Sunday, 7 August 2016

Cerpen : Perfect Love 2

Assalamualaikum... hyep!!! Ni Perfect Love 2... harap semua enjoy dan maafkan semua kesalahn yang ada yeeerrr...






“kita tak akan mulakan serangan dan kita akan cuba selamatkan semua rakyat tanpa sebarang kecederaan melainkan keadaan yang memaksa. Faham?” suara Kevin yang penuh serius itu menyebabkan semua askarnya menjawab dengan semangat. Aku tak mampu berhenti tersenyum bangga dengan suami aku ni. Salah sebenarnya apa yang aku buat ni, aku tak patut curi-curi dengar mesyuarat dia tapi aku nak tahu jugak apa yang mereka bincangkan. Amanda gitu!

“semua boleh bersurai!” dengan itu aku segera menyorok dan menunggu semua orang keluar, setelah beberapa minit menunggu aku mendengar pintu bilik mesyuarat tertutup dan aku merangkak keluar dari bawah meja. Kepala aku terhantuk salah satu kerusi menyebabkan aku mengaduh sakit dan mengusap perlahan kepala aku.

“sayang” satu suara tegas kedengaran dari belakang kepala aku dan mulut aku terbuka luas. Aku menelan liur dan cuba untuk ukir senyum tak berdosa.

“Kevin! Awak…tak keluar lagi?” soal aku dengan harapan dia tak marah. Dah berapa lama dia tahu aku ada kat bawah meja tu?

“sayang, saya dah cakap banyak kali…” aku segera memotong ayatnya dengan memeluknya erat dan menggelengkan kepala beberapa kali. Kevin mengeluh dan membalas pelukan aku dengan segera.

“kenapa sayang nak terlibat sangat dengan semua ni?” soal Kevin pula dan aku senyum lalu memandangnya.

“sebab saya minat. Awak tak benarkan saya terlibat dalam perang jadi, apa salahnya saya terlibat dalam strategi perang?” ha! Jawablah, bagi alasan yang aku boleh terima lepas tu aku akan tutup mulut dan dengar semua arahannya.

“menteri pelajaran benarkan perempuan belajar seni pertahankan diri bukan untuk bawa perempuan ke medan perang tetapi untuk keselamatan diri sendiri” jawab Kevin dan aku pun dah tahu semua tu, apa salahnya kalau terlibat dalam strategi perang? Tak luak pun rasanya.

“tapi…”

“nope! Jom kita pergi lunch, saya dah lapar sangat ni” Kevin memotong percakapan aku dan menarik aku keluar daripada dewan mesyuarat itu. ish! Geram!

 

 

Aku tak berminat dengan kelas membuat wangian ni sebab aku boleh rasa pening dan silap hari bulan aku boleh kena allergic sebab ada Lavender jadi aku, Lucas dan Hannah hanya memandang semua orang yang khusyuk dengan kelas ini. kebanyakannya perempuan tetapi ada beberapa orang pelajar lelaki yang minat. Lucas ada dalam kelas ni sebab aku dan Hannah ada.

“aku dengar ada puteri dari Merith akan belajar kat sini” ujar Lucas, pasal perempuan laju je dia ni.

“kat mana tu?” soal aku keliru, tak pernah dengar pulak nama tempat tu.

“kau buat apa dalam kelas geo?” soal Hannah dan aku tarik muka. Saja la tu!

“alah, bosan la belajar pasal peta ni semua” jawab aku lebih kurang. Aku lulus kertas Geo sebab aku tiru Hannah, sorry ok! Bukannya aku nak buat semua penipuan tu tapi aku terdesak, nanti Kevin sekat segala aktiviti aku sebab aku gagal kelas. Dia pernah buat ok!

“heh, nasib baik Hannah ada dalam kelas tu, kalau tak aku rasa kau tak habis kelas tahun ni” Lucas dengan senyuman tak boleh blah buatkan aku tolak dia sampai dia jatuh dari kerusi. Bengang!

“sakitlah!” marah Lucas dan aku jelirkan lidah padanya,aku dah 20 ok, bukan dua tahun walaupun jelir lidah ni mainan budak-budak kecil.

“korang ni, kalau tak bersatu kenakan orang, bergaduh” gumam Hannah sambil gelengkan kepala dan aku dan Lucas kongsi senyuman yang sama licik. Hahaha.

“sambung balik pasal Merith tu” aku tukar topic dan Lucas kembali menyambung ceritanya.

“Merith tu jauh gila dari sini dan salah sebuah Negara yang besar dan maju. Aku dengar Negara dia dah lama mulakan zaman persamarataan.”

“oh, jadi dia buat apa datang sini?” soal Hannah dan aku serentak.

“aku dengar, dia nak belajar kat sini dan berkongsi ilmu yang dia ada, council terima la sebab dia dah ada pengalaman dan aku dengar jugak dia nak cari King of the Merith” jawab Lucas dengan senyuman melebar. King? Elok jugak tu, kat sini lelaki boleh tahan hebat jugak dan ramai putera dan Negara yang hebat tapi tak boleh lawan hebat suami aku la. Hahaha.

“kau harap dia pilih kau kan?” aku dengar Hannah Tanya dengan mata yang tajam dan Lucas senyum.

“aku dengar dia cantik gila!” sambung Lucas bahagia. Kalau Lucas cakap yang perempuan tu cantik, maksudnya memang cantiklah sebab Lucas ni jarang sangat nak puji perempuan cantik.

“aku harap dia pilih kau la” aku sengih memberi sokongan kepada Lucas dan kami berdua bertepuk tangan bersama. Hannah hanya senyum sambil anggukkan kepala. Hannah dah bertunang tau, dengan Prince Dorion.

 

 

 

Aku balik dengan kuda aku sendiri dan aku pasti Kevin dah tunggu depan pintu nak marahkan aku, dia tak suka aku menunggang ke sekolah sebab dia nak aku naik kereta kuda. Semuanya sebab jalan yang agak jauh. Bukan Kevin kalau dia tak risaukan apa yang aku buat, kalau boleh dia nak ikut aku pergi mana je dan pastikan aku selamat dan ada depan mata dia 24 jam. Nasib baik dengan pangkat dia King sekarang ni dia sibuk dengan masalah Negara dan kurang masa nak berleterkan aku, kadang-kadang aku rindu nak dengar dia berleter. Tapi, bila dia berleter aku rasa nak tanam dia dalam tanah la pulak.

Sebaik tiba di istana aku pelik bila Kevin taka da di depan pintu dan sepertinya istana kami didatangi oleh tetamu besar sebab banyak gila kereta kuda dan warna emas! Kaya sangat ni sampai semuanya emas, tak takut kena rompak ke? Tak payah fikir banyak la masalah orang, baik aku masuk dan tengok sendiri apa yang tengah jadi sekarang ni dan siapa yang datang sebenarnya.

Wow! Banyak gila barang ni, Nampak semuanya berharga dan akhirnya mata aku jatuh kepada Kevin yang sedang berbual mesra dengan seseorang, well kalau nak precise perempuan sebenarnya dan Nampak macam elegan habis. Dari belakang pun dah Nampak elegan.

“ha! Dah balik pun isteri saya, Amanda” Kevin tersenyum lebar sebaik ternampak aku dan dia berjalan kearah aku. Aku senyum kepadanya dan buat muka bertanya kepadanya.

“Amanda ni Princess Merideth, Princess of Merith” woah! Patutlah semua orang bercakap pasal dia, aku sendiri kagum dengan dia punya personality, memang dia cantik gila Lucas! Aku harap kau tak bertepuk sebelah tangan nanti.

Aku berjalan mendekatinya dan tersenyum sambil memandangnya dengan terpukau, hebat betul aura dia ni. Hehehe.

“Queen Amanda” dia menyapa aku sopan dengan senyuman manisnya dan aku sengih sambil memandang Kevin. Tak pasti nak cakap apa.

“gembira dapat jumpa awak”

“saya pun, gembira sangat dapat jumpa orang yang menjadi perbualan orang ramai ni, panggil je Amanda” aku pelawanya senyuman mesra dan dia sedikit berkerut.

“tapi, itu semua tidak sepatutnya berlaku, pangkat awak…”

“kat sini semuanya sama dan saya tak kisah. Kan Kevin?” soal aku kepada Kevin dan Kevin senyum sambil angguk mengiakan. Sekali lagi wajah Merideth berkerut. Ikut suka hati aku la nak panggil dia dengan nama je dalam otak aku ni kan? Hahaha.

“apa kata awak berehat dulu dan kami akan sediakan makan malam untuk awak semua” Kevin utarakan pendapatnya dan Merideth angguk dan senyum bersetuju.

Sebaik dia beredar mengikut orang gaji kami ke biliknya aku memandang Kevin, banyak yang aku nak Tanya kepada dia ni.

“I miss you” bisik Kevin di telinga aku dan mencium pipi aku lama. Aku menolak wajah Kevin dan menariknya masuk ke dalam bilik kami.

“dia tinggal kat sini?” soal aku sabaik pintu bilik kami tertutup, Kevin anggukkan kepalanya dan menarik aku jatuh ke atas katil bersamanya dan pinggang aku dipeluk erat.

“kenapa?” soal aku lagi.

“sebab dia akan menjadi pengajar di sekolah sayang buat sementara waktu, dia nak tahu macam mana system kat sini”

“oh, bukan dia jadi pelajar?” soal aku lagi.

“tak sayang, dia sebaya dengan saya” jawapan Kevin buatkan aku mengeluh kesian, kesiankan Lucas, takkanlah Merideth nakkan budak macam Lucas tu kan. Bersabarlah duhai sahabatku, hahaha.

“kenapa mengeluh?”

“sebab dah ramai sangat pelajar lelaki yang taruh harapan nak jadi King of Merith sebab ingatkan dia pelajar” jawab aku tenang dan Kevin ketawa pelahan.

“jangan cakap Lucas pun ada hati” kali ini aku ikut ketawa bersama Kevin.

“tu la masalahnya” jawab aku dan Kevin ketawa lagi sambil eratkan pelukan. Aku berfikir sejenak sebelum meleraikan pelukan Kevin dan berjalan ke bilik air, aku nak mandi dan bersiap ke ladang kuda. Prank pun kena mandi jugak dan diberi kerja, asyik bermadu asmara dengan kuda-kuda betina je kerjanya.

 

 

 

 

Makan tengahari aku tak sempat untuk bersama dengan princess tu, bila aku balik mereka semua dah selesai makan dan tengah berborak tentang sesuatu, aku tak pasti apa tapi nampaknya menyeronokkan sebab semua orang kelihatan senang dan ketawa perlahan. father dan mother pun Nampak terhibur dengan kehadiran Merideth ni.

“mana Queen Amanda?” aku yang pada mulanya nak berlalu ke bilik berhenti bila terdengar nama aku disebut.

“my wife pergi mandikan kuda dia” jawab Kevin.

“oh, banyak yang berbeza di Negara saya dan sini. Memang persamarataan antara jantina dijalankan tetapi persamarataan darjat tak. Semua itu boleh meruntuhkan pemerintahan dan seorang permaisuri sepatutnya tak melakukan semua itu”

Aku terdiam bila mendengar pendapat si Merideth tu, dia siapa nak banding beza adat resam Negara dia dengan sini? Sekarang ni aku dah rasa kurang hormat pada dia, siapa dia nak judge apa yang jadi kat sini? Nak je aku belasah orang ni.

“Amanda suka buat apa yang dia suka dan kami semua tak menghalang” jawab mother dan aku senyum disini.

“Amanda seorang yang berdikari, walaupun saya terpaksa keluar kota saya tenang sebab Amanda mampu jaga diri dia sendiri” jawab Kevin pula dan senyuman aku semakin lebar. Nasib baik semua orang puji aku, kalau tak aku belasah dengan dia sekali.

 

 

 

“sayang” panggil Kevin bila aku naik ke katil dan bersedia untuk tidur. Aku mengangkat kening kepadanya dan bersandar pada dadanya.

“saya tak kisah formality antara kita tapi, boleh tak sayang jaga formality dengan Princess Merideth?” soal Kevin dengan harapan dan mata aku memandangnya, dahi aku berkerut. Formality?

“kenapa?” soal aku kepada Kevin.

“Negara dia di biasakan dengan begitu jadi dia tak selesa” jawab kevin dan aku rasa nak buat muka bodoh je. Really? Siapa yang datang rumah siapa sekarang ni? Please la, dia yang datang sini tapi kami pulak yang kena respect dia punya adat. Dia siapa?

“Kevin, awak kenal saya macam mana dan saya takkan berubah disebabkan seseorang” protes aku dan memejam mata rapat.

“I know. Tapi, tak salahkan kalau kita mengalah dengan orang. Saya nak dia selesa tinggal kat sini”

“tengoklah macam mana” jawab aku malas dan menarik selimut rapat ke dada dan aku palingkan badan aku dari Kevin. Tetiba je rasa nak marah.

“sayang…” panggil Kevin lagi.

“saya cuba” jawab aku mengalah dan Kevin tersenyum dan memeluk aku dari belakang.

“I love you” bisiknya dan aku tersenyum bahagia.

