Tuesday 24 February 2015

cerpen : cinta tangkap muat

-Riz-

Apa salahnya kalau umur aku dah nak masuk 30? Bukannya besok tapi dua tahun lagi. Dari mama,papa,adik aku, tok wan dan wan semua la boleh dikatakan paksa aku tamatkan zaman bujang ni cepat2. Mana nak cari calon kalau aku ni sibuk je memanjang. Pening kepala aku dengan benda ni. Aku ni lelaki, bukannya salah kalau kahwin lewat sikit, tak adanya dapat status andartu yang semua perempuan duk takut sangat tu. 

Time picnic macam ni pun semua oramg sibuk duk tannya pasal keputusan aku bila nak kahwin dan dengan siapa. Dan memang aku tersepit sebab tarikh akhir aku tamat hari ni. Dah la semua calon dari setiap ahli keluarga aku pun datang hari ni nak mintak aku punya jawapan. Memang sakit kepala betul la aku kalau macam ni. 

"Give me 5 minutes, and i will choose the lucky one" jawab aku mengalah dan malas bila dipaksa sakan. Tak ada satu pun yang aku berkenan dengan pilihan hati mereka semua ni. Semua ada perangai yang berbeza tapi ada satu benda yang sama,iaitu, HIPOKRIT! depan aku baik gila tapi, belakang aku hanya Allah je yang tahu. 

Aku berserah padaMu Kali ini ya Allah. Berikanlah aku pilihan yang terbaik ya Allah. Dah la tengah picnic tepi pantai, hari ni, saat ini jugak mereka nak aku buat keputusan! Bunuh diri dalam laut la kalau macam ni. Serabut betul.

Ya Allah, siapa yang muncul depan mata aku sekarang ni, dia yang aku akan lamar sebagai isteri. Aku tutup mata rapat2 dan setelah aku baca doa ringkas dan memohon daripada Allah aku buka mata. Bila mata aku bertaut dengan mata perempuan yang cantik bertudung depan aku ni jantung aku berdebar hebat. Ya Allah, dia ke? 

Pantas aku melutut didepannya dan dia yang langsung tak kenal aku siapa terkejut dengan tindakan aku. Semua orang pun turut sama terkejut dengan tindakan aku. Aku melamarnya dengan penuh perasaan dan bila aku buka mata dia berkerut. Eh, tak terkejut ke?

"Encik kenapa ni?" Soal perempuan itu direct. La! Aku berangan je tadi? Ingatkan dah settle bila dia terima tadi. Berangan la pulak. Aku melutut betul2 kali ini dan ni barulah orang kata semua orang terkejut.

"Will you marry me, please?" Lamar aku ikhlas dan semua orang dah berkumpul keliling kami berdua. 

"Just please say yes" pinta aku padanya dan dia terkejut hebat. Entah siapa yang kena tangkap muat dengan aku ni kan?

"Kalau betul nak anak gadis kami,apa kata hantar keluarga datang pinang. Tak payah nak mat salleh sangat" suara seorang lelaki tua buatkan suasana bising sedikit. Dan mereka yang lain setuju dengan apa yamg dicakapkan tadi. 

Keluarga aku terus ambil port di depan keluarga perempuan yang kena tangkap muat ni. Dia nampak macam bingung je lagi dengan benda yang tengah jadi sekarang ni. Macam blur habis dan tak faham apa benda yang tengah jadi.

"Kalau macam tu hujung minggu ni jugak kami masuk meminang!" Mama dan papa nampak bersemangat benar. 

Aku diam di sisi perempuan yang bingung lagi. Aku pun teruk jugak main rembat je! Mana boleh macam tu kan?tapi anggap je la aku ikut cara halal dulu, bercinta selepas kahwin!

-Faz-

"Ibu, walid, Faz tak kenal pun mamat gila tu! Jangan la terima pinangan dia!" Marah Ria Fazura, aku la tu bila keluarga aku gembira dengan lamaran tangkap muat di pantai tempoh hari. 

"Alah, Kak Faz malu kan?" Rasa nak bagi penyepak je adik aku ni. Aku offer pelempang bila dia sibuk duk bersuara dalam perbincangan oramg tua ni. Dia tu baru je nak SPM. sibuk nak campur urusan orang tua.

"Ada pak we tak nak ngaku!" Tambahnya lagi dan laju je tangan aku tumbuk bahu dia kuat. Aku ni jenis ganas sikit dan? Lelaki? Bukanlah sejenis kaum yang aku agak suka sikit, tapi tak bermaksud aku ni tak straight! Straight, tapi kes kawan aku banyak frust dan kes tengok drama banyak sangat sampai aku pun terpengaruh sekali. Parah! 

"Faz, ibu dah pesan jangan suka2 je naik tangan kan?" Aku mengeluh malas dan pandang muka Lee yang tayang sengih bahagia sebab dibela,kaki terus aku ayun dan sepak kakinya depan ibu dan walid lagi. Sakan dia mengaduh lalu memegang kakinya. Padan muka!

"Ya Allah,Faz, masuk telinga kanan keluar telinga kiri benda yang ibu cakap ya?" Suara Ibu dah tinggi sikit. Aku sengih lalu angkat double likes untuk adik aku yamg kurang pelajaran dengan aku ni. Nanti aku jadi cikgu jaga la kau duhai adik kesayangan. Walid dah tak tahu nak buat apa kat aku ni.

"Ibu cakap jangan naik tangan,kalau kaki ok la kan?" Aku bertanya selamba dan mata ibu macam nak terkeluar sebab geram dengan perangai aku yang teruk dan kasar ni. Walid dah tayang senyum nipis mungkin dah bersedia volcano ibu nak meletup dah ni. 

"Jom hantar Lee pergi sekolah!" Tanga aku ditarik Lee dan dia salam tangan ibu dan walid cepat2. Percayalah tak ada seorang pun yang sanggup tahan lava panas volcano ibu. Aku pun tahan sengih dan ikut  Lee keluar dari rumah. Masaklah kalau kena marah. Hahahaha...

"Cantik bro!" Aku usap kepala Lee yang selamatkan aku dan dia pada masa yang sama. Lee tayang sengih dan angkat double likes. Teruk!

"Tengok la anak2 awak tu, saya tak habis cakap lagi dah pergi" 

"Saya nak pergi ladang ni, assalamualaikum" walid terus beri salam dan menghulurkan tangannya kepada ibu. Tangan abah disalami tapi mulut ibu tak henti2 membebel. 

"Like father like daughter and son!" Wah! Ibu cakap omputeh la! Salute!!! Memang lawak betul la keluarga aku ni, walid pun tak stand dengan bahang lava tu agaknya. Hihihi, kesian ibu nak layan kami bertiga dalam rumah ni yang selalu susahkan dia pagi petang siang malam.

-Riz-
  
"Ma, betul ke nak bertunang terus ni?" Soal aku pada mama yang beria duk siapkan hantaran dan barang untuk bertunang nanti. Dah la minah tangkap muat tu aku tak kenal pun lagi nama apa dan aku rasa dia tak suka pun kat aku. Macam mana kalau dia tolak pinangan ni nanti. Kenapalah aku main tangkap muat je,sepatutnya aku larikan diri dari situ dan jangan muncul2 lagi. Kau nak pergi mana Riz? Marikh? Serabutnya.

"Mama tak kira, mama dah berkenan dengan budak tu,keluarga dia pun suka kalau kita masuk meminang terus. Tak payah nak bercinta lama2" bila masa pulak aku dan dia bercinta? Kenal pun idok mama oi! 

"Masalahnya ma...."

"Takkan nak bawak anak dara orang tanpa ikatan selalu? Mama tak suka!" Erk! Aku pulak yang terjerat sekarang ni. Apa aku dah buat ni? Dah la minah tu macam gangster gila, mesti aku kena tembak on head kalau dia nampak muka orang yang dah porak perandakan hidup dia kan? Matilah... mama, mana ada Riz bercinta dengan dia,cinta tangkap muat je tu! Masalah yang tak akan selesai kalau macam ni la gayanya.

"Kira bertunang terus la ya?" Kedua belah keluarga dah bersetuju sangat sekarang ni. Riz tahan gentar bila perempuan yang dia pinang ni jeling dia dengan jelingan maut. Bukan je jelingan maut tapi siap ada api lagi dalam mata tu. 

Riz pandang majlis yang hampir selesai ini, setelah semua selesai dan cincin disarungkan Riz rasa hidup dia lepas ni memang dalam masalah. Setelah semuanya selesai, kedua belah keluarga bagi peluang kepada Riz dan Faz berbual tentang hari bahagia mereka nanti. 

"Kau ni siapa? Apesal pinang aku?" Soalan kasar serta tujahan di bahu Riz buatnya kecut. Dia telan liur dan cuba untuk bertenang tapi memang jelas yang dia cuak.

"Sorry, my mistake. I didnt mean to" 

"Tak payah nak perasan omputeh sangat! Cakap! Kenapa pinang aku?!" Marahnya dah membuak buak. Riz terundur ke belakang dan akhirnya dia tersandar pada keretanya. 

"Bukan saya yang pinang, keluarga saya. Hari tu saya tersepit sangat dan saya main lamar je. Tak tahu pulak yang awak boleh muncul kat situ"

"Jadi,kau nak salahkan aku la ni?" 

"Bukan! Saya minta maaf. Macam ni,ni tunang je kan? Nanti kita urus macam mana tak nak kahwin. Ok?" Faz tenang sedikit dan dia berpeluk tubuh di depan lelaki yang dia rasa nak siat2 je kulit dia ni. 

"Fine! Jangan sampai kita kawin!" Ugutnya pula. Riz telan liur dan mengangguk faham. Setelah itu Faz berjalan masuk ke dalam rumah dan setelah semua orang balik, Faz dan Riz masing2 merancang cara untuk halang perkahwinan sendiri. Rasa macam idea tak logik je kan?tapi itu la keputusan mereka berdua.

"Cerita lawak negeri mana ni Riz oi?!" Zarif terus ketawa terbahak bahak bila dengar cerita cinta tangkap muat Riz yang membawa kepada penderitaan Riz sendiri. Nasib badn la dapat tunang  gangster habis.

"Diamlah kau!"

"Garang gila tunang kau tu" 

"Memang pun! Kecut aku kau tahu tak? Tapi nama macam ayu je"

"Apa nama tunang tangkap muat kau tu?" 

"Ria Fazura" Riz sebut tanpa nada sebab asal sebut je dah boleh rasa cuak.

-Faz-

Aku menguis makanan dalam pinggan. Memang hilang terus selera nak makan dengan status sekarang ni. Kenapalah jadi macam ni? Dah jenuh aku cakap yang aku tak kenal mamat gila tu tapi keluarga aku tak nak dengar. Sesuka rasa dia je nak lamar aku kan? Walid pun sama la duk percaya sangat kat mamat gila tu pehal? Entah baik ke jahat aku sendiri tak tahu! Mahunya dia jual aku macam mana? Tapi macam anak orang kaya je kan? Takkan nak jual aku pulak.

"Kau kenapa ni?" Soal Fariha, atau Far je aku panggil. Kami ni macam belangkas dan kembar. Aku Faz dan dia Far. Best bunyi dia kan?

"Aku dah bertunang la Far" aku jawab lemah dan minah suka terkejut ni terkejut beruk la apa lagi.

"What?! Bila?! Siapa?! Tak cakap pun!" Aku tersengih macam kuda belang bila dia naik angin. Bukan kuda belang biasa2 ok! Kuda belang madagascar ni!

"Dua hari lepas, sebelum balik kolej. Ni semua walid dan umi yang aturkan tau. Entah mamat gila mana yang pinang aku" aku hentak sudu atas pinggang dan bersandar lemah pada kerusi cafe. Far pandang aku kesian sebelum dia mengusap belakang aku lembut.

"Hurm, kes kahwin atas pilihan keluarga la ni?"

"Bukan kahwin la weh! Tunang je. Lagipun, aku dah warn mamat tu. Jangan kahwin dengan aku!"  Aku tergelak lagi bila mulut Far membentuk huruf O sebab terkejut sangat. Aku tutup mulutnya dan dia terus terjerit.

"Gila kau! Habis tu tunang buat apa?"

