Okeyyy... Ni sambungannye.... Sya akn berhenti publish sampai saya abis exam kot.... 21/6... Sorry alllssss... Tq daa support saya...
Baca,Faham dan Ikut
1.Jangan drive bila hari dah malam
2.aku perlu tahu aktiviti harian kau
3.kalau nak pergi mana-mana pun aku kena tahu
4.kalau dapat saman kereta,boleh ucap selamat tinggal kat kereta kau.
5.kalau kau degil,baba akan tahu
6.aku pun tak teringin nak jaga budak degil macam kau ni!
Sebaik sahaja aku selesai baca surat ni rasa macam menggelegak je darah dalam badan aku ni,mamat tu ingat dia siapa,datuk aku ke???gila kuasa punya orang macam Shahin ni,malang betul ada dia ni sebagai keluarga angkat!yang dia benci aku sangat ni kenapa? Aku ni saudara kembar dia ke?sedihnya macam ni…dah la papa lebih percayakan dia dari aku,rasa macam nak terjun katil je…
Rasa macam nak bakar je dia punya kereta kat luar tu,ya Allah kenapala wujud orang macam mamat ni dalam dunia ni,sikit pun tak pernah nak menyenangkan hidup aku,malang betul aku sampai kat Malaysia ni,lain kali aku tak nak dah datang sini!
Entah bila aku terlelap yang penting sekarang ni ada orang yang ketuk pintu rumah aku sehingga nak roboh,dengan muka yang masih tak fresh aku membuka pintu rumah,sebaik tengok muka mamat tu terus hilang mengantuk aku,ceh!kuat betul penangan konkrit dia ni.apa yang dia nak pagi-pagi buta depan rumah aku ni?
“kau dah lambat nak pergi kolej ni!” mendengar perkataan kolej aku terus memandang jam di tangan,eh,takde jam la pulak,aku ternampak jam pada tangan Shahin dan aku terus memautnya untuk melihat jam,aku tahu mamat tu nak marah tapi aku lebih cepat daripada dia,dah pukul tujuh,kelas pukul 8 pagi,nasib baik cuti hari ni kalau tak subuh pun tak sempat naik bas hari ni.
“30 minit,kejap je…” aku terus menutup pintu dengan kuat,biar la jiran lain terkejut pun,aku peduli apa.yang aku tahu memang setiap kali nak buka kolej ke sekolah ke aku yang akan jadi orang yang paling lewat,malu tak malu dah memang macam tu jadi kena pasrah je la…hahaha…
Kelam kabut aku dibuatnya,rambut tak boleh basahkan ni,kalau tak siapa nak tolong keringkan,aku terus bersiap seperti jam tengah mengejar aku,takut betul,lebih takut dari mimpi ngeri tau!setelah 40 minit aku keluar dengan keadaan rambut yang belum terikat.
“pakai seat belt cepat!” arahnya lalu aku hanya mampu menurut dan terus mengikat rambut seperti biasa,bedak pun tak sempat nak pakai tau,habis la muka aku hari ni,bedak asas dalam beg sandang aku capai dan menggunakannya ala kadar,lipstick silkygirl berperisa strawberry aku calit sedikit pada bibir.
“comot tak?” aku bertanya pendapat mamat konkrit di sebelah aku ni,dah tu bantai senyum kenapa?ada comot ke?ni masalah bersiap dalam keadaan tergesa-gesa ni,buat malu diri sendiri je…
Aku melihat tangannya mengambil tisu lalu mengelap sesuatu di pipi aku di sebelah kiri,kenapa pulak?ada comot ke?
“comot eh?” soal aku segera.
“comot eh?” soal aku segera.
“erm!” dia bersuara tenang,tapi nasib baik dia ada,sekurang-kurangnya membantu aku,dah lewat sangat ni,macam mana nak buat ni,habislah aku kalau macam ni.sebaik sampai di perkarangan utama kolej aku terus turun dari kereta dan belum sempat aku buka langkah seribu Shahin menahan aku.
“kau tahu ke mana nak pergi?” soal Shahin tenang lalu mengambil sesuatu dari kerusi belakang,dia mengambil satu fail,fail apa lagi?peraturan kolej ke?sakit jiwa aku kalau macam ni selalu.
Dia keluar dari kereta dan mengajak aku ke bahagian depan kereta,dia membuka fail yang diambilnya tadi dan cuba terangkan sesuatu kepada aku,dah macam arkitek dengan kontraktor aku tengok dia ni.
“ni map kolej ni,ni dewan kuliah kau,semester last guna bilik ni jadi kau terus ke sana,bilik dia sebelah kanan dewan utama,lepas kelas kau boleh jumpa dengan pengurus urusan pelajar untuk dapatkan maklumat lanjut,aku dah daftarkan kau,ni pas pelajar kau,dan beberapa nota belajar kau pun aku dah dapatkan sikit,jadi kau takdela blur sangat bila dah belajar nanti.” Panjang lebar pulak dia punya explaination dia pagi ni,aku rasa ni ayat yang paling panjang dia pernah cakap.ish!apa pulak yang aku fikir ni,dah lewat macam ni pun masih lagi boleh mengarut.
“breakfast” dia menghulurkan aku sekeping sandwich dengan sekotak susu.
“duduk dulu,lepas makan baru boleh belajar” boleh pulak dia offer suruh makan,nanti kelas habis aku baru nak masuk,malulah kalau hari pertama pun dah ponteng.
“mana sempat”
“sempat,duduk sini” dia meminta aku duduk di atas but kereta dia,tak sayang kereta ke?tak kisahla dah dia dah izinkan aku ikutkan je,sedap jugak sandwich ni,macam
hand made je,dia pandai masak ke?not bad!dah la bagi susu kotak je,dah tu takkan nak bagi susu dalam bekas kut,ingat aku ni kindergarten ke?dia ni memang la babysitter aku,hurm!
Selesai aku makan dan minum susu dia bagi pulak air mineral,rasa macam budak bawah umur je aku ni,dah 22 tahun la,sedar la wahai hamba Allah depan aku ni!
“aku masuk dulu!”
“nah!” apa pulak ni?macam kad je.
“pas pelepasan pelajar?” soal aku bingung,nak buat apa dengan kad ni,nak lepas pergi mana?masuk hutan ke?
“tunjuk ni kat lecturer nanti,dan semuanya akan ok!pukul tiga nanti aku jemput kau,good luck!” dia meninggalkan aku yang masih terbingung di sini,dah la baik aku cepat sebelum aku kena marah,nasib baik map ni membantu gila,macam hand made je map ni,bagusnya….dia tahu ke selok-belok kolej ni?dah fikir Asya sekarang masuk dalam kelas! Sebaik aku menguak pintu bilik semua mata memandang aku,mahu tak pandang dah lewat tahap petala kelapan macam ni,lecturer aku pun macam nak telan aku hidup-hidup je,aku mendekatinya setelah dipanggil,aku mengeluarkan kad berwarna yang mamat tu kasi tadi dan tunjukkan kepadanya,sebaik melihat kad itu air muka dia terus berubah dan aku diminta duduk,majority ramai yang terkejut bila tengok aku pegang kad tu.kenapa ek?
Aku mengambil tempat di sebelah seorang pelajar perempuan,yang mana sangat cantik bertudung, manis orangnya tersenyum mesra kat aku,moga-moga boleh jadi kawan aku untuk 4 bulan terakhir ni,sampai bila-bila pun aku tak kisah pun sebenarnya,bagus jugak,ibu pesan kalau nak nak cari kawan cari la yang baik!hehehe….
Baru 43 minit aku duduk kelas dah berakhir,dan sebaik lecturer keluar ramai pelajar yang datang untuk berkenalan dengan aku,baik betul dorang ni,tapi macam biasa mereka akan terkejut bila aku cakap nama aku dan aku cakap yang aku ni orang melayu pure,susah betul dorang nak percaya tapi nak ke tak nak still kena percaya jugak,kan?
Setelah semua orang beredar,tinggal la aku dengan Nur yang sebelah aku ni,Nur Dhuha Farhana,baik namanya macam orangnya.
“Asya,jom Nur kenalkan Asya dengan kawan Nur” ajaknya mesra lalu menarik tangan aku supaya mengikutnya,senang hati betul kalau dapat kawan macam ni,kebanyakan orang yang melihat aku,aku balas dengan senyuman mesra,nanti orang kata kita sombong pulak,kan ?
“Afie,Seven” panggil Nur ceria sebaik melihat kawannya di satu sudut café,cantiknya dorang dan kenapa pulak nama dia Seven? Peliknya tapi comel orangnya.
“Afie,Seven” panggil Nur ceria sebaik melihat kawannya di satu sudut café,cantiknya dorang dan kenapa pulak nama dia Seven? Peliknya tapi comel orangnya.
“”Nur and….siapa ni?” soal salah seorang lembut,aku rasa yang ni Afie kut,sebab….pas pelajar dia yang tulis nama tu.hahaha…
“Asya,ni Afiena atau Afie je,nak jadi security dia ni”
“baik-baik sikit,panggil Afie je,bukan security tapi secretary” aku terkejut jugak,tuan punya badan cantik macam ni nak jadi security tapi tak tahu la kalau pandai wrestling.
“ni Seven or Sheila,dia ni miss genius,ada 7 akal dia ni sebab tu kami panggil Seven”
Dengan mesra aku menyambut huluran tangan mereka,aku mengambil tempat di sebelah Nur. “saya Nur Asya Humaira,boleh panggil Asya je”
“ingat kan ada darah mix,muka macam American je” ujar Seven jujur.
“pure melayu la,dah 22 tahun stay kat UK ,sebab tu kut ada pengaruh persekitaran sikit”
“lamanya,parents orangsana ke?” soal Afie pula,aku langsung tak kisah dengan mereka,yang penting aku selesa dan dorang ni ramah je.
“lamanya,parents orang
“tak lah,papa orang sini,stay dengan ibu saudara,first time balik Malaysia jadi tak kenal sangat Malaysia ni macam mana”
“no worry la,kami bertiga ni kaki ronda,jadi setakat nak jelajah JB ni hari-hari kami boleh bawak Ace”
“Ace?” soal aku terkejut sikit,pelik pulak dengar nama tu,tapi macam ok je.
“sorry,kalau tak kisah boleh kami panggil Ace?”
“tak kisah pun,cantik!”
“really?,deal!”
“really?,deal!”
“Nur dah takde lelas lepas ni,Asya nak ikut Nur pergi library?Afie dengan Seven ada kelas lagi lepas ni.”
“nak!tapi boleh tak tolong teman saya jumpa Encik Kamal dulu,ada hal sikit”
“ok!” lepas semuanya beres aku pun lega gila,baik pergi tidur dalam library sementara nak tunggu pukul 3 petang,lambat lagi ni,baru pukul 10.30 pagi.
======
Boleh tahan besar jugak library kat sini,suasana pun tenang je aku tengok,banyak buku yang boleh dapat kat sini,Nur ni agaknya memeang nak jadi accountant kut,sebab sejak tadi asyik cari buku pasal accounting je,aku ni je tak de pangkal ekor nak buat semua ni,belajar bukannya benda yang aku minat pun,tapi kalau nak belajar apa yang aku minat aku pun tak tahu apa,payah betul hidup macam aku ni…kesian…
“Ace tak nak study sama-sama?” soalan Nur buat aku tersedak,aku,nak belajar huish lambat lagi,gamaknya kalau aku belajar papa nak buat kenduri kesyukuran kut,hahaha… takdelah aku seteruk tu pun tapi,boleh tahan teruk jugak…sedang-sedang la…
“Nur nak study kan,cuba Nur rujuk nota ni,mana tahu boleh membantu” aku menyuakan nota yang mamat tu bagi kat aku,mungkin dapat menolong Nur walaupun tak dapat menolong aku yang malas ni,kan?at least bermanfaat jugak nota ni kat orang lain.
“thanks” dengan berhati-hati Nur membelek helaian nota vyang aku berikan,sesekali Nur mengangguk faham dan aku ni bila tengok je Nur angguk aku pun tolong angguk sekali,berguna la kut nota aku tu,nota aku ke?hehe…
“macam mana?” soal aku teruja,excited nak tahu ni!ceh,macam suruh Nur try aku masakan aku pulak.
“bagus ni,Ace buat sendiri eh?banyak topic yang explain terus dalam buku,senang la kalau macam ni,lebih-lebih lagi kita yang dah final exam ni.”
“bukan saya yang buat,tapi orang yang bagi,kalau Nur nak guna ambiklah” aku pulak dengan senang hati bagi pinjam kat Nur,generous betul aku nikan ?hurm…hehe..
“bukan saya yang buat,tapi orang yang bagi,kalau Nur nak guna ambiklah” aku pulak dengan senang hati bagi pinjam kat Nur,generous betul aku ni
“tak pe,Nur nak buat fotokopi,jom teman Nur,atau Ace nak tunggu kat sini je?” soalan Nur buat aku berfikir sebentar,malas nak keluar dari sini,sebab tempat ji sejuk.
“tunggu sini je la,lagipun Encik Kamal yang kita nak jumpa tu takde,saya tunggu sini eh?”
“ok,Nur pergi kejap je” Nur keluar dari library bersama nota tu,bagus betul Nur ni,aku bagi pinjam tak nak,nak jugak buat fotokopi,tapi dari mana mamat tu dapat nota tu eh? Dia pun pelajar accounting ke dulu?penting ke fikir pasal dia?aku tak rasa yang jawapannya ya.
Nak buat apa ni?bosan betul aku rasa kalau macam ni,jom kita survey buku pasal aekeologi,seronok dapat tahu pasal zaman-zaman dahulu,atau pergi cari buku pasal tempat-tempat menarik di Malaysia,bijak!tapi baik guna internet je,google ke boleh dapat jugak,hurm tapi kalau cari dalam buku Nampak sikit kesungguhan aku nak mengenal Malaysia ni kut,hahaha…
Ronda punya ronda aku tetiba terdengar suara yang sayup-sayup,memang la sayup-sayup kalau kuat-kuat confirm kena kejar dengan librarian,tapi lain macam je bunyi ni,jom kita siasat bunyi misteri tu,misteri ke?hahaha…ha,dah Nampak kaki orang,aku mengangkat kepala untuk melihat gerangan empunya kaki,astaghfirullahalazim….orang datang library buat research dorang boleh pulak selamba bantai dating,boleh menimbulkan syak betul dua orang ni,yang lelaki harap muka je handsome,tolong la jaga sikit kehormatan girlfriend tu,teruk betul..ingat ni UK ke?
Gatal betul tangan lelaki tu bermain dengan wajah si perempuan,elus-mengelus bagai,yang perempuan pun selamba je berpaut kat leher si lelaki,ingat ni cerita romeo dan Juliet ke?parah betul orang melayu zaman sekarang ni.ke dorang dah kawin?nanti tak pasal-pasal aku tempah dosa memfitnah,tak baik memfitnah berdosa besar kut,tapi kalau dah kawin nak berasmaradana pun balik rumah la,ni tak tempat awam pun main langgar je,tak de etika rumah tangga betul dorang ni.
Tanpa aku sedar buku dari rak sebelah jatuh menimpa aku,adui!sakitnya kepala ni,bukan sikit tau,empat buah sekali hempap terduduk jugak aku dibuatnya,dah bila aku terduduk merpati berjoli-joli tu pun terkejut la bila ternampak aku,baru tahu nak lari ke?teruk betul…aku mengusap dahi aku yang dah bincut sedikit,aku yang tak buat salah tapi aku jugak yang terkena,kesian sama diri.
“sorry,tak perasan tertolak buku sampai jatuh sebelah sini” pinta seorang lelaki sambil membantu aku untuk berdiri,sakitnya dahi dan kepala aku ni,pakej buat dosa untuk hari ni ke?
“it’s ok,I’m fine” aku bersuara lalu membetulkan rambut yang sudah berserabai sedikit,aku memandang lelaki itu dan memberikan satu senyuman,bukan untuk mengorat tau tapi untuk memaklumkan yang aku ok.dah tunjuk muka pelik tu buat aku rasa macam serba salah pulak,mesti confuse nak cakap guna bahasa apa ni,hahaha…
“saya ok,tak payah risau”
“dahi awak,saya hantar pergi klinik” pintanya dengan muka yang bersalah,malas la nak pergi klinik bukannya sakit sangat pun,macam mana nak cakap ni?
“tak payah la,bukannya sakit pun,lagipun saya dah nak balik ni”
“kalau macam tu saya minta maaf sekali lagi” kesiannya tengok muka dia,ala aku tak kisah pun la,dah biasa sangat sakit-sakit macam ni dah tepu dah dengan sakit-sakit macam ni.
“saya maafkan,saya minta diri dulu” aku beredar dari ruangan yang agak sempit itu,nanti tak pasal-pasal orang lain syak wasangka pelik pulak kat aku,tak pasal-pasal jadi bahan gossip kat kolej ni,aku kena jaga air muka aku kat sini.penting!
“Ace,pergi mana?puas Nur cari”
“cari penyakit” jawapan aku mengundang tawaNur dan Afie,bila pulak si Afie ni ada kat sini,entah,tapi mana Seven eh?
“masyaallah,kenapa dengan dahi kau ni Ace?” soalan Afie buat aku sentap sikit,kau?aku tak rasa benda tu salah tapi rasa macam dah kenal sepuluh tahun je,ok la tu aku pun lebih selesa macam tu daripada bahasakan diri saya dan awak bagai,payah.kalau aku dan kau dah biasa sangat dengan Shahin selama ni,kan mudah!
