“selamat pengantin baru Nur,Hafiz” aku berpelukan dengan Nur sempena hari yang paling bahagia dalam hidupnya hari ini,sama juga dengan Hafiz,akhirnya Nur dah jadi milik dia seorang.
“thanks,nanti jangan lupa datang jenguk Nur selalu tau” ujar Nur sambil membalas pelukan aku dengan erat.
“mesti!tu pun kalau Hafiz tak kisah la” Seven bersuara mengusik pengantin lelaki yang banyak berdiam diri dan hanya tersenyum mesra,pengantin ni kalau boleh nak senyum sampai ke telinga.
“datang la,pasai apa nak kisah pulak?” ha!tu dia!dah keluar suara kedah dia,macam-macam la Hafiz ni.
“Nur,Ace balik dulu tau,Shah ada meeting esok pagi” ni satu hal,sibuk betul la si Shahin ni,aku cakap nak balik dengan Seven tapi dia tak bagi pulak,geramnya aku!!!
“it’s ok,take care tau” Nur memeluk aku lagi,aku membalasnya dan memeluk Seven yang sudah tersenyum menanti pelukan aku.Hadi ni pun sama je asyik mengekor je ke mana Seven pergi,Seven pulak asyik mengelak macam pencuri,aku harap Hadi ialah jodoh Seven sebab haji gatal tu langsung tak sesuai dengan dia,lagipun parents Hadi juga suka dengan Seven ni.
“jom pergi,teksi dah sampai” ajak Shahin sambil bersalaman dengan Hadi dan Hafiz,aku mengikut langkah Shahin.dia ni dah siap tukar baju lagi.
“aku tukar baju kejap,boleh?”pinta aku kepada Shahin.
“kenapa pulak?aku suka tengok kau pakai baju kurung,Nampak ayu”
“betul ke?”
“serius!” Shahin menarik bagasi dan diletakkan kedalam bonet teksi,kami berdua menuju ke airport untuk bertolak balik ke KL,senangnya dengan orang kaya macam Shahin ni,nak pergi mana-mana pun boleAh naik flight je.
Sebaik kami tiba di airport kami segera diminta ke balai berlepas dan aku hanya mampu merehatkan badan setelah masuk ke dalam kapal terbang.Shahin meletakkan kepala aku dia atas bahunya dan meminta aku supaya berehat,bukan apa,aku memang tak cukup tidur semalam sebab teruja nak tengok perkahwinan ala melayu.Jari aku pun turut berinai,kalah pengantin aku dengan Seven kerjakan inai semalam.
“dah sampai ke?” soal aku apabila tersedar daripada terlelap,dah agak lama aku tidur rasanya.
“yup!pakai seat belt,kita dah nak mendarat” sebaik mendengar kata-kata Shahin aku segera mengetatkan seat belt dan memegang lengan Shahin dengan kemas,selalunya kalau aku naik kapal terbang memang macam ni,time nak landing memang gusar sikit sebab kapal terbang selalunya gergegar sikit,sebab tu aku rasa lebih baik tidur je sampai siap mendarat baru bangun.
“jom turun” Shahin memimpin tangan aku untuk mengelak daripada kesesakan orang ramai yang hendak turun dari kapal terbang,time macam ni la pramugari sibuk menguruskan penumpang.
“aku hanya menurut Shahin dengan rapat,sebaik kami keluar dari kapal terbang sempat aku mencuci mata melihat pramugara yang boleh tahan handsome keluar sama,pilot airasia pun boleh tahan jugak,hehehe.
“kau ni kena sampuk ke?tersengih-sengih” suara Shahin menggelamkan aku yang sedang mencuci mata,aku hairan betul la mamat ni.tak boleh ke kalau tak kacau aku yang tengok syok sendiri ni.
“sibuklah!aku tengah cuci mata ni” Shahin mengeluh dan buat tak dengar apa yang aku cakap,eleh macam aku kisah kalau dia buat muka macam tu.
“duduk kat sini,aku nak pergi ambil bagasi” Shahin meninggalkan aku yang sedang termenung melihat keadaan sekeliling,memang la pramugara boleh tahan handsome tapi aku rasa Shahin lagi handsome kut,huish!aku ni dah mula nak mengarut.Aku mencari kelibat Shahin yang telah lama menghilang,ambil beg pun lama ke?
“Shahin ke tu?” aku bertanya pada diri sendiri,kenapa dia tolong pegangkan bagasi minah tu pulak,pramugari tu!ceh!macam nak balas dendam je dia ni.
“gediknya minah tu!” aku mengomel sendiri bila melihat gelagat Shahin dan minah tu,mesra rakyat la sangat.
“gatalnya Shahin!” aku mengomel lagi,sebaik Shahin mendekati aku dia masih lagi tolong menarik bagasi minah tu,memang la lawa,body pun cantik.
“kenalkan,isteri saya.tunggu kejap eh,nak tolong cik ni kejap” Shahin meletakkan bagasi kami disitu dan menarik bagasi milik minah tu ke ruang pekerja,berubah terus muka minah tu bila Shahin memperkenalkan yang aku ni wife dia,mesti sebab ingat aku ni minah salleh kut,huh!perasan!
“aku malas nak menunggu Shahin,aku menarik bagasi dan bergegas ke jalan keluar untuk mendapatkan teksi,sebaik Shahin melihat aku bergerak keluar dia segera megejar aku dari belakang dan memanggil nama aku beberapa kali,sorry tak dengar!
Aku mendapatkan teksi dan tanpa menunggu Shahin aku meminta teksi itu bergerak dengan segera dan menuju ke rumah papa,lebih dekat kut.Shahin yang termengah-mengah tak sempat mengejar aku dan aku hanya melihat kelibatnya yang sedang memanggil aku.sia-sia bro!
Tapi nanti dia mesti marahkan aku kan?takkan nak pusing balik kut?tak nak lah!siapa suruh dia berborak dengan minah tu tadi,bukan je minah,minah-minah aku rasa,agaknya memang betul la Shahin ni ex-player dulu,ex ke?tapi sebelum berkahwin dia tak mesra pun dengan perempuan kenapa lepas kahwin ni baik pulak,ke dia sengaja nak buat aku cemburu?tolong sikit cemburu ni semuanya kerja orang bercinta ok!
“terima kasih” aku menghulurkan tambang teksi kepada pemandu teksi yang sudi menghantar aku ke rumah papa,aku menarik bagasi untuk masuk ke dalam rumah dan tika itu papa,ibu dan abang sedang makan petang di laman rumah.
“assalamualaikum” aku memberi salam dengan ceria,bagasi yang berat macam gajah tu aku tinggalkan je kat situ,aku memeluk ibu yang dah lama menanti,papa dan abang juga aku tak lupa nak peluk,dah lama sangat tak jumpa mereka.
“mana Shah?” soalan ibu aku biarkan tidak berjawab,malas la aku nak jawab sebab aku pun tak tahu kat mana dia sekarang ni,tapi aku terkejut bila ternampak kelibat seorang perempuan yang keluar dari rumah dengan membawa sedulang air,aku memandangnya dari atas ke bawah.takkan la maid kut,cantik sangat ni,lawa pulak tu.
“ibu,calon abang ke ni?” soal aku berseloroh,main hentam je sebenarnya sebab bukannya aku ada idea pun siapa da ni sebenarnya.
“ke calon papa?” tersedak papa bila mendengar namanya disebut,abang dan ibu sudah seronok ketawa dengan soalan aku,aku tersenyum manis kepada awek di depan aku sekarang ni,dengan bernaju kurung berwara hijau muda,bertudung pulak,perfect la!
“adik ni memang suka mengarut kan?ni calon abang,Zurina.” Papa bersuara tenang.
“cantik sister in law adik,hai,Asya,boleh je kalau nak panggil adik” aku bersuara mesra dan Kak Zurina hanya tersenyum manis,gila betul!cantik betul ciptaan Allah.
“panggil je Kak Zue”ujarnya ramah.
“kira jadi la,bila nak langsung?” soal aku lancang,abang menepuk bahu aku dengan agak kuat,aku ni sejak dua menjak ni memang mulut laju sikit.
“bila adik nak sis?” soal abang pula.
“ASAP la!” aku berkata sambil ketawa perlahan,semua orang tercengang mendengar istilah pendek dan ringkas itu.Hanya Kak Zue yang faham aku rasa.
“as soon as possible” aku bersuara pula dan akhirnya ketawa kami meledak.orang korporat ni memang tak tahu benda ni semua.
“adik tak ingat ke?ni salah satu pekerja ibu” suara ibu membuatkan otak aku yang tidur ni berfikir sejenak,maaflah sebab aku memang tak berapa nak ingat,bukan tak berapa tapi tak ingat langsung sebenarnya,berkerut dahi aku memikirkan perkara ini tetapi kemunculan Shahin membuatkan kami semua leka.
“assalamualaikum” Shahin menyapa dengan mesra,aku tak berani nak membalas pandangan matanya kerana takut dia akan naik angin.
“Shah,kenapa tak balik sekali dengan adik?” soal papa kepada Shahin yang baru sahaja duduk disebelah aku,habislah aku kena marah kalau papa tahu yang aku tinggalkan dia.
“ada kerja kejap tadi,tak nak buat Asya tertunggu jadi dia balik dulu” Shahin bersuara tenang,rasa bersalah pulak aku ni,walaupun aku buat salah tapi dia tak pernah salahkan aku,apa punya isteri la aku ni kan?aku mencari tangan Shahin yang berada diatas pahanya dan menariknya ke dapur.
“sorry,tadi bertindak tanpa berfikir” aku mengaku salah aku sendiri,Shahin bukan sahaja tak naik angin malah mampu lagi tersenyum,Shahin membetulkan rambut aku yang menutup sebahagian dahi.
“aku tahu,kau ni buat dulu baru berfikir,tapi ada tak kau terfikir nak patah balik ambil aku?” soalnya seperti tiada apa yang telah berlaku,kenapalah hamba Allah sorang ni selalu je tenang dan tak cepat melenting.
“ada!tapi tak buat” aku menjawabnya dengan jujur.
“dah agak dah,by the way,siapa kat luar tu?” soal Shahin mengalih topic.
“Kak Zue,awek abang,Miss MyVi” Shahin mengangguk faham,tak sangka yang abang betul-betul tekad nak cari Miss MyVi yang langgar awek dia sampai masuk hospital tu.Jodoh ni boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk kan?
============
Sebaik tiba dirumah aku Shahin langsung tak menunjukkan minat yang dia nak bercakap dengan aku,takkan marah pasal petang tadi kut,tadi kata tak kisah langsung tapi sekarang ni macam marahkan aku je.Aku memerhati Shahin yang sedang menyiapkan paper work untuk dibentangkan esok hari,aku yang kat sebelah dia ni diam je.
Aku rasa memang si Shahin ni marahkan aku la,tapi tadi aku dah minta maaf rasanya.Aku menjeling Shahin yang seratus peratus focus pada kerja dia,aku mengambil telefon dan main game tapi tetap rasa bosan.Tiba-tiba satu panggilan masuk,dan nama Aimi tertera pada telefon aku,kenapa Aimi telefon?
“hello,Aimi?” aku bersuara dan pada masa itu barulah Shahin berpaling memandang aku.Aku membalas pandangan Shahin tapi aku masih lagi mendengar suara Aimi dari telefon.
“Honey,kita jumpa boleh?” soalan Aimi buat aku berat hati,kenapa pulak dengan Aimi ni?masih tak berubah ke?tak cukup padat ke ceramah aku pada dia dulu.rasa tak sedap hati pulak.
“ada apa?penting sangat ke?” soal aku sekadar bertanya,kalau diikutkan hati aku dah taknak jumpa dengan Aimi lagi,lebih-lebih lagi kalau dia masih ada perasaan pada aku.
“please…” Aimi merayu lagi,memang susah nak tolak bila si Aimi yang memujuk.aku mengangkat punggung meninggalkan ruang tamu,aku dah tak pedulikan Shahin yang ada disisi aku.Aku berjalan ke kolam ikan di laman rumah.
“ada apa?” soal aku lagi.
“good news!Aimi dan Lis nak beritahu pada Honey” mendengar nama Lis disebut aku rasa lega,apa jenis good news pulak ni?Lis mengandung ke?boleh jadi jugak ni.
“ok!kat mana?” soal aku yang telah hilang rasa gelisah,kini aku rasa teruja nak tahu apa berita yang baik sangat tu sampai tak boleh nak sampaikan dalam telefon.
“kat rumah je,Lis masak-masak sikit,Honey datang eh,datang dengan Shahin sekali”
“tak janji la kalau Shahin boleh datang,esok ada meeting katanya,lunch ke?” soal aku pula.
“haah,lunch!takpelah kalau Shahin tak boleh datang tapi Honey mesti datang tau” Aimi ni kalau tak memaksa bukan Aimi la namanya.
