Wednesday, 3 May 2017

Cerpen : Forever Love! (Part 1)

#Assalamualaikum... hai semua... sorry lambat post. Btw ni part 1 okay? Sorry sebab sibuk sgt tak sempat nak habiskan terus... sorry.. tq...


"Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan..."

"Zurin! Apa yang kau termenung tu? Dah hijau pun lampu tu!" Sergah Ruby kepada sahabat baiknya yang masih lagi di tempat yang sama, langsung tak hiraukan yang semua kereta lain dah mula berjalan.

Bunyi hon yang kuat dari belakang menyebabkan Zurin kalut dan menekan pedal minyak keretanya dengan cepat dan akhirnya melanggar belakang kereta orang hadapan.

"Zurin! Apa kau buat ni?!" Marah Ruby dan mula rasa resah. Wajah Zurin dah bertukar menjadi pucat bila dia dah menyebabkan satu kemalangan secara tak sengaja.

"Ruby! Habislah! Driver dia dah keluar. Matilah kita!" Zurin kalut sendiri dan mula untuk berfikir tetapi tidak terdaya.

Wajah pemandu yang sangat garang itu menyebabkan rasa seram sejuk pada tubuh Zurin semakin terasa. Dia pandang Ruby dengan harapan Ruby dapat membantunya.

"Bukan kita yang mati, tapi kau sorang je!"

"Cik, tolong keluar" wajah garang yang jelas di ruang mata Zurin menyebabkan mata Zurin yang tidak berapa besar itu membesar dengan keluasan maksima yang dia mampu. Tak nampak besar pun sebenarnya tapi ada beza dengan biasa.

"Cik dah buat salah besar langgar kereta boss saya, tolong ikut kereta kami kalau cik tak nak ada masalah"

"Ba...baiklah..." Zurin dengan pantas bersetuju dan mula memandu di belakang kereta mercedes itu dengan berhati hati. Siapa yang nak pisang berbuah dua kali?

"Kalau kau kena saman, bayar sendiri. Aku tak nak tanggung!" Ruby ni bukannya nak menyenangkan hati Zurin, lagi di tambah kusut adalah.

"Kalau sehari kau tak cari masalah memang bukan Zurin la nama kau" tambah Ruby lagi dan teruskan membebel beberapa ayat yang cukup pedas.

Zurin hanya menadah telinganya, sudah terbiasa dengan ayat pedas dan perli dari mulut murai Ruby. Walaupun mulut Ruby lebih tajam dari pedang tapi hati Ruby sangat baik.


"Kenapa datang hospital?" Soal Zurin setelah memarkir keretanya.

Ruby keluar dari kereta dan menarik tangan Zurin supaya mendekati pemandu tadi dengan segera. Walau apa sekalipun yang bakal mereka hadapi nanti, mereka tetap kena lalui semua tu jugak.

"Maafkan saya encik, saya tak sengaja" pinta Zurin serta menundukkan kepalanya rendah. Kesal dengan sikap cuai dirinya.

"Cik tak perlu minta maaf dengan saya, tapi perlu minta maaf dengan Tuan Iskandar" walaupun nada pemandu ini tak garang, apa yang dia cakap langsung tak menenangkan hati sesiapa.

"Kawan saya akan tanggung semuanya." Ruby dengan yakin menjawab. Zurin menyiku pinggang Ruby yang begitu lancang bercakap.

"Kenapa perlu datang sini? Tuan Iskandar tu doktor ke?" Soal Ruby lagi.

"Tak, dalam kereta tadi anak-anak boss, mereka sakit jadi saya nak bawa datang sini. Saya minta maaf cik"

"Eh, kenapa pulak? Saya yang salah. Mereka semua okay ke?"soal Zurin dengan rasa bersalah yang menggunung.

"mereka semua demam, bukannya sebab kemalangan tadi. Tapi, mungkin boss saya yang tak ok. Dia pantang betul bila bab anak-anak dia" muka risau pemandu itu memang berjaya buat Zurin rasa nak melarikan diri dari hospital sekarang juga dan menyorok supaya tidak dapat dijumpai.

"Weh, aku kena pergi hantar kek tu semua. Kau stay sini eh!" Baru je habus ayat tu Ruby dah lesap selaju kilat.

'RUBY!!!!' jerit batin Zurin geram yang teramat dengan kawannya yang sanggup tinggalkan dia seorang diri di situ.

"Cik, boss saya nak jumpa" Pemandu itu senyum sedikit untuk memberi semangat kepada Zurin yang rasa dia hampir pengsan sekarang ni.

"Dia garang ke? Perlu ke saya panggil dia Tuan?"

"Cik jumpa la dia sendiri" jawapan dari pemandu itu memang tak bersemangat langsung.

'Padan muka kau Zurin!!!' Rutuk hati Zurin sendiri.


Zurin tiba di wad yang dihuni oleh keluarga Tuan Iskandar itu. Zurin memperlahankan langkahnya dan kalau boleh dia nak larikan diri dengan segera.

Pemandu itu mengetuk satu pintu yang berwarna coklat dan kemudian menolak pintu itu perlahan lahan.

"Silakan cik, sabar ya" Zurin memaksa dirinya untuk masuk ke dalam ruangan itu. Hampir menangis dia rasa sebab terlampau takut.

Zurin hanya memandang lantai dan berdiri betul2 di depan pintu yang telah tertutup. Kepala terasa berat untuk diangkat dan melihat orang yang melepaskan aura yang seram.

"Pandang sini!" Zurin tersentak dengan suara tegas dan dalam itu.

Zurin mengangkat kepalanya dan dia sengaja meredupkan matanya supaya tida mengarah kepada empunya suara.

"Apa yang awak akan buat kalau terjadi benda buruk pada anak2 saya tadi?! Macam mana awak pandu kereta?! Macam mana orang cuai macam awak dapat lesen kereta?!"

Soalan yang keras dan pedas itu membuatkan kepala Zurin kempala tertunduk dan dia hampir menangis. Hidungnya mula terasa ingin berair.

"Tolong jangan mula drama murahan awak kat sini, saya hanya perlukan jawapan!"

"Saya...saya...hmm...tak sengaja"

"Kalau anak2 saya cedera tadi, awak rasa alasan tak sengaja awak tu akan berguna?" Pedas sekali ayat itu. Zurin mula kelu dan otaknya mulai beku. Zurin memang tak pandai mengawal situasi bila dia dimarahi atau di salahkan oleh sesiap.

"cakap!"

"Tadi saya dengan lagu yang ada lirik pelik jadi saya mengelamun fikirkan lirik tu saya tak perasan yang lampu dah hijau dan kawan saya sergah saya dan saya terkejut dan terlanggar kereta" senafas Zurin ceritakan pada Tuan Iskandar dan akhirnya dia mengah sendiri.

Kemudian ada tawa kecil seakan suara kanak2 menyebabkan suasana yang diam tiba2 itu kembali kedengaran suara. Dua pasang mata segera memandang datangnya arah tawa itu.

"Kenapa Miqael?" Suara tegas kedengaran pula.

"Tak ada apa, aunty ni lucu. Cakap laju macam roket" kemudian tawa kedengaran lagi.

Zurin tersenyum sedikit bila ada suara lain di dalam bilik itu dan suasana yang mulanya seram dan dingin kini mula terasa sedikit seri.

"Papa siapa aunty comel ni?" Soal budak kecil yang bernama Miqael ini dengan wajah yang comel. Nak je Zurin cubit2 pipi gebu itu.

"Qael, papa suruh rest."

"Tapi...tapi Qael lapar" bibir dimuncungkan menyebabkan dia kelihatan lebih comel. Zurin pula seorang yang pantang jumpa benda yang comel.

Langkah segera Zurin atur ke katil dan mendekati Qael yang agak montel itu. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh pipi gebu itu terus dihalang dengan sekujur tubuh yang sigap. Untung sempat brek, kalau tak dah berlanggar lagi sekali.

"Apa yang awak nak buat?" Soalan tegas berbaur amaran itu menyebabkan Zurin mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang.

"Maafkan saya" pinta Zurin kesal.

"Papa, lapar..." rengek Qael lagi manja.

"Papa minta Abang Khan belikan ya?"

"Yay!"

"Rendahkan sikit suara tu. Airiel dan Aqiel nak tidur"

"Nak cake" gumam Qael manja dan kembali baring di atas katil.

Zurin tenggelam dalam khayalannya sendiri bila melihat budak2 kecil yang sangat comel sedang tidur dengan polos. Teringin sekali dia menyentuh dan membelai mereka semua.

"Tinggalkan contact awak dan jangan pernah ingat urusan kita selesai di sini. Awak boleh pergi" serius sekali nada itu dan Zurin kalut mengeluarkan kad bisnes yang dia ada.

"Bye aunty comel!" Jerit Qael ceria menyebabkan langkah laju Zurin yang menuju ke pintu terhenti.

"Bye baby boy!" Balas Zurin tak kalah ceria, tapi bila dia melihat wajah bengang lelaki itu dia segera melarikan diri dari situ.


Kusut kepala Iskandar memikirkan keadaannya anak-anaknya yang masih lagi berada di hospital serta kerja yang tak pernah habis. Masalah2 yang berlaku dalam pejabatnya membuatkan dia kusut dan rasa ingin lepaskan kemarahan membuak buak.

"Mary, masuk sekarang" butang intercom ditekan, tak perlu tunggu lama untuk Mary nertindak.

"Ada apa tuan?" Mary cuba untuk berlagak biasa, tapi dia tahu semua itu tak akan menghilangkan debar di dalam hatinya. Iskandar sangat tegas, bukan sahaja sangat tapi dah sampai tahap melampau.

"Aturkan meeting dengan semua ketua projek, pukul 3. Saya nak semua hadir"

"Baik tuan!"



Zurin menyediakan kopi yang dipesan dan diletakkan di atas dulang dengan berhati hati sebelum dibawa kepada pelanggan.

"Sama-sama" balas Zurin bila dia diucapkan terima kasih kerana membawa pesan di meja itu.

Zurin membersihkan beberapa meja yang perlu sebelum kembali semula ke kaunter dan bila dia terdengar bunyi loceng dia segera ke meja untuk mengambil order.

"Selamat datang, nak order apa ya?" Soal Zurin sebelum memandang pelanggan kali ini.

Setelah lama berdiam diri, Zurin mengambil keputusan untuk melihat pelanggan yang masih lagi diam. Matanya hampir terkeluar dari soket bila melihat lelaki yang sangat dia tak nak jumpa lagi dah. Lelaki itu memang berjaya menarik perhatian semua orang kerana kini mata menala ke arah lelaki itu sahaja.

"Saya...saya..." Zurin kelu dan tak pasti apa yang dia perlu cakap sekarang ni.

"Jumpa saya" arah lelaki itu dan terus ke satu sudut di mana ada sebuab meja kosong.

Semua mata memandang Iskandar yang gah dengan sutnya. Iskandar langsung tak pedulikan pandangan orang kepadanya dan dia hanya berlagak selamba.

Zurin datang membawa segelas air sejuk dan segera mendekati meja Iskandar. Tak berani untuk membuka mulut mahupun duduk.

"Duduk" arah Iskandar dengan nada tegas dan Zurin segera menurut tanpa bantahan.

Zurin cuba mencari tempat duduk yang paling jauh, malangnya meja itu bulat jadi sebanyak mana pun Zurin lari jaraknya tetap sama jugak.

"Air" pelawa Zurin gugup dan menolak dulang air ke tengah meja.

Sebaik mata Iskandar menangkap mata Zurin, laju sahaja Zurin melarikan matanya dan segera tunduk memandang meja yang kosong.

"Awak tahu berapa harga yang awak perlu bayar untuk kereta saya?" Soal Iskandar serius dan Zurin telan liur.

"Tak tahu, tapi saya tahu banyak. Saya boleh bayar ansur-ansur..."

"Saya tak suka kerja yang tak selesai" bangkang Iskandar pantas.

Zurin gigit bibirnya cuba fikirkan jalan yang terbaik untuk selesaikan hal ini. Dia menghitung wang di dalam akaun banknya dan tolak dengan sewa kedai, rumah dan kereta. Makan?

"Saya...tak ada duit yang banyak. Saya boleh buat apa je yang encik nak" Zurin bercakap tanpa berfikir lagi. Memang mencari masalah sebenarnya.

"Everything?" Soal Iskandar meminta kepastian.

"Ya. Semua yang halal" tambah Zurin dan sengih sedikit. Bimbang jika maksud segalanya itu disalah erti pula.

"Jadi babysitter anak-anak saya"

Zurin tercengang seketika dan fikirkan apa yang dia perlu buat. Terima atau tolak.

"Erm...lama ke?"

"Dua bulan. Bergaji tapi awak kena dengar semua arahan saya"

Zurin mula berfikir dari awal balik. Macam mana dengan kerja dia kat cafe ni? Takkan nak lepaskan pada Ri  seorang. Dah la mereka tak ada pekerja lain lagi dah.

"Di rumah saya pukul tiga petang sampai malam" Iskandar ni main cakap tak peduli sama ada Zurin bersetuju atau tidak.

"Pukul 3?" Soal Zurin meminta kepastian dan Iskandar hanya menjawabnya dengan wajah yang tegas dan menakutkan.

"Boleh! Tak perlu bayar gaji. Saya ikhlas"

"Saya mampu bayar awak dan saya tak perlu jasa awak" selamba je Iskandar menolak dengan angkuhnya. Nak je Zurin tarik muka tapi dia takut nanti kena balik.

"Tapi, saya nak bayar balik..."

"Buat je kerja tu elok2. Kalau awak langgar peraturan, mungkin awak akan guna duit untuk buat bayaran"

Zurin telan liur risau dan dia terus bersetuju dengan kata2 Iskandar. Tak ada guna membantah kerana akhirnya dia terpaksa dengar je. Tak siapa tahu berapa yang Zurin perlu bayar untuk kerosakan kereta mewah itu.



Zurin sediakan beberapa jenis biskut dan cup cake untuk dibawa ke kediaman Iskandar. Semuanya untuk anak2 Iskandar. Ruby hanya perhatikan apa yang Zurin lakukan.

"Malam tu sampai pukul berapa?" Soal Ruby kepada kawannya itu.

"Entah, dia tak cakap pulak tapi, rasanya sampai dia balik kerja"

"Kalau dia tak balik?"

"Entah, ni first day aku kut. Mana aku tahu macam mana nanti"

"Kau tahu ke alamat rumah dia?"

"Tahu. Jangan risau la, tak ada apa pun" 

Ruby ni bila masuk mode risau dan berleter memang banyak yang dia akan fikir. Kadang2 tak terlintas pun dalam fikiran orang lain.

"Nanti boleh la kau ngorat dia" Ruby sengih tak berdosa.

"Haha, Khalil nak campak kat mana? Danau?"

"Ala, Khalil je pun. Campak je mana2" Ruby ketawa pula. Zurin hanya gelengkan kepala dan teruskan menyiapkan kuih untuk budak2 tu nanti.

"Dah siap, kau balik dengan tunang kau hari ni kan? Aku bawak kereta eh"

"Yup! Hati2" pesan Ruby.

Zurin anggukkan kepala dan masuk ke dalam kereta. Dia segera memandu keluar dari kawasan itu.


Setibanya Zurin di kediaman mewah itu dia segera keluar dari kereta dan menekan loceng di pagar. Pintu pagar terbuka dan Zurin masuk semula ke dalam kereta untuk memarkir kereta di dalam kawasan rumah.

Setelah salam diberi dan berkenalan dengan orang gaji di rumah itu Zurin dijemput masuk dan di bawa ke beberapa ruang untuk diperkenalkan. Maklumlah, rumah yang terlajak besar itu mempunyai terlalu banyak bilik.

Mata Zurin sempat menangkap beberapa keping gambar yang tergantung di dinding. Ada juga gambar keluarga yang terletak kemas di dalam bingkai di atas perabot2.

'Cantiknya' Zurin memuji kecantikkan isteri kepada Tuan Iskandar.

Senyumannya terukir bila melihat tiga anak kecil berserta seorang lagi lelaki yang sudah besar. Fikirannya menerawang jauh lagi.

"Cik!"

"Ya, maaf" pinta Zurin bila dia dah jauh sangat tertinggal.

"Ni Kak Ton, dia orang gaji sementara je kat sini sebab Kak Mai dalam pantang lagi"

"Kak Mai?"

"Kak Mai tu isteri saya, selalunya isteri saya yang jadi pengasuh dan orang gaji dalam rumah ni tapi sekarang ni dia sedang berpantang"

"Ya ke? Tahniah Abang Khan. Anak lelaki ke perempuan?" Soal Zurin teruja.

"Lelaki, anak sulung" Khan juga tak dapat sembunyikan wajah bahagianya yang kini bergelar bapa.

"Mesti handsome macam Shah Rukh Khan nanti" usik Zurin pula menyebabkan suasana gamat dengan tawa seketika.

"Siapa yang jaga Kak Mai kat sini?"

"Mak mertua saya. Cik dah kenal semua bilik kan?"

"Dah. Tak payah la panggil cik. Panggil Zurin je, tak pun Zue je"

"Ya la Zue. Sekejap lagi tuan balik dengan anak2. Sebelum apa2 Abang nak cakap la ni, si kembar tiga tu tak ada masalah. Anak sulung tuan tu keras kepala sikit."

"Oh, yang paling besar tu? Umur dia berapa?"

"17"

"Besar dah, tuan umur berapa?"

"37. Ha, tu mereka dah sampai"

'Mudanya tuan iskandar kahwin.' Sempat lagi Zurin bermonolog dengan diri sendiri sebelum menyambut kepulangan semua orang.

"Aunty Comel!!!" Terkejut semua orang bila Qael menerpa Zurin dan dengan gembiranya memeluk Zurin erat.

"Hai..." sapa Zurin kekok dan cuba untuk membalas pelukan Qael. Semua orang sudah hairan melihat kemesraan dua orang itu.

"Qael. Datang sini" tegas sekali arahan itu dan Qael segera meleraikan pelukan. Sengihan panjang diberikan kepada Zurin sebelum berjalan ke papanya.

Si kembar tiga itu terus berbual sesama mereka mengenai Zurin. Hanya Qael yang pernah jumpa Zurin selama ini jadi, semua orang mendengar apa yang dikatakan oleh Qael.

"Airiel, Aqiel, Zaqriel. Ni Ayu Zurina, babysitter sementara kamu semua"

'Mana dia tahu nama penuh aku?'

"Yay!!!" Sorak Qael dan memeluk Zurin lagi sekali. Kali ini Airiel dan Aqiel turut sama memeluk kaki Zurin.

"Papa, who is she?"

"I have told you just now"

"She is too young to babysit us and i'm too old to have one" bantah si sulung, Zaqriel namanya.

Mereka berdua terus bertekak dalam bahasa ibunda negara orang lain. Si kembar tiga ini tidak terganggu malah menarik Zurin untuk segera beredar dari situ. Sepertinya, perdebatan itu adalah hal yang biasa.

"Aunty Mel bawak cake?" Soal Airiel ceria, wajahnya sangat riang melihat begitu banyak biskut dan cup cake yang tersedia di atas meja.

"Ya, Qael cakap dia suka makan cake" Zurin senyum dan ambilkan piring untuk dihidangkan kepada mereka bertiga.

"Wah. Sedap ni!"

"Aunty, Aqiel pun suka cake" Aqiel memandang Zurin sedih kerana menganggap semua kek itu untuk Qael.

"Ya. Aunty bawak untuk semua orang ni. Banyak kan?"

"Bestnya. Thank you" Airiel dan Qael sudah mula makan. Kini giliran Aqiel pula.

Zurin tergelak dengan telatah mereka bertiga yang begitu seronok makan kek yang ada.

"Ok. Dah makan" Zurin hentikan aktiviti makan mereka bertiga. Wajah mereka bertiga terus bertukar muram.

"Banyak lagi aunty. Kenapa kena stop dah?"

"Mana boleh makan benda manis banyak sangat. Nanti rosak gigi!"

"Hehe, rosak gigi!" Qael mengikut kata2 Zurin sambil tersengih.

