Saturday, 11 April 2015

Cerpen : Babysitter Sang Putera!

Alhamdulillah pagi yang indah serta hujan rahmat yang turun pagi ni buatkan aku rasa bersemangat untuk jalani hidup aku macam biasa. Walaupun agak bosan dan cycle dia sama je aku tetap juga kena bahagiakan diri sendiri dan terima rezeki yang Allah bagi ni dengan syukur. Aku lebih bertuah kalau dibandingkan dengan orang lain. Hidup menumpang rumah orang memang la macam ni. Nasib baik aku masih ada keluarga walaupun bukannya yang terdekat. Aku dan Tina sepupu dan kami memang kawan baik tapi abangnya,memang seorang yang tak boleh diharap dan menyakitkan hati betul. Hanya kami bertiga yang ada dan aku tak pasti dengan keluarga sebelah arwah ayah.

"Irin! Cepat bangun!" Terkejut aku bila Tina masuk ke bilik dengan keadaan resah dan gelisah. Tangan aku ditarik agar ikut sama keluar. Aku turun dari katil dan berlari anak bersama dia kelaur dari bilik.

"Astaghfirullahalazim" jantung aku macam nak meletup je bila nampak habis penuh pagar rumah kami dengan cat warna merah. Mesti kes Paan yang buat hal lagi ni dan mesti along yang buat semua ni!

"Irin, macam mana ni?" Soal Tina resah dan aku tak cakap banyak terus masuk ke dalam rumah dan serbu bilik Paan. Walaupun dia tua tiga tahun dari aku rasa hormat aku mintak maaf sangat sebab memang dah tak ada langsung! Pintu dibuka luas dan aku terus terpa Paan yang enak lena dan menariknya sehingga dia terjatuh dari katil dan tersedar. Memang mengamuk la orang gila tu bila aku kacau dia punya tidur.

"Irin, nanti abang marah" pujuk Tina sebab dah kenal sangat perangai Paan yang suka naik tangan dan kaki bila marah.

"Kau nak mampus ke?!" Jeritnya kuat dan aku rasa nak je tendang dia ni.

Tina dah tarik tangan aku supaya keluar dari bilik itu. Aku tepis  tangan Tina dan menarik Paan dengan kuat. Peduli apa aku dia nak pukul aku ke apa. Buat macam tak biasa pulak. Aku tarik dia sampai ke depan pagar rumah dan tunjuk pada dia apa yang dah jadi.

"Gila punya along!" Dia membentak dan aku terus masuk ke dalam rumah. Baik aku pergi kerja daripada layan mamat gila tu.

Tina aku tarik masuk ke dalam rumah dan kami bersiap untuk ke tempat kerja. Walaupun kerja sebagai pelayan restoren je aku bersyukur sekurangnya rezeki yang aku dapat ni halal.


"Aku dengar along buat hal depan rumah kau eh?" Soal Mina kawan baik aku la ni.

Dia ni baru je grad sama dengan aku tapi aku ni tak ada rezeki lagi nak dapat kerja. Nasib baik masa belajar dulu ada ptptn tapi nak membayarnya ni nazak jugak. Untung jugak yang aku buat pinjaman untuk tahun pertama je. Tapi sekarang memang bukan masa untuk bayar ptptn bila Paan mula pinjam duit along. Mana nak korek nak bayar duit lintah darat tu semua.

"Erm,aku benci betul la dengan Paan tu. Tak serik2. Dulu dia jual tanah pusaka mak dia lepas ni aku tak tahu nak jual apa pulak" aku mengeluh berat dan kemaskan meja kotor yang diguna oleh pelanggan sebentar tadi.

"Kau nak kerja lain tak?" Soalnya dan aku buat tak dengar je. Kerja apa lagi yang boleh aku dapat sekarang ni?

"Kerja apa Mina? Aku dah syukur kerja macam ni"

"Kau dah grad kot. Tak kan nak kerja macam ni je"

"Macam ni pun aku ok je la. Lagipun kau kerja dekat KL."

"Ya la, habis tu kau nak je duk Pahang ni?"

"Pahang pun ok apa."

"Tina pun dah dapat offer kerja"

"Alhamdulillah, aku syukur untuk dia. Cita2 dia nak jadi tukang jahit dah berjaya. Sekarang ni kami yang kena kerja keras nak bayar duit along tu. Kalau aku duk KL silap hari bulan Tina tu yang Paan gila tu jual"

"Betul jugak, aku balik pun tak lama ni. Kau ingat tak lagi kawan lama kita, Tengku Asyraff?"

"Kenal! Si Acap sewel tu, kenapa?"

"Abang dia accident. Jadi dia nak cari orang jagakan abang dia. Kau ambil nursing kan? So? Aku nak offer kau la ni"  aku diam memikirkan apa yang Mina cakap. Memang aku punya impian sejak lahir nak jadi nurse dan keadaan tak izinkan selama ni. Tapi kalau terpaksa pergi dari sini aku tak nak.

"Aku nak duk sini je"

"Ya lah, Acap kan orang sini. Abang dia duk ngan nenda dia sekarang. Villa atas bukit tu" aku diam lagi.

Oh! Orang kaya tu ke? Aku dengar keluarga dorang baik tapi tak ada pulak dengar ada orang accident. Tapi ada jugak dengar yang villa tu berhantu beb. Adess!

"Dekat jugak dengan rumah aku tu"

"Tu la pasal. Kalau kau nak aku boleh cakap dekat Acap"

"Tapi, nak ke orang kaya tu ambil aku kerja?"

"In sha Allah. Dah banyak orang apply kerja tapi tak ada sorang pun yang tahan lama"

"Kenapa? Ada hantu ke?" Soal aku laju.

"Mana ada! Kau ni tak habis2 dengan hantu."

"Dah tu?"

"Mostly buat kerja tak ikhlas, dah abang dia tu koma, kena jaga anak abang dia lagi. Tu yang ramai cabut"

"Oh, nurse and babysitter la ni?"

"Quiet la. Gaji mahal kot"

"Berapa?"

"3K kalau kau sanggup" bagai nak tercabut semua gigi aku bila dengar dia cakap nilai tu. Banyak gila 3k tu! Nak kalah gaji doc dibuatnya.

"Kau nak tak?" Soalnya lagi dan aku angguk. Bagus jugak kalau aku boleh kerja kat sana, kurang la sikit beban Tina nanti.

"Nanti aku cakap kat Acap." Ujarnya dan aku senyum. Ya Allah, jika benar rezeki ini untukku maka permudahkanlah.


Acap datang menemui aku dan kami borak panjang sebab dah lama gila tak jumpa. Last jumpa SPM kot.

"Lama tak jumpa kau,semakin cantik" pujinya dan aku gelak. Dia ni memang sejak lahir lagi gila aku rasa. Habis orang dia boleh puji sampai satu sekolah kenal perangai dia yang satu itu.

"Kau dah kawin ke?" Soal aku padanya pula. Dulu bukan main lagi duk bercinta dengan Mia anak dato tu mana tahu kot2 lekat sampai sekraang.

"Belum, busy la"

"Kau dengan Mia macam mana?" Dia sengih lalu menggelengkan kepala.

"Dia dah kawin dengan orang lain. Katanya tak boleh tunggu aku lagi"

"Dah kau gila kerja sangat kot" aku buat andaian sendiri dan dia senyum lalu minum air.

"Mungkin, aku sekarang ni nak cari isteri yang boleh buat aku care pasal dia."

"Maksud kau?"

"Buat aku rasa yang ada yang lebih penting dari kerja selepas keluarga"

"Macam2 hal la kau ni." Pandai aje jawapan yang dia ni beri. Sedangkan aku sendiri pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Aku rasa cinta kot.

"Jadi la ya, esok aku bawak kau jumpa nenda" ujar Acap dan aku angguk. Harapnya aku dapat tolong Tina dan selesaikan hutang along gila tu cepat2. Nanti ada yang jadi gila dalam rumah tu.


Sebaik aku tiba dirumah, terdengar bunyi barang jatuh dan pecah dalam rumah. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah dan aku terkejut bila Paan tengah mengamuk dan pecahkan barang2 dalam rumah. Tina dah menangis teresak esak dan aku tahu Tina dah kena pukul.

"Kau ni gila ke Paan?!" Suara aku menengking dan Paan berhenti dari membaling barang. Aku memeluk Tina yang dah terduduk di lantai dengan esakan dan bibirnya berdarah.

"Bagi aku duit la bodoh! Korang dua ni memang tak guna!" Jerit Paan dan aku rasa macam nak meletup.

"Kerja la bodoh! Nak harapkan duit kami je!" Pang!!! Satu pelempang singah dipipi aku dan aku dapat rasakan pipi aku dah lebam.

Aku tahan rasa sakit dan Paan rampas beg sandang aku lalu mengambil beg duit aku. Dah la duit gaji akhir aku semua ada dalam tu.

Tina merayu pada Paan supaya bagi balik duit aku tapi mana ada orang dah kena rasuk dengan syaitan ni nak dengar. Habis duit aku dikebasnya dan beg duit aku di buang ke lantai dan dia melangkah pergi. Tina terus memeluk aku erat dan aku biarkan dia menangis dalam pelukan aku.

"Irin, aku dah tak tahan" ujarnya dan aku hanya mampu usap lembut bahunya.

Sabarlah Tina ni semua ujian dari Allah untuk kita berdua. Terasa pedih mulut aku untuk dibuka dan aku biarkan je macam tu. Aku tolong Tina bangun dan ambilkan minyak gamat lalu sapu pada lukanya.

Ya Allah aku ingin menangis tapi apakan daya aku kena lebih kuat dari Tina. Tina ambil minyak dan sapukan pada luka aku pula. Aku senyum pandangnya dan aku minta diri untuk ke bilik untuk solat isyak. Setelah aku ambil wudhuk dan aku hamparkan sejadah. Aku solat sunat rawatib dua rakaat dengan harapan aku mampu tenang dan solat isyak aku boleh khusyuk. Orang kata saat kita solat kita akan berjumpa dengan Allah dan setiap sujud kita, saat itu kita paling dekat dengan Allah.

Selesai solat aku berdoa dan tipulah aku tak menangis. Hanya kepada Allah tempat untuk aku mengadu susah senang dan sakit bangun aku. Allah maha mendengar dan mengetahui. Aku tahu dan yakin dengan itu jadi aku rasa lebih tenang setelah luangkan masa dengan Allah. Aku lipat sejadah lalu bersila atas katil dan Al Quran dibuka dengan sebak dan hiba. Al Quran itu kalam Allah dan kata2 dari Allah, indah betul Allah berkata kata dan pastinya aku rasa tenang dan mampu bersabar. Doa adalah senjata mukmin dan aku hanya mampu berdoa agar kami tabah untuk jalani ujian ini. Jika jatuh sekali kita masih mampu bangun tak bererti jika kita jatuh kali kedua kita tak mampu lagi untuk bangun. Jika kali pertama kita mampu kali kedua pasti kita lebih kuat. Begitu juga dengan seterusnya.



Siapa tak cuak nak jumpa dengan nenda Acap, walaupun aku dengar dia baik tapi dia tegas. Acap sendiri yang cakap macam tu kat aku. Dengan pipi yang bengkak ni aku nak jawab apa?

"Kita pergi klinik lepas ni ya?" Ajak Acap prihatin dan aku tolaknya dengan lembut. Tak nak la aku, bukannya doc boleh buat apa pun aku rasa. Lagipun sehari dua lagi surut la bengkak kat pipi aku ni.

"Tak nak la Acap. Aku ok" aku balas yakin dan Acap hanya mampu mengeluh dengan perangai keras kepala aku ni.

Aku betulkan duduk bila seorang perempuan tua yang elegen berjalan ke arah kami dan terus duduk di sofa. Muka tak payah cakap la tegas bak hang dan aku rasa perut aku memulas dengan tiba2.

"Dato" aku hulurkan salam dan dia membalasnya, aku cium tangan tua itu dan kembali duduk di sebelah Acap.

"Nenda, ni kawan Acap zaman sekolah dulu, Irin." Aku tundukkan kepala sedikit dan senyum. Rasa macam tak betul je aku punya senyuman ni.

"Dah berapa lama jadi nurse?" Erk! Aku telan liur dan gelengkan kepala. Bila dia pandang aku semacam aku kecut.

"Tak pernah, praktikal je pernah" aku jawab jujur dan dia pandang aku macam aku pesalah lagi. Cuak seh!

"Kenapa tak kerja?"
"Saya dah apply banyak, tapi kebanyakannya tak dapat dan kalau dapat di sebelah sabah dan sarawak"

"Kenapa tak pergi?" Adoi! Lagi teruk daripada pergi interview ni.

"Saya kesiankan sepupu saya sorang2 kat sini"

"Siapa yang nak berjaya sekarang ni. Awak ataupun dia?" Mak kau soalan!

"Nenda,apa pulak tanya macam tu" protes Acap wakilkan aku.

"Kamu diam" ha! Ambik kau sedas. Kan dah kena marah.

"Saya lebih pentingkan keluarga saya dari kerjaya" aku jawab ikhlas dan semua orang diam.

"Kalau sebaya Acap, 25 umur?" Soalnya dan aku angguk.

"Dah kawin?"

"Belum"

"kerja kamu bukan je jaga oramg koma yang tak kena bantu tu, tapi kena jaga anak dia sama. Ramai yang tak tahan sebab anak dia aktif sangat. Sekarang saya bagi awak pilihan, nak kerja atau tak nak. Kali ni saya akan buat kontrak dan kontraknya akan berakhir setelah setahun,sama ada cucu saya sihat atau tidak itu hal lain. Saya nak orang jaga cicit saya dengan baik" aku diam dan telan balik apa nenda Acap cakap dan aku dah tekad yang aku nak kerja ni. Kalau tak aku dengan Tina nak makan apa?

"Saya setuju,tapi,boleh saya tahu umur cicit dato?"

"5 tahun" aku diam dan angguk faham.

"Kalau kamu setuju, tandatangan kontrak ni dan datang kerja esok" aku tak fikir banyak terus sign kontrak itu tanpa bacanya lagi. Sebab dah terang yang kontrak ni selama setahun.

"Esok kamu boleh mula kerja" ujarnya lagi dan aku angguk faham.



Setelah semua selesai Acap hantar aku balik ke rumah dan pada masa yang sama Tina ada dirumah sedang sidai kain. Setelah salam diberi aku mendekati Tina dan tolongnya sidai kain.

"Siapa tu?" Soal Tina pada aku dan aku senyum pandangnya.

"Cucu orang kaya tu"

"Oh, pak we eh?"

"Gila ke? Dia tu kawan lama aku la. Along ada datang hari ni?"

"Tak ada, abang pun tak ada balik sini"

"Baguslah, tak payah balik terus pun tak apa. Menyusahkan orang je" geram sungguh aku dengan Paan ni. Ikutkan hati aku nak je lapor kat polis biar dia sedar sikit.

"Kau ni, baik buruk dia abang aku jugak"

"Ya, kita nak makan apa malam ni?" Soal aku pada Tina. Maklumlah belanja untuk bulan ni dari aku dah melayang entah ke mana.

"Alhamdulillah, hari ni butik tempat aku kerja buat makan sikit. Jadi ada makanan lebih."

"Ya? Alhamdulillah, macam mana kerja?"

"Alhamdulillah, ok la Irin. Mampu la kalau setakat kalau along datang dan mampu la nak hulur sikit2."

"Sampai mati pun kita duk bayar bunga dia je kalau along tu"

"Biarlah, yang penting dia tak bahayakan kita" kalau aku cakap banyak pun dengan Tina ni bukan dia nak dengar ke apa. Lantak kau la Tina oi! Positif sangat macam Tina ni pun susah jugak sebenarnya.



Hari pertama aku kerja pun dah kena lecture kaw2 dengan dato ni. Patut sangatlah semua orang lari sebab anak lelaki yang aku kena jaga ni bukannya aktif sikit tapi terlajak aktif sampai nak terbalik villa ni dibuatnya.

Ya Allah, moga niat baik aku dimudahkan. Aku dibawa ke bilik lelaki yang aku kena rawat ini. Katanya dah sebulan dia baring tanpa suara mahupun bergerak. Aku pandang wajah tenangnya dan dada aku berdegup hebat. Kenapakah ini terjadi? Seraut wajah tenang itu aku tatap dan aku tahu dia bernyawa hanya tak mampu nak bangun dan sedar macam kami yang lain. Macam dia putera tidur yang tengah tunggu puteri idaman datang beri ciuman . Ish! Kau reka dongeng apa pulak ni Irin!.

"Ni cucu saya, Tengku Adrian" aku angguk faham. Nama pun ada tengku, memang cerita dongeng la ni. Sleeping Handsome. Hahaha. Seterusnya kami bergerak ke bilik Darwish, anak 'putera' yang bakal aku jaga ni. Dahsyat sungguh tahap aktifnya sampai aku pun dah boleh rasa pening dia macam mana nanti.


Tujuh hari kerja di sini dan aku boleh cakap yang aku hampir give up sebab penat gila nak jaga budak kecik Awish ni! Aku mencarinya yang dah hilang entah ke mana. Aku terus mencari dan bila aku sedar dia dah ada atas pokok. Ya Allah! Macam mana pulak dia panjat pokok ni? Aku tak sempat nak buat apa2 terus sambut Awish yang terjun bebas dari pokok yang agak tinggi itu. Nak tercabut jantung aku dengan caranya.

Aku peluk dia erat dan aku tahu dia juga takut. Aku eratkan pelukan dan istighfar beberapa kali dan akhirnya dia menangis. Aku periksa keadaanya yang mungkin cedera tapi tak ada luka pun. Terasa tangan kecil itu peluk aku erat dan dia menangis sepuasnya.

"Daddy! Nak daddy peluk" ujarnya dalam esak dan aku sedar sesuatu. Dia sedih sebenarnya, mungkin dia aktif sangat sebab tak tahu nak buang rasa sedih dia. Ya Allah, budak sekecil ini mampu lakukan apa untuk bersedih? Sedangkan maksud menangis pun dia tidak erti.

"Nak daddy!" Jeritnya lagi dan aku eratkan pelukan. Ya Allah, engkau kuatkanlah aku untuk menolongnya.

Aku kesat air mata yang mengalir dan mendukung tubuh kecil itu masuk ke dalam rumah. Setelah aku mandikan dia, dia bertanya sesuatu ketika baring bersama aku di katil.

"Kenapa daddy tidur tak bangun2" soalnya sebak dan matanya bergenang. Aku cium dahinya dan kesat air matanya.

"Sebab daddy penat. Daddy nak rest puas2 dulu"

"Ya? Tapi, selalunya malam daddy tidur,pagi esok mesti daddy bangun. Sekarang,pagi pun daddy tidur" ya Allah, jawapan jenis apa yang perlu aku jawab kali ini.

"Daddy tak sihat sayang. Awish kenalah doa mintak dengan Allah"

"Hari2 dah awish mintak. Allah tak dengar ya?" Aku terkedu.

"Allah maha mendengar sayang. Allah pasti dengar. Tapi Allah nak kita doa lagi"

"Daddy selalu cakap macam tu. Bila Awish tanya, kenapa Allah ambil mama dan papa? " eh? Mama dan papa? Siapa pulak ni?  Siapa pulak Awish ni dengan putera tu.

"Nanti kita cakap lagi ya. Awish tidurlah ya" aku usap kepalanya dan Awish angguk faham. Dia pejamkan mata dan aku bacakan beberapa surah supaya dia lena. Setelah dia lena sepenuhnya aku ambil wudhuk dan solat asar.