“ok!kalau saya pergi awal sikit,tolong masak ok tak?esok saya free sangat,boleh hilangkan rasa bosan ni”
“bagus jugak,tak sabar nak jumpa Honey”
“ok!kirim salam kat Lis.saya hung up dulu,bye” aku mematikan telefon lalu duduk di laman melihat bulan yang cantik bersinar,perasaan aku dah melayang ke negeri lain sehinggakan aku tak perasan yang Shahin ada dibelakang aku.
“Aimi nak apa?” soalan Shahin membuatkan aku tersedar.
“ajak kita makan tengahari kat rumah dia,kau free tak?”
“lunch?tak kut,ada apa?”
“entah,aku nak pergi esok boleh?”
“pergilah”
“kerja kau dah siap ke?”
“belum lagi,ada sikit lagi”
“nak aku buatkan coffee?”
“boleh jugak” aku meninggalkan Shahin yang sedang termenung jauh,selalunya dia cakap aku yang suka termenung tapi sekarang ni dia pulak yang suka termenung,agaknya dah berjangkit dengan aku kut.Aku ke dapur dan mengambil gelas untuk membancuh kopi kepada Shahin,setelah selesai aku keluar ke ruang tamu dan melihat Shahin sedang berbaring di sofa sambil termenung.
“kau termenung ke?” soal aku sambil meletakkan gelasnya di atas meja,laptop Shahin sudah dimatikan,maknanya kerja dia dah siap la kut,aku pun malas nak tanya sebab memang tak dapat aku nak tolong pun kalau aku tanya.
“mungkin,ni kau punya pasal la bawak wabak berkhayal,habis orang dalam rumah ni berjangkit” eh,aku pulak yang dia nak perli,cakap macam dalam rumah ni ada sejuta orang.Aku meninggalkan
Shahin yang sedang tersenyum kemenangan,saja je aku bagi can kat mamat ni nanti menangis pulak sebab kalah.
“kau merajuk ke?” soal Shahin.
“merajuk?kau ingat aku takde kerja lain ke nak buat?” aku berlalu dengan pantas meninggalkan Shahin tanpa perlu mendengar dia memerli aku dengan lebih banyak.
Sebaik aku baring diatas katil aku terfikirkan sesuatu yang aku tak pernah fikir walau sekali dalam hidup aku.Macam mana dengan perkahwinan aku dan Shahin,adakah kami akan selamanya begini,pasangan berkahwin tapi langsung tak menunjukkan yang kami ini telah berkahwin.Sampai bila hubungan kami akan berlangsung macam ni,apakah perngakhiran buat hubungan kami,adakah ianya mati?
=============
Tengahhari yang panas terik itu membuatkan tekak aku sentiasa rasa dahaga dan aku belasah rumah Aimi macam rumah aku sendiri,aku ni pandai tengok je si Lis ni masak sebab aku ni tangan kayu memang memasak ni out sangat la,kupas bawang pun Shahin tak bagi aku buat sebab asyik menangis je kerjanya,bawang tak siap kupas jugak.
“saya teruja sangat nak tahu apa yang good news sangat tu,sampai ajak makan sekali” aku berbicara di dapur sambil ralit mata aku memerhatikan Lis yang terel memasak.
“Aimi yang nak buat sangat”
“Lis pregnant eh?” soal aku sekadar meneka dan kerja Lis yang terbantut membuatkan aku rasa sesuatu,betul kea pa yang aku fikirkan?
“tanyalah Aimi sendiri” Lis yang tersenyum membuatkan peratus keyakinan aku naik mendadak dan tak sampai dua saat aku berfikir Aimi yang muncul dari belakang dengan sebakul buah mengiakan persoalan aku.
“pandainya Honey teka,kan sayang?” amboi!aku Honey bini dia sayang pulak,Aimi memang seorang yang romantic jadi siapa-siapa yang jatuh cinta dengan dia memang beruntung sangat.Aku je yang tak pandai nak menilai tapi Shahin pun takdelah teruk sangat,hahaha…
“betul ke ni?bestnya!dah berapa bulan?” soal aku teruja lalu memeluk Lis dari belakang,dah nak dapat anak saudara aku ni,hehehe.
“awal lagi,baru je lapan minggu”
“tahniah!alhamdulilah,murah rezeki Lis”
“sepatutnya Asya yang berisi dulu” gurauan Lis buat aku berfikir lagi,mustahillah aku dengan Shahin,huish!tak nak fikir lagi buat serabut kepala aku je.Lis ni pun sesuka rasa je nak bergurau dengan benda macam ni.haru hidup aku dibuatnya.
“Aimi dah,Honey bila lagi?”
“kalau boleh cakap dah lama saya beritahu tapi tu semua kan rahsia Allah” aku menjawab dengan yakin dan bijaknya,hahaha,Aimi hanya tersenyum sambil tangannya mengupas kulit epal merah untuk dihidangkan nanti.
“kita bertiga je ke?” soal aku pelik.
“mestilah,sepatutnya berempat tapi Shahin tak dapat datang,bertiga je la”
“dia tu memang hantu kerja sikit”
“hantu bekerja pun selalu ada masa nak temankan Honey,kan?” soal Aimi lagi,entah mana dia tahu aku pun tak tahu,malaslah aku nak bahas pasal orang yang takde.nanti dapat dosa mengumpat pulak walaupun selama ni mengumpat tu dah jadi tabiat dan hobi,hahaha…
“jom makan!” aku mengambil makanan untuk dihidangkan di atas meja,malas aku nak berbalas cakap dengan Aimi nanti lebih suka dia mengusik,kalau bab mengusik orang memang la Aimi yang paling terel.
Setelah kami selesai menadah tangan berdoa kepada Allah kerana rezekinya yang tak terkira kami mulakan menjamah makanan sambil berbual dan bergurau senda,orang cakap tak baik bercakap sambil makan tapi apa salahnya kalau jarang-jarang sekali,haha,tu petua aku sendiri jangan nak jadi ikutan pulak,salah!
Setelah selesai makan dan mengemas meja aku meminta diri untuk pulang kerana hari dah petang,tapi Shahin takde jugak kat rumah,baik aku balik dulu.Lis turut bekalkan aku sedikit makanan,masak lemak cili api ketam dan sambal sotong,memang sedap gila walaupun aku tak makan nasi.Khas Lis masak spagethi untuk aku tapi tak salah kalau makan lauk-pauk je,hehe.
Belum sempat aku melabuhkan punggung di atas sofa dirumah panggilan telefon menghalang aku untuk berehat,dengan malas aku mencapai telefon yang seronok menyanyi di dalam beg.Seven?apa yang dia nak ni?pelik je call aku time macam ni.
“what’s up sis?” aku menyoal dengan ceria tetapi esakan Seven membuatkan aku gusar,kenapa Seven menangis?selama ni Seven tak pernah menangis melainkan…
“what’s wrong Sev,are you crying?why?tengok cerita Hindustan ke?” soal aku resah.
“aku tak nak kahwin Ace” nampaknya lawak aku tak berapa nak berkesan,apa maksud Seven dengan dia tak nak kahwin?
“apa kau cakap ni?aku tak faham la”
“aku kena paksa kahwin dengan haji tu malam ni jugak,aku tak nak Ace.kau tolong la aku” Seven merayu sambil menangis teresak-esak,aku yang terkejut terus terberdiri tau!aku pun blur tak tahu nak cakap apa.
“relax Sev,aku ke rumah kau sekarang jugak!aku takkan biarkan Haji gatal tu menang dengan mudah!” tu lah tekad dan azam aku,aku terus mengemas apa yang patut dan terus menuju ke tempat Shahin meeting,apa nak jadi pun jadilah,nasib baik Shahin meeting area sini je.
Sebaik aku melihat Shahin dan clientnya aku segera mendekati mereka,orang yang paling terkejut kat situ adalah Shahin,entah kenapa aku datang terus menerpa dia.
“curi masa kejap!” aku menarik Shahin yang tengah blur ke satu sudut di restoren,mana aku nak cari duit RM30K dalam masa sesingkat ni kalau bukan dengan Shahin kan?aku memang ada simpanan sendiri tapi ambil masa lama untuk semua tu dan nanti papa akan persoalkan tindakan aku.
“kenapa ni?”
“aku nak pinjam duit RM30K”
“what?” dah mula dah trademark dia.
“do you trust me?”
“of course”
“so,please.. I need it now,I swear I’ll tell you everything after I settle this prob,please”
“cek ok?”soalnya laju.
“ok!” Shahin mengeluarkan buku ceknya dan segera menulis nilai yang aku minta,dia menghulurkan cek itu tanpa berfikir panjang,tapi muka dia memang macam tengah blur,lebih parah dari aku rasanya,aku mencium pipinya sebagai tanda terima kasih sebelum berlalu pergi,rumah Seven hanya di Bangsar jadi tak susah sangat kut,kut je la.
Aku mula masuk ke kawasan Bangsar tapi entah mana satu kampung Seven aku sendiri tak tahu,punyalah susah payah aku mencari tapi tak jumpa jugak akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghubungi Seven.
“angkatlah Sev!” aku menghentak stereng kereta tapi tak jadi jugak,tangan aku jugak yang sakit,rasa nak baling je telefon ni tapi Shahin yang bagi,rasa sayang la pulak.
dah berpuluh kali aku call,akhirnya ada seseorang yang menjawab telefon itu.
“Seven!”
“cari siapa?” suara lelaki mana pulak ni,takkan la haji tu kut,tapi macam suara budak je,ke suara haji ni awet muda?dah mula dah nak mengarut.
“Sheila ada?” soal aku akhirnya,tak pernah aku panggil Seven dengan nama ni sebenarnya,rasa lawak la pulak.
“oh,kawan kak Sheila ke ni?” banyak soal pulak budak ni,nak wrestling jauh!
“ya!adik kak Sheila ke ni?”
“ya,Afiq,kak,boleh tak saya nak pinjam duit dengan akak tiga puluh ribu,saya tak nak kak Sheila kahwin dengan orang tua tu,tolonglah kak” suara budak yang bernama Afiq ini merayu pada aku,sambil menangis pulak tu,sayang betul dia kat kakak dia.
“memang akak datang nak tolong pun!tapi dah sesat ni,boleh tak tolong datang jemput akak di depan balai polis Bangsar”
“boleh,boleh,akak tunggu sekejap” hurm!settle satu masalah,kalau memikirkan aku ni anak jantan aku belasah orang tua tu tapi nasib baik aku ni anak mithali jadi takdelah sampai nak belasah orang tua,nak marah betul aku dengan ornag macam dia ni,kalau nak kahwin pun kahwin la dengan orang yang suka kat dia,ni main paksa pulak!
Tak sampai setengah jam aku tunggu akhirnya sebuah motorsikal yang boleh tahan lamanya datang menjemput aku,handsome jugak adik si Seven ni,hish!kesitu pulak aku ni.Aku mengikut lorong yang dipandu oleh Afiq,harap-harap aku sempat,sekarang ni dah pukul 8 malam,lepas isyak dah nak langsung!tak sabar betul haji gatal ni,aku bawak gergaji tolong dia garu gatal dia tu baru tahu,lubang kubur tu dalam ke tidak!
Sebaik aku tiba dirumah Seven memang aku boleh nampak persediaan perkahwinan ala kadar Seven dengan haji gatal tu tapi aku tak nampak pulak kelibat Seven,muka mak Seven pun langsung tak menunjukkan yang dia gembira dengan perkahwinan ini.Aku mendekati mak Seven dan bersalam dengannya lalu memberitahu yang aku sebenarnya kawan Seven.
“mak cik tak tahu pulak yang Sheila jemput kawan dia” suara mak Seven yang serak membuatkan aku rasa sedih,masih ada orang yang menindas sesame sendiri kerana duit zaman sekarang ni.
“Sheila ada mak cik,saya nak jumpa dia” aku cuba sedaya upaya untuk tersenyum tapi senyuman aku langsung tidak berbalas,mak Seven membawa aku berjumpa dengan Seven yang masih lagi menangisi nasib malangnya sambil memeluk lutut di atas katil.
“Along,kalau kamu rasa semua ni seksaan kamu larilah nak” suara mak Seven sambil disusuri dengan air mata membuatkan aku turut sama hendak menangis.
“tolonglah bawa Sheila pergi dari sini” rayuan mak Seven membuatkan aku rasa serba-salah.
“boleh saya bercakap dengan Sheila sekejap?” aku bersuara perlahan.
“baiklah” mak Seven meninggalkan aku dan Seven bersendirian,Seven masih lahi menangis dan tidak sedar dengan kehadiran aku disitu.
“Seven” aku duduk di birai katil sambil mengusap belakang Seven yang sedang teresak-esak,Seven mengangkat mukanya dan terkejut melihat aku yang sudah terpacul di depan matanya,Seven menarik aku ke dalam pelukannya dan memeluk ku erat.
“aku tak nak semua ni Ace”
“aku pun tak nak,kau ni buat drama betul la,kalah cerita Hindustan aku tengok”
“kau ni nak buat lawak pulak time macam ni”
“mana ada,betul apa aku cakap,lagipun aku bawak jalan penyelesaian jugak” aku berkata yakin.
“maksud kau,RM30K?” soal Seven terkejut.
“yup!”