"Betul tu! Nanti kita makan lagi. Sekarang ni simpan dulu" Zurin segera mengemas semua yang ada di atas meja dan masukkan di dalam peti sejuk mana yang patut.

"Papa! Aunty bawa kek banyak!" Airiel masih lagi seronok menjilat jarinya yang comot.

"Cake?" Soal Iskandar serius dan Zurin mula rasa tak selesa.

"Erm, saya kerja di kedai kek. Jadi saya bawak sikit. Saya teringat yang anak tuan suka makan kek" Zurin cuba terangkan dengan sebaik mungkin tapi, gugup itu tetap ada.

"Ok" balas Iskandar ringkas dan mengambil cawan di rak sebelum membuka peti sejuk. Dia diam lama di hadapan peti.

"Sikit?" Iskandar membuka pintu peti sejuk dengan luas menampakkan semua yang ada dalam peti sejuk. Zurin sengih sedikit sebelum anggukkan kepala.

"Tuan nak makan?" Soal Zurin pula.

"No" setelah menjawab seringkas itu Iskandar terus beredar dari dapur.


Malam tiba dan Zurin masih lagi belum pulang kerana Iskandar juga belum pulang. Zurin menyimpan telekung solatnya di dalam beg sebelum keluar dari bilik kosong itu.

"Aunty! Mana aunty hilang? Qael cari" Qael segera memeluk Zurin sebaik ternampak Zurin.

Zurin tergelak kecil dan mendukung tubuh kecil yang gedempol itu. Boleh tahan berat jugak sebenarnya.

"Beratnya Qael" gumam Zurin dan mendukung Qael kembali ke biliknya semula.

"Aunty, nak makan cake boleh?" Pinta Qael dengan wajah yang comel. Zurin melihat jam di dinding dan gelengkan kepala.

"Mana boleh. Dah pukul 10 malam ni. Nanti..."

"Rosak gigi!" Qael menyambung dengan tawa kecilnya.

"Betul tu! Pandai pun. Sekarang dah masa Qael tidur. Airiel dan Aqiel pun dah tidur tu"

"Tapi...Qael tak ngantuk lagi" Qael mencebikkan bibirnya. Zurin tergelak perlahan dan duduk di katil kecil Qael.

"Aunty bacakan cerita nak?"

"Nak!"

"Ok, sekarang ni Qael baring, masuk dalam selimut" Zurin membantu Qael masuk ke dalam selimut.

"Aunty tidur la dengan Qael" pujuk Qael dan Zurin hanya menurut.

"Cerita apa?"

"Cerita nabi2 kita nak?" Soal Zurin kembali.

"Nabi-nabi? Apa tu?" Soal Qael semula dan kali ini Zurin terdiam dan terkejut pada masa yang sama.

"Kita ada banyak nabi dan rasul tapi yang perlu ingat 25 je"

Zurin berterusan cerita mengenai para nabi dan rasul secara ringkas. Semuanya mula dengan menyebut nama2 nabi dan rasul terlebih dahulu.


Tepat jam 1 pagi kereta Iskandar masuk ke perkarangan rumah dan dia dapat mengagak Zurin belum pulang kerana kereta Zurin masih lagi berada di tempat sama sejak petang tadi lagi.

Iskandar masuk ke dalam rumah dan terus mendaki tangga untuk ke biliknya. Dia segera membersihkan diri dan mengemas apa yang patut. Sebaik sahaja dia baringkan badan di atas katil dia teringat pada anak-anaknya. Dia bangun semula dan menuju ke bilik kembar terlebih dahulu.

Pintu bilik dikuak perlahan dan matanya melilau memerhati anaknya dari jauh. Pandangan dia jatuh pada katil Qael yang di diami dua orang sekaligus. Iskandar menapak masuk dengan niat untuk mengejutkan Zurin tapi bila dia fikirkan waktu sekarang dia keluar semula dari bilik itu.

Iskandar cuba untuk tidur setelah menyelesaikan beberapa kerja di dalam laptopnya. Sesekali dia terfikir untuk berikan bilik kepada Zurin jika Zurin terpaksa bermalam lagi.


Tepat jam lima pagi Zurin tersedar dari tidurnya seperti biasa. Badannya yang pegal dia betulkan dengan menggeliat tetapi bila terasa tangan kecil di pinggangnya dia berhenti bergerak.

"Ah! Aku tidur sini malam tadi" gumam Zurin perlahan dan segera bangun dari katil.

"Aku kena balik rumah!"

Zurin mengemas barangnya dan dia segera beredar dari rumah itu tanpa pamit kepada sesiapa. Dia lega bila kereta Iskandar ada di parkir. Maksudnya, Iskandar dah balik malam tadi.


Zurin tiba di rumahnya hampir pukul 6 pagi dan dia bergegas membersihkan diri untuk solat subuh dan sediakan barang jualan hari ini. Ruby juga sudah bangun.

"Zue! Aku ingatkan kau dah kena kurung dengan boss kau. Bila kau balik?" Sapa Ruby dengan nada kuat gila. Macam terkejut sangat.

"Subuh tadi. Sorry la kau kena siapkan  semua ni" Pinta Zurin kepada sahabatnya itu.

"No hal la. Sikit je pun. Tapi betul la, boss kau kurung kau ke?"

"Mana ada! Aku tertidur rumah dia"

"Oh ya ke? hehe, kau masuk kerja hari ni?"

"Mestilah. Takkan aku nak biar kau kerja seorang diri. Kita tak mampu lagi nak upah pekerja lain"

"Good! Jom kita pergi!" Ruby mengangkat beberapa kotak kek untuk dibawa ke kereta.

"Macam mana kerja kat sana?"
Ruby memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Ok je. Dia ada empat anak lelaki"

"Really?! Wow!"

"Apa yang wow?"

"Power la dia!" Ruby terus ketawa bahagia dengan lawaknya sendiri.

"Tu je la kau tahu. Anak sulung dia 17 tahun"

"Biar betul! Umur dia sekarang berapa?"

"37"

"Awalnya dia kahwin" gumam Ruby sendiri tapi dapat didengar oleh Zurin. Zurin sengih bila apa yang Ruby fikir sama dengan dia.

"Lagi tiga?"

"Triplets. Baru je 4 tahun"

"Jauhnya beza"

"Tu la. Aku malas nak fikir kenapa jadi aku buat derk je la."

"Misteri pulak aku rasa boss kau ni. Btw, kau jumpa bini dia tak?"

"Tak! Gambar je ada. Cantik gila bini dia, macam mix je"

"Ya ke? Hmm...kau jangan terjatuh hati kat suami orang pulak" pesan Ruby tiba2 dan laju je satu tamparan kuat di lengan diterimanya.

"Mengarut la kau ni! Khalil nak letak mana?" Soal Zurin sambil gelengkan kepala.

"La, hari tu kan dah campak dalam danau" jawab Ruby dengan tawa mengekek. Entah apa yang dia tak berkenan sangat si Khalil tu.


Zurin kembali ke banglo mewah Iskandar untuk kerjanya pada hari kedua. Baru dia tahu kembar itu akan ke tabika sampai pukul 12 dan selebihnya mereka akan ada kelas muzik, tarian, bahasa dan sebagainya. Boleh dikatakan memang penuh jadual mereka semua.

"Aunty Mel!!!" Jerit kembar itu sebaik tiba di rumah dan terus berlari mendapatkan Zurin.

"Kalau balik rumah kena bagi salam dulu baru la elok" tegur Zurin mesra kepada kembar itu.

"Salam?" Soal Aqiel pelik.

"Ya. Assalamualaikum"

"Ooohhh. Assalamualaikum!!!" Jerit mereka bertiga serentak sebelum ketawa.

"Waalaikumussalam" balas Zurin dan mencium pucuk kepala mereka bertiga.

"Korang jangan nak bising sangat! Bingit tahu tak!" Marah Zaqriel yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Jom kita pergi makan kek." Ajak Ariel sambil menarik tangan Zurin. Langsung tak diendahkan amaran Zaqriel tadi.

"Aunty, nanti cerita pasal nabi dan rasul kat Ariel jugak" pinta Ariel manja dan Zurin segera setuju.

"Boleh! Aunty ada bawak. Nanti aunty bacakan"

"Yay!!!" Sorak mereka lagi. Ceria sungguh!.

"Petang nanti kawan2 aku datang rumah. Dont disturb us and never ever show your face at court" pesan Zaqriel tegas.

Mereka bertiga hanya buat muka tak berpuas hati dan teruskan makan kek yang ada di dalam piring. Zurin pandang Zaqriel yang suka sangat bagi amaran pada adik-adiknya. Ikutkan hati nak je dia tegur tapi takut nanti jadi benda lain pulak.

"Zaqriel nak aunty sediakan makanan tak? Snack ke?" Soal Zurin sekadar berbasa basi.

"Kami nak exercise, bukan nak makan" balas Zaqriel dengan nada jengkel. Agak kurang ajar sebenarnya.

"Okay. So, petang nanti kita masak sikit je la karipap. Abang tak nak makan" Zurin bersorak perlahan bersama si kembar.

"Yay! Boleh makan banyak!" Sorak Qael pula kemudian diikuti yang lain.

"Ugh!" Zaqriel tinggalkan ruang makan dan beredar dengan marah. Zurin ketawa perlahan melihat respon Zaqriel dan terus melayan kerenah kembar.


Iskandar melabuhkan punggunya di sofa yang selesa itu. Suasana rumah yang sunyi itu buatkan dia rasa tenang seketika sehinggalah bunyi bising motorsikal kedengaran di parkir rumah

"Apa lagi?" Gumam Iskandar seraya bangun untuk melihat motorsikal siapakah itu.

Tak pelik langsung bila dia melihat anak lelakinya bersama kawan kawannya berkumpul bersama. Iskandar pejam mata rapat dan berkira sama ada perlu marahkan anak sulungnya atau tidak. Dia memilih untuk beredar, dia tak nak bergaduh dengan Zaqriel hari ini.

Tangga di daki ke biliknya, tetapi dia tidak langsung ke bilik malah menjenguk bilik si kembar.

Kosong.

Iskandar terdengar suara ceria dari bilik yang dia minta untuk maid bersihkan bagi kegunaan Zurin. Bunyi ketawa semakin jelas bila dia semakin hampir dengan bilik itu. Pintu bilik diketuk sebelum dibuka oleh Airiel.

Tergamam Iskandar apabila melihat tiga kembarnya sedang tersengih kepadanya. Di kepala mereka bertiga ada kopiah kecil dan mereka kelihatan sangat comel ketika itu.

Zurin segera berdiri dan letakkan buku yang dipegangnya ke atas katil. Sejadah2 segera dilipat dan diletakkan di atas katil juga. Kemudian dia menyapa Iskandar dengan hormat.

"Papa, aunty ajar sholat asar" Aqiel tersengih semakin lebar sambil goyangkan badannya dengan gembira.

"Aunty cerita pasal nabi dan rasul jugak. Lain cerita aunty dengan cerita albert einstein" tambah Airiel dengan pelatnya.

"Betul! Betul! Betul!" Sokong Qael dengan gaya upin ipin kartun kegemarannya itu.

"Papa dah solat?" Soal Qael pula. Iskandar hanya diam dan beredar dari bilik itu setelah memerhati wajah Zurin seketika.

'Habislah! Dia marah ke?' Zurin dah mula kecut sendiri bila melihat wajah serius Iskandar.

Zurin beri peluang kepada si kembar untun hiaskan sendiri donut yang telah dia goreng. Cream dan coklat yang disediakan di dalam cawan untuk digunakan mereka. Beberapa jenis hiasan juga turut disediakan.

"Aunty, Qael guna banyak star. Aqiel pun nak" rajuk Aqiel bila semua bintang kecil dibolot Qael. Zurin ketawa perlahan dan ambil bekes berisi bintang itu jauh dari Qael.

"Aunty! Qael nak..." rengek Qael pula.

"Baby boys, aunty dah pesan banyak kali kan? Sharing is pahala. Jadi, kena la share. Kalau tak nak share, nak bolot sorang diri, lebih baik semua orang tak dapat. Kalau kita tamak, kita?"

"Rugi!" Jawab Ariel bersemangat. Zurin angguk kepala setuju dan sempat berlaga tapak tangan dengan Ariel.

"Ya. Qael share dengan Aqiel" Qael menyerah dan Zurin serahkan kembali bekas itu dengan senyum bangga.

"Pandai pun anak murid aunty ni" Zurin sengih dan mengusap kepala kecil itu lembut.

Iskandar tidak jadi masuk ke dalam dapur bila mendengar perbualan mereka berempat. Dia hanya berdiri di sebalik dinding dan mendengar semua perbualan mereka. Dia tak pasti apa yang dia rasa sekarang ni tapi, dia senang melihat anak2 nya bersama dengan Zurin.

"Papa, buat apa?" Soal Zaqriel yang muncul entah dari mana dengan pakaian sukan serta badan yang berpeluh.

"Zaq nak apa?" Soal Iskandar balik tanpa menjawab soalan Zaqriel tadi.

"Nak minta maid buatkan air" jawab Zaqriel dan berjalan masuk ke dapur tanpa hiraukan papanya yang hanya berdiri di tempat yang sama.

Zurin pandang Zaqriel yang menapak masuk ke dalam dapur tanpa memandang ke arah mereka berempat. Hanya terus ke peti sejuk dan ambil beberapa botol air sejuk.

"Qael, mana maid?" Soal Zaqriel dingin. Qael hanya menjuihkan bibir dan buat tak endah.

"Aku tanya ni!" Bentak Zaqriel bengang bila adiknya abaikan dia macam tu je.

"Zaqriel nak apa cari Kak Ton?" Soal Zurin untuk elakkan pertengkaran mereka adik beradik berlaku. Bukannya boleh biarkan macam tu je mereka adik beradik ni. Bergaduh teruk.

"Buat air" jawab Zaqriel malas.

"Tak apa, saya buat. Nanti saya hantar ke court" jawapan Zurin tidak mendapat kata balas. Zaqriel hanya beredar begitu sahaja.

Zurin tergelak perlahan dan ambilkan bekas untuk membuat air. Qael dah tayangkan wajah masam kerana Zurin ikutkan je apa yang Zaqriel suruh.

"Qael, apa aunty cakap pasal respect?" Zurin cubit pipi gebu Qael lembut.

"Tapi...tapi...abang tak baik" jawab Qael pertahankan tindakannya.

"Tapi Qael baik kan? Apa aunty cakap pasal pribadi Rasulullah?"

"Memaafkan" jawab Aqiel bagi pihak Qael.

"Pandai pun." Kepala Aqiel diusap lembut menyebabkan Aqiel tersengih bangga. Ariel ikut sama tersengih bila Qael memuncungkan mulutnya tak berpuas hati.

Ariel dan Aqiel usik Qael kerana merajuk dan akhirnya mereka bertiga ketawa serentak dan bermain dengan sesama sendiri. Zurin senang melihat kembar tiga itu dan dia segera siapkan air dan sediakan bekas yang berisi ais.

"Sayang2 aunty, tolong bawa donut untuk kawan2 abang boleh?" Pinta Zurin dengan senyuman lebar.

"Boleh! Aqiel nak tolong!" Aqiel yang paling awal sekali turun dari kerusi dan bersedia untuk membawa pinggan berisi donut yang mereka buat.


Zurin letakkan dulang ke atas meja dan berikan senyuman kepada beberapa kawan Zaqriel yang sedang berehat di kerusi.

Permainan terhenti tiba2 dan Zaqriel bengang bila dua kawannya di sebelah lawan tidak membalas pukulannya dan hanya berdiri tegak sambil tersenyum kambing.

"Woi!" Sergah Zaqriel bila dua kawannya itu langsung tak bergerak ingat mannequin challange ke apa?

Zaqriel pandang ke belakang dan dia segera lepaskan keluhan berat sebelum mengambil sebiji bola tenis lain dan baling tepat mengena perut salah seorang dari kawannya. Beria la menjerit budak tu sebab sakit teramat.

"Happy, enjoy the show?" Soal Zaqriel memerli dan meninggalkan court dengan bengang.

"Ala, relax la Zaq. Siapa tu?" Soal Zamri sambil tersengih dan ikut sama ke meja.

Zurin hanya menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadanya dengan ramah. Dia perlu menghormati kawan2 anak bossnya, lagipun mereka semua kelihatan baik.

"Dah buat air kan? Pergi la buat kerja lain pulak. Bawak tiga kenit ni jugak" Zaqriel tolak dengan agak kasar tubuh Ariel.

Zurin rasa ingin menegur tetapi dia kuburkan hasratnya itu. Dia tak kisah apa yang Zaqriel lakukan pada dia, tapi dia tak suka apa yang Zaqriel lakukan kepada adik2 dia.

"Jom kita masuk. Banyak lagi donut tak hias" ajak Zurin segera dan berlalu dari dengan menarik tangan kembar itu.

"Tak patut kau layan babysitter adik kau macam tu" tegur Bella sambil meneguk air di dalam gelas.

"Diam ah, bukannya siapa pun dia tu" protes Zaqriel balik dan turut sama meneguk rakus air di dalam gelas.

Mereka yang lain hanya diamkan diri dan menikmati makanan yang disediakan dengan nikmat. Zaqriel masih lagi tak berpuas hati kerana kawan2 nya mempertahankan Zurin.


Zurin mencium dahi kembar itu sebelum keluar dari bilik mereka bertiga. Zurin tersenyum melihat wajah lena mereka dan segera menutup pintu dengan rapat.

"Mereka dah tidur?"

"Meletup!" Zurin terlatah terkejut bila dia di sapa dengan tiba2.

Zurin pandang Iskandar dengan pandangan yang dia cuba untuk naturalkan. Sebenarnya nak je dia membebel kerana kejutkan dia macam tu, tapi, dia siapa? Hmm.

"Maaf. Dah tidur tuan" Zurin senyum sedikit tanda menghormati.

"Saya nak balik dah ni, tuan nak kopi? Saya boleh bancuhkan sebelum balik" Zurin bertanya sekadar berbahasa. Di dalam hati dia doa agar Iskandar menolak.

"Yes" jawapan Iskandar yang ringkas, padat dan mutakhir itu memang membuatkan Zurin rasa dia dah susahkan diri dia sendiri. Kalau boleh dia memang tak nak berdua dengan Iskandar sebab kekok teramat.

"Ok, tuan nak saya bawa ke bilik bacaan..."

"No. Living room" jawabnya laju memotong soalan Zurin.

Zurin mulanya nak buat muka dan mengeluh tetapi dia tetap cuba untuk ukir semyum tak ikhlas. Zurin segera memanjat turun anak tangga untuk ke dapur, tidak di sangka yang Iskandar akan mengikutnya. Logik la, ruang tamu aras bawah kut.

Zurin terus ke dapur, sangkaan dia meleset bila Iskandar ikut sama ke dapur. Zurin menjadi tidak selesa dan sebolehnya dia nak halau Iskandar keluar dari dapur. Tapi dia cuba bertenang dan bancuh kopi dengan kadar segera. Sepantas kilat boleh dikatakan.

"Black or with milk?" Soal Zurin sebelum meletakkan gula.

"Black" jawab Iskandar sepatah.

Gula diletakkan dengan kadar yang secukupnya dan dia segera letakkan cawan ke atas piring. Dengan senyuman dia hulurkan cawan itu kepada Iskandar.

"Saya balik dulu tuan" pamit Zurin sekali lagi, bila Iskandar anggukkan kepala laju betul langkah Zurin tinggalkan ruang dapur.

"Alamak! Dah pukul 11!" Rungut Zurin dan segera tinggalkan perkarangan rumah mewah itu.


Hampir setiap hari Zurin terpaksa sediakan kopi untuk Iskandar sebelum dia balik ke rumah. Permintaan Iskandar sangat senang. Black coffee.

Kerap kali juga Zurin bermalam di banglo itu kerena terlelap sementara menunggu kepulangan Iskandar dari tempat kerja. Kadang2 Iskandar tidak pulang langsung.