 

 

 

Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab Kevin yang kejut aku awal hari ni, katanya dia nak aku ada di meja makan awal dan bukannya seperti biasa, dia nak aku bersarapan bersama mereka semua. Tak nak aku just turun ucap selamat pagi, kiss mother and father dan pergi sekolah. Meluatnya…

Aku bersiap ke sekolah dan berlari ke dapur untuk isi perut aku dulu sebab aku yakin, bila breakfast nanti aku takkan kenyang pun sebab kena makan dengan penuh adab. Aku sapa Nancy dan semua orang yang ada di dapur. Aku dulu jahat, kejam dan tak fikirkan perasaan orang lain dan aku yakin ada orang gaji dalam rumah ni tak suka aku, tapi, bila aku dah jadi baik sikit dan mula mesra dengan semua orang, aku rasa semua orang dah selesa gila dengan aku.

“Amy! Kenapa masuk dapur?” soal Nancy sambil mengetap giginya geram, dah kenapa?

“hari-hari kut Amy masuk sini” balas aku sambil mengambil pie di dalam pinggan dan suakan ke dalam mulut.

“the lord dah tak benarkan Amy masuk sini sepanjang Princess Merideth tinggal kat sini” lagi-lagi Merideth, takada nama lain ke yang nak disebut dalam istana yang besar gedabak ni? Ugh! Sebal!

“tapi…kalau Amy lapar macam mana?” soal aku dengan wajah yang sengaja dikasihankan dan Nancy dah tersangkut dengan lakonan aku. Heh! Berjaya!

“panggil je mana-mana maid, kami akan hantarkan pada Amy” jawab Nancy dan aku menjuihkan bibir, mana best.

“tapi…”

“Amy!” nancy membangkang tegas dan aku lepaskan keluhan geram. Aku pandang Jason, tukang masak utama kami, sebab dia pun tak boleh tolak wajah kesian aku ni.

“sorry love” ujarnya dengan nada sedih dan aku jeling semua orang geram. Marah ni!

“fine! Amy…”

“Amanda” jelas ada suara yang terkejut melihat aku di dapur, Kevin la siapa lagi. Aku jeling dia pula dan dia meminta aku keluar dari dapur dengan kadar segera. Dia dah lenyapkan waktu tidur aku selama 40 minit dan sekarang ni dia halang aku masuk ke dapur. Tak suka!

“Amanda, awak dah janji nak jaga formality” Kevin bernada perlahan dan aku tahu dia kesal dengan aku sebenarnya tapi…

“depan dia, sekarang ni dia tak ada” jawab aku pula. Kevin mengeluh dan memegang kedua bahu aku erat.

“please” pintanya merayu dan aku menundukkan kepala memandang lantai. Kalau Kevin tak boleh tolak muka sedih aku, aku tak boleh tolak rayuan dia. Aku anggukkan kepala dan dia cium dahi aku lama menghargai.

 

 

 

Serius, sarapan tadi bosan gila dan sekarang ni aku kena berkongsi kereta kuda dengan princess tu dan aku rasa macam bosan gila, bila aku cuba untuk bergurau dengan pemandu kami, dia akan bagi aku satu jelingan yang tertulis, itu semua bukan formality dan Nampak lemah. Aku malas nak kacau dia baca buku jadi aku diamkan diri.

“apa buku yang selalu Queen Amanda baca?” errr…sejak bila aku baca buku sebenarnya?

“saya…tak suka baca buku” jaawab aku jujur dan dia pandang aku sinis, sinis ke? Entah la, aku pun tak pasti sangat.

“seorang queen sepatutnya berpengetahuan luas dan selalu peka dengan semua benda” ok, sekarang ni aku rasa nak tolak orang jatuh gaung. Kenapa dia nak betulkan aku je ni, aku terima dia seadanya jadi apa yang susah sangat dia nak terima aku seadanya? Menyampahnya!

 

 

 

Sebaik tiba di sekolah aku ucapkan terima kasih kepada pemandu kami dan mestilah aku dapat jelingan tak puas hati. Semua tumpuan berarah pada dia sekarang ni dan semua orang macam terpukau gila, sama macam aku terpukau dengan dia dulu tapi, tak kenal maka tak benci! Heh! Aku la yang jadi macam tu. Hebat! Pengetua pun keluar nak sambut dia jadi, aku rasa aku dah boleh blah dari sini. Banyak muka lelaki yang menyesal bila dia memakai pakaian yang sama dengan tenaga pengajar lain tapi mestilah dia nampak lebih elegan!

“Amy!” sapa Hannah dan matanya masih memandang Merideth, Lucas tak payah cakap la nasib baik tak meleleh je air liur dia tu, rasa nak tendang orang je hari ini.

“kenapa kau ni? Angin je?” soal Hannah dan aku menjuihkan bibir kepada Merideth.

“kenapa dengan dia?” soal Hannah lagi.

“malas nak cakap pasal dia, kerja algebra kau dah siap?” soal aku sambil tersengih.

“dah” jawabnya serta menyodorkan bukunya kepada aku. Aku sengih melebar dan mula untuk meniru jawapan Hannah, macam tak biasa. Kali ini hanya aku dan Hannah je yang ada di kelas sebab ada majlis sambutan khas untuk puteri tu, Hannah dah ajak aku banyak kali sebab dia nak dengar ucap tama yang kononnya penting tu tapi aku tolak dan Hannah tahu aku takkan menyampah dengan sesuatu benda kalau tak ada sebab.

“aku tahu dia tinggal di istana kau, so, apa yang dia dah buat?” soal Hannah dengan bijaknya. Aku mengeluh dan ceritakan semuanya kepada dia, selalunya kami bertiga tapi sebab Lucas dah taksub sangat dengan dia tu, Hannah je la yang ada sekarang ni.

“ugh! Menyampah gila!” Hannah buat muka loya dan aku tergelak perlahan, at least ada orang yang nak sebelahkan aku kali ini.

“kau tahu tak, semalam aku pergi intai library dan ada history pasal Merith, aku rasa ada baiknya kau baca. Bukan aku nak sebelahkan dia tapi, mungkin memang adat dia macam tu” jawab Hannah dan aku fikir sejenak sebelum anggukkan kepala. Hannah betul jugak, kalau dah 25 tahun dia hidup dengan adat macam tu, aku nak buat macam mana? Hmm…childishnya…

“jom cari buku tu” aku tarik tangan Hannah dan kami berdua curi-curi masuk ke dalam library, sunyi gila sekolah sebab semua orang ada di dewan utama, meraikan puteri tu. Ugh! Kami mencari tempat menyorok yang strategic dan aku mula membaca sejarah Merith yang ada.

“tebal gila!” rungut aku geram dan Hannah ketawa perlahan, dia tahu betapa aku bencikan buku lebih-lebih lagi sejarah.

Ok, beberapa fakta yang berubah dalam sejarah ni,

1. Kena hormat pemerintah tertinggi, hukum bunuh pada yang disrespect.

2. Tiada persamaan darjat

3. Persamaan jantina

Habis je tiga fakta yang aku rumus sendiri, aku tutup buku tu, tak menarik dan langsung tak kena dengan jiwa aku. Boleh dihukum bunuh sebab panggil pemerintah dengan panggilan tidak hormat contohnya, cara Nancy gelarkan aku. Kejamnya!

“mengarut je semua ni, sebab panggilan semata-mata dibunuh?” tak masuk akal betul!

“hei, tu dia punya sejarah Negara, biarlah”

“mana boleh, kenapa ada history? Sebab untuk dapat a better future. Kalau kuasa adalah semuanya, mana perasaan, kasih sayang. Sejarah ada untuk kita berubah, supaya kita tak ulang benda yang sama” aku bagi syarahan pendek kepada Hannah dan Hannah sengih bersetuju, bukan selalu nak tengok aku berwawasan macam ni. Hehe.

“hebat syarahan kau tu, tapi tak semua orang ada pendapat yang sama”

“tapi tak semua orang perlu mati atas sebab yang macam tu”

“ya, aku faham. Dah la cakap pasal dia, jom balik ke kelas aku rasa dah habis dah majlis tu” aku angguk setuju dan mengikut Hannah keluar dan betapa nasib aku tak baik, aku bertembung dengan Anastasia pulak. Habislah!

“buat apa kat sini?” soal Anastasia, untuk info semua, ini adalah kali pertama Anastasia bercakap dengan aku setelah beberapa bulan yang lalu.

“baca buku” jawab Hannah sebal dan aku pandang Anastasia malas.

“cepat masuk kelas, sebab ada rules baru” jawab Anastasia dan segera berlalu dari situ. Aku dan Hannah berpandangan sebab terkejut, Anastasia tak cari pasal dengan kami.

“wow, makan apa pagi tadi adik kau tu, tiba-tiba je baik” si Hannah ni saja je la. Aku angkat bahu dan bergerak masuk ke kelas dengan segera, dah macam ninja kami berdua sekarang ni. Sebaik masuk ke kelas dan duduk di meja kami Lucas dah ada dan sedang berkhayal. Eww!

 

 

 

Apa yang lagi tak best ialah, Merideth tu guru kelas aku untuk buat sementara waktu, habislah aku lepas ni kena hadap dia 24 jam. Pelajar lain bahagia la tapi aku tak rasa bahagia langsung. Ucapan dia pada awal kelas ni langsung tak menarik minat aku untuk mendengar dan aku hanya pekakkan telinga.

Selesai sesi suai kenal, dia minta kami semua kenalkan diri dengan darjat kami sekali. Untuk pengetahuan semua, aku seorang je yang memegang darjat Queen sebab tak ada queen yang semuda aku selama ini. tapi darjat aku ni bukan penghalang untuk semua orang berkawan dengan aku.

Susunan meja baru diadakan dan siapa darjat teratas dapat duduk barisan depan dan akhir sekali barisan anak-anak menteri. Dah nama aku paling top jadi aku duduk paling depan la. Memang bukan aku la duduk kelas paling depan. Aku cuba untuk membantah tapi bila teringatkan Kevin aku hanya mengalah.

Aku kesian dengan barisan terakhir sekali sebab kebanyakkan mereka duduk depan sebab mereka memang minat nak belajar tetapi disebabkan system baru ni tak dapat nak membantah. Aku dah tak dapat duduk bertiga lagi dah, Hannah dan aku masih bersama sebab dia bakal jadi queen nanti tapi aku sendiri tak pasti bila perkahwinan mereka akan berlangsung.

Selesai semuanya, akhirnya beredar jugak orang belagak ni! Tolong la aku tak boleh nak bersangka baik dengan dia lagi dah! Yang aku rasa sekarang ni menyampah gila. Anastasia pun macam tak suka je, Anastasia dah banyak berubah dan dia dah tak gunakan kuasa veto dia macam dulu lagi. Aku tahu aku sepatutnya berbaik dengan dia tapi aku tak tahu macam mana. Aidan pun cakap Anastasia dah berubah.

 

 

 

Tak banyak yang berubah pada pentadbiran sekolah, hanya beberapa kelas yang dipegang olehnya je yang berubah, ramai jugak yang tak puas hati. Heh! Tu la puji menggunung sangat kan, sekarang ni terima je la.

“Amy!” aku berpaling bila nama aku dipanggil di meja makan dan aku pelik bila Anastasia yang panggil aku sebenaarnya, dengan nama pendek aku pulak tu.

“apa?” soal aku sebaik sampai di meja makannya, dah kenapa muka semua gang dia masam semacam je ni. Pelik.

“kami nak minta tolong” ujar salah seorang daripada kawan kembar aku ni. Aku sengih sedikit sebelum duduk di sisi Anastasia, mereka semua nak minta tolong dari aku? Hebat!

“woa, student council dah nak terbalik ke?” soal aku agak sinis dan mereka merendahkan kepala malu. Mereka la selama ni suka sakitkan hati aku.

“kami minta maaf” pinta mereka berempat dan aku senyum ringkas, mana lagi empat. Mereka selalunya berlapan. Biarlah.

“Princess Merideth jadi penasihat council dan dia keluarkan semua lapisan bawahan. Dia tubuh ahli baru dan aku undur diri sebab tak setuju dia buang kawan-kawan aku. Ada yang setuju dan mereka ambil ahli baru” maklum Anastasia dan aku rasa panas gila. Kali ini memang dah melampau gila. Dia buat apa datang sini sebenarnya? Saja nak porak perandakan Negara orang ke apa.

“pengetua cakap apa?” soal aku geram.

“pengetua setuju je sebab ramai yang setuju” aku ajak mereka join meja aku dan Hannah, oh, mana Lucas? Entah, aku tak jumpa dia sejak pagi tadi lagi.

 

 

Hannah pun tak mampu nak bersangka baik dengan hal yang terjadi kali ini, dan menyedihkan sangat sekarang ini Lucas dah pergi temuduga untuk menjadi ahli council. Sekarang aku rasa Lucas dah lawan semua janji kami bertiga pernah ikrarkan. Hannah dah mulakan strategi perang nak bunuh Lucas tapi aku hanya ketawakan Hannah.

“Hannah, biarlah dah dia rasa tu yang terbaik untuk dia” ujar aku tenang, padahal aku sendiri tengah merangka rancangan membunuh orang dalam kepala aku sekarang ni.

