Sunday, 24 July 2016

Dia tu Babysitter Aku je! 9

 

“hai! Bos awak ada?” soal aku kepada Aliza si accountant yang kuat bekerja.Aliza mengangkat muka dan terkejut dengan kehadiran aku disitu,mesti rasa lain sangat bila tengok aku dah bertudung sekarang.

  “Asya? Ya Allah rindunya akak pada kamu,cantiknya bertudung” Aliza mengamati setiap sudut wajah aku,nasib baik takde jerawat kalau tak haru terbongkar rahsia jerawat emergency.

“rindu gila-gila kat Kak Al,Kak Nisa mana?” soal aku kepada Aliza,jarang sekali Nisa bercuti,maklumlah setiausaha la katakan.

  “cuti,nak kahwin katanya”

“really? Alhamdulilah,Kak Al ni dah berisi nak tambah satu cawangan lagi ke?” soal aku sambil menguap perut ibu kepada dua anak itu.

  “pandai Asya,dah dua bulan.”

“alhamdulilah,bertambah la anak buah Asya”

  “asyik anak buah je,bila nak ada anak sendiri?” Aliza mengusap perut aku yang kosong ini,aku hanya mampu tersengih kerana tidak mempunyai jawapan kepada soalan itu.Kami berborak panjang sebelum aku meminta diri untuk ke bilik Shahin,sempat juga aku bertegur sapa dengan beberapa pekerja lain,isteri bos la katakan.

 Pintu bilik Shahin aku buka dengan perlahan-lahan dan aku menjenguk Shahin yang sedang khusyuk dengan kerjanya sehingga tak sedar dengan kemunculan aku di situ,memang workaholic betul suami aku ni jadi memang sesuai aku yang shopaholic ni jadi isteri dia,suami jadi pencari duit aku jadi pengguna duit,hahaha,takdelah.

  Aku mendekati Shahin dengan perlahan-lahan supaya tidak menyedarkan Shahin,buat surprise welcoming sikit,uji tekanan darah Shahin rendah ke tinggi,hehehe.Aku meletakkan tangan aku pada bahu Shahin yang sedang tertunduk meneliti fail yang bertimbun atas mejanya.Terkejut tahap petala kesepuluh Shahin dibuatnya,habis istighfar dia baca,yang pendek,yang panjang semuanya dia baca,dah macam pak arab aku dengar,segala tajwid pun betul!

  “sayang” suara Shahin yang kedengaran berat aku sembunyikan senyum,nanti kena marah pulak.

“surprise?” soal aku takut-takut,Shahin tersenyum akhirnya dan aku kembali ceria.

  “bukan surprise ni sayang,tapi electric shock” ujar Shahin sambil mengurut dadanya tapi sebelah lagi tangannya menggenggam tangan aku dan dikucupnya dengan penuh kelembutan.

“patutlah berdiri semua rambut,kena electric shock rupanya,saya ni dah macam jellyfish la sebab dapat alirkan electric current” aku berseloroh dan Shahin ketawa riuh,kalau ketawa dah tak nak share lagi dah,Shahin merebahkan aku pada ribaannya,dah ni nak beromantik tak bertempat la tu,nasib baik la bilik ni orang tak nampak dari luar,kalau tak sia-sia je malu.

  “sorry la kacau awak kerja” pinta aku ikhlas.

“takpe,gembira dapat tengok sayang kat sini,dari tadi pun asyik nampak muka sayang je”

  “ya la tu”

“betul,cantiknya sayang D hari ni”puji Shahin setiap kali bertemu aku,dulu asyik duk kutuk aku perasan cantik sekarang asyik nak puji je kerjanya,dulu pandang aku pakai sunglasses tengah malam hari ni baru tahu yang aku ni cantik jugak sebenarnya.

  “mestilah,berhias untuk suami” aku berkata ceria,wajah Shahin yang sangat aku rindui aku tatap penuh kasih,rasa macam nak duduk macam ni je hari ni,tapi boleh mati kalau tak makan nanti.Aku menyentuh pipi Shahin dan memeluknya dengan mesra.

 Aku dapat rasakan kucupan hangat di kepala aku,Shahin ni memang la buat aku rasa macam tak nak tinggalkan dia lagi.Aku meleraikan pelukan dan membiarkan kedua pipi aku dicium Shahin,dia ni kalau cakap pun bukannya dia nak dengar,takpelah suami sendiri,kalau suami orang aku dah bagi flying kick masuk kubur!

  “so,apa yang dapat saya tolong,jadi secretary awak la hari ni”

“tolong D asingkan semua dokumen ni,dah bersepah.Pening kepala ni”

  “kesiannya husband saya ni,pening ya?” aku membetulkan kedudukan tetapi masih lagi di ribaan Shahin dan mula mencari dokumen untuk diasingkan mengikut projek masing-masing,memang pening kepala dibuatnya.Shahin tergelak melihat muka aku yang berkerut menyusun dokumen,percayalah ni semua lagi susah nak buat laporan kewangan syarikat.

“pening ya sayang?” soal Shahin pula.

  “pening jugak” Shahin membantu aku mencari apa yang patut,sekarang ni dah terbalik sepatutnya aku yang tolong dia tapi dia pulak yang tolong aku dengan gurau senda dan gelak tawa kami aku pasti yang pekerja lain terdengar suara kami,mesti dorang merungut kami ni buat bising kan?

 “Shah! Aku dah balik!” suara Hadi membuatkan aku dan Shahin dalam mode silent,segannya aku bila tertangkap dalam keadaan begini dengan Hadi dan Seven pun ada sama,berseri-seri la pengantin baru ni.

“Hadi my friend! Macam mana honeymoon? Seronok?” soal Shahin tanpa segan menyambut sahabatnya itu,aku cuba untuk turun dari ribaan Shahin tapi dihalang oleh meja dan tangan Shahin sendiri,malu ni.

  “Seven! Rindunya aku kat kau” aku pula bersuara ceria,boleh tahan romantic jugak Hadi dan Seven ni,bukan main lagi berpegangan tangan,seronok jugak kalau dapat menyakat si Seven ni tapi aku rasa keadaan aku dengan Shahin lagi teruk sekarang ni.

 “sorry la tak ketuk dulu tadi” Hadi sengaja nak memalukan aku.

   “Ace,jom borak kat luar?” ajak Seven segera,agaknya dia pun segan kut tapi aku sejuta kali lagi segan berbanding Seven.

  “awak,saya nak jumpa Seven jap” pinta aku kepada Shahin.

“ok” ok?memang la jawapan yang bagus tapi kalau ok aje tangannya masih lagi dipinggang aku apa yang ok nya?nak gerak pun tak boleh.

  “tangan awak ni” bisik aku pada Shahin,dan Shahin tersengih lalu memberikan aku ruang untuk beredar.Aku meninggalkan Shahin dan Hadi lalu mendapatkan Seven dan memeluknya erat.Aku menarik tangan Seven supaya keluar dari situ dengan segera dan bergerak ke restoren yang berdekatan.

  Sebaik kami duduk di tempat yang selesa episode single kami bermula lagi,cakap main redah aje tak kisahlah dah kahwin ke belum,memang buang tabiat kami berdua ni,bila jumpa je tersumbat otak.Putus fius saraf waras.Hehehe.

  “how’s Bali?” soal aku teruja.Aku je yang belum lagi honeymoon dengan perasaan cinta dengan Shahin.

“great! Dah nama pun honeymoon,lombong bijih besi pun boleh jadi seronok” macam biasa jawapan tak sekolah jugak yang keluar dari mulut si Seven ni tapi gelak tu memang dah jadi hobi.

  “aku tumpang happy untuk kau”

“kau ingat kereta kuda ke nak tumpang-tumpang”

  “ceh! Sombong” aku ketawa kecil.

“aku pun tumpang happy untuk kau jugak” ujar Seven pula.

  “kau ingat kereta lembu ke nak tumpang-tumpang” Seven tergelak mendengar ayat aku yang hampir sama dengan ayatnya,watak je lain iaitu kuda dan lembu,tapi kalau naik kereta lembu memang tak sampai la kat sini.

“buah tangan kau ada kat rumah,nanti aku bagi”

  “honeymoon pun sempat lagi kau teringat kat aku? Sayang la kat kau Sev,tapi kau bagi anak buah kat aku pun dah kira hadiah sangat la!” ujar aku ceria,Seven dah buat muka bengangnya,hehehe.

“aku dah discuss dengan Hadi,kita pregnant sama-sama,nanti time nak bersalin boleh compete siapa menang”

  “gila punya competition!”

“memang gila pun,kau dengan Shahin siapa yang menang?” soal Seven pula,aku ketawa geli hati.

  “belum dapat final score lagi.Kau pun macam aku jugak ke nanti?suami duk Klang kau duk JB?” soal aku kepada Seven.

“macam tu la agaknya,Hadi cakap takpe dia tak kisah pun sebab tak jauh sangat.Dia boleh datang selalu”

  “elok jugak sikit,at least aku ada teman kat sana nanti.”

“tu la pasal,Hadi dah bayar hutang aku dulu”

  “aku tak minta pun kau bayar”

“aku tahu,tapi tak best ar kalau tak bayar,lagipun apa guna husband ada duit kan?” Seven ketawa keriangan dan aku tumpang gembira untuknya.

  “kau panggil apa kat Hadi?” soal aku gatal,aku ni boleh tahan gatal jugak sebenarnya.

“panggil nama la” jawab Seven selamba.

  “panggilan manja la maksud aku”

“ugh! Perlu ke aku beritahu kau?” soal Seven pula,kedekut nak share.

  “nak tahu” aku buat muka kesian.

“malu la nak cakap”

  “alah nak malu apanya,cakap aje la”

“bro!” jawapan Seven membuatkan aku jadi geram padanya tapi boleh pulak dia gelakkan aku,memang nak kena minah senget ni!Macam mana la agaknya kalau aku pun panggil Shahin macam tu mesti merajuk sampai singapura aku rasa.

  Sekarang ni semuanya dah semakin baik dan persoalan aku tentang masa depan hubungan aku dan Shahin semakin jelas do tubir mata,nampaknya jodoh kami masih panjang dan Allah dah tentukan yang terbaik untuk kami berdua.Suara Seven yang ceria cerita tentang keindahan Bali bukanlah kerana tempat itu sendiri tapi kerana perasaan cinta yang indah yang selalu bersama mereka di sana,memang betul sangat la kalau bercinta tanah perkuburan pun boleh jadi romantic,nauzubillah aku tak boleh nak bayang macam mana la orang dating kat kubur,berkepuk yasin dalam poket agaknya.

  “kat sana memang best super gila!kau kena pergi” habis tenaga Seven menceritakan keindahan Bali,nak sangat aku pergi Bali.Nanti la Seven kita travel dengan member-member yang sedang menanti hari menjadi ibu.

“Shahin cakap dia nak honeymoon kat Jepun,ada ke pengantin lama nak pergi honeymoon,tapi mengenangkan yang suami aku tu dah super excited aku ikutkan aje”

  “Jepun? Bukan kau kata memang nak sangat pergi Jepun ke?”

“memang la,tapi aku tak terfikir pulak nak pergi dengan Shahin,tapi teruja jugak” aku ketawa kecil dan Seven buat muka selamba,minah ni memang tak pandai nak buat mimic muka.

  “Ziad masih jadi anak buah kau ke?” soal Seven tiba-tiba,aku memandang Seven pelik sebelum mengangguk.

  “Shahin tak kisah?” soal Seven lagi.Sejak bila Ziad jadi isu antara kami ni,pelik betul soalan Seven.

“tak kut,Sev,Yad tu macam adik aku je,Shahin pun kenal budak tu”

  “baguslah,bila kau nak balik JB?”

“erm,aku ambil cuti empat hari sebab wedding abang aku,dah dapat card kan?”

  “dah,akhirnya kahwin jugak abang kau kan?”

“tu la pasal,dulu bukan main mengelak sekarang ni super gila excited nak kahwin,hari-hari asyik duk belek baju pengantin”

  “dah sampai seru la tu” Seven bersuara riuh,kami ketawa lagi mesti orang tengok pelik,bertudung bukan main lawa lagi tapi suara pecah stadium Shah Alam,hahaha,gimik je tu.

 

 

============================

 

 

 

 

 

Semua orang kalut bila hari akad nikah abang,abang la yang paling kalut sekali,geli hati aku tengok abang yang tak senang duduk.Pagi ni dah tiga kali dia mandi tau,nak kata panas takdelah panas sangat mungkin sebab gabra sangat kut.Shahin yang jadi pengapit lelaki pun boleh tahan kehulu-kehilir.Aku ni kerjanya duk tengok je memang tu hobi aku sejak kecil lagi.

  Aku berjalan ke dapur untuk minum air,ramai yang berkunjung ke rumah kami untuk melakukan persiapan terakhir,kereta pun bukan main lawa lagi kena hias,tapi hari ni akad aje,esok baru nak buat resepsi.Bila tiba didapur aku terkejut bila ada tangan yang menarik aku dan memeluk aku dari belakang,siapa lagi yang tak malu buat macam ni,Shahin la tu.

  Shahin meletakkan dagunya pada bahu aku,dah la main tarik aje aku ingatkan hantu dapur tadi.Penat sangat agaknya Shahin ni nak ikut cara abang.Pada mulanya aku nak meleraikan pelukan tapi bila Shahin seperti ingin bermanja macam kucing aku biarkan aje.manjanya suami kesayangan aku ni.

  “penat ke?” soal aku ringkas,aku mengusap kepala Shahin yang bergerak-gerak mengangguk.Aku tersenyum lalu berpaling memandang Shahin,memang dahsyat betul penangan abang aku ni kesian kat Shahin kena ikut ekor dia,hahaha.

  “abang dah selesai ke?” soal aku lagi.Shahin menggeleng pula,alah cutenya suami aku ni bila main angguk dan geleng aje,serius aku memang suka tengok Shahin manja macam ni walaupun dah tahu yang Shahin ni dah tua.

  “habis tu kenapa ada kat sini?” soal aku lagi.

“menyorok,penat betul nak layan kerenah abang,habis baju kena try,songkok lagi,sampin lagi,kasut lagi,padahal semuanya warna yang sama dan saiz sama entah apa yang abang nampak,dah jadi patung D dibuatnya” yay! Shahin merungut,jarang sangat aku nak dengar mamat ni merungut,tahu pun betapa penatnya nak layan orang cerewet ni dulu dia pun bukan main cerewet jugak,sekarang dah kena batang hidung sendiri baru tahu garam tu masin ke tidak.

  “alah kesiannya dia.Awak nak minum apa?saya jadi waiter hari ni” Shahin tersenyum mendengar pelawaan aku,dia berfikir sejenak.

“jus epal hijau,tak nak gula nak susu”

  “alright captain,bagi saya lima minit” aku tersenyum senang.

  “lepaslah,macam mana nak bergerak ni?” Shahin menggeleng pula,mengada betul jaga orang tua ni,ingat budak kecik ke nak mengekor je kerjanya,kalau kecik boleh jugak aku dukung tapi dah tua panjang ni nak tolak pun belum tentu bergerak,aku ikutkan aje dan Shahin meringankan kakinya mengikut langkah aku,dah macam gendong zirafah aku rasa.

  “nak manis macam mana?” soal aku kepadanya sebelum memasukkan susu cair.

“semanis sayang boleh?” soalnya pula,aku tergelak kecil,dia nak aku blend diri sendiri ke apa? tak muat la nak kisar aku yang jauh lebih besar dari pengisar ni.

  “macam mana nak buat? Takde resepi”

“senyuman sayang dah cukup” aku tergelak lagi,hai,jimat betul la barang dapur aku ni,dulu boleh cakap dengan aku pun dah kenyang katanya sekarang aku senyum pun dah boleh buat jus ni manis,jimat gula!

  “nah!bismillah” aku parut kulit epal hijau untuk bagi warna sedikit dan Shahin tersenyum puas hati lalu meneguknya perlahan-lahan,seronok aku tengok wajah Shahin yang sedang menghabiskan jus itu dengan sekali teguk,dahaga benar agaknya.

“alhamdulilah,hilang dahaga”

  “alhamdulilah,awak ni macam budak-budak la” aku menggeletek Shahin sehingga dia ketawa geli,beria-ia Shahin mengelak.

 “ya Allah,serata rumah ibu cari,sedang berasmara kat sini rupanya” Ibu yang datang sambil tersengih membuatkan aku dan Shahin freeze,aku cuba untuk melarikan tangan Shahin yang melingkar di pinggang aku tapi dia boleh pulak bantai ketatkan lagi pelukannya,tak malu dengan ibu ke?

  “ibu cari siapa? Adik ke?” soal aku kepada ibu yang masih lagi tersenyum senang.Malu betul aku tika ni tapi Shahin ni tak tahu malu ke? Mana dia campak perasaan malu dia tu? Dalam poket kanggaru ke?

 “adik la,baju pengapit adik dah sampai,yang Shah punya pun dah sampai” aku melihat Shahin yang terlopong.

“tadi Shah dah try baju bukan main banyak lagi,bukan baju tu ke?” Soal Shahin keliru,aku pun bingung tahap apa dah ni,tumpang bingung Shahin je la sebab aku dah tahu yang baju aku belum sampai lagi.

 “baju dengan abang ke? Abang saja je nak test kut” jawab ibu selamba,nak pengsan Shahin mendengarnya.Aku tergelak senang hati melihat air muka Shahin yang berubah teruk dari A boleh jadi Z la!kesian suami aku kena buli dengan abang,apa abang ni buli isteri adik,nak kena karate ni.

 “Shah,kenapa muka macam tertelan batu je? Penat ya kena buli dengan abang?kesian menantu ibu ni” Aku tergelak melihat muka Shahin,lucu bebenor.

  “ok la ibu,adik nak naik iron baju,mana baju tu?”

 “kat bilik adik”

  “ok,awak nak ikut saya naik atas?” soal aku kepada Shahin dan Shahin mengangguk sambil tersenyum,aku meninggalkan ibu dengan senyuman sebelum bergerak ke bilik bersama Shahin,masih jugak nak peluk pinggang aku,ingat ni dia punya ke buat macam hak asasi sendiri pulak,terlajak mesra pulak pengantin lama ni.

  Aku melihat baju yang sedang tergantung di almari pakaian,baju melayu Shahin yang berwarna ungu itu,pengantin warna putih tapi pengapit warna purple.Aku pun suka sebenarnya warna ungu ni.Cantiknya baju aku ni,dah rasa macam nak kahwin buat kali kedua pulak,tapi pengantin lelaki yang sama la.Shahin yang terbaring aku tengok sekilas sebelum keluar untuk menggosok baju.

  Sebaik aku kembali ke bilik,Shahin sedang lena di atas katil dengan sampin yang abang pakaikan pada dia tadi lagi,pakai seluar trek aje tapi bersampin,dah gaya nak pergi bersilat pun ada gayanya.Aku tergelak kecil sambil menghampiri Shahin yang sedang lena.Aku meletakkan kepala aku didadanya dan aku rasa sangat tenang bila degupan jantung Shahin bergerak senada.

  Azan zohor yang berkumandang mengejutkan aku,Shahin dah hilang.Aku pun tertidur sama rupanya.Shahin keluar dari bilik air dan bersiap untuk solat zohor.

  “tunggu saya,kita solat sama-sama”

“dah sedar? Baru je nak kejutkan sayang,pergilah mandi D tunggu” aku masuk ke dalam bilik air dan terus mandi dan berwuduk.Kami solat berjemaah seperti biasa dan aku melipat sejadah kami dan mengambil songkok Shahin lalu diletakkan di atas meja.

  “pakai baju ni awak” aku menghulurkan baju melayu kepada Shahin dan dia menyambutnya dengan senyuman lalu meyarungnya,aku memerhati segala tingkah Shahin sehingga mata kami bertaut.

“kenapa sayang? Nak tolong pakaikan baju D ke?” soal Shahin nakal,aku menggeleng laju dan berpaling daripada melihat Shahin,entah apa yang asyik aku tengok pada Shahin.

“sayang,tolong butang baju ni” ujar Shahin pula,aku mendekati Shahin yang sedang berdiri di depan meja solek,segak sungguh suami aku ni.Untung badan la dapat suami handsome macam ni.

“sayang pergi la tukar baju” Shahin menghulurkan baju aku dan aku ke bilik air untuk bersiap,setelah menyarungkan baju aku keluar dari bilik air dan minta Shahin supaya menzipkan zip di belakang,susah betul baju yang ada zip kat belakang ni.Shahin tersenyum melihat aku yang tersipu,suka la tu nak menyakat aku.

“super cantik betul isteri D ni” puji Shahin lalu mengucup dahi aku,aku hanya mendengar pujiannya walaupun dah setiap hari tapi pujian dari suami memang tak pernah luak dan bosan didengar.

  “awak pun super kacak”  aku mencium tangan Shahin lama,malu la sekarang ni nak kiss dia macam dulu-dulu,lepas solat pun selalunya Shahin yang dah takeover kerja aku tu,bila dia minta je aku beri,malu,malu,malu.

“bersiap cepat” ujar Shahin mesra,aku mengambil tudung dan letakkan pin di tempat yang sesuai,setelah selesai aku ingatkan Shahin dah keluar rupa-rupanya masih ada di situ.

  “dah siap,jom!” ajak aku ceria.Shahin tersenyum dan menghampiri aku dengan rapat sehingga aku terundur beberapa langkah ke belakang,Shahin ni memang suka sangat buat kerja yang buat aku ketar lutut.Aku bersandar pada dinding dengan rapat.

  Jemari Shahin yang bermain di wajah aku menambahkan lagi ketar dalam diri,apa kena pulak Shahin ni nanti abang lewat kahwin kempunan pulak teruna tua tu.Aku cuba untuk menahan badan Shahin daripada terus mendekati aku sehingga tiada ruang lagi antara aku dan dia dan dengan selamba Shahin mencium aku di bibir,kali ni agak lama dan cukup untuk buatkan aku keras macam batu,dah macam kena sumpah aku rasa.

“yay! Tambah score sebab D lagi cintakan sayang” Shahin berkata selamba,aku yang kelu ni tak tahu nak balas apa,yang penting muka aku tengah membahang panas sekarang ni,Shahin ni memang teruk!

“blusher apa sayang pakai ni? Natural je warna dia” Shahin mengusik lagi,malunya aku dengan dia ni,saja je kan nak kenakan aku.Aku menolak dada Shahin tapi Shahin memegang tangan aku dan mengucupnya lembut,Shahin ni memang dah tak boleh kawal! Aku tersenyum dan berpimpin tangan turun ke bawah,semua orang dah tunggu kami,rasa macam kami pulak yang nak kahwin.Semua orang tengah senyum pandang kami.

  “awak turun dulu,saya tengok abang kejap” aku meminta Shahin agar memahami dan dia ternyata faham,bukan apa dah riuh kat bawah tu duk usik kami yang pengantin lama ni,tak laku la nanti pengantin baru.

  “abang? Are you ready?” soal aku kepada abang yang sudah pucat tak berdarah.

“adik,lemah rasa lutut abang ni” ujar abang gusar,aku tersenyum lalu membawa abang ke birai katil dan aku peluk badan abang yang sejuk,macam ni rupanya ketakutan lelaki bila nak akad nikah.Shahin dulu aku nampak steady je.Hahaha.

  “baca tiga kul abang,selawat sikit.Abang pasti boleh” aku mengenggam tangan abang dengan erat dan abang mengikut apa yang aku beritahu,dia mencium tangan aku beberapa kali,kerap betul kena cium aku hari ni,bila teringat balik muka aku dah membahang balik,ni semua Shahin Addin punya pasal.

“kenapa adik blusher tiba-tiba ni?” soal abang pelik,dah berdarah sikit muka dan tangan dia,ni semua Shahin punya pasal.

  “panas sikit” aku menjawab tenang,abang melihat penghawa dingin yang sedang terpasang.

  “jom kita pergi,abang kena relax tau sebab pengantin perempuan pun takut jugak”

“insyaallah”

  “sekali lafaz je abang,lawan Shahin yang dua kali tu” abang tergelak kecil,aku tumpang gelak sama.

“bismillah” abang menarik aku keluar dari bilik,aku ni dah jadi pengapit abang pulak,Shahin yang berada di bawah tersenyum melihat kami,Semua rombongan turut sama tersenyum bila pengantin lelaki dah keluar dari tempat persembunyian.Kami bergerak ke masjid yang berdekatan untuk majlis akad nikah,pengantin perempuan sudah lama berada di masjid menunggu putera impiannya yang ketar lutut macam orang tua.

  Shahin dan papa menemani abang ke tempatnya dan aku mengambil tempat yang telah dikosongkan khas untuk aku di sebelah pengantin.Akhirnya majlis dimulakan dan dengan tiba kali lafaz barulah abang sukses jadi suami orang,kalah jugak dengan Shahin.Pengantin perempuan puas doa baru berjaya ijab Kabul ni.Aku dan Shahin berbalas senyum beberapa kali dan aku tahu ada yang perasan,gatal betul Shahin si pengantin lama ni.

  “dah boleh bergerak ke rumah pengantin perempuan,ke Shah dengan adik nak akad lagi sekali?” suara papa yang mengusik mengejutkan aku dan Shahin,semua orang gelakkan kami tika ini,mana nak sorok muka aku ni?ni semua Shahin punya pasal!

 “boleh ke imam? Jom sayang!” dengan selamba Shahin menambah malu aku,ya Allah semua orang sedang ketawa riuh di luar masjid.malu betul aku dengan Shahin ni,papa dan Shahin sama je naik turunnya nak berlawak.

“seronok menyakat isteri ya” pak imam pun join sama,tapi macam backing aku aje,sepatutnya pengantin baru yang kena usik tapi apa cer pangantin lama yang dah nak expired date pulak yang kena.

  “pak imam mari?” pelawa papa kepada pak imam,jaga la kau Shahin,aku judo kau nanti.

“mari” pak imam naik kereta bersama dengan papa,aku melihat mereka semua beredar,malas betul nak bersua muka dengan Shahin,dah la naik satu kereta dengan dia,berdua pulak tu.Aku membiarkan Shahin yang sedang menanti aku sambil membukakan pintu kereta.

 “sayang,jom la!ke nak kahwin lagi?” soal Shahin menyakat,aku mendekati Shahin dan mencubit perutnya dengan kuat.

 “sakitlah sayang”

“siapa suruh buat lawak macam tu,malu la” marah aku geram.Shahin ketawa senang hati.

 “pakai baju apa,nak malu kenapa?”

“tak nak cakap dengan awak” ha,aku dah nak masuk mode merajuk ni.

 “sayang ni kalau merajuk bertambah-tambah cantik”

“dah lapuk ayat tu”

 “buat lagi mulut itik,nak D kiss ke?” soal Shahin sambil tersengih nakal.aku memukul lengan Shahin dengan kuat.

“sayang betul la dengan isteri D ni,jom kita pergi sakat pengantin baru pulak” Shahin memakaikan seat belt untuk aku dan dirinya lalu kami meninggalkan perkarangan masjid,niat dah salah nak pergi menyakat pengantin baru,baik niat nak pergi makan kenyang sikit perut ni,suami aku ni lain dari yang lain betul.

“lain kali kalau nak buat macam tadi jangan main terjah aje” aku bersuara tenang.

 “macam tadi?” soal Shahin blur.

“ya! Kat rumah papa tadi” aku bersuara geram.

