalam keadaan kelu, tak pasti kenapa dia dituduh melakukan semua perbuatan itu, tetapi dia hanya duduk diam di dalam kereta. Erry genggam tangan Ck dan mengusapnya lembut.

“sayang, apa yang En. Rahim cakap tu tak ada asas langsung. Relax okay”

“Sara tak buat semua tu” gumam CK perlahan

“sayang, abang yakin dan percaya dengan sayang, okay”

CK senyum nipis dan anggukkan kepala, Erry tahu CK belum buang semua itu sepenuhnya dari kepala tapi dia hanya berdiam diri, untuk beri ruang kepada CK berfikir sendiri.

 

 

 

Berita mengenai kebakaran itu tersebar dengan cepat, lebih-lebih lagi bila En. Rahim buat kecoh mengenai hal itu dan tetap ingin mendakwa CK di atas kejadian itu. walaupun polis belum keluarkan sebarang kenyataan, En. Rahim tampil dengan yakin mengatakan semua yang terjadi kerana dendam dan CK adalah dalangnya.

Erry menutup tv yang sedang menyiarkan berita tersebut dan sebolehnya dia tak nak CK tahu mengenai hal ini. dia tak nak tengok CK tambah stress dengan keadaan sekarang.

“kenapa abang tutup?” soal CK yang berdiri tegak di sebalik sofa menyebabkan Erry terkejut dan segera berkalih ke belakang,

“sebab, tak ada benda menarik pun” Erry senyum pelik, sebab dia cuba untuk menipu.

“Sara minta maaf” pinta CK tiba-tiba dan duduk di sisi Erry.

“kenapa nak minta maaf ni?” Erry mengusap lembut rambut CK.

“nama abang dah tercemar. Orang gunakan status Sara untuk jatuhkan abang”

“sayang. I don’t care about that, stop thinking about it” pinta Erry lembut dan pandang CK lama, mohon agar CK mengerti dan tak salahkan dirinya.

“mesti bisnes abang merosot sebab berita ni, Rizal dah call tadi, ramai client yang tarik diri dari kontrak dan batalkan kontrak dengan kami” luah CK kesal dan meletakkan kepalanya pada bahu Erry. Satu persatu masalah yang diterimanya kini, dan semuanya membebankan kepalanya.

“shh, I love you” bisik Erry di cuping telinga CK, dia tak pasti ayat apa yang perlu disusun lagi dah untuk memujuk dan menyenangkan hati CK. CK selalunya kuat, dia tak pernah lemah sampai macam ni sekali. Erry kadang terfikir, semua masalah yang berlaku adalah setelah perkahwinan mereka, adakah salah perkahwinan mereka itu?

 

 

 

Erry terangkan semuanya kepada Zaidan, semua orang sudah tahu dan media juga mula merangka cerita mereka sendiri tanpa mendengar dari pihak CK. Mereka hanya mendengar cerita dari pihak En. Rahim yang berterusan menuduh CK adalah pesalahnya.

“Rie, kita tak boleh diam macam ni je, aku tak kisah kalau sale kita jatuh sekalipun, tapi aku tak akan benarkan orang burukkan nama keluarga kita!” marah betul Zaidan kali ini, memang media dah melampau sangat sehingga sanggup menjatuhkan maruah orang tanpa bukti yang kukuh.

“Sara macam mana?” soal Zaidan bila kembali bertenang.

“macam tu la, diam, sedih. Tak habis-habis salahkan diri dia sendiri.”

“tu la, benda ni pressure jugak, tapi, kenapa dia macam tak kuat semangat macam biasa? Dia lain kan?” soal Zaidan ikut pelik dengan perangai CK, nampaknya bukan Erry sahaja yang perasan akan hal ini.

“tu la, dia bukan jenis suka menangis, tapi sekarang, macam menangis je kerja dia” cerita Erry turut sama rasa sedih dengan keadaan CK.

“hello, Zal kenapa?” soal Erry bila mendapat panggilan telefon daripada Rizal.

“CK pengsan dekat balai polis”

“what?!” terbangun Erry dari kerusi bila mendapat berita mengejut itu.

“sekarang dia otw ke hospital. Jumpa kat sana!” Rizal matikan telefon sebelum sempat Erry bertanya apa-apa.

“kenapa?” soal Zaidan yang ikut sama berdiri bila melihat Erry berdiri dengan terkejut.

“Sara pengsan. Jom pergi hospital” ajak Erry dan segera bergegas untuk pergi begitu juga dengan Zaidan.

 

 

 

 

CK meminta izin Erry untuk ke balai polis untuk memberi keterangan bagi pihaknya, mulanya Erry berkeras untuk ikut, tetapi setelah dipujuk CK yang dia ingin pergi bersama pasukannya Erry terpaksa menyerah dan menurut, lagipun dia ada kerja penting yang perlu diselesaikan.

Setelah CK dan pasukannya memberikan keterangan, mereka bergerak keluar dari balai polis dan saat itu la ramai media, wartawan yang sedang mengkerumuni mereka semua. En. Rahim juga berada di sana dan tak putus-putus menghina CK dengan memanggil CK dengan beberapa nama yang tidak sedap di dengar seperti pendendam dan penjenayah. CK hanya buat tidak dengar dan cuba untuk ke keretanya tetapi sangat sukar sekali.

Setelah tolakan demi tolakan, suasana bising yang teramat itu buatkan telingan CK berdesing dan pada masa yang sama kepalanya pusing. Dia mula rasa pening dan nampak dot dot hitam yang akan menyebabkan dia pitam. Dia cuba untuk bertenang tetapi dia tak mampu.

“abang…” panggil CK lemah sebelum dia terbaring tak sedarkan diri di atas jalan. Keadaan bertambah kalut dan dengan bantuan pihak polis, semua media berjaya di halau untuk memberi ruang kepada CK.

CK digegaskan ke hospital dengan segera sebaik ambulans tiba, kawan-kawannya mengikut ambulan dari belakang untuk ke hospital. Rizal menghubungi Erry untuk memaklumkan apa yang terjadi kepada CK.

 

 

Doctor meminta Erry ke ruangannya untuk menerangkan keadaan CK sekarang ni. Jelas raut wajah risau Erry untuk mendengar keadaan CK. Sihatkah CK?

“isteri encik sihat, dia hanya terlalu stress dan penat. Dan, good news, she is pregnant” doctor itu tersenyum manis kepada Erry. Erry seakan hilang dari dunia bila mendengar berita gembira itu.

“Alhamdulillah, saya akan jadi ayah?” soal Erry teruja dan doctor itu anggukkan kepala sambil menjawab ‘ya’.

“tapi, baru sahaja empat minggu jadi, semuanya masih terlalu awal dan isteri encik perlu berhati hati. Jangan bebankan diri dia. Elakkan dia dari stress, beri dia makanan yang sihat, rehat dan tidur yang cukup. In sha Allah, semuanya akan selamat”

“ya, terima kasih doctor. Boleh saya tengok isteri saya”

“yes”

“thanks again!” bahagia sungguh Erry sehingga dia rasakan ingin menari dan lupakan semua masalah yang ada. Memang dah terlupa pun sebenarnya.

