Thursday, 13 August 2015

Cerpen : Kenapa dia?!

Zaman sekarang ni kalau diploma je susah nak dapat kerja jadi, terpaksalah aku yg malas belajar ni sambung lagi. Kalau la ibu dan babah tahu betapa aku tak naknya sambung belajar ni mesti mereka akan sedih dan membebel sampai aku tua.
"Ngah, kenapa nak sambung study jugak? Duk la rumah teman Am"
"Nak buat apa?"
"Jadi maid Am la" Am sengih dan aku dgn segala hormatnya menyekeh kepala dia yg agak botak sebab baru je balik dari PLKN. Dah mcm banduan aku tengok.
"Kau pun dah nak sambung kan? Baik kau belajar betul2 nanti kena marah"
"Am takpe, belajar apa yg Am suka, ngah tu. Kenapa belajar special education? Padahal suka engineering"
"Ni semua long punya pasal la. Tapi, bila ngah belajar rasa ok je. Best jugak. Lagipun boleh la ngah rawat budak spesel dalam rumah ni" aku kemaskan semua barang dan tersengih sambil pandang adik aku yg tengah khusyuk duk fikir siapalah budak spesel tu. Malangnya, tak sedar kelemahan diri sendiri. Kikiki.
"Are you talking about me?" Ha! Dah keluar dah bahasa celup dia. Aku buat dunnnow je dan ke ruang tamu dgn senang hati. Biarlah dia berasap sorang2 kat situ. Malas aku nak layan.
"Ngah, how dare u?"
"Of course! Am, teman ngah beli buku nak?"
"Sejak dinasti mana ngah suka baca buku ni?"
"Dinasti Chin lagi, malangnya masa tu kau tak lahir lagi. Nak tak?"
"Kedai buku mana?"
"Ala, yg awek kau kerja tu"
"Awek Am?"
"Haah! Buat melopong ikan kembong la pulak. Si Mira anak Pak Seman postman tu"
"Huish! Simpang siur jalan cameron. Tak nak la Am!" Am ni entah apa yg dia tak suka sangat dgn Mira tu, nak kata tak lawa. Boleh tahan lawanya.
"Kenapa Am? Baik la dia tu"
"Baik la sangat. Sebab dia la setiap pagi Am kena kutip sampah kat sekolah. Nak jaga pagar sekolah pagi2 buat apa?"
"Sebab kau jahat la Am. Pergi sekolah lewat sangat"
"Ala, lewat seminit pun nak ambik nama. Tahu la nama Amar Shafeez ni sedap didengar"
"Dia pun amalkan amar makruf nahi munkar. Sebab tu dia ambik nama kau. Lagipun, kalau ajal, seminit pun tak ada lewat tau!" Ha! Ambik kau tazkirah jumaat sikit. Mulalah tu nak buat muka tak puas hati. Hehehe.
"Ngah ni!"
"Bila izrail datang memanggil jasad terkujur di pembaringan" aku menyanyi lagu nasyid itu dan meninggalkan Am yg sedang insaf la kot. Cakap memang pandai betul aku ni ha.

Beberapa buah novel inggeris keluaran terbaru aku beli dan minta Am tolong bawakan.
"Ngah, bila nak masuk belajar?" Soal Mira yg sedang menjaga di kaunter. Mira melihat Am yg sedang memilih majalah.
"Kenapa mcm banduan je adik ngah tu?" Soal Mira dan aku terus ketawa sebab tak tahan. Ada jugak orang yg perasan benda ni rupanya.
"Tu la pasal. Kalau dia dengar ni Mira mati kita" aku dan Mira berkongsi gelak. Jahat punya kakak aku ni sebab kutuk adik sendiri kaw2 punya. Hahaha.
"Ngah, bayarkan yg ni sekali" Am letakkan satu majalah kereta dan aku malas nak marahkan dia terus buat bayaran.
"Mira sambung kat mana nanti?"
"Asasi UM ngah. Nah" plastik berganti tangan dan aku serahkan pada Am utk bawanya. Aku dan Am keluar dari kedai buku itu dan berjalan balik ke rumah.

Malas aku nak berdukacita sangat walaupun air mata rasa nak keluar je ni. Aku perhatikan kereta babah yg tinggalkan perkangan asrama tempat tinggal baru aku. Siapalah yg akan duk sebilik dgn aku nanti. Aku berjalan sekitar uni sebelum masuk ke dalam bilik dan dah ada orang yg akan satu bilik dgn aku. Mak dia pun ada lagi ni, aku salam dgn mak dia dan dia. Heh! Dah nangis pun, anak manja mak la ni nampaknya.
"Adik jaga diri tau. Nanti call mama selalu" itulah pesanan terakhir yg aku sempat dengar dari mak roomate aku ni. Aku senyum je la dan bila roomate aku ni kembali ke bilik aku perhatikan dia pasangkan cadarnya.
"Sorry, first time duk jauh dgn family" dia kesat air mata dan aku senyum je.
"Orang mana?" Soalnya pada aku. Nak je aku jawab bumi tapi nanti dia kata aku poyo pulak.
"Johor."
"Oh, kisah tak kalau bahasakan aku kau je? Kekok la"
"No hal! Senang sikit tak ada la rasa sopan sangat" aku sengih dan dia pun sengih sama.
"Yes. Aku orang selangor"
"Oh, nama apa tadi?"
"Nia"
"Nia Ramadhani ke?" Gurau aku dan dia tergelak.
"Bukan. Nia Atyra" jawabnya dgn sisa ketawa dan aku sengih.
"Kau nama apa?"
"Ria Arlissa. Ria"
"La! Nama nak iras2 je kan?"
"Tu la pasal. Heh! Mcm kembar la kita ni kan?"
"Dont say that, kau pun ambil special education"
"Superb! Yes! Satu kursus"
"Yay! Bestnya" luahnya ceria dan aku turut sama bahagia. Kalau tak dapat satu kelas pun mesti dapat satu kuliah ni. Tapi, rasanya satu kelas je sebab dia arrange bilik ni pun mcm sengaja je kan? Harapnya la...
"Esok orientasi, mesti kena buli dgn senior" luah Nia mcm tak suka je. Aku sengih pula bila melihat keadaannya. Betul jugak, dulu pun dah parah jugak aku kena dgn senior, harapnya tahun ni aku tak kena lagi dah.
"Pasti. Malasnya"
"Ponteng jom?"
"What?"
"Acah je" dia gelak bila aku terkejut yg amat. Aku gelak sama akhirnya, huish, hari pertama dah ada niat nak ponteng, dahsyat betul ni!

Hari pertama dah sahlah akan sesat sebab tak tahu mana dewan utama ni. Nia ni pulak lama benar beli air. Aku pun satu hal jugak tak ikut dia ke cafe tadi tapi tercegat dekat tengah jalan ni. Bunyi hon mengejutkan aku dan bila aku berpaling ada kereta warna putih di depan aku. Aku ke tepi sikit utk beri kereta itu laluan.
"Cik, tak perlu nak jadi traffic light kat sini" ceh! Siapa pulak yg berani tegur aku mcm tu. Ei! Mamat mana pulak yg tak ada hati perut panggil aku mcm tu. Dah la tak sempat nak tengok muka dia, tapi! Aku akan ingat kereta dia ni sampai bila2.
"Ria!" Panggil Nia sambil berlari anak.
"Apa?"
"Depan sana bangunan pentadbiran, sebelah dia dewan"
"Alhamdulillah, jom ke sana" aku dgn semangatnya berjalan. Tak sabar nak sampai sebab aku dah lewat sebenarnya. Bukan aku tapi kami! Hahaha.

Bila kami sampai je semua orang dah ada dalam kumpulan masing2. Nampaknya kami dah lewat banyak sebab tak sempat dengar taklimat awal pun. Hihihi.
"Adik, belum daftar ke?" Soal seorang senior perempuan dan aku dgn Nia angguk.
"Baru sampai ke?" Soalnya lagi dan kami angguk lagi.
"Kenapa lewat sangat? Habislah kalau ketua projek tahu"
"Alamak, kami sesat kak" cuak seh. Buatnya hari pertama dah kena marah habislah kami.
"Its ok. Oleh kerana awak berdua dah lewat, saya tempatkan awak satu kumpulan je la, ya?" Wah! Berapa bertuahnya sampai lewat kali ni. Suka yg amat kau!
"Ok. Jap, syaa tanya kumpulan mana masih ada free" senior itu berjalan pergi dan kami tunggu lagi. Tak payah cakap la punyalah bahagia sebab kami ni satu kumpulan.
"Ambil file ni, dan pergi group nombor 8"
"Ok. Terima kasih" ucap aku dan Nia lalu berjalan ke group yg berada di tengah dewan itu. Aish! Habislah kena perli nanti.
"Hai" sapa aku dan Nia serentak, cuak seh bila satu team ni pandang kami. Kami senyum sedikit utk hilang cuak.
"Duduk" maklum seorang lelaki, mungkin senior dan fesi kami la kot. Tak payah cakap banyak dengar je apa yg dia cakap.
"Awak berdua lewat hampir satu jam. Pergi mana? Bercuti?" Pedas pulak perlian dia ni, kalau pergi bercuti orang tak pakai baju mcm ni. Aku rasa nak meletup je tapi si Nia ni mcm takut la pulak bila kena marah.
"Kami sesat" jawab Nia perlahan.
"Sesat? Ok, saya terima alasan tu" jawab senior itu lagi.
"Nasib baik belum mula sesi perkenalkan diri lagi. Ok. Kita mulakan dari awak. Cerita semua pada kami pasal awak. Semuanya" terang senior itu lagi dan seorang pelajar bangun utk perkenalkan diri. Satu persatu pelajar bangun dan perkenalkan diri masing2. Macam semua benda mereka cerita sama ada single ke tak pun. Adoi! Aku nak cerita apa pulak ni? Ha! Turn Nia.
"Saya, Nia Atyra Bt Dahlan, anak ketiga drpd 3 adik beradik, orang Selangor. Hobi, baca novel." Pendek je Nia ni, muka senior mcm tak puas hati je.
"Tu je yg ada tentang awak. 21 tahun hidup, tu je" gila pedas dia ni, masa mak dia pregnant banyak makan lada ke apa? Habislah aku.
"Single, dulu student uitm jugak. Suka layan lagu english, suka melukis jugak. Suka chocolate. Tu je"
"Ok. Boleh duduk. Last, awak" haish! Dah kena seru ni. Aku bangun dan berikan senyuman kpd semua orang. Cuak tak ingat kau.
"Saya, Ria Arlissa Bt. Shukor. Anak ketiga drpd empat. Suka lepak dan makan. Single. Suka novel english. Student uitm jugak dulu. Suka layan movie. Tu je"
"Ok. Walaupun saya tak puas hati sangat tapi malas nak paksa2 orang. Baiklah! Abg perkenalkan diri abg. Abg, boleh panggil Jai atau abg Jai, tak kisah. Orang Selangor. Tu je pasal abg tak payah nak tahu lebih2 la ya. Abg tak nak korang stress, kita lepak2 je cipta memori la konon" manusia bernama Jai ni mungkin baik je kot dan aku tak rasa selesa nak panggil dia abg jai. Sebab, aku sendiri tak panggil abg aku mcm tu, hahaha.
"Nia, aku sakit perut la" adoi, kenapa pulak perut aku sakit tiba2 ni eh. Sebab tak breakfast agaknya.
"La, kenapa pulak?"
"Mana aku tahu" kami ni duk berbisik mcm dalam tahanan perang je.
"Mcm mana ni?" Soal Nia pula.
"Entah. Adoi"
"Nia, Ria. Awak berdua ada nak share something kat kami semua ke?" Ha! Kan dah kena dgn senior ni. Aku dan Nia saling pandang kemudian menggelengkan kepala.
Senior ni terus bercakap dan cerita pasal uni ni. Pasang telinga dan dengar je la apa yg dia ni duk bebel. Duhai perut, bersabarlah, kejap lagi kita pergi makan ya.
"Ok, lunch break, pukul 2.30 kat sini balik ya"
"Ok!" Akhirnya habis jugak bebelan berpadu dia ni. Aku dgn laju mengemas beg dan menarik tangan Nia utk beredar dari situ dgn segera. Dah lapar tahap dewa ni.
"Nak pergi mana?"
"Cafe"
"Oh, sakit perut lapar ke?"
"Yes! Jom!" Nia ni boleh pulak dia gelakkan aku yg memang tengah kelaparan skrg ni. Tak sesat pulak aku jalan nak pergi cafe ni, ni semua sebab aku dah hafal jalan nak ke cafe awal2 lagi.
"Tahu pulak jalan ni"
"Mestilah!" Aku sengih sambil angkatkan kening dgn bangga. Nia menepuk bahu aku kuat sampai aku rasa perit. Adoi, dia ni memang teruk betul la.
"Dah sampai, lajunya"
"Heh! Aku dah cari shortcut lagi. Jom" mereka masuk ke cafe dan mencari tempat duduk yg selesa.
Laju je aku pergi beli makanan, pedulikan orang lain sebab aku memang tengah lapar tahap dewa ni. Nia pun ikut sama makan dan bila kami dah selesai makan kami bergerak ke surau utk solat. Nasib baik ada surau kat sini senang sikit nak solat.
Bila aku pakai kasut lepas turun dari surau aku perasan sesuatu, kereta putih tu! Mcm aku kenal je. Sah! Memang kereta ni la. Aku bangun dan terus ke kereta tu. Heh! Punya sakit hati aku ni aku sepak tayar kereta tu tanpa belas kasihan.
"Ria! Kau belasah kereta sape ni?" Kalut betul Nia datang pegang aku.
"Kereta orang gila yg panggil aku traffic light" aku terus sepak tayar kereta ni walaupun Nia cuba sedaya upaya utk menghentikan kerja gila aku ni.
"Hei!" Laung satu suara garau menyebabkan aku dan Nia berpaling ke belakang.
"Apa yg cik buat ni?!" Tanyanya garang.
"MYOB!" Aku tetap tak pedulikan dia.
"This is my car!" Dia berkata serius dan kaki aku secara automatik berhenti menendang. Aku tarik tangan Nia dan...
"Lari!" Aku dan Nia terus bukak langkah sejuta utk melarikan diri sementara masih sempat. Laungan drpd lelaki itu kami dah tak pedulikan lagi dah. Teruskan berlari wahai kaki jgn cuba nak penat. Bila dah sampai depan dewan aku dan Nia tercungap cungap. Sumpah letih gila kot berlari sejauh tu.
"Habislah kita" Nia bersuara sambil menahan penat, aku menggelengkan kepala dan cuba utk bertenang.
"Aku yakin kita takkan jumpa dia lagi dah" dgn yakin habis aku bersuara dan kami masuk ke dalam dewan sambil mengibas sebab penat dan panas sangat. Untung jugak dewan ni guna air cond. Heaven.
"Kalau dia ingat kita mcm mana?"
"Kalau dia ingat. Dah, jom" aku tarik tangan Nia ke kumpulan kami. Hanya beberapa orang je yg baru sampai dan masih lagi ada 15 min. Yg penting! Senior Jai tu pun ada sama kat situ sambil borak dgn newbie yg lain. Aku dan Nia senyum dan terus duduk di kerusi kami tadi tanpa hiraukan orang lain. Aku keluarkan fon dan melihat jam, sempat lagi nak main game ni. Nia ikut sama keluarkan fon dia dan mula membuka instagram.
"Apa Ig kau?" Soal Nia pada aku.
"Aku_Ria" jawab aku ringkas. Nia boleh pulak tersengih bila tahu aku punya akaun. Dia dah follow aku tapi aku malas lagi nak accept.
"Malam nanti aku accept" aku sengih pula pada Nia dan dia angguk. Aku sambung main game dan tak pedulikan dah apa orang lain buat. Yg penting aku dgn game dah sebati habis.
"Ehem!" Dehem yg kuat hentikan aku dan Nia drpd terus alpa dan leka, cewah! Baru perasan yg semua orang dah ada kat sini. Aku silent kan fon dan masukkan semula ke dalam beg begitu juga dgn Nia.
"Ok, semua dah ada kat sini. Kita nak discuss pasal apa ni?"
"Abg cerita la pasal keadaan kat sini" ujar seorang pelajar dan mula lagilah bebelan bertamadun dia. Setahu aku dia ni student engineering tahun akhir pulak tu. Mesti MPP ni kan? Huish, aku nak join benda alah tu memang tak la kau!
"Nia, kenapa awak pilih course special education?" Fuh! Selamat bila soalan tu kena pada Nia, kalau pada aku alamatnya memang jawapan mintak pelempang aku bagi. Sebab ibu dan babah yg suruh. Hahaha.
"Sebab, kawan saya yg ada anak special. Dia kawin awal dan bila dia dah ada anak, anak dia special. Tapi, saya sangat bangga dgn dia sebab dia tabah dan cuba bagi pelajaran yg terbaik utk anak dia. One day, bila saya pergi rumah dia, saya main dgn anak dia dan bila saya berikan dia crayon, he can draw very well. That time i know, special child have special abilities and thats why we need more person that know what is special education." Aku diam je bila Nia buat explaination ni, pergh! Memang ada impian dan cita2 yg besar lain sungguh dgn aku. Bila aku dengar smua tu buat aku rasa nak belajar bersungguh sungguh. Semua orang pun mcm bangga dgn apa yg Nia cakap . Sebak!
"Lastly, even they cant sing, doesnt mean they cant write a song" akhir sekali itu yg Nia cakapkan. Semua orang diam dan mula faham sesuatu. Nia senyum dan dia segan bila semua orang seakan terpaku dgn dia punya talk. Nia, aku bangga jadi roomate kau!
"Wah, Nia u are good." Senior Jai pun terpegun, dahsyat sungguh kawan aku ni kan. Seterusnya soalan kpda orang lain pula dan aku diamkan diri je la. Memang tak banyak utk dicakapkan pun hahaha.
"Lastly, Ria" alamak! Dah kena attack pulak.
"Awak tak banyak cakap pun. Just dengar je" aku pandang Nia bila dia cakap mcm tu. Aku ni jenis suka bercakap tapi bila dalam group mcm ni aku tak banyak sangat nak melontarkan suara. Kalau bab mengarut boleh la aku nak join.
"Saya suka mendengar" aku bagi jawapan selamba habis dan ada student yg gelak. Lantaklah dah memang aku macam ni. Nia ni pun sengih je aku cepuk kang!.
"Awak kursus apa?" Soalnya pada aku dan aku sentuh Nia.
"Sama" jawab aku ringkas. Senior Jai berkerut sedikit dan pandang aku lagi. Aish! Tolonglah selamatkan aku.
"Abg! Fakulti engineering kat mana?" Soal satu lelaki dri kumpulan aku dan sumpah aku lega habis. Thanks fren yg tak berapa nak fren sangat. Aku sengih pada Nia yg dah nak gelakkan aku. Aku pandang orang yg dah selamatkan aku dan senyum sedikit. Hehehe. Terima kasih dalam hati je la.

