Agak lewat juga baru kereta Shahin masuk ke dalam perkarangan rumah,aku ni dah macam pak guard tercongok tunggu dia kat sini,bila tengok aku yang sedang menanti suami pulang bukannya nak hadiahkan beg LV ke,takdelah aku minta sampai macam tu sekali tapi sekurang-kurangnya bagi la senyuman,aku tak jual la dia punya senyuman tu kat orang luar.
“lewat balik” aku menegurnya sekadar berbahasa,kalau dia tak jawab jugak aku judo dia sampai tak boleh makan seminggu.
“erm!” what?erm je?dah la jeling aku,buat tak nampak aku pulak,geramnya dan sempat aku menggayakan teknik kung fu jet li dibelakangnya tapi sebaik dia memandang aku,aku terus terdiam.
“bukan ke flight kau pukul 5?ni dah pukul 7” aku mengerling jam ditangan sebelum menjawab soalannya.
“pukul 8.30”
“kenapa tak pergi lagi?” soalnya seperti menghalau,sedihnya kena halau dengan suami sendiri,sampai hati dia buat isteri dia yang comel ni macam ni,tengoklah nanti hari pembalasan,aku balas kaw-kaw.
“kau cakap aku tak boleh drive malam,jadi aku tunggu kau la,kau tak nak hantar aku ke?” soal aku meminta kepadanya,merayu pun ada jugak sebab memang aku tak pernah drive malam dan aku memang tak ingat jalan nak ke airport,daripada sesat baik minta tolong dia.
“aku nak naik mandi” tak menjawab soalan aku dan terus ke biliknya,tapi dengan cepat aku menarik tangannya dan memeluk lengannya dan mengikutnya ke dalam biliknya,aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti buat semua ni tapi aku nak jugak dia hantar aku dan maafkan aku tanpa aku perlu minta maaf.Boleh ke?dalam movie selalu jalan je.
“kau nak mandi sekali ke?” soal dia lagi,bahaya soalan tapi muka selamba habis.Dengan pantas aku lepaskan lengannya dan beredar dari biliknya.
Shahin terus masuk kedalam biliknya dan aku sekali lagi menyelinap masuk ke dalam biliknya dan mengemas beberapa helai pakaiannya,serta menyiapkan pakaiannya untuk dipakai buat malam ini.Isteri solehah tak?
Nak tunggu mamat ni mandi memang lama la,jadi baik aku sembahyang dulu jadi boleh aku bersiap lama sikit,dan Shahin tak perlu tahu aku dah kemaskan bajunya.Setelah solat aku duduk diruang tamu sambil menonton tv,aku sebenarnya bukannya nak tengok tv sangat.
Dua minit lepas aku termenung Shahin turun ke bawah,dia pakai baju yang aku sediakan,wah!agaknya sebab tu la semua isteri kat luar sana tu suka sediakan makan pakai suami dia,rasa dihargai bila suami kita pakai dan makan apa yang kita sediakan walaupun aku ni tak pandai masak.
“wah!handsome kau malam ni,lawa baju” aku berkata teruja tapi dia langsung tak mengendahkan aku,kuat merajuk betul la mamat ni entah sejak bila ada perangai budak kecik ni.
“cepatlah,dah lewat ni” seriusnya suara langsung tak nak berterima kasih dengan isteri solehah dia ni,takpelah sabar itu separuh dari iman,macam dalam cerita kahwin paksa je aku ni,ada suami tapi garang macam singa.
“besarnya bagasi,kata pergi tiga hari je” ujarnya dengan nada perlahan,aku buat tak tahu je dengan soalan dia tu yang aku tahu kena sampai airport sebelum lambat.Aku masuk ke dalam keretanya dan terus memakai seat belt.
Dia juga masuk ke dalam kereta dan terus memecut pergi,langsung dia tak endahkan aku yang sedang memandangnya ni,nak pasang radio nanti dia marah pulak tapi bosanlah kalau macam ni sampai ke airport.
“pasang radio boleh?” aku memberanikan diri untuk bertanya,dia tak menjawab tapi terus memasang radio dan di Malaysia sudah semestinya lagu melayu yang keluar,aku tak tahu lagu apa yang aku dengar tapi lirik dia sangat best!menyentuh jiwa gitu.Tapi setelah itu kedengaran lagu Bukan Dia Tapi Aku dari Judika,nama bukan main canggih lagi tapi lagu ni memang sedap!
“nak pergi rumah baba ke?”
“tak,papa dah datang petang tadi” aku memaklumkan kepadanya,dia tak pulak nak bertanya lagi tapi terus je mendiamkan diri,kuat merajuk betul la mamat ni,Aimi pun tak pernah merajuk dengan aku sampai macam ni sekali,lagipun bukannya salah aku yang dia nak marah sangat tu kenapa?sebab aku tak discuss dengan dia ke?orang lelaki la yang paling susah nak difahami,kena cari buku cara nak fahami lelaki ni.
Tanpa aku sedar kami sudah sampai di KLIA tapi jam sudah hampir menunjukkan pukul 8.30 tapi aku tak terus ke balai berlepas malah aku ke surau untuk bersiap untuk solat isyak.Shahin yang keresahan bimbang aku akan terlepas flight menarik tangan aku untuk pergi ke balai berlepas.
“dah nak pukul 8.30 ni!”
“aku tahu la,cuba tengok papan kenyataan tu,UK berlepas pukul 9 malam la!dah,pergi solat isyak,lepas isyak kita jumpa dekat café” tanpa menunggu jawapan darinya aku terus bergerak ke surau dan aku rasa dia pun mengikut aje walaupun banyak benda yang dia nak tanya,atau lebih tepat nak marah aku kut.
Seperti yang dijanjikan selepas solat isyak aku terus berjumpa dengannya yang sedang duduk di satu sudut café,balai berlepas untuk ke UK juga sudah terbuka dan semua penumpang diminta untuk bergerak ke balai berlepas.
“jom!” ajak aku sambil menarik tangannya yang sedang memegang bagasi.
“papa,abang!” aku mendekati papa dan abang yang datang untuk menghantar aku ke UK,Shahin yang kebingungan hanya mampu mengikut langkah aku.
“abang,tolong jagakan Ferrari Shahin sementara kami kat UK,Shah bagi la kunci kereta kat abang” aku menyuruhnya dan dengan bendulnya jugak dia menyerahkan kunci itu dengan mulut yang turut sama terkunci.
“kami pergi dulu” aku memeluk abang dan papa lalu membiarkan Shahin bersalaman dengan abang dan papa sebelum dia mengikut aku dari belakang setelah meletakkan bagasi di tempat yang sepatutnya.
“passport dan visa kau ada dalam ni,nah ni tiket kau” aku menyerahkannya tapi dia tak terus mengambilnya malah sempat lagi bertanya,dah la kami ni penumpang yang terakhir.
“betul ke ni?” soalnya tak percaya,geram pulak aku nak melempang mukanya tapi tak sampai hati jadi aku mencubit lengannya dengan kuat dan dia mengaduh kesakitan.
“sakit tak?kalau sakit maknanya bukan mimpi la tu”
“sakit la,thanks!” ujarnya sambil tersenyum dan kali ini dia buat tangan aku ni macam harta dia lagi,bosan betul la dengan mamat ni,dah aku buat baik tak payah la nak tunjukkan sangat rasa berterima kasih tu dan aku boleh jalan sendiri kalau nak pimpin sangat pergi pimpin orang tua,dapat juga buat amal jariah.
Aku tak bersuara dan tak pula menarik tangan aku dari tangannya,aku hanya mengalah sehinggalah kami berada di tempat duduk kami.Tiket yang aku beli untuk pukul 5 tu aku dah bagi kat salah seorang pelancong dari UK yang kehilangan tiket,bukannya aku nak buat baik sangat tapi kebetulan aku nak beli tiket baru jadi terpaksalah aku datang ke airport ni,anggap je la rezeki pelancong tu.
“kenapa kau buat semua ni?” soalnya sambil memandang tepat ke dalam mata aku.
“sebab kesian kut” aku menjawabnya dan terus ketawa,dia menarik muka dan bersandar pada kerusi,eleh,cakap sikit pun nak hangin.
“takkanlah aku nak tinggal suami aku kat rumah seorang diri,lagipun kau mesti nak tahu macam mana lifestyle aku kat sana kan?ibu pun cakap yang aku perlu bawa kau datang rumah kami kat sana sebelum balik ke Malaysia”
“really?thanks to ibu”
“aku nak tanya ni,kenapa ada lirik lagu ni dalam jaket kau?” aku menghulurkan kertas yang mempunyai lirik lagu Tetap Menantimu kepadanya,dan ternyata Shahin hanya tenang dan tersenyum.
“ni semua kerja gila Hadi,Chai dan Kimi,kami pergi makan kat satu restoren tu dan kebetulan semua tak bawa dompet jadi sebagai bayaran kena buat persembahan dengan lagu ni,kebetulan pulak band yang kena perform tu tak datang,masa tu kami kat Pulau Pinang”
“kita dah kahwin ke?” soal aku lagi.
“belum!tapi dah dekat tarikh kahwin”
“siapa yang menyanyi?” soal aku berminat.
“aku dan Hadi,Chai main piano dan Kimi main drum”
“kau main gitar?” soal aku lagi.
“yup!jadi Hadi yang banyak nyanyi,sebab aku tak pernah dengar pun lagu ni sebelum ni,mereka bertiga dah selalu sangat dengar,lepas hari tu baru aku mula dengar lagu ni dan boleh tahan,aku suka” aku dah terfikir idea untuk menyuruhnya menyanyikan lagu ni khas untuk aku,tengoklah macam mana aku nak dera dia nanti.
“sekarang kau dah boleh nyanyi lagu ni?” soal aku lagi.
“boleh la,kau pernah dengar lagu ni?” soalnya semula.
“aku tak pernah tunggu sesiapa jadi aku tak pernah dengar,dan aku hanya akan dengar lagu ni kalau kau yang nyanyikan kat aku”
“maknanya aku yang tunggu kau?” soalnya dengan muka tak berpuas hati,aku dah hampir tergelak mendengarnya.
“kalau kau yang tunggu aku,aku pasti datang!dan kalau aku yang menunggu kau,kau kena datang,jangan jadikan penantian kita sia-sia,boleh?” soal aku serius,memang aku tak pernah terfikir akan orang lain dan aku hanya akan menunggu saat di mana Allah berikan perasaan yang selayaknya dalam diri aku kepada suami aku ni.
=========
Hadi yang sedang berjalan menghilangkan penatnya dan tekanannya di pejabat langsung tak menghiraukan Kimi yang kini sudah bertunang dengan Lina,kalau ikut teori sebenar Lina tu sebenarnya bakal kakak ipar dia tapi apa boleh buat itu semua ketentuan Allah,Chai pulak dah berkahwin selepas sebulan perkahwinan diantara Shahin dan Asya,kini hanya dia yang masih bergelar status single and available,bukannya takde orang yang nakkan dia tapi entah apa yang dia cari dalam diri seorang perempuan.
“Hadi!jom kita pergi makan,kami dah lapar ni” kami,mesti Kimi dengan Lina la tu,Hadi tersenyum dan menolak pelawaan sahabat baiknya itu,bukan apa cuma tak nak kacau daun orang pergi dating.
“kau pergi la,aku tak nak kacau orang bermadah cinta ni!aku nak ambil angin jap” Kimi dan Lina hanya mengangguk faham dan mereka meninggalkan Hadi yang sedang terbongkok menghayati angin malam kat tepi pantai,memang sejuk dan mendamaikan.
“kalau aku takjumpa jodoh jugak,baik aku suruh Ibu carikan je” satu keluhan berat Hadi lepaskan dengan nafas yang berat,sampai bila dia nak hidup membujang,bukan je takde isteri malah kekasih hati pun tak ada.
Tanpa Hadi sedari ketika dia sedang melewati satu tangga seseorang telah terjatuh dan menimpanya sehingga dia terbaring di atas pasir pantai yang bersih,nasib baik pasir kalau lantai konkrit memang pecah kepala dia tu,nanti tak sempat nak masuk meminang nak orang dah jadi kes lain,masuk hospital.
Untung badan jugak sebab perempuan yang menghempapnya,kalau lelaki memang dah sama-sama kongsi ambulans masuk hospital,dengan pantas dan cepat perempuan yang menghempap Hadi menjauhkan diri,mukanya sudah kemerahan menahan malu,gara-gara tangga yang licin perempuan itu telah terjatuh ke atas orang.
“sorry,encik ok?” soal perempuan itu kalut dan membantu Hadi untuk berdiri semula,sempat lagi Hadi ketawa dan perempuan itu ternyata kehairanan,takkan dah biul kut si Hadi ni.
“ok!cik ok?” soalnya kembali,dia yang kena hempap lagi mau fikir pasal orang lain?
“saya ok,sorry,tadi tergelincir tangga licin sangat” pinta perempuan itu gelisah,kalau Hadi cedera belum tentu perempuan itu dapat membantunya untuk bawa ke klinik.
“it’s ok,saya Hadi” eh,dalam keadaan kemalangan pun sempat lagi berkenalan,ni mesti kes dari langit jatuh ke hati,tak kisahlah sebab cinta ni ada banyak cara dan jalan ceritanya sebab tu cerita cinta diseluruh dunia tak pernah habis untuk diceritakan,walaupun kisahnya hampir sama tapi wataknya yang berbeza,sebab itu ramai manusia yang membesar dengan cerita cinta dan membesar untuk bercinta,tapi sebelum bercinta dengan manusia kenalah bercinta dengan pencipta yang maha agung dulu,baru la cinta sejati!
“saya,Sheila,tapi panggil Seven je” la!Seven ke?Hadi yang sedikit kehairanan dengan nama unik Seven itu tidak teragak-agak untuk bertanya.
“uniknya nama,kenapa?”
“I don’t know,just call me that way” Seven memberikan senyuman mesra kepada lelaki itu.
“ok,sorang je?” soal Hadi lagi,kali ini lebih berani,selama ini dia mampu untuk bercakap dengan mana-mana perempuan aje tapi kali ini dia rasa sedikit kelainan,mungkin Allah dah mendengar doanya dan segera menghantar perempuan yang dia rasakan cukup sesuai untuk dirinya.itukah perasaanya bila jodoh dah sampai,kalau betul Allah itu maha mendengar dan maha adil.
“berdua,tapi kawan jumpa husband dia”
“oh,sama la”
“jom kita pergi minum,saya belanja” ajak Hadi segera,Seven sudah menunjukkan riak tidak senang,maklumlah lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat entah apa yang mereka niatkan kita pun tak tahu jadi sebagai seorang perempuan kita perlu berhati-hati dalam menilai sebelum nasi menjadi bubur.
“maafkan saya,tapi kita baru je kenal dan saya tak rasa itu jalan yang terbaik,terima kasih kerana membantu dan atas pelawaan awak tu,kalau ada rezeki kita jumpa lagi,saya minta diri dulu” Seven menghadiahkan senyuman terbaiknya dan melangkah pergi meninggalkan Hadi yang masih lagi buntu,akhirnya dia sedar yang dia dah melangkau seribu anak tangga dalam satu masa dan itu cara yang salah,kita perlu melangkat step by step bukan main terjah ke main point je!
“Seven!saya minta maaf,semoga kita berjumpa lagi” laungnya dengan kuat,maklumlah nak lawan angin pantai ni memang kena lontar vocal cantik sikit baru la line clear.Hadi masih lagi tersenyum dan hatinya lebih gembira daripada tadi,mungkin dah jatuh cinta tapi mungkin juga dia memberi peluang kepada hatinya untuk menerima seseorang atau dia rasa yang pasti ada jodoh yang sesuai untuknya.
Kimi pula sedang bermadah kasih dengan tunangnya Lina,memang mereka kelihatan sepadan dan sesuai berganding bersama,Lina kini telah mampu merelakan sepenuhnya kepemergian Am dan menerima Kimi seadanya,bukan kerana wajahnya yang seiras tetapi sikap Kimi yang romantic dan penyayang,bagi sesiapa yang mengenali Am dan Kimi kebanyakan mereka memilih Kimi kerana Kimi lebih gentleman dan mesra berbanding Am yang lebih kepada sikap yang serius dan tidak suka kepada perkara remeh,walaupun macam tu,arwah Am pernah berada di carta hati Lina dan akan sentiasa berada di situ,yang kini Kimi bukan menggantikan tempat Am tapi berada satu anak tangga lebih dari Am.
Sebanyak mana sekalipun Lina mencintai Am,Am bukan miliknya di dunia ini dan mungkin juga bukan miliknya di akhirat nanti,Am mungkin telah tercipta untuk orang lain di akhirat nanti dan Lina rasakan yang Kimi adalah pendampingnya,Allah mengambil Am ketika belum sempat Am lafazkan ijab dan Kabul bagi menjadikan Lina sebagai isterinya tetapi Allah kirimkan Kimi untuk menjadikan semua perkara berakhir dengan perkara yang lebih baik,sebaik mana kita merancang Allah yang menentukan dan sudah semestinya apa yang Allah telah lama rancangkan jauh lebih baik dari apa yang kita hajatkan.
“Kimi,Lina nak Kimi tahu yang Lina cintakan Kimi bukan kerana iras wajah tapi Lina cintakan Kimi kerana Lina yakin yang Kimi lelaki terbaik buat Lina” ujar Lina ikhlas.
“Kimi tahu,bila Lina cakap macam ni,Kimi rasa…” Kimi memancing Lina yang telah keresahan,entah apa yang bakal keluar dari mulut Kimi nanti.
“rasa apa?” soal Lina resah,jelas terpancar di wajahnya yang dia sangat risaukan jawapan yang bakal meniti di bibir Kimi.Kimi memang seorang yang penyayang dan sangat peramah,jadi kebanyakan orang yang macam ni mempunyai hati yang sensitive,betul ke?
“rasa nak kahwin dengan Lina hari ni jugak,boleh?” Kimi hanya bergurau dan dia ketawa di baris akhir ayatnya,Lina yang cepat melenting sudah naik angin dan mencubit lengan Kimi yang berkulit cerah itu sehingga kemerahan,salah orang la nak buat gurau tu!
“Lina serius dia main-main pulak” bila perempuan dah merajuk,kenalah si lelaki cuba untuk memujuk,dan beruntung Lina mendapat Kimi yang terel memujuk,gentleman la katakan.
“sorry,Kimi tahu yang Lina sayangkan Kimi seadanya lagipun Kimi ni lebih handsome dari arwah” dah riak pulak.Lina hanya buat tak dengar dan terus mengunyah makananya tanpa menghiraukan Kimi yang sedang tersenyum senang.Kehadiran Hadi di situ mengalihkan tumpuan mereka seketika tetapi semuanya kembali kepada asal setelah Hadi meminta diri untuk pulang ke rumah.
=========
Sebaik mendarat di KLIA,Asya langsung tidak berganjak dari ibunya sehingga tiba di rumah,Shahin pula dilayan seperti orang asing dan langsung tidak dihiraukan oleh Asya,begitu juga ketika berada di rumah papa.
