Saturday, 4 February 2017

Cerpen : En. CEO ( 1)

 Assalamualaikum...
Hai to allss... sorry lambat post. Ni pun half je dulu, sebab part 2 tak sempat nak edit lagiii...apepun.. enjoy... maaf sgala ksilapan yerr...


Suasana Studio gamat bila model utama lelaki belum juga tunjukkan batang hidungnya dan photographer yang dibayar itu sudah mula kebosanan menunggu.

“team, kemas!” akhirnya photographer itu beri arahan dan anak buahnya saling berpandangan sesama mereka.

“CK, sure?” soal salah seorang daripada mereka dan gadis bernama CK itu anggukkan kepalanya dan kemaskan peralatan kameranya.

“CK!” jerit salah seorang daripada mereka lagi dan CK segera berpaling, dia tersenyum bila seorang lelaki segak dan siap berpakaian sukan masuk ke dalam studio. CK berlari anak dan bertepuk tangan ceria sebaik berada di hadapan lelaki itu.

“good! Awak dah sampai, jom mula shooting!” ajak CK tanpa banyak soal dan hampir menarik model itu dengan tangannya sendiri, untung dia cepat sedar batas pergaulan.

“tak perlu ganti baju! Kita shoot terus!” CK sediakan kameranya dan bersedia dengan yakin. Model lelaki itu pada awalnya bingung tetapi akhirnya dia turutkan juga apa yang CK nak.

Segala gaya dan ekspresi yang diminta dilakukan dengan sebaik mungkin dan CK tak pernah rasa sesenang dan sesempurna ini gambar yang diambilnya, well, kalau modelnya tepat, semuanya akan jadi senang. CK mengambil beberapa keping gambar lagi sebelum memberi masa rehat kepada model itu selama 5 minit.

“nice shot, lagi dua keping gambar then settle. Nasib baik boss kau tak turun padang, kalau tak kau dah kena buang kerja. Lain kali tolonglah punctual, tak semua orang boleh tunggu kita and, dah kira nasib baik kau sampai sebelum kami blah kalau tak, tak ada rezeki kau kali ni. Lain kali respect kerja dan boss kau sikit. Ok?” CK ni memang jenis suka bagi khidmat nasihat percuma tanpa mengira orang dan model lelaki itu tersenyum dan anggukkan kepalanya.

Pada CK tak penting untuk berkenalan dengan lebih lanjut dengan model itu, mungkin mereka tak akan berjumpa lagi pada masa yang akan datang, jadi dia hanya memberi pesanan ringkas kepada model itu.

Selesai semuanya, semua orang beredar dari studio itu dan dalam kepenatan yang teramat. CK buat keputusan untuk terus balik ke rumahnya dan siapkan kerjanya itu. dia perlu sediakan gambar terbaik untuk di perbentangkan kepada En. CEO  KQ sports dan kerjanya akan selesai dengan mudah.

Usai mandi CK membuka laptopnya di ruang kerjanya dan mula memasukkan gambar dari kamera ke dalam laptop. Setiap gambar yang diambil dia perhatikan dan pilih sepuluh terbaik untuk ditunjukkan nanti. Pada mulanya dia ingin edit tapi setelah dia perhatikan gambar itu, dia rasa gambar itu sudah lengkap, sempurna. Dia tak pernah berpuas hati dengan hasil kerjanya seperti ini. senyuman CK tak dapat dihapuskan dan dia segera print gambar itu dan masukkan ke dalam file.

 

 

 

 

Gelanggang tenis itu memang tak pernah lengang dengan orang dan seorang lelaki yang berkarisma suka berada di tempat yang ada ramai orang, bukan kerana dirinya diperhatikan oleh orang ramai, tetapi kerana dia sudah puas hidup di dalam kesunyian di mana hanya ada dia. Dia membalas setiap senyuman yang dihulurkan dan dia tak kedekut untuk balas balik.

“Boss!” jerit seorang lelaki yang dikenali sebagai Alif, juga sebagai PA nya yang sangat setia, bagus dan bijak.

“apa?” soal lelaki yang dipanggil boss itu tanpa berkalih dan masih lagi focus kepada game yang dia sedang main bersama kawan baiknya.

“ada masalah sikit!” laung PA nya lagi dan lelaki itu berhenti bermain dan memberi focus kepada Alif.

Selalunya, hanya masalah yang tak dapat diselesaikan sendiri Alif akan melibatkan dirinya dan perkara itu berlaku sangat jarang sekali.

“bro, lima minit”

“yeah, aku pun dah penat Rie.”

“jom!”

Raja Qushairy duduk dihadapan PA nya dan meneguk air dengan rakus seakan berada di gurun selama beberapa hari, dalam keadaan berpeluh sakan. Kawan baiknya, Zaidan turut minum air dan bersedia untuk mendengar masalah yang Alif tak dapat selesaikan itu.

“saya dah try cari model ganti lain tapi tak ada. Team photographer tu dah nak balik sebab dah lama sangat tunggu. Kita perlukan gambar-gambar untuk promotion” terang Alif dengan resah. Qushairy memandang Zaidan sebelum membuat keputusan.

“jom pergi studio tu, aku nak dorang stay jugak. Bro, jumpa kat rumah. Jom Lipp” ajak Qushairy dan segera bangun dan beredar.

Mereka berada di studio tepat pada masanya, team itu sudah mula berkemas dengan perlahan-lahan dan belum sempat dia berkata apa-apa seorang gadis kecik molek berlari anak kepada mereka dengan wajah ceria menyebabkan mereka berdua terus tersenyum sama.

“tak perlu ganti baju! Kita shoot terus!” setelah mendapat arahan itu Qushairy dan Alif tak dapat kata apa-apa, Alif cuba untuk terangkan hal sebenar dan status Qushairy sebenar tetapi dihalang. Alif hanya menurut arahan dan ikutkan je apa yang ada dalam benak Qushairy sekarang ini.

 

 

Selesai semuanya Qushairy tak mampu berhenti tersenyum bila mendengar pesanan atau nasihat sebenarnya yang diberikan oleh CK. Qushairy tahu dia sepatutnya menjadi seorang yang professional dan terangkan hal sebemar kepada CK tetapi melihat betapa gembiranya CK saat shooting menyebabkan niatnya terbatal terus. Qushairy memang sukakan orang ramai tapi dia sangat susah untuk di arahkan dan diberi nasihat tetapi bila CK yang lakukan semua itu yang dia rasakan bukanlah rimas atau bengang tetapi comel.

Alif sedar yang bossnya seakan disampuk angin cinta dan senyuman Qushairy boleh dikatakan agak menakutkan kerana terlebih gula seperti hari biasa.

“Lipp, bila presentation gambar tu?” soal Qushairy teruja dan Alif sudah tersenyum yakin, yakin yang bossnya dah kena tangkap mabuk cintan.

“esok” jawab Alif menyebabkan senyuman Qushairy bertambah lebar dan bersandar pada kereta yang dipandu Alif dengan selesa.

 

 

 

Awal pagi lagi CK sudah bersiap dan sudah kali ke 20 dia periksa segala persiapan perbentangannya. Dia harap gambar-gambar yang dia pilih akan disukai dan dia akan dapat kerja tetap untuk menjadi photographer tetap kepada syarikat yang jual pakaian dan peralatan sukan terkenal itu, dia juga sangat sukakan sukan. Harapnya team dia akan dapat prtojek kali ini dan mereka dapat buat duit lebih untuk dapatkan studio sendiri bukan sewaan je.

CK senyum kepada beberapa orang yang bekerja di syarikat yang sedang membangun dan mula dikenali ramai itu. dia sendiri teruja sebaik kaki kanannya melangkah masuk ke dalam bangunan yang serba mewah dan penuh dengan corak sukan. Dia bayangkan jika ada poster daripada salah satu koleksi gambarnya mampu tergantung dalam bangunan ini.

“kuat berangan betul aku ni” gumam CK pada dirinya sendiri dan tersengih senang.

Dia segera berjumpa dengan seorang pekerja dan setelah mendapat tahu lokasi En. CEO dia dengan senangnya melangkah ke sana. Memang dia cuak tetapi dia gembira. Akhirnya dia akan dapat jumpa dengan En. CEO KQ Sports.

 

 

 

Setelah lima minit menunggu akhirnya dia dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dia masuk dan segera sediakan alatan perbentangannya. Nasib dia dan teamnya ada dalam tangannya kini. Memang dia akan beri yang terbaik dan cuba dapatkan projek kali ini. banyak masalah yang dia boleh selesaikan.

Sebaik perbentangan dimulakan, lampu bilik mesyuarat ditutup dan kini hanya cahaya daripada cahaya LED yang kelihatan, CK ingin melihat wajah En. CEO itu tetapi dia takut dan memandang beberapa orang yang berada di kiri dan kanan En. CEO itu sendiri.

Qushairy tak pasti kenapa mata coklat gelap itu tak pernah mebgarah kepadanya dan mata itu lebih berminat untuk memandang di sebelah kiri dan kanannya. Dia meminta Alif untuk berganjak tempat kerana dia ingin mata coklat itu memandangnya dan melihat apa reaksinya bila tahu perkara sebenar. Bukan niatnya untuk malukan CK tetapi dia nak sangat lihat reaksi gadis yang dia rasa sangat comel itu.

CK resah sedikit bilik disebelah kiri En. CEO itu sudah kosong dan dia rasa seperti orang sengal jika terus perhatikan ke arah itu. dia kembali focus kepada skrin dan tunjukkan gambar yang sangat dia kagumkan itu. senyumannya tertulis ikhlas dan gembira setiap kali matanya menatap gambar-gambar itu.

 

 

 

Selesai perbentangan itu CK diberitahu yang team nya berjaya mendapatkan projek selama dua tahun dengan KQ Sports. CK sangat gembira dan dia diminta ke bilik En. CEO untuk menandatangani surat perjanjian. CK sudah abaikan rasa takut dan resahnya dan dia dengan senang hati melangkah masuk ke ruangan itu bersama Alif. CK sangat terpegun dengan hiasan dalaman ruangan itu yang sangat cantik dan menarik. Pelbagai sijil pengiktirafan, piala dan beberapa keping gambar tanda kejayaan syarikat itu terpapar indah dengan sususan dan dekorasi yang gah.

“Cik Kaisara, silakan duduk” pelawa satu suara menyebabkan CK segera berpaling dan bila matanya menatap lelaki yang sedang duduk di kerusi CEO itu dia kaget. Matanya terbuka dengan seluas yang mungkin.

En. CEO itu sembunyikan senyum dan tawanya dan menyuruh Alif untuk tinggalkan ruangan itu. sekali lagi dengan tenang En. CEO meminta CK duduk di depannya. CK telan liur dan mara perlahan-lahan ke arah kerusi yang bakal dia duduk sekejap lagi.

“saya Qushairy, nice to meet you…again” dengan senyuman nakal CEO itu bersuara dan wajah CK bertukar kelam. Hanya mulut CK yang mampu terbuka luas saat ini. Qushairy@Erry ketawa perlahan dengan respon CK, dia tidak menyangka yang CK akan terkejut sehingga hilang kata-kata.