Semasa dalam perjalan balik aku diam je sebab terfikir balik apa yg Nia cakapkan tadi, ada betulnya jugak kan? Kenapa aku ni mcm tak ada motivasi je nak belajar sesuatu dalam hidup ni.
"Kenapa diam je?" Soal Nia lalu menyiku aku.
"Berfikir"
"Fikir apa?" Soal Nia pelik.
"Apa yg kau cakap tadi"
"Apa yg aku cakap?"
"Kenapa kau belajar course ni"
"Oh! Kau fikir apa?"
"Aku tak ada motivation nak belajar mcm kau. Sebab parent aku suruh je ni. Nasib baik kau yg kena tanya, kalau aku alamatnya memang dah kena tembak kot"
"Ya la tu. Tapi, hensem jugak senior Jai tu kan?" Hek eleh, berkenan la tu. Aku angkat bahu je sebab malas nak fikir banyak pasal tu. Pada aku ada la rupa tu, hensem? Entah.
"Dah sampai bilik" luah aku lega gila sebab dah sampai depan pintu bilik. Nia bukakan pintu dan aku terus masuk dan baring atas katil dgn stoking yg belum dibuka. Nia pukul kaki aku sebab tak buang stoking lagi dah naik katil, hailah, mcm mak dan long aku je dia ni.
"Follow aku balik!" Arahnya cepat dan aku buka fon setelah buka stoking.
"Adik_Nia" aku sebut dan gelak dgn nama manja dia. Lupa pulak aku yg dia ni anak manja mak. Hahaha.
"Ria, aku nak tukar la profile. Nak buat nama mcm kau. Aku_Nia, boleh tak?"
"Silakan, siapakah patik nak menghalang"
"Yes! Tak sabar nak balik cerita kat abg dan kakak. Aku dapat roomate nama nak sama"
"Silakanlah" aku jawab malas dan Nia balingkan bantal atas belakang aku. Dia ni tak penat ke? Dah marathon selamatkan diri tadi, lepas tu jalan kaki banyak punya jauh nak ke hostel, panjat tangga lagi. Penatnya ibu!
"Twitter kau pun sama ke?"
"Semua sama, fb pun sama. Silakan add aku, nanti aku add balik"
"Kau aktif guna apa? Ig kau upload seminggu sekali je ni"
"Aku aktif main game je, tak peduli mana pun benda tu semua."
"Hish! Kau ni dgn game pun layan"
"Of course!" Jawab aku lagi dan Nia buat muka bosan.

Hari kedua, malasnya nak pergi tapi bila aku ajak Nia ni ponteng sepanjang jalan kereta api dia membebel kat aku. Sampai sekarang pun tak berhenti lagi ni, dari lepas subuh tadi lagi dia membebel. Kalau tahu dia nak membebel mcm ni aku sambung baca doa lepas solat subuh dua perenggan lagi.
"Dah la mak cik! Nak gerak dah pun" malasnya aku nak menadah telinga. Aku rela dgr Am menyanyi lagi drpd dengar bebelan si Nia ni.
"Kau ni, semangat sikit!" Sambungnya lagi sebagai ayat penyudah. Gila mak dia membebel. Memang boleh lawan ibu nampaknya dia ni.
"Ria, nanti cuti boleh aku balik rumah kau?"
"Boleh je, nak buat apa?"
"Jalan2. Lain kali kau datang rumah aku pulak"
"Ok. Mcm best je"
"Yes!"
"Nia, masa kecik dulu kau minum susu apa?" Soal aku padanya dan dia agak pelik.
"Susu ibu la, kenapa?" Soalnya balik.
"Saja, sebab kau punya semangat tu lain mcm sikit." Aku jawab selamba sambil sengih dan dia tergelak kecil.
"Kau pun perasan eh? Aku pun tak tahu kenapa aku mcm ni"
"Tu la pasal, hormon apa yg terlajak kat kau ni eh?"
"Entah! Yg aku tahu, hidup cuma sekali dan aku nak hidup aku ni fun!" Nia senyum ceria dan mengatur langkahnya lebih laju. Aku ikut sama senyum dan mengejar langkahnya, yg aku tahu, dia punya semangat memang luar biasa. Walaupun kami tak belajar lagi, dia dah habis baca half silibus kot. Sampai tertidur atas meja study, rajin dan kuat betul motivasi dia ni.
"Ria! Kita awal hari ni!" see? Dahsyat betul dia ni kan? Memang boleh jadi pemimpin yg hebat. Satu dewan ni boleh dengar dia punya suara. Walaupun dia anak manja mak, tapi dia nampak hebat. Tak habis2 aku ni puji dia kan? Walaupun dia punya sewel tu ada jugak. Hahaha.
"Awalnya awak berdua, tak sesat?" Ni yg malas ni asal dah buat baik sikit kena perli. Rasa nak je aku bakar si senior ni tapi nasib baik aku bukan Usop Wheelchair, kalau tak dah lama dah. Kita bakor je, kita bakor je.
"Tak senior! Kami dah hafal semua jalan dan dah ada shortcut lagi" jawab Nia ceria dan aku senyum nak tak nak je.
"Hebat! Saya ada kerja kejap" Senior Jai minta diri dan pergi ke meja urusetia. Aku tarik Nia supaya duduk dan mulakan chit chat kosong kami berdua. Huish! Bab mengarut memang dahsyat aku boleh bercakap. Hahaha.
"Hai!"sapa satu suara dan aku dan Nia terus berhenti bercakap. Eh, mamat yg tolong aku semalam la.
"Saya Iwan" dia perkenalkan diri, eloklah sebab aku memang tak tahu pun nama dia apa.
"Saya Nia dan ni Ria" Nia perkenalkan  kami dan aku senyum je.
"Kau student engneering ke?" Soal aku pula, bersaya berawak? Tak payah nak buat lawak.
"Haah" jawabnya dan senyum lagi. Aku tak bagi Nia cakap banyak dgn stranger ni tapi dia nak jugak bercakap. Mulut Nia ni nak tutup mcm mana eh?
"Kau dulu student uitm jugak ke?" Soal Nia pula. Dah tak ada bahasa sopan jiwa bangsa dia tadi. Baguslah.
"Yup! Aku suka kau punya talk semalam" ujarnya sambil memuji Nia dan aku senyum. Kan aku dah kata ramai yg kagum. Nia!
"Humble opinion je tu" Nia merendah diri lagi dan aku senyum lagi.
"Kau memang tak banyak cakap eh?" Soalan berbalik kpd aku pula.
"Aku bukan tak banyak cakap, tapi, aku tak pandai nak bercakp dalam group mcm ni. Kalau bab sukan ke aku boleh la." Jawab aku terus terang dan dia gelak. Boleh dia gelakkan aku pulak.
"Sama la, aku pun jenis tak pandai nak speak up benda education ni. Aku suka dengar je. Apa sport yg kau minat?"
"Banyak! Tapi, aku suka layan bola la"
"Yes! Aku pun. English legue?"
"Nope. Bola dalam malaysia je. Aku tak kenal la pemain bola luar. Malas nak ambik tahu"
"Ok la tu." Jawabnya sambil senyum. Heh! Bila kita jumpa orang sama otak memang orang yg tak sama akan dipinggirkan. Hahaha. Kesian betul dgn Nia. Hahaha.
"Nia suka sport apa?" Soal Iwan pada Nia pula, bagus dia ni, pandai dia nak seimbangkan suasana.
"In door kot"
"Dia suka baca puisi cinta" aku tolong jawab sikit
"Really?" Soalnya teruja.
"Not really but ok la"
"Good" jawab Iwan lagi.
"Hai!" Dah ramai yg datang akhirnya dan perbualan kami dihentikan. Semua orang dah bersedia dgn sesi hari ini nampaknya, apa pulak yg kami nak kena buat hari ni.
"Hai! Baguslah semua dah ada kat sini. Aktiviti kita hari ini ialah, talk about alam sekitar. And we need to present. One more thing, this year, we gonna have malam kebudayaan" amboi! Cerianya suara senior mcm boleh hadiah helikopter sebijik. Yg talk tu aku boleh tahan lagi tapi bab malam tu yg aku malas ni. Hailah, tengok orang present best la bila kita yg nak kena buat. Tu yg malas tahap dewa tu! Orang lain pun bukan main lagi teruja dan bahagia, aku ni je yg tak ada mood nak berbahagia. Ibu!
"Pasal malam tu kita discuss later, yg penting utk talk alam sekitar ni. Kita nak present apa?" Soal senior dan pelbagai idea yg mencurah curah keluar mcm air terjun je. Aku je umpama ikan yg berenang dgn aman di dalam tasik. Cewah! Aku la orang yg paling bersedia utk bersetuju dgn mana2 idea yg orang lontarkan, siapa yg bagi aku sokong je! Lebih2 lagi orang terlebih hormon mcm Nia ni. Aku angguk mengiyakan je apa yg dia cakap.
"Good! We know what will we present. Now, tell me everyone's role." Arahan senior selanjutnya buat orang diam sekejap dan ada seorang student listkan role yg diperlukan. Satu persatu role mula diambil dan aku harapkan aku akan jadi geng belakang tabir. Geng preparation la kiranya.
"Excuse me, saya nak dua presentor dan saya nak Nia dan Ria" cadangan senior buatkan aku rasa umur aku jadi pendek tiba2. Aku? Present depan ratusan student? Dalam dewan besar ni? Disaster nanti. Aku menggelengkan kepala sebab tak setuju tapi senior berkeras. Aku minta tolong ahli lain dan mereka jugak sependapat dgn senior. Mampus aku!
"Nia, aku tak nak" rayu aku pada Nia dan dia gelakkan aku pulak.
"Semua orang nak dengar suara emas kau Ria" Nia ni memang tak membantu aku langsung kali ni.
"Aku tak boleh la Nia"
"Boleh! Ada masa kot. Esok baru present. Kita ada masa lagi" senangnya Nia cakap. Aku mengeluh dan bersila atas lantai tanpa hiraukan orang lain yg dah tergelak dgn tingkah aku. Ibu! Habislah hidup ngah!
"Ria, u can!" Senang la hamba Allah ni cakap sebab dia yg suruh. Kalau aku pengsan kat atas pentas nanti pandai2 lah korang jawab dgn ibu dan babah aku.
Semua orang mulakan menyiapakn slide show dan aku yg kena study apa yg ada dalam slide tu. Habislah aku memang teruk betul la dorang ni. Saja menempa kekalahan nampaknya kali ni.
"Ria ni skrip" Huda, ahli grup aku hulurkan dua helai kertas. Gila panjang! Mcm mana nak hafal dalam masa sehari je. Aku garu dahi bila tengok skrip sepanjang ni, kena call ambulans awal2 lagi ni kalau tak naya.
"Ok! Jumpa lepas rest" senior berikan arahan dan semua orang berhenti buat kerja. Aku simpan skrip di dalam beg dan mula menghafal sikit2. Walaupun aku tak suka tak bermaksud aku kena lepas tangan dan tak cuba langsung. Memang nak kenakan aku betul la dorang ni semua. Tak sabar nak jadi senior! Aku nak buli balik!!! Niat dah salah tu. Hurm.
"Ria, kau ok tak?"
"Tak ok" jawab aku lemah dan letakkan kepala atas meja makan. Nia tergelak kecil dan gosok bahu aku.
"Nak makan apa hari ni? Aku belanja"
"Nasi putih ayam goreng tak nak sayur air mangga" jawab aku laju tanpa noktah dan sebagainya. Nia gelak lagi dan bangun dari kerusi. Aku pangku kepala dgn tangan dan melilau pandang persekitaran.
"Alamak!" Mamat gila tu la! Dia pun warga uni ni ke apa? Asyik ada je. Mana aku nak menyorok ni? Cepat2 aku letakkan muka atas meja dan buat2 tidur. Moga dia tak nampak dan perasan kewujudan aku kat sini Ya Allah. Habislah aku kalau dia cam aku dan nak bawak aku ke balai polis, kau ni Ria! Tu la, buat kerja tak cukup akal lagi.

Fuhh! Putus nafas aku skrg ni sebab berdebar sangat. Kenapalah aku yg dipilih nak kena jadi presentor. Huish! Senior Jai punya kerja la ni.
"Kau boleh Ria!" Nia berikan kata semangat dan ahli lain pun ikut sama berikan semangat. Aku tarik nafas dalam2 dan biarkan Nia mulakan presentation. What can i say here is, she is too good. Ya Allah ya tuhanku, mohon kemudahan dariMu.
"Saya serahkan kepada partner saya utk penerangan lanjut" huh! Nia dah selesai, sekarang ni part aku pulak. Mohon semangat ibu, babah.
"Terima kasih, saya akan sambung dgn amalam 3R, reuse, reduce and recycle...." aku teruskan je apa yg aku perlu cakap. Lantaklah apa nak jadi pun jadi la.
"Semua orang tahu dan semua orang sedar pasal ni, but, just a few person do it. Why? Because, we always think that someone will do it for us"
"Lets think, why not if we can help them, ease them, then the process will be fast"
"People always said that the workers was paid, but we didnt think that we also live on the same earth. Setiap kali ada masalah pencemaran semua orang mula menunding jari salahkan siapa, why not kita berganding bahu selesaikan masalah?"
"Alam sekita satu ni je, appreciate it and love it. Semua orang tahu yg love is crazy, we are willing to do anything for love. So! Lets love our nature because we will take care of it well"
"Thousands people talk about this but, just a few people can do it. Thank you" aku habiskan talk dan senyum segaris sebelum ke belakang pentas. Pendek umur kalau kena selalu buat presentation mcm ni. Sebaik aku ke belakang pentas Nia terus peluk aku erat dan tepukan gemuruh dari dewan langsung tak buatkan aku happy, sebabnya aku lega gila bila dah selesai ni. Tolonglah, make it last.
"Ria, congrats"
"Ok. Tu semua ikut skrip je" aku balas pula dan mereka senyum.
"Mana ada dalam skrip"
"Taj ada ke? Aku rasa ada. Tak kisahlah yg penting aku dah bebas! Nasib baik tak pengsan"
"Good talk Ria" senior Jai puji aku pulak dan aku gelengkan kepala.
"Saya tak tahu apa yg saya cakap tadi dan saya dah lupa pun" aku teguk air mineral sekali lalu je. Sejuk tak ingat atas pentas tadi.
"Tolonglah jgn paksa saya buat lagi." Aku merayu pula kali ini dan semua orang terus gelakkan aku yg gayanya baru keluar dari rumah hantu je. Hampir sama tapi tak sama.