"Khan, kenapa nampak macam gelisah je?"

"Ah, mana ada tuan!" Khan segera menolak, padahal ada yang dia ingin katakan.

"Cakap je. Apa dia? Duit?"

"Bukan. Tuan, saya bukannya nak campur urusan tuan. Maafkan saya"

"Aku tak faham"

"Tuan, tak elok kalau Cik Zurin tu kerap sangat bermalam kat sini, atau balik lewat malam" Khan berdoa dalam hatinya agak tidak di marahi.

"Kenapa? Ada benda tak senonoh ke berlaku?"

"Tak ada, tapi tak elok. Macam mana kalau ada aduan ke pihak agama islam atau dilihat umum. Tak elok" Khan menyusun ayat dengan berhati hati.

"Oh. Habis tu aku nak kena buat apa?"

"Izinkan Cik Zurin balik awal sikit?"

"Baiklah" sangat mudah Iskandar bersetuju dengan apa yang dicadangkan. Khan rasa lega bila apa yang dicakapnya di beri perhatian.


Zurin pelik juga bila Iskandar selalu pulang sebelum maghrib, jadi dia boleh balik awal untuk beberapa hari ini. Kadang2 Iskandar balik pukul 4 atau 5 petang, jadi mereka bertembung dengan lebih kerap dan Zurin juga terpaksa hidangkan kopi untuk waktu petang.

Zurin menyiapkan makan petang untuk kembar itu dan menunggu mereka untuk turun ke ruang makan. Lama menunggu, zurin mengambil keputusan untuk memanggil mereka bertiga.

"Kak Mai, Zue panggil budak2 turun dulu" Zurin maklumkan kepada isteri Khan yang sudah mula bekerja sebaik selesai berpantang.

"Sayang! Turun makan" Zurin hanya memanggil dari bawah tangga kerana mereka bermain di kawasan berdekatan.

"Yay!!!" Sorak mereka bertiga dan segera berlari.

"Jangan lari, jangan tolak2" pesan Zurin tetapi semuanya hanyalah sia2.

Tolakan yang berlaku di kawasan pertengahan tangga menyebabkan kemalangan. Aqiel yang tertolak hampir jatuh tangga.

"Aqiel!" Jeritan Zurin memang kuat dan dengan tindakan pantas Zurin sempat menyelamatkan Aqiel menyebabkan mereka berdua jatuh dari tangga bersama. Zurin peluk erat dan lindungi tubuh kecil itu dengan sebaik mungkin.

Mereka berdua terbaring di atas lantai paling bawah. Aqiel di atas Zurin yang seperti hilang kesedaran seketika kerana hentakan yang kuat di kepala.


Suara tangisan yang bergema itu memecahkan kesunyian banglo itu. Pada masa yang sama Iskandar pulang dari tempat kerja dan melihat anaknya terbaring di atas lantai bersama Zurin.

"Aqiel!"

Iskandar segera berlari mendapatkan Aqiel yang menangis demgan sangat kuat. Zurin tersedar bila terasa ada sesuatu di ambik dari pelukannya.

"Aqiel! Sakit kat mana?" Soal Iskandar risau.

Zurin segera berdiri dan cuba untuk mendapatkan Aqiel yang menangis teresak esak. Mungkin kerana sakit, mungkin kerana terkejut.

"Aqiel, Aqiel okay?" Soal Zurin resah dan cuba menyentuh Aqiel.

"Dont touch my son!" Suara Iskandar melengking kuat mengejutkan semua orang yang ada di situ. Termasuk Mai dan Khan.

"Aunty" Qael dan Ariel maju untuk memeluk Zurin tetapi di halang oleh Iskandar.

"Stay where you are!" Iskandar pandang dua lagi anaknya yang menangis.

"Get out from here! I dont want to see your face anymore. Never come back!"

Zurin hanya menelan jeritan jeritan itu dengan redha. Air matanya mengalir, bukan kerana dia dimarahi tetapi kerana memikirkan yang dia tak akan berjumpa lagi dengan kembar itu dan pada masa yang sama, perpisahan mereka sesakit ini.

"Now!" Yang terakhir itu buatkan Zurin segera akur dan mengambil begnya sebelum beredar.

Sesekali dia pandang ke belakang untuk melihat kembar itu. Mereka masih lagi menangis, ada yang menjerit memanggil Zurin. Zurin nak sangat berlari kepada mereka tetapi dia tahu dia tak mampu.

Air mata yang gugur dikesat beberapa kali. Akhirnya dia sampai di kereta miliknya. Mai dan Khan berada di sana.

"Zue ok?" Soal Mai dan menyentuh bahu Zurin. Zurin meringis perlahan.

"Zue luka ke?" Soal Khan terkejut bila melihat wajah sakit Zurin.

"Terima kasih dah jaga Zue selama ni. Jaga anak2 tuan Iskandar. Zue pergi dulu"

Zurin segera meninggalkan kawasan banglo itu dengan linangan air mata yang bersisa. Dia cuba untuk kuat tapi bila dia teringat wajah menangis tiga kembar itu air matanya kembali mengalir. Wajah benci yang ditunjukkan Iskandar juga menambah luka yang dia ada sekarang.



Suasana rumah yang senyap buatkan hati Zurin menjadi pilu. Tetapi pada masa yang sama dia bersyukur kerana Ruby tak perlu melihat keadaan yang selekeh dan serabut seperti ini. Dia segera ke bilik dan masuk ke bilik air untuk mandi dan solat asar.

Ruby dihantar oleh tunangnya dan dia begitu bahagia sekali kerana telah lama tidak berjumpa. Setelah mengucapkan selamat tinggal Ruby langsung ke pintu rumah.

"Tak kunci?" Pelik.

"Oh, Zurin dah balik." Tanpa berdikir panjang Ruby masuk ke dalam rumah dan memberi salam.

Banyak yang dia nak cerita pada Zurin hari ini, terutama sekali mengenai majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jam didinding menunjukkan pukul 11 malam.

"Zurin!" Dengan ceria Ruby membuka pintu bilik Zurin yang sudah gelap. Lampu di pasang. Bila melihat Zurin sudah tidur Ruby terpaksa batalkan niat dia tadi.

"Awalnya tidur. Penat kut" gumam Ruby perlahan dan tutup pintu bilik Zurin perlahan lahan.

Azan subuh dari telefon membangunkan Zurin. Selalunya dia akan bangun sebelum subuh tetapi hari ini, pagi ini badan dia sangat letih.

"Allah!" Aduh Zurin bila terasa seluruh tubuhnya sakit bila dia cuba bangkit dari baring.

"Ya Allah, sakitnya..." adu Zurin dan cuba lagi. Betapa sakit badannya sekarang sehingga air matanya turut sama mengalir.

"Ya Allah, aku nak solat. Kuatkanlah aku" doa Zurin dan dia berjaya bangun. Perlahan lahan dia ke bilik air dengan susah payahnya dan berwudhuk.

Dia cuba untuk solat berdiri seperti biasa tetapi dia tidak mampu, duduk juga kerana sakit yang terlampau tiba2 menyerang. Akhirnya dia mengalah dengan keadaan dan solat sambil baring di katilnya.

Selesai solat, dia berdoa ringkas agar segala rasa sakitnya akan berkurangan tetapi lain pula yang jadi bila rasa sakit malah bertambah.

"Zue! Bangun la! Tolong aku bungkus kek!" Bentak Ruby dan terjah masuk dalam bilik Zurin macam tu je.

"Sambung tidur pulak" Ruby mendekati katil Zurin dan mula untuk membebel tapi bila melihat wajah pucat Zurin dia melutut di tepi katil.

"Zue, kau sakit ke?" Soal Ruby resah dan segera menyentuh dahi Zurin.

"Panasnya! Bangun, bersiap. Kita pergi klinik" Ruby cuba untuk membangunkan Zurin.

"Sakit!" Aduh Zurin bila bahunya disentuh Ruby.

"Sakit...sakit sangat Ruby...sakit..." tangis Zurin lirih. Hanya mulutnya yang bergerak dilinangi dengan air mata yang bercucuran di tubir mata.

Ruby kaku melihat keadaan Zurin yang sangat lemah. Tak pernah dia tengok Zurin sesakit ini. Air mata Ruby mula bertakung setiap kali dia mendengar aduan Zurin.

"Jangan menangis macam ni Zue. Aku ambil ubat" Ruby bangun dan mengesat air matanya sambil berlari ke dapur untuk ambil ubat tahan sakit.

Ubat ditelan dan Zurin kembali lena kerana pengaruh ubat. Wajah Zurin masih lagi pucat. Ruby tak pasti apa sakit Zurin, yang pasti Zurin sangat sakit.



"Miqael! Ariel! Aqiel! Papa cakap jangan tanya pasal aunty!" Marah Iskandar kepada tiga anaknya yang merengek nakkan Zurin bersama mereka hari ini.

"Papa tak baik...marah aunty" tangis Qael dan turun dari kerusi di meja makan. Ariel dan Aqiel turut sama meninggalkan meja makan.

Iskandar hentak meja kasar. Geram dengan tingkah anaknya yang terlalu sayangkan Zurin. Iskandar meraup mukanya beberapa kali sebelum turut sama tinggalkan meja makan dengan makanan yang belum bersentuh.

"Tuan nak ke pejabat?" Soal Khan bila Iskandar duduk di sofa ruang tamu dengan marah.

"Kau tak dengar tiga orang tengah meraung sekarang ni?" Soal Iskandar marah menyebabkan Khan telan liur. Takut.

"Tuan, saya bukan nak tunjuk pandai tapi, semalam, Mai nampak darah pada seluar Cik Zurin. Saya rasa Cik Zurin cedera masa jatuh tu" Khan kumpul segala keberanian yang dia ada untuk maklumkan hal ini.

Iskandar agak terkejut dan dia bangun dari sofa dan menuju ke bilik bacaan atau pejabat peribadinya. Komputer dibuka dan klip rakaman cctv semalam dibuka dengan segera.

Segala yang terjadi dia perhatikan dan dia terdiam bila melihat siapa yang cedera di dalam rakaman itu. Iskandar segera bangun dan menuju ke bilik kembar.

"Ikut papa kalau nak jumpa aunty" hanya sebaris ayat itu berjaya buatkan tangis mereka bertiga reda.

Langkah laju Iskandar dikejar oleh mereka bertiga dan air mata di sapu dengan cepat. Iskandar mengambil kunci kereta dan segera ke keretanya. Pintu belakang di buka kepada anak anaknya.



Zurin tersedar dari tidurnya bila rasa seperti ada sesuatu yang menusuk kaki dan lututnya. Rasa sakit yang teramat itu menyebabkan dia merintih menahan sakit.

"Zue, kita kena pergi hospital. Aku minta tolong jiran kita eh!" Ruby tak tunggu jawapan Zurin, dia terus keluar dari rumah.

"Allah, mamat handsome mana pulak yang datang masa gawat macam ni?" Rungut Ruby bila melihat seorang lelaki berdiri di depan pagar rumahnya.

"Tak nak beli! Tak nak beli!" Laju je Ruby menjerit dan cuba untuk keluar dari pagar rumah.

"Maaf, saya..."

"Tak nak insurans." Tolak Ruby lagi.

"No. Listen, saya cari Zurin" Ruby diam bila mendengar nama Zurin. Kini dia fokus pada suara itu.

"Saya Iskandar"

"Tuan Iskandar?" Soal Ruby teruja pulak.

"Ya" jawab Iskandar ringkas.

"Saya nak..."

"Eloklah tuan ada kat sini. Tolong bawa Zurin pergi hospital. Demam dia tinggi gila dan dia asyik menangis je sebab sakit. Tak pasti sakit apa. Sila masuk, tolong angkat dia sebab dia nak bergerak pun tak mampu" laju sungguh Ruby bercakap dan Iskandar hanya dapat menangkap beberapa isi penting sahaja.

Iskandar mengikut Ruby ke dalam rumah kemudian masuk ke dalam satu bilik. Iskandar sedikit terkejut melihat Zurin yang sedang menangis dan terbaring di katil. Masih bertelekung kerana Ruby risau Zurin sakit semasa dia cuba untuk tanggalkan tadi.

"Angkat la!" Arah Ruby geram bila Iskandar hanya terpaku di tempat sama sambil pandang Zurin.

Laju Iskandar maju dan dia segera mengangkat tetapi semuanya terbantut bila mendengar rintihan Zurin.

"Sakit..."

Iskandar cuba lagi, kali ini dengan lebih perlahan dan berhati hati. Zurin memegang kemas kemeja depan Iskandar untuk menahan sakit.

Laju yang teramat kereta yang dipandu Iskandar. Tangisan tiga kembar itu juga kembali kedengaran bila melihat Zurin menangis kesakitan.

Iskandar mendukung Zurin ke kawasan kecemasan dan doktor mula uruskan semuanya mula dari situ. Kembar itu memeluk kaki Iskandar sambil menangis di pintu gerbang kecemasan.

"Stop. Jom kita masuk. Lap air mata" serius sekali arahan Iskandar dan kembar itu terus menurut.

Hampir sejam menunggu akhirnya seorang doktor keluar dari bilik rawatan. Dia senyum sedikit kepada Iskandar dan meminta Iskandar ke biliknya.

"How is she?" Soal Iskandar sebaik sahaja dia duduk di kerusi.

"She is not critical but she is in unbearable pain. Banyak kesam lebam pada badan dia dan kaki kiri dia terseliuh. Ada juga beberapa lebam di kawasan lengan dia. Luka di bahagian lutut. Kepala dia pun ada luka sedikit. Apa yang dia rasa sekarang ni memang sangat sakit"

Iskandar tergamam mendengar kenyataan yang keluar dari mulut doktor itu. Semuanya terdengar seperti sangat menyakitkan.

"Saya minta maaf tapi, boleh saya tahu apa sebenarnya yang berlaku?"

"Jatuh tangga" jawab Iskandar precise. Doktor itu diam sekejap seakan cuba untuk memikirkan sama ada jawapan itu adalah benar.

"Kepala dia terhentak kuat. Perlu MRI?" Soal Iskandar pula.

"Saya perlu tunggu pesakit sedar sebelum lanjutkan rawatan"

Iskandar pula yang diam dan wajahnya yang serius bertukar risau. Banyak yang bermain dalam fikiran dia sekarang.

"Encik tak perlu risau. In sha Allah tak ada yang bahaya kepada isteri encik. Luka dan lebam akan mula baik dalam dua minggu lagi. Sama2 kita doa tak ada penyakit lain lagi" tambah doktor itu dengan niat menenangkan Iskandar.

Iskandar memang terkejut bila dia disangka suami kepada Zurin tapi dia malas nak buang masa perbetulkan andaian salah itu.

"Papa, aunty?" Soal Ariel bila melihat Iskandar keluar dari bilik doktor. Saat itu juga Ruby bersama tunangnya juga ada.

"Aunty ok. Now, she is sleeping. Lets go home"

"Hmm. Papa can we see her. We want to kiss her well" pinta Aqiel dan Iskandar menunjukkan ward Zurin ditempatkan.

Iskandar ambil peluang itu untuk terangkan keadaan Zurin kepada Ruby. Ruby menangis nendengar keadaan kawannya. Tunangnya, Azman cuba untuk tenangkannya.

Si kembar itu memanjat katil dan memeluk serta mencium dahi Zurin secara bergilir. Iskandar perhatikan anak2 nya yang mula menangis perlahan bila melihat keadaan Zurin.

"We love you" bisik salah seorang daripada mereka dan berjalan keluar dari ward mengikut Iskandar.



Iskandar turut sama hilang selera makan bila melihat kembar masih lagi bersedih dan langsung tak menyentuh makanan mereka. Masih kecil tapi sudah cukup memahami keadaan semasa. Mereka lebih matang daripada usia mereka.

Zaqriel berselera seperti biasa tapi serba sedikit dia terasa seperti asing kerana suasana meja makan yang terlalu sunyi dan pilu. Senyap tu biasa tapi pilu? Macam ada kematian je.

"Korang pehal ni?" Soal Zaqriel mula bengang bila melihat kembar menguis makanan di dalam pinggan.

"Aunty Mel sakit. Masuk hospital" Qael menjawab sedih dan air matanya mula mengalir.

"Sebab korang la dia masuk hospital. Main lagi atas tangga tu! Thats good enough she got to catch you, or else. Kau yang duk baring kat hospital tu"

Mereka bertiga terus menangis teresak bila mendengar apa yang keluar dari mulut Zaqriel. Keras dan kejam.

"Zaqriel" tegas sekali suara itu menegur.

"What? She is hurt, because of them. She might be dying" Zaqriel tersenyum sinis.

Esakan kembar itu bertukar meraung pula. Zaqriel memang dah melampau sangat sekarang ni.

"Zaqriel! My office now!" Iskandar dengar kasar letakkan sudu di atas pinggan dan bangun dari kerusi. Zaqriel mendengus geram tetapi tetap menurut.



Kembar akan melawat Zurin di hospital sebaik pulang dari sekolah. Keadaan Zurin semakin membaik dan banyak lebam pada badan Zurin mula baik. Kaki seliuh Zurin juga tidak sesakit yang dulu.

"Abang Khan mana?" Soal Zurin pelik bila hanya mereka bertiga yang ada.

"Tak ada" jawab Ariel dan menyuap Zurin anggur yang dibeli oleh mereka kepada Zurin.

"Habis tu, datang dengan siapa?" Soal Zurin lagi.

Pintu terbuka dan Iskandar masuk dengan wajah biasanya. Masih lagi bersut, maksudnya Iskandar dari tempat kerja.

Zurin tak tahu macam mana dia harus bereaksi. Rasa takut dan bersalah masih ada pada Zurin. Zurin  menyapa Iskandar dengan hormat tetapi langsung tidak memandang mata Iskandar.

"Turun katil sekarang" arah Iskandar tegas tiba2. Kembar terus tarik muka dan mula memanjat turun katil secara bergilir.

"Qael nak suap aunty" Qael dengan manjanya cuba untuk mencari alasan tetapi Iskandar tak beri muka langsung.

"She is sick" balas Iskandar tajam.

Zurin cuba untuk mencelah tetapi dia tak tahu macam mana. Dia ada rasa lucu jugak bila Iskandar langsung tidak beri peluang kepada kembar itu untuk membalas.

"Aunty boleh makan sendiri sayang" Zurin akhirnya berani buka mulut bila semua orang dah diam.

Kembar kembali tersenyum bila mendengar suara Zurin dan Iskandar diabiarkan seorang diri. Langsung tidak dipedulikan oleh sesiapa. Zurin juga melayan kembar itu tanpa rasa kekok kerana dia dah abaikan kewujudan Iskandar yang sibuk dengan telefon di tangan. Mungkin kerja.



Zurin telah mampu keluar dari hospital dan sekali lagi dia terkejut bila orang yang datang menjemputnya ialah Iskandar dan tiga kerdil. Patutlah susah betul Zurin paksa kawannya datang ambil.

"Maaf dah menyusahkan, bill hospital tu nanti saya bayar balik" Zurin memandang Iskandar sekilas sebelum keluar dari kereta.

"Dont have to. You saved my son so, that was the pay."

"Tapi, saya yang cuai..."

"Just accept it" tegas sekali suara Iskandar dan Zurin hanya mengalah.

Sekeping cek dikeluarkan dan diberikan kepada Zurin. Zurin mengambil cek itu tanpa memandang jumlah yang tertulis. Dia hanya merenung wajah Iskandar yang serius.

"That is your payment for taking care of my sons"

"Okay. Terima kasih" Zurin bertutur perlahan. Ikhlasnya dia tak nak tapi dia tahu kalau dia tolak, dia akan dapat pandangan tajam menikam dari Iskandar lagi dan kalau boleh dia tak nak, sebab seram.

Zurin tinggalkan kepingan cek itu di atas meja pada siang tadi dan masih belum melihat nilainya sehingga malam. Ruby yang baru pulang dari tempat kerja terpandang cek itu dan tiba2 menjerit.

Susah payah sekali Zurin keluar dari biliknya bila mendengar Ruby menjerit bagai orang gila.

