Thursday, 3 August 2017

Cerpen :

Assalamualaikum...hi...sorry lambat sangat post citer baru. Walaupun cuti sem, sibuk jugak. Maaf kalau citer ni ntah apa2 . Sebab ni dari bulan 2 tulis, stuck teruk sampai tak tahu nak sambung macam mana. Memang lost la ni. Lagi satu, tak edit ni. Nanti ada masa saya edit dan bagi tajuk. Tq semua...

 

Terpampang nama besar Royal Men di butik mewah dan besar itu, tetapi siapa pemiliknya masih lagi menjadi rahsia kepada semua orang. Sehebat manakah orang mencipta setiap helai pakaian lelaki yang menjadi sebutan dan pilihan ramai itu. semuanya masih lagi rahsia kecuali kepada beberapa orang yang bekerja tetap di dalam butik itu sendiri.

“E-qy, bila kita nak mula sediakan rekaan musim luruh kau tu?” Soal Dynaz bila orang yang bernama E-qy itu masih seronok bermain carom.

E-qy menatap wajah Dynaz yang keletihan, maklumlah ibu mengandung. E-qy pandang pula Farish yang menjadi penyebab kepada Dynaz mengandung. Jangan risau la, mereka dah kahwin pun, hahaha.

“aku dengan Iman akan mula seminggu lagi, sebab aku tak jumpa lagi jenis kain yang aku nak. Lagipun aku dah upah budak part time untuk siapkan semua tu”

“kau sure nak upah budak part time? Kau tak takut kualiti tak bagus ke?”

“don’t judge them, aku yakin dengan dorang. No worries ok, lagipun aku akan haramkan kau dan Farish untuk kali ni” E-qy tayangkan sengih trademarknya.

“why?”

“sebab due kau dah sampai dan aku tak nak kau penat. Ambik cuti ok? Jerman tu hal aku dan Iman” E-qy pandang Iman dan mereka ber high five pula.

Dynaz dan Farish hanya terima apa yang kawan baik mereka cadangkan sebab mereka tahu yang E-qy tak akan benarkan sesiapa katakana tidak padanya, lebih-lebih lagi bila dia dah mula bertegas.

“Thanks Qie” Dynaz peluk E-qy mesra.

“takde hal bro, memang takde hal bro” E-qy menyanyi sakan dengan lagu penyanyi kegemarannya itu. Sonaone. Kalau salah lirik mohon maafkan ya.

 

 

 

E-qy sudah mula sibuk untuk siapkan dia punya design dan pekerja part time dia juga sudah mula bekerja hari ini. E-qy membetulkan cermin matanya dan sesekali membetulkan ikatan rambut dia supaya kemas. Bila E-qy mula bekerja, dia tak akan kenal dengan rehat.

“Qie, makan dulu!” laung Iman kepada E-qy yang langsung tiada tanda untuk berhenti daripada melakukan kerjanya. E-qy hanya mengangkat tangan dan meneruskan kerjanya tanpa hiraukan pekerja yang lain yang sedang makan.

“Qie, makan roti ni” Iman baling satu plastic roti berperisa jagung kepada E-qy. E-qy menyambutnya dengan senang dan mula makan. Gaya makan memang buruk gila dan langsung tak dipedulikannya keadaan sekitar. Apa nak jadi pun jadi lah, yang penting concentration dia tak lari.

 

 

 

Jam menunjukkan pukul 11 malam dan E-qy menghalau semua pekerjanya untuk balik, memang level menghalau la sebab mereka semua bertegas nak siapkan semua kerja bersama dengan E-qy.

“korang tu student lagi, balik tidur la!” E-qy berpeluk tubuh di depan butiknya.

“kami balik dulu!” mereka semua hanya menurut setelah di halau.

“ok! Jaga diri, jangan nak melencong pulak!” jerit E-qy kencang bila jarak antara mereka semakin bertambah, apa punya jadah la melolong je kerjanya.

“Qie, aku balik dulu” Iman juga mula beredar. E-qy turut sama hantarkan Iman ke luar sebelum dia kembali kepada kerjanya.

Tangan E-qy tak berhenti untuk meletakkan pin di setiap tempat yang dia bakal jahit nanti dan ada beberapa design yang dia terpaksa ubah untuk sesuaikan dengan keadaan kain. E-qy habiskan beberapa cawan kopi dan dia memang tak fikir soal tidur langsung.

 

 

Dynaz dan Farish yang tiba awal pagi terkejut sebaik sahaja mereka membuka pintu butik, memang berterabur dan macam tongkang pecah tetapi sebaik melihat pakaian-pakaian yang tersarung pada setiap patung dengan cantiknya mereka tergamam. Pada mulanya mereka kagum tetapi sebaik mereka melihat E-qy yang terbaring di lantai dengan timbunan kain perca mereka beristighfar panjang.

“sayang, tolong E-qy, hidup ke mati tu?” Farish yang berlawak tak kena tempat dipukul oleh Dynaz menyebabkan mereka berdua ketawa sejenak.

“Qie, Qie, bangun. Apa kerja kau tidur atas lantai ni?” Dynaz dengan lembut dan susah payahnya mengejutkan E-qy. E-qy bila dah tidur, boleh dikatakan sama dengan mati. Susah gila nak kejut.

“E-qy!!!” jerit Dynaz kencang bila E-qy langsung tak memberi respon. Hasil dari jeritan itulah yang menyedarkan E-qy serta merta.

“apa minah?” soal E-qy geram, satu lagi tentang E-qy, dia ni macam beruang, tidur dia jangan di kacau kalau tak nak kena tembak. Biar dia bangun dengan kerelaan diri sendiri.

“kenapa tidur sini?” soal Dynaz dan duduk di sisi E-qy yang masih lagi mengantuk. Muka dia tak payah cerita la memang menakutkan yang teramat. Macam orang tak ada rumah pun ada jugak.

“ter! Pukul berapa dah ni?” E-qy menggaru kepalanya beberapa kali sebelum memandang keadaan sekitar yang menyesakkan mata.

“lapan pagi!”

“what?! Habislah! Pukul 9 aku dah janji dengan tauke kedai kain nak ambil kain untuk design prime tu. Matilah aku!!!” E-qy dengan kalutnya berlari mencari telefonnya dan mula membuat aksi yang tidak senonoh. Tak ada apa yang pelik kepada Farish dan Dynaz bila melihat E-qy kalut macam ni.

“mandi!” jerit E-qy dan segera berlari ke bilik air, jangan Tanya kenapa E-qy boleh mandi di sini, ini dah macam rumah kedua E-qy sebenarnya.

“Dyn, kau sediakan baju aku!” jerit E-qy dari dalam bilik air dan Dynaz hanya mampu menggelengkan kepala sambil menurut apa yang E-qy nak.

 

 

E-qy bergegas ke kilang kain yang dia janjikan dan dia telah lewat dua puluh minit!!! E-qy hanya mampu pasrah dengan takdir dia sekarang ni. Dia dah tak pedulikan penampilan dia yang berantakan. Cermin mata di betulkan dan dia ikat tali kasutnya yang mula terurai.

‘relax, relax, relax’ E-qy menarik nafas dalam-dalam dan berjalan masuk ke dalam kilang yang sangat besar itu. memang besar gila!!!

“maafkan saya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal perempuan yang berada di meja dengan ramah. E-qy ukir senyuman terbaik yang dia ada dan hulurkan kad butiknya.

“Royal Men Boutique, baguslah cik dah sampai, dah lama En. Thaqiff tunggu cik”

e-qy dah mula risau balik bila dia tengok wajah cuak pekerja tersebut. Garang sangat ke orang bernama Thaqiff ni?

“sekejap ya, saya maklumkan pada boss” E-qy memberi peluang kepada pekerja itu untuk membuat panggilan.

“sila ikut saya” E-qy hanya mampu menurut arahan dan berjalan di belakang pekerja itu dengan hati yang resah dan gelisah. Dia memang perlukan kain itu untuk design terakhirnya.

“En. Thaqiff, wakil dari Royal Men dah sampai.”

“ok Nisa, terima kasih, awak dah boleh keluar” NIsa senyum kepada E-qy sebelum dia beredar. E-qy pula rasa seperti kucing yang dikepung anjing, dia sangat takut dan kalau ikutkan hati dia nak je ikut Nisa keluar dari bilik penuh dengan aura itu.

“silakan duduk, cik?”

“ah, saya E-qy wakil dari Royal Men. Cik Nurin tak dapat nak hadir hari ni” E-qy dengan sehabis baik cuba untuk bercakap dengan selamba tapi dia tak mampu, aura lelaki di hadapannya ini sangat kuat dan ada sedikit meragukan.

“it’s okay, well kita perlu segerakan urusan sebab pukul 10 nanti saya ada appointment lain. Jadi, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

‘hmm, dia tak marahkan aku pun’ E-qy serba sedikit lega bila dia tak di marahi.

“Cik Nurin cakap dia pernah pergi pameran kain encik di JB bulan lepas dan dia berkenan dengan jenis fabric X-47, jadi dia nak saya dapatkan bekalan dari En. Thaqiff” E-qy terangkan apa yang dia perlu dan insan bernama Thaqiff itu mengangguk faham.

“sebanyak mana yang cik perlukan?”

“hmm, 1 meter,  dua meter?” E-qy menyoal dirinya sendiri samba tangannya mengira sesuatu.

Thaqiff perhatikan insan di hadapannya ini dengan pandandang menarik, sehingga bibirnya merekah tersenyum melihat wajah gusar E-qy memikirkan sesuatu. Thaqiff hanya mendiamkan diri dan menunggu E-qy untuk bersuara seterusnya.

“tiga meter!” jawab E-qy yakin dan Thaqiff segera menghubungi seseorang supaya membawa fabric itu ke ruangannya.

“cik…”

“panggil E-qy je” E-qy senyum dan betulkan cap yang berada di atas kepalanya.

“sebenarnya, X-47 belum lagi dikeluarkan secara rasmi oleh syarikat kami. Semasa pameran hari tu hanyalah sebagai percubaan dan kami tidak bercadang memasarkan kain ini bila tiada sambutan..”

“what? Tak ada sambutan? Fabric tu ada six layer of thread, three types of thread, three diff colour with six type of weaving. Fabric tu sangat soft dan hard pada masa yang sama!” E-qy tiba-tiba emosi dan sekali lagi berjaya menarik perhatian Thaqiff. Bila E-qy dah sedar yang dia emo tak tentu pasal dia segera tutup mulutnya dan berdehem.

“itu la apa yang Cik Nurin cakap, tak pernah dia jumpa fabric baik macam tu” E-qy dengan lancarnya menyambung.

Thaqiff memang tergamam bila ada orang yang mengenali fabric itu dengan mendalam, kebanyakan orang tak nampak apa yang ada pada fabric itu, mereka hanya menilainya dari luar sahaja.

“boss, ni fabriknya” Nisa letakkan segulung fabric berwarna biru tua itu di atas meja. E-qy tak dapat tahan dirinya daripada menyentuh kain itu dengan rasa yang teruja.

“thank you Nisa” Nisa keluar sebaik sahaja menyerahkan kain itu. Thaqiff perhatikan tangan E-qy yang seakan sedang membelai fabric itu dengan penuh perasaan.

“hanya sebanyak ni kami ada, jadi cik masih nak beli?” soal Thaqiff sambil perhatikan jam di tangannya. Memang banyak yang dia nak bincangkan dengan E-qy dan dia memang tertarik melihat cara E-qy ‘membelai’ fabric itu tetapi masa membatas segalanya.

“yes, please” E-qy bersuara seakan merayu dan dia sudah memeluk gulungan kain itu erat. Thaqiff tak dapat sembunyikan rasa amuse nya pada E-qy.

“apa yang cik nak buat dengan fabric ni?”

“saya nak hasilkan casual jacket or coat untuk autumn. Saya akan pastikan ramai orang buka mata dan menarik untuk dapatkan fabric X-47 ni!” E-qy dengan semangatnya berkata.

“En. Thaqiff yakinlah dengan saya! Saya akan pastikan ramai orang jatuh cinta dengan X-47 ni!” yakin sekali E-qy bersuara dan Thaqiff anggukkan kepala bersetuju.

“kalau macam tu, saya bagi free kain ni untuk awak.”

“free???”

“ya, ramai orang dah tolak fabric ni” kali ini E-qy terkejut sebab ada orang tolak fabric sebagus ini.

“takkanlah…”

“nice to meet you, tapi saya ada appointment sekarang. Moga dapat bekerjasama lagi”

“ok, hmm, ni tiket peragaan di Jerman, saya tahu jauh gila  tapi mungkin encik ada masa untuk ke sana” E-qy gelak perlahan dan serahkan kad jemputan itu kepada Thaqiff, Thaqiff ucapkan terima kasih dan menghantar E-qy ke pintu.

 

 

Thaqiff terpaksa menadah telinga mendengar apa sahaja yang keluar dari mulut Tuan Direktor mengenai fabric yang di hasilkan oleh dirinya sendiri. Setiap kata-kata kesat yang keluar menyebabkan Thaqiff hanya menundukkan kepala dan pasrah apa sahaja yang dia kena.

“kenapa jualkan produk buruk pada customer? Customer yang penting! Thaqiff, saya betul-betul kecewa dengan awak!”

Setelah mesyuarat selesai Thaqiff masih lagi berada di kerusinya dan memegang kemas proposal mengenai X-47, cara penghasilan, penggunaan benang dan segalanya. Malangnya proposal dia telah di tolak malah dia juga di marahi di depan umum.

“boss, saya yakin dengan kerja boss” Nisa senyum memberi semangat kepada Thaqiff yang kelihatan lemah.

“terima kasih Nisa, awak tak perlu buat saya rasa senang hati. Saya tahu tempat saya kat mana”

“boss, saya bukan nak sedapkan hati boss. Saya yakin sangat-sangat sebab saya dengar apa yang wakil dari RM (Royal Men) cakap pasal X-47 ni”

Bila Thaqiff teringat balik apa yang terjadi minggu lepas di dalam ruangannya, dia tak sangka akan ada orang yang dapat menilai sesuatu fabric dengan sangat mendalam, malah tak menilai fabric itu dari luaran dan coraknya sahaja.

 

 

 

 

Semua orang menantikan pereka kepada koleksi Casual Autumn kali ini dan akhirnya berjalanlah Nurin NurIkhlas dengan bangganya di atas karpet merah itu bersama model-modelnya yang memperagakan pakaian yang direka butiknya. Setiap pakaian mendapat tempahan yang tinggi sehingga ada seorang ingin membida Prime Design sebagai hak pribadi. Di mana rekaan itu khas untuk dirinya sahaja.

Nurin menjawab semua soalan dan menerima semua tempahan di seluruh dunia. Nama RM sudah tidak asing lagi di dunia fesyen. Walaupun dia hanya menyediakan pakaian untuk lelaki, liputan untuknya sangat meluas. Ramai juga yang tanyakan mengenai fabric yang di gunakan dan dengan bangga Nurin memperkenalkan X-47 kepada semua orang.

Selesai semuanya, Nurin kembali ke hotel untuk berehat. Sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam bilik hotel dan pintu ditutup dia segera ke meja solek untuk tanggalkan contact lens. Betapa dia lemas dengan contact lens, make up dan pakaian formal. Walaupun dia tak menggemari semua itu dia terpaksa, dia perlu sembunyikan identity sebenarnya.

“daddy, E-qy akan bawa daddy tinggal dengan E-qy,tak lama lagi” E-qy menutup matanya rapat dan bayangkan wajah papanya yang sedang tersenyum di matanya kini.

 

 

E-qy dengan terujanya membawa donut ke kilang fabric yang dia dapatkan X-47. Dia teringin sangat ucapkan terima kasih kepada Thaqiff kerana memberi fabric itu secara percuma kepadanya. Dan dia juga tak sabar nak ceritakan betapa ramai yang berminat untuk dapatkan X-47.

“apa? En. Thaqiff dah berhenti kerja?”

“ya, seminggu yang lepas lagi”

“oh. Thanks” jujur E-qy kecewa bila dia tak dapat berjumpa dengan Thaqiff lagi. Banyak yang dia nak ceritakan kepada Thaqiff.

“awak ada nombor telefon dia? Address?”

“maaf cik, En. Thaqiff tak tinggalkan apa-apa maklumat”

“okay. Terima kasih” dengan langkah kecewa E-qy berjalan keluar dari kilang besar itu. donut yang ada di tangannya dia serahkan kepada peminta sedekah yang kebetulan berada di situ.

 

 

Sebulan berlalu dan E-qy sudah lupakan apa yang terjadi, dia juga sudah berputus asa untuk mencari Thaqiff. Dia kembali sibuk dengan kerjanya dan dia semakin aktif bekerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Butiknya menjadi lebih sibuk sejak Dynaz melahirkan anak. Kini hanya dia dan Iman yang mampu luangkan masa sepenuhnya pada butik. Menyebabkan mereka berdua mengalami keletihan yang melampau.

e-qy lebih selesa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak kerana rumahnya berdekatan dengan stesen LRT. E-qy hanya tinggal di pangsapuri yang sederhana dan dia tinggal di sana sendirian.

E-qy terlena di dalam LRT tanpa hiraukan apa-apa, yang dia tahu dia sangat penat dan apa yang dia fikir sekarang ni adalah tidur. Kalau bukan disebabkan Iman yang halau dia dari butik pasti dia akan bermalam di sana hari ini. kerana Iman, E-qy terpaksa balik ke rumahnya untuk berehat.

Kepala E-qy melurut jatuh ke atas  sebuah beg yang sangat selesa, entah apa yang berada di dalam beg itu menyebabkan E-qy begitu nyenyak. Pemilik beg itu hanya mampu tersenyum bila melihat begnya menjadi bantal untuk E-qy.

Setelah pengumuman dibuat sebaik sampai di perhentian terakhir, pemilik beg itu cuba untuk kejutkan E-qy tapi, tu E-qy, orang yang tidur mati. Kepala E-qy bergerak menyebabkan kaca mata E-qy jatuh ke lantai dan tak lama kemudian E-qy ikut sama berada di lantai.

“ow! Sakitnya…” E-qy merungut sambil menggosok rusuk kanannya yang sakit kerana terhempap tadi. 

“mana mata aku?” E-qy kalut dan mula meraba-raba lantai untuk mencari kaca matanya, rabun dia memang teruk sangat dan dia memang tak dapat cam apa-apa kalau tak memakai kaca mata.