“aw…awak…awak…Raja Qushairy?” soalan yang sudah jelas jawapannya keluar dari mulut CK dan Erry dengan tenang anggukkan kepalanya mengiyakan. CK menekup mukanya dengan kedua tapak tangan dan berdoa dia diterima untuk bekerjasama dengan KQ Sports.

“saya minta maaf atas kejadian yang lepas, saya tak ada niat untuk bertindak tidak sopan” CK segera menyusun ayat yang terbaik ada dalam benaknya sekarang ini. ayat yang paling sopan.

Erry menggelengkan kepalanya perlahan dan teruskan berikan senyuman manis yang memang selalu menghiasi wajah tampannya.

“awak tak salah, masa dan keadaan yang menyebabkan semua itu terjadi, atau lebih tepat…takdir” Erry turut bermain dengan kata dan kali ini CK tersenyum sikit. CK memandang Erry dengan hujung matanya dan angguk bersetuju.

“so, boleh kita proceed, Cik Kaisara?”

“sure!” CK segera tamatkan suasana kekok itu dan muncul dengan peribadinya yang komited dan serius. Mereka berbincang dan menandatangani projek selama dua tahun itu dengan lancar.

 

 

CK menatap semula setiap keping gambar yang diambilnya, dia tahu dia telah salah tapi dia sangat sukakan kesempurnaan dalam gambar itu. CK tutup laptopnya dan focus kepada kerjanya yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Selain daripada menjadi seorang photographer, dia juga seorang journalist kepada sebuah syarikat penerbitan.

“CK, CEO KQ Sports datang” Rizal, assistant CK memaklumkan CK. CK segera bangkit dari kerusinya dan segera keluar dari ruangan kerjanya. CK mula resah bila kedatangan yang tidak disangka oleh Erry sendiri.

“En. Qushairy” sapa CK seramah yang mungkin. Erry terus tersenyum bahagia apabila seraut wajah yang kini menjadi watak utama dalam mimpinya.

“please, call me Erry” Erry senyum lagi dan CK menggaru lehernya sambil anggukkan kepala.

“maaf tapi, ada apa ya Encik…Erry datang sini?” CK rasa kekok dan pelik bahasakan orang dia kagumi merangkap boss kepadanya secara tidak langsung itu dengan nama panggilan mesra. Aneh! Itu dah melawan etika kerjanya selama bertahun ini.

“saya nak…tahu progress shooting tu” jawab Erry sambil memandang PA nya yang menggelengkan kepala perlahan, jawapan yang salah.

“oh, tapi kita tak start shooting lagi, jadi…” jawab CK pelik.

‘macam mana nak ada progress?’ soalan bersambung dalam benak CK sendiri, bimbang dilabel tak beradab jika menanyakan soalan itu.

‘apa punya jawapan aku bagi ni, Lipp tolong aku’ Erry bermonolog dengan dirinya sendiri.

“maksud boss saya, macam mana persediaan setakat ini?” Alif menjawab dengan tenang dan Erry memandangnya dengan penuh penghargaan. Dalam matanya jelas mengucapkan terima kasih kepada Alif kerana menyelamatkan keadaan.

‘PA aku memang hebat!’ Erry tersengih dan aggukkan kepala beberapa kali tanda setuju.

“kami dah pergi beberapa tempat sukan untuk dapatkan masa yang sesuai untuk shooting nanti. Petang nanti in sha Allah kami akan mesyuarat dan bersedia. Saya akan segera maklumkan pihak encik nanti” jawab CK secara formal dan nadanya jelas tenang dan bersemangat. Erry tidak pernah lekang dengan senyuman dan dia bahagia melihat sudut CK yang serius ini. kalau boleh dia nak berada di studio ini dan memandang wajah CK buat selamanya. Angau!

“good,good.” Respon Erry ringkas dan berfikir idea seterusnya untuk berbual dengan CK.

“boss, kita kena pergi sekarang. Ada meeting” maklum Alif dan senyuman Erry tidak selebar tadi lagi, dia memandang Alif dengan harapan Alif tak membuat dia pergi dari situ tetapi Alif menggelengkan kepalanya sedikit. Mata CK pula memandang dua lelaki yang berkelakuan aneh itu, seperti bercakap melalui telepati. Ada link dalam otak agaknya.

“client dari Australia” sambung Aliff lagi dan Erry terpaksa mengalah. Dia memandang CK dan senyum sedikit.

“saya minta diri dulu” ujar Erry sopan dan CK berikan senyumannya kepada Erry. Erry terpaksa ditarik oleh Alif supaya beradar dengan kadar segera. CK tersenyum bila melihat Erry beberapa kali berpaling ke belakang dan melambai kepadanya seperti anak kecil.

“wooh! Tak lama lagi makan nasi minyak la kita!!!”

“kompang di palu…pengantin baru!!!”

“ewah! Ewah!”

Seronok team CK bersorak riang dan CK terpaksa pekakkan telinga dan kembali ke ruangannya. Senyuman dia belum lagi berakhir tetapi sebaik otak kecilnya mengingatkan kedudukan mereka senyuman CK mati dengan segera.

 

 

“thank you!” setelah termetarai perjanjian dengan pelanggan dari Australia itu Erry melepaskan keluhan dan duduk dengan selesa di kerusinya. Alif kembali setelah menghantar pelanggan itu keluar.

“boss, apa tadi tu?” soal Aliff dengan keningnya terangkat sebelah.

“apa?” soal Erry malas dengan mata yang masih tertutup.

“senyuman boss sepanjang meeting tadi…”

“apa?” soal Erry laju.

“creepy” jawapan Alif menyebabkan tawa Erry meletus saat itu juga, dia memandang Alif kemudian ketawa lagi sehingga perutnya sakit.

“what?”

“Mrs Edward pandang boss macam orang jatuh cinta tau, macam mana kalau Mr Edward salah faham yang boss nak mengurat bini dia?” soalan Alif tak berjaya buatkan Erry berhenti ketawa malah menambahkan lagi ledakan tawa Erry sehingga mampu didengari oleh pekerjanya di luar.

“come on! Lawak la kau ni Lipp”

“serius boss!”

“Lipp, sekarang ni aku hanya nak mengurat seorang perempuan je!” jawab Erry yakin dan Alif hanya menayangkan wajah blank, malas nak komen ayat Erry itu. tapi dia dalam hati berharap sangat Erry bersara daripada mengurat mana-mana perempuan yang melintas matanya.

 

 

 

CK emailkan kerjanya dan menyusun jadual setelah selesai bermesyuarat petang tadi, untung mereka mendapat tempat yang bagus dan spot yang menarik. Dia memang kagum dengan hasil kerja teamnya. CK membelek beberapa keping gambar yang diambil oleh pekerjanya dan dia membuat penilaian sebelum memasukkan ke dalam jadual selama dua minggu itu.

Produk baru yang akan dikeluarkan memerlukan promosi yang menarik agar mendapat sambutan yang memberangsangkan. Niat CK memang ikhlas nak membantu orang yang dia kagumi itu. Raja Qushairy. Bila sebaris nama itu melintas dalam benaknya, matanya yang mulai mengantuk terbuka luas dan dia tersenyum di depan laptopnya. Segera jarinya mencari folder gambar-gambar Erry dan dia menatap wajah itu lama.

“astaghfirullah…” CK meraup mukanya dan segera menekan butang exit dan menggaru kepalanya dengan kedua tangan. Erry dah buatkan dia jadi tak waras.

 

 

 

Zaidan berhenti daripada membuat senamannya dan memandang Erry yang tersenyum bahagia. Pada mulanya Zaidan hanya buat tak layan dengan perasaan terlajak bahagia kawan baiknya itu tapi setelah beberapa hari dia mula bengang, risau pun ada.

“Rie!” panggilan kali ke empat itu berjaya buatkan Erry kembali ke dunia yang nyata dimana Erry hampir jatuhkan dumbbell ditangannya.

“pedia?” soal Erry tanpa memandang Zaidan.

“kau dah nak mati ke apa?” soal Zaidan dan Erry segera memandang kawannya yang mulut tak ada insurans itu.

“kau dah hilang sense sakit ke?” soal Zaidan lagi dan wajah Erry berkerut sedikit.

“dumbbell seberat lima kilo dah ada atas kaki kau sejak tadi lagi, kau tak sakit ke? Ke tu exercise baru?” soal Zaidan bingung dan Erry sedar, patutlah rasa berat semacam tapi dia tak hiraukan pun sejak tadi. Dengan sengihan tak berdosa Erry alihkan benda itu dan memandang Zaidan.

“betul la Rie, aku rasa Alif memang betul, kita kena bawak kau pergi hospital!”

“woi! Aku sihat je la, kau pehal?”

“kau punya senyuman tu lebih menakutkan dari Valack” tawa Erry meledak dan dia gelengkan kepalanya beberapa kali.

“kurang ajar eh, samakan aku dengan hantu.”

“kau ok ke?” soal Zaidan tak berminat nak ikut sama dengan kelab gelak Erry.

“aku ok je, aku cuma tak boleh nak buang nama dia dalam benak aku” jawab Erry dan kali ini senyuman Erry melembut dan Zaidan sedar yang Erry memang sedang jatuh cinta dan kini dia tersenyum. Dah berapa ribu kali Erry cuba untuk bercinta dan semuanya gagal, bukan kerana salah Erry atau dates dia tapi, kerana hati Erry belum terbuka.

“aku nak sangat jumpa Kaisara kau ni”  Zaidan pandang Erry dan Erry anggukkan kepala.

“dah seminggu Zii, dia tak pernah respon lebih-lebih pun setiap kali jumpa aku, dia respect aku macam boss dia dan semuanya formal. Walaupun aku dah suruh dia panggil aku Erry dia tetap nak panggil aku En. Qushairy.” Kini wajah Erry meredup sedikit tetapi senyumannya tetap ada walaupun tipis, lesung pipit Erry yang menyebabkan dia tetap kelihatan sedang tersenyum walaupun hakikatnya tidak.

“Rie, baru je seminggu, kontrak kau dengan dia dua tahun. Man, kau ada dua tahun nak buat dia cair dengan kau” Zaidan beri kata-kata semangat dan senyuman Erry kembali menyerlah.

“betul tu! Zii, kau memang bijak!” Erry angkat ibu jarinya dan tersenyum senang.

“Rie, aku suggest kau jangan senyum macam tu lagi, creepy” Zaidan gelengkan kepala dan menyambung latihannya.

“diam ah!” Erry membaling tuala di lehernya kepada Zaidan dan tepat kena pada muka Zaidan menyebabkan Zaidan kegelian, siapa tak geli dengan kesan peluh orang lain???

 

 

 

CK berfikir yang rancangan Erry bawakan dalam perbincangan kali ini sangat tidak bernas, mana pernah mereka buat video, selama ini mereka hanya mengambil gambar dan itu sahaja kerja mereka. Mereka tak pernah berminat untuk sediakan commercial video pun. Dalam keadaan terpaksa CK menolak apa yang di cadangkan Erry.

“saya minta maaf En. Qushairy, kami terpaksa tolak rancangan tu” nada CK serius dan Erry berkerut sedikit, dia memandang CK berharap menyebabkan CK geram dengan dirinya sendiri.