"Ya Allah,engkau berikanlah anak kecil ini kekuatan. Sembuhkanlah daddynya" aku aminkan doa dan kemas kain sembahyang.

Tugas aku hari ni dah selesai dan aku ke bilik putera untuk last check sebelum balik. Setiap kali aku masuk bilik ni mesti aku rasa senang. Aku pandang mesin tekanan oksigen dan ia normal macam biasa.

"Bangunlah encik, anak encik dah tak larat nak tanggung rindu" ujar aku dan setelah beri salam aku keluar dari biliknya dan ambil barang aku untuk balik. Saat aku melewati ruang tamu aku berhenti sekejap bila terpandang Dato Rahmah. Baik aku minta izin untuk balik dulu.

"Dato, saya balik dulu ya?" Aku pamit dan senyum walaupun cuak. Kalau boleh sehari tu aku akan larikan diri dari jumpa dia. Hahaha. Kurang asam punya pekerja kan?

"Saya nak cakap sikit. Duduk" ujarnya dan aku dengan rasa takut dan debar duduk di depannya. Dia nak buang aku ke apa ni?

"Ambil ni" satu sampul dihulurkan pada aku dan aku agak duit di dalamnya. Aku dah kena pecat ke? Aku ada buat salah ke apa? Aku ambil sampul itu dengan debaran dan buka sedikit. Sah! Memang duit.

"Dato nak pecat saya ke? Saya ada buat salah ke?" Soal aku cuak. Mana aku nak kerja lagi lepas ni.

"Bukan" ok, lega.

"Gaji awak" ujarnya dan aku berkerut.

"Baru seminggu belum sebulan dato"

"Saya nak awak bukan jaga Awish je, saya nak awak didik dia. Ajar dia"

"Saya boleh buat semua tu dato. Tak perlukan bayaran" aku tolak sampul itu dengan sopan.

"Saya nak awak terima. Anggaplah hadiah dari saya" ujarnya lalu letakkan di dalam tapak tangan aku.

"Jumlah tu terlalu banyak dato"

"Lagi banyak jasa awak" ujarnya dan aku kelu.

"Saya ikhlas, itu kerja saya"

"Saya pun ikhlas,saya nak awak ambil" paksanya lagi dan aku terpaksa ambilnya.

"Dato, saya takut nak terima duit ni. Rumah saya tak selamat. Apa kata dato simpankan dulu"

"Bagi saya akaun bank awak" erk! Aku tak nak terima duit dia. Dia mintak aku punya akaun la pulak.

"Saya tahu awak tak nak terima kan? Walau macam mana awak berkeras untuk tolak saya berkeras untuk bagi" boleh tahan keras kepala jugak orang tua ni. Aku angguk faham.

"Esok saya beri" ujar aku padanya dan buat kali pertama aku nampak dia senyum. Pelik sungguh dunia sekarang ni kan?


Hari berganti hari dan kini genaplah sebulan aku kerja kat sini. Awish bukanlah degil dia cuma protes dengan diri dan tekanan yang berlaku dalam dirinya. Kini, dah jadi anak aku pulak. Mak muda la ni kiranya. Adess.

"Oyang,kalau papa dengan mama, daddy dengan apa?" Soal mulut kecil itu saat bersama kami di dapur.

"Mummy la" jawab dato rahmah.

"Kak Iyin, awish panggil mummy boleh?" Soalnya pada aku dan tangan aku berhenti dari hiris bawang. Aku pandang Dato Rahmah yang tersenyum dan dia angguk. Aku mendekati Awish dan memeluknya erat.

"boleh sayang!"

"Yay! Ada mummy! Nanti kat sekolah boleh la awish cerita pasal mummy Awish" kata katanya meresap dalam hati aku ya Allah dan aku sebak.

"Kalau macam tu, mummy kena panggil oyang, nenda la kan?" Dato Rahmah bersuara ceria.

"Ya! Kena panggil oyang ,nenda" mulut kecil itu bersuara lagi dan aku diam je.

"Layanlah Awish ni dato" aku sambung hiris bawang.

"Nenda ikhlas Irin. Panggil nenda ya?"pintanya sayu dan aku rasa kejam jika kata tak. Jadi aku anggukkan kepala dan senyum lagi.

"Ya nenda" jawab aku senang dan nenda tersenyum manis. Si kecil banyak mulut ni pun bukan main lagi ha!

Rupanya Aqiff Darwish ni anak kepada kawan baik putera tu. Jadi, Awish ni anak angkat putera tidur tu la.

"Jom mandikan daddy" seperti biasa aktiviti mengelap badan putera tu dengan tuala basah dipanggil mandi dan semua ini elok untuk pengaliran darah putera. Lagipun, aku agak malu nak buat seorang diri. Hihihi.

Selama ni buat dekat patung je. Tuala basah diberikan satu kepada Awish dan butang baju dibuka. Entah apa jenis orang la aku ni mesti rasa berdebar bak hang. Aku angkat tangan baca doa dan Awish ikut sama. Setelah bismillah, kami lap badan putera ni dengan hati2. Setiap kali lap aku akan selawat 3 kali dan awish pun ikut sama. Moga Allah berikan kebaikan dan kesembuhan pada putera ini.

"Mummy" panggil Awish dan aku pandangnya.

"Kenapa pakai sarung tangan? Awish tak pakai pun" aku tergelak kecil dengan soalan itu. Adoi! Nak bagi jawapan macam mana ni?

"Sebab, mummy dengan daddy tak boleh bersentuh. Ni pun dikira sebagai terpaksa. Tapi, mummy boleh sentuh daddy kalau mummy kawin dengan daddy" aku jawab selamba dan gelak sikit. Ada impian ke Irin oi!

"Kalau macam tu kawinlah" adoi! Susah betul nak buat budak kecik ni faham.

"Kalau nak kawin kena la daddy sihat dulu"

"Ya?daddy, bangunlah, kawin dengan mummy" pintanya lalu peluk badan yang terbaring diam itu.

"Dah! Jom tukar baju daddy" mengarut jugak nanti kalau layan si Awish ni.

"Kalau daddy sedar, mummy janji kawin dengan daddy tau" ish! Tak habis lagi budak kecik ni.

"Dahlah"

"Janji dulu"

"Awish" aku buat2 garang dan cekak pinggang.

"Mummy" dia turut sama cekak pinggang macam aku dan aku tergelak kecil. Budak kecik ni!

"Janji?"  tak nak kalah betul budak ni ha.

"Ya, janji!" Tanpa perasaan aku sebut janji itu.

"Sekarang ambilkan wudhuk untuk daddy. Daddy mungkin nak solat" ujar aku pada Awish dan Awish angguk faham. Aku perhatikan gayanya uruskan daddynya,macam dah dewasa sangat.

"Niat daddy" ujarnya lalu cium dahi itu lama. Aku senyum dengan keletahnya dan pandang dengan penuh rasa sebak dan bangga. Awish anak yang terlalu baik dan pastinya ibubapanya bangga ada anak sepintar Awish.


Aku termenung je la tepi katil putera tidur ni dah tak ada benda nak buat. Awish pun dah sekolah sekarang, bosannya hidup aku. Nenda pulak sibuk dengan syarikat yang sepatutnya di jaga oleh putera ni.

Acap pula ada business sendiri dan tak nak campur dengan business keluarga. Dah la nak mengorat Tina gunakan aku sebagai alat. Kureng punya budak tapi aku bersyukur sangat kalau mereka berdua kawin, tak adalah Tina susah sangat nanti. Asyik orang je Irin, kau bila lagi? Aku nanti2 lah fikir.

"Bila encik nak sedar ni?" Soal aku padanya, dah bosan sangat tak tahu nak cakap dengan siapa kan? Wajahnya yang hensem pun dah nampak cengkung skit, maklumlah tak makan macam aku ni.

"Saya bacakan kisah nabi ayub ya?" Ujar aku lalu menarik buku cerita yang sama aku ceritakan pada Awish. Hahaha. Lantaklah cerita budak2 pun lagipun tak semua orang dewasa tahu kisah nabi2 kita ni. Aku baca dengan nada sekali ni ha, maklumlah dulu wakil sekolah masuk bercerita tapi tak menang2 pun. Hahaha.

"Kesimpulannya, nabi Ayub ni kuat kan? Walau sakit macam mana pun, dia tetap kuat. Isteri dia pun baik kan? Sanggup berkorban demi dia. Bangunlah encik, carikan mummy terbaik untuk Awish" pinta aku sebak dan letakkan buku cerita di atas meja.

Aku berjalan turun ke ruang tamu dan menyambut kepulangan Awish. Gembira betul Awish sekarang walaupun dia selalu inginkan pelukan dari daddynya. Entah daddy jenis macam mana putera tu dulu sampai Awish terlalu sayang dan rindu padanya. Nenda cakap, baru je sebulan Putera dan Awish balik ke villa ni. Selama ini mereka tinggal di luar negara dan bila balik ke Malaysia mereka tinggal di Melaka setahun.

"Mummy!!!" Panggil anak kecil itu ceria sebaik nampak muka aku. Aku peluknya erat dan dia terus mencium pipi aku lembut.

"Mummy, daddy dah solat?" Soalan biasa darinya dan aku tersenyum.

"Dah"

"Siapa yang ambilkan wudhuk?"

"Pak Mail"

"Terima kasih pak mail" ujarnya lalu memeluk badan tua itu pula. Aku senyum lagi dan pak mail turut sama tersenyum.

"Nak makan?" Soal aku padanya pula.

"Nak makan sahur je"

"Sahur? Lambat lagi bulan puasa" rasa macam kelakar pulak statement Awish ni.

"Mummy cakap baik puasa isnin dan khamis, Awish nak jadi baik jugak" aku terdiam dengar dia cakap macam tu dan aku angguk faham. Aku usap kepalanya lembut dan rasa sangat bertuah jika mempunyai anak sebaik ini.

"Nanti Awish cakap dengan oyang ya. Mummy tak boleh nak kejut Awish sahur"

"Nak sahur dengan mummy"

"tak boleh la sayang. Lain kali ya?"

"Nanti mummy kawin dengan daddy ya?" Aku diam kejap dan pak mail sengih lalu angguk. Pak mail pun sama naik je dengan budak kecik ni.

"Ya mummy?" Tegasnya lagi dan aku angguk perlahan. Janganlah buat aku berjanji dengan anak ini lagi ya Allah.

"Yay! Nak cakap kat daddy" laju dia berlari ke tingkat atas dan aku biarkan je.

"Pak mail, saya tak berjanji kan?" Soal aku pada pak mail dan dia hanya balas soalan aku dengan senyuman.

"Awish" aku panggil namanya dan bergerak ke bilik putera, pintu bilik yang terbuka luas buatkan aku mampu lihat dan dengar dengan jelas apa yang Awish buat.

"Daddy, cepat sihat tau! Nanti kita sahur sama2 dengan mummy!" Ujarnya ceria dan melompat senang di tepi katil yang luas itu.



Esoknya aku kemas katil putera macam biasa setelah hantar Awish ke sekolah. Bunga dalam pasu juga diganti dan tingkap dibuka. Aku bernafas lega dan duduk di sebelahnya.

"Saya solat dhuha kejap ya" aku ambil wudhuk dan solat sunat dua rakaat kemudian aku bacakan surah yaasin disebelahnya. Setelah itu aku simpankan telekung dan periksa keadaannya hari ini.

Sama je macam semalam tak ada yang berbeza pun. Heh! Tukar mood sikit dengar lagu melayu la hari ni. Aku pasangkan radio malaysia dan aku tergelak sikit dengan lagak dj2. Aku bercakap cakap dengan pesakit yang entah sedar atau tak ni.

"Encik tahu, Awish puasa sunat hari ni. Alhamdulillah. Bangunlah ya? Boleh berbuka dan sahur sama2 dengan Awish. Dia nak sangat" ujar aku ceria dan duduk di sebelahnya.

"Awak nak saya cerita kisah apa ni? Kisah cinta nak?"aku gelak sorang2 dan duduk di birai katil sebelahnya.

"Tak ada la kisah cinta, encik suka sukan apa? Bola sepak?"

"Saya tak suka bola, tapi saya suka sukan badminton. Suka tengok la kalau main ke laut jugak..." terus cerita dan aku rasa dia akan muntah kalau dia boleh bangun dan sedar. Hahaha. Siapa suruh baring je jadi, dengar je la apa yang aku duk membebel ni.

"Awish banyak cerita pasal encik pada saya. Saya rasa dia terlalu rindukan encik. Moga cepat sihat ya?" Aku tinggalkan bilik itu dan kemas bilik Awish pula.

Memang dahsyat tahap aktif Awish ni sampai baju terbang sana sini. Hailah,kena leter dia lagi ajar cara kemas bilik ni. Huhuhu. Besar mandat aku kan? Buat macam rumah sendiri.


Aku tumpang gembira dengan Tina bila dia cakap yang dia dah boleh design baju sendiri dan majikan dia suka gila. Aku senyum bangga pandangnya,alhamdulillah, sekarang kami dah mampu bayar duit along gila tu secara ansur2. Paan yang tak balik2 kami tak pedulikan lagi dah. Lantak dia la nak pergi mana pun dan pandai2 lah dia nak hidup sendiri.

"Kenapa kawan kau selalu datang butik tempat aku kerja?" Soal Tina bila kami berdua bersiap nak pergi kerja. Aku sengih sikit sebelum menjawab soalan itu.

"Mana aku tahu. Selalu ke dia datang?"

"Bukanlah hari2 tapi seminggu sekali tu ada kot"

"Dia ada tegur kau ke?"

"Tak ada pun. Masuk je dalam butik lepas tu blah" aku rasa geli usus la pulak dengar cerita Tina ni.

"Entah,selalu je dia balik villa tu. Dia jumpa awek dia kot" heh! Semedeng je kau balun ya?

"Awek dia? Siapa?" Ha! Tengok respon Tina tu. Jeles la kot.

"Aku cakap je, rasanya hari ni dia datang villa. Nanti aku tanya"

"Hish! Tak payhlah, nanti apa pulak dia fikir"

"Ok, gerak dulu eh" aku sengih dan keluar dari rumah. Hehehe, selamat bercintalah untuk korang berdua ya?

Aku naik motor macam biasa ke villa atas bukit itu. Dah cakap yang Acap ada kat sini hari ni, nanti bolehlah aku perli dia kaw2. Nak usha awek pun tak lepas. Adess!

Aku masuk ke dalam rumah dan pelik bila semua orang ada di rumah tapi ruang tamu kosong. Aku ke dapur dan mak kiah pun tak ada, pak mail pun tak ada jugak. Ada benda buruk jadi ke? Aku berlari naik ke atas dan bunyi bising dari dalam bilik putera buatkan aku rasa jantung aku berdegup laju. Adakah dia dah.....kembali pada Allah?

Aku berdiri depan pintu dengan diam dan ada seorang doktor berdiri di sebelah putera. Awish pun tak pergi sekolah lagi ni. Setelah semua orang sedar kehadiran aku mereka berpaling dan tersenyum dan aku bagai hilang sekejap di dunia bila melihat putera yang selama ini tidur dengan mata terpejam rapat tengah memandang aku dengan mata terbuka luas. Ya Allah, alhamdulillah. Engkau telah angkat dan makbulkan doa Awish. Nenda datang dan memeluk aku erat dalam kesyukuran begitu juga dengan Awish.

"Isteri pesakit?" Soal doktor itu dan semua orang pandang aku. Dahi aku dah berkerut sejuta dah ni ha!

"Saya belum berkahwin dan saya tak ada anak!" Keras dan tegas suara itu. Aku agak terkejut tapi orang lain macam steady je. Doktor itu datang kepada aku dan minta aku berbual dengannya di luar. Nenda dan Acap ikut sama keluar. Aku tak involve la!

"Suami puan mengalami amnesia, perkara yang dia ingat adalah peristiwa 5 tahun lepas, sebelum kehadiran anaknya dan sebelum dia pulang ke Malaysia. Jangan terlalu memaksa mangsa untuk ingat tapi in sha Allah dengan doa dan usaha suami puan boleh sembuh" panjang lebar dia terangkan pada aku buat apa? Aku angguk je la dan biarkan doktor itu terus membebel. Setelah itu doc itu dihantar pulang oleh Acap dan aku pandang nenda pelik.

"Maaf nenda, salah faham kut" terang aku ringkas dan nenda ketawa perlahan.

"Kalau betul pun apa salahnya?"

"Ish, nenda ni. Buat lawak pulak" nenda gelak lagi dan berlalu ke bilik putera tu. Putera amnesia la pulak!

"Kak ipar, jom masuk!" Ajak Acap ceria dan aku rasa nak je tendang dia ni sampai terlekat dekat siling. Senang cerita. Aku ikut masuk ke dalam bilik itu dan Awish peluk aku erat dah mula nak nangis la pulak.

"Daddy tak kenal Awish" ujarnya sebak dan aku usap kepalanya lembut.

"Jom! Mummy beritahu kenapa Daddy tak kenal Awish" aku dukungnya dan dia peluk aku erat. Macam mana nak terangkan kat dia ni? Nak google cari amnesia tu apa ke?

"Dengar mummy cakap ok?" Soal aku pada Awish dan dia angguk faham.

"Daddy tidur lama kan?" Soal aku lagi dan dia angguk faham.

"Kepala daddy luka kan?" Sekali lagi dia angguk.

"Bila kepala daddy luka dan daddy tidur lama, daddy lupa benda yang pernah jadi dulu, daddy tak ingat sangat. Tapi, Awish boleh tolong daddy untuk ingat balik"

"Macam mana?"

"Nanti kita fikir sama2. Sekarang ni Awish kena jugak doa minta dengan Allah. Awish jangan paksa daddy ingat tau. Nanti slow2 daddy akan ingat balik"

"Ok"

"Awish faham?"

"Faham" ujarnya lalu tersenyum. Harapnya dia faham betul2 la nanti lain pulak yang jadi.


Sumpah! Aku rela jaga 10 Awish daripada jaga seorang putera yang entah apa2 perangai dia ni. Langsung tak tunjuk ikon yang baik tau! Dah la perangai entah apa2 entah. Apa jenis orang la dia ni masa sebaya dengan aku dulu.

"You are not my wife!" Tengkingnya dan aku rasa nak je sepak biar dia hilang dari bumi ni.

"Ya! Saya memang bukan wife encik! Tapi, saya ni nurse encik" ha! Diam terus dia bila aku cakap macam tu. Kalau macam ni la perangai dia, aku pun tak inginlah nak jadi bini dia. Buat sakit hati je!  Rasa macam azab je dua minggu aku jaga dia ni.

"I dont want to eat this!" Bentaknya lalu tolak dulang makanan dengan kasar. Aku rasa dah nak meletup ni tapi aku biarkan je dulu dan cuba bersabar.

"Ubat ni encik, makanlah" sua aku padanya lagi  dan dia tepis tangan aku kasar lalu botol ubat tercampak dan semua isi keluar. Ok! Baik aku pun keluar sama sebelum ada gigi orang yang berterabur kat sini.

"Ikut suka hati enciklah!" Balas aku geram dan atur kaki untuk pergi.

"Wait!" Arahnya dan aku berhenti melangkah dan tak pandangnya langsung.

"Call me Tengku!" Ujarya riak dan aku rasa nak muntah on spot! Berlagak punya manusia!


Aku boleh terima bila dia berkasar dengan aku tapi dengan Awish? No! No! No!

"Aku bukan bapak kau la budak!" Jerkah Putera sehingga membuatkan Awish terkelu dan menangis.

