Iskandar sudah tahu kedudukan anak2 nya tapi dia tak nak bertindak melulu. Semuanya dengan kandar sudah tahu kedudukan anak2 nya tapi dia tak nak bertindak melulu. Semuanya dengan bantuan Daniel yang memberitahu kedudukan kembar.
Zurin rasa sangat asing berada di dalam villa mewah milik keluarga Iskandar. Seperti segala gerak gerinya diperhatikan oleh orang tua Iskandar.
Tangan Zaqriel menyentuh tangan Zurin dan dia genggam erat tangan itu. Zurin angkat muka yang dia sendiri tak sedar dia sedang memandang lantai sejak tadi.
"Relax ok, atuk dan nenek baik je" ujar Zaqriel menyebabkan Zurin tersenyum.
"Terima kasih" ucap Zurin ikhlas dan membalas genggaman Zaqriel.
Rose dan Ihsan tersenyum sedikit bila melihat betapa mesra hubungan Zaqriel dan Zurin. Betul apa yang diceritakan oleh Iskandar dan Daniel, Zurin dah ubah Zaqriel menjadi lebih baik dan kasih sayang seorang ibu yang tak pernah di terima Zaqriel, Zurin curahkan sepenuh hati.
Kini mereka faham kenapa Zurin boleh membuatkan hati semua orang terpaut, dengan kasih sayang yang ada pada Zurin sendiri. Zurin bukanlah rupawan seperti Bella tapi Zurin ada hati yang jauh lagi cantik dari rupa paras.
"Zurin" Zurin agak terkejut bila mama Iskandar memanggilnya.
"Ya puan" balas Zurin perlahan.
"Boleh kita berbual sebentar?"
"Ha? Em, ya. Boleh" balas Zurin resah. Zurin mengikut Rose ke ruang lain di dalam villa itu. Memang sangat besar dan Zurin yakin dia boleh sesat.
"Sila duduk" pelawa Rose dan Zurin duduk dengan segera, takut.
"Iskandar sanggup pilih kamu berbanding kami" tegas sekali suara itu dan Zurin kecut.
"Puan, saya minta maaf. Puan boleh minta apa je dari saya, tolong jangan minta saya tinggalkan Iskandar dan anak2" rayu Zurin dengan serendah diri yang dia mampu. Dia tak malu untuk merayu demi keluarganya.
"Kenapa?" Soal Rose lagi.
"Saya sayangkan keluarga ni" luah Zurin ikhlas.
"Saya dah faham kenapa Iskandar bertegas untuk kekalkan perkahwinan kamu berdua."
"Apa maksud puan?"
"Iskandar seorang lelaki yang pentingkan kerja dan tak pernah menilai cinta tapi bila kamu ada, Iskandar mula mengenal cinta dan keluarga. Saya perlu berterima kasih dengan kamu Zurin" luah Rose dengan nada yang sebak, sebak melihat kebahagian anaknya.
"Saya yang perlu berterima kasih dengan puan. Mungkin puan belum terima saya, tapi bila puan izinkan saya..."
"Zurin, saat Bella menjadi menantu saya, saya tak pernah rasa mendapat seorang anak perempuan. Tapi kamu, kamu berjaya buat saya rasa seperti ada seorang anak perempuan"
Paling mengejutkan Zurin bila dia dipeluk oleh Rose dengan erat. Pelukan erat mereka seakan bertautnya hati mereka antara satu sama lain. Mereka berpelukan lama.
"Alhamdulillah" Iskandar memuji Allah bila melihat mama dan isterinya, tadi dia risau apa yang akan dilakukan kepada Zurin tapi kini dia lega.
"Now she gets a daughter, I think after this Malaysia is her home" ujar Ihsan kepada anak lelakinya dan Iskandar tergelak perlahan.
"Thanks papa" ucap Iskandar ikhlas dan Ihsan tersenyum nipis.
"You give us a daughter, we are the one should be thanking you"
"Papa, she is the best and wonderful thing that happen to me"
"You love her?" Soal Ihsan menduga, tak pernah walau sekali dia mendengar anaknya mencintai seseorang.
"I do love her" balas Iskandar dan dia kembali memandang Zurin yang sedang mengesat air matanya.
Zurin tersenyum manis dan keringkan sisa air matanya, kebetulan matanya menala kepada Iskandar dan tanpa berfikir dia berlari anak ke arah Iskandar dan memeluk erat tubuh suaminya.
"I love you" ucap Zurin, perlahan tapi cukup untuk buat Iskandar mendengarnya dan terpaku pada masa yang sama. Jantungnya berdetak laju.
"I love you too" balas Iskandar setelah lama berdiam diri dan membalas pelukan Zurin. Giliran jantung Zurin pula berdetak dengan laju. Bahaya betul.
"Um, saya..." Zurin sudah malu tahap dewa dan dia mencari alasan untuk segera beredar dari situ. Iskandar rasa seronok pula, teringin rasanya mengusik Zurin.
Tangan Zurin diraih bila dia cuba untuk melarikan diri. Zurin ditarik ke dalam pelukannya dan Iskandar rendahkan kepala untuk bisikkan sesuatu pada telinga Zurin.
"Boleh saya dengar lagi sekali?" Bisik Iskandar dan tanpa banyak soal, dada Iskandar dipukul dengan agak kuat. Geram.
"Ish! Kembar macam mana?" Zurin mengubah topik dengan serta merta menyebabkan Iskandar tergelak perlahan.
"I will go and bring back our sons"
"Saya?"
"You,stay here, wait for us"
"Kenapa?" Zurin dah mula rasa tak puas hati.
"Saya tak nak awak tengok dan dengar apa yang bakal jadi"
"La...kenapa pulak?"
"Wait for us okay?"
"Hmm, okay" balas Zurin mengalah. Tak ada guna jugak bergaduh dengan Iskandar ni sebenarnya.
Zurin resah menanti kembar dan Iskandar pulang, sejak tadi dia hanya mundar mandir tanpa duduk langsung. Mertuanya dah mula penat melihat Zurin yang terus berjalan ke hulu ke hilir.
"Sekarang papa dah faham kenapa Is dan anak2 dia sayang sangat dengan Zurin" kali ini Zurin berhenti berjalan dan duduk di sofa. Ihsan dipandang dengan penuh tanda tanya.
"Sebab Zurin sayang mereka sangat2" jawapan itu buatkan Zurin tersenyum.
"Mereka semua tu comel sangat, sebab tu Zurin boleh jatuh sayang" balas Zurin tersengih lebar.
"Is pun comel ke?" Soal Ihsan balik sebagai usikan tetapi Zurin berfikir keras, waktu mana Iskandar comel? Ada ke?
"Comel! Kadang2 Is suka juga berperang mulut dengan kembar, masa tu semua nampak comel" Zurin tergelak kecil bila teringat memori lama.
"Is berperang mulut? Rare ni"
"Betul pa, Zurin selalu tergelak. Iskandar memang nampak tegas dan garang tapi..."
"Tapi?" Semua orang menantikan jawapan dari Zurin.
"Tapi dia lembut je" jawab Zurin perlahan. Kali ini mertuanya ketawa bila melihat wajah malu Zurin. Ada rupanya saat Iskandar menjadi lembut.
"Mama!!!" Perbualan mereka terhenti di situ bila tiga suara kecil bergabung memanggil 'mama'. Zurin segera berlari ke pintu rumah.
Kembar berlari laju ke dalam pelukan Zurin dan air mereka terus gugur sebaik berada dalam pelukan Zurin. Zurin sendiri jatuh terduduk bila dirempuh oleh kembar. Kuat sangat.
"Mama, tak nak tinggal dengan grands" tangis mereka dan Zurin turut sama menangis, rasa risau dan rindu keluar bersama.
"Rindu" mereka menangis lagi. Orang lain hanya berdiri berdekatan mereka dan melihat drama itu.
Orang tua Iskandar mendukung kembar masuk ke dalam rumah. Masih lagi nak bersama Zurin malangnya Zurin tak mampu nak dukung ketiga tiga mereka. Mahu patah tulang belakang Zurin nanti.
Zurin tidurkan kembar dan dia mencium dahi mereka bertiga lama. Dia bersyukur keluarga mereka kembali bersatu. Zaqriel masuk ke dalam bilik itu dan duduk di birai katil.
"Zaq nampak penat je, tidur awal ok" Zurin usap rambut Zaqriel lembut dan Zaqriel anggukkan kepala sambil tersenyum.
"Mama patut tengok macam mana papa pertahankan mama tadi. Rasa macam papa dah jadi ustaz dan lawyer, pakej!" Zaqriel cerita ringkas membuatkan rasa ingin tahu Zurin membuak buak. Saja je la Zaqriel ni.
"Ya la tu"
" Serius ma! Tak pernah Zaq dengar papa cakap panjang lebar macam tu"
"Dah la, saja je buat mama rasa curious. Pergi masuk tidur"
"Ya la. Mama pun tidur awal. Pergi tidurkan papa pulak, kesian papa sorang2 kat bilik" sempat lagi Zaqriel usik Zurin sebelum berlari keluar dari bilik kembar.nak je Zurin baling bantal pada Zaqriel sekarang ni.
Zurin dengar cakap Zaqriel dan masuk ke biliknya, Iskandar sedang menaip sesuatu di dalam laptop di ribanya sambil bersandar pada katil. Zurin merangkak perlahan naik ke katil dan bersimpuh di sisi Iskandar.
"Abang" panggil Zurin lembut dan Iskandar yang belum lagi terbiasa dengan panggilan itu tersentak sedikit, segan pun ada sebenarnya.
Dia dah biasa dengar perempuan memanggil dia dengan nama manja dengan niat menggoda tapi tak pernah sampai ke hati Iskandar. Zurin, yang memanggil Iskandar begitu lembut tanpa niat menggoda langsung berjaya buatkan Iskandar rasa lain macam. Apa Zurin dah buat pada hati Iskandar sebenarnya?.
"Hmm" respon Iskandar buat2 tak terkesan dengan panggilan Zurin.
"Apa jadi tadi?" Soal Zurin perlahan, Zurin perhati wajah Iskandar yang tenang sahaja.
"Nothing much, mom being stubborn and I threat her a bit"
"Ugut?"
"Kinda, just talk about law. Thats all" Zurin tak beruas hati dengan jawapan Iskandar. Zaqriel cerita lain.
"Tu je?" Cuba Zurin lagi.
"Apa yang Zaqriel beritahu awak?" Soalan berbalik kepada Zurin dan Zurin senyap. Iskandar ni memang terel fire balik.
"Tanya je. Tak nak cakap tak apa la" rajuk Zurin dan masuk ke dalam selimut. Baik dia minta Zaqriel yang cerita lanjut nanti. Iskandar ni susah.
Iskandar kerling Zurin yang memeluk bantal kemas, tahu Zurin merajuk dan geram dengan sikapnya. Kali ini dia memang rasa terhibur dengan respon Zurin.
"Mom told me that you dont deserve us but I told her, I'm the one who dont deserve you"
"Told them how much we love you and how much you love us"
"Told her that, you give us everything we need and what her daughter never gave us"
"She back off and we are here, together"
Zurin mendengar dengan tekun apa yang Iskandar cakap dan hatinya berbunga. Dia rasa bahagia bila dia begitu dihargai sekarang ni. Zurin senyum sampai ke telinga.
Iskandar tanggalkan kaca matanya dan tutup laptop sebelum letakkan di atas meja tidur. Dia turut sama masuk ke dalam selimut dan dekatkan diri pada Zurin.
"Selalunya, bila perempuan panggil saya dengan nama manja, mereka nak goda saya." Bisik Iskandar dengan nada mengusik dan Zurin kerutkan dahi, apa pulak yang Iskandar mengarut ni?
"Untung la orang famous" Zurin balas sebal, sebenarnya dia rasa cemburu, dah ramai sangat perempuan yang goda Iskandar dan dia tak tahu dah berapa ramai perempuan bersama Iskandar selama ini. Tiba2 hati dia rasa sangat sedih.
"Tapi saya tak pernah tergoda pun" Iskandar terus mengusik dan kali ini Zurin senyum sampai telinga.
"But, just now you called me 'abang'. Are you, seducing me?" Kali ini Zurin kejung.
"Apa?! Mana ada! Orang panggil je la" bangkang Zurin keras dan pandang Iskandar yang tersengih lebar tajam.
"Really?" Soal Iskandar tak percaya.
"Dah kenapa nak goda abang pulak?" Soal Zurin masih lagi naif dan cuba pertahankan diri, dia memang tak ada udang di sebalik batu pun panggil Iskandar macam tu.
"Who knows?"
"Ish, abang ni mengarut la. Zurin panggil je pun"
"Hmm, sedihnya. Ingatkan Zurin betul2 goda abang tadi" Iskandar tayang wajah sedih buatkan Zurin rasa bersalah dan keliru.
"Kenapa sedih?"
"Sebab abang tergoda dah tadi" Iskandar palingkan badan dan mengiring ke kanan, merajuk ke?
Zurin bertambah keliru, kenapa pulak Iskandar nak merajuk dan sedih?
"Abang, merajuk eh?" Soal Zurin lembut dan menyentuh lengan Iskandar perlahan.
Iskandar pilih untuk diamkan diri dan pura2 tidur. Zurin ditimpa rasa bersalah pula kini.
"Abang sedih ke? Zurin minta maaf la" Zurin mula rasa bersalah.
"Zurin memang tak ada niat nak goda abang langsung ke?" Soal Iskandar pula dan Zurin bingung
"Tak" jawapan selamba bebas Zurin buatkan Iskandar mengeluh.
"Why called me 'abang' so sweetly?"
"Sebab...memang Zurin nak panggil macam tu dan sebab sayang la!"
Iskandar senyum kemenangan, Zurin ni naif sangat kadang2. Iskandar palingkan badannya memandang Zurin dan memeluk tubuh Zurin baring di sisinya.
"Alright, lets sleep" bisik Iskandar dan dahi Zurin dicium.
"Abang sihat tak ni? Sekejap merajuk, sekejap marah eh, dah baik pulak. Zurin confuse ni"
"Stop whining. Get some rest. Lets sleep. Genite"
"Eh.?"
"Tidur" ujar Iskandar dengan nada serius dan Zurin hanya menurut. Dia pejamkan mata dan tersenyum malu bila dia sedar yang malam ni,dia akan lena dalam pelukan Iskandar.
Semua orang pandang wajah Iskandar dan Zurin bergilir-gilir, pelik bila melihat dua wajah ini hanya tersenyum tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.
"Bro, you got something last night, dont you?" Daniel dengan berani bertanya dan Iskandar kerling adiknya sekilas.
"Why should I answer you?" Soal Iskandar balik sengaja main tarik tali dengan Daniel.
"I'm so jealous!" Daniel tayang wajah merajuk dan mengunyah rotinya perlahan lahan.
"Stop playing around and get married!" Iskandar berkata serius dan Daniel bertambah sedih. Dia adalah playboy yang dikenali ramai perempuan, sekarang semua perempuan dah tak nak dekat dengan dia sebab takut ditipu.
"I think I've lost the chance" Daniel ni dah kenapa pulak nak bersedih hiba.
"Daniel, Allah cipta Hawa untuk Adam. Allah mesti cipta seseorang untuk Daniel" Zurin memilih untuk mencelah dan dia tersenyum memberi semangat kepada Daniel. Mood Daniel terus berubah ceria dan dia membalas senyuman Zurin.
"Kalau Zue bosan dah tengok muka Is, pandang Dani eh?" Daniel dah gunakan ayat memikat dia dan Zurin hanya tersenyum.
"Bro! Sakit la!" Jerit Daniel tiba2 bila tangannya dicucuk dengan garfu oleh Iskandar.
Iskandar tolak kerusi dan tinggalkan meja makan dengan wajah bengang, nampaknya suasana dah berubah kelam, senyuman Iskandar juga hilang. Semua orang diam dan pandang Daniel tajam, bergurau tak kena tempat betul la dia ni.
"Dani gurau je" Daniel membela dirinya sendiri tetapi tetap tak mendapat respon baik dari semua orang.
Zurin tersenyum bila melihat Iskandar bersama kembar bermain di halaman rumah bersama sama. Musim sejuk belum lagi tamat sepenuhnya jadi Zurin agak risaukan suhu sejuk di luar akan menyebabkan mereka jatuh sakit nanti.
"Mama!" Jerit Aqiel yang terlebih dahulu ternampak Zurin. Zurin lajukan langkah ke arah mereka dengan senyuman lebar.
"Tak sejuk ke sayang?" Soal Zurin dan pakaikan topi ke atas kepala mereka bertiga.
"Tak" jawab mereka serentak dan teruskan bermain.
Zurin mendekati Iskandar yang sedang duduk di bangku dengan wajah garang. Takut sebenarnya tapi Zurin tak nak Iskandar bermasam muka macam ni.
"Abang tak sejuk ke?" Zurin menyentuh kedua pipi Iskandar lembut.
"Zurin yang sejuk, kenapa tak pakai sarung tangan?" Iskandar mulanya tak nak bagi respon tapi bila tangan sejuk Zurin yang menyentuh pipinya dia mula rasa risau.
"Dani gurau je, kenapa serius sangat?" Soal Zurin berhati hati.
"Zurin back up dia ke?"
"Tak. Zurin tak suka tengok wajah abang yang garang ni."
"I'm afraid. There was a girl that I kinda liked her but, once Dani start talked to her, she chose Dani over me"
"Oh, jadi abang teringat kekasih lama?" Kini giliran Zurin yang hiba. Kenapa dia rasa sakit sangat?
"Hey, my point here is, he is good with handling and talking to women"
"Saya tak perlu lelaki yang pandai bercakap manis pun, lelaki yang tak banyak cakap ni selalunya setia" Zurin reka fakta sendiri untuk memujuk Iskandar.
"Really?" Soal Iskandar meminta kepastian.
"Sure. Abang akan setia dengan Zurin kan?"
"Of course"
"Zurin pun akan setia dengan abang."
"Promise"
"Yup!" Zurin tersengih lebar.
Iskandar senyum nipis dan memeluk pinggang Zurin membawa Zurin ke dalam pelukannya. Walaupun suhu sekitar sejuk, mereka rasa sangat hangat sekarang ni.
"Mama, papa! Nak peluk jugak" rengek kembar manja menyebabkan orang tua mereka ketawa dan mereka berlima mula berpelukan beramai ramai.
"Zaq pun nak!!!" Zaqriel menjerit dari jauh dan mula berlari ke arah keluarganya.
Ihsan dan Rose mengambil gambar kenangan bereka berenam dan tersenyum bahagia. Siapa sangka seorang perempuan boleh membawa berjuta bahagia kepada semua orang.
"Ma, pa. I dont even imagine that bro will be this happy" Daniel memeluk bahu kedua orang tuanya sambil memandang keluarga kecil yang sedang berpelukan dan ketawa bahagia itu.
"Me too. I'm so happy"
"Bro deserves this"
"Yes"
Sekembalinya mereka dari UK tak banyak yang berubah kecuali hubungan Zurin dan Iskandar yang bertambah erat. Mereka seakan tidak boleh dipisahkan lagi dah.
"Abang, Zurin kena hantar kek lepas ni. Abang jemput kembar eh?" Pinta Zurin kepada Iskandar yang sedang makan di meja.
"Sure"
"Abang, kosongkan jadual abang khamis depan"
"Why?"
"Result SPM keluar. Zue nak kita ada dengan Zaq" jawab Zurin tersenyum bahagia.
"Sure"
"Abang, pukul 6 nanti kembar ada kelas mengaji di rumah Ustaz Naim, Ustaz Fathi dah berhenti" maklum Zurin lagi sementara tangannya lincah membungkus kek yang ditempah pelanggan.
"Okay"
"Abang, jangan lupa bagi makan kucing kembar yang sakit tu bila balik rumah nanti"
"Okay"
Iskandar ni dengar atau tak sebenarnya sebab dia tengah sibuk dengan telefonnya sendiri. Zurin geram juga sebenarnya tapi disebabkan tak sempat lagi dah nak berleter pada Iskandar dia biarkan je.
"I 've got to go. Take care" Iskandar mencium dahi Zurin sebelum beredar.
"Benci la aku tengok lovey dovey korang dua ni" rungut Ruby tak puas hati, tapi wajahnya senyum berbunga. Bahagia untuk kawan baiknya.
"Eleh, jealous la tu"
"Memang la! Azman tu asyik sibuk je, tak tahu bila nak kahwin. Cari yang lain baru tahu" kali ini Ruby betul2 merajuk. Perkahwin mereka dah tiga kali ditunda tanpa sebab yang kukuh. Bak kata Zaqriel, Azman penakut tahap dewa, sebab tu asyik tunda je.
"Daniel free lagi kalau kau nak" Zurin offer tiba2.
"Mamat mana pulak tu?"
"Adik Iskandar" jawab Zurin ringkas.
"Tak nak la! Muka macam playboy!" Kutuk Ruby berserta penolakan keras.
'Memang playboy pun' Zurin bermonolog dan ketawa perlahan. Sabar la Daniel, semua orang cop dia playboy.
"Sis, Zaq single" Zaqriel yang entah datang dari mana segera mencelah.
"Thank you so much Mr. Zaqriel. But I'm not going for young man"
"What a waste. Dont regret it leter"
"No way. Azman is way better than both of you"
"Thats hurt sis." Ruby ketawa bila melihat wajah tak berpuas hati Zaqriel. Sensitif sungguh lelaki dalam keluarga Ihsan ni.
"Ma, boleh Zaq ikut deliver kek?"
"Boleh, dah bosan melepak ke?"
"Ma, bukan melepak, hang out ok"
"Sama je mama dengar. Boleh Zaq, kalau boleh tolong drive lagi baik"
"No hal! Lesen Zaq ni memang ada manfaat dia pun" Zaqriel sengih lebar kepada Zurin.
"Good! Kau dah ada Zaq so aku tak payah ikut la eh. Boleh aku ikut Azman cari barang kahwin sikit"
"Ok Ruby"
"Sis, if he back off once again, I will find a better man for you"
"Thank you Zaq, but I love him"
"Hmm, love is crazy and ridiculous"
"Tunggu la bila Zaq kena hatrik cinta nanti, baru tahu gila tak gila cinta ni"
"Sure" balas Zaqriel tak berminat langsung.
"Ok, cukup2 la falsafah cinta korang dua, bosan dah. Jom kita pergi. Ruby tolong kemas dapur and kunci pintu. Thank you" Zurin dan Zaqriel sama2 beredar dari kedai setelah ucapkan selamat tinggal kepada Ruby.
Zaqriel bantu Zurin angkat kek ke dalam dewan untuk pelanggannya. Setelah semua kek dibawa masuk dan Zurin memberi bil bayaran, Zurin dan Zaqriel sama2 keluar dari dewan itu.
"Ma, jom pergi makan" ajak Zaqriel sambil mengusap perutnya, memang dia lapar sangat sekarang ni.
"Nak makan apa?" Soal Zurin pula.
"Mc D. Drive thru je"
"Ok"
Iskandar sudah sampai di rumah bersama kembar dan mereka dengan selamba melepak di ruang tamu tanpa mengemas beg dan masih lagi memakai pakaian yang sama, termasuk Iskandar.
"Tuan, tak nak tukar baju ke?" Soal Khan yang tolong risaukan mereka, Zurin bila mula berleter boleh tahan lama jugak nak diam balik.
"Zurin balik lewat hari ni" jawab Iskandar tak acuh sambil baring di sofa.
"Aqiel, Ariel, Qael. Tukar baju sekarang, nanti mama balik bising" Mai bersuara pula dan kembar memanjat ke atas badan Iskandar yang sedang baring dari selesa. Mereka berempat memang tak nak bergerak langsung.
Khan dan Mai hanya mampu gelengkan kepala bila mereka semua tetap berdegil untuk tidak menukar pakaian. Tunggu la Zurin balik nanti, baru tahu susah.
"Apa ni?" Suara Zurin yang memecahkan kesunyian di ruang tamu membuatkan mereka berempat segera berdiri. Susah juga kembar nak panjat turun Iskandar tadi.
"Tiba2 rasa nak mandi pulak" Iskandar sudah mengambil langkah untuk beredar tapi Zurin lagi laju menghalang Iskandar.
"Kenapa tak bawa kembar pergi mengaji?" Soal Zurin tegas.
"Ustaz Fathi pergi umrah, lagi dua minggu dia balik" jawab Iskandar sambil tersengih.
"Kenapa tak tukar baju?" Kini soalan beralih kepada kembar pula. Zaqriel dah awal2 lagi berlari masuk bilik sebab dia tahu Zurin akan mula ceramahnya.
"Papa tak tukar baju" jawab Ariel perlahan.
"Pergi naik mandi, tukar baju ok?" Soal Zurin dengan nada lebih lembut, dia malas betul nak berleter hari ni.
"Okay!" Jawab kembar ceria dan segera ke bilik mereka sambil melambai kepada Iskandar.
Mata Zurin memandang Iskandar lama, dia dapat agak yang disebabkan Iskandar la kembar tak tukar baju sama. Zurin dah bercekak pinggang dan pandang Iskandar tajam.
"Abang tak boleh naik mandi ke?" Soal Iskandar seperti tiada apa yang berlaku.
"Kenapa sekarang baru nak mandi?"
"Because I want to take one with you!" Jawab Iskandar pantas dan mengangkat tubuh Zurin dengan senang lalu menuju ke bilik tidur mereka. Zurin terjerit meminta diturunkan tetapi Iskandar rasa seronok untuk mengusik Zurin sekarang ni.
Zaqriel pandang wajah masam Zurin sebelum beralih kepada Iskandar yang hanya tenang seperti biasa, ada la tu apa yang Iskandar buat untuk naikkan darah Zurin.
"Mama ok?" Soal Zaqriel prihatin dan Zurin segera tersenyum kepada Zaqriel.
"Okay je"
"Papa usik mama lagi ke?" Soal Zaqriel lagi.
"Mana ada usik" Iskandar cepat2 pertahankan dirinya dari tuduhan itu.
"Ya la tu, kalau tak takkan mama masam macam ni"
"It was a prank, thats all." Iskandar ni memang pandai dah sekarang nak prank orang.
"Mama, kalau papa ni suka sangat nak prank mama, mama boleh tidur bilik lain. Tinggal je papa ni"
"Boleh tidur dengan kami!" Sorak kembar ceria menyebabkan Zurin tersenyum.
"No. She can't. Zurin, you can't" tegas Iskandar membantah idea itu dan Zurin hanya tayang muka bersahaja. Masih lagi geram dengan prank Iskandar yang menutup lampu bilik air sewaktu Zurin mandi, bukan Iskandar tak tahu Zurin tak suka gelap. Sebab tu la Zurin naik angin sangat.
"Fine, abang tak akan buat lagi. Deal?" Iskandar mengalah setelah yakin yang Zurin tak akan mendengar cakapnya.
"Betul ni?" Soal Zurin memastikan hal itu.
"Ya" jawab Iskandar sambil tersenyum. Prank orang pun kena tahu bila nak berhenti, nanti orang benci.
Zurin memeluk lengan Zaqriel sejak turun dari kereta ke dalam dewan di mana keputusan SPM akan diedarkan. Iskandar pula berjalan di belakang mereka dengan wajah yang masam. Geram bila dia di tinggalkan isteri sendiri.
"Papa dan mama tunggu sini, best of luck" ucap Iskandar dengan nada cool nya. Iskandar memegang tangan Zurin dan menarik Zurin ke sisinya .
"All the best" ucap Zurin pula. Zurin yang terlebih gabra dibandingkan dengan Zaqriel sebenarnya.
"Nervous sangat ke?" Soal Iskandar kepada Zurin. Zurin pandang Iskandar sekilas sebelum anggukkan kepala.
"He will score. Dont worry" Iskandar cuba untuk tenangkan Zurin dan Zurin tersenyum bahagia. Dia peluk lengan Iskandar untuk hilangkan debar di hati.
Beberapa pasangan ibubapa turut bertegur sapa dengan Zaqriel dan Zurin. Mereka berbual ringkas sementara menunggu keputusan anak2 mereka.
"Hey, dah la nervous" bisik Iskandar pada Zurin.
"Mana ada" balas Zurin pula, tak nak mengaku. Ya la tu tak nervous.
"Your hand is sweating" Zurin berkerut dan pandang tangan dia yang bertaut dengan tangan Iskandar. Bila pulak mereka berpegangan tangan?
"Berpeluh sebab abang pegang ketat sangat" Zurin masih lagi cuba untuk berdalih.
"Really? Abang rasa Zurin yang pegang tangan abang dari tadi lagi"
"Mana ada!"
Iskandar tayang wajah tak percaya dan Zurin rasa geram pula. Kenapa la garang sangat isteri Iskandar semenjak dua ni. Apa pun Iskandar tersengih bahagia sebab berjaya usik Zurin lagi.
"Papa! Mama!" Jerit Zaqriel dari jauh sambil berlari mendekati orang tuanya. Zurin sudah berdiri dan menanti dengan debaran. Iskandar masih lagi tenang dan duduk dengan selesa.
"Nah!" Zaqriel hulurkan slipnya dan Zurin rasa sedikit berdebar, dia yakin yang Zaqriel akan dapat result yang baik tapi rasa takut tu tetap ada.
"Sorry ma, dapat satu B" pinta Zaqriel sedih. Zurin tergelak perlahan dan memeluk anaknya erat.
"Mama bangga dengan Zaq! 8A! Hebat tu"
"Really? Tapi tak straight" Zaqriel agak tidak berpuas hati tapi bila melihat wajah bahagia Zurin dia lega.
"Sorry pa, I have tried my best" pinta Zaqriel kembali risau bila melihat wajah Iskandar yang tidak berubah sejak tadi.
"Zaq puas hati?" Soal Iskandar kepada Zaqriel.
"Boleh la, tapi Bahasa Melayu B. Segan la" jawab Zaq memang malu dengan diri sendiri. Orang melayu tapi tak dapat A. Hahaha.
"Its okay. Zaq happy then, its fine" ujar Iskandar dan senyum sedikit kepada anaknya. Zaqriel kembali ceria dan memeluk Iskandar erat. Sekarang dia memang rasa puas hati gila!
"Thanks pa"
"Jom balik rumah! Mama nak masak banyak2 sempena meraikan Zaq" Zurin bersorak ceria dan mula menarik tangan dua lelaki yang berada di sisinya.
Iskandar dan Zaqriel hanya mampu senyum dan mengikut langkah Zurin. Zaqriel tergelak senang bila dia ditarik dengan susah payah oleh Zurin. Nak tarik dia seorang pun dah kira berat, tambah pulak Iskandar memang penat la Zurin.
"Mama dan papa tunggu dalam kereta dulu. Zaq nak jumpa cikgu2 jap"
"Ok."
"Zaq, you can spend some time here. Once you finished call Khan. He will fetch you"
"Okay. Thanks!"
"Bye ma! Masak sedap2 nanti Zaq balik"
Zaqriel segera berlari ke sekolahnya semula. Zurin pandang Iskandar yang berdiri di sisi kereta dengan tangan di dalam poket. Konon cool la tu.
"Abang bangga sangat dengan Zaq kan?" Soal Zurin dan masuk ke dalam kereta setelah pintu dibuka untuknya.
"Perlu ke abang jawab soalan tu?" Iskandar ni dah mula balik nak cari panas Zurin.
"Tak nak jawab sudah" Zurin dah merajuk dan palingkan wajahnya ke tingkap.
Iskandar tergelak kecil dan dia mendekatkan wajahnya pada Zurin untuk mengusik lagi. Seronok sangat agaknya.
"Merajuk ke?"
"Tak nak pandang abang dah?" Soal Iskandar lagi dan Zurin palingkan wajahnya dengan pantas. Bibirnya tersentuh hujung hidung Iskandar yang berada di laluan ketika itu.
Iskandar diam seketika, Zurin laju alihkan muka sebab malu. Iskandar dapat idea baru untuk usik Zurin lagi.
"Tak sangka pulak dapat kiss. Thanks" Iskandar sengih jahat sebab dia dapat rasa Zurin akan meletup.
"Abang ni..." suara Zurin bergetar perlahan. Dia dah annoying sampai tahap nak menangis dah ni. Sampai hati betul la Iskandar ni.
'Ops! Terlebih sudah' Iskandar sengih bersalah. Dia memalingkan wajah Zurin supaya memandangnya dan air mata sudah ada di tubir mata Zurin yang terpejam.
"Sorry okay. Abang gurau je" air mata di lap dengan lembut dan dahi Zurin dicium lama.
"Please..." pujuk Iskandar bila Zurin masih pejamkan mata dan diamkan diri.
Iskandar peluk Zurin dan bawa wajah Zurin ke dadanya. Tu la siapa suruh seronok sangat kenakan orang?
"Shh..."
Zurin buka mata perlahan lahan dan dia sengih bahagia. Dah kenapa sengih? Tak nampak macam sedih dan lepas menangis pun.
'Ni la senjata dia!' Zurin gelak jahat dalam hati. Dia sengaja pura2 menangis, ingat Iskandar seorang je pandai kenakan orang?
"I'm sorry" pinta Iskandar dengan rasa bersalah habis. Zurin pandang wajah Iskandar dan anggukkan kepala. Dalam hati tahan gelak sampai merah muka.
"Nak masak untuk Zaq kan? Lets go to supermarket"
"Okay"
"Dont cry easily, it will break my heart" pinta Iskandar dan Zurin rasa bersalah pula. Iskandar betul2 risaukan dia sekarang ni.
"Ok." Jawab Zurin patuh dan Iskandar senyum sebelum akhiri pelukan mereka dengan ciuman di dahi Zurin. Aish, rasa disayangi sangat kan?
Zurin memeluk lengan Iskandar dan berjalan beriringan membeli barang dapur. Troli barang di tolak oleh Iskandar dengan perlahan lahan. Iskandar terhibur melihat Zurin yang begitu seronok membeli barang dapur. Tak sangka yang membeli barang dapur ni seronok sebenarnya.
"Sos tiram dah ada kat rumah, sos cili ada, sos tomato? Hmm, tak ada!" Zurin ralit bermonolog seorang diri lalu memasukkan sos tomato ke dalam troli.
"Mayonise, white pepper and pasta!"
"Kita mak makan pasta ke malam ni?" Soal Iskandar bila perhatikan barang yang dibeli Zurin.
"Yup. Zaq suka betul pasta" Zurin sengih lebar. Iskandar senyum terharu, sedangkan dia sendiri tak pasti apa makanan kegemaran anak2 nya. Selama ini dia tak pernah cuba untuk ambil tahu.
"Zue nak ambil barang basah. Abang nak ikut ke?" Soal Zurin kepada Iskandar.
"Jom" Iskandar tarik tangan Zurin ke arah barang basah. Troli di tinggalkan pula.
"Troli!"
"Lupa. Pergi dulu, nanti abang susul"
"Ok"
Iskandar pada mulanya memang ingin pergi kepada Zurin tetapi terhalang bila dia terjumpa dengan kenalan lama. Mereka berbual sehingga lupa masa telah berlalu dan Zurin sudah selesai membeli barang yang dia nak.