“Ibu,adik tidur dengan ibu boleh?kalau tak boleh pun nak jugak” aku tetap berkeras dengan keputusannya dan Ibu terpaksa menurut permintaan aku,lagipun Shahin langsung tak membantah,dah lama sangat kami tak tidur sebilik jadi rasa janggal sikit.
Setelah bersiap untuk tidur dengan hanya sekali baring aku dan ibu terus terlelap,memang letih gila sebab flight mengambil masa selama 14 jam,rasa nak berkampung je atas kapal terbang tadi.
Aku bangun awal pagi untuk menolong ibu dan mak memasak di dapur,walaupun aku ni tukang tengok je lebih tapi boleh jugak aku tolong kupas bawang,kan?
“adik dah makan masakan melayu?” soalan Ibu buat aku hilang arah sekejap,tu la jauh termenung nasib baik sempat u-turn kalau tak entah dah sampai Negara mana.
“nasi adik tak makan,pernah letak dalam mulut tapi tekak ni tak nak terima je,lauk pauk melayu adik makan!sedap!”
“jadi Shah tak makan spageti macam adik la?” soalan memerli tu namanya tapi aku terima je.
“jarang sangat,Shah pandai masak,sedap jugak dia masak dan adik pandai tengok je macam sekarang ni” aku ketawa diikuti mak yang hanya menjadi pendengar setia sejak tadi.
“adik kena la jaga Shah baik-baik” pesanan penaja pulak pagi-pagi macam ni,ni yang malas nak dengar ni,nak angkat kaki nanti kena lebih teruk lagi.
“Shah dah besar,tak perlu nak jaga dia lagi”
“ibu cakap menjawab ya?nasib baik tak ambil law kalau tak jenuh nak berdebat dengan adik” kata-kata ibu kami sambut dengan ketawa yang agak kuat.betul jugak kalau aku jadi lawyer stress semua orang dalam rumah ni nak berperang mulut dengan aku.
“Shah suka makan apa?” soalan ibu dah beralih ke simpang lain tapi masih lagi jalan yang sama iaitu jalan Shahin Addin,Ibu ni memang berkenan sangat dengan Shahin sejak hari pertama mereka berjumpa lagi.
“nasi goreng!” aku menjawab dengan yakin,sebab benda tu je yang dia selalu order kalau makan kat luar jadi aku ni jenis yang peka dan ambil berat jugak la pasal mamat tak berlesen tu!
“adik kena la belajar masak apa yang Shah suka”
“Shah pandai masak sendiri,adik nak keluar dulu la” cepat-cepat aku beredar dari situ sebelum ibu membuat iklan tajaannya lagi,boleh kecut cuping telinga aku ni kalau dengar ibu membebel selalu,mak tak pernah pulak membebel.
“makan!” aku bersuara sepatah kepada tiga lelaki yang sedang melepak di ruang tamu sambil membaca surat khabar,macam takde cerita menarik je.
Kami bergerak kedapur dan mengambil sarapan,sarapan makanan yang paling penting dalam hidup kita tau!jadi pagi ni kenalah makan banyak sikit untuk menjamin kelangsungan tenaga dalam badan,lepas ni aku dah nak balik rumah,kena tinggalkan family aku lagi,terpaksalah sebab esok dah kena masuk kerja.
“kami minta diri dulu” pinta Shahin setelah memberi salam,barang yang kami shopping dekat UK pun kami bawak balik jugak,memang dahsyat aku shopping dan Shahin pun lebih kurang excited dengan aku jugak,katanya dia tak pernah sampai UK sebelum ni jadi aku bawak dia jalan-jalan sekitar UK.
“aku nak tidur kejap,sampai rumah nanti kejut eh” aku bersandar pada kerusi dan memejamkan mata,aku rasa tak sampai seminit aku dah pun terlelap dan hanya tersedar bila Shahin masuk ke perkarangan rumah.
“masuklah,biar aku angkat barang” ujarnya sambil membukakan pintu kereta untuk aku.kesian kat dia dah la dia yang drive lepas tu dia jugak yang kena angkatkan barang.
“takpe,aku tolong” aku mengambil barang dari bonet kereta,dia tak membantah dan tak mengeluarkan sepatah kata pun,setelah semuanya telah siap aku merebahkan diri di atas sofa,penat sangat macam aku je yang bawak kapal terbang semalam.hahaha…
“aku angkat barang naik atas dulu,kalau kau rajin tolong letakkan baju dalam washer” arahnya kepada aku,kalau ikutkan hati memang aku malas tapi tak baik membantah cakap suami,dengan langkah malas aku meletakkan baju aku dan bajunya kedalam washer yang sama.
sebaik aku mula membasuh aku berjalan ke ruang tamu semula dan aku ternampak sesuatu yang sangat membuat aku teruja dan gembira.
“basikal?!Shahin Addin,kau belikan aku basikal ke?” tanpa menunggu jawapan Shahin aku terus berlari kebiliknya,aku rasa jiran sampai hujung jalan pun boleh dengar suara aku yang kuat gila ni,sebaik melihat Shahin yang masih terkejut aku terus memeluknya.
“terima kasih,so much!” tanpa aku sedar pipinya aku cium,dan dia hanya diam tak bergerak tapi tangannya masih cuba menahan aku daripada jatuh.
“ok!lepas la,nak mati aku dibuatnya” aku merungkaikan pautan aku pada batang lehernya,tak kisahla yang penting aku terlampau teruja sehingga tak dapat nak kata apa-apa.
“jom kita test!” aku menarik tangannya menuruni tangga dengan cepat,kalau jatuh tangga pun tak sempat nak mengucap ni.Aku terus naik ke atas basikal dan mula mengayuhnya disekeliling ruang tamu kami yang luas tu,kalau tak boleh nak buat ice skating buat road basikal pun jadilah.
“kau ingat dalam rumah kita ni playground ke?pergi main kat luar” arahnya sambil menolak basikal yang aku naiki ke laman rumah dan sekali lagi aku terkejut setelah melihat landscape rumah kami dah berubah dengan sangat cantik,banyaknya bunga siap ada kanopi lagi,macam rumah dalam taman je,terharu betul!siap ada trek untuk basikal lagi.Aku turun dari basikal dan meluru memeluk Shahin,sangat gembira dengan semua ni,kenapa tadi langsung tak perasan.
“cantiknya!sama macam apa yang aku cerita kat kau kan?rumah idaman aku tu.”
“aku cuba yang terbaik,dan kalau kau suka alhamdulilah” aku meleraikan pelukan dan mula teringat sesuatu.
“kau ubah semua ni dalam masa tiga hari,rumah pun kau hias?”
“mana ada,aku kan kat UK dengan kau,aku upah Chai buat semua ni dan rumah pun aku dah cuba hias dengan cara terbaik walaupun kau tak cakap apa-apa”
“really?jom masuk balik dalam rumah,tadi aku langsung tak perasan apa-apa”
“jom!” kali ini dia menarik tangan aku,dan bila aku perhatikan ruangan rumah kami kebanyakannya gambar kami berdua tergantung disana sini dan gambar keluarga besar kami juga ada,gambar aku dengan kawan-kawan,gambar dia dan geng sengal dia pun ada,dengan susunan perabot yang cantik,yang penting semuanya nampak baru,macam mana aku boleh tak perasan tadi.
“cantiknya!rumah kita dah jadi macam serba boleh,kedai foto boleh,taman permainan boleh,tadika boleh,semuanya boleh la!”
“tu semua permainan yang kau beli,memang dah jadi tadika rumah ni”
“kalau macam tu kena la ada ramai budak-budak kan?seronoknya….” aku sangat teruja sehingga aku tak sedar apa yang aku dah katakan sekejap tadi dan Shahin hanya terdiam dan memandang ke tempat lain,setelah aku berfikir balik apa yang aku cakap tadi tak pasal-pasal tempek blusher free kat pipi aku ni,mulut ni laju macam roket.
“aku tak bermaksud apa-apa” aku cuba menerangkan keadaan sebenar tapi,aku ni gugup gila.
“mana ada maksud apa-apa,clear” Shahin juga sepertinya gugup,dan setelah dua minit berdiam diri akhirnya kami mengambil haluan masing-masing,aku ke laman rumah dan dia ke bilik.
“jom keluar beli barang dapur,aku jemput kawan -kawan makan kat sini malam nanti” entah dari mana suara dia datang,kelibatnya pun aku tak nampak hanya suara dia yang kedengaran dan aku mencari dia disebalik pintu.
“kawan-kawan?jom!” setelah ternampak dia yang sedang mengikat tali kasut aku terus aje setuju,perkara yang kami tersasul tadi dah hilang dari ingatan.
=========
Sepanjang berbelanja kami asyik bertekak je,aku nak beli benda tu tak boleh benda ni tak boleh kesian kat aku.Dia asyik kata makanan yang aku nak beli tu tak baik untuk kesihatan,dia ingat aku ni vegetarian macam kambing ke?stress!
“aiskrim je,please…” aku merayu kepadanya,dah macam budak kecik je aku ni,ramai jugak pelanggan lain yang tengok kami kehairanan,takkan nak cakap yang aku ni anak Shahin kut,kalau adik dia tu ok la jugak.
“baiklah!selagi tak bagi selagi tu kau merengek”
“ha!thank you suamiku!” aku memeluk lengannya yang sedang menolak troli barang.
“tak malu ke?” soalnya tersenyum memandangku,aku melihat keadaan aku dari atas sampai ke bawah.
“malu apa?bukannya tak pakai baju pun!” aku berseloroh dan dia terus tersenyum,aku bukan mengambil sedikit aiskrim tapi banyak untuk jadi bekalan sepanjang satu minggu.
“merengek macam budak kecik” ujarnya sambil meninggalkan aku yang sedang termangu,ikut suka hati aku la nak merengek macam datuk nenek pun,tapi sebab tu ke dia jaga aku macam babysitter sebelum ni,dia anggap aku macam budak kecik rupanya.
“jadi selama ini,kau sanggup jadi babysitter aku sebab kau anggap aku ni macam budak kecik ke?” soal aku geram,aku ni dah besar panjang dia cakap macam budak kecik pulak,mana boleh!
“jom bayar” dia buat tak endah je dengan soalan aku,aku tanya dengan susah payah tapi dia buat derk aje,agaknya dia tak suka kut aku panggil dia babysitter,hehehe,jatuh la standard dia kalau aku panggil dia macam tu kan?padan muka!
“aku tunggu dalam kereta” aku memberitahunya sebelum keluar dari supermarket yang hanya beberapa minit daripada rumah kami.Kadang-kadang aku terfikir jugak tentang status kami yang masih lagi tersembunyi dan takde sesiapa yang tahu kecuali orang yang terdekat,kami tak pernah nak sorokkan semua ni tapi kenapa kami tak beritahu?
“kau dah sampai hujung dunia ke?” soalnya setelah masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta,nak tercabut jantung aku bila dia main sergah je macam tu dan tak pasal-pasal aku mencubit lengannya dengan kuat.
“sakitlah mak cik!”
“padan muka,kalau kau nak mati awal pergi sorang je la,yang sergah aku tu kenapa?kau nak hantar aku pergi awal ke?” soal aku marah,kalau ikutkan hati aku hempuk kepala mamat ni tapi mengenangkan dia ni suami aku,aku mengalah jugak.
“aku dah bagi salam kau tak dengar,kau tu asyik termenung je kerjanya”
“ikut suka hati aku la,aku bukannya termenung pasal kau pun!” ni dah mula nak meletus dah volcano aku ni,bencana alam betul la mamat ni.
“baguslah” ujarnya lega lalu dia membelok keluar ke jalan utama sebelum masuk ke jalan kawasan perumahan yang kami tinggal,pelik jugak kenapa dia lega lepas aku kata aku tak menungkan dia.tapi ada sebab ke nak gembira kalau ada orang menungkan kita?
“bila kita nak bagitahu pasal kita kat pejabat?aku pun dah nak habis practical ni” soal aku perlahan,entah kenapa aku rasa nak bongkarkan je yang aku ni isteri dia,takkan la sebab aku dah tak larat nak tengok wayang ada perempuan lain yang nak goda Shahin.aku tak belajar la istilah cemburu kat sekolah dulu.
“kau dah puas jadi single ke?” soalnya dnegan nada bergurau,aku dah la takde mood nak bergurau ni,bukan apa,selalu je ada perempuan call Shahin malam-malam dan mamat ni pulak tak reti nak jadi orang yang dah berkahwin!aku cemburu ke?tidak!!!
“kenapa?kau seronok ke dengan status single but married kau sekarang ni?suka perempuan goda kau eh?” soal aku memerli tetapi sedaya upaya aku cuba untuk menutup nada yang berlainan dalam diri aku ni,nada cemburu ke?aku tak rasa cemburu mungkin meluat kut.
“what?no way!pelik je dengar,are you jealous my wife?”
“what?jangan nak perasan la my husband!aku cuma dah malas nak mengelak dengan pekerja lelaki kat pejabat kau tu,department lain selalu datang jumpa aku kat pejabat,ada yang bagi bunga,ada yang bagi coklat,aku tak suka semua tu!tak selesa!” terkejut Shahin bila mendengar luahan aku,memang betul apa yang aku ceritakan kepada dia dan dia langsung tak menunjukkan riak yang senang.
“makan malam ulang tahun company!”
“tak faham”
“kita akan declare perkahwinan kita pada malam tu” ujarnya serius.
“betul ni?sukanya…” aku memeluk lengannya yang sedang memegang stereng.nasib baik tak masuk dalam tasik.Sebaik tiba di rumah dia terus mengeluarkan barang dari bonet kereta dan terus masuk ke dapur.kenapa tak nak cakap dengan aku?pelik la mamat ni.
“kenapa ni?” soal aku dengan nada sedih,tak ada angin,tak ada ribut tiba-tiba je jadi dingin,ni yang buat aku tak faham dan tak tahan ni.
“baju yang basuh dah jemur?” soalnya mengubah topic 200 darjah,aku geram nak menjawab tapi aku hanya mengalah dan berlalu ke ruang membasuh.Shahin bersandar pada fridge dan meraup mukanya beberapa kali,dia menguak rambutnya yang hampir menutup dahi dan mengambil apron yang tersangkut pada dinding.
Aku mengeluarkan baju dari washer dan terus menjemurnya dengan perasaan berbelah bahagi,aku dah pernah bincang pasal hadiah tu dengan Seven dan Seven cakap jalan yang terbaik ialah umumkan perkahwinan kami dan cerita hal sebenar kepada Shahin,tapi bila dah explain ni jadi lain pulak.
Aku melihat muka Shahin yang tegang sedang menyiang ikan kerapu di sinki,kalau ikan tu masih hidup mesti dia derita kerana kena bantai dengan Shahin,kenapa setiap kali dia berdiam diri macam ni buat aku rasa sedih dan bersalah,air mata aku mula mengalir di pipi,aku hanya berniat untuk berterus terang,takkan dia cemburu kut.
Aku mendekatinya dan memeluk dia dari belakang,air mata aku semakin laju mengalir dan membasahkan sedikit baju di bahagian belakang Shahin,Shahin membetulkan badannya dan membiarkan aku memeluknya dengan erat.Dia juga berhenti daripada menyiang ikan.Aku dapat mendengar yang dia meelepaskan keluhan yang berat.
“sorry,aku cuma tak nak berahsia dengan kau,aku tahu memang aku salah sebab rahsiakan benda ni dengan kau selama ini tapi…” aku menahan esak yang semakin menjadi-jadi,aku ni bila menangis mana boleh sikit kena banyak terus kalau boleh biar penuh satu baldi.
“kenapa minta maaf?hari ni bukannya hari raya pun.Aku cuma terkejut sebab ada orang nak mengurat wife aku ni?” ujarnya dengan nada bergurau.Sempat aku tergelak dengan lawaknya yang tak berapa nak jadi tu,sekurang-kurangnya dia dah tak marah,setiap kali aku menangis mesti dia mengalah kan?kena menangis selalu ni.hehehe…
“kau ingat aku ni tak laku ke?” soal aku pula dengan senyuman penuh erti,aku masih lagi memeluknya dengan erat dan dia tak menghalang malah meneruskan menyiang ikan kerapu yang dah hilang azab kena dera dengan Shahin ni.
“pergi kupas bawang,nanti lekat bau ikan ni takde siapa nak kat kau” dia bergurau lagi.
“ok!tapi kau nak kat aku kan?” soal aku pula,aku mencari wajahnya yang asyik focus kepada ikan kerapu itu,ikan kerapu betina ke yang Shahin seronok sangat tengok tu?takkan dengan ikan pun aku nak jealous kut!mengarut!’
“tengoklah macam mana”
“baik kau cakap kau nak,kalau tak aku korek mata kau” ugut aku sambil mengambil bawang yang telah disediakan oleh Shahin di atas meja.
“ya la,kecil tapak tangan tasik kenyir aku tadahkan” aku tak dapat nak tahan gelak bila mendengar peribahasa yang dah rosak dengan renovation dari Shahin,sepatutnya dia dan Seven boleh sama-sama kena saman sebab asyik mengarut je.
“khamis nanti kita pergi masjid nak?aku dengar ada ceramah agama,lagipun seronok sikit dapat solat berjemaah ramai-ramai,kan?”
“ok!nice!alhamdulilah,Allah bagi aku isteri yang solehah” ujarnya sambil mencium kepala aku,nasib baik ikan dah selamat atas dapur kalau tak dengan aku sekali ada bau ikan,nak buat kerapu tiga rasa la katakan.
Hampir dua jam kami berada di dapur memasak bersama dan setelah azan asar kedengaran kami bersiap untuk solat asar bersama,setelah mengaminkan doa kami turun ke ruang tamu untuk menonton tv tapi tak lama sebab bosan.
“jom pergi biking?” ajak Shahin sambil menarik tangan aku keluar dari rumah,rumah dikunci dan kami memakai kasut sebelum mula mengayuh basikal.walaupun ada dua basikal Shahin hanya menggunakan sebuah basikal,biarlah dah dia rajin nak mengayuh sangat biarlah,aku ni jadi pembonceng pun jadilah!
“pegang elok-elok,nanti jatuh”
“eleh,ingat kau nak racing ke?” saol aku memerli,macam la dia tu pandai sangat nak bawak basikal,aku lebih terel la!
“aku dulu wakil Malaysia dalam sukan basikal tau!” ujarnya riak,entah zaman bila.
“tahun bila tu,suamiku?”
“tahun 1950”ujarnya lalu ketawa,penipu besar!lahir pun belum ada hati mengaku jadi pelumba basikal wakil Malaysia,zaman tu jepun guna basikal nak masuk Malaysia bukan guna basikal buat berlumba.
“haah!dahsyat betul penipuan…” dia hanya bantai ketawa dengan senang.
