Thursday, 26 May 2016

cerpen : Dia tu Babysitter Aku je!

hyep...first nak cakap ni memang zaman sekolah punya kisah soooo memang la childish sikit. apap pun enjoy la yaa...



==========

Akhirnya dah sampai airport dan balai pelepasan pun dah panggil penumpang yang akan ke Malaysia,beratnya langkah kaki aku nak pergi ke balai pelepasan.Ibu macam dah nak nangis pulak je,susah la kalau ibu nangis nanti mesti aku tak sampai hati nak pergi.

“adik jaga diri kat sana,jangan lupa solat,dengar cakap papa and abang” air mata aku mengalir laju dah macam air terjun kat Florida kut,ni sebab ibu yang nangis dulu la ni,kalau diikutkan hati nak berpisah dengan senyuman ni dah sampai jadi kes perpisahan berdarah,boleh kering air dalam badan aku kalau nangis terus macam ni.

  “ibu sure tak nak ikut adik?”

 “apa ni sayang? Ibu janji akan datang jenguk adik nanti” apa tindakan seorang ibu bila anaknya menangis? Mestilah pujuk dengan sedaya-upaya kan? Sama la dengan apa yang ibu buat sekarang ni rasa layu pulak bila dipujuk sampai macam ni sekali dan aku ni senang je dipujuk,bagi je habuan sikit lepas tu ok la,hahaha…

   “janji? Kalau adik nak mengurat boys kat sana ibu kena bagi tips tau!” ha! Melawak pulak time sedih-sedih macam ni,tak kisahlah yang aku tahu aku kat sana hanya setahun je dan takkan lebih,kali pertama dan terakhir aku ke Malaysia.

  “jangan nak mengarut,papa suruh study kat sana bukannya mengurat.Ni mesti abang yang ajar perkataan yang mengarut ni” tepat sekali tekaan ibu dan apa yang abang ajar aku lagi ialah usyar,first time dengar aku ingat ke nama orang ke atau ustaz arab mana rupa-rupanya mengurat.Abang aku tu pandai sebut je,kalau ada orang nak mengurat dia pengsan tiga tahun! Hehehe…sorry abang!

  “call ibu selalu” pesan ibu lagi,aku mempercepatkan langkah kerana balai pelepasan dah hampir nak tertutup,aku melambai ibu dengan air mata yang masih bercucuran dengan laju,bertambah laju pulak bila dah masuk ke dalam kapal terbang ni.First time naik sensorang takut jugak tapi ada ke sesiapa akan duduk kat tepi aku nanti boleh la aku bergantung kat kaki dia kalau jadi something kat kapal terbang ni.

    “this is your seat” mendengar suara lunak seorang pramugari yang cantik buat aku tersedar seketika,fulamak!!! Ada orang la duduk kat tepi aku dah la handsome macam model je.Asya,stay cool dan buat-buat tak tahu je.Aku mengambil headphone yang telah disediakan lalu diletakkan ke kedua-dua belah telinga.

  Setelah kapal terbang tidak lagi mencecah landasan aku dah dapat agak yang tak lama lagi aku akan sampai ke Malaysia tempat kelahiran aku pada 6 Jun 1991,dan sekarang ni dah tahun 2013.Sesekali aku curi pandang mamat sikit punya handsome kat sebelah aku ni,dan pada saat kali ke berapa aku tengok dia mata kami bertembung secara tidak sengaja,terus bertaut dan akhirnya jatuh ke lantai.

  Kek la yang jatuh bukan aku atau dia,apa punya orang dewasa la cemerkap macam ni.Kalau betul tanggapan aku ni orang Malaysia sebab dia punya kulit gelap sikit dan rambut dia hitam pekat,mata dia pun sederhana besar je tapi yang paling cantik ialah kening dia,memang tersusun rapi.

  “hi!” aku boleh nampak mulut dia bergerak dan matanya memandang tepat ke muka aku,dia bercakap dengan aku ke? Tapi apasal aku tak dengar apa-apa pun.Ke aku dah jadi pekak badak macam yang selalu abang cakap tu.Aku pasti yang muka aku lawak gila kalau tak takkan la lelaki depan aku ni boleh tergelak pulak naik merah muka dia tapi aku langsung tak dapat dengar apa-apa,Ya Allah aku tak nak pekak,kawin pun belum lagi ni.

    Tangan lelaki yang berada disisi aku menyentuh kepala aku lalu menanggalkan headphone yang berada di telinga aku.patut la rasa pekak pelik je telinga aku,rupanya headphone gila kuasa ni yang melekat kat telinga aku. Aku tersenyum setelah menyedari yang aku telah buat lawak bodoh yang memalukan diri aku sendiri.

  “where are you going?” sapa lelaki tadi dengan ramahnya dan aku sempat tersenyum sedikit sebelum menjawab soalan dia,dah naik flight ke Malaysia takkan nak pergi kutub utara kut,ayat mengurat ke macam tu.

  “this flight gonna take us to Malaysia right?” aku menyoalnya kembali dengan nada agak menjengkelkan,dia tersenyum lalu mengangguk.Agaknya tak faham yang aku ni sedang kenakan dia.

  “yes” dengan selamba badaknya dia menjawab ya,jadi takkan la tak faham lagi kut.

 Malaysia is my destination”

   “oh,really…for vacation?” dia menyoal lagi,geram jugak aku nak cakap gila ke orang pergi bercuti bila musim orang tengah kejar duit macam ni,asyik speaking je dengan aku takkan la dia pun mat salleh celup cincai macam aku? Jom fikir jawapan untuk soalan ni,untuk bercuti ke atau sambung study?
  “nope! To further my study,may I ask you something,sir?” baik aku tanya sekarang sama ada dia tu Malaysian atau apa.Kang aku keluarkan kutukan berapi melayu aku kat salah orang lagi,nanti diri sendiri je yang malu.

   “yes you may,miss” politenya manusia ni,kalau jadi menantu ibu pun kira bertuah jugak kan tapi dia nak ke kat aku? Hahaha…gila punya soalan!

  “are you Malaysian?” soal aku lembut,kalau betul tekaan aku maknanya aku perempuan yang paling cantik kat Malaysia,gila punya orang kuat perasan

  “yes I’m,how could you know that? Mostly people taught I was Italian”

“sebab saya pun orang melayu jugak” aku dah agak yang semua orang akan buat reaksi terkejut bila aku cakap yang aku ni sepenuhnya Malaysia,mesti dorang akan tanya soalan ni ‘really?’

  “really?” ha,kan aku dah kata sesaat yang lepas,memang la muka aku ala-ala American sikit,rambut perang sikit dan warna anak mata aku pun ala-ala kehijauan sikit tapi selalunya kalau musim panas dan anak mata aku bertukar jadi warna coklat,tapi mostly warna kehijauan la.Ibu cakap macam mama tapi aku tak kisahlah sebab bukannya aku kenal pun siapa manusia yang dorang gelarkan mama tu

   “totally,langsung takde mix”

 “so,awak stay kat UK ke?” soalan ni tak pelik tapi aku yang rasa pelik bila bercakap dengan orang lain selain ibu,papa dan abang serta beberapa orang Malaysia kat UK dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya,kat UK pun aku mix je bila bercakap.

 Bahasakan diri sebagai saya,awak,aku,kau pun buat aku rasa janggal gila,selalunya aku guna I,you kut selama ni,giler punya teruk bahasa inggeris.Bila dah jadi macam tu bahasa melayu entah ke mana bahasa inggeris tercampak kat mana.

    “yup! First time balik negara sendiri,you?” kalau dengar dari segi percakapan ni dah macam orang kenal 100 hari tapi tak kisahla yang aku tahu takde la aku separuh gila bosan kat dalam flight ni yang ambik masa 6 jam untuk sampai ke Malaysia.

   “baru je habis study kat sini,dah dua tahun tak balik Malaysia” aku mengangguk faham.

 “pelik pulak bila saya dengar awak nak sambung study kat sanasana tu Malaysia la kan? Bukan je dia yang rasa pelik aku yang kena ni pun berjuta kali ganda rasa pelik tau! Papa ni memang pelik la suruh aku sambung study kat sana.Orang lain nangis nak sambung study kat sini tapi aku ni kes lain pulak.

  “well,I dah lama sangat kat sini jadi mungkin sekarang dah tiba masanya I balik jenguk Malaysia sekejap” aku rasa tu mungkin jawapan yang terbaik dan lelaki yang tidak ku tahu namanya ini turut mengangguk faham.Perbualan kami tak lama sebelum aku terlelap sepenuhnya,teringat pulak aku dengan pesan ibu suruh aku jaga solat,apa boleh buat tadi subuh pun dah terbabas langgar bahu jalan,langgar bahu jalan pun kena solat jugak,entah bila aku akan jadi seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Allah,diri aku sendiri,papa,ibu dan jugak abang.Niat nak berubah sentiasa ada tapi susah betul nak berubah sepenuhnya,bukan aku tak pernah cuba tapi aku langsung tak mampu nak berubah.Orang kata kena doa dan minta petunjuk dari Allah.Aku akan cuba yang terbaik.

   “miss,we already in Malaysia” senyuman pramugari yang cantik ni dah buatkan mengantuk aku terus hilang dan senyuman terukir dengan sendirinya.Lelaki yang tadi rancak berbual dengan aku masih lena terlentok di kerusi,tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan yang aku baru kenali aku berjalan meninggalkan pesawat.

 Malaysia aku datang! Waktu di Malaysia sekarang ni pukul 10 malam,mesti papa dengan abang sedang tunggu aku sekarang ni,walaupun baru je jumpa bulan lepas aku masih lagi rasa rindu dengan mereka.Walaupun UK dan KL jauh tapi jarak itu tak pernah jadi penghalang kepada papa untuk menjenguk aku setiap bulan.
 
 
 
=============
 
 
 
Aku meregangkan sedikit badan-badan aku yang dah lenguh gila ni,tidur punya pasal sampai jadi sakit badan macam ni sekali.Jom cari papa and abang,rasa macam janggal je tempat ni.memang la janggal sebab ni kali pertama dan mungkin yang terakhir aku akan berada kat negara kelahiran aku ni,Malaysia.memang kalau ikut perancangan tempoh hayat hidup aku kat sini setahun je tapi andai kata aku dipertemukan semula dengan wanita yang telah melahirkan aku,aku akan pergi dari sini.tu janji aku dengan diri sendiri.aku juga tak akan sesekali terima maaf daripada dia kerana telah meninggalkan aku,papa dan abang untuk lelaki lain.
   “mana pulak papa ni?susah betul nak cari orang kat tempat ramai macam ni” aku melilau mencari kelibat papa dan abang yang sangat aku rindui sekarang ni.memang papa sayang giler kat aku sampai sanggup pergi UK semata-mata nak datang sambut birthday aku kat UK!memang seronok dan terharu giler.
Akhirnya muncul jugak papa aku ni,entah mana la dia menghilang tadi.Papa memang handsome giler tapi mamat mana pulak yang berdiri tegak kat tepi papa tu?handsome orangnya,jadi kesimpulannya boys kat Malaysia ni not bad la.tapi mamat kat depan aku sekarang ni memang handsome pun.dia tengah tunggu orang jugak ke atau dia datang dengan papa?kalau dia datang dengan papa takkan la dia driver papa kut.yang aku sibuk duk fakir pasal mamat tu kenapa?abang aku dah pergi mana?
  “papa!!!” giler punnya suara kuat aku guna,comfirm bergegar sikit KLIA ni.apa lagi aku berlari mendapatkan papa yang mungkin dah lama tunggu aku kut,troli bagasi yang berat macam dinasor pun dah rasa ringan macam kapas,hehehe…auta je lebih ni.
  “adik!alhamdulilah,sampai jugak akhirnya” luah papa bersyukur ke hadrat ilahi,macam biasa pipi dan dahi aku akan dikucup dengan penuh kasih sayang,yang hairannya mamat kat tepi aku ni langsung tak bagi reaksi,muka static dia pun static je,aku senyum dah sampai telinga tapi dia buat derk je?pantang betul aku bila aku senyum orang tak balas balik.nampak sangat senyum tak ikhlas,hahaha….tapi mamat kat tepi aku ni bukan je tak senyum balik kat aku siap jeling aku lagi aku lagi ada la,menyampahnya aku dengan mamat ni.selama aku duk kat UK tak pernah aku bagi respond dulu kat mana-mana lelaki tapi hari ni bila aku beria-ia nak berkenalan boleh pulak dia buat tak tahu.sombong!memang dasar orang tak reti menghargai keindahan alam,aku banyak punya cantik macam ni pun dia tak nak pandang.hah dah buat dah giler puji diri sendiri.tu dah macam riak dah sikit.hehehe…
  Ke mamat ni tak senyum sebab takde gigi,aku rasa tekaan aku tepat lagi benar.sebab tu dia cover line.kes yang jadi kat mamat ni antara tiga,dia takde gigi atau dia rabun tahap petala ketujuh atau dia ni tak straight!kalau tak straight,bengkok ke?bukan la mungkin gay? Astagfirullahalazim…banyaknya mengutuk orang,tempah tiket ke neraka ke apa?
  “bertaubat la Asya”
 “taubat apa dik?” erk!sikit punya perlahan suara aku pun papa boleh dengar?papa ni ada kuasa super power ke?
  “bukan taubat pa.tapi ubat” ha,ni dah jadi kes menipu ibu bapa,boleh masuk neraka tau kalau suka menipu ni.habis tu macam mana ni?kena minak maaf ni.
 “ubat apa?adik sakit ke?”
“mana ada sakit,bukan ubat tapi taubat” aku tengok urat muka papa dan berputar macam piring CD,mesti confuse sekejap ubat sekejap taubat,sekali sekala aku jeling jugak kat mamat sebelah papa ni,muka dia masih lagi cool habis dan sekali pun tak pandang aku.aku ni sikit macam miss universe tau!dah la langsung tak pandang aku,tambahan pulak langsung tak balas senyuman aku buatkan aku dah lancar perang nuclear ketiga paling besar di dunia.bagasi yang berat macam gajah ni aku biarkan saja di situ dan kalau betul mamat perasan bagus ni pembantu papa aku mesti dia yang tolong bawakan bagasi aku kan?well I’m always win!dengan muka yang pelik semacam dan macam nak telan orang menarik bagasi aku.entah kenapa seronok gila dapat kenakan mamat ni,ni baru je permulaan dan tunggu plan jahat seterusnya,watch out!orang bila jumpa kenalan baru nak buat baik dan pada aku dia bukan untuk dijadikan kenalan tapi lawan!kenapa aku rasa nak marah je bila orang macam dia ni langsung tak pandang aku malah nak senyum jauh sekali.ke aku suka kat dia?woi!no way la tak kan sekali pandang dah suka,tolong sikit ingat dia handsome macam bidadara syurga ke?aku pernah tengok ke bidadara syurga tu?orang kata kalau rasa dah jatuh suka kena tepuk dada tanya selera,sikit pun tak rasa macam jantung aku ni nak keluar,maknanya takde la kut!alhamdulillah…
  “mana abang?” soal aku sebaik berada di dalam kereta betul-betul di sebelah papa,mamat tu ada kat depan sebelah pemandu,jadi kalau dia ni bukan pemandu papa siapa? Bodyguard papa ke? Famous sangat ke papa ni sampai kena guna bodyguard bagai.
  “abang tunggu adik kat rumah,kenapa tengok papa macam tu?” soal papa pelik,mahu tak pelik dari sampai lagi aku dah buat muka bingung.
 “mana ada tengok papa,adik tengah fikir macam mana Malaysia ni sebenarnya” kuat betul aku menipu sunat hari ni,kalau diikutkan hati memang aku nak sangat tahu siapa mamat ni dan apa hubungan dia dengan papa.
  “nanti adik boleh explore sendiri” jawapan papa memang menarik minat aku sangat-sangat,that’s mean aku boleh melancong di nagara sendiri,seronoknya!
  “seriously?love you so much papa!” pipi papa aku cium sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga.seronoknya dapat bercuti,tapi takkan setahun kut aku nak bercuti?acam tak pernah dibuat orang je bercuti sampai setahun.kalau aku masih lagi kat UK mesti sekarang ni dah nak masuk kolej tahun akhir,dan course yang aku ambil langsung bukan dalam bidang yang aku minat iaitu accounting,by the way aku still suka duit!
  “lupa papa nak kenalkan,yang handsome ni my adopted son” anak angkat?bagai nak terbang bumbung kereta papa ni bila aku dengar yang mamat sombong gila ni anak angkat papa?no way!kalau dia anak angkat papa maknanya dia ni abang atau adik angkat aku la!tak nampak macam muda dari aku pun.
  “your what?!” suara aku bagai mencecah awangan,pemandu papa pun sampai terkejut beruk dengar suara aku yang gagah macam petir ni,mamat kat depan aku pun boleh tahan tersentak.
  “he is our family and you must call him abang” papa bersuara tenang seperti tiada apa pun yang berlaku kat sini,no papa,I will never call him abang!yucks!digusting.
   “no way!having a brother is more than enough and I don’t need more” suara aku perlahan je,comfirm papa tak dengar punya,nak cakap kuat-kuat nanti papa terdengar pulak kan ada yang kena marah.
  “apa?”
“nothing” aku bersuara malas,nak mengamuk nanti aku pulak yang diamuk,nak buat macam mana ni?takkan nak terima je kut,ni Asya Humaira la takkan mengalah sebelum mencuba,tapi cuba untuk buat apa?
  “your new brother is Shahin,you can call him abang Shah” apa dia?nama dia Shahin?lantak la bukannya aku nak ambil tahu pun.
  “really? I don’t care what is his name” aku bersuara lancang,papa pun naik pelik dengan perangai aku yang boleh berubah secara tiba-tiba,kenapa nak marah sangat kat mamat ni?tu hak dia la nak bagi dia punya smile tu kat siapa,tapi kalau senyum sikit kat aku tak boleh ke?setakat senyum takkan buat aku jatuh cinta la.menyampah betul aku dengan mamat perasan bagus ni.
   “adik,what’s wrong?” soalan papa buat aku hampir tergelak,nothing is correct papa!kenapa hari ni baru nak bagitahu yang papa ada anak angkat,kenapa tak ada sesiapa pun nak cerita kat aku?
 “nothing,papa may I get some rest?” soal alu penuh mengharap,tak terasa nak bercakap dengan sesiapa pun buat masa sekarang,lagipun aku memang tengah penat gila ni.
  “come,sleep on my shoulder” aku tersenyum lalu melentokkan kepala aku pada bahu papa,seronok dan sangat gembira bila ada papa yang sangat menyayangi aku macam ni,mungkin lebih gembira kalau mama pun ada sama kan?mesti aku takkan berjauhan dengan papa dan abang kalau mama tak tinggalkan kami semua.kenapa aku yang kena terima semua ni?hina ke aku ni lahir dari rahim mama sampai sangggup dia tinggalkan aku yang masih lagi perlukan belaian seorang ibu,dengan umur 40 hari aku masih belum mampu melihat,mendengar malah merasa sentuhan dengan lebih jelas,sampai hati dia buat aku ketandusan kasih sayang seorang ibu kandung.tanpa aku sedar air mata aku mengalir dengan perlahan,papa memang takkan sedar punya sebab dia lebih semangat tidur.air mata yang mengalir aku sapu dengan belakang tangan.tapi aku masih bersyukur sebab ibu,papa dan abang masih ada dengan aku sekarang ni,kan?wajah pap yang tenang tika tidur aku renung dengan penuh kasih,papa memang lelaki terbaik yang wujud dalam hidup aku.alhamdulilah…
 