‘dia buat muka tu lagi!’

“saya betul-betul minta maaf, saya tak boleh terima job tu” tolak CK kali ini lebih lembut dan Erry mengangguk lemah, senyuman Erry sudah tidak seceria tadi dengan tolakan yang diberikan. CK rasa bersalah dan tidak selesa melihat perubahan wajah Erry.

“tapi, saya boleh suggest satu syarikat yang boleh, mereka memang terkenal” cadang CK ceria dan Erry tersenyum sedikit, tak nak hampakan perasaan ceria CK.

‘tapi aku tak nak orang lain!’ bisik otak Erry. Alif di sebelahnya dan tayang muka ‘saya dah kata’ pada Erry.

“betul tu, payment pun ok, hasil kerja top” tambah Rizal, orang kanan CK pula.

“siapa?” soal Alif bagi pihak Erry yang sudah diamkan diri dan tidak berminat lagi dengan perbincangan ini berakhir di mana. CEO muda ini memang susah sikit bila harapan hati dia di tolak macam tu je.

“ni kad dia” Rizal hulurkan kad bisnes dan Alif segera mengambilnya dan membaca kad itu sebelum serahkan kepada Erry. Eryy pandangnya tak berminat dan menyerahkan semula kepada Alif.

“terima kasih sudi luangkan masa, kami minta diri dulu” Erry segera berdiri dan butangkan kotnya, setelah bersalaman dengan Rizal dia terus beredar tanpa berikan walau sebaris senyuman kepada CK, wajah CK juga tidak dipandangnya.

 

 

 

Zaidan pelik dengan wajah keruh Erry, selalunya setiap kali lepas berjumpa dengan CK dia akan bahagia umpama dapat menyentuh bulan dan berenang di lautan tanpa perlukan bantuan tong oksigen, cewah hiperbola. Itu sendiri yang diluahkan oleh Erry kepada Zaidan.

“kenapa kau ni? Bulan pecah ke or dah hilang magic boleh bernyawa dalam air?” soal Zaidan memerli menyebabkan Erry hadiahkan jelingan paling tajam yang pernah dia asah selama bertahun hidup ini.

“jawablah!” gesa Zaidan lagi dan Erry palingkan wajahnya dari memandang Zaidan dan membenamkan mukanya pada sofa.

“hia hak nak herja hengan haku” walaupun bunyi pelik tapi itulah yang dicakapkan oleh Zaidan dengan wajahya masih lagi di sofa.

“tak faham!” marah Zaidan dan membaling bantal kepada Erry.

“dia tak nak kerja dengan aku!” terang Zaidan dan menutup mukanya dengan tapak tangan. Zaidan nak gelak tapi bila tengok wajah kawannya yang kecewa tahap kapal karam dia segera simpan ketawanya jauh-jauh.

“dia batalkan kontrak ke?” soal Zaidan dan mata Erry terbuka luas.

“bukan! Kalau dia batalkan kontrak hati aku dah mati” jawab Erry sedih bila dia terfikir saat itu terjadi.

“dah tu?” gesa Zaidan bertambah tak sabar.

“dia tolak rancangan untuk buat commercial video” jawapan Erry menyebabkan Zaidan bengang tiba-tiba.

“kau sendiri tahu yang dia tak buat senua tu lagi ditanya kenapa? Sah la dia akan tolak!” marah Zaidan.

“aku nak bagi peluang dia dapat job baru je” jawab Erry membela diri, ya ke?

“eleh, padahal kau nak ada sebab untuk spend masa dengan dia. Sebab kau kena ada dalam commercial dan kau ada peluang nak jumpa dia banyak kali.” Apa yang Zaidan cakap memang betul. Erry bermain dengan dagunya yang tidak berjanggut dan sengih sedikit. Zaidan memang dapat baca apa yang bermain dalam benak Erry.

“ya la, kalau bukan sebab kerja dia tak nak cakap dengan aku pun, pasal gambar dalam katalog tu aku tak terlibat” Erry sekali lagi cuba bela diri dan Zaidan gelengkan kepala.

“dia dah berpunya kut Rie, sebab tu dia tak layan kau” ujar Zaidan menyebabkan Ziadan memandang lantai hiba, jadi usaha dia akan jadi sia-sia sahaja dan perasaanya akan sia-sia juga.

“ya ke?”

“mungkin, selama ni mana ada perempuan resist kau kan?”

“Zii, kalau dia dah berpunya, macam mana dengan aku?” soal Erry seakan anak kecil.

“move on la!” jawab Zaidan senang, Erry rasa nak layang pelempang kepada kawan baiknya itu.

“senang kau cakap, macam mana kalau Erina tak suka kau?”

“kenapa nak kaitkan Erina pulak, and, FYI we are deeply in love!”

“diam ah!” Erry bangun dari sofa dan ke luar rumahnya, baju t di badan dibuang ke tepi dan dia terjun ke dalam kolam renang, kalau tadi dia kecewa sekarang ni dia bengang dengan Zaidan.

 

 

 

CK tak dapat rasa tenang setiap kali dia teringat wajah kecewa Erry beberapa hari lepas dan sampai hari ini CK tak dapat bersua muka dengan Erry untuk meminta maaf sekali lagi. CK juga hilang semangat untuk siapkan kerjanya malah banyak dia berikan kerjanya kepada orang lain.

“CK, aku dengar En. Qushairy masuk hospital” Rizal memberitahu CK bila mereka berdua bersama dalam kereta untuk ke site shooting. Tumpuan CK terus terarah pada Rizal.

“bila?”

“dah dua hari rasanya, demam panas macam tu”

“hospital mana?” gesa CK dan Rizal hanya angkat bahu tanda tidak tahu. CK membuka telefonnya dan mencari nombor telefon Alif, dia segera mendail nombor itu tetapi tidak dapat kerana talian sibuk sangat.

“kau nak pergi melawat dia ke?” soal Rizal lagi dan CK anggukkan kepalanya laju.

“dah call PA dia?”

“tak dapat” keluh CK dan mencuba untuk mendail nombor peribadi Erry setelah dua kali deringan barulah taliannya bersambung.

“Hello, En. Qushairy?!”

“sorry, tapi siapa ni?”

‘hmm, dia tak kenal nombor aku pun’ gumam CK kesal tetapi dia cepat sedar dan menjawab soalan itu.

“Kaisara”

“ah, Kaisara Aishah?” soal suara itu pula dan CK berkerut, sejak bila dia beritahu nama penuhnya kepada Erry.

“ya” jawab CK perlahan. Kemudian orang di sana tergelak.

“En. Qushairy ke ni?” soal CK pula.

“ni phone Erry tapi saya bukan Erry, saya kawan dia”

“oh, dia ada?” soal CK dan dia terkejut sikit bila mendengar bunyi orang batuk di sebelah sana dan hati dia risau sedikit.

“Rie! Kau nak mati ke apa?” CK berkerut bila mendengar perkataan mati, teruk sangatkah keadaan Erry sampai boleh membawa mati.

 

 

 

 

Erry rasa nak bagi pelempang pada kawannya yang memang kurang berhati perut walaupun dalam keadaanya yang tidak sihat, tergamak cakap pasal mati.

“tak guna…”

“act sakit” Zaidan menjerit dan berbisik pada masa yang sama buat Erry bingung, act apa pulak?

“Kaisara call, buat-buat sakit” terang Zaidan berbisik dan kemudian tersengih jahat dan Erry segera bertindak dengan lakonannya, dia batuk semakin keras.

“Zii, tolong aku!” rayu Erry dalam nada paling sesak dan mereka berdua tergelak bagai nak rak tanpa keluarkan suara bila mendapat respon yang menarik daripada CK.

“doctor! Doctor! Tolong kawan saya” lakon Zaidan pula dan menjerit dalam wad private itu sambil menahan diri daripada tawanya meletus.

“encik, tolong beritahu saya En. Qushairy di hospital mana” rayu CK dan Zaidan segera memberitahu tempatnya.

“awak kena cepat kalau nak jumpa dia lagi” Zaidan mematikan telefonnya dan bertepuk tangan dengan Erry sebelum ketawa sakan, jahat betul dua orang ni.

 

 

 

CK berlari masuk ke dalam hospital dan ke kaunter pertanyaan, setelah nama Erry disebut CK masih juga tak dapat kebenaran untuk melawat kerana tiada apa-apa hubungan dengan Erry.

“saya…saya tunang dia!” bohong CK dan nurse itu segera memberitahu wad Erry, tanpa membuang masa CK bergegas ke sana dan mencari bilik itu dengan resah. Sebaik menjumpai bilik itu CK membuka pintu perlahan-lahan dan terkedu melihat Erry yang sedang terbaring lemah di atas katil.

“Cik Kaisara?” satu suara menegurnya dan mata CK terarah kepada empunya suara sebelum anggukkan kepalanya lemah.

“ma…macam mana…”

“Erry dah ok sikit, nasib baik doctor cepat bertindak tadi kalau tak, tak tahu la macam mana” suara Zaidan yang lirih menyebabkan CK terkedu dan rasa risaunya semakin membuak.

“keluarga dia?”

“dalam dunia ni dia ada saya seorang je” sekali lagi jawapan yang tidak dapat diduga oleh CK. CK mendekati katil Erry dan memandang wajah Erry yang memerlukan topeng pernafasan.

“erm, kawan saya cakap dia demam panas”

“ya, tapi doc dah run test lain pulak, tak tahu lagi apa result” wajah Zaidan yang keruh langsung tak menenangkan hati CK.

“Cik Kaisara duduk la dulu, saya keluar kejap” Zaidan meminta diri dan sempat dia sembunyi senyum jahat,dia segera keluar dari wad itu dan ketawa perlahan.

CK memerhatikan wajah Erry sebelum duduk di kerusi yang tersedia di sebelah katil, dia nak tanya Erry sendiri macam mana keadaan Erry tapi ternyata Erry masih lagi lena.

‘ya Allah, walau apa jua penyakit dia, engkau sembuhkanlah’ doa CK di dalam hati dan dia menutup matanya rapat berharap.

“hmph!” CK membuka matanya bila mendengar bunyi suara menahan kesakitan, mata Erry sudah terbuka dan masih lagi merah.

“…sara…” panggil Erry dalam nada serak dan lelah, CK segera berdiri dan mencapai air untuk diberikan kepada Erry. Dengan bantuan CK, Erry dapat meneguk air dengan perlahan-lahan dan ada sedikit sisa air yang keluar CK sapu menggunakan tisu.

“Kaisara” panggil Erry perlahan dan tersenyum lemah.

“ya, encik ok?” soal CK risau, Erry di dalam hati sudah bersorak riang kerana CK berada di depan matanya dan risaukan keadaanya.

“saya ok, awak buat apa kat sini?” soal Erry.

“saya…ziarah encik la. Encik kan boss saya” jawab CK dan senyum sedikit, Erry pula rasa geram kerana CK hanya anggapnya sebagai boss, Erry palingkan wajahnya dan mengguman tidak puas hati.

“baik awak balik, saya tak nak awak berjangkit dengan saya nanti” pinta Erry tanpa memandang CK, CK kelu dan menggigit bibir bawahnya. Dia nak menolak tapi tak tahu macam mana nak cakap tanpa timbulkan apa-apa syak.