"Kenapa Ruby?" Resah sekali wajah Zurin ketika ini.

"Mana kau dapat cek ni?" Soal Ruby sambil melayangkan kertas itu bersama senyuman yang menakutkan. Macam cek itu atas nama dia.

"Gaji aku, Tuan Iskandar bagi" jawab Zurin tenang dan duduk di sofa. Remote tv di capai dan tv di pasang.

"10k? Biar betul?" Soal Ruby terkejut. Kali ini Zurin juga terkejut sama dan cek segera dirampas untuk melihat nilai yang tertulis.

Memang jelas tertulis 10k. Zurin hampir pitam melihat nilai yang berlebihan itu. Dia raup mukanya dan berfikir cara untuk kembalikan cek itu semula kepada Iskandar. 10 ribu, untuk orang biasa macam dia. Memang banyak sangat!



Genap seminggu, Qael, Ariel dan Aqiel menunggu Zurin untuk datang ke rumah mereka tetapi semuanya hampa. Iskandar juga sering sibuk sehingga mereka tak sempat untuk bertanya mengenai Zurin.

Mai dan Khan sangat kasihan melihat kembar itu yang terpaksa menahan rindu kepada Zurin. Khan pandang Mai yang sedang bersila di depan muka pintu dengan wajah sedih.

"Abang tahu kan mana kedai Zue, minta la izin Tuan Iskandar nak bawak mereka. Kesian sangat tu" Mai memberi cadangan tetapi Khan menolaknya.

"Dah cuba, tuan sibuk sangat" jawab Khan sambil gelengkan kepala.

"Takkan nak biar macam tu je"

"Habis tu, abang nak buat macam mana?" Soal Khan kembali dan akhirnya mereka berdua hanya berdiam diri.

"Papa!!!" Jeritan ceria itu menandakan Iskandar telah pulang ke rumah. Masih lagi awal.

"Kenapa duduk kat sini?" Soal Iskandar dan berikan beg kerjanya kepada Khan yang segera datang ke pintu.

"Tunggu Aunty Mel, lama dah aunty tak datang" Ariel dengan sedihnya mejawab.

"Aunty Mel dah tak kerja sini lagi" jawab Iskandar dan berjalan masuk ke dalam rumah.

"Kenapa?" Soal mereka serentak dan hampir menangis.

"Sebab korang tu suka menyusahkan orang! Annoying!" Jawab Zaqriel yang tiba2 muncul dari dapur.

Kembar dah mula menitiskan air mata. Iskandar pandang tajam anak sulungnya, malas nak bertekak dengan Zaqriel yang memang suka mencari masalah.

"Papa, nak aunty..." rayu Aqiel dan memeluk kaki Iskandar erat. Kemudian lagi menyusul untuk memeluk kaki Iskandar.

"Khan!" Panggilan Iskandar mengejutkan ramai orang dan Khan segera menyahut panggilan itu.

"Esok bawa mereka pergi jumpa Zurin. Now, dont disturb me"  Iskandar lepaskan keluhan berat dan berlalu dari ruang tamu.

Kembar sudah bersorak gembira kerana merekan akan berjumpa Zurin pada esok hari.



Akhirnya, Zurin berjaya buat temu janji dengan Iskandar. Bukan main susah lagi, seminggu dia tunggu dan hari ini dia berjaya. Cek di dalam beg tangannya diperiksa buat kali terakhir sebelum dia masuk ke pejabat Iskandar.

Dari awal melangkah masuk ke bangunan gah itu sudah cukup mempersonakan mata Zurin. Kini dia melihat dekorasi dalaman bangunan itu juga indah. Pejabat Iskandar juga sangah gah dan mewah.

Iskandar tidak menyangka orang yang cuba untuk berjumpa dengannya ialah Zurin yang sama. Kedatangan Zurin disambut dengan aura yang pelik dan sangat awkward.

"I dont recall we have business together" Iskandar dengan lagak biasanya memulakan perbicaraan bila Zurin hanya mendiamkan diri.

"Ah, oh...erm...saya..." Zurin bertambah gugup bila dia tersedar yang dia sudah mengelamun dan memuji fizikal Iskandar berlebihan.

"Sit" Iskandar menunjukkan kerusi dihadapannya kepada Zurin, laju aja Zurin duduk dan senyum sedikit.

"Cek ni, saya tak perlukan" Zurin terus pergi ke topik asalnya dan menyerahkan cek itu kepada Iskandar.

Iskandar memandang Zurin tajam menyebabkan Zurin kecut perut dan kalau boleh dia nak larikan diri dari pejabat tu dengan segera.

"Awak ingat saya akan ambil balik apa yang saya dah bagi?" Soal Iskandar keras. Dia marah!

"Awak hina saya?" Soalan kedua itu mengejutkan Zurin.

"Tak! Mana ada hina. Saya tak ada niat pun...saya...10 ribu ni banyak sangat"

"Not for me" balas Iskandar laju.

'Berlagak' terintas perkataan itu dalam benak Zurin.

"Tak kisah la, saya tak nak duit ni, tuan ambil la" tolak Zurin dengan nada selamba. Dia dah mula rasa tak tahan nak blah dari situ.

"Limit date untuk tebus cek ni dah habis. Tiga hari" Iskandar dengan seriusnya menolak semula cek itu.

"Really?! Baguslah! Jadi cek ni dah tak sah kan?" Soal Zurin yang tiba2 teruja, Iskandar pelik.

Zurin keluarkan pen dari begnya dan mula menulis sesuatu di cek itu tetapi semuanya sia2 kerana pen itu sudah kehabisan dakwat. Boleh pulak hari ini dia nak habis dakwat.

"Pinjam pen!" Zurin mencapai pen di atas meja Iskandar dan menulis sesuatu di belakang cek itu.

"Thank you!" Zurin tinggalkan cek itu di atas meja dan segera keluar dari pejabat itu tinggalkan Iskandar yang kehilangan kata2.



Iskandar turut sama keluar dari pejabatnya setelah beberapa minit berdiam diri di kerusinya. Semua orang pelik bila melihat Iskandar keluar dengan tergesa gesa dan menuju ke lif. Semua orang beri laluan supaya Iskandar dapat masuk terlebih dahulu.

Apa yang Iskandar nampak memang agak mengejutkan. Zurin sedang memeluk anak anaknya gembira di bahagian lobi pejabat. Menarik perhatian kebanyakkan orang yang berada di situ.

Iskandar mendekati mereka berlima dan dia memandang Khan meminta jawapan. Khan sudah mula kecut sendiri.

"Maaf tuan, mereka bertegas nak datang sini sebab pejabat tuan depan kedai Cik Zurin je" Khan cuba untuk menjelaskan keadaan.

"Rindu aunty!" Qael dengan gembiranya menjerit di dalam dukungan Zurin.

"Ugh" Iskandar lepaskan keluhan dan mendukung Ariel dan Aqiel yang sedang memeluk kaki Zurin.

"Follow me" arah Iskandar dan berjalan keluar dari bangunan besar itu. Kakinya menuntun melintas jalan dan kini dia berada di depan kedai Zurin. Hanya jalan dua hala itu yang memisahkan tempat kerja mereka.

Iskandar cuba untuk memberi nasihat, atau menegur anak2 nya tetapi bila dia melihat betapa gembira mereka dapat berjumpa dengan Zurin, dia diamkan diri dan perhatikan lagak mereka berempat. Khan sudah balik ke rumah dengan arahan Iskandar.

Suasana sangat riuh kerana kembar berebut rebut untuk menyampaikan cerita mereka kepada Zurin. Zurin pula tekun mendengar dan melayan kerenah mereka. Seperti perasaan rindu antara mereka adalah mutual. Sama.

"Eh, tuan ada kat sini lagi?" Soal Zurin kaget bila melihat Iskandar sedang duduk didepannya.

'Tak perasan aku kat sini?' Terlintas perkara itu dibenak Iskandar dan dia kerutkan dahi.

"Ingat kan tuan pergi sekali dengan Abang Khan" Zurin sengih sikit. Gugup sebenarnya bila dia ditinggal berdua macam tu. Kembar dah pergi menjelajah cafe untuk memilih kek yang mereka nak makan. Iskandar tetap diam.

"Ha! Tuan nak black coffee?" Soal Zurin mula resah.

"Yes" jawab Iskandar dan bersandar pada kerusi.

Zurin segera beredar dan membancuh kopi untuk Iskandar. Ruby dah tersengih melihat Zurin yanh tak tentu hala dengan kewujudan Iskandar.

"Cookies kau dah siap. Bagi la sikit dekat tuan besar kau tu" usik Ruby seraya hulurkan pinggan yang berisi biskut yang bru sahaja keluar adi oven.

Zurin tak membalas apa2 dan keluar dari dapur dengan dulang berisi kopi dan biskut. Dia letakkan dulang di atas meja dan hidangkan kopi kepada  Iskandar.

"Biskut ni saya tambah spice dan herbs sikit. Produk baru la ni, trial je. kalau tuan sudi, cuba la eh" Zurin senyum nipis sebelum beredar dari situ. Laju je kaki dia melangkah pergi.

Iskandar tak dapat berhenti daripada makan biskut yang masih lagi panas itu. Biskut itu dan kopi memang sangat fit. Macam jodoh gitu. Tanpa sedar, hanya tinggal tiga keping je lagi dan Iskandar berfikir sama ada dia perlu habiskan atau tak. 

"Papa! Nak" pinta Ariel yang muncul tiba2 dan ngangakan mulutnya minta di suap. Iskandar hanya menurut dan dia perhatikan wajah Ariel yang berubah teruk.

"Papa! Not good" Ariel dah kalut dan mencari air yang terdekat. Kopi Iskandar yang sudah suam sedikit dipintanya.

Sekali lagi wajah Ariel bertukar bila minum kopi itu. Sangat kelakar sehingga Iskandar sendiri hampir ketawa melihat anak lelakinya itu.

"Ariel?!" Zurin terkejut bila melihat Afiel macam tu dan segera mengambil air mineral dan disuapkan kepada Ariel.

"Aunty...papa...tak sedap" Ariel merengek sambil tunjukkan biskut dan kopi di atas meja.

Iskandar sembunyi senyum dengan berdehem dan betulkan tie di kolarnya. Zurin pandang Iskandar seakan tak percaya yang Iskandar hanya tengok wajah anaknya macam tu je.

"Tuan tengok je? Kenapa tak bagi air mineral ni?" Zurin persoalkan tindakan Iskandar dengan wajah boleh dikatakan garang. Iskandar masih cuba untuk sembunyi senyum dan tawanya.

"Windy. Bitter" gumam Ariel bila lidahnya sudah kembali normal.

Zurin tergelak senang dan dia memeluk tubuh kecil itu erat. Ariel ikut sama ketawa mengekek. Dahi Ariel dicium sekali.

"Tak sedap sangat eh biskut tu?" Soal Zurin dengan sisa tawanya. Ariel buat muka paling buruk yang dia ada dan tawa Zurin kembali meletus. Begitu juga Ariel.

Iskandar tenung scene itu beberapa detik dan bangun dari kerusi, tinggalkan mereka berdua dan keluar dari kedai itu. Senyum nipis menghiasi bibirnya sepanjang dia berjalan ke bangunan pejabatnya . Beberapa pekerjanya yang melintasinya yang terlihat senyuman itu tak boleh menolak untuk tertawan dan rasa pelik pada masa yang sama. Iskandar bukannya jenis berikan senyuman sembarangan.



Gosip memang sesuatu yang midah tersebar. Pelbagai kenyataan yang keluar mengenai Zurin. Contohnya.

'Zurin kekasih Iskandar'

'Zurin bakal ibu tiri anak2 Iskandar'

'Zurin adalah isteri kedua Iskandar'

'Zurin adalah tunang Iskandar'

Pelbagai gosip liar lain menular di bangunan besar itu. Belum sampai ke telinga Iskandar, tapi sudah sampai ke telinga beberapa ahli keluarga Iskandar. Maksudnya akan ada masalah nanti.

Pintu pejabat Iskandar tanpa ada ketukan, berani sungguh orang yang melakukan hal demikian. Iskandar hanya pandang sekilas kepada empunya badan yang bertindak agak kurang sopan tadi dan teruskan kerjanya.

"Big bro!" Sapa adik lelaki Iskandar dan terus duduk di kerusi tanpa dipelawa.

"Why are you here?" Soal Iskandar dengan nada malas dan menyampah jugak pada masa yang sama sebab adik lelakinya itu tak akan datang tanpa sebab atau kalau tak bawa masalah.

"You got another girl pregnant again?" Soal Iskandar mengungkit masalah terbaru yang Daniel datang minta tolong daripadanya.

"Nope! Im here today because of you" kali ini Iskandar rasa tertarik untuk mendengar apa yang bakal keluar dari mulut Daniel.

"I dont know that you like girl that type" Daniel ketawa perlahan. Iskandar pula bingung. Girl? Who?

"Are you dreaming or are you drunk?" Soal Iskandar serius.

"Dont play dumb because you arent. Tell me, who is she" gesa Daniel berminat.

"I dont know what nonsense you are talking about. If you dont have anything else, please leave" arah Iskandar mula bosan dengan teka teki yang tidak ada pangkal itu.

"Really? Bro, see this" Daniel tolak telefonnya kepada Iskandar. Iskandar mencapai telefon itu dan kerutan di dahinya bertambah. Dalam kepala sudah fikirkan beberapa perkara.

"Mom and dad know this?" Soal Iskandar sedikit serabut.

"Have they call you?"

"Nope"

"Then nope!"

"Great. Now I need to clear this matter" gumam Iskandar kepada dirinya sendiri.

Daniel pula yang bingung sekarang ni. Dia tak dapat baca apa sebenarnya yang berlaku. Iskandar langsung tak beri apa2 komen mengenai gambar itu. Gambar Zurin, Iskandar dan kembar.

"Who is she?" Soal Daniel lagi.

"No one. She is no, was triplets babysitter"

"Oh. Understand." Daniel sudah buat kesimpulan sendiri dan dia bangun dari duduk.

"Im going" Daniel sengih sebelum beredar dari pejabat Iskandar. Dia hanya datang untuk dapatkan jawapan kepada gosip dan gambar itu.

'Send me that picture' satu pesanan di hantar kepada Daniel. Iskandar tenangkan diri dan fikir bagaimana cara untuk dia hentikan gosip yang menular.



Zulkifli atau Zul merupakan pelanggan tetap kedai Zurin dan selalunya dia juga yang akan membawa pesanan rakan sepejabatnya dari kedai itu. Zurin sudah cukup kenal dengan Zul yang merupakan pekerja di syarikat yang sama dengan Iskandar. Majoriti pelanggan Zurin adalah pekerja dari syarikat itu.

"Cik Zue, nak tanya sikit boleh?" Soal Zul sambil perhatikan tangan lincah Zurin yang sediakan pesanan darinya.

"Apa En. Zul?" Soal Zurin dengan senyuman manis.

"Apa hubungan Cik Zue dengan Tuan Iskandar?"

"Ha?! Hubungan?! Mana ada! Saya ni bekas pekerja dia je, saya pernah jadi babysitter anak2 dia" jawab Zurin dan ketawa perlahan. Kelakar rasanya soalan tu.

"Oh! Hehe. Maknanya saya ada can lagi la" usik Zul pula.

"Nope! Saya kan dah ada tunang." Zurin senyum lagi dan lengkapkan bungkusan kopi dan kek ke dalam kotak. Zul hanya ketawa bila mendengar yang Zurin telah bertunang.

"Terima kasih, datang lagi" ucap Zurin sambil serahkan kotak itu.

"Sama2. Mesti datang lagi! Mana nak dapat kopi sesedap kedai Cik Zue ni. Saya minta diri dulu"

"Ya. Hati2" Zurin melambai ringkas kepada Zul sebelum melayan pelanggan seterusnya.



Iskandar baru sedar selama ini, kopi yang dia selalu minum setiap pagi adalah dari kedai Zurin. Dia tenung lama cup itu sebelum meneguk habis kopi yang tinggal separuh.

Dia meneruskan kerjanya seperti biasa sehingga dia penat dan ingin berehat. Setelah dua jam terus menyiapkan kerja, Iskandar berdiri ke dinding kaca di pejabatnya untuk melihat permandangan kota.

Matanya menala terus ke seberang jalan, tepat pada kedai milik Zurin. Di tempat yang lebih tinggi itu dia terbatas untuk melihat siapa yang ada di dalam kedai itu tapi suasana beranda dia dapat lihat dengan jelas. Matanya tertacap pada satu pasangan yang sedang berbual di kawasan beranda, walaupun objek kecil, tapi dia dapat agak salah seorang dari pasangan itu.


"Lama abang tak datang sini" Zurin senyum manis kepada tunangnya yang sudah beberapa minggu tidak muncul.

"Abang sibuk sangat Zue. Semalam abang baru je balik dari Pahang"

"Buat apa? Kerja?" Soal Zurin berminat.

"Ya. Biasalah, pekerja muda dan bujang macam abang ni memang selalu kena hantar outstation" rungut Khalil seperti biasa dan Zurin tergelak perlahan. Typical Khalil, memang suka merungut.

"Tak apa la, tak lama lagi abang dah tak bujang dah" Zurin senyum penuh makna begitu juga Khalil. Mereka terus berbual mengenai beberapa perkara sebelum perbualan mereka di ganggu oleh tiga budak kecik tu. Nak dating pun tak sempat. Hahaha.

"Aunty! Siapa uncle ni?" Soal Qael berminat.

"Ni la...tunang aunty" jawab Zurin.

"Tunang? Apa tu?" Soal Ariel keliru. Haish, susah nak terangkan pada budak2 ni sebenarnya.

"Sayang uncle la" jawab Khalil sambil tersengih lebar.

Khalil memang baik dengan kanak2 dan selalunya kanak2 akan sukakan Khalil yang kelakar. Zurin tinggalkan mereka dan masuk ke kedai untuk melakukan beberapa kerja. Kembar juga sepertinya sukakan kehadiran Khalil di situ. Zurin dah sering sangat cerita mengenai kembar bila mereka berbual, secara tidak langsung Khali sudah kenal mereka bertiga.



Tepat jam 5 petang, Khan datang untuk menjemput kembar dan mereka berpisah di situ. Seperti biasa, Zurin akan bekalkan kek dan biskut untuk mereka dan sekarang satu hidangan lagi bertambah iaitu black coffee dan biskut spice yang menjadi kegemaran Iskandar.

Sebaik tiba di rumah mereka bertiga terus bercerita mengenai Khalil kepada Mai dan Khan. Iskandar yang kebetulan pulang awal harit tu ikut sama terdengar perbualan si kecil.

"Papa dah cakap jangan cakap dengan stranger" tegur Iskandar serius.

"Tapi...uncle Khalil tu tunang Aunty Mel" jawab Aqiel sambil menjuihkan bibirnya.

"Betul! Uncle cakap, aunty tu sayang dia" tambah Ariel pula.

Iskandar tidak memberi perhatian lanjut lagi kepada perbincangan mereka dan menghabiskan kopinya sebelum beredar dari meja makan.



Situasi yang sangat pelik dan tak terjangka oleh Zurin bila Khalil dan Iskandar berada di tempat yang sama, masa yang sama. Iska dar seperti biasa dengan pandangan seriusnya dan Khalil seakan bingung dengan situasi ini. Zurin yang berada di tengah2 rasa janggal teramat.

"Zue" panggil Khalil lembut dan mata Zurin memandang Khalil sebelum matanya beralih kepada Iskandar.

"Erm, abang, kenalkan ni la papa triplets tu, Tuan Iskandar. Tuan, ni Khalil" Zurin perkenalkan mereka berdua dan mereka berjabat tangan seketika.

"Abang tunggu Zue kat dalam kejap" pinta Zurin lembut dan Khalil senyum sebelum anggukkan kepala.

"Saya minta diri dulu" Khalil dengan ramah meminta diri. Zurin tersenyum sepanjang melihat Khalil beredar dari situ.

Satu deheman berjaya buatkan Zurin kembali fokus kepada Iskandar. Zurin sengih cuak dan pandang Iskandar.

