Hyep!!! Ni yang ke 7, ada lagii 3. Maaf la sebab slow update... sorry jugak pda berjuta mistakes yg ada.. enjoy...
Shahin memerhatikan aku yang sudah duduk di kerusi di dalam bas,tangannya langsung aku tak lepas walau sesaat,bas yang sudah mula bergerak membuatkan hati aku bertambah gusar.Mata Shahin masih lagi pada wajah aku yang jelas ketakutan tetapi dia masih lagi tersenyum senang.
“masih takut lagi?” soalnya kepadaku,aku mengangguk dan seperti biasa dia senyum lagi.
“nak tidur?” soalnya lagi dan kali ini aku menggeleng laju,mana boleh tidur nanti kalau jadi apa-apa dia akan tinggalkan aku kat sini,dia ni mana boleh percaya sangat,tapi takkan dia sanggup buat macam tu kat aku kan?
“aku nak tidur” ujarnya pula,mamat ni memang sengaja nak buat aku kebosanan kat dalam bas ni sendiri.Aku membuat muka seposen macamlah Shahin tengok.Dia terus memejamkan matanya.Aku menggempal penumbuk dan menayangkan depan mukanya,saja la buat action kalau dia buka mata memang tak berani nak buat macam ni.Aku ni berlagak gangster je la kiranya,padahal tuan punya badan ni penakut sangat.
Dia dah tidur ke?aman je tidur sekali pun tak bergerak,bernyawa lagi ke?aku menggaru dahi yang mustahil akan tumbuh janggut ni,hehehe.Kalau aku nak dengar degupan jantung dia lagi agak-agak dia marah tak?kalau diikutkan boleh tahan jugak kuasa tidur mati mamat ni jadi mungkin dia takkan sedar kut.
Perlahan-lahan aku mendekatkan telinga aku pada dadanya dan dengan tenang degupan jantungnya bergerak senada,aku merebahkan kepala aku pada badannya dan mengira degupan Shahin yang bergerak sempoi-sempoi bahasa,bukan angin ke sempoi-sempoi bahasa?tak kisahla yang aku tahu best!
Kalau aku cerita kat Seven yang aku suka buat benda ni mesti kena gelak sakan dengan Seven kan?jadi baik aku rahsiakan je,biarkan aku dan Allah je yang tahu.Dan orang yang paling tak patut tahu apa-apa adalah Shahin sebab nanti dia cakap aku ni syok kat dia pulak,malam sikit,tak hingin la aku kat dia,kecik tapak tangan langsung aku tak tadahkan.
Entah bila aku terlelap sedar-sedar je bila terdengar ada orang bersuka ria dalam bas ni,siap menyanyi bagai,ketawa riuh-rendah.Aku menggosok mata sebelum membetulkan duduk,aku mendongakkan kepala dan melihat Shahin sedang melihat ke arah aku sambil mengangkat keningnya yang kemas,alamak!
Dengan pantas aku melarikan kepala aku dari dadanya dan buat muka tak bersalah,tak bersalah la sangat.Aku menekup muka dengan kedua tapak tangan dan mengintai dari celah-celah jari untuk melihat Shahin dan aku melepaskan nafas lega bila Shahin memfokuskan pandangannya pada lelaki yang sedang berlawak itu.
“apa jadi?” soal aku kepada Shahin yang seronok ikut gelak mendengar lawak lelaki itu.
“takdelah,dorang main game teka lagu.lena tidur?” soalnya pula,tapi masih lagi mendengar celoteh lelaki itu.
“erm,dah tak rasa takut lagi dah”
“really?” soalnya tak percaya,dah aku cakap tu lagi nak ditanya,nak marah betul la dengan dia ni,bukannya tak dengar apa yang aku cakap tadi.
“yup!”
“jadi bolehlah aku dapatkan tangan aku balik?kebas la” pinta Shahin dengan senyuman memerli,aku melihat tangannya yang berada kemas dalam tanganku,sepantas kilat aku melepaskannya dan Shahin dah mula buat muka jahatnya.
“ambiklah” aku bersuara tenang,sengaja je dia ni nak buat aku malu sendiri,tangan ni pun satu yang gatal sangat nak pegang tangan dia tu kenapa?nak marah!
“habis isi, kulit dibuang ya?” soalnya berperibahasa iran,mengarut la dia ni kalau guna peribahasa,kata anak melayu tapi perangai hancur,lebih hancur dari aku rasanya.
“ya la,takkan nak simpan” ujar aku geram,saja la tu nak kenakan aku,kalau sehari dia ni tak cari pasal dengan aku agaknya hilang selera makan dia kut.
“mana boleh simpan!nanti aku nak makan guna apa?” soalnya pula,kalau nak tanya je tak payah la nak buat pakej dengan gelak sekali,geramnya aku dengan dia ni!!!
“whatever!” aku memeluk tubuh dan mengalihkan pandangan ke tempat lain,merajuk la kononnya.merajuk sia-sia ni sebab aku tahu yang Shahin takkan nak pujuk aku punya lagi cari idea nak kenakan aku ada la.
“merajuk ke little wife?” soalnya sambil ketawa senang,geramnya aku kat dia ni,nasib baik tempat awam kalau tak memang dah kena hantar balik kemboja mamat ni,aku menepis tangannya yang menarik cuping telinga aku dengan lembut,main telinga pulak,ingat telinga aku ni lebar macam gajah ke?
“alah,tengok sikit muka cute isteri aku ni?” Shahin bersuara lagi dan kali ini dia menyentuh dagu aku supaya aku berpaling melihatnya dengan segera.Aku tetap keraskan leher aku ni supaya tak berpaling melihatnya yang sedang ketawa kesukaan,aku menjauhkan tangannya dari dagu aku,ingat ni dagu boleh dibeli kat pasar ke?limited edition ni.
“sibuk la kau ni” aku melarikan wajahku darinya,ingatkan nak mengalah tapi makin galak dia mainkan aku dan akhirnya aku berpaling dengan pantas melihatnya untuk memberi amaran tapi tak tahu pulak yang wajahnya betul-betul dekat dengan wajah aku tika ini.Mata aku terbuka dengan luas macam bumbung stadium setelah mata kami bertaut rapat.Jantung aku bergerak 200 km/j rasanya,kalah had laju highway dibuatnya.Shahin juga masih disitu memandang tepat ke dalam mataku.
Sepertinya dunia sedang terhenti dan suasana bising di dalam bas dirasakan sunyi dan tidak berpenghuni,yang tinggal hanyalah aku dan Shahin sahaja,aku nak mengalihkan pandangan ini tetapi kenapa aku seakan-akan terpaku dengan warna coklat anak mata Shahin yang pekat ini,aku melihat hidungnya yang mancung dan…bibirnya yang merah.
Lips?no way!Asya kau dah gila!!!
“no!!!” jerit aku lalu mengalihkan pandangan dan ternyata semua mata memandang aku dan Shahin serentak,tak sangka yang lontaran vocal aku sampai ke belakang bas dan penumpang lain,semua orang kebingungan kecuali Shahin yang sedang ketawa senang,suka la tu aku malu macam ni.
“sorry guys.my wife terkejut something tadi” Shahin menenangkan keadaan dan semuanya kembali kepada keadaan asal,aku menekup muka menahan malu tapi Shahin ni masih jugak dengan sisa tawanya yang membuatkan aku rasa nak sekeh je kepala dia ni.Aku cakap Seven yang ada otak kuning tapi sebenarnya aku ni dah ada otak oren je gayanya,harap-harap Shahin tak tahu apa yang aku perhati tadi,kalau tak memang tak tahu mana nak sorok muka aku ni lagi.
“dah la tu,nak malu apanya” Shahin mengusap kepala aku macam budak kecil,aku menjeling Shahin yang kelihatan tenang bersandar pada tempat duduknya sambil tersenyum,senyum lagi dia ni kalau nak buat sedekah pun jangan la over sampai macam tu,ni petang ke,siang ke,malam ke asyik nak senyum je kerjanya.
Aku menjuihkan bibir,memang la sebab tak kena batang hidung dia sendiri,aku ni tuan punya badan memang la malu,semua orang berkumpul tempat duduk aku,nasib baik driver bas tak brek mengejut je kat tengah jalan ni,kalau tak haru dibuatnya.
“malunya…” aku bersuara perlahan tapi cukup untuk menyentuh gegendang telinga Shahin.
“apa yang malunya,tapi pelik tu ada la,asal kau jerit?” soal Shahin sambil memandang ke muka aku yang masih lagi menekupnya dengan tapak tangan,Shahin memegang tangan aku dan menjauhkannya daripada menutupi muka aku supaya dia dapat bercakap dengan aku dari mata ke mata,amboi!
“ikut suka hati aku la,sibuk nak tahu” aku memarahinya,tapi tangan aku yang masih berada di dalam tangannya aku tak rasa nak lepaskan,kalau biarkan macam ni je ok tak?
“ok!come,tengok laut” aku bernafas lega,akhirnya Shahin mengalah jugak.
“mana?” soal aku teruja.
“ni!” Shahin menunjukkan dahinya,nak marah pulak aku rasa dengan tindakan acuh tak acuh Shahin ni,aku sekeh baru tahu.Aku menghantukkan kepala aku pada dahinya dengan agak kuat,sebab aku boleh rasa sakitnya,menyesal pulak aku rasa.dah tahu dia ni konkrit lagi nak dilawan.
“sakitlah…” ujarnya sambil menggosok dahinya.Aku buat muka tak berdosa,siapa suruh cari pasal dengan aku,memang salah orang la.
“padan muka!mana lautnya?” soal aku mengalih topic nanti gaduh pulak.
“ni…” dia menunjukkan aku di luar tingkap,dan memang aku teruja dapat tengok semua ni.
==============
Aku memerhatikan Shahin yang sedang menarik bagasi kami berdua ke bilik hotel yang telah ditempah khas oleh papa,kali ni kami tak guna hotel sendiri tapi sewa hotel lain.Aku mengekori langkah Shahin ke blik 701,dengan ocean view.
“ni kunci” Shahin menyerahkan kunci bilik hotel kepada aku dan dengan cepat aku mengambilnya lalu membuka pintu bilik,kalau ikutkan bilik ni takde la besar sangat tapi cukup kalau sekadar nak memuatkan aku dan Shahin,betul ke aku kena sebilik dengan dia ni?nanti gaduh lagi.Tapi kalau aku ambil bilik lain mesti papa hairan pulak,kalau depan-depan macam pasangan bahagia tapi kat belakang asyik nak bertekak je kerjanya.
“cantiknya” puji aku ikhlas bila membuka pintu bilik,memang cantik sangat sebab dapat tengok laut dari bilik ni,memang kelas betul la!aku yang teruja terus ke balkoni dan mendepangkan tangan membiarkan angin pantai menyapu muka aku dengan lembut.Dah rasa macam naik kapal aku rasa,titanic.you jump you die,hehehe…
Aku melihat Shahin yang langsung tak teruja dengan semua ni malah dia sedang baring atas katil beralaskan lengan sebagai bantal,dah kenapa pulak mamat ni,tersilap makan ke tadi?aku berniat nak bertanya tapi bila mendengar keluhan berat darinya membuatkan tekak aku membatalkan niat untuk bertanya.
Shahin mengambil tuala di penyidai dan terus memboloskan diri ke bilik air tanpa menghiraukan aku kat sini,aku ni betul ke wujud,ke dia ingat aku ni invisible girl ke?aku mencubit diri aku sendiri dan dapat rasa sakit tu,aku menarik hidung sendiri dan memang betul aku sedang menarik hidung sendiri,aneh!
Sekali lagi aku melilau melihat bayang milik aku sendiri,ada bayang kut,aku bergerak ke meja solek dan bergaya ala-ala model gitu,nampak muka aku sendiri dalam cermin jadi kalau ikut logic akal dan kalau tak buta memang sepatutnya dia boleh nampak aku,kan?tak pasal-pasal pulak aku buat kajian sendiri dah macam orang gila aku rasa.
Shahin yang sudah selesai mandi keluar dari bilik aku dengan muka tak berperasaan,aku berbaring atas katil sementara menanti butir bicara Shhain yang seterusnya,tu pun kalau dia ada mulut dan nak bercakap dengan aku la,apa masalah dia ni?sembelit ke?
“Shahin” aku menyebut namanya sekali dan dia berpaling memandang aku sambil mengesat rambutnya yang masih lagi basah.Aku mencuri pandang wajahnya dari dalam cermin,handsome jugak dia ni sebenarnya.Aku tersenyum sendiri.
“kau sihat ke?” soal aku pula,melihat dia langsung tak berniat untuk buka mulut jadi aku la yang kena bertanya sebab kalau tak aku boleh gila sebab duk diam je.
“sihat” jawabnya sepatah,dah la sepatah tak bernada pulak tu,macam ada masalah dengan bini je dia ni,tapi bukan ke aku ni bini dia?aku menepuk dahi sendiri.
“kau ok?” soal aku lagi.
“ok” jawapan kalau nak diikutkan memang logic tapi kenapa dengan dia ni sebenarnya,pelik bebenor aku rasa.Ada masalah dekat pejabat ke?tapi dia tak pernah bawa masalah pejabat ke mana-mana selama ni.
“nak keluar ke?” soal aku pula bila melihat dia sudah bergaya sakan,macam nak pergi ambil angin je gayanya,tapi takkan nak tinggalkan aku sorang diri kat sini?mana boleh!ini tak adil disisi undang-undang aku.
“tidur” aku tersentak,lain yang aku tanya lain pulak yang dia jawab tapi tak kisahlah yang penting aku tahu yang dia ni nak tidur,aku memberi ruang kepadanya supaya dia boleh berehat dengan selesa.
Shahin memejamkan matanya rapat dan kadang-kadang dahinya berkerut ,dah ni kenapa pulak.kedutan ketika tidur ke?dia ni ada masalah bukannya nak share dengan orang semuanya nak tanggung sendiri.
Aku mendekatkan diri pada Shahin dan menggunakan lengan dia sebagai bantal,dia tak membantah dan tak juga melarang,kenapa ni,hilang sense ke?kena bawak pergi jumpa doctor dengan segera ni kalau betul tekaan aku.
“talk to me please, are you ok? For sure” mata Shahin terbuka sedikit setelah dia mendengar mulut aku bertanya soalan,kenapa pulak tu?nak naik angin ke?aku menggigit bibir kerana takut.
“pergi mandi la,busuk dah ni” aku menarik muka geram,aku mencebik dan bangun dari baring,aku ni dengan niat ikhlas yang baik kerana Allah nak dengar masalah dia tapi dia cakap aku busuk pulak,kalau macam ni la gayanya memang takde orang nak cakap dengan dia ni.Aku bergerak ke bilik air untuk mandi,memang hati marah dengan kata-kata dia tapi aku masih jugak buat apa yang dia suruh,memang aku ni dah bermasalah kut
Setelah selesai mandi aku mengeringkan rambut dan duduk di tepi balkoni sambil memeluk lutut dan melihat matahari yang hampir tenggelam,warna laut sangat cantik ketika itu membuatkan aku bangun semula dan mencapai kamera canon milik Shahin dan mengambil gambar,seronok jugak kerja photographer ni rupanya.
Bukan je gambar permandangan,gambar aku pun aku ambil,seronok jugak buat benda macam ni rupanya,patutlah Shahin tu dah macam gila sangat dengan kamera ni.Aku tersenyum sendiri bila perasan yang aku ni suka sangat mengutuk Shahin.Gambar Shahin yang sedang tidur aku ambil sama,pelbagai sudut aku snap,dah macam professional sangat gaya aku ni.
“Shahin,bangunlah cepat.dah maghrib ni” aku mengejutkan Shahin yang sedang tidur lena,kalau ikutkan hati memang tak nak kejutkan dia tapi aku ni kan isteri solehah kenalah kejutkan suami untuk solat,tak gitu?badan Shahin bergerak-gerak,nasib baik kali ni tak tidur mati.kalau dia tak bangun jugak aku sumpah akan ambil air dan mandikan dia terus,senang!hahaha….
“Asya” eh lepas sebut nama aku terus bangun tidur,orang sepatutnya baca doa bangun tidur tapi dia ni boleh pulak baca nama aku,macam-macam la Shahin ni,aku menyiapkan sejadah untuk kami solat berjemaah.Senyuman aku tak lekang sejak petang tadi walaupun suami aku ni langsung tak tersenyum,entah apa yang duk rolling dalam otak dia sampai nak bercakap pun tak nak.
Selesai solat isyak aku menyalami tangannya dan pipinya aku cium seperti biasa,kucupan Shahin pada dahi aku terasa sangat hangat dan lama,kenapa dengan Shahin ni sebenarnya?ni yang buatkan aku rasa takut dan risau ni.Shahin memegang kedua pipi aku dan merenungnya dengan pandangan yang mendalam,dia mengusap kepala aku dengan lembut dan mengukirkan senyuman perlahan-lahan,Ya Allah kenapa dengan suami aku ni?aku bersalah kah?
“aku ada buat salah ke?” aku menyoal Shahin yang kelihatan sangat pelik pada aku.
“ada ke?” soalnya pula,dia ni sengaja betul la!
“kau ok ke?risau betul aku dengan kau ni” aku menyampaikan apa yang bermain dalam hati aku sekarang ini,Shahin tak boleh buat aku tertanya-tanya macam ni.
“kau risaukan aku?” soalan dia buatkan suhu darah aku naik beberapa level,aku menolak bahu Shahin dengan agak kuat tapi tahu-tahu je lah kuat perempuan ni macam ni,macam jentik je gayanya.
“aku ok” ucapnya sambil tersengih,ingat cantik sangat la tu,kerbau punya sengih lagi lawa tau!macam la pernah tengok kerbau sengih,entah macam mana rupanya aku sendiri tak dapat nak imagine.rosak minda!
“kau ni kenapa sebenarnya?tak senang duduk je”
“ok je!memang dah lenguh duduk ni,jom kita bangun dan bersiap untuk turun berkumpul dengan orang lain.” Shahin ni time aku serius dia buat main pulak,geramnya aku dengan dia ni.
“jom!aku pun dah letih nak layan kau ni” aku merengus dan melipat telekung dengan cepat,Shahin hanya tergelak kecil melihat aku yang mudah sangat melenting,dia ni aku rasa ada masalah mental la,tadi bukan main macam ice sekarang ni asyik senyum je.kalau doctor tak jalan,kita bawak pergi bomoh la pulak,ustaz ke kan?kalau ada masalah kena ikhtiar dan cari hinghway,kalau tak problem tak solve.
Aku mengekori langkah Shahin dengan rapat dan lengannya aku peluk dengan mesra.malam ni kami rancang untuk adakan karaoke mengikut kumpulan dan nampaknya aku tak dapat sekumpulan dengan Shahin tapi sekumpulan dengan abang.,cantik sangat la tu,aku ni gila microfon,samalah dengan abang!
“game malam ni,pada siapa yang tak ingin join sama boleh jadi penyokong dan hakim untuk judge kumpulan mana yang menang,game ni simple dan mudah je,first sorang wakil dari kumpulan kena kedepan dan menyanyi kemudian pasukan lain pulak hantar wakil,senang cerita.lawan nyanyi la,tapi lagu tu kena ada sambungan la,contohnya kalau lagu pasukan satu tentang cinta tak berbalas,kenalah la balas balik,macam bercakap tapi dalam lagu” panjangnya penerangan,nak pengsan aku nak cerna semua ni sebelum sempat semua zat penerangan dia dapat meresap dalam sel otak aku yang kurang geliga ni,semuanya ada tiga kumpulan.
Aku menunjukkan symbol lost kepada Shahin,saja je sebenarnya nak tunjuk musuh la sangat,tapi aku tak nak kalah dengan dia dan dia pun pasti tak nak kalah dengan aku kan? Papa memberi sokongan kepada aku tapi Ibu ni seronok je sokong sebelah Shahin,tak adil!aku protes sendiri,setelah perbincangan setiap kumpulan game akan dimulakan dengan segera.
Abang yang kena start dulu jadi jom dengar lagu apa yang abang aku ni nak bawak dulu,kalau suara sumbang pun sumbang je la,sekarang ni bukannya nak masuk pertandingan menyanyi kea pa,just nak menang!yay!mesti menang!
Bila terasa rindu ku sebut nama mu
Dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu
Dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku
Wah!boleh tahan jugak suara abang ni,not bad!lagu dafi yang dia bawak jadi mari kita tengok apa yang pasukan lawan nak balas.
Aku merindukanmu setengah mati merindu
Tiada henti merindu kamu meski hati mu untukku
Aku tetap merindumu….
Boleh tahan jugak pihak lawan ni,lawan punya lawan akhirnya muncullah Shahin yang jadi peserta terakhir,ada yang suara best gila,ada jugak yang sekali dengar nak pitam pun ada,macam-macam la yang penting best.jom dengar Shahin nyanyi sikit.ada bakat tak.Tapi sebelum tu dia kena lawan aku dulu,layan sikit aku nyanyi.
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkan mu
Jika aku memang tercipta untukmu
Jodoh pasti bertemu…
Sekarang turn Shahin,jom dengar!aku pun excited.boleh ke mamat ni nyanyi kan pengsan pulak semua orang kat sini.
==============
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membara dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menanti mu…
Aku tetap menantimu…
Aku kan tetap…menantimu….
Suara Shahin meresap ke dalam seluruh jiwa aku dan sepertinya dia nyanyikan lagu itu khas untukku,setelah dia mengakhiri lagu itu semua prang sedang bersorak gembira tapi kenapa aku bagai tenggelam sengan bunyi bising itu dan hanya mampu melihat Shahin yang turut sama memandang aku dengan senyuman bermakna.senyuman yang aku tak pernah lihat selama ini,banyak pulak jenis senyum dalam dunia ni ya?buat sakit otak je fikir.
Aku dan Shahin berjalan beriringan di pantai sambil menghirup udara malam yang dingin dan tenang,kami melayan perasaan masing-masing,kalau ikutkan hati banyak benda yang aku nak tanya tapi tak terkeluar pulak,aku menjeling dia sekilas tapi bila dia memandang aku,aku mengalihkan pandangan kea rah laut.
“best jugak suara kau” aku bersuara membuka mulut,menikam sunyi ini dengan pisau belati,biar sunyi ni masuk ICU terus,senang sikit kalau tak blur je aku kat sini.
“well,tak sebagus abang dan Aimi kau” berpisat aku memandang Shahin dan dengan marah bercampur geram aku memukulnya dengan kasut di tangan,mengekek dia ketawa sambil melarikan tapi aku mengejarnya kerana dia ni suka sangat mengukit kisah lama.
“kau berhenti sekarang kalau kau berani” arah aku tapi dia buat derk aje,saje je nak buat aku berlari dengan pakai skirt dia ni,dah ayu sangat dah pakai skirt tapi sebab Shahin aku hilang sekejap keayuan malam ni.
“kau mari la sini” aku membuat muka jahat dan berpaling dari Shahin,aku berjalan meninggalkan Shahin disitu,tak kuasa aku nak kejar dia,buat lenguh kaki aku je,malam ni dia nak tolong urutkan ke?
“give up macam tu je?” soal Shahin memerli,aku buat tak dengar dan berjalan semakin jauh darinya tapi Shahin mengekori aku dari belakang sehingga dia betul-betul rapat dengan aku,dan dengan kesempatan yang ada aku merempuhnya dengan kuat sehingga kami sama-sama jatuh atas pasir,kami tergelak besar.gila dah agaknya.
“bukan Aimi aku!Aimi Alisa la!kau cakap sekarang!” arah aku geram.kasut aku pegang sebagai senjata untuk mengugut,aku menindih badan Shahin dengan kuat,dia yang masih ketawa mengangguk.
“bukan Aimi Asya,tapi Aimi Alisa” ujarnya kuat.
“pandai pun!aku tak nak dengar macam tu lagi!”
“ok my wife!kalau AsyaShah ok tak?” soal Shahin pula,aku menjulingkan mata berfikir seketika,aku bangun dari badan Shahin dan berfikir lagi.
“ok tak?” soalnya lagi.
“ok!” aku menjawab ringkas dan aku tersenyum sambil menggigit bibir,gembira sebenarnya tapi tak boleh tunjuk sangat kat dia ni,nanti dia ingat aku ni dah fall in love dengan dia,never!
“nice!jom!” ajaknya sambil memimpin tangan aku,dah rasa macam pasangan honeymoon pulak kami ni,terlajak mesra pulak Shahin malam ni.
Punya la seronok berjalan dah malaun mana pulak yang muncul depan kami ni,muka macam malaun berak kapur,muka penjahat je,menakutkan betul la.
“serahkan barangan berharga korang!atau aku bunuh korang berdua!” arah seorang lelaki yang sangat bengis,muka dia yang berparut huruf Z itu menakutkan aku,selalunya huruf X macam cerita samurai X tu tapi dia ni the last samurai kut sebab guna huruf Z,tapi huruf Y pun aku tak pernah jumpa.dah mula dah nak mengarut.
“macam mana ni?” soal aku sambil menyorok dibelakang Shahin,mana ada kami bawa apa-apa,semuanya ada dalam bilik,cincin perkahwinan ni je yang paling berharga pada aku.
“macam mana apanya,bahaya la ni” jawapan Shahin buat aku geram,selamba je dia ni cakap kan.aku mencubit bahunya.
“sakitlah” ujarnya sakit.
“suka sangat main-main”
“kau ingat ni game ke?”
“apa kau nak buat?”
“bagi je la apa yang ada” ujar Shahin pula.Aku melihat cincin yang tersarung pada jari manis aku,aku menyembunyikannya dibelakang badan,sua lelaki yang berwajah jahat dan bertubuh besar ini memaksa kami menyerahkan barang kami.
“kami takde apa-apa,semuanya dalam hotel” aku memberi jawapan yang agak jujur,Shahin menjeling melihat aku,cincin perkahwinan kami aku sorokkan sedaya upaya.
“kalau macam tu ajal je la ada dekat korang” ujar mereka membuatkan aku kecut perut.nak lari ni,jerit pun macam takde orang nak dengar.
“kau satu,aku satu” aku memberi cadangan kepada Shahin one by one la kiranya,Shahin memandang aku tak percaya,sesekali dia tersenyum sinis,nak pukul lipas pun susah ada hati nak pukul orang yang tiga kali ganda lebih besar dari dia,gumam Shahin.
“dia tu tiga kali badan kau tau” bisik Shahin kepada aku,aku meneliti badan penyangak itu dan memang betul apa yang Shahin cakap,aku telan liur.
“kita lari je bila sempat” cadang Shahin pula dan aku terpaksa setuju.
“tolonglah lepaskan kami,memang takde….”
“diam la!kau ni banyak cakap betul!” jerkah salah sorang dari mereka,aku memegang tangan Shahin dengan erat.
“cincin tu macam mahal je,kau serahkan kat aku dan aku lepaskan korang berdua”
Cincin ni?no way!sampai mati pun aku tak akan serahkan.
“no way!” aku menjerit padanya pula,Shahin melindungi aku dibelakangnya bila penjahat itu mula mendekati kami,Shahin bertumbuk dengan salah seorang lelaki dan sorang lagi memeluk pinggang aku kuat dan memaksa aku menyerahkan cincin itu,aku meronta sekuat hati dan menggunakan kasut ditangan untuk memukulnya,memang macam pukul besi sebab langsung tak berkesan.
“Shahin,tolong aku!” aku menjerit kuat dan Shahin yang baru je bangun dari kena tumbuk mendapatkan aku dan belasah penjahat yang memegang aku dengan sangat kuat.
“kurang ajar!berani kau sentuh isteri aku,bodoh!” jerit Shahin kuat dan dia terus memukul penjahat itu aku hanya mampu melihat sambil menahan seram.Penjahat yang lagi satu datang membantu kawannya,tapi nasib baik life guard dan beberapa orang yang ternampak kejadian ini datang menghulurkan bantuan.Nasib baik,kalau tak lemau Shahin kena bantai nanti,bukannya Shahin tak pandai berlawan tapi mereka ni besar dan kuat sangat memang mustahil nak menang kalau lawan dua serentak,kalau Shahin ni The Rock ada jalan la kut nak menang.
“kau ok?” soal aku yang risau melihat keadaan Shahin,dia menangguk dan menarik aku pergi dari situ kerana semua orang sedang seronok bantai penyangak dua ekor tu.
Sebaik tiba di bilik,aku mengambil air suam untuk menuam Shahin,nasib baik tak berdarah dan lebam,kalau tak memang jenuh nak menjawab dengan papa esok.
“sakit tak?” soal aku kepada Shahin,risaunya.
“tak pun,kena sipi je tadi,aku saja buat-buat jatuh sebab nak lari lepas tu.tak sangka yang kau nak gadaikan nyawa kau sebab cincin ni” marah Shahin kepada aku.
“aku sayang cincin ni,ni cincin kahwin kita,satu-satunya hadiah Umi untuk aku,aku takkan bagi orang ambil cincin ni” aku bersuara sambil menahan tangis,sampai hati Shahin cakap macam tu kat aku,aku menangis dan menjauhkan diri dari Shahin,aku memeluk lutut di depan balkoni.
“sorry,tapi kau kena jaga diri kau jugak,aku tak nak pasal cincin tu aku kehilangan kau,cukuplah Umi dan Baba yang pergi” mendengar jawapan Shahin aku mengesat air mata.
“ok!sorry,anggap je aku tak matang tadi”
“yalah,kenalah mengalah dengan wife aku ni kan?” melihat senyuman Shahin aku bernafas lega.
“pandai pun husband aku ni.kenapa kau tak belasah mereka betul-betul,lepas dia sentuh aku baru nak bertindak?”
“malas nak cari penyakit,kau isteri aku,memang la aku akan protect kau.no one can hurt you”
“yalah tu,thanks my hubby” aku memeluk Shahin yang bersila di depan aku.dia tak membalas pelukan aku tapi aku tahu dia sedang tersenyum.
“hubby?bukan D ke?” soalnya mengusik.
“perasan!aku nak mandi,berpeluh main kejar-kejar dengan kau!” aku meninggalkan Shahin yang sedang tersenyum senang hati.
==============
Kisah penjahat tu dengan kami tersimpan kemas sebagai rahsia dan peristiwa buruk yang agak menarik untuk kami kenang,memang bunyi macam teruk sangat tapi aku tetap gembira kerana kami selamat dan Shahin ada di amping aku tika itu,semakin lama semakin hati aku rasa begitu ingin berada dekat dengannya selalu,apakah perasaan ini dan perlukah aku biarkan iaterus subur?
“kalau tak berkhayal,termenung,kalau tak termenung,berkhayal.Kau ni takde kerja lain ke?” sapaan Shahin selalu menegjutkan aku,termasuk kali ini juga,aku memandangnya dengan pandangan membunuh rasa nak cekik je dia ni.
“sibuklah kau!” aku membalas geram,dia tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di sebelah aku,walaupun hanya pasir yang mengalas tempat duduk kami itu dan cukup.Angin yang meniup kami cukup mendamaikan tapi tak cukup untuk menyejukkan hati aku yang tengah panas dek Shahin ni.
“sibuk apanya,tengah bercuti ni.Jom mandi” ajak Shahin ceria,aku melihat orang lain yang tengah seronok bersuka ria dalam pantai.’
“tak nak lah!kau pergi la” aku menyurhnya pula,malas la nak tukai baju mandi baik aku enjoy cuci mata je kat sini,best jugak,mat saleh yang datang sini boleh tahan segak jugak,hahaha…kalau tahu dek Shahin mahu kena leter sampai petang esok.
“ok!tolong pegang kamera dan phone aku” Shahin menguhulurkan kamera yang tergantung di lehernya dan telefon dari poket seluarnya,aku menyambutnya dengan tangan.
“hati-hati” aku sekadar memberi pesanan penaja kepadanya,langkahnya yang dia atur ke tepi pantai dia kembali semula kepada aku dan memberikan aku satu ciuman di pipi.kenapa rasa berdebar pulak ni,Freeze!rasa macam muka aku membahang kerana malu,apa la Shahin ni,dah la tempat orang ramai macam ni lagi nak buat macam pasangan bahagia,buat malu je la!Banyak mata yang tersenyum memandang aku yang tersipu,bertambah-tambah la malu ni,tak guna punya Shahin.
Tiba-tiba telefon Shahin berdering dan aku berkira-kira untuk mengangkatnya tapi mengenangkan Hadi yang call aku buat macam harta aku sendiri la,hehehe.
“hello Shah!payahnya nak jawab phone,tahulah bercuti dengan isteri….” Belum sempat Hadi meneruskan bebelannya yang aku tak tahu bila nak habis tu aku bersuara.
“Shah tengah mandi laut” aku bersuara menerangkan kepadanya secara ringkas,Hadi terdiam tiba-tiba.mungkin malu kut.tu la main redah je dia ni tak tahu nak bagi salam kea pa dulu,main belasah je.
“owh!sorry…kacau ke?” soal Hadi sambil tergelak kecil,aku menahan gelak dan hanya tersenyum disini,entah macam mana la agaknya kalau si Hadi ni dengan Seven,memang secocok la mereka berdua ni sikap main aci redah je.
“tak lah,ada apa?nak Asya panggilkan Shahin ke?” aku menyoal Hadi.
“tak perlu,ada idea nak buat surprise party kat Shah?” soal Hadi seronok,kali ni aku pulak yang tertanya-tanya,party apa pulak ni?party rock anthem ke?party USA ke?aku menggaru kepala lutut yang tiba-tiba gatal sebab digigit semut,semut pun pandai datang berjemur kat pantai rupanya.hehehe…
“party?party apa?” aku menyoalnya pula,surprise party bagai.Ingat Shahin tu suka ke kalau orang buat dia terkejut,nanti membebel macam mak nenek buat sakit telinga aku je,telinga pun boleh kena strok kalau dengar SHhain membebel.
“esok kan birthday Shah,make sure party tu surprise ok,sebab Shah ni memang susah nak terkejut,tersumbat saraf terkejut agaknya” mendengar HAdi yang kawan baik Shahin ni mengutuk dia membuat aku tergelak,ingatkan aku je suka mengutuk Shahin ruapa-rupanya ada lagi orang yang suka mengutuk mamat ni,teruk betul la Hadi ni.
Tapi betul ke esok birthday Shahin?aku tak pernah tahu pun,macam mana nak tahu sekalipun aku tak pernah nak ambil tahu kan?aku berfikir sejenak cara untuk menyambutnya nanti,nak buat macam mana ni?
“Asya tak tahu pun esok birthday Shah” aku mengakui ketidakpekaan aku terhadap diri Shahin,tak pernah sekali pun aku cuba untuk mengenali diri Shahin,teruknya aku ni sampai birthday suami sendiri pun tak tahu,dah berbula-bulan kahwin benda yang simple macam mana pun tak tahu,yang aku tahu Shahin ni suka makan nasi goreng je,teruk,teruk.
“tak tahu?mesti sebab Shah tak bagitahu kan?dia tu memang macam tu,katanya birthday je kut,dah lahir pun nak sambut buat apa lagi.tak ada kepekaan persekitaran betul dia ni” sedap pulak mulut Hadi ni nak mengutuk suami aku,saudara sedar tak Shah yang hang duk cerita tu suami aku?
“ya lah,nanti Asya fikir something”
“ok!bye…” Hadi menamatkan perbualan ringkas kami,aku berteleku memandang laut,apa yang aku nak buat ni?,macam mana nak buat surprise kat dia biar dia terkejut tapi tak sampai masuk hospital sebab sakit jantung?aku menggaru dagu,kali ni entah serangga apa pulak yang gigit aku,tahulah aku ni lawa lagi nak bagi hint tu kenapa?masalah!