"Kau jangan masuk bilik ni lagi! Nak menangis pergi luar! Bingit je!" Jerkahnya lagi dan aku buka pintu tanpa ketukan macam biasa. Aku tarik Awish ke dalam pelukan dan pandang Putera dengan pandangan tajam bak helang.

"Kau pun blah! Semak je!" Dia bersuara keras dan aku letakkan dulang makanan atas meja lalu tarik Awish keluar dari bilik itu. Aku dudukkan Awish di sofa dan kesat air matanya.

"Awish,jangan nangis sayang. Daddy tak sihat kan?"  Pujukan aku langsung tak buat Awish lega malah lebih kuat dia menangis.

"Daddy tak pernah marah Awish" ujarnya sedih dan aku peluknya erat. Geram pulak aku rasa dengan si Putera amnesia tu! Putera tidur lain sedar je hidup happily ever after,yang dia bila sedar je buat org merana kenapa? Sabarlah Awish.


"Abang! Kenapa sampai nak pukul Awish ni?!" Bengang betul Acap bila tengok putera cuba untuk pukul Awish dan untungnya tak sempat.

"Budak ni sibuk duk nangis dalam bilik aku!" Marah putera dan Acap tarik Awish jauh dari abangnya dan peluk tubuh kecil yang ketakutan itu.

"He is your son!" Jerkah Acap dan beredar dari situ bersama Awish. Aku yang sedang curi pandang dari dapur hanya mampu mengalirkan air mata dan tahan sebak di dada.

"Awish, lepas ni jangan masuk bilik daddy lagi"

"Tapi, awish nak tolong daddy sihat"

"Awish..."

"Daddy sayang Awish,daddy tak boleh lupakan Awish" dalam sendu Awish bersuara sedih.

"Lain kali jangan masuk sorang. Ajak mummy ya?"

"Nanti daddy marah mummy"

"Kalau macam tu ajak uncle"

"Uncle tak tinggal sini"

"Ajak oyang"

"Ok" ujarnya dan Acap lega.

"Pergi sekolah ya, pak mail dah tunggu"ujar Acap dan Awish berlari pergi. Acap yang kusut raup mukanya lalu menghempaskan punggung di sofa. Terasa berat kepalanya.

"Air" aku hulurkan air sejuk dan Acap ambil dan meneguknya rakus.

"Perangai abang masa dekat UK dulu dah jadi balik. This is not him now. This is his past. Sebelum dia ambil Awish sebagai anak angkat dia memang dah jauh menyimpang tapi bila kawan baiknya meninggal dan dia ada Awish, dia berubah sampailah sekarang. Masa dia berumur 25 tahun adalah sejarah hitamnya dan kini ia kembali" Acap nampak serabut dan aku tak tahu macam mana nak tolong. Putera tu memang tak boleh dikawal dah la asyik marah2 je. Aku nak bersihkan luka dia pun dia tak bagi.

"I hate this!!!" Terdengar bunyi barang pecah bila Acap dah beredar. Aku berlari naik ke biliknya dan aku  tengok dia sedang megamuk dan kakinya terpijak kaca pasu bunga yang dia pecahkan. Darah dah memenuhi ruang lantai dalam bilik. Aku mendekatinya lalu menghentikan caranya mencabut kaca yang terkena kaki itu.

"Biar saya buat!" Aku bersuara dengan nada tinggi dan dia biarkan.

Aku ambil kain untuk tahan darah yang mengalir dan bantu dia duduk di kerusi. Aku bersihkan lukanya da letakkan ubat lalu membalut kakinya dan kemudian membersihkan kaca dan darah di dalam biliknya. Setelah selesai semuanya aku terus keluar dari situ dan ke dapur. Kalau ikutkan hati aku biarkan je dia sakit sorang2 kat situ. Geram!

"Pak mail,sedia kereta, saya nak bawak tengku ke hospital" pak mail angguk faham dan aku masuk ke bilik dia tanpa ketukan lagi. Dia yang nak aku buat dia rasa terpaksa kan?so! Lets play the game! Lagipun tinggal berapa bulan je lagi aku nak kena hadap muka dia.

"Saya bawak tengku pergi hospital" aku bersuara lalu keluarkan pakaian yang sesuai. Dia nak protes tapi aku lebih dahulu beredar dari biliknya.

Rasakan!

Bila aku masuk balik ke biliknya dia masih boleh buat bodoh je? Aku mendekatinya dan cuba bukakan bajunya dan dia yang terkejut mengelak. Heh! Aku acah je. Hehehe

"Aku buat sendiri" ujarnya kasar dan dia terus buka baju! Adoi! Kot ya pun tunggulah aku keluar dulu.

Aku berdiri agak jauh dari dia dan tunggu dia di satu sudut. Bila dia selesai dan mula berjalan, kakinya terhincut hincut dan nak tak nak aku kena jugak tolong dia berjalan. Dah la berat macam batu walaupun dah 4 bulan tidur.

"Kau nak biar aku pergi sorang?" Soalnya pada aku dan aku garu kepala. Perlu ke aku ikut dia? 

"Masuklah!" Terus dia tarik tangan aku dan aku tak sempat nak buat apa pun. Beraninya dia! Haram tahu tak!

"Gerak!" Arahnya dan pak mail terus hidupkan kereta dan bergerak pergi. Aku jeling dia yang asyik duk pandang luar je dari tadi.

"Betul ke aku amnesia?" Soalnya pada aku dan aku rasa janggal pulak nak borak dengan dia.

"Aku tanya kau ni! Kau ingat aku cakap dengan jalan ke?!" Soalnya garang dan aku terkejut. Ish! Garang sungguh!. Bukan aku je terkejut pak mail pun terkejut sama. Aku rasa nak je tumbuk orang hari ni dan dia adalah mangsa pertama aku kot.

"Ya" aku jawab perlahan dan dia buat muka tak percaya.

"Habis tu, kenapa aku ingat nenda dengan Acap? Betul ke kau ni isteri aku? Betul ke budak tu anak aku?" Eh! Bila masa pulak aku kawin dengan dia! Dia ni!

"Awish anak tengku. Saya, bukan isteri tengku. Saya nurse tengku je!" Aku tegaskan pada dia dan dia angguk faham la kot.

"Logiklah, takkan aku nak kawin dengan orang macam kau ni, selekeh" badai apakah ini Ya Allah, mulut dia ni memang mintak tempah batu nisan ke apa? Aku membuang pandang ke luar tingkap dan malas nak jawab soalan dia tu. Sakit hati!

"Kalau kau bukan isteri aku,siapa mak budak tu? Kenapa dia panggil kau mummy?" Haish! Yang ni perangai sama dengan Awish, sibuk nak bertanya aje. Macamlah aku kenal dia selama ni.

"Parent Awish dah meninggal"

"Parent? Habis tu, kenapa dia panggil aku daddy?" Aku garu kepala yang serabut,bukan sebab gatal dah ni.

"Saya rasa baik tengku tanya nenda, nenda lebih tahu" aku jawab malas dan dia tak puas hati dengan jawapan aku.

"Aku tanya kau jawab je la! Apa yang susah?"

"Saya kenal tengku empat bulan je tu pun 3 bulan lebih tengku tidur je. Saya hanya rawat tengku"

"Aku bukan tidur, aku koma!"

'Sebab tu sewel tu' ish! Geram pulak aku dengan dia ni. Aku diamkan diri dan biarkan dia membebel sepuas hati. Setelah sampai di hospital kami berdua berjumpa dengan doktor.

"Suami puan ok, luka di kaki dia pun tak dalam jadi tak perlu jahit, puan dah rawat kan?" Ujar doc lelaki itu sopan dan aku senyum.

"Dia bukan suami saya, majikan saya" aku maklumkan pada doc itu sementara kaki Putera di balut oleh  seorang nurse.

"Maaf, ingatkan suami"

"Tak nak suami garang macam tu" aku berbisik dan doc itu tergelak kecil. Mengadu kau ya Irin.

"Elakkan makan makanan yang boleh lambatkan proses penyembuhan." Ujar doc itu lagi dan aku angguk faham. Setelah kami berbalas senyum aku keluar dari ruangan doc itu dan pak mail memapah putera ke kereta. Aku ambilkan ubat dan kemudian menyusul ke dalam kereta.


"Daddy, kenapa dengan kaki daddy ni?" Soal Awish risau bila tengok kaki daddynya berbalut.

Awish sendiri dah tak berani nak berdiri dekat dengan putera dan aku juga tak benarkan, baran si Putera tu bukannya boleh ukur dibuatnya melenting naik tangan kat Awish pulak.

"Awish, meh tolong mummy bersih luka daddy" aku ajaknya dan dia dengan ceria berlari anak ke arah kami. Terus dia bersila di depan aku dan aku senyum pandangnya lalu usap lembut kepalanya.

"Kau saja nak bagi aku sakit ke?" Soal putera kasar bila aku ajak Awish sama. Ei! Mulut dia ni aku bakar baru tahu.

"Awish, baca bismillah" ujar aku dan Awish hanya menurut, pedulikan putera amnesia dan panas baran ni. Awish yang tukang tiup kot2 daddy dia ni sakit buat aku rasa kelakar.

"Hati2 mummy" ujarnya pada aku dan aku angguk faham.

"Ya Dr. Awish!"

"Mummy nak Awish jadi doc ya?" Soalnya pada aku dan aku senyum.

"Mummy tak kisah, yang penting Awish happy"

"Kalau daddy dengan mummy happy, Awish pun happy" ujarnya lagi dan aku sebak. Anak yang terlalu baik Ya Allah.

"Dah, aku nak tidur" ujar Putera kasar dan aku tarik Awish menjauhi dirinya. Dasar hati batu tuan kayu!

"Awish pergi siap solat zohor, mummy nak tengokkan daddy" Awish angguk faham dan bergerak ke biliknya. Aku masuk ke bilik putera dan sediakan sejadah kepadanya.

"Solatlah tengku" ujar aku sebaris dan keluar. Dia tak pernah solat sejak sedar hari tu dan aku rasa terkilan sangat dengan sikapnya itu.


Dah kenapa pulak dia ni tak nak pakai baju? Seminggu dua ni asyik nak menyusahkan aku je kerjanya. Mesti ada je benda yang dia nak buli aku dan marah aku tanpa sebab. Putera Sewel! Kalau macam ni baik dia tidur je tak payah bangun nanti aku sediakan keranda kaca terus!

"Where are you going?" Soalnya bila aku nak berlalu pergi. Aku pandangnya sekilas dan aku sebenarnya agak segan nak tengok dia yang dalam keadaan menyesakkan pandangan tu.

"Keluar, nanti tengku siap pakai baju saya masuk balik" aku jawab jujur dan selamba habis.

"Kenapa nak keluar?" Soalnya pada aku balik.

"takkan nak tengok tengku pakai baju" aku jawab selamba lagi. Dah pehal pulak dia ni?

"Sebab kau tergoda tengok badan aku kan?" Ok! Terlekat tulang gajah kat sini! Aku buat muka macam hampir pengsan tapi baik aku simpan ayat pedas tak berlapik dalam mulut aku ni.

"Saya keluar dulu" aku pinta izin lagi dan ingin berjalan pergi.

"Wait, mesti kau bangga kan dapat tengok aku dalam keadaan macam ni." Ok! Dah kenapa aku mesti bangga? Rasa nak koma macam dia lagi adalah.

"Saya nak tanya tengku sikit, sepanjang 3 bulan tengku tidur, 2 bulan darinya saya yang rawat tengku. Jadi siapa yang akan urus tengku? Saya kan? Siapa yang akan mandikan tengku? Saya kan? Siapa yang ganti baju tengku? Saya kan? Bukan je apa yang saya nampak sekarang ni je pernah saya tengok. Dah macam2 saya tengok. Tengku nak saya ungkit ke? Bukan je tengok, tangan ni jugaklah yang urus, rawat, dan mandikan tengku tau!" Ha! Ambik kau sebijik. Diam krik krik kau. Paling tak boleh blah, muka dia dah merah padam. Hahaha. Gelak jahat Irin sebab dah boleh buat dia diam terus. Padan muka! Ingat aku heran? Pirahhh.

"Out!" Jeritnya dan aku dengan bangga keluar dari bilik dia. Hihihi.

"Kenapa tu? Soal nenda pada aku"

"Tak ada apa, macam biasalah,angin dia tu tak pernah baik"

"Terima kasih masih lagi bersabar"

"Tugas Irin nenda, lagipun jaga orang tua tak susah mana pun" aku jawab selamba dan nenda tergelak kecil.

"Nenda harap sangat Rian cepat sembuh" "in sha Allah, sama2 kita doa. Irin pun teringin nak tengok Awish happy"

"Nenda pun sama"

"Sama2 kita doa daddy Awish sihat balik"

"Amin" aku aminkan benda yang baik. Teringin jugak nak kenal putera tu versi baik ni tak,versi jahat dan garang gila. Memang tersilap potion masa sedar dari tidur yang panjang ni. Hihihi. Ke tersilap cium? Hahaha.

Seronok sangat main air si Awish dengan Acap ni. Aku turun untuk menyuruh Awish naik mandi dan makan tapi lain pulak jadinya bila Acap siram aku sekali.

"Acap!!!" Ha! Berdesing kau telinga dorang dengar suara emas aku. Lepas tu boleh dia bantai gelak. Ish! Susah ni nak layan angau orang tengah bercinta.

Jadi, mulalah episode kejar mengejar dan siram menyiram di laman rumah ni. Habis basah semua baju dan tawa kami bertiga memang menggamatkan suasana villa. Tanpa disedari kami diperhatikan dari beranda oleh putera amnesia tu!

Tengah syok main tiba2 terdengar bunyi barang jatuh dan pecah, Awish terus peluk aku erat kerana ketakutan. Satu per satu barang terbang keluar dari beranda dan pecah sebaik jatuh ke tanah.

"Abang! Stay here!" Arah Acap dan aku hanya mampu angguk. Dah kenapa pulak sang putera mengamuk hari ni. Aku menarik Awish supaya berada agak jauh dari situ dan dia menangis.

"Nak daddy lama" ujarnya lalu peluk aku erat. Ya Allah,engkau angkatlah kata2 ini sebagai doa dan engkau makbulkanlah. Aku tutup telinga Awish daripada mendengar pergaduhan besar di beranda dan bila suara nenda kedengaran aku turut sama menangis. Ya Allah apa dah jadi ni?

"Irin! Siapkan Awish. Aku tunggu kau kat hospital" ujar Acap yang sedang mendukung nenda yang sudah tak sedarkan diri.

"Baju aku sekali" arah Acap lagi dan terus memecut pergi.

"Oyang!" Panggil Awish dan aku mendukungnya masuk ke dalam rumah dalam keadaan basah.

Pedulikan yang lain dan pedulikan putera yang sedang berdiri di ruang tamu. Kalau ikutkan hati aku tembak dia ni.

"Awish mandi,mummy nak ambil baju uncle" aku terus ke bilik Acap dan ambil barangnya lalu ke bilik Awish dan awish sudah selesai memakai baju.

"Jom!" Aku tarik tangan Awish dan menuruni tangga dengan laju. Tapi, takkan nak bawak Awish naik motor kot.

"Masuk!" Tiba2 je ada suara lain. Pak mail dan mak kiah cuti hari ni kalau datang pun esok pagi. Masalah pulak ni. Belum sempat aku buat apa2 Awish diangkat masuk ke dalam kereta dan dia tak menolak. Hanya diamkan diri je.

"Tengku pergi dulu, nanti saya susul"

"Kau nak masuk cara baik atau cara budak tu tadi?"soalnya tegas dan aku terus masuk ke dalam keretanya.


Sebaik tiba di hospital setelah mengetahui keadaan nenda stabil aku rasa lega dan bersyukur sangat. Aku hanya mampu berdiri di lobi kerana basah ni, memang tak boleh nak masuk pun. Aku imagine Acap akan turun dan aku akan balik untuk tukar baju dulu tapi lain pulak bila si putera yang turun.

"Masuk kereta, aku hantar kau balik!" Ayat berunsurkan arahan itu buat aku tak berani nak menolak dan ikutkan je apa yang dia mintak. Setelah aku tunjukkan jalan ke rumah aku dia hentikan kereta di depan pagar rumah.

"Aku tunggu sini" ujarnya kasar dan aku terus turun dari kereta. Kalut aku masuk bilik tukar baju dan kemas baju sikit.

"Tina,nenda masuk hospital. Apa2 nanti aku call kau eh. Kau ok ke duk sorang ni?"

"Aku ok. Apa2 nanti call tau" aku angguk faham dan bergerak masuk semula ke dalam kereta putera ni. Setelah itu kami maju ke hospital.

Alhamdulillah sangat nenda dalam keadaan stabil dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Abang tunggu nenda kejap, Acap nak hantar Irin dengan Awish. Awish dah tidur ni"

"aku hantar dorang. Kau tunggu sini" badan kecil Awish yang lena di sofa diangkat dan di dukung. Walaupun dalam kedaan darurat aku bahagia Ya Allah. Sekurangnya dia sudi memegang anak itu.

"Acap, apa2 nanti call tau" pesan aku pada Acap dan berlari anak kejar langkah laju si putera tu.


Sebaik tiba villa Awish ditidurkan di biliknya dan aku? Mestilah tidur sebilik dengan Awish.

"Aku pergi hospital" ujarnya sebaik sampai dan aku bagaikan nak pengsan. Kenapa? Sebab aku dengan Awish je ada kat villa besar gedabak ni malam ni. Bukan niat aku nak menggedik tapi aku memang cuak dan takut.

"Tengku, boleh tak kalau tengku tunggu saya tidur dulu, saya takut" pinta aku padanya dan dia berkerut. Tahan marah ke apa?

"10 min untuk kau tidur" ujarnya kasar lalu duduk di sofa depan bilik Awish. Ok la tu.

Aku masuk ke dalam bilik dan terus kunci pintu. Lelaki tetap lelaki.  Bila aku lelapkan mata aku masih dapat dengar suara dia bercakap dengan seseorang dengan fon,mungkin Acap kot. Baik aku tidur sekarang sebelum tamat 10 minit tu.

Entah bila aku tidur sedar2 je dah azan subuh dan aku bangun untuk solat. Setelah aku solat aku kejutkan Awish untuk solat pula.

"Awish,bangun solat" dia merengek manja dan tak nak bangun. Hailah, comel betul budak ni.

"Bangunlah,kata nak jadi orang baik" pujuk aku lagi dan bermain dengan telinganya. Senyuman kecil terukir dibibirnya buatkan aku rasa bahagia dan pagi aku lengkap.

"Bangun ya?" Tanya aku pula dan dengan malas dia bangun dan angguk. Aku cium dahinya dan usap lembut kepalanya.

"Bagus! Pergi solat,lepas tu mummy bagi Awish tidur kejap sebelum mandi nak pergi sekolah"

"Yay! Sayang mummy,sama macam daddy dulu"ujarnya lalu cium pipi aku. 'Daddy dulu' ? Ya Allah.

Setelah dia selesai solat tak sempat doa apa pun terus panjat katil nak tidur balik. Bertuah punya budak kecik dengan sejadah tak lipat,kopiah tak buang. Comel sungguh!

Aku lipatkan sejadahnya dan ambil kopiahnya untuk disimpan. Setelah itu aku bersila disebelahnya dan membaca sedikit ayat Al quran.

Bila jam tepat pukul 6 aku dengar pintu utama villa dibuka. Ok! Apakah? Gila tak cuak? Aku keluar dari bilik Awish dan dapati putera ada lagi di sofa dan lena macam tu je. Heh. Aku punya la takut semalam lepas 10 minit. Ingatkan dia pergi rupanya dia yang selamat kat sini. Aku tepuk dahi sendiri dan aku tahu,aku mungkin demam hari ni. Sebab rasa berat kepala aku ni ha.