“tapi…”

“saya ok je, don’t worry” tambah Erry segera dan CK tundukkan wajahnya memandang lantai.

“okay. Esok saya datang lagi. Jaga diri” balas CK dan keluar dari wad itu hiba, dia memandang belakang Erry dan berharap Erry akan memandangnya dan menghalangnya pergi tapi semuanya hanyalah harapan kosong.

 

 

 

Zaidan tak habis-habis puji dirinya sendiri dengan ideanya yang konon gempak padahal hampeh. Zaidan berhenti bersorak bila wajah Erry langsung tak gembira malah Erry lagi teruk daripada tadi.

“apa lagi kau ni?” soal Zaidan keliru dengan perubahan mood Erry.

“aku ni boss dia je” luah Erry kesal dan bersila di atas katilnya. Zaidan turut memanjat naik katil itu dan bersila bersama dengan Erry.

“tapi kau bukan boss dia”

“aku bayar dia untuk kerja dengan aku, technically aku ni boss dia”

“betul jugak, tapi dia risau kut tadi”

“risau tak semestinya suka atau sayang” keluh Erry lagi dan Zaidan tepuk bahu kawan baiknya yang tengah muram.

“esok dia nak datang kan? Kita cuba lagi?”

“tak nak la, sia-sia je semua tu. Kau baliklah, aku nak tidur” Erry tolak Zaidan dan dia berbaring di katilnya hiba. Belum bercinta tapi rasa seperti dah putus cinta.

 

 

CK lebih bersemangat hari ini dan membawa sup herba kepada Erry dengan harapan Erry akan segera sembuh. CK tahu yang dia tak sepatutnya buat semua ni tapi dia dapat rasakan yang dialah yang bersalah sehingga menyebabkan Erry jatuh sakit. CK masuk ke dalam hospital dan senyum kepada nurse yang bekerja.

“pagi!” sapa CK ceria dan segera menaiki lif untuk ke aras Erry. Bila dia berjalan ke wad Erry dia tak dapat berhenti senyum.

‘banyaknya bunga’ gumam CK bila melihat beberapa jambak bunga ditolak di atas troli di depannya.

‘ah, aku tak belikan bunga pun’ CK menggaru kepalanya dan teruskan berjalan. Bila troli itu berhenti di depan wad yang sama membuatkan CK pelik. Dia membantu menahan pintu daripada tertutup dan nurse itu ucapkan terima kasih kepada CK.

“Kaisara…” Erry menyebut nama itu lembut dan senyum sedikit bila melihat ada satu troli bunga bersama.

‘takkan dia beli satu troli kut’ gumam Erry tetapi di dalam hati dia rasa sedikit bahagia.

“again? Mana nak letak ni?” Zaidan bersuara kesal melihat jambangan bunga yang banyak sama seperti semalam.

“eh, Cik Kaisara” sapa Zaidan gembira.

“Cik Kaisara belikan semua ni?” soal Zaidan teruja tapi bila CK gelengkan kepalanya wajah Erry kembali keruh dan Zaidan kesian melihat wajah ceria kawannya terus bertukar duka.

“saya tak nak semua ni, tolong bagi pada sesiapa je” Erry membuka mulut dan nurse itu angguk perlahan, CK halang bunga itu dibawa pergi begitu sahaja.

“tolong letak atas meja tu” pinta CK dengan senyuman manis dan nurse itu hanya menurut. Erry berkerut dan memandang Zaidan tajam.

Suasana yang sunyi itu buatkan keadaan kekok sedikit dan Zaidan segera mencari alasan untuk melepaskan diri tanpa hiraukan jelingan tajam Erry. CK pula tersenyum melihat semua bunga itu dan menyentuh beberapa jambangan sebelum mengeluarkan kad yang terselit di salah satu jambangan.

”awak dapat kad” ceria CK berkata dan Erry hanya menggelengkan kepalanya tidak berminat.

“saya bacakan ya” CK terus membacanya satu-persatu.

-get well soon, Aliaa-

-get well soon, miss you, Farah-

-get  well soon okay, Sha Love-

-I miss you, please be okay, Ziana-

-I hope you will get well soon, cant wait to see you, Shaqila-

“Get…”

“dah la, sama je ayatnya tu.” Potong Erry bosan dan CK tergelak perlahan sebelum mendekati katil Erry.

“ramai betul yang ambil berat, beruntung encik”

“hmm” balas Erry malas.

“encik suka bunga apa?” soal CK dan matanya kembali memandang bunga-bunga segar itu.

“awak” jawab Erry serius dan CK berkerut.

“saya?”

“maksud saya, awak suka bunga apa?” soal Erry cepat.

‘kalau awak la ‘bunga’ saya suka awak je!’ jerit hati Erry kuat.

“saya suka semua jenis bunga, tak kisah sangat” jawab CK dan tersenyum bahagia.

“saya…suka sejenis bunga je”

‘dan bunga tu adalah awak’ tambah hati Erry lagi.

“bunga apa? Saya nak gantikan yang dalam pasu tu”

“tak kisah…awak letak je bunga apa pun” jawab Erry pula dan CK segera memilih setiap kuntum dari setiap jambangan.

“saya letak semua, barulah adil” CK tersenyum riang dan meletakkan pasu di sebelah katil Erry.

“awak tak kerja ke hari ni?” soal Erry kepada CK.

“saya cuti pagi ni, petang sikit saya masuk”

“kenapa?”

“saya…ha! Encik dah makan?” soal CK laju, Erry kecewa kerana CK menolak untuk menjawab soalan itu, dia harap sangat CK ambil cuti deminya.

“belum”

“good, saya masakkan sup herba” CK membawa bekal ke depan Erry dan wajah Erry kembali ceria. Tak menyangka yang CK akan memasak untuknya. CK keluarkan sudu dan hulurkan bekas kepada Erry.

“sorry, tapi tangan saya sakit nak angkat. Jarum ni semua buat saya sakit” Erry tunjukkan tangannya dan CK segera faham. CK mengambil sudu dan mula menyuap ke dalam mulut Erry perlahan-lahan. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya hati Erry sekarang dengan layanan CK.

 

 

 

Zaidan tak habis-habis nak mengusik Erry kerana makan bersuap dengan CK tempoh hari dan hari ini Erry telah boleh keluar dari hospital dan dia sangat tak sabar. Dia berjalan turun ke counter utama untuk membuat bayaran dan sempat membalas senyuman beberapa orang nurse yang dihulurkan kepadanya.

“En. Qushairy dah boleh keluar, tunang tak datang ambil ke?” Erry dan Zaidan sama-sama kelu bila mendengar perkataan yang tidak disangka.

“tunang?” soal Zaidan sebab Erry masih lagi dalam mode terkejut.

“ya, yang selalu datang tu, yang comel-comel pakai tudung tu” jawab nurse itu kembali dan senyuman Erry merekah sampai ke telinga, dia rasa macam nak berjoget je sebab bahagia sangat.

“Kaisara?” soal Zaidan untuk memastikan.

“ya!” jawab nurse itu dan ketawa dengan cara Zaidan menerima berita itu. Erry segera membuat bayaran dan menarik Zaidan keluar dari hospital, dia dah tak larat lagi nak hidu bau hospital. Tapi kali ini dia tak cakap yang hari-harinya di hospital tidak bermakna lagi dah. Setiap saat CK ada bersamanya di dalam hospital ini adalah memori terindah.

 

 

 

CK merasakan hatinya lebih senang sekarang bila Erry sudah tidak menunjukkan wajahnya yang kecewa lagi dan soal video itu sudah tidak dibahaskan lagi. CK menyiapkan kerjanya yang di perlukan sebelum dia bercuti hujung minggu nanti.

“CK!” pekik seseorang membuatkan CK terkejut sedikit dan memandang gerangan yang kurang beradab itu.

“kau tahu tak yang encik CEO kau tu dah bertunang?” soalan yang tidak diduga oleh CK itu membuatkan mulut CK ternganga, seingat dia tak pernah walau sekali Erry ceritakan tentang statusnya kini.

“tak tahu dan dia bukan Encik CEO aku” kata CK sedikit sebal bila semua ahli kumpulannya suka sangat menyakat dia dengan CEO muda itu.

“siapa tunang dia?” soal Rizal kepada CK menyebabkan CK tergelak perlahan.

“mana la aku tahu, ingat aku ni ada kaitan ke dengan hidup dia?” soal CK malas dan memasukkan barang-barangnya ke dalam beg.

“ingatkan kau tahu” gumam Rizal dan mengangkat bahu sebelum menutup pintu bilik CK.

“Zal, mana kau tahu?” soal CK kepada Rizal pula.

“media”

“oh, aku balik dulu” CK meminta diri dan bila dia membuka pintu keretanya dia mendapat satu panggilan dan itu adalah nombor PA Erry. Dia masuk ke dalam kereta dan menjawab panggilan itu dengan tenang.

“ya?”

“sekarang?”

“okay” CK menghidupkan enjin keretanya dan memandu ke jalan utama untuk ke pejabat Erry, dia pelik juga kerana di panggil ke sana tetapi dia hanya mendengar arahan itu.

Sebaik tiba di KQ Sports CK menaiki lif untuk ke ruangan Erry, pelbagai perkara bermain di dalam benaknya tetapi dia berfikiran positif, dia percaya semuanya mengenai kerja kerana Alif sendiri yang menelefonnya, bukannya Erry. CK tiba di ruangan utama dan Alif mempelawanya masuk ke dalam pejabat Erry. Erry sudah bersedia menunggunya dan duduk dengan selesa di sofa.

“Cik Kaisara” sapa Erry serius dan CK pelik sikit dengan formality yang Erry tunjukkan tetapi CK tetap mengukir senyum dan duduk di sofa bertentangan dengan Erry.

Wajah Erry yang berkerut menyebabkan CK risau, Erry tak pernah begitu serius di hadapannya seperti sekarang. Apa yang CK fikirkan hanyalah kontraknya dengan Erry, andai Erry menamatkan kontrak mereka sekarang, CK terpaksa mencari hasil baru untuk membayar sewa studio mereka dan beberapa peralatan yang mereka beli secara ansuran.

“Alif, tunjukkan kepada Cik Kaisara” mata CK memandang Aliff yang mengeluarkan beberapa keeping kertas dari begnya dan diletakkan ke atas meja.

‘kontrak ke?’ soal CK di dalam benaknya dan dia mula rasakan manik peluh bermain di dahi kerana risau dan resah yang teramat. Dia fikirkan rezeki kawan-kawannya juga.

“baca la” arah Erry bila CK hanya diamkan diri dan memandang lantai. Terketar tangan CK mencapai kertas-kertas itu dan sempat dia menelan liur sebelum membaca apa yang ada kertas itu, bukan kontrak.

“so, any idea?” soal Erry kepada CK apabila melihat air muka CK berubah sampai tahap macam tu, CK menepuk dahinya sendiri dan memandang Erry dengan rasa bersalah.

“saya…saya…” CK tak mampu mencari ayat yang sesuai untuk diberitahu kepada Erry, wajah Erry yang tegas langsung tidak membantu keadaan CK yang resah sekarang ni.