Erry keluar dari ruangan doctor dengan senyuman mekar terhias di bibir, semua orang sudah berada di luar ward untuk menunggu Erry kembali dengan berita mengenai keadaan CK.

“macam mana?” Tanya puan Suraya terlebih dahulu, mewakili yang lain.

“dia penat dan stress dan, im gonna be a father!” jerit Erry sedikit menunjukkan yang dia terlalu gembira.

Zaidan segera memeluk kawan baiknya itu, tumpang gembira. Mereka yang lain juga turut bersorak riang setelah mengucap syukur pada Allah. Bising sangat sampai dapat warning dari nurse. Hahaha.

“congrats man!” Zaidan masih lagi dalam mode gembira dan teruja teramat, lebih-lebih lagi bila dia bayangkan wajah bakal anak-anak Erry. Dia dah terlajak bersemangat sekarang ni.

“jom jumpa Sara” Erry senyum bertambah lebar dan membuka pintu dan melihat CK sedang berusaha untuk bangun dan turun dari katil. Laju betul langkah Erry ke katil untuk membantu CK.

“sayang, nak pergi mana?” soal Erry dan meletakkan kaki CK di atas katil semula.

“tadi, dengar bunyi bising, macam happy je. Sara nak tengok” jawab CK perlahan dengan nada bersalah, tapi masih lagi dengan wajah yang comel.

Erry tergelak dan mencium dahi isterinya lama. Tiba-tiba rasa rindu yang teramat pulak.

“sayang ok?” Erry memandang CK yang sedang tersenyum memandangnya.

“ok sikit, kepala je rasa macam pening” jawab CK sebelum menyapa semua orang yang ada di situ, dia juga meminta maaf kerana dah risaukan semua orang dan menyusahkan semua orang pada masa yang sama.

“sayang, we are gonna be mom and dad” maklum Erry dengan suara yang tenang, wajah yang tenang, walaupun hakikat sebenar dia nak sangat menjerit sebab dia bahagia sangat.

CK terdiam lama dan cuba untuk cerna apa yang Erry cakap. Bila dia pandang wajah semua orang yang sudah tersenyum bahagia dia menangis kesyukuran.

“sayang, apa ni nangis” Erry mengesat air mata yang mengalir.

“Alhamdulillah, Sara happy sangat” CK memeluk Erry erat, sangat erat. Dia pandang semua orang yang seakan menunggunya melakukan sesuatu dan akhirnya dia decide untuk buat jugak.

“yay!” jeritnya ceria walaupun tak ada la kuat mana, tapi sambutan dari orang lain tu yang memeriahkan suasana. Hahaha.

 

 

CK dibenarkan pulang dari hospital dan kini dia sedang berehat di ruang tamu, ramai sungguh orang di dalam rumahnya sekarang ini. CK kini mampu tersenyum bahagia kerana masalah mengenai kes kebakaran itu tidak menyentuh gegendang telinganya sudah beberapa hari. Dia juga terlupa akan hal itu untuk seketika.

“malam ni, mama nak masak special! Kita semua makan kat sini ya” saran Pn. Suraya bahagia dan semua orang bersetuju. Semua orang ada di sana kecuali Adrea, pelajar praktikal itu.

“mom to be, tak perlu masuk dapur.” Nina tolak CK keluar dari dapur dengan segera, muncung itik CK pun tak berjaya nak pujuk mereka semua.

“muka bajet comel kau tu berjaya untuk hubby kau je, kami tak jalan” jerit Hanis dari dapur sebelum mereka semua ketawa serentak.

CK buat muka masam dan kembali ke ruang tamu. Dia bosan sangat sekarang ni, semua orang lelaki sedang seronok mandi manda di kolam renang, dia yang terpaksa duduk sorang-sorang.

“sayang!” sapa Erry ceria dan lompat untuk duduk di sofa, really? Perlu ke lompat?

“abang tak mandi ke?” soal CK kepada Erry, tadi yang beria nak berenang Erry seorang je sebenarnya.

“niatnya gitu, tapi abang nak berenang dengan sayang bukan dengan manusia pelik tu semua”

“abang!” marah CK manja bila kawan-kawannya di gelar manusia pelik, bukan kawan dia je la, kawan Erry pun ada sebenarnya, Zaidan tu.

“sayang, abang tak nak bangkit isu ni sekarang tapi, abang dan Zaidan dah decide” serius sekali suara Erry kali ini.

“abang akan buat PC” CK diam, tak faham.

“maksud?”

“to make all of things clear and to make sure, no one will make up any story anymore” masih lagi dengan nada yang serius, CK berfikir sejenak sebelum anggukkan kepala dan sandarkan badannya pada Erry.

“Sara ikut je mana yang elok. Sara akan serahkan semuanya pada Allah, pada pihak polis dan pada suami Sara ni” CK cuit hidung mancung Erry sambil tersenyum bahagia, dia tak nak bebankan otak dia dengan fikirkan hal itu lagi dah. Doctor pun minta dia lebih relax dan elakkan stress.

“good, I will make sure everything will be reveal”

“alright detective!” sahut CK ceria dan Erry ketawa senang, bahagia dengan perubahan CK sekarang ni. Jauh lebih baik daripada dahulu.

“I love you” ucap Erry dan cium dahi CK sekilas.

“same. Same” gumam CK sambil tersengih.

“tak romantic langsung” gumam Erry seakan merajuk, walaupun wajahnya jelas bahagia dan bibirnya menguntum senyum yang paling ikhlas dan manis.

 

 

 

PC berjalan dengan lancar dan Erry jelaskan semuanya dengan jelas dan nyata, sekali pun Erry tidak menunjukkan yang dia akan mengalah. Antara isu yang Erry nyatakan memang tegas dan nyata, contohnya,

Jika ada yang bercakap buruk mengenai CK, akan di ambil tindakan

Dia tak peduli jika ada yang undur diri dari syarikatnya

Dia akan buktikan perkara yang sebenar

Memang ramai yang agak takut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Erry seakan ugutan itu, Erry memang akan kenakan tindakan, dia tak akan bercakap perkara yang sia-sia. Sudah banyak perkara yang terjadi pada CK dan maruah CK juga dipertengahkan dalam hal ini. banyak komen dari internet mengutuk dan memburukkan nama CK. Erry terluka bila ada orang mencemarkan maruah isteri dia.

Erry lega bila PC selesai, dia keluar dari bilik PC dan langsung ke keretanya. Dia hanya ingin cepat pulang dan berjumpa dengan CK. Erry bersandar pada kerusi dengan tenang di sebelah Alif yang memandu. Alif tahu yang semua yang terjadi juga menjadi tekanan kepada Erry, sebab itu Erry ambil keputusan untuk menghalang semuanya sebelum menjadi lebih buruk.

“boss, kita dah sampai” mata Erry terbuka dan dia tersenyum bila melihat pintu rumahnya di depan mata.

“thanks Lipp” Erry menepuk bahu Alif sebelum keluar dari kereta dengan wajah yang senang.

