*firstly saya minta maaf sebab lambat sangat post cerpen. this one sepatutnya untuk bulan April. sorry sangat sebab dah post lewat dan minta maaf banyak-banyak kalau tak best. ni memang rushing gila nak siapkan. apepun enjoy la yer... tq dah stay...
=========
“kau dengar sini perempuan! Aku tak pernah rela kahwin dengan kau! Aku kahwin dengan kau untuk harta dan jawatan CEO tu je!” setelah ditengking Nabilla di tolak dengan kasar sehingga dia terjatuh dengan kuat di lantai.
“Farhan…”
“kau jangan sebut nama aku, jijik aku rasa nama aku keluar dari mulut busuk kau ni!” kaki lelaki bernama Farhan yang bergelar suami kepada Nabilla memijak betis Nabilla dengan kuat.
“aku tak sabar nak tengok kau blah dari sini! Semak!” sekali lagi kaki Farhan menyepak kaki Nabilla dan dia terus beredar dari situ tanpa rasa bersalah.
=========
“umi!!!” jeritan dari suara kecil itu menyedarkan Nabilla daripada lamunannya mengenai kisah silamnya yang hitam.
Nabilla memandang anaknya dan tersenyum senang. Aidil dan Fitri yang baru sahaja berumur empat tahun mampu memahami maksud menangis dan dia tahu Umi mereka sedang bersedih. Fitri memanjat ke ribaan Nabilla dan mengesat air mata di pipi Nabilla sebelum menciumnya.
“umi sedih sebab along dan angah degil ya?” soal Aidil, anak kecil itu membuatkan Nabilla tersenyum sedikit.
“mana ada anak umi ni degil, dah makan?” soal Nabilla dan Aidil menggelengkan kepala dengan bibirnya yang dijuihkan sedikit. Maksudnya dia tengah lapar.
“Aunty Mei tak sediakan makanan ke?” soal Nabilla.
“ada, tapi angah tak nak makan, along pun tak makan” jawapan dari Aidil buatkan Nabilla memandang Fitri. Fitri seorang anak yang pendiam dan pemalu, sehingga hari ini, Fitri masih lagi tak mampu bercakap seperti Aidil. Apa yang Fitri boleh sebut hanyalah perkataan Umi.
Nabilla mulanya risau dengan keadaan Fitri tetapi bila dia berjumpa dengan pakar, pakar hanya menyatakan yang Fitri sihat sepenuhnya. Tiada siapa yang tahu kenapa Fitri tidak mahu bercakap. Semuanya atas kehendak Fitri sendiri. Selagi Fitri menghalang dirinya, tidak ada apa yang mampu Nabilla lakukan. Nabilla hanya mampu berdoa dan berharap anaknya akan bercakap seperti Aidil suatu hari nanti.
==========
Bibir Nabilla berdarah apabila ditampar kuat oleh Farhan. Nabilla keliru, dia tak tahu atas sebab apa dia dipukul tapi dia terimanya dengan tabah. Dia sedar yang dia hanyalah seorang perempuan yang miskin dan tak layak untuk lelaki sehebat Farhan. Dia tak harapkan perkahwinan yang terjalin antara mereka tetapi atas wasiat mereka disatukan.
”aku tak tahu macam mana manusia macam kau ni berjalan atas dunia ni. Memang manusia tak sedar diri!” kepala Nabilla ditunjal kuat dan kepalanya terasa sakit dengan tunjalan yang kuat itu. dia terhantuk di dinding rumah.
“aku tak nak tengok muka kau kat sini, berambus!” Nabilla ditendang dengan kuat menyebabkan dia tersemban di lantai dengan kuat. Sikunya berdarah tetapi dia cuba untuk menahan sakit dan beredar dari situ dengan segera sebelum Farhan mengamuk lagi.
=========
“Bell!” bahu Nabilla ditolak kuat oleh rakan sekerjanya. Nabilla tersedar dari lamunannya dan berpaling kepada Aisa yang sedang berkerut memandangnya.
“apa dia?” soal Nabilla masih lagi dalam keadaan bingung.
“kau belayar lagi, stok buku baru dah sampai. Pergi susun!” arah Aisa buat kali kedua kepada sahabatnya yang telah bekerja bersamanya selama 4 tahun. Aisa tak tahu kisah hidup Nabilla tapi dia dapat agak yang kehidupan Nabilla susah. Tapi dia tak pernah cuba untuk bertanya, dia hormati privasi Nabilla.
“maaf, aku pergi sekarang” laju Nabilla menghilangkan diri untuk menyambung kerjanya semula.
Aisa anak kepada tauke buku di tempat mereka bekerja, jadi dia mampu untuk memastikan Nabilla mampu bekerja di kedai buku keluarganya selama yang mungkin. Aisa risaukan keadaan Nabilla yang kerap mengelamun sebulan kebelakangan ini.
Nabilla mula focus pada kerjanya dan dia perlu segera siapkan kerja untuk ke tempat kerjanya yang kedua petang nanti. Dia perlukan duit lebih untuk menyara hidupnya dan dua anaknya. Nabilla menyusun novel yang baru sahaja sampai. Dia hanya mampu memandang novel-novel itu dengan pandangan kosong. Kisahnya hampir sama tapi pengakhirannya berbeza sekali. Tapi, Nabilla tak salahkan semua kisah dalam novel-novel itu, dia cuma harap hidup dia akan berakhir dengan baik sama seperti salah satu kisah dalam novel itu.
“excuse me, boleh tolong carikan buku ni untuk saya?” satu suara menyebabkan Nabilla tersedar dari lamunannya dan memandang pemilik suara yang maskulin itu. mata Nabilla hampir terkeluar apabila melihat wajah yang dia paling benci itu.
Tanpa banyak bicara, Nabilla merempuh sekujur tubuh di hadapannya itu menyebabkan beberapa buah buku terjatuh dan hasilkan bunyi yang kuat. Tubuh yang dilanggarnya juga tersandar ke rak buku kerana ditolak dengan kuat.
Aisa yang menyedari hal itu segera ke tempat tersebut dan terkejut dengan apa yang telah terjadi.
“maafkan saya encik, encik ok?” soal Aisa kalut dan mengutip buku-buku yang terjatuh lalu diletakkan di atas rak.
“saya ok” balas lelaki itu.
“tolong maafkan kawan saya” pinta Aisa lagi dan lelaki di hadapannya tersenyum sedikit dan memberitahu yang dia ok.
“apa yang saya boleh tolong?” soal Aisa kembali melayan pelanggannya.
“saya perlukan buku-buku ni” lelaki itu serahkan senarai buku yang diperlukannya. Aisa membaca senarai itu dan keningnya terangkat sedikit sebelum memandang wajah lelaki yang cukup tampan pada matanya.
“novel-novel cinta?” soal Aisa seakan tidak percaya lelaki yang sangat maskulin di hadapannya ini penggemar novel-novel romantis.
“kakak saya yang buatkan saya buat benda ni” gumam lelaki itu perlahan bersama satu keluhan yang berat. Aisa tergelak sedikit bila melihat wajah kelam lelaki tersebut.
Nabilla tahu yang dia akan disoal oleh Aisa dan dia akan dimarahi dengan teruk. Prestasi kerjanya memang teruk dalam bulan ini. dia tahu dia tak patut buat macam tu pada customer tapi dia sangat tak tahan untuk melihat seraut wajah yang paling dia ingin lupakan selama empat tahun ini. wajah yang membawa kisah hitam dalam hidupnya.
“cakap!” tegas Aisa bersuara sebaik dia masuk ke dalam ruangan rehat pekerja. Nabilla memandang Aisa dengan mata yang bergenang. Dia tak nak menangis dan buka balik kisah hitamnya kepada sesiapa sahaja.
“aku minta maaf…” pinta Nabilla sebelum menangis. Selama empat tahun ini dia jauhkan diri daripada society. Dia dah lama menjauhkan diri daripada masyarakat dan hanya bercakap dengan beberapa orang yang penting dalam hidupnya. Dia tak punya keluarga, dia sebatang kara.
“Bell, kau kenapa?” soal Aisa resah bila buat kali pertama Nabilla menangis di hadapannya dan rasa marahnya kepada Nabilla terus lesap. Dia yakin ada perkara yang tak kena tapi dia tak nak memaksa Nabilla untuk bercerita.
”ok, jangan nangis.”
“aku tak nak jumpa lelaki tu. Aku benci dia” luah Nabilla dengan esakan yang masih jelas menyebabkan Aisa menangkap satu perkara. Nabilla kenal dengan lelaki itu dan lelaki itulah yang menyebabkan Nabilla bersedih selama ini.
“Dr. Nabil!” doctor yang dipanggil itu tersedar dari lamunannya dan memandang jururawat yang menegurnya itu. jururawat itu tergelak kecil dengan tindak balas yang Nabil berikan.
“ada apa, Nisa?” soal Nabil sambil mengurut dahinya yang mula berkerut.
“doc fikirkan apa sampai saya panggil beratus kali tak dengar?”
“tak ada apa la, kenapa?” soal Nabil lagi dan dia tergelak kecil. Dia jarang termenung dan bila dia termenung pasti sampai ke bulan. Lebih laju daripada kapal angkasa yang Neil Armstrong guna.
“saja, jarang tengok doc yang hiperaktif ni diam dan termenung melainkan…” Nisa sengaja memanjangkan nada di belakang untuk menimbulkan rasa ingin tahu Nabil.
“melainkan?” soal Nabil berminat.
“fikirkan tentang perempuan” jawab Nisa dengan sengihan lebar. Nabil tergelak dan gelengkan kepala sebelum beredar tanpa memberi sebarang balasan kepada Nisa.
Nabil memang fikirkan tentang seorang perempuan dan dia sendiri keliru dengan perempuan yang dia fikirkan. Dia tak pernah kenal dengan perempuan itu, dia tak pernah lihat perempuan itu. tetapi, bayangan dan wajah benci yang perempuan itu tunjukkan pada dia buatkan dia rasa tak senang. Dia ingin berjumpa dengan perempuan itu lagi dan tanya berjuta soalan yang sedang berlegar dalam otaknya.
Nabil teruskan kerjanya di hospital dengan lancar dan dia bercadang untuk singgah di kedai buku yang sama selepas tamat waktu bekerja. Dia ingin bersua dengan perempuan itu lagi. Setelah segala urusannya selesai, dia segera beredar dari hospital. Dia memandu ke kedai buku yang berdekatan dengan rumahnya itu.
Nabil masuk ke dalam kedai buku yang agak lengang itu dan terus menuju ke rak yang sama, di mana dia dan perempuan itu pernah berjumpa. Tetapi semuanya hampa bila Nabil tak menjumpai pekerja itu. Nabil mengeluh dan berjalan ke kaunter untuk tanyakan soal pekerja itu.
“excuse me”
“ya, apa yang boleh saya ban… kejap, encik ni yang datang semalam kan?” soal pekerja yang menjaga di kaunter yang bernama Aisa itu. Nabil masih lagi mengingati wajah itu dan dia anggukkan kepala.
“apa yang encik nak?” soal Aisa kasar. Dia dah tak pedulikan etika kerjanya sekarang ini. walaupun dia tidak tahu masalah sebenar lelaki di depannya sekarang ini dengan kawannya Nabilla, dia tak akan beri muka kepada sesiapa sahaja yang sakitkan hati kawannya.
“saya…saya nak jumpa…”
“apa yang kau nak dari dia?” soal Aisa garang, perkataan encik sudah bertukar kepada kau. Nabil mula rasa takut dengan Aisa.
“saya…”
“aku tak tahu apa masalah kau dengan Nabilla, tapi aku tahu sebab kau dia menangis. Dia benci kau jadi tolong simpan dalam memori otak kau, yang Nabilla benci kau dan dia tak nak tengok muka kau! Jadi, dengan masih ada sisa baik hati dalam diri aku, aku nak kau blah!” pinta Aisa kasar. Memang dah hilang sopan santun semua.
Nabil cuba untuk berunding lagi tapi dia tahu bukan masanya. Kalau rasa nak hilang kepala atau pendek umur memang boleh terus berkeras tapi, Nabil tidak memilih untuk bermalam di hospital jadi dia segera beredar setelah meminta maaf.
“menakutkan betul perempuan zaman sekarang” gumam Nabil dan masuk ke dalam keretanya. Ugutan yang Aisa berikan memang mampu menggugat Nabil tapi, perasaan ingin tahunya semakin bertambah.
‘kenapa dia menangis sebab aku? Kenapa dia benci aku? Aku tak kenal dia…’ otak Nabil memutarkan ayat itu beberapa kali dan akhirnya dia mengelah dengan rasa lelah. Dia block otak dia daripada terus berfikir dan teruskan memandu.
Nabilla sediakan makan malam ringkas kepada buah hatinya dan dia senang. Dia senang walaupun dia kepenatan, dia bahagia bila hasil titik peluhnya mampu memeberi makan kepada anak-anaknya. dia tak perlukan suami dan tak perlukan seorang lelaki untuk dirinya. Tapi, dia takut, takut bila anaknya memerlukan seorang ayah. Dia tak mampu. Jika anak-anaknya minta dunia daripadanya, dia akan usahakan tapi jika anak-anaknya meminta bapa, ayah, papa, daddy, walid, abi atau abah, dia tak mampu. Dia tak sanggup untuk luka kali kedua.
“umi!” Nabilla terdengar jeritan anaknya dari dalam bilik air dan dia segera berlari ke sana.
“ada apa along?” soal Nabilla risau dan wajahnya pucat bila melihat Fitri muntah-muntah.
“ya Allah, kenapa dengan angah ni along?” soal Nabilla risau dan duduk di sebelah Fitri sambil mengusap belakang Fitri.
Aidil mula menangis dan menggelengkan kepalanya kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Bila Aidil menangis, Fitri mula menangis dan hampir menyebabkan dia tersedak muntahnya sendiri.
“Aidil, ambilkan telefon Umi, cepat” arah Nabilla dan masih cuba untuk menenangkan Fitri. Aidil berlari masuk ke dalam bilik dan mendapatkan telefon Nabilla sebelum kembali kepada uminya.
“sayang, dengar cakap umi, jangan nangis, nanti angah sedih” pinta Nabilla dan menahan tangisnya, air matanya yang sudah hampir gugur dihapus dengan segera. Tangannya terketar-ketar mencari nombor telefon Aisa. Dalam telefonnya hanya ada dua nombor iaitu nombor Aunty Mei dan nombor Aisa.
“Bell, ada apa?” soal Aisa sebaik menjawab panggilan Nabilla.
“Aisa, tolong aku, aku nak pergi hospital”
“hospital? Kenapa?”
“angah”
“dia muntah-muntah lagi ke? Okay, bagi aku 15 minit” setelah itu panggilan di matikan.
Fitri sudah berhenti muntah dan badannya sangat lemah, Nabilla bersiap ala kadar dan menunggu Aisa di depan rumahnya. Dia tidak mempunyai kereta, hanya motorsikal, yang bukan miliknya tetapi milik Aisa. Aisa berikan kepada Nabilla supaya mudah untuk Nabilla bergerak.