“tapi…Lucas”

“Hannah, biarlah. Aku kena balik dah ni sebab princess tu dah tunggu dalam kereta kuda tu” aku minta diri dan segera masuk ke dalam kereta kuda, aku menyapa pemandu dan kemudian menyapa Merideth.

“mana awak pergi?” soalnya dan aku bagi jawapan yang jujur, berbual dengan Hannah. Lepas tu dia tanya Hannah tu siapa dan lepas aku cakap bakal permaisuri Ausia dia anggukkan kepala membenarkan. Dia cakap pasal darjat orang tapi dia tak sedar yang aku ni lebih tinggi dari dia, wait, mungkin aku boleh halau dia. Bak kata Anastasia, aku queen dia princess je kut. Hahaha.

 

 

Sebaik sampai di istana aku tak tunggu pemandu aku bukakan pintu sebab aku boleh buka sendiri dan berlari kearah Kevin yang sedia menunggu aku. Aku peluk Kevin erat dan dia dengan bahagianya membalas pelukan aku.

“miss you” ucapnya seperti biasa dan aku senyum bertambah lebar.

“Lord Kevin” sapa Merideth dan Kevin lepaskan pelukan kami dan menyapa Merideth dengan sopan.

“Princess Merideth” sapanya dan aku menjulingkan mata ke langit. Merideth dan Kevin mula bercakap apa yang berlaku hari ini, sepatutnya Kevin tanya aku  semua tu tapi tak, Merideth tu sibuk je nak jawab soalan Kevin tu.

“Kevin, saya nak naik mandi dulu” pinta aku dan Kevin anggukkan kepalanya. Aku tak terus ke bilik sebaliknya aku ke dapur secara senyap-senyap dan cuba mencari sesuatu untuk aku makan. Lunch tadi tak sempat makan apa pun sebab banyak membuat plan yang membawa ke jalan yang buntu. Sampai bila dia nak ada kat sini?

 

 

“sayang” panggilan Kevin membuatkan aku membaling epal yang aku curi dari dapur ke luar beranda dan aku yakin terkena seseorang sebab ada bunyi orang mengaduh. Aku segera pandang Kevin dan mengesat mulut aku dengan belakang tangan.

“sayang, apa yang saya cakap pasal masuk dapur?” soal Kevin dan aku segera memalingkan wajah, sia-sia je aku baling epal tadi, dia tahu jugak aku buat apa sebenarnya.

“saya lapar” jawab aku ringkas dan tangan Kevin menarik aku duduk di kerusi.

“ok. Sayang, Princess Merideth nak sayang sertai student council” apa yang keluar dari mulut Kevin buatkan aku rasa asap keluar dari hidung dan telinga aku. Dia siapa nak arahkan aku? Mak aku?

Aku urut batang leher aku dan membetulkan saraf-saraf yang regang pada seluruh tubuh aku. Rasa nak je sentap pada Kevin tapi semua ni bukannya salah Kevin pun. Aku tarik nafas dalam-dalam dan gelengkan kepala dua kali.

“kenapa sayang, ada baiknya jugak kan?” soal Kevin lagi dan aku tetap katakan tidak. Aku dah tubuh pasukan anti council, sekarang nak suruh aku join ahli council pulak. No way!

“Anastasia yang jadi ketua council selama ni dan sekrang dia dah keluar council” aku maklumkan kepada Kevin dan Kevin sedikit terkejut.

“kenapa?” soal Kevin.

“sebab system dah berubah disebabkan seorang manusia…”

“Amanda, jangan kurang sopan. Manusia tu bernama dan nama dia Merideth” Amanda telan liur dan pandang Kevin tak percaya.

“awak bela dia?”

“no! saya tak bela sesiapa tapi jelas apa yang dia buat mendapt persetujuan ramai orang. Orang ramai bersetuju sebab keputusan yang dia buat adalah lebih matang” sah! Sah Kevin pun dah termakan dengan apa yang Merideth dah suapkan pada telinga dia.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan bangun dari kerusi untuk beredar dari bilik itu. matang? Jadi, selama ini apa yang aku buat tak matang? Aku hanya la budak yang tak matang pada mata Kevin? Kenapa aku rasa sedih dengan apa yang aku rasa sekarang ni. Lucas dah pergi, Kevin pun akan pergi ke? Kevin pun terpaut dengan aura perempuan tu ke?

“awak nak pergi mana?” Kevin merentap tangan aku dan aku pandang Kevin hiba. Dia tak pernah berkasar selama ini.

“Merideth datang sini baru je dua hari, dan awak dah rentap tangan saya, wow! Tu ke yang dia ajar awak?” soal aku sinis dan Kevin tersentak, dia memandang tangannya yang memegang kemas lengan aku. Perlahan-lahan dia lepaskan lengan aku dan memeluk aku erat.

“sorry, saya tak sengaja” pinta Kevin dengan rasa bersalah dan aku segera maafkan dia, mungkin bukan sebab Merideth tapi sebab kerjanya.

“saya gurau je la, awak kerja esok” esok weekand dan biasanya aku dan Kevin akan bersama-sama ke rumah ayahanda atau rumah grand.

“kerja, saya nak bawa Princess Merideth melawat bangunan kerajaan dan satu dua hal yang nak dibincangkan” ujar Kevin dan aku kesal semula. Merideth lagi!

“ok. Esok saya nak balik rumah ayahanda lepas tu nak pergi rumah grands. Dah lama tak jumpa pards saya dan saya dah berbaik dengan Anastasia jadi saya nak bawa dia balik rumah grand”

“sayang dah berbaik dengan Anastasia? Baguslah. Sorry tak dapat temankan sayang” pinta Kevin dan aku segera gelengkan kepala.

“ok je, saya akan ajak Jeremy” tu la satu-satunya pengawal aku yang tetap. Jeremy!

 

 

 

Kini, aku, Aidan,Anastasia dan Jeremy sudah sampai di rumah Grand lepas singgah rumah ayahanda.  Aku rasa Anastasia tak dapat tahan lama tinggal rumah Grand ni dan dia tak bawa servant dia hari ni. Kita tengok la macam mana dia nak biasakan diri nanti. Hahaha. Jeremy ni pulak layan je apa yang Anastasia rungutkan. Aku dan Aidan dah biasa dengan panas ni semua tapi Anastasia je yang susah sikit.

Nick dan Alice bercinta dan aku rasa Mary dan Liam jugak tapi mereka tak cakap apa pun lagi kat aku, tak kisahlah yang penting pards aku bahagia aman sentosa. Semua orang dah bersedia nak ke sungai untuk berkelah dan Aidan la yang paling teruja sekali. Anastasia? Masih dalam keadaan menyesuaikan diri. Hahaha.

“Jer, tolong pimpin saya ke batu tu” pinta Anastasia lembut dan aku memandang mereka berdua sedikit pelik, Jer? Ha! Ada nama manja gitu untuk Jeremy ni.

Aidan pula tak habis-habis kacau Liam nak berenang, semua orang Nampak bahagia je dan aku rasa mesti lengkap picnic kami hari ini kalau Kevin pun ada. Hish! Kenapa nak kena fikir banyak pulak sekarang ni? Aku sepatutnya enjoy the moment.

“kau kenapa?” soal Nick bila dia duduk di batu sebelah aku. Aku gelengkan kepala dan senyum sedikit kepadanya.

“Kevin?” soalnya menduga dan aku gelengkan kepala, tanpa sepatah kata aku tolak Nick jatuh ke dalam sungai dan kemudiannya aku terjun bersama basah di dalam sungai itu. kami bermain air sebelum naik ke tebing untuk makan.

 

 

Aku rasa lebih bersemangat untuk mulakan minggu yang baru, walaupun aku tak sempat lagi nak jumpa muka Kevin, aku dah bersedia nak hadap minggu sekolah yang dah banyak berubah. Apa yang penting, Anastasia dah tak nak gaduh pasal Kevin lagi sebab aku rasa dia sukakan Jeremy dah sekarang ni. Hari ini aku ke sekolah sendiri, dengan Prank sebab aku tak nak tunggu princess tu dan Kevin.

Aku sampai awal di sekolah dan Hannah sudah sampai bersama Dorion, sorry Dorion aku malas nak panggil pangkat kau. Hahaha. Aku menyapa pasangan merpati itu dan mereka dengan senang membalas sapaan aku. Lucas? Hmm…agaknya dah masuk bilik council kut sebab aku tak Nampak batang hidung dia pun sekarang ni.

“saya masuk kelas dulu” pinta Hannah dan Dorion cium pipi Hannah sebelum berlalu. Hmm. Aku tak dapat kiss dari Kevin pun pagi ni. Hmph!

“mana Lucas?” soal aku kepada Hannah dan dia tunjukkan satu kumpulan pelajar, council yang baru dan Lucas pakai baju seragam lain. Aku mengeluh perlahan dan menarik Hannah untuk masuk ke dalam kelas kami. Anastasia sudah sampai dan menegur kami berdua.

“ready untuk rebut?” soal Hannah kepada Anastasia dan kembar aku tergelak kecil dan anggukkan kepala. Aku ikut sama tergelak dan menarik buku yang berada di tangan Anastasia.

“really? Fakta cinta?” soal aku dan seakan rasa nak muntah. Anastasia menolak bahu aku lembut dan meneruskan bacaanya. Hannah pula berbual mengenai buku itu bersama Anastasia menyebabkan aku terpaksa layan diri  sendiri.

Aku palingkan wajah kepada tingkap, satu-satunya aku suka dengan suasana baru kelas ialah, aku dapat berada di sebelah tingkap. Burung yang terbang bebas menarik minat aku dan kemudian mata aku jatuh ke depan pintu pagar utama sekolah. Kevin! Dan…Merideth. Kevin bukakan pintu kereta kuda untuk Merideth dan mereka berbual ringkas sebelum Merideth mencium pipi Kevin dan masuk ke dalam bangunan sekolah. Aku kejung dan memerhati Kevin melambai perlahan dengan senyuman yang masih ada dibibirnya. Aku bangun dari kerusi menyebabkan kerusi aku terbalik dan ramai pelajar pandang aku. Aku berjalan keluar dari kelas dengan keadaan marah.

Aku tak pedulikan panggilan Hannah dan segera berlari ke tempat Prank. Aku mengepal buku lima aku sambil berlari laju dan sebaik aku tiba di sisi Prank aku menghilangkan lelah berlari dengan bersandar kepada Prank.

‘Amy! Tu hanyalah tindakan normal. Hanya untuk berterima kasih’ otak aku cuba untuk menenangkan dan positifkan setiap cas negative yang berenang dalam otak aku.

 

 

 

 

Setelah matahari mulai tenggelam di celah gunung, aku menunggang Prank pulang ke istana. Aku tak harapkan Kevin tunggu kepulangan aku seperti biasa tapi, jauh dalam hati aku berharap sangat Kevin tunggu aku dan aku boleh peluk dia sebaik aku jumpa dia di istana nanti. Semua pengawal memandang aku pelik dan ada yang sedikit kelegaan bila aku kembali.

“kenapa pandang saya macam tu?” soal aku setelah turun dari kuda dan serahkan tali Prank kepada budak lelaki yang bekerja di sini.

“Mi Lady pergi mana? The Lord hantar ramai tentera pergi cari Mi Lady” jawab budak lelaki itu takut dan aku tersengih sedikit. Dia risaukan aku. Hmm.

“oh, sekarang saya dah balik, tolong mandikan Prank ok?” pinta aku dan setelah dia anggukkan kepala menerima arahan aku berlari senang masuk ke dalam istana.

Sebaik kaki aku melangkah semua mata di ruang legar utama memandang aku dan mereka juga berdiri dengan serentak. Aku berlari mendekati Kevin dan memeluknya erat tetapi dia hanya kaku tak bergerak, mungkin terkejut sangat kut. Aku lepaskan pelukan dan memandang wajahnya sambil tersenyum senang.

“awak dari mana?” soalnya dengan nada tegas. Alamak! Masalah ni.

“saya…”

“Kevin, bawa Amanda masuk bilik, dia perlu berehat” father bersuara dan aku senyum memandang father dan mother. Mereka membalas senyuman aku dan bila mata aku jatuh kepada Merideth dia pandang aku dengan…tak pandai nak cakap macam mana.

 

 

 

Sebaik aku dan Kevin berada di dalam bilik kami aku terus mencapai tuala dan pakaian sebelum berlalu ke bilik air. Aku mandi dan bersihkan diri aku dengan sebaik mungkin sebelum memakai baju tidur yang lebih selesa. Aku rasa sangat segar dan perut aku berbunyi sebab lapar sangat. Ugh! Lupa nak makan tadi.

“Amanda ponteng kelas tadi”

“mungkin dia ada sebab”

“Kevin, tiada alasan untuk ponteng sekolah. Kalau dia cedera atau sakit pihak sekolah boleh terima tapi dia tak cedera atau sakit.”

“saya akan tanya dia nanti”

“sekadar bertanya tak selesaikan masalah. Kevin, awak seorang suami dan awak juga seorag raja. Nama baik Negara awak perlu di jaga. Perbuatan Queen Amanda dah burukkan status awak.”

Aku menutup mulut rapat dan naik ke katil setelah mendengar perbualan mereka berdua. Perut aku yang lapar dan berbunyi sakan tadi sudah berhenti dengan serta-merta. Tiba-tiba perut aku terasa kenyang dan mata aku panas. Baik aku tidur je malam ni.