========
Kami menunggu kawan-kawan Shahin yang mula datang ke rumah,kebanyakannya kawan-kawan Shahin dari zaman dia sekolah dulu dan memang aku tak kenal,yang aku kenal hanya Hadi,Kimi dan Chai,Lina pun ada sekali,maklumlah orang dah bertunang kan,tak lama lagi dah nak kahwin.
“jemput masuk!” aku dengan senyuman manis menjemput tetamu yang hadir,ada sesetengah kawan Shahin yang dah ada anak,terutamanya kawan dia yang tinggal di kawasan perumahan ini jugak,Amin,isterinya Amira dan anak lelakinya Aman.Keluarga `A`la dorang ni.
“Aman!meh sini aunty dukung” aku mengambil Aman yang baru sahaja setahun,masih belum dapat berjalan lagi.Comelnya dia.
“comelnya,comel kan Shah?” aku menyuakan Aman kepada Shahin dan dengan mesra Shahin mengambil Aman dari dukungan aku,dia mencium pipi Aman sehingga Aman ketawa kegelian.
Shahin bermain dengan Aman sementara aku menyediakan makanan apa yang patut di atas meja,nasib baik meja makan kami ni besar jadi boleh la jangka ramai sikit.Amira menolong aku menyediakan apa yang patut dan setelah semua orang sampai kami berbual sambil makan malam.Baru aku sedar yang Shahin sebenarnya ingin memperkenalkan aku kepada kawan-kawannya,aku tak perlu kut kenalkan dia sebab semua kawan aku dah kenal dia.
“kopi” aku menghidangkan kopi setelah semua orang berkumpul di ruang tamu setelah makan malam,kami berborak senang dan kebanyakannya aku ni diam je.Majority semua kawan-kawan Shahin dah beristeri.
“Shah,mana kau dapat interior designer ni?sekali aku tengok rumah kau macam pameran,ada jugak macam tadika,ada jugak macam galeri gambar.macam-macam la rumah kau ni” ujar Zaman.
“tu semua tak penting,kau rasa lawa tak?” soal Shahin sambil tersenyum.
“lawa la bro!”
“ni semua kerja wife aku la,Chai yang kadi interior designer pun pening dengan kami”
“bukan saya,ni semua kerja Shahin” aku membalas balik dan melihatnya dengan mesra,Shahin pula tersenyum memandang aku.
“dah lewat ni,kami minta diri dulu la ya” ujar Hadi dengan senyuman pelik,aku dah kata yang Hadi ni otak berkarat sikit,tapi hari memang dah jauh malam dan dah ada yang berlalu pulang.
=========
“esok balik rumah baba ke?” soal Shahin yang entah muncul dari mana ketika aku sedang mengemas beberapa barang yang perlu dibawa untuk jungle tracking esok,izin Shahin tak mintak lagi ni.
“tak” aku menjawab sepatah sambil memasukkan beberapa jenis ubat yang perlu dibawa,mana tahu kalau ada kecemasan kan?beringat sebelum kena!bijak!
“ada aktiviti ke esok?” soalnya lagi setelah duduk di birai katil,kenapa pulak dia banyak tanya malam ni,selalunya tunggu aku bercakap baru nak bukak mulut dia yang ada berlian seribu karat tu.
“erm” aku menjawab sepatah lagi,dah tahu jawapan tak boleh nak blah ke?menyemak je dalam bilik aku ni.
“baru je nak ajak kau pergi picnic dekat air terjun,kau ada aktiviti apa?” soal dia lagi,kali ini dengan nada yang kedengaran agak kecewa,aku pun sebenarnya kecewa jugak sebab tak dapat nak ikut dia tapi mengenangkan aku dah lama berjanji dengan kawan-kawan aku ni tak boleh la nak cancel last minute.Sepatutnya dia bagitahu awal-awal baru lah tak kalut macam ni.
“masuk hutan” aku menjawab lagi,dengan nada bosan.Nak pergi picnic jugak tapi tak boleh nak tunjuk yang aku ni excited sangat,lain kali la ya suamiku.
“really?aku join kau boleh?” soalnya pula,sejak bila nak mengekor je ni,tak boleh!
“tak boleh!” aku memberi jawapan tegas,no means no!no compromise.
“kenapa?” soal dia kecewa,tengok muka dia yang agak kecewa tu hampir buatkan aku say yes!tapi masih jugak tak boleh sebab semuanya perempuan dan tak best la kalau dia ada,nanti dia jugak yang bosan dan malu,dia tu tahu malu ke?
“sebab ni dah lama plan,tak boleh nak tambah orang last minute macam ni,lain kali eh?” aku memujuknya,bukannya aku tak nak ajak sangat tapi macam tak best je.
“ok!be careful then” ujarnya sambil tersenyum manis,ni yang tak boleh ni,kenapa masa macam ni jugak la dia nak tersenyum macam tu,aku hantar balik Canada baru tahu.
“kau picnic dengan siapa?” kini aku pula yang menjadi tukang soal,ni la orang panggil soal jawab rumah tangga,hahaha….
“dengan kawan-kawan satu kolej dulu,kawan lama”
“oh,reunion ke?” soal aku teruja,bestnya dapat buat reunion macam aku dulu,tapi UK kini sejarah aku.
“lebih kurang la” aku membiarkan suasana senyap itu seketika sementara otak aku ligat tengah berfikir untuk buat reunion dengan kawan-kawan aku dekat UK,tapi nak buat kat mana dan takkan la aku kena fly ke UK kut.
“jangan lupa bawak ubat,air,kasut dah periksa selamat atau tak?” dah mula dah timing dia nak jadi babysitter aku,kalau adu kat Seven mesti dia cakap macam ni punya,bukannya sibuk nak jaga kau tapi ambil berat pasal kau.Aku bukannya berat sangat pun!huh!
“dah!beli kasut baru lagi” ujar aku teruja.tak sabar nak tunggu esok,nampaknya tak dapatlah nak jumpa papa,abang,mak dan ibu esok,takpelah hujung minggu kan ada dua hari,aku pun tak sabar nak pergi bakery ibu!mesti cantik!
“baguslah,tidur awal supaya esok kau akan redah hutan tu dengan bertenaga” dia mengangkat tanggannya,dah macam gaya coach bagi semangat dekat anak buah dia,kan aku dah cakap yang mamat ni boleh jadi apa aje,banyak sangat bakat,tapi satu je dia langsung tak berbakat iaitu tak romantic,dan konkrit!hehehe…
“baiklah,kau pun tidur awal,jangan nak buat kerja pejabat pulak” pesan aku kepadanya dan dia mengangkat keningnya,bukan aku tak tahu dia selalu tidur lewat sebab nak siapkan kerja dia yang tak pernah habis tu,bilik bacaan selalunya cerah lagi walaupun dah pukul 12 malam,ni mesti sebab aku tak bagi dia kerja lebih dari pukul 7 kan?tapi!aku pun tak benarkan buat kerja dirumah,biarlah rahsia,buat-buat tak tahu aje la.
“good night,assalamualaikum” ujarnya lalu beredar ke biliknya.
“good night,waalaikumussalam,sweet dream!”
“amin,tidur awal sikit” ujarnya lagi dan menutup rapat pintu yang menghubungkan bilik kami,aku rasa tadi aku ni macam angin je dengan dia tapi boleh pulak cakap baik-baik,aku ke dia yang tak tahu nak kawal angin ni?aneh!
Setelah pagi dan selesai solat subuh berjemaah aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan tetapi ternyata Shahin lebih pantas,serius aku cakap yang aku suka tengok dia memasak,buat aku rasa nak makan apa je yang dia masak,dan aku suka masakan dia,tapi aku tak suka dia!yang mana satu aku ni?confuse!
“pagi-pagi lagi dah termenung,kau takde kerja lain ke nak buat?” suara Shahin mengembalikan aku kepada tahap pemikiran normal nasib baik dia ada kalau tak entah apa yang aku akan fikirkan nanti.
“biarlah,bukannya salah di sisi undang-undang pun” aku menjawab dengan tenang,dia tu pun satu hal jugak,pagi-pagi lagi dah mula nak cari pasal dengan aku.
“makan!” ajaknya tanpa menghiraukan aku yang melawan cakapnya tadi,baik je hari ni selalunya kami gaduh,tak baik tau gaduh pagi-pagi ni,cepat tua!
“karipap?roti telur pun ada?banyaknya” excitednya nak breakfast hari ni.
“salad pun ada,makan banyak sikit,kau tu nak masuk hutan,nah susu” dia menghulurkan aku segelas susu,ibu cakap kena minum susu kambing sebab susu lembu tak bagus untuk otak.Jadi gunalah susu kambing!promote sikit.hehehe…
“thank you!” aku meneguk susu yang sudah suam,dia mengambil tempat duduk dihadapan aku dan membaca doa makan,alhamdulilah,Shahin memang seorang lelaki yang baik,aku pun baik jugak hahaha.
“suka tak susu halia yang aku buat kat kau dulu?” soal aku teruja,ceh!jasa baik sekali je pun nak ungkit dasar tak ikhlas,orang kata jasa orang jangan lupa jasa kita jangan diungkit,aku ni dah jadi kes lain pulak.bukannya nak riak cuma nak tahu,kalau dia suka lain kali aku boleh tolong buat lagi,tak gitu?
“best!” ujarnya ikhlas,wah!aku rasa teruja nak buatkan untuk dia lagi,ni la habuannya kalau kena puji,tak gitu?
“kalau kau nak aku buatkan untuk kau,cakap je,pasti aku buat”
“really?nanti kau kata aku ni pak suruh pulak”
“pak suruh?jadi aku ni pak turut la?” soal aku sedikit keliru,IQ aku ni memang bermasalah sikit,masuk virus.
“bukan,mak turut” dia bantai gelak seorang dia,gila ke?
“tak lawak pun!” aku bersuara geram,dia terus berhenti ketawa dan meneruskan suapannya yang tergendala akibat ketawanya yang gila semangat tu.
“kalau kau nak buatkan susu halia untuk aku,aku sangat bertuah dan beruntung,aku tak kisah walau apa yang kau buat untuk aku dan aku nak kau tahu aku berterima kasih” wah,ni dah masuk scent terharu ni,mamat ni saja je buat jiwang pagi-pagi macam ni aku lempang baru dia tahu.
“kawan aku dah sampai,aku pergi dulu eh” aku mencapai beg galas aku dan terus berlari ke pintu utama,Shahin menggelengkan kepala dan menghantar aku ke pintu,aku yang tengah kalut tak sempat nak mengikat tali kasut dengan betul dan Shahin melutut untuk membantu aku mengikat tali kasut.
“hati-hati,jaga diri” ujarnya resah,macam la aku pergi dan takkan kembali,macam aku ni nak pergi perang pun ada.Aku tersenyum dan menyalami tanggannya lalu mencium kedua belah pipinya dan dia membalas dengan mencium dahi aku.
“bye!picnic elok-elok” aku melambai ke arahnya yang sedang berpeluk tubuh dan tersenyum,dia juga turut melambai kepada aku,dah macam gaya ayah hantar anaknya ke sekolah.
=========
Sepanjang menerokai hutan macam-macam jenis pokok yang kami jumpa dan suasana dalam hutan sangat tenang dan nyaman,dan yang paling melucukan bila aku dan Seven kegelian melihat pacat,kalau diikutkan sejarah aku dengan Seven la yang paling cergas sekali tapi dengan pacat boleh tewas sekelip mata je,buat malu betul la.
Pucat tak berdarah kami bila ada pacat yang naik diatas kasut kami,baru je kasut kalau kat badan,ei!tak dapat aku nak bayangkan.Afie dan Nur yang ayu tu tenang je membuang pacat yang naik pada badan mereka,hairan betul.
“muka gangster tapi penakut” Afie yang baru sahaja mendirikan rumah tangganya selama sebulan setengah dah membuka mulut,membakar aku dan Seven dengan perlian pedas,muka cute macam ni dia kata gangster.
“diamlah pengantin baru!” Seven menguatkan suaranya sedikit untuk memastikan Afie yang jauh di depan mendengarnya dengan jelas,Nur yang baik hati hanya mampu tersenyum dengan gelagat kami bertiga.
“kita berehat dulu” akhirnya ranjer hutan yang bernama Sir Malik ini mengambil keputusan yang bijak,bukan apa,nak menangis dah aku tengok muka Afie ni,peserta lain pun sama ,Linda,Lina,Ain,Syukriah,Auni.
“Sir Malik,jauh lagi ke?” soal Lina buah hati Kimi yang memang kurang lasak berbanding yang lain,dia ikut pun sebab aku yang ajak dia hari ni.
“dalam 30 minit berjalan,lepas tu kita akan sampai dekat waterfall dan semuanya habis”
Mereka yang lain lega mendengarnya tetapi tidak pada aku dan Seven,walaupun kami ni tak suka dengan pacat tapi kami ni sukakan pengalaman dan aktiviti lasak macam ni,lepas ni kami mungkin akan sertai group rock climbers ke Sarawak untuk rock climbing kat sana,tu pun kalau suami aku izinkan la,dan aku rasa elok jugak kalau Shahin ikut sama kan?
“Madam Sue,pak we eh?” soal aku kepada Madam Sue yang turut sama menjadi pemandu arah kepada kami,bukan apa,dari tadi aku tengok dia dengan Sir Malik asyik bermain mata je,mujur tak terkeluar biji mata je,lagipun aku pun tak perasan pasal benda ni Seven la yang ada mata Sembilan ni semua dia perasan.perasaan je takde,hahaha…
“apa?siapa?” soal Madam Sue resah dan malu-malu,eleh malu konon kami dah dapat jawapan daripada senyumannya itu dan Seven yang suka mengusik ni tak melepaskan mangsanya pada kali ini.macam Seven ni predator pulak.
“alah,sudah perahu feri pula dah tahu lagi nak tanya?” hah!kena satu das peribahasa mengarut dari Seven,dia dengan Shahin ni memnag boleh buat kawan la.Perosak bangsa dan Negara betul,kesian dekat orang yang susah payah cipta peribahasa,aci redah je tukar.Bantai gelak la kami bertiga apabila mendengarnya,Seven ni sepatutnya masuk program lawak bukannya jadi engineer,tapi orang dah makan gaji kut.
“mana ada,tak sempat untuk semua tu” ujar Madam Sue malu-malu,apa pulak tak sempat esokkan masih ada tu pun kalau tak kiamat la tapi esok ahad bukan jumaat.
“ada pulak tak sempat?handsome apa sir” Seven dah mula jadi pakar cinta yang tak pernah bercinta,aku ni asyik cakap orang je padahal sama je aku dengan Seven ni dua kali lima je.
“saya serahkan semuanya kepada takdir,andai kata saya bersama dengan dia tapi dia bukannya jodoh saya macam mana?saya tak nak fikirkan perkara yang remeh macam ni” jawapan madam membuatkan aku dan Seven menggaru kepala,betul jugak apa yang madam cakap,aku sendiri mengikut takdir dalam menjalinkan hubungan aku dengan Shahin.
“cuba la dulu” Seven memberikan saranan.
“mungkin lelaki yang patut mula dulu kan?” madam bersuara lagi,betul jugak,aku je yang berani mati ajak Shahin kahwin dengan aku,tu pun bukannya atas sebab aku suka kat dia pun.
“betul jugak,walaupun Siti Khadijah yang melamar Rasulullah,tak ada salahnya kita nak biarkan lelaki yang mulakan dulu” aku bersuara,Seven tersenyum dan mengangguk setuju tapi kadang-kadang lelaki ni lambat sikit nak bertindak,nak tunggu semuanya nyata barulah nak mula atur rancangan,masa tu semuanya dah terlambat pun tak sedar.
“biar saya settlekan” ujar Seven lalu mendekati Sir Malik yang sudah memberi arahan untuk mula bergerak sekarang,Madam Sue mengambil langkah dihadapan,dan aku dan Seven yang memang selalu lewat ni berborak senang dengan Sir Malik.saja nak cucuk jarum kena la ambil langkah awal dulu.
“Sir dah lama kerja kat sini?” soal Seven sekadar berbahasa,orang kata sebelum makan kenalah basuh tangan dulu kan?barulah selamat jangan main makan je nanti sakit perut badan jugak yang susah.
“almost three years”
“erm,Madam Sue pun dah lama ke?” soal aku pulak dengan muka yang bersahaja,untuk menjadikan lakonan kami.
“almost two years” ujarnya tanpa syak wasangka,maknanya kami ni terel la berlakon, kepada pengarah yang nak cari pelakon yang talented boleh la try kami,hahaha…
“memang sir dengan madam satu group ke?” soal Seven pula.
“yup!dah setahun kami satu group”
“maknanya sir dah lama la kenal dengan madam?” soal Seven berani,dan Sir Malik sudah berubah air mukanya mungkin dah dapat mengesan niat kami yang sebenarnya.
“lama jugak,dah selalu jumpa kenal la jugak” Sir Malik kehairanan.nak jadi matchmaker sangat.
“madam tu lawa,saja nak tahu kalau dia dah berpunya,nanti bolehla nak jadikan kakak ipar” ujar Seven selamba,entah bila dia ada abang dia tu anak sulung pandai mereka fakta la dia ni.Tapi respon terkejut dari Sir Malik membuatkan kami yakin seratus percent.
“Tanya la dia sendiri” aku dan Seven ketawa perlahan mendengar jawapan dari Sir Malik yang dah meninggalkan kami di belakang,cemburu dan gentar la tu,hahaha…
“kalau Sir suka kat madam baik cakap je” akhirnya Seven memberi tahu niat kami yang sebenarnya dan Sir Malik terus berpaling melihat kami berdua yang sedang tersengih.
“apa maksud kamu berdua?”
“kalau lambat terlepas,kalau malu sangat pergi je merisik terus,senang” aku menepuk bahunya sambil tersenyum,aku dan Seven terus bergerak untuk meninggalkan Sir Malik untuk berfikir tentangnya,aku rasa aku dengan Sven boleh buat klinik cinta la,walaupun aku dengan Seven ni blur pasal cinta sendiri sekurang-kurangnya kami ni tahu nak satukan orang lain,kan?pandailah sangat diri sendiri pun tak bersatu ada hati nak satukan orang lain.ceh!
“macam mana kalau dia tak sukakan saya?” soal Sir Malik sebaik saja mendekati kami dan entah dari mana datangnya Madam Sue dari belakang.
“kalau awak tak tanya mana nak tahu” Madam Sue bersuara tenang,dan Sir Malik sepertinya tergamam mendengar ayat itu yang meniti dari bibir Madam Sue.
“saya masuk meminang boleh?” soalan yang berani!aku dengan Seven pun terkejut,memang tak cakap yang dia sukakan madam tapi cute jugak dengar yang dia terus straight to the point macam tu.
“why not?” ceh!jawapan malu-malu pulak.
“kita discuss lepas keluar dari hutan ni boleh?”