  “aahh…that one! Tak surprise ke?” soalnya sambil tergelak,surprise tengkorak hang!

“tak langsung!”

  “alah,ingat sayang je pandai buat surprise party,D terel buat surprise kiss” Shahin mengangkat keningnya beberapa kali,saja la tu nak buat aku segan,not anymore ok! Aku tak heran langsung dah!

“D..” aku bersuara manja dan berpisat Shahin memandang aku,sempat lagi dia berhenti di bahu jalan,kenapa pulak ni?sawan ke?

  “apa sayang? D?” soalnya teruja,la,itu aje ke soalannya ingatkan berhenti sebab nak tanya jalan,aku tersenyumpuas,ingat dia je pandai surprise aku pun pandai jugak.

“ya,D lepas D,E,lepas E,F…”

  “sayang ni saja je kan?” Shahin kembali memandu seperti tadi ,hahaha,Shahin dah terkena lu dah kena sama wa!

“F,G,H,and I…I love you,D”  ujar aku penuh syahdu dan Shahin menghentikan kereta dia lagi sekali,nasib baik sebab lampu merah kalau tak memang dah kena hon wrestling kat sini.

  “sayang,meh sini nak peluk sikit” Shahin ni melawak ke apa? Takkan gembira sangat sampai macam tu sekali.Seven panggil Hadi Hubby jadi takkan aku tak boleh nak panggil suami aku ni D kut,lucu betul muka Shahin ni.

“dah hijau,jalan la”

  “alah,kacau daun betul! Kita qada nanti ya?” aku tergelak lagi,Shahin ni memang suka buat lawak selamba macam ni ke?Aku hanya mampu tersenyum dan membiarkan tangan aku menjadi milik Shahin lagi,dia tak rimas ke? Aku sendiri tak ada jawapan kepada soalan aku tu.Shahin Addin Syukran ni memang pelik.Aku ketawa lagi.

 

 

==========================

 

 

 

 

 

 

Pada malam resepsi perkahwinan abang yang gah dan gilang gemilang aku melarikan diri seketika daripada orang ramai yang terlalu ramai dan sesak.Aku cuba untuk mencari kelibat Shahin tapi tak dapat dijumpai di mana-mana,selalunya dia buat tangan aku ni macam harta dia tapi hari ni aku tak sempat pun nak bersua muka dengan dia,rindu la pulak,esok dah nak balik JB ni.

  “adik buat apa kat sini?” soal papa yang entah muncul dari mana,aku tersenyum manis lalu menjawab soalan papa.

“sesak sangat kat dalam,nak ambil fresh air kat luar ni.Papa buat apa?” soal aku pula.

  “papa hantar kawan papa tadi,dia tak sihat.” Aku hanyanya mengangguk faham,takde apa yang aku nak bualkan dengan papa tika ini.

  “mana Shah?” ha,soalan yang memang aku takde jawapan,kalau ikutkan hati aku nak tanya papa tapi papa dah tanya aku dulu,aku menjongket bahu.

  “rasanya tadi dia dengan kawan-kawan dia.papa masuk dalam dulu” aku senyum lagi dan mula melilau di kawasan laman,entah mana pergi suami aku ni?merayap je kerjanya.

“Asya,buat apa kat sini?” soal Kak Mila isteri Chai iaitu kawan baik Shahin,aku tersenyum sambil bersalaman dengan Kak Mila,Rafique yang berada didukungnya aku cuit manja,bukan main lagi dia ketawa.Comel betul geram pulak aku rasa.

  “cari Shahin,ke mana la orang tua tu hilang.Dah nak balik ke?” soal aku pula.

“ya,Rafique ni dah merengek nak tidur” Chai menjawab soalan aku sambil mengusap kepala anak sulungnya yang sudah berumur setahun.

  “Abang,bukan tadi Shah borak dengan abang ke?” Kak Mila bertanya pada suaminya dan aku hanya mendengar sahaja.

“haah,dia cari Asya.Tapi rasanya dia tengah cakap dengan Kimi dan Hadi kut”

  “oh,nanti la saya cari dia”

“kalau macam tu kami balik dulu” aku memeluk Kak Mila dan mencium si Rafique yang montel macam mama dia jugak,bukanlah montel cute gitu.Aku tesenyum lagi dan mencari kerusi untuk merehatkan betis aku yang dah lenguh tahap petala ni,pakai heels ni memang boleh membunuh tau.Aku yang jadi pengapit perempuan pun kena jalan banyak macam pengantin,siapalah yang nak urut aku malam nanti.

  “sayang!” suara Shahin yang jelas kedengaran ceria mengejutkan aku,dia ni memang nak aku mati sebab terkejut agaknya.Aku memandang Shahin yang sedang tersenyum ceria dapat hadiah bonanza ke senyum sampai ke telinga?

  “serata dunia D cari sayang,baru jumpa.Kat sini rupanya my little wife ni” serata dunia? Eleh satu KL pun tak lepas dahsyat sugguh bahasa yang dia gunakan.Aku tergelak kecil lalu memberi ruang kepada Shahin untuk duduk,memanglah tak muat sebab kerusi ni untuk seorang sahaja.

“ada apa Mr.Babysitter?” soal aku ringkas,dah lama tak panggil dia macam tu kan? Pelik pulak rasanya bila Shahin ni tak naik angin bila aku panggil dia macam tu.

  “rindu sayang,seharian tak jumpa tau nak puji sayang pun tak sempat.You are the most beautiful woman in this world” Shahin ni bila bercakap memang lebih manis sikit nanti boleh kena kencing manis aku sebab riak tak tentu pasal,hari-hari dia puji aku tak jemu ke?

“dah makan ke?” soal aku kepadanya,hairan bila Shahin menarik aku supaya bangun dari kerusi dan dengan selamba badaknya dia duduk dikerusi maharani aku,aku cop dulu kerusi tu suka hati je dia naik takhta aku!tak adil! Shahin menjatuhkan badan aku pada ribanya,ya Allah dia ni memang sengaja nak buat aku pakai natural blusher la tu,nasib baik kat sini takde orang kalau tak dah memang patah kerusi ni aku kerjakan.

“awak ni tak malu ke?” soal aku geram,Shahin hanya mampu tersengih dan dia mencium pipi aku dengan lama,beromantik salah tempat dan waktu betul mamat ni.

  “D dapat satu mata hari ni,one kiss one point and you must ready to fail” Shahin berkata riak,eleh sengaja la tu cari mata lebih dengan kenakan aku,lantak kau la Shahin,menang pun menanglah kalah pun aku tak rugi.Hahaha.

“D dah makan ke?” soal aku sekali lagi,dan Shahin ternyata berpuas hati dengan panggilan baru aku untuk dia,susah jugak nak sebut D tu walaupun aku dah belajar ABC sejak dua tahun lagi.

  “dah,sayang?”

“dah jugak,saya rasa memang saya dah kalah dalam game kita.Tapi saya tak pernah berhenti mencintai awak dan akan terus mencintai awak sampai bila-bila”  aku berkata dengan penuh semangat.

  “ok! D memang dah agak kemenangan ni jadi boleh D minta hadiah?” hah?sejak bila pulak ada hadiah yang dijanjikan ni.

“I’ll try.what?”

  “D nak dua hadiah” alamak,ni dah lebih ni,satu pun belum tentu aku dapat bagi dia dah minta dua,macam mana kalau dia minta kereta nanti,kalau kereta mainan tu aku mampu la nak hadiahkan.

“apa?”

  “first,D nak sayang panggil D”

“ok! Tapi kalau tersasul macam mana?” soal aku kepadanya.

  “second dulu” Shahin bersuara pula,dan aku hanya mampu mengangguk.Asyik nak guna kuasa veto dia aje no compromy mamat ni.

“second?”

  “D nak sayang kiss D kat sini” Shahin menunjukkan pipinya,aku mengeluh perlahan dan turutkan aje kehendak Shahin memang aku malu tapi terpaksalah sebab orang kalah memang kena hukum.Just a kiss.Kalau tahu boleh minta hadiah aku work hard untuk kalahkan Shahin.

“done!” aku berkata setelah mencium pipi Shahin,nasib baik dia minta pipi aje kalau dia minta lebihlebih aku rela sambung game ni dengan dia beberapa level lagi.

  “thank you! Kalau sayang tersasul terpanggil awak lagi,kena hukum kiss D,jadi be careful” Shahin berkata selamba,aku menggaru dagu yang rasa macam gatal pelik je,gigi aku ni pun rasa macam nak gigit orang je.Shahin memang dah lebih-lebih mentang-mentang aku dah daftar jadi isteri mithali seronok dia nak buli aku ya,aku batalkan pendaftaran baru tahu.sabar Asya,suami sendiri kut takkan nak lancar perang jugak.Memang kena banyak bersabar bila berdepan dengan Shahin ni.

  Majlis sudah selesai agak lewat dan semua orang sudah masuk ke bilik masing-masing untuk berehat termasuk juga aku,Shahin masih lagi seronok bersembang dengan abang ,papa dan ayah mertua abang.Lantaklah apa sekalipun yang mereka nak bualkan yang aku tahu aku nak tidur dan berehat,sengal semuanya urat saraf aku ni.

  Mandi dulu sebelum tidur,selesai sahaja aku mandi Shahin sudah berada di dalam bilik dan terkial-kial membuka butang kemejanya,aku mendekati Shahin dan membantu Shahin untuk membuka butang kemejanya yang degil sangat nak terbuka,hahaha.

  “wanginya sayang D” ujar Shahin sambil merapatkan badannya dengan aku,dah mula la tu nak buat episode seram sejuk dalam hidup aku.

“awak mandi dulu,badan dah melekit ni nanti gatal-gatal pulak” aku menghulurkan tuala kepada Shahin,kenapa tak nak berganjak ni?aku suruh dia mandi kan tadi.

  “awak? One kiss for tonight” Shahin tersenyum gembira,aduh!lupa pulak pasal tadi menyesal aku cakap dengan dia ni.

“pergi mandi dulu” aku menolak Shahin ke bilik air dan Shahin sudah tergelak bila rancangannya untuk mengusik aku telah berjaya.Sampai mati pun aku takkan menang lawan Shahin ni berapa akal yang dia ada sebenarnya?Seven tolonglah aku untuk tangani masalah ni,kalau tangani pun tak boleh kakini pun jadilah.Perangai Seven pun lebih kurang je,naya la kau Hadi,banyak homework kena buat.hahaha.

  Aku menyediakan pakaian untuk Shahin tidur dan aku juga dah sediakan segelas air suam di atas meja,memang tak larat dah mata ni nak tunggu Shahin selesai mandi sebab memang dah kenal sangat yang Shahin ni kalau mandi bukannya sekejap,lama macam mandi kereta pun ada,take your time la my husband aku nak melabuhkan tirai malam dah ni.

  Bila dah ready nak tidur semua mata ni jadi semakin luas pulak,aneh!Jenuh aku pejam mata tapi tak nak tertutup jugak,ni semua sebab tak langsai hutang kat Shahin ke? Shahin punya pasal la ni,hehe salahkan Shahin lagi.Shahin keluar dari bilik air dan segera mengenakan pakaian yang aku dah sediakan,setelah dia menyikat rambutnya dia melabuhkan badannya di sebelah aku.Mata aku kecilkan untuk melihat Shahin supaya tidak tertangkap belum tidur.

  “Ya Allah,besarnya lipas” suara Shahin yang kedengaran agak kuat membuatkan aku melompat ke atas badannya dan membuang selimut jatuh ke lantai,mana lipas tu?habislah dia dah masuk dalam baju aku ke?ibu,macam mana ni?

“mana lipas? Pergi main kat sunway lagoon jangan main kat sini” aku mengebas baju aku dengan kuat,harap-harap tak masuk dalam baju la kalau masuk pun silalah keluar dengan segera anti betul aku dengan serangga bernama lipas ni.

  “atas bantal tu” Shahin bersuara kalut dan aku memeluk badan Shahin dengan kejap,tak kisahlah Shahin ni dah jadi tilam sekalipun,beria-ia aku membuang bantal jatuh ke lantai dan dek kerana tindakan ganas aku, aku dan Shahin sama-sama jatuh di atas lantai.Sakitnya pinggang Shahin,padan muka!Yang dia gelak sakan tu kenapa?

  “mana ada lipas,D gurau aje” ujar Shahin sambil ketawa riuh,aku yang dah naik darah level bahaya geram je rasa nak tumbuk si Shahin ni,mengenangkan dia suami aku,aku biarkan aje dan aku cuba untuk turun dari badan Shahin.

  “nak pergi mana sayang?” soal Shahin mengusik.

“nak naik katil,nak tidur” aku melarikan tangan Shahin di belakang aku tapi Shahin dengan selamba memeluk pinggang aku dengan erat dan sekaligus merapatkan jarak antara aku dan dia.Dah mula la nak mengarut dia ni.

  “tidur atas D aje,tak best ke?” soal Shahin lagi,aku setuju betul-betul karang dia jugak yang menyesal nak tidur atas lantai yang sejuk ni,aku pulak yang ada kat atas krem pinggang tu nanti aku tak nak jawab dengan doctor.

  Aku mencium Shahin dipipi kanannya dan ternyata pelukan yang erat tadi bertukar menjadi longgar dan tak bertenaga jadi masa inilah yang aku guna untuk melarikan diri,selimut dan bantal yang bertaburan di atas lantai aku angkat ke katil dan terus baring dengan selesa.

“saya dah bayar hutang tadi,jadi jangan kacau saya tidur” Shahin yang mendengar arahan aku tersenyum lagi,asyik senyum je mamat ni tak sakit mulut ke?Shahin menongkat dagu sambil memerhatikan aku dengan asyik.

“apa lagi?” soal aku segan,dia ni dah aku cakap jangan kacau aku tidur lagi dia nak kacau tu kenapa?aku cakap bahasa ibunda negara lain ke tadi

  “comelnya sayang D ni bila ketakutan,nak tahu satu rahsia tak?” soal Shahin memancing aku untuk melayannya dan sekaligus membatalkan niat aku untuk tidur,memang tu je la taktik yang dia ada,dah selalu sangat aku terkena ingatkan apa yang rahsia sangat,kalau setakat rahsia dia curi makan kek aku tu aku dah tahu la.

“tak nak” aku berkata tegas.

  “nak cakap jugak,D tahu apa ‘alas meja’ tu sebenarnya” alas meja apa pulak yang Shahin cakap ni,ingat cerita Transformer ke kereta boleh bertukar jadi robot?Dah tu alas meja bertukar jadi apa?baju hujan ke?tak boleh bayang aku alas meja jadi robot,aneh!

“alas meja?alas meja tu isteri siapa pulak?” soal aku dengan soalan bodoh dan ternyata Shahin tak dapat cerna maksud aku.

“alas meja tu sebenarnya isteri siapa?” soal aku ringkas dan Shahin ketawa geli hati bila teringat drama sebenarnya saya isteri dia,apa punya isteri la tanya soalan macam tu.Gumam Shahin di dalam hati.Shahin membisikkan sesuatu di cuping telinga aku.

  “hadiah wedding kita dulu” hah!bila dengar macam tu gelabah tak senang baring la aku dibuatnya,Shahin tahu?malunya mana nak letak muka ni,aku menyorokkan muka di dalam selimut dan Shahin berusaha untuk mencari wajah aku,macam mana dia boleh tahu?

“macam mana D boleh tahu?”

  “erm,D surfing jenama ‘alas meja’ tu” Shahin ketawa lagi,suka sangat la tu boleh buat aku rasa malu tahap petala kesepuluh macam ni,aku meraup muka dua kali sebelum mencari keberanian untuk bersemuka dengan Shahin.

“so,what’s the point?” soal aku selamba.

  “saja,dahsyat betul ‘alas meja’ tu” Shahin ketawa lagi,aku mencubit perutnya dengan kuat sehingga dia mengaduh kesakitan,kedua tangan aku dia pegang dan akhirnya aku mengalah dan biarkan saja aku di dalam pelukan hangatnya,Shahin ni memang terel dalam idea nak kenakan aku.

“D” aku memanggil Shahin yang sedang membelai lembut rambut aku,tangannya aku jadikan bantal kalau dia kebas ke lenguh ke pandailah dia nak taruk mana kepala aku nanti.

  “erm”

“esok saya dah nak balik JB,D nak hantar saya?” soal aku lirih,sedih setiap kali mengenangkan yang aku terpaksa tinggalkan Shahin dan keluarga aku lagi,walaupun kami boleh sentiasa berjumpa dan berhubung seakan perasaannya langsung tak sama bila kita berbual sambil bersua mata.

  “mestilah sayang,kalau ikutkan hati nak aje D tinggal dengan sayang kat sana”

“saya pun,kalau ikutkan hati nak tinggal dengan D dan keluarga kat sini”

  “sayang tak terfikir nak transfer kerja kat sini?”

“mestilah terfikir,tapi saya orang baru jadi kenalah tunggu setahun dua dulu.Kalau ikutkan hati,esok juga saya nak minta transfer”

  “pandailah sayang,macam mana nak buat ni,sayang tak pergi lagi tapi D dah rindu”

“amboi!auta!” aku ketawa senang hati mendengar ayat Shahin,jiwang la sangat mengarut tu ada la.Memang orang bercinta ni banyak mengarut daripada waras.Dah sah-sah aku yang sedang tidur tepi dia sekarang ni dah kata rindu.

  “mana ada,betul-betul la” Shahin menegakkan apa yang dia cakap dan kami berperang mulut sambil bergurau senda sehingga kami sendiri tak sedar bila kami tertidur tapi aku pasti yang aku terlebih dahulu tidur berbanding Shahin.

 

  Lembut rambut Asya dibelai dan beberapa kali ubun-ubun Asya menjadi tempat singgahan bibir Shahin,dah macam R&R kepala Asya dibuatnya,bila kita terfikirkan yang kita akan ditinggalkan lagi walaupun untuk seketika rasa rindu itu sudah mula bersarang di dalam hati,walaupun dah berjumpa rasa rindu itu masih ada kerana kita tahu yang dia akan pergi lagi.

  “sayang,walaupun perpisahan yang singkat ini menguji perasaan D,D tetap bersyukur sebab D tahu yang sayang pasti akan kembali lagi.”

  “kalau rindu nak dengar suara boleh call,kalau rindu nak bersua muka boleh skype tapi kalau rindu nak peluk sayang?peluk teddy bear sayang pun dah ok,tapi,kalau rindu nak kiss sayang?takkan nak kiss teddy bear kut,buang tabiat!kalau rindu nak solat berjemaah dengan sayang?pergi JB la jawabnya”

  “takpelah,rindu D akan diutuskan melalui doa.Sayang ni betul-betul buat hidup D penuh tanda tanya tau,macam dah penuh tanda tanya kat kepala D ni,sayang sihat ke?makan apa? Tidur ke? Rindu D ke?buat apa?masak apa?takde buat apa-apa”

  “hebat betul kuasa Allah bila melahirkan rasa cinta antara suami dan isteri,walaupun cinta D mungkin tidak seagung cinta Rasulullah pada Siti Khadijah tapi D yakin yang cinta D ini ikhlas dari hati dan dengan izin Allah,walaupun cinta D tak mampu melawan cinta rasulullah tapi percayalah yang cinta itu sama,cinta suami kepada isteri dan dengan izin Allah dan pasti sekali mencintai kerana Allah”

“D,tak tidur lagi ke?” soal aku sambil menutup mulut yang menguap,dah macam badak lapar gayanya.Shahin masih lagi dengan mata yang terbuka luas sedang memerhatikan aku,aku melihat jam didinding dan sudah menunjukkan pukul lima pagi.Tak tidur ke suami aku ni?

  “sorry buat sayang terkejut.Jom kita solat tahajud sama-sama nak?” ajak Shahin ceria dan pastinya aku tak nak terlepas peluang keemasan macam ni aku bangun dan terus ke bilik air setelah kami selesai solat tahajud kami berbual ringkas dan aku suka mendengar cerita tentang zaman rasulullah dari Shahin.Azan subuh membuatkan kami terus sembahnyang subuh berjemaah.

  Selesai berdoa aku mencium kedua pipi Shahin seperti dahulu,Shahin juga melakukan hal yang sama,dia ni mana reti nak mengalah,kan?Aku yang masih lagi bertelekung merebahkan kepala Shahin diatas ribaanku,aku tahu yang Shahin belum tidur sejak semalam,entah apa yang dia buat aku sendiri tak tahu.Aku mencabut songkok Shahin dan bermain dengan rambut Shahin sehingga Shahin terlelap begitu juga aku.

  Sedikit pun aku tak pernah rasa terbeban dengan keputusan terburu-buru aku iaitu dengan meminang Shahin,dah macam kisah Siti Khadijah tapi Saidatina Khadijah meminang Rasulullah kerana peribadi rasulullah yang membuatkannya cinta dan sayang.Tapi kes aku dengan Shahin pelik dan dahsyat sikit,luar biasa pun boleh jadi jugak.Yang penting semuanya kerana Allah dan aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.

 

 

=================

 

 

 

 

 

“sayang,mana sayang letak phone D?” suara Shahin yang agak kuat cukup untuk membuatkan ibu,mak dan kak ipar aku ni terkejut.Memang dah kurang sangat dia nak bagi salam dulu sebelum menerjah orang.Kalau kat rumah sendiri nak melolong takpe la jugak,buat malu aku je.

“assalamualaikum,good morning,beautiful ladies and my sayang” aku menjeling Shahin yang sedang tersenyum ceria,memang dah expired date dia punya perasaan malu tu semua,kesian kat kak Zue aku ni yang baru sahaja mengenali Shahin yang perangai sukar dijangka ni.Di depan mereka semua pun selamba je dia peluk aku dan cium aku,memang teruk perangai dia ni,yang lain jadi tukang sengih je la kerjanya.

  “phone awak dalam laci kat bilik” aku memberitahu Shahin tentang nyawa keduanya itu,takde telefon macam tak senang duduk,gaya orang ada bisul pun ada,hahaha,doakan yang buruk tentang suami sendiri,teruk!

“sayang,you owe me one” ujar Shahin sambil meninggalkan dapur,ceh!silap aku lagi,dah semua mata nak tengok aku tu kenapa?Ayam dalam kuali tu dah nak hangus tak perasan ke?

 “hutang apa pulak ni?” soal Ibu sambil tersenyum,Kak Zue dan mak juga ikut sama tersenyum.

  “pisang emas dibawa belayar,masak sebiji diatas peti,hutang Shahin nak kena bayar,hutang apa adik pun tak reti” aku berpantun ringkas tetapi Berjaya buatkan orang dalam dapur ni tergelak ceria,pagi-pagi ketawa dapat jadi jamu tak tua-tua bukan jamu anak dara sebab kat sini dah berusia semuanya,hahaha.

“pandailah adik reka pantun” mak bersuara pula.

  “balas la mak”

 “pisang emas dibeli penjaja,baik kita sambung kerja” pantun ibu membuatkan dapur ini riuh dengan ketawa lagi,amboi bukan main lagi ibu ya,bertahun-tahun kat UK tak hilang keaslian melayu,dahsyat!

“pisang emas dimakan raja,pengantin baru senyap saja” mak membalas pantun pula kali ini ditujukan khas pada kak Zue,entah kenapa semua orang suka sangat dengan pisang emas hari ni,nak jadikan dessert agakya.

   “Zue tak pandai la Ibu,mak,adik” hush!jawapan selamat la tu.Aku hanya mampu tersenyum mendengarnya,memang kak ipar aku ni ayu sangat orangnya dan sangatlah beruntung abang aku dapat isteri macam ni.

  “tak aci,main tipu”

    “akak memang tak pandai berpantun ni”

 “menyanyilah kalau tak pandai” ujar ibu pula,kak ipar aku ni terus sahaja mengelak sayang sangat nak keluarkan suara emas dia tu,agaknya menyanyi untuk abang je kut.Huhuhu.

“siapa yang nak menyanyi?” soal abang yang baru sahaja muncul entah dari mana,tapi aku boleh agak yang abang ni baru aje bangun tidur lepas subuh,mungkin penat sangat dengan resepsi semalam.

  “sis in law la” aku mengangkat kedua kening aku dan abang memandang isterinya dengan pelik,mungkin abang rasa yang isteri dia ni pemalu sangat dan mustahil nak menyanyi kat sini,kan?

“really bie?” wow!Bie korang? Ha,jangan ingat orang yang workaholic dan gila business macam abang aku ni tak pandai beromantik,jangan pandang orang sebelah mata je and don’t judge the man with their suit.

  “awak ni” merah muka sis in law aku ni menahan malu,aku ibu dan mak hanya mampu tersenyum dengan gelagat pengantin yang masih lagi tersangat baru keluaran produk baru la ni,honeymoon pun tak pergi lagi.

 “abang,pukul berapa flight?” soal aku kepada abang,katanya nak honeymoon kat Istanbul,just go anywhere you want to because honeymoon can be great everywhere,even lombong bijih besi sekalipun.

“pukul 2 petang,Bie teman Hubby naik atas jap” bisik abang kepada isterinya dengan mesra,bisik la sangat kalau sampai telinga aku pun mampu tangkap apa yang dia cakapkan,mungkin sebab telinga aku ni macam piring astro ku sebab tu dapat dengar semua.

  “saya tak siap masak lagi ni,awak naik dulu nanti saya pergi”

 “pergi je la,Hubby nak discuss something la tu” suara ibu membuatkan sis in law aku dapat blusher lagi,tak sangka pulak aku yang ibu pun dengar apa yang abang bisikkan tadi,aku menekan perut menahan ketawa tapi bila abang datang menyuap aku dengan tomata terus terbatal niat aku untuk ketawa,main kasar nampak!nasib baik newlywed kalau tak memang dah kena.

“jom Bie” abang menarik tangan isterinya,aku tolong berdehem bagi pihak ibu dan mak yang hanya menumpang sengih,bertambah malu la isteri abang aku ni,best rupanya menyakat pengantin baru.

 Time aku kahwin dengan Shahin dulu mana ada orang berani nak menyakat kami sebab kami ni lebih bisa dan dahsyat,bila pasangan pengantin baru dah hilang datang pulak pengantin lelaki lama kat dapur ni,tadi time kak Zue yang terkena sekarang dah kena batang hidung aku.

  “sayang,biji tomato kat dagu ni,nak tanam ke?” soalan Shahin cukup untuk membuatkan ibu dan mak tergelak,kalau boleh tanam pokok kat dagu ni baik aku tanam rose wangi sikit,tanam tomato buat apa.Tangan Shahin membersihkan dagu aku yang dikotorkan oleh abang,main suap je mulut aku dengan tomato ingat aku ni kuda ke makan tomato.

“memang nak tanam pun,lepas ni jimat duit papa tak payah beli tomato lagi”

  “amboi,garangnya sayang,termakan cili padi ke?” soal Shahin lagi,dah la aku jadi bahan lawak kat sini,apa punya orang la Shahin ni.

 “jom sarapan,adik pergi panggil papa” aku memijak kaki Shahin dengan agak kuat sehingga berkerut dahi Shahin menahan sakit,padan muka baru puas hati aku bila dapat balas dendam dengan Shahin.

  “tu la Shah,ada je idea nak menyakat adik,sekarang dah kena” mak menasihati Shahin yang sedang menahan kesakitan.ibu dan mak bergerak ke meja makan dan menghidangkan nasi goring untuk sarapan hari ini,belum sempat aku ke bilik papa,papa dah turun ke meja makna

“papa,miss you so much!” aku mencium pipi papa beberapa kali dan aku pasti Shahin melihatnya,mesti papa pun naik kutu hairan kenapa dengan aku hari ni,rasanya memang dah terlalu lama aku tak bermanja dengan papa sibuk duk manjakan si Shahin tua tu aje kerjanya.