“kena hempap dengan buku”
“teruk jugak ni,Ace tunggu sini biar Nur pergi cari first aid”
“tak payah la….” Eh,telefon ni tak boleh nak bagi can kat aku cakap habis dulu,sibuk je dia nak berbunyi masa ni.
“jap”
Huish!siapa lagi kalau bukan The RC,RC stang for remote control. Tapi kalau nak panggil dia babysitter pun boleh je,sebab dia tu babysitter aku je!nak jawab ke tak nak,nanti melenting pulak mamat ni.
“hello!” aku bersuara tenang.
“aku dah sampai,turun la!” aik,kata pukul tiga,ni baru je pukul 2 petang,mamat ni kena amnesia ke?ke dia pun kena hempap dengan buku macam aku?teruk betul kisah hidup mamat ni.hahaha…
“ok!” aku masuk semula ke dalam library dan menyimpan barang-barang aku,setelah menerangkan hal sebenar aku berlari keluar dari library,mamat tu mana boleh tunggu lama-lama nanti ada la yang kena fire dengan dia,baik aku cepat daripada terlambat.
Time aku cepat-cepat macam ni ada pulak lelaki yang dalam library tadi sekat aku,aku nak cepat ni boleh pulak dia bantai buat road block kat sini,nak marah betul la!dah Nampak kelibat kereta Shahin kat situ,habisla aku kalau macam ni.kena marah teruk nanti.
“saya nak cepat ni”
“ambil plaster ni,lekat kat dahi awak,saya boleh tolong letakkan”
“takpe,saya boleh letakkan sendiri,thanks!” aku mengambil plaster itu dan terus berjalan laju ke kereta Shahin,tak boleh sangat tunjuk yang aku takut kat dia nanti dia besar kepala.sebaik sampai aku terus memboloskan diri di dalam kereta,penat betul berlari dari library tau!macam kejar hantu je gayanya,kenapalah nasib aku malang sangat hari ni?
Dah tu,kenapa tak bergerak lagi wahai hamba Allah yang bernama Shahin ni,aku dah pakai seat belt kut tapi dek kerana aku langsung tidak bercakap dia terus menghidupkan enjin kereta dan beredar dari situ,marah sebab aku terlewat ke?baru je lewat lima minit kut,garang tak bertempat la mamat ni.sedih betul!
“macam mana kelas hari ni?” soal Shahin mendatar,aik,dia bercakap dengan aku?tak marah ke?ke dia tersalah makan ubat hari ni,tapi suara dia tetap macam tu jugak,memang tak boleh jadi papa orang dia ni,suara tak ceria langsung.kalau aku ni anak dia esok tak nak dah pergi sekolah!
“macam mana kelas hari ni?” soal Shahin mendatar,aik,dia bercakap dengan aku?tak marah ke?ke dia tersalah makan ubat hari ni,tapi suara dia tetap macam tu jugak,memang tak boleh jadi papa orang dia ni,suara tak ceria langsung.kalau aku ni anak dia esok tak nak dah pergi sekolah!
“aku tanya ni?bukan suruh kau mengutuk aku?” erk!mana dia tahu aku mengutuk dia,habislah aku dia ada kuasa psikik rupanya,mati la aku kalau macam ni.
“kau ingat aku takde kerja ke nak mengutuk kau?kalau aku dah blur sangat baru la aku kutuk kau tahu tak?tak kuasa aku nak cakap pasal kau dalam hati aku ni” ha,kan dah kena penangan berbisa aku,perasan,walaupun tekaan dia tu tepat lagi benar!
“fine!” dah keluar dah ayat sepatah dia,nak marah betul la aku dengan mamat ni.
“siapa tadi tu?kawan?” soal Shahin lagi setelah lama berdiam diri,siapa ek?yang mana satu ni?
“siapa?” soal aku blur.
“siapa?” soal aku blur.
“budak lelaki tadi”
“oh,budak tu?entah,tak tahu pulak nama dia apa tapi dia bagi ni” aku menunjukkan plaster yang diberikannya kepada aku,kalau la mamat tu nak ambil kisah pasti dia tengok kan,tapi siapa la aku ni pada dia yang dia nak ambil berat sangat kan?
“plaster?” soal Shahin terkejut, ‘sekarang ni trend orang mengorat ke guna plaster,kawan aku Kimi yang playboy tu takde pulak ajar tips ni’ gumam Shahin sendirian,ralit aku tengok muka mamat ni yang tengah berfikir,nampak cute la pulak,hahaha….mesti blur gila kan sebab apa bagi aku plaster,tapi dia tak nampak ke dahi aku ni?mana nak nampak,sebelah kiri yang sakit.
“plaster?” soal Shahin terkejut, ‘sekarang ni trend orang mengorat ke guna plaster,kawan aku Kimi yang playboy tu takde pulak ajar tips ni’ gumam Shahin sendirian,ralit aku tengok muka mamat ni yang tengah berfikir,nampak cute la pulak,hahaha….mesti blur gila kan sebab apa bagi aku plaster,tapi dia tak nampak ke dahi aku ni?mana nak nampak,sebelah kiri yang sakit.
“tadi budak tu tak sengaja tertolak buku,lepas tu buku hempap kepala aku” aku menerangkan situasi sebnar tanpa dipinta,mau taknya dah berkerut seribu aku tengok dia berfikir,sebelum berkedut sejuta baik aku cegah awal-awal,baik kan aku ni?hahaha…
Sebaik aku bersuara laju kepala dia berpaling pada aku,jauh dia tenung aku,kenapa pulak hati berdebar ni?dia bukan tengok aku pun,mesti dia tengok kepala aku kan ? Sabarlah wahai hati,rasa macam nak terjun bangunan je rasa macam ni,teruk betul!
Tiba-tba dia menghentikan kereta di bahu jalan,atas bukit pulak tu,bahaya betul mamat ni,nak junam aku dari atas bukit ni ke?kalau betul memang tak dapat nak selamatkan diri sendiri nampaknya aku akan hilang dengan cara yang misteri,tak nak!!!
“keluar” Shahin mengarahkan aku serta tolong bukakan pintu kereta sekali,baiknya,aku dah tak tenteram ni,macam mana nak buat ni?tapi mamat tu ambil sesuatu dari tempat duduk belakang,dia juga menanggalkan kot dia,kenapa ni?teruklah aku macam ni.nak jerit minta tolong pun tak mampu ni.
“duduk” dia arahkan aku dududk di atas but keretanya,apa yang dia nak buat dengan aku ni?tanam aku hidup-hidup ke?dah berpeluh dahi aku ni di buatnya.
“mana yang sakit?” soalnya tenang,aku yang blur lepas fikir macam-macam menyelak sedikit rambut aku yang menutup dahi,dia mengeluarkan air mineral untuk membersihkan luka aku dan meletakkan entah ubat apa kat dahi aku,dan akhir sekali dia mengambil plaster dari tangan aku dan melekatkannya di dahi aku yang sakit.terkebil-kebil mata aku melihatnya.
“kenapa?kau ingat aku nak junamkan kau atas bukit ni?” ha!kan dah kata yang dia ni ada kuasa psikik,kalau tak mesti dia tak tahu yang aku tengah fikirkan benda yang bukan-bukan,menyeramkan betul mamat ni!
“kita nak terus balik ke?” soal aku mendatar.
“kenapa?”
“erm,lapar tak sempat nak makan tadi”
“kau belum makan?dah pukul 3.40 petang kau belum lunch lagi?” soalnya kaget,mana ada jam aku baru je pukul 2.40 petang tau!
“kau tengok jam kat phone kau?” suruhnya lagi.
“3.40?peliknya,kenapa tak sama dengan watch ni?”
“maknanya jam kau tu dah boleh lenyapkan dari atas muka bumi ni”
“mana boleh,ni jam ibu yang bagi masa umur aku 20 tahun,sayang jam ni sangat-sangat” aku boleh dengar yang mamat tu melepaskan keluhan.
“bak sini jam tu” pintanya dan aku terus memberikannya kepada dia.tapi tak tanya pulak kenapa.lagipun perlu ke?harap-harap dia tak lenyapkan aku punya jam.
“lepas aku repair jam ni aku bagi balik kat kau”
Aku mengangguk faham,ingatkan dia nak junamkan jam aku biar lenyap dari dunia ni,hehehe…selalu je syak wasangka buruk dengan mamat ni kan ?kesian…
=======
Kami berhenti di sebuah restoren yang berdekatan dengan rumah kami,macam biasa aku makan mee la,dah nama pun tak makan nasi kan ?tapi mamat tu senyap je kat depan aku ni,minum air je agaknya dia dah makan kut,biarlah yang penting perut aku kenyang.
“kau nak dengar cerita tak?” soal aku bersungguh-sungguh,betul-betul nak cerita apa yang jadi kat dalam library tadi kat dia.
“kau rasa perlu ke?” soalan dia terus melenyapkan rasa semangat aku nak bercerita,sakitnya hati ni kena hidup dengan orang takde perasaan macam dia ni,lemah semangat betul la kalau macam ni.
“ceritalah,aku nak dengar”
“malas,aku rasa tak perlu kut!”
“merajuk la tu,ceritalah cepat,excited nak tahu ni” nada suaranya masih lagi sama,memang dasar lelaki tak pandai memujuk mamat ni,tapi alang-alang aku tak dapat nak pendam cerita ni sorang baik aku share je,lepas tu lantak dia la nak bagi komen apa pun,kalau aku bantai gelak seorang diri pun aku tak kisah.
Aku pun bercerita dengan semangatnya dari awal kisah dalam library tu dan dia pun khusyuk dengar aku cerita,cerita punya cerita bila sampai scene aku kena hempap dengan buku tu dia bantai gelak seorang diri,confuse pulak aku rasa dengan mamat ni,aku maksudkan scene yang lucu tu bila merpati dua sejoli tu lari tapi dia bantai gelak scene aku kena hempap dengan buku,seronoknya gelakkan aku.
“yang kau pergi skodeng dorang tu kenapa?tak pasal-pasal dahi kau ni dah bincut”
“skodeng?” soal aku pelik,apa ke benda tu?tak pernah dengar pun sebelum ni,.
“kau balik search dalam google”
“kau bagitahu la,malas la nak berinternet,tak pasang wi-fi pun kat rumah aku”
“connect wi-fi rumah aku je”
“password?”
Mamat tu mengeluarkan pen dan menulis sesuatu di atas tisu,ceh!macam la nak bagi password peti besi dia,tak hairanlah aku.
“senyum sokmo?” soal aku pelik,dah ni istilah Negara mana pulak yang dia guna,payah betul ada lelaki macam dia ni.
“diam la,kata password”
“kau ingat kita ni ejen ke?”
“yup!007” apa lagi,jom bantai gelak,tak sangka mamat konkrit macam dia ni pandai buat lawak rupanya,hahaha…bila gelak sama-sama macam ni rasa macam dah kenal sepuluh tahun dah,lawak betul la mamat ni.
“ikut suka hati kau la” aku bersuara akhirnya,nak keluar isi perut aku gelak hari ni,rasanya ni kali pertama kut aku dengan dia duduk dalam keadaan baik macam ni,ni petanda yang hari nak hujan ke?awan pun mendung semacam je.
“cepat makan!” ujarnya segera,cepat pulak dia berhenti ketawa tadi bukan main semangat lagi,tapi tak bahaya ke kalau berhenti macam tu je?tak ada kesan sampingan ke,contohnya macam nak terbatuk ke or something else,kebal mamat ni rupanya,memang dahsyat!dah dapat arahan dari YB kena la makan cepat sikit,tadi masa aku bercerita takde pulak dia suruh aku cepat,susah nak ukur angin mamat ni,angin monsoon timur laut lebih senang nak duga.sakit jantung kalau siapa jadi bini mamat ni nanti.kesian…
“jom!” aku meninggalkan meja makan dengan membersihkannya terlebih dahulu,memang adat orang UK kalau lepas makan meja kena bersihkan dulu tak kisah mana kita makan.yang penting tempat tu kita kena kemaskan balik.
Sebaik kereta meluncur laju suasana menjadi hening semula,dah rasa macam baru pertama kali jumpa,memang selalu macam ni kalau dalam kereta je mesti sama-sama diam,kalau takde benda penting nak bualkan bisu je la kereta ni,lain pulak kalau aku dengan abang,ada je benda yang nak dibualkan.nasib baik tak jauh sangat tempat tadi,cepatlah sampai…dah terseksa dalam kebisuan ni.tapi kalau kat rumah pun bukan ada orang yang aku nak berbual,bosan betul hidup aku nak habiskan tempoh lima bulan kat sini,lambatnya hari minggu tak sabar nak balik rumah papa ni…
“esok aku hantar kau pergi kolej,lepas seminggu kau drive sendiri”
“drive sendiri?wah!seronoknya!!!”
“kau jangan sampai surat saman jatuh kat tangan aku”
“tahulah,sibuk je…excitednya nak drive sendiri”
“suka?” soalnya pelik.
“suka sangat,takdelah kena naik kereta dengan singa macam kau ni,kalau diukurkan pangkat,kau tu babysitter aku je,tapi kuasa kalah macam boss!”
“kau suka?aku lagi suka tak kena hantar kau ni!”
“kau suka?aku lagi suka tak kena hantar kau ni!”
Akhirnya suasana menjadi senyap semula,hurm payah betul nak faham manusia bernama Shahin ni,biarlah lagipun bukannya aku nak kenal rapat dengan dia pun,buat sakit gigi je…hahaha…tapi lepas ni takde lagi la aku nak kena berlari ke sana-sini sebab takut terlewat.yang aku nak fikir sangat ni kenapa?dia pun ok je kalau aku drive sendiri.kenapa aku susah sangat nak faham situasi aku yang sebenar tika ini.
“dah sampai mak cik!” terkejut beruk aku mamat ni,boleh pendek umur aku setahun kalau hidup dengan dia ni.
“nak turun la ni pak cik!” aku membuka pintu kereta dan segera keluar,dan dengan sengaja aku menghempas pintu keretanya dengan kuat,apa lagi dapat la jelingan maut dari mamat tu,kenapa tak fire je?rasa macam nak bagi penyepak je kat mamat depan aku ni.karang ada orang pendek umur makan penyepak aku ni.
Aku melihat sekitar dan banyak mata jiran tetangga sedang memandang kami,patut la tak fire aku boleh pulak bagi senyuman plastic dia tu,uwekk menyampah betul aku dengan mamat ni.aku pun lebih kurang je,sempat lagi senyum sebagai tanda menghormati jiran tetangga,jiran-jiran pun mesra balas senyuman plastic kami,haru betul hari ni.
“maaf,kereta buruk ni tak nak tertutup pulak” aku bercakap dengan seorang jiran yang telah menegur kami,pantang betul Shahin kalau orang kata Ferrari dia ni buruk,tapi aku tak kisah dah dengan semua tu,aku tak takut la dengan kau.
“buruk?mak cik tengok macam baru je beli” aku melihat Shahin senyum bangga,ish mak cik ni tak nak masuk group aku betul la,kalau tak nak sokong aku jangan la sokong mamat ni pulak,ha,tu dah keluar pulak anak dara mak cik tepi rumah ni,tergedik-gedik aku tengok,suka la tu yang mamat ni senyum kat dia,eleh,bukannya handsome pun nak hairan buat apa!
“dari luar nampak baru tapi kalau dari dalam memang dah lama” kejap,dia back up aku kan ?dah tu kenapa pulak?kalau aku jadi dia aku akan cakap yang,minah ni memang rabun tahap petala sebab tu tak dapat beza mana yang baru dan yang buruk.tapi mujur jugak dia tak cakap macam tu,kalau tak buat malu aku je.
“dah kawin ke?” soalan mengejut,tolong sikit,aku ni muda lagi tau dan takdenya aku terdesak nak kawin dengan lelaki konkrit macam dia ni,buat rosak buah pinggang je!
“belum!” ujar kami serentak,aku memberi jelingan kat mamat sebelah aku,jap kenapa pulak jawapan belum,macam ada harapan nak kawin je,oh,nightmare kalau kawin dengan dia ni.
“tinggal sekali?” soal mak cik itu terkejut,mesti dia ingat aku ni bawak budaya orang barat ni,ye la muka pun orang barat je lebih,papa yang terkejut tengok cerita mat salleh ni.
“tak,kami ni adik-beradik angkat je,lagipun rumah Asya ni sebelah sana” terang Shahin sederhana,bila pulak aku dengan dia declare nak jadi adik-beradik angkat ni,ceh!perasan betul mamat ni,tak ada kuasa la aku nak berangkat dengan manusia ni.menyemak je!
“faham,kamu ni namanya apa?”soalan tu memang dituju pada Shahin,sebab Shahin dah kenalkan aku tadi.
“Shah”
“Abang Shah?” soal pulak anak dara mak cik tu,kenal ke dengan babysitter aku ni?mamat tu pun macam terkejut je tengok muka budak tu,macam bawah umur je aku tengok.
“kamu kenal ke Nadia?” soal mak cik tadi kepada anaknya yang bernama Nadia itu.