"Hmm, maaf tapi, ada apa yang saya boleh tolong?" Soal Zurin bertanya langsung kumunculan Iskandar yang tidak diduga ini.

"Saya nak awak jagakan anak2 saya dua minggu" jawab Iskandar serius.

"Dua minggu? Kenapa?" Soal Zurin pelik. Tak sangka yang Iskandar akan meminta tolong darinya lagi selepas kejadian yang lepas.

"I have to go to Japan and they hope you can take care of them"

'Oh, outstation'

"Tuan pasti? Tuan tak takut..."

"Past is past"

'Cepat sungguh potong orang' Zurin menggumam perlahan.

Suasana senyap seketika dan mereka berdua hanya berbalas pandang. Bukan, saling memandang antara satu sama lain sebenarnya. Jeda.

"So?" Soal Iskandar memecahkan kesunyian.

"Boleh! Bila?" Soal Zurin laju dan mengedipkan matanya beberapa kali. Agak Pedih matanya bila dia saling bertatap tadi.

"Tomorrow" jawab Iskandar ringkas.
"Ok. Esok saya pergi rumah tuan macam biasa" balas Zurin ceria.

"Okay." Balas Iskandar dan terus beredar dari situ. Zurin hanya mampu memandang Iskandar yang pergi macam tu je.


Setelah ceritakan semuanya kepada Khalil, Khalil hanya anggukkan kepala tanda memahami. Walaupun Ruby boleh dikatakan tidak menyokong hubungan mereka berdua, pada Zurin, Khalil lelaki yang baik.

"Bila kita nak beli barang persiapan kahwin?" Soal Khalil dan Zurin terdiam. Dia dah lupa yang dia perlu fikirkan soal kahwin, sampai bila dia nak jadi tunang Khalil.

"Bukan dalam masa terdekat" jawab Zurin berhati hati.

"Kenapa? Dah dekat setahun kita tunang"

"Zue tahu tu, tapi, sekarang ni Zue tengah kumpul duit untuk beli bangunan kedai ni. Sewa je tak beri jaminan" Zurin memberi alasan dan Khalil mengeluh.

"Zue tak nak kahwin dengan abang kan?" Zurin tersentak dengan soalan yang tidak disangka itu.

"Apa abang cakap ni. Zue nak, tapi bukan sekarang. Bagi Zue capai apa yang Zue nak dulu, sikit je lagi abang. Bila business Zue dah kukuh dan boleh serahkan pada orang lain. Zue akan kahwin dengan abang. Abang cakap tak nak Zue kerja lepas kahwin kan? Jadi, Zue nak kukuhkan kewangan dan bisnes dulu"

"Sampai bila?" Soal Khalil seakan tidak termakan dengan penjelasan dan pujukan Zurin.

"In sha Allah abang, tak lama lagi" balas Zurin dengan nada separa merayu. Merayu agar Khalil faham keadaannya.

"Tak lama lagi tu bila? Tak apa la, abang pergi dulu" Khalil bangun dan terus beredar dengan marah sebelum Zurin sempat untuk buka mulut.

Zurin hanya perhatikan tubuh Khalil yang semakin menjauh dan dia melepaskan keluhan berat.

"Kenapa tu kepala angin?" Soal Ruby selamba. Ikutkan hati nak je Zurin marahkan kawan dia ni, tapi sebab dia malas nak fikir dia biar macam tu je.



Qael, Ariel dan Aqiel memang gembira bila Zurin datang bermain dengan mereka tetapi lama kelamaan mereka rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Zurin banyak diam dan hanya senyum kepada mereka. Senyum tak ikhlas pulak tu.

"Aunty" panggil Aqiel manja dan duduk di ribaan Zurin.

"Ya sayang?" Soal Zurin dan pandang wajah Aqiel. Ariel dan Qael juga mula mencari tempat yang paling dekat dengan Zurin.

"Aunty boring ya main dengan kami?" Soalan Aqiel mengejutkan Zurin.

"Eh, mana ada. Apa yang Aqiel cakap ni?"

"Abang selalu cakap tak nak main dengan kami sebab boring" gumam Ariel pula dan Zurin tergelak perlahan. Kesian sungguh dengan tiga kenit ni.

"Bukannya abang boring, abang takut dia kalah main dengan sayang aunty ni" balas Zurin yakin dan senyuman ceria mereka bertiga segera kembali.

"Betul ni?"

"Betul! Sekarang ni, naik mandi. Sabun wangi2. Dah nak maghrib, nanti kita solat sama2"

"Okay!" Mereka dengan cerianya segera berlari ke tangga tapi, mereka budak yang pandai.

Sebaik tiba di kai tangga mereka mula mendaki tangga berhati hati. Katanya, tak nak jatuh lagi, nanti Zurin yang kena marah.siapa tak jatuh sayang pada budak2 pandai macam tu.

Tepat jam lapan malam, ada panggilan dari Iskandar. Mai serahkan gagang telefon kepada Zurin. Zurin yang masih lengkap dengan telekung solat bersama tiga kenit itu berada di sofa untuk bercakap.

"Ya tuan, ada apa?" Soal Zurin sebaik meletakkan gagang di telinga.

"Esok, bawa mereka pergi meds check up. Dentist too"

"Ok."

"Khan tahu bila dan kat mana. Saya nak full report"

"Ok"

"Bring Zaq too"

'What?! Mati la' otak Zurin dah protes ni.

"Ok" tak ikhlas punya jawapan ni.

"Where are they?"

"Hm? Here." Zurin pandang kembar.

"Cakap dengan papa" Zurin serahkan telefon kepada mereka.

"Papa! Tadi kami solat maghrib jammah!" Cerita Ariel riang

"Jemaah sayang" Zurin perbetulkan sebutan Ariel dan dia tak dapat nak sembunyi ketawa kecilnya. Kelakar sungguh.

"Sama la aunty" Ariel dah buat muka sedih dah.

"Mana ada sama. Jemaah" Zurin berkeras dengan jawapannya.

"Papa, sama kan?" Soal Ariel minta pendapat Iskandar.

"I have to go. Behave" pesan Iskandar sebelum putuskan panggilan. Sebaik panggilan tamat mereka bertiga mula berdebat lagi mengenai perkataan jammah atau jemaah. Zurin tak dapat sembunyikan senyumannya.

"Who are you talking to?" Soal perempuan yang berada di depan Iskandar ketika ini.

"My sons" jawab Iskandar ringkas.

"Oh, how are they?"

"Good" jawab Iskandar, masih lagi dengan nada yang tidak berminat untuk berbual.

"Dont you think about re marry?"

"No" pantas jawapan itu keluar dari mulut Iskandar.

"I think your sons might need mother's love. Dont you think about that?"

"Melissa, I'm here for two weeks to discuss about business. Our business do not have any relationship with my personal life. Right?"

"Right. Im sorry, I just wondering. Besides, we both know each other for a long time"

"When will the project start?" Soal Iskandar, segera menukar topik perbualan yang lebih serius. Dia tak suka orang campur aduk hal peribadi dia. Termasuk keluarga dia sekalipun.



Zurin telah melakukan semua yang disuruh oleh Iskandar dan tolong jangan tanya macam mana Zurin berjaya bawa Zaqriel sama sebab semuanya tak senang. Sampai sekarang, sepanjang perjalanan balik di dalam kereta Zurin mendapat jelingan tajam.

Zurin tak gentar malah dia rasa terhibur dengan cara protes Zaqriel. Terbukti yang Zaqriel belum lagi matang walaupun dia cuba berlagak matang.

Pelbagai cara digunakan dan akhir sekali berjaya bila Zurin mampu kalahkan Zaqriel di dalam perlawanan tenis. Zurin seorang atlet pada zaman belajarnya, jadi dengan mudah dia mampu kalahkan Zaqriel. Kesannya, Zaqriel terpaksa mengaku kalah dan ikut Zurin untuk medical check up.

Sesampai di rumah Zaqriel segera tinggalkan kereta dan masuk ke dalam rumah dengan perasaan bengang. Ego dia tercalar bila kalah dan terpaksa dengar cakap Zurin. Kembar juga senang melihat abang mereka yang kalah dan protes itu.

"Pergi tukar baju, kita nak buat kek Carrot untuk abang ni. Kesian, doktor cakap mata abang tak sihat sangat"

"Okay!" Mereka berlari untuk ke bilik mereka.

Zurin masih lagi dengan senyuman lebar dan kadang2 dia tergelak sendiri bila teringat wajah masam Zaqriel. Mai pun hairan dengan tindak tanduk Zurin sekarang ni. Risau pun ada.

"Zue ok ke ni?"

"Ok je! Cuma tengah gembira sangat"

"Kenapa?"

"Ya Allah, muka Zaqriel memang kelakar sangat sepanjang check up tadi. Tak putus2 jeling Zue sebab marah sangat" Zurin ketawa lagi dan kali ini Mai ikut sama ketawa. Selalunya Zaqriel yang naikkan darah orang tapi hari ni dah terbalik. Dia pulak yang hangin. Hahaha.



"Tomoki!" Suara Iskandar sangat terkejut dan dia gembira pada masa yang sama. Kawan baiknya ketika belajar dulu dapat berjumpa kembali.

"Wait, Iskandar?!" Soal Tomoki lebih teruja dan memeluk kawan baiknya erat.

"Oh man! Wow, you look great as always" puji Tomoki dan Iskandar hanya tersengih.

"Hows life?" Soal Iskandar pula.

"Business great, family is great, so, Alhamdulillah" jawapan itu mengejutkan Iskandar.

"Yes. Im muslim now and we are really brothers now!" Tomoki dengan gembiranya menepuk bahu Iskandar, ada jernih manik di dalam matanya yang basah. Mungkin air mata.

"Great!" Hanya itu yang Iskandar mampu katakan dan dia tersenyum lama. Dia nampak yang Tomoki betul2 gembira.

"So, you change your name?"

"Not really. But I dont mind you called me Tarmizi. I ve read a lot of hadith Rasulullah from him. Tomoki or Tarmizi, both of it is me"

"Yeah..." Iskandar masih lagi dalam daze dan dia seperti kehilangan kata2. Apa sekalipun dia memang gembira dengan semua ini.

Iskandar ambil keputusan untuk makan malam bersama keluarga Tomoki. Semuanya islam dan suasana dalam rumah itu sangat indah dan tenang.

Iskandar dan Tomoki berbual lagi mengenai kisah silam dan masa depan juga. Mengenai business dan keluarga. Semuanya, hanya dengan Tomoki, Iskandar pernah cakap secara tenang dan rapat seperti ini. Hanya Tomoki yang mengenalinya.

Panggilan telefon buatkan perbualan mereka berdua terhenti dan Iskandar meminta izin untuk menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum tuan" salam dari sana Iskandar jawab di dalam hati. Dia mula terbiasa menjawab salam sekarang. Dulu, sangat jarang dia mendapat ucap salam.

"Saya nak buat report ni" lembut suara Zurin di talian dan Iskandar menunggu dengan sabar.

"Anak2 tuan sihat, especially kembar. Mereka semua dah tambah berat badan dan tinggi. Saya risau je mereka ni overweight sebab banyak sangat meningkat dari bulan lepas. Tapi doktor kata ok je. Bagus dan stabil lagi."

"Okay. Zaqriel?" Soal Iskandar pula dan dia yakin yang Zurin tak berjaya untuk membawa Zaqriel untuk pergi. Belum sempat soalan itu dijawab Zurin ketawa dahulu dan ceritakan semua yang terjadi dari A sampai Z. Iskandar tersenyum sepanjang mendengar cerita dan tawa Zurin. Dia rasa terhibur.

"Hmm. Maaf tuan. Tapi, mata Tuan Zaqriel ada masalah sikit. Doktor kata tak ada la rabun tapi better dia mula jaga mata dengan baik. Saya risau, sebab dia jenis tak makan sayur. Tapi saya akan cuba cari resepi untuk paksa dia makan sayur!" Bersemangat sekali Zurin kali ini dan Iskandar lega. Lega dengan adanya Zurin.

"Tu je la report saya tuan." Sambung Zurin bila Iskandar hanya diamkan diri.

"I miss you"

Mata Iskandar terbuntang, memang terkejut bila Zurin tuturkan ayat itu tiba2. Iskandar masih lagi kaku di tempat yang sama.

"Cakap la sendiri..." terdengar suara Zurin lagi kemudian suara budak2.

"Ish...Tuan, anak2 cakap 'I miss you'" Zurin tolong sampaikan pesan kembar dan barulah Iskandar boleh bergerak dan hilang rasa pelik dia tadi. Zurin sedang berbual dengan anak anaknya.

Panggilan diputuskan dan Iskandar gelengkan kepalanya beberapa kali sebelum kembali kepada Tomoki. Tomoki perhatikan wajah sahabatnya yang kelihatan berbeza dari tadi. Lebih ceria.

"Do you have someone right now? I mean, you are not single right?" Soalan Tomoki buatkan Iskandar bagi wajah berkerut femesnya.

"I am single. Too old for new relationship"

"Oh come on! Your face is lighting up when you finished your call. It must be someone special" usik Tomoki masih cuba untuk mengorek rahsia Iskandar.

"Ha! Thats my sons" jawapan Iskandar buatkan Tomoki kecewa sikit. Dia harap Iskandar kahwin lagi. Selepas kematian isterinya, Iskandar tak pernah ada hubungan dengan mana2 perempuan.



Segala cara berhubung yang Zurin gunakan untuk mencapai Khalil tidak berjaya. Khalil masih lagi merajuk dan Zurin tak dapat peluang untuk memujuk. Whatsapp yang dihantar hanya dihadiahkan bluetick. Zurin hanya bersabar dan harap Khalil akan menghubunginya.

Bunyi deringan telefon rumah mengejutkan Zurin dari angan. Kembar juga memandang telefon yang sedang berdering itu. Zurin segera menjawab panggilan tersebut.

"Baiklah, saya ke sana sekarang" Zurin segera bangun dan kembar turut sama bangun.

"Sayang, aunty nak pergi sekolah Abang Zaqriel ni. Sayang duk sini ya"
"Ikut!"

"Tak payah la, duk rumah ok. Aunty pergi kejap je" pujuk Zurin dan mereka segera anggukkan kepala.

Zurin tak pasti masalah apa yang Zaqriel buat kali ni sampai kena panggil dengan pengetua sekolah. Dah melampau agaknya. Zurin bergegas ke pejabat sekolah.

"Cik ni..."

"Saya wakil Tuan Iskandar" Zurin senyum sedikit dan pandang Zaqriel yang bajunya kotor dengan lumut.

"Saya harap dapat jumpa En. Iskandar sendiri sebab kali ini dah kali ketiga Zaqriel timbulkan masalah. Kali ini paling teruk, bergaduh dan bertumbuk"

Aku pandang Zaqriel tak percaya. Gangster sungguh budak ni! Dah la langsung tak tunjuk muka bersalah, apa la nak jadi dengan budak2 zaman sekarang.

"In sha Allah Saya akan sampaikan pada dia. Lagipun, sekarang ni dia ada di Jepun"

"Baiklah. Kalau macam tu kita mula..."

Pelbagai cerita yang timbul dan semuanya keluar dari mulut mangsa yang ditumbuk Zaqriel. Memang seram jugak sebenarnya dan Zurin boleh agak yang Zaqriel sedang panas seakan tidak bersetuju dengan cerita itu. Bila dia cuba untuk menyampuk, pengetua segera hentikan dia. Ni tak adil.

"Kali ini memang Zaqriel bersalah dan saya tak boleh nak lepaskan dia tanpa sebaranh hukuman. Gantung sekolah..."

"Kejap pengetua. Kita hanya dengar penerangan dari sebelah pihak. Macam mana pula dengan Zaqriel. Tak adil kalau kita dengar sebelah pihak je" betul la tu!

"Zaqriel, tolong cerita, kenapa awak pukul dia?" Soal guru disiplin yang turut ada di sini dan Zurin senyum bahagia.

Zaqriel mula bercerita dengan nada yang jelas marah. Rupanya, orang mengata mengenai arwah mamanya. Siapa yang tidak marah bila ibubapa sendiri dihina dan dicemuh.

"Walaupun mama aku macam tu, kau ingat mak bapak kau baik sangat ke?!" Meletup jugak Zaqriel sekarang ni dan dia cuba untuk tumbuk lelaki yang sama. Keadaan gawat seketika dan terpaksa dileraikan oleh pengetua.

"Apa yang Zaqriel lakukan tetap salah. Apa yang pelajar ni buat pun salah. Ada dalam rang undang2 dakwaan untuk penghinaan dan ia tetap satu kesalahan. Saya tahu Zaqriel tak sepatutnya bertindak keras tetapi dia hanya cuba pertahankan maruah seorang ibu. Saya harap tuan pengetua beri hukuman yang berpatutan" Zurin memeberi penerangan lebar dan memohon pada masa yang sama.

"Baiklah. Kalau macam tu, kamu berdua digantung sekolah satu minggu mulai hari ini. Boleh bersurai. Terima kasih Cik Zurin"

Zurin lega bila semuanya selesai, dan kali ini Zaqriel dipanggil oleh guru sukannya pula. Zurin pandang Zaqriel yang masih lagi bengang dengan hukuman yang dia dapat atau, dia takut dimarahi Iskandar.

"Cikgu kecewa dengan kamu Zaqriel. Macam mana kalau pengetua tak bagi kamu join perlawanan bola sepak bulan depan? Cikgu harap kamu fikirkan semua salah kamu, muhasabah diri kamu" pesan cikgu muda itu dan Zaqriel hanya anggukkan kepalanya lemah.

"Cikgu, saya dikeluarkan dari kesebelasan utama ke?" Soal Zaqriel risau, jelas risau ada dalam nadanya.

"Cikgu akan fikirkan..."

"Cikgu! Saya tahu anak buah saya silap tapi, boleh cikgu bagi dia peluang? Orang cakap, sukan dapat bantu kita berdisiplin. Banyak artikel yang saya baca cakap macam tu. Cikgu beri peluang untuk Zaqriel berubah dan mungkin, cikgu boleh hukum dia pada masa yang sama. Please..." rayu Zurin yang telah lama mendengar perbualan mereka berdua. Terkejut juga sebenarnya tetapi cikgu itu tersenyum melihat wajah Zurin.

"Semuanya bergantung pada Zaqriel. Jumpa esok di padang. Kena gantung sekolah tak bererti kena gantung practice. Jumpa lagi cik"

"Ya. Terima kasih" ucap Zurin dengan senyuman lebar dan memandang cikgu itu pergi.

Zaqriel jeling Zurin dan segera pergi ke tempat parkir kereta. Kembali dengan wajah tegang. Bapa borek anak rintik betul Zaqriel dan Iskandar ni.

"Jangan cakap kat papa" tegas Zaqriel dan Zurin sengih jahat.

"Tak boleh la, nanti tuan tahu saya tak buat full report"

"Jangan cakap!" Bentak Zaqriel bengang.

"Nanti saya yang kena marah"

"Aku akan buat apa je kau suruh. Just, dont tell him. His punishment is worst than Botak!" Zaqriel mengetap giginya geram.

"Botak?" Soal Zurin pelik.

"Pengetua tu la. Entah mana rambut dia hilang sampai berkilat kepala" masih lagi marah tapi dia terukir senyum bila mendengar Zurin ketawa.

Memang Zurin cakap dia tak akan beritahu Iskandar tapi, hakikat yang dia seorang yang amanah menyebabkan dia memaklumkan hal itu juga. Bila Iskandar dah naik berang Zurin cepat2 ceritakan hal sebenar siap tambah yang dia akan buat benda yang sama kalau orang hina ibu dia. Iskandar tenang sedikit bila dipujuk Zurin.

Sepanjang latihan bola, Khan dan Zurin bergilir untuk hantar Zaqriel ke sekolah. Kadang2 Zurin akan stay dan tengok Zaqriel berlatih. Kali ini lain pula semangat Zurin bila dia bawak kembar siap dengan bekal berkelah lagi.