“nah!” E-qy menerima huluran itu dan menggosok matanya sebelum memakai kaca mata itu. wajah orang yang menolongnya langsung tak dapat dilihat dengan jelas. Bila dia dah mampu melihat dengan jelas, hanya dia yang berada di atas lantai ketika itu.

“Cik! Cik ok?” laung pekerja yang memeriksa LRT tersebut.

“ok! Maafkan saya!” E-qy mengemas barangnya dan keluar dari LRT yang sudah hampir tertutup itu.

 

 

 

E-qy membuka pintu rumahnya dan mencampak semua barangnya ke atas sofa. Dia rebahkan badan di sofa dan cuba untuk ingat balik wajah blur orang yang menolongnya.

“lelaki ke perempuan?”

“rambut dia pendek!”

“tapi ada je perempuan rambut pendek sekarang”

“hmm! Suara dia maskulin kut!” E-qy teruskan membuat andaian sendiri. Bila dia dah penat sangat berfikir dia masuk ke bilik tidurnya untuk mandi dan berehat. Dalam otak dia sekarang ini hanyalah tidur.

E-qy yang sedang lena tersedar bila pintu rumahnya di ketuk hampir roboh. Untuk elakkan masalah daripada jiran tetangga E-qy tinggalkan tidur dia dan berjalan macam zombie untuk membuka pintu. E-qy membuka pintu dengan luas dan matanya mula terbuka luas bila melihat Nazim yang lebam dan luka sana sini berada di depan matanya.

“kau ni kalau datang sini tak lebam-lebam tak boleh ke?” soal E-qy lebih kurang dan bercekak pinggang.

“dah tu, kau nak aku datang sini macam mana? Mayat?” soal Nazim turut sama kurang adabnya.

“buka la cepat grille ni. Aku nak masuk.” Gesa Nazim sambil goncangkan grille itu. E-qy segera mencapai kunci dan membuka mangga itu dengan geram.

“kau nak bagi semua orang dengar ke?” marah E-qy dan memberi ruang kepada Nazim untuk masuk ke dalam rumahnya.

“rumah ke sarang tikus ni? Rumah ni lebih teruk dari rumah lelaki bujang” kutuk Nazim sakan dan rebahkan dirinya di atas sofa.

e-qy bercekak pinggang bila Nazim dengan selamba kutuknya dan duduk di atas sofa itu dengan pakaian yang kotor. E-qy nak mula berleter tapi bila melihat keadaan Nazim yang lebih teruk dari hari biasa dia hanya berlalu ke dapur untuk dapatkan air suam dan kain bersih.

E-qy duduk di atas sofa sebelah Nazim dan membalikkan wajah Nazim untuk melihat keadaan luka dan lebam yang mula membiru di wajah itu. sayang betul, wajah boleh tahan kacak tapi selalu sahaja lebam dan luka sebab bergaduh.

“kau gaduh dengan gang mana pulak ni?” soal E-qy dan mula bersihkan luka Nazim. Sesekali Nazim meringis kesakitan tetapi dia hanya biarkan E-qy membersihkan lukanya seperti biasa. Memang dah rutin dirinya, bila dia cedera dia akan cari E-qy.

“mana ada dengan gang, tapi dengan jantan baru mama” bila E-qy dengar semua tu, memang tak asing lagi di telinganya dan dia mula bersihkan luka Nazim dengan berhati-hati.

“kau lawan mama lagi ke?” soal E-qy lagi.

“sampai bila mama nak buat kerja kotor dia tu?” marah Nazim.

“Zim, kau sabar la sikit”

“macam mana nak sabar? Meluat tahu tak! Aku rasa nak je keluar dari rumah tu!”

“Nazim! Kau tahu kau tak boleh keluar. Siapa nak tengokkan daddy nanti?” E-qy pandang Nazim merayu. Nazim mendengus dan pandang ke tempat lain.

“kalau macam tu kau balik, ikut aku balik” arah Nazim pula, E-qy menekur lantai dan menggelengkan kepalanya.

“daddy yang halau aku” luah E-qy, dia sebak tetapi dia tak nak Nazim tahu yang dia lemah. Nazim diamkan diri dan menarik kepala E-qy rapat ke dadanya.

“ugh! Kau buat apa ni? Busuk tahu tak” E-qy tolak badan Nazim kuat menyebabkan Nazim ketawa.

“pergi la mandi, kau nak makan tak?” soal E-qy kepada adik lelakinya itu.

“kau nak masak ke nak delivery?” soal Nazim seakan memerli kerana dia tahu yang kakaknya itu tak pandai masak. Dapur E-qy tak pernah berasap walaupun sekali.

“magi or pizza?” soal E-qy dengan sengih menyampah bila di perli.

“pizza! Baju aku ada kat sini lagi kan?”

“ada, dalam bilik satu lagi tu. Bilik tu dah penuh dengan barang kau tahu tak”

“alah, rumah ni dah macam rumah aku jugak, tu pun nak berkira ke?”

E-qy hanya diamkan diri dan membuat panggilan telefon untuk memesan pizza kepada dia dan Nazim. Nazim pula ke bilik untuk mandi.

Nazim keluar dari bilik dengan rambut yang masih lagi basah tetapi sudah bersih sepenuhnya. E-qy dapat lihat dengan jelas wajah Nazim yang luka dan lebam. E-qy menarik tangan Nazim supaya duduk di sofa dan first aid kit di keluarkan.

“apa yang kau buat sampai kau kena pukul teruk macam ni?” soal E-qy seraya tangannya menyapukan ubat dengan perlahan-lahan.

“selama ni bila mama nak buat kerja kotor dia, kat luar tapi hari ni dia bawak jantan tak guna tu masuk rumah! Aku bengang la, aku pukul jantan tu. Tak sangka pulak jantan tu kuat gila” gumam Nazim sambil sesekali meringis bila luka dia disentuh dengan kapas.

“daddy macam mana?” soal E-qy pula.

“Daddy kan lumpuh so, mana nak boleh gerak suka hati je. Tapi daddy ada panggil nama kau. Kau memang tak nak balik sana jumpa daddy lagi ke?” soal Nazim dan kali ini matanya menatap wajah E-qy.

“aku dah cuba tapi mama kau tak bagi”

“mama ni melampau betul la, kalau ikutkan hati aku memang nak je aku…”

“ha, tak payah nak tunjuk gangster sangat. Kau tu budak lagi, tak cukup umur lagi jadi tak payah nak tunjuk hero sangat”

“eleh, kau ingat walaupun aku ni 17, aku tak dapat jaga diri aku sendiri? Aku kuat kut!”

“ha! Sebab kau kuat sangat la sampai muka buruk kau ni bertambah buruk!” E-qy ketawa senang dengan kutukan yang dia hadiahkan pada Nazim.

“tolong sikit, muka model kut. Silap hari bulan, aku jadi model untuk RM” dengan angkuh Nazim berkata menyebabkan E-qy ketawa semakin sakan.

“dalam mimpi la dik!”

“ish! Dah la, tu pergi ambil pizza tu” tolak Nazim bila bel pintu berbunyi. E-qy dengan senang hati mengambil pizza itu dan membuat bayaran yang secukupnya.

 

 

Setahun berlalu dan kini butik RM sudah berdiri dengan kukuh dan teguh, semuanya kerana hasil daripada design yang kreatif dan produk yang bermutu daripada butik itu sendiri.

E-qy masih lagi sama dengan gaya yang masih lagi kolot dan tak mencerminkan seorang yang bekerja di dalam bidang fesyen langsung, jadi dia lebih banyak terlibat di belakang tabir. Aktiviti jualan di lepaskan kepada Dynaz yang lebih pakar dan tahu apa yang perlu dilakukan.

E-qy pasti yang keputusan dia ambil untuk jagakan kedai pada waktu ini adalah salah dan dia mula menyesal sendiri. Dia, kalau bercakap memang jarang pandang mata menyebabkan dia cepat lupa orang yang dia pernah berjumpa, jadi dia tak pasti siapa customer yang biasa datang.

“habislah…Dyn cakap masa ni tak ada orang datang” gumam E-qy resah bila pintu butiknya terbuka dan ada seorang lelaki masuk ke dalam butik itu.

“selamat datang…” sambut E-qy seramah yang dia mampu, tapi bila dia memandang lelaki itu sekilas dia dapat rasakan aura yang sangat kuat.

“ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal E-qy dan membetulkan kaca matanya. Pelanggan itu senyum dengan ramah menyebabkan E-qy hampir melanggar kaki meja di belakangnya, tak pasti sebab nervous atau terpaku.

“saya perlukan suit untuk dinner” jawab lelaki itu dengan penuh karisma.

“dinner jenis apa? Tempat?” soal E-qy dan mula keluarkan katalog koleksi suit yang butik itu ada.

“business. beach” jawab pelanggan itu ringkas. E-qy berfikir sejenak, apa jenis dinner di pantai? Sesuai ke pakai suit? Tapi business means, formal.

“encik nak fully formal or half?” soal E-qy lagi.

“half”

“okay, encik boleh pilih dari katalog ni. Semua dah tercatat, jenis kain dan sebagainya” E-qy tersenyum ramah dan serahkan katalog itu kepada lelaki tersebut.

Pelanggan itu duduk dan mula memerhatikan setiap gambar dalam katalog dan ada perca kain yang di sediakan di setiap gambar. Pelanggan itu berpuas hati dengan segala yang disediakan di situ.

“tea, coffee or juice?” soal E-qy kepada pelanggan tersebut.

“no thanks. Apa jenis fabric ni?” E-qy terpaksa mendekati pelanggan tersebut. Bila dia melihat gambar pililhan pelanggan itu dia sedih sedikit.

“yang ni X-47, unik kan? Tapi fabric ni tak dapat dikeluarkan so, suit ni tak ada. Maafkan saya, sila rujuk gambar lain” E-qy gelabah tiba-tiba bila produk itu turut sama ada dalam katalog.

“this one” E-qy tersenyum dan anggukkan kepala.

“sila ikut saya, encik nak fitting yang baru atau nak cuba yang sudah ada?”

“yang dah ada, sebab saya perlukan suit itu petang esok” E-qy mengeluarkan koleksi yang menjadi pilihan pelanggan tersebut.

 

 

10 minit berlalu dan pelanggan itu tak mendapat saiz yang sesuai dengannya. E-qy memerhatikan pelanggan itu dari atas sampai bawah dan memang dia tak pernah ada model saiz atau bentuk badan macam tu. Bukannya bentuk badan pelanggan itu buruk. E-qy sendiri tak dapat nak pastikan apa jenis bentuk badan itu yang pasti sangat bagus dan menarik!

“saya rasa kena fitting yang baru”

“oh, tapi boleh saya minta tukang jahit lelaki?” soal pelanggan itu menyebabkan E-qy kelu dan berhenti daripada mengeluarkan pita.

“boleh, tapi encik kena tunggu kawan saya, dia keluar lunch” maklum E-qy.

“ok, saya akan tunggu”

“kalau macam tu, encik boleh ke ruang santai, kat sana ada snacks dan boleh minum”

“ok, sorry for the bother” pinta pelanggan itu ramah.

“customer is always right” E-qy tersengih dan berjalan bersama ke ruangan santai.

 

“Qiqieee!!!” bila ada yang menjerit macam tu tak lain tak bukan ialah Nazim. E-qy segera tinggalkan pelanggan tersebut dan mendapatkan Nazim yang tak sedar diri itu.

“kau buat apa datang sini?” soal E-qy bengang dan menarik tangan Nazim ke kawasan yang lebih kecil. 

“eh, aku bawak pizza ni. Jom kita makan!” Nazim tarik E-qy ke ruangan santai, susah payah E-qy melarikan Nazim dari sana tapi akhirnya mereka berada di sana juga.

“oh, customer. What’s up bro!” Nazim menyapa dengan senang menyebabkan E-qy menepuk dahinya sendiri, di dalam hati sudah mengutuk Nazim kerana mengacau pelanggannya. Paling hebat ialah, pelanggan itu membalas sapaan Nazim.

“Bro, pizza. Pizza and coffee is a pair made in heaven” sengih Nazim bahagia.

“kau tu semua pair made in heaven.” E-qy mencubit bahu adiknya geram.

“sakitlah weh!” bentak Nazim geram.

“maafkan saya ya encik” pinta E-qy dan menarik Nazim supaya beredar dari meja itu.

“miss, it’s okay. We can sit together”

“see, what a gentleman” Nazim ketawa bahagia melihat E-qy menahan marah.

“Qie, aku ada berita nak cakap ni. Bro pun alang-alang dah ada kat sini, tumpang bahagia eh” Nazim sengih semakin lebar.

“apa?” soal E-qy malas.

“aku dapat offer study jadi pilot!” seronok sungguh Nazim sekarang ni. E-qy dalam diam bangga dengan apa yang adik dia dapat tapi mustahil dia akan tunjukkan depan Nazim.

“habislah musnah kapal terbang nanti” gumam E-qy sambil menggelengkan kepala. Nazim geram dan menumbuk bahu E-qy perlahan. E-qy ketawa bila Nazim hangin.

“Alhamdulillah, tahniah!” pelanggan itu hulurkan tangan untuk berjabat dan Nazim dengan senang hati membalas. Jelas yang dia bangga.

“lupa pulak, bro nama apa?” soal Nazim.

“Ryan”

“saya Nazim, ni kakak saya, Qiqie” Nazim sengih lebar.

“sejak bila pulak nama aku Qiqie? Zim baik kau duk sini diam-diam, En. Ryan sila ikut saya, kawan saya dah masuk dah” E-qy menolak bahu adiknya sebelum beredar dari ruangan santai itu.

 

 

E-qy kembali semula setelah serahkan pelanggan itu kepada Iman. E-qy senyum sendiri melihat wajah Nazim yang bahagia dengan tawaran yang dia dapat. Tipulah kalau E-qy tak bangga dengan apa yang adik dia dapat.

“Qie, nanti aku dah kerja, aku tak dapat nak tengok daddy selalu. Macam mana?” E-qy mula risau bila dia terfikir akan hal itu tapi dia tak nak Nazim berkorban lagi dah. Dah banyak Nazim hadap selama ini.

“kau belajar kat mana?”

“sini je, tapi kadang-kadang kena pergi airport la”

“kau belajar lama ke?”

“dua tahun setengah”

“alah, lambat lagi. Lagipun aku memang dah sedia untuk bawak daddy tinggal dengan aku. Aku dah decide, kalau mama kau nak semua harta tu ambik la, aku just nak daddy je”

“Qie, bila daddy dah tinggal dengan kau nanti, aku nak tinggal dengan kau boleh?” soal Nazim dengan nada perlahan. E-qy tak pernah tengok wajah redup Nazim yang sebegini.

“mestilah boleh! Kau ni apesal?”E-qy ketawa sikit dan mengusap kepala Nazim.

“mama aku, bukan mama kau”

“Zim, daddy aku tu pun daddy kau jugak kan? Kau dan aku sama-sama anak Nazri. Aku tak peduli la kau ada dalam perut siapa dulu” E-qy cuba berlawak dan Nazim segera ketawa sambil mengangguk setuju.

“well, at least kita berdua dari sperm donor yang sama” Nazim sengih tayang gigi.

“ugh! Hate biology!” E-qy dan Nazim gelak sakan dengan lawak tak sekolah mereka berdua, sakan sangat sampai tak sedar yang jumlah orang dalam butik itu semakin bertambah.

 

 

Nazim mengemas beberapa helai pakaian yang dia perlu bawa untuk tinggal di asrama, walaupun selalunya dia tinggal di rumah kali ini dia terpaksa kerana ada tugasan yang tak dapat di elakkan. Selesai mengemas semua barangnya dia menghubungi kakaknya untuk memaklumkan hal ini.

“Qie, siapa nak tengokkan daddy nanti?” soal Nazim setelah menceritakan semuanya kepada E-qy.

“tak apa, kau pergi je. Jangan lupa minta tolong Mak Nom tengokkan daddy, bagi no aku pada Mak Nom”

“ok”

Panggilan putus dan Nazim meletakkan telefonnya di atas meja. Nazim perhatikan gambar dia dan E-qy semasa mereka berdua masih lagi bersekolah rendah dan kenangan dia dan E-qy mula bermain di benak. Semuanya bahagia kecuali bila kejadian yang menyebabkan E-qy di halau mula terbayang.

 

****************

“Nurin! Apa yang kamu buat ni?” suara Dato Nazri memetir apabila melihat keadaan anak perempuannya yang sangat tidak senonoh berada di atas katil bersama seorang lelaki.

“kau keluar dari rumah aku sekarang!” Dato Nazri mengamuk dan mula memukul lelaki yang bersama dengan Nurin, Nurin yang masih lagi dalam ketakutan hanya mampu menangis dan melihat daddnya mengamuk tanpa hiraukan orang lain.

Kemudian Nurin ditarik turun dari katil dan pipinya ditampar beberapa kali sehingga hujung bibir Nurin luka dan berdarah sedikit. Segala kata-kata kesat dan nista yang keluar dari mulut orang tua itu menyebabkan hati Nurin perih dan air matanya terus mengalir.

“daddy, Nurin tak buat semua ni” rayu Nurin dan cuba untuk memeluk kaki lelaki tua itu tetapi semuanya sia-sia malah Nurin di sepak sehingga dia tertiarap di lantai.

“Daddy!” Nazim menjerit bila melihat keadaan kakaknya yang sudah luka dan tertiarap di lantai.

“tepi Nazim, aku nak ajar anak tak kenang budi ni!” Nazim ditolak ke tepi dan Nurin terus terusan ditampar oleh bapanya sendiri. Rayuan serta air mata sudah tidak bernilai lagi ketika itu.

“daddy! Hentikan! Daddy gila ke?! Nak bunuh anak sendiri?” rayu Nazim dan menjerit kuat menyebabkan Dato Nazri berpaling kepadanya. Dato Nazri sudah hilang arah dan kini dia mendekati Nazim pula, Nurin sudah tidak larat untuk bangun dan selamatkan adiknya.

“Nazim, pergi dari sini cepat!” Nazim ditolak mamanya keluar dari bilik itu.

“mana budak kurang ajar tu? Aku nak ajar sikit!” jerit dato kuat.

“Nazim anak I, kalau you marahkan anak you, halau dia dari rumah ni. Jangan libatkan kami anak beranak. Lagipun buat apa nak simpan aib dalam rumah ni”

Dato Nazri kembali kepada Nurin dan memandang anaknya itu dengan jijik dan hina. Nurin ditarik dengan kasar dan dibawa ke depan pintu besar bangle itu.

“mulai hari ni, kau bukan lagi anak aku dan aku tak nak tengok muka kau lagi!”