Rupanya best jugak orientasi kali ini dan aku rasa dah kamceng gila dgn semua ahli. Hari ni, dah start belajar la pulak. Malasnya!
"Ria, dah prepare nota?" Soalan Nia ni memang pada orang yg salah, aku yg pemalas ni nak buat nota? Memang idoklah namanya
"Tak" jawab aku ringkas sambil tersengih. Hihihi. Tayang gigi putih berseri sikit.
"Ria, u should prepare first" dah mula dah sesi kaunseling dia.
"Ok cik Nia. In sha Allah lain kali ya"
"Ria, kau ni. But, thanks to me because, aku dah prepare utk kau" mata aku membulat sedikit bila satu nota diserahkan kpd aku. Dia betul2 buatkan nota utk aku? Ya Allah, so sweet.
"Nia! Thanks!" Ni yg aku rasa nak peluk cium ank orang je ni.
"Ok" Nia senyum manis dan pandang depan. Aku senyum lagi dan baca nota yg dia sediakan ni. Terbaiklah fren!
Tadi bising je dewan ni sekarang diam pulak? Aku pandang Nia yg mcm terkejut je. Aku pandang apa yg buat dia ternganga dan aku sekali turut ternganga.
Bisik2 dri student perempuan lain yg puji lecturer kami ni hensem dan mestilah heaven utk mereka tapi, hell bagi aku yg dah sepak tayar kereta dia tanpa belas. Balasankah ini?
"Ria, kau cakap kita takkan jumpa dia lagi" Nia berbisik dalam nada resah gelisah dan aku jauh lebih teruk dari dia kot.
"Mesti dia tak ingat kita punya, dah seminggu" aku cuba tenangkan diri sendiri sebenarnya dan Nia agak setuju. Bila dia mula bercakap semua orang tumpukan perhatian pada dia.
"Saya Syed Arfian, boleh panggil saya Dr. Arfian. I will teach u for whole first semester" wah! Nampaknya semua orang bahagia dgn berita ni kecuali aku dan Nia. Disaster la nampaknya mak oi!
Satu jam kelas satu hapa pun tak masuk dalam otak aku dan aku tak rasa mcm aku dalam zon selamat. Tapi,dalam lecture hall yg ramai gila orang tu dah kira ok kot. Tak perlu la dalam tutorial class pun dia kan. Mustahil sangat la kot. Hahaha. Ok Ria! Teruskan sedapkan hati kau sendiri.
"Ria, jom pergi makan" ajakan Nia pastinya aku takkan tolak sebab memang aku lapar gila sebab  cuak tadi. Kenapalah mesti jumpa dia balik. Kenapa dia?! Ria, dah fikir pasal tu sekarang just act like nothing bad happen.

Dah lebih 10 minit lewat lecturer aku ni. Mana pulak dia pergi? Ke dia tak masuk? Hehehe. Heaven kau kalau dia tak masuk. Kikiki. Siapalah agaknya lecturer yg kena ganti Mdm. Shima yg beranak ni?
"Good morning class, maaf saya lewat sikit. Saya baru je tahu yg saya kena ganti kelas ni. Sorry" mak aih, sekali lafaz je dia cakap, tapi? Kenapa dia?! Ya Allah, ujian apakah ini? Nia, kenapa kita tak satu kelas? Matilah aku.
"Berapa orabg dalam kelas ni?" Soal dia kpd kami.
"20 Doc" jawab seorang lelaki, class monitor la tu. Aku cuba utk elakkan bertentang mata dgn dia sebab aku takut bila aku cuak dia boleh cam muka aku.
"Ok, u alls dah sampai mana?" Soalnya lagi dan ada seorang pelajar perempuan menjawab. Habislah aku kali ni, dalam lecture hall dah out sebab dia yg ajar, takkanlah dalam kelas pun dia jugak. Mcm mana aku nak fokus ni? Nia! Tolonglah aku.
"Excuse me" suaranya yg agak kuat menegur aku yg tengah berangan membuatkan semua mata memandang ke arah aku. Habislah.
"What are u doing?" Soalnya tegas dan aku rasa kecut habis. Semua usus dah jadi kecut ni ibu.
"Nothing" jawab aku risau, muka memang aku tak tunjuk pada dia.
"We are learning? Right class?" Soalnya lagi dan semua orang jawab yes.
"We are not doing nothing, am i right?"
"Yes!"
"Whoever u are, get out from my class" mata aku bagaikan nak tercabut bila dia halau aku dari kelas. Mcm tu je? Biar betul aku kena halau dari kelas ni? Habislah.
"I said get out" arahnya lagi dan aku malas nak minta maaf atau merayu terus simpan buku dan keluar dari kelas. Sakitnya hati! Memang perangai dia mcm tu ke?
Dah kena halau baik aku jalan2 sekitar uni ni, memang dia jenis mcm tu atau dia tahu aku ni siapa? Tapi, mcm dia tak tahu je kan? Ibu, ngah kena halau dari kelas ni.
"Ria!" Ada suara panggil aku dan aku menoleh, la, mamat ni lagi.
"Lajunya, tak ada klas ke?"
"Ada"
"Habis tu, kenapa kat sini?"  Sibuk je dia nak tahu urusan aku kan? Ikut suka hati aku la nak buat apa pun kat sini.
"Kena halau" aku jawab malas dan dia terkejut lagi. Lama2 kena serangan jantung jugak mamat ni.
"Kenapa kena halau?" Soalnya lagi.
"Sibuklah kau ni Iwan,aku tengah berangin ni. Kau nak apa?" Soal aku geram dan dia sengih sedikit.
"Sorry fren. Jom kita lepak nak?"
"Tak nak. Aku nak balik bilik"
"La, jom la teman aku lepak"
"Tak nak la. Lain kali eh? Aku nak balik tidur ni. Chow!" Taj payah cakap banyak lagi dah, kita blah terus. Iwan ni memang baik betul dgn aku dan Nia. Aku rasa dia suka Nia tapu dia tu mcm penakut sikit nak cakap kat Nia. Hihihi. Tak kisahlah yg penting aku tak nak masuk campur bab perasaan orang ni.
Sampai je kat bilik memang aku terus baring atas katil. Walaupun kelas hari ni dua jam je dan aku dah pendekkan jadi satu jam, aku tetap rasa penat. Penat sebab sakit hati!

Nia yg baru je balik buat aku hairan, dia kata kelas sikit je tapi sampai petang jugak dia ni. Mana dia pergi?
"Dari mana?" Soal aku padanya yg baru je duduk.
"Discussion kat library" jawabnya sambil senyum. Discussion?
"Apa kau buat sampai kena halau dri kelas?" Soal Nia lalu tergelak sedikit. Dah agak dah! Diacussion ke dating dgn si Iwan sengal tu? Confirm Iwan yg cakap pasal benda ni kat dia kan?
"Iwan la ni cakap ya?"
"Haah. Kenapa?"
"Kau tahu tak, Dr. Arfian yg ganti Mdm aku!"
"What?!" Soal Nia terkejut dan dia terus ketawa terbahak bahak. Ish! Dia ni tak simpati langsung dgn aku la.
"Kuat betul jodoh kau dgn dia kan?"
"Tak payah nak berjodoh sangat, aku rasa nak judo je dia tu. Aku kena halau sebab aku cakap aku tak ada buat apa2. Aku rasa dia mereng la weh!"
"Tak baik tau. Tapi dia hensem kan?" Nia ni memang sengaja nak cari pasal ke apa?
"Kau tu semua hensem, Senior Jai hensem, Iwan hensem!"
"Fact ok"
"Banyaklah kau. Malas la aku nak peduli" aku rebahkan badan atas katil semula dan sambung tidur. Layan Nia pun buat sakit dan bengkak hati je. Malas aku nak layan dia!

Pagi2 lagi hari ni kelas dgn dia. Aku cuba utk positifkan diri dan melanglah masuk ke kelas.
"Ria, kau ok tak?" Soal Mia kawan kelas aku dan aku senyum sikit sambil angguk.
"Doc tu memang mcm tu, di strict sikit. Dah ramai student dia kena halau" Mia ceritakan pada aku dan aku rasa nak gelak pulak. Strict? Mereng aku rasa lebih sesuai.
"Tak kisahlah weh. Agak2 nya aku ni di tangga ke berapa?"
"Banyak kot" jawab Mia lalu tergelak. Tapi gelak kami berhenti sebaik dia melangkah masuk ke dalam kelas. Aku langsung tak ada hati nak pandang muka dia lagi dah!
"Semua orang dah ada?" Soalnga dgn nada dan reaksi serius. Seingat aku setakat ni aku tak pernah tengok dia senyum walaupun sekali.
"Dah Doc!" Jawab Jamil, ketua kelas aku. Aku buka buku dan langsung tak pedulikan apa yg dia membebel kat depan. Protes habis ni!
"Excuse me, u!" Ujarnya dan jarinya dah tepat kat aku. Aku bangun dan pandangnya tanpa perasaan.
"Awak tanya tak kawan sekelas awak apa yg kita belajar semalam?" Soalnya dan aku angguk. Aku tanya si Mia ni ok walaupun aku tak faham apa yg dia cakap.
"Good, awak boleh duduk" heh! Good kepala lori la sangat. Aku duduk dan belek2 helaian buku sebab dia masih lagi membebel entah pasal apa aku sendiri tak pasti. Yg pasti! Aku memang tak ada hati nak dengar langsung.
Pembelajaran bermula dan aku cuba utk fokus tanpa perlu pandang muka dia yg serius tak ingat tu. Aku telan apa je yg dia cakap sampailah satu jam dan kelas dia habis jugak akhirnya. Heaven!
"Assignment awak semua pasal syndrome down. Submit it after two weeks. Ok?"
"Ok doctor."
"Good. Class dismiss" ni la kata2 azimat yg paling aku suka dengar yg keluar dari mulut dia. Aku dgn tersenyum bahagia kemaskan beg dan berjalan keluar tapi bila nama aku disebut langkah aku terhenti.
"Ria Arlissa, saya nak cakap sikit" apa yg dia nak cakap ni? Aku tarik tangan Mia supaya teman aku tapi dgn isyarat mata je dia boleh buat Mia pergi. Dahsyat.
"Penting ke doc? Sebab saya ada urusan lepas ni" aku buka mulut je dia dah jeling aku semacam. Erk! Pendek umur aku kalau terus mcm ni.
"Awak tak suka cara saya mengajar?" Pergh! Soalan dia lain mcm, jawapannya, saya tak suka awak doctor! Tapi, aku gelengkan kepala, tak kan nak say yes pula.
"Apa yg buatkan result kuiz awak merosot teruk sejak saya yg pegang kelas awak. Orang lain tak ada masalah pun."
"Sebab saya kurang study kot doc" jawab aku lebih kurang.
"Atau sebab awak risau yg saya tahu awak yg sepak kereta saya?" Tebaknya dan aku rasa muka aku terus bertukar oren. Dia ingat! Dia ingat! Matilah aku kalau mcm ni. Mesti dia benci aku sangat2 kan.
"Anggap je sebab saya tak pandai. Saya minta diri dulu" aku tak cakap banyak terus beredar dari situ. Dia tahu la pasal tu, mcm mana nak datang kelas lagi lepas ni? Ponteng je la elok sikit kot.

Setiap kelas dia mesti aku yg kena teruk dan semua orang dah boleh agak yg kami ni mcm nak bergaduh je. Dia tu yg suka cari pasal dgn aku!
"Ria, dislexia, explain" ujarnya serius sambil mengetuk meja aku dgn jarinya. Aku pandang muka dia sekilas dan aku gelengkan kepala.
"Apa yg awak buat malam tadi?" Soalan dia memang tak berkait langsung kan?
"Tidur" aku jawab selamba habis dan student lain dah ada yg tergelak kecil. Dia pandang aku dah mcm nak telan sekarang ni.
"Zarul, help her" ujarnya dan terus beredar dari meja aku. Zarul explain superb habis! Lengkap dan sempurna dalam buku ni ha.
"Ria, repeat" ha? Repeat? Aku tak fokus pun tadi, macam mana ni? Aku bangun dari kerusi dan mula tergagap gagap nak menjawab.
"Bila orang lain terangkan dengar! Kalau kita tak tahu, fokus! Jgn jadi bodoh sombong" aku rasa mcm kena tembak dgn senapang gajah je sekarang ni.
"Pack your bag and leave" fuh! Kali ketiga dah aku kena halau dalam masa dua bulan ni je. Aku kemaskan barang cepat2 dan terus beredar. Kenapa aku rasa nak menangis je kali ni? I hate this! Bodoh sombong?

Selesai jawab panggilan ibu aku buka buku special education. Kali ni aku tekad, aku kena belajar sebab aku dah tak nak kena perli dgn dia lagi dah. Aku mula membaca satu persatu dan banyak perkataan yg dia biasa sebut aku dah faham. Nota yg Nia sediakn aku baca satu persatu. Memang membantu betul nota Nia ni.
"Ria, kau buat assignment ke?" Soal Nia bila aku masih lagi di meja study, selalunya dah selamat atas katil pukul 12 malam ni.
"Tak ada la, revision sikit. Aku dah lost banyak ni" aku jawab perlahan dan Nia ke meja aku. Dia mengurut bahu aku sikit dan keluar dari bilik.
Lima minit dia keluar dia masuk dgn dua mug di tgn.
"Minum dulu. Aku teman kau study"
"Thanks Nia." Ucap aku ikhlas dan meneguk milo yg dia buat. Kami bersila atas lantai dan Nia ajar aku cara belajar yg berkesan. Dari segi dia ajar aku dah kalah cara lecturer ajar. Memang faham habis.
"Kau ponteng lagi semalam eh?" Soal Nia agak serba salah. Memang kerap aku ponteng sejak kena bodoh sombong sekali. Adoi! Aku pun tak pasti kenapa aku ambik hati sangat dgn apa yg dia cakap.
"Erm" jawab aku ringkas.
"Ria, aku bukan nak menyibuk tapi, kalau kerap sangat nanti kau tak boleh ambil exam"
"Ya, aku tahu. Esok aku tak ponteng dah kelas dia. Rasa berdosa dgn parent aku kot. Thats why aku cover balik apa yg aku tertinggal"
"Baguslah! Pedulikan je la apa yg doc tu cakap."
"Erm."aku senyum segaris dan sambung baca apa yg aku perlu buat. Assignment pun aku selesaikan habis. Esok aku akan hantar pada dia. Bergantunglah dia nak ambil ataupun tidak.
"Tidur awal sikit. Aku tidur dulu" Heh! Buat kali pertamanya aku tidur lebih lewat drpd Nia. Bangga kot. Hahaha.
"Ok. Aku dah menang malam ni. Kau tidur dulu"
"Aku tak kisah pun. Good luck study!" Sempat lagi dia nak bagi semangat kat aku ya. Apa2 je la Nia.

Bila aku masuk kelas hari ni semua orang mcm senyum dan happy je. Heh! Rindu aku la tu. Bila aku duduk Mia terus mula cerita yg dia  cari aku tapi tak ada siapa yg jawab. Kenapa nak cari aku? Sebab aku tak datang la! Hihihi.
"Madam!" Aku sdikit terkejut bila mdm. Shima dah kembali mengajar.
"Semalam last Dr. Arfian mengajar" ujar Mia dan aku diam je. Patutlah semua orang senyum bila nampak aku, musuh aku dah blah rupanya. Hurm. Mungkin mcm ni lagi elok kot, bolehlah aku concentrate more sekarang.

Assignment yg aku siapkan ni mcm mana eh? Hantar je la pada dia. Aku ketuk pintu bilik dia tapi tak ada jawapan jadi aku buka pintu dan masuk mcm tu je la. Aku letakkan atas meja dan tulis nota ringkas. Nota minta maaf la kononnya.
Lepas tu aku terus keluar dari biliknya dan berjalan pergi. Nampaknya aku akan jumpa dia dalam kuliah je la, kan?

Aik, dalam kuliah pun orang lain yg masuk ni. Takkanlah dia takutkan aku kot. Hahaha. Poyolah sangat aku ni kan.
"Ok. Stop talking, saya tahu saya tak sehensem Dr. Arfian tapi awak semua memang akan belajar dgn saya. Doc kesayangan awak semua dah berpindah dan rasanya dia akan kahwin. Girls, jgn frust sangat ok?" Terus gamat satu dewan ni bila dapat berita yg memang mengejutkan sangat. Pada aku tak mengejut mana pun. Hahaha.
"Aman la kau lepas ni" bisik Nia dan aku tersengih sedikit. Aman? Teruknya student mcm aku ni kan?