“mana boleh Ace,kau ingat tiga puluh ringgit ke?aku tak nak terima” Seven ni kuat protes betul la,tadi beria-ia suruh aku tolong sekarang ni tak nak pulak.
“apanya,ni duit Afiq nak pinjam dengan aku,aku tolong pinjamkan je,kalau kau nak bayar nanti aku kira bunga sekali,minyak aku datang sini pun aku kira.Aku ni kedekut tau!” Seven tersenyum mendengar jawapan aku,memang susah kalau nak bagi kat orang degil macam Seven ni,anggap je la pinjam senang sikit.
“thanks Ace,mana kau rompak duit ni?bank mana?” soal Seven bergurau.
“Bank Shahin SDN.BHD” kami berdua gelak bersama.
============
Aku dengan Seven keluar dari bilik dengan senyuman yang manis,insyaallah masalah akan selesai malam ni jugak,tetamu juga dah hadir yang tinggal hanyalah pak imam je.Seven dan aku berjalan mendekati haji gatal tu,harap nama je haji tapi miang betul,aku memandang haji itu dengan pandangan meluat,memang tak baik aku ni tapi geram pulak aku rasa,Seven yang masih memakai pakaian pengantin menghulurkan cek yang bernilai 30K itu dengan senyuman sinis dan seperti yang kami bayangkan muka haji itu terus berubah menjadi kelat.
“saya tak nak kahwin dengan haji” Seven berkata dengan tegas dan seperti yang dijanjikan perkahwinan itu akan terbatal dengan segera.
“Haji dah dapat duit Haji jadi jangan ganggu keluarga saya lagi,saya nak semua rombongan Haji balik sekarang juga” Seven berkata lagi,aku hanya tersenyum kemenangan disisi Seven,padan muka orang tua ni.
“Haji,ni duit untuk tanggung segala biaya majlis yang tak jadi hari ini” aku menghulurkan duit beberapa ribu kepada haji itu dan Seven turut terkejut dengan tindakan aku,walaupun aku tahu yang Seven cuba untuk menghalang tapi ada baiknya kalau Seven tak payah halang.
“problem settle!” aku dan Seven masuk ke dalam rumah dengan langkah agak riak,rasa macam mission passed je,hahaha…
“terima kasih kerana tolong Sheila” ucap mak Seven lalu menarik aku ke dalam pelukannya,aku rasa bangga sebab akhirnya aku dapat juga memberi kebaikan kepada orang lain.
“Sheila dah banyak tolong saya,apa salahnya saya pulak yang tolong dia”
“mak,boleh tak along balik KL terus,along nak lupakan semua ni” Sheila meminta izin dari ibunya dan semua orang bersetuju ada baiknya juga kalau Seven pergi dari sini buat sementara waktu untuk menghilangkan gossip yang tidak sedap didengar.
Aku dan Seven sudah mula untuk beredar dari rumah Seven dan seperti biasa aku takkan memandu pada waktu malam kerana Shahin akan naik angin kalau aku langgar arahan dia,balik-balik Shahin jugak yang akan bermain dalam fikiran aku ni.nampak sangat pengaruh Shahin sangat kuat dalam diri aku.
“terima kasih sebab datang ke majlis kahwin aku” ujar Seven ikhlas tapi dengan lawak sekali,kalau betul-betul kahin baru nak menyesal si Seven ni.
“no hallah,anytime” ujar aku pula.
“aku dah dapat kerja tetap”
“really?kat mana?kenapa kau tak sambung je kerja kat tempat kau kerja dulu?”
“JB,bukan apa,aku tak suka kerja dengan bos aku tu,suka sangat bagi kerja yang mengarut”
“mengarut macam mana pulak?” soal aku lagi.
“entah,dia nak usyar aku kut” Seven ketawa senang memebuatkan aku ketawa dan akhirnya aku bertanya soalan yang lebih releven aku rasa.
“JB lagi?kau ni suka sangat dengan JB tu kenapa?”
“mana ada,lepas convo aku terus cari kerja,dah rezeki aku kat sana,nanti aku bayar kau ansur-ansur eh?lagipun kalau kat JB tak payah susah-susah cari rumah sewa lain lagi.”
“ikutlah Sev,aku tak kisah pun tapi kau bayarlah bila kau ada duit lebih lepas kau urus keluarga kau”
“ok!”
“aku ni bukannya buaya darat” Seven memandang aku dengan pelik,dia mencari maksud yang tersirat di bait-bait ayat aku.
“buaya darat?” soal Seven pelik.
“haah,orang yang cekik darah tu” aku menjawab tenang,tersalah sebut ke?
“buaya darat tu playboy la sis,lintah darat baru betul” Seven menerangkan pada aku,aku sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan malu aku tapi melihat muka Seven yang menahan ketawa buatkan aku geram.
“kalau nak gelak tu gelak je la,nanti kempunan” sebaik aku berkata begitu Seven terus ketawa dan aku terus ikut gelak dengan Seven,malu betul la aku ni tapi biasalah tu aku ni budak setahun jagung je,banyak lagi kena belajar lagipun biasalah tu kalau tersilap.
“kau balik rumah aku je la Sev eh?” aku meminta Seven supaya bermalam dirumah aku kerana lebih senang dan jauh lebih selamat.Aku tahu Seven juga takde tempat lain yang dia nak pergi kat KL.
“dah kau cakap macam tu aku ikut je,tapi suami kau dah tahu ke?” haah,betul jugak tu,sepatutnya aku beritahu Shahin dulu,lagipun tu pun termasuk dalam syarat dan peraturan dalam rumah kami yang aku sendiri rangka.
“no hallah” aku dengan bangganya membuat keputusan sendiri.
“dah sampai!” aku melihat keadaan sekitar dan memnag kami dah sampai rumah,kereta Shahin ada kat rumah jadi senang la sikit nak discuss kan?Aku masuk kedalam rumah dengan memberi salam tapi takde orang la pulak,Shahin dah tidur ke?
“masuklah Sev,mana Shahin ni?” aku mempelawa Seven untuk duduk sementara mencari Shahin di dapur,aku mencari kelibat Shahin dan aku memang pandai sebab Shahin tengah memasak!punyalah semangat ketuk kuali sampai aku bagi salam pun tak dengar,apa kata kalau kita kejutkan dia,jom!
“masak apa?” aku mengejutkan dia dan hampir terbang sudip di tangannya,minyak yang panas memercik pada tangan aku sehingga aku terjerit,sakitnya.
“sakit!” Shahin yang terkejut terus membaling sudip ke dalam sinki dan menutup dapur lalu memandang tangan aku yang sakit,bukannya sakit sangat pun sebenarnya dan takdelah sampai tinggal parut kut.
Kalut semacam je Shahin ni,sempat dia meniup tangan aku yang dah tak sakit sebenarnya,mesti dia nak marah sebab aku kejutkan dia kan?tapi nasib baik accident ni jadi ,so takdelah kena marah dengan Shahin nanti.
“kau ni cuai la.nasib baik sikit je” dia menarik tangan aku ke meja makan,Seven turut berada di dapur dan sekali lagi Shahin terkejut.
“apa jadi?” soal Seven kalut.Aku menarik tangan aku dari tangan Shahin.Nanti banyak pulak si Seven ni fikir dan suka la imagine benda yang pelik-pelik.
“nothing!Seven nak tinggal sini boleh?” soal aku meminta kebenaran dan Shahin seperti biasa tak pernah menolak.
“of course,welcome to our kingdom” sweet welcome dari Shahin membuatkan Seven tersenyum.
“just for a few days”
“stay la lama mana pun”
“betul tu Sev,kami tak kisah pun” aku menyokong saranan Shahin.
“thanks”
“by the way,kenapa Seven pakai baju pengantin ni?kalau nak kata pergi kenduri kahwin kenapa Asya pakai baju ala-ala rockers macam ni” aku berang,ni trend zaman sekarang la!berani dia cakap ala-ala rockers,aku lempang jugak mamat ni.Seven tersenyum melihat gelagat kami yang suka bergaduh.
“sesuka rasa je kau ni kan?”
“kenapa ni?” soal Shahin mengalih topic,mungkin tak nak tunjuk kami ni suka berperang mulut kut.
“biar saya sendiri yang cerita” Seven memulakan ceritanya dan begitu khusyuk Shahin mendengar cerita dari Seven,macam dengar cerita zaman perang dengan Jepun je aku tengok,tak kisahlah,baik aku pergi cari baju yang sesuai untuk Seven,nasib baik kami ni sama saiz je.
Aku turun ke ruang tamu bersama dengan beberapa helai pakaian,nampaknya mereka dah habis bercerita.
“Sev,rehat la,esok kita borak lagi,jom aku tunjuk bilik kau” aku membawa Seven ke bilik tetamu dan aku harap Seven akan rehat dengan tenang dan selesa,aku kembali mendapatkan Shahin yang sedang menunggu aku untuk ke bilik.
“macam dalam drama je kisah Seven ni kan?” soal Shahin sebaik aku menyainginya di tangga.
“kau pun rasa macam tu ke?” soal aku teruja.
“yup!nasib baik kau yang troublemaker ni dapat selesaikan masalah dia kan?” kenapa dia ni asyik nak kenakan aku je malam ni,berani dia cakap aku ni troublemaker,aku hentam jugak mamat ni baru tahu.
“Kenapa kau ni suka sangat cari pasal dengan aku malam ni?”
“mana ada” dah terang lagi bersuluh tu ada hati nak berdalih,aku kerat lidah tu baru tahu.
“Seven cakap dia akan bayar duit tu ansur-ansur”
“kau jangan nak kenakan bunga pulak,nanti aku hantar bunga kat kubur kau”
“mana ada,aku tak kisah pun dia nak bayar bila.Sebab kau yang berhutang dengan aku” dia berkata sambil tersenyum,rasa nak korek je mata mamat ni,aku yang tengah datang bintang ni lagi dia nak cari pasal.aku hantar meteor baru dia tahu agaknya.
“aku bayar la nanti!dengan isteri sendiri pun nak berkira ke?kau ni memang tak sayang aku!” aku meninggalkan Shahin dengan perasaan geram,entah ayat apa yang aku mengarut tadi,malu la pulak.
‘aku sayangkan kau’ bisik hati Shahin sambil tersenyum,dia turun semula ke dapur untuk membuat air susu kepada Asya,supaya lena tidur nanti walaupun Shahin tahu takde satu benda pun yang boleh halang Asya ni daripada tidur.Walaupun bukan Asya yang mengatakan kata sayang tapi dia sangat gembira sekurang-kurangnya terlintas juga perkataan sayang dari mulut Asya ketika mereka bercakap
Sebanyak mana orang cakap yang cinta dan sayang itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara malah layanan sekalipun selagi bukan lidah sendiri yang memaklumkan kata cinta dan sayang itu selamanya ia akan menjadi rahsia kepada si dia yang dicintai dan disayangi,oleh itu jika cinta dan sayang ucapkanlah agar tiada kekeliruan dan tiada tanda Tanya dalam diri sesiapa,agar juga sampai sayang dan cinta kita itu sebanyak seratus peratus dan hati kita juga tidak akan tertanya lagi jika cinta dan sayang kita hanya bayangan sendiri ataupun boleh bersatu,ingatlah rahsia itu membuatkan kebenaran yang sebenar terkunci rapat jadi ucaplah kata cinta dan sayang.
===============
Puas aku try lelapkan mata tapi tak nak jugak terlelap dah pelbagai kaedah dan inisiatif aku guna untuk tidur tapi tak dapat jugak,susu yang Shahin bancuh tadi pun tak dapat buat aku tertidur walau seminit pun,entah kenapa dengan aku ni aku pun tak tahu jadi aku turun ke dapur untuk mendapatkan air yang sejuk.
Sebaik aku tiba didapur aku ternampak Shahin sedang menghidangkan sesuatu diatas meja.Tegur ke tak ni,nanti dia cakap aku menyibuk pulak.Aku menggaru dagu yang langsung tak gatal dengan kuku.Rasa macam dah tumbuh janggut je gayanya.
“Shahin…” aku bersuara perlahan tapi agak kuat,yang penting Shahin tak terkejut bila ternampak aku,aku mengukirkan senyuman kepadanya tapi hanya kepala aku yang terjengah,aku mengintai je la kiranya.
“Asya” Shahin mempelawa aku untuk duduk bersamanya apabila dia menarik kerusi untuk aku,aku rasa la.Aku masuk ke ruang dapur dan terus duduk ditempat yang disediakan.
“telur goreng?” aku menyoal Shahin,saja je sebenarnya ada dah gaharu pun tapi saja nak tanya.
“yup!tadi aku goreng telur la,kau yang kejutkan aku dengan bawak balik pengantin baru ke rumah ni”
“aku pulak?nak makan dengan apa ni?” soal aku berminat.
“mi goreng ala itali” aku berfikir sejenak,ada ke orang itali makan mi,bukan makan pasta ke?tak kisahlah yang penting aku pun nak makan sama.
“boleh join?”
