Sorok papan tarik papan buah keranji di dalam perahu suruh telan aku telan suruh buat kerja aku tak mahu! Ha! Tu dia aku dah renovate dah pantun 4 kerat dari zaman kaduk mana pun aku tak sure yang pasti memang ni kerja aku sekarang. Maklumlah anak bongsu. Mestilah hidup bahagia aman sentosa di bawah ketiak mak bapak, kan? Belajar? Memanglah bukan benda yang aku minat dan aku bukan pandai sangat, sekolah dan kolej pun ponteng aje kerja aku. Mama kata aku ni satu benda je johan,johan orang paling kuat berangan. Adoi! Paling kuat berangan deep tau! Umur dah 26 setengah,kalau ikut tahun dah 27 sebenarnya tapi masih lagi tanam anggur kat rumah ni. Kerja malas,kalau stakat tolong abah di kedai makan tu aku rajin lagi la.
Bukannya apa,aku tak nak jauh dengan mama dan abah je, dah abang long dengan kak ngah kerja jauh,dah ada keluarga sendiri,kalau aku pergi sama siapa yang nak jaga mama ngan abah ni, kan?
"Atylia Syafinaz Badrul!" Alah... mama dah panggil la pulak. Aku bangun dari katil, baru bangun sebenarnya walaupun dah pukul 11 pagi. Alhamdulilah, masih pagi. Hihihi.
"Yes madam!" Aku menyahut ala2 tentera dan mama yang geram sangat dengan perangai aku terus cubit peha aku. Sakitnya.
"Ma, sakitlah"
"Bila kamu nak berubah ni Aty?" Soalan repeat sejuta kali ni. Dan setiap kali aku jawab mesti salah punya jawapan dia. Haish! Siapa ada skema jawapan minta hantar kat email aku ya.
"Nak berubah jadi apa ma? Ultraman?" Sekali lagi peha aku jadi mangsa kali ni lebih sakit. Nak nangis la kalau macam ni.
"Menjawab! Berubahlah Aty, siapa nak jaga kamu nanti. Kalau mama dan abah pergi siapa nak tengokkan kamu?" Suara mama dah masuk mode merayu tu dan aku mulalah rasa bersalah habis.
Aku diam dan pandang meja makan yang dah sedia dengan sarapan. Tangan aku mencapai sebiji karipap lalu dimasukkan ke dalam mulut. Kali ni mama tepuk dahi sendiri pulak dan aku tayang sengih.
"Aty,kamu ni macam daun keladi"
"Daun keladi gatal ma" aku menyampuk dan bahu aku ditampar agak kuat. Habislah kena dera anggota badan aku pagi ni.
"Kalau Aty tak nak berubah, abah akan kahwinkan Aty" ha? Abah dah balik dengan berita tak seronok langsung. Jangan buat lawak di pagi hari yang dah panas ni.
"Abah! You cant do this to me. I dont want to marry anyone. Dont force me to do so!" Adess! Terprotes slang mat salleh pulak confirm la abah tak faham punya ke faham?
"Amboi, sakan kamu ya? Kalau tak nak kahwin pergilah cari kerja"
"Susah abah"
"Cari pun tidak nak senang macam mana?" Bangkang abah.
"Esok abah" aku bagi jawapan yakin walaupun tu mungkin just kata2 je. Hihihi.
"Mandi dulu!" Terus aku berlari masuk bilik dan mandi.
Time mandi adalah masa lapang untuk berangan dan fikirkan masa depan. Hahaha. Pandailah sangat ya? Kalau abah betul2 nak kahwinkan aku macam mana? Ish! Aku tak naklah kahwin lagi tapi nak kerja apa pulak. Aku degree business tapi, I hate it!
Ha! Kak Rin! Hehehe. Mesti dia tak tolak punya sepupu comel dia ni kerja kat sana. Heh! Cepat2 aku keluar dari bilik air dan call Kak Rin.
"Hello, kak,busy ke?"
"Kenapa?"
"Ada kosong tak? Aty nak kerja,kalau tak abah nak suruh kahwin" aku buat suara sedih tapi boleh dia gelak sakan siap suruh aku terima je plan abah. Tak makan saman betul la dia ni!
"Cakap orang. Kak kawinlah dulu nak tengok" erh! Perli orang je tahu.
"Gurau je baby. Bila nak kerja?"
"Esok kak datang rumah ambik Aty, nanti Aty bincang dengan mama and abah"
"Ya la,petang sikit akak sampai. Ok,bye" terus telefon dimatikan dan aku senyum senang.
Kerja je la apa pun asalkan abah degan mama dah tak bising lagi. Yang penting mereka dah tak risaukan aku lagi. Humph! Kalau aku tak kerja tapi dapat suami kaya, hensem, baik, sweet, romantik, boleh je aku terima idea abah tu. Yang aku risau,buatnya abah nak kawinkan aku dengan Lan penjual ayam tu. Ei! Tak nak aku. Dah la hisap rokok, perasan hensem!
Tidak! Cakap macam kau ni elok sangat kan Aty? Kalau dapat macam Mr. Perfect 10 tu pun ok jugak. Untungnya.... berangan lagi.
Kajian mengatakan orang ya g terlebih berangan ini hanya mendapat satu kejayaan iaitu kejayaan dalam angannya sendiri. Hahaha! Lawak sangat! Aku berangan untuk membina ok! Membina jati diri yang baik, hehehe. Poyo!
"Rin tolong tengokkan Aty ni, KL tu bahaya"
"In sha Allah mak ngah."
"Hati2 bawak kereta tu" pesan mama lagi sebelum kami berangkat pergi. Ni la sebabnya aku tak nak keluar dari rumah tu. Mama ni cakap macam dah muak tengok muka aku dan suruh aku pergi macam menghalau tapi bila aku dah pergi ni la jadinya. Duk sedih la pulak!
Aku pandang kak rin yang sedang memandu dengan tenang.
"Kalau Aty mintak cuti lebih boleh eh kak?" Amboi! Besar mandat aku kan? Kerja pun belum dah berani mintak cuti.
"Mak ngah memang macam tu. Dulu masa kak ngah Aty pergi belajar luar negara lagi teruk tau" aku tergelak kecil. Kutuk mak kita nampak! Tapi memang mama mcm gitu pun. Hailah.
Besar jugak rumah kak rin ni, dah la duk dua orang je tu pun dengan pembantu peribadi dia. Kaya jugak kak rin ni eh? Aku melilaukan pandangan ke sekitar banglo yang sederhana besar ini. Bagi aku dah cukup besar dah ni kalau nak hidup 7 atau 8 orang.
"Nina,ni adik sepupu akak,Aty. Sebaya dengan Nina" wah! Dapat member sebaya la! Gempak!
"Aty"
"Nina" kami berdua berbalas senyum dan kak rin bawa aku ke bilik aku.
Wah! Luas betul bilik aku ni ha! Dah la nampak macam selesa habis mesti aku liat nak bangun kalau dapat katil empuk macam ni. Masalah!
"Aty rest,akak nak keluar kejap. Nina kenal2 la dulu dengan Aty ya" kak rin tinggalkan aku dengan Nina dan kami berdua turun ke ruang tamu sambil berbual senang. Aku kan kaki kepochi! Hihihi.
Besar jugak syarikat majalah kak rin ni. Aku meninjau keadaan sekitar setelah berkenalan dengan semua staf kat sini. Baik2 dan paling best sekali kami semua perempuan! Yay! Hahaha, aku memerhatikan setiap sudut yang sangat kmas dan dihias cantik, tak nampak macam syarikat majalah pun, dah macam syarikat dekorasi rumah je.
"Aty, kenapa?" Soal Kak rin bila terserempak dengan aku di stor.
"Akak, boleh tak kalau Aty nak bilik ni?" Soal aku padanya dan kak rin berkerut agak banyak. Nampak sangat dah berumur. Hahaha.
"Tapi, ni stor lama je. Kenapa dengan bilik tu?"
"Ok je, tapi Aty suka. Boleh tengok jalan dan dari sini boleh nampak pintu utama syarikat kita. Boleh tengok orang" kak rin jenguk apa yang aku tunjukkan dan dia memeluk tubuh.
"Tapi sekarang ni semua orang sibuk. Siapa nak tolong Aty?"
"Aty boleh setel sendiri la kak. No worries" aku tersengih senang dan kak rin hnya anggukkan kepala. Yes!
Aku hantar kak rin yang berlalu pergi dengan ekor mata dan bilik stor yang tak digunakan ini aku bukakan tingkap. Penyapu di ambil dan aku sapu segenap bilik kemudian bersihkan habuk2. Gila bapak banyak habuk memang gaya bilik ditinggalkan je ni. Aku keluar dan ambilkan mop,ramai yang sibuk tapi ramai jugak yang bertanya aku nak buat apa tapi,tak ramai yang nak tolong. Hahaha. Sokay la sbb aku boleh buat sendiri.
Pejabat ni tak dibenarkan berkasut di dalam pejabat jadi memang tak kotor la. Dah gaya macam rumah macam tu senang tak rasa beban mana pun nak kerja.
"Penat jugak kemas bilik ni" bercakap seorang diri je la dah semua yang lain sibuk je.
Dua jam aku ambil masa untuk sapu dan mop sampai licin. Yes! Aku nak cat bilik ni dengan warna kelabu hijau la. Hurm! Tak sabar nak tengok hasil kerja tangan aku sendiri tapi rasanya baik aku upah orang je rasa lawa sikit kot. Tapi tak ada bajet la pulak,buat sendiri je la Aty. Esok weekend! Bolehlah kau siapkan semua ni.
Aku survey beberapa jenis barang utk diletakkan dalam bilik aku. Hehehe. Moga lawa la tempat aku nak kerja nanti barulah feeling skit. Aku belikan beberapa jenis perhiasan dan letakkan dalam kereta. Kak rin pergi mana pulak ni? Lama betul jumpa client dia ni. Aku masuk semula ke kedai perhiasan dan ternampak dolphin yang diperbuat daripada kaca. Cantik gila! Aku dah la peminat setia dolphin ni. Comel gila. Aku capai dan ke kaunter bayaran lalu keluarkan not seratus. Harga tak mahal pun tapi aku suka sangat ni.
Aku bimbit beg kertas keluar dan bila aku melangkah keluar dari kedai itu aku dilanggar dan beg kertas ditangan aku tercampak dan bunyi crack kedengaran. Erk! Siapa yang buta ni? Aku pandang lelaki yang bersut dan berkaca mata hitam pandang aku tanpa riak. Dah la langgar aku tak reti mintak maaf ke?
Dia capai beg kertas itu dan pandang price tag dalam beg itu. Dia keluarkan dompet dan aku hanya pandang tanpa banyak bunyi. Dia keluarkan duit seratus dan hulurkan pada aku tapi memang tak la aku nak terima kan? Dah la tak minta maaf! Aku bersilang tangan dan pandang dia atas bawah dengan muka bengang. Dia letakkan duit dicelah tangan aku dan berjalan pergi dengan beg kertas aku sekali.
Ei! Kurang asam betul la orang macam dia ni. Aku pandang duit seratus yang dia selitkan di tangan aku dan rasa nak koyak je!
Berlagak!
Sebaik tiba dirumah aku terus cari pen dan mula lukis muka mamat gila tadi atas duitnya dan bawahnya aku tulis nama sekali.
Pak cik berlagak! Tu dia! Spoil mood ingat pasal tadi, dah la dia tak mintak maaf lepas tu ingat aku hadap sangat duit dia ni? Kalau dia rasa dia kaya sekalipun aku rasa tak payah nak berlagak sangat kot.
"Aty nak ke ofis? Kak nak drop sana ni"
"Nak! Nak siapkan sikit lagi blik Aty. Nasib baik air cond ok lagi"
"Ya la,siaplah, lepas zohor kita gerak" aku angguk faham dan ambil gmbar duit seratus itu dan masukkan dalam instagram. Hehehe. Padan muka entah mamat berlagak mana la yang tak ada adab langsung ni. Ingat aku hadap sangat ke dengan duit seratus kau tu? Uwekk!!!
Pujian demi pujian yang aku dapat, heh! Bangga skit sebab blik aku dah perfect dan cantik la kot sebab semua orang duk puji je ni. Sengih sampai tahun depan aku kalau macam ni. Seminggu je aku boleh setel benda alah ni, cewah! Berlagak kau ya Aty!
"Meeting 30 min" panggil Kak rin dan semua orang ke ruang mesyuarat. Aku ambil tempat di sebelah Nina dan kami semua pandang kak rin yang dah sedia dengan cover majalah untuk bulan ni.
"Let's OBBY space! Saya dah iklankan. Mulai bulan depan, ruang tu akan tambah dalam majalah kita dan admin dia ialah Aty. Jadi, semua entry sepenuhnya bergantung pada Aty. Yang lain harap boleh tolong Aty"
Semua orang mengangguk faham dan aku senyum kepada semua oramg. Semua orang dalam ni ialah admin setiap space kecuali editor dan Nina la.
"Good luck!" Semua orang ucapkan tahniah dan aku senyum berterima kasih. Bersedia ke Aty? Must ready!