 

 

 

Paginya aku bangun dan lakukan aktiviti harian aku seperti biasa. Aku tahu Kevin perhatikan setiap geri aku tapi dia belum juga membuka mulut. Aku takkan mengalah dengan suasana senyap ini. aku mencapai beg sekolah dan bergerak ke pintu tetapi pintu dihalang dan Kevin berdiri tegak di depan aku sekarang ini.

“awak pergi mana semalam?” soal Kevin.

“saya rasa tak selesa, saya keluar ambil angin.” Jawab aku jujur.

“kenapa awak ponteng kelas?”

“saya dah cakap, saya rasa tak selesa”

“kenapa?”

‘sebab aku nampak kau dengan perempuan tu!’ bentak hati aku geram.

“saya rasa tak sedap badan” jawab aku perlahan, memang pun, rasa nak muntah dengan kelakuan Merideth.

“kenapa awak tak maklumkan kepada Princess Merideth?” aku berkerut.

“kenapa nak kena beritahu dia?” soal aku padanya.

“sebab dia guru kelas awak” jawabnya terang, betul jugak. Ish!

“saya minta maaf ok, saya dah lewat jadi saya minta diri dulu” aku menarik pintu sedikit kuat dan aku keluar dengan segera, masih awal pagi dan aku berlari anak keluar ke ladang kuda.

 

 

 

“Boy! Mana Prank?” soal aku sambil mencari Prank yang tidak kelihatan. Prank ni pergi mengurat kuda mana pulak ni?

“Mi Lady, Lord tak bagi…”

“saya tak izinkan awak menunggang Prank lagi” suara Kevin menyebabkan aku berpaling menghadapnya.

“apa maksud awak?” soal aku menahan marah.

“sebagai hukuman awak hilangkan diri semalam tanpa sebarang berita” jawab Kevin tenang.

“Kevin, awak tak boleh buat macam ni!”

“kenapa?”

“Kevin…Prank tu…”

“Amanda, awak queen kerajaan ni, awak sepatutnya jaga tingkah awak. Bukannya main hentam je”

“apa awak cakap ni? Sejak bila awak persoalkan tindakan saya?”

“sebab saya terlalu berlembut dengan awak, awak pijak kepala saya” mata aku membesar bila dia cakap macam tu. Kevin!

“what?” mata aku berkaca, air mata aku bertakung. Aku pandang budak lelaki yang turut sama terkejut mendengar apa yang keluar dari mulut Kevin, ke dia terkejut dengar aku tinggikan suara pada Kevin? Aku menepis Kevin dan berlalu pergi dengan laju. Aku berlari selaju mungkin dan menuju ke kem tentera melalui laluan rahsia Jeremy dan aku. Jeremy adalah abang yang aku tak pernah ada dan dia ada saat aku susah dan senang.

Aku tahu Kevin takkan dapat kejar aku lagi dan aku perlukan Jeremy sekarang ni. Aku berlari dan terus berlari tanpa hiraukan lengan aku terluka disebabkan duri dan dahan yang tajam. Sebaik aku tiba di khemah Jeremy aku segera merempuh khemah itu dan berlari memeluk Jeremy erat dengan air mata yang bercucuran.

Bukan hanya Jeremy yang terkejut tiga lagi kawannya juga terkejut dengan kehadiran aku disitu di awal pagi. Jeremy yang belum siap berpakaian cuba menahan badan aku daripada jatuh kerana memeluknya. Dia jauh lebih tinggi daripada aku.

“Amy…” sebutnya lembut dan tangan besarnya mengusap lembut belakang aku. Dia bawa aku duduk di katilnya dan biarkan aku menangis dalam pelukannya.

 

 

 

Setelah menangis selama satu jam, aku makan makanan yang Jeremy berikan dengan laju, aku lapar gila kut. Menangis, menangis jugak tapi perut ni kena isi. Jeremy dan kawan-kawannya ketawa bila aku makan dengan lahap setelah menangis.

“jangan gelak la, aku gigit nanti!” marah aku dan mereka ketawa lagi kuat. Tak guna betul la!

“wooo…adik kita dah naik angin” sakat Jack dan aku jelirkan lidah kepadanya menyebabkan mereka semakin seronok ketawa dan aku ikut sama tergelak. Mereka semua ni memang la!

“My Lord!” semua orang berdiri dan berhenti ketawa dengan serentak. Aku pandang Kevin yang masuk ke dalam khemah ini dan ikut sama berdiri. Semua orang beredar dari khemah tetapi aku sempat memegang hujung baju Jeremy. Jeremy usap kepala aku lembut dan berlalu pergi.

“sayang” psh! Sekarang pandai pulak bersayang-sayang. Loya la weh!

“saya minta maaf” pintanya dan segera memeluk aku erat. Aku mulanya nak tolak badan dia tapi badan aku ni memang rindu sangat dengan dia jadi, badan aku peluk dia balik. Degil sungguh badan aku ni tak dengar cakap aku.

“sorry, saya terbawa-bawa dengan apa yang Princess Merideth cakap. Saya sayangkan Amanda yang keras kepala, buat apa yang dia rasa betul. Bila saya fikir balik, saya akan merana kalau dapat isteri macam Princess Merideth” apa yang dia cakap buatkan aku tergelak kecil dan memukul bahunya beberapa kali.

“sayang tahu siapa yang sedarkan saya yang saya dah melampau?” soal Kevin dan aku gelengkan kepala.

“pemandu kereta kuda kita, dia cakap perbezaan Princess Merideth dan awak dan betapa dia gembira ada seorang queen yang berjiwa macam awak, masa tu saya sedar yang saya dah terlalu hanyut dengan apa yang Princess Merideth cuba buat. Saya minta maaf” pintanya lagi dan aku senyum dan cium pipinya lembut.

“saya dah maafkan awak” aku sebenarnya bukanlah seorang pemaaf macam ni tapi disebabkan aku dah terlalu rindukan dia aku tak mampu nak merajuk lagi.

“I miss you, so much” bisiknya lagi dan aku anggukkan kepala.

 

 

 

Walaupun aku dan Kevin dah rapat balik, jauh lebih rapat dari dulu sebenarnya tapi si Merideth tu masih lagi ada dalam istana ni dan aku tahu ada banyak lagi yang dia nak betulkan pada diri aku ni, ingat aku kisah la sangat. Kevin dah cakap yang dia terpaksa jaga hubungan baik mereka sebab tak nak cetuskan peperangan. Negara Merith sangat kuat.

“sayang, saya cuma minta sayang tolerate di istana je, at school saya tak kisah” ujar Kevin bila aku merungut yang Merideth tegur aku pasal aku malas nak baca rumah masa senggang kat istana dan dia cakap aku tak sepatutnya kacau masa kerja Kevin.

“awak tak kisah kalau saya kenakan dia kat sekolah?” soal aku teruja, Kevin bagi green light buat benda tak elok ni.

“sayang, saya tak maksudkan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah, tapi sayang boleh buat sesuatu dengan cara yang halus” Kevin bersuara tenang dan aku segera memeluknya erat.

“love you! Nak pergi meeting  dengan Anastasia ni” aku meninggalkannya setelah mencium pipinya.

Semasa berlari menuruni tangga aku terserempak dengan Merideth, mestilah aku bagi sapaan penuh hormat gitu, ni semua sebab nak jaga air muka Kevin depan dia je. Aku teruskan ke kem tentera untuk bertemu Jeremy. Tapi! Tahu tak apa yang aku nampak? Anastasia sedang makan bersama Jeremy. Dah agak dah!

“maaf menganggu duhai Princess Anastasia” aku dengan sopannya menegur mereka berdua, menyakat sebenarnya dan Anastasia terus menjauhkan diri dari Jeremy. Sekarang baru nak jaga jarak, dari tadi lagi aku tengok dua orang ni.

“Jer, aku izinkan kau jadi King Of Candelisia” aku sengih dan Anastasia laju je menolak aku sehingga jatuh ke tanah, amboi main kasar nampak dia ni.

“sakitlah!” rungut aku kesal, tak pasal-pasal je duduk atas tanah. Jeremy dengan penuh budimannya menarik aku berdiri.

“Nas, kita kena merancang macam mana nak jatuhkan empayar Merideth kat sekolah tu” aku bersuara serius, macam gaya pahlawan nak pergi perang, hakikatnya nak lawan Merideth je pun.

“Nas? Kau bagi nick name kat aku?” la, tu pulak yang dia tangkap.

“yeah, nama kau panjang sangat tahu tak!” balas aku balik dan Merideth hanya anggukkan kepala mengalah.

“bincang la ya, nak pergi training ni” Jeremy segera beredar dari situ setelah memberiakan senyuman paling menyampah yang aku pernah tengok pada dia. Susah pulak kawan mengurat adik sendiri ni.

 

 

 

Aku, Hannah dan Anastasia tak sempat nak bincang banyak pun plan kami untuk jatuhkan Merideth sebab kami tak kuat. Bertambah susah bila tenaga pengajar kat sini pun dengar cakap Merideth sebiji-sebiji. Lucas pun dah tak lepak dengan aku sejak Merideth ni datang sini.

“sayang” sapa Kevin dan dahi aku dicium sekilas, mesti dia pelik Nampak aku berfikir panjang. Selama ni aku mana suka fikir banyak-banyak, main hentam je.

“Lucas dah tak nak kawan dengan kami” adu aku manja dan Kevin menarik aku ke dalam pelukannya erat, bahu aku diusap lembut dan hujung kepala aku dicium lagi.

“sayang, kenapa wangian rambut sayang bau lavender?” haish! Ni satu lagi manusia yang suka ubah topic utama, wangian rambut aku jugak dia nak tanya waktu sedih macam ni.

“hmm, Anastasia yang buat, tak tahu macam mana tapi dah tak jadi alahan dah. Katanya dia cambur lemon dan beberapa jenis herba” jawab aku sambil angkat bahu, memang aku tak tahu macam amna Anastasia buat tapi aku berterima kasih sangat dengan dia.

“oh, Anastasia hebat betul, ramai healer yang cakap penawar yang Anastasia buat mujarab” cerita Kevin dan kali ini menarik minat aku. Wah! Hebat betul Anastasia ni.

“hebatnya, semua benda Anastasia pandai buat, saya je satu benda pun tak tahu” tetiba je emosi aku ni.

“ish, sayang ni ke situ pulak. Awak la permaisuri paling hebat dan berani yang saya kenal.”

“ha! Nak pujuk la tu, tak kisahlah, yang penting sekarang ni kena cari jalan selesaikan masalah kami di sekolah. Personally saya memang menyampah gila dengan Merideth tapi saya boleh tolak tepi semua tu, yang paling saya tak puas hati, dia tindas golongan bawah. Saya tak suka! Tak ada  manusia dilahirkan untuk dihina dan diukur darjat. Tak semua orang boleh lahir dengan royal blood!” tegas aku geram dan Kevin tergelak perlahan.

“sebab tu la saya cakap awak queen yang hebat. Saya yakin awak dan kawan-kawan awak dapat selesaikan masalah ni dengan segera. Cuma jangan terlibat dengan masalah sebab saya tak suka dengar Merideth cerita benda buruk dan cuba perbaiki awak. I love you as you are” luahnya dan aku tersenyum bahagia.

“yup! Saya akan pastikan dia beredar dan sekolah kembali aman semula sebelum saya tamat belajar!” aku berkata semangat.

 

 

 

“Nas, aku dah terfikir cara bersih tapi kotor untuk halau ahli sihir tu tapi, aku perlukan khidmat kau”

“aku?” soal Anastasia hairan.

“yes! Kalau kau boleh ubah racun jadi penawar, mesti kau pun tahu ubat penawar jadi racun” aku tergelak jahat.

“kau nak bunuh dia ke?” soal Hannah terkejut.

“mana ada! Maksud aku, kita tukar mandian dia. Bagi dia gatal-gatal macam tu. Biar dia tak tahan dan beredar dari sini. Aku akan minta tolong tabib istana subahat sama” aku sengih jahat pula dan Hannah segera setuju.

“tapi, aku tak nak kesan tu lama. Tabib dia hebat sangat, kalau boleh kesan dia boleh hilang dengan segera” sambung aku lagi dan akhirnya kami semua setuju.

“baiklah! Aku akan ke library dan cari buku herba dengan segera.” Anastasia dan dua kawannya segera beredar meninggalkan aku dan Hannah sahaja.

“Hannah, aku nak kau jumpa Lucas dan bawa dia jumpa Kevin di lapangan. Nanti aku susul.” Pesan aku dan aku segera berlalu dari tempat rahsia kami.

 

 

 

 

Aku dah bercakap dengan tabib istana, punyalah susah dia nak bersetuju tapi setelah aku menggunakan kuasa veto aku dia mengalah akhirnya dan minta Anastasia jumpa dengan dia untuk sediakan ramuan agar tidak membahayakan. Sekarang ni aku kena pastikan ada beberapa pelajar yang sanggup bersama aku untuk membantah council semasa Merideth ‘sakit’ nanti. Hahaha!