“mestilah,jom makan!” dia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan aku,dah la pakai lilin je macam la elektrik dalam rumah ni kena potong,banyak pulak tu lilin kat dapur ni,ke Shahin nak buat jampi.
“kenapa guna lilin?elektrik putus ke?” aku menyoal Shahin.
“taklah,lampu rosak kut,tadi ok je tiba-tiba je mati” rasa macam tengah dinner dengan suasana romantic je kami ni,tapi kami berdua ni takde hubungan yang istimewa ok.
“ada hantu lampu kut” aku berseloroh,tapi riak Shahin yang serius langsung tak menunjukkan yang lawak aku ni tak menjadi pada saat macam ni.
“mungkin jugak” jawapan Shahin membuat aku rasa seram sejuk,ni yang buat aku tak nak tidur sorang diri ni.Aku makan mi yang Shahin masak dengan perlahan-lahan sebab sekarang ni otak aku tengah ligat berfikir macam mana nak tidur malam ni,ke aku patut tidur dengan Seven je,tapi tak nak la aku kacau Seven.
“kau tengah fikir apa?” soalan Shahin aku biarkan tidak berjawab,takkan aku nak mengaku yang aku takut kut,nanti jadi bahan gelak dia pulak.
“aku tanya ni”
“diamlah,orang tengah fikirkan masa depan ni,sibuk je nak tahu” aku makan sehingga selesai dan membasuh pinggan sebelum naik ke bilik,aku masih lagi memasang lampu Kalau tadi aku tak boleh tidur sebab lapar tapi sekarang ni aku tak boleh tidur sebab takut,bilik Shahin pun dah gelap jadi tinggal aku je yang belum tidur lagi,takutnya…
Dah bosan aku berpusing atas katil aku membawa selimut dan bantal ke bilik Shahin,tidur atas sofa dia je la,tapi macam mana kalau dia marah?cakap je la aku tak sedar,kan?tapi susah jugak nak lelap akhirnya aku memberanikan diri untuk tidur di sebelah Shahin yang sedang lena,tanpa membuang masa aku terus mengambil tempat disebelahnya dan terus terlelap.
Aku mendengar azan dari masjid hujung jalan aku membukakan mata dengan perlahan-lahan,entah kenapa aku rasa ada kayu atas badan aku ni,aku yang masih dalam keadaan mamai hairan kenapa ada tangan atas aku ni,besar pulak tu.setelah aku melihat orang disisi aku menjerit dengan sekuat hati.
“ibu!!!!” Shahin yang terkejut bangun dengan cepat dan memandang aku yang masih lagi menjerit .
“umi!!!!” tak sangka yang Shahin pun ikut sama terjerit dengan aku.
“apa kau buat dalam bilik aku???” soal kami berdua serentak.
“ni bilik aku la!!!” suara kami bersatu lagi sehinggalah Shahin menekup mulut aku dengan tangannya.
“this is my room” aku memerhatikan keadaan sekitar dan memang ternyata aku dibilik Shahin,dah tu sekatil dengan dia pulak,aku memerhatikan keadaan diri aku sepenuhnya,nampaknya takde apa yang jadi semalam,aku menghembuskan nafas lega.
“apa?kau ingat aku sentuh kau ke?sekarang ni kau yang ceroboh bilik aku tau!”
“sorry la bro,malam tadi aku takut nak tidur sorang.benda ni takkan jadi lagi” aku mengangkat peace dan tersengih.
“ok!pergi masuk bilik kau,aku nak mandi ni” Shahin menolak aku dengan agak kuat.
“tapi aku takkan maafkan kau sebab kau peluk aku tadi” aku menarik selimut yang berada dibawah badan Shahin,susah betul nak tarik.
“kau ni berat macam gajah!” aku masih lagi mencuba tapi tangan aku segera berhenti daripada menarik selimut bila Shahin tiba-tiba je mengepung aku dengan tangannya,kini aku berada diantara tangannya,nak terkeluar jantung aku dibuatnya.Dah tu dia mendekatkan wajahnya ke wajahku sehingga aku terbaring di atas katil,kalau dia buat yang bukan-bukan aku akan ketuk kepala dia,gigit telinga dia dengan kuat.
“kau nak buat apa sekarang?” soal Shahin sambil mengangkat keningnya dengan muka jahat,aku cuba untuk menolak dada Shahin tapi tak dapat sebab dia sangat berat.Shahin melompat turun dari katil sambil ketawa mengejek.Aku bingkas dari katil dan terkejut bila ternampak Seven yang sedang berdiri tegak didepan pintu bilik.
“Seven,ada apa?” soal aku sambil menahan malu,Shahin yang selamba mengucapkan selamat pagi kepada Seven.memang mamat ni tak tahu malu betul la.
“ingatkan ada apa tadi aku dengar korang jerit”
“pasal tu ke?kena tanya si Asya yang penakut ni” Shahin masuk ke dalam bilik air sambil tersenyum sinis,aku ambil bantal dan baling sehingga terkena pintu bilik air.
“kau jangan layan mamat psiko tu” aku berkata dengan kuat,mesti Shahin dapat dengar punya.
“aku turun dulu,nak solat” Seven yang tersenyum pelik meminta diri,aku menggaru kepala yang tak gatal kerana malu yang teramat,ni semua kerana Shahin yang sakit mental tu,nak marahnya ya Allah!aku bangun dari katil dan mendekatkan diri dengan pintu bilik air,dengan sekuat hati aku mengetuk pintu dengan kuat.
“kau ni gila la!” aku menjerit kuat.
“apa dia?tak dengar.kau ni kenapa ketuk pintu ni,nak mandi sekali ke?” soalan Shahin membuatkan mata aku membulat,ya allah teruknya otak mamat ni,sempat pulak dia ketawa macam orang gila,aku yang terlampau geram menyepak pintu bilik air ,akhirnya kaki aku jugak yang sakit sampai tak tertahan.marah betul dengan pintu ni,semua benda gila hari ni.
===============
Aku mendapatkan Seven yang sedang menyediakan sarapan untuk kami,pelik betul kombinasi aku dan Seven yang memang tak suka masuk dapur tapi hari ni masak sama-sama pulak,Seven ni pun satu hal asyik duk senyum je sejak tadi,saja nak perli aku la tu!Kang kalau terlajak senyum semua manis makanan ni,sema kencing manis baru dia tahu agaknya.
“dah la Sev,aku rimas la tengok kau senyum macam tu” aku menolak bahu Seven yang tergelak kecil bila mendengar rayuan aku yang langsung tak bertenaga,semakin seronok dia gelak lagi ada la.
“tak Nampak macam korang suka gaduh pun” dah mula dah si Seven ni,aku hentam dengan sudip ni nanti tak berkahwin sampai ke tua.
“dengar sini,apa yang kau nampak tak sama dengan hakikat yang sebenar,aku malas la nak bahas pasal ni” aku bersuara tegas dan akhirnya Seven mengalah juga.
“relaks la,tapi mesti comel kan anak kau dengan Shahin” aku mengambil tomato yang telah dihiris dan membalingnya kepada Seven dengan sekuat hati,geramnya ya Allah entah apa yang Seven mengarut pagi-pagi yang tak berapa nak indah bagi aku ni.
“sakitlah!”
“padan muka!otak kuning!” jerit aku kuat sehingga boleh didengar sehingga ke ruang tamu,Shahin yang baru bertandang ke dapur hairan melihat gelagat kami yang macam nak berperang.
“siapa yang otak kuning?” soal Shahin dengan muka selamba,aku dan Seven berpaling seketika sebelum menjawab soalan itu serentak.
“kau la!” yang aku maksudkan Shahin tapi Seven maksudkan aku,yang penting Shahin rasa dia la yang ada otak kuning tu,bertukar reaksi mukanya mendengar tuduhan yang agak berat itu,cewah!ala-ala dalam mahkamah pulak kami ni.
“aku?” soal Shahin sambil menuding jari kepada dirinya sendiri,tapi tak ada sorang pun menjawab soalan Shahin,aku dan Seven tersengih memandang sesama sendiri dan menghidangkan sarapan untuk kami bertiga.
“kenapa aku?” soal Shahin sambil memandang aku.padan muka siapa suruh datang time kemuncak macam ni,nasib badanlah.
“aku cakap kau,bukan aku.makan” aku duduk disebelah Shahin dan kami mula makan setelah Shahin membaca doa makan.
Usai makan aku membasuh pinggan dengan dibantu Seven,kami berborak seperti biasa dan persoalan Seven tentang peti sejuk rumah aku yang bernama membuatkan aku rasa nak tergelak,bukan apa,satu peti aku dan satu lagi peti Shahin.saja buat macam tu,sudu pun ada nama Shahin ada nama aku,boleh dikatakan semua benda dalam rumah ni kami letakkan nama kami sendiri,saja nak buat perangai macam budak kecik,Shahin pada mulanya tak setuju tapi dah aku berkeras dia terpaksalah setuju.
“Sev,lepas ni kita pergi cari dress nak pakai malam nanti eh” aku mengajak Seven untuk join majlis makan malam syarikat Shahin yang akan diadakan di rumah kami dan untuk mengumumkan tentang pernikahan kami.
“majlis yang kau cakap hari tu ke?”
“yup!”
“ok,tapi aku kena check bajet dulu”
“tak payah!sebenarnya aku dah tempah khas dua pasang tapi aku rasa pink tak sesuai dengan aku,jadi aku ambil warna maroon.Kau guna yang aku punya je,warna pink”
“pink?terang ke?”
“tak!white and pink,nanti kita pergi ambil sama-sama ok?”
“ok!tak seksi ke?” banyak soal betul la si Seven ni.
“mana ada seksi,setakan terbelah sampai paha,baju takde lengan,terdedah dada,tu je” aku berkata selamba dan terus berubah muka Seven mendengar aku berkata begitu.
“tak nak lah aku pakai!”dia membangkang sekeras-kerasnya,aku tersenyum senang.
“kau ingat aku gila ke nak pakai macam tu,kau tak yah risau la,lagipun Shahin ikut sama tau masa pilih baju jadi memang selamat dipakai la”
“lega aku rasa,mahal ke?”
“mana ada,dua singgit je” aku menjawab selamba dan dengan geram Seven membaling epal kepada aku,hahaha,Seven terkena lagi dan aku emninggalkan Seven bersama dengan epal yang dia beri khas pada aku,aku menggigitnya sedikit dan mendapatkan Shahin yang tengah duduk di laman sambil melihat kerja-kerja orang memasang kanopi untuk majlis malam nanti.
“duduk sikit” aku meminta izin lalu duduk diatas ribanya,perkara macam ni dah biasa pada kami,epal yang tergantung di mulut aku Shahin ambil dan menggigitnya.
“kalau nak ambil sendiri la” marah aku kepadanya.
“Sharing no boring” entah falsafah mana dia guna aku sendiri pun ta tahu.
“kejap lagi aku nak keluar ambil baju dengan Seven boleh?”
“nak aku pergi sama?”
“tak payah,menyibuk je.kau duk kat sini tengok dorang kerja” aku berdiri setelah Seven muncul dan ibu,papa dan abang pun dah sampai rumah,dengan kak ipar aku sekali.Meriah la rumah kami nanti.
“seronoknya bercinta” ibu bersuara membuatkan aku agak malu,tapi takdelah malu sangat pun kalau nak dibandingkan kejadian atas katil pagi tadi,aku menyalami mereka dan menjemputnya masuk ke dalam rumah,Shahin ni pun satu hal tak boleh ke nak pergi main jauh-jauh,asyik duk ikut aku je.
“Adik!” suara ibu yang bergema dari dapur membuatkan aku terkejut,ibu ni memang pantang dengan kebersihan tapi tadi aku dah kemas dah dapur dengan Seven,atas lantai pun dah boleh buat cermin,apa lagi ni.
“teman aku jap” aku menarik tangan Shahin yang sedang berbual dengan beberapa orang pekerja.
“apa?”
“ibu,kat dapur” aku tersengih meminta dia memahami maksud aku dan dia ikut sama tersengih,kalau teringat tragedy yang kena membebel sampai malam pasal dapur kotor tu memang la menyeramkan kami.
“kenapa aku kena teman kau?”
“sebab aku ni isteri kau yang comel,kan brader?” aku bertanya perdapat seorang pekerja yang sedang melihat gelagat kami dan anggukannya membuatkan aku rasa riak sikit,hahaha.
“ok,isteri aku yang comel,aku ni handsome tak?” soal Shahin pula,saja je mamat ni nak buat aku naik darah.
“walaupun aku ni tak berapa nak baik sangat tapi pada aku kau memang handsome”
“macam ikhlas je,jom jumpa ibu” Shahin menarik tangan aku dan kami sama-sama ke dapur untuk mendengar laporan daripada madam besar Ibu.
“what’s up Ibu?” aku cuba berlagak selamba.
“adik,apa jenis makanan yang kamu makan ni,semuanya tak menyihatkan tubuh badan,kenapa susah sangat nak makan makanan yang sihat?” soal ibu tegas,memang la fridge aku ni ada makanan segera tapi bukannya tak sihat.