“ok!” dah!selesai satu masalah cinta.Kenapa masalah cinta aku dan Seven tak dapat diselesaikan,kami sendiri belum tahu siapa yang kami cintai,siapalah cinta kami agaknya kan?tapi aku pasti yang Shahin tu jodoh aku,boleh ke dia jadi cinta aku jugak?biarlah masa yang tentukan semuanya.Satu keluhan berat aku lepaskan.
“semuanya tentang masa,masa yang akan menentukan semua rahsia yang disimpan selama ini akan terbongkar” kata-kata Seven yang hanya aku dan dia yang faham,Seven memang kawan yang memahami sebab kami berdua je yang serahkan semuanya kepada takdir,Afie dan Nur dah bercinta sebelum kahwin jadi mereka tak memahami apa itu rahsia masa.
==========
Aku melabuhkan punggung di atas batu di air terjun itu,memang sangat tenang dan mendamaikan,aku juga sempat tersengih bila ternampak Madam Sue dan Sir Malik yang sedang berbual senang,Seven ni tengah syok ambil gambar,aku jugak yang kena jadi modelnya,susah.
Tapi aku rasa mana-mana lelaki yang memiliki sekeping hati milik Seven seorang yang sangat beruntung,walaupun gangster sikit tapi dia sangat baik dan memahami,nasib kami berdua lebih kurang sama yang berbezanya ayah dia yang tinggalkan dia untuk perempuan lain,Seven anak sulung daripada lima orang adik-beradik,keluarga dia tak sesenang keluarga aku dan terpaksa meminjam duit untuk belajar,dah la kena kerja part time lagi.
“kau ni suka la termenung” tegur Seven membuatkan aku terperanjat,memang betul agaknya yang Shahin cakap aku ni suka termenung,boleh dikatakan hobi jugak.
“aku kagum dengan kau,andai aku boleh jadi setabah kau” ujar aku ikhlas,ni yang nak buat drama air mata darah ni.
“aku bukan tabah Ace,aku reda,aku terima semua yang terjadi pada aku kerana aku percaya Allah dah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk aku pada hari esok” ujar Seven memahami maksud aku,aku memang tak tabah dan tak dapat nak terima semuanya dengan mudah,aku nantikan saat di mana hati aku tak lagi merintih di atas semua yang terjadi pada aku.
“nak mandi tak?” soal Nur yang muncul dengan gembira,aku mencari kelibat Afie dan dia sedang bergelak tawa dengan suaminya di bawah sana,untungnya orang ada suami,aku pun ada suami jugak tapi entah hilang ke mana.
“tak kut” ujar aku dan Seven serentak,bukan takut air tapi tak ingat nak bawak baju lain.
“Nur mandi dulu,best tau” ujar Nur sengaja,aku dan Seven menjelingnya geram,saja la tu nak buat kami termakan dengan pujuk dia tu,nanti naik atas kereta dia basah-basah baru tahu.
“ruginya…” aku bersuara sedih,Seven pun ikut sama membuat muka sedih.
“lain kali kita datang lagi”
“ok!macam mana dengan kerja kau?” soal aku teruja,Seven terus dapat kerja tak macam aku yang kena praktikal dulu,sedih.
“ok,dapatlah aku bayar duit orang tua Bangka tu” orang tua yang dimaksudkan oleh Seven itu ialah Haji Dolah,ketua kampung.
“jahatnya mulut kau,aku nak tolong bayarkan dulu kau tak nak”
“kau ingat sikit,30K tu,lagipun aku dah bayar ansur-ansur”
“aku tak sangka ada lagi orang tua miang macam dia tu,ada hati nak kahwin dengan kau kalau kau tak dapat bayar hutang tu semua”
“tak sedar diri dia tu,tapi kalau bukan sebab duit dia aku tak ada kat sini sekarang,aku runsing jugak sebab banyak belanja untuk adik-adik aku belajar lagi,nak bayar hutang dia lagi,barang dapur lagi”
“aku harap kau tak merungut” ujar aku serba salah,merungut boleh melemahkan semangat kita tau jadi cuba elakkan diri daripada untuk merungut.Aku ni memang suka merungut sikit.
“mana ada merungut,tu semua ujian khas Allah bagi kat aku,aku sekarang lebih bersemangat untuk bekerja dan cari duit” tu dia,Seven yang super cool dah datang balik,walaupun gila-gila tapi selalu je berfikiran positif.hebat betul si Seven ni kalau aku agaknya dah gali kubur untuk diri sendiri.
“kerja,kerja jugak jangan sampai jatuh sakit sudah,kalau jatuh cinta takpelah”
“gila ke?tapi aku runsing jugak,mana nak cari duit 25K dalam tempoh sebulan ni”
“sebulan?orang tua Bangka tu gila ke?” soal aku geram,ada jugak wujud orang macam dia ni,kalau ah long sekalipun dia bagi warn dulu,simbah cat dulu ke kat depan rumah,ni tak main suruh kahwin dengan dia pulak,kalau dengan anak dia takdelah terkilan sangat,ni dengan dia sendiri,kalau aku bayangkan pun nak termuntah.
“pandai berhutang kena la pandai bayar,dah la cakap pasal tu,apa kata kau pose lawa sikit,biar aku ambil gambar kau” dah mula nak lalu simpang lain Seven ni,sengaja tak nak bagi aku bahas masalah dia la tu.
“ok!” aku cuba bergaya ala-ala model gitu tapi melihat focus Seven dah beralih arah aku turut sama melihatnya,ya allah…macam nak berpisah mata aku dengan kepala aku saat itu,Shahin?makan bersuap dengan perempuan mana pulak tu,aku cuba untuk bertenang tapi tak boleh,kenapa rasa macam nak marah je ni,bukannya selama ni dah biasa ke tengok orang perempuan nak mengurat Shahin.
“kau ok?” soal Ace resah,aku cuba untuk berlagak selamba dan cuba untuk tersenyum.
“of course” aku berdiri dan cuba untuk berfikiran terbuka tapi belum sempat aku membuka langkah,batu yang licin telah membuatkan aku tergelincir dan jatuh ke dalam sungai dan mata aku terus tertutup rapat.
“angkat dia ke tebing” Seven memberi arahan kepada lelaki yang kebetulan berada di situ yang telah menyelamatkan Asya daripada terus tenggelam ke dasar sungai.Shahin turut berlari ke tempat orang ramai berkumpul untuk melihat apa yang telah berlaku.
“CPR!” ujar seorang perempuan yang berada di situ,Nur,Afie dan Seven hanya kelu tak terkata,hanya keselamatan Asya yang mereka fikirkan sekarang ni.Lelaki itu membongkokkan badan untuk memberi bantuan tetapi segera ditegah oleh Shahin.
“nanti!apa kata perempuan yang buat” ujarnya kuat,Seven melihat Shahin dengan muka risau,tapi hampir tegelak jugak tengok muka Shahin tika itu,Seven terus memberi bantuan kepada Asya dan akhirnya Asya tersedar.
“kenapa abang tak buat je” soal Afie mengusik,pandai cemburu jugak Shahin ni rupanya,dalam keadaan kalut macam tu pun sempat lagi dia nak cemburu.
“abang tak pandai la” Shahin bersuara lega setelah melihat Asya terbatuk-batuk,dia mengusap belakang Asya dan membaringkan Asya pada badannya,majority orang terkejut melihat gelagat Shahin,orang yang dimaksudkan ialah kawan sekolej dia yang kebanyakannya tak tahu yang Shahin dah berkahwin.
“Shah…”Asya bersuara perlahan,entah kenapa Shahin dan Seven yang mendengarnya tersenyum dan pada Shahin itu ialah anugerah kerana Asya tak pernah menyebut namanya dalam keadaan separa sedar selama ini.
“alhamdulillah,ambilkan tuala” Shahin bersuara tenang.
Asya membuka matanya dan memegang tuala yang membalut badannya,memang sejuk sangat.
“Seven” panggil aku bila dah tersedar sepenuhnya,aku menjauhkan badan aku daripada Shahin,nak tengok mukanya pun aku rasa malas,teringat pulak drama bersuap dia tadi rasa macam nak je aku suap dia dengan tuala ni.
“aku nak balik” ujar aku dan berdiri dengan stabil,rambut aku yang masih lagi terikat aku uraikan dan membiarkannya begitu.
“mari sini kejap” Shahin memanggil Seven supaya mendekatinya.
“ni baju abang,suruh dia tukar baju dulu nanti demam,ambil guna kereta abang,kejap lagi abang balik”
“abang nak balik dengan apa?” soal Seven hairan,pelik dengan keputusan Shahin agaknya.
“dengan kawan abang,tolong jaga dia untuk abang”
“ok,abang tak patut tau makan bersuap dengan perempuan tu tadi” ujar Seven sepertinya berbisik,aku yang ternampak dari jauh tak faham apa yang mereka bincangkan.
“tangan abang kotorlah masa tu,lagipun abang tengah compete memasak,perempuan tadi nak abang rasa je,bukannya nak berdrama king pun” ujar Shahin berterus-terang,Seven tersenyum lagi.
“takkanlah dia cemburu kut” Shahin bersuara perlahan.
“entah,saya chow dulu” Seven mendekati aku yang sedang berterima kasih kepada penyelamat aku tadi,dan lelaki itu bersama dengan isterinya,aku ni ada suami tak macam ada suami pun!
“Nur,Afie aku hantar Ace balik dulu” ujar Seven kepada sahabatnya.
“ok,balik nanti terus mandi dan minum susu panas tau,abang Shah mana?” soal Nur.
“kejap lagi dia balik” Seven menjawabnya dan terus meninggalkan tempat itu,aku banyak termenung sepanjang berada di dalam kereta,dah la besar baju Shahin ni dengan aku tapi aku gembira,aku ni dah gila agaknya.
========
“thanks sebab tolong abang” ujar Shahin sebaik sahaja sampai dirumah.
“takpe,Ace mandi,jadi saya nak balik dulu”
“nak balik dengan apa?tidur sini ajelah”
“takpelah,dah call teksi,esok ada meeting,teksi saya dah sampai,jaga Ace elok-elok tau,saya minta diri dulu”
Shahin menghantar Seven ke depan pintu dan dia kembali kedapur untuk membancuh susu halia,elok untuk mengelakkan angin masuk dalam badan,dengan baju yang masih lagi lembap Shahin masuk ke bilik Asya dan meletakkan susu itu di dalam biliknya kemudian dia masuk kebiliknya untuk mandi,masih terlalu awal untuk solat zuhur.
Aku yang telah lengkap berpakaian kasual tersenyum melihat susu yang berada di atas meja.Aku mengambilnya dan terus meneguknya,memang rasa sangat hangat dan melegakan,aku terdengar bunyi dari bilik Shahin dan mengintai di balik pintu.Shahin tengah mengeringkan rambutnya menggunakan tuala,sekali lagi penyakit gila aku datang bila aku begitu terpaku dengan kehandsomeman yang ada pada Shahin,dah gila aku ni sampai bahasa inggeris dan bahasa melayu dah mix together.
Aku tersenyum bila ternampak yang dia sedang merenung gambar perkahwinannya, perkahwinan kami la sepatutnya kan?aku pengantin perempuannya lainlah kalau dia duk terbayang muka orang lain.
Aku kembali ke katil dan mengambil gelas yang telah kosong itu untuk dibawa ke dapur dan ternyata Shahin berada di belakang aku,aku sekarang ni tengah hangin dengan dia dan tak rasa macam nak bercakap dengan dia pun.
“ok?” soalnya sepatah setelah melihat aku yang sedang membasuh gelas tadi,dah tengok aku sihat walafiat ni lagi nak ditanya.
“ok je” jawab aku ringkas sebelum beredar meninggalkan dia disitu,hairan aku bila melihatnya yang sedang menggaru lengannya sendiri,apa yang hairannya bukannya dia garu aku pun,hish!kenapa dengan dia ni macam gatal semacam je ke air sungai tadi kotor tapi aku ok je.Ni mesti perangai gatal dia dah berjangkit sampai ke rumah ni.
“gatalnya…” adunya perlahan,pada mulanya aku buat tak endah je dan mengambil tempat duduk di sofa,tv aku pasang dengan agak kuat tapi mata aku sekarang ni tengah melihat dia yang tidak dapat duduk diam,asyik menggaru je kerjanya dah macam monyet aku tengok,lupa,bukan kaum kerabat dia ke?hahaha….masyaallah jahatnya mulut!
Kalau ikutkan hati aku ni memang malas aku nak hiraukan dia,aku melihatnya yang berlari masuk ke bilik sebaik sahaja azan zuhur berkumandang,aku agak yang dia tak apa-apa dan aku masuk ke bilik untuk solat zuhur.Hari ni aku tak nak la solat berjemaah dengan dia,tengah hangin ni.
Sebaik aku mengaminkan doa aku mengintainya dari pintu dan dia telah melipat sejadah dan membuka bajunya,terkejut gila aku bila tengok badan dia dah naik bintik-bintik merah,bukan satu tapi seribu,dia ni ada ruam ke?rasa simpati menular ke dalam diri aku dan dengan segera aku masuk ke dalam biliknya,dia yang terkejut terus menutup badannya dengan bantal,eleh,malu la konon,macam aku nak tengok sangat badan dia tu.
“kenapa ni?kau kena ulat bulu ke?” soal aku lalu mendekatinya dengan berani dan menyentuh badannya yang dipenuhi dengan bintik-bintik merah,termasuk mukanya sekali.
“mana ada” memang la takde,dia yang jadi ulat bulu kat tepi sungai tadi sekarang ni dah kena balasan padan muka!huish!tak baik doakan keburukan suami sendiri.
“kenapa ni?ruam eh?” aku menyoalnya lagi,macam la Shahin ni doctor.
“entah,lepas je pakai baju tadi terus rasa gatal,
rasanya takde baju yang kita basuh sekali kan?” soal Shahin kepada aku.bagai berputar mesin masa dalam kepala aku teringat yang aku ada basuh baju dia bersama dengan baju aku masa balik UK dulu,oh!jadi betullah dia memang tak boleh,nak buat macam mana ni.
“ada,masa kau suruh aku basuh baju lepas balik dari UK hari tu,sorry” aku dah mula nak menangis,selalu je susahkan orang aku ni,dah la tak tahu macam mana nak ubatkan orang.
“oh,takpe” sempat lagi mamat ni tersenyum walaupun dalam keadaan gawat macam ni, tangan masih lagi menggaru tapi sempat lagi nak tersenyum,boleh bawak mati ke alahan ni,aku tak nak jadi janda muda!!!mengarut!ke situ pulak aku fikir.
“Shahin,jangan mati tau jangan tinggalkan aku” air mata aku dah mula menitis dengan laju,Shahin tergelak mendengar permintaan aku yang mengarut agaknya.
“aku yang sakit kau pulak yang menangis” Shahin bersuara tenang,betul jugak aku ni emotional betul la.
“macam mana nak buat ni?” soal aku resah,aku memegang lengannya.
“pergi ambil ubat dalam laci tu,jangan sentuh aku nanti berjangkit” ujarnya sambil mengelak daripada aku memegangnya lagi,dia yang sakit ada hati nak risaukan orang lain lagi tapi tanpa berlengah aku mengambil ubatnya,aku berlari ke dapur untuk mengambil air.
“makan ubat,boleh berparut ke?” aku menunjukkan bintik-bintik merah pada badannya,kalau Shahin berparut macam mana?handsome lagi ke?tapi tengok dia sekarang pun handsome jugak.
“mana ada berparut”
“baguslah,ni ubat sapu kan?meh sini aku tolong sapu” aku mengambil ubat itu dari tangannya dan dia teragak-agak untuk membiarkan aku merawatnya,takkan tak sudi kut.izinkanlah aku nak berjasa sikit dengan dia.
“tak payah la” ujarnya lambat-lambat,sampai hati dia menolak.
“tak sudi ke?kau marah eh?” soal aku merajuk.
“bukan!aku segan la” ujarnya tenang,jawapan dia membuat aku hampir tergelak,segan? Logic ke alasan macam tu.
“bahagian belakang je,macam mana kau nak sapu kan?” soal aku pula dan akhirnya dia mengalah jugak,dengan isteri sendiri pun nak malu ke?lagipun selama ni kalau mengusik aku tak malu pulak.
“ok,sorry kalau aku terlelap,sebab ubat ni memang mengantuk sikit”
“ok,tidur je la" bagus jugak kalau dia tidur sebab takde la aku segan sangat nak sapukan ubat untuk dia.Sebaik aku selesai menyapu ubat pada badannya aku segera mengosongkan almari baju T miliknya,memang aku langsung tak ingat yang mana satu baju dia yang bawak pergi UK dulu,jadi sebagai langkah keselamatan aku basuh je la semuanya.
“banyak gila baju,lelaki ke perempuan ni?” dah nak buat sangat lagi nak merungut,memang kena basuh guna tangan ni kalau tak dia tak selesa pulak,lagipun aku tak berani jamin nak basuh dengan washer.
“jom basuh baju!” aku meletakkan satu persatu baju ke dalam baldi yang bersabun dan mula membasuhnya satu persatu,aku ni penyanyi syok sendiri jadi takdelah bosan sangat.
Sebaik semua baju aku telah keringkan jadi tinggal nak jemur je la,nasib baik hanger dalam rumah kami ni banyak jadi senang la sikit aktiviti menjemur aku ni.Sambil menyanyi kecil aku dikejutkan dengan kemunculan Shahin yang tidak berbaju,memang la dah aku ambil semua baju dia.
“semua tu baju aku kan?” soalnya keliru,dah takkan aku pakai baju lelaki kut,agak-agak la mamat ni nak tanya pun,soalan seposen jugak dia nak tanya.
“haah,kenapa?” soal aku pula,orang mamai memang suka tanya soalan yang mengarut sikit.
“kenapa basuh baju aku?” soalnya lagi.
“saja”
“hurm” hurm?hanya itu yang keluar dari mulutnya,dah la menongkat dagu kat sini,nasib baik tak ada orang nampak kawasan jemuran ni kalau tak buat malu je dah la tak pakai baju,ingat dia tu model ke?
“kenapa pandang aku macam tu?macam aku tak pakai baju je…” ujarnya pelik,lalu meneliti badanya sendiri,memang dia tak berbaju pun lagi nak ditanya.Dengan sepantas kilat dia melarikan diri dari situ tanpa aku sempat menjawab soalannya itu,kelakar la pulak aku rasa.
===========
Sepanjang makan malam aku hanya berdiam diri begitu juga dengan Shahin,nampaknya takde perkara menarik yang nak kami bahaskan lagipun aku masih lagi terbayang-bayang aksi romantic free Shahin di sungai tadi,dah tahu nak pergi dating ada hati ajak aku pergi picnic dengan dia.tak guna!
Semasa mengemas meja makan juga kami langsung tak bercakap dan aku langsung tak terasa ingin melihat mukanya,dan aku pun tak tahu sama ada dia melihat aku ataupun tidak,entah-entah jasad kat lain otak kat tempat lain,mana nak tahu dengan orang angau ni kan?