  “Rina,kenapa dengan little daughter abang long ni?” soal papa sambil memeluk bahu aku dengan mesra,ibu hanya menjongket bahu dan mak pun ikut sama menjongket bahu,dah berjangkit agaknya penyakit ni dalam rumah ni.

“adik dah nak ke JB kejap lagi jadi takde masa nak lepak dengan papa” lepak? Memang perkataan yang tak sesuai tapi aku suka guna perkataan tu,sempoi.Shahin mengambil tempat disebelah ibu dan mak abang dan kak Zue pun dah ikut sama kami di meja makan,setelah selesai baca doa kami makan sambil berbual rancak.

  “abang cepat-cepat bagi cucu kat papa,teringin sangat papa nak cucu” ujar papa kepada abang,kak Zue ni takhabis-habis nak segan kesian pulak aku tengok.

“kenapa tak mintak dengan Shah aje?” ujar abang pula,aku buat tak layan discussion mereka sekarang ni aku kena isi perut dulu sebab lepas ni memang dah kena bertolak ke JB ada urusan yang perlu selesaikan,kerja lagi!

 “apa pulak minta dengan Shah,abang yang dah tua” Shahin membalas ayat abang.

“bukan abang yang mengandung!” seloroh abang membuatkan meja makan ini riuh dengan tawa,kak Zue dah macam nak masuk bawah meja aku tengok,nak makan pun susah sebab malu.lelaki ni semua kalau nak discuss benda ni pergi la bilik mesnyuarat yang duk meeting kat sini kenapa.

  “tak kisahlah siapa dulu,yang penting papa dapat cucu cepat”

“ha!sebab tu la tujuan honeymoon! As fast as I can papa,no worry” ujar abang riak,bukan main lagi cakap dan Shahin pulak jadi tukang tolong gelak,kesian betul dengan kakak ipar aku yang tersipu ni,ibu dan mak hanya mampu tumpang senyum,lelaki ni bila dah datang angin mengarut dia tak kisah dah apa nak jadi sekali pun.Kaki aku yang tak berapa panjang ni aku sepak kaki abang dan Shahin dengan kuat sehingga mereka berkerut menahan sakit,ha,baru tahu sakit tu apa.

  Shahin memandang aku dan bercakap dengan isyarat mata yang dia tak bersalah tapi aku buat muka tak layan,entah kenapa dah turun satu anak tangga aku untuk menjadi isteri mithali hari ni,memang aku seronok dapat sakat kakak ipar aku ni tapi abang dan Shahin ni dah lebih,papa pun sama naik aje.

  Setelah semua pinggan dibasuh aku masuk ke bilik untuk mengemas barang untuk ke JB,berat hati sebenarnya nak tinggalkan semua ni tapi terpaksa jugak sebab kerja.Aku melihat Shahin yang sedang memerhatikan aku di satu sudut,dia ni memang selalu menambahkan beban dihati aku ni untuk bagi hati aku berat untuk pergi,terpaksalah sayang.

  “kenapa awak ni?”

“sayang hutang dengan D dua” Shahin menunjukkan jarinya dua batang,aku tergelak kecil,dalam keadaan macam ni pun dia masih nak tuntut hutang dia tu.Aku mendekati Shahin dan menarik dia supaya duduk dibirai katil,aku menyentuh kedua pipi Shahin dan menciumnya dengan lembut,bukan dua kali,empat kali aku bagi,free!

“boleh tak kalau sayang tak payah pergi?” lagi sekali,Shahin ni memang suka tanya soalan yang sama ke?adui,susah jugak dapat husband manja macam Shahin ni.

  “senang aje nak pergi,takde apa yang payah pun,naik teksi je” aku bergurau sikit dan Shahin mencubit pipi aku kerana geram dengan sikap aku yang tak ambil serius dengan kata-katanya.

“D hantar sayang,please”

  “D,saya dah panggil teksi tau,dah sampai pun kat bawah tu.D hantar abang pergi airport ok,JB tu dekat aje bila-bila masa pun D boleh datang”

“memanglah,tapi kat sini siapa yang nak temankan D,memang baba,ibu,mak,pengantin baru ada tapi tak sama kalau sayang takde”

  “Hadi ada!”

“Hadi? Sayang ni memang la suka main-main” aku tersenyum melihat Shahin yang tak termakan dengan lawak aku.

  “D jangan lupa jaga pokok bunga saya tau,penat saya belajar menanam bunga”

“pokok bunga jugak yang nak difikirkan,suami ni macam mana?”

  “my beloved husband,I never stop thinking about you,tapi pokok bunga tu semua kena fikir jugak”

“sayang,bila kita nak pergi honeymoon jugak? Jealous la dengan orang pergi honeymoon”

  “ke situ pulak,saya akan cari cuti secepat mungkin,jadi kita boleh pergi Jepun together-gether,ok?”

“promise me?”

  “promise you,my husband” Shahin ni memang dah parah betul,andai aku diberi pilihan memang aku nak sangat berada disisi Shahin selama-lamanya tapi aku juga sayangkan career aku sekarang,bukannya aku nak lebihkan career dari Shahin tapi aku suka dengan kerja aku sekarang,Shahin tu bukan je suka,sayang,kasih,cinta semua ada pada dia.

“jom turun,teksi dah lama tunggu,karang berasap pulak janggut dia” entah apa kaitannya aku sendiri tak tahu,Shahin membawa barang aku ke bawah dan memimpin tangan aku dengan sebelah tangannya lagi,memang kalah pengantin baru Shahin ni.

“Seven dah sampai JB ke?”

  “dah,Hadi yang hantar dia,D patut tengok muka Hadi tau;lagi teruk dari D ni” aku tergelak kecil,memang nasib Shahin dan Hadi agak sama,Cuma permulaan bagi mereka jauh lebih baik daripada aku dan Shahin.

“tu la pasal,seronok jugak dapat kenakan Hadi kat office nanti” Shahin ikut sama tergelak kecil,kesian Hadi awal-awal kahwin dah kena tinggal.

  “papa,adik pergi dulu” aku memeluk papa dengan erat.Pipi papa aku cium dengan lembut.

  “abang,akak,hopefully you get the best honeymoon ever” aku memeluk abang dan kemudian memeluk Kak Zue.

  “jangan lupa beli buah hati untuk adik satu,tolong pikat orang Istanbul pun boleh” aku berseloroh membutkan laman penuh dengan tawa,dehem Shahin yang kuat menambahkan lagi gelak mereka semua,saja je suami aku ni nak tambahkan perisa.

  “ibu,jaga diri baik-baik” aku mecium pipi ibu pula.

  “mak pun sama,jangan kerja keras sangat.” Giliran mak pula yang dicium.Macam la aku nak pergi lama sangat kalau lama pun seminggu dua je,hujung minggu nanti tejegul pulak muka aku,takdenya nak pergi jauh.Emotional betul la family aku ni memang menang award drama king and queen la.

  Shahin membukakan pintu teksi untuk aku,sempat pulak dia buat taklimat panjang untuk pemandu teksi yang dah berjuta jam pengalaman ini,sampai pemandu teksi ni pun tersenyum dengan gelagat Shahin yang terlampau risau,apa punya orang la.

“abang jangan drive laju sangat kalau penat rehat dulu,makan dulu ke.Make sure minyak penuh selalu dan jangan terlelap tau”

  “D,don’t worry ok,lawak la awak ni”

“D risaukan sayang aje”

 “jangan risau encik,insyaallah isteri encik saya akan hantar dengan selamat” bersemangat waja betul pemandu teksi ini meyakinkan Shahin,memang sah-sah Shahin ni kena gelak dengan orang dalam rumah,nasib baik aku tak naik flight kalau tak Shahin mungkin nak buat taklimat ringkas jugak untuk pilot tu nanti.Macam-macam la Shahin ni.

  “may I go now?” soal aku sambil tersenyum,dengan berat hati Shahin menangguk,aku memeluk Shahin dengan erat dan agak lama.

“jaga diri tau,call D every hour”

  “seriously?every hour?” soal aku terkejut.

“pastikan phone on selalu,D akan call nanti”

  “ok,take care of yourself well,I’m gonna miss you”

“D pun sama,D cintakan sayang” aku tersenyum lagi dan membiarkan Shahin mengucup dahi aku,aku masuk ke dalam teksi dan Shahin tolong pasangkan seat belt untuk aku.Lucu betul la Shahin ni.

  “pergi dulu,papa,ibu,mak,abang,akak,D” aku melambaikan tangan kepada mereka apabila kereta sudah mula bergerak,Shahin masih lagi berdiri di luar pagar menghantar aku pergi dan tak sampai lima minit aku pergi Shahin dah call aku,memang nak kena betul suami aku ni.

  “apa D?” soal aku dengan gelak kecil.

“sayang tertinggal watch,esok D hantar” ujar Shahin ceria,adui!Shahin ni memang sengaja betul nak susahkan diri dia.

  “saya pusing balik je la”

“tak payah,nanti lambat sampai JB,esok D pergi sana ok.Bye!” Shahin mematikan telefon dengan segera,tak faham betul aku dengan Shahin ni,lantaklah.

 “sayang betul suami puan kat puan” aku tergelak bila terdengar pemandu teksi berkata begitu,Shahin tu dah masuk level parah benar aku rasa.

  “dia tu memang macam tu,over sikit.Drama je lebih” aku ketawa lagi.

 

  “Shah ni teruk betul la,bukannya adik pergi jauh sangat pun” abang bersuara sambil ketawa.

“action je tadi,abang tak tahu perasaan berjauhan dengan isteri ni,nanti bila abang pergi outstation tahu la macam mana rasanya,kan papa?”

 “memang betul sangat tu Shah,lebih-lebih lagi pengantin baru ni”

  “berpakat nak kenakan abang la tu”

 “tak kan bergoyang pokok kalau takde angin dan takde sebab nak cakap kalau takde bukti,tengok je la macam mana abang nanti” papa bersuara mengusik,abang hanya mampu mencebik.

  “apa susah,angkut je la isteri sekali”

“kalau semudah ABC je kenapa perlu mengeja abang oi!”

 “betul!”

  “malas nak gaduh dengan Shah dan papa”

“pa,Shah nak balik rumah ni,esok Shah nak pergi JB” ujar Shahin tenang.

  “what? Adik pergi tak sampai pun setengah jam,Shah dah bercadang nak pergi sana?” soal abang terkejut.

 “betul ke Shah?nak ke sana esok?”

“betul la baba,Asya tertinggal watch dia,lagipun Shah ada kerja kat sana.Lepas hantar abang pergi airport Shah nak balik kemas barang sikit”

  “korang ni memang pengantin yang gila-gila la”

“well,every man need a tactic to stay close with their wife” Shahin mengangkat kedua keningnya serentak.

  “Shah ni memang tak diduga kan?ingatkan tak pandai taktik ni semua”

 “abang dah lupa ke yang Shah ni dulu playboy zaman sekolah” ujar papa pula,dan abang tergelak besar apabila mengingatnya semula.

  “lama ke Shah kat sana?”

“dalam empat hari macam tu,tapi area lain la bukan tempat Asya kerja,jauh sikit.Pedalaman katanya.Hadi pun ikut sama sebab kami dah discuss dengan client nak jadikan salah satu location travel kami,lebih lasak dan mencabar,Shah and Hadi nak pergi tengok lokasi la kiranya,kalau sempat jumpa Asya pun masa pergi dan balik je” Shahin bersuara serius,bila melibatkan career Shahin memang jauh dari karakter dia sekarang dan dia tahu mana satu kerja dan cinta.Walaupun dia dah jadi gila-gila sekarang tapi tak pernah sekali pun masa dia terabai dengan begitu sahaja,dan sikap mengada dia bukanlah bersahaja.Tak salah bermanja dengan isteri sedangkan romantic sendiri itu sunnah rasulullah,apa yang baik kita patut contohi,jangan hanya tahu bercinta tapi tak tahu membezakan mana yang pentingnya.Iateri itu pendamping suami dan rezeki juga perlu di cari,nafkah kepada keluarga perlu diberi.

 

 

 

================

 

 

 

 

 

Aku dah tak senang duduk bila terfikirkan keadaan Shahin yang masih berada dalam hutan,sepatutnya hari ini dia datang berjumpa dengan aku tapi dah petang ni dia tak datang lagi.Seven pun sama naik dengan aku tak senang duduk,mana pulak suami kami berdua ni?kalau nak call belum tentu ada signal.

  “kita call polis nak?” soal aku pada Seven.

“kita tunggu la beberapa jam lagi” ujar Seven pula,aku menggigit bibir dan melabuhkan punggung di sofa,memang aku sangat risau sekarang ni sebab kat sini hujan lebat sangat entah macam mana keadaan dalam hutan tu.

  “aku nak solat asar dulu”

“aku pun sama”

  Apa lagi yang mampu dilakukan oleh kami selain berdoa,memang merisaukan sebab dengan cuaca buruk macam ni,dalam hutan lagi bahaya betul.Apabila berdering telefon aku dan Seven serentak yang berada diruang tamu kami bergegas keluar dengan telekung sembahyang.

  “kami ke sana sekarang”  ujar kami serentak dan terus melulu keluar dari rumah,tapi nasib baik Seven sempat menahan aku dan menyuruh kami tukar telekung dulu,nasib baik Seven perasan kalau tak entah orang dakwah mana kami ni.Bergegas kami ke bilik dan bersiap ala kadar sebelum keluar lagi.

“nak pergi dengan apa ni?” soalan Seven membuatkan aku menggaru dagu,dulu ada kereta sekarang ni dah takde.Susah betul la.

  “teksi la”

“betul! Aku call teksi jap” aku mendail nombor pemandu teksi yang kami kenali,entah macam mana keadaan suami aku dengan suami Seven sekarang ni,harap-harap selamat la.

  “pak cik,hospital” aku memaklumkan kepada pemandu teksi itu dan kami bergegas ke sana dalam keadaan hujan yang lebat macam ni,harap jalan tak jam.Seven tak putus-putus berdoa sejak tadi.

  Sebaik tiba di perkarangan hospital aku dan Seven terus turun dari teksi dan meredah hujan yang semakin menggila,nasib baik aku dan Seven ni ada power berlari jadi takdelah basah sangat.

  “sayang!” suara Shahin yang kedengaran ceria menghilangkan terus resah di dalam hati,sihat walafiat je suami aku ni,Hadi yang kat sebelah pun sihat je aku tengok siap boleh berlari dapatkan isteri dia ni.Aku mendekati Shahin yang hanya tersenyum ceria di bangku menunggu.

“awak ok? Terkejut saya bila ada polis call cakap awak ada kat hospital”

  “D ok je,kawan D yang masuk hospital sebab terjatuh dari cerun” lega betul aku dengar,lega Shahin selamat tapi tak bermakna aku tak bersimpati dengan kejadian menimpa kawan Shahin itu.

“so,how’s he?”

  “doctor cakap kaki dia patah,yang lain ok je”

“allah,lain kali tak payah nak masuk hutan lagi.Kerja dekat luar hutan sudah la,risau tau!”

“senyum pulak,saya serius ni!nak mati bila dengar awak masuk hospital” aku memarahi Shahin yang ambil tak serius dengan apa yang aku cakapkan,nasib baik tak putus saraf aku risau,dan nasib baik jugak aku sempat salin telekung sembahyang tadi kalau tak sia-sia je jadi hantu kat hospital ni.

  “sayang jangan la mati,nanti D sedih” ujar Shahin pula,dia ni aku tendang karang cakap aku isteri derhaka pulak,air mata aku bergenang ditubir mata dan tunggu untuk mengalir sahaja,tak mengertikah Shahin yang aku tak boleh nak survive kalau dia tiada disisi aku,memang la manusia perlu makanan dan minuman untuk hidup tapi aku tetap juga perlukan keluarga dan suami aku ni.Cukup sekali aku ditinggalkan tak perlu ditinggalkan lagi.

“awak memang tak fikirkan saya kan?saya risaukan awak tapi awak boleh pulak main-main,awak ok kan?jadi saya nak balik” aku melarikan tangan Shahin dari pipi aku,dah dia suka sangat nak main-main jadi kita biarkan je.Aku berjalan meninggalkan Shahin,Seven dan Hadi yang melihat aku pergi memandang Shahin.Shahin sepertinya lost word untuk mengatakan sesuatu pada aku.

  Air mata semakin laju mengalir,aku risaukan dia separuh nyawa tapi dia selamba je buat lawak dengan apa yang aku cakap,tak cukup jelas dan ikhlas ke apa yang aku sampaikan tadi,yang aku sensitive sangat ni kenapa?kacau daun betul la!

  “sayang,I didn’t mean it,please” rayu Shahin sambil memegang erat tangan aku,aku mengelak untuk bertentang mata dengan Shahin,sebab aku ni nak merajuk lama-lama tak pandai jugak,jom kita tengok taktik Shahin dalam memujuk aku.

“apalah saya kan? Kalau saya risau pun bukannya bermakna pada awak”

  “sayang,D tak nak bagi sayang risau tu je”

“kalau macam tu tak payah risaukan saya,saya boleh jaga diri saya sendiri dan saya takkan ambil tahu pasal awak lagi”

  “sayang,D minta maaf.”

“saya nak balik” aku melepaskan tangan daripada tangan Shahin,tapi Shahin tetap memegang aku kejap dan menarik aku ke dalam pelukannya,bahu aku rasa kehangatan ciuman Shahin,Shahin ni memang la melemahkan aku.

  “sayang,macam mana nak cakap ni?” rasa nak tergelak pulak bila Shahin bertanya pada diri dia sendiri.

“tak perlu cakap apa-apa,saya tak nak dengar apa-apa dari awak” huhuhu,jahat betul aku ni,padahal nak suruh Shahin terus pujuk aku sebab dah lama sangat tak rasa pujukan dari suami,selalunya aku je yang duk pujuk dia.Jual mahal sikit biar dia tahu laut tu masin ke tidak.

  “kalau macam tu baik sayang doa D jadi bisu je,sayang nak ya risaukan D dan tengok D terlantar sakit kat hospital?” aik,lain macam je soalan,sekarang ni dia pulak ke yang nak merajuk,bijak pulak dia ni nak merajuk sangat.

“saya nak balik!” aku bertegas akhirnya,takkan la aku nak doakan macam tu kat suami aku ni,kalau dulu mungkin ya tapi sekarang tak lagi.

  “kalau macam tu D pergi baring dalam ward la,sayang datang jenguk D ok?” Shahin mengutarakan cadangan tak matangnya,aku memang dah tak boleh nak tahan gelak sekarang ni,Shahin berjalan sambil melihat aku dan dia betul-betul nak masuk ke dalam sebuah ward.

“saya nak balik,dengan awak!” aku berkata akhirnya dan Shahin tersenyum puas,dia mendekati aku semula dan memeluk aku dengan erat,kalau macam ni la perangai Shahin memang tak boleh nak marah dia lama-lama,air mata pun boleh jadi kering sekelip mata je.

  “jom!”

“jom,awak kena mandi,tukar baju yang basah ni nanti demam pulak”

  “ok!D suka sayang risaukan D tapi kalau risaukan D sampai memudaratkan sayang baik tak payah,D pulak yang risau bila tengok muka sayang pucat sangat tadi.Nasib baik D ok je kalau tak sayang mesti dah risau teruk”

“ya lah! Mana boleh lawan awak ni”

  “tahu pun,sayang ni boleh tahan jugak kalau merajuk”

“awak lagi dahsyat tau,entah siapa yang ajar awak merajuk ni”

  “belajar dari sayang la,dulu kalau D merajuk pun D sendiri yang pujuk sebab tahu sangat yang isteri D ni tak ambil kisah pun,bila sayang suka pujuk D rasa seronok pulak merajuk ni”

“seronok? Jangan sampai keterlalaun sudah la,nanti saya muak”

  “muak? Dengan suami sendiri?”

“well,who knows”

  “jadi kalau nak merajuk pun kena kreatif jugak,baru sayang tak muak,kan?”

“tengoklah macam mana”

  “sayang,lima belas kali” apa pulak yang lima belas kali ni?

“apa?” soal aku pelik.

  “kisses ,dari tadi sayang asyik panggil awak je” Shahin tersenyum senang,aku pulak yang terlopong ternganga sekarang ni,dari tadi dia duk bilang semua tu.Kurang asam betul dengan mamat ni.

“malas nak cakap dengan awak”

  “enam belas!” aku tergelak kecil melihat Shahin,jangan la anak aku nanti ikut perangai Shahin yang kuat berkira ni.Sepatutnya dia bagi aku masa untuk biasakan diri dengan memanggil dia D bukannya terus jatuhkan hukuman,susah jugak suami macam ni.

“discount 50% ok?”

  “nope!”

“40%?”

  “no!”

“30%?”

  “no..”

“20%?”

  “no,no”

“10%?”

  “no,no,no”

“kedekut!” aku berkata keras,Shahin tergelak melihat aku yang memuncung geram,suka la tu boleh buat aku geram.

  “that’s the deal!”

“whatever,saya takkan bagi satu pun,never!” aku berkata tegas dan Shahin hanya tergelak kecil,dia ingat aku main-main ke?aku ni tak cakap kosong tau,I mean it!

  “it’s ok,mungkir janji tu tak amanah,tak amanah tu berdosa…” berpisat aku melihat Shahin yang tersenyum kemenangan,dia ni memang sengaja kan?

  “sayang,lapan sebelah sini dan lapan lagi sebelah sini,sikit je” Shahin menunjukkan kedua belah pipinya,kalau dia memang suka sangat boleh kiss aku tapi aku sekarang ni ada level malu tahap lapan,memang malu nak buat semua tu.

“ok!”

  “really?yay!”

“but!”

  “but?”

“you can’t kiss me even one!deal?” Shahin terkejut,ingat businessman je pandai buat offer,accountant lagi biak dalam menangani isu untung ni.Ha,nganga luas sikit biar muat bola ping pong dalam mulut dia tu.Ada hati nak bergaduh dengan aku,toleransi tu penting dalam semua perhubungan tau.

  “mana aci!”

“do I care? Take it or leave it?”

  “50-50?”

“tak boleh!”

  “discount 50%?” Shahin pula membuat tawaran,aku dah nak gelak besar ni.

“no!”

  “kalau D kiss je bukannya sayang boleh buat apa pun” Shahin mengugut aku pula,betul jugak,macam la aku mampu nak tolak dia ni.

“boleh! Saya takkan balik rumah kita lagi,kalau balik KL saya nak stay rumah papa je”

  “tak aci!”

  “ok,sayang boleh kiss D berapa je sayang nak,D pun sama”

  “macam berat sebelah je,tapi ok je la”

“yes!” Shahin mencium pipi aku,masyaallah budak ni,dah la dalam hospital ramai orang pulak tu,tak tahu malu betul orang tua ni!

  Aku dan Shahin ke rumah sewanya dan aku pasti Hadi akan ke rumah sewa Seven,memang macam tu la yang sepatutnya tapi aku tak kisah pun.Aku turun ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk kami berdua,makan tu penting dah la perut ni dah meraung minta makanan tadi boleh pulak perut ambil cuti sebab risaukan Shahin.

  “sayang!masak apa?”

“mee goreng.”

  “bau macam sedap je,dah pandai isteri D masak sekarang ya,alhamdulilah”

“ni semua Afie dan Nur la yang ajar dulu,saya dan Sev belajar je,tak pernah try pun”

  “so,this is your first try?”

“nope!second” Shahin mengangguk faham dan dia menolong aku menghidangkan apa yang patut,setelah itu kami duduk dan makan bersama sambil berbual rancak.Setelah selesai makan Shahin membantu aku membasuh pinggan pula,untung dapat suami yang serba rajin ni.

“thanks for your help” aku mencium pipi kanan Shahin dan seperti biasa dia tersenyum ceria,masih berbaki dua hutang aku pada dia,memang kami dah capai kata sepakat tapi aku rasa perlu untuk aku membayar hutang aku pada Shahin,bukannya hutang budi dibawa mati pun,hahaha.

  “sayang,meh duduk sini” Shahin menarik tangan aku supaya duduk disebelahnya yang sedang melihat sesuatu dari dalam laptop.Aku turutkan aje permintaan Shahin dan bila aku melihat skrin utama laptopnya iaitu gambar perkahwinan kami berdua aku tersenyum sikit.

“dah lama gambar ni jadi wallpaper D?”soal aku berminat,entah sejak bila kan?sebab aku tak pernah sempat nak siasat dia punya laptop,phone tu dah memang kerap sangat.

  “dah lama,since first day our marriage” jawab Shahin tenang sambil mencari sesuatu dalam laptopnya,dah lama,kali ini aku senyum sampai ke belakang kepala,aku je yang tak pernah berminat nak buat semua tu,laptop aku punya wallpaper pun gambar family besar aku,habis idea sangat gambar member aku la.Baik betul suami aku ni.

  “tengok ni” tunjuk Shahin kepada aku,aku melihat folder yang tidak bernama itu,what?semuanya gambar aku tapi bila pulak dia ambil semua ni.Dari aku tak bertudung lagi dan ada jugak gambar aku yang dah bertudung,ada jugak gambar aku time aku single and available.Pencuri!hahaha…

“D! ni gambar bila ni?”

  “masa first time sayang sampai Mas”

“really? Tak perasan pun D tangkap gambar”

  “D pun tak perasan,bila D periksa balik ada gambar sayang,masa tu kita berdua ni tak sebulu jadi D terfikir jugak nak delete tapi bila tengok balik lucunya muka sayang masa tu” Shahin ketawa senang hati,aku dah menarik muncung mahu tak geram gambar aku tengah sakit hati dengan dia tu.Aku melihat gambar yang lain pula dan kebanyakannya gambar candid aku la.Boleh saman ni atas pencerobohon hak peribadi.

“ni gambar saya snap sendiri,lupa pulak nak padam”

  “gambar kat PD kan? Gelak besar D bila tengok semua ni”

“hadui,buat malu saya je”

  “takde yang malunya,terkejut jugak D bila tengok ada video birthday D dalam ni,masa D stay kat Interlaken dulu tak pernah sekali pun D berhenti dari rindu dan fikirkan sayang.Cammy ni dah jadi peneman D ke mana aje” Cammy tu kamera dia la,orang lain bela kucing dia bela kamera,pelik sungguh

“saya minta maaf,saya ikutkan hati sangat masa tu”

  “D tak pernah salahkan sayang dan tak perlu sayang minta maaf,masa tu D dah decide kalau sayang ikut D pergi atau tak izinkan D pergi D akan berterus-terang yang D dah lama cintakan sayang” aku mendengar bait-bait ayat Shahin dengan hati yang tenang dan terharu,andai dapat aku putarkan masa balik,pasti keadaan kami dah lama berubah tapi aku tetap bersyukur walaupun agak terlambat tapi masih lagi sempat

“saya tak tahu nak cakap apa”

  “sayang ni,kemain lagi D tunggu sayang cakap sesuatu tapi lain pulak yang D dapat” aku tergelak kecil mendengar keluhan Shahin,tapi aku merapatkan kepala aku pada dada Shahin.Sangat bersyukur kerana aku dapat kesempatan ini sekarang.