Erry berjalan masuk ke dalam rumah, rumah sunyi. Erry memanjat tangga dan memanggil nama CK beberapa kali, tetap juga tak dapat sambutan. Erry membuka pintu biliknya dan dia tersenyum bila melihat isterinya sedang tidur dengan pulas. Erry mendekati katil dan duduk di sisi katil dengan senyumannya yang masih lagi belum padam sejak tadi.

Erry mengusap lembut rambut CK dan mencium dahi itu perlahan sebelum menukar kepada pakaian yang lebih selesa. Erry kembali semula ke katil dan baring di sebelah CK. Tangan dilingkarkan pada pinggang ramping isterinya dan dia mula rasa mengantuk. Rasa penat dengan semua yang berlaku menyebabkan dia tertidur dengan tenang.

 

 

 

“abang…” panggil CK lembut dan jarinya bermain dengan pipi Erry. Senyuman dia semakin lebar bila Erry menggumam sesuatu kerana tidurnya terganggu. Akhirnya CK tergelak perlahan kerana sudah tidak tahan lagi melihat wajah Erry yang semakin berkerut.

“abang, bangun la…” cuba CK lagi dan kali ini mata Erry mula terbuka perlahan-lahan.

“sayang…”

“ya, abang, Sara dan baby dah lapar ni”

“lapar?” soal Erry dan matanya kembali tertutup kerana mengantuk sangat.

“abang, Sara nak pergi dapur ni, nak masak. Abang dah makan ke?” soal CK kepada Erry yang kembali lena, nampaknya sia-sia sahaja apa yang CK buat. CK ambil keputusan untuk bangun dari katil dan tinggalkan Erry yang masih lagi tidur.

CK ke dapur dan keluarkan sesuatu dari peti ais yang dia boleh gunakan untuk memasak. Sejak mengandung ni, selera Erry dan CK sama, selalunya berbeza sedikit, mungkin pembawaan bayi. CK mula memasak makanan kegemaran Erry. Dia tersenyum memasak untuk suaminya, dia rasa bahagia dan tenang, walau apa sekalipun yang terjadi di PC, CK tak nak fikir. Dia dah serahkan semuanya.

Makanan dihidangkan ke atas meja. CK mengerling jam di dinding, sudah zohor jadi dia kembali semula ke bilik untuk mandi dan kejutkan Erry pada masa yang sama.

Ternyata Erry sudah bangun dan kini berada di bilik air, mandi. CK kemaskan kot dan tie Erry yang berada di sofa dengan rapi. CK duduk di birai katil sementara menunggu Erry untuk selesai mandi.

Erry keluar dari bilik air dengan wajah dan badan yang lebih segar. Dia tersengih bila melihat CK sedang menunggunya.

“sayang!” sapa Erry ceria dan terus maju untuk memeluk erat isterinya. CK yakin yang wudhuk Erry telah batal.

“abang ada wudhuk kan?” soal CK.

“ha ah! Lupa pulak. Tak apa, abang rindu sangat dengan isteri abang ni, wudhuk boleh ganti”

“ya la, ok. Lepaskan Sara sebab Sara berpeluh dan nak mandi. Nanti kita solat sama-sama dan makan sama-sama”

“ok! Abang tunggu” CK dilepaskan dari pelukan yang erat dan penuh kasih sayang sebelum berlalu ke bilik air. CK pasti Erry akan mengambil wudhuk di bilik air yang lain jadi dia gunakan masa mandinya dengan selesa.

 

 

CK mengusap perutnya perlahan dengan senyuman lebar, berita mengenai kandungannya yang sihat membuatkan dia rasa sangat senang hati dan bahagia. Dia menuju ke keretanya, hari ini dia terpaksa memandu sendiri ke tempat kerja kerana Erry perlu ke luar negeri. Memang Erry sangat sibuk sekarang.

“Cik!” CK berhenti daripada membuka pintu keretanya dan memerhatikan sekeliling, dia ingatkan orang panggil dia, mungkin orang lain. CK terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

‘tap!’ bunyi ketukan pada cermin keretanya buat dia terkejut sedikit dan bila dia ternampak seorang lelaki dia mula takut. Lelaki itu mengatakan sesuatu tetapi tidak jelas kerana cermin kereta masih tertutup. CK dengan berhati-hati membuka sedikit cermin keretanya.

“Cik, maaf. Tadi ada orang minta saya serahkan ni” satu sampul dihulurkan dan CK ambil dengan waspada.

“siapa?” soal CK, belum dapat jawapan lelaki itu sudah beredar terlebih dahulu.

“apa lagi ni?” soal CK dan mula risau dan takut, takut ada benda yang sama berlaku seperti dulu. CK ambil keputusan untuk terus melihat isi di dalam sampul tersebut.

 

-“kau, suami kau, tak akan bahagia kalau aku sendiri tak bahagia! Sekarang kau boleh berlagak sebab kau ada dia, dia CEO yang kaya raya, dengan duit dia boleh buat apa saja! Tapi ingat, dia tak akan selamanya di sisi kau dan hidup bahagia! Aku tunggu saat kehancuran korang berdua!!!"-

Tangan CK bergetar hebat saat dia membaca surat itu, begitu juga dengan jantungnya. Rasa takut yang teramat menyelubungi dirinya. Dia bersandar pada keretanya lama dan beristighfar untuk menenangkan hati, doa segera dititip buat suaminya yang tercinta.

CK memandu pergi dari kawasan itu untuk ke studionya, dia cuba berfikiran positif dan elakkan daripada tekanan. Doctor cakap, tak baik untuk kandungannya. CK berwaspada sepanjang berjalan masuk ke bangunan untuk ke studionya, dia perlu berhati hati. Sebaik tiba di studio dia segera masuk dan mengunci pintu, menyebabkan orang dalam studio terkejut sedikit.

“CK, kenapa kunci pintu?” soal Nina yang pelik dengan perangai CK yang kelihatan ketakutan.

“Nina, erm, boleh ambilkan aku air suam?” pinta CK dan duduk di kerusi. Nina tak fikir banyak terus ke pantry untuk ambilkan air.

“CK, kau sihat tak? Pucat ni” Hanis duduk di sisi CK dan letakkan dokumen yang perlu pengesahan CK di atas meja. Tangannya menyentuh dahi CK yang berpeluh.

“aku ok, baru je balik dari klinik” jawab CK dan senyum sebaris.

“nah air. Kau ok?” soal Nina dan letakkan air suam di atas meja.

“ok, thanks” ucap CK dan meneguk air perlahan-lahan.

“banyak ke kerja kita hari ni?” soal CK pula.

“tak ada, tapi ada la a few client nak teruskan kontrak balik” jawab Nina dengan senyuman bahagia, nampaknya bisnes mereka semakin baik selepas PC yang dibuat oleh Erry.

“Alhamdulillah, kali ni, tolong deal dengan permanent kontrak ok. Kita tak nak benda macam lepas jadi lagi”

“okay!”

“boleh tak kalau aku balik awal sikit hari ni, aku drive sendiri” pinta CK lagi.

“kau boss kita orang kut, tu pun nak minta izin. Apa la!” Hanis gelengkan kepala sebelum beredar dari situ untuk teruskan kerjanya.