Aku membersihkan pinggan tetapi sebaik sahaja dia meringankan tulang untuk membantu aku meninggalkan semua kerja kepadanya,dah dia rajin sangat siapa yang suruh,padan muka!agaknya dah hilang kut semua bintik-bintik merah dekat badan dia tu.
Aku membaca majalah wanita yang tersadai bawah meja,bukannya ada tajuk yang menarik pun jadi seperti biasa aku melihat ruangan fesyen untuk perempuan zaman sekarang,hidup ni kena up to date,baru la ada gaya.
“aku ada buat salah ke?” soal Shahin sambil berdiri dihadapan aku sambil berpeluk tubuh,mana dia dapat baju T yang cute ni,gambar bear lagi.Kejap,bukan ni baju yang aku belikan ke?masa pergi Kedah hari tu kan?baju couple tu,aku sendiri pun tak pernah pakai baju tu dia dah berani pakai,kenapa aku beli eh?oh!sebab nak balas budi dia belikan aku kasut bola,walaupun aku tak pernah pakai.hahaha…
“aku tanya ni,termenung pulak”marah Shahin,ish!kacau daun betul la,orang tengah buat come back ni.
“aku mengantuk dah ni,aku nak tidur” aku menutup mulut yang sudah menguap,dah macam rusa lapar aku ni.Aku menutup majalah wanita dan meletakkannya di tempat asal,tapi belum sempat aku berdiri Shahin menolak aku kembali duduk di sofa dan dia merendahkan badannya sambil kedua tangannya mengepung aku.
“aku tak habis cakap lagi” ujarnya tegas,dia merapatkan wajahnya ke mukaku dan hidungnya yang mancung macam paruh burung hampir tersentuh hidung aku yang comel ni,kecut jugak aku dibuatnya.
“takde apa yang aku nak cakap dan dengar” aku menjawab dengan selamba habis,ingat aku gentar,tolong sikit ni Asya Humaira tau!kalau dia berani sangat pun bukannya dapat dosa dan aku tak rugi apa-apa kut,dia yang rugi sebab nak mati awal!
“kenapa buat tak kenal je dekat sungai tadi?” soalnya serius,tak kuasa aku nak berkenalan dengan kau kat sana!bisik hati aku sendiri.
“praktikal aku dah tamat,aku nak pergi rumah Nur rabu,khamis,jumaat,sabtu,ahad aku balik sebab hari tu Nur dah kahwin,aku ke sana untuk tolong apa yang patut” walaupun tak menjawab soalan tetapi cukup untuk mendiamkan Shahin dan kembali berpeluk tubuh,sempat dia mengira sesuatu menggunakan jarinya dan aku sendiri tak tahu apa yang dia buat.
“lima hari empat malam?tidur sana ke?”
“yup!boleh?” aku mencuba meminta izin darinya,dia bagi ke tak itu belakang kira,yang aku tahu aku nak pergi jugak.
“ok!tapi lima hari tu tak lama sangat ke?” soalnya lagi,banyak soalan betul la dia ni.
“nama pun kahwin,mesti banyak yang nak kena tolong,lagipun masa kita kahwin dulu semuanya wedding planner yang uruskan,Nur semuanya dia buat sendiri.banyak tenaga kerja yang dia perlukan,boleh?”
“ok…” jawabnya lemah.
“thanks!”aku melompat kegembiraan dan berlari masuk ke bilik,tak sabar nak beritahu Nur pasal ni dan tak tahan aku nak duk kat situ lama-lama.
“kena tinggal lagi” Shahin merehatkan badannya pada sofa sambil merungut.Tiada siapa yang tahu yang Asya telah memiliki hatinya yang belum pernah terusik selama ini,kenapa orang yang sepatutnya tak berani meluahkan perasaan sedangkan orang yang sebaliknya terlampau berani sehingga tak mampu nak menghadapi kekecewaan.Seperti kekecewaan Aimi,kini dia memang menyepi dan telah berkahwin dengan pilihan keluarganya sendiri,tipu kalau Asya tak mengetahui hal ini tapi Asya tidak diundang ke majlis perkahwinan yang sangat gilang gemilang dan serba mewah itu.Semoga Alisa menjadi isteri yang terbaik buat Aimi untuk melupakan Asya.
Alisa dapat merasakan beberapa minggu perkahwinannya dengan Aimi dia dibayangi dengan wajah Asya,sering nama itu meniti dibibirnya setiap kali dia lena mahupun terjaga,Alisa merasakan yang dia tidak akan mempunyai tempat di hati Aimi buat detik ini,esok atau selama-lamanya.Cinta Aimi pada Asya sangat utuh sehingga tidak dapat dileburkan begitu sahaja.
Alisa turut sedar,sebagai seorang isteri harus mendoakan yang terbaik buat si suami yang dicintainya,sedalamam mana cinta Aima pada Asya lebih dalam lagi cinta Alisa kepada Aimi.Hingga ke saat ini hanya sekali Aimi melafazkan nama Alisa iaitu di saat Aimi melafazkan akad untuk mengambil Alisa sebagai seorang isteri.Asya sendiri menyesal dengan perkara yang terjadi,Alisa isteri yang baik untuk mana-mana lelaki sekalipun dan memiliki Alisa sebagai isteri adalah anugerah dari Allah.
Walaupun nama Asya yang sering disebut tidak pernah walau sekali Alisa merungut dan menerimanya dengan linangan air mata,sangat tabah Alisa sebagai seorang wanita sehinggakan membuatkan Asya yang mengalirkan air matanya untuk menangisi kesedihan yang dirasai oleh Alisa.Bagi mana-mana wanita yang mencintai tetapi tidak dicintai sangat menyakitkan apatah lagi apabila lelaki itu adalah suaminya sendiri.
Begitulah suasana di rumah banglo milik Aimi dan Alisa,tiada gelak tawa,tiada gurau senda yang ada hanyalah kebisuan,kebisuan yang hakiki dan buta yang dicipta oleh Aimi sendiri,menghukum dirinya sendiri tetapi Alisa yang menjadi mangsa,isteri mana yang tak sakit jika setiap hari suaminya hanya menyebut,aku cintakan kau kepada wanita lain.
“awak nak makan?” soal Alisa seperti biasa,dan seperti biasa jasad Aimi masih disitu,makan dan hidup di situ tetapi hatinya umpama telah mati dan dia langsung tidak berusaha untuk mengambil penawar yang hanya berada satu saat di hadapannya,sangat dekat sehingga dia tidak dapat bezakan yang mana satu penawar dan racun.
“ya” jawapan formal,hanya ya dan tidak sahaja,kuatnya hati Alisa dengan keadaan ini selama berminggu-minggu,jika wanita lain mungkin dah meninggalkan Aimi.
“saya dah sediakan,awak nak mandi dulu ke?” soal Alisa lagi,sangat lembut dan bersopan.
“erm” melihat langkah Aimi yang pergi langsung tidak mengundang kesedihan pada Alisa sebaliknya dia tersenyum,padanya sekurang-kurangnya Aimi masih bercakap dengannya,makan masakannya,pakai baju yang digosoknya,itu dah mencukupi baginya sebagai seorang isteri.Berbeza dengan wanita lain di luar sana yang menginginkan balasan yang lebih baik dan pada pemikiran mereka biarlah sesuai dengan layanan mereka.
=========
Aku bertekad,kali ini Aimi harus belajar untuk terima takdirnya sepertimana aku menerima takdirku dan jika disini ada satu kesilapan bukan Alisa yang sepatutnya menjadi mangsa keadaan,biar aku yang menerima semuanya kerana semuanya berpunca daripada aku,tak kisah berapa ramai orang kata bahawa cinta itu buta sedangkan mereka tak sedar yang cinta itu sebenarnya pelengkap dalam sesebuah perhubungan.Cintakan Allah,cintakan Rasul dan kemudia cintakan manusia,itu cinta yang betul.
“Lis” aku bersuara ringkas setelah melihat wajah Alisa yang terkejut melihat kedatangan aku ke rumahnya tetapi masih lagi dengan senyuman dia melayan aku sebaik mungkin sebagai tetamu,betul,memang kita harus memuliakan tetamu tetapi aku ini tetamu yang boleh meruntuhkan rumah tangga mereka,aku tak tahu kenapa aku begitu berani untuk bersua muka dengan Aimi mala mini sedangkan selama ini aku menjadi seorang pelarian yang tegar,melarikan diri daripada seorang pencinta yang mengejar bukan dewinya.
“Asya,masuklah” Alisa menarik aku ke dalam pelukannya,senyuman ikhlasnya yang menyentuh hati aku ibarat menyiram hati aku dengan air yang sangat hangat dan mententeramkan sehingga air mata aku laju menitis tanpa aku perlu berfikir,kenapa Aimi tidak dapat merasa pelukan yang ikhlas dari Alisa,butanya hati Aimi selama ini.
“kenapa menangis?awak ada masalah ke?” soalan Alisa membuatkan aku semakin beria-ia untuk menangis,memang aku ada masalah dan masalah itu ialah aku puncanya kenapa semua seksaan ini melanda dirinya,aku memnag tak layak untuk sesiapa,untuk Aimi dan untuk Shahin,hati aku tidak setenang hati Alisa.
“ya,dan saya datang untuk selesaikan semuanya” aku berkata yakin sambil mengesat air mataku.
“Asya,awak tak perlu buat semua ni,Allah dah tentukan jalan kepada masalah ini,saya yakin dan saya reda.lagipun Aimi baru je balik,dia belum makan lagi,apa kata Asya bincang dengan dia esok,malam ni,kita makan sama-sama,saya masakkan sambal sotong”
“saya yang menjadi masalah,dan saya sendiri adalah jalannya,saya,Aimi atau sesiapa sahaja tak layak nak mendera awak macam ni,awak layak untuk perkara yang lebih baik” aku masih bertegas.
“menjadi isteri Aimi adalah takdir Allah,dan itu adalah perkara terbaik yang terjadi dalam hidup saya,mencintai tak bererti memiliki Asya,walaupun saya mencintai Aimi saya terima yang dia tidak mencintai saya tetapi mencintai awak” ujarnya tenang sambil mengesat air mata aku yang kembali laju mengalir.
“then,just hate me!please hate me,I don’t want to hurt you or anyone else,please…hate me” aku rasa macam nak gila dan aku dapat rasakan yang semuanya tak adil untuk Alisa,kenapa ada orang sebaik Alisa untuk melayan aku sebaik ini,aku tak layak.
“Asya,saya hormati orang yang suami saya cintai dan saya rela bermadu andai awak belum lagi berkahwin,dan saya rela ditinggalkan jika awak sebenarnya jodoh Aimi” bagai terkena renjatan elektrik apabila mendengar pengakuan itu,pengakuan gila!aku cuba untuk mencari kekuatan dan disitu aku terlihat Aimi yang sedang mendengar dan melihat semuanya,kalau ikutkan hati aku ingin menumbuk muka Aimi dan sedarkan dia betapa bodohnya dia sebagai seorang suami.
“Aimi,saya nak cakap sikit,bukan sikit,banyak dan sangat banyak sebenarnya”
“awak dah nak makan,Asya kita makan dulu” ajak Alisa mesra.
“saya tunggu awak dekat luar” aku bersuara tenang lalu melangkah pergi,perkara ini mesti selesai pada mala mini juga,aku dan Aimi langsung tak layak untuk menyeksa orang sebaik Alisa.
“Honey…” suara Aimi kedengaran terketar-ketar menahan esak,sama seperti saat terakhir dia memanggil aku sebelum aku berkahwin dengan Shahin,semuanya salah aku,kehadiran aku telah melukakan dua hati yang sangat ikhlas dalam mencintai insan pilihannya.
“Aimi…tolong jangan seksa diri awak lagi” aku menangis merayu,kaki aku sudah tidak kuat utnuk berdiri sehingga aku terduduk di atas rumput,aku seakan merayu kepadanya.
“tolong jangan seksa Lis lagi” aku dengan esak yang menggila tidak menghiraukan suasana yang dingin pada malam itu.
“Honey,please don’t cry,I can’t see you this way” Aimi pula yang merayu kepada aku.
“Aimi,saya isteri Shahin Addin!awak suami Alisa NurAin,sedar dan terima kenyataan! Memang saya bodoh yang sebab tak pernah sampaikan yang sayang saya kepada awak hanya sebagai kawan,saya rasa seperti seorang yang tak layak hidup untuk dicintai,awak mencintai orang yang salah Aimi”
“adakah awak mencintai Shahin?”
“entah,Shahin adalah suami saya dan saya yakin seandainya saya masih diberi hak untuk mencintai setelah saya mendera seorang isteri yang solehah,cinta saya itu pasti untuk Shahin,suami saya”
“adakah Shahin mencintai awak?”lagi sekali soalan yang aku tidak punya jawapannya.
“saya tak layak untuk dicintai oleh sesiapa”
“awak layak untuk dicintai oleh sesiapa saja,termasuk saya,Aimi cintakan Honey dan cinta itu akan selalu ada walaupun tidak berbalas”
“Aimi,awak mendera empat jiwa dalam satu masa,saya,Lis,Shahin dan diri awak sendiri,tak nampakkah awak,yang Lis mencintai awak walaupun tahu awak mencintai perempuan lain?” Aimi terduduk di hadapan aku dengan air matanya yang masih lagi menitis,aku bertanya hati aku sendiri kenapa takde jalan yang mudah untuk semua ni dan kenapa Aimi begitu payah untuk menerima Alisa yang begitu telus mencintainya,dia mencintaiku,seorang yang salah,dan tidak sepatutnya hal itu berlaku.Ya Allah,sedarkanlah Aimi,aku tak layak berbahagia seandainya hati Alisa sedang terluka kerana aku.
“saya sedar,saya sepatutnya sedar semua ni dah lama dulu,Allah takdirkan Lis untuk saya,dan saya sepatutnya terima dia seadanya,jika dia jodoh kita pasti cinta akan datang bersama kan?”
“betul!terima kasih Aimi,saya lega sekarang”
“saya pun sama,tapi Honey akan selalu ada di dalam hati Aimi,pasti ada sebab kenapa Allah letakkan awak disini sebelum Lis datang”
“pasti!Lis adalah wanita terbaik untuk awak”
“ya,dan Honey perempuan terbaik untuk suami,kalau kita bincangkan semua ni lebih awal pasti tiada sesiapa yang akan terluka kan?” soalan Aimi yang ada sdikit tawa dihujungnya membuatkan aku tersenyum.
“well,setiap jalan ada masanya,jaga Lis baik-baik,dia anugerah Allah untuk Aimi”
“ya,alhamdulillah…boleh Aimi panggil awak Honey?”
“erm,kalau Lis tak kisah saya tak kisah”
“nanti saya tanya,terima kasih sebab sudi datang,lepas ni jangan larikan diri dari Aimi lagi, dan kalau Shahin lukakan hati Honey,Honey boleh mengadu kat Aimi”
“pasti!pergi jumpa Lis,cakap yang sepatutnya,saya balik dulu kesian Shahin tunggu dalam kereta,lepas makan and bincang nak buat apa pun buat la,saya balik dulu”
“dah pandai bergurau,hati-hati,sampaikan salam kat Shahin,Love you Honey”
“erm!assalamualaikum”
========
“macam mana?” soal Shahin teruja,teruja ke?entah tapi muka dia beria-ia nak tahu kesudahan drama kami.
“selesai masalah,Aimi sebenarnya kecewa sebab tu dia buta sementara” mendengar jawapan aku Shahin terus ketawa,tak kisahla yang aku tahu semuanya dah selesai walaupun ambil masa pemulihan yang agak lama,baik ada daripada kosong.
“esok bertolak ke perak kan?”
“yup!”
“drive ke?” soalnya lagi.
“nope!tumpang kawan” aku meletakkan kepala dan terus terlelap,kenapa aku mesti berperang dengan Shahin sedangkan takde apa yang berlaku,aku sendiri selesa dengan keadaan aku yang macam ni sekarang jadi ikut suka hati aku la nak buat apa pun.
Sepanjang perjalanan aku tak tahu apa yang terjadi tapi bila aku dah buka mata aku sekarang ni dah terbaring atas katil,mesti Shahin tak kejutkan aku kerana bimbang aku akan berjalan dalam tidur lagi.Jam menunjukkan pukul 2 pagi,tiba-tiba rasa dahaga la pulak,aku turun dari katil dan memberanikan diri untuk ke dapur,takut sebenarnya tapi bila dah dahaga macam ni kenalah atasi sikit perasaan takut ni.
Aku berniat untuk terus ke dapur tetapi setelah melihat cahaya keluar dari bilik bacaan aku terus ke sana untuk menjenguk,memang sangkaan aku tepat iaitu Shahin yang berada di situ,dengan laptop yang masih terbuka.Buat kerja la kut,apa lah.
“buat coffee nak?tapi kenapa nak buat baik pulak?” aku menggaru pipi yang tiba-tiba terasa gatal.nyamuk ke?aku turun ke dapur dan membuat Nescafe segera,tadi kata kopi tapi buat Nescafe,bukan apa untuk kesenangan kami semua.
Aku memasuki ruangan membaca,memang sangat jarang aku ke bilik ni sebab aku ni bukanlah penggemar buku or anything,tapi bilik ni memang cantik dan Shahin kata ni ruangan yang dia takkan ubah sampai bila-bila,tempat ini ialah ruangan kegemaran parent dia.Memang banyak susunan novel bahasa mekayu dan inggeris di rak buku,pasti itu semua milik umi Shahin kan?
Aku menjenguk Shahin yang sudah terlena dengan beralaskan tangan sahaja,kejap lagi aku kejut la dia,sekarang ni aku nak explore seluruh bilik ni,boleh tahan besar jugak.Gambar perkahwinan kami pun ada,aku tersenyum sendiri,memang rumah kami dah macam galeri gambar sebab hampir keseluruhan ruangan ada gambar kami,sekali tengok macam pasangan sehidup semati la pulak.
Aku bukanlah penggemar novel cinta macam Afie dan Nur jadi aku tak tahu sangat apa jenis novel yang menarik.Aku membelek satu persatu novel yang berada dia atas rak dan semuanya ada nama di halaman hadapan. AisyahSyahrul.Romantiknya mertua aku ni.Aku pasti mereka adalah salah satu pasangan yang sempurna dalam dunia ni.
Aku mendekati album gambar yang berada di sisi Shahin,album keluarga mereka,sangat tebal.Aku membeleknya dan aku tersenyum senang,semuanya tertulis di setiap helai gambar itu mengenai keluarga Shahin,pasti Shahin sedih mengenangkan semua ni kan? Aku sendiri keliru dan tak tahu siapa yang lebih menderita di sini,aku atau dia?
“Asya…” tersentak aku mendengar suara Shahin yang masih serak,mungkin sebab baru bangun tidur kut,dia pun mungkin terkejut sebaik sahaja melihat aku kat sini.
“kau buat apa ni?” soalnya lalu menutup laptopnya.