Kalau Tiara pasal life wanita dan lelaki. Oreo, sebab dia suka oreo dan nama pena dia pun sama pasal cerpen dan cinta la. Segmen cinta la tu. Qima pulak slot seram dan misteri. Fara pasal fesyen. Ita pasal fact and health. Nurul tentang sales sebab kami pun jadi agen sales. Hahahaha. Aku punya space pulak pasal apa eh?
Satu pasangan kembar sedang seronok baring di carpet sambil mbca majalah K.I.TA.
"Slot seram kali ni cerita pasal hantu air la weh" Iza bersuara pada kembarnya, Ira dan Ira pandang aje. Dia tak berminat dengan slot seram tu dan mereka berdua banyak tak sehati jiwa tak macam kembar yang lain.
"Bosan! Cerpen cinta kali ni best! Tapi ada sambungan dia" Ira mengeluh dan Iza buat bodoh je. Dia jenis tak fikir sangat pasal cinta dan lebih terdedah kepada benda misteri dan seram je.
"Slot baru!" Jerit mereka berdua serentak dan terus meniarap dengan muka teruja habis.
"Let's OBBY? Jom observe sama2 nak? Apakebenda punya slot ni?"
"Haah! Pelik je."
"Next month publish"
"Miss Dolphin? Admin baru ke?" Soal Iza dan Ira angkat bahu tanda tak tahu.
Mereka berdua baring balik dan peluk majalah kegemaran mereka itu. Setelah puas berfikir mereka dikejutkan dengan kepulangan abangnya yang hati batu dan cool tak bertempat.
"Abang!" Tegur Iza dan abgnya yang baru je balik dari kerja labuhkan punggung di sofa. Dua adiknya dipandang sekilas dan kemudian dia pandang majalah dalam pelukan dua adiknya serta yang dah penuh atas rak diperhatikan.
"Dah bijak sangat ke sampai tak study ni?" Soal abang mereka perli macam biasa. Ira buat muka bosan sebab asyik kena perli je dengan abang mereka ni.
"Exam baru je habis semalam" Iza bersuara sambil memerli dan abangnya buat tak endah lalu perhatikan Ira yang langsung tak berkalih dari pandang majalah tersebut.
"Ira" panggil abgnya dan Ira angkat muka.
"ambil air sejuk"
"Suruh Iza la" rengek Ira dan Iza jelirkan lidah sebab tak terkena.
"Iza dan ira. Both of you."
"Alah...nak ambil air pun kena berdua ke?"
"Sebab abang nampak korang ni taksub sangat dengan bnda alah tu"
"Majalah la abang!"
"Tak Peduli, pergi cepat" arah abang mereka lagi dan dalam keadaan tak nak mereka bangun dan pergi.
Majalah disimpan di atas rak dan si abang senyum bila adiknya memuncung tapi tak membantah.
Penatnya nak kejar deadline ni semua dah la first time aku nak publish ni. Kena pay effort 400% barulah rasa puas hati. Ok lah, tajuk first ni observe tajuk kenapa perempuan sukakan kasut sangat. Heh! Aku ni bukanlah seorang jurnalis jadi tak havoc macam admin lain tapi kira ok la ni! Puas hati habis!. Aku emailkan pada Kak rin dan tunggu balasannya,kemudian aku kemaskan page biar kelihatan cantik dan menarik habis. Pelbagai teknik dan skill yang aku terpaksa belajar untuk manfaatkan untuk page. Lulus ke tak kena tanya tuan maha guru editor la baru la lepas.
Aku ambil masa 3 jam buat benda ni je dan yang penting biar perut lapar asalkan kerja siap dan aku puas hati habis. Aku print out dan berlari ke bilik editor dan kak opie sambut kedatangn aku dengan baik tapi nampak yang dia tengah sibuk sangat. Moga kerja aku dah senangkan dia.
"May i help you sis?"
"Hehe,Aty dah rangka edit untuk page. Kak opie rasa ok tak?" Aku hulurkan kertas yang dah print dan
kak opie tanggalkan spec dan senyum panjang.
"Impressive, lawa. Pandai aty"
"Hehe,bantuan apps la tu kak. Ok tak?"
"Ok sangat dah ni. Grey and green?"
"Yes,feveret colour" aku sengih segaris.
"Dolphin?"
"Symbol. Miss Dolphin"
"Amboi! Ok sangat dah ni tapi kak opie akan edit teknik warna skit. Tak sesuai sangat. Ok tak?"
"Ok je"
"Klau Aty suka dolphin,akak tmbah biru skit. Nanti akak tunjk kat aty. Bagi softcopy ok?" Pesannya dan aku hulurkan pendrive lalu tersenyum dan keluar dari bliknya.
"Macam mana?" Soal Ita.
"Ok kot. Takut tak ada readers"
"No worry la." Ujarnya dan aku senyum sdikit. Takut dengan respon reader nanti. Buatnya dorang tak suka aku punya page memang nangis tak berlagu aku dibuatnya.
"Aty, bila kamu nak kawin? Tahun depan dah 28" adoi. Mama ni macam tak ada soalan lain je nak tanya sejak aku kerja ni.
"Tak cukup duit lagi ma nak kawin" aku jawab gaya macam aku yang nak kena pergi pinang anak dara orang nanti. Hihihi. Mama dah angkat sudip nak pukul aku tapi aku cepat2 mengelak orang tua2 kata kalau kena pukul dengan sudip tak kawin nanti.
"Dah 6 bulan kamu kerja,pergilah cari suami" tegur mama lagi dan aku memikirkan idea untuk bagi jawapan mintak lempang.
"Ada jualan ke ma? Boleh Aty pergi beli suami" mama pandang aku macam nak tembus kalah sinar gama ni. Aku telan liur sikit dan ketawa kecil. Mama kalau meletup memang besar letupan dia mcm nuclear reaction! Ades! Pandai pulak aku bab fizik ni,almaklumlah nak kawin dengn engineer. Hahahaha.
"Kamu nak tunggu umur 30 ke?" Soal mama lagi. Tak give up betul mama ni ha.
"Mama ni, mama suruh Aty kerja Aty dah laksana dah titah tu. Nak kawin ni tak ada calon lagi. Bukan je calon tak ada, niat pun belum terbit ni"
"Orang pinang kamu tolak semua buat macam anak raja"
"Ma! All of them is not my type ok. Tak berkenan di hati la ma" protes aku keras. Dah la yang datang pinang aku tu semua memang tak membuka selera aku la. Even aku puasa pun hari tu langsung tam rasa nak berbuka. Hahahaha.
"Aty nak suami macam mana lagi? Suami idaman malaya?!" Suara mama dah meninggi.
"Ma,repeat ayat last" aku minta mama ulang balik apa yang dia dah sebut tadi. Kedengaran enak bangat ditelinga gue.
"Suami idaman malaya" mama sebut lagi dan aku terus peluk mama erat. Yes!
"Ma! I love you till jannah!" Pipi mama aku cium dan aku terus lari ke laman rumah. Abah yang tengah seronok kait mangga aku sergah sehingga mangga yamg dijolok jatuh atas kepala abah. Super Alamak!!!
"Aduh, kepala aku" abah mengaduh sakit dan aku sengih buat iklan ubat gigi terlaris di Malaysia. Aku mendekati abah dan memeluk lengannya sebagai tanda minta maaf. Abah gelengkan kepala dan tersenyum ringkas,almaklumlah dah kenal sangat dengan anak bongsu dia ni.
"Abah,sorry key?"
"Kutip mangga tu." Arah abah dan aku senyum lagi lalu kutip mangga yamg jatuh atas kepala abah tadi. Ya Allah, aku gurau je tadi tanpa niat.
"Apa yg seronok sangat?"
"Seronok sebab kerja abah. Mama punya idea memang hebat!" Aku sengih dan abah hanya mampu senyum. Abah dah tak bising lepas aku dah kerja tapi mama ni tak habis2 mintak aku kawin cepat2. Tak minat la mama nak kawin lagi.
Nina dan kak rin yang seronok layan drama melayu di ruang tamu buatkan aku ikut sama rasa tertarik. Cerita apa pulak ni? Suamiku En. Perfect ten? Amboi tajuk!
"Hensem kan Aaron Aziz ni. Nasib baik dah kawin" Nina bersuara dan aku sengih. Kak rin pun bukan main lagi ya duk angguk setuju.
"Patutlah dua2 tak kawin lagi, nak tunggu en. Perfect ten ke?" Soal aku selamba dan mereka berdua tersengih. Nina tepuk bahu aku dan perli aku balik.
"Cakap orang! Kau bila nak kawin? At least aku dah ada tunang, kak rin dah ada calon" aku sengih. Teringat pulak kat mama kat rumah. Aku nak suami idaman malaya la kau!
"Kalau dah jodoh tak kemana"
"Pandailah Aty. Aty, feedback Aty punya page gempak kan? Siap ada website lagi. Video pun cun! Bulan lepas punya projek, menantu pilihan hati. Untuk bulan ni apa pulak?"
"Feedback yang average playboy dan playgirl tu lagi best. Aku follow kot setiap episode" Nina bersuara pula. Aku sengih sekejap dan remind balik apa yg dah jadi 6 bulan lepas.
Page aku dah jadi macam contest dah kena ada undian lagi. Bukan tu je siap ada video untuk setiap aktiviti or survey yang aku buat sepanjang satu bulan. Sumpah! Busy dan penat gila tapi aku suka sangat dan puas hati gilalah. Untuk majalah punya page aku akan sinopsiskan balik je dan cerita apa yang dah jadi. Pemenang pun akan diumumkan. Tak sangka bukan perempuan je follow lelaki pun follow sama. Maklumlah both gender aku observe ni ha.
"Untuk bulan ni, Aty dah buat survey pun. Pasal tempat kerja. Tinggal nak setelkan sepenuhnya je la sekarang ni."
"Apa yang Aty nak buat?"
"Aty akan pergi kerja! 4 places. I think i can die because of tiredness but i cant wait for it!"
"Dah dapat ke tempat kerja?"
"Dah! Senang jugak ada rmai readers ni kak. Aty mention je rmai yang jemput datang ha" aku sengih dan Nina turut sama buat muka teruja.
"En. Furqan kau tak offer kerja dalam ofis dia ke?"ok! Spoil mood sangat sebab sebut nama mamat tak tahu malu tu. Ingat dia kaya aku kisah? Ceh!
"Tak ingin kau!" Kak rin dan Nina dah mengekek gelakkan aku sekarang ni. Kenapalah kak rin kerja dengan syarikat pencetakan dia kan dah susahkan aku! Ei!
"Kak, untuk projek bulan depan,Aty nak buat iklan boleh tak? Nak buat contest lagi"
"Ya? Contest apa pulak?"
"Adalah, boleh?"
"Boleh" jawab kak rin dan aku dah blossom tak sabar ni. Semangat untuk projek bulan ni dan double smangat untuk projek bulan depan. Tak sabar nak tunggu bulan depan! Cewah!
Sekarang ni misi melarikan diri daripada En. Furqan. Aku tak tahu la pulak yg ofis dia area sini jugak dah la jumpa time makan ni. Perut dah menari hip hop ni tapi aku tak nak jumpa dia la. Aku merendahkan badan dan duduk diantara celah kerusi,masak! Dia datang arah ni la pulak. Aku angkat badan dan terus terjah ke meja sebelah, bukan terjah je siap terduduk atas orang lagi. Matilah kau! Aku tak sempat nak buat apa terus angkat surat khabar di atas meja dan tutup muka dengan berpura-pura membaca surat khabar. Bila aku rasa selamat dan aman aku terus turun dari ribaan entah siapa dan tunduk 80 darjah sebagai tanda minta maaf.
"Maafkan saya!" Aku pinta bersungguh tanpa pandang wajah orang yang tak bernasib baik ni.
"Look at me" ades! Mat salleh ke mat poyo ni? Aku angkat muka dengan muka cuak la aku tayang dan aku terkesima bila tengok wajah cool dia. Bapak! Memang ada orang hensem dalam dunia ni kan?
"Maafkan saya encik." Pinta aku lagi dan dia dengan muka batu belah batu bertangkup ni diam je dan pandang aku segenap wajah. Alamak! Dah la ada jerawat yang baru je musafir semalam atas dahi aku. Rasa macam ada jerawat batu la pulak.
Aku garu kepala yang bertudung dengan resah. Ya Allah,apa aku nak kena buat ni?
"Saya minta maaf,saya minta diri dulu!" Terus aku lari selamatkan diri dengan perut kosong dan muka cuak. Lapar gila aku sekarang ni tapi memang tak la aku nak duduk balik dan sambung makan. Tidak!!! Sampai je tempat kerja sementara aku,aku terus pakai baju seragam. Masyuk doh bengkel ni sebab ada baju seragam lagi.
"Aty!" Aku pandang orang yang panggil aku. Aiseh, manager la pulak.
"Ya encik"
"Belakang sana ada kereta bru masuk bengkel. Rosak dia lain macam sikit. Mana tahu awak nak buat video" aku sengih! Ni yang sayang semua orang ni, sebab dorang tahu apa niat aku datang kerja sini,memang sah2 la bukan nak repair kereta. Tapi, banyak yang aku belajar dari mereka semua ni ha. Aku anggukkan kepala dan menuju ke tempat itu,aku tersentuh pin aku di sebelah kanan. Alamak! Mana dolphin aku sebelah kanan? Tidak!!! Hilang lagi! Ish! Aku mengeluh sedih dan ke bngkel belakang.