‘bang!!!’ bunyi pintu dihempas kuat kedengaran menghiasi malam itu.

****************

 

“kenapa Nazim contact lagi perempuan tak guna tu?” Datin Rohana bengan dengan anaknya yang masih lagi berhubung dengan orang yang paling dia benci.

“mama melalut apa ni?” soal Nazim berpura tidak tahu dan langsung tak menunjukkan minta untuk bercakap.

“jangan tipu mama, kenapa contact Nurin lagi? Dia nak apa dari Nazim? Dia mintak duit ke?” soalan itu menyebabkan Nazim rasa ingin ketawa dengan sinisnya.

“kak Nurin tu maruah diri dia tinggi gila tau! Tak pernah rasa nak hidup dengan duit orang” sinis sekali nada Nazim.

“kurang ajar kau kan? Aku yang bagi kau duit selama ni, sedar diri sikit”

“ouch! Mama, terluka hati  Nazim ni, Nazim ingatkan kita sama-sama makan duit daddy” Nazim dengan muka menyampah merebut semula telefonnya yang berada di tangan Datin Rohana.

“kurang ajar betul! Meh sini!” kolar baju Nazim di capai dengan kemas.

“Rohana!” suara Dato Nazri kedengaran dari tingkat atas.

“daddy, jauhkan sikit kerusi roda tu dari tangga, bahaya” Nazim lepaskan cengkaman kolarnya dan berlari menaiki tangga untuk menjauhkan daddynya dari situ tetapi semuanya tergendala bila Nazim direntap kuat oleh seorang lelaki yang entah muncul dari mana dan kini dia sudah terbaring di lantai dengan rasa sakit yang teramat.

“lepaskan anak aku! Jangan sentuh anak aku!” jerit Dato Nazri dari puncak tangga dengan nada yang penuh kerisauan.

“Nazim ni biadap, jadi kena ajar sikit. Dulu pun you ajar anak you macam ni jugak” Datin Rohana ketawa mewah dan melihat anak lelakinya sendiri ditumbuk oleh kekasih barunya.

“lepaskan dia! Jangan sentuh anak aku!” Dato Nazri cuba untuk bangun dan menolong anaknya tetapi gagal dan akhirnya kakinya tersadung tayar kerusi roda dan dia tergolek jatuh dari tangga.

“Daddy!!!” bergema suara Nazim apabila melihat daddynya yang sedang terjatuh dari tangga. Sebaik dia sampai di kaki tangga, keadaan Dato Nazri sudah tidak sedarkan diri dan darah dari kepala yang begitu banyak membasahkan baju Nazim dengan warna merah.

“Daddy! Bangun Daddy!” Nazim memangku kepala itu dan merayu dalam tangisan kepada orang tua itu supaya terus bertahan.

“call ambulance! Mak Nom! Mak Nom!” jerit Nazim dengan air mata yang bercucuran.

“astaghfirullah”

“Mak Nom, telefon ambulans sekarang” rayu Nazim lagi dan Mak Nom segera membuat panggilan kecemasan.

 

 

“Daddy!!!” E-qy terjerit tiba-tiba di dalam bilik mesyuarat dan dia kemudiannya jatuh dari kerusi dan terbaring di lantai. Kedua tangannya memegang dadanya yang berdetak dengan sangat laju.

“Qie! Qie!” Dynaz segera berada di sisi E-qy dan resah melihat keadaan E-qy.

“Daddy…daddy…daddy…” panggil E-qy dengan linangan air mata serta rasa sakit di dada yang teramat. Nafas E-qy mulai perlahan dan akhirnya pandangan E-qy menjadi gelap gelita.

 

 

E-qy yang baru sahaja tersedar dari pengsan segera berkejar ke hospital apabila mendengar berita mengenai keadaan daddnya yang sangat kritikal sekarang ini. dia sudah tidak pedulikan keadaan dirinya yang sangat teruk dan tidak terurus.

“Nazim!”

Nazim yang sedang menunggu dengan resah segera bangun dari kerusi dan berlari mendapatkan E-qy yang sedang menangis dan berjalan ke arahnya. Nazim memeluk erat E-qy dan air matanya kembali mengalir. Dia tahu yang E-qy sangat tidak kuat sekarang ni.

“daddy?”

“aku mintak maaf Qie, aku tak mampu jaga daddy…” tangis Nazim kesal kerana dia tak dapat elakkan kemalangan yang terjadi.

“daddy macam mana?” E-qy memegang kedua pipi Nazim dan mengesat air mata yang mengalir pada pipi lelaki itu. dah lama dia tak melihat Nazim menangis dan dia tak nak tengok Nazim menangis.

“kritikal, doc cakap jangan terlalu berharap” air mata Nazim kembali mengalir.

“sorry Qie…sorry…”

“Nazim, aku sayang kau okay. Walau apa sekalipun yang jadi hari ni, kau tak salah.”

“keluarga pesakit?” seorang doctor keluar dari bilik rawatan dan memanggil keluarga E-qy.

“kami anak dia” Nazim bersuara dan menarik tangan E-qy mendekati doctor itu. air mata segera dilap dengan tapak tangan.

“pesakit sangat kritikal dan pesakit minta untuk jumpa dengan anak-anak dia sebelum dibedah, jadi, kamu berdua boleh masuk”

“no! doc, ni bukan anak dia. Kau lupa ke yang daddy cakap kau bukan lagi anak dia” bahu E-qy ditunjal kuat. Nazim cuba untuk melawan mamanya tetapi di halang E-qy.

“maafkan saya sebab kurang ajar”

‘pang!!!’ satu tamparan kuat hinggap di pipi Datin Rohana menyebabkan semua orang kelu di situ. Tambah-tambah lagi Datin Rohana. Terasa seperti harga dirinya diinjak begitu sahaja.

E-qy menarik tangan Nazim dan berjalan masuk ke dalam bilik rawatan rapi. Air mata E-qy kembali tumpah apabila melihat keadaan daddnya yang terbaring tidak berdaya di katil.

“…rin..” E-qy mendekati katil dengan segera dan memegang tangan tua yang sangat dia rindui itu.

“maafkan…daddy…” pinta Dato Nazri dengan mata yang basah, menangis kerana terlalu kesal atas sikapnya yang dulu. Kerana terlalu rindukan raut wajah itu.

“dah lama Nurin maafkan, semuanya dah berlalu daddy. Maafkan Nurin dah kecewakan daddy dan lambat sangat datang jumpa daddy” rayu Nurin dan mencium tangan tua itu beberapa kali. Nazim memeluk E-qy dari belakang dan memegang dua tangan yang sedang bertaut erat itu.

“daddy, Nurin tak buat semua tu…” E-qy masih lagi mencuba untuk menjelaskan perkara tersebut, dia tak nak dibenci oleh orang yang paling dia sayang.

“Nurin…daddy tahu…maaf…”

“baguslah daddy dah tahu, terima kasih sudi terima Nurin lagi”

“anak…daddy…” Dato Nazri senyum dan cuba untuk menyentuh pipi anaknya. E-qy mendekatkan wajahnya supaya dia mendapat belaian yang dia rindukan itu.

“anak daddy…” sebelah tangan lagi cuba untuk mencapai pipi Nazim. Nazim turut sama mendekatkan dirinya.

“maafkan daddy…terima kasih…”ucap Dato Nazri.

“ya daddy…kuat tau, sebab Nazim tak nak jadi wali Nurin kahwin nanti, daddy mesti jadi wali dia” gurau Nazim dengan sisa air mata dan mereka bertiga sempat ketawa ringkas.

“jaga kakak” pinta mata tua itu dan Nazim anggukkan kepalanya.

“maafkan saya, masa dah tamat. Pesakit perlu ke dewan bedah sekarang” kata-kata doctor itu memutuskan perbualan mereka bertiga.

E-qy berjalan keluar dari bilik itu bersama Nazim setelah ucap sayang dan peluk cium diberikan kepada daddnya. Nazim memeluk erat bahu E-qy dengan harapan dapat berkongsi kekuatan mereka yang sedikit untuk dikongsi bersama.

 

 

“Qie, doctor dah keluar” Nazim menarik E-qy bangun dari kerusi dan mendekati doctor yang masih lagi memakai pakaian bedah. Mata doctor itu menyimpan satu rahsia yang berat dan E-qy faham dengan pandangan itu.

“daddy dah tak ada kan doc?” soal E-qy dan mula menangis lagi.

“maafkan saya, Allah lebih sayangkan pesakit”

Doc itu sempat mengusap bahu Nazim sebelum beredar dari situ. E-qy memeluk Nazim dengan erat dan berterusan menangis tanpa hiraukan pandangan orang lain. Nazim juga tidak mencuba untuk memujuk E-qy kerana dia tahu E-qy perlukan tangisan ini. E-qy sudah bertahan untuk menjadi seorang yang kuat untuk tempoh yang lama.

Dua jam menangis akhirnya E-qy lena begitu sahaja dalam pelukan Nazim. Kehadiran kawan-kawan E-qy juga langsung tak menyedarkan E-qy yang lena dalam kesedihan dan kepenatan itu. wajah Dynaz, Farish dan Iman juga sedih melihat keadaan E-qy yang sangat lemah.

“Nazim, bawa E-qy balik” Dynaz bersuara dan duduk di sisi E-qy.

“Nazim tak ada kereta, tadi datang dengan ambulan”

“oh ya ke? Kalau macam tu akak bawa balik E-qy rumah akak la ya?”

“ok. Boleh akak tengokkan Qiqie dua hari? Nazim ada kerja yang tak dapat dielakkan. Tak tergamak nak tinggalkan dia seorang diri”

“boleh, arwah macam mana?”

“Nazim uruskan, nanti Nazim tanya Pak Meon macam mana. Akak tolong tengokkan dia” Nazim pandang E-qy yang masih lagi tersedu dalam lenanya.

“boleh. Tolong bawa E-qy ke kereta” pinta Dynaz dan tanpa bantahan Nazim segera mengangkat tubuh E-qy untuk ke kereta.

 

 

Hari pengebumian arwah dato Nazri memang meninggalkan kesan yang agak mendalam kepada E-qy tetapi dia cuba untuk menjadi seorang yang kuat. Dia kesal kerana terlalu lama mengambil masa untuk beranikan diri dan berjumpa dengan daddnya. Kini, daddynya telah pergi buat selamanya. Air mata yang mengalir diseka dengan cepat tetapi semakin galak pula air mata turun untuk kesekian kalinya hari ini.

“assalamualaikum” satu sapaan menyedarkan E-qy dari terus menangis dan dia segera menyapu air mata itu.

“waalaikumussalam” jawab E-qy perlahan dan dia cuba untuk ukirkan senyuman sebelum memandang empunya badan yang menegurnya.

“terima kasih” ucapan itu berjaya buatkan benak E-qy hentikan fikiran sedihnya buat seketika, kerana dia pelik tiba-tiba sahaja dia diucapkan terima kasih.

“terima kasih sebab sedekahkan saya senyuman awak tu” lelaki itu tersenyum dengan ramahnya menyebabkan E-qy turut sama tersenyum ikhlas.

“terima kasih” ucap E-qy kembali.

“kenapa?”

“sebab dah buat saya tersenyum” jawapan E-qy mengundang tawa kecil lelaki itu. E-qy menarik nafas dalam-dalam dan dia menghapus semua sisa air matanya.

“saya pernah kehilangan kedua ibubapa saya dan saya tahu rasa sedih dan rindu itu, saya tak minta awak berhenti bersedih dan saya tak cakap saya faham keadaan awak. Saya Cuma nak berkongsi apa yang saya rasa masa tu, awak sudi dengar?” soal lelaki itu dengan ramahnya.

“ya” jawab E-qy dan betulkan selendang di kepalanya.

“saya sedih sangat sebab dah tak dapat nak berbakti pada abah dan ibu saya, tapi saya silap, berbakti tak bererti selama mereka hidup sahaja. Allah dah kata, setiap yang meninggal akan membawa tiga perkara sahaja, amalnya, sedekahnya serta doa anak yang soleh. Jadi, saya masih lagi mampu berbakti kepada mereka dengan berdoa dan berusaha menjadi anak yang soleh”

“Allah sangat adil kan? Walaupun kita dah meninggal dan tak dapat lagi nak laksanakan amalan tapi, ada yang sudah tersedia untuk kita bawa” soal lelaki itu dan memandang E-qy. E-qy senyum dan anggukkan kepalanya.

“terima kasih” ucap E-qy dan kali ini wajahnya kembali ceria.

“sama-sama, by the way, cantik awak bertudung” lelaki itu mengenyitkan matanya sebelum beredar dan saat itu hati E-qy berdegup kencang.

 

 

Dua bulan berlalu dan semuanya sudah kembali ke sedia kala. E-qy sudah mampu tersenyum dan ketawa dengan gembira pada masa yang sama, lelaki yang berjaya buatkan hatinya berdegup kencang itu kini menjadi rahsia dan misteri. Kalau boleh dia nak jumpa dengan lelaki itu lagi dan ucapkan ribuan terima kasih dengan sewajarnya.

“Qiqie!!!” tak lain tak bukan la, Nazim la tu yang datang butik bila dah menjerit dan melolong memanggil E-qy.

“pedia?” soal E-qy malas, padahal mereka berdua dah dua minggu tak bersua muka.

“Qie! Aku dah bawak real plane!” Nazim segera memeluk E-qy dan memusingkan E-qy seperti helicopter. Terjerit E-qy bila dia dah melayang di udara.

“pening la Zim!” marah E-qy dan akhirnya dia kembali ke lantai dengan selamat. E-qy tertawa dan mengusap kasar rambut adiknya itu.

“Qie, adoi, punyalah susah nak set rambut ni” Nazim menolak sedikit badan E-qy dan berpeluk tubuh, merajuk la kononnya.

“eleh, tahniah bro. jangan jahanamkan plane orang sudah”

“hehe, trimas. Kau sihat?” soal Nazim mengubah topic dan duduk dengan sesuka hatinya di atas sofa.

“kaki tu!” jerit Dynaz dari ruangan lain bila melihat kaki Nazim di meja. E-qy menepis kaki Nazim sehingga jatuh ke lantai.

Bunyi loceng menandakan ada orang yang datang dan E-qy segera membetulkan dirinya dan menyambut kedatangan pelanggan yang datang. Matanya tertacap pada susuk tubuh yang dia cari selama ini dan bibirnya merekahkan senyuman yang terlebih gula. Nazim pelik bila kakaknya begitu terpaku dengan sekujur tubuh itu.

“Qie, pandang orang pun ada limit dia” Nazim menyiku E-qy yang masih lagi berkhayal.

“ah! Selamat datang!” E-qy kembali ke mode kerjanya dan dia segera meninggalkan ruangan itu dan memanggil Dynaz untuk uruskan pelanggan tersebut.

 

 

 

E-qy membeli tiket untuk ke pameran lukisan daripada online. Dia asalnya tidak berapa menggemari art tetapi dia cuba untuk meminati semua itu kerana arwah daddynya. Dia nak faham apa yang daddy dia rasa setiap kali menemui lukisan yang begitu berkenan di hati daddynya. Dato Nazri pernah berkata padanya bahawa art adalah sejenis cinta yang tak dinilai dari rupa dan mata kasar tetapi dari detik dan detak hati. Bunyi pun memang dah berseni gila sampai E-qy sendiri bingung. Tapi dia nak cari detik dan detak hati itu.

Tiket dibeli dan dia segera menutup laptop. Dia kembali kepada tugasan asalnya iaitu mereka beberapa buah rekaan baru untuk smart casual kerana banyak event dan parti yang akan diadakan dalam sebulan dua lagi. Setelah bermain dengan beberapa jenis warna ke atas beberapa lukisan yang telah selesai dia terbayangkan seseorang memakai pakaian tersebut.

“ish! Kenapa pulak aku terbayang dia tu!” marah E-qy pada dirinya sendiri tetapi senyuman tetap menghiasi bibirnya.

“woi! Woi! Dah la angau” Nazim memang selalu berjaya buatkan mood E-qy jadi murung dalam sekelip mata sahaja.

“kau ni menyemak la, pergi jauh-jauh la” E-qy tolak badan Nazim dan teruskan kerjanya yang sudah lama tergendala.

“Qie, kenapa kau tak minat art lain tapi kau boleh pulak lukis baju kartun-kartun ni?” soal Nazim selamba. Sesedap rasa dia je panggil lukisan E-qy baju kartun.

“suka hati kau je! Tak sure la Zim. Mungkin art lain guna hati tapi aku banyak guna ilham je”

“whatever la, aku tak faham jugak”

“slow!” kutuk E-qy laju.

“jahat! Qie, malam ni kita solat hajat dan bacakan yaasin untuk daddy sama-sama ya” ajak Nazim sambil melihat telefonnya.

E-qy senyum dan gembira pada masa yang sama, Nazim memang dah sangat matang sekarang ni. Walaupun Nazim baru sahaja berumur 18 tahun, Nazim sudah banyak berubah dan berfikiran lebih dewasa. Jauh berbeza dari dulu. Sejak Dato Nazri meninggal Nazim dah berubah menjadi seorang yang sangat bertanggungjawab dan dia memang menjaga E-qy sebaik mungkin.

 

 

 

Selesai doa yaasin dibacakan E-qy mendekati Nazim dan memeluk adik lelakinya itu erat. Walaupun tak berada di dalam Rahim yang sama, rasa sayangnya begitu besar kepada lelaki ini. erat sekali pelukan E-qy dan Nazim tahu E-qy rindukan kedua ibubapanya. Nazim harap sangat yang mamanya akan berubah dan mampu sayang E-qy macam anak sendiri.

“terima kasih Zim sebab ada kat sisi aku” ucap E-qy ikhlas.

“no hal la Qie, lagipun aku perlukan kau untuk bayar yuran belajar aku” Nazim jawab selamba dan hasilnya dia dipukul oleh E-qy sebab geram.

“marah ke?” usik Nazim dan E-qy buat muka malah segera melipat telekung solatnya. Malas dia nak melayan usikan adiknya yang bertuah teramat tu.

“merajuk pulak…” Nazim segera bangun dan mencium dahi E-qy sekilas.

“aku sayang kau ketat-ketat” Nazim buat bentuk love dan segera berlari ke biliknya. E-qy ketawa ringan dan melipat sejadah miliknya dan Nazim. Pemalas sungguh si Nazim seorang ni.

“Zim! Mama kau apa khabar?” soal E-qy sambil sediakan makan malam mereka, bukan yang dimasak tetapi yang dibeli petang tadi. Lambat lagi dua beradik ni nak memasak, alamatnya meletup rumah nanti.