Kembar yang lengkap berpakaian jersi bola mula bersorak dengan memanggil nama Zaqriel ceria. Zaqriel dah naik segan bila semua orang ketawakannya. Bukan ketawa menghina tetapi terhibur dengan lagak keluarga Zaqriel.

"Zaq, bakal mak tiri kau ke tu?" Tanya rakan sepasukannya sambil tersengih dan Zaq buat muka pelik.

"Babysitter adik aku la!" Bentak Zaqriel dan teruskan berlatih bila disuruh Coach.

"Cik"

"Ah, Cikgu Imran." Sapa Zurin kembali dengan ramah. Kembar dan pandang lelaki tinggi di depan mereka sambil berpeluk tubuh. Kenapa pulak?

"Sayang, salam dengan cikgu. Ni Cikgu Imran, yang ajar abang main bola" arah Zurin lembut dan mereka segera menurut.

"Kami tak mengganggu ke cikgu?"

"Tak. Tapi tu la, tak pernah pun selama ni ada parent sampai berkelah tepi padang semata tunggu anak."

"Ya ke? Maaf la. Kami tak rancang pun nak berkelah kat sini. Lagipun, kami bawa bekal untuk semua orang. Kan sayang?"

"Ya! Ada cookies, cakes, cupcakes. Cikgu kena makan! Sedap!!!" Mereka bertiga cakap serentak sambil tersengih lebar buatkan Cikgu Imran tergelak kecil dan mengusap kepala kecil itu lembut.

"Terima kasih. Susahkan je"

"Tak susah pun" balas Zurin senyum lebar.

"Sharing is pahala kan aunty?" Soal Aqiel dan Zurin angguk mengiakan.

Iskandar kembali dan secara langsung kerja Zurin dah habis. Iskandar yang baru sahaja sampai masih lagi berehat di ruang tamu bila bunyi bising dari luar kedengaran menandakan semua orang telah kembali.

"Oh God! Papa is here" bisik Zaqriel resah dan air mukanya bertukar keruh.

"Eh, secret kita tak pecah kan?" Soal Zaqriel pada Zurin dengan pandangan tajam. Zurin hanya tayang muka bodoh dan masuk ke dalam rumah bersama kembar.

"Tak guna, dia cakap la tu! Mati muda la kau Zaqriel" gumam Zaqriel dan masuk ke dalam rumah.

Matanya menyapa wajah serius Iskandar, pasti akan ada benda buruk yang akan terjadi nanti. Habislah.

"Zaqriel, in my office after you clean yourself. Fast" Iskandar berlalu dari ruang tamu ke biliknya untuk bersihkan diri juga.

Zurin sengih bila Zaqriel tunjuk gaya kerat leher pada Zurin. Zurin minta kembar naik mandi dan Zurin segera je dapur untuk buat susu dan kopi. Kopi untuk Iskandar dan susu untuk kembar dan Zaqriel.

Zurin ke office Iskandar dan setelah mengetuknya dia disuruh masuk. Zurin senyum sedikit dan letakkan dulang berisi kopi dan susu. Iskandar hanya pandang Zurin dan tunggu Zurin berlalu.

"Tolong jangan marah Tuan Zaqriel. Saya tahu dia salah tapi..."

"Ok" potong Iskandar pantas, seperti biasa.

"Ok?" Soal Zurin seakan tidak percaya Iskandar bersetuju begitu sahaja.

"I just want to talk"

"Ok! Terima kasih!" Ucap Zurin sambil tersengih bahagia dan segera keluar dari ruang pejabat.

Zaqriel masuk ke ruang pejabat dengan wajah yang cuba diselambakan tapi nampak jugak dia risau. Tangan di masukkan ke dalam poket seluar untuk hilangkan takut.

"Sit" arah Iskandar dan Zaqriel terus duduk.

"Im tired yelling and scolding you. This time, you punched someone, after this? Be gangster?"
Soal Iskandar dengan nada serius.

"Zaq bengang sebab budak tu hina mama. Dia cakap mama mati sebab mabuk"

"Zaqriel, mama accident"

"Accident sebab mabuk kan?" Soal Zaqriel perlahan dan tundukkan kepala. Iskandar diam dan mengurut pelipisnya.

"No. Stop thinking nonsense. I hope this is the last time you do any mistake at school. Work for your grade dont work for something useless"

"Senang la papa cakap. Yang kena hina masa tu mama Zaq, bukan mama, papa" Zaqriel segera beredar dan masuk ke dalam biliknya.



Khalil datang untuk berjumpa dengan Zurin setelah dua minggu mendiamkan diri. Zurin pandang wajah Khalil yang serius lama, tunggu Khalil untuk buka mulut dahulu.

"Abang dah bincang dengan keluarga kita. Kita tetap akan kahwin dalam masa terdekat. Tiga bulan dari sekarang" terbuntang mata Zurin dengar berita itu dan dia kaku seketika.

"Abang buat semua ni, tak bincang dengan Zue pun"

"Tiga bulan. Abang rasa cukup dah masa tu. Keluarga Zue pun setuju"

"Abang selalu belakangkan keputusan Zue. Tak apa la, customer tengah ramai ni. Zue nak sambung kerja balik" Zurin tak tunggu respon Khalil dia terus beredar dari situ.

Khalil tak cuba untuk memujuk Zurin walaupun dia tahu Zurin sedang marah. Malah dia pergi macam tu saja.

Zurin dengan wajah yang cuba dimaniskan melayan beberapa pelanggan yang sudah tidak ramai.

"Black coffee panas" Zurin segera menulis order itu tanpa memandang pelanggannya.

"4 ringgit" Zurin memberitahu harga dan pandang pelanggan itu untuk mengambil duit.

"Ah, tuan" sapa Zurin sedikit terkejut dan ukir senyum nipis.

"Jangan buat kalau tak ikhlas" pesan Iskandar tanpa sebab dan Zurin pelik.

Kemudian Iskandar tunjukkan apa yang dia maksudkan. Dia senyum kepada Zurin dan beredar setelah mendapat ordernya. Zurin seakan terpana melihat senyuman yang buat ulung kalinya dia tengok. Selesai masalah yang dia tanggung rasanya.

Hal perkahwinannya dengan Khalil seakan telah dilupakan dan Khalil juga tak pernah walau sekali muncul selepas membawa berita mengejutkan itu. Zurin juga kembali ceria seperti biasa.



Iskandar dan keluarga juga mengalami kelainan yang nyata, bukannya keburukan tetapi kebaikan. Iskandar juga semakin kerap berada dirumah walaupun dia sering melakukan kerja di dalam pejabatnya di rumah.

"Papa! Jom la jemput grands!" Ajak Kembar dengan bersungguh dan masuk pejabat Iskandar tanpa mengetuk pintu.

"Apa yang papa cakap pasal privacy?" Soal Iskandar serius dan kembar terus memandang lantai. Rasa bersalah.

"Sorry papa. Tapi, kami dah tak sabar nak jumpa grand"

"Abang Khan dah pergi airport jemput grands"

"Really? Yay!!!" Mereka bersorak riang dan berlari keluar dari pejabat ke ruang tamu untuk menunggu.

"My grandsons!" Terdengar suara atuk dan nenek kembar di depan banglo mewah Iskandar. Mereka sudah berpelukan, hanya Iskandar yang sedang memeluk tubuh di depan pintu rumahnya.

Iskandar maju dan salami dua tangan itu sebelum membawa bagasi mereka masuk ke dalam rumah. Khan juga turut membantunya.

"Mom, dad, are you staying for a week or year?" Soal Iskandar bila serahkan bagasi2 tersebut untuk dibawa ke bilik mereka.

"Wow, my son have sarcasm. Since when?" Soal Roslina, ibu kepada Iskandar.

"Grands, jom kita main!" Ajak Ariel senang dan mula menarik tangan Datuk dan nenek mereka.

"Guys, grands baru je sampai. Let them rest." Tegur Iskandar serius dan mereka bertiga buat muka sebelum menyerah.

"Where is my eldest grandson?" Soal Ishaq pula.

"Aqiel panggilkan abang"

"Ok!" Aqiel segera berlalu untuk ke bilik Zaqriel. Belum sempat dia melangkah jauh, Zaqriel sudah keluar dari biliknya dengan mengenakan seluar pendek sahaja.

"Oh. Grands!" Sapa Zaqriel dan bergerak untuk memeluk grands nya. Iskandar sudah pandangnya tajam.

"Baju mana?" Soal Iskandar serius dan Zaqriel segera menjawab acuh tak acuh sebelum berlalu untuk ambilkan baju.

"Still the same. Nothing is change"
Gumam Rose bila cucu sulungnya hanya menegur mereka sekadar biasa sama macam dulu. Zaqriel memang tak fond dengan sesiapa.

"Kenapa nak stay di Malaysia? Kenapa tak nak tinggal dengan kami di UK macam dulu?" Soal Ishaq pula. Iskandar meneguk kopi yang disediakan sebelum gelengkan kepala.

"I dont know, I want to have a new fresh and I have been thinking about moving for so long. Malaysia is better place for us" terang Iskandar dengan sebaik mungkin dan ibubapanya terpaksa bersetuju dengan apa yang Iskandar cakapkan.

"Are you planning to marry again?"

"What? No!" Jawab Iskandar tegas, bukan apa, bimbang ibunya akan mencari jodoh kepadanya. Salah satu sebab dia balik ke Malaysia juga adalah, disebabkan ibunya yang suka jadi matchmaker.

"So, who is the famous Aunty Mel. Your triplets keep on bragging about her"

"No one, she was their babysitter. They kind of love her"

"Was?"

"Yeah. For two month only"

"Wow, just only two month, to make triplets open to her"

"Well, she is good with kids. Okay! Let give you some rest. I have a few things to do. Rest well" Iskandar terus beredar dari ruang tamu tanpa menunggu balasan daripada sesiapa.

Daniel datang juga malam ini, penuhi janji dia sejak hari pertama ibubapa mereka menjejakkan kaki ke Malaysia.

"Esok kami dah nak balik UK, baru nak datang jenguk?" Soal Rose seperti biasa, dalam nada menyindir.

"Im busy with..."

"Women?" Soal Rose memotong laju dan Daniel hanya tayang sengih. Malas dia nak berbahas benda sama dengan ibunya.

"When are you coming with us?" Soal Rose kepada anak bongsunya lagi.

"I dont know, I like it here. View here is better" Daniel jawab senang.

"Ah, just to make sure you know, i will stop giving you money once you reach 30, arent that next month?" Akhirnya Ishaq buka mulut menyebabkan sengihan Daniel padam serta merta. Kini giliran orang yang sengih kepadanya.

"Zaq, I will give you my ferrari once you get licence"

Bersorak la Zaqriep bila dapat berita gembira itu, nak je dia menjerit cakap pada dunia tapi bila dia nampak wajah Iskandar yang seakan tidak suka itu dia batalkan niat menjerit dan hanya tersengih.

"Thanks grandpa" ucap Zaqriel dengan sengihan lebar.

"You spoil him too much dad" Iskandar pandang ayahnya, Zaqriel sudah mula berkerut dan ingin protes tidak puas hati.

"He is a good son after all" pujian itu menyebabkan bibir Iskandar tersungging sedikit, seakan perli dalam senyuman dan Zaqriel sangat pasti itu bukan senyuman ikhlas. Zaqriel telan liur.

"Maybe, if he behave and get good result in school. You know, sometimes I want to be call to principal room because my son get a good grade" Iskandar masih lagi dalam nada memerli dan semua orang tak berapa berjaya untuk tangkap maksud di sebalik ayat Iskandar. Come on, Iskandar cuba jadi sarkastik dan buat kelakar. Masuk hantu ke apa?

"Zaq, ni papa kau ke? Pasti?" Soal Daniel seperti melihat hantu.

"Ha, tu la. Papa, are you, you?" Soal Zaqriel keliru.

Iskandar pandang wajah pelik semua orang sebelum memandang wajah kembar yang hanya fokus pada makanan mereka sejak tadi. Sedap sangat ke?

"Kenapa diam je?" Soal Iskandar pada kembar dan abaikan Orang lain sepenuhnya.

"Papa dah janji, nak skype dengan aunty mel lepas ni. Dah banyak banyak hari tak tengok aunty" gumam Aqeel dengan wajah sedih, begitu juga dengan yang lain. Iskandar garu pipinya bila teringat janji dia pada mereka bertiga.

"Kalau dah siap makan, naik atas. Nanti papa panggil"

"Okay!" Balas mereka ceria dan sambung makan dengan segera. Jangan tercekik sudah.

Selesai makan malam, Iskandar bersama yang lain berada di ruang tamu.

"Mom, dad, Is naik atas kejap. Borak dengan Dan dulu" Iskandar segera pergi untuk penuhkan janjinya kepada anaknya.



Setelah menunggu beberapa minit, panggilannya bersambung dan muncullah wajah ceria Zurin di skrin. Memang sudah lama mereka tak bersua sejak datuk dan nenek kembar ada.

"Sayang" sapa Zurin ceria kepada kembar tapi dia malu sendiri bila tersedar yang Iskandar juga ada di situ.

"Tuan" sapa Zurin, kali ini dengan nada serius sedikit dan Iskandar hanya tayang wajah biasanya.

Kembar memanjat kerusi Iskandar dan berusaha untuk menjadi orang yang paling dekat dengan skrin. Iskandar pula redha dijadikan tempat duduk si kembar.

"Ya Allah, sayang, kenapa panjat papa macam tu? Sayang berat kan?" Soal Zurin dengan nada tegas, kononnya menegur, padahal dia rasa lucu dan ingin ketawa.

"Mana ada berat" gumam Qael manja dan Zurin tersengih senang.

"Ya la tu, aunty tanya papa kan."

"Tanya la" amboi, berani pulak tiga ketul ni. Zurin melilaukan matanya dan memandang wajah Iskandar.

"Papa, triplet ni berat kan?" Soal Zurin lancang, memerlukan jawapan. Iskandar hanya diamkan diri dan angguk kepala perlahan lahan. Entah kenapa dia rasa seperti ingin ikut sama dalam perbualan itu. Zurin sepertinya sudah lupa siapa Iskandar sebenarnya.

"Tengok! Papa angguk!" Sakan Zurin bersorak bila Iskandar respon pada soalannya. Kembar dah tayang muka sedih dah.

"Ala...aunty gurau je..."

"Zue! Khalil datang!" Jerit Ruby dengan kuatnya menyebabkan Zurin yang malu dengan perangai kawannya itu. Zurin mengeluh dan pandang skrin.

"Sayang, aunty pergi dulu. Nanti kita jumpa ya. Love you!" Zurin beri flying kiss dan wink pada masa yang sama sebelum berlari keluar dari biliknya.

Kembar kecewa bila terpaksa hentikan perbualan mereka tetapi mereka cuba untuk senyum. Budak, mana pandai nak sorokkan perasaan mereka sendiri. Iskandar sedar anaknya tidak bahagia dan menarik mereka rapat ke dadanya. Kembar sendiri terkejut bila papa mereka memeluk mereka. Jarang sekali atau tak pernah Iskandar layan mereka macam tu.

"Thanks papa" gumam mereka bertiga dengan perlahan dan mengeratkan pelukan.

Iskandar pandang wajah anak2 nya, tak pernah dia rasa sedekat ini dengan sesiapa. Hati dia rasa hangat dan dia rasa sangat nyaman. Tak pernah dia layan anak2 nya sebegini selama ini sehingga mereka juga membina jarak dengan dia. Kenapa sekarang dia rasa sangat dekat dengan mereka dan seakan istilah keluarga mula wujud.


Zaqriel memandang papanya yang sedang bersenang lenang di tepi kolam sambil membaca surat khabar.

'Tak kerja ke?' Fikir Zaqriel pelik dan sambung berenang.

'Ei, sakit ke?' Fikir lagi dan berenang lagi.

'Pelik' gumam Zaqriel pelik dan pandang Iskandar lama.

"What?" Soal Iskandar langsung bila berjaya menangkap yang Zaqriel sedang merenungnya.

"Papa tak kerja ke?" Soal Zaqriel setelah bosan berperang soalan yang tak ada jawapan dalam otaknya.

"Cuti" jawab Iskandar sepatah dan teruskan membaca.

Zaqriel rasa seperti hari ini akan hujan lebat sebab papa dia yang super workaholic ambil cuti untuk bersenang di rumah. Pelik! Ajaib! luar jangkauan sungguh.

"Sakit?" Soal Zaqriel lagi.

"No. Saja" jawab Iskandar dengan nada selamba dan kasual teramat. Kali ini memang Zaqriel rasa papa dia tak sihat.

"Stop thinking so much. I need to bring triplet somewhere"

"Aunty's cafe right?"

"Yes"

"Ikut?"

"Pukul 3"

"Ok!" Zaqriel sengih lebar dan teruskan berenang. Malas dia nak fikir kenapa papa dia rajin sangat hari ini. Yang penting, dia dapat makan cake free. Mana dia tahu free entah.

Kedatangan yang tidak dijangka buat Zurin rasa sedikit pelik. Iskandar sekeluarga datang ke kedainya tanpa sebarang berita.

"Kenapa papa datang sini?" Soal Zurin, berbisik kepada Zaqriel. Mereka tak rapat tapi Zaqriel dah boleh layan Zurin dengan lebih baik. Mereka macam dah jadi kawan.

"Entah" jawab Zaqriel sepatah sambil angkatkan bahu sebelum masuk ke dalam kedai. Macam kedai tu dia punya je. Seminggu digantung sekolah, Zaqriel disuruh Zurin untuk kerja di kedainya pada waktu pagi.

"Aunty!" Panggil kembar lagi bila mereka tidak dipedulikan oleh Zurin.

Zurin sengih sebelum menarik tangan mereka masuk ke dalam kedai. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat Iskandar yang berjalan di belakang mereka.

"Sayang duduk dulu, aunty nak masuk dapur jap. Pergi minta cake dengan aunty Ruby"

"Okay!" Jerit mereka serentak sebelum berlari ke ruangan kek.

Mulanya nak je Zurin tinggalkan Iskandar terkapai macam tu je, tapi bila dia fikir secara moral, tak baik la pulak buat tetamu macam tu. Zurin pandang Iskandar yang diam je kat kerusi.

'Pelik ni, diam je.' Gerutu hati Zurin, sempat lagi dia nak berdialog dengan diri sendiri.

'Muka dia macam pucat sikit' eh, sempat lagi tambah si Zurin ni. Karang kena tegur di Iskandar terkejut.

"Tuan nak apa2?" Soal Zurin ramah setelah penat berperang dengan otak dia sendiri. Baik tanya je dari awal, senang.

"Black coffee and that cookies" that cookies tu adalah biskut yang di reject oleh majority orang. Hanya Iskandar je boleh telan biskut rasa pelik tu. Hahaha.

"Roger! Tunggu kejap ya" Zurin senyum sebaris dan masuk semula ke dalam bahagian dapur.

Iskandar seperti sudah menghafal waktu kedai Zurin kerana setiap kali mereka datang, kebanyakannya waktu orang tidak ramai, jadi memang tidak mengganggu kerja Zurin. Kadang2 sahaja mereka datang tersalah waktu.

Zurin kembali dengan dulang yang berisi satu cawan dan dua piring. Dia hidangkan di atas meja di depan Iskandar. Iskandar dan Zaqriel tenung tajam dengan apa yang ada di atas meja. Since when Iskandar minum teh and, bukannya tu order Iskandar.

"Wrong table" gumam Iskandar perlahan sebelum berdehem.

"No. Tuan tak sihat so, minum teh herba ni and minum sup ni. Biskut ni pun saya sediakan. Nah" sua Zurin dengan selamba tetapi mengejutkan dua beranak itu.

Cara Iskandar terkejut seperti biasa, cool gila. Tapi cara Zaqriel terkejut tu kelakar sangat. Ada ke pandang Zurin dan papa dia macam mereka berdua keluar tanduk.

Zurin dah beredar kerana ada pelanggan yang datang ketika itu. Memang kebetulan sangat. Zaqriel pandang Iskandar sebelum menyentuh pipi Iskandar sekilas.