“awak tahu tak yang semua ni dah bawa masalah kepada saya?” soal Erry serius dan membetulkan duduknya kembali tegak, CK meraup mukanya dan memandang kertas-kertas itu dan memandang Erry. Wajah Alif yang serius juga CK pandang dengan harapan dia mampu lepaskan diri dalam situasi ni.

“kalau tak ada gambar awak saya boleh lagi nak cover tapi…” Erry menarik ayatnya membuatkan CK kesal yang teramat.

“saya cuma nak melawat encik tapi mereka tak benarkan saya sebab saya bukan sesiapa, saya berlakon la jadi…tu…tunang encik” terang CK perlahan dan dia sudah hampir menangis kerana tersekat dalam hal ini.

“awak sendiri tahu, satu pembohongan membawa kepada beberapa pembohongan lain” Erry memberi teguran dan CK bertambah rasa bersalah.

CK bermain dengan jarinya dan memandang Erry dengan mata yang sudah memerah dan sudah berkaca, Erry tersentak menerima reaksi CK dan memandang Alif supaya menolongnya sekarang juga. Erry tak tahu apa yang dia perlu buat kalau CK menangis.

“saya ambilkan air sejuk untuk Cik Kaisara” Alif segera meninggalkan bilik itu menyebabkan Erry serba salah seorang diri. Erry rasa hendak tumbuk dan sepak PA nya itu kerana meninggalkannya dalam keadaan getir macam ni.

“apa yang saya perlu buat? Saya minta maaf…” lirih CK bersuara dan satu titik air mata mula mengalir di pipinya menyebabkan Erry hilang kata-kata dan memandang ke tempat lain.

“kalau awak beritahu hal yang sebenar sekalipun, masalah itu tak akan selesai dan mereka akan terus mencari jawapan, andai awak mengaku awak berlakon, kenapa?” apa yang keluar dari mulut Erry membuatkan air mata CK mengalir semakin laju. CK mengguna tangannya untuk mengelap air mata dan mula teresak perlahan-lahan.

“maafkan saya” pinta CK sebak dan Erry rasa hendak berlari ke sisi CK dan memeluknya dan  memujuknya untuk berhenti menangis.

“saya tak marahkan awak, saya tak salahkan awak, nasi dah jadi bubur. Mungkin saya perlu menipu dan putar belitkan cerita, saya tak kisah andai sekali lagi nama saya tercemar soal ni. Jadi, awak berhenti menangis okay” pujuk Erry perlahan dan CK bertambah sebak, dia tak mampu terima macam tu je, dia tak boleh selamatkan diri sendiri dan abaikan Erry macam tu je.

“kalau…kalau saya mengaku je dan cakap saya yang mengejar awak sampai sanggup menipu macam mana?” CK mencadangkan idea itu dan Erry segera menolak.

“mereka akan burukkan awak, maruah awak yang awak pertaruhkan kat sini. Saya tak akan benarkan awak malukan diri awak sendiri. Awak tahu kan harta yang paling bernilai pada seorang perempuan adalah maruahnya” kata-kata Erry meresap ke dalam hati CK dan dia terharu sangat-sangat. Erry masih lagi fikirkan keadaannya.

“saya ada satu cara tapi, saya tak rasa awak akan setuju” tambah Erry membuatkan CK gembira sedikit.

“apa?”

“bertunang dengan saya, jadi tunang saya then, semuanya selesai” saran Erry dan CK kelu seribu bahasa, pelbagai perkara bermain di dalam benaknya dan dia terkepit.

“saya tahu yang awak tak akan setuju jadi, biar saya yang selesaikan semua ni. Awak tak perlu risau…”

“ya!”

“hm?”

“kita bertunang!” mata Erry membulat dan dia memandang CK seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

‘Ya Allah, rasa nak berjoget ni’ hati Erry begitu gembira tetapi wajahnya cuba untuk dinaturalkan sebaik mungkin walaupun dia tahu agak gagal.

“awak tak perlu buat macam tu” Erry cuba berdalih dan CK genggam erat tangannya sebelum anggukkan kepala.

“bertunang, belum lagi berkahwin.” Jawab CK dalam nada tenang walaupun sebenarnya dia tak rasa tenang langsung.

Kali ini Erry kelu lagi bila itu yang CK cakapkan, hanya bertunang kerana terpaksa. Hatinya yang baru saja beberapa saat tadi gembira kembali berduka.Erry memegang dadanya yang terasa sakit dan ukir senyum sebelum gelengkan kepala.

“no, awak tak tahu apa akan jadi selepas kita bertunang. Saya tak nak awak terpaksa. Awak kena faham yang pertunangan ni lead ke mana, kalau pada awak semuanya hanyalah satu cover, saya rasa tak perlu nak seksa jiwa awak. Saya minta maaf ambil masa awak, saya rasa baik awak…pergi” Erry bangun dari sofa dan membelakangkan badannya kepada CK.

CK menundukkan wajahnya kerana malu bila dia anggap satu ikatan itu begitu mudah sekali dan semuanya atas niat untuk menutup satu pembohongan, pembohongan yang lahir dari mulut dan lidah dia sendiri. CK memandang belakang badan Erry yang sedang berdiri dan berdiri sama. CK berjalan ke arah pintu dan memulas tombol perlahan-lahan.

“saya anak yatim piatu, saya tak ada harta, saya tak ada rupa, sudi ke En. Qushairy terima saya seadanya?” soal CK perlahan dan memandang lantai, tangannya kejap memegang tombol pintu.

Erry tersentak dengan soalan itu dan hatinya sedikit gembira bila CK tanyakan soalan itu dan tidak meninggalkannya begitu sahaja.

“saya anak yatim piatu, saya tak ada harta, saya tak ada rupa, sudi ke Cik Kaisara terima saya seadanya?” soal Erry balik dan CK memandang wajah itu sambil berkerut.

“tak ada harta? Tak ada rupa? Encik ni tak pernah tengok cermin ke?” soal CK sedikit bengang bila Erry samakan dirinya sendiri dengan CK. Erry ikut sama bengang bila soalan tajam itu dihulurkan kepadanya.

“awak tu, tak pernah tengok cermin ke?” soal Erry balik.

“saya yang tanya encik dulu”

“apa maksud awak, awak nak cakap saya ada rupa ke?” soal Erry menguji pula, CK ketap bibir dan memandang tepat mata Erry.

“encik handsome sangat!” suara CK sedikit meninggi dan Erry tersenyum bahagia, tak pernah dia menyangka yang dia akan mendengar orang yang dia suka puji dia.

“saya…encik fikir balik apa yang saya tanya tadi dan…dan…saya akan terima encik kalau encik boleh terima saya seadanya. Saya balik dulu” CK segera beredar dari situ dan berlari perlahan meninggalkan ruangan Erry.

Erry pegun dan dia tak mampu nak sembunyikan rasa bahagianya.

‘dah lama saya terima awak dalam hati saya’ senang sekali Erry dan dia memegang dadanya yang berdegup kencang kerana terlalu gembira.

 

 

Berita gembira itu pastinya tersebar dengan cepat umpama dibawa angin pantai yang laju dan secara berterusan. CK tak mampu tipu hatinya sendiri bahawa dia gembira dengan apa yang dia lalui sekarang, dia tak pernah terfikir yan dia akan menjadi tunang kepada seorang yang sangat dia kagumi selama ini. Perhatian yang Erry hulurkan tak pernah buat hati CK berhenti untuk rasa bahagia.

“tahniah” CK tersenyum mendengar ucapan daripada ahli kumpulannya dan mengucapkan terima kasih sebagai balasan.

“nak tengok cincin!” jerit Hanis, dan segera memegang jemari CK. CK hanya mampu tergelak kecil dan biarkan mereka melihat cincin pertunangannya. Dia tak tahu berapa harganya sebab Erry yang belikan dan dia sendiri tak pasti macam mana Erry dapat tahu ukuran jarinya.

“cantik gila! Mesti mahal ni” CK hanya angkat bahu dan beredar dari situ untuk ke biliknya.

“kerjalah!” jerit CK kepada mereka yang masih lagi berkumpul di bahagian tengah studio. Mereka semua ketawa sebelum kembali kerja semula.

CK termenung di kerusinya dan memerhati cincin yang tersarung kemas pada jarinya. Bunyi dari telefonnya menyedarkan yang dia mendapat satu mesej.

Erry > Dah masuk kerja?

CK tersenyum dan mula menaip untuk membalas mesej itu tapi dia tengah berdebat dengan diri sendiri untuk tanyakan soalan yang sama kepada Erry.

CK > Dah.

Jawab CK ringkas dan dia menanti balasan daripada Erry yang sedikit lama.

‘dia nak aku tanya balik ke?’ CK bertanya pada dirinya sendiri. Beberapa minit menunggu dan tiada mesej balas menyebabkan CK sedikit kecewa dan dia letakkan telefon ke dalam laci meja dan membuka komputernya untuk memulakan kerja.

 

 

 

Erry tersenyum setelah menghantar mesej itu dan dia menunggu seketika untuk mendapat balasan tetapi semuanya terbantut bila Alif masuk ke dalam biliknya dan membaca jadualnya untuk hari ini. Kurang ketat dan dia berfikir masa yang sesuai untuk dia ajak CK lunch.

“pukul 4 boss dah boleh balik” itulah kata-kata terakhir dari Alif dan Erry berfikir sejenak.

“lunch?” soal Erry kepada Alif.

“ada lunch dengan pembekal kain baru tu, En. Hilman”

“ok” jawab Erry kurang bersemangat kerana dia tak dapat untuk berjumpa dengan CK tengahari ini untuk makan bersama.

“boss, En. Zaidan nak buat jamuan kecil-kecilan di studio Cik Kaisara dan saya rasa hari ini paling sesuai, pukul 4 nanti”

“yeah! Tapi kenapa Zii nak buat kat sana?” soal Erry pelik dengan cadangan kawan baiknya itu.

“katanya nak tengok studio tu” jawab Alif sendiri kurang pasti niat sebenar Zaidan untuk mengadakan jamuan di sana.

“mamat tu memang pelik sejak lahir pun” gumam Erry perlahan dan Alif cuba untuk sembunyikan senyumannya, dia memang rasa Zaidan ni spesis yang agak pelik sebenarnya.

“tolong order makanan ringkas untuk semua orang dan belikan bunga tulip” pesan Erry dan Zaidan segera menulis pesanan itu. Dia meminta diri untuk melakukan kerjanya.

 

 

 

Bunyi bising di luar menyebabkan CK meninggalkan kerjanya dan menjenguk ke luar bilik, dia terkejut bila melihat Erry ada dan membawa banyak bekas bersamanya. Zaidan dan Alif juga ada sama.

“ah, my lovely fiancée” Erry meletakkan bungkusan di tangannya dan segera mendapatkan CK dengan mendepakan tangannya seakan-akan mahu memeluk CK.

“hi!” sapa Erry dan mengenyitkan mata sebelum tersengih sampai ke telinga. CK gelengkan kepala dengan tingkah Erry dan senyum sedikit.

“buat apa kat sini?” soal CK sambil menunjukkan bekas-bekas tu semua.