“saya sayang,sayang,sayang,sayang,saaaayang awak”

  “D laaaaagiiiiiiii sayang,sayang”

“malaslah nak fight dengan D pasal benda ni”

  “sekarang sayang dah banyak berubah,dulu bukan main lagi nak gaduh dengan D,jarang sangat nak mengalah tapi sekarang ni dah pandai mengalah ya?”

“kenapa?D suka saya jadi keras kepala ke?”

  “takdelah,kalau dulu sayang keras kepala,sekarang sayang ni dah jadi manja”

“bukan dulu lagi D label saya manja?”

  “yup! Tapi manja yang cute”

“pandailah D,D pun dah banyak berubah.Dulu jangan harap nak puji saya asyik nak kutuk je kerjanya”

  “kutuk di mulut je,tapi puji di dalam hati” Aku tersenyum mendengar kata-kata Shahin,kalau bahagian auta bagilah kat Shahin yang suka sangat berbohong sunat ni.

“saya dah dapat cuti,empat hari je tu pun lagi dua minggu la”

  “really?Japan kami datang!” jerit Shahin ceria,nak tercabut gegendang telinga aku.

“jiran dengar la”

  “ops! Excited sangat,sorry neighbourhood” aku hanya tersenyum melihat gelagat Shahin dan aku membiarkan Shahin memandang aku dengan mendalam.Aku hanya memerhatikan tingkah Shahin yang masih lagi teruja dan gembira dengan berita aku tadi.Lama kami bertatapan dan Shahin dengan lembut menarik aku ke dalam pelukannya.

 

 

==================

 

 

 

 

Setibanya kami di rumah setelah pulang dari Jepun disambut dengan senyuman dari semua ahli keluarga.Papa yang menjemput kami drariairport kelihatan sangat teruja dengan kepulangan kami walaupun kami hanya pergi selama tiga hari dua malam,papa ni action lebih la.

  “malam nanti kita makan besar ok?’ soal ibu yang teruja melihat buah tangan dari kami dan aku tak mampu nak berkata apa lagi selain daripada tersenyum gembira,Shahin yang jelas kepenatan tetap mengukirkan senyuman.

“pa,ibu.adik dengan Shah nak naik rehat kejap” aku memaklumkan kepada mereka semua,padahal kalau ikutkan hati aku nak je duk lepak kat situ tapi bila tengok suami aku yang dah tak larat sangat aku ambil keputusan untuk beredar.

  “pergilah,mak dan ibu nak sambung masak ni” ibu bersuara mengizinkan kami,aku memandang Shahin yang sedang tersenyum pada aku,aku membawa bagasi kami keatas dan Shahin yang sedang memeluk bahu aku beriringan ke bilik,gaya dia ni macam lepas tolak kapal terbang je.

“thanks sayang” ucapnya sebaik tiba di dalam bilik,aku meletakkan jaket kami di atas kerusi dan aku mengambil tuala lalu menyerahkannya kepada Shahin.

  “pergi mandi,lepas mandi boleh la rehat” Shahin yang tak banyak cakap ikut aje apa yang aku suruh dan aku mengasingan baju kotor untuk dibasuh terlebih dahulu,buah tangan untuk kawan-kawan aku pun aku dah asingkan,rindu pulak nak jumpa dengan mereka semua..

  Pakaian untuk Shahin aku sudah sediakan diatas katil dan ke biliksebelah untuk mandi,Shahin ni kalau mandi lama gila mahu habis air dalam tangki jadi lebih baik aku mandi dulu sebelum air habis,hahaha.Aku mengambil pakaian aku dan terus ke bilik air.

  Setelah selesai semuanya aku turun ke dapur untuk menolong apa yang patut walaupun aku tahu yang takkan ada benda yang aku boleh buat selain daripada potong sayur dan menyemak.

  “adik buat apa kat dapur?pergilah rehat” suara mak terus kedengaran bila aku mencecahkan kaki ke dapur,alah mak ni macam tak kenal aku ni,walaupun dah berjalan jauh walaupun naik kapal terbang sebenarnya aku ni jenis yang tak tahu penat,lainlah Shahin tu.

“adik ok je,Shahin tu aje lembik,macam dia kena tolak kapal terbang je gayanya”

 “amboi,kutuk anak ibu ya?” alamak,lupa pulak yang Shahin ni ada back up singer yang sejati,aku menjuihkan bibir dan tersenyum memandang mak yang tersenyum melihat kami.

“itulah kebenaran yang tak boleh diubah” aku bertegas pula,tak kisahlah tak nak kalah dengan ibu yang selalu sangat backing menantu dia tu.Mak menggelengkan kepala sambil meneruskan masakannya yang telah terganggu dengan kehadiran aku,macam nyamuk je aku ni asyik duk kacau orang je kerjanya.

  “Shah tak sihat ke adik?” soalan mak buatkan aku dan ibu berpaling melihat mak yang sedang berkerut,kenapa dengan Shahin?dia memang tak sihat ke? Sebab sejak atas kapal lagi dia hanya senyum dan senyap je,aku rasa dia penat sebab duk berlari tepi tasik kat taman sakura tu.

“entah,mungkin penat sangat kut,habis tanah dia jelajah kat jepun tu”

 “muka Shah pun pucat aje,adik pergi la tengok keadaan Shah” aku mengangguk dan berlari ke bilik,tapi sempat bergurau dengan abang dan isterinya,dalam rumah pun bukan main romantic lagi,berlawa tu nak keluar dating la tu.

“dating baik-baik abang” aku mengenyitkan mata sebelum menyambung larian aku,aku membuka pintu bilik dan melihat Shahin yang sedang lena dengan nyenyaknya,memang muka Shahin Nampak sangat letih dan tak bermaya,aku melabuhkan punggung disebelah Shahin dan menyentuh dahinya.

“tak panas pun” maknanya dia ni tak demam,memang penat sangat kut.

  “Asya…” dengan lemah nama aku meniti dibibir Shahin,mengigau ke mamat ni,nak kata tidur tak basuh kaki tadi dah mandi seluruh badan,rambut pun basah lagi ni,aku tersenyum melihat mulut Shahin yang terus bergerak-gerak,nama umi dan babanya juga bermain di bibirnya,entah apa yang dia mimpikan.

  “sayang…” aku memandang muka Shahin,matanya dah terbuka luas,aku membetulkan duduk dan meletakkan kepala Shahin diatas ribaan aku,senyuman aku membuatkan dia tersenyum pula.

  “promise me something?”

“apa?”

  “sayang takkan tinggalkan D” aku tergelak kecil,walaupun tak kelakar dan lucu tapi aku gelak jugak,bukan apa sebab aku tak tahu macam mana nak bagi respon sebenarnya.

  “promise me,please”

“saya nak pergi mana?saya ni isteri awak,pemilik tulang rusuk awak jadi saya akan selalu disisi awak,kalau tak pinggang awak runtuh nanti” Shahin tergelak mendengar apa yang aku cakap.

  “pandailah sayang buat lawak”

“lawak ke?tak rasa nak gelak pun”

  “kalau pelawak yang gelakkan lawak dia sendiri tak waras namanya”

“jadi D nak cakap yang saya tak waraslah?” kurang asam betul punya suami.

  “sayang tak gelakkan tadi? Jadi sayang ni waras la”

“betul jugak! D ok tak?tak sedap badan ke?”

  “entah,tak pernah pulak makan badan sendiri,tak tahu la sedap ke tak” seloroh Shahin selamba membuatkan aku rasa geram,suka sangat main-main mamat ni.Aku karate karang menyesal kemudian tidak berguna.

  “D ok je,penat sangat kut”

“D rehat la,saya nak turun dapur nak tolong ibu dan mak masak” Shahin mengangguk faham dan aku kembali semula ke dapur untuk memberi laporan kepada dua ibu aku ni.

 

“banyaknya lauk,kita ada tetamu ke pa?”  Asya bertanya kepada papanya yang sedang membantu ibu menghidangkan makanan,Shahin yang berdiri disebelah Asya juga tepukau dengan lauk pauk yang serba mewah diatas meja,semua orang kelihatan sibuk menghidangkan makanan.

  “ada tetamu istimewa” abang menjawab bagi pihak papa,sebab dia sorang je yang duk goyang kaki kat ruang tamu sambil tengok orang buat kerja,hampeh betul abang ni.

“siapa pa?bini baru ke?” soalan aku membuatkan papa dan ibu terbatuk,abang dah bantai gelak mendengar soalan aku,saja je sebenarnya nak menyakat papa.

 “mengarut la adik ni”

  “sayang ni ada ke tanya macam tu?” Shahin back up kaum adam Nampak,

“dah papa beria-ia sangat turun padang malam ni,sebab tu adik syak macam tu”

 “papa dah lama dah buat kerja sampingan ni,lagipun abang dah takeover syarikat jadi banyak masa papa kat rumah”

“oh,kiranya ni memang kerja harian papa la ya”

 “lebih kurang macam tu la” jawab papa tenang.

“hidangkan aje tak cukup pa,kalau basuh pinggan Nampak sikit effort”

  “adik ni saja je nak kenakan papa ya?” soalan ibu membuatkan aku menayang sengih panjang,Shahin hanya mampu tersenyum dan join group abang,group goyang kaki tayang mata namanya.

 Bunyi loceng pintu membuatkan semua orang teruja,abang yang akhirnya meringankan kakinya untuk membuka pintu,hanya itu jasa yang dia dapat buat untuk meringankan beban orang lain,tetamu yang dijemput masuk ke dalam rumah dan membuatkan mata Asya terus terbuka luas.yang pasti dia tidak mengenali wanita yang sedang berdiri sambil tersenyum melihatnya tapi dia dapat mengagak siapakah wanita itu,sepertinya dia melihat dirinya sendiri bila dah tua nanti.

  “apa Datin, or maybe Puan Sri buat kat sini?”soal Asya sinis dan sangat mengejutkan semua orang disitu,bukan isteri baru papanya tapi bekas isteri papanya,dan pasti lelaki yang berkaca mata itu adalah suaminya yang baru dan perempuan yang bertudung yang tinggi lampai itu pasti anak perempuan mereka.

“adik,papa tak ajar adik cakap macam tu,she’s your mom” suara papa kedengaran tegas dan Asya pasti papanya sedang marah dan tak bersetuju dengan sikap kurang ajarnya.

  “mom? Of course she’s her mom” Asya ,menuding jari pada perempuan di sebelah mamanya.

“adik!” suara papa memetir dan menggelamkan suasana sunyi pada waktu malam,semua orang terkejut dan Asya buat pertama kalinya rasa diherdik oleh papanya mengalirkan air mata dengan laju,Shahin cuba untuk menenangkan Asya yang sedang menangis,yang lain hanya mampu memandang dengan pandangan sayu.

“Zam,kenapa marahkan adik?dia tak salah dan memang saya tak layak untuk jadi mama dia” Datin Jasmin turut mengalirkan air mata melihat anak perempuannya sedang menangis,pilu dan sakit betul bila insan yang sangat dia rindui dan sayangi sedang bersedih.

“that’s good,all of you may leave now” Asya bersuara dalam tangisnya.

  “adik,this is my house and you can’t do that”

“it’s ok,kami minta diri dulu”

  “no,adik,you must behave and respect your mom”

“no way! I already have ibu and mak,I don’t have any one more”

  “adik,papa tak suka adik buat macam ni”

“fine,adik boleh keluar,lagipun ni rumah papa kan?” Asya naik ke bilik untuk mengambil tas tangan dan ternyata semua orang terkejut dengan tindakannya,kedegilan Asya memang sangat tidak dijangka dan perangainya berubah seratus peratus,Shahin mengekori langkah Asya dan cuba untuk menghalangnya tetapi Asya tetap berdegil.

 “leave me alone!” Asya merentap tangannya dari tangan Shahin dan berlari menuruni tangga lalu keluar dengan keretanya meninggalkan perkarangan rumah,semua orang ternyata tidak dapat membuka mulut dengan situasi sebegitu.Papa Asya juga sepertinya menyesal dengan tindakannya dan cuba untuk menghalang Asya tetapi langkahnya lebih laju.Mamanya dan keluarganya turut sama bersedih bila Asya langsung tidak dapat menerima mereka malah membenci dirinya.

  Dalam keadaan yang tidak terkawal itu Shahin tiba-tiba pengsan dan terjatuh dari tangga sekali lagi semua orang terkejut dan melihat Shahin yang sudah tidak sedarkan diri dengan darah yang banyak,luka dikepala Shahin sangat dalam,Haziq mendapatkan Shahin dan segera menelefon ambulan,semua orang sedang bimbangkan keadaan Shahin.

  Kereta Ziad yang berada di luar pagar rumah Asya terus mengekori kereta Asya yang bergerak laju dan sangat berbahaya,setelah beberapa minit mengekori kereta Asya akhirnya kereta itu berhenti dan Asya keluar dari kereta lalu menghempas pintu keretanya dengan kuat.

  Ziad bergegas keluar dari kereta dan mengekori langkah Asya dengan senyap,entah apa yang Asya fikirkan saat ini yang dia tahu dia perlu pastikan Asya dalam keadaan selamat.Asya langsung tak menghiraukan orang awam yang sedang melihatnya sedang menangis.

  ‘promise me,sayang takkan tinggalkan D’ suara Shahin dan janjinya pada Shahin membuatkan Asya sedar,dia tak patut menghukum sesiapa diatas tindakannya dan dia tak sepatutnya keluar tanpa izin Shahin.Asya membuat keputusan untuk berpatah balik tapi belum sempat dia berpaling seorang lelaki yang bertubuh sasa merempuhnya dengan kasar sehingga dia tidak sedar apa yang telah berlaku pada dirinya.

  “Kak Mai!!!” suara Ziad yang bertempik mengejutkan semua orang disitu,tika itu Asya telah terjatuh setelah dilanggar oleh seorang peragut,Ziad dengan cepat mendapatkan Asya yang sudah dikerumini oleh orang ramai,keadaan Asya yang sudah tidak sedarkan diri membuatkan Ziad resah dan gelisah,Ziad mengangkat Asya ke keretanya dan terus menuju ke hospital yang berdekatan.

 

 

=================

 

 

 

 

 

 

Semua orang sedang mundar-mndir di depan bilik ICU untuk menunggu berita dari doctor yang sedang merawatnya dah berjam lamanya tapi keadaan Shahin masih lagi jadi misteri pada mereka dan perasaan risaukan keadaan Shahin bertambah bila Asya tak dapat dihubungi.

  “papa,jangan risau sangat.Jaga kesihatan papa” Haziq menenangkan papanya yang ternyata resah dan gelisah mungkin juga termasuk rasa bersalah kerana menemukan Asya dengan mamanya saat dia belum bersedia untuk menerima kehadiran ibu kandungnya.

 “semua ni takkan jadi kalau papa tanya pendapat adik dulu,papa selalu je ikutkan apa kata hati papa tanpa memikirkan perasaan adik”

  “papa,ini semua takdir.Papa tak bersalah dan janganlah papa salahkan diri papa”

“betul apa yang abang cakap,takde siapa yang salah dalam hal ni”

 “semuanya salah abang long,kalau tak semua ni takkan terjadi,adik takkan pergi dan Shah takkan gaduh dengan adik” menyesal yang teramat sehingga tiada kata-kata yang dapat menggantikan keadaan itu.Penceraiannya dengan bekas isterinya bukanlah satu doa tapi itu semua adalah takdir.

  “papa,semua ini takdir”Haziq terus menenangkan papanya dan isterinya pula sedang menenangkan ibu dan mak yang sedang resah dan risau dengan keadaan Shahin dan Asya.

 “doctor dah keluar” semua orang mendapatkan doctor itu dan penjelasan dari doctor itu langsung tidak dijangka oleh mereka semua.

  “pesakit sebenarnya mengalami masalah jantung sejak berumur 17 tahun lagi dan sepatutnya membuat pembedahan dulu lagi,tetapi pesakit mampu bertahan lama kerana ubat dan sudah hampir setahun pesakit tidak mengambil ubat,Jantung pesakit tiba-tiba terhenti dan menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri”

 “ya Allah” tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulut papa,Shahin tak pernah memaklumkan tentang perkara ini sebelum ini dan pastinya dia tidak pernah mengetahui penyakit anaknya yang dijaga sudah berpuluh tahun ini.

 “abang long?kenapa takde siapa yang tahu pasal ni?” soalan ibu memang logic.

“abang tak tahu pun Shah sakit” Haziq juga sepertinya kehilangan kata-kata,apa semua ni dan kenapa semua ini mesti jadi rahsia.

 “tolonglah selamatkan anak saya” rayu papa kepada doctor itu.

“pesakit perlukan penderma,hanya itu saja jalannya dan selainnya kita serahkan pada Allah” berat sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh doctor itu,mana nak cari penderma bukannya dapat dibeli dengan wang ringgit berat sekali dugaan ini ya Allah,tika ini semuanya sedar walaupun kita mempunyai harta separuh dunia tiada apa yang dapat menandingi ketentuan ilahi.

 “ambillah jantung saya doctor” rayu papa lagi.

“maafkan saya,penderma seharusnya seseorang yang telah meninggal”

“keadaan pesakit sudah stabil tapi masih lemah,saya mohon izinkan pesakit untuk berehat dan keluarga boleh jumpa dia selepas ini.Sabarlah dan banyakkan doa kedudukan kita hari ini kerana Allah amat menyayangi kita dengan menguji kita” doctor itu mengusap lembut bahu papa memberi semangat papa hanya mampu mengangguk faham.

“lagi satu,tolong cari Asya,kadang-kadang selemah mana badan manusia ia juga bergantung kepada sokongan orang yang disayangi,mohon dibawa segera” doctor itu berlalu pergi,semua orang sedang berfikir untuk mencari Asya,dah berkali-kali mereka cuba untuk menghubungi Asya tapi tak pernah dapat.

 Ziad meninggalkan Asya yang masih lagi dirawat untuk membuat panggilan kepada Shahin tapi langsung tidak berjawab,Ziad melilau dikeadaan sekitar kawasan ICU sebelum terpandang Haziq yang sedang berteleku di kerusi dengan wajah yang resah.

  “abang,buat apa kat sini?” soal Ziad pelik,siapa yang sakit?papa sihat je.

“Yad,Shah jatuh tangga” mereka sekeluarga telah lama saling mengenali dan berhubung hanya Asya yang masih tidak mengetahui perkara itu.

  “masya-allah,teruk ke?”

“teruk,Yad buat apa kat sini?mama tak sihat ke?” soalan Haziq membuatkan Ziad tak mampu untuk bersuara,masakan mampu dengan kedaan Shahin yang sedang sakit,mereka ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

  “kak Asya..” Ziad menahan serak suaranya tetapi Haziq dengan kuat memegang bahu Ziad supaya memberitahu keadaan Asya yang sebenar,semua orang yang tadinya duduk juga turut sama berdiri menanti butir bicara dari mulut Ziad.

  “kak Asya jatuh kena rempuh dengan peragut” bagai terhenti masa apabila Ziad memaklumkan hal itu dan ibu telah pengsan mendengar khabar buruk itu,jantung dia langsung tak berhenti berdegup dengan kencang sejak tadi,kini ibu juga dimasukkan ke dalam wad kerana tekanan darah yang naik dengan mendadak,papa dan Haziq bergegas ke bilik Asya dirawat.

  “siapa keluarga pesakit?” doctor muda itu bertanya terus.

“saya ayahnya”

  “pak cik,saya minta maaf,anak pak cik keguguran dan keadaannya sangat parah,rahimnya cedera parah dengan hentakan yang kuat” air mata papa tidak dapat ditahan lagi,mengapa sungguh berat dugaan yang ditanggungnya kini.Papa jatuh terduduk dan cuba ditenangkan oleh Haziq dan Ziad.

  “pak cik boleh melawat pesakit,tapi pesakit masih belum sedar,saya bersimpati dan saya minta diri dulu” tiada apa lagi yang mampu diubah dan dibuat melainkan redha dengan ketentuan yang telah Allah aturkan sejak dulu lagi.Lemah rasanya seluruh badan Datuk Hasmezam melihat wajah lesu anak perempuannya yang tengah lena terlantar sakit.Andai dia boleh menggantikan posisi anak-anaknya sudah pasti dia merelakannya,dengan lembut dia mengusap rambut Asya,Haziq,Ibu dan Mak turut sama bersedih melihat keadaan adik.

  “papa…” Asya yang baru sahaja tersedar tersenyum lega bila melihat keluarganya disisinya tetapi dia mencari kelibat Shahin yang langsung tidak kelihatan disitu.

“adik dah sedar,alhamdulilah” semua orang mengucap syukur melihat Asya yang telah sedarkan diri tapi mereka juga perlu bersedia untuk menjawab soalan dari Asya mengenai Shahin.

  “pa,adik minta maaf sangat-sangat”

“papa yang perlu minta maaf” dahi Asya dikucup lembut manakala yang lain memeluk Asya dengan penuh kasih-sayang,hati mana yang tidak tersentuh bila menyedari yang kita ini disayangi dan sentiasa diperlukan.

  “mana Shahin?”

“adik,Shah masuk hospital jatuh tangga” mendengar jawapan daripada Haziq Asya tidak dapat baring lagi,segera dia bangkit dan mencabut segala wayar yang dicucuk ke dalam badannya tetapi sebaik dia mencecah lantai perutnya terasa sangat sakit dan pedih,Ibu cuba untuk menenangkan adik.

  “kenapa dengan perut adik ni ibu?”

“adik keguguran,dah dua minggu adik pregnant” bagai terkunci mulut Asya ketika itu,mengandungkan anaknya dengan Shahin,tapi kenapa baby itu perlu pergi tanpa pengetahuan Asya.

  “tak mungkin ibu! Adik dah bunuh baby kami” Asya meraung dalam kesakitan,berita yang diterimanya sangat berat,dalam keadaan Shahin yang berada di hospital dan kehilangan anak sulungnya yang belum sempat membesar dalam rahimnya.

“adik,jangan cakap macam tu.Adik kena sabar dan redha”

  “ni semua salah adik,adik nak jumpa Shahin” Asya yang kesakitan dan kepenatan terkulai dalam pelukan ibunya,hanya bayangan Shahin yang berada dalam matanya,dia perlu berjumpa dengan Shahin dan melihat keadaan Shahin.

“adik tak salah,jangan buat kami risau macam ni” papa pula merayu kepada Asya.

  “adik nak jumpa Shahin,boleh?”

“boleh,abang pergi ambil wheelchair jap” Haziq sebenarnya sudah tidak dapat menahan sebak,entah siapa yang salah dalam hal ini sehinga begitu berat dugaan yang terpaksa adiknya tanggung.Isterinya mencuba sebaik mungkin untuk menenangkan Haziq,walau sejuta soalan yang muncul dibenaknya Allah pasti ada jawapan kepada semua soalan itu.

  Asya dibawa ke bilik di mana Shahin sedang ditempatkan,Asya dibiarkan bersendirian bersama Shahin,dahi Shahin yang berbalut diusap lembut dan sesekali dahi Shahin dikucup dengan penuh kasih sayang.Tangan Shahin diraih dan dicium beberapa kali sebelum tangan Shahin bergerak dan membalas pautan itu dengan erat,kelopak mata Shahin mula terbuka dengan perlahan-lahan.Sedaya mungkin Asya mencuba untuk menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada suaminya.

  “sayang…”dengan lembut Shahin memanggil Asya.

“saya” Asya mengambil tangan Shahin lalu diletakkan dipipinya,rasa sebak dan sedih tidak dapat ditanggung oleh Asya lagi,akhirnya air mata Asya mengalir dengan sangat laju sehingga dia sendiri tidak mampu untuk mengesatnya.

  “kenapa ni?”

“saya tak patut pergi”

  “semuanya dah berlalu,yang penting sayang kembali,sebanyak mana pun sayang pergi,D nak sayang kembali”

“sakit?” soal Asya sambil menyentuh balutan dikepala Shahin.

  “tak ada yang lebih sakit daripada kehilangan sayang”

“pandailah awak,saya ada benda nak bagitahu awak”

  “apa?”

“saya minta maaf,saya tak dapat nak jaga anak kita dengan baik” Asya menangis lagi dan Shahin terkejut tetapi dia cuba untuk faham situasi sebenar,yang penting Asya selamat dan zuriat itu mungkin bukan rezeki mereka.

  “sayang ok? Sayang sepatutnya rehat”

“awak tak marah?” soal Asya keliru,Shahin membetulkan duduknya dan mencium ubun-ubun Asya sebelum menjawab soalan isterinya yang kedengaran agak lucu.

  “sayang,yang penting sayang sihat,baby tu mungkin bukan rezeki kita.”

“saya yang cuai”

  “sayang,jangan salahkan diri sendiri,D tak suka”

“erm,saya janji lepas ni kalau kita ada baby lagi saya akan jaga dia dengan baik!”

  “habis tu D macam mana?”

“macam mana apa?” soal Asya hairan.

  “kalau ada baby lagi,D jadi keluarga tiri la ya?” Asya tersenyum mendengar soalan Shahin,orang cakap betul-betul dia buat mainan pulak.

“ya la,D kena beralah la dengan baby”

  “tak aci la macam tu” merajuk konon,buruk benar mukanya.

“D tak salahkan saya kan?,D tak marah kan?”

  “sayang! Mana ada marah,D dah redha pun.At least D tahu yang D ni sihat walafiat” berkerut dahi Asya nak cerna maksud Shahin,entah apa yang Shahin maksudkan.

  “maksud D,D ni tak mandul la” Shahin ketawa riuh,tapi semoat dia menahan sakit luka dikepalanya,gila betul punya suami,Asya hanya mampu menggelengkan kepala melihat teletah Shahin.Asya membuang pandang melihat keadaan bilik itu,kenapa ada banyak sangat mesin dalam bilik ni dan wayar dibadan Shahin?Takkan luka pun kena guna alat banyak macam ni.

“D,kenapa banyak sangat wayar dan mesin?ada masalah lain ke dalam kepala D?” soal Asya serius,Shahin terus mendiamkan diri dan cuba untuk tersenyum tapi Nampak benar senyuman itu kelihatan aneh.

 “dari luar lagi saya dapat dengar suara En.Shahin,jadi ni la Pn.Asya ya?” soal doctor yang merawat Shahin dengan mesra dan Asya hanya mampu tersenyum dan membetulkan tudungnya yang dipakai dengan tergesa-gesa tadi,boleh tahan handsome jugak doctor ni sebab dapat buat Asya terdiam.

“Doktor,macam manakah keadaan suami saya?” soal Asya dengan memandang tepat ke dalam wajah doctor itu,Shahin yang belum mengetahui ahli keluarganya yang lain sudah tahu mengenai penyakitnya berlagak selamba.

  “saya ok kan doctor? Dah boleh keluar pun” Shahin berkata ceria.doktor itu cuba tersenyum tetapi Nampak sangat yang senyuman itu tidak menyokong apa yang Shahin beritahu.

 “saya perlu bercakap dengan puan,jadi boleh puan tunggu saya di bilik saya” doctor itu mengarahkan jururawatnya membawa Asya ke biliknya dan setelah dia memeriksa keadaan Shahin dan mahu berlalu pergi Shahin memegang tangan doctor itu dengan erat.

  “walau apa sekalipun penyakit saya,tolong jangan beritahu isteri saya,dia baru sahaja keguguran” maklum Shahin dengan penuh harapan,doctor itu hanya tersenyum dan menepuk bahu Shahin dengan lembut,doctor itu keluar dari wad Shahin dan kebiliknya.