“sihat la ibu,ada calciyum,susu,coklat,makanan segera,sihat la ibu”
“sihat apanya,semua makanan segera tau,junk food,jeruk,adik kena kursus makanan dengan ibu ni” aku membuat muka sedih meminta Shahin menolong aku kali ini,aku suka semua makanan tu dan tak nak kena kursus dengan ibu,tak best!
“tak semua Asya yang makan ibu,ada yang Shah punya,lagipun kami makan ni bila petang je dan selalunya kami masak,cuba ibu tengok fridge ni,semuanya makanan yang sihat kan?ibu jangan risau Shah selalu pantau pemakanan Asya”
“really?” soal ibu sambil membulatkan matanya,seram sejuk kami rasa.
“betul ibu!Shah sayangkan isteri Shah jadi Shah akan jaga dia lebih baik dari Shah jaga diri Shah sendiri” hurm!terharu pulak aku dengar ayat jiwang mamat ni,tapi bukannya beul pun ni orang panggil ayat selamat.Ibu pun nampaknya yakin dengan kata-kata Shahin,kiranya boleh dipercayai la,aku ni muka kelentong sikit,hahaha…
================
Setelah semua tetamu hadir Shahin yang masih lagi melayan tetamu langsung tak menghiraukan aku yang masih lagi kat atas ni berperang dengan baju yang bukan main payah lagi nak zip ni,menyesal pulak aku pilih baju ni,nak minta tolong siapa pulak ni?dah la tinggal aku sorang je dalam rumah yang lain semuanya dah ada dekat taman,aku sesekali mengintai di balik langsir melihat Seven yang sedang berbahagia dengan Hadi,kawan-kawan sepejabat aku pun dah sampai ni.
“macam mana ni?majlis dah start” aku merungut sendirian sambil mencuba untuk zipkan baju ni,menyusahkan orang betul la baju ni.Akhirnya aku baring atas katil kerana kepenatan mencuba.
“kau tidur pulak?” suara Shahin yang mengejutkan aku,aku memandang Shahin dengan muka kesian dan meminta bantuan segera.
“kenapa pulak ni?sakit perut ke?” soal Shahin dengan suara yang lembut dan penuh dengan kerisauan,dia mendekatkan diri pada aku dan menyentuh tangan aku yang menekan perut,aku tekan perut sebab tak nak bagi baju ni jatuh,nanti tak pasal-pasal pulak Shahin ni dapat tayangan free malam ni
“kau buat apa ni?” soal aku menjauhkan tangan Shahin dari perut aku ni,geli la mangkuk.
“kau sakit perut ke?” soal Shahin lagi,aku kalau ikutkan hati tak nak bagi Shahin tahu masalah baju aku ni tapi memandangkan dah takde orang lain kat sini terpaksalah kan?lagipun aku ni kan isteri dia,tak gitu.Aku merapatkan badan aku pada Shahin dan menundukkan kepala aku menyentuh dada Shahin,tersentak Shahin dengan tindakan aku ni.ni pun untuk mengelak malu sebenarnya,kalau aku terang-terangan berpaling ke belakang lagi la aku rasa malu,jadi lebih baik macam ni,kan?
“tolong zip,jangan tengok” dua arahan dalam satu masa,Shahin tergelak mendengar permintaan aku itu tetapi dia tetap melakukannya untuk aku dan setelah selesai aku belum mengangkat muka kerana malu,habislah aku lepas ni kena jadi bahan gelak Shahin.
“ya Allah pengantin baru ni,cepatlah turun tetamu dah lama tunggu” suara abang aku mengejutkan kami berdua,aku menolak badan Shahin dan terus berdiri tegak,dah macam gaya askar pun ada.Abang pulak dengan penuh bersemangat gelakkan aku,Shahin yang selalu dengan muka selamba memimpin tangan aku untuk keluar dari bilik itu dan berjumpa dengan para tetamu,dan seperti yang dijanjikan aku akan dikenalkan sebagai isteri Shahin pada malam ini,rasa macam terima award ratu cantik pun ada.
“kenapa dengan baju tu?” soal Shahin berbisik di telinga aku,kan aku dah kata tadi,aku mencubit pinggang Shahin dengan kuat sehingga mukanya berkerut menahan sakit.
“aku tak nak cakap pasal benda ni lagi,forever” ugutan aku langsung tak menakutkan Shahin malah dia masih lagi tersenyum dengan senang hati,aku sepak jugak mamat ni nanti.
Sebaik kami tiba di dalam majlis dan seperti biasa Shahin mengumumkan status kami kepada orang ramai dan aku langsung tak hairan kalau kebanyakan tetamu yang hadir terkejut dengan berita yang dah lapuk ni baru sahaja menjengah telinga mereka.Aku pasti orang yang paling terkejut ialah kawan sepejabat aku kerana kami berkenalan tanpa mengenal status masing-masing.
“Kak Al” aku menegur senior aku yang banyak membantu aku dalam kerja,bukan banyak membantu tapi lebih kepada sangat membantu sehinggakan aku tak tahu entah kerja apa yang aku sempat siapkan.
“Asya,sampai hati tak cakap yang kamu ni isteri bos” Aliza menepuk bahu aku dengan lembut,aku tergelak kecil mendengar dia merungut manja,susah betul emak kepada anak satu ni.
“mana boleh cakap kak,kalau cakap nanti takde la cerita buruk saya dengar pasal suami saya tu” aku mengambil anak lelaki Aliza yang sudah berumur dua tahun daripada dukungannya.
“pandailah kamu cakap,lepas je habis praktikal lenyap macam tu je”
“mana ada lenyap.sibuk cari kerja la kak”
“buat apa kerja kalau suami dah kaya-raya”
“habis tu belajar buat apa kalau tak nak kerja?”
“betul jugak,selamat pengantin baru la kak Al ucapkan” aku memeluk Aliza sambil mengucapkan terima kasih,memang semua orang terkejut dengan hubungan aku dan Shahin kecuali Hadi.Aliza cakap mesti ramai yang frust sebab rupa-rupanya Shahin ni dah berpunya,hahaha…ada-ada je la Kak Al ni.
Aku bersua muka dengan tetamu lain yang turut hadir dan melayan rakan sepejabat aku dengan baik,mereka semua ni dah macam keluarga aku sendiri,memang malam ni penat gila tapi apa yang aku tahu memang best sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan balik.
“kau naik la rehat dulu,semuanya dah selesai,semua orang dah balik,baba,Ibu dan abang pun”
“ok!kau tak nak naik sekali ke?” soal aku kepadanya pula.
“aku nak rehat kat luar kejap”
“ok,jangan lama-lama sangat ambil angin malam,cepat mandi nanti sakit pulak” aku meninggalkan pesan dan berlalu ke bilik,agaknya Seven pun dah tidur kut,punyalah sibuk sampai dengan Seven pun aku dapat nak bercakap malam ni,aku mengambil tuala dan terus masuk ke bilik air,setelah membersihkan diri aku turun ke dapur untuk segelas susu panas dan aku ternampak Shahin masih lagi di luar,tidur ke?
Aku meninggalkan susu aku di ruang tamu dan mendekati Shahin yang langsung tak bergerak malah sedang seronok baring di atas rumput,dia ni waras ke tidak,aku melutut di sebelah Shahin dan meletakkan telinga di atas dadanya,masih berdegup,maknanya hidup lagi la tu,aku suka dengar degupan jantung Shahin yang berdegup seiring seperti lagu yang bernada santai,dah masuk pulak perumpamaan mengarut aku ni.aku menongkat dagu melihat wajah Shahin yang tenang,jarang sangat aku nak tengok muka dia ni masa tidur.
Dari wajah ini aku tahu yang sebanyak mana mulut aku mengatakan yang dia ni teruk,jahat,tak guna dan macam-macam lagi perkara yang buruk tapi hati aku tetap yakin dan percaya bahawa Shahin seorang yang sangat baik,penyayang dan sangat memahami aku,walaupun dia ada sejuta peluang untuk membuatkan aku kalah teruk tetapi tidak sekalipun dia mengambilnya untuk mengalahkan aku,kalau diikutkan ukuran dunia,Shahin adalah suami yang terrrrrbaikkkk dalam hidup aku,kehadiran Shahin adalah satu keajaiban.
“terima kasih Shahin” aku menghadiahkan satu kucupan yang ikhlas,well,untuk berterima kasih kepada Shahin atas kehadirannya selama ini.
“kau tak nak bangun ke?nak tidur sini sampai esok ke?” aku bertanya pula,aku menggocangkan tubuh Shahin tetapi dia langsung tak bergerak.
“apa kena kau ni?letih sampai pengsan ke?” aku terus mengejutkan Shahin tapi dia langsung tak bergerak,air mata aku dah mula bergenang,hati aku dah mula risaukan tentang keadaan Shahin,dia tak pernah tidur mati sampai macam ni sekali.
“Shahin,bangunlah!kau gila ke tidur kat sini?” soal aku geram sambil menangis,aku terus menggoncangkan tubuhnya tetapi masih juga tidak bergerak.
“bangunlah,aku pijak nanti”
“bangunlah!pekak ke?” aku menumbuk dada Shahin dengan kuat,air mata ni dah keluar macam air terjun dah.
“bangunlah!kau nak aku gigit kau ke?” aku memberi amaran keras dan memegang lengan Shahin lalu menggigitnya dengan sekuat hati sehingga Shahin terjerit kesakitan.Shahin menggosok matanya dengan tangan.
“sakitnya,macam mana Cinderella boleh bertukar jadi zombie ni?cinderella versi bila pulak ni?” Shahin yang masih mamai bercakap seorang diri,aku yang masih lagi berlinang dengan air mata bersyukur kerana dia dah tersedar.
“macam mana kau boleh ada kat sini?” soal Shahin pula,air mata aku yang masih lagi tak nak berhenti ni membuatkan Shahin resah.
“kenapa ni?kenapa nangis ni?” soalnya lalu mengesat air mata aku tapi masih jugak tengah menangis,dalam keadaan begini aku terus memeluk Shahin sehingga Shahin terbaring semula di atas rumput.
“kau mimpi apa?siapa Cinderella dalam mimpi kau tu?” soal aku pula,tetiba je rasa cemburu dengan perempuan yang muncul dalam mimpi Shahin tu.
“kau la,tapi kenapa boleh jadi zombie pulak”
“aku gigit kau tadi” aku meleraikan pelukan dan menunjukkan kesan gigi aku pada lengan Shahin,nasib baik beralas dengan baju dan kot kalau tak memang dah berdarah Shahin aku kerjakan.
“patutlah sakit semacam je.sakit tau”
“padan muka,aku kejut kau macam orang gila tapi kau tak bangun jugak,tidur ke mati?” aku memarahi Shahin lagi,sengaja buat aku risau macam ornag gila.
“pasal tu ke kau nangis?kau risaukan aku eh?”
“memang la,kalau tak nanti aku kena bersihkan rumah ni sorang diri” aku berkata pula dan Shahin membuat muka.
“aku rasa lebih baik kau ada dalam mimpi aku je tadi,baik je layan aku” Shahin bangun dan mulakan langkah untuk masuk ke dalam rumah.
“what?apa aku buat?” soal aku kepadanya,geram pulak hati ni.
“kau belai aku,usap aku,kiss aku” terkejut aku mendengarnya,takkan Shahin rasa kut aku kiss dia,malunya…
“what?tipu!” aku berkeras menolak kata-kata Shahin,padahal dia saja nak kenakan aku.
“tak percaya sudah,kau kiss aku kat sini,sini,sini” Shahin menunjukkan yang kononnya aku menciumnya di seluruh wajahnya.
“mengarut!aku kiss dahi kau je tadi!!!” aku menekup mulut dengan tangan,keterlanjuran dalam berbicara tapi Shahin sempat menangkapnya.Aku berusaha untuk melarikan diri tapi Shahin sempat menarik tangan aku untuk berdepan dengannya.
“really?”
“alah,macam tak biasa,lepas solat tu aku kiss pipi kau tak jadi masalah pun” aku cuba untuk berdalih.
“pipi lain,dahi lain”
“sama aje,mulut aku jugak yang kiss kau tu,lagi satu,kalau orang meninggal kan,selalunya orang kiss arwah kat mana?dahi kan?” aku menyoalnya tenang.
“jadi kau ingat aku dah arwah la?” soalnya pula,geram agaknya.
“maybe…good night” aku meninggalkan Shahin dengan serta-merta,susu diruang tamu aku bawak ke bilik,dah sejuk pun susu ni,semua ni Shahin yang salah!!!
==============
Sebanyak mana perngalaman dan perkara yang berlaku antara aku dengan Shahin tetap meletakkan hubungan kami di aras yang sama dan langsung tiada perubahan sehingga menyebabkan aku terfikir tentang masa depan kami berdua,selamanya macam ni ke?perkahwinan hanya atas dasar reality bukan atas dasar hati.
Memang aku langsung tak pernah terfikir tentang semua ni selama ini tapi perkahwinan kami dah mencecah 7 bulan tapi semuanya masih sama tiada apa yang berubah,macam mana pengakhiran kisah kami sebenarnya,apakah suratan disebalik semua ini,adakah ianya bahagia?