“jamuan sikit, saya nak kawan-kawan awak meraikan berita gembira kita” Erry terus tersenyum dan CK anggukkan kepala.

“Hai Zaidan, Alif” sapa CK dan berjalan ke arah meja yang penuh dengan makanan, bukan kecil-kecilan kalau sampai macam ni sekali.

“awak tegur Zii dan Alif je, saya?” soal Erry dengan nada merajuk dan memuncungkan mulutnya menyebabkan semua orang ketawa dengan tingkah manja Erry.

“really?” soal CK seakan tidak percaya yang Erry akan merajuk dengan hal kecil macam tu tetapi dia rasa senang di dalam hati.

“CK ni kesian kat En. Qushairy” beberapa lagi suara lain yang mengusik CK tapi CK buat derk je semua tu dan mencuba rasa donut yang ada dan dia tersenyum berpuas hati dengan rasa itu.

Suasana sangat ceria dan menyenangkan dan semua orang berkenalan dengan lebih rapat. CK mampu ketawa bahagia dengan segala lawak yang di utarakan dan dia sesekali mengusik kawan-kawannya semula.

Erry rasa senang mampu membuatkan hari CK ceria dan dia bahagia mampu mendengar CK ketawa senang hari ini. Dia berterima kasih kepada Zaidan kerana membuat rancangan untuk mengadakan jamuan ringan macam ni, walaupun tak Nampak ringan dengan makanan yang berlambak.

CK melihat Erry yang membuka kotnya dan letakkan atas meja sebelum duduk di kerusi sambil memandang suasana bising itu dengan senyuman bahagia. CK mengambil dua donut dan berjalan ke arah Erry, dia sedar yang Erry belum masukkan walau satu suap makanan yang dibawanya hari ini.

“makan” CK hulurkan makanan kepada Erry.

“saya kenyang lagi, awak makan la” tolak Erry sopan dan CK duduk di atas meja sambil memakan donut itu dengan senang.

“saya rasa awak makan donut je sejak tadi” tegur Erry bila dia sedari yang hanya donut menjadi santapan CK dari tadi.

“sedap sangat donut ni, awak tak nak try ke?” sua CK lagi dan Erry menolaknya.

“banyak gila makanan ni, siapa nak habiskan?” soal CK dan meneruskan makan donut.

“saya suruh Alif order sikit je, tapi si Zaidan tu bawa semua tu” Erry menggelengkan kepalanya dan CK tergelak perlahan.

“saya nak buat majlis tunang untuk kita” beritahu Erry tiba-tiba dan CK terkejut.

“tapi, saya memang tak ada sesiapa lagi dah, nak buat kat mana? Rumah sewa saya?” soal CK.

“mama Zaidan yang suruh buat, buat di rumah dia. Bila saya fikir balik elok juga, saya nak awak rasa bertunang secara betul. Bukan ceroboh je” ujar Erry lagi dan CK ketawa perlahan mendengar perkataan ceroboh itu, memang pertunangan mereka terjadi secara tiba-tiba pun.

“tapi cincin dah ada ni” CK tunjukkan cincinnya dan Erry senyum.

“majlis kesyukuran macam tu je, saya nak awak rasa semua adat tu. Saya nak rasa merisik awak, walaupun dah lambat sangat saya nak buat. Merisik tu sekali dengan bertunang la. Saya nak kita ada kenangan tu semua”

“tapi tu semua adat je, bukannya syarak pun”

“saya tahu, saya bukan nak membazir ke apa. saya nak awak rasa sama macam orang lain. Kita kahwin sekali je jadi saya nak awak rasa pengalaman dirisik, dipinang.”

“saya ikut je, saya dah cukup gembira awak terima saya seadanya” ujar CK dan dia memandang anak mata Erry. Dia sangat bersyukur kerana mampu menemui seorang lelaki sebaik Erry.

“saya tahu, saya tak sabar nak jadikan awak isteri saya sebab…” Erry memandang CK.

“sebab?” soal CK tak sabar dengan jeda Erry yang begitu lama.

“saya nak peluk awak di mana-mana je, sebab awak comel sangat! Sekarang ni lap hujung bibir awak yang ada coklat tu sebab saya rasa geram je nak tolong lapkan” Erry hulurkan sapu tangannya kepada CK yang matanya terbuntang kerana terkejut dengan apa yang Erry cakap.

“cepatlah lap, awak nak saya lapkan ke?” soal Erry lagi dan CK segera sedar dan mengambil sapu tangan itu untuk mengesat bibirnya.

“jangan la cakap macam tu lagi” tegas CK yang malu dengan pengakuan jujur Erry itu.

“awak yang tanya sebab apa” jawab Erry pula.

“jangan cakap macam tu lagi” CK cuba sembunyikan rasa malunya tetapi tidak berhasil kerana Erry tergelak kelucuan.

“kalau macam tu jangan nak jadi cute and adorable sangat” ujar Erry sambil tersengih bila wajah CK kembali memerah sedikit.

Tanpa mereka sedar, banyak mata yang memerhati moment itu dan ada yang sempat mengambil gambar mereka berdua. Apabila Erry berjalan pergi sambil ketawa menyebabkan semua orang kembali kepada makanan yang ada di meja. CK masih lagi merasa malu dengan apa yang Erry cakapkan.

 

 

CK rasa gembira dengan majlis hari ini dan apa yang Erry buat sangat menyenangkan hatinya. Kali ini dengan sahnya CK bergelar seorang tunang kepada seorang lelaki, walaupun gelaran itu tidak setinggi isteri tapi dia tetap berpuas hati sekarang.

“aunty tak pernah tengok Erry bahagia sampai macam ni” tangan tua itu memegang tangan CK lembut dan mengusapnya perlahan.

“saya tak pasti kenapa dia suka orang macam saya” luah CK perlahan.

“sebab hati dia yang pilih Sara” jawab Puan Suraya dan CK tersenyum sedikit.

“Erry dah lama bersendirian sejak kecil lagi tapi suatu hari bila kami sekeluarga melawat rumah anak yatim, Zaidan yang nak sangat Erry jadi anak angkat kami, sejak itu aunty kenal dengn Erry”

“Erry sayangkan keluarga ni lebih dari diri dia sendiri jadi, saya akan sayang keluarga ni sama banyak” ucap CK dan mencium tangan tua itu lama. Mereka berbalas senyum seketika sebelum semuanya di ganggu oleh ketukan pintu.

“Puan, semua tetamu dah balik” orang gaji Pn. Suraya memaklumkan kepadanya.

“jom keluar” ajak puan Suraya sambil menarik tangan CK. CK hanya menurut dan keluar bersama, ternyata semua tetamu memang sudah beredar, CK turun ke ruang tamu dan saat itu mata dia bertaut dengan Erry.

“mama, kalau Erry nak kahwin hari ni jugak boleh?” soal Erry dengan mata yang merayu menyebabkan semua orang ketawa dan Zaidan membaling bantal tepat di atas muka Erry.

“Zii, jom pergi, aku tak boleh nak tengok je tunang aku ni.” Erry menarik baju Zaidan dan segera keluar dari rumah itu. Tawa semakin riuh, hanya CK yang pelik dengan situasi ini.

‘kenapa dia tak boleh tengok aku? Aku hodoh sangat ke?’ fikiran itu buatkan CK berasa sikit sedih dan dia menyentuh wajahnya perlahan-lahan.

“aunty, buruk sangat ke saya sampai Erry tak boleh tengok saya?” soal  CK lirih dan kali ini puan ketawa dan memeluk ringkas CK yang masih lagi dalam kesedihan.

“dia tak boleh tengok Sara sebab Sara cantik sangat” jawab puan dan CK tertunduk malu.

 

 

 

 

CK dan Erry keluar makan malam bersama di sebuah restoren terapung yang terkenal dan nama Erry sangat tidak asing di situ. Beberapa kenalan Erry turut menyapa Erry dan sempat Erry kenalkan CK kepada ramai orang. Tak lari jugak daripada peminat-peminat Erry.

“hi Erry” sapa seorang wanita yang cantik dan kelihatan elegan. Erry tersenyum membalas sapaan itu dan memandang CK yang hanya mendiamkan diri.

“you dah tak ada job untuk I ke?” soal wanita itu lagi dan Erry tergelak perlahan.

“in sha Allah Sheryl, sekarang ni belum lagi, maybe one day”

“I dengar you dah bertunang”

“yes, kenalkan my fiancée. Kaisara” Erry senyum kepada CK dan CK segera hulurkan tangan untuk bersalam.

“who is she, model? Actress? Tak pernah tengok pun” kedengaran sedikit berbisa dalam ayat itu tetapi pasangan itu tetap tenang dan menjawab dalam keadaan sabar.

“kami minta diri dulu” Erry segera meminta diri bila dia nampak tujuan sebenar Sheryl ketika itu dan dia pasti CK tak suka apa jua yang keluar dari mulut pedas Sheryl.

“sorry about that” pinta Erry sebaik mereka tiba di meja tempahan mereka. CK senyum dan gelengkan kepalanya.

Setelah mereka membuat tempahan makanan dan berbual ringkas mengenai isu semasa dan kebanyakannya mengenai bisnes Erry sendiri. CK tidak berminat dalam bidang perniagaan tetapi dia minat dalam bidang sukan dan suka melihat koleksi pakaian sukan dan sebagainya.

“Erry, saya ada idea nak bincang dengan awak” ujar CK dan letakkan sudu di atas pingganya sebelum matanya memandang Erry.

“apa?” soal Erry turut sama memberi perhatian kepada CK.

“apa kata, awak hasilkan pakaian sukan untuk muslimah” cadang CK dan Erry berhenti mengunyah makanan yang berada di dalam mulutnya. Dia berkira dengan idea itu di dalam benaknya.

“ok! Why not kan? Nanti saya adakan mesyuarat” jawab Erry senang menyebabkan CK rasa senang bila Erry mempertimbangkan ideanya.

“sukan apa yang awak suka?” soal Erry kepada CK, dia hanya tahu CK suka bersukan tetapi tidak pasti sukan apa yang menjadi kegemaran CK.

“sukan outdoor. Wall climbing, rock climbing. Hiking”

“wow, extreme sangat tu”

“ya ke? Tapi dah lama saya tak sertai sukan tu semua sebab masa. Masa belajar dulu sempat la nak join semua ni” CK senyum sedikit dan meneruskan makan.

“saya lebih suka sukan yang ada gelanggang macam tu, tennis, squasy, swimming.” Ujar Erry walaupun tidak ditanya dan CK angguk perlahan.

“saya pernah main squasy tapi memang tak boleh nak catch up, lepas tu give up terus” CK tergelak perlahan bila dia teringat saat dia bermain zaman uni dulu, memang kelakar sangat sebab sekali atau dua kali sahaja dia sempat balas pukulan bola, yang lain semuanya dia yang tersungkur.

“saya boleh ajar awak” pelawa Erry dan CK segera gelengkan kepala tak berkeinginan.

“no, saya give up. Sebab teruk saya kena masa main, kena bola la, jatuh la, penat. Apa kata awak ikut saya climbing” cadang CK pula dan Erry segera anggukkan kepala.