“sihat! Minggu lepas aku pergi, rasanya dia dah ada anak ikan untuk dibuat suami” selamba je Nazim ni bercakap seperti tidak ada masalah langsung yang mamanya akan berkahwin lagi.

“harapnya baik la sikit anak ikan kali ni” E-qy turut sama memberi komen selamba menyebabkan Nazim ketawa perlahan.

“Qie, 50% harta papa atas nama aku dan 20% nama kau, 30% lagi nama mama”

“so?” soal E-qy malas.

“aku nak bagi semua tu kat kau, aku tak nak la harta tu semua” senang sungguh si Nazim ni bercakap kan? Macam tak berfikir jauh langsung.

“tak nak la aku, nak buat apa? Kau simpan la buat kahwin. Lagipun harta tu tak sah jadi milik kau selagi kau tak berumur 20 tahun”

“tahu, tapi aku tak perlu kut…”

“Nazim, aku lagi tak perlu duit tu semua. Simpan ok? One day, aku dan mama akan jadi tanggungan kau, sebab tu daddy bagi kau banyak macam tu”

“ya la, tiba-tiba je rasa jadi jutawan muda” kemudian Nazim ketawa mewah dengan lawaknya sendiri. E-qy hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai Nazim yang satu ini. selamba habis!

 

 

 

 

 

E-qy memerhatikan setiap lukisan yang ada, bukannya dia tertarik dengan lukisan tetapi dengan kanvas yang digunakan untuk setiap lukisan tersebut. Ingin sahaja dia menyentuh kanvas itu tetapi tak mampu kerana semua itu adalah larangan.

“ish, aku dah gatal tangan nak sentuh ni” gumam E-qy dan mengutuk tangannya sendiri.

“hai” sapaan yang mesra itu menyedarkan E-qy daripada bergaduh dengan tangannya sendiri.

“hai” sapa E-qy ringkas.

“sorry ganggu, I rasa terpanggil untuk tegur you bila you tekun sangat pandang lukisan ni”

“oh, Syamsul K?” soal E-qy pula.

“yep!”

“congrats, your drawing are lovely” puji E-qy dengan senyuman yang sehabis baik.

“thank you, but, I think you lebih berminat dengan benda lain, mind to share?” ugh! E-qy bengang bila dia tak Berjaya nak sorokkan minat dia.

“actually, saya tertarik sangat nak sentuh kanvas-kanvas ni semua” E-qy memilih untuk jujur dan hasilnya pemuda itu ketawa senang.

“ikut saya, saya boleh tunjukkan kanvas kosong” Syamsul K itu membawa E-qy ke satu studio yang dipenuhi lukisan yang belum siap serta kanvas-kanvas yang kosong.

“touch whatever you want”

“really?” soal E-qy ceria. Dengan sekali anggukkan sahaja E-qy segera menyentuh kanvas-kanvas yang ada dan ternyata dia sangat gembira. Niat asal untuk mencari detik dan detak hati lukisan sudah dilupakan. Dia memang cintakan fabric lebih dari art.

“semua kanvas ni saya dapat dari sepupu saya. Dia ada kilang fabric sendiri”

“betul ke?! Boleh saya kenal dia?” pinta E-qy seakan merayu dan Syamsul tergelak melihat wajah E-qy yang begitu mengharap.

“jom!” ajak Syamsul K dan E-qy menurut dengan gembira.

 

“abang!”

“apa Syam?”

“this lady datang sini bukan nak tengok drawing Syam tapi sebenarnya nak tengok kanvas lukisan Syam” Syamsul memperkenalkan E-qy, hakikatnya dia sendiri tidak mengetahui nama E-qy.

“niat asal saya nak tengok lukisan tapi…”

“its okay la…cik…”

“E-qy, panggil E-qy je” E-qy tampil perkenalkan diri dan bila dia melihat sepupu Syamsul dia tergamam.

‘really????’ E-qy rasa nak je dia jerit sekarang ni!

“ada customer, borak kay” Syamsul tinggalkan mereka berdua yang hanya berbalas pandang.

“tak sangka jumpa kat sini, Cik E-qy” sapa lelaki di depannya ramah dan mesra sekali.

“ya…saya lupa dah nama encik” E-qy merapu seketika menyebabkan dirinya diketawakan.

“saya Ryan” Ryan perkenalkan diri. E-qy cuba sembunyi malunya sebab terlupa nama itu, padahal Ryan adalah pelanggan tetap butiknya.

“sorry…”

“sokay, ni kad saya” Ryan keluarkan kad bisnesnya begitu juga E-qy.

“saya dah ada kad awak” tolak Ryan sambil menayangkan kad E-qy.

“eh, ni kad lama saya ni. Kita pernah jumpa ke?” soal E-qy pelik.

“saya Thaqiff, Ryan Thaqiff” E-qy masih lagi tak dapat meneka jawapan sebenar.

“fabric X-47” cuba Thaqiff lagi dan kali ini E-qy teringat semuanya balik.

“no way!!! Really?” suara E-qy yang begitu teruja menarik minat beberapa orang yang berada di situ. Ryan ketawa perlahan dan mempelawa E-qy untuk keluar dari pameran itu.

 

 

 

Mereka berdua minum di sebuah café yang berdekatan dan perbualan mereka masih lagi di topic yang sama iaitu tak sangka Ryan dan Thaqiff adalah orang yang sama. E-qy ni memang jenis susah nak move dari satu topic agaknya.

“kenapa tak pernah cakap pun?” soal E-qy lagi.

“entah, sebab awak dah tak cam saya, takkan saya yang kena beria pulak”

“betul jugak, tapi saya cari awak masa tu”

“ya ke?”

“mana awak pergi? Hilang macam tu je”

“hurm, because X-47 was a failure, saya kena pecat” Ryan tersenyum seperti dipecat bukanlah satu perkara yang menyedihkan. Memang hampir sama perangai dengan Nazim.

“tapi, demand untuk X-47 tinggi lepas tu kan?”

“yup, thanks to Cik Nurin”

E-qy hanya anggukkan kepala tanda bersetuju, betul jugak, bukan kerana E-qy tetapi kerana Nurin yang buat semuanya.

“apa jadi lepas tu?”

“saya tolak untuk terima kerja tu balik dan X-47 tersadai macam tu je”

“tu la, ruginya”

“tak, saya tak rasa rugi sebaliknya saya rasa beruntung sangat. Beruntung sebab ada orang yang menilai fabric tu dengan tulus”

E-qy tersenyum dan hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.

“saya teringin sangat nak jumpa Cik Nurin” kali ini E-qy tersentak dan dia cuba untuk sembunyikan wajah terkejutnya.

“tapi dia sibuk sangat” jawab E-qy sambil ketawa ringkas untuk menghilangkan rasa gugup yang melanda.

“saya tahu, tak sangka yang awak pun suka fabric sama dengan Cik Nurin”

“haha, saya Cuma appreciate apa yang bagus je”

Suasana senyap seketika dan mereka berdua hanya focus kepada kopi yang berada di hadapan mereka. Sesekali E-qy membetulkan selendang di lehernya, kemudian kaca matanya. Tabiat dirinya bila dia tak tahu nak buat apa dan gugup.

“saya rasa dah sampai masanya saya pergi. Semoga kita dapat bekerjasama lagi”

“in sha Allah, terima kasih sudi minum dengan saya”

“no hal, saya pergi dulu” E-qy segera angkat punggung dan beredar dari café itu. dia pasti yang Ryan seakan tahu sesuatu kerana setiap nada dan pandangan dari Ryan jelas menunjukkan yang ada sesuatu yang Ryan tahu.

 

 

Nazim mendiamkan dirinya dan jarinya bermain dengan kotak cincin yang berada di atas meja. Dia memandang orang di hadapannya dan kotak cincin itu beberapa kali. Kini dia membuka dan menutup kotak itu pula.

“bang, are you sure about this?” soal Nazim dengan kerutan yang berbaris di dahinya, pelik dan tak sangka dengan berita yang baru sahaja didengarinya oleh orang yang dipanggil abang itu.

“ya la Zim, hari tu Zim tanya abang pasal perempuan tu. Sekarang abang dah decide untuk jadikan dia isteri abang. Dah istikharah ke tiga Nazim”

“Zim happy kalau abang jadi ipar Zim tapi Qie macam mana?”

“sebab tu la abang nak Zim tanya pendapat kakak Zim.

“kalau abang date dan kenal dia dulu macam mana?”

“kami dah lepas phase tu”

“really? Zim try dulu, kalau dia tolak abang jangan menangis pulak” Nazim memberi ugutan yang tak berasas dan Ryan ketawa perlahan.

“ya, abang nangis sorang diri je nanti”

Nazim ikut sama ketawa dan menyimpan kotak cincin itu di dalam beg sandangnya. Nazim dan Ryan terus berbual mengenai beberapa perkara sehingga masa berlalu dengan begitu sahaja.

 

 

 

“Nazim!!! Ada orang lamar kau ke?” jerit E-qy dari ruang tamu bila terjumpa kotak cincin di atas meja. Teruja betul E-qy sampai terjerit macam tu sekali. Selalunya part menjadi tarzan ni adalah Nazim.

“woi! Geledah barang orang!” marah Nazim dan rampas kotak cincin itu.

“eleh, puteri gurun mana lamar kau ni, ke kau dah nak kahwin?” E-qy dengan sengihan lebar memandang Nazim.

“tak ada puteri gurun pun. Qie, cincin ni untuk kau” nada Nazim bertukar sedikit serius dan kotak cincin itu dihulurkan kepada E-qy. E-qy yang jelas keliru mencapai kotak cincin itu dan membuka kotak itu perlahan-lahan.

“cantiknya. Kau beli untuk aku ke?” soal E-qy kembali teruja dan segera mencuba cincin itu di jari manisnya. Muat! Perfect!

“aku tak kaya dan baik hati sangat nak bagi kau cincin mahal gila tu”

“dah tu? Kau rompak mama kau punya ke?” soal E-qy masih lagi cuba untuk meneka mana datangnya cincin itu.

“Qie, ada orang lamar kau”

Kotak cincin di tangan E-qy jatuh ke lantai dan mata E-qy membesar memandang Nazim. Tak sangka yang jawapan itu akan keluar dari mulut Nazim.

“kau buat lawak ke?” soal E-qy dan cuba untuk ketawa bagi hilangkan cuak.

“serius Qie”

“tapi…siapa?”

“kawan aku”

“kawan kau? Tak nak la aku! Dah la baru je 18!” tolak E-qy dan sekaligus menolak badan Nazim ke hujung sofa.

“ish! Kawan aku dah 30. Kau 26, elok la kan?”

“sejak bila kau berkawan dengan orang tua ni?”

“Qie! Tu bukan masalahnya, sekarang ni kau nak ke tak?”

“Nazim, kau ni nak kata slow takut masin mulut tapi slow tu ada la jugak. Zim, kau ingat kahwin ni benda senang ke?”

“aku tahu tak senang dan bukan benda main-main. Tapi this bro nak sangat kau jadi yang halal untuk dia”

“siapa dia? Aku kenal ke?”

“esok kita jumpa dia”

 

 

 

E-qy mengutuk dirinya sendiri kerana mengikut kehendak Nazim untuk berjumpa dengan orang yang memberinya cincin ini. E-qy sekaligus mengutuk Nazim kerana beria mencari jodoh untuknya.

“dia dah sampai” Nazim menyiku E-qy dan tersenyum bahagia sampai ke telinga. E-qy memandang lelaki yang berani melamarnya itu dan dia terbediri dengan sendiri.

“Ryan?!”

“ya, saya”

“tapi…” E-qy kembali duduk dan mengurut dahinya. Kepalanya mula berdenyut memikirkan semua benda yang tengah terjadi sekarang ni.

“Nazim bagi can abang dengan Qie discuss”

Nazim berlalu pergi, tinggalkan E-qy yang masih lagi pening dengan Ryan yang tersenyum bahagia.

“terima kasih sudi datang”

“Ryan, apa yang awak dan Nazim buat ni? Prank ke apa?”

“mana ada prank, saya ikhlas”

“saya…pening”

“Allah pilih awak untuk hati saya, saya rasa dekat sangat bila awak ada di sisi saya.” Luah Ryan dengan senyuman berharap agar E-qy terima lamarannya.

E-qy terus berlalu dari situ tanpa tinggalkan sebarang jawapan kepada Ryan, dia tak tahu apa yang perlu dia buat dan pada masa yang sama dia dalam keadaan yang buntu, pelik, pening dan risau.

Ryan perhatikan kotak cincin di tangannya setelah E-qy pergi macam tu je. Dia sedih tapi dia tahu yang semua ini ada hikmah di sebaliknya. Allah belum temukan jodohnya dan E-qy mungkin bukanlah jodohnya.

 

 

E-qy kemaskan barang di dalam butiknya sebelum berhenti rehat. Dia jelas masih lagi berdiam diri dengan keputusannya dan dia sendiri masih lagi tak pasti apa yang dia perlu buat. Yang penting dia tahu yang dia tak tenang selagi tak selesaikan semuaanya.

“mana perempuan tak tahu malu tu?!”

“Datin, sabar. Datin cari siapa?” soal Dynaz dan cuba untuk elakkan masalah daripada Datin Rohana. Bukannya sekali dua Datin Rohana datang untuk cari masalah.

“Dynaz, its ok” E-qy muncul dan Dynaz tayang wajah tak berpuas hati, dia tak nak dengar E-qy kena maki dan hina lagi dari datin tu.

“datin nak apa datang sini?” soal E-qy malas.

“aku nak kau suruh Nazim balik. Aku tak nak dia tinggal dengan perempuan murahan macam kau ni!” E-qy melepaskan nafas berat sebelum memandang Datin Rohana tajam.

“saya cuba nak hormat datin, tapi saya rasa dah nak habis sangat dah sabar saya ni. Jangan sampai saya malukan datin dekat sini. Datin lupa ke datin kat mana sekarang ni?”

“amboi, berani sekarang kau ya. Kalau setakat kuli tu tak payah nak berlagak sangat!”

“saya tak peduli apa datin nak cakap lagi, saya memang tak nak dengar lagi dah. Nazim sekarang ni belajar dan tinggal di hostel, bukan tinggal dengan saya. Lagipun dia dah 19 tahun, dia dah besar. Saya rasa baik datin pergi dari sini sekarang juga” E-qy segera berlalu dari situ dan masuk ke dalam bilik kecil miliknya. Makian dari Datin Rohana dia buat pekak je.

 

 

E-qy menghadirkan diri ke Fashion Show yang di jalankan di PWTC. Sangat ramai pereka tanah air yang berkumpul di sana untuk tayangkan produk masing-masing. Untuk show kali ini Royal Men tak ada produk terbaru kerana baru sahaja launch produk mereka beberapa minggu yang lepas. E-qy yang membawa nama Nurin hanya diam di kerusinya bersama dengan Dynaz, Iman dan Farish.

“kami tak boleh stay lama hari ni, kesian Amilia”

“tak apa, aku pun tak lama jugak malam ni. Penat la.” Balas E-qy dan senyum sedikit.

“aku kena tunggu tunang aku, so aku akan balik lewat sikit. Korang balik la dulu” maklum Iman dan mereka semua hanya anggukkan kepala.

E-qy melilaukan pandangan dan matanya tertacap pada sekujur tubuh yang mampu membuatkan dia tenung orang itu. tapi, kali ini E-qy cepat-cepat larikan matanya sebab ternampak seorang perempuan yang cantik berhijab berada di sisi lelaki itu dan mereka nampak sangat mesra dan serasi.

E-qy segera berpaling daripada dua insan itu dan berjalan pergi untuk keluar dari situ, baru sahaja kakinya berada di depan pintu. Seseorang telah memanggil namanya dan dia kenal sangat suara itu. dia memegang tombol dengan kemas dan memejam mata dengan rapat. Dia tak nak jumpa dengan Ryan or Thaqiff sekarang ni.

“awak dah nak balik ke?” soal Ryan lembut dan E-qy anggukkan kepala tanpa menoleh ke belakang.

“awak pergi macam tu je hari tu. Saya dah redha awak tak boleh terima saya sebagai suami tapi tak salahkan kalau kita berkawan?” soalan Ryan buatkan E-qy sedikit terkejut dan kecewa bila begitu mudah Ryan berputus asa terhadap dirinya.

“tak salah pun” jawab E-qy perlahan dan memandang Ryan dengan senyuman nipis yang tidak ikhlas. Nak je dia menjerit sebab Ryan dah Berjaya buat hati dan otak dia porak peranda, setelah lamar E-qy senang je Ryan mengundur diri dengan meminta kawan sebagai ganti.

“well, let’s start over, saya, Nurin NurIkhlas, you can call me E-qy. I’m the owner of Royal Men, hopefully we can work togerther in the future”

Langsung tidak ada wajah terkejut di wajah Ryan bila E-qy memperkenalkan dirinya yang sebenar kepada Ryan. Malah Ryan tersenyum bangga dan memandang E-qy raut wajah bangga.

“I’m glad you show yourself. Saya Ryan Thaqiff, nice to meet you too. Lets have a business together” Ryan dengan selamba membalas menyebabkan E-qy yang terkejut pula.

“how…”

“I’m a fabric expert, even without touch it, I can guest the right fabric. Just by looking at your way, I know already that you and Cik Nurin is exactly the same person”

“wow, I’m speechless” E-qy beri komen tidak ikhkas dan tayang wajah yang selamba, malas dia nak tayang wajah terkejutnya sebab sekarang ni dia dalam mode menyampah dengan Ryan.

“Ryan, who is she?” soal perempuan yang menemani Ryan sejak tadi dan raut wajah E-qy berubah jengkel dengan kemunculan perempuan itu yang berdiri agak rapat dengan Ryan.

“well, let me introduce you…”

“Nurin NurIkhlas from Royal Men” E-qy memotong laju Ryan dan hulurkan tangan untuk berjabat, perempuan itu nyata terkejut dengan kemunculan E-qy di situ. Selalunya owner RM tak akan hadirkan diri di tempat yang mempunyai public press.

“wow, nice to meet you. I don’t know the owner of Royal Men is this young”

“same here” balas E-qy dan tayang senyum tak ikhlas lagi.

“by the way, I Zahrah, Ainnur Clothing”

“right! I know your brand. New but elegant” puji E-qy kali ini ikhlas. Maka mereka bertiga terus berbual dan kebanyakannya mengenai bisnes. Tapi, semua orang boleh cakap yang Zahrah simpan perasaan pada Ryan sebab dari pandangan sudah tercatat semuanya dan Ryan juga menyedar hal itu.