Setelah beberapa tahun bergelar student akhirnya aku dah tamat brlajar. Alhamdulillah. Lega yg amat aku rasa sekarang ni. Malas lagi nak fikir pasal future, kerja dan sambung belajar aku malas nak fikir lagi dah. Yg penting sekrang ni nikmati cuti yg panjang dan daftarlah jadi penganggur terhormat.
"Ibu, babah. Ngah nak pergi bercuti dekat Langkawi seminggu. Boleh?" Aku meminta izin sebelum pergi. Cewah, dah plan beres dulu baru nak tanya keizinan. Ni semua rancangan Nia sebenarnya dan aku akan ikut keluarga dia kali ni. Aku ni dah macam ahli keluarga dia dah.
"Dgn Nia ke?" Heh, babah memang pandai teka. Aku angguk sambil sengih.
"Nia je?"
"Tak, dgn keluarga dia sekali. Boleh tak babah?"
"Boleh. Bila?" Soal Babah pada aku pula.
"Hujung minggu nanti. Jumaat"
"La, betul ke? Kami semua nak balik kampung atuk kamu kat Terengganu"
"Semua ke?"
"Semua, long dan abg long nak bawak kawan dia bercuti katanya"
"Oh. Takpe lah. Cuti ngah pnjang lagi. Lain kali ngah pergi dgn Nia je la"
"Ok jugak tu." Babah pun setuju dgn cadangan aku. Aku senyum lagi dan meneguk air.
"Ngah dah habis belajar. Dah boleh la ya fikir pasal kawin" tersedak aku bila dengar ibu cakap mcm tu. Nasib baik tak jadi paip air yg tersembur keluar air yg aku minum ni. Ibu ni nak cakap pasal benda ni la pulak. Aish!
"Allah, sampai tersedak" ibu bersuara lagi dan aku mengurut dada perlahan lahan.
"Nantilah ibu" jawab aku ringkas.
"Ibu bukannya suruh kawin terus. Fikir je la dulu"
"Tengoklah mcm mana ibu. Babah, berapa hari pergi nanti?" Aku sengaja tukar topik dan ibu dah tunjuk muka geram dia. Nasib baik babah tak backing ibu hari ni. Hihihi.
"Empat hari kot."
"Kejap je. Am balik ke?"
"Balik, malam nanti sampai la kot"
"Ok. Babah, ngah nak keluar kejap" aku angkat punggung dan masuk ke dalam bilik utk bersiap. Aku nak pergi mana eh? Nak pergi jumpa Jue la, lama tak jumpa kawan baik aku ni.

Woish! Khusyuk betul kawan aku ni tengok tv sampai aku yg dah tercongok depan pintu pun dia tak perasan. Perangai tak ubah2 lagi mcm tu la jugak.
"Eh, ngah. Bila sampai?" Akhirnya ada jugak ora g sedar yg aku ada kat sini. Terima kasih Mak Bibah.
"Mak Bibah, dah lama. Lenguh ngah bagi salam tak menyahut pun" aku tunjukkan Jue yg sedang baring depan tv.
"Jue tidur la tu. Katanya demam. Masuklah" oh, BFF aku deman rupanya ya.
"Terima kasih mak, ngah buat mcm rumah sendiri ya?" Aku tersengih sendiri dan berjalan ke ruang tamu dan duduk di sebelah Jue. Mcm demam betul je minah ni. Aku sentuh dahi dia dan memang panas pun. Kesian.
"Jue, Ngah datang tu" Mak Bibah bersuara agak lantang dan Jue mula membuka matanya sedikit. Aku sengih depan muka dia dan dia terus bangun dan bersila.
"Ngah, bila kau datang?"
"Baru je. Kau nak pergi klinik tak?" Soal aku padanya dan dia gelengkan kepala.
"Baru je nak ajak kau jalan2, kau demam pulak"
"Ala, esok la eh?"
"Ya la, esok. Kau dah makan ubat ke ni?"
"Belum. Aku rasa nak makan magi special kau la. Boleh tak?"
"Demam pun banyak songeh kau ni. Jap aku pergi dapur" dia ni kalau sakit je mulalah nak bermanja manja dgn aku. Dgn malas aku menapak ke dapur dan berbual dgn mak bibah sebelum masakkan magi utk BFF aku ni. Selesai masak aku bawakan ke ruang tamu dan Jue dah sedia nak makan. Kalau mcm ni la reaksinya memang tak ada gaya orang sakit langsung.
"Ngah, siapa ni?" Dah la main fon aku tak mintak izin. Dia ni!
"Tu, Nia. Roomate"
"Oh, ni semua keluarga dia ke?"
"Hmm. Aku dgn family dia memang ngam habis. Dia pun selalu datang rumah aku"
"Gitu rupanya, patutlah banyak je gmbar kau dgn dia"
"Banyak la jugak. Dia tu kaki selfie kot"
"Tak nak kenalkan aku dgn dia ke?"
"Nak! Dia ada cakap suruh ajak kau pergi Langkawi sama2. Nak tak?"
"Nak! Bestnya" dia pulak yg lebih teruja dari aku. Hihihi. Aku senyum senang. Lagipun dah lama tak cuti2 malaysia dgn Jue ni. Harapnya dia boleh ngam la dgn Nia.
"Nanti aku roger dia balik. Aku balik dulu la eh. Nanti kita borak lagi"
"Orait! Magi kau ni memang sedap kan?"
"Memanglah, aku dah jampi kot. Balik dulu" aku angkat punggung dan keluar. Balik rumah jugak aku kalau mcm ni. Takpelah, boleh tolong ibu masak. Anak bongsu dia nak balik kan.

Am yg baru je selesai makan terus masuk ke bilik. Pelik, selalunya dia nak lepak dgn aku dulu.
"Ngah,knapa dgn Am tu?" Soal Alang aku yg ikut sama balik malam ni. Ramai pulak kat rumah ni ha.
"Mana ngah tahu."
"Terus masuk bilik je."
"Entah, gaduh dgn awek kot" aku tergelak sedikit dan kemudian Alang ikut sama gelak. Am ada awek? Mcm tak berapa nak percaya tapi manalah nak tahu kan?
"Gaduh dgn Mira kot"
"Haah, mungkin jugak. Tapi, dorang memang selalu gaduh kot"
"Betul jugak. Malaslah nak teka"
"Jom masuk bilik dia" aku tarik tangan Alang dan masuk ke dalam bilik Am. Main serbu je ni. Bila masuk bilik Am dah baring atas katil dgn dia punya fon.
"Ngah, lang! Masuk bilik Am tak ketuk pun" protes Am geram. Sah! Memang ada benda yg tak kena la tu. Alang pandang aku dan terjah katil Am. Aku berjalan ke katil dan bersila di bucu.
"Sejak bila nak kena ketuk ni?" Soal Alang dan merampas fon Am utk melihat apa yg khusyuk sangat si Am tu tengah buat.
"Ceh! Main candy crush je?" Aku ikut sama tebgok fon itu dan gelak sedikit.
"Lang ni,kalau setakat nak naikkan darah Am baik tak yah" ha! Kan dah kena warning. Aku gelengkan kepala kpd Alang supaya berhenti menyakat. Nanti ada yg muncung dia tiga depa.
"Apesal kau ni? Mcm tak suka je balik" tebak Alang dan Am mengeluh.
"Bukan tak suka balik tapi geram dgn anak Pak Seman tu!" Ha! Kan aku dah kata mesti pasal ni punya. Huhuhu.
"Apa dia buat?"
"Tak ada buat apa la."
"Takkan la taj ada buat apa2"
"Malaslah nak cakap pasal tu" rengus Am geram.
"Alang! Fon kamu ni duk bising" laungan Ibu buatkan Alang terus berlari keluar dari bilik. Bila Alang keluar aku ambil tempat Alang tadi dan main dgn fon Am.
"Apa Mira buat?" Soal aku mendatar. Kalau dgn Am ni cakap penuh perasaan dia malas nak layan.
"Dia boleh bawak balik Munirah tu balik rumah dia, dah la paksa Am duduk dgn minah senget tu atas bas.  Kalau tahu yg dia nak buat mcm tu baik Am balik dgn Alang je!" Ha! Kan aku dah cakap ada benda tak kena. Pasal Munirah pun boleh naik angin. Pelik sungguh anak bongsu ni kan? Banyak betul sensitivity dorang.
"Pasal tu je la?"
"ya la, dia tahu kot Am tak suka minah tu. Dia tu memang sengaja betul"
"Dah la tu. Kau balik nak cuti kan. Lagipun Ngah tak ikut balik Terengganu nanti. Nak pergi Langkawi. So, dua hari ni spend masa dgn ngah la"
"Ya la. Ngah, nak tahu tak?"
"Apa benda?"
"Lang dah ada buah hati! Cun" eh! Dah mula dah jadi kaki gosip budak ni.
"Ya ke? Nama apa?"
"Tak sure nama apa,rasanya hujung bulan ni dia nak bawak jumpa ibu dgn babah"
"Mana Am tahu?"
"Am dengar dia cakap dgn babah kat masjid tadi"
"Cun! Along dah, alang bakal. Tinggal kau je la Am" aku sengih senang.
"Am pulak? Ngah la!"
"Mana boleh, ngah nak pergi meminang orang dulu barulah boleh pinang ngah. Kalau Am tak jauh mana, seberang jalan tu je ha" seloroh aku lancang dan Am memang anti betul bila aku kenankan dia dgn Mira. Padahal aku rasa dua orang ni kalau bersatu best jugak. Asyik nak bertekak je kerjanya.
"Tak yah la ngah. Skrg ni baik ngah fikir pasal diri sendiri je."
"Dah fikir habis dah. Sebab tu ada masa nak fikirkan kau" aku gelak dan keluar dari bilik dia. Betul ke aku dah fikir habis? Aku dah fikir habis ke atau aku tak fikir lagi? Malaslah nak fikir.

Cuti2 Malaysia! Langkawi ni memang cantik kan? Hui, terima kasih kat Nia sebab belanja aku dan Jue bercuti kat sini. Memang superb! Nia dan Jue ni pun dah boleh get along. Nia dan Jue persamaan dorang adalah jenis mudah buat kawan dan ramah. Aku pulak jenis tak berapa nak ramah dan tak suka sangat bergaul terlalu ramai orang. Sebab aku punya memori tak boleh nak tanggung banyak sangat. Hahaha. Bukan aku ni jenis sombong tapi, nak buat mcm mana kan? Aku memang susah sikit.
"Jue, lepas ni kita main layang2 ya" ajak Nia ceria. Aku tak ajak dah. Sedih! Hahaha. Tak adalah, aku yg tak nak main sebab panas sangat skrg ni. Baik aku duduk bawah pokok dan minum air kelapa muda. Fresh!
"Ok! Ngah, kau sure nak tengok je?"
"Sure! Aku malas la. Korang je la. Aku jadi cheer leaders" aku tayang gigi sikit dan Jue sengih sama.
"Elok jugak. Kau tak boleh panas sangat kan? Nanti pengsan pulak"
"Betul la tu. Yg aku hairanya Nia, dia ni atlet zaman sekolah dulu, asal lari lebih sikit, out. Tapi menang banyak pingat pulak"
"Kat uni pun dia aktif gila. Aktif bab tak kena guna mulut la. Hebat sungguh!"
"Kaki bising dia ni sebenarnya. Tapi bab mengarut je la. Bila bab belajar dia paling solehah sekali. Diam je"
"Woi2!. Cakap main sebut je mcm aku tak wujud je kat sini. Dah la main passing2 kritik aku." Ada ke dorang ni. Pujian tu takpelah jugak nak passing pun tapi ni duk kutuk aku pehal pulak.
"Ala, kritikan membina"
"Banyaklah membina. Ada yg membunuh nanti"
"Dahsyat! Tapi kan, kau dapat Dean banyak kali jugak kan?" Soal Jue sambil senyum. Aku buat2 menguap dan masuk ke dalam bilik air. Malas nak layan minah dua orang ni. Mentang2 jenis hyperactive terlebih hormon berpakat pulak nak kenakan aku. Pui!
"Cepat sikit Ria! Kami tunggu tepi pantai!" Laungan drpd Nia aku angguk je. Malas nak menyahut. Aku keluar dari bilik air dan memakai tudung sebelum keluar. Dah hilang pun dua orang ni. Hurm. Jalan2 sorang diri la aku ni nampaknya.
"Ria!" Ha! Jejaka manakah yg memanggil aku itu.
"la,abg Sham." Abg si Nia la ni. Kenalkan . Hihihi.
"Mcm tak suka je. Ingatkan siapa?" Soalnya bergurau dan aku senyum sikit.
"Ingatkan Batman tadi"
"Poyolah sangat. Abg pun kerja mcm batman jugak. Selamatkan orang"
"Ya lah Dr. Hisham. Kenapa tak ajak tunang datang sama?" Soal aku padanya.
"Dah ajak, tapi dia sibuk. Adiknya nak kawin"
"Oh. Abg bila pulak?"
"Akhir tahun ni. In sha Allah. Jadi pengapit abg ok?"
"Boleh! Pasangan dia kena Nia la"
"Sepatutnya lelaki"
"Ala, tukar taste sikit. Ramai yg cakap kami ni kembar. So, why not?"
"In sha Allah. Macam2 kamu berdua ni" aku gelak sikit bila dia cakap mcm tu. Memang aku dgn Nia ni jenis banyak songeh tak ingat pun. Kami berjalan ke tepi pantai bersama dan melihat Nia dan Jue yg tengah seronok main. Nak kata muda dah 25 tahun pun dua orang ni.
"Ria nak minum apa? Abg beli jap"
"Coke"
"Ok. Kejap" Abg Sham terus ke gerai kecil yg berada berdekatan. Aku memerhatikan orang ramai yg sedang bermain di gigi air dan ada yg berkelah serta ada yg buat bodoh mcm aku je. Hahaha.

Penat tak hilang lagi bila balik dari Langkawi ni dah ada surat atas meja. Surat apakah? Huhuhu.
"Khamis lagi surat ni sampai" maklum ibu dan aku angguk faham. Aku buka sampul dgn berhati hati dan baca satu persatu dgn teliti.
"Wah!!!" Jerit aku kuat sampai ibu terkejut habis. Aku sengih dan gelak pulak.
"Apa dia ngah?" Soal ibu geram.
"Alhamdulillah ibu, ngah dah dapat kerja ni!" Aku tayang surat pada ibu dan ibu ambilnya utk baca.
"Alhamdulillah, berkuranglah penganggur di Malaysia ni" ujar ibu dan aku buat muka. Ibu ni saja je la nak angkat status penganggur terhormat kat rumah ni.
"Ibu ni, kat Selangor tu ibu. Terpaksalah kita berpisah!" Aku buat ayat sedih dan ibu lempang paha aku agak kuat. Ibu ni tak sedih ke nak berpisah dgn aku lagi?
"Pergilah ngah. Bawak balik menantu"
"Orang nak pergi kerja, bukan nak cari jodoh pun. "
"Kalau ngah tak ada calon ibu ada"
"Dah mula dah" aku buat2 tak dengar dan bangun dari duduk tapi belum sempat nak pergi ibu dah tarik tangan aku supaya duduk balik.
"Hensem ngah, baik budi pekerti. Ibu berkenan benar"
"Kalau berkenan sangat, ibu je la yg kawin" sekali lagi aku kena balun. Adoi! Ibu ni.
"Ngah ni! Dengar la ibu cakap ni" memang tak putus asa sungguh la ibu ni.
"Apa? Cakaplah ibu, hensem, baik budi pekerti, apa lagi?"
"Alim. Pandai layan anak2" ha? Anak2?
"Anak2? Ibu, kalau suami orang tak berminatlah ngah" aku menggelengkan kepala.
"Bukan suami orang, duda anak dua" "ibu! Apa ibu ni? Ngah ni dara trang tang tang tau. Dah la ibu cakap pasal ni. Ngah nak naik rehat" aku terus bangun dan berjalan pergi. Biar betul ibu nak bermenantukan duda anak dua. Kalau ibubapa lain confirm kena bantah punya tapi boleh pulak ibu aku nak satukan aku. Huish. Tak nak la aku.

Babah pun sama je dgn ibu, suka sangat dgn duda tu. Aku tak minatlah duda ni semua. Ish.
"Babah, ibu, ngah pergi dulu ya. Pasal kawin tu biar ngah fikir sendiri ya" aku salami tangan mereka berdua dan masuk ke dalam kereta. Mcm2 betul la ibu dan babah aku ni kan? Bosan dah aku duk dengar bila mereka asyik duk puji duda tu je. Tak nak la aku!
Aku terus pandu kereta merentas jalan raya yg besar ni, cewah, merentas kau. Aku yg bosan tahap cipan dah bukak radio dan ada baiknya layan lagu2.
Banyak lagu yg aku tak faham pun maksud lagu tu semua. Lagu zaman sekarang buat aku tak faham maksud yg tersirat. Fuhh, alang is right, baik layan lagu zaman dahulu. Aku matikan radio dan fokus sepenuhnya pada pemanduan, tapi dah rasa penat dan lapar sekarang ni. Macam  mana ni? Kedai makan pun tak ada kat tepi2 jalan ni. Qada je la makan kat rumah sewa nanti. Nasib baiklah aku dapat sewa rumah sama dgn orang yg kerja tempat sama dgn aku.