“berkhayal lagi!” Shahin mengejutkan aku dengan kehadirannya yang mengejut macam superman,ingat aku tengah jatuh bangunan ke nak datang macam superman bagai,aku memang nak marah la dengan dia ni,habis semua idea aku lesap macam tu je,kalau tak menyenangkan aku menyusahkan aku,kenapalah ada jugak orang macam dia ni.
“marah lagi,mulut tu macam itik,aku cium karang baru gigit bibir sampai tahun depan” ugut Shahin,aku membuat tak endah,ingat aku berkesan ke nak ugut macam ni salah orang la pak cik sebab aku ni tak takut kalau tak buat.
“buatlah kalau kau berani” aku mencabarnya,aku tahu yang Shahin takkan berani nak buat punya,ingat aku ni tak pandai buat cabaran ke?cabaran aku lagi dahsyat dari fear factor tau,lebih hebat dari naik roller coaster,lebih menakutkan dari masuk rumah hantu.Hantu?mintak jauh…
“kalau aku berani kau tak boleh marah,ok?” soalnya pula dengan senyuman nakal,aku menelan liur yang terasa macam telan telan pasir je,kadang-kadang Shahin ni memang tak boleh nak ramal kalau dia nak buat dia buat je,aku pulak yang seram sekarang ni.Tapi mana boleh nak mengalah macam tu je,kan?no way!ni Asya Humaira Hasmezam ok!
“ada ke?” aku bangun berdiri bertentangan dengannya dan merenung kedalam anak matanya dan tangan aku menunjal bahunya dengan jari telunjuk,memang tak bergeraklah,nak terjatuh apatah lagi,nak patah rasanya jari aku yang kurus macam tak cukup zat ni.Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang sinis dan mencabar.Dengan berani tangan aku melingkar pada batang lehernya dan ternyata Shahin langsung tidak berganjak.Tadi bunyi macam hero sangat,tapi sekarang ni senyap macam bunga rafflesia pulak.Akhirnya aku dapat hadiahkan dia senyuman kemenangan.yay!
Sangkaan aku meleset bila tangan Shahin melingkar di pinggang aku dan dia mula menunduk untuk merapatkan mukanya ke mukaku,aku merendahkan badan aku perlahan-lahan,nampaknya dia bertekad kali ini,nak lari pun dah tak mampu ni,aku dalam tangannya sekarang ni,takutnya,ni la akibat mulut badan binasa,sekarang ni padan muka!
Aku melepaskan pautan pada leher Shahin dan cuba untuk menolak dadanya,tapi macam tak berkesan je,aku menjauhkan muka aku lagi tapi dia tetap jugak nak teruskan niatnya,nak lari!ibu tolong adik,Shahin ni dah naik hantu pantai!
“la,takut ke?” soalnya dengan senyuman jahat,berlagak dia dah menang la tu,aku cuba untuk buat muka selamba tapi Shahin semakin berani,habislah,dah la ramai orang kat sini,dia ni tak malu ke?dah la tempat awam macam ni memang la aku ni ada American look sikit tapi aku ni Malaysian ok!muslim pulak tu.
“orang pandang la” aku masih cuba untuk melarikan diri tapi tak berdaya.
“ok!kita sambung kat bilik,boleh?” soalnya sambil tersenyum nakal,aku menggelengkan kepala berkali-kali tetapi Shahin mengangkat aku,terkial-kial aku berusaha untuk melepaskan diri,dah petang macam ni lagi nak buat drama,dia ingat ni telenovela ke?aku memukul bahunya dengan kuat,tapi bukannya dia mengaduh sakit,lagi nak ketawa adalah.jahat!
“lepaslah,basah baju aku ni” aku merengek pula,dah dia tu basah kuyup lagi nak sentuh orang,bau macam ikan lumba-lumba!ada ke dolphin kat sini?entah tapi tak ternampak pulak,lantaklah yang penting Shahin lepaskan aku,perlahan-lahan Shahin menurunkan aku dan membiarkan aku berjalan dengan kaki aku sendiri,Allah bagi kaki kat aku untuk berjalan yang dia susah payah nak angkat aku tu kenapa?takde kerja ke?ingat aku ni alat untuk gym ke?
“aku pandai jalan sendiri la!” marah aku kepadanya tapi dia buat muka tak berdosa.
“memang pun,dalam tidur pun kau jalan lagi” ujarnya sekadar memalukan aku,aku menghentikan langkah dan mengeluh kuat.geramnya aku dengan dia ni!
“ikut suka hati akulah,yang kau sibuk kenapa?” marah aku kepadanya,dia buat tak bersalah dan berjalan meninggalkan aku seorang diri.Cancel surprise party!
============
Aku mengekori langkah Shahin dari belakang,memang dia langsung tak perasan yang aku mengekorinya.Aku tersenyum sendiri,lepas je dinner dan majlis cabutan bertuah,semuanya selesai pada pukul 1 pagi.Shahin membuka pintu bilik yang tak terkunci,mesti dia ingat aku ada kat dalam kan?hehehe…
Aku segera masuk ke dalam bilik walaupun dengan hanya nyalaan beberapa batang lilin aku dapat melihat sesusuk tubuh badan Shahin yang sedang berdiri tegak melihat sebuah meja yang dihiasi dengan sebiji kek.Aku tersenyum gembira,aku guna sikit je lilin sebab takut hotel ni terbakar pulak kan ada masuk news surprise party,burn! Buat malu je.
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday,happy birthday
Happy birthday to you…my husband
Aku meyanyikan sebaris lagu itu dan Shahin berpaling memandang aku dengan segera,dia tersenyum dengan penuh kemanisan,memang jelas dari matanya yang dia terkejut dan gembira dengan hasil kerja tangan aku ni,tengok lutut la!hehehe…
“surprise tak?” soal aku lalu merapatkan diriku kepadanya dan memeluknya dengan erat.
“happy birthday…” aku mengucapkan dengan perlahan dan perlahan-lahan tangan Shahin membalas pelukan aku dan agak lama kami berada dalam keadaan sebegitu,agaknya adalah sampai lima minit sebab lenguh kaki aku ni terjongket nak memeluknya yang tinggi macam zirafah ni.
“thanks,hadiah birthday yang sangat bermakna dan birthday aku yang ke 26 yang paling bermakna setelah aku berumur 11,terima kasih” ucapnya dengan penuh keikhlasan sehingga membuatkan air mata aku mengalir,tak sangka yang dapat buat Shahin gembira macam ni buat hati aku sangat gembira.
Esakan aku menyedarkan Shahin,Shahin menyentuh pipi aku dan mengesat air mata aku yang mengalir,aku ni memang teruk,asyik nak menangis je kerjanya memang little daughter betul la!
“kau ni kena marah nangis,gembira nangis,sakit nangis,sedih,sedih tu memang dah sah-sah kau nangis,tak penat ke?” soalan Shahin buat aku geram,time macam ni pun masih lagi nak cari pasal dengan aku,geram pulak hati ni.
“kau ni asyik nak cari pasal je kan?malam ni kalau kita tak gaduh sekejap tak boleh ke?” soal aku geram,Shahin ketawa riuh,suka sangat la tu kalau boleh buat aku marah.
“boleh sayang,so what’s next?” soalan dia tu memang aku nak jawab tapi takkan teruja sangat sampai panggil aku sayang,buang tabiat ke?
“potong kek,cheese cake,aku tempah khas” aku memberitahunya dengan senyuman riak,tempah je kut bukannya buat sendiri.
“ok!jom!” dia menarik aku ke meja bulat yang aku hias sendiri,punyalah susah nak pinjam meja ni dengan hotel tau!tak Nampak lagi ke keihklasan hati aku ni?dia menarik kerusi untuk aku duduk dan dia memotong kek yang berbentuk bulat ini,lalu disuakan secubit ke dalam mulut aku.
“meh!aku suap untuk kau pulak” aku menyuapnya dan kami menikmati kek yang kecil itu berdua,kecil je la nanti membazir pulak,Shahin ni kan bukan geng kempen membazir itu amalan syaitan,aku je join kempen tak baik tu,huhuhu…
“thanks again” ujarnya lagi,aku ni rasa macam terharu dan dihargai pulak.
“kecik punya hal,nah,hadiah” aku menghulurkan kotak kecil kepadanya dan dia melihatnya dengan pandangan teruja,teruja ke?entah!aku pun tak dapat nak describe.
“apa ni?” soalnya pula.
“hadiah murah je tapi harap kau suka,ikhlas.bukan sebab aku berjimat atau apa,tapi aku memang ikhlas” aku menyatakan keikhlasanku kepadanya dan dia tersenyum mesra.
“tengok mata kau yang dah nak terkeluar tu pun aku dah tahu yang kau ikhlas,thanks”
“berapa juta kali nak berterima kasih ni,buka lah”
“aku buka eh” Shahin membuka balutan dengan cermat.memang dia selalu cermat macam ni,kalau aku koyak je,senang cerita.Shahin buka kotak dengan berhati-hati dan kembali memandang aku seperti tak percaya,ukiran Kristal yang aku tempah sebaik sahaja Hadi call,yang terukir AsyaShah.memang ada nama aku jugak,tapi harap dia suka, speechless je.
“suka?” soal aku pula.
“of course,the best present ever” ucapnya pula sambil menilik hadiah ditangannya. Happynya aku rasa,macam birthday aku pulak.
“ni satu,ganti la strap monkey tu,ambil ni” strap telefon yang berukir nama AsyaShah juga aku hadiahkan kepadanya,memang aku hargai Shahin sanggup guna strap monkey yang aku hadiahkan padanya sejak dulu lagi,tapi apa salahnya guna yang baru.kan?
“aku suka strap monkey tu” ujarnya pula,memang aku tahu dia suka,sebab kaum kerabat dia kan?hehehe,takdelah,sebab aku yang bagi kan?hahahaha.perasan.
“tahu,tapi ambil la ni,letak la kat mana-mana pun”
“ok!aku pun ada something nak bagi kat kau,dah lama aku tempah ni,hari ni aku nak hadiahkan kat kau,rasa macam kita ni sehati sejiwa pulak” aku tak berapa nak faham maksud Shahin tapi aku tahu yang aku akan dapat hadiah,Shahin berjalan kebelakangku dan memakaikan rantai leher yang tertulis AsyaShah,patutlah dia cakap sehati sejiwa,aku tersenyum senang.Shahin ni memang la babysitter dan suami yang hebat!hahaha.
“thanks,cantiknya,bila lagi kau terfikirkan nama ni?” soal aku kepadanya.
“lebih cantik bila aku tengok kau yang pakainya.Dah lama aku terfikir nama ni,Hadi yang suka sangat sebut.aku rasa,nice!jadi aku tempahkan khas rantai ni,kau pulak sempat buat semua ni dalam masa dua hari je.”
“memanglah,tengok orang la,aku terfikir nama ni well,cantik.dan kau pulak suami aku kan?so,why not.puas aku rasuah tukan ukir ni tau,macam-macam aku pujuk dia,lepas aku cakap untuk suami aku dia terus nak tolong”
“ha,mana kau jumpa kedai ni?”soal Shahin pula.
“aku tanya orang la,mesti kau tak perasan bila aku keluar ambil benda ni kan?”
“ya!macam mana?”
“hotel ni kan mostly guna Kristal,jadi aku minta nombor phone kedai tu dengan manager kat sini,then buat tempahan,siap!” aku berkata sambil mengangkatkan tanganku teruja,aku ni pandai dan genius sebenarnya,berjangkit virus IQ Seven,hehehe.
“mesti kau penat nak buat semua ni.thanks”
“small matter la,sorry sebab aku tahu birthday kau ni dari Hadi”
“small matter,tua-tua macam ni pun sambut birthday lagi”
“tua apanya,dewasa” aku memberitahunya dan dia ketawa senang,entah pukul berapa kami tidur sebab sibuk pulak duk bercerita dan bergambar.aku dah sediakan recorder dalam bilik ni,bukan apa time teringat boleh jugak tengok semua ni lagi sekali,walaupun ada scent yang dia ni buat aku geram,nak marah!