 

 

 

E-qy yang ternyata sudah cukup penat berdiri seorang diri di luar bangunan untuk menunggu teksi, bukannya dia tak mempunyai kereta, tetapi dia malas nak memandu dan memilih untuk menaiki teksi sahaja. Dia berdiri sambil memusingkan telefonnya yang berada di tangan dengan rasa kurang sabar. Dia dah penat sangat dan hanya katil yang dia idamkan saat ini.

Sebuah kereta berhenti tepat di depan E-qy menyebabkan dia rasa bahagia sedikit, sekurang kurangnya akan ada yang bakal tumpangkan dia nanti. E-qy senyum melebar dan bila cermin kereta diturunkan dan ternampaklah empunya kereta hati E-qy tawar semula, senyuman yang mekar menjadi kecut serta-merta.

“Cik Nurin nak tumpang kami? Saya boleh tolong hantarkan” pelawa Ryan dengan senyuman.

Kalau Ryan bersendirian sudah pasti E-qy akan terima pelawaan itu dengan hati terbuka, malangnya ada seseorang disebelahnya menyebabkan E-qy menolak pelawaan itu. wajah Zahrah juga sedikit berubah bila Ryan tawarkan tumpangan.

“it’s okay. En. Ryan dan Cik Zahrah balik la dulu, I’m waiting for someone” jawab E-qy dengan rasa sedikit sebal. Dah kenapa dia nak marah sangat? Dulu, dia yang jual mahal menggunung tinggi.

“oh, erm…” wajah Ryan menjadi serba salah tetapi dia tetap berikan senyuman ringkas dan terpaksa akur dan berlalu pergi.

E-qy langsung tidak memandang kereta itu pergi, dia focus kepada kolam air pancut kecil di hadapannya. Dia betulkan sanggul di kepala dan merutuk sesuatu dengan nada kesal. Kebanyakannya menyalahkan Ryan yang mudah berubah fikiran.

Telefon E-qy bordering menyebabkan dia rasa geram dan hampir membaling telefon itu ke dalam kolam. Untung dia melihat nama pemanggil dan ternyata Nazim, adiknya. Dia menjawab panggilan itu dengan segera.

“kau kat mana Qie? Jenuh aku tekan loceng rumah kau ni” Nazim terus mengomen bila panggilan bersahut. Memang tak ada hello or what so ever lagi dah.

“PWTC” jawab E-qy ringkas, suaranya masih lagi dingin.

Nazim yakin ada sesuatu yang terjadi jadi, dia tak cakap banyak dan terus memberitahu E-qy supaya menunggunnya di sana. Dia akan datang dan menjemput E-qy dengan segera.

 

 

 

Setelah menghantar Zahrah ke rumahnya yang hanya berdekatan dengan PWTC, Ryan mengambil keputusan untuk kembali semula ke PWTC. Dia yakin yang E-qy masih lagi berada di sana dan hatinya tak senang jika biarkan E-qy di sana pada waktu yang semakin lewat malam. Dia memakirkan kereta berdekatan tetapi terlindung dari pandangan E-qy. Jelas, E-qyy masih lagi berdiri di sana dengan wajah sedih.

“perlu ke tak perlu?” soal Ryan kepada dirinya sendiri. Dia nak temankan E-qy atau lebih baik, hantarkan E-qy terus, tapi sebelah hatinya yakin yang E-qy akan menolak mentah-mentah.

Baru sahaja kakinya melangkah untuk menuju kepada E-qy, tetapi langkahnya terhenti kerana ada sebuah motorsikal berhenti di depan E-qy dan helmet dihulurkan kepada E-qy. Ryan ragu dengan penunggang motorsikal itu.

“oh, Nazim” hati Ryan lega bila si penunggan tanggalkan helmetnya dan berbicara sesuatu dengan E-qy. Ternyata Nazim sendiri.

 

 

“kenapa tak bawa kereta?” soal E-qy bengang dan menolak helmet yang dihulurkan. Dia pakai skirt malam ni, cari naya ke apa nak naik motor.

“mana ada kereta! Nak balik tak?” soal Nazim ketus, mereka berdua dah mula nak bergaduh la tu.

“mestilah nak! Tapi…”

“kau pakai seluar kat dalam kan?” soal Nazim semakin menggesa.

“ya, tapi tight…”

“naik je la! Bukannya terselak pun pakai skirt naik motor. Cepat la!” Nazim terus menggesa dan sorongkan helmet berkali-kali. E-qy redha dan pasrah.

Nazim tersenyum puas hati bila E-qy mula menurut perintah dan dia segera membantu E-qy memakai helmet di kepala.

Setibanya di rumah, E-qy terus masuk ke dalam biliknya untuk mandi dan menukar pakaian yang lebih selesa. Nazim pula selesa berada di ruang tamu dengan mee cup ditangannya sambil menonton tv rancangan bola.

E-qy keluar dari biliknya dengan pakaian tidur dan duduk di sisi Nazim, dia hanya diam dan sandarkan kepala pada bahu Nazim dengan manja. Nazim tahu ada yang tak kena dengan E-qy jadi dia pilih untuk diamkan diri dan benarkan E-qy bersandar pada dirinya. Pasti masalah kali ini betul-betul membuatkan E-qy penat.

“mana kunci rumah yang aku bagi kat kau?” soal E-qy memecahkan kesunyian setelah lima minit bersandar pada Nazim.

“ada dalam beg satu lagi, lupa” jawab Nazim perlahan dan letakkan cup di atas meja dan betulkan kepala E-qy di bahunya.

“apesal ni?” soal Nazim pula dan memandang wajah muram E-qy.

“tadi, jumpa Ryan”

“oh, dah tu?”

“since aku tolak dia, tu kali pertama kami jumpa balik, you know what?”

“mana nak tahu, pedia?”

“he looks fine and act like nothing happened between us before” E-qy bernada perlahan dan Nazim hampir saja ketawa, tu la, dulu tolak orang beria dan tak fikir dua kali.

“dia tak nak kau awkward la tu, sebab tu dia act macam tu.”

“ye la kut, he even has someone now” kali ini Nazim agak terkejut, biar betul?

“what? That fast?”

“yep, aku pun terkejut jugak. Dia datang show dengan seorang designer muda dan cantik gila. Aku rasa nak je tumbuk dia tadi”

“hmm, tapi kau tak boleh buat macam tu Qie, dia tak salah jugak, dia pilih untuk move on dengan segera. Mungkin dia tak nak terluka lama-lama” penjelasan Nazim ada betulnya dan E-qy terpaksa mengalah dengan kebenaran.

“Qie, kau betul-betul taka da perasaan kat dia ke?” soal Nazim serius tetapi suasana hanya senyap sahaja.

“qie!” panggil Nazim lagi, bila tiada sahutan ternyata E-qy sudah terlena dengan nyenyaknya. Nazim ketawa perlahan dan betulkan duduknya.

Nazim segera mengangkat  tubuh E-qy dan dibawa masuk ke dalam bilik. E-qy dibaringkan di atas katil dan selimut ditarik. AC dipasang dengan suhu agak tinggi dan lampu bilik ditutup rapat.

 

 

 

 

 

Ryan menghadirkan diri di butik RM dan E-qy hanya buat tak sedar dengan kehadiran Ryan di situ. Setelah berdiri 15 minit dia mula rasa kekok dan senyum pelik kepada beberapa orang yang senyum kepadanya.

Dynaz menyiku pinggang E-qy untuk kesekian kalinya untuk memberitahu keberadaan Ryan sekarang ini. E-qy tolak perlahan tubuh kawannya dan menyambung semula pekerjaannya. Ryan mampu melihat E-qy tetapi dia tak berani menegur kerana E-qy kelihatan sibuk sekali.

“you ni, model kat sini ke?” soal seorang perempuan yang lebih tua dari Ryan dan mungkin berstatus Datin.

“model?” soal Ryan pelik dan wajahnya tunjuk jelas yang dia agak terkejut bila ditanya begitu.

“ya la, dari tadi lagi I perasan you berdiri dekat sini je” jawapan itu buatkan Ryan ketawa perlahan dan gelengkan kepala. Sepertinya tawa Ryan itu berjangkit kerana datin itu ikut sama ketawa.

“sorry, saya customer juga”

“sorry, btw I Sya…”

“Ryan! Buat apa datang sini? Tak cakap pun nak datang?” soal E-qy yang tiba-tiba muncul, berlagak mesra dengan Ryan pada masa yang sama.

“mana isteri? Takkan sorang je” soal E-qy lagi kali ini datin itu dan juga Ryan ikut sama terkejut. Sejak bila pula Ryan kahwin.

“maaf ya datin, tak sempat layan datin. Customer ramai sangat” pinta E-qy dengan senyuman semanis gula dan mula menarik datin ke ruangan lain untuk melihat koleksi pakaian, tinggalkan Ryan yang masih lagi terkejut keseorangan.

Setelah semuanya semakin stabil, E-qy kembali ke tempat di mana Ryan masih lagi berdiri. E-qy tunjukkan sofa yang sudah kosong dan berjalan ke sana dengan segera. E-qy lepaskan keluhan berat dan duduk dengan selesa di sofa.

“apa maksud awak dengan ‘isteri saya’?” soal Ryan sebaik duduk di sofa. Bila dah duduk dia sedar yang kaki dia boleh tahan rasa lenguh sebenarnya dan kini dia rasa lebih selesa.

“sorry ok, just now, that datin is kinda chasing over young man and I think, you caught her eye” terang E-qy tenang dan Ryan anggukkan kepala perlahan-lahan, memahami keadaan sebelum dia tergelak perlahan.

“kenapa perlu berbohong, I might like older woman” Ryan berbicara dengan nada seakan mengusik dan E-qy memang agak terkejut dengar semua tu tapi dia cuba untuk berlgak selamba.

“you might hurt her heart”

“her?” soal Ryan kembali, siapa pula yang dimaksudkan oleh E-qy.

“you know who. Btw, why are you here today?”

“oh, erm I need a suit for semi formal party”

“wait a minute, I will come back with catalogue” E-qy beredar dengan segera. Ryan terfikirkan apa maksud E-qy sebenarnya dan baru sahaja dia mula berfikir lebih dalam, satu buku diletakkan di atas meja dan satu tin air turut dihidangkan.

“take your time, saya ada kerja sikit. Bila dah decide nanti panggil je one of my worker”

“okay”

 

 

 

Ryan memillih apa yang dia nak dan membuat bayaran setelah mendapat suit yang sesuai, E-qy masih lagi sibuk dan Ryan terpaksa pergi kerana mengejar masa dan belum sempat mendengar apa maksud E-qy dengan ‘her’.

Ryan kembali ke pejabatnya dan menguruskan beberapa hal kerja sebelum berhenti untuk hari itu. dia mengmas meja dan bersiap untuk pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan ke kerta dia teringatkan Nazim dan segera membuat panggilan untuk berjumpa dengan Nazim di rumahnya.

Selesai solat isyak, bell rumah Ryan berbunyi dan Ryan sudah tahu siapa yang datang jadi dia langsung pergi untuk membuka pintu, masih lagi berkain pelikat dan bersongkok. Senyuman diberikan dan pintu dibuka dengan luas untuk Nazim masuk.

“abang dah solat isyak ke?” soal Nazim dan meletakkan helmet serta begnya di atas meja di ruang tamu Ryan.

“dah, Zim nak solat ke?” soal Ryan kepada Nazim pula.

“erm, nak mandi kalau boleh” jawab Nazim pula dan Ryan anggukkan kepala faham. Dia masuk ke dalam bilik dan mengambil baju ganti serta kain pelikat untuk diberikan kepada Nazim.

“tuala bang?” soal NAzim lagi.

“dalam kabibet dalam bilik air, semua toiletries baru ada kalau nak guna” jerit Ryan kepada Nazim yang berada di dalam bilik air.

Ryan ke ruangan dapur dan hidangkan makanan yang dia telah masak. Nazim dah selalu sangat datang ke rumahnya dan minta di masakkan makanan. Dia dah jemu makan makanan luar dan taka da sesiapa yang sanggup masak untuk dia. Bukan E-qy tak sanggup, tak pandai je.

Nazim keluar dari bilik setelah selesai solat isyak dan segera ke dapur dengan wajah gembira habis. Memang dia nak sangat makan sekarang ni, lagipun masakan Ryan boleh tahan sedap. Kalau nak dibandingkan dengan E-qy dan dia memang jauh sekali rasanya.

“thanks bro, masak cili padi ketam ni” ucap Nazim dengan wajah berseri-seri, memang dia mengidam lama dah nak makan ni.

“dah seratus kali Zim repeat nak makan, takkan nak buat derk je” balas Ryan dan cedokkan nasi ke dalam pinggan untuk NAzim.

Nazim sengih tak berdosa dan mula membaca doa makan. Mereka makan dengan tenang dan sesekali mereka berbual ringkas mengenai kelas Nazim dan kadang-kadang mengenai bola luar Negara, well, mereka minat pasukan yang sama.

Selesai makan, Nazim dengan baik hatinya membasuh pinggan dan mangkuk, memang rare sangat ni Nazim offer untuk basuhkan pinggan, selalunya malas tahap dewa. Mungkin sebab hajat dia nak makan tercapai agaknya.

“kopi” Nazim siap baik hati bancuh kopi kepada Ryan lagi, buang tebiat agaknya si Nazim ni.

“thanks” ucap Ryan dan betulkan duduk di sofa.

“bang, Tanya sikit” Nazim bersuara perlahan dan Ryan hanya anggukkan kepala minta Nazim teruskan. 

“abang dah move on eh?”

“move on?”

“yeah, maksud Zim, abang dah jumpa pengganti Qie ke?” soal Nazim kali ini lebih serius tetapi wajah berkerut Ryan yang menjadi jawapan.

“mana Nazim dengar berita mengarut ni?” soal Ryan masih lagi berkerut, banyak betul kejutan dia dapat hari ini.

“habis tu, PWTC hari tu, abang datang dengan siapa? Kenapa QIe cakap abang dah ada someone?”

Ryan akhirnya faham dengan semua yang terjadi dan kenapa E-qy melayannya dengan dingin sekali dan siapa ‘her’ yang E-qy masksudkan.

“Zim, salah faham je tu, tu kawan abang je la, dia tu customer abang jugak. Zim ingat hati ni macam buah catur boleh susun ikut suka hati je? Hati abang masih lagi setia dengan kakak Nazim, tapi dah dia tak sudi”

Nazim tersengih sedikit dan angguk kepala perlahan, kemudian dia tersengih jahat dan melompat ke sofa di sebelah Ryan.

“bro, I think my sis might like you but she is confused, so, lets make her jealous a bit. She might confess to you”

“Nazim, I don’t like that, that’s playing dirty. The third person will hurt”

“hey, siapa cakap orang ketiga tu kena wujud? Berlakon je la” Nazim tepuk dahi dan Ryan diam lama, fikirkan rancangan itu.

“dah la, tidur” Ryan tinggalkan NAzim di ruang tamu dan masuk ke dalam bilik tidurnya sambil berfikir mengenai rancangan kebudak budakan Nazim itu.

 

 

 

E-qy, Nazim dan Ryan makan malam bersama atas rancangan Nazim. Mereka bertiga masih lagi diamkan diri dan hanya memandang menu di tangan. Fikiran E-qy sudah penuh dengan ayat makian kepada Nazim, hanya tak mampu dilontarkan, Ryan pula fikir macam mana untuk mula perbualan. Lain pula dengan Nazim yang kelihatan tenang dan ralit membaca menu.

“Qie, nak makan apa?” soal Nazim memecahkan kesunyian dan E-qy angkat muka untuk pandang NAzim, matanya masih jelas geram dengan apa yang Nazim buat tapi Nazim buat tak endah je.

“abang nak makan apa?” soal NAzim kepada Ryan pula bila E-qy tak berniat untuk menjawab soalannya.

“entah, abang tak pernah makan kat sini, apa yang sedap?” soal Ryan kepada Nazim semula.

“nasi goreng seafood kat sini sedap.”

“ok, abang nak yang tu la”

“Qieqie, nak makan apa? Sama?”

“erm, sama je la” jawab E-qy akhirnya dan letakkan menu di atas meja. Matanya memandang sekitar sebelum berhenti tepat di depan Ryan. Ryan ukir senyum kerana ini kali pertama mata mereka bertemu. E-qy balas senyum itu sekilas sebelum memandang telefonnya.

Suasana masih lagi senyap walaupun makanan sudah mula dihidangkan, semua orang mula focus kepada makanan yang terhidang dan cadangan Nazim memang tepat. Nasi goreng tu memang sedap yang teramat Cuma pedas sikit je.

“macam mana business?” soal Ryan kepada E-qy, dia memang nak sangat bercakap dengan E-qy sekarang ni.

“ha? Alhamdulillah, baik. Natrah macam mana?” soal E-qy balik, memang membuang mood untuk berbual terus. Nazim yang mulanya rasa senang bila Ryan membuka mulut kembali rasa geram dengan E-qy.

“okay kut, dah lama tak jumpa dia, lagipun urusan business kami dah selesai”

“urusan business je?”

“ya, dia client saya, syarikat saya pembekal kain untuk butik dia” jawapan tenang dari Ryan menyebabkan E-qy anggukkan kepala perlahan-lahan dan jauh di sudut hati dia, dia rasa senang dengan jawapan itu.

“awak ada keluarkan kain baru?” soal E-qy mengubah topic dengan segera.

“dari saya tak ada, but ada worker saya yang keluarkan.”

“sesuai tak untuk buat tie?”

“kurang sesuai tapi kain dia bagus jugak, maybe kalau kurangkan benang dan jarak jahitan, boleh kut” ujar Ryan pula dan E-qy mula berminat.

“saya akan ke office awak nanti untuk tengok, patut ke saya call PA awak untuk buat appointment?”

“hurm, saya tak pasti jadual saya sebenarnya, so, let me tell you the date, is that okay?”

“great, thank you!” ucap E-qy ceria, akhirnya suasana lebih indah dan ceria, mereka semua lupakan soal kerja dan mulakan perbualan ringkas mengenai perkara lain, lebih kepada berbual kosong.

 

 

 

Ryan menerima kunjungan yang tidak diduga oleh Natrah di kilangnya dan dia agak terkejut sedikit dengan kemunculan Natrah tanpa berita itu. Ryan tinggalkan pekerjanya dan mendekati Natrah yang sedang berdiri di dalam bilik pejabat di kilang.

“Natrah” sapa Ryan sopan dan senyum manis kepada wanita itu. Ryan duduk di sofa dan pandang Natrah.

“Ryan, lepas je kontrak kita tamat, bermaksud hubungan kita pun tamat ke?” soal Natrah sedih dan raut wajahnya juga jelas dia sedang sedih.

Apa yang keluar dari mulut Natrah agak mengejutkan Ryan tetapi sebolehnya dia cuba untuk mengawal reaksi. Dia sendiri keliru kenapa Natrah berkata sedemikian.

“apa maksud Natrah?” soal Ryan dengan berhati-hati, bimbang juga jika terguris hati wanita itu nanti.

“sejak kontrak kita tamat, awak tak contact saya langsung” akhirnya Ryan faham dengan maksud Natrah dan kini dia memang ada rasa serba salah sedikit, Natrah memandang serius hubungan bisnes mereka berdua.

“kita masih lagi kawan, Natrah tak contact saya so, saya ingatkan awak sibuk” Ryan memilih jawapan yang bagi dia adalah yang paling selamat.

Natrah terdiam, sangkaan Ryan yang jawapannya selamat, salah sekali. Natrah langsung tidak rasa berpuas hati dengan jawapan itu malah wajah kecewa Natrah jelas terpancar kini.

“kawan?” soal NAtrah dengan nada perlahan dan sedih.

Ryan yakin yang dia perlu perbetulkan semuanya hari ini juga, dia tak nak lead Natrah kepada sesuatu hubungan yang mustahil.

“saya anggap awak sebagai kawan saya, bukan sekadar client saya”

“Ryan, kawan sahaja tak cukup untuk saya, saya sukakan awak” Natrah dengan berani luahkan perasaannya dan matanya bergenang sedih dan kecewa.

Ryan terdiam dan meraup mukanya kasar, dia keliru dengan keadaan sekarang, apa yang dia perlu buat supaya tidak melukakan hati Natrah. Dia berfikir ayat yang terbaik sebelum dia membuka mulut. Wajah sedih Natrah menyebabkan dia rasa serba salah yang teramat.

“saya minta maaf Natrah” pinta Ryan lemah, akhirnya hanya itu sahaja yang dia mampu tuturkan.

“kenapa Ryan? Saya tak cukup ke untuk awak?” soal Natrah lagi.

“Natrah, awak dah cukup baik, semuanya ada pada awak, tapi saya sukakan orang lain, sebelum saya jumpa awak lagi. Saya minta maaf tak dapat balas perasaan awak”

Suasana kembali sunyi dan Natrah tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang, dia rasa malu kerana perasaannya ditolak depan-depan oleh Ryan. Natrah genggam kedua tangannya dan memandang meja kaca dengan tajam. Dia rasa nak menangis tapi dia tak nak menangis di depan Ryan yang telah menolak perasaannya.

“Ryan! I bring our lunch…”

Pintu bilik itu dibuka tanpa keteukan dan suara ceria E-qy memecah kesunyian di dalam bilik itu. E-qy yang mulanya tersenyum lebar kaku di depan pintu. Dia pandang Ryan dan kemudian memandang Natrah yang turut sama terkejut melihat dia di situ.

“erm, bye” E-qy beredar dengan segera dan menutup pintu bilik itu dengan agak kuat.

Ryan berdiri bila melihat E-qy beredar begitu sahaja. Ryan pandang pintu dan NAtrah secara bergilir, dia tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang. Ikut E-qy atau tunggu Natrah tenang di dalam bilik itu.

“so, she is the one?” soal Natrah dan Ryan hanya mampu anggukkan kepalanya. Natrah tersenyum nipis dan bangun dari kerusi.

“Ryan, thank you for everything. Terima kasih dah cuba tolak saya dengan sebaik mungkin. Saya faham. Sorry dah ganggu masa lunch awak, saya minta diri dulu” Natrah senyum sekali lagi sebelum beredar dengan segera.

Ryan menggaru kepalanya sehingga rambutnya kusut sedikit. Sekarang dia dah tersepit diantara dua situasi. Ryan segera keluar dari bilik itu dan cuba untuk mengejar E-qy, mungkin dia masih sempat.

 

 

 

 

E-qy serahkan makanan yang dia bawa kepada pengawal keselamatan yang menjaga kilang itu dengan perasaan dingin. Kalau ikutkan hati dia nak baling je bekal itu depan muka Ryan.

“yang aku nak marah sangat kenapa? Mereka kawan bisnes kan?” E-qy serabut dan dia cuba untuk fikir dengan matang.

Bukan susah sangat pun masalah E-qy sebenarnya, dia Cuma kena faham dan terima yang dia sebenarnya cemburukan Natrah. Kalau E-qy boleh fikir semudah itu pasti dia dan Ryan sudah bersama dan bahagia sekarang ni.

“E-qy, stop your car!” E-qy terkejut bila melihat kereta Ryan mengikut rapat keretanya di tepi, nak tak nak E-qy terpaksa hentikan kereta atau mereka berdua akan menyebabkan kemalangan nanti.

Ryan keluar dari kereta dan segera menuju ke kereta E-qy, E-qy masih lagi di dalam kereta dan dia tak berniat untuk keluar.

“E-qy keluar, please” rayu Ryan dan E-qy menyerah dengan hanya rendahkan cermin keretanya.

“keluar, we need to talk” arah Ryan tegas dan E-qy terpaksa keluar

Mereka berdua berdiri di sisi kereta E-qy dan saling berpandangan tanpa ssebarang suara. Wajah E-qy tegang.

“apa?” soal E-qy akhirnya, dia nak cepat-cepat pergi dari situ.

“Natrah datang jumpa saya, luahkan perasaan dia pada saya tapi…”

“what?”

“saya tolak dia”

“so what?”

“Nurin NurIkhlas, saya sukakan awak dan saya nak awak yang jadi isteri saya. Sekarang saya nak awak jawab soalan saya, awak sudi cuba untuk bina hubungan tu?” soal Ryan ikhlas habis.

“kalau saya tak sudi?” soal E-qy serius juga.

“kalau awak tak sudi dan rimas dengan perasaan saya pada awak, saya akan berundur dan cuba untuk lupakan awak” Ryan dengan lemah memberi jawapan.

“there, you got the answer.” Ternyata E-qy tetap menolak Ryan, Ryan akhirnya pasrah dan redha dengan ketentuan ini.

“okay. Terima kasih sudi dengar apa yang saya nak cakap” Ryan senyum hambar dan berjalan ke keretanya.

“Ryan! Saya sudi!” jerit E-qy lantang menyebabkan Ryan berhenti menapak.

“apa?”

“awak dengar! So, bye!” E-qy cepat-cepat masuk ke dalam keretanya dan beredar dari situ dengan senyuman lebar. Dari cermin belakang, dia Nampak Ryan tersenyum dan lambaikan tangan kepadanya.

 

 

 

Perkahwinan mereka berdua telah selesai dan berjalan dengan lancar, yang hadir hanya kenalan terdekat sahaja, tiada majlis besaran, mereka hanya besederhana kerana mereka berdua sama-sama sudah tidak mempunyai ibubapa.

“rumah abang atau rumah Qie?” soal Nazim bagi pihak mereka berdua, E-qy di keretanya manakala Ryan berada di keretanya. Tujuan mereka berdua berbeza, masing-masing nak balik ke kondo sendiri.

“abang!”

“aku!”

E-qy dan Ryan menjawab soalan itu pada masa yang sama menyebabkan NAzim garu kepala kerana mula buntu dengan peperangan kecil ini. Ryan dan E-qy sama-sama bertegas dengan jawapan sendiri. Biar betul, kahwin tak sampai 24jam lagi, dah bergaduh tentang nak balik rumah mana.

“Zim, aku dah stay lama dalam rumah tu, aku tak nak pindah” ujar E-qy lantang kepada Nazim, dia nak Ryan dengar sama dan dengar cakap dia.

“rumah abang pun dah lama, abang dah beli pun” Ryan tetap juga bertegas, masing-masing bercakap kepada Nazim, walaupun jarak mereka berdua hanyalah satu meter.

“kalau awak bertegas nak sangat tinggal di rumah awak, tinggal la kat sana dengan Nazim. Saya, tak akan tinggalkan rumah saya” E-qy beri kata putus dan masuk ke dalam kereta untuk beredar dari situ dengan segera. Marah betul dia dengan Ryan yang berdegil.

Ryan dan Nazim berpandangan, Nazim angkat bahu dan duduk di but depan kereta Ryan. Ryan tanggalkan songkok dan letak di atas but kereta di sisi Nazim. Nazim tergelak kecil dan mengusap lengan Ryan untuk menenangkan Ryan. Ingat senang ke nak lawan degil E-qy? Kalau cepat mengalah, tak menang punya.

“kenapa dengan Qie tu?” soal Ryan lemah dan turut sama duduk.

“entah, PMS kut. Qie punya angin tu boleh tahan semacam jugak” ujar Nazim menyebabkan Ryan ketawa perlahan dan gelengkan kepala.

“so, macam mana?” soal Nazim lagi.

“kita stay rumah Qie dulu. Abang kena balik ambil pakaian dulu. Padahal, kondo abang lagi dekat dengan tempat kerja kami” Ryan mengalah dan masuk ke dalam kereta, Nazim menurut dan anggukkan kepala setuju.

Mereka berdua ke kondo Ryan terlebih dahulu untuk mengambil beberapa helai pakaian milik Ryan. Dia tetap akan cuba pujuk E-qy tinggal di rumahnya. Bukannya dia berdegil atau sebaliknya, tempat tinggal Ryan lebih strategic dan selamat.

 

 

 

Dynaz, Farish dna Iman sama-sama kelu bila melihat E-qy berada di butik dengan pakaian kahwinnya lagi. Mereka bertiga terpaksa kembali ke butik kerana ada tempahan pelanggan hari itu. tapi, E-qy dah diberikan cuti selama dua minggu.

“kau buat apa kat sini?” soal Iman mendahului yang lain.

“ni butik aku jugak, tak boleh ke aku datang sini?” soal E-qy dingin menyebabkan mereka bertiga syak, ada yang tak kena dan pastinya berkaitan dengan Ryan.

“tell us” pujuk Dynaz lembut dan duduk di sisi E-qy.

“Ryan Thaqiff tu la, dia ingat sebab dia suami, aku kena dengar cakap dia.”

“dia paksa kau buat apa?” soal Farish seakan tidak percaya yang lelaki sebaik Ryan memaksa E-qy untuk melakukan sesuatu. E-qy tu je yang degil sangat selalunya.

“dia nak kami tinggal di kondo dia, memang tak la! Kondo aku macam mana? Susah aku nak beli kondo tu!” E=qy dengan maraj ceritakan hal sebenar kenapa dia marahkan Ryan sangat.

Semua orang hanya mampu gelengkan kepala dan tanda tidak bersetuju dengan tindakan E-qy yang tidak suka berfikir panjang. Hanya buat keputusan ikut kepala dia sahaja. Mereka semua duduk bersama dan pandang E-qy lama, dengan harapan E-qy akan Nampak salah dia dan segera minta maaf maaf kepada Ryan.

10 minit berlalu dan mereka semua yakin yang E-qy takkan mengalah langsung. Memang degil tahap maksima betul E-qy ni. Dynaz mendekati E-qy dan memeluk bahu kawannya sambil memandang E-qy.

“Qie, rumah dia lebih dekat dengan tempat kerja korang berdua, lebih besar dan selesa untuk tiga orang dan, yang paling penting mak tiri kau takkan dapat ganggu kau dan Nazim lagi” Dynaz cuba memujuk dengan alasan yang terbaik yang dia ada.

“betul jugak” E-qy bersetuju setelah lama berdiam diri.

Farish usap bahu Dynaz sebagai tanda pujian kerana Berjaya memujuk E-qy yang memang keras kepala tahap dewa ni. Farish pun tersengih senang bila E-qy mengalah. Benda rare ;a ni, bila E1-qy mengalah dengan cepat.

“habis tu, kondo aku?” soal E-qy pula.

“ala. Kau boleh bagi sewa, dapat juga side income” saran Farish pula dan E-qy hanya anggukkan kepala. Dia tiada dalam keadaan memerlukan duit, tapi apa salahnya kalau bagi sewa dengan harga yang murah kepada orang yang memerlukan. Mungkin untuk pelajar uni/kolej yang berdekatan.

“betul tu! Okay, aku balik dulu” E-qy dengan senang hati abngun dan tinggalkan butik. Dia dah fikir untuk kemas barang-barangnya dan membuat kejutan kepada Ryan dan NAzim di rumah Ryan nanti.

 

 

 

E-qy membuka kunci pintu rumahnya dan pelik bila aircond sudah terpasang. Dia berkerut dan mula berjalan ke dalam dengan perlahan-lahan. Dia kembali semula ke pintu bila mendengar ada bunyi dari bilik air, menandakan ada orang berada di dalam sana. E-qy mula kalut dan resah, fikirannya bercelaru.

‘perompak ke?’ fikir E-qy sendiri dan dia keluarkan telefon untuk mendail nombor kecemasan, tetapi dia hentikan diri sendiri dan mengambil kayu ebsbol di belakang pintu. Jangan salah sangka, bukannya dia pemain besbol dan bukan juga penggemar besbol, dia hanya beli untuk jadikan senjata di rumahnya.

Dia menuju ke bilik air dengan perlahan-lahan dan berhato-hati. Dia takut sebenarnya tapi saja beranikan diri untuk pastikan rumah dia selamat dari segala ancaman. Dia membilang satu dua tiga di dalam benak dan membuka pintu bilik air yang ternyata tidak berkunci. Kayu besbol dihalakan tepat di dalam tanpa sebarang target.

“Qie” panggilan dari suara yang dia sudah kenal itu menyebabkan E-qy membuka matanya yang rapat tertutup tanpa dia sedari.

“Ry..Ryan?” soal E-qy seakan tidak percaya yang Ryan berada di depan matanya sekarang ini.

E-qy tenung Ryan lama dan wajahnya serius habis. Ryab ikut sama pandang E-qy yang memandangnya tajam, matanya mula mengikut kea rah mata E-qy bergerak, dari atas kepala, ke badan dan akhirnya ke kaki dan lantai.

“Allah! Apesal awak bogel dalam rumah saya ni?!” soal E-qy bengang dan menutup matanya dengan tapak tangan. Kayu besbol di tangan jatuh ke lantai.

Ryan ketawa ringkas sebelum gelengkan kepala dan keluar dari bilik air dengan tenang.

“bogel apanya? Saya selesai mandi dan bertuala sekarang ni. Saya nak solat asar, mana saya boleh solat?” soal Ryan dengan selamba dan kembali ke ruang tamu untuk memakai baju.

E-qy menurut di belakang Ryan ke ruang tamu dengan mata tajam. Memang betul Ryan tidak berbogel kerana tuala melilit kemas pada pinggang Ryan. Sekarang Ryan sudah menyarungkan baju dan memakai kain pelikat.

“kenapa awak kat sini?” soal E-qy bila kembali waras.

“isteri saya nak saya stay sini, so?” Ryan membiarkan E-qy menjawab sendiri soalan itu dan mula mengeringkan rambutnya dengan tuala lebih kecil.

“sini” E-qy meminta sesuatu dari Ryan menyebabkan Ryan bingung.

“cepatlah!”

“apa?”

“tuala basah awak tu, dan bawa barang awak. Saya nak tunjuk bilik kita” uajr E-qy dan membawa Ryan ke biliknya. Ryan senyum sendiri bila E-qy menyebut bilik mereka dan bukannya bilik dia. Mereka berdua berada di dalam sebuah bilik yang sederhana besar.

“selalunya saya solat kat sini je, tapi kalau saya Jemaah dengan Zim, bilik depan tu”

“elok la, boleh kita solat sama-sama”

“saya ‘cuti’. Awak solat la dulu, kiblat lurus je. Lepas awak solat saya nak bincnag jap.”

“ok” Ryan hanya tersenyum.

E-qy balas senyuman Ryan dan membuka pintu almarinya untuk mendapatkan pakaian, dia perlu mandi dan memakai pakaian yang lebih selesa.

E-qy dan Ryan berada di ruang tamu, E-qy dengan murah hatinya buatkan teh untuk mereka berdua petang itu. E-qy duduk di sisi Ryan dan memandang Ryan yang sedang memandangnya.

“saya dah decide, saya akan pindah rumah awak” ujar E-qy mengejutkan Ryan. Memang tidak sangka yang E-qy akan mengalah tanpa dia perlu memujuk. Memang ajaib sangat la ni.

“betul ni? Saya tak kisah pun stay sini” ujar Ryan semula, ya la tu tak kisah, tadi berperang kenapa?

“sokay, saya rasa ada baiknya juga kat sana. Tapi, seminggu terakhir ni biarlah kita stay sini dulu. Boleh?” pinta E-qy pula dan Ryan dengan senyuman anggukkan kepala setuju. Tak salah kalau dia mengalah kali ini.

“saya tak kisah kalau awak nak jadikan kondo ni rumah kedua kita, kita boleh bergilir” cadang Ryan lagi, dia tak nak E-qy sedih pula nanti.

“nope, saya akan sewakan rumah ni. “

“wow, saya ikut je. Asalkan awak dah fikir masak-masak tentang semua ni”

“dah hangit pun fikir. Saya rasa, itu yang terbaik”

“Alhamdulillah. Terima kasih” ucap Ryan dan memegang jemari E-qy dengan lembut. Dia memang bersyujur dan berterima kasih sangat-sangat sekarang ni. E-qy hanya senyum dan balas genggaman Ryan.

 

 

 

Ryan mengusap lembut kepala E-qy dan mencium dahi isterinya dengan kasih dua kali, niatnya untuk mengejut E-qy solat subuh bersama. E-qy memang terkenal dengan susah nak bangun dan tak suka tidur dia dikacau jadi, memang masalah juga untuk Ryan. Tapi, Ryan disudut lain senang dan rasa lucu dengan diri E-qy yang kekanakkan ini.

“bangun subuh sayang” pujuk Ryan untuk kesekian kalinya dan E-qy merengek malas dan menarik selimut menutup kepala dan mukanya.

“awak nak saya angkat awak masuk bilik air ke?” soal Ryan sekadar mengugut. E-qy keluarkan kepala dia dari selimut dan membuka mata perlahan-lahan, matanya menjeling tajam Ryan yang berani mengugutnya. Ryan hanya mampu ketawa kelucuan.

“awak janji nak solat subuh dengan saya” ujar Ryan dan membetulkan rambut E-qy yang boleh tahan berserabai dengan tangan.

“okay…” jawab E-qy mengalah dan turun dari katil dengan mata yang belum terbuka sepenuhnya.

E-qy berjalan sambil menarik kakinya perlahan-lahan ke pintu bilik air, dia hanya jalan tanpa melihat keadaan sekitar. Ryan pula kemas tempat tidur mereka dan terkejut bila bunyi sesuatu dengan agak kuat.

“Ryan…” rengek E-qy sambil mengaduh sakit, dia sudah terlantar atas lantai depan pintu bilik air sekarang ni.

“ya Allah, kenapa baring kat sini?” soal Ryan kalut dan membantu E-qy untuk bangun semula, dahi E-qy merah.

“kenapa ada dinding kat sini, sakit dahi saya” gumam E-qy kesal dan sebal pada masa yang sama. Ryan tak tahu nak ketawa atau bersimpati dengan E-qy sekarang ni.

“jom, saya tolong awak masuk bilik air” Ryan membantu E-qy ke bilik air dengan segera.

E-qy sudah tersedar sepenuhnya dan dia katawa bila melihat dadinya yang merah di depan cermin. Ryan yang berdiri di depan pintu ikut sama ketawa. Dalam simpati pun, dia memang tetap rasa kelakar juga.

“seronok gelak ya? Keluar la, orang nak mandi ni” E-qy tolak badan Ryan keluar dan menutup pintu bilik air sebelum menguncinya.

“nanti saya letak ubat, mandi elok-elok” pesan Ryan dan berlalu dari situ.

 

 

 

Nazim memandang dahi E-qy yang ditampal dengan plaster gambar emoji yang sedang menjelirkan lidah, memang sengaja betul Ryan ni agaknya. Nasib baik E-qy tak tahu je.

“tenung apa?” soal E-qy dan menyepak kaki Nazim di bawah meja.

“pasal apa dahi tu?” soal Nazim terus. E-qy sentuh dahinya dan tersengih sambil memandang Ryan.

“makan la Zim, lewat pulak ke kelas nanti” Ryan bersuara menyebabkan soalan Nazim tergantung di situ sahaja.

Nazim tayang muka tidak puas hati tapi dia malas nak Tanya lanjut. Memang dia dah lambat dan sekarang dia perlu bergegas ke kelas. Dia ada ujian bertulis hari ini. setelah mengucapkan selamat tinggal Nazim beredar begitu sahaja dari rumah Ryan.

“nak saya hantar ke gari ni?” soal Ryan kepada E-qy seperti biasa. Memang Ryan yang selalu menghantar E-qy setelah berkahwin kerana tempat kerja mereka sehala.

“tak kut, hari ni ada meeting dekat area sini je. Malas nak masuk butik awal pagi”

“nak drive sendiri je?” soal Ryan lagi dan E-qy anggukkan kepala sambil tersenyum.

“okay, saya pergi dulu, nak singgah kilang dulu ni.” Ujar Ryan dan bangun dari kerusi. Pinggan kotor dibawa ke sinki untuk dibasuh.

“tinggal je la, nanti saya basuh. Awak dah lewat kan?” pelawa E-qy dan Ryan anggukkan kepala.

E-qy mengikut Ryan ke pintu bersama beg kerja milik Ryan. Mereka jalan seiring sehingga ke depan pintu.

“saya pergi dulu, hati-hati” pesan Ryan dan cium pucuk kepala E-qy. E-qy senyum dan menyalami tangan Ryan.

 

 

 

Dynaz pandang E-qy buat kali terakhir sebelum mereka berdua mula memasak. Dyanaz tetap tak percaya yang E-qy minta dia ajarkan masak kepada E-qy. E-qy sedar yang Dynaz pandang dia banyak kali tapi dia saja buat tak perasan kerana malas nak beritahu Dynaz sebab utam dia nak sangat belajar memasak.

“Qie, kau sihat tak ni?” soal Dynaz akhirnya setelah jenuh dia berperang dengan diri sendiri. Memang dia nak sangat jawapan dari E-qy sekarang ni.

“sihat la! Aku memang nak belajar sebab hari-hari Ryan yang masak, aku ni potong bawang pun tak reti” jelas E-qy akhirnya dan Dynaz anggukkan kepala mengerti. Dynaz senyum lebar dan mula bersemangat untuk ajar E-qy. Kalau betul la niat E-qy memang sebaik itu, Dynaz rela ajar E-qy sampai E-qy betul-betul pandai.

“pedih la mata aku” adu E-qy bila dia cuba untuk mengupas kulit bawang. Baru sahaja bawang yang kedua, air mata dia dah mengalir bagai nak rak. Dynaz tak sampai hati nak ketawa jadi dia beri tugas lain kepada E-qy.

“kau potong carrot ni” arah Dynaz dan E-qy turutkan je.

E-qy mencatat beberapa perkara yang Dynaz cakap sebagai petuanya nanti. Mulanya memang dia rasa nak mengalah dan beli makanan yang siap je senang tapi, sebab niat dia nak sangat Ryan makan masakan dia, dia tak jadi mengalah.

“hari ni, kau belajar basic je la, cara potong bawang, sayur and so on, lain kali aku ajar cara menyiang ikan dan ayam pula”

“okay. Tapi aku rasa nak goreng ikan dan ayam dah lepas ni. Kalau ikut cara kau senang je”

“ok la tu, telur dadar ke. Slow2” ujar Dynaz dan E-qy anggukkan kepala setuju.

Mereka berdua rehat dan minum bersama. Mereka berdua bercadang untuk ke butik selepas ini. bukan RM tapi ke butik tudung. E-qy sudah rasa hidayah dia dah sampai dan keperluan dia untuk menutup aurat sepenuhnya. Ryan ada menegurnya dengan sangat lembut dan sudah tanyakan banyak kali. Jadi, kali ini E-qy dah tekad yang dia nak tutup aurat dengan lebih baik.

Dynaz dan E-qy membelek beberapa helai tudung yang cantik dan E-qy mengambil setiap jenis warna yang ada. Mereka berdua berbelanja dengan seronok. Dynaz turut sama membantu E-qy mendapatkan tudung yang cantik dan sesuai untuk E-qy.

“baju?”

“aku nak yang labuh sikit” ujar E-qy dan mereka mencari bersama. Butik itu memang lengkap dengan semua yang E-qy nak. Dan E-qy tahu tu butik milik Natrah, dia Cuma harap tak akan bertembung dengan Natrah dicawangan ini.

Setelah membeli semuanya dan membuat bayaran, mereka singgah untuk makan tengahari bersama. Mereka berbual mengenai beberapa perkara dan selebihnya mengenai kerja dan show mereka di France nanti.

“kau dah ada idea ke untuk summer nanti?” soal Dynaz sambil meneguk airnya.

“tak banyak, ada la sikit-sikit. Kali ni aku nak buat untuk kat Malaysia jugak. Summer dan cuaca kat sini lebih kurang je kan?” soal E-qy meminta pendapat Dynaz.

“elok jugak, boleh pasarkan kat sini jugak. Theme?”

“smart casual. 40% corporate and 60% casual”

“wow, benda baru ni. Kenapa?”

“aku tak nak focus for those yang kerja pejabat je. Kali ni, aku nak focus ke semua jenis kerja and, aku dah ada fabric yang sesuai”

“really? Great. Untung jugak kahwin dengan tukang kain ni kan?” usik Dynaz dan E-qy ketawa menandakan dia setuju. Memang banyak manfaat yang dia dapat. Ryan juga selalu meminta pendapat E-qy mengenai fabriknya sebelum pasarkan.

“Ryan buat pameran untuk a few koleksi baru dia, datang la” jemput E-qy dan Dynaz angguk kepala.

 

 

Ryan memandang E-qy yang khusyuk dengan lakarannya sehingga tidak sedar yang Ryan sudah balik ke rumah. Ryan mendekati E-qy dan hadiahkan ciuman sepantas kilat di pipi E-qy menyebabkan E-qy terkejut teramat. Jatuh kaca mata yang dia pakai.

“Ryan!” marah E-qy dan laju je tangan dia mencubit betis Ryan, dah tu je yang dia dapat capai sekarang ni. Ryan ketawa senang dan mengusap betisnya yang menjadi mangsa cubitan E-qy.

“khusyuk sangat, saya bagi salam pun tak dengar. Dah la tak kunci pintu”

“tak kunci ke?” soal E-qy sambil tersengih dan sandarkan badannya di kaki Ryan, sedangkan Ryan duduk di sofa.

Tangan Ryan terus mengusap kepala E-qqy dengan lembut dan mula mengurut dengan perlahan-lahan. Senyuman E-qy merekah dengan lebarnya dan semakin sakan dia bersandar, matanya sudah mula tertutup kerana selesa sangat diurut oleh Ryan.

“ada koleksi baru ke?” soal Ryan dan E-qy hanya anggukkan kepalanya.

“kat mana pulak sekarang ni?”

“France. Dua bulan lagi. Two weeks, awak nak ikut?” soal E-qy dengan harapan Ryan akan ikut kerana dia memang nak sangat Ryan pergi. Tak boleh bayang kalau dia seoarang sahaja di sana.

“lama sangat dua minggu, beberapa hari boleh la” jawab Ryan dan E-qy dah rasa kecewa sedikit. Tapi dia tak nak susahkan Ryan dan dia hanya boleh senyum dan anggukkan kepala.

“esok cuti, NAzim tak balik sini ke?” soal Ryan pada E-qy.

“balik. Tak tahu bila. Awak pergi la mandi” E-qy dongakkan kepala dan memandang wajah Ryan lama, boleh tahan pening jugak sebab tengok terbalik macam tu tapi E-qy tetap juga senyum.

“okay, nanti kita solat maghrib sama-sama” dahi E-qy dicium dan Ryan bangun dari sofa.

E-qy sempat lambaikan tangan pada Ryan dan Ryan dengan baik hatinya membalas sambil ketawa perlahan. perkahwinan mereka yang genap 6 bulan ini Berjaya buatkan mereka berdua sangat rapat dan perasaan sayang dan cinta itu tumbuh dan mekar semakin hari.

 

 

 

“sayang nak masak apa?” soal Ryan dengan kerutan yang jelas, tiba-tiba je E-qy ikut sama memakai apron kali ini.

“Ryan nak masak apa?” soal E-qy balik dengan nada yang lebih manja dan memeluk lengan Ryan.

“mee goreng je kut, senang. Sayang ada nak makan apa-apa ke?” soal Ryan balik sambil bersandar pada counter dan memegang kedua belah tangan E-qy.

“tak la. Tadi belajar masak telur dadar dengan Dynaz. So, saya nak tunjuk skill la ni” E-qy sengih dan Ryan angguk kepala faham.

“Alright!  Abang masak mee, sayang goreng telur” ujar Ryan ceria. Tanpa sedar dia bahasakan dirinya ‘abang’ buat kali pertama. E-qy juga seakan tidak sedar perkara itu.

Mereka mulakan memasak dan E-qy Tanya Ryan beberapa perkara seperti sukatan garam mencukupi atau tidak. Walaupun telur dadar je, Ryan senang hati kerana E-qy ada ikhtiar untuk belajar memasak dan tidak akan hanguskan kuali dia lagi dah.

“wow! Nampak sedap dan menyelerakan” puji Ryan bila melihat hasil masakan E-qy. Dari segi rupa memang boleh dapat pujian, rasa? Kena tunggu masa makan nanti la.

“abang nak rasa?” soal E-qy pula.

“okay. Suap” pinta Ryan dan E-qy dengan segera menyuap sedikit kepada Ryan. Bila Ryan mengunyah dengan perlahan-lahan dan akhirnya tersenyum, E-qy rasa lega dan gembira.

“sedap sayang” puji Ryan lagi dan E-qy senyum puas hati.

Selesai memasak, mereka hidangkan di atas meja dan menunggu Nazmi untuk tiba dirumah. Mereka menonton tv di ruang tamu bersama. E-qy sandarkan belakangnya pada badan Ryan dengan selesa dan mereka berbual mengenai beberapa perkara kecil.

“dah jemput kawan sayang?” soal Ryan mengenai jemputan pameran itu dan E-qy anggukkan kepala.

“Qie ajak a few client jugak. Hopefully dapat tolong abang la”

“thank you” ucap Ryan ikhlas dan E-qy senyum lebar.

“abang makan apa lunch tadi?” soal E-qy bila teringat, selalunya mereka makan bersama, tapi hari ini dia bersama Dynaz sepanjang hari.

“makan nasi dagang”

“really? Mana dapat?” soal E-qy teruja, dah lama sangat dia tak makan sebenarnya. Bila dengar je, dia rasa terliur dan makan pula.

“pekerja abang. Dia orang Terengganu”

“jealousnya, sedap tak?” soal E-qy dengan nada sedih menyebabkan Ryan ketawa perlahan. E-qy ni bab makan boleh tahan bersungguh jugak.

“sedap. Dia kata resepi keluarga dia. Sayang nak makan ke?” soal Ryan pula, kesian pula dengan E-qy yang teringin ni.

“nak.”

“nanti abang minta dia buatkan. Jangan sedih la.”

“okay” jawab E-qy dan harapan dia untuk makan nasi dagang semakin tinggi. Harapnya ada la yang sudi buatkan untuk dia nanti.

Nazim tiba juga akhirnya. Ryan minta Nazim mandi dan solat isyak terlebih dahulu seblum makan bersama. Jelas Nazim belum mandi kerana masih lagi memakai pakaian latihannya di lapangan.

Mereka bertiga makan bersama dan berbincang mengenai beberapa perkara. Wajah Nazim agak tegang kali ini dan tak banyak bercakap. Hanya menjawab soalan yang ditanya sahaja. E-qy pandang Ryan dan Ryan beri isyarat supaya Tanya Nazim setelah makan nanti.

Selesai makan, Nazim duduk diruang tamu dan pandang skrin tv dengan diam. Ryan dan E-qy berada di dapur dan bancuhkan milo sebelum ke ruang tamu untuk bersama dengan Ryan. E-qy duduk disisi Nazim dan memeluk lengan Nazim dengan senyap. Nazim menoleh dan sandarkan kepalanya pada kepala E-qy.

“wanna talk?” soal E-qy lembut dan mengusap lembut lengan Nazim.

“mama” jawab Nazim sepatah dan lepaskan keluhan berat. Nazim menutup rapat matanya.

“mama cari kau ke?” soal E-qy pula dan Nazim hanya anggukkan kepalanya.

“kenapa?” soal E-qy lagi.

“minta duit” jawapan Nazim menyebabkan E-qy bengang dan terus dia duduk dengan tegak. Memang E-qy marah betul sekarang ni.

“Ke…”

“sayang” laju Ryan memotong bila Nampak E-qy dah mula nak meletup. E-qy pandang Ryan geram dan silangkan tangan ke dada.

“Nazim bagi ke?” soal Ryan pula.

“tak. Mana ada duit beribu cash. Nazim tak malu tau kalau mama nak datang jumpa Nazim je. Tapi tak, mama bising-bising sebab NAzim tak boleh bagi duit pada mama. Tak tahu mana nak letak muka Zim bila mama mengamuk depan kawan-kawan Zim. Ya Allah, Zim tak tahu nak buat apa  masa tu. Kalau betul Zim ada duit, masa tu jugak Zim bagi” Nazim jelas tertekan dan E-qy kembali berasap.

Ryan hanya diam dan memandang E-qy yang bila-bila masa je boleh meletup. Ryan buat isyarat supaya E-qy datang dan duduk disampingnya. E-qy gelengkan kepala tetapi tetap jugak bergerak ke sisi Ryan. Ryan peluk bahu E-qy dan E-qy segera bersandar pada badan Ryan. Semua ini, biasa.

“duit arwah daddy tinggalkan untuk mama?” soal E-qy pula, kali ini dengan nada yang lebih tenang.

“entah. Pening la Qie, susah la kalau mama selalu datang jumpa Qie dekat kolej”

“sokay, jangan risau. Nanti aku cakap dengan dia sendiri.”

“tak yah la Qie, tak yah jumpa dia. Bahaya tahu tak”

“ish, takda apa la. Kau tu, focus belajar.”

“ya la, nak tidur la. Penat”

“ya la” ujar Ryan dan E-qy hanya anggukkan kepalanya.

“sayang nak tidur? Abang pun dah penat ni” Tanya Ryan pada E-qy pula.

“jom!” ajak E-qy ceria.

“wait, since when korang ada sweet calling ni?” soal Nazim yang ternyata belum lagi beredar ke biliknya. E-qy dan Ryan sama-sama bingung dengan apa yang Nazim cakapkan.

“what?”

“ the ‘abang and sayang’ thing”

“oh. Sejak bila eh abang? Saya tak perasan pun”

“abang pun tak sedar. Tak kisah la, bukan benda salah pun. Good night Nazim” Ryan tarik tangan E-qy dan mereka sama-sama beredar ke bilik. E-qy lambaikan tangannya pada Nazim dan menghilang bersama Ryan.

 

 

 

Ryan dan E-qy sama-sama bersiap untuk ke pameran Ryan. E-qy bersiap di bilik yang lain dan Ryan hanya anggap perkara itu biasa, mungkin E-qy nak bersiap dengan kadar yang lebih cepat. Ryan yang terlebih dahulu siap menunggu E-qy di ruang tamu.

“abang. Pakai sut ni, bukan yang tu” suara E-qy menyebabkan Ryan berpaling ke belakang dan matanya terbuka dengan luas. Perlahan-lahan Ryan bangun dari sofa dan memandang E-qy dengan mulut dan mata yang terbuka luas.

“abang!” panggil E-qy lagi dan Ryan tersedar dari terpaku. E-qy yang memakai skirt labuh bersama jaket berwarna biru royal dan tudung yang sepadan dengan pakaiannya sambil memegang sut untuk Ryan dipandang dengan lama.

“sayang. Alhamdulillah. You are so beautiful” puji Ryan dan segera mendekati E-qy dan memeluk tubuh E-qy erat.

E-qy tergelak perlahan dan membalas pelukan Ryan. Perlahan-lahan E-qy menolak Ryan dari badannya. Ryan sentuh kepala isterinya yang bertudung dan jatuh ke pipi E-qy pula. Lembut sekali elusan dari tangan Ryan.