“ok, saya pernah join tapi saya tak suka tapi demi awak, saya cuba”

“ok, saya ada satu port wall climbing yang saya selalu pergi dulu dan untuk elakkan kemalangan kita try kat sana dulu. Bila awak dah yakin dan selesa kita boleh join rock pulak. Macam mana?”

“deal! Saya nak tengok hebat ke tak awak ni” usik Erry dan CK tersenyum senget sambil tayangkan wajah sedikit sombong. Sengaja mencabar ego Erry dalam diam.

“let’s see, kita tengok siapa yang give up nanti” balas CK dan Erry segera menyahut cabaran itu.

“kalau saya menang, awak kena masak lunch untuk saya satu minggu dan awak mesti datang office saya untuk lunch sama-sama, deal?”

“deal!”

“kalau saya kalah awak nak apa?” soal Erry kembali.

“saya tak nak apa-apa pun dari awak. Apa yang saya harapkan kita berdua tak cedera je nanti” jawapan CK buatkan Erry rasa sangat senang. CK tak pernahkan harapkan apa-apa daripada Erry menyebabkan Erry rasa yakin yang wanita terbaik untuk dia adalah CK.

Erry seorang yang suka berbelanja tetapi CK seorang yang sangat bijak dalam berbelanja. Setiap kekurangan Erry, CK adalah kekuatannya dan Erry tak pernah rasakan dia perlukan seseorang dalam hidupnya seperti mana dia perlukan CK.

“Sara, awak rasa kita dah boleh discuss pasal kahwin ke?” soalan daripada Erry menyebabkan CK tersedak dan segera meneguk air di atas meja.

“maksud awak?”

“kita dah bertunang tiga bulan dan saya cuma nak tahu kalau awak dah bersedia untuk jadi suri hati saya” jawab Erry dengan sedaya upaya cuba untuk bertenang, dia takut jika CK menolaknya.

“awak dah bersedia?” soal CK semula.

“ya! Sangat bersedia!” jawab Erry laju dan CK ketawa sedikit.

“ok” jawab CK ringkas menyebabkan Erry bersorak riang.

“yay! Awak jangan risau saya tanya sekarang ni bukannya esok atau bulan depan kita akan kahwin. Saya cuma nak dengar dari mulut awak sendiri yang awak dah sedia terima saya” terang Erry pula dan kali ini CK berasa sedikit lega.

 

 

Zaidan dan Erry ralit melihat katalog baju melayu untuk majlis perkahwinan nanti. Boleh dikatakan Erry yang uruskan segalanya dan CK hanya menunggu hari bahagia itu tiba je. Zaidan dan Erry sama-sama teruja untuk majlis perkahwinan yang tinggal sebulan sahaja lagi.

“baju Kaisara nanti?” soal Zaidan kepada Erry.

“dia minta aku decide, dia ada bagi list yang dia berkenan yang selebihnya dia tinggalkan pada aku.”

“la, pesal kau tak ajak dia datang sini, ajak aku pulak”

“dah ajak, tapi mama kau ajak dia shopping barang hantaran pulak” jawab Erry tetapi matanya masih lagi memilih baju melayu yang sesuai.

“kau cakap nak buat baju kahwin khas untuk kau dan dia”

“memang la, design semua dah siap, tinggal ukuran je. Tapi, aku tak nak dia tengok baju tu sebelum kahwin. Aku mintak tolong designer tu ambil ukuran dia je”

“gitu pulak. Tak pernah aku jumpa bakal pengantin lelaki yang begitu beria macam kau ni. Selalunya pihak perempuan yang melebih macam ni”

“aku tahu tu, tapi antara aku dan dia, aku terlebih dulu sayang dia dan aku masih lagi dalam proses nak menambat hati dia sepenuhnya. Aku nak dia jadi isteri aku sebab Allah dan sebab hati aku dah jadi milik dia, tapi dia pilih aku jadi suami dia sebab Allah. Aku nak dia terima aku sebab Allah dan pada masa yang sama hati dia terpikat pada aku” Erry tersenyum sedikit bila menuturkan ayat yang panjang lebar itu. dia tahu dalam mengejar cinta perlukan lebih banyak pengorbanan daripada menerima cinta.

“kalau lelaki lain dengar mungkin mereka akan cakap yang kau lembik tapi aku tabik kau, kau tepiskan ego untuk kebaikan. Tak semua lelaki nak lupa ego dia macam tu je”

“ego tak bawak kebaikan pun, rugi lagi ada la. Aku ikhlas nak bahagiakan dia”

“ok la bro, do as you wish, do what make you happy. Aku selalu dibelakang kau!” Zaidan tepuk bahu Erry. Erry tersenyum lagi dengan kebaikan daripada sahabatnya itu.

 

 

 

CK memerhatikan barangan yang dia belikan sebagai hantaran kahwin kepada Erry. Sebelas dulang semuanya kerana Erry nak bagi Sembilan dulang. Kalau ikutkan Erry memang dia nak bagi lebih banyak tetapi ikutkan adat dia terpaksa menurut. CK tersenyum apabila teringat perdebatan mengenai adat itu dengan Erry. Degil sungguh Erry ni sebenarnya.

“akak buat semua ni sendiri?” soal adik perempuan Zaidan.

“mana ada, mama yang tolong buatkan, akak sikit-sikit je”

“ya la tu, tak tidur malam Kaisara buat semua ni, tiba-tiba nak cakap mama pulak”

“wah! Hebat la kak sara ni. nanti Nisha kahwin nak book akak la” Nisha ketawa senang dengan cadangannya.

“boleh” balas CK pula.

Mereka teruskan siapkan sentuhan terakhir untuk hantaran perkahwinan. CK sudah dapat rasakan debaran perkahwinan. Walaupun dalam masa sebulan lagi, tapi dia sudah rasa berdebar. Tak terbayang yang dia akan menjadi isteri kepada Erry dan dalam masa yang terdekat macam ni.

 

 

 

Hari perkahwinan tiba dan CK dihias khas oleh pendandan yang di tempah Erry. CK sangat teruja untuk melihat busana  perkahwinanya yang di pilih Erry. Langsung dia tidak mengetahui yang Erry akan mereka pakaian lain. CK rasa sangat segar dan ceria dengan segala rawatan yang dia terima sebelum hari ini. jarinya yang di hiasi inai juga membuatkan dia rasa aura perkahwinan yang sangat kuat.

“Sara, salin baju ni” CK mengambilnya dari Pn. Suraya dan segera berlalu ke bilik.

Mata dan mulut CK sama-sama terbuka apabila melihat busana yang sangat cantik itu. dia pula yang rasa segan untuk mengenakan busana yang secantik itu pada badannya. Dia begitu mengagumi busana itu sehingga dia terleka dengan masa yang telah berlalu.

“Sara, dah belum” ketukan pintu menyedarkan CK dan dia menepuk dahinya perlahan.

“cepat sikit, nanti nak make up dan pakai tudung” tambah Pn. Suraya lagi dan CK segera menukar pakaiannya.

Lima minit, dia keluar dari bilik dan senyum kepada beberapa orang yang ada di dalam bilik persiapan. Dia tak melihat dirinya di dalam cermin walau sekali. Takut dan risau yang dia akan menjelikkan rupa busana indah itu.

“subhanallah, anak mama” Pn. Suraya mendapatkan CK dan memeluk CK erat. CK sedikit terkejut dengan respon itu tapi dia tetap membalas pelukan erat itu. rasa beruntung dan di sayangi pada masa yang sama.

“wow! Memang cantik” puji mak andam dan CK ketawa perlahan.

“kan? Cantik sangat baju ni” puji CK dan pandang busana itu dari atas sampai bawah.

“no, both. Baju ni memang untuk awak” puji mak andam itu lagi dan CK tayang wajah tak percayanya dan sebabkan malas nak lanjutkan hal itu dia segera duduk di kerusi untuk di make up.

“ok, lets start. En. Qushairy dah pesan yang dia nak awak nampak natural without heavy make up. Dia dah pilih pun ton warna yang dia nak” ujar mak andam itu dan CK gelengkan kepalanya perlahan. memang Erry je yang akan buat semua tu.

“ok then, penuhi hasrat bakal suami saya” pinta CK dan menutup matanya perlahan. di dalam hati yang berdebar dia selitkan dengan zikir dan doa. Pohon agar Maha Perancang melancarkan semua urusan hari ini.

 

 

 

Erry selesai solat hajat dan dia doa khusyuk pohon pada Allah agar semua yang bakal terjadi hari berjalan dengan lancar dan semoga perkahwinan dia dan CK akan berkekalan sehingga ke syurga. Dia ingin membawa isterinya masuk ke syurga bersama. Zaidan senyum bahagia bila melihat sahabatnya begitu bahagia hari ini.

“bro, jom” ajak Zaidan dan Erry menghembus nafas sebelum bangun dari tikar sejadah. Sempat dia sujud terakhir minta pada Allah semoga segalanya dipermudahkan.

Erry pandang Zaidan dan matanya berkaca. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa sebak untuk melangkah turun ke ruang tamu dan berjumpa dengan tok kadi.

“Zii, aku tak sangka yang hari ini akan tiba. Allah begitu adil dan maha berkuasa mampu buat aku rasa gembira sampai macam ni sekali.” Ucap Erry dan mengesat air mata yang masih bertakung di tubir matanya.

“aku doakan yang terbaik untuk kau” kata-kata itu cukup untuk menghembus semangat baru ke dalam diri Erry.

Zaidan peluk sahabatnya memberi semangat sebelum sama-sama keluar dari bilik yang digunanya untuk bersiap. Zaidan berjalan di belakang Erry dan menuju ke ruang tamu yang sudah dipenuhi dengan tetamu. Mata Erry memandang tirai di mana CK berada di sebalik tirai itu.

Erry bersila di alas yang telah disediakan dan dia berselawat ke atas Rasulullah tanpa henti untuk menghilangkan debar dan gabra. Kadi di depan Erry dapat rasakan yang Erry berdebar, sama macam pengantin lelaki yang lain.

Setelah doa pembukaan dimulakan dan segalanya selesai, kadi hulurkan tangan untuk mulakan akad. Erry pandang lama tangan tua itu sebelum berjabat. Dia pandang Zaidan meminta kekuatan dan dengan anggukkan dari Zaidan, Erry hulurkan tangannya.

“….tunai…”

Jeda. Lama.

“Raja Qushairy b. Raja Qasim”

“ya?” soal Erry seakan baru sahaja tersedar dari mimpi dengan mata yang terbuka. Zaidan garu dahinya dan berbisik sesuatu kepada Erry. Erry tersengih malu dan cepat-cepat meraup mukanya sebelum mula lagi sekali.

 

 

 

Di sebalik tabir, CK yang berdebar menanti dengan sabar untuk mendengar lafaz akad dari Erry tetapi semuanya hanya diam sahaja. CK pandang Pn. Suraya yang turut sama pelik bila tiada akad. Nisha mengintai sedikit dari sebalik tirai dan tergelak perlahan.

“abang Erry nervous sangat sampai berangan” Nisha tergelak lagi dan Pn. Suraya tersenyum lebar. CK je yang tak senang duduk kat sini.