CK tak dapat focus pada kerja, tapi dia cuba. Fikirannya menerawang jauh sehingga ke Johor. Dia perlu tahu keadaan Erry sekarang ni. Dia risau. Akhirnya dia ambil keputusan untuk menghubungi Erry. Mungkin sebaik mendengar suara Erry dia akan rasa lebih tenang.

 

 

Hari kedua Erry berada di Johor, buatkan CK rasa sangat tidak senang sehingga dia membuat keputusan untuk bermalam di rumah Pn. Suraya. CK masih lagi rahsiakan mengenai surat itu dan cuba berlagak selamba. Dia rasa lebih selamat setelah menghubungi Erry dan mengetahui keadaan Erry yang selamat dan sihat.

CK menutup laptopnya dan berjalan ke keretanya, dia teringin sekali membeli pakaian baby jadi dia terus ke mall dan tidak langsung pulang ke rumah seperti biasa. Sepanjang berjalan di dalam mall, satu kedai ke satu kedai dia pergi dan dia rasa sangat bahagia dan tenang,

Banyak yang dia nak beli tapi bila dia teringat janji dia dan Erry untuk shopping bersama dia batalkan niat. Dia ingin segera pulang ke rumahnya. CK menuruni tangga dengan berhati hati dan hampir di kaki hujung tangga dia terjatuh. Hentakan membuatkan dia rasa sangat sakit di bahagian bawah perut. Rasa sakit yang mencucuk.

“uh, Allah” aduh CK dan memegang perutnya yang sakit.

Beberapa orang yang berada di situ menolongnya untuk berdiri, dengan rasa sakit dia bangun dengan bantuan beberapa orang perempuan muda, mungkin masih lagi remaja. CK didudukkan di bangku yang berdekatan, setelah dia sedikit ok, orang yang membantunya beredar dari situ.

“thank you” ucap CK sebaik mereka ingin beredar.

CK bergegas ke tempat parkir untuk balik ke rumahnya, dia tak pasti kenapa dia boleh terjatuh, dia dah cukup berhati-hati. Tangga juga tidak licin, dia rasa ada sedikit tolakan dari belakang tapi dia tak pasti betul atau tidak. Mungkin orang lalu lalang yang tak sengaja tertolaknya.

“Allah, selamatkanlah kami…” doa CK sambil usap perutnya bila berada di dalam kereta.

CK mula memandu pergi dari situ. Kini rasa takutnya semakin bertambah kerana dia rasa seperti diperhatikan dan tidak selamat. Dia lebih berwaspada. Sebaik tiba di rumahnya, dia segera masuk dan mengunci pintu. Membuka semua lampu yang ada, termasuk di ruang yang dia tidak gunakan. Selalunya dia akan rasa membazir, tapi kali ini tak. Semua ini kerana dia sangat takut.

Selesai solat isyak, CK memasak nasi goreng sebagai makan malamnya. Seleranya sudah hilang tapi bila dia fikirkan mengenai baby dalam kandungannya dia tetap menyuap nasi ke dalam mulutnya. Perlahan sekali kunyahannya. Dia lepaskan keluhan berat kerana terpaksa makan walaupun dia tak lapar.

Telefon yang bordering buat dia terkejut dan takut sendiri. Dia tersenyum bila melihat nama yang tertera pada skrin.

“abang!” sapa CK ceria melawan Erry yang sudah bersiap sedia untuk menyapanya.

“amboi sayang, beat abang dah sekarang” usik Erry menyebabkan CK ketawa senang.

“tak boleh ke? Sara rindu sangat nak dengar suara abang”

“really? I miss you more.” Ucap Erry dengan nada yang paling romantic dan menyentuh hati CK.

“I wish you are here…” gumam CK perlahan bila dia mula rasa sunyi dan tak selamat. Hanya Erry yang mampu buat dia rasa selamat.

“I wish I was there too” ucap Erry pula dan genggaman telefonnya menjadi semakin kemas, dia sangat maksudkan apa yang dia cakap. Dia harap CK ada di depan matanya setiap masa.

“abang, balik cepat sikit eh. Sara betul-betul nak abang ada kat sini” suara CK menjadi serius tiba-tiba menyebabkan Erry diam di sana dan rasa sedikit risau, CK tak pernah jadi macam ni selama ini. selalunya CK akan memberi semangat supaya dia habiskan kerja dengan nerjaya, kali ini CK seakan memaksanya balik dengan segera.

“sayang, are you okay?” soal Erry dengan suara yang sarat dengan rasa risau.

Air mata CK menitis laju bila mendengar soalan itu, dia tak okay sebab dia sangat risau dan takut sendiri sekarang ni. Dia tutup mulutnya rapat untuk elakkan tangisan dia di dengar Erry. Tapi, Erry dah cukup lama mengenali CK untuk tahu bila isterinya menangis.

“sayang! Please…don’t cry” pujuk Erry dan mula tidak senang duduk.

“I cant. Air mata ni, nak mengalir je. Sorry” pinta Sara dengan esakan, dah tak peduli lagi Erry dengar atau tak.

“sayang…”

“abang, Sara rasa pembawaan baby je ni. Tetiba je rasa rindu abang sangat-sangat”

“sayang! I miss you, I love you”

“ya. Sara tahu…” CK ketawa perlahan dan kesat air matanya.

Mereka terus berbual sehingga CK tertidur pulas di katilnya. Erry lega bila mendengar nada nafas isterinya yang kembali tenang. Dia ucapkan selamat malam sebelum matikan telefon. Betapa dia harap dia ada di sana bersama CK sekarang ni.

 

 

CK tersedar dari lena bila dia rasa ingin ke tandas. Semasa dia membuang air kecil, dia rasa sedikit sakit dan bila dia sedar, ada sedikit cecair berwarna merah dia terkejut. Dia segera keluar dari tandas dan bersiap ala kadar untuk ke hospital. Beg tangan di capai bersama semua kunci sebelum pergi.

CK ke ruangan kecemasan dan setelah memberitahu masalahnya dia segera diberi rawatan. Setelah pemeriksaan, doctor sahkan yang dia dan baby sihat dan selamat. Darah itu mungkin kesan dari hentakan yang CK terjatuh. CK bersyukur sangat-sangat bila semuanya selamat. CK membuka beg tangan untuk mencari telefon tapi tangan dan matanya berhenti pada satu sampul berwarna merah.

Tangannya mula menggeletar dan dia telan liur ketakutan. Dia perhatikan keadaan sekeliling, hanya dinding putih wad itu sahaja. Dengan rasa yang takut dia buka sampul itu dan matanya membesar melihat gambar perkahwinan mereka yang musnah di calarkan dengan benda tajam. Gambar itu terjatuh ke atas ribanya dan dia cuba untuk bertenang.

Di belakang gambar itu ada beberapa tulisan dengan berwarna merah.

 

-“aku tak akan benarkan kau lahirkan zuriat lelaki tak guna tu!”-

Sebaris ayat itu berjaya buat CK rasa loya dan dia segera berlari ke tandas, muntahkan segala yang ada dalam perutnya. Mulanya dia rasa marah dengan apa yang sedang berlaku, kemudian dia menangis teresak sehingga terduduk di lantai tandas, dia dah tak kuat lagi untuk hadapi semua ini seorang diri.

 

 

“adakah ini keluarga Puan Kaisara?” soal suara di talian hujung sana, menyebabkan Erry segera beri focus kepada panggilan itu, rasa mengantuknya juga hilang sebaik mendengar nama itu, dia menjadi risau.

“ya ! saya suami dia” jawab Erry segera.

“Pn. Kaisara pitam di dalam tandas hospital. Kalau boleh, saya perlukan ahli keluarga dia datang untuk bincangkan mengenai keadaan Pn. Kaisara”

“saya akan segera ke sana!” Erry turun dari katil dan hanya mengenakan jeans, dia memakai baju yang sama sahaja. Dia dah fikir apa-apa dan mencapai apa yang patut untuk segera kembali ke KL.

Dia memandu kereta dengan laju, tak peduli walau dia akan dikejar polis nanti. Yang dia fikir sekarang ni hanyalah CK.

Beberapa jam, Erry tiba di hospital dan segera bertanya mengenai CK di kaunter. Setelah mendapat segala maklumat, dia segera ke ward CK ditempatkan. Fikirannya hanya dipenuhi dengan satu perkara, iaitu CK.

“saya! Saya suami dia” Erry berlari sedikit bila mendengar seorang doctor memanggil ahli keluarga CK, doctor itu tersenyum lega dan meminta Erry mengikutnya.

Setelah berbincang mengenai keadaan CK yang stabil Cuma CK terlalu stress menyebabkan badan dia lemah. Erry sendiri bingung apa yang menyebabkan CK terlalu stress. Erry berjalan ke ward CK di tempatkan dengan fikiran yang penuh. Dia terfikir sebab CK terlalu stress.

“sayang…kenapa sampai jadi macam ni?” soal Erry dan mencium tangan CK yang terbaring lena.

Erry letakkan kepalanya di katil dan terus terlena.

 

CK tersedar dengan terkejut kerana mimpi buruk menyebabkan Erry turut sama tersedar dari tidurnya.

“sayang. Kenapa?” soal Erry terkejut melihat keadaan CK yang panic dan seakan ingin meronta.

“abang…abang…abang…” hanya itu yang keluar dari mulut CK sambil menangis teresak. Erry memang terkejut dengan CK yang kelihatan terlalu takut sekarang ini. Erry hanya diamkan diri dan membalas pelukan CK.

Setelah beberapa minit, CK kembali tenang dan mula rasa mengantuk semula kerana terlalu letih. CK senyum sedikit kepada Erry sebelum kembali menutup mata dan terus tertidur. Erry betulkan selimut pada badan CK dan dia keluar dari ward untuk mengambil angin dan hubungi ahli keluarganya serta Alif.

Erry masuk semula ke ward setelah menghabiskan secawan kopi di luar tadi. Dia melihat wajah penat isterinya sebelum berlalu ke tingkap. Permandangan awal pagi boleh tahan cantik di kawasan ini. serba sedikit permandangan yang indah itu mampu buatkan Erry rasa tenang sedikit.

Erry bergerak ke katil setelah melihat CK bergerak-gerak dalam tidurnya. Pipi CK di sentuh dan dahinya dicium lama. Erry pandang beg milik CK yang berada di atas meja dan dia mencapainya perlahan-lahan. Bukannya beg itu sangat menarik tetapi Erry teringin sekali untuk membuka dan memeriksa apa yang ada di dalam beg itu. belum sempat Erry mencapai beg itu, pintu ward dibuka dari luar dan muncullah seorang Rizal yang lelah berlari.

“Rizal?” soal Erry terkejut dengan kemunculan tidak di duga itu.

“Oh, Erry. Baguslah kau dah ada kat sini. Tadi hospital call aku sebab tak dapat reach kau dan aku salah satu orang yang dia last call” terang Rizal setelah bersalaman dengan Erry. Erry senyum sedikit dan anggukkan kepala tanda memahami situasi.

“Erry, aku nak cakap sikit. Luar”

“okay” Erry tinggalkan CK dan keluar dari ward susuli Rizal.

“nah, baca ni. Aku tak tahu siapa penyangak di sebalik semua ni tapi aku yakin yang CK kena ugut” sehelai kertas dihulurkan dan Erry mencapainya dengan segera. Wajahnya tegang memegang kemas surat yang berbaur ugutan itu.

“bro, jangan koyak. Ni bukti, kita tak boleh nak lepas tangan lagi dah kita kena lapor polis!” cadang Rizal dan Erry anggukkan kepala setuju. Erry urut kepalanya yang pening dengan masalah yang sedang terjadi, kini terjawab sudah kenapa CK takut dan stress sangat.

“siapa tergamak buat semua ni Zal?” soal Erry setelah buntu berfikir.

“aku tak rasa ni musuh CK asalnya, sebab dari surat ni, dia kenal kau. Dia musuh kau dan gunakan CK untuk balas dendam. Mungkin. Tapi tu andaian aku je” jelas Rizal dengan kesimpulannya dan Erry bersetuju dengan apa yang Rizal katakan.

“kita kena lapor polis” sekali lagi Rizal bertegas dan Erry akhirnya menyerah dan membawa semua bukti itu ke balai polis bersama dengan Rizal.

 

 

 

Erry sangat kusut dan semuanya jelas tercatit pada wajahnya. Semua orang simpati dengan apa yang terjadi kepada keluarga Erry dengan keadaan CK yang belum stabil sepenuhnya.

CK sihat secara fizikalnya, tetapi emosinya tidak. Dia sangat lemah dan rasa terganggu. Erry tak pernah tinggalkan CK sendirian dan sentiasa bersama di sisi CK sebagai sokongan.

“sayang, jom makan” pujuk Erry untuk kesekian kalinya, CK elak untuk makan walau sedikit.

“sayang, sikit je” pujuk Erry lagi sambil menyua sudu ke bibir CK yang terkatup rapat. CK gelengkan kepalanya perlahan. air mata Erry hampir mengalir melihat keadaan isterinya.

“sayang, kalau sayang tak makan, baby pun tak makan. Abang pun tak nak makan” ujar Erry perlahan dan memandang mangkuk di tangannya, dia juga lemah walaupun dia perlu kuat.

CK pandang wajah Erry yang pilu dan sedih. Tangan CK menyentuh kedua pipi Erry dan membuat mata Erry menatap matanya dalam. Dia masih cintakan Erry dan dia yakin yang cinta dia pada Erry akan kekal selamanya.

CK memegang tangan Erry yang memegang sudu dan membawa sudu itu ke mulut Erry. Erry sedikit gembira bila CK memberi respon dan makan sedikit makanan yang ada pada sudu itu, kemudian CK acukan ke mulutnya pula.

Air mata CK mengalir bila melihat Erry tersenyum bahagia dan kembali bersemangat. Seperti dari layar yang tidak berwarna terus memancarkan warna yang cantik dan ceria. Mereka berdua terus makan, walaupun hanya bubur biasa, mereka rasa kenyang dengan kasih sayang dan cinta yang ada.

“I love you sayang, jangan lemah sebab sayang sumber kekuatan abang” rayu Erry dan mengusap lembut pipi CK, matanya terserlah harapan yang CK akan mendengar apa yang dia cakapkan.

“ya. Sara akan kuat untuk abang dan baby kita” CK memeluk erat tubuh Erry, dia rindu rasa hangat pelukan itu.

 

 

 

Hubungan CK dan Erry semakin kuat dan mereka juga bersama-sama dalam masalah kali ini, masih banyak yang belum selesai tetapi mereka rasa tenang kerana mereka masih lagi bersama.

Seorang PI berpengalaman di upah untuk membantu mereka, mereka tak boleh duduk diam dan hanya menyerahkan seratus peratus kepada pihak polis. Erry tak akan lepas tangan macam tu je, dia perlu buat sesuatu.

“bro, kau focus pada CK dan baby je, aku dan Alif ada untuk business” Zaidan menyentuh bahu kawannya dan Erry segera membalas kata-kata berbaur semangat itu dengan pelukan sahabat. Zaidan adalah sahabat dan keluarganya.

“Lipp, ada petunjuk?” soal Erry kepada Alif yang baru sahaja tiba di rumahnya.

“abang, kut ya pun bagi la Alif minum air dulu, kesian dia terus kena siasat” tegur CK yang datang hantarkan dulang air ke meja, Zaidan hanya senyum melihat wajah Erry yang tidak berpuas hati bila di tegur, bukannya marah pun, marah manja je.

“minumlah dulu Alif, Zaidan” pelawa CK sebelum berlalu masuk ke dalam rumah semula.

“suami dia tak pelawa pun” gumam Erry perlahan seakan merajuk menyebabkan Zaidan dan ALif tersengih kelucuan. Parah Erry ni.

“suamiku tersayang, jemput minum air tu” laung CK dari dalam rumah, seakan mendenngar rungutan Erry. Meletus juga ketawa Zaidan dan Alif, kelakar juga pasangan ini.

 

 

Alif keluarkan beberapa bukti yang membawa lead kepada suspek utama dan tunjukkan kepada Erry dan Zaidan.

“boss, nak puan tengok tak?” soal Alif tiba-tiba dan laju dua kepala itu menggeleng.

“apa maksud semua ni Lipp?” soal Erry dan memandang Alif serius.

“boss, PI tu kata, semua bukti lead kepada satu suspek je, means semuanya dari orang yang sama termasuk gambar boss dengan seorang perempuan tu. 70% pelakunya perempuan sebab dia guna tulisan tangan yang sangat rapi. PI tu yakin yang suspek perempuan yang kenal boss” terang Alif semula apa yang dia terima dari PI tersebut. Memang agak mengejutkan untuk Erry.

“mulanya, PI ingatkan suspek ialah perempuan yang ada dalam gambar tu, dia dah siasat latar belakang perempuan tu dan ternyata, perempuan tu ada di hospital sakit mental. Gila” terang Alif lagi menyebabkan Erry bertambah terkejut.

“siapa perempuan dalam gambar tu?” soal Erry berminat.

“Johana bt Razak, one of our model. Tapi contract dia tamat tengah jalan sebab dia langgar contract”

Alif keluarkan gambar orang yang dimaksudkan dan Erry mula ingat wajah itu. memang Johana pernah merayu padanya untuk teruskan kontrak dia yang terbatal dan mengaku dia kekasih Erry. Bukan salah Erry, semuanya salah Johana sendiri kerana mengambil dadah untuk kekal bentuk badan yang cantik.

Suasana sepi seketika dan semuanya seakan berada di dalam fikiran yang dalam. Semua orang sedang berfikir tentang semua perkara. Walaupun ada kemajuan dalam siasatan, semuanya masih lagi blur. Sekadar mengetahui suspeknya perempuan tak membantu siasatan.

“Lipp, pergi mall XXX dan tengok CCTV hari my wife jatuh. Sebab dia pernah cakap yang dia rasa ada orang tolak dia tapi tak pasti dan dia tak cakap pada polis sebab tak sure. Maybe boleh lead ke tanda seterusnya” cadang Erry bersungguh dan Zaidan segera anggukkan kepala setuju. Mungkin mereka naik beberapa level dalam siasatan kali ini.

“alright! Saya akan segera jumpa PI ni. Gerak dulu boss!!” Alif sendiri bersemangat untuk membantu kali ini, mana nak cari PA setekun dan serajin Alif dalam dunia ni lagi dah.

 

 

 

CK hanya nak keluar dating dengan Erry berdua, memang zahirnya mereka nampak berdua tetapi Erry telah upah beberapa bodyguard untuk menjaga mereka tanpa pengetahuan CK sendiri. Dia yakin dia mampu menjaga CK tapi dia nak pastikan semuanya selamat. CK  memimpin tangan Erry ceria berjalan sekitar zoo, jangan tanya kenapa mereka dating dekat zoo. Semuanya sebab CK, maybe pembawaan bayi juga.

CK ketawa senang menyebabkan hati Erry juga menjadi tenang dan senang. CK begitu ralit memandang dan berkomunikasi dengan binatang-binatang yang ada, seakan mereka saling memahami. Kelakar juga sebenarnya.

“abang, tengok tu. Dia tak nak borak dengan Sara” rajuk CK bila orang utan langsung tidak memandangnya, tanda merajuk, bibirya dimuncungkan juga menyebabkan Erry tertawa perlahan.

“sebab orang utan tu jealous, sayang cantik sangat, lebih cantik dari dia” pujuk Erry lembut dan muncung CK segera hilang berganti dengan senyuman mekar. Senang je nak pujuk CK ni.

“really? Jom pergi tengok elephant!” ajak CK dan menarik tangan Erry untuk mengikutnya.

Sedang mereka berseronok melihat beberapa ekor burung yang sedang bercakap tiba-tiba ada bunyi bising yang berlaku di bahagian belakang tempat duduk mereka. Erry terkejut bila salah seorang bodyguard yang menyamar terjatuh, dia segera melindungi CK dari sebarang bahaya. Keadaan gamat seketika sebelum kembali tenang setelah di uruskan oleh penjaga di sana.

“tuan, kita perlu beredar sekarang” bisik seorang lelaki kepada Erry dan Erry segera memegang kemas jemari CK.

“sayang, we must go”

“ok, jom” CK sudah faham situasi dan dia memeluk erat lengan Erry, rasa takut, risau dan resahnya mula meningkat.

Sebaik mereka masuk ke dalam kereta dengan selamat, mereka segera tinggalkan kawasan zoo dengan segera. Ada dua buah kereta yang mengiringi keretanya untuk pastikan mereka selamat. Memang dengar keterlaluan tetapi hanya Erry yang faham betapa takutnya dia andai terjadi sesuatu kepada CK.

 

 

 

Kali ini, mereka sudah menjumpai suspek utamanya dari rakaman CCTV dan hasil pengecaman bodyguard Erry. Untuk serangan dari belakang itu dapat di hidu awal-awal dan ditegah dengan cepat, jadi tiada benda buruk berlaku. Hari ini, hari yang mendebarkan buat CK kerana dia perlu tampil ke balai polis untuk buat pengecaman suspek.

CK dan Erry sama-sama bertenang untuk menunggu mereka di panggil. Setelah nama mereka dipanggil, CK dan Erry berpandangan lama. Jelas mereka takut sedikit.

“I’m here with you, I’m here for you” Erry cium dahi CK lama untuk memberi semangat dan CK segera tersenyum lebar.

“jom!” ajak CK yakin dan mengenggam jemari Erry kemas.

Apa yang CK nampak memang mengejutkan dan dia tak sangka langsung, malah dia berdoa yang semuanya hanyalah mimpi atau salah faham semata-mata. Dia terduduk lemah melihat suspek yang berada di dalam bilik tersebut.

“Adrea” sayu dan perlahan sekali nama itu keluar dari mulut CK dan dia memeluk Erry erat, menangis. Adrea adalah pelajar praktikal sementara di studionya, kenapa dia dan kenapa semua ni terjadi???

“perempuan tak guna! Jantan tak guna! Sebab kau la kakak aku jadi gila!!! Sebab korang la!!!” teriak Adrea kuat dan cuba untuk melepaskan diri dari pegangan pihak polis untuk menyerang CK dan Erry. Erry menarik CK rapat ke badannya dan segera memeluk tubuh itu erat.

“pergi mampuslah korang!!!” teriak Adrea lagi dan pihak polis terpaksa bawa dia masuk ke dalam lokap semula, bimbang akan menimbulkan kekecohan di balai.

CK ditenangkan oleh Erry dan mereka berada di meja untuk berbincang. CK tak nak mendakwa Adrea kerana dia masih muda dan hanya bertindak mengikut perasaan tetapi lain pula pendapat Erry dan pihak polis sendiri.

Akhirnya CK hanya menyerah dan biarkan Erry lakukan semuanya. CK terkilan sebab semua yang berlaku disebabkan oleh dendam yang tidak logic dan dilakukan oleh orang yang dia kenal.

Semuanya terbongkar, termasuk kes kebakaran itu juga, semuanya terbukti yang Adrea juga pelakunya. Tetapi kali ini, CK merayu agar semua itu dirahsiakan dari umum, cukup sekadar melaporkan suspek sudah diberkas sahaja, tidak perlu keluarkan berita siapa yang bersalah. Sekalipun dia tak mampu untuk lindungi dan selamatkan Adrea lagi, dia tak nak maruah dan nama Adrea dipermainkan oleh media massa.

 

 

 

Selesai semua kes itu di mahkamah, Adrea dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun disabitkan peras ugut, melakukan kebakaran dan cubaan mencederakan mangsa. Semuanya Adrea sendiri mengaku kesalahannya. CK janji yang dia akan tampil di pengadilan sekali lagi untuk buka balik kes Adrea dan buat rayuan agar kesnya diringankan. Itu adalah rancangan CK sendiri tanpa pengetahuan Erry.

CK dan Erry bersama-sama berehat di laman rumah setelah semua masalah mereka selesai. Kini Erry kembali menjadi En. CEO sepenuh masa di KQ Sport tanpa rasa risau yang menggunung. Dia juga gembira kerana dia dapat berkerja dengan CK di bawah satu bumbung, di dalam bangunan yang sama. Jangan cakap berapa kali dia jenguk CK di studio.

“En. Erry, dah kali ke empat” rungut Nina sambil gelengkan kepalanya. Sudah lali dengan perangai Erry yang suka datang tanpa sebab ini. kadang-kadang untuk kopi, kadang-kadang untuk berbual. Selalunya, mengacau kerja CK la.

“ya ke Nina? Rasa macam first je” balas Erry balik sambil sengih tidak berdosa.

‘sabar je la dengan En. CEO handsome ni’ gerutu Nina di dalam hati sebelum tergelak kecil.

“fourth!” laung Hanis yang entah muncul dari mana, dengan beberapa keping gambar. Mungkin dari bilik hitam kut.

“ala, salah ke?” soal Erry dan duduk dengan selesa di sofa. Katalog syarikatnya dibelek sekilas, kadang-kadang dia angguk-anggukkan kepala kerana puas hati dengan gambar yang di ambil.

“tak salah, dapat la kami jamu wajah handsome encik” Nina dan Hanis tersengih kerang busuk sebelum ketawa kecil, dah biasa sangat mereka bergurau macam ni. Dah kalis dah dengan keberadaan Erry di dalam studio mereka. Kadang-kadang Erry disalah anggap sebagai pekerja oleh customer mereka.

“abang! Really?” akhirnya, dapat juga Erry dengar suara yang dia sangat rindukan. Laju dia bangun dan memeluk CK yang sedang bercekak pinggang. Memang CK geram juga kadang-kadang dengan perangai Erry ni. Tapi geram-geram sayang je la.

“miss you, miss baby too” Erry cium pipi CK sebelum mencium perut CK yang dah semakin besar, memang kena pakai baju mengandung dah, dah tujuh bulan. Tunggu masa je anak sulung mereka ni.

“Sara tak sempat nak rindu pun, tup-tup abang dah ada sini lagi” CK gelengkan kepalanya dan menarik tangan Erry ke sofa semula. Penat sungguh kaki dia nak berdiri lama. Berat ok!

”that’s why abang said, abang love you more” balas Erry tak nak mengalah dan CK tersenyum lebar, tak payah bergaduh mulut dengan Erry. Tak menang punya!

“boss! Berapa kali saya nak kena datang sini cari boss ni?” rungut Alif dengan suara geram yang ditahan, sabar la Alif dengan kerenah boss kau ni. Hahaha.

“ada apa Lipp?” soal Erry tersengih, langsung tak rasa bersalah buat Alif berlari sana sini.

“meeting!” jawab Alif tegas dan Erry tergelak perlahan, macam tak ikhlas je gelak tu.

“abang, pergi naik pejabat abang sekarang jugak. Lagi sejam, Sara naik atas jumpa abang, ok?” pujuk CK agar Erry segera melakukan kerjanya dan seperti biasa, berjaya.

“alright! See you soon. Naik lift hati-hati, kalau ramai jangan guna. Take care ok? Love you” pucuk kepala CK dicium sekilas sebelum dia berlalu ke pintu.

Alif dah mula membebel kepada Erry, memang Alif dah berani membebel pada boss dia sekarang, sebab kalau tak membebel pada En. CEO ni, nampaknya memang tak ada satu kerja pun selesai. Sempat Alif pandang ke belakang dan ucapkan terima kasih kepada CK kerana memahami dan menolongnya. Kesian Alif…

Kelahiran Raja Darwish memang menambahkan seri dan bahagia kepada hidup Erry dan CK. Mereka berdua kini semakin lengkap dengan kehadiran orang ketiga. Doktor sahkan yang CK tak dapat mengandung dalam masa beberapa tahun kerana luka bedah dan luka pada rahim yang mengambil sedikit masa untuk sembuh. Tetapi CK dan Erry tak pernah bersedih dengan keadaan itu kerana mereka sudah sangat bersyukur dengan kemunculan Darwish.