“thank you. Now, we have to go”

“oh, yeah. Jom”

Mereka berdua tiba di ruang pameran dan ramai sudah tiba. Ramai yang terpaku melihat E-qy dan Ryan datang bersama dengan pakaian sedondon. Kini, sudah ramai yang mengenali E-qy dan Ryan tetapi ramai yang tidak tahu E-qy dan Ryan adalah pasangan suami isteri, berita ini memang menjadi kejutan kepada orang ramai.

Setelah perkenalan daripada MC yang bertugas, semua orang kembali focus kepada fabric yang menjadi pameran kali ini. E-qy bertembung dengan Natrah dan keadaan sangat kekok. Natrah maju dan menyapa E-qy dengan seramah yang mungkin.

“tahniah” ucap Natrah dengan senyuman yang E-qy tahu, tak sepenuhnya ikhlas.

“terima kasih.” Balas E-qy balik dan suasana kembali diam dan kekok.

“erm, awak perasan tak tudung ni?” soal E-qy mengubah topic sejauh mungkin.

“brand butik saya” kini suara Natrah teruja menyebabkan E-qy tersenyum lebar.

“yup! I like it. The softness of the fabric and the pattern” puji E-qy ikhlas menyebabkan Natrah tersenyum malu.

“awak tahu fabric ni dari siapa, suami awak pun hebat” kali ini suara Natrah kedengaran ikhlas. E-qy ketawa perlahan dan anggukkan kepala setuju dengan kehebatan Ryan.

“saya minta diri dulu.” Pinta Natrah dan E-qy anggukkan kepala melepaskan Natrah pergi dengan senyuman.

“sis, you are gorgeous!” puji Nazim yang entah muncul dari mana menyebabkan E-qy ketawa dan sempat pose beberapa gaya ala model kepada Nazim. Nazim pula giat berpura-pura menjadi photographer. Mereka berdua bergelak tawa bersama dengan gembira.

 

 

 

 

 

 

Ryan dah pesan banyak kali kepada E-qy supaya tidak berjumpa dengan mama Nazim tapi siapa tak kenal Eqy yang tak pernah dengar nasihat sesiapa. Datin Rohana dan E-qy berjumpa di tempat yang Datin Rohana cadangkan. E-qy hanya menurut sahaja.

“datin nak berapa? Ini kali terakhir saya akan bagi duit dan datin takkan cari saya dan Nazim lagi” serius sekali nada E-qy dan memang dia tegas kali ini.

“huh, kau ingat kau dah kahwin dengan orang kaya aku takut?”

“saya tak perlukan duit suami saya untuk bayar apa yang datin nak”

“berlagak kau kan? Aku nak satu juta. Kau ada?” cabar Datin Rohana dan E-qy agak terkejut dengan nilai yang diminta. Agak-agak la, satu juta kut, bukan satu ribu.

“diam pulak. Tu la, berlagak sangat dengan butik tak seberapa kau tu” hina Datin Rohana pula dan E-qy tahan marah dengan menggenggam begnya kemas.

“500k” ujar E-qy dan mata Datin Rohana terbuka luas dengan nilai itu. sudah cukup banyak untuknya.

“kau mampu ke?” soal Datin Rohana seakan tak percaya yang E-qy sekaya itu.

“well, nak ke tak?” soal E-qy sinis, kini gilirannya pula untuk bertindak sinis pada E-qy. Perbuatan E-qy mengundang rasa marah Datin Rohana.

“kurang ajar!” tengking Datin Rohana dan menolak badan E-qy kuat menyebabkan E-qy mengundur beberapa langkah ke belakang sebelum jatuh ke cerun berdekatan taman permainan itu.

Datin Rohana yang terkejut melihat E-qy tidak sedarkan diri dan ada darah yang mengalir, dia terus beredar dari situ dalam keadaan takut.

 

 

 

 

Ryan memandang jam di tangannya buat kali ke sepuluh. Sudah pukul 11 malam dan E-qy belum lagi pulang. Rasa risaunya yang menggunung menyebabkan dia taka da selera makan. Semua orang dia sudah hubungi dan takda sesiapa pun tahu mana hilangnya E-qy.

“abang! Macam mana?” soal Nazim yang sebaik sahaja tiba di rumah itu. dia juga lenguh berlari ke mari, risau dengan keadaan E-qy yang hilang tanpa berita dan tak dapat dihubungi.

“abang risau la Zim.”

“Zim pun risau. Qie pergi jumpa mama ke?” soal Nazim resah.

“dia cakap nak keluar kejap je. Abang harap tak”

“kita tunggu call la”

“okay”

 

 

Tepat jam 2 pagi ada panggilan masuk di telefon Ryan. Ryan dengan keadaan mamai yang terlelap di ruang tamu menjawab panggilan itu. matanya cerah bila dia mendapat panggilan dari hospital dan mendapat berita mengenai E-qy.

“Nazim! Bangun! Kita kena pergi ke hospital, E-qy kat sana”

“ha? E-qy? Hospital?”

“yes! Jom!” gesa Ryan dan berlari ke pintu begitu sahaja.

“abang! Wallet, kunci kereta!” jerit Nazim kuat dan Ryan berlari semula ke dalam rumah mengambil semua yang dia perlu.

 

 

Sebaik tiba di hospital mereka begegas ke ruang kecemasan dan mendapat berita mengenai E-qy dari seorang doctor dan seorang polis juga berada di sana.

“ada orang awam yang ternampak Puan Nurin terbaring di bawah cerun di taman permainan, ingatkan mayat. Bila kami tiba di sana dan periksa keadaan Puan Nurin masih lagi bernyawa dan kami bawanya ke hospital” terang pegawai polis itu.

Ryan bersandar pada dinding dengan lemah dan meraup mukanya yang pucat menerima berita itu. Nazim memeluk Ryan kerana dia juga terkejut dan risau.

“kenapa?” soal Ryan.

“mungkin Puan Nurin terjatuh kerana tidak ada sebarang tanda dia dirompak”

“Qie buat apa kat sana bang?” soal Nazim lemah.

“doctor, macam mana keadaan isteri saya?”

“Puan Nurin stabil, luka di kepala dia ringan sahaja. Saya ada berita lain”

“apa?”

“Puan Nurin mengandung, dua bulan”

Berita mengejut itu membuatkan Nazim dan Ryan terkejut dan gembira pada masa yang sama.

“mengandung? Macam mana kandungan tu?”

“Alhamdulillah. Mereka berdua selamat dan stabil. Encik berdua boleh masuk ke wad pesakit”

“terima kasih doc, insp”

Ryan dan Nazim masuk ke wad yang didiami E-qy. Mereka berdua tersenyum lega melihat E-qy terbaring di katil dalam keadaan selamat. Hanya bekas balutan di kepalanya. Tapi doctor kata tiada apa yang perlu dirisaukan.

 

 

E-qy sedar keesokannya dan dia rasa sakit kepala yang menggunung. Bila dia membuka mata dan melihat wajah Ryan yang sedang lena disisi katil, manakala Nazim di sofa menyebabkan dia ketawa perlahan. badannya yang bergerak mengejutkan Ryan dengan serta merta.

“sayang! Macam mana?”

“slow sikit, Nazim tidur tu” E-qy bersuara perlahan dan Ryan tak hiraukan langsung.

“ada sakit kat mana-mana?” soal Ryan resah.

“saya okay, baby okay.” E-qy senyum dan usap perutnya. Ryan ikut sama senyum dan letakkan tangannya di perut E-qy.

“ya, doctor dah beritahu abang. Sayang buat apa kat taman?” saol Ryan dan E-qy telan liur dan alihkan matanya. Tak nak menjawab soalan itu.

“saya tak nak menipu, so…”

“jumpa mama Nazim kan?” soal Ryan menebak dan E-qy senyum bersalah.

“kenapa tak dengar cakap abang?”

“ala.”

“macam mana boleh jatuh?”

“ah? Tergelincir. Dah la, kepala saya rasa nak meletup dah ni” rungut E-qy dan Ryan terus diamkan diri. Malas lagi dah nak bergaduh dengan E-qy.

“saya lapar la”

“sayang nak makan apa?” soal Ryan lembut. E-qy senyum dan bangun dari baring.

“nak balik rumah, nak makan nasi goreng yang abang masak”

“abang Tanya doctor okay? Dah pukul 6 pagi ni. Abang slat subuh dulu. Abang panggil nurse tolong sayang ambil wudhuk ya?”

“okay. Kejut Nazim sama”

 

“ya.” Ryan cium dahi E-qy dan mengejut Nazim bangun dari tidur.

Nazim yang gembira melihat E-qy sedar memeluk E-qy erat dan bukan main susah lagi nak lepaskan. Tu la E-qy, suka sangat buat orang risau.

 

 

 

Di atas sebab mengandung, E-qy tak disarankan menaiki kapal terbang, lebih-lebih lagi berjalan jauh. E-qy terpaksa serahkan hal France kepada Farish, Dynaz dan Iman. Akhirnya dia yang akan berada di Malaysia dan uruskan kerja di sini. Nasib baik Nazim sedang bercuti, jadi ada orang yang teman E-qy di butik sementara Ryan bekerja.

“mana duit 500 ribu aku?” soalan yang diterjah begitu menyebabkan Nazim dan E-qy sama-sama berdiri dan melakukan apa sahaja yang mereka sedang buat.

“apa lagi mama nak? 500 ribu?” soal Nazim seakan tidak percaa yang mama dia sanggup datang dan minta duit.

“perempuan tak guna ni dah janji!” tempik datin dan Nazim mula hilang sabar.

“mama, kalau mama tak nak masuk penjara sebab dah cederakan E-qy dua bulan lepas, Nazim cadangkan mama keluar dari sini dengan segera atau Nazim akan call police.”

“berani kau ugut mama kau sendiri?”

“nazim tak ugut. Mama nak buat apa duit banyak tu? Duit daddy bagi dah pergi mana?”

“aku nak duit! Aku tak kira!”

“Nazim akan bagi mama duit sebulan sekali”

“berapa?”

“satu ribu”

“apa? Mana cukup!”

“mama please, bersyukur sikit. Mama ambil seribu tu dan pergi sekarang atau nak Nazim call police”

“urusan kita tak selesai kat sini!” jerit Datin Rohana dan keluar dengan tergesa gesa.

“apa lagi ni?” Nazim raup mukanya dan bersandar pada sofa dengan wajah yang bengang. E-qy gelak sikit dan duduk di sisi Nazim sambil urut lengan Nazim.

 

 

 

 

Bunyi bising di luar butik menyebabkan E-qy dan Ryan tertarik untuk melihat sama.

“apa tu?” soal E-qy pada Nazim.

“entah, jom pergi tengok”

“pergi la, butik ni macam mana?”

“okay. Tunggu sini”

Nazim berjalan ke seberang jalan dan ramai orang sudah kerumuni kawasan itu. rupa-rupanya ada kemalangan yang berlaku. Nazim berniat untuk kembali semula ke butik setelah mengetahui ada kemalangan. Langkahnya mati bila hatinya berdegup kencang dan dia berpatah semula.

Luluh hatinya bila melihat yang terbaring di jalan raya adalah mamanya sendiri. Nazim jatuh ke lutut melihat tubuh mamanya yang langsung tidak bergerak dengan lumuran darah disekelilingnya.

Pihak polis dan  hospital tiba di tempat kejadian. Nazim masih lagi kaku ditempat yang sama dan melihat dengan lemah apa yang berlaku. Seorang paramedic memberitahu yang mamanya meninggal menyebabkan Nazim diam tak terkata. Air matanya mengalir dan dia melihat semuanya berlaku dengan gerak perlahan.

 

 

 

Ryan tiba di butik dan pelik bila Nazim tiada di sana manakala E-qy menunggu Nazim di pintu sambil berdiri dan kadang bergayut pada pintu.

“sayang, duduk” pinta Ryan dan E-qy putarkan label ‘buka’ kepada ‘tutup’ sebelum duduk disisi Ryan.

“mana Nazim?”

“tu la. Tadi ada bunyi bising kat luar sana. Macam accident je, Nazim cakap nak pergi tengok. Sampai sekarang tak balik lagi”

“oh. Dah makan?”

“belum. Tunggu Zim”

“oh, panjang umur. Nazim?”

“Qie, mama…”

“kenapa?”

“accident tadi…” keadaan jadi senyap dan mereka semua hanya saling memandang.

Selesai majlis tahlil arwah Datin Rohana, Nazim termenung di laman rumah bangle milik keluarganya. Pelbagai benda terlintas dalam benaknya dan pada masa yang sama dia rasa menyesal sangat kerana tak pernah cuba untuk bawa mamanya ke jalan yang benar dan Allah jemput mama dia dalam keadaan macam ni.

Ryan duduk di sisi Nazim dan dia usap lembut belakang adik iparnya itu. Ryan tahu yang Nazim sedih kerana hubungan dia dan mamanya berakhir begitu sahaja, bukan dalam keadaan yang baik. Nazim pandang Ryan sebelum dia senyum sedih. Sedih yang teramat.

“Zim minta mama pergi, tapi bukan untuk selamanya” ujar NAzim sebak.

“Zim, doa anak yang soleh pun boleh jadi bekal untuk orang tua kita. Ingat, jangan pernah berhenti berdoa.”

“Zim menyesal abang, kalau la Zim tak pernah putus asa untuk baiki hubungan kami. Kalau la Zim selalu ada di sisi mama”

“Nazim, jangan salahkan diri sendiri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan sedih macam ni, Qie risau sangat tu”

“ya la. Terima kasih abang” ucap Nazim dan mereka berdua masuk ke dalam rumah bersama-sama.

 

 

E-qy urut tangan Ryan perlahan-lahan, walaupun jasadnya disini, fikirannya melayang jauh kepada Nazim yang berada di kolej. Dia tahu, kematian mama Nazim memberi kesan yang besar kepada Nazim tapi Nazim pilih untuk berdiam diri.

“sayang, Nazim ada call abang. Dia okay, dia minta sayang jangan risau sangat” ujar Ryan.

“kenapa dia tak call saya?”

“sayang, dia tak nak sayang risau. Esok kita pergi jumpa dia dekat kolej. Sayang kena ada di sisi dia sekarang ni”

“okay”

“sekarang kita tidur, esok kita berdua kerja”

“ya.genite”

“genite sayang”

Ryan sudah lena tetapi E-qy masih lagi terjaga sepenuhnya, E-qy bangun dari baring dan menuju ke beranda rumah. Fikirannya masih lagi kepada Nazim. Telefon dicapai dan nombor Nazim di dail. Dia tahu sudah lewat tetapi dia tetap nak dengar suara Nazim.

“Qie…” sebak suara Nazim di hujung talian menyebabkan air mata E-qy mula bertakung.

“Nazim…aku sayang kau tau, jangan diam macam ni je” ujar E-qy dan air matanya terus mengalir.

“Qie…mama…”

“Zim. Mama dah pergi, aku pun menyesal jugak. Sekarang ni kita kena doa, minta dengan Allah lindungi mama”

“ya. Aku sayang kau Qie”

“aku pun sayang kau sangat-sangat. Jangan lupa call aku”

“ya. Esok kau nak datang sini?”

“erm. Abang yang ajak”

“alright. Jumpa esok”

“ya. Genite Qie”

“genite”

Senyuman E-qy kembali, air mata yang kering dia sapu. Dia bangun dari duduk di sisi beranda, ambil nafas dalam-dalam.

“jom tidur baby” E-qy senyum dan usap perutnya, bila dia berpaling untuk masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat Ryan yang sedang bersandar pada dinding sambil tersenyum.

“abang! Kenapa tak tidur lagi?”

“macam mana nak tidur, batang peluk abang hilang”

“ya la! Jom masuk tidur!” ajak E-qy ceria dan mereka berdua masuk ke dalam bilik untuk tidur dan biarkan malam berlalu.

 

 

 

 

Ryan mendukung anak lelakinya dan bersorak senang bila nama Nazim dipanggil ke pentas untuk menerima sijil dan diberi lencana pilot. Setelah dua tahun, kini Nazim Berjaya bergelar sebagai seorang pilot. Nazim lambai topinya kepada E-qy, Ryan dan Rafique. Rafique ketawa mengekek bila melihat Nazim yang sedang berlari ke arahnya.

“Yay! Uchu dah jadi pilot!” sorak Nazim ceria. Rafique di ambil dari dukungan Ryan dan dilambung beberapa kali. Seronok la si cilik tu bila dibuat main macam tu.

“congrats!” ucap E-qy, kini giliran E-qy pula dipeluk dan dipusing pusing oleh Nazim. Pening E-qy dibuatnya.

“Zim, pergi duduk balik. Nanti kita sambung borak” ujar Ryan dan Nazim berikan Rafique sebelum berlari ke tempat duduk asalnya.

E-qy tergelak dengan telatah Nazim. Ryan memeluk bahu E-qy dan mereka kembali duduk di kerusi. Wajah bangga E-qy memang jelas terpancar pada wajahnya.

“pi..lot…” Rafique bersuara dan memakai topi yang Nazim tinggalkan kepadanya. Giginya yang kecil jelas terserlah.

“sudah, anak kita nak jadi pilot ke?” soal E-qy.

“erm hurm” jawab Rafique seakan mengerti soalan uminya, E-qy dan Ryan sama-sama ketawa perlahan dan cium pipi anak mereka.

 

15 comments:

  1. Auchh. Bestnyaaa. Mungkin lpas ni cerita nazim dgn heroin baru mungkin?😂😂😂

    ReplyDelete
  2. terimakasih banyak informasinya membantu sekali..
    jangan lupa kunjungi link kami di https://goo.gl/k5TW3n

    ReplyDelete
  3. Trbaikk...mcm biasa xprnah mnghampakan..������

    ReplyDelete
  4. Bestnya..x puas bca.��lpas ni kisah nazim plak������

    ReplyDelete
  5. The best blog ever.. Smua crite best2

    ReplyDelete
  6. best la blog ni,, tak bosan nak tengok..

    ReplyDelete
  7. Akak... Dah rindu ngan cerpen akak. Susah nak cari orang yang buat cerpen panjang dan seronok mcm akak. Semua watak yang akak buat menjadi. Rindu~~

    ReplyDelete
  8. Best sgt2��������x sabar tgu cerpen bru.....trbaik����������

    ReplyDelete
  9. Cerpen baru please!!! Hari2 singgah blog tgk ada update ke tak !!!!!! Sungguh penantian satu penyeksaan

    ReplyDelete
  10. best la cerpen ne...
    from indonesia

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak alzai,cerpen akk mmng xprnh menghamapakn..the best��

    ReplyDelete
  12. Bestnya,,,
    Suka semua cerpen akak😍
    From indonesia
    Salam kenal

    ReplyDelete