"I still cant beleive that we will meet here" amboi, bukan main seronok lagi kawan Iskandar, siap pegang2 lengan Iskandar. Panas la Zurin yang sedang melihat adegan itu.
"Sheila, this is wrong" Iskandar dengan lembut jauhkan tangan kawannya yang bernama Sheila itu.
Sheila agak terkejut, maklumlah dulu mereka selalu sahaja bersentuhan. Iskandar dah banyak berubah dan Sheila baru sedar akan hal itu.
"Is, so you are married" bukan soalan tapi kenyataan keluar dari mulut Sheila dan dia terkejut sebenarnya.
"Yes, I am" Iskandar tunjuk cincin di jarinya sambil tersenyum bahagia. Dia bahagia bersama Zurin.
"So, its true."
"What?" Soal Iskandar keliru.
"What Bella's mom told me. You married an oldskool girl"
"Sheila, it is not your place to talk like that about a person I love dear so much. I dont know what kind of lie she told you"
"Wow, this is new. You never backed up Bella before and now you are protecting your new wife" seakan ada nada mengejek dalam nada bicara Sheila sekarang ini. Maklumlah, Sheila adalah kawan baik kepada Bella.
"What are you trying to say?" Wajah Iskandar bertukar serius dan garang. Memang dia rasa marah sangat sekarang ni.
"What? You are protecting this new wife while, years before, you just let your wife died"
"She died because an accident!"
"Really? The main cause was your fault! You let her drive eventhough you know she cant drive well that time"
"Sheila, stop talking like you know everything because you know nothing!" Suara Iskandar mula meninggi. Sheila memang telah menguji kesabaran yang dia ada.
"What? She died because you scolded her after you know she got pregnant again. She drove in a bad condition because of you! She and your new child were dead because of you!" Iskandar di tolak kuat dan Sheila beredar dengan rasa marah yang bergunung.
Iskandar diam di kedudukannya dan dia cuba untuk bertenang, hilangkan rasa marah yang setinggi gunung. Sudah lama dia tak rasa marah sampai macam ni sekali.
Zurin yang mendengar semuanya kaku. Zurin kesat pipinya yang terasa basah, dia sendiri tidak sedar yang dia telah menangis sebenarnya. Kini dia yang buntu dan keliru. Betul ke apa yang dia dengar?
"Ab...abang. jom bayar" ajak Zurin setelah mendekati Iskandar. Wajah Iskandar masih lagi garang. Iskandar tolak troli dengan kasar ke kaunter tanpa hiraukan Zurin.
Zurin senyum sekilas kepada penjaga kaunter dan susun barangnya di atas meja. Wajah Iskandar masih lagi menakutkan. Setelah semua barang dibayar dan diletakkan ke dalam troli semula untuk dibawa ke kereta.
Barang2 dimasukkan ke dalam bonet dengan kasar oleh Iskandar. Zurin cuba untuk membantu tetapi Iskandar tak endahkan Zurin dan teruskan melakukan kerja itu.
"Abang, kunci kereta mana? Biar Zurin drive"
Iskandar tak cakap banyak terus berikan kunci pada Zurin. Dia duduk di sebelah pemandu dan terus memandang keluar tingkap. Zurin mula memandu dengan perlahan lahan.
Sepanjang perjalanan memang tegang gila. Zurin terpaksa hentikan kereta di taman berdekatan kediaman mereka. Iskandar pandang Zurin untuk bertanya.
"Why you stop the car here?"
Zurin tak jawab soalan tu, dia keluar dari kereta dan membuka pintu kereta untuk Iskandar. Iskandar keluar dan tangan Zurin menarik Iskandar ke tepi kolam buatan. Mereka duduk di atas rumput di bawah pohon redup.
"Zue dengar semuanya di supermarket tadi" ujar Zurin dan Iskandar kaget.
Iskandar cuba bangun untuk pergi dari situ tapi tangan Zurin cekap menghalang. Dia perlukan penjelasan dari Iskandar.
"So, you trust her? Bella's death was because of me?" Soal Iskandar bengis.
"Tak. Sebab tu Zurin nak jawapan abang sekarang." Zurin sentuh pipi Iskandar. Matanya lembut memandang mata tajam Iskandar. Kelamaan wajah Iskandar bertukar sedikit tenang.
"Yes, we faught and then she drove the car in unstable condition"
"Kenapa bergaduh sampai dia lari?"
"She got pregnant again, but..."
"Ya?" Soal Zurin lembut, memberi semangat.
"Thats not my child."
Kali ini Zurin kelu. Patutlah Iskandar paling tak suka bahaskan soal Bella dan kenapa Bella meninggal dunia.
"Abang yakin tu bukan anak abang?" Soal Zurin pula.
"Ya. Sebab bila dia lahirkan triplets. We never slept together anymore. She said that I will try to make her pregnant again. She hated our kids so much. She hated Zaqriel the most. Because Zaqriel born when both of us were so young. She said that Zaqriel was the main reason she lost her youth. She even tried to hurt Zaqriel, when she home in drunk state. Thats why I chose Malaysia so that we can start a new life and she will stop going to night club. Well, thats what i ve thought, Malaysia and there have no big different. We faught so much and I found out that she cheated on me with multiples men. I've even have to do DNA test to know who was the real father to my sons"
Iskandar jelas rapuh dan terluka. Iskandar yang lemah macam ni bukan Iskandar yang selalu Zurin kenal. Iskandar dipeluk erat oleh Zurin. Zurin sendiri menangis bila dia mendengar betapa terlukanya Iskandar.
"Abang sayang dia?"
"I care about her. Once she got pregnant with Zaqriel, Im so happy but, after what she did to us, to Zaqriel. Im back to my old self. I started to ignore everything and be my old self. Be a selfish person that dont care about others at all."
"I have tried to start a new life but everything was a failure. I gave up for having a family. What I know, I just need to feed them and provide them money"
"Now I realize I am not a successful person like others think, I am a failure"
"Abang! Jangan cakap macam tu. Allah tak ciptakan seseorang untuk menjadi seorang yang gagal. Abang buat salah, abang taubat, itu lah kejayaan yang paling besar. Abang taubat dan berubah jadi orang yang lebih baik, Allah nilai semua tu"
"Abang tak tahu apa akan jadi kalau Zurin tak ada dalam hidup kami"
"Zurin pun tak pasti Zurin mampu bahagia macam hari ni kalau Zurin tak kahwin dengan Tuan Iskandar Ihsan ni" Zurin tergelak dengan usikannya sendiri. Iskandar tersenyum dan mencium dahi Zurin.
"Lets go home" ajak Iskandar segera. Ish! Tak habis lagi Zurin nak bermesra dan bermanja ni!
"Tiba2 je tukar topik ni kenapa?" Soal Zurin tak puas hati. Iskandar ni memang la suka potong part yang best2.
"Because, abang ada ego yang setinggi gunung. I dont want you, as my wife to watch more than that of vulnerable sight of me" Iskandar tersengih senang. Ya la tu.
"Zurin dah tawan ego abang tu! Tak sedar ke?"
"Sedar. Zurin dah lama berjaya tawan ego abang, sejak Zurin berjaya tawan hati abang"
"Ugh! Puitisnya. Ni bukan Tuan Iskandar yang Zurin kenal. Scary pun ada"
"Hey, thats not nice. Im telling you the truth. Zurin dah tawan abang sepenuhnya. Now, I'm yours! Take some responsible please!"
Zurin rasa hatinya berbunga tapi dia cuba untuk berlagak selamba. Sejak bila Iskandar ni pandai susun ayat jiwang pulak. Iskandar jelas puas hati bila melihat wajah Zurin yang seakan speechless. Memang Zurin tak tahu dia perlu balas apa sekarang ni.
Telefon Iskandar berdering menyebabkan pandangan mata mereka berkecai. Iskandar mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan menjawab panggilan itu. Zurin sudah bangun dan bersedia untuk berjalan pergi ke kereta.
Iskandar tarik Zurin sigap sehingga Zurin rapat ke badannya. Pinggang Zurin di rangkul dengan senang sementara dia masih lagi bercakap dengan pemanggil di talian.
"Okay" Iskandar matikan telefon dan masukkan semula ke dalam poketnya .
"Siapa?" Soal Zurin lembut
"Zaq. Dia dah sampai rumah"
"Ha?! Eh, dah zohor pun abang. Jom kita balik" Zurin kalut mengatur langkah sambil menarik lengan Iskandar supaya berjalan bersamanya.
Selesai solat zohor Zurin segera ke dapur untuk memasak. Dah lewat makan tengahari ni sebenarnya tapi dengan bantuan Mai semuanya jadi sekejap sahaja.
Iskandar masuk ke dapur dan berdiri di belakang Zurin. Senyumannya terukir bila mendengar Zurin bernyanyi kecil. Zurin ni memang comel betul la.
"Dah ke? Abang lapar sangat ni" soal Iskandar dengan berhati hati, dia tak nak Zurin terkejut nanti dituduhnya nak mengusik.
"Eh, abang. Siap dah, nak rasa?"
"Boleh jugak"
Satu sudu kecil disuakan ke mulut Iskandar. Iskandar senyum lebar dan anggukkan kepala beberapa kali. Memang sedap dan dia tak pernah makan pasta rasa macam ni.
"Kenapa lain sikit rasa dia?"
"Sebab ni Malaysian version" hehe, Zurin sengih puas hati. Iskandar hanya anggukkan kepala dan berlalu ke sinki untuk membasuh tangan.
Meja sudah siap berhidang dan semua orang ada bersama. Mai dan Khan ikut sama makan di meja besar itu. Suasana sangat meriah seperti hari raya dah.
Ibubapa Iskandar turut datang untuk mengucapkan tahniah kepada Zaqriel. Memang dah jadi cucu kesayangan agaknya. Malamnnya mereka adakan jamuan ringan dan BBQ. memang boleh tahan penat la Zurin hari ni.
Zurin menahan kantuk matanya semasa berada di atas tikar di laman rumah. Dia sangat penat dan mengantuk tetapi dia tak nak kurang adab pada orang tua Iskandar.
Iskandar yang tadinya sibuk membakar ayam tinggalkan kerja itu kepada Daniel sepenuhnya. Dia menuju ke tikar dan duduk di belakang Zurin. Zurin dari awal lagi sedar kehadiran Iskandar hanya mampu tersemyum.
"You are tired, you should get some rest" Iskandar dengan lembut bertutur, Zurin gelengkan kepala dan tersenyum lemah.
"Degilnya isteri abang ni" Iskandar tergelak kecil dan tangannya sempat mencubit pipi Zurin.
"Bukan degil, Zurin tak nak mama dan papa kat sini sorang2" jawab Zurin pula. Iskandar tersentuh dan bangga ada isteri seperti Zurin. Zurin baru sahaja bersua muka dengan orang tuanya satu kali , tapi Zurin melayan mereka dengan sangat baik.
"Lean on me" bisik Iskandar dan menarik badan Zurin ke dadanya. Zurin hanya menurut dan biarkan dirinya dipeluk Iskandar. Boleh tahan sejuk juga malam ini.
Kembar datang untuk bermanja dengan Zurin tapi bila mereka melihat Zurin sudah tertidur mereka merangkak perlahan lahan ke sisi Zurin.
"Mama ni comel" Aqiel cuit pipi Zurin dan ketawa perlahan.
"Comel" bisik Qael dan Ariel pula sambil mengusap lembut pipi Zurin. Iskandar hanya biarkan anak2 nya bermain dengan wajah Zurin yang sedang lena.
"Is, bawa Zurin masuk bilik. Kesian mama tengok" arah Rose dan Iskandar terus bersetuju.
"Jom bawa mama masuk tidur" Iskandar mengangkat Zurin bersamanya dan kembar membuntutinya ke dalam bilik.
"Pergi gosok gigi dulu. Papa tunggu dalam bilik"
"Okay" mereka segera beredar.
Setelah lima minit mereka kembali dengan bantal busuk masing2 dan mengambil tempat di atas katil. Iskandar selimutkan mereka berempat dan dahi mereka dicium penuh rasa sayang.
"Good night boys" ucap Iskandar perlahan.
"Genite"
Iskandar melutut di sisi katil di mana Zurin tidur dan dia rendahkan kepalanya.
"Good night...sayang" bisik Iskandar di telinga Zurin sebelum beredar.
Zaqriel dan Daniel masih lagi tekun makan, Khan pun ada sama. Yang lain semua sudah mengalah dengan malam dan masuk tidur. Iskandar ambil tempat di sebelah Khan dan ikut sama makan bersama.
"Bro, I will move to UK with mom and dad" ujar Daniel tenang.
"Really?"
"Yeah. Im ready to take over the company. You have your own life here so, I'm the one should be there for them"
"Thanks dude. I'm here if you need any help. Mom and dad need us, dad is not in good condition and mom is always worry about dad. Let them take some rest"
"Yeah. Actually, mom said she loves here more but when she thinks about the heat, she gives up" mereka ketawa mendengar hal itu. Ya, memang suhu di Malaysia sangat tinggi sekarang ni.
"Grandma hate sweating." Komen Zaqriel pula dan mereka saling bersetuju.
"Zaq nak belajar oversea ke?" Soal Khan membuka topik lain.
"Yes Zaq. Lets go to UK together" ajak Daniel sakan.
Iskandar pada hakikatnya ingin Zaqriel belajar di sini sahaja tapi jika itu kehendak Zaqriel, Iskandar rela membenarkan.
"Nah, I like it here. Papa's life is here, so am I" Zaqriel bagi jawapan kemas membuatkan Iskandar sembunyi senyum.
"Abang Khan, kerja dengan Dani la lepas ni. Jom pergi UK sama2"
"Tak nak la. Rumah abang pun kat sini juga" Khan menolak tanpa sebarang raguan menyebabkan Zaqriel ketawa beria. Padan muka si Daniel ni ha.
"Ugh! Fine! Jangan sekali kali call Dani sebab rindu sudah" amboi, merajuk!
"Uncle tu jangan duk call sini kerap sangat" balas Zaqriel balik dan mereka berdua mula bertegang urat.
Iskandar hanya perhatikan mereka berdua dengan wajah selamba. Fikirannya sudah melayan jauh ke Zurin.
Zurin kemaskan beberapa helai pakaiannya dan Iskandar kerana Iskandar yang suruh. Bila dia tanya kenapa? Iskandar jawab 'cuti' sepatah sahaja. Zurin hanya menurut dan pada masa yang sama dia sedang berseronok dalam hati.
Selesai kemaskan pakaian mereka, Zurin sudah begitu gembira untuk keluar. Iskandar menarik tangan Zurin sebelum sempat Zurin membuka pintu bilik lagi.
"Nak pergi mana?" Soal Iskandar.
"Bilik kembar. Nak kemaskan baju mereka" Zurin tersengih bahagia.
"What for?" Soal Iskandar lagi. Keliru.
"Kata nak pergi bercuti" jawab Zurin seperti yang dia faham. Mereka akan cuti bersama kan?
"Yes, memang kita nak bercuti. Tapi, kita berdua je"
"Eh, kenapa pulak?"
"Mama dan papa bagi hadiah kahwin" Zurin diam bila dengar jawapan Iskandar. Hadiah kahwin untuk mereka berdua? Bercuti? Honeymoon? Tiba2 muka Zurin merah.
"Ah. Okay. Anak2 dah tahu?" Soal Zurin ubah topik pula, takkan dia nak mengaku teruja yang mereka akan pergi bulan madu.
"Malam ni kita cakap, dinner"
"Ok. Tapi, siapa nak jaga anak2 nanti?"
"Dont worry, my parent will stay with them"
"Ok" balas Zurin berserah.
Waktu makan malam, seperti biasa hanya mulut kembar yang aktif bercerita itu ini dan yang lain tak pernah rasa meluat, mereka terhibur dengar cerita dari kembar.
"Mama and papa, will have their honeymoon" Rose bersuara tiba2 menyebabkan meja makan sunyi seketika. Hanya Ihsan yang meneruskan makan tanpa banyak soal.
"Apa tu nenek?" Soal Aqiel pelik.
"Mama and papa akan bercuti" terang Ihsan kepada cucunya.
"Nak ikut! Nak ikut!" Rengek kembar serentak. Semua tempat nak ikut kembar ni.
"Mana boleh, biarlah mama dan papa je pergi" pujuk Rose pula.
"Kenapa?" Soal mereka mula merajuk.
Zurin mula rasa kasihan, kalau ikutkan hati memang dia nak semua orang pergi sama.
"Erm, mama rasa..."
"Mama rasa baik kamu teman nenek dan atuk je. Tak lama lagi nenek dan atuk nak balik UK dah" potong Rose sepantas mungkin, dia dah agak yang Zurin agak jadi lembut hati segera. Sayang sangat!
"Bagi la mama dan papa je pergi. Nanti nenek boleh cucu perempuan, kamu boleh adik perempuan" terang Rose sebahagia mungkin. Dia bahagia tapi yang merana terkejut sekarang ni ialah Zurin. Kan dah tersedak nasi.
"Eat slowly" pesan Iskandar pada Zurin dan mengelap sisa nasi di hujung bibir Zurin.
"Boys! Lets have a sister okay? Biar la papa dan mama pergi" sokong Zaqriel beria dan kembar terus setuju. Semangat betul mereka ni nak adik perempuan.
"Papa, you will play as a main role" ujar Zaqriel dengan wajah penuh ilmuannya. Semua orang sudah pandang Zaqriel yang bersedia untuk berhujah.
"A man will determine the sex of their child because, female have XX gene while a man have XY gene. No matter what cross happened, woman will give X gene, then, that is your role to give either gene X or Y. If you give Y, boom! Son is coming, but if you give X! Pam pam pam pam pam...girl is coming!" Zaqriel petik jari setelah selesai berhujah dengan riak bangga gila. Nasib baik dapat A biologi SPM hari tu, kalau tak dah kena hari ni.
Semua orang seakan takjub gila dengan penerangan Zaqriel. Walaupun benda simple gila, tak semua orang tahu sebenarnya. Iskandar pun tak boleh nak sembunyi wajah kagum dia. Naik beratus anak tangga la Zaqriel malam ni.
"Amazing! Awsome! Ni la anak buah uncle!" Belakang Zaqriel dipukul Daniel keras. Agak2 la nak pukul pun Daniel oi! Kan mati anak orang.
Hanya Zurin yang kelihatan bersahaja sejak tadi. Dia dah pernah belajar semua tu dan dia ingat lagi, dia yang jadi cikgu pada Zaqriel ketika itu. Jadi Zaqriel tak payah nak riak sangat!
"So, we will be going? Alone?"
"Yes!"
"Great! I will do the mission as best as I can!" Balas Iskandar bersemangat dan tersengih bila tangan Zurin cuba mencubit perutnya dibawah meja. Tangan Zurin dipegang kemas dari bawah. Zurin cuba bebaskan diri tapi tak berjaya.
"I will give you X" bisik Iskandar sakan mengusik dan Zurin pejam mata rapat akibat malu. Bertuah punya Iskandar!
Zurin dan Iskandar tiba di Paris. Hmm... kali pertama Zurin jejakkan kaki ke Paris, memang dia rasa kagum gila. Memang cliche bila bulan madu je di Paris. Siapa kisah? Walaupun dah berjuta pasangan yang datang sini, keunikan dan rasa romantik di Paris tak pernah habis. Lagipun, semua pasangan yang datang bawa kisah cinta mereka masing2.
"Wah! Tak sangka dapat tengok menara ni depan mata" Zurin teruja sangat sekarang ni, terpaksa Iskandar pastikan Zurin sentiasa disisinya kerana Zurin ni boleh tahan aktif jugak. Sekejap sini, sekejap sana.
"Cantik ke?" Soal Iskandar dan memeluk Zurin dari belakang, walaupun sudah masuk musim bunga, cuaca sejuk masih ada. Lebih2 lagi untuk orang yang tak terbiasa dengan keadaan cuaca macam ni.
"Cantikla!" Balas Zurin ceria dan memegang tangan Zaqriel yang berada di pinggangnya.
"Cantik lagi Zurin" puji Iskandar dan cium pipi Zurin sekilas. Ha! Kan dah kaku Zurin sekarang ni.
"Eh, merahnya muka Zurin, sejuk sangat ke?" Usik Iskandar sakan bila melihat wajah isterinya yang memerah.
Zurin pukul dada Iskandar dengan sekuat yang dia mampu. Memang dia geram betul sekarang ni!
'Kau ni kenapa Zurin?! Nak blushing pulak!' Zurin marah pada dirinya sendiri.
"Sakit la sayang" Iskandar tergelak dan cuba untuk menangkap tangan Zurin yang khusyuk jadikan badan dia punching bag. Tapi boleh pulak berhenti tiba2 bila dipanggil sayang.
"Apa?...apa...abang sebut tadi?" Soal Zurin perlahan.
"Apa? Sayang?" Soal Iskandar mudah, seakan panggilan itu sudah biasa meniti di bibirnya.
"Hmm" jawab Zurin perlahan.
"Zue panggil abang 'abang' sebab sayang. Abang panggil Zue 'sayang' sebab sayang la" selamba dan tenang je ayat Iskandar. Memang tak ada nada romantis tapi maksud ayat itu sampai ke hati Zurin.
"Betul ke ni? Usik Zurin la tu" Zurin rendahkan kepala dan memandang leher Iskandar.
"Hey" pipi Zurin disentuh lembut dan kepala Zurin di dongakkan sehingga mereka bertatapan.
"I'm serious. I do love you. So much" luah Iskandar kali ini dengan nada serius, bersungguh, ikhlas dan romantik.
Zurin diam lama sebelum tersenyum lebar. Dia memeluk Iskandar seerat yang dia mampu, biar badan dia hangat sehangat hatinya sekarang.
"I love you more" balas Zurin sebak, dah menangis sebenarnya.
"Jangan nangis la sayang" Iskandar tergelak perlahan dan kesat air mata Zurin.
"You know what we should do now?" Soal Iskandar kembali serius.
"Erm...makan?" Zurin berfikir singkat.
"Really? Makan?"
"Yup! Abang cakap kita dinner kat atas menara tu malam ni kan?" Soal Zurin naif lagi.
"After love confession, mostly what people do in drama?" Soal Iskandar lagi.
"Entah" jawab Zurin cepat, dia malas nak fikir sebenarnya.
"We should kiss" jawab Iskandar dengan wajah serius habis. Terkejut la Zurin. Takkan la nak kiss tempat awam macam ni.
"Abang, kita islam kan? Allah tak izinkan bermesra lebih lebihan di khalayak ramai. Tak baik."
"Oh, then when just two of us?" Soal Iskandar seakan dia pula yang naif.
"Its fine. And, maybe Allah will give us Pahala too" Zurin sengih lebar, Iskandar sengih sampai telinga.
"Ok then, tak sabar nak buat pahala rasanya" Iskandar dengan selambanya cakap macam tu. Zurin dah terasa dia terkena balik tapi dia abaikan je. Dah Iskandar nampak bahagia sangat.
"Jom kita pergi makan!" Sorak Zurin ceria dan menarik tangan Iskandar supaya berlari bersamanya.
Zurin memakain gown yang paling cantik dia pernah tengok dan Iskandar paling handsome dalam tux berwarna dark blue. Mereka berdua menikmati makan malam yang begitu romantik. Candle light dinner, masih lagi cliche tapi setiap orang yang melaluinya tetap rasa gembira, termasuk Zurin.
"Abang, cantik sangat. Terima kasih" ucap Zurin seikhlas mungkin. Tangannya genggan erat jemari Iskandar.
"Cantik lagi isteri abang"
"Abang ni! Dah la..."
"Sayang, abang ikhlas. Yes, I ve seen a lot of beautiful woman in my life but i ve never see anyone as beatiful as you. You are the one that always make me keep falling in love with you"
Zurin hanya diam dan tersenyum. Tak tahu dah nak beri respon apa sekarang ni. Dia tak biasa dengan Iskandar yang kaki madah pujangga ini.
"Apa yang abang rasa pada Zurin, Zurin juga rasa pada abang, mungkin lebih sebab Zurin tak pernah ada perasaan macam ni selama ini. Perasaan yang terlalu gembira sampai Zurin tak tahu nak jelaskan macam mana" Zurin susun ayatnya sebaik mungkin, biar kalah dalam madah asalkan maksudnya sampai.
"Thank you" ucap Iskandar dan kucup tangan Zurin lembut.
Mereka mula makan malam dengan seyap dan hanya mata dan hati mereka berbicara. Mereka saling berbalas senyum dan tangan mereka masih lagi bertaut.
"Abang, kenapa ros biru? Selalunya ros merah" soal Zurin bila sedar ros dalam pasu di meja mereka berwarna biru.
"Sebab cinta abang pada Zurin bukan biasa2 tapi luar biasa" jawab Iskandar bangga gila dan Zurin tergelak perlahan.
"Tak payah bermadah la abang. Penat la Zurin"
"Penat kan? Abang pun dah buntu nak keluar ayat madah ni" akui Iskandar menyebabkan mereka berdua ketawa lagi.
"Pada abang, biru tu means forever. Rose is love. So, forever love" terang Iskandar ringkas dan padat.
"Always be with me, with us. Have a happily ever after with me, with us. Sound like fairytale but, nothing is wrong by hoping and praying. Maybe ever after is a bit too much, at least stay with me, with us till Allah make us apart" kali ini deep sekali maksud Iskandar dan Zurin anggukkan kepala setuju. Mereka hanya berbalas kata cinta dalam diam.
Waktu berlalu dengan sangat pantas, Zaqriel sudah menjadi seorang pelajar di sebuah kolej di perancis. Kolej masakan yang popular. Dulu beria nak belajar di Malaysia sahaja, tapi bila dapat offer belajar di sana selama dua tahun Zaqriel terus terima. Seronok sangat.
Zurin dan kembar sedang seronok berbual bersama Zaqriel melalui skype. Banyak yang mereka kongsi bersama kali ini. Hanya Iskandar yang tak dapat sertai mereka berempat.
"Mama, you look so beautiful" puji Zaqriel buat kali ke tiga. Apa punya sebab pun tak tahu la.
"Zaq ni dah kenapa?" Soal Zurin sambil gelengkan kepala.
"I miss all of you so much! 6 months ago, mama kecik je, today, you are this big" teruja betul Zaqriel bercerita, habis gaya dia buat.
"Mama gemuk ke?" Soal Zurin sedih. Bukan salah dia pun.
"Ma! I mean, your stomach! Or my new brother or sister is growing so fast"
Zurin senyum dan usap perutnya lembut. Kembar ikut sama usap dan tayang wajah bangga kepada Zaqriel. Saja nak bagi orang cemburu.
"Its 7 months already. You should check the gender"
"Papa nak surprise, so..."
"Hmm...ya la tu. Padahal papa risau dia terberi gene Y la tu" kutuk Zaqriel sakan sambil ketawa senang. Seronok ya mengata papa sendiri.
"Abang, adik suka sangat tendang2. Mesti boy ni!" Ujar Qael memberi pendapatnya.
"Betul betul betul! Tak duduk diam. Asyik gerak je" sokong Ariel pula. Aqiel jadi tukang angguk sahaja kali ini.
"Mama, baby gerak lagi" sorak mereka bertiga bila rasa gerakan dan setiap kali terjadi, setiap kali mereka teruja.
"Mama, jealous la!" Zaqriel geram sangat sampai wajah dia lekat pada skrin dah. Bersungguh betul.
"Mama, Zaq nak balik. Please...pujuk papa untuk Zaq!" Rayu Zaqriel untuk kesekian kalinya. Sejak pergi, Zaqriel tak pernah balik ke Malaysia. Dia memang nak balik tapi Iskadar yang tak bagi.
"Mama dah cakap, papa tak nak dengar. Lagipun, Zaq nak exam kan?"
"Lagi dua bulan la ma" rengek Zaqriel sedih. Nak je Zurin cubit pipi Zaqriel sekarang ni. Nampak comel betul.
Sedang mereka asyik berbual, kawan sebilik Zaqriel masuk ke dalam bilik itu dan segera menyapa Zurin dan kembar. Mereka sudah saling kenal atara satu sama lain.
"Hi Daichi nii" sapa kembar teruja. Daichi ni adik lelaki Tarmizi.
"Hai boys! Hai aunty"
"Hi. Daichi dari mana?"
"Makan. Zaq tak ikut, dia kata rindu rumah" Daichi yang semakin fasih berbahasa melayu masih lagi ada pelatnya tetapi bahasanya boleh difahami.
Daichi dan Zaqriel mula bertengkar dalam baasa Jepun yang tak difahami oleh Zurin. Kembar faham sedikit sebab mereka belajar bahasa asing. Zurin hanya tersenyum bila melihat Daichi dan Zaqriel mula bergaduh dengan bersungguh. Dah siap baling2 bantal lagi.
"Zaqriel, Daichi! I understand what both of you are saying. Kids here" Iskandar yang muncul tiba2 berjaya buatkan dua ketul itu berhenti bergaduh serta merta dan meminta maaf bersungguh.
"Abang!" Sapa Zurin ceria dan segera memeluk Iskandar. Sejak mengandung ni Zurin lebih suka dekat dengan Iskandar.
"I miss you" ujar Iskandar dan mencium dahi Zurin lama.
"Papa tak rindu kami pun" ujar Aqiel seakan merajuk.
"I miss all of you" balas Iskandar dan membiarkan kembar memeluknya.
"Papa, how about me?" Soal Zaqriel tak nak lepas dari dapat ucapan rindu.
"You look good there" balas Iskandar selamba buatkan Zaqriel tarik muka. Memang sengaja je la Iskandar ni.
"I dont miss you at all too" balas zaqriel merajuk menyebakan Zurin ketawa perlahan. Apa nak jadi la dua beranak ni.
"I dont care" balas Iskandar balik. Tak nak kalah betul ni.
"Ok, its 11 already. My wife need her sleep. Boys, go to sleep, tomorrow is school day"
"Bye Zaq, Daichi. Mama rindu Zaq okay. Belajar rajin2" pesan Zurin sebelum mengakhiri perbualan mereka.
Zurin baring di katil dengan selesa. Iskandar sudah selesai mandi dan naik ke katil. Zurin dipeluk erat. Seakan penatnya hilang sebaik berada di rumah dan dapat melihat keluarganya.
"Apa yang Daichi dan Zaqriel gaduhkan tadi?"
"Mereka mencarut"
"Mencarut? Bertuah punya Zaqriel. Nanti Zurin sekolahkan dia"
"You should. Now, lets sleep"
"Okay. Abang tak rindu baby ke?"
"Mestilah rindu. See, my baby miss me to. I think their fingers is here" Iskandar maksudkan tangan kecil di bawah tapak tangannya yang berada di perut Zurin.
"I love you" ujar Zurin sambil matanya mula tertutup perlahan lahan.
"I love you more" balas Iskandar balik.
Masa memang berjalan dengan pantas, hari ini Zurin sekeluarga dalam perjalanan ke airport untuk menjemput kepulangan Zaqriel buat kali pertama. Banyak banner yang mereka sediakan semalam.
Kembar seronok menyanyi dan Zurin hamya tersenyum memandang kembar. Iskandar yang memandu ikut sama tersenyum. Walaupun dia selalu mengelak untuk kata rindu pada Zaqriel tapi semua orang tahu yang dia sedang merindu.
"Abang!" Panggil Zurin tiba2 dan memegang lengan Iskandar kuat.
"Abang! Sakit sangat ni!"
"Kenapa sayang? Dont tell me, the baby is coming?"
"Abang! Hospital!" Jerit Zurin.
"Okay! Lets go!" Iskandar memandu sepantas yang dia mampu dan dia bunyikan hon untuk mendapat laluan di jalan raya.
Sebua motor polis trafik mengejar kereta mereka tetapi Iskandar tak perlahankan kereta langsung. Saman boleh bayar. Iskandar rendahkan cermin kereta.
"Isteri saya! Bersalin!" Jerit Iskandar kepada Polis itu dan polis itu menyalakan lampu kecemasannya dan membuat laluan ke hospital.
Kembar mula menangis kerana takut dan terkejut. Mereka juga risau dengan keadaan Zurin.
Dengan bantuan polis itu mereka tiba di hospital dengan segera dan selamat. Zurin ditolak ke bilik bersalin dengan segera.
Zaqriel yang tiba kecewa bila keluarganya tiada di sana. Jadi, dia cuba hubungi orang yang berada di rumah. Semua orang tak menjawab telefon sekarang ni.
"Zaqriel!" Jerit Khan yang muncul dengan mengah.
"Abang! Lamanya! Penat Zaq tunggu. Dah la papa dan mama mungkir janji. Kata nak datang ambik"
"Mereka dah datang, on the way tadi mama sakit perut. Sekarang ni kat hospital"
"Betul ke? Mama nak bersalin?"
"Ya! Jom kita pergi hospital!"
Mereka berdua bergegas ke hospital sepantas yang mungkin. Untung jalan kurang sibuk dan mereka tiba dengan segera.
"Mana papa?" Soal Zaqriel sebaik tiba.
"Abang! Tadi mama sakit sangat." Kembar menangis sambil bercerita. Mereka memeluk erat Zaqriel. Zaqriel letakkan mereka bertiga di kerusi dan berjalan ke hulu ke hilir.
"Dah lama ke masuk?"
"30 minit" jawab Mai yang ada di sana.
"Abang, Zaq nak pergi solat kejap."
"Okay"
Zaqriel ke ruang solat untuk solat hajat dan doakan semuanya berjalan dengan lancar. Dia pernah alami situasi ini tetapi dia tak pernah rasa setakut ini. Macam2 hal bermain dalam otaknya.
Dua jam menunggu, kembar juga sudah tertidur kerana penat menangis. Akhirnya Iskandar keluar dengan senyuman lebar. Zaqriel yang melihat Iskandar keluar dari bilik bersalin meluru berlari memeluk Iskandar.
"Papa, mama macam mana?" Soal Zaqriel risau.
"Alhamdulillah, mama okay, babies okay"
"Babies?"
"Twin"
"Again?" Soal Zaqriel terkejut.
"Yep."
"Girls?"
"Nope"
"1 boy 1 girl?"
Iskandar diam.
"Boys?"
"Yep" jawapan Iskandar buatkan Zaqriel tepuk dahi dan ketawa pada masa yang sama. Kenapa lelaki lagi ni?!
"Papa, ypu should check you gene. Maybe its YY"
Zaqrile, Iskandar dan Khan ketawa bersama. Apa nak jadi ni Iskandar, enam! Anak lelaki. Nak buat team bola sepak agaknya.
Zurin rasa sangat disayangi kerana waktu pantangnya dijaga oleh Iskandar sendiri. Mulanya dia nak balik ke kampung dan berpantang di sana tapi bila Iskandar kata yang dia akan jaga Zurin sendiri, dia terkejut tapi siapa yang Iskandar akan berjaya.
"Abang dah tak perlu nak balik setiap kali lunch" ujar Zurin bila melihat Iskandar selesai mandikan kembar baru mereka. Ilmi dan Ilman.
"Why?" Soal Iskandar dan pandang Zurin dengan pandangan yang penuh rasa sayang.
"Zurin dah cukup 40 hari, lagipun Zurin boleh jaga Ilmi dan Ilman ni" Zurin bantu Iskandar pakaikan baju untuk Ilman.
"Abang tak pernah rasa jaga isteri pantang walaupun anak dah empat. Abang tak pernah rasa mandikan anak" Iskandar diam dan sentuh Ilmi dan Ilman dengan lembut.
Zurin tahu Iskandar masih lagi menyesal dengan masa silam dan dia masih lagi fikir jika masa boleh di putar dia nak jadi ayah yang terbaik untuk anak2 nya.
"Allah selalu beri peluang untuk kita taubat dan berubah, jadi abang kena beri peluang untuk diri abang sendiri. Baik lambat daripada menyesal. Kan?" Tangan Zurin menyentuh pipi Iskandar membuatkan Iskandar tersenyum lebar.
"What should I do if I dont have you now?"
"Tak ada apa pun, teruskan jadi papa yang baik. Teruskan jadi diri abang yang sebenar"
"But, I want you here. Forever"
"In sha Allah. Zurin pun nak abang ada di sisi Zurin selamanya"
"I love you, you must remember that"
"Ya. Setiap pagi dan malam abang cakap. Mustahil Zurin lupa"
"Good" balas Iskandar serius, dah la ucap sayang pun serius gila.
Seperti biasa juga, Iskandar akan menyuap Zurin makan tengahari. Jenuh Zurin cakap yang dia boleh makan sendiri tapi Iskandar tetap nak jadi tangan untuk Zurin.
"Mama! Twins!" Siapa lagi kalau bukan Zaqriel yang suka menjerit dalam rumah. Kadang2 tertukar siapa yang adik, triplets ke Zaqriel ni.
"Papa! Awalnya hari ni" Zaqriel sengih dan duduk di atas katil di sisi kembar. Ralit Zaqriel bermain dengan kembar sampai tak pedulikan papanya lagi dah.
"Jom Zurin teman abang makan. Zaqriel ada ni, boleh tengokkan twin kejap" Zurin turun dari katil dan menarik tangan Iskandar keluar dari bilik.
Iskandar hanya menurut dan dia tsrsenyum bahagia. Sekarang la masa mereka berdua nak bersama. Iskandar duduk di kerusi dan biarkan Zurin mencedok nasi untuknya.
"Zaqriel mana Zue?" Soal Mai bila tengok hanya Iskandar dan Zurin di meja makan.
"Dengan kembar kat atas tu. Kak Mai jom la makan sekali"
"Tak apa la Zue. Akak nak tunggu abang dulu. Zue teman la tuan makan dulu" tolak Mai dengan sopan.
"Ya la." Zurin hanya senyum dan hantar Mai keluar dari ruang makan dengan mata.
Zurin pangku kepala dan tenung Iskandar yang sedang makan. Iskandar mula pandang Zurin balik dan mereka saling menatap. Kekadang Iskandar angkat keningnya dan Zurin balas dengan senyum dan gelengkan kepala. Dah kenapa sebenarnya?
"Bila papa dan mama flirt dalam diam lagi scary sebenarnya" suara Zaqriel yang jelas geli dan annoying pada masa yang sama membuatkan Iskandar dan Zurin alihkan mata.
Iskandar hanya buat tak dengar dan teruskan makan. Zurin tergelak kecil dan tarik tangan Zaqriel ke meja makan. Anak sulung dia ni tak makan lagi.
"Zaq nak lauk apa?" Soal Zurin setelah letakkan sepinggan nasi kepada Zaqriel.
"Ma, Zaq boleh layan diri. Mama duduk je diam2 kat kerusi tu. Dah la rasa panas ni kena laser dengan papa" Zaqriel sedar yang mata tajam Iskandar mengarah padanya jadi baik dia segera selamatkan diri. Hehe.
"Zaq dah nak pergi Perancis esok. Mama rindu nak masak untuk Zaq. Kebetulan Zaq balik, mama pantang pulak" Zurin jelas sedih kerana tak ada masa bersama Zaqriel
Zaqriel senyum bahagia dan pegang tangan Zurin lalu usapnya lembut. Dia pun rindu sangat nak bermanja dan makan masakan Zurin tapi apakan daya, bukan rezeki dia kali ini.
"Cuti Zaq lagi dua bulan sebenarnya tapi Zaq buat short sem. So, dua tahun setengah je kat sana. Zaq tak nak stay sana sampai 3 tahun. Zaq berkorban la ni"
"Ya la. Bila twin dah boleh fly nanti kami yang pergi sana jumpa Zaq"
"Yay! Cant wait. Mama jangan lupa tunjuk gambar Zaq hari2 kat twin tu, nanti mereka lupa Zaq"
"Ya" balas Zurin dengan senyuman lebar dan usap lembut kepala Zaqriel.
Iskandar dalam diam sembunyi senyum mendengar perbualan anak dan isterinya. Mereka berdua bila dah berbual lupa terus orang lain.
"You are a drama queen" ujar Iskandar tak semena menyebabkan Zaqriel tarik muka geram. Zurin hanya mampu tergelak kecil dan gelengkan kepala.
"Papa jealous la tu mama ignore dia" balas Zaqriel balik.
"Fine by me. You will be gone for another six months, I will have her all for myself" Iskandar tarik tangan Zurin dan genggamnya erat. Apa kerja la dua beranak ni bergaduh berebutkan Zurin pulak.
"Papa, you just get rid one, how about another 5?"
"Ah! I forgot about them" balas Iskandar dengan wajah kecewa habis menyebabkan mereka bertiga ketawa bersama.
Zurin kembali bekerja tapi sekarang ni kedai dia dah besar dan maju. Pekerja pun ramai. Dia dan Ruby hanya datang kedai untuk pantau keadaan kedai sahaja, bukannya untuk berniaga macam dulu lagi.
Perkahwinan Ruby dan Azman berlangsung beberapa bulan yang lalu dan kini Ruby mengandung satu bulan. Masa berlalu dengan sangat pantas. Mereka semua dah bersama selama setahun lebih. Mereka dah dapat menyambut puasa dan raya bersama. Masa berlalu dengan pantas seakan perkenalan mereka semua baru bermula semalam.
"Zurin, puasa pertama kat mana?" Soal Ruby pada Zurin.
"Kampung. Is kata nak puasa kat sana" jawab Zurin dengan senyuman lebar.
"Sama la! Azman pun kata puasa kat kampung je"
Mereka terus berbual mengenai persiapan raya dan sebagainya. Puasa belum lagi tapi raya dah duduk depan sekali.
"Assalamualaikum" salam yang diberi membuatkan Zurin dan Ruby berhenti bercakap dan pandang empunya salam.
"Abang Khalil" sapa Zurin senada dan pandang Ruby yang muka merah nak marah. Walaupun dah lama hal tu berlalu Ruby masih tak dapat lupa.
"Boleh abang cakap sekejap?" Soal Khalil lembut dan Zurin senyum segaris sambil anggukkan kepala.
"Ruby, aku haus la. Buat air eh? Abang nak air apa?" Soal Zurin acah2 ceria. Bimbang Ruby meletup sebenarmya. Dah la ramai orang dalam kedai ni.
"Kau nak aku letak racun apa? Rumput, tikus, gajah?" Soal Ruby konon berbisik tapi semua orang dapat dengar sebenarnya.
"Kau ni mengarut la. Buat teh bunga dua. " arah Zurin dan Ruby menyerah lalu beredar dari situ.
"Abang tahu Zue tak suka abang datang sini. Abang cuma nak minta maaf banyak2 atas semuanya" pinta Khalil ikhlas dan Zurin tahu semua tu.
"Kalau dulu abang datang macam hari ni, Zue rasa tangan Zue ni lekat pada pipi abang." Khalil terkejut mendengar apa yang keluar dari mulut Zurin dan dia rasa sedikit takut.
"Tapi tu dah lama. Zue dah lupa semua tu. Lagipun, Zue gembira sangat sekarang." Zurin senyum lebar, bukan sebab gembira je tapi sebab dia dah berjaya takutkan Khalil. Hahaha.
"Abang tak patut buat Zue macam tu"
"Tak apa la abang. Bukan jodoh kita kan? Zue dah lupa semua tu dan bahagia sekarang. Zue harap abang pun boleh bahagia lepas ni"
"Terima kasih Zue. Walaupun niat abang nak kahwin dengan Zue dulu salah...tapi abang memang sayangkan Zue"
"Ya abang. Zue pun nak ucapkan terima kasih untuk semua tu. Tapi, ada baiknya abang lupakan rasa sayang tu semua. Kalau Is tahu, boleh tahan jugak baran cemburu dia tu" Zurin tergelak kecil bila dia teringat saat di mana Iskandar cemburu. Parah jugak sebenarnya.
"Ya. Abang gembira tengok Zue bahagia macam sekarang"
"Ya. Zue harap abang akan bahagia dan jumpa perempuan terbaik untuk abang"
"Abang rasa dah tak layak untuk dapat perempuan baik..."
"Apa abang ni! Zue dah lupa semua tu. Sejarah dah tu, abang kena mula hidup baru dan beri peluang pada diri abang sendiri!" Ujar Zurin bersemangat menyebabkan Khalil ketawa perlahan. Sejak bila Zurin bertenaga sampai macam ni sekali.?
"Abang dengar Zue lahirkan kembar. Tahniah. Abang minta diri dulu, bimbang jugak Ruby racunkan abang nanti" gurau Khalil seraya bangun dari kerusi dan keluar dari kedai. Zurin ketawa perlahan mendengar gurauan itu.
"Eh, mana makluk perosak tu?" Soal Ruby dengan dulang ditangan. Zurin ketawa lagi dan pukul lengan Ruby. Boleh tahan bisa jugak mulut Ruby ni.
"Dia risau kau racun dia"
"Tahu pun takut" balas Ruby ceria dan tersengih lebar. Scary betul mak buyung ni.
"Dia cakap apa?" Soal Ruby dan ambil tempat duduk Khalil tadi.
"Minta maaf, tahniah aku dapat baby baru, harap aku happy"
"Urm. At least dia berani nak datang minta maaf" balas Ruby dan Zurin angguk setuju. Ruby ni senang je sejuk sebenarnya.
"Kau minum teh Khalil tu, tak takut racun ke?" Soal Zurin bila dengan selamba Ruby habiskan teh Khalil. Ruby tergelak bila dia dah habiskan teh itu. Apa la Ruby ni.
"Sayang. Ruby" sapa Iskandar yang baru sahaja mauk ke dalam kedai. Pucuk kepala Zurin dicium sekilas. Benda ni biasa.
"Teh apa ni?" Soal Iskandar yang tarik kerusi rapat ke sisi Zurin. Teh ditangan Zurin dibawa ke mulutnya.
"Hmm, wangi" puji Iskandar dengan senyuman lebar.
"Teh misai kucing. Zue baru try ni. Sedap?"
"Sedap. Kalau tambah madu lagi okay kut" Iskandar memberi komen pula dan Zurin angguk setuju.
"Abang nak kopi?" Soal Zurin pula.
"Nope. Abang datang nak jemput Zue je ni. Jom balik, rindu dengan twin"
"Ya la. Abang tunggu jap"
"Okay" balas Iskandar tersengih lebar.
Zurin dan Ruby berjalan ke bahagian pekerja bersama.
"Aku rasa dah tertelan racun la. Rasa loya"
"Eh, kau biar betul Ruby! Jangan takutkan aku"
"Ya la. Rasa diracuni je tengok kau dengan Tuan Iskandar kau tu lovey dovey macam tu! Loya aih"
Zurin gelak sakan bila dengar jawapan Ruby. Apa punya orang la Ruby ni, suka hati je cakap orang ni racun.
"Kau jealous la tu!" Balas Zurin balik dan Ruby buat muka loya sebelum beredar dari situ.
Iskandar panjat katil setelah tidurkan twin di katil mereka. Triplet juga ditidurkan oleh Iskandar. Zurin rasa bahagia bila tengok betapa sayangnya Iskandar pada anak2 mereka. Iskandar akan bertanya keadaan Zaqriel setiap kali sebelum mereka tidur.
"Abang, Zue ada cerita ni" Zurin buka mulut dan duduk bersila di depan Iskandar.
"Meh sini" Iskandar tarik Zurin rapat ke badannya dan peluk Zurin dari belakang.
"Kalau cerita pasal Zaq kena kejar dengan awek perancis lagi, abang tak nak dengar" Zurin tergelak bila Iskandar bangkitkan hal itu.
"Bukan. Tadi, sebelum abang datang kedai...Khalil datang jumpa Zue" Zurin dongak kepala untuk melihat reaksi Iskandar. Iskandar hanya tenang dan minta Zurin teruskan.
"Dia datang minta maaf"
"Oh. Lagi?"
"Dia harap Zue bahagia"
"Hmm. Zue maafkan dia?"
"Erm, ya" jawab Zurin perlahan. Bimbang Iskandar naik angin.
"Good. Benda yang keruh kena buang kan?"
"Ya! Thanks abang tak marah Zue jumpa dia"
"Small matter je la. Lagipun, dia dah datang jumpa abang dulu sebelum jumpa Zue" Zurin terkejut, biar betul?
"Sebab tu abang izinkan dia jumpa Zue. Dah dia berani datang jumpa abang untuk minta maaf."
"Patutlah abang macam biasa je, tak terkejut langsung. Punya la Zue risau abang marah"
"Abang tak marah tanpa sebab okay."
"Ya ke?"
"Ya la. Abang tegas je, bukan garang" Iskandar pertahankan diri menyebabkan Zurin ketawa lagi. Ya ke tak garang 'Tuan Iskandar' ?
"Ya la" Zurin mengalah dan kini giliran Iskandar yang ketawa perlahan.
"Oh ya, sayang first ramadhan kita tak jadi balik kampung"
"Eh, kenapa?" Soal Zurin dengan nada sedih. Dia dah merancang banyak benda ni.
"Kita puasa di french okay. Kita puasa pertama dengan Zaq and kita boleh balik kampung for the weekend"
"Really? Perancis?"
"Yes"
"Okay! Nanti Zue call mak long. Yay! Tak sabarnya nak jumpa Zaqriel!" Amboi, teruja betul Zurin kali ni.
"Tapi, sayang jangan beritahu Zaq. Let make it surprise"
"Beres! Tak sabarnya!" Sorak Zurin lagi dan segera memeluk erat Iskandar.
"Tapi, mama dan papa abang?"
"They will be there, first ramadhan is Zaqriel's birthday right? So, we gonna be there for him"
"Ya Allah! Abang ni memang la."
"Apa?" Soal Iskandar balik.
"Selalu buat Zurin rasa jatuh cinta berkali kali!" Walaupun Zurin jawab penuh bersemangat, Iskandar terharu sangat2 seakan Zurin ucap semua tu dengan penuh romantik.
"To make it forever, kena la buat berkali kali. Baru la kekal selamanya" Iskandar jawab sigap menyebabkan Zurin memeluknya lebih erat.
"Abang tak buat apa2 pun boleh buat Zue jatuh cinta. Kalau abang buat macam ni, Zue rasa limit dia bukan forever je"
"Habis tu sampai mana?"
"Forever and ever and ever and ever."
"Infinity la ni?" Soal Iskandar tersenyum manis.
"Lebih dari tu abang" jawapan Zurin buatkan Iskandar rasa bahagia yang menggunung, hampir menangis rasanya. Iskandar tak sangka yang dia akan dapat rasa dicintai sampai macam ni sekali. Sampai dia rasa nak menangis sebab terlalu bahagia.
"I love you and I will love you. Forever" ucap Iskandar lembut dan dahi Zurin dikucup lama.
"Terima kasih abang" ucap Zurin balik, sekarang ni Zurin pula yang menangis.
"Sayang, jangan menangis."
"Abang pun jangan nangis"
"Macam mana tak menangis, sayang jiwang sangat"
"Abang tu yang jiwang"
"Ya la. My forever love. Abang sayang Zue sangat sampai abang rasa tak boleh hidup tanpa Zue"
"Abang ingat Zue boleh kalau abang tak ada? Zue cintakan abang" ucap Zurin lagi. Mereka berpelukan lama.
Iskandar seka air matanya dan biarkan Zurin lena di dalam pelukannya. Dia mencium dahi dan pipi Zurin lembut. Dia tersenyum dan doa minta dengan Allah. Semoga cinta mereka, kekal selamanya. Juga cinta antara dua insan belum tentu kuat. Tapi bila cinta Iskandar, Zurin, Zaqriel, triplets dan twin di campur bersama. Dah lebih dari selamanya. Wujudlah, SELAMANYA CINTA. FOREVER LOVE.
#sya memang lost gila cara nak habiskan cerita ni. Rasa macam drag melebih je, sebab tu kena stop dah. Maaf kalau ending tak best and simple je. Nak buat ending la susah sekali sebenarnya.... hmmm...apa pun. Thats all from me, enjoy reading okay. Ni last okay. Sya akan diam lama sebab final exam. Tq for supporting me. Sorry banyak mistakes. Tq alll....
-lots of Love-
Alzai Sanara
Finally kak you did well #salamrindudariimdonesia
ReplyDeletei do check your blog almost everyday waiting for this story. thanks for your effort. do make more quality story! love this story so muchhh
ReplyDeletebest.........
ReplyDeleteBEST SANGAT SANGAT!!
ReplyDeleteAkhirnya...x menghampakan...mmg best...suka sgt...All the best
ReplyDeleteA BIG CLAPPP TO YOU SIS! u did a great job!! Sangt best tak menghampkan pon!! Love u sis.
ReplyDeleteSo sweetttt. Sukanyaaaa
ReplyDeleteYeahh dah habis.. Actually cerpen ni mengingatkan sy pada cerita filipina Please Be Careful With My Heart.. Dan sy dh siap imagine Tuan Iskandan ni sebijik mcm Sir Chief ❤❤❤
ReplyDelete-widad amsyar-
finally!happy ending..
ReplyDeleteI love this story so much 😘😘😘. Thanz sis.
ReplyDelete������
ReplyDeleteyeahhhh.. seronok baca..semoga awak berjaya dalam dunia penulisan.. hehe
ReplyDeleteBest n seronok membacanya..
ReplyDeleteYeah...bestnya gud luck for ur exam...can't wait for new story...:)
ReplyDeleteTHE BEST BLOG EVER...serious baca beratus kali pun x bosan ..saya selalu repeat baca karya sis...
ReplyDeleteSis i love your karya so much :D . semua nyer terbaik . saya asyik repeat baca semua karya sis. semua terbaikkk. teruskan bkarya
ReplyDeletedalam banyak-banyak blog yang saya dah pernah lawat, hanya blog akak yang tidak menghampakan saya. good job akak! teruskan berkarya dan jangan lupa untuk post story baru :)
ReplyDelete-J.H.-
superbbbb...niccee..xpernah mengecewakn..
ReplyDeletetak pernah menghampakan pembaca. semoga terus maju dalam bidang menulis. saya suka, saya suka ..
ReplyDeleteKlo request smbg cite zaqriel boleh?hehehe
ReplyDeleteCerpen yg paling best pernah baca tapi ... Hmm... Teringin nak tahu reaksi Zaq bila family dia buat suprise dengan suasana meriah triplets . Mesti lagi best kalau ending macam tu ∩__∩ apa apa pun teruskan usaha and smbung cerpen baru tak sabar . Oh lupa , selamat berpuasa sis ^∇^
ReplyDeleteNak tanye...ade buat tak forever love versi ramadhan dan raya...mesti sweet...��
ReplyDeleteKarya sis x pernah menghampakn kami semua.. 😉😉😉 selamat menymbut ramadhn.. And hope ade karya yg superrr best dri sis.. 👍👍
ReplyDeleteKarya sis x pernah menghampakn kami semua.. 😉😉😉 selamat menymbut ramadhn.. And hope ade karya yg superrr best dri sis.. 👍👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteForever love raya ada x? 👉👈 sekali dgn smbut birthday Zaq. Hehe, btw sis you did well! Xsbar tnggu next entry.
ReplyDeleteForever love raya ada x? 👉👈 sekali dgn smbut birthday Zaq. Hehe, btw sis you did well! Xsbar tnggu next entry.
ReplyDeleteAssalamualaikum, dh lma xbuka blogs akk,ada cerpen bru lgi,bestt sngt100x��
ReplyDeleteI love u kak����
Assalam sis... Just nk tanya, sis dh delete ek cerpen "Suamiku tolong lepaskan aku" kalo x salah la tajuk dia.. Saya cari xda pon.. Please post balik, sbb saya nk baca cerpen 2 lagi skali..
ReplyDeleteRasanya dah terpadam sbb haritu ade ckp rasanya... Tapi ade kat wordpress so baca kat situ je la..
DeleteAkak... Hehe... Bile nak sambung tulis cerpen ni.... Dah lama x sambung hehe
ReplyDeleteTerbaik lah...👏👏👏
ReplyDeleteSeronok!!!! Hope ada banyak lagi cerpen yang akan akak karang
ReplyDeleteDon't you have Wattpad account? Try it. You'll be one of the best writer there.
ReplyDeletelove your writing since i found this blog last 2 years and read all your stories again and again. keep it up sis. i'm always waiting for your new stories.
ReplyDeleteAkak.. bila nk post cerpen baru... x sabar. Heheh
ReplyDeleteBestttnyeee... Hahaa dah ulang baca je nie.. Citer nie sweet.. Hui penuh dgn kasih syg..
ReplyDeletebest.. dah berulang dah baca ni, tak sabar nak tunggu entry baru
ReplyDeletenkk cerpenn baruu..rnduu
ReplyDeleteLme da xde cerpen baru...bile cerpen baru keluar,??
ReplyDeleteWhy not continue the part of zaqriel birthday??coz i love them so much...
ReplyDeleteBest wehhhh.... Aku hanyut dgn cerita ni
ReplyDeleteBestnyerrrr....tk dpt nk gambarkn dgn kta2(semuanya cukup dgn perencah rsa),,buat sy syok sendri je 😀😀😀
ReplyDeleteBestnya dh bnyak kali ulang pun xjemu ..good luck..hope dpat create lebih bnyak cerita yg best..����
ReplyDeletethe best ever cerpen. pnjang. best sgt.
ReplyDeletethe best cerpen and longstroy. intersting ! good luck sis.
ReplyDeleteStill rasa sweet cerita ni walaupun dah ulang baca banyak kali
ReplyDeleteBest of the best!!!
ReplyDeleteBest tpi dlm forever love raya ruby dgn azman tu ada masalah so klau bleh sy rsa lbih baik awk msukkan dlm forever love part 3 sbb bila awk trus buka crita mngenai ruby dan azman nmpk mcm xbersambung je crita ni maybe awk bleh buat diorang ada masalah atau aan slalu gnggu ruby msa dkat kedai kek so akn nmpk la kesinambungan crita ni dgn yg raya punya...anyway sy hnya bg pndapat sorry klau awk xbrapa stuju
ReplyDeleteAzman*
DeleteJujur saya cakap saya mmg baca story ni bnyk kali. Story yg paling lain dari yg lain. Gd job writer 👍
ReplyDelete