Dalam 4 jam lebih aku drive non stop akhirnya sampai jugak alamat rumah ni. Aku keluar dari kereta dan memberi salam. Tak ada orang menyahut pun, ke aku salah alamat ni? Aku pandang lagi sekali kertas di tangan dan memang alamat dan no rumah yg betul. Aku tutup pintu kereta dan termenung sambil bersandar pada pagar rumah yg tak ada tuan rumah ni. Hurm, dah la lapar tahap dewa dah ni.
"Cik" sapa satu suara dan aku berpaling.
"Awak cakap dgn saya ke?" Soal aku padanya yg tengah cuci kereta. Orang depan rumah ni je.
"Ya, cik cari siapa?"
"Ni rumah Cik Nadira ke?" Soal aku utk mendapatkan kepastian.
"Ya, rumah dia. Cik ni siapa?"
"Saya ni kawan serumah dia yg baru. Dia pergi mana ya?"
"Entah, tapi kejap lagi dia balik la kot" jawapan yg agak positif tapi menghampakan sebenarnya. Aku mengeluh lagi dan teruskan bersandar dgn lemah.
"Cik nak saya call dia?" pelawaan yg baik tapi aku dah call dia banyak kali.
"Saya dah call tak dapat. Boleh tak saya nak minta tolong sikit?" Soal aku padanya dan dia terus keluar dari  pagar rumahnya dan berdiri di depan aku.
"Tolong apa?" Soalnya ramah.
"Saya lapar sangat skrg ni, boleh awak teman saya pergi makan kejap. Saya baru kat sini dan saya tak sure mana tempat boleh makan" direct terus aku cakap dan dia diam sekejap. Mungkin nak cerna maksud aku kot.
"Boleh, saya tukar baju kejap" ujarnya dan berlari anak masuk ke dalam rumahnya. Aku senyum dan tunggu dia keluar.

Kami menju ke satu gerai makan yg berdekatan dan kalau jalan kaki pun ok je ni. Aku ni nama dia pun tak kenal dah ajak dia pergi makan. Hebat betul. Hahaha.
"Saya Emir" dia perkenalkan diri setelah membuat order.
"Saya Ria. Thanks sudi makan dgn saya"
"Tak ada hal la." Jawabnya sopan dan kami berbalas senyum lagi.
Kami makan dan berborak sebagai tanda berkenalan la ni. Nampak mcm good guy je lelaki ni. Hihihi. Ibu, babah, baik lelaki ni la drpd duda anak dua tu.

Akhirnya selesai jugak aku kemas bilik aku sendiri. Sampai petang jugak aku lepak dgn Emir tu sebab tunggu Kak Dira balik. Dia pergi rumah parent dia, sebab tu lama sangat. Aku pun silap tak roger awal2 nak datang rumah dia hari ni. Pintu bilik aku dibuka dan aku senyum bila aku nampak muka Kak Dira.
"dah siap kemas?"
"Dah. Duduklah" aku pelawanya duduk di atas katil di sebelah aku.
"Maaflah akak lewat sangat tadi"
"Tak kisah pun. Dapat kenal jiran baru Ria"
"Si Emir mulut banyak tu?" Aku tergelak bila dia panggil Emir mcm tu. Memang boleh tahan banyak betul mulut mamat tu.
"Tapi dia baik je"
"Memang baik pun. Ria rehatlah, akak pun nak tidur dah ni"
"Ok. Good nite"
"Ya" aku hantar Kak Dira pergi dgn ekor mata je dan kemudian kemaskan katil sedikit sebelum baring dgn selesa. Alhamdulillah, esok aku dah boleh mulakan kerja dah. Aku pandang kipas dan kemudian lena mcm tu je kot.

Pagi2 lagi aku dah bersiap dan ready nak pergi kerja. Aku menunggu Kak Dira di keretanya. Boleh pergi sama2 jimat sikit duit aku ni ha. Kurang la jugak pencemaran alam sekitar. Hihihi. Macam la membantu sangat kan?
"Ria, Kak Dira, dah nak pergi kerja ke?" Sapa Emir yg baru sahaja keluar dari rumah. Aku tak menjawab pun senyum je lebih.
"Takbada lah Mir, nak pergi betulkan jalan rosak kat depan tu" jawab Kak Dira selamba dan aku tergelak kecil.
"La, akak rupanya yg baiki jalan selama ni. Terima kasih la ya" jawab Emir pula dan aku ketawa lagi. Apa punya perangai la dua orang ni.
"Malas aku nak layan kau" Kak Dira masuk ke dalam kereta dan aku ikut sama masuk setelah melambai kpd Emir.
"Akak ni,kesian Emir"
"Dah tahu lagi nak bertanya,buang masa orang la tu"
"Ya la kak" aku senyum lagi dan biarkan dia pandu dgn tenang.

Sampai je di Teratak Zalikha ni aku rasa sejuk je mata memandang. Memang cantik betul tempat ni. Aku terpegun habis dgn tempat ni.
"Cantik kan?" Soal Kak Dira bila perasan yg aku mcm taksub habis je ni.
"Cantik sangat" jawab aku sambil tersenyum.
"Arwah Dr. Zalikha yg bina tempat ni bersama suaminya"
"Arwah?" Aku agak terkejut dgn berita itu.
"Hmm. Arwah sangat baik tapi Allah lebih sayangkan dia. Suami dia yg urus tempat ni skrg" aku agak sedih dengar cerita kisah hidup pemilik tempat ni. Aku senyum lagi dan berjalan masuk ke dalam bersama Kak Dira. Luas betul tempat belajar ni.
"Ok, ni bilik Ria" aku pandang Kak Dira yg sudah membuka satu pintu dan aku terus berjalan masuk. Luas gila bilik ni, takkan tempat aku sorang je kot.
"Perlu ke ada bilik?"
"Mungkin. Boleh Ria letak file atau kerja2 Ria nanti"
"Ok. Besar sangat ni"
" takpe, kalau ada parent nak jumpa Ria, boleh guna bilik ni"
"Ya la kak. Tak sabar Ria nak tunggu budak2 datang" Aku dgn senyuman bersemangat berdiri yakin. Kak Dira tepuk bahu aku dan kami berjalan keluar bersama sama utk ke ruangan dapur. Hmm. Aku tak pandai masak dan dapur ni mcm dunia lain je pada aku, silap hari bulan senduk dan sudip pun aku boleh tertukar.
"Ria tak payah risau, student kat sini 25 orang je, memang tak ambil ramai pun"
"Ya ke? Tak kisahlah berapa pun. Yg penting Ria dah tak sabar sangat ni" aku senyum lagi dan Kak Dira senyum sama. Bila bunyi kenderaan aku terus berlari anak ke depan pintu utama. Memang tak sabar betul aku ni. Berjangkit hormon aktif Nia la ni.
"Apa khabar puan? Saya cikgu baru mereka" aku bersalam dgn ibu kpd anak istimewa yg pertama sampai kat sini. Dia dgn ramah menyambut salam aku dan ikut sama tersenyum senang.
"Nama apa?" Soalnya ramah.
" Ria Arlissa, panggil Ria je puan."
"Mama, mama, tantik" anak lelakinya memegang tangan ibunya dan bersuara pelat. Ibunya ketawa sikit dan aku ikut sama ketawa. Hailah, dapat pujian kau!
"Cantik ya cgu baru. Aiman suka?"
"Suka! Suka!" Jawabnya ceria dan aku senyum lagi.
"Kalau suka kena dengar cakap cgu ya" dgn segera anak itu anggukkan kepalanya. Aku salami tangan puan itu lagi sebelum dia balik.
"Nama Aiman ya? Aiman masuk dalam dulu" aku menyuruh anak itu masuk dan dia dgn ceria terus masuk ke dalam. Kemudian semakin ramai yg datang dan aku secara terus berkenalan dgn ibu bapa yg menghantar anak mereka.
"Baru je 24 ni, mana lagi sorang?" Aku menunggu lagi walaupun jam dah hampir pukul 8. Tiba2 aku perasan ada sebuah kereta putih yg ada di depan teratak ni sejak tadi. Aku berjalan ke arah kereta itu dan mengetuk cermin kereta. Pintu  kereta dibuka dan seorang lelaki keluar dgn wajah berkerut.
"Hantar anak ke?" Soal aku padanya sambil senyum.
"Cgu kat sini ke?" Soalnya balik dan aku angguk.
"Auni, jom pergi sekolah ya, cgu dah tunggu tu" pujuk lelaki itu lagi dan aku ikut menjengah di dalam kereta. Oh, ada budak perempuan yg menangis tak nak pergi sekolah rupanya.
"Auni, Pak Su nak pergi kerja ni sayang. Jom masuk kelas" pujuknya lagi tapi Auni tetap berkeras.
"Saya tak tahu nak buat apa lagi cgu" ujarnya dan mengeluh. Aku senyum dan meminta izin utk membantu.
"Saya try ya?" Dia berikan aku laluan utk memujuk. Aku duduk dan mengusap kepala Auni. Tak nampak mcm kurang apa2 pun tapi mungkin masalah lain kot.
"Auni, jom masuk kelas" pujuk aku pula dan dia gelengkan kepala.
"Dah cantik ni, pakai reben. Sayang la tak pergi sekolah. Penat je pakai cantik2. Cgu dukung ya, kita masuk kelas?" Pujuk aku lagi dan dia angguk dgn wajah masam. Aku mendukungnya dan membawa keluar dari kereta.
"Encik, tolong bawakan beg ya"
"Ok!" Terus dia ambil beg dan ikut aku masuk ke dalam teratak.
"Saya cgu baru kat sini" aku perkenalkan diri setelah meletakkan Auni di kerusi.
"Patutlah tak pernah tengok. Auni tu, dia tak bercakap sejak kecik lagi. Saya tak rasa dia bisu dan doc pun cakap tak."
"Oh ya ke?"
"Terima kasih dan maaflah dah susahkan cgu"
"Tak pe. Encik pergi la kerja. Nanti lewat pulak"
" ya. Saya pergi dulu" dia dgn ramah meminta diri dan aku berikan satu senyuman ringkas kepadanya. Hensem! Hahaha.

Aku rasa bahagia sangat hari ni walaupun penat sikit. Aku mengemas semua peralatan sebelum menghantar students bukan anak2 aku la kot pulang. Aku dah jatuh sayang dekat mereka semua.
"Ok, jom kita duduk kat pondok" aku bukakan pintu dan kanak2 itu keluar dgn seronok. Hanya ada seorang anak yg perlukan bantuan aku, walaupun kaki  dia tak sempurna dan berfungsi dgn baik, dia tetap anak yg istimewa.
"Ok, mama siapa yg datang tu?" Soal aku ceria bila satu kereta masuk ke perkarangan teratak. Aku senyum dan menghantar anknya ke kereta.
Semakin lama semakin ramai ibu bapa yg datang dan akhirnya tinggal seorang je lagi. Auni ni yg aku pujuk pagi tadi.
"Mana pak su Auni ni ya?" Soal aku sendiri dan mengusap lembut kepala Auni.
"Ria, tak datang lagi ke parent dia?" Soal Kak Dira yg sudah bersedia utk balik.
"Belum kak, tolong tengokkan Auni kejap, Ria nak ambil barang dalam tu" Aku tinggalkan Auni pada Kak Dira dan masuk ke dalam teratak. Aku kemaskan barang aku dan ambilkan file anak2 aku ni. Hihihi. Aku rasa aku perlu tahu details semua tentang mereka jadi, senanglah aku nak kenal dan uruskan mereka nanti. Nia, thanks bagi spirit kat aku ni.
"Ria nak buat apa file banyak2 ni?" Soal Kak Dira agak terkejut dgn barang yg aku bawak keluar aku sengih sikit sebelum menjawab.
"Ria nak kenal anak2 Ria" aku senyum lagi dan Kak Dira ikut sama senyum.
"Auni!" Ha! Dah sampai pun lelaki yg hantar Auni pagi tadi. Aku dan kak dira sama2 senyum memandang lelaki berkemeja putih itu.
"Cgu, maaf saya lewat sikit" pintanya dgn rasa bersalah dan dia tayangkan senyuman bersalahnya.
"Tak pe. Kami pun baru je nak balik" aku senyum lagi dan dia mengambil Auni dan barangnya.
"Terima kasih cgu, kami balik dulu. Auni, lambai cgu" si kecil Auni dengar je apa yg Lelaki itu cakap dan mereka terus beredar. Aku pandang mereka dgn senyuman sehingga mereka masuk ke dalam kereta. Aku bersedia utk balik tapi Kak Dira ni pandang aku semacam je kenapa.
"Hensem kan?" Soalnya sambil sengih. Dah agak dah, nak usik aku la tu.
"Hensem" aku jawab jujur dan dia senyum lagi.
"Awas! Suami orang tu" ujarnya lagi lalu tergelak,aku ikut sama gelak dan masuk ke dalam kereta.
"Tak berminat pun. Akak ni"
"Saja je nak usik Ria"
"Ya la kak, tahu dah"
"Tapi, takkan Ria tak ada yg berpunya lagi kot"
"Tak ada la kak,tak ada masa nak fikir tu semua"
"Ria ni biar betul."
"Betul la, Ria malas nak cari dan kalau boleh biarlah parent Ria yg pilih" cakap je pandai aku ni ha, padahal membantah keras pilihan hati ibu dan babah hari tu. Ya la, mana sesuai dara dgn duda. Kan? Dara mestilah dgn teruna. Hihihi.
"Bagusnya Ria ni"
"Tak bagus mana pun kak. Ria gurau je" aku sengih dan Kak Dira geram sikit bila aku dah mainkan dia. Hihihi.

Tak kenal maka tak cinta, selama ni aku tak percaya semua tu tapi bila dah kena atas batang hidung sendiri aku dah percaya. Semakin aku kenal anak2 ni semakin aku sayang kan mereka. Ya Allah, anak2 ini istimewa di hati aku. Aku kerja di sini dah hampir dua bulan dan aku bahagia sangat. Memang aku dah tak pedulikan soal gaji atau apa sahaja, fokus utama aku skrg ni adalah anak2 istimewa ini.
"Ria, mari jap" aku terus ke pintu bila Kak Dira panggil aku.
"Comelnya! Anak siapa ni?" Wah! Comel betul pasangan kembar ni dah la sepasang. Lelaki dan perempuan.
"Anak Dr. Hamzah." Jawab Kak Dira sambil memimpin tangan kecil itu masuk ke teratak.
"Dr. Hamzah?" Tak pernah ku dengar nama ini.
"Suami arwah Dr. Zalikha" jawab Kak Dira pula dan aku angguk faham. Oh, anak arwah rupanya. Kalau mcm ni la rupa anak2 dia, mesti cantik gila kan dia.
"Anak2 arwah pun..."
"Ish! Tak la Ria. Mereka ni selalu datang sini" ooo... nasib baik aku tak habis cakap lagi. Berkelip kelip mata dua orang budak comel ni pandang aku. Aku duduk dan tersenyum pandang mereka berdua.
"Hai, cgu Ria" aku perkenalkan diri dgn ceria dan mereka masih lagi pelik dgn kehadiran aku di situ. Entah alien mana kan?hahaha.
"Abg, adik. Ni cgu baru. Panggil je cgu ria"
"Oh, memang panggil abg dan adik ya?"
"Ya, mereka ni baik dan dengar cakap. Walaupun baru je 4 tahun tapi dah pandai"
"Mestilah. Ok la abg, adik. Cgu mengajar dulu ya" aku tinggalkan kembar itu kepada kak Dira dan beralih kpd anak2 aku yg lain. Kawin tak nak tapi anak nak, macam ni la jadinya.. hahaha.