Ya Allah sesungguhnya aku tersangat gembira malam ni.walaupun dah pagi sebenarnya.Tapi waktu ini langsung tak membuatkan aku terbuai dengan perasaan mengantuk,hanya perasaan gembira dan terlalu gembira yang aku rasakan.Sangat-sangat gembira,dah habis istilah rasanya nak cakap,kalau boleh nak cakap bahasa jerman,jepun,cina tamil,semua la!ha,nampak tak ketersangatkegembiraan itu?hancur sampai bahasa melayu dibuatnya.hehehe…
=============
Semakin hari aku rasa semakin dekat dengan Shahin dan rasa berbunga-bunga hati ni.Tapi Shahin ni suka sangat diamkan diri sehari dua ni,buat aku risau je la,mana tahu dia sakit ke?semua ni jadi balik bila dia balik dari jumpa papa tempoh hari,apa yang dorang discuss sampai buat Shahin senyap macam ni.
“Shahin,jom makan pizza” ajak aku kepadanya yang sedang leka dengan laptopnya,entah apa yang dia tengok aku sendiri tak tahu.Kusut je aku tengok dia ni.Shahin tetap juga tak bergerak dari tempat duduknya,dah kena gam ke mamat ni sampai tak bergerak langsung,kata aku yang suka termenung tapi dia ni pun boleh tahan kaut jugak,kenapa ni?
“hei,termenung je.” Aku menegurnya dan dengan pantas Shahin menutup laptopnya lalu memandang aku,asal aku dekat dengan laptop dia je dia akan tutup,entah apa yang ada dalam laptop dia aku pun tak tahu,sulit sangat kut.
“ada apa?” soalnya ringkas.
“makan!” aku mengajaknya ke meja makan dan ternyata dia hanya menurut langkah aku,kami menonton tv sambil makan pizza,kalau dulu sekeping je dah boleh buat aku kenyang tapi sekarang ni bila tinggal dengan kawan-kawan kat JB selalu je makan banyak,kalau tengok macam gaya orang membela pun ada,ish!nauzubillah.
“kau ni kenapa?sehari dua ni takde selera je?” soal aku lagi.
“mana ada” dia menafikan kenyataan yang semua orang dalam rumah ni perasan,dalam rumah ni ada aku dan dia je,maknanya yang aku perasan la.
“aku nak discuss sikit” ujarnya serius tapi dengan wajah yang sugul dan langsung tak menunjukkan minat untk berbincang,nak berbincang ke tak ni?Aku memandangnya sambil menanti hal yang akan keluar dari mulut dia.
“papa ada bincang dengan aku pasal satu kursus atau bengkel dekat Interlaken,Switzerland hujung bulan ni” ujarnya berat,aku mengangguk faham,takkan benda sekecik ni je yang menganggu otak Shahin,macam nak pergi dari sini dua tiga bulan je gayanya,apalah.
“ok,hujung bulan ni maknanya seminggu lagi la?” aku menyoalnya pula.memang dah tahu sebenarnya saja nak bertanya,hehehe..aku ni selalunya cakap kat orang je lebih tapi tuan punya badan dua kali lima je.
“yup!”
“so,what’s the problem?” soal aku keliru,apa masalahnya kalau ada kursus tu,kalau nak pergi then just go.tak perlu nak runsingkan kepala otak dia sampai macam ni sekali.
“I have to go,if you don’t mind” ujarnya lagi,aku tergelak kecil sambil memandangnya.
“so,just go”
“are you sure?” soalnya lagi.
“ya!apa salahnya kan?” soal aku pelik,apa pulak yang Shahin ni fikir sampai berat memori kepala dia tu,pada aku tak salah pun,kalau pergi kursus untuk menambahkan ilmu pengetahuan jadi apa salahnya,kan?
“how long? Two days? A week?” aku menyoalnya lagi.
“three months” Shahin merenung aku yang kini diam tidak terkata.
“months?” soal aku berat,kali ini aku yang berubah wajah,lamanya.Kursus apa ni?kursus kahwin pun ambil masa satu hari je.Shahin mengurut dahinya yang sudah mula berkerut dan aku bersandar lemah pada sofa,selera aku juga hilang dengan serta-merta.
“jadi?” soal Shahin semula,tadi dia kata dia terpaksa pergi kan?sampainya hati dia nak tinggalkan aku.aku cuba untuk mengawal air mata daripada menitis dan kali ini aku berjaya menahannya dengan hati yang sangat sebak,kenapa mesti sekarang saat aku mula rasa yang dia penting disisi aku?
“perlu ke kau pergi?” soal aku lambat-lambat.Keluhan berat yang Shahin lepaskan buatkan aku tertanya-tanya.
“papa cakap kursus ni sangat bagus dan jarang dapat peluang jemputan macam ni” aku sepertinya terhiris dengan kata-kata itu.nampaknya dia akan pergi tinggalkan aku,kalau sehari dua aku dapat terima tapi sampai tiga bulan,it’s too long.
“kau nak pergi?” soal aku lagi.
“peluang macam ni jarang nak dapat” ujar Shahin kepadaku sambil mencari pengertian dalam mata aku,no!aku tak faham dan tak akan pernah faham.kenapa semua ni jadi pada masa sekarang?why?
“jadi kau akan pergi” aku berkata sambil tersenyum sinis,sepanjang usia perkahwinan aku dengan Shhain tak pernah walau sekali aku terpisah dengannya,ini bukan soal perasaan tapi soal kepentingan,nampaknya Shahin ada tujuan dia sendiri.
“kau ikut aku?kita pergi sama-sama” ujarnya memberi cadangan,sekali lagi aku tersenyum sinis.
“just go,don’t care about me,I’m nothing for you”
“Asya…”
“just go! I don’t care. If you are here or not it just same to me, nothing different” aku menuturkannya laju,sepertinya itulah yang terbaik.
“aku takkan pergi kalau kau kata tak” ujar Shahin pula.tolnglah kata tak.gumam hati Shahin sendiri,Asya hanya berdiam diri dan Shahin menanti butir-bicara seterusnya dari aku
“tak,takpe,pergi je lah,macam kau kisah sangat pasal aku,just go take this golden opportunity,I don’t care at all” aku meninggalkan Shahin yang terima jawapan aku dengan riak terkejut dan kecewa,aku lagi kecewa dengan semua ni.Tapi apa salahnya kalau aku ikut je dia pergi sana,sepertinya aku memang tak sepenting mana kalau dibandingkan dengan business dia.
Bodoh!kenapa mesti menangis sekarang bila semuanya aku dah lafazkan,sekarang ni aku jelas dan nyata,rupanya hubungan kami memang tak pernah wujudnya istilah kasih dan sayang,semuanya kerana amanah semata-mata,aku bukanlah seorang yang penting dalam hidupnya.Air mata aku yang hampir mengalir aku seka dengan cepat.
“Asya,kau pasti dengan jawapan kau,ikutlah aku” Shahin bersuara memujuk lagi.
“aku pasti!sangat pasti,lagipun aku ada interview kerja hujung bulan nanti.well,sepenting mana kerja kau untuk kau,sepenting itu juga career untuk aku” aku berpaling memandang Shahin sekilas sebelum meninggalkan Shahin dan terus ke bilik,jelas muka Shahin yang kecewa dengan jawapan aku tapi kini hati egoku berkeras dengan keputusan yang sama.
“aku dah agak semua ni,hanya aku yang cintakan dia,dia langsung takde perasaan pada aku” Shahin bercakap dengan dirinya sendiri dan tersenyum dengan penuh kehampaan,kenapa semua ni perlu datang pada waktu ini,saat aku yakin yang perkahwinan kami adalah satu anugerah dan bukanlah satu kesilapan,tapi ternyata jawapannya adalah kesilapan.
“bantulah hambaMu ini Ya Allah,aku sayangkan dia YA Allah” Shahin meraup mukanya dan bersandar pada sofa dengan penuh rasa kecewa yang berbuku di hati.Entah di mana silapnya hari ini tapi dia yakin sesuatu yang selama lapan bulan usia perkahwinan mereka langsung tiada sayang dan kasih Asya padanya,nampaknya hanya dia yang mencintai Asya,cinta suami kepada isterinya yang tidak akan pernah terbalas.
“sepayah inikah untuk meraih cinta dari seorang isteri Ya Allah?” Shahin bermonolog lagi,demi Allah hati dia hancur dan luluh,demi Allah dia sangat kecewa.Mungkin cinta Asya bukan untuknya,tapi dia tak pernah menyesal kerana menghadiahkan satu-satunya cinta yang dia ada kini kepada perempuan yang telah berjaya membuatkan dia rasa erti mempunyai seorang isteri untuk disayangi.
Shahin mengimbaukan semula kenangannya bersama dengan Asya,walaupun semuanya bermula dan berakhir dengan pergaduhan tapi tak pernah berakhir dengan kekecewaan seperti hari ini.Kekecewaan hari ini telah meragut semua kenangan yang mereka bina selama lapan bulan ini,semuanya jelas dan nyata bila Asya membenarkan Shahin pergi tanpa berfikir dua kali.
“layakkah aku bersedih Ya Allah?salahkah aku mencintai isteriku sendiri Ya Allah?adakah ini semua balasan kekhilafan aku pada waktu dahulu Ya Allah?kau jernihkanlah hubungan aku dengan isteriku,aku pohon kepadaMu,atau engkau lenyapkanlah memori malam ini dalam ingatan kami Ya Allah” pinta Shahin bersungguh-sungguh,kenapa mesti ada perpisahan saat ada ikatan mula terjalin?semuanya seperti bisu kerana tidak ada satu pun yang boleh menjawab persoalan yang bermain dalam kepala Shahin.
===============
Aku dan Shahin sepertinya tidak mengenali antara satu sama lain kerana aku asyik mengelak daripada bertembung mata dengan Shahin,semuanya dah berubah kerana perbincangan pada malam itu,andai Shahin mengatakan yang dia tidak ingin pergi aku akan mengikutnya ke sana tapi apakan daya dia memberi jawapan yang bertentangan,tak ada gunanya aku menangisi suami ini sekarang,secara zahirnya aku memang isteri Shahin tetapi tidak dalam hati Shahin.
Apakah ini juga salahku kerana aku sering kali berdegil,apakah ini balasan kepadaku kerana tidak pernah walau sekali menjadi isteri yang baik kepada Shahin,mungkin perpisahan kami selama tiga bulan yang akan datang menyerlahkan pengakhiran atau jalan sebenar untuk hubungan kami.Sesungguhnya pada hari ini aku telah reda dengan semua kemungkinan Ya Allah.
Shahin dah mula bergerak ke airport tetapi aku masih dirumah ini,aku tak sanggup untuk menghantarnya kerana aku akan melihatnya pergi,biarlah apa sekalipun pendapat orang lain,aku dah tak peduli,macam-macam boleh jadi dalam tiga bulan ini,mungkin Shahin akan menemui cintanya sendiri yang jelas tiada pada aku.
Aku mengemas apa yang patut sebelum berangkat ke JB,dan pemergian aku langsung tidak diketahui oleh sesiapa,aku hanya ingin meneruskan hidup aku ditempat lain,aku tak ingin bersoal jawab dengan keluarga aku sendiri kerana aku pasti setiap soalan yang keluar dari mulut mereka tidak mempunyai jawapan dari mulut aku.
Perjalan aku ke JB mengiringi perjalan Shahin ke Interlaken mungkin jalan kami memang tidak sehaluan sejak dulu lagi dan semuanya telah terbukti hari ini,aku terima hakikat ini dengan berat hati ya Allah,tapi aku mohon engkau jauhkanlah kami dari penceraian ya Allah.
Sebaik aku tiba di JB aku terus berjumpa dengan Seven yang masih tinggal dirumah yang sama,sesungguhnya aku tewas dengan air mata ku sendiri,laju ia menuruni pipi sebaik sahaja aku melihat sahabatku ini,Seven menyambut kedatangan aku dengan pelik,tetapi dia memeluk aku dengan erat dan cuba untuk mententeramkan aku.
“Ace,kenapa ni?” soal Seven resah,air mata aku yang masih lagi mengalir dia sapu dengan tangannya.Meminta aku supaya berhenti menangis tapi dia pun ikut sama menangis dengan aku mungkin kerana melihat aku yang terlampau sedih,kalah drama Hindustan punya.Belakang aku diusap dengan penuh kasih-sayang,dalam hati aku mohon agar selamanya aku mampu berada didalam pelukan Seven.
“Shahin dah pergi” ujar aku dan menangis lagi,air mata yang hampir berhenti keluar lagi,memang ratu air mata dan kalau ada pertandingan confirm dapat jadi juara bertahan punya.Seven terkejut dengan pengakuan aku,lalu dia bangun dan menuju ke luar rumah,kali ini aku pula yang hairan.
“tak guna punya Shahin!kenapa dia tinggalkan kau?” marah Seven sambil berjalan kehulu kehilir sambil membebel macam mak nenek,aku pulak yang naik pening,entah apa yang Seven faham dengan maksud aku,aku nak cakap Shahin pergi kursus lama sangat tapi yang dia marah sangat tu kenapa?macam Shahin tu suami dia pun ada.
“dia pergi Interlaken” aku memberitahunya sambil mengesat air mata yang sudah berhenti mengalir sebaik sahaja melihat reaksi Seven,melucukan betul.
“la,Interlaken ke?aku ingat…” Seven tidak meneruskan katanya,aku faham apa yang Seven cuba sampaikan tetapi aku menggelengkan kepala menidakkan apa yang bermain dalam fikiran Seven itu salah.
“Interlaken tu kat mana?” soalnya pula membuatkan aku tersenyum sedikit.Punyalah genius punya orang tapi tak tahu kat mana tempat tu,famous ok.
“Switzerland kan?aku tahulah saja je buat gimik” Seven berceloteh lagi,kali ini aku tersenyum panjang,ingatkan tak tahu,buat malu aku je duk kutuk dia tadi.
“lama” aku memberitahunya sepatah.
“lama mana?”
“tiga bulan” setelah aku menjawab soalannya aku mula menangis lagi,dan Seven resah lagi.
“ala,kau ni macam tangki bocor la,dah la nangis” pujuk Seven,memang niat dengan memujuk tapi dengan selingan mengutuk,aku terduduk di atas lantai,rasa macam nak meraung-raung pun ada.
“tiga bulan tu kejap je Ace” pujuk Seven lagi.Tangisan aku semakin menjadi-jadi,Seven ni asyik duk garu kepala dia je,nanti kalau botak aku tak nak jawab dengan Hadi.
“kau sayang Shahin kan?”soalan Seven terus membuatkan aku terdiam,aku cerna semula soalan Seven,dah idea dari mana ni tanya soalan mengarut macam ni nak pujuk orang menangis.
“lagi sekali soalan” pinta aku kepada Seven.
“kau suka eh kat Shahin?” Seven buat muka gatalnya,aku masih lagi bertenang dan menumbuk bahu Seven dengan kuat sehingga dia terduduk sama seperti aku,mengaduh kesakitan dia dibuatnya,padan muka.
“mengarut!”
“tak nak mengaku la tu” Seven menyakat aku lagi,kali ni memang rasa nak terbakar je dengan kata-kata Seven
“dah la,kau ni bukan nak pujuk aku,lagi nak sakitkan hati aku ada la”
“mana ada nak sakitkan hati kau,bangun,pergi mandi lepas tu solat” arah Seven pula,aku ni bila solat je mesti rasa nak nangis balik.
“aku masuk bilik dulu” aku beredar dari ruang tamu dan bergerak ke bilik yang pernah aku diami satu ketika dulu,sekurang-kurangnya rumah ni tak pernah ada kenangan antar aku dan Shahin,dulu aku masuk ke rumah ini dan Shahin pergi dari sini,sekarang ni bila aku masuk sekali lagi ke rumah ini Shahin pergi lagi kali ini ke tempat yang lebih jauh sehinggakan aku rasa tak sanggup nak fikir bagaimana keadaanya bila berada sejauh itu dengannya.
Selesai solat aku membaca al-quran,bila bersama dengan Shahin aku sepertinya hilang rasa benci aku kepada mama tapi bila aku tahu yang kini tidak lagi ada disisi aku seperti selalu menyebabkan rasa sakit dan perih itu kembali lagi.Kenapa aku mesti lalui semua ini saat aku mula untuk memulakan episode baru dalam hidup aku,apakah kisah duka aku ini tidak akan berakhir sampai bila-bila.
Menangis dan terus menangis,memang itu sahaja yang aku mampu lakukan buat masa sekarang.Bodohnya aku kerana melakukan semua ini,Shahin mungkin tak pernah walau sekali terfikir tentang keadaan aku,kalau betul,apa maksud dia menjaga aku dengan terlalu baik selama ini?adakah untuk meninggalkan aku?
“Ace,nangis lagi” ujar Seven lalu mengambil tempat disisi aku dan memeluk aku dengan erat,kenapa sakit ini seakan-akan mampu membunuh aku.
“Ace,ingat Allah.jangan buat macam ni”
“aku nak kuat Sev tapi aku tak mampu,aku tak kuat macam kau.”
“aku nak kau berhenti menangis!” suara Seven meninggi dan sangat tegas dia menuturnya sehingga menyebabkan aku terus berhenti menangis,macam air empangan yang dah kering je.Air mata aku yang nak keluar pun boleh cancel dan masuk balik.
“bangun!tukar baju,kita pergi makan aiskrim” ajak Seven ceria,terus berubah dari monster kepada teacher,aku tergelak kecil mendengar ajakan Seven,entah bila masa dia nak serius bila masa dia nak main-main.
“gelak pulak,aku serius ni” ujar Seven serius,aku memeluk Seven dan mencium pipinya beberapa kali sehingga dia melarikan mukanya dan menolak badan aku.
“woi!apa ni,suami aku pun tak rasmi lagi,berani kau!” marah Seven pula,aku ketawa senang melihat Seven mengesat pipinya dengan tangan,beria-ia dia sapu ha,macam aku sapu lumpur je muka dia.
“aku bersiap kejap” aku menolak badan Seven supaya dia meninggalkan aku untuk bersiap.Seven ni memang boleh jadi penawar aku untuk seketika,macam ubat tahan sakit gitu,hehehe,panadol la kiranya.
Aku dan Seven ke Pizza Hut untuk menjamu makan malam kami yang masih lagi awal,Seven ajak aku lepak je hari ni untuk lupakan semua yang terjadi,kalau tak boleh lama sekejap pun jadilah.
“Sev,pizza ni makanan terakhir yang aku makan bersama dengan Shahin” aku menuturnya lemah,Seven memandang aku dan bangun dari kerusi dah la kuat bunyi kerusi dia yang terdorong ke belakang,semua mata sedang memandang kami,buat malu je la Seven ni.
“nak pergi mana?” soal aku hairan dan tekejut.
“kita makan benda lain” ujar Seven pula,serius benar bunyinya,memang dia tekad nak buat aku hilang rasa sedih.
“takpe la,aku cakap je.Jom makan,dah order ni” aku menarik tangannya supaya duduk semula dan Seven hanya mampu menurut cakap aku.
“sure?”
“sure!” aku berkata yakin dan Seven tersenyum melihat aku,aku juga cuba untuk mengukirkan senyuman,kalau aku masih lagi bersedih dan menangis masih tak dapat nak mengubah benda yang dah jadi.
“aku nak cakap sesuatu kat kau ni,aku dah guna phone baru,nombor baru.Aku nak hantar kereta balik KL,aku nak kau rahsiakan aku ada kat sini,Nur dan Afie pun tak perlu tahu,boleh?” Seven tekejut mendengar cerita aku.
“boleh!tapi kenapa?”
“saja,aku nak bersendirian je,tapi aku takut sebenarnya jadi aku join kau la,kau sorang je tahu aku tinggal sini dan aku sekarang ni tengah cari kerja,kebetulan aku nak pergi interview dekat pejabat dekat-dekat sini” aku memaklumkan rancangan aku kepada Seven dan dia mengangguk faham.
“ok!at least aku tahu kau selamat.”
“thanks,kita share sewa macam biasa,aku sekarang ni dah guna duit simpanan aku sendiri,nasib baik aku buka akaun sendiri dan duit yang papa,abang,dan Ibu bagi aku simpan,aku tak nak guna simpanan aku yang lama,nanti dorang jumpa aku”
“kau ni dah macam melarikan diri tau”
“aku tahu,tapi aku pasti tak lama punya,bila aku rasa dah bersedia semua orang akan tahu”
“ikut suka hati kau la Ace,kalau aku cakap pun bukannya kau nak dengar”
“tahu pun!terima kasih”
“sama-sama kasih,makan cepat” ujar Seven lagi,dah agak dah yang Seven ni memang boleh dibawa berunding,kalau cerita kat Nur dan Afie mesti dorang tak setuju dengan aku dan pasti mereka akan kesian bila dengar rayuan orang disekeliling aku,mereka berdua ni terlampau baik dan lembut hati tapi tak bermakna Seven ni jahat,tapi agak keras hati la,macam aku je la,hehehe…
===============
“Seven,dah lama aku fikir semua ni,aku nak berhijrah” ujar aku kepada Seven dan ternyata Seven sepertinya tidak mengertimaksud ku,kalau diikutkan fakta memang sekarang ni aku dah berhijrah dari KL ke JB,kan?tapi kali ini aku nak berhijrah daripada buruk kepada lebih baik.
“aku rasa dah sampai masanya aku bertudung,baik sekarang daripada aku tak sempat,kan?” aku meminta pendapat dan ternyata Seven tersenyum setuju,sekali lagi dia memeluk aku dengan erat,suka betul Seven ni peluk aku hari ni,apa dah jadi agaknya aku sendiri pun tak tahu.
“betul!aku pun terfikir benda yang sama,sampai bila kita nak macam ni kan?”
“kau pun terfikir benda yang sama?” soal aku teruja,nampaknya little gangster macam kami ni dah sampai seru nak berubah,kan?tak sangka betul yang Seven pun terfikir benda yang sama dengan aku,kalau dulu memang aku pernah terfikir nak buat semua ni tapi aku takut aku tak mampu dan kembali kepada asal,tapi kali ini aku sedar yang aku perlu dan tekad aku kuat.Macam mana andai izrail datang menjemputku dalam keadaan aku belum sepenuhnya seperti seorang muslimah yang sejati kan?
“alhamdulilah,sebak pulak aku rasa” aku memeluk Seven sekali lagi,dah la depan butik tudung ni,agaknya kalau orang lain buat andaian mesti dorang ingat kami ni kurang waras tak pun suka sejenis,tidak!!!
“jom kita beli tudung” Seven menarik tangan aku untuk masuk ke dalam butik itu dan aku mengikut langkah Seven dengan gembira,sekurang-kurangnya sekarang ni aku ada sahabat dan teman untuk aku lalui jalan yang baru ini dan mungkin perjalanan yang masih jauh ini.
Rambang mata jugak kami nak pilih,seronok jugak shopping tudung ni,bukan main ceria lagi wajah kami berdua,betullah orang kata yang hadiah terbaik adalah hidayah dari Allah,mungkin dah sampai hidayah Allah kepadaku,aku tahu pasti semua orang akan gembira dengan penghijrahan yang aku harapkan akan berkekalan sampai akhir hayat ini.
Jika Shahin ada disini mesti dia juga gembira kerana doanya dalam setiap solat tahajudnya kini sudah termakbul,selalu sangat aku melihat Shahin solat tahajud dan selalu doakan kesejahteraan aku dan perkahwinan kami,mungkin aku bukanlah seorang yang sesuai untuk dia.Shahin lagi…
Kami pulang ke rumah setelah berbelanja,banyak jugak duit yang melayang keluar nasib baik hujung bulan kan?Aku menyiapkan pakaian untuk dipakai bila interview esok.Berdebar pulak hati ni,tapi aku tetap kena cuba dan berani untuk terima risiko kerja ditempat orang.
“Ace,aku suka sangat kalau kau boleh kerja ditempat aku” ujar Seven berharap.
“nantilah,aku nak cuba nasib kat sini dulu,lagipun aku tak nak Hadi tahu aku kerja sama tempat dengan kau,nanti dia cakap kat Shahin,tu pun kalau Shahin ada terfikir pasal aku la”
“kau ni teruk la!kau ingat tak masa kau lemas hari tu?” soal Seven,mestilah aku ingat.
“ingat,kenapa?”
“kau tahu Shahin dah terangkan semuanya kat aku?dia cakap tangan dia kotor dan tengah main game masa tu,sekali pun dia tak terlintas nak bermesra tau!dia tu ambil berat pasal kau,kau ni yang baik tak Nampak,yang buruk jugak kau nak tengok” terang Seven panjang lebar,amboi back up Shahin Nampak,tapi kalau betul apa yang Seven cakap,well aku gembira.hehehe…
“ye la,kalau macam tu,aku tak boleh berputus-asa dalam perkahwinan kami!” aku berkata semangat.
“kau sayang dia kan?” soal Seven lagi,tak habis-habis dengan soalan dia tu.Tak ada skema jawapan la aku nak jawab soalan ni.
“mengarut!”
“tak nak mengaku la tu” ujarnya lagi,saja la tu nak menyakat aku.
“dah!malas aku nak cakap dengan kau,keluar” aku menghalau Seven keluar dari bilik aku,dan Seven ketawa senang sambil meninggalkan aku sorang diri dalam bilik,Seven ni selagi tak jawab soalan dia ada je idea dia nak menyakat aku.teruk!
Sebaik aku solat subuh aku ke dapur untuk sediakan sarapan pagi,walaupun roti bakar je,hehehe.Setelah selesai aku masuk semula ke bilik dan untuk bersiap ke tempat kerja,dengan penuh kesyukuran aku menyarungkan tudung diatas kepalaku,terasa begitu gembira dengan perubahan ini,aku dapat rasakan yang hati aku terasa sangat tenang dan nyaman,andai Shahin ada di sini.arh!Shahin lagi…aku menggelengkan kepala dan berjalan keluar dari bilik.Seven yang sedang berselera breakfast membuatkan aku tersenyum senang,Seven juga sudah bertudung,bertambahlah kegembiraan dalam hati aku ni.
“Sev!” aku mengejutkan Seven sehingga dia tersedak,aku mengurut belakangnya dengan rasa bersalah,merah muka Seven kerana tersedak,aku menghulurkan air kepada Seven.
“kau ni nak bunuh aku ke?” soal Seven geram,dia mengurut dadanya,aku tersenyum senang,memang rasa bersalah tapi bila tengok muka comel Seven ni kemerahan aku rasa nak tergelak.
“comelnya kau” puji aku ikhlas,Seven menarik muka dan tersenyum kemudian,aku duduk didepannya dan makan roti bakar yang sudah hampir sejuk.
“Ace,aku tak pernah tengok kau secantik ni” puji Seven pula,ingat hari ni hari puji memuji ke?aku buat tak heran dengan pujian Seven.
“maknanya selama ni memang kau rasa aku cantik la?” aku menyoal Seven lalu tergelak kecil,hahaha.
“dah mula dah episode riak dia,makan cepat” arah Seven sambil tersenyum,aku ketawa lagi,Kalau Seven selalu ada macam ni takdelah aku rasa macam sedih sangat lagipun aku yakin dan pasti yang jodoh aku dengan Shahin jadi aku akan belajar untuk menjadi siteri yang baik,aku terima perpisahan kami ni sebagai ujian dan tempoh aku untuk bersedia menjadi seorang isteri,dulu main cekaw je kan?jadi perpisahan ni bukanlah derita tapi ujian!andai la aku kuat….
“kau guna la kereta aku” aku memberitahu Seven.
“taknaklah,aku naik pepijat je pergi kerja” pepijat tu tak lain tak bukan LRT la tu,apa punya bahas ala Seven ni.
“samalah,sebab dekat je tempat aku kerja.jom kita pergi”
“jom!” ajak Seven pula.
“thanks bagi pinjam baju kurung ni,aku tak pernah terfikir nak beli.” Tu la,nama je orang melayu tapi baju kurung tak pernah sekali pun nak beli,apa yang susah sangat aku sendiri pun tak tahu,Shahin yang selalu beria-ia nak beli pun aku tak izinkan,bila dah kerja macam ni kena la pakai kan?tapi not bad jugak aku pakai baju kurung ni,hehehe.dah mula dah!
“guna je la,aku pun bukannya pakai sangat baju kurung,susah la nak gerak,sekejap panjat benda tu,benda ni,nak check engine bagai,kalau pakai kain buat tayangan perdana je nanti”
“siapa suruh kau jadi engineer?” soal aku pula,Seven menjeling aku dengan jelingan tajam,aku tergelak kecil dan melajukan langkat ke stesen LRT,nanti lama pulak nak tunggu yang lain.
Sebaik kami berada di dalamnya memang jarang sangat dapat duduk kalau pagi-pagi macam ni,jadi kena la reda kalau terpaksa berdiri,sebaik aku tiba di stesen aku turun dan kata-kata semangat dan good luck dari Seven buatkan aku rasa bersemangat,andai Shahin ada pasti aku dapat kata-kata semangat dari dia kan?aduh!Shahin lagi…betul ke aku dah sayangkan Shahin jadi perpisahan ini selalu menguji hati dan otak aku yang selalu teringatkan dia.Ni orang panggil rahsia hati,apa punya hati da,dengan tuan sendiri pun nak berahsia ke?aku jual baru tau!
================
“Nur Asya Humaira Bt Hasmezam” nama aku disebut dihadapan tiga panel yang akan menguji aku dalam interview kali ini,kalau dengan Hadi dulu takdelah segerun ni tapi sekarang ni cuak jugak aku rasa,berdebar semacamje jantung ni macam nak lari dari badan aku pun ada,punyalah muka mereka bertiga ni garang macam askar.Oh,askar garang ke?muka memang garang.
“saya!” aku berkata yakin,dah termenung pulak tadi.
“nama sendiri pun ambil masa nak fikir ke?” amboi!tak kerja lagi dah kena marah,ni la kuat sangat berkhayal patutnya aku ikut cakap Shahin untuk kurangan berkhayal ni,ish!Shahin lagi…
“maafkan saya” aku meminta maaf dengan rasa rendah hati,bibir ni rasa nak senyum tapi macam berat je,takut sangat dengan mereka bertiga ni tapi aku kuatkan jugak bila teringat lawak Seven terus aku tersenyum mesra,Seven ni memang la.
“jadi akauntan tak perlu senyum pun,bukannya penyambut tetamu” terus lesap senyuman aku bila dikata begitu,aku bukan senyum kat korang la!bentak hati aku geram.Patutlah dorang semua ni tak senyum,rupa-rupanya kerja jadi bos ni tak perlu tersenyum.
“senyuman itu sedekah dan Rasulullah juga selalu tersenyum” aku menjawab tenang,biarlah kena reject pun,aku peduli apa,bukannya takde tempat lain yang aku boleh kerja.Kalau Seven ni aku yakin dorang semua ni dah simpan suara dalam peti sejuk,Seven paling pantang kalau orang marah tak bertempat.hehehe.
“kenapa sambung belajar di Malaysia?” soal salah seorang dari mereka dengan tegas dan serius,kalau tadi aku takut sekarang ni aku rasa geram pun ada,potong jalan nak interview la dorang ni.
“ambil pengalaman belajar di dalam negara sendiri” aku menjawab dengan selamba tapi aku maih lagi tersenyum,tak nak nanti dikatakan sombong.
“ada pengalaman kerja?”
“praktikal ada,it just for three months only” aku menjawabnya dengan yakin dan mereka berbincang sesama sendiri.
“kami perlukan pekerja berpengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun” jawapan mereka membuatkan aku yakin yang aku akan kalah,mana nak lawan tiga bulan dengan tiga tahun,macam semut lawan dengan gajah je gayanya.
“saya faham,saya terima segala keputusan” aku berkata yakin dan juga masih tersenyum,sebab dah yakin sanagt akan gagal sebab tu cakap macam ni.
“23 years old,already married?” dah itu yang aku tulis dalam proposal tu lagi nak tanya,memang aku dah kahwin so what the hal?
“yes!already married”
“too young to be a wife”
“yes!but being a wife is not a fault to be an accountant”
“you are right!praktikal di Sempoi Tour di Klang?” ni lagi soalan yang dah ada jawapannya.
“yes!” nama apa la yang Shahin dan Hadi ni pilih untuk syarikat mereka,aku sendiri tak tahu,apa-apa jelah mereka ni.
“macam mana profit mereka?” soal mereka lagi,apa kejadah ni nak tahu kewangan orang lain,tak boleh kalau macam ni.nak tahu siasat sendiri la ni confidential tau!
“confidential,but,syer mereka selalu meningkat setiap bulan” aku memberi jawapan dengan yakin,kalau tak percaya boleh periksa dalam bursa saham Malaysia la.walaupun Hadi dan Shahin ni gila-gila sikit dalam kerja tapi dut selalu je masuk.
“nice!5K,ok?” apa pulak ni?
“5K?” soal aku semula,kebersihan,kesihatan,kekemasan,kecantikan dan kecerian ke?
“gaji,jadi bila boleh start kerja?” soal mereka pula,bagai tak percaya mulut aku ternganga sedikit tapi cepat-cepat aku tuutp dan tersenyum dengan penuh kesyukuran,yakin tak dapat tapi boleh dapat pulak,alhamduliah…
“secepat mungkin” aku menjawabnya dengan ceria,dah dapat kerja,baguslah,terima kasih ya Allah.
“kalau macam tu,esok.Gaji RM5000,gaji bersih.setuju?” gila tak setuju,ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ni,saja je tadi aku buat lagak nak cari kerja kat tempat lain,sekalipun kerja ni dengan gaji tiga ribu aku terima tau!syukurnya ya Allah,memnag tak salah aku cuba nasib kat sini,Alhamdulilah,tak sabar nak bagitahu Seven.
“setuju?” soal mereka lagi bila aku dah melayang ke dunia lain.
“setuju!thank you so much” aku tersenyum lagi.
“keep your smile on your face,smile is good for health too.thanks because you choose our compony,we are proud to have you here,so don’t disappoint us”
“I will,thanks again”
“ok!” jwapan mereka buatkan aku rasa macam nak buat kenduri je kat sini,heheh.Aku meninggalkan syarikat ini dengan penuh kegembirann,no worry aku akan kembali,hahaha…tapi lepas ni kenalah kerja betulbetul dah tak boleh nak main-main macam dulu lagi.Minta tolong ya semua sebab aku ni buah cempedak diluar pagar,kalau salah tolonglah ajar.hehehe…
Aku berjalan pulang dengan senyuman yang semakin lama semakin lebar,umpamanya setiap langkah senyuman aku bertambah lebar,mungkin boleh sampai ke telinga kut,hahaha.Aku masih lagi rasa bersyukur dan gembira,tak sangka betul yang aku akan dapat kerja dengan kelulusan aku yang ciput ni,hahaha.Rezeki tu kan rahsia Allah,jadi aku akan bekerja dengan gigih!
Tipulah kalau aku tak terfikirkan Shahin,kalau boleh aku nak beritahu berita baik ini kepadanya terlebih dahulu tapi jarak membataskan kami,lagipun aku sendiri yang memutuskan semua ni jadi aku mesti belajar untuk hidup sendiri,walaupun aku tahu yang aku takkan terima mana-mana lelaki lain lagi tapi aku tak pasti dengan Shahin,suatu hari nanti hubungan kami akan berakhir dengan penceraian,bukan pintaku tapi takde siapa tahu tentang hari esok,kan?
Sadis betul la,aku ni selalu je nak menangisbila mengenangkan semua ni,dalam langkah aku kini diikuti dengan air mata pula,senyuman yang tadinya melebar terus lenyap dengan serta-merta.Aku pohon kesempatan kedua ya Allah.aku akan jadi isteri yang baik walaupun aku tak mampu nak janji untuk jadi isteri yang terbaik.
Kalau nak tahu sekarang ni hanya nombor Seven je yang ada dalam contact phone aku,papa,abang,ibu dan Shahin semuanya aku tak masukkan,memang rasa macam melarika diri tapi aku nak menilai diri aku sendiri,dengan pandangan aku sendiri kerana aku tahu kalau dengan pandangan orang lain,pasti ada juga sedikit penipuan,kan?sebab orang cakap ada tipu sunat yang dorang reka sendiri.
===============
Dah dua minggu aku kerja kat sini dan tak pernah walau sekali aku menghubungi keluarga aku,aku pasti mereka sangat risaukan jadi aku dah berniat untuk menjenguk mereka hari ini,bersama dengan Seven tapi Seven akan berjumpa dengan Hadi,orang dah bercinta ni memang selalu berbunga-bunga,tapi dimana aku sekarang masih lagi rahsia.
“assalamualaikum” aku memberi salam kepada pak guard tapi dia tak nak buka pagar,kenapa pulak ni?aku nak masuk ni?aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal ni,dah la panas macam ni.
“pak cik,saya nak masuk ni” aku terjegul dari tingkap kereta dan memaklumkan kepadanya tetapi dia memandang aku pelik,kenapa pulak ni?ada tahi lalat baru ke tumbuh atas muka aku ni?ke aku pakai tudung senget?aku melihat diri sendiri dalam cermin,ok je,cantik apa,hehehe…
“pak cik,Asya ni” aku memberitahunya lagi dan dia menilik muka aku dalam-dalam,amboi!bayarlah kalau nak tilik orang sampai macam tu sekali isteri orang ni kan ada yang makan selipar.
“cik Asya ke?tak cam la pulak,cantik sangat” pujinya pula,aku menggelengkan kepala sambil tersenyum,pak guard ni saja je nak buat aku berjemur tengah panas ni,ingat aku buat plastic surgery
ke sampai tak cam muka aku ni lagi dah,tapi nasib baik dia cakap cantik tadi,sejuk hati mendengarnya,hahaha.
“saya la.cepat la buka pagar ni” aku bersuara pula,terkocoh-kocoh pak guard bergerak untuk membuka pagar,aku tersenyum senang melihat pak guard itu turut tersenyum melihat aku,aku masuk ke perkarangan rumah dan letakkan kereta aku di tempat biasa.
“mana semua orang ni?” aku menjenguk ke dalam rumah tetapi takde satu kelibat pun jadi aku bergerak ke dapur dan aku ternampak ibu dan mak mah sedang memasak untuk lunch.
“assalamualaikum” aku memberi salam sambil tersenyum,tergagap-gagap mereka mejawab salam aku dan masih jugak kaku disitu sebelum ibu datang dan memeluk aku erat,macam tak jumpa dah dua tahun je gayanya.Aku menyalami tangan ibu dan mak mah yang menilik aku dari atas hingga ke bawah,entah kenapalah aku ni jadi model pulak hari ni,sekurang-kurangnya model tu semua dapat payment tapi aku ni membazir je,rugi.
“cantiknya anak ibu” puji Ibu lagi,tak habis-habis dia merenung aku,aku hanya mampu tersenyum sahaja.
“cantiknya anak mak” giliran mak mah pula,aku membiarkan sahaja mereka melihat aku,agaknya dorang ni ada kuasa magic kut sebab kalau tengok aku sampai macam tu sekali boleh masak lunch hari ni,makan muka aku je la papa dan abang hari ni.
“pergi mana?buat orang risau tau” marah ibu pula,tadi senyum bukan main lagi,sekarang ni marah pula,aku masih juga mematungkan diri dan menunggu ibu dan mak mah yang bergabung suara untuk berleter,aku biarkan aje mereka berdua bergabung,memang nak meletup telinga aku mendengarnya tapi biarkan je lah,lagi dilawan lagi seronok dorang membebel nanti.
“apa yang bising sangat kat dapur ni?sampai atas boleh dengar…” suara papa tersekat dikerongkong bila melihat aku tersenyum memandangnya.Terus papa terdiam sebaik sahaja melihat aku.
“wah.siapa yang datang ni sampai buat papa hilang kata-kata?” soal abang ceria,dia ni memang tak tahu khabar berita sikit,agaknya dah sebulan baru nak sedar yang aku ada kat sini.
“abang” aku menegurnya dan abang ternganga bila melihat aku,aku tersenyum lagi,kenapa dengan semua orang dalam rumah ni?semua ada penyakit jantung ke? Baru aku sedar yang semua orang ada kat sini kecuali Shahin,humm!Shahin lagi,kenapalah nama ini tak nak lenyap dalam kepala aku,macam virus je tapi Shahin ni memang sejenis virus pun dalam hidup aku ni.
“Adik” abang dan papa bersuara serentak,macam dah berpakat pun ada dah gaya macam pasukan sorak pun boleh jadi,aku tersenyum memandang mereka dan menghampiri mereka lalu menyalami tangan mereka dengan penuh kerinduan,selama dua minggu hati aku memberontak untuk berjumpa dengan mereka semua.
Papa dan abang memeluk aku dengan erat,agaknya ni la yang orang panggil reunion dalam keluarga,aku membiarkan sahaja mereka memeluk aku,ingat aku ni teddy bear size XXL ke?
“adik pergi mana?kenapa sekarang baru balik?kenapa call tak dapat?” tiga soalan papa yang aku tak dapat nak jawab dengan serentak,aku hanya tersenyum dan membiarkan soalan itu berlalu dengan tidak berjawab sebab aku yakin masih banyak lagi soalan yang mereka nak tanya.
“adik sihat ke?kenapa tak call kami?gaduh dengan Shah? Kenapa tak hantar Shah ke airport?” soal abang pula,kan aku dah kata yang banyak soalan mereka nak tanya.Aku tersenyum lagi,sesungguhnya mulut aku ni dah lenguh benar tersenyum sejak tadi,mereka semua ni bukannya tahu nak sediakan air kea pa?aku ni dah la haus lagi kena jawab soalan padang pasir mereka ni.
“adik sihat,tak ke mana-mana pun,adik sekarang dah kerja” aku menjawab ringkas
“kat mana?”
“ada la,adik nak bersendirian buat sementara waktu,bukan sebab Shahin atau sesiapa sahaja,biarlah adik hidup sendiri buat sementara waktu.”
“kenapa susah sangat nak hubungi adik?”
“biar adik je yang hubungi papa,jangan risaukan adik dan adik pohon jangan desak adik lagi atau ni kali terakhir adik pijak rumah ni” rasa macam raksasa pulak boleh pijak rumah ni,tu perumpamaan je la tapi apa yang aku cakap tadi memang aku serius,kali ni aku bertekad dan aku nak belajar berdikari sebelum semuanya terlambat dan tak mampu dilakukan lagi.
Mereka tidak terus menjawab tapi mendiamkan diri,mungkin untuk memikirkan apa yang aku cakap,kali ini aku maksudkan apa yang aku cakap,memang ugutan aku tu boleh dilabel sebagai tahap melampau tapi tu keputusan aku,take it or leave it,amboi!dah macam businesswoman aku ni,aku menggaru telinga aku yang tiba-tiba gagal.
“no more question or I will leave,forever” aku berkata lagi dan papa memandang tepat ke wajah aku,demi Allah aku tak berani untuk membalas pandangan papa tapi aku gagahkan jua.
“ok!lunch dengan kami?” soal papa pula,aku tersenyum kemenangan,tapi aku yakin yang papa takkan berdiam diri dengan semua ni jadi apa kata kita ambil langkah berjaga-jaga,biar papa tahu yang anak dia ni dah besar sebenarnya,bukan lagi the little daughter,jadi the big daughter ke?pelik je,no an adult daughter,dulu girl sekarang ni woman,heh!woman la sangat kalau Seven dengar mesti dia bantai gelak punya,aku pun rasa geli hati je nak mengaku semua ni.
“Asya tak nak sesiapa pun cari Asya,atau Asya akan pergi dan takkan kembali lagi dan mungkin mayat Asya je yang akan kembali ke rumah ni” semua orang terkejut mendengar kata-kata aku,memang aku dah kurang waras dan mungkin dah gila jugak.
“adik,papa minta adik jangan bahasakan diri macam tu,dah macam adik tak anggap keluarga ni macam keluarga adik lagi,jangan buat kami macam ni”
“ok!then promise me,let me choose my own way,one day I will back”
“ok!papa janji”
“I mean all”
“kami janji”
“macam mana dengan Shah?” soalan Ibu buatkan aku terdiam,tadi bukan main lagi bercakap sekarang ni bila dengar nama Shahin terus diam,macam gaya dengar orang sebut nama cikgu disiplin je.
“kami ok je,kami akan berjumpa lagi,pasti!” aku berkata yakin walaupun sebenarnya sekelumit dalam hati aku ni tak pasti,main cakap aje la kiranya,bukan apa aku pun bukannya nak berharap sangat dan mungkin aku sendiri yang akan mencari Shahin suatu hari nanti.
“adik tidur sini ke?” soalan abang buat aku terdiam sekejap,bukannya aku tak nak tapi kalau aku masih bersama dengan mereka hati aku akan berat untuk pergi lagi.
“tak,adik balik sekejap je.lepas ni nak jenguk rumah kami pulak” jawapan yang aku rasa macam keluar batu bata je,tapi aku gagahkan juga.Memang aku sedih melihat wajah kecewa mereka semua tapi aku terpaksa,aku tahu ni semua umpama seksaan kepada diri aku sendiri,bodohnya aku.
-note 93-
Shahin menghilang gi mana nih. Aduhai asya. Jgn lah buat kputusan terburu-buru. Btw best sngat.
ReplyDeleteBest sangat.. x sabar nak tunggu sambungan dia... :)
ReplyDeleteNakkk lagiiiiii😢😢😢 sedih plk part nie
ReplyDeleteSemakin menarik lah..teruskan berkarya..tak sabar nak tunggu next n3..congrats
ReplyDeleteKenapala shahin ni x ckp ja I love you kt asya..geramnya... tpi xpa..bak kata shahin, one fine day, he will said it..hehe.. x sabarnya..
ReplyDeleteBestttt...xsabar nk tunggu next .
ReplyDeleteHye kak alzai...sy dh bca smua cerpen awk dr awal and latest pnya..mmg superb..and x sabar utk dia tu babysisster aku jer 8...good luck
ReplyDeleteGempak haha
ReplyDeleteI'm waiting for next update ;)
x sbrnya nk tgu next n3..... best cite nie..cuma kli nie jk sedih sikit...
ReplyDeletex sbrnya nk tgu next n3..... best cite nie..cuma kli nie jk sedih sikit...
ReplyDeleteMagodd.. Hm.. Asya2.. Shahin2.. Cube la bebaik.. Shahin ni pon satu.. Geram nye.. But sambung cpat ye sis.. Biarkan shahin mngalah.. Ladies first!! Huhu
ReplyDeleteTq sis coz post smbungn "dia tu babysister aq jer"
ReplyDeleteSmbung lgi..x sabo nie..😉😉
Alzai sanara...nak lg...bestttttt...bestttttt...bestttttt...
ReplyDeleteShah cpat la luahkan kat asha...sian asya tau....
Buang ego msing2...kbgiaan mnggu kamu...hehheee
Cepat la diorg confess perasaan masing2..& nak sgt tau psl mama kndung asya..bestttttt sgttt
ReplyDeleteAwak best sgttttttt... Nak lagiiiii ...hehehee
ReplyDeletexsabar dah niii :) :)
Plis cpt2 smbg.. Best sgt
ReplyDeleteTq alzai, best sangat walaupun part ini sedih tp tetap terbaik story asyashah...
ReplyDeleteSambung cepat-cepat....please