“mak,ni kan jiran kita dua tahun lepas,sekali dengan Abang Im dan Abang Chai tu” dah dia sebut pulak nama yang aku tak pernah dengar,tapi mamat ni angguk je,maknanya betul la kut,aku nak masuk la kalau macam ni,bukannya aku kenal sangat pun dengan mereka ni,mamat ni pun aku tak kenal jugak.
“oh ya,Shahin kan ?tak sangka boleh jumpa lagi,sekarang dah kerja ya?” soal mak cik itu mesra,kalau aku sahkan dua tahun dua hari pun aku dah tak ingat pasal orang yang aku kenal.
“kerja mak cik,sementara je kat JB ni,ada kerja sikit nak selesaikan.lagipun temankan adik saya ni study kat sini” mesra rakyat dia ni rupanya,aku pun dilayan dengan baik depan orang,menyampah betul la…
“Asya ni kacukan ya?” soal mak cik itu pada aku.
“takdelah mak cik,orang melayu je,tapi lama sangat tinggal luar negara sebab tu jadi macam ni kut” aku pun layan mesra orang yang baru aku kenal ni,hari ni ingat nama dia,esok belum tahu lagi ni,kena tulis nama orang yang aku kenal dalam buku ni,kalau tak, payah,tapi Nur,Afie,Seven aku masih ingat lagi,sebab dorang ni baik sangat.
=========
Dah sampai hari yang aku tunggu-tunggu,lepas je balik rumah papa maknanya dah cukup seminggu dan aku dah boleh drive sendiri ke kolej,tapi aku kena ikut dua peraturan,peraturan jalan raya dan peraturan mamat babysitter tu la,dulu kat high school aku la yang selalu langgar peraturan tapi sejak stay kat JB ni banyak pulak peraturan yang aku kena ikut,dia punya warning lebih menakutkan dari pengetua kat sana tau!
Sebaik aku sampai di kolej aku mencari kawan-kawan aku yang sedang menunggu aku di café,memang kitorang akan breakfast bersama macam selalu,tapi selalunya aku dah kenyang sebab setiap pagi aku mamat tu akan sediakan breakfast,memang sandwich je tapi setiap hari rasa dia lain je,sedap pun sedap!jangan bagitahu dia tau!
“datang sendiri ke hari ni?” soal Seven.
“yup!mana tahu?”
“kami nampak la kereta kau,lawa kereta macam mahal je” ujar Afie pula.
“mahal?orang bagi pinjam je,lagipun banyak law kena ikut kalau nak guna kereta ni,payah jugak”
“mana pak we kau?” siapa yang dorang cakap tu?pak we tu apa ke bendanya,tak pernah dengar pun,misteri betul la macam ni.kenapa banyak sangat bahasa yang aku tak pernah dengar keluar dari mulut dorang ni?
“apa tu?bodyguard ke?” soalan aku menjadi bahan tawa mereka bertiga,sampai hati gelakkan aku budak yang baru nak belajar ni.
“gelakkan aku pulak,cakap la,aku ni kan buah cempedak di luar pagar,jadi korang jadi la galah panjang tolong jolokkan”
“pak we tu boyfriend la,matching dia awek” hurm,maknanya awek tu girlfriend la,bagus betul bahasa mereka ni,sampai susah aku nak belajar,tapi bukan ke orang sini panggil buah hati ke?payah nak faham mereka ni.
“skodeng?” soal aku lagi,bukan apa,dah jenuh aku cari kat google search tapi haram tak jumpa,aku rasa aku dah terkena dengan mamat tu jadi aku malas nak cakap kat dia,nanti dia bantai gelakkan aku.
“intai!” jawab mereka bertiga serentak,la patut la,jadi mamat tu nak kata yang aku intai merpati dua sejoli tu la,tapi memang aku skodeng pun!
“mana kau dengar perkataan ni?”
“mamat tu sebut” aku tahu yang dorang dah faham dah bila aku cakap mamat tu,dorang ni asyik cakap kesian kat mamat tu sebab aku tak panggil dia dengan nama dia,siap kata lagi tak baik panggil dia babysitter,sadis betul bila takde orang nak back up aku ni!
“handsome tak mamat tu?” soal Afie pula,minah ni memang macam ni.
“entah,tak kut” aku jawab selamba,aku dengan Nur saja je datang hari ni,bukannya ada kelas pun sebenarnya,saja datang buang masa kat sini,yang buang masa tu aku dan yang rajin tu Nur,apa yang aku paling suka dengan Seven ialah,wakaupun dia ambil engineering tapi accounting ni hujung jari dia je,memang betul la yang dia ni ada tujuh akal,bijak betul punya orang,confirm minum susu ibu ni!
“macam handsome dan pernah tengok je” habislah,takkan satu JB ni kenal dia kut,payah kalau macam ni.
“kalau orang tu rabun warna memang dia akan cakap mamat tu handsome”
“apa? langsung tak handsome,memang tak pernah tengok!sure!” hahaha…teruk betul si Afie ni,baru sikit aku gertak dah tarik balik kata-kata dia tadi.
“tak baik tau judge hamba Allah cantik ke tidak,kita ni sebaik-baik kejadian tau” bila Ustazah Nur membuka mulut maka terkunci la mulut jahat aku bertiga,kami mengangguk faham dan meneruskan suapan dengan senyap,seram betul bila Nur membuka mulut
“Nur,bukan ke lelaki tu asyik pandang Nur je?dah lama Ace perasan tapi tak terkeluar nak cakap” semua mata memandang ke kanan,di mana lelaki yang aku maksudkan itu sedang makan dengan dua rakannya.
“tu Hafiz,budak engineering dan sekelas dengan aku” ujar Seven segera,muka dorang macam tak hairan pun dengan apa yang aku cakapkan.
“dah lama minat Nur dari tahun pertama lagi tau!tapi Nur ni tak layan Hafiz tu,kesian”
Kami bertiga memandang Nur yang kelihatan tenang dengan bukunya,ulat buku betul Nur ni,tak lain tak bukan baca novel cinta la tu,tapi novel English la…kelas!
“Nur datang nak belajar la,Nur nak pergi library jap,nanti Ace jumpa Nur katsana ok?” kami menghantar Nur dengan anak mata,dan serentak jugak kami tersenyum bersama.Nur malu ni.
“Nur datang nak belajar la,Nur nak pergi library jap,nanti Ace jumpa Nur kat
“malu la tu”
“handsome apa mamat tu,bukannya tak handsome macam…” belum sempat Afie menghabiskan ayatnya aku dan Seven bergabung meletup menjadi Nur.
“tak baik nak judge hamba Allah,kita kan sebaik-baik kejadian”
“astaghfirullahalazim… ‘ana’ lupa,harap maaf” apa lagi dah jadi macam tu bantai gelak la!tak kering gusi aku kalau kawan dengan dorang ni.
“Nur suka kan kat Hafiz tu,muka pun baik je,lagipun aku suka loghat budak tu,bunyi pelik” ujar aku jujur,entah loghat mana budak tu guna.
“loghat kedah la tu,kau belum lagi dengar Kelantan dan Terengganu punya,kalau kau dengar mesti tergolek punya”
Aku jadi excited nak dengar loghat mereka semua,Ni pun aku tak dengar lagi,sebelum aku balik UK aku nak pergi semua negeri kat dalam Malaysia ni.tapi sempat ke aku nak buat semua tu,tempoh setahun pun dah semakin dekat,well masa selalu berjalan kan?
“jom Ace,kami kenalkan dorang kat kau,mana tahu sangkut dengan kawan Hafiz,jangan Hafiz sudah”
“tak la Hafiz,bukan taste aku,muka baik sangat”
“teruk kau ni,orang nak cari suami penyejuk di mata penawar di hati tapi kau nak cari muka yang sikit punya ganas pulak,tak kisah la,jom kita….” Belum sempat Seven habis cakap Hafiz and the gang dah terpacul depan kami,cepat pulak dorang ni bertindak.
“Fiz,Am,Fiq” sapa Afie mesra,memang dah lama kenal dorang ni,dua budak laki yang namanya Fiq dan Am ni memang aku kenal,budak sekelas la katakan.
“hi!” sapa Am ramah,sapa aku je ke?macam focus kat aku je,maknanya ya la kut.dah tu selama ni dalam kelas pun dia je yang terlebih mesra dengan aku,tapi aku tak layan sangat sebab rasa dia ni pelik sikit,by the way dia baik,lagipun aku memang tak ingat sangat pasal dia ni,maklumlah aku ni hari-hari amnesia.
“hi!” jawab aku ramah,boleh buat kawan dorang ni,sebab baik.kalau nak cari kawan kena la cari yang baik kan ?baru la pelajar yang pandai!
Tapi semasa kami tengah seronok berbual dah datang tetamu tak di undang pulak,muka sikit punya handsome tapi aku rasa macam pernah tengok je muka mamat ni kat mana-mana,tapi kat mana eh?dengan mesra hulurkan salam perkenalan kat aku,tak baik menolak niat baik orang yang nak berkawan dengan kita kan ?tapi kenapa semua orang tengok pelik je kat lelaki yang kenalkan dia sebagai Zack ni.
“macam pernah jumpa kan ?” soal aku bersahaja,kuat memori aku pasal Zack ni,firasat tak baik pun ada jugak biar la orang kata tak baik bersangka buruk tapi firasat buruk aku ni mengatakan yang jangan percaya sangat orang macam dia ni.
“takkan dah lupa,dalam library” jawabnya dengan nada menggoda,tolong sikit ingat aku ni anak ayam ke?tak payah nak goda aku sangat setakat muka macam dia ni baik aku layan orang UK .
“oh,yang dengan perempuan tu,time I accident?” soal aku meminta kepastian,kalau la betul jantan miang rupanya Zack ni,black list terus kalau macam ni.teruk punya orang,aku yang stay kat UK pun tak buat benda yang teruk macam tu kat tempat awam,tempat tak awam pun aku tak pernah buat ok!
“yes,you still remember me,perempuan tu tak dapat terima hakikat yang I nak break dengan dia,sebab tu dia desak I,macam dia desperate sangat kat I” oh man!perasannya budak ni,aku rasa dia je yang terover hari tu,ni nak salahkan perempuan tu pulak,setakat muka macam dia ni baik tak payah tapi entah macam mana boleh jadi playboy ni,dunia nak terbalik ke?nasib baik aku kenal bayang hitam dia dulu sebelum aku kenal wajah dia yang putih melepak ni,muka je agak handsome tapi hampeh punya orang!kesian betul pada sesiapa yang tertipu dengan budak separuh umur macam dia ni,separuh ke?macam lebih tua je.hahaha…
“desperate? Tapi I rasa rugi you break dengan girl macam tu.cantik” aku sengaja bercakap sebegitu supaya dia sedar yang dia tu takdalah famous sangat pun,yang aku selalu dengar pasal Zack ni pun benda yang buruk-buruk je tak pernah sekali pun aku dengar benda yang baik.
“you pun cantik.I terkejut bila tahu yang you ni Malaysian”
“really?orang lain tak terkejut pun,you punya sight ada masalah kut” aku tersenyum memerli,kalau ikutkan memang majority yang terkejut tapi entah kenapa aku rasa mulut jahat aku ni seronok je nak kenakan si Zack ni.
“yes,I know that,since I see you my sight is always show you,do you have any medicine to recover me?” oh,rasa nak pengsan aku dengar ayat berbunga budak ni,yang lain pun sama buat muka meluat.ya Allah macam mana boleh wujud lelaki macam dia ni dan kenapa dia dipertemukan dengan aku?
“I’m not a doctor and I’m not a medical student,and I don’t have anything to help your sickness.”
“the cure is so easy,you can be my girlfriend and then I’m fine” what???ini satu lamaran ke?oh man!dah nampak dari situ karakter seorang playboy,dengar sini nak bagi tips cara nak cari kekasih,pertama kalau lelaki itu baru putus cinta atau senang untuk melafazkan cinta jangan terus kata ya,bagi masa dan kita tengok sebanyak mana dia serius dan kalau lelaki macam Zack ni,never trust him!reject terus!
“oh really?I’m sorry because I already have one and I don’t need you as my boyfriend”
Entah siapa yang dah kena tangkap muat oleh aku,yang penting bukan mamat tu dan mungkin bukan seseorang yang aku kenal,harap-harap bukan orang yang aku kenal la.
“excuse me” aku meminta diri dan menunjukkan symbol call me pada mereka yang lain,muka Afie dan Seven dan mereka yang lain puas hati tengok aku menolak lamaran playboy tak bertulang tu,muka lelaki tu memang berubah gila dan aku boleh agak apa yang dia fikirkan,mesti macam ni kan ‘kurang ajar punya perempuan,berani kau malukan aku,kau tunggu la aku akan buat kau melutut kat aku!’ agaknyalah….
=========
Setiap kali waktu tengah hari mamat tu akan call aku dan tanya apa yang aku makan hari ni,betul kan apa yang aku cakap yang mamat ni memang babysitter aku,ingat aku ni tak pandai jaga diri ke sampai semua aktiviti aku dia nak pantau,kalau macam tu baik tak payah jadi businessman baik jadi FBI je,senang.
Tapi,yang peliknya hari ni dia tak call aku pulak,kenapa eh?sibuk sangat ke sampai satu call pun tak boleh nak buat.ke dia dah decide tak nak ambil tahu pasal aku lagi dah sebab aku ada cakap yang aku boleh jaga diri sendiri dan tak perlukan dia pun.kalau benda tu betul sekalipun bukan ke memang aku suka,lepas ni takde lagi orang yang nak ambil tahu apa yang aku buat dan apa yang aku tak perlu buat.I’m free…this is the best freedom in the world.
“senyap je phone” ujar Seven yang sejak tadi asyik memerhatikan aku yang membelek telefon,siap termenung lagi,memang aku ni manusia kuat termenung betul la.
“babysitter tak call ke?” soalan yang terpacul dari mulut Nur pula buat aku langsung tak ada rasa nak menjawabnya,aku hanya menggelengkan kepala dan aku tahu mereka dah cukup faham.
“kenapa moody je ni?” soal Nur pula,aku bukan moody tapi tak tahu nak buat apa,bila dah habis kelas macam ni kalau balik pun aku duk sorang je kat rumah bosan betul la hidup aku ni.
“mana ada Nur,sekarang baru je pukul 11 pagi,kelas pun takde lepas ni jadi nak buat apa kat sini,lagipun kalau lepak dalam library nanti Zack tu kacau lagi”
“masalah bosan la ni?aku faham.korang perasan tak yang selama dua bulan ni kita takde pergi lepak sama-sama kan ?alang-alang dah free jom la kita pergi,ubatkan hati yang lara si Ace ni” cadangan Afie memang bijak,memang kaki lepak pun kami ni kecuali Nur,Nur ni memang anak solehah betul la dan kami bertiga ni anak soleha je,tak sempat nakjemput huruf H yang kat belakang tu.
“cantik!jom kita pergi main boling,Nur pun dah lama tak exercise” bila Nur dah setuju jadi kami pun bergerak la,baru je aku angkat punggung dah datang dah tetamu tidak diundang tapi,tapi,tapi lagi tiga langkah dia nak sampai dekat aku dah seribu langkah aku bukak,melarikan diri la katakan…hahaha…
“oleh kerana korang semua ni cintakan alam sekitar jadi kita naik kereta aku je” saran aku ceria,tapi hari ni aku tak drive sebab nak bagi can kat Seven,Seven ni dah lama dapat lesen memandu tapi tak nak bawak kereta katanya takut kena saman,alang-alang dah aku malas baik aku suruh Seven je.
“bismillah” ucap Seven dan kami berempat meluncur dengan tenang di atas jalan raya yang tenang,maklumlah sekarang ni waktu orang bekerja tapi kami ni kan pelajar jadi tak salah memanfaatkan jalan raya yang lengang ni dengan baik.kan?
Sebaik tiba di tempat yang kami tuju,kereta diletakkan di tempat yang disediakan,dan parking pun kena bayar tau!sedih betul la macam ni,tapi tu semua memang kehidupan yang sebenar,nothing is free walaupun ada orang cakap yang ada kahwin free,jangan percaya perkara macam tu,kena bayar ok untuk buat mas kahwin.
Dengan cerianya kami melangkah ke tempat permainan boling tapi aku terpandang sesuatu yang tidak enak di mata,siapa dengan mamat tu?perempuan?mesra rakyat je aku tengok,patutlah tak sempat nak call aku pun rupa-rupanya jumpa awek,tak kisahla yang penting dia bahagia.kalau dia kahwin pun bagus jugak takdela menyemak je dalam hidup aku kan?dah! tak payah fikirkan dia lagi buang masa je.
“Ace!kau tengok apa tu?jomlah” Afie menarik tangan aku mengikutnya,dan saat itu mata aku dan Shahin bertaut buat seketika,habislah kalau dia cam aku datang sini,lepas ni musnahlah harapan aku nak simpan kereta aku tu lama sikit.apa lagi?cabut!!!
“cepat Afie” kalau tadi Afie yang menarik aku sekarang ni dah terbalik,aku pulak yang tarik dia,sebaik memboloskan diri ke tempat selamat aku menghembuskan nafas lega,confirm dia tak nampak aku punya,setelah menukar kasut kami pun bantai la main,aku ni bukannya pandai pun main boling ni tapi kalau snooker memang aku terel,aiseh,asyik masuk longkang je aku ni,memang kalah la aku kalau macam ni,kalau kalah kena belanja.takpelah jarang-jarang.