"She is right! You are..."

"Its nothing Zaq. Keep quite" Iskandar sembunyi senyum bila Zaqriel cuba untu memeriksa keadaannya tadi. Rasanya pertama kali Zaqriel berminat untuk mengetahui keadaanya. Selama ini mereka tahu berbalas jerit je. Hehehe.

"Papa cakap kat dia eh?" Soal Zaqriel berminat, siap topang dagu lagi nak berbual. Iskandar hanya buat tak layan dan meneguk teh yang dihidangkan. Dia sendiri terkejut dengan rasa teh tu, tak pernah dia sangka yang teh sedap macam tu. Selama ni dia memang anti teh boleh dikatakan.

Ralit mereka menjamu selera sekeluarga ada seorang tiba dengan wajah yang garang. Tak lain tak bukan, Khalil la.

"Zue, kenapa langsung tak balik kampung?" Soalan sama setiap kali Khalil datang berjumpanya.

"Zue ada banyak kerja" jawab Zurin acuh tak acuh dan terus bekerja. Memang hubungan mereka tegang sejak Khalil buat keputusan sendiri untuk perkahwinan mereka.

"Abang tengok tak ramai pun pelanggan"

"Nampak tak ramai tapi banyak order kek dari luar. Zue memang tak ada masa" Zurin cuba beralasan

"Lagi dua bulan je sebelum tarikh nikah kita. Tak boleh ke kalau Zue tolak ansur sikit. Tu perkahwinan kita berdua, bukan abang seorang!" Nada Khalil semakin meninggi dan Zurin terpaksa bawa Khalil ke tempat yang lebih tersembunyi, tak nak pelanggan dia rasa terganggu.

"Sekarang abang cakap pasal kita. Dulu, abang buat keputusan sorang tak fikir pun pasal Zue. Sekarang cakap pasal kita. Kenapa abang ni? Abang selalunya faham Zue, kenapa kali ni abang lain sangat?" Soal Zurin bengang.

"Sebabnya, lagi beberapa bulan abang kena transfer ke Sarawak!" Jerit Khalil sedikit dan perhatikan reaksi terkejut Zurin.

"Kenapa...tak cakap?" Soal Zurin dengan nada perlahan, kesal dah fikir buruk pasal Khalil selama ini.

"Nak cakap macam mana, Zue asyik elak dari jumpa abang" yeah! Khalil memang ada point di situ.

"Abang pergi lama ke?" Soal Zurin perlahan, masih lagi dengan nada kesal.

"Tak pasti. Sebab tu abang nak kahwin dulu. Abang yakin yang Zue tak akan ikut abang kan?"

"Habis tu? Takkan Zue kat sini abang kat sana"

"Dah tu, Zue nak ikut abang ke? Lagi la abang suka" Khalil tersengih mengusik. Dia dah tahu jawapan Zurin tidak.

"Kedai ni?" Soal Zurin kembali dan Khalil tergelak perlahan.

"Abang dah agak Zue akan cakap macam tu. Abang tak paksa Zue ikut abang pun. Memang abang selfish bila buat keputusan ni. Abang kahwin dengan Zue lepas tu tinggalkan Zue pulak. Tak patut sangat tapi mak abang dan keluarga Zue pun cadang benda yang sama. Mereka semua nak ikat kita dulu. Lagipun, Zue boleh pergi Sarawak jumpa abang" lembut sahaja tutur Khalil, sama seperti dulu kembali. Sepertinya perang mereka berdua sudah reda.

"Ok. Nanti Zue balik kampung" zurin tersenyum manis, begitu juga Khalil.

"Terima kasih sebab faham situasi abang"

"Tak apa la abang, lagipun risau jugak Zue kalau abang pergi sana jadi orang bujang. Silap hari bulan, abang bawak balik teman" Zurin senyum mengusik dan Khalil ketawa senang.

"Hati abang untuk Zue je. Ok la, abang kena masuk kerja lagi ni. Bila Zue nak balik kampung nanti, inform abang"

"Baik" Zurin senyum manis kepada Khalil dan hantarkan Khalil ke pintu kedai sebelum kembali ke kerjanya.

Tak lama setelah Khalil pergi, Iskandar sekeluarga juga pergi dari kedai itu dan Zurin sempat bungkuskan teh herba untuk Iskandar, entah dari mana dia tahu Iskandar tak sihat.


Sepanjang di dalam kereta perjalanan balik, semua orang diam je. Lebih tepat lagi, tiga kenit tu dah tidur sebab penat sangat berlari lari dan makan. Hahaha.

Zaqriel yang berada di depan pula diam dan ralit bermain phone. Entah apa yang menarik sangat tak ada siapa yang tahu.

"Papa" panggil Zaqriel senada dan tenung wajah Iskandar yang tenang memandu, bila dia perhati baru dia nampak yang wajah orang tuanya agak pucat sikit.

"Hmm" respon Iskandar ringkas. Kalau panjang2 tu bukan Iskandar la namanya.

"Macam mama aunty boleh tahu papa tak sihat? Zaq tak perasan pun"

"Mana ada tak sihat. Kurang tidur je" balas Iskandar balik, ya la tu kurang tidur.

"Papa memang tak sihat, nak pergi klinik?" Soal Zaqriel prihatin. Dalam diam Iskandar tersenyum dengan perubahan Zaqriel. Jauh sangat daripada dulu. Sekarang dah pandai ambil berat pasal orang lain.

"I'm fine" balas Iskandar tepat dan padat menyebabkan Zaqriel menyerah dengan hanya mendiamkan diri.

Malamnya demam Iskandar melarat tetapi dia tetap keraskan hati untuk tidak pergi ke klinik dan putuskan untuk tidur di dalam biliknya sahaja. Dah lama sangat dia tak sakit sehingga dia rasa tak larat yang teramat.

"Abang, mana papa?" Soal Qael kepada Zaqriel yang tenang je makan nasi walaupun papa mereka tidak ada di meja makan.

"Bilik" jawab Zaqriel sepatah dan teruskan makan.

"Papa tak makan?" Soal Aqiel pula, Zaqriel yang memang jenis panas baran dah mula tunjuk muka garang bila waktu makan dia terganggu.

"Tanya je" gumam Aqiel perlahan, takut dengan wajah garang Zaqriel.

"Nanti kita tengok papa" Ariel senyum kepada Aqiel dan Qael. Mereka makan dengan senyap.

Kembar mengintai ke dalam bilik Iskandar yang malap dan melihat Iskandar sedang lena. Mereka saling berpandangan sebelum masuk ke dalam bilik itu perlahan lahan. Bimbang dimarahi Iskandar.

Tangan kecil Aqiel menyentuh pipi Iskandar dan dia terkejut, segera alihkan tangan bila rasa suhu badan Iskandar. Tak ada la panas mana pun sebenarnya, drama betul kembar ni.

"Papa demam" bisik Aqiel kepada kembarnya dan mereka angguk kepala serentak. Wajah Qael dah macam nak menangis sebab sedih.

"Call aunty...suruh aunty jaga papa" cadang Ariel dan mereka segera bersetuju.

Mereka bertiga keluar dari bilik Iskandar dengan perlahan lahan. Dah gaya macam pencuri dah. Comel betul. Mereka menuju ke bilik Zaqriel untuk meminta Zaqriel menghubungi Zurin.

"Nak apa?" Soal Zaqriel agak dingin kepada adiknya.

"Papa demam. Nak call aunty suruh datang jaga papa" jawab Aqiel menyebabkan Zaqriel ketawa mewah.

"Kenapa nak suruh aunty jaga?"

"Sebab...sebab...aunty pernah jaga Qael. Lepas tu Qael sihat" jawapan Qael yang kedengaran naif membuatkan Zaqriel ketawa lagi tapi kali ini dia mengajak kembar masuk dalam biliknya dan mencapai telefon untuk menghubungi Zurin.

Loud speaker di pasang dan mereka sama2 menunggu panggilan di sambut. Setelah beberapa beep ada sahutan di sana dan soalan pertama memang tak boleh blah betul.

"Masalah apa pulak yang Zaq buat kali ni?" Soalan Zurin memang berjaya buat Zaqriel jengkel. Memang la kalau dia buat hal dan takut kena marah dia akan call Zurin dulu.

"Aunty!!!" Jerit kembar ceria.

"Oh! Sayang aunty. Ada apa sayang call?" Soal Zurin dengan nada yang sangat lembut.

'Ceit! Boleh pulak tanya baik2' gumam Zaqriel tak puas hati dengan layanan Zurin.

"Aunty, papa demam" mereka dah masuk nada sedih dah.

Zurin juga terkejut mendengar berita itu dan dia rasa risau tanpa sebab. Kemas pegangan telefon pada tangannya.

"Teruk ke?" Soal Zurin

"Panas!" Jawab mereka serentak.

"Papa cakap tak cukup tidur je. Jangan layan drama kenit ni" suara Zaqriel kedengaran pula dan Zurin lega sikit bila dengar perkara itu.

"Zaq dah suruh pergi klinik dia tak nak. Zaq rasa papa batuk jugak, sebab tadi dia batuk2." Zaqriel menerangkan keadaan sebenar kerana pening dengan kembar yang berebut untuk cerita hal sebenar kepada Zurin.

Zurin diam sejenak sebelum membalas. Dia sendiri tak pasti apa yang dia perlu buat dan dia memang rasa lucu bila kembar mengajaknya ke rumah untuk menjaga Iskandar.

"Papa dah makan?" Soal Zurin akhirnya.

"Belum"

"Pergi la rumah kak mai, minta tolong dia masakkan bubur" saran Zurin lagi.

"Can't. Dorang tak ada" balas Zaqriel pula. Zurin diam lagi.

"Zaq la masak"

"Really? Nak suruh papa bermastautin dalam tandas?" Soal Zaqriel terkejut dengan saranan Zurin. Zurin tergelak kecil mendengar jawapan Zaqriel.

"Macam ni! Kita skype, sis tolong Zaq masak!" Cadang Zaqriel ceria, dia dah mula terbayang dia dengan gaya cool habis di dapur nanti. Poyo je.

"Okay! Jom!"

Zurin sudah bersedia dengan laptopnya dan hanya menunggu untuk hubung dengan Zaqriel sahaja. Bila mereka berdua sudah berjaya berhubung muncullah 4 beradik itu yang lengkap dengan apron. Comel betul!

"Cute!" Puji Zurin dengan sengihan lebar.

"Cool ok!" Bangkang Zaqriel pula dan Zurin hanya tergelak kecil.

"1 cawan beras, 3 cawan air" Zurin mula memberitahu bahan yang perlu di gunakan dan segala peralatan yang perlu.

Cara memasak yang paling simple dan cepat Zurin ajarkan kepada mereka. Zurin kadang2 ketawa melihat Zaqriel yang takut sangat nak dekat dengan periuk. Putera lilin ke apa?

"Tadaa!!! Chef Zaqriel!!!" Zaqriel bersorak sendiri setelah selesai bubur sulung darinya. Baguslah, dapat jugak ilmu baru si Zaqriel ni.

"Make sure papa makan ubat and minum air masak banyak2" pesan Zurin kepada mereka. Mereka anggukkan kepala dan penuhkan dulang.

"Take care okay" pesan Zurin sebelum memutuskan talian.

"Jaga papa baik2" tambah Zurin lagi.

"Sayang, jangan kacau papa rest. Zaq, kalau papa tetap tak sihat jugak, suruh abang khan bawa pergi klinik and call saya. Okay?"

"Ya. Ya. Banyak sungguh pesanan tu. Kalau sayang sangat, datang la sini jaga sendiri..." usik Zaqriel sebelum putuskan talian.

'Mengarut betul la si Zaqriel ni!' Rutuk hati Zurin tetapi dia masih lagi tersenyum bahagia.


Iskandar tergamam melihat anak2 nya sedang berada di sisinya saat dia membuka mata. Dia betulkan duduk yang tidak selesa dan memandang nereka satu persatu. Pelik.

"Kenapa?" Soal Iskandar dengan suara serak dan mula terbatuk.

"Pa, makan bubur. Makan ubat" ujar Zaqriel tenang dan hulurkan mangkuk bubur kepada Iskandar.

"Papa cepat sihat tau" kembar bersuara dan memeluk badan hangat Iskandar.

"Mana dapat bubur ni? Instant?"

"Ha! Salah dan lagi salah. Chef Zaqriel yang masak ok!" Zaqriel dengan bangga menepuk dada.

"Really? Hangus ke dapur tu?" Soal Iskandar dengan perlian.

"Sure, you have change a lot. Sarcasm in your blood now ha?" Soal Zaqriel geram dan suakan bubur kepada Iskandar.

Iskandar tersenyum melihat respon anak sulungnya dan ambil mangkuk tersebut. Dia memegang sudu dan mula mencedok bubur dengan perlahan lahan. Tak sangka! Memang tak sesedap yang Zurin tapi rasanya hampir sama.

"Sedap kan?" Zaqriel masih lagi angkat bangkul sendiri.

"Mana belajar ni?" Soal Iskandar tanpa menjawab soalan Zaqriel.

"Skype dengan aunty! Aunty ajar abang!" Jawab kembar lalu tersengih. Bahagia bila papa mereka makan bubur itu.

"Kalau papa dengar pesanan penaja dia tu, punya la panjang. Macam mak nenek!" Kutuk Zaqriel dan gelengkan kepalanya. Kembali terngiang pesanan2 Zurin tadi. Iskandar hanya diamkan diri dan teruskan makan.

Iskandar sudah kembali sihat dan bertenaga, hubungan mereka semakin erat dan bertambah baik. Iskandar kembali kerja seperti biasa. Kerjanya yang bertimbun langsung tidak membebankan dirinya sekarang ni.


Panggilan telefon yang tidak di sangka agak mengejutkan Iskandar tetapi dia hanya berfikirkan positif dan menjawab panggilan itu.

"Yes mummy?" Soal Iskandar kepada pemanggil wanita yang digelar mummy itu.

"What?!" Soal Iskandar terkejut teramat bila mendengar apa kemahuan ibu mertuanya itu.

"You can't do that" perlahan sedikit suara kali ini, merayu.

"Mum, she is nice and a good woman. She never taught anything bad to them" protes Iskandar lagi.

"Mum, calm down. They are my sons and they are not going"

"Mum, let me talk to them first" pujuk Iskandar lagi.

"You can't take them"

"Mum, if its just for a while, they can..."

"Forever? No! Mum please don't do this..."

"Mum! Mum?!" Telefon dihempas dengan kasar ke atas meja. Panggilan berakhir begitu sahaja.

"Lets go!" Ajak Zaqriel dan menarik tangan adik2 nya. Mereka yang ingin makan malam bersama di luar beredar dengan segera kerana terdengar perbualan papa mereka.

"Bang, balik rumah" Zaqriel tutup pintu kereta untuk kembar dan masuk ke bahagian depan. Khan hanya menurut kerana walaupun rancangan mereka batal tiba2.

Zaqriel membawa kembar masuk ke dalam biliknya dan dia mundar mandir dari penjuru ke penjuru biliknya. Memang dia tengah pening sangat sekarang ni.

"Abang, pening kepala Aqiel ni...kenapa abang tak duduk?" Soal Aqiel yang mula rasa pening melihat Zaqriel.

"Betul betul. Kenapa balik rumah? Papa tak makan dengan kita ke?" Soal Ariel dengan nada sedih.

"Dengar sini! Papa nak hantar kita duduk dengan grandma and grandpa!" Jerit Zaqriel sedikit dengan nada geram. Kembar yang terkejut mula tayang wajah ingin menangis.

"Kenapa? Tak nak!" Rengek Kembar manja dan mula menangis. Bertambah serabut la Zaqriel sekarang ni.

"Korang tak nak stay dengan grands kan?" Soal Zaqriel dengan rancangan tersedia di kepala.

"Tak nak!" Jawab mereka serentak dan kesat air mata yang masih lagi mengalir.

"Kalau macam tu, kita lari dari rumah!" Cadang Zaqriel dengan wjah yang tak boleh ditafsirkan.

"Kita...kita nak pergi rumah aunty mel ke?" Soal mereka lagi dan Zaqriel sengih lebar. Lengkap la idea dia sekarang ni. Lari dari rumah dan tinggal rumah Zurin. Perfect!

"Pergi kemas baju, jangan tidur malam ni! Nanti aku pergi bilik korang. Diam2 tau!"

Jam sudah menunjukkan dua pagi dan Iskandar yang baru sahaja tiba di rumah dengan pakaian kerja hanya mampu mengeluh kepenatan. Tie dan kot yang telah lama ditanggalkan di campak ke atas sofa di biliknya. Dua butan atas kemeja dibuka sebelum baring di atas katilnya.

"I will take my grandsons and they will live with me!"

"I dont care! I dont want them to live with a lowlife woman like her!"

"I will take them no matter what"

"You will listen to me same goes to them"

"If you want to find another mother to them, find someones better than my daughter that means, no one! No one is better than her."

"I will go to Malaysia to take them!"

Kepala Iskandar kembali serabut bila dia teringat perbualan ibu mertuanya siang tadi. Dia bingkas bangun dan ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, perasaannya tetap tidak tenang dan dia teringat perbualan singkat dia dan Tarmizi.

"Wudhuk dan solat yang buat aku tenang selama ni, sampai hari ini"

Iskandar membuka laci meja tidurnya dan mengeluarkan dua buku rujukan solat dan wudhuk yang telah lama dia beli, belum di baca sahaja kerana sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis.

Satu persatu helaian di belek dan cuba dibacanya dengan sebaik mungkin. Sebanyak mungkin dia cuba untuk hafal apa yang ada. Dia masuk semula le dalam bilik air untuk berwudhuk. Dengan cubaan kali ketiga barulah dia yakin yang wudhuknya sempurna dan tertib.

Kembali ke dalam bilik dan mencari arah kiblat dengan menggunakan telefonnya. Kemudian mencari pula sehelai sejadah untuk menjadi alas solatnya. Betapa miskin dirinya, sehelai sejadah pun dia tak ada.

Iskandar masuk ke dalam bilik tetamu yang pernah dihuni Zurin dan di situ dia terjumpa satu sejadah yang terlipat kemas di atas meja. Sejadah di ambil ke biliknya dan dihampar mengikut kiblat.

Tubuhnya seakan menggeletar saat berdiri di atas sejadah itu sambil menghadap kiblat. Terasa kotor badannya walaupun dia telah bersihkan diri. Lima minit, lima minit dia hanya berdiri di tikar sejadah kerana terkedu, kali pertama seumur hidupnya ingin menghadap Allah s.w.t, satu satunya tuhan yang dia ada.

Takbir diangkat niat solat isyak diniatkan dan dia teruskan solat seperti mana yang dia tahu dan hafal. Dia tahu banyak kurangnya tetapi saat solat, fikirannya tenang, hatinya lapang dan seakan ada seseorang yang membantunya untuk selesaikan solat 4 rakaat itu.

Setelah salam diberikan, doa dipanjatkan dan ketenangan menyapa dia segenap kalbu. Taubat dipohon dengan sepenuh hati kerana dia yakin Allah maha mendengar dan maha mengampun.

Iskandar meraup wajahnya dan dia rasa tangannya basah. Bila disentuh matanya, dari situ air yang mengalir. Air mata taubatnya yang pertama. Setelah 10 minit berada di tikar sejadah dalam keadaan tenang, Iskandar bangun dan lipat sejadah.

Iskandar terus menuju ke bilik kembar untuk melihat anak anaknya. Tiba2 terasa rindu kepada mereka. Iskandar panik bila dia membuka pintu bilik yang kosong. Tapi dia cuba untuk bertenang dan menuju ke bilik Zaqriel pula. Kosong!

Semua bilik di buka untuk mencari anaknya tetapi tetap juga kosong tidak berpenghuni. Jantungnya berdegup kencang kerisauan, jam sudah 4 pagi menambahkan risaunya.

Iskandar menuju ke rumah Khan, tidak peduli dia akan mengacau waktu rehat orang lain. Khan yang tersedar dari tidur dengan ketukan di pintunya bangun dengan kalut.