“aku terima nikahnya…”

“sah!”

“sah!”

“sah!”

“sah!”

“Alhamdulillah, bismillah…”

“akak, doa” bisik Nisha dan Ck segera mengangkat tangan berdoa. Air matanya mula mengalir sebaik mendengar doa yang di baca. Semuanya berjalan dengan lancar, setelah doa diaminkan, Erry dan CK bergerak ke bilik solat untuk tunaikan solat sunat berjemaah bersama buat pertama kali.

Erry mengimamkan solat dan CK menjadi makmum, masih lagi terpisah dengan tirai yang ada dalam bilik solat itu. itu semua adalah permintaan Erry sendiri dan semua orang menurut. Selesai solat dan doa dibaca, Erry menatap tirai yang menghalang mereka bersua mata.

“sayang” panggil Erry lembut dan dada CK berdegup laju dengan panggilan yang dipanggil dengan penuh kasih sayang itu.

“terima kasih sudi jadi isteri abang” ucap Erry lembut dan CK menghapus air mata yang cuba untuk mengalir.

“semoga kita berdua bersama hingga jannah” tambah Erry lagi dan CK anggukkan kepala walaupun dia tahu yang Erry tak dapat melihatnya.

“abang” panggil CK lembut dan kali ini giliran dada Erry yang berdegup kencang.

“terima kasih sudi jadi suami Sara” ucap Sara tenang dan tersenyum senang.

“semoga kita berdua ke jannah dengan ikatan ini” tambah CK setelah diam beberapa minit.

“jumpa di bilik, sayang” ucap Erry perlahan seakan berbisik dan CK pelik.

“ha? Bilik?” soal CK kalut dan malu pada masa yang sama.

“untuk pembatalan air sembahyang” tambah Erry dengan nada mengusik dan tawa perlahan.

“kat sini tak boleh ke?” soal CK naïf.

“bahaya”

“kenapa?” soal CK jelas keliru.

“bila hanya ada kita berdua, dengan ikatan yang halal, bahaya” terang Erry ringkas dan masih lagi dengan nada mengusik menyebabkan CK rasa nak benam kepala dia dalam danau.

“Sara minta diri dulu” setelah salam diberi CK segera berlalu ke bilik pengantin. Ada yang menunggunya di sana, untuk mengambil gambar pembatalan air sembahyang dan sarung cincin.

 

 

Tangan di salam dan dikucup penuh syahdu, menandakan mereka berdua sudah halal. Lama sekali salam itu dan tangan Erry juga lama di atas kepala CK berserta doa yang dia bacakan. CK angkat kepala dan senyum kepada Erry dengan mata yang berkaca. Erry menyentuh pipi CK dan kemudian mencium dahi CK lama.

“I love you” bisik Erry bila dia mencium pipi kiri CK. CK terkedu dan tundukkan kepala sambil angguk perlahan.

“sayang cantik sangat” bisik Erry lagi dan bibirnya mendarat di pipi sebelah kanan pula. Kali ini memang CK tak dapat nak sembunyikan rasa malu yang dia ada menyebabkan dia membenamkan wajahnya ke dada bidang Erry.

Erry tergelak senang dan memeluk erat CK, isterinya yang halal. Tetamu yang ada di situ sudah tidak dihiraukan lagi dan para jurugambar juga sakan mengambil gambar dengan keadaan itu. CK kembali tenang dan memandang wajah Erry yang tersenyum bahagia.

“jom keluar, jumpa tetamu” ajak Erry dan hulurkan tangannya. CK segera menyambut tangan itu dan berdiri bersama Erry untuk keluar dari bilik itu.

Tetamu yang sedang menjamu selera sempat luangkan beberapa detik untuk melihat pasangan pengantin yang bergandingan berjalan ke meja makan mereka. Ramai yang memuji pasangan yang sepadan itu dan ada yang bersiul juga. Memang suka mengusik.

Di meja makan, semua orang focus kepada pengantin baru. Memang CK segan sebab dia tak terbiasa dengan semua perhatian yang dia dapat. Erry tak perlu cerita lagi sebab memang Erry dah terbiasa dengan semua itu. tapi CK lega kerana Erry sentiasa memerhatinya menyebabkan dia rasa kurang canggung dan selesa.

Selesai majlis, Erry dan CK berdiri di pagar rumah untuk menghantar tetamu pulang. Walaupun tak ramai sangat tetamu hari ini, tapi semuanya sangat meriah dan mengembirakan. Setelah semua tetamu pulang, Erry menarik CK ke tepi kolam renang dan memeluk isterinya erat.

“em, kenapa ni?” soal CK pelik dengan tindakan Erry.

“sayang lupa? Abang pernah cakap kan, nak peluk sayang bila-bila masa dan di mana-mana je”CK tergelak kecil dan gelengkan kepala beberapa kali sebelum membalas pelukan Erry. Dia benamkan wajahnya di bahu kiri dan bergerak perlahan lahan bersama Erry seakan menari.

“Sara malu sangat sekarang ni” luah Sara dan eratkan pelukannya, mukanya dah merah padam. Erry tergelak pula dan berhenti daripada bergerak.

“kenapa malu?” soal Erry.

“entah, rasa macam baru je kenal abang semalam, segan dengan status abang, tup tup, jadi isteri abang” jawab CK perlahan dan Erry mengakui apa yang CK cakap tu ada betulnya jugak.

“abang lagi la rasa macam mimpi. Pertama kali abang tengok sayang berlari pada abang, ingatkan peminat abang, rupanya tak kenal pun abang ni siapa. Paling menarik, siap ceramah abang lagi” usik Erry sambil ketawa.

“abang! Dah la ungkit yang tu. Lapuk dah” CK dah mula segan dan geram pada masa yang sama, Erry tetap dengan senyuman mengusiknya.

“kalau orang kata love at first sight tu tak wujud, abang akan bangkang sebab, abang dah laluinya”

“terima kasih. Terima kasih untuk cuba bawa hati kita bersama, andai Sara yang terlebih dahulu inginkan abang, Sara rasa kita tak akan bersama hari ni. Sara sedar diri dan segan untuk bermimpi sekalipun menjadi isteri abang” luah CK lagi dan Erry membawa mata CK untuk memandangnya.

“abang pernah bertekad, walaupun abang perlu ambil masa 100 tahun untuk miliki hati sayang, abang sanggup selagi hati sayang bukan milik sesiapa” luahan Erry kali ini Berjaya buatkan CK tersenyum sampai ke telinga. Walaupun berbunga dan tak logic, CK suka. Suka yang Erry ni boleh tahan romantic sebenarnya.

 

 
Sambungan part 2... otw, In sha Allah... tq sudi baca...
 

20 comments:

  1. Best.. senyum sampai ke telinga bila membacanya..hehehe...

    ReplyDelete
  2. wahhhhh terbaikk sis . sambng cpat please :D
    _wany_

    ReplyDelete
  3. Bestttt.... x saba tgu part 2 ��������

    ReplyDelete
  4. Seriousss kakk.. Memang best gilaa!! Semua cerpen akak saya baca memang sangat sangat sangat menarik dan sangat sukakannya.. Please kak buat banyak lagi okay.. Fighting kakkk love you����������❤❤❤

    ReplyDelete
  5. Wahhh encik CEO dah dtang,,,,part 2 mestilah lahir baby yg comel2 pulAK kann...πŸ˜„πŸ˜„ tq sist ...sampaikan salam Saya kat encik CEO..😊

    ReplyDelete
  6. wah terubat rindu sy kat cerita author

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak baca next part 😍

    ReplyDelete
  8. Terubat rindu bila baca cerpen ni.. tak sabar nak baca part 2

    ReplyDelete
  9. 😍😍😍

    ReplyDelete
  10. xpenah menghampakan ..best sgt����

    ReplyDelete
  11. 😍😍😍

    ReplyDelete
  12. As salam..Besttttttttttttttt...i love all your karya..ada sedih romantik lawak.xbosan langsung..semoga terus sukses

    ReplyDelete
  13. Tq for those yg sudi bce yee... in sha Allah part 2 mnyusul... doakan wifi uni sye cpt baiki... hihihi... thanks again...

    ReplyDelete
  14. Waa...akhirnya ada cerpen bru. Superb lah kak. Asyik tersengih jer sy duk baca cerpen akak ni...hehe. cepat2 lah smbng yer...

    ReplyDelete
  15. Terubat rindu sya pd cerpen Kak. Good luck for ur next cerpen. X sabar2 sya nak tunggu sambungannya.

    ReplyDelete
  16. Hai kak alzai sanara. Saya orang indonesia suka sangat dengan cerpen kakak. Terus berkarya ye kak. Salam cinta dari indonesia

    ReplyDelete
  17. terbaikkk!sya slalu tnggu karya sis..mmng superb!

    ReplyDelete
  18. Baru jmpa cerpen baru,dh lama xbca cerpen akk,tup tup dh ada cerpen baru plk,..
    #sy suke baca cerpen akk hampir smua sy bca cerpen akk bkk je Google msti cri cerpen akk,xsuke ngn cerpen lain sbb akk bwt cerpen pnjang lebar,mcm novel gitu,mmng best sngt.
    Sy peminat akk dlm diam tau hihi..����

    ReplyDelete
  19. Borang permohonan pinjaman
    Santiago Saya Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengasas syarikat frank queens, dan kami
    Di sini untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan, dan selamat datang
    Syarikat ini menawarkan kadar faedah 3%.

    Syarikat ini tidak meminta pelanggan membuat bayaran kerana
    Syarikat kami bertanggungjawab untuk butiran insurans, cukai dan gaji
    Anugerah, yang mengikut undang-undang pemindahan, jadi jika
    Kami memerlukan kredit anda, dan anda mahu keluar dari keadaan ini
    Pinjaman dan hantar kepada kami supaya kami tidak dapat memproses produk
    Pada masa yang sama.

    Kami adalah syarikat berdaftar yang tujuan utamanya
    Kita perlu tersenyum pada wajah dan kebahagiaan orang
    Semua orang dalam kehidupan memerlukan bantuan dan itulah yang anda perlukan
    Dalam kes dengan anda.

    Isi dan pulangkan

    Nama: ......................... .....
    Nama ................. ......... ....
    Tidak: .......................... .......
    Kelahiran. ....................... ......
    Tempat lahir: .................. ...... ......
    Hubungi: ....................... .......
    Ia adalah tugasnya: ... ................ ..................
    Pendapatan: ......... ......... ..............
    Alamat rumah: ......................
    Telefon: .... ....... .......................
    Bandar: .................. ....... ...............
    ZIP .......................... .................
    Jawatan: ........................ ...... ...........
    Negara: ...................... ............... ........
    Jumlah pinjaman: .......................... .......
    Masa kredit ... .................... ................
    Objektif kredit: ................. .............. ...........
    Alamat emel: ................ ...... ................
    Sebelum ini digunakan? ....................... ..
    Alamat e-mel syarikat kami FRANKQUEENS64@GMAIL.COM
    Isi dan hantar permohonan pinjaman dari atas, jadi kami tidak tahu
    Pemprosesan pinjaman. Terima kasih kerana pemahaman dan pemilihan syarikat anda.

    ReplyDelete