Punya la seronok aku main tanpa sedar keadaan sekitar aku rasa macam ada orang sebut nama aku tapi tak kut,sebab kat sini bising sangat,Nur dan Afie pun cool je kat lorong sebelah,perasaan aku je kut.
“Asya Humaira!” ibu!suara macam kenal je,aku perlahan-lahan berpaling ke belakang dan,memang dia!dia ternampak ke aku masuk sini tadi?habislah aku kalau macam ni.mati namanya.tapi bila teringat saat dia dengan perempuan ala model mana tadi buat aku hilang rasa takut pada dia.
“kau nak apa?” soal aku kasar,meyemak je mamat ni kat sini,tak marah ke awek kena tinggal macam tu je?geram pulak aku nak tanya je terus.
“nak cakap sikit” ujarnya lalu menunjukkan meja di depan aku,memang tak boleh nak menolak lagi,Afie,Nur dan Seven pun berhenti bermain,macam nak terkeluar je bijik mata dorang tengok mamat ni,handsome ke hari ni?aku tengok biasa je cuma pelik sikit sebab pakai kaca mata hitam tapi selama ni dia drive pakai kaca mata hitam kan?malam tu memang tak ar!nak maut ke?lupa lupa lupa,jumpa awek tadi jadi kena la nampak macho.
“main la dulu,ada problem sikit” ha,nampak anak mata aku nak keluar ni,kacau orang tengah syok main memang silap ar!nak marah betul.
“kau ponteng eh?” soalan budak tadika mana ni?sesuka rasa je cakap aku ponteng,ingat aku ni budak bawah umur ke?kalau aku ponteng pun dia nak buat apa?gantung aku terbalik?
Aku mengeluarkan i-phone5 aku dan menunjukkan jadual kelas aku untuk hari ini,sekali tengok muka dia puas hati,lega la sikit hati aku ni,aku ni cakap je lebih tak takut tapi sekali dia warning memang gugur rambut aku ni,gugur sebab gatal la!
“kenapa tak bagitahu yang kau nak datang sini?” soalnya lagi.tak bagitahu?aku dah punya cantik hantar text kat dia boleh pulak dia kata aku tak bagitahu.
“mana phone kau?” soal aku kembali dan dia menghulurkannya tanpa bertanya,aku buka mesej sendiri dalam phone dia dan siap guna tulisan fon besar lagi sebagai bukti,kalau tak cukup besar aku boleh dapatkan kanta pembesar.
“tak boleh nak call?” ei!manusia mana yang tak tahu mengalah ni? Aku menunjukkan log panggilan dalan telefon dia dan ada tiga miscall daripada aku dan beberapa dari nombor lain,dia yang silent kan telefon lagi nak di cari salah aku.
“lupa,orang tengah dating mana boleh kacau kan ?sorry” aku buat muka jelik dan menyambung permainan aku yang tergendala,dia pun dengan muka selamba badak je join kami main.
“Abang Shah!tak ingat kami lagi?” soal Afie ceria,kan aku dah kata yang satu JB ni kenal mamat ni,patutlah Afie cakap macam pernah tengok,memang pernah rupanya.ingat ni Shah Rukh Khan ke semua orang kenal,eleh ni Shahin je la,jap,entah-entah ni la Shahin Addin yang ketua pelajar tu,yang kawan aku ni selalu cerita pasal senior business yang bijak dan baik giler tu,baik ke?aku rasa kalau giler tu ada la!
“keciknya dunia ni,jumpa lagi abang kat sini,tapi hairan macam mana boleh jadi babysitter Ace ni?” berpisat mamat tu tengok aku,adui Seven kenapalah nak bocorkan jugak pasal tu,setuju betul orang kata akibat mulut badan binasa.
“babysitter?Ace?hurm panjang ceritanya,lagipun Asya ni amanah abang,abang tak kisah pun dia nak panggil abang ni apa”
Hek eleh,nak tunjuk baik la tu,kata tak kisah tapi muka macam nak telan aku hidup-hidup ada la.lantak la apa nak jadi pun jadi la.seronok jugak tengok kemesraan dorang ni,hurm nampaknya save bajet aku hari ni sebab mamat tu ada kat sini,hahaha…bijak!tapi rasa macam malas pulak nak stay kat sini lama-lama,tak suka la aku lepak dengan mamat tu,buang masa je lagipun tak bebas nak makan atau buat apa yang aku suka,jadi perlahan-lahan aku beredar dari situ.
“Ace!nak pergi mana?” soal Nur yang menyedari aku beredar dari situ,jadi semua mata dah focus kat aku,mamat tu aku tak sure sangat sebab aku tak nak tengok muka dia!!!
“tandas jap” jawab aku ringkas.
“tandas kat situ la” suara lain pula yang kedengaran,kacau daun betul la,orang nak blah pun payah.
“nak keluar beli air jap” bila aku cakap macam tu,dorang tengok atas meja kami,masih banyak lagi air kat situ,susahnya nak larikan diri ni,macam nak lari dari penjara pulak,takkan nak kena tunggu dorang tidur lepas tu curi kunci dan lari,tu cerita dalam tv la.
“aiskrim,kejap je” aku tersenyum dan melangkah pergi begitu saja,harap-harap dorang percaya la.
Shahin yang sejak tadi memandang Asya merasakan sesuatu yang aneh,tapi dia cuba berfikir logic,Asya memang sukakan aiskrim jadi tak hairan kalau Asya keluar sekejap kalau sekadar nak beli aiskrim.setelah penat bermain mereka berehat seketika,bukan dengan kit kat tapi dengan coke sejuk je,kelibat Asya masih belum muncul dan mereka berasa pelik.
“mana Ace ni?” soal Nur khuatir,Ace bukan biasa sangat dengan JB.
“kat kedai aiskrim kut” ujar Afie pula.
“kalau macam tu jom kita cari,dah lewat ni,takkan makan aiskrim lama macam ni” Shahin bersuara risau,dia mengambil barang-barangnya dan mula menelefon Asya tapi terus masuk ke mail box.mana kau pergi ni?gumam Shahin sendiri.dah puas mereka cari di kawasan sekitar tapi tak ternampak.
“kita berpecah,kalau jumpa ni nombor abang” setelah selesai baru sahaja mereka berjalan selangkah mesej dari Asya masuk ke telefon Seven,mengatakan dia menyuruh Seven membawa pulang keretanya kerana dia dah sampai ke rumah.
“kalau macam tu abang balik dulu!” ujar Shahin tergesa-gesa.
“kalau dah jumpa Ace,call kami” Shahin mengangguk faham dan beredar dengan tergesa-gesa,fikirannya hanya focus kepada Asya,kenapa dia begitu leka dan tak sedar ketiadaan Asya di situ,kenapa Asya pulang awal?adakah dia sakit?atau dia dah tersesat? Seribu pertanyaan bermain dalam benak Shahin,dan semuanya akan terjawab bila dia dah bertemu mata dengan Asya nanti.
==========
Sebaik aku selesai solat zohor aku mengambil al-quran di atas meja lampu,setelah aku selesai membacanya air mata aku laju menuruni pipi,kenapa aku tak mampu menjadi seorang yang kuat Ya Allah?lemah rasa system saraf dalam badan aku dan kenapa aku masih lagi teringatkan orang yang tak pernah nak hargai aku selama ini,dan kenapa dengan layanan dari mereka di sekeliling aku buat hati ini hiba,emotional sangat aku ni.
Orang kata lepas nangis memang cepat lapar jadi apa kata kita pergi beli makanan dekat kedai hujung jalan sana tu,berjalan kaki je.kalau nak pergi dengan kereta pun memang tak mampu,kereta takde nak guna macam mana,kan ?
setelah membetulkan rambut aku mengambil beg duit dan mengunci pintu rumah,saat itu ada beberapa jiran yang sedang mengangkat jemuran,aku pulak tak pernah nak jemur kain semuanya dobi yang lakukan,hehehe…malas betul aku ni,sempat aku menyapa mereka semua dan terus menuju ke kedai hujung sana,kat sana memang famous dengan ais kacang dan pisang goreng,memang sedap gila jadi kalau nak makan boleh datang sini.tapi baru je aku menutup pintu pagar aku boleh cam sangat kereta mamat tu dah sampai rumah dia,agak-agak dia nampak aku tak?lantak dia la yang aku tahu aku tak nak bercakap dengan dia dan sekarang ni aku tengah lapar gila.
setelah membetulkan rambut aku mengambil beg duit dan mengunci pintu rumah,saat itu ada beberapa jiran yang sedang mengangkat jemuran,aku pulak tak pernah nak jemur kain semuanya dobi yang lakukan,hehehe…malas betul aku ni,sempat aku menyapa mereka semua dan terus menuju ke kedai hujung sana,kat sana memang famous dengan ais kacang dan pisang goreng,memang sedap gila jadi kalau nak makan boleh datang sini.tapi baru je aku menutup pintu pagar aku boleh cam sangat kereta mamat tu dah sampai rumah dia,agak-agak dia nampak aku tak?lantak dia la yang aku tahu aku tak nak bercakap dengan dia dan sekarang ni aku tengah lapar gila.
Tanpa aku sedari mamat tu sedang berjalan di belakang aku,wah!menakutkan betul macam perogol misteri je mamat ni dah la dengan muka yang aku tak boleh nak tafsir,aneh sungguh riaknya tak faham nak cakap macam mana nak tunjuk pun memang tak dapat ar.aku melajukan lagi langkah dan sampai terlebih dahulu di kedai makan di tepi jalan itu,aku memesan pisang goreng dan ais kacang,bungkus!
Tak lama setelah itu mamat tu berdiri betul-betul di sebelah aku tapi aku buat tak endah dan setelah membuat bayaran aku terus beredar dari situ,macam letih je muka dia nak kejar aku balik,aku tak suruh pun dia kejar aku ok,bukan je aku tak nak jalan seiring dengan dia,muka dia pun aku tak nak tengok tau!
“I’m talking to you!” akhirnya dia bersuara keras,langkah aku yang di atur berhenti serta-merta,mata aku dah kembali berair,tunggu masa nak jatuh je ni,tapi aku tak nak bagi dia tengok aku menangis jadi aku terus berjalan dan apabila tangannya memegang plastic makanan aku,takkan dia nak pegang tangan aku kut?dan saat itu juga aku merentap tangan aku dan jatuhlah i-phone5 aku,hadiah papa!kenapa phone yang jatuh,rasa macam dunia ni dah terbalik je,dah jadi serpihan dan tak dapat nak dicantumkan lagi,air mata aku terus mengalir laju tanpa ditahan lagi,aku meninggalkan semuanya di situ termasuk makanan dan beg duit,aku melangkah pergi sambil menangis.apa reaksi mamat tu bila tengok aku menangis?
Perlahan-lahan Shahin mengutip barang-barang Asya termasuk serpihan telefon bimbit Asya,dia tidak tinggalkan walau secebis,dia tahu yang Asya sayangkan telefon tu separuh dari diri dia,Shahin terduduk di tepi jalan dan menyesali tindakannya tadi,bila menyesal memang banyak yang kita akan tanya diri kita kenapa,kan?kenapa buat macam tu?kenapa terburu-buru?
Sebaik tiba di rumahnya,dia tahu yang Asya masih marahkan dia dan dia tahu yang dia yang bersalah.Shahin masuk ke dalam rumah dan membersihkan diri serta solat zohor,apa lagi yang Shahin lakukan selain berdoa,doa kan senjata orang islam.
“aku kena minta maaf ke?dia dah makan ke?dia marahkan aku ke?”
“kena pergi jumpa dia ni” Shahin keluar dari rumahnya dan mengetuk pintu rumah Asya tapi tiada respon,dia masih lagi mencuba dan apabila dia mencuba memulas tombol pintu,pintu terbuka,teruk betul minah ni,kenapa tak kunci pintu bahaya betul!gumam Shahin serta terus memanggil nama Asya tapi tiada jawapan.
“Abang Shah,buat apa rumah Kak Asya tu?” soal Nadia yang kebetulan lalu dari situ,mesti dia pun rasa pelik kan ?
“Nadia,boleh tak tolong tengokkan Kak Asya kat dalam jap,abang panggil tapi dia tak menyahut pun”
“ok!” Nadia dengan gembiranya masuk ke dalam rumah sewa Asya dan terus mencari Asya di segenap sudut tetapi tidak jumpa jadi dia buat keputusan untuk terus ke bilik Asya dan sebaik dia melihat Asya sedang terbaring di atas lantai dia terus menjerit memanggil Shahin,Shahin yang terkejut tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalam rumah itu,dia terkejut melihat yang Asya sedang terbaring di situ.
“abang,Nadia tak tahu kenapa tapi Kak Asya berpeluh-peluh” saat itu Shahin kelu dan tidak dapat berkata-kata,mulutnya terkunci rapat dan setelah Nadia menyuruhnya membawa Asya ke klinik baru dia sedar dan terus mengangkat Asya dan menuju ke kereta,belum sempat Nadia masuk ke dalam kereta Shahin dah memecut pergi.
“sayang betul Abang Shah kat Kak Asya” gumam Nadia lalu tersenyum seorang diri,sebaik Nadia keluar dari rumah Asya dia ternampak seekor lipan yang sudah hampir mati berlegar dalam laman Asya,takkan kena gigit lipan kut?
Sebaik tiba di hospital Shahin terus mencempung Asya berjumpa doctor,katil hospital langsung tidak di gunanya,sebaik berjumpa dengan doctor dia langsung tak dapat bercakap kerana penat berlari,tapi doctor sepertinya memahami dan meminta Asya diletakkan di atas katil supaya dia boleh membuat pemeriksaan,Shahin disuruh menunggu di luar tetapi dia masih boleh tengok muka Asya yang menahan sakit,dia meraup muka beberapa kali dan jauh di sudut hatinya meminta Allah menguatkan Asya.
Setelah 10 minit doctor keluar dengan keputusan pemeriksaan,laju pulak si Shahin bertanya kepada doctor itu.
“dia di gigit sesuatu tapi saya tak tahu apa,kami perlu tahu apa yang telah gigit dia untuk diberikan anti-serum yang sesuai,kita kena cepat sebelum bisa bergerak ke jantung”
Shahin seolah-olah mati kata,kena gigit dengan apa pulak ni,serabut betul kepala dia saat itu dan untung Nadia sedang menuju ke arahnya sambil menyebut lipan,lipan…mesti orang ramai kat situ dah resah dengar Nadia jerit macam tu tapi Shahin yang menangkap maksud sebenar Nadia memaklumkan bahawa Asya telah digigit lipan,dah tahu pun camtu bisa tahulah doctor apa yang harus dia buat.
“terima kasih Nadia,nasib baik Nadia ada kalau tak abang dah gila kat sini”
“sama-sama,kita sama-sama doakan keselamatan Kak Asya,abang jangan risau sangat”
“mau tak risau,macam nak tercabut jantung ni” Shahin memegang jantungnya yang sedang berdegup laju.
“maaf abang tinggalkan Nadia tadi,memang abang tak perasan langsung”
“takpe,lagipun kalau Nadia ikut sama mesti kita tak tahu apa yang dah gigit Kak Asya kan ?lagipun Nadia faham macam mana perasaanya bila orang yang kita sayang cedera”
Pada mulanya Shahin mengangguk setuju tapi setelah dia cerna semula kata-kata Nadia dia tersentak,mengarut betul fikirannya ketika itu,dia juga malas nak bahaskan hal itu jadi dia biarkan saja,setelah Asya berehat selama dua jam dia dibenarkan pulang,nasib baik Nadia meminjamkan wang untuknya supaya boleh membayar kos hospital,kalau tak Asya masih lagi kena tahan di hospital.
“terima kasih doctor”
“sama-sama,encik boleh ambil ubat di farmasi” Shahin mengangguk faham dan bergerak ke farmasi,Asya masih lagi menahan sakit tapi dia dah tak berpeluh seperti tadi,sebaik mengambil ubat dan berada di dalam kereta Shahin memasangkan seat belt pada Asya,dia juga turut merendahkan kerusi supaya Asya dapat berehat dengan selesa.
“kita balik rumah papa” maklum Shahin ringkas tapi Asya menggeleng laju.
“siapa nak temankan kau dalam rumah nanti,kalau kau nak minum ke ada jugak orang tolong ambilkan” Asya masih lagi menggelengkan kepala.
“degil betul kau ni!” marah Shahin tetapi boleh pulak Asya tersenyum sendiri.
“tak sakit pun,lagipun aku tak nak papa risau,kau kan babysitter aku jadi kau la yang tolong jagakan aku bagi pihak papa,boleh?” soalan Asya yang lebih ceria membuatkan Shahin mengalah,little daughter tapi independent sebenarnya,Shahin tersenyum dan mengangguk.
“sorry pasal tadi,kalau aku tak buat macam tu tadi mesti semua ni tak jadi kan ?” ujar Shahin menyesali perbuatannya,hiba je suaranya.
“takpe,lagipun ni experience baru”
“experience kau kata?aku ni separuh mati risau tau!”
“experience kau kata?aku ni separuh mati risau tau!”