"Kenapa tuan?" Soal Khan mengah dan risau.

"Zaqriel, Qael, Aqiel, Ariel. Tak ada!"

"Tak ada?!" Soal Khan turut sam terkejut dan mula risau.

"Kita kena cari diorang. Cepat siap Khan!" Arah Iskandar dan beredar ke rumahnya semula untuk mengambil kunci kereta.

"Tuan! Cuba call Cik Zurin. Mungkin anak2 ada kat sana" cadang Khan dan Iskandar bersetuju dan mengambil telefonnya di dalam bilik.

Telefonnya yang mati memang buat dia rasa nak baling sesuatu tetapi dia sabar dan cas telefon dengan segera. Khan yang masih lagi risau keluarkan telefonnya.

"Khan, sini phone kau. Kau ada nombor Zurin kan?"

"Maaf tuan, fon saya pun mati" jawab Khan takut dan Iskandar hanya mampu mengluh.

Telefon Iskandar dah hidup dan dia mendapat 7 missed call dari Zurin dan satu text panjang yang mengatakan anak anaknya ada di rumahnya dan selamat. Tanpa membuang masa nombor Zurin di dail. Dah cakap Iskandar tak pedulikan orang lain lagi dah.

"Hello! Tuan!" Masih bertenaga suara Zurin, sepertinya Zurin belum lagi tidur ataupun, Zurin dah bangun balik.

"Tuan marah anak2 ke? Sampai nak paksa anak2 tinggal dengan nenek diorang?" Soal Zurin geram dan Iskandar diam bila dia yang kena marah sekarang ni. Sepatutnya budak2 tu yang kena marah.

"Bahaya tau anak2 datang sini naik teksi malam2. Nak tercabut jantung saya bila mereka sampai siap dengan beg pakaian bagai. Mereka nak lari dari rumah! Apa yang tuan cakap dekat mereka ni?"

"Tuan, tolonglah jangan paksa anak2 buat apa yang mereka tak nak. Kesian kembar ni datang sini menangis nangis. Nasib baik mereka datang sini, kalau mereka lari tempat lain macam mana?!" Marah Zurin lagi dan Iskandar dapat dengar suara mengah Zurin setelah bercakap dengan garang dan laju. Terbayang wajah marah Zurin sekarang ni.

"Anak2 ok? Dah tidur?" Soal Iskandar setelah diam dua minit.

"Ok. Dah tidur pun." Jawab Zurin lembut pula. Memang cepat betul emosi Zurin ni berubah.

"Tuan jangan la risau, anak2 okay je. Sebelum tidur mereka dah makan" cerita Zurin dengan nada yang jauh lebih tenang. Pelik betul.

Iskandar bersandar pada sofa dan maklumkan Khan keadaan anak2. Khan sendiri lega bila mendapat berita itu dan ke dapur untuk bancuh kopi kepada Iskandar.

"Saya tak nak anak2 tinggal dekat UK. Kalau boleh saya nak mereka tinggal dekat sini dengan saya. Mungkin anak2 terdengar perbualan saya dengan grands diorang then salah faham" terang Iskandar perlahan lahan.

"Ya ke? Kenapa tiba2 je?"

"Entah. Kembar menangis teruk ke? Zaqriel macam mana?"

"Awal tu teruk juga, lepas dapat makan tu ok je. Saya pun confuse kembar ni menangis lapar ke sedih." Zurin ketawa perlahan menyebabkan Iskandar tersenyum sedikit.

"Zaq macam biasa la, angin garang dia tu macam mana. Tapi lepas makan elok je. Dah tidur pun semua"

"Ok. Good"

"Saya dah call banyak kali tapi tak dapat."

"Bateri mati. Tak sedar" jawab Iskandar perlahan.

"Tuan dah makan?" Soal Zurin setelah kehabisan idea untuk bertanya.

"Belum. Tapi khan ada buat kopi"

"Kopi dan perut kosong tak elok. Ha, cerita pasal abang Khan ni. Saya ada call dia pun tak dapat. Suruh dia baling dalam laut phone dia tu" ujar Zurin geram dan Iskandar tersenyum lebar. Ada pulak nak suruh orang baling phone.

"Khan, Zurin suruh kau baling phone dalam laut sebab dia call tak angkat" Iskandar hanya dengar cakap Zurin dan beritahu pada Khan. Khan buat muka tak puas hati.

"Eh, fon tuan pun sama je, suruh la tuan baling fon dia sama" protes Khan tak puas hati. Amboi, sesedap rasa je minta boss baling fon.

"Eh, mana boleh! Phone tuan mahal, phone abang Khan dua singgit je" usik Zurin sakan menyebabkan Khan ketawa sakan. Sesedap hati je la Zurin ni.

"Malas abang nak layan Zue. Tuan, saya minta diri dulu. Nak pergi baling fon ni" maklum Khan dengan nada bergurau sebelum keluar dari rumah Iskandar.

Zurin ketawa geli hati dengan apa yang Khan katakan. Iskandar hanya mampu tersenyum mendengar tawa Zurin di speaker phone. Mereka berbual beberapa minit sebelum Zurin minta undur diri untuk siapkan keknya untuk dibawa ke kedai.


Zaqriel yang ternampak kereta papanya di depan rumah Zurin tidak jadi melangkah ke sana. Rasa marah tiba2 bila melihat papanya.

"Zaq! Sini!" Panggil Zurin bila ternampak Zaqriel yang sedang berdiri dengan marah di sebalik pagar rumah Zahid, jirannya.

Iskandar memandang anak sulungnya yang berjalan dengan laiu ke arah mereka. Memang jelas tengah marah sekarang ni. Kembar yang berada berdekatan Iskandar memeluk kaki Iskandar dan Zurin.

"Kalau papa nak paksa Zaq tinggal dengan grands, Zaq akan lari dari rumah betul2" marah Zaqriel dan Iskandar tayang wajah tegasnya menyebabkan Zaqriel tunduk sedikit tanda hormat.

"Zaq tak nak pa" rayu Zaqriel dengan nada yang lebuh perlahan.

Tangan Iskandar singgah di kepala Zaqriel dan diusap perlahan. Iskandar memandang kembar dan Zaqriel berulang kali sebelum buka mulut.

"Rumah kita kat sini, so kita akan tinggal kat sini. Jangan nak merepek yang bukan2" maklum Iskandar dan memandang tepat wajah Zaqriel yang bertukar ceria.

"Thanks pa!" Ucap Zaqriel sambil tersengih lebar.

"Kat dalam ada breakfast, pergi la makan. Aunty nak cakap dengan papa kejap" mereka hanya menurut dan masuk ke dalam rumah tinggalkan Iskandar dan Zurin.

"Maaf, terpaksa suruh Zaq tidur rumah Zahid, jiran saya sebab tak elok dia bermalam dalam rumah saya dan Ruby" pinta Zurin dan Iskandar hanya angguk kepala faham.

Tengah Iskandar ceritakan hal sebenar kepada Zurin, muncullah seorang tetamu yang todak diundang di depan rumah Zurin dengan sengihan lebar.

"Zue, ni ke abang yang Zue cakap tu?" Soal Zahid bila teringat yang Zurin cakap Zaqriel anak buahnya. Secara tak langsung, seperti Zurin dan Iskandar adik beradik.

Zurin senyum sememeh sebab sesuka hati je jadikan mereka berdua adik beradik.

"Bang saya Zahid, bakal adik ipar abang" Zahid sengih bangga walaupun dia hanya bergurau. Tunang dia nak campak mana? Tapi, Iskandar tak ambil benda tu ringan dan tak dapat tangkap gurau Zahid itu.

Iskandar pandang Zurin dengan kedutan di dahi, nampak sangat keliru sekarang ni. Zurin tergelak perlahan dan pandang Zahid yang sedang tersengih tak berdosa.

"Zahid gurau je, dia pun dah ada tunang la. Dont worry" Zurin sengih lagi lebar bila melihat kedutan di dahi Iakandar terus hilang. Tak boleh bawak gurau langsung.

"terima kasih tumpangkan anak saya" ucap Iskandar ikhlas tak ikhlas. Ayat macam ikhlas tapi tu la, muka macam nak ajak masuk ring gusti je.

"Takde hal la. Zaq tu pun baik budaknya. Tak apa la, saya pun kena pergi kerja ni. Mintak diri dulu" pinta Zahid dan bersalam dengan Iskandar sebelum beredar.

"Tuan tak pergi kerja ke? Pakai jeans je" soal Zurin.

"No. Hari ni nak bawa anak2 shopping"

"Wow, bestnya. Tapi, ponteng sekolah la anak2"

"Once a while is fine. Join la kami" pelawa Iskandar selamba.

"Tak boleh, hari ni nak keluar cari barang kahwin..."

"Panggilkan anak2. Dah lewat ni" potong Iskandar cepat, Zurin yang keliru bila ayatnya dipotong macam tu je hanya mampu anggukkan kepala.

"Mall mana bukak pukul 8 pagi?" Gumam Zurin sendiri tapi tetap panggilkan anak2 Iskandar.

"Apa ni pa? Awal lagi...makan pun tak sempat" protes Zaqriel kerana waktu makannya terganggu, sebiji karipap masih lagi di mulutnya.

"zaqriel, manner please" tegur Iskandar tegas dan Zaqriel keluarkan karipap dari mulutnya. Kembar yang tadinya seronok makan sambil berdiri keluarkan karipap dari mulut dan sorokkan di belakang mereka. konon tak ada orang nampak.

"Kereta" tunjuk Iskandar kepada anak2 nya dan mereka hanya mampu menurut.

"beg mereka?" Soal Zurin mengingatkan.

"Guys! Bags" tambah Iskandar tegas dan mereka keluar semula dari kereta untuk ambil beg.

"I'll be waiting in the car. Make it fast"

"Tuan, saya ada bekalkan kuih dan kopi untuk tuan, kejap ya, saya ambil"

"No need. Thanks" Iskandar segera beredar ke kereta tinggalkan Zurin yang kelu di situ. Dah kenapa tiba2 naik angin pulak?

"Sis, for papa right?" Soal Zaqriel yang keluar dari rumah bersama beg di belakang dan beg kertas di tangan.

"Tapi papa tak nak" sedih je suara Zurin sekarang ni.

"alah sis, papa and ego like aur and tebing. Tak dapat dipisahkan dah!" Balas Zaqriel menyedapkan hati walaupun peribahasa yang digunakan salah sama sekali. Zurin tergelak kecil mendengar kata2 mengarut Zaqriel.

"study bahasa melayu lebih sikit ok? SPM tak lulus bahasa melayu layak dibuang negara tau" usik Zurin dan Zaqriel hanya sengih tayang gigi. Tak kisah langsung sebenarnya.

"Bye. Papa ni lebih teruk dari PMS mood swing dia. Satu saat baik 1 hari buruk. Mall mana la bukak masa ni? Pening aih" gumam Zaqriel bersama kutukan kepada papanya sebelum beredar dari rumah Zurin.

"bye Aunty Mel!!!" Laung kembar dari kereta dan Zurin melambai kepada mereka sebelum masuk ke dalam rumah.

"Tuan and ego like aur and tebing. Tak dapat dipisahkan dah. Ke tuan and ego like cincin dan permata? Tak tahu la! Malas fikir" Zurin garu kepalanya dan mencapai beg untuk dibawa ke kedai. Ruby dah pergi awal2 lagi dengan tunang dia hari ni.



"Mana ada mall bukak awal macam ni. Terpaksa breakfast dekat Mc D" gumam Zaqriel perlahan.

Iskandar pandang wajah Zaqriel yang sedikit sedih. Sedih sangat ke tak dapat makan karipap Zurin? Iskandar tiba2 rasa bersalah pada anak anaknya. Tak ada sebab langsung dia nak naik angin tadi. Dia usap kepala kembar yang tengah makan bubur sebelum berdehem.

"tadi...Zurin dah nak pergi kerja. Takkan nak tambah susahkan dia." Perlahan je Iskandar beralasan. Tu bukan alasan sebenar tapi boleh dipakai sebenarnya.

"Betul jugak! Lupa yang aunty tu kerja" Zaqriel tergelak sendiri dan letakkan bekal untuk Iskandar di atas meja. Iskandar hanya minum kopi, mana dia makan fast food macam ni. Kopi tu pun macam tak minum je lagi.

"Nah, untuk papa. Aunty kirim" Zaqril sua kepada Iskandar. Lambat2 Iskandar mencapai beg itu dan keluarkan isi di dalam.

4 keping sandwich dan lima biji karipap bersama air kopi. Iskandar sembunyi senyum dan meneguk kopi perlahan lahan. Masih lagi panas.

'jangan makan sandwich papa. Papa tak makan dari malam tadi lagi' mesej dari Zurin kepada Zaqriel membuatkan Zaqriel tersenyum puas hati.

'mana tahu papa tak makan?' Soal Zaqriel balik.

'Dalam phone malam tadi, papa cakap. Papa mana boleh makan bila ANAK DIA LARI DARI RUMAH? habaq mai' balas Zurin dengan perlian sedas. Zaqriel buat muka tak puas hati dan balas mesej itu dengan emoji jelir lidah.

saat mereka berbelanja, mereka bertembung dengan Zurin dan Khalil. Secara tak langsung mereka lunch bersama. Iskandar dapat lihat betapa mesra anak2 nya dengan Khalil kecuali Zaqriel. Zaqriel ni pandang Khalil macam nak gaduh pun ada.

Selesai makan mereka berpisah dan Zaqriep orang pertama yang masuk ke dalam kereta. Iskandar pelik betul dengan perangai Zaqriel ni. Sekejap ok sekejap ko. Sama la macam Iskandar. Like father like son kot.

"Zaqriel, why?" Soal Iskandar sedikit serius. Dia tak suka perangai Zaqriel di meja makan tadi.

"I dont like him!" Tegas Zaqriel menjawab. Kembar yang berada di belakang hanya mampu terkebil kebil bila mendengar Zaqriel marah2.

"why?"

"because... I really2 dont like him!" Tegas Zaqriel lagi dan Iskandar tersenyum sedikit. Tu bukan jawapan pun.

"you are weird. Triplets like him so much. Right boys?" Soal Iskandar kepada kembarnya.

"yup! Yup!" Balas Kembar laju.

"no! Korang suka dia lebih dari papa?" soalan yang langsung tak berkait keluar dari mulut Zaqriel.

"mana ada. Sayang papa banyak2" jawab mereka serentak.

"kalau sayang papa banyak2 kena la sokong papa dengan aunty!" Kali ini Iskandar memang terkejut dan dia dah dapat agak maksud Zaqriel. Dia nak Iskandar yang bersama dengan Zurin.

"Zaq, thats nonsense. I have nothing with her."

"I dont care! I like you with her more. that Khalil guy is really irritating and annoying!"

"Zaq, he is uncle khalil for you, not Khalil."

"papa, please. You dont like him too right? Dia tu suka sangat paksa2 aunty, menyampah tahu tak!" Marah Zaqriel dan Iskandar hanya mampu gelengkan kepala.

"forget it ok. This talk end here. She is in love with him. She is happy, thats all the matter"

"papa yakin dia happy?"

"Zaq they are getting married. Enough okay." Zaqriel akhirnya berputus asa dan pilih untuk diamkan diri. Iskandar turut sama diam dan hanya bunyi suara kembar berbual sesama mereka. Entah apa yang mereka bincang, macam serius je.

"papa, kenapa abang tak suka uncle?" Soal Qael tiba2.

"sebab...uncle lagi handsome dari abang kut" jawab Iskandar dengan nada bergurau.

"no way! I am more handsome than him!" Bangkang Zaqriel tegas dan Iskandar tersengih. Perasan betul anak sulung dia ni.

"abang lagi handsome la papa. Uncle Khalil tak handsome tapi baik" Zaqriel gelak besar kali ini. Well, budak ni masalah dia jujur sangat. Iskandar pun hampir tergelak mendengar jawapan kembar. Untung Khalil tak ada. Hakikatnya, Khalil tu bukan tak handsome okay, dia dalam kategori biasa2 sahaja. Apa la kembar ni.


Zurin mula mengambil cuti untuk majlis perkahwinanya. Lagi seminggu dia akan jadi isteri kepada tunangnya yang sudah bertahun lamanya. Dia tak pasti kenapa dia tak rasa gembira sangat, mungkin sebab dia risau. Dia sendiri tak pasti dengan dirinya sendiri. Dia tak pernah terbayangkan mana2 lelaki jadi suaminya kecuali Khalil.

"baju pengantin dah siap, bila Zue nak pergi cuba?" Tanya mak long Zurin sambil tangannya sibuk betulkan bunga hantaran.

"nantilah, Zue malas nak keluar panas2 ni" jawab Zurin selamba dan duduk bersila di sebelah ibu saudaranya.

dia adalah anak yatim piatu, kematian ibu dan ayah bila umur dia 16 tahun. Hubungan dia dengan keluarga besarnya tidak akrab kerana dia sekolah berasrama dan jarang berada di rumah. Kadang2 hanya mak longnya yang akan datang melawatnya, itu juga jarang. Hubungan dia dan keluarganya hanya biasa2 sahaja tetapi dia hormatkan keluarga mak longnya.

"kenapa Khalil tak cuti lagi?"

"Tak pasti, call tak angkat. Rasanya dekat tempat dia tak ada line kot"

"Jangan lari sudah" cakap mak longnya sebelum beredar macam tu sahaja. Zurin tak pasti jika dia perlu risau dengan kata2 itu.

25 comments:

  1. Cant wait for part2 ! Besttttttt sangat2. Good job sis. Always amaze with your stories.

    ReplyDelete
  2. I like this story very much. Harap khalil lari so iskandar boleh kahwin dgn zurin

    ReplyDelete
  3. nie adalah cerpen yg paling best yg pernah sya bca. Best tersangat. Tersenyum dan ketawa sepanjang masa. I cant wait for part2 too.

    ReplyDelete
  4. Yeay. Best2. Thanks author

    ReplyDelete
  5. best nya cita ni...like it sooo much .tak sabar nak tunggu for the next past/kan best cerpen ni klu dibuat drama?

    ReplyDelete
  6. Mksih kak alzaisanara for your cerpen.
    Asli memang best macam selalu

    ReplyDelete
  7. Best sgt.. x sabar nak tunggu sambungan dia 💕💕

    ReplyDelete
  8. OMG best sangatttttt!!!!! Terubat rindu ngan cite sis ni.. Lama kut tunggu...
    Khalil please lari, biar Tuan Iskandar yg kahwin ngan Zue.. Hehe..
    Can't wait 4 next part~

    ReplyDelete
  9. can't wait for the next part...

    ReplyDelete
  10. Part 2 please..can't wait...

    ReplyDelete
  11. sis,cpt2 update next part k..xsbar nk baca..crita sis ttap best n di ati sy..sume crita sis sy da baca..heheh..kipidup sis..cpt tau sis..xsbar sngt ni..😘😉

    ReplyDelete
  12. Part 2 please..can't wait...

    ReplyDelete
  13. Tuan iskandar pls...khalil g jauh2

    ReplyDelete
  14. Sis update la mlm ni,,,kalau x saya x nk kwn please update la cpt skit author...please ii

    ReplyDelete
  15. 😙😙😙😙❤❤❤❤❤...love it

    ReplyDelete
  16. Plisss update part 2

    ReplyDelete
  17. Hmm... best kot...jgn pending lama2 sgt part 2 tu yek...hehe..

    ReplyDelete
  18. Best sangat la.. Tak sabar tunggu part 2..

    ReplyDelete
  19. cepattttt laaahhhh saaammmmmbbbbuuunnnnggg......aduhaiiiii

    ReplyDelete
  20. Jangan lama lama buat sambungan nya.

    ReplyDelete
  21. Mungkin kakak ni busy...so sabar la hihi....siann kakak ni

    ReplyDelete
  22. Tak sabar....next please!!!

    ReplyDelete
  23. Part 2 please...best sangat2 ler cerpen2 sis...:)

    ReplyDelete
  24. This one is better than the royal

    ReplyDelete