"Sebab walid suruh la. Dah la, cakap pasal benda lain la" 

"Macam dalam drama la pulak kau ni eh? Macam mana nak plan tak nak kahwin? Wedding planner je aku penah dengar. Wedding breaker ada satu je! Ariana Rose!" Aku gelak bila kaki drama macam Far ni duk sangkut pautkan kisah aku dengan drama yang dia tengok. Dah la kaki novel! Penat aku nak mendengar cerita dia setiap kali habis baca novel. Wow situ wow sini. Aku lempang sekali baru wow wee!! Hehehe.. tak daknya aku nak lempang housemate aku ni ha.

"Aku the wedding breaker kedua. Ria Fazura! Nanti kita buat teater or what ya" bahu aku ditumbuk kuat bila aku perli dia balik.

-Riz-

"Riz,pergilah tengok baju pengantin!" Mama aku ni dari hari balik tunang lagi tak habis2 duk paksa aku buat benda yang sama. Ni yang buat aku rasa nak larikan diri dari sini. Elok2 aku jarang2 balik rumah sepatutnya mama belai and manjakan aku or what la, ni tak, semuanya nak porak perandakan hidup aku. Masalah.

"Riz busy la ma, lagipun bukan nak kahwin esok pun. Nak tunggu budak tu grad dulu kan?"

"Ha? Bila kamu discuss macam tu? Lagi setahun la kalau macam tu" 

"Ala ma, setahun je pun"

"Tapi..."

"Ma,Riz nak balik dulu la ya?" Aku terus bangun salam mama dan cium pipinya lalu keluar dari rumah. 

Tu dia,dah start dah dia punya kereta api. Membebel laju macam kereta api, berhenti untuk tarik nafas je lepas tu sambung lagi. Hehehe. Aku garu dahi yang dah berkerut,cepat tua aku kalau macam ni terus ha.

-Faz-

Walid marah betul kat aku ni ha,sampai dah menjerit jerit marah. Aku takut nak tengok muka walid yamg garang macam singa. Kali ni walid memang marah betul sampai datang rumah sewa aku.

"Yang kamu pergi pukul anak orang tu kenapa? Mujur dia tak dakwa kamu tahu tak? Kalau tak dah tidur dalam tu!"

"Walid, dah dia tu yang cari pasal..."

"Dia yang cari pasal ke kamu yang cari pasal? Dulu Rizal,Jaafar, Nabil. Kamu pukul sampai masuk hospital. Ni siapa pulak? Malu walid tahu. Kamu tu perempuan!"

"Patah tangan je pun si Karim tu" aku jawab tanpa rasa bersalah. Siapa suruh dia rosakkan motor kesayangan aku tu. Memang cari maut namanya.

"Patah tangan je?! Ria Fazura! Walid dah buta kata nak nasihat kamu ni."

"Dah dia yang pancitkan tayar motor Faz" aku bukan nak melawan tapi dah memang tak salah aku. Ni semua dia punya pasal la!

"Tak tanya kenapa dia pancitkan tayar motor kamu? Sebab kamu baling cat kat kereta dia kan?!" Erk! Walid tahu ke pasal benda ni. Aku tenung lantai lagi sekali. Ok! Aku mengaku tu semua salah aku.

"Kamu dah 23 tahun! Takkan nak walid rotan kamu lagi? Walid dah buat keputusan,hujung bulan ni kamu kahwin!" Mulut aku ternganga dan belum sempat aku jawab apa2 Walid dah keluar dari rumah sewa aku dan kereta walid memecut pergi.

"Walid!!!" Panggilan aku sia2 je la. Aku tendang pintu sehingga jari kaki aku luka dan berdarah sedikit. Ni semua Karim punya pasal! Yang dia nak lapor kat bapak aku tu kenapa? 

"Ahh!!!!" Jerit aku sehingga anak jiran aku keluar dari rumah. Ni lagi satu! Manusia yang suka buat aku bengang.

"Kau pehal?!!!" Laung aku kuat dan dia terus lari masuk dalam rumah. Aku hempaskan badan atas sofa dan mengurut kepala yang terasa sakit dan serabut ni. Tudung aku cabut dan buang ke lantai. Walid tak boleh buat aku macam ni.

"Kau ok Faz?" Soal Far takut2. Bukan dia tak kenal, kalau aku mengamuk KLCC pun boleh runtuh tau! Lepas tu Ultraman je yang dapat amankan keadaan. Sekali laser je dah mati aku ni. Ha! Otak kartun la pulak! Ceh! Cerita ultraman pun time ni la kau nak jenguk memori aku eh.

"Bukak tv Far!" Arah aku dalam marah. Far tak cakap banyak terus bukak tv dan duduk di sebelah aku.

"Pasang CD ultraman!" Arah aku lagi. Aku ada koleksi ok! Peminat tegar ultraman sejak lahir ni. Cerita je ultraman apa,semua aku tahu!

-Riz-

Macam mana pulak weds dipercepatkan ni? Hujung bulan dah nak kahwin? Confirm! Mati aku dikerjakan dengan minah gangster tu nanti. Tak senang duduk betul aku kalau macam ni. Arh!!! Serabutnya! Kalau macam ni baik aku pergi benam dalam tasik bera je. Masalah negara la aku ni kan?

"Pa, kenapa tiba2 nak cepatkan pulak? Setahun bukannya lama pun" protes aku lemah.

"Nak buat macam mana? Keluarga perempuan yang nak cepatkan" 

"Baguslah! Tak sabar mama nak dapat menantu. Cantik Ria Fazura tu" aku mengeluh dan mengangguk lemah. Tak guna jugak nak protes sekarang ni sebab kputusan bukan di tangan aku.

-Faz-

"Saya nak jumpa Riz Fazran!" Aku tak peduli terus merempuh masuk bilik Riz yang hanya ada dia dan seorang lelaki yang sedang berborak. Terus dia berdiri bila aku masuk. Muka dia pun macam terkejut habis, mau tak terkejut dah la aku datang dengan tornado sekali bukan bawak angin sempoi2 bahasa ok!

"Dhia,awak boleh keluar" ujar Riz bila tengok SU dia masih lagi duk usaha nak halang aku masuk.
Aku pandang su dia yang terus berlalu keluar bila Riz arah. Macam gaya bos besar je mamat ni.

"Aku keluar dulu bro!" Lelaki yang ada bersama Riz pun dah angkat punggung untuk keluar. Tapi, dah kenapa pulak muka Riz macam tak nak bagi lelaki tu keluar pulak? Ish! Prasangka betul ni...

"Duduklah..." pelawaan dia tak menarik langsung. Baik offer teh ais ke best jugak time tengah panas luar dalam ni. Dia nampak kecut bila nampak muka aku, nampak sangat yang aku ni garang kan? Ah! Peduli apa.

"Kenapa kau setuju? Cakap tak nak kahwin dengan aku!" Suara aku memang tak pernah nak rendah kalau bercakap dengan lelaki ni ha. Biar dorang tahu yang perempuan ni tak lemah.

"Saya minta maaf. Saya sendiri baru je tahu pasal benda ni"

"Baru je tahu kepala hotak kau!" 

"So...sorry... saya tahu macam mana boleh jadi macam ni. Saya tak sempat nak buat apa2 pun"

"Ei! Kau ni aku nampak kecik je!" Aku melangkah dengan perasaan marah ke arahnya dan dia terus bangun dari kerusi selesanya dan bergerak keluar dari kwasan meja. Macam gaya nak main kejar2 la pulak. Dia berjalan ke sofa dan berdiri di situ. 

"Nak lari pulak?! " suara aku semakin meninggi.

"Ok, kita settle cara baik. Cara meja bulat. Bukan cara agkat pedang. Boleh?" Soalan dia hampir buat aku tergelak. Ingat ni zaman Dinasti Ming ke nak main2 pedang pulak. 

Aku mendekati dia dengan laju dan tanpa sedar aku terpijak tali kasut aku sendiri lalu terjatuh. Ibu!!! Malu!!! 
Erk! Ada orang sambut aku la pulak, aku buka mata dan aku tengah cantik landing atas dia dan atas sofa lagi. Cepat2 aku bangun dan menjauhkan diri dari dia. Bahaya betul! Ok! Misi menyerang gagal, kita tunda misi ni. Sekarang kena larikan diri sebab aku dah tak tahu nak cakap apa.

"Bye! Tu je yabg aku mampu cakap lalu keluar dengan tergesa gesa. Laju benor jantung aku sekarang ni. Kenapalah tali kasut ni pun nak terurai saat tu. Kalau tahu macam ni aku pakai selipar jepun lagi baik!

-Riz-

Matilah aku, kenapa kena kawin dalam masa terdekat pulak. Aku tak takut tang tu yang aku takut bakal isteri aku tu. Bukannya maksud takut aku tu nak tunduk pada isteri, tapi aku takut dia protes terus dan namanya kahwin tu macam atas angin je. 

Aku ikhlas terima dia sebagai isteri aku Ya Allah. Tapi macam dia takkan dapat terima aku sebagai suami. Nanti nak hidup sebumbung macam mana kalau satu suka A satu lagi suka Z. Masalah besar nanti. Tapi kenapa perkahwinan kami ni jadi mudah je? Tak ada halangan pun malah dipercepatkan lagi. Benarkah jodoh kami begitu kuat Ya Allah?

"Riz, ustaz nampak kamu macam bermasalah je" aku tersentak bila ditegur ustaz yang aku kenal rapat di masjid. Aku senyum sebelum menggeleng menandakan yang aku ok.

"Ustaz boleh nampak dalam anak mata kamu Riz" bahu aku diusap lembut. Kali ini aku senyum dan menekur sejadah.

"Boleh Riz tidur sini malam ni? Riz nak qiamullail" 

"Boleh, Riz tak nak cerita kat ustaz ke?"

"Bukan ustaz, Riz cuma keliru je. Riz dah bertunang ustaz" 

"Apa? Bila?" Jelas yang suara ustaz Aman terkejut. Hehehe. Mahu tak terkejut dah namanya pun tangkap muat je. Aku senyum sebelum menjawab.

"Dah dua minggu ustaz"

"Oh, siapa?" Soalan ustaz ni aku payah sikit nak jawab. siapa ek? Gangster? Hahahaha.

"orang sini je ustaz. Tapi ustaz, masalah kat sini ialah,kami tak saling kenal dan percaturan perkahwinan kami macam tak di duga langsung. Tup tup hujung bulan dah nak kawin. Tunang saya tak nak kahwin lagi ustaz" jelas aku dan ustaz angguk faham. Dia usap belakang aku dan tersenyum.

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Mungkin jodoh Riz dann dia. Ikhlaskan hati dan doa, minta dengan Allah moga dipermudahkan" aku senyum bila dengar nasihat ustaz. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ini. Terus aku doa dalam hati.

"Terima kasih ustaz"

"Sama2. Melepas la ustaz nak jadikan kamu menantu" ustaz gelak sedikit dan aku telan liur. Biar betik ustaz ni ada impian nak jadikan aku menantu dia. Tapi, anak dia lawa doh! Ustazah gitu... memanglah tak sesuai dengan aku yang bukan macam pak ustaz ni.

-Faz-

"Pedia???? Kau serang tunang kau kat ofis???" Alah, yang tu pun nak kecoh macam tak biasa aku buat macam tu selama ni. Far ni pun over betul kan? Hehehe. Aku tayang sengih sambil tengok muka dia yang tak percaya lagi hakikat sebenar.

"Kau pukul dia ke?" Soalnya lagi. Kalut benar macam tunang aku tu abang dia je. Hish! Apa punya orang la dia ni duk risaukan orang yang dia tak kenal. Sibuk aje nak tahu.

"Tak ada la! Tak sempat nak pukul pun" 

"Nasib baik. Habis tu kau buat apa?" Bila soalan tu naik tiba2 je aku rasa muka aku jadi bahang. Panas sangat ke cuaca hari ni. Tapi kat luar rumah sewa aku ni tengah hujan. Ke haba datang dari mana?

"Pehal kau blushing tetiba ni?" Soalan sekali dengan kerutan tahap sutera masuk washer yang Far hadiahkan untuk aku ni ha. Aku palingkan muka ke arah lain. Kantoi la nanti yang aku jatuh atas mamat sengal tu.

"Kau buat apa kat dia?!" Soalnya lagi. Kali ini lebih tegas ha.

"Tak sempat buat apa2 la..." aku bangun dari sofa dan nak bergerak pergi tapi Far halang aku.

"Cakap!" Ujarnya sambil senyum menakutkan. Dah pehal pulak minah ni.

"Kau ni, bila bab gaduh dengan lelaki no 1. Tapi, kau cepat blushing kalau kau tersentuh lelaki kan? Cakap! Kau dah tercium dia ke apa?" Mata aku membulat besar! What?!. 

"Gila! Mana ada tercium! Aku jatuh atas dia je, terpeluk sikit je. Tu pun tali kasut punya pasal!" Erk! Aku segera tutup mulut bila dah terlanjur cerita kat Far. Ha! Kan dah senyum perli dia bagi kat aku. Aku sekeh jugak minah ni kang. Ei! Geram betul aku! Far ni boleh dikatakan dia tahu semua pasal aku ha.

"Wah! Patutlah blushing bagai."

"Ni bukan blushing! Tapi nak marah! Faham tak?!" 

"Eleh! Aku kenal kau dari kita umur 13 tau. Dah 10 tahun pun. Ada hati nak tipu aku"  dia menyendeng nyendeng bahu aku mengusik. Geram pulak aku rasa dengan minah ni.

"Diam la kau! Ke, kau nak aku cakap dekat Zul. Yang kau hari2 usha dia main squash?" Turn dia naik angin. Hahaha. Tahu pun nak marah usik orang tak ingat dunia.

"Kau janga Faz! Aku kerat lidah kau nanti!" Marahnya kuat dan aku gelak sakan. Ingat dia je ada senjata, aku punya senjata on head ok! Hahahaha... 

"Ok! Boleh settle. But! Jangan ungkit lagi pasal benda ni"

"Settle! Tak ungkit lagi dah" ujarnya cepat dan aku senyum puas hati. Bagus! Hehehe... 

-Riz-

Persiapan dah siap semua ni, hari ni kena jemput dia kat kolej nak try baju pengantin. Masaklah aku kalau dia bakar aku hidup2 ke or macam2 la lagi. Aku melepaskan keluhan berat dan turun dari kereta, nak call dia ke tak eh? Masalah negara jugak kalau macam ni. Yang aku takut sangat ni kenapa? Ingat aku tak sado ke kalau stakat nak balas balik kalau minah tu pukul aku. Tapi, tak macho la kalau aku pukul perempuan. 
Aku berjalan masuk ke cafe, minum dulu la kalau macam ni. Aku terus membeli mineral sejuk dan duduk di meja kosong. Tak ramai pun student ni,mesti kelas tengah penuh ni kan? Hurm. Rindu pulak zaman aku belajar dulu. 

Bila aku dah bosan aku buang pandang ke kawasan sekitar, dan ada sekumpulan pelajar perempuan yang senyum ke arah aku. Aku dengan ramah membalas senyuman mereka dn memandang ke tempat lain pula.

"Tunang aku la..." aku ternampak dia dengan....Far! Adik sepupu aku kan? Erk! Mereka berdua ni kawan baik ke? 

"Ria Fazura!" Aku panggil nama penuhnya dan dia mencari cari suara aku. Aku senyum sebelum bangun dan mendekatinya. Bila Far dan aku berpandangan memang Far terkejut. Aku pun terkejut jugak.

"A..." belum sempat dia habiskan panggilan abang aku cepat2 buat gaya kerat leher. Mohon dia jangan cakap yang dia kenal aku dan dia angguk faham.

"A.. apa?" Soal tunang aku geram.

"Awak ni siapa?" Soalan Far memang buat aku rasa geli perut. Dia sengih dan aku turut sama sengih. Pandainya adik sepupu aku ni kan? Hehehe.

"Kau buat apa kat sini?" Soalan tunang aku ni pulak memang tak boleh blah langsung. Nak menyinga aje dia tahu. Singa tengah period ke apa? 

"Err..."

"Kau ni Faz! Cakap la elok2 skit. Dia datang elok2 kan?" Marah Far dan aku buat muka kesian sikit. Far dah nak gelak tengok muka aku. Aku dan Far memang rapat. Dia cuma tahu aku bertunang tapi tak sempat lagi nak kenal. Tak payah kenal la sebab aku rasa dia lagi kenal tunang aku ni.

"Siapa suruh dia datang. Kalau dia datang bawak senapang gajah sekalipun aku tak takut la!" Balas Faz selamba dan aku kecut lagi. Memang ganas tahap maksima betul tunang aku ni ha. Far menggelengkan kepala dan aku hanya diam. Aku pandang Far yang seakan nak cakap sesuatu dengan aku, ish, aku pun rindu degan si kecik ni ha.

"Hai, saya Far" dia perkenalkan diri macam baru kenal,pandai betul dia berlakon kan?

"Hai! Riz, abang Riz" aku hulurkan tangan untuk bersalam macam biasa dan macam biasa jugak dia nak balas salam aku. Tangan yang dia hulur ditarik cepat oleh Faz.

"Sejak bila kita salam dengan bukan muhrim ni?" Soalan itu memang tepat atas dahi aku dan Far. Haah! Aku masukkan tangan dalam poket seluar dan senyum pandang Far. Nasib baik tak kantoi.

"Kau pun, tak payah nak berabang sangat. Nama bapak sama ke?" Soalan dia kalau sekali kena memang pedas habis la weh. Aku gelengkan kepla dan pandang Far lagi. Aku lebih rela pandang Far daripada muka garang depan aku ni. Tapi, both of them are cute actually.

"Erm, saya nak ajak awak pergi try baju pengantin." Aku bersuara perlahan. Sudah! Singa ni dah mula nak naik darah nampaknya, matilah aku. Far sayangku, tolonglah abang.

"Boleh Far ikut?" 

"Eh, aku tak setuju lagi. Tapi, kalau kau nak ikut. Ok la!" Dia menonong ke depan dengan menarik tanfan Far. Far pandang belakang dan sengih pada aku. Aku angkat simbol like padanya dan berjalan di belakang mereka. 

Berapa hari Faz protes sebelum terima yang kami akan berkahwin jugak. Lama2 dah tak ada dia ugut aku suruh putuskan pertunangan ni, mungkin dia dah penat nak membantah kot. Tapi, tak pernah pun dia bercakap baik2 dengan aku. Tapi sepanjang aku jadi tunang dia, selain dari dirinya yang kasar dan gangster dan garang sekaligus, dia sangat baik hati. 

Walaupun dengan aku buat macam aku ni penjenayah yang wajib dihukum. Kalau ikut cerita ni, memang aku macam penjenayah sebab buat dia kawin dengan orang yang dia tak kenal langsung dan buat dia kahwin awal.

-Faz-
 
Erm! Nak kena try baju pengantin la pulak. Aku ambil baju yang disediakan dan terus masuk ke dalam bilik persalinan. Bila aku keluar je dia dah tak ada kat situ. Ok!

"Tunang kau cakap dia tunggu luar."

"Ya? Kalau dia tak suka baju ni macam mana?" Soal aku pula. 

"Dia cakap, dia nak tengok bila hari kahwin nanti. Dia nak tengok yang halal katanya" 

"Oh! Tahu pulak halal haram. Nak salam dengan kau tadi tak fikir?" Ha! Ambik kau sedas perlian aku. Bukan main lagi cakap pasal nak tengok yang halal. Kalau nak sentuh yang tak halal macam mana pulak? Tak dosa? Nak tunjuk baik la tu kononnya.

-Riz-

"Aku terima nikahnya, Ria Fazura Binti Rahman dengan mas kahwinnya 777 ringgit tunai" alhamdulilah, dengan sekali lafaz sahaja ya Allah. 

Segala kekuatan yang ada tadi datang dariMu ya Allah. Kini, dia isteriku dan setiap buruk baiknya aku pohon berikan aku kekuatan untuk membawanya ke syurgaMu ya Allah. Moga amanah yang bapa mertuaku titipkan untuk aku ini dapat aku jaga dengan baik Ya Allah. Moga perkahwinan ini diberkatiMu ya Allah.

"Terima kasih Riz" aku membalas pelukan walid yang menitiskan air matanya setelah mengahwinkan aku dengan satu satunya puteri yang dia ada. Aku tersenyum dan mengesat air mata yang gugur di tubir mata 
walid.

"Riz yang perlu berterima kasih, terima kasih kerana percayakan Riz dan bagi Riz peluang untuk masuk dalam keluarga ni" aku cium lagi sekali tangan kekar walid dan walid mengusap lembut belakang aku. 

Benarlah, yang tangisan seorang ayah adalah di hari bahagia anaknya. Ya Allah, jika aku diberi peluang untuk memegang gelaran sebagai ayah,moga aku mampu menjadi seorang ayah yang baik seperti papa dan walid.
Aku beralih ke papa dan aku salami tangan tua itu pula. 

"Jadilah suami yang baik. Menantu papa adalah anugerah dalam keluarga kita." Aku senyum pandang papa. Air mata aku juga menitis bila rasa bersyukur yang teramat dengan nikmat yang Allah berikan. 

Selesai satu lagi tuntutan agama di bahuku. Kini,yang aku akan galas lagi berat,moga Allah permudahkan semuanya. Amin.

Pengantin perempuan berada di sebelah tabir di bahagian perempuan. Aku hanya pandang tabir yang tertutup itu lama dan tersenyum. Isteriku, Ria Fazura, semoga ada bahgia untuk kita. Sebelum pembatalan air sembahyang,aku sujud syukur dan solat sunat hajat dua rakaat. Ya Allah, moga hubungan kami tidak berakhir dan kekal sehingga ke syurga.

-Faz-

Memang aku agak marah sebelum perkahwinan ini berlangsung. Semalaman aku tak tidur sebab aku istikharah dan solat hajat mintak pada Allah. Moga Allah tunjukkan jalan yang sepatutnya untuk aku dan setiap kali aku selesai berdoa, bayangan Riz dengan berbaju melayu putih meminta aku mendekatinya. 

Aku banyak kurangnya tapi aku akan cuba untuk tidak menderhakainya. Aku solat sunat hajat dua rakaat dan kembali ke tempat asal untuk majlis pembatalan air sembahyang. Memang tangan ini pernah memukul lelaki ajnabi tapi, tangan ini tak pernah membelai atau memyalami tangan lelaki ajnabi. 

Debaran aku rasa tatkala salam darinya di beri. Aku menjawab sambil merenung jari sendiri. Jemari aku disentuh dan aku berdebar hebat, lantas sebentuk cincin disarungkan di jari manis aku. Sejuk tangannya tidak terasa kerana tangan ku juga sesejuk itu. 

Aku angkat wajah dan dia tersenyum memandangku. Tangannya aku salam dan cium dan dia membalas dengan mencium tangan aku balik. Dahi aku dicium pula dan satu doa dititipkan kepada aku. Amin ya Allah.

Majlis kawin dah selesai dan kini, hanya aku dan dia berdua di dalam bilik pengntin. Dengan pakaian pengantin lagi. Aku yang gangster ni dah agak rimas bila pakai baju macam ni dan tudung lilit sana sini tapi, malu la pulak nak bukak tudung depan dia. 

"First, saya tengah cuba untuk terima awak. Second, maafkan saya kalau saya ada terkasar bahasa or what. Saya harap awak tak memaksa saya untuk terus terima semua ni secara total" 

ok! Kira baik sangat la tu dah bahasakan diri awak saya. Penat aku praktis dengan Far tau. Walaupun aku tak mampu nak ikut semuanya scara total tapi aku akan cuba. Kahwin ni pun bukannya benda yang pernah terlintas dlm benak aku.

"Ok,tapi,awak tak boleh hentikan saya untuk buat awak terima saya" 

"Hurm? Ok. Tapi, jangan lebih2 sangat. And! Saya tak suka kalau over romantic. Rasa nak pitam je" aku bersuara tegas dan dia ketawa kemain lagi. Aku buat lawak ke tadi? Memang tak la.

"No worry. Saya bukan lelaki romantic pun" ujarnya lalu terus masuk dalam bilik air. 

Aku lega dan buka tudung yg melilit lilit ni. Aku rasa ada jugak masuk metro orang mati terbelit shawl ni. Susah benor nak buat benda yang kita tak pernah buat kan? Dah sepuluh minit aku berperang dengan shawl ni,karang ada jugak aku ambik gunting. 

Berapa juta pin yang dia pasang ni? Hish! Benci sungguh! Dah la panas! Rimas! Serabutnya! Aku buka laci dan tersengih sikit bila jumpa gunting. Goodbye shawl! Kau yang susahkan hidup aku. Baru je aku nak gunting terasa tangan sejuk pegang tangan aku. Gunting di tangan aku dah di ambil. 

Erk! Riz ke? Aku pandang belakang dan nak tercabut kepala aku bila muka aku betul2 depan badan dia, dah la tak pakai baju! Tapi, wangi kot. Gila!!!! Nama pun lepas mandi. Aku pandang depan dan pandang dia dari cermin, kurang asam betul dia ni kan?

"Kenapa ni?" Soalnya lalu menyimpan gunting dalam laci. Nasib baik aku dah ikrar tak nak belasah suami sendiri,kalau tak ada orang terlekat kat dinding malam2 ni.

"Susah nak bukak. Banyak pin!" Aku jawab garang dan dia gelak sikit.

"Biar saya tlong buka ya?" Terus tangannya mencabut satu demi satu pin yang ada.

Aku curi pandang wajahnya yang tersenyum melakukan kerja itu. Dah la tak pakai baju ke apa, sia2 je duk tayang depan aku ni ha!. Buat kurang pahala puasa aku je, eh, bila pulak orang puasa malam hari ni?

"Dah! Jangan la main benda tajam macam tu lagi. Bahaya" pesanan dia buat aku tergelak. 

"Bukan tu je saya pernah buat. Potong rambut sendiri pun saya pernah buat tau!" Ha! Ternganga dia bila aku cakap mcm tu. 

"Ya? Biar betul?" Soalnya tak percaya langsung. Aku buangkan shawl dan biarkan rambut pendek aku yang hanya betul2 paras bahu ni terurai. Dia diam tak berkutik dan aku berkerut. 

"Awak ni! Jangan buat macam tengok saya ni botak boleh tak?" 

"Sorry, nanti awak jangan potong rambut lagi eh. Cantik kalau rambut awak panjang" aku terdiam. Erk! Dia nak puji aku ke tu? Aku diam dan ambil tuala lalu terus masuk dalam bilik air. Baju tidur sekali!

-Riz-

Aku pandang dia yang dah bersedia untuk tidur. Aku senyum lalu mengambil bantal di sebelahnya dan bergerak ke sofa. Dia nampak macam penat gila kot. Baru je aku buka satu langkah tangan dia dah memegang bantal yang aku pegang. Alah, takkan bantal pun tak nak bagi aku pinjam kot.

"Saya pinjam bantal ni" aku bersuara perlahan dan dia tarik bantal yang aku peluk dengan kuat sehingga terlepas. Lepas itu dia tepuk2 bantal di sebelahnya. Dah pehal pulak ni?

"Tidur sini je. Tak payah nak buat macam dalam drama sangat. Tapi!!! Saya ni budak lagi kan?" Aku tunggu ayat dia yang selanjutnya. Entah apa yang dia fikir aku pun tak tahu.

"Lagi stahun nak habis study" aku diam lagi. Tunggu ayat dia yang seterusnya.

"Saya tak bersedia lagi untuk itu. Sorry" cakapnya laju dan aku tak faham maksud dia. Untuk itu? Dah apakebenda pulak?

"Untuk apa?" Soal aku terus.

"Untuk tu la!!!" Amboi! Marah ni ha.

"Ya la,untuk apa?" Aku memang betul2 tak faham maksud dia. Bahasa isyarat ke apa? 

"Untuk malam pertama la ngok!" Jeritnya kuat dan mata aku membesar. What? Dia ingat aku ni pervert ke apa? Aku pun tak pernah terfikir sampai situ la. Ish! Budak2 punya otak dia ni.

"Mana ada saya fikir! Tak terlintas pun dalam otak saya."

"Bagus!" Dia berkata tegas dan terus masuk dalam selimut. Comel betul dia ni. Aku tersenyum segaris.

"Selimut dalam almari sana. Atas sekali!" Dia menunjukkan almari kayu itu dan aku terus menju ke sana. Bila aku cari tak jumpa la pulak selimutnya.

"Tak ada pun" aku bersuara perlahan dan cuba cari lagi. Aku dengar orang merengus dan berjalan ke arah aku. 

"Ish! Cari pakai mata la! Pakai otak buat apa?" Aku terkejut. Bukan kena guna otak ke sepatutnya. Macam2 la isteri aku punya pemikiran ni. 

"Dah tinggi macam galah, benda depan mata pun tak nampak" 

aku nampak dia tarik sesuatu di bahagian atas almari yang tggi tu. Tak padan dengan pendek dan kecik, sampai pulak dia. Baru je aku nak tolong dia dah lompat dan menarik selimut tu kuat, selimut dah terbuka lebar dan dia yang main lompat je terus terkam aku dan kami sama2 jatuh sebelum satu kotak lain jatuh. 

Nasib baik tak hempap kami tapi!!!! Dia yang hempap aku dan???? Bibir kami bertemu sehingga aku dan dia sama2 bisu. Dah la dalam selimut yang menutup badan kami berdua. Mata aku dan dia bertentang hebat.

"Ya Allah! Apa dah jadi?!"suara cemas Walid, ibu dan Lee membuatkan kami terkejut. 

Segera dia jauhkan wajahnya dariku dan keluar dari selimut. Semua mata pandang kami terkejut dan tiba2 muka ibu blushing buat aku perasan sesuatu. Erk! Faz masih lagi berada atas aku. Aku bangun dari baring dan letakkan Faz diatas lantai. Terus kami berdua yang masih terkejut berdiri tegak. Muka tak payah cakap la merah macam badut ha. Malunya.... aku yang lelaki ni pun boleh rasa malu sampai tak tahu nak campak muka kat mana. 

"Maaf la ganggu. Walid ingatkan bunyi apa yang jatuh tadi. Teruskanlah" aish! Aku dah tak tahu mana nak baling muka aku time ni. Aku pandang Faz yang dah seratus peratus pandang lantai. 

"Tak ada apa pun walid. Mana ada ganggu. Riz tolong Faz cari barang je. Kan?" Aku tanya Faz yang diam je. Kemudian dia angguk dan angkat muka. Entah apa yang dia marah sangat bila terus menonong ke pintu bilik,semua orang pelik,tapi bila telinga Lee dipulasnya kuat orang lain dah faham. Hailah,bini aku ni.

"Sakitlah kak Faz!" Aduh Lee. Tapi Faz tak peduli. Aku tergelak dengan teletah Faz,tadi malu kemain sekarang garang pulak.

"Dah la tu Faz. Tak malu suami kamu tengok?" Ibu bersuara dan Faz melepaskan Lee. Merah gila kut telinga Lee. Aku berkerut macam aku pulak yang kena pulas telinga 
tu.

"Selamat malam semua. Assalamualaikum." Faz bersuara selamba dan yang lain tersenyum sebelum beredar. Aku terus kemas barang yang bersepah bila pintu tertutup rapat. Matilah aku kalau dia marah aku nanti. Dia datang menolong aku kutip barang2 nya.

"Tak payah tlong. Ambil selimut dan pergi tidur terus" dia berkata tenang dan aku? Memang tak la nak melawan. Malu tadi pun ada lagi ni. Jadi,tidur lagi baik!

- Riz-

"Selamat pagi ibu, walid" sapa aku dengan senyuman. Macam biasalah pagi2 ni kena la senyum selalu barulah hati pun senang. Ibu dan walid membalas senyuman aku dan menjemput aku sarapan sama2. 

"Mana Faz?" Ha! Soalan ni pun aku nak tanya kat ibu sebenarnya. Lepas subuh terus dia hilang entah ke mana? Kalau nak main sorok2 takkan tak ajak aku kot.

"Tadi ada ibu. Tiba2 je hilang" aku buat2 gelak. Hehehe. Mampus kalau kantoi tak tahu bini pergi mana.

"Oh, jogging kot. Selalunya pagi2 macam ni Faz jogging" erk! Setiap pagi jogging? Patutlah ganas semacam je stamina kuat rupanya. Aku ni pun kaki jogging jugak tapi tak ada la hari2. 3 kali seminggu tu ada la kot.

"Ya la kot. Kalau macam tu ibu dan walid makan la dulu, Riz nak tunggu Faz" cewah! Suami mithali la ni kononnya, padahal aku malu nak makan bertiga dengan mereka je. Malu semlam pun tak habis lagi ni.

"Tak payah tunggu Faz. Entah bila baliknya"

"Ya? Lee mana ibu?" Adik ipar aku ni pun menghilang aje kerjanya. Baru aku tahu semalam yang Lee ni satu skolah dengan adik aku Sham tu. Patutlah suka kemain aku kena kahwin dengan Faz. 

"Lee ada latihan bola." Ok! Memang dah tak ada cara lain. Nampaknya kami bertiga je la yang makan hari ni. Aku mengambil pinggan yang berisi nasi lemak yang disua ibu.

"Terima kasih ibu, Riz suka betul nasi lemak ni" aku trsenyum manis dan ibu turut sama senyum.

"Nanti mintak Faz belajar masak. Ibunya pun ajar la Faz nanti"  aku nak mintak Faz belajar memasak? Alamatnya aku yang dimasaknya nanti.

Mana dia pergi ni? Dah nak pukul 10 pagi, lama betul jogging. Keluar tam pukul 7 lagi. Ke dia jogging satu KL kot. Aku bergerak ke dapur untuk bertanya kpd ibu.

"Ibu, memang Faz jogging lama macam ni ke?" Soal aku risau. Ibu yang sedang mengemas dapur memandang aku.

"Tak pernah lama macam ni. Selalunya pukul 8 dah balik"

"Ya ke bu? Riz call tak angkat. Dia tinggal fon. Riz risau la bu"

"Tak ada apa kut"

"Ibu, Riz keluar cri Faz ya. Tak sedap hati ni" 

"Ya, hati2" aku angguk faham dan terus pergi. Mana aku nak cari dia ni?

Tak ada orang pun kat taman ni. Selalunya dia jogging sini ibu cakap. Dah la hati aku pun rasa semacam je ni. Ya Allah, engkau lindungilah isteriku. 
Puas aku melilau cari dia tapi sikit pun tak perasan dia kat mana. Faz...

"Faz!!!" Jerit aku agak kuat. 

"Faz! Saya ni, Riz!"

"Faz!"  Mana lagi aku nak cari ni. Bila aku melintas di laluan berbukit aku terdengar suara orang mengerang kesakitan. Terus aku panjat bukit itu dan ya! Memang Faz ada disitu dengan kaki yang luka. Aku terus berlari mendapatkannya yang sedang menahan kesakitan.

"Faz, awak ok?! Ya Allah, darah ni" aku tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Wajah Faz dah pucat habis, banyak jugak darah yang keluar tapi, tak ada lah sampai boleh buat Faz kehilangan darah.

"Riz..." lemah suaranya menyebut nama aku sambil menahan kesakitan dan tangannya memegang tangan aku yang cuba menyentuh kakinya. Laju dia menggelengkan kepala.

"Ok! Kita balik rumah" aku buat keputusan dan terus cempung dia. Tak nampak gaya macam orang boleh berjalan pun ni. Boleh pulak dia membebel bebel. Tak faham sungguh aku dengan dia ni, tapi, kelakar pulak rasanya.

"Awak ni! Saya boleh jalan la! Bukannya kaki saya hilang kena makan buaya pun!"

"Baik awak diam je. Berat tahu tak" 

"Tak suruh awk angkat saya pun"

"Dah tu, nak saya biar je macam tu. Awk kan isteri saya. Saya nak jaga awak elok2. Awak ni amanah walid" bila aku cakap macam tu dia terus diam. Ha! Kan senang sikit kalau dia diam je. 

Tangan dia mula melingkar di leher aku dan badan kami semakin rapat. Dia pun jadi lebih ringan kalau macam ni. Aku tersenyum bahagia, kan elok kalau baik2 macam ni je. Tak perlu kot sampai nak bergaduh angkat pedang bagai.

"Mana awak tahu saya ada kat situ?"

"Mana saya tahu?"

"Haah!"

"Sense of husband la" aku jawab selamba sambil ketawa tapi boleh pulak dia buat muka jelik. Aku ketawa lagi.

"Mengarut!"

"Betul la! Ada pulak mengarut"

"Mengarut jugak. Awak, saya lapar tahap membela dah ni" aku tersedak bila dia guna kata penguat yang aku kira dahsyat tahap kelaparan dia. Selalunya aku dengar lapar tahap gaban, tahap dewa. Pergh! Sekali ayat dia, tahap membela. Menakutkan.

"Berapa ekor?" Soal aku pula dan dia ketawa semangat.

"Tak tahu la. Tak sempat nak kira"

"Yang ni mengarut!" 

"Memang mengarut!" Aku dan dia sama2 ketawa. Bab mengarut serahkan pada yang arif. Apa la dia ni.

Semua orang dah kalut kemain bila aku bawak balik Faz yang dah cedera agak teruk ni. Ibu, tak payah cakap la punya la berleter senafas kalah akad nikah aku dulu. Walid pulak dah gelengkan kepala beberapa kali. Aku pulak? Duk pandang ibu yang membebel kat Faz dan dia boleh buat muka bodoh je. Adoi! Tak berperasaan sungguh.

"Orang jogging atas trek, yang Faz pergi panjat bukit tu kenapa?" 

"Ala ibu,barulah ada challange sikit!" 

"Challange la sangat! Ni dah sakit sana sini!"

"Ibu ni, kan walid selalu pesan. Bila sakit, bersabar,in sha Allah, bertambah iman dan sakit ni penghapus dosa kecil kan walid?" Aku tahan senyum bila muka ibu dah merah padam nak marah. Amboi! Bab menjawab bagi kat dia la ya. Ibu dah macam nak meletup tu. Aku tutup mulut Faz dengan tangan aku dan minta dia diam. Lepas tu marah aku pulak.

"Ish! Orang nak cakap ni" marahnya kat aku.

"Ibu, maaflah. Nanti, bila dia rasa sakit tu biar dia merengek sorang2. Orang cakap tak nak dengar" ha! Berani pulak aku nak backing ibu depan dia kan? Ibu dah tersenyum sedikit lalu mengusap bahu aku lembut.

"Untung dapat menantu yang memahami ni" wah! Tu dia! Pujian melambung tuh. Okeh! Naik saham aku hari ni depan ibu. Ibu bergerak ke dapur dan laju je tangan kecik ni cubit paha aku. Aduh! Boleh tahan jugak sakitnya.

"Apa ni?" Soal aku sambil menggosok tempat dicubitnya.

"Geram la dia ni!" Marahnya lalu cuba bangun. Tak sempat bangun dah terduduk balik. Ni la, manusia paling degil yang pernah aku jumpa setakat ni. Dan perempuan paling ganas yang pernah aku kenal.

"Nak pergi mana?" 

"Nak mandi, nak makan. Lapar" ujarnya ringkas. Aku tak tunggu lama terus angkat badan dia dan naik ke bilik kami. Setelah aku dudukkan dia disofa aku selak sedikit seluarnya. 

"Abang bersihkan luka ni dulu" eh? Abang?

"Apesal pulak berabang ni?"

"Abang tahu nama bapak tak sama, tapi, kekok la nak bahasakan awak saya dengan Faz. Lagipun Faz muda 5 tahun dari abang" 

"Sebab tu je ke?"

"Ya la,sebab apa lagi?" 

"Ok" aku jelingnya sekilas. Lukanya dibersihkan dan dia gigit bibir menahan sakit. Sikit pun dia tak mengaduh atau menjerit sakit. Kuat! 
"Kita pergi klinik ya?" 

"Buat apa?" Soalnya dengan dahi berkerut bagai. Macam aku ajak pergi ziarah kubur je.

"Kaki Faz bengkak ni, abang risau kalau bukan seliuh je"

"Seliuh je la..." ujarnya pula. Buat gaya macam dia tu doktor pulak.

"Kita pergi ya? Lepas awak mandi dan makan" pinta aku dan dia mengeluh sebelum bersetuju. 

"Ya lah!" Yes!

"Jom! Abang bawak Faz masuk bilik air" 

"Nak buat apa?!" Soalnya terkejut habis.

"Faz nak gerak macam mana?" Soal aku balik.

"Saya bukannya lumpuh pun. Ish!" Ujarnya lalu terus bangun dan berjalan terhincut hincut hingga ke bilik air. Degilnya sorang ni kan? Tapi, dah pehal pulak aku nak masuk bilik air sekali dengan dia? Gilalah!

"Tutup mata rapat2!!!" Jeritnya dari dalam bilik air. Aku yang kat luar ni dah gelak sampai nak pengsan. Lupa nak bawak baju masuk bilik air la tu.

"Take your time. Abang tunggu kat luar je" aku terus keluar dari bilik dan berdiri depan pintu bilik macam guard. Guard tak berbayar la ni. Orang lain lepas kahwin pergi bulan madu,kes aku ni nak kena pergi klinik pulak. Hahahaha... 

"Awak!!!" Panggilnya dan aku terus masuk dalam bilik. La! Taj siap lagi, dah pakai baju, kenapa pakai tuala lagi.

"Kaki saya tak boleh gerak. Susah nak pakai jeans ni" aku pandang jeans yang dia maksudkan. 

"Pakai skirt la,senang"

"Skirt? Tak pernah wujud dalam almari doraemon saya ni" aku rasa nak gelak la pulak. Biar betul tak ada skirt langsung! Aku ni kahwin dengam perempuan ke? Soalan.... lain macam.

"Dah tu?" Soal aku pula.

"Tak payah pergi klinik la..." dia dah sengih bermakna. Ok! Ada ikan kat sini ya. Aku dah faham maksud dia, nak mengelat pergi klinik la tu.

"Pakai je la apa pun. We are going to have a date with doctor." 

"Ish! Saya cakap susah nak pakai seluar la!"

"Boleh la,pakai seluar trek je. Senang!" 

"Ok! Dah,pergi luar. Nak bersiap ni" aku terus keluar sambil senyum. Susah betul orang pandai cari idea ni kan? Ada je cara dia nak mengelak dari pergi klinik.

-Faz- 

"Alhamdulilah,seliuh biasa je ni. Nothing serious. Tapi, kena be careful, kurangkan bergerak dan melangkah jauh2."

"Lagi doktor?" 

"Erm, jangan minum dan makan benda sejuk." 

"Tu je Yana? Berapa lama kena rest?" 

"Dalam seminggu lebih. Untung bengkak dah surut sikit. Awak ni Riz. Make sure, your wife hati2 dalam bilik air." 

"Ya la Yana. Tapi, bini saya ni ganas sangat!" 

"Bila kahwin? Tak ajak saya pun" ok! Memang situasi pelik. Riz dan doktor Mazliyana ni kenal ke? Cakap macam bff never die je.

"Baru je semalam. Nanti walimatul urus kami jemput" aku dengan muka bodoh habis pandang dua orang yang tengah berbual ni. Aku ni halimunan ke kat sini.

"Wah! Newlywed. Tahniah" ujar doc itu ceria.

"Thanks! Btw,kami minta diri dulu" 

"Ok, Riz. Awak guna no lama lgi 
kan?"

"No! I've change it. This is my card. Anything, just call me" 

"In sha Allah. Nanti, ada masa datang la rumah. Umi selalu tanya pasal awak"

"In sha Allah. Nanti ada kelapangan, in sha Allah" setelah salam diberi kami keluar. 

Banyak yang aku nak tanya tapi bila fikir balik buat apa nak tanya aku diamkan je. Macam mesra semacam je kan? Awek dia ke? Tapi, kalau awek dia pasal apa pulak dia lamar aku? 

"Kawan, kawan abang zaman sekolah dulu" bila aku dan dia dah ada dalam kereta dia cakap. Macam tahu2 je otak aku dah penuh dengan tanda soal ni. 

"Oh..." balas aku ringkas dan dia senyum pula. Suka la tu! Kawan satu sekolah ke awek satu sekolah ni? Ha??? Kan?

-Riz-

Aku rasa terang lagi bersuluh doc tu cakap jangan banyak gerak tapi, boleh pulak dia main badminton dengan Lee. Hailah, karang patah kaki tu aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Aku meluru ke arahnya dan raket badmintonnya aku pegang. Aku menggelengkan kepala dan dia berkerut menahan geram.

"Doc suruh rest. Kurangkan bergerak. Tapi apa Faz buat? Main badminton?" Bila tinggal sebumbung dengan dia ni aku sendiri dah jadi kaki membebel. Patutlah perempuan suka membebel sangat sebab membebel ni best, boleh hilang stress.

"Ala! Orang nak main ni!" Marahnya pula dan aku ambil raket di tangannya. Lee aku pandang dengan muka mintak penjelesan terus tersengih.

"Lee terpaksa abang. Kak Faz cakap, kalau Lee tak main dengan dia, dia nak 'renovate' motor Lee" aku tersengih. Ya Allah, bini siapalah yang ganas sangat ni.

"Lee!!!" Marahnya bila Lee bocorkan rahsia. Aku gelengkan kepala dan pandang dia lalu mendekatinya.

"Lee masuk dulu!" 

"Saya bosan la! Tak ada benda nak buat. Nak jalan2 pun tak boleh" adunya geram. Betul jugak, dah lima hari dia duk rumah je tak pergi mana2 dan tak buat apa2. 

"Malam nanti kita keluar. Abang bawak Faz jalan2" 

"Ya???" Soalnya teruja habis.

"Ya! Faz nak pergi mana?"

"Times square! Nak main roller coaster!" Erk! Biar betik! Mana la boleh dia nak main benda tu semua.

"Abang bawak Faz jalan2 je. Ok?" 

"Ok..." balasnya lemah. Hailah, dah sakit macam ni pun dalam otak tu fikir nak main je. Tak boleh duduk diam sungguh!

-Faz-

Aku gembira walaupun buat kerja yang tak ada faedah ni dengan dia. Jalan2 dekat lereng bukit malam2 tanpa buat apa2. Memang nampak macam bosan gila tapi dia pulak macam santai habis. Jenis dia lepas stress lain macam sikit dengan aku. Aku, kalau stress panjat gunung ke baru best. Tapi dia, lepak tempat sunyi je dah boleh relax. 

"Kelip2" aku bersuara ceria bila kelip2 hinggap di bahunya. 

"Tangkaplah" ujarnya pula dan aku terus tangkap kelip2 tu. Hurm! Comel!

"Jom kita lepas sama2" dia pegang tangan aku dan kami biarkan kelip2 tu terbang pergi. Cantik.

"Jom balik?" 

"Ala,tak puas lagi ni..."

"Lain kali kita datang lagi. Ok?" 

"Ok!"

-Riz-

Lah...dah tidur budak ni rupanya. Aku tersenyum lalu mengangkatnya untuk di bawa ke bilik.

"Tidur?" Soal walid.

"Ya walid, penat kot"

"Mahu tak penat. Seharian duk tawaf dalam rumah sebab bosan" aku tergelak. Kesian orang sakit kaki ni kan? Kena duk dalam rumah je. 

"Sebab tu Riz bawak Faz jalan2. Riz naik dulu walid" langkah aku atur ke bilik. Setelah aku baringkan Faz di katil dia terus tersedar.

"Nak aiskrim" ha? Mulut aku ternganga. Mengigau ke apa? 

"Dahaga la" 

"Faz, sedar ke tak ni?" 

"Sedar. Nak turun bawah jap. Nak minum air" 

"Tak payah trun. Abang ambilkan"

"Saya bukannya tak boleh gerak langsung"

"Jangan degil boleh tak?" 

"Awak pun, jangan degil boleh tak? Jangan layan saya macam saya budak kecik. Saya boleh buat sendiri" aik. Tetiba je dia nak naik darah ni kenapa pulak? Sumpah tak faham aku dengan dia ni. 

"Sokay. Abang boleh ambilkan. Pergi siap2 nak tidur je" aku terus berlalu ke dapur. Aku ada tersalah sebut ke tadi? Aku ada cakap benda yang menyakitkan hati ke? Tak faham betul.

Aku menyuakan air kepadanya yang dah lengkap berbaju tidur. Dia meneguk air itu kemudian bersandar pada katil. Aku mendekatinya bersama minyak angin dan berada di hujung kakinya. Hampir setiap malam aku urut dia punya kaki walaupun dia tak bagi.

"Abang urut ya?" Aku terus urut je, tak perlu tunggu dia cakap ya pun.

"Lepas ni kita nak tinggal mana?"

"Kenapa?" Soal aku pelik.

"Tak kan kita nak tinggal dengan ibu dan walid kot. Saya tak kisah"

"Abang dah sediakan rumah untuk kita"

"Ya? Tapi, saya belajar lagi. And, saya rasa saya nak tinggal rumah sewa lama saya je. Dengan Far" aku tersentak. Dia nak tinggal dengan Far? Habis tu? Aku tinggal sorang? Peliknya kalau macam ni.

"Awak suka ke tak suka ke, habis je  cuti nanti saya tetap nak tinggal rumah sewa saya" 

"Abang ikut je" baik aku setuju je sebelum gaduh. Lagipun awal2 lagi dah mention keputusan dia, dia ni bukan mintak izin tapi maklumkan terus. Sekejap baik, sekejap dingin, sekejap nak marah. Aish! Tak faham la kenapa dia macam ni? Yang pasti, dia memang tak boleh terima aku lagi. Nasib badan la Riz,dah nama pun cinta tangkap muat. Belum tentu jugak muat2 kan?

-Faz-

Bukanlah niat aku nak mengeluh ke apa, tapi aku memang tak tahan dengan perangai senior yang konon hot la sangat kat sini tu. Dah tahu aku jaki dengan dia lagi nak tunjuk muka kat sini pehal? Nak aku lempang sampai kena order batu nisan ke apa? Aku campak beg dia yang dia letak atas meja ke lantai. Semua orang dah pandang kami. Aku bukan nak jadi diva or nak berlakon hollywood or what je la. Yang aku tahu! Aku tak suka dia ni dan aku nak dia faham hari ni jugak. Dia pandang aku dengan muka terkejut. Ingat dia senior aku takut ke? Menyampah!

"Faz,angkat balik" bisik Far dan aku buat tak endah. Bila senior Aqiff nak kutip beg dia balik Far dah tolong ambilkan. Aku menjegilkan mata kepada Far kerana selalu je halang aku buat jahat kat dia ni. Bukan kat dia je malah kat orang lain sama.

"Thanks" ujar lelaki depan aku dengan ramah dan aku rasa meluat nak mati. Aku angkat punggung untuk beredar tapi dia terus memanggil nama aku.

"Faz, I know you. And I know why you do this. But, no matter how you treat me,  I will always love you" aku rasa nak muntah keluar usus je. Aku tak layan la ayat jiwang ni semua dan tolonglah jangan nak buat drama kat sini. Aku pandang belakang sekilas dan lepas hadiahkan senyuman sinis aku beredar dari situ.

Ingatkan bila sampai rumah dapat la aku relaks tapi lain pulak jadi bila ni lagi sorang yang suka cari aku pagi petang siang malam. Aku boleh jaga diri sendiri la! 

"Baik awak balik, saya tak rasa nak layan tetamu pun hari ni" aku bersuara malas sambil buangkan topi keledar di kepala. Dia terus menonong masuk ke dalam pagar rumah aku dan berdiri betul2 di sebelah aku.

"Faz ada masalah ke?" Bila dia tanya aku tak rasa pun suka menyampah dan nak naik angin lagi ada la. Aku merengus kasar dan bergerak ke pintu rumah. Setelah mangga dibuka aku terus masuk dan aku terus tutup bila aku dah berada di dalam. Tak rasa nak hormat sesape pulak hari ni dan aku, tak ada hati nak mintak maaf pun.

-Riz-

"Abang, kenapa tak masuk?" Setelah 30 minit aku berdiri kat luar ni akhirnya balik jugak sepupu aku ni.

"Orang tak jemput, macam mana nak masuk" 

"Faz tak ajak masuk?" Soal Far agak terkejut dan terus menonong ke pintu. Tapi aku paut tangannya dan menggelengkan kepala. Dia macam tak puas hati bila aku tak bagi dia masuk

"Something happen kat kolej ke?" 

"Nothing, macam biasa je, tapi, tak tahu kenapa seminggu ni dia asyik naik angin je. Dengan Far pun kadang2 tu nak marah je" 

"Ya? Abang tahu dia tak suka abamg datang. Tapi dah seminggu abang call, dia tak angkat pun. Mesej tak reply. Abang risau,thats why abang datang"

"A week? Entahlah abang. Far pun tak sure kenapa. Tapi memang seminggu ni dia garang je. Bukannya bendera merah pun" ha? Mulut aku ternganga bila Far cakap bendera merah. Bendera Kelantan ke apa?

"Period la abang!" Far gelak kecil aku ikut sama gelak bila dia gelak. Tengah kami syok borak, Faz dengan muka tak payah tafsir la macam apa keluar bersama bag pack. Nak ke mana pulak ni? 

"Faz,nak pergi mana?" Soalan aku dijawab dengan jelingan tajam. Aku yang tak faham apa2 mendekati skuternya yang telah dihidupkan engin. Aku halang dia daripada pergi tapi dia selamba habis langgar aku. Memang la tak sakit tapi kenapa dengan Faz ni. Aku pegang tangannya sebelum dia pergi dan dia menepis kasar tangan aku. 

"Faz, abang tanya ni!" Suara aku dah meninggi bila dia tak endahkan aku langsung.

"Eh, dengan saya naik suara,dengan orang lain layan lepak gelak pun ok. Fine!" Entah apa yang keluar dari mulut dia aku sendiri tak faham. 

Belum sempat aku cakap apa2 lagi dia dah blah dengan laju. Aku mengejar dia tapi cepat je hilang dia ni. Aku mengeluh dan membuka pintu kereta untuk mengejarnya,macam mana nak kejar kalau asap motor pun dah hilang ni ha. Aku melepaskan keluhan berat dan memukul kuat stereng kereta. Geram! Tak tahu nak cakap geram pasal apa. Hujung minggu ni nak cakap apa kat mama dan papa. 

Kenapa tak balik dengan Faz sama. Ibu dan walid pun mesti pelik nanti. Serabut! Mengikut perkiraan aku kami dah semakin membaik,sebulan pertama perkahwinan kami berjalan dengan baik. Setiap hujung minggu kami akn melawat rumah ibubapa kami dan akan tidur sana. Malah setiap call dan mesej aku berjawab. Apa dah jadi pada dia seminggu ni? Ya Allah, engkau lindungilah isteriku ya Allah.


"Mana Faz pergi, abang risau separuh nyawa tau!" Sebaik aku ke rumah sewanya dia telah kembali. Dua hari menghilangkan diri tanpa khabar berita buatkan aku gelisah dan tak tentu hala. Boleh dia buat selamba je.

"Ya ke separuh nyawa? Ingatkan gembira saya tak ada"

"Apa yang Faz maksudkan ni?" Pelik sungguh apa yang dia cakap ni.

"Kenapa tak cakap?"

"Cakap apa Faz?"

"Far is your cousin!" Aku tersentak. Dia dah tahu la  sebab tu ke dia marah sangat?

"Faz...abang..."

"Abang what?! Kalau tak fikir yang awak ni suami saya, saya dah tumbuk awak."

"I'm sorry... please..." aku meraih tangannya tapi dia tepis kasar dan tersenyum sinis.

"Awak dah jadi suami saya sebulan lima hari. Dalam tempoh tu awak boleh tahu warna kesukaan saya,makanan kegemaran saya. And almost everything. And! I'm sure you and Far know that I hate liars!!!" 

"I'm sorry again. We didnt mean to."

"It's ok! Saya dah lupa pun pasal tu. Saya, izinkan awak kahwin dengan bff saya!" Mulut aku terus ternganga. Apa pulak yang Faz dah mengarut ni.

"Faz, Far tu sepupu abang. Dah macam adik pun"

"Sepupu, boleh kawin kot" 

"But, we cant!" 

"What makes you cant?" 

"Sebab Far adik bradik susuan abang Riz." Far muncul dan terus meluru peluk Faz. Faz kaku di situ dan biarkan dirinya dipeluk erat. 

-Faz-

"I'm sorry. Aku takut kau marah aku bila tahu aku sepupu abang Riz. Aku tak nak blood tie kita putus. Aku sayang kau" apa yang dibisikkan Far di telinga aku buatkan aku tersenyum. Betul jugak, bukannya aku boleh terima kalau Far ni ada sangkut paut dengan Riz. Sebelum kahwin punya cerita la ni.

"Ok. Settle prob"

"Tapi Faz. Apesal kau sentap? Kau jeles eh?" 

"Gila! Tak kuasa moyang aku. Aku sentap sebab kau tipu aku"

"Habis tu? Siap dengan suruh aku kawan dengan abang Riz?"

"Woi! Tu sja je, cantikkan scene"

"Poyolah, jeles la tu"

"Blah la!" Aku leraikan pelukan Far dan kami berbalas senyum. Tak lama kemudian Far tolak badan aku sehingga terpeluk Riz. Ish! Kurang asam betul minah ni kan? Laju pulak dia lari bila tahu aku nak naik angin.

"Lain kali, jangan pergi macam tu lagi. Ok?" 

"Ok! Now, let me go" aku buat muka seposen dan minta dia lepaskan aku. Sesedap rasa je nak peluk bini orang ya? Bini siapa lagi? Bini dia la!.

-Riz-

Alhamdulilah, sejak hari dia larikan diri hari tu kami dah semakin rapat. Ke aku je yang duk terhegeh kat dia? Walaupun ni cinta tangkap muat, tapi aku tetap nak muatkan cinta ni dalam hati dia! Sebab dalam hati aku dah mampat gila!.

"En. Riz, ada orang nak jumpa"

"Siapa?" 

"En. Aqiff" Aqiff mana pulak ni? 

"Ok" aku memberi arahan dan tak lama kemudian seorang lelaki yang aku agak lagi muda dari aku masuk. Segak budaknya. 

"En. Aqiff?" Soal aku sambil tersenyum dan hulurkan tangan untuk bersalam. Dia membalas huluran tangan aku dan duduk serta senyum sekali.

"Saya datang bukan nak cakap banyak. Just nak kenal siapa suami Riz Fazura" aku agak terkejut. Tak datang kenduri kawin kami ke apa tak kenal aku ni siapa. Tapi, senyuman ikhls tetap aku berikan.

"Maksud?"

"Aku dan Faz bercinta dan aku tahu semuanya pasal perkahwinan kau. Kau tak bahagia kan, bukan, Faz yang tak bahagia. Dia selalu cerita kat aku yang dia tak sabar nak lepas dari kau. Kau tahu mana dia pergi dua hari lepas? PD. Dengan siapa? Aku!" Aku rasa macam nak pengsan je bila dengar dia cakap macam tu. Tapi, aku tak boleh main percaya je cakap dia.

"Aku tahu,mesti kau tak percaya kan? Sokay, aku boleh buktikan" dia keluarkan fonnya dan mula menunjukkan satu persatu gambar mereka berdua. Aku diam tak mampu nak buka mulut pun. Ya Allah, benarkah ini isteriku atau pelanduk dua serupa je? Aku diam dan memandang Aqiff dengan pandangan tajam, rasa macam nak tumbuk je muka dia ni. 

"Aku tak tahu nak cakap apa,tapi aku rasa kau tahu yang bercinta dengan isteri orang ni berdosa!" Suara aku mula meninggi dan aku tahu dia langsung tak takut malah tak peduli pun kot. 

"Ya! Dan, kat sini, bukan aku je yang salah.isteri kau pun sama. Kau nak ke isteri kau terus berdosa macam tu?"

 "Apa maksud kau?! Kau nak apa sebenarnya?!" Aku memang dah hilang sabar dan terus berdiri kerana naik angin. Dia boleh tayang senyum sinis yang aku rasa memang mintak pelempang. 

"Relax la bro. Aku tak mintak banyak. Just lepaskan dia. Thats all!" Aku kepal penumbuk dan mencengkam kolar bajunya. Muka letak mana dia ni ha? Datang mintak bini orang macam datang mintak pinjam barang. 

"Dia isteri aku! Dan talak,di tangan aku!" Tempik aku dengan suara terketar ketar menahan marah. Darah aku menggelegak bila dia tepis tangan aku kasar dan tergelak jahat. 

"Ke, kau nak tunggu dia sendiri mintak cerai dengan kau? Kau nak eh, bini kau mintak benda tu dri kau?" Aku terdiam. Aku kelu. Apa aku nak buat kalau benda tu jadi? Ya Allah. 

"Fine! Kau dengar sini! Aku, tak kan lepaskan dia!" Sebaik ayat itu meluncur di mulut aku, terus aku ditumbuk sehingga terjatuh. 

"Memang dasar pentingkan diri sendiri! Fine! Aku akan buat kau terseksa kerana menyimpan dia. Tengoklah sendiri. Bila dia,serahkan diri dia pada aku" dia gelak jahat dan terus berlalu pergi dengan angkuh. 

"Kurang ajar!!!" Jerit aku kuat dan berdiri. Bila dia dah hilang Zarif terus masuk dalam pejabat aku. 

"Ya Allah,apesal sampai bertumbuk ni Riz?"
 
"Siapa mamat gila tadi tu? Aku dengar korang gaduh" aku tanggalkan tie dan membuangnya ke lantai, begitu juga dengan kot yamg tersarung pada badan aku. aku hempaskan diri di atas sofa dan urut kepala yang terasa hampir meletup. 

"Boyfren Faz..." nak tercabut rahang dia bila dengar aku cakap macam tu. 

"What?! Aku tak percaya!" Sedangkan Zarif yang tak berapa kenal isteri aku pun tak percaya apatah lagi aku. 

"Aku pun tak percaya. Aku nak balik la zarif. Meeting aku kau takeover eh" bila aku cakap macam tu dia angguk dan bahu aku ditepuk. 

"Jangan buat kputusan  terburu. siasat dulu, jangan menyesal kemudian hari" aku angguk faham. 


Destinasi aku bukan rumah aku tapi rumah Faz. Aku tetap kena siasat benda ni betul2. Aku terus menuju ke rumah Faz, dan Allah memang maha adil. Faz dan Aqiff. Mereka sedang berbual dengan gembira. Apa maksud semua ni? Hati aku terasa umpama ditusuk dengan pedang.   Sampai mati pun cinta aku pada dia hanyalah cinta tangkap muat. Cinta aku tak kan muat untuk hati dia pun. Macam mana nak muat bila hati dia, bukan aku yang punya.



-Faz-

Kenapa dengan Riz ni? Dah dua hari tak call aku. Dah kenapa pulak aku tak call dia. Kan? Aku terus mendail nombornya dan dia tak angkat. Mana dia pergi ni? Aku kemas barang ke dalam beg dan naik skuter. Baik aku pergi rumah dia je, senang. Bila aku sampai di rumah dia kereta dia tak ada la pulak. Tapi abang Zarif ada. 

"Abang, mana Riz?" Soal aku ceria. 

"Riz? Rumah mama dia" eh, takkan dia tak cakap nak balik sana. Zarif pun pelik bila aku tak tahu mana Riz pergi. Selalunya Riz akan maklumkan pada aku dulu.
 
"Oh, kalau macam tu Faz blik dulu la abang" aku memakai topi keledar semula. Pelik. 

"Faz, abang nak tanya sikit" . Apa pulak dah. 

"Apa?" Soal aku padanya. Dia pulak buat muka berkira kira untuk bertanya. 

"Cepatlah tanya, Faz busy ni" ish! Buang masa aku je duk dengar erm erm dia tu. 

"Faz  ada prob dengan Riz ke?" Mulut aku ternganga zaman negara mana pulak aku ada prob dengan Riz. 

"Tak ada pun. Apesal?" Soal aku balik dan dia macam tak percaya. 

"Riz dah dua hari tak masuk pejabat, tu yang abang pelik" ok! Kali ni aku yang pelik. Riz sakit ke? Tapi, tak ada pulak mama ke call cakap laki aku ni sakit. 

"Sokay abang. Faz nak pergi jumpa Riz la ni. Bye!" Aku terus menuju ke rumah mama. RiZ ni dah kenapa ek? Mesej aku pun tak reply semalam. Selalunya laju je dia ni. Aku masuk ke banglo mama dan terus memberi salam. Setelah pintu dibuka mama terkejut tengok aku kat sini. 

"Anak mama, Riz cakap Faz sibuk. Tak balik sini weekend ni" ha? Bila masa pulak aku busy ni? Exam dah habis minggu lepas lagi sekarang ni projek akhir je yang nak kena submit benda alah tu pun dah nak siap dah. Apa kena dangan Riz ni? Aku balas pelukan mama dan senyum manis. Mana pulak kelibat Riz ni? Kereta pun tak ada kat luar. 

"mana Riz ma?" Soal aku terus. 

"Amboi! Datang rumah mama cari Riz dulu, ingatkan rindu kat mama ke apa." Eh mama ni, usik kita pulak. Aku senyum dan peluk mama lagi. 

"Rindu mama ketat2" mama tergelak bila aku cakap macam tu. 

"Papanya macam mana?" Adoi! Papa pun ada sama, nak jugak sikit. 

"Rindu papa rapat2!"  Papa gelak besar bila aku cakap macam tu. Adess. Ha! Dah balik dah sorang lagi dalam rumah ni. Kawan adik aku pulak tu. 

"Rindu Sham dalam2" aku buat lawak lagi tapi boleh pulak budak ni respon lebih kurang je. 

"Kak ni apesal? Tiba2 je? Silap makan ke?" Ish! Spoil mood betul la. Kalau Lee ni dah lama makan sup kaki dengan aku. 

"Riz!" Aku berpaling bila nama.Riz mama sebut. Aku pandang dia dan senyum mesra,lantas kaki aku atur mendekatinya. Tangan aku hulurkan untuk bersalam tapi dia tak hulurkan pun. Semua orang pun pelik ni. 

"Sorry Faz, tangan abang ni kotor." Dia tunjukkan tangannya yang hitam entah dia buat apa aku pun tak tahu. Aku senyum dan peluk lengannya. Aku rindu dia sangat2. Hailah, bila aku rasa cinta kat dia rasa macam bercinta sorang2 la pulak. 

"Abg busuk ni, kotor" ujarnya macam mintak aku lepaskan dia. Aku pandang dia dan jauhkan diri dari dia sikit. Tetiba je terasa hati ni kenapa pulak? Hailah... 

"pergi la naik mandi, bila dah wangi boleh la Faz peluk2" mama bercanda dan semua orang dah gelak. Riz,bukan je tak gelak malah tak ada respon pun. Ok! Memang Riz dah kena virus pelik. 

"Jom ma! Faz nak tolong mama masak ni" aku tarik tangan mama ke dapur. Mama ikutkan je dan bila kami berdua di dapur mama bertanya. 

"Riz pelik kan?sehari dua ni tak nak bercakap pun" ok! Means,memang Riz ada prob yang dia sendiri tak nak cakap apa. 

"Ya la kot. Ke Faz ada buat salah kat dia?"  Soal aku balik. Mama pandang aku dan angkat bahu. Rasanya macam tak ada je. 

"Mana mama tahu sayang oi!" Balas mama pulak. 

"Macam tak ada ma,dua hari lepas kami makan sama, ok je" aku berfikir panjang. Kenapa ek? 

"Pergilah naik atas. Cakap dengan Riz sendiri. Mana tahu dia ada masalah nak share dengan Faz" erm! Ada betulnya jugak tu. 

Aku keluar dari dapur dan masuk ke dalam bilik. Dia tengah mandi , aku sediakan pakaiannya dan tunggu dia di katil. Bila dia keluar tak macam biasa. Selalunya dia akan usik aku dengan kibaskan rambut dia pada aku. Hari ni pandang pun tak nak. Musykil! 

"Riz, kenapa muka awak ni?" Soal aku lalu menyentuh hujung bibirnya yang sdikit lebam. Macam kena tumbuk je ni. Dia alihkan tangan aku dan memakai baju lain. Bukan baju yang aku sediakan. 

"Batal la wudhuk saya" dia terus berlalu ke bilik air. Saya? He said saya right? Aku garu kepala yang tak gatal dan duduk semula di katil. Apa kena ni?


-Riz-

"Abang tak ada mood la Far" luah aku pada Far bila dia ajak tengok wayang. Bukan sebab apa, sebab dia pun nak ajak Faz sama.

"Ala! Abang ni spoil la! Jom la tengok wayang! Kalau tak Faz tak ada alasan nak tolak ajakan Aqiff!" Bila aku dengar je nama Aqiff rasa macam nak tendang je meja batu depan aku ni. 

"Biarlah dorang jumpa" aku jawab malas. Far lempang tangan aku dengan kuat. 

"Mana boleh! Aqiff tu ada sejuta akal jahat tau! Dia tu, dah syok kat Faz dua tahun! Dan Faz tu, kenapa boleh baik dengan dia tiba2 je" marah Far dan aku diam sekejap. bila aku cerna balik maksud Far, macam ada benda tak kena kat sini. 

"Bila  dorang start baik?" Soal aku pula. 

"Baru je, dalam minggu ni jugak. Abang,kalau nak tahu Faz tu benci gila kat Aqiff" aku diam lagi sekali. Aqiff cakap dia dah lama bercinta dengan Faz. Tapi Far pulak cakap Faz benci Aqiff dan mereka baru je rapat sehari dua ni. Entah2, memang Aqiff yang jahat dalam hal ni. Ok! Aku takkan biarkan mamat tu lepas senang2!  

"Jom!" Ajak aku cepat. 

"Pergi mana?" Soal Far pelik. 

"Tengok 'wayang' 30D!" Dahi Far berkerut. Entah bila wujud 30D tu. 



-Faz-

"Aku tak ada mood la Aqiff. Aku ada prob ni. Cerita la cepat, aku nak balik ni" malasnya aku nak jumpa dan cakap dengan sesiapa sekarang ni. Aqiff ni pun kalau setakat nak keluar makan2 kat kolej pun boleh. 

"Minum la dulu, awak habiskan air ni then kita balik" aku tak cakap banyak terus capai gelas jus oren dan habiskan dengan sekali teguk je. Dahsyat, gaya macam dahaga duk kat padang pasir. Tiba2 kepala aku pening dan Aqiff macam ada dua je. 

"Aqiff, kepala aku pening la... aku nak balik" aku bangun dri kerusi dan berjalan terhuyung hayang macam orang mabuk. Bila aku sampai di skuter aku pakai topi keleder tapi Aqiff pegang tangan aku. 

"Aqiff! Lepaskan tangan kau" aku menggenyeh mata yang terasa kabur habis. 

"Let me take you home" aku dengar orang bisikkan sesuatu di telinga aku sebelum aku tak sedar apa pun lagi.


-Riz-

"Aqiff!!! Kejinya kau! Nak dapatkan isteri orang dengan cara kotor!" Aku tak kena cakap banyak terus tumbuk dia. Hurm! Kurang ajar dia kan? Aku belasah dia cukup2 tapi bila dia dah tal melawan aku berhenti. Ya Allah, nasib baik tak mati budak ni aku kerjakan. Aku ambil Faz yang sedang lena dalam kreta Aqiff lalu dibawa ke kereta aku. 

"Abang, Far bawak balik rumah Far motor Faz. Abang stay rmah sewa kami je malam ni. Teman Faz" aku angguk faham kemudian terus bawa Faz balik. Terasa tangan Faz menyentuh aku dan aku pandang dia sekilas. 

"Haus" ujarnya dan aku minta dia bersabar sikit. Dia terus merengek minta air dan aku melajukan kereta supaya cepat sampai. 

Sebaik sampai di rumah aku angkat Faz yang macam tak berapa sedar je masuk ke dalam rumah. Aku ambilnya segelas air sejuk dan dia minumnya sekali teguk je. Aku perhatikan wajahnya yang kemerahan dan berpeluh peluh. Dia tanggalkan tudung dengan susah payah lalu aku tolongnya. 

"Riz" sebutnya lalu tersengih. Badan aku dirapati sehingga ke hujung sofa. Kenapa pulak dengan bini aku ni, semacam je lain macam dia ni. Tangannya mula melingkar di leher aku dan badan aku ditolak rapat ke sofa. 

"I want you" ujarnya menggoda dan aku hampir pengsan. Ni memang bukan Faz, ubat apa yang Aqiff bagi ni? 

"Riz..." ujarnya lagi dan tangannya mencapai butang kemeja aku. Ok! Aku terpaksa hentikan dia. 

"Maafkan abang Faz" pinta aku sebelum hentak belakang leher dia dan dia terus terkulai. Pengsan. Kuat sangat ke aku hentak ni? Better daripada aku kena hentak dangan dia esok bila bnda lain yang jadi. 



-Faz-

Sakitnya kepala aku ni, apa yang dah jadi malam tadi? Tiba2 je sedar dah ada dalam rumah. Peningnya kepala aku ni, tapi kelas kena pergi jugak ni. Dah la kelas Madam Chia. Hailah. Susah pulak badan nak gerak ni. Eh? Patutlah susah nak gerak,Riz peluk aku? Dia ada kat sini? Peningnya nak ingat balik apa dah jadi semalam. Tapi, Riz datang sini, tidur sini lagi. Dia dah dapat mood dia balik ke? Aku usap rambutnya dan tersenyum bahagia. 

"Faz..." erk! Dia dah bangun. 

"Awk dah sedar ke?" Soal aku padanya dan dia senyum lalu mengangguk. 

"Faz ada rasa sakit tak?" Soalnya pula. 

"Sakitlah jugak. Belakang kepala ni macam kena hentak je,sakit semacam. Kepala pun pening je" 

"semalam...semalam Faz pengsan, sebab tu kot" jawabnya lalu keluar dari selimut dan meregangkan badan. Ok! 

"Kenapa boleh pengsan?" Soal aku balik. Setahu aku, stamina aku kuat kot. Takkan pengsan tanpa sebab pulak. 

"Entah,pergilah mandi. Nak solat ni" ujarnya mengarah. Aku tersengih lalu buat simbol pangkah dan dia terkejut. Alah,macam tak biasa pulak. 

"Cuti?!" Soalnya terkejut dan aku angguk mengiyakan. 

"Nasib baik semalam tak ada apa yang jadi" . 

"Awak cakap apa?" Apa yang dia duk bebel tu? 

"Tak ada apa2. Abang nak balik rumah dulu. Nak mandi, nak pergi pejabat. Faz ke kelas ke?" Soalan dia memang spoil mood tapi aku angguk jugak. Memang kena pergi kelas, tak boleh skip sebab ni tahun last . 

"Abang solat sini kejap. Nanti abamg hantar ya?" Aku pandangnya sebelum angguk. Apa yang pelik sangat dengan prangai dia ni? Lantaklah.   

Setelah sampai di kolej aku salam tangan dia dan pipi dia aku cium ringkas. Gila kalau aku cakap dia tak terkejut, nasib baik tak terlompat keluar kereta je. Rasa sayang ni kena jugak cakap kat dia. Tunggu je la masa tu sampai. Aku pergi ke cafe sebelum masuk ke kelas. Awal lagi ni. Aku minum nescafe macam biasa dan aku terkejut bila Aqiff datang dengan muka baru lepas kena rompak dan dia nampak takut bila nampak muka aku. 

"Aqiff, kau pehal ni?" Soal aku risau habis. Teruk jugak lebam kat muka dia ni. 

"Faz..." dah kenapa pulak dia ni. Panggil nama aku macam ada buat dosa dengan aku je. 

"Meh duduk, citer kat aku apa dah jadi" aku ajaknya ke meja dan dia dengan berat hati mrlangkah. 

"kau cakap siapa yang bantai kau ni? Aku nak jadi lecturer sikit. Nak kasi ajar" dia telan liur dan terus minta maaf bertalu talu. Hari raya ke apa ni? 

"Kau nak hentak aku sampai mati pun aku sanggup Faz" . 

"kau ni pehal? Siapa pukul kau ni?" . 

"Suami kau" . Turn aku terkejut lagi. sejak bila pulak dua org ni kenal. 

"Kau ni! Nak buat lawak pun pandang depan la skit. Aku kat depan kau ni" . 
"Ya, aku tahu tu Faz. Faz, aku nak mintak maaf. Semalam entah syaitan apa yang rasuk aku. Aku pengsankan kau dgn letak ubat perangsang dalam air kau. Tapi, Riz datang dan dia selamatkan kau. Aku menyesal Faz. Aku mintak maaf. Sumpah! Masa tu aku fikir amarah aku je" aku diam. Kurang ajar punya Aqiff. Aku cengkam kolar bajunya dan ayunkan penumbuk, tapi bila tengok keadaan dia aku tumbuk meja. Ya Allah. 

"Aku tak nak tengok muka kau lagi." Aku angkat beg dan berlalu ke kelas. Far! Mesti Far tahu cerita penuhnya kan? Or, Riz lebih tahu? Ajak dia balik rumah umi la macam ni. 

Petangnya memang kami berdua balik rumah umi dan walid. Aku memang tak ingat langsung apa dah jadi malam tadi,tapi aku malu la pulak nak tanya dia. Entah mabuk macam mana aku semalam kan?

"Faz ada nak tanya abang sesuatu ke?" Soalnya bila aku asyik duk pandang dia je. 

Aku pandang dia lagi dan bila aku tengok dia menggaru batang leher dia aku terdiam sekejap. Jap, macam ada something je kat leher dia. Aku gigit bibir bawah dan merapatinya. Dia yang terkejut tersandar di katil. Aku menyentuh lehernya dan dia diam je. Ya Allah! Memang benda alah tu je. Apa aku dah buat malam tadi? 

Bila aku pandang dia dalam2 apa yamg jadi semalam bermain balik dalam otak aku. Malunya Ya Allah... kenapalah orang cipta ubat macam tu dan yang si Aqiff bengong sangat pergi guna kat aku tu kenapa. 

"Sorry..." pinta aku lalu duduk di depannya sambil tenung tilam. Dia diam sekejap sebelum menjawab. 

"It's ok, at least...abang...lelaki tu" ujarnya perlahan. Erk! Betul jugak tapi, aku malulah weh!

"I cant remember all but, this one, I remember it" aku sentuh lehernya dan muka dia membahang sama. Takkan la lelaki pun malu kot. 

"Saya malu sangat. Kenapalah saya buat macam tu. Apa lagi yang saya buat? Mesti buruk kan?" . Malu bak hang. 

Aku pandang mukanya dan bila aku terpandang bibirnya aku ingat lagi satu perkara. Ya! Aku dah kiss bibir ni semalam. Bertambah bahang kat muka aku. Rasa macam nak pergi benam kat kutub utara je. 

"Ah! Malu nak mati rasanya!" Aku terjerit kecil dan dia tergelak pula. 

"Past is past. Biarkan je" senang la dia yang jawab tu. Aku yang nak menanggung ni! Tapi! 

"Awak hentak saya kan? Kan?!" Patutlah sikit kemain kpla aku, dia yamg hentak aku kan. Ha! Tahu pun cuak.

"I have to, I'm sorry" pintanya sambil angkat dua2 tangan ke udara. Hish! Dah la sampai pengsan dia kerjakan aku. Tapi, nasib baik jugak kan?

"Mana boleh! Sikit tau tak?" Aku memarahinya dan dia cuak lagi. Tak lama kemudian aku gelak besar. Kelakar pulak aku rasa sekarang ni. 

"Kenpa hentak? Kenapa tak biarkan je?" Soal aku balik. Eh, dia senyum la pulak. 

"Kalau awak pregnant macam mana?" Soalnya sambil berbisik di telinga aku. Choi! Bahasa... 

"perut buncit la!" Balas aku dan ketawa riuh. Dia tersengih sedikit dan ikut sama senyum. Dah! Malu! Pergi jauh2! 

"Nak ke?" Soalnya lagi. 

"Nak la!" Balas aku yakin siapa tak nak anak weh. Tapi bukan sekarang la. 

"Berapa?" Soalnya sakan. Amboi! 

"Abang nak berapa?" Soal aku balik. 

"Abang?" Soalnya ceria. Eh, aku sebut abang ke tadi? 

"Ya, abang..." mengaku terus je Faz. Senang! 

"Really?" . Soalnya bahagia. 

"Yes. My husband, my soul!" Balas aku yakin. Aku dibawa ke pelukannya dan dahi aku dicium. 

"I love you" ucapnya dan aku diam. I love you too.Jawab sorang2 je la. Malu la kita nak cakap kat dia. 

"Cinta tangkap muat abang ni muat tak dalam hati sayang?". 

"Eh, sayang?" . 

"Erm! Sayang!" Balasnya yakin habis. Aku senyum dan peluk dia balik. 

"Muat, hari first kena lamar tu lagi. Cinta abang dah Faz tangkap awal2 lagi. Tapi, masa tu rasa tak pandai lagi feeling2 ni" balas aku jujur. 

"So, bila pandai feeling2 ni?" Soalnya pula. 

"Bila Faz jeles abang baik sangat dengan Far" balas aku sedih. Sedihlah, jeles tak bertempat dan protes sorang2.

"I see. She is my sister" . 

"Ya! I know it lepas Faz merajuk sorang2" aku mengeluh ringan. 

"Oh ya, betul ke? Aqiff cakap sayang dekar PD, dengan dia?" Ha? Bila masa pulak aku sampai PD ni? 

"Last Faz sampai PD, lima tahun lepas." Jawab aku pelik. 

"Ya? Hari tu Aqiff datang ofis, cakap yang sayang kat sana dengan dia. Bercinta. Thats why abang merajuk" ha? Aqiff ni memang la nak kena kan? Tapi, biarlah, dah lepas pun. 

"Faz kat rumah umi je la. Tak adanya nak pergi jauh2. Membazir minyak motor je. Abang jeles la eh?" Soal aku. Usik. 

"Mestilah jeles. Kan sayang Faz" jawabnya pula. Aku senyum segaris. 

"Far cakap, Faz benci Aqiff. Macam mana boleh baik?" Erm. Good question.

"Arwah tunang dia,muka sebijik macam Faz. Faz fikir sebab tu dia suka Faz. So, kami kawan la." . 

"Mungkin gambar yang dia tunjuk kat abang,gambar arwah tunang dia kut." 

"Memang ya pun. Tu la, layan kepala jeles tu lagi" sedap je kan perli orang. Padahal aku pun sama je. 

"So, hari tu lamar tangkap muat. Cinta tangkap muat. Hari ni, abamg nak lamar Faz betul2. Sudi jadi isteri abang selamanya?" Lamaran dia buat aku tergelak kecil. 

"Sudi abang!". 

"Sudi tangkap cinta yang Faz beri?"soal aku pula dan kali ini dia pulak yang gelak kecil. 

"Kalau muat, abang tangkap la!" Ish! Spoil mood. 

"Faz baling kat Aqiff kan?" Soal aku mengugut dan dia terus berkerut. 

"No way! Just me ok.!" Tegasnya. Aku gelak dan angguk lalu mencium pipinya. 

"I love you Riz Farhan" ujar aku padanya ikhlas dan dia peluk aku erat. 

"I love you too, Ria Fazura" . Cinta tgkap muat kami? Memang muat dalam hati kami berdua. Boleh muat turun lagi. Hehehe. Macam boleh buat apps pulak. Apps cinta. Ok! Muat turun sekarang! Hahaha...

#tq sudi lepak baca... nak komen pun boleh.... huhuhu


16 comments:

  1. Hai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape blog nye...sy suka bukak blog ade cerpen2 nihh

      Delete
    2. yimei070.blogspot.com sya rsa betol dah tu...

      Delete
  2. sukkkkaaaaaa sangat !! best cerpen ni :)) keep up the good work

    ReplyDelete
  3. hai.. saya minat dengan karya karya cerpan awak . tapi maaf , sila perbaiki setiap nama watak untuk lebih mudah d'ingati apabila melihat tajuk cerpan karya awak .mohon teruskan berkarya ... saya nantikan karya terbaru dari awak.- M.A.A

    ReplyDelete
  4. masyaallah bagus banget kayanya cerpen ini

    ReplyDelete
  5. Bestt,,
    Lebih best lgi ad part2 nya
    Hehehee

    ReplyDelete