“yay!Shahin yang jahat dah datang balik,tak sesuai la kau buat suara sedih macam tu,aku yang emotional sangat”
“jahat?lantak kau la,yang penting little daughter baba ni sihat walafiat,lain kali jangan buat orang risau,nak gila kami cari kau tadi kau patut call kawan-kawan kau,dorang risau sangat pasal kau”
“nak call macam mana,telefon takde”
“macam perli aku je?aku mintak maaf pasal tu jugak jadi bila kau dah sihat nanti kita pergi beli phone baru,buat sementara waktu sementara tunggu phone kau dibaiki”
“boleh repair ke?macam takde harapan sembuh je,tapi kalau kau nak belanja aku phone sekarang pun aku dah sihat dah!” Asya bantai gelak,Shahin tersenyum melihat Asya yang ceria dah kembali,lain betul muka bila menangis,sakit dan ketawa macam ni,yang samanya still comel.
“jom kita makan dulu,kalau betul kau dah ok,malam nanti kita pergi,my treat!”
“really?yes! the third of best man in the world” jerit Asya kegembiraan.
===========
“kau pasti nak blackberry je,tak nak aku gantikan kau dengan i-phone5 jugak?” soal Shahin untuk meminta kepastian aku,orang dah kata ya tu ya je la,payah betul cakap dengan orang tak faham bahasa melayu ni,eleh,macam la aku ni pandai sangat,kan?
“tak nak,kalau kau ganti yang sama jenis pun masih tak sama jugak,aku rasa ramai yang guna BB ni,jadi aku pun nak guna jugak dan kalau aku beli i-phone5,mesti sama dengan yang kau punya,tak nak la aku”
“fine!” jawabnya sepatah,memang macam tu kalau dia dah nak naik angin,angin dia ni memang payah nak baca,pusat kaji cuaca dunia pun tak boleh nak agak apa yang dia nak buat,kaji gempa bumi jauh lebih senang.
“masa untuk bayar!” ujar aku ceria,seronok berbelanja dengan duit orang kaya ni,dulu aku ingatkan dia kerja dengan papa tapi,rupa-rupanya dia ada agensi pelancongan sendiri,hebat sebagai orang muda,tapi papa cakap tu semua harta peninggalan keluarga Shahin,memang anak orang kaya kut,mungkin jauh lebih kaya dari papa kan?tak kisahla yang penting BB aku ni ada orang nak bayarkan.
“terus nak balik ke?” soal aku sambil membelek telefon baru,bila dah masukkan sim card mesti dapat guna phone lagi,lagipun aku dah habiskan kredit Shahin dengan telefon papa,abang,Nur dan Ibu,kesian dia…hahaha…padan muka!
“kau nak makan apa?” aku tanya tak nak jawab boleh pulak dia tanya aku balik,manusia apa ni?teruk!
“burger!”
“burger?kau ingat burger tu sihat sangat ke?lunch burger,dinner burger,kau tak takut gemuk ke?” eh,susahkan dia ke kalau aku gemuk?ikut suka hati aku la nak makan apa pun,tapi betul ke dah gemuk?rasa macam kurus je sebab seluar semua dah jadi longgar,pelik.ada masalah penglihatan ke mamat ni?
“gemuk ke?kalau macam tu kita makan….tak payah makan la,dah pukul 10 malam ni”
Eh,kita punya la takut dia boleh pulak bantai gelak sensorang.gila ke?
“ada aku cakap ke?jom kita makan seafood,restoren ni memang aku suka sangat”
“jom!” makan je la selagi mampu,gemuk pun gemuk lah,lagipun kalau naik badan sikit boleh jogging satu JB ni,kan ?hehehe…tetiba langkah aku terhenti,lawanya jaket dalam butik tu,aku ni kalau jaket memang tak boleh nak tolak,memang suka sangat.
“jap,nak beli tu!” jauh jari aku menunjuk kepada butik yang berada di sebelah kanan kami,dia dah buat muka tak suka dah,aku tak kira aku nak jugak jaket tu,by hook or by crook.
“kau ni kalau shopping terang je mata kan ?” aku tak kisah dia nak kata apa yang aku tahu aku mesti dapatkan jaket tu,siapa tahu limited edition ke,kalau aku tak dapat jaket tu aku menangis kat sini,ada berani ke?
“nak jugak!”
“no way!”
“yes way!”
“no way!”
“please…yes way?” aku merayu kepadanya lagi,bukan aku nak suruh dia belanja pun,aku cuma nak dia temankan aku je,kalau dia tak nak temankan pun tunggu aku kat sini dah lebih memadai.
“10 minutes only” akhirnya king of concrete dah mengalah dengan little daughter papa ni.
“ok,jom” aku berjalan laju menuju ke kedai yang menjadi target utama aku,mamat tu dengan malasnya melangkah mengekori langkah aku,memang la nak tergelak bila tengok muka tak ikhlas dia tu comel je…comel ke?
Sebaik kaki aku melangkah ke dalam butik itu aku dah jadi rambang mata,tak nampak yang mana satu aku nak beli dan bila aku berlegar-legar dari depan dan belakang kedai mamat tu dah menggelengkan kepala,that’s mean tidak!aku akhirnya mengalah dan memberitahu jaket yang aku nampak dari luar tadi,dia pulak asyik menunjukkan jam di tangannya,nak suruh aku cepat la tu!
“this one”
“cik,kami ada offer dimana kalau cik beli dua pasang jaket ini kami akan bagi diskaun 30%” wah,menarik tapi macam jaket lelaki je yang satu lagi tu,tapi cool.
“macam jaket lelaki je?” soal aku lagi,dah terang lagi bersuluh tertulis kat situ for men tapi lagi mahu ditanya,nak kena wrestling aku ni.
“ni jaket import dari Paris ,sempena musim sejuk kat sana dan sekarang ni ramai yang meraikan pasangan bercinta,jadi jaket ni sebenarnya jaket untuk pasangan kekasih,dan kebetulan cik datang dengan boyfriend kan ?” soalan sales girl ni memang tak logic langsung,aku dengan dia couple?dunia nak berputar ke?bukan dunia memang berputar ke
“ok,saya beli!” akhirnya keputusan aku buat,muktamad dah tu,dan semasa pembayaran aku sendiri yang keluarkan duit aku sendiri,lagipun aku rasa macam nak buat amal jariah je kat dia hari ni,kad yang dia hulurkan aku kembalikan dengan senyuman,aku nak belanja dia hari ni,walaupun aku dan dia takkan couple tapi aku rasa jimat kalau beli dua, apa salahnya aku bayar balik budi dia kat aku yang dah banyak sangat tu.kan?
“thanks” beg telah bertukar tangan,aku sengaja menyuruhnya meletakkan di dalam beg kertas yang lain,senang sikit nak bagi kat dia nanti.kami terus ke kedai makan yang dia cakapkan tadi,aku memang tak suka sangat dengan makanan laut ni jadi apa salahnya bagi can dia makan apa yang dia suka,yang aku baik hati sangat hari ni kenapa?
Dah buat tempahan makanan kami terus makan,tipulah kalau aku cakap yang kaki aku ni langsung tak sakit,berdenyut-denyut lagi ni tapi mengenangkan phone tu penting aku kuatkan diri jugak datang,lagipun kalau aku lemah semacam je nanti papa dan abang akan risau.
“kenapa tak makan?” soal Shahin bila aku langsung tidak menjamah apa-apa makanan.
“aku tak makan sangat seafood ni,lagipun kaki ni rasa berdenyut je”
“really?kalau macam tu kita balik je la,nanti kita beli makanan lain”
“tak payah la,tak baik membazir tau!tak sentuh lagi makanan ni,kau cakap kalau membazir nanti makanan ni sedih,aku kenyang lagi makan petang tadi”
“takpe,lagipun kau kena rehat”
“alah,sikit je kut,ni mesti effect aku berlari tadi”
“tu la kau,macam KKR sangat” dah dia guna bahasa alphabet mana pulak ni,yang aku pasti tu memang ayat mengutukjadi aku tak nak bertekak dengan dia lagi dah,wasting my time,layan tengok dia makan la pulak,perut ni pun rasa kenyang semacam je.tetapi dengan baiknya kadang-kadang dia menyuapkan aku udang dan sotong,memang sedap tapi kalau tak berapa suka macam mana sedap pun tak best jugak.
“dah selesai,jom balik rehat” ajaknya setelah membuat bayaran,tak pernah tengok dia makan berselera macam tu selain kat rumah,mau taknya selama ni ikut rasa anak tekak aku je,secara tak sedar baru aku tahu yang aku lebih banyak spend masa dengan dia dan banyak benda yang kami lakukan bersama walaupun asyik nak gaduh je
“kau ni hobi ke termenung tu?” soalnya setelah masuk ke dalam perut kereta,eh,bila kenyang je dah mula soalan pedas dia keluar dari mulut ketuhar dia ni dia kata aku suka termenung,betul ke?aku rasa bukan termenung tapi berfikir,kan ?
“see?kau ni nanti kawin dengan orang tua baru kau tahu”
“lantaklah,kalau tua pun tua la” aku membalas lambat,malas nak bertekak malam ni.
“really?ke kau ni dah jatuh cinta,pelik semacam je aku tengok,tak banyak cakap macam selalu”
“kau nak cakap aku ni banyak cakap ke?”
“haah,macam mulut murai” ya Allah,kalau aku tendang mamat ni keluar darah berdosa tak?sakitnya hati aku dengan dia ni.
“kau tu putus cinta ke?banyak pulak mulut kau hari ni?” ha,kan dah start gaduh,kami ni tak pernah baik lama-lama,memang ditakdirkan tak boleh tinggal sebumbung ada je benda yang nak digaduhkan.
“aku?putus cinta?never be”
“lupa pulak,mana boleh putus,tadi baru je jumpa awek kan ?” soal aku memerli.
“excuse me!mana ada aku jumpa awek!she’s not my girlfriend” ha,yang nak melenting tak tentu hala ni kenapa,dah kalau bukan tu biar je la,ni dah sampai guna bahasa ibunda amerika kenapa?
“Nampak muka aku macam peduli ke?” soal aku geram,benda macam tu pun nak naik angin,teruk punya orang!dah tu,kenapa senyap je,takkan sentap kut,macam la tak biasa dia tanya aku macam tu,kalau dia takpe tapi aku tak boleh?tak faham betul dengan hamba Allah sebelah aku ni.sebaik tiba di rumah aku terlebih dahulu turun dari keretanya dan sebaik aku ingin beredar dia memanggil nama aku,nak minta maaf ke?
“kau tertinggal ni” dia mengangkat beg kertas yang berisi jaket aku beli untuknya,macam mana nak cakap ni?
“kau ambil la,aku balas budi kau sikit,by the way thanks for today,but!I’ll never forgive you for calling me burung murai”
“Nampak macam aku peduli ke?” soalnya dengan senyuman jahat,jahat punya orang! Aku dah nak meletup ni jadi baik aku mintak diri sekarang sebelum mamat tu aku sepak hantar pergi bulan purnama,macam biasa bila aku kalah dia akan tersenyum kemenangan.
“terima kasih” ucapnya sendiri,dia tersenyum senang dan masuk ke dalam rumahnya dengan siulan bembira,pelik betul Shahin Addin ni.
==========
Sebaik aku tiba di kolej perkara pertama yang aku buat ialah melarikan diri dari Zack si playboy tak laku tu,menyusahkan aku betul la Zack ni,ingat aku ni perempuan yang boleh cair dengan bunga,coklat bagai ke?aku naik meluat dengan dia lagi ada la.
“Ace,kenapa you sambong sangat dengan I?” soalnya lari menarik tangan aku,ni dah lebih ni main pegang-pegang orang pulak,sekali aku bagi penampar bongsu aku ni makan bubur sebulan.
“am I?” soal aku keras lalu menyentap tangan aku dari genggamannya,malu la semua orang tengok aku dengan dia dan ramai juga bekas awek dia serang aku dua tiga ari ni,dah mana pulak kawan-kawan aku yang selalu selamatkan aku ni?
“yes you are” dah tahu aku sombong dengan kau lagi nak di layan tu kenapa?dah tahu aku ni meluat dengan kau lagi nak dikejar tu buat apa?
“I don’t want you to disturb me,I don’t want your ex-girlfriends disturb me” Nampak tak kat belakang tu?tu menunjukkan betapa ramainya bekas-bekas kekasih dia selama ni,nak suruh aku join kelab jadi bekas awek dia ke?oh please aku lebih rela tak kahwin sampai bila-bila tau!
“I don’t want you to disturb me,I don’t want your ex-girlfriends disturb me” Nampak tak kat belakang tu?tu menunjukkan betapa ramainya bekas-bekas kekasih dia selama ni,nak suruh aku join kelab jadi bekas awek dia ke?oh please aku lebih rela tak kahwin sampai bila-bila tau!
“are they?” dah aku cakap tadi lagi mahu ditanya,memang buat darah aku mendidih betul budak ni.
“listen here,I don’t like you and I will never fall in love with you,forever,and I don’t want because of you my boyfriend and I will have a fight”
Setelah melihat dia terdiam aku melarikan diri dari situ,dan nasib malang betul aku ni,dah jatuh ditimpa tangga,lagi seorang manusia yang aku tak nak jumpa dalam kolej ni iaitu Prof Kamal yang dikatanya kawan abang.tak senang dia tahu tindak-tanduk aku kat sini,nanti abang akan tahu dan aku akan dimarahi.lagipun aku tak berapa nak selesa berhubungan dengan orang asing ni,kalau dia kawan abang aku just jadi kawan dia je la.
“Asya,awak nak pergi mana tergesa-gesa ni?” soalnya sebaik aku melintasinya,sebagai tanda hormat aku berpaling dan tersenyum,itu sahaja yang aku mampu lakukan,malas la nak bersoal jawab dengan dia,buat sakit gigi je,ada kaitan ke?hahaha…
Aku melarikan diri sejauh mungkin dan aku boleh ternampak kelibat Nur sedang bercakap dengan Hafiz,wah,ada perkembangan hubungan dorang ni,nasib baik Afie dan Seven pandai memberi nasihat pada Nur,kalau tak nak bercinta pun sekurang-kurangnya berkawanlah,kan?kalau aku pergi dekat dorang mesti dua-dua jadi malu jadi aku terpaksa membawa diri nampaknya,kelas lagi sejam nak mula jadi apa kata lepak kat café dulu,kalau nasib baik boleh la aku jumpa Afie,Seven memang tak dapat la sebab dia balik kampung mak dia sakit.
Sebaik aku melabuhkan punggung di salah satu kerusi aku mengeluarkan lappy aku untuk berinternet la,apa lagi,boleh skype dengan Ibu yang jauh nun di sana kan ?lama jugak tak boleh dapat berkomunikasi dengan Ibu,setelah puas berborak dengan Ibu,rindu yang menggunung pun dah jadi bukit,kalau tanya Ibu bila dia nak datang sini mesti dia akan guna alasan yang sama iaitu sibuk,maklumlah businesswoman,sebab tu la aku tak ambil course business nanti aku busy sampai tak ada masa nak buang,hahaha…
“Ace,sorang je?” terjah Afie ceria,nak gugur semua rambut aku terkejut dengan sergahan Afie,teruk punya minah.
“kau ada nampak makhluk lain ke?” soal aku geram tapi masih lagi tersenyum senang,Afie mengambil tempat duduk di depan aku dan siapa pulak yang ada sebelah Afie ni?segak semacam je.
“Ace,kenalkan ni tunang aku,kau sorang je yang belum kenal dengan dia,Luqman Haqim,panggil Haq je”
Tunang?bila pulak kawan aku ni dah lepaskan status single dia dan ganti dengan status baru ni.dah jadi tunangan orang rupanya tak lama lagi mesti nak kahwin kan ?aku pulak yang rasa teruja dengan perkahwinan mereka,hai,seronoknya kahwin…pernah try ke?
“Hi,Ace” aku bertegur sapa dengan manusia yang baru aku kenal ni,hari ni aku ingat muka dia esok lusa confirm dah lupa,jadi kalau jumpa tepi-tepi jalan tu jangan la tegur nanti buat malu je.
“Nur Asya Humaira Bt Datuk Hasmezam kan ?” aku dan Afie terkejut serentak,bila pulak aku jadi sefamous ni sampai seluruh JB ni kenal aku,dah berjangkit dengan mamat konkrit tu ke?tumpang famous dia ke?tapi semacam je kenal aku ni siap dengan nama penuh sekali,pelik.
“mana abang tahu?Ace,kau anak Datuk ke?” soal Afie berduyun-duyun,dia tu sebenarnya nak tanya aku ke nak tanya tuning dia.
“Fina,ni la anak perempuan tunggal bos abang yang tinggal kat UK tu,abang akan jadi peguam peribadi Cik Asya bila dia berumur 25 tahun nanti” terang Luqman Haqim,aku dah rasa pelik tahap petala ni,aku sekali pun tak pernah jumpa dia tapi bila pulak papa cakap aku akan ada lawyer peribadi ni?pelik…
“really?” soal aku dan Afie serentak,Afie memandang aku pelik dan aku memandang tunangnya pelik,pelik memang pelik…
“Cik Asya tak ingat saya?saya ada datang masa birthday party Cik Asya beberapa bulan yang lepas dan Datuk Hasmezam terangkan tugas saya akan bermula secara rasmi bila Cik Asya berumur 25 tahun nanti”
Penerangan dia memang cukup jelas dan aku boleh faham sepenuhnya tapi serius memang aku tak ingat langsung muka insan depan aku sekarang ni.lama jugak aku perhatikan muka dia ni tapi rasa macam aku ni dah kena penyakit amnesia kut,langsung aku tak ingat sekeping wajah ni dalam memori aku.