Aku mendekati golongan yang anti Merideth dan kebanyakkannya golongan anak-anak menteri sebab mereka tak dapat keistimewaan yang sama dengan royal blood lagi dah. Walaupun jumlah mereka ramai, aku tetap perlukan orang yang sama level dengan aku untuk menguatkan usul kami nanti. Susah jugak ni.

Aku berlari untuk ke lapangan sebab aku nak mengajar Lucas yang lupakan kawan-kawan baik dia disebabkan ahli sihir tua tu! Belum sempat aku sampai ke sana, aku telah melanggar seseorang menyebabkan aku jatuh dari tangga. Umph! Sakit gila badan aku sekarang ni. Kenapalah masa ni jugak nak berlaku kemalangan. Atau ni petandan buruk?

“awak ok?” satu suara risau menyedarkan aku dari berfikir panjang, dah la masih lagi terbaring selesa atas tanah ni. Gerangan yang aku langgar ini membantu aku berdiri tetapi disebabkan badan aku sakit sangat, aku berpaut kemas padanya.

Wah! Tampan gila lelaki ni, aku dah mati dan masuk syurga jumpa angel je apa? Tapi, aku nak Kevin yang jadi angel aku walaupun aku dah mati nanti. Sedihnya tak dapat bersama dengan Kevin lagi dah.

“Queen Amanda, what a surprise!” dia teruja tapi aku bingung. Siapa pulak dia ni?

“err…excuse me. Saya ada kaki dan boleh berdiri dengan kaki sendiri” aku menjauhkan diri daripadanya dan dia tergelak sopan. Cara dia gelak pun menarik kut.

“saya Harry” dia perkenalkan dirinya dan mencium tangan aku, ugh! Konon budiman la sangat. Kejap, Harry? Bukan tu nama penyamaran aku dulu ke?

“Harry?” soal aku lagi dan dia tersenyum.

“saya tahu kisah Queen Amanda dengan Prince Harry. Jadi bualan dan cerita istimewa di Merith” dia dari Merith??? Dia kenal Merideth ke? Habislah, Merideth dan angkat puak dia. Plan aku baru je nak mula takkan dan tamat kut. Kevin!!!

“Merith?” soal aku bingung.

“ya, saya Harry adik lelaki Merideth. Saya percaya queen kenal kakak saya” mata aku meluas seluas langit. Habislah! Bukannya dia angkat puak tapi dia bawa adik dia sekali. Nampaknya idea bijak aku dah gagal! Patutlah dia pun menawan, memang darah keluarga dia agaknya.

“ya, dia tinggal di istana kami.” Jawab aku perlahan.

“saya nak cakap sikit” ujarnya dan aku berkerut, habislah!

“jom kita ke kereta kuda saya” pelawanya pula dan aku hanya menurut. Kami beredar dari kawasan sekolah dan dia bawa aku ke kawasan lapang di atas bukit.

Kami berdua keluar dari kereta kuda itu dan berdiri agak jauh sambil melihat permandangan yang semakin gelap. Matahari akan terbenam tak lama lagi. Dia nak bunuh aku dan campak aku dari bukit yang tinggi ni ke? Kevin akan selamatkan aku tak?

“tinggalkan kami” Harry beri arahan kepada pengawalnya dan mereka menurut.

“Queen…”

“Amy, boleh panggil saya Amy je” aku cuba untuk berbaik, mana tahu dia tak jadi nak bunuh aku. Tapi, aku pun pandai berlawan apa.

“ok, Amy, saya nak minta tolong awak” ok, pelik.

“apa?” soal aku ringkas.

“saya nak awak tolong saya buatkan Merideth kembali ke Merith” apa yang dia minta memang mengejutkan aku sangat-sangat. Dia nak aku halau Merideth! Yes!

“kenapa?” soal aku berpura-pura tak gembira dengan pertolongan tu.

“saya tahu awak semua tak suka cara Negara kami, dan saya sendiri tak bersetuju. Tapi, saya hanya dapat ubah semua tu jika saya yang menjadi raja. Saya bukan gilakan harta dan darjat, saya Cuma nak hentikan seksaan rakyat saya. Merideth datang sini mencari jodohnya, lebih tepat lagi Kevin…”

“Kevin?!” soal aku marah, marahlah sebab Kevin yang dia sedang bahaskan sekarang ni ialah suami aku!

“ya”

“tapi, Kevin suami saya!”

“saya tahu, Merideth tahu. Sebab tu dia sudah merancang semuanya dengan baik. Dia tak akan bunuh awak untuk hapuskan awak sebab dia lebih bijak daripada tu. Dia akan buat sesuatu yang akan menyebabkan awak tinggalkan Kevin atau sebaliknya. Kenapa dia mulai di sekolah dan hasut semua royal blood? Sebab dia nak tunjukkan betapa awak tak sesuai berdiri sama tinggi dengan mereka semua. Dia nak rakyat secara perlahan-lahan tolak awak. Bila satu saat rakyat sudah mula berpaling dan terima apa yang Merideth buat, Kevin akan dapat tekanan di mana isterinya berbeza, mungkin atau tidak Kevin terpaksa lepaskan awak untuk imej dan nama baik.” Panjang lebar betul penerangan Harry api yang membuat aku sedih ialah Kevin lepaskan aku.

“tapi, Kevin takkan tinggalkan saya…” luah auku perlahan. yakin ke?

“ya! Saya yakin yang Kevin takkan tinggalkan awak, mungkin awak yang akan tinggalkan dia” kali ini dia memandang aku. No way man! Aku takkan lepaskan Kevin.

“mustahil!” bangkang aku.

“cuba fikir, andai semua rakyat dan perlembagaan berpaling daripada Kevin, dia akan tertekan. Nama baik dan imej Negara akan tercalar, awak sanggup biarkan Kevin lalui itu semua atau awak akan mengalah dan biarkan Kevin bahagia?” kali ini aku diam. Aku takkan benarkan Kevin lalui semua itu, dia terlalu banyak berkorban untuk aku. Aku tak nak lepaskan Kevin tapi aku terlalu cintakan dia untuk tengok dia menderita. Imej dan nama baik dia dicalarkan.

“awak dah Nampak permainan kotor Merideth?” soal Harry dan aku anggukkan kepala lemah. Nampaknya aku memang dah kalah.

“Queen Amanda, awak perempuan yang sangat cantik dan wajah sedih tak sesuai dengan wajah cantik awak. Sebab tu saya datang bawa kelemahan Merideth” aku kembali bersemangat.

“apa?”

“my father bagi Merideth masa 33 hari, andai dia dapat cari seorang suami yang berkelayakan dia akan naik takhta tetapi andai dia kembali tanpa seorang suami saya akan naik takhta bersama pasangan saya” terangnya dan aku tersenyum. 33 hari tu lama dan cukup panjang untuk aku rencanakan sesuatu.

“saya tahu penguasaan Merideth belum kuat di sekolah dan awak perlu buat Merideth kembali dengan segera. Hanya tiga orang lelaki yang diberi kelayakan oleh father untuk Merideth kahwini, Kevin, James dan Lucas.”

“Lucas? Lucas Corriel?”

“yes” jawabnya tenang. Lucas Corriel tu kawan aku la tu. Dah la dia memang nak sangat jadi suami Merideth, kalau Kevin dah tolak Merideth dan Merideth terdesak, mungkin Lucas akan terima dia.

“James?”

“tak perlu risau soal James sebab James ada misi yang sama dengan saya, Merideth takkan terima James sebab dia tahu James akan buat apa yang saya akan buat” ok, sekarang ni masalahnya ialah Lucas sahaja. Aku harap Hannah dan Kevin dapat jelaskan dan yakinkan Lucas!

 

 

 

Prince Harry terus kembali ke Merith, hmm…sekarang ni kena pergi jelaskan kepada mereka semua. Kena segerakan rancangan nak hantar Merideth kembali ke Negara asal dia dengan segera. Hahaha! Aku berlari ke camp latihan dan apa yang aku Nampak sangat tak menyedapkan anak mata aku, Merideth dalam pelukan Kevin. Rasa nak pergi dekat dia dan tarik rambut dia sampai tercabut dengan tempurung kepala sekali. Tapi, aku dah tahu kenapa dia buat semua ni. Bila Kevin terpandang aku dia segera lepaskan Merideth dan wajahnya resah, risau aku salah sangka la tu!

Aku segera beredar dari situ dan berlari ke tempat rahsia kami. Seperti yang aku sangkakan Hannah dan Anastasia berada di situ.

“mana kau pergi?” soal Hannah.

“hal sikit, macam mana Lucas?” soal aku kembali.

“jenuh aku cari dia, tak jumpa” jawab Hannah.

“Nas?”

“potion dah siap, aku nak ada orang yang masukkan dalam air mandian dia malam ni jugak. Dia di lapangan tadi berpelukan dengan Kevin dan dia bagi aku senyuman sinis gila. Aku yakin dia akan berendam lama sebab bahagia sangat dah Berjaya buatkan aku cemburu” aku berkata tenang.

“kau tak marah? Cemburu?”

“sikitlah tapi aku tahu Kevin takkan buat macam tu. Untuk pastikan lakonan aku ni berjaya, bila Kevin Tanya pasal aku cakap tak tahu. Once Merideth dah masuk dalam perangkap kita. Kita tunggu je detik Merideth akan angkat kaki dan pergi dari sini” dengan senyuman jahat aku menerangkan plan kami yang bakal berjaya!

 

 

Aku harap plan kami malam ni akan berjaya dan pagi esok Merideth akan segera pergi dari sini. Apa yang aku mampu buat sekarang ni hanyalah berharap. Semoga tak ada sesiapa yang buat silap dan semuanya berjalan dengan lancar.

“sayang, petang tadi…”

“saya tahu, awak tak sengaja. Don’t worry” aku tahu dia nak bahaskan soal Merideth peluk dia tu.

“tiba-tiba je dia jatuh, saya pun tak pasti kenapa. Saya cuma nak selamatkan dia” terang Kevin meyakinkan aku. Aku tergelak kecil dan anggukkan kepala.

“saya percayakan awak” luah aku sambil tersenyum dan dia membalas senyuman aku lama, kemudian otak aku teringatkan soal Lucas ialah pilihan ketiga Merideth. Macam mana kalau Lucas terima Merideth dan rakyat Merith terpaksa hidup dalam keadaan merana.

“fikir apa ni?” soal Kevin dan memeluk aku, sempat dia cium dahi aku sekilas.

“tak ada apa la, awak ok, nampak macam penat je?” soal aku prihatin, memang seminggu dua ni aku perasan yang Kevin penat dan tak banyak masa nak luangkan dengan aku sekarang.

“ya, serangan perompak di beberapa buah daerah semakin mengganas, ramai rakyat yang hilang harta yang paling menyedihkan ramai juga nyawa yang melayang” luahnya lagi dengan nada kesal, aku kenal Kevin, dia seorang raja yang sangat prihatin dan sayangkan rakyatnya sangat-sangat.

“Kevin, saya rasa kita tak boleh tunggu mereka serang, kita perlu cari mereka sebelum mereka mula lagi” cadang aku, well kalau manusia macam aku ni memang suka cari masalah dulu, kemudian selesaikan. Kalau asyik tunggu je masalah tak selesai.

“macam mana nak serang mereka, mereka tu selalu bergerak” jawab Kevin pula.

“untuk menyiasat kita tak perlu hantar satu pasukan, cukup lima enam orang je. Mula daripada tempat terakhir mereka. Jadi sediakan beberapa kemungkinan tempat yang mereka bakal serang, hantar beberapa pasukan kecil untuk menyiasat. Saya yakin yang mereka ada rancangan juga. Mesti ada aliran mereka. Tanya Lucas sebab dia memang pakar dalam membaca rancangan ni” terang aku secara logic akal aku la. Kemudian Kevin diam je dan sepertinya dia sedang berfikir panjang.

Dua minit berlalu tanpa sepatah kata akhirnya Kevin memeluk aku erat dan melompat turun dari katil.

“yes, awak la isteri yang paling bijak di atas dunia ni!” luahnya dan mencium aku beberapa kali. Dah kenapa dengan suami aku ni? Dia nampak bersemangat dan bahagia tiba-tiba je, agaknya apa yang aku cakap tu boleh digunakan la kut. Hehehe.

 

 

 

Paginya belum sempat aku bangun dari tidur lagi suasana istana dah gamat, jangan teka la apa yang jadi sebab aku dah boleh agak. Hahaha. Aku bergerak perlahan-lahan dari lena dan Kevin ikut sama membuka matanya perlahan-lahan.

“apa tu?” soal Kevin dengan suara serak yang baru tersedar dari tidur yang panjang.

“entah, jom pergi tengok” ajak aku bersemangat.

“tak nak, saya nak baring dengan awak atas katil sampai tengahari” ujarnya dan matanya kembali tertutup. Aku tergelak kecil dengan teletahnya dan mencium dahinya.

 Aku tak nak miss saat-saat kejayaan aku ni jadi aku akan tinggalkan Kevin bermalasan di katil dulu, nanti aku sambung balik tidur dengan dia. Apakan daya, aku tak mampu nak leraikan pelukan Kevin d pinggang aku sekarang ni.

“Kev, saya nak pergi tengok apa yang jadi ni” gesa aku dan cuba leraikan tangannya.