"Tengku, bangun. Saya ada dengar pintu terbukak"aku mengejutnya dan dia berpisat bangun. Siap genyeh mata macam budak kecik lagi. Comel la jugak. Hew hew hew.

"Apa?" Soalnya dengan suara serak baru bangun tidur. Heh. Senyum dah la Irin oi!

"Saya dengar bunyi pintu"

"Bila?" Soalnya dan bersedia untuk letak kepala balik.

"Tadi. Jom pergi tengok" ajak aku risau. Takut tapi nak tahu apa tu? Buatnya pencuri macam mana?

"Ya lah" dengan malas dia bangun dan terus turun dengan selamba. Sepatutnya prepare la kayu golf ke,kayu hoki ke? Ok jugak. Dah la laju je dia jalan ke depan dan terus menonong ke dapur. Ish! Aku pulak yang kena berlari kejar dia ke dapur.

"Hantu meletup!!!" Aku terlatah bila ada orang sergah aku. Sumpah! Aku rasa nak pengsan je sekarang ni!

"Banyak la kau hantu. Mak kiah ni, dah tepi, aku nak sambung tidur" aku beri laluan padanya dan rasa nak je pelangkung dia ni hidup2. Ei! Bengkak pulak hati kita ni.

"Mak kiah,takutnya Irin" mak kiah senyum dan usap belakang aku.

"Untung tak mati tau. Nanti kalau Irin jadi hantu Irin cekik2 dia!" Ha! Kan dah tunjuk aura geram ni. Mak kiah dan pak mail boleh pulak layan gelak. Geramnya.


Aku rasa memang tak larat sanagt dah ni nak gerak sana sini. Berbalam mata aku ni ha. Awish dah pergi sekolah, baguslah.

"Irin tak sihat ni,muka merah je" tegur mak kiah bila aku tolongnya di dapur.

Dah tak ada benda lain nak buat,orang yang nak kena jaga dah sihat walafiat, siap boleh kenakan orang lagi pagi tadi. Tapi! Aku tetap kena jadi nurse yang memaksa pesakitnya makan ubat! Dah tua bangka pun susah lagi nak makan ubat! Menyusahkan orang betul la!

"Sihat je mak kiah, nak masak apa ni?"

"Sup herba, untuk dato"

"Ok"

"Boleh Irin minum sama."

"Irin ok la mak kiah"

"Panas badan kamu ni"

"Ok, betul!" Aku senyum walaupun tak larat nak gerakkan rahang ni.

"Irin ni degil. Memang patutlah jaga si Rian tu. Degil jugak" eh! Nak samakan kita dengan si putera amnesia tu pulak. Tak nak!

-Adrian-

"Ya Acap, nanti aku pergi. Aku nak kena settle hal ofis jap. Nenda dah sedar?"

"Ya! Nanti aku bawak sekali minah tu"

"Bye!" Telefon dimatikan dan diletakkan ke dalam poket seluarnya lalu Adrian keluar dari rumah. Belum sempat dia masuk ke dalam kereta mak kiah berlari mendapatkannya.

"Rian!"

"Ada apa mak kiah?" Soalnya ringkas.

"Irin pengsan" belum sempat mak kiah beritahu lanjut terus Rian berlari masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur. Badan Irin yang terlentok di lantai terus diangkat dan dibaringkan di atas sofa.

"Mak kiah, dia demam ni" ujar Rian dan mak kiah angguk faham.

"Rian,kut ya pun bukak la kasut dulu". Rian pandang kakinya dan dia tersedar. Laju dia tanggalkan kasut dan letakkan di luar. Setelah itu dia masuk semula ke dalam rumah dan bergerak ke dapur.

"Mak kiah, mana ais?"soalnya melaung dari dapur.

"Bahagian atas tu" Rian ambil dan terus ke ruang tamu balik.

"Mak kiah, ambilkan tuala" pinta Rian lagi dan mak kiah hanya menurut. Setelah itu kepala Irin diletakkan tuala basah dan dia duduk di sofa sebelah Irin.

"Patut ke saya angkat ke bilik?" Soal Rian pada mak kiah yang sedang merawat Irin.

"Elok juga, nanti sakit badan tidur atas sofa ni"

"Ok" Rian angkat badan kecil Irin lalu diletakkan di bilik tetamu.

"Mak kiah rawat la dia. Kalau ada apa2 panggil je saya kat bawah" setelah itu Rian terus turun ke ruang tamu balik.
Masa berganjak ke pukul 12 dan Awish juga telah pulang dari sekolah.

"Mak Kiah, mana mummy?" Soal Awish sebaik sampai, Rian yang sedang membaca akhbar hanya di pandang kerana takut untuk didekati.

"Mummy kat atas, dalam blik tamu. Mummy tak sihat"

"Ya? Patutlah tangan mummy sejuk je" Awish tinggalkan beg di ruang tamu dan berlari naik ke bilik tetamu dan Rian ikut sama naik.

-Irin-

"Mummy" lembut suara itu menyapa telinga aku dan serta merta aku rasa sihat semula.

"Awish, anak mummy. Dah balik?" Soal aku mesra dan mencium dahinya.

"Mummy demam? Dah makan ubat?"

"Dah sayang, nak tahu siapa bagi mummy makan ubat?"

"Mak kiah?"

"Daddy!" Aku berkata ceria. Bukan ceria kerana putera berikan aku ubat tapi kerana aku nak Awish rasa yang Putera bukanlah garang sangat. Aku tak nak Awish semakin lama semakin takut dengan dia,nanti bila dia dah sembuh, mesti Awish takut jugak.

"Daddy?" Soalnya terkejut.

"Iya, bukan je dia bagi mummy makan ubat, dia suapkan mummy bubur lagi"

"Ya? Daddy lama dah balik?" Soalnya ceria. Aku senyum dan usap kepalanya.

"Daddy lama ke baru ke,semuanya daddy Awish. Sekarang daddy keliru dan tak sihat,sebab tu daddy marah2."

"Tapi, dulu, bila daddy sakit daddy tak pernah pun marah2" aku diam pula.

"Sebab ni sakit lain. Bagi masa kat daddy tau. Jangan putus doa. Mummy tahu yang Awish dah tak doakan daddy kan?" Awish tunduk pandang lantai. Aku senyum lalu cium pipinya.

"Siapa lagi nak doakan daddy kalau bukan anak yang soleh?"

"Ya, lepas ni Awish doa. Awish takut"

"Tak yah takutlah, Dr. Awish ni kan hero"

"Hero! Macam ultraman ya mummy?"

"Bukan, hero mummy la." Dia ketawa senang dan aku tersenyum.


"Budak! Meh sini!"

Ish! Geram sungguh aku dengan dia ni. Tak habis2 nak panggil si Awish ni dengan nama budak. Tapi dia dah banyak berubah kot. Bahasa masih kasar tapi takdelah berkasar dengan Awiah sangat dan sekarang ni. Dengan aku memang tak habis2 dia nak buli aku.

"Ya daddy?" Soal Awish yang semakin rapat dan senang dengan Putera walaupun putera tu layan dia macam kawan. Apa2 je lah.

"Irin, apa yang dua orang tu nak buat?"  Soal nenda lalu duduk di sebelah aku. Aku senyum segaris dan tuangkan air ke dalam cawan.

"Entahlah nenda, tengku bukannya layan Awish macam anak tapi macam kawan"

"Ok la tu. Rian memang tak sukakan budak2 sangat. Sebelum ada Awish, Allah je tahu betapa nenda risau dengan hidup Rian. Gaya hidup tak macam orang. Solat tak nak. Tapi nenda bersykur jugak yang dia tak minun arak dan berzina tu semua"

"Oh, patutlah susah sangat nak suruh dia solat"

"Menyesal nenda hantar dia pergi luar negara"

"Nenda,benda dah lepas."

"Hurm. Awish ada dalam diri Rian. Kadang2 nenda rasa yang Awish tu memang anak Rian."

"5 tahun tengku jaga Rian sorang diri. Mesti jatuh kuah tu ke nasi" macam pelik je aku punya peribahasa ni.


Aku dan Acap sembang kosong di dapur sementara Awish di ruang tamu dengan nenda.

"Kau bagi racun apa kat abang aku?"

"Kau ni! Fitnah apa pulak?"

"Ke kau mandrem abang aku?" Soalnya lagi lalu ketawa. Aku angkat sudip nak pukulnya tapi giat pulak dia gelak. Kurang asam punya Acap.

"Ke kau bercinta dengan dia?"

"Acap!" Geramnya aku. Tak kuasa la mak  nak bercinta dengan putera amnesia tu!

"Rapat eh sekarang. Keluar sama2. Bawak Awish jalan2. Ada something eh?" Aku angkat pinggan dan pukul lengan Acap geram. Dia ni memanglah menyakitkan hati!

"Kau suka abang aku eh?" Ya Allah dia ni. Aku ambik tomato dan acah nak baling dia tapi boleh dia ketawa sakan.

Geram betul aku dengan dia ni jadi nak tak nak aku baling jugak tomato tu tapi tak kena. Tapi!!! Putera yang sambut tomato tu dan aku diam terus. Matilah.

"Ya la tu, kan?" Soal Acap mengusik lagi tanpa sedari abangnya kat belakang.

"Kalau nak berdrama! Kat taman!" Tegas dan keras suara itu kedengaran dan Acap pandang belakang.

Tomato yang disambut tadi dihempas atas meja sehingga agak pecah sedikit. Erk! Habislah aku mesti kena marah lepas ni.

"Habislah aku"

"Kenapa tak cakap dia ada kat belakang?"

"Tak sempat"

"Adoi!"


Waktu lunch semua orang senyap je dan muka paling tegang ialah putera. Semua orang diam dan makan je tanpa buka mulut lagi dah. Aku yang berada di sebelah Awish suapkan Awish makan dan kadang2 mata aku melirik pada Acap. Nenda macam biasa diam je. Acap pun hari ni tiba2 je tak kerja datang lepak kat sini.

"Rian dah kenyang" putera tinggalkan meja makan dan naik ke biliknya. Kenyang apa kalau nasi tak luak pun.

"Awish makan ya, mummy nak bagi ubat dekat daddy"aku senyum dan ke sinki untuk basuh tangan.

Ubat putera di ambil dan aku naik ke biliknya. Setelah ketuk pintu tiga kali aku buka pintu dan tengok dia sedang baring di atas katil. Tak kan tak sihat kot.

"Ubat tengku" aku bersuara perlahan dan suakan ubat padanya bersama segelas air. Dia capai ubat tu dan baling keluar tingkap. Eh! Dah datang balik dah perangai hantu dia yang entah apa2 tu.

"Tengku"

"Leave me alone!" Ha! Dah jadi warga asing dah! Dua minggu lepas dah skip ubat asyik duk sakit kepala jugak.

"Makan la, nanti sakit kepala lagi"

"Kau peduli apa Kalau aku mati sekalipun"

'Dah mati tanam la' ei! Geram pulak aku nak cakap macam tu. Apa punya orang la dia ni. Angin entah apa jenis bertukar tukar tak ikut masa sampai nak ramal pun susah.

"Saya tinggalkan ubat kat sini" aku berjalan keluar dari biliknya dan mengelengkan kepala dalam hati dah berguni aku kutuk dia. Hahaha.


Semakin lama semakin teruk pulak perangai si putera ni. Mentang2 dah ada kawan sekarang dah pandai lepak night club. Apakah??? Sejak minggu lepas dia dah mula aktiviti pelik ni dan aku confirm ni mesti kes pengaruh rakan sebaya dia kan?

Aku yang kebetulan berada di luar ternampak keretanya yang parking di depan sebuah kelab malam. Ok! Seriously aku kecewa habis! Kenapa pulak nak kecewa? Tak payah fikir banyak la Irin baik kau teruskan hidup kau macam biasa dan habiskan kontrak setahun kau dengan segera. Nanti mesti aku tak dapat jumpa dengan Awish lagi. Mesti aku akan rindu dia kan?

"Cik adik, lawa tudung. Pink" tegur budak2 jalanan sebaik aku melewati jalan itu. Sebab ni la aku malas sangat nak keluar malam. Aku berjalan dan buat bodoh je, kalau layan budak2 ni aku pun tak lain tak bukan bodoh jugak.

"Amboi! Sombong, dosa tau" usik seseorang dan yang lain ketawa.

Malas aku nak jawab balik nanti ada yang kena khutbah raya kat sini. Aku jalan lagi dan mula rasa terganggu bila ada antara mereka menarik belakang tudung aku. Ok! Yang ni memang nak cari pasal namanya.

"Tolong hormat orang sikit boleh tak?!" Suara aku dah meninggi dan mereka boleh gelakkan aku dan mainkan amaran yang aku bagi. Ingat aku takut ke dengan mereka semua ni. Aku johan silat ok! Johan la sangat.

"Garang! Sombong! Kalau dapat ni selera" ya Allah, selamatkanlah aku. Aku terus berjalan pergi dengan laju tapi mereka tetap cuba untuk menghalang langkah aku.

"Woi!" Satu suara garau kedengaran dan semua berpaling ke sana. Ha? Putera?

"Korang nak apa kacau orang ni?!" Soalnya kasar dan berdiri di depan aku. Gaya dah macam hero habis.

"Kalau rasa tak nak tidur lokap, blah!" Ujarnya lagi dan budak2 tu semua angkat kaki dan pergi dengan muka bengang. Aku pulak malas jugak nak bercakap dengan dia terus atur langkah untuk pergi.

"Mana kau nak pergi?!" Soalnya garang lalu memaut kasar tangan aku.

"Jangan sentuh saya, saya nak balik" aku berjalan pergi dan dia ikut dari belakang. Kenapalah dia ni nak menyibuk pulak?

"Aku hantar kau balik" ujarnya tegas dan aku hanya mampu menurut. Aku pun takut ok nak balik sorang2 malam ni. Bukan je takut orang jahat tapi banyak lagi yang aku takut. Huhuhu. Memang dasar penakut la ni.



Sebaik tiba di depan pagar rumah aku mengucapkan terima kasih dan terus turun dari kereta tapi dia menyuruh aku tunggu.

"Tengku nak apa?" Soal aku malas.

"Kau dengan Acap, ada apa2 ke?" Ha? Apa jenis soalan ni? Am ke khas? Lawak ke fact?

"Kenapa tengku tanya macam tu?" Soal aku balik.

"Aku tanya jawab je lah!" Tengkingnya dan aku pulak yang berasap kali ni.

"Kalau ya sekalipun apa salahnya?" Ha? Salah la Irin. Meraung si Tina tu nanti. Hihihi.

"Salah! Kau tak layak pun untuk keluarga aku. Sedar diri tu sikit!"

Adess! Kurang asam punya orang! Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu berikan aku kesabaran.
Kereta dia yang pergi buatkan aku rasa nak je tendang kereta dia tu. Ingat aku hingin sangat ke jadi adik ipar putera sewel macam kau tu? Tak nak la weh! Boleh terbalik hidup aku nanti.

"Kenapa marah2 ni?"

"Mahu tak marah! Putera amnesia tu gila la! Sombong! Bongkak!" Ei. Geramnya aku rasa sekarang ni. Boleh pulak si Tina tu gelak?

"Tina! Aku tengah marah ni"

"Ya, maaf. Aku rasa kelakar je. Selama ni tak ada lelaki pun yang berani buat kau naik angin"

"Harap dia tu pesakit dan majikan aku tau. Kalau tak dah lama aku bagi makan racun!"

"Dah marah2. Pergi mandi" arah Tina dan aku terus masuk ke dalam bilik. Mandi. Hurm, malasnya nak pergi kerja esok!



Memang aku buat bodoh je dengan putera tu dan aku langsung tak pedulikan dia. Nak makan ubat ke tak nak ke lantak dia la aku dah malas nak pedulikan dia lagi dah! Serabut dan menyakitkan hati!

"Nak milo!"pintanya kasar dan aku ambil cawan lalu tuangkan milo dan sambung buat kerja dapur lain.

"Nak yang panas" aku tahan marah dan bancuh milo lain untuknya pula.

"Ikut aku!" Arahnya pula kali ini dan aku pandang mak kiah dan buat muka nak marah. Mak kiah boleh pulak senyum. Ei! Kenapa semua orang rasa yang aku marah ni kalakar? Tak kelakar tahu! Tak buat lawak negeri pun!

"Duduk situ" tunjuknya pada sofa disebelahnya dan aku duduk di depannya.

"Aku tunjuk sebelah, yang kau duduk depan tu kenapa? Nak tunjuk level kebodohan?"

"Saya memang bodoh, dan saya tetap nak pertahankan kebodohan tu" aku jawab balik dan dia tahan marah . Sesedap rasa je dia cakap aku bodoh.

"Kalau setakat nak jeling saya, saya rasa baik saya tolong mak kiah"

"Nenda bayar gaji kau untuk jaga aku kan? Jadi jangan makan gaji buta sangat" bila masa pulak aku makan gaji buta? Dia ni memang tak faham bahasa ke kurang ajar namanya?

"Tengku nak apa?" Soal aku padanya dan dia sengih jahat.

"Basuh kereta aku"

"Ok!" Aku terus angkat punggung dan ke parkir.

Boleh aku sabotaj terus kereta dia ni. Aku basahkan kereta dan ambil air sabun lalu mula membasuh, nenda kata ni kereta yang sama Putera kemalangan dulu. Dia tak ingat ke? Dia ada cakap yang dia selalu sakit kepala tapi suruh makan ubat tak nak! Lantak lah biar dia sakit sorang2. Aku jeling dia yang pandang aku dari beranda. Rasa macam king of narnia ke kalau berdiri dekat beranda macam tu?

"Irin! Basuh kereta?" Soal Acap sebaik tiba di rumah. Berseri seri je ni, mesti baru lepas jumpa Tina. Untunglah orang ada buah hati.

"Haah! Titah sang putera"

"Layankan sangat sewel abang tu. Meh aku tolong" ujarnya lalu mencapai pili air. Ish! Dia ni memang jenis rajin tak bertempat ke?

"Tak payahlah,aku buat sendiri. Kotor baju kau nanti"

"Nah, pegangkan" dia beri aku kotnya dan dia terus membasuh kereta. Hailah dia ni. Aku sidaikan dia punya kot dan ambil pili air semula.

"Kalau kau tak bagi aku buat kerja ni aku siram kau!" Ugut aku dan Acap buat gaya menyerah kalah. Dia ni memanglah!

"Nah!" Eh,bunga? Apesal pulak bagi kat aku ni? Teragak agak aku nak ambilnya.

"Red for love, yellow for bestie" ujarnya dan aku senyum lalu mengambilnya.

"Thanks, apesal sweet2 je ni?"

"Tina dah terima lamaran aku. Lunch tadi dengan nenda, nenda pun suka Tina sangat. Nenda nak aku kawin cepat2"

"Alhamdulillah! Congrats bro!"

"Malam ni kau tidur sini eh, teman Awish. Nenda ada hal luar negeri. Malam esok ada dinner sikit. Nak kenalkan Tina"

"Wah! Laju kau eh! Ok, malam ni aku tidur sini, nanti aku cakap kat Tina"

"Tak payah risau. Tina tidur butik, dia ada tempahan nak siapkan "

"Amboi! Advance kau ya. Ok!"

"Tak sabar nak kawin!" Ujarnya lalu kenyitkan mata gatal. Aku angkat tangan dan buat2 nak lempangnya. Ei! Geram pulak aku rasa sekarang ni. Dasar tak makan saman punya budak!