 
 
=======
 
 
Sebaik sampai di perkarangan rumah,bukan papa yang kejut aku tapi aku yang kejut dia,apa la papa ni. “papa,dah sampai rumah” badan papa bergerak sedikit,aku tersenyum bila terpandang papa yang mula membuka mata.
  “dah lama papa tidur?”
“cukup lama untuk buat bahu adik ni lenguh” akhir ayat aku gelak sedikit,papa membetulkan kedudukannya dan terus tersenyum memandang aku.
  “penat naik flight 5 jam” jawapan papa memang buat aku gelak besar,sejak bila papa pandai buat lawak antarabangsa macam ni?lucu la papa ni.
  “banyak la papa punya flight,dah,jom kita masuk rumah papa,selama ni tengok dalam gambar je” aku segera keluar dari kereta dan memang terkejut gila tengok rumah papa,memang besar!sebelum masuk ke dalam rumah aku berjalan melihat perssekitaran rumah,memang cantik tapi sayang kenapa rumah papa langsung tak ada pokok bunga,semuanya hijau dengan rumput,kalau tak silap aku gambar abang masa kecik-kecik dulu ada taman bunga lagi.
   “adik!” aku berpaling setelah terdengar suara abang yang lantang memanggil aku,dan persoalan yang bermain dalam minda aku terus lenyap begitu saja,laju kaki aku berlari melangkah menuju ke arah abang,aku memeluk abang dengan penuh kerinduan yang terbuku di hati.
  “beratnya adik abang” abang meletakkan aku ke bawah dan tersenyum senang memandang aku,berani dia kata aku berat.memang nak kena marah dengan ratu universe ni!aku memeluk pinggang abang dan beriringan masuk ke dalam rumah,macam istana buat sendiri rumah papa ni,kalau main sorok-sorok pun puas hati.sesekali aku memandang mamat tu yang dengan muka tak berperasaan membawa masuk bagasi aku yang besar gila tu.
  “pelik je rumah ni” aku bersuara sebaik sahaja melabuhkan punggung di sisi abang,mata aku masih lagi melilau memandang hiasan dalaman rumah papa,memang banyak berbeza dengan gambar yang abang selalu tunjukkan.macma rumah baru je.
  “pelik?” soal abang lalu memandang tepat ke muka aku,memang pelik dan rasa macam rumah ni tak ada orang nak hias,macam baru je tinggal setahun dua.
  “yup!berbeza dengan gambar yang abang selalu tunjuk kat adik,ni rumah baru ke?” soalan aku dibiarkan sepi dan papa dengan abang memandang ke tempat lain seperti mahu mengelak daripada memberitahu jawapan kepada soalan aku,mamat tu pulak lepas dengar soalan aku terus blah naik atas,bilik dia kut.
   “adik tak suka rumah ni?” soalan aku di jawab dengan soalan,memang ada something yang mereka tak nak aku tahu,well this is me and nobody can hide something from my back!
  “suka tapi ni bukan rumah yang sama kan? I need the answer and papa must answer it,now!” muktamad,by hook or by crook they must answer my question.takde benda yang perlu disorokkan dari aku dan aku berhak tahu kan?
  “memang tak sama,papa beli rumah ni sebab rumah yang lama tu milik mama dan papa,papa dah serahkan rumah tu untuk mama” jawapan papa memang aku tak dapat terima dengan baik,abang banyak berdiam diri sejak tadi,melihat air muka papa yang serba salah buatkan rasa amarah aku terus hilang,apa susah sekarang ni pun kami dah ada rumah sendiri dan tak perlu lagi rumah yang lama,aku lebih gembira dengan keadaan ini.
  “dah berapa lama papa tinggal kat sini?” soal aku lembut,hal yang tak perlu dipanjangkan jangan dipanjangkan.
  “setahun setengah”
“dah agak lama,tapi rumah macam tak ada orang,papa you should buy a lot of furniture and you should plant anything at your yard”
Air muka papa dan abang kelihatan lega setelah mendengar respon aku,mungkin mereka ingat aku akan melenting dan tidak setuju dengan keputusan papa,aku rasa itu lebih mudah bagi aku untuk mengelakkan amarah aku kepada mama aku sendiri,kan?
 “adik la tolong hiaskan rumah ni,papa dengan abang lelaki,langsung tak pandai buat semua ni” jawapan papa membuat aku tersenyum,ceh!alasan yang dah lapuk.dah memang alasan kukuh lelaki untuk mengelak daripada masalah dengan menggunakan alasan mereka itu lelaki dan bidang menghias itu bukan kerja mereka,harap-harap aku tak dapat suami macam mereka ni,hahaha…
  “boleh,tapi kena up sikit adik punya elaun and papa mesti izinkan adik visit mana-mana tempat yang adik nak pergi” deal yang cantik dan menarik kan?memberikan keuntungan seratus peratus kepada aku,well,ni kan Asya Humaira Hasmezan.
  “sure!but,ibu dah pesan yang adik kena sambung study kat sini.so,you only have one month to visit your own country” ibu what? Mana aci main suruh aku sambung study pulak,tak nak sambung study kat sini,dah la sebatang kara je.
  “study?tak nak la pa” suara aku dah merengek manja.langkah terbaik untuk memujuk.tapi kali ini pujukan aku tidak dilayan sama sekali,macam mana nak buat ni?kecik hati betul la dengan papa.
  “kalau tak study nak jadi penganggur berhormat dalam rumah papa?papa dah buat keputusan dan adik akan sambung study di Johor Baharu” Johor Baru?negeri apa tu? Ke daerah,tak pernah dengar pun nama tempat tu sebelum ni.dekat KL jugak ke atau jauh giler.nak tak nak kena setuju jugak dengan cadangan papa,once papa decide memang takde siapa lagi boleh halang, tambahan pulak papa dah deal dengan ibu,nak balik UK la macam ni,tak kena control dengan papa.
  “adik,kenalkan ni Mak Mah,abang panggil mak je” aku mengangkat muka memandang orang yang bernama Mak Mah itu,orang gaji papa ke?tak kisahla yang aku tahu at least dalam rumah aku ni masih ada perempuan lain,atau wanita lebih baik kut.aku tersenyum lalu bangkit untuk bersalam dan memang tabiat aku bila dah bersalam kena peluk-peluk sikit,baru mesra namanya.abang panggil dia mak dan papa panggil dia kak,mesti dah cukup lama dia berkhidmat dengan papa kan?
   “papa,abang,mak, adik naik dulu.nak mandi dan solat” ceh!gila punya mesra rakyat aku ni,sekali jumpa dah boleh panggil mak bagai,boleh jadi perdana menteri macam ni,mak mah pun nampak macam tersentak bila dengar aku panggil dia macam tu,cool la mak mah!sesuka hati je nak naik rehat,entah yang mana satu bilik aku pun aku tak tahu.
   “bilik adik kat sebelah kanan” hehehe…papa memang seorang yang sangat memahami anak perempuan tunggal dia ni.bagasi aku macam mana?
  “nanti abang bawak naik barang-barang adik tu” ni lagi satu understanding person yang aku sayang sangat-sangat.dengan senyuman melebar macam sayap burung helang aku memanjat anak tangga dengan senang hati dan penuh kegembiraan.
   “mana satu ni?yang hujung sekali ke yang ni?”  ligat pulak otak aku berfikir yang mana satu ni,papa pun tak bagi hint yang terang lagi bersuluh,try je la yang mana satu pun.aku memulas tombol pintu yang berada betul-betul depan aku ni.
  Gila punya besar bilik ni,ada air-cond lagi,kipas pun ada,almari pakaian pun besar gedabak boleh la aku shopping banyak-banyak nanti,seronoknya dapat bilik besar macam ni,tapi kenapa pulak hiasan dalaman ni warna kelabu,hitam dan putih je? Papa tak tahu ke yang aku suka warna ungu dan pink.masalah betul la kalau macam ni,tak kisahla yang penting aku boleh tidur dengan lenanya,katil macam selesa gila je,apa lagi jom lompat atas katil empuk ni!
  “selesanya…” macam landing atas pasir pantai kat hawai je.baru nak lelap teringat pulak yang ibu selalu pesan kalau nak tidur kena basuh kaki dulu,nanti mimpi jumpa hantu tak ada kaki.perlahan-lahan aku meninggalkan katil yang empuk itu dengan berat hati,nak tidur sangat ni tapi tak boleh lawan cakap ibu bapa,kan?
 Pintu bilik air aku kuak dengan perlahan,kenapa macam susah je nak bukak,macam ada orang tolak dari dalam.aku menapak ke belakang dan membiarkan pintu terbuka dengan sendiri,ya Allah ada orang rupanya dalam bilik air ni,siapa?
 Yang pertama aku nampak ialah tangan dia,takkan la abang kut.bila pintu terbuka dengan luas baru aku tahu siapa yang berada dalam bilik air,mamat tu rupanya,wangi je bau lepas mandi kut,rambut dia pun macam masih basah lagi.
  “kau!” suara mamat tu terjerit sedikit setelah melihat aku,terkejut agaknya.tapi kenapa aku tak terkejut langsung?
  “kau buat apa kat sini?” soal kami serentak,tak sangka yang mamat ni boleh bercakap dengan baiknya,muka macam konkrit je aku tengok,nak makan aku pun ada gayanya.sori la aku sikit pun tak hairan la,takut?lagi la tidak!
  “ni bilik aku,so kau keluar sekarang!” amboi tak menyempat aku nak bukak mulut mamat ni dah halau aku dengan garangnya,aku rasa mamat ni masa lahir lagi dah makan lada sebab tu hot semacam.
  “out!” dah dua kali,dia halau aku dalam rumah papa aku sendiri?memang nak cari penyakit mamat ni dan memang salah la kalau buat aku sakit hati,kecik je aku tengok mamat ni!
  Nak balas balik apa yang dia buat kat aku tapi tak tahu pulak nak balas apa,jadi buat kali ini kita beredar dengan baik dan jangan ingat kisah ini berakhir di sini,ini sumpahan Puteri Asya Ledang!takkan berhenti melainkan dia kata game over!hahaha…sikit punya klasik cerita pasal Puteri Gunung Ledang,tapi jangan masukkan dalam buku sejarah sebab ni cerita karut marut aku sendiri.

==========


“papa dah decide yang adik akan bercuti dengan di temani Shah” apa pulak papa sesuka rasa je suruh aku bercuti dengan mamat ni?aku tak suka dia dan aku tahu dia pun tak suka aku jadi antara kami memang takde chemistry dan hanya ada perang dunia ke lapan belas je.macam mana nak being together kalau dia kutub utara aku kutub selatan?jap mana lebih penting kutub utara ke kutub selatan?aku rasa utara,jadi biar aku yang jadi kutub utara dan mamat tu jadi kutub selatan,dia tu macam tak berguna sangat pun pada aku.

  “no way papa!I can survive by own and I don’t need any leader to accompany me”

Orang kata kalau nak fight biar sampai ke lapisan ketujuh dalam tanah baru boleh menang.

  “he’s not your leader,he is your brother too,he’s one of this family!”

Kenyataan papa buat aku terdiam tidak terkutik,abang aku?tolong sikit aku tak pernah bermimpi untuk ada abang lain selain abang Haziq dan aku takkan sesekali terima dia dalam hidup aku,he’s nothing for me and I can’t accept him forever!pleasa,I need someone that can understand that I can’t.

  Abang pun senyap je,langsung tak ada reaksi nak tolong aku ke apa,dah sah-sah yang dia back up papa,mamat tu pun dah tahu yang aku tak suka dia dan dia pun tak suka aku, salah ke kalau dia bantah cakap papa,dia kan anak papa jugak.

   “papa,I grown up already,I don’t need anyone to look after me anymore” aku merendahkan suara dan bercakap dari hati,dengan harapan papa akan faham dan benarkan apa keputusan aku,tapi saat itu jugak harapan aku terkubur di situ.

  “no way,you just being here for four days and you don’t know anything about KL,you are the only one my daughter I don’t want anything happen to you,I love you so much” aik,apa kaitan pulak dengan sayang-menyayang ni,I love you too la papa,bukannya aku nak buat benda yang bukan-bukan pun,just want to take a walk.

 “papa,can you understand me?”

 “you must listen to me and try to not being so stubborn,you are still new here”

“ok,but I don’t want him,how about abang or papa,it still fulfill your condition right?” soalan aku dibiarkan tidak berjawab,aku tahu yang papa dan abang ada kerja sendiri,dan ada tanggungjawab masing-masing,aku tak kisah dengan semua ni dan aku sendiri tak nak libatkan mereka kalau boleh,tapi mereka yang mendesak aku untuk buat perangai macam budak kecik,susah sangat ke nak biarkan je aku seorang diri.