“no…” halangnya.

“love, please” pinta aku lagi dan kali ini Kevin tersenyum lebar.

“dah lama sangat awak tak panggil saya macam tu” la, ke situ pulak dia ni!

“jom la tengok apa yang jadi, mana tahu ada orang sakit ke apa” pujuk aku lagi dan akhirnya Kevin dengan malas membuka matanya dan mula bangun.

“selesai je semua ni awak kena teman saya tidur balik, deal?”

“deal!” aku segera setuju dan turun dari katil dengan laju.

Sebaik keluar dari bilik tidur aku terus bertanya kepada maid-maid yang ada di situ. Walaupun sebenarnya aku dah tahu apa yang jadi. Hahaha!

“My Lady, kami semua terkejut bila Princess Merideth menjerit kuat. Tabib sudah ke biliknya.” Terang maid itu risau, tak perlu risau la bukannya ada apa-apa pun. Hahaha.

“kenapa sayang?” soal Kevin dan memeluk aku dari belakang menyebabkan maids terus beredar meninggalkan kami. Apa punya suami la bermesra tak bertempat.

“Almighty Princess Merideth sakit dan tabib sedang merawatnya” aku beritahu Kevin dengan senyuman lebar di bibir.

“really, jom kita ke sana” Kevin segera menarik tangan aku ke sana.

Sebaik kami masuk ke dalam bilik Merideth, memang mengejutkan apa yang kami Nampak. Habis bintik-bintik merah kulit Merideth dan agak menakutkan sebenarnya. Kevin pun terkejut sampai nak terkeluar biji mata.

“kenapa ni?” soal aku kepada tabib, wajah risau dipamerkan.

“Princess Merideth tidak sakit, semuanya normal tetapi bintik-bintik merah ini memang pelik” terang tabib, tak pelik mana pun. Hahaha.

“saya perintahkan kamu cari penawar untuk merawat saya!” jerit Merideth garang. Dah kena macam ni pun tak berpijak di bumi yang nyata lagi.

“ini bukan satu penyakit jadi tiada penawar” terang tabib lagi.

Tiba-tiba kami mendengar bisikan-bisikan mengenai sumpahan. Sumpahan apa pulak kali ini? atau ini sebahagian daripada rancangan kami yang aku sendiri tak tahu.

“sumpahan? Tolong terangkan” pinta Kevin kepada salah seorang maid.

“my lord, mengikut sejarah lama Negara ini, sumpahan akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba untuk memecahbelahkan ikatan cinta sejati Queen dan King. Sumpahan ini pernah berlaku seketika dahulu dan penyakitnya sama, saya boleh buktikan dengan tunjukkan sejarah itu” ujar maid tersebut. Wow, berapa ramai yang terlibat dalam rancangan kami sebenarnya? Semakin hebat pulak drama ni sekarang. Hahaha.

“maksud awak, ada orang yang cuba memisahkan kami?” soal Kevin terkejut.

“maaf my lord, itu adalah salah satu sejarah” Merideth dah pucat. Dia percaya ke semua tu?

“macam mana cara nak lawan sumpahan itu?” soal Kevin berminat, takkanlah Kevin pun percaya kut.

“orang terkena sumpahan kena mengaku salah mereka, meminta maaf dan tinggalkan Negara ini sebelum terbenam mata hari atau bintik-bintik merah itu tak akan hilang” perfect! Apa yang maid ni reka meman perfect dan menakutkan semua orang yang ada di sini. Wajah Merideth yang paling menakutkan sekarang ini. sakit perut aku cuba tahan gelak.

“Princess Merideth, adakah ini benar atau hanyalah kebetulan?” soal Kevin serius. Merideth kelihatan risau dan resah.

“ya! Saya nak awak tinggalkan Amanda dan kahwini saya, saya nak awak jadi raja kepada kedua buah Negara!” jerit Merideth dan kemudian dia menjerit kesakitan dan memegang perutnya. Ok, ni bukan sebahagian daripada rancangan!

“My Lord, Princess Merideth perlu meminta maaf atau sakitnya akan melarat.” Biar betul ni?

“sebaiknya awak awak menyerah” ujar Kevin tenang. Merideth pandang Kevin lama dan pandang aku. 

“saya tak akan tinggalkan Amanda sampai nafas terakhir saya, jadi saya mohon, untuk kebaikan awak sendiri, mengaku, minta maaf dan tinggalkan Negara ni” sambung Kevin lagi dan kali dia genggam tangan aku erat seakan meminta kekuatan.

“baiklah, saya mengaku yang saya cuba merampas Kevin dan saya minta maaf. Tolong saya, saya tak nak sumpahan ni terus melekat pada saya.” Pinta Merideth dan menangis, sekarang ni aku rasa bersalah la pulak.

“saya maafkan awak” ujar aku lalu tersenyum dan Merideth memandang aku dengan pandangan sayu.

“love, awak perlu maafkan dia” bisik aku pada Kevin.

“I cant believe this, she is trying to…”

“love, I love you and you love me, so, tak ada siapa yang boleh pisahkan kita. Please, maafkan dia” rayu aku dan Kevin mencium dahi aku sebelum memandang Merideth yang masih lagi menangis.

“saya maafkan awak dan awak perlu pergi dari Negara ini dengan segera, sempadan Negara kita jauh, kalau awak bergerak sekarang mungkin awak akan sempat ke sempadan sebelum matahari terbenam” ujar Kevin dan keluar dari bilik itu.

Kenapa aku rasa tak bahagia sekarang ni, macam mana kalau Merideth tak Berjaya keluar dari sempadan Negara sebelum matahari terbenam, tapi, bukannya semua cerita ni betul kan?

“sediakan kuda terpantas dan cari penunggang terbaik!” tegas aku kepada seorang pengawal dan Kevin memandang aku pelik.

“kenapa awak nak tolong dia? Dia cuba pisahkan kita”

“love, kalau kita tak tolong dia siapa lagi. Saya tahu awak tak kejam dan saya tak nak hati awak yang bersih ni ada dendam. Ok?” pinta aku dan Kevin anggukkan kepala sebelum menarik aku ke dalam pelukannya.

 

 

Semua orang sudah bersedia tetapi penunggang terpantas di sini ialah Kevin sendiri, tapi Kevin tidak ingin membawa Merideth. Biar betul ni?

“Lucas! Panggilkan Lucas dengan segera!” arah aku entah kepada siapa. Ugh! Payahnya macam ni. Lucas mesti ada di istana dia sekarang ni dan kalau ke sana dah makan masa sangat-sangat. Sempat ke?...

“saya sudi bawa Princess Merideth”

“Lucas!!!” aku segera berlari ke arahnya dan memeluknya erat.

“kau kena tolong dia!”

“sure, Princess Merideth, silakan” pelawa Lucas dan Merideth hanya menurut. Aku senyum kepada Lucas dan mendekati Merideth.

“Luc, tolong pastikan Princess Merideth selamat dan maafkan semua salah saya” pinta aku kepada Merideth.

“terima kasih, memang awak adalah orang yang paling layak untuk menjadi queen Negara ni” ujarnya dan aku hanya tersenyum. Sebak pulak rasa sekarang ni. Lucas segera bergerak bersama pengawal-pengawal Merideth.

 

 

 

 

-Lucas-

 

Aku telah laksanakan apa yang aku janji kepada Amy, memang sumpahan itu wujud atau semuanya kebetulan aku tak pasti, bintik-bintik merah pada kulit Princess Merideth memang mula menghilang sedikit demi sedikit.

“terima kasih” ucap Merideth kepada aku. Sekarang ini kami berada di sempadan Negara di mana sejajar dengan matahari yang semakin membenam di sebalik bukit.

“sama-sama” jawab aku tenang.

“Lucas, sudi awak jadi raja kepada Negara saya?” soal Merideth segera dan aku tergelak perlahan dengan lamarannya.

“saya pasti yang awak memilih saya kerana terpaksa.”

“apa maksud awak?” soalnya polos.

“saya muda dari awak 5 tahun dan saya tak nak beristerikan seorang yang hanya inginkan saya untuk kebaikan dirinya sendiri, saya inginkan seorang isteri yang menyayangi saya dan seorang pemerintah yang baik akan fikirkan rakyatnya sebelum dirinya sendiri. Semoga maju jaya, saya minta diri dulu”

Aku tak menyesal menolak dia tapi aku menyesal terlalu terpegun dengan sifat yang dia Nampak sangat menawan pada luarannya. Aku tak akan jadi galang ganti kepada sesiapa sahaja. Untung aku mendengar perbualan Amy dan Prince Harry kalau tak aku akan buat keputusan yang aku akan menyesal seumur hidup.

 

 

Kevin masih lagi kesal dengan apa yang Merideth lakukan dan aku tak boleh nak tenangkan dia buat masa sekarang. Apa yang penting aku nak cari tahu siapa yang dah buat cerita pasal sumpahan ni semua. Pelik betul!

“Amy, nak ke mana tu?” soal Nancy bila aku melintasi kawasan belakang dapur.

“ada urusan sikit” jawab aku ringkas tetapi Nancy tak bagi aku pergi macam tu je.

“Amy nak tanya boleh?” soal aku kepadanya, dah alang-alang dia tak bagi aku pergi. Nancy pun dah berusia, mesti dia tahu hal sumpahan ni semua.

“pasal sumpahan tu ke?” soalnya dan aku anggukkan kepala.

“memang ada kisah yang pernah berlaku beratus tahun dahulu da nada sejarah. Orang ramai sukakan kisah itu sebab ia berusulkan cinta sejati. Cinta yang sempurna. Tapi, tiada siapa yang tahu kebenarannya. Apa yang berlaku pada Merideth hari ini sama dengan kisah dulu dan kebetulan niat Merideth juga sama, mungkin ianya benar dan mungkin hanya sekadar kebetulan” terang Nancy dan aku terdiam, mungkin semuanya hanyalah kebetulan. Kan?

“ada makanan tak?” tetiba je perut aku ni rasa lapar. Hahaha.

“Nancy, minta maid hantar ke bilik boleh. Nak tengok Kevin kejap” aku senyum dan berlari masuk ke dalam istana semula dan segera menuju ke bilik kami. Kevin sedang berdiri di beranda berfikir hal yang terjadi.

Aku memeluknya dari belakang dan merapatkan kepala aku pada belakang badannya. Kevin berpaling dan kembali memeluk aku erat.

“masih fikirkan hal tadi?”

“ya, setelah semua yang kita buat untuk dia, tergamak dia buat semua tu”

“Love, kenapa dia sanggup buat macam tu? Sebab dia tahu lelaki hebat macam awak ni ada satu je dalam dunia ni dan sebab tu juga saya takkan putus asa untuk lepaskan lelaki sehebat awak” kali ini dia tersenyum bahagia, nampaknya skill memujuk aku dah bertambah baik. Hahaha.

“I love you” bisiknya dan aku senyum bahagia.

“lepas sayang habis belajar dan masalah perompak tu selesai, saya nak kita ke rumah kita” ujarnya dan aku anggukkan kepala setuju.

 

 

 

Hari ini tamatlah sesi belajar kami semua, aku dah mampu keluar dari sekolah ni dengan bangga. Setelah Merideth pergi semuanya sudah kembali seperti biasa dan tiada siapa bahaskan kenapa Merideth kembali ke Negara dia dengan tiba-tiba, aku tak nak nama dia tercemar di sini. Masih ada lagi pengikut kuat apa yang Merideth tetapkan tetapi majority melawan semuanya, jadi suasa sekolah kembali seperti dulu malah lebih baik. Tak semua yang Merideth buat tu membawa keburukan, disiplin yang ketat masih digunakan dan akhirnya aku mampu lulus semua peperiksaan dengan usaha sendiri tanpa meniru Hannah. Hahaha. Sebab hukuman meniru kejam gila, sampai kena ulang belajar.

Lucas, dia sudah bersedia untuk menjadi pemimpin negaranya dan dalam usaha mencari pasangan hidupnya. Katanya dia nak adakan majlis tari menari untuk mencari pasangan, mana tahu dia dapat cari pasangan yang hebat sama macam mana Kevin menemui aku. Aku harapkan yang terbaik untuknya.

Hannah, dia akan menjadi queen tak lama lagi dan aku harap dia dapat jadi isteri yang baik. Susahnya Hannah ni sebab dia bijak sangat dan dia akan buat apa sahaja yang dia rasa betul. Semoga berjaya la Prince Dorion.

Anastasia dan Jeremy? Mereka masih lagi bersama dan ayahanda dah dapat hidu hubungan mereka. Pada awalnya berat juga untuk ayahanda dan bonda terima kerana Jeremy bukanlah seorang putera tetapi setelah menilai kebaikan dan kebijaksanaan Jeremy mereka mula terima. Terima kasih kepada Aidan kerana telah sedarkan ayahanda dan bonda betapa hebatnya Jeremy.

 

 

 

Kevin adakan makan malam romantic di lapangan bukit yang kami selalu melihat sunset. Romantic sangat sebab d bawah cahaya bulan dan bintang. Bukan itu je, Kevin dah sediakan khemah untuk kami berdua bermalam di sini, apa lagi yang boleh buatkan aku bertambah sayang pada Kevin?