Mereka bergegas ke hospital dan Fitri dibawa ke ruang kecemasan, Nabilla tidak mampu menahan rasa risaunya dan dia hampir menangis di bahu kawannya itu. kali ini, kali ke tiga Fitri dimasukkan ke hospital kerana muntah dengan teruk. Nabilla masih lagi mengumpul duit untuk dibawa berjumpa pakar.
Nabil baru sahaja selesai tugasnya dan dia sedang membuat laporan terakhir sebelum balik ke rumah setelah seharian bertugas, badan dia sangat penat dan dia perlukan rehat dengan kadar segera. Baru sahaja dia ingin menanggalkan kot putih miliknya, satu katil menolak seorang kanak-kanak ke wad kecemasan menariknya untuk kembali bertugas walaupun waktu kerjanya sudah tamat.
“doc, baguslah doc ada kat sini” seorang nurse lega bila ada doctor yang segera tangani kes itu. bukan sebarang doctor, doctor pakar lagi.
“ok, angkat dia naik katil” maklum Nabil dan jururawat yang bertugas segera lakukan apa yang di minta.
Selama 10 minit Nabil buat pemeriksaan kemudian dia mengeluh kepenatan tapi dia tersenyum sebaik terdengar suara kecil itu mula kedengaran. Nabil tahu yang kanak-kanak itu sedang kesakitan.
“nama pesakit?” soal Nabil sambil mengambil laporan kesihatan kanak-kanak yang memandangnya dengan mata bulat itu. Nabil rasa pelik dengan renungan dalam itu tapi dia hanya tersenyum dan berfikir yang kanak-kanak itu ketakutan di tempat asing.
“Fitri Fattah Bin…”
“Umi!” Fitri memanggil nama itu sebelum mula memandang dinding dan matanya mula bergenang.
“kejap lagi Fitri boleh jumpa Umi ya, sekarang ni doctor nak check dulu, doctor sentuh perut Fitri ya, kalau sakit cakap” Nabil cuba berkomunikasi dengan Fitri dan apa yang Fitri buat hanyalah memandang Nabil.
Nabil mula menggerakkan tangannya ke beberapa bahagian di perut Fitri dan ada beberapa tempat menyebabkan Fitri bergerak dan keluarkan bunyi kecil. Nabil tersenyum sedikit dan menggerakkan tangannya kepada beberapa bahagian lagi.
“Fitri dah makan?” soal Nabil masih cuba untuk berkomunikasi dengan Fitri.
“doc, ini kali ketiga Fitri dimasukkan ke hospital sebab muntah-muntah dan dia mute” Nabil memandang nurse yang berdiri disisinya pelik. Apa yang dimaksudkan dengan mute.
“Fitri tak ada masalah bercakap atau bisu, dia cuma tak nak bercakap” terang jururawat itu bersimpati dengan keadaan Fitri.
“syndrome?” soal Nabil lagi tetapi mendapat gelengan sebagau jawapan. Kali ini Nabil bertambah pelik.
“tak siapa tahu apa masalah Fitri, dia hanya pandai sebut umi” jawab nurse itu lagi dan Nabil turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak di hadapannya ini. dia mengusap kepala Fitri dan nalurinya menyuruh dia mencium dahi Fitri. Sebaik bibirnya mendarat di dahi Fitri, Nabil dapat rasakan tangan kecil melingkar dibadannya. Nabil terkejut dengan respon itu tapi dia rasa bahagia yang tak terucap.
“oh, Fitri pun suka doctor” nurse itu kelihatan bahagia melihat detik itu.
“bagi dia ubat, saya rasa perut dia ada ulser jadi, make sure dia bermalam di ward. Esok saya akan periksa keadaan dia lagi. Keluarga dia dah boleh jumpa dia.” Maklum Nabil lagi.
“esok doctor jumpa Fitri lagi ya” Nabil cium dahi kecil itu lagi dan keluar dari situ.
Hati Nabil rasa hangat, dia tak pernah rasa hatinya begitu gembira dan tenang seperti malam ini. sepertinya segala lelahnya hari ini telah berakhir dan dia tak sabar untuk ke hospital esok hari. Dia nak jumpa Fitri lagi. Dia dapat rasakan hubungan yang kuat dan dia dah mula sayangkan badan kecil itu.
Nabilla segera masuk ke dalam ward setelah dibenarkan dan dia gembira bila melihat Fitri sedang tidur dengan nyenyak.
“macam mana?” soal Nabilla kepada jururrawat yang bertugas. Dia cuba menahan untuk tidak menangis.
“dia ok, doctor cakap mungkin dia ada ulser perut, jadi, doctor akan periksa dia balik esok.”
“oh, teruk ke?” soal Nabilla risau. Dia mula fikirkan bil yang perlu dia bayar nanti, bukan dia berkira tapi dia sedih, sedih bila dia tak mampu berikan yang terbaik kepada anak-anaknya.
“mungkin tak, Dr. Nabil maksud saya, doctor pakar sendiri yang periksa Fitri dan dia cakap Fitri perlu ditahan dihospital beberapa hari”
“oh, ok. Terima kasih” ucap Nabilla bersyukur yang anaknya dapat rawatan daripada doctor pakar tanpa perlu adakan temujanji. Nabilla tekad yang dia akan kerja lebih masa untuk dapatkan duit bagi rawatan Fitri.
Selesai mandi Nabil baring di atas katilnya yang besar dan sunyi itu. suasana sunyi itu buatkan dia teringat pada Fitri serta merta. Dia teringin mendengar suara kecil itu dan dia nak lihat wajah gembira pada wajah kecil itu. dia nak tubuh kecil itu sihat dengan segera.
Wajah kecil itu ingatkan dia pada seseorang tetapi dia tak pasti siapa. Kini fikirannya berlalu kepada pekerja di kedai buku itu pula. Nabil masih berusaha untuk cari sebab kenapa dia dibenci oleh orang asing itu.
‘ring!!!ring!!!ring!!!’
Bunyi deringan telefon Nabil buatkan dia tersedar dan mencapai telefon itu dengan malas. Dia mencapai telefon di meja tidur dan mengeluh sebaik melihat nama tertera pada skrin. Dia abaikan panggilan itu dan bila kali kelima telefonnya berdering dia mengangkat tanpa melihat nama yang tertera.
“saya penat, awak nak apa?” soal Nabil malas.
“macam tu ke cara bercakap dengan mama sendiri?” mendengar suara tegas dan garang itu buatkan Nabil terduduk dari baring dan dia melihat nama tertera pada telefon. Dia mengumpat dalam hati dan menelan liur sebelum sambung bercakap.
“mama…”
“tak payah nak bercakap banyak, kenapa biarkan Maya seorang diri kat restoren tu? Kamu dah janji nak dinner dengan dia!” marah suara tua itu lagi dan Nabil meraup mukanya beberapa kali sebelum menjawab.
“ada emergency tadi” jawab Nabil tanpa rasa bersalah dah buat Maya menunggu. Maya, tunangnya atas pilihan mamanya sendiri.
“Maya pun penting, dia tu tunang kamu! Mama nak nak kamu minta maaf dengan dia!” marah mamanya lagi dan Nabil lepaskan keluhan berat. Dia tak suka tapi sebagai anak dia terpaksa ikut jugak.
“tengoklah macam mana ma, Nabil dah mengantuk sangat ni ma, esok Nabil kena masuk awal.” Nabil matikan telefon setelah salam diberikan tanpa mendapat balasan.
Nabil rebahkan badannya pada katil dan menarik selimut ke dadanya. Dia memang tak pernah terfikir untuk mencari seorang isteri mahupun teman hidup. Dia pernah terfikir yang dia ingin mamanya yang tentukan isterinya nanti, tapi bila dia di tunangkan dengan Maya, dia tak nak. Dia yakin yang dia tak akan mampu untuk terima Maya.
Nabilla tersedar daripada lenanya dan dia tersenyum bila melihat Fitri masih lagi tidur. Nabilla menuju ke surau untuk solat subuh. Setelah selesai membaca doa dia melipat sejadah dan telekung dan kembali semula ke ward Fitri, tapi bila dia kembali ward itu kosong dan Nabilla mula gelisah.
“angah!” panggil Nabilla khuatir dan dia ke kaunter untuk bertanyakan jururawat yang bertugas.
“ada nampak anak saya tak?”
“jangan risau puan, anak puan ok. Dia dipindahkan ke ward khas di mana dirawat oleh doctor pakar, ward 5C” maklum nurse itu dengan senyuman dan Nabilla segera mengucapkan terima kasih sebelum berlalu. Dia rasa pelik tapi dia tak nak fikir semua itu sekarang ini, apa yang dia tahu dia nak tengok anaknya dengan kadar segera.
Nabilla cuba untuk masuk ke dalam ward itu tetapi dihalang dan dia bertambah pelik dan risau. Fitri anaknya jadi dia berhak.
“saya nak jumpa anak saya!” Nabilla bertegas.
“saya tahu, anak puan dalam bilik rawatan, doctor nak pastikan apa yang ada dalam perut anak puan, 15 minit lagi puan dapat jumpa anak puan” setelah mendengar penjelasan itu Nabilla rasa lega sedikit.
Nabilla duduk di ruang menunggu dengan sabar. Dalam masa singkat itu dia menelefon menanyakan keadaan Aidil yang pulang bersama Aisa malam tadi. Setelah pastikan Aidil sudah bersedia untuk datang ke hospital Nabilla duduk dan menunggu dengan tenang.
15 minit berlalu dan dia dapat berjumpa dengan anaknya. dia tersenyum bila melihat anaknya tersenyum kepadanya.
“angah sakit lagi?” soal Nabilla sambil mencium dahi anaknya. Fitri gelengkan kepalanya dan memeluk leher Nabilla. Nabilla mendukung anaknya dan menyanyi kecil untuk menghiburkan Fitri. Fitri sangat tak sukakan hospital dan dia selalu merengek bila terpaksa bermalam di hospital tapi, kali ini Fitri lebih tenang.
“Puan Nabilla, boleh saya cakap si…”
Suasana senyap beberapa minit dan wajah terkejut Nabilla bertukar kepada benci dengan serta merta. Wajah Nabil masih lagi jelas terkejut dengan kemunculan Nabilla di situ. Lebih mengejutkan ialah, Fitri adalah anak kepada Nabilla.
“apa kau buat kat sini?!” soal Nabilla lantang menyebabkan Fitri ketakutan. Nabilla tak pernah tinggikan suara selama ini.
“saya…kerja kat sini” maklum Nabil.
“Dr. Nabil, ni laporan kesihatan Fitri” nurse menyerahkan laporan kepada Nabil.
‘Nabil?’ nama itu bermain dalam benak Nabilla. Dia kenal wajah itu tapi bukan nama itu.
“Puan” Nabil bersuara menyedarkan Nabilla sepertinya yang hilang tumpuan. Nabilla memandang Nabil dan tanpa berfikir banyak dia terus keluar dari ward itu bersama dengan Fitri. Panggilan daripada Nabil dan jururawat itu tidak dihiraukan.
“kau gila ke Bell? Angah perlu ada di hospital!” marah Aisa bila dia dapat tahu Nabilla bawa balik Fitri walaupun Fitri masih lagi perlu di tahan di hospital.
“aku tak nak dia jumpa anak-anak aku! Aku tak nak dia sentuh anak-anak aku!” jawab Nabilla dengan marah, dia dah tak pedulikan nada dia yang tinggi saat ini.
“siapa?” soal Aisa bengang.
“Farhan!” jerit Nabilla dan mengambil Fitri yang sedang menangis di belakang sofa kerana ketakutan. Aidil juga didukung oleh Nabilla masuk ke dalam biliknya. Perasaan takut kehilangan anak-anaknya kembali ke bayangan matanya.
“Bell, angah perlukan rawatan. Kita perlu bawa dia ke hospital. Kita minta doctor lain” pujuk Aisa dengan nada perlahan di sebalik pintu.
Nabilla berfikir seketika dan dia memandang dua anaknya yang masih lagi dengan esakan. Nabilla meraup mukanya dan mencium pipi kedua anaknya sebelum membuka pintu supaya Aisa masuk. Sebaik kaki kanan Aisa melangkah setapak, Nabilla terus memeluk Aisa.
“aku tak nak dia ambil anak-anak aku, kau tanya aku dulu, mana aku dapat kesan lebam tu semua kan? Dia…dia bekas suami aku” dengan esakan Nabilla terus menangis dalam pelukan kawan baiknya itu.
Aisa tak mampu untuk membuka mulutnya lagi sebaik mendengar cerita ringkas Nabilla. Kini dia menyesal dah tinggikan suara dan salahkan semuanya di atas bahu Nabilla. Dia meminta maaf berkali kali dan memeluk Nabilla erat.
Nabil tak senang duduk di kerusinya, dia risaukan keadaan Fitri, sepertinya ada masalah lain pada perut Fitri, bukan sahaja ulser. Apa yang membimbangkan dia adalah jika itu adalah kanser, kanak-kanak kecil dan tak berdosa seperti Fitri tak sepatutnya menghadapi masalah itu di usia yang terlalu muda.
“saya nak alamat Puan Nabilla, Fitri perlu dapatkan rawatan” pinta Nabil setelah berusaha keras dan setelah mendapatnya dia segera memandu Mitsubishi Lancer miliknya ke alamat tersebut tetapi dia hampa bila rumah itu kosong tidak berpenghuni.
Nabil memandu pula ke kedai buku dan dia segera masuk ke dalam kedai. Dia dapat mengesan Nabilla dan dia segera mendekati Nabilla.
“Puan, Fitri perlu berada di hospital. Masih ada pemeriksaan susulan yang perlu dibuat” dengan tegas Nabil bersuara. Dia tak peduli apa masalah Nabilla padanya, yang dia tahu Fitri perlu kembali ke hospital.
Nabilla terkejut dengan kemunculan Nabil di situ tapi dia dengan berani menentang Nabil.
“puan perlu kembalikan Fitri ke hospital” tegas Nabil lagi.
“aku ibu pada Fitri, kau tak berhak nak arahkan aku” balas Nabilla kasar, sabarnya sudah habis.
“ibu jenis apa yang sanggup biarkan anak dia sakit…”
‘Panggg!!!’ bunyi kuat itu menyebabkan suasana dalam kedai buku senyap.
Pipi Nabil masih lagi terasa pijar dan hangat dengan tamparan itu, dia yakin ada kesan merah pada pipinya. Nabilla memandang tangannya dan pipi Nabil tidak percaya, dia tak sangka tangannya telah menampar wajah yang dia paling benci itu. Aisa juga masih lagi terkejut dengan apa yang Nabilla lakukan.
“Umi! Umi!” Nabilla tersedar dan dia terkejut bila melihat Fitri menangis dan memeluk kaki Nabil erat sambil gelengkan kepalanya.
“doctor ok la sayang, umi pukul nyamuk je” Nabil merendahkan badannya dan mengusap kepala anak kecil yang masih lagi menangis itu. tangan kecil Fitri mengusap pipi Nabil yang masih merah.
“angah! Datang sini!” arah Nabilla setelah melihat semuanya dan buat kali pertama Fitri melawan cakap Nabilla. Dia berkeras untuk berada bersama Nabil.
“along, ajak angah pergi main” arah Nabilla tegas dan Aidil turut sama pertahankan Nabil.
“doctor sakit, umi kena minta maaf” anak kecil itu meminta kepada Nabilla. Mata Nabilla membesar bila kedua anaknya berpaling darinya.
“mana sakit, umi pukul perlahan je. Nyamuk tu degil sangat” pujuk Nabil dan tersenyum manis kepada Aidil dan Fitri.
Nabilla menahan tangisnya dan segera berpaling daripada melihat situasi itu. dia tak pasti kenapa kedua anaknya sukakan Nabil sangat, dia hanya doakan yang mereka bukannya sedang merasai ikatan antara anak dan ayah. Dia takut, takut semua itu akan menyebabkan dia kehilangan semuanya. Sama macam 4 tahun dahulu.
Nabilla buat keputusan untuk diamkan diri, mereka kembali ke hospital dan Nabil pastikan Fitri dapat rawatan first class. Nabilla cuba menolak tetapi tidak berhasil dan disebabkan dia tak nak bercakap lebih banyak dengan Nabil, dia biarkan sahaja. Dia akan bayar balik setiap sen duit Nabil. Dia takkan berhutang budi dengan lelaki yang dah musnahkan hidupnya.
“terima kasih sudi terima bantuan saya” ramah Nabil berkata kepada Nabilla yang sedang bersandar pada dinding luar ward. Dia tak betah berada dalam bilik yang sama dengan Nabil.
“aku akan bayar setiap sen duit kau”
“saya ikhlas…”
“dah la, aku dah muak dengan lakonan kau. Kau nak apa sebenarnya?” soal Nabilla bengang. Dia dah bengang dengan Nabil yang kelihatan tidak tahu apa-apa yang pernah jadi antara mereka selama ini.
“sekarang ni saya yang tak faham dengan apa yang puan cakapkan. Apa yang saya lakonkan?” soal Nabil ikut sama menaikkan suara, dia juga sudah muak bersabar dan berfikir sesuatu yang dia tak tahu.
“dengar sini, Aidil dan Fitri bukan anak kau!” jerit Nabilla jelas sambil menunding jari pada Nabil. Nabil tergelak kecil dan kemudian dia tayang wajah serius. Dia meminta Nabilla mengikutkan ke biliknya supaya perbualan mereka tak mengganggu orang lain.
“saya TAHU mereka BUKAN anak saya, saya masih waras dan pasti saya tak pernah mengandungkan sesiapa” balas Nabil dan kini giliran Nabilla ketawa.
“walaupun aku nampak bodoh dan kau selalu panggil aku bodoh, aku tak sebodoh tu!”
“listen here, I don’t even know your name before, how can you say that I know you!” bentak Nabil dan Nabilla bingung.
“ok, dengar sini, Demi Allah, ini kali pertama saya jumpa puan” terang Nabil dan dahi Nabilla berkerut.
“hentikan semua ni, hentikan semua lakonan bodoh kau ni, Nazim Farhan!” jerit Nabilla lantang dan Nabil terkejut.
“Na…Nazim Farhan? Nazim Farhan Bin Borhan?” soal Nabil masih lagi kaget dan gugup.
“ya, siapa lagi? Dah masuk dalam otak kau tu?” soal Nabilla dengan senyuman sinis.
“awak kenal Nazim Farhan?” soal Nabil lagi.
“ya! Dan aku benci dia sampai aku mati!” jawab Nabilla dengan nada dan pandangan yang jelas ada benci.
“saya Nabil Fattah bin Borhan. Saya kembar Nazim Farhan”
Apa yang Nabilla dengar dari mulut Nabil masih lagi terngiang ngiang di telinganya. Nabil dan Farham adalah orang yang berbeza. Nabilla rasa dia boleh gila dengan keadaan sekarang ni. Nabilla meneguk air sejuk beberapa kali sebelum kembali ke ward anaknya.
“apa nama doctor tadi?” soal Nabilla kepada nurse yang bertugas.
“Dr. Nabil Fattah” jawab nurse itu.
“dah lama ke dia kerja kat sini?”
“dah lama, lima tahun”
“lima tahun?” soal Nabilla lagi.
“ya, kalau puan nak tahu lebih banyak boleh tanya Puan Aqilah, dia orang kanan Dr. Nabil. Yang penting, Dr. Nabil single lagi” setelah menjawab soalan Nabilla dengan mengusik nurse itu tinggalkan Nabilla yang tercengang.
‘jadi, dia memang bukan Farhan, dia kembar Farhan’ Nabilla dapat rasakan kalau dia teruskan berfikir dia akan gila dengan hakikat ini.
‘aku dah tuduh dia’
‘aku dah tampar dia’
‘aku dah layan dia dengan buruk’
‘aku dah…’
‘jadi, dia isteri Farhan’ otak Nabil juga tak dapat bekerja dengan baik hari ini. kenyataan yang baru sahaja dia tahu sangat berat untuk daftar dalam kepalanya.
‘apa yang Farhan buat sampai dia benci sangat?’
‘kenapa mama tak pernah cakap yang Farhan dah kahwin?’
‘kenapa semua orang tak pernah cakap apa-apa?’
‘kenapa Farhan sanggup abaikan isteri yang cantik…’
“dah kenapa aku cakap dia cantik pulak?” Nabil tepuk dahinya dan dia segera menghapuskan segala perbualan yang muncul di benaknya. Dia memang dah gila agaknya.
Nabil balik ke banglo mamanya hari ini, selama ini dia akan mengelak tapi hari ini, dia perlukan jawapan kenapa semua orang rahsiakan perkahwinan Farhan dan Nabilla.
“Nabil balik?” jelas terkejut nada tua itu dan Nabil bukannya pulang untuk mendapat layanan istiewa atau mesra, dia perlukan jawapan.
“sayang! You datang jumpa I ya?” soal Maya yang turut sama terkejut dengan kemunculan Nabil petang itu.
“kenapa tak ada satu pun gambar perkahwinan Farhan yang tergantung dalam rumah ni? Sedangkan gambar tunang Nabil ada?” soalan Nabil buatkan Datin Hanim kecut perut, dia tak sangka yang Nabil akan tahu hal ini.
“mana isteri Farhan?” soal Nabil lagi.
“ma…mana Nabil dengar semua ni?” soal Datin Hanim.
“penting ke? Apa yang menyedihkan ialah, Nabil dengar semua ni daripada orang luar”
“bukannya penting pun siapa isteri Farhan”
“tak penting mama? Tak penting? Anis yang Farhan panggil sepanjang dia sakit tu isteri dia ke?” soal Nabil sedih bila teringatkan saat arwah kembarnya merayu memanggil nama Anis dan meminta dimaafkan.
“apa nama isteri Farhan ma?” bentak Nabil.
“Anis Nabilla!” jawab Datin Rahmah dan Nabil terduduk di sofa. Tangan Nabil bergetar menahan pelbagai rasa yang ada di dalam hatinya sekarang ini.
“tergamak mama biarkan arwah pergi dalam keadaan berhutang kepada isteri dia”
“dia yang tinggalkan rumah ni! Perempuan tak sedar diri!”
“mama! Tergamak mama biarkan arwah pergi dalam seksa macam tu. Farhan tu anak mama!”
“perempuan tu sendiri yang pergi…”
“Nabil minta diri dulu” Nabil segera beredar dari situ. Dia tak betah untuk berlama, dia bimbang dia akan jadi anak derhaka nanti. Nabil berhenti di tengah jalan dan berlari ke bilik arwah kembarnya dan mencari bukti perkahwinan ataupun penceraian Farhan dan Nabilla.
Ada satu kotak yang kemas tersimpan barang katil arwah Farhan. Nabil mengambil kotak itu dan terus keluar dari banglo itu untuk kembali ke apartment miliknya. Panggilan daripada Maya dia abaikan tanpa rasa bersalah.
Setelah dua minggu Fitri dapat keluar dari hospital dan sudah sihat sepenuhnya. Nabilla jelas gembira dan dia lega bila dia tak perlu bersua muka dengan Nabil lagi. Nabil pula sebaliknya rasa sedih dan hiba, dia akan kehilangan dua anak kecil yang sudah ceriakan harinya di hospital. Aidil dan Fitri sangat sukakan Nabil.
“pa…pa…papa” mata Nabilla dan Nabil terbuka luas bila Fitri keluarkan perkataan kedua dia hari ini. PAPA, air mata Nabilla hampir gugur bila mendengar Fitri menuturkan lagi satu perkataan hari ini.
Nabil mendukung Fitri dan menerbangkan Fitri gaya helicopter kerana terlalu gembira. Gembira bila dia digelar dengan gelaran yang begitu indah pada telinganya. Giliran Aidil didukung dan dicium Nabil berkali kali.
“umi, boleh panggil doctor papa?” soal Aidil dengan muka berharap, Fitri juga tayangkan wajah yang sama. Nabilla telan liur dan usap belakang lehernya.
“umi…” rengek Fitri manja.
“umi…” pujuk Aidil lagi.
“please…” kali ini Nabil pula merayu dengan wajah manjanya membuatkan muka Nabilla membahang. Dia rasakan getaran hebat pada jantungnya dan dia rasakan Nabil kelihatan comel.
‘gila!’ marah Nabilla pada dirinya sendiri.
“please!!!” rayu ketiga tiga lelaki di depannya dengan wajah yang semanja dan secomel yang mungkin menyebabkan Nabilla ketawa sedikit.
“kalau doctor tak kisah…”
“mestilah tak kisah! Dok…Papa suka sangat!” jawab Nabil laju.
“yay!!!” jerit Aidil riang dan Fitri turut bersorak dalam keadaan mute. Mereka berdua tidak duduk diam dalam dukungan Nabil.
“ok, sekarang jom kita masuk dalam rumah, doctor nak…”
“Papa!” tegas Aidil dan Fitri bila Nabilla salah gelarkan ‘Papa’ mereka.
“ok, papa nak balik rumah tu, jom kita masuk” dengan malas Nabilla ikutkan je apa yang dua anaknya nak. Nabil pula tersenyum bahagia dengan panggilan itu.
Nabil memberi ciuman kepada kembar itu dan masuk ke dalam keretanya untuk pulang. Sepanjang perjalanan balik dia tak dapat nak hentikan senyuman meleretnya. Dah macam kurang waras dah. Orang lain semua stress dengan jalan sesak tapi dia masih mampu tersenyum macam remaja jatuh cinta.
Nabilla bahagia bila melihat anak-anaknya bahagia tapi dia telah hadkan hatinya dan dia hanya bahagia kerana anak-anaknya bahagia. Dia tidak mempunyai impian mahupun perancangan untuk dirinya sendiri.
“umi! Papa! Papa!” jerit Fitri berkali kali menyebabkan Nabilla berpaling dan memandang Nabil yang tengah menaikkan layang-layang. Mereka semua berkelah di kawasan taman yang lapang dan luas di mana kebiasaan orang menaikkan layang-layang mahupun wau.
“wah, hebat betul papa Fitri dan Aidil ni” Nabilla usap kepala Fitri yang masih lagi taksub dengan layang-layang miliknya yang sedang melayang tinggi di udara. Walaupun hanya dua patah perkataan keluar dari mulut Fitri, Nabilla rasa sangat puas hati.
“Nabilla, esok saya cuti, boleh kita pergi mall? Saya nak belikan anak-anak baju baru” Nabil duduk di sebelah Nabilla setelahkan serahkan tali layang-layang kepada Aidil dan Fitri dan biarkan berdua bermain dengan ceria.
Nabilla masih lagi rasa kekok dengan kehadiran Nabil dan dia masih lagi tak mampu untuk bercakap secara tidak formal dengan Nabil.
“Doc dah belikan banyak untuk mereka, tak payah la” tolak Nabilla tanpa memandang Nabil.
“tapi saya nak jugak, saya suka belikan barang untuk mereka” pujuk Nabil dengan nada sedikit merajuk menyebabkan Nabilla tersenyum.
“saya tak nak anak-anak rasa terlalu berkemampuan”
“tapi, saya nak mereka rasa senang dan selesa”
“saya faham, saya bukan tak benarkan tapi jangan selalu sangat” terang Nabilla lagi dan Nabil tarik muka merajuk bila permintaannya ditolak oleh Nabilla.
“tapi, saya nak jugak keluar dengan mereka esok, pergi taman ke” cuba Nabil lagi.
“ya, doc boleh bawa mereka keluar”
“betul?” soal Nabil kembali ceria, Nabilla jawab soalan itu dengan anggukan.
“kita nak pergi mana eh?” soalnya pada Nabilla lagi.
“bukan kita, doc dan anak-anak je, saya kerja esok” jawab Nabilla menyebabkan Nabil terdiam lagi.
Nabil memandang langit dan cuba berfikir kenapa dia mesti rasa sedikit kecewa sekarang ni. Dia hanya berniat untuk bahagiakan Aidil dan Fitri.
Nabilla menunggu di depan rumahnya bila hari dah lewat petang, sepatutnya anak-anaknya dah balik pada waktu ini. Nabilla bermain dengan jarinya sambil berdiri di muka pintu dengan sabar. Setelah dua minit menunggu sebuah kereta hitam berhenti di depan rumahnya. Senyuman Nabilla segera merekah dan dia segera menghampiri kereta hitam itu.
“umi! Umi!” Aidil dan Fitri segera keluar dari kereta dan memeluk Nabilla yang sedang menunggu mereka dengan senyuman. Tak lama selepas itu, Nabil keluar daripada kereta dan tersenyum senang kepada Nabilla.
“sorry lambat sikit, anak-anak nak belikan awak kek” maklum Nabil sambil keluarkan kek yang dibelinya dari kereta. Nabilla terkejut dan memandang Nabil dan anak-anaknya silih berganti.
“kek?” soal Nabilla keliru.
“ya, anak-anak cakap awak sedih sebab awak buat kek tapi…” Nabil berkira-kira untuk menghabiskan ayatnya dan Nabilla masih lagi menunggu sambungan Nabil.
“Hitam!!!” jerit Aidil dan Fitri serentak lalu ketawa kecil. Mata Nabilla membulat dan tiba-tiba dia rasa pipinya membahang. Dia percaya muka dia sangat merah sekarang ni dan dia rasa sangat malu di atas kegagalannya membuat kek semalam.
“ah, terima kasih” ucap Nabilla tanpa memandang Nabil dan matanya tajam memandang anak-anaknya yang seronok ketawakan dia.
“umi! Papa belikan upin ipin. Papa kata upin ipin sama macam along dan angah” Aidil bercerita sambil tersengih menyerlahkan barisan gigi kecilnya. Mata Nabilla beralih kepada Nabil yang tersengih bersalah. Nabilla tayang wajah garang dan sedikit jelingan kepada Nabil, Nabilla dah pesan jangan belikan apa-apa untuk anak-anaknya tapi Nabil tak pernah dengar.
“along, angah. Tengok tu umi jeling papa” adu Nabil dan berpura-pura takut sambil menyorok d belakang tubuh kembar itu. Nabilla tersenyum sedikit melihat telatah Nabil tapi dia tetap cuba tayang wajah garang.
“umi, papa…papa…” Fitri menggelengkan kepalanya beberapa kali dan Nabilla tersenyum sedikit. Sayang sungguh dengan Nabil sekarang.
“kalau umi cubit papa sikit boleh? Papa tak dengar cakap umi. Kalau degil kena la hukum kan?” Nabilla bertanya sambil keningnya terangkat dan dia memandang Nabil yang tayang wajah takut.
“tapi…tapi…kalau minta maaf?” soal Aidil masih lagi cuba selamatkan Nabil.
“ok” balas Nabilla sambil berpeluk tubuh di depan tiga lelaki itu.
“papa, cepatlah minta maaf, nanti umi cubit dan gigit” pesan Aidil segera.
“papa minta maaf umi, jangan marahkan papa lagi” pinta Nabil kedengaran manja dan Nabilla tergelak sedikit. Senang.
“dah nak maghrib ni, masuk mandi sayang” arah Nabilla kepada anak-anaknya.
“ok! Bye papa!!!” kembar itu segera berlari masuk ke dalam rumah setelah selesai bersalam dan mencium Nabil.
Nabilla dan Nabil masing-masing mendiamkan diri dan saling berpandangan lama.
“terima kasih izinkan anak-anak keluar dengan saya” ucap Nabil ikhlas.
“saya yang perlu ucapkan terima kasih. Doc, saya memang serius tak nak doc habiskan duit untuk anak-anak” Nabilla berkata dalam keadaan tenang tetapi dia serius dengan katanya.
“saya tahu, tapi saya suka”
“ok, doc dah makan?” soal Nabilla mengubah topic, dia tak suka bahaskan soal sama dengan Nabil sebab dia tahu yang dia tak akan menang.
“belum, anak-anak dah makan KFC tadi”
“kenapa doc tak makan sama?”
“well, saya tak suka fast food”
“oh, anak-anak makan boleh pulak” gumam Nabilla geram dan kedua tangannya di letakkan pada pinggangnya, wajah di seriuskan.
“oh, tapi…anak-anak…”
“saya gurau je la doc” Nabilla tergelak kecil bila melihat Nabil mula cuak dan mencari alasan yang
terbaik untuk diberikan kepada Nabilla.
“you got me” gumam Nabil geram dan berpura-pura merajuk menyebabkan Nabilla semakin sakan ketawa.
“maaf, saya ada masak sikit, saya dah bungkuskan untuk awak. Kejap ya” Nabilla berlari anak masuk ke dalam rumahnya dan keluar bersama dua bekas yang diisi lauk yang baru sahaja dia masakkan.
“nah, terima kasih bawa anak-anak jalan-jalan. Saya masak tak pedas sebab saya tahu awak tak suka makan pe…” Nabilla segera menutup mulutnya dengan tapak tangannya dan berlari masuk ke dalam rumah.
Dia menutup pintu rumahnya dan bersandar lemah pada pintu. Air matanya hampir mengalir bila dia terimbas semula kenangan buruk dia dan Farhan. Nabilla meraup mukanya dan dia mengesat air mata yang bertakung.
“umi!!!” Nabilla segera tersenyum dan memeluk kembar miliknya itu.
“kau dah mula balik dah” Aisa menegur Nabilla yang kembali termenung, senyuman mekar Nabilla sudah hilang hari ini sejak pagi lagi dan hal itu merunsingkan Aisa.
“mula apa?” soal Nabilla malas dan meneruskan kerjanya dengan perlahan.
“termenung, sedih dan ingat masa lampau” jawab Aisa sedikit tegas, dia nak Nabilla move on dan mulakan hidup baru dengan tinggalkan semua benda buruk yang telah jadi.
“aku tak boleh. Aku tak boleh tengok muka Dr. Nabil tanpa ingatkan Farhan”
“Bell, Farhan dah meninggal dunia, Dr. Nabil bukannya Farhan. Dia sayangkan anak-anak kau”
“ya! Tapi mereka sama Aisa. Sebanyak mana aku benci dan tak mampu maafkan Farhan, hati aku pernah simpan dia” Nabilla merendahkan suaranya dan matanya mula bergenang, dia tahu bukanlah kasih sayang sebenar yang dia dapat daripada Farhan tapi dia gembira.
Nabilla sebolehnya mengelak daripada berjumpa dengan Nabil, walaupun Nabil selalu keluar bersama anak-anaknya, Nabilla terhadkan dirinya untuk bersua dengan Nabil. Lagipun mereka bukanlah sesiapa. Anak-anaknya adalah anak angkat Nabil.
Nabil sedar Nabilla elakkan diri daripadanya dan dia rasa tak selesa dan dia yakin dia perlu dapatkan penjelasan daripada Nabilla. Nabil datang ke kedai buku hari ini dan seperti yang dia agak, Nabilla mengelak daripada berjumpa dengannya kerana Nabilla segera berlalu bila ternampak Nabil masuk ke dalam kedai.
“Nabilla” panggilan Nabil diabaikan tetapi langkah panjang Nabil berjaya menghalang Nabilla daripada melarikan diri.
“Doc nak apa? Saya kerja” Nabilla dengan dingin bersuara. Nabil tergelak kecil tiba-tiba menyebabkan Nabilla keliru.
“saya teringat saat kita kali pertama jumpa, macam ni la muka awak. Garang” dengan nada mengusik Nabil bersuara dan Nabilla mengerutkan dahi, dia bertambah geram dengan sikap Nabil yang suka bergurau.
“Doc nak apa?” soal Nabilla lebih dingin.
“ok. Sorry dah buatkan awak marah. Saya Cuma nak tahu apa salah saya”
“apa maksud doctor?”
“awak tak nak jumpa saya, tak nak bercakap dengan saya jadi, saya nak tahu apa salah saya”
“doc tak ada salah apa pun, saya terima doc sebagai bapa angkat mereka”
“saya tahu, tapi awak isteri Farhan, anak-anak awak anak buah saya, secara tak langsung kita adalah sebuah keluarga”
Laju kepala Nabilla berpaling mendengar perkataan keluarga dari mulut Nabil. Matanya tajam memandang Nabil, kini dia sedar kenapa dia tak ada perasaan benci kepada Nabil, sedangkan dia bencikan semua ahli keluarga Farhan. Kerana dia tak pernah kenal Nabil selama ini? atau kerana dia rasakan Nabil tak sama dengan keluarga Farhan? Nabilla keliru.
“saya tak ada keluarga! Anak-anak saya tak ada kaitan dengan darah keluarga Farhan!” bentak Nabilla tegas.
“tapi, dah tertulis yang along, angah dan awak adalah ahli keluarga saya.”
“kalau doc tahu apa itu maksud keluarga dan tahu apa yang Farhan, Dato Borhan, Datin Hanim, Natasha dan Fariz dah buat pada saya, saya rasa doc akan fikir beberapa kali untuk akui apa itu keluarga. Doc boleh jumpa anak-anak sebagai papa mereka, tapi bukan sebagai ahli keluarga Dato Borhan!” Nabilla segera berlalu dari situ tinggalkan Nabil sendiri.
setiap baris ayat dan perkataan yang keluar dari mulut Nabilla seakan paku, duri, kaca dan sembilu yang dia telah telan selama ini. semuanya kedengaran penuh dengan sakit, luka, perih dan pedih.
Nabil mencari sesuatu dari dalam kotak milik Farhan yang dia jumpa, setelah terjumpa beberapa dokumen dan beberapa keping gambar milik Farhan dan Nabilla, Nabil terasa hatinya sedikit terusik, cemburu? Entah.
Isnin
Tangan aku tak pernah berhenti memukul dia, dari hari pertama kami berkahwin. Hari pertama dia sah jadi isteri aku. Dia sangat cantik, dari kesan lebam dan luka dari tangan aku masih lagi buatkan dia Nampak sangat cantik. Dosa, aku berdosa pada dia tapi EGO aku, aku tak mampu nak layan dia macam perempuan lain.
Khamis
Bibir dia bengkak, mata dia lebam, tangan dia luka. Masih lagi tak dapat nak sorok dia punya kecantikan yang terserlah. Aku tahu dia terseksa, terluka, perit kenapa dia masih lagi berikan senyuman yang terbaik dia ada pada aku?
Ahad
Aku tahu aku sayang dia, kenapa? Sebab aku tahu erti cemburu, cemburu ertinya sayang. Aku cemburu bila ada lelaki lain yang berbual mesra dengan dia, dia isteri aku, milik aku. Tapi EGO! EGO aku buatkan aku mengasari dia lagi.
Selasa
Aku tahu setiap perkataan yang keluar dari mulut mama tentang dia adalah salah tapi, aku percayakan mama, kenapa? EGO! Aku tak nak mengaku yang aku percayakan dia. dia buatkan aku nak tinggalkan semua yang aku ada atas dunia untuk dia. Dari mana dia datang? Syurga?
Rabu
Mama, Papa, Tasha dan Fariz hanya tahu sakitkan dia, salahkan dia, herdik dia, pukul dia, tak ada satu hal pun yang mereka buat baik untuk dia. Aku? Hanya pandang bila dia terseksa. Aku kejam pada dia.
Jumaat
EGO aku sekali lagi buatkan dia malu, suami apa yang herdik isteri di depan orang ramai. Well, jelas sekali AKU, aku la lelaki tak guna tu. Dia menangis, Aku sakit.
Ahad
Kenapa dia dah tak banyak bercakap? Bukan dia memang selalu je diam? Kenapa dia terima je mama burukkan dia? Kalau betul asal usul dia jahat, tak bererti dia jahat sebab aku tahu dia tersangat BAIK. Apa aku buat? Diam!
Sabtu
Aku tahu aku akan mati, well semua orang perlu tahu yang dia akan mati. Tapi, ajal aku memang dah ada depan mata. ALLAH, dah sedarkan aku dengan jelas. Kuasa-Nya sangat besar, kini aku sangat kerdil, tambahan dosa-dosa aku, aku lebih kecil dari zarah.
Ahad
Aku lebih kecil dari zarah tapi kanser aku lebih besar dari tapak tangan aku. See, how great Allah is. Ya Allah, moga ada pintu taubat yang terbuka dan sudi untuk terima aku.
Selasa
Layakkah aku doakan syurga untuk aku dan dia, Ya Allah, aku ingin bersama dia di syurga. Amin.
Ahad
Hari ini aku lawan EGO dan malu aku, aku minta maaf dengan dia, see, betapa bersihnya hati dia, dia maafkan aku dengan senyuman yang paling ikhlas, lebar dan manis yang pernah aku lihat. Kalau aku lebih kecil dari zarah, kini aku rasa aku sepatutnya tak wujud pun, manusia macam aku untuk orang seperti dia?
Isnin
Aku bahagia tengok dia tersenyum senang, tangan dia menyentuh tangan aku, rasa hangat. Aku jadi kuat. Mata dia, tak pernah tayangkan benci, mata aku sendiri malu nak menatap dia. Walaupun dia dekat aku rasa dia jauh.
Selasa
Dia sanggup terima aku seadanya. Buat kali pertama aku tengok dia malu. Comel! Seriously, memang betul ke tak ada angel atas dunia ni?
Rabu
Masa semakin suntuk, aku akan pergi dan aku perlu pergi. Aku tak nak tinggalkan dia, Allah berdosakah kalau aku minta peluang kedua?
Khamis
Tak boleh pergi! Tak nak pergi! Tak boleh! Aku tak nak pergi! Allah, please…
Jumaat
Second chance! Second chance! Second chance! That’s all I want. Please…
Sabtu
Nazim Farhan, ingat senyuman dia, mata dia, wajah dia. Please… Ya Allah, aku pohon.
Ahad
Aku tak nak buat semua ni, aku memang jahat! Kejam! Ego! Tak bersyukur!
Isnin
Dia dah pergi…
Selasa
Aku menyesal sangat, tolong kembali…
Rabu
Aku sayang dia…
Khamis
Aku rindu, sayang dan cintakan dia…
Jumaat
Dia…Anis Nabilla. Selamat tinggal sayang.
Nabil tak pedulikan jika dia dikatakan lemah kerana menangis. Dia sebab dan dia dapat rasakan kesakitan dalam kisah pendek ini, Farhan catitkan beberapa nota di dalam jurnal ini sebelum dia kembali kepada Allah.
“Nabil!” langkah Nabil terhenti bila mamanya memanggilnya. Nabil berpaling sedikit sebagai tanda hormat.
“kenapa Nabil tak cakap pada mama yang Nabil kenal Anis! Nabil tahu yang dia sorokkan cucu-cucu mama” tegas suara mamanya dan Nabil tergelak sedikit, dia rasa kelakar dengan kenyataan mamanya.
“cucu-cucu? Well, tu anak-anak Anis Nabilla, dan apa yang Nabil faham, mama tak pernah mengaku yang Anis Nabilla tu ahli keluarga kita” balas Nabil sinis.
“jaga sikit mulut kamu tu Nabil! Mama kamu tu!” tengking papanya pula menyebabkan Nabil ketawa perlahan.
“wow, surely family ni paling terbaik yang pernah Nabil kenal. Kaluarga pelakon terbaik!”
“Nabil!” jerit Natasha, kakak sulungnya.
“apa ni bro, kita balik nak ada family time bukannya nak cari pasal” tambah Fariz adiknya.
“family? Tak ada seorang pun yang cakap kat Nabil, Farhan kahwin. Kenapa? Sebab Nabil ada di Australia? Atau sebab semua orang nak sorokkan pada Nabil yang Anis Nabilla diseksa dalam rumah ni?”
Kata-kata Nabil jelas mengejutkan semua orang. Tak ada siapa yang buka hal itu lagi setelah Nabilla pergi dan kini, hari ini, setelah 4 tahun semuanya kembali terbongkar.
“apa dosa Nabilla papa, mama? Atuk jaga dia sebab dia cucu kawan atuk.”
“Nabil cakap apa ni? Nabil tak tahu apa-apa! Keturunan dia tu buruk!”
“oh, cakap pasal keturunan orang? Macam mana dengan keturunan kita? Keturunan mendera? Menyakiti keluarga sendiri? Mama rasa tu baik. Kalau macam tu baik semua orang pergi buka kamus dan periksa balik apa maksud baik!”
“Nabil kecewa sangat, kenapa harta jadi kata tengah, kalau mama tak berkenan dengan keturunan Nabilla kenapa paksa Farhan kahwin dengan dia, sebab apa? Harta? Keturunan apa yang baiknya? Mata duitan?”
“kamu dah melampau Nabil, nak jadi anak derhaka ke?!” keras suara Dato Borhan memarahi Nabil yang masih lagi tenang.
“Nabil minta maaf kalau menegakkan benda yang betul tu derhaka, berdosa. Nabil tak akan berkahwin dengan Maya ma, Nabil akan atur sendiri hidup Nabil. Nabil pergi dulu!”
Nabil segera meninggalkan banglo yang begitu sesak padanya kini. Nabil tak tahu kenapa keluarga dia sebenarnya macam ni, kenapa selama ini dia tak nampak semua ini? dulu dia bangga kerana keluarganya, kini dia malu, dan tak tahu apa yang dia perlu buat.
Nabilla tersenyum mendengar anaknya bercerita tentang Nabil, memuji Nabil baik dan sebagainya. Nabilla tak pernah melihat Fitri memberi respon sebanyak ini selama ini tapi kini dengan hanya menyebut nama Nabil mampu buatkan Fitri ketawa dan tersenyum. Aidil pastinya tak akan letih untuk bercakap soal Nabil.
“umi! Umi! Papa!” Nabilla tersedar dari lamunanya dan memandang ke sekitar taman untuk mencari kelibat Nabil. Aidil dan Fitri mula berlari kepada Nabil yang sudah bersedia untuk memeluk mereka.
“hi” sapa Nabil sambil tersenyum kepada Nabilla. Nabilla dapat rasakan senyuman Nabil hari ini berbeza.
‘tergamak keluarga aku seksa perempuan fragile macam ni’ gumam hati Nabil dan dia memandang dalam ke anak mata Nabilla seakan mencari luka dan derita yang Nabilla simpan.
“mana doc tahu anak-anak ada kat sini?” soal Nabilla bila mula rasa tidak selesa dengan pandangan Nabil.
“saya cari awak kat rumah, jiran awak cakap awak datang sini” jawab Nabil dan tersenyum sikit. Dia turunkan Aidil dan Fitri dari dukungannya dan setelah berbual beberapa perkara dia lepaskan dua anak kecil itu untuk bermain lagi. Nabil mengambil tempat di sebelah Nabilla dan mata dia turut mengarah kepada tasik yang menghijau. Fikirannya kosong.
Nabil dan Nabilla masing-masing mendiamkan diri dan Nabilla mula rasa tidak selesa dengan keadaan yang sesenyap itu. Nabilla rasa tak selesa tapi pada masa yang sama dia rasa tenang. Dia suka berada di sisi Nabil. Adakah kerana Nabil begitu mirip dengan Farhan?
Nabilla memandang wajah Nabil dari sisi dan dia cuba untuk mencari kesempurnaan pada wajah itu sama ada Nabil ada wajah yang sempurna sama dengan Farhan.
‘Farhan Nampak lebih matang’
‘Farhan ada wajah garang’
‘Farhan tak setenang ni’
‘Farhan…’
“ada sesuatu tu ke kat muka saya?” soal Nabil bila dia terpandang sebelah sisi dan mendapati Nabilla sedang merenung wajahnya.
“awak comel” dengan sepantas kilat Nabilla menutup mulutnya. Moment telah menyebabkan dia bercakap tanpa berfikir, kini dia malu.
“saya comel? Thank you” balas Nabil dengan nada berbunga dan ceria habis. Nampaknya Nabil yang suka menyakat dan berbual kembali.
“mana ada!” bangkang Nabilla masih lagi malu.
“ya la, saya salah dengar je tadi” Nabil senyum senget dan Nabilla memandang ke sebelah kanannya, tak nak pandang wajah Nabil dengan wajahnya yang sedang membahang kini.
Nabil menghantar mereka bertiga ke rumah dan Nabil meminta Nabilla luangkan masa kepadanya selama beberapa minit.
“saya tahu awak tak boleh maafkan keluarga saya, tapi saya nak awak maafkan Farhan”
“cuba doc ada di tempat saya, saya tak rasa doc akan cakap macam ni”
“saya tahu tapi saya nak arwah tenang dan tak menderita di sana”
“menderita? Saya yang menderita kat sini, saya ingatkan doc faham apa yang lalui dan hormat apa
yang saya buat, tapi…”
“baca jurnal ni dan lepas tu saya harap awak faham kenapa saya minta awak maafkan arwah. Saya minta diri dulu” Nabil serahkan jurnal itu kepada Nabilla dan dia segera pulang. Nabilla membuka jurnal yang tertulis Dia di muka depan serta gambarnya. Dia tak pasti dia pernah mengambil gambar itu. nabilla masuk ke dalam rumahnya.
=========
“saya minta maaf Anis, saya tak pernah berniat untuk sakiti awak” Nabilla terdiam bila mendengar kata maaf itu dari mulut Farhan buat kali pertama kali dalam hidupnya.
“saya tahu awak tak mungkin boleh maafkan saya, saya tetap berharap awak sanggup terima saya” sambung Farhan dan menggenggam erat jemari Nabilla. Nabilla menundukkan kepala memandang lantai. Dia ingatkan Farhan bawa dia ke Langkawi untuk menceraikan dia tetapi Farhan cuba untuk berbaik dengannya.
“kenapa?” soal Nabilla perlahan.
“saya berdosa dah dera awak selama ini, saya benci setiap saat saya buat semua tu. Saya yang bodoh sebab ikutkan sangat apa yang mama dan papa nak” Farhan mula menangis dan hal itu mengejutkan Nabilla. Nabilla segera menyapu air mata yang mengalir di pipi Farhan dan meminta Farhan berhenti menangis.
“saya nak jadi suami yang terbaik untuk awak, bagi saya seminggu kita di sini untuk saya betulkan semuanya” pinta Farhan seakan merayu dan mula berlutut di hadapan Nabilla.
“awak buat apa ni?” soal Nabilla dan ikut sama berlutut di atas lantai.
“please…” pinta Farhan merayu.
“ya. Saya maafkan awak, saya nak awak jadi suami terbaik saya”
“really?”
“hmm” Nabilla tersenyum senang dan mengesat air mata Farhan. Nabilla terkejut bila bibir Farhan mendarat di kedua belah pipinya dan wajahnya mula merona merah.
“Anis…” Farhan tersenyum memandang wajah malu isterinya dan mencium dahi Anis lama.
“panggil abang ok, abang teringin nak dengar suara lunak isteri abang ni panggil abang macam tu” pinta Farhan bersungguh dan Nabilla ketawa kecil sambil anggukkan kepalanya perlahan.
“cepatlah…” gesa Farhan pula.
“ab…abang…” ucap Nabilla perlahan dan tertunduk malu. Farhan tergelak kecil dan mencium pipi Nabilla yang sedang hangat membahang.
“terima kasih sayang” ucap Farhan sambil mencium pipi Nabilla dan Nabilla bertambah malu.
“apa yang nak malu sangat ni? Jom kita solat subuh” ajak Farhan segera bangun dari katil dan Nabilla menutup matanya bila melihat Farhan yang bersahaja bangun tanpa mengenakan baju.
“sayang, jom mandi” ajak Farhan dengan senyuman yang agak pelik, Nabilla gelengkan kepala dan masih cuba untuk menutup matanya tetapi di halang Farhan.
“please sayang, malam tadi kita dah…”
“abang!” Nabilla segera menutup mulut Farhan dan bertambah malu. Farhan tergelak kelucuan bila menyebabkan Nabilla malu lagi.
“comel isteri abang ni” sekali lagi pipi Nabilla dicium dan Farhan segera mengangkat tubuh Nabilla ke dalam bilik air.
“Allah memang hebat, dah berikan abang isteri sehebat sayang” Farhan mencium pipi Nabilla dan genggam erat tangan Nabilla. Nabilla tersenyum dan merapatkan badannya pada Farhan.
“saya dah lama sayangkan abang, atuk selalu cerita tentang abang dan saya sedar saya dah jatuh cinta pada abang” ucap Nabilla sambil tersenyum manis kepada Farhan.
“kenapa? Abang jahat...”
“shh..cinta tak menilai semua tu, abang cinta pertama saya, saya tak pernah tengok lelaki lain sekacak abang” puji Nabilla lagi menyebabkan Farhan tersenyum bangga.
“tak sangka yang abang ni handsome sangat” usik Farhan menyebabkan Nabilla memukul dengan lembut dada Farhan. Farhan ketawa senang bila Nabilla geram di usik.
“abang pun tak pernah jumpa orang secantik sayang, first time abang tengok, abang terfikir memang bidadari ada atas dunia ni” balas Farhan menyebabkan Nabilla bertambah malu.
“abang tak nak balik rumah papa, abang nak stay sini dengan sayang” Farhan memeluk Nabilla erat dan mencium pipi Nabilla dengan lembut beberapa kali.
“sayang, percaya cakap abang ni. Abang sayangkan Anis”
“saya percaya” balas Anis dan meletakkan kepalanya di atas bahu Farhan.
Sebaik tiba di banglo milik Dato Borhan, semuanya berubah dan Farhan yang lembut sudah hilang. Nabilla terpana bila Farhan menolak tubuhnya sehingga dia terjatuh di hadapan pintu banglo itu. tiada sesiapa di situ yang melihat semuanya.
“aku nak kau berambus dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” halau Farhan dengan kasar menyebabkan Nabilla menangis.
“abang, kenapa buat saya macam ni?” soal Nabilla merayu bila dia dikasari.
“aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi!” dengan itu Nabilla segera bangun dan berlari keluar dari perkarangan banglo mewah itu. dia menyesal! Menyesal kerana percayakan Farhan menyayanginya.
Dia benci dirinya kerana biarkan dia diperbodoh oleh Farhan dan keluarganya. Kini yang tinggal hanyalah dia yang kecewa.
Nabilla tersedar dari mimpinya dan dia kembali menangis, dia cuba untuk berhenti menangis, dia tak nak anak-anaknya tersedar dari lena mereka. Sudah lama Nabilla tak mengalami mimpi yang buruk seperti itu. nabilla bangun dari katil dan mengambil wudhuk, setelah solat tahajud dan membaca Al quran, Nabilla mula tenang. Dia mencapai jurnal milik Farhan dan dengan hati yang kuat dia membuka jurnal itu. beberapa keping gambar terjatuh dan dia sebak bila melihat gambarnya dan
Farhan sepanjang di Langkawi. Mereka nampak bahagia.
Farhan sepanjang di Langkawi. Mereka nampak bahagia.
Dia mula membaca setiap helaian dan air matanya mengalir, setiap titis air matanya yang gugur mengubati setiap luka yang ada tetapi ada persoalan yang masih belum terjawab menyebabkan Nabilla tekad untuk menghabiskan jurnal itu.
Di helaian terakhir Nabilla masih lagi menangis tetapi ada surat yang masih lagi berada di dalam sampul belum dibuka. Terketar Nabilla membuka surat yang tertulis isteri tersayang di ditu.
Sayang,
Abang minta maaf dah lukakan hati sayang buat kali terakhir. Abang akan mendapatkan rawatan di luar negara tapi abang tahu peluang untuk selamat tipis. Abang tak nak rawat kanser ni sebab abang tahu banyak risikonya, risiko yang paling abang takut ialah, hilang ingatan, abang nak sayang ada dalam ingatan abang sepanjang masa. Abang harap sayang dapat baca surat ni, abang terlalu sayangkan Anis. Abang harap malam yang kita kongsi bersama, abang dapat tinggalkan separuh dari abang pada sayang, abang harap kita ada anak sama-sama. Abang memang pentingkan diri sendiri sebab nak Anis ingatkan abang sentiasa. Maafkan abang. Andai abang sembuh dan mampu jumpa sayang lagi, boleh sayang berikan abang peluang kedua? Please?
Abang sayang Anis.
Nabilla mengesat air matanya dan bersandar pada dinding sambil memeluk surat itu rapat ke dadanya. Surat yang tersimpan selama bertahun tahun itu meleraikan semua tanda tanya dalam benak Nabilla.
“maafkan saya abang, saya dah membenci abang selama ini. untuk abang, peluang kedua, ketiga, keempat dan keseratus sekalipun saya sanggup berikan. Saya sayangkan abang” Nabilla mengesat air matanya dan dia mula rasa hatinya lapang dan matanya memberat. Sebelum semuanya gelap sekali lagi dia ucapkan kata sayang kepada Farhan.
“papa, umi panas!”
“umi tak bangun pun!”
“umi tidur atas lantai!”
“umi…”
Suara tangisan kecil menyebabkan Nabil segera bangun dari kerusi keerjanya. Dia mendapat panggilan daripada Nabilla dan terkejut bila bunyi esakan dari dua anaknya. Nabil mendail nombor Aisa dan meminta Aisa menjenguk Nabilla di rumahnya. Dia risau, kerana jarak hospital dan rumah Nabilla jauh.
Nabil cuba untuk pergi dengan secepat mungkin dan dia tak pedulikan saman yang dia bakal dapat nanti. Apa yang dia tahu, dia perlu segera sampai di rumah Nabilla dan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Nabilla.
“doc, Bell pengsan” Nabil segera keluar dari keretanya sebaik sampa di rumah Nabilla dan mendapati Aisa sudah berada di sana dengan wajah resah.
Nabil segera berlari masuk ke dalam rumah Nabilla mengangkat Nabilla masuk ke dalam keretanya.
“cepat! Kita kena ke hospital” Aidil dan Fitri masih lagi menangis dan memanggil umi mereka. Aisa cuba untuk memujuk dua beradik itu dan Nabil focus kepada pemanduannya.
Sebaik tiba di hospital Nabilla segera diberi rawatan. Nabil menunggu di ruangan yang disediakan dan tak mampu untuk duduk dengan tenang. Aisa masih lagi beradar di luar kawasan rawatan kerana tidak ingin mengganggu pesakit lain dengan tangisan kembar itu.
Setelah lima belas minit seorang doctor perempuan keluar membawa keputusan keadaan Nabilla. Doctor perempuan yang bernama Dr. Maria itu terkejut dengan keberadaan Nabil.
“Nabil, awak kenal pesakit?” soal Dr. Maria.
“ya, macam mana keadaan dia?”
“dia ok, demam biasa je dan dia nampak macam penat dan stress. Dia…”
“Alhamdulillah, Mar, dia ibu pada anak angkat saya” Nabil segera menerangkan keadaan sebenar dan Dr. Maria anggukkan kepala sambil tersenyum. Memang ada sesuatu yang Dr. Maria maksudkan dari persoalannya.
“well, she is beautiful.” Dr. Maria tersenyum senget dan berlalu dari situ setelah mendapat jelingan yang tak berapa bagus daripada Nabil.
Nabil membawa Aisa dan kembar itu untuk berjumpa dengan Nabilla yang baru sahaja sedarkan diri. Nabilla mampu tersenyum bila melihat dua anaknya yang masih lagi dengan sisa tangisan. Nabil berdiri agak jauh dari keluarga itu dan focus kepada telefonnya.
“saya minta diri dulu, saya ada pesakit sekarang ni. Aisa, kalau ada apa-apa hal call saya ok” pinta Nabil dan setelah mendapat anggukan daripada Aisa Nabil beredar.
Nabil focus kepada kerjanya dan berjumpa dengan pesakit yang telah bersedia menunggunya di ruang rawatan. Setelah memberikan rawatan dia berehat di biliknya. Fikirannya melayar kepada Nabilla dan ingin tahu apa reaksi Nabilla setelah membaca jurnal milik Farhan.
Nabilla masih lagi terbayang setiap baris dan ayat daripada surat serta jurnal milik Farhan dan dia tak mampu berhenti menangis. Perkataan peluang kedua bermain dalam kepalanya dan dia ingin berikan peluang kedua itu kepada Farhan tetapi semuanya sudah terlambat. Tiada lagi peluang kedua untuk dihulurkan kepada Farhan kerana Farhan tiada lagi di dunia ini.
“Bell, peluang kedua tak semestinya untuk Farhan, mungkin untuk kau, untuk anak-anak kau. Well, semua orang berhak dapat peluang kedua untuk bahagia” Aisa bersuara setelah mendengar cerita Nabilla dan apa yang dia dapat rumuskan, peluang bukanlah untuk perbetulkan satu kesalahan tapi peluang adalah untuk bermula dengan perkara yang baru.
“apa maksud kau?” soal Nabilla musykil.
“peluang kedua untuk kau bahagia, macam kahwin lagi” jawab Aisa dan angkat kedua bahunya. Nabilla ketawa lemah dan menutup mulutnya bila tubuh anaknya yang tidur di ribaannya bergerak sedikit.
“kahwin lagi? Macam la ada orang nak kat aku ni?”
“ha! Jangan nak buat-buat buta pulak!”
“mana ada aku buat-buat buta”
“eleh, Dr. Nabil tu dah macam mayat muka dia bila tengok kau pengsan tau”
“dah kenapa?”
“dia risau la!” terang Aisa geram dengan respon negative Nabilla.
“kau ni, kalau kau tak nak dia bagi kat aku je la!” sambung Aisa lagi, bengang bila Nabilla ketawakan dia. Tapi kali ini tawa Nabilla terhenti dan dia pandang Aisa semacam.
“kau…kau…suka dia ke?” soal Nabilla perlahan, kali ini giliran Aisa untuk tergelak kecil.
“aha! Dah agak dah ada orang makan jelly” usik Aisa sakan.
“mana ada! Aku tak jealous la!” bangkang Nabilla tegas.
“aku nak balik dah ni, ada kerja sikit. Doctor kesayangan cakap nanti dia ambil anak-anak. Dia akan stay dengan anak-anak malam ni” maklum Aisa sambil tersengih, belum sempat Nabilla membalas Aisa dah keluar dari bilik itu.
Nabil membawa dua anaknya ke KFC dan dia tahu Nabilla tak berkenan sangat anak-anak makan fast food tapi, itu semua permintaan anak-anaknya. Nabil seronok melayan anak-anaknya dan dia tak pernah berkira jika duitnya dihabiskan untuk Aidil dan Fitri.
“Nabil” senyuman Nabil hilang sebaik mendengar suara yang sangat tidak disangkanya di situ.
“kak Tasha” balas Nabil dengan wajah tegang.
“siapa ni?” soal Natasha lagi.
“none of your business” balas Nabil kasar dan segera bangun dari kerusi.
“along, angah jom kita balik” ajak Nabil tegas.
“papa, along tak makan lagi” rungut Aidil dan mulutnya memuncung sedih.
“kita bungkus ok, kita makan kat rumah” pujuk Nabil dan Aidil kembali tersenyum riang.
“wait, papa?”
“kak…”
“ok, ni anak-anak Farhan kan?” soal Natasha setelah memerhati wajah anak kecil itu dan dia yakin
mereka berdua iras dengan Farhan dan Nabil.
“so what?” soal Nabil bengang.
“mama and papa should know about this”
“stay away from them!” Nabil menarik tangan kedua anaknya dan beredar dari situ dengan kadar segera.
Setelah mandikan kedua kembar itu, mereka bertiga berada di ruang tamu untuk menonton tv. Nabil tak mampu bertenang kerana dia pasti akan ada perkara buruk yang akan terjadi. Seperti sangkaannya, loceng rumahnya berbunyi dan Nabil sudah dapat mengagak siapa yang datang.
“papa dan mama nak apa?” soal Nabil dengan wajah bosan.
“cucu-cucu kami ada dalam rumah ni” balas Datin Hanim tegas. Belum sempat Nabil memberi alasan, dua nak kecil berlari ke depan pintu dan tersengih menampakkan barisan gigi kecil mereka berdua.
“papa,papa” panggil Fitri dan menarik baju tidur Nabil supaya kembali ke ruang tamu.
“ada apa angah?” soal Nabil dan berlutut di depan Fitri.
“upin ipin dah habis” jawab Aidil sambil tersenyum.
“ok, sekarang masuk bilik, tidur ok. Papa nak cakap sikit. Nanti papa naik bacakan buku cerita” Nabil tersenyum pada anak-anaknya. Aidil dan Fitri anggukkan kepala dan sebelum mereka berlari ke bilik mereka hulurkan tangan untuk bersalam dengan orang tua Nabil.
“masuk, masuk…papa tak baik tak ajak atuk dan nenek masuk. Letih kaki nenek, kesian nenek” Aidil bersuara lagi menyebabkan Nabil tersenyum dan anggukkan kepala.
“pergi tidur sekarang” arah Nabil perlahan dan dua anak kecil itu sambung berlari ke bilik tidur mereka.
Setelah mereka bertiga berada di ruang tamu, Nabil tetap mengunci mulutnya dan hanya mendengar apa yang ingin dikatakan oleh kedua ibu bapanya.
“kami nak anak-anak Farhan tinggal dengan kami”
“kenapa? Dia anak-anak Nabilla” jawab Nabil mendatar.
“dia larikan diri dari rumah dan tak maklumkan kami tentang kandungannya”
“apa guna nak maklumkan pada mama dan papa? Boleh mama dan papa dera dia lagi?” soalan Nabil
buatkan dua orang tua itu terkejut.
“walaupun Nabil tak tahu sepenuhnya apa yang jadi, Allah tahu.” Sambung Nabil bila orang tuanya berdiam diri.
“mereka berdua tetap darah daging kami, kami nak hak penjagaan ke atas mereka” tegas Dato Borhan bersuara.
“kalau papa dan mama nak Aidil dan Fitri, papa dan mama kena terima Nabilla sama.”
“perempuan tu? Tak akan…”
“take it or leave it, minta maaf dengan Nabilla, terima Nabilla, layan dia macam keluarga. That’s all”
“kami tak akan terima dia!”
“then forget it, hak ibu lebih kuat kalau papa dan mama bawa benda ni masuk mahkamah sekalipun”
“Nabilla boleh kenakan tindakan mahkamah dan haramkan papa dan mama terlibat dengan anak-anak dia. Lagipun, Nabilla dan Farhan tak pernah bercerai” Nabil dengan senyuman bersuara dan sekali lagi pasangan tua itu menjadi kelu.
“baiklah, kami akan terima Nabilla, minta maaf dan layan dia selayaknya tapi, Nabil kena terima Maya sebagai isteri. Lagi sebulan perkahwinan Nabil dan Maya” mata Nabil membesar dan dia kelu dengan permintaan keluarganya.
Dato Borhan dan Datin Hanim tersenyum bila melihat pendirian Nabil mula goyah. Mereka tak akan sia-siakan peluang mereka untuk meluaskan perniagaan dengan mengahwinkan Nabil dan Maya. Nabil meraup mukanya dan memandang lantai.
“ok tapi, kalau Nabil dapat tahu yang Nabilla dan anak-anak dia mendapat layanan yang tak sepatutnya, mama dan papa kena ingat. Nabil lelaki dan apa yang Nabil mampu buat walaupun dah kahwin” Nabil membalas dengan sedikit ugutan yang tegas menyebabkan orang tuanya kembali diam dan berkira balik permintaan mereka.
“baiklah! Kami akan terima Nabilla dan layan dia selayaknya keluarga. Harta-harta milik Farhan akan diserahkan kepada anak-anaknya. Nabil dan Maya akan berkahwin hujung bulan depan. Lagi 40 hari” Dato Borhan sediakan kata akhir. Nabil anggukkan kepalanya bersetuju.
“well, walaupun Nabil rasa sakit terpaksa selesaikan masalah keluarga ni dengan cara perniagaan. Nabil bahagia bila dapat berikan hak yang nyata kepada Nabilla. Keluarga kita wajib hormatkan Nabilla. Nabil tak main-main dengan apa yang Nabil cakapkan, harapan dan kebahagiaan mama dan papa serta Maya boleh lenyap dalam sekelip mata je. Nabil tak suka mengugut orang tua Nabil sendiri tapi, apa yang Nabil belajar daripada keluarga ni, tak ada apa yang percuma. Nabil rasa perniagaan kita dah selesai, kita dah buat kata sepakat. Mama dan papa pegang kata-kata mama dan papa, Nabil akan pegang kata-kata Nabil. Ok?” Nabil berhujah panjang dan nadanya tegas dan serius. Nabil maksudkan setiap ayat yang keluar dari mulutnya.
“baiklah!”
“ok, anak-anak Nabil dah nak tidur, Nabil pun dah penat sangat dengan kerenah keluarga Nabil, so, Nabil tak berniat nak biadap. Boleh mama dan papa berikan masa rehat dan tidur kami?” soal Nabil dengan nada manis tapi penuh dengan bisa.
Perkara yang tidak disangka berlaku kepada Nabilla seakan keajaiban. Keluarga Farhan datang kepadanya dan meminta maaf dengan tulus serta ikhlas. Nabilla tak mampu mengucapkan rasa syukur dan dia rasa sangat bahagia sekarang ni. Segala hal yang terjadi pada masa lalu telah dia maafkan dan lupakan. Dia telah berikan dirinya dan anak-anaknya peluang kedua untuk bahagia.
Nabil yang berdiri agak jauh daripada situasi itu tersenyum senang melihat wajah Nabilla dan kedua anaknya bahagia dengan penyatuan keluarganya. Kini, dia dan Nabilla sudah sah menjadi ahli keluarga dan dia rasakan satu perasaan yang tidak sepatutnya. Sedih. Nabilla kini adalah iparnya.
“sayang” Maya yang muncul di sebelahnya segera memeluk lengan Nabil. Nabil menjauhkan dirinya daripada Maya dan menjeling Maya tajam.
“Maya, berapa kali I nak cakap. Kita belum kahwin. Don’t touch me” dingin Nabil menegaskan kepada Maya.
“sorry sayang, I excited sangat jumpa you”
“we just met a few hours ago”
“really? It feels like days”
“stop it, its annoying” Nabil segera beredar dari situ tetapi Maya tak benarkan Nabil bersendirian dan dia mengikut Nabil seperti bayang.
Nabilla tak mampu nak sembunyikan wajah muramnya bila melihat Nabil dan Maya. Dia tak pasti kenapa dia harus rasa macam tu, perasaan seakan Nabil miliknya, bukan milik Maya atau mana-mana perempuan.
“Anis fikir apa?” soal Natasha tersenyum manis. Natasha dan Fariz jelas ingin betulkan silap mereka dahulu. Hanya Dato Borhan dan Datin Hanim yang masih lagi keras untuk terima. Tetapi mereka cuba sebaik mungkin.
“panggil Nabilla Cik Tasha, saya nak lupakan Anis” jawab Nabilla dan tundukkan kepalanya.
“ok, tapi panggil Kak Tasha, Nabilla dah jadi keluarga kami sekarang”
“terima kasih kak, Fariz” Nabilla senyum kepada Natasha dan Fariz.
“Fariz bahagia sangat abang jumpa akak balik. Fariz minta maaf sangat-sangat”
“saya dah lupa pun. Fariz jangan la panggil kakak, kita sama umur kan?” soal Nabilla kekok dan
Fariz ketawa senang.
“ya, lupa pulak. Selain daripada jadi adik ipar awak, kita boleh jadi kawan” balas fariz dan Nabilla tersenyum.
Nabilla ikut sama luangkan masa di banglo mewah ini untuk persedian perkahwinan Nabil dan Maya. Dia rasa berat hati tetapi dia tetap membantu menghias banglo ini. setelah dua minggu, Dato Borhan dan Datin Hanim sudah mula berbaik dengannya dan dia rasa bahagia dengan penerimaan itu. kadang-kadang orang tua itu tersasul membahasakan diri mereka papa dan mama tanpa disedari.
“papa nak Nabilla berhenti kerja kedai buku dan kedai makan tu, tinggal dengan kami. Tak perlu fikir soal sewa rumah lagi” Dato Borhan bersuara sambil makan karipap buatan orang gajinya. Nabilla berhenti daripada menyuap kedua anaknya dan memandang Dato Borhan.
“tapi, saya suka kerja di sana” jawab Nabilla berhati-hati.
“sekurangnya, tinggalkan satu kerja, mama tengok Nabilla penat sangat” tambah Datin Hanim pula dan kali ini Nabilla anggukkan kepala. Dia kekok dengan perubahan baru ini tapi dia cuba untuk terimanya dengan baik.
“betul apa mama dan papa cakap tu, lagipun arwah dah tingalkan awak banyak duit” tambah Nabil yang muncul di dapur.
“tapi…”
“kami tak paksa, tapi Nabilla boleh fikir dulu”
“baiklah, saya akan fikirkan” balas Nabilla membuatkan semua orang tersenyum.
Nabil memandang lama calendar di dalam telefonnya, tarikh kahwinnya dan Maya semakin dekat dan dia dapat rasakan hatinya tidak tenang. Dia tak sanggup mengahwini seorang perempuan yang langsung tidak bertapak di dalam hatinya.
“doc dah nak kahwin, mana boleh termenung” sapa Nabilla yang muncul dari belakangnya. Nabil tersenyum sedikit dan meletakkan telefonnya di atas meja.
“sekarang la nak termenung, bila dah kahwin nanti kalau termenung isteri sibuk tanya saya ada orang lain ke” jawab Nabil dan terus tersenyum. Nabilla membalas senyuman itu dan memandang langit yang gelap.
“doc dah ambil cuti?” soal Nabilla untuk hilangkan suasana senyap antara mereka berdua.
“saya dah apply, sehari je. Hari kahwin nanti” jawapan Nabil yang tenang buatkan Nabilla terngadah.
“mana boleh! Doc kena bersedia dan bulan madu?”
“ada apa dengan bulan madu?” soal Nabil mendatar.
“biasanya…orang baru kahwin pergi bulan madu kan?” soal Nabilla lurus dan Nabil tergelak sikit.
“ya ke? Saya tak pernah dengar semua tu”
“ya, bukannya wajib tapi, keterlaluan la kalau ambil cuti sehari je” Nabilla mula protes dengan nada perlahan tapi ditangkap oleh telinga Nabil dengan cekap.
“saya masih lagi keliru dengan semua ni, saya tak pasti kalau saya mampu untuk menjadi pengantin lelaki hari tu nanti”
“maksud?”
“tak ada apa, dah lewat ni. Anak-anak dah nak masuk tidur” Nabil mengelak sepenuhnya daripada bercakap tentang hal itu dan meninggalkan Nabilla sendirian di laman.
“atuk, papa kahwin dengan umi kan?” soal Aidil berharap dan Dato Borhan berhenti daripada membaca surat khabar dan memandang anak kecil itu. sebelum menjawab soalan itu dia memandang isterinya yang turut terkejut dengan soalan yang tidak dijangka itu.
“papa…papa…umi…umi…” Fitri bersuara dengan senyuman melebar, seakan bersetuju dengan apa yang Aidil maksudkan.
“papa suka umi, papa sayang umi. Papa selalu cakap macam tu. Papa sayang umi sama macam papa sayang along dan angah” sambung Aidil lagi dan mata pasangan tua itu melebar. Datin Hanim secara tidak sedar memegang tangan suaminya dan memandang tepat ke dalam anak mata suaminya.
“along, angah. Dah kacau atuk dan nenek, jom masuk tidur. Esok sekolah” Nabilla muncul sambil tersenyum senang.
“cepat salam dengan atuk dan nenek” ujar Nabilla lagi dan dua beradik itu tidak membantah dan hanya menurut. Mereka bertiga berjalan pergi setelah mengucapkan selamat malam.
“umi, papa boleh tidur dengan kita kan malam ni?” soal Aidil berharap dan Nabilla kelu.
“mana boleh, papa kan ada bilik dia sendiri” jawab Nabilla tidak yakin dengan jawapannya sendiri.
“tapi, kawan along cakap dia tidur dengan papa dan mama dia” tambah Aidil lagi dan Nabilla garu kepalanya yang masih lagi bertudung.
“umi…papa…” pujuk Fitri pula dan Nabilla mengeluh berat, susah nak terangkan hal sebenar kepada budak-budak.
Nabilla berusaha mencari alasan untuk diberikan kepada kembarnya itu dan dia terus berusaha walaupun dia sudah hampir kalah. Nabilla rasakan perbualan itu hanya antara mereka bertiga tetapi dia saah kerana perbualan itu didengari oleh mertanya dengan jelas.
Nabilla dan Nabil semakin erat tanpa sebab yang tertentu, apa yang pasti Nabilla selalu sahaja sediakan makan tengahari dan bekal sarapan pagi kepada Nabil. Sejak Nabilla berhenti kerja sepenuhnya dia banyak masa diluangkan di banglo mertuanya dan dia rasakan lebih bahagia begitu. Kehidupan dia lebih baik dan sempurna sekarang. Dia lebih bahagia.
“Doc, ni bekal hari ni dan tengahari nanti saya akan ambil anak-anak dekat tadika” maklum Nabilla
ceria dan Nabil angkat keningnya sedikit.
“kenapa? Selalunya saya yang ambil anak-anak, awak dah tak percayakan saya ke?” soal Nabil dengan wajah dikeruhkan.
“mana ada! Saya nak bawa anak-anak beli baju sikit. Along dan angah dah naik berat badan sejak tinggal kat sini. Banyak baju mereka dah tak muat” Nabilla dengan tenang bercakap tentang masalahnya dan Nabil tergelak kecil.
“kebetulan! Saya kerja separuh hari je hari ni, jadi, saya akan teman awak beli pakaian untuk anak-anak” bersungguh dan ceria Nabil berkata.
“betul ni?” soal Nabilla meminta kepastian.
“yup! Saya jumpa awak di tadika ok.”
“ok!”
“take care, kalau boleh minta driver papa or mama hantar awak atau awak boleh call teksi. Ingat, jangan naik bas dan motorsikal lagi”
“tapi…”
“nope! Dengar cakap saya ok. Kita jumpa tengahari nanti” Nabil tersenyum senang bila Nabilla dengan terpaksa mengalah.
“hati-hati” pesan Nabilla bila melihat Nabil bersedia di keretanya.
Nabil dan Nabilla hanya duduk di bangku sambil melihat Aidil dan Fitri seronok bermain dengan permainan yang disediakan. Nabil memandang Nabilla lama dan dia bahagia dapat lihat senyuman selebar dan seikhlas itu terbit dari wajah Nabilla.
“terima kasih, dah bahagiakan anak-anak” ucap Nabilla tanpa memandang Nabil.
“mereka dah macam anak-anak saya dah.”
“terima kasih jugak dah buat keluarga awak terima saya” sambung Nabilla lagi dan Nabil gelengkan kepalanya.
“bukan saya, awak sendiri. Mereka semua tak sedar betapa untungnya mereka ada awak selama ni”
“hmm…saya yang beruntung ada awak…”
“apa?” soal Nabil seakan teruja dan terkejut pada masa yang sama. Nabilla menutup mulutnya dan menggelengkan kepala.
“along, angah. Jom kita balik” ajak Nabilla dan meninggalkan Nabil yang tersengih sendiri.
Nabil tak dapat lelapkan matanya menanti hari esok dan dia berada di tikar sejadah sejak isyak lagi. Hatinya resah dan gelisah, dia keliru dengan perkahwinan yang dia tidak inginkan ini tapi dia berjanji. Janji dengan kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Dulu dia boleh abaikan sebab lain kerana hatinya belum di milliki tapi kini hatinya telah dimiliki. Dia terlalu berharap yang jodohnya adalah Nabilla.
“bro, dah solat subuh ke?” soal Fariz dan masuk ke dalam bilik Nabil.
“dah.” Jawab Nabil lemah dan suaranya serak.
“bro kau biar betul sejuk macam ni kau boleh tahan” Fariz memeluk tubuhnya kerana suhu bilik Nabil sangat rendah.
“ada apa Riz?” soal Nabil endahkan apa yang dikatakan Fariz tadi.
“jom breakfast.” Ajak Fariz pula tapi mendapat gelengan daripada Nabil.
“tahu nervous tapi kena makan kut, nanti perut kosong”
“kau turun dulu, nanti aku turun” balas Nabil.
“ok” Fariz hanya mampu mengalah dan keluar dari bilik itu.
Nabil melipat sejadah dan meletakkan songkoknya di meja sebelum melabuhkan punggung di katilnya, matanya memandang gambar keluarganya da nada Farhan di situ. Dia berharap aka nada gambar Nabilla dan anak-anaknya di dalam gambar keluarga mereka nanti.
Nabilla ingin tersenyum melihat betapa tampannya Nabil di hari perkahwinnya tetapi hatinya tak mampu untuk hasilkan senyuman yang ikhlas. Nabil senyum sedikit kepada tetamu yang ada di masjid di mana dia akan menikah beberapa minit sahaja lagi. Setelah semua orang bersedia dan seperti yang Nabil minta, pengantin perempuan diminta berada di sebalik tabir masjid.
Kadi datang kepada Nabil yang sudah siap bersila di depannya setelah mendapatkan pengesahan daripada pihak perempuan. Senyuman yang Nabil hulurkan tidak kelihatan gembira tapi dia tetap mencuba.
“Nabil Fattah Bin Borhan”
“saya”
“aku nikahkan akan dikau dengan Anis Nabilla Binti Harun dengan mas kahwinnya 200 ringgit
tunai”
“aku terima nikahnya Anis…Anis Nabilla?” soal Nabil bingung dan dia menatap kadi dihadapannya dengan raut wajah aneh.
“ya, Anis Nabilla bt Harun, borang ni tulis macam tu” Kadi itu menjawab tulus. Nabil memandang kadi itu kemudian membaca semua borang nikah itu beberapa kali, jelas memang nama Nabilla tertera di situ.
“tapi…”
“Nabil nak kahwin ke tak nak?” soal papanya bila Nabil masih lagi bingung.
“nak! Tapi…”
“nanti lepas akad Nabilla akan terangkan” potong papanya lagi dan Nabil mengeluh perlahan.
“kalau Nabil tak nak papa boleh batalkan”
“mestilah nak! Cepat kadi!” gesa Nabil penuh harapan menggesa menyebabkan beberapa orang ketawa. Nabil dah tak pedulikan orang lain, walaupun otaknya masih keliru dan penuh tanda tanya dia tetap nak teruskan perkahwinan itu kalau pengantin perempuannya adalah Nabilla sendiri.
Selesai akad Nabil yang awalnya kelam sekelam gerhana kini terang seterang purnama, senyuman Nabil paling tak kalah hari ini dan dia memang tak sabar nak bersua muka dengan Nabilla. Walaupun baru sahaja beberapa minit lepas mereka berjumpa saat pembatalan air sembahyang. Nabil masih lagi tersenyum walaupun dah ditegur oleh beberapa kawannya.
“dah la senyum macam kambing bro, risau” kali ke berapa Nabil sendiri tak pasti dah berapa orang
menyuruhnya berhenti tersenyum.
“diamlah kau!” marah Nabil bergurau dan menepuk bahu adik lelakinya itu agak kuat.
“menakutkan tahu tak” tambah Fariz dan menjauhkan diri dari Nabil menyebabkan Nabil ketawa perlahan dan menarik nafas dalam-dalam.
“aku tak pernah rasa bahagia macam ni” lafaz Nabil dan kali ini senyuman sedikit menyenangkan, senyuman kesyukuran. Fariz ikut sama tersenyum dan menepuk bahu abangnya perlahan sebelum beredar.
Malamnya, Nabil berjaya melarikan diri daripada tetamu dan ke bilik tidurnya, bukan bilik tidur mereka. Nabil tak mampu berhenti tersenyum dan berhenti betul-betul di depan pintu. Nabil berkira untuk mengetuk pintu atau terus masuk seperti biasa. Dia tahu Nabilla ada di dalam bilik itu kerana Natasha sudah memberitahunya sekejap tadi.
Pintu terbuka dan wajah terkejut Nabilla menjadi sapaan Nabil menyebabkan Nabil kelu dan kaku. Nabilla juga sama dan dia melarikan matanya daripada bertentangan dengan mata Nabil. Nabilla tundukkan kepalanya dan cuba untuk beredar dari situ dengan perasaan malu. Tangan Nabil memegang tangan Nabilla dan menghalang Nabilla daripada pergi.
“awak hutang sesuatu dengan saya” bisik Nabil di telinga Nabilla menyebabkan Nabilla kejung. Nabil tersenyum sennag bila dia Berjaya mengusik isterinya itu.
“hu…hutang?” soal Nabilla gugup, walaupun dia gugup dan segan tetapi dia tidak pernah mencuba untuk melepaskan genggaman Nabil, kenapa? Kerena dia selesa berada dalam genggaman Nabil.
“yup, jom bincang soal hutang tu” Nabil menarik Nabilla masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik itu rapat. Nabilla ditarik perlahan ke katil dan Nabil duduk di birai katil, tangannya masih lagi menggenggam jemari isterinya.
“papa cakap, awak akan terangkan semuanya pada saya” Nabil dengan ceria bersuara dan Nabilla tertunduk malu.
“duduk” pelawa Nabil apabila Nabilla masih lagi berdiri di hadapannya dengan mata memandang tepat pada lantai. Dia nak sepasang mata itu memandangnya.
“papa dan mama jumpa saya beberapa jam sebelum majlis, mereka cakap doctor…doctor sukakan saya. Papa dan mama cakap mereka dah bincang dengan keluarga Maya dan mereka terima. Mama dan papa dah jumpa keluarga Maya dua minggu lepas lagi untuk bincang semua ni, dan mereka setuju macam tu je. Mama nak saya jadi menantu dia lagi, jadi…saya kahwin dengan doctor” terang Nabilla agak laju, Nabil sepertinya mendengar semua yang Nabilla terangkan tetapi dia tak peduli lagi dah, yang penting Anis Nabilla yang ada depan dia sekarang ni adalah isterinya.
“awak kahwin dengan saya sebab mama je ke?” soal Nabil perlahan. nabilla memandang Nabil dengan mata besarnya dan menggelengkan kepala dengan laju.
“bukan sebab mama, sebab anak-anak dan sebab saya nak sangat peluang kedua dalam hidup saya.”
“peluang kedua?”
“ya, peluang kedua untuk bahagia. Saya sayangkan arwah Farhan dan saya rasa saya…”
“saya?”
“suka…awak. Saya cemburu bila awak dengan Maya, saya sedih bila awak akan kahwin dengan Maya, saya kecewa bila tahu awak dah bertunang…”
“awak pasti awak sukakan saya je?” soal Nabil dengan nada mengusik dan Nabilla berkerut sedikit.
“kenapa?” soal Nabilla keliru.
“sebab, cemburu tandanya sayang” pipi Nabilla dicium sekilas dan Nabilla bertambah malu.
“saya akan buat awak jatuh cinta pada saya” tekad Nabil membuatkan Nabilla tersenyum dan
anggukkan kepalanya.
“saya teringin nak rasa semua tu, saya nak anak-anak…kita ada keluarga yang lengkap”
“ya, kita akan bina satu keluarga yang lengkap dan bahagia.” Nabil mengucapkannya dengan doa yang diselitkan di dalam hatinya. Nabil merapatkan dirinya pada Nabilla dan memeluk tubuh itu erat.
“saya cintakan awak” bisik Nabil menyebabkan Nabilla tersenyum bahagia.
Nabil dan Nabilla bersedia untuk pergi berbulan madu di Australia. Nabil sudah berjanji untuk bawa Nabilla ke sana berjumpa dengan keluarga angkatnya di sana dan membawa Nabilla ke semua tempat yang Nabil pernah kunjungi.
“papa, umi…nak ikut” Aidil dah menangis untuk mengikut Nabil dan Nabilla ke Australia. Berat hati dua insan itu mendengar pujuk rayu anaknya. Fitri juga menangis dan tak nak turun dari dukungan Nabil.
“Nabil dah cakap pa, mana boleh tinggalkan kembar ni, tengok” Nabil memujuk Fitri dan mendukung Aidil yang masih lagi menangis di dalam dukungan Nabilla.
“along, angah nak papa bagi sesuatu tak?” soal Nabil memujuk dan dua anak it uterus berhenti menangis. Nabil memang pandai dalam memujuk.
Nabil membisikkan sesuatu kepada kembar itu dan setelah memberi penerangan panjang lebar dua budak kecil itu tersenyum dan ketawa riang. Mereka menganggukkan kepala dan mencium pipi Nabil dan Nabil membalas dengan mencium dahi kedua anaknya.
“apa yang awak cakap kat mereka?” soal Nabilla dengan wajah penuh tanda Tanya kepada Nabil.
“sayang, kurangkan kedut tu” Nabil mengusap lembut dahi Nabilla sebelum menciumnya sekilas.
“dah sampai masa tu, hati-hati kat sana” pesan Datin Hanim.
Selesai bersalaman dan peluk cium selamat tinggal Nabil dan Nabilla berjalan kea rah balai berlepas. Nabilla rasa sedih untuk tinggalkan anak-anak mereka tetapi apakan daya, itu semua kehendak orang tua Nabil sendiri.
“umi, janji tau bawa balik adik comel!” jerit Aidil kuat menyebabkan ramai yang berpaling ke arah Nabil dan Nabilla yang sedang berjalan. Nabil terbatuk bila rahsianya dengan anak-anaknya terbongkar dan Nabilla memandang anak-anaknya yang tersenyum kepadanya tidak berdosa.
“adik! Adik!” jerit Fitri pula dan itu adalah perkataan ketiga yang keluar daripada mulut Fitri. Jeritan dua anak kecil itu memang menarik minat ramai orang. Nabilla memandang Nabil yang menuju kepada Fitri sebelum mendukung Fitri dan mencium pipi gebu itu beberapa kali. Nabilla masih lagi kaku di tempat sama dia berdiri.
Nabilla bergerak ke arah Fitri dan memeluk anaknya yang berada dalam dukungan Nabil, secara tak langsung memeluk Nabil. Aidil yang berada di bawah diangkatnya dan mereka berempat berpeluk gembira.
“Adik! Adik!” jerit Fitri lagi dan hulurkan jari kelingkingnya kepada Nabilla, minta Nabilla berjanji memberikannya adik. Nabilla ketawa perlahan dan memandang Nabil geram.
“umi, along dan angah nak adik comel banyak-banyak tau. Papa dah janji, umi pun kena janji” pinta Aidil pula dan turut sama keluarkan jarinya. Nabilla pandang Nabil tajam dan pautkan jarinya dengan kedua anaknya sambil tersenyum.
“in sha Allah sayang” jawab Nabilla kepada dua anaknya.
“yes!” suara Nabil kedengaran agak perlahan tetapi Nabilla Berjaya menangkapnya menyebabkan pinggang Nabil dicubit geram.
“sakit sayang” adu Nabil manja.
“kenapa papa?” soal Aidil prihatin.
“umi cubit papa, kesian papa sakit” adu Nabil manja.
“umi, kesian papa, papa dah janji nak bagi adik comel banyak-banyak” Aidil memuncungkan mulutnya kerana Nabilla mencubit Nabil. Nabil tersenyum kemenangan dan mengangkat keningnya kepada Nabilla.
“umi…” Fitri membuat symbol X dengan tangannya kepada Nabilla sebagai larangan mencubit Nabil. Nampaknya Nabilla memang tak menang lawan tiga lelaki dalam hidupnya ini.
“ok, dah la pergi cepat. Terlepas nanti. Pergi ikhtiar kat sana macam mana nak bagi adik-adik comel kat kembar ni” tegur Dato Borhan bila sekeluarga itu masih lagi seronok berbual. Teguran itu memang Berjaya buatkan Nabilla malu tetapi Nabil sebaliknya ketawa senang dan anggukkan kepala setuju.
“jom sayang, banyak benda nak kena ikhtiar ni” ajak Nabil dan sekali lagi Nabilla cuba untuk mencubit Nabil geram.
Mereka berjalan semula ke balai berlepas dan mendapat beberapa senyuman mengusik daripada orang yang mendengar jeritan anak kecil mereka tadi, wajah Nabilla memang merona habis.
“kalau nak tips call papa!” laung Dato Borhan pula menyebabkan Nabilla mati langkah.
“ok pa!” laung Nabil semula dan kali ini mendapat gelak daripada orang ramai. Nabilla menutup mukanya dengan kedua tapak tangan dan berjalan laju ke balai berlepas, memang dia tak akan pandang kiri dan kanan mahupun belakang sekalipun. Cukup dia rasa malu sekarang ni.
“bulan madu ya? Tahniah”
“good luck!”
“tahniah!”
“selamat pengantin baru”
Beberapa ucapan Nabil dan Nabilla dapat daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian. Nabilla ditarik rapat ke sisi Nabil dan Nabil membalas semua ucapan itu dengan gembira. Nabilla sembunyikan wajahnya ke dada Nabil dan menggumam perlahan yang dia malu.
Nabil mengangkat Nabilla yang masih lagi lena sebaik mereka sampai di hadapan rumah keluarga angkatnya. Pemandu teksi itu membantu mengeluarkan bagasi mereka dan beberapa ahli keluarga Nabil membantu mengambil barangan mereka berdua.
“sorry, my wife is sleeping, she is very tired” Nabil bercakap dengan nada perlahan kepada pasangan tua yang tersenyum menyambut kedatangan Nabilla dan Nabil.
“go, put her in bed.”
“okay” Nabil membawa Nabilla ke biliknya dan membaringkan Nabilla di situ. Nabilla bergerak sedikit untuk mencari keselesaan dan Nabil membuka tudung Nabilla. Sebelum turun ke ruang tamu dia mencium dahi Nabilla dan teersenyum bahagia.
“sorry, jet lag. That was her first flight” ujar Nabil dan keluarga itu tersenyum faham. Mereka semua beragama islam dan Nabil belajar banyak daripada keluarga itu.
“mom, dad, you can use english but she cannot understand it well, so why not both of you use malays” cadang Nabil dan pasangan tua itu ketawa perlahan.
“tak perlu risau, kami dah belajar banyak bahasa kamu” jawab Mr. Abraham.
“wow, bahasa melayu dad dah lancar”
“kami belajar” jawab Mrs Abraham pula atau dikenali sebagai Linda. Mereka terus berbual dengan rancak.
Nabilla membuka matanya perlahan-lahan dan dia sangat selesa. Dia menggerakkan badannya beberapa kali sebelum matanya terbuka luas. Dia pelik, dia tak mengenali tempat itu dan bilik itu sangat janggal baginya, dia mencari tudungnya dan segera memakainya sebelum berjalan sekeliling bilik luas itu. dia ke tingkap dan melihat salji sedang turun dengan lebatnya, dia taksub dan terpesona dengan keadaan itu.
“sayang” satu suara menegurnya menyebabkan dia berpaling laju. Dia berlari dan segera memeluk Nabil erat.
“kenapa ni?” soal Nabil risau bila Nabilla memeluknya begitu erat.
“saya risau tadi, bila buka mata je awak tak ada” Nabilla masih lagi tak melepaskan pelukan
kemasnya dan Nabil mengusap belakang Nabilla beberapa kali.
“sorry sayang, tadi saya borak dengan dad dan mom. Jom, saya nak kenalkan awak” Nabil melepaskan pelukan mereka dan memegang jemari isterinya.
“tapi, saya tak pandai sangat bahasa inggeris”
“tak apa, kebanyakan orang dalam rumah ni pandai cakap melayu walaupun lain sikit. Yang kecil-kecil tu je tak pandai sangat” terang Nabil untuk senangkan hati Nabilla. Nabilla tersenyum dan memeluk lengan Nabil dengan ceria.
Mereka berjalan ke ruang tamu dan Nabilla dengan ramah melambai, membalas lambaian dan tersenyum kepada semua mata yang melihatnya, Nabil sudah tidak asing di situ tetapi Nabilla memang menarik perhatian semua orang.
“wah, comelnya budak-budak tu semua, macam Barbie doll” ujar Nabilla teruja dan Nabil tergelak kecil.
“semua ahli keluarga ni islam tau, jadi awak jangan risau” cerita Nabil lagi dan Nabilla anggukkan kepalanya. Matanya masih lagi melihat anak-anak kecil yang seronok bermain.
Nabilla berjumpa dengan ibubapa angkat Nabil dan Nabilla rasa tenang dan senang. Dia dapat rasakan bulan madu mereka akan bahagia. Nabil dan Nabilla makan malam bersama keluarga itu dan banyak yang Nabilla belajar di sana.
Selesai solat berjemaah bersama-sama, Nabil membawa Nabilla untuk melihat suasana malam di Australia. Walaupun cuaca sangat sejuk, Nabilla sangat teruja dan bersemangat. Dia sangat gembira Nabil bawanya ke Australia. Mereka hanya berjalan, berpelukan dan bersama dengan bahagia.
Nabilla sempat bermain dengan salji dan membina snow man bersama ahli keluarga yang lain.
Masalah komunikasi jarang berlaku kerana Nabil ada sentiasa di sisi Nabilla untuk menterjemah dan menerangkan semuanya kepada Nabilla. Suasana tenang bertukar girang bila ada yang mula membaling salji. Mereka mula menyerang antara satu sama lain.
Masalah komunikasi jarang berlaku kerana Nabil ada sentiasa di sisi Nabilla untuk menterjemah dan menerangkan semuanya kepada Nabilla. Suasana tenang bertukar girang bila ada yang mula membaling salji. Mereka mula menyerang antara satu sama lain.
Nabil membuat gumpalan salji dan membalingnya tepat kepada kaki Nabilla menyebabkan Nabilla rebah. Kanak-kanak dan ahli keluarga Nabil ketawa bila Nabilla tersungkur di permukaan salji yang tebal. Nabilla segera bangkit dan mengejar Nabil yang sudah mula melarikan dirinya sambil ketawa senang. Nabilla menangkap Nabil dan mereka berdua jatuh di permukaan salji.
“jahat” bentak Nabilla dan memukul dada Nabil perlahan. Nabil ketawa dan membawa Nabilla kepelukannya.
“I love you so much” ucap Nabil dan Nabilla kelu seketika. Kemudian satu biji salji jatuh di hujung hidung Nabil.
“sejuk” gumam Nabil. Nabilla membuang salji itu dan mencium hujung hisung Nabil sekilas sebelum bangun dan melarikan diri untuk masuk ke dalam rumah.
Nabil biarkan beberapa biji salji lagi jatuh di atasnya dan dia tersenyum sambil menyentuh hujung hidungnya.
“I really really love you” gumam Nabil dan berjalan masuk ke dalam rumah bila salji turun dengan semakin lebat.
Nabilla sudah sediakan air panas untuk Nabil mandi. Nabil mengucapkan terima kasih kepada Nabilla dan menangglkan jaketnya dan dihulurkan kepada Nabilla. Nabil masuk ke bilik air dan setelah 15 minit bersihkan diri dia keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Untung Nabilla sudah hidupkan pemanas pada suhu yang sesuai supaya Nabil tidak kesejukan.
“I love you too” bisik Nabilla dan mencium pipi Nabil sebelum berlari keluar dari bilik tidur mereka dan ke dapur untuk membantu sediakan makan malam.
Nabil menyentuh pipinya dan tersenyum seperti anak kecil yang mendapat gula-gula bila mendapat ciuman daripada Nabilla. Nabilla sangat membuatkan Nabil tertanya-tanya akan personality sebenar Nabilla. Nabilla yang sama dia jatuh cinta tetapi perwatakan yang berbeza.
“apa pun, kau tetap duk meroyan dekat bini kau tu” Nabil berkata pada dirinya sendiri dan segera memakai baju yang telah Nabilla sediakan.
Seminggu berlalu, Nabil dan Nabilla sudah sampai di Malaysia. Nabilla sedih tinggalkan keluarga di sana tetapi dia bahagia kembali kepada keluarganya di sini. Dia sudah berjanji akan kembali ke sana bersama-sama anak-anaknya nanti dan Nabil sudah merancang untuk menunaikan janji isterinya itu.
“umi, mana adik comel banyak-banyak?” itulah soalan Aidil sejak Nabil dan Nabilla tiba di Malaysia. Fitri juga mengekor Nabil dan Nabilla untuk mendapat jawapan yang sama. Nabil ketawa kelucuan dengan jawapan yang Nabilla berikan kepada dua anak kecil itu.
“Nabil Fattah, baik awak terangkan pada teruna awak ni. Saya dah penat cari jawapan” Nabilla berputus asa dan serahkan hal itu kepada Nabil.
“meh sini papa cerita” ajak Nabil dan Nabilla memandang Nabil penuh tanda Tanya, Nabil ni memang penuh muslihat.
“untuk dapat adik-adik comel, ambil masa tau, umi kena ada baby dalam perut dulu, lepas tu baru la ada adik comel”
“oh, macam dalam perut mama Aiman?” soal Aidil seakan mengerti dan Nabil anggukkan kepala.
“macam mana nak bagi ada baby dalam perut umi?” soal Aidil lagi dan Nabil ketawa lepas, Nabilla sudah bersedia dengan sengatan ketamnya jika Nabil memberi jawapan selamba.
“along dan angah kena la doa, minta dengan Allah bagi adik comel cepat-cepat” ujar Nabil dan mengusap kepala dua anaknya yang seakan memahami.
“lagi?” soal Aidil lagi.
“yang lain tu, papa dan umi la yang kena ikhtiar” jawab Nabil dan ketawa senang bila wajah Nabilla
bertukar merah, sama ada marah atau malu.
“jom tidur! Esok papa kerja, along dan angah sekolah” Nabilla segera menutup lampu bilik mereka dan menarik selimut rapat ke badan anak-anaknya.
“papa sayang along dan angah” ucap Nabil dan mencium dahi anak-anaknya.
“I love you sayang” ucap Nabil kepada Nabilla dan mencium dahi Nabilla lama.
“me too” balas Nabilla dan mencium pipi Nabil sebelum tangannya dan Nabil bertaut di tengah-tengah badan kedua kembarnya.
Peluang kedua tidak semestinya untuk perbetulkan satu kesilapan, tetapi peluang kedua adalah untuk mencari permulaan yang baru. Nabil dan Nabilla.
aww..so sweet one of its kind!
ReplyDeleteTq for reading this... π
DeleteBest sangat... terbaik lah kak!
ReplyDelete-asmara
Tq baca dikk... π
DeleteBest nye akak terbaik lah
ReplyDeleteAkhirnya ada entri terbaru dari akak dah ternanti nanti menunggu cerpen akak
Akak buat lagi cerpen terbaru tak sabar ni
Terima kasih banyak awak... ☺️
DeleteWhy so sweet..π±..best la walaupun lmbt update tpi semua crite ttp best..hahaha
ReplyDeleteMaaflah lewat post... ☺️... Tq baca...
DeleteYeayy . Byk kli repeat bce smue crite sbb nk tggu cerita bru . Suke sngt . Nk lgi π
ReplyDeleteHehehe thanks rajin repeat baca...maaf la lewat sangat... Tq baca yg ni yer...
DeleteMmg best alzai sanara...x puas bca.....mmg x sia2 mnggu...hehhe
ReplyDeleteNak lg...nak lg.... alzai sanara
Sorry reixan dah buat awk menunggu... Terima kasih banyak2 dah baca...
Deletesedihnya time baca dairi farhan mcm nk nangis jaa..semua cerpen akak seronok saya suka sangat²..
ReplyDeleteTrima kasih awak...
DeleteDah lama tunggu encik Ceo,,,tp mnggal pulak,,,ππ...
ReplyDeleteAlamak... sorry la awak... sya busy sgt skrg nii...
DeleteCEO ni meninggal ...sedih lahhh sist...hm takpe spe tahu nnti ad hero sengal yg lain pulak hehe,,ciayooo
DeleteCEO ni meninggal ...sedih lahhh sist...hm takpe spe tahu nnti ad hero sengal yg lain pulak hehe,,ciayooo
DeleteBest lahh awakkk. Saya sukeee. Nk special edition isteri yang dibenci. Nk baca part diorang sweet and ada anak.
ReplyDeleteTq baca yg nii Najwa... fuhhh... in sha Allah yer... skrg sya mg busy bnyak... sorry...
DeleteBest sngat2,nk tnya ne....sambungan perfect love bila??
ReplyDeleteTq la baca... sambungan perfect love tu sya dah mula tapi hanging... skrg sya busy sbb dah nak final... sorry...
DeleteSaya orang indonesia tp saya suka semua cerita akak ♥♥
ReplyDelete-asmara
okyy,, best wlau lmbat ttp terbaik,, gdluck utk final sem ke brpa2 utk sisπͺπ
ReplyDeleteHaha... tq dikkk...
DeleteI dah jd follower cerpen dlm blog ni.. best.. :-D
ReplyDeleteTq follow sya... tq jga lepak sni...
DeleteCerpen awak tak pernah tak best. Semua best. Salah sikit2 tu tertutupi dgn jln cerita yg best. Best lg kalau awak sering2 buat cerpen. Hehe.. Gurau je. Saya fham kena la ada idea n waktu utk buat semua tu. Papepun keep it up!
ReplyDeleteSalam dari Indonesia
Salam dari saya jugak... Tq dah baca awak...
DeleteFirst time sampai blog ni. Menarik jalan cerita awak, writer. Tahniah!
ReplyDeleteTq la dah sudi singgah sini yer...
Deletebosan. cerita lama awak lgi best. T.T
ReplyDeleteOh...sorry. btw tq da singgah sini...
Deletebagusss bangettttt...
ReplyDeletekeren, ditunggu ya cerpen2 berikutnya :D
ReplyDeletebest tidak pernah mengampakan tq & saya tunggu yang seterusnya..
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteWau!! Best cerita nii..tak rugi follow blog sis slama nii.
ReplyDeleteblog ni...yani jdkan fonpage..tiap2 ari repeat baca n baca n baca again..bestt..terbaek...panadai akak...seriously repeat baca pun x pernah bosan..tq akak..love u..
ReplyDeletebest cita ni... terbaik wlupn sedih....
ReplyDeleteBesttt.
ReplyDeleteThorrbaik,hehe
ReplyDeleteBest sgt,sentese mnunggu cerpen sis.. :-)