Sedih tak sedih aku tetap jugak kena siapkan kerja aku ni. Aku pasang dua buah kamera dan aku join sekali dalam kerja ni. Walaupun hanya gelak dan tengok je. Paling tak boleh blah bila mereka diam tiba2 dan kemudian bunyi kuat yang pelik kedengaran. Kurang ajar! Dorang kejutkan aku sampai aku terlompat dalam minyak hitam. Dah la gelakkan aku secara berjemaah lepas tu. Ceh!
Yay! Yay! Kerja luar! Aku kena ikut pergi baiki kereta orang yang rosak tepi jalan ni. Jom! Dengan pakaian seragam dan di tepi jalan yang dah gaya macam nak hujan je ni aku kuatkan hati supaya aku dapat bertahan. Bila sampai di tempat itu dua orang kawan aku turun bersama peralatan dan aku turun dengan alatan aku la! Kamera dan buku nota. Hehehe. Macam sia2 je bawak aku kan? Tapi aku tak mintak bayaran pun ok!
"Jom observe!" Aku on video dan berjalan ke arah kereta yang rosak itu.
"Iman,Arif, respon sikit" aku minta mereka masuk video dan pastinya sambutan hangat diberikan, abang driver pun aku masukkan sekali. Hahaha.
"Rosak apa ni Arif?"
"Rosak...."ok! Panjang gila explanation dia yang satu benda pun aku tak faham sebenarnya apa. Teruskan membebel arif. Kemudian mereka lakukan sesuatu untuk repair.
"Lambat lagi ke?"soal driver tersebut dan Iman menjawab.
"Tak sempat ni,dah hujan ni. Kami call kereta tunda" Iman call kereta tunda dan hujan yang merenyai aku nikmati sekejap. Jiwang la kononnya ni.
"Lambat lagi ke encik?" Aku dengar suara lelaki lain pula yang bertanya. Tak faham bahasa sungguh orang dah jawab panjang lebar tadi. Aku merungut dalam hati dan terus fokuskan video ke tempat enjin kereta.
"Kena bawak pergi bengkel" ujar Iman dan menutup bonet kereta. Aku talakan kamera kepada gerangan yang bertanya buat second round.
Mangkuk terbang! Mamat muka batu la weh! Aku larikan kamera dan jatuhkan cap supaya menutup muka. Masa tu jugak hujan turun dengan lebat.
"Iman, kau blik dengan Aty ke bengkel. Aku tunggu sini" Arif bersuara.
"Saya perlu dapatkan kenderaan. Saya ada kerja yang perlu di selesaikan"
"Kalau macam tu, biar saya yang tggu kat sini dengan driver encik." Arif buat keputusan dan semua orang berlari ke dalam kereta dan aku dengan mamat tu berada di tempat duduk belakang. Aiseh man! Mana boleh macam ni! Kalau dia cam aku macam mana? Mampus!
Aku diamkan diri dan pandang sebelah tingkap . Aku keluarkan tisu dan lap sampai kering aku punya kamera. Aku pandang mamat sebelah bila kereta kami mula bergerak, mulanya dengan ekor mata je aku pandang dia tapi bila taksub dengan ciptaan Allah ni aku pndang penuh mata dah. Dengan rambut agak basah menutup dahi dia dan berkot bagai! Pergh! Hensem!
Dia berdehem dan aku kecut. Erk! Dia perasan ke aku duk tengok dia je dari tadi.
"Tisu" aku serahkan sepaket tisu padanya dan terus pandang tempat lain. Malu siot! Harap lakonan aku menjadi la kali ni.
"Video baru Iza!!!" Jerit Ira setelah dia melawat website Miss Dolphin. Kali ni mereka meminati benda yang sama.
"Tunggu aku nak tengok! Gosok gigi jap!" Balas Iza yang masih lagi berada di dalam bilik air.
"Tak nak! Nak tengok sekarang" balas Ira kuat. Terus Iza berlari keluar dari bilik air dan angkat laptop masuk ke dalam. Ira apa lagi mengamuk sakan la dibuatnya.
"Iza!" Marah Ira sambil ketuk pintu blik air kuat.
"Padan muka. Kejap! Dah nak siap ni" Iza sengih dan sudahkan gosok gigi lalu keluar dengan laptop.
Dua2 terjun katil lepas tu dan terus buka video baru update tu.
Duk gelak aje mereka tengok video tu dan belum sempat habis abang mereka yang masuk tanpa ketuk pintu terus tutup laptop tersebut dan mengambilnya.
"Abang!!!" Jerit kembar itu marah dan geram.
"Mandi! Solat! Turun makan! Dah nak pkul 2." Abang mereka terus berlalu keluar dengan laptop di tangan.
"Abang...." pujuk Iza dan Ira tapi langsung tak berjaya dan berkesan kepada abangnya. Kecewa tak payah cakap la gaya dah macam orang kena tinggal laki je.
"Baru je 20 min layan. Abang ni tak adil!" Jerit iza kuat supaya abangnya dengar.
"Entah! Jeles!" Ira pulak jadi tukang sambung. Si abang yang dengar hanya mampu tarik senyum dan menonton tv tanpa perasaan. Dah la kena masak untuk mereka berdua lagi. Susah betul jaga kembar dia dua orang tu lebih2 lagi bila Asu mereka tak ada.
En. Furqan la weh! Adoi! Mana aku nak lari pulak kali ni? Erk! Dia dah nampak aku dan sedang berjalan ke arah aku dengan bangganya. Aku buat2 sibuk dan berpaling darinya tapi dia dah perasan akan aku.
"Atylia" sapanya mesra dan aku macam orang jongang sengih nampak semua gigi.
"Eh, En. Furqan, sihat?" Soal aku buat2 mesra rakyat la kononnya ni.
"Sihat, alhamdulilah. Awak?"
"Alhamdulilah, sihat."
"Awak mengelak dari saya eh?" Soalnya dengan senyuman agak kecewa dan aku rasa bersalah bila dia tanya macam tu. Obvious sangat ke aku melarikan diri? Ita yang berada di depan mata aku angkat bahu dan buat bodoh je.
"Mana ada, En. Furqan duduk dulu,saya buat milo special punya!" Aku senyum dan bergerak ke pantry. Sambil membancuh milo aku mengeluh dan fikirkan kesalahan aku buat orang rasa macam tu. Kalau tak suka cakap je la terus terang. Baik jadi kawan daripada jadi musuh. Aku keluar dengan dua mug dan aku duduk depannya.
"Saya bukan nak elak atau larikan diri. Cuma saya risau dengan perasaan encik pada saya. Saya tak nak ada hubungan apa2 special dengan mana2 lelaki buat masa ni. Kalau saya salah faham saya minta maaf. Saya cuma harap kalau boleh better jadi kawan je" terang aku langsung dan dia diam lama lalu memandang mug di atas meja. Aku angkat kaki dan bersila dengan selesa atas sofa.
"Oh, saya yang buat awak tak selesa ya?"
"Bukan, cara encik tu buat saya takut. Tapi, kalau nak kawan, setakat belanja saya lunch pun settle" aku berseloroh dan dia gelak sedikit.
"Ok. Lunch!"
"Nice! Jom" ajak aku dan terus bangun dari sofa.
Aku ambil beg dan kami berdua beriringan pergi. Ita dah buat muka pelik dan aku buat muka selamba. Ita senyum dan angguk faham dengan maksud aku. Agaknya dia faham la kot aku pun tak pasti dia faham ke tak.
"Suami idaman malaya?!" Soal Nina teruja habis dengan projek baru aku yang baru je di iklankan ni. Harapnya cukuplah 10 orang ya g berminat nak masuk contest ni.
"Erm, ok tak?"
"Ok sangat! Kau nak cari calon untuk diri sendiri ke?" Soal Nina dengan kening terangkat dan aku hanya mampu tayang sengih kat dia. Memang tak lah jawapan dia tak kuasa aku nak cari calon macam tu.
"Tak kuasa aku la weh. Saja je ni. Menarik tak?" Soal aku padanya dan Nina angguk kencang2. Aku sengih padanya dan dia tersenyum sama.
"10 orang je?"
"Tu pun dah ramai tau! Nak setel sebulan boleh ke?"
"Betul jugak. Btw aku nak join jugak eh?"
"Kenapa? Nak tunang kau masuk sama?"
"Haah! Boleh?"
"Boleh je. Tak ada syarat untuk status pun"
"Cun!" Lantak kau la Nina, buat macam tunang dia tu tak ada kerja lain je nak buat.
Aku semak borang yang dihantar, bukan sepuluh yang aku dpt tapi seratus lebih dan aku sendiri dah hampir gila ni. Tapi disebabkan kuasa adil aku akan ambil yang terawal hantar kat aku je. 10 je pun.
"Nak tolong!" Semak je la Nina dengan kak rin ni nak tolong. Hahaha.
Aku hulurkan 10 orang yang terpilih dan dengan teruja mereka tengok borang permohonan mereka semua.
"Wah! Chef la kau!" Aku tak minat chef ni semua tapi lantaklah dah dorang teruja habis aku nak buat macam mana.
"En.Furqan kau pun ada la!" Aku rasa macam nak bagi pelempang maut je kat Nina ni. Tak kuasa la aku dengan En. Furqan tu walaupun kami dah jadi kawan sekarang.
"Bukan aku punya la!" Bentak aku geram dan boleh dia gelak pulak.
"Tolong aku esok eh. Kau pergi hantarkan jadual untuk 5 orang aku hantar 5 orang. Ada kerja la aku nak buat esok"
"No hal! Alamat?"
"Kau ambik je lima. Mana2 je la" Nina ikut je arahan aku dan dia mula mencatit alamat. Memang senang kerja dengan secretary ni tak kena cakap dia sendiri dah tahu dia kena buat apa.
Done hantar jadual dan semua pun semangat gila nak start contest ni. Aku senyum dan memikirkan aktiviti pertama kami nanti. Heh! Lawak jugak benda ni kan? Tapi contest ni masuk dengan sukarela kot bukannya aku jemput ke apa dan aku pun tak sabar nak tahu, siapalah yang jadi suami idaman malaya tuh!
"Aty!" Amboi! Main redah je si Nina ni. Kenapa pulak?
"Settle?" Soal aku padanya yang macam resah gelisah tak selesa semua ada la!
"Sorang ni tak pass la. Dia cakap dia tak ada hantar apa2 borang pun. Dan dia cakap tak nak involve dengan contest bodoh ni"
"What?! Contest bodoh? Kurang didikannya mulut dia!" Ha! Kan dah naik angin sekarang ni.
"Aty,jangan marah. Macam mana ni?"
"Sokay, aku jmpa dia petang nanti."
Kena buat appointment la pulak. Aku dah tolak semua yang lain. Esok dah nak start shoot. Tak sempat nak cari orang lain.
"Nak aku teman?" Soal Nina.
"Tak apa, aku boleh handle. Kalau dia tak nak jugak, proceed dengan 9 orang je la."
"Ok. All the best la eh"
"Hmm" tu je mampu aku cakap sekarang ni. All the best macam mana kalau dia sendiri dah kata yang contest ni bodoh! Ei! Sakit pulak sendi aku dengar benda macam ni.
Aku call ofis dia dan bersiap untuk ke sana, nasib baik jadual dia lengang je hari ni kalau tak naya jugak nak kena cari dia. Apa nama pulak mamat ni?
Aku tunggu sementara aku dibawa ke bilik mamat tu. Heh! Gaya dia macam boss besar je kan?
"Cik Atylia, silakan" pelawa awek cun ni. Aku senyum dan mengikutnya dari belakang. Setelah pintu diketuk kami berdua masuk ke dalam.
"Awak boleh kluar Azie" tanpa pandang muka kami si mamat tu ralit mencari sesuatu di dalam laci meja. Aku pulak cuak nak tengok muka dia mesti kena sembur habis aku nanti.
"Silakan duduk" pelawanya dan aku bagai kena halilintar bila tengok muka mamat ni! Alamak! Mamat poyo cold hearted batu belah batu bertangkup! Matilah aku kalau macam ni. Harapnya dia tak kenal aku la!
"Cik Atylia?" Panggilnya dan aku terus pandang ke dalam mata dia. Rasa mcm nak melarikan diri la pulak dari sini.
"Duduk" pelawanya lagi dan dia duduk dengan selesa di sofa. Aku senyum senget kot terus duduk jauh gila dari dia dengan harapan dia rabun dan tak nampak muka aku. Hahahaha.
"maafkan saya mengganggu" pinta aku cuak.
"okay, actually, saya memang tak ada hubungan apa2 dengan syarikat penerbitan ni, jadi,saya tak faham kenapa cik ada kat sni"
"Ha? Saya...saya...dari majalah yang sama datang pagi tadi." Dia berkerut.
"Oh! Pasal contest...." contest apa?! Cakaplah mangkuk!
"Contest bodoh yang encik cakap tu" dia diam dan buat muka selamba. Dasar tak ada perasaan. Eh! Kau marah sangat ni kenapa?
"Oh! Contest tu, I'm sorry bcause I'm using a bad word. I really dont know how my name was there. I did not enter any contest"
"Tapi, borang encik ada kat sini" aku hulurkan padanya dan dia membaca borang itu dengan kerutan di dahi. Takkan dia isi masa tengah tidur lepas tu siap hantar terus.
"Your signature" aku tunjuk tandatangannya dan dia pandang aku.
"Iza,Ira" mulutnya menyebut sesuatu yang aku sendiri tak faham apa.
"Saya minta maaf, saya tak boleh sertai" pintanya dengan tenang. Senang je dia nak lepas kan? Aku yang susah payah sekarang ni. Dah la semua gmbar peserta aku dah sebarkan. Masalah dunia ni!
"Encik, tolonglah saya. Sertai contest ni" aku terus merayu dan dia agak terkejut dengan tindakan aku. Dia kena setuju jugak no matter what!
"Atas sebab apa?"
"Sebab semuanya dah di atur"
"Saya boleh bayar ganti rugi untuk semua tu" ceh! Mentang2 kaya dia ingat semua benda settle dengan
duit.
"I need you more than money" aku bersuara lagi dan dia tersenyum. Replay balik apa aku cakap tadi? What? Macam aku tengah pujuk lover la pulak! Malu bak hang!
"You need me more?" Soalnya lalu tersenyum dan aku rasa macam nak terjun bangunan je sebab malu.
"No!"
"No?" Soalnya balik.
"Yes!" Jawab aku pulak.
"Yes?" Dia tanya balik. Saja je la dia ni nak kenakan aku kan?
"I need you to make this contest work smoothly, please?" Pinta aku lagi dan dia senyum lagi.
"Let me think about this first"
"Please! Esok dah first activity."
"Try to convince me" ujarnya dengan selamba dan aku bagaikan mati kutu la pulak.
Berlagak sungguh mamat ni! Rasa nak tembak on head je!
"Limit awak,smpai pagi esok" ujarnya lalu tinggalkan aku yang ternganga dalam pejabatnya. Macam mana nak yakinkan dia? Takkan nak ikut dia ke hulu ke hilir.
Aku balik rumah terus dan rasa macam beban masalah ni dah menggunung. Selera aku pun dah mati kalau macam ni. Selesai solat isyak aku duduk termenung atas katil dan untuk aktiviti esok hari aku rasa tak bersemangat pun nak mula. Esok pun ice breaking dan dorang kenalkan diri scara rasmi je.
Aku baring tanpa perasaan dan telefon aku keluarkan dari poket seluar.
'Encik, hopefully you make it' send! Hantar mesej je la senang skit. Kalau dia reply best jugak, tapi dia memang tak cam pun aku tadi kan? Bagus betul! Dasar nyanyuk.
'Make what?' Soalnya. Eh! Dia balas la.
'The contest' aku balas balik. Lama pulak dia ambik masa nak reply ni ha.
'Oh,ingatkan dah give up' ceh! Senangnya dia cakap.
'Almost' aku jawab geram.
'So fast' ujarnya balik. Memang bagi ayat mintak pelempang kan?
'Please....' ei! Dah macam pujuk pak we aku pulak!
'Gimme a few reason' arh!!!! Tadi kan dah cakap apa dia.
'I need you' jawapan sama lagi. Biarlah, dia perasan aku suka dia pun.
'That sentence sound weird' hadoi!
'Really? I just tell this to you. Not even to my boyfren' aku tekan send. Hish! Dah jadi lain macam je aku dengan dia ni.
'Saya lebih penting dari bf awak?' Ok! Aku tak tahu nak jawab apa sekarang ni.
"Esok dah start contest,abang steady je" bisik Ira pada Iza bila abang mereka tak mengamuk mahupun naik angin.
"Tak terpilih kot" balas Iza pula.
"Profile abang dah keluar la"
"Entah2, abang tak tahu dan miss dolphin tu pun tak dapat contact abang"
"Ya la kot, sedihnya" Ira dan Iza pandang abang mereka yang asyik dengan telefon. Entah apa yang dia buat mereka sendiri tak pasti.
"Abang tahu apa yang korang buat, kalau tak nak rasa kekurangan elaun, pergi masuk tidur sekarang" si abang bersuara dan si kembar terkejut lalu angkat punggung dan lari masuk ke dalam bilik mereka. Abang mereka tersenyum dan membalas mesej.
'Penting untuk contest'
'bye' hanya itu yang di balas oleh dia kemudian dia masuk ke dalam bilik dan tidur.
Sumpah aku resah gelisah habis pagi ni. Semua orang dah sampai, tinggal mamat tu je lagi. Ei! Kasaq pulak bahasa aku ni ha. Tapi muka kena maintain senyum dan mesra depan peserta lain. Lantak kau la nak datang ke tak!
"Ready untuk kenalkan diri. Individual dulu" aku bersuara tenang dan semua orang dah sedia. Satu persatu peserta kenalkan diri dan bila yang kesembilan ada sebuah kereta masuk ke kawasan taman ni. Semua mata pandang ke arah sana dan aku rasa macam nak melompat sampai cecah awan sebab happy sangat. Dia datang!
"Encik datang pun!" Ujar aku lega dan dia boleh buat muka selamba je.
"Get ready, turn encik lepas ni" aku maklumkn padanya dan dia angguk faham lalu duduk di sebuah kerusi kosong. Entah apa yang buat dia datang hari ni kan? Aku ke? Ha! Berangan tak sudah kau ni!
Bila turn dia sampai aku yang takeover camera. Bila kerja luar memang ramai yang turun padang tolong aku ni ha.
"Go!" Aku minta dia mula. Dia mulakan dengan sedikit senyuman dan kemudian dia perkenalkan diri.
"Saya, Irfan Syafiq" punyalah lama ready dan tu je yang dia nak cakap? Aku ternganga sekejap dan lepas beri salam dia terus blah. What the orang la dia ni.
Semua orang pun macam ternganga skit. Semua orang duk promote diri sendiri yang dia macam nak larikan diri tu kenapa? Lantaklah!
"Rest dlu, nanti kita smbung sesi suai kenal" aku berithu jadual seterusnya. Masing2 ada yang ada teman, ada yang dah ada isteri, tunang dan single paling ramai la kot. 6 orang rasanya termasuk orang tak suka bercakap tu.
"Aty" aku pandang Furqan yang salah satu peserta dan dapat like paling banyak setakat ni. Hurm!
"Ya?"
"Awak ok tak? Macam penat je"
"Ok je, awak dah makan?"
"Dah, awak?" Soalnya dan aku gelengkan kepala.
"Nak saya ambilkan?"
"tak payah, saya ok. Awak siap2 key" aku senyum dan berjalan pergi.
Perut kosong dari semalam lagi ni dan sakit kepala sebab tak cukup tidur pun ada ni ha.
"Miss!" Siapa pulak yang panggil aku ni,apa lagi mamat ni nak dera aku ni. Aku berjalan ke arahnya dan berdiri betul2 depan dia.
"Duduk jap" ujarnya dan aku terus duduk,muka aku cuba maniskan walaupun tak nak dan penat.
"Tolong saya"
"Apa?" Soal aku padanya.
"Habiskan makanan ni,saya dah kenyang. Nak buang membazir pulak" ujarnya dan aku ternganga luas. Nak aku habiskan sisa dia? Aku pandang mee dalam pinggan dia,tapi macam bnyak je lagi.
"Nah" satu suapan masuk mulut aku buat aku terkejut. Dia ni!
"Cepatlah habiskan!" Arahnya pula, dah yang nak suap aku tu kenapa pulak? Aku ambil sudu dari tangannya dan makan sendiri,tapi tetap dia jugak yang pegangkn pinggan.
"Habiskan,membazir ni amalan syaitan"
"Tahu la! Masalahnya encik yang membazir sekarang ni" geram sungguh!
"Saya share ok"
"Iakan je la" malasnya nak gaduh dengan orang keras hati macam dia ni.
"Air" suanya pada aku, dah la air mineral dari botol dia punya. Tak nak lah aku!
"Tak nak"
"Saya tak minum pun lagi" ujarnya lalu bukakan penutup botol.
Dah dia hulur aku ambil dan minum sampai separuh jugak. Wah! Kenyang gila perut aku sekarang. Aku terlongo bila dia dengan selamba habiskan air dalam botol tadi. Biar betul! Tu kan botol yang aku minum tadi.
"Done! Tak ada sesiapa yang mmbazir"
"Encik ni, pelik la"
"call me Fiq"
"Fiq? So informal la."
"Just same with others. We gonna being together for one month. One month yku will need me" ujarnya dan aku dapat rasakan bahang malu lagi. Dia ni! Buat macam dah kenal aku lama.
"Encik Irfan Syafiq,you should get ready" aku bersuara tegas lalu pergi dari situ dengan segera. Malunya aku rasa dengan ayat tak boleh blah aku tu.
"Wah! Kau knal ke Aty, rapat je"
"Kenal! 'Kawan'" ei! Rasa nak lempang je si Nina ni.
"Suap2 bagai"
"Oreo, tak yah nak usik sangat. Nanti ada orang dapat cerita seram terus!" Mereka semua gelakkan aku yang dah ready untuk next shoot.
Bila semua orang dah ready kami mulakan dengan berjalan lancar. Satu jam mereka berkenalan dengan baik dan aku tak tahu kenapa mata aku mesti jatuh pada dia yang tak banyak cakap dan maintain cool je. Hanya buka mlut bila perlu. Orang lain pulak dah mesra je. Aku senyum bila dia ukirkan senyuman bila soalan mengenai wanita idaman. Entah orang macam mana yang dia suka dan mesti pelik kan?
Hari tu akhir macam tu je dan minggu depan untuk second epsiode.
Selesai edit video semua aku rebahkan badan pada katil dan tenung siling yang kosong ni. Rasa macam nampak bintang je.
'Dah tidur?' Aik? Ada mesej yang masuk. Aku baca nama pengirim, aik? Irfan Syafiq?
'Dah'
'Ya? Tengah mimpikan saya ke?' Hailah! Apesal ayat miang semacam je aku rasa ni. Dah kenapa pulak dia nak mesej aku malam2 buta macam ni.
'No'
'Ya? Dalam tidur pun balas mesej saya, ingatkan tengah mimpi' aku tersengih sikit. Betul jugak kan? Adoi!
'Ada apa?' Soal aku formal.
'Saya tertinggal fon kat set. Ada nampak tak?' Aik? Berapa juta fon dia ada ni? Tengah msej aku ni pakai asap dengan burung merpati ke apa?
'Another fon' ujarnya dan aku gelak. Macam tahu2 je dia ni.
'Mana awak letak?'
'Atas meja awak rasayanya.' Aku mengeluh dan buka beg sandang aku.
Haah! Memang ada la kat sini.
'Ada! Sorry, saya terambil kot'
'Saya call' eh! Tak sampai seminit satu call masuk dari nombornya dan aku jawab dalam debar.
"Tolong buka jap"ujarnya dan aku yang tengah khayal terus kalut buka dia punya fon. Ok. Perempuan mana yang kiss pipi dia ni? Dah ada awek rupanya, ke bini? Tapi status single je. Awek kot.
"Password?" Soal aku padanya. Rasa janggal pulak borak dalam fon dengan dia.
"Iza dan Ira" jawabnya dan aku senyum. Siapa ni? Adik dia ke? Ke anak dia? Duda pun single jugak kan? Umur dia pun dah 31.
"Anak ke?" Soal aku ringkas dan tangan taip password yang dia berikan.
"Adik. Dapat tak?" Soalnya dan aku senyum . Adik!
"Dah!" Aku bersuara ceria.
Aku terpaku bila tengok wallpaper dia, adess, sweetnya dia kiss mak dia ke ni? Alolo comel bak hang!
"Atylia, are you there?"
"Haah! Here"
"Ok, then can you check my messages. Ada something important tak?" Biar betul dia percayakan aku ni.
"Sure ke ni?"
"Yes, make it fast" tak menyempat!
Aku bukakan inbox dan semuanya dari adik2 dia la kot. Dah nama Iza dan Ira je naik ni.
"Semuanya Iza dan Ira. And ada Asu satu je"
"Buka yang Asu dulu" arahnya dan aku tanpa segan silu la bukak.
"Salam, Fiq bila nak balik rumah Asu? Asu dah ada calon isteri untuk Fiq ni. Balik ya?" Aku bacakan mesej tanpa nada. Heh! Tak kahwin lagi rupanya.
"Balas, Fiq sibuk. Nanti Fiq call" ujarnya dan aku senyum segaris. Nak mengelak la tu samalah macam kau Aty oi!
"Iza cakap apa?" Soalnya lagi.
"Banyak ni, jap. Semuanya dia minta izin nak keluar je. Iza kat mall, kat rumah kawan, kat rumah je"
"Ira?"
"Sama je. Ayat sama je"
"Good. Ok, thanks. Bye" terus telefon dimatikan dan aku ternganga kat sini. Dia matikan macam tu je. Ingat aku operator telefon dia ke apa? Bila dia nak ambil fon ni? Haish!
Rasa macam nak nangis je tengok cerita tadi, Furqan pun pilih cerita sadis habis untung aku tak nangis je tadi depan dia. Aku tunggu Furqan sambil bersandar di keretanya. Telefon mamat tu berbunyi, aku angkat dan tak tahu siapa yang call.
"Maaf, En. Irfan Syafiq tak ada" ayat yang sama jugak aku guna setiap kali ada orang call dah la lepas tu kena lapor kat dia pulak. Takkan nak tunggu hujung minggu baru nak bagi. Matilah aku asyik jadi informer dia je.
"Cik Atylia" lah, dia sendiri ke?
"Awak ke?" Soal aku malas.
"Macam tak suka je?" Macam mana nak suka kalau dia call semata mata nak tanya pasal fon dia je lepas tu terus putuskan talian. Ingat aku ni manager dia ke apa?
"No call or mesej" aku maklum segera.
"Not even one?"
"Nope! Bila nak ambil fon ni?"
"Hari ni saya busy, esok kot"
"Esok?" Malasnya jaga telefon dia lagi. Buat sakit hati je!
"Aty, kita nak makan kat mana?" Furqan la pulak.
"Mana2 je. Saya ikut awak je"
"Kalau macam tu singapore village eh, dah lama saya nak bawak awak makan sana"
"Ok je!" Aku kembali fokus pada fon dan dia dah letak. Ok!
Selesai order kami borak tentang aktiviti hujung mggu ni. Furqan memang mendahului carta dan semua orang suka dia yang ramah teramat ni dah la agak hemsem. Huhuhu. Aku je tak minat dengan dia ni.
"Hai!" Ha???
"Syafiq, kebetulannya" mamat ni buat apa kat sini ni?
"Ya la Furqan, tak sangka kau kat sini jugak. Cik Atylia pun ada" aku jeling dia yang pandang aku sekilas. Jangan berangan nak duduk sini pulak.
"Join kami la,boleh makan sama. Kalau kau tak busy la" aku gelengkan pada Furqan tapi dia tal perasan pulak.
"Kebetulan saya baru je lepas jumpa client tadi. Masuk jap untuk lunch."
"Eloklah, boleh join kami"
"Tak ganggu ke?"
"Ganggu apanya?" Yang dia pergi duduk sbelah aku tu kenapa? Nak marah betul la aku kalau macam ni. Tapi yang aku marah sangat ni kenapa? Sebab dia gunakan aku sebagai operator dia ke?
"Cik Atylia macam tak suka je"
"Ya ke? Aty tak suka ke?"
"Mana ada, eloklah. Lagi ramai lagi bagus" aku jawab tanpa riak. Fiq pandang aku dan senyum sikit.
"Comel awak ni" pujinya perlahan dan muka aku terasa panas. Aku pandang dia dan berkerut banyak.
"Boleh la bagi balik fon saya. Tak ada la awak susah lagi lepas ni"
"Haah! Betul jugak"
"Ok, korang discuss apa yang sulit sangat tu?" Soal Furqan.
"Ni ha, saya pegang Fiq punya fon" aku serahkan pada Fiq depan mata Furqan dan Furqan pandang pelik.
"Fiq? Awak dengan Syafiq dah lama kenal ke?" Soalan Furqan buat aku sendiri tertanya tanya. Haah, sejak bila kami berdua ni baik dan mesra rakyat canggini.
"Tak lama pun. Aku tertinggal fon dekat set, dia tolong pegangkan. Tu je bro" terang Fiq dan aku angguk setuju. Furqan diam lagi dan pandang aku lain macam.
"Furqan, apa yang awak fikir tu salah" ujar aku dan Furqan diam sejenak sebelum tersenyum.
"Ya la, saya tak fikir yang bukan2"
"Good, jom makan" aku angkat sudu dan biarkan je masa berlalu macam tu. Tak berminat nak borak dengan sesape pun dah la aku tak selesa bila Fiq duk sebelah aku ni.
Aktiviti kedua ialah masak, memang kalut dan kelakar gila bila tengok lagak dorang semua ni masak. Yang chef tu senanglah tapi yang tak pandai masak tu rasa pedih perut buat gelak. Aku rasa kalau Furqan macam smooth je. Yang paling tal boleh blah Aiman, paling muda la kat sini, bawang pun tak kenal. Siap tertukar lagi bawang besar dengan bawang merah. Lawak betul! Sumpah aku tak nak jadi juri masakan ni nanti ada yang sakit perut masuk hospital.
Berjalan punya berjalan akhirnya aku sampai di dapur Fiq. Satu apa pun tak buat lagi dia ni, mesti tak pandai kan? Sebab satu benda pun dia tak boleh buat dengan baik. Aku rasa ada orang undi dia pun sebab dia hensem je. Hahaha. Berapa das kau duk kutuk dia tu Aty oi!
"Masak apa?" Soal aku sama seperti peserta lain dan dia angkat muka pandang aku lalu tunjukkan buah buahan yang dah siap potong. Apa yag dia nak buat tu aku sendiri tak pasti.
"Masak apa?"
"Tak nak masak" jawabnya selamba habis dan aku rasa macam....nak tendang orang je.
"Jom makan" ajaknya mesra dan dia datang kepada aku dengan mangkuk buah yang sudah dipotong. Garfu disuakan pada mulut aku dan nak tak nak aku kena buka mulut jugak.
Takkan dia nak bagi juri makan benda ni je kot. Memang masuk contest untuk kalah ke apa mamat ni? Tak paham aku dengan hamba Allah seorang ni.
"Sedap?" Soalnya dan aku berkerut. Memang la sedap dah nama pun buah.
"Sedap la! Adoi!" Boleh dia gelak mewah dan aku rasa nak je pelangkung dia ni depan2.
"Fiq,masak la"
"Tak pandai la, nanti ada orang mati makan masakan saya"
"Orang lain pun tak pandai jugak, give it a try"
"I dont want to. Malas" jawapan dia kau! Memang cari nahas habis.
"Ikut suka hati awak la, tengok Furqan tu, bersungguh dia masak"
"Ler...nak samakan kita dengan dia pulak. Dah la,pergi main jauh2" aik?dia halau aku pulak? Besar betul mandat mamat ni kan? Kenapalah dia ni sangat lah suka buat aku naik angin.
Activity tiga, aktiviti bebas dan aku kena ikut setiap seorang sepanjang hari di tempat kerja masing2. Memang agak bosan tapi boleh tahan la. Ni semua untuk tahu social life dorang macam mana. Aku yang tukang rakam ni banyak duk belakang tabir je lah dan paling best aku rasa ikut Zuan punya aktiviti, dia ni trainer dekat gym. Ades! Ramai bonar abang2 sado ni dan aku pulak yang terasa malu. Hahaha. Poyo la sangat kalau aku ni jenis yang tahu malu. Spend masa seharian dengan dia buat aku rasa happy. Dia bawak aku tempat dia selalu jog dan banyak lagi. Heh! Walaupun masak hancur bab layan orang memang terbaik. Rasa macam kawan baik je.
Bila bersama Furqan pulak memang dia gentle habis macam biasa dan aku pun dah tak rasa apa2 sangat. Paling tak boleh blah,a day with Fiq is disaster!!! Dia buli aku jadi pekerja dia. Kurang betul dia ni! Buat aku sakit hati je dah la siap paksa ikut aku dia ke hulu ke hilir. Ingat aku tak ada kerja nak buat ke? Dan! Dia langsung tak macam lelaki lain! Kurang ajar!!!
Baiklah suami orang, pergi lepak dekat rumah dia, happy tengok dia layan isteri dan anak2. Alhamdulillah, memang suami idaman malaya la ni!. Penat tapi banyak pengalaman baru. 10 peserta, life dorang semuanga best dan fun kecuali mamat tu!
Aktiviti kedua last train kemas rumah! Mostly memang rosak habis dan sumpah kelakar gila! Furqan pun out bab ni. Bila suruh basuh sana sini, kemas sana sini ramai yamg give up. Hahaha. Best pulak dera dorang ni ha. Untung tak ada yang pengsan je bila kena kerah macam ni. Tak tahu la siapa yang menang slot kali ni.
Malam ni dah aktiviti last dan paling sweet kot. Prepare dinner with someone they love. Ahaks! Dah la penat siang tadi ta hilang lagi. Semua orang diberi pilihan kat mana tempat yang dorang nak dan malam ni turn Haziq, student lagi tapi gaya dah gatal nak jadi suami kot. Hahaha. Aku just set up kamera dan biar je dorang spend time together, dah ada awek la katakan. Matilah aku nak tunggu 10 orang habis, 10 malam la kena jeles dengan orang dah ada calon plihan hati. Hahaha. Buat ayat sedih pulak!
"Jangan termenung jauh sangat, hilang nanti" eh, dia buat apa kat sini? Aku yang tak berapa nak suka dia ni jeling dia yang tenang kat sebelah duduk depan aku. Kacau orang tengok view tepi tasik je.
"Awak buat apa kat sini?" Soal aku direct.
"Meeting"
"Malam2 pun meeting. Meeting ke dating?"
"Tal ada partnerlah, nak dating macam mana?"
"Tak ada, sempat lagi cari. Awak last kan?"
"Awak je la, boleh tak?"
"Kenapa saya?" Terkejut aku dengan dia ni. Apesal aku pulak yamg kena.
"Awak akan tahu esok" ujarnya dan terus berlalu pergi.
Apa kaitan pulak dengan esok punya cerita ni. Malas aku nak layan mamat tak berapa nak betul ni dah la muka macam kayu. Ramai yang komen tal enak pasal dia, mesti ramai yang komen, muka hensem tapi kayu. Hahaha. Betul sangat la tu korang tapi malangnya aku tak rasa yang dia tengok semua video ni dah nama pun masuk kerana terpaksa kan? Hurm, dia punya borang pun adik dia yang isi tapi nak buat macam mana dah dia yang terpilih. Hahaha.
Asal nak balik kampung je pinjam kereta kak rin, rasa segan la pulak. Mama pun beria sungguh suruh aku balik ni ha. Setelah aku parkir kereta di sebelah mercedes hitam sebelah milik siapa pun entahlah aku turun dari kereta. Heh! Janji nak balik pagi sekarang ni dah pikul 2. Huahuahua,mesti kena leter sepanjang zaman ni dengan mama.
Salam diberi dan aku masuk ke dalam rumah yang bertamu. Ok, siapa pulak yang datang ni?
"Aty!" Ha!
"Aunty Ros! Lamanya tak jumpa!" Terus aku peluk kawan baik mama yang aku dah anggap macam mak aku sendiri. Ya Allah rindu yang amat kat dia.
"Aty,dah lama tak jumpa. Semakin cantik" pujiannya memang dah selalu sangat aku dengar jadi dah kurang semangat riak tu. Hahaha.
"Ya la tu" aku duduk di sebelahnya yang sama je teruja dengan aku ni ha.
"Dah kerja ya?"
"Dah, aunty pergi china lama sangat."
"Tu la,aunty baru je buka business kat sana sebab tu makan masa sikit. Sekarang ni dah balik malaysia"
"Baguslah, kalau aunty tak ada, tak merasa nak dapat tudung free" aku tayang sengih dan mama tepuk bahu aku kuat. Alah mama ni gurau sikit pun tak boleh.
"Lupa pulak, kenalkan, ni anak buah aunty, Iza dengan Ira" aku pandang sebelah kanannya dan senyum pada dua gadis yang sdang senyum kemain lagi. Macam teruja habis tengok muka aku ni ha. Dah la macam pernah tengok je muka dua orang ni.
"Miss Dolphin!" Ujar mereka berdua teruja habis bila bersalaman dengan aku. Oh! Fans la ni. Adess! Bangga pulak aku rasa bila ada fans ni. Hahaha. Poyo tak habis ayat aku ni kan?
"Oh, follow eh?" Soal aku sopan.
"Always!" Jawab mereka serentak. Aku senyum lagi dan mereka pandang aku macam jumpa dengan Dato Siti je gayanya. Amboi! Ada hati kau nak bandingkan diri dengan artis.
"Boleh kami panggil kak Aty je?"
"Panggil je la,akak tak kisah pun. Lagipun akak tak ada adik"
"Happynya." Teruja sungguh dua beradik depan aku ni ha. Aku senyun dengan lagak mereka berdua, samalah macam aku zaman muda dulu. Cewah! Cakap macam umur dah 40 kan?
"Aunty datang bawak hajat Aty" aku angkat muka pandang aunty Ros. Hajat apa pulak ni?
"Hajat besar" maklumnya lagi dan aku angguk je la. Apa jenis hajat pulak ni? Kalau solat hajat tu aku tahu la.
"Hajar, Abg Bad, macam yang kita bincang hari tu la kan?" La, kata bawak hajat kat aku. Kenapa pulak cakap dengan mama dan abah?
"Ya la,kalau Aty setuju kami lagi setuju" balas Abah pula.
"Setuju apa ni?" Soal aku keliru habis. Ish!
"Aunty nak pinang Aty"
"Apa???"
"Ya Allah budak ni, aunty ros kamu ni nak masuk meminang kamu" abah pulak yang bersuara. Aty faham la abah. Aku tergelak sikit lalu bersandar pada sofa dan yang lain pelik bila aku gelak.
"Kami serius ni Atylia" mama pulak yang tambah.
"Aunty, lawak la. Aunty mana ada anak lelaki. Macam mana nak pinang Aty?" Ades. Lawak sungguh la aunty ros ni.
"Memang aunty tak ada anak lelaki. Tapi aunty ada anak buah lelaki." Ok! Kalau macam tu memang apa yang aku gelakkan tadi tak lawak langsung. Pehal pulak aku nak kena kahwin ni.
"Ma, abah, aunty. Aty tak pernah fikir pun pasal kawin ni" aku bersuara setenang mungkin dan cuba kawal air muka yang jelas aku tak suka dan tak setuju pada masa yang sama. Walaupun aku tak ada sesiapa sekarang ni aku tak nak khawin tangkap muat macam ni je. Sekarang dunia dah maju dan semua orang cari pasangan masing2 sendiri malah kalau tak kawin pun tak jadi masalah la. Kena buat tajuk baru untjk majalah, tak kahwin pun tak apa. Hehehe.
"Abang kawin lepas tu timggal sarawak, kak ngah kawin tinggal Jepun. Mama nak la merasa dapat menantu dekat. Dengan orang yang rapat dengan kita" ni yang aku malas nak dengar ni. Mama ni kalau bab buat ayat sedih memanglah expert.
"Mama ni,masalahnya Aty tak ready lagi. Bukan je fzikal mental pun belum ni"
"Esok lusa dah 28. Bila lagi nak kawin?" Abah pulak tukang sambung. Cerita macam tahun baru esok lusa je. Aku mengeluh dan pandang mama yang berharap sangat.
"Abah, Aty...."
"Apa?"
"Macam ni la, kalau semua oramg dah berharap sangat,biar Aty jumpa 4 mata dengan anak buah aunty dulu" aku bagi cadangan.
"Tak payah jumpa. Aty nak gagalkan plan ni kan? Nak curah air atas kepala dia jugak? Sama macam kamu buat dekat anak mak senah tu?" Erk! Tertangkap la pulak buat bnda tak elok ni. Aku tayang sengih dan tundukkan wajah.
"Akak, kawinlah dengan abang kami. Kami nak sangat ada kakak" eh? Elok je diam tadi sekarang ada suara pulak? Abang dorang ke yamg bakal jadi menantu abah ni?
Perbincangan pun bersambung la entah macam mana aku nak menglak kali ni.
Aku tak tahu macam mana aku boleh terima nak ikat tunang terus tanpa majlis. Tak kisahlah yang penting kenapalah dia jugak yang jadi tunang aku. Kenapalah mak su dia tu kawan baik mama aku? Masalah besar ni.
Malam dia dinner, dia ajak kembar dia ni dinner sama dan tu la oramg paling istimewa dalam hidup dia. Aku yang tukang record ni pandang je la tapi aku tahu yang dia senyum kat aku. Ke senyum depan kamera je? Hahaha. Janganlah macam tu malu la aku kalau perasan sorang2. Setelah mkn malam dia selesai aku terus simpan barang untuk balik dan kembar dua orang tu dah kamceng dengan aku terus. Suka betul aku dah ada adik sekarang ni tapi malangnya....kenapalah Fiq yang jadi abang dorang.
"Awak masih tak boleh terima saya eh?" Terkejut aku bila dia sergah aku dari belakang. Dia ni memang sengaja je la nak aku mati cepat.
"Kalau saya tak terima awak, awak sekarang ni tunang siapa?" Soal aku malas dan boleh dengar dia tergelak kecil.
"Awak sedih ya bakal suami awak bukan suami idaman malaya?" Aku berhenti dari buat kerja dan pandangnya dalam2. Ya jugak apa yang dia cakap tu. Kenapa susah sangat aku nak terima dia eh?
"Saya balik dulu. Thanks for tonight. Kkrim salam kat kembar tu" aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.
Kenapa susah sangat aku nak terima kenyataan ni? Aku rasa sebab aku tal ada rasa cinta kat dia la dan kami ni pun dah mcm pasangan tunang paksa je.
Sebaik sampai di rumah aku terus bersila depan tv dan keluarkan laptop. Nak kena update video malam ni dan keputusan untuk orang undi adalah last hujung minggu ni. Video tadi aku mainkan balik dan aku tersenyum bila mlihat gelagat mereka bertiga,dalam wajah tenang dan tegas itu ada sayangnya.
Sejujurnya memang aku akui yang aku macam terjatuh sikit bila first time jumpa dia hari tu. Tai bila kerjasama dengan dia dan ciri2 yang aku nak dalam seorang pasangan tak ada pada dia. Dan dia sangat suka buat aku naik angin dengan sikap dia susah nak bagi kerjasama depan lensa. Geram sungguh bila kena paksa dia buat sesuatu depan kamera.
Keputusan akhir dah dikeluarkan dan pemenangnya adala Furqan!!! Sama seperti yang semua orang agak dan yang paling last ialah Fiq. Hahaha. Memang bukan idaman sesiapa la dia ni kiranya,orang lain yang tak hensem pun boleh dapat nombor lebih baik. Ni menunjukkan yang rupa bukan ukuran dalam menilai.
"Abang! Last! Teruk" aku bagai nak tergelak bila Iza marahkan Fiq saat kami berempat makan bersama. Fiq pula ambil majalah yang Iza baca lalu menyimpannya dan dia gelak sikit.
"Abang bukan artis ok" hidung Iza dicuit dan Iza buat muka geram. Telatah mereka memang buat aku senang dan sejuk mata memandang.
"Jenuh Ira undi abang" luah Ira pula dan mulutnya memuncung habis.
"Tak payah nak bohong. Ingat abang tak tahu Ira vote Khai tu kan? Architect muda tu"
"Mana abang tahu?" Soalnya cuak dan malu jugak.
"Abang kenal la adik2 abang" kepala Ira diusap dan Ira sengih. Sengih sebab dah terbocor rahsia kot.
"Tapi memang patut Furqan Alimin ni menang kan? Memang suami idaman malaya" Iza tambah pula dan Fiq gelengkan kepala dan senyum.
"Haah! Tapi Ira suka yang dah kawin tu. Yang dapat no 2. Sweet dia layan anak dia!"
"Tdi cakap khai"
"Tu Ira admire sebab dia hensem" balas Ira pula dan aku tergelak kecil. Macam2 hal la dua orang ni.
"Kak Aty suka siapa?" Soal Ira pada aku dan Fiq pandang aku dengan kening terangkat sebelah. Aku senyum dan buat2 fikir sejenak.
"Sama macam Ira" aku jawab jujur dan Fiq tergelak besar.
"Tak ada peminat la abang kalau macam ni" rungutnya dan kami bertiga ikut sama gelak.
"Siapa suruh tak buat betul2?"
"Tu la pasal. Muka ada market tapi kayu!" Sedas lagi dari mulut Ira dan aku gelak senang.
Memang lawak gila komen tu sampai setiap kali aku baca mesti gelak sorang2.
"Kayu pun kayu la. Kalau jadi suami idaman malaya pun bukannya boleh kawin satu malaya ni"
"Backing diri sendiri la tu"
"Dah tak ada orang nak backing. Tunang sendiri pun admire suami orang" aku terkejut.
"Mana ada! Elok sikit eh" marah aku padanya.
"Dah tak vote saya pun"
"Kita vote orang yang layak je"
"Saya tak layak la ni?" Soalnya buat2 sedih. Aku gelak sikit dan jeling dia geram tapi boleh pulak dia gelak.
"Kami balik dulu la kak, abang" Iza dan Ira angkat punggung serentak dan tinggallah kami berdua di meja ni.
Aku senyum pandangnya dan dia balas senyuman aku. Walaupun dia tak ada ciri suami idaman malaya aku dah mula buka hati nak terima dia. Macam mana sekalipun aku tolak dia tetap bakal jadi suami aku nanti. In sha Allah.
"Apa respon orang lain bila tahu awak tunang saya?" Soal Fiq dan aku letakkan sudu dalam pinggan.
"Agak terkejut, tapi dorang dah dapat agak yang kita ada something"
"Kta ada something?" Soalnya pula.
"Ya la, banyak tau video secara tak langsung yang saya rakam awak bersama saya. Tapi saya tak masukkan pun"
"Ya ke?"
"Ya la,awak kan selalu je ikut saya ke hulu ke hilir"
"Ya? Tak perasan la pulak".
"Nanti saya tunjuk kat awak video tu semua"
"Ok! Lepas kawin key?" Ujarnya dan aku rasa bahang muka aku sekarang ni. Malu yang amat! Aku pandang tempat lain dan buat2 tak dengar apa yang dia cakap tadi. Malulah pulak bila dia cakap bab ni.
Alhamdulillah, sebaik akad dilafaz aku kini isterinya yang sah. Furqan pun dah nak kawin dengan kak opie the editor. Berputik jugak cinta mereka berdua ni akhirnya. Dah lama kak opie simpan hati dekat si Furqan tu rupanya. Aku membuka laptop dan tengok balik semua video yang pernah aku upload dan rekod. Paling best Fiq upah orang khas record whole things wedding kami, dari preparations days lagi.
Pintu bilik air dibuka dan aku angkat muka pandang Fiq yang baru je kaluar dari bilik air.
"Fiq! Berapa kali nak cakap. Pakai baju la bila keluar blik air" marah aku geram dan pandang tempat lain. Dia ni sukalah buat aku malu dan blushing. Dah tu boleh pulak dia layan gelak jahat.
"Dengan abang malu, tengok pak mail jiran sbelah tak apa pulak" ha? Dia bandingkan dia dengan pak mail jiran abah tu? Aku angkat muka dan terjerit kecil bila dia masih lagi tak berbaju. Saja je la dia ni!
"Awak ni! Pakai baju la. Ada pulak bandingkan dia dengan pak mail tu" aku merungut dan boleh dengar dia gelak lagi. Ei! Geram sungguh! Baru je dua hari kawin dah suka buat aku geram.
"Pak mail pun lelaki jugak" ujarnya dan gelak lagi. Aku dengar pintu almari pakaian di buka dan aku lega sikit.
"Pak mail tu lain, awak lain"
"Apa yg lainnya?" Ei! Tak reti putus asa sungguh dia ni.
"Lainlah" balas aku malas.
"Sebab saya seksi eh?" Soalnya lalu bergerak ke katil dan bersila sebelah aku. Aku pandang dia geram! Kenapa tak nak pakai baju??? Geram aku nak jerit tepi telinga dia ni.
"Kenapa pakai seluar je? Pakailah baju!" Marah aku geram dan tolak badannya sikit. Dah la berat nak sandar kat orang pulak.
"Rambut basah lagi. Keringkanlah sayang" ujarnya manja dan aku yamg dah malu tetap jugak buat apa yang dia mintak. Dia letakkan kepala dia pada peha aku dan gelak senang. Aku ambil batal dan tutup bahagian belakang badan dia yang terdedah. Seksi tak bertempat sungguh suami aku ni.
"Nak malu apa sayang? Suami sayang jugak bukannya orang lain" senang je dia cakap kan?yang nak menanggungnya aku.
"Bukannya first time tengok pun" ujarnya dan aku rasa muka aku panas balik. Malunya!!! Suka usik orang betul la dia ni!
"Dah la ungkit!" Marah aku dan dia gelak besar.
"Malam tu ok je" dia sambung lagi dan aku tutup mulut dia dengan tangan. Geramnya dia ni! Sakan dia gelak sekarang ha.
"Wah! Mama! Tomato banyak ni nak buat masak tak?" Jeritnya dari dalam bilik dan aku tekup mulut dia lagi kejap. Ya Allah! Dasar tak malu punya orang duk melolong pulak.
"Fiq!"
"Call me abang please" pintanya pula.
"Saya dah ada abang"
"Biarlah, ni abamg sayang tu abang kandung"
"Janji yang awak tak kan keluar blik air macam tu lgi?" Heh! Buat deal sikit.
"Awak janji dengan saya akan panggil saya abang sampai bila2 dulu" aiseh! Dia pulak buat tawaran ni.
"Ok!"
"Try panggil" pintanya lembut. Malulah!
"Abang" panggil aku lembut dan dia terus cium pipi kanan aku yang dah blushing ni. Ei! Dia ni!
"Janji dengan saya pulak" arah aku padanya.
"tak naklah,nak seksi2 depan awak jugak" ujarnya lalu lompat turun katil dan tersengih bahagia.
Aku dah agak dah! Dia ni memang tak boleh nak percaya sangat. Kaki kelentong!
"Irfan Syafiq!" Panggil aku geram dan dia berlari keluar dari bilik kami dengan tawa mewah. Dah la keluar tak pakai baju! Apa jenis orang la yang tak malu sangat ni,rambutnya tak bersikat. Aku ambil sehelai baju dan sikat aku bawa keluar sama dan dia tengah lepak atas sofa depan tv.
"Mana orang lain?" Soal aku padanya dan hulurkan baju t. Dia senyum dan sarungkan baju.
"Sepupu sayang kawin kan? Mereka pergi kampung sebelah la" haah! Lupa pulak aku yang sepupu aku kawin hari ni. Aku senyum sedikit dan mula sikatkan rambut Fiq. Tak sangka betul aku yang aku akan smpat bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami.
"Sayang buat apa semalam?" Erk! Dia tahu ke yang aku siapkan kerja semalam? Matilah aku dah la tengah cuti macam ni pun aku duk sibuk buat kerja lagi.
"Sikit je" aku rasa dia dah tahu aku buat apa jadi baik aku terus terang je senang.
"Abang tak marah, tapi lain kali jangan sampai tidur lewat sangat" pesannya dan aku rasa sedikit terharu lalu memeluknya lembut.
"Ya, mana awak tahu saya tidur lewat?"
"Abang!" Tegasnya dan aku mengeluh. Tersasul pun tak boleh dimaafkan ke?
"Abang pun tak tidur ke?" Soal aku pula dan dia angguk lalu letakkan kepalanya atas ribaan aku. Aku usap rambutnya dan senyum sorang2.
Nak tanya tak yang dia ingat tak lagi pernah langgar aku dulu? Lepas tu aku penah panggil dia pak cik berlagak? Mesti kelakar kan kalau dia tahu pasal semua ni?
"Perlu ke tutup mata ni?" Soal aku padanya bila dia bawa aku balik ke rumahnya setelah seminggu kami di kampung aku. Bercuti.
"Dah nak sampai" ujarnya dan aku secara tak tersengaja tersepak kaki meja dan aku mengaduh sakit lalu terduduk di lantai. Terasa ada tangan yang sentuh kaki aku dan dia membebel kerana aku tak berhati2.
Terasa tubuh aku melayang diangkat sehingga aku terjerit kecil dan dia minta aku tutup mulut. Aku tutup mulut dan biarkan je dia angkat aku entah ke mana aku sendiri tak pasti.
"Buka mata" ujarnya di tepi telinga aku dan aku dengan tak sabar terus buang kain yang tutup mata aku. Mulut aku ternganga bila melihat bilik tidur kami yang di hias dengan cantik, banyak betul dolphin yang diukir dengan kaca. Aku terdiam memandang sekeliling yang sangat cantik dan terasa lembut tangan aku ditarik ke satu almari kaca.
Aku terukir senyum bila ternampak cantik susun atur di dalam almari kaca itu walaupun barangan biasa dan ada dolphin kaca yang dah pecah. Aku senyum sebab puas hati dengan semua susunan ni.
"Sayang ingat lagi?" Soalnya lalu memeluk aku dari belakang dengan erat dan aku berkerut. Pipi aku dicium dan dia senyum lama. Aku buka almari itu dan menyentuh serpihan itu, adakah?
"Ingat?" Soalnya?
"Ingat!" Aku jawab lalu tergelak kecil. Pasal benda ni la aku marah sangat dengan dia.
"Bukan niat abang nak pergi macam tu je,masa tu Ira jatuh" terangnya dan aku tergelak kecil. Adoi! Berdas aku duk kutuk dia tak ada adab dan macam2 lagi.
"Ni, pin awak yang terjatuh bila awak selamba je duduk atas saya" ujarnya dan aku rasa malu gila. Dia ingat?
"Awak kenal la saya selama ni? Awak cam saya?" Soal aku tak percaya.
"Mestilah cam. Saya ingat muka malu dan cuak awak tu" ujarnya dan aku menyikunya lembut lalu dia tergelak sikit.
"Ni, tisu yang awak bagi masa hari hujan tu" aku tergamam,dia simpan lagi? What the ni???
"ni pen awak" tunjuknya lagi dan aku ternganga. Mati2 aku ingat hilang, rupanya ada kat sini. Semuanya barang aku yang ada gambr dolphin. Maklumlah peminat setia dolphin kan?
"Ni,sapu tangan awak bila lap darah saya masa kemas rumah tu" aku diam lagi. Patutlah semua barang aku hilang rupanya ada pencuri.
"Ni sticker awak" aku ternganga. Biar betul dia ni.
"Sorry, saya yang ambil semua ni. Setiap kali berjumpa dengan awak saya tak nak bawak balik memori je. Saya nak bawak balik barang kenangan" ujarnya dan aku tergelak kecil. Apa jenis orang la dia ni,mohon jangan ikut ya sebab ni pencuri.
"Kalau nak mintak je la,tak perlu curi pun. Pencuri"
"Abang nak jadi pencuri hati sayang. Jadi abang curi barang kesukaan sayang dulu"
"Entah2 key chain saya hilang pun awak yang ambil?"
"Yup! Ni" dia tunjukkan kunci rumah dan aku tergelak senang dengan lagaknya.
"Sweet la awak ni" ujar aku ikhlas dan senyum lalu memandangnya. Kini aku betul2 dalam pelukannya dan dia cium dahi aku lama sehingga aku terasa hangatnya meresap ke dalam hati. Hati ini hangat kerana sayangkan dia Ya Allah.
"Pasal fon abang dalam beg sayang. Abang yang letak"ujarnya pula dan kali ini aku buat muka geram. Sengaja betul la dia ni kiranya? Aku pukul bahu dia lembut dan dia tergelak bahagia.
"Apa lagi yang abang buat?" Soal aku segan sebab dah gantikan panggilan awak tu dia pun senyum semedeng je sebab happy. Ish! Malu betul!
"Banyak sangat" ujarnya dan gelak lagi. Aku pandangnya dan sentuh pipinya lembut. Aku dekatkan bibir aku ke telinganya dan bisikkan sesuatu.
"Saya dah tangkap pencuri hati saya. Hukuman apa yang perlu saya bagi ni?" Soal aku lembut dan dia senyum bahagia lalu rapatkan bibirnya ditelinga aku pula.
"Masukkan dalam penjara hati sayang paling dalam. Lepas tu buang kunci jauh2" dia mencium hujung telinga aku dan aku terasa bahang malu lagi. Bahang ni dah naik sampai serbu muka aku rasa sekarang ni.
"Abang ni, dalam hati Aty tak ada penjara"
"Habis tu ada apa?" Soalnya pula.
"Ada abang je" aku jawab poyo dan berjalan pergi agak jauh darinya sebab malu sangat. Nak ucap i love u takut aku pengsan je nanti. Aku berjalan keluar dari bilik dan terasa tangan aku dipaut bila aku dah berada di luar bilik. Fiq dekati aku sehingga aku tersandar pada dinding dan dia mula mencium dahi aku lembut. Hailah! Dia ni nak buat hal la tu. Muka tembok betul la.
"Asu!" Terjerit suara Iza bila ternampak kami. Aku tolak badan Fiq dan berlari masuk ke dalam blik sebab malu sangat. Aku pejam mata rapat2 dan bersandar pada pintu bilik. Malunya!!!
"Sayang, Iza je kot" terasa pintu dikuak dan aku yang enak bersandar tergerak ke belakang sedikit. Terasa pipi aku disentuh dan aku pandangnya dengan blusher free.
"Tak yah malu la, jom!" Aku keraskan diri bila tangan aku ditarik untuk keluar dari blik. Bila aku masih berkeras terus badan aku diangkat dan aku terjerit agak kuat.
"Turunkan saya!" Pinta aku malu gila dah ni. Yang dia bawak aku turun ruang tamu tu kenapa? Bukan je Asu,Iza dan Ira yang ada. Mama dan abah pun ada sekali. Masaklah aku lepas ni.
"Irfan Syafiq!" Marah aku dan dia terus letakkan aku atas sofa. Malu tak tahu nak pergi berenang kat tasik mana dah ni.
"Amboi! Romantik tak sudah. Ke sakit kaki?" Soal abah mengusik dan aku jeling Fiq yang sedang salami tangan abah.
"Sakit kaki cinta abah" balasnya dan satu rumah dah gelak ni ha. Suka menyakat orang betul la mamat ni!
"Pandailah kamu"
"Dari mana ni?" Soal aku alihkan topik dengan segera. Malas nak melayan.
"Rumah kawan lama mama. Singgah sini kejap sebab Iza dan Ira nak ambil barang"
"Barang? Barang apa?" Soal Fiq pula.
"Ingat tak yang Asu cakap nak Iza dengan Ira kerja dengan Asu? Sebab tu la. Mereka akan tinggal dengan Asu" aku dan Fiq pandang Ira dan Iza yang duk tersengih.
"Habis tu? Rumah ni tinggal Aty dengan Fiq je la?"soal aku sedih. Bosan jugak kalau macam ni.
"Nanti kamu ramaikan sendiri la" jawab abah lagi dan aku rasa macam nak makan sireh je sekarang ni.
"ok apa sayang, boleh sambung honeymoon!" Nak terkeluar bijik mata aku bila dengar dia cakap macam tu. Tengok! Kan dah jadi bahan gelak orang lain. Ish!
Dua buah kereta yang pergi tinggalkan perkarangan rumah ni buat aku sedih sedikit. Rumah boleh tahan besar tapi nak stay dua orang je. Bosannya. Dah boleh agak darjah kebosanan nanti
"Abang tak cakap pun yang Iza dan Ira nak pergi kan?"
"Abang ingat sayang dah tahu. Nampak baik gila dengan dorang"
"Abang ni..." malas betul aku nak marah sebab mesti ada je jawapan dia nak backing diri sendiri tu.
"Sayang" panggilan dia buat aku berpaling sekilas dan dia yang duk tayang senyum aku tak peduli langsung. Ada la tu idea dia nak buat aku naik angin. Lain benar perangai dia lepas kawin ni memang bukan dirinya yang aku kenal.
"Sayang!" Panggilnya lalu terus peluk aku erat. Ish! Dia ni siang celik pun nak manja2.
"Apa?" Soal aku malas.
"Kenapa rasa macam abang ni bertepuk sebelah tangan je? Sayang tak suka abang eh? Msaih lagi nak cri suami idaman malaya ke?" Aku terdiam terus bila dia tanya macam tu dan aku tak tahu nak jawab apa skrg ni.
Terasa pelukannya semakin longgar dan dia mula menjauh pergi.
"abang!" Panggil aku tapi dia buat tak dengar je. Aku ikut langkah yang dia atur ke bilik tidur. Kuat merajuk rupanya dia ni. Hish!
"Abang" aku panggilnya yang dah meniarap atas katil. Menangis ke apa? Aku senyum segaris dan baring di sebelahnya lalu memeluk badannya erat tapi dia tak nak respon la pulak. Aku cuba cari wajahnya dan dia keraskan kepala.
"Kalau abang tak merajuk lagi dah, Aty akan beri apa je yang abang mintak" heh! Gaya macam pujuk budak kecik la pulak kan? Buatnya dia mintak helicopter ke apa, macam mana?
"Serius?" Dengar suaranya yang menjadi kecil bila dia bersuara dalam keadaan meniarap. Aku tersengih sedikit bila dia respon pada aku punya offer.
"Serius" aku jawab tenang dan dia terus mengiring memandang aku. Aku senyum pandang wajahnya dan dia ikut sama senyum.
"Abang nak sayang jujur. Apa perasaan sayang pada abang?"
Soalnya dengan maksud yang dalam. Nak jawab apa pulak ni? Tak ada dalam list otak aku apa yang dia mintak.
"Perasaan dia...." aku ciumnya dan terus berlari turun katil dan keluar dari bilik. Ok! Ni memang memalukan tahap dewa jadi baik aku menyorok sbelum dia tambahkan lagi aku punya malu. Mana aku nak mnyorok ni? Ha! Blik lagi satu! Aku terus berlari ke dalam bilik tamu dan kunci pintu lalu bersila atas katil. Malu gila la weh! Harap dia tak datang sini la buat malu aku je.
Lebih dua jam aku bertapa kat sini sampai tertidur pun ada. Aku keluar dari bilik dan bau something yang enak. Aku berjalan trun ke dapur dan aku tengok Fiq? Dengan alatan dapur? Serius? ? Bukan dia tak pandai masak ke? Aku bersandar pada fridge dan perhatikan gaya dia masak macam pro je.
"Meh la tolong abang masak" erk! Dia tahu ke aku ada kat sini? Ada CCTV ke apa kat dapur ni?
"Lama mnyorok sampai tertidur" ujarnya dan toleh ke belakang sambil senyum manis. Aku senyum sikit dan mendekatinya.
"Mana abang tahu?"
"Abang guna kunci pendua, masuk tidur dengan sayang"
"What? Abang tidur dengan Aty?"
"Haah, about 15 min. Sebelum Sayang mengigau nak makan nasi goreng kampung" ha??? Biar betul!
"Buat lawak la tu"
"Mana ada lawak. Serius tau. Terkejut abang" ujarnya lagi. Ok! Memang memalukan habis.
"Abang buat apa ni?"
"Nasi goreng kampung la."
"Pandai ke? Cakap tak pandai masak"
"Nanti rasa la. Then you judge" ujarnya lalu cium pipi aku. Ish! Dia ni sempat aje kat dapur pun.
"Nice kiss" ujarnya lalu mengenyitkan mata dan aku rasa tomato aku boleh petik lagi kali ini. Berapa kali berbuah sehari ni! Aku peluk badannya dari belakang dan aku rasa selesa begitu walaupun malu.
"Aty suka abang la" ujar aku perlahan dan Fiq gelak kecil.
"Tahu"
"Poyo sangat" balas aku balik dan dia gelak lagi.
"Betul, abang tahu sebab sayang pernah mengigau dulu. Siap confess lagi. Fully english pulak tu"
"Ya ke? Tipu!"
"Tanya Iza dengan Ira. Dorang pun dengar"
"Tipu! Macam mana dorang dengar?"
"Sayang tidur ruang tamu rumah abah. Abah pun dengar" adess! Yang ni lagi malu aku rasa. Bencinya!!
"But i'm glad. You said it once again" ujarnya lalu tersenyum manis.
"Lambatnya nak siap, lapar dah ni" aku sengaja menyimpang sikit sebab tal nak malu lebih lagi. Baru je seminggu aku kawin dengan dia, dah macam2 perangai tak senonoh pasal aku dia tahu. Matilah.
Dia cakap tak pandai masak tapi hari2 dia masakkan untuk aku dah la sedap pulak tu. Nak kata dia tak pandai kemas rumah, rumah ni sentiasa bersih je sampai aku pun tak sempat nak tunjuk rajin. Bukan tu je, kenapa lagak dia dengan contest tu menyimpang habis. Tak faham betul aku dengan perangai dia yang sekarang ni dan macam apa yamg aku impikan dalam seorang suami dulu mula muncul dalam dirinya. Mana ada orang tahu aku nak suami macam mana dulu sebab banyak yang tak logik. Hehehe.
"Sayang! Berangan je tahu" ujarnya lalu menarik aku jatuh ke atas ribaannya. Aku senyum dan bersandar pada badannya dan tangannya yang berada di pinggang aku sentuh. Aku sayang dia la aku rasa sebab dia ni memang buat aku rasa akulah isteri paling bertuah dalam dunia ni.
"Kenapa ni?" Soalnya lembut dan mencium pipi kanan aku. Aku tergelak sikit bila kegelian.
"I see something diff in you" ujar aku padanya dan dia agak pelik kot dengan statement aku ni.
"Apa?"
"Something that you never show before"
"Abang tak pernah sembunyikan apa2 dari sayang"
"Bukan tu maksud Aty."
"Dah tu? Aty buat abang cuak la"
"Aty nampak abang ni bukan Fiq yang aty mula2 kenal dulu"
"Sama je la, cuma sekarang ni dah tak single" ujarnya buat2 sedih dan aku pukul bahunya, dia ni suka betul la main2.
"Banyak lagi yang sayang tak tahu pasal abang" ujarnya pula dan aku angguk setuju. Aku pun sebenarnya tak pernah rasa nak ambil tahu pasal dia pun. Sekarang ni aku dah nmpak dia semakin dalam dan mungkin betul yang aku dah jatuh cinta dengan dia sepenuhnya.
"Jom pergi bersiap, lama pulak kawan sayang tunggu kita. Anniversary dia kan?"
"Jom!" Aku bangun dari ribaannya dan dia paut tangan aku lembut. Aku pandang dia pelik dan dia terus cium tangan aku. Dia ni memang jenis lain semacam ke apa?
"Abang tak dapat imagine kalau tak dapat nak pegang tangan sayang lagi" aku senyum. Dia ni mulalah tu nak mengarut.
"Hanya ajal yang mampu pisahkn kita. Dan tiada apa yang mampu ubah hati abang"ujarnya lagi dan aku diam sambil senyum.
"Kalau saya pergi awal sekalipun, saya nak awak bahagia" aku balas dan dia terus peluk aku erat.
"Abang cintakan sayang" mata aku membulat dan jantung aku berdegup kuat. Terlalu kuat sehingga aku rasa aku dapat dengar bunyinya.
"Abang....cintakan Aty" ujarnya sambil pandang mata aku. Air nata aku mengalir laju kerana ini adalah kali pertama dia ungkapkan kata cinta. Aku peluknya erat dan biarkan keadaan kami macam tu. Aku juga cintakan dia Ya Allah.
"Kenapa tiba2 je hari ni? Risau Aty. Abang tak sihat ke?"
"Abang sihat la sayang. Bila fikir balik, abang tak pernah sampaikan cinta abang in words. Thats why la"
"Thanks" ucap aku ikhlas.
"Most welcome. Jom!" Dia tarik tangan aku naik ke bilik dan aku ikut je langkah dia.
Aku terharu sangat sebab tak pernah walau sekali dia meminta aku ungkapkan cinta padanya malah dia juga tak pernah bertanya tentang hati aku. Dia terlalu menjaga aku dengan baik sehingga aku rasa bersalah jika tak berterus terang padanya.
'Without you aku hilang keliru
Without you aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu'
semua mata pandang stage bila lagu itu dinyanyikan dan aku rasa sebak. Irfan Syafiq ni memang sengaja ke apa? Saja nak buat aku menangis eh?
"Attention, that song is for my beloved wife, Atylia Syafinaz. Happy anniversary Nina and Haidar. For my sayang, happy birthday."
"Birthday?" Soal Nina pada aku dan aku sedikit terkejut. Betul ke birthday aku ni?
"Your birthday la sayang. She is too busy to let anyone know her birthday and she is too busy to think about herself. Sayang, abang dah prepare baik punya present" ujarnya dan semua mata pandang aku. Rasa nak lari je sebab malu sangat ni.
Lagu birthday didendangkan dan sebiji kek berbentuk hati dibawa kepada aku. Semua orang dah bertepuk dan bersorak pada masa yang sama. Entah anniversary siapa pulak sekarang ni. Fiq berjalan ke arah aku dan dia terus cium pipi kanan aku.
"Happy birthday sayang" semua orang dah bersorak dan bertepuk tangan sekarang ni. Aku jegilkan mata dan dia gelak sikit.
"Malulah" ujar aku malu lalu memeluknya dan dia gelak lagi. Kurang asam betul la dia ni.
"Happy birthday fren! Tak habaq pun na. Btw. Jom kita nyanyi lagi sekali" suasana gamat lagi dan aku tergelak senang. Nina ni memang la suka buat macam ni. Fiq pandang aku dan senyum, bila dia cuba untuk cium pipi aku lagi aku halang.
"Ish! Tempat awam ni"
"Dah kawin kut. Sayang ni" ujarnya lalu sengih.
"Ingat ni London ke apa?"
"Ya, tapi, kat rumah nanti boleh la ek?"
"Abang ni!" Aku biarkan dia sorang2 dan join orang lain yang sedang makan.
Ada jugak yang jadikan kami ni drama jalanan hari ni. Malu gila aku dengan dia ni.
"Dance with me?" Soalnya sebaik keluar dari bilik air dan macam biasa dia hanya bertuala. Aku menggelengkan kepala dan menjauhkan diri darinya yang sedang tersenyum itu.
"Sayang, dance with me please?" Ujarnya lagi dan aku dengan malas hulurkan tangan padanya lalu dia menarik aku rapat ke badannya dan aku dah rasa segan.
"Sayang, kita pergi honeymoon ya?" Soalnya lembut dan aku angguk je. Baik iyakan je apa yang dia cakap nanti ada yang merajuk. Kuat merajuk betul sejak dua menjak ni.
"Nak pergi mana?" Soalnya pada aku dan aku diam.
"Maldives Island? Boleh?"
"Sure?"
"Yes"
"Ok! Nanti kita pergi ya"
"Abang, pergilah pakai baju. Aty pun dah basah sekali ni"
"Pakaikan boleh?" Ya Allah manjanya dia ni. Yang amat manjanya!
"Jom pilih baju" aku ajak dia macam budak kecik dan dia ketawa kecil.
Aku dipimpin ke almari dan dia ambilkan baju lalu aku pakaikan padanya dan dia memakai seluar bila aku ambil dia punya tie. Kemejanya aku butangkan dan dia senyum pandang aku. Hujung hidung aku dicium dan dia rapatkan wajahnya sehingga aku tersandar pada meja solek.
"Abang" panggil aku lembut dan dia sengih. Aku ikatkan tie dan kemaskan bajunya lalu memakaikan kot. Dia senyum dan ambil briefcase di atas meja lalu menarik tangan aku turun ke bawah.
Aku letakkan kepala di atas bahunya dan dia rendahkan sedikit bahunya supaya aku selesa.
"Aty tak sangka abang pandai masak,kemas rumah, romantik dan banyak lagi. Persis suami idaman malaya. Kenapa abang tak tunjukkan bakat abang tu dalam contest?"
"Sebab... nak kiss dulu"
"Ish! Dalam kapal terbang pun sempat lagi buat miang!"
"Gurau je la. Sebabnya ialah... abang tak nak jadi suami idaman malaya"
"Tapi semua perempuan nak suami idaman malaya tu"
"Sayang pun?" Aku diam bila dia tanya macam tu.
"Aty nak abang je" aku jawab lalu tersengih. Dia cuit hidung aku dan cium jari aku lembut
"Ha! Sebab tu la, abang nak jadi suami idaman Atylia Syafinaz je" ujarnya dan aku senyum bahagia.
"Memang suami idaman Aty pun"
"Alhamdulillah, tercapai objektif abang. Tapi ada lagi satu tak tercapai"
"Apa?" Aku pandangnya dan dia buat muka sedih habis. Apa lagi yang tak tercapai ni?
"Baby eh?" Soal aku padanya sedih. Aku pun sedih,dah setahun kawin tapi masih jugak tak ada rezeki. Tapi aku percaya pada Allah.
"Bukanlah, tu semua rezeki dari Allah."
"Dah tu?"
"Teringin nak dengar Aty cakap I love you" ujarnya dan aku diam. Erk! Tu ke? Aku gigit bibir bawah dan pandang dia yang sedang pandang aku.
"I love you" ujar aku perlahan dan dia gelak bagai nak rak. Lah! Tadi nak dengar aku cakap sangat sekarang dia gelak tak percaya pulak. Kuajakkk.
"Abang!" Aku memarahinya tapi dia tetap jugak gelakkan aku dan ikatkan tali pinggang bila diarahkan kerana kami akan mendarat.
Aku protes geram dan biarkan je dia jalan sorang diri. Terasa tangan aku ditarik dan dia minta aku berjalan disebelahnya lalu pinggang aku dipeluk erat. Aku jeling dia dengan geram tapi dia buat selamba je.
Sebaik kami check in hotel aku terus masuk bilik air dan menangis. Kenapa nak menangis? Sebab dia dah mainkan apa yang aku cakap. Pintu bilik air diketuk dan aku tak menyahut sebab merajuk.
"Jangan kacau! Aty nak mandi" aku bukakan paip air sehingga penuh tab mandi dan aku masukkan sabun sehingga berbuih. Protes betul kalau macam ni.
"Sayang, abang buka pintu ni" terus aku diam bila pintu terbuka. Fiq masuk dan angkat aku keluar dari blik air.
Aku didudukkan di atas katil dan dia melutut pandang aku. Air mata aku dikesat dengan lembut.
"mcm ni pun nangis. Abang percayalah apa yang sayang cakap tadi. Cuma abang rasa kelakar bila sayang ucap bila abang mintak. Kalau abang tak mntak tak nak ucap la ya?" Soalan dia buatkan aku tunduk.
"dah nangis" ujarnya dan aku senyum malu. Dia ni! Tudung aku dibuka dan dia cium pipi aku lembut. Aku sentuh pipinya dan cium dahinya.
"Abang suami idaman Aty. Dan Aty cintakan abang sepenuh hati" ucap aku dan dia senyum bermakna. Tangan aku dibawa ke dadanya.
"Kuat kan? Macam ni la abang rasa bila sayang ucapkan cinta tu" aku senyum lagi. Jiwang bak hang!
"Aty memang sayangkan abang" aku tegaskan lagi dan dia senyum lagi.
"Abang tahu. Abang pun cintakan sayang sangat2"
"Aty pun tahu. Hari2 abang sebut" aku perlinya dan dia gelak mewah.
"Hari2? Ke?"
"Haah!"
"Means,cinta abang ni tak habis buat sayang" dia kenyitkan mata dan aku rasa dia poyo sangat.
"Sayang nak mandi kan? Jom!" Ajaknya lalu angkat aku masuk bilik air. Dia ni!!! Senyum je la dah mama pun Irfan Syafiq ni dalam golongan degil. Ya Allah, aku bersyukur Engkau semaikan cinta ini dalam hatiku. Aku mohon kekalkan ia milik Irfan Syafiq selamanya. Dia selamanya suami idaman aku.
#this one tak tahu nak explain macam mana. it's likes hanging somewhere...but i ve try hard to finish it. Huhuhu. Enjoy...
Yang ni baru pnjg hppy ending ny...puas baca.. miss writer buat lh pulak cerita hero ceo sengal hehe ..suka ngan yg sengal2 ni...
ReplyDeletein sha Allah yer awk.. thanks baca...
DeleteBest giler!!!! huuhuhuhu :)
ReplyDeleteTq baca yer...
DeleteMmng best n gmpkla..
ReplyDeleteTrima kasih dah baca... 😊😊😊
DeleteAll of your stories mmg terbaik
ReplyDeleteSweet nye♥
ReplyDeletebestt
ReplyDeleteThis is epic. Seriously best. Great job. Thanks for sharing the cerpen.
ReplyDeleteBest crite nirm , tak bosan baca .. Really love it ..
ReplyDeleteBestnyeee romantik👍
ReplyDeleteTu la sy yg bca pon ada rsa yg stry ni hanging somewhere tpi rsanya xde kot cuma maybe sbb susunan plot tu je yg xselari...anyway good job writer...really nice story:)
ReplyDeleteWahh bersemut tempat sy baca cerita ni
ReplyDeletehuhu sweet thp potong kakiii huwaa🙈😆 jeles plk aii
ReplyDeleteYaAllah manis sgt ni😍😍kenot la hahaahha
ReplyDeleteJmpaa pun balikk.
ReplyDelete😩cterr nih dok ulang2 aq bca..sweet gilerr😍😘bestttt!!!