Hujung minggu kali ni aku balik ke rumah ibu dan babah. Dah jenuh mereka paksa aku balik sana, entah apa yg penting sangat aku sendiri tak pasti. Dah dia suruh balik aku balik je la. Aku memarkir kereta di depan rumah dan keluar dari kereta. Setelah salam diberi aku masuk ke dalam rumah yg tak berkunci. Bahaya betul ibu ni tak kunci pintu. Kalau orang hitam masuk mcm mana?
"Ibu!" Aku memeluk ibu dgn mesra dan ibu terkejut dgn kemunculan aku yg tiba2 dah gaya hantu dah. Mengucap panjang ibu dibuatnya nasib baik tak terbang senduk ibu kat atas kepala aku.
"Ngah!" Marah betul ibu kali ni ha. Tapi aku maintain layan gelak.
"Ngah ni, dah la tak beri salam" dah mula dah pembukaan kota membebl ibu. Ok! Mula pasang telinga dan buat pekak sekarang jugak. Lain mcm je panjang bebelan ibu hari ni, kenapa eh?
"Ibu, dah la tu. Ngah balik Selangor kan" ugut aku dan ibu berhenti membebel serta merta tapi mulutnya masih bergerak perlahan. Tengah brek la kot.
"Bila sampai?" Soal ibu setelah aku menyalami tangannya dan mencium pipinya.
"Baru je sampai. Mana babah?"
"Tadi ada kat luar, tak ada ke?"
"Tak ada orang pun."
"Jumpa kelab sembang tak ingat dia la tu" ha, kan dah kena sedas dgn ibu. Aku tak tahu la pulak area perumahan ni ada kelab sembang tak ingat.
"Apa yg duk kutuk abg tu?" Soal babah yg baru sahaja muncul. Cantik! Baru je sebut dah tercongok depan aku. Aku hulurkan tangan utk bersalam dan babah senyum lalu menghulurkan tangannya.
"Sihat bah?" Soal aku ringkas.
"Alhamdulillah, sihat je babah ni. Ibu ni ha asyik duk sakit rindu je"
"Saya pulak yg kena, abg tu duk tanya bila anak2 nak balik"
"Dah awk tanya saya, saya tanyalah anak2. Kalau tak tanya ada yg menangis nanti"
"Saya tak menangislah" dah mula dah nak bergaduh manja pasangan tua ni. Hihihi. Aku malas nak masuk campur terus menapak ke ruang tamu dan baring di sofa. Tak sempat aku nak rehat dah ada orang bagi salam dan terus buka pintu. Siapalah ni.
"Along! Bang long!" Bahagia tak ingat aku bila jumpa dorang. Dah dua bulan lebih tak jumpa ni.
"Ngah!!!" Ha! Anak buah kesayangan aku. Fiqa. Aku terus memeluk tubuh montelnya dan dia ketawa kegelian. Aku menciumnya puas2 sebab tak tahan rindu sangat dah ni. Semakin lama tak jumpa semakin mengembang anak buah aku ni ha.
"Bila sampai?" Soal Along pada aku.
"Baru je sampai, tak sempat nak buat tahi mata pun lagi" jawab aku selamba dan bang long sengih segaris.
"Mana yg lain Babah?"soal bang long pada babah yg keluar dari dapur. Dah selesai berperang mulut la tu agaknya. Along pulak terus ke dapur tolong ibu masak. Aku memang tak mampu la nak tolong tang tu, tolong makan tak de hal bro.
"Tak balik. Ngah je ada ha"
"Oh, lang dgn Am tak balik la ni?"
"Tak, katanya sibuk"
"Ya ke? Tak bolehlah nak ajak pergi memancing ni" alah, sedih yg amat bunyinya kaki pancing tegar ni.
"No worries long. Ngah kan ada. Setakat nak memancing ngah terel" aku dgn berlagaknya mengaku, padahal sekali kena letak umpan cacing mahu berlari satu kolam tu nanti. Penakut tahap kronik jugak aku ni sebenarnya.
"Settle ngah! Balik berapa hari?"
"Esok malam dah balik dah. Esok pagi kita pergi ya"
"Ok! Ditanggung beres!" Aku senyum senang. Heh! Tak kena berperang dgn ibu yg suka paksa aku belajar masak, sama la dgn along tu. Mentang2 dia kerja chef kat hotel, asyik duk perli aku je.
"Tak payah nak berangan nak memancing sangat. Esok belajar memasak"ha! Dah dapat perintah berkurung ni. Aku pandang bang long mintak dia tolong aku.
"Tak boleh Lia, ngah dah janji dgn abg. Dosa tau ingkar janji" bila bang long bercakap terpaksalah Along mndengar dgn baik. Hahaha.
"Takpe long tak pandai masak pun, nanti anak ngah montel mcm si Fiqa ni" aku jeling Fiqa yg dah elok bergolek atas lantai. Berat dia tak payah cakap la kau, luar biasa beratnya. Boleh tercabut tangan aku kalau dukung dia.
"Betul jugak tu ngah, bang long terpaksa jogging lapan round setiap minggu utk elak perut buncit tau" aku dan babah terus gelak bila dengar bang long cakap mcm tu. Hahaha. Dah jadi woodpecker dah Along ni.
"Abg ni, kalau takut buncit janganlah makan kalau saya masak" ha! Kan dah merajuk. Silakan pujuk ya bang long.
"Ala Lia ni, abg gurau je. Abg sanggup habiskan semua sebab Lia masak sedap sangat" puji bang long pula dan Along terus senyum simpul. Kelakar betul la pasangan ni.
"Ngah nak masuk mandi kejap" malas aku nak layan drama pasangan ni. Aku masuk ke dalam bilik utk bersihkan diri dan berehat dgn kata lain, buat tahi mata la kau.

Aku kemaskan meja yg agak bersepah sebelum balik rumah. Apa yg ibu dan babah sarankan minggu lepas buat aku risau dan tak senang duduk. Dorang nak aku jumpa dan kenal dulu dgn duda anak dua tu. Dah jenuh aku say no tapi nak jugak paksa2. Hebat sangat ke duda tu sampai parent aku berkenan benar.
"Cgu!" Aku berpaling pada suara kecil yg memannggil.
"Abg, adik. Kenapa tak balik lgi ni?" Soal aku pada mereka dan mengusap lembut kepala mereka berdua.
"Papa tak datang lgi"
"Tak datang lagi? Kesiannya, nak apa ni?"
"Nak makan aiskrim" aku tersenyum dgr jawapan mereka. Aku angguk faham dan segerakan menyimpan meja. Aku memimpin tangan mereka utk ke dapur.
"Kak Dira, si comel ni nak aiskrim" aku maklumkan pada Kak Dira dan duduk di satu kerusi.
"Kejap ya, cgu ambil" Kak Dira buka peti sejuk dan berikan dua bekas aiskrim kpd kembar comel ni. Aku perhatikan mereka makan yg berselera teramat ni.
"Cgu nak?" Soal mereka dan aku gelengkan kepala.
Tiba2 ada orang yg memberi salam dari luar dan aku bangun dari kerusi utk lihat siapa yg datang. Aku berjalan keluar dan langkah aku terus berhenti bila nampak wajah dia. Wait?! Dia? Siapa dia? Kenapa dia?
"Siapa Ria?"soal Kak Dira bila aku kembali semula ke dapur.
"Tak tahu. Kak Dira pergi la tengok" aku menggaru kepala yg tak gatal dan resah sendiri. Kenapa nak resah? Aku pun tak pasti kenapa. Dah bertahun kenapa hari ni boleh jumpa dia balik. Ish!
"Ria, Dr. Hamzah tu. Nak ambil anak2 dia"
"Dr. Hamzah?" Soal aku pelik. Memang pelik pun, bukan ke dia tu Dr. Arfian?.
"Ya la, suami Dr. Zalikha"
"Ya, faham. Kak bawak la anak2 ni keluar. Ria nak pergi tandas" aku terus melangkah ke tandas dan sambung fikir lagi. Entah2 Dr. Arfian ada kembar kot! Kan? Dia pun dapat anak kembar. Mcm logik je kan? Kalau Dr. Hamzah ni kembar dia, confirm tak kenal aku punya, so, apa nak risau. Tapi, betul ke kembar? Ish! Serabut.
"Ria! Buat apa dalam tndas lama sangat tu?" Aku tersentak bila dengar suara kuat Kak Dira. Apa la aku ni menung dalam tandas pulak. Segera aku keluar dan berjumpa Kak Dira.
"Dah balik dah?"
"Dah, kenapa tak keluar jumpa Dr. Hamzah dulu? Sayanglah tak dapat kenal lagi"
"Lain kali kot. Dah tba2 je sakit perut" aku sengih pula.
"Ya la. Jom balik" ajakan itu aku sambut dgn senyuman melebar. Kami berjalan ke kereta dan terus bergerak balik. Aku ni asyik menung lagi fikirkan kemungkinan dia tu oramg yg sama atau berbeza.
"Apa yg duk fikir jauh sangat tu?" Aku berpaling memandang Kak Dira yg sedang drive.
"Tak jauh pun, just tertanya tanya"
"Apa?"
"Si kembar tu, ikut papa ke mama dorang?" Aku sengih sedikit. Huhuhu. Harapnya Kak Dira ada jawapan yg aku mintak sangat2.
"Setahu akak, belah mama kot. Dr. Zalikha ada kakak kembar. Tapi,tak pasti la kalau suami dia pun ada kembar" jawapan yg bagi percent selamat aku menjunam teruk. Kalah saham jatuh ni.
"Ya ke?"
"Ya la kot. Kenapa?"
"Tak ada apa, just terfikir yg untung dapat twin ni" aku buat2 ketawa. Hahaha. Tapi untung apa, kan?  
"Rezeki la tu"
"Erm. Rezeki" aku senyum sikit dan pandang luar tingkap. Aku harap yg lelaki tadi hanyalah pelanduk dua serupa je.
"Kesian Dr. Hamzah tu kan?"
"Apa dia? Kesian?" Soal aku bila tersedar yg aku dah mengelamun jauh.
"Ya la, isteri dia meninggal masa twin tu baru je setahun. Dia besarkan anak2 dia sendirian"
"Ya ke? Tapi, dia boleh je kawin lain"
"Tu la masalahnya, akak rasa dia terlalu cintakan isteri dia"
"Kalau mcm tu biar je la. Kalau dia ok, maknanya dia mampu la nak besarkan twin tu"
"Ya la kot, tapi, twin tu perlukan mama"
"Entah, kadang2 kita yg rasa perlu, tapi mereka dah rasa lebih dari cukup. Mereka tak perlukan pun"
"Ria rasa mcm tu?"
"Ria cakap je. Sebab tak nampak twin tu lack of love pun"
"Ya jugak." Aku senyum je bila Kak Dira setuju dgn apa yg cakapkan.

Aku sediakan beberapa borang utk dapatkan derma bagi sumbangan utk teratak. Ini semua utk bantuan kewangan yg diperlukan utk kanak2 lain. Bukan sahaja teratak ini tapi utk kanak2 lain yg perlukan bantuan yg segera.
"Semua dah beres ke Ria?" Soal Kak Dira dan aku angguk.
"Esok Ria pergi edar borang. Dr. Hamzah setuju ke dgn idea Ria ni?"
"Dia kata ok je, kalau perlu dia nak tolong"tolong? Hurm, kalau ikutkan idea yg bagus tapi, aku takut kalau dia dgn Dr. Arfian tu orang yg sama.
"Boleh jugak, nanti Ria tinggalkan borang. Kak Dira bagi la kat dia" aku sarankan dan Kak Dira angguk setuju dgn aku.
"Ria, bila nak jumpa secara rasmi dgn doc? Dah lama Ria kerja kat sini" erk! Adoi la Kak Dira ni, kalau tak berkenalan tak boleh ke? Aku kalau boleh tak nak la jumpa dia.
"Kalau ada masa la kak. Ria sibuk sikit skrg ni" aku bersuara tenang.
"Tu je la alasan Ria kan." Aku sengih bila Kak Dira cakap macam tu. Aku berjalan keluar dari bilik dan ke ruangan belajar yg telah kosong sejak pukul 4 petang tadi lagi.
"Assalamualaikum" suara yg memberi salam aku jawab dan bila aku memandang gerangan itu buatkan aku rasa nak pengsan. Dia!

Aku diam dan hanya memandang lantai bila kami bertiga duduk semeja. Ya Allah, hari ni aku dah bersua muka dgn orang yg aku takut sangat.
"Maaflah cgu, tak sempat kita nak kenal lagi. Saya sibuk sdikit" ujarnya dan aku pelik. Dia tak kenal aku ke? Mungkin dia pun dah lupakan aku kot, mungkin jugak ni bukan dia. Kan?
"Ya, saya pun tak sempat nak kenal doc"
"Saya Hamzah" dia perkenalkan diri dgn sopan dan aku senyum je. Mesti dia dah tahu nama aku kan. Jadi aku diamkan diri je la.
"Kak, saya datang ni sbb nak bincang tentang dinner amal hujung minggu nanti"
"Oh ya, Ria yg uruskan, semua dia yg buat. Bila akak nak tolong je dia cakap dah settle"
"Ya ke? Mcm mana?"
"Dah settle semua, catering, invitation saya dah edarkan. Just datang je malam tu. In sha Allah akan berjalan dgn baik. "
"Alhamdulillah, lega la saya rasa kalau mcm tu"
"Doc jgn risau, asal Ria ada in sha Allah settle" acecey, sedap pulak ya Kak Dira angkat bakul aku yg kosong ni. Aku senyum je la sebab malas nak cakap banyak dan aku masih lagi keliru dgn identiti lelaki depan aku ni. Mungkin dia dah lupakan aku kot, mungkin jugak dia bukanlah orang yg sama. Hurm. Susah jugak kalau banyak tanda tanya mcm ni kan? Serabut pulak rasa dalam otak ni. Kalau nak buat derk je pun tetap ingat jugak.

Semua orang sibuk ambil tempat di meja masing2. Majlis amal malam ni harapnya berjalan dgn baik. Amin.
"Cgu, dah ada meja?" Erk! Doc ni la pulak tegur aku.
"Dah" jawab aku sambil senyum ringkas.
"Ya ke? Ingatkan semeja dgn Kak Dira"
"Tak. Semeja dgn urusetia. Saya pergi dulu doc" aku terus berlalu pergi cepat2. Tak senang duduk sungguh nak berlama kat situ. Aku duduk di meja utk urusetia dan tersenyum kepada urusetia yg lain.
"Siapa tu?" Soal Hana, urusetia jugak sama dgn aku.
"Siapa?" Soal aku balik.
"Yg cakap dgn awak tadi" heh. Patutlah tanya, rupanya nak tahu pasal doc tu.
"Pemilik tempat yg saya mengajar"
"Oh. Hensem" kali ni aku tergelak pulak. Dah agak dah benda ni la yg terlintas dalam fikiran dia yg sebenarnya. Aku malas nak menyokong atau menidakkan apa yg dia cakap jadi aku diam dan fokus pada majlis yg baru sahaja nak bermula.
"Jutaan terima kasih kepada penganjur utama utk malam ini, dipersilakan Dr. Syed Arfian Hamzah utk menyampaikan sepatah dua kata" kata jemputan drpd MC majlis buatkan rahang aku jatuh dan mata aku turut membulat sama.
"Dr. Syed Arfian Hamzah?" Ulang aku dan bertanya pada diri sendiri. Ya Allah, bukan kembar, bukan pelanduk tapi dia!
Apa yg berlaku dalam majlis lepas tu dah tak penting bagi aku, yg aku tahu aku tak nak jumpa dia empat mata lagi. Tapi! Kalau dia dah tak kenal aku mcm mana? Student dia bukannya aku sorang je. Tapi, boleh jadi aku sorang je yg pernah tendang kereta dia. Tapi! Selama ni dia mcm biasa je, mcm tak kenal aku je kan. Dalam banyak2 tapi ni tapi yg last sekali aku rasa bahagia sikit. Dia dah lupa dan tak ingat pasal aku lagi dah. Kena yakin! Aku tarik nafas dalam2 dan yakin dgn diri sendiri. Lagipun, tu semua zaman kanak2 ribena aku, tak matang lagi.

Aku rehatkan badan sekejap setelah balik dari kerja. Pelik pulak rasanya bila doc tu selalu ada masa nak singgah teratak skrg ni. Anak2 dia pun selalu datang sekarang, mungkin sebab dia tak ada banyak kerja kot. Aku terfikir nasib aku bila dia tahu yg aku ni la student yg ponteng kelas dia dulu, selalu berangan, tak pay attention dan yg paling tak boleh blah, aku la satu2 nya student dia yg tak suka dia time tu.
"Ria!" Terjahan daripada Kak Dira buat aku rasa umur aku memendek beberapa hari. Ish! Teruja tak ingat dah.
"Akak rasa doc suka Ria la" telahanya buat aku terus gelak time tu juga. Alahai, lawak daerah sungguh la Kak Dira ni.
"Bukan je suka Ria, suka akak jugak"
"Bukan suka mcm tu, suka lain mcm"
"Taj adanya. Dah la akak, tak payah nak jadi gossip monger ya. Ria nak mandi. Jumpa dinner nanti" aku malas nak melayan mengarut Kak Dira ni jadi baik aku masuk tandas dan mandi. Nak makan pulak lepas ni. Yes!
"Ria! Akak serius ni" ujar Kak Dira lagi, tak putus asa sungguh nak jodohkan aku dgn doc tu. Aku tak nak la, dah la duda.
"Akak, kita keluar makan sama ya?"
"Nak mengelat la tu"
"Tak ada masa la. Kak dira pergi la siap dan solat. Nanti kita pergi" aku terus basahkan badan dan tak pedulikan apa lagi yg keluar dari mulut kak dira ni. Kelakar betul la dia cakap mcm tu. Kalau Kak Dira tahu sejarah kelabu asap aku dgn doc tu memang dia terkejut sampai mengigau kot. So,better keep it as a secret.
Aku menunggu di kereta, lama pulak Kak Dira bersiap malam ni. Nak pergi mengorat sesiapa yg aku tak tahu ke ni? Ha, aku pulak yg nak jadi kaki gosip nampaknya.
"Akhirnya, puteri berendam dah siap. Lama puteri tunggul tunggu ni" perli sikit. Ha, dah buat muncung itik dia dah. Hak ni la yg aku duk suka tengok sangat. Comel! Secomel orangnya. Hihihi.
"Ada je nak perli kita"
"Gurau je la kak. Kak, lepas makan kita tengok wayang dan lepas tu kita shopping sikit. Ya?" Wah! Banyak pulak aktiviti aku hari ni kan?
"Cun! Mesti kes nak balik kampung ni kan?"
"Yes! U know me well. Cuti lima hari, takkan nak tengok muka akak je."
"Amboi, sampai hati!" Merajuk lagi bambam ni.
"Gurau je la akak. Ria excited sangat sebab kali ni kami nak balik Terengganu." Uish! Ceria tak ingat aku ni.
"Patutlah happy semacam" aku senyum bahagia habis. Tak sabar sangat dah ni nak balik kg. Kerap pulak tahun ni ibu dan babah balik sana kan? Mesti kes atuk rindu aku kaw2 ni. Perasan sangat! Hahaha.