Dalam pukul 1 pagi aku tersedar dan rasa dahaga sikit. Jadi aku turun ke dapur untuk minun air. Aku hanya memakai tudung biasa kerana dah lewat malam dan semua orang dah tidur.

Sebaik aku keluar dari dapur dan berjalan naik ke bilik Awish aku terdengar sesuatu dari bilik Putera. Macam bunyi benda jatuh. Aku beranikan diri untuk jenguk dia dan aku perasan yang dia dah jatuh terbaring di lantai lalu aku terus masuk untuk membantunya bangun. Sebaik dia mampu berdiri aku terasa aneh bila tangannya merangkul aku erat. Sumpah aku cuak gila!

"Tengku! Lepaskan saya" aku cuba untuk lepaskan diri tapi tak berjaya. Aku terkejut dengan tindakannya dah gaya macam orang mabuk. Ya Allah, selamatkanlah aku.

"I want you" ujarnya lalu aku ditolak kasar ke katil. Belum sempat aku nak bangun dia dah menindih aku sepenuhnya dan tangan aku dicengkam kuat. Nak menjerit juga aku sudah tidak terdaya kerana dia menindihku sepenuhnya.

"Allah..."hanya itu yang aku mampu ucap dan air mata aku mula mengalir dengan laju. Janganlah dia rampas hartaku yang satu ini ya Allah.

"Tengku! Tolonglah sedar"rayu aku padanya yang dah macam luar kawal.

"Lari...." hanya itu yang aku dengar dari mulutnya tapi masakan aku lari bila dia masih lagi mencengkam aku kuat sehingga tiada ruang untuk aku bergerak.

"Tengku! Tolonglah" rayu aku lagi dan air mata dah basah menuruni pipi. Hanya doa di dalam hati aku mampu titipkan sekarang ni.

"Abang!" Entah dari mana Acap datang terus dia tolak putera sehingga jatuh dan aku terus turun dari katil dan memeluk tubuh di satu sudut. Ya Allah.

"Abang dah gila ke?!" Soal Acap keras lalu menumbuk abangnya sendiri dan aku yang sudah tak tahan hanya mampu berlari keluar dari rumah besar itu.

Biarlah aku terus pergi dari villa ni. Motor aku hidupkan dan terus meninggalkan villa itu. Aku dah tak peduli lagi apa nak jadi sekarang ni. Tergamak dia cuba rampas maruah aku! Tergamak dia ya Allah! Hanya air mata yang memahami diri aku sekarang ni dan aku tak sanggup nak pandang muka dia lagi! Aku tak nak!



Peristiwa malam tadi hanya diketahui Acap dan Tina. Cukuplah hanya mereka berdua yang tahu dan aku minta Acap sampaikan pesan terakhir buat nenda dan Awish. Sejuta maaf aku mohon dari aku kepada mereka berdua. Aku tak sanggup lagi nak jejakkan kaki ke villa itu lagi.

"Kau cakaplah mana kau nak pergi" pinta Tina pada aku sedih.

"aku akan balik bila aku dah lupakan semua ni"

"Irin, maafkan abang aku"

"Aku tak nak fkir pasal benda ni. Anggap je aku tak pernah kenal abang kau. Jangan beritahu nenda hal ni. Kau cakaplah yang aku terpaksa pergi. Kebanyakan gaji aku dalam akaun tu aku tak guna pun. Aku serahkan pada Tina dan kau kembalikan pada nenda"

"Irin, Awish?" Soal Acap lagi.

"Cakap kat Awish yang aku akan selalu ingat dia. Cakap dekat Awish, jadi anak yang soleh. Aku sayang dia"

"Irin, jaga diri nanti" Tina peluk aku erat dan aku balas pelukannya erat. Berat hati nak melangkah pergi tapi lagi berat jika aku masih di sini.

Setelah aku memasuki teksi itu, dengan harapan aku tinggalkan semua yang pahit di sini dan bermula lagi sekali. Ya Allah, aku mohon dariMu. Permudahkanlah.



Acap tak boleh tahan amarahnya lalu serang Rian yang baru shaja sedar dari tidur. Kolar baju Rian ditarik kuat sehingga Rian terdorong ke depan.

"apesal kau ni?" Soal Rian bengang

"apesal?! Abang tahu tak apa yang abang dah buat semalam?!"

"Apa yang aku buat?!" Suara mereka berdua dah sama tinggi.

"Abang minum air setan tu kan?!" Memetir suara Acap kali ni.

"Tolong sikit! Aku tak pernah sentuh pun air tu!"

"Jadi abang buat dalam sedar la ya?!" Rian keliru habis dengan apa yang dimaksudkan dengan Acap.

"Apa kau cakap ni?!"

"Abang dah hampir noda dia semalam!" Satu tumbukan padu singgah di pipi Rian sehingga Rian jatuh dari katil dan Rian bertambah bingung. Rasa berat dikepalanya buat semuanya semakin kabur.

"Apa aku buat?" Soal Rian masih lagi keliru dan Acap juga hairan. Jika bukan kerana arak dan dalam sedar,kenapa Rian bertindak begitu. Dia percaya yang Rian tak minum kerana tak ada bau arak pada mulut dan pakaian Rian.

"Sumpah! Aku tak ingat apa2" Rian menguak rambutnya dan Acap berpeluk tubuh di satu sudut.

"Bangun! Kita pergi klinik!" Acap tak cakap banyak terus tarik tangan Rian keluar dan mereka terus menuju ke sebuah klinik.

Setelah urine test dijalankan Acap dan Rian tunggu di bilik seorang doktor. Rian yang masih lagi samar2 dengan kejadian semalam hanya mampu menahan sakit kepalanya.

"sah, sejenis ubat untuk mengkhayalkan. Encik Rian ada ambilnya ke?"

"what?! I hate pills and how can i take such pills?  Nonsense!" Rian yang serabut terus naik angin dan keluar dari ruangan itu. Setelah ucapkan terima kasih Acap mengejar langkah Rian ke kereta.

"Abang sure tak ambik?" Soal Acap tak percaya.

"Aku tak ambik la! Aku nak ambik untuk apa?!"

"Habis tu, macam mana abang boleh telan?"

"Dah la soal! Aku dah la serabut ni!" Marah Rian dan Acap hanya diam dan turut sama berfikir tentang hal itu. Apa yang terlintas di otak Acap hanyalah. Sabotaj!



Suasana makan malam bersama Tina sepi sahaja dan Rian tiada di rumah. Entah mana dia pergi sejak petang tadi.

"Nak mummy" ujar Awish sedih dan Acap hanya mampu pandang Awish pilu. Tina mengusap lembut pipi Awish dan memeluknya erat.

"Aunty Tina kan ada. Mummy pergi kerja. Nanti mummy balik sini lagi"

"Betul?"

"Iya, tapi Awish kenalah happy macam selalu. Kalau sedih macam ni je mesti mummy tak tenang kerja"

"Betul ke uncle?"

"Ya"

"Betul ya Oyang?"

"Betul" jawab Dato Rahmah pula dan mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

"Harap nenda tak marahkan Irin"

"Nenda tak marah. Nenda tahu yang Irin pergi bukan kerana sengaja. Dia pasti ada sebab kenapa dia mesti pergi.

"Ya nenda" balas Acap lalu bersandar lemah pada sofa.

"Mana Rian? Dari petang nenda tak nampak"

"Entah, dia marah2 tadi lepas tu keluar macam tu je" maklum Acap.



"Siapa yang bagi aku telan pil tu?! Cakap!" Berdesing suara Rian menengking kawan2 nya yang lepak dengannya di dalam club semalam. Semua orang kecut dan takut bila Rian mengamuk sampai macam tu sekali.

"Korang cakap sekarang atau semua masuk hospital nanti!" Ugut Rian lagi keras.

"Lydia!" Akhirnya! Tiga suara menjawab dan mata tajam Rian menghala kepada perempuan yang bernama Lydia itu.

Lydia turut sama cuak melihat tenungan tajam Rian. Rian berjalan dengan laju ke hadapan Lydia dan dia angkat tangan serta merta. Kemudian bunyi kaca pecah kedengaran bila memukul botol arak dengan kuat kerana terlalu geram. Berdarah tangannya tak dihiraukan lagi.

"Apa kau nak?!" Soal Rian kasar.

"Sorry Rian... I... I.... nak you terima I. Tu je"

"Tu je?! Senangnya kau cakap! Kau ni bodoh ke apa?!"

"Rian, I'm sorry"

"Dengar sini! Aku tak nak tengok muka salah sorang daripada korang depan aku lagi! Kalau tak! Bersepai muka korang!" Dengan amarah Rian keluar dari kelab malam itu dan dia terus memandu kereta ke rumah Irin.

Dia perlu minta maaf dan dia nak mintak maaf. Tapi bayangan Irin langsung tak muncul walau sekali. Darah ditangannya mula mengering dan rasa sakit langsung dia tidak hiraukan.

Akhirnya dia tertidur sehingga pagi dan Irin masih juga belum kelihatan. Rian turun dari kereta bila nampak kereta Acap berhenti di depan pagar rumah Irin dan dia berjalan ke sana.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Rian.

"Abang buat apa kat sini?" Soal Acap balik.

"Aku nak jumpa minah tu"

"Irin dah pergi jauh dari sini. Kami pun tak tahu mana dia pergi" Tina yang baru sahaja keluar dari rumah bersuara. Rian pandang Tina dan Acap bergilir.

"Sepupu Irin, tunang Acap" ujar Acap dan Rian terdiam sejenak.

"Bila dia pergi?"

"Pagi semalam. Abang nak apa lagi
cari dia?"

"Ada orang yang kenakan aku. Letak benda tu dalam air aku. Bukan salah aku!"

"Betul ke?"

"Aku dah jumpa orang gila tu."

"Irin dah pergi pun abang" ujar Acap lemah dan Rian yang kecewa habis hanya mampu berjalan pergi ke keretanya semula.

"Betul ke?" Soal Tina tak percaya.

"Ya, kami dah buat test pun
Abang tak pernah ada simpan perempuan selama ni jadi buat apa dia nak pill khayal tu.  Walaupun abang tu macam hantu perangai, arak dan zina dia pantang betul. Katanya arak buat seksa badan, zina cari HIV"  Acap sengih sedikit dan Tina angguk setuju.

"Kenapa dia beria nak minta maaf?mesti dia dah sayangkan Irin"

"Entah, tak tahu nak komen apa"



Seminggu sejak Irin pergi Rian hanya mengurungkan diri dalam bilik dan tak makan mahupun kerja. Hanya berada dalam bilik seorang diri dan kadang2 mengamuk tak tentu pasal. Dah macam tak ada life lagi dah sehingga semua orang mula khuatir.

"Rian, makan skit" pujuk nenda lagi. Dah jenuh nenda pujuk tapi tak sekali pun Rian respon baik2.

"Tak nak! Biar je Rian mati!" Ujarnya lalu baring semula di atas katil.

"Rian nak apa?"

"Minah tu! Rian nak minah tu yang paksa Rian makan!"

"Tengku Adrian! She is not here! Can you think like adult? You are destroying your life!"

"I dont care about myself anymore. I dont want to live anymore"

"Rian! Ingat Allah. Rian mengarut apa ni? "

"Rian nak tidur!" Rian tarik selimut dan tidur balik. Itulah kerjanya sehari hari. Dato Rahmah gelengkan kepala dan turun ke bawah semula dengan muka sedih.

"Abang tak nak makan lagi?" Soal Acap pada nendanya yang kelihatan runsing.

"Tak nak makan, mandi, kerja semua pun dia tak nak. Asyik cakap nak Irin je. "

"Teruk dah abang tu. Kita bawak dia jumpa doktor la nenda"

"Kamu nak kata abang kamu gila ke?" Tinggi suara Dato Rahmah dan Acap tundukkan wajah.

Dia sebenarnya dah buntu dan tak tahu nak buat macam mana lagi dengan Rian tu. Yang dia pasti Rian rasa bersalah dan sayangkan Irin, kerana itulah dia jadi sampai macam ni sekali.



"Oyang!!!" Terdengar teriakan dan jeritan dari laman rumah. Pasti itu suara Awish tapi apa dah jadi.

Acap berlari keluar dan nendanya ikut sama keluar. Nendanya terus rebah bila melihat Rian yang terbaring di atas rumput dengan kepalanya yang berdarah dipangkuan Awish yang sedang menangis. Acap mendapatkan abangnya dan pada masa yang sama dia perlu selamatkan nendanya.

"Mak kiah! Pak mail!" Jerit Acap kuat dan pasangan tua itu berlari ke laman lalu ikut terkejut.

"Daddy terjun uncle! Daddy! Daddy!" Dengan esakan Awish mengejutkan Rian yang dah tak sedarkan diri lagi.

"Pak mail, call ambulans" bergenang air mata Acap melihat keadaan abangnya dan nendanya.

"Mak kiah, mandikan Awish" arah Acap lagi dan dia memangku kepala Rian yang berdarah.

"Abang! Kenapa buat macam ni?" Soalnya sebak dan cuba menahan darah dari terus keluar. Dalam 10 minit ambulans sampai dan Rian segera dibawa ke hospital begitu juga dengan Dato Rahmah.

"Nanti pak mail dengan mak kiah datang sama. Bawak Awish sekali" Acap ikut sama ke hospital dengan ambulans.

Tak putus2 doanya agar kedua orang yang dia sayang selamat.

"Acap,macam mana?" Soal Tina yang terus datang sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Acap.

"Saya nak buat apa sekarang ni Tina?" Terkejut Tina melihat tunangnya yang selama ini kelihatan tegas dan kuat mengalirkan air mata. Sebak rasa dadanya melihat keadaan Acap.

"Kenapa abang buat macam tu?" Soalnya sebak dan terus terduduk di depan bilik ICU. Tina melutut memandang Acap.

"Kalau Awish nampak awak macam ni, macam mana dia nak kuat?"

"Saya pun tak kuat" terasa getar dalam suaranya dan tangan dia juga sudah menggeletar.

"Saya tak kuat Tina!" Air mata Tina terus tumpah tanpa ditahan lagi.

"Percaya cakap saya. Abang dengan nenda awak ok"

"Ok? Nenda tak sedar lagi. Darah banyak gila keluar tadi Tina. Abang tak sedar langsung!"

"Saya tahu awak kuat Acap" pujuk Tina lagi dan Acap gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Keluarga pesakit?" Soal doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan. Terus Acap berdiri begitu juga dengan Tina.

"He is fine, he lost lots of blood but he still in stable condition. Thanks to Allah you are fast. Nothing to be so worry about. He is safe and fine" bahu Acap ditepuk dan Acap tak putus2 ucap rasa syukur lalu berlari ke bilik nendanya pula. Syukur juga nendanya dah sedar dan stabil dia duduk di birai katil dan tangan tua itu dicium berkali kali.

"Abang ok, nenda jangan buat Acap risau lagi"

"Rian ok?"

"ok je, tak ada luka dalam pun."

"Alhamdulillah. Nenda nak tengok keadaan dia"

"Doktor tak kasi lagi. Biar abang rest dulu. Nanti kita pergi sama2" nendanya angguk faham dan dia lega. Kalau ikutkan hati dia nak masuk terus dalam wad tadi.

"Pesakit dah sedar" maklum seorang nurse dan Acap terus berlari masuk ke dalam wad. Sayu hatinya melihat keadaan abangnya yang lemah.

"Apa yang dah jadi, kenapa abang kat sini?" Acap pandang Rian hampir tak percaya. Rian bahasakan dirinya abang?

"Acap, abang tanya ni."

"Abang?" Soalnya balik dan garu pipi. Rian pun ikut sama pelik dengan perangai Acap yang entah apa2 ni.

"Awish! Come!" Panggil Rian ceria sebaik wajah kecil itu muncul di sebalik pintu bersama nendanya.
Awish yg ikut sama pelik dengan perangai daddynya hanya diam dan pandang Acap sambil terkebil kebil.

"Nenda? Kenapa semua orang macam tak kenal Rian ni?" Soal Rian keliru habis. Kepalanya terasa sakit bila dia cuba berfikir.

"Awish,come to daddy" Rian hulurkan tangan pada Awish dan anak itu berlari kecil ke arah Rian lalu memanjat katil dan terus memeluk orang yang dia sangat sayang ini.

"Daddy dah sihat" ujarnya sebak lalu menangis dan Rian pelik.
"Bila pulak daddy sakit. Daddy rasa rindu sangat kat Awish. Padahal semalam kita dah jumpa kan?" Mereka berpandangan lagi dan Acap tarik tangan nendanya untuk berjumpa doktor.

"Ya, pesakit dah sembuh dari amnesia. Jadi, proses penyembuhan dia menyebabkan dia telah lupakan semua peristiwa yang pernah berlaku selama ini. Dia hanya mampu ingat setakat hari kemalangan sahaja. Pesakit mungkin boleh, mungkin jugak tak boleh ingat balik apa yang pernah berlaku selama dia amnesia. Tapi mungkin ada beberapa peristiwa yang dia mungkin akan ingat. Saya cuma mohon berikan dia masa dan jangan terlalu mendesak dia"

"Baiklah doktor. Terima kasih" Acap senyum lega dan dia pandang nendanya. Jadi, tiada lagi watak Irin dalam hidup aba gnya kini. Mungkin itu lebih baik?


Acap dan nendanya tersenyum melihat gelagat Rian dan Awish, Rian dah kembali tapi, Irin tetap dah pergi juga.

"Tina cakap dia tak nak teruskan perkahwinan selagi Irin tak balik"

"Pandai2 la kamu berdua. Nenda tak boleh nak cakap apa dah" . Acap diam.

"Kenapalah badan Rian ni rasa sakit sangat nenda? Rasa macam dah lama tak exercise dan paling pelik rasa lama gila tak balik rumah ni. Lama tak main dengan awish, tak borak dengan nenda. Tak gaduh dengan Acap" nenda dan Acap senyum aje kerana tak tahu apa yang perlu mereka ceritakan.

"Mummy dah janji nak kawin dengan daddy bila daddy dah sihat. Bila daddy nak kawin? Awish rindu mummy"

"Nenda, siapa mummy yang Awish duk sebut ni? Rian confuse"

"Penjaga dia masa kamu sakit dulu."

"Bila pulak Rian sakit? Luka kat kepala ni pun Rian tak tahu datang dari mana"

"Abang, tengok sini" Acap tunjukkan sesuatu dalam telefonnya dan Rian berkerut.

Dia baca berita mengenai kemalangan jalanraya itu dengan khusyuk sebelum rahangnya jatuh dan matanya pegun memandang Acap.

"This is....me?" Soalnya hampir tak percaya. Nenda mengusap lembut tangan itu dan dia cuba untuk tenangkan Rian. Tak nak beri tekanan pada Rian.

"Hari Rian balik dari airport, Rian kemalangan. Lepas tu Rian koma 3 bulan lebih. Masa tu la nenda upah orang jagakan Awish"

"Rian koma? 3 bulan? Sekarang dah lebih 3 bulan dari hari kmalangan"

"Rian amnesia dan bila Rian jatuh Rian dah ingat balik. Tapi doktor cakap Rian dah tak ingat apa yang jadi sepanjang Rian amnesia."

"Jadi, apa yang jadi?" Masing2 diam dan tak tahu nak cakap apa.

"Tiada apa yang jadi pun. Cuma Rian tak ceria macam biasa. Rian keliru lagi dengan identiti Rian."

"Rian kenal mummy Awish ni?" Erk! Lagi satu soalan cepumas.

"Kenal la"

"Kenapa Rian tak ingat?"

"Dah, jangan paksa diri lagi" ujar nenda tegas. Acap pun dah tak tahu nak buat apa sekarang ni.