 “Puan”

“Shahin sakit apa doctor?” soal Asya terus,takde guna nak bertapis lagi bila hatinya diburu rasa ingin tahu.

 “puan ok? Apa yang doctor cakap dengan keadaan puan?”

“saya ok,sekarang ni saya nak tahu keadaan Shahin”

 “saya harap puan boleh bersabar dan bertenang”

“just tell me the truth”

 “En.Shahin perlu melakukan pembedahan jantung dengan segera,dia perlukan pernderma dalam masa terdekat.Jantung dia sekarang tidak dapat diguna seperti dulu lagi” setiap perkataan yang masuk ketelinga Asya terus menusuk jantungnya dengan kuat sehingga air matanya tak perlu bertakung untuk mengalir,malah terus keluar tanpa perlu dia meminta,bagai masa dia terhenti di situ dan kenangan dia bersama Shahin selama ini seakan semakin lesap dan akhirnya dia melihat keadaanya disaat Shahin disisi.

 “puan,bersabarlah” suara doctor itu sudah tidak dapat didengar oleh Asya lagi,kini hanya gelak dan tawa Shahin yang bermain dalam benaknya,kenapa dia harus kehilangan semua orang yang dia sayang.

  Dengan perlahan Asya bangun dari kerusi roda dan terus berjalan keluar dari bilik itu,rasa sakitnya telah hilang dan apa yang dia tahu sekarang ni dia akan kehilangan semuanya.Air matanya terus mengalir tanpa berhenti,inikah balasan kerana melayan mamanya sendiri dengan teruk.

  “adik!” Haziq segera mendapatkan Asya yang lemah bersandar pada dinding sambil menangis.

“kanapa mesti sekarang abang?”

  “adik,semua ini ketentuan ilahi” Haziq memeluk adiknya dengan kejap dan membiarkan Asya menangis dalam pelukannya,keadaan Asya yang tidak bersuara lagi menambah gusar didalam hati Haziq.

  “adik,Shah perlukan adik dan adik kena kuat kalau nak Shah kuat!” tegas suara Haziq kedengaran ditelinganya.Shahin yang berada tidak jauh dari situ tidak mampu untuk melangkah walau satu tapak
ke depan bila melihat keadaan Asya yang sangat kesedihan,salahkan dia dengan merahsiakan penyakitnya selama ini.

“semua ni hukuman atas dosa adik”

  “adik,jangan cakap macam tu”

“kenapa bukan adik je yang sakit,atau lebih baik adik mati je”

  “adik!”

 “Sayang!” kedua lelaki itu bersuara seiring,sangat tinggi nadanya sehingga Asya memandang kebelakang melihat Shahin yang sedang berdiri betul-betul dibelakangnya.

 “kenapa cakap macam ni?” soal Shahin masih lagi tegas dan nada suaranya tetap tinggi,Asya berdiri dan terus memeluk Shahin dengan erat,lama barulah Shahin membalas pelukan itu.Haziq mendapatkan isterinya dan meninggalkan Shahin dan Asya.

 “cuba dengar jantung D”

 “laju kan?kalau sayang pergi jantung ni mungkin berhenti”

“maafkan saya,awak marah?”

 “mestilah marah!”

“kenapa tak cakap yang D sakit?”

 “macam mana nak cakap,setiap kali sayang ada disisi D,tak sekali pun D rasa sakit”

“apa yang kecoh tu?” soal Asya pelik bila semua orang memberi laluan.

 “kemalangan kut”  Shahin menjawab ringkas sambil memerhatikan pesakit yang berlumuran dengan darah itu,Asya hanya tenggelam dalam pelukan Shahin,susah betul jadi orang pendek dan kecil ni.

 “Aimi!Alisa!”

“kenapa?” soal Asya panic,dia pasti dia mengenali nama itu.

 “Aimi dan Alisa kemalangan” Asya cuba untuk melihat keadaan sekelilingnya tetapi tak Berjaya,dia perlu tahu keadaan Alisa dan Aimi.

 

 

==================

 

 

 

 

 

 

Keluarga Aimi turut berada di ruangan menunggu untuk mengetahui keadaan Aimi yang berada di dalam bilik pembedahan dan keadaan Alisa di bilik persalinan,terpaksa baby dikeluarkan untuk menyelamatkan anak mereka.Aku menunggu Alisa di depan bilik persalinan.Shahin pula menunggu Aimi,kawan-kawan aku yang lain juga telah datang bersama suami mereka,sekurang-kurangnya aku tidak keseorang sekarang.

  “doctor!” Aku mendapatkan doctor yang membawa keluar dari bilik persalinan,harapnya jawapan yang baik.

“pesakit dan bayi selamat tapi ibu dalam keadaan kritikal”

  “tolong selamatkan mereka”

“kami akan cuba yang terbaik” aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat,mereka mesti selamat!Kasihan dengan Alisa kerana dia sebatang kara didunia ini,hanya Aimi dan baby ini yang dia ada,selamatkanlah mereka Ya Allah”

 

“keadaan pesakit masih lemah tetapi telah melepasi tahap kritikal,keluarga pesakit boleh melawat pesakit” jawapan yang sangat baik keluar dari mulut doctor yang merawat Shahin,semua keluarga Aimi masuk ke dalam wad Aimi dan melihat keadaan Aimi yang baru sahaja sedarkan diri.ibu mana yang sanggup melihat keadaan anaknya yang dalam kesakitan,Shahin beredar dari situ dan meninggalkan keluarga itu untuk bersama.

  “Nick,jangan tinggalkan mama” semua orang pasti sedang bersedih dengan keadaan Aimi yang berbalut disana-sini.Hanya air mata yang memenuhi ruangan itu.

 “mana Lis ?” soal Aimi sambil menahan kesakitan

  “Lis di bilik bersalin”

“tapi,belum cukup bulan”

  “keadaan parah,doctor perlu keluarkan baby”

“Nick nak jumpa Lis”

  “Nick perlu rehat!” Aimi akhirnya mengalah dan semua orang meninggalkan Aimi untuk berehat di dalam wad,keluarga itu pergi melihat keadaan Alisa dan bayi tersebut,Asya menyambut kedatangan mereka dengan baik,setelah bayi lelaki itu dibawa keluar untuk diazankan keluarga Aimi sepertinya berat dan tidak mahu menerima anak itu.

  “aunty,ni anak Aimi” Asya bersuara pelik,kenapa orang tua itu seakan tidak mahu menerima anak itu.

“mana Lis?” soal mama Aimi kasar.

  “dalam ICU” jawab Seven bagi pihak Asya yang kelihatan lemah.

“aunty,dukunglah your grandson” hulur Asya dengan harapan keluarga itu sudi menerima bayi yang tidak berdosa itu.

  “budak ni tak sepatutnya lahir malam ini dan dia tak sepatutnya lahir dengan selamat sedangkan parentsnya berperang dengan maut!”

“masya-allah! Apa yang Datin cakap ni.anak ni anugerah Allah” Afie yang berdiam sejak tadi bersuara tegas,panytang betul Afie dengan perkara macam ni.

  “kamu tu siapa nak nasihatkan aku?!”

“Afie,jaga emosi awak” Nur bersuara menenangkan sahabatnya yang sangat sensitive dengan isu macam ni,Afie ni penyanyang sangat orangnya sehingga sanggup jadi presiden anak yatim di kolej dulu.Seven ni pun satu hal jugak,nak naik angin pulak kerjanya.

  “apa salah baby ni awak?” Asya bersimpati dengan nasib bayi itu dan meminta Shahin membawanya kebilik Aimi supaya bayi ini dapat diazankan oleh ayahnya sendiri.Semua orang bergerak ke bilik Aimi dan dengan berhati-hati mereka membawa bayi itu meninggalkan ahli keluarganya yang langsung tidak bersyukur dengan kelahirannya.

  “Aimi,saya bawa anak lelaki awak” aku bersuara lirih lalu meletakkan bayi itu kedalam dukungan Aimi,mengalir air mata Aimi apabila melihat anaknya yang begitu tenang sekali tidur dalam lenanya.

  “awak azankan anak lelaki awak ni” Asya menyandarkan kepalanya pada dada Shahin dan menahan sebak supaya tidak menangis disitu.Dengan lunak suara Aimi mengazankan anak lelakinya saat itu aku rasa sangat bersyukur dan sepertinya kehilangan anak dalam kandungan aku telah kembali lagi.

“Honey,keluarga Aimi dah jumpa anak kami?” soalan Aimi buatkan aku rasa sangat bersalah untuk mengelak malah semua orang meminta aku supaya berterus terang.

  “dah,dia kacak macam awak”

“keluarga Aimi boleh terima anak kami?” soalan Aimi semakin pelik dan membuatkan aku keliru untuk memberikan jawapan,aku memang tidak mengetahui apa yang perlu aku jawab sekarang.

  “mestilah,anak awak kan?” berbohong adalah jalan yang terbaik.

“tipu!Honey tak pernah berjaya menipu Aimi”

  “no matter what,I love your son”

“family Aimi tak pernah redha dengan kehadiran baby ni sejak Lis pregnant lagi,doctor sahkan yang Lis tak sepatutnya mengandung kerana ia boleh bawa bahaya kepada Lis,tapi Lis bertegas untuk melahirkan baby ni dan family Aimi tak pernah dapat terima semua ni,jadi bila mereka cakap yang kalau perkara buruk berlaku pada kami mesti kerana baby ni,anak ini anugerah Allah dan hadiah paling bernilai untuk saya dan Lis,Honey,boleh Honey jaga anak kami seperti anak Honey sendiri?” suasana kembali sepi dan hanya suara Aimi yang merayu kedengaran.

  “Aimi,awak papanya dan Lis ibunya,jadi awak mesti bertahan untuk teruskan hidup,demi anak awak dan Lis” dengan lembut Asya meminta kepada Aimi tetapi dengan senyuman Aimi menggeleng perlahan,katanya dah sampai masanya Allah menjemput dia dan Alisa.

“Aimi nak jumpa Lis” ujar Aimi akhirnya dan kami semua terpaksa turutkan apa yang Aimi mahukan,dengan izin doctor kami mampu untuk meletakkan Aimi dan Alisa di wad yang sama bersama dengan anak mereka.Tiada apa yang mampu diungkapkan bila kebahagiaan mereka sekeluarga meresap ke dalam jiwa kami semua.

  “apa yang Lis nak namakan baby boy ni?” soal aku teruja,baby kena la ada nama kan?

“Mohd Aimi Fattah” ujar Aimi ceria,walaupun tengah menahan kesakitan tetapi sepertinya tersembunyi disebalik senyuman bahagia mereka.

 “Mohd Aimi Fattah Bin Mohd Aimi” ujar Lis pula,Aimi mengucup lembut tangan isterinya,kami hanya mampu menumpang bahagia demi mereka bertiga.

“Abang Shah,saya nak minta maaf kerana mencintai isteri abang,saya pernah mencintainya dan masih mencintainya kerana dia adalah cinta pertama saya,tapi Lis adalah cinta terakhir saya,abang patut berbangga sebab dah sejuta cara saya cuba untuk meraih cinta pertamanya tapi,cinta pertamanya lebih kuat untuk abang”

“saya pernah kalah sekali dalam meraih cinta seorang perempuan tapi Allah memberikan saya satu lagi cinta yang agung iaitu cinta isteri saya kepada saya,cinta pertamanya dan mungkin cinta terakhirnya juga,kan sayang?” soal Aimi kepada Alisa yang sedang tersenyum.

 “perlu ke Lis jawab soalan tu?”

“perlulah sayang,mana tahu Aimi ni cinta pertama aje” amboi bergurau pulak si Aimi ni,kan dah malu Alisa dibuatnya.

 “cinta till jannah” Alisa menjawab soalan itu dengan tenang,mulalah kawan-kawan yang tadinya diam riuh menambah bakat sendiri dalam madah bercinta ni.Akhirnya semua orang beredar meninggalkan Aimi,Alisa dan aku bersendirian,entah apa yang mereka hendak bicarakan kepada aku.

 “Asya,Lis bersyukur kerana dapat berjumpa Asya disaat-saat akhir macam ni”

  “Lis,apa yang Lis cakap ni,Asya tak suka la”

“betul Honey,kami bersyukur kerana dapat berjumpa Honey sebelum pergi sekurang-kurangnya kami tahu yang anak kami nanti akan bersama dengan siapa” Air mata aku mula mengalir lagi,dorang ni suka sangat buat aku menangis ingat aku ni ada tangki air mata ke asyik nak menangis je

“Aimi tahu,Shahin perlukan jantung dan Aimi dah daftarkan diri sebagai penderma Shahin,boleh Asya terima hadiah Aimi ini sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjaga anak kami?”

  “Aimi!apa yang Aimi cakap ni,mungkin umur Aimi dan Lis lebih panjang dari umur Shahin dan saya”

 “Asya,semakin kita dekat untuk kembali kepada Allah semakin kita terasa yang kita akan meninggalkan dunia ini,tolong jaga anak kami,Aimi Fattah adalah anak pertama dan terakhir kami”

“janji dengan kami? Jangan biarkan Aimi Fattah rasa dirinya keseorangan kerana tiada siapa di dunia ini yang menginginkannya”

  “Demi Allah,Aimi Fattah adalah anak kita,saya akan jaganya dengan sebaik mungkin,berjanjilah untuk bertahan” rayu aku lagi sambil menggenggam erat tangan Alisa,dan penuh berharap dan doa aku pohon agar Aimi dan Alisa masih lagi disini.

“janji Allah untuk menjemput kami pada waktu tertentu tak dapat kami nak elak,semua dokumen kami dah siapkan dan dah kami tandatangan.”

 “boleh Asya janji untuk cuba lembutkan hati family Aimi untuk terima cucu mereka?”

“Asya akan cuba,tolonglah bertahan” rayu aku lagi tapi mereka hanya mampu tersenyum manis,aku keluar mendapatkan Shahin dan yang lain,sudah jelas air mata aku yang bercucuran.Seven dan Nur memeluk aku dengan erat.

  “Ace,kau pun kena rehat,dah lewat sangat ni” Afie memujuk aku dengan lembut dan aku hanya mampu tersenyum.

 “kau pun sama Shah,get some rest”

“ok!boleh aku cakap dengan wife aku jap?” soal Shahin meminta privacy.

 “ceh!menyampah pulak aku dengan kau ni” Hadi dan yang lain mula bergerak pulang setelah mengucapkan selamat kepada Alisa dan Aimi,tak habis-habis duk cium baby tu,nanti kan jadi kegilaan ramai perempuan susah pulak.

  “sayang,D cinta terakhir sayang kan?” ya Allah,nak mengarut pulak si Shahin ni malam-malam macam ni,kami beriringan ke wad aku yang jauh lebih dekat dari wad Shahin,perlu ke aku jawab soalan Shahin time macam ni.

“Ya!”

  “baguslah,seronok pulak hati ni”

“jantung D ok?” soal aku prihatin,Shahin ni bila dah melalut tak ingat dah yang dia tu pun penghuni hospital jugak,dia yang sakit tapi aktif lebih daripada orang yang sihat.

  “sayang ada D sihat la”

“mengarut la tu”

  “dah biasa sangat jadi macam tu,dulu kat Interlaken pun D selalu je masuk hospital,lepas dapat treatment baik la”

“betul ke?”

  “apa yang betul? Lepas kena rawat sihat la”

“bukan,D selalu pengsan kat sana?”

  “yup!”

“D ni tak concern la pasal kesihatan,kena la jaga diri betul-betul,D ingat D punya pengsan tu sebab darah rendah ke?” ha!ni yang buatkan aku nak jadi doctor ni,apa punya orang tua la dia ni.

  “sorry”

“sorry,sorry,naik ferry la”

  “mana ada ferry atas darat,sayang,sekalipun D dah mati,bukannya sebab jantung D tapi dah sampai ajal D,nak buat macam mana”

“memanglah,tapi bila kita sakit,Allah suruh kita ikhtiar,cari jalan”

  “memanglah,tapi jantung manusia ni bukannya dapat cari dekat pasar tani ,jantung lembu tu ada la,nanti tak pasal-pasal,D jadi cow man pulak” ugh!kuat bergurau betul mamat ni,aku bukan main serius lagi boleh dia buat lawak tak sekolah pulak kat sini,rasa nak bagi pelempang je!

  “marah la tu,D akan operate kalau ada orang sudi nak dermakan jantung dia nanti”

“Aimi nak” jawab aku ringkas dan padat,Shahin berpaling memandang aku dengan pantas,kenapa tak percaya?

  “maksud sayang?”

“Aimi sudi dermakan jantung dia untuk D”

  “no,D takkan terima” Shahin menolak cadangan Aimi sama seperti aku menolak cadangan itu tapi aku terangkan apa yang Aimi dan Alisa pinta kepada aku dan akhirnya Shahin mengangguk faham dan pasrah dengan  takdirnya.

  “ajal itu rahsia Allah sayang,mungkin kita yang pergi dulu”

“saya dah cakap macam tu,tapi Aimi cakap kita hanya tunggu masa yang tentukan” Shahin melepaskan keluhan berat dan membaringkan aku dengan selesa,setelah aku terlelap Shahin melangkah keluar dari wad dan mungkin ke wadnya.Keluarga aku juga dah balik ke rumah dengan permintaan aku dan Shahin,mereka juga perlukan rehat,kan?

 

==============

 

 

 

 

 

 

Dah sebulan semua perkara yang perit itu berlaku dan Shahin juga baru sahaja diizinkan keluar dari hospital setelah pembedahannya berjaya,sebenarnya arwah Aimi dan Alisa tak perlu berterima kasih kepada aku kerana yang sepatutnya berterima kasih adalah aku,kehadiran Aimi Fattah dalam hidup aku dan Shahin sangat beerti,kini Aimi Fattah bukan sahaja anak jagaan aku tapi anak susuan aku,ibu cakap itu lebih baik kerana Aimi Fattah adalah lelaki dan suatu hari nanti bila dia sendiri sudah dewasa semuanya akan mula berubah,syukurlah sekarang ni Aimi Fattah adalah anak kami,dan cucu kepada keluarga ni.

“sayang,Boy dah lapar ni” jerit Shahin dari ruang tamu,suami aku ni pun satu tak reti nak bawak Boy ke bilik ke?dia tu pun bukannya sihat sangat tapi lagaknya dah macam orang tak pernah operate.

  “ala,kesiannya anak Umi” aku mengambil Boy yang sedang menangis diribaan Shahin,Shahin menjeling aku sekilas sebelum menyambung menonton tv,saja la tu nak buat-buat cemburu,macam budak kecik la mamat ni.

  “D,Boy bukan lapar tapi dah kena tukar lampin ni”

“ya?mana la D tahu,jom ikut Abi” Shahin mengambil Boy dari aku dengan berhati-hati dan membawanya ke bilik,aku mengekori Shahin dari belakang dan tersenyum senang melihat Shahin melayan anak kecil itu,terima kasih Aimi,Alisa.

“sayang,macam mana nak pakaikan pampers ni?” soalan Shahin aku buatkan aku tergelak,betul jugak mana pernah Shahin tolong mandikan dan pakaikan lampin untuk Boy ni,dia je baru je balik dari hospital.

“gelak pulak”

  “meh sini saya ajar” dengan perlahan-lahan aku buat demo dan akhirnya Shahin mengangguk faham,seronok betul dia membuat semua kerja ni.Alhamdulilah walaupun aku belum pernah melahirkan zuriat untuk Shahin tapi aku tahu Shahin bersyukur dengan kehadiran Aimi Fattah disini.

“sayang ni,menangis pulak,D buat salah ke?”

  “mana ada,saya gembira sangat sebab Allah bagi saya suami yang baik” aku memeluk lengan Shahin dengan erat dan Shahin membalas pelukan aku lalu mencium dahi aku dengan lembut,hai,sempat lagi nak bermesra.

  “cepat pakaikan baju untuk Boy,nanti perut Boy masuk angin” aku mencuit Shahin yang sudah terleka sedikit,dia ni bukannya boleh buat kiraan sangat,kesian pulak kat  Boy kesejukan nanti.

“ha,lupa pulak,kesian anak Abi ni ya,Umi la ni usyar Abi” aku tergelak lagi dengan jawapan Shahin,apa punya ayah orang la dia ni.

  “D pun kena rehat jugak,makan ubat ni” aku menyuakan ubat untuk Shahin makan dan segelas air,aku tahu yang Shahin selalu skip makan ubat sebab aku pernah jumpa ubat dia dekat beranda,kalau nak buang pun campak la jauh sikit,malas aku nak marahkan Shahin yang degil ni,bila kita sakit bukan main lagi guna kuasa veto marahkan kita.

“sayang,tak nak la makan ubat,D rehat je ok?”

  “kalau sayang saya makanlah ubat”

“mestilah sayang”

  “so,makan la ubat”

“hurm,bismillah” dengan keterpaksaan Shahin menelan juga ubat yang pahit dan besar itu,aku kesiankan dia tapi dia perlukan ubat untuk sihat sepenuhnya.Susah betul ada suami degil dan keras kepala macam dia ni.

“sayang,apa doctor cakap kesihatan sayang?” ni yang aku tabik pasal Shahin,sekali pun dia tak pernah lupa janji temu aku dengan doctor ,ni yang buat aku bertambah-tambah sayang ni.

  “saya sihat,tapi doctor cakap ambil masa dua atau tiga tahun untuk sembuhkan luka pada rahim saya ni,jadi,doctor tak galakkan saya mengandung dalam dua tiga tahun ni” sejujurnya aku sedih tapi aku terpaksa terima apa yang Allah telah aturkan kepada aku,lagipun aku sudah sangat beruntung jika nak dibandingkan dengan wanita lain di luar sana yang tidak dapat memberikan zuriat kepada suami mereka buat selamanya.

“sayang sedih ya?” soal Shahin sambil memandang tepat ke dalam anak mata aku,aku hanya mampu tersenyum dengan hambar,Shahin menarik aku ke dalam pelukannya dan mengingatkan aku dengan kuasa Allah,aku faham dan aku redha.

“tiga tahun tu bukannya lama,lagipun Boy baru je tiga tahun masa tu,belum terlambat nak ada adik” Shahin tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi,dah mula la tu nak mengarut suami aku ni,semakin dilayan semakin jauh dia melencong.

“sayang dah tak kerja ke?”

  “kenapa tanya macam tu?”

“dah lebih sebulan sayang temankan D”

  “saya dah berhenti”

“kenapa?” soal Shahin terkejut,lagi nak tanya,pasal awak la suamiku sayang.

  “kenapa terkejut?saya nak jaga awak la”

“alhamdulilah,lepas ni kita tinggal kat sini la ya?”

  “ya la,tapi bila awak dah betul-betul sembuh dan Boy dah boleh minum susu botol,saya nak kerja balik,boleh?”

“mestilah boleh.D akan menyokong keputusan sayang sampai bila-bila”

  “yay!bagus suami saya ni,sayang D”

“sayang ke? Banyak mana?” soalan Shahin dah masuk mode childish ni,aku malas nak menjawab nanti semakin dilayan semakin seronok dia nak kenakan aku,bukannya boleh percaya sangat dengan suami aku ni.

  “banyak la jugak”

“banyak mana?”

  “entah,sebanyak ikan dalam kolam papa kut” jawab aku selamba,macamlah aku sempat nak kira berapa ekor ikan dalam kolam ikan papa tu,takdenya aku nak buat kerja tak munasabah macam tu,lagipun ada ke orang yang nak buat kerja macam tu?gila sangat kerjanya.

“eleh,dua puluh tiga ekor je? Tu pun lapan ekor anak-anak lagi” Shahin mencebik,erk,mana dia tahu ikan dalam kolam papa banyak tu je

  “mana D tahu?” soal aku dengan hairan,takkan la suami aku jadi orang yang buat kerja gila tu? Huish,malu nak mengaku.

“D kira la” aku berdehem kuat,nak tergelak pun ada tapi mana boleh nanti sejuta pulak soalan yang dia nak tanya aku,suami aku ni sempat lagi buat kerja tak bermakna tu,bila nak dewasa dia ni.

  “rajinnya suami saya ni”

“memanglah rajin,esok D dah nak masuk kerja” aku menjeling Shahin dengan jelingan tajam,dia ni memang la hantu kerja,masa sakit dulu pun kalau jumpa dengan Hadi bukannya nak borak kosong je,pasal kerja jugak yang dorang bincangkan,Shahin ni kalau halang dengan pagar pun dia panjat selamba je.

“sayang marah ke?” soal Shahin sambil merapatkan dirinya pada aku bila aku bergerak ke beranda bilik,aku dapat rasa tangan Shahin memeluk pinggang aku dengan erat.Mulalah projek memujuk dia tu.

  “mana ada marah,kalau saya tanam periuk api depan pagar tu pun awak langkah selamba je” Shahin tergelak kecil mendengar jawapan aku,engtah hujung pangkal mana yang kelakar aku sendiri tak faham.

“dahsyat betul sayang ni,mana belajar pasal periuk api tu?”

  “Seven yang selalu cakap dulu,saya copy paste je la”

“sayang ni” Shahin tersenyum lagi,mungkin dia rasa aku ni naïf sangat kut,tak kisahlah.

  “D,esok saya nak ke rumah papa”

“ok,kalau macam tu D jumpa sayang kat sana je la,lagipun papa mesti dah rindu gila kat cucu dia ni,kita stay kat sana”

  “really? Great!” aku terloncat kegembiraan,Shahin ni memang oandai baca apa yang terbuku dalam hati aku ni,kalau stay rumah papa memang best gila sebab ramai orang kat sana,lagipun boleh la aku jadi single sekejap,nak lepak dengan Seven pun jalan,Afie sekarang ni sibuk menguruskan anak jadi tak dapatlah nak kacau,Nur pulak auh dengan aku.Bilalah nak dapat gather macam zaman bujang balik?

“sayang,dah sampai mana mengelamun tu?” aku berpaling memandang Shahin yang sudah terangkat kening,mungkin dah banyak kali dia tanya aku kut tu la pasal muka macam orang kena paksa makan pasir je.

  “sampai Perak,teringatkan Nur” jawab aku jujur,betul apa,sebab kalau teringatkan Afie sekarang jugak aku boleh drive pergi rumah dia,hehehe,macamlah dekat sangat.

“takpelah,nanti bila ada masa kita ziarah kawan-kawan sayang” ujar Shahin tenang,aik,senangnya berbincang dengan suami aku ni,banyak pulak idea dia yang memberangsangkan hari ni,kalau macam tu nak mintak macam-macam la confirm senang dapat,petik jari je.

  “yay! Petang nanti kita jalan-jalan nak,teringin saya nak bawa Boy ke taman rama-rama”

“ok!dah lama tak pergi sana kan?”

  “memang pun,last sekali pergi pun asyik gaduh dengan D je” aku menjuihkan bibir bila teringat kembali percutian aku yang sangat menyakitkan hati dulu,payah betul nak berurusan Shahin asyik tahu menang dia je,aku nak beli buah tangan pun tak sempat asyik nak  makan buah penumbuk dia je.

“tu la pasal,D ni memang suka sangat buat sayang marah dulu” Shahin tersengih senang.

  “la,sedar rupanya suka buat saya marah,ingatkan dah kena rasuk sampai tak sedarkan diri”

“ala,D bukannya apa,saja nak kenakan sayang”

  “tapi memang tak sangka yang D boleh berubah sampai macam ni sekali”

“berubah?macam mana tu?” soal Shahin dengan dahinya masay-allah berkerut macam kertas kena lipat buat origami.Rasa nak tergelak pulak.