Darwish yang kini berumur 5 tahun lebih gemar mengikut Erry ke pejabat dan suka memakai sut. Sama gayanya dengan Erry. Malah dia dah boleh dikatakan En. CEO baru di KQ Sports. Disebabkan Darwish juga, pakaian sukan kanak2 dijadikan produk terbaru syarikat Erry.

Darwish yang ceria dan suka bermain di dalam sekitar pejabat menyenangkan pekerja di sana. Darwish yang petah berkata kata itu selalu berjaya menbuatkan semua orang ketawa bahagia.

CK singgah di ruangan Erry untuk melihat apa yang dilakukan oleh putranya. Bekal makanan dari rumah dibawa bersama. Sekarang sudah pukul 11, masa makan untuk Darwish dan kemudian perlu tidur sebelum lunch. Dah memang tabiat Darwish dah.

Pintu pejabat diketuk dan CK segera masuk setelah mendengar suara Erry. Salam diberi bersama senyuman yang paling manis dia ada. Erry segera bangkit dari kerusi menyambut kedatangan isterinya dengan pelukan erat.

"Miss you sayang" ucap Erry seperti biasa menyebabkan CK mencium pipi Erry sekilas.

"Mana Awish?" Soal CK dan duduk dengan selesa di ribaan Erry seperti biasa.

"Well, Encik CEO baru awak ni busy dia melampau sikit" jawab Erry sambil gelengkan kepala dan teruskan kerjanya yang tergendala.

"Masa makan dan tidur dia ni" CK tayang beg dan bekal yang dia bawa.

"Kejap lagi kut, dia bagi can abang sweet2 dengan sayang dulu" Erry tersenyum dan memandang isterinya lama. Sayang.

"Papa! Mama!"

"Here he is!!!" Jerit Erry agak kuat dan biarkan CK bangun dari ribanya untuk memeluk anak mereka.

"Mama! Miss you..." Darwish mendakap kemas badan CK dan mengesekkan kepalanya beberapa kali. Tanda nak tidur dan lapar la tu.

"Miss you too sayang" CK cium pipi tembam anaknya beberapa kali menyebabkan Darwish ketawa seronok.

"Geli..." gumam Darwish dengan tawa kecil.

"Nak makan dan tidur kan?" Soal CK pada si kecil dan anggukkan menjawab soalannya. CK duduk di sofa.

"Abang, tolong ganti baju Awish" pinta CK lembut dan Erry hanya menurut.

Semakin galak pula tawa Darwish bila digeletek oleh Erry. Meriah satu ofis dengan tawa si kecil itu. Selesai menggantikan pakaian yang lebih selesa, Ck menyuap Darwish makan dengan perlahan lahan. Mata Darwish dah mula terkatup tetapi mulutnya masih mengunyah perlahan lahan.

"Papa...tidur..." gumam Darwish dan menutup matanya rapat. Erry tergelak perlahan dengan tingkah anaknya yang tadinya terlajak aktif, sekarang ni dah shut down.

Erry dukung dan dodoi Darwish sambil berdiri sementara menunggu CK kemaskan bekal dan sediakan tempat tidur Darwish.

"Sayang, dukung Awish. Biar abang buat" Erry hulurkan Awish yang sudah lena. Katil kecil Darwish dibawa keluar dan disediakan.

"Sayang. Dah" ujar Erry tetapi tiada balasan.

Erry tersenyum lama melihat CK dan Darwish lena bersama di sofa. Erry tanggalkan tie dan kot sebelum buka kasut. Dia bersandar pada sofa dan membawa badan CK ke dalam pelukannya bersama Darwish.

Dia perhati wajah dua insan yang bahagiakan hidupnya dan mencium mereka beberapa kali sebelum dia sendiri mula menguap. Mata digenyeh perlahan dan kepala disandarkan pada sofa. Mata mula semakin lemah dan tertutup sepenuhnya.

"I love you..." guman Erry sebelum lena sepenuhnya.

Saat bahagia yang sangat comel itu terpahat di dalam foto hasil kerja Rizal yang datang ke bilik Erry untuk panggil CK kerja. Tetapi dia gembira dapat melihat scene yang sangat comel dan bahagia itu.

Semoga foto bahagia itu akan kekal sebagaimana kekalnya kebahagian mereka semua.

#in sha Allah... kalau tak ada aral, hujung bulan 3 saya post cerpen baru lagi lagii. In sha Allah. Utk smbungan permintaan mna2 cerpen mohon bersabar ya...sbb sya msih x dpat nk fkir plot smbungan dia... hihihi. Utk rquest yg dah d bgi plot pun sya tgh usaha nk kmbngkn plot yg diberi... tq semuaaa dah sudi lepak sini. Hehe...

18 comments:

  1. cerita sis memang enghiburkan hati

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa.. Suka sgt baca cerpen awk 😍🌹

    ReplyDelete
  3. Thanks sebb siapkan part2�� cerpen awak memang bestttt������

    ReplyDelete
  4. Best!!.. suka sgt dgn cerpen2 yg awk tulis... kipidap..

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah akak. Kipidap! Saya akan selalu tunggu update drpd akak nanti... Gudluck!!!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya cerpen sis nie, X pernah menghampakan. Chaiyok untuk cerpen yg seterusnya.

    ReplyDelete
  7. sya suka bca karya sis..thank u sis..

    ReplyDelete
  8. Besttttt..ny the way i suka sangat cerpen2 u and i've read all of the.xpernah mengecewakan.btw,if u buat novel ka apa bgthu k.im going to buy it.i dah jd u punya fan..hahah.semoga Allah murah kan rezeki u untuk terus berjaya dunia akhirat.tq buat i happy dengan karya u yg best ni.pnjg kn ucapan i

    ReplyDelete
  9. Bila tiba ending rasa nak baca lagi je..
    Saya kira akak nak sambung banyak part tau
    Apapun karya akak terbaik lah..
    Thanks akak

    ReplyDelete
  10. Well as usual memang best part konflik pon takde teruk sangat. Hmm best best best! Hihihi. C.I.N.T.A part 2 pulak sis. Hihihi goodluck myfav blogger;)

    ReplyDelete
  11. Adoiiiiii Mmg t bestttt sis...x puas bca...
    Sya Sntiasa mnggu karya alzai sanara.....
    Smuanya kbabommmm.....

    ReplyDelete
  12. cerpen sis kali ni mcm lain jer dari cerpen y sblumnya kan hehehe. apapun torbaik la best.

    ReplyDelete
  13. klu ada button like..mmg sye dh lma tkn bnyk2..gudjob sis <3

    ReplyDelete
  14. Besttnyerrrrr.......mcm nak ngis pun ada....loveyoualzaisanara♥♥♥♥

    ReplyDelete
  15. Seronok+best...semua cerpen akak menarik

    ReplyDelete
  16. Best sis cerpen ni, nnti boleh buat en ceo raya pulak....hehehehhehhe....darwish ada adik....hehehhe

    ReplyDelete
  17. Bes sangat cerpen awak😘😘

    ReplyDelete