“ye la kut,sorry tapi memang saya tak ingat,lagipun tak perlu kut bercik dengan saya,cangung pulak rasanya”
“takpe,tapi suatu hari nanti saya tetap kena panggil macam tu sebab Cik Asya dah jadi bos saya” balasnya ramah,rasa macam anak menteri pulak,ni yang buat rasa tak selesa ni.
“tunggu je la hari tu sampai,lagipun saya kan kawan Afie jadi,tak seronok kalau kita formal sangat” aku bersuara lagi,tak sangka juga yang aku ni boleh jadi bos orang,aku rasa mati la siapa yang jadi anka buah aku nanti,tapi perlu ke aku ada lawyer?aku rasa tak perlu kut sebab aku ni bukannya jahat sangat pun.
“for now on,I will” ujarnya mengalah,seronok jugak tengok orang bercinta ni,nampak sweet je,patutlah semenjak dua ni Afie seronok je,rupa-rupanya dah simpan niat nak kahwin tapi umur 22 tahun tu masih lagi muda walaupun lagi beberapa bulan dah nak masuk 23 tahun umur tu masih lagi muda,tapi Afie mesti dah kerja kan?aku pun dah boleh kerja dengan degree accounting.
“I have to go now,ada kelas,have fun!” aku mengangkat semua barang aku dan beredar dari situ dengan senyuman,rasa macam sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi kami akan berpisah lagi,mungkin lama atau selama-lamanya,dapatkah aku langgar ikrar diri aku sendiri dan tinggal di sini buat beberapa tahun lagi.
“Ace!” mendengar nama aku dipanggil aku berpaling sekilas,Zack ni tak reti erti putus asa ke?work hard and never give up tu memang la penting dan tunggak kejayaan tapi kalau dah sampai tak reti bahasa tu memang kena hantar tadika semula namanya.
“what?don’t you get that?I don’t want to involve with you anymore,so please I’m begging to you”
“I want you to give me a chance,I’ll change and leave my life before” suara rayuan dia langsung aku tak percaya dan tak menyentuh hati aku ni,dia nak berubah sebab aku? Ingat aku ni baik sangat ke?baru semalam aku tengok dia dengan perempuan lain hari ni nak tinggalkan semua tu,janji manis memang la senang nak buat.
“Nampak muka aku macam peduli ke?lantak kau la nak berubah ke tak,dan kalau nak berubah pastikan ia kerana Allah” aku menunjal bahunya sedikit,kan dah hilang hormat aku kat orang yang tak reti bahasa ni,malas aku nak layan dengan baik manusia macam ni.
“you akan menyesal buat I macam ni!” jeritnya agak keras,kan aku dah kata takdenya dia boleh berubah dengan serta-merta,kalau aku ni kerja dengan jabatan kebajikan nak jugak aku tolong Zack ni tinggalkan dunia playboy tu malangnya aku ni bakal akauntan jadi tak dapatlah nak menolong.
Aku tahu ramai yang memandang aku pelik,mesti nak cakap aku budak baru tapi dah berani buat banyak hal,memang aku je yang terlajak berani kat sini,kalau budak lain tak adanya yang berani nak tolak lamaran Zack tu,agaknya kalau lelaki tu semua boleh tukar jantina nak kut jadi awek Zack,huish,selisih malaikat 44.
Aku masuk ke kelas dan melabuhkan punggung di sebelah Nur dengan muka tidak berperasaan,dan semua orang asyik tengok aku je,kenapa?ada something atas dahi aku ke?tak sampai seminit aku duduk dah datang dua perempuan simbah air atas kepala aku,sejuk sebentar kepala aku hilang terus rasa mengantuk,tapi ni dah melebih ni siram air atas kepala aku,memang la cekak rambut aku sikit punya cantik ada bunga tapi bunga ni tak perlu air untuk kekal segar ok!
Aku perasan yang ada orang gelakkan aku dan ada jugak yang terdiam tidak terkata,aku melihat minah gedik dua orang depan aku ni,ingat kan tukang kebun nak tolong siram pokok bunga tapi rupa-rupanya awek Zack.Nur yang resah tolong keringkan rambut aku dengan tisu,Nur sayang nanti lekat cebisan tisu nanti dorang cakap aku balik UK main salji pulak.Nasib baik air mineral je kalau air kopi memang aku bungkus dua ekor ni.
“dah bisu pulak?” soal salah seorang dari mereka,macam sama je muka dorang ni kembar ke?takkan pasangan kembar jatuh cinta pada lelaki yang sama?kena rawat dengan segera kalau ada penyakit ni.
“puas hati?” soal aku mesra,dengan senyuman termanis sekali.
“yes”
“so,nampak tak pintu kat depan sana tu,korang boleh blah” aku bersuara tenang,kena jaga imej sebab ramai yang sedang tengok drama free ni,tak pernah pun ada orang layan aku macam ni selama ni,kenapa rasa sebak pulak ni,teruk betul minah dua ekor ni.
“blah la wei,ingat muka korang tu lawa sangat dah kalau Zack tu tak nak kat korang jadi sedar la sikit!balik cermin muka korang tu dulu” jerit salah seorang yang entah aku tak tahu siapa tapi terima kasih sebab tolong aku halau dua orang ni,yang lain turut bersuara meminta mereka beredar dari kelas itu.
“Ace,awak ok?” soal Nur khuatir,aku cuba tersenyum dan mengesat rambut aku yang basah,kenapa melekit semacam je ni?ada bau kopi la,dia siram aku dengan kopi ke?bukan air mineral je tadi.
“kopi ke ni?bukan air mineral je?” soal aku kepada Nur.
“air mineral dan kopi,jom pergi tandas.Nur boleh tolong bersihkan” aku dah tak dapat dengar kata-kata Nur,aku betul-betul la nak nangis ni,Zack dan awek-aweknya akan jadi musuh aku sampai bila-bila,tak guna betul la.
Tiba-tiba aku mendengar yang kelas batal kerana Prof Ning tak dapat datang,masuk hospital nak beranak katanya,timing yang betul untuk aku melarikan diri dari sini,aku mengambil beg sandang aku dan berdiri.
“Nur,Ace balik dulu,nak mandi dan kelas petang nanti Ace tak masuk tau,kalau ada apa-apa yang Prof Salam bagitahu maklumkan Ace ok?Ace balik dulu” aku meminta diri dan keluar dari kelas dengan muka yang tak dapat ditafsirkan,kebetulan aku selisih dengan Zack dan perempuan lain pulak,cepat-cepat dia menolak perempuan itu yang sedang memeluknya dan mengejar aku dari belakang,Nur pun turut sama mengejar aku dari belakang,ni main kejar-kejar ke?
“who do this to you?” soal Zack sambil menggengam tangan aku,aku tersenyum sinis dan merentap tangan aku kasar.
“aku rasa kau lebih tahu!” aku masuk ke dalam kereta dan memecut pergi,aku tak rasa rumah sewa aku adalah tempat terbaik jadi aku menuju ke tasik di hujung jalan belakang rumah aku,aku pernah jogging kat sini dengan Shahin dulu,bila sedih macam ni mesti teringatkan dia.aku menghentikan kereta dan duduk bersila di depan tasik dan terus menangis,kalau orang tengok mesti dorang tertanya-tanya kenapa tak duduk atas kerusi kan?tak kisahla yang penting aku selesa di sini,rasa macam ikan-ikan pun kongsi sedih dengan aku.
==========
“kerajaan buat kerusi suruh duduk kat atas kerusi bukan atas rumput” baru je lima minit aku menangis dah ada orang yang cerita pasal kerusi dengan aku,ingat aku ni bodoh sangat ke?aku berpaling ke belakang dan melihat Shahin dengan selesanya duduk di atas kerusi dan duduk bersilang kaki.
“sibuklah kau!” dari mana pulak datangnya mamat ni?ahli sihir ke?ke hantu??
“kenapa dengan kau ni?kalau nak tambah tasik ni dengan air mata kau tu baik tak payah,masin nanti tasik ni,nanti ikan-ikan kat sini sakit buah pinggang pulak”
Eh,melawak pulak dia,dia ni nak pujuk aku ke nak tambahkan lagi rasa sedih aku ni,kalau macam tu baik tak payah datang terus tapi dia tahu dari mana aku ada kat sini?
“kalau kau nak sakitkan hati aku baik kau datang esok je” aku bersuara geram dan masih lagi dengan sisa tangisan,aku menyeka air mata yang mengalir dengan tapak tangan,tapi saat itu juga mamat tu bersila di sebelah aku,dia mengeluarkan tuala kecil dan basahkan ia dengan air mineral,lalu dengan penuh kehalusan dia membersihkan rambut aku.
“mana kau tahu aku kena siram dengan kopi ?”
“berkilat rambut kau aku tengok,bila duduk dekat dengan kau dah dapat bau kopi” dia tergelak setelah mengatakan rambut aku berkilat,teruk punya manusia.
“mentang-mentang kau pakai cekak rambut yang ada bunga dia ingat kau ni pokok bunga ya,kesian,tapi sepatutnya dorang tau kalau pokok bunga kena siram dengan kopi pun boleh mati tau” buat lawak tak bertempat la mamat ni,aku karate baru tahu.
“nasib baik kopi kalau asid macam mana?” soal aku hiba.
“aku cari minah dua ekor tu sampai lubang cacing” aku tersentak,mana dia tahu semua cerita ni,siap tahu dua orang yang serang aku,kena siasat ni.
“mana kau tahu?”
“tahu apa?”
“dua orang minah yang serang aku?”
“first,perempuan je yang main siram-siram air atas kepala ni,dan ada dua jenis air atas kepala kau ni,air mineral dan kopi kan ?kenapa kau tak serang dorang balik?”
“macam takde guna je gaduh dengan orang pendek akal macam tu,lagipun aku tak nak Ibu sedih bila dengar aku hentam anak orang sampai pengsan” sebaik aku bersuara boleh pulak mamat tu bantai gelak seorang diri,lucu ke cerita aku?
“berani ke kau?” soalnya menyindir.
“tak kut” aku pun turut sama gelak dengan dia,bukannya berani pun cakap je lebih aku ni.
“jom aku hantar kau pergi salon,macam tak nak hilang je bau kopi ni” akhirnya dia bersuara perkara yang benar,penangan kopi ni memang tersangatlah dahsyat.payah nak hilang bau dia ni,kalau setakat bersihkan dengan air mineral je memang tak la.
“ha,pandai-pandai,jom kita pergi” aku dah berdiri,gembira betul nak pergi salon.
“drive sendiri,ikut kereta aku” arahnya pula.
“ok boss!” aku masuk ke dalam kereta dan mengekorinya ke jalan raya besar,setelah lima minit kami memakir kereta di tempat yang sama dan aku yang masih lagi menutup kepala dengan tuala tadi terus masuk ke salon yang betul-betul berada di depan kami.dengan sambutan mesra dari pekerja buat aku selesa.
“Kak Annur!” tegur Shahin dengan selamba,sebaik insan bernama Kak Annur itu berpaling melihatnya terjerit-jerit Kak Annur,wah,memang mamat ni famous seluruh JB aku rasa.
“Shah,dah bertambah handsome sekarang,lama tak datang jenguk akak”
“Shah kerja la,lagipun Shah datang bawak pelanggan untuk akak” aku yang berdiri di sebelah Shahin tersenyum mesra,tapi aku boleh dengar apa yang dua insan depan aku ni bisikkan,aku bukan kekasih dia ok jadi tolonglah faham.
“boleh tolong bersihkan rambut Asya?” soalnya mesra,dengan aku jangan harap nak jadi semesra ni,hampeh!
“boleh,special treat untuk insan istimewa dalam hidup Shah,Shah tak nak fix rambut?”
“boleh jugak,rambut depan Shah dah panjang sikit” jawabnya mesra.
“boleh jugak,rambut depan Shah dah panjang sikit” jawabnya mesra.
“Joe,help this handsome man” mesti dia cakap kat pekerja dia kan ,dia kini berada di sebelah aku dan sedang membuka kotnya untuk disangkut di penyidai kot.perasan handsome la tu,pekerja kat sini pun boleh tahan gediknya jugak.uwekk…
“kak,ni special person in Abang Haziq’s heart,little sister dia yang stay kat UK tu” cerita Shahin menerangkan status sebenar aku,ha,dan dia tu babysitter aku je jadi jangan nak tambah status pelik-pelik.
“really?well she’s look beautiful,that’s why her brother was handsome too”
“nope,her brother was handsome that’s why she’s beautiful” ungkapan Shahin aku tak dapat nak tafsir,dia puji aku ke?maknanya aku ni cantik ke pada mata dia?ni mesti kes nak tunjuk baik depan Kak Annur la tu,menyampah!
“jangan layan Shah tu,dia memang tak pernah nak kalah,Asya dah lama balik Malaysia ?” soalan Kak Annur kembali kepada aku.
“almost three month,Kak Annur kenal abang?”soal aku kembali.
“mestilah,kami kawan rapat,kalau bukan sebab Haziq akak tak kahwin dengan orang yang akak cintai dan akak tak dapat bina salon ni” wah!macam hebat je abang aku ni.
“tak faham”
“macam ni,Haziq dah banyak sedarkan akan tentang kehidupan sebenar,dulu lepas ayah akak kahwin lain akak jadi liar dan teruk,tapi lepas Haziq kenalkan akak dengan suami akak sekarang akak sedar yang protes tak dapat memuaskan hati akak malah akak merosakkan diri akak dengan sikap terburu-buru akak,nasib baik akak tersedar sebelum terlambat dan akak mampu maafkan ayah akak,dari situ akak sedar yang belajar memaafkan orang adalah penawar terbaik dalam diri kita” mendengar cerita daripada Kak Annur memang menyedarkan aku tapi hati ini masih lagi mahu memberontak dan tak dapat terima kesalahan yang mama aku dah lakukan,no way!
“coffee?” soal Kak Annur menyedarkan aku dari lamunan,siap dengan ekspresi muka pelik sekali.
“biasalah budak degil” menyibuk je mamat tu bersuara bagi pihak aku,tolong sikit bila pulak aku ni seorang yang degil?Kak Annur tersenyum dan mula membersihkan rambut aku dengan air bersih,rasa macam nak terlelap je.
“black coffee?” soalnya lagi.
“maybe”
“let’s fix this,lain kali kalau Asya nak repay,make sure guna ais kacang tau!bagi segar sikit otak dia,bau kacang tu confirm ambil masa tiga hari nak hilang!”
Bijak betul otak Kak Annur ni,mesti minum susu ibu ni,hehehe…tunggulah hari pembalasan wahai manusia yang dah menjejaskan rambut aku dengan teruk ni.
“Kak Annur never teach that to this little daughter,and you Asya never think to do that ” ha,warning datang lagi,warning datang lagi,eleh perasan dia baik la tu.
“ala apa salahnya,Shah ni macam babysitter Asya pulak” tersedak aku mendengar perkataan tu,memang betul pun Kak Annur yang dia ni memang layak jadi babysitter jadi resign je la kerja dekat syarikat pelancongan tu dan jadi babysitter sepenuh masa kat mana-mana taska,bijak betul Kak Annur ni bidas dia.sebaik dengar perkataan tu dia terus terdiam dan merehatkan kepalanya pada kerusi yang empuk itu,comel pulak tengok ekspresi muka dia yang mengalah tu.
“comel betul kalau tengok muka dia mengalah macam tu,peliknya terus mengalah bila akak cakap babysitter,ada pengalaman buruk ke?by the way Asya rehat dulu akak nak tengok pelanggan lain jap” aku mengangguk faham dan melihat wajah telus Shahin tika itu,tak sampai seminit aku merenungnya dia dah bersuara pulak.
“kau nak tenung aku sampai bila?”
“perasan!aku saja nak tengok muka orang yang layak jadi babysitter ni,kalau kau nak tahu babysitter ni ada wajah keibuan tau!”
“dah tu,nak suruh aku jadi ibu ke?” ei,geram pulak aku dengan soalan dia ni,tapi kalau imagine Shahin pakai baju babysitter dan berambut panjang lucu la pulak tapi macam comel je,hahaha…
“dah tu,nak suruh aku jadi ibu ke?” ei,geram pulak aku dengan soalan dia ni,tapi kalau imagine Shahin pakai baju babysitter dan berambut panjang lucu la pulak tapi macam comel je,hahaha…
“comel jugak kau jadi ibu” aku bersuara lalu tergelak senang,hahaha…dia dah naik angin.
“jangan nak imagine pelik-pelik!” marahnya lalu aku ketawa lagi,dah siap imagine baru nak warning,terlambat sudah.
“encik,macam mana nak potong ni?stail apa?” soalnya kepada Shahin yang sedang berehat.
“potong pendek sikit bahagian depan dan make his hair the sharp spiky one!potong bahagian belakang biar pendek sikit” aku pulak yang rajin bersuara,mesti nampak berkarisma rambut langsung tak ikut keadaan semasa,old fashion betul mamat ni.
“macam mana?” soal pekerja itu lagi,mamat tu memandang aku dan pekerja itu bersilih ganti,dan bila pekerja itu bersetuju dengan cadangan aku dia pun setuju sama.