  “dulu D punya perangai langsung tak boleh dibawa bincang,asyik nak menang je,dah la muka serius macam konkrit,keras je memanjang”

“mestilah serius,nanti sayang pijak kepala D ni”

  “mana sampai nak pijak,D ni macam zirafah”

“amboi,seronok mengutuk D”

  “hakikat sebenar tau!”

“walaupun D ni serius sayang tetap jugak main-main,siap panggil D ni babysitter sayang lagi”

  “yang tu memang kelakar” aku ketawa senang hati,teringat kisah-kisah dulu memang mencuit hati betul la,kelakar.

“kali pertama dengar sayang panggil macam tu memang mendidih darah D,tapi mengenangkan papa dan abang pun ada jadi terpaksalah bersabar,tapi bila dah banyak kali dengar,rasa cute la

pulak,mungkin sebab D dah rasa suka kat sayang kut” penerangan Shahin membuatkan aku rasa gembira dan tersentuh,kalau pada penilaian aku memang mustahil dia nak jatuh sayang kat aku masa tu,bukan apa asal jumpa je memang nak berperang je kerja kami.

  “D nak tahu tak? Kalau orang tanya saya,siapa tu? Mesti saya jawab,dia tu babysitter aku je”

“ya la.Siapa la kita ni nak jadi abang dia kan?”

  “kalau saya anggap D ni abang,saya tak rasa kita dah kahwin sekarang”

“betul jugak”

  “D,macam mana D boleh jatuh suka kat saya?” aku bertanya sambil memegang tangan Shahin dengan penuh kasih sayang,penuh je la takdelah sampai mlimpah keluar nanti membazir pulak,hehehe.

“entah,tapi yang D yakin,salah satu sebabnya ialah sayang dan cinta sayang pada family sayang,walaupun sayang degil dan keras kepala tapi boleh berlembut bila berkait dengan family sayang”

  “ya ke? Tapi saya ni memang degil”

“sedar pun!”

  “D ni!”

“lepas kahwin,D dapat rasakan kehidupan berkeluarga walaupun sayang tak sukakan D,D suka cara sayang marahkan D dan dengar cakap D walaupun terpaksa”

  “ya la,sebab D tu super degil tau!”

“betul jugak” Shahin tegelak kecil,baru sedar ke yang kepala dia tu lagi keras dari batu,at least batu tu kalau hentam dengan tukul pecah jugak tapi kepala dia ni punya keras sekali pukul dengan tukul confirm masuk hospital!hahaha

“sayang pulak,macam mana boleh sukakan D?”

  “saya? Entah,mungkin sebab cara D melayan keluarga saya kut,lagipun walaupun D ni degil dan susah nak bawak berbincang tapi D selalu ada bila saya dalam masalah,dalam keadaan saya marah,D ada,dalam keadaan tenang D ada,dalam keadaan runsing,D ada,dalam keadaan sakit D ada,yang penting,D selalu ada”

“bermadah pulak sayang ni,malu pulak D rasa” dia ni aku tengah syok layan jiwang dia malu pulak,potong line betul la mamat ni memang saja je nak buat suasana ni rosak sepenuhnya,tak boleh bawa masuk majlis betul!

  “tapi,yang pasti saya dapat rasakan yang hati saya ni milik D bila D tinggalkan saya dulu”

“sayang,D bukan tinggalkan sayang,D pergi sekejap je” Shahin ni kalau bahas pasal benda tu mesti nak menggelabah semacam,relaks la cik abangku sayang,aku saja je nak buat gimik,hehehe.

  “saya tahu la,lagipun saya yang suruh D pergi kan?masa tu saya rasa macam nak jerit je,jangan pergi” 

“kenapa tak jerit?” soal Shahin laju,aik,soalan macam tu pulak yang keluar dari mulut dia,kenapa aku tak jerit? Confuse pulak aku dengan soalan Shahin ni.

  “nanti telinga D pekak pulak” Shahin akhirnya mengeluh dengan jawapan aku,rasa nak tergelak pulak,lawak betul suami aku ni..

“saja je nak kenakan D kan?”

  “takdelah,kalau saya jerit hari tu,belum tentu kita macam ni sekarang,entah apa yang akan jadi”

“betul jugak,agak-agaknya apa yang jadi eh?

  ”kalau saya jerit,lepas tu D pun pekak,saya pun rasa bersalah dan jaga D.Lama-lama D pun dah jadi OKU.Saya pun kahwin lain” aku mereka cerita sendiri,dan Shahin mencebik geram.

“bukan,D pekak lepas tu sayang rasa bersalah dan jaga D,lepas tu kita jatuh cinta”

  “kalau macam tu saya bercinta dengan orang special la ya?” soal aku tak berpuas hati,Shahin dah menjeling aku semacam.

“takkan la jerit sampai boleh pekak,kuasa apa suara sayang guna?” soal Shahin malas,aku tergelak jugak akhirnya.

  “kalau D tak pekak,tapi saya tetap jerit,apa jadi?”

“D akan cakap masa tu jugak yang D sayangkan sayang”

  “lepas tu?”

“sayang pun marah D,sayang kata perasan la kau ni,ingat aku suka kau ke?kau tu babysitter aku je!” amboi,sedapnya mulut dia,nak mengata aku la tu.

  “lepas tu?”

“kita pun jadi macam dulu,D dah frust menonggeng D pun cari isteri baru”

  “amboi! Lepas tu saya cucuk mata D dengan garfu,jadi la kisah Shahin selamat,nak?”

“eh,marah.Mana ada D nak buat macam tu.D akan berusaha supaya sayang jatuh cinta dengan D”

  “then kita pun hidup bahagia selamanya?”

“yup! Then dapat baby banyak-banyak”

  “banyak-banyak?dapat satu pun dah kira rezeki tau”

“ya la,D pasang angan-angan je” aku hanya mampu menggelengkan kepala mendengar cerita Shahin yang tak mungkin akan terjadi,sebab semuanya dah berlalu dan aku ni di kehidupan sebenar,mana boleh nak putar balik masa macam cerita kartun kiteretsu tu.

  “tapi,saya bersyukur hubungan kita hari ini jauh lebih baik dari dulu.Saya pun gembira dan sedar yang saya amat perlukan D untuk jadi suami saya”

“menjadi suami kepada Nur Asya Humaira Bt Hasmezam adalah status yang D amat hargai.” Kata-kata Shahin mengakhiri perbualan kami.Aish,Shahin ni sejak operate asyik nak keluarkan kata-kata jiwang je,kadang-kadang aku rasa dia ni dah berjangkit dengan arwah Aimi,terel betul merajuk sampai aku pun tak tahu nak pujuk macam mana,tapi semua ni bukan sebab jantung Aimi kan?

 

 

================

 

 

 

 

 

“mana Shahin ni? Cakap nak pergi beli aiskrim je” aku merungut seorang diri sementara menunggu Shahin yang entah dah hilang ke mana.Nasib baik ada baby boy aku ni,jadi takdelah aku bosan sangat menunggu Abi si Boy ni,rupa dia sangat iras dengan arwah Aimi tapi bibir dia memang bibir Alisa,mata dia bila aku pandang lama-lama rasa macam arwah Aimi yang sedang memandang aku,ikhlas aku katakan yang aku rindukan arwah Aimi dan arwah Alisa.

  “Kak Mai!what a surprise” suara kuat Ziad membuatkan awan-awan khayalan aku kena tembak dengan senapang gajah,apa punya manusia la Ziad ni bukannya nak beri salam ke apa,tapi tak lebih tak kurang macam aku jugak,hehehe.

“Yad,terkejut tau!Boy pun terkejut” marah aku geram,Ziad hanya mampu menayang sengih dan aku melihat perempuan yang berdiri rapat di sisi Ziad,siapa pulak ni? Entah-entah makwe Ziad yang dia suka sangat duk canang kat aku tu,patutlah kemain lagi jual minyak,dapat awek lawa rupanya.

  “sorry la kak,comelnya Boy ni,macam Umi dia jugak.Nanti besar jadi handsome macam uncle Yad tau” Ziad mencium pipi anak aku sehingga anak aku pun rimas,nak anak kahwin la cepat-cepat,lepas tu bukan je boleh cium anak puas-puas maknya sekali pun tak jadi masalah.

“Abi dia nak buang kat mana?” soal aku bergurau.

  “alah,ikut abi dia yang lain la” aku tergelak kecil,kalau melayang mengarut Ziad ni memang boleh tahan jugak.

“Kak Mai,ni siapa?buah hati Yad eh?”  aku bertegur sapa sendiri dengan perempuan itu bila Ziad dah mula lali dengan anak aku,Ziad tu memang macam tu bila jumpa budak kecik memang perangai dia pun jadi budak kecik,apa punya orang tua la,memang boleh la jadi BFF Shahin.

  “ah,lupa pulak,Kak Mai ni la pengarang jantung Yad yang Yad selalu cerita tu,Ain,Ain ni lah kakak saya yang super cute tu” ah,Ziad ni saja je nak malukan aku,kalau bercakap dengan aku bukan main lagi duk puji awek dia lawa,depan awek dia duk puji aku pulak ya?teruk betul la.

 “Kak Mai,Ziad selalu cerita pasal akak” aku hanya tersenyum sambil membalas huluran tangannya,memang cantik macam ada darah mix je,rambut lurus mencecah bahu,anak mata coklat,lawa sangat.

“cerita baik ke cerita buruk?”

 “semuanya baik”  aku tergelak lagi,Ziad dah hilang entah ke mana dengan anak aku,laju pulak budak ni lesap.

“kerja apa?”

  “study lagi,bidang farmasi”

“Yad tu sebenarnya berhenti study awal sangat sebab nak kerja,nak kumpul duit,nak masuk meminang Ain cepat-cepat” aku berseloroh nakal,Ain hanya tersipu malu dan aku tahu memang itu yang Ziad hajatkan,takpelah dia tu anak orang kaya.

  “pandai je akak,kami muda lagi” hahaha,jawapan komersial la tu.Aku hanya mengangguk setuju,baru je rancak borak dah datang dah suami kesayangan aku.

“sayang!” Shahin mengambil tempat disebelah aku dan mencari kelibat Boy di dalam stroller,ha,baru tahu nak cari anak.

“mana Boy?” soal Shahin resah.Tahu pun kelam kabut dia tu dah hilang lama sangat tak fikir.

  “dengan Yad,D,kenalkan ni Ain, buah hati Yad” aku memperkenalkan Ain kepada Shahin dan Shahin dengan mesra menghulurkan senyuman mesranya,terlajak senyum la pulak suami aku ni.

“hai” sapa Shahin ringakas.

  “mana aiskrim?” soal aku kepada Shahin,peluhnya dah penuh kat dahi tapi asikrim batang hidung pun tak nampak,Shahin mengeluh kecil sebelum menjawab soalan aku.

“puas D cari kedai tu tapi tak jumpa,D sesat” macam nak tergelak pun ada,patutlah suami aku ni berpeluh semacam je,dah la ambil masa lama sangat,sesat rupanya,kesian!

  “ya?kesiannya suami saya,meh sini saya tolong lapkan peluh” aku mengesat peluh Shahin dengan tisu,Shahin hanya tersenyum gembira,sukalah tu kalau aku memanjakan dia,layan lebih sikit.Takpelah orang kata hati suami ni kena pikat selalu jangan bila perlu je,dapat pahala apa pikat hati suami.

“thanks sayang” Shahin tersenyum lagi,hai,kerana senyuman dia ni la buatkan aku ceria,aku menghulurkan air mineral yang dibeli awal-awal tadi.

  “sorry Ain,layan bapak budak ni lain sikit”

 “takpe,Ain tak kisah pun” kami berbual lagi sehinggalah Ziad datang membawa Boy dengan mainan ditangan,Ziad ni kalau jumpa je mesti ada je benda yang dia belikan untuk Boy,macam Boy ni anak buah dia pulak.

“Yad,kau beli apa tu?”

   “butterfly la abang,baju,comel tak?”

“kau ni tak payah la susah-susah”

   “mana ada susah bang,ni la pelaburan Yad untuk masa depan” ha,pelaburan apa pulak yang Ziad maksudkan ni,nak suruh anak aku kahwin dengan anak dia ke?

“pelaburan apa ke bendanya?”

   “pelaburan jadi kacak dan segak macam Yad la” jawab Ziad ceria,Shahin ketawa senang dengan lawak Ziad yang tak berasas,memang mimpi luar planet si Ziad ni,entah gen mana yang ada dalam Boy tu melekat kat dia.

 Akhirnya kami berlima sama-sama berjalan keluar dari taman itu,rasa macam keluarga besar pulak jalan ramai-ramai macam ni,seronok betul.Adik angkat kembar aku tu dah hilang kat Johor jadi kalau nak jumpa dorang kena lepak kat JB la,susah betul!

   “Kak Mai,malam nanti kita dinner sama-sama nak?” ajakan Ziad aku biarkan sepi dahulu dan berpaling meminta jawapan dari Shahin dan Shahin mengangguk setuju.

  “kita berdua?” soal aku kepada Ziad.

“tak kisah,Yad ada benda nak cakap sikit”

  “ok,kita berdua je!boleh D?” soal aku kepada Shahin,berkerut dahi dia,cemburu jugak ke dengan buah hati orang ni.

“boleh,tapi Yad datang ambil isteri abang ni”

   “ok abang!” Ziad setuju dengan senang hati,aku pun teringin nak tahu apa yang Zia nak cakap sangat dengan aku,awek dia Nampak tenang je macam tahu apa yang aku nak bincang dengan Ziad,lain pulak dengan suami aku ni resah semacam je,apa la suami aku ni.

  Sepanjang perjalanan balik Shahin tak banyak bercakap dengan aku,takkan masih fikir pasal Ziad kut,apa punya orang la,dah terus-terang yang si Ziad tu dah ada awek yang dia nak runsing sangat tu kenapa?

  “D tak suka eh,saya dinner dengan Yad?” soal aku direct,tak yah tapis lagi dah buat panjang masa je,banyak lagi soalan lain aku nak tanya ni.

“mana ada,D Cuma terfikirkan sesuatu”

  “apa?ha,pasal awek Yad cun eh?” soal aku bergurau,terkejut Shahin dengan solan aku,laju je dia berpaling memandang aku.

“mana ada!sayang ni mengarut je!” hahaha,kan dah kena marah.pantang betul dia ni kalau aku cakap dia suka perempuan lain,sepatutnya aku yang jadi sensitive dengan isu macam tu tapi lain pulak kes dengan Shahin ni.

  “amboi,gurau je la.Apa yang D fikir?kusut je saya tengok”

“Yad tu macam ada iras sayang,kalau Yad pakai tudung mesti nampak sama sangat” aku tergelak kecil,walaupun dah hampir seratus kali Shahin jumpa dengan Ziad tapi hari ni baru dia nak bagitahu aku.Orang lain dah lama perasan pasal benda ni,old school betul la suami aku ni,tak up to date langsung!hehehe,sedap pulak mengutuk.

“apa yang kelakar?” huhuhu,kena marah dengan Shahin.

  “takde apa.D ni takkan baru perasan kut,orang lain dah banyak kali tegur macam tu”

“D dah lama perasan,tapi baru nak keluar ayat tu hari ni”

  “ada-ada je la D ni”

“betul apa?”

  “saya pun pernah terfikir jugak,tapi rasa macam tak masuk akal pulak,mungkin pelanduk dua jantina tak serupa kut”

“peliknya sayang,tak pernah dengar pulak”

  “mana ada wujud D”

“sayang ni dah pandai reka pribahasa sendiri ya?”

  “ingat D je pandai?” perbualan kami dah mula terpesong dari tajuk asal,Shahin ni dah berubah balik perangai dia,jadi orang suka bergurau pulak,cepat betul berubah angin dia ni.

 

 “sayang!Yad dah sampai ni” suara Shahin yang kuat aku dapat dengar sampai ke tingkat atas,nasib baik Boy dah lena kalau tak jenuh jugak nak suruh tidur,aku bukannya tak nak keluar dengan Shahin tapi Boy mana boleh tidur lewat,kecik lagi.

  “ok,D,saya pergi dulu” aku menyalami tangan Shahin dan Shahin menghadiahkan ciuman di dahi aku sebelum aku keluar dari rumah,jadi single balik sekejap sebab nak lepak dengar cerita si Ziad ni pulak.

  “sorry Yad,dah lama tunggu?”

“baru je,Boy dah tidur?” soal Ziad kepada aku sebaik aku masuk ke dalam keretanya,sempat dia menghadiahkan hon kepada Shahin,memang tu je yang mampu beri kat Shahin,kesian.

  “dah,awek Yad tak marah ke dinner date dengan akak ni?” soal aku bergurau dan ZIad seperti biasa gelak sakan,dah macam orang kurang waras pun ada aku rasa,dulu dia jugak yang cakap,kalau keluar lunch dengan aku lunch date la,entah mana wujud istilah tu aku sendiri tak pasti.

“mana marah,Yad dah explain apa yang Yad nak cakap dengan akak malam ni,D akak tak marah ke?”

  “taklah,dia nak tengok Yad pakai tudung sebab dia kata Yad iras akak”

“ha,samalah dengan Ain,dia pun mintak benda yang sama”

  “tak boleh nak imagine Yad pakai tudung” aku ketawa geli hati.

“nauzubillah,seram sejuk bila Yad fikir”

  “nak try tak?” soal aku mengusik,laju pulak si Ziad ni menggeleng,kelakar betul!

“mengarut la akak ni,akak la buat rambut macam Yad”

  “gila ke?nanti Shahin dah tak mengaku akak ni isteri dia”

“sama la,kalau Yad pakai tudung,Ain lari hujung dunia tau”

  “Yad ikut dari depan la,mesti jumpa balik punya sebab dunia ni bulat”

“pandailah akak ni”

  “memang la pandai,belajar sampai degree tau!”

“malas nak layan akak,jom turun dah sampai!” Ziad membukakan pintu kereta untuk aku seperti biasa,gila gentleman la si Ziad ni,aku hanya mampu tersenyum,memang aku tak terbayang macam mana rupa Ziad pakai tudung,mesti kelakar habis dan aku jugak boleh pengsan kalau aku potong rambut gaya Ziad,memang kerja gila.

“terima kasih” aku turun dari keretanyadan mengekori Ziad ke meja makan.

Setelah pesanan dibuat kami mula berbual kosong dan makan sehingga separuh dari pinggan kami,Ziad belum lagi berminat nak bercakap tentang apa yang dia nak sangat bincang,aku hanya menunggu dengan sabar.

“kak Mai,Yad nak berterus-terang” dah lari selera aku bila dengar Ziad cakap macam tu.apa pulak ni?jangan benda yang mengarut dan boleh merosakka hubungan baik kami dah la.Aku tak nak apa yang Seven duk fikir tu terjadi,aku sayangkan Ziad tapi sebagai adik aku je.

“Yad,adik akak.Anak mama dengan Abah” semua makanan dalam mulut aku rasanya seakan menjadi tawar,apa maksud Ziad? Dia anak mama? Ya Allah kenapa Ziad tak pernah bagitahu aku semua ni

“mama kahwin dengan Abah sebab nenek yang mintak”

  “dah la Yad,akak tak suka Yad gurau dengan benda macam ni”

“akak,Yad serius,kembar yang Yad selalu cerita tu ialah perempuan yang datang rumah akak malam tu” aku tak tahu macam mana nak berikan reaksi bila dengar semua ni,apa yang Ziad cakap ni aku tahu semuanya benar dari mulut dia,tapi kenapa sangat berat untuk aku terima.

  “why you must tell this? Just keep it a secret!” suara aku mula meninggi,sangat pantang bagi aku bila orang mempermainkan emosi aku.

“but I need to tell you the truth,you must know the truth,I want our family being together”

  “nonsense!”

“I have to tell you this”

  “you should keep it as a secret” aku dah tak tahu nak kata apa,banyak juga mata dah mula memandang kami ketika ini.

“till when?”

  “till you die!” aku menjawab dengan kasar lalu meninggalkan meja,Ziad membayar dengan segera dan mengekori aku rapat.

“akak,I love you and mama love you too,nenek yang paksa mama bercerai dengan papa a kemudian kahwin dengan Abah,nenek berpura-pura sakit dan minta papa akak ceraikan mama,nenek terlalu gilakan harta sehinggga sanggup pisahkan mama dari akak,mama merayu supaya nenek benarkan dia susukan akak paling lama 40 hari,mama terpaksa!” walaupun jarak antara aku dengan Ziad jauh tapi aku dapat dengar semuanya dengan jelas,air mata aku mula mengalir dengan laju,kenapa semua ini hendak terjawab pada ketika ini,tanpa aku sedar lutut aku yang dah lemah akhirnya aku terduduk di atas jalan.Ziad menghampiri aku dan memeluk aku dengan erat.

“sesaat pun mama tak pernah lupakan akak dan abang,setiap hari mama ceritakan pasal akak dan abang pada Yad dan Ya,mama selalu ada disamping akak,sepanjang akak di UK,setiap kali majlis graduasi akak mama ada,akak masuk hospital mama ada,majlis kahwin akak pun mama hadir.Abah tak pernah minta mama lupakan akak dan abang,malah Abah yang support mama,papa akak selalu beri perkembangan akak pada mama,mama hanya mahu lihat akak dari jauh,itu sudah memadai”

  Cerita Ziad sepertinya menyentuh luka yang telah lama terbuku dihati aku,walaupun semuanya seperti jawapan dan penyelesain kepada semua persoalan aku tapi semuanya sangat menyakitkan,air mata aku terus mengalir dengan deras dan aku membiarkan tangan adik lelaki aku sendiri memeluk aku.

  “Yad,akak nak balik” akhirnya aku mencari kekuatan untuk bersuara,Ziad mengangguk dan membantu aku untuk berdiri,Ziad memimpin aku dengan rapat dan dari situ aku mampu melihat air mata Ziad yang mengalir dipipinya,pintu kereta dibuka dan aku mengesat air mata adik aku sendiri dengan tangan ini,apakah perasaan ini ya Allah?

“akak terima Yad?” soal Ziad menahan sebak.

  “siapalah akak nak tolak pemberian Allah”  Ziad mengeratkan pelukannya dan mengesat air mata aku yang masih lagi mengalir.

“terima kasih akak” aku mengamati wajah Ziad dan aku dapat lihat wajah mama dari wajah itu,kejamnya aku menghukum orang yang tak patut,memang benar,siapalah kita hendak menghukum seseorang sedangkan Allah adalah hakim yang maha adil.

  Sebaik tiba dirumah,Shahin yang sedang menunggu kepulangan aku, aku peluknya dengan erat,Shahin seakan-akan hilang tumpuan bila aku memeluknya sebegitu sambil menangis,Ziad sudah beredar dari rumah kami.

“sayang? Kenapa ni? Apa yang Yad dah buat?” lain betul intonasi Shahin ketika ini,risau dan marah.

  “Ziad Daniel tu,adik saya,anak mama” Shahin sepertinya bungkam dan tidak mampu berkata-kata,sama seperti aku yang jauh lebih terkejut dari Shahin,air mata aku mengalir lagi.

“subhanallah,sayang ok?”

  “ya,saya bersyukur sangat sebab Yad dah ceritakan semuanya,mama tak salah”

“alhamdulillah,sayang jangan nangis lagi”

  “saya terlalu gembira,salah ke kalau saya menangis?”

“sayang ni,kalau abang pasang bom kat sini pun sayang nangis selamba jugak” aku tergelak sedikit,Shahin ni memang teruk.suka sangat potong line aku tengah bersedih.

  “D ni,potong je la”

“ya la,sayang ni mesti dah lama nangis,dari restoren sampai rumah”

  “betul jugak”

“ratu air mata betul la sayang ni,dah la nangis,kering nanti D tak tahu nak beli kat mana”

  “ya la,sekarang apa yang saya kena buat?”

“tidur!dah lewat ni,jom” Shahin segera mengangkat aku,teruk betul la Shahin ni!nak marah betul aku dengan dia ni,main buat je apa yang terlintas dalam benak dia.

 

 

=============

 

 

 

 

 

“assalamualaikum” dengan tenang dan senyuman aku memberi salam apabila tiada seorang pun dalam rumah itu sedar akan kehadiran aku,mereka semua sangat sibuk dengan persiapan satu majlis,entah majlis apa aku sendiri tak tahu tapi macam family gathering je sebab ramai sangat orang kat sini.

  “waalaikumussalam…” mata mama tertacap pada aku,air mata aku mula bertakung lagi,semua mata sepertinya memandang aku,semuanya kelihatan terkejut dan semua kerja terhenti di situ,seperti aku ada super power buat masa terhenti.Air mata aku mula mengalir dengan perlahan menuruni pipi,mama sepertinya kelu dan terkejut dengan kehadiran aku di situ,air matanya yang turut mengalir membuatkan aku tidak dapat menahan langkah aku untuk berlari mendapatkan mama lalu memeluknya dengan erat,pelukan dari seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkan aku dengan susah payah.

 Pelukan ini terasa sangat mesra dan sangat menenangkan aku,tak pernah aku dapat bayangkan yang pelukan seorang ibu mampu jadi sehebat ini,rasanya seperti aku ingin terus bernyawa dalam pelukan ini,mama tak putus mengucapkan syukur bila dia rasakan sentuhannya pada tubuh aku.

  “adik?anak mama?” mama mengamati wajah aku dan aku mengangguk berkali-kali,mama menarik aku ke dalam pelukannya lagi,kedua pipi aku dikucup dengan penuh kasih-sayang,takde apa yang aku minta buat masa sekarang cukuplah sekadar Allah tidak memisahkan aku dengan mama aku lagi.

  Ziad yang entah datang dari mana memeluk aku dengan mama dengan erat,dia ni memang suka sangat buat kacau time orang tengah berjiwang macam ni.Mama dengan mesra membalas pelukan Ziad,anak mak rupanya si Ziad ni.Aku hanya mampu tersenyum dan meleraikan pelukan lalu menumbuk bahu Ziad dengan kuat.

 “sakitlah akak” ujar Ziad geram,Zia mendekati kami dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku,aku tersenyum seketika dan menariknya ke dalam pelukan aku.

“dah lama Ya nak ada kakak dan abang” ujarnya ikhlas dan aku hanya mampu tersenyum mendengarnya.

  “sekarang dah ada,tak sangka akak ada dua orang adik”

“Ya nak sangat jumpa akak bila Yad cakap akak kerja dengan pak ngah,tapi Yad ni kedekut tak nak share akak dengan Ya” nak tergelak pulak aku,memang suka sangat gaduh dua orang ni agaknya,kembar memang ada perangai macam ni la kut.Akim dengan Remy pun lebih kurang je.

  “ehem,dah lupa suami dengan anak ke?” Shahin menegur kami sehingga membuatkan kami tergelak,Shahin ni memang suka buat orang hilang feel.Aku tersenyum lalu mendapatkan Shahin dan memperkenalkannya kepada keluarga baru aku la kut.Dah kena dah dengan Shahin ni pun satu lepas je Nampak muka mama terus je lupa dekat suami dan anak aku ni.

“ni la suami adik ya?handsome” pujian mama membuatkan Shahin tersenyum meleret,apa punya orang la riak tak bertempat.