“saja,aku masuk tidur dulu” aku berjalan meninggalkan bilik itu,tetapi sebuah album kecil aku membawanya ke bilik,entah kenapa aku terasa sangat teringin untuk melihatnya.Setiap album di dalam bilik ini ada nama tersendiri dan untuk album ini namanya Sayangku Syahin Addin,mesti semuanya pasal Shahin kan?bukan aku yang sayangkan Shahin tapi Uminya.
Pada pagi keesokannya setelah aku solat subuh berjemaah dengannya aku terus ke bilik,kenapa aku mesti berperang dengan dia,aku bosan la asyik senyap je macam ni,kalau aku tak bercakap jangan harap dia nak bercakap dengan aku,ah!tak kira yang aku tahu sekarang ni aku tengah protes jadi aku takkan redakan perang ni.
Aku mengambil beg yang telah aku kemas untuk ke rumah Nur,tak pernah aku rasai perkahwinan ala-ala melayu yang tulen macam ni.Memang la tak pernah sebab aku ni baru je sekali kahwin,mengarut la pemikiran aku ni.
“aku pergi dulu!” aku meninggalkan Shahin yang masih lagi menunggu aku di meja makan untuk bersarapan bersama-sama tapi aku sekarang ni tengah protes jadi takde masa aku nak berbaik dengan dia.
“tunggu dulu!” aku dapat mendengar suara Shahin dengan jelas dan nyata tapi aku tak terasa nak tunggu dia pun,aku meneruskan langkah ke pintu utama dan terus mengambil kasut dari rak,aku memakai kasut dengan cepat supaya Shahin tak dapat mengejar aku lagi,lagipun Seven dah sampai ni.
Baru je aku nak buka langkah tapi tangan Shahin yang kuat itu menarik aku supaya duduk di atas kerusi kembali,ni yang buatkan aku rasa nak karate orang ni.Dengan muka yang langsung tidak tersenyum aku membalas pandangannya dengan berani.ingat aku takut ke?
“makan ni.nanti perut masuk angin” dia menyuakan sandwich,hurm ni yang nak buat aku cancel marah ni,Seven yang ada dalam kereta tu mesti seronok duk gelakkan aku kan?
“nanti aku makan dalam kereta” aku mengambil sandwich itu dari tanggannya dan bangkit dari kerusi tapi apabila melihat renungannya yang serius aku duduk kembali dan mengunyah sandwich dengan cepat,sebaik selesai dia hulurkan aku secawan susu pula,rasa macam budak tiga tahun je,bukan 23 tahun.
“dah!” aku mengesat mulut dengan belakang tangan,akhirnya Shahin tersenyum berpuas hati setelah aku mengikut segala arahannya,kalau macam ni baik aku jadi baby je terus tak menyusahkan sikit.
“take care,jaga makan tau” pesanan penaja lagi,dia ni memang babysitter aku la,kenapa dia baik sangat dengan aku sedangkan aku tak pernah layan dia dengan baik pun,takkan dia sayangkan aku kut,huh!impossible!
“aku pergi dulu”aku mencapai beg dan terus berlari ke kereta,kali ni takde ciuman selamat tinggal ok,setelah aku berada di dalam kereta aku terus menyuruh Seven meninggalkan perkarangan rumah kami.
“kau masih marahkan Shahin ke?” soal Seven yang kelihatan tenang ketika memandu,entah kereta siapa yang kami guna hari ni,sekali tengok macam kereta Afie tapi bukan ke Afie ada dekat Bangkok dengan cik abang dia?
“kereta Afie ke ni?” aku menyoal Seven kembali,tak rasa nak jawab pun soalan Seven tadi.
“haah,dia yang suruh guna kereta dia,minyak isi sendiri” Seven ketawa senang,aku pun turut ketawa senang dengan lawak yang langsung tak menjadi sebenarnya.
“tak baik kau buat suami macam tu tau,kau tak baca ke buku yang aku belikan khas untuk kau tu?”
“takde gunanya nak marahkan dia,bukannya dia faham pun.kalau kau nak tahu pasal buku kau tu,aku baca muka surat satu je lepas tu aku dah tak baca lagi dah” kini giliran aku pulak yang nak ketawa,memang aku ni tak hargai apa yang orang bagi la,kan?teruk!
“muka surat satu?content je kau baca?teruk!”
“kau tahu kan,buku tu ubat tidur aku” aku tersengih macam kerang busuk,akhirnya Seven ikut sama tersengih,benda yang aku dan Seven paling suka baca ialah subtitle bila tengok cerita,lebih-lebih lagi filem Hindustan sebab satu haram pun tak faham,kalau setakat nahe tu tahulah.hahaha…
“samalah,buku tu ubat tidur dos paling tinggi la untuk aku,baca tajuk je dah boleh menguap tau!” kata-kata Seven mengundang tawa kami berdua,jauh jugak perjalanan kami nak ke perak ni,aku tak pernah sampai ke negeri bernama perak ni.Untung la Nur kahwin dengan Hafiz,bercinta sebelum dan selepas kahwin!
=========
Suasana di pejabat Shahin bising seperti biasa,mereka semua ni dah macam ahli keluarga sendiri jadi tak hairan kalau semua pekerja Shahin sayangkan tempat kerja mereka.Shahin yang baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat tentang makan malam tahunan pejabat melepak bersama pekerjanya sementara menunggu waktu lunch.
“budak praktikal kita ajak sekali boleh bos?” soal Aliza teruja,bukan apa Asya padanya sudah seperti adik sendiri kerana selalu sangat bersama lagipun Aliza senang dengan sikap Asya yang peramah walaupun agak pemalas,lain kerja yang orang suruh buat lain pulak yang Asya buat.
“siapa yang awak nak ajak Aliza?” soal Shahin berpura-pura tak tahu,maklumlah bukannya ada sesiapa yang tahu tentang hubungannya dengan Asya,walaupun Shahin selalu ambil berat tentang Asya di pejabat tetapi takde sesiapa pun perasan.
“Asya,walaupun baru je dua minggu dia habis praktikal saya dah rindu” Nisa yang mendengar luahan itu rasa geli,dia menunjal bahu Aliza dengan kuat.
“kau ni bengkok ke?” soal Naim dengan tawanya yang meledak kuat macam letusan gunung berapi di Filipina.
“gila ke?aku rindu sebagai seorang kakak kepada seorang adik je lah!tunang aku si Jeff tu nak buang kat mana?” soal Aliza bengang,pekerja lain yang mendengar pergaduhan mereka hanya mampu tergelak.
“Cik Maria ajak sekali ke bos?” soal salah seorang pekerja lain pula,air muka Shahin dah berubah keruh,Hadi menyimpan senyum sendiri,dalam banyak-banyak client Cik Maria yang paling Shahin takut dan tak suka,dah la seksi suka menggoda pulak tu.
“mestilah ajak,semua client kita jemput tau!kan Shah?” Hadi mengangkat keningnya dan meletakkan tangannya pada bahu Shahin,Shahin buat bodoh je tapi kalau diikutkan hatinya dah lama dia tendang Hadi sampai ke bawah.
“tak sabar nak tengok rumah bos” ujar Nisa teruja,kali ini makan malam akan diadakan dirumah Shahin sendiri,bukan untuk berjimat tetapi untuk memperkenalkan Asya kepada orang ramai dengan status isteri,lagipun senang sebab tak kena tempah mana-mana hotel,kalau nak tempah pun bukannya susah sangat sebab boleh tempah di hotel papa Asya sendiri.
“biasa je rumah saya” ujar Shahin merendah diri sebelum meminta diri untuk menjawab panggilan telefon.
“what?abang pergi sekarang!” Shahin segera keluar dari pejabatnya dengan tergesa-gesa tetapi Hadi turut mengejar dari belakang sehingga mereka berdua berada di dalam lif yang sama.
“kau nak pergi mana?” soal Hadi termengah-mengah kerana penat mengejar Shahin yang pergi terburu-buru.
“Asya” ujar Shahin dengan muka risau,tiba-tiba lif berhenti dan ramai yang ingin menaiki lif tersebut dan kebanyak aras,tanpa membuang masa Shahin keluar dari lif dan menuju ke tangga,Hadi turut berbuat demikian.Walaupun masih ada lagi enam aras Shahin tetap memilih untuk menggunakan tangga.
“kenapa dengan isteri kau?” soal Hadi yang kepenatan mengejar Shahin berlari menuruni anak tangga.bagai nak meletup jantungnya berdegup kencang.
“jatuh” jawab Shahin sepatah.
“jatuh?jatuh tangga ke?” soal Hadi lagi,tapi dia rasa mungkin dia yang akan jatuh tangga sebab berlari menuruni anak tangga.dia juga hairan kenapa dia mesti mengikut Shahin.buat penat aje.
“bukan”
“bukan?jatuh dalam bilik air?” soalnya belum berputus asa.
“bukan”
“bukan jugak?jatuh basikal?”
“bukan”
“bukan?jatuh motor?”
“bukan”
“bukan lagi?jatuh cinta?” soal punya soal akhirnya keluar jugak soalan tak logic.
“gila ke?kau ni nak makan penyepak ke?” Shahin yang bengang dan kepenatan berhenti berlari setelah sampai ke tingkat paling bawah,tercungap-cungap mereka berdua berlari,memang turun berat badan kalau macam ni.
“habis tu jatuh apa?”
“pokok!” jawab Shahin akhirnya,bagai nak terkeluar biji mata Hadi mendengarnya,orang seayu Asya jatuh pokok?aneh.
“pokok?”
“aku pergi dulu” Shahin segera menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan Hadi yang terus hilang penat setekah mendengar jawapan mengejutkan dari Shahin.Hadi menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.
Shahin meninggalkan keretanya dirumah dan terus ke airport untuk ke Perak,kalau dia naik kereta kemungkinan dia akan sampai pada malam ini.lagipun dia tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada Asya.Baru je sehari tinggal kat rumah orang dah boleh jatuh pokok?ganasnya isteri.
Nasib baik rumah Nur berdekatan dengan airport,jadi Shahin sempat sampai ke rumah Nur pada pukul 5 petang.Tanpa membuang masa Shahin terus berlari ke rumah Nur dan memberi salam,dia memang tengah risaukan Asya dan sejak tadi dia berdoa supaya Asya selamat.
“abang,cepatnya” ujar Nur terkejut sebaik sahaja melihat muka Shahin yang terjegul di depan pintu rumah.
“Asya ok?” soal Shahin risau.
“ok,dia tengah baring dalam bilik” jawab Nur sambil tersenyum,Shahin melepaskan nafas lega.
“Shah?cepatnya sampai,datang dengan apa?” soal Pak Hamdan ayah Nur,dan Mak Minah pun ada sama turut tersenyum melihat Shahin yang berpeluh,mungkin sebab letih berkejaran kesana sini.siapa tak sayang bini?
“flight,sihat?” Shahin menyalami tangan kedua orang tua itu dengan senyuman,kalau ikutkan hati dia ingin segera melihat keadaan Asya tapi sebaiknya bertegur sapa dengan tuan rumah terlebih dahulu.
“sihat,alhamdulilah”
“alhamdulilah,boleh Shah tengok Asya?” soal Shahin teragak-agak,tapi memang tujuan dia datang untuk memastikan yang Asya ok.
“kenapa pulak tak boleh,Nur bawak Shah jumpa isteri dia” arah Pak Hamdan dan Nur hanya menurut kata,Shahin tersenyum dan meninggalkan ibubapa Nur untuk melihat sendiri keadaan Asya,sebaik masuk ke dalam bilik Nur meninggalkan Shahin dan Asya.Asya masih lagi lena di katil,dia masih belum sembahyang asar jadi dia segera ke bilik air dan mengambil wuduk,bukannya dia tak biasa datang,rumah Nur bermakna rumah Hadi,kawan baiknya sendiri.
Setelah berdoa Shahin melipat sejadah dan duduk di birai katil sambil memhatikan Asya yang masih lagi lena dan langsung tidak bergerak,sekali lagi kulit Shahin rasa tidak selesa kerana badannya berpeluh dan dia belum lagi mandi,macam mana nak mandi dah la datang sehelai sepinggan je.
=========
Sebaik sahaja aku membuka mata terkejut besar aku bila melihat Shahin sedang lena di birai katil,entah bila dia sampai aku sendiri tak tahu,aku menggerakkan badan aku yang rasa macam semuanya patah akibat jatuh tadi,belakang ni rasa macam kena tendang je.
Aku merenung wajah Shahin yang polos dan kepenatan,aku rasa ni mesti kes tak salam dengan suami sebelum keluar rumah sebab tu sampai boleh jatuh pokok.Aku membuang songkok yang masih tersarung pada kepala Shahin,sekarang dah pukul 6 petang jadi baik aku pergi solat asar sebelum terlambat,punya la susah nak bangun,sakitnya…
Setelah aku selesai mandi aku mendapati yang aku terpaksa cuti tak berganti,dah pertengahan bulan macam ni memang due aku pun.Nasib baik aku bawak benda alah tu.Aku masih menunggu Shahin untuk sedarkan diri tetapi sebaik sahaja aku melihat kulit Shahin naik bintik-bintik merah lagi aku segera mengejutkannya untuk bangun.
“bangun!”
“kau dah sedar?kau ok ke?sakit kat mana?takde yang patah kan?” banyak pulak soalan dia,sibuk duk fikir hal aku hal sendiri tak nak fikir ke?
“pergi mandi,badan kau dah naik strawberry ni” ujar aku segera tanpa menjawab soalannya.Dia melihat lengannya yang sudah kemerahan.
“tak ada baju la” ujar Shahin sambil menguap,macam mana orang cerewet macam dia boleh terlupa nak bawa baju,dahla dia tu jenis yang susah sikit nak pakai baju orang lain,nanti gatal-gatal pulak.
“apa?kau datang macam tu je ke?”soal aku terkejut.dia hanya mengangguk dan mula menggaru badannya yang gatal.
“mana kereta?” soal aku lagi.
“kat rumah,datang sini naik flight” jawabnya selamba,aku menepuk dahinya dengan agak kuat sehingga dia mengaduh kesakitan,apa punya orang la dia ni.
“pergi la mandi dulu,aku ambilkan towel” adengan susah payah aku mencari Nur dan meminta sehelai tuala,aku yang sakit kena jaga dia pulak,apa la nasib aku ni.Sebaik Nur datang memberikan tuala aku menyerahkannya kepada Shahin,tapi takkan dia nak bertuala je hari ni kut,gila ke?
“meh sini baju dan seluar kau,aku basuh kejap” aku mengambil pakaiannya dan basuh menggunakan tangan sambil terbongkok dalam bilik air,nak menangis tahan sakit belakang aku ni tapi apakan daya suami sendiri,kenalah tolong.setelah aku membasuhnya dan mengeringkannya aku menyangkutnya di hadapan kipas.tak sampai sejam baju dan seluar dia dah pun kering.
Melucukan betul la dia ni,malu punya pasal asyik berbungkus dalam selimut je sementara menunggu bajunya kering,aku yang tukang tengok ni pun rasa nak gelak bila dia terpaksa menyembunyikan diri di dalam selimut.
“kalau nak gelak,gelak je la” ujar Shahin geram apabila melihat muka aku berona merah menahan tawa,sebaik Shahin bersuara aku terus ketawa senang,dan mendekatinya yang sedang berbungkus dengan selimut.
“masih ada strawberry ke?” aku bukan sekadar bertanya malah membelek sedikit selimut sehingga mendedahkan sebahagian daripada badan Shahin,aku buat tak kisah je,memang aku segan tapi berlakon macam takde apa-apa,aku mengambil ubat tahan gatal dan sapukan pada badannya yang terdedah,yang lain dia sapu sendiri.menyusahkan orang betul la dia ni.
“nah, baju dan seluar,aku dah basuh dan dah kering pun,pergi ambil wuduk solat kat surau” aku menyuruhnya lagi,dia hanya mengikut arahan aku dan bergerak ke bilik air untuk menukar pakaian.daripada bertuala kepada berbaju la.
“takkan nak ke surau pakai seluar?” soalnya was-was.
“Asya,Mama aku suruh Abang Shah pakai baju melayu ni,dia dah basuh,memang mama dah beli lama untuk beri pada abang Shah” ha!berita baik.
“terima kasih,mujur ada baju melayu,Shah,ni baju melayu,clean and clear” aku menghulurkan kepadanya yang masih berada di dalam bilik air,setelah selesai menukar pakaian dia keluar dari bilik air,segaknya dengan baju melayu berwarna pink.Bukan dia tak suka pink ke?terpaksalah kan?hahaha…
“you look good in pink”
“terpaksalah pakai”
“mama Nur yang bagi tau!”
“hurm,kau tak pergi surau sekali?” soalnya selamba,sambil melihat cermin dan memakai songkok.
“hari ni 15 haribulan” aku memberitahunya ringkas.
“oh,faham!”
“pergilah cepat”
“sorry menyusahkan kau,nanti aku balik dari surau aku jadi doctor ya” ujarnya sambil berjalan keluar dari bilik,dah rasa macam ni bilik kami pulak,ni la orang kata tetamu tak tahu malu,hahaha….
Sementara menunggu Shahin balik dari surau aku menyapu minyak angin pada belakang aku yang semakin terasa sakit,bukannya sakit sangat tapi boleh tahan la,lagi satu,susah betul la nak sapu ubat atas belakang sendiri ni,nak ajak Nur mesti dia tengah tolong mama dia masak,Seven pun ikut sama sibukkan diri dalam dapur,kalau diikutkan fakta yang paling hancur bab memasak ni aku dengan Seven la,hahaha…
“meh sini aku tolong” terkejut beruk aku mendengar suara Shahin,entah bila dia balik,ni mesti kes kuat berkhayal aku ni.
“tak reti bagi salam ke?” soal aku geram lalu duduk bersila di atas katil,baju yang terselak aku betulkan dengan segera,segan siot!
“dah tiga kali aku bagi,satu pun kau tak jawab,asyik termenung je kerjanya,dah baring cepat aku tolong” arahnya tegas sambil membantu aku untuk berbaring,takkanlah dia naktolong urutkan kut,tak payah la buat malu kaum kerabat jiran tetangga je.
“aku boleh buat sendiri”
“cuba la jadi seorang isteri yang dengar cakap sikit,degil je kau tahu” dia bertegas dan langsung tak mengendahkan amarah aku,nak guna kuasa veto dia la tu,hish!menyampah!
Aku membiarkan sahaja tangannya yang besar itu mengurut dengan lembut di bahagian belakang pinggang aku yang sakit,sekejap je terus rasa selesa dia ni pakai ilmu bomoh ke?menakutkan.
“ok?sakit lagi?” soalnya sambil memandang aku,aku membetulkan badan dan berpaling melihatnya lalu tersenyum.
“dah ok sikit,rasa ringan je badan ni”
“alhamdulilah,lain kali join la aktiviti sepupu kau lagi,memanjat ni bukan kerja manusia tau!” eh!ni yang aku nak naik darah ni,bukan ke dia yang sepupu dengan monyet,sesedap maggi cukup rasa je dia kata aku sepupu dengan monkey.