“potong je la” dia yang potong rambut tapi aku pulak yang terlebih excited nak tengok hasilnya macam mana.dari awal sampai akhir aku tengok pendandan tu potong rambut Shahin,kalau dia jadi handsome lepas ni memang kena berterima kasih dengan aku.
Setelah rambut aku dah berbau wangi semula aku duduk di sofa sementara menunggu rambut Shahin siap dipotong,aku membelek majalah yang berada di atas meja.
“jom balik” ajak Shahin,aku mengangkat kepala dan terpesona dengan wajah baru Shahin,dah jadi muda setahun,wah!handsome jugak mamat ni rupanya,pekerja lain pun asyik tengok Shahin tika ini.
“macam mana?” soalnya kepada aku,minta pendapat nampak.
“handsome,macam Cristiano Ronaldo,tapi dia lagi handsome.jom balik!” aku keluar dengan senyuman gembira,hehehe…
=========
Dah seminggu selepas kejadian tu dah takde lagi awek-awek Zack datang cari dan kacau aku,tapi yang masalahnya Zack ni masih lagi tak give up tapi dah berkurang sedikit dan aku tak nampak pun mana perubahan yang dia cakap hari tu,well kata-kata playboy mana boleh pakai
“malam nanti kita keluar?” soal Afie ceria,nak ke mana pulak si Afie ni kali ni.nak pergi beli barang pengantin ke?tapi kalau betul sekalipun buat apa ajak kami kan ?
“nak pergi mana?” soal Seven pula,Nur pun macam setuju je nak keluar malam ni.
“kita pergi join konsert artis dari Itali,dia buat konsert amal,lagipun hari ni birthday Haq,jadi aku nak celebrate dengan korang sekali” ha,patutlah beria-ia sangat,rupa-rupanya nak sambut birthday pak we,tapi kami ni tak menyibuk ke nanti?
“ala tak nak la kacau kau dengan tunang kau”
“mana ada kacau,lagipun kami tak kahwin lagi jadi tak elok kalau keluar berdua je,jadi boleh kawan-kawan aku yang comel ni temankan aku?” pujuk Afie lagi,betul jugak apa yang Afie cakap tu tak manis kalau orang tengok kalau kat UK buat la apa yang korang nak buat pun takde orang nak ambil tahu pun.
“oleh kerana kau dah cakap kami ni comel kena la setuju kan ?” jawab aku ceria,walaupun aku tak tahu kenapa mesti penyanyi Itali tapi aku boleh agak yang loghat orang Itali ni sedap,mungkin lagu-lagu dia tak faham pun boleh kata tu romantic kut.
“artis melayu ada jugak,jadi Ace dapat la kenal dengan selebriti kat sini”
“oh,Hafiz pun ada sama ke?Ace suka betul dengar lagu-lagu dia”
“entah,tengok la nanti” jawab Afie,aku memang teringin sangat nak pergi tapi mengenangkan mamat tu mesti susah,kan dia selalu cakap aku tak boleh drive malam dan dia mesti tak bagi aku pergi tempat-tempat macam tu,lagipun esok ada kelas.kalau aku ajak dia sekali aku yang akan bad mood nanti,curi-curi keluar ok tak?
“malam nanti kita jumpa ok,kita gather kat hujung jalan kawasan perumahan dan kita pergi bersama.Ace kalau Abang Shah tak bagi kau pergi kau ajak la dia sekali,ok?” alamak,tahu-tahu je Afie ni yang aku nak buat misi curi-curi keluar,nak suruh aku ajak mamat tu?memang tak la!tapi buat masa sekarang angguk je la…
Berjanji pukul 9 malam tapi aku pukul 8.40 malam dah keluar dah,bukan apa tak nak terserempak dengan Shahin nanti,lagipun dia dah balik dari masjid jadi sekarang ni mesti dia tengah berehat kan?petang tadi dia ada kerja kat Ayer Hitam,kat mana tempat tu jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu,entah wujud entah tidak.
Boleh tahan lama jugak tunggu kawan-kawan aku ni tapi sabar je la,sebaik jam aku menunjukkan pukul 9 malam mereka bertiga bersama dengan Luqman Haqim muncul di depan aku,takkan aku nak pergi seorang diri kut,jadi baik ajak Seven yang satu kepala dengan aku ni.
“Seven kau drive la,eh?” rayu aku kepadanya,bukan apa kalau kena tangkap dengan Shahin nanti boleh berunding lagi sebab Seven yang drive bukan aku.lain yang aku hajatkan lain pulak yang terjadi,Nur dan Seven naik dengan aku dan kali ni Nur yang drive,confirm diberkati perjalanan kami kali ini.Aku boleh Nampak yang Seven sangat penat lebih-lebih lagi bila dia dah jadi ketua projek dalam projek terakhir ni,jadi bijak macam Seven pun susah jadi bijak tak bijak macam aku pun susah jugak,bukan tak bijak ok!
“kesian Seven” suara Nur di sebelah aku kedengaran,matanya masih lagi focus ke jalan raya,aku memandang wajah telus Seven yang sedang tidur dengan lena.aku tersenyum dan kembali melihat Nur.
“dia penat sangat,nasib baik Nur yang drive”
“kenapa Ace tak drive sendiri?” soalan Nur aku cerna betul-betul sebelum menjawabnya,bukan aku tak pandai sebab selama ni kat UK aku drive sendiri jadi takkan la aku nak bagitahu yang Shahin tak benarkan.
“well,Ace tak tahu jalan JB ni,jadi papa tak bagi drive sangat dan mamat tu tak nak Ace drive malam sebab bahaya katanya”
“he’s look after you so well” well ke?rasa macam dia tu tak berhati perut je,sekali nak bidas aku main bidas aje,dah la peraturan ketat macam warden penjara tapi minggu lepas masa balik rumah papa ramai yang puji rambut dia sekarang stylish dan bertambah handsome,lepas ni boleh turun takhta la Cristiano Ronaldo,hahaha…semuanya jasa aku tau!jadi dia kena bayar komisen setiap kali kalau ada orang puji dia,tebal sikit poket aku.
“really?Ace tak rasa macam tu pun” jawab aku perlahan.
“yes he is,kalau Ace nak tahu masa kita pergi main boling hari tu dia cari Ace macam separuh nyawa tau!berlari ke sana ke mari,bertanya sana sini,kesian pun ada tengok dia masa tu,dan bila Ace mesej yang Ace dah balik dia terus balik” cerita Nur buat aku terkejut,selama ni kalau aku hilang dia buat derk aje,macam kat taman botani dulu,bukan nak cari aku tapi boleh dia tunggu je aku kat main gate.
“macam tak percaya je”
“ingat tak yang Ace lari selepas kena siram air tu,Nur yang call Abang Shah sebab risaukan Ace”
“jadi,sebab tu la yang dia tahu pasal semua tu,sebab tu dia boleh sampai kat situ?”
“Nur cakap apa yang terjadi je tapi Nur tak tahu pun mana dia nak cari Ace,lepas tu dia cakap dia tahu mana nak cari Ace”
Cerita Nur mengundang senyuman aku,kenapa pulak nak tersenyum?masalah jiwa aku ni.jadi baik aku berhenti fikirkan dia dan focus kepada destinasi kami sekarang ni,by the way thanks to Nur,sebab kalau bukan sebab Nur aku takkan tahu yang mamat ni takde kuasa psikik pun sebenarnya.
Setelah menjamu selera dan kami semua dah cukup kepenatan,jam dah menunjukkan pukul 11 malam,macam mana sekalipun aku kena balik,mata aku pun rasa mengantuk semacam je,sejak jadi jiran mamat tu memang aku selalu tidur awal,tu pun terpaksa dengar arahan dari babysitter tu la.
Setibanya aku di rumah ingatkan aku dah selamat daripada mamat tu tapi tetiba je dia jadi security depan rumah aku ni,macam mana nak buat ni?kalau papa tahu habislah aku lepas ni.takkan nak lari pulak jadi aku mengambil keputusan untuk masuk ke laman rumah aku,parking kereta dan kemudian masuk terus dalam rumah,tak payah nak dengar dia membebel.
“kau pergi mana?” soalnya agak tegas,kan dah kata macam tinggal dengan warden penjara,tak nampak jalan selamat pun kali ni,musnahlah hidup aku kalau dia cakap kat papa.
“makan” jawab aku sepatah,takut sebenarnya.
“mana tu perbuatan bukan tempat” amboi!jadi cikgu bahasa melayu ke?ingat aku ni tak faham ke soalan dia tu,aku cakap 2 in 1 la tu,takkan tu pun tak faham kut.
“sorry” pinta aku merayu,ni yang rasa nak menangis balik ni,kena marah time orang mengantuk macam ni.
“kau nak tahu dah berapa law yang kau langgar?” soalnya lagi,lagi tegas dari tadi,tapi macam tak marah je.
“tak nak” jawab aku telus,memang aku tak nak tahu pun sebab aku dapat rasa yang bukan satu kesalahan yang aku dah buat jadi baik tak payah tahu kan ?dah tu dia tersenyum tu kenapa?aku buat lawak bodoh ke tadi?
“pertama,kau drive malam,kedua keluar tak beritahu aku,jadi dua kesalahan yang kau buat serentak,kalau salah satu aku boleh maafkan tapi kau dah buat kedua-duanya serentak”
“aku drive dari cabang sana je,Nur yang drive.aku tak bagitahu kau sebab aku ingatkan kau dah tidur sebab kau kan ada kerja kat Skudai petang tadi?”
“kau rasa tu alasan terbaik kau?” soalnya menyindir,tapi aku rasa tu memang dah terbaik giler dah,aku kan terel dalam bab cari excuse ni.
“yup!ok tak?boleh diterima?”
“meh sini kunci kereta kau,buat masa ni papa takkan tahu apa-apa tapi aku tak tahu kalau lepas ni” muka dia tu memang boleh meledakkan gunung berapi la,kalau aku terel cari alasan dia lebih terel bagi warning,kalau jadi warden penjara mesti semua penjahat tu insaf terus dan takkan berani nak masuk situ lagi.
“nak buat apa?”soal aku tak berpuas hati,sesuka rasa je dia nak ambil kunci kereta orang,tapi dia terus menghulurkan tangannya.
“buat bodoh” jawapan dia memang langsung tak masuk akal,tak payah buat pun sebab nampak sangat kebodohannya,jahat betul aku ni.nak tak nak aku kena beri juga,lepas kunci bertukar tangan dia terus masuk ke dalam rumahnya dan biarkan aku yang tengah terlopong seorang diri.
“masuk dalam rumah cepat,sini ramai perompak bersiri tau!” ujarnya sebelum hilang ke dalam rumah,seram sejuk jugak dengar perkataan perompak tu,jadi macam mana sekalipun aku still jugak kena masuk rumah dan tidur,esok ada kelas dengan Prof Kamal,macam mana dia boleh jadi lecturer ganti bagi English lesson,parah!
==========
“cepatlah!” jerit Shahin dari dalam kereta,dia yang beria-ia rampas kunci kereta aku sekarang ni nak marah sebab aku terlewat,susahkan orang betul mamat ni.
“sabarlah!” berlari macam dikejar anjing aku dibuatnya,tali kasut pun tak sempat nak ikat,sebaik aku masuk ke dalam kereta dia bukannya terus gerak pun,gelakkan aku lagi ada la,tapi kenapa pulak dia tergelak?gila ke?
“kau ni kalau dah ada tanda-tanda gila pergi hospital la”
“kau ni kalau tak cukup tidur sekalipun takkan nak bawak baju tidur kau pergi kolej kut” apa dia kata?baju tidur?aku melihat beg sandang aku dan memang ternyata tersumbat baju tidur masa terburu-buru tadi,ni semua salah mamat ni!malunya aku tapi nak buat macam mana lagi,nasi dah jadi bubur.
“aku nak hantar dobi ok,cepatlah gerak”
“ok!petang nanti terus balik rumah papa jadi aku jemput kau kat kolej pukul 2 petang,kau solat dulu dan kalau boleh terus makan” dah mula dah bagi arahan,senang je dia nak arah-arahkan aku kan.tapi nak protes pun tak mampu jadi kena angguk jugak,kesian kat aku kena ikut telunjuk dia je,ni belum jadi isteri dia.
“erm,kalau nak makan kat kedai hari tu boleh?sedap betul roti canai kat situ” harap-harap dia setuju.
“nak makan roti canai waktu macam tu?tak kisahlah nanti kita berhenti lunch kat sana,tapi sebelum tu pun kau kena makan nanti kau kena gastric” ha,sekarang ni nak jadi doctor pulak,dia ni memang berbakat nak jadi apa pun,payah betul orang perasan pandai macam dia ni.
“ok!” marah tak marah,geram tak geram kena setuju jugak,kunci kereta aku macam mana?nampaknya aku kena tunggu angin dia baik sikit tapi pernah ke angin dia ni baik?lagipun aku tengah fikir idea kawan-kawan aku yang minta aku tinggal dengan dorang,best jugak cadangan dorang tu lagipun kalau boleh lepas ni takdela aku kena mengadap muka mamat ni tiap-tiap hari,kalau nak harapkan muka je handsome memang tak jalan kalau perangai macam malaun,ha,perkataan baru je aku belajar tapi aku tak tahu la pulak malaun tu rupa macam mana,hodoh sangat kut,nama pun semacam je.
“nak discuss sikit boleh?” soal aku teragak-agak,macam nak tanya guru disiplin pun ada.
“kalau pasal kereta kau,aku rasa kita discuss masa lunch nanti,lagipun aku tak rasa nak discuss apa-apa dengan kau” dah dengar jawapan dari YB? Aku tak rasa nak discuss apa-apa dengan kau.meyampah betul!kau ingat aku hadap sangat nak discuss dengan kau,buat sakit gigi je,malas betul aku nak layan degan mamat ni.
Sebaik aku mendiamkan diri aku boleh nampak yang matanya melihat aku,aku buat tak endah dan memasang earphone untuk mendengar lagu dari MP3 yang baru aku beli dua minggu lepas.aku tak pasti dia cakap apa tapi mulut dia bergerak-gerak,dia cakap sensorang ke dia cakap dengan aku?confuse!
“kau cakap seorang diri ke?” soal aku dengan mimic muka hairan sekali,sekali lagi aku dapat tengok mulut dia bergerak-gerak tapi kenapa aku tak dengar apa-apa ni?ya Allah aku tak nak pekak,sebaik tangan aku menyentuh kedua-dua belah telinga aku baru aku perasan yang ada earphone kat telinga aku sekarang ni,aku mencabutnya dan perkataan terakhir yang aku dengar ialah.pekak.
“kau cakap aku pekak eh?” soal aku geram,sesuka rasa je cakap aku pekak.
“bila?” soalnya kembali,ingat aku tak dengar la tu.
“tadi,aku dengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut kau tu pekak”
“kau yang sumbat telinga kau dengan benda tu,nak salahkan aku pulak?”
“ye la tu,baik kau mengaku cepat!”
“whatever!”
Dia terus senyap lepas tu,aku pun malas nak bertekak di pagi hari yang indah macam ni,buat hilang mood ceria aku je,malang betul siapa yang bercinta dengan mamat ni,dah la hati batu,muka konkrit pulak tu,sekali aku lempang berderai jari-jemari aku ni,jadi untuk mengelakkan kecederaan baik kita jangan cari pasal dengan orang yang berfikiran cetek macam dia ni.
“turun!” ujarnya keras,nak halau aku pulak?aku mengambil beg aku dan beberapa fail ditempat duduk belakang lalu keluar daripada Ferrari buruk dia tu.alang-alang tangan dah penuh dengan barang-barang jadi kena guna kaki untuk tutup pintu ni,cantik punya timing.dengan segala kudrat yang aku ada aku sepak pintu kereta dia dengan kuat sehingga tertutup rapat,kuat bunyinya macam bunyi bom!hahaha….padan muka kau! Aku tak sempat nak tengok air muka dia macam mana tapi aku boleh agak yang dia bengang,lepas buat kerja bijak dan jahat aku tu terus aku melarikan diri ke tempat Afie,Nur dan Seven tengah berkumpul,ramai jugak student lain yang terkejut dengar aku tutup pintu kereta tadi,biarlah orang nak pandang serong ke,senget ke,betul ke,takbetul ke,yang penting aku puas hati dengan hasil kerja aku.hahahaha….
“Ace,apa kena ni?” soal Seven dengan muka terkejut,kena apa?
“kena apa?ada orang terkena apa-apa ke?kena loteri ke?” soal aku berduyun-duyun,dah tahu maksud sebenar mereka tapi saja buat-buat tak faham,aku malas nak dengar dorang ni bagi nasihat kat aku dan cakap yang Shahin tu baik,oh please,tak kenal maka tak tahu!
“dah mula dah!gaduh ke?” soal Seven lagi,dia ni kurang sikit angkat bakul Shahin jadi senang nak berinteraksi,tapi kalau dengan Afie dan Nur ada je kesalahan aku,kesian kat aku kawan pun tak nak backing papa dan abang pun sama je,mak mah pun sama,kalau masuk court tak sempat nak start lagi aku dah jadi pesalah dan akan dijatuhi hukuman mandatory,
“macam biasa,kali ni dia cakap aku pekak” cerita aku ringkas.