"Now, live your life well" pesan nenda lagi dan Acap angguk setuju.



Sebulan dah berlalu dan Rian dah kembali kerja seperti biasa. Dirinya yang hilang semasa amnesia dah kembali dan villa ini semakin ceria.

"Nenda" tegur Rian mesra lalu peluk bahu nendanya lembut.

"Siapa yang ajar Awish pasal puasa sunat ni?" Nendanya tersenyum dan pandang Rian.

"Mummy dia la"

"Mana mummy? Rian teringin nak kenal orang yang dah didik anak Rian dengan baik ni"

"Dia nurse Rian. Sekarang dah dapat kerja tetap pun"

"Ruginya, teringin Rian nak kenal dia. Mesti baik kan?"

"sangat baik. Nenda suka betul kat dia. Kalau boleh nak buat cucu menantu"

"Apalah nenda ni, meraung Tina tu nanti"

"Siapa cakap untuk Acap, untuk Rian la"

"Tak nak la Rian"

"Kenapa pulak tak nak?" Pelik sungguh dengan perangai Rian ni.

"Nanti, bila Rian dah ada anak lain. Kesian dekat Awish"

"Awish nak adik!" Suara kecil itu kedengaran dan Rian tergelak senang lalu mendukung Awish ceria. Badan kecil itu dipeluk erat dan dicium bertalu talu sehingga Awish ketawa mengekek.

"Awish nak adik? Nanti daddy cari ya?"

"Awish nak mummy" Rian diam pula. Mana dia nak cari mummy tu? Kenal pun tidak!

"Nanti daddy terbang,bawak balik mummy Awish ya?"

"daddy janji tau. Awish nak mummy" suara kecil itu merayu padanya dan Rian hanya mampu senyum dan mengeluh pada masa yang sama.

"Mana daddy nak cari, daddy tak kenal pun"

"Daddy kenal. Daddy selalu marah2 mummy" Rian terkejut bila Awish cakap macam tu dan pada masa yang sama nenda turut sama terkejut.

"Marah2 mummy?" Soal Rian keliru.

"Bukan marah2 Rian. Rian kan susah nak makan ubat jadi mummy Awish tu paksa la. Rian pun protes, tu je"

"Oh, Daddy nak kena pergi ni. Nanti Awish jangan nakal2. Dengar cakap oyang" Awish senyum dan angguk laju. Rian dan Awish bergerak ke pintu utama begitu juga nendanya.

"Teringin Rian nak tahu hal sebenar. Rian keliru sangat nenda. Sakit kepala Rian bila cuba nak ingat balik"

"Tak ada apa yang perlu ingat pun. Jangan paksa diri sangat nanti jatuh sakit"

"Ya lah nenda. Rian pergi dulu" setelah salami tangan tua itu dan peluk cium Awish, Rian masuk ke dalm kereta dan bergerak pergi.



Aku ingatkan setelah aku pergi dari situ masalah aku akan selesai dan aku lebih tenang di sini. Aku bukan je tak tenang malah asyik teringatkan Awish. Entah macam mana keadaan Awish sepanjang aku tak ada ni dan macam mana pulak layanan Putera pada Awish? Aku mengeluh malas dan bersandar pada sofa.

"Aku tak pernah nampak kau gembira sepanjang sampai sini. Kau tak suka ke?" Soal Siti yang merupakan roomate aku kat pusat pemulihan daripada dadah ni.

Aku dah kerja kat sini skrg ni, dan aku gembira dgn kerja sekarang ni. Kenapa aku jadi rindukan suasana dalam villa tu? Dan kenapa jugak aku rindukan orang yang dah cuba musnahkan hidup aku? Ya Allah, rasa rindu ini menyakitkan.

"Aku rindukan kampung la"

"Baru je dua bulan lebih kau kat sini. Tak payah layan rindu sangat! Jom ikut aku pergi surau"

"Ok,aku ambil telekung jap" aku bergerak pergi dan mengambil telekung lalu ikut Siti ke surau.

Malam ni ada ceramah rasanya.
Aku ambil saf paling depan dan setelah iqamat kami mula sembahyang. Selesai solat aku masih lagi tenggelam dalam lunak suara imam malam ni. Entah kenapa aku rasa tenang gila bila dengar suara ni.

"Imam luar ke?" Soal aku pada Siti dan dia terus tersengih.

"Bukan, dia orang yang support pusat ni. Baik gila kau. Alhamdulillah dia dah sihat. Kami dengar dia kemalangan dan koma" aku diam dengar cerita Siti dan entah kenapa hati aku terdetik pada sebaris nama.

Tapi mustahil sangat apa yang aku duk terlintas ni. Takkanlah kan.
Setelah solat isyak ada jamuan  disediakan dan aku berada di bahagian dapur untuk menolong.

Suasana agak gamat bila lelaki yang support tempat ni masuk. Ramai yang menegurnya dan dia juga mesra membalas dengan sopan. Aku pulak,dah nama pun tak kenal tak rasa nak pandang dia pun. Aku terus letak nasi ke dalam pinggan tanpa hiraukan orang lain lagi dah.

"Nasi satu" ada suara yang meminta lalu aku angkat kepala untuk pandang dan mulut aku ternganga serta pinggan ditangan terjatuh kerana terkejut. Putera! Dia ada kat sini? Apa dia buat kat sini?

"Cik ok?" Soalnya pada aku ramah dan aku pelik. Takkanlah pelanduk nak sama kot. Dia tak kenal aku? Takkan dia dapat double amnesia kot.

"Boleh saya ambil nasi?" Soalnya lagi dan aku terus sedar dan mencedok nasi lalu disua kepadanya. Nak tercabut jantung aku bila nampak dia kat sini. Tapi dia macam tak kenal aku langsung.

"Tak pernah nampak pun sebelum ni" dia berbual dengan beberapa rakan nurse aku kat situ.

"Baru je masuk dua bulan lepas"

"Patutlah tak kenal. Saya buruk sangat ke smpai dia terkejut macam tu?" Soalnya lalu tergelak kecil.

"Sebab Adri hensem sangat!" Balas yang lain serentak lalu suasana gamat dengan gelak ketawa. Aku yang masih lagi ada rasa terkejut diamkan diri je.


Sumpah tidur aku semalam memang tak lena dan aku masih lagi duk fikir apa yang terjadi sebenarnya dan kenapa dia tak kenal aku langsung.

"Assalamualaikum" sapa satu suara dan aku yang tersedar dari mengelamun terkejut sdikit.

"Encik Adri" kekok sungguh lidah aku nak panggil dia dengan nama tu tapi aku cuba jugak. Kalau dia tak ingat aku baguslah.

"Panggil je Adri, Adrian" ujarnya lagi dan aku angguk. Aku kemas ubat ubatan dan ingin berlalu pergi. Aku tak kenal diri Putera yang ramah ini.

"Saya kenal awak ke? Atau awak kenal saya?" Erk!

"Saya ada kerja, mintak diri dulu" aku segerakan langkah dan terus pergi dari situ. Aku rasa Melaka dah cukup jauh tapi kenapa mesti aku jumpa dia balik?


Bila dia nak pergi dari sini. Dah empat hari dia kat sini dan aku terpaksa larikan diri daripada dia. Memang aku tak selesa nak borak dan bersua muka dengan dia.

"Awish macam mana sekarang?" Soal kawan aku dan aku yang berada agak jauh cuba dengar apa yang mereka cakapkan. Awish! Sah! Ni memang Tengku Adrian!

"Sihat, semakin pandai dan tak aktif macam dulu lagi dah"

"Ya, mesti semakin hensem macam Adri" ish! Yang aku bengkak hati dorang mesra sangat ni kenapa? Kenapa ni macam perasaan cemburu je! Dah kenapa pulak aku nak jeles ni? Kau apesal Irin!


"kenapa kau macam tak suka je Adri tu?" soalan Siti ni memang mengarut betul la.

"mana ada. Aku tak tahu nak borak apa dengan dia. Bukannya kenal pun"

"dia pun pelik kenapa kau tak suka dia"

"kenapa pulak aku tak suka dia?"

"dah kau asyik larikan diri dari dia"

"mengarutlah kau ni! Mana ada! Bnyak lagi kerja lain yang aku nak buatlah"

"Dia tanya pasal kau tau" aku pandang Siti . Dah kenapa dia tanya pasal aku?

"dia cakap macam pernah jumpa kau je. dia tanya aku kau orang mana"

"Apa? Habis tu kau cakap ke?"

"Cakaplah, dah dia tanya"

"yang kau pergi cakap tu kenapa?"

"alah,Pekan tu besar kot"

"siti! Lepas ni kalau dia tanya pasal aku jangan cakap apa2 lagi"

"kenapa?"

"jangan cakap!" Tegas aku lagi dan dia angguk faham.

Putera dah baik dari amnesia tapi dia tak ingat aku. Maksudnya dia dah lupakan semua yang pernah jadi semasa dia amnesia. maksudnya dia sendiri yang tak ingat pasal aku jadi,ni lah diri dia yang sekarang. Daddy lama Awish. Patutlah Awish sayang sangat. Terlalu baik daddy dia ni.

"Aku pergi belakang jap" siti minta diri dan aku lepak time rehat ni sorang diri.

Salam diberi dan aku dah agak siapa yang paling suka sangat kacau aku kat  sini. Putera la siapa lagi kalau bukan dia. Aku jawab salam dan buat2 tak nampak dia kat depan.

"Maafkan saya buat awak tak  selesa. Entah kenapa bila nampak muka awak saya rasa macam kenal dan saya mula bayangkan yang awak ni mummy Yang selalu anak saya sebut. Kebetulan nama dia pun Nur Irin Nadia. Sama dengan nama awak kan? Maaflah,saya nak sangat cari mummy anak saya tu. Hampir setiap malam dia sebut nama tu. Saya rasa dia terlalu rindu" aku terdiam bila dengar ceritanya dan aku rasa bersalah dan serba salah sekarang ni. Betul ke Awish terlalu rindukan aku? Mata aku yang bergenang aku seka air mata sebelum ia mengalir.

"Kenapa awak nangis ni? Maafkan saya"

"Bukanlah encik. Saya cuma sedih, rindukan anak saya" huhuhu. Awish la yang aku rindukan tu.

"awak dah ada anak? Tapi Siti cakap awak tak kawin lagi" ish! Siti ni pergi cerita pasal benda tu pulak.

"anak angkat" ujar aku tenang. Baru je nak berlagak ada suami dan anak. Ish! Potong betul la dia ni.

"Saya nak sambung kerja ni. Pergi dulu" aku angkat punggung dan terus pergi tinggalkan dia sorang diri di situ.



Tengah aku duk syok makan ni lah siti ni panggil aku. Kacau daun betul la dia ni. Aku tinggalkan makanan yang belum lagi diusik sepenuhnya lalu membasuh tangan di sinki dan berjalan keluar dari kantin.

Ramainya orang yang berkumpul kat situ dan aku cari kelibat siti. Suasana bising menyambut kedatangan entah siapa itu buatkan ramai yang tertarik nak jenguk apa yg tengah jadi.

"Awish!" Suara aku terkuat bila aku melihat Awish yang sedang bersalaman dengan staff kat sini dan semua mata beralih pada aku bila aku menjerit nama Awish.

"mummy!!!" Jerit awish teruja habis lalu datang memeluk aku erat. Ya Allah, rindunya aku dengan budak kecik ni. Aku memeluknya erat dan menciumnya berkali kali. Rindu sungguh!

"Mummy?" Soal yang lain terkejut dan mereka pandang aku, Putera dan nenda bergilir gilir. Nenda turut sama memeluk aku erat dan aku membalas pelukan itu. Pedulikan orang yang duk pening pasal kami tu.

"Irin!" La! Acap pun ada sama? Reunion pekerja dengan majikan ke apa ni? Hihihi.

"Acap!"

"Sini kau lari rupanya. Penat aku cari"

"dah pehal kau cari aku?"

"Tina tak nak kawin kalau kau tak ada" ujar Acap sedih dan aku tergelak kecil. Takut kempunan punya hal la ni?

"awak cakap awak tak kenal saya" ada suara yang menyampuk bila kami berbual. Aku pandang putera dan kemudian Acap pula. Hari tu mati2 cakap tak kenal hari ni kenal la pulak

"sebab tengku yang tak kenal saya, saya pun tak berminat nak kenalkan diri"

"Tengku? You call me tengku?" Soalnya agak terkejut dan kemudian pandang Acap. Dia yang paksa aku panggil dia macam tu aku ikut je la.

"ya la, tengku yang suruh" berkerut dahi putera kemudian Acap memberi isyarat supaya diam. Putera pegang kepalanya yang sering sakit sejak akhir2 ni.

"abang ok tak?" Soal Acap khuatir lalu memegang bahu Putera yang hampir collapse. Aku pulak yang rasa bersalah bila buat dia fikir semua ni.

"kenapa abang mintak dia panggil tengku? Kenapa abang buat macam tu?" Soalnya keliru habis dan aku mula rasa kasihan padanya. Apa sebenarnya yang dah jadi padanya? Kenapa dia keliru dengan identitinya lagi kali ni?

"Abang, doktor dah pesan jangan terlalu stress"

"abang keliru"

"saya gurau je encik, saya yang suka panggil encik tengku. " ujar aku bohong dan dia pandang aku dengan pandangan yang entah kenapa buatkan aku rasa hati aku tersentuh dan salahnya pada aku dulu dah terhakis. Kenapa ada rasa ini ya Allah.

"Awish, teman daddy rest ya sayang. Nanti kita main lagi" aku bercakap dengan Awish dan dia angguk lalu menarik tangan putera untuk berehat. Aku perlu bercakap dengan Acap dan tahu apa yang dah jadi sepenuhnya.

"abang tak mabuk, tapi ada orang masukkan pil tu dalam air dia. Sebab tu dia jadi macam tu." Aku diam bila Acap terangkan perkara sebenar dan aku melepaskan nafas berat.

"dia tak berniat pun Irin. Mungkin kau akan rasa yang aku bela abang aku, tapi tu la yang jadi. Bila kau lari kau tahu apa abang duk sebut. Lari, lari, aku tak oleh kawal diri aku" aku diam lagi dan memang dia ada suruh aku lari . Aku pandang Acap yang berharap sangat aku maafkan aba g dia.

"Aku dah faham. Aku dah lama maafkan dia dan kalau semua tu bukan salah dia aku  tak ada sebab untuk tak maafkan dia"

"Bila kau pergi, abang jdi sasau tau. Rasa bersalah pada kau sangat2. Dia tak makan, minum dan mandi. Dia hanya tahu baring dan berkurung dalam bilik. Rasa bersalah dia buatkan dia macam tu, kalau perasaan lain aku tak sure"

"woi! Tak adanya abang kau tu nak feeling2 dengan aku. Garang nak mampus"

"aku cakap je lah, kau tahu. Kenapa abang tak ingat kau?"

"Kenapa?"

"abang dah sembuh dan doktor cakap dia tak ingat benda masa dia amnesia. Semasa proses penyembuhan dia yang menolak untuk ingat. Mungkin dia stress sangat dan rasa bersalah buat dia tak nak ingat benda tu. Tapi dia mungkin boleh ingat balik."

"macam mana dia boleh ingat balik?"

"dia terjun dari beranda bilik" mata aku membesar dan ya Allah, apa maksud Acap dengan terjun tu? Takkan la bunuh diri kot. Ya Allah.

"ya ke?"

"abang stress, terlampau stress sebenarnya"

"Ya Allah, macam2 dah jadi"

"lepas tu abang ingat balik tapi lupa kau."

"aku siapa jugak dia nak ingat"

"dia suka kau Irin" aku tergelak dengar lawak Acap. Suka? Aku dengan dia ni dah macam nak perang je hari2.

"kau mengarut apa ni?"

"abang pernah cakap. Walaupun dia dah lupa semua pasal kau. Dia cakap, ada perempuan yang jaga dia masa dia koma dulu. Selalu bacakan Al Quran untuknya,dan selalu doakan serta ceritakan perihal Awish padanya. Dan dia cakap, dia jatuh cinta dengan perempuan tu" ok! Aku tak tahu nak cakap apa tapi aku cuba untuk buat biasa. Takkanlah kan? Boleh jadi jugak yang Acap ni nak kenakan aku.

"nenda la kot" aku bersuara dan Acap ketawa.

"banyak membebel pada dia" sambung Acap lagi.

"Tak berkaitan dengan aku pun"

"eleh, kau suka abang aku kan?" Eh mamat ni ke situ pulak dia! Ei!



heh! Aku pun ikut sama mereka balik pahang hari ni. Sebabnya nak pujuk Tina kawin dengan si Acap ni ,nanti ada yang melukut di tepi gantang. aku meriba Awish dan Awish selesa lalu lena dalam pelukan aku.

Rindunya dengan dia ni. Nenda pun dah selamat lena sebelah aku ni. Acap pun dah ikut sama lena sebenarnya, penat masak BBQ semalam dengan budak2 ni kot.

"Letak la Awish kat bawah,kesian awak" satu suara menyedarkan aku dan aku senyum pandangnya. Apa yang aku tahu aku suka putera versi baru ni.

"Tak pe, dulu pun selalu kami tidur macam ni je"

"dulu Awish tak seberat sekarang" ujarnya lalu tergelak kecil. Betul jugak,dah berat Awish sekarang ni.

"Encik yang kena makan banyak2. Sebab dah kurus" ujar aku tenang.

"awak fikirkan pasal saya?" Soalnya pada aku dan aku senyum.

"Saya nurse encik dulu" ujar aku dan dia senyum manis.

"saya tak ingat saat tu."

"Tak pe, yang penting penat saya paksa encik makan ubat."  aku tergelak kecil tapi dia diam aje.

"Saya teringin nak ingat semua tu" ujarnya perlahan dan aku pulak diam. Alamak salah timing la pulak!

"Tak ada apa yang best pun" aku cuba cover line balik dan dia senyum sikit. Haish! Senyuman yang tak pernah dapat masa dia amnesia dulu.



Persiapan perkahwinan Acap dan Tina dah hampir siap dan aku gembira sangat dapat berada di sisinya untuk hitung hari bahagia dia ni. Senyum tak putus2 si Tina ni ha sampai aku pun dah naik muak tengok dia punya senyuman tu. Hahaha.

"Dah2 la senyum tu, seram aku tengok" aku tegur Tina yang terlajak bahagia itu dan dia balingkan patung nemo tepat kena atas dahi aku. Kuajak!

"aku excited tapi takut jugak dalam masa yang sama"

"takut apa? Tak adanya si Acap tu makan kau buat ulam nanti"

"kau ni! Tanggungjawab sebagai isteri tu berat tau!"

"dah kau tu yang gatal nak kawin sangat. Get ready la" aku balas selamba dan terus Tina baling bantal pulak. Ish! Dulu zaman sekolah orang suruh main bola baling tak nak sekarang beria pulak nak baling orang.

"tapi abang tak ada la, siapa nak jadi wali?"

"Kan dah ada wali hakim. Lagipun aku pun tak percaya dengan abang kau tu"

"Kau ni, abang aku tu"

"ye la,abang kau la. Kalau abang aku dah lama selamat dalam penjara tu"

"Irin! Kau ni sampai hati" aku tayang gigi dan senyum sedikit. Tak ada aku sanggup pun kalau tak dah lama aku buat.

"bukak pintu ni!!!" Aku dan Tina sama2 terkejut bila pintu diketuk hampir roboh. Tina peluk aku dan aku bangun dari duduk. Siapa pulak yang datang rumah kami macam pembunuh ni.