“ni semua sebab aku kahwin dengan kau la,kau yang bawak penyakit monkey ni semua” aku membalas geram.ingat dia je pandai berbicara,aku ni guna know pasti sedap tau!jadi padanlah dengan muka dia.
“macam mana boleh jatuh?” soalnya menukar siaran,tapi takpe tu hanya siaran tertunda lain kali ada lagi masanya akan tiba,ni semua disebabkan dia jugak.jom kita reverse sikit.
“kau tak patut marahkan suami kau tu,at least call la dia sekali” suara Seven yang turut sama berada diatas pokok mangga membuatkan aku geram,Nur berada di dapur ketika itu dan hanya kami berdua je perempuan dalam kampung ni buat kerja tak bertauliah macam ni,tapi aku punya kedudukan lebih rendah dari Seven.
“tak nak la aku!malaslah nak layan dia,kalau kau rindu sangat kat dia kau sendiri la call” seloroh aku membuatkan Seven membaling ranting pokok yang kecil ke arah aku.
“mengarut!kalau kau jatuh cinta dengan dia mengaku je la” aku berhenti daripada memetik buah mangga,idea bodoh dari mana yang menjengah otak kawan aku yang super bijak ni?
“mengarut!”
“eleh,kalau tak kenapa kau nak cemburu?”
“bila masa pulak aku cemburu?”
“tipu”
“kalau aku tipu,aku jatuh pokok” aku berkata geram,dan tanpa disangka akibat mulut badan binasa,Allah mendengar doa aku rupanyadan aku terus terjatuh terbaring di atas tanah,nasib baik tempat rendah je kalau tak boleh masuk hospital dan selepas jatuh aku terus pengsan.
“asal aku tanya je berkhayal,kau takde kerja lain ke?” soal Shahin geram.
“mana ada!aku tengah fikir macam mana boleh jatuh tadi,aku rasa sebab takdir kut” aku menjawab selamba,kalau aku tahu yang Allah nak kabulkan permintaan aku tika itu pasti aku mintak nak jadi orang paling cantik dalam dunia,hahaha…
“banyak la kau punya takdir,jom keluar nak?jalan-jalan ronda Bandar Ipoh” soalan Shahin membuat aku teruja,rasa macam semua rasa sakit terus hilang sekelip mata,jom shopping!habiskan duit Shahin!hehehe…
=======
“nak pergi dengan motor ke?’ soal aku apabila melihat Shahin memegang dua buah helmet,biar betul ni?dah la dia pakai baju melayu lagi,gaya macam orang nak pergi sembahyang jumaat je tapi hari ni memang malam jumaat pun,bukan orang solat jumaat time zohor ke?
“yup!ronda dengan motor baru la seronok”
“ok!tapi aku tak pernah naik motor,takut”
“apa yang nak ditakutkan,kau pegang je aku kuat-kuat,aku nak pergi beli baju sebenarnya” Shahin menyatakan hasratnya kerana mama Nur meminta Shahin untuk tinggal disitu sehingga majlis perkahwinan Nur,Shahin pulak dengan senang hatinya setuju bukannya nak menolak,terpaksalah aku tidur sebilik dengan dia nanti.
“ok!kalau aku takut aku cekik kau kuat-kuat”
“penakut”
“biarlah,bukannya perasaan takut tu kena bayar pun”
“menjawab eh,jom!” ajaknya seraya memakaikan aku helmet yang berwarna putih,dah macam kekasih la pulak kami ni naik motor berdua ke Bandar,dah gaya macam orang kahwin lari pun ada,tak sangka yang Shahin pun pandai jugak buat kerja gila macam ni.
“baca doa panjang sikit” aku memberi pesan setelah berada di belakangnya,memang kejap aku memegang baju melayu Shahin,dah berkedut agaknya,dengan lafaz bismilah kami berdua sudah memulakan perjalanan.Sejuk betul naik motor malam-malam macam ni.
“seronok?”
“best!nanti kita beli motor eh?”
“basikal kau nak,motor kau nak,helicopter kau tak nak ke?” soalnya memerli.
“kalau muat parking apa salahnya,kalau ada helicopter tak kena lalu atas jalan lagi”
“banyak pulak jawapan dia”
“Hadi tak balik ke?” soal aku menukar topic,tak nak rosakkan suasana dingin macam ni dengan pergaduhan kami yang langsung tidak berasas.
“balik,malam nanti sampai la kut” aku hanya mengangguk kepala mendengar jawapan Shahin,setelah Shahin meletakkan motornya di tempat yang sesuai kami beriringan ke mall untuk membeli beberapa helai pakaian untuk Shahin dan bolehlah kami belikan hadiah untuk Nur jugak.Banyak pulak mata yang memandang kami kehairanan,macam pengantin lari dari rumah je gayanya,Shahin pun asyik pegang tangan aku je,risau aku hilang la tu.
“semua orang tengok kau tau” aku berbisik di telinganya.
“kenapa?” soalnya hairan tetapi dia masih lagi focus untuk memilih baju.
“kau pakai baju melayu,macam pengantin lari dari majlis je”
“ya la,lari dengan isteri aku ni” ujarnya selamba,berlawak pulak dalam butik ni,dia mengambil beberapa helai t-shirt dan seluar kemudian membuat bayaran,aku langsung tak campur tangan dalam hal dia memilih baju sebab dia lebih tahu.
“tak malu ke?”
“bukannya tak pakai baju pun” selamba badak betul la mamat ni,dah la copy and paste ayat aku,ni yang nak naik darah ni.
“kuat menjawab eh”
“mestilah!jom kita pergi dah selesai”
Aku memang zero la pasal negeri Perak ni,tapi aku tak tahu la pulak kalau Shahin ni tahu jugak tempat-tempat kat sini,sebab kami hanya berada di atas motor je.Dah la aku sakit pinggang lagi diajaknya naik motor malam pulak tu,sejuk sampai tulang belakang tau!
“nak pergi mana lagi?” soalku kepadanya,berjalan macam tak nak balik rumah je gayanya.
“nak balik dah,kau ada nak pergi mana-mana ke?” soal dia pula,baik balik aku rasa sebab belakang aku ni dah macam nak terbelah dua.
“tak nak” aku menjawab malas dan bersandar pada bahu Shahin,mengantuk pun ada jugak ni.
“jangan tidur,nanti jatuh”
“ok,lambat lagi ke nak sampai rumah?”
“10 minit je lagi” mendengar jawapan Shahin aku menegakkan semula kepala dan aku menggenyeh mata yang sudah tak dapat dibuka dengan perlahan-lahan,aku cuba untuk bertahan selama 10 minit yang sangat menyeksakan aku rasa.
“dah sampai” ujar Shahin,aku melilau keadaan sekeliling,memang kami dah sampai tapi kenapa tak perasan pun tadi,tertidur agaknya.
“sejuknya”
“dah,naik atas rumah,aku nak letak motor kejap”
“tak payah suruh,memang aku nak naik pun,bukannya aku nak tidur kat sini” Shahin yang sedang menolak motorsikal berpaling melihat aku yang suka menjawab ni,tapi aku tak endah je dan terus masuk kedalam rumah.
Shahin tidak terus masuk tetapi merehatkan badannya di luar rumah sambil melihat bulan diatas langit,tanpa dia sedari Hadi yang baru sahaja sampai terus menegurnya.
“Shah!” sergahan yang agak kuat itu menyentakkan Shahin tapi Shahin bukan terkejut atau terlatah malah seratus lapan puluh darjah dia berpaling ke belakang melihat Hadi dengan pandangan membunuh,Hadi menelan liur kerana bimbangkan yang Shahin di depannya kini bukanlah Shahin yang betul.
“Shahin Addin?” soal Hadi teragak-agak,macam mana kalau jawapannya tidak?lari la nak buat apa lagi.
“apa,Irfan Hadi?” mendengar Shahin menyebut nama penuhnya Hadi mampu bernafas lega dan melabuhkan punggungnya disebelah Shahin yang masih berbaju melayu,warna pink pulak tu.
“fuhhh,aku ingatkan siapa la tadi”
“gila,dah tua macam ni pun penakut lagi” ujar Shahin sambil ketawa perlahan agaknya tak berapa nak lucu sangat kut.
“kalau kau tengok muka kau tadi mesti meremang bulu roma kau tau!”
“padan muka,dah kau terjah aku macam hantu tu kenapa?kalau orang bagi la salam”
“alah,bagi salam sunat je,jawab salam tu wajib”
“dah tu,mati ke kalau kau buat amalan sunat sikit?”
“assalamualaikum!” entah suara siapa tetapi mampu untuk mengalihkan perhatian Shahin dan Hadi,lain yang dipinta lain pulak yang dapat tapi apa nak buat.Salam kenalah jawab kan?
“waalaikumussalam w.b.t” jawab Shahin dan Hadi serentak,entah lelaki mana pulak yang datang rumah orang malam-malam macam ni.
“Jai!lama tak jumpa bro” Shahin yang langsung tak mengenali manusia yang bernama Jai ni hanya jadi tukang pandang dan tengok.
“kau sihat ke?” soal Jai pula sambil mengambil tempat di sebelah Hadi.
“alhamdulilah,macam ni la jugak,Jai kenalkan kawan aku,Shah.orang KL” Shahin menghulurkan tangan untuk bersalam dan Jai begitu mesra menyambut huluran itu.
“datang wedding adik Hadi ke?” soal Jai ramah.
“haah,nak tunggu Hadi kahwin beruban la” jawab Shahin selamba sambil tergelak senang,Jai turut sama tergelak hanya Hadi yang menunjukkan riak tidak berpuas hati.
“dah kahwin ke?” soal Jai lagi.
“dah!kau?”
“dah,anak dah satu” Shahin mengangguk sambil tersenyum.
“kau bila lagi Hadi?” soal Jai kepada Hadi pula.
“hanya tuhan yang tahu…” sempat lagi Hadi menyanyikan sebaris kirik dalam nasyid,memnag nak kena pelempang Shahin si Hadi ni.
“kau tu memilih sangat”
“memang la,nak pilih isteri bukan nak pilih baju” jawab Hadi selamba,geram pulak Shahin nak menyekeh kepala kawannya yang suka menjawab ni,kenapalah semua orang asyik nak menjawab je hari ni.
“agaknya kau nak membujang sampai tua kut” Jai bersuara pula,kali ini diselangi dengan tawa dari Shahin,tak terbayang rasanya wajah Hadi ketika tua.
“mana ada,aku tengah mencari ni”
“mencari ke menunggu?kau nak tunggu perempuan yang jatuh dari langit ke?macam kau cerita kat aku tu?”
“haah!pandai pun!alangkah baiknya kalau aku jumpa dia lagi” Hadi dah mula berkhayal,Jai sudah tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat teletah Shahin dan Hadi.
“manusia ke?jatuh dari langit?macam alien je” kata-kata Jai mengundang tawa Shahin lagi,agaknya betul apa yang Jai cakap tu kawan baik dia ni jatuh cinta dengan alien.
“manusia la!” Hadi masih bertegas,jadi tiada apa yang mampu Shahin dan Jai buat selain daripada ketawa kelucuan,alien pun jadi la Hadi.
Mereka berbual sehingga jam menunjukkan pukul 11 malam,Hadi yang telah lama sampai belum lagi berjumpa dengan keluarganya malah membuka kelab borak di pangkin rumah,apa punya anak la dia ni.
“minta diri dulu” Jai beredar dari halaman rumah itu,Shahin dan Hadi juga sudah mula bergerak masuk ke dalam rumah,dan barulah Hadi bersalaman dengan orang tuanya.
“dah lama sampai ma,borak dengan Jai kat bawah tadi” Hadi melabuhkan punggungnya disebelah Shahin,yang lain semuanya dah tidur agaknya.Shahin yang kepenatan masih mencari idea untuk tidur di mana,kalau tidur sebilik dengan Asya nanti mereka gaduh besar pulak.
“mama dan papa nak masuk tidur” papa Hadi meninggalkan aku dan Hadi yang saling berpandangan antara satu sama lain.
“Di,aku tidur dengan kau malam ni” Shahin bersuara,Hadi memandang Shahin dengan pelik,tak pernah terjadi mereka berdua tidur sebilik.
“apa?kau ni biar betul?” soal Hadi sambil menggaru kepala.
“apa pulak tak betul,boleh la”
“ikut suka hati kau la”
“thanks bro,jom tidur aku penat gila ni” ajak Shahin sambil tersenyum,selesai masalahnya tetapi entah perkara gila apa yang melintas dalam kepala Hadi sehingga membuatkan dia tak berani untuk berganjak.
“kau ni menakutkan”
“apa pulak,nak tumpang tidur je kut.kau ni aku bagi pelempang kan esok baru sedar”
“nak lempang aku pulak” rungut Hadi lalu bergerak bersama Shahin ke biliknya,memang terlebih luas untuk dua orang guna bilik tu,katil pun besar untuk tidur berdua,bertiga pun jadi.
Shahin terus merebahkan badannya dan tak sampai dua minit dia dah terlelap,Hadi tidak menghiraukan Shahin dan terus ke bilik air untuk mandi kemudian solat isyak
=========
Shahin yang bangun subuh awal untuk berjemaah mengejutkan Hadi yang tidur mati,Shahin terus mandi dan mengambil wuduk di bilik yang Asya gunakan,bukan apa semua baju yang dia beli ada dengan Asya.
Shahin melihat Asya yang sedang terlena membuatkan hatinya tenang dan nyaman,orang kata isteri itu penawar hati suami jadi jangan tukarkan isteri kepada racun kerana diri sendiri yang akan merana.Shahin meninggalkan Asya dan terus ke ruangan solat.Setelah selesai solat Shahin masuk semula ke dalam bilik dan dia dapati Asya telah selesai mandi dan sedang keringkan rambutnya,sepanjang perkahwinan mereka Shahin yang akan menolong Asya mengeringkan rambut atau Asya sendiri yang mengeringkan rambutnya dengan tuala,nak guna hair dryer tak pandai.
“dah solat?” soal aku sekadar bertanya.
“dah”
“kau tidur kat mana semalam?” soal aku lagi,Shahin meletakkan songkoknya di atas meja dan terus duduk di birai katil sambil menyemak telefonnya.
“bilik Hadi”
“kenapa tak tidur kat sini?” soalan aku membuatkan Shahin tersentak,kenapa pulak?aku ada Tanya soalan susah ke?
“boleh ke?” soal Shahin pelik,sejak bila pulak tak boleh tidur dalam bilik ni?aku tidur selamat je.
“boleh je,kau ni pelik la”
“mana ada,aku ingatkan Seven tidur dengan kau” ujar Shahin berbohong,pagi-pagi lagi dah mula buat dosa,apa nak jadi la.
“oh,aku nak ke dapur” selesai mengikat rambut aku keluar dari bilikdan meninggalkan Shahin seorang diri yang masih lagi sibuk dengan telefonnya,entah apa yang ada dalam tu aku sendiri tak tahu,tak pernah walau sekali aku cuba untuk menggeledah telefonnya,dahsyat betul ayat,menggeledah.hahaha…
Sebaik aku ke dapur aku melihat adegan yang aku rasa agak melucukan,memang lucu bila Hadi terkejut melihat orang yang disangka adiknya tetapi bukan.Seven yang lebih pantas bertidak telah tersiku perut Hadi sehingga Hadi menekan perutnya dengan kuat.sakit sangat agaknya.
“Seven,abang Nur tu” jerit aku agak kuat bila Seven mengangkat penumbuk untuk menumbuk Hadi,mungkin ingatkan Hadi ni penjahat kut,muka macam orang masjid siap bersongkok lagi dikatanya penjenayah.teruk la Seven ni.
“abang Nur?sorry!” Seven dengan reaksi terkejutnya berlari mendapatkan aku,aku pulak seronok sakan ketawa sampai tak ingat dunia.
“kenapa kau pukul dia?” soal aku sambil menahan ketawa.
“aku terkejut,tiba-tiba je ada orang datang snetuh bahu aku,tu yang tindakan luar kawal tu” aku memandang Seven sekilas sebelum bersimpati dengan keadaan Hadi,Nur dan Shahin juga turut berada di dapur setelah mendengar jeritan aku tadi.nasib baik orang tua Nur takde kalau tak haru dibuatnya.
“apa jadi?” soal Nur terkejut.
“abang kau ni,dah la datang tak bagi salam,tu yang kena siku lipat aku ni” Seven bersuara membela diri dan aku seperti biasa menyokong kawan aku ni.kesian kami berdua ni perantau walaupun dah terbuat salah pada tuan rumah snediri.
“padan muka kau,kan aku dah cakap,rajin-rajinkan diri tu buat perkara sunat.kan dah kena” Shahin pula yang bersuara,Hadi menjeling kawan baiknya itu sebelum melihat tuan punya siku lipat ni,mahu ternganga mulut dia apabila doanya menjadi kenyataan,perempuan yang jatuh dari langit sekarang ni tengah berada di depan matanya.
“maafkan saya” Hadi bersuara meminta maaf,tanpa membuang masa Nur memperkenalkan Seven kepada abangnya,Seven masih teringat keraut wajah ini dahulu,manusia yang telah menyelamatkan dia dari jatuh atas tangga tepi pantai dulu.
“saya pun nak minta maaf”
“hari raya la pulak,orang lelaki pergi kat luar,orang perempuan nak masak breakfast ni” aku menolak Shahin supaya dia keluar dari dapur dan Nur menolak Hadi,pandangan Hadi masih lagi jatuh pada wajah Seven.
“lain macam je cara kau tengok abang Nur” aku membuka mulut.
“kau ingat tak aku cakap life guard yang tolong sambut aku dari jatuh atas tangga tu?” soal Seven semula,Nur dah mengangguk teringat,aku yang agak susah nak ingat benda ni menggelengkan kepala,sekali kena cubit dengan Seven baru aku teringat.
“dekat tepi pantai tu ke?”
“yup! Mamat tu abang si Nur ni la,sebab tu aku terkejut,tak sangka dunia ni kecik je”
“betul ni?jodoh Seven la kut,seronoknya kalau Seven jadi sis in law Nur”
“betul!” aku menyokong kuat.baik Seven kahwin dengan Hadi daripada kahwin dengan orang tua miang tu.
“mengarut la korang,kebetulan je ni” Seven bersuara dan dia menolong Nur untuk menggoreng telur untuk dimakan dengan mee goreng yang Nur masakkan.
“mana wujud kebetulan atas dunia ni,itu semua takdir” aku pulak yang semangat nak jodohkan Seven,abang aku pun tak kahwin lagi sibuk nak kahwinkan abang orang lain pulak,hahaha…
=======
“maafkan saya pasal kejadian kat dapur tadi” Pinta Hadi sebaik sahaja dia ternampak kelibat Seven yang keluar dari dapur dengan membawa sedulang air untuk dihidangkan .Seven yang terkejut dengan kediran Hadi hampir melepaskan dulang di tangan tapi nasib baik tak jatuh,apa la Hadi ni dah sejuta kali orang cakap kalau nak tegur sesiapa pun kenalah bagi salam dulu,asyik buat terkejut orang je.