Baju? Done! Toiletries? Done! Ok! Semuanya dah selamat masuk dalam beg. Tak sabarnya nak sampai terengganu. Kenapa kali ni nak naik flight? Selalunya drive je. Mungkin tak ada yg sudi nak drive sebab takut penat kot. Siapa pulak yg sponsor tiket kali ni? Bang long? Banyak pulak soalan aku ni kan? Dah ada orang nak belanja sepatutnya bersyukur je la. Ish!

Semua org dah ada ni, tapi knapa semua org mcm tgh tunggu org je lagi ni.
"Ibu, babah. Ngah masuk dulu eh" aku memaklumkan dan berjalan masuk ke balai berlepas. Am dan Alang ikut aku masuk sama. Kami terus masuk ke dalam kapal dan duduk di tempat masing2. Seperti biasa, Am pasti akan duduk di sebelah aku.
"Ada org lain lagi ke Am?"
"Ada, kawan bang long" jawab Am ringkas. Aku angguk faham dan buang pandang ke luar tingkap. Penumpang mula memenuhi kapal dan aku rasa ibu dan yg lain pun dah masuk ni. Aku ikatkan tali pinggang dan bersedia utk berlepas setelah dgr arahan drpd pramugari. Macam biasa jugak aku akan terus pejam mata setiap kali naik flight sebab aku takut dan x nak fikir yg bukan2. Otak aku ni kalau bab seram dan mengarut boleh tahan jugak sejuk tgn ni rasanya.

"Ngah! Dah sampai" Am kejut aku agak kuat. Aku genyeh mata yg masih lagi rasa mengantuk dan memandang ke luar lagi sekali. Dah sampai ke darat, alhamdulillah, selamat perjalanan kami kali ni. Aju kemaskan tudung dan regangkan badan sedikit sebelum bangun. Dah ramai yg turun ni ha, tinggal aku, Am dan Alang je. Hahaha. Confirm Alang pun tidur x ingat ni kan? Sebab dia memang sama spesis dgn aku. Penakut la jugak.
"Lang" aku peluk lengannya sebab dia pun dalam mode mamai lagi. Dia tersengih pandang aku dan berjalan keluar bersama sama. Teruja dah sampai Terengganu ni tapi masalah mengantuk ni memang x bleh nak buat apa lagi dah. Kalau pekena kopi ni best jugak.
"Am, ckp dekat babah, ngah dgn lang nak pergi tmpat lain dulu. Nanti kami pergi rumah nenek" Alang buat keputusan sendiri dan aku angguk je la. Am angguk dan berjalan pergi meninggalkan kami berdua.
"Jom pergi minum kopi dulu?" Soal Alang sambil tersenyum dan aku setuju. Lengannya aku peluk dan kami berjalan keluar dari tmpat itu. Sebuah teksi kami tahan dan terus memberitahu destinasi kami. Sbuah cafe yg dekat sgt dgn pantai dan agak dekat jugak dgn rumah atuk sebenarnya. Walaupun sini x semaju KL tapi aku suka, aku sangat sukakan lautan dan pantai sebab, setiap kali aku datang sini, ia tetap disitu. Erti kata lain, setia la. Hahaha. Ombak pantai pulak, sebanyak mana dia melanggar tepian pantai, ia tetap kembali ke lautan.
"Dah sampai pun, jom!" Aku dan alang turun dari teksi dan seperti biasa kami akan berlumba ketepi pantai dahulu. Kalau siapa yg kalah dia yg kena belanja.
"Yay! Sampai dulu!" Aku jerit keriangan bila aku sampai dulu. Kali pertama la ni boleh dikatakan.
"Ngah! Laju gila, sejak bila lari laju sangat ni?" Ha! Baru tahu aku ni fit jugak sebenarnya. Sejak kerja ni rajin pulak aku excercise, masa belajar dulu aku aktif sukan gitu2 je. Cuti dua tiga bulan dah break excercise now! I get my stamina back.
"Excercise a lot la."
"Ya la tu."
"Betul la. Jom belanja Ngah!" Aku tarik tangannya ke cafe yg kami selalu pergi. Dia hanya menurut dan berjalan ikut arah kaki aku. Pukul 4 petang, sesuai la ni nak minum kopi time macam ni.
"Pak cik, kopi susu dua" aku buat order dan Alang ikut je. Refreshing and so relaxing. Tak nak balik lagi dah!
"Lang, lepas ni kita pergi solat asar dekat masjid kristal nak?"
"Jauhnya nak solat asar"
"Ala, sambil makan angin." Pujuk aku lagi.
"Esok la, boleh ajak semua orang. Lagipun, lang nak sambung tidur lepas ni" ala dia ni, spoil mood sungguh. Betul jugak, boleh ajak yg lain sama kalau pergi esok. Malam ni pergi makan stimbot la.
"Diam je, merajuk ke?"
"Tak ada la, tak kuasa nak merajuk."
"Dah tu?"
"Malam nanti, kita keluar makan stimbot nak?"
"Tak rasanya, malam nanti nak pergi pasar malam yg tepi pantai tu" ish! Banyak pulak rancangan dia ni. Kalau macam tu aku kena pergi sorang ke? Tak syok la kalau macam ni.
"Habiskan kopi cepat. Nak balik ni"
"Ya la, apesal rushing sangat ni?"
"Nak jalan2 tepi pantai lepas asar. Nak tgok sunset" pelik sungguh. Sejak bila alang aku yg jenis main hentam je dah ada perancangan detail mcm along ni. Termakan virus baik apa si alang ni.
"Wah, ada jadual je"
"Ya la, along yg plan semua ni."
"I know nothing"
"Ya ke? Semua orang tahu kot. Lagipun ramai budak2 kali ni"
"Ramai budak2?" Pelik. Setahu aku cucu dalam keluarga aku sorang je. Fiqa tu je la, kan?
"Yes. Anak2 kawan bang long. Kecik lagi. Comel kot" hurm. Siapa pulak ni. Wait! Takkanlah duda anak dua tu? Ibu!!!
"Kawan bang long, duda anak dua?" Soal aku sambil berkerut.
"Yes! Mana tahu?"
"Ibu. And u know what, ibu berkenan sangat dgn duda tu" aku jawab sambil menahan geram. Alang ni yg dia gelak tu kenapa pulak.
"Ibu berkenan? Untuk ngah kot"
"Ya la! Takkan untuk ibu pulak. Ngah tak minat ok"
"But, he is fine. Good looking, nice, kind, polite, humble. A very good father. I'm sure he can be a good husband too"
"I dont care. Nak baliklah. Cepat bayar"aku gesa alang dan dia boleh layan gelak lagi. Geram pulak aku rasa sekarang ni.
"Nak balik naik apa je ni?" Soalnya pada aku yg dah jauh di depan. Naik beca pun boleh sampai rumah nenek ni. Dah dekat sangat dah. Aku menahan sebuah beca yg dah ada disitu dan menyuruhnya pergi dgn segera. Biar padan dgn muka alang. Hihihi.
"Ngah!" Aku buat tak dengar je dia jerit panggil nama aku. Rasakan!
"Pak cik, maaf ya kalau saya berat" aku pinta maaf terlebih dahulu. Malu dan segan kot nak naik beca yg dikayuh pak cik tua. Tergamaknya aku kan? Sungguh ku tak mengerti dialek terengganu ni tapi agaknya dia cakap mcm ni kot. Tak berat pun, cik ringan je. Hahaha. Agaknyalah kan.
"Ok pak cik, kat sini" aku menyuruhnya berhenti dan dia terus berhenti.
"Berapa?" Soal aku padanya.
"Seringgit" seringgit je? Aku pulak tak ada duit kecik ni. Hurm. Bagi je la 10 pun. Sambil menderma la katakan.
"Simpan je baki pak cik. Terima kasih" aku terus berlari ke laman rumah atuk.
Aku terus berlari selaju yg mungkin sebab nanti kalau alang dah sampai rumah mesti kena marah punya.
"Cikgu!!!" Aik! Siapa pulak yg panggil aku cikgu ni? Salah orang kot. Kalau aku menyahut then bukan aku, malu namanya.
"Cikgu!" Ha! Sah! Macam panggil aku je tu. Aku berpaling ke belakang dan betapa terkejutnya, twins? Kenapa ada kat sini?
"Abg, adik. Macam mana boleh sampai sini?" Soal aku kaget habis.
"Papa" ujar mereka serentak dan aku angkat muka. What is this?! Dia! Ha, sama2 terkejut nampaknya kami berdua ni.
"Ha, ngah. Kenalkan, ni la kawan bang long." Oh man! Apakah ini. Kenapa dia ?! Kenapa mesti dia yg jadi kawan bang long. Tidak!!!
"Ngah, dengar tak abg cakap apa tadi?" Aku yg tak habis lagi terkejut hanya mampu mengangguk.
"Za, ni la adik ipar aku yg kau tak sempat kenal tu. Ria" we know each other la bang long.
"Kenapa anak2 kau panggil dia cikgu?"
"Dia yg jadi cikgu dekat teratak arwah sekarang ni."
"La! Ya ke? Keciknya dunia ni kan?" Kecik sangat. Kenapalah semua ni jadi kat aku. Aku malas nak cakap banyak terus naik ke atas rumah. Tak habis fikir dgn apa yg sedang berlaku ni. Baik jumpa dgn atuk dulu.

Rasa mcm malas je nak keluar dari bilik. Tapi, semua orang dah bersiap nak keluar ke pasar malam ni. Tak payah keluar la, duk rumah je dgn atuk. Ha! Eloklah.
"Ngah, jom gerak. Semua orang dah siap"
"Tak kot Am. Ngah sakit perut ni."
"Pulak? Ok la, ngah nak apa? Am belikan" heh! Adik yg baik amat.
"Belikan ayam madu, nak wing" aku sengih padanya dan dia angguk faham lalu keluar dari bilik aku. Setelah 10 min aku keluar dari bilik perlahan lahan, tapi terus brek bila dengar suara orang bercakap. Siapa yg tak pergi ni? Aku masuk semula ke dalam bilik utk memakai tdung. Keluar je ke ruang tamu. Mangkuk! Kenapa dia ni tak ikut?! Apa dia buat kat sini?!
"Ngah, perut sakit lagi ke?" Soal atuk pada aku dan aku sengih sedikit.
"Dah ok. Atuk nak air?" Soal aku buat2 ramah.
"Boleh jugak, buat kopi. Amza nak apa?" Kenapa jadi Amza pulak? Bukan Hamzah ke?
"Tak pe, saya tak nak" malu2 kerbau pulak dia ni. Aku ke dapur dan membancuh kopi satu teko. Ha! Minumlah sampai habis tuk. Hihihi. Tiga cawan aku bawak keluar, utk aku sekali la. Apa salahnya kalau aku join borak sama kan? Lagipun bosan la aku nak terperuk je dalam bilik. Kalau tahu dia tak pergi dah lama pasar malam tu tutup sebab semua aku borong. Kami bertiga berbual kosong sambil nikmati malam yg indah. Cewah! Aku je yg banyak cakap ni, dia just jadi tukang dengar je agaknya.
"Jadi, ngah dgn Amza ni dah kenal la ya?"
"Kenal mcm boss dan pekerja je tuk"
"Ya ke?"
"Ya la. Tuk, susah la nak faham bahasa terengganu ni." Aku mengadu dan atuk tergelak.
"Atuk nak ajar pun tak reti. Arwah nenek orang sini. Atuk ni faham bolehlah, cakap tak pandai jugak"
"Agaknya kalau orang sini kutuk Ngah pun ngah senyum je" atuk gelak lagi kali ini dan doc pun ikut sama ukirkan senyuman lucu.
"Doc pandai?" Soal aku padanya dan dia menggeleng laju.
"Amza ni doc ke?" Soal atuk pula dan aku anggukkan kepala.
"Tuk, bukan doc yg rawat orang tu." Terang doc serba salah. Aku dah buat dia tak tentu hala nampaknya. Kesian.
"Atuk, mcm doc yg ada pda Tun. Mahathir tu. Dapat gelaran doc sebab belajar tinggi" aku cuba permudahkan dan atuk angguk faham sambil tersenyum.
"Atuk kena panggil doc jugak la ni" "eh, tak payah la atuk. Saya suka atuk panggil Amza je." Kikiki. Serba salah dia dibuatnya.
"Awak pun, panggil saya Amza je" ujarnya sopan dan aku sengih lagi.  Comel pulak muka dia tadi kan?
"Tak boleh la, doc kan majikan saya"
"Tapi, kat sini saya bukan majikan awak"
"Majikan tetap majikan" aku berkeras lagi dan dia mula berkerut. Atuk gelak pulak bila tengok kami berdua berdebat pasal tittle doc tu.
"Dah la, ngah ni kesian Amza" aku terus tergelak kecil bila atuk menangkan dia. Mesti atuk dah boleh agak yg aku nak kenakan orang malam ni.
"Atuk nak ke bilik air kejap " atuk tinggalkan aku dan dia berdua. Aku turun ke laman dan merenung langit yg luas. Cantik.
"Tak sangka kita akan jumpa mcm ni" dia menyapa aku dan aku tersenyum sesikit. Memang di luar jangkaan pun.
"Saya pun tak sangka."
"Anak2 selalu cerita pasal awak" eh aku pandangnya pelik. Kenapa?
"Apa yg mereka cerita?" Soal aku padanya.
"Katanya, awak ada banyak cerita"
  Dia tergelak kecil bila berkata begitu. Mesti twin ni cakap aku banyak mulut agaknya.
"Cakap saya banyak cakap ya?" Tebak aku.
"Bukan, tapi, mereka selalu cakap nak jadi mcm awak" aku diam dan pandangnya mcm tak percaya je. Ada jugak orang nak jadi mcm aku ya? Pelik sungguh.
"Doc la kena cakap kat mereka, jadi mcm mama mreka. Banyak saya dengar pasal isteri doc." Ikhlas aku katakan semua ni. Kalau diberi peluang aku pun nak jadi mcm Dr. Zalikha, jasanya terlalu banyak dan dia seorang yg terlalu baik. Allah lebih sayangkannya.
"Zalikha" terdengar sangat syahdu baris nama itu menutur di bibirnya. Disebut dgn penuh perasaan cinta dan rindu.
"Saya masuk dulu" aku meminta diri dgn segera dan berlalu naik ke atas rumah. Aku masuk ke dalam bilik dan bila aku membuka tingkap, aku nampak dia di situ. Apa yg dia sedang buat tu? Menangis? Ya Allah, kenapa hati aku rasa sesuatu ni?. Aku segra tutupkan tingkap dan masuk ke dalam bilik air. Aku ambil wudhuk dan bersandar lemah pada pintu. Apa yg aku rasa sekarang ni? Kenapa aku rasa mcm tak suka je dia menangis kerana perempuan lain. ya Allah, lindungilah aku dari hasutan syaitan.

"Abg, adik. Ngah kata jangan lari2" adoi! Penat sungguh nak kejar twins ni. Kenapa aku bahasakan ngah? Sebab rasa mcm dia pun dah jadi anak buah aku sama mcm Fiqa. Si montel tu mana larat nak lari2 aktif mcm twin ni, makan je dia tahu.
"Abg! Adik! Stop running" arah doc tegas dan dua anknya berhenti berlari. Tak sangka pulak yg dia pun ikut sama kejar anaknya sama dgn aku.
"Kenapa tak dengar cakap ni?" Soal doc itu serius dan dua anaknya terus memandang pasir. Aku kalau boleh nak membela tapi mungkin ni sebahagian drpd cara mendidik anak. Aku dulu pun kena marah jugak bila tak dengar cakap.
"Sorry papa" pinta mereka berdua perlahan dan aku tersenyum. Dia melangkah kepada anak2 nya dan berikan pelukan manja.
"Papa tak marah, tapi papa sayang. Ok?" Ala, sweetnya kalau babah marah2 lepas tu pujuk balik mcm ni. Doc, saya pun nak jadi anak doc la.
"Ok. Love u papa" ucap mereka berdua dan aku tersenyum lagi.
"Love u more" dahi dua anaknya dicium dan dia memimpin tangan kecil itu. Aku pulak duk berangan lagi layan terharu.
"Sorry ngah" pinta mereka pula dan memeluk kaki aku erat. Aku tersenyum dan melutut di hadapan mereka.
"Tak pe. Jom kita pergi makan. Ngah lapar ni" aku ajak mereka berdua dan mereka setuju habis. Kami berjalan berpimpin tangan sampai satu saat aku berhenti melangkah.
"Doc! Nak tercegat je ke?" Soal aku padanya dan dia berlari anak berdiri di sebelah adik. Kami beriringan ke tapak picnic.
"Bukan awak dah makan ke?" Soal doc pada aku dan aku sengih. Memang dah makan tapi jenis aku ni cepat lapar. Memang betul aku tengah lapar tahap dewa dah ni.
"Anak2 pun selalu cakap yg awak kuat makan"
"What?! They said that?" Soal aku tak puas hati. Tak puas hati sangat!
"Yes. At first i dont believe that, but now..."
"Ok, enough. Doc ni" hurm. Malu la aku kalau mcm ni. Dia tergelak sikit bila aku tak suka dia cakap mcm tu. Kami sama2 tersenyum sambil berjalan.