"Bukak pintu ni! Aku la ni!"

"abang!" Tina bersuara dan aku angguk.

Kami berdua ke pintu dan segera buka pintu setelah itu terus pintu dirempuh dan Paan cepat2 kuncikan pintu lalu berjalan macam orang tak terurus di dalam rumah. Aku nak ajak gaduh tapi takut nanti ada yang cedera pulak. Aku tak nak Tina yang cedera nanti.

"Tina, Irin. Aku mohon sangat korang bagi geran rumah dan tanah ni!" Tina pandang aku dan aku menggeleng laju.

"Balik je mintak duit! Kau nak buat apa?!"

"Sumpah! Aku dah tinggal judi tu semua. Along tu kejar aku lagi!"

"kami dah bayarkan untuk kau ikut bulan! Dia nak apa lagi?!"

"dia nak bayaran penuh!"

"aku peduli apa! Kau ikhtiar la sendiri!"

"tolonglah!"

"kalau setakat nak susahkan kami baik tak payah balik terus!" Suara aku meninggi lagi.

"aku dah tak nak susahkan kau lagi. Sebab tu aku balik sini. Along tu nak jual korang berdua. Sebab tu aku balik sini nak bayarkan along tu. Mereka tu setan!"

"kau tak payah nak buat drama kat sini!"

"Irin! Tina! Percayalah, aku dah tekad takkan susahkan korang lagi. tapi ni semua untuk keselamatan korang berdua!" Entah aku nak percaya ke tak cakap kaki tipu ni kali ni.

Belum sempat aku tanya apa2 pintu rumah kami dirempuh kasar dan beberapa orang lelaki masuk. Paan segera berada di depan kami dan lindungi aku dan Tina. Apa semua ni? Betul ke apa yang Paan cakap ni? Ya Allah, lindungilah kami.

"lepaskan mereka! Aku janji bayar hutang tu semua!" Jerit Paan kuat dan aku terdiam. Betullah apa yang Paan cakap tadi. Tina dah menangis kerana takut.

"ok, sekarang jugak aku nak kau bayar. Tapi, boss aku dah berkenan sangat dengan baju biru ni" ujarnya dengan muka miang dan aku terus memeluk erat Tina.

"aku tahu yang sorang lagi tu adik kau kan? Mesti berat kau nak bagi, jadi apa kata kau lepaskan je baju biru tu. Korang pun selamat" ha?

"langkah mayat aku dulu! Aku tak kan benarkan korang sentuh mereka pun!" Aku telan liur dan hanya mampu menyorok di belakang Paan.

Ya Allah. Ketar tangan aku mncapai telefon dalam poket dan entah nombor siapa yang aku dail aku sndiri tak pasti yang aku tahu ada orang boleh selamatkan kami nanti.

"berapa kau nak?"soal aku berani dan mereka gelak besar. Paan bagi amaran supaya aku diam tapi aku tak nak.

"boss kami nak satu je. Tu pun kau! tolonglah datang dengan baik sebab boss tak nak barang dia luka" bukan main biadap lagi cara mereka semua ni.

"baik korang semua balik!" Jerkah Paan kuat dan akhirnya mereka bergaduh dan suasana dalam rumah jadi kecoh.

"Lari!" Jerit Paan pada kami dan aku tarik tangan Tina untuk lari dari rumah tapi baru je kamu lepas pintu runah tak sangka ramai lagi yang berada di luar rumah dan memang bukan daya kami nak lawan. Nak tak nak salah satu antara kami kena selamat.

"lari, mintak bantuan!" Aku arah Tina dan dia berkeras tak nak pergi.

"kalau kau tak pergi. Kita bertiga akan mati" aku berkeras dan akhirnya dia angguk setuju dalam tangis.

"Bila aku cakap lari kau lari" aku beritahunya dan dia angguk faham. aku capai kayu yang tersadai pada pagar rumah dan main belasah je. Silat aku dulu pun boleh tahan power tapi nak lawan mereka 4 orang ni mustahil. Seorang pun belum tentu lepas ni.

"Lari!!!" Aku jerit kuat dan Tina terus lari bila keadaan dah kacau bilau. Aku tahu yang aku tak kan berjaya tapi apa salahnya aku mencuba kan? Aku main hayun je kayu ni dan tak peduli siapa yang terkena. Biar kalah tapi jangan mengalah!

"baik kau mengalah! Boss aku tak nak kau tercalar sikit pun"

"cakap kat boss kau! Kalau nak aku! Tunggu mayat je la!" Balas aku kuat lalu mereka ketawa serentak dan terus serang aku beramai ramai.

Memang aku tak kan selamat kalau macam ni. Puas aku meronta tapi tak berjaya. Terus aku diangkat dan cuba dimasukkan  ke dalam kereta. Belum sempat mereka bergerak pergi beberapa orang datang dan yamg penting Acap dan putera ada sama. Aku yang dah tak berdaya terus rebah dan tak sedarkan diri di tanah.

Terlentang Rian bila kepalanya dipukul dengan kayu tapi dia masih lagi mampu bangun dan berdiri. Dia terus membalas balik dan akhirnya polis sampai untuk leraikan pergaduhan. Semua penjahat dibawa ke balai dan Paan yang cedera parah dikejarkan ke hospital. Rian angkat Irin dan turut sama ke hospital. Tina dan Acap ke balai untuk buat laporan polis.



Sedar2 je dah ada dalam hospital. Aku bangun dari baring dan ke tandas. Aku capai tudung yang berada di sebelah katil lalu menyarungnya dan keluar dari wad ni. Masih terlalu awal untuk subuh dan aku tak boleh solat untuk qiamulail. Kanapa pulak aku keluar eh? Bosan kut duk sorang dalam tu nak tidur balik risau duk fikirkan orang lain.

"Irin, mana awak nak pergi ni?" Aku agak terkjut bila yang muncul depan aku ni sang putera. Cewah! Haah! Dia pun ada malam tadi. Aku senyum sikit dan pandang dahinya yang luka begitu juga dengan hujung bibir dia.

"Encik buat apa kat sini?" Soal aku padanya balik.

"saya datang teman awak kat sini. Tina jaga abang dia"

"oh,saya sihat je. Saya nak jenguk Paan" aku bersuara tenang. Paan dah berubah ke? Tapi, tadi dia dah fikirkan pasal kami. Hurm.

"awak kena rest la. Doktor yang suruh"

"saya nurse dan saya tahu saya sihat. encik ni dah luka, baliklah. Rehat"

"kenapa degil sangat ni? Dah la halau saya" aku sengih sikit. Dia ni!

"Mana ada. Encik kena la rest. Nanti Awish risau sedar malam2 macam ni awak tak ada sebelah dia"

"dah mintak nenda teman Awish tidur. Saya nak teman awak kat sini"

"Saya ok je. Tak kena teman pun"

"biarlah, kenapa awak pulak yang rasa susah ni?"

"Ish. Degil la encik ni." Aku berjalan pergi darinya dan dia kejar aku dari belakang. Bila aku nampak Tina dan Acap aku berlari ke arah mereka.

"kau ok ke ni? Duk lari2 pulak" marah Tina lalu memegang bahu aku erat. Tak habis2 nak risaukan aku.

"ok je. Paan ok?"

"ok je. Harapnya lepas ni dah tak ada lagi along tu cari kita"

"harapnya lah."

"nasib baik bakal pengantin tak cedera" ujar aku lega dan Acap angkat double like. Ceh!

"lain kali jangan sruh aku lari lagi. Kalau sakit kita sama2 sakit" ujar Tina lalu aku tergelak dan peluknya erat. Sayang betul dengan sepupu aku ni.

"aku tak akan biarkan kau cedera. Bila Acap dah kawin dengan kau nanti, aku rasa lega sikit. Ada orang jaga kau"

"kau siapa nak jaga?" Soalnya balik pada aku dan aku senyum.

"jaga diri sendirilah!" Aku senyum bahagia dan Tina mencebik geram. Aku boleh la survive seorang diri pun tak perlu risau.

"lagi tiga minggu, tak sabar nenda rasa" nenda bersuara dan ya g lain angguk setuju. Aku pun tak sabar nak jadi pengapit ni.  Dapat aunty baru la lepas ni Awish! Hihihi.

"nenda, Rian dah decide. Rian akan kawin sama tarikh dengan Acap" semua orang terkejut dengan berita yang disampaikan secara langsung oleh Putera. Dia ni sawan ke apa? Tiba2 je nak ikut kawin sama.

"Rian ni betul2 ke?" Soal nenda wakil kami yang lain masih duk ternganga sebab terkejut.

"betul la nenda"

"abang nak kawin dengan siapa?" Soal Acap pula.

"abang dah discuss dengan Awish, abang akan kawin dengan mummy dia" mata aku membesar dan mulut aku ternganga lagi sekali. Dia ni biar betul!

"right Awish?" Soal Rian pada Awish dan Awish angguk setuju lalu memeluk aku yang masih lagi keliru.

"alhamdulillah. Lega nenda dengar. Elok sangat la tu" sambung nenda pula dan aku rasa macam nak lari pergi negara orang lain la pulak.

"diam2 je kau dengan abang aku kan?" Soalan berbalik pada aku dan aku tenung tajam muka Rian. Senyum kenapa? Entah bila masa aku cakap aku nak kawin dengan dia.

"cakap sikit" aku bangun lalu ajak Putera bincang di luar. Jauh dari orang dan yang penting tak ada orang dengar aku nak mengamuk ni. Putera ikut aku dari belakang dan kami berdua berdiri di tepi kolam renang.

"bila kita discuss? Encik tak cakap walau sepatah pun pada saya"

"saya ingat janji awak. Masa saya koma,saya dengar yang awak janji dengan Awish akan kawin dengan saya" aku terdiam sekejap dan aku tak nafikan yang aku pernah berjanji.

"Tu semua masa encik sakit"

"saya nak awak kawin jugak dengan saya!" tegasnya pula.

"Kalau saya tak nak?" Soal aku balik.

"saya tak akan kawin sampai bila2" eh! Ugut aku pulak.

"Bukan masalah saya pun"

"Awish tak kan dapat mummy. Saya akan pergi oversea dan tinggal berdua je dengan dia. Biar saya dan Awish sama2 alone"

"tu dah namanya ugut tu. Tak baik buat Awish macam tu"

"Tak baik awak sia2 kan impian awish" ujarnya balik dan aku diam pula.

"kenapa encik nak kawin dengan saya? Sebab awish je?" Haah! Betul jugak soalan ni kan? Kalau sebab Awish baik aku kawin dengan awish je terus. Senang!

"sebab saya nak jaga awak. Sebab saya nak berikan hati saya ni pada yang halal" aku diam dan tiba2 je rasa blushing. dia suka aku ke? Eloklah sebab tak bertepuk sebelah tangan kalau macam ni.

"kalau saya terima, saya dapat apa?" soal aku padanya dan dia senyum mesra.

"dapat hati saya lah" ujarnya lalu kenyit mata dan berlalu ke dalam rumah. Heh! Dapat hati dia buat apa? bukannya benda boleh makan pun kalau makan silap hari bulan aku pulak yang makan hati. Eh! Kau ni macam tak nak je Irin!

selesai akad aku dan Tina masing2 dah dapat title bini orang. Hehehe. Untunglah Tina dengan Acap dah selamat fly pergi honeymoon. Aku tak kisah pun sebenarnya dan best jugak lepak je kat rumah macam ni.

Aku bersila di atas karpet di dalam bilik setelah bosan habis nak buat apa. Aku ambil benang yang dibeli oleh Tina dan dia ada ajar aku mengait. Walaupun aku tak expert macam dia tapi bolehlah. Pintu di kuak dan aku sangkakan Awish yang masuk tapi bukan, daddy dia pulak.

Baru je semalam aku sah jadi miliknya tapi aku masih lagi segan bila tak bertudung di depannya dan aku ambil tuala lalu lapik atas kepala. Lapik macam tu je la. Huhuhu. Rian berjalan ke arah aku lalu bersila di depan aku dan tuala di atas kepala aku ditarik lalu diletakkan di bawah. Aku pandangnya tanpa suara dan berkerut sedikit.

"boleh saya letak kepala atas ni?" Soalnya lalu tunjukkan peha aku. Aku yang tak tahu nak cakap apa hanya mampu angguk dan dia dengan senyuman lebar terus rebahkan kepalanya.

"buat apa ni?" Soalnya dan aku rasa dia tahu kot aku tengah mengait.

"goreng ikan" jawab aku selamba dan dia gelak.

"sorry, saya tak sempat nak mengorat awak pun. Terus je kawin macam ni" apa yang dia cakap ni? Adess! Rasa kelakar la pulak. Bila masa pulak aku nak dia ngorat aku.

"awak ni, tak perlu la semua tu"

"tapi, semua perempuan nak rasa semua tu kan? Macam Acap buat dekat Tina. Macam mana Acap lamar Tina" aku diam dan jari aku bermain atas rambutnya lalu aku senyum pandangnya.

"saya tak kisah pun" aku pandangnya dengan senyuman dan aku maksudkan apa yang aku cakapkan.

"saya kisah" degil betul la dia ni.

"awak mengorat la saya mulai sekarang."

"awak izinkan saya mengorat awak?" Soalnya ceria. Sejak bila pulak kalau nak buat benda tu kena mintak izin ni?

"perlu ke ada izin?"

"perlu la, nanti awak muak dengan saya"

"muak? Awak ni macam budak2"

"ya? Saya selalu gagal dalam bercinta ni" aku terdiam lagi. Dia pernah bercinta?selalu? Ok! Aku jeles ni kenapa pulak?

"selalu?" Soal aku tanpa nada dan terasa kepala dia bergerak saat mengangguk.

"Hurm. Dulu masa dekat oversea saya selalu test bercinta tapi semuanya tinggalkan saya sebab dorang cakap saya terlalu workaholic dan tak ada daya tarikan"

"ye ke? Macam mesra rakyat je dengan semua orang"kan? Dekat melaka tu baik je duk gurau senda dengan orang.

"saya pandai semua tu bila saya kenal erti ummah dan ukhuwah. Saya teruk sangat dulu. Alhamdulillah Allah beri Awish pada saya dan saya mula kenal Allah. Sejak itu saya berubah dan mulakan hidup baru bersama Awish."

"Kenapa tak carikan mummy untuk Awish awal2?"

"saya tak bersedia untuk sayang orang lain lagi masa tu dan saya rasa boleh jaga Awish baik2"

"Kenapa awak kawin dengan saya?"

"Sebab saya dah sedia nak sayang orang lain dan awaklah orang pertama yang Awish sayang selepas keluarga saya. Kalau awak nak tahu Awish ni degil sangat tapi bila dengan awak dia sangat dengar cakap. Jadi, you are the best mummy to him" aku senyum bangga. Heh! Tak payah nak riak sangat tapi aku memang happy kot.

"saya rasa tenang sangat setiap kali awak bacakan saya yaasin dan ceritakan tentang Awish masa saya koma dulu. Rasa nak terus bangun je. Tapi nenda cakap saya tak ingat apa yang jadi masa saya amnesia dulu"

"Sokay la. Awak tak payah fikir banyak dan stress."

"Saya sayangkan awak" eh! Tiba2 je dia ni confess. Aku garu kepala yang tak gatal dan pandang dia.

"Awak dengar tak?" Soalnya lagi dan aku angguk.

"Masa kali pertama saya nampak awak di melaka dulu saya rasa dekat sangat dengan awak"

"Ya?"

"Ya, dan saya pelik bila awak asyik elakkan diri dari saya"

"dah awak macam tak kenal saya. Saya malaslah nak kenalkan diri. Nanti panjang pulak cerita saya"

"ada je jawapn awak kan?" Soalnya geram dan aku rasa baik aku diam sebelum dia naik angin.


aku berdiri di tepi beranda yang pernah dilompat Rian dulu. Entah apa yang Rian fikir masa tu dan Allah maha penyayang tak tarik nyawanya saat dia buat benda bodoh tu. Ya Allah, aku bersyukur engkau tak ambil nyawanya ketika itu. Sedang aku termenung terasa tangan mula memeluk aku dari belakang dan itu pastinya Rian.

"dari sinilah saya pernah terjun dulu" aku tersentak. Apa yang Rian cakap ni? Dia dah ingat ke apa? Aku cuba cari wajahnya tapi tak berjaya.

"itu je yang saya mampu ingat. Entah kenapa saya buat kerja bodoh tu? Saya nak tahu sangat" terasa semakin erat dia memelukku dan ada lirihan sedih dari suaranya. Aku palingkan badan lalu menghadapnya, kedua pipinya aku pegang dan usapnya lembut.

"Tak ada apa yang perlu awak ingat pun."

"saya cuba bunuh diri Irin" ujarnya lagi dan aku tak tahu nak cakap apa lagi sekarang ni.

"forget the past and live your life today. Please" pinta aku padanya dan dia diam pula. Mesti masih berkeras nak tahu pasal masa lalu ni.


"mana Rian dan Awish?" Soal nenda bila aku tolongnya masak di dapur bersama mak kiah.

"tengah mandi kolam"

"kenapa tak mandi sekali?"

"Tak nak lah. Segan dengan Rian"

"segan apanya? Nenda nak hantar pergi bulan madu tak nak" aku sengih sedikit.

"Rian kan selalu sakit kepala nenda. Irin tak nak susahkan dia nanti" tengah kami syok borak terdengar suara Rian memanggil nama aku dan nenda bergilir gilir. Aku dan nenda berjalan keluar ke ruang tamu dan agak terkejut bila Rian dengan Awish yang basah kuyup berdiri di ruang tamu.

"nenda, apa yang jadi masa Rian amnesia dulu? Kenapa Rian sampai nak pukul Awish? Apa dah jadi nenda? Kenapa rahsiakan dari Rian?" Soal Rian garang dan aku kelu untuk buka mulut saat ni. Rian nampak keliru sangat2.

"selama ni Rian tak pernah kasar dengan Awish. Apa dah jadi masa Rian amnesia dulu? " soalnya lagi dalam keadaan memaksa dan dia nampak sangat keliru.

Awish pula berlari dan memeluk kaki Rian erat mungkin sedih melihat keadaan daddynya. Aku menapak kehadapan dan badan Rian aku cuba untuk peluk tapi Rian jauhkan diri.

"Apa yang semua orang sorok dari Rian? apa salahnya kalau ceritakan je pada Rian?" Soal Rian lagi dan dia terus berlari mendaki tangga belum sempat kakinya melangkah lebih tinggi, akibat basah kakinya licin dan dia terus tergelincir dan jatuh ke bawah. Kami bertiga menjerit serentak lalu berlari mendapatkan Rian yang sudah tak sedarkan diri.

Alhamdulillah aku lega bila doktor cakap tak ada apa yang perlu dirisaukan dan keadaan Rian stabil. Awish yang asyik menangis sejak tadi dibawa nenda ke dalam biliknya. Aku bersila di sebelah Rian dan amati wajahnya lalu aku mengusap lembut kepalanya. Dahi itu dicium dua kali sebelum aku baring dan peluk erat tubuh suami yang aku sayangi ini.

Aku buka mata dan pelik bila aku pulak yang tidur lena di katil dan Rian tiada di mana2. Sudah! Mana Rian pergi ni? Aku terus turun dari katil dan berjalan ke beranda mungkin Rian ada di bawah. Aku terdengar bunyi dari blik air dan terus menonong ke sana tanpa hiraukan benda lain yang aku tahu mungkin Rian dalam bahaya. Tanpa ketukan atau amaran aku terus menolak pintu dan....

"arhhhhh!!!" Jerit aku kuat bila melihat Rian yang hanya bertuala di dalam bilik air.