“tahniah dah tamat belajar” ucapnya dan pipi aku di cium. Bunga ros di hulurkan menyebabkan aku tergelak kecil. Cliché sangat.

“terima kasih”

“sama-sama sayang”

Kami makan dalam suasana tenang dan perbulan kecil kami begitu menyeronokkan sehingga aku rasa nak hidup di sini bersama Kevin selamanya. Apa yang aku akan buat kalau Kevin taka da dalam hidup aku?

“kita dapat jemputan kahwin dari Merith”

“Merith? Merideth?”

“nope, Prince Harry” wah, dengar je nama Harry dah boleh buat aku senyum sampai ke telinga.

“kenapa happy sangat?” soal Kevin dengan sedikit nada cemburu.

“happy la, awak ingat lagi apa yang kami pernah bincangkan?”

“mestilah ingat, apa yang awak ceritakan pada saya semua saya ingat”

“good, tapi, apa jadi pada Merideth?” Soal aku padanya dan dia hanya tayangkan wajah malas.

“entah, tak ambil kisah pun” jawab Kevin senada, aku menyiku perutnya perlahan, tak sangka ada jugak orang yang simpan dendam lama macam dia ni.

“sayang, saya tak boleh nak lupakan macam tu je, saya hormat dia dan Negara dia tapi tergamak…”

“mula lagi dah, dah la ingat benda yang dah lepas tu. Yang penting sekarang ni saya ada awak, awak ada saya. Perfect!”

“okay…” jawab Kevin perlahan. belum tentu dia dah ok tu.

 

 

 

 

Kami tetap ke Merith untuk penuhi jemputan Harry. Siapalah yang bertuah dapat lelaki setampan Harry tu. Sebaik aku turun dari kereta kuda ramai yang sedang menanti. Salah orang ken i? aku bukan pengantin perempuan pun. Kenapa semua orang sambut aku semacam je meriah dia ni.

“Queen Amanda!!!” ada beberapa orang yang turut menjerit nama aku dan aku hanya melambai dan tersenyum kepada semua orang. Kevin di sisi aku memeluk pinggang aku dan kami berjalan masuk ke dalam istana.

“Amy!” Harry dengan lajunya mendapatkan aku dan memeluk aku erat, sejak bila kami serapat ni? Tengok, Kevin dan bagi panahan tak suka tu.

“tahniah” ucap aku kepada Harry sebaik dia lepaskan pelukan erat tadi.

“terima kasih, terima kasih juga sudi datang”

“sama-sama, kenalkan Kevin suami saya” aku mengenggam tangan Kevin erat dan memberi isyarat mata supaya dia abaikan rasa cemburu dia tu. Pelik betul Kevin ni sekarang asyik nak emosi je.

“King Kevin”

“King Harry” mereka bersalaman dalam keadaan serius.

“mana queen?” soal aku berminat nak kenal queen of Merith ni, dah tak peduli apa yang Kevin ni buat. Cemburu tak bertempat betul.

“kejap” Harry berlalu untuk memanggil isterinya dan aku memandang Kevin geram.

“apa?” soalnya tak berpuas hati dengan renungan tajam aku.

“sorry, saya cemburu” akuinya jujur dan wajahnya kembali muram. Aku tergelak kecil dan memeluk lengannya erat.

“walaupun Harry tu tampan, saya tak terpikat pada dia. Hati saya ada pada awak je”

“saya tahu, tapi perasaan ni macam muncul tiba-tiba je”

“ok, sekarang ni senyum. Saya tak nak awak bertumbuk dengan Harry pulak” dia tergelak kecil dan anggukkan kepalanya.

“kenalkan isteri saya Shakira” kami berbual ringkas, walaupun Shakira tak begitu cantik di pandangan mata tetapi hatinya lebih baik daripada berjuta perempuan yang cantik di luar sana. Beruntung Harry.

Kami berbual dan berbual ringkas mengenai Merideth yang kini terpaksa ikut James ke Negara itu. mereka telah berkahwin tetapi syarat yang ditentukan tak dapat Merideth turuti jadi dia terpaksa mendengar arahan ayahandanya. Merideth dah banyak berubah dan sudah tidak terlalu gilakan darjat.

Aku juga dengar cerita mengenai kisah aku menjadi Harry tu di sini dan rakyat di sini sangat gembira bila dapat berjumpa dengan aku secara depan-depan. Aku bukannya nak berlagak bangga, tapi rasa terharu sangat sebab perbuatan aku yang tak jelas tu membuatkan orang suka.

Akhirnya majlis tari menari dan sudah pastinya aku akan menari dengan Kevin. Dah lama kami berdua tak menari bersama. Aku menatap mata Kevin dan matanya menatap mata aku. Aku tak pasti apa nasib aku yang sebenarnya jika aku masih lagi belum menerima Kevin dalam hati aku ni. Sekarang, bila Kevin tiada aku rasa separuh dari hati aku kosong. Dia memang sempurnakan hidup aku. Sekarang aku berterima kasih sangat-sangat pada ayahanda dan bonda sebab paksa aku terima Kevin dulu.

 

 

 

Sekembalinya ke Negara kami aku mengalami rasa tak sedap badn yang melampau menyebabkan Kevin tak meninggalkan aku walau sesaat. Rasa mual-mual aku menyebabkan aku selalu muntah-muntah tanpa mengira waktu. Dah dua hari aku terbaring di atas katil je dan Kevin masih juga di sisi aku setiap kali aku membuka mata.

“sayang, awak nak air?” soalnya kepada aku sebaik aku membuka mata. Aku anggukkan kepala. Air disuapkan kepada aku melegakan rasa pedih tekak aku.

“saya nak mandi” aku memberitahu Kevin lemah dan dia segera anggukkan kepala.

“sayang tunggu kejap. Saya minta maid sediakan” aku angguk lagi dan melihatnya pergi. Dah la pening kepala, rasa nak muntah, perut ni semacam je rasanya, selera pun macam pelik-pelik je.

Tak lama Kevin pergi, kini dia kembali bersama maid untuk uruskan air mandian aku. Kevin membantu aku ke bilik air. Kevin ingin keluar dari bilik air itu tetapi aku halangnya, entah kenapa aku tak nak Kevin pergi jauh dari aku sekarang ni.

“teman saya” pinta aku dan Kevin segera tersenyum dan turut sama berendam bersama aku. Tangannya bermain dengan rambut aku menyebabkan aku mula rasa mengantuk.

“sayang, saya panggilkan tabib ya” pujuk Kevin lagi dan aku gelengkan kepala.

“saya tak nak dia sentuh perut saya” dengan suara sedih aku berkata.

“tapi, sampai bila nak macam ni?” soal Kevin lagi. Aku tahu semua tu tapi aku tak selesa sebab tabib istana lelaki dan pasukan healer juga lelaki. Aku tak nak lelaki lain sentuh aku sekarang ni. Lucas pun aku tak nak!

“tak nak, lelaki” aku sendiri menyampah dengan perangai aku yang baru ni, dah nak manja sangat kenapa? Tak faham sungguh!

“saya panggil Anastasia, mana tahu dia boleh kesan apa yang tak kena dengan badan awak ni” cadangnya dan aku berfikir sejenak, betul juga, Anastasia kan pandai dalam bab macam ni.

“ok” kecil saja suara aku membenarkan dan Kevin tersenyum sampai ke telinga.

“dah, rest, jangan fikir banyak sangat” bisik Kevin dan hadiakan ciuman di dahi aku sebelum aku terlena lagi.

 

 

 

Sedar je dari tidur Anastasia dah ada depan mata aku sekarang ni, lama sangat ke aku tidur? Lama la tu sebab jauh juga istana ayahanda dengan istana ni. Bukan je Anastasia yang ada, semua orang ni. Grand dan Pards, Lucas dan Hannah, father and mother, Aidan dan ayahanda dan bonda pun sama. Dah kenapa semua berkumpul kat sini?

“kenapa ramai sangat ni?” soal aku dan memandang Kevin.

“semua orang risaukan awak” jawab Kevin dan bantu aku bangun dan sandarkan belakang aku pada badannya.

“alah, Amy sakit perut je pun”

“kami risaukan Amanda” suara bonda yang jelas ada kerisauan membuatkan aku tetiba je rasa sedih dan terharu.

“banyaknya bunga” aku tergelak kecil bila penuh bilik kami ni dengan pelbagai jenis bunga yang ada. Mesti semua orang datang bawa bunga ni. Kevin turut sama tergelak kecil melihat keadaan bilik kami yang hampir sama dengan taman bunga.

“masa kau tidur tadi aku dah periksa keadaan kau” Anastasia bersuara dan aku memandang Kevin yang tersenyum bahagia. Aku sakit dia senang hati pulak.

“Kevin” Anastasia memberi peluang kepada Kevin untuk memberitahu keadaan aku.

“sayang…pregnant” ujarnya dan dahi aku dicium lama. Aku pula kaku tak tahu nak cakap apa. Baby? Sekarang ni aku dah ada baby? Wow! Bila mata aku memandang semua orang, mereka semua tersenyum bahagia.

“betul ni?” soal aku sebak. Semua orang anggukkan kepala mengiakan.

“tak adil la, Amy yang paling last tahu” aku merungut dan memeluk Kevin menyebabkan semua orang ketawa senang. Ada ke ibu mengandung yang paling last tahu dia mengandung. Ish!

 

 

Jamuan makan malam secara besar-besaran diadakan dan semua rakyat di jemput. Pelbagai hadiah aku dapat dari setiap daerah. Macam mana boleh tersebar cepat sangat ni? Penuh dah istana dengan pelbagai jenis hadiah, dari beberapa buah Negara lain juga ada. Malah, ramai rakan-rakan Kevin yang jauh turut sama datang.

Tipulah kalau aku tak rasa bahagia, walaupun masih lagi penat aku rasa bahagia sangat sebab semua orang tumpang bahagia dengan berita ini. ramai yang mendoakan aku mendapat anak lelaki. Pelbagai jenis ucapan lagi yang aku terima hari ini.

Itu satu hal, satu hal lagi ialah, aku dah tak boleh nak bergerak aktif macam dulu lagi dah. Semuanya terbatas dan semua orang seakan menjadi pemerhati aku. Sekarang, di mana aku ada Kevin, di mana ada Kevin ada aku. Rasa disayangi sangat-sangat. Pelbagai kelas juga aku kena ikuti, semuanya pasal mengandung dan bersalin nanti.

Kevin adalah anugerah, baby ni anugerah terindah aku dan Kevin, aku harap baby dalam perut aku ni membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang baik. Nakal sikit taka pa asalkan tak menyusahkan orang sangat. Hahaha. ‘membesar dengan sihat ok’ bisik aku kepada nyawa yang kini bernyawa di dalam perut aku.

 

 

Tiga bulan pertama dah lepas jadi sekarang ni aku dah boleh buat kerja berat sedikit, contohnya berjalan ke sekitar kampong dengan ditemani Kevin, kereta kuda dah dibaiki sehingga tahap yang paling selesa dan semua jalan yang berbonggol dan bahaya dibaiki oleh orang ramai supaya aku selamat. Memang rasa kelakar juga tapi semuanya usaha orang ramai dan aku hargai sangat-sangat.

Aku tak minta emas yang banyak, hadiah yang mewah, cukuplah mereka semua bersama aku dalam keadaan macam ni. Banyak benda yang aku tak buat dulu aku buat sekarang, contohnya mengait dan bersulam, tak sangka jugak seronok buat semua ni. Macam-macam jenis buah yang aku tak pernah jumpa dan aku tak suka aku dapat makan sekarang. Layanan semua orang sangat baik sampaikan aku rasa nak menangis sebab terharu sangat.

 

Kini enam bulan dan perut aku semakin membesar, aku masih lagi tak suka orang lain pegang perut aku kecuali Kevin dan Anastasia, Anastasia aku tak suka juga tapi terpaksalah sebab dia perlu periksa keadaan baby ni. Banyak baju yang aku pakai sekarang ni saiz besar gila dan Kevin pun teruja dengan saiz badan aku sekarang ni, katanya tak sangka aku akan sebesar ni. Apa punya suami la.

“banyak saranan nama yang kita dapat” Kevin tergelak kecil dengan senarai nama sepanjang tangga di dalam istana ni. Pelbagai nama yang kami dapat dari semua orang, ada yang sama dan tak pasal-pasal pulak maid kami ada kerja baru untuk buatkan pilihan pendek. Tak payah cakap la, boleh dikatakan berjuta nama yang aku dapat.

“macam mana nak pilih?”

“entah, yang penting kena ada Ralph kat belakang.”

“ya la tu nama keluarga”

“saya tak kisah”

“kalau lelaki saya nak nama dia mula dengan K kalau perempuan mula dengan A” ujar Kevin dan aku hanya angguk kepala bersetuju.

 

 

Sembilan bulan adalah bulan yang paling berat aku rasa sebab perut aku ni membesar dah sampai tahap nak meletup, aku risau gila sekarang ni. Entah apa saiz anak aku sampai perut aku macam ni sekali. Kevin pun risau dengan keadaan aku sekarang ni, semuanya perlukan bantuan. Kaki aku pun semakin bengkak.