“terkejut saya,takpe benda kecik je” Seven tersenyum senang melihat keletah abang Nur yang agak gelisah,mungkin rasa bersalah kerana main terjah je tadi.
“tak sangka jumpa lagi kan?” soal Hadi sambil laju tangannya mengambil dulang dari tangan seven,nak tunjuk gentle la tu!
“haah,kecik je dunia ni kan?tak sangka jugak yang awak ni abang Nur”
“haah,memang tak sangka” ujar Hadi dengan ketawa yang dibuat-buat,Seven hanya mampu tersenyum,siapa tak segan dah la ada kat rumah orang .
“saya gembira dapat jumpa awak lagi” ujar Hadi berteus-terang dan perempuan mana tak terkejut kalau ada orang cakap macam tu,mesti banyak persoalan yang bermain dalam benak Seven,apa kena dengan Hadi ni?dia suka kat aku ke?last sekali mesti cakap macam ni,perasan!
“awak ni buat saya fikir yang bukan-bukan la,saya minta diri dulu” Seven akhirnya mengalah dan mengelak,entah apa yang difikirkan oleh Hadi buatkan Seven berfikir panjang,alangkah beruntung jika dia juga mempunyai peluang untuk memilih dan mempuanya ruang untuk mengenali hati bakal suaminya sendiri.kenapa mesti takdirnya dengan seorang yang sebaya dengan ayahnya dan kenapa masih ada orang yang mengharapkan balasan di atas bantuan mereka.Seven menangisi nasibnya sendiri di dalam hati.
“Seven,kenapa ni?” soal Nur yang sedang menghidangkan mee kepada kami semua,aku juga turut melihat air muka Seven yang langsung tidak menunjukkan riak ceria seperti biasa,si Shahin ni pulak duk sibuk makan,aku belasah jugak mamat ni nanti.
“perut aku rasa tak selesa la” jawapan Seven yang aku tahu satu penipuan besar.
“nanti Nur ambilkan minyak panas ya,Seven makan la dulu” aku tak menghiraukan Nur dan aku sekarang ni sedang mencari kebenaran dalam mata Seven,aku menarik tangan Seven kedalam bilik untuk bercakap dengannya dari hati ke hati,cewah!dahsyat ayat.ubat yang Nur hulurkan aku ambil sebelum masuk kedalam bilik,Nur pulak masih sibuk didapur.
“aku tak rasa kau sakit perut” aku bersuara lalu melabuhkan punggung di sebelah Seven yang sedang terbaring sambil memandang kipas yang berputar pada syiling.
“memang aku tak sakit perut,dan aku tak rasa aku sakit kat mana-mana,aku Cuma terkilan kenapa aku tak pernah diberikan pilihan” aku yang mendengar bait-bait ayat yang keluar dari bibir Seven semestinya aku snagat faham dengan maksudnya,aku sendiri keliru kenapa masih ada manusia yang gatal macam orang tua tu!sakit hati betul la!
“kau sepatutnya bagi aku peluang untuk tolong kau” aku bersuara lalu baring disebelah Seven,jarang sangat Seven nak bercakap soal hati dan jarang sangat dia terbeban dengan perkara yang berkaitan dengan perasan,seorang perempuan yang keras la.bukan macam aku ni,manja je lebih.
“tak semudah tu Ace,kau ingat RM30000 tu sikit ke?boleh buat kenduri kahwin kut” l
“kita boleh buat loan apa” aku memberi cadangan.
“memanglah boleh,tapi nak buat loan kena ada cagaran dan logic ke alasan buat loan sebab tak nak kahwin?kau ni agak-agak la nak buat lawak pun” Seven ketawa senang,aku punya la susah payah perah otak aku yang sednag tidur ni cari idea dia bantai gelak pulak.
“kau cagar aku je la,aku rela demi kawan baik aku ni” aku buat lawak lagi,kali ini.Seven sekeh kepala aku pula,sakit la mak cik!
“nanti kau masuk bank aku masuk penjara.kau ingat suami kesayangan kau tu nak biar je kau kena cagar?”
“mana ada kesayangan,dah la malas nak layan kau,aku lapar ni” aku bersuara geram,entah bila aku cakap yang aku sayang Shahin,taknaklah aku!
“aku lapar jugak,lepas cakap dengan kau je terus lapar”
“salahkan aku pulak,kau suka eh kat Hadi?” aku menyoal berani.
“entah,tapi aku gembira yang aku dapat jumpa dia lagi”
“dah agak dah!”
“tapi kau sendiri tahu yang aku ni takde pilihan”
“jodoh di tangan Allah!” aku berkata yakin sambil menggengam tangan ,ala-ala yakin boleh macam tu.Seven hanya mampu menahan ketawa melihat gelagat aku yang langsung tak Nampak macam manusia normal.
“bila tarikh kahwin kau?”soal aku pula,memnag tak sangka yang kami berempat ni akan mengakhiri zaman bujang kami semuda ini,tika kami masih lagi berumur 23 tahun,too young to be a wife and mother.
“dua minggu lagi,kau tak payah datang la eh,buat malu je “
“aku mesti datang,dengan penyelesaiannya sekali”
“kau tak payah nak buat kerja gila Ace,ni bukan drama tau!”
“mana ada!kiranya kau ni tunang haji gatal tu la kan?” aku menyoal mengusik,berubah terus muka Seven mendenar gurauan cari nahas aku ni.
“mana ada!gila la pemikiran kau ni”
“aku pulak yang salah”
“jom makan!” ajak Nur yang terpacul didepan bilik,aku dan Seven berlagak selamba dan bangun dari katil.
“perut Seven dah ok?” soal Nur prihatin,aku hanya mampu tersenyum,beruntung snagatlah si Hafiz ni sebab Berjaya menawan hati seorang gadis yang sangat ayu dan baik giler ni.
“dah!dah ok dah,ni semua sebab tabib mental ni” Seven memfokuskan ayatnya kepada aku,aku hanya mampu tersengih walaupun geram sebenarnya dengan si Seven ni,sebaik Nur beredar aku menyekeh kepala Seven,padan muka sesuka rasa je cakap aku ni mental,dia tu mentally ill!huish! tak biak punya kawan.
“pergi mana?” soal Shahin yang entah muncul dari mana,ni yang aku rasa nak bagi pelempang kayu ni.
“sibuk je!” aku menolak Shahin ketepi lalu melajukan langkah ke dapur,perut aku lapar tahap petala kelapan dah ni.
“aku nak pergi sungai ni,kau nak ikut?” pelawaan Shahin sangat sukar untuk ditolak tapi aku ni nak makan dulu.
“tak nak!” aku menjawab tenang.
“betul ni?” soalnya lagi,dah orang cakap tak nak tu tak naklah,saja je dia ni kan.
“betul!tak nak pergi!kami nak pergi shopping” aku bersuara lagi.
“shopping?bukan semua orang nak pergi picnic ke?” soal Shahin hairan,eh,aku tak tahu pun pasal picnic ni semua,shopping pun aku reka je tadi.
“haah!lupa pulak,kau pergi la dulu nanti kami pergi la”
“ok!tolong bawakan tuala untuk aku sekali” ujarnya lagi sebelum berlari turun ke laman,macam budak kecik la mamat ni,atas rumah orang pun nak lari-lari,kurang didikan moral betul la.tak payah layan la mamat sengal tu,baik kita makan!kesian perut aku ni.
==========
“tak nak mandi sekali?” soal Shahin sambil melabuhkan punggungnya diatas batu disebelah aku,rambutnya yang basah sengaja dia kibaskan,aku karate jugak mamat ni baru tahu,dahla aku sekarang ni tengan period kan ada orang makan batu bukan makan nasi.
“sejuk,janganlah kibas rambut macam tu” aku melarangnya tapi dia buat tak endah je malah semakin kuat dia kibas rambut dia tu,habis air terpercik kat muka aku ni,aku dengan geramnya memegang rambutnya dan menariknya dengan agak kuat sehingga dia menahan sambil mengaduh,tu la cari pasal sangat dengan aku.
“sakitlah sayang” aduhnya manja,mendengar perkataan sayang yang meniti dari bibirnya membuatkan aksi ganasku itu berhenti dengan serta-merta,aku menurunkan tangan dan mengesat tanganku yang basah pada bajunya yang juga basah.
“dah puas dera suami kau ni?” soalnya pula,dia merebahkan kepalannya diatas ribaan aku dan santai macam baring atas katil,dia ingat paha aku ni bantal segera agaknya.
“aku suka keadaan tenang macam ni” ujarnya menyebabkan aku tak jadi nak menolak kepalanya sebaliknya tangan aku bermain dengan rambutnya yang sudah agak panjang,kena bawak pergi saloon ni,biar boleh repair rambut dia ni.
“well,siapa yang tak suka suasana tenang kan?” soal aku sekadar berbahasa,nanti orang kata dia gila pulak sebab cakap seorang diri.
“ada,aku rasa kalau pergi night club langsung tak menenangkan tapi ramai jugak yang pergi ke sana,walaupun tempat tu bingit still jugak ramai yang pergi”
“betul jugak,mana kau tahu?pernah pergi ke?” soal aku menduga,takkanlah orang skema macam Shahin ni nak pergi tempat yang macam tu kan,lainlah kalau orang macam aku ni.
“pernah!rasa macam bodoh je pergi tempat macam tu,aku pun tak tahu kenapalah aku boleh pergi tempat yang macam tu” aku ni terkejut gila bila dia mengaku yang dia pernah masuk club,aku yang tak berapa nak baik ni pun tak pernah jejak kaki pun.banyak rupanya yang aku tak tahu pasal Shahin,ni memang berita yang mengejutkan aku rasa kalau orang tua dah lama pass away sebab terkejut.
“kau ni biar betul?”
“betul la,tapi benda tu dah lama,aku dah tinggalkan semua tu lapan tahun.masa tu aku budak-budak lagi,tak matang lagi”
“oh,jadi betullah yang kau ni pernah jadi playboy dulu?” soal aku berani dan ternyata Shahin tersentak lalu bangun,mungkin dia nak tahu entah dari mana aku dapat tahu semua ni kan?
“macam mana kau tahu?” soalnya pula,aku tersengih,betul jugak tekaan aku.
“adalah,someone told me about that and you know what I didn’t believe that.But now you admit all of this.”
“all of that is my past.and now I only have you as a important girl in my life”
“eleh,saja la tu nak cari alasan,tapi aku nak kau tahu yang aku tak salahkan kau kalau kau jatuh cinta dengan perempuan lain tapi aku tak nak bermadu,kau faham kan?” aku memberitahunya dengan berani,aku tak cintakan dia tapi aku tak boleh nak share dia dengan sesiapa,walau apapun yang jadi aku tak nak dimadukan.
“I don’t want to discuss about it,you are my wife and you will always be my wife” mendengar jawapan Shahin buatkan aku rasa yang perkahwinan kami ni sebenarnya atas satu dasar iaitu kasih sayang,jawapan Shahin membuatkan aku rasa yang aku ni sebenarnya seorang yang beruntung .
“kalau kau kahwin lagi aku kerat kau 111” aku memberi amaran dengan nada bergurau,macam la orang penakut macam aku ni sanggup nak buat semua tu,Shahin tersenyum senang lalu menarik aku ke dalam sungai,habis basah!
“jahatnya!” aku menolak badan Shahin yang begitu dekat dengan aku,bukan sebab nak marah tapi rasa macam berdebar semacam je ni,boleh pengsan kalau darah mengalir 180 km/j macam ni.
‘aku sayangkan dia ya Allah’bisik Shahin,tapi aku tak dengar pun,dah dia bercakap dalam air,ikan mungkin faham la kut.
“pedia?” soal aku kepadanya.
“nothing” dia menjawabnya selamba,aku hanya mampu mengangguk,aku melihat dia berenang ke arah tempat yang lebih dalam,walaupun aku ni pandai berenang tapi aku tak berani nak berenang dalam sungai ni,orang kata nanti ada air berpusar tarik kita masuk dalam tanah,hantu air katanya.
Aku naik ke darat dan mendekati Nur dan Seven yang sedang seronok berbual,aku melabuhkan punggung dan menyuap sandwich dari tangan Seven.
“aku punya ni!” marah Seven,habis comot muka aku kena sos sandwich.
“romantiknya,kata tak sayang” usik Seven sambil menyiku aku,buat hilang selera betul la si Seven ni,aku lipat jadi jet baru tahu.
“whatever!” aku meneruskan kunyahan tanpa menghiraukan usikan Seven yang tak berasas tu,Nur pulak tukang senyum je.
“Nur,Seven nak bagi tips kahwin ni” ujar Seven teruja,mahu taknya esok adalah hari paling membahagiakan buat Nur kawan kami yang tersayang ni.
“ada hati nak bagi tips,kau kahwin la dulu lepas tu baru cakap”
“sibuk la kau Ace”
“Nur sebenarnya takut la “
“nak takut apa?Hafiz tu baik je Ace tengok,lagi baik dari si Seven ni”
“jauh baik Hafiz kalau nak dibandingkan dengan Ace ni”
“amboi,lastik balik nampak”
“apa tips Seven?”
“taat pada suami!” jawab Seven yakin,aku menyekeh kepala Seven,
“semua orang pun tahu la,apa la kau ni!”
“entah macam mana la kan.seseorang yang sangat jauh dari keluarga kita tiba-tiba jadi orang yang paling penting dalam hidup kita,Nur rasa macam tak ready je” Nur meluahkan rasa khuatirnya kepada kami,aku dengan Seven ni sebenarnya tak berapa nak arif sangat pasal semua ni lagipun Seven belum kahwin lagi dan aku ni walaupun dah kahwin perangai langsung tak menunjukkan yang aku ni seorang isteri.Entah apa la status isteri tu kepada aku,Shahin pun aku layan tak layan je.
“mana boleh tak ready Nur,no problem la” ujar aku ringkas.
“betul tu,pasti Nur dapat jadi isteri yang baik dan jadi ibu yang baik”
. “amin” Nur tersenyum senang.
“walaupun Ace yang kahwin dulu tapi Ace bagi chance kat Nur dan Afie dapat baby dulu” aku bersuara senang,Seven menjeling aku dengan jelingan tajam,aku menyiku Seven dengan agak kuat.
“malas aku nak layan kau” Seven meneruskan kunyahannya sehingga Shahin dan Hadi join kami.
“comotnya” Shahin mengesat mulut aku dengan tangannya,hish!sengaja je dia ni nak buat aku malu.aku mengambil roti lalu menyuapnya dengan kasar,sengaja nak buat aku segan depan mereka semua,kalau comot pun cakap je la!!!
Sepanjang perjalanan pulang dari sungai aku dan Shahin berjalan kaki beriringan,banyak yang aku nak tanya dan tahu pasal diri dia yang dah lepas,boleh tak?
“kau marah tak kalau aku nak tahu pasal masa silam kau dulu?” soal aku lambat-lambat.
“apa kau nak tahu?” soalnya pula,aku mendekatkan diri aku pada badannya dan memeluk lengannya dengan erat dan mesra.
“kau tak kisah?” soal aku lagi.
“tak.lagipun aku memang bercadang nak bercerita kalau kau nak tahu,so,tanya jelah” ha,dah dapat green light tu,jadi kita mula tanya satu persatu,barulah dia tak rasa macam aku ni nak ceroboh dia punya past kan?
“kau pernah bercinta?” soal aku lambat-lambat.
“pernah,tapi tu semua cinta monyet la,aku kan playboy dulu.Aku rasa macam aku salahkan takdir kerana umi dan baba pergi tinggalkan aku tika aku baru berumur sebelas tahun,aku marah dengan diri sendiri kerana aku tak mati sama,aku jadi tak terurus dan aku mula bersosial,abang dan baba tak tahu semua ni sebab aku tinggal di asrama” penerangan Shahin membuatkan aku faham sesuatu,mungkin Shahin rasa kesunyian selama ni kan?
“semuanya dah pun lepas,aku gembira dengan diri kau sekarang.Aku suka” jawab aku ringkas dan tenang,tapi Shahin mencari kebenaran dalam mata aku,kenapa pulak ni.
“kau suka apa?aku?” soalnya dengan nada bercanda,saja je dia ni nak buat aku malu.
“nothing!aku tahu kau tak merokok sekarang tapi kau pernah tak merokok?”
“tipulah kalau aku kata budak samseng macam aku ni tak pernah letak rokok kat mulut,tapi sekali je,dan sekali sedut je.aku memang tak tahan sampai terbatuk macam orang gila,sampai cikgu bawa aku pergi klinik sebab badan aku gatal-gatal,aku rasa bahan dalam tu berasid kut,lepas tu aku tak sentuh lagi benda tu,kalau kawan aku hisap rokok pun aku tak dapat nak tahan bau asap tu lagidah,tu la penyesalan pertama aku time aku jadi budak jahat.Dah la sampai demam,lepas cikgu tahu aku merokok kena pulak denda tengah hujan,padan muka aku kan?nasib baik baba tak tahu” cerita Shahin yang panjang lebar aku dengar dengan penuh perhatian,kiranya dia bukanlah penghisap rook mungkin sekarar pencuba rokok yang tidak Berjaya,hahaha…tapi alhamdulilah aku syukur sangat sebab Shahin tak merokok.
“baguslah,katakan tidak kepada rokok!” aku berkata kuat seperti berkempen.
“tak nak merokok!” Shahin turut melaungkan slogan kempen anti rokok,Hadi,Nur dan Seven yang berjalan di depan kami berpaling ke belakang sambil tergelak mendengar laungan slogan anti rokok kami.
“lucu la kau ni,semuanya kau tak boleh,alahan,kesian” aku bersuara lagi sambil ketawa.
“tapi aku bersyukur,kalau bukan sebab aku alahan mungkin aku dah jadi perokok tegar”
“betul jugak kan?untunglah aku dapat suami tak merokok” aku tersenyum senang sambil memandangnya.
-note 73-
in sha allah sambungan dalam masa terdekat ye. Sorry lambat sgt post sebab busy kemas rumah nak raya. Hehe
Yeahhh. Sukanyaa. Byk part lagi ke cerita nih?
ReplyDeleteLove it. Hope ada more part about seven n hadi.
ReplyDeleteLove it so much..
ReplyDeleteLove it so much..
ReplyDeleteReally like it,teruskan berkarya ya dik...
ReplyDeleteSmbungan perfect love sdh ada ke????
#trus_menunggu😉😉😉
bestnyaaaaaaaaaaa.
ReplyDeleteAdoyaiiii.... rasa cm fly to the moon ja bila baca cerpen ni.... sweet sweet sour gitu... hahaha.. x sabor dehhhh... kalo kimi ngan lina..hadi ngan seven.. abang asya ngan sapa pulok?????? Hehe
ReplyDelete