“what?tak patut,tak patut” ujar Seven menyokong aku,aku tersenyum je dan Nur dan Afie dah terlebih dahulu angkat kaki beredar dari situ,tapi memang betul yang mamat tu memang mulut agak jahat sikit tapi dia selalu ada untuk temankan aku tika aku sedih jadi dia tu half human half concrete la,hahaha…buat dosa lagi! Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa ku.hehehe…
“Seven,kau percaya ke cerita aku ni?” soal aku ingin tahu.
“mestilah percaya,banyak cara hubungan boleh terjalin tau,melalui pergaduhan melalui kasih sayang dan segala laluan la,jadi cerita Ace dengan Abang Shah tu memang logic”
Banyak betul yang logic dalam kepala bakal engineer ni,tapi aku tak pernah menjalinkan hubungan dengan dia ok,hubungan antara kami tek pernah terjalin!never and never,biarlah Justin Bieber penyanyi kesukaan aku selalu cakap never say never pun,tak boleh aku nak mengikutnya…
“aku dengan mamat tu,jalin hubungan?aku rasa jalin highway lagi senang kut”
“bukan la,maksud aku,kau selesa dia yang macam mana?baik sangat dengan kau ke atau yang layan kau macam sekarang ni?”
“sekarang la kut,dia nak layan aku baik-baik,agaknya dia dah nak mati kut”
“see?tu la maksud aku,dia pernah cakap dia benci kau?”
“tak pernah pulak”
“tak pernah pulak”
“kau ada rasa dia benci kau?”
“tak kut”
“jadi the main conclusion is,hubungan kau dengan dia memang macam ni,dan dia buat semua tu sebab dia seronok kut,macam kau buat dia sakit hati,seronok kan ?”
“seronok!” jerit aku ceria,Seven ni tak payah jadi engineer la baik jadi motivator je,jadi motivator peribadi mamat tu biar dia tahu yang mana betul dan yang mana salah,macam aku ni dah betul sangat!hahaha…
“seronok!” jerit aku ceria,Seven ni tak payah jadi engineer la baik jadi motivator je,jadi motivator peribadi mamat tu biar dia tahu yang mana betul dan yang mana salah,macam aku ni dah betul sangat!hahaha…
“hati-hati tau Ace,mula-mula macam ni,lama-lama jatuh cinta”
“jatuh cinta?dengan dia?” soal aku double question.dia pun buat double angguk.
“kesian kat aku,kalau orang lain jatuh cinta tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang,betul tak aku susun ni?”
“salah,makan tak kenyang dulu”
“ha,lagi sekali,makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah aku jadi kes lain sikit,makan memang banyak sebab stress jatuh cinta,tidur tak nak bangun-bangun lagi dah sebab tak sanggup terima hakikat nak tengok muka dia lagi,mandi memang basah lencun dengan air mata sebab tekanan tinggi tau!” dah lepas aku cakap boleh pulak dia bantai gelak,aku pun tolong gelak sama,takkan terjadi aku jatuh cinta kat dia,dan lagi aneh kalau dia jatuh cinta dengan aku,aku rasa dia lebih rela jatuh tangga daripada jatuh cinta dengan aku.
“Ace ni benci sangat ke kat dia?” soal Seven lagi,aku sendiri tak boleh nak agak apa status dia dalam hati aku,musuh ke?aku tak rasa sampai macam tu pun.
“mana ada,cuma kalau dengan dia rasa nak gaduh je,seronok”
“baguslah!aku tahu yang kawan aku ni baik jugak orangnya”
“aku memang baik tapi mamat tu hampeh!
===========
Setelah bersalaman dengan kawan-kawan aku terus masuk ke dalam kereta Shahin yang sedang menuggu di tempat parking kereta,muka dia tak menunjukkan dia marahkan aku pun,takkan dah tak ingat pasal aku tendang dia punya pintu kereta tadi.kalau dia tak marah baguslah.kan?
“kau nak discuss apa tadi?” soalnya mendatar,tak menunjukkan langsung yang dia berminat nak berbincang dengan aku,takpe la,kita tunggu masa lunch nanti.
“kau nak discuss apa tadi?” soalnya mendatar,tak menunjukkan langsung yang dia berminat nak berbincang dengan aku,takpe la,kita tunggu masa lunch nanti.
“ada la” jawab aku ringkas,dia memandang aku sekilas tanpa bersuara jadi aku pun tak nak kacau dia punya focus,akhir sekali aku jugak yang diam tak berkutik.
“jom makan!” ajaknya tiba-tiba,sebaik aku tengok keadaan sekeliling ternyata kami dah sampai di kedai makan yang kami selalu berhenti setiap kali pulang ke rumah papa.
“nak makan apa?” soalnya lagi.
“apa-apa je la,aku nak pergi tandas jap” aku berlalu dari situ dan mencari kelibat anak tauke restoren,mana pulak budak dua orang ni pergi?selalunya ada je kat sini.biarkan benda sampingan ni dulu,sekarang baik aku pergi tandas,tak dapat nak tahan dah ni.
Sebaik keluar dari tandas aku mencari lagi tetapi keputusannya tetap sama,takde.baik aku tanya terus dekat tauke kat sini kan ?
“pak cik,mana Akim dan Remy?” soalku ramah,pak cik ni pun dah kenal sangat dengan aku dan Shahin jadi tak rasa janggal lagi bila jumpa kat sini,kadang-kadang dapat makan free,hehehe rezeki.
“ada latihan hoki agaknya” jawab Pak Mail tauke restoren ni,la,nampaknya tak dapatlah aku nak berbual dengan dorang,result mid year dorang pun aku tak dapatlah nak tahu.yang paling penting aku nak tahu result English dorang je sebenarnya,katanya English out!
“tahun SPM pun sempat lagi nak main hoki?” soal aku bergurau,alah,macam aku tak pernah buat,aku dulu lagi teruk dari dorang ni tapi aku punya cara belajar lain sikit,takde SPM semua ni.
“tu la,dah puas Pak cik cakap kat dorang tapi satu haram pun tak dengar” aku tergelak kecil,biasalah ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak mereka jadi kalau pergi main sikit pun dorang dah risau.bukan apa,risaukan masa depan anak-anak mereka.
“nak jadi pemain hoki international la tu” aku bergurau lagi,dan Pak Mail turut sama tergelak,daripada aku kacau Pak Mail masak baik pergi makan,nanti sejuk pulak makanan aku.dari jauh aku dah boleh agak apa yang dia order untuk aku dan apa yang dia order untuk diri dia.kalau untuk aku mesti mee rebus dan untuk dia sah-sah la nasi goreng.
“kau ni pergi tandas ke bersih tandas?” sikit punya soalan buat aku sakit hati,ni rasa nak fire orang macam naga ni,kalau tengok aku senang sehari mati agaknya mamat ni.baru je aku bukak mulut nak keluarkan api nak bakar mamat depan aku ni hidup-hidup dah balik pulak budak dua orang tu.
“Kak Ace!” dah balik the twin of troublemaker!
“waalaikumussalam w.b.t” jawab aku memerli,ha,kan dah kena penangan aku,tak boleh fire mamat ni,dapat simbah air kat budak dua orang ni pun kira jadi la.
“Assalamualaikum w.b.t,Abang Shah,Kak Ace” dua-dua tersengih macam kerang busuk,dua-dua pun bau busuk dengan peluh.
“pergi mandi dulu,dah sekedai bau peluh korang” Shahin bersuara setelah kedua kembar ini bersalaman dengannya,amboi dah bertukar jadi baik balik,hipokrit konkrit punya orang!
“ok bang,tapi bang awek suka bau peluh lelaki,cool katanya” eh,pandai bergurau jugak si Remy ni,ingatkan senyap macam siput je.dah ada awek ni!
“haah,nak pengsan akak bau peluh korang ni,nak mati pun ada” seloroh aku mengundang tawa mereka bertiga,bila lelaki bersatu dunia itu bukan milikku.
“sebelum akak mati,kami mintak diri untuk bersiram” dengan senyuman aku menghantar mereka pergi,sekali layan budak dua orang ni tak nampak jalan balik aku dan Shahin nanti,ada je benda dorang nak bualkan.
“apa kau nak discuss tadi?” eh,dah bertukar balik angin dia,dah mula suara takde lenggok dah!pandai betul berlakon mamat ni.
“aku rasa nak pindah rumah,jadi kau tak perlu la nak stay kat JB lagi” senang je kalau berterus-terang,muka dia tak berubah pun,siap minum jus laici dengan berselera sekali,suka sangat la kan sebab tak payah tengok muka aku lagi lepas ni.
“kau ni benci sangat ke kat aku?” aik,lain yang aku agak,lain pulak yang jadi.
“mana ada,aku just rasa aku dah boleh survive sendiri dan aku rasa tak perlu kut kau ikut sangat cakap papa sampai susahkan diri kau sendiri”eleh,alasan je tu sebenarnya.
“so?” so pulak dia tanya,kalau kat UK aku akan tanya dia balik so what?tapi dengan mamat ni tak jalan benda macam tu.
“kau pujuk papa untuk aku,boleh?dan boleh aku dapatkan kunci kereta aku balik?” soal aku bersungguh-sungguh,sangat-sangat berharap dia berkata ya,kalau sayang air liur angguk pun jadi la.
“tengoklah macam mana” jawapan sakit jiwa lagi.belum sempat aku nak merayu lebih lagi dah terpacak dua budak ni depan kami,siap dengan makanan tengahari mereka lagi,tetamu tak diundang betul dua orang ni.
“tengok apa?” soal Akim yang memang suka bertanya dan bercakap,kalau burung kakak tua dibuatnya,bukan burung murai ke cakap banyak?tak kisahla yang penting burung.
“tengok masa depan korang,jadi pemain hoki ke nanti” jawapan Shahin mengundang senyuman aku,pelik-pelik la jawapan yang keluar dari mulut mamat ni.
“wah!dahsyat,ada kuasa psikik” ujar Akim tersenyum.
“jadi apa nanti bang?” soal Remy pula.
“erm,bagi masa tiga saat,meh dekat sikit abang nak tengok kening korang” dengan patuhnya dua kembar itu mendekatkan kepala mereka kepada Shahin.gila punya orang,orang tilik nasib tengok tapak tangan tapi boleh pulak dia ni tengok kening.
“bang,orang tengok tapak tangan la” jawab Remy.
“tu zaman batu,sekarang ni zaman batu bata jadi dengar la arahan psikik ulung ni”
“kata tiga saat,ni dah tiga minit dah,nak gugur kening kami kena tilik” aku hanya mampu tergelak melihat mereka bertiga bermain,pendek akal punya orang.bila nak dewasalah agaknya.
“dah dapat!”
“apa bang?” soal Akim sambil mengangkat keningnya.
“panggil la psikik ulung ni dengan gah sikit,dah la free je abang bagi”
“apa keputusan eksperimen tilikan ini Tuan Psikik Yang Ulung?” soal Akim lagi,dengan segala mandat macam nak pergi jumpa sultan pun ada aku tengok.
“jadi orang!” hahaha,bantai gelak sama-sama,teruk punya tilikan kalau macam tu la hasilnya aku pun tahu,muka Remy dan Akim dah kemerahan ketawa,habis keluar ilmu hari ni,teruk betul la bila orang lelaki ni gelak,macam nak terbalik dunia ni dibuatnya.tapi yang paling seronok gelak aku la,dari tadi lagi duk gelak.
“abang ni buat lawak pulak,kalau kami ni tak jadi orang nak jadi apa?lembu?” soal Remy masih lagi dengan sisa tawanya.
“kalau asyik duk kat rumah,makan,tidur je sama sangat la dengan lembu tu” aku pula bersuara,kali ni Akim yang beria-ia setuju dengan aku,adalah tu nak kenakan adik dia,jahat punya kembar.
“kalau macam tu Akim la lembu,pemalas!” Remy bersuara geram,aku tolong gelak bagi pihak Remy,padan muka kan dah kena pantulan sendiri.hehehe…
“kau tu share rahim ibu dengan aku tau!kalau aku lembu kau pun lembu jugak” bidas Akim semula,dah nak start dah dua orang ni.
“aku kata umpamanya lembu,kau ni malas macam lembu,mengunyah je kau tahu!” balas Remy semula,tak pernah nak mengalah mereka berdua ni.
“dah la tu” Shahin bersuara tenang dan seperti biasa mereka akan berhenti bergaduh,hahaha,memang layak betul Shahin ni jadi warden penjara,hahaha…banyak betul gelak hari ni.
“lama abang dengan akak tak drop sini,kenapa?abang punya rambut pun handsome semacam je” Akim bersuara mengembalikan suasana ceria,aku tersenyum lagi,tengok kaki la siapa yang ubah manusia zaman batu ni.
“kami balik malam selalunya,tak sempat nak singgah,rambut ni Kak Ace korang la punya kerja” aik,pujian ke tu?bangganya aku!
“betul ni?akak pandai potong rambut,fix la yang kami jugak” ujar Remy bersemangat, ingat aku ni pendandan ke?aku ni tukang cadang je bukan tukang gunting.
“mana ada,akak tolong cadangkan je,tukang gunting yang guntingkan,saja nak ubah gaya orang zaman batu ni jadi orang zaman konkrit” dia tak marah pun,hanya menghadiahkan aku satu pandangan maut,dua kembar ni seronoklah bantai gelak,bukan dorang tak tahu yang aku dengan Shahin ni macam seteru.
“dah lewat ni,jom gerak” ajak Shahin setelah selesai membuat bayaran,aku mengangguk setuju,daripada lepak kat sini baik balik dulu,layan kembar ni boleh hilang ingatan nak balik rumah.
“study elok-elok tau!jangan fikir nak main je,bila game hoki korang?” soal aku berminat,mana tahu boleh turun padang bagi sokongan kat budak ni.
“lambat lagi,bulan tujuh rasanya,akak nak turun eh?” soal mereka berminat.
“tengoklah macam mana,kena bincang dengan warden penjara tu dulu,akak balik dulu” aku beredar dari situ dengan senang hati,aku rasa hari ahad nanti jumpa dorang ni lagi,kalau takde arah melintang la.aku masuk ke dalam kereta dan Shahin terus memecut pergi.
“aku pun ada kuasa psikik” Remy bersuara tiba-tiba,agak kuat dia menepuk bahu Akim sehingga tersedak dibuatnya.
“siapa yang kau tilik?gugur tak kening orang tu?” soalan Akim mengundang tawa Remy.
“Kak Ace dan Abang Shah,tapi aku tak tengok kening dorang,aku tengok mata dorang”
“apa yang kau nampak?dorang jadi orang jugak ke?”
“memang la orang ngok!tapi aku rasa dorang nanti jadi husband and wife,hubby and baby.mummy and daddy”
“aku pun rasa macam tu jugak,tapi tolong jangan buat muka macam tu!geli aku tengok,kau ni sejak couple dengan Farah semacam je aku tengok”
“lantak kau lah!semacam ke,dua macam ke,tiga macam ke,aku malas nak layan kau!”
“kau malas?” soal Akim tiba-tiba,pelik benar soalannya.
“malas nak layan kau ni!sakit otak!”
“kalau malas,macam lembu!kau ni lembu!” hahaha,bantai gelak seorang diri,Akim mengambil pinggannya yang sudah kosong dan melarikan diri dari situ,mendidih la darah Remy dibuatnya.
“kau ni sejak tadi lagi nak cakap yang aku ni lembu kan ?tengkorak hidup!”
-Note 25-
Bestt sgt.. Xsabar nak tunggu sambungan die..
ReplyDeleteAlaaah.. saya kira ini sambungan sampai habis, ternyata masih banyak lagi ke?
ReplyDeleteApapun sy suka sebab akhirnya cerpen ni ada sambungan die,
Akak cepat sambung lagi ye... Dah tak sabar ni nak baca lagi..
Terbaik akak..
Saya suka menulis tapi terkadang cerita saya berhenti kata tengah jalan.. ajarkan saya ya kak..
Thanks akak..
Lahh. Ingtkan dh the end. Rupanya ada lagi. Takpe lah. Saya setia menanti cerpen2 akak.
ReplyDeletemana sambungan 😭 ?
ReplyDeletewow,, daebak👍 nak tahu kebetulan betul,, dkt tempat sye belajar ada sorg budak laki ni nma dia zakuan atau nama omputih dia nak 'zack' perngai pun sebijik mcm zack dlm cerpen ni,, annoying giler hahaha alamak terlampau terkutuk org lak hahaha,, btw best la crita ni tashabar pulak nak tnggu smbungan nyerr😖😭.. cepat2 sis alzaisanara~~~ hehehe acah jer
ReplyDeleteO hai awak :) Bestnya awk punye cerpen :) Mek baru nak jinak2 buat cerpen. Scara tak lansung awk dah jd idola mek :) mksud mek, mek punya inspired :)
ReplyDeleteNak lg...nak lg....mdhan btulla rmlan si twins tu...
ReplyDeleteble la shah n ace ni kwin.....msti gmpak ek....
Hope the end of this story Shahrin kawin jugk dgn Ace. Sbb ramai sgt lelaki yg wujud dlm hidup Ace. Haa Complicated nyaa😂 Btw good job kak, thumb up👍🏻 best sgt😘
ReplyDeleteWow tak sabar nak tunggu smbungan cite ni best sangat...thumb up
ReplyDeleteX sabar nk tunggu yg seterusnya..smua post akak saya Dh baca hehehe 3 hri non stop.. mata pon Dh mcm panda.. X sabar nk baca lgi
ReplyDeleteKelakar laa c kembar tu hahahaa
ReplyDelete