“kau ni kenapa?asyik termenung je kerjanya” suara Shahin yang mengejutkan lamunan aku,semuanya terus lenyap dalam sekelip mata je,aku menjeling Shahin yang tersenyum senang bila Berjaya kenakan aku yang memang sah-sah suka termenung ni.
“ikut suka hati aku la,bukannya kena bayar pun” aku bersuara malas lalu bersandar lemah pada sofa sambil mataku menatap skrin tv yang sedang menyiarkan cerita yang hangat di Malaysia sekarang,Love u Mr.Arrogant. orang sombong pun boleh menyebabkan kita jatuh cinta,dahsyat.
“kau ni kena bawak jumpa doctor la aku rasa” Shahin bersuara lagi,kali ini dengan nada mendatar tapi dengan perlian la,dia tu memang selalu bawak pakej buat aku sakit hati,memang sengaja dia nak menyakitkan hati aku yang memnag tengah sakit ni.
“aku malas nak bahas semua ni dengan kau” aku mengalah dengan serta-merta,malas dan tersangat malas nak bergaduh dengan dia ni sebab nanti aku jugak yang terpaksa mengalah dan sakit hati,baik berundur sekarang daripada nasi dah jadi bubur.
“kenapa ni?macam ada masalah je?” akhirnya dia bertanya soalan yang lebih menyenangkan,air mata aku mula bertakung di tubir mata dan tunggu masa je untuk gugur,adakah tak pernah sekali terlintas dalam kepala Shahin untuk memikirkan masa depan untuk kami berdua?
Air mata aku sudah mengalir dengan perlahan,hidung aku juga dah merah macam epal dah,Shahin mengalihkan matanya dari skrin tv dan terkejut melihat air mata aku mengalir,seperti biasa melihat wajahnya yang begitu ambil berat membuatkan aku terharu dan air mata aku mengalir semakin laju.
Aku menjatuhkan kepala aku pada dadanya dan menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara,rumah kami yang besar hanya kedengaran bunyi tv sahaja,Seven juga dah meninggalkan rumah ni,walaupun masih ada suara tv tapi aku rasa macam dunia ni kosong je,semuanya senyap tanpa sebarang suara.
Shahin langsung tidak menggerakkan tubuhnya malah membiarkan je aku memeluknya dengan semakin erat,air mata aku mengambil masa untuk berhenti dan aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti menangis pada hari ini.Aku mendongak melihat Shahin yang sedang focus kepada aku,mata kami bertaut sebentar sebelum aku meleraikan pelukan pada Shahin dan mengesat air mata yang masih berguguran.
“kenapa ni?air mata kau ni suka sangat keluar,macam mana kalau aku dah takde nanti,siapa nak tolong lapkan air mata kau ni?” Shahin menggunakan jarinya untuk mengelap air mata aku yang masih lagi mengalir,ayat-ayat dia yang terakhir membuatkan aku bertambah hiba,Shahin berniatkan untuk meninggalkan aku pada suatu hari nanti?
“kau nak tinggalkan aku ke?” aku menyoalnya sambil menahan esak.
“aku cakap kalau je” Shahin berkata sambil tersenyum.
“aku tak benarkan,kau dengar tak?” soal aku mengugut sambil memegang kemas kolar bajunya,dah macam gangster aku ni.
“gangsternya isteri aku ni” Shahin memegang tangan kecil aku yang memegang kolar bajunya dan mengangkat aku dengan mudahnya,terkial-kial aku meronta-ronta meminta dia menurunkan aku,macam mana kalau dia campak aku nanti?boleh mati maa.
“kau nak buat apa ni?” soal aku kepadanya tegas,tangan aku terus memukul bahunya dengan kuat tapi dia langsung tak terjejas.
“kau jangan bergerak boleh tak?jatuh tangga nanti patah semua tulang kau ni” Shahin bersuara serius,aku mendiamkan diri dan hanya menanti tindakan Shahin seterusnya,ternyata dia membawa aku kebiliknya dan aku dah mula kecut perut,apa yang bermain dalam otak Shahin sekarang ni hanya dia yang tahu.
“kau nak buat apa ni?” soal aku sambil menjerit kuat.
“bingit la telinga aku” Shahin bersuara pula dan dia meletakkan aku diatas katilnya aku bergerak ke hujung katil dan mengambil bantal untuk mempertahankan diri.
“pergi ambil wuduk la,dah masuk isyak ni” arahan Shahin membuatkan mata aku membulat,ternyata sangkaan buruk aku meleset jauh,jadi maknanya yang ada otak kuning kat sini hanyalah aku,malunya,mana nak buang muka ni?
“tahulah,saja testing tilam kau ni” aku memberi alasan tapi aku tahu yang Shahin tak percaya,dia buat tak endah dengan alasan aku dan memboloskan diri ke dalam bilik air untuk berwuduk dan saat itu juga aku keluar dari biliknya dan segera mengambil wuduk untuk solat isyak berjemaah dengannya.
Kami berdua solat isyak berjemaah dan setelah itu kami solat hajat,Shahin kata untuk menenangkan hati aku yang gundah pada malam ini.Ternyata Shahin memang seorang lelaki yang baik dan memang suami yang baik tapi kenapa aku masih buntu dengan jalan yang seterusnya harus kami pilih,adakah aku masih perlu untuk memilih atau biarkan aja ia bergerak mengikut peredaran masa ini?aku keliru dan tak pasti.
“kau ni termenung lagi,kenapa ni?”soalnya prihatin,aku memandangnya sambil tersenyum dan menyalami tangannya serta mencium kedua belah pipinya dan dia mencium dahi aku seperti biasa.
“boleh aku bersandar pada kau kejap?boleh tak kau cerita kisah kau time kecik dulu?” soal aku meminta izinnya,aku sangat memerlukan tempat untuk bermanja sekarang ni dan hanya dia yang ada sekarang jadi tak salah kan?
“dalam keadaan macam ni?tak nak buang telekung dulu?” soalnya kepada aku pula.Aku hanya menjawab soalannya dengan menggeleng.
“meh sini” Shahin menarik aku mendekatinya yang bersandar pada katil sambil meluruskan kakinya dan menyandarkan badan aku pada dadanya,aku tersenyum senang dan mengambil kedua tangannya untuk memeluk aku sedikit,rasa macam dah nak mati je aku ni.
“selesa?” soalnya dengan senyuman yang aku pasti takde siapa akan membuat senyuman itu tidak berbalas.Aku mengangguk senang.
“nak mula dari mana?” soal Shahin lagi,aku mendongak melihatnya dan dia memandang aku meminta jawapan.
“tak kisah” aku menjawabnya ringkas.
“ok,kalau macam tu aku mula dari apa yang aku ingat je la,pernah sekali aku ingat suatu hari tu aku tengok tv yang jual kat kedai tu,tiba-tiba keluar buaya,kau nak tahu apa aku cakap lepas tu?” soalnya untuk menarik minat aku untuk mendengar kisahnya.Aku menganggukkan kepala untuk meminta jawapan darinya.
“aku cakap la,kuat pulak tu.la,buaya ada tangkai rupanya,aku ingatkan ekor buaya tu tangkai,semua yang ada kat situ gelakkan aku,nasib baik aku kecik lagi masa tu,kalau tak memang malu gila la” aku tergelak kecil mendengar ceritanya dan dia terus berceloteh entahah apa yang dia ceritakan,tapi kebanyakannya kisah lucu la.
“pernah sekali cikgu aku cerita pasal snow white,lepas tu aku tanya kenapa guna epal je,kalau buah pisang tak boleh ke?semua budak tadika lain tertanya-tanya dan macam-macam buah dorang sebut,kesian cikgu tu nak menjawab dibuatnya.Aku ni memang terkenal dengan banyak mulut dan pernah sekali aku tanya Umi pasal kapal terbang,macam mana kapal boleh terbang,Umi cakap sebab dia ada sayap,lepas tu aku tanya lagi kenapa kapal atas air tak terbang pun,Umi cakap sebab dia takde sayap.aku lagilah hairan jadi aku tanya pulak,kenapa tak panggil kapal air,kan dia jalan atas air.Umi dengan Baba tak tidur sebab duk sibuk cari jawapan soalan aku” akhirnya Shahin ketawa sendiri dengan ceritanya,aku yang mendengar pun tumpang gelak sekali.
“paling dahsyat aku buat masa sekolah rendah,aku baling mercun dalam bilik mesyuarat guru,semua lari bertempiaran sebab ingatkan bom,lepas tu kena panggil dengan pengetua dan Umi dan Baba pun kena sama,guru besar suruh aku pindah sekolah sebab kedegilan aku ni melampau sangat,menangis Umi sebab aku ni degil sangat” mendengar cerita Shahin aku memukul tangannya dengan lembut.
“degilnya kau ni,nakal gila,lepas tu insaf ke?” soal aku lagi.
“tak jugak,mana je sekolah aku pergi mesti bawak masalah punya,sampailah Umi dan Baba tinggalkan aku,aku dah kurang bercakap dan nakal.murung je lebih” ujarnya sambil tersenyum,lemah aja senyumannya dan aku tahu mesti dia tengah bersedih kan?
“tapi!lmasuk je sekolah menegah aku menjadi balik,tapi kali ni jahat tapi bijak la,sekurang-kurangnya takdelah kena tangkap dengan cikgu disiplin atau pengetua.pernah sekali tu kami,geng aku la,Hadi,Kimi dan Chai,serta dua tiga orang lagi curi bahan kimia dalam lab dan buat bom ikan,habis mati semua ikan dalam kolam” Shahin berkata sambil tergelak jahat,teruknya mamat ni punya perangai dulu,nasiblah dapat suami macam ni.
“peliknya kombinasi korang,macam mana Hadi,Kimi dan Chai ada sama?” soal aku hairan,setahu aku dorang ni negeri lain-lain tapi boleh satu sekolah.
“kau ingat aku study kat sekolah biasa-biasa ke?aku boleh masuk MRSM tau!” jawapan Shahin langsung tak mengejutkan aku,Shahin memang budak bijak jadi tak mustahil dia masuk sekolah diiktiraf macam tu,kalau bijak tapi jahat buat apa jugak.
“perasan la tu” aku memerlinya.
“tapi yang paling dahsyat kerja yang kami buat ialah tukar pili paip” Shahin membuat muka jahatnya,entah apa yang dorang buat aku pun tak tahu.Aku menggelengkan kepala mendengar kisah nakal Shahin ni.Ingatkan dulu jadi prefect keapa,jadi setan kat sekolah rupanya.
“apa kau buat?” soal aku kepadanya.
“tukar pili paip la,semua tandas kami kerjakan,ingatkan buka pili yang betul tapi sebaik buka pili habis air terpancut keluar,majority semua yang guna memang basah kuyup.sekolah pun break sebab insiden ni,tapi penjahat lepas jugak” Shahin ketawa lagi,kali ini dengan lebih kuat,tak patut la dia ni,teruk,teruk…
“tak baik tau!kau tak patut buat macam tu”
“memang tak patut pun,tapi seronok!lepas je PMR selesai kami semua mengaku kesalahan kami dan kami dipindahkan ke sekolah yang berbeza,tapi ada jugak yang masih kat sekolah sama,yang penting aku si mastermind ni memang takde jalan la,yang tinggal kat situ Chai dan Hadi je,aku dengan Kimi yang memang bos penjahat ni memang kena halau terus,tapi hari last sekolah tu kami buat kecoh lagi dengan isikan belon dengan tepung,lepas tu pecahkan habis majlis penutupan sekolah hari tu.Macam kat sana turun salji je tau” aku menggeleng lagi,cerita Shahin ni semakin dengar semakin rasa yang dia ni jahat,kalau aku jadi penegtua aku hanatr mamat ni ke penjara,biar dia tahu rasa sikit.
“lepas tu apa jadi?” soal aku pula.
“baba datang dan ambil aku pergi dari sini,satu hari aku kena berdiri kat luar rumah sebab kena denda dengan baba,solat pun baba suruh solat kat luar tau!aku ada niat nak lari tapi abang yang jadi spy.”
“padan muka kau!memang patut pun kau kena” Shahin tersenyum melihat aku yang kegembiraan mendengar dia didenda.Shahin membuka mulut untuk bercerita lagi tapi entah kenapa mata ku rasa macam berat sangat untuk dibuka dan lepas tu aku dah tak dengar apa yang keluar dari mulut Shahin lagi.
===============
Shahin menundukkan wajahnya dan melihat wajah Asya yang sudah lena dengan nyenyaknya,Shahin membetulkan kedudukan Asya dan mengangkat Asya ke biliknya dan membuang telekung dari badan Asya,dia melipat telekung itu dan menyangkutnya ditempat yang Asya selalu letak,dia membuang sanggul Asya dan membiarkan rambut Asya terurai,selimut ditarik menutup badan Asya dan suhu air cond ditinggikan sedikit.
Setelah membisikkan doa tidur Shahin mengusap kepala Asya dengan lembut sebelum beredar ke biliknya dan melipat sejadah yang masih lagi terbentang.Shahin cuba untuk berfikir tantang apa yang sedang bermain difikiran Asya sebenarnya,susah benar nak duga perasaan anak manja baba ni,fikir Shahin sendiri lalu turun ke dapur untuk mengalas perutnya yang terasa sangat lapar,mahu tak lapar,cerita bagai nak rak.
Shahin melabuhkan punggung di kerusi dan membasuh tangan sebelum makan dengan senyuman yang meleret,masih terasa kehangatan tangan Asya yang menggenggam erat tangannya tadi,Shahin ni sekali tengok macam orang dah angau pun ada gayanya.Tapi kalau angau dengan isteri sendiri apa salahnya,tak gitu?
Usai makan Shahin ke bilik bacaan utnuk menyiapkan beberapa kertas kerja yang perlu untuk dibentangkan esok,memang la terpaksa buat semuanya dengan kadar segera sebab hujung minggu nanti family day office babanya pula,banyak betul kerja dia akhir-akhir ni.
“boleh mereng kepala aku kalau macam ni terus” Shahin menggaru kepalanya yang tiba-tiba je rasa gatal,sesekali dia menggaru dagunya yang bersih tanpa janggut itu,dah macam monyet dah,garu sana,garu sini.memang betul sangat la yang Asya cakap mereka ni kaum kerabat.
“heh!call Hadi jap,kacau kawan aku sikit!” dengan sneyuman melebar Shahin mendail nombor Hadi dan mengambil masa juga untuk Hadi menjawabnya.Tak kisahlah yang penting Shahin dapat laksanakan misi jaya dia.
“apa kehal call aku ni?tengah syok YM dengan bakal isteri ni” suara Hadi yang kedengaran tidak berpuas hati mengundang tawa Shahin yang berada di di sini,pada Shahin dia tak kisah apa kerja Hadi tika ini yang dia tahu Hadi mesti tolong dia,ingat semua kerja Shahin yang kena siapkan?no way! Jerit hati Shahin gembira.
“peduli apa aku,bakal isteri ke,bekas isteri ke,aku nak kau tolong aku jugak” lancang Shahin bersuara dengan nada tegasnya.
“wei!kau ni tak sayang mulut la,aku belum pun kahwin kau dah doa penceraian untuk aku,kau ni memang kawan takde hati perut la” marah Hadi dengan serius tapi Shahin bantai gelak je.
“sorry bro!gurau je,mintak la Seven tu stop kejap,kata kau ada kerja nak buat ni” Shahin memujuk Hadi.
“mana kau tahu Seven?” soal Hadi teruja,semua makhluk dalam alam ni dah tahu yang Hadi ni duk tergila-gilakan kawan baik adiknya sendiri,Seven pun tak pernah declare sesedap rasa je dia cakap Seven tu future wife dia.
“semua orang pun tahu la yang kau ni dah kena penyakit angau tahap sepuluh,dah nazak benar.tak dapat dah nak cari penawar kat mana-mana” Shahin bersuara pula,nampak gayanya mereka berdua ni nak berborak bukannya nak bekerja.
“dapat bro!kalau aku lamar dia lepas tu dia cakap ok,dah sembuh 1 per 3,kalau dah bertunang 2 per 3 sembuh bro,kalau dah ijab Kabul,memang hundred percent sihatlah” bersemangat mendengar Hadi bercakap membuatkan tawa Shahin meledak lagi,gila betul si Hadi ni.
“dibuatnya semua tu jadi kat orang lain,Seven dengan orang lain,mati kering kau gayanya” Shahin ketawa lagi,kali ini lebih kuat dari tadi.Hadi langsung tak menunjukkan minat untuk tergelak dengan lawak Shahin yang agak senditif itu.
“kau ni teruk la!dulu time aku cakap takde calon berkeras kau paksa aku kawin,bila dah ada calon kau doakan yang buruk-buruk pulak,kau ni memang teruk!” marah Hadi serius,Shahin tersenyum sumbing mendengarnya,sekali tak pernah terlintas dalam benak Shahin supaya Hadi membujang sampai ke tua,lagipun Shahin suka melihat Seven berada di sisi Hadi sebagai seorang isteri,selayaknya Hadi untuk Seven dan Seven untuk Hadi.
“mana ada doa,cakap je,lagipun kalau Seven jadi isteri kau bagus jugak,kalau isteri aku merajuk tahulah mana aku nak cari dan kalau isteri kau merajuk tahulah mana kau nak cari nanti,tak gitu?” soal Shahin memberi idea bernasnya dan ternyata Hadi bersetuju dengan pendapat itu.
“cantik!pandai jugak kau ni sebenarnya”
“memanglah!minum susu ibu gitu” Shahin ketawa lagi,diikuti dengan tawa Hadi.
“kau kalau cakap je tak jadi bro!sunting la bunga kau cepat-cepat,nanti kena kebas baru kumbang berak kapur kau jadinya”
“memang la,kalau ikutkan hati,hari ni jugak,saat ni jugak aku nak pergi rumah mak dia tau!tapi kena la tanya alamat dia dulu,kalau dia tak suka nanti macam mana?”
“apa yang susahnya,tanya je la,bukannya payah pun”
“cakap senang la,nak buat ni macam nak tercabut gigi tau!susah ar bro,aku takut kena reject free nanti”
“sejak bila pulak reject kena bayar?” soal Hahin berseloroh dan Hadi sudah berang di sana,kalau ikutkan hati memang nak je hulur kaki ni masuk phone biar dapat tendang Shahin,kaki Hadi menyepak kaki katil kerana terlampau geram tapi akhirnya kaki dia jugak yang sakit.
“kalau kau tak nak terus berlari kau berjalan la dulu,merangkak kau dah buat,jadi berjalan la dulu,bertatih ke” Shahin memberi cadangan kepada Hadi yang mendengarnya dengan muka blur,entah apa yang dimaksudkan dengan Shahin takde siapa yang faham.
“aku ni dah boleh berjalan la,kau ni cerita pasal anak siapa ni?” soal Hadi geram,Shahin pun ikut sama geram dengan soalan Hadi.
“kau ni kalau aku panggil ngok marah,maksud aku kau cakap je dulu yang kau suka kat dia,then kalau dia cakap dia terima barulah kau cakap nak masuk meminang,merisik ke?” cadangan Shahin memang bijak,dan kali ini Hadi mengangguk setuju.
“kau tak pernah pun cakap kat Asya yang kau sayang kat dia” Hadi bersuara pula,Shahin tergelak kecil sebelum mengeluh pendek.berat benar dengarnya.
“one day I will,boleh tak tolong aku ni?” soal Shahin kepada Hadi,nak tukar topic la tu,takut kena ceramah free dari Hadi la tu,cakap kat orang senang macam ABC tapi time nak buat sendiri susah macam nak buat ABC,air batu campur.kan?
“boleh!kertas kerja yang mana satu?” soal Hadi kembali menumpukan perhatiannya pada kerja.
“pasal kumpulan yang datang dari Hong Kong tu”
“owh,pasal tu,kenapa?” soal Hadi pula.
“hotel dah dapat dah,tapi susah la nak cari tempat picnic yang tak semak sangat,banyak songeh sikit group HK ni” Shahin memberitahu masalahnya yang sebenar.
“macam tu ke?kita bawak dorang pergi Perak la,sungai kat kampung aku tu,apa macam?” usul Hadi bersemangat.
“ok jugak,dorang sepuluh je jadi van dah memadai,lepas perak terus turun KL balik,sebab dorang nak shopping kat sana”
“berapa hari?” soal Hadi pula.
“2D1N,sekarang ni masalah masa la,sempat ke dorang tu nanti.
“payah jugak ni” Hadi turut mengeluh di hujung talian,masalah mereka ni berat jugak sebenarnya.
“get it!suruh dorang turun airport Ipoh je la,dari ipoh ke KL,mesti sampai malam kat KL,terus tidur kat hotel,esoknya shopping dan kemudian hantar KLIA,simple!” Shahin berkata sambil tersenyum.
“cantik!tu dapat je kau fikir sorang-sorang,saja je kan nak mengacau aku” Hadi berkata dengan nada tidak berperasaan,Shahin seronok gelak di hujung sini.
“thanks bro!otak aku ni tak dapat nak kerja dengan baik malam ni”
“kenapa pulak?” soal Hadi pelik,macam-macam hal la si Shahin ni.
“aku risaukan wife aku ni,sehari dua ni asyik termenung je”
“bukan ke kau kata termenung tu hobi dia ke?” soal Hadi hairan.
“memanglah,tapi ni termenung jenis lain sikit”
“berapa jenis termenung ada dalam dunia ni?” Soal Hadi lagi,pelik benar bunyinya.
“entah!dia teringatkan someone kut”
“kau ni nak mula mengarut la tu,dia pregnant kut,kau kerjakan dia ke?” soal Hadi sambil ketawa senang.
“kau ni gila la,mereng!dah la,aku nak tidur ni.Blah la kau!” Shahin mematikan telefon lalu tersengih seorang diri.
“ingat wife aku tu barang ke nak aku kerjakan bagai,maut betul la Hadi ni,nasib kau la Seven dapat laki gila-gila dewasa macam Hadi tu” Shahin menggelengkan kepalanya dan angkat punggung dari situ untuk beredar ke bilik tidur,sempat Shahin menjenguk Asya sebelum merebahkan badannya diatas katil,tak sampai dua minit,Shahin pun terlelap.
===================
Setelah semua orang berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas sebelum kami semua bertolak ke Port Dickson untuk hari keluarga syarikat papa,aku melilau mencari kelibat Shahin yang entah hilang ke mana,dia ni memang sengaja tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,papa,abang dan Ibu semuanya duk sibuk dengan kerja masing-masing.
“hai!sorang je ke?” soal entah siapa yang tiba-tiba je tercegat depan aku ni,mungkin pekerja papa la kut,aku tersenyum tawar sambil memandangnya,dah jelas lagi nyata yang aku tercongok kat sini lagi nak tanya.
“by the way,saya Kamil” ujarnya lagi,aku hanya mampu tersenyum dan menunggu Shahin.
“tak sudi berkenalan ke?awak ni anak datuk kan?” soalnya pula,aku agak dia ni dah tahu sebenarnya tapi saja je dia nak berbual kan?dah perahu bot pula,dah tahu lagi nak tanya,hish!jangan sombong Asya,tak baik.
“well,saya Asya,saya la anak datuk tu” aku menjawab dengan senyuman panjang,aku membetulkan rambut yang sudah sedikit berserabai.
“beruntung datuk dapat anak yang cantik macam awak” ha?kalau dulu mungkin aku boleh jadi riak tapi thanks je la,dah biasa sangat dengar orang puji aku macam tu,hahaha tu lagi la takbur aku rasa.Aku dah mula malas nak bercakap pasal ni lagi.
“saya yang beruntung sebab ada papa yang handsome” aku membalas pujiannya dengan rasa rendah diri,kalau dia boleh rasa mesti dia tahu yang aku sebenarnya tak berapa senang dengan kehadiran dia di sini,si Shahin ni pun satu hal jugak,tak boleh ke kalau melekat dekat aku ni sekejap,asyik nak lesap je kerjanya.
“awak tak suka ya saya ada kat sini?” soalan dari manusia bernama Kamil ni buat aku rasa macam nak kata yes!absulutely je tapi mengenangkan budi bahasa budaya kita aku tersenyum lagi.
“mana ada,saya sebenarnya tengah cari orang ni,takde satu pun yang saya kenal sebab tu janggal sikit” aku berkata memberi alasan,tapi alasan aku tu memang la betul.memang rasa janggal je ada kat sini.
“well,awak dah kenal saya kan?” soalnya lagi,kali ini lebih ceria kedengaran di telinga aku,terlajak manis pulak dah,nanti pasti kena kencing manis kalau macam ni selalu tapi dia punya senyuman mana boleh lawan Shahin punya,kalah tau!
“ya!you are right,terima kasih sudi luangkan masa temankan saya kat sini” ujar aku ikhlas.
“no problem la,kalau bukan saya pasti ada orang lain punya” katanya ikhlas,aku tersenyum lagi.tapi senyuman aku terus lesap bila ternampak Shahin dengan beberapa orang perempuan sedang berborak senang,haih!dulu bukan main lari lagi bila ada perempuan sekarang ni dah jadi gatal pulak dah!apa kenalah dengan Shahin ni.
“saya minta diri dulu,dah jumpa orang yang saya cari” ujar aku senang,walaupun kalau ikutkan hati aku tak senang tengok Shahin yang macam ulat bulu kampong gayanya,kalau Hadi tu boleh la aku percaya tapi tengok si Shahin pun sama je memang buat hilang selera betul la.Kenapalah aku tak ajak Seven sama,kan?
“ok!see ya” dia memberitahu lagi,aku meninggalkan dia dengan senyuman yang manis,aku mendekati Shahin yang sedang berborak,tapi tengok dari caranya macam Shahin jadi tukang dengar je,tak menunjukkan yang dia mesra sangat pun.
Jom buat gimik sikit nak?aku berjalan sambil berpura-pura tak ternampak kelibat Shahin disitu dan dengan sengaja jugak aku melanggar Shahin yang sedang menjadi pendengar setia,bagai terkejut dia bila dirempuh dengan aku tapi sempat dia menahan aku daripada terjatuh,kalau sengaja takdenya sampai nak terjatuh la Shahin.
Tanpa sempat Shahin melihat aku dia segera melepaskan pautan bila tersedar yang dia telah menolong seorang perempuan,aku tersenyum senang lalu memandangnya dengan lirikan manja,yay!berjaya kenakan si Shahin ni.
“awak ok?” soal salah seorang perempuan yang berada disitu,aku tersengih dan mencari wajah Shahin yang sedang tersenyum sama dengan aku.
“ok” aku menjawab sambil ketawa kecil.Aku melihat Shahin yang menggelengkan kepala sambil tersenyum,nak kata aku buat kerja bodoh la tu.eleh macam dia punya kerja tu cerdik sangat ke?pirah!!!
“discuss apa ni?playboy?” soal aku kepada Shahin dengan senyuman mengejek,terkejut beberapa ornag perempuan yang berada di sini,Shahin mengangkat keningnya sedikit.
“playboy?” soal salah seorang dari mereka membuatkan aku dan Shahin tergelak kecil.
“kenalkan,isteri saya,Asya” ujar Shahin memperkenalkan aku dan ternyata mereka agak terkejut tapi takdelah terkejut sangat.
“oh,no worry puan,bincang business je” jawab mereka,aku tergelak lagi.
“saya gurau je la.sambung la discuss saya nak cari papa jap”
“puan ke encik yang kerja kat sini?sebab tak pernah tengok” aku dan Shahin mengangguk faham,memang la ramai yang tak tahu yang aku ni anak papa kan?tapi mereka pun tak kenal Shahin ke?mungkin sebab Shahin jarang datang sini kut.aku menjongket bahu.
“saya ni menantu datuk” Shahin menjawab ringkas,apa yang susah sangat nak cakap yang aku ni anak papa,buat sakit otak je orang lain nak fikir maksud ayat Shahin tu.teruk betul la dia ni.
“jadi,Asya ni anak datuk la?” soal mereka lagi,kali ini memang terkejut besar,mesti tak sangka kan,ya lah anak papa ni perangai pun tak terurus sikit,tapi kecantikan aku ni mewarisi kehandsomeman papa tau!hehehe…
“macam tu la nampaknya” aku menjawab sambil tergelak kecil.
“maaf,kami tak tahu” pinta mereka pula.
“alah,anak datuk je kut,hamba Allah jugak kan?” aku berkata mesra,Shahin mengangguk setuju dengan kata-kata aku,tapi entah apa yang terlintas dalam hati dia aku sendiri tak tahu sebab dia ni suka sangat mengutuk aku,kalau boleh nak je dia ni fire aku setiap hari biar aku sakit hati dengan dia.
“ni card saya,anything just make a call.kami minta diri dulu” Shahin menarik tangan aku untuk beredar dari situ,aku hanya mengikut langkahnya dan tunduk sedikit kepada pekerja papa,nanti dorang kata sombong pulak.Aku cuba untuk melepaskan tangan aku dari Shahin sebab lemas.Tapi dia buat derk je,dia ni aku belasah guna kasut baru tahu,orang tak nak tu nak jugak dia paksa,tak baik tau paksa-paksa orang!
“playboy eh?” soalnya dengan muka tak dapat aku nak tafsir,kalau guna kamus dewan pun tak boleh agaknya nak jelaskan apa yang aku fikir,aku tengok muka dia bukannya nak marah pun,tertelan kulit rambutan kut.Tapi sekarang ni bukannya musim buah kan?haish!macam-macam nak mengarut aku ni.
“gurau je” aku jawab dengan perlahan,aku membuat muka kesian,dengan harapan dia tak marah la kan,aku dah cakap kan yang angin dia ni susah nak baca,jabatan mateorlogi pun tak dapat nak tolong tau.
“ok!tapi aku nak kau tahu yang sekarang ni,hanya kau je yang ada dalam hidup aku” jawapan serius dia membuat aku tersenyum sedikit,aku buat olok-olok je tadi,takde satu pun yang serius keluar dari mulut aku ni,tu pun nak sentap ke?sensitifnya hati konkrit dia ni,kena tiup pun boleh roboh ke?
“tahu!aku gurau je la Shahin Addin Bin Syukran.” Memberitahunya dengan merapatkan dada aku padanya,perlahan-lahan Shahin menapak ke belakang,mungkin risau dengan tindakan aku yang akan melampau di tempat orang yang ramai gila ni.
Langkah Shahin yang semakin ke belakang membuatkan aku tersenyum jahat,ingat dia je pandai buat orang gundah,aku ni jauh lebih pandai tau!saja je aku tak nak tunjuk bakat terpendam aku ni,sekarang ni aku dah jemur bakat aku jadi dah kering dah!senang sikit nak angkat,ringan nak tunjuk bakat yang telah lama aku simpan ni,hahaha…gila betul bahasa.
“kenapa ni?risau je” aku mendekatkan diri aku lagi dan dia sepertinya masih lagi cuba untuk mengelak,mungkin dia ingat aku ni dah naik hantu gila agaknya,tak pun dah naik hantu miang ke apa kan?sebab tu dia bergerak ke belakang.
“kau sakit mental ke?” dia menyoal aku serius,aku mencebik geram,dia ni memang pandai buat orang hilang mood.Aku berhenti mendekatinya dan berpeluk tubuh dihadapannya.
“aku tak nak naik bas,kita pergi sana drive” aku membuat keputusan akhirnya,Shahin ternyata tertak keturunan dia tu terkejut beruk,ha,nampak tak yang dia dengan saudara dia tak boleh duk jauh-jauh,hahahaha…
“no way!naik bas la best,ramai-ramai” dia menolak idea aku dengan tegas,aku dah nak naik angin ni,salah ke kalau dia ikut je apa yang aku cakap?bukannya aku nak dia jalan kaki sampai PD,payah betul cakap dengan orang yang banyak songeh.
“lantak kau la!aku nak drive jugak,with or without you” aku memberi jawapan akhir yang tegas,jelas nyata dan mutakhir!amboi!macam berita je aku ni.
“kenapa la kau ni degil sangat” ha!kan aku dah cakap,nak start gaduh dengan aku la tu.Sayang sangat nak mengalah dengan isteri dia ni.
“memang la,dah kayu besi pula,dah tahu ikut je la” aku berbahasa sikit,ni dah terpengaruh dengan rakan sebaya la ni,berjangkit dengan Shahin dan Seven la ni.
“never!bas jugak!” katanya lagi.
“lantaklah,aku masih dengan keputusan aku! My final decision” aku meninggalkan Shahin yang masih lagi tak nak mengalah dengan aku.Geram pulak aku bila teringat pasal ni,dia ni saja je buat aku sakit tekak bertekak dengan dia.Aku mengurut dahi yang sudah berkerut,bukannya aku degil sangat tak nak naik bas tapi aku tak boleh.aku meraup muka beberapa kali.
“Shah,serabut je papa tengok,adik mana?” soalan baba buat Shahin hilang kata-kata sekejap,dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu bertegang urat dengan Asya just because benda kecil macam tu.
“tadi ada kat sini” jawab Shahin sambil tersenyum kelat,nampak sangat ketidakikhlasannya tu.
“oh,drive kan?” soal baba pula,Shahin membalas pandang babanya dan mengangguk sahaja,bertekak bagai nak rak tapi mengalah jugak akhirnya,apa punya orang la Shahin ni.Asya yang berada di satu sudut terdengar Shahin setuju untuk drive,rasa bersalah la pulak.
“Shah tak kisah kan?” soal baba pula,Shahin tergelak kecil,dia teringatkan perangainya yang macam-budak-budak tadi,benda macam ni pun boleh bawak gaduh,dibuatnya Asya drive betul-betul dia jugak yang tak senang duduk nanti.
“tak kisah pun!apa salahnya kalau drive kan?Shah ni pelik la” Shahin mengeluh sendirian,baba yang melihatnya hairan.
“kenapa?gaduh dengan Asya pasal benda ni ke?” soalan baba menusuk jantung Shahin,pandai pulak baba ni teka.
“mana ada gaduh,discuss tapi tak berapa nak discuss sangat,tak menjadi sikit” jawapan Shahin membuatkan Asya yang terdengar tergelak kecil,muka baba pulak blur habis,tak faham la kut.
“hurm,tak faham baba dengan kamu ni.Tapi adik sebenarnya trauma nak naik bas,sebab dulu dia pernah naik bas lepas tu bas terbabas,walaupun benda tu dah lama sangat jadi,tapi dia masih lagi ingat” kata-kata baba membuatkan Shahin tak tahu nak cakap apa,tapi dia tahu yang dia dah gaduh dengan orang yang salah dan semuanya salah dia sendiri,sepatutnya dia tanya kenapa Asya tak nak naik bas,dia menyelak rambutnya yang tegak terpacak.
“Shah cari Asya jap” Shahin bergerak untuk mencari Asya dan Asya yang perasan Shahin hendak mencarinya berpura-pura sedang seronok bermain game,padahal telefon on pun tidak.
“Asya,kita drive” ujarnya sebaik ternampak aku yang sedang seronok bersandar pada dinding,aku mencuri pandang muka Shahin lalu tersenyum senang.
“kita naik bas” berkerut dahi Shahin mendengar jawapan aku,mesti dia kata aku ni lepas A nak B pulak,masalah betul la,hahaha,biar Shahin kacau sikit.
“kau ni mana satu ni?tadi nak drive sekarang ni nak naik bas pulak?” soal Shahin mendatar.
“it’s ok!kau ada kan nak jaga aku dalam bas nanti” Asya membuka mulut,sambil memandang Shahin dengan pandangan berharap.
“aku dah dengar dari baba,kau sure nak naik bas?” soal Shahin lagi,kali ini aku menangguk yakin.kalau nak jadi bencana kat mana-mana pun boleh jadi kan?
“erm!kau kan ada?” aku berkata sambil tersenyum manis,lengan Shahin aku peluk erat,dengan lambat Shahin mengangguk setuju.
“insyaallah kita akan selamat sampai pergi dan balik” ujarnya yakin.aku mengangguk setuju sambil mengaminkan doanya.
“sorry,tadi gaduh.” Pinta aku kepadanya.
“ok,aku pun,rasa macam tak sekolah je gaduh pasal benda kecik macam tu”
“erm!kau punya IQ kan rendah,jadi aku faham” aku berkata selamba dan tergelak senang,bertukar warna muka Shahin mendengar aku mengutuknya.Aku terus gelak tanpa menghiraukan jelingan tajam Shahin.
“serendah-rendah IQ aku pun aku tahu yang IQ kau lebih rendah” aku mengetap gigi.Shahin mencebik kemenangan.Aku karate jugak mamat ni!
-note 83-
Hahahaha. Cute lah diorang nih. I sukeee. Tak sabar nk baca the end nya nnti.
ReplyDeleteTashabar nak tungguuu endingg lama lagi ke ending dia sis
ReplyDeleteTq bacaaa... ending dia lmbt lgiii... dlm 4 lgi sya rasa...
DeleteBest sngatttttt...perfect love bila????
ReplyDeleteHii...tq baca.. perfect love tu dalam process lgi dan sya dah sangkut sbenarnya...tpi sya try yaaa... sorry...
DeleteOwh,ok....x pa,akn tetap d tnggu..jnji ada,hehehehe
DeleteSemangat yaaa
#fighting!!!!!
Salam...
ReplyDeleteBest sangat cerita ni, sambung cepat" please pembaca dari indonesia
Kite orang sama dari indonesia
DeleteBoleh saya minta nama fb,nak kenal
Terima kasih
oh boleh ini nama fb saya Anisa wahab
Deletehi Alzai Sanara, you're doing great ! i almost read every cerpens and all of it super3 interesting. saya kagum dgn idea awk . keep writing ya... and i'm soooo excited to read the next one. lots of love !!
DeleteSo ciwitt la sis.. Macam real lah pulak... Ni dah bace 2 hari lepas..but bace balik harini.. Bab suke sangat.. Sambung cepat ye sis
ReplyDeleteCute nye die orang
ReplyDeleteNak jadi macam tu so sweet
Tak sabar nak baca lanjutan die
Btw akak ada cerpen baru lagi tak? Dah menanti cerpen akak
Tak sabarnye
Hi Alzai Sanara, You're doing great and keep it up. I almost read every cerpens and all was super3 interesting. Saya kagum dgn idea sis. Keep writing ya... And I'm sooo excited to read the next one. lots of love !!
ReplyDeleteNak lagiiii😇😇😇😇
ReplyDeletebesttt.... x sbarr nk baca smbgan... bilaaa nk smbug... tgahh final examm pon sempatt baca cerpan sis..
ReplyDeleteMcm novel je cite nii....tpi ttp bestttt♥♥♥
ReplyDelete