 “jangan puji mama,nanti tak lena tidur” ujar aku pula,Shahin turut juga tersenyum,Boy dah berganti tangan dan mula diusung ke hulu ke hilir,popular la anak aku lepas ni.

   “apa yang meriah sangat ni dari dalam rumah abah dengar?” Shahin terlebih dahulu mendekati Abah Ziad dan menyalaminya,aku masih juga berada disisi mama sambil tersenyum memandangnya,jelas yang dia terkejut dengan keadaan itu dan mungkin juga dia merasakan semua itu mimpi di siang hari.

 “Abang,adik datang” ceria sungguh suara mama,aku mendekati ayah tiri aku lalu menyalami tangannya dengan penuh kelembutan,bertambah la ayah aku lepas ni.Tiada siapa yang salah dan yang pastinya ayah tiri aku juga tak bersalah.

   “adik,terima kasih” ucapnya ikhlas,aku mengangguk dan berdiri di sebelah Shahin,Shahin memeluk bahu aku dan beriringan dengan mama dan abah ke meja di taman.

 “Yad dah ceritakan semuanya pada adik,adik minta maaf sangat-sangat” pinta aku seikhlas hati,hanya Allah yang tahu betapa menyesalnya aku dengan perbuatan aku dulu,andainya aku tak berkeras dan terima takdir Allah pasti dah lama aku rasa bahagia seperti sekarang.

  “Yad?mama dah agak dah,adik boleh maafkan nenek dan atuk?” soalan mama aku tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya,aku memandang Shahin dan melihat Shahin mengangguk.

 “adik dah penat nak simpan dendam,sekarang Allah dah bagi peluang kedua untuk adik jadi adik tak nak sia-siakannya kerana perasaan benci dan dendam”

   “terima kasih adik”

 “apa abah ni,asyik nak berterima kasih je”

   “abah?” soalnya terkejut.

 “kenapa? Tak sudi?”

   “ya Allah,mestilah sudi,bertambah anak abah tak perlu susahkan mama untuk pregnant lagi” seloroh abah ceria,aku dan Shahin tergelak senang,pandai bergurau abah ni,tak sangka pulak aku bukan main lagi serius muka dia tapi pandai buat lawak.

 Punyalah lama kami berbual tanpa kami sedari hari dah berganjak ke waktu tengahari,kalau ikutkan hati memang aku nak luangkan masa di sana lagi tapi aku dah janji dengan papa nak lunch sama-sama.

  “D,rasa lapang je dada saya ni” ujar aku kepada Shahin ketika kami dalam perjalanan pulang dari rumah mama,Shahin memandang aku dan tersenyum lalu mengucup lembut tangan aku.Dah faham sangat nak bermanja dengan aku la tu,mamat ni mana tahu tempat time drive pun jadi,teruk!

  “assalamualaikum” aku memberi salam lalu masuk ke dalam rumah yang riuh rendah dengan suara abang dan papa yang tengah syok tengok bola,papa tu main bola bukannya pandai pun tapi minat bola sepak mengalahkan pernah mewakili Malaysia je.Bertambah la penonton dalam rumah ni,tambah pulak suami aku yang boleh tahan gila jugak dekat bola tu.

  “sayang,jaga Boy jap,nak join tengok bola” ha,kan aku dah cakap tadi.

“D la jaga,saya nak tolong ibu dan mak masak ni”

  “ala,oklah” hehe,Nampak sangat tak ikhlas tapi aku tak kisah biar dia pulak korbankan bola sepak dia tu,ni tak kalau dah tengok bola tu rasa macam dia tu single lagi tak ingat dah dekat anak bini dia ni.

“ibu,mak,kak,masak apa ni?”

   “dah sampai pun,jenuh ibu tunggu.Dari mana?”

  “masak sambal udang,gulai ketam.” Bagus Mak,menjawab soalan.

 “akak masak bubur jagung,mak cakap adik suka eh?”

“suka sangat! Thanks,sayang akak” aku memeluk kak Zue dengan mesra,sayang kak ipar lagi dari abang,hahaha.Dah lama gila aku tak makan bubur jagung ni,Shahin ni dah kembali sibuk bila dah mula kerja balik,tak sempat dia nak masakkan aku bubur jagung,nak masak sendiri memang kirim salam la sebab tak pandai dan malas nak belajar.

   “mana Boy?” ibu ni,tak habis-habis dengan soalan dia.

“kat luar dengan abi dia.”

  “adik dari mana?” mak bertanya soalan sama dengan ibu,selalunya tak pernah tanya soalan macam ni,macam tahu-tahu je aku datang dari rumah mama,confuse.

“rumah mama” jawab aku ringkas tapi kenapa semua orang berhenti buat kerja?aku mengangkat muka dan sedar-sedar semua orang dalam dapur ni dah mengepung aku,rasa macam jadi artis la pulak.

“adik dah berdamai dengan mama,sekarang,adik dah boleh terima semuanya”

   “baguslah,alhamdulilah”

  “macam ni la anak kesayangan mak”

 “tahniah adik”

“buat apa nak simpan benci kalau akhirnya diri sendiri jugak yang sakit”

 

  Separuh masa pertama perlawanan antara pasukan MU dan MC masih lagi dengan keputusan seri 0-0,Shahin yang kurang berminat dengan pasukan ini hanya tayang muka selamba tapi abang yang peminat tegar MC agak frust.

  “Shah dengan Asya dari rumah mama tadi,semuanya dah kembali jernih” kata-kata Shahin mengundang kejutan kepada papa dan abang,mereka sepertinya tidak mempercayai apa yang baru mereka dengar itu.

  “betul!Allah dah tunjuk jalan yang terbaik untuk semua”

“alhamdulilah,macam mana dengan orang lain?” soal papa gembira.

  “semuanya dah ok,doa papa dah dimakbulkan Allah”

 “alhamdulilah,lega abang rasa”

“papa pun lega”

 “macam mana semua tu boleh jadi?”

  “Yad punya kerja”

“Yad? Dah agak dah”

 “memang Yad punya kerja ni”

  “kenapa?semua orang macam boleh syak je yang Yad cakap kat Asya” Shahin bingung sendiri,keluarga mama juga dapat agak yang Ziad buat semua ni.

“Yad dengan adik tu sama je,dah puas kami pesan jangan cakap apa-apa tapi dia cakap jugak”

 “Yad je berani ambil risiko macam ni,tekad Yad memang kuat nak adik terima dan maafkan keluarga dia”

  “nasib baik Yad tu adik ipar Shah,kalau tak memang dah masuk hospital sebab duk berkepit dengan isteri Shah je” ujar Shahin bergurau,abang dengan mesra menepuk bahu Shahin sambil ketawa senang,papa hanya mampu menggelengkan kepala melihat dua anak lelakinya itu,akhirnya dia mengambil Boy dari ribaan Shahin dan beredar ke taman di luar rumah.Mesti takut penyakit sewel abang dan Shahin berjangkit dekat Boy,mereka berdua ni kalau dah jumpa mulalah nak bercakap perkara yang kurang waras,memang jalan terbaik mengelak dari campur mensyuarat gila-gila dorang ni.

   “D,abang,makan” aku memanggil dua jejaka yang asyik duk bincangkan pasal bola sepak.Aku mendekati papa yang beria-ia main dengan Boy kesayangan aku ni.

  “papa,jom makan” aku memeluk lengan papa dengan mesra dan sama-sama melangkah ke dalam rumah,dah lama sangat tak bermanja dengan papa sejak akhir-akhir ni,maklumlah sibuk betul dengan Shahin yang baru je sihat sepenuhnya dengan Boy pun yang masih lagi menyusu badan.

“adik,papa nak ucap terima kasih sebab maafkan mama”

  “ala pa,sepatutnya takde siapa yang perlu minta maaf dan memaafkan,semua ni hanya salah faham.Adik ni degil sangat dulu sebab tu takde siapa yang berani cerita perkara sebenar kat adik”

“Yad je yang berani nak ambil risiko ni”

  “nasib baik ada Yad kan?”

“betul jugak” setelah sampai di meja makan kami mula menjamah makanan,memang seronok makan beramai-ramai macam ni,bukan main berselera lagi,sekarang ni aku pun dah boleh makan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk,dah jadi orang melayu asli aku ni.

  Setelah selesai makan aku membantu ibu,mak dan Kak Zue untuk mengemas dan membasuh pinggan yang ditinggalkan kaum adam dalam rumah ni,termasuk yang paling muda sekali.Selalunya kalau kat rumah aku dan Shahin kami share tugas tapi dah dsampai rumah papa ni nak jadi boss besar la pulak.

  “sayang,Boy dah lapar ni” aku berpaling memandang Shahin yang sedang mendukung Boy yang sedang menangis,aku meninggalkan tugas di dapur dan mengambil Boy dari tangan Shahin lalu ke bilik diatas.Shahin ni yang sibuk nak mengekor tu kenapa?

“D nak pergi mana?” soal aku pelik.

  “mandi” jawab Shahin ringkas,oh,lupa pulak yang Shhain ni tak boleh berlama dengan baju dari pagi,entah bilalah nak berubah si Shahin ni,membersih tu ok sebab kebersihan tu separuh dari iman tapi cerewet ni kes lain pulak,tak boleh nak salahkan Shahin jugak sebab kulit dia memang sensitive sikit.

“time ni jugak nak mandi” aku merungut geram,Shahin tak mengendahkan apa yang aku rungutkan malah membantu aku untuk membuka pintu bilik,sebaik masuk ke dalam bilik Shahin terus mengambil tuala dan terus ke bilik air.

  Aku medodoi Boy sehingga dia lena sepenuhnya dan aku mengambil sejadah dan pakaian untuk Shahin solat zohor,aku ni tengah cuti umum sekarang ni jadi tak dapatlah nak berjemaah dengan Shahin.Setelah dua puluh minit Shahin keluar dari bilik air dan terus mengenakan pakaian untuk solat.

  “sayang”

“apa?sempat lagi dah angkat takbir pun nak bercakap lagi”

  “ya la,dah sayang asyik duk tenung D je”

“mana ada!”

  “amboi,laju je mengelak,D perasan la”

“perasan!”

  “sayang ni,geram pulak D tengok”

“solatlah cepat,main-main pulak” Shahin ni kena halang sebelum dia naik perangai gila-gila dia,memang susah nak jangka apa yang dia akan buat.

  Aku menggelengkan kepala apabila melihat Shahin akhirnya mula untuk solat,aku meninggalkan Boy yang tengah lena dalam buainya dan turun ke dapur untuk menyertai kaum ibu bercerita,kalau bercerita la tak tahu la kalau nak bergosip,sebab kami semua ni peminat nombor satu Shah Rukh Khan dan drama melayu yang tengah syok zaman sekarang ni.

  “cakap pasal apa ni?” soal aku setelah menyertai kelab bersila di pondok di tepi kolam.

“cakap pasal koleksi terbaru kasut” jawab Kak Zue yang memang terel berfesyen,ibu memang la orang yang sangat ngam dengan kak ipar aku ni kalau berkaitan dengan kasut dan beg,lain pulak dengan mak ni yang lebih sukakan benda yang menguntungkan seperti resepi baru.

  “ibu dengan kak Zue pergi la jalan kat mall,confirm lesap dua tiga ribu,cantik sangat kasut yang baru sampai dari China yang adik tengok semalam” aku tersenyum kerana berjaya mengumpan ibu dan kak Zue,walaupun mereka ni gila fesyen tapi mereka gunakan duit sendiri,wanita Berjaya ni.Tak main ar joli pakai duit suami,tak berkelas langsung.Hehehe cakap je labih aku ni tapi kalau bab berbelanja memang aku jaguhnya tapi bila time berbayar memang Shahin la mangsanya,bukannya aku mintak dia yang offer,rezeki jangan di tolak.

 “betul ke?jom Zue kita pergi” kan aku dah kata,ibu dengan kak Zue ni pancing sikit je mesti kena punya,mak hanya mampu menggelengkan kepala melihat ibu dan kak Zue yang teruja.

“jom!terujanya”

   “jangan aktif sangat kat sana,baby dalam perut tu” tegur mak sambil tersenyum apabila mereka mula untuk beredar,aku tergelak kesenangan memang dahsyat betul la penangan fesyen kepada kaum wanita ni,cakap je sikit terus dia gerak,tak kena plan-plan bagai.

  “mak,jom keluar,kita pergi kedai buku” ajak aku ceria,mak ni kalau kedai buku memang dia ada hati nak turun padang shopping sekali.

   “kedai buku?ada buku resepi keluaran baru ke?” ha,kan aku dah kata,mak ni memang suka sangat baca buku resepi.Patutlah banyak ilmu mak pasal masakan ni.

  “ada,banyak jugak.Jom la kita keluar,women’s day hari ni”

   “elok jugak,mak pun nak beli buku ilmiah sebab semua buku tu mak dah baca”

  “dah habis semua buku dalam library papa?” biar betul? Aku tengok pun boleh mati buku dalam bilik tu,mak dah baca sampai habis?

   “mana ada mak baca buku papa,tak seronoklah sebab semuanya buku pasal business,bahasa orang putih pulak tu”

  “mak ni kelakar la,jomlah kita pergi keluar”

   “Boy pun nak bawa sama ke?”

  “mestilah bawak,takkan nak tinggalkan kat abi dia kut”

   “kenapa tak ajak Shah sekali”

  “tak nak la,women’s day kan?” mak tersenyum dan menggelengkan kepala,mesti dia ingat aku ni perasan bujang la tu.Bukan apa dah selalu sangat kelaur shopping dengan Shahin habis kempis dompet dia jadi hari ni aku nak berbelanja dengan duit aku sendiri.

  “adik ajak mama dengan Zia jugak,kita jumpa kat mall je la”

   “ya? Baguslah adik dah maafkan mama,mak pun dah rindu sangat nak jumpa dia”

  “rasa lapang je dada ni,adik pun dah maafkan nenek dan datuk,walaupun mereka tak pernah meminta maaf tapi Adik dah penat dengan menyimpan dendam”

   “baguslah adik,dendam ni akhirnya buat kita makan diri kita sendiri je”

Aku setuju sangat dengan apa yang mak cakap tu,memang tak sepatutnya aku terlampau berdegil dengan hati aku sendiri dulu,tapi bersyukur sangat sebab Allah masih lagi pemurah dan adil kerana bagi aku kesempatannnya sekarang walaupun dah macam-macam cara aku buat untuk membenci tapi Allah sedarkan aku perkara sebenar sehingga perasaan benci itu bertukar menjadi sayang.Kisah aku ni dah terlalu sempurna dengan apa yang Allah dahb atur.Alhamdulilah,terima kasih ya Allah”

 

 

==================

 

 

 

 

 

 

“D ikut boleh?” soal Shahin sambil sibuk menghalang aku yang sedang bersiap untuk keluar,menyibuk je la suami aku ni nak pakai tudung lilit-lilit pun payah karang terbelit mati pulak.

  “women’s day la D” aku menolak Shahin yang sedang bersandar pada meja solek,apa punya ayah orang la dia ni degil macam apa pun aku tak tahu.

“D jadi driver?” soal Shahin lagi,yang kerja dia nak mengekor je kenapa?bagi la peluang aku nak keluar dengan orang lain jugak.Tak faham erti privacy ke?

  “saya boleh drive sendiri,kak Zue dan ibu pun boleh setakat nak drive” aku jawab selamba,Shahin dah buat muka seposen nak merajuk la tu,malas la aku nak pujuk.

“Boy ikut ke?” soal Shahin perlahan,aku mengangguk laju dan Shahin juga ikut mengangguk sama,Shahin bermain-main dengan Boy sementara menunggu aku untuk bersiap,sesekali aku menjeling melihat Shahin yang tengah ralit bermain dengan Boy,ceria je maknanya dia dah tak marah la tu.hehehe.

  “D nak pesan apa-apa?” soal aku sambil beriringan keluar dari bilik dengan Shahin.

“sayang tolong belikan D majalah kereta keluaran terbaru boleh?” hai,sejak bila pulak suami aku yang cermat ni berminat dengan kereta?

  “ok”

“drive elok-elok” pesan Shahin akhir sekali,takdenya aku nak pergi drift atas jalan raya tu,aku mengangguk faham dan masuk ke dalam kereta,nampaknya ibu dan kak Zue dah pergi dengan kereta ibu,aku dengan mak je ni,apa punya semangat la ibu dengan Kak Zue ni,kasut punya pasal lautan pun mereka sanggup redah.

  Tak jauh pun mall dengan rumah papa ambil masa dalam setengah jam je nak sampai,aku memarkir kereta di tempat yang sesuai dan mencari kelibat ibu dan Kak Zue di kedai kasut yang mereka selalu pergi.Mama dan Zia pun kongsi minat yang sama rupanya,bukan main seronok lagi pilih kasut,nasib baik semuanya orang berduit,hahaha.

“adik,bila sampai?” mama yang lebih dahulu sedar akan kehadiran aku mendapatkan aku dengan segera lalu memegang erat tangan aku,adui ma,dah dewasa la dah jadi bini orang pun.

  “dah lama jugak,mama beli apa?”

“kasut la,dah lama tak keluar shopping ramai-ramai macam ni”

  “seronok kan?tapi adik dengan mak nak pergi kedai buku ni” mak mendekati aku dan mama setelah pening menolong ibu memilih kasut,kalau aku jadi mak pun memang boleh pengsan.Mak dan mama pula berborak kerana telah lama tak berjumpa jadi aku tinggalkan mereka berdua dan mendekati Zia dan kak Zue yang sepertinya berminat jenis kasut yang sama.

  “Ya,warna kuning fit you well” aku memberi cadangan.

 “really? Tak macam kartun sangat ke?” soal Zia keliru,dia tak percaya apa yang aku cakap?budak ni,hahaha.

   “betul apa yang adik cakap,sesuai” ha,kan dah dapat sokongan kaum kerabat aku,terima kasih kakak iparku yang tersayang.Aiseh aku sebenarnya malu bila semua orang panggil aku adik sampaikan Zia pun dah belajar panggil aku adik,bukannya kak mai lagi dah,sepatutnya aku yang panggil dia adik tapi bila aku cakap macam tu Zia cakap tak kisahlah siapa pun adik yang penting kita adik-beradik,cakap memang terel kembar Ziad ni.

 “Kak Zue warna orange la,kalau beli dua dapat discount ten percent”

  “anak orang kaya pun nak discount jugak ke?” soal aku mengusik,Zia dengan pantas memukul lengan aku dengan lembut,Boy aku ni pulak asyik tidur je kerja dia.

 “anak orang kaya je,bukannya orang kaya pun”

  “gurau je la”

   “adik tak nak beli ke?” soal Kak Zue kepada aku.

  “tak kut,nanti datang shopping dengan Shahin la”

 “amboi,kenapa mesti dengan abang je?”

  “semalam baru je beli,jadi tak terasa nak ikut kempen membazir amalan syaitan hari ni” aku tersengih menayangkan gigi,Kak Zue dan Zia dah buat muka menyampah,ni baru je kasut,tunggulah bila aku jumpa jaket dan baju nanti,botak kepala aku ni.

  “dah la,adik nak pergi beli buku ni,Shahin pesan beli majalah”

 “majalah?majalah wanita ke?”

   “majalah kereta la tu” aik,macam mana kak Zue boleh tahu ni?pelik,kena tanya ni.

  “mana akak tahu?” soal aku direct.

   “abang Haziq pun ada hobi yang sama sekarang ni,asal ada hobi baru je mesti partner dia Shah”

 “ni mesti pembawaan Yad ni,dia tu gila kereta sikit”

  “dah agak dah,Yad ni memang la”

 “kalau tak silap Ya,weekend ni ada showcase kat KK,Yad dah beli tiket nak ke sana,abang Shah dengan abang Haziq tak cakap apa-apa ke?”

   “abang Haziq ada cakap,tapi dia tak pergi kut sebab akak tengah pregnant ni”

  “Shahin tak cakap apa-apa pun lagi,ada la tu kerja tak munasabah dia” kalau betul Shahin nak ke KK nanti mesti aku dengan Boy berdua je kat rumah,jadi aku nak balik rumah papa la.Bosan pulak aku fikir hujung minggu aku ni tanpa Shahin,walaupun Shahin ni suka sangat kerja tapi takde la sampai ke luar negeri.Payah jugak ni.

   “kenapa berkerut je dahi tu?mesti takut kena tinggal ni.Adik percayalah yang Shah akan bawa adik sama”

 “ya?romantiknya abang Shah,Boy macam mana?”

   “bawak sekali la” amboi,sedap pulak perancangan dua orang ni,aku sendiri tuan punya badan tak cakap apa pun,pandailah korang semua duk rangka plan last sekali aku kena tinggal jugak.

 “adik tak payah la bawak Boy,pergi honeymoon dengan abang Shah je,Boy biar aunty Ya dia yang jaga”

  “dah la mengarut,benda takde akar umbi lagi dah rancang macam-macam”

   “suka la tu dapat dating dengan Shah”

  “eleh,setakat dating dengan Shah hari-hari pun boleh buat.Honeymoon apa ke bendanya pergi tengok kereta,orang honeymoon tengok permandangan bukannya kereta.”

 “ala,tiga dalam satu la tu,honeymoon,car showcase,holiday”

  “pandailah,adik nak pergi beli buku ni” aku meninggalkan Kak Zue dan Zia yang seronok kenakan aku,boleh tahan jugak dua orang ni.Mak yang sedang menunggu aku di satu sudut dengan penuh kesabaran la agaknya,hehehe.

  “mak,jom pergi kedai buku” aku menarik tangan mak supaya berjalan seiring dengan aku,walaupun dah ada anak masih lagi nak bermanja aku ni.

  Pilih buku ni lebih teruk daripada pilih baju tau,naik pening jugak aku nak cari majalah yang Shahin mintak ni.Mak pulak tengah seronok mencari buku-buku dia,sekali lalu tengok bertingkat-tingkat novel cinta yang tersusun kalau Nur dengan Afie ni mesti dah anggap syurga buku kalau tengok novel macam ni,belilah untuk Nur dan Afie.

  “adik,novel apa yang paling latest dan paliiiinggg best?” ha?dengar tak kuasa paling tu? Nampak tak yang aku ni kawan yang prihatin sudi belikan novel untuk kawan-kawan aku,masuk bangkul angkat sendiri la pulak.

“rak sini,semuanya latest dan paling best” aku melihat sejenak dan mula pening nak memilih,bukannya apa,aku ni tak suka baca novel jadi tak tahu nak pilih yang macam mana,kalau baca semua synopsis kat sini esok pun belum tentu balik rumah lagi.

  “adik suka baca novel tak?” soal aku kepada pekerja disitu,dan paling aku tak suka dia menggeleng?budak ni sepatutnya baca la semua novel ni senang sikit aku nak tanya.Lelaki la pekerja ni,mungkin sebab tu dia tak baca novel kut.

  “awek adik suka baca novel tak?” ha,dah mula dah nak mengarut aku ni.perkerja itu sepertinya pelik dengan soalan aku dan segan,aish,tanya pasal awek dia je kut bukannya tanya nak jadi pak we aku ke tak.

“saya takde awek kak” ceh,jawapan komersial confirm selamat la tu,muka aku tengok boleh tahan jugak,kalau setakat nak jadi playboy tu boleh la,tapi takleh nak lawan kekacakan suami aku la,hahaha.

  “eleh,jawapan selamat la tu” pekerja itu ternyata tergelak kecil dengan usikan aku,memang aku ni kalau bab mengarut nombor satu,kalau ada Seven kat sini confirm budak ni cakap terus-terang punya,kalau shopping dengan Shahin memang tak sempatlah aku nak mengayat budak pekerja ni.

“betul kak,memang takde”

  “nak akak carikan ke?”

“takpe kak,saya muda lagi,belajar pun tak habis lagi” amboi,laju pulak menjawab ya,jawapan selamat jugak tu.Aku ni entah bila tukar kerjaya jadi pencari jodoh ni,kalau asyik duk borak je memang tak selesai kerja aku kat sini.

  “ya la,tak nak mengaku pun takpe.Selalunya novel apa yang paling famous kat sini?”

“yang tu semua ada kat sini,selalunya dalam masa seminggu je boleh habis stok”

  “wow! Kayalah penulis novel kalau macam tu”

“akak nak?”

  “ok,ambilkan akak lapan buah dan sama”

“maksudnya?”

  “empat yang berbeza,setiap satu tu dua”

“oh,ok,akak suka baca novel ke?” soal pekerja itu ramah.

  “tak,beli untuk kawan yang tengah berpantang” jawab aku selamba dan ternyata pekerja itu tergelak,aku rasa apa yang aku cakap tu perkara benar entah huruf mana yang jadi kelakar.

“baby akak ni dah berapa bulan?”

  “nak masuk tiga bulan dah”

“ya,comel.Macam Chinese je”

  “ya la papa dia Chinese mama dia mix Chinese”

“papa dan mama dia? Akak ni siapa pulak?”

  “Umi dia” ha,sekarang ni aku pulak yang nak tergelak,ha,tengah sudy lagi kan jadi perah otak sikit fikir apa yang aku maksudkan.Bukan main dahsyat lagi kedutan di dahi dia,soalan aku ni lebih susah dari soalan exam tau!jawab la!

  “anak susuan akak la”

“oh,patutlah.hairan saya tadi”

“saya tolong bawakan” pekerja yang baik dan ramah itu,tambah sikit status baik kat dia sebab tolong bawakan aku novel yang aku beli,banyak jugak aku beli takkan aku nak letak dalam stroller kut,habis la Boy ni kena bersempit dengan buku.

  “mana rak majalah kereta?”

“sini,akak suka kereta ya?”

  “tak lah,mana yang paling latest?”

“ni,yang ni sekali dengan tiket showcase kat KK”

  “oh,patutlah husband akak suruh beli majalah ni,ada tiket free rupanya”

“ada lagi?”

  “tak,jom bayar” aku mengekori budak itu ke kaunter pembayaran,setelah membuat pembayaran aku menunggu mak yang sedang membuat pembayaran,banyak jugak buku yang mak beli,stok berapa bulan tu,tapi kalau aku sebuah pun dah boleh jadi stok setahun,tu pun belum tentu aku habis baca.Teruk punya orang bila nak berubah.

 

  Setelah minum petang bersama-sama kami pulang ke ruamh dan sepertinya Shahin sudah bersedia untuk pulang ke rumah kami jadi aku pun siapkan diri dan meminta diri dari family aku ni.

  “kenapa tak bermalam rumah papa?” soal aku kepada Shahin.

“esok ada meeting,entah meeting apa yang Hadi cakap”

  “oh,kat mana?”

“Perak”

  “yay!nak ikut boleh,nak pergi rumah Nur”

“ok,Boy pun?”

  “yup!”

“ok”

Seronoknya dapat jumpa dengan Nur yang tengah berpantang sekarang ni,Afie dah mula kerja dah,kerja dengan suami sendiri,jadi secretary husband sendiri,kesianlah Luqman Haqim kena control dengan wife,hehehe takdelah Afie tu sehebat tu nak control suami dia.Novel untuk Afie ni aku beri bila pergi rumah dia dengan Seven je la.

“sayang,senyap je”

  “tengah fikir pasal baby Nur ni,mesti comel kan?”

“Seven pun pergi,Hadi cakap Seven nak jumpa adik ipar kesayangan dia tu”

  “really?seronoknya D,dapat la kami gather balik,kena call Afie ni”

Aku segera mendail nombor Afie,peduli apa aku Shahin nak gelakkan aku ke apa,sekarang ni aku rasa keterujaan aku dah mencecah tahap maksima,hahaha,macam ada super power je gayanya.