Main tarik upih pulak budak2 ni. Aku nak join tapi aku tak nak jadi driver, aku nak jadi pnumpang je. Siapa nak tarik aku ni?
"Am! Tarik ngah eh?" Aku meminta darinya dan dia menolak terus.
"Nak tarik Fiqa. Suruh alang" aku alihkan pandangan pada alang yg tengah seronok tarik twin tu. Bang long pulak tarik along. Siapa nak tarik aku ni? Sedih la kalau mcm ni.
"Abg! Tolong tarik ngah" Am mintak tolong dgn siapa pulak tu? Ha?! Takkanlah mintak tolong dgn dia. Tak nak la aku.
"Ok" eh, dia setuju pulak. Sudah!
"Doc, saya tak nak main pun" cepat2 aku menolak dan bangun dari upih ni. Takkan la nak bagi dia rasa betapa beratnya aku ni.
"Jom la main. Saya tarik awak"
"Tak yah la. Saya gurau je nak main tadi." Aku sengih sikit.
"Am cakap awak beria sangat nak main tadi" si budak Am ni memang nak kena betul la.
"Mana ada!"
"Kalau mcm tu bosanlah saya. Tak tahu nak buat apa" buat kesian la pulak dia ni.
"Ha! Biar saya yg tarik doc" aku bagi cadangan dan dia mcm terkejut je. Mesti takvpercaya yg aku pun sado sebenarnya. Hahaha.
"Awak ni gurau ke?"
"Serius. Jom!" Aku memegang batang upih dan dia dgn muka peliknya duduk jugak.
"Larat ke?"
"Heh! See the leg la" aku berkata riak. Dalam hati memang tak yakin yg aku boleh tarik dia.
"Satu, dua, ti..." ti je sempat sebut sebab langsung tak bergerak ni. Beratnya dia ni, orang ke whale yg tersadai tepi pantai ni.
"Satu, dua, ti..." cuba lagi dan tetap tak berjaya, gerak jugak tapi sikit gila. Buat malu kaum kerabat rukun tetangga je la. Ha! Kan dah kena bantai gelak dgn dia.
"Saya dah cakap. Sekarang biar orang sado yg tarik awak" ceh! Poyo yg amat.
Aku pun malas nak bertegang urat dgn dia jadi baik aku ikut je main sekali. Yg penat nanti bukan aku jadi aku dgn murah hatinya kali ini.
"Ready?" Soalnya dan aku angguk yakin. Dia mula menarik aku, tenang je dia tarik aku ni, maksudnya aku ni ringan je la. Tapi dia tarik perlahan je.
"Saya tak sangka yg awak seringan ni" ujarnya tenang. Apa pulak maksud dia ni?
"Tak sangka?"
"Ya. Dari cara pemakanan awak, mustahil sangat awak seringan ni" ceit. Tak habis lagi nak bahas pasal benda ni. Malas aku nak menjawab kali ni, lantak dia la nak fikir apa sekalipun.
"Saya rasa kanak2 di teratak tu bahagia sangat sejak awak jadi cgu mreka"
"Saya yg gembira sebenarnya. Lagipun, mereka semua dah mcm anak2 saya"
"Mcm anak2 awak sendiri?"
"Ya la. Saya sayangkan mereka" aku jawab ikhlas dan tersenyum senang. Dia hanya menarik upih dgn tenang menyusur tepian pantai ni. Rasa mcm pelik je perasaan aku skrg ni dan mcm pelik jugak aku dah tak rasa takut ataupun segan dgn dia. Mungkin sbb dia pun dah mcm one of the family aku kut.
"Doc tak ada kampung halaman ke?" Soal aku setelah kami berdiam lama.
"Tak ada. Saya dari rumah anak yatim"
"Oh, takkan tak balik kampung rumah isteri?"
"Ada jugak saya pergi tapi tak selalu sangat sejak arwah taknada. Anak2 selalu pergi sana" maklumnya dan aku diam lagi. Aku faham la ni kiranya apa yg dia sampaikan.
"Doc ada kembar ke?"
"Tak ada la. Yg kembarnya isteri saya." Sah la yg dia ni la yg aku buat hal zaman belajar dulu. Nasiblah.

Dia cakap nak hantar anak2 dia dekat teratak tapi tak sampai2 pun. Aku dah mula risau ni.
"Ria, kenapa risau sangat ni?"
"Kak Dira, ada tak doc call tak jadi hantar anak2 kat sini?"
"Tak ada pulak. Kenapa?"
"Dah lebih dua jam ni. Takkan tak sampai lagi"
"Haah kan. Biar akak call doc"
"Cepat sikit" aku tunggu Kak Dira call tapi mcm tak berjawab je.
"Tak dapat"
"Call rumah dia" saran aku pula dan kak Dira terus call.
"Ok. Terima kasih"
"Apa dia kak?" Kalut aku nak tahu ni ha.
"Adik jatuh tangga. Skrg doc kat hospital"
"Ya Allah, patutlah Ria rasa tak sedap hati je skrg ni. Jom kita pergi hospital" ajak aku pula.
"Budak2 ni mcm mana? Ria pergi dulu. Kalau ada apa2 nanti call akak"
"Ok. Ria pergi dulu ya" aku ambil kunci kereta dan terus pergi ke hospital. Ya Allah, moga tak ada apa2 yg jadi dekat adik.

"Sebab tu mama suruh Amza kawin"
"Saya boleh jaga anak2 ma"
"Boleh jaga? Kalau anak sorang tal pe la masalahnya dua. Kalau Amza boleh handle sorang2, takkan jadi mcm ni"
"Mama, memang salah saya sebab leka sekejap. Tapi, tak ada sesiapa pun yg boleh ganti tempat Zal"
"Skrg kamu perlu ketepikan apa yg kamu nak. Apa hati kamu nak. Kawin, utk jaga anak2 kamu. Susah sangat ke?"
"Mama tak faham"
"Mama faham Amza. Kesian ank2 kamu tu. Jangan fikirkan diri sndri je"
"mama tak faham"
"Bukannya mama mintak Amza kawin dgn orang lain. Kawin dgn Zalisha"
"Tak boleh ma. Saya tak boleh"
Bila pintu bilik dibuka aku tersentak sikit. Erk.
"Ria?" Soalnya terkejut bila nampak aku disitu.
"Doc, saya dapat tahu pasal adik. Jadi..."
"Awak bru sampai ke?" Dah lama pun. Sempat la dengar apa yg bising2 dalam wad tu.
"Tak. Baru je sampai" heh. Takkan nak cakap aku curi2 dengar kot.
"Adik ok?" Soal aku pula.
"Ok. Kepala dia luka sikit. Jom la kita masuk" adoi! Tak kan la nak masuk time mcm ni kot. Ish.
"Jom" ajaknya lagi sambil membuka pintu. Aku telan liur dan berjalan masuk ke dalam wad dan berikan senyuman kepada seorang wanita yg ada di sini.
"Ngah!!!" Serentak twin ni menegur aku. Aku membalas pelukan Abg.
"Ngah?" Soal wanita itu pula.
"Mama, kenalkan ni Ria. Ria, ni ibu mertua saya"
"Apa khabar puan?" Soal aku lalu hulurkan tangan utk bersalam. Dia membalas huluran tangan aku dan aku senyum lagi.
"Adik ok? Kepala sakit?" Soal aku pada adik dan cium dahi itu lembut.
"Tak sakit pun ngah. Nyut nyut je" aku tergelak kecil dgn telatah itu.
"Nyut nyut je? Mcm mana boleh jatuh. Adik lari2 kan?" Soal aku lalu mencuit hidungnya pula.
"Abg kejar, adik lari la" cerita adik buat2 sedih.
"Abg ni, jangn main kejar2 tempat bahaya lagi lepas ni. Boleh?"
"Ya ngah" jawabnya sedih. Aku senyum lagi dan mengusap lembut kepalanya.
"Ria dah lama kenal Amza?" Ha. dah lupa ada orang lain jugak kat sini.
"Tak lama puan. Ria ni kerja di Teratak Zalikha. Dari situ la kenal Dr. Hamzah" aku jawab dgn sopan.
"Mama, saya kenal family Ria. Kami agak rapat. Sebab tu anak2 panggil ngah" terang Dia pula dan aku angguk iyakan je.
"Mama nak cakap dgn Amza kejap. Aunty minta diri sekejap" aku angguk faham dan biarkan mereka pergi. Biarkan orang tua berbicara, aku tak nak masuk campur. Baik layan budak2 ni.

Pelik sungguh bila semua orang berkumpul di rumah babah ni. Apa dah jadi sebenarnya? Dan kenapa ramai orang sangat ni?
"Ibu! Angah dah sampai!" Amboi! Semangt betul Am ni announce yg aku dah sampai. Ingat aku ni jenis kerabat ke apa sampai nak buat makluman mcm tu sekali.
"Kau pehal pulak Am?" Soal aku pelik dan dia tersengih.
"Ngah, naik la cepat" siap tarik tangan aku lagi ni.
"Ada kenduri ke Am? Kau dah nak kawin?" Sempat aku soal dia sambil jalan laju2 ni. Masuk je dalam rumah aku tergamam bila ramai orang yg sibuk sangat skrg ni. Alang nak kawin dah ke?
"Alang nak kawin ke Am?" Soal aku lagi.
"Ngah, babah nak cakap sikit" amboi. Serius betul muka babah ni. Aku duduk di depan babah tapi mata aku melilau pandang ke sekitar rumah.
"Apa bah? Kenduri apa ni bah?" Soal aku sambil tersengih.
"Majlis tunang" jawab babah dan aku pelik sikit. Sejak bila kalau nak bertunang kena buat dekat rumah lelaki. Pelik ni.
"Serius ke bah?"
"Serius la. Majlis tunang ngah" ha! Nak terkeluar bijik mata aku ni ha. Babah ni biar betul. Aku tak ada impian pun nak bertunang dgn sesiapa je ni.
"Babah..."
"Babah nak sangat ngah terima. Bukannya orabg lain pun. Amza." Aku terus letak tangan atas dahi bila babah cakap mcm tu. Kalau orang lain aku boleh consider lagi, takkanlah dia. Kenapa dia?!
"Babah, kenapa tak cakap dekat ngah dulu?" Soal aku perlahan. Serabut pulak kepala aku ni.
"Kan babah pernah cakap dulu"
"Tapi ngah tak pernah setuju pun"
"Babah tahu, tapi, babah nak sangat ngah terima" mcm beria dan bersungguh je babah ni. Kalau aku menolak skrg pun mcm dah tak guna dah. Semua persiapan tunang dah nak siap.
"Apa kata ngah fikir utk anak2 dia. Ngah kan sayang mereka dua tu" babah ni kalau bab pujuk orang. A!
"Siapa yg lamar siapa skrg ni?"
"Tak ada siapa lamar siapa. Semua ni kami bincang sama2. Amza pun setuju nak terima ngah" jawab babah pula. Hurm. Mesti kes fikirkan anak2 ni kan? Kenapalah aku yg kena jadi mak sanggup dalam hal ni. Takkanlah aku nak kawin dgn dia.
"Ngah buat semua ni sebab ibu dan babah tau, lepas ni jangan buat keputusan utk ngah lagi" agak tegas aku bersuara dan babah tersenyum lebar.
"Ngah terima la ya?" Soal babah lagi dan aku angguk je la. Ni semua sebab babah dan ibu.

Aku sarung baju kurung moden yg berwarna putih dan duduk di katil.
Aku masih lagi tertanya tanya kenapa dia setuju nak ambil aku sebagai isteri dan aku pun nak tahu kenapa aku boleh terima semua ni. Serabut sungguh. Patut tak aku larikan diri je, ish! Buat malu keluarga pulak nanti.
"Ria!" Dah mai dah bestie aku dua oramg ni.
"Jue, Nia, kau rasa betul ke ni?" Soal aku resah.
"In sha Allah. Ni semua aturanNya" jawab Nia ringkas.
"Aku doakan yg terbaik je utk kau" "aku dah buntu habis ni"
"Ria, baik kau terima je semua ni. Cepat siap. Cincin tunang dah mai!" Dorang pulak yg lebih teruja dari aku sekarang ni. Aku ambil tudung yg disediakan dan pakai ala kadar je. Bukannya nak kena berhias bagai pun. Tunang je kut.

cincin bertukar tangan dan kini tersarung di jari manis aku. Mertua dia sendiri yg datang serah cincin ni. Maksudnya aku diterima keluarga mertua dia la. Aunty tak marah kat aku ke? Bukan ke dia nak jodohkan doc dgn orang lain?
Selesai semuanya majlis jamuan ringan disediakan. Ramai jugak tetamu ni, belum lagi kawin dah penuh mcm ni. Kalau kawin gamaknya, sampai hujung jalan sana kanopi kot.
"Ria, turun la bawah, makan sama2" ajak Nia dan aku menolak. tak nak la aku, dah la ramai orang.
"Kejap lagi la. Ramai lagi tu" aku muncungkan mulut tunjukkan tetamu di bawah kanopi.
"Kau tak makan dari semalam kan? Tak lapar ke?"
"Tak. Kalau aku lapar pandai la aku nak cari nanti"
"Kalau mcm tu aku turun dulu la"
"Orait" aku angkat ibu jari kepadanya dan melihatnya pergi. Aku masuk ke dalam bilik dan menyalin pakaian. Panas dan rimas jugak pakai mcm tu. Aku termenung sambil tengok tetamu. Dah semakin berkurangan nampaknya. Jadi, time ni la aku nak turun makan. Lapar kot. Aku terus turun dan memang ramai tak perasan yg aku la orang bertunang hari ni. Hihihi. Aku ambil makanan dan terus ke pangkin bawah pokok. Aman. Tak ada orang pun. Aku terus makan tak pedulikan orang lain dah.
"Ria"
"Hmm? Doc?" Soal aku panik. Alamak! Dia ada kat sini la pulak.
"Terima kasih sudi jadi tunang saya" ujarnya lalu tersenyum. Aku telan sisa nasi dan turut sama ukirkan senyuman.
"Saya buat semua ni bukan utk orang lain, utk ibu dan babah jugak. Dan utk anak2 sama" aku jawab tenang dan dia senyum nipis.
"Mungkin ini yg terbaik utk anak2 saya. Tapi, awak dah korbankan hidup awak"
"Takde hal la doc. Saya tak pernah fikir pasal saya pun. Yg penting semua orabg happy"
"Mcm mana kalau awak tak happy?"
"Anak2 doc, dah mcm anak2 saya sendiri. Saya akan gembira kalau mreka dapat terima saya"
"Mereka dah lama terima awak" jawabnya lagi dan senyum. Aku ikut sama senyum.
"Siapa pilih cincin ni?" Soal aku padanya utk buat hilang gusar.
"Kenapa? Tak cantik ke?" Soalnya kalut.
"Cantik. Cincin ni muat2 jari saya. Selalunya kalau orang berikan saya cincin mesti tak betul2 muat. Kagum saya kali ni" memang aku kagum sangat pun. Merasa kau pakai cincin di jari yg sesuai. Dia tak jawab pulak soalan aku tadi tu. Dia senyum je. Agaknya siapalah. Kan? Aku selalu tanya kenapa dia? Mungkin Allah dah tentukan yg dia mungkin jodoh aku. Agaknyalah kan?

6 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha...memang kena sambung ni, banyak sangat tanda seru... sye dah sambung pun...thanks baca...she is my student tu sambungan dia. Bacalah, hope you will like it...

      Delete
  2. Tun Mahathir n isteri memang doctor masa muda2..masa kahwin maso paper time tu..glamer couple laa jgak

    ReplyDelete
  3. Menarik!! hihi dh hbs bce smua crpen akak. semuanya best sngat!!!

    ReplyDelete
  4. Menarik.. Sambungan please..

    ReplyDelete