“sayang ada rasa sakit kat mana-mana?” soal Kevin sambil mengurut perlahan kaki aku. Aku senyum kepadanya dan gelengkan kepala.

“semua persiapan bersalin dah disediakan” ujarnya lagi dan aku anggukkan kepala.

“sorry, dah susahkan awak macam ni” luahnya perlahan, aku dah agak dah. Mesti ke sini jugak nanti.

“Kevin, mari sini” aku hulurkan tangan mengajaknya naik ke katil dan baring di sisi aku. Aku bersandar kepadanya dengan selesa.

“awak satu anugerah kepada saya, dan baby ni anugerah terindah untuk kita” aku menatap matanya dan dia tersenyum. Dia mencium jari-jari aku yang juga turut sama mengembang. Hahaha.

“tak ketat ke pakai cincin ni?” soalnya dan bermain dengan cincin kahwin kami.

“tak, saya selesa je”

“ok, thanks again” ucapnya lagi dan dahi aku dicium lagi.

 

 

 

 

Siapa cakap bersalin tak sakit boleh datang mengadap aku sekarang jugak. Sakit sangat sampai aku rasa nak je pengsan dan biarkan baby ni keluar sendiri. Tangan Kevin aku genggam erat sampai Kevin pun meringis sebab sakit. Aku tak peduli dah siapa yang sakit sekarang ni, yang penting baby ni kena keluar sekarang ni jugak.

“dah keluar kepala!” salah seorang bidan menjerit. Kemudian seorang bayi keluar dan menangis. Aku melapaskan nafas berat dan tersenyum bila melihat wajah teruja Kevin.

“Agh! Sakit!” aku lagi sekali terasa sakit. Kenapa ni?

“ada lagi, teran My Lady” ha? Seorang lagi. Aku hanya buat apa yang terdaya dan akhirnya sekali lagi bunyi tangisan kedengaran. Itulah suara terakhir yang aku dengar sebelum mata aku gelap sepenuhnya.

 

 

 

Rasa sakit masih lagi ada tapi dah berkurangan sikit. Aku membuka mata perlahan-lahan dan melihat Kevin lena di sebelah aku, agaknya dia pun penat tadi. Senyuman aku merekah lebar bila melihat dua bayi kecil sedang lena di sebelah katil. Suara tangisan mereka yang tiba-tiba menyebabkan Kevin tersedar dari lenanya, jelas wajahnya masih lagi kepenatan.

“sayang, dah lama sedar?” soal Kevin dan segera mendapatkan aku.

“baru je, ambilkan babies tu, kesian, mesti lapar” Kevin hanya menurut dan bawakan satau persatu anak-anak kami. Perang betul rambut anak-anak kami ni. Rambut Kevin tak ada perang sampai macam ni sekali.

“lelaki ke perempuan?” soal aku pada Kevin.

“dua-dua lelaki” mata aku terbuka luas, dua-dua lelaki.

“siapa yang first?” soal aku lagi sambil menyusukan salah seorang.

“Kade, yang ni Kane” oh, dah siap nama bagai. Tak kisah la yang penting aku suka dua-dua nama tu.

“kenapa Kane ni macam Aidan kan?” soal aku agak keliru dan Kevin bersetuju. Suka la Aidan anak buah dia muka macam dia, dah la muka manja je. Yang ni macam Kevin sikit dan lebih kelakian. Kalau Kade handsome, Kane mesti comel.

 

 

Kade lebih aktif berbanding dengan Kane yang lebih kecil, mereka berdua membesar dengan siha. Kade lebih sukakan aktiviti yang lasak manakala Kane lebih kepada perubatan, aku rasa Kade yang bakal jadi raja nanti. Umur mereka baru sahaja 18 bulan, Kade dapat berjalan lebih awal daripada Kane.

“mommy!” Kane berlari anak kepada aku sambil menangis.

“yes honey, kenapa menangis ni?” soal aku dan mendukungnya.

“Kade tak main” jawabnya manja dan aku memandang Kade yang bermain dengan pedang buatan kayu daripada Kevin manakala Kane pula ajaknya bermain bunga. Habislah anak bungsu aku ni sukakan bunga la pulak.

“main dengan mommy ok, biar Kade main dengan daddy” aku turut sama bersila di rumput dan mencantum bunga-bunga yang dipetik Kane. Kevin kembali bersama Kade di dalam dukungannya yang sedang ketawa mengekek.

“love, awak tak patut abaikan Kane macam  tu je” tegur aku kepada Kevin.

“saya tak abaikan Kane sayang, tapi saya risau Kade ni kasar dengan Kane” jawab Kevin, ada je alasan dia ni.

“sayang. Sayang” Kade bersuara dan memeluk Kane menyebabkan kami berdua ketawa senang. Kade ni memang abang yang baik tapi dia kadang-kadang tak sedar yang adiknya ni tak kuat macam dia. Dari ketinggian pun dah jauh sangat.

“bunga, bunga” rengek Kane dan Kade memimpin tangan Kane untuk memetik beberapa jenis bunga yang ada.

Kevin memeluk aku dari belakang dan kami sama-sama perhatikan lagak kembar kami berdua, keluarga aku dah sempurna macam ni. Aku tak perlukan orang lain lagi dah.

“sayang, how about daughter or daughters?” soal Kevin dan aku berkerut sedikit.

“not now, at least biar kembar tujuh or lapan tahun” jawab aku tenang dan Kevin tergelak perlahan.

“lambat lagi la” kali ini aku pula yang tergelak.

 

 

 

 

Kini Kade dan Kevin sudah berumur lima tahun dan dua-dua dah petah bercakap sampaikan aku sendiri tak tahu nak balas apa. Semua orang disakatnya di dalam istana. Mereka berdua sangat penyayang dan baik dengan semua orang. Aku bahagia tengok anak-anak aku bergaul dengan semua orang tanpa mengira darjat.

Kade seorang abang yang sangat penyayang sebab dia sanggup pertahankan Kane dalam apa jua keadaan dan aku rasa selamat walaupun mereka berdua masih kecil. Kevin juga kerap meluangkan masa bersama anak-anaknya. yang susah sikit ialah Kade, dia tak suka belajar apa yang ada dalam buku macam Kane. Kade lebih suka bermain daripada membaca buku. Sebab itu kadang-kadang Kevin pening nak ajar Kade belajar. Agaknya mengikut aku la kut.

“sayang, panggil anak-anak mandi dan makan malam. Saya nak mereka belajar menulis malam ni” arah Kevin dan aku hanya menurut.

“Kade, Kane! Daddy suruh mandi dan makan” jerit aku dan Kane terpaksa menarik tangan Kade masuk ke dalam istana. Apa-apa je la anak lelaki aku berdua ni.

 

 

Malamnya memang dua lelaki kecil ni kena kerah belajar menulis, seperti biasa Kane sangat cepat belajar. Kade pula sibuk melukis entah apa benda aku sendiri tak tahu nak cakap. Bila dia tunjukkan kepada aku, aku ikut sama gelak dengannya. Kevin terdengar tawa kami dan mengambil kertas dari Kade.

“Kade, daddy suruh menulis bukannya menconteng” dengan nada serius Kevin menegur dan Kade segera meminta maaf. Bila saat Kevin menegur aku hanya memandang, aku tahu Kevin nak anak-anak kami berdisiplin.

Selesai sesi belajar kami menghantar kedua putera kami ke dalam bilik tidur mereka. Setelah mengucapkan selamat malam kami berdua keluar dari bilik mereka. Kevin memeluk aku tiba-tiba dan mengucapkan rindu.

“I miss you too” balas aku balik dan dia tersenyum.

“jom masuk bilik kita” Kevin mengangkat aku menyebabkan aku terjerit kecil, ish, tak cakap pun nak angkat orang.

Dia letakkan aku di atas katil dengan berhati-hati dan baring di sebelah aku dengan memeluk aku. Aku mencium dahinya dan mengucapkan terima kasih atas semua usahanya kepada puera kami berdua tu.

“sama-sama kasih, hujung minggu nanti saya nak bawa mereka ke rumah kita”

“ok, semua urusan awak dah selesai ke?”

“dah, saya dah lama siapkan” jawabnya ceria.

“good, saya pun dah lama tak spend masa berdua je dengan awak”

“ya, saya rindukan isteri saya ni”

“saya pun rindukan suami saya ni”

“saya sayang sangat-sangat permaisuri hati saya ni”

“saya pun sayang sangat-sangat raja hati saya ni”

“cinta kita dah sempurna, keluarga kita dah sempurna, apa lagi yang kita perlu sempurnakan?” soalan Kevin buatkan aku berfikir seketika.

“sekarang hanya tinggal kekalkan kesempurnaan yang ada ni”

“Ya”

“I love you”

“I love you too”

“good night love”

“good night sayang. Love you forever…”

 

 

28 comments:

  1. Wooow best sangat
    Nak lah dapat suami macam kevin romantis sangat

    Kapan akak nak sambung cerpen "istri yang di benci"

    Sy tunggu cerpen terbaru akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ade lahh...smbungan istri yg d bncii

      Delete
  2. hebat cerpen ! :) nnt tulis lg ye ..

    ReplyDelete
  3. Waaaaa. Bestnyaaa. Suka lah. Love all your karya very much.😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Best cerpen ni... tggu next cerpen lgi.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Bessssssst...x puas bca cter d raja ni
    rmtik la kevin n amanda....
    Dgn adenya twins...hpy fmly....

    ReplyDelete
  6. Wahhhhhh.... Ntah nak kata apa... Yg pnting beeeeeesssssstttttt sesangat

    ReplyDelete
  7. suka bca crita fantasi...bestttt

    ReplyDelete
  8. BESTT SANGATT! Thumbs up!! ����

    ReplyDelete
  9. Ohh so sweet,suka sangat-sangat dengan semua cerpen akak..

    ReplyDelete
  10. Akak...ble nk update lgii..dh ngidam ni huhuhu

    ReplyDelete
  11. Best sngt,thanks ����������,
    Bila nk ada cerpen baru ne??

    #lady_vampire

    ReplyDelete
  12. akakkkkkk!!! sy rase sy dah jadi peminat akk... semua cerpe. akak best giler... panjang plak tu.. sy suke... saye dah bace semua cerpen akk dr mula akk bka akaun... syok gile... sy bg 10 bintang... sorry sbb br bole komen fon sy xbole nk send komen.. heheheh... btw mcm mne nk follow blog akk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 kpd semua yeee..sbenarnye sye sndri x psti mcm mna nk follow.. sesiapa yg tahu boleh tlong adik ni tak... sorry. Btw tq yer awk..

      Delete
  13. Sis nk story baru!!..selalu tnggu entry baru..cerpen sis sume nye best-best.!!xpenah mngecewakan

    ReplyDelete
  14. Bile nk ada cerpen baru nie...lama dah tak ada nie...

    ReplyDelete
  15. Bila sis nk publish cerpen baruu?
    Rinduuu dengan karya sis..harap dapat post ASAP..haha..

    ReplyDelete
  16. Best sangat.. Sweet gilerr diorg.. Cinta yang x dapt dipisahkn melainkn maut.. Good job akk.. πŸ‘

    ReplyDelete
  17. Best kak cerpen ni..new story kak please3..! XD

    ReplyDelete
  18. Semua cerpen akak best..semua tajuk sya dh bca..semua sya suka..best2..npa tk buat cerpen bru akak??? Akk memng brbakat..tk rsa bosn pn bca crpen akk..semuanya sya suka sngt bca..buat lh lgi crpen bru akak..sya always sokong akak..btw..sya suka sesangt..suka,suka,suka,sukaaaaa sangt!!πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  19. Semua cerpen akak best..semua tajuk sya dh bca..semua sya suka..best2..npa tk buat cerpen bru akak??? Akk memng brbakat..tk rsa bosn pn bca crpen akk..semuanya sya suka sngt bca..buat lh lgi crpen bru akak..sya always sokong akak..btw..sya suka sesangt..suka,suka,suka,sukaaaaa sangt!!πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  20. Sentiasa best tauuu.. Please, boleh la buat part 2 utk Isteri Yang Dibenci pulak.. Hehe

    ReplyDelete
  21. smua karya sis sy suke!!sweet bin sawit,bile nk buat cerpen bru?kami di sni stia mnanti..ececeh??

    ReplyDelete
  22. Saya suka smua karya akk .
    Truskan tau ! Hehe
    Btw . Tak ada cerpen baru ka ? ?
    Tak sabar nie nk baca lagii. Hehe .
    Acually saya suka cerpen2 akk yg bersambung2 mcm dtbsaj . Sgt suka !
    Tahniah akk ! Dan truskan berkaryaa . :-*
    -ikhlas dari nur-

    ReplyDelete
  23. Akak? Daa lama akak x update. Are u okay? I really miss you kak. Lamaa x baca cerpen akk. I still waiting ur new cerpen kak..
    :-hug n kiss dri peminat akak❤️

    ReplyDelete
  24. Sis bwat la cerpen baruuuuuu....

    ReplyDelete
  25. Sis bile nk update cite bru.. Asal kat wall sy,, ad update yg sis buat cite baru tp sy nk buke xblh.. Sis dh padam ea.. Alaa nk baca siss.. Plisss

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete