Monday, 10 October 2016

Cerpen : Isteri Yang Di Benci 2

Assalamualaikum w.b.t and hi... lama gila tak post something kan? Sya juga x sempat nk blas apa2 komen dri awk semua... sya minta maaf sebab tak dpat nak post. Memang sya busy giler and penat yg teramat. Now sya cuti seminggu so, sya smpat hbiskan yg ni... in sha Allah sya akan cuba post lgi dlm masa trdekat ni.. maaf la kalau ad bnyak salah dan maaf jga kalau x best.

Azra Qalisha menghabiskan masa lapangnya dengan menonton tv bersendirian, dia kebosanan tetapi Raja Irwan Hafizi tidak benarkan Azra untuk keluar seorang diri melainkan dia ada bersama. Malam ini Fizi terpaksa ke Sabah atas urusan kerja di sana dan menolak untuk membawa Azra sama.

“bosannya…” luah Azra dan bermain dengan alat kawalan jauh. Beberapa siaran ditukar tetapi tetap tidak ada yang berjaya untuk menarik minatnya.

Azra buat keputusan untuk tidur dan memanjat anak tangga ke biliknya dengan perlahan dan malas. Fikirannya jauh melayang ke Sabah fikirkan keadaan Fizi di sana. Azra membuka pintu bilik tidurnya dan Fizi dan segera melompat ke atas katil.


Fizi yang kepenatan hanya mampu bergerak kea rah sofa dan tak berniat untuk naik ke biliknya untuk tidur. Dia memicit kepalanya yang berdenyut dan tanggalkan kot serta tie. Dia sepatutnya pulang esok tetapi dia ambil flight malam kerana tak ingin tinggalkan Azra keseorangan.

Fizi menggerakkan badannya yang lenguh sedikit apabila dia disentuh seseorang tetapi matanya tetap terpejam dengan rapat.

“Bie, kenapa tidur kat sini?” soalan itu buatkan mata Fizi terbuka sedikit dan senyumannya terukir bila wajah Azra yang dia Nampak sebaik membuka mata.

“miss you…” luah Fizi dan menarik Azra kedalam pelukannya dan kembali tidur.

“Bie…” rungut Azra bila dia dipeluk dengan terlalu erat dan dia cuba untuk lepaskan diri daripada pelukan mati itu.

“hunny, jangan banyak gerak, Bie penat ni” rengek Fizi pula dan Azra ketawa kecil. Hujung hidung Fizi di kucup sekilas dan dia duduk di ribaan Fizi dengan selesa. Fizi membuka matanya dan tersenyum kepada Azra.

“I miss you, dah pukul berapa ni?” soal Fizi sambil mencium dahi dan pipi Azra beberapa kali. Memang dia sangat rindukan wajah itu walaupun baru sahaja sehari berpisah.

“pukul 3 pagi. Cakap balik esok”

“kerja dah habis, Bie rindukan Hunny so, Bie usaha jugak balik hari ni” terang Fizi lagi dan Azra hanya anggukan kepala.

“Azra nak ikut tak kasi, sunyi tau Azra sorang-sorang” rajuk Azra dan Fizi segera memeluknya.

“bukan tak kasi tapi, meeting tu semuanya client lelaki Bie, ada yang Bie pernah set up date dengan hunny. Bie tak nak dorang jumpa hunny lagi. Nasib baik Bie tak belasah dorang yang tanya pasal hunny” jawapan Fizi yang jelas masih ada nada geram buatkan Azra ketawa senang dan memandang Fizi sambil tersengih.

“ha, tahu jealous. Sekarang pergi naik mandi, esok kita cuti so, Azra akan spend every minute every second dengan Bie”

“right! Jom!” Fizi menarik tangan Azra ke bilik dengan senyuman melebar. Barangan Fizi dibiarkan di ruang tamu dan Fizi dah tak fikirkan semua tu. Sekarang dia gembira dapat kembali ke rumahnya dan bersama dengan Azra.


Azra sedang makan tengahari bersama dengan rakan sekerjanya tanpa Fizi, dia tahu dia sepatutnya tunggu Fizi supaya dapat lunch bersama seperti biasa tapi sejak malam tadi, angin Azra memang tidak elok dan dia sedikit geram dengan Fizi.

“kenapa tak lunch dengan boss hari ni?” soalan yang keluar dari mulut Mimie buatkan suapan nasi ke mulut Azra berhenti serta-merta. Azra letakkan sudu dan garfu dengan agak kuat dan melapaskan keluhan berat.

“tak nak cakap pasal dia akak” gumam Azra perlahan dan menguis perlahan makanan di dalam pinggannya.

“kenapa?” soal Mimie berminta, jarang sekali pasangan bahagia ini bermasam muka, bukan jarang tapi ini buat pertama kali sebenarnya.

“orang dah cakap tak nak cakap pasal dia” jawab Azra merajuk dan menolak perlahan pinggannya ke tengah meja. Mimie tersenyum dan mengusap lengan Azra perlahan.

“gaduh?” soal Mimie masih lagi mencuba. Azra pandang Mimie geram dan silangkan tangan ke dada kemudian mulut dimuncungkan tanda protes.

“Azra sedih, asal Azra cakap pasal anak je Fizi tak nak respon, tak nak dengar dan buat derk je. Azra nak baby!” rajuk Azra lagi dan Mimie angguk kepalanya perlahan faham dengan pasangan berkahwin ini.

“mungkin boss tak ready nak ada baby lagi. Boss kan tak boleh nak jauh-jauh dengan Azra. Boss tak puas lagi berbulan madu dengan Azra kut” Mimie beri pandangannya dan Azra tetap menjuihkan bibir dan memandang ke tempat lain.

Matanya kebetulan menala kepada Fizi yang sedang berjalan laju kearahnya. Azra berkerut dan segera alihkan pandangannya kepada Mimie. Mimie memandang apa yang buatkan Azra bertambah masam, kali ini Mimie tergelak kecil dengan perangai tidak matang Azra. Selalunya Azra lebih matang daripada ini.

“Hunny, Bie cari kat atas macam nak gila tau, call tak angkat” Risau jelas kedengaran dalam suara Fizi dan kedua belah pipi Azra dipegang dengan lembut dan pandangan mata Fizi jelas tertulis sayang dan cinta. Azra gigit bibir bawahnya dan gelengkan kepalanya perlahan. hatinya mula lembut semula.

“akak pergi dulu, saya minta diri boss” Mimie segera bangkit dan meninggalkan pasangan itu untuk adegan mereka yang seterusnya.

“Hunny, tell me. Are you okay?”

“of course, Azra lapar sangat tadi, tu yang terus turun makan, telefon tertinggal, beg pun tertinggal” jawab Azra beralasan, Fizi kurang percaya tapi dia kuatkan hati yang Azra bercakap benar. Azra tak pernah berbohong kepada dia selama ini.


Azra marah tak pernah lama dan Fizi pula tak sempat sedar dia telah menaikkan darah isterinya secara tidak sengaja. Azra khusyuk focus kepada masakannya tapi fokusnya terus hilang bila Fizi muncul dari belakang dan segera memeluknya erat.

“I miss you!” pipi Azra dicium dan badan Azra ditarik rapat ke dalam pelukannya.

“Bie! Apa ni peluk orang” Azra cuba untuk jauhkan dirinya daripada Fizi yang berpeluh. Fizi baru sahaja pulang daripada jogging di taman berdekatan rumah mereka.

“la, peluk wife sendiri kut” jawab FIzi dan masih lagi sakan memeluk Azra.

“Azra dah mandi tau, Bie peluh-peluh macam ni nanti lekat la bau peluh kat Azra” rungut Azra dan memuncungkan mulutnya membuatkan Fizi terus ketawa senang dan letakkan dagunya di hujung kepala Azra.

“Bie!” protes Azra lagi tapi Fizi tak pedulikan langsung.

“Hunny, orang cakap bau peluh lelaki seksi tau”

“ewww….seksi apanya? Masam macam jeruk mangga ada la” bangkang Azra menyebabkan Fizi terus ketawa lagi.

“masam macam jeruk mangga ya? Habislah Hunny pun dah dapat bau masam ni, jom kita mandi!” Fizi tak minta pendapat Azra terus mengangkat tubuh Azra menyebabkan Azra menjerit minta dilepaskan.

“Bie! Api dapur tu!” Fizi kembali semua ke dapur bersama Azra yang masih lagi dalam dukungannya dan menutup api dapur sebelum berlari ke bilik mereka.



“ugh, Hunny, cepatlah sikit, perut Bie dah start nyanyi ni” rengek Fizi manja dan letakkan kepalanya di atas meja, wajahnya dikerutkan menunjukkan wajah yang paling kesian dan menyakitkan. Bunyi sudip dan kuali berlaga semakin kuat kedengaran.

“siapa suruh kacau orang masak? Sekarang bagi la perut tu nyanyi lagu Amy Search dulu” balas Azra tanpa kasihankan suaminya yang sedang berpura-pura merana itu. dalam diam dia manggumam perlahan padan muka kepada Fizi.

“hunny ingat Bie tak dengar ke?” soal Fizi dengan nada sedikit keras, sengaja dia menggunakan nada itu untuk bergurau dengan Azra. Azra diam seketika dan tidak berani untuk memandang ke belakang.

“Hunny…” panggil Fizi lembut dan Azra tetap tidak bergerak, Azra resah kerana sudah lama Fizi  tidak menggunakan tone suara yang keras seperti itu.

Azra tahu yang hatinya telah maafkan segala silap Fizi dahulu tetapi badan dan minda Azra belum terima sepenuhnya. Kadang-kadang Azra mendapat mimpi ngeri mengenai masa lepasnya dengan Fizi.

“sayang…” panggil Fizi lembut dan kini dia sudah berada di hadapan Azra. Mata Fizi terbuntang melihat air mata di pipi Azra. Fizi segera mengesat air mata yang Azra sendiri tidak sedari telah gugur dari matanya.

“maafkan saya…” luah Fizi dan air matanya turut sama gugur, dia tahu Azra menderita,pernah menderita bersamanya dan dia tahu setiap butir air mata Azra yang gugur adalah kerananya, setiap mimpi ngeri Azra adalah kerananya.

“Bie…mata Azra pedih sebab…”

“sampai mati pun badan awak takkan lupakan seksaan saya” rintih Fizi dan akhirnya dia melurut jatuh ke lantai.

“pergi…” ujar Fizi perlahan bila Azra turut sama berada di lantai.

“Bie…”

“pergi”

“Bie, dengar dulu…” Azra menyentuh kedua pipi Fizi.

“pergi!” jerkah Fizi menyebabkan Azra tersentak dan segera menjauhkan diri daripada Fizi perlahan-lahan. Azra berdiri dan meninggalkan Fizi yang sedang menangis di lantai.

“Fizi, Azra cintakan Fizi” luah Azra sebelum berlari keluar dari dapur menuju ke biliknya. Dia menangis teresak-esak dan menampar pipinya sendiri kerana mengingati peristiwa lama, teringatkan Fizi yang dulu.


Fizi keluar dari rumah dan memandu keretanya jauh dari rumahnya, dia bencikan dirinya sendiri kerana pernah melukakan orang yang paling dia cintai, dia bencikan dirinya kerana pernah bencikan orang sebaik Azra. Dia bencikan kisah lalunya.

“Fizi!” Fizi berhenti menangis dan memerhatikan keadaan sekelilling, dia tertidur di dalam kereta di tempat parkir masjid yang selalu dia kunjungi, di mana dia belajar agama.

“Fizi, kamu tidur di sini?” soal Pak Man dan Fizi anggukan kepala dan keluar dari kereta.

“astaghfirullahalazim…panas badan kamu ni Fizi” Pak Man menyentuh dahi Fizi setelah melihat wajah Fizi yang kemerahan.

“Pak Man, kenapa Allah uji saya macam ni?” soal Fizi lemah dan hampir rebah tetapi Pak Man menahan badan Fizi.

“apa kamu cakap ni Fizi?” soal Pak Man simpati melihat keadaan Fizi.

“Allah tak terima ke taubat saya pak man?” soal Fizi hiba dan Pak Man minta Fizi beristighfar dan membawa Fizi masuk ke dalam masjid.

“Fizi, dah subuh ni, apa kata kamu ambil wudhuk, kita solat lepas tu kita bercakap lagi” ujar Pak Man menenangkan Fizi dan Fizi hanya anggukan kepalanya dan menurut apa yang Pak Man minta.

Usai solat subuh berjemaah, Fizi bersama Pak Man berehat diruangan masjid. Fizi mengesat air matanya yang mengalir, Pak Man sedar yang Fizi mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh jadi dia cuba untuk tenangkan Fizi.

“ceritakan pada Pak Man” ujar Pak Man dan Fizi mulakan ceritanya.

“Azra selalu cakap yang dia dah maafkan saya tapi badan dia tak lupa apa yang saya dah buat, telinga dia masih dengar apa yang saya pernah cakap. Mimpi ngeri dia bukti yang dia masih ingat segala dosa saya pada dia” luah Fizi dan membiarkan air matanya gugur.

“Fizi, dengar sini, Fizi kena terus kuat, tabah dan bertaubat kepada Allah, minta dengan Allah. Mungkin Azra sudah terima tetapi mindanya yang masih belum bersedia, bagi dia masa. In sha Allah dia akan lupakan semua masa silam”

“tapi, sampai bila Pak Man, saya sakit setiap kali dia menangis dan menjerit dalam mimpinya”

“Fizi, siapa yang mengawal semua kejadian?”

“Allah…” jawab Fizi perlahan.

“siapa Fizi?” soal Pak Man lebih tegas.

“ALLAH!” jawab Fizi yakin.

“jadi, kembali kepada Allah, sujud dengan serendah-rendah hati kepadanya.”

“terima kasih Pak Man” Fizi memeluk tubuh tua itu erat.

“baliklah, kembali kepada isteri kamu, dia mesti risaukan kamu” pesan Pak Man dan Fizi menganggukkan kepala dan mengesat air matanya sambil ucapkan terima kasih berkali-kali. Fizi segera kembali ke rumahnya.

Azra tidak mampu lelapkan mata walau lima minit dan dia berjalan ke hulu ke hilir tanpa hiraukan kakinya yang lenguh, dia sangat risaukan Fizi tetapi dia tak nak risaukan orang lain dengan menelefon mereka semua.

Bunyi kereta yang kedengaran membuatkan Azra segera berlari ke pintu rumah dan senyumannya merekah sebaik melihat Fizi keluar daripada keretanya.

“Bie!!!” Azra terus memeluk Fizi erat dan air matanya terus mengalir. Fizi tersenyum dan memeluk erat Azra dan membisikkan kata-kata maaf dan sayang kepada Azra tanpa jemu.

“Azra minta maaf! Azra dah maafkan Bie, Azra dah lupakan semuanya…maafkan Azra” pinta Azra seakan merayu Fizi memaafkan dirinya.

“hunny, hunny tak salah ok, Bie minta maaf. Bie terlalu takut” luah Fizi dan Azra segera mencium Fizi beberapa kali.

“Bie, walaupun fizikal dan mental Azra belum lupakan sepenuhnya apa yang pernah terjadi, hati Azra dah lama terima Bie. Bagi masa ok, Azra dah jumpa doctor, doctor cakap semuanya rangsangan otak bukan sebab Azra tak terima tapi badan Azra sendiri. Azra cintakan Bie, ingat tu!” laju Azra bersuara dan memegang kedua pipi Fizi harapkan Fizi dengar apa yang dia cakapkan.

“terima kasih” luah Fizi dan kembali memeluk Azra.

“sama-sama sayang.” Balas Azra dan mencium hujung hidung Fizi.

“panasnya badan Bie” Azra menyentuh dahi Fizi dan memegang pipi Fizi.

“ya, Bie tidur dalam kereta, air cond tak tutup”

“Bie! Jom masuk dalam rumah, Azra masakkan bubur ok?” Azra menarik Fizi masuk ke dalam rumah dan Fizi menurut dengan senyuman melebar.


Azra membawa mangkuk bubur ke dalam biliknya dan Fizi sudah selesai mandi dan berehat di atas katil. Azra senyum dan segera mendekati Fizi dan meletakkan dulang di meja lampu. Dahi Fizi dicium sebelum dia menyuap bubur ke mulut Fizi. Usai makan Azra berikan ubat kepada Fizi dan Fizi hanya menurut dengan senyuman. Bukan senang nak bagi Fizi makan ubat.

“hunny, can you…” Fizi pandang ke jemarinya,segan.

“apa?” soal Azra dan menyentuh pipi Fizi supaya memandangnya.

“can you…kiss me again?” soal Fizi perlahan dan pipi Azra merona merah.

“sini?” soal Azra dan mencium dahi Fizi. Fizi gelengkan kepala dan menggigit bibir bawahnya, kali ini wajah Azra bertambah merah.

“sorry…Bie…” tanpa membuang masa Fizi memberikan apa yang Fizi nak dan Fizi tersenyum lebar.

“thanks…” ucap Fizi dan menggaru  telinganya malu.

‘kenapa kau nak blushing ni Fizi? Sengal!’ marah Fizi  pada dirinya sendiri.

“tidurlah Bie” Azra rendahkan bantal Fizi dan menarik selimut rapat ke badan Fizi.

‘tak sangka yang Fizi ni comel sebenarnya’ Azra ketawa perlahan dan membawa dulang makanan keluar dari bilik.

‘ugh! Pahitnya rasa dalam mulut aku ni. Mental note, jangan kiss orang yang baru lepas makan ubat’


Fizi dan Azra beriringan masuk ke dalam pejabat dengan senyuman yang sama lebar dan para pekerja di situ turut sama tersenyum dengan kemesraan yang berlaku di depan mata mereka. Semua orang mengakui keserasian pasangan itu.

“ah, Tuan Besar dan Puan Besar dah masuk office” Aqmal menyindir dangan nada bergurau pasangan itu menyebabkan Fizi senyum kepadanya dan menyapa Akmal ringkas.

“buat apa kat sini?” soal Fizi dan mengambil tempat duduk di hadapan Aqmal, Azra sudah beredar daripada situ  untuk ke ruangan kerjanya.

“nak bincang soal kerja sikit, tapi yang lebih mustahak, bonda yang minta aku jemput kau dengan Azra ke kenduri doa selamat kat rumah”

“kenduri?”

“yup!”

“Hana mengandung ke?” soal Azra yang tiba-tiba muncul dan nadanya sangat gembira mengetahui tujuan sebenar kenduri itu.

Fizi berkerut memandang Azra yang menyampuk perbualan mereka tetapi setelah melihat Aqmal menganggukkan kepala mengiakan apa yang Azra teka Fizi segera ucapkan tahniah kepada kembarnya itu.

“so, datang la rumah esok malam. Ok?”

“sure, jemput minum” pelawa Fizi. Azra duduk di sebelah Fizi dan berbicara sesuatu kepada Fizi dengan nada perlahan, Aqmal hanya perhatikan pasangan itu seketika dan meneguk kopi yang disediakan oleh pembantu Fizi tadi.


Fizi tak pasti macam mana respon Azra jika suatu hari nanti Azra akan mengandungkan anak mereka. Senyuman Azra tidak pernah lekang sejak semalam dan dia memaksa Fizi berikan dia cuti untuk ke rumah bonda awal pagi lagi hari ini, katanya tak sabar nak melihat keadaan Hana sekarang.

“hunny, sekarang baru je 7 pagi, 1 jam setengah je nak sampai rumah bonda”

“tapi Bie, lagi awal lagi baik” pujuk  Azra lagi. Fizi sengaja perlahankan perbuatannya untuk mengusik Ara yang sudah tidak sabar, sempat lagi dia duduk di katil dan bermain game yang ada di dalam telefonnya.

“Bie! Cepatlah bersiap” gesa Azra dan ambilkan pakaian yang sesuai kepada Fizi. Fizi senyum dan buat tak endah kepada permintaan Azra.

“Bie…” pujuk Azra lagi dan Fizi bangun dari katil tapi telefon masih lagi berada di tangannya.

“Bie nak mandi kejap” ujar Fizi bila dia letakkan telefon di atas katil. Azra memandang Fizi geram, dia tahu Fizi sengaja.

“Bie dah mandi tadi, nak mandi apa lagi?” rungut Azra dan Fizi ketawa mewah sambil gelengkan kepalanya dan membuka baju untuk menukar memakai baju yang Azra telah sediakan.

“mana baju biru Bie?”

“bie!” bentak Azra dan Fizi segera menyarungkan baju hijau di atas katil dan segera menukar seluarnya dengan segera.

Bila Azra geram ada yang rugi nanti. Fizi memeriksa penampilannya buat kali terakhir di cermin dan mencapai telefonnya di atas katil. Setelah mengunci bilik tidur mereka dia berlari anak mengejar langkah Azra yang sudah jauh.

“hunny, mana…” Fizi terdiam bila melihat Azra bercekak pinggang di muka pintu rumah mereka.

Fizi sengih sedikit dan maju ke depan Azra dan mencium pipi Azra sebelum menarik Azra keluar dari rumah mereka.


Orang yang paling bahagia sekali ialah Azra, segala perbuatan dan kerja yang ingin di lakukan oleh Hana ditegahnya sehingga Hana rasakan dia di layan seperti raja. Aqmal hanya mampu gelakkan tindakan Azra yang agak melampau itu tetapi dia senang dengan tingkah iparnya.

"Bila kau nak bagi bini kau rasa semua tu?" Aqmal maksudkan mengandung. Fizi hanya lepaskan keluhan berat dan membuang pandang ke tempat lain.

"Kau ada masalah ke?" Soal Aqmal lagi bila melihat wajah kusut Fizi.

"Yup! Azra terlalu inginkin anak tapi aku yakin yang kami berdua belum bersedia" jawab Fizi lemah.

"Dia belum bersedia atau kau sendiri?"

"Both of us. Dia...doktor cakap apa yang dilalui Azra adalah satu trauma. Apa yang aku buat pada dia, otak dia masih lagi ingat dengan kuat. Aku tak mampu nak maafkan diri aku sendiri" luah Fizi sambil menekur lantai yang bersih, mencerminkan wajahnya yang tengah hiba dan kusut.

"Aku menyesal sangat2 dah buat semua tu pada dia. Mimpi ngeri dia buatkan hati aku yakin yang aku adalah mimpi buruk dia" tambah Fizi lagi.

Aqmal tak tahu sepenuhnya kisah yang berlaku dalam rumah tangga kembarnya tapi dia dapat agak apa maksud Fizi. Dia kesal kerana tak ada apa yang dia boleh buat untuk tolong Fizi melainkan Fizi sendiri perlu kuat.

"Kau tahu kan semua ni ujian?"

"Aku tahu, aku yakin ada hikmah di sebalik semua ni tapi, aku takut, aku takut aku tak kuat nak tengok Azra menderita disebabkan aku"

"Fizi, dengar sini, benda yang lepas jangan dikenang. Kau yang perlu mainkan peranan dalam hal ni. Aku yakin Azra terlalu cintakan kau jadi, kau tak boleh lepaskan dia. Ok?" Aqmal memegang kemas bahu Fizi.

"Thanks bro!" Dengan anggukkan Fizi senyum sedikit sebelum kembali memandang Azra yang kebetulan sedang memandangnya ketika itu.



Azra naik ke katil dan baring betul2 di rusuk kiri Fizi, dia yakin tempat dia memang di sisi Fizi walau apa sekalipun yang berlaku.

"Bie bincang apa dengan Aqmal?" Soal Azra perlahan dan bermain dengan jari Fizi.

"Kenapa?" Soal Fizi kembali dan menggenggam erat tangan Azra sebelum mencium tangan itu lama.

"Bie nampak sedih, hal kita ke?" Soal Azra lagi perlahan kerana risau menyentuh hal yang Fizi tidak suka.

"Yup. About us, business and life."

"Us?"

"Ya."

"About my nightmares?" Soal Azra sedikit kesal, kesal kerana mimpinya yang buruk itu. Dia tak suka bukan kerana bermimpi buruk tetapi kerana telah melukakan hati Fizi.

"Hunny, tidur la, esok awal pagi lagi kita kena balik rumah. Esok bie kena ke Pulau Pinang" Fizi mengubah topik perbualan dan menjatuhkan badannya secara penuh di atas katil. Dia memeluk Azra erat dan memejamkan matanya rapat.

"Bie, remember this, I Love You so much"bisik Azra sebelum ikut sama memejamkan mata dan memeluk tubuh suaminya erat. Dia maksudkannya dia cintakan jodoh yang Allah kirimkan kepada dia.

Azra memerhatikan wajah lena Fizi di tikar sejadah, kali ini berapa rakaat Fizi tahajud? Itulah soalan pertama yang menjengah otak Azra bila dia terjaga sebelum azan subuh berkumandang.

Azra turun dari katil dan mendekati Fizi yang masih lagi lena, tangan Azra menyentuh pipi suaminya itu dan dia tersenyum bahagia. Dia tahu yang Fizi sedaya upaya cuba untuk menjadi lelaki terbaik untuknya.

"Bie, awak ialah lelaki dan hadiah terbaik dari Allah untuk saya" ucap Azra penuh syahdu dan dia mengecup dahi Fizi lama.

Fizi sudah tersedar tetapi dia hanya mendiamkan diri, dia bahagia di saat Azra menyatakan yang dia adalah hadiah dari Allah walaupun dia rasa dia tidak layak langsung digelar begitu. Azra Qalisha, bukan sahaja hadiah dari Allah tapi segalanya untuk Fizi.

"Bie, bangun la. Dah nak subuh ni" kejut Azra dan Fizi segera membuka matanya sambil tersenyum.

"Bie dah lama sedar kan?" Soal Azra dengan wajah sedikit geram menyebabkan Fizi tersengih senang.

"Tangan hunny sejuk sangat, thats why la Bie tersedar" Fizi bersila dan menarik tangan Azra ke bibirnya.

Hangat, itulah yang Azra rasakan sekarang ni. Bukan sahaja tangannya, badannya, malah hatinya juga. Allah, Azra hanya ingin kekal bersama Fizi hingga ke syurga.

"Jom solat subuh" ajak Fizi dan segera berdiri sambil menarik tangan Azra supaya turut sama berdiri. Azra hanya menurut tanpa bantahan.


Fizi dapat rasakan kedudukannya tergugat lebih2 lagi bila ramai lelaki yang semakin berani mendekati Azra. Fizi cuba untuk menjadi seorang yang profesional tetapi dia tak mampu untuk menahan dirinya daripada melihat layanan mesra yang diberikan kepada Azra.

"Awak nak minum apa?" Soal Azra setelah selesai menjamu rakan niaganya.

Fizi menggelengkan kepala dan terus mendiamkan dirinya. Dia tak pasti apa yang akan keluar dari mulutnya andai dia membuka mulut.

Azra tak mampu bertanya lebih kerana menjaga formaliti antara boss dan pekerja tapi dia yakin yang Fizi sedang menahan marah. Azra duduk di sisi Fizi dan memandang tepat ke dalam cawan berisi air di depannya.

Setelah mesyuarat itu selesai, Azra di minta untuk menghantar rakan niaga Fizi ke luar pejabat. Fizi hanya diamkan diri dan ukir senyum ringkas kepada rakan niaganya.

"Semua orang dah balik, bie tak nak balik lagi?" Soal Azra setelah kembali dan dia berdiri di sisi Fizi. Tangannya mesra mengurut perlahan bahu Fizi yang tegang.

"Bie" panggil Azra bila Fizi tetap mendiamkan dirinya.

"Awak bahagia kerja dengan saya?" Soalan Fizi yang kedengaran formal itu menyebabkan hati Azra tersentuh sedikit. Mana gelaran manja untuknya?

"Mestilah! Azra dapat perhatikan makan minum Bie" jawab Azra dalam nada ceria.

"Bukan sebab lain?" Soal Fizi tajam.

"Apa bie cakap ni? Azra salah apa kali ni? Azra minta maaf" pinta Azra segera dan memegang tangan Fizi tetapi Fizi menepisnya dengan cepat. Azra tergamam.

"Bie...kenapa ni?" Suara Azra mulai serak. Dia tak tahu apa salah dia kali ini.

"Saya rasa awak perlu kembali ke jurusan awak yang sebenar"

"Apa bie cakap ni?"

"Mulai esok, awak akan kerja bahagian kewangan" sambung Fizi terus menyebabkan Azra terpana.

"Tapi, kenapa? Azra tak pandai buat kerja ke" soal Azra lagi tetapi kali ini Fizi abaikan Azra terus dan mengambil barangnya sebelum keluar dari pejabat.

Tangan kekar Fizi mengenggam tombol pintu dengan kuat. Dia berhenti seketika sebelum bersuara.

"Awak balik dengan teksi, saya ada hal" setelah itu Fizi terus beredar meninggalkan Azra seorang diri menahan tangis.


Fizi hentikan keretanya di tepi tasik dan dia keluar dengan rasa marah yang menggunung. Dia marahkan dirinya sendiri.

"Fizi! man, lama gila tak jumpa kau?" Sapa seseorang menyebabkan Fizi alihkan fokusnya daripada air tasik.

"Kau lupa ke apa yang pernah aku cakap dulu? Atau kau memang nak muka kau kena penumbuk aku ni lagi?" Soal Fizi bengang bila dua kawan lamanya menegurnya.

"Relax la bro, apa salahnya tegur kawan lama. Well, mana bini kau?" Soal Mirza dengan nada sinis.

"Dengar sini! Aku tak nak tengok muka korang. Blah!" Tengking Fizi keras tetapi dua lelaki itu hanya mampu ketawa mewah.

"Kau ingat dengan berhenti pergi club dan tak layan pelacur, kau dah jadi baik. Sorry to say la man, tapi kita ni sama je sebenarnya. Mana kita pergi kita bawak imej tu, jadi orang tak akan percaya kita berubah. We are too deep in this bro. Perempuan mana yang akan percaya orang macam kita ni boleh berubah?" Sinis sekali ayat itu meluncur dan mereka berdua tinggalkan Fizi yang menahan amarah.

Perkara yang dicakap oleh Zakri dan Mirza masih lagi kuat terngiang di telinga Fizi menyebabkan dirinya goyah dan perasaan tak layak memiliki Azra semakin menular menyebabkan hubungan mereka berdua dingin.

"Bie, kenapa awak jadi macam ni? Apa salah saya?" Soal Azra sebak bila Fizi mula kembali kepada perangai lamanya.

"Diam boleh tak? Lemas la!" Tengking Fizi menyebabkan Azra terus menangis.

Fizi terkedu melihat wajah sayu dan sedih itu, dia cuba untuk memeluk Azra tetapi dia gagal. Kata2 dalam hatinya lagi kuat melarang.

"Sampai bila kita nak macam ni? Awak tak nak bercakap dengan saya! Awak elakkan diri awak daripada jumpa saya! Awak mula marahkan saya! Kenapa? Kenapa awak dah mula jadi Fizi yang lama balik?" Soal Azra sedikit garang. Dia sudah tak tahan dengan perangai Fizi.

"well, sekarang kau dah berani. Mana Azra yang selalu menangis tu? Sekarang kau nak cakap yang aku dulu jahat gila dan tak layak untuk kau! Kau memang benci aku dulu sebab aku selalu dera kau! Kan?!"

"Apa awak cakap ni? Fizi, berapa kali saya nak cakap yang saya cintakan awak seadanya" sayu Azra bersuara.

"Bohong! Kalau betul, kenapa kau tak boleh terima aku sekarang?"

"Fizi, saya dah lama terima awak! Tolonglah percaya!"

"No! Aku tak nak dengar. Aku tak percaya!"

Azra diamkan dirinya dan memandang lantai, air mata yang turun dengan laju di seka dengan tapak tangan.

"Saya cintakan awak, saya yakin awak jodoh dunia akhirat saya, saya nak bersama awak sampai ke syurga. Tapi, selagi awak tak maafkan diri awak sendiri dan kita terus macam ni, tak ada guna pun. Fizi, saya akan pergi dan saya janji akan kembali tapi, saya hanya akan kembali bila awak yang bawa saya kembali. Ok?" Azra mendekati Fizi dan memandang dalam ke dalam mata Fizi.

"Saya terlalu cintakan awak sampai saya tak tahu macam mana nak buat awak maafkan diri awak sendiri. Saya sayang awak. Jaga diri ok?" Azra ukir senyum hiba dan mencium pipi Fizi sebelum menarik tangan Fizi dan menciumnya.

"Saya cintakan awak dan saya tak mampu nak tengok awak macam ni. Carilah Allah, cari kebenaran dan last sekali, tolong cari saya balik. Please?" Rayu Azra sambil memeluk erat Fizi sambil menangis.

"Saya nak awak cari saya dan bawa saya balik. Ok?"

"Saya akan tunggu awak" Azra segera mengemas barang keperluannya dan melangkah keluar dari rumah itu.

Hatinya rintih, hatinya pedih, tapi dia tak kuat untuk melihat Fizi terus menolaknya pergi. Dia tak nak pergi tapi dia perlu pergi.

'Saya cintakan awak Fizi'



"Saya tunggu awak"

"Azra!" Fizi bangkit dari tidurnya kerana mimpikan Azra. Dia meraup mukanya dan ke bilik air untuk membasuh muka.

Dia buka paip air dan basahkan badannya yang berpeluh basah kerana mimpi yang setiap hari di alaminya kini. Dia sakit. Sangat sakit.

Keadaannya sangat membimbangkan dan keadaan dirinya yang semakin kurus, berserabai menyebabkan ramai orang kurang senang dengan penampilan dirinya. Prestasi kerjanya merosot teruk menyebabkan Aqmal terpaksa ambil alih syarikat Fizi buat sementara waktu.

"Fizi! Cari Azra dan bawa dia balik! Aku merayu kat kau!" Marah Aqmal dan memegang kolar baju Fizi.

"Dia pergi, dia tak nak aku" Fizi bersuara perlahan dan hanya terima tojokkan kasar Aqmal.

Fizi tekad, kali ini dia akan pastikan dia jumpa Azra balik, tapi dia tak pasti mana dia nak cari Azra balik. Tanpa dia sedar air matanya mengalir dan dia tak hiraukan mana arah tuju keretanya sekarang ni.

"Bukit Fraser?" Fizi menghentikan keretanya untuk singgah solat asar. Papan tanda yang menunjukkan jalan yang di tujunya ialah bukit fraser.

"Azra, please be there" pinta Fizi sebelum berjalan masuk ke dalam masjid.

Usai solat, Fizi rasa lebih yakin dan kuat. Dia dapat rasakan jarak dia dan Azra semakin dekat. Dia pasti yang Azra ada di sana. Kereta bergerak semakin laju, selaju harapan dan doanya. Dia berharap sangat Allah bagi dia peluang lagi sekali untuk bersama Azra. Dia redha walaupun ini peluang terakhir. Dia janji tak akan sia-siakan peluang terakhir ini.

Fizi berlari ke foyer dan terus ke kaunter untuk menanyakan keadaan Azra.

"Ada tak Azra Qalisha check in kat sini?" Soal Fizi menggesa.

"Maaf encik, kami tak boleh beritahu maklumat tersebut"

"Tolonglah! Dia isteri saya, saya perlu tahu"

"Kami minta maaf encik"

"Dia isteri saya! Tolonglah!" Bentak Fizi bila permintaannya di tolak berkali kali.

"Encik sila bertenang, jika encik berterusan membuat bising, saya akan panggilkan guard"

"Bilik 504 dah ada penghuni?" Soal Fizi kembali tenang sedikit dan recepcionist itu segera anggukkan kepalanya.

"Ada apa2 yang boleh saya bantu?"

"No, thanks" Fizi beredar dari kaunter perlahan lahan.


Fizi tak tinggalkan kawasan hotel malah dia menyeludup masuk ke dalam stor pekerja untuk menggantikan pakaian yang sesuai untuk menjadi pekerja hotel. Dia perlu tahu jika Azra yang menginap di bilik itu. Dia terdesak!

Hanya cara itu yang terlintas di fikiran Fizi, dia risau untuk berdepan semuka dengan Azra. Dia tak nak Azra melarikan diri darinya. Walaupun dia masih ingat apa yang Azra katakan sebelum dia pergi.

Fizi berpakaian sesuai dan mengetuk bilik yang pernah mereka diami bersama. Bilik yang penuh dengan memori mereka berdua. Bilik yang jadi saksi mereka cinta satu sama lain.

"Room services" setelah menekan loceng, Fizi menunggu dengan sabar.

Pintu dibuka dengan sedikit dan Fizi tak dapat lihat empunya diri di sebalik pintu itu.

"Thank you, but i dont need it"

Senyuman Fizi melebar! Dia kenal suara itu! Dia pasti yang suara itu milik Azra sendiri. Pintu bilik yang ingin ditutup ditahan sigap menyebabkan tangan Fizi terkepit.

"Apa ni? Pergi!" Jerit Azra mulai risau bila ada orang menahan pintunya.

"Tolong! Tolong!" Jerit Azra kuat bila orang itu masih sigap menahan pintunya walaupun tangannya mula berdarah sedikit kerana tolakan Azra yang kuat.

Dua orang guard berlari setelah mendapat aduan dan segera menuju ke bilik Azra. Setelah orang yang menahan pintu itu dijatuhkan dan diberkas Azra membuka pintunya dengan rasa takut.

Ramai orang yang keluar untuk melihat apa yang sedang terjadi kerana terlalu kecoh.

Wajah lelaki yang ditekan ke lantai itu menyebabkan Azra tak mengenali siapakan gerangan tersebut tatapi dia punya jantung berdegup kencang.

"Bawak dia pergi balai polis!" Pak guard melayan lelaki itu dengan kasar dan badan lelaki itu di pegang dengan keras.

Darah yang mengalir dengan banyak itu menyebabkan seluruh tangan lelaki itu ditutupi dengan warna merah darah.

"Azra..." panggilan sayu itu menyebabkan Azra mendongak dan bertentang mata dengan empunya suara.

Air mata! Fizi, Fizi menangis melihat Azra di depan matanya kini. Walaupun Azra semakin kurus dan wajahnya pucat, Azra tetap cantik. Pastinya perpisahan selama beberapa minggu itu memberi kesan yang mendalam.

"Fizi!" Azra berlari dan memeluk tubuh yang kesakitan itu erat. Air matanya ikut sama mengalir laju.

"Buka gari ni! Buka! Fizi...Fizi maafkan Azra" rayu Azra dan masih cuba menarik supaya gari itu terbuka.

"Cik, apa sebenarnya ni?"

"Saya salah faham, tolong buka gari ni, dia suami saya. Tolonglah, dia cedera"


Setelah semua salah faham itu diselesaikan, Fizi sedang terbaring lemah di katil. Tangan Fizi yang berdarah di lap Azra dengan lembut. Air matanya masih lagi mengalir laju.

"Azra, jangan tinggalkan aku...aku nak kau...tolong..."

"Bie, bangun. Bie ngigau ni" pipi Fizi yang dipenuhi dengan jambang diusap lembut.

Fizi membuka matanya dan dia lega bila wajah Azra yang menyapa matanya. Rindu, sayang, cinta! Semuanya ada dalam pandangan mata mereka berdua. Sama2 kuat, sama2 hebat rasa itu.

"Hunny, please..."

"Ya! Azra dah janji kan? Azra akan kembali ke Bie bila bie datang jemput Azra. Bie datang jemput Azra kan?"

"Ya. Rindu" air mata Fizi mengalir di tubir mata. Dia jumpa isteri dan pemilik hatinya lagi.

"Parut yang terkena kaca dulu belum hilang lagi, sekarang dah dapat luka balik"

"Tak apa, demi hunny." Fizi senyum dan cuba untuk menarik Azra ke dalam pelukan dia tapi gagal kerana badannya terasa pegal2.

"Ah, mesti badan bie sakit2 sebab teruk jugak guards tu buat bie" Azra kesal dengan apa yang terjadi. Dan dia menyesal bila buat kecoh.

"Hug me please" pinta Fizi dan Azra dengan senang memeluk Fizi. Terlebih erat menyebabkan Fizi menggigit bibir untuk menahan sakit tapi dia rela dan dia rasa bahagia.

"I miss you" ucap Azra dan bibir Azra mendarat di sekitar wajah Fizi.

"You need to shave this" gumam Azra dan mengesat bibirnya yang terkena jambang Fizi. Fizi tergelak senang dengan tingkah Azra.

"Maafkan Bie..."

"Upps! Tak nak dengar semua tu. Now, kita solat maghrib"

"Ok" Fizi mengalah walaupun dia ada berjuta ayat kemaafan untuk dipinta tetapi dia cukup kenal Azra. Azra tak suka bila orang minta maaf berkali kali kepadanya.


Azra tak minta banyak, cukup dia mampu berjalan, berdiri, tidur dan sentiasa ada di sisi Fizi, semua itu nikmat yang sudah lebih daripada cukup.

Genggaman erat Fizi pada tangan Azra menyebabkan senyuman Azra tak mampu hilang daripada wajahnya. Matanya juga tak jemu2 untuk menjeling wajah Fizi yang kelihatan tenang berjalan di sisinya.

"Hunny, boleh tak jangan jeling2 bie macam tu. Bie rasa something" Fizi bersuara perlahan menyebabkan Azra segera melarikan lirikan matanya ke arah gunung ganang.

'Ugh! Malunya!' Azra mengutuk dirinya sendiri.

Fizi menahan senyum kerana berjaya membuatkan Azra tersipu, dulu memang senang nak buat Azra malu tetapi sekarang sangat susah. Peluang terakhir ini membuatkan Fizi yakin yang mereka telah meulakan semuanya dengan permulaan yang baru. Pasti, dia masih lagi rasa bersalah tapi hati dia sudah mula maafkan diri dia sendiri dengan kasih sayang yang dicurahkan Azra kepadanya.

Fizi dipaksa Azra untuk duduk di sinki kerana dia akan di shave oleh Azra sehingga licin. Fizi cuba menolak kerana dia mahu terlihat lebih matang dengan sedikit misai dan janggut tetapi Azra halang sepenuhnya.

"Hunny tak rasa man with beard are sexy?" Soalnya sambil memeluk bahu Azra.

Kening Azra yang bertaut rapat berserta kedutan di dahi jelas menunjukkan yang Azra tak bersetuju langsung dengan kenyataan itu. Hal itu menyebabkan Fizi ketawa senang.

"Azra tak marah kalau bie nak simpan semua tu, tapi bila Bie dah naik badan sikit. Ok? Cengkung Macam ni tak sesuai" balas Azra dan Fizi senyum lama.

"Tapi, hunny macam tak sampai je nak shave bie, apa kata hunny yang duduk atas ni dan bie berdiri. Ok?" Fizi segera menukar tempatnya dengan Azra dan mengangkat tubuh Azra ke kaunter sinki. Kini kepala mereka berdua satu level.

"Hmm, this is much better" Fizi mencium dahi Azra sebelum meletakkan shaving cream ke wajahnya.

"No, i want to do this. I want to pamper you" Azra sengih dan mula meratakan cream yang telah di letakkan.

Mulanya semuanya kelihatan normal tapi lama kelamaan idea nakal mula bermain di benak Azra. Beberapa kawasan wajah Fizi yang tak perlu di cukur juga di sapu cream itu.

"Hunny, you dont need to shave my nose" komen Fizi bila rasakan Azra mula fokus pada hidungnya.

Azra ketawa perlahan dan tidak endahkan apa yang Fizi katakan malah dia teruskan bermain dengan hati yang senang.

"Hunny, dont" Fizi pegang tangan Azra dan membulatkan matanya sebagai tanda amaran tetapi Azra hanya ketawa.

Fizi merapatkan wajahnya pada Azra dan menggesek hidungnya di sekitar wajah Azra menyebabkan cream itu terlekat pada wajahnya.

"Bie! Apa ni, habislah muka Azra" Azra muncungkan mulutnya kerana merajuk. Fizi malah ketawa semakin senang.

"Ok! Sekarang ni kita shave betul2."

Fizi mengajar Azra cara yang betul dan beberapa kali Azra hampir melukakan wajahnya kerana menekan dengan terlalu kuat.

"Susahnya bie" runtuk Azra kesal bila dia asyik di betulkan kerana lakukan semuanya dengan salah.

"Let me guide you" Fizi pegang tangan Azra dan mula mencukur dengan perlahan lahan. Wajah Fizi yang serius menyebabkan Azra tak penat untuk menatap wajah itu.

Selesai semuanya Azra membantu mengelap wajah Fizi yang telah bersih daripada segalanya. Azra senyum puas hati melihat wajah Fizi yang kini.

"Hmm, handsome!" Puji Azra ceria.

"Ok, jom makan. Bie dah lapar sangat sekarang ni" Fizi menarik tangan Azra untuk bersiap keluar makan.


Azra masih lagi bekerja di bahagian kewangan tetapi kini dia gembira kerana hubungan dia dan Fizi bertambah rapat. Cuma kadang2 dia rasa terlalu cemburukan setiausaha Fizi yang baru, perempuan, muda dan cantik. Isteri mana tak cemburu, kan?

"Azra, jom la lunch dengan kami hari ni" ajak Mila, pembantu kanan Azra.

"Okay. Lagipun hari ni boss lunch meeting" Azra segera bersetuju dengan cadangan itu.

Mereka berlima dari department kewangan menuju ke sebuah restoren yang di cadangkan oleh Alif. Mereka semua menaiki sebuah kereta yang sama untuk elakkan kesesakan lalu lintas pada waktu kemuncak seperti ini.

"Wah, besar jugak restoren ni. Tak pernah sampai pun" puji Azra dan mengambil tempat duduk di sebelah Nadia.

"Dekat sini, sotong masak sambal dia yang paling win! Daging black paper pun layan!!!" Puji Alif bersungguh membuatkan semua orang terliur.

"Okay, hari ni saya belanja semua orang. So, order ok!"

"Yay!!!"

Suasana lunch itu sangat meriah, macam mana tak meriah kalau ada orang yang belanja makan.

Fizi tersedar dari lenanya bila Azra bergerak2 tidak selesa di dalam pelukannya. Fizi perhatikan wajah Azra yang kemerahan dan berpeluh peluh. Bila Fizi periksa suhu Azra langsung tak tinggi.

"Hunny, bangun" kejut Fizi sambil mengelap peluh di wajah dan leher Azra.

"Hunny" cuba Fizi lagi dan kali ini Azra membuka matanya.

"Bie, kenapa...rasa...macam ni?" Soal Azra menahan tidak selesa.

"Rasa macam mana?" Fizi resah. Dia betulkan duduk Azra supaya bersandar padanya dan alihkan selimut tebal dari tubuh berpeluh Azra.

"Macam...ehh...gatal, panas..."

"Kita pergi hospital?" Ajak Fizi dan segera turun dari katil.

Fizi menyiapkan Azra seringkas mungkin dan menggendong tubuh itu ke kereta dengan tergesa gesa. Walaupun berbaju tidur, Fizi rela membawa ke hospital dalam keadaan begitu.

Fizi membawa Azra ke ruangan kecemasan. Setelah Azra di rawat Fizi menunggu di ruangan menunggu.

"Hafizi" sapa satu suara dengan nada yang agak tidak senang.

"Sebesar besar hospital ni, kau je ke doktor kat sini?" Soal Fizi sinis dan alihkan matanya dari susuk yang menyakitkan matanya.

"Well, masih lagi Fizi yang aku kenal"

"Kau nak apa?" Soal Fizi geram dan bangkit dari duduknya.

"Aku nak tahu, apa yang kau buat pada Azra kali ini"

"Please la Kamal, jaga tepi kain kau sendiri. Azra wife aku dan aku tahu macam mana nak jaga dia. Tolong blah dari sini" suara Fizi meninggi sedikit dan Dr. Kamal yakin yang dia perlu beredar sekarang atau akan ada benda buruk yang berlaku.

"Keluarga Puan Azra"

Panggilan itu mendapar perhatian Fizi. Fizi segera masuk ke ruangan doktor dan bila dia melihat Azra sedang lena dengan nyenyaknya dia terasa sedikit lapang.

"Encik Hafizi. Boleh kita cakap sebentar?" Seorang doktor perempuan menegur Fizi.

"Sure" Fizi sempat hadiahkan ciuman di dahi Azra sebelum mengikut doktor itu pergi.

"Saya Dr. Suzana. Saya yang rawat isteri encik tadi" senyuman dari doktor itu buatkan Fizi membalasnya dengan serta merta.

"Isteri encik alami alergi. Saya tak pasti apa punca utamanya sebab puan Azra masih lagi tak sedarkan diri jadi pihak kami perlu menunggu puan azra untuk sedar sepenuhnya sebelum di soal. Jadi, encik rasa apa yang puan azra alergi?"

"Setahu saya kalau makanan tak ada"
"Okay, kalau macam tu kita perlu tunggu Pn. Azra sedar untuk dapatkan kepastian. Tapi saya ada satu lagi berita untuk encik"

"Berita?" Jelas, Fizi keliru.

"Ya. Tahniah. Puan Azra mengandung dua minggu. Masih terlalu awal tetapi kami dapat detect daripada pemeriksaan tadi. Tahniah lagi sekali"

Apa yang keluar dari mulut doktor itu yang seterusnya hanyalah bisu. Hanya perkataan mengandung yang melekat pada otak Fizi tika ini. Dia tak dapat nak tafsirkan perasaan dia sekarang.

"Encik, En. Hafizi"

"Oh. Ya saya, maaf"

"Tak apa. Encik boleh teman isteri encik malam ni"

"Terima kasih. Erm doktor, isteri saya dah tahu?"

"Belum. Kami akan beritahunya sebaik dia sedar esok."

"Erm...boleh doktor buat satu pengesahan yang dia mengandung dan jangan beritahu dia dulu. Saya nak surprise kan dia." Raut wajah Fizi yang begitu gembira menyebabkan doktor muda itu hanya bersetuju.

"Terima kasih doktor!" Fizi terus berlari keluar dari ruangan itu dan menuju ke bilik rawatan Azra dengan segera.

"Hunny, doa kita Allah dah makbul. Alhamdulillah" bisik Fizi di cuping telinga Azra.

Azra tak jemu merenung laporan kesihatannya yang mengatakan dia mengandung dua minggu. Masih terlalu awal untuk menyimpan harapan yang setinggi langit tapi perasaan bahagia itu tak dapat Azra nak sorok.

Fizi tersenyum senang melihat isterinya yang tersenyum bahagia sambil merenung laporan yang sama sejak pagi lagi. Perasaan Fizi bertukar sebak bila dia rasa dirinya sangat beruntung dan Allah sangat adil bila dia mampu buatkan Azra senyum dan bahagia sampai macam ni

"Allah, aku perlukan dia." Luah Fizi sambil berdoa dan air matanya menitis.

Dr. Kamal memerhatikan dari jauh apa yang terjadi. Dia tak pasti apa yang berlaku dalam rumah tangga Fizi dan Azra tapi dia yakin yang Fizi bukan lagi lelaki yang sama macam dulu. Dia juga keliru kenapa Fizi menangis. Dr. Kamal sendiri pernah menaruh hati kepada Azra, dan dia berjanji dengan arwah Irfan dulu akan pastikan Azra bahagia.

Fizi masuk ke dalam wad setelah mengesat air matanya dan mencium dahi Azra sebelum menyapa dengan ucapan mesra. Azra terus memeluk Fizi erat sambil ucapkan terima kasih kepada Fizi.

"Irfan, Azra bahagia sangat sekarang. Aku harap kau tenang dan bahagia di sana" Dr. Kamal segera beredar dari situ.


Perut Azra yang mula kelihatan menyebabkan beberapa helai pakaian Azra tak muat lagi dan hal itu sangat menyebalkan Azra. Fizi dengan ralit memerhatikan isterinya yang muncung sedepa sebab tak dapat cari baju yang muat dan selesa untuknya.
Akhirnya tawa Fizi meletus kerana tak tahan sangat melihat Azra yang memarahi pakaiannya sendiri.

"Bie! Sampai hati gelakkan Azra" rajuk Azra dan berpeluk tubuh di depan almari yang sudah bersepah.

Fizi masih lagi dengan sisa tawanya mendekati Azra dan memeluk tubuh itu dari belakang dengan erat.

"Cepat pilih baju sayang, tak elok berlama dalam tuala lembap macam ni" Fizi hangatkan sedikit bahagian lengan Azra yang terdedah.

"Tapi, banyak yang tak muat. Baby, baru je dua bulan. Semua baju mummy dah tak muat ni" Azra usap perutnya.

Fizi meletakkan tangannya di atas tangan Azra dan mengusap perut itu bersama. Fizi suka sentuhan sebegitu buatkan dia rasa lebih erat.

"Daddy pun gelakkan mummy yang gemuk" luah Azra kesal.

"Daddy lebih suka tengok mummy yang chubby macam ni" Fizi cium pipi Azra lama.

"Tengok tu! Ni yang mummy rasa nak merajuk ni" Azra kembalikan muncung dia yang panjang itu. Fizi tergelak dan mengepit hujung bibir Azra dengan jarinya.

"Pakai baju bie dulu. Nanti kita pergi beli baju baru. Baju khas untuk ibu pregnant ok?" Pujuk Fizi segera dan Azra anggukkan kepalanya senang.

Alahan Azra tak teruk atau boleh dikatakan langsung tak ada sebenarnya, masalah perubahan emosi yang ketara juga tak ada. Yang paling jelas sekali adalah selera makan Azra. Sangat besar!

"Hunny, tak sampai satu jam kita lunch tadi, dah nak makan balik?" Soal Fizi bila Azra menariknya masuk ke dalam Burger King.

"Tapi, Azra nak makan burger" pujuk Azra pula.

"Banyak lagi barang nak beli"

"Tak apa, kita makan dulu. Kesian baby lapar ni" pujuk Azra semakin sakan dan Fizi hanya mampu mengalah.

"Ais krim? Hunny, awak dah over eat ni. Nanti sakit perut" halang Fizi bila Azra masuk ke dalam buskin robin pula.

"Tapi, Azra nak makan" tegas Azra berdegil.

"Hunny, nanti sakit perut"

"Nak. Last ok? Lepas ni kita balik" pujuk Azra semakin manja dan akhirnya Fizi hanya mampu menurut.


Azra terkejut bila berat dia mencecah 65 kg daripada 47 kg berat kebiasaannya. Doktor dan Azra saling berpandangan dengan keputusan laporan kali ini. Azra sengih dan sentuh perut dan pipinya yang sama2 semakin meninggi.

"Nampaknya selera makan awak naik mendadak" komen doktor itu ringkas tetapi cukup untuk membuat Azra tahu yang dia dah gemuk.

"Saya memang selalu lapar doc, bukan saya makan banyak" Azra membela dirinya sendiri dan doc itu ketawa perlahan.

"Tak apa, yang penting awak berdua sihat. Tapi, ada baiknya juga kalau awak jaga pemakanan awak" tambah doc itu lagi dan kali ini Azra rendahkan kepalanya kesal.

Fizi berbual dengan seorang lelaki yang sama menunggu isterinya yang sedang di periksa doktor.

"Semoga isteri dan anak kau sihat la. Aku minta diri dulu, isteri aku dah keluar tu"

"Ok. Kalau ada apa2 hal call la. Terima kasih Aziman"
Mereka berdua berjabat tangan sebelum berpisah.

Tak lama kemudian Azra keluar dengan wajah yang muram menyebabkan Fizi risau tiba2. Fizi segera mendekati Azra dan menarik tubuh itu untuk duduk di kerusi bersamanya.

"Hunny, ada masalah ke?" Soal Fizi resah.

"Tak lah, tapi doc cakap Azra dah gemuk" wajah Azra kembali redup. Fizi menahan tawanya dan memeluk tubuh Azra yang semakin berisi dengan erat.

"Best la peluk hunny sekarang. Fluffy"

"Bie! Sampainya hati panggil Azra fluffy" rajuk Azra dan menolak pelukan Fizi keras menyebabkan Fizi terus ketawa sakan.

"Ala, dengan Bie pun nak merajuk ke?"

"Mana ada Azra fluffy..." rajuk Azra perlahan dan Fizi memegang kedua pipi isterinya lembut.

"Hunny jangan sedih dan merajuk ok, bie janji akan usaha keras sama macam hunny untuk dapatkan shape yg hunny nak balik"

"Promise?"

"Promise! Tapi hunny tak boleh skip makan. Mulai sekarang kita akan makan secara sihat, ok?"

"Ok!" Azra kembali tersenyum senang.


Cakap lebih senang dari bikin, memang betul sangat la apa yang orang selalu cakap tu. Cuba tengok keadaan Azra yang boleh dikatakan yang merana kerana terpaksa tahan diri daripada makan jeruk dan asam.

"Bie, sikit pun tak boleh?" Rayu Azra dengan wajah baby sekali gus tapi tak pasti lagi akan berjaya atau tidak.

"Hunny dah makan separuh plastik petang tadi, so malam ni dah tak boleh" tolak Fizi dan masukkan asam dan jeruk ke dalam peti ais.

Wajah Azra bertukar keruh dan dia mencebik bibir sambil memeluk tubuh. Geram dengan penolakan Fizi.

"Ais krim?" Minta Azra lagi bila yang pertama tidak berjaya.

"No! Dah pukul 11. You should sleep and drink milk" Fizi hulurkan segelas susu suam yang dibancuhnya kepada Azra.

Azra minum susu hangat itu perlahan lahan dan mula berjalan keluar daripada dapur. Fizi memegang bahu Azra dan membawanya ke sofa di ruang tamu. Azra didudukkan di ribaannya.

"Minum sambil duduk hunny" Fizi melingkarkan tangannya pada pinggang Azra.

"Perlu ke tidur awal? Kalau kita tengok cerita korea dulu?"

"No. Kita kena tidur awal. Tak elok untuk baby ni" bantah Fizi lagi.

"Semua tak boleh, apa yang boleh?"

"Ingat tak dulu bila hunny tak bagi Bie buat benda yang tak elok, hunny tegah bersungguh kan? So, this time you need to listen to me"

"Ok. Nak dukung masuk bilik boleh?" Sengih Azra dan Fizi segera anggukkan kepalanya.

"Hunny, dont move" dengan suara serak Fizi bersuara bila tidurnya terganggu kerana Azra cuba boloskan diri dari pelukan Fizi.

"Tidur" tambah Fizi lagi dan kembali mempereratkan pelukannya.

"Bie, Azra lapar la"

"Really hunny? 3 in the morning?"

"Yup. Please" pujuk Azra dan Fizi terpaksa bangun dari tidurnya. Setelah sedar sepenuhnya Fizi memandang Azra yang tengah tersenyum bahagia bila Fizi mendengar rengekannya.

"Salad sayur je ok?" Ujar Fizi dan Azra segera anggukkan kepala dan memeluk lengan Fizi untuk berjalan bersama ke dapur.

Fizi yang mula arif memasak makanan kesihatan menyebabkan Azra melepaskan urusan dapur kepada Fizi. Dengan erti kata lain Azra dah mula malas sejak mengandung ni. Hahaha.

"Hunny hulurkan olive oil" pinta Fizi kepada Azra yang setia berdiri di sisinya sambil bersandar dengan mesra.

"Nak banyak ke sikit?" Soal Fizi kepada Azra.

"Sikit je" jawab Azra dan mereka berbalas senyum seketika.

"I love you" bisik Azra dan memeluk pinggang Fizi.

"Me too" balas Fizi dan ciuman jatuh di hujung kepala Azra.

"Bie keluar kejap, hunny ok ke makan sorang ni?" Soal Fizi dan Azra segera anggukkan kepalanya.

"Makan kat ruang tamu, bie dah pasangkan cerita korea hunny" ajak Fizi dan membawa mangkuk salad ke ruang tamu.

"Hunny duk sini diam2, bie pergi sekejap" Fizi segera tingallkan Azra dan masuk ke dalam bilik kosong di ruang bawah.

10 minit kemudian Azra mulai bosan dan menuju ke ruang yang Fizi masuk tadi. Pintu bilik dibuka dan Fizi yang sedang berzikir di tikar sejadah menyapa mata Azra.

"Bie, kenapa tak ajak Azra sama?" Soal Azra dan Fizi menarik Azra duduk di hadapannya, di atas satu sejadah yang sama.

"Sebab bie nak solat hajat dan ada hajat yang Bie nak sangat Allah makbulkan"

"Hajat apa?"

"Rahsia bie dan Allah"

"Tak boleh beritahu la ni?" Soal Azra perlahan.

"In sha Allah, suatu hari nanti" Fizi senyum penuh makna.

"Tapi hajat tu untuk kebaikan kita berdua kan?" Soal Azra masih cuba untuk mengorek rahsia.

"Ya"

"Ok" Azra segera tersenyum bahagia.

"Dah selesai makan?"

"Belum. Nak bie teman"

"Ok. Jom bie teman" Fizi melipat sejadah dan letakkan songkok bersama sejadah.


Bulan ke tujuh, perut Azra dah sama saiz dengan tembikai, besar yang teramat. Hahaha.

"Tepi sikit, ibu tembikai nak lalu" usik Aqmal bila melihat adik iparnya berjalan dengan susah payah untuk ke ruang tamu dengan jumlah tetamu yang ramai itu.

"Jahatnya abang ni, bie! Abang buli Azra" adu Azra setelah berjaya duduk di sofa.

"Dah la usik bini aku" Fizi bersuara selamba, menegur sekadar menyedapkan hati Azra padahal dia sendiri rasa yang Azra macam ibu tembikai.

"Bonda, tengok ni dua orang ni. Cakap Azra macam ibu tembikai" adu Azra kepada ibu mertuanya pula.

"Tak apa la Azra, nanti kita tidur bertiga dalam bilik. Biar dua orang tu jaga Aryan malam ni"

Bila  cadangan itu diusulkan terus berubah wajah  dua beradik itu kerana mereka yakin yang waktu tidur mereka malam ini akan jadi mimipi sahaja. Aryan sangat suka menangis dan di dukung pada waktu malam.

"Sayang, awak takkan tinggalkan saya sorang kan?" Pinta Aqmal merayu.

"Tak, saya tinggalkan abang dengan Fizi dan Aryan" balas isterinya menyebabkan Fizi dan Aqmal sama2 kecewa.

"Hunny yakin boleh tidur tanpa bie?" Cuba Fizi pula.

"Bie, dah banyak kali Azra tidur tanpa Bie sebab bie busy sangat"

"Tapi tu semua bie terpaksa untuk dapat cuti 3 bulan lepas hunny melahirkan"

"Tak dengar. Jom kita tidur bonda, kak" mereka bertiga terus beredar dari situ.


Sejak bulan kesembilan tiba Fizi tak pernah tidur lena sebab dia terpaksa berjaga-jaga, buatnya Azra nak beranak masa tu tak jadi kes naya ke.

"Bie, tak payah kalut sangat boleh?" Azra mula rimas bila Fizi akan mengikutnya ke bilik air setiap kali Azra mempunyai hajatnya yang tersendiri.

"Hunny, risiko tinggi tau"

"Tahu! Tapi berhati-hati dan over dua maksud yang berbeza."

"Bie risau tahu tak" Fizi mula geram bila Azra tak terima apa yang dia buat, padahal semuanya untuk memastikan Azra selamat.

"Ala, Azra gurau je la. Love you" ucap Azra dan pipi Fizi dikucup sekilas.

"Bie!" Azra tiba2 menjerit dan memegang perutnya, Fizi segera berlari mendapatkan Azra kembali. Tapi bila Azra ketawa perlahan dia yakin yang Azra dah kenakan dia.

"Hunny, jangan buat macam ni lagi"

"Ya. Sorry bie. Ok, sekarang ni pimpin mummy ke katil. Lenguh dah ni" Fizi hanya menurut dan sebaik sahaja Azra duduk di katil dengan selesa.

Fizi mengambil minyak angin untuk mengurut kaki Azra yang mulai membengkak sejak bulan kelapan lagi. Kadang2 Fizi risau sangat walaupun doc dah cakap tak membahayakan dan semua itu normal, Fizi tetap tak boleh duduk diam dan buat tak tahu je.

"Kalau Azra tak selamat nanti, Azra lega sebab anak kita nanti dapat daddy sebaik bie" Azra senyum manis dan mengusap pipi Fizi lembut.

"Bie tak nak dengar hunny cakap macam tu lagi. Ingat tak hajat yang jadi rahsia bie dan Allah dulu?"

"Ingat. Kenapa?"

Fizi tundukkan kepalanya dan berhenti daripada mengurut kaki Azra. Azra cuba dongakkan kepala Fizi tetapi keraskan dirinya.

"Sebab hajat bie sangat selfish"

"Selfish?"

"Hajat bie...kalau kita tak dapat pergi bersama sama, bie nak pergi dalam pangkuan hunny. Jadi hunny kena kuat dan stay beside me as long as we can" wajah redup Fizi menyebabkan Azra hampir menitiskan air mata.

"Ok." Kata Azra dan senyum kepada Fizi.

"I love you" bisik Fizi dan memeluk Azra seerat yang mungkin.


Apa yang ditakutkan Fizi akhirnya terjadi juga bila Azra hampir terberanak di dalam tandas ketika ingin mandi. Untung sahaja Fizi ada di rumah dan sempat mendengar jeritan Azra.

Lantai di depan ruang bersalin itu sudah penuh dengan tapak selipar Fizi yang ke hulu ke hilir. Tak ada seorang pun yang dapat buat Fizi berhenti risau.

"En. Hafizi, sila masuk ke dalam. Isteri anda perlukan anda" Fizi berambah resah bila dia dipanggil dan dia segera masuk dan memakai pakaian yang diberikan dengan kalut sehingga terpaksa seorang jururawat membantunya memakai dengan betul.

Raut wajah Fizi bertukar pucat bila melihat wajah pucat isterinya yang sudah tidak bertenaga. Dia kaku di tempat yang sama.

"En. Hafizi, dah tak ada jalan lain. Kami perlu bedah Pn. Azra. Permintaan untuk bersalin secara normal terpaksa di tolak. Baby songsang dan saiz baby sangat besar. Luka Pn. Azra semakin teruk."

Fizi tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang ni. Baby dia songsang dan Azra tak pernah cakap apa2 pada dia selama ini. Setiap kali medical check up Azra hanya cakap yang mereka berdua sihat.

"Bie..." Azra gelengkan kepalanya bila dia tahu yang dia akan di bedah.

"Hunny, kita terpaksa okay?"

"Tak...nak" rayu Azra lagi dan Fizi mengenggam erat tangan Azra. Fizi abaikan wajah merayu Azra dan memandang doc yang sudah bersedia.

"Bie...Fizi..." rayu Azra lagi tetapi kali ini Fizi tutup mata Azra seketika dan berikan anggukkan kepada doc.


Selesai azankan anak lelaki sulungnya Fizi menitiskan air mata bila melihat wajah merayu Azra tadi. Dia serahkan bayinya kepada nurse yang bertugas dan bersandar pada dinding.

Wajah kecewa Azra bila dia izinkan Azra dibedah tadi bermain di dalam benaknya. Pipi Azra yang basah dengan air mata dan peluh buatkan dia tak kuat untuk menahan tangis.

Pujukan dari keluarga tak mampu untuk buat Fizi rasa tenang dan akhirnya dia meminta diri untuk ke surau. Dia perlu mengadu kepada Allah.

Azra kembali sedar dan dia menyentuh bahagian perutnya yang berjahit. Dia melepaskan keluhan dan bila dia melihat Fizi sedang berdiri di tingkap sambil memandang ke luar dia berhenti bergerak.

Pada mulanya dia rasa kecewa dengan keputusan Fizi tapi bila dia melihat ada butir jernih seakan kristal yang gugur dia tahu yang Fizi
Menangis. Serta merta rasa kecewa dan sedihnya hilang. Kini dia rasa bersalah kerana menyebabkan Fizi menangis.

"Bie..." panggil Azra perlahan sambil menahan sakit.

"Hunny!" Fizi bergegas berada di sisi Azra.

"Bie minta maaf! Bie terpaksa!"

"Bie! Azra faham ok, Azra tak salahkan Bie. Azra tak nak bedah sebab dah dua orang yang Azra kenal meninggal dunia masa lahirkan baby dan mereka berdua bedah. Azra takut jadi, bie jangan salahkan diri ok?"

"I love you, so much!"

"Me too" balas Azra lalu tersenyum.


Jangan tanya kenapa wajah Fizi nampak sangat letih sebab dia yang terpaksa jaga heronya seorang diri. Azra sangat lemah kerana luka yang teruk. Azra hanya mampu menyusukan anak mereka. Bimbang jika Azra bergerak terlalu banyak akan menyebabkan jahitannya terbuka semula.

"Bie, apa kata kita upah orang gaji. Azra tak sampai hati la tengok bie penat macam ni" luah Azra kesal sambil mengusap rambut Fizi yang sedang baring di sebelahnya.

"Tak apa la hunny, bie kuat lagi. Lagipun hero ni tak kuat menangis macam Aryan" gurau Fizi menyebabkan Azra ketawa lepas dan akhirnya dia sendiri terpaksa tahan sakit sebab ketawa semangat sangat.

"Hunny, jangan la ketawa sakan sangat" Fizi betulkan duduknya dan membantu Azra untuk bersandar pada katil.

Azra senyum lagi bila mengenangkan yang Fizi begitu ambil berat akan keadaanya. Fizi memang sudah berubah menjadi seorang yang jauh lebih baik dari dulu.


Tempoh berpantang telah lama habis dan kini projek Azra untuk mendapatkan bentuk badannya yang dulu jadi dia terpaksa bekerja keras sendiri. Walaupun dah banyak kali Fizo cakap yang dia tak kisah apa sekalipun bentuk badan Azra. Tembikai, pear, strawberry atau apa sekalipun, cinta dia tak akan berubah.

"Hero, tengok mummy beria exercise tu" Fizi ketawa bila Hero ikut sama ketawa bila di agahnya.

"Hunny, your son is laughing at you"

"My son or my hubby? Hmm?" Soal Azra dan duduk bersama mereka.

"Hunny, bie rasa badan bie ok je. Kan Hero?"

"Sampai bila bie nak panggil Iskandar  hero?" Soal Azra lagi, untuk kesian kalinya.

"Tak boleh ke?" Soal Fizi balik.

"Tak ada la, tapi kalau kita dapat baby girl, bie nak panggil dia heroin ke?"

"Bie akan panggil dia manja"

"Ya la bie. Azra naik mandi dulu. Iskandar Dzulkarnain nak mandi dengan mummy?" Azra bermain dengan anaknya dan terus hero ketawa bila di tegur ibunya.

Fizi merapatkan dirinya pada Azra bila Azra berbaring di sebelahnya. Fizi segera memeluk tubuh isterinya erat dan beberapa ciuman singgah di pucuk kepala Azra.

"Bie, kalau boleh bie nak ada anak kedua bila?" Soal Azra dan berpaling memandang Fizi.

"Lambat lagi kut, hunny bedah tau, bie tak nak ambik risk" tangan Fizi membetulkan rambut Azra yang jatuh di dahi.

"Bie harap anak kedua kita tak perlu bedah lagi dah"

"Azra pun harap macam tu. Parut kat perut ni tak tahu la bila nak hilang" Azra usap perutnya perlahan.

"Tak apa kalau parut ni tak hilang pun. Parut ni dah buktikan betapa istimewa dan kuatnya hunny" tangan Fizi ikut sama mengusap tempat tangan Azra berada. Azra kembali rapatkan badannya dan memeluk Fizi lebih erat.


Tiada apa yang lebih mengembirakan Fizi bila melihat anak dan isterinya sihat dan bahagia bersamanya. Fizi memerhatikan isterinya dan anaknya yang sedang seronok bermain di ruang tamu.

Perhatian Hero terus berubah sebaik ternampak Fizi yang sedang melihatnya. Laju dia merangkak dengan tawa yang memeriahkan banglo mewah itu mendekati Fizi.

"Da...da...."

Azra dan Fizi sama2 terkejut bila mendengar perkataan pertama yang keluar dari mulut kecil itu. Walaupun masih tidak jelas tetapi maksudnya dapat dibaca oleh Azra dan Fizi.

Fizi segera mendapatkan anaknya dan mendukung hero sambil letawa ceria. Azra yang sedang baring turut sama berdiri dan memeluk dua beranak yang sedang ketawa itu.

Fizi membalas pelukan Azra dan dia yakin Azra sedang menitiskan air mata walaupun tak banyak. Bibir Fizi mendarat pada hujung mata Azra lama.

"Tahniah bie, our hero dah boleh panggil daddy dia"

"Thank you. Bie harap dia dapat panggil hunny dulu"

"Tak apa la bie, tak lama lagi pasti boleh punya. Hmm, bijaknya anak mummy ni!" Bertalu talu kucupan dari Azra menyebabkan hero semakin sakan ketawa.


Fizi seronok bila perhatikan anak lelakinya yang berusaha keras untuk berjalan. Dah jatuh banyak kali tapi tetap juga bangun semula untuk mencuba lagi.

Agaknya dah sampai cubaan yang le seratus bila Hero mengalah dan duduk dengan wajah masam. Fizi ketawa melihat wajah anak lelakinya yang kecewa habis itu.

"Hero, cuba lagi!" Azra pula beria memberi semangat dan Hero kembali bersemangat dan mula berdiri semula.

"Wah! Hebat anak mummy. Cepat!" Azra hulurkan tangannya dan Hero mempercepatkan langkahnya dan hampir terjatuh beberapa kali.

Fizi muncul dari belakang Azra dan mendepakan tangannya bersama dengan Azra. Fizi memegang tangan Azra dan menunggu Hero untuk mula berjalan balik. Hero terus bersemangay dan berjalan dengan laju untuk di peluk.

"Yay! Hero mummy dan daddy dah berjaya!!!" Sorak Azra semangat bila Hero berjaya berada dalam pelukannya.

Azra dan Fizi duduk dengan selesa di sofa sambik perhatikan anak lelaki mereka yang seronok bermain dengan segala jenis mainan yang dibeli oleh Fizi.

"Rindu pulak masa Hero tak boleh jalan lagi. Sekarang dia tak nak dah kena dukung."

"Mestilah, he is a boy, dia nak tunjuk anak jantan dia la tu" Azra buat muka dan menolak sikit dada Fizi. Fizi ketawa dan mendapat perhatian Hero. Hero tinggalkan mainannya dan segera menuju ke arah mereka berdua.

"Mie...mie..." Hero dah minta pelukan dan ciuman bertalu Azra. Entah, dah ketagih agaknya. Sama la macam Fizi.

"Daddy punya kiss mana?" Soal Fizi dan dekatkan wajahnya pada Azra.

Perkara tak sangka berlaku bila Hero menggigit hidung Fizi dan segera melarikan diri dengan ketawa meriah. Fizi tak lupa untuk ambil role dan segera mengejar anak lelakinya itu. Menyebabkan mereka bertiga ketawa sakan dan suasana rumah itu menjadi begitu meriah walaupun dengan hanya tiga orang. Semoga rumah itu selalu meriah dan ceria!!!

19 comments:

  1. Mula mula bace mcm myampah dekat fizi :( tpi last last dia buktikan jugak yg dia the best man :)

    ReplyDelete
  2. Yeay subhanallah
    Thank you so much akak sebab sudi sambung crite nie
    Terobat rasa rindu kat fizi
    And rindu dekat akak...
    Bila baca ni rasa macam diri ni ada kat dalam crita je
    Apapun the best for you akak..
    Lanjutkan karya kakak... miss your story akak

    ReplyDelete
  3. Gembiranya ada cerpen baru.
    Terima kasih adik penulis...

    ReplyDelete
  4. Alhai sweetnye azra n fizi...hpy fmly dgn adenye hero..
    X puas bca best sngt.....

    ReplyDelete
  5. Waaaaa. Suka sangat dgn fizi and azra. Thanks sis sbb update.

    ReplyDelete
  6. Nice! Sis sambung la cite Lis dgn Raif Arshad

    ReplyDelete
  7. Best.. finally ade pon new cerpen.. Hwaiting sis πŸ’ͺ

    ReplyDelete
  8. Rinduu cerpen sis😣😣😭😭😒😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😭😭😭 maaf lah, saya sibuk sgt skrg niii .. 😒

      Delete
  9. semua cerpen akak sy
    dah. baca. fuh mmg terbaik lain dari yg lain. tabik la kak

    ReplyDelete
  10. amboi...best betoi bce..boleh jdi modal tuk berangan...hahhaha..umur skrang brape yea?#xpenahterlepasbacecerpen#naksmbungan suamiku guru ganti

    ReplyDelete
  11. BesttttπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  12. kalau boleh sambung atau update latar belakang azra best juga ek!

    ReplyDelete
  13. bila dah baca yang pertama terasa sedih gembira semua ada bila baca yang kedua lagi bahagia sampai senyum sorang sorang la walaupun rasa macam nak marah ja fizi tu suka sangat salahkan diri sendiri..apapun tabik sis terbaikk

    ReplyDelete