Aku cepat2 keluar sebab segan dan Rian pun ok je aku tengok. Aku menapak keluar dari bilik air dan pada masa yang sama Rian turut keluar lalu memeluk aku dari belakang. Paling salah timing nenda dengan Awish pun ada la. Adess!

"Mummy kenapa jerit?" Soal Awish dan aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni.

"Daddy dah sihat?" Soal Awish pula. aku cuba rungkaikan pelukan Rian sebab nenda pun dah tenung semacam je kat aku ni.

"Awish, jom kita main kat luar. Nanti mummy dan daddy turun" tangan Awish ditarik untuk keluar dari bilik dan aku segera lepaskan diri dari pelukan Rian.

Dia dah ok ke ni? Semacam je dia ni, tadi bukan main emo lagi sampai jatuh tangga sekarang buat macam tak ada apa yang jadi.

"awak ok ke?" Soal aku risau dan dia senyum.

"ok je, rasa lebih ok"

"baguslah, saya risau sangat tadi. Kalau awak nak tahu sangat pasal tu saya akan cerita semua kat awak. Semua!" Aku tegaskan lagi dan pipinya aku sentuh. Tak nak lagi dah tengok dia mengamuk dan merajuk macam tadi. Risau.

"Jom" ajaknya lalu tarik tangan aku ke dalam bilik air. Dah kenapa nak buat sesi story telling dalam bilik air? orang buat bedtime story la.

"eh,kat luar la. Ada pulak dalam bilik air" aku cuba mengelak dan dia tersenyum nakal.

"Abang mandi kejap" ujarnya lalu biarkan aku tercongok depan pintu bilik air.

Pelik. Abang? Heh! Merasa kau ada abang sekarang ni. Aku sediakan baju yang sesuai untuk dia dan letakkan di atas katil lalu duduk bersila di hujung katil. Rian keluar dari bilik air dan dia terus memakai baju yang aku sediakan lalu solat asar. Heh. Aku cuti!

selesai dia solat dia berdoa dengan khusyuk dan aku ikut sama aminkan doanya. Ya Allah, engkau perkenankanlah doa suamiku ini. Aku senyum bila dia pandang aku dan dia ikut sama senyum lalu berjalan ke arah aku dan duduk di sebelah aku lama. Lama dia diam macam tu je sebelum tarik tangan aku dan digenggam erat.

"abang dah tahu kenapa Irin pergi dulu. Abang minta maaf" pintanya lirih dan aku diam. Dia dah ingat? Aku telan liur dan cuba pandangnya yang hanya menekur lantai.

"patutlah nampak sangat yang Irin benci abang bila kita jumpa di melaka" benci? Masa tu aku tak tahu la hal sebenar. Sekarang dah sayang.

"Abang tak berniat pun. Abang dah tahu kenapa abang terjun, sebab abang rasa bersalah sangat pada Irin dan bila Irin pergi abang kenal erti rindu. Penat nak tanggung rindu dan rasa bersalah pada masa yang sama. Abang rasa bodoh sangat buat benda bodoh tu"

"sebab tu la saya rahsiakan dari awak,  kami tak nak awak rasa bersalah. Saya dah tahu cerita sebenarnya, awak tak salah pun. Malah awak cuba untuk elak dan mintak saya lari" jelas aku padanya. Aku buat dia pandang aku dan dahinya aku cium lama.

"saya tak peduli dah semua tu. Sekarang saya yang halal bagi awak" aku bersuara tenang dan dia berkira untuk peluk aku. Aku senyum lalu memeluknya terlebih dahulu beberapa saat kemudian barulah dia balas pelukan aku lebih erat dan aku tergelak kecil.

"kenapa gelak?" Soalnya geram.

"sebab kontra gila Rian dengan tengku ni. Macam dua watak je."

"mana awak lebih suka? Mesti awak bencikan Tengku Adrian" ujarnya pula. Aku senyum lagi dan cium tangannya.

"dua2 suami saya, takkanlah benci kot"

"Dah tengku jahat sangat. Takknlah awak sayang kot"

"Saya suka tengku tu. Dia macam sweet dalam bitter la. Watak dia, keras kepala dan kasar tapi, dia cute sebenarnya"  acecey. Puji sikit.

"Rian?" Soalnya pula.

"Rian, berkarisma dan keras kepala jugak. Tapi gentle" aku kenyit mata dan dia senyum.

"boleh bagi award bab puji orang" ujarnya senang dan aku senyum lagi. Orang serius ok!

"Tak salah kalau awak nakal macam Tengku tu, saya suka jugak. Saya paling suka bila awak terpaksa buat apa yang saya suruh, nampak sangat tak ikhlas. "

"memang pun, masa tu geram betul dengan Irin ni asyik nak paksa abang je"

"Dah abang tu degil sangat"

"keep on" hah? Apa pulak ni?

"apa yang keep on?"

"call me abang" ujarnya lalu sengih bahagia aman sentosa. Ceh!

"kalau tak nak?" Soal aku balik.

"awak akan kenal the mix of Tengku and Rian" aku telan liur. The mix of tengku and Rian? Bahaya!!! Zon tak selamat la ni kiranya. Dia gelak bila tengok muka cuak aku.

"I love you, from tengku" pipi kanan aku dicium. Erk!

"saya sayang awak, dari Rian" lafaznya lagi dan pipi sebelah kiri aku pulak yang jadi mangsa.

"I love you more, Tengku Adrian" lantas bibir aku disapa lembut dan aku rasa dah macam dalam cerita frozen. Habis beku ni ha. Mata aku terkebil kebil memandangnya dan terus sentuh bibir aku. Apa yang aku rasa sekarang ni? Macam nak pengsan je.

"Irin,awak ok?" Soalnya resah bila aku diam tak beri respon langsung.

"saya keluar dulu" aku terus bangun kalut2 dan menuju ke pintu.

"Irin, tu pintu tandas" ujarnya lalu tergelak senang. Ya Allah, malunya aku rasa sekarang ni. Terasa tangan aku diraih lembut dan dia bawa aku ke pintu pintu. Ingat aku buta ke apa?

"love you sayang" ujarnya dan cuba cium aku lagi tapi cepat2 aku jauhkan kepalanya dari aku. Dia ni saja nak cari pasal la pulak! Hish!


Selesai tidurkan Awish aku duduk di tepi kolam sambil menikmati malam. sejuk! Aku peluk tubuh dan senyum menghitung hari bahagia kami bersama. Alhamdulillah.

"Sayang" sapa satu suara ditelinga aku dan aku senyum memandangnya.

"bagi ruang sikit"ujarnya lalu tarik tangan aku sehingga berdiri dan dia duduk selesa dikerusi yang aku gunakan.

Saja je la dia ni nak gaduh dengan aku. Banyak2 kerusi kat sini yang ni jugak dia nak duduk. Aku buat muka geram dan berlalu untuk duduk di kerusi lain tapi laju je dia tarik tangan aku dan aku rebah di atas ribaanya. Mula dah tu!

"hangatnya" ujarnya lalu satu ciuman singgah di bahu kanan aku.

"Sayang happy?"soalan dia buat aku senyum dan memusingkan badan menghadapnya lalu menggelengkan kepala.

"Tak?" Soalnya terkejut.

"Tak" aku jawab tenang dan Rian mula kalut.

"abang ada buat salah ya? Tak ikhlas ya cinta abang? " aku tergelak kecil bila perangai gelabah dia datang. Huhuhu. Mr. Gelabah tak tentu hala.

"ikhlas. Irin tak happy sebab Irin lebih dari happy" aku jawab yakin dan dia buat muka bengang. Hehehe. Marah la tu lepas ni mesti merajuk.

"Kalau abang mrajuk kali ni jangan rasa yang Irin akan pujuk. Irin malas nak pujuk" susah doh nak pujuk si putera ni.

"abang boleh pujuk diri sendiri" ujarnya riak. Eleh, nak tengok je nanti macam mana orang tu pujuk diri sendiri.

"Ya?" Soal aku memerli. Saja je kan?

"ya, tapi sayang kena ready la" ujarnya lagi. Aku kena ready?

"are you ready?" Soalnya pada aku pulak dan aku angguk. Nak tengok jugak apa yang dia boleh buat untuk pujuk diri sendiri.

"lets give adik to Awish" bisiknya dan aku dah rasa badai seram sejuk.

Aku lompat turun dari ribaannya dan terus berlari naik ke bilik. Yang pastinya bukan bilik aku dan bukan jugak bilik awish, sebab nanti kalau aku lena Rian akan angkat aku tidur dalam bilik kami macam biasa. Bilik nendalah jawabnya. Harap nenda tak tidur lagi. Aku berjalan laju dan ketuk pintu bilik nenda sebelum terus masuk dan kunci pintu. Erk! Nenda tak tidur lagi.

"Nenda,nak tidur sini" pinta aku dan buat muka kesian. Nenda tergelak dengan telatah aku dan minta aku duduk disebelahnya.

Aku panjat katil dan baring di sebelah nenda lalu memeluknya erat. Takut betul dengan perangai tak boleh diduga Rian tu. Tapi, salah jugak benda yang aku buat ni.

"kenapa?" Soal nenda mesra.

"Rian buat ayat pelik. Takutlah nenda" aku adu dan nenda gelak senang.

"layankan Rian tu. Tidurlah" balas nenda dan aku senyum sikit. Aku tak boleh tidur pun sebenarnya dan ralit pandang nenda yang khusyuk dengan telefon dia. Ada pak we kot. Hahaha. Puas dah aku cuba lelap tapi tak boleh tidur jugak. Haish!

"nenda baca apa?" Soal aku pada nenda.

"kisah Saidatina Khadijah" oh. Aku senyum segaris.

"Nak nenda cerita kat Irin?" Soalnya pula dan aku angguk laju.

Mulalah sesi bedtime story dan aku rasa macam kena tembak on head je bila nenda cerita cara Saidatina Khadijah melayan Rasulullah. Huhuhu, apa kau buat ni Irin? Berpaling dari suami pulak tu dah la tak mintak izin pun. Sebak! Kalau mati malam ni lepas tu tak dapat redha suami. Tak nak!!! Selesai jilid dua nenda pun dah nak tidur. Aku pulak tak senang hati asyik duk rasa bersalah je. Mati ni tak ada masa sekarang pun boleh mati. Baik aku minta maaf sekarang jugak.

"nenda, Irin balik bilik dulu"  aku cium pipi nenda dan turun dari katil. Nenda dah senyum semedeng bila tengok gelagat aku ni.

Salam diberi dan aku tutup pintu bilik nenda lalu berjalan laju ke bilik kami. Pintu bilik dikuak dan aku perhatikan Rian sudah lena di katil. aku panjat katil dan merenung wajah Rian lembut. Rasa bersalah sungguh.

"maafkan Irin abang. Tak ada niat pun nak berpaling dari abang" aku rasa sebak sangat dan mengelus lembut pipi Rian lalu menciumnya. Belum sempat bibir aku mendarat di sebelah lagi pipinya dia terus mencium aku balik. Ha? Tak tidur lagi? Adoi! Sengih bahagia la dia. Ei! geram sungguh.

"kenapa balik bilik?" Soalnya perli. Aku baring sebelah dia dan peluk tubuh erat. Dia mengiring pandang aku dan aku dipeluk erat. Aku jeling dia sekilas dan dia senyum lagi.

"tidurlah, ababg tak usik pun. Gurau je tadi" ujarnya lalu tergelak kecil. Suka betul kenakan orang.

"abang nak sayang je, tak apa la kuburkan impian Awish nak dapat adik tu. Ni tahun pertama kita kawin. In sha Allah banyak tahun lagi sebelum sayang expired" apa dia? Expired?

"Expired?" Soal aku geram dan dia gelak senang.

"dah tu orang panggil apa?" Soalnya giat.

"upper 40" aku jawab main hentam je dan dia sengih.

"15 tahun lagi. Sempat in sha Allah" jawabnya bersungguh dan aku rasa nak je meletup ni.

"Dah la! Irin segan la" aku buat suara merajuk dan dia gelak lagi.

"ya, abang gurau je. Tidurlah sayang." Ujarnya lembut dan pipi aku dicium lembut.

"jangan usik macam tu lagi. Tak suka"

"ya, tak usik dah lepas ni."

"betul ni?" Soal aku mintak keyakinan.

"Tak janji" jawabnya sambil menguap dan aku tergelak. Dia ni sukalah buat hal macam ni.

"Tengku Adrian sayang saya banyak mana hari ni?" Hihihi. Soalan common sebelum tidur.

"trillion ganda dari Irin Nadia sayang putera dia" ujarnya dengan mata tertutup. Hahaha. Jawapan sama je hari2.

"Kalau Irin Nadia tak sayang pun kat putera dia?"

"putera dia kawin lainlah"

"Tengku Adrian!" Dia ni! Ada pulak nak kawin lain. Dia sengih dengan mata tertutup rapat tu dan cium dahi aku pula. Suka main2.

"Kalau macam tu dia nak kena cari putera lain jugak la ni" aku balas balik dan mata dia terbuka luas.

"mana boleh!" Protesnya.

"Kenapa tak boleh?" Soal aku tak puas hati.

"sebab tak ada putera lain yang boleh lawan cinta Tengku Adrian pada Irin Nadia. " jawabnya yakin dan aku tersenyum bahagia. Yakin sangat!


"Cepatlah pergi mandi, nak pergi sekolah Awish ni" dah tua pun kena paksa lagi ke? Haish.

"betul ke dulu sayang yang mandikan abang?" Soalnya pada aku dan aku berkerut. Bila masa pulak ni?

"bila pulak?" Soal aku pelik.

"siapa yang jaga tengku masa koma? Saya kan? Siapa yang uruskan tg? Sya kan? Siapa yg mandikan tengku? Saya kan? Lebih daripada tu saya pernah tengok malah tangan ni jugaklah yang mandikan tengku" aik! Macam kenal je ayat tu. Erk! Dia ingat lagi? Sengih lagi.

"dah tu?" Ok! Ayat cover line malu.

"jom mandikan abang, teringin pulak" jawabnya selamba habis dan aku rasa nak je terjun kolam sekarang ni.

"mana ada! Tak pernah2 pun selama ni. Pak mail yang mandikan abang. Saya just tolong basahkan badan abang dengan tuala je" aku jawab jujur dan dia berkerut.

"Ya ke? Sia2 je lah abang malu sorang2? Punyalah abang duk fikir, apa yang dia nampak? Apa yang dia buat? Sayang ni" marahnya pula dan aku gelak senang. Hahaha. Terkena kau!       

"pergi mandilah" aku arahnya lagi dan dia masuk ke dalam bilik air. Aku sengih jahat dan senyum sorang2. Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk dan aku memanggilnya.

"ada mesej"

"siapa?"    

"nenda!"

"bacakan" ujarnya pula.

"Password?" Suspen . Ada password. Hahaha.  

"Awish" huhuhu. Daddy yang baik dan penyayang.

"nenda cakap, pukul 10 majlis Awish dia dah kat sana"

"balas ok sayang"

"Ok sayang?"

"Ok je la" . Laungnya lagi.

"mana satu ni?" Soal aku buat2 tak faham. Hahaha. Saja je nak kenakan dia pagi2 ni.

"just ok. Sayang is you" ujarnya dengan kepala terjegul di pintu.

Aku gelak senang dan pandangnya. Dah lama send pun saja je buat tak faham. Dia kembali ke bilik air dan aku tetiba je rasa nak baca conversation dia dengan nenda.

'Nenda, tazkirah tidur sikit kat Irin. hihihi'

aish! Semalam punya ni mesej ni. Sebab tu la! Dia dah berpakat dengan nenda rupanya. Ish! Rian ni sengal betul. Aku letak dia punya fon dan tunggu dia keluar bilik air.

"tazkirah tidur ya?" Soalku padanya bila butangkan kemejanya dan dia tersentak sebelum sengih risau.

"Sorry sayang, abang mana boleh tidur kalau sayang tak ada" ujarnya dengan muka sedih. Aku gelengkan kepala dengan perangai budak kecik dia ni. Aku senyum sdikit. Nakal sungguh.

"Irin nak jadi isteri terbaik untuk abang"

"sejak dari akad,Irin isteri terbaik untuk abang"

"Irin nak jadi mummy terbaik untuk Awish"

"the best mummy dah ni. Bukan untuk Awish je, tapi adik adik adik adik Awish sama" amboi! Banyak kata ganda nih.

"banyaknya adik"

"apa salahnya" ujarnya senang dan senyum manis. Aku hanya mampu tersenyum melayan kerenahnya.


Tak sempurna hidup seorang isteri tanpa suami tak sempurna juga hidup ibu tanpa anaknya. Yang penting tak sempurna hidup seorang manusia tanpa Allah. Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ni. Dapat suami yang asalnya putera tidur kemudian putera amnesia dan putera berlagak akhirnya jadi putera kesayangan aku. Kisahnya bermula dengan aku menjadi nurse dia yamg menjaganya dah gaya macam babysitter.

Bila dah kawin aku masih lagi orang utama yang uruskan dia punya makan pakai semua. Means, tugas aku babysitter dia tak akan berakhir kot. Amin. Aku tak kisah jadi babysitter sang putera ni untuk selamanya. In sha Allah.

37 comments:

  1. wow... best sngt cerpen ni.. teringin nk dpt suami mcm Putera tu !! tpi Putera Amnesia dengan berlagak tuu letak tepi la hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...moga awk dpt la org yg awk nak tu. Huhuhu

      Delete
  2. Amazing! Susah nak jumpa cerpen macam yang ditulis @alzai sanara ni. Tak ada klishe...Like it.Support habis ooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Banyak je sebenarnya. . Try korek lgi ngn google ni yer. Thanks support sya..hehe

      Delete
  3. haha i luv it. comelnya mix prince ni. semua cerpen akak best sgt. jiayok.

    ReplyDelete
  4. Bestnya cerpen awak ni.... Teruskan menulis...semoga terus menghasilkan karya yg berkualiti.

    ReplyDelete
  5. Wow , daebak ! Suka sangat ngan cerpen ni . Tak sangka dah habis . Syok sgt baca tadi , hehehehe.

    ReplyDelete
  6. i like it very very much..

    ReplyDelete
  7. I'm really enjoy it. :)
    Best sangat²..
    Terbaekkk !!!

    ReplyDelete
  8. senorok but lama2 jadi bosan sori klau terasa just bagi pendapatπŸ™πŸ™πŸ™

    ReplyDelete
  9. I've fall in love with all your cerpenn alzaisanara♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul³,sy pun blh jatuh cinta ngn cerpen kak AlzaiSanara smua best²✌πŸ‘πŸ‘

      Delete
  10. Assalamualaikum, Akk ada novel x di psaran,klu ada sy nk cari,msti best²kn klu Akk bwt novel..πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...tq Arnishah bce blog sya... sya x ad mne2 nvel kat psarn...sya tak mampu lgi nk buat lgi pun sya x pandai... tq lepak sini...hehe

      Delete
  11. Kenapa sweet sgt nih....😱😱😱

    ReplyDelete
  12. Closing yang baik#husnul khatimah#amin.mogaistiqamah dan sentiasa tabah dan kuat dalam hadapi hidup ini .doakan saya tau#dari hamba Allah yang bernama Intan#guna e-mail orang.doakan saya eh moga sama-sama raih syurga Illahi.doakan saya eh.jadi hamba yang Solehah ,anak yang taat ,isteri belum lagi,sebab saya rasa awak mesti seorang hamba yang dekat dengan Allah.masuk syurga tarik saya sekali dehπŸ™‚

    ReplyDelete