  “fine,papa yang akan temankan adik” erk,keputusan papa menjerat aku,alamak,baru je nak rasa hidup sendiri.

  “fine,adik pergi dengan dia tapi ada syarat” aku membuat keputusan yang langsung aku tak suka tapi apa salahnya aku berkorban untuk semua orang lagipun aku dah berjanji yang setahun ini aku akan menjadi seoarang anak yang sangat patuh pada papanya.

  “really?apa syaratnya?”

“erm,adik nak kereta sendiri dan dia hanya akan ikut adik sahaja” simple je syarat aku,tapi muka papa,abang dan mamat tu pelik je aku tengok.aku tahu yang aku bukannya ada lesen kereta tapi semua tu boleh diatur kan?

  “kereta kalau adik dah ada lesen papa akan belikan tapi adik tak boleh layan Shah macam tu,dia bukan bodyguard adik” sakitnya hati aku,apa yang nak bela sangat mamat ni,baru je nak perasan macam puteri yang ditemani dengan Mr.Snobbish Bodyguard.

  “papa maksudkan yang Shah akan tolong jagakan adik bagi pihak papa” akhirnya keluar jugak suara emas dalam mulut abang aku yang handsome ni,semua orang nak menangkan mamat tu,ni yang susah sebab tinggal dengan semua lelaki ni.

  “fine, kalau tolong jagakan maknanya babysitter la kan?ok deal!” aku meningglkan para lelaki itu di bawah lalu mengatur langkah ke dalam bilik,walaupun sakit hati keinginan aku tak tercapai tapi dengan menganggap mamat tu macam babysitter dapat buatkan aku rasa gembira.orang kata kalau kita gembira buat jahat tu dah on the way nak jadi syaitan,nauzubillah…aku cuma…nak luahkan perasaan tak puas hati,takde pun tiket nak join jadi jahat.

  “Shah,baba minta maaf bagi pihak adik” luluh suara Datuk Hasmezam memohon maaf bagi pihak anak perempuannya,dia menyalahkan dirinya kerana tidak dapat mendidik Asya dengan baik.

  “takpe la baba,Shah tak ambil hati pun.lagipun dia belum kenal Shah dan Shah pun masih belum kenal dia dengan mendalam lagi.” Shahin tersenyum memulihkan keadaan walaupun dalam hati rasa macam nak bakar perempuan yang suka sangat memperkecilkan dia sesuka rasa je panggil orang babysitter.

   “sebab tu baba minta Shah yang temankan adik,untuk membaiki hubungan kamu,kalau boleh baba nak keluarga kita terima antara satu sama lain.”

   “adik perlukan masa dan abang yakin Shah pun sama,kan?berbelas tahun kita hidup tanpa adik dan berpuluh tahun adik hidup tanpa Shah,jadi keadaan sekarang masih sangat baru untuk dia dan Shah” kata-kata Haziq Asyraff selalu tepat pada masanya,sepatutnya daftar jadi pakar psikologi tapi entah macam mana boleh sangkut jadi businessman.

  Betul jugak apa yang abang cakap,aku ni cepat sangat buat penilaian sendiri dan aku sepatutnya hormati minah tu sebab aku masih hidup sekarang pun kerana keluarga dia yang beri kasih sayang dan tumpuan kat aku,sepatutnya aku bersabar dengan minah manja ni.tapi yang aku susah sangat nak baik dengan dia ni kenapa?sebab dia perempuan ke?dulu selamba badak je aku dengan perempuan,dulu tu zaman aku tak kenal pangkal alam.

  “Shah faham dan Shah akan jaga anak perempuan baba dengan sebaik mungkin” apapun sekarang minah tu dah jadi amanah aku dan aku akan jaga amanah yang baba bagi dengan baik,walaupun pasti yang aku dengan minah tu tak sejalan tapi kami masih lagi dalam satu kereta,kalau aku yang jadi driver,dia jadi passenger dan passenger tak boleh kawal stereng.bersedialah minah senget yang kau akan dikawal sepenuhnya oleh aku!

  “terima kasih” Datuk Hasmezam beredar dari ruang tamu dan bergerak ke biliknya,jam dah menunukkan angka 10 malam,doctor selalu nasihatkannya supaya tidur awal dan berehat lebih lama.

   Aku berguling-guling di atas katil yang bersaiz king ni dengan runsing,macam tak best je kena bercuti dengan mamat tu dan aku tahu yang kami berdua takkan sehaluan,walaupun dia dah jadi babysitter aku tak bererti yang dia tak boleh buat ikut sedap hati dia je.kenapa susah sangat nak buat baik dengan dia?yang aku sakit hati sangat tengok muka dia tu kenapa?muka dia takde la tak handsome sangat sebab dia tu memang tak handsome langsung!hahaha…jahat punya orang…

 Fikir-fikir esok nak pergi mana eh?nak bercuti sendiri konon,Malaysia pun tak kenal nanti ada jugak yang sesat,nanti jap,apa yang susah di zaman serba moden ni kan semua maklumat di hujung jari.jom google!

  Apa yang ada kat KL ni?wah.hebat jugak yang KL ni tempat ketiga terbaik dunia untuk shopping,botak la papa lepas ni.ada KLCC,Menara KL,Berjaya Times Square,Pavilion.banyaknya tempat shopping,takkan la aku nak bercuti semata-mata untuk shopping kut.KL ni semuanya hutan konkrit kecuali taman Negara,tapi kat Putrajaya ada taman botani la,jom pergi sana.bestnya…

  Kenapa aku rasa semakin dekat dengan mama sedangkan aku tak pernah jumpa dia,adakah ini sebenarnya perasaan rindu yang aku sorokkan selama ini,aku tak pernah berharap untuk bertemu muka dengannya lagi tapi entah kenapa sejak hari pertama aku jejakkan kaki ke Malaysia perasaan ingin jumpa mama semakin hari semakin membina dalam diri aku,aku perlukan alasan dia atas perkara yang dia lakukan,aku sangat perlukan alasannya agar aku tidak terus menghukum diri aku dengan membencinya sepanjang hari.

 Aku keliru entah siapa yang perlu aku salahkan,diri aku sendiri sebab lahir di atas dunia ini atau kesalahan papa dan mama yang kahwin atas desakan keluarga.aku buntu dan keliru pada masa yang sama,aku perlukan seseorang yang boleh terangkan perkara sebenar pada aku supaya aku tidak terus menyakiti hati aku sendiri dengan menanamkan akar benci dalam hati aku yang lemah ini,aku tak sekuat dinding konkrit.tolonglah faham.

   Sekali lagi air mata aku mengalir,air mata ini tidak harus mengalir selagi perkara sebenar belum terungkai.tapi dari hari ke hari air mata ini tak pernah berhenti mengalir malah semakin kerap,dugaan apakah ini ya allah?sekiranya sebagai anak aku berdosa kerana membenci ibu kandung aku sendiri engkau tunjukkan jalan yang paling baik untuk aku tempuhi semua ni tanpa melukakan perasaan aku sendiri dan orang lain.jika orang lain terseksa kerana dibenci aku lebih terseksa kerana terpaksa membenci orang yang dah lahirkan aku dengan susah payah,membencinya tanpa mengenalinya dengan mendalam,memang sangat tidak adil tapi siapa yang buat aku bertindak tanpa ada pilihan.



=======



Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk teruskan vacation aku yang tak berapa nak indah ni,apapun yang jadi aku masih lagi kena teruskan hidup,cewah!macam dah kena tsunami je gayanya,hahaha…saja buat mood kesian pagi-pagi ni.mental kena kuat kalau nak berdepan dengan mamat konkrit tu.

   “macam mana ni?tak pandai nak guna hairdryer” aku menggunakan tuala yang tersidai untuk mengeringkan rambut,kalau macam ni entah bila rambut aku akan kering tapi dulu orang suruh belajar degil nak bermanja dengan ibu bagai,sekali dah kena baru tahu rasa.

 Hairdryer aku pegang,apa susah pasang suis then guna je la,kan?tapi kalau terbakar rambut aku macam mana?insyaallah tak.terkial-kial aku nak buat semua ni,tengok orang lain buat senang je yang susah sangat aku nak buat ni kenapa?

   “kalau kau cepat sikit boleh tak?” suara mamat konkrit tu membolosi pintu bilik aku,aku tak nampak empunya diri pun tapi suara garang dia tu memang boleh dikenali dengan baik,ni mesti papa dan abang dah keluar pergi kerja.

  “kejap!” argh!!!susahnya nak guna benda ni,aku baling baru tahu.dalam aku berperang dengan benda alah ni pintu aku dikuak dengan perlahan,aku memerhati dari cermin yang muka mamat tu terjegul di depan pintu,berbaju putih sama pulak dengan baju aku,rasa macam nak tukar baju pulak.

 “apesal lama sangat ni?” dia bertanya dengan muka tidak beriak,kalau ikutkan hati memang aku baling je hairdryer ni biar kena kepala dia.sakitnya hati aku.

  “nak guna benda alah tu pun tak pandai ke?” soalan dia memang cukup pedas untuk memerli tanpa perasaan.kalau aku mengaku memang jatuhla standard aku.

  “sibuklah kau!”

Eh,sesuka hati je masuk dalam bilik aku,aku tak ada niat nak jemput dia pun.dasar tak tahu hokum pangkal sungguh mamat ni,hairdryer di tangan aku dia rampas dengan agak kasar.

  “kau duk diam-diam” aku terdiam,pantas tangan dia mengeringkan rambut aku,macam dah pendandan aku tengok.bila tengok muka dia dalam keadaan sekarang memang rasa dia ni ada handsomenya,mungkin sebab aku tak suka dia jadi nampak dia macam monster tak berdarah je.

  “dah!jom pergi,aku ada banyak lagi kerja lain nak buat selain teman kau” baru je aku nak plus kebaikan yang ada dalam diri dia tapi dari baling kosong tu dah jadi negative dah!dia kena buat baik untuk dapat kosong balik.

  “jom!” aku mencapai beg galas aku yang terletak di atas katil dan mengekori langkah mamat tu yang langsung tak menyempat untuk tunggu aku,macam ni la gayanya kalau orang tak ikhlas nak buat sesuatu kerja,dah la tak dapat pahala siap bungkus dosa lagi.

 Beberapa hari yang aku spend dengan dia selama ini memang tak seronok sangat sebab semuanya kena ikut cakap dia je,yang nak bercutinya aku tapi aku pulak yang kena ikut cakap dia memang dasar tak adil!dah la hari terakhir aku nak bercuti lepas ni aku kena sambung study pulak,kalau nak jaga hati ramai pihak jangan suka memberontak.

   “cepatlah,macam kura-kura” berpisat aku memandang mamat tu,apa dia panggil aku?kura-kura?dasar monyet!

  “tunggula,kau tu laju sangat” marah aku dan belakangnya aku sebut perkataan yang tak dapat dia dengar dengan baik… “macam monyet…”

Seperti biasa aku kena ikut peraturan bila masuk je dalam kereta mamat ni,kena pakai seat belt dan tak boleh makan atau minum.macam dalam perpustakaan je aku rasa.

  Mana dia bawak aku hari ni?macam taman botani je,kan?wah!betullah bila nampak je signboard Taman Botani Putrajaya rasa macam nak melompat je,seronoknya!sebaik sahaja dia meletakkan kereta aku segera turun dari kereta dan sebaik mamat tu pergi beli tiket,kami pun masuk je la.seronoknya perasaan ni,macam dia dapat baca fikiran aku je kan?hehehe…

 Udara kat sini tenang je,tak sepanas Bandar KL yang boleh membunuh sel kulit aku ni,weather Malaysia dengan UK memang jauh bezanya,suhu kat UK jauh lebih rendah berbanding Malaysia yang beriklim khatulistiwa ni.

   Papa seronoknya macam-macam pokok ada kat sini dan mostly pokok herba la,tak lain tak bukan ada jugak haiwan-haiwan kat sini dan yang paling seronok kera pun ada,kera ni macam sepupu monyet la kan?that’s mean dorang semua ni sanak saudara mamat ni la.hahaha…tempah tiket ke neraka betul aku ni,tak baik betul samakan orang dengan monyet tapi dia pun samakan aku dengan kura-kura ok je.

  “yang kau gelak kenapa?” soal mamat tu pelik.mahu tak pelik dah aku gelak sensorang memang la pelik.nak tahu ke?aku gelakkan sepupu kau tu yang seronok gila melompat-lompat.

  “pukul satu petang kita balik” mamat tu bersuara lagi keluarkan kuasa veto dia la tu,selalu je macam ni,mak kata dia tak boleh berlama dengan baju yang sama sebab dia alahan,siap kena basuh baju asing-asing lagi,siap ada yang kena basuh dengan tangan memang menyusahkan orang betul mamat ni,mati la isteri dia dapat suami yang cerewet macam dia ni.

  “makan kat rumah ke?” soal aku ingin tahu,selama ni dah banyak tempat dia bawak aku makan kat luar,dah macam-macam makanan aku rasa kecuali satu je iaitu nasi.memang aku tak makan nasi dah macam mat saleh aku rasa,tapi mata tak biru-biru jugak,anak mata aku ni warna dia bukan kemelayuan jugak lebih kepada coklat kehijauan macam tu,papa dan abang warna coklat biasa je.anak mata mamat ni pun coklat jugak tapi terang je,dark coklat kut!

  “kau tenung aku ni kenapa?aku handsome sangat ke?” terkejut aku dibuatnya,main sergah je.boleh tahan perasan jugak mamat ni meluat betul!tapi ada something yang pelik dengan mamat ni hari ni,selalunya tak banyak cakap tapi hari ni senang hati je.girlfriend lari ke atau dapat gather dengan sanak saudara kat sini?secara tak langsung aku tersenyum seorang diri.

  “kau senyum tu maknanya ya ke?” soal mamat tu lagi.aku buat muka jelik,tolonglah…

“tolong sikit,muka kau macam sepupu kau kat sini kau kata handsome?” mamat tu hairan,entah sejak bila dia ada sepupu,setahu dia dia sebatang kara je kat atas dunia ni sekarang.

  “sepupu?” soalnya pelik,aku dah gelak sakan memang muka dia nampak macam orang tengah confuse tahap petala kelapan.

  “erm,tu!” aku menunjukkan seekor kera yang sedang cantik posing atas pokok,berpisat kepala dia memandang aku,mata dia yang berwarna coklat pun dah bertukar jadi warna merah macam Pontianak aku tengok.

 “kau ni memang nak kena!” apa lagi,lain macam je aku tengok,jom lari selamatkan diri,aku ni dulu ratu pecut kat highschool.

 Selaju aku macam laju dia je dari aku,dia seru semangat sepupu-sepupu dia ke?habislah aku macam ni,semua mata memandang kami pelik tak pasal-pasal buat marathon kat taman ni lepas ni confirm ada signboard di larang berlari punya!mana nak lari lagi ni?kaki dah lenguh semacam je aku rasa.

  “jangan lari!”

“tak nak!!!kau kejar aku kenapa?”

 “berhenti!”

“tak nak!!!!”

  “kenapa kau panggil aku kera?”soalnya marah,dah la tengah berlari tapi kena bercakap pulak memang bertambah letih ada la.

  “kau tu yang panggil aku kura-kura!”

 “aku cakap macam kura-kura je!”

  “aku cakap kera tu sepupu kau je!” aku dapat rasakan yang larian aku semakin laju dan cukup laju untuk meninggalkan mamat tu di belakang.lari punya lari akhirnya aku buat keputusan untuk bersembunyi,hilangkan letih.

  Dah setengah jam aku sembunyi kenapa tak nampak pun kelibat mamat tu,dah pukul satu setengah petang ni,dia dah tinggalkan aku ke?aku keluar dari tempat bersembunyi dan mencari mamat tu balik,tadi beria-ia lari sekarang ni beria-ia cari pulak,tak jumpa ni,macam mana nak keluar dari tempat ni,nak balik rumah la macam ni.

  Jam menunjukkan pukul dua,masih tak dapat cari dia,air mata aku dah mengalir laju,dia dah tinggalkan aku ke?sampainya hati dia.orang ramai pun dah beransur pulang pukul tiga tempat ni dah nak tutup,apa aku nak buat ni?jalan keluar pun tak nampak,jalan lurus tu ada la…papa…

  “miss,we gonna close this place,please leave this farm” ramah betul pekerja lelaki yang sedang sibuk memberi makan kepada kera-kera yag ada di sini,kenapa semua orang anggap aku ni macam tourist,aku ni melayu la,ke sebab aku ni stay kat UK lama sangat?air mata aku mengalir lagi,kali ni bertambah laju,resah pulak lelaki budiman ni melihat air mata aku.

  “miss,you shouldn’t enter this place,this place is not for visitor” lembut lelaki budiman ini menerangkan situasi sebenar kepada aku,cap di atas kepalanya dia tanggalkan,makanan kera tadi pun dia letakkan kat bawah dan dia membasuh tangannya,setiap lakunya aku perhati degan penuh minat.comel jugak lelaki ni.

 “I’m lost” air mata aku masih lagi mengalir.lelaki itu tersnyum dan meminta aku tunggu di sebuah bangku.

  “Aliza,tolong gantikan saya kejap,saya ada kerja sikit” aku mendengar apa yang dicakapkan oleh lelaki tadi dengan jelas,dia nak tolong aku kan?baiknya…

  “baiklah Dr.Azim” doctor?doktor haiwan ke?wah,ada kerjaya yang bagus jugak.

“come miss,I’ll send you to the main gate” alhamdulillah akhirnya aku boleh cari jalan keluar,alhamdulillah jugak dapat jumpa dengan Dr.handsome ni,kan?

   “comelnya minah salleh ni,macam muda je lagi,muka ada iras melayu jugak,cantik” perlahan lelaki budiman di sebelah aku berbicara dengan dirinya sendiri,jarak kami cukup dekat jadi memang jelas kedengaran di cuping telinga aku,hurm…puji aku rupanya,suka betul!

   “why are you smiling?” soal lelaki itu setelah terpandang aku yang sedang tersenyum.

“erm,terima kasih sebab tolong saya,tak sangka yang saya dapat jumpa orang yang baik kat sini” ucap aku ikhlas dari hati,selalunya kalau orang ucap terima kasih kita akan tersenyum tapi mamat ni terkejut bukan tersenyum,mesti tak sangka aku ni pandai cakap melayu kan?

  “saya orang melayu,Asya” macam tak terjawab je lelaki tadi,jadi apa salahnya aku terangkan hal sebenar  pada dia,secara ringkas pun dah cukup,asalkan dia faham apa yang aku cuba sampaikan.

 “sorry,mesti awak dengar tadi kan?” eh,merahnya muka dia,segan dengan aku ke?takkan la kut,tapi muka dia yang berkulit cerah sudah sedikit kemerahan,comelnya dia….

  Aku gelak selamba.memang la aku dengar dengan jelas dan terima kasih jugak untuk pujian kau tu,walaupun mamat tu selalu kutuk aku tapi aku tahu tetap ada mata yang memandang aku dengan mata hati bukan dengan mata buta!

  “erm,encik kerja kat sini?” soal aku agak ramah dan boleh kata hipokrit jugak,selama ni suara aku tak pernah rendah bila bercakap dengan mamat tu tapi dengan lelaki ni nak keluar suara sederhana tinggi pun tak mampu.oh hati,adakah engkau telah dicuri?orang kata kalau jantung kita berdegup kencang ada jalan yang kita sedang jatuh cinta,tapi jantung aku ni steady je,tak jatuh cinta lagi eh?sedihnya…

   “saya Azim,kerja kat sini buat sementara waktu sebelum saya sambung belajar untuk mendalami spesies monyet”

  “owh,bagusnya…tolong kaji monyet spesies dalam rumah saya sekali” ujar aku bergurau,hahaha…jahatnya aku,kau ak blah pun dah kira ok jugak,mana tahu lelaki budiman ni ada simpan niat nak hantar aku balik,kan?

   “monyet dalam rumah awak?pet?”

“what?nope!just kidding” aku sengih menampakkan gigi aku yang putih tersusun cantik ni,macam mana boleh tersasul depan lelaki budiman ni.

 “dah sampai,awak datang dengan siapa?”

“kau pergi mana?” baru je aku nak jawab soalan lelaki budiman ni dah datang soalan lelaki tak diundang,mengacau betullah mamat ni aku tengah seronok sakan berborak boleh pulak dia kacau aku,sepatutnya dia balik je dari tadi tak payah nak tunggu aku segala bagai.

   “sesat tadi,nasib baik ada Dr.Azim yang tolong” aku memperkenalkan lelaki yang berada di sebelah aku sejak tadi.Dr.Azim tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam,maklumlah lelaki budiman la katakan,dan yang paling aku tak puas hati boleh pulak si mamat ni tersenyum menyambut salam dari Dr.Azim,dengan aku jerit macam aku ni pekak badak,confuse betul aku dengan mamat ni,ok ke tidak? menakutkan…nauzubillah…

 

========


Sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah aku dengan mamat tu langsung tak bersuara aku blur tak tahu sama ada dia nak marahkan aku atau apa,nak Tanya takut nanti kena berjalan kaki balik rumah.

   “kau dah solat?” soal mamat tu akhirnya,aku melepaskan nafas lega sekurang-kurangnya aku tahu yang dia tak bisu sebab marahkan aku,kan?hehehe…

 “erm,tak boleh” jawab aku perlahan,segan siot…selamba je mamat tu dengar jawapan aku,dia dah solat ke?nak tahu jawapan tapi malas nak Tanya.lebih baik layan lagu dalam MP3 aku,sambil dengar lagu aku melihat gambar yang aku dah tangkap sepanjang percutian aku kat sini,mostly ada gambar aku dengan dia,nak buat macam mana dah dia yang jadi babysitter aku.kalau ikut niat awal aku datang sini untuk bersama papa tapi ni dah jauh tersimpang sangat,akhirnya aku tersangkut dengan entah mamat mana yang tiba-tiba je muncul dalam keluarga aku.

   Memang aku langsung tak terfikir tentang apa yang aku sedang buat sekarang ni,sesekali aku teringatkan Aimi,insan yang sangat baik dan sangat menghargai diri aku sehingga aku sendiri tak yakin yang aku menyayangi diri aku sampai begitu sekali.orang kata setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.hikmah pertemuan aku dengan Muhammad Aimi Daniel ialah,hubungan kami mengubah dia dan aku untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.kerana aku dia cedera sehingga hampir meragut nyawanya dan belum sempat aku melangsaikan dosa aku kepadanya dia dah tinggalkan aku dengan perasaan bersalah yang semakin bergunung di dalam hati.

   Shahin memandang Asya yang sudah berdiam diri sejak tadi,selalunya bising aje nak beli itu ini,nak makan aiskrim la,nak shopping la,tapi hari ni senyap je.penat sangat ke marathon kat taman tadi?nak tanya ke atau biarkan je?yang aku nak ambil tahu sangat kenapa biar je la dia dengan dunia dia sendiri kalau dia penat sekalipun bukannya aku boleh buat apa pun,kan?aish!perasaan nak tahu ni membuak-buak la pulak,orang kata malu bertanya sesat jalan,jadi tanya je la…

   “kau ni kenapa?lapar sangat ke?” soalan mamat tu buat aku tersedar,dah begitu jauh aku teringakan orang yang entah bila aku dapat jumpa dia lagi,macam dah takde harapan je nak jumpa lagi.kan?

  “taklah…aku tengah muhasabah diri ni” jawab aku selamba dan dengan selamba jugak mamat tu gelak sakan,ei,tak pernah tengok mamat ni gelak selama ni lebih-lebih lagi bila bersama aku,buang tabiat ke mamat ni hari ni.

   “kau muhasabah diri?elok sangat la tu,alhamdulillah,anak baba dah balik ke pangkal jalan” selamba badak lagi mamat tu gelak,nak marah pulak aku rasa tapi tengok muka dia yang dah kemerahan akibat ketawa tu hati aku terus sejuk sikit,nampak comel la pulak.

  “seronoknya gelak,muka dah jadi merah macam tupai sembelit aku tengok” sebaik dengar istilah tupai sembelit mamat tu pandang aku bagai nak bunuh aku saat itu jugak.

 ‘berani kata muka aku macam tupai?’ guamam Shahin dalam hati,memang rasa nak gigit je minah ni,kan aku tinggalkan kat tepi jalan baru tau!jelingan maut dihadiahkan kepada Asya namun langsung dia tidak endahkan jelingan itu,perut yang kelaparan dan dari tadi merengek minta diisi lagi difikirkan berbanding jelingan yang tak seberapa dari Shahin.

  ‘buat derk aje minah ni?’ gumam Shahin geram lalu mengembalikan fokusnya kepada jalan raya kembali.hatinya masih lagi bercakap sendirian entah mengumpat keapa tiada siapa yang tahu.

  Laparnya perut aku ni,tangan aku menggosok lembut perut aku umpama memujuk perut supaya kurangkan rasa lapar sedikit sementara menunggu tiba di rumah.kenapa mamat ni tetiba je berhentikan kereta kat tengah bandar ni?sengaja nak suruh aku kelaparan ke?

   “aku solat kejap,kau pergi rehat dekat cafΓ© hujung sana,apa kau nak makan order je” sebaik dia membuka mulut seraya itu juga dia membuka langkah menuju ke sebuah masjid yang tidak jauh dari situ,macam dia tahu je aku tengah lapar tahap petala kan? Ada erti jugak manusia bernama Shah ni hidup atas muka bumi Allah ni.apa lagi?dah orang bagi green light jom la kita pergi makan sepuas-puasnya,yang bayarnya dia kan?

 Tak pernah pun sampai cafΓ© ni selama ni,macam cafΓ© tapi tempat untuk membaca je,ada jual makanan ke?macam buffet je,kena layan diri ke?aku berjalan sekitar cafΓ© itu sambil memerhati keadaan sekitar,memang cukup cantik tempat ni sehingga mampu mendamaikan hati aku yang tengah kusut ni.

   “miss,may I help you?” sapanya ramah dengan senyuman yang sangat manis,orangnya manis bertudung,kalau aku pakai tudung macam mana gayanya eh?

   “kalau nak makan order kat mana?” soal aku tanpa segan silu,kalau perut dah lapar nak buat macam mana lagi?orang tua kata malu bertanya sesat jalan,kalau dalam kes aku ni lain sikit malu bertanya lapar la gamaknya…hehehe…

  “pandai berbahasa melayu rupanya”

 “mahu tak pandai,pure melayu ni,mana saya boleh order?” soal aku lagi kali ini lebih mesra berbanding tadi.

  “oh,maafkan saya,cik boleh ambil je makanan kat sini,lepas makan boleh bayar kat hujung sana” dia menunjukkan aku kaunter pembayaran,jadi betullah layan diri je kat sini.aku mengangguk faham dan meninjau makanan yang terdapat di sini,setelah mengambil dua potong kek coklat aku mengambil jus oren dan duduk di sebuah meja yang berdekatan dengan rak buku yang tersusun novel melayu yang begitu banyak sekali.aku tak pernah baca novel apatah lagi novel melayu.

   Sambil aku menjamu selera aku mencapai sebuah novel melayu yang kelihatan begitu menarik di mata aku,tajuknya Aku Pilih Dia,cerita pasal apa ek?sambil tu aku turut membelek helaian novel itu,hurm cerita pasal dua orang lelaki yang sukakan seorang perempuan,macam biasa dengar je cerita macam ni kan?aku meletakkan kembali novel tersebut dan terus makan tanpa menghiraukan pelanggan lain yang turut mengunjungi cafΓ© tersebut.

   “dah selesai makan?” soal mamat yang tak tahu adab ni,tersentak aku dibuatnya boleh pulak main terjah macam tu je,nak marah betul la!

  “dah” aku bersuara sepatah lalu bangkit dari kerusi,tapi yang hairannya kenapa mata mamat tu  masih lagi tak berganjak dari meja.

   “siapa nak makan tu?” soalnya sambil menundingkan jari pada sepotong kek yang masih belum disentuh oleh aku,aku membua muka blur dan tidak mengendahkan soalannya sehingga mengundang amarahnya sedikit.

  “I’m asking?” keras sedikit suaranya apabila bertanya,dengan aku tak pernah nak guna bahasa yang lembut sikit.

  “aku ambil untuk kau,dah kau nak balik tinggalkan je la” aku bersuara lagi,kali ini sama nada dengan suara mamat tu,lama mamat tu pandang muka aku,cari kebenaran dalam pertuturan aku ke?

   “aku tak makan kek coklat” jawapan mamat tu buat mulut aku ternganga dengan agak luas,kalau lalat nak masuk tu ada chance la tapi nasib baik aku sempat tutup lebih awal,kirim salam la kat lalat yang ada simpan niat nak masuk mulut aku.

   “so?”

“kau makan sampai habis” dia duduk lalu mencapai majalah kereta yang sudah sedia ada di atas meja,perlahan-lahan dia membelek majalah tersebut,aku duduk kembali dan menyuap kek coklat ke dalam mulut.tenang betul muka dia bila baca majalah tu,tak pernah tengok dia setenang ni selama ini.

  “aku tahu aku handsome,jadi tak perlu kau nak tenung aku macam tu sekali” tegas suara mamat tu beri amaran kepada aku,boleh tahan perasaan jugak mamat ni,kek yang masih bersisa dalam piring aku habiskan dengan segera dan meninggalkan dia dengan muka riaknya itu.Dia tersenyum sinis dan berjalan ke kaunter pembayaran dengan langkah bangga,bukan selama ni dia jalan macam tu jugak ke?

        

=======
 
 
 
 
Pagi-pagi lagi papa dah kejutkan aku untuk solat subuh berjemaah di ruangan solat,aku bergerak malas sebelum masuk ke bilik air untuk mandi,aku mengambil berus gigi dan mencapai ubat gigi.setelah menggosok gigi aku membersihkan muka sebelum mandi,basib baik Malaysia tak sesejuk UK,kalau tak memang terpaksa mandi dengan air panas.aku memakai telekung sembahyang dan menuju ke ruangan solat,mana tahu aku yang paling awal boleh tolong lampirkan sejadah,dapat jugak pahala kering,kan?
  Ceh!memang yang paling awal sangatlah bila aku dah sampai,semua orang tengah tunggu aku,mak jah pun sama je.perasan yang aku ni nak jadi yang terawal hari ini,tak dapat nak curi pahala lebih sikit.takpe la yang penting solat,solat tu kan tiang agama.hari ni abang yang imamkan kami semua,setelah abang memberi salam kami menadah tangan untuk berdoa memohon kepada ilahi.
  Sebaik sahaja selesai berdoa papa bagi sedikit peringatan dan kami mengaji al-quran sebelum memulakan hari-hari kami,papa kata kalau kita memulakan hari kita dengan mengingati Allah insyaallah hari kita akan menjadi lancar dan baik.tangan papa dan abang aku cium dengan penuh kasih sayang,pipi papa dan abang turut aku cium seperti biasa,mak jah pun aku cium jugak,mamat tu?gila nak cium dia,bukan mahram aku la,lagipun nak kena belasah dengan mamat buat-buat alim tu,hari tu aku terpegang tangan dia masa naik roller coaster pun dia marah apatah lagi kalau aku sengaja,memang cari nahas la…seram…setelah semua orang meninggalkan ruangan solat aku masih lagi bersimpuh di situ,air mata aku mula mengalir seperti biasa,aku merasai perit yang tidak terhingga apabila aku menyedari aku tidak mempunyai mama yang akan membelai dan melayan aku seperi anak kandung,walaupun kasih sayang ibu tak pernah kurang tapi perasaan tamak sebagai seorang anak masih ada dalam diri aku.semua tu menyakitkan aku tapi aku masih berkeras untuk mendapatkannya.
   “dah pukul 7.30,baba ajak breakfast” suara mamat tu membuatkan aku tersedar,air mata yang mula mengering di pipi aku lap dengan belakang tangan,tindakan mamat tu terhenti di situ,kenapa?nak bersorak kerana aku menangis?
  “okey” jawab aku sepatah tanpa memandang mukanya,tetapi kenapa dia masih di situ?
“fine” perlahan-lahan pintu tertutup tapi dengan lajunya aku menanggalkan telekung sembahyang dan meninggalkan ruangan solat,aku masuk ke dalam bilik untuk menyalin pakaian sebelum turun ke dapur,nak join abang pergi jogging hari ni!
   Sebaik aku turun ke meja makan,semua mata memandang aku pelik,memang la pelik sebab hari ni dah takde nak pergi mana-mana lagi dah,tempoh yang papa bagi untuk rest pun dah tamat,esok kena daftar masuk kolej,malasnya…
  “adik nak join abang jogging?”soal abangku yang terlajak handsome pagi ni dengan tracksuit yang berwarna hitam,aku mengangguk dan tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah abang,roti bakar yang berada di tangan abang aku suakan ke mulut aku,malas nak pakai tangan sendiri,jadi apa salahnya kalau minta orang suapkan,kan?
  “manja lagi adik abang rupanya”
“ala,bukan selalu boleh bermanja dengan abang,abang dengan papa kan sayang kerja lagi daripada adik”
  “pedasnya perlian…”papa bersuara membuatkan aku dan abang sama-sama tergelak,bukannya memerli Cuma bergurau sikit je.
  “gurau je…papa,why should I go to JB?I don’t want to be there,alone.I can further my study in KL right?” Soal aku dan masih lagi berusaha memujuk papa supaya tidak meninggalkan aku seorang diri di sana.
  “who say you gonna be alone there,I already talk about it with abang and Shah,Shah will be there since he has a big project in JB” selamba badak je papa cakap,tapi aku yang mendengar ni dah nak jadi badak mengamuk rasanya,kenapa pulak kena dia,baik pergi seorang diri.
   “what?no way!” aku bangkang lagi,objection your honour.nak marahnya…
“sayang,yes way!” arh!papa guna kuasa veto dia lagi,mamat ni kalau dah tahu tak suka aku tak reti nak bangkang sikit ke?menurut je macam badak dicucuk hidung,betul ke badak?arh,habis semua benda nak cerita pasal badak hari ni.
   “papa…adik boleh jaga diri adik sendiri,I don’t need a babysitter anymore!”
“adik,he’s not your babysitter,he will look after you while you stay outside,I totallay have make a decision and it is full stop!”
 aku pasrah lagi dan abang menunjukkan wajah ceria kerana aku kalah lagi,mamat tu langsung tidak beriak sejak tadi,dasar tembok batu cina betul la mamat ni,tak ada rasa nak memberontak langsung,kalau papa suruh terjun bangunan pun dia terjun agaknya…
  “abang,please be my side for today,please…” aku merayu pada abang agar menolong aku pada hari ini.
  “kenapa adik ni suka sangat melawan?papa tak nak apa-apa yang buruk jadi pada adik,itu aje” ni sorang lagi kakitangan papa,rasa nak nangis je macam ni,ibu pun tak pernah tau paksa aku buat benda yang aku tak suka.
  “nak balik UK la!”
 “macam tu sekali tak nak,macam ni,adik study kat JB sampai hujung tahun ni je,bila adik dah ada lesen memandu,papa hadiahkan adik Ferrari” dengar nama Ferrari terus aku bersemangat,kereta idaman aku la,seronoknya…
  “no!adik nak lepas dapat lessen,macam mana?” aku buat tawaran pada papa,abang mengangguk setuju dengan aku tapi papa masih lagi berat untuk mengatakan ya.
  “bila adik dah belajar kat sana selama sebulan?” amboi papa,ingatkan orang perempuan je pandai tawar menawar tapi tak sangka betul papa pun pandai.
  “no!bila adik dapat lesen!”
 Tawar-menawar terus berlanjutan antara dua beranak ini,Haziq turut bersuara menyokong di pihak Asya,Shahin yang hanya menjadi pendengar setia tersenyum seorang diri,tidak menyangka yang Datuk Hasmezam pandai bergurau,selama ini dia melihat Datuk Hasmezam sebagai seorang yang tegas dan cool.
  “fine!this time I let you win!” akhirnya tuan besar dah mengalah dengan cik kecil molek,suka la aku bila papa dah mengalah akhirnya.
  “petang ni abang teman adik shopping” ujar abang yang turut gembira kerana berjaya mengalahkan papa mereka yang suka menggunakan kuasa veto.
 “yess!!!sayang abang” bersemangat betul hari ni,pagi-pagi lagi dah buat senaman mulut dan belajar bahasa lancar,bagus untuk otak!hehehe…
  “jom jogging,nanti matahari dah naik segalah panas pulak,papa tak join?” abang bersuara akhirnya,kalau tak entah bila benda ni nak selesai.
  “papa nak keluar main golf”
“papa,adik pergi dulu,jangan marah eh,sayang papa.” Aku mencium pipi papa lalu bergerak mengikut abang dan mamat tu yang telah berada di hadapan pintu rumah.sempat lagi aku berpaling kepada papa untuk memberi pesanan pedas terakhir sebelum meninggalkan rumah.
  “pa,kalau geram sangat pukul bola golf sampai hilang dari pandangan mata!” aku tergelak seorang diri lalu duduk di sebuah kerusi untuk memakai kasut sukan,gembira pulak rasa nak mulakan hari ini,walaupun tak banyak masa abang dan papa dapat luangkan untuk aku,tapi aku tak pernah rasa yang aku kekurangan kasih sayang dari papa dan abang selama ini.
    Aku mengejar abang yang dah jauh dari rumah,suka betul tinggalkan aku sensorang.aku terjerit-jerit memanggil abang tapi abang ignore je malah berlari anak meninggalkan aku semakin jauh,seronok pulak dia gelakkan aku yang terkejar-kejar dia.kalau aku dapat abang aku panggang dia hidup-hidup.
  “abang!!!” jerit aku lagi,yang berpaling memandang aku hanyalah mamat tu,abang pulak suka sangat berlari agaknya.aku kan atlet sekolah jadi bukannya susah sangat nak kejar abang yang sekadar berlari anak tu!berlari punya berlari akhirnya terlanggar mamat tu yang tiba-tiba berhenti di tengah jalan,apa lagi terjatuh la aku dan dia atas rumput kat taman rekreasi,sakitnya punggung aku terhempas agak kuat jugak tadi,mamat tu pun tenang je siap boleh bersila lagi atas rumput.
  “luka?” soal mamat tu prihatin,seketika mata aku mencari kebenaran dalam anak matanya,matanya yang berwarna coklat itu langsung tidak berkedip memandang aku.aku cantik sangat ke?
  “nope!” aku bangun dan meneruskan larian yang tergendala sebentar tadi,insiden yang berlaku sekejap tadi masih lagi bermain dalam benak fikiran aku.
 
=========
 
 
Ingatkan abang sedang berlari tapi rupa-rupanya berbual dengan kawan dia entah siapa aku pun tak pernah kenal,mamat tu berlari seorang diri tanpa menghiraukan beberapa orang perempuan yang sedang tersenyum kepadanya,aiseh,macam la mamat tu handsome sangat sampai kena pandang-pandang sampai macam tu sekali,meluat betul aku rasa.
   “adik!” baru je aku melintasi abang dengan kawannya itu kena panggil pulak,perlu ke berpaling?tapi kawan abang tu boleh tahan handsome jugak.ish,mengarut la aku ni.aku mengundur beberapa langkah ke belakang dan melemparkan senyuman manis kepada abang,tanpa diduga lelaki itu juga turut tersenyum sama.mesti cair tengok senyuman aku kan?hahaha…perasan betul aku ni…
  “mari jap” pulak dah,nak ajak aku buat kelab bual dengan dia la tu,malasnya…
 “yes?” aku bertanya seraya duduk di sebelah abang.
 “kenalkan,satu-satunya puteri papa aku dan aku” wah!bangganya jadi puteri dalam hati abang dan papa tapi rasa macam puteri kena buli je.
  “hai,Kamal” huluran tangan lelaki yang bernama Kamal aku sambut dengan teragak-agak,mamat tu juga telah berada di tempat kami berkumpul dan aku boleh nampak muka dia berubah bila aku menyambut huluran tangan itu,maklumlah kami bukan mahram.
  “Asya!” aku segera meleraikan jabat tangan kami,entah kenapa aku pun rasa kurang selesa bila bersentuhan dengan lelaki ini,selalunya aku tak kisah sangat pasal semua ni pelik kan?
  “abang Kamal,bila balik KL?bukan ke abang kat JB?” soal mamat tu ramah,oh,dorang semua kenal ya dengan Kamal ni,yang tak kenalnya aku je la kut.
  “abang kena settle kerja sikit kat sini,lama tak jumpa Shah,dah bertambah handsome” nak pengsan bila aku dengar ada orang puji mamat ni handsome,hakikat ni memang kita tak boleh nak sorok kan?hakikat yang aku tak mahu terima sampai bila-bila!
  “abang tak payah cari modal nak suruh Shah belanja” mamat tu tersengih senang kemudian disambut dengan tawa abang dan manusia bernama Kamal itu,bila lelaki berkumpul mesti ada je kerja yang dorang nak bincangkan,jadi untuk mengelakkan aku yang masih lagi di bawah umur ini ingin meminta diri.
  “abang,adik chow dulu…” aku bangun dan sempat menghadiahkan senyuman manis kepada kawan abang,pada mamat tu aku buat tak Nampak je.
  “abang,Shah pergi dulu,kan sesat pulak Asya tu” Shahin meminta diri dan mula berlari anak meninggalkan Haziq dan Kamal yang sedang seronok berborak.kaki Shahin melangkah lebih laju bila kelibat Asya sudah hilang pada pandangan matanya,mana pulak pergi minah ni?soal hati Shahin lalu mula meninjau dari satu sudut ke sudut yang lain,akhirnya dia ternampak Asya yang sedang memanjat pokok.
  “panjat pokok?” terjerit sikit Shahin bila Asya kini sudah berada dia atas satu dahan pokok,semakin laju dia mengatur langkah menghampiri Asya.
  “kau nak jadi monyet ke?kau turun sekarang!” dari mana pulak datangnya mamat ni?memang sengaja nak buat aku marah la mamat ni.
  “nak ambil bola budak tu” bila habis je ayat aku,mamat tu terus melihat dua orang budak lelaki yang masih lagi dalam sisa tangisan kerana bola mereka tersekat kat atas pokok yang aku sedang panjat ni!aku nak buat amal kebaikan pun dikatanya aku nak jadi monyet,sampai hati betul mamat ni.dasar hati konkrit takde perasaan.
   “turun,biar aku yang ambilkan”
“really?dah boleh ambil pun…”aku membaling bola itu ke bawah dan seronok betul budak kecik tu mendapatkan bola dia kembali,lepas ucap terima kasih kedua-dua budak tu berlari meninggalkan aku yang masih lagi berada di atas pokok,seronok melambai kepada mereka tanpa aku sedar dahan pokok sudah mula merekah sedikit.
  “cepat turun,kalau jatuh aku tak nak tolong” ceh,dah dasar takde perasaan tu sampai bila-bila pun kekal macam tu jugak,buat sakit hati aku je.
  “walaupun aku tak terel panjat pokok macam sepupu kau aku masih boleh bangun sendiri kalau aku jatuh” sebaik ayat itu meluncur laju dari mulut aku,saat itu juga dahan pokok yang aku pijak terus patah dan apa lagi,sembah bumi la aku namanya.sakitnya lutut aku…confirm berdarah ni,siku aku pun pedih semacam je.
  “ok?” soal mamat tu cemas seraya membantu aku untuk berdiri,tadi riak sangat aku ni,betul la orang kata akibat mulut badan binasa. macam mana ni nak berdiri pun tak boleh,air mata aku mula mengalir di pipi,memang pedih sangat luka ni,lebih-lebih lagi bila bersentuhan dengan baju.
  ‘menangis pulak minah ni,macam mana ni?’ soal Shahin dalam hati,dia sendiri tak tahu nak buat macam mana,bukan doctor kan?
  “patah ke?” soalan mamat tu buat aku terkejut,memang doakan aku dapat malang ke?kurang asam garam betul mamat ni bila bertanya,cuak jugak muka dia aku tengok.
  “tak kut,tapi pedih”aku bersuara perlahan lalu mengesat air mata yang sudah berhenti mengalir,kalau papa tahu pasal ni memang hangus aku kena bakar.
 “duduk dulu,aku pergi ambil first aid kat depan sana” aku melihat apa yang mamat tu tunjuk,kedai makan pun ada jual first aid ke?dahsyatnya,dahsyat tu memang dahsyat tapi pelik…kan?tak sampai sepuluh minit dia sudah datang bersama first aid dan sebotol air mineral.
  “mana yang luka?” takkan nak cakap kat lutut dan siku kut,cakap kat siku je la.
 “siku” jawab aku sepatah.
  “lipat lengan baju,nak bersihkan luka” dah dia suruh aku turutkan aje,perlahan-lahan dia membersihkan luka di siku aku dan kekadang bila aku mengaduh sakit dapat rasa udara halus menyentuh kulit aku,wah baiknya dia hari ni…
  “dah!” dia menyimpan first aid dan menunggu aku untuk berdiri ke?aku memang tersangatlah tak mampu ni,mana abang ni?
  “ada luka tempat lain ke?” soal mamat tu lagi,kali ini anak mata dia betul-betul melihat ke atas lutut aku,kenapa?aku turut melihat lutut aku,alamak macam mana boleh ada darah ni?
  “kau tunggu sini!” arahnya lalu berlari ke arah kedai makan yang sama,aku hanya mampu memerhati lagaknya dan sesekali mengumpat dalam hati,hahaha…takdelah. Tak faham betul aku dengan mamat ni.
  “jom!” dia membelakangkan badannya dan meminta aku naik ke atas belakangnya,nak main motor-motor ke?aku masih lagi duduk di bangku yang sama sehingga menyebabkan dia berpaling memandang aku.
  “cepatlah,nanti kat rumah abang akan bersihkan luka kau kat lutut tu” aku mengangguk faham dan naik ke atas belakangnya tanpa banyak soal,aku memang tak faham kenapa dia selalu ada saat aku perlukan bantuan,memang dia betul-betul babysitter aku ke?tak kisahlah,yang penting aku selamat sampai kat rumah,memang jogging sangatlah hari ni,peluh pun tak sempat keluar.
   Abang yang tiba-tiba muncul seorang diri mendapatkan aku dan mamat tu dengan perasaan risau,mesti risaukan aku sangat-sangat la tu.
  “apa dah jadi?kenapa lutut adik berdarah ni?adik jatuh ke?” macam machine gun soalan menutur keluar dari mulut abang mengundang tawa aku dan mamat tu serentak,setelah tawa kami bersatu tiba-tiba sahaja tawa itu boleh hilang,memang ajaib sangat.
   “kat rumah kita cerita” jawab aku menambahkan risau dalam diri abang,memang lucu muka abang sehingga aku ketawa lagi dan kali ini aku berada di atas belakang abang pulak,lega jugak rasanya bila abang offer nak bawa aku.
   Sesampai di rumah mamat tu terus ke dapur dan abang melipat kaki seluar aku dengan berhati-hati,luka aku takdelah teruk sangat ni mesti kes mainan emosi sebab tu rasa macam sakit gila bila jatuh tadi,bila tengok luka ni rasa macam tak sakit pun.mamat tu keluar dengan sebekas air suam dan tuala bersih.bekas itu dihulurkan kepada abang.
  “Shah naik dulu,nak mandi”
“Shah teman abang shopping petang ni ok?kita pergi sama-sama” dah pulak,yang abang nak sangat ajak dia tu kenapa geram betullah aku dengan abang aku ni.mamat tu diam je,tolonglah menolak untuk kali ni je…
  “kalau Shah ada kerja takpe”
“ok!petang nanti” hei hantu!tak reti nak menolak ke?geram betul aku dengan dua lelaki dalam rumah aku ni,semuanya ya je.aku menepuk dahi dengan kuat supaya abang sedar yang aku tak setuju dengan keputusannya.
  “kenapa?ada nyamuk ke?” ya Allah bendulnya soalan abang aku ni,tak faham bahasa kiasan betul la abang ni.geramnya rasa macam nak terjun gunung everest je.  
 
========
 
 
 
 
 
“adik ok ke nak keluar ni?lutut tu dah tak sakit ke?” soalan abang buat mood aku merudum tiba-tiba,orang dah bersemangat,pakai cantik-cantik boleh pulak selamba je dia tanya ok ke tidak.
  “dah pakai lawa-lawa ni,takkan la nak buat fashion show kat dalam rumah pulak” aku mencebik geram lalu menghempaskan badan ke atas sofa dengan kuat,protes la ni kiranya.hehehe…
  “maksud abang,adik abang ni dah betul-betul ok ke?nanti ada pulak yang kena gendong adik balik rumah” berpisat mata aku memandang abang,ceh,kurang asam betul la abang ni,mentang-mentang aku tu berbaik sikit dengan musuh mulalah nak buat penilaian budak bawah umur tak faham betul aku dengan budak-budak zaman sekarang.
  “lawak sangat la tu,jom la pergi”
“iye,tunggu Shah kejap”
  “tak payah la.eh?” buat  apa nak tunggu mamat tu,bukan jenis dia pun yang suka berjalan macam aku ni,nanti tak pasal-pasal aku perang taufan dengan dia dalam shopping complex nanti!abang ni pun memang sengaja nak jemput angin taufan dalam hati aku.
  “Shah dah siap” suara mamat tu kedengaran dari belakang,hurm,handsome jugak dia pakai baju warna hijau,sama dengan aku pulak tu kan? Haish!apa yang aku duk melalut ni wahai hati jangan kau nak buat lawak Malaysia kat sini,tak lawak langsung.
  “bersiap macam perempuan,slow macam siput” aku melintas abang dan mamat tu dengan langkah yang laju,terlopong mulut abang bila dengar aku bercakap kasar seperti tadi.entah kenapa sejak kenal dengan mamat ni kerja aku asyik kutip dosa je,ya Allah engkau ampunkanlah dosa ku yang dah bertimbun setinggi gunung ni.
   “Shah sabar ok,tak sangka adik dah berubah sampai macam tu sekali” tutur Haziq ikhlas memohon maaf bagi pihak adiknya yang agak keterlaluan,Shahin masih lagi tersenyum seperti biasa,dia langsung tidak ambil hati kerana sudah terbiasa dengan situasi tadi,memnag lawak la kalau dorang bercakap menggunakan bahasa yang baik dan ramah,dua-dua pun asyik nak mengutuk diri masing-masing,kalau minit itu Shahin yang terkena mungkin minit kedua Asya pulak yang terkena.masalah mereka takkan selesai dengan jalan yang mudah.
   Sepanjang perjalanan ke Pavilion hanya suara Shahin dan Haziq yang kedengaran,Asya hanya berdiam diri sambil menggosok dengan lembut lututnya yang tersa pedih bila seluar jean yang dipakainya tersentuh kulit.sikunya juga terasa pedih.tu la kut akibatnya kalau asyik nak kenakan orang je kerjanya.
   “dah sampai!” ucap abang ceria,memang aku dan abang ada chemistry yang kuat iaitu suka shopping,suka keluar jalan-jalan tapi yang tak samanya abang pandai membezakan mana yang perlu dan mana yang penting aku tahu satu benda je,mana yang berkenan dalam hati aku itulah yang terbaik!hehehe…lingkup papa ada little daughter macam aku ni.
   “adik nak pergi loo jap,abang gerak dulu ok?” aku meninggalkan abang dengan mamat tu di pintu utama,aku dah biasa sangat dengan tempat ni sebab mamat tu selalu bawak aku datang sini.yang aku tetiba teringat pasal dia tu kenapa? Aku dah gila agaknya.aku masuk ke dalam tandas dan membiarkan persoalan mengenai mamat tu pergi begitu saja.
    Setelah lima minit aku keluar dari tandas dan melihat kelibat abang dan mamat tu masih lagi di situ,mesti tak yakin dengan aku ni,abang ni layan aku macam budak kecik la.tak pun mesti si mamat tu dah cakap kat abang yang aku pernah sesat kat sini dulu.
   “kenapa tak gerak dulu?” soal aku lalu memeluk mesra lengan abang.
 “nanti adik sesat pulak” dengar je perkataan sesat mata aku tajam merenung mamat tu,ya Allah boleh je dia buat muka tak berdosa depan aku?nak marahnya…lengan abang aku cengkam dengan kuat tanpa aku sedari sehinggalah suara abang yang mengaduh kesakitan kedengaran.
   “aduh!”
“abang,sorry!” kesian abang,merah lengan abang.aku menggosok lembut lengan abang dengan penuh perasaan bersalah,tapi bila terpandang muka mamat tu yang sedang tersenyum buat rasa kasihan ku terus lenyap,aku melangkah mendekati mamat tu dan aku cubit sekuat-kuatnya lengan dia,merah mukanya menahan pedih.
   “padan muka!puas hati aku!” aku menghadiahkan jelingan tajam dan meninggalkan dua lelaki itu yang sedang memandang aku pelik.puas betul hati aku bila sengatan ketam aku ni terkena dengan kuatnya pada mamat tu,boleh dia tersenyum dan buat tak tahu kan?
     “kenapa Shah pun kena sama?” soal Haziq hairan,Shahin masih lagi menggosok lengannya yang terasa sakit kesan dari cubitan berbisa Asya,muka Shahin langsung tidak menunjukkan yang dia sedang menahan kesakitan,perasan macho la tu!
    “entah,tapi sakit jugak kena cubit ni,betul la orang kata yang kuat lelaki pada penumbuk kuat perempuan pada sengatan ketam dorang tu”  Shahin berseloroh mengundang tawa mereka serentak,pandai jugak si Shahin ni buat lawak,gumam Haziq sendiri.
  “jom cari little princess” ajak Shahin lalu memulakan langkahnya,sesekali dia tersenyum seorang diri,Haziq menyaingi langkah  Shahin dan mula mencari kelibat Asya yang langsung tidak kelihatan di mana-mana.
  “abang cari sebelah sana,Shah cari sebelah sini” ujar Shahin lalu mencari kelibat Asya tanpa sebarang clue,setelah puas mencari di beberapa butik pakaian dia teringatkan sesuatu.
      “esok datang sini lagi boleh?” soal Asya separuh memujuk,Shahin memandangnya kosong. “hari ni dah datang,esok nak buat apa?” soal Shahin mendatar.
  “aku nak beli bear kat sini,duit tak cukup”  pujuk Asya lagi,dengan air muka sekali.
  “mana pergi semua duit kau?” soal Shahin malas.bukan adik dia nak layan baik sangat.
  “ni” Asya mengangkat kedua belah tangannya yang sudah penuh kiri dan kanan,memang dah takde ruang lagi tapi pada fikiran Asya tangan Shahin masih lagi kosong tak terisi,walaupun Shahin offer nak tolong bawakan barang-barangnya tetapi Asya tetap berkeras ingin membawanya sendiri.
  Shahin memegang dahi dan tersenyum seorang diri,Asya memandang muka Shahin pelik.
  “why?” soal Asya hairan. “takde duit kan?” Asya mengelengkan kepalanya beberapa kali dan Shahin terus tersenyum.
  “jom balik!” Shahin mengambil barang-barang yang berada di tangan Asya lalu mengatur dengan pantas meninggalkan kedai tersebut,dia tahu yang Asya akan mengekorinya ke kereta.setiba di kereta Shahin meletakkan barang-barang Asya di tempat duduk belakang dan kemudian membuka pintu hadapan untuk Asya,sejenak dia menunggu kemudian dia berpaling memandang Asya yang hilang.beberapa orang pelik melihat Shahin membuka pintu kereta kepada,siapa?
   Shahin masih lagi tersenyum dan melangkah kembali ke kedai tadi,sebaik tiba di sana Asya masih lagi berdiri di dalam kedai yang besar itu dan sedang menyapu air matanya yang mengalir,segala tindak-tanduk Asya diperhatikan melalui dinding kaca kedai.Shahin menggosok belakang tengkuknya dan masuk kedalam kedai itu lagi.
   “yang mana satu kau nak?” soal Shahin mendatar,Asya berpaling melihat Shahin yang masih belum beredar,seraya dia mendekati Shahin dan memeluknya erat,bumi ibarat berhenti berputar buat seketika.
      “ehem!” sengaja Shahin berdehem dengan kuat sehingga menyedarkan Asya yang dia sudah bertindak terlalu jauh.
 “sorry!” Asya mengangkat kedua-dua tangannya seperti menyerah diri kepada pihak polis.
  “cepat ambil yang kau suka,aku belanja!”
“seriously?” soal Asya ceria. “I give you three second,one…two…t..”
   “that one!” jerit Asya kuat,Shahin tersengih dan melihat bear yang dipilih oleh Asya,gila punya besar.
  “sure?besar gila,lebih besar dari kau aku rasa” tutur Shahin terkejut,bukan kerana harganya tetapi kerana saiznya yang besar tiada tandingan.
  “nak jugak…” Asya bersuara lirih.Shahin memberitahu sesuatu kepada tuan kedai dan tuan kedai mengambilnya lalu di bawa ke kaunter bayaran.Asya melompat kegembiraan,tak terucap rasanya.
   “berapa?” soal Shahin.
 “RM250”
 “card?” Shahin menunjukkan kad kreditnya dan tuan kedai itu mengambil kad tersebut dari tangan Shahin.sebaik bayaran dibuat patung beruang itu diberi kepada Asya,tergelak Shahin bila melihat tubuh Asya hilang disebalik patung itu.
   “kenapa gelak?” soal Asya marah,berat jugak bear ni.
“meh aku bawakkan,nanti ada orang terlanggar tiang pulak” patung itu berganti tangan,tapi tak malu ke Shahin nak bawak patung tu?
  Baru selangkah mereka bergerak,terdapat satu suara menangis menginginkan patung di tangan Shahin,puas si ibu memujuk supaya anaknya berhenti menangis tetapi langsung tidak dihiraukan.perasaan simpati Asya membuak-buak.
  “sorry,dah takde ke bear macam ni?” soal Asya kepada tuan kedai.
“sorry,itu yang terakhir” muka Asya mula berubah sedikit,dia duduk memandang wajah mulus budak kecil yang sedang menangis itu,perlahan dia mengelap air mata budak itu dengan senyuman.
   “adik nak bear ni?” soal Asya lembut.budak itu mengangguk dan mengelap air matanya dengan belakang tangan,comel.
  “kalau macam tu,ambik ni,abang Shahin yang belanja” Shahin memandang wajah Asya ketika itu,bukannya susah sangat setakat nak gelarkan Shahin sebagai abang,entah kenapa yang dia susah sangat nak buat semua  tu.
   Setelah ibu dan budak perempuan itu beredar  Asya terus keluar dari kedai itu,Shahin kemudiannya menyusul Asya dari belakang.
 “kau pergi mana lambat sangat ni?” soal Asya lalu berpaling melihat Shahin,kejadah apa yang Shahin bawak tu?bear?
 “untuk kau!walaupun tak sama dengan yang tadi tadi saiz dia sama je kut” Asya terdiam tanpa kata,Shahin dengan muka tidak berperasaan menghulurkan patung itu,Asya mengucakpan terima kasih dan patung itu kini bertukar tangan.tiba-tiba tawa Shahin meledak.
  “meh sini aku tolong bawakan,nazak benar dah aku tengok”
“berat la”
“thanks again,dah banyak duit kau spend untuk semua ni” Asya bersuara perlahan,terharu sebenarnya.
  “aku bukannya ada benda nak beli pun,apa salahnya aku buat amal kebaikan kat anak manja macam kau ni!”
  “hei!kau ni memang la satu-satunya babysitter yang takde insurans mulut tau tak?”
Shahin tersedar yang dia sudah jauh termenung,Asya masih belum dijumpai,laju langkahnya menuju ke kedai yang sama dan sangkaannya sangat tepat dan padat,Asya sedang memilih beruang tak bernyawa untuk dibawa pulang ke rumah,habislah rumah baba,gumam Shahin tersenyum lalu melangkah masuk ke kedai tersebut.
 
=======
 
 
 
 
Sebaik aku dengan mamat ni berjalan seiring keluar dari kedai yang sama pernah kami datang sebelum ini,aku sekali lagi tersenyum,ya aku tak naΓ―f yang Shahin seorang lelaki yang baik dan memang dia memegang amanah papa dengan baik sekali,dia selalu menjaga fizikal aku dengan baik walaupun perangai dia yang hancur macam kapal terbang terhempas,hai…apalah nasib badan dapat babysitter macam ni.tapi sekali tengok comel jugak mamat ni bawak bear besar macam ni,cute!
    “kalau kau tak tenung aku tak boleh ke?” soalan mamat tu memang buat aku terkejut dan tersentak kecil,ceh!tak boleh nak bagi salam dulu ke,apa punya orang la mamat ni,sakit jiwa agaknya.
    “tolong sikit,kau ingat aku tak ada kerja ke?”
Tengok tu,dia buat muka blur je? Ya Allah nak marahnya.dari mana datang lelaki macam dia ni,buat aku sakit jiwa betul la!
    “abang!” jerit aku kuat,sengaja sebenarnya nak lepas geram kat mamat ni tak mampu,alang-alang dia dah buat amal jariah kat aku biar aku lupakan je la apa yang dia buat hari ni.
 Laju langkah abang mendekati aku dan Shahin,aku tersenyum mesra lalu memaut lengan abang,tergelak abang bila tengok Shahin memegang bear aku yang agak besar,tak ada la sebesar aku tapi lebih tinggi dari aku rasanya,hehehe…
  “Shah,cute!” puji abang lalu gelak selamba lagi,aku pun tak faham apa yang abang gelakkan sangat tapi tak kisahla yang penting dia bahagia dan gembira.
  “cute ke?snap sekali abang,boleh buat kenangan” Shah sambung tawa abang dan mengangkat keningnya dua kali,lawaknya dua orang ni,sabar je la….
  “stay still!adik join Shah cepat nanti boleh gantung depan pagar rumah gambar Shah the coolest dah bertukar jadi Shah The Cutest!”
Apa lagi,dah nama pun gila kamera kan,memang aku tak segan nak join bergambar,cantik punya timing,apa lagi jom kita snap sampai full memory phone abang!
  Sedar tak sedar dah penuh tangan dua jejaka di sisi aku dengan barang aku,jap,seorang lagi tu jejaka ke?rasa macma tak je,manusia ke?bukan jugak aku rasa…hahaha tak payah kisah la pasal invisible man tu bukannya wujud pun..
  “jom kita pergi makan,abang belanja”
“serious?orang kedekut macam abang ni nak belanja adik?” dah Nampak dari batang hidung abang yang dia tak puas hati aku kata dia kedekut,mana ada abang aku yang tersayang ni kedekut,baik hati lagi ada la,ha,orang kat luar sana tu jangan pulak cancel nak jadikan abang aku calon suami,cakap pasal suami ni entah bila abang nak kahwin,dah bujang terlajak ni,umur dah 28 tahun,muka pun handsome macam aku je,aku handsome ke? Arh tak kisah la, career ada,job ada,duit ada tapi ada satu benda je yang dia takde,iaitu girlfriend.kesian abang,tak ada ke orang perempuan suka kat dia,sedih pulak aku rasa…kesian…
  “apa yang adik imagine sampai berkerut dahi?” soalan abang selalu je salah timing,orang sikit punya risau pasal dia boleh pulak dia tolong kacau daun,malaslah nak fikir pasal abang kalau macam ni.
    “minah ni memang hobi ke suka berkhayal?” gumam Shahin di dalam hati,lalu dia tersengih.
   “dah kau gila ke?senyum sensorang?” soalan aku memang tepat atas batang hidung mamat tu,sekali kena penangan tuk ketua hilang terus dia punya sengih,dah tahu sangat apa yang dia sengihkan tu,kalau bukan kutuk aku,mengata aku la tu!cis!hampeh betul lelaki zaman sekarang ni.yang aku hangin sangat ni kenapa?ya allah tak sukanya….
  “adik,kenapa cakap dengan Shah macam tu? He is your brother too,you must respect him!” abang bersuara agak tegas,bosan la aku bila semua orang yang aku kenal suruh aku respect dia,hormat dia,respect dengan hormat tu lain ke? Macam sama maksud je.ish!
  “whatever!”aku bersuara geram lalu merebahkan badan pada kerusi,nasib baik lembut kalau keras cancel protes.aku boleh Nampak yang abang menggelengkan kepala dia,beberapa kali,berapa ek?tiga kali,yess tiga kali!yang tu pun kena kira ke?dan dari tempat aku duduk pun aku boleh Nampak yang muka mamat tu langsung tak beriak,kan aku dah kata mamat konkrit tu doesn’t feel anything,his heart is frozen.abang dengan papa je yang sibuk nak suruh aku respect dia,tolong sikit,kalau dia tu baik dengan aku tak apa la jugak,dia nak buat baik dengan aku?hampeh!
  “adik,listen here,you must accept Shah in our family,now he is one of us” abang bersuara lagi,dan aku memang tak setuju tapi kalau aku terus berkeras aku memang tak kan dapat makan hari ni,makan tazkirah abang je la gayanya.
  “fine! I’m trying,I still need time to face this new situation,I still need some time to know him well,I don’t know him like you and papa know him.come on brother,why you take this thing so serious,everything will be fine,one day!” aku dah karang ayat mengalah di mulut sahaja,bukan di hati,orang kata tak ikhlas la kan?
  “are you trying? I can’t see any effort” ibu!!!degilnya abang ni,kenapa yang dia tak puas hati sangat ni!
   “with my honestly,please forgive me Mr.Shah!” aku bersuara keras,apa yang honest kalau macam tu,tak kisahla yang penting abang stop his music.kalau deejay dengar pun boleh naik tekanan darah,nanti tak pasal-pasal aku masuk hospital darah tinggi.
   “that’s better,make sure another time is the truth”
  “fine,sorry bro” kali ni aku bersuara lembut sikit dari gigi…mengalah untuk kebaikan sendiri,aku tak nak bermasam muka dengan abang sebab kalau aku bermasam muka pasal ni confirm papa akan backing abang jugak,I always wrong.
  “adik,I’m sorry if I wrong” abang dah buat dah muka kesian dia,tak marah la abang.
  “it’s ok,I’m totally fine and you are right!”aku bersuara mesra.tak elok rosakkan suasana time makan,kan?abang dah menuju ke meja yang masih kosong,aku dah biasa sangat makan kat sini dengan mamat tu,jadi tak rasa excited sangat.
  “are you trying?” suara mamat tu betul-betul menyentap gegendang telinga aku,dengan muka yang tersenyum sinis aku boleh tahu yang dia sebenarnya perli aku.
    “am I?oh man,listen here,it will never happen forever,till I die!” aku bergerak dari situ,entah kenapa rasa macam nak marah sangat kat dia,memang ni yang aku maksudkan jadi tiada sebab untuk aku rasa tak selesa,dia pun bukannya terima aku sebagai sesiapa dalam hidup dia kan?
    Aku berjalan menghampiri abang yang sedang membuat pesanan,mungkin untuk aku sekali kut,abang selalu tahu makanan kegemaran aku iaitu pasta, pelik jugak petang macam ni nak makan makanan berat,tak gemuk ke nanti?tak nak la gemuk!
  “mana Shah?” ada pulak tanya aku,ingat aku ni babysitter dia ke?
   “loo kut,jap lagi sampai la”aku buat muka tak berperasaan,perasaan aku ni haru betul semenjak dua ni,rasa tak selesa.
    “abang,adik keluar kejap nak settle kan problem!” aku tersengih lalu beredar meninggalkan abang,apa lagi nak cabut lari la,rasa macam nak menangis je,dan setiap kali aku rasa nak menangis mesti aku teringatkan mama,setiap kali aku rindukan dia setiap kali aku membenci dia,insan yang tinggalkan aku tanpa aku sempat mengingati wajahnya,menyimpan sejenak wajahnya dalam minda aku,hanya sekeping gambar yang aku mampu lihat,gambar di mana hanya gambar belakangnya yang sedang meriba aku.
  Papa selalu meminta aku mencari mama dan melihat gambar-gambar mama tapi aku menolak,aku tak perlukan dia dan dia membuang aku,jadi,perlu ke aku mencari insan yang langsung tidak menyayangi aku?
  Pak cik driver teksi ni pun tengok aku pelik je,dah nama pun menangis memang la orang tengok.buat malu je la aku ni,teruk betul!
  “kenapa ni anak?” soal pak cik driver dengan ramahnya,aik,mesra rakyat betul orang Malaysia ni,bagus-bagus tapi sejak bila pulak aku jadi anak dia,ke memang orang negara ni bahasakan orang lebih muda daripada dia macam tu?that’s good.
  “sedih la uncle,sebab tu menangis” aku jawab selamba.
 “anak ni orang melayu ke?pak cik ingatkan mat saleh mana,nasib baik pak cik cakap melayu,kalau tak tentu anak dah gelakkan pak cik” mesra uncle teksi ni gelak,aku pun terus hilang rasa sedih,tolong gelak sama ok tak?
   “melayu la uncle,papa orang melayu kan.saya Asya” alang-alang dah bertegur sapa apa salahnya kalau berkenalan.
  “panggil je Pak Man,anak nak ke mana ni?”
“tak tahu la uncle,apa kata uncle bawak saya pergi makan kat tempat uncle selalu makan,saya rasa nak belanja uncle je hari ni,sebab uncle dah bawak sedih saya ni pergi jauh” ujar aku ceria,rasa selamat je dengan uncle man ni.
  “baiklah,tapi uncle makan kat warung tepi jalan je”
 “tak kisahla,yang penting halal dan bersih”aku bersuara lagi,uncle man pun ceria je hari ni,baguslah.
 Setelah aku makan roti canai dengan uncle man memang puas hati gila,best sangat roti canai kat sini,tak tahu la kalau aku rasa roti canai ni sedap sebab tak pernah jumpa sebelum ni,sadis betul la!
    “anak,boleh Pak Man cakap sikit?”
 “apa uncle?”
    “maaf kalau Pak Man masuk campur urusan anak,tapi Pak Man nak kongsi apa yang Pak Man tahu,Allah bagi kita sedih untuk menguji Allah bagi kita gembira juga untuk menguji,bersedih perlu untuk menginsafi,bergembira boleh untuk menghayati,walau apa pun yang terjadi jangan salahkan diri sendiri dan orang lain,jangan salahkan takdir yang Allah tetapkan tapi pilihlah jalan untuk insafi diri,betulkan diri,niat di hati insyaallah Allah dengar doa yang suci,bukalah hati untuk menerima takdir Allah dan semuanya insyaallah akan jadi baik”
  Sayu aku dengar kata-kata Uncle Man aku tak nafi yang uncle betul tapi aku masih belum bersedia untuk itu,apa yang terjadi pada aku Pak Man tak rasa.
  “saya faham,dan saya masih mencuba,tapi hati saya terluka”
Uncle Man tersenyum senang,aku tahu yang dia tersenyum sebab dia tahu yang aku faham,jernih betul aku tengok wajah uncle man,adakah lelaki ini pernah merasai derita yang lebih teruk daripada aku?entah….
 
 ==============
 
 
 
 
Aku dah sampai rumah,tapi kelibat kereta abang tak nampak pun,takkan la tak balik lagi kut .aku dah kenyang bagai nak rak ,abang tengah makan lagi ke? Aku pun malas nak tanya jadi aku masuk je la dalam rumah,sebaik selangkah aku masuk,siapa yang ramai sangat dekat ruang tamu ni?siap dengan pengawal keselamatan sekali,driver papa pun ada sama,pelik ni,ada orang hilang ke?
  “assalamualaikum” aku memberi salam dan serentak mereka yang di ruang tamu memandang aku pelik,why?papa segera mendapatkan aku lalu dia memelukku erat,dah ni kenapa pulak reunion keluarga ke?macam-macam la papa ni.
  “adik pergi mana? I’m very worry about you!”
 “kenapa pulak?” soal aku pelik,dan aku ternampak beberapa pekerja dalam rumah ni tumpang bersyukur setelah melihat aku pulang,ingat aku hilang kat Africa ke?susah betul la papa ni.
   “adik tiba-tiba je hilang,abang kata adik nak keluar sekejap je tapi adik terus tak datang balik,adik pergi mana?dah puas abang dengan Shah cari tapi tak jumpa” papa menceritakan hal sebenar yang telah berlaku,patutla abang tak balik lagi,pergi cari aku rupanya.silap aku jugak tak bagitahu abang yang aku nak blah dari situ.
   “Mak Mah,call Haziq dan Shah kata adik dah balik” mak pun ikut je la apa yang papa suruh dan aku dengan selamba badaknya duduk di atas sofa,pekerja lain juga sudah beredar untuk menyambung semula kerja mereka.memang dah lewat sangat ni,dah pukul 9 malam.
  “nasib baik papa tak call police”
“boleh ke pa?bukan kena tunggu 24 hours ke?ni baru 4 jam papa” dengan muka tak bersalah aku tersenyum kepada papa,muka papa tersangatlah kusut dan kelakar jugak sebenarnya,tapi bila muka papa bertukar menjadi serius aku menyembunyikan senyuman aku,untuk mengelakkan perang dingin.
   “kenapa call tak angkat?” soal papa tegas,seram pulak aku rasa rumah ni,malam ni
kena baca ayat kursi segenap penjuru ni.aku mengeluarkan i-phone5 dari beg sandang dan merenung telefon yang mati tanpa perasaan,macam mana boleh out of energy ni?
   “habis bateri kut,sorry papa,adik bukannya nak blah macam tu je tapi adik tertahan teksi,ternaik teksi tu,terjalan-jalan pusing KL,ter….”
 “ter apa lagi?” alah,papa ni kacau betul bila orang nak cakap ter yang terpenting ni.
“terlupa nak cakap kat abang!sorry ok,adik nak spend masa tengok KL sebelum pergi JB esok,adik dah suka KL tapi kena pergi JB pulak,adik penat ni,esok nak kena bertolak pagi lagi jadi boleh adik tidur dulu?sampaikan maaf adik kat abang sebab dah menyusahkan dia hari ni” aku mencium pipi papa lalu beredar  ke bilik,baik punya lakonan kan?sekarang ni masa untuk mandi dan tidur sepuas-puasnya,esok dah tak sempat nak tidur lepas subuh,teruk punya anak dara aku ni!
   Selepas bercakap dengan ibu 10 minit aku melelapkan mata yang dah terasa berat macam diikat dengan lori tayar,perlahan-lahan aku hilang dalam selimutku sendiri,selesanya tidur,susu air-cond aku rendahkan sedikit untuk menambahkan keselesaan pada waktu malam dan tak tahu minit dan saat ke berapa aku dah terlelap.
    Haziq dan Shahin sampai di rumah sebaik sahaja makan malam selesai dihidangkan,Shahin sudah menunjukkan rasa tidak selesa pada badan,dia belum mandi setelah pulang dari shopping isyak pun belum solat lagi.
  “how’s she?” soal abang sebaik duduk di atas sofa yang sama pernah Asya duduk.Shahin yang sudah mula kegatalan cuba bertahan untuk mendengar cerita dari Datuk Hasmezam.
  “adik ok,dia ronda KL,dia dah makan dan sekarang dia dah tidur”
 “baguslah..” Haziq yang kepenatan merehatkan badannya buat seketika,tapi sebaik dia melihat Shahin yang sudah berbintik kemerahan pada lengannya menegakkan badannya semula.
  “Shah,tersalah makan ke?” soal Haziq risau,kulit Shahin memang agak sensitive dan kadang-kadang kalau tidak peka ia boleh menyebabkan Shahin demam dan masuk hospital.
 “tak,badan Shah berpeluh sikit,kalau Shah mandi,sapu ubat lepas ni ok la”
“lupa pulak papa,Shah pergi la mandi,solat, nanti turun makan” ujar Datuk Hasmezam pula.
  “abang,nanti tolong Shah sapukan ubat,abang pun pergi la mandi dan solat” mereka hanya menurut perintah Datuk Hasmezam,Shahin masih cuba untuk bertahan daripada menggaru tetapi dia sebenarnya sudah tak dapat nak tahan.sebaik masuk ke bilik dia terus masuk ke bilik air.
  Usai mandi dia terus menunaikan solat isyak dan membaca Al-quran sebab semasa maghrib tadi tak sempat.nak cari orang yang tak hilang la katakan.Asya ni memang terel menyusahkan orang,apa punya budak la si Asya ni.
  “setelah Shah selesai dia turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama dengan Haziq yang memang suka tengok bola,dia pun tak ada bezanya sama je.
  “Shah,mari sini abang sapukan ubat” Haziq sudah bersedia dengan ubat sapu di tangannya,anak yang menurut perintah betul la si Haziq ni.Shah tersenyum lalu mendekati Haziq yang dah ada gaya macam tukang urut professional.
  ‘keluarga ni terlammpau baik untuk aku’ gumam Shahin lalu tersenyum senang.
“tak yah la abang,Shah boleh buat sendiri la,lagipun dah tak gatal lagi dah!”
  “eleh,malu la tu”
 “what? Malu dengan abang?memang tak la!” Shah tergelak sedikit,Haziq buat muka tak puas hati,keinginannya mesti dipatuhi.
  “bagi la can abang nak bermanja dengan Shah sikit,esok Shah dah nak pergi JB dengan adik,nanti Shah rindu kat abang pulak,susah Shah nanti nak ulang alik dari JB ke KL” wah!pandai rupanya si Haziq ni berseloroh,tengok muka macam takde perasaan je tapi pandai buat lawak rupanya.
  “abang ni muka je macam kayu tapi pandai bergurau jugak eh” ni kes orang kata mengata dulang paku serpih mengata orang memang Shahin yang lebih,dia tu tak sedar yang dia tu lagi muka kayu jati berbanding Haziq.
  “amboi,seronoknya cakap abang ni muka kayu,kayu sangat ke?adik pun cakap macam tu jugak” Haziq berpura-pura sedih dan hiba,sekali lagi meledak tawa Shahin serentak dengan Haziq.
  “abang pun kena dengan Asya?tak percaya betul,tapi abang lebih baik dari Shah,Shah ni dikatanya muka konkrit,kalau orang tumbuk Shah,confirm jari dorang yang hancur”
 Sekali lagi meledak tawa mereka.bila dah gelak memang tak tengok siang ke malam,teruk betul mamat dua orang ni,entah sejak bila pandai bergurau.
  “buka baju la,nak sapu atas belakang ni,teruk merah ni,kalau dengan si Joe driver tu ok pulak.”
  “kejap,nak bukak la ni,abang tu bantai gelak sakan sakit perut Shah”
Haziq membaca basmallah dan sempat berlakon macam bomoh nak berubat orang masuk hantu gayanya.apa lagi,seronok la Shah gelak besar.
   “cepat bang,buat hantu gatal ni keluar dan tak datang-datang lagi dah,susah hidup Shah di buatnya”
  “baik Shah,tapi hantu gatal ni liat betul la,ni tengah tidur atas tilam Lorenzo lagi,abang tidurkan dia selama beberapa hari biar dia tak boleh nak kacau Shah sehari dua ni” dah naik hantu dua orang ni gelak tanpa sedari mereka telah menyedarkan orang lain dari pembaringan,teruk betul bila anggap dunia ni dorang yang punya.
  Dah ni hantu mana pulak gelak malam-malam ni,orang nak tidur pun tak aman,ingat dunia ni bapak dorang yang punya ke?baik aku jenguk sikit orang yang dah tak dengar khabar berita dari angkasa lepas ni,nak marah betul la,nasib baik aku bukan tengah bermimpi dating dengan anak raja,kalau tak, confirm aku hantar dua orang ni ke syurga penjara.
   “abang,bising la…” suara Asya yang kedengaran serak menghentak tawa Shahin dan Haziq untuk berhenti,Shahin segera mencapai bajunya di atas meja lalu memakainya dengan segera,malu jugak kalau Asya nampak.
  “adik!terkejut abang,kalau ye pun bagi la salam hormat dulu”
“salam sejahtera,salam satu Malaysia,tak boleh ke simpan gelak tu pagi esok,bising la,adik nak tidur ni” Asya mengambil tempat di celah-celah Shahin dan Haziq.blur dua hamba Allah itu melihat tindak-tanduk Asya,dengan penuh kelembutan dan keselesaan Asya membaringkan kepalanya atas ribaan Shahin,kakinya bukan main seronok letak kaki atas riba Haziq.
  “adik,dah tidur balik?bertuah punya budak kecik” Shahin tak memberi respon tapi tersenyum melihat gelagat Haziq yang tengah membebel.
 “letak kepala adik kat bawah,jom kita makan dulu,papa dah tidur agaknya” Haziq meletakkan kaki Asya dengan perlahan-lahan dan bergerak ke dapur,Shahin pulak teragak-agak untuk meletakkan kepala Asya,bimbang dia terjaga.tetapi dia cuba untuk meletakkannya di atas sofa dengan berhati-hati.dia berjalan pergi meninggalkan Asya dengan mimpinya.
   “mama…” langkah Shahin terhenti sebaik mendengar perkataan itu dari mulut Asya,dia berpaling melihat wajah telus Asya,dia pasti ini bukan kali pertama dia menyebut panggilan itu,dia sendiri tidak tahu kenapa dalam rumah ini langsung tidak ada walau sekeping gambar isteri Datuk Hasmezam.
 
========
 
 
“papa tak payah la balik KL,stay la kat sini dengan adik,kalau papa pergi siapa nak teman adik kat sini” aku merayu lagi dan terus merayu kepada papa,walaupun aku sedar yang semua ni adalah sia-sia tapi aku tetap mencuba,abang pun senyap je.
    “adik,kita kan dah discuss benda ni,adik ada kat sini dengan Shah,adik akan balik jumpa papa every weekend ok,adik pun dah dapat lesen kan,kereta pun papa dah belikan,please,jangan buat papa serba salah macam ni” papa pun turut sama merayu kat aku jadi dengan berat hati aku mengangguk faham.
  “tak nak stay kat sini dengan dia…” aku menunjukkan mamat tu yang sedang berpeluk tubuh di satu sudut di sebelah abang,abang boleh pulak bantai senyum time aku sedih macam ni.
  “ala adik ni,bukannya satu rumah pun,jiran je” abang mengusap bahu aku lembut,abang ni memang la sengaja buat aku rasa nak naik angin.aku memeluk papa erat sebelum mengucapkan selamat tinggal,kata datang KL nak stay dengan papa dan abang tapi ni dah jadi kes lain,sedihnya….
  “papa,we need to go,hari dah nak malam,adik jaga diri tau,jangan nak susahkan Shah je” abang memeluk aku erat,macam tak sedih je nak berpisah dengan aku,suka la tu aku terpaksa menahan seksa duduk dengan musuh negara utama aku kat Malaysia ni,selama ni aku tak pernah pun ada musuh tapi dengan mamat ni mudah je nak buat dosa!
  Aku melambai dengan linangan air mata,papa dan abang bagi pesanan penaja kat aku je,sekali pun tak pernah nak nasihatkan si mamat tu jangan selalu nak buli dan dera perasaan aku ni,sadis betul stay kat tempat asing dengan makhluk asing macam Shahin ni.huhuhu….sadis!
  “kau tunggu apa lagi kat luar ni?nak tunggu asap kereta masuk dalam awan ke?” ha,Nampak tak penderaan mulut dia tu?kejam macam hantu tau!setidak-tidaknya hantu tahu buat orang takut je tapi dia ni buat aku sakit hati ada la.
  “kau sibuk kenapa?”
“baik kau masuk cepat,kat sini banyak kes rogol tau,walaupun kau ni takde la cantik sangat tapi kau tu perempuan,lagipun orang sombong macam kau ni penjahat suuuukaaa sangat” sengaja nak takutkan aku la tu,teruk punya orang dia ni,nasib baik dia jauh lebih tinggi dari aku kalau tak dah lama aku sekeh kepala dia,berani ke?ni rasa nak nangis je ni,perlahan-lahan air mata aku mengalir lagi,bila aku menangis baru sibuk nak pujuk,ha,cuba la pujuk kalau pandai.
  “sshhh….tak yah la nangis,aku mintak maaf…macam ni,kalau kau tak nangis aku bawak kau ronda JB lepas kau balik kolej esok,deal?”
   “shopping?” soal aku masih dalam esakan,sengaja je sebenarnya.
“anything!”
   “your treat?” ha,kenapa lama sangat fikir?kedekut la tu,hampeh punya orang.
“my treat!”
    “deal!” aku mengesat air mata dan terus memboloskan diri ke dalam rumah sewa baru,takut betul la rumah ni,dah la besar,tapi kena pulak duk sorang,tapi takkan nak share dengan mamat tu kut,abang kata kat Malaysia kalau tak kawin tapi duduk sekali nanti kena kawin free,orang kata kena tangkap….tangkap apa eh?aduh…tak ingat ni…biar je la,sekarang ni baik aku mandi dulu,nanti nak makan malam pulak,tapi nak makan kat mana?dengan mamat tu lagi ke?bosannya hidup aku macam ni…apa susah kereta aku kan ada.bijak kau ni sebenarnya Asya Humaira!
    Setelah aku bersiap ala kadar aku mengunci pintu rumah dan sebaik aku berpaling ke belakang mamat tu dah berdiri di belakang aku dengan muka tak berperasaan seperti biasa,nasib baik aku dah terbiasa dengan semua ni jadi tak adalah aku terkejut beruk tengok muka dia yang macam konkrit tu.
   “makan!” ujarnya sepatah membuatkan aku rasa blur,aku tengok bungkusan makanan dalam tangannya dan nampaknya aku tak perlu berlapar malam ni dan tak perlu untuk mencari makanan sendiri,jimat sikit,tapi kenapa dia dah berubah balik je,dah belajar cakap sepatah balikke?payah la macam ni,bertambah terseksajiwa aku bercakap dengan dia kalau macam ni tapi bagus jugak takdela dia nak kenakan aku selalu kan?
  “nah!” dengan agak kasar dia menghulurkan aku makanan yang baru dibelinya itu,dengan teragak-agak aku mengambil bungkusan itu dan melihatnya beberapa kali,entah apa yang dia belikan untuk aku,macam anak beranak pasta je tapi kuah lebih je.mee rebus kut,yang dia selalu belikan untuk aku.dia blah nak ke mana pulak tu?
   “nak pergi mana?” soal aku cepat,tanpa memandang muka aku dia menjawab.
  “balik” ceh!macam la rumah dia tu sebatu daripada rumah aku,sebelah je kut kalau dia sendawa pun aku boleh dengar la,takkan nak makan seorang diri kut,macam mana ni tak biasa la tapi takkan nak makan dengan dia,eleh macam tak biasa.tak kisahla yang penting aku tak nak makan seorang diri,aku mengatur langkah ke rumahnya dan belum sempat dia masuk ke dalam rumah aku memaut lengannya,dan seperti biasa dia akan tersentak dan muka dia dah bertukar jadi monster!
   “tak nak makan seorang diri,kita makan sekali?” ajak aku memujuk,dia buat tak endah je kat aku,tapi jari dia menunjukkan tangan aku yang sedang memautnya erat,jadi dengan cepat aku meleraikan pautan,lupa pulak yang dia anti kalau dipegang,huhuhu….
  “tunggu kat luar”
“luar?” soal aku hiba,sampai hati dia buat aku macam ni,nak balik rumah papa la macam ni,aku merenung lantai rumah.ni yang rasa nak nangis ni.
   “aku ambil pinggan jap,aku tak nak kawin free dengan kau” ujarnya sebaik sahaja melihat air muka aku dah berubah sedikit,aku memandang tepat ke mukanya,macam la aku teringin nak kawin dengan dia,tolong sikit tak kuasa aku nak kat dia.
   “kalau tak nak kawin free kau bayar la!” aku meletakkan makanan aku dan dia di meja kecil di laman rumah,macam nak dating pulak makan bawah cahaya bulan macam ni,bulan pun cantik pulak bulat besar bersinar macam tu,malangnya aku kena makan sekali mamat ni,sedih betul…
   “nah,pinggan” aku mengambilnya daripadanya dan meletakkan di atas meja,aku menghidangkan makanan dan siap tolong hidangkan dia punya lagi,dia ni tak bosan ke asyik makan nasi goreng je,bosan betul hidup dia ni.
   Kali ini mamat tu keluar dengan dua cawan air sejuk,ha,seronok jugak kalau macam ni selalu nanti takdela aku kena basuh pinggan kan?tak pernah aku buat semua tu selama ni.dia mengambil tempat duduk di hadapan aku dan terus menadah tangan untuk berdoa,aku turut sama menadah tangan dan sebaik sahaja dia selesai dia terus makan,aku kat depan ni langsung tak pandang.
   “makan la!”
“nak makan la ni” aku mengambil sudu dan garfu lalu menyuap mee rebus ni ke dalam mulut,memang sedap gila,macam tau-tau je mamat ni makanan kat sini best!
   “apa ni?” soal aku bila aku terjumpa benda pelik dalam mee aku,macam lembik-lembik je,ei,geli betul la macam ni,bukan satu tapi banyak ni,satu,dua,tiga,empat…banyak ni.
    “apa?” soal Shahin lalu melihat di dalam mangkuk aku,sesekali dia tersenyum dan menahan tawa,apa pulak gelak orang tengah serius ni.
   “ni kerang la cik adik,seafood,takkan tak pernah makan kut” aku terdian seketika,memang tak kenal dan tak pernah makan,kerang tu mesti yang macam ada pearl dalam dia tu kan?agaknya la kut….
   “tak nak,geli” aku menyuakan kerang-kerang itu ke dalam mulutnya,dengan lambat-lambat dia membuka mulutnya,tapi makan jugak.aku makan dan terus makan bila jumpa balik benda yang namanya kerang tu aku menyuakan kepada mamat di depan aku ni,dia pun bantai je makan,sedap ke?aku nak try pun geli tekak ni dibuatnya.
   “sedap ke?” aku cuba untuk bertanya,macam sedap je tengok dia makan macam tu,berselera je.
  “rasa la sendiri” ceh!menyesal pulak aku Tanya,kau makan la kerang ni sensorang aku tak nak makan,geli anak tekak.setelah selesai makan aku mengambil bungkusan makanan dan terus balik rumah!biar dia yang basuh pinggan dan yang buang sampah,perfect!bijak aku ni sebenarnya…hahaha…
  “Tunggu kejap,aku nak cakap sikit kat kau,kau tunggu kat situ aku bersihkan ni jap” ujarnya sebaik aku membuka pintu rumah,tadi-tadi tak nak cakap,masalah Negara betul la mamat ni,buat aku geram je!dah lima minit aku tunggu baru dia keluar dengan satu envelope,apa pulak tu?kontrak ke?
  “apa?” soal aku malas.
“ambil ni,baca,faham dan ikut!kalau kau degil,Ferrari kau yang cantik parking kat situ,hilang!” kerasnya amaran,dah macam komander aku dengar.
  “ingat tak lagi Abang Kamal yang kita pernah jumpa dulu?”
Hah,sudahla macam ni,siapa pulak orang bernama Abang Kamal ni?aku memang tak ingat sesiapa nama Kamal ni,aku ni kalau bab nak kenal dan ingat orang memang payah sikit,hari ni aku kenal esok memang dah tak ingat lagi dah!
  “penting ke?”
“he is the only one you know at your college” wah!bila si mamat konkrit ni speaking bererti dia tengah bengang,salah ke apa yang aku cakap tadi,emosi tak tentu pasal betul mamat ni,macam orang perempuan datang bulan je.
 
            -note 13-
 
 
 
 
  
 
 



 
 
 

27 comments:

  1. Best nye cerita akak
    baru je buka blog akak, dah muncul cerita baru..
    Sy reader dari indonesia,suka sangat cerpen yang akan buat.. rasa nak jadi penulis macam akak...
    Terus berkarya akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Inggit Handani... jangan jadi penulis macam saya tapi...jadi penulis yang jauh lebih baik dari saya key... gud lucckkkk!!!

      Delete
  2. Ada sambungan lagi ke?
    Kalau ada sy harap sambungan cerita ni secepatnya akak..
    Sy menantikan sambungan cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sambungan dan....masih lagi panjang... sorry this one mungkin slow update sikit...

      Delete
  3. Best2. Tapi tak faham lerr. Bahasa dia cem terabur sikit. Agak pening. Harap ada smbungan citer nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....dah agak,,, sorry la.. saya memang tak pandai sangat bahasa melayu dan inggeris ni... ni pun zaman budak@ lagi... tq dah baca...

      Delete
  4. Argghh,akhirnya ada cerpen baru jgak...
    Thanks 😘😘😘

    ReplyDelete
  5. Kenapa saya dapat baca sampai yang he is the only one you know at your collage????ala x best lah cam ni!!

    ReplyDelete
  6. Kenapa saya dapat baca sampai yang he is the only one you know at your collage????ala x best lah cam ni!!

    ReplyDelete
  7. Uina, mana sambungan dia? Jan buat aku marah..hehehe..hahah..feeling jap..kak, mna sambungan?????

    ReplyDelete
  8. Uina, mana sambungan dia? Jan buat aku marah..hehehe..hahah..feeling jap..kak, mna sambungan?????

    ReplyDelete
  9. Best la jgk walaupun x brape phmπŸ˜‚πŸ˜‚tpi ok je drpd x de cerita lngsung yg nk dibaca..hrap dpt update sambungannyeπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah , sya suka smua karya crpen yg alzaisanara tulis .. Moga trus brjaya dlm bdang pnulisan ... ��

    ReplyDelete
  11. Assalam sis... smua cerpen sis mmg besttttt gilaaaaa!!! Sehari ja saya abis baca smua cerpen sis.. nk stop tpi xleh sbb asyik duk teringat ja.. haha.. sis kalo bleh pas ni buat la cerpen psal kisah cinta perempuan tomboy plak... hehe

    ReplyDelete
  12. Bestttt sgt...jln cte yg mnrik....jgn lpe smbung ye alzai sanara....

    ReplyDelete
  13. Like serius. Asya nama saya and humairah my fav name. Warhhh. Excited td. Haha. Nak sambunganπŸ˜‚

    ReplyDelete
  14. akakk!! today it's your birthday kan? hehee.. happy birthday akak. Semoga murah rezeki dan sepanjang umurmu diberkati Allah. dont stress with your studies, Allah always at your side. be strong! yeahh. hehe leganya dpt wish. hehe muah muah. hug and kiss dri peminat akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.... Hugs n kissess from me tooo...

      Delete
    2. Hehe😍😍😍😍😍

      Delete
    3. Dah ada blum smbungan nie ? Bestt gilla.

      Delete
    4. Dah ada... 10 smuanyer... maaf la pnjang sgt. Tq dah baca...

      Delete
  15. Yesss......story baru lagi... Thanks cik writer

    ReplyDelete
  16. Uk malaysia 5 6 jam??? Bukan bebelas jam ka? Sorry klau tersalah info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya pun x pasti la msa sya tlis tu.. main ltak je.. tpi tdi sya check dlm 8 jam gitu.. allahuwaklam.. papepun tq share yee..

      Delete
  17. Aduh.. sorry to say,hipokrit la Asya ni....Shahin tu��... sorry,cerita ni je yg sy TOTALLY SUCK for me.. spoil la.. CERPEN lain REALLY NICE,REALLY GOOD.I do believe you're good writer..but not this story.. sorry

    ReplyDelete
  18. And I do believe u’re worst reader.

    ReplyDelete