  “Afie,jom pergi rumah Nur,aku dengan Seven pun ada sama”

 “ya ke?aku tak tahu pun korang nak pergi,tak discuss dengan aku pun”

  “mana ada discuss,esok Shahin ada meeting kat Perak,Hadi pun sama,jadi aku ikut dia,Seven ikut hubby dia la”

 “ok,set!nanti aku tanya hubby aku pulak,seronoknya.”

  “bawak baby girl kau tu,rindu aku dekat dia Boy pun sama”

 “gila la kau,ingat India ke nak jodohkan anak dari kecik lagi”

  “bila kau pergi India? Terel kau pasal adat dorang”

 “dah la wei,layan kau ni nak mengarut la tu.Sedar sikit dah jadi Umi orang kut”

  “ya la,kau pun sedar sikit,gelak macam serigala jadian,ok!jumpa esok eh,sayang kau!bye!”

 masya-allah hanya Allah je tahu betapa aku gembira sangat sekarang ni,memang boleh jatuh level waras kalau cakap dengan dorang ni,Shahin pun asyik duk senyum je tengok gelagat aku,ni belum lagi bersua muka dah gila-gila macam ni.

“tak sangka betul yang sayang boleh jadi sehappy ni”

  “tu la pasal,saya pun tak sangka jugak.Thank you D,love you so much”

“ya la tu?”

  “serius,love you till jannah”

“love you too la”

  “D”

“hurm”

  “kalau saya mati,D kahwin lain tak?” soal aku menduga,memang dah lama aku nak tanya soalan

macam ni tapi takut pulak,Shahin pun bukan main laju berpaling memandang aku.

“next question please”

  “if I die,will you marry again?” ha,soalan sama tapi bahasa je lain sikit,kalau bahasa ibunda Negara Shah Rukh Khan pun aku pandai teringin jugak nak tanya.

“sayang,I don’t like this joke” ha,Shahin dah cakap UK,jadi dia marah la tu.

  “answer me,please.Saya nak tahu kalau saya mati nanti ada orang akan ganti saya jaga D dengan Boy ke tak?”

“no one can being at my side as you are,no matter what happen I’ll love you till I die”

  “tak menjawab soalan la D”

“tak? Maknanya tak la”

  “siapa nak jaga D nanti”

“diri sendiri la,dah la cakap pasal benda ni,sayang ni tiba-tiba je,risau D”

  “alah,tanya je kut.” Aku tersenyum senang,aku saja je nak tanya,bukannya aku tak tahu apa jawapan Shahin,memang confirm tak la,kami ni setia hujung nyawa tau!

“kalau D mati,sayang kahwin lain tak?”

  “ada ke orang nak kahwin dengan balu anak satu?”

“sayang!” hehehe,Shahin dah terkena.

  “gurau je la,D ok ke kalau saya kahwin lagi?”

“ok je kut,nanti ada orang jagakan sayang,pujuk sayang bila sayang sedih,rawat sayang bila sayang sakit,tidurkan sayang bila sayang tak boleh tidur,tenangkan sayang bila sayang resah”

  “hanya D je yang boleh tahan nak layan saya macam tu,kalau orang lain confirm dah lari”

  “betul jugak,jadi sayang tak nak kahwin lain la ya?”

“amboi,mengata ya?”

  “sayang yang cakap,D back up answer je”

“tapi,papa pernah cakap.Kalau kita kahwin lagi setelah kematian suami,kita tak dapat bersama dengan suami kita di syurga nanti.Kan dah janji love you till jannah”

  “pandai betul isteri D ni,rela hidup sendiri tanpa suami”

“apa lah sangat,family kita kan besar lagipun dunia ini hanya sementara syurga itu selamanya”

  “wah!rasa nak peluk je sayang D ni,dah la cakap pasal mati,memang kita kena selalu teringatkan mati,tapi…” la,lost word pulak?

“takpe,faham.Sendiri punya ingat je la.”

  “sayang rasa D ni suami berapa bintang?”

“kalau sampai lima je,enam saya bagi” Shahin tergelak kecil,saja je aku ni sebenarnya nak over sikit,baru dia tahu betapa ku sayang padamu.

  “ya la tu”

“betul! D?”

  “enam jugak!baru balance”

“terel la saya,walaupun degil dapat enam bintang,kalau Nur dapat tujuh agaknya”

  “biarlah Nur tu,bintang banyak kat langit tu,ambil je nak berapa pun”

“betul jugak!D sayang saya tak?”

  “lagi nak tanya,mestilah sayang!kalau sayang nak tahu,betapa ku sayang padamu hanya bidadari sebagai pengganti” amboi,menyanyi pulak,Boy yang tengah lena pun boleh sedar dan senyum,macam-macam ragam la suami aku ni.

“sedap suara abi kan?” aku bertanya pada Boy yang menggeliat.

  “silap pulak,kesian anak abi ya?suara abi tak sedap macam suara Umi ya?”

“mana ada,Boy senyum tadi kan?”

  “kalau Boy ikut papa memang sedaplah suara,ikut mama sopan la Boy” aku tersenyum lagi,Shahin memang tak pernah melupakan Aimi dan Alisa,malah gambar perkahwinan Aimi dan Alisa pun Shahin gantung dalam bilik Boy,semuanya tentang Aimi dan Alisa Shahin sudah kumpulkan untuk diceritakan kepada Boy nanti.

“kalau ikut Abi dia handsome la besar nanti”

  “kalau ikut Umi,comel la Boy nanti,kalah la abi”

“jadi saya ni comel la ya?”

  “mestilah comel!isteri D ni!”

Terasa perjalanan pada malam ini sangat perlahan dan mendamaikan,rasa seperti sebuah keluarga yang sangat lengkap dan bahagia.

  “dah sampai rumah,jom masuk tidur” Shahin membukakan pintu untuk aku seperti biasa,aku turun dan terus membuka kunci rumah,dah nak masuk waktu maghrib ni,Shahin segera masuk ke dalam rumah dan mandi untuk solat maghrib .Aku menggunakan tuala yang direndam dengan air suam untuk membersihkan badan Boy,silap betul balik lewat sangat shopping tadi,Boy pun dah mengantuk sangat ni.Setelah selasai aku tukarkan baju Boy dan tidurkan Boy semula.

  Shahin masih lagi solat jadi aku masuk ke bilik air untuk mandi kemudian aku turun ke dapur untuk panaskan lauk yang mak bungkus tadi,nasib baik kalau tak makan maggi la aku dengan Shahin malam ni.Sebaik semuanya aku panaskan Shahin juga telah selesai solat isyak turun ke dapur.

  “makan D?”

“ok!” Shahin terus mengambil tempatnya.

  “kenapa gelak?”

“ha? Erm,D pakai la kain pelikat pun.Saya dah tak kisah dah”

  “takpelah,dah terbiasa pun”

“sorry la,dulu banyak songeh betul saya ni”

  “takpe,benda tu la yang kelakar,sampai hari ni bila D teringat permintaan sayang yang mengarut buat D gelak tau”

“memang D suka gelakkan saya pun kan?”

  “betul!seronok” haish!macam budak kecik la dia ni.

“tadi rasa macam perjalanan yang tenang je kan?”soal aku meminta pendapat Shahin.

  “maksudnya?”

“ya,rasa macam jauh je,lama dan best.Slow je journey kita”

  “memang slow pun” aku pulak yang hairan.

“maksudnya?”

  “D drive 60,70 je tadi”

“what? Patutlah”

  “haha,sayang ni kelakar la,jom makan”

“patutlah semua kereta potong kita tadi”

  “ya la,saja je nak beromantik dengan sayang.”

“beromantiklah sangat,nasib baik tak kena saman tau!”

  “ala,D just sokong kempen biar lambat asal selamat,biar perlahan asal senang”

Aku hanya mampu menggelengkan kepala,selalunya bawak kereta laju macam pelesit tapi entah macam mana aku tak perasan yang dia drive slow sangat.Aku pun mesti dah masuk mode mengantuk dan penat kut.

  “jom ikut D pergi KK” ha,pandai betul ahli nujum kak Zue dan Zia ni.

“buat apa? Showcase kereta?”

  “ha?mana sayang tahu?”

“semua orang dah tahu la”

  “jom la,kita pergi bercuti”

“Boy?”

  “bawak la”

“ibu tak bagi”

  “aik,ibu pun tahu?kenapa ibu tak bagi?”

“ibu cakap,pergi berdua dengan Shah je la,dah lama kamu berdua tak bercuti berdua”

  “pandai sungguh ibu!tapi nanti kalau rindu kat Boy susah la”

“tu la pasal,berat hati nak tinggalkan Boy”

  “D pun sama”

“mak cakap,mak akan jaga Boy lebih terel dari kita jaga Boy”

  “ok,sayang nak ikut?”

“boleh jugak”

  “yes!” teruja betul Shahin sekarang ni,aku pun teruja jugak nak ke bumi Sabah ni,katanya pantai kat sana memang cantik gila,bila Boy dah boleh berjalan nanti aku nak bawak Boy dan semua orang ke sana la,pergi survey dulu.

 

===================

 

 

 

 

 

 

“Nur,Ace belikan hadiah untuk Nur” aku menghulurkan beg kertas kepada Nur,Seven dan Afie bukan main tak sabar lagi nak tengok apa hadiah yang aku berikan kepada new mom ni.

 “wah!novel latest ni” mak aih,tengah berpantang pun sempat jenguk internet tengok koleksi novel ke?

“suka?” soal aku gembira.

 “mestilah,terima kasih,banyak ni”

“no hal la.”

  “bestnya,Afie tak sempat lagi nak pergi book store nak beli novel”

   “alah,baca surat khabar je la,bermanfaat sikit.Murah je”

  “kau tu kayu mana kau tahu” pedas pulak perlian Afie buat Seven,dah macam nak hangin Seven tu aku tengok,jaga kau Afie nanti kena fire dengan Seven baru tahu.

 “nangis la anak Nur ni” akhirnya ustazah Nur yang baik hati ini membuka mulut dan Afie serta Seven terus berdiam diri,Boy dengan Qalisya baby girl Afie pun dah bergerak-gerak,orang nak tidur pun tak senang la.

“entah,korang ni dah tua tapi nak gaduh-gaduh lagi” aku ni tambah perasa sikit.

   “amboi,mengata orang kau ya?pergi tengok cermin sikit” Seven ni bidas aku pulak.

“ikut suka hati aku la”

   “kau ni kan kecik besar je aku tengok”

  “dah la wei,malu la orang tengok” akhirnya Afie pulak yang terpaksa meleraikan pergaduhan aku yang memang dah jadi kebiasaan ni,Seven kalau nak berperang mulut memang la bersemangat tinggi,semua hal lain pun dia boleh tolak kat tepi.Masa kecik masuk kelab berbahas agaknya.

“siapa yang nak tengok?” soal aku dan Seven serentak,serentak jugak ketawa kami meledak bersama,aku ni memang pandai cakap kat orang je padahal lapan tambah dua jugak,salah ke?kalau dua kali lima sepuluh,lapan tambah dua pun sepuluh jugak.

“nah,aku belikan untuk kau jugak” aku menyerahkan bungkusan yang sama kepada Afie dan ternyata Afie sangat gembira,Nur hanya mampu tersenyum melihat gelagat kami,nak tumpang ikut gelak sama memang cari penyakit la,Afie cakap masa berpantang lebih kena kuat sabar berbanding masa melahirkan.Aku dan Seven yang masih budak baru belajar ni memang takde pengalaman la.

  “thanks Ace,the best!”

   “untuk aku kau beli apa?” soalan Seven buat aku terdiam,betul jugak mana ada aku beli apa-apa untuk kawan aku ni.

“bukan takde,tapi kau tak suka baca novel kan?”

   “betul jugak,kau beli apa untuk kau?”

“aku?nothing jugak” aku buat muka sedih,Seven pun ikut sama buat drama kat sini.Gila betul la kami ni memang sikit-sikit dah nak berlakon nak kalahkan cerita Hindustan,kalah la Priyanka Chopra lepas ni,biar aku dengan Seven pulak ambil takhta.

  “ah,korang tak yah buat drama queen kat sini,menyampah aku tengok”

 “korang,pergilah minum air tu,dah nak sejuk pun”

“ok,mana Hafiz?” akhirnya drama pun habis,sekarang ni suami orang rumah pulak nak kena siasat.

  “haah,mana orang kedah ni?” soalan yang bunyinya lain tapi maksud dia sama la,saja je Afie ni nak tambah perkataan dalam soalan aku,buat habis air liur je.

   “betul jugak,tak nampak pun”

 “dah berjam sampai baru nak tanya,dia kerja la”

   “nasib baik berjam je,kalau dah nak balik baru nak tanya apa cer” aku menepuk bahu Seven yang main redah je apa yang dia nak cakap,Afie pulak tukang gelak je la,kalau bawak Seven datang sini memang bawak derita la kat Nur,kalau bawak masuk hospital pun orang koma boleh bangun sekejap nak gelak dengan lawak tak sekolah Seven ni.Kami tinggalkan ruangan tempat Nur berehat untuk memberikn susu kepada anak lelakinya,jadi kawan anak aku la nanti,namanya Iman Qashah Bin Hafiz la.hehehe

  “entah macam mana Hadi dapat bertahan dengan kau ni” Afie menggelengkan kepala dan masih lagi dengan sisa tawanya,kawan aku si Afie ni kalau tukang gelak memang dia la johan,kalau tukang bawak kereta laju pun dia jugak,hari ni dia drive sendiri je sebab katanya suami dia si lawyer tu ada kerja.

   “ada la secret resepi aku,kau nak menuntut ke?” offer Seven serius,aku rasa takde rahsia apa pun sebenarnya,padahal time dengan Hadi gila romantic tapi dengan member gila-gila pulak.

  “why not?” ujar Afie berminat.

   “kalau kau nak kena bawak pulut kuning,telur ayam kampung”

“gila ke?nak menuntut ilmu apa?” aku ketawa senang dengan permintaan mengarut Seven,dah tak nak jadi engineer la kut nak ubah haluan jadi bomoh pulak,tak yah la Seven nanti semua orang gila dengan perangai kau ni.

  “gila la kau ni” Afie sekali lagi menghadiahkan pukulan mesra di belakang Seven,mesra la sangat.

   “mana ada gila”

  “Hadi tu tak pecah ke perut duk gelakkan kau hari-hari?” soal Afie lagi,berminat betul nak tahu cerita rumah tangga si Seven ni,kalau ikutkan hati aku pun nak tahu sangat tapi takkan nak pasang CCTV rumah dia kut,gila ke?

   “kau tengok tadi sihat tak?”

  “sihat”

   “dah tu, tak pecah la perut dia” jawab Seven selamba membuatkan Afie geram,aku dah mula nak gelak dengan si Seven ni,kerjanya asyik duk buat orang hangin je.Teruk betullah isteri si Hadi ni.

  “malas aku nak layan kau ni” akhirnya Afie pun mengalah dengan Seven ni,kalau aku pun aku mengalah jugak buat penat je cakap dengan orang yang tak serius langsung macam Seven ni.Last sekali aku tengoj Seven serius masa hari akad nikah dia dengan Hadi,nak bergurau pun cuak tau.Kalau boleh revive balik nak je aku gelak masa tu.

“gaduh la korang,penat aku nak gelak”

   “baik kau tanya Ace ni,banyak petua dia dalam rumah batu takde tangga dia.Dia yang paling lama makan garam dalam geng kita tau”

“jangan kau dengar Seven ni mengarut”

  “share la Ace”

“kau tak cukup happy ke dengan suami kau sekarang?”

  “mestilah happy,ke kau pun ada secret resepi jugak?”

“takde pun!” Afie dan Seven menayang sengih,tak percayalah tu dengan apa yang aku cakap,lantak korang la malas aku nak layan buat sakit jiwa je.

  “weekend ni ada family day  kat kolej,memang ramai gila gather balik,camping semalaman kat sana,jom join?” Afie memberi cadangan,memang aku dengar teruja gila tapi weekend ni Shahin ajak pergi KK,macam mana ni?

   “really?student je?”

  “haah,semuanya student and ex-student”

“bestnya!tapi nak turun KK la weekend ni,Shahin ajak tengok car showcase kat sana”

  “tak best ar kalau kau takde,Nur dah cuti free ni” erm,betul jugak bestnya.

   “aku pun free,susah betul nak dapat kerja kat KL,Hadi pulak cakap kalau aku tak kerja pun takpe” dah masuk gerbang tajuk lain dah Seven ni,nak cakap pasal tanam anggur tepi rumah dia pulak,tanam anggur tu menganggur la maknanya.

“aku memang takde hal lain,sebab Boy stay dengan ibu weekend ni,masalahnya Shahin”

  “aku pun tinggalkan Haqim dengan baby girl aku tau” adui,Afie ni buat aku rasa serba salah la.

   “peluang besar nak jadi single balik,memang best ar!” Seven ni walaupun suami kat sebelah macam orang single jugak,memang perlu berwaspada Hadi dengan Seven ni sebab mesra rakyat sangat,kalah aku dibuatnya.

   “ramai ke student lepas-lepas?,Shahin dengan Hadi pun ex-student kat situ jugak”

  “takde la selama tu,student yang dah lepas pun last tahun kita je,dapatlah jumpa freshie”

   “mana kau tahu?” soal Seven pelik,betul jugak,mana kawan aku ni dapat banyak maklumat.

  “aku kan presiden club pelajar”

“lupa pulak,orang lawa kan?” aku mengusik Afie,memang lawa apa,secretary masyuk ni!

  “nak join tak?” soal Afie serius,hehehe,nak kena marah aku dengan Seven ni.

“nak!nanti aku discuss dengan Shahin”

   “aku kira on je,pandai la aku meeting dengan Hadi nanti”

  “dengan hubby kau pun kena meeting ke?”

   “mestilah,orang gila kerja tu” jawab Seven selamba,kesian betul Hadi kena kutuk dengan Seven,tapi aku pun lebih kurang je sebenarnya.hahaha.

  “Seven on,kau Ace?aku nak maklum ke pihak pengurusan ni”

“on!pandailah aku pujuk Shahin nanti,kan?” aku memberi kata putus dengan ceria,Afie dan Seven pun gembira jugak,sorry la D,saya memang tak dapat nak tolak peluang yang ada macam ni,KK kita pergi lain kali la ya?hehehe.

 

  “sayang” panggil Shahin tiba-tiba,tengah drive pun sempat lagi nak pandang aku,eleh macam aku tak pernah buat kan?sekarang ni OTW balik Klang ni.

“ya?”

  “nak cakap apa?” aku menggaru telinga yang tertutup dengan tudung ni,tiba-tiba rasa gatal pulak telinga aku ni,ada kuman ke?

“mana ada” aish,menipu la pulak tapi perlu ke discuss sekarang,macam masa tak sesuai je.

  “cakap je la”

“betul ni? No shock?” soal aku pulak,dah dia yang berkeras aku nak buat macam mana kan?cakap je la.

  “cakap la”

“saya tak nak ikut D pergi KK,sebab ada family day kat kolej dulu dan dia invite student tahun saya.Please…” pujuk aku,Shahin memang Nampak sangat yang dia terkejut,lama jugak dia tenung aku semacam,nasib baik jalan lurus je kalau tak memang kes naya ni.Senyap pulak,tak bagi ke?

“kalau D tak izinkan,saya tak pergi.Tapi Seven dengan Afie pergi” macam mengalah tapi masih lagi dalam projek memujuk ni,tolonglah Shahin…

  “dah tempah tiket kapal terbang ni” aku memandang ke luar tingkap sebaik sahaja Shahin berkata begitu,takkan nak membazir kut.

  “takpe!D ajak Hadi,lagipun mesti Hadi kena tinggal jugak,kan?” Shahin memberi cadangan yang memang bernas gila,takpelah KK lain kali aku datang ya?sekarang ni dah gembira gila-gila kalau aku ni pentingkan diri sekarang jugak aku nak telefon Afie dan Seven nak sampaikan berita yang gembira ni.

“really?thank you so much!”

  “ok,apa boleh buat dah ada aral melintang kan?”

“tu la pasal,D sure ok?”

  “yup!jadi men’s vacation la nanti”

“kenapa pulak?” soal aku pelik.

  “yang pergi,D,Hadi and Yad.Yad cakap ada dua tiga orang member dia pergi sama”

“ha,elok sangat la tu.Sayang D” aku berkata ceria,memang teruja sangat-sangat sekarang ni.Boy pun senyum je.Senyum nak kena tinggal dengan Abi dan Umi dia ke? Mesti kes seronok nak tinggal dengan nenek dan atuk dia ni.

  “lama ke?” soal Shahin lagi.

“2D1N je,camping kat sana”

  “oh,sama la masa zaman D dulu,meriah gila tau!”

“really? Excitednya!”

  “amboi,tapi jangan nakal-nakal tau,sayang tu isteri orang” eleh,sempat lagi buat pesanan penaja kat aku,dia tu kena beringat,aku ni memang tak dapat nak pasang lain entah-entah dia tu bawak balik buah tangan madu Sabah kat aku nanti,aku tembak dia dengan senapang gajah nanti!

“isteri siapa?” soal aku berpura-pura tak tahu,saja je la nak jadi kura-kura dalam perahu.

  “entah,siapa eh?” Shahin juga sepertinya bermain tarik tali dengan aku.

“tak tahu la”

  “orang kata suami sayang tu handsome” aku menahan gelak,puji diri sendiri la tu.

“ya?orang kata ke tuan punya badan yang kata”

  “orang,D dengar jugak,katanya baik,ramah,comel,tinggi”

“D,berhenti kat tepi jalan jap” aku meminta kepada Shahin tiba-tiba,muka aku pun mesti dah berubah sangat sekarang ni.Dengan segera Shahin menghentikan kereta di bahu jalan.

  “kenapa sayang?” soal Shahin risau.

“rasa loya la pulak” jawab aku selamba,Shahin menjeling aku dengan geram,sempat dia menarik hidung aku yang mancung ala mat saleh ni,bayar la!

  “main-main pulak” ujar Shahin geram,tapi aku senyum je la.

   “Encik,kereta rosak ke?” soal pak cik polis yang entah datang dari mana,siap parking belakang kereta kami lagi,alamak,nak kena saman ke?Shahin menurunkan cermin kereta dan memberikan senyuman kepada pegawai polis itu.

  “maaf encik,tadi isteri saya ni tiba-tiba je loya,mengandung kut” jawab Shahin selamba habis,nak tergelak pulak aku dengan jawapan Shahin ni,mengarut betul la dia ni.Polis tadi pun tersenyum dan meminta diri.Sebaik kereta mereka pergi meledak ketawa aku dengan Shahin.

“mengarut la D ni”

  “tu la pasal,sayang pun pandai berlakon”

“mestilah,Juliet ni” aku mengangkat kening riak,hahaha,Shahin masuk semula ke jalan utama dan teruskan perjalanan kami yang tergendala akibat drama pendek kami berdua,sorry la tak dapat nak tayang dalam tv sebab takde cameraman tadi.

  “D izinkan sayang pergi” Shahin memberi kata putus yang sangat aku nak dengar,tadi dah ucap terima kasih,usap sayang pun dah jadi ucapan diam la pulak,Boy happynya Umi dengan keputusan Abi ni.

“D pergi berapa lama?”

  “3D2N,D nak join Yad climbing”

“ya?tapi D kan baru je lepas operate”

  “baru sayang? Dah berbulan-bulan kut,no worry la,eh?”

“ok,nak panjat apa?”

  “Kinabalu Mountain la,nak tambah stamina dengan macho sikit” jawapan Shahin buat aku geli hati,mulalah tu nak mengarut,kalau tambah stamina aku percaya tapi macho boleh tambah ke?weird!

“mengarut lagi,apa la!”

  “haha,comel la sayang ni.Sayang,suami Afie mana?”

“baru nak tanya,kenapa tak tanya sendiri tadi?”

  “mana sempat,kita rush kan tadi”

“suami dia kena masuk court hari ni”

  “oh,tahun depan dia jadi lawyer sayang la kan?”

“macam tu la gayanya,tapi saya nak dia jadi lawyer anak kita la” aku memberi cadangan.

  “ok jugak” Shahin dengan mudah bersetuju dengan aku,aku ni bukannya ada syarikat sendiri pun nak perlu ada lawyer bagai,tapi dah papa gajikan dia untuk jadi lawyer aku so,terima je la,sekarang ni dia jadi lawyer dekat anak syarikat papa dan Afie jadi secretary dia,bagus betul!Tapi aku tak tahu pun kat mana anak syarikat papa tu,nanti la aku rajinkan diri pergi jenguk Afie kat pejabat.

 

-note 118-

sorry sangat2 kalau boring.... tq dah baca yeee.....

11 comments:

  1. Besttt. Suka sangat. Tak sbar nk tunggu last part.

    ReplyDelete
  2. Allhamdullilah.. Akk post po... Dh lame sye tunggu.. Hari2 check.. Pnjng sgt.. Tapi best.. Super double best.. 👍👍👍👍
    First komen.. Hehehe

    ReplyDelete
  3. puas..tp xsbar la nk tnggu n3 last..cpt2 ye post..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Best sgt ..x sbar nak tngu entry bru .. 😊

    ReplyDelete
  5. Mmg bestttt ngat..x sbar last part....alzai sanara...hwaaaa x than part sdih tu......
    tp Alhamdulillah kbgiaan mlik dia org...

    ReplyDelete
  6. “Kak Mai,ni siapa?buah hati Yad eh?” aku bertegur sapa sendiri dengan perempuan itu bila Ziad dah mula lali dengan anak aku,Ziad tu memang macam tu bila jumpa budak kecik memang perangai dia pun jadi budak kecik,apa punya orang tua la,memang boleh la jadi BFF Shahin.

    “ah,lupa pulak,Kak Mai ni la pengarang jantung Yad yang Yad selalu cerita tu,Ain,Ain ni lah kakak saya yang super cute tu” ah,Ziad ni saja je nak malukan aku,kalau bercakap dengan aku bukan main lagi duk puji awek dia lawa,depan awek dia duk puji aku pulak ya?teruk betul la.

    Part ni mcm something wrong. Sepatutnya "yad, ni siapa? buah hati yad eh?", kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typing error la 2.. Terconfius ngan nama diorg kut.. Kak mai tukar jdi ain.. Susah ooo nk jdi penulis ni.

      Delete
    2. Haaa...dah agk mesti ad yg confuse kat sini... mcm nii sbnrnyer...

      Kak mai, ni la pgrng.... tu ain. Ain, ni la kakak...
      Tu...

      Spatotnyer ad koma tpi lupa nk ltak... ain la buah hati yad... sorry.. tpi kalau ttp x fhm jgak.. respon balik yeeerr. Maaf semua.. adess teruk bahasa melayu sye niii...

      Delete
  7. Sis besttttt sangat.. Masa baca time shahin ada penyakit jantung, rasa frust gila kut..asyik duk terfikir je, "last skali hero dia mati ke"..dah la asya bru je keguguran.. Pas 2 lega sangat bila aimi ckp nk derma jantung dia..pandaii sis twist cerita.. Hehe

    ReplyDelete
  8. Aimi mninggal sbb ape??mase xcident tu kn dia ok je??

    ReplyDelete
  9. tq....cerpen ni buat minda x sabar dgn cerita